POLISI DAN PERATURAN
1.0
PENGENALAN Polisi dan Peraturan Perkhidmatan TASKA dan TADIKA NCDRC disediakan untuk ibu bapa/penjaga memahami tatacara pendaftaran dan program yang dilaksanakan di TASKA dan TADIKA NCDRC. Sebagai sebuah pusat penyelidikan, TASKA dan TADIKA NCDRC bukan sahaja menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan sistematik, tetapi juga menekankan menekankan pelbagai aspek penting yang berkaitan dengan perkembangan perkembangan awal kanakkanak. Ini meliputi aspek –aspek pengasuhan, pembelajaran, penjagaan kesihatan dan keselamatan, kemahiran urus diri dan kreativiti untuk kanak-kanak. Semua program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikut Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum tersebut merupakan kurikulum kebangsaan yang diwajibkan kepada setiap TASKA dan TADIKA di Malaysia. Kanak-kanak diberi pendedahan secara menyeluruh menggunakan konsep pembelajaran berasaskan belajar melalui bermain. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka persekitaran pembelajaran secara bebas dengan panduan dan sokongan pendidik yang berkelayakan dan berpengalaman.
1.1
VISI Menawarkan didikan dan asuhan kanak – kanak yang berkualiti dalam persekitaran yang kaya dengan alam semula jadi.
1.2
MISI Meningkatkan kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak secara holistik, seimbang dan harmonis.
1.3
OBJEKTIF
Menyediakan garis panduan perkhidmatan bagi kemudahan ibu bapa/penjaga yang menerima perkhidmatan asuhan asuhan dan didikan di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Menyediakan maklumat-maklumat penting tentang program dan aktiviti kanak-kanak di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Memastikan kesejahteraan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan baik dan harmonis.
Mewujudkan sebuah komuniti dalam kalangan ibu bapa dan memastikan semua ibu bapa melibatkan diri dalam program penglibatan penglibatan ibu bapa.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
1
POLISI DAN PERATURAN
2.0
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
2.1
2.2
Peringkat umur TASKA
: 0 hingga 4 Tahun
TADIKA
: 5 dan 6 Tahun
Waktu Operasi TASKA dan TADIKA Hari
: Isnin - Jumaat
TASKA
: 7.30 pagi - 5.30 petang
TADIKA
: Sesi 1 Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi – 12.00 tengah hari Sesi 2 Isnin hingga Khamis - 1.00 petang – 5.00 petang Jumaat – 2.00 – 5.30 petang
2.3
Waktu Operasi Pejabat Pentadbiran TASKA/TADIKA Hari
: Isnin-Jumaat
Masa
: 8.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 4.30 petang
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
2
POLISI DAN PERATURAN
3.0
YURAN 3.1
Prosedur Pembayaran Bagi melancarkan proses pentadbiran, ibu bapa hendaklah mematuhi peraturan dan prosedur berikut:
Membayar yuran bulanan dan tahunan mengikut kadar yang telah ditetapkan setiap tahun.
Menjelaskan yuran sebelum 7hb setiap bulan.
Yuran dibayar terus kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Kaunter Pejabat Pentadbiran NCDRC seperti berikut:
Hari : Isnin hingga Rabu Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang 2.00 petang hingga 4.30 petang
Membayar sepenuhnya yuran dalam situasi berikut: i.
Cuti ibu bersalin
ii. Cuti sakit iii. Cuti umum/perayaan iv. Percutian keluarga v. Penangguhan operasi.
Pemotongan gaji akan dibuat ke atas kelewatan membayar yuran melebihi dua (2) bulan.
Menerima resit rasmi bayaran.
Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
3
POLISI DAN PERATURAN
3.2
Yuran Pendaftaran Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut: Perkara
Bayi – 2 tahun
3 tahun- 6 tahun
a)Yuran Pendaftaran (Yuran Aktiviti) 100.00
100.00
T-shirt 1 pasang
-
30.00
1 pasang uniform TASKA/TADIKA
-
50.00
b)Yuran Pelbagai
Alat tulis
30.00
Insuran
10.00
10.00
Jumlah
110.00
RM220.00
*Sekiranya ibu bapa/ penjaga membatalkan pendaftaran, yuran ini TIDAK akan dikembalikan
3.3
Yuran Bulanan Yuran bulanan ialah yuran yang dikenakan setiap awal bulan sepanjang tempoh kanakkanak berada di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Jenis Perkhidmatan
Umur kanak-kanak
Waktu Perkhidmatan
Yuran
0-2 Tahun
7.30 pg - 5.30 ptg
RM 210.00
TASKA
3-4 Tahun
7.30 pg - 5.30 ptg
RM 170.00
TADIKA
5-6 Tahun
8.00 pg – 12.00 tgh
RM 70.00
* Y u r a n K e l a s I q r a B u l a n a n ( 4 t a h u n ) – R M 2 0 . 0 0
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
4
POLISI DAN PERATURAN
3.4
Bayaran Lebih Masa Kadar bayaran lebih masa dikenakan sekiranya ibu bapa/penjaga lewat mengambil kanak-kanak. Ibu bapa /penjaga boleh membuat bayaran terus di kelas masing-masing. Resit akan dikeluarkan oleh PPM yang menjaga bahagian kewangan. Kadar bayaran adalah seperti berikut:Masa
Kadar Bayaran
5.40 petang hingga 6.00 petang
RM 5.00
12.31 tengahari – 1.00 petang
RM 5.00
*TASKA/TADIKA tamat operasi jam 6.00 petang
4.0
KEMASUKAN KANAK-KANAK
Borang pendaftaran kemasukan baharu akan dibuka pada bulan September setiap tahun.
Ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran secara atas talian apabila permohonan kemasukan dibuka.
Jika sekiranya kanak-kanak telah didaftarkan tetapi gagal hadir dalam masa 1 bulan tanpa penjelasan dari tarikh pendaftaran, kemasukan akan dibatalkan secara automatik.
Sebuah keluarga dibenarkan mendaftar anak-anak tetapi hanya dua (2) orang anak sahaja diterima pada satu-satu masa.
Bilangan kanak-kanak dalam sebuah kelas adalah mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
Umur minimum bagi kelas bayi adalah 1 bulan hingga 3 bulan pada Januari setiap tahun.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
5
POLISI DAN PERATURAN
5.0
KURIKULUM DAN AKTIVITI TAHUNAN Kurikulum yang dilaksanakan di TASKA dan TADIKA NCDRC adalah Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK).
5.1
Kurikulum Permata Negara (TASKA 0- 4 Tahun) Kurikulum Permata Negara sangat menekankan aspek-aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak di mana amalan asuhannya berasaskan kasih sayang, memperbanyakkan interaksi dan komunikasi, menekankan kepada proses pembelajaran dan bukan kepada hasil pembelajaran, dan menanam rasa suka dan minat membaca, bukannya mengajar membaca secara intensif. Kurikulum Permata Negara berpandukan lima (5) modul mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut umur:i.
0 – 6 bulan;
ii. 6 – 12 bulan; iii. 1 – 2 tahun; iv. 2 – 3 tahun; dan v. 3 – 4 tahun. Kurikulum PERMATA Negara merangkumi enam bidang perkembangan pembelajaran yang terdiri daripada: i.
Perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian
ii. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal iii. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik iv. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran v. Perkembangan fizika l; dan vi. Perkembangan kreativiti dan estetika PENDIDIK PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAN PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA
SISTEM
PERKEMBANGAN BAHASA , PEMAKANAN
LATIHANURUS
SIHAT
DIRI
KOMUNIKASI & AWAL LITERASIA
IBU BAPA
PENDIDKAN PERKEMBANGAN FIZIKAL & KEMAHIRAN URUS DIRI
KESIHATAN, KEBERSIHAN KESELAMATAN
SENAMAN& KECERGASAN
PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIKDAN PEMIKIRAN LOGIK
PERKEMBANGAN DERIA &PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
KOMUNITI
Rajah 1: Bidang Perkembangan Pembelajaran Sumber: Kurikulum Permata Negara 2013
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
6
POLISI DAN PERATURAN
5.2
Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK) Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Peringkat perkembangan kanakkanak mengikut umur 5+ dan 6 tahun adalah berasaskan enam (6) tunjang utama iaitu: i.
Tunjang Komunikasi
ii. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai - Pendidikan Moral iii. Tunjang Ketrampilan Diri-Perkembangan Sosio emosi iv. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika v. Tunjang Sains & Teknologi vi. Tunjang Kemanusiaan 5.3
Elemen Nilai Tambah i.
CLIL – Content Language and Integrated Learning Satu pendekatan di mana gabung jalin pelbagai bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. CLIL adalah satu cara untuk menggalakkan kemahiran interpersonal, budaya dan bahasa komunikasi serta kebolehan yang ada dalam kalangan kanak-kanak.
ii. EMV – Ethics, Moral and Values Kanak-kanak di dedahkan dengan pendekatan pendidikan islam, nilai-nilai moral dan budaya melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luar kelas. Etika, nilai dan moral penting dari sudut pembangunan peribadi, sosial dan rohani. iii. GAP - Global Awareness Program Pendekatan kesedaran persekitaran dapat membantu kanak-kanak mengenali budaya, agama, tradisi dan adat resam negara-negara luar. Kanak-kanak didedahkan dengan kesedaran persekitaran melalui aktivitiaktiviti seperti memasak, diorama, puppet, nyanyian, tarian dan sebagainya.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
7
POLISI DAN PERATURAN
iv. PA - Project Approach Pendekatan projek lebih menekankan kepada fenomena sebenar di mana kanak-kanak mengkaji, menyiasat dan bertanya soalan berkaitan projek dan melalui jawapan. Pendekatan projek dapat memberi satu pengalaman baharu kepada kanak-kanak. v. ITL- Innovative Teaching and Learning Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi seperti Kinect, Smart Board, Now Board dan komputer dapat membantu kanak-kanak menguasai sesuatu serta membina kemahiran yang berkaitan.
6.0
PEMAKANAN Penyediaan makanan untuk bayi dan kanak-kanak mengambil kira semua aspek kesihatan dan keperluan tumbesaran serta perkembangan kanak-kanak. Makanan yang disediakan dipilih dari bahan-bahan yang berkhasiat dan segar. 6.1
Bayi
Penyusuan ibu adalah digalakkan dengan menyusukan bayi di TASKA atau menyediakan bekalan susu ibu yang mencukupi.
Bayi diberi makanan pelengkap apabila mereka berusia 6 bulan mengikut sajian yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
6.2
Kanak-Kanak
TASKA dan TADIKA NCDRC menyediakan menu yang bersesuaian dan seimbang mengikut umur dan keperluan kanak-kanak.
Kanak-kanak digalakkan untuk makan sendiri menggunakan peralatan yang disediakan.
Ibu bapa diminta menyediakan makanan tambahan sekiranya kanak-kanak mengalami sebarang alahan dan ibu bapa/penjaga hendaklah dimaklumkan semasa pendaftaran.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
8
POLISI DAN PERATURAN
PERINGATAN:
Ibu bapa/penjaga tidak digalakkan membawa bekalan makanan sendiri kepada anak-anak.
Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memberi makanan ringan sebagai cenderahati hari jadi.
7.0
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN 7.1
Kesihatan Fizikal dan Oral
Ibu bapa/penjaga perlu memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersih dan sihat ketika hadir ke TASKA dan TADIKA NCDRC.
Ibu bapa/penjaga hendaklah memastikan kanak-kanak telah mandi dan dalam keadaan bersih dan sihat terlebih dahulu sebelum dihantar ke TASKA dan TADIKA NCDRC.
Kanak-kanak yang menghidapi penyakit berjangkit seperti dibawah tidak dibenarkan ke TASKA dan TADIKA NCDRC sehingga benar-benar sihat: i.
Demam campak
ii. Sakit mata iii. Kutu iv. Penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut v. Demam dengan suhu melebihi 38C vi. Cirit-birit (Ibu bapa harus memastikan kanak-kanak bebas dari muntah atau cirit-birit 24 jam selepas serangan pertama).
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
9
POLISI DAN PERATURAN
Jika suhu tinggi semasa di dalam kelas, ibu bapa diminta untuk datang
mengambil anak dengan segera. Sekiranya tidak datang selepas dihubungi, pihak TASKA TADIKA tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara ini. Ibu bapa/penjaga wajib melaporkan sebarang penyakit yang dihidapi oleh
kanak-kanak kepada pihak TASKA dan TADIKA NCDRC. Protokol kesihatan seperti pemeriksaan suhu, pemeriksaan fizikal dan sanitasi
tangan diwajibkan kepada semua kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga sebelum memasuki kelas.
7.2
Kebersihan
Penggunaan lampin kain tidak dibenarkan dibawa ke TASKA dan TADIKA.
Pemeriksaan gigi kanak-kanak oleh Unit Pergigian Pusat Kesihatan UPSI akan dilakukan. Ibu bapa diberikan kad temu janji untuk rawatan susulan jika perlu. Kanak-kanak perlu membawa berus dan ubat gigi untuk kegunaan di TASKA
dan TADIKA NCDRC. Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan set mandian (gel mandian, syampu, sikat
dan bedak). Pemberian ubat yang diarahkan oleh ibu bapa kepada pendidik/ppm/pengasuh
haruslah direkod di dalam buku laporan.
8.0
ETIKA PAKAIAN 8.1
TADIKA Kanak-kanak 3 hingga 6 tahun perlu memakai pakaian seragam pada setiap
pagi Isnin, Rabu dan Jumaat.
T-shirt/pakaian sukan dipakai pada hari Selasa dan Khamis untuk aktiviti luar.
Kanak-kanak perlu memakai kasut sukan/kanvas apabila mengadakan aktiviti luar atau mengikuti rombongan lawatan di luar kelas.
8.2
TASKA
Lampin bayi pakai buang hendaklah ditukar dan bersih sebelum datang ke TASKA. Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
10
POLISI DAN PERATURAN
Pakaian adalah bersesuaian dengan aktiviti kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan barang dan keperluan peribadi seperti:-
i. Pakaian (3 set pakaian setiap hari) ii. Lampin pakai buang (5 keping sehari) iii. Minyak bayi, losyen dan sikat. iv. Susu formula untuk bayi dan botol susu bayi bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun sahaja. v. Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun digalakkan menggunakan sip cup, manakala kanak-kanak 3 tahun ke atas menggunakan cawan. vi. Ibubapa/penjaga diminta melabelkan nama kanak-kanak ke atas semua pakaian. vii. Beg plastik untuk pakaian kotor.
9.0
KESELAMATAN Keselamatan kanak-kanak merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian semasa kanakkanak berada di TASKA dan TADIKA NCDRC. Pendidik/PPM/Pengasuh akan memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat. 9.1
Barang Persendirian
Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barangan berharga seperti barang kemas.
Kanak-kanak tidak digalakkan membawa barang mainan dari rumah. Pihak TASKA dan TADIKA NCDRC tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap barang-barang tersebut.
9.2.
Kebenaran Mengambil Gambar Kanak-kanak Bagi memelihara privasi kanak-kanak, pihak TASKA dan TADIKA hanya membenarkan diambil gambar prasarana, dan tidak mengambil gambar kanak-kanak semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
11
POLISI DAN PERATURAN
9.3
Kebenaran Mengambil dan Melawat
Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pendidik sekiranya ada waris/wakil yang akan mengambil kanak-kanak semasa waktu operasi pada waktu pulang.
Wakil perlu mengisi Buku Log Kehadiran ketika mengambil kanak-kanak.
Ibu yang datang untuk menyusu hanya dibenarkan berada di bilik Feeding Room bagi tujuan menyusu.
9.4
Bapa/penjaga tidak dibenarkan untuk memasuki bilik Feeding Room.
Insurans Kanak-kanak dilindungi dengan Pelan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok, Takaful Malaysia Berhad apabila mendaftar dan mengikuti aktiviti lawatan bersama pendidik.
9.5
Tempoh Penyesuaian
Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penyesuaian diri, ibu bapa tidak digalakkan menemani anak-anak sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran TASKA dan TADIKA NCDRC. Namun, sekiranya anak-anak masih tidak dapat menyesuaikan diri, perbincangan bersama pendidik akan diadakan.
Ibu bapa tidak dibenarkan berada dalam kawasan TASKA/TADIKA apabila pengajaran bermula.
9.6
Kecederaan Situasi yang membahayakan keselamatan bayi dan kanak-kanak berada di manamana.Kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga, tetapi hampir kesemua jenis kecederaan termasuklah yang mengakibatkan kematian boleh dicegah.Adalah penting pendidik dan pengasuh kanak-kanak untuk mengetahui tandatanda awal bahaya dan langkah-langkah bantuan yang boleh diberikan kerana ianya dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecacatan kekal kepada kanak-kanak di bawah pengawasan mereka. Berikut adalah langkah yang diambil:
Mempelajari teknik penyusuan bayi yang betul.
Bersabar ketika mengasuh bayi dan tidak boleh menggoncang bayi.
Menyediakan peralatan kanak-kanak dengan selamat dan mematuhi piawaian. Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
12
POLISI DAN PERATURAN
Memastikan ruang permainan yang lapang
Menyimpan ubat-ubatan, bahan-bahan berbahaya atau beracun, mancis dan pemetik api ditempat selamat.
10.0
Sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mandi.
Memastikan tiada bahan panas berdekatan kanak-kanak.
Mengawasi dan menasihati kanak-kanak supaya tidak bermain ketika makan.
Menyediakan bilik rawatan untuk kes-kes ringan.
KEHADIRAN
Kehadiran kanak-kanak sangat penting apabila berada di TASKA DAN TADIKA. Rekod kehadiran akan diambil setiap hari.
Ibu bapa diminta menghantar anak-anak bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi. Sekiranya lewat, ibu bapa diminta memaklumkan kepada pendidik atau pentadbir sebelum jam 9.00 pagi bagi melancarkan urusan penerimaan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Sekiranya kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA/TADIKA, ibu bapa/penjaga diminta memaklumkan kepada pendidik/pentadbir sama ada melalui telefon atau surat.
11.0
Ibu bapa perlu mengisi Buku Log kehadiran kanak-kanak yang disediakan.
PENGLIBATAN IBUBAPA Penglibatan ibu bapa/penjaga adalah pemangkin kepada kejayaan kanak-kanak. Ibu bapa/penjaga diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti di TASKA dan TADIKA NCDRC sekurang-kurangnya 1 jam sebulan. Tujuan penglibatan ibu bapa adalah untuk memberi peluang ibu bapa memahami perkembangan anak-anak di samping merapatkan hubungan bersama anak masing-masing. Penglibatan ibu bapa yang boleh dilakukan termasuk:
Ibu bapa/penjaga hendaklah hadir semasa sesi perjumpaan dengan pendidik dari masa ke semasa mengikut perancangan dan keperluan TASKA dan TADIKA;
Perjumpaan Ibu bapa dengan pendidik dua (2) kali setahun.
Penilaian kanak-kanak TASKA dan TADIKA NCDRC dijalankan secara berterusan.
Perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga dan pendidik diadakan dari masa ke semasa bagi membincangkan perkembangan dan isu-isu berkaitan anak-anak.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
13
POLISI DAN PERATURAN
Bekerjasama dengan pendidik bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran bersama kanak-kanak seperti :
i.
Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar.
ii.
Bermain bersama kanak-kanak.
iii.
Menyelia kanak-kanak semasa bermain di luar.
iv.
Membantu kanak-kanak melakukan aktiviti pembelajaran.
v.
Membaca dan bercerita.
vi.
Aktiviti luar.
vii.
Aktiviti sukan dan permainan
.
Sambutan Hari Lahir
i.
Ibu bapa/penjaga boleh menganjurkan sambutan hari lahir kanak-kanak di TASKA dan TADIKA.
ii.
Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan mengenai tarikh sambutan kepada pendidik kelas.
iii.
Ibu bapa/penjaga boleh menyediakan party pack (buah-buahan, roti dan air kotak) untuk majlis sambutan hari jadi
iv.
12.0
Ibu bapa digalakkan membawa pinggan dan cawan kertas untuk kanak-kanak.
CUTI TAHUNAN Cuti tahunan untuk TASKA dan TADIKA adalah sebanyak 5 (lima) hari. Berikut merupakan cuti untuk TASKA/TADIKA setiap tahun :
Hari Kanak-kanak Sedunia - 1 hari
Hari Keceriaan Persekitaran - 2 hari
Cuti Peristiwa - 1 hari
Latihan Kakitangan – 1 hari
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
14
POLISI DAN PERATURAN
13.0
MAKLUMAN ATAU ADUAN Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah atau aduan mengenai kanak-kanak dan perkhidmatan yang ditawarkan, boleh merujuk kepada pendidik masing-masing. 13.1
Memo Setiap memo dan makluman untuk ibu bapa/penjaga akan dihebahkan melalui surat dan email. Semua ibu bapa/penjaga perlu menyemak makluman berkaitan dari semasa ke semasa.
13.2
Hubungi Kami Sekiranya ibu bapa/penjaga memerlukan sebarang maklumat tambahan sila hubungi : Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Tel: 015 – 4817 129/7141/7143/7144/7142 Email:
[email protected]
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
15
POLISI DAN PERATURAN
Senarai Nama Kakitangan Pentadbiran TASKA dan TADIKA NCDRC Bil.
Nama
Jawatan
1
Pn. Amelia Bt Mohamed Amin
Pengurus
2
Cik Nursyazwani bt Ismail
Penyelia TASKA
3
Cik Noraida bt Othman
Penyelia TADIKA
4
Pn. Naziroh bt Haji Romli
Pendidik
5
Pn. Mimi Baijura bt Mohd Yusoff
Pendidik
6
Pn. Noor Sharizad bt Rohaizad
Pendidik
7
Pn. Norelme bt Mokhtar
Pendidik
8
Pn. Rozita bt Md Rosly
Pendidik
9
Pn. Nurul Husmi Sulaiman
Pendidik
10
Pn. Nur Hidayah Shazira bt Mohd Shukor
Pendidik
11
Pn. Nor Azura bt Yusofe
Pendidik
12
En. Mohd Nor Zakuan bin Abdul Rashid
Pendidik
13
Cik Izni bt Mohd Daud
PPM
14
Pn. Nor Baizura bt Zahari
PPM
15
Pn. Rose She-ra bt Mohd Saharuddin
PPM
16
Cik Nurul Asikin bt Arbain
PPM
17
Cik Noor Wahedah Sayuti
PPM
18
Cik Nurul Izzati Mohd Noor
PPM
19
Pn. Maziah bt Ahmad
PPM
20
Pn. Noorasyikin bt Osman
PPM
21
Pn. Farah Hadila bt Abas
PPM
22
Pn. Hashimah bt Harun
PPM
23
Pn. Noor Jannah bt Ayob
PPM
24
Cik Nurul Ashikin bt Hassan Basri
PPM
25
Cik Syamazatulaini bt Abd Samat
PPM
26
Pn. Laliawati bt Hassan
Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA
27
Pn. Melati bt Khalid
Pe mb an tu TA SK A/ TAD IK A
28
Pn. Zuzila bt Abdul Rahman
Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA
29
Pn. Radziah bt Hassim
Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA
30
Cik Nor Hazlina Bt Ab Samad
Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
16
POLISI DAN PERATURAN
31
Pn. Saniah bt Ali
Pe mb an tu TA SK A/ TAD IK A
32
Pn. Halimatus Saadiah bt ali
Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA
33
Pn. Azura Suhaila Izani bt Azid
Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA
34
Cik Aziema bt Sefee
Pe mb an tu TA SK A/ TAD IK A
35
Pn. Noor Atikah bt Mokhtar
Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA
36
En. Nor Azwan Jaafar
Pembantu Penyediaan Makanan
37
Cik Nor Ain bt Ismail
Pembantu Penyediaan Makanan
38
Cik Nor Hayati bt Haron
Pembantu Penyediaan Makanan
39
Pn. Syarifah Sehah bt Syed Yassin
Pembantu Penyediaan Makanan
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC
17