Penilaian autentik adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 ). Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins) 3) Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins) 4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan yang baik. (Wiggins) 5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins)
MENGAPA MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK Guru biasanya akan menggunakan kedua-dua pentaksiran iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran autentik utnuk tujuan yang berbeza. Kenapa guru memilih untuk menggunakan pentaksiran autentik dan menjadi semakin popular mutakhir ini. 1. Pentaksiran autentik adalah pengukuran langsung (sebenar) 2. Pentaksiran autentik merangkumi pembelajaran secara semulajadi 3. Pentaksiran autentik mengintegrasikan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran PENTAKSIRAN AUNTENTIK DALAM PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Semua kaedah penilaian yang dinyatakan di atas, sukar untuk diseragamkan bagi keseluruhan murid dalam sistem pendidikan dan ianya lebih efektif melalui PBS kerana guru lebih mengetahui, mengenali dan paling hampir dengan murid dan tahu apa yang sepatutnya dinilai daripada murid. Melaui PBS, guru diberi ruang dan peluang untuk menentukan bentuk dan kaedah penugasan kepada murid yang berkaitrapat dengan objektif pembelajaran murid berdasarkan kepada kebolehan, keupayaan, kemampuan dan persekitaran murid yang sebenar. Ciri penting dalam PBS adalah pertimbangan atau “judgment” guru terhadap tugasan yang dihasilkan oleh murid yang bersifat subjektif. Penilaian yang bersifat subjektif memberikan pelbagai kemungkinan tafsiran daripada seorang guru dan ianya akan membangkitkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan terhadap penilaian guru. Oleh yang demikian, PBS dilengkapi dengan pentaksiran rubrik atau Band sebagai rujukan dan panduan untuk guru dalam menilai hasil kerja murid mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam setiap tahap Band. enilaian guru adalah berpandukan perbandingan antara skor yang diperolehi murid dengan Band yang telah ditetapkan.Semua murid berpeluang mencapai tahap Band
tertinggi atau dianggap menguasai objektif pembelajaran dengan memperoleh skor minimum atau tahap kompetensi minimum. PBS adalah berkonsepkan pembelajaran masteri atau menguasai pembelajaran dalam satu julat skor yang telah ditetapkan. Perbezaan skor yang diperoleh dalam julat Band yang sama tidak membezakan tahap penguasaan murid sebagai contoh tahap skor minima ditetapkan bagi Band 6 adalah 80% hingga 100% , sekiranya murid X memperoleh skor 85%, murid Y memperoleh 81% dan murid Z memperoleh skor 95%, kesemua murid dianggap telah menguasai pembelajaran dengan memperoleh Band 6.
Pentaksiran kerja kursus atau portfolio – Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik.
Kepelbagaian Bentuk Perlaksanaan Pentaksiran Autentik. Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah. Pentaksiran prestasi – Pelajar dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar. Pemerhatian guru – Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu. Persidangan – Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu. Pentaksiran kendiri – Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar. Pentaksiran rakan sebaya- Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar. Pentaksiran kerja kursus atau portfolio – Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahanbahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik.
Definisi Pentaksiran Autentik Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ”duduk bersama” antara pentaksir dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data dan menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk program, individu dan lain-lain. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberiki nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan / amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam kedaan sebenarnya (Bhasah, 2007). Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan atau amali terhadap sesuatu tugasan yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Dalam konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah sebenar berlaku. Ciri-ciri Pentaksiran Autentik 1.Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan penguasaan terhadap kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu tugasan kepada keadaan sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut. 2. Bentuk pentaksiran yang dijalankan menyerupai situasi sebenar dalam aspek konteks dan attitude professional serta kecekapan.
3. Pentaksiran yang dijalankan adalah sejajar dengan kehendak hasil pembelajaran, kandungan kurikulum dan maklumat kerjaya masa hadapan. 4. Menekankan kepada proses pembelajaran , bukan hanya kepada markah peperiksaan 5. Dapat menarik minat murid dan memberi motivasi kepada murid dalam menyelesaikan tugasan, menyeronokkan, mencabar dan boleh diselesaikan oleh murid 6. Memberi peluang kepada murid untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesai masalah dalam situasi profesional 7. Memberi evidens yang kukuh membuktikan bahawa murid telah mencapai kehendak hasil pembelajaran. Enam Prinsip Pentaksiran Autentik Menurut Lois Bridges ( 1995 ) 1.Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang berterusan. Pelajar akan dimaklumkan mengenai aspek pengajaran dan pembinaan kurikulum. Ini kerana pelajar terlibat dengan penilaian tersebut. 2.Pentaksiran autentik adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum. kanak-kanak dinilai manakala mereka terlibat dengan pengalaman pembelajaran di bilik darjah, bukan sahaja sebelum atau selepas unit melalui ujian pra - atau –ujian pasca. 3.Pentaksiran autentik berkembang sesuai dengan budaya atau persekitaran. 4.Pentaksiran autentik fokus kepada keupayaan pelajar. Guru menilai bagaimana pelajar boleh lakukan, pengetahuan, bagaimana mereka perlu belajar. 5. Pentaksiran autentik mengiktiraf penilaian yang paling penting ialah penilaian kendiri. Pelajar dan guru perlu mengetahui apa yang mereka nilai dan dinilai agar dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. 6. Pentaksiran autentik menggalakkan kolaborasi di antara pelajar, guru, ibu bapa bersama untuk memberi refleksi dan menilai pembelajaran.
Perbandingan antara penilaian tradisional dengan penilaian autentik
a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m)
Matlamat bagi penilaian autentik telah berfokus pada kefahaman dan membantu kemahiran seseorang pelajar supaya dapat membiasakan diri dalam dunia sebenar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan semasa pengajaran dan akan dijalankan secara berterusan berdasarkan prestasi tingkah laku. Pelbagai kemahiran akan dinilai semasa pengajaran dan juga secara berterusan. Dalam penilaian autentik, ujian akan dijalankan secara kerap dalam pelbagai format. Penilaian autentik dapat memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti : Kemahiran penilaian kendiri Kemahiran pemikiran reflektif Kemahiran metakognisi Kemahiran penyelesaian masalah dalam proses belajar Membina kefahaman baru Memupuk penerimaan kendiri, menghargai dan saling menghormati Empowerment dengan memberi keupayaan memilih Penambahan arahan Disiplin tanpa tekanan Disiplin kawalan tugas dan disiplin kawalan kumpulan Pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar Kontekstual, konstruktivis, akses kendiri dan misteri Menambah baik pelaksanaan kurikulum Penilaian tradisional Penilaian tradisional lazimnya menguji IQ yang belum menggambar kecerdasan sebenar seseorang. Matlamat bagi penilaian tradisional hanya berfokus pada gred dan tahap pembelajaran seseorang pelajar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan selepas pengajaran. Kemahiran yang terhad hanya akan dinilai selepas pengajaran. Dalam penilaian tradisional, ujian hanya akan dijalankan sekali. Ia lebih formatif dan dalam bentuk bertulis. Kesimpulan Daniel Goleman (1995), menyokong pendapat ini dengan mengatakan hanya empat peratus sahaja kaitan kejayaan dalam peperiksaan dengan prestasi seseorang di tempat kerja. Beliau merumuskan bahawa kurang hubung kaitnya antara IQ dengan kejayaan seseorang dalam kehidupan. Oleh itu, penilaian seharusnya direka bentuk supaya lebih adil bagi menilai pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar. Ujian berdasar kriteria kecerdasan tidak mengehadkan kepada ujian bertulis tetapi memberi peluang mengaplikasikan kemahiran tertentu.
Penilaian autentik telah berubah daripada segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar seterusnya strategi penilaian. Ia lebih memberi makna, menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi pelajar ke tahap optimum.
Perkaitan antara Pentaksiran Autentik dan Penilaian Berasaskan Sekolah {PBS}. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan proses mengumpul yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran Secara kesimpulannya, Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu pentaksiran yang sama sebenarnya. Kedua-dua pentaksiran mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-dua pentaksiran menekankan kepada penilaian fomatif dan penilaian sumatif. Melalui kedua-dua pentaksiran ia membantu guru menjadikan pentaksiran sebagai indikator yang komprehensif mengenai kemampuan murid dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat danpenentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Rubrik Penskoran
Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria. Ssekurang-kurangnya 2 tahap kriteria perlu ditetapkan seperti daripada menguasai dan tidak menguasai. Kriteria ini digunakan untuk membuat rangking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terbahagi kepada dua iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik. Rubrik analitik merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. Maklumat lebih terperinci. Guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Ia menyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran.Contoh pemarkahan bagi pendidikan seni menggambar. Terdapat markah atau gred dan kriteria seperti penyediaan alat, pengwujudan idea, gubahan dan interpretasi. Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ia dapat membantu guru menyediakan markah yag lebih cepat. Mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. Contohnya Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Kebaikan penilaian berasaskan rubrik i) Memberi gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian yang dibuat ii) Guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek sesuatu projek iii) Pemahaman murid/pelajar lebih jelas iv) Mengurangkan tekanan pelajar dan guru v) Membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu dalam penilaian dan memendekkan separuh masa penilaian pelajar.
Kepentingan Pentaksiran Autentik Dan Pentaksiran Performance Based
Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna.
Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
TUGASAN 2 1.0 DEFINISI 2.0 PERBEZAAN PENTAKSIRAN TRADISIONAL DAN AUTENTIK 3.0 ASAS TEORI PENTAKSIRAN AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME) 4.0 PRINSIP PENTAKSIRAN AUTENTIK 5.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK 6.0 BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN AUTENTIK 7.0 RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK 8.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK 9.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBS 10.0 CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO PENDIDIKAN KHAS & SEK MEN) 11.0 CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO SEK. REN & PRA SEK) 1.0
DEFINISI
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi. Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif. Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar.
Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif di peringkat pengetahuan dan pemahaman malah melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Saptu & Said (2011) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya merujuk kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut Logsdon (2011), pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran autentik juga merupakan penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach & Associates, 2011). Pentaksiran autentik secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas. Pentaksiran autentik menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya (Companies, 2011). Jesteru itu, pentaksiran autentik adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran autentik ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran yang dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas untuk menguji dan mengukur. Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Menurut Bailey (1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung tidak autentik, one-shot, speed-based , dan rujukan norma. Law & Eckes (1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian – peristiwa tunggal (single-occasion)iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. Bailey (1998) juga
menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan kepada pelajar dalam pentaksiran ini. Law & Eckes (1995) menunjukkan kebanyakkan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. Manakala Dikli (2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian ( Begum & Farooqui , 2008 ). Sebaliknya pentaksiran autentik, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Pentaksiran autentik memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang berbeza. Pentaksiran autentik atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemah kehendak tugasan. Guru juga dapat menetukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pentaksiran yang bersifat autentik adalah pentaksiran kerja kursus atau portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Khan, 2009). Penilaian autentik adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 ). Penilaian autentik adalah sesuatu yang diuji untuk menunjukkankemahiran dan kecekapan tertentu untuk menunjukkan sama ada telah menguasai kemahiran serta pengetahuan tersebut. (Stiggins, 1987) Penilaian autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi dan seringkali digunakan seiring. Penilaian autentik bermaksud penilaian prestasi yang memerlukan pelajar untuk menjana idea dan bukannya memilih jawapan yang telah tersedia. (Worten, 1993).
Menurut perspektif ahli falsafah pendidikan menyatakan bahawa Penilaian Autentik bermaksud tugasan pelajar yang berbentuk amali yang berkaitan dengan pelajaran agar penilaian boleh dibuat daripada hasil tugasan tersebut. (Burke, 2005) Bagi lebih jelas, di bawah terdapat beberapa takrif daripada pakar dalam bidang itu untuk menggambarkan penilaian autentik dengan lebih jelas. 1) Kaedah yang menekankan pembelajaran dan pemikiran, kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya seperti strategi menyelesaikan masalah. (Collin) 2) Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins) 3) Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins) 4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan yang baik. (Wiggins) 5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins) 2.0 PERBEZAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DAN TRADISIONAL BIL AUTENTIK TRADISIONAL 1.
Berpusatkan murid
2.
Pelbagai jenis pentaksiran (esei, potfolio, Kaedah pentaksiran secara Ujian Bertulis, eksperimen, persembahan, pameran) Ujian Lisan
3.
Tidak menunjukkan keadaan sebenar apa Murid mengalami situasi sebenar dalam sesuatu perkara/ujian. yang murid tahu.
4.
Penilaian akan memimpin kurikulum. Kurikulum memacu pentaksiran
5.
Murid menganalis, sintesis dan Murid akan mengingat kembali fakta atau menggunakan apa yang diperolehi idea yang diperoleh dalam sesuatu ujian. dalam skop yang lebih luas
6.
Soalan adalah secara terus tanpa Soalan adalah bertumpu kepada aras memerlukan pemikiran yang kompleks tinggi.
7.
Pentaksiran berterusan dari semasa ke semasa Kriteria pemarkahan ditentukan, rubrik disediakan untuk mencapai keputusan yang terbaik Murid lebih aktif dan terlebih secara langsung dalam aktiviti. Bukti pencapaian murid secara langsung Lebih kepada kaedah membina dan mengaplikasi.
8. 9. 10. 11.
Berpusatkan guru
Beroreintasikan peperiksaan, jadual. Pencapaian ditentukan melalui gred Murid pasif dan mengikut arahan yang ditetapkan. Bukti pencapaian murid secara tidak langsung Lebih kepada kaedah menghafal dan mengenalpasti.
12. 13.
Penilaian secara konteks kehidupan sebenar Pelajar perlu melakukan tugasan
Penilaian kepada konteks yang terkawal Pelajar memilih respon / ayat pendek
14.
Penilaian holistik dan bersepadu
Berfokuskan pencapaian kognitif
15.
Penilaian semasa proses pembelajaran dan produk akhir Guru dapat merancang pengajaran berdasarkan kecenderungan dan keupayaan pelajar.
Penilaian berasaskan produk/hasil akhir Kebolehan dan kecendurangan murid tidak dapat dikenalpasti secara langsung.
16.
3.0 ASAS TEORI PENTAKSIRAN AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME) PERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK Konsep pembelajaran konstruktivisme berkaitan dengan bagaimana manusia memperoleh ilmu . Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia termasuklah melalui didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses pembelajaran di sekolah dan segala yang dilihat oleh mereka. Seterusnya murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman sedia ada murid termasuklah bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga dalam kelompok keluarga, di sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti setempat. Kemudian murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia untuk membina pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam aktiviti seharian atau pada masa akan datang. Perkaitan Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan berdasarkan definisi iaitu Penilaian Autentik melibatkan penilaian pencapaian sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme sebagaimana diterangkan di atas merupakan teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman pembelajaran-membuat refleksi. Dari segi prinsip asas pula Penilaian Autentik berdasarkan kurikulum dan mengaplikasi dengan Integrasi kandungan instruksional. Teori Pembelajaran Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi. Manakala dari segi tujuan Penilaian Autentik bertujuan ntuk mentafsir hasil pembelajaran, proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme untuk menilai input, proses dan kualiti produk dan menilai tugasan pelajar. Format dan bentuk penilaian pula bagi Penilaian Autentik bersifat Holistik,menggunakan rubrik yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diuji. Serta mengandungi pemarkahan dan open-minded . Sebagai contoh penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri penemuan dan eksperimen. PERKAITAN TEORI BEHAVIOURISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK “Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan” ~ Williams & Anandam (1973) Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,dimana hubungan diantara rangsangan luar dengan tindak balas dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal.Tokohtokoh mazhab behaviorisme adalah seperti Pavlov,Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan,dikawal dan diramal. Menurut perspektif behaviourisme,pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Teori behaviourisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Secara amnya,sumbangan pemikiran ahli behaviourisme terbahagi kepada 2 kategori iaitu pelaziman klasik-Ivan Pavlov dan J.B Watson dan pelaziman operanThorndike dan B.F.Skinner. HUKUM LATIHAN Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh dalam pentaksiran ialah pengulangan dalam ujian akan menyebabkan murid dapat memahami dengan lebih mendalam) HUKUM KESAN Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan iaitu ganjaran seperti pujian dan hadiah selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan.Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti sesuatu yang tidak menyenangkan.
HUKUM KESEDIAAN Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi. HUKUMAN Akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman iaitu Dendaan dikenakan ke atas sesuautu gerak balas menyebabkan gerak balas akan dihentikan atau kekerapan menurun. Sekatan daripadaa sesuaut yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari. Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka. Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum
balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya. 4.0 PRINSIP PENTAKSIRAN AUTENTIK Prinsip-prinsip Pentaksiran Prinsip-prinsip pentaksiran adalah berkaitan antara satu sama lain. Contohnya instrumen yang disediakan hendaklah sesuai dengan kumpulan murid yang ditaksir. Ini adalah sangat penting kerana aras kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut tahun persekolahan. Oleh yang demikian, adalah amat tidak relevan sekiranya kertas soalan tahun 5 diberikan kepada murid-murid tahun 3 dan sebagainya.
Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrument atau pun satu alat untuk menguji pencapaian dan pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji. Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan adalah relevan dan menepati tujuan pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di bawah. Prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan juga mereka yang menganalisis skrip jawapan atau pun respons-respons yang telah diberikan oleh murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini baru lah skor yang diperolehi itu adalah lebih tepat dan menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid yang sebenar. Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru untuk menganalisis secara lebih terperinci tentang pencapaian dan tahap penguasaan murid-murid.
Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran. Tugasan berbeza setiap tahun. Dilaksana di sekolah. Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih
dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib. Ditaksiroleh guru matapelajaran. Skor berdasarkan Standard Prestasi
Lembaga Peperiksaan. Pemantauan dan
dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard. Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan
penyelarasan
peringkat
yang
dikeluarkan
dalaman
dan
oleh luaran
akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah. Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui.Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995).Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanakkanak.Untuk itu, konsep pentaksiran autentik telah diunjurkan.
Situasi 1 "Cikgu Rahman ingin menjalankan pentaksiran terhadap murid-muridnya. Terlebih dahulu Cikgu Rahman menentukan tahun persekolahan murid-muridnya iaitu tahun 4. Selain menentukan tahun persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu menetapkan skop pengetahuan murid-muridnya iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah disampaikan dan apakah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya telah dikuasai oleh mereka untuk suatu tempoh persekolahan (pertengahan semester, satu semester, setelah satu kemahiran dan sebagainya)." Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk kepada hasil pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid di dalam kertas ujian mereka. Respons-respons murid memainkan peranan yang sangat penting di dalam pentaksiran kerana respons-respons ini mengandungi data-data atau pun maklumat-maklumat tentang pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh
persekolahan; penguasaan murid-murid tentang satu-satu tajuk atau kemahiran; dan juga keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru. Prinsip-prinsip Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah: 5.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional. Ciri-cirinya pentaksiran autentik ialah: 1. Berorientasikan proses Membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada. 2. Bersifat dua hala Guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak perspektif diambil kira dalam penilaian yang dijalankan 3. Bersistematik Merujuk kepada kriteria yang ditetapkan 4. Bersifat autentik Berdasarkan aktiviti bilik darjah yang sebenar. 5. Bersifat ujian terbuka Lebih dinamik dan fleksibel Ciri-ciri pentaksiran autentik menurut pandangan Wiggins, G 1. Berstruktur dan logistik Lebih sesuai untuk orang awam kerana melibatkan pendengar, barisan panel dan sebagainya. Tidak dipengaruhi oleh kekangan masa yang tidak realistik sewenang-wenangnya. Mengemukakan tugasan atau soalan yang diketahui dan bukan rahsia. Lebih berbentuk portfolio Memerlukan kolaborasi dengan orang lain Berulang-ulang dan sesuai digunakan untuk latihan atau raptai Menjalankan penilaian dan memberi maklum balas kepada pelajar supaya jadual sekolah, struktur dan polisi dapat diubahsuai untuk menyokong mereka. 2. Berbentuk intelektual Penting iaitu tidak sewenang-wenangnya dibuat untuk mendapatkan gred. Bersifat memudahkan kerana dibentuk untuk membimbing pelajar ke arah penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang canggih. Bersifat kontekstual dan menguji minda Melibatkan kajian dan penggunaan pengetahuan pelajar di mana “kandungan” adalah makna
Menilai tabiat dan koleksi pelajar dan tidak hanya menguji kemahiran yang dibekal. Bersifat mencabar iaitu diwujudkan untuk kajian secara mendalam Menawan dan bersifat pendidikan Melibatkan tugasan atau masalah yang samar-samar 3. Standard penskoran Melibatkan kriteria yang menilai kepentingan Digunakan untuk menunjukkan standard prestasi iaitu ujian rujukan kriteria dan bukan ujian rujukan norma Membolehkan penilaian kendiri sebagai sebahagian daripada penilaian. Menggunakan sistem penskoran pelbagai aspek untuk menggantikan gred agregat. 4. Keadilan dan kesamarataan Mencungkil dan mengenal pasti kekuatan yang terpendam. Mendapatkan keseimbangan yang berterusan antara pencapaian dan kemahiran sebelum latihan. Mengurangkan perbandingan yang tidak adil. Membolehkan pelajar menggunakan gaya pembelajaran dan minat tersendiri. Ciri-ciri tugasan autentik merangkumi: 1. Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar. Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dalam tugasan seperti dalam profesion sebenar yang lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak konteks. 2. Tugasan autentik adalah terbuka (ill- defined), memerlukan pelajar mengenal pasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan satu aktiviti. Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang sedia ada. 3. Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh pelajar dalam tempoh masa atau jangka masa yang lebih panjang. Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik daripada beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih bermakna iaitu masa yang signifikan dan sumber yang benar dan berintelek. 4. Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti dan mengkaji tugasan daripada pelbagai perspektif serta menggunakan pelbagai sumber. Tugasan autentik menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti penyelesaian masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif di mana pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang terhad bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenal pasti maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan. 5. Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk berkolaborasi.
Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan sama ada ketika dalam mengikuti kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar. Ia lebih baik daripada pencapaian kejayaan secara individu. 6. Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi Aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan refleksi semula ke atas pembelajaran mereka sama ada secara individu ataupun sosial. 7. Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan meretas displin subjek dan mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan Aktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai displin dan membenarkan pelbagai peranan serta kemahiran 8. Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian Penilaian aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik iaitu lebih baik daripada penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktiviti sebenar yang berlaku. 9. Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatu Aktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna, lebih baik daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau langkah-langkah penyediaan sesuatu. 10. Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasil Aktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang semula jadi lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu sahaja tindak balas benar yang dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau prosedur tertentu. Ciri-ciri pentaksiran autentik murid prasekolah Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama pentaksiran autentik prasekolah adalah seperti berikut: 1. Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak. 2. Lebih mementingkan proses 3. Dijalankan secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang tenang. 4. Dijalankan secara berterusan 5. Tidak membanding dan melabelkan murid 6. Bersifat diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan. 7. Berfokus kepada tahap perkembangan murid. 8. Tugasan pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid. 9. Menepati standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
6.0 BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN AUTENTIK Bentuk-bentuk Pentaksiran Autentik Pentaksiran prestasi melalui pemerhatian guru -
Sesuatu untuk mentafsir sikap, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses pembelajaran berlaku. Instrumen yang diperlukan bagi pentaksiran prestasi ialah senarai semak dan skala kedudukan (rubric holistik atau rubric analitikal)
Persidangan -
Mendemonstrasikan hasil karya dalam pameran atau persidangan seperti di Pameran Sains dan Pertunjukan Seni.
Pentaksiran Kendiri -
Pelajar menilai diri sendiri.
Pentaksiran Rakan Sebaya -
Memepersembahkan karya tulisan asli kepada rakan sebaya dan mendapatkan maklum balas dari mereka.
Pentaksiran Kerja Kursus/Portfolio -
-
Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar dan memberi peluang yang besar kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004) Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh guru dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990).
Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu: 1. Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios) - Dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran proses seperti penilaian
kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk atau prestasi. 2. Portfolio ‘Showcase’ (Showcase Portfolio) - Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester, membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa pelajar kepada bakal guru mereka. 3. Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios) - Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan serta menempatkan pelajar sewajarnya. - Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar. - Antara persoalan tersebut adalah: 1. 2. 3.
Tujuan Audien Kandungan
4.
Proses
5.
Pengurusan
6.
Komunikasi
7.
Penilaian
: Apakah tujuan portfolio dihasilkan? : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan? : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu dimasukkan? : Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan portfolio? : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam penghasilan portfolio? : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama audien? : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian, bila dan bagaimana ia akan dinilai?
7.0 RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK 1.0
RUBRIK DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK 1.1
Pengenalan
Secara amnya, pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Selain daripada itu juga, pentaksiran juga dapat disama ertikan dengan proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi meklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Oleh itu, maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Walau bagaimanapun, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnosis. Pentaksiran bertujuan bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.Selain itu juga, melalui pentaksiran guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pelaksanaan pentaksiran ini, guru boleh mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, guru juga harus peka terhadap pengajaran yang disampaikan kerana dengan pelaksanaan pentaksiran ini, guru boleh memperbaiki kekurangan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Menurut Dunn (1991) dalam Mohd. Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh murid sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Menurut Noraini Idris (2010), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini juga amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran murid. Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah dalam usaha untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap yang maksimum.
1.2
Pengertian Penilaian Rubrik
Rubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru guru. Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator)yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kepada kriteria yang jelas dan khusus. Penaksiran secara subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan dengan merujuk kepada objektif pembelajaran. Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan oleh guru berdasarkan tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek dan amali. Rubrik juga adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. Rubrik membolehkan penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. Ini juga merupakan usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. Oleh sebab, kriteria umum, rubrik membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menilai kriteria, yang boleh rumit dan subjektif. Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya mengajar. Selain itu, rubrik merupakan panduan penilaian yang menggambarkan kriteria yang diinginkan guru dalam menilai atau memberi tingkatan dari hasil tugasan individu. Tujuan dari penilaian rubrik adalah diharapkan secara jelas memahami dasar penilaian yang akan digunakan untuk mengukur suatu tugas. Rubrik dapat memberi panduan dan mampu menjadi pendorong atau motivasi bagi individu. 1.3 Ciri-ciri rubrik yang baik Rubrik yang mudah digunakan Huraian maklumat berkenaan segala maklumat penskoran dinyatakan dengan mudah dan jelas untuk dirujuk Diskripsi tugasan yang jelas Penjelasan kualiti bagi setiap kriteria dinyatakan dengan terperinci Penggunaan bahasa yang jelas Membantu dalam tujuan permarkahan Mudah membezakan tahap kualiti respon calon Ciri-ciri umum berikut rubrik dapat dibezakan, menurut Bernie Dodge dan Nancy Pickett (2007), tumpuan pada pengukuran tujuan lain (prestasi, perilaku, atau kualiti)
Menggunakan rentang untuk menilai prestasi. Mengandungi ciri-ciri prestasi tertentu ditetapkan dalam tahap yang menunjukkan sejauh mana standard telah dipenuhi. Rubrik Scoring merangkumi satu atau lebih dimensi yang prestasi undian, definisi dan contoh-contoh yang menggambarkan sifat (s) telah diukur dan skala rating untuk setiap dimensi. Dimensi umumnya disebut sebagai kriteria, skala penilaian sebagai peringkat, dan definisi sebagai deskriptor. Herman, Aschbacher dan Winters (1992) membezakan unsur-unsur berikut dari sebuah rubrik skor iaitu satu atau lebih ciri-ciri atau dimensi yang bertugas sebagai asas untuk menilai respon pelajar, definisi dan contoh-contoh untuk memperjelas makna dari setiap sifat atau dimensi dan skala nilai yang masing-masing untuk mengadar dimensi. Standard keunggulan untuk tahap prestasi yang ditetapkan dengan model atau contoh-contoh sejak 1980-an, banyak rubrik disediakan dalam format grafik, biasanya tempat. Pengajian keberkesanan rubrik sekarang mempertimbangkan kecekapan dari grid di atas, katakanlah, senarai berasaskan teks kriteria. Rubrik biasanya dibuat dalam bentuk jadual dua lajur, iaitu kriteria dan kualiti. Kriteria merupakan yang utama. Kemudian diperincikan menjadi komponenkomponen penting atau dapat pula komponen-komponen ditulis terus tanpa disatukan dalam yang utama. Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga bersifat khusus atau hanya berlaku untuk suatu topik tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat ditunjukkan dalam bentuk holistic rubric. Rubrik holistik adalah panduan untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria serta dapat pula dalam bentuk analytic rubric, rubrik analitik adalah panduan untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan dengan menggunakan rubrik ini dapat dianalisis kelemahan atau kelebihan individu.
Rajah 1 ; Contoh rubrik holistik Skor Deskripsi Respons terhadap tugas sangat spesifik. Maklumat yang diberikan tepat dan memperlihatkan pemahaman yang kukuh. Respons dikemukakan adalah asli. Jawapan ringkas dan 4 menjurus kepada masalah yang diminta serta kesimpulan dan pendapat adalah secara logik. Secara menyeluruh, respons lengkap dan memuaskan.
3
Respons menjawab soalan yang diberikan. Maklumat yang diberikan tepat. Respons dikemukakan adalah asli, jelas tetapi huraian panjang lebar.
Skor
Deskripsi
2
Respons kurang memuaskan. Walaupun maklumat yang diberikan tepat tetapi tidak ada kesimpulan dan pendapat serta kurang logik.
1
Respons tidak menjawab soalan yang diberikan. Banyak maklumat yang hilang dan tidak tepat. Tidak ada kesimpulan atau pendapat.
Rajah 2 ; Contoh rubrik analitik Sko r
Grafik
Spesifikasi
Rasional
4
Gambar dan perkaitan tentang grafik yang diberikan benar
Semua spesifikasi yang diberikan benar
Rasional yang diberikan jelas.
3
Sebagian besar gambar dan perkaitan yang diberikan benar
Semua spesifikasi yang diberikan benar
Penjelasan diberikan, tetapi masih tidak jelas
2
Beberapa gambar dan perkaitan yang ditunjukan benar
Hanya sebagian spesifikasi yang benar
Rasional yang diberikan tidak lengkap
2.0
Gambar dan Spesifikasi yang Rasional yang perkaitan yang diberikan salah diberikan tidak benar 1 diberikan sangat terbatas dan hanya sedikit yang benar TUJUAN RUBRIK DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK Tujuan pemarkahan berasaskan rubrik adalah Kebanyakan pakar berpendapat rubrik boleh memperbaiki kerja murid dan meningkatkan pembelajaran kerana ia menyediakan panduan yang eksplisit ( jelas dan terang ) bagi murid. Membantu para pelajar memperbaiki kualiti kerja mereka dan seterusnya mempertingkatkan pengetahuan mereka. Guru-guru boleh menggunakan rubrik untuk pelbagai aktiviti dengan sedikit pengubahsuaian. Membantu guru menilai dengan tepat, tidak berat sebelah dan konsisten di dalam pemarkahan. Ciri ciri umum rubrik menggunakan skala dalam menentukan pencapaian tiap tiap bidang, mengandungi spesifikasi yang spesifik tentang kriteria dan kualiti yang disusun mengikut tahap bagi menunjukkan
setakat mana kriteria dan piawai dicapai.adalah memfokuskan pengukuran berasaskan kepada objektif dengan jelas, Kebaikan penilaian berasaskan rubrik adalah akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang penilaian yang dibuat. Guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek aspek sesuatu projek. Pemahaman murid adalah lebih jelas serta mengurangkan tekanan pelajar dan guru. Selain daripada itu, rubrik membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu dalam penilaian dan memendekkan separuh masa penilaian pelajar. Pihak penjaga mengetahui tentang penilaian yang dibuat seterusnya meningkatkan standard kredibiliti dan efektif. Selain itu, dapat meningkatkan komunikasi antara pelajar dan guru. Mengalakkan percambahan idea dan tidak terhad apa yang dipelajari.
Kesimpulannya rubrik selalu digunakan sebagai kaedah alternatif untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar di dalam pembelajaran. Di dalam mentaksir,rubrik direka untuk memberi maklum balas kepada guru mengenai tahap kebolehan pelajar. Rubrik memberi fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu kepada pelajar kuasai di mana hasil pembelajaran akan digunakan untuk menghasilkan ujian atau tugasan untuk dinilai setakat mana pengetahuan dan pemahaman pelajar. 8.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA PELAJAR Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran pelajar itu mampu memberi perubahan kepada pelajar tersebut sama ada dari segi kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran autentik memberi pelbagai kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja. Selain itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Disamping itu melalui pentaksiran autentik pelajar dapat memahami kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus dimana murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung dapat mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik mereka kerana mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
6.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA GURU Menurut Pert (1990) pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Oleh hal yang sedemikian pentaksiran autentikmemberikan manfaat kepada guru dalam bentuk maklum balas secara langsung bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya sekiranya seseorang pelajar tidak menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran guru boleh melakukan intervensi untuk megatasi masalah tersebut melalui memperbaikipenyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan.Maklumbalas yang diterima oelh guru boleh membantu guru menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar. Selain itu, penggunaan teknik atau kaedah yang dijalankan semasa pentaksiran autentik contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi
pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Hal ini secara tidak lansung, guru dapat melihat perkembangan pencapaian pelajar melalui hasil kerja pelajar. Contohnya melalui portfolio guru dapat menyimpan hasil kerja murid sebagai bukti peningkatan pencapaian pelajar terhadap sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Disamping itu, melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Contohnya keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah lawan, merancang dan melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yg berseni dan sebagainya. Hal ini juga dapat memudahkan guru untuk membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian yang berterusan sepanjang proses belajar. 9.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBS Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanakkanak. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990).
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan
terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.
2. PENTAKSIRAN PRASEKOLAH Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Proses
dalam
pentaksiran
melibatkan
aktiviti
mengumpul,
di prasekolah.
menganalisis
dan
menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah. Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada
usaha ke arah
penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau
selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.
3. PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.. Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ianya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaranmerupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan. Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses dan produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (juga dipanggil bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan. Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi kepada ”kejayaan” dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard
prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri. Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor.Kriteria merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. Ianya menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan. Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ...) atau markah (1, 2, 3, ...) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah Belum Menguasai (), Sedang Maju ()dan Telah Menguasai (). Tiga skor ini mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.
PORTFOLIO Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar dan memberi peluang yang besar kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004)
Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh guru dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990)
1.
2.
3.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu: Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios) – Dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk atau prestasi. Portfolio ‘Showcase’ (Showcase Portfolio) – Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester, membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa pelajar kepada bakal guru mereka. Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios) – Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan serta menempatkan pelajar sewajarnya. Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar. Antara persoalan tersebut adalah: Tujuan : Apakah tujuan portfolio dihasilkan? Audien : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan? Kandungan : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu dimasukkan? Proses : Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan portfolio? Pengurusan : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam penghasilan portfolio? Komunikasi : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama audien? Penilaian : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian, bila dan bagaimana ia akan dinilai?