Pengurusan Aduan Buruh Oleh Jabatan Tenaga Kerja Aduan yang dikendalikan oleh JTK adalah : (I) Aduan oleh pekerja terhadap majikannya kerana tidak mematuhi peruntukkan undangundang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan ( monetary benefit ) atau faedah bukan kewangan ( non-monetary benefit ). ). Contoh adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Tidak dibayar gaji Tiada cuti tahunan Tidak melapor penggajian pekerja asing Diberhentikan Diberhentik an kerja tanpa notis Tiada kontrak perkhidmatan Lewat bayar gaji Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012 Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
(II) Aduan oleh pekerja pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi dasar Kerajaan atau adat resam resam serta amalan buruh yang tidak sihat.Contoh:
1. 2. 3. 4.
Diskriminasi kaum Tidak dibenarkan solat Amalan Buruh Tak Saksama Diskriminasi kaum/jantina kaum/jantina
JTK akan menyiasat setiap aduan yang diterima berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan berasas, majikan boleh dikenakan tindakan undangundang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan. Sekiranya aduan melibatkan tuntutan kewangan dan hasil siasatan mendapati pengadu layak untuk membuat tuntutan, pengadu akan dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh. Bagi aduan yang melibatkan soal dasar, agama dan penggajian majikan akan diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dan dinasihatkan agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan demi menjamin keharmonian industri.
Isu-isu Aduan Yang Dikendalikan Oleh Jabatan Tenaga Buruh Antara Isu-isu Isu-isu aduan yang dikendalikan dikendalikan oleh oleh Jabatan Jabatan Tenaga Tenaga Kerja Kerja Semenanjung Semenanjung Malaysia Malaysia adalah seperti berikut:Akta Kerja 1955, Peraturan-Peraturan Dan Perintah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Baki gaji Gaji ganti notis Gaji cuti am Gaji cuti tahunan Gaji cuti sakit Gaji kerja pada hari rehat mingguan Gaji kerja cuti am
8. Gaji kerja lebih masa pada hari biasa 9. Gaji kerja lebih masa pada hari rehat mingguan 10. Gaji kerja lebih masa pada cuti am 11. Cuti/elaun bersalin 12. Faedah penamatan kerja 13. Penggajian pekerja asing 14. Pelanggaran kontrak pekerjaan 15. Lain-lain Akta (Pekerjaan) Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966 1. Tidak diberi faedah statutori 2. Melanggar syarat penggajian 3. Lain-lain Isu melibatkan dasar, agama dan penggajian 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Pelanggaran dasar kerajaan Diskriminasi kaum Tiada peluang / tempat sembahyang Amalan Buruh Tak Saksama Gaji rendah / Tiada kenaikan gaji Penindasan oleh majikan Diskriminasi kaum/Jantina Lain-lain
Tatacara membuat aduan. Pengadu boleh membuat aduan melalui : 1. Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja 2. Surat kepada Jabatan Tenaga Kerja 3. Telefon ke talian telekerja JTK (senarai telekerja) 4. Emel rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Untuk mempercepatkan tindakan terhadap Aduan Perburuhan, pengadu (Majikan/ Pekerja) perlu hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja bersama dengan dokumen yang diperlukan. Setiap aduan akan di kendalikan oleh Pegawai Buruh Terlatih di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja mengikut kawasan tempat pekerjaan. Dokumen Sokongan yang diperlukan I. II. III. IV. V. VI.
Kad Pengenalan/ Pasport Surat Lantikan/ Kontrak Perkhidmatan Slip Gaji/ Slip Bayaran Upah Kad kedatangan Surat Tunjuk Sebab/ Surat Penamatan Kerja (Jika berkaitan) Dokumen lain yang berkaitan kontrak penggajian
Mahkamah Buruh
Mahkamah Buruh merupakan satu sistem quasi-judicial sebagai alternatif kepada tuntutan sivil. Objektif Mahkamah Buruh adalah untuk menyediakan sistem pengadilan perburuhan yang adil, mudah, cepat dan murah bagi menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan yang layak dituntut terhadap mereka. Bersesuaian dengan rasional penubuhan sebagai mekanisme pengadilan membantu kebajikan pekerja. Mahkamah Buruh mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut :
membicarakan semua tuntutan pekerja tanpa sebarang had dari segi jumlah wang yang hendak dituntut.
mengamalkan prosiding yang mudah dan tidak formal tetapi bertepatan dengan prinsip-prinsip keadilan yang diikuti oleh Mahkamah-Mahkamah Sivil. Amalan membicarakan kes buruh menurut prinsip-prinsip keadilan peraturan-peraturan Mahkamah Sivil telah diiktirafkan melalui keputusankeputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Cepat Kes Buruh perlu diselesaikan dalam tempoh satu hingga tiga bulan, bergantung kepada kompleksiti isu dan perundangan yang terbabit. Ia adalah untuk memelihara kebajikan pihakpihak bertikai dan keharmornian perusahaan. Bagi mencapai maksud tersebut, kes-kes buruh yang telah ditetapkan untuk perbicaraan tidak digalakkan untuk ditangguhkan oleh mana-mana pihak. Di samping itu, tuntutan atau kes buruh yang mudah boleh juga diselesaikan dengan penerangan terperinci oleh pegawai melalui panggilan telefon kepada pihak-pihak tersebut.
Mudah Prosedur pengendalian kes buruh adalah lebih ringkas dan mudah dibandingkan dengan prosedur perbicaraan di Mahkamah Sivil. Tiada borang yang banyak untuk diisikan untuk memudahkan pihak pekerja termasuk yang kurang berpendidikan dan buta huruf memfailkan kes. Jika pengadu tidak dapat memberi butir-butir nama penuh dan alamat pihak kena tuntut, pegawai perlu membantu melengkapkan maklumat dan mengira jumlah tuntutannya dengan menyemak rekod dalam aplikasi Labour Market Database (LMD). Penjelasan perlu diberi kepada pengadu tentang cara kiraan untuk memastikan pengadu memahaminya
Murah Pengadu tidak perlu membayar sebarang yuran semasa memfailkan kes buruh. Selain itu, penangguhan kes buruh perlu dielakkan untuk mengurangkan perbelanjaan pengangkutan pihak-pihak bertikai ke Mahkamah Buruh dan mengurangkan pengambilan cuti tanpa gaji oleh pekerja. Pegawai Bicara hendaklah menyelesaikan kes buruh dengan segera supaya pihakpihak bertikai tidak perlu melantik peguam yang secara tidak langsung menjimatkan belanja.
Bidang Kuasa Mahkamah Buruh Secara umumnya, kes-kes buruh boleh difailkan oleh pekerja-pekerja yang diTuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 Pekerja yang bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan/atau pekerja buruh kasar tanpa had gaji boleh membuat tuntutan di Mahkamah Buruh. Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 ini melibatkan tuntutan seperti baki gaji, gaji ganti notis, bayaran gaji kerja lebih masa, faedah penamatan serta faedah-faedah lain yang dinyatakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan. Tuntutan di bawah Seksyen 69B Akta Kerja1955 Peruntukan Seksyen 69B membolehkan pekerja yang berpendapatan melebihi RM2,000 hingga RM5,000 sebulan membuat tuntutan di Mahkamah Buruh. Tuntutan di bawah Seksyen 69B Akta Kerja 1955 ini kebanyakannya adalah melibatkan baki gaji, gaji ganti notis dan bayaran komisyen atau bayaran-bayaran lain sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan pekerja. Tuntutan di bawah seksyen 69C Akta Kerja1955 Seterusnya bagi tuntutan di bawah Seksyen 69C Akta Kerja 1955 ianya melibatkan tuntutan oleh majikan terhadap pekerja yang telah berhenti atau menamatkan perkhidmatan tanpa memberi notis atau tanpa menunggu sehingga tempoh notis itu berakhir. takrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955. Mana-mana orang atau kelas orang:
a) yang termasuk dalam mana-mana kategori di Jadual Pertama Akta Kerja 1955 setakat masa yang ditentukan di dalamnya; atau
b) berkenaannya Menteri membuat suatu perintah di bawah Seksyen 2(3) atau Seksyen 2A Akta Kerja 1955. A. Seksyen 69 Akta Kerja 1955. Kuasa Ketua Pengarah Untuk Menyiasat Aduan Pegawai-pegawai yang ditauliahkan oleh Ketua Pengarah diberi kuasa-kuasa khas di bawah Akta Kerja 1955 untuk :
1) menyiasat dan membuat keputusan ke atas sebarang pertikaian di antara pekerja dan majikannya berkenaan gaji dan bayaran-bayaran lain di bawah: i) sebarang terma kontrak perkhidmatan; ii) sebarang peruntukan di bawah Akta atau sebarang undang-undang kecilnya; atau iii) sebarang peruntukan Akta Majlis Penetapan gaji 1947 atau perintahnya 2) mendengar dan membuat keputusan ke atas sebarang tuntutan oleh:
i) seorang pekerja di bawah seksyen 33 Akta Kerja 1955; ii) seorang kontraktor kecil bagi buruh (subcontractor for labour) terhadap kontraktor atau kontraktor kecil; iii) seorang majikan terhadap pekerjanya berkenaan bayaran ganti rugi di bawah seksyen 13 (1) Akta Kerja 1955. 3) menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955. 4) mengenakan faedah atas kadar 8% atau kurang setahun dikira mulai hari ke-31 dari tarikh perintah Mahkamah Buruh Buruh sehingga hari perintah ini dipatuhi.menyiasat dan mengesahkan atau menolak sebarang keputusan yang dibuat di bawah seksyen 14(1) Akta Kerja 1955. 5) mengambil tindakan pendakwaan terhadap majikan atas kegagalan mematuhi keputusan atau perintah Ketua Pengarah yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000/- dan juga denda harian tidak melebihi RM100/- bagi setiap hari kesalahan ini terus berlaku selepas sabitan.
Tuntutan Di Mahkamah Buruh Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 Pekerja yang bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan/atau pekerja buruh kasar tanpa had gaji boleh membuat tuntutan di Mahkamah Buruh. Tuntutan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 ini melibatkan tuntutan seperti baki gaji, gaji ganti notis, bayaran gaji kerja lebih masa, faedah penamatan serta faedah-faedah lain yang dinyatakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.
B. Seksyen 69B Akta Kerja 1955 – Kuasa Tambahan Ketua Pengarah. Di bawah seksyen 69B, kuasa Ketua Pengarah di bawah seksyen 69(1)(a) diluaskan untuk meliputi pekerja yang bergaji melebihi RM2,000 hingga RM5,000 sebulan. Bagi maksud seksyen ini “upah” adalah seperti yang ditafsir di seksyen 2 Akta Kerja 19 55. Selain daripada Bahagian XV (Aduan dan Penyiasatan) dan Bahagian XVI (Prosedur), peruntukan-peruntukan lain Akta ini tidak terpakai kepada pekerja-pekerja di bawah seksyen 69B.
C. Seksyen 69C Akta Kerja 1955 - Tuntutan Ganti Rugi Untuk Penamatan Kerja Tanpa Notis Ketua Pengarah boleh menyiasat dan membuat keputusan bagi sebarang tuntutan berkenaan ganti rugi kepada majikan kerana penamatan kerja tanpa notis oleh pekerja. Namun begitu, kuasa Ketua Pengarah adalah terbatas untuk menyiasat, mendengar, atau membuat sebarang perintah terhadap sebarang tuntutan, pertikaian atau yang dianggap pertikaian yang menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967:
i) sedang dalam penyiasatan atau prosiding di bawah Akta tersebut; ii) telah diputuskan oleh Menteri di bawah Seksyen 20(3) Akta tersebut; dan iii) telah dirujuk atau sedang dalam prosiding di Mahkamah Perusahaan.
D. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Buruh Pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tersebut. Ringkasnya, dengan kuasa yang diberi dibawah seksyen 69 dalam Akta Kerja 1955 untuk mendengar dan memutuskan pertikaian, Jabatan menggunakan langkah-langkah mulai dari 1 hingga 17 dalam prosedur kerja perbicaraan kes buruh. Proses ini berakhir apabila Jabatan mengambil tindakan menguatkuasakan perintah Mahkamah Buruh