LAPORAN LADANG ENCIK CHANG KUEH KIONG KURSUS TANAMAN TEMBIKAI
NAMA : FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM NO. MATRIK : S13372 KURSUS : DIPLOMA PERTANIAN SEMESTER 5 FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
TAJUK : KURSUS TANAMAN TEMBIKAI PENGENALAN
Nama Saintifik : Citrullus lanatus Famili : Cucurbitaceae Asal : Benua Afrika Nama Lain : Timun Cina atau semangka
Tembikai merupakan sejenis pokok menjalar di atas tanah. Batang tembikai berbulu dan mempunyai
sulur paut untuk memanjat. Daunnya pula bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu. Pendebungaan ini dipanggil pendebungaan berbantu oleh serangga. serangga. Selain itu, tembikai juga tumbuh dengan dengan subur dalam iklim panas dan kering serta serta menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8 – 5.8 – 7.2. 7.2.
Manakala buah tembikai pula berbentuk bulat atau lonjong. Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna kuning, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90 % air. Biji tembikai biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tidak berbiji. Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Buah tembikai mengandungi Vitamin A, Kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
2
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
BOTANI TEMBIKAI Bahagian pokok Pokok
Penerangan
Merupakan pokok menjalar yang batangnya berdaun serta mempunyai sulur paut. Mempunyai akar yang cetek iaitu antara 40 – 50 cm dan berkelebaran antara 60 – 90 cm. Batangnya berbulu, berbentuk bulat atau bersegi. Sulur paut, daun dan bunga muncul daripada satu titik dibahagian batang.
Daun
Daun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan mempunyai kira-kira 10 – 10 – 20 20 cm panjang.
Bunga
Bunga tembikai ialah jenis monoesius iaitu bunga jantan dan betina terdapat pada pokok yang sama. Bunganya berwarna kuning dan setiap kuntum bunga mempunyai 1.5 – 2.0 – 2.0 cm lebar. Bunga biasanya terdapat dicelah daun dan pendebungaan biasanya dilakukan oleh serangga. Bunga
Bunga Jantan
tembikai juga biasanya berkembang antara jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Agen pendebungaan yang utama ialah seperti lebah dan semut.
Bunga Betina
3
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
Buah
Buah tembikai berbentuk bulat atau bujur (oblong). Mempunyai kulit yang licin. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga hijau tua atau berjalur. Mempunyai kulit luar yang kuat dengan lapisan di bawah kulit setebal 0.5 cm dan juga bahgian isi yang boleh dimakan. Bijinya kecil dan tertanam di dalam isi. Saiz biji antara 5 – 15 mm berwarna putih, hitam, perang dan kekunig-kuningan. Berat buah adalah mengikut varieti.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Faktor
Penerangan Tanaman tembikai memerlukan cuaca yang panas, kering dan matahari
yang cukup untuk pertumbuhan dan penghasilan yang baik.
– 22 °C pada malam sesuai Suhu antara 25 – 25 – 35 35 °C pada siang hari dan 18 – 22 untuk tanaman tembikai.
Iklim
Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi gula yan tinggi berbanding dalam keadaan sejuk dan lembab.
Suhu yang tinggu dapat mempercepatkan buah matang.
Pada peringkat pertumbuhan, hujan dengan kadar minimum sebanyak 380 mm semusim. Hujan yang berlebihan serta cuaca redup boleh menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Pembentukan bunga dan buah akan terjejas menyebabkan pengeluaran hasil yang rendah.
Tembikai sesuai ditanam dikebanyakan tanah yang mempunyai keasidan antara pH 5.5 – 5.5 – 6.5. 6.5.
Tanah
Tembikai juga lebih sesuai ditanam di tanah gambut berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan tanah liat dan menankung air didapati tidak sesuai bagi penanaman tembikai.
4
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
AMALAN KULTURA Penyemaian Biji benih
Bahan – Bahan – bahan bahan semaian seperti dulang semaian dan tanah organik disediakan untuk penyemaian biji benih tembikai.
Dulang semaian yang digunakan mempunyai 140 lubang kesemuanya. Sebanyak dua dulang semaian digunakan semasa penyemaian penyemaian biji benih tembikai untuk kursus ini.
Tanah yang digunakan untuk menyemai menyemai biji benih tembikai ialah tanah organik.
Biji benih tembikai yang digunakan ialah biji benih tembikai kuning.
Dulang semaian yang digunakan.
Tanah organik yang digunakan.
Biji benih tembikai yang digunakan.
Langkah – Langkah – Langkah Langkah Penyemaian
1. Tanah organik diratakan di dalam dulang semaian. Tanah yang diratakan jangan diisi terlalu padat di dalam dulang semaian kerana ia akan menyukarkan pertumbuhan biji benih.
5
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
2. Selepas itu, biji benih tembikai disemai ke dalam dulang semaian. Bahagian biji benih yang mengeluarkan akar ditanam ke dalam tanah organik. Jika bahagian yang mengeluarkan akar ditanam terbalik, biji benih tidak akan tumbuh. 3. Semasa penyemaian dilakukan, dilakukan, biji benih tidak boleh diletakkan ditapak tangan kerana haba yang dihasilkan oleh badan manusia menyebabkan benih tidak bercambah.
4. Setelah semua biji benih telah disemai, dulang semaian disiram sehingga betul – betul – betul basah dan air yang mencukupi untuk percambahan biji benih.
5. Selepas disiram, dulang semaian ditutup menggunakan kain kanvas untuk mengekalkan kelembapan tanah organik. Dulang semaian dibiarkan selama empat hari sebelum dipindahkan ke dalam rumah semaian.
6
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
Penyediaan Batas Dan Lubang Tanaman
Membuat Batas
1. Batas sepanjang 111 kaki disediakan untuk menanam tembikai. Dalam kursus ini, dua batas berukuran sama telah disediakan. Batas digembur sebanyak dua kali menggunakan bajak putar. Penggemburan yang pertama adalah untuk membentuk batas yang ingin digunakan manakala penggemburan yang kedua pula ialah untuk menghaluskan tanah supaya senang untuk membuat batas dan menanam tembikai.
2. Selepas tanah digembur, batas perlulah dibaja dengan baja tahi ayam yang belum diproses untuk menyuburkan tanah. Satu batas memerlukan 3
beg baja di mana satu beg baja tersebut seberat 50
kg dengan harga RM 7.00 sebeg. Baja tahi ayam ditabur dibahagian tengah batas. Setelah baja ditabur, batas digembur sekali untuk memastikan baja bercampur dengan tanah. Batas yang disediakan sedikit curam untuk mengelakkan air daripada b ertakung pada batas.
7
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
Memasang Plastik ‘Silvershine’ Pada Batas
1. Sebelum memasang plastik ‘Silvershine’, batas disiram terlebih dahulu. Selepas itu, batas ditabur dengan baja NPK 12 : 12 : 17 : 2. Baja tidak boleh ditabur pada bahagian tengah – tengah – tengah batas dengan kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan anak pokok mati akibat daripada baja yang panas.
2. Segulung plastik tersebut mempunyai 250 m (4 kaki) lebar. Tambahan pula, plastik tersebut mempunyai dua permukaan iaitu hitam dan kelabu yang bersinar. Permukaan hitam dipasang menghala ke bawah manakala yang bersinar pula dipasang pada sebelah atas. 3. Permukaan hitam akan menyerap haba dan dapat mengekalkan suhu dan kelembapan tanah. Permukaan yang bersinar pula dapat membalikkan cahaya kepada pokok. kegunaan plastik silvershine dapat mengurangkan tenaga bagi pengurusan rumpai. Jika pemasangan adalah terbalik, batas akan menjadi kering dan pokok tembikai akan mati kerana kekurangan air dan keaadaan yang terlalu panas.
8
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
4. Plastik dipasang sepanjang batas. Di setiap hujung batas, plastik diletakkan tanah supaya plastik tidak bergerak – bergerak – gerak gerak semasa pemasangan dilakukan. Di tepi batas juga di letakkan tanah untuk mengelakkan plastik terbang apabila ditiup angin. Plastik dipastikan tidak mengelembung semasa dipasang.
Membuat Lubang Tanaman
1. Lubang tanaman dibuat menggunakan peralatan seperti tali, penebuk lubang yang dibuat sendiri dan kayu penugal. Tali digunakan untuk membuat tanda sebelum lubang dibuat. Kayu kecil digunakan terlebih dahulu untuk menandakan kawasan yang ingin dibuat lubang pada plastik silvershine supaya ukurannya adalah sama.
2. Selepas itu, penebuk lubang yang dibuat sendiri digunakan untuk membuat bulatan pada plastik silvershine. Bulatan tersebut akan ditanam dengan anak pokok tembikai yang telah disemai. Diameter lubang yang dibuat ialah sebanyak 4 inci dan jarak antara lubang ialah sebanyak 3 kaki.
9
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
3. Setiap batas mempunyai 36 lubang. Lubang tanaman adalah sedalam 3 inci. Lubang sedalam 3 inci dibuat menggunakan kayu penugal. Lubang tanaman mestilah dilakukan pada bahagian tengah.
Penanaman Di Ladang
1. Anak pokok tembikai dipindahkan ke batas setelah 8 hari dibiarkan di dalam rumah semaian. Setiap batas ditanam dengan 36 pokok mengikut jumlah lubang yang dibuat.
2. Semasa penanaman dilakukan, anak pokok yang dikeluarkan daripada dulang semaian dengan berhati – hati supaya tidak mematahkan batang batang anak pokok. Bahagian akar anak pokok tidak boleh dipegang semasa penanaman dilakukan kerana tangan manusia yang panas boleh menyebabkan pokok mati.
10
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
3. Anak pokok ditanam secara melintang bagi membolehkan daun tumbuh ke arah tepi batas. Sebelum ditanam, pastikan baja tahi ayam yang ditabur sebelum ini tidak terlalu dekat dengan anak pokok yang ditanam kerana baja tahi ayam yang masin menyebabkan anak pokok melecuh pada bahagian akar. Ini mengakibat anak pokok mati.
Sistem Pengairan
1. Paip air dipasang sepanjang batas bagi mengairi kawasan tanaman. Pada lubang tanaman, dipasang tiub kecil untuk menyalurkan air daripada paip yang dipasang sepanjang batas.
2. Paip utama ditebuk terlebih dahulu sebelum dipasang dengan tiub. Air yang mengalir daripada tong besar akan melalui paip dan seterusnya disalurkan kepada tiub tersebut kepada tanaman. Tiub disambungkan menggunakan penyalur yang dipotong serong hujungnya untuk dimasukkan ke dalam paip utama. Jika tidak dipotong serong, air tidak dapat masuk dengan lancar.
11
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
3. Tiub diaturkan pada permukaan tanah supaya terkena pada anak pokok tembikai. Selepas pemasangan dilakukan, enjin dihidupkan supaya air dapat disalurkan pada paip. Dua batas memerlukan dua tong air untuk mengairi kawasan tanaman.
Menyulam Anak Pokok
1. Anak pokok yang mati dan diserang penyakit disulam. Antara penyakit yang dikenalpasti ialah penyakit cendawan di mana daun tidak dapat mengakut air kepada pokok dan menyebabkan daun menjadi kuning. 2. Selain itu, terdapat juga anak pokok yang mati disebabkan akar pokok yang melecuh disebabkan terkena baja tahi ayam yang masin. 3. Anak pokok digantikan dengan anak pokok yang sihat kemudiannya.
12
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM
Pengurusan Sulur
Pemotongan sulur
1. Pemotongan sulur utama dibuat pada ruas kempat selepas tanaman berumur 10 – 15 – 15 hari. Tujuan – sulur tumbuh dengan lebih utama pemotongan sulur dilakukan ialah untuk menggalakkan sulur – sulur subur seterusnya mengeluarkan buah yang lebih seragam dan penuaian hasil yang serentak. Anak pokok yang sudah mempunyai 4 sulur utama sahaja dilakukan pemotongan pucuk. Bagi anak pokok yang belum mempunyai 4 sulur utama, dibiarkan sehingga mempunyai 4 sulur utama.
2. Sulur tembikai dipotong secara menyerong bagi mengelakkan air bertakung pada bahagian yang telah dipotong sekiranya hujan. Pada bahagian sulur yang dipotong, racun kulat disapu supaya bahagian yang dipotong tidak merosakkan pokok atau dijangkiti penyakit.
13