SOALAN TUGASAN
Perkembangan seni berkembang seiring dengan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.Persekitaran turut mempunyai kesan kepada perkembangan seni kanakkanak.Berdasarkan teori Perkembangan Torrance, huraikan bagaimana penggunaan persekitaran dapat membangun pemikiran kreativiti kanak-kanak menerusi pembelajaran seni visual. Seterusnya dengan menggunakan persekitaran sebagai tema pembelajaran jelaskan bagaimana kefahaman pelajar mengenai bahasa tampak (asas seni reka ) dapat diukur dengan menggunakan portfolio yang merupakan satu kaedah menilai dan menguji pencapaian pelajar.Anda juga diminta untuk mencadangkan satu bentuk penilaian portfolio yang dapat menilai aspek-aspek asas seni reka tersebut. ( Jumlah:30 markah)
Pendahuluan Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari (Storm& Storm, 2002). Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor industri, teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan telah mengubah dan akan terus mengubah taraf dan corak kehidupan masyarakat keseluruhannya. Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini telah mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka kepada latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka
memerlukan banyak bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku. Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.
Ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
1.0 Kreativiti dalam Kanak-Kanak Definisi kreativiti Kreativiti
berasal
daripada
³membuat´.Menurut
kamus
perkataan dewan
latin
(2002)
iaitu
³creare´
mentakrifkan
yang
kreativiti
bermaksud
sebagai
satu
kemampuan (kebolehan ) mencipta daya kreatif ,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea asli dan baru. Kreativiti adalah
lebih kepada produk ± ia adalah
satu proses contohnya sebuah
lukisan yang menarik, tulisan cetusan pemikiran, atau respons yang unik, mungkin contoh karya kreatif,tetapi keputusan yang membuat mereka melukis, mewarna, melakar dan berfikir merupakan inti dari proses kreatif.
Frank
Cizek menyatakan
bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri .Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi
ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran . Berdasarkan teori perkembangan Torrance, persekitaran turut mempunyai kesan kepada perkembangan seni kanak-kanak .Persekitaran dapat membantu membangun pemikiran kretiviti kanak-kanak. Seni dan muzik adalah contoh umum dari kreativiti, tetapi anda dapat mencari fikiran kreatif di hampir semua aspek kehidupan dan persekitaran yang juga melibatkan masyarakat,tempat tinggal dan budaya. E. Paul Torrance telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu.Ia boleh digunakan oleh seorang guru pendidikan seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. a)
Penyoalan
Persekitaran fizikal yang direka untuk menstimulasi minda dapat meningkatkan penyelesaian masalah secara kreatif. Misalnya, ketika ditunjukkan sebuah benda berbentuk bulan-setengah dan bertanya, "Apakah "Apakah yang boleh kita buat dengan bentuk ini?" Kanak-kanak akan menghabiskan imej mental pertama mereka dan mula mengembangkan idea-idea dari apa yang mereka lihat di persekitaran mereka. Melihat sekeliling ruangan kelas atau ruang bermain untuk isyarat adalah kaedah penyelesaian masalah kreatif. Persekitaran yang mempunyai pelbagai perkara baru akan membantu kreativiti.Contohnya guru menunjukkan tanah liat dan memberikan soalan apa yang boleh dibuat dengan tanah liat itu? Rangsangan melalui proses penyoalan akan menggalakkan daya fikir mereka mereka dan dengan bantuan contoh ±contoh relevan wujud ide baru .
b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan - penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian Dalam konteks ini , murid digalakkan membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak seperti mewarna ,melukis dan sebagainya.Aktiviti ±aktiviti seperti lawatan akademik mampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikan motivasi dan rangsangan penemuan-penemuan baru.Contohnya dalam penghasilan batik,murid boleh meneroka cara yang lebih efisien untuk menghasilkan batik dari lawatan ke kilang penghasilan batik dan mencuba sendiri untuk membuat seluruh proses menghasilkan batik itu.Mungkin dengan itu murid dapat sedikit gambaran dan ide baru bagi memudahkan penghasilan batik di sekolah dan mereka boleh bereksperimen ,contoh lilin ditukarkan kepada warna krayon dan sebagainya.
C )Pemerhatian
Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria.Sebagai contoh,deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan.Di dalam konteks pendidikan seni visual ,proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan sematamata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan dan sebagainya.Contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran iaitu pokok, pemerhatian pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar mewarna, melukis dan melakar bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan ide untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.
d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki .Sebagai contoh , penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki ,namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi .Secara tidak langsung percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain.Contohnya melalui pengalaman sedia ada itu,seseorang murid akan lebih kreatif untuk menghasilkan karya yang menarik dan bermutu.Ketika membuat topeng haiwan,seseorang murid itu cuba melukis dan menghasilkan rupa yang asli.Percubaan demi percubaan akan membantu dia membetulkan kesalahan dan latih tubi itu akan membuatkannya lebih berimaginasi dengan meggunakan teknik ±teknik lain agar mendapat hasil yang terbaik. e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk menapulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling .Bagi tujuan itu, guru pendidikan seni boleh menggalakkan penggunaan bahan-bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya.Ini secara tidak langsung, membimbing murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Selain itu ia akan mengajar mereka menjadi lebih berjimat dan menghargai alam sekeliling.Seperti contohnya botol mineral boleh digubah untuk menjadi bunga plastik dan diwarnakan serta dihiaskan di dalam kelas.Selain itu juga, kelongsong telur boleh dijadikan puppet,dihiaskan dan diwarnakan.Ini akan membuatkan mereka lebih berkreativiti. Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang
benar-benar
berimaginatif .Contoh
melalui
aktiviti
menghasilkan
poster
menggunakan kaedah catan. Poster adalah satu bentuk komunikasi perhubungan dan pengiklanan serta berfungsi sebagai pengumuman dan pemberitahuan sesuatu
maklumat. Dari aspek penerokaan, kanak ± kanak dapat membuat penemuan sendiri sama ada dari segi pembacaannya, kajian tugasan mahupun penggunaan alat komunikasi seperti komputer dan internet. Contohnya, guru memberi tugasan untuk mencari bahan bagi membuat poster anti dadah. Pelbagai bahan dan rujukan boleh diterokai oleh kanak ± kanak seperti melayari laman web Agensi Anti Dadah Kebangsaan, membuat lawatan ke Pameran Penyalahgunaan Dadah dan sebagainya. Ia sekaligus dapat merangsang kecerdasan interpersonal mereka seperti memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka lebih mudah memahami kesan buruk akibat dadah dan sudah tentu menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
f) Memanipulasi Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampu bertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada.Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat disekeliling untuk dijadikan hasilan seni.Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.Contohnya bahan semulajadi seperti dahan pokok kelapa boleh dianyam untuk menghasilkan tikar,batang pokok pisang boleh dipotong kecil untuk menghasilkan corak dan suratkhabar lama boleh dibuat origami .Kebiasaaan nya murid di kawasan luar bandar lebih mahir menggunakan media atau bahan disekeliling mereka untuk dijadikan hasilan seni.
g) Aktiviti/ bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain .Bagi kanak-kanak ,masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.Justeru,rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik.Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat membuat mural di sekolah. Disini mereka mereka boleh mempamerkan bakat melukis dan membina keyakinan diri melihat hasil lukisan mereka. Menurut Lowenfeld ( 1975 ), beliau percaya bahawa setiap kanak ± kanak dilahirkan kreatif. Kanak ± kanak suka mencuba, ingin meneroka dan mempunyai rasa ingin tahu
yang tinggi. Sifat semula jadi kanak ± kanak yang gemar bermain. Seorang guru Pendidikan Seni harus memupuk daya kreativiti kanak ± kanak. Bagi kanak ± kanak masa bermain adalah merupakan masa yang begitu menyeronokkan dan penuh dengan cabaran. Justeru itu, rangsangan perlu diwujudkan melalui aktiviti belajar melalui bermain. Daya kreativiti kanak ± kanak dapat dipertingkatkan, sekiranya mereka diberi peluang mencuba dan terus mencuba.
3.0
Kefahaman pelajar tentang bahasa tampak
3.1
Persekitaran sebagai tema pembelajaran.
A) Alam semulajadi - Tumbuh-tumbuhan Tumbuh-tumbuha n
Figura A ± Lukisan Alam Sekitar dengan warna air
Dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran bertema persekitaran, pelajar ini menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di sekelilingnya.Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar melukis, mewarna dan melakar bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai hasil karya dan ide untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan
kefahaman pelajar mengenai bahasa tampak memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah sewaktu proses pembelajaran berlaku.Dengan kreativiti, mereka menggambar suasana di tepi pantai dan meluahkan hasil lukisan itu dengan cara sendiri. Setiap karya mempunyai ciri-ciri khusus yang dapat diklasifikasikan sebagai aplikasi asas-asas seni reka.Pengertian seni adalah sangat abstraktif ,namun setiap objek seni mempunyai unsur seni reka yang jelas,mempunyai mesej dan disalurkan dengan menggunakan medium tertentu. Unsur-unsur seni reka mempunyai enam asas yang penting iaitu garisan,rupa ,bentuk,jalinan,ruang dan warna . Gandingan sifat dan jenis garisan akan digunakan bagi tujuan melukis sesuatu objek, sama ada objek alam, buatan manusia, fenomena atau imaginasi. Setiap pilihan garisan dalam melukis disandarkan kepada fungsi garisan itu sendiri. Ada yang berfungsi sebagai menimbulkan rupa awal, menggubah bentuk, merangka struktur tertentu, mewujudkan ruang, menghasilkan jalinan, mengolah motif/rekacorak, menimbulkan ton/nilai dan sebagainya.
Berdasarkan Figura A Portfolio di atas,penilaian dan pengujian mendapati pelajar ini mengunakan jenis garisan tegak dan beralun.Media digunakan ialah warna air.Dia air.Dia mengunakan rupa organik dan tidak terikat dengan dengan bentuk yang yang khusus.Malahan lukisan ini dilihat masih lemah daripada segi teknik mewarna dan warna digunakan yang kurang menarik menarik perhatian.Bentuk perhatian.Bent uk ilusi boleh dilihat pada hasil karya karya ini melalui gambar atau ilustrasi yang cuba dilukis melalui lakaran dan catan.Ruang cuba ditampilkan tetapi masih tidak seimbang dan lemah kerana objek yang besar dan kecil kelihatan sama sahaja.Imbangan yang boleh dilihat ialah imbangan tidak sementri dan bahasa tampak seni perlu banyak diperbaiki diperbaiki lagi.
Figura B- Lukisan Alam Sekitar( krayon dan warna air) Pada
Pada portfolio kedua ini pula ,pelajar yang membuat tema persekitaran melukis pemandangan yang kelihatan pokok-pokok.Kualiti garisan garisan merujuk merujuk setiap karektor karektor garisan yang dihasilkan semasa melukis. Pelukis akan menentukan setiap garisan yang akan dibuat sama ada garisan tegas tanpa banyak variasi, variasi dalam pemberatan seperti pada lukisan kontor, garisan berulang-ulang (semacam pergerakan/ritma)pergerakan fizikal. Jelasnya kualiti garisan tidak menggambarkan tenaga gestural yang terhasil dari strok pensel (kekuatan tekanan yang diberi) atau arang atau medium yang lain semasa melukis. Garisan yang dihasilkan melalui lukisan menjadikan kualiti ini sebagai faktor penting dalam menentukan karektor ekspresif kepada imej terutamanya dalam lukisan kontor .Bentuk yang dihasilkan bentuk ilusi melalui menggambar.Warna yang digunakan menarik dan berwarna ±warni .Namun begitu ,keseimbangan ruang letak objek tidak seimbang dan kurang bersesuaian. Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.Pergerakan bertujuan untuk memberi µnyawa¶, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.
Figura C ² Lukisan Alam Sekitar menggunakan warna air
Pada Figura C, jalinan yang digunakan bersifat pemukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan ini biasanya banyak terdapat di permukaan objek alam dan objek buatan manusia seperti pada permukaan batang kayu, kulit siput, permukaan daun, kulit nenas, rumput, permukaan dinding, tikar mengkuang dan sebagainya.Apa yang dilihat pada persekitarannya,di aplikasikan kepada hasil lukisan ini dengan menggunakan teknik catan.Pada batang pokok,wujud jalinan halus dan kasar yang digabungjalinkan bagi menunjukkan timbul tekstur. Terdapat tiga jenis jalinan jalinan yang digunakan iaitu Jalinan sebenar (actual Texture), jalinan tiruan (Simulated Texture) dan jalinan rekaan (Invented Texture). Kesemua jenis jalinan jalina n ini dapat diklasifikasikan diklasifikasi kan kepada jalinan sentuh dan jalinan tampak.Ini menunjukkan pelajar ini mengetahui secara mendalam asas-asas seni dan berupaya menghasilkan gambar seperti di atas. Jalinan juga boleh mengambil mana-mana contoh karya (catan misalnya) bagi memahamkan pelajar tentang jalinan. Kadang-kadang pelajar akan mengubah mengubah dari simulating texture kepada abstract. Dengan mengubah kepada jalinan abstrak, pelajar
berasa karya mereka lebih senang diolah, dipermudahkan pemikiran dan idea penterjemahan dari yang asal, menjadi kan permukaan karya suatu yang lebih dekoratif. Lanjutan mengenai titik dan menjadi garisan yang bersambung sehingga menghasilkan rupa digandingkan dengan kefahaman berkaitan prinsip menggubah yang turut mementingkan ruang. Pada peringkat awal kefahaman mengenai rupa mungkin menggunakan garisan luar yang mudah untuk menggubah sesuatu gambaran. Selain itu,penataan warna juga disusun dengan baik dan menggunakan warna panas dan sejuk bagi menunjukkan jarak kedudukan ruang sesuatu objek yang dilukis.Bersandarkan lukisan ini ,pelajar sedang cuba menghasilkan pemandangan ketika waktu senja.Penggunaan ruang adalah seimbang dan setara bagi setiap sudut. Hasilan yang agak menarik dan kreativiti yang tinggi serta penggarapan ide yang baik telah ditonjolkan pada karya ini.Kesatuan terdapat dalam hasilan lukisan ini dan ia merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan. 4.0 Cadangan untuk penilaian portfolio dari aspek asas seni reka. Definisi penilaian Penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai . Ia bermaksud seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salahsatu atau semua daripada perkara-perkara berikut berikut keberkesanan, kelancaran,fungsi dan operasi.
Portfolio merupakan satu kaedah menilai dan menguji pencapaian pelajar. Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru itu, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil kerja yang hendak dibuat. . Portfolio membawa maksud kesemua hasil kerja
pelajar ± karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.
Secara umumnya, bentuk portfolio dapat dinilai melalui empat aspek iaitu kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan portfolio. Keempat ± empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal kanak ± kanak, sekolah dan kemudahan yang ada.
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ia turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Ini disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, ia turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Kanak ± kanak dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran kanak ± kanak.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja kanak ± kanak. Contoh hasil kerja kanak ± kanak dapat dilihat secara berterusan. Melalui portfolio juga, pernyataan perasaan kanak ± kanak semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual juga berlaku.
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebaahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain. Semua pihak dapat menjadikan portfolio sebagai petunjuk keupayaan dan refleksi kanak ± kanak tentang proses kerja serta hasil kerja seni. Satu bentuk penilaian portfolio yang dicadangkan bagi menilai aspek ± aspek asas seni reka.
4.1 Kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual .
Bagi menilai hasil kerja kanak- kanak, seseorang guru harus mengambilkira beberapa elemen dan prinsip seni reka dalam penilaian. Cantik merupakan suatu perkara yang sangat subjektif. Oleh itu, penilaian atau pemarkahan boleh diambilkira dengan menganalisa elemen ± elemen dan prisip ± prinsip seni. Elemen seni iaitu garisan. Hasil kerja kanak ± kanak dapat dilihat dengan penggunaan garisan. Terdapat beberapa jenis garisan yang perlu diketahui seperti garisan tebal , nipis, bergigi, putus ± putus dan sebagainya
Bentuk pula boleh dilihat dari sudut dua dimensi dan tiga dimensi. Penggunaan ton akan mewujudkan bentuk. Tona iaitu satu kesan tampak yang diwujudkan oleh kesan cahaya. Contohnya gelap ke terang. Kesemua elemen ± elemen ini perlu ditekankan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.
Warna,terdapat berbagai jenis warna. Di antaranya warna panas dan warna sejuk, warna asas,warna sekunder, dan juga warna tertiar. Warna juga boleh jadi dari sudut monokromatik dan akromatik. Penggunaan warna yang sesuai akan mewujudkan keharmonian, kontra dan dramatik dalam sesebuah hasil kerja. Melihat kepada elemen rupa ianya bermula dari satu titik dan berakhir dengan titik mula akan menghasilkan rupa.
Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sepanjang proses pembelajaran. Hasil kerja pelajar merangkumi karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Pemerhatian dilakukan guru untuk pengujian formal atau tidak formal. Seseorang guru harus memberi tugasan kepada pelajar beserta tempoh masa yang ditetapkan atau diperlukan bagi menyiapkan tugasan. Contohnya aktiviti membuat kolaj.
Pengujian secara sumatif lebih bermakna kerana ianya memberi maklumat tentang penguasaan pelajar secara menyeluruh. Ianya boleh dibuat melalui portfolio yang dihasilkan oleh pelajar. Pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar. Luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.Tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajar- pelajar di dalam kelas serta cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.
Penutup Kesimpulannya seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej - mesej yang di sampaikan . Dengan lain lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima. Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut. Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk memupuk kreativiti di peringkat sekolah di dalam Pendidikan Pendidi kan Seni Visual dianggap sebagai sangat mendesak dan penting. penting. Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini, memiliki pengetahuan dan kepintaran yang tinggi tidak memadai. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mesti disertai dengan kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apabila mereka dewasa nanti.
BIBLIOGRAFI
Mazlan b. Mohamad. (2003). Siri Pendidikan Perguruan, Pendidikan seni 2, Kurikulum Pendidikan Seni.. Seni. . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Siti Zainon Ismail,..(1989). Percikan Seni . Kuala Lumpur: DBP Kementerian Pendidikan Malaysia. Aasar, S. E. (1993). Human Potential: An Exploration of the Role of Creativity from an Arab Perspective. Perspective. In Isaksen, S. G., Murdock, M. C., Firestein, R. L., & Treffinger, D. J. (Eds), Understanding and Recognizing Creativity: The Emergence of A Discipline, 454-465. NJ: Ablex Publishing. Abdullah Sani, Y. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah Amabile, T.M. (1996). Creativity in Context, Update to The Social Psychology of Creativity. Colorado: Westview Press, Inc. Poh Swee Hiang. (2002). Siri Pendidikan Perguruan KBKK, Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. (1998), Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. MALAYSIA. Universiti Terbuka Malaysia. (2006). HBAE 1103. Pengenalan Pendidikan Seni Visual . Kuala Lumpur: UNITEM Sdn.Bhd
nternet : Bahan Internet: 1. http://goecities.com/smjelai/mesna1.html?200915 2.
http://www.fp.utm.my/daftarweb/data/22-41.pdf
3. http://www.ppk.kpm.my/html/about%20cdc/about_per.htm (2003).