1.0 KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA, VERBAL DAN NON VERBAL
Konsep kesantunan berbahasa adalah konsep yang menitik-beratkan penutur supaya bersopan santun ketika berkomunikasi dengan orang lain. Kesantunan bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek verbal dan non-verbal. Melalui verbal dan non-verbal, kesantunan bahasa akan terserlah.Kesantunan terserlah.Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan menyampaikan maklumat dan lain- lain lagi.
Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan.Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi non verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.
Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dalam kalangan masyarakat.
2.0
Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya Bahasa merupakan wahana atau saluran akal sebagai alat berfikir dalam bentuk dua fungsi. Pertama, bahasa menjadi wahana atau saluran akal untuk melahirkan idea, fikiran dan bahkan perasaan seseorang sehingga dapat disampaikan kepada pihak lain. Kedua, bahasa menjadi wahana yang menerima dan mentafsirkan idea, fikiran atau perasaan daripada pihak lain sehingga penerima idea, fikiran atau perasaan itu faham dan mungkin memberikan gerak balas atau repons (Awang Sariyan, 2007). Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesantunan bahasa menjadi teras penting dalam pembentukan keperibadian bangsa sehingga kini. Namun, menurut Nor Azita Umar (2008), di Malaysia dewasa ini, kita menghadapi satu senario iaitu sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis terutamanya dalam kalangan remaja. Pelbagai ikhtiar telah dilaksanakan bagi mengembalikan adab-adab kesopanan masyarakat selari dengan wawasan 2020 yang memberi gambaran bahawa golongan remaja merupakan khazanah sumber manusia yang cukup penting dalam pembangunan negara. Beberapa faktor yang mempengaruhi kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda telah dikenalpasti . Faktor pertama adalah disebabkan oleh kesibukan ibu bapa yang mencari rezeki dan nafkah sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak yang memerlukan perhatian daripada mereka. Dalam keghairahan mengejar kemewahan dunia sehingga terbelenggu dek tekanan hidup telah menyebabkan remaja mengalami kepincangan dan kebobrokan akhlak. Hal ini kerana, ibu bapa tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik bersama anak-anak. Sekiranya perkara ini diamalkan, kesantunan dalam aspek sapaan dapat ditingkatkan apabila para remaja tahu untuk berbudi bahasa. Sebagai contoh ibu bapa sewajarnya tidak menggunakan kata nista kepada anak-anak. Jikalau anak melakukan kesilapan tegurlah dengan cara yang berhemah dengan menggunakan bahasa atau panggilan yang elok didengar. Faktor seterusnya disebabkan oleh pertembungan budaya Barat dan budaya Timur yang mempunyai pencanggahan dari segi norma-norma kehidupan. Golongan remaja mudah dipengaruhi oleh adegan-adegan di televisyen mahupun filem
keluaran luar negara yang sering memaparkan adegan-adegan yang tidak senonoh. Pertembungan dua pemikiran berbeza ini akhirnya menyebabkan remaja ingin mencuba adegan baru yang ditonton mereka seterusnya menghakis nilai-nilai murni dalam kalangan remaja. Sebagai contoh, kejadian ragut, samseng jalan raya, buli, cabul dan rogol dan vandalisme berpunca daripada sikap tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati hak orang lain. Berbalik kepada makna awal ‘berbudi bahasa’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud berkelakuan baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Melalui takrifan ini, jelaslah bahawa tatkala seseorang melakukan sesuatu yang negatif, maka ternodalah konsep budi bahasa tersebut. Secara tuntasnya, semua pihak seharusnya mengembleng usaha dan tenaga untuk menyahut kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan agar kesantunan bahasa yang telah menjadi tradisi nenek moyang kita terdahulu tidak akan luput ditelan arus globalisasi. Generasi muda perlu membina jati diri yang kukuh kerana budi bahasa ialah asas kehidupan yang bermaruah dan bertamadun kearah melahirkan modal insan yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak sekali gus mengharumkan nama negara di persada dunia.
REFLEKSI Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengalaman dan ilmu yang berguna. Pertamanya, marcapada membuktikan bahawa kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar telah mula terhakis. Pada saat ini, tidak ramai remaja menuturkan bahasa melayu dengan sopan dan mengamalkan kesantunan bahasa. Hal ini kerana, pengaruh dari Barat telah menular dalam kalangan remaja dan mencetuskan bibit-bibit kepupusan kesantunan bahasa. Keindahan bahasa melayu akan hilang ditelan zaman jika penuturnya sendiri tidak mengamalkan kesantunan bahasa ketika berbahasa dengan individu yang lain. Maka dengan itu, kerajaan perlulah menggembleng tenaga untuk mengembalikan digniti bahasa melayu yang dipraktikkan dengan penuh kesantunan supaya bangsa-bangsa lain kagum akan keindahan bahasa melayu yang dituturkan dengan sopan dan mempunyai ciri-ciri kesantunan. Di samping itu, keyakinan penguasaan bahasa melayu saya bertambah sepanjang melaksanakan projek ini. Saya juga memperoleh ilmu yang berguna tentang kesantunan bahasa. Projek ini telah membuka minda saya untuk menghargai bahasa melayu sekali gus mendorong saya untuk memperkasa penggunaan bahasa melayu dengan lebih jitu. Kini, saya lebih yakin untuk menggunakan bahasa melayu disamping mempratikkan kesantunan bahasa dalam komunikasi seharian. Seterusnya, sebagai seorang bakal guru, saya sedar akan kepentingan kesantunan berbahasa seperti kemahiran bertutur dan mendengar dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan. Hal ini sangat penting supaya kesenian dan keunikkan bahasa Melayu dapat dilestarikan agar generasi masa hadapan dapat terus berbangga dengan bahasa yang kita gunakan bersama, bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu. Selain dapat mengelakkan salah faham, persengketaan dan pertengkaran, kesantunan bahasa Melayu juga dapat menonjolkan adab kita sebagai seorang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain dan sebagainya. Akhir sekali, bahasa melayu adalah bahasa yang indah. Saya akan berusaha untuk mengamalkan kesantunan bahasa dan memelihara bahasa melayu kerana bahasa adalah cerminan sesuatu bangsa.