KERTAS KERJA ______________ _____________________ _______________ _______________ ______________ ______________ ______________ ______________ _______
”PROGRAM
EKSPLORASI BAHASA”
HARI BAHASA MELAYU ______________ _____________________ _______________ _______________ ______________ ______________ ______________ ______________ _______
TARIKH : 18 FEBRUARI 2014
TEMPAT :
TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA
ANJURAN :
PANITIA BAHASA MELAYU SK KEBANGSAAN PUCHONG JAYA
1.0
TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu Projek Inovasi yang melibatkan warga sekolah bagi memenuhi syarat Latihan Mengajar (LM) Program pensiswazahan Guru , Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) Dengan Kepujian Ambilan Mac 2011 ( Kohort 1).
2.0
PENGENALAN
Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan kurikulum KBSR Sekolah rendah. Setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid. Sistem Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisi manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran lain.
Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka. Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan teknik yang menarik.
Program “Eksplorasi Bahasa ” Hari Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang menjadi platform kepada pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat kerjasama yang diberikan setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam berbahasa.
3.0
JUSTIFIKASI
Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem bahasa yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk menuturkan bahasa Melayu dengan betul.
Pembelajaran secara menarik
berbentuk permainan dapat meningkatkan minat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu sekaligus merubah situasi belajar iaitu belajar kerana minat dan bukan kerana terpaksa.
4.0
OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk:
Mendapatkan strategi-strategi mengajar yang boleh menolong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
Membaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan/PKSR berasaskan kepada sasaran yang ditetapkan iaitu minima 80% kelulusan dan minima 20% yang memperoleh keputusan cemerlang;
Menunjukkan semangat kerjasama antara guru mata pelajaran Bahasa Melayu;
Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
Memperkembang ingatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;
Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;
Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera;
Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan semangat kewarganegaraan.
5.0
TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM
Tarikh
: 18 Februari 2014 – 29 April 2014 (Setiap hari Selasa)
6.0
7.0
Masa
: 7.20 pagi – 7.30 pagi
Tempat Program
: Tapak Perhimpunan & Dewan Sekolah
PESERTA/ SASARAN
Murid-murid Pra Sekolah
Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6
KAEDAH PELAKSANAAN
Pertandingan
Persembahan
8.0
Aktiviti Bahasa
JAWATANKUASA PROGRAM Penaung:
EN. MOHD AMIN B. BAHARI (Guru Besar SK Puchong Jaya )
Penasihat:
EN. ARIFFIN B. AWANG (GPK Kurikulum)
Pengerusi :
PUAN NGA SIONG HUONG (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
Penyelaras Program :
PN. NOR AZILA BT ABDUL JAMIL
Setiausaha :
PN. NORIMAH BT ZAKARIA
Naib Setiausaha :
En. Mohan A/l Batumalai
Bendahari :
En. Islahuddin B Ibrahim
AJK :
Hadiah dan Cenderahati
Puan Siti Zahera Bt Ibrahim
Hakim
En. Ariffin B Awang (GkPentadbiran) Pn. Tee Lin Choo (GPK HEM ) Pn. Raja Ainon Bt Raja A Rahman (GPK koko)
Urusetia / Fasilitator
Semua guru Bahasa Melayu
Persiapan Tempat Majlis Pelancaran & Penutup
Puan Nor Azila Bt Abdul Jamil
Siaraya
En. Andreas Hong Ah Lam
Dokumentasi
Puan Roszitah Bt Shariff
Buku Aturcara
Puan Zainab Bt Ajis
9.0
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1
10.0
ANGGARAN BELANJAWAN
PERKARA
BILANGAN
Harga per unit
JUMLAH
Kad manila
6
RM0.60
RM3.60
Kad Mounting
6
RM3.00
RM18.00
2
RM1.70
RM3.40
1
RM2.00
RM2.00
1 rim
RM10.00
RM10.00
70 helai
RM0.80
RM56.00
50 helai
RM1.00
RM50.00
10
RM3.00
RM30.00
3 meter
RM3.00
RM9.00
2
RM5.50
RM11.00
Gunting Gam Kertas A4 Laminate Kertas Glossy Pen Marker Plastik Pembalut Pelekat (Tack)
Kertas
JUMLAH
RM 197.00
11.0
PENUTUP
Diharapkan program Hari Bahasa Melayu ”Eksplorasi Bahasa’
ini sedikit
sebanyak dapat membantu murid-murid untuk mengingati semula pembelajaran yang telah dipelajari dengan aktiviti yang berkonsepkan permainan dan persembahan. Selain itu, diharapkan juga program ini dapat memberikan satu impak yang positif kepada murid-murid dan seterusnya kepada pencapaian prestasi sekolah.
Disediakan Oleh:
_________________________ (NOR AZILA BT ABDUL JAMIL ) Penyelaras ”Eksplorasi Bahasa “, Hari Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya. . Disemak Oleh:
____________________ (PUAN NGA SIONG HUONG ) Ketua Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.
Disahkan Oleh,
_____________________ (
)
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.
TENTATIF PROGRAM PROGRAM ”EKPLORASI BAHASA” HARI BAHASA MEL AYU
SK PUCHONG JAYA
HARI/TARIKH
Majlis
SELASA (18
CADANGAN AKTIVITI
Pelancaran
FEBRUARI Program ’Eksplorasi Bahasa’
2014)
FASILITATOR
Pn. Nor Azila
En. Andreas
Ucapan Ketua Panitia
Pn. Zainab
Ucapan dan Perasmian
Pn. Roszitah
oleh Guru Besar
Semua
Persembahan
Murid
Guru
Bahasa Melayu
Nyanyian Lagu ’Cintai Bahasa Kebangsaan’.
Tahap 1
SELASA (25
FEBRUARI
Menyatakan
2014)
Bilangan
Penjodoh
bagi
Pn. Roszitah
En. Andreas
objek
yang ditunjukkan Tahap 2
Menyenaraikan
judul
buku
yang
En. Mohan
Melafazkan pantun dua
Pn. Zainab
kerat dan empat kerat
Pn. Norimah
Pn. Nga
En. Islahuddin
En. Mohan
Pn. Norimah
cerita
pernah dibaca SELASA
( 4 MAC 2014 ) SELASA (11 MAC 2014 )
Pra Sekolah
Mari Mengeja
Tahap 1 dan Tahap 2
SELASA (18 MAC 2014 )
Teka Silang Kata
Sehari Bersama Kamus
Murid mencari makna perkataan
yang
diberikan oleh guru. contoh : Sinonim SELASA
Menyatakan
( 1 APRIL 2014 ) SELASA ( 8 APRIL )
Maksud
Pn. Zainab
Simpulan Bahasa
En. Mohan
Tahap 1
En. Andreas
Pn. Norimah
Guru Pra
Semua
Permainan Bahasa
Tahap 2 Mendeklamasikan
sajak
SELASA ( 15 APRIL )
Pra Sekolah
Mari Mengeja
Tahap 1 dan Tahap 2
guru
Bahasa Melayu
Aktiviti bercerita yang berunsurkan tauladan
SELASA ( 22 APRIL )
Tahap 1 Melengkapkan
Pn. Nor Azila
Pn. Nga
Guru Pra
En. Islahuddin
perkataan Tahap 2
Membentuk ayat yang gramatis
berdasarkan
perkataan yang diberi
SELASA (29 APRIL)
Pra Sekolah
Permainan Bahasa
Tahap 1 dan Tahap 2
Membaca dialog
Majlis
Penutup
Penyampaian Hadiah
dan
Pn. Nor Azila
Semua
guru
Bahasa Melayu
*Aktiviti yang tertera adalah cadangan, sekiranya ada sebarang cadangan aktiviti lain yang lebih sesuai boleh juga dilaksanakan dan sangat dialualukan.