LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR
:
MOHD . PARDZLI BIN LAZIM
NO. KAD PENGENALAN
:
710710-02-5867
PROGRAM
:
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
NAMA SEKOLAH
:
SEKOLAH KEBANGSAAN RELAU
NAMA PROJEK
:
NYANYIAN MATO
TEMPOH PELAKSANAAN
:
29 MAC – 24 APRIL 2014
1. OBJEKTIF
1.1
Guru dapat menambah baik amalan mengajarkan kata sendi nama “dari” dan “daripada” untuk pengayaan murid tahun 3 Bestari menggunakan akronim MATO dalam kuiz melalui teknik nyanyian.
1.2
Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.
1.3
Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra antara murid dengan murid serta murid dengan guru.
1.4
Membentuk murid supaya sentiasa bersedia dengan pembelajaran berpusatkan murid.
2. STRATEGI PELAKSANAAN Projek inovasi yang saya jalankan kepada murid tahun 3 ini adalah menggunakan teknik nyanyian.
Pemilihan
teknik
nyanyian ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna
dan
berjaya
meninggalkan
kesan
yang
mendalam dan dapat menarik minat serta mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran saya. Murid-murid akan lebih ceria dan seronok untuk belajar. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam serta dapat menarik
minat
serta
memberikan
tumpuan
sepenuhnya
terhadap aktiviti pengajaran saya. Selain itu, mereka dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. Oleh itu, naluri ingin tahu
pelajar
akan
dibangkitkan
dan
mereka
berusaha
melibatkan diri secara aktif. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran yang positif dapat diwujudkan. Saya melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam pada 10 April 2015. Saya telah memilih Teori Kecerdasan
Pelbagai
pengajaran
dan
untuk
pembelajaran
digunakan
semasa
berlangsung.
merancang akan menggunakan teknik nyanyian intervensi
Saya
proses juga
sepanjang
saya. Saya berharap dengan terlaksananya teknik
nyanyian ini, murid-murid akan lebih memberikan tumpuan dan
dapat
belajar dalam
keadaan
yang tidak tertekan malahan
menyeronokkan. Saya menggunakan teknik nyanyian dengan mengubah lirk lagu “Aku Anak Kampung”
kepada “MATO”.
pengajaran dan pembelajaran, saya
Dalam sesi
mengarahkan
murid
menyanyikan lagu tersebut agar mereka dapat menghafal lirik lagu tersebut.
Jadi, apabila mereka menghadapi
masalah
untuk menjawab soalan berkaitan kata sendi nama “dari” dan “daripada, saya akan mengarahkan mereka untuk menyanyikan lagu
tersebut.
Sesi
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
dijalankan itu memerlukan murid menghafal lirik lagu supaya mereka dapat menguasai fungsi kata sendi nama “dari” dan “daripada”.
3. REFLEKSI a.
KEKUATAN PROJEK i. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru matapelajaran yang berkesan. muridmurid yang sebelum ini kurang aktif dan suka mengganggu
rakan-rakan
telah
menunjukkan
perubahan tingkah laku yang baik. ii. Kekuatan
yang
seterusnya
ialah
apabila
saya
menggunakan teknik nyanyian, suasana secara tidak
langsung menjadi ceria dan mampu mengurangkan tahap kebosanan murid. iii.
Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang
murid-murid
tahun
4.
Secara
langsungnya
hubungan kami dapat dieratkan. Murid-murid memberi komitmen
yang
baik
sepanjang
pelaksanaan
projek
nyanyian MATO ini semasa pengajaran dan pembelajaran.
iv.
Dengan perancangan dan bantuan alat inovasi ini, saya dapat merancang masa pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih
efisyen.
PdP
berjalan
lancar
dan
menyeronokkan. v.
Saya
mengetahui
cara
untuk
mengadili
sesuatu
pertandingan. Sebagai hakim keputusan saya haruslah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Hal ini jelas terbukti semasa saya melaksanakan kuiz MATO semasa PdP. vi.
Saya juga semakin berkemahiran dalam membina cd interaksi dan rakaman audio dan video. Projek inovasi ini mampu memberi kesan yang mendalam kepada muridmurid.
vii.
Kekuatan yang saya peroleh ialah dapat bekerjasama dengan semua guru dalam menjayakan projek ini. Banyak
tunjuk ajar dan cadangan telah saya peroleh untuk mencipta projek inovasi ini. viii.
Projek ini bukan untuk saya seorang, malah boleh diguna pakai oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain.
b. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
i.
Projek inovasi nyanyian MATO ini memerlukan sistem audio video yang berkualiti tinggi sebagai usaha menarik minat murid-murid. Jika alatan padang dengar berkualiti rendah, mungkin murid kurang memberikan tumpuan.
ii.
Kawalan kelas semasa sesi PdP menghadapi masalah kerana murid-murid sangat teruja untuk menyanyi dan menunjukkan bakat masing-masing.
iii.
Guru perlu lebih peka terhadap murid-murid yang pasif dan pemalu kerana mereka seolah-olah “tenggelam” dalam keaktifan dan keagresifan murid-murid lain.
4.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk menjalankan projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini.
Hal ini adalah kerana
sesuatu projek yang dirancang rapi memerlukan masa dan perancangan yang sistematik. Oleh sebab projek ini mendapat reaksi yang sangat baik daripada murid tahun 4 maka, saya beranggapan bahawa projek inovasi ini sebaiknya disebar luas kepada semua murid di sekolah tersebut. Saya juga mencadangkan agar projek inovasi seumpama ini iaitu penggunaan teknik nyanyian dan didik hibur boleh diperluas kepada aspekaspek tatabahasa yang lain. Penciptaan akronim boleh dicipta oleh guru dan diserapkan ke dalam lirik lagu. Jadi, murid-murid bukan sahaja boleh berhibur malah dapat menghafal lirik lagu yang mengandungi formulaformula yang berguna kepada mereka. Selain itu, projek inovasi seperti ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk ditayangkan menggunakan alat pandang dengar atau televisyen pada waktu rehat setiap hari. Bahan inovasi ini mungkin boleh ditayang di kantin
atau di bilik tayang sesebuah sekolah. Jadi, murid dapat memanfaatkan masa luang mereka dengan hiburan yang berbentuk ilmiah. Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu bahan dan alatan inovasi. Saya akan menggunakan program animasi agar video yang dicipta itu lebih menarik. Di samping nyanyian, lirik dan gambar animasi, saya juga akan memasukkan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran seperti kuiz dan sebagainya ke dalam bahan inovasi tersebut. Jika projek sebegini dirancang dan dilaksanakan dengan rapi, saya pasti projek inovasi ini boleh disebar luas ke seluruh negara. 5.
KESIMPULAN Saya
berharap
pembelajaran
agar iaitu
projek nyanyian
inovasi lagu
pengajaran MATO
ini
dan dapat
dimanfaatkan oleh guru-guru, individu-individu serta diri sendiri
pada
masa
hadapan
untuk
memperbaiki
mutu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Semoga bahan inovasi ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kerana saya telah membuktikan bahan inovasi teknik nyanyian ini telah banyak memberi impak dan manfaat terhadap pemahaman dan tingkah laku murid terutama dari segi pemahaman dalam kata sendi “dari” dan “daripada”. Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila objektif yang telah ditetapkan, iaitu untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran kata sendi nama “dari” dan “daripada” menggunakan teknik nyanyian MATO melalui kuiz dapat dicapai dengan jayanya.
Saya berpendapat pencapaian objektif ini ialah suatu kejayaan besar kerana saya perlu berhadapan dengaan murid lemah yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan sebelum ini. Dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan ternyata penggunaan teknik nyanyian
dan kuiz
berjaya menambah baik amalan kawalan kelas saya sekaligus dapat meningkatkan pencapaian murid-murid saya. Saya juga membina hubungan yang baik dengan murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Norlida Ahmad (2005), menyatakan bahawa
murid akan didorong untuk
belajar dengan lebih berkesan dan bermanfaat melalui lagu. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan muzik dan kaedah nyanyian mampu merangsang minat murid dan sekaligus meningkatkan daya ingatan mereka sekiranya murid mula memberi tindak balas yang positif dan penumpuan penuh semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas. Secara keseluruhannya, proses inovasi nyanyian lagu MATO yang telah dijalankan memberi satu pengalaman baharu dan panduan kepada saya. Saya juga sedar akan kepentingan mengadakan pembaharuan kepada murid-murid saya. Kajian ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa guru yang berinovasi amat diperlukan oleh generasi akan datang.
Disediakan oleh,
…………………………………… (MOHD. PARDZLI BIN LAZIM) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011 IPGK TUANKU BAINUN Disemak oleh, ....................................... (AHMAD FITRI ZULKIFLI) KETUA PANITIA BAHASA MELAYU SK RELAU
Disahkan oleh, ................................