rancangan pengajaran harian kurikulum standard sekolah rendah bagi subjek sains tahun 4
ASPEK : TATABAHASA
contoh rph matematik tahun 3 kssr semakan 2019
serta contoh abmFull description
Pertolongan Cemas
rph matematik kssr tahun 4 2013
RPH
Contoh untuk dikongsikan bersama
Contoh RPH KSSR MATEMATIK TAHUN 4 MASA & WAKTU
RPH Pendidikan Islam Tahun 4Full description
PENAMBAHAN NOMBOR SEHINGGA 10000
Contoh RPH Sains Tahun 4Full description
Full description
Buat RPH dengan beberapa klik dan taip sikitlah mana yang perlu :)
bm thn 5. kursus kssr thn 5Full description
bm thn 5. kursus kssr thn 5Full description
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran
: Matematik
Kelas dan Masa/Bilangan murid : 4 Teratai/9.00 – 10.00 pagi / 24 orang Tajuk
: Nisbah dan Kadaran
Standard Pembelajaran
: 17.1 (i)
Objektif Pembelajaran
: Di akhir pembelajaran, murid dapat: Menentukan suatu nilai menggunakan kaedah
unitary dalam situasi harian.
Fasa 1. Persediaan
Cadangan Komunikasi
Cadangan Aktiviti
a. Guru memaparkan gambarajah berikut:
Pemerhatian dan Analisis
i.
Apakah yang murid dapat lihat dalam gambarajah ?
ii. Berapakah jumlah epal dalam gambarajah ? iii. Berapa orang murid dalam gambarajah ?
b. Murid diminta memerhati gambarajah tersebut lalu menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
iv. Seorang murid boleh memperolehi berapa biji epal ? v. Maka 3 orang murid boleh memperolehi berapa biji epal ?
2. Imaginasi
a. Guru meminta 4 orang murid tampil ke depan. i.
Penjanaan Idea
Guru mengeluarkan 12 batang pensel dan meminta 4 orang murid membahagikan pensel tersebut secara sama rata.
i.
Seorang murid boleh memperolehi berapa batang pensel ?
Respon Murid: 1 org murid mendapat 3 batang pensel. Sintesis Idea
Jika 1 org murid mendapat 3 batang pensel, maka 4 org murid mendapat 12 batang pensel. 6 org murid mendapat 18 batang pensel. b. Guru membimbing murid menunjukkan cara pengiraan untuk mendapat jawapan. Jumlah objek ÷ bilangan murid = bilangan seunit Cth: 12 ÷ 4 = 3 bilangan seunit × bilangan murid = jumlah objek Cth: 3 × 6 = 18 c. Murid menggunakan formula yang diberi untuk menjawab soalan yang dipapar. - Jisim 3 biji epal ialah 600 g. Berapakah jisim 5 biji epal ?
Respon Murid: 600 g ÷ 3 = 200 g Maka, 200 g × 5 = 1000 g
3. Perkembangan
Aktiviti Kumpulan: Pertandingan ‘Siapa Cepat Dia Dapat ‘
Penambahbaikan
a. Murid melengkapkan tugasan yang diberi secara berkumpulan (6 orang). b. Soalan akan dipaparkan dengan slide. Setiap kumpulan akan memberi jawapan.Kumpulan yang memberi jawapan yang tepat terdahulu akan diberi 10 skor. Cth soalan:
i. Ali, Ah Meng, Sabrina dan Ramu mempunyai bilangan guli yang sama. Jumlah bilangan guli mereka adalah 20. Sabrina dan Ramu mempunyai berapa jumlah biji guli ?
Menilai
ii. Mary dan 2 orang adiknya mempunyai RM1.50. Berapakah jumlah wang yang dipunyai oleh 2 orang adiknya ? iii. Pak Abu menanam 80 batang pokok durian dalam 10 baris di dusunnya. Berapakah jumlah batang pokok durian dalam 5 baris ? iv. Emak membuat 20 biji tart nanas dalam masa 2 jam. Berapakah biji tart nanas yang boleh dihasilkan dalam masa 6 jam ? v. 5 orang murid dapat minum 1250 ml jus oren. Berapakah isipadu jus oren dalam ml yang diminum oleh 3 orang muird ?
i. Murid perlu berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan.
. Bincangkan hasil skor yang didapat.
Guru memberi ganjaran kepada kumpulan yang menang.
4. Tindakan Pelaksanaan
Amalan Berterusan
a. Edaran lembaran kerja kepada murid.
i. Selesaikan tugasan yang diberi.
b. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja dalam masa 10 minit. c. Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.
d. Murid diminta menyiapkan tugasan dalam buku kerja.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan kaedah unitari.
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama, adil dan berani memberikan jawapan secara lisan dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.
Refleksi
Murid berupaya menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan kaedah unitari yang ditunjukkan oleh guru. 22/24 murid telah menggunakan kaedah unitary dalam situasi harian.
EMK : Kreativiti dan inovasi
BBB: Gambarajah, epal , slides dan lembaran kerja.