3.0 ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
3.1 Analisis Kemahiran Bahasa
KEMAHIRAN BAHASA
KEMAHIRAN
KEMAHIRAN
KEMAHIRAN
LISAN
MEMBACA
MENULIS
KEMAHIRAN
KEMAHIRAN
MENDENGAR
BERTUTUR
Berdasarkan rajah di atas menunjukkan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada tiga kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis. Kemahiran lisan pula dibahagi kepada dua iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Menurut pendapat Abdul Aziz Abdul Talib dalam bukunya Menguji Kemahiran Bahasa Prinsip, Teknik dan Contoh mengtakan bahawa keempat-empat kemahiran bahasa tersebut sama penting dan seharusnya
diberikan
penekanan
yang
sama
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran. Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II mengatakan bahawa kepentingan kemahiran berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran perlu disedari oleh semua pihak dan pelajar yang dpat menguasai kemahiran bahasa dengan baik secara tidak langsung dapat mempelajari mata pelajaran lain secara berkesan.
10
Salah satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah dipilih untuk dianalisis mengenai penggunaan semua kemahiran bahasa tersebut. RPH ini untuk pengajaran dan pemebelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 5 Bestari selama tempoh masa 60 minit yang bertajuk kesan Pencemaran di Negara Kita. Berdasarkan
analisis
yang
telah
dilakukan
menunjukkan
terdapat
penggunaan kemahiran bahasa yang pertama yang telah digunkan ialah kemahiran lisan. Menurut Kamaruddin Hj. Hussin dalam bukunya Pengajaran Lisan Kemahiran Mendengar dan Bertutur (1999:3) mengatakan bahawa kemahiran lisan adalah satu aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa yang amat penting dan utama yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran mebaca dan menulis. Kemahiran lisan telah dibahagikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur. Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II (2009:114) mentakrifkan kemahiran mendengar ialah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa yang berupa pennyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Berdasarkan analisis penggunaan kemahiran mendengar ini telah digunakan dalam Set Induksi iaitu dalam masa 5 minit bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu guru menayangkan klip video lagu “Ikan Kekek” kepada murid-murid. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat mendengar ini dengan dengan baik dan teliti lagu tersebut. Apabila proses mendengar berlaku dengan baik, maka murid-murid dapat memahami maklumat yang hendak disampaikan dengan berkesan iaitu murid dapat mendengar dengan baik tentang lagu tersebut dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir tentang lagu tersebut. Penggunaan kemahiran mendengar yang telah digunakan dalam RPH ini pada Langkah 1, dimana murid-murid diminta mengikut apa yang dibaca oleh guru. Pada aktiviti ini, kemahiran mendengar amat penting kepada murid-murid untuk mendengar dengan teliti apa yang dibaca oleh guru kerana mereka dikehendaki untuk mengikut kembali bacaan tersebut. 11
Seterusnya, penggunaan kemahiran mendengar juga telah wujud dalam RPH ini pada Langkah 3 dimana guru menerangkan imbuhan, kata hubung dan kata sendi nama di papan tulis. Murid-murid perlu menggunakan pendengaran untuk memahami dengan sepenuhnya setiap maklumat yang diajar oleh guru kerana apabila proses pendengaran berlaku maka penghantaran gelombang kepada otak dengan tekanan gelombang membawa kepada petunjuk untuk murid-murid memahami pemeblajaran mereka. Apabila pemahaman berlaku makas ecara tidak langsung dapat memudahkan murid-murid membuat latihan yang diberikan oleh guru. Kemahiran bahasa yang seterusnya ialah kemahiran bertutur. Menurut Mohd Hilmy Haji Ismail (1982:68-69) mengatakan bahawa pertuturan adalah asas kepada hamper semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Kemahiran bertutur juga kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh semua orang dan ia berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Hal ini kerana secara fitrahnya manusia tidak hanya mendengar atau bertutur semata-mata, sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti mendengar dan bertutur pada masa yang sama. Penggunaan kemahiarn bertutur ini
boleh dilihat dalam rancangan
pengajaran harian (RPH) pada set induksi dimana guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan video lagu “ Ikan Kekek”. Melalui aktiviti ini, kemahiran bertutur ini dapat diaplikasi dalam P&P dan membantu murid untuk bercakap dengan berani dan yakin serta menggunakan suara yang jelas supaya ia dapat didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya. Pertuturan ini juga dapat melahirkan idea atau fikiran dengan gaya pertuturan yang berkesan iaitu logik, spontan, lancar dan jelas. Malah murid digalakkan untuk menggunakan percakapan dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik dalam pertuturan. Jadi melalui aktiviti pada set induksi ini, murid dapat bersama-sama berkongsi pendapat dan pandanag mereka tentang 12
video yang telah meraka lihat di samping meningkatkan tahap kemahiran bertutur mereka. Selain itu, penggunaan kemahiran bertutur ini juga telah digunakan pada Langkah 2 dimana murid dikehendaki melakukan perbincangan dalam kumpulan bagi mengeluarkan isi-isi penting daripada petikan. Pertuturan juga bertujuan untuk menzahirkan idea dan emosi dalam P&P, jadi melalui aktiviti ini murid
dapat
memberi
idea
dan
berbincang
sesama
mereka
untuk
menyelesaikan masalah dan tugasan yang telah diberikan oleh guru tersebut. Hal ini menggalakkan murid untuk bertutur dan memberi peluang seluasnya kepada mereka untuk mengemukakan pendapat dalam aktiviti perbincangan berkumpulan mereka. Namun, murid juga perlu dilatih dan dipandu agar mereka idea dan pendapat yang bernas dan betul malah bukan sahaja bertutur tanpa sebarang maklumat. Dalam aktiviti ini setiap murid harus digalakkan unutk melibatkan diri secara aktif dan tiada murid yang hanya berdiam diri sahaja. Aktiviti bukan sahaja dapat menajamkan minda murid malah melatih kepetahan mereka untuk bertutur dan mengeluarkan pendapat. Seterusnya, kemahiran bertutur juga telah diterapkan pada aktiviti penutup dimana guru telah meminta beberapa orang murid untuk merumuskan isi pembelajaran tersebut. Melalui aktiviti ini, murid dapat melatih diri unutk berani bercakap dan melontar panadangan di hadapan rakan-rakan sekelas yang lain. Jadi telah berlaku komunikasi antara murid dan guru. Murid juga dapat membuat rumusan secara tersusun terhadap apa yang telah mereka pelajari. Guru boleh membantu untuk memperbetulkan jika terdapat murid yang telah memberi pendangan yang kuran tepat. Penggunaan kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran membaca. Menurut Frank Smith (1980), bacaan terbahagi kepada dua iaitu bacaan fungsian dan bacaan rekreasi. Bacaan fungsian ialah bacaan khusus atau tertentu seperti unutk mendapatkan maklumat apabila seseorang itu merujuk dan seumpamanya. Malah bacaan rekreasi ialah bacaan pada masa lapang dan tujuannya lebih kepada unutk mendapatkan keseronokkan. Selain itu, 13
menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) mengatakan bahawa kemahiran membaca merupakan satu proses dinamik dan kompleks iaitu melibatkan keupayaan membaca dengan pantas, memahami dan mengingat fakta dan kebolehan membuat interprestasi secara bijak dan analitis. Kemahiran membaca ini telah digunakan dalam RPH ini pada aktiviti Langkah 1 dimana guru meminta murid membaca petikan secara mentalis. Bacaan mentalis juga dikenali sebagai bacaan senyap. Bacaan ini bertujuan untuk murid memahami terhadap apa yang dibaca oleh mereka. Ia juga merupakan proses semula jadi semasa membaca dan dapat mebantu murid mengurangkan
bebanan
kogniitf
disamping
mengakses
makna
untuk
pemahaman dan mengingatti petikan yang dibaca oleh murid. Di sini murid dapat menerapkan apsek kefahaman iaitu apek yang paling penting dalam bacaan dan menjadi teras dalam bacaan senyap ini. Maka oleh sebab demikian, tujuan utama unutk bacaan ini ialah untuk menguji aspek kefahaman dalam bacaan tersebut. Dengan itu, murid dapat memberi tumpuan untuk memahami terhadap bacaan mereka. Seterusnya, kemahiran membaca juga telah diterapkan dalam aktiviti Langkah 1 iaitu guru telah memilih secara rawak beberapa orang murid untuk membaca teks tersebut di hadapan kelas. Kemahiran bacaan ini dikenali sebagai bacaan nyaring iaitu langakh pertama unutk melihat kemahiran mebaca. Tujuan bacaan nyaring ini ialah unutk melihat penguasaan murid dari aspek fonologi, bunyi, nada, sebutan, jeda, mora, intonasi dan tanda bacaan dengan betul. Melalui akitiviti ini, guru boleh mengenal pasti beberapa kesalahan yang menjadi kebiasaan dilakukan oleh murid antaranya ialah tinggalan iaitu bunyi huruf, perkataan atau imbuhan yang sering ditinggalkan semasa membaca serta kesalahan pembalikan iaitu huruf, bunyi atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Kemahiran
terakhir
ialah
kemahiran
menulis
iaitu
kemahiran
ini
merupakan kemahiran yang paling kompleks dan lebih sukar dari segi pengajaran dan penguasaan berbanding dengan kemahiran lain. Menurut 14
Abdul Aziz Abdul Talib (1993), kemahiran ini menjadi amat penting kerana murid perlu unutk membentuk esei, laporan dan juga penulisan. Malah menurut A.E Smith (1959), kemahiran ini boleh mula diajar hanya selepas murid tahu membaca malah kemahiran asas menulis juga sebenarnya bermula dengan kebolehan menulis ayat-ayat yang betul dan menulis paragraf dan kemudian baru boleh berkembang kepada penulisan karangan yang berbentuk naratif dan exsposisi seterusnya barulah boleh untuk menulis penulisan yang lebih kompleks iaitu dialog dan puisi. Kemahiran menulis ini telah diterapkan dalam RPH ini iaitu pada aktiviti Langkah 1 iaitu guru meminta murid untuk menggariskan perkataan yang tidak difahami dan menuliskan perkataan tersebut di papan hitam dan guru kemudian akan memjelaskan maksud perkataan tersebut. Jadi di sisni murid dapat menguasai aturan penulisan seperi kaedah menulif huruf-huruf, menulis ejaan dan tanda baca dengan betul serta penggunaan tulisan yang kemas. Aspek ini perlu diterapkan pada peringkat awal kerana jika tidak dikawal pada permulaan akan menjadi kesukaran kepada murid tersebut untuk berubah. Selain itu, kemahiran menulis juga telah diterapakan pada Langkah 3 iaitu murid diberi latihan bertulis membina ayat berdasarkan imbuhan, kata sendi dan kata hubung yang terdapat dalam petikan yang telah diberikan. Melalui aktiviti penulisan ini, murid akan lebih memahami terhadap pembelajaran yang telah mereka pelajari. Guru juga dapat membuat penilaian tentang kefahaman murid-murid sama ada mereka memahami atau sebaliknya. Pada peringkat ini murid mula memikirkan cara untuk membentuk ayat berdasarkan imbuhan, kata sendi nama dan kata penghubung dengan betul dan kefahaman adalah penting unutk mengelakkan berlaku kesalahan bahasa terutama dari segi ejaan. Pada peringkat yang lebih tinggi murid dapat membina ayat-ayat bagi membentuk satu perenggan. Secara keseluruhannya, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini telah menggunakan dan menerapkan kesemua aspek kemahiran bahasa iaitiu kemahiran
mendengar,
bertutur, 15
membaca
dan
menulis.
Kepentingan
kemahiran bahasa ini dalam pengajaran dan pembelajaran perlu disedari oleh semua pihak. Murid-murid yanga dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik secara tidak langsung dapat mempelajari mata pelajaran dengan lebih berkesan. 3.2 Analisis Kemahiran Bernilai Tambah
Kajian masa depan
Kemahiran berfikir
Kecerdasan pelbagai
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran belajar cara belajar
Pembelajaran kontruktivisme
Pembelajaran kontektual Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu, kemahiran bernilai tambah ini mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan sebenar murid serta scenario dunia yang global. Dalam kemahiran bernilai tambah ini terdapat tujuh bahagian iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan
pelbagai,
pembelajaran
kontektual,
pembelajaran
kontruktivisme dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
16
John Dewey, (1930), dalam buku ”Kemahiran Berfikir Secara Kritis” Dan Kreatif mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Manakala Mayer, (1977), dalam buku ”Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran” Dan Pembelajaran mendefinisikan berfikir sebagai melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir sememangnya sinonim apabila berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana bagi memupuk para pelajar berfikir secara kritis dan kreatif di samping menjana idea dengan menyelesaikan masalah. Dalam rancangan pengajaran harian yang dipilih oleh kami terdapat kemahiran berfikir ini. Ini dibuktikan dalam set induksi (5 minit) guru telah menjelaskan tujuan menayangkan klip video Ikan Kekek dengan tajuk pengajaran pada hari itu. Hal ini kerana agar pelajar dapat berfikir dan menjana idea dan menghubungkaitkan klip video dengan kesan pencemaran alam sekitar. Kemudian pada langkah 1 (15 minit), pelajar menggariskan perkataan yang tidak di fahami dalam petikan. Di sini menunjukkan pelajar cuba memahami setiap patah perkataan dengan menggunakan kemahiran berfikir. Dalam langkah 2 (15 minit) pula, murid dikehendaki melakukan perbincangan dalam kumpulan di mana mereka dikehendaki mengeluarkan isi-isi penting dalam petikan dan menulisnya pada papan hitam. Pada langkah 3 (15 minit) pula, pelajar menggariskan aspek tatabahasa seperti imbuhan, kata hubung dan kata sendi yang terdapat dalam petikan itu. Kemudian pelajar membina ayat berdasarkan imbuhan, kata hubung dan kata sendi yang telah mereka jumpai dalam petikan tersebut. Dan pada penutup (10 minit) pelajar membuat kesimpulan dan meramalkan apa yang akan berlaku jika pencemaran alam sekitar tidak dicegah. Berdasarkan kesemua aktiviti yang telah dihuraikan di atas, ini menunjukkan kemahiran berfikir diaplikasikan dalam 17
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ini kerana pelajar menjana idea, memahami, membina ayat dan membuat kesimpulan dan inferen dengan sendiri dengan cara berfikir secara kreatif dan kritis melalui aktiviti yang dijalankan. Menurut Segal, (1985), dalam buku ”Belajar Cara Belajar” mengatakan bahawa kemahiran belajar adalah boleh diajar di mana cara pelajar bijak belajar boleh dipindahkan kepada pelajar yang rendah kemampuan. Manakala menurut Gregg, (1972), dalam buku ”Belajar Cara Belajar” pula mendefiniskan kemahiran belajar dari sudut ingatan di mana mengingat menolong pelajar menerima dan menyimpan maklumat. Pada masa yang sama, kemahiran belajar cara belajar telah berlaku pada set induksi (5 minit) di mana guru menggunakan teknik soal jawab dengan murid tentang apa yang telah ditayang dalam klip video Ikan Kekek. Dalam langkah 1 (15 minit) pelajar mendengar secara aktif apa yang disebut oleh guru dan mengikutnya. Kemudian, beberapa orang pelajar membaca teks petikan dengan intonasi yang betul. Pada langkah 2 (15 minit) pula, telah berlaku teknik perbincangan antara pelajar sesama pelajar secara berkumpulan. Pelajar membincangkan isi-isi penting dalam petikan tersebut. pada akhir pelajar iaitu penutup (10 minit) pula pelajar menyanyikan lagu Hijau secara bersama-sama. Berdasarkan huraian di atas dapat dilihat telah berlakunya kemahiran belajar cara belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antara teknik tersebut adalah teknik bersoal jawab, teknik perbincangan dan teknik nyanyian. Teknik ini diajar kerana supaya pelajar peka terhadap teknik pembelajaran yang berlainan agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan melalui pelbagai cara. Pembelajaran
Berbantukan
Komputer
(PBK)
ialah
situasi
apabila
komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran. Alessi & Trollip, (1985), dalam buku ”Komputer Dalam Pendidikan” mendefinisikan PBK
sebagai
penggunaan
komputer
untuk
menyampaikan
maklumat,
membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar sama ada kesemuanya sekali atau sebahagian sahaja. 18
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi adalah perkara yang wajib diajar pada setiap pelajar di sekolah pada masa kini. Hal ini kerana supaya mereka mahir menggunakan dan mengedalikan komputer dan bukanlah seorag yang buta teknologi. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru menerapkan kemahiran bernilai tambah ini. Hal ini dibuktikan semasa set induksi
(5
minit)
di
mana
guru
menyuruh
salah
seorang
pelajarnya
menayangkan klip video Ikan Kekek yang terdapat dalam komputer agar dapat ditayangkan di dalam kelas. Ini bermakna pelajar tersebut didedahkan tentang aplikasi penggunaan komputer dengan betul secara tidak langsung. Menurut Mok Soon Sang, (2004), pengajaran berasaskan kajian masa depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Kamarudin Hj. Husin, (1995), menyatakan penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid mengkaji tanggungjawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan datang.
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik pelajar lebih prihatin terhadap sesuatu isu yang telah berlaku, sedang dan bakal berlaku. Ini berlaku pada penutup (10 minit) di mana pelajar membuat kesimpulan dan inferen sendiri dengan meramal apa yang akan terjad jika pencemaran dan klip video Ikan Kekek itu berterusan. Di sini dapat kita lihat pelajar merumus, menjangkakan akibat dan segala kemungkinan yang bakal berlaku dengan menggunakan kajian masa depan secara tidak langsung. Howard Gardner, (1983), dalam buku ”Perkembangan Kanak-Kanak” kecerdasan
sebagai
kebolehan
untuk
menyelesaikan
masalah
atau
menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan budaya. Howard Gardner juga mengatakan terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai iaitu linguistik, muzik, spatial, logikal matematik, kinestatik, interpersonal dan intrapersonal.
19
Interpersonal ini telah berlaku pada set induksi (5 minit) di mana guru bersoal jawab dengan para pelajar tentang klip video Ikan Kekek. Pada masa yang sama juga, interpersonal ini berlaku dalam kalangan pelajar semasa langkah 2 (15 minit) di mana pelajar melakukan perbincangan dalam kumpulan sesama mereka. Pelajar dikehendaki berbincang dan mengeluarkan isi penting daripada petikan tersebut. Selain itu, verbal linguistik pula berlaku semasa langkah 1 (15 minit)
di mana pelajar membaca petikan Pencemaran Alam
dengan intonasi yang betul di hadapan kelas. Verbal linguistik juga berlaku pada penutup (10 minit) di mana pelajar meramalkan dan merumuskan tentang kesan pencemaran jika tidak dicegah pada masa hadapan. Kemudian, muzik pula berlaku pada penutup (10 minit) di mana pelajar menyanyikan lagu Hijau secara bersama-sama. Rajah untuk pembelajaran kontektual
Pengetahuan lama
Pengetahuan baru
Memproses maklumat untuk kefahaman
Rajah untuk pembelajaran kontruktivisme
Pengetahuan Lama
Pengetahuan baru
Membina pengetahuan baru
Menurut John Dewey, (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran kontektual secara umumnya ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Kaedah pengajaran ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on.
20
Sebagaimana yang diketahui bahawa pembelajaran ini hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna. Dalam kehidupan seharian pelajar sudah pernah membaca keratan akhbar mengenai pencemaran udara. Secara tidak langsung, pelajar sudah mempunyai pengetahuan sedia ada secara tidak langsung kemudian menerima maklumat baru yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan memproses maklumat yang diterima semasa di dalam bilik darjah. Para pelajar telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di sekeliling. Menurut McBrien & Brandt, (1997), dalam buku ”Pembelajaran Secara Kontrutivisme”
mendefinisikan
pembelajaran
kontrutivisme
sebagai
satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Manakala menurut Briner, (1999), dalam buku ”Pembelajaran Secara Kontrutivisme” mengatakan bahawa kontruktivieme di mana murid membina
pengetahuan
mereka
dengan
menguji
idea
dan
pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikan kepada situasi baru dan menintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Tetapi, pembelajaran kontektual ini tidak dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang kami pilih. Hal ini kerana kontruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Berlainan dengan pembelajaran kontektual di mana pelajar hanya memproses maklumat tersebut untuk difahami.
21
Kesimpulanya, kemahiran bernilai tambah ini dapat memajukan dunia pendidikan dengan membantu para pelajar meningkat kemahiran mereka daripada pelbagai aspek. Mereka mula mendapat keyakinan semasa berada di dalam kelas untuk berhadapan dengan dunia luar.
22