INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
BMM 3111 : SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
NAMA
: RUZIANA ROSNI BINTI ZAKARIA.
NO. K/P
: 710513 – 08 – 5852
NO. MATRIK
: 10533
KUMPULAN
: PGSR - 6A / KDC / BAHASA MELAYU
AMBILAN
: NO NOVEMBER 2009
PENSYARAH
: ENCIK MOHD KHAIRI BIN MOHD NOOR
JABATAN
: PE PENGAJIAN MELAYU
TARIKH SERAH
: 22 NOVEMBER 2012
BIODATA PELAJAR
NAMA
: RUZIANA ROSNI BINTI ZAKARIA
UMUR
: 41 TAHUN
TARIKH LAHIR
: 13 MEI 1971
NO. KAD PENGENALAN : 710513085852 STATUS
: BERKAHWIN
EMAIL
:
[email protected]
ALAMAT TETAP
: NO. 4, JALAN RAMBUTAN 3, TAMAN BUNGA SELASEH, 02500 MATA AIR, KANGAR, PERLIS.
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS
: SEKOLAH KEBANGSAAN MANGGOL BONGOR, MEGAT DEWA, 06100 KODIANG, KEDAH.
SOALAN
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Peristilahan pula merujuk kepada kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.
Sub tugasan :
1. Berdasarkan pernyataan di atas, pilih dua lirik lagu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Jelaskan tentang makna yang terdapat dalam lirik tersebut (merangkumi makna leksikal, makna gramatikal, makna denotatif, makna konotatif, makna lugas dan makna kiasan).
Analisis Makna Dalam Lirik Lagu Seniman Agung P. Ramlee Oleh Ruziana Rosni Binti Zakaria Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.
ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis dua buah lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu lagu Kisah Rumah Tangga dan Suara Takbir. Kajian dibuat melalui bidang semantik iaitu mengkaji makna kata dan ayat.Makna-makna pula dianalisis berdasarkan makna leksikal, makna gramatikal, makna denotatif, makna konotatif, makna lugas dan makna kiasan. Hasil analisa menunjukkan bahawa lagu-lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengandungi lirik yang mempunyai kepelbagaian makna.Makna dalam lagu disampaikan dengan cara yang sangat halus dan tertib.Lagu-lagu beliau mengandungi banyak unsur nasihat dan disampaikan melalui alunan lagu yang merdu dan lirik yang gramatis.
Pendahuluan Bahasa adalah sebuah sistem lambang bunyi arbitrer yang digunakan oleh masyarakat untuk tujuan komunikasi. Dalam ilmu bahasa terdapat beberapa ilmu seperti ilmu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik, dan sebagainya. Bidang semantik ialah bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Menurut George, F.H. Semantics, 1964, semantik ialah telaah mengenai makna manakala menurut J.W.M. Verhaar, 1996, semantik ialah cabang linguistik yang membahas makna. Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali semantik dan makna. Makna pula merangkumi makna leksikal, makna gramatikal, makna denotatif, makna konotatif, makna lugas dan makna kiasan. Dengan menggunakan lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee saya akan mengkaji makna leksikal, makna gramatikal, makna denotatif, makna konotatif, makna lugas dan makna kiasan yang terdapat di dalam lirik lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh tidak bosan kita mendengarnya, bahkan indah kedengaran di telinga kita. Pembawaan suaranya menggema merdu, lagu-lagunya membawa irama manis, menjadi siulan umum. Terkenalnya lagu-lagu itu bertambah terpuja nama P.Ramlee sebagai bintang filem dan sebagai biduan. Menurut P. Ramlee, mencipta lagu adalah bergantung kepada jiwa penciptanya. Makna leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Makna gramatikal Menurut Darwis Harahap (1994 : 49), gramatikal membawa maksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Makna gramatikal juga merupakan merupakan makna yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan bentuk. Abdullah Yusof (2009: 3) pula menjelaskan bahawa makna gramatikal
adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal, seperti pengimbuhan, penyisipan, penggandaan dan pemajmukan. Makna denotatif Makna denotatif adalah makna kamus, makna yang bersifat umum, objektif, dan belum ditumpang isi, nilai, atau rasa tertentu (Suhendra Yusuf 1994: 93). Makna ini juga disebut dengan beberapa istilah lain seperti makna denotasional, makna kognitif, makna konseptual, makna ideasional, makna referensial,atau makna proposisional. Makna ini dipanggil makna makna denotasional, referensial, konseptual, dan ideasional kerana makna ini merujuk kepada satu referen (rujukan) konsep atau idea tertentu. Ia juga di sebut makna kognitif kerana ia berkaitan dengan kesedaran atau pengetahuan, iaitu stimulus daripada pihak pembaca, dan respon daripada pihak pendengar, dan menyangkut hal-hal yang dicerap oleh pancaindera dan rasional manusia. Dan makna ini juga dipanggil makna proposisional kerana ia berhubungan dengan pernyataan-pernyataan yang bersifat faktual. Makna ini yang dipanggil dengan bermacam-macam nama merupakan makna yang paling asas dalam sesuatu kata ( Gorys Keraf 1991: 28). Biasanya makna denotatif dihubungkan dengan bahasa ilmiah, iaitu bahasa yang digunakan dalam karya-karya ilmiah. Ini kerana dalam penulisan karya ilmiah, penulis hanya ingin menyampaikan informasi, maklumat dan fakta yang jelas kepada pembacanya. Dia tidak menginginkan interpretasi tanbahan daripada pembacanya. Oleh itu, dia menggunakan makna denotatif ini. Akan tetapi, karya sastera juga tidak terkecuali daripada penggunaan makna ini kerana dalam karya sastera, penulis juga cuba menyampaikan fakta dan maklumat. Makna Konotatif Makna konotatif
(evaluasi / emotif) ialah makna tambahan terhadap makna dasarnya,
berupa nilai rasa atau gambaran tertentu. Makna konotatif juga adalah makna tersiratat atau makna yang bukan sebenarnya. Umumnya bersifat sindiran dan merupakan makna denotasi yang mengalami penambahan. Bahawa kata dengan makna konotatif mempunyai sifat tidak stabil.
Makna Lugas Makna lugas adalah makna yang sebenarnya dan mirip dengan makna denotatif.Makna lugas juga ialah makna yang berpadanan kata yang bersangkutan. Makna Kiasan Makna kiasan ialah makna yang timbul dengan pengertian baru.Ia merupakan makna yang merujuk untuk mengias atau mengalami peluasan makna. Menurut Za’ba (1965), kiasa ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara yang mengiaskannya kepada perkara lain. Bahasa kiasan merupakan ungkapan yang halus dan dapat meningkatkan imej seseorang yang menggunakannya.Terdapat beberapa kategori bahasa kiasan seperti kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan terus, kiasan bersajak, kiasan berbunga, kiasan pemanis, kiasan melompat, kiasan melarat dan kiasan berkacau.
Analisis Lagu. Untuk menganalisis makna-makna yang dinyatakan di atas, saya telah memilih dua buah lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lagu-lagu tersebut ialah lagu ’Kisah Rumah Tangga dan Suara Takbir.’
Lirik Lagu Kisah Rumah Tangga. Oh dengarlah tuan-tuan Sebuah kisah suami isteri Kadangkala terdapat Si isteri memerintah suami Oh disuruh duduk-duduk Dijerit-jerit dibentak-bentak Suaminya dulu hensem Rambut panjang dah jadi botak
Oh la la Kalau memilih isteri alah abang Biar betul-betul Jangan tersalah pilih alah abang Kena queen control Oh la la la la la la la la La la la la la la la Kisah rumahlah tangga Ada-ada saja Oh kadang pula terdapat Suami jahat isteri budiman Isterinya cukup sabar Perangai suami ya Allah macam setan Kalau di belakang isteri Hai joli sana joli sini Kalau di depan isteri Amboi pijak semut pun tak mati U la la, kalau memilih suami ala adik Biar betul-betul Jangan tersalah pilih ala adik Kena kaki botol La la la la la la la la la La la la la la la la Kisah rumahlah tangga ada-ada saja Rumahtangga yang cantik Suami isteri hidup aman Kalau salah sedikit
Lekas-lekas diselesaikan O perkara kecil-kecil Jangan suka dibesarkan Itulah satu contoh Perlu kita buat pedoman U la la, kalau memilih pasangan ala sayang Biarlah berpadan Supaya hidup aman ala tuan Di sepanjang zaman O la la la la la la la la Kisah rumahlah tangga itu semestinya.
Sinopsis lagu ’ Kisah Rumah tangga’ Lagu ini mengisahkan tentang kisah rumah tangga.Ada suami yang mendapat isteri yang garang dan mengongkong kebebasan suaminya. Ada pula isteri yang mendapat suami yang buruk perangainya. Lagu ini mengingatkan pendengar agar berhati-hati memilih pasangan agar rumah tangga dapat dilayari dengan aman dan damai.Lagu ini juga menasihatkan pendengar agar sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam rumahtangga hendaklah diselesaikan dengan aman agar masalah tersebut tidak menjadi lebih besar. Makna leksikal Terdapat beberapa perkataan yang merujuk kepada makna leksikal. Antaranya ialah : Isteri – perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seseorang lelaki ( Kamus Dewan Edisi Ke Empat, m/s 93) Suami – orang lelaki yang dikahwini seseorang perempuan (Kamus Dewan Edisi Ke Empat, m/s 448)
Semut – serangga yang merayap (Kamus Dewan Edisi Ke Empat, m/s 220) Makna Gramatikal. Dalam lirik lagu ‘Kisah Rumah tangga’ terdapat beberapa perkataan yang membawa makna gramatikal.Perkataan berganda yang dapat dikesan ialah kadang-kala, duduk-duduk, dijerit-jerit, dibentak-bentak, betul-betul, ada-ada, lekas-lekas dan kecil-kecil. Terdapat juga perkataan berimbuhan di dalam lirik lagu ini.Antaranya ialah perkataan terdapat, memerintah, tersalah, diselesaikan dan dibesarkan .Antara kata majmuk yang terdapat di dalam lirik lagu ini ialah rumah tangga dan suami isteri. Makna Denotatif ‘Sebuah kisah suami isteri’ Baris ini membawa makna denotatif kerana penulis sememangnya membicarakan tentang sebuah kisah suami isteri atau kisah rumahtangga. ‘Suami isteri hidup aman.’ Baris ini memberi makna yang sebenar iaitu pasangan suami isteri hidup dalam aman dan damai. Makna Konotatif ‘Rambut panjang dah jadi botak’ membawa maksud keadaan seorang suami yang tertekan dengan perangai isterinya. Penulis sengaja menggunakan perkataan botak bagi menunjukkan betapa tidak tenteramnya suami yang memiliki isteri yang garang.Mungkin akibat terlalu tertekan, rambut si suami semakin gugur dan akhirnya botak. ‘Rumahtangga yang cantik’ membawa maksud rumahtangga yang aman damai,tiada pergaduhan, suami isteri hidup dalam harmoni dan saling kasih mengasihi.
Makna kiasan Kaki botol – bermaksud orang yang suka minum minuman keras.Penulis menggunakan simpulan bahasa untuk menerangkan sifat buruk si suami. Penggunaan simpulan bahasa lebih sopan bahasanya dan boleh diterima oleh pendengar. Pijak semut pun tak mati – bermaksud tingkah laku yang baik dan sopan hanya di hadapan orang sahaja. Dalam baris ini penulis seolah-olah memerli sikap setengahsetengah suami yang hanya berkelakuan baik di hadapan isteri sahaja, dengan kata lain berpura-pura baik. Apabila berada di belakang isteri si suami akan berubah menjadi manusia yang lain pula, mengamalkan sikap buruk seperti curang, berjudi dan sebagainya.
Lirik lagu ‘Suara Takbir’ Dengar beduk berbunyi Sayup bergema di subuh sunyi Memanggil kepada muslimin Segera berbakti kepada Ilahi Suara azan menyahut Terdengar sayup memecah sunyi Memohon restu dengan bakti Kepada Ilahi Tuhan Maha Suci Terdengar suara takbir Memuji nama Ilahi Rasa dalam kalbu Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya Hati gembira di Hari Raya Bertemu sanak dan saudara Bermaaf-maafan dengan keikhlasan
Sinopsis lagu ‘ Suara Takbir’ Lagu ini bertemakan ketuhanan, penulis menggambarkan betapa syahdunya suasana pada waktu subuh. Kesyahduan subuh dikejutkan dengan pukulan beduk untuk mengajak umat Islam sekitarnya menunaikan perintah Allah.Kesyahduan semakin terasa apabila takbir raya bergema. Jiwa penulis berasa tenang dan tenteram. Makna leksikal Terdapat beberapa perkataan yang menunjukkan makna leksikal. Antaranya ialah: Beduk – sejenis gendang besar di surau, masjid dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Ke Empat, m/s 130) Kalbu – hati (Kamus Dewan Edisi Ke Empat, m/s 41) Makna gramatikal Dalam lirik lagu ‘Suara Takbir’ terdapat beberapa perkataan yang berimbuhan seperti berbunyi, bergema, memanggil, menyahut, memohon, keihklasan dan terdengar . Terdapat juga perkataan berganda seperti bermaaf-maafan.Beberapa perkataan pinjaman Bahasa Arab digunakan dalam lagu ini seperti muslimin,Ilahi dan kalbu. Makna denotasi. ‘Terdengar suara takbir’ bermaksud penulis mendengar sendiri suara takbir yang memecah kesunyian pagi.
‘Dengar beduk berbunyi’ Penulis mendengar sendiri beduk yang dipalu di surau atau di masjid berbunyi. Makna konotasi ‘Segera berbakti kepada Ilahi’ membawa maksud menunaikan sembahyang tanpa berlengah-lengah lagi.
Makna kiasan. ‘Memanggil kepada muslimin, segera berbakti kepada Ilahi’ bermaksud penulis mengajak umat Islam seluruhnya agar segeralah mendirikan sembahyang apabila diberikan peringatan. Penutup. Makna dalam lirik lagu memainkan peranan yang agak besar dalam menyampaikan mesej kepada pendengar. Lagu bukan sahaja bertujuan untuk hiburan malah berbagai-bagai nasihat, peringatan, kiasan dan sebagainya disampaikan kepada para pendengar dengan cara yang paling halus. Oleh itu, lagu yang berkualiti merangkumi melodi yang menarik beserta lirik yang indah dan bermakna.
Bibliografi.
Kamus Dewan Edisi Ke Empat (1997). Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II . Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Universiti Terbuka Malaysia. Psikolinguistik dan Semantik http://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/bio.htm http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm http://bkree66.blogspot.com/2012/03/semantik.html .