1.0
PENDAHULUAN
PENGENALAN SEMANTIK Semantik adalah istilah untuk kajian linguistik yang menganalisis makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Dalam ilmu linguistik, semantik merupakan keadaan apabila penutur mengujar sesuatu dan terdapat gerak balas pendengar seperti yang dijangkakan. Dengan demikian makna ujaran atau ayat bukan sahaja ditentukan oleh makna kata-kata, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti intonasi, cara pengucapan, tujuan, konteks dan penuturnya. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).
2.0
KONSEP SEMANTIK 1
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). Sperber dan Wilson (1980) memperkenalkan Semantik Sistem Penuh berpendapat pada hakikatnya konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran kerana ia mengabaikan konteks dan kontekstualiti. Sebaliknya yang diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk sebahagian daripada nahu sesuatu bahasa. Hal ini bermakna semantik mengkaji makna dari segi pemahaman pada peringkat linguistik tulen. Kajian semantik khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu logik sahaja.
2.1
DEFINISI SEMANTIK
2
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut pendapat tokoh Stalnaker (1972:383) menyatakan bahawa sintaksis mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Beliau menjelaskan bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan. Dalam banyak hal, peraturan tersebut sebenarnya tidak dapat penyesuaian ayat secara terus dengan presposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut digunakan. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893) Seterusnya pendapat tokoh Akmajian et al. (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungan. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa. Selain itu, Abdullah Hassan mendefinisikan semantik ialah satu bidang ilmu mengenai kajian atau analisis makna yang melibatkan makna secara simkronis 3
manakala Zulkifli Hamid pula menyatakan semantik bermaksud satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kajian makna pada peringkat kata, frasa, klausa dan ayat. Nik Safiah Karim menyatakan bahawa semantik merupakan bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Akhir sekali, tokoh Abdul Rahman Rashid memberikan definisi semantik ialah satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat. Ia juga melibatkan aspek bukan linguistik seperti konteks, perkataan atau ayat itu digunakan dan kebudayaan sesuatu bangsa berkenaan Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh maknan terhadap masyarakat. Kesimpulannya berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas, dapatlah kami merumuskan bahawa definisi semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
2.2
HUBUNGAN SEMANTIK DENGAN LINGUISTIK
4
Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuhtumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.
2.3
HUBUNGAN SEMANTIK DENGAN SEJARAH Sifat
bahasa
adalah
sentiasa
berkembang.
Perkembangan
bahasa
merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
2.4
PERKEMBANGAN MAKNA 5
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Makna sesuatu perkataan akan berubah mengikut peredaran masa atau teknologi dan hubungan sosial. Perubahan makna boleh berlaku dari segi perluasan makna dan penyempitan makna. Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit. Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna. 2.4.1 Peluasan Makna Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata. Maksud perluasan makna ialah makna asalnya samakin berkembang dan mempunyai makna-makna baharu. Contoh perkataan yang mengalami perubahan makna dari segi perluasan makna ialah perkataan “Saudara”. Maksud perkataan ini ialah: 1. Adik-beradik seibu dan sebapa. 2. Orang mempunyai pertalian darah. 3. Orang yang seagama. 4. Nama panggilan hormat pada orang tidak dikenali atau tidak mesra atau kakitangan bawahan atau orang yang sama taraf. Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut:
“ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. 6
Dalam ayat ini perkataan “menghayati” bukanlah membawa maksud “menghidupkan” tetapi membawa maksud “mengikuti dengan sepenuhnya”. Seterusnya contoh lain ialah perkataam “bapak”. Makna dahulunya merujuk kepada orang tua lelaki, manakala makna terbaharu sekarang ialah merujuk kepada semua orang lelaki yang lebih tua atau berkedudukan lebih tinggi. Inilah yang dikatakan perluasan makna dari segi semantik. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “kawasan perumahan” , “kawasan perindustrian”, dan “kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.
2.4.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus. Penyempitan makna pada asalnya mempunyai makna yang luas tetapi telah 7
mengalami makna yang khusus (kecil). Contohnya perkataan “Khalwat” yang membawa maksud: a. Mengasingkan diri atau bersunyi-sunyian atau bertafakur untuk beramal kepada Allah. b. Berdua-duaan yang bukan muhrim. c. Madrasah (sekolah / tempat sembahyang untuk sembahyang solat fardu sahaja) Kesimpulannya, perkataan “Khalwat” dahulunya merujuk kepada seseorang yang mengasingkan diri kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, tetapi sekarang telah berubah merujuk kepada perbuatan sumbang antara lelaki dan perempuan. Selain itu, contoh perkataan lain ialah perkataan sarjana. Makna terdahulu membawa makna cendikiawan dan proses perubahan makna telah berubah kepada makna baharu iaitu lilisan perguruan tinggi. Sebagai contoh lain,
kata ’ahli’
membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. Faktor yang membezakan makna sesuatu perkataan bergantung kepada:
Makna
Jantina
Budaya
Kaum
Kerahsiaan sesuatu isu
Kod bahasa sastera
Unsur persekitaran
3.0 PEMBENTUKAN ISTILAH
8
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3), tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah, termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tataistilah merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Contohnya, tataistilah matematik yang ada telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Walau bagaimanapun, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaan dan maknanya yang khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata oksigen, glukosa, karbon dioksida, morfem dan fonem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. 3.1 PROSEDUR PEMBENTUKAN ISTILAH Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula
satu
pedoman
pembentukan
istilah
baharu
yang
lebih
terperinci.
Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman iaitu : i.
Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden
ii.
Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa
iii.
Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia
iv.
Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu Indonesia 9
v.
Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.
Tuntasnya, bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk istilah tertentu.
3.2 PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH Usaha pembentukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengenalkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang-bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa-bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja-kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan: a. Kata tunggal iaitu kata tanpa imbuhan b. Kata terbitan c. Kata ganda d. Kata gabungan
3.2.1 Istilah Kata Tunggal Tanpa Imbuhan Istilah kata tunggal ini berupa bentuk dasar yang dipilih antara golongan kata utama, seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya seperti 10
Golongan kata
Istilah kata tunggal
Kata nama
rawan gristle cahaya light
Kata kerja
imbas scan reka
Kata adjektif
invent
rawak random cemas anxious
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : BERNAS, kugiran dan RISDA.
3.2.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. a. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: bertani petani pertanian berlayar pelayar perlayaran
b. Paradigma kata dengan penambahan me(N)Contoh: mengajar pengajar pengajaran ajaran menolak penolak penolakan tolakan
11
c. Paradigma dengan me(N)-, berContoh: memberhentikan pemberhentian perhentian
d. Paradigma kata dengan me(N)-, per Contoh: memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan
e. Paradigma kata dengan ke – an Contoh: sesuai kesesuaian terbuka keterbukaan
f. Paradigma kata dengan sisipan –en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh: susu
tenusu
gigi
gerigi
tapak
telapak
kuncup
kemuncup
sambung sinambung
3.2.3 Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. a. Ganda Penuh. Contoh : buku-buku, kanak-kanak dan guru-guru. 12
b. Ganda Suku Kata Awal. Contoh : cecair, jejari dan tetikus.
c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan. Contoh : dedaunan dan pepohonan. d. Kata Ganda Berentak Contoh : dolak dalik, rempah ratus dan warna warni.
3.2.4 Istilah Bentuk Gabungan Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. a. Tanpa Imbuhan. Contoh : daftar masuk dan garis lintang.
b. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh : saksi pendakwa dan penerima janji.
c. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh : kedudukan anggaran dan jagaan perlindungan. 3.3 SUMBER PEMBENTUKAN ISTILAH 3.3.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut :
13
a. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. b. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat, sekiranya ada sekelompok sinonim. c. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
3.3.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu. Contohnya seperti : •
nyeri daripada bahasa Sunda – pain
•
dermaga daripada bahasa klasik - wharf
3.3.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka boleh diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling meluas sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Rujuk jadual di sebelah.
Istilah Bahasa Asal
Istilah Bahasa Melayu
Television
Televisyen
Psychology
Psikologi 14
3.3.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar sesuai maknanya, lebih singkat daripada
terjemahan
bahasa
Melayu
dan
istilah
asing
yang
diserap
itu
mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada konteks situasi dan penggunaanya di dalam ayat serta kemudahan belajar bahasa. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal. Contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.
3.3.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah-istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah. Rujuk jadual di bawah. a. Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Autosave
Autosimpan
Digital kamera
Kamera digital
b. Istilah Undang-Undang Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Civil disorder
Gangguan awam
Legitimacy
Kesahan
c. Istilah Komputer 15
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Data base
Pangkalan data
Font
Fon
d. Istilah Ekonomi atau Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Cash flow
Aliran tunai
Long term debt
Hutang jangka pendek
e. Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Buffet
Bufet
Deluxe room
Bilik mewah
f. Istilah Fotografi Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Camera angle
Sudut kamera
Out of focus
Luar fokus
g. Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Affine
Afin
Aggregation
Pengagregatan 16
4.0
ISU-ISU DAN PERMASALAHAN PENGAJARAN MAKNA
4.1 HOMONIM Homonim
merujuk
kepada
hubungan
antara
homonim.
Homonim
merupakan dua kata atau lebih yang mempunyai sama ada bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Contoh perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepala kereta api’, ‘kepala manusia’ dan ‘kepala surat’. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. Contoh perkataan lain seperti rendang (masakan) dan rendang (pokok) atau sepak (perbuatan menendang) dan sepak (perbuatan memukul) .
4.2 SINONIM Istilah sinonim merujuk kepada fenomena bahasa apabila ada perkataanperkataan yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti, misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial dan kolokasi.
17
4.2.1 Sinonim Pinjaman ‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’. Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.
4.2.2 Sinonim Konteks Perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
4.2.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan
tersebut
digunakan
dengan
berdasarkan
status.
Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.
4.2.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.” Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut “ akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai untuk manusia sahaja dan hanya bermakna jika ada kata sifat seperti gembira dalam ayat tersebut. Contoh lain seperti perkataan ‘ibu’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘binatang’ dan ‘benda’ tetapi perkataan ‘emak’ hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja. 18
4.3 ANTONIM Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, tinggi lawannya rendah dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata naïf ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ atau ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti: a. Antonim pasangan komplemen b. Antonim hubungan darjah c. Antonim hubungan bertentangan
4.3.1 Antonim Pasangan Komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun dan sebagainya. Selain itu, perkataan-perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.
4.3.2 Antonim hubungan darjah Antonim hubungan darjah ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, panjang-pendek dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang 19
kayu itu dikatakan bersaiz panjang merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Contohnya, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kereta biasa.
4.3.3 Antonim Hubungan Bertentangan Antonim hubungan bertentangan mempunyai perkataan yang kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru dan sebagainya. Contohnya jika Y ‘beri’ barang pada Z bermakna Z akan ‘terima’ barang itu.
4.4 POLISEM Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Contohnya, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara
biasanya
‘bisa’
digunakan
untuk
menggantikan
perkataan
‘boleh’.
Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Jika individu tidak faham, individu tersebut berkemungkinan besar tidak akan dapat membina ayat dengan baik kerana satu perkataan tersebut boleh jadi mempunyai banyak makna. 20
Contoh lain seperti ‘dahaga’ menggambarkan seseorang itu ‘haus’ tetapi tidak semestinya ‘dahaga air’, mungkin boleh jadi seseorang itu ‘dahaga kasih sayang’. 4.5 SIMPULAN BAHASA Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan. Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa. Hal ini turut membawa kepada isu-isu dan permasalahan dalam pengajaran makna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan. Contoh: SIMPULAN BAHASA Panjang tangan Periuk nasi Buruk siku Ikat perut Kaki bangku
MAKSUD Suka mencuri Punca pencarian sudah diberi, diambil balik Berjimat makan dan minum Tidak tahu bermain misalnya bola.
Isu makna simpulan bahasa atau peribahasa merupakan salah satu masalah dalam aspek pengajaran makna dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini adalah kerana simpulan bahasa mempunyai makna tersirat daripada perkataan-perkataan yang tersurat. Sebagai contoh, simpulan bahasa “panjang tangan” dari segi makna tersurat atau makna denotatifnya ialah seseorang yang mempunyai tangan yang betuk fizikal tangannya adalah panjang manakala jika dianalisis dari segi makna tersiratnya atau makna konotatifnya ialah membawa maksud seseorang yang suka mencuri. Ini adalah kerana simpulan bahasa merupakan ungkapan yang membawa maksud yang khusus. Secara kesimpulannya, dalam aspek pengajaran makna dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu menjelaskan kepada murid kedua-dua makna tersebut samada dari segi konotatif atau denotatif supaya murid dapat lebih memahami maksud sebenar setiap ungkapan yang digunakan dan dipelajari.
4.6 PENGGUNAAN PELBAGAI DIALEK 21
Isu perbezaan dialek sudah tidak asing lagi dalam aspek pengajaran makna dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Secara umumnya, di Malaysia terdapat kepelbagaian budaya dan dialek yang berbeza seprti negeri Terengganu mempunyai dialeknya yang tersendiri, negeri Kedah mempunyai dialeknya yang tersendiri. Hal ini membawa kepada isu pengajaran makna dalam bahasa melayu. Sebagai contoh, perkataan “segan” membawa maksud malu bagi penutur bahasa baku tetapi jika penuturnya adalah dari negeri Kedah perkataan “segan” telah membawa maksud lain daripada maksud asalnya iaitu membawa maksud malas atau tidak mahu membuat sesuatu. Contoh yang lain ialah perkataan “selalu” membawa maksud kerap atau berulang kali tetapi bagi penutur dari Terengganu atau Kelantan, maksud perkataan “selalu” ialah sekarang atau secepat mungkin. Hal ini telah menunjukkan pengaruh dialek yang berbeza membawa tafsiran makna yang berbeza. Penutur yang mempunyai dialek yang berbeza akan membawa maksud yang berbeza bagi setiap ujaran yang dituturkan. Sebagai guru Bahasa Melayu sekolah rendah, kita perlu menyedarkan murid-murid tentang perbezaan dialek dengan maksud bahasa baku yang sebenar bagi mengelakkan tafsiran makna yang salah untuk perkataan-perkataan tertentu.
22
5.0 RUMUSAN Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang seperti semantik linguistik dan semantik falsafah. Subbidang ini jelas menunjukkan bahawa
semantik
mempunyai
banyak
makna.
Kesamaan
makna,
makna
berlawanan, ejaan perkataan yang sama tetapi membawa banyak maksud dan lainlain. Perkataan-perkataan yang mendukung banyak makna ini juga boleh diterbitkan daripada kata-kata istilah dan diserap daripada bahasa asing. Secara kesimpulannya, semantik ialah ilmu tentang makna. Pembelajaran dalam bidang semantik ini mampu memberi kesan positif kerana boleh meluaskan perbendaharaan kata seseorang dan memperlihatkan bahawa bahasa Melayu ini fleksibel. Jika diberi ruang untuk memperkembangkan bahasa Melayu seterusnya mengangkat martabat bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa, ilmu semantik berperanan besar kerana mengambarkan bahawa bahasa Melayu ini sangat unik dan memiliki nilai yang tinggi sebaris dengan bahasa asing yang lain. Walaupun ada 23
perkataan-perkataan bahasa Melayu itu sendiri diserap masuk daripada bahasa asing tetapi itu tidak menjadikan bahasa Melayu ini perlu dibiarkan sepi dan terus ditinggalkan begitu sahaja kerana itu hanyalah alasan untuk individu yang tidak cintakan bahasanya. Semestinya,
bidang
kajian
tentang
makna
ini
menjelaskan
perihal
hubungannya dengan bahasa yang memperlihatkan bahasa Melayu mengandungi pelbagai perkataan di mana setiap perkataan itu mempunyai banyak makna. Oleh itu sebagai penutur bahasa Melayu, ilmu ini perlu dipelajari supaya penutur tersebut dapat mengaplikasikan bahasa Melayu yang indah dan memperlihatkan nilai kesantunan bahasa Melayu yang tinggi kepada penutur asing.
6.0
REFLEKSI Disediakan Oleh: Ainul Fatmy Binti Shamsuddin Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek BMM 3111. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus yang pertama bagi subjek Bahasa Melayu 3111 iaitu Semantik Bahasa Melayu. Saya banyak belajar tentang perkara-perkara baharu semasa dan selepas dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini banyak memberi informasiinformasi yang amat berguna kepada saya dan pasangan saya, Fasihah Munirah Binti Ahmad Nor Bakri. Secara rumusannya, terdapat empat objektif kerja kursus projek BMM 3111 kali ini iaitu yang pertama pada akhir tugasan ini dapatan ilmu yang diperolehi ialah kami dapat memahami dan menjelaskan serta menghuraikan konsep semantik dan pertaliannya dengan disiplin ilmu lain . Objektif yang kedua ialah pada akhir tugasan ini kami dapat menghuraikan aspek perkembangan makna yang mencakup aspek perubahan,
anjakan
dan
pemyempitan
makna
serta
unsur-unsur
yang
mempengaruhinya. Untuk objektif yang ketiga pula ialah kami dapat menghuraikan 24
aspek pembentukan istilah yang berkait dengan prosedur, prinsip dan sumber. Dan akhir sekali objektif yang keempat ialah kami dapat menghuraikan insu-isu dan permasalahan dalam pengajaran makna. Alhamdulilah, insyaAllah kami telah dapat mencapai objektif pembelajaran yang dinyatakan melalui tugasan yang telah dibuat. Pada pendapat saya, kerja kursus ini merupakan satu tugasan yang baik untuk pelajar atau guru pelatih seperti saya laksanakan kerana bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada bahkan turut dapat memperluaskan lagi ilmu pengetahuan yang saya perolehi. Kami telah membahagikan tugas supaya dapat memperolehi ilmu baharu dan berkongsi antara satu sama lain. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya dan pasangan saya, Fasihah Munirah Binti Ahmad Nor Bakri telah berdepan dengan pelbagai masalah. Antaranya ialah dalam mendapatkan bahan rujukan untuk membantu kami menyiapkan tugasan ini. Alhamdulilah, pensyarah pembimbing kami, Tuan Haji Mohd Samsuddin Bin Mahmod telah banyak membantu saya dalam mencari bahan rujukan yang diperlukan. Dengan itu, saya banyak membuat rujukan berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Melalui tugasan ini juga, saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang subjek tersebut. Nota-nota kuliah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sejujurnya, kekangan utama yang kami hadapi dalam menyiapkan tugasan ini ialah kekangan masa. Hal ini adalah kerana pada masa yang sama untuk tempoh menyiapkan
tugasan,
kami
berpraktikum
di
sekolah.
Jadi,
kami
terpaksa
menumpukan dua fokus dalam satu masa. Saya menyedari bahawa pengurusan masa yang sistematik dan baik dapat membantu untuk menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan. Walaupun saya dan pasangan saya mengalami masalah dalam pengurusan masa kerana kami lebih betumpu pada praktikum di sekolah, alhamdulilah kami mampu juga untuk menyiapkan tugasan pada waktu yang telah ditetapkan. Walaupun pembahagian tugasan diasingkan, namun kami sentiasa membuat tugasan bersama-sama bagi memudahkan kami berdiskusi sekiranya terdapat kemusykilan tentang bahagian tugasan masing-masing. Kami juga akan bertukar-tukar maklumat sekiranya terjumpa sebarang maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus. 25
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya dan pasangan saya banyak mengadakan perbincangan. Saya turut membuat perancangan kerja supaya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Setiap kali kami mengadakan perbincangan, kami akan membuat draf hasil daripada perbincangan kami dan kami akan tunjukkan
kepada pensyarah pembimbing kami. Selain itu,
melalui tugasan ini saya dapat mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kemahiran belajar. Contohnya, kami berdua dapat meningkatkan lagi kemahiran untuk mencari, memproses serta menganalisis maklumat. Saya juga telah mengoptimumkan kemahiran membaca saya untuk menambah dan mendapatkan maklumat-maklumat yang penting bagi menyiapkan tugasan ini. Di samping itu juga, saya juga dapat menambah kemahiran dalam mencari bahan rujukan melalui media cetak dan media elektronik. Selepas saya menyiapkan tugasan ini, saya berasa sangat berpuas hati kerana terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang berjaya ditempuhi dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, tugasan ini dapat mengeratkan hubungan antara kami rakan sekelas kerana dalam usaha menyiapkan tugasan ini, kami sesama sendiri banyak bertanya dan tidak lokek berkongsi ilmu. Ini dapat membuktikan bahawa kami menanam sikap sebagai seorang guru secara tidak langsung. InsyaALLAH, semua pengalaman ini akan kami aplikasikan apabila menjadi guru kelak.
26
REFLEKSI Disediakan oleh: Fasihah Munirah Binti Ahmad Nor Bakri
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya tugasan kerja kursus projek bagi kursus ’Semantik’ ini dapat disiapkan dengan baik. Ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tuan Haji Mohd Samsuddin Bin Mahmod atas dorongan dan
penerangan yang diberikan mengenai tugasan ini.
Dengan penerangan yang jelas dan bimbingan daripada Tuan, telah memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini dilaksanakan secara berpasangan. Saya, Fasihah Munirah Binti Ahmad Nor Bakri dan Ainul Fatmy Binti Shamsuddin telah berkumpul dan berbincang bersama untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada terhadap ilmu Semantik khususnya istilah semantik, skop dan bahagian semantik seperti semantik leksikal. Pada pendapat saya, kerja kursus ini merupakan satu tugasan yang baik untuk pelajar atau guru pelatih seperti saya laksanakan kerana bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada bahkan turut dapat memperluaskan lagi ilmu 27
pengetahuan yang saya perolehi. Kami telah membahagikan tugas supaya dapat memperolehi ilmu baharu dan berkongsi antara satu sama lain. Dalam proses mencari bahan rujukan sebagai penambahan ilmu mengenai tugasan ini, saya telah menggunakan beberapa buah buku rujukan dan salah satunya adalah Semantik yang dikarang oleh F. R. Palmer yang diterjemah oleh Abdullah Hassan ini sebagai bahan rujukan utama. Saya juga menggunakan buku rujukan lain seperti Linguistik Am dan Teori Semantik. Pelbagai maklumat tambahan yang saya perolehi mengenai makna semantik, konteks semantik, medan semantik dan penerangan berkaitan peristilahan, semantik leksikal dan pelbagai lagi ilmu yang ada pada buku Semantik karya F. R. Palmer ini. Maka, hal ini telah memudahkan proses untuk menyiapkan tugasan kerja kursus projek Semantik. Melalui ilmu yang diperolehi, saya mampu menerangkan sedikit sebanyak berkaitan Semantik yang telah dikarang oleh F. R. Palmer dan diterjemah oleh Abdullah Hassan ini. Walaupun pada mulanya bagi saya agak sukar untuk memahami ilmu Semantik ini, kerana dalam bahan rujukan ada menggunakan perkataan bahasa Melayu dan Inggeris serta istilah-istilah tertentu tetapi apabila membaca, merujuk dan berbincang dengan pasangan, saya rasakan ini satu ilmu baharu yang mampu memberi input dan ilmu baharu serta meluaskan pengetahuan saya. Sesungguhya, mata pelajaran ini merupakan pelajaran yang sangat penting untuk dipelajari kerana terlalu banyak ilmu baharu yang saya perolehi Pada tugasan kali ini saya menyedari bahawasanya sifat sabar dan tekun dalam menyiapkan sesuatu kerja dapat melahirkan satu hasil kerja yang baik dan memuaskan hati. Saya begitu gembira sekali kerana pasangan saya dapat memberikan kerjasama di tahap maksima dalam proses menyiapkan tugasan ini dan bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama bagi menyiapkan tugasan ini terutama pensyarah mata pelajaran Semantik iaitu Tuan Haji Mohd Samsuddin Bin Mahmood kerana banyak menolong dengan memberikan tips-tips bagi menyiapkan tugasan ini. Mudah-mudahan melalui tugasan ini, saya mendapat pelajaran dan pengajaran yang amat berguna untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Moga tugasan ini 28
diterima baik oleh Tuan seterusnya memperoleh markah yang cemerlang. InsyaAllah.
7.0 RUJUKAN Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
F.R. Palmer dan Prof. Abdullah Hassan. (1992). Semantik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maxim Stamenow. (1998). Perkembangan Semasa Teori Semantik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ruth M. Kempson. (1991). Teori Semantik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm 29
http://www.scribd.com/doc/4634605/Pengertian-Semantik http://ms.wikipedia.org/wiki/Semantik
30