ﺣ ْﻴ ِﻢ ِ ﻦ اﻟ ﱠﺮ ِ ﺣ َﻤ ْ ﷲ اﻟ ﱠﺮ ِ ﺴ ِﻢ ا ْ ِﺑ ﺳ ِﺒ ْﻴ ُﻞ ا ْﻟ ُﻤ ْﻬ َﺘﺪِى َ ﻲﻩ ﻓ ﺩ ﺎﻋﺒ ﻥ ﻤ ﺀ ﺎ ﺸﹶﺎﻙ ﻤ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻷﻨﹶﺎ ﹺﻡ َﻥﺍ ﻤ ﺩ ﺍﻥ َﺃﺭ ﻤ ﻪ ﻨ ﻴ ﺩ ﻲ ﻓ ﹶﻓ ﱠﻘﻪﺤﻜﹶﺎ ﹺﻡ ﻭ ﻷ َ ﻴﺭﹺ ﺍ ﺤﺭﹺ ﺼ ﹴﺭ ﻟِ ﹶﺘ ﻋ ﻲ ﹸﻜلﱢ ﻓ ﻤﺔﹰ ِﻕ َﺃﺌ ﱠﻓ ﹶﻯ ﻭ ﺫ ﻪ ﺍﱠﻟ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟ .ﻴﻡﹺ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﻭﹺ ﻨ ﻴ ﺩ ﻥ ﻋ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻌ ﺍ ﹾﻟﻪﻀﻠ ﺩ ﺒﹺ ﹶﻔ ﻴ ﺤ ﻴ ﻼ ﻴﻡﹺ ﹶﻓ ﹶ ﺴ ﹶﺘﻘ ﻤ ﻁ ﺍ ﹾﻟ ﺍﺼﺭ ﺍﻟ Dengan nama Allah taala yang maha menganugerahi ni’mat yang besar-besar lagi yang amat menganugerahi ni’mat yang seni-seni jua aku mula menghimpunkan kitab ini. Segala puji tertentu bagi Allah taala Tuhan yang mengurniakan taufik kepada mereka yang menjadi ikutan pada setiap masa bagi menghuraikan hukum-hukum dan yang menganugerahi kefahaman pada ugamanya yang suci kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari kalangan segala makhluk dan yang menjalankan sesiapa yang dikehendakinya dari kalangan hamba-hambanya pada jalan yang lurus lalu dia tidak berpaling dengan kurniaanNya yang amat besar daripada agamaNya yang betul. ﻱ ﺫ ﺩ ﺍﱠﻟ ﻤ ﺤ ﻤ ﻪ ﻭِﻟ ﺴ ﺭ ﻋﻠﹶﻰ ﻡ ﺴﱢﻠ ﻭُﺃ ﻲ ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ َﺃ ﺼﱢﻠ ﻭُﺃ ﻥ ﻴ ﺩ ﻬ ﹶﺘ ﻤ ﺍ ﹾﻟﻲ ﻭ ﻨ ﺍﻫﺩ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﻤ ﻩ ﺭ ﺸﻜﹸ ﻭَﺃ ﹾ ﻴﻥ ﱢﻠﻤﻤ ﹶﺘﻌ ﺍ ﹾﻟﻲ ﻭ ﻨ ﻤ ﻋﱠﻠ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﻤ ﻥ ِﺇﻟﹶﻰ ﻴ ﻤ ﺍ ِﺌﺎ ﺩﻼﻤ ﺴﹶ ﻭ ﻡ ﻴﻬﹺ ﹶﻠﻋﻡ ﻭ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﻴﻥ ﻌﺠﻤ ﻡ َﺃ ﻴ ﹺﻬ ﻌ ﻭﺘﹶﺎ ﹺﺒ ﻪ ﺤ ﹺﺒ ﺼ ﻭ ﻪ ﻋﻠﹶﻰ ﺁِﻟ ﻭ ﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤﻤ ﹰﺔ ِﻟ ﹾﻠﻌ ﺤ ﺭ ﻪ ﹶﻠﺭﺴ َﺃ .ﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤﺏ ﺍ ﹾﻟﻌ ﺭ ﺎﻥ ﻴ ﻴ ﻤ ﺁﻥ ﹸﺜﻡ ﻴ ﻤ ﻥ ﺁ ﻴ ﹺ ﺩ ﻭ ﹺﻡ ﺍﻟ ﻴ Aku memujiNya diatas apa yang Dia ajari aku dan para penuntut ilmu dan aku mensyukuriNya diatas apa yang dia tunjukki aku dan mereka yang mendapat petunjuk, aku mengucap selawat dan salam keatas rasulNya Muhammad yang Dia utuskan sebagai rahmat kepada sekelian alam dan keatas kaum keluarganya dan para sahabatnya dan para pengikut mereka sekeliannya, mudah-mudahan kiranya Allah taala menambahi rahmat dan salam keatasnya dan keatas sekelian mereka itu sebagai rahmat dan salam yang kekal hingga ke Hari Kiamat, perkenankan kiranya ya Tuhan ku, kemudian perkenankan kiranya ya Tuhan ku yang memiliki sekelian alam. ﻤ ﻴ ﹺﺭ ﺼ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹾﻘﺏ ﻭ ﻑ ﺒﹺﺎﻟ ﱠﺫ ﹾﻨ ﹺ ﻌ ﹶﺘ ﹺﺭ ﹸ ﻤ ﻴﺭﹺ ﺍ ﹾﻟ ﻩ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻜﺒﹺ ﻻ ﻭ ﹶ ﻤ ﺭ ِﺇﻟﹶﻰ ﻴ ﻘ ل ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ُ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﹶﻓ،ﻌﺩ ﺒ ﻭ ﻏ ﹶﻔﺭ ﹶ-ﻱ ﺎ ﹺﺭﺒ ﹾﻨﺠ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ِ ﺩ ﺍ ﺒ ﻋ ﻥ ﺒ ﹺ ﺸﺩ ﺭ ﹶ ﺩ َﺃ ﺤﻤ ﻴ ﹺﻡ ﻘ ﺴ ﹶﺘ ﻤ ﻁ ﺍ ﹾﻟ ﺍﺼﺭ ﻰ ﺒﹺﺎﻟﺴﻤ ﻤ ﻱ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹺﺭ ﻨ ﺍﻥ ﺍﻟﺭ ﻴ ﹺ ﺩ ﻭ ﹺﺭ ﺍﻟ ﺦ ﹸﻨ ﻴ ﹺ ﺸ ل ﺍﻟ ﱠ ِﻀ ﺎِﻟ ﹺﻡ ﺍ ﹾﻟﻔﹶﺎﺏ ﺍ ﹾﻟﻌ ﻜﺘﹶﺎ ﻥ ِﺇ: ﻱ ﺎ ﹺﺭﻪ ﺍ ﹾﻟﺒ ﺭﺒ ﻥ ﻴ ﻤ ﻠﺴ ﻤ ﻭِﻟ ﹾﻠ ﻪ ﹶﻟ ﻥ ﻤ ﻤ ْﺄﺨﹸﻭ ﹶﺫ ﹲﺓ ﻪ ﺎ ِﺌﹶﻠﻤﺴ ﻥ ﻷ َ ِ ﺔ ﻴ ﺎ ﹺﻭ ﺍ ﹾﻟﺠ ﺒﹺﺎﻟﱡﻠ ﹶﻐﺔﺔﻤﺭﺠ ﻤ ﹶﺘ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﻥﹺ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻜ ﹸﺘ ﹺﺤﺴ ﻥ َﺃ ﻤ ﻲ ﻌ ﻓ ﺎ ﹺﻡ ﺍﻟﺸﱠﺎﻹﻤ ِﺏ ﺍ ﻫ ﹺ ﻤ ﹾﺫ ﻋﻠﹶﻰ ﻪ ﻔ ﹾﻘ ﻲ ﺍ ﹾﻟﻓ ﻪ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺒ ﹾﻨ ﹶﺘ ﹶﻔﻊﻡ ﺍ ﻥ ﹶﺜ ﻤ ﻭ .ل ،ِﻭل ﺒ ﻩ ﺒﹺﺎ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻭ ﹶﺘﹶﻠ ﱡﻘﺱ ﻭ ِ ﻭ ﺍﻟ ﱡﻨ ﹸﻘﺹ ﻭ ﻭ ﹺ ﺼ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﱡﻨ ل ٌ ﻤ ﺸ ﹶﺘ ﻤ ﹾ ﻪ ﺎ َﺃﻨﱠﻴﻤ ﺴ ﻻ ﹶ،ﻴﺔ ﻔ ﹾﻘ ﹺﻬ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﺓ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻜ ﹸﺘ ﹺ ﺩ ﻋ .ﺏ ﺂ ﹺﻡ ﺍ ﹾﻟﻤ ﻭ ﻴ ﻪ ﺘ ﺠﻨﱠﺎ ﺱ ﻴ ﹺ ﺩ ﺍﻋﻠﹶﻰ ﹶﻓﺭ ﻪ َﺃ ﺴ ﹶﻜ ﹶﻨ َﺃﺏ ﻭ ﺍ ﹺل ﺍﻟ ﱠﺜﻭ َ ﻴ ﺯﹺ ﺠﻪﻀﻠ ﺽ ﹶﻓ ﺤ ﹺ ﻤ ﻪ ﹺﺒ ﻤ َﺅﱢﻟ ﹶﻔ ﷲ ُ ﻯ ﺍﺠﺯ Adapun kemudian daripada itu, maka berkata sang fakir yang sangat berhajat kepada Tuhannya yang maha besar yang mengaku dengan dosa dan cuai Muhammad Arsyad bin Abdullah yang dibangsakan kepada negeri Banjar -mudahmudahan kiranya diampunkan dia dan sekelian orang Islam oleh Tuhannya yang menjadikan sekelian alam : sungguhnya kitab bagi seorang yang bersangatan alim syeikh Nuruddin yang Raniri nama negerinya yang dinamakan dengan Shirathal Mustaqqim pada ilmu Fekah diatas mazhab imam Syafi’e radhiallahu anhu adalah daripada sebaik-baik kitab yang dibahasakan dengan bahasa jawi, kerana bahawa masaalah-masaalahnya diambil daripada kitab-kitab fekah yang berbilang-bilang, istimewa pula ianya lengkap dengan nas-nas dan nakalan-nakalan. Dari kerana itulah telah mengambil manfaat dengannya segala manusia dan menyambutnya dengan penerimaan dan keredhaan. Barang membalas Allah taala kiranya akan muallifnya dengan semata-mata kurniaanNya dengan pahala yang amat banyak dan menjadikan tempat kediamannya syurga Firdaus, yang tertinggi daripada syurgasyurgaNya didalam negeri akhirat. ﺎﻠﻬﻫ ﺭ َﺃ ﻴ ﻏ ﺎ ﹶﺠ ﹺﻬﹶﻠﻬ ﻲ ﹶﻓ ﺸ ﺍﻵﻋﻠﹶﻰ ﹸﻟ ﹶﻐﺔ ﻪﻤﻨ ﻥ ﻟِ ﹶﺘﻀ ﻴ ﺩ ﻴ ﻔ ﺴ ﹶﺘ ﻤ ﺽ ﺍ ﹾﻟ ﻌ ﹺ ﺒ ﻋﻠﹶﻰ ﺀ ﺨﻔﹶﺎ ﻪ ﹶ ﺘ ﺭ ﺎﻋﺒ ﺽ ﻌ ﹺ ﺒ ﻲ ﻓ ﻥ ﺎ ﻜﹶﺎﻥ ﹶﻟﻤ ﻜ ﹶﻟ ،ﻥ ﻴ ﻠﻫ ﺎﺥ ﺍ ﹾﻟﺠ ﺎ ﹺ ﺍﻟ ﱠﻨﺴﺭﻑ ﻥ ﹶﺘﺼ ﻤ ﹸﻜلﱡ ﹶﺫﻟِﻙ، ﻁ ﺴ ﹾﻘ ﹲ ﻬﺎ ﻀ ﻌ ﺒ ﻲ ﻓ ﻭ ل ٌ ﻴ ﺩ ﺒ ﻭ ﹶﺘ ﻑ ﻴ ﹲ ﺤ ﹺﺭ ﺎ ﹶﺘﻀﻬ ﻌ ﺒ ﻲ ﻓ ﻥ ﻭﻜﹶﺎ . ﻥ ﻴ ﻥ ﺍﻟﻁﱠﺎِﻟ ﹺﺒ ﻤ ﺯ ﻤﻴ ﻴ ﻻ ﹶ ﻭ،ﺎﻬﻤ َﺅﱢﻟﻔ ِﺔ ﻟ ﺒ ﻭ ﺴ ﻤ ﹾﻨ ﺦ ﺍ ﹾﻟ ﺴﹺ ﻥ ﺍﻟ ﱡﻨ ﻤ ﺤ ﹲﺔ ﻴ ﺤ ﺼ ﺨ ﹲﺔ ﺴﹶ ﺩ ﹶﻨ ﺠ ﻭ ﺩ ﺘﹸ ﻴﻜﹶﺎ ﻻ ﹶ ﻭ، ﺎﻀﻬ ﻌ ﺒ ﺩ ﹶﻓﺴﺕ ﻭ ﺍ ﹸﺎﺭﻌﺒ ﺍ ﹾﻟﺦ ﻭ ﺴﹸ ﻪ ﺍﻟﻨﱡ ﻑ ﹺﺒ ﺨ ﹶﺘﹶﻠ ﹶ ﻓﹶﺎ ﹾ
ﺭ ﹾ ﺼ ﻲ ﹶﺘﻘﹶﺎ ﺘ ﻥ ﺍﱠﻟ ﺎ ﹺﺯﻤ ﻷ َ ﻩ ﺍ ﺫ ﻫ ﻭ ﻥ ﺍ ﹺﺒ ﹾﻠﺩ ﻩ ﺍ ﹾﻟ ﺫ ﻫ ﻲ ﻓ ﻥ ﻭ ﺭ ﻫ ﺎ ﺍ ﹾﻟﻤﻴﻥ َﺃﻥ ﻭ ﻴ ﻫ ﹺﺭ ﺎﺭ ﺍ ﹾﻟﻤ ﻴ ﻏ ﺎ ﹶﺩﻫ ﺴ ﻥ ﻓﹶﺎ ﻤ ﺎﺤﻬ ﻴ ﺤ ﺼ ﺕﻭ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﹶﻗﺼ ﻡ ﻤ ﺎ ﺍ ﹾﻟ ﹺﻬﻴﻬ ﻓ ﺕ ،ﺎﻥﻷ ﹾﺫﻫ َ ﺎ ﺍﻴﻬ ﻓ ﺕ ﹾﺩﺭ ﹶﺘ ﹶﻜﻡ ﻭ ﺎﻷ ﹾﻓﻬ َﺍ Akan tetapi tatkala terdapat kesulitan pada sebahagian ibarat-ibarat kitab itu diatas sebahagian orang-orang yang mengambil faedah daripadanya kerana ia mengandungi bahasa Aceh lalu tidak mengetahuinya para penuntut yang bukan ahli bahasa itu, dan pada sebahagian daripada ibaratnya ada pengubahan dan pengantian dan pada sebahagiannya ada keguguran, sekelian itu daripada tasarruf penyalin-penyalin yang jahil jua lalu bersalah-salahanlah dengan sebab yang demikian itu naskhah-naskhah dan ibarat-ibaratnya dan fasadlah sebahagian ibaratnya dan hampir tidak diperoleh satu naskhah yang sahih daripada naskhahnaskhah yang dibangsakan kepada muallifnya, dan tidaklah dapat membezakan yang sahihnya daripada yang fasidnya melainkan mereka yang mahir pada ilmu fekah, dan darimana jua diperoleh orang yang mahir didalam negeri-negeri jawi ini dan didalam masa-masa ini yang singkat didalamnya himmah-himmah dan kurang fahaman-fahaman dan keruh zihin-zihin, ﻓ ﻲ ﻤ ﱢﻨ ﻁﹶﻠﺏ ﹶ ﺎ ﹺﻡ ﺫﹸﻭﻬﻤ ﻙ ﺍ ﹾﻟ ﻠﻤ ﺔ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﺤ ﺯﻜﹶﻰ ﺍﻟ ﱠﺘ ﻭَﺃ ﻼ ﹸﺓ ﹶل ﺍﻟﺼ ُﻀ ﻪ َﺃ ﹾﻓ ﺒ ﺭ ﻥ ﻤ ﺎﺤ ﹺﺒﻬ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﺼ ﺔ ﻴ ﺒ ﹺﻭ ﺓ ﺍﻟ ﱠﻨ ﺭ ﺠ ﺴﻨﱢﻲ ﺍ ﹾﻟ ﹺﻬ ﻥ ﻤ ﺼ ﹶﻘ ﹶﻎ ﺠ ﹶﻨﺔﻲ ﺴ ﺔ ﻴ ﻨ ﻴ ﺩ ﻭ ﹺﺭ ﺍﻟ ﻤ ﻷ ُ ﻼﺡﹺ ﺍ ﺼﹶ ِﻡ ﺒﹺﺈ ﺔ ﺍ ﹾﻟﻘﹶﺎ ِﺌ ﻴ ﺠ ﹺﺭ ﺒ ﹾﻨ ﺍﻟﻩﻼﺩ ﻫلِ ﺒﹺ ﹶ ﻋﻠﹶﻰ َﺃ ﻴ ﹺﺭ ﺩ ﹺﺒ ﺏ ﺍﻟ ﱠﺘ ﺤ ﺎﺎ ﹺﻡ ﺼﻷ ﹾﻓﻬ َ ﺯ ﺍ ﻴ ﻋ ﹺﺯ ﻥ ﻫ ﹺ ﻲ ﺍﻟ ﱢﺫ ﻔ ﺼ ﻱ ﺍﻟﺘﱠﺎ ﹺﻡ ﺭ ْﺃ ﹺ ﺍﻟ ﻭﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﻁﹶﺎ ﹶﻨﺔ ﻡ ﺍﻭَﺃﺩ ﻪ ﺘ ﻤ ﺤ ﺭ ﺎﻟﹶﻰ ﹺﺒﷲ ﹶﺘﻌ ُ ﻩ ﺍ ﻤﺩ ﹶﺘ ﹶﻐ،ِ ﺍﷲﻴﺩ ﻤﺠﹺ ﻥ ﹶﺘ ﺴ ﹾﻠﻁﹶﺎ ﹺ ﻥ ﺍﻟ ﺒ ﷲ ِ ﺩ ﺍ ﻴ ﻤ ﺤ ﻥ ﹶﺘ ﺴ ﹾﻠﻁﹶﺎ ﻻﻨﹶﺎ ﺍﻟ ﻭ ﹶ ﻤ ﻡ ﻤ ﹶﻜﺭ ﻭ ﹸﺘﻨﹶﺎ ﺍ ﹾﻟ ﺩ ﻭ ﹸﻗ ﻡ ﻌﻅﱠ ﻤ ﺩﻨﹶﺎ ﺍﻟ ﻴ ﺴ ﺔ ﻴ ﻴ ﹺﻭ ﺩ ﹾﻨ ﺍﻟﻭ ﻩ ﺎﺎﻴﺭﻋ ﻋﻠﹶﻰ ﻩ ﺩ ﻭ ﺠ ﻭ ﻪ ﻨ ﺎﺤﺴ ﺏ ِﺇ ﺎ ِﺌﺴﺤ ﺕ ﺤ ﹾ ﺒ ﹺﺭ ﺎﻭﻤ ﺭ ﹲﺓ ﺍ ِﺌﻪ ﺩ ﺘ ﺎﺭﻴ ﺍ ﹺﺭ ﹸﺫﻤﺩ ﻲ ﻓ ﻪ ﻜ ﻴ ﻠﻤ ﻭﹶﻟﺔ ﻙ ﺩ ﻼ ﺕ َﺃ ﹾﻓ ﹶ ﺍﹶﻟ ﹾﻻ ﺯ ﹶﻪ ﻭ ﺘ ﻴ ﺭ ﻙ ﹸﺫ ﻤ ﹾﻠ ﻭ ﻪ ﻤ ﹾﻠ ﹶﻜ ﻩﻼﺩ ل ﺒﹺ ﹶ ِ ﻫ ﻷ َ ِ ﻭﻓﹶﺔ ﺭ ﻌ ﻤ ﻱ ﺍ ﹾﻟ ﺎ ﹺﻭ ﺍ ﹾﻟﺠﺎ ﺒﹺﹸﻠ ﹶﻐﺔﺠﻤ ﺭ ﹺ ﻤ ﹶﺘ ﻪ ﻋ ﹾﻨ ﻪ ﻲ ﺍﻟﱠﻠ ﻀ ﺭ ﻲ ﻌ ﻓ ﺎ ﹺﻡ ﺍﻟﺸﱠﺎﻹﻤ ِﺏﺍ ﻫ ﹺ ﻤ ﹾﺫ ﻋﻠﹶﻰ ﻪ ﻔ ﹾﻘ ﻲ ﺍ ﹾﻟﺎ ﻓﻜﺘﹶﺎﺒ ﻪ ﹶﻟﺼ ﹶﻨﻊ ﻥ َﺃ َﺃ،ﺭﺓﹲ ﻁ ﺎﻤ ﻴﺏﹺ ﺨﻁ ﻲ ﺍﻟ ﹶﻤ ﹾﻐﻨ ﻭ ﻱ ﺎ ﹺﺭﻷ ﹾﻨﺼ َ ﺎ ﺍﺯ ﹶﻜ ﹺﺭﻴ ﻴﺦﹺ ﺸ ﺞ ﻟِ ﹶ ﻬ ﹺ ﻤ ﹾﻨ ﺭﺡﹺ ﺍ ﹾﻟ ﺸ ﺔ ﹶﻜ ﹶ ﻴ ﻌ ﻓ ﺘﻨﹶﺎ ﺍﻟﺸﱠﺎ ﻤ ﺨﺭﹺﻱ َﺃ ِﺌ ﻤ ﹶﺘَﺄ ﱢ ﺏ ﻥ ﹸﻜ ﹸﺘ ﹺ ﻤ ﻪ ﺎ ِﺌﹶﻠﻤﺴ ﺨ ﹶﺫ ﻥﺁﹸ ﻭَﺃ ﺔ ﻴ ﻤ ﺤ ﻤ ﺍ ﹾﻟ .ﺔ ﻴ ﻨ ﺴ ﻲ ﺍﻟ ﺸ ﺍﺤﻭ ﺍ ﹾﻟﺡ ﻭ ﻭ ﹺ ﺭ ﺸ ﺍﻟ ﱡﻥ ﻭ ﻭ ﹺ ﺘﻥ ﺍ ﹾﻟﻤ ﻤ ﺎﻴ ﹺﺭﻫ ﻏ ﻭ ﹶ ﻲ ﻠﻤ ﺭ ل ﺍﻟ ِ ﺎﺠﻤ ﺔ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﺎﻨﻬ ﻭ ﻱ ﻭ ﹺﻭ ﺔ ﺍﻟ ﱠﻨ ﻀ ﻭ ﺭ ﻭ ﺠ ﹺﺭ ﺤ ﻥ ﺒ ﹺ ﺍﺤ ﹶﻔﺔ ﹸﺘﻲ ﻭ ﻨ ﻴ ﺭ ﹺﺒ ﺸ ﺍﻟ ﱠ Pada tahun seribu seratus sembilan puluh tiga daripada tahun-tahun hijrah nabi yang diatas yang tuan punyanya seafdhal-afdhal rahmat dan sesuci-suci penghormatan daripada Tuhannya, telah menuntut aku oleh raja yang amat kuat himmahnya yang mempunyai kecerdikan dan bicara yang sempurna yang murni zihin yang banyak faham yang mempunyai tadbiran diatas sekelian isi negeri-negeri Banjarnya yang bertugas memperbaikki pekerjaan-pekerjaan agama dan dunia iaitu persandaran kita yang dibesarkan dan ikutan kita yang dimuliakan maulana sultan Tahmidullah bin sultan Tamjidullah mudah-mudahan Allah taala meliputi dia dengan rahmatNya dan mengekalkan kerajaannya dan kerajaan zuriatnya dan moga-moga falak-falak daulah kerajaannya sentiasa beredar pada tempat peredaran zuriat-zuriatnya dan awan kebajikan dan kemurahannya sentiasa menghujani sekelian rakyatnya, agar aku buatkan baginya satu kitab pada menyatakan ilmu fekah diatas mazhab imam Syafi’e r.a yang dibahasakan ia dengan bahasa jawi yang diketahui oleh sekelian isi negerinya yang terpelihara, dan agar bahawa aku ambil masaalah-masaalahnya dari kitab-kitab bagi imam-imam kita yang bermazhab syafi’e yang mutakhir seperti Syarah Minhaj bagi syeikh Islam Zakaria Ansari dan Mughni bagi syeikh Khatib Syarbini dan Tuhfah bagi syeikh Ibnu Hajar Haitami dan Raudhah bagi imam Nawawi dan Nihayah bagi syeikh Jamal Ramli dan selainnya daripada matan-matan dan syarah-syarah dan hasyiah-hasyiah yang cemerlang. ﺎﻜﺘﹶﺎﺒ ﻪ ﺕ ﹶﻟ ﻌ ﹸ ﹶﻨ ﹶﻓﺼ،ﻨﻲ ﻫ ﺫ ﺓ ﺭ ﻭ ﺩ ﻭ ﹸﻜ ﻲ ﻤ ﻬ ﻥ ﹶﻓ ﺎ ﹺﻭ ﹸﻨ ﹾﻘﺼ ﻲ ﺘ ﻤ ﻫ ﺼﺭﹺ ﹶﻗﻲ ﻭ ﻤ ﻋ ﹾﻠ ﺔ ﻘﱠﻠ ِﻟﻫﻼﹰ ﻟِ ﹶﺫﻟِﻙ ﻥ َﺃ ﻡ َﺃ ﹸﻜ ﻥ ﹶﻟ ﻭِﺇ ﻩ ﺒﹺ ﹶﺫﻟِﻙ ﺭ ﻤ ﺕ َﺃ ﻤ ﹶﺘ ﹶﺜ ﹾﻠ ﹸ ﻓﹶﺎ ﺍ ﹺﻡﻜﺭ ﺀ ﺍ ﹾﻟ ﺎل ﺍ ﹾﻟ ﹸﻔ ﹶﻘﻬ ِ ﺍﻥ َﺃ ﹾﻗﻭ ﻤ ﻲ ِﻟﺭﻅﻬ ﺎ ﹶﺏ ﻤ ﺴ ﹺ ﺤ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹺﻡﻤﺭ ﺍ ﹾﻟﻴﻕ ﺤﻘ ﻲ ﹶﺘ ﻓ ﻴﻪ ﹶﻠﺍ ﻋﻤﺩ ﻌ ﹶﺘ ﻤ ﻭ ﷲ ِ ﻴﻨﹰﺎ ﺒﹺﺎ ﻌ ﺴ ﹶﺘ ﻤ ﻲ ﻤ ﱢﻨ ﻁﹶﻠﺏ ﺎ ﹶﻋﻠﹶﻰ ﻤ ﺍﺼﺭ ﺨ ﹶﺘ ﻤ ﹾ .ﻥ ﻴ ﹺ ﺩ ﻤﺭﹺ ﺍﻟ ﻲ َﺃ ﻓ ﻥ ﻟﹶﻠ ﱠﺘ ﹶﻔ ﱡﻘﻪ ﻴ ﺩ ﻬ ﹶﺘ ﻤ ل ﺍ ﹾﻟ َ ﻴ ﺒﹺﻪ ﺴ ﻴ ﹸﺘ ﻤ ﺴ ﻭ Maka aku junjunglah titahnya dengan demikian itu sekalipun aku ini bukan ahli untuk demikian itu kerana sedikit ilmu ku dan singkat himmah ku dan kurang fahaman ku dan keruh zihin ku, maka aku buatlah untuknya satu kitab mukhtasar (yang ringkas) untuknya diatas apa yang dia tuntut dari aku hal keadaan aku meminta tolong dengan Allah dan berpegang diatasNya pada mentahkikkan maksud diatas sekirakira apa yang zahir bagi aku daripada kata-kata fuqaha’ yang mulia-mulia. Aku namakan ia Sabilal Muhtadiin pada memahami urusan ugama.
ﻫﺫﹶﺍ ﻲ ﻓ ﺨﹶﻠﻼﹰ ﺭﺃَﻯ ﹶ ﺎِﻟ ﹴﻡﻥ ﻋ ﻤ ﻭ ﺠ ﺭ َﺃﺏ ﻭ ﻜﺘﹶﺎ ﹺ ﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟ ﺎ ﹺﻡﻭِﺇ ﹾﺘﻤ ﻴﺭﹺ ﺤﺭﹺ ﻲ ﹶﺘ ﻓ ﺏ ﺍ ﹺﺼﻭ ﻲ ﻟِﻠ ﱢﻓ ﹶﻘﻨﻴﻭ ﻥ ﺏ َﺃ ﺎ ﹺﻭﻫ ﻴﻡﹺ ﺍ ﹾﻟ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻜﺭﹺ ِ ﻥﺍ ﻤ ﻭ ﺠ ﺭ ﻭَﺃ .ﻅﺭﹺ ﺢ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹶ ﻴ ﹺ ﺤ ﺼ ﻭ ﺓ ﺭ ﺎﻌﺒ ﺢﹺ ﺍ ﹾﻟﻭﻀ ﻪ ﺒﹺَﺄ ﺤ ﻠﺼ ﻴ ﻥ ﺭﹺ َﺃﺨ ﹶﺘﺼ ﻤ ﹾ ﺍ ﹾﻟ Aku harap dari Allah yang mulia yang amat memberi agar Dia mentaufikkan aku bagi yang betul pada menghuraikan dan menyempurnakan kitab ini dan aku harap dari orang alim yang melihat cacat cedera pada mukhtasar ini agar dia membaikkannya dengan ibarat yang lebih jelas dan renungan yang betul. ﺩﻋ ﹶﺘﻤ ﻥﺍ ﻥ ﻴ ﻭَﺃ ﺏ ﻏ ﹴ ﺍ ﹶﺔ ﹸﻜلﱢ ﺭﻏﺒ ﹾ ﺭﻴﻪ ﻪ ﺇِﹶﻟ ﺠ ﻭ ﻴ ﻥ ﻭَﺃ ﺏ ﻪ ﹸﻜلﱠ ﻁﹶﺎِﻟ ﹴ ﻊ ﹺﺒ ﻔ ﻴ ﹾﻨ ﻥ ل َﺃ ُ ﺴَﺄ ﷲ َﺃ َ ﺍﻭ ﻤ ﹺ ﻭ ﺏ ﻴ ﺠ ﻤ ﹺ ﺏ ﻴ ﻪ ﹶﻗ ﹺﺭ ﻪ ِﺇﻨﱠ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ﺎ ِﻟﻪ ﺨﹶﺎِﻟﺼ ﹶﻠﺠﻌ .ﺏ ﻴ ﺨ ﻴ ﻻ ﹶﻴﻪ ﹶﻠﻋ Hanya kepada Allah aku meminta agar Dia memanfaatkan dengannya setiap penuntut dan agar Dia mengadapkan kepadanya kegemaran setiap orang yang temar dan agar Dia menjadikannya murni bagi wajahNya . Sungguhnya dia maha memperkenankan, barang siapa yang berpegang diatasNya tidak rugi dan tersia-sia.
ﻄﻬَﺎ َر ِة ب اﻟ ﱠ ُ ِآﺘَﺎ KITAB TOHARAH 1. Ini satu kitab pada menyatakan toharah. Ketahui oleh mu bahawa kitab pada bahasa adalah pada makna jamak artinya menghimpunkan, dan pada syara’ : nama bagi sejumlah ilmu yang tertentu yang mengandungi beberapa bab dan beberapa fasal pada ghalibnya1. 2. Dan toharah pada bahasa : suci dan bersih daripada cemar-cemar2 samaada cemar itu hissi seperti najis-najis atau maknawi seperti aib-aib. Adapun toharah pada syara’ maka khilaf para ulamak pada menta’rifkannya maka yang tersebut didalam Tuhfah syeikh Ibnu Hajar dan Nihayah syeikh Ramli bahawa toharah pada syara’ disebutkan diatas dua perkara. Pertamanya : hilang tegahan yang terjadi daripada hadath dan najis3. Dan keduanya : perbuatan yang dihantarkan bagi memberi faedah yang demikian itu atau memberi faedah sebahagian daripada kesan-kesannya4, seperti tayammum. Maka ia memberi faedah harus sembahyang yang mana ia adalah sebahagian daripada kesankesannya. 3. Maka diatas yang kedua inilah imam Nawawi menta’rifkan toharah pada syara’ dengan katanya: bahawa toharah itu adalah mengangkatkan hadath atau menghilangkan najis atau apa yang pada makna keduanya atau apa yang diatas rupa keduanya5. 4. Kata ‘Ali Syubramalisi : apa yang pada makna mengangkatkan hadath itu seperti tayammum, apa yang pada makna menghilangkan najis itu seperti samak kulit bangkai dan tuak menjadi cuka dengan sendirinya, apa yang diatas rupa mengangkatkan hadath itu seperti mandi-mandi sunat dan wudhuk yang dibaharui dan basuhan yang kedua dan yang ketiga pada wudhuk dan mandi, dan apa yang diatas rupa menghilangkan najis itu seperti basuhan yang kedua dan yang ketiga pada menghilangkan najis, iaitu selepas suci tempatnya dengan basuhan yang pertama pada najis yang selain daripada najis yang mughallazah. 5. Tersebut didalam Nihayah syeikh Ramli bahawa toharah itu terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya toharah ‘ainiah, keduanya toharah hukmiah. Maka toharah ‘ainiyah itu toharah yang tidak melampaui tempat perdirian apa yang mewajibkannya iaitu seperti membasuh najis, dan toharah hukmiah itu toharah yang melampauinya iaitu seperti wudhuk. 6. Syahadan. Bagi toharah itu empat wasail6 dan empat maqasid. Adapun wasail yang empat itu maka wasilah yang pertama : air, dan wasilah yang kedua : najis, dan wasilah ketiga : ijtihad, dan wasilah keempat : bejana. 7. Yang tersebut didalam Hasyiah Barmawi bahawa wasilah toharah yang pertama : air dan, yang kedua : tanah, dan yang ketiga : batu istinja, dan yang keempat : najis. Adapun bejana dan ijtihad maka ia bukan daripada wasilah toharah, hanya ianya wasilah bagi wasilah toharah jua. 8. Adapun maqasid toharah yang empat itu maka yang pertama : wudhuk dan yang kedua : mandi, dan yang ketiga : tayammum, dan yang keempat : menghilangkan najis.
1
. ﺍﺴﻡ ﻟﺠﻤﻠﺔ ﻤﺨﺼﻭﺼﺔ ﻤﻥ ﺍﻟﻌﻠﻡ ﻤﺸﺘﻤﻠﺔ ﻋﻠﻰ ﺃﺒﻭﺍﺏ ﻭﻓﺼﻭل ﻏﺎﻟﺒﺎ. . ﺍﻟﻨﻅﺎﻓﺔ ﻭﺍﻟﺨﻠﻭﺹ ﻤﻥ ﺍﻷﺩﻨﺎﺱ. 3 . ﺯﻭﺍل ﺍﻟﻤﻨﻊ ﺍﻟﻨﺎﺸﺊ ﻋﻥ ﺍﻟﺤﺩﺙ ﻭﺍﻟﻨﺠﺱ. 4 . ﺍﻟﻔﻌل ﺍﻟﻤﻭﻀﻭﻉ ﻹﻓﺎﺩﺓ ﺫﻟﻙ ﺃﻭ ﺒﻌﺽ ﺁﺜﺎﺭﻩ. 5 . ﺇﻨﻬﺎ ﺭﻓﻊ ﺤﺩﺙ ﺇﻭ ﺇﺯﺍﻟﺔ ﻨﺠﺱ ﺃﻭ ﻤﺎ ﻓﻲ ﻤﻌﻨﺎﻫﻤﺎ ﺃﻭ ﻋﻠﻰ ﺼﻭﺭﺘﻬﻤﺎ. 6 . wasail jamak wasilah iaitu pengantara. Maqasid jamak maksud. 2
9. Ketahui oleh mu bahawa tatkala hukum-hukum syara’ itu berta’luk dengan empat perkara iaitu ibadat dan mu’amalat dan munakahat dan jenayah maka berjalanlah adat imam-imam kita yang bermazhab Syafi’e pada menjadikan kitab fekah mereka diatas empat rubu’7. Maka rubu’ yang pertama Kitab Ibadat, dan rubu’ yang kedua Kitab Mu’amalat, dan rubu’ yang ketiga Kitab Munakahat, dan rubu’ yang kempat Kitab Jenayah. 10. Bermula, hikmah yang demikian itu kerana bahawa Allah taala menjadikan pada segala manusia empat quwwah8. Pertama quwwah nazifah iaitu kekuatan mengetahui dan akal. Kedua quwwah syahwiah batniah iaitu kekuatan syahwat perut kepada makan dan minum. Ketiga quwwah syahwiah farjiah iaitu kekuatan keinginan faraj kepada persetubuhan dan barang sebaginya. Keempat quwwah ghadbiah iaitu kekuatan marah yang terjadi daripadanya perbantahan dan pembunuhan dan barang sebagainya. 11. Faedah mengutuskan rasul-rasul kepada manusia itu adalah membaikkan hal mereka pada pekerjaan dunia dan akhirat, dan tidaklah diperolehi baik hal mereka itu melainkan dengan menyempurnakan segala kekuatan mereka yang empat perkara itu. Maka dengan semata-mata kurniaan Allah taala kepada mereka itu dijadikannya yang menyempurnakan kekuatan nazifah itu ibadat, dan yang menyempurnakan kekuatan syahwat perut itu muamalat, dan yang menyempurnakan kekuatan syahwat faraj itu munakahat, dan yang menyempurnakan kekuatan marah itu jenayah, kerana apa yang dibahaskan daripadanya pada ilmu fekah jika ia berta’luk dengan penyempurnaan kekuatan nazifah maka ianya ibadat dan jika ia berta’luk dengan penyempurnaan syahwat perut maka ianya muamalat dan jika ia berta’luk dengan penyempurnaan kekuatan syahwat faraj maka ianya munakahat dan jika ia berta’luk dengan penyempurnaan kekuatan marah maka ianya jenayah. 12. Para imam mazhab syafi’e kita mendulukan rubu’ ibadat kerana mulianya sebab berta’luknya kepada Allah taala dan mereka mengiringkan rubu’ ibadat dengan rubu’ muamalat kerana sangat hajat manusia kepadanya, dan mereka mengiringkan rubu’ muamalat dengan rubu’ munakahat kerana terkurang hajat manusia kepadanya daripada apa yang mendahuluinya, dan mereka mengiringkan rubu’ munakahat dengan rubu’ jenayah kerana sedikit berlakunya dengan nisbah apa yang mendahuluinya. 13. Mereka itu mendulukan kitab solat pada rubu’ ibadat kemudian maka kitab zakat kemudian maka kitab puasa kemudian maka kitab haji kerana ﺴﹶ ﻹ ِﻲﺍ ﻨ ﺒ ” artinya: mengamalkan aturan hadith yang sahih lagi masyhur “ﻤﺱﹴ ﻋﻠﹶﻰ ﹶﺨ ﻡ ﻼ dibina Islam itu diatas lima perkara, hingga akhir hadiht. Mereka mengugurkan bicara diatas dua kalimah syahadah kerana bahawasanya ia ditunggalkan dengan kitab yang tersendiri. Mereka memulakan kitab solat dengan toharah kerana hadith Hakim dan selainnya “ﺭ ﻭ ﻬ ﺍﻟﻁﱡﻼﺓ ﺼ ﹶ ﺡ ﺍﻟ ﻤ ﹾﻔﺘﹶﺎ ” artinya anak kunci solat itu adalah toharah, dan lagi toharah itu adalah satu syarat daripada syarat-syarat sembahyang, dan syarat itu terdahulu daripada yang disyaratkan pada martabat, maka sayugia didulukan pula ia daripada yang disyaratkan pada hantaran. Mereka memulakan daripada wasilah-wasilah toharah yang empat itu dengan air kerana bahawa ia adalah asal pada alat toharah. 14. Dan lagi mereka sebutkan pada membicarakan air akan ayat Quran yang menyatakan air yang suci lagi menyucikan yang dibahasakan daripadanya dengan air mutlak kerana mengambil berkat dengannya atau sebagai dalil katakata yang akan datang. Tidak mengapa terdahulu dalil daripada madlul kerana 7 8
. empat suku – quarter. . kekuatan – daya.
bahawa dalil apabila ianya umum adalah martabatnya terdahulu seperti yang tersebut kenyataan sekelian yang tersebut itu didalam Tuhfah dan Nihayah. 15. Maka dari kerana inilah aku sebutkan ayat yang tersebut itu disini kerana mengambil berkat dengannya serta sebagai dalil perkataan yang lagi akan datang. Kata Allah taala “ﺍﻭﺭ ﻬ ﻁ ﺀ ﹶ ﺎﺀ ﻤ ﺎﺴﻤ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﺯ ﹾﻟﻨﹶﺎ ﻭَﺃ ﹾﻨ ” artinya : dan telah Kami turunkan dari langit air yang suci lagi menyucikan. 16. Ketahui oleh mu bahawa air itu terbahagi diatas empat bahagian. Pertama air mutlak yang tidak makruh memakainya, kedua air mutlak yang makruh memakainya, ketiga air musta’mal, keempat air mutanajjis. 17. Fasal pada menyatakan air mutlak. Bermula, tidak harus lagi tidak sah mengangkat hadath dan menghilangkan najis dan apa yang diatas rupa mengangkat hadath dan menghilangkan najis melainkan dengan air mutlak, iaitu air yang semata-mata, iaitu apa yang dinamakan air dengan tidak ada kait yang lazim9 pada orang yang tahukan halnya. Ianya seperti air hujan dan air embun dan air laut dan air sungai dan air telaga dan air sumur dan sekelian bagai-bagai air diatas sebarang sifat seperti merah dan hitam. Maka sekelian air yang tersebut itu mutlak jua, sekalipun dikaitkan dengan kait-kait yang tersebut itu, kerana kait-kaitnya itu lengkang10 tidak lazim kerana sah dikatakan ia sebagai air dengan tidak ada kait pada hak orang yang tahukan hal air itu. 18. Demikian lagi air yang keluar daripada selang-selang jari rasulullah sawm yang mana ia lebih mulia daripada segala air, dan air peluh yang keluar daripada wap air yang suci menyucikan yang direbus, dan air yang keluar dari batin ulat air iaitu yang dinamakan ‘zalal’ kerana ia bukan haiwan sekalipun ia menyerupai haiwan seperti yang tersebut didalam Fathul Jawwad, dan air yang jadi beku garam daripadanya dan air yang berubah banyak dengan suatu yang tidak memudharatkan seperti lumpur dan kiambang atau dengan suatu yang mujawir yang suci11. Maka sekelian air itu mutlak jua. 19. Maka diketahui daripada yang tersebut itu bahawa tidak sah wudhuk fardhu dan mandi fardhu dan mandi sunat dan menghilangkan najis dengan apa yang selain air daripada benda cair seperti cuka dan benda beku seperti tanah pada tayammum dan tanah serta najis mughallazah, kerana tidak menyucikan najis mughallazah itu melainkan air dengan syarat dicampurkan ia dengan tanah, dan seperti batu istinja dan sekelian ubat yang disamak kulit bangkai dengannya, dan matahari dan angin dan api dan barang yang sebagainya. 20. Demikian lagi tidak sah yang demikian itu dengan air yang tidak mutlak, iaitu apa yang tidak dinamakan air melainkan dengan kait yang lazim, sekira-kira orang yang tahukan halnya tidak menyebutnya melainkan dia mengkaitkannya dengan kaitnya, samaada kait itu dengan idhofat seperti air mawar dan air kelapa dan air tebu atau dengan sifat seperti air yang memancut daripada kubul iaitu air mani dan air musta’mal artinya air yang sudah terpakai dan air mutanajjis artinya air yang kena najis, atau dengan alif lam ‘ahdi seperti “ﺎﺀ” ﺍ ﹾﻟﻤ12 yang pada sabda nabi sawm “ﺀ ﺎ ﺍ ﹾﻟﻤَﺃﺕﻡ ِﺇﺫﹶﺍ ﺭ ﻌ ” ﹶﻨartinya : wajib atasnya mandi apabila dia melihat air tu, iaitu air mani. 21. Maka nyatalah daripada yang demikian itu bahawa air musta’mal yang sedikit bukan air mutlak seperti mana yang disahkan oleh imam Nawawi didalam 9
. Lazim adalah tidak lengkang atau tidak tertanggal atau tidak terpisah. . pada asal “tanggal” iaitu boleh lengkang daripadanya, tidak lazim iaitu tidak melaziminya. 11 . mujawir – berjiran. Maknanya benda yang tidak larut didalam air dan mengubah sifat air dengan sifatnya seperti gaharu, teh dan selainnya. 12 . kalimah dengan alif lam ini boleh diterjemahkan dengan “air itu” atau “air tu” yang maknanya air yang sama-sama kita tahu apa sebenarnya. 10
Tahkik dan muafakat diatas yang demikian itu syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah. 22. Demikian lagi air yang sedikit yang kena najis, maka ianya bukan mutlak dengan muafakat keduanya kerana bahawa orang yang tahukan hal air musta’mal atau air yang kena najis itu tidak menyebutnya dengan nama air sahaja melainkan dia mengkaitkannya dengan musta’mal atau mutanajjis. 23. Adapun dalil pada mengangkatkan hadath dengan air sebelum ijmak maka kerana bahawa Allah taala menyuruh tayammum tatkala ketiadaan air dengan firmanNya “ﻭﺍﻤﻤ ﺀ ﹶﻓ ﹶﺘﻴ ﺎﻭﺍ ﻤﻡ ﹶﺘ ﹺﺠﺩ ” ﹶﻓﹶﻠartinya: lalu mereka tidak mendapat air maka hendaklah mereka bertayammum. Maka Allah taala mewajibkan tayammum atas orang yang ketiadaan air, jika kiranya hadath itu terangkat dengan selain air nescaya tidaklah diwajibkan tayammum kerananya. 24. Adapun dalil pada menghilangkan najis dengan air maka kerana bahawa rasulullah sawm menyuruh basuh kumuh Zul Khuwaisirah at Tamimi tatkala dia ” artinya : berkumuh didalam masjid dengan sabdanya “ﺀ ﺎﻥ ﺍ ﹾﻟﻤ ﻤ ﺎﻭﺒ ﹶﺫ ﹸﻨﻴﻪ ﹶﻠﻭﺍ ﻋﺼﺒ curahkan setimba air keatasnya. Maka adalah membasuhnya dengan air itu wajib dengan perintah nabi sawm. Maka jika memada selain air pada menghilangkan najis nescaya tidaklah wajib membasuh kumuh dengannya. 25. Syahadan. Adalah para ulamak berselisih pendapat pada menentukan mengangkat hadath dan menghilangkan najis dengan air sekira-kira tidak memada ia dengan selainnya. Kata imam Haramain: bahawa yang demikian itu pekerjaan yang ta’abbud iaitu yang tidak terakal maknanya13. Kata selainnya : ia pekerjaan yang “ma’qul ma’na”, iaitu yang terakal hikmahnya, kerana bahawa pada air itu kerana halus jirimnya14 ada sesuatu yang tidak diperolehi pada selainnya, maka ia lantaran sangat halusnya boleh mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis. Maka diatas tiap-tiap hal tidaklah dapat dikiaskan keatas air apa yang selain daripadanya. Syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli tidak mentarhjih didalam Tuhfah dan Nihayah akan salah satu daripada dua pendapat ini. Tetapi yang ditarjihkan oleh syeikh Ibnu hajar didalam Syarah ‘Ubab bahawa ia “ma’qul makna”. 26. Bermula, hadath pada bahasa itu : suatu yang baharu. Hadath pada syara’ disebutkan diatas tiga perkara yang lagi akan datang kenyataannya pada bab hadath-hadat. Satu daripadanya : satu perkara yang diiktibarkan ujudnya oleh syara’ yang berdiri pada anggota-anggota lagi menegah sah umpama sembahyang sekira-kira tidak ada murakkhis15. Inilah hadath yang dikehendaki disini kerana tidak ada yang mengangkatkannya melainkan air, sama ada hadath itu kecil iaitu yang membatalkan wudhuk yang mana tempatnya pada anggotaanggota wudhuk sahaja, atau ada ia sederhana iaitu yang mewajibkan mandi kerana jimak atau inzal, atau ada ia besar16 iaitu apa yang mewajibkan mandi kerana haid dan nifas. Adalah tempat hadath sederhana dan hadath besar itu pada sekelian badan. 27. Kata Ali Syubramalisi : dinamakan yang membatalkan wudhuk itu hadath kecil hanyalah kerana sedikit apa yang haram dengannya dengan nisbah kepada apa yang haram dengan sebab janabah dan haid, dan dinamakan hadath sebab janabah itu hadath sederhana kerana apa yang haram dengannya lebih banyak daripada apa yang haram dengan hadath kecil, dan kurang daripada apa yang haram dengan haid, kerana membaca Quran dan berhenti didalam masjid haram 13
. ta’abbud iaitu yang wajib dipatuhi. Tidak terakal : iaitu tidak sampai akal kepada memahami hikmahnya. . molekulnya. 15 . yang mengharuskan – yang melonggarkan. 16 . hadath asghar – hadath mutawassit – hadath akbar.
14
dengan hadath sederhana tidak haram dengan hadath kecil. Adapun hadath besar seperti haid dan nifas maka haram dengannya sekelian yang haram dengan hadath kecil dan sederhana. Bertambah pula apa yang haram dengannya, iaitu puasa dan talak dan barang yang sebagainya seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada tempatnya. 28. Adapun najis pada bahasa maka ia : suatu yang cemar, dan najis pada syara’ : cemar yang menegah sah umpama sembahyang sekira-kira tidak ada murakkhis17. Inilah sebahagian daripada ta’rif-ta’rif najis pada syara’. Lagi akan datang kenyataannya pada babnya. 29. Syahadan. Air mutlak itu mempunyai tiga sifat: pertama rasa kedua warna ketiga bau. Apabila dikatakan air itu berubah, maka yang dikehendaki dengannya berubah sifatnya jua, iaitu rasa atau warna atau baunya. Maka ia terkadang berubah rasanya atau warnanya atau baunya dengan sebab masuk benda kedalamnya. Benda yang masuk kedalam air itu adakalanya mukhalit dan adakalanya mujawir. 30. Arti mukhalit adalah yang bercampur gaul, dan arti mujawir adalah yang berhampiran. Inilah arti keduanya pada bahasa. Adapun pada istilah maka khilaf ulamak pada menta’rifkannya, kata setengah mereka itu : mukhalit itu apa yang tidak dapat diceraikan dari air, dan mujawir itu apa yang boleh diceraikan darinya18. Kata setengah mereka lagi : mukhalit adalah apa yang tidak terbeza dari air pada pandangan mata, dan mujawir adalah apa yang terbeza dariair pada pandangan mata19. Kata setengah mereka lagi: yang diikuti pada apa yang dinamakan mukahalit atau mujawir itu adalah ‘uruf jua. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. 31. Jika air itu berubah dengan benda mujawir lagi suci seperti gaharu atau cendana atau minyak atau bunga-bungaan atau kapur barus yang keras maka air itu suci menyucikan jua, sekalipun banyak perubahannya kerana berubah dengan benda mujawir itu semata-mata tarawwuh jua iaitu terukup.20 maka ia tidak menghilangkan nama air mutlak. Adalah bandingannya seperti air yang berubah dengan diukup dengan umpama dupa atau yang berubah dengan sebab bangkai yang hampir dengan air itu, maka air itu suci menyucikan jua, samaada sifat yang berubah itu baunya atau selainnya seperti yang tersebut didalam Nihayah. 32. Demikian lagi air yang berubah dengan tanah yang dimasukan kedalamya, maka iaitu menyucikan jua sekalipun banyak perubahannya lagi adalah tanah yang mengubahnya itu musta’mal. Demikianlah yang diiktimadkan oleh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli dan selainnya, bersalahan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah kerana berubah dengan tanah itu semata-mata keruh jua, tidak menghilangkan nama air mutlak. Tetapi jika banyak perubahannya sekira-kira jadilah ia seperti lumpur maka ianya tidak menyucikan kerana hilang dengannya nama air mutlak. 33. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tanah adalah sejumlah daripada benda yang mujawir jua kerana dapat diceraikan ia dari air, iaitu yang dirajihkan oleh syeikh Islam pada sebahagian kitab-kitabnya. Adapun yang disahkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah maka bahawa tanah itu sejumlah daripada benda yang mukhalit, iaitulah yang difahami daripada ibarat imam Nawawi didalam Minhaj.
17
. ﻤﺴﺘﻘﺫﺭ ﻴﻤﻨﻊ ﺼﺤﺔ ﻨﺤﻭ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺤﻴﺙ ﻻ ﻤﺭﺨﺹ. . ﺍﻟﻤﺤﺎﻟﻁ ﻤﺎ ﻻ ﻴﻤﻜﻥ ﻓﺼﻠﻪ ﻋﻥ ﺍﻟﻤﺎﺀ ﻭﺍﻟﻤﺠﺎﻭﺭ ﻤﺎ ﻴﻤﻜﻥ ﻓﺼﻠﻪ ﻋﻨﻪ. 19 . ﺍﻟﻤﺨﺎﻟﻁ ﻤﺎ ﻻ ﻴﺘﻤﻴﺯ ﻓﻲ ﺭﺍﻱ ﺍﻟﻌﻴﻥ ﻭﺍﻟﻤﺠﺎﻭﺭ ﻤﺎ ﻴﺘﻤﻴﺯ ﻓﻲ ﺭﺃﻱ ﺍﻟﻌﻴﻥ. 20 . pada asal “ﻭُﺡ ﺠﻭﺍ ﻴﻌﻨﻲ ﺘﺭﺃﻜﻑ ﺘﺭ2” ﺴﻤﺎﺕ. Ukup –mengukup iaitu mengasapkan satu benda. Wallahu a’lam. 18
34. Walaubagaimanapun dapat ditanggungkan kata-kata orang yang mengatakan bahawa tanah adalah mukhalit diatas keadaannya pada ketika air itu masih lagi berubah dengannya serta keruh kerana tanah pada ketika itu tidak dapat diceraikan daripada air itu dan lagi tidak terbeza daripadanya pada penglihatan mata, dan dapat ditanggungkan kata-kata orang yang mengatakan tanah adalah mujawir diatas keadaannya pada ketika hilang perubahan air dengannya pada hal air itu jernih dan tanah itu terhimpun dibawahnya kerana bahawa tanah pada ketika itu dapat diceraikan daripada air dan terbeza daripada air pada penglihatan mata. Maka khilaf diantara dua kaul ini bukanlah pada hakikat. 35. Bermula, biji-bijian dan buah-buahan seperti gandum dan khurma kering apabila direndam atau dimasak dengan air maka ditilik ; jika diyakinkan hancur satu suku daripadanya didalam air itu seperti adalah air itu manis maka ianya mukhalit dan air yang berubah dengannya dengan perubahan yang banyak tidak menyucikan. Jika tidak diyakinkan yang demikian itu maka ianya mujawir, dan air yang berubah dengan dengan perubahan yang banyak menyucikan jua melainkan jika hilang daripadanya nama air mutlak. Demikianlah hasil kata-kata syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Ubab. 36. Jika air berubah dengan benda mukhalit lagi suci maka ditilik, jika air itu terkaya daripada mukhalit itu iaitu tidak sukar memelihara air itu daripadanya seperti bahawa mukhalit itu kasturi atau kumkuma atau kesumba21 atau kapur barus yang keras22 atau tepung atau bidara atau inai atau garam gunung atau mani atau buah kayu yang jatuh kedalamnya sekelipun ia gugur dengan sendiri, dan lumut dan kiambang dan rumput23 yang ditumbuk lumat ketiga-tiganya kemudian maka dimasukkan kedalam air, atau daun kayu yang dijatuhkan kedalam air kemudian jadi hancur luluhlah24 ia didalamnya, maka air yang berubah dengan salah satu daripada yang tersebut itu sekalipun perubahannya pada takdir seperti yang lagi akan datang kenyataannya adalah tidak menyucikan, iaitu tidak sah mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis dengannya, dengan syarat jika ada perubahan itu banyak sekira-kira hilanglah daripadanya nama air mutlak. Maka dari kerana inilah barang siapa bersumpah tidak mahu meminum air kemudian dia meminum air yang tersebut itu maka tidaklah ia melanggar sumpah. 37. Jika perubahannya sedikit sekira-kira tidak hilang daripadanya nama air mutlak maka iaitu tidak mengapa hanya adalah ia menyucikan jua kerana nabi sawm adalah ia mengambil wudhuk daripada bejana air yang ada didalamnya bekas tepung yang diuli. 38. Jika air itu tidak terkaya daripada mukhalit itu, iaitu sukar memelihara air itu daripadanya, seperti mukhalit itu lumut atau kiambang yang sedia ada didalam air yang luluh lantak ia didalamnya atau garam laut atau lumpur atau daun kayu yang gugur dengan sendirinya dan luluh lantaklah ia didalamnya, maka air yang berubah dengan yang tersebut itu menyucikan jua sekalipun banyak perubahannya kerana sukar memelihara air itu daripadanya. 39. Demikian lagi air yang berubah sebab lama berhenti pada tempatnya, dan yang berubah dengan apa yang ada pada tempat berhentinya dibumi dan yang berubah dengan apa yang pada tempat mengalirnya dibumi seperti pada bumi tempat ia berhenti atau tempat ia mengalir ada belerang atau artal atau kapur 21
. ﻜﺴﻤﺒﺎ. . ﺭﻭﰲ. 23 . ﺃﺭﺘل. 24 . pada asal “luluh lantaklah”.
22
atau garam atau barang sebagainya maka sekelian air itu menyucikan jua, sekalipun banyak perubahannya kerana sukar memelihara air itu daripadanya. 40. Masaalah : jikalau dicampurkan air yang berubah dengan apa yang pada tempat ia berhenti atau pada tempat ia mengalir dengan air yang tidak berubah maka berubahlah ia dengannya, adakah air itu menyucikan atau tidak menyucikan. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : air itu menyucikan jua kerana air yang dicampurkan kepadanya itu menyucikan maka iaitu seperti air yang berubah dengan garam laut. Hasil kata syeikh Ramli didalam Nihayah : air itu tidak menyucikan kerana ia berubah dengan mukhalit yang ia terkaya daripadanya, iaitu tidak sukar memeliharanya daripada mukhalit itu. 41. Maka diatas kata syeikh Ramli ini dibuatkan teka teki maka dikatakan : bahawa bagi kami dua bejana air sah untuk bersuci dengan salah satu daripadanya apabila keduanya tidak dicampurkan dan tidak sah bersuci dengannya apabila keduanya dicampurkan. 42. Syahadan. Air yang berubah pada takdir seperti yang berubah pada hissi jua. Maka jikalau jatuh kedalam air yang banyak atau yang sedikit oleh benda cair yang menyerupai air pada sekelian sifat-sifatnya seperti air mawar yang telah hilang baunya atau barang sebagainya, atau jatuh air yang musta’mal kedalam air yang sedikit, maka hendaklah ditakdirkan yang bercampur itu bersifat dengan sifat yang sederhana yang menyalahi sifat air, seperti ditakdirkan ada baginya rasa seperti rasa delima atau ada baginya warna seperti warna air anggur atau ada baginya bau seperti bau lazan. Maka jika ia mengubah air dengan takdir itu maka air itu tidaklah menyucikan hanya suci jua, maka dinamakan ia air yang berubah pada takdir. Jika ia tidak mengubahnya dengan takdir itu maka air itu menyucikan jua. 43. Adapun jika jatuh air musta’mal kedalam air mutlak yang banyak seperti ianya dua kolah atau lebih atau jatuh ia kedalam air mutlak yang kurang dari dua kolah tetapi sampai dua kolah dengan musta’mal itu maka adalah perhimpunan air itu menyucikan jua. Sekalipun air musta’mal itu mengubahnya dengan takdir yang tersebut itu. Inilah hukumnya pada mukhalit yang suci. 44. Adapun jika mukhalit yang menyerupai air itu najis seperti jatuh kedalam air yang banyak kumuh yang hilang baunya dan rasanya maka hendaklah ditakdirkan mukhalit itu bersifat dengan sifat yang keras seperti ditakdirkan ada baginya rasa seperti rasa cuka atau ada baginya warna seperti warna darah atau ada baginya bau seperti bau kasturi. Maka jika ia mengubah air itu dengan takdir itu maka najislah ia. Jika ia tidak mengubahnya dengan takdir itu maka air itu suci lagi menyucikan seperti yang lagi akan datang kenyataannya didalam fasal air yang mutanajjis. 45. Masaalah. Jika seorang syak adakah perubahan air itu banyak atau sedikit maka adalah hukum air itu seperti air yang berubah sedikit jua. Jika dia syak adakah perubahannya yang banyak teah hilang atau tidak hilang adalah hukumnya seperti tidak hilang perubahannya, maka air itu tidak suci. Jika dia syak adakah satu benda itu mukhalit atau mujawir atau adakah yang mengubah itu mukhalit atau mujawir maka iaitu tida memberi bekas. 46. Faedah. Apabila dikatakan pada air bahawa ianya banyak maka iaitu dua kolah atau lebih dan apabila dikatakan air itu sedikit maka iaitu kurang daripada dua kolah. 47. Fasal. Pada menyatakan air mutlak yang makruh memakainya. Bermula, air yang makruh memakainya pada syara’ dengan karahah tanzih25 lapan perkara. 25
. makruh yang tidak haram memperbuatnya. Adapun karahah tahrim maka berdosa memperbuatnya.
Pertamanya : air yang sangat hangat. Keduanya : air yang sangat sejuk kerana ia menegah sempurna ratanya pada anggota atau kerana mudharatkan badan maka tidaklah tertentu karahah memakai air itu pada wudhuk atau mandi atau selainnya. Maka keluar dengan yang sangat hangat dan yang sangat sejuk itu air yang sederhana hangatnya dan sejuknya. Maka tidaklah makruh memakainya, sekalipun dihangatkan dengan najis dan sekalipun dengan najis mughallazah. Ketiganya : air yang terjemur. Keempatnya : air dinegeri Thamud melainkan air pada telaga Naqah. Kelimanya : air dinegeri kaum Lut. Keenamnya: air pada Barhut. Ketujuhya : air pada bumi Babil. Kelapannya: air pada telaga Zarwan. 48. Demikian lagi makruh menggunakan tanah pada tempat yang tersebut itu untuk tayammum kerana tiap-tiap air dan tanah yang dimurkai Allah taala mereka yang mendiaminya makruh memakainya untuk umpama wudhuk dan tayammum. Inilah lapan perkara air yang makruh memakainya yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. Syeikh Khatib Syarbini menambah didalam Mughni akan yang kesembilan iaitu air telaga yang diletakkan didalamnya sihir bagi rasulullah sawm, maka iaitu makruh memakainya. 49. Syahaadan. Tidak makruh memakai air yang terjemur itu melainkan dengan lima syarat. Pertama: bahawa adalah ia terjemur pada qatr26 yang sangat hangat seperti Tihamah Yaman dan Hijaz. Maka tidak makruh air yang terjemur pada qatr yang sejuk sepeti syam dan yang sederhana sepeti Mesir kerana kesan matahari pada kedua qatr itu dhaif. Syarat yang kedua : bahawa ia terjemur pada musim panas. Maka tidak makruh yang terjemur pada musim sejuk, sekalipun didalam qatr yang hangat. Syarat ketiga : bahawa ia terjemur didalam bejana besi atau tembaga atau barang sebagainya daripada jenis yang ditempa27 yang selain daripada bejana emas dan perak. Maka tidak makruh yang terjemur didalam bejana yang lain daripada bejana yang tersebut itu, seperti bejana emas dan perak dan mangkok kayu dan kulit dan yang terjemur didalam telaga dan kolam melainkan jika keduanya itu pada gunung besi.Demikian lagi tidak makruh yang terjemur didalam bejana emas dan perak kerana hening jirimnya, sekalipun ditakdirkan ada padanya tembaga. Demikian lagi tidak makruh yang terjemur didalam bejana besi atau tembaga yang disadur dengan emas atau perak jika sadurannya itu tebal sekira-kira ia menegah keluar suatu daripada bejana yang disadur itu seperti yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. Bersalahan yang terjemur didalam bejana emas atau perak yang disadur atau dicampur dengan besi atau tembaga atau barang sebagainya, maka iaitu makruh memakainya. Syarat keempat : bahawa dipakai ia pada ketika masih hangat, maka tidak makruh memakainya kemudian daripada sejuknya. Syarat kelima: bahawa dipakai ia pada badan seperti pada wudhuk atau pada mandi atau diminum, samaada pada badan yang hidup atau pada badan mayat, sekalipun pada badan yang sopak dan badan binatang seperti kuda sekalipun, kerana air yang terjemur dengan syarat-syarat yang tesebut itu mewariskan sopak maka dimakruhkan memakainya kerana takutkan sopak -
26 27
. rantau – daerah yang besar. . pada asal: daripada jenis yang kena tukul.
pada yang tidak sopak atau takutkan bertambah sopak pada yang sudah bersopak, kerana tersebut didalam hadith sahih sabda nabi sawm “ ﻙ ِﺇﻟﹶﻰ ﺒ ﻴ ﻴ ﹺﺭ ﺎﻉ ﻤ ﺩ ﻙ ﺒ ﻴ ﻴ ﹺﺭ ﻻ ﺎ ﹶ ”ﻤartinya : tinggalkan apa yang menjadikan kamu syak kepada apa yang tidak menjadikan kamu syak. Maka memakai air yang terjemur itu menjadikan kamu syak kerana ditakuti daripadanya penyakit sopak. 50. Kata para tabib yang muhakkik : bahawa matahari kerana sangat tajam hangatnya menceraikan zahumah daripada bejana yang naik keatas air, maka apabila ia bertemu dengan badan dengan hangatnya masuklah ia kedalam lubang-lubang bulu maka jadilah tertahan darah daripada berjalan maka jadilah sopak kerananya. Maka tidak makruh memakainya pada yang lain daripada badan seperti membasuh bumi atau bejana atau kain atau makanan yang keras atau barang sebagainya kerana tidak diperoleh illat yang tersebut itu. 51. Tidak harus tayammum serta ada air yang terjemur, tetapi jika ghalib atas zannya28 bahawa air yang terjemur itu memudharatkannya dengan kata tabib yang mahir lagi adil atau dengan pengetahuan dirinya haramlah dia memakainya, dan harus dia bertayammum. 52. Bermula, yang terafdhal hendaklah meninggalkan bersuci dengan air yang terjemur pada awal waktu kerana yakin memperoleh air yang lain pada akhir waktu seperti yang tersebut didalam Nihayah. 53. Syahadan. Tersebut didalam Tuhfah : tidak makruh berwudhuk dan mandi dengan air zamzam dan tidak haram menghilangkan najis dengannya, tetapi yang terutama janganlah dihilangkan najis dengannya. 54. Bermula, air zamzam itu lebih mulia daripada air Haudh Kauthar kerana dada nabi sawm dibasuh dengannya, maka tidaklah dibasuh ia melainkan dengan yang paling afdhal. Tetapi air yang terbit daripada selang-selang jari nabi sawm terafdhal daripada air zamzam. 55. Fasal. Pada menyatakan air musta’mal. Bermula, air yang musta’mal itu adalah air yang sudah terpakai pada toharah yang tidak dapat tidak daripadanya, samaada seorang itu berdosa meninggalkannya atau tidak, seperti yang terpakai pada wudhuk fardhu dan mandi fardhu dan yang terpakai pada wudhuk kanakkanak, sekalipun dia belum mumayyiz seperti kanak-kanak yang diwudhukkan oleh walinya untuk tawaf dan wudhuk Hanafi yang tidak berniat, dan yang terpakai pada membasuh kepala ganti daripada menyapunya dan yang terpakai pada membasuh kaki ganti daripada menyapunya dan yang terpakai pada mandi mayat dan yang terpakai pada mandi perempuan kafir kitabi daripada haid atau nifas supaya dia halal bagi suaminya atau tuannya yang Islam, dan yang terpakai pada mandi perempuan gila atau perempuan yang enggan mandi maka dimandikan oleh suaminya atau tuannya yang Islam daripada haid atau nifas supaya halal dia baginya. 56. Maka air yang terpakai pada yang tersebut itu tidak menyucikan, hanya suci jua, kerana tatkala hilang tegahan daripada umpama sembahyang sebab memakai air itu berpindahlah tegahan itu kepada air itu maka jadi lemahlah ia daripada mengangkatkan hadath dan menghilangkan najis. Bandingannya seperti air basuhan tatkala ia memberi bekas pada menyucikan tempat yang dibasuh lalu maka sucilah dirinya dengan syaratnya yang lagi akan datang kenyataannya. 57. Adapun air yang terpakai pada toharah yang sunat seperti yang terpakai pada wudhuk yang sunat dan mandi yang sunat dan yang terpakai pada basuhan yang kedua dan yang ketiga pada wudhuk atau mandi yang fardhu maka ianya suci menyucikan jua. Adapun air yang terpakai pada menghilangkan najis maka lagi akan datang pada babnya. 28
. kuat pada sangkaannya.
58. Air musta’mal yang tidak menyucikan itu adalah yang sedikit iaitu yang kurang dari dua kolah lagi sudah bercerai daripada badan. Adapun air yang banyak iaitu dua kolah atau lebih maka ianya menyucikan jua, hingga jika dihimpunkan air mustamal yang sedikit maka sampailah ia dua kolah atau lebih maka air itu menyucikan jua kerana kembali kekuatannya sebab banyak, sekalipun selepas itu ia jadi kurang daripada dua kolah sebab diceraikan. Sama seperti air yang kena najis apabila dihimpunkan lalu sampai dua kolah dan tidak ada perubahan padanya, maka ianya suci menyucikan jua hukumnya. 59. Demikian lagi air yang terpakai pada anggota selama belum bercerai daripadanya, tidak dihukumkan ia musta’mal selama ada lagi hajat kepadanya, maka ia menyucikan jua. Maka jika seorang berjunub atau berhadath kecil menyelam kedalam air yang sedikit kemudian maka dia berniat mengangkatkan hadath besar atau hadath kecil nescaya terangkatlah hadath besar daripada sekelian badannya pada masaalah yang pertama maka terhasillah mandinya dan terangkatlah hadath kecil pada sekelian anggota wudhuknya pada masalah yang kedua maka terhasillah wudhuknya. 60. Jika dia berjunub pula didalam air itu atau berhadath pula didalamnya lalu dia berniat pula mengngkatkan hadath nescaya terangkatlah hadathnya seperti yang telah tersebut itu kerana dia belum bercerai daripada air itu, maka tidak dihukumkan air itu musta’mal pada hak dirinya, tetapi musta’mal pada hak orang lain. Melainkan jika dia telah bercerai daripadanya air itu iaitu dengan sekelian badannya maka jadilah ia musta’mal pada hak dirinya dan orang lain. 61. Kalau seorang berjunub menyelam kedalam air yang sedikit dan berniat sebelum tengelam sekelian badannya, terangkatlah hadath anggotanya yang bertemu dengan air jua. Harus baginya menyempurnakan mandi dengan air itu dengan menyelam tidak dengan simbur, dari kerana jika disempurkannya mandi dengan simbur sekalipun dengan tangannya nescaya jadilah air itu musta’mal, maka tidaklah terangkat hadathnya pada anggotanya yang dibasuhnya dengannya. 62. Jikalau dua orang berjunub menyelam kedalam air yang sedikit maka keduanya berniat bersama-sama terangkatlah janabah mereka dan jika mereka berniat tidak bersama-sama terangkatlah janabah yang dulu berniat dan jadilah air itu musta’mal bagi yang berniat kemudian daripadanya, maka tidak terangkat janabahnya. Jika kedua mereka menyelam hingga setengah badan kemudian maka mereka berniat bersama-sama terangkatlah hadath mereka daripada anggota yang bertemu dengan air jua, dan jadilah air itu musta’mal pada hak mereka. Maka tidak harus bagi mereka menyempurnakan mandinya dengan air itu, sekalipun dengan menyelam. Jika mereka berniat tidak bersama-sama terangkatlah hadath daripada setengah anggota orang yang terdahulu berniat tidak yang terkemudian, maka harus baginya menyempurnakan mandinya dengan menyelam tidak dengan simbur. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah . 63. Jikalau ada pada badan seorang najis pada dua tempat diatas dan dibawah maka dibasuhnya yang diatas dengan air yang sedikit maka air itu mengalir kepada najis yang dibawah dan hilanglah kedua najis itu dengan air itu pada hal ia tidak berubah nescaya sucilah tempat yang dibawah itu sama seperti yang diatas jua, kerana bahawa air itu tidak dihukumkan musta’mal sebab belum tercerai, sekalipun sudah terpakai pada membasuh najis yang diatas itu. 64. Demikian lagi jikalau air mandi mengalir dari anggota orang yang berjunub kepada anggotanya yang kena najis dan hilanglah najis itu dengan air itu pada hal ia tidak berubah nescaya sucilah tempat itu daripada najis, sekalipun air itu
sudah terpakai pada mengangkatkan hadath daripada anggotanya yang diatas, kerana tidak dihukumkan air itu dengan musta’mal sebab belum tercerai. 29 65. Masaalah : terkadang bercerai air yang sudah terpakai itu dari badan pada penglihatan mata tetapi adalah ia pada hukum berhubung jua. Maka ia tidak dihukumkan musta’mal, seperti jatuh air mandi dari kepala orang yang junub kepada dadanya atau dari dadanya kepada pehanya atau barang sebagainya, daripada yang ghalib padanya gugur air dari anggota yang diatas kepada anggota yang dibawah yang mana keduanya berhampiran. Bersalahan jika keduanya tidak berhampiran seperti gugur air daripada kepalanya kepada kakinya, maka air itu musta’mal jua. Maka tidak terangkat hadath yang pada kakinya dengan air itu. 66. Dan terkadang adalah air yang terpakai itu berhubung dengan anggota pada penglihatan mata tetapi adalah ia pada hukum bercerai jua, maka air itu musta’mal. Seperti mengalir air wudhuk dari tangan orang yang berwudhuk hingga lampau bahunya atau meleleh ia dari kakinya hingga lampau lututnya, sekalipun ia kembali pula kepada tempatnya. Dan seperti berpindah air dari sebelah tangannya kepada sebelah tangannya yang lain tatkala dia menggosoknya dengannya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 67. Masaalah : jika seorang yang berwudhuk memasukkan tangannya yang kanan atau yang kiri atau satu suku daripada keduanya sekalipun sedikit kedalam air yang sedikit selepas dia membasuh mukanya sekali jika dia menyimpannya pada sekali sahaja atau tiga kali jika dia hendak menigainya dengan tidak dia niatkan tangannya sebagai simbur ketika memasukkannya nescaya jadilah air itu musta’mal kerana terangkat hadath yang pada tangannya itu, samaada dia kasadkan membasuhnya daripada hadath atau tidak dia niatkan suatu apa pun pada masa memasukkannya, sekalipun dia belum keluarkan tangannya daripada air itu. Tetapi harus dia menggerakkan tangannya didalam air itu tiga kali dan terhasil baginya sunat menigai, dan harus pula dia menyempurnakan basuh apa yang tinggal daripada tangannya dengan air yang berhubung dengan tangannya itu kerana air itu belum bercerai daripada tangannya. 68. Demikian lagi jikalau dimasukkan oleh orang yang berjunub kemudian daripada sudah dia berniat mandi janabah akan satu suku daripada anggotanya kedalam air yang sedikit dengan ditidak di niatkan simbur nescaya jadilah air itu musta’mal. 69. Masaalah: jika orang yang berwudhuk menumpahkan air yang didalam bejana kepada satu tapak tangannya selepas dia sudah membasuh mukanya maka harus dia mengalirkan air itu kepada yang tinggal daripada tangan itu kerana air itu berhubung dengan tangan itu, dan tidak harus dia membasuhkan air yang pada tapak tangan itu kepada tangannya yang sebelah lagi kerana dihukumkan air itu bercerai daripadanya, maka ianya musta’mal. Adalah kebanyakkan orang awam ghaflah daripada masaalah ini. Bermula, asal masaalah ini ada tersebut didalam Nihayah, maka ianya hampir dengan apa yang tersebut didalam Tuhfah tadi. 70. Fasal pada menyatakan air yang kena najis. Bermula, apabila jatuh najis kedalam air yang kurang daripada dua kolah maka najislah air itu, samaada ia berubah atau tidak dan samaada najis itu mukhalit atau mujawir. Adapun jadi najis air yang berubah maka iaitu dengan ijmak. Adapun yang tidak berubah maka iaitu dengan hadith Muslim, sabda nabi sawm “ ﻩ ﺩ ﻴ ﺱ ﻤ ﻴ ﹾﻐ ﻼ ﹶﻓ ﹶﻪﻭﻤ ﻥ ﹶﻨ ﻤ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﻅ َﺃ ﻴ ﹶﻘ ﹶ ﺴ ﹶﺘ ِﺇﺫﹶﺍ ﺍ ﻩ ﺩ ﻴ ﺕ ﺎ ﹶﺘ ﹾﻥ ﺒ ﻴ ﺩﺭﹺﻯ ًﺃ ﻴ ﻻ ﻪ ﹶ ﻼﺜﹰﺎ ﹶﻓِﺈﻨﱠ ﺎ ﹶﺜ ﹶﺴﹶﻠﻬ ﻴ ﹾﻐ ﺤﺘﱠﻰ ﺀ ﻹﻨﹶﺎ ِ ﻲ ﺍ ”ﻓartinya: apabila seorang daripada kamu jaga dari tidurnya maka janganlah dia menyelamkan tangannya pada bekas air hingga 29
. pada asal “ sebab illat yang tersebut itu”.
dia membasuhnya tiga kali, kerana dia tidak tahu dimana tangannya bermalam. Tegahan nabi sawm daripada dia menyelamkan tangannya adalah kerana takut barangkali tangannya terkena najis pada ketika tidurnya dengan najis yang tersulit, dan yang maklum bahawa najis itu apabila ianya tersulit tidaklah ia mengubah air, maka jika kiranya najis yang tersulit itu tidak menajiskan air dengan semata-mata bertemu dengannya nescaya tidaklah nabi sawm menegah dia daripada menyelamkan tangannya. 71. Dan lagi kerana mafhum hadith yang sahih iaitu sabda nabi sawm “ ﺀ ﺎﹶﻠ ﹶﻎ ﺍ ﹾﻟﻤِﺇﺫﹶﺍ ﺒ ﺙ ﹶﺨﺒ ل ﺍ ﹾﻟ ﹶ ِ ﻤ ﺤ ﻴ ﻡ ﻴﻥﹺ ﹶﻟ ” ﹸﻗﱠﻠ ﹶﺘartinya : apabila air sampai dua kolah tidaklah ia menerima najis. Adalah mafhumnya bahawa air itu apabila kurang dari dua kolah menerima najis, iaitu jadi najis ia dengan semata-mata bertemu dengannya. 72. Bermula, benda cair selain air yang banyak seperti cuka dan minyak dan air mawar dan barang sebagainya adalah seperti air yang sedikit jua hukumnya pada pihak jadi najis apabila jatuh najis kedalamnya, samaada ia berubah atau tidak. 73. Bermula, perbezaan antara air yang banyak dan benda cair yang banyak bahawa air yang banyak mempunyai kekuatan dan lagi sukar memeliharanya daripada terkena najis, sedang benda cair itu lemah dan lagi tidak sukar memeliharanya daripada najis sekalipun ia banyak. 74. Masaalah : kalau umpamanya tangan kiri seorang terkena najis kemudian dibasuhnya salah satu daripada dua tangannya dan dia syak pada yang terbasuh itu adakah ia tangannya yang kanan atau yang kiri, kemudian dia memasukkan tangan kirinya kedalam benda cair, tidak jadi najis benda itu, kerana asal benda itu suci jua serta diihtimalkan suci tangan kirinya. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. 75. Syahadan. Jika dicampurkan air yang sedikit yang kena najis dengan air lain yang suci atau yang kena najis jua atau yang musta’mal atau yang berubah dengan benda suci yang tidak sukar memelihara air itu darinya maka sampailah ia dua kolah dengannya pada hal ia tidak berubah, maka ianya suci menyucikan jua, kerana hilang ‘illat najis, hinggakan jika dicerai-ceraikan ia selepas itu maka tidak mengapa. Inilah hukum yang dicampurkan. 76. Seperti demikian itulah hukum air yang berhubung dengan tidak bercampur, seperti ada pada bumi umpamanya dua tempat air yang berhampiran, yang satu tempat airnya keruh dan yang satu tempat lagi airnya jernih dan salah satu daripada keduanya terkena najis, kemudian dibuka bumi yang mengantarai keduanya dengan buka yang luas sekira-kira jika digerakkan air yang pada satu tempat nescaya bergeraklah air tempat yang kedua dengan gerak yang keras, maka jadilah kedua air itu berhubung diatas keadaan sifat masing-masing tanpa bercampur, dan sampailah ia denganya kepada dua kolah dengan tidak berubah maka ianya suci menyucikan jua apabila lalu masa sekirakira jika air itu berubah nescaya hilanglah perubahannya dengan sebab bertemu dengan air yang kedua. 77. Adapun jika dibukakan diantara keduanya dengan buka yang sedikit sekirakira jika digerakkan air yang pada satu tempat nescaya tidak bergerak air tempat yang kedua dengan gerak yang keras atau tidak lalu masa seperti yang tersebut itu maka tidaklah air itu jadi suci. 78. Demikian lagi jika jatuh najis kedalam bejana yang penuh berisi air maka diselamkan bejana itu kedalam air yang banyak maka ditilik jika mulut bejana itu luas sekira-kira jika digerakkan air yang banyak itu nescaya bergeraklah air yang didalam bejana itu dan lagi pula ia berhenti didalam air itu sekira-kira jika air itu berubah hilanglah perubahannya dengannya nescaya jadi sucilah air yang didalam bejana itu. Jika tidak seperti demikian itu maka tidak suci. Inilah hukum
mutanajjis yang sampai dua kolah dengan air. Adapun jika ia sampai dua kolah dengan benda cair yang lain daripada air maka tidak sucilah ia dengannya. 79. Adapun jika jatuh najis kedalam air yang dua kolah atau lebih maka ditilik ; jika najis itu tidak mengubah air itu maka ia suci menyucikan jua kerana sabda nabi sawm “ﺙ ﹶﺨﺒ ل ﺍ ﹾﻟ ﹶ ِ ﻤ ﺤ ﻴ ﻡ ﺒﻥﹺ ﹶﻟ ﺀ ﹸﻗﱠﻠ ﹶﺘ ﺎﹶﻠ ﹶﻎ ﺍ ﹾﻟﻤ ” ِﺇﺫﹶﺍ ﺒartinya : apabila air sampai dua kolah ia tidak menerima najis, iaitu menolaknya. Maka tidak bernajislah air itu dengannya, samaada najis itu beku atau cair. 80. Tidak wajib menjauhi najis ketika menggayung daripada air itu sekadar dua kolah, hanya harus dia menggayung pada sebarang tempat yang dia kehendaki, hinggakan dari tempat yang hampir dengan najis itu. 81. Jika kita syak pada air adakah ia sampai dua kolah atau tidak maka iaitu tidak mengapa kerana mengamalkan keadaan air itu suci pada asalnya. 82. Jika air yang dua kolah itu pada dua tempat pada bumi umpamanya dan ada diantara kedua tempat itu sungai kecil yang terus kepada keduanya, dan berhubunglah air dua tempat itu, dan jatu najis kedalam salah satu daripada keduanya maka ditilik jika sungai itu picik lagi tidak dalam sekira-kira jika digerakkan salah satu daripada dua air itu nescaya tidak bergerak air tempat yang kedua dengan gerak yang keras maka najislah air yang pada dua tempat itu. Adapun air yang jatuh najis kedalamnya maka zahir, adapun air yang kedua maka ia jadi najis sebab berhubung dengan yang kena najis. 83. Jika sungai itu luas lagi dalam sekira-kira jika digerakkan air salah satu daripada dua tempat itu nescaya bergeraklah air tempat yang kedua dengan gerak yang keras maka air yang pada dua tempat itu suci. Inilah sekeliannya jika najis itu tidak mengubahkan. 84. Jika ia mengubah sekelian air itu maka najislah ia dengan ijmak, samaada perubahannya banyak atau sedikit, sekalipun perubahannya itu dengan satu sifat daripada sifat-sifat yang tiga itu, samaada najis itu mukhalit atau mujawir dan samaada perubahannya itu mahsus30 atau pada takdir seperti jatuh kedalam air najis yang menyerupainya pada sifatnya maka ia mengubahnya pada takdir. 85. Maka jika najis itu pada asalnya bersifat dengan sifat- sifat yang tiga yang menyalahi sifat-sifat air kemudian sifat-sifatnya itu hilang hingga jadilah ia serupa dengan air, seperti bahawa najis itu pada asalnya mempunyai bau, rasa dan warna yang menyalahi bau, warna dan rasa air kemudian hilang bau, warna dan rasanya itu hingga jadilah ia serupa dengan air, maka hendaklah kita takdirkan najis itu bersifat dengan sifat-sifat yang keras yang menyalahi sifat-sifat air. Seperti ditakdirkan najis itu mempunyai warna seperti warna darah dan bau seperti bau kasturi dan rasa seperti rasa cuka. 86. Jika najis itu pada asalnya tidak menyalahi air melainkan pada satu sifat daripada sifat-sifatnya yang tiga itu kemudian maka hilanglah sifatnya yang menyalahi sifat air itu hingga jadilah ia serupa dengan air pada sekelian sifatnya hendaklah kita takdirkan ia bersifat dengan satu sifat yang keras daripada jenis sifatnya yang hilang jua, tidak sifat yang selainnya, maka jika ada sifat itu bau hendaklah ditakdirkan ia bersifat dengan bau yang keras seperti bau kasturi. Jika sifatnya yang hilang itu warna maka ditakdirkahlah ia bersifat dengan warna yang keras seperti warna darah dan jika sifatnya yang hilang itu rasa maka ditakdirkanlah ia bersifat dengan rasa yang keras seperti rasa cuka. Demikianlah dikiaskan pada yang hilang dua sifat daripada sekelian sifat-sifatnya. Masaalah ini diambil daripada ibarat Tuhfah dan ibarat Hasyiah Syubramalisi. 87. Jika najis itu mengubah sebahagian daripada air yang dua kolah atau lebih dan tidak berubah sebahagian lagi maka najislah yang berubah itu. Adapun 30
. boleh dikesan dengan pancaindera zahir.
sebahagiannya yang tidak berubah maka ditilik ; jika ada ia banyak kekallah ia diatas sucinya dan jika ia sedikit maka najislah ia. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. Maka diketahui daripada yang tersebut itu bahawa air yang tenang lagi jinak tetapi adalah ia luas sekira-kira lebih ia daripada dua kolah apabila berubah sebahagiannya dengan najis haruslah memakai sebahagiannya yang tidak berubah jika ianya banyak sekira-kira ada dua kolah atau lebih. Sekalipun ia hampir dengan air yang berubah itu. 88. Telah terdahulu perkataan bahawa jika jatuh najis kedalam air yang dua kolah atau lebih dan tidak berubah air itu dengannya haruslah seorang mengambil dan memakai air yang hampir dengan najis itu dan tidak wajib dia mengambil yang terjauh daripadanya. 89. Kalau jatuh najis kedalam dengan air yang berubah dengan benda suci yang tidak memudharatkan hendaklah ditakdirkan bahawa air itu tidak berubah dengan benda itu kemudian maka jika ditakdirkan najis itu mengubahnya pada ketika itu maka najislah air itu. Jika najis itu tidak mengubahnya pada ketika itu maka sucilah ia. 90. Masaalah: kalau seorang berkumuh kedalam air yang banyak maka terpercik suatu daripada air itu kepada tubuhnya atau kainnya tidak terkena najis ia, melainkan jika diyakinkan bahawa yang terpercik itu sebahagian daripada kumuh jua. Kalau dijatuhkan najis yang keras seperti tahi orang31 kedalam air yang banyak maka terpercik sedikit daripada air itu kepada sesuatu tidaklah ia menajiskannya. 91. Masaalah: kalau seorang berintinja’ dengan batu sahaja kemudian dia menyelam kedalam air yang kurang daripada dua kolah maka najislah air itu. 92. Masalah : jika najis yang beku jatuh kedalam air yang genap dua kolah tidak lebih daripadanya dan air itu tidak berubah dengannya kemudian maka seorang menggayung daripada air itu dengan timba umpamanya maka ditilik ; jika tidak termasuk najis itu kedalam timba bersama dengan air itu maka batin timba serta air yang didalamnya adalah suci jua kerana ia bercerai daripada air yang tinggal itu sebelum ia kurang daripada dua kolah. Adapun zahir timba itu maka iaitu najis sebab berhubung dengan air yang tinggal yang berhubung dengan najis selepas ia kurang daripada dua kolah. 93. Jika najis itu termasuk kedalam timba itu bersama dengan air maka dalah hukumnya ‘akas yangtersebut itu. iaitu batl timba itu serta air yangdidalamnya bernajis dan zahirnya serta air yang tinggal itu suci jua. Demikianlah yang tersebut didalam Mughni Khatib Syarbini. 94. Syahadan. Air yang banyak apabila berubah dengan sebab najis apabila hilang perubahannya dengan sendiri tidak dengan suatu benda seperti hilang perubahannya sebab lama ia behenti atau sebab ditiup angin atau sebab dihimpunkan kepadanya air yang lain sekalipun yang kena najis, atau sebab dikurangi air itu dari jumlah permulaannya pada hal adalah yang tinggal itu dua kolah maka air itu sucilah kerana hilang sebab najis, maka ia kembali seperti keadaannya asalnya, samaada perubahannya yang hilang itu perubahan pada hissi atau perubahan pada takdir. 95. Dikenal hilang perubahan takdiri itu dengan bahawa lalu diatasnya beberapa masa sekira-kira kalau ada masa yang demikian itu pada air yang berubah dengan perubahan hissi nescaya hilanglah ubahnya. Dan dikenal pula ia dengan bahawa ditumpahkan keatasnya daripada air yang lain satu kadar yang jikalau ditumpahkan ia keatas air yang berubah dengan perubahan hissi nescaya hilanglah perubahannya. 31
. pada asal “”ﺴﻔﺭﺘﻰ ﺘﺎﻫﻲ ﻜﺘﻴﻼ. Wallahu a’lam.
96. Umpama dua bejana air yang satu daripadanya berubah dengan perubahan hissi dan yang kedua berubah dengan perubahan takdir, maka yang berubah dengan hissi apabila hilang perubahannya dengan sendiri kemudian daripada sebulan nescaya diketahuilah bahawa air yang kedua itu hilang pula perubahannya yang ditakdirkan kemudian daripada sebulan jua. 97. Demikian lagi apabila hilang perubahannya yang hissi itu sebab ditumpahkan kedalamnya air seratus kati nescaya diketahui bahawa air yang kedua itu hilang pula perubahannya yang pada takdir itu dengan sebab ditumpahkan kedalamnya air seratus kati kerana bahawa najis tatkala adalah ia boleh dikadarkan maka yang menghilangkannya juga sayugia bahawa adalah ia boleh dikadarkan. 98. Jikalau hilang perubahannya kemudian kembali pula ia berubah maka ditilik ; jika najis itu beku lagi masih berada didalam air itu maka air itu najis, dan jika ianya cair atau ianya beku tetapi sudah dikeluarkan sebelum perubahan yang kedua itu maka air itu suci. 99. Jika air berubah baunya kemudian hilang bau itu dengan kasturi yang dimasukkan kedalamnya atau ia berubah rasanya kemudian maka hilang perubahannya dengan sebab kumkuma yang dimasukkan kedalamnya atau ia berubah rasanya kemudian maka hilang perubahannya dengan sebab dimasukkan cuka kedalamnya maka tidaklah suci air itu kerana syak pada bahawa perubahannya itu adakah hilang ia pada hakikatnya atau tidak hilang hanya adalah ia tertutup jua, bahkan yang zahir bahawa ia tertutup dengan bau kasturi atau warna kumkuma atau rasa cuka. 100. Maka diketahui daripada yang tersebut itu jika hilang perubahan bau air dan rasanya dengan umpama kumkuma yang tidak ada bau dan rasa baginya atau hilang perubahan rasanya dan warnanya dengan umpama kasturi atau hilang perubahan warnanya dan baunya dengan umpama cuka yang tidak ada warna dan bau baginya maka air itu kembali kepada suci jua pada tiga masaalah ini, kerana tidak diperolehi syak pada tertutup perubahannya itu, dari kerana warna kumkuma yang tersebut itu tidak menutup bau dan rasa dan bau kasturi tidak menutup rasa dan warna dan rasa cuka tidak menutup warna dan bau. 101. Demikian lagi jika hilang perubahan air itu dengan tanah atau kapur, tidak jadi suci air itu kerana ada syak padanya pada tertutup perubahannya dengan keruh tanah atau kapur, tetapi jika air itu jernih dan tidak ia berubah maka air itu suci jua.* 102. Bermula, dikecualikan daripada yang tersebut itu beberapa masaalah yang dimaafkan padanya beberapa najis yang tidak didapati oleh penglihatan mata orang yang sederhana serta ditakdirkan bersalahan warna najis daripada warna tempatnya lagi pula ianya bukan daripada najis mughallazah lagi tidak terhasil ia dengan perbuatannya sendiri, seperti percikkan yang seni daripada kumuh atau arak atau selainnya, dan najis yang lekat pada kaki lalat atau barang sebagainya kerana sukar memelihara daripadanya. Inilah jika ia berada pada satu tempat. 103. Maka jika ia pada beberapa tempat yang bercerai sekira-kira jika kesemuanya berhimpun pada satu tempat nescaya kelihatan maka iaitu tidak dimaafkan daripadanya. Inilah yang disebutkan oleh syeikh Ibnu hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal. Adapun yang disebutkan didalam Tuhfah dan syarah ‘Ubab dan yang dijazamkan oleh syeikh Islam didalam syarah Raudh bahawa yang demikian itu tidak menajiskan suatu yang basah sekalipun berbilang-bilang tempatnya sekira-kira jika kesemuanya berhimpun nescaya banyak. 104. Tersebut didalam Nihayah: jikalau seorang melihat seekor lalat diatas najis maka dipegangnya lalat itu lalu dihubungkannya pada tubuhnya atau kainnya atau dijatuhkannya kedalam umpama air yang sedikit nescaya ia menajiskannya
kerana dikiaskan ia diatas menjatuhkan bangkai yang tidak ada darah mengalir. Jikalau hinggap lalat diatas darah dan terbang dan hinggap diatas umpama kain nescaya dimaafkan daripadanya dengan tidak ada khlilaf, dari kerana jika kita hukumkan dengan maaf pada sedikit darah yang dilihat maka darah yang tidak dilihat itu lebih utama dimaafkan. Intaha. 105. Tersebut didalam Tuhfah bahawa najis yang pada kaki lalat itu dimaafkan daripadanya sekalipun kelihatan. Seperti lalat pada yang demikian itu selainnya seperti indung madu32 kumbang dan barang sebagainya. 106. Diketahui daripada mentakdirkan bersalahan warna najis dengan warna tempatnya bahawa darah yang sedikit atau sedikit najis yang tidak dimaafkan, apabila jatuh keatas kain yang merah dan adalah darah itu kelihatan jika ditakdirkan kain itu putih adalah tidaklah dimaafkan, sekalipun ia tidak kelihatan diatas kain merah itu, kerana yang menegah daripada melihatnya adalah kesamaan warna keduanya. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. Bicarakan oleh mu akan nakalan ini. 107. Diketahui daripada mengkaitkan najis dengan selain najis mughallazah bahawa jika najis itu daripada najis mughallazah tidak dimaafkan daripadanya. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal. Bersalahan syeikh Ramli didalam Nihayah, bahawa tidak ada beza pada najis itu diantara bahawa ianya daripada yang mughallazah dan yang selainnya. 108. Diketahui pula daripada mengkaitkan najis itu dengan keadaannya tidak terhasil dengan perbuatannya sendiri bahawa jika najis itu terhasil dengan perbuatannya sendiri tidaklah dimaafkan daripadanya. 109. Jikalau seorang syak adakah najis itu didapati oleh penglihatan mata yang sederhana atau tidak, maka ianya dimaafkan kerana mengamalkan asalnya. 110. Sebahagian daripada najis yang dimaafkan adalah bangkai yang tidak ada baginya darah yang mengalir tatkala dilukakan satu anggotanya pada ketika hidupnya, seperti bahawa tidak ada baginya darah sama sekali atau ada baginya darah tetapi tidak mengalir, iaitu seperti lalat dan ulat dan nyamuk dan tuma dan kutu dan kutu anjing dan lipas dan kumbang dan kala dan kepinding dan cicak dan semut dan indung madu dan barang sebagainya. Maka bangkai sekelian itu dimaafkan daripadanya, maka tidak ia menajiskan air yang sedikit dan benda cair dan kain yang basah dan barang sebagainya, dengan syarat jatuh bangkai itu dengan sendirinya atau dengan tiupan angin lagi ia tidak mengubah sifat air atau benda cair samaada kejadian bangkai itu didalam air atau benda cair itu atau tidak. Adapun jika bangkai itu mengubahnya sekalipun sedikit maka tidak dimaafkan daripadanya. 111. Demikian lagi jika ia dijatuhkan kedalamnya, maka tidak dimaafkan daripadanya jika kejadian bangkai itu tidak didalamnya. Adapun jika kejadian bangkai itu didalamnya maka dimaafkan daripadanya. Demikian lagi jika dijatuhkan salah satu daripada haiwan-haiwan yang tersebut itu kedalam air atau benda cair pada ketika hidupnya kemudian ia mati didalamnya, maka iaitu dimaafkan daripadanya samaada kejadiannya didalamnya atau tidak. Maka ia tidak menajiskannya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 112. Adapun yang diiktimadkan oleh Ramli didalam Nihayah maka bahawa apabila dijatuhkan bangkai itu kedalamnya maka tidak dimaafkan daripadanya atas itlak, iaitu samaaada kejadian bangkai itu didalamnya atau tidak, dan
32
. pada asa’ “ ”ﺍﻨﺩﻭﻍ ﻤﺩﻭdengan nga. Dikatakan maknanya lebah.
sekalipun yang menjatuhkan itu kanak-kanak lagi yang tidak mumayyiz atau yang menjatuhkan itu binatang, kerana keduanya mempunyai pilihan pada jumlah. 113. Adapun syeikh Ibnu Hajar maka dia mensyaratkan bahawa yang menjatuhkan itu daripada jenis mukallaf, sekalipun dia tidak mukallaf. Maka masuklah kanak-kanak dan terkeluarlah binatang. Maka adalah yang dijatuhkan oleh binatang itu seperti yang dijatuhkan oleh angin jua. Maka ianya dibilangkan seperti jatuh sendirinya jua. 114. Adapun dalil yang menunjuk atas keadaan bangkai yang tersebut itu dimaafkan daripadanya maka iaitu sabda nabi sawm “ ﻪ ﺴ ﻤ ﻴ ﹾﻐ ﻡ ﹶﻓ ﹾﻠ ﹸﻜﺩﺏ َﺃﺤ ﺍ ﹺﺸﺭ ﻲ ﹶﺏ ﻓ ﺎ ﺍﻟ ﱡﺫﺒ ﹶﻗﻊِﺇﺫﹶﺍ ﻭ ﺀ ﺍﻪ ﺍﻟﺩ ﻴ ﻓ ﻱ ﺫ ﻪ ﺍﱠﻟ ﺤ ﺠﻨﹶﺎ ﻲ ﹺﺒﻴ ﱠﺘﻘ ﻪ ﻭِﺇ ﱠﻨ ﺀ ﺸﻔﹶﺎ ﺨﺭﹺ ﻲ ﺍﻵ ﹶﻭﻓ ﺀ ﺍﻪ ﺩ ﻴ ﺤ ﺠﻨﹶﺎ ﺩﻲ َﺃﺤﻥ ﻓ ﻪ ﹶﻓ ِﺈ ﻋ ﺯ ﻴ ﹾﻨ ِﻟﻪ ﹸﺜﻡ ” ﹸﻜﻠﱠartinya : apabila jatuh lalat kedalam minuman seorang daripada kamu maka hendaklah dia selamkan sekeliannya kemudian maka dia keluarkannya kerana bahawa pada sebelah daripada dua sayapnya itu ada racun dan pada yang sebelah lagi ada penawar, dan bahawa lalat itu menyelamkan sayapnya yang ada racun padanya. Meriwayatan hadith ini Bukhari dan Abu Daud. Nabi sawm telah menyuruh agar diselamkan lalat itu maka menyelamkannya itu membawa kepada matinya, maka jika bangkainya itu menajiskan minuman nescaya tidaklah nabi sawm menyuruh menyelamkannya. Dikiaskan dengan lalat apa yang seumpamanya daripada tiaptiap bangkai haiwan yang tidak ada baginya darah mengalir. 115. Adapun bangkai yang mempunyai darah mengalir seperti ular dan katak dan tikus maka iaitu tidak dimaafkan daripadanya. 116. Bermula, apa yang disyakkan padanya adakah ada baginya darah yang menalir atau tidak, maka iaitu seperti hukum yang diyakinkan baginya tidak ada darah mengalir. Maka janganlah dilukai satu suku daripada anggotanya. Inilah kalam syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal. 117. Bermula, yang disebutkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa kalau kita syak pada keadaannya daripada yang ada baginya darah mengalir atau tidak, hendaklah dicuba dengan melukai suatu daripada jasadnya kerana hajat, seperti apa yang telah dikatakan oleh Imam Ghazali didalam Fatawa. 118. Sebahagian daripada najis yang dimaafkan daripadanya adalah bulu binatang yang tidak harus dimakan, maka dimaafkan daripadanya jika ia jatuh pada air yang sedikit atau benda cair atau lekat pada pakaian atau kain dengan syarat jika ia sedikit pada ‘uruf seperti dua helai, tetapi jika binatang itu ditunggang seperti gajah dan keldai maka dimaafkan bulunya pada orang yang menunggangnya, sekalipun banyak. 119. Demikian lagi dimaafkan sedikit daripada bulu yang najis apabila ia jatuh pada air yang sedikit atau benda cair atau kena kain atau anggota yang basah atau barang sebagainya kerana sukar memeliharanya daripadanya. Demikian lagi dimaafkan darah yang tinggal pada daging dan tulang. 120. Demikian lagi dimaafkan bekas najis yang pada dubur sekelian haiwan yang suci yang lain daripada manusia seperti burung dan kucing. Maka apabila haiwan itu jatuh pada air yang sedikit atau benda cair maka ia tidak menajiskannya kerana sukar memelihara daripadanya. 121. Adapun najis yang pada dubur manusia jika ianya bekas istinja dengan batu sekalipun maka iaitu menajiskan yang tersebut itu kerana tidak sukar memelihara daripadanya. Tetapi jika kena najis anggota haiwan itu dengan najis yang lain maka ia jatuh kedalamnya maka ia menajiskannya. 122. Demikian lagi dimaafkan sedikit daripada tahi dan kumuh binatang yang terjadi didalam air seperti ikan. Maka tidaklah najis air itu melainkan jika ia berubah, maka najislah ia. Demikian lagi dimaafkan bekas najis pada mulut
binatang yang menggeliga33 dan air liurnya, seperti unta dan kambing, maka tidak jadi najis air sisa minumannya yang sedikit, dan dimaafkan air liurnya yang menitik pada kain atau pada badan. 123. Demikian lagi dimaafkan mulut kanak-kanak yang kena najis kerana sukar memeliharan daripadanya. 124. Kata satu jamaah daripada fuqaha’: dimaafkan tahi tikus yang jatuh kedalam air kolam yang sedikit apabila umum bala dengannya. Kata imam Farazi : dimaafkan tahi tikus yang keras yang jatuh kedalam benda cair apabila umum bala dengannya. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : bermula, syarat yang demikian itu sekeliannya bahawa ia tidak mengubah dan tidak adalah ia daripada najis mughallazah dan tidak adalah ia terhasil dengan perbuatannya pada apa yang tergambar padanya demikian itu. 125. Syahadan. Jika kena najis anggota manusia atau binatang yang suci seperti kucing kemudian maka ia ghaib beberapa ketika sekira-kira diihtimalkan sempat perginya kepada air yang dapat menyucikan dia daripadanya, kemudian maka ia datang dan34 menyentuh dengan anggotanya yang kena najis itu akan air yang sedikit atau benda cair atau barang suatu yang basah, nescaya tidak najislah barang yang disentuhnya, sekalipun kita hukumkan dengan kekal najis anggotanya itu kerana mengamalkan asalnya, kerana asal najis anggotanya itu jadi dhaif sebab mendatang ihtimal sucinya serta bertambah pula dengan asal suci apa yang disentuhnya. Maka dari kerana inilah kita hukumkan dengan suci apa yang disentuhnya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 126. Demikian lagi dimaafkan sedikit daripada asap najis atau asap benda yang kena najis atau wapnya yang naik dengan sebab terbakar. Adapun wap najis atau benda yang kena najis yang naik dengan sendirinya dengan tidak sebab terbakar seperti wap tandas dan angin yang keluar daripada dubur yang basah maka iaitu suci jua. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Fathul Jawwad dan Syarah Mukhtasar Bafadhal. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa wap yang bercampur dengan najis seperti tempawas35 maka asapnya najis, tetapi dimaafkan sedikit daripadanya. 127. Syahadan. Yang dikehendaki dengan banyak atau sedikit pada sekelian yang tersebut itu adalah ‘uruf jua, iaitu pada adat manusia yang sederhana. 128. Bermula, air yang mengalir seperti air yang tenang jua pada sekelian tafsil yang tersebut itu. Iaitu apabila jatuh najis kedalam satu jaryah36 daripada sekelian jaryah yang mengalir itu maka ditilik; jika ada air yang pada sat jaryah itu kurang daripada dua kolah maka najislah air itu, samaada ia berubah atau tidak. Dan jika ada ia dua kolah atau lebih maka tidaklah najislah ia, melainkan apabila ia berubah. 129. Maka yang dikehendaki dengan jaryah itu adalah satu tempat air yang mengalir diantara dua tepi sungai. Maka jaryah itu nyata kelihatan apabila sungai itu deras lagi dalam, maka dinamakan jaryah itu jaryah tahqiqiah, dan jika jaryah itu tidak kelihatan sebab tidak deras airnya dan tidak ada yang seumpamanya maka hendaklah ditakdirkan jaryahnya. Dinamakna ia jaryah takdiriah. 130. Dikenal air yang satu jaryah itu sampai dua kolah dengan ukuran pada panjangnya dan lebarnya dan dalamnya. Maka apabila ada panjang satu jaryah itu sehasta enam jaru dan lebarnya pun sekian jua dan dalamnya sekian jua 33
. pada asal “ ”ﻤﻐﻜﻼﻜﺄdengan nga dan ga. Barangkali maknanya : yang berasa mual. Dalam keadaan ini ia biasanya akan mengunyah “jirrah” iaitu biak. Wallahu a’lam. 34 . pada asal “”ﺩﺍﻥ ﻟﺒﻪ ﻤﻴﻨﺘﻪ ﺍﻯ ﺩﻏﻥ. 35 . ﺘﻤﻔﺎﻭﺱ. 36 . iaitu satu perlarian air atau satu gerakkan kelompoknya. Maknanya akan ditrangkan didepan. Wallahu a’lam
maka jaryah itu sampailah dua kolah. Jika tidak seperti demikian itu maka ianya kurang daripada dua kolah. 131. Adalah tiap-tiap satu jaryah itu mengejar jaryah yang dihadapannya dan lari dari jaryah yang dibelakangnya. Demikianlah ia berturut-turutan. Maka antara sekelian jaryah itu pada penglihatan mata berhubung jua tetapi pada hukum adalah ia bercerai-cerai tiap-tiap satu jaryah masing-masing dengan hukumnya, hinggakan apabila jatuh satu najis kepada jaryah yang kurang daripada dua kolah najislah air jaryah itu sahaja serta tempatnya, tidak bernajis jaryah yang didepannya dan tidak jaryah yang dibelakangnya. 132. Adalah tempat jaryah yang keguguran najis itu disucikan oleh jaryah yang dibelakangnya. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Fathul Jawwad : bagi jaryah yang lalu selepas daripada jaryah yang kena najis itu hukum air pembasuh jua. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah: hinggakan kalau najis itu mughallazah maka tidak sucilah tempatnya melainkan apabila lalu diatasnya tujuh jaryah, tetapi tempat yang demikian itu jika najis itu lalu bersama dengan air. Adapun jika najis itu terhenti ditengah sungai umpamanya maka tiap-tiap jaryah yang kurang daripada dua kolah yang lalu padanya adalah bernajis sekeliannya, sekalipun sungai itu panjang berapa farsakh, hingga berhimpunlah sekelian air itu pada satu tempat pada hal ianya dua kolah atau lebih. Maka pada ketika itu sucilah ia. 133. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dari kerana inilah dikata pada teka teki : bagi kami air yang banyak lebih daripada seribu kolah maka air itu najis pada hal ia tidak berubah. 134. Syahadan. Yang dikehendaki dengan kolah itu adalah kolah Hajar kerana tersebut didalam hadith riwayat imam kita Syafi’e dan Turmizi dan Baihaqi sabda nabi sawm “ﺱ ﺠ ﻴ ﹾﻨ ﻡ ﺭ ﹶﻟ ﺠ ﺤ ِﻼل ﹶﺒﻥﹺ ﺒﹺﻘ ﺀ ﹸﻗﱠﻠ ﹶﺘ ﺎﹶﻠ ﹶﻎ ﺍ ﹾﻟﻤ ” ِﺇﺫﹶﺍ ﺒartinya : apabila sampai air kepada dua kolah dengan kolah-kolah Hajar tidak ia bernajis. Hajar adalah satu kampung berhampiran Madinah. 135. Maka satu kolah daripada kolah-kolah hajar itu telah ditakdirkan oleh imam kita Syafi’e dengan dua qirbah37 setengah dengan qirbah Hijaz. Maka satu qirbah dengan qirbah Hijaz tidak lebih isinya pada ghalibnya daripada seratus kati. Maka dua kolah Hajar itu jika disukat dengan qirbah Hijaz adalah lima qirbah, dan jika ditimbang dengan kati adalah lima ratus kati Baghdad. Ianya diatas jalan taqrib jua, maka tidak mengapa kurang satu kati atau dua kati daripadanya. 136. Jika diukur dua kolah itu dengan ukuran pada bejana empat persegi maka hendaklah ada panjang bejana itu sehasta dan serubu’38 hasta dengan hasta tangan orang yang sederhana iaitu dua jengkal diatas jalan taqrib39 dan lebarnya sekian jua dan dalamnya pun sekian jua. Adalah kadar serubu’ hasta itu enam jari, maka jadilah panjangnya lima rubu’ hasta dan lebarnya sekian jua dan dalamnya pun sekian jua. Maka apabila dipalukan40 lima rubu’ panjangnya kepada lima rubu’ lebarnya jadilah hasilnya dua puluh lima rubu’, dan apabila dipalukan dua puluh lima rubu’ itu kepada lima rubu’ dalamnya jadilah hasilnya seratus dua puluh lima rubu’. Maka dalam tiap-tiap satu rubu’ daripada seratus dua puluh lima rubu’41 itu ada empat kati, maka jadilah jumlah katinya lima ratus kati. 137. Jika diukur dua kolah itu dengan ukuran pada bejana yang buntar42 maka hendaklah ada luas bukanya sehasta tangan manusia dan dalamnya dua hasta 37
. qirbah – bekas air daripada kulit kambing. . rubu’ – satu perempat – quarter. 39 . taqrib – dekat-dekat – hampir. 40 . didarabkan. 41 . iaitu satu rubu’ persegi daripada seratus dua puluh lima rubu’ persegi. 42 . bulat. 38
dengan hasta najjar43. Maka kadar sehasta najjar itu jika dengan hasta tangan menjadi sehasta dan serubu’. Kata setangah ulamak : sehasta dan setengah. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Fathul Jawwad. 138. Telah terdahulu perkataan bahawa yang dikehendaki dengan berubah pada air itu adalah berubah rasanya dan warnanya dan baunya. 139. Fasal pada menyatakan ijtihad pada barang yang serupa daripada bejana air atau tanah yang menyucikan dengan yang kena najis atau dengan yang musta’mal atau barang sebagainya. 140. Bermula, apabila kesamaran diatas seorang oleh air atau tanah yang suci menyucikan dengan yang kena najis atau dengan yang musta’mal maka hendaklah dia ijtihad, iaitu mengusahakan bicaranya dan periksanya dengan sehabis-habis bicara dan periksa pada menentukan yang suci dengan tandatanda yang membezakan diantara yang suci dan yang kena najis. Maka mana yang suci pada zannya hendaklah dipakainya. 141. Soal: adakah ijtihad pada yang demikian itu wajib atasnya atau harus baginya? Jawab: jika dia tidak kuasa menghasilkan yang suci menyucikan dengan yakin maka ijtihad itu wajib atasnya, samaada waktu itu masih lagi luas atau sudah picik, dan jika dia kuasa menghasilkan yang menyucikan dengan yakin seperti dia berada ditepi sungai atau sampai air itu dua kolah jika dicampurkan keduanya dengan tidak berubah, maka ijtihad itu harus baginya, kerana berpaling kepada memakai yang dizankan serta didapati yang diyakinkan adalah harus jua diatas kaul yang muktamad kerana sebahagian daripada sahabat sawm memakai akan zannya yang terhasil daripada mendengar sesama sahabat serta kuasa diatas yang diyakinkan iaitu mendengar daripada nabi sawm. Maka yang demikian itu bersalahan dengan hukum kiblat, kerana tidak harus berpaling kepada ijtihad pada menentukannya serta kuasa diatas yang yakin dengan musyahadah umpamanya. 142. Soal : apabila harus bagi seorang ijtihad pada dua air yang serupa itu maka adakah harus baginya memakai salah satu daripada keduanya dengan tidak ijtihad. Jawab : tidak harus baginya yang demikian itu, dan tidak harus pula baginya berpegang diatas apa yang jatuh didalam hatinya pada sucinya dengan tidak zahir tandanya. Maka jika dia memakainya dengan tidak berijtihad atau dengan tidak zahir tandanya nescaya tidaklah sah toharahnya dengannya, sekalipun nyata kemudiannya bahawa yang dipakainya itu adalah yang suci. Seperti demikian itulah jika dia ijtihad dan memakai apa yang dia zankan sucinya kemudian maka nyata salah zannya itu, tidaklah sah toharahnya dengannya kerana tidak kebilangan zan yang nyata salahnya. 143. Bagi ijtihad itu empat syarat. Pertama : hendaklah ada pada tiap-tiap yang diijtihadkan itu halal atau menyucikan pada asalnya. Maka tidak sah ijtihad pada air mutlak yang serupa dengan kumuh yang hilang baunya kerana bahawa kumuh itu tidak ada asal baginya pada menyucikan. 144. Maka jika tidak diperolehi air yang suci menyucikan yang lain hendaklah ditumpahkannya salah satu daripada dua air itu atau dicampurkan keduanya, kemudian maka dia bertayammum. Tidak sah tayamumnya sebelum daripada menumpahkan atau mencampurkannya kerana ada sertanya air yang suci menyucikan dengan yakin. Demikian lagi tidak sah ijtihad pada haiwan yang disembelih yang serupa dengan bangkai atau arak yang serupa dengan cuka atau air susu yang dimakan yang serupa dengan air susu yang tidak dimakan seperti air susu keldai.
43
. tukang kayu.
145. Keduanya: hendaklah yang diijtihadkan itu berbilang pada hakikatnya serta kekal keadaannya berbilang hingga selesai ijtihad itu. Maka tidak sah ijtihad pada dua tangan baju atau dua punca kain yang kena najis salah satu daripada keduanya kerana ketiadaan berbilang pada hakikat. Melainkan jika diceraikan antara keduanya. Demikian lagi tidak sah ijtihad pada yang berbilang yang tidak kekal hingga selesai ijtihadnya. Seperti bahawa tertumpah salah satu daripada dua air yang serupa itu atau dia kehilangannya sebelum selesai ijtihadnya. Maka tertegahlah ijtihad pada yang demikian itu, hanya hendaklah ia tayammum dan sembahyang dengan tayammum itu dan tidak ada qadha diatasnya, sekalipun tidak ditumbahkan air yag kedua itu. 146. Ketiganya: hendaklah pada yang diijthadkan itu ada tempat bagi tanda, iaitu seperti air dan benda cair dan bejana dan kain dan barang sebagainya. Maka tidak sah ijtihad pada apa yang tidak ada tempat bagi tanda padanya seperti bercampur perempuan mahram dengan beberapa perempuan yang halal kerana tidak ada pada yang demikian itu tempat bagi tanda. Jikalau bercampur isteri seorang atau gundiknya dengan perempuan-perempuan yang halal dan kesamaranlah atasnya sekelian mereka itu tidaklah sah ijtihad pada yang demikian itu dan wajib atasnya menjauhi sekelian mereka itu. Maka janganlah disetubuhinya seorang jua pun daripada mereka itu. 147. Hendaklah zahir tanda yag menunjuk atas yang kena najis seperti tanggal tutup bejana atau kurang airnya atau berubah ia atau ada bekas terpercik pada mulut bejana atau ada bekas tapak kaki anjing yang ampir kepadanya atau barang sebagainya. Maka jika tidak zahir baginya tanda tidaklah harus mengamalkan ijtihadnya hanya hendaklah ditumpahkan kedua air itu atau diampurkan keduanya kemudian maka dia tayammum jika tidak diperolehinya air yang lain yang suci menyucikan dengan yakin. 148. Inilah empat syarat bagi ijtihad. Maka syarat yang pertama itu adalah syarat sah ijtihad, makakala diperolehi ketiga-tiganya sahlah ijtihadnya dan jika tidak diperolehi ketiga-tiganya atau salah satu daripadanya tidaklah sah ijtihadnya. Adapun syarat yang keempat maka ia bukan syarat sah, hanya adalah ia syarat bagi harus mengamalkan ijtihad jua. 149. Bermula, orang buta seperti orang yang melihat jua diatas kaul yang paling zahir. Maka sah baginya ijtihad pada yang tersebut itu kerana kuasa dia diatas mendapati najis dengan dirabanya atau diciumnya atau dirasanya dengan lidah. Bersalahan hukum orang buta pada kiblat, maka tidakl harus baginya ijtihad pada menentukan kiblat kerana sekelian dalil kiblat terhenti diatas penglihatan mata jua. Harus bagi orang buta itu merasa najis dengan lidah kerana tidak diyakinkan najis itu sebab kesamarannya. 150. Adapun haram merasa najis maka ia tertentu dengan yang tidak serupa. Apabila seorang buta ijtihad dan kehairanan tidak zahir padanya tanda yang menunjukkan atas yang dimaksudkan hendaklah dia taklid kepada orang yang melihat yang ijtihad atau kepada orang buta yang lebih kuat pendapatnya daripadanya. Jika tidak diperolehnya orang yang menjadi tempat taklid maka hendaklah dia tayammum. 151. Demikianlah, jika hidung orang buta itu tidak pencium dan lidahnya tidak perasa dan tidak ada pada tangannya penjabat dan tidak ada pada telinganya pendengar, tertegahlah ijtihad daripadanya kerana dia tidak kuasa mendapati najis dengan yang tersebut itu hanya hendaklah dia taklid. Jika tidak diperolehnya tempat taklid maka hendaklah dia tayammum. 152. Jika kesamaran atas seorang air yang mutlak dengan air mawar yang hilang baunya tidaklah sah dia berijtihad pada keduanya kerana air mawar itu tidak ada baginya asal yang menyucikan, tetapi jika tidak diperolehinya air lain
yang suci menyucikan dengan yakin maka wajiblah atasnya berwudhuk sekali dengan air yang pada satu bejana dan sekali dengan air yang pada bejana yang kedua, sekalipun lebih harga air mawar daripada harga air mutlak itu. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah. Bersalahan syeikh Ibnu Muqri didalam Raudh. Sahlah wudhuknya dengan keduaduanya kerana diyakinkan ada padanya penggunan air yang suci menyucikan. Dimaafkan ketiadaan jazamnya pada niat kerana dharurat. Adalah bandingannya seperti orang yang lupa satu sembahyang daripada sembahyang- sembahyang lima waktu. Tidak wajib atasnya tatkala mengambil wudhuk itu memakai kaifiat yang menghasilkan jazam pada niat kerana masyaqqah atasnya tetapi yang demikian itu sunat jua. 153. Maka rupa kaifiat yang menghasilkan jazam pada niat itu bahawa dia mengambil daripada air pada satu bejana setapak tangan kanan dan daripada air bejana yang kedua setapak tangannya yang kiri lalu dia berniat, maka dibasuhkan air yang pada tangan kanannya kepada sebelah mukanya yang kanan dan air yang pada tangan kirinya kepada sebelah mukanya yang kiri dengan keadaan serentak lagi dia menghadhirkan niat pada ketika itu. Kemudian maka di’akaskan pula, iaitu diambilnya pula daripada air bejana yang kedua lalu dibasuhkannya kemukanya yang pihak kanan dan diambilnya daripada air bejana yang pertama lalu dibasuhkan mukanya yang pada pihak kiri. Kemudian maka disempurnakan wudhuknya dengan air bejana yang pertama, kemudia maka disempurnakannya pula dengan air bejana yang kedua. Maka apabila dikerjakannya kaifiat ini nescaya hasillah baginya jazam pada niat kerana beserta niatnya dengan membasuh satu suku daripada mukanya dengan air mutlak yang diyakinkan. Inilah sekelian pada air mutlak yang kesamaran dengan air mawar. 154. Adapun air mutlak yang kesamaran dengan air musta’mal maka sahlah ijtihad pada keduanya kerana seperti yang telah lalu kenyataannya. Tidak harus baginya mengambil wudhuk dengan setiap satu daripada keduanya kerana ketiadaan jazam dengan niat serta kuasa diatas ijtihad, melainkan jika dikerjakannya pada wudhuknya kaifiat yang tersebut itu maka haruslah baginya yang demikian itu. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 155. Hasil perkataan yang tersebut didalam Fathul Jawwad bahawa apabila tidak dikerjakan kaifiat yang tersebut itu pada wudhuknya maka tidaklah harus baginya berwudhuk dengan keduanya, samaada dia kuasa atas menghasilkan air mutlak dengan yakin atau tidak kuasa. Wajib mengambil wudhuk dengan keduanya apabila dia kehairanan pada ketika ijtihad lagi tidak kuasa diatas menghasilkan air yang suci menyucikan dengan yakin. 156. Bermula, tempat tertegah ijtihad seorang pada air mutlak yang kesamaran dengan air mawar itu adalah apabila dia ijtihad untuk toharah jua. Adapun jika dia ijtihad untuk minum supaya diminumnya apa yang dizankan air atau air mawar maka iaitu harus, sekalipun tidak terhenti harus meminumnya diatas ijtihad. Kemudian apabila zahirlah baginya dengan ijtihadnya itu oleh air yang mutlak haruslah dia memakainya untuk toharah kerana dimaafkan pada suatu perkara dalam keadaan ia mengikut selainnya apa yang tidak dimaafkan dalam keadaan ia dimaksudkan bagi dirinya. 157. Adalah bandingannya apabila kesamaran diatas seorang sahaya perempuannya dengan sahaya perempuan orang lain, maka tidak sah baginya ijtihad pada keduanya kerana tujuan menyetubuhinya, kerana pada yang demikan itu tidak ada tempat bagi tanda, tetapi harus baginya ijtihad pada keduanya kerana tujuan menentukan milik. Maka apabila zahirlah baginya dengan ijtihadnya itu oleh sahayanya dan sabitlah miliknya padanya nescaya
haruslah pula baginya menyetubuhinya kerana perseubuhan mengikut pemilikan. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. 158. Sah ijtihad pada kambing yang kesamaran dengan kambing orang lain atau kain yang suci yang kesamaran dengan kain yang kena najis atau makanan yang suci yang kesamaran dengan makanan yang kena najis atau dirham yang halal yang kesamaran dengan dirham yang haram atau barang sebagainya kerana ada pada sekelian yang tersebut itu tempat bagi tanda. 159. Syahadan. Apabila seorang berijtihad pada air mutlak yang kesamaran dengan najis dan dia hendak memakai air yang dia zankan sucinya itu maka sunat baginya membuang air yang pada bejana yang kedua sebelum daripada dia memakai yang dia zankan sucinya, supaya tidak membawa kepada tersalah dan tidak mendatangkan tasywisy pada zannya. Itu pun jika tidak ada baginya hajat lain kepada air yang kedua itu untuk umpama minum binatang. Jika tidak dibuangkan air yang kedua itu maka ditilik jika dipakainya air yang pertama dan tidak tinggal daripadanya sedikit jua pun maka tidaklah harus baginya ijtihad pada air yang kedua kerana ketiadaan berbilang. 160. Jika ada baki daripada air yang pertama itu sekalipun sedikit wajiblah atasnya mengulangi ijtihad jika sudah batal wudhuknya dengan air yang pertama itu dan dia hendak berwudhuk pula pada sembahyang yang lain, lagi pula dia tidak ingat dalil ijtihad yang pertama itu. Kemudian jika muafakat ijtihadnya yang kedua dengan ijtihadnya yang pertama maka iaitu zahir, dan jika tidak muafakat ia dengannya seperti berubah zannya pada air yang kedua daripada najis kepada sucinya kerana ada diperolehnya sebab iaitu tanda yang menunjukkan atas sucinya tidak harus baginya memakai zannya yang kedua itu dengan nas imam kita Syafi’e r.a, dari kerana jika dipakainya zannya yang kedua dengan ijtihad itu nescaya lazimlah daripadanya membatalkan ijtihadnya dengan ijtihadnya maka ianya menyalahi kaedah fuqaha’ yang maysyhur daripada bahawa ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad. Inilah jika dibasuhnya sekelian anggotanya yang kena air yang pertama. 161. Adapun jika dia tidak membasuhnya maka lazim daripadanya bahawa dia sembahyang dengan air yang diyakinkan najis maka iaitu tidak sah. Apabila tidak harus baginya memakai zannya yang kedua maka hendaklah dia tayammum kemudian daripada mencampurkan yang tinggal daripada air yang pertama dengan air yang kedua supaya sah tayammumnya. 162. Adapun jika wudhuknya dengan air yang pertama itu belum lagi batal maka tidaklah wajib atasnya mengulang ijtihadnya dan sahlah sembahyangnya dengan wudhuk itu , sekalipun berubah zannya pada air yang kedua daripada najisnya kepada sucinya. Maka tidaklah dipedulikan zannya bahawa bernajis anggotanya dengan air yang pertama itu kerana zannya yang kedua itu dilaghakan, maka tidaklah kebilangan ujudnya. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. 163. Adapun yang tersebut didalam Nihayah jika belum lagi batal wudhuknya dengan air yang pertama dan berubah zannya pada air yang kedua daripada najisnya kepada sucinya wajiblah dia mengulang ijtihadnya dan tidak sah bahawa dia sembahyang dengan wudhuknya itu kerana dizankan najis airnya. 164. Bermula, apabila dikhabarkan seorang oleh seorang yang akil baligh lagi adil sekalipun perempuan atau sahaya bahawa air ini kena ajis atau air ini suci atau air ini musta’mal, maka ditilik ; jika dia nyatakan sebab najisnya atau sebab sucinya atau sebab isti’malnya atau tidak dia nyatakan sebabnya tetapi dia itu seorang fakeh iaitu orang yang tahu bicara hukum air lagi muafakat mazhabnya dengan mazhab orang yang dikhabarinya pada bicara hukum air seperti keduaduanya bermazhab Syafi’e, atau dia melaini mazhabnya tetapi dia tahukan
mazhab orang yang dikhabarinya pada bicara hukum air, maka wajiblah orang itu percaya dan menerima khabarnya pada tiga rupa masaalah ini. 165. Adapun jika yang mengkhabarkan itu tidak tahukan bicara hukum air atau dia berlainan mazhab lagi tidak tahukan mazhab orang yang dia khabarkan pada bicara hukum air lagi tidak dia nyatakan sebabnya pada dua rupa masaalah itu maka janganlah dipegangi khabarnya itu kerana dia tidak dipercayai pada khabar. 166. Demikian lagi jangan dipegangi khabar kafir dan khabar orang gila dan kanak-kanak yang mumayyiz dan yang fasik melainkan jika sampai khabar mereka itu, yang lain daripada orang gila, kepada bilangan khabar mutawatir, sekira-kira hasil pengetahun najisnya atau sucinya atau dikabarkan oleh seorang daripada mereka itu tentang perbuatan dirinya seperti dikatanya : telah aku kumuhi air ini, atau : telah aku selamkan air itu kedalam laut, atau : telah aku pakai air ini pada mandi janabah umpamanya, maka hendaklah dipegangi khabarnya. 167. Hasil perkataan Ibnu Qasim didalam Hasyah Tuhfah bahawa tidak memadai jika dia khabarkan perbuatan dirinya dengan katanya : aku najiskan air ini, atau : telah aku sucikan air ini melainkan jika dia nyatakan sebab najisnya atau sebab sucinya seperti dikatanya : telah aku najiskan air ini dengan kumuh ku, atau : aku bubuh kedalam air ini kumuh, atau : telah aku sucikan air ini dengan menyelamkannya kedalam laut umpamanya, atau tidak dia nyatakannya sebanya tetapi adalah dia tahu bicara hukum air yang kena najis, maka diterima khabarnya pada yang demikian itu. 168. Kalau bersalah-salahan dua khabar daripada dua orang yang adil atau lebih maka ditilik jika dapat dihimpunkan diantara dua khabar itu seperti seorang daripada keduanya berkata bahawa air pada bejana ini telah dijilat oleh anjing dan kata seorang lagi bahawa yang dijilat anjing itu adalah air pada bejana ini bukan yang pada bejana itu, maka dibenarkan kedua khabar itu dan dihukumkan dengan najis kedua air itu kerana diihtimalkan bahawa yang dijilat oleh anjing adalah dua air itu didalam dua waktu yang berlainan. 169. Jika tidak dapat dihimpunkan diantara dua khabar itu seperti kata seorang daripada keduanya bahawa air pada bejana itu telah dijilat anjing pada waktu zohor umpamanya, dan kata yang seorang lagi bahawa yang dijilat anjing pada waktu zohor itu adalah air yang pada bejana ini bukan air yang pada bejana itu, maka dibenarkanlah khabar orang yang lebih kepercayaan atau yang lebih banyak bilangannya. Jika keduanya bersamaan pada sifat kepercayaan dan pada banyak bilangannya atau salah satu daripada keduanya lebih kepercayaan dan yang satu lagi lebih banyak bilangan maka gugurlah dua khabar itu, iaitu tidak kebilangan keduanya dan dihukumkanlah dengan suci dua air itu. 170. Demikian lagi. Kalau seorang adil berkata : anjing ini telah menjilat air didalam bejana itu pada waktu zohor umpamanya, maka kata seorang adil yang lain bahawa anjing ini pada waktu zohor itu berada ditempat lain, maka dihukumkanlah air itu dengan sucinya kerana mengamalkan asal sucinya. 171. Jikalau seekor anjing mengangkatkan kepalanya dari bejana yang berisi air pada hal adalah mulutnya basah maka ditilik ; jika diihtimalkan basah mulutnya itu dengan yang lain kerana tidak ada bekas jilatnya pada air yang didalam bejana itu maka air itu suci jua kerana mengamalkan asalnya, dan jika tidak seperti demikian itu maka najislah air itu. Demikianlah yang tersebut didalam Raudh. 172. Jikalau dua orang berijtihad pada dua bejana air pada hal berlain-lainan ijtihadnya dan masing-masing mengambil wudhuk dengan air yang dia zankan sucinya maka tidaklah harus antara keduanya berikut-ikutan sembahyang kerana dia iktikadkan batal sembahyang tualannya.
173. Jikalau mereka yang berlain-lainan ijtihad itu tiga orang dan bejana air itu tiga buah dan kena najis daripadanya satu bejana nescaya haruslah bagi tiap-tiap seorang daripada mereka mengikut seorang yang lain jua kerana tertentu pada hak dirinya bahawa bejana yang ketiga itulah yang kena najis. Dan jika mereka itu empat orang dan bejana air pun empat jua dan yang kena najis daripadanya satu bejana nescaya haruslah bagi tiap seorang daripada mereka mengikut dua orang yang lain jua kerana tertentu pada hak dirinya bahawa bejana yang keempat itulah yang kena najis. Dan jika ada mereka itu lima orang dan bejana air pun lima jua dan yang kena najis daripadanya satu bejana nescaya haruslah bagi setiap seorang daripada mereka itu mengikut tiga orang jua kerana tertentu pada hak dirinya bahawa bejana yang kelima itulah yang kena najis. 174. Diketahui daripada yang tersebut itu bahawa yang terkemudian daripada mereka itulah yang tertentu yang tidak sah diikuti. Tetapi jika ada yang kena najis itu dua bejana maka harus bagi tiap-tiap mereka itu mengikut dua orang jua, dan jika ada yang kena najis itu tiga bejana maka harus bagi tiap-tiap mereka mengikut seorang jua, dan jika ada yang kena najis itu empat bejana tidaklah harus sesama mereka itu berikut-ikutan sembahyang. 175. Syahadan. Kalau lima orang yang berlainan ijtihadnya berikut-ikutan pada sembahyang lima waktu pada hal adalah yang kena najis itu satu bejana daripada lima bejana, maka seorang dari mereka menjadi imam subuh dan yang kedua menjadi imam zohor dan yang ketiga menjadi imam asar dan yang keempat menjadi imam maghrib dan yang kelima menjadi imam isyak, nescaya sahlah ikutan sekelian mereka itu akan sebahagiannya melainkan imam subuh dan imam zohor dan imam asar dan imam maghrib, tidak sah ikutan mereka itu akan imam isyak. Demikian lagi imam isyak tidak sah ikutannya akan imam maghrib. Maka wajib atas imam subuh dan imam yang kemudiannya mengulangi sembahyang isyak, dan wajib atas imam isyak mengulangi sembahyang maghrib. 176. Jika ada yang kena najis itu dua bejana daripadanya maka sahlah ikutan sekelian mereka itu akan sebahagiannya melainkan imam subuh dan imam zohor dan imam asar tidak sah ikutan mereka itu pada imam maghrib dan imam isyak, dan demikian lagi imam isyak tidak sah ikutannya pada imam asar dan imam maghrib, dan melainkan imam maghrib tidak sah ikutannya pada imam asar dan imam isyak. Maka wajib atas imam subuh dan imam zohor dan imam asar mengulangi sembahyang maghrib dan isyak dan wajib atas imam isyak mengulangi sembahyang asar dan maghrib, dan wajib atas imam maghrib mengulangi sembahyang asar dan isyak. 177. Jika ada yang kena najis itu tiga bejana daripadanya sahlah ikutan sekelian mereka itu akan sebahagiannya melainkan imam subuh dan imam zohor, tidak sah ikutan keduanya akan imam asar dan imam maghrib dan imam isyak. Demikian lagi imam isyak tidak sah ikutannya akan imam zohor dan imam asar dan imam maghrib, dan imam maghrib tidak sah ikutannya pada imam zohor dan imam asar dan imam isyak. Maka wajib atas imam subuh dan imam zohor mengulangi sembahyang asar dan maghrib dan isyak, dan wajib atas imam isyak mengulangi sembahyang zohor dan asar dan maghrib, dan wajib atas imam maghrib mengulangi sembahyang zohor dan asar dan isyak . 178. Jika ada yang kena najis itu empat bejana daripadanya tidaklah sah ikutan tiap-tiap seorang daripada mereka itu akan sebahagiannya kerana tertentu pada hak tiap-tiap seorang bahawa yang kena najis itu bejana yang empat selain bejana yang dia zankan sucinya. Maka wajib atas tiap seorang daripada mereka itu mengulangi sembahyangnya yang dia ikut didalamnya akan selainnya daripada mereka itu.
179. Masaalah. Jikalau tiap seorang daripada lima orang yang telah berwudhuk mendengar bunyi kentut dan tiap seorang daripada mereka itu ingkarkan keadaan kentut itu daripada dirinya seperti sekelian mereka itu berkata : aku tidak kentut, maka dihukumkanlah kekal wudhuk sekelian mereka itu, dan adalah hukum mereka itu pada berikut-ikutan sembahyang seperti hukum lima orang yang berlain-lainan ijtihad pada lima bejana air yang kena najis satu bejana daripadanya. Maka sahlah ikutan tiap-tiap mereka itu akan sebahagiannya, melainkan dengan yang terkemudian daripada mereka itu maka tidaklah sah ikutannya akannya. 180. Masaalah: jikalau seorang sembahyang dengan air wudhuk yang dia zankan sucinya dengan ijtihad kemudian maka nyata bahawa keadaan air itu najis, sekalipun dengan kahabar seorang adil, wajiblah dia mengulangi sembahyangnya dan membasuh anggotanya dan pakaiannya yang kena najis itu. 181. Masaalah : kalau seorang melihat umpama kijang berkumuh pada air yang banyak maka pada ketika itu dia mendapati air itu berubah dan dia ihtimalkan perubahannya dengan kumuh itu dan dia syak adakah perubahannya itu sebab kumuhnya atau sebab lamanya berhenti pada tempatnya, nescaya dihukumkan air itu dengan najis kerana mengamalkan yang zahir kerana ia bersandar dengan sebab yang tertentu, maka ianya seperti khabar orang adil jua. Inilah hukumnya jika dia mendapati air itu berubah pada ketika mengiringi kumuh kijang itu. 182. Adapun jika dia ghaib seketika selepas kijang itu berkumuh kemudian dia mendapati air itu berubah, atau dia mendapatinya tidak berubah mengiringi kumuh kijang itu kemudian maka ia berubah, atau dia mendapatinya berubah mengiringi kumuhnya dengan perubahan yang tidak diihtmalkan dengan kumuhnya itu kerana sedikitnya, maka air itu suci jua. 183. Masaalah: kalau seorang menggayung air atau benda cair daripada dua bejana maka dibubuhnya kedalam satu tempat maka dia dapati didalamnya ada bangkai tikus dan tidak diketahuinya adakah bangkai itu dari bejana yang pertama atau dari bejana yang kedua, maka hendaklah dia ijtihad pada menentukan yang demikian itu. Maka jika dia zankan dengan ijtihadnya keadaan bangkai itu dari bejana yang pertama dan adalah gayungnya satu jua dan tidak dibasuhnya antara dua kali menggayung itu nescaya dihukumkanlah najis apa yang didalam dua bejana itu. Jika dia zankan keadaan bangkai itu dari bejana yang kedua maka barang yang didalam bejana yang kedua itulah najis samaada berbilang gayung atau tidak, dan barang yang didalam bejana yang pertama itu suci jua. Jika dia zankannya dari bejana yang pertama tetapi berbilang gayung dan masing-masing daripada dua bejana itu dengan gayungnya atau adalah gayung kedua bejana itu satu jua tetapi dibasuhnya diantara dua kali gayungan itu maka yang didalam bejana yang pertama itulah yang najis tidak yang kedua. 184. Kaedah: bermula, barang suatu yang asalnya suci yang diyakinkan apabila dizankan ia terkena najis kerana ghalib bernajis pada seumpamanya seperti kain peminum arak dan kain kanak-kanak dan kain orang gila dan kain tukang sembelih binatang dan seperti bejana dan kain segala kafir yang berugama dengan memakai najis seperti majusi negeri hindi yang memakai kumuh lembu dan seperti jukh yang masyhur diperbuat dengan lemak babi dan seperti peluh binatang yang ghalibnya berlumur dengan najis dan barang sebagainya maka sekelian itu adalah dihukumkan dengan sucinya kerana mengamalkan asal dan zahirnya iaitu sucinya yang diyakinkan, atau dihukumkan dengan najis kerana mengamalkan ghalib zan akan bernajis yang seumpamanya. 185. Maka yang demikian itu dua kaul. Maka kaul yang lebih rajih adaah bahawa yang tersebut itu dihukumkan dengan sucinya kerana mengamalkan asal dan zahirnya iaitu sucinya yang diyakinkan, dari kerana yang asal itu lebih teguh dan
tetap daripada yang ghalib yang bersalah- salahan dengan sebab bersalahsalahan sekelian hal dan zaman. 186. Kata syeikh Islam didalam syarah Raudh : bermula, tempat mengamalkan asal adalah apabila ghalib zan itu bersandar kepada ghalib najasah pada yang seumpamanya. Adapun jika ia tidak bersandar kepada yang demikian itu tetapi bersandar kepada sebab yang tertentu seperti ghalib zan kita akan najis umpama air dengan khabar orang yang adil dan barang sebagainya maka tidaklah diamalkan asal hanya diamalkan ghalib zan jua. 187. Bermula, kaedah itu tersebut didalam Fathul Jawwad dan didalam Raudh. Sayugia diselidiki dan dimahirkan kerana banyak furu’-furu’nya dan banyak faedahnya. 188. Makruh memakai bejana daripada bejana-bejana kafir, demikian lagi tiaptiap bejana yang diihtimalkan najis. Walau bagaimanapun hampir oleh makruh memakainya sebelum daripada membasuhnya44. 189. Fasal pada menyatakan bejana air dan selainnya. Bermula, harus memakai dan menaruh tiap-tiap bejana yang suci, samaada ia dipakai pada toharah atau minum atau barang sebagainya. 190. Masuk pada kata “bejana yang suci” itu bejana daripada kulit manusia yang lain daripada kafir harbi dan murtad dan bejana rampasan maka iaitu harus memakainya pada pihak keadaannya suci sekalipun haram memakainya pada pihak keadaannya dihormati dan pada pihak mengerasi milik orang lain. Adapun kulit kafir harbi dan murtad jika dibuatkan bejana tidak haram memakainya pada pihak keadaannya kulit manusia kerana ia tidak dihormati. 191. Maka keluar dengan kata “bejana yang suci” itu oleh bejana najis seperti bejana yang diperbuat daripada kulit bangkai maka haramlah memakainya melainkan pada air yang banyak iaitu dua kolah atau lebih atau pada suatu yang kering dan adalah bejana itu juga kering, maka tidaklah haram memakainya hanya makruh jua. 192. Bejana yang kena najis seperti bejana najis pada yang tersebut itu. 193. Syahadan. Tidak ada beza pada bejana yang diharuskan memakainya diantara ia daripada jenis kulit atau batu atau kayu atau tanah atau timah atau besi atau tembaga atau barang sebagainya kerana nabi sawm adalah berwudhuk daripada bejana kuit dan daripada bejana kayu dan bejana batu, maka sekelian itu harus memakainya dan menaruhnya. 194. Melainkan bejana emas dan bejana perak maka haramlah memakainya dan menaruhnya atas tiap-tiap lelaki dan perempuan dan khunsa yang akil lagi baligh, samaada dipakai sebagai tempat makan atau minum atau sebagai tempat bersuci atau barang sebagainya, dan samaada dipakainya bagi dirinya atau bagi orang selainnya, dan samaada bejana itu sekeliannya emas atau sekeliannya perak atau bercampur dengan tembaga seperti suasa45 dan samaada bejana itu ﻰﻻ ﹶﺘ ْﺄ ﹸﻜﻠﹸﻭﺍ ﻓ ﹶﺔ ﻭ ﻀ ﻔ ﺍ ﹾﻟﺏ ﻭ ﻫ ﹺ ﺔ ﺍﻟ ﱠﺫ ﻴ ﻨ ﻰ ﺁﻭﺍ ﻓﺭﻴ ﺸ ﻻ ﹶﺘ ﹾ ﹶ besar atau kecil kerana sabda nabi sawm “ .ﺎﻓﻬ ﺎﺼﺤ ﻡ ﻠﺴ ﻤ ﻭ ﺒﺨﹶﺎﺭﹺﻯ ﻩ ﺍ ﹾﻟ ﺍﺭﻭ ” artinya : janganlah kamu minum pada bejana-bejana emas dan perak dan jangan kamu makan pada pinggan-pinggannya. Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim. Tetapi bertoharah dengan bejana emas dan perak itu sah dan barang yang dimakan atau diminum didalam bejana itu halal jua kerana yang diharamkan itu penggunaannya jua, kerana warid tegah nabi daripadanya. 195. Demikian lagi diharamkan menaruhnya sekalipun tidak warid tegah nabi kerana bahawa menaruh itu membwa kepada memakainya. Adalah 44
. iaitu hampir kepada betul. Pada asal “atas hampir dimakruhkan memakan dia dahulu daripada membasuh dia”. Wallahu a’lam. 45 . pada asal “ ”ﺩﺍﻥ ﻓﻴﺭﻕ ﺍﺴﻡiaitu sejenis perak campuran. Wallahu a’lam
bandingannya seperti alat permainan dan bunyi bunyian yang diharamkan, maka haramlah menaruhnya seperti memakainya kerana barang yang membawa kepada aksiat seperti hukum maksiat jua. Maka dari kerana inilah tidak ada upah bagi tukang yang membuatnya dan tidak ada dhoman atas yang memecahkannya dan yang merosakkannya seperti alat permainan. 196. Haram menghiasi ka’bah dan masjid dan rumah dan barang sebagainya dengan emas dan perak. Haram berkumuh didalam bejana emas atau perak tetapi harus istinja’ dengan emas atau perak yang tidak disediakan untuk istinja dengannya seperti adalah ia jogkong atau kepingan46 daripadanya kerana bahawa ia tidak dinamakan bejana pada uruf lagi tidak dihormati, tetapi haram meletakkan sesuatu diatas kepingan daripada emas atau perak sebagai tempat makan atau lainnya kerana bahawa safihah itu itu jadi bejana dengan nisbah suatu yang diletakkan diatasnya sekalipun ia tidak dinamakan bejana diatas itlak. 197. Maka dari kerana inilah diharamkan penyungkil gigi dan penyungkil telinga dan penyungkil celak daripada emas atau perak kerana bahawa ia jadi bejana dengan nisbah bagi benda yang dicungkil dengannya. 198. Dan haram tempat celak daripada emas atau perak dan jarum dan pedupaan47 dan gayung dan senduk dan sudu dan pedakwatan dan barang sebagainya daripada emas atau perak. 199. Demikian lagi haram kursi dan peti dan pintu daripada emas atau perak dan haram berdupa dengan pedupaan daripada emas atau perak seperti dia kelumbungkan pedupaan itu dengan kainnya dan tangannya atau duduk berhampiran dengannya dengan kasad mengukup tubuhnya atau kainnya atau mencium baunya atau barang sebagainya dengan sekira-kira dibilangkan dia memakainya pada uruf. Bersalahan jika dia duduk jauh daripadanya. 200. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Imdad : melainkan jika dikasadnya mengukup badannya atau kainnya. Haram mengukup rumah atau mayat atau kelambu atau barang sebagainya dengan ukupan atau pedupaan daripada emas atau perak emas atau perak kerana sekelian yang demikian itu dibilangkan memakainya pada uruf. 201. Bermula, ‘illat haram memakai bejana emas dan perak itu tersusun daripada dua perkara. Pertamanya : ain emas atau perak, keduanya : nyata kemegahan dan membesarkan diri dan memecahkan hati orang-orang yang papa. Maka apabila diperoleh kedua perkara ini haram memakainya dengan tidak dharurat, sekalipun dipakainya didalam khalwat dan pada tempat yang sunyi atau didalam kelam. Jika tidak diperolehi salah satu daripada keduanya harus memakainya. Maka dari kerana inilah kata fuqaha’ : jikalau ditakdirkan bekarat bejana emas sekira-kira karatnya menutup sekelian zahirnya dan batinnya nescaya halallah memakainya kerana hilang kemegahan daripadanya. Maka adalah zahir yang demikian itu dengan itlak jua tidak dengan tafsil yang lagi akan datang. 202. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa jika disadur bejana emas atau perak dengan itlak, iaitu samaada ada dapat diambil suatu daripadanya dengan api atau tidak, halallah memakainya48, kerana hilang kemegahan daripadanya. Inilah yang tersebut didalam Raudhah dan yang dipegangi oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan Fathul jawwad dan syarah Mukhtasar Bafadhal,
46
. ﻴﻜﹶﺔ ﺴ ﹺﺒ : jongkong – bar. ﺼﻔﻴﻬﺔ: kepingan – plat. . Pada asal “”ﺩﺍﻥ ﻓﺩﻭﻓﺄﻥ ﺩﺍﻥ ﺴﺒﺭ. 48 . ini ditakdirkan, tidak ada pada teks asal. Barangkali kesilapan cetak. Wallahu a’lam 47
203. Yang tersebut didalam Raudh dan Minhaj dan yang dipegangi oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawasanya pada yang demikian itu ada tafsil, iaitu jika dapat diambil sesuatu daripada saduran bejana itu dengan api halallah memakainya kerana dikira saduran itu ujud dengan sebab banyaknya, maka jadi hilanglah daripadanya kemegahan. Dan jika tidak dapat diambil sesuatu daripadanya dengan api maka haramlah memakainya kerana ujud saduran itu seperti tidak dihiraukan49 sebab sedikitnya, dan adalah kemegahan itu seolaholah ujud. 204. Maka kata syeikh Ramli ini berjalanlah juga tafsil yang tersebut itu pada emas yang berkarat. 205. Inilah sekelian hukum bejana umpama tembaga yang disadur dengan emas atau perak, maka baginya tafsil ‘akas tafsil yang tersebut itu dengan muafakat antara sekelian mereka itu, iaitu jika dapat diambil sesuatu daripadanya dengan api maka iaitu haram memakainya kerana ada ain dan kemegahan, dan jika tidak dapat diambil suatu daripadanya kerana sedikitnya maka tidaklah haram memakainya kerana tidak diperoleh ainya. Inilah sekelian hukum memakai bejana yang disadur dan meninggalkannya. 206. Adapun menyadur dan mengupah orang yang menyadur maka iaitu haram dengan tidak ada tafsil samaada yang disadur itu bejana atau bumbung rumah atau lain daripada keduanya. Maka tidak ada upah bagi orang yang menyadur dan tidak ada dhoman atas orang yang memecahkan dan merosakkannya melainkan menyadur alat peperangan dengan kafir maka iaitu harus. 207. Demikian lagi haram membelanjakan harta sebagai upah tiap-tiap usaha dan perbuatan yang diharamkan seperti bernujum dan bertenung dan sihir dan zina dan barang sebagainya dan haram mengambil upah diatas yang demikian itu. 208. Bermula, sebahagian daripada helah yang mengharuskan memakai bejana emas dan perak adalah bahawa dikeluarkannya barang yang ada didalam bejana itu kepada suatu yang lain sekalipun kepada tangannya, seperti dibubuhnya kepada tapak tangan kirinya kemudian maka dibubuhnya pula kepada tapak tangan kanannya, kemudian maka diangkat barang itu dengannya kepada mulutnya. Tetapi helah yang trersebut ini hanya memberi faedah pada menolak haram memakainya sahaja. 209. Adapun bejana yang ditampal dengan emas maka haram memakainya dan menaruhnya sekalipun tampalannya itu kecil lagi kerana hajat, kerana pada emas itu lebih kemegahan daripada perak. 210. Demikian lagi haram memakai dan menaruh bejana yang ditampal dengan perak jika tampalannya itu besar lagi kerana perhiasan sekeliannya atau ianya besar tetapi50 sebahagiannya kerana hajat dan sebahagiannya kerana perhiasan. Adapun jika tampalannya yang besar itu kerana hajat atau ada ianya kecil kerana perhiasan sekeliannya atau sebahagiannya kerana hajat dan sebahagiannya kerana perhiasan maka pada yang tiga masaaah ini harus memakainya tetapi beserta karahah. Jika ada tampalannya itu kecil kerana hajat maka iaitu harus memakainya dengan tidak ada karahah. 211. Maka nyatalah daripada yang tersebut itu bahawa masaalah pada bejana yang ditampal dengan perak itu enam masaalah. Pada dua masaalah daripadanya haram memakai dan menaruhnya, dan pada tiga masaalah daripadanya harus memakainya serta karahah, dan pada satu masaalah daripadanya harus memakainya dengan tidak ada karahah. 49 50
. pada asal “”ﻤﻌﺩﻭﻟﺔ. . pada asal “atau ada ia besar dan setengahnya . . .
212. Bermula, yang dikehendaki dengan hajat disini adalah tujuan membaikki jua, bukan kerana lemah daripada menghasilkan yang lain daripada perak kerana lemah daripada yang demikian itu mengharuskan memakai bejana sekeliannya emas atau perak, istimewa pula bejana yang bertampalkan perak. 213. Adapun hukum pada besar dan kecil maka ianya kembali kepada ‘uruf jua. Maka apa yang ’uruf bilang besar maka ianya besar dan apa yang ‘uruf bilang kecil maka ianya kecil. Kalau seorang syak adakah tampalannya besar pada ‘uruf atau kecil maka harus dia memakainya kerana asalnya harus jua. 214. Jika berbilang beberapa tampalan kecil kerana perhiasan maka ditilik ; jika tidak sampai perhimpunannya kepada kadar tampalan besar pada ‘uruf haruslah memakai bejana itu dan jika dia sampai kepadanya maka haramlah memakainya. Demikian lagi kalau banyak tampalan itu sekira-kira ia meliputi sekelian bejana maka iaitu haram memakainya. 215. Jikalau dibuatkan bagi bejana yang selain emas dan perak rantai daripada perak atau dibuatkan baginya penutup daripada perak haruslah memakainya kerana yang demikian itu tidak dinamakan bejana. Tetapi jika umpama rantai itu semata-mata kerana perhiasan jua maka disyaratkan bahawa ianya kecil pada ‘uruf supaya halal memakainya. Maka ianya seperti hukum tampalannya yang tersebut itu kerana jika ianya besar kerana perhiasan atau ianya daripada emas sekalipun kecil lagi pula kerana hajat haramlah memakainya. 216. Halal memakai bejana daripada jauhar yang sangat indah seperti bejana daripada mutiara dan yaqut dan fairuz dan zabarjad dan zamrud dan barang sebagainya kerana segala fakir tidak mengetahuinya maka tidak terpecah hati mereka itu sebab melihatnya. Bersalahan bejana emas dan perak.
ﺳ ِﺔ َوِإزَا َﻟ ُﺘﻬَﺎ َ ب اﻟ ﱠﻨﺠَﺎ ُ ﺑَﺎ xx NAJIS DAN MENCUCINYA 217. Ini bab pada menyatakan najis dan menghilangkannya. Sungguhnya telah terdahulu perkataan pada ta’rif najis pada bahasa dan pada syara’. Bermula, sekelian ‘ain itu diatas dua bahagi. Pertamanya jamad, keduanya haiwan. 218. Adapun sekelian jamad51 itu maka iaitu suci jua melainkan apa yang dinaskan oleh syara’ pada najisnya iaitu tiap-tiap yang memabukkan lagi cair seperti arak dan tuak dan barang sebagainya samaada diperbuat daripada air anggur atau daripada selainnya. Maka ianya najis tidak harus meminum suatu daripadanya, sekalipun setitik. Adapun yang beku seperti ganja dan afiun dan pala dan ambar dan kumkuma maka iaitu tidak najis, sekalipun memabukkan yang banyak daripadanya. Maka harus memakan atau meminum suatu daripadanya sekadar yang tidak sampai kepada had yang memabukkan dan memudharatkan. Kalau arak menjadi beku atau ganja menjadi cair umpamanya nesaya adalah hukumnya kekal seperti hukum asalnya. 219. Adapun sekelian haiwan maka iaitu suci jua melainkan apa yang ditentukan oleh syara’ akan najisnya iaitu anjing dan babi dan barang yang jadi daripada keduanya atau salah satu daripada keduanya dengan haiwan yang suci, sekalipun dengan manusia. Maka kalau seorang lelaki menyetubuhi anjing atau babi betina atau ‘akasnya kemudian maka ia beranakkan manusia adalah anak itu najis ‘ainnya kerana mengamalkan kaedah yang telah masyhur bahawa anak yang jadi diantara haiwan yang suci dan haiwan yang najis adalah mengikut asalnya yang najis jua. Maka jadilah anak itu najis ‘ainnya. 51
. jamad pada bahasa : benda keras. Yang dikehendaki barang yang tak bernyawa.
220. Tetapi dimaafkan dia dengan nisbah bagi dirinya dan bagi selainnya, maka wajib atasnya mengerjakan sembahyang lima waktu dan selainnya daripada segala ibadat dan harus baginya masuk masjid dan bersentuh dengan segala manusia dan sekalipun beserta basah, dan harus menjadikan dia imam sembahyang kerana tidak wajib atasnya mengulangi sembahyangnya. 221. Walaubagaimanapun tidak dibangsakan dia kepada bapanya jika ada bapanya itu manusia. Maka tidaklah ia mewarisinya, dan tidak sah dia bernikah dengan manusia sekalipun manusia yang seumpamanya, dan tidak halal dia menyetubuhi sahaya perempuannya melainkan jika dia yakin dirinya jatuh kepada zina apabila tidak menyetubuhinya, dan jika dia membunuh orang Islam yang merdeka nescaya dibunuh pula dia, tidak ‘akasnya, kerana kurang martabatnya, dan ditegah dia daripada wilayah maka tidak sah dia menjadi wali pada menikahkan perempuan yang telah dimerdekakannya, tetapi harus baginya menikahkan sahaya perempuannya kerana bahawa dia menikahkan dengan milik jua, bukan dengan wilayah. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah dengan ringkas. 222. Yang tersebut didalam Hasyiah syeikh Ziadi katanya : bahawa yang muktamad adalah bahawa anak yang jadi diantara manusia dan anjing atau babi itu suci ainnya, dan kaedah yang tersebut itu adalah aghlabiah52 bukannya kulliyah, dan berpegang dengan zahir Quran dan hadith lebih utama daripada berpegang dengan kaedah itu. Sayugia bahawa segala hukum yang telah terdahulu itu sabit baginya, maka tidak halal baginya bernikah dengan manusia dan tidak berwaris diantaranya dan diantara segala manusia dan ditegah dia daripada wilayah. Intaha. 223. Adapun dalil yang menunjuk atas najis anjing maka iaitu sabda nabi sawm “ ﺕ ﺍﻤﺭ ﻊ ﺒ ﺴ ﻪ ﺴﹸﻠ ﻴ ﹾﻐ ﻪ ﹸﺜﻡ ﻴ ﹺﺭ ﹾﻗ ﻡ ﹶﻓﻠﹸ ﹸﻜﺩﺀ َﺃﺤ ﻲ ِﺇﻨﹶﺎﺏ ﻓ ﹶﻟ ﹶﻎ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻜ ﹾﻠ ”ِﺇﺫﹶﺍ ﻭartinya: apabila anjing menjilat pada bekas air seorang daripada kamu maka hendaklah dia tuangkan air yang didalamnya kemudian membasuhnya tujuh kali. Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim. 224. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻫﻥ ﻻ ﻭ ﹶ ﺕ ُﺃ ﺍﻤﺭ ﻊ ﺒ ﺴ ﻪ ﹶﻠ ﹾﻐﺴﻥ ﻴ ﺏ َﺃ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻜ ﹾﻠ ﻴ ﻓ ﹶﻟ ﹶﻎﻡ ِﺇﺫﹶﺍ ﻭ ﹸﻜﺩﺀ َﺃﺤ ﺭ ِﺇﻨﹶﺎ ﻭ ﻬ ﻁﹸ ﺏ ﺍ ﹺ ”ﺒﹺﺎﻟ ﱡﺘﺭartinya: suci bejana seorang daripada kamu apabila menjilat padanya anjing bahawa dia membasuhnya tujuh kali yang pertama daripadanya dengan tanah. Riwayat Muslim. 225. Maka suruhan nabi dengan menumpahkan air itu menunjuk diatas bahawa mulut anjing dan air liurnya adalah najis, kerana air itu jika tidak menjadi najis sebab dijilat anjing itu nescaya tidaklah nabi menyuruh menumpahkannya kerana lazim daripadanya membuang harta yang mana ianya ditegah daripadanya, dan asal pada demikian itu ketiadaan ta’abbud53, dan lagi pula toharah itu diamalkan kerala hadath atau kerana najis dan tidak ada hadath pada bejana yang dijilat anjing itu maka tertentulah toharah itu kerana najis jua. Maka apabila sabitlah najis mulutnya dan air liurnya pada hal mulutnya itu adalah sebaik-baik juzuk anggotanya maka yang tinggal daripada badannya dan tahinya dan kumuhnya terutamalah najisnya. 226. Adapun najisnya babi maka iaitu dengan dikiaskan diatas anjing kerana bahawa ia lebih buruk kelakuannya daripada anjing kerana tidak harus memeliharannya dan mengambil manfaat dengannya atas tiap-tiap hal dan lagi dinaskan diatas haramnya dan disunatkan membunuhnya. 227. Syahadan. Adalah segala haiwan itu dengan menilik kepada sucinya dan dan najisnya pada ketika hidupnya dan kemudian daripada matinya empat bahagia. Bahagian pertama: haiwan yang suci pada ketika hidupnya dan 52
53
. iaitu kaedah yang dikenakan atas ghalib masaalah-masaalah, bukan kuliyyah iaitu bukan yang menyeluruh. . tidak ada peribadatan padanya.
kemudian daripada matinya, iaitu manusia dan ikan dan belalang samaada manusia itu muslim atau kafir kerana Allah taala memuliakan anak cucu adam, maka sebahagian daripada cara memuliakannya adalah bahawa tidak dihukumkan bangkainya dengan najis samada bangkai yang Islam atau yang kafir. 228. Adapun firman Allah taala “ﺱ ﺠ ﻥ ﹶﻨ ﻭ ﺸ ﹺﺭ ﹸﻜ ﻤ ﹾ ﺎ ﺍ ﹾﻟ ” ِﺇ ﱠﻨﻤartinya : hanyasanya sekelian kafir musyrik itu najis, maka yang dikehendaki dengannya adalah najis iktikad mereka itu atau menjauhi mereka itu seperti menjauhi najis, bukan najis badan meraka itu. Maka dari kerana inilah rasulullah mengikat kafir tawanan didalam masjid. 229. Bahagian kedua : haiwan yang najis pada ketika hidup dan kemudian daripada matinya iaitu anjing dan babi dan anak daripada keduanya atau anak salah satu daripada keduanya dengan haiwan yang suci dan anak-anaknya sekalipun terkebawah. 230. Bahagian yang ketiga : haiwan yang suci pada ketika hidupnya dan najis kemudian daripada matinya sekalipun dengan disembelih. Iaitu sekelian yang tidak dimakan selain daripada manusia dan selain daripada anjing dan babi seperti baghal dan keldai dan gajah dan harimau dan kucing dan kera dan tikus, dan seperti burung merak dan helang54 dan barang sebagainya. 231. Bahagian yang kempat : haiwan yang suci pada ketika hidupnya. Adapun kemudian daripada matinya maka baginya tafsil ; jika ia mati dengan semebelih cara syara’ maka ianya suci dan jika ia mati dengan tidak disembelih cara syara’ maka ianya najis. Iaitu sekelian haiwan yang dimakan selain ikan dan belalang seperti unta dan lembu dan kambing dan seperti burung merpati dan ayam dan barang sebgainya. Maka masuk dengan kata “dengan cara syara’” oleh haiwan yang halal yang mati didalam perut ibunya sebab disembelih ibunya dan perburuan yang mati dengan ditindih anjing perburuan yang terlatih dan perburuan yang mati dengan anak panah. Maka haiwan itu suci lagi halal dimakan kerana yang tersebut itu menjadi sembelihannya pada syara’. Inilah hukum haiwan. 232. Adapun fadhlah55 haiwan maka yang najis daripadanya adalah darah yang mengalir sekalipun ia mengalir dari kian atau darah yang tinggal pada tulang dan pada binatang yang disembeli, tetapi dimaafkan darah yang tinggal pada tulang dan daging yang disembelih. 233. Dikecualikan dari darah lapan perkara maka ianya suci tidak najis, iaitu hati dan limpa dan ‘alaqah dan mudghah dan mani dan susu yang keluar dengan warna darah dan darah telur yang tidak fasid dan kasturi sekalipun diambil daripada bangkai, jika kasturi itu beku tapi jika ia cair maka ianya najis kerana mengikut bangkai itu, seperti yang lagi akan datang kenyataannya. Demikian lagi najis nanah dan danur dan air puru dan air luka dan air cacar56 jika sekeliannya itu berubah warnanya dan baunya. 234. Demikian lagi najis muntah iaitu apa yang keluar, daripada makanan atau minuman, selepas sampai kepada ma’iddah sekalipn belum tetap ia didalam ma’iddah itu dan belum berubah. Jikalau seorang kena bala dengan muntah nescaya dimaafkan daripadanya apa yang kena kainnya atau lainnya sekalipun banyak seperti darah kutu babi. Adapun makanan dan minuman yang dimuntahkan pada hal ia belum sampai kepada ma’iddah maka khilaf ulamak pada yang demikian itu. Kata syeikh Qaffal : makanan itu mutanajjis jua iaitu kena 54
. ﺍﻟﻎdengan nga. . fadhlah pada bahasa : lebih-lebihan. Iaitu bukan zat tubuhnya. 56 . pada asal “ ”ﺠﺎﺠﺎﻕdengan dua cha. Wallahu a’lam. 55
najis. Kata yang lain : ianya suci . Kaul yang kedua iniah yang dijazamkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan ia adalah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 235. Demikian lagi najis sekelian tahi dan kumuh sekalipun tahi ikan dan kumuh ikan dan belalang dan burung dan haiwan yang tidak ada baginya darah yang mengalir, melainkan tahi dan kumuh dan selain keduanya daripada fadhlah nabi sawm. Maka iaitu suci sekeliannya. Ianya dikira sebagai kususiah nabi sawm. 236. Demikialah yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni kerana mengikut fatwa syeikhnya dan yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah kerana mengikut fatwa bapanya dan yang dijazamkan oleh imam Bughawi dan selainnya dan yang disahkan oleh Qadhi Husin dan Subki dan Barizi dan Zarkasyi dan yang difatwakan oleh Bulqini. Kata Ibnu Rif’ah : ia adalah yang aku iktikadkan, dan kata Qayati: ia adalah yang hak. 237. Adapun imam Rafi’e dan imam Nawawi maka keduanya mengesahkan didalam Syarah Saghir dan Tahkik bahawa fadhlah nabi sawm adalah seperti fadhlah sekelian orang lain kerana nabi sawm sentiasa menjauhkannya daripada dirinya dan membasuhnya. Inilah kaul jumhur fuqaha’. 238. Masaalah: kalau binatang memakan biji-bijian kemudian dimuntahkannya atau diberakkannya maka ditilik kepada biji itu, jika ianya keras sekira-kira jika ditanam nescaya tumbuh maka ianya suci dengan dibasuh dan halal dimakan. Dan jika tidak seperti demikian itu maka ianya najis. 239. Demikian lagi najis mazi dengan ijmak iaitu air lendir yang keluar tanpa lazat ketika bangkit syahwat. Adalah ia pada musim dingin putih warnanya lagi kasar dan pada musim panas kuning warnanya lagi halus, dan terkadang tidak kerasan keluarnya. Adalah mazi itu lebih ghalib pada segala perempuan daripada lelaki istimewa pula tatkala bangkit syahwat mereka itu. 240. Demikian lagi najis wadi dengan ijmak. Iaitu air putih lagi keruh lagi kasar pada ghalibnya, yang keluar mengiringi kumuh atau tatkala menanggung suatu yang berat. Demikian lagi najis jirrah57 iaitu apa yang dikeluarkan oleh unta atau kambing daripada makanan yang didalam perutnya tatkala ia berasa mual58. 241. Demikian lagi najis mirarah iaitu hempedu yang hitam atau yang kuning. Inilah sekeliannya fadhlah yang najis diatas itlak59. 242. Adapun air liur dan air mata dan air hidung dan hingus dan peluh dan mani dan susu dan ‘alaqah dan mudhghah jika ia daripada anjing atau babi atau daripada anak yang jadi daripada keduanya atau daripada salah satu daripada keduanya dengan haiwan yang suci maka iaitu najis sekeliannya. Jika ada ia daripada haiwan yang lain daripada itu maka iaitu suci sekeliannya, melainkan air susu haiwan yang tidak dimakan yang lain daripada manusia maka iaitu najis. Adapun air susu manusia maka iaitu suci jua sekalipun ia daripada lelaki atau daripada perempuan yang belum baligh atau ada ia keluar kemudian daripada matinya. 243. Adapun air liur yang mengalir daripada mulut orang yang tidur jika diyakinkan keluarnya daripada ma’iddah seperti adalah warnanya kuning lagi berbau busuk maka iaitu najis. Ianya sama seperti balgham yang diyakinkan keluarnya daripada ma’iddah Jika tidak diyakinkan keluarnya dari ma’iddah seperti diyakinkan keluarnya dari kepala atau dada atau dari mulutnya jua atau dia syakan demikian itu maka iaitu suci jua. Tetapi barang siapa kena bala
57 58
59
. jirrah : biak. . pada asal “menggeliga” - ﻤﻐﻜﻠﻴﻜﺎdengan nga dan dua ga. . tanpa kait.
dengannya dimaafkanlah daripadanya apa yang kena kainnya atau badannya dan jika ada ia banyak sekelipun. Maka ia seperti air darah kutu babi jua. 244. Demikian lagi suci basahan faraj manusia dan basahan faraj sekelian haiwan yang suci. Ia adalah air yang putih diantara warna mazi dan warna peluh dengan syarat jika ada ia pada had zahir faraj iaitu apa yang didalam faraj sekadar sampai kepadanya zakar yang sederhana panjang. Adapun jika ada basahan faraj itu pada had batin, iaitu apa yang tidak sampai kepadanya zakar yang sederhana panjangnya maka iaitu najis. 245. Syahadan. Diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa haiwan yang hidup selain anjing dan babi dan fara’ keduanya adalah suci sekeliannya dan bahawa segala jenis bangkai yang selain bangkai manusia dan ikan dan belalang itu najis sekeliannya dengan sekelian suku-sukunya seperti kakinya dan tangannya dan bulunya dan rambutnya dan tulangnya dan tanduknya dan giginya dan kukunya dan barang sebagainya, sekalipun bangkai haiwan yang tidak ada baginya darah yang mengalir. Maka bangkai ulat buah-buahan itu najis tetapi dimaafkan daripadanya, maka ia tidak menajiskan cuka. Harus memakan buahbuahan sertanya hanyalah kerana sukar membezakan ia daripadanya. 246. Bermula, segala suku-suku haiwan yang bercerai daripadanya ketika hidupnya sama seperti bangkainya pada suci dan najisnya, iaitu jika bangkainya suci seperti bangkai manusia maka suku-sukunya itu dan tembuninya adalah suci sekeliannya, dan jika bangkainya najis seperti bangkai kuda maka suku-sukunya itu dan tembuninya adalah najis sekeliannya melainkan bulu haiwan yang dimakan seperti bulu kambing dan bulu unta dan bulu ayam dan barang sebagainya. Maka ianya suci jua samaada bercerainya itu dengan dicabut atau tercabut sendirinya. 247. Kalau kita syak pada bulu yang bercerai ; adakah ia daripada haiwan yang dimakan atau daripada haiwan yang tidak dimakan, atau adakah ia bercerai pada ketika hidupnya atau kemudian daripada matinya dengan tidak disembelih, maka iaitu kita hukumkan sucinya kerana mengamalkan asalnya yang suci. Keluar dengan kata bulu oleh dagingnya dan tanduknya dan giginya dan tulangnya dan kukunya dan barang sebagainya, maka iaitu najis sekeliannya. 248. Demikian lagi suci misk artinya kasturi, sekalipun asalnya daripada darah kijang kerana sabda nabi sawm “ﺏ ﻴ ﹺ ﻁ ﺏ ﺍﻟ ﱢ ﻴ ﻁ ﻙ َﺃ ﹾ ﺴ ﻤ ” ﺍﻟartinya: kasturi itu sebaik-baik bau-bauan. Demikian lagi suci pundi kasturi iaitu bekas yang mengandunginya. Ianya seperti setompok daging yang tumbuh dan bertambah besar hingga jadilah darah yang didalamnya itu kasturi. Kemudian maka ia tanggal daripadanya dengan sebab dikibaskanya kepada suatu. 249. Adalah rupa bekas yang mengandungi kasturi itu seperti rupa kulit kijang dan bulunya seperti bulu kijang, maka ianya suci serta bulunya dengan syarat jika ada ia becerai daripada kijang pada ketika hidupnya atau kemudian daripada menyembelihnya, dari kerana jika tempatnya itu najis nescaya najislah kasturi yang didalamnya. 250. Adapun jika bekas kasturi itu bercerai daripada kijang selepas matinya dengan tidak disembeliih maka najislah ia kerana mengikut bangkai kijang itu, tetapi kasturi yang didalamnya suci jua jika ianya beku. Jika kasturi itu cair maka ianya najis pula sama seperti tempatnya. Inilah hasil yang tersebut didalam Tuhfah dan Fathul jawwad. 251. Demikian lagi suci telur sekelian haiwan yang suci sekalipun haiwan itu tidak dimakan, dan lagi halal memakannya jika tidak memudharatkan akal atau badan, samaada telur itu keras kulitnya atau lembut. Inilah jika telur itu bercerai daripada haiwan yang hidup atau daripada haiwan yang mati dengan disembelih. Adapun jika telur itu diambil dari bangkai haiwan maka ditilik ; jika keras kulitnya
maka ianya suci lagi halal memakannya, dan jika lembut kulitnya maka najislah ia kerana mengikut bangkai itu. 252. Demikian lagi suci infahah iaitu air susu yang didalam perut anak kambing yang menyusu dengan syarat jika anak kambing itu belum memakan selain daripada susu dan lagi adalah ia disembelih. Adapun jika ia sudah memakan selain susu atau adalah infahah itu diambil daripada anak kambing yang mati dengan tidak disembelih maka iaitu najis. 253. Khilaf ulamak pada sarang labah-labah60, kata setengah mereka itu : ianya suci, dan kata setengah yang lain : ianya najis. Kaul yang muktamad bahawa ia suci jua. 254. Demikian lagi khilaf ulamak pada selumu ular. Kata setengah mereka itu : ianya najis dan kata setengah yang lain : suci. Maka kaul yang muktamad bahawa ianya najis. 255. Demikian lagi najis bisa ular dan bisa kala. Maka wajib membasuh tempat yang dipatuk ular, dan batal sembahyang orang yang dipatuknya didalam sembahyang kerana bisanya itu zahir pada mulutnya dan bercampu dengan air liurnya. Maka ia menajiskan tempat yang dipatuknya. Bersalahan dengan kala, tidak wajib membasuh tempat sengatannya dan tidak batal sembahyang orang yang disengatnya didalam sembahyangnya kerana jarumnya yang menjadi tempat bisanya masuk kedalam daging dan tidak keluar bisanya melainkan kemudian daripada masuk jarumnya kedalam batin daging jua. Telah maklum bahawa najis yang pada batin badan tidak wajib dibasuh dan tidak membatalkan sembayang, melainkan jika diketahui bisa kala itu zahir pada hujung jarumnya dan diketahui berhubungnya dengan zahir tempat yang disengatnya, maka batallah sembahyangnya. Inilah hasil kalam syeikh Ibnu hajar didalam Syarah ‘Ubab dan kalam syeikh Ramli didalam Nihayah. 256. Demikian lagi suci zabad, artinya dedes61. Ia adalah daripada peluh tenggalong darat. Inilah yang masyhur lagi yang disaksikan. 257. Kata imam Mawardi : zabad itu daripada susu tengkalong laut. Dimaafkan sedikit daripada bulu tengkalong yang termasuk kedalam dedes itu seperti tiga helai atau kurang, tetapi dibilang yang sedikit itu pada dedes yang diambil daripada bejana untuk dipakai, bukan pada dedes yang tinggal didalam bejananya jika ada dedes itu beku. Maka jika diambil suatu daripada dedes yang beku didalam bejana maka ditilik pada dedes yang diambil itu; jika ada sedikit bulu tenggalong didalamnya maka dimaafkan daripadanya dan jika ada banyak bulunya didalamnya pada satu tempat maka tidak dimaafkan. Maka hendakkah dia mengambil pula daripada bejananya. Adapun jika ada dedes itu cair maka hukum dedes yang diambil dan yang tinggal didalam bejana itu satu jua tidak berlainan. Maka jika banyak bulu tenggalong didalam bajananya maka najis sekeliannya dan jika ianya sedikit maka dimaafkan sekeliannya. Inilah yang hasil tersebut didalam Tuhfah adan Nihayah. 258. Demikian lagi suci ulat sutera dan telurnya62, iaitu yang keluar ulat sutera daripadanya. Demikian lagi suci telur wanyi63 dan ulat yang jadi daripada telurnya seperti sekelian ulat yang lain. 259. Soal adakah ada bagi wanyi itu telur atau tidak. Jawab : bahawa ada baginya telur kerana kata setengah daripada syeikh-syeikh bahawa haiwan itu adakalanya bertelur dan adakalanya beranak. Maka tiap-tiap haiwan yang nyata jirim telinganya seperti manusia dan kuda dan kucing dan barang sebagainya 60
. Pada asal : kandang labah-labah. . Pada asal : ﺩﻴﺩﺱ. Pada Marbawi : zabad - jebat. 62 . kepompongnya. 63 . Wanyi – lebah. Ulat – larva. 61
maka ia beranak dan tiap-tiap haiwan yang tidak nyata jirim daun telinganya seperti ayam dan burung dan lalat dan barang sebagainya maka ia bertelur. Maka wanyi itu sejumlah daripada haiwan yang tidak berjirim telinganya, maka ia bertelur jua, tidak beranak seperti yang disaksikan. 260. Maka sungguhnya telah berkhabar sebahagian mereka yang memeriksa keadaan telurnya, katanya : adalah didapati telurnya pada tempatnya seperti lembukat64 yang halus, kemudian maka ia berubah hingga menjadi ulat tetapi belum bergerak, kemudian maka bertambah besar hingga jadilah ia bergerak, kemudian maka apabila jadilah ia berupa anak wanyi maka hilanglah pula geraknya hingga besar dan keras, kemudian ia bergerak pula hingga jadi wanyi. 261. Soal: adakah halal memakan telur wanyi dan ulat yang terjadi daripadanya atau tidak? Jawab : telah terdahulu perkataan bahawa telur yang bercerai dari haiwan yang hidup sekalipun yang tidak dimakan halal memakannya jika tidak memudharatkan, samaada keras kulitnya atau lembut. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa telur wanyi itu jika ia tidak memudharatkan halal memakannya selama mana ia masih lagi telur belum menjadi ulat. Adapun jika telur itu sudah menjadi ulat sekalipun ia belum bergerak haramlah memakannya, istimewa pula jika ia sudah bergerak atau sudah menjadi anak wanyi, maka nyatalah haramnya dengan tidak ada syubhah, kerana bahawa telah dinaskan oleh ulamak atas bahawa tiap-tiap ulat sekalipun ia suci pada ketika hidupnya haramlah memakannya. Seperti itulah wanyi dan anaknya yang jadi daripada ulat itu, haramlah memakannya kerana tidak lazim daripada sucinya oleh halal memakannya kerana beberapa perkara daripada jenis haiwan dan selainnya yang suci ‘ainnya tetapi haram memakannya. 262. Maka nyatalah daripada yang tersebut itu bahawa barang yang telah diadatkan oleh setengah orang awam daripada memakan ulat yang jadi daripada telur wanyi dan memakan anak wanyi yang jadi daripada ulat itu maka ianya adalah kesilapan yang besar lagi mungkar. Wajib menegahnya diatas barang siapa yang kuasa diatasnya. 263. Faedah. Bermula, madu yang keluar daripada wanyi itu, kata setengah ulamak halal memakannya dengan nas, dan khilaf ulamak pada menyatakan tempat keluarnya daripada wanyi itu. Kata setengah mereka itu: keluar madu tu daripada mulut wanyi, maka ianya dikecualikan daripada muntah, dan kata setengah mereka itu : ia keluar daripada duburnya, maka ianya dikecualikan daripada tahi, dan kata setengah mereka itu: ia keluar daripada dua lubang dibawah sayapnya, maka ianya dikecualikan daripada najis susu haiwan yang tidak dimakan, jika ianya seperti susu, dan kata setengah mereka itu : tidak diketahui hakikat tempat keluarnya daripada wanyi kerana apa yang telah diriwayatkan bahawa nabi Sulaiman alaihissalam hendak mengetahui hakikat tempat keluar madu pada wanyi maka dia buatkan baginya tempat daripada kaca dan dimasukkankannya wanyi kedalam kaca supaya dia dapat melihat dan mengetahui tempat keluar madu pada wanyi itu maka tiba-tiba dilepakan65 oleh wanyi itu sekelian keliling kaca itu dengan tanah hingga tidaklah keihatan apa yang yang didalamnya. Maka tidaklah diketahui oleh nabi Allah Sulaimah akan hakikat yang demikian itu. 264. Syahadan. Jikalau wanyi meminum madu yang kena najis kemudian maka dikeluarkannya pada sarangnya maka ianya suci, kerana tidak kita yakinkan yang dikeluarkannya itu pada ‘ain madu yang diminumnya. Kata Ibnu ‘Imad : inilah satu
64 65
. ﻟﻤﺒﻭﻜﺕ, dikatakan ianya biji dedak. . Pada asal “”ﺩﻟﻴﻤﻔﺎﻜﻥ.
helah pada mensucikan madu yang kena najis. Inilah hasil masaalah yang diambil daripada Tuhfah dan syarah ‘Ubab. 265. Demikian lagi suci ambar iaitu suatu yang tumbuh didalam laut kemudian maka timbul dengan dipukul ombak. Bukanlah ambar itu tahi binatang laut. Bersalahan dengan sangkaan mereka yang menyangkakannya, tetapi terkadang ia ditelan ikan kemudian maka dimuntahkannya. Maka ambar yang diyakinkan keadaannya ditelan ikan itu tidak najis hanya adalah ia suci ‘ainnya, tetapi terkena najis. Maka ianya suci dengan terbasuh kerana bahawa ambar itu beku lagi tidak berubah didalam perut ikan daripada asalnya. Adalah bandingannya seperti biji yang dimuntahkan oleh binatang apabila ianya keras sekira-kira jika ditanam nescaya tumbuh. Maka ianya terkena najis suci dengan dibasuh. 266. Syahadan. Tidak jadi suci ain najis dengan dibasuh dan tidak suci dengan berubah sifat dan berpindah hakikat melainkan dua perkara kerana diperoleh nas diatas keduanya lagi pula sangat hajat kepada keduanya. 267. Pertamanya : khamar apabila jadi cuka dengan sendirinya iaitu dengan tidak beserta dengannya suatu ain yang lain, sekalipun dipindahkan dari hangat matahari kepada naung atau ‘akasnya. Maka ianya suci serta dengan bejananya kerana dharurat. Jika ianya tidak suci nescaya sukarlah menghasilkan cuka yang suci kena air buah anggur dan barang sebagainya tidak jadi cuka pada ghalibnya melainkan selepas menjadi khamar. Dan lagi pula ‘illat najis dan haramnya adalah keadaannya memabukkan dan sungguhnya telah hilanglah sebab jadi cuka, maka hilanglah najisnya dan haramnya. 268. Bermula, hakikat khamar itu adalah tuak yang memabukkan yang jadi daripada air buah anggur basah yang diperah, tetapi yang dikehendaki dengan khamar disini adalah tiap-tiap yang memabukkan lagi cair samaada ia jadi daripada air buah anggur basah yang diperah atau daripada air buah yang lain, dengan sendirinya atau dicampur dengan air buah yang lain atau dicampur dengan madu atau gula, atau adalah ia daripada air yan dibubuh didalamnya gandum serta buah anggur kering atau khurma kering atau barang sebagainya. 269. Apabila jadi cuka sekelian itu dengan sendirinya tidak becampur dengan suatu yang lain nescaya jadi sucilah ia kerana bahawa diri madu atau gandum atau gula itu menjadi khamar, sama seperti air anggur dan khurma. Maka tidaklah dibilangkan ia suatu ‘ain yang lain yang mencampurinya. 270. Adapun jika ia jadi cuka dengan beserta suatu ain yang lain didalamnya pada hal kekal ia didalamnya hingga jadi cuka maka tidaklah jadi suci cuka itu, samaada dijatuhkan ia kedalamnya atau jatuh ia dengan sendirinya atau dengan ditiup angin, samaada ‘ain itu memberi bekas pada menyegerakan proses jadi cuka itu seperti daun sireh dan roti66 yang hangat, atau tidak seperti batu. 271. Adapun ‘illat yang demikian itu kerana bahawa ‘ain yang menyertainya itu mutanajjis dengan khamar itu, maka ia menajiskan cuka itu. Maka dari kerana inilah jikalau dikeluarkan ain itu daripadanya sebelum ia jadi cuka nescaya sucilah cuka itu. Inilah jika ada ‘ain yang menyertai itu suci. 272. Adapun jika ada ‘ain itu najis maka tidaklah cuka itu suci sekalipun dikeluarkan ain najis itu daripadanya sebelum daripada ia jadi cuka. Kata setengah ulamak : bahawa ‘illat yang demikian itu kerana bahawa segera menghasilkan maksudnya dengan berbuat yang diharamkan maka disiksa dia dengan ditegahkan daripada memperoleh maksudnya. Adalah bandingannya seperti seorang yang membunuh orang yang diwarisinya supaya segara dia mewarisi hartanya, maka disiksa dia dengan ditegah daripada mewarisinya. Maka
66
. Pada asal “”ﺒﺎﻭﻥ ﺴﻴﺭﻩ ﺩﺍﻥ ﺭﻭﺍﺘﻰ ﻴﻎ ﻫﺎﻏﺕ.
dari kerana inilah dikatakan “siapa yang menyegerakan sesuatu sebelum masanya disiksalah dia dengan ditegah dia daripadanya”67. 273. Dikecualikan daripada ‘ain itu biji buah anggur yang termasuk kedalamnya ketika memerahnya dan tangkainya dan hampasnya dan biji khurma dan barang sebagainya daripada barang yang sukar memeliharanya daripadanya. 274. Demikian lagi dikecualikan daripadanya air yang diperlukan untuk memerah buah anggur yang kering atau untuk menghabisi perah buah anggur yang basah, maka sekelian itu tidak memudharatkan. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 275. Jikalau bercampur air buah anggur dengan cuka maka ditilik jika cuka itu sedikit maka ia memudharatkan, dan jika ia banyak maka tidak memudharatkan68. Demikian lagi jika cuka itu bersamaan dengan air buah anggur. Itu pun jika mengkhabarkanya dua orang atau seorang adil yang tahukan kadar yang menegah jadi khamar atau tidaknya. Adapun jika tidak diperoleh orang yang tahukan yang demikian itu atau diperolehinya tetapi dia syak maka diperedarkanlah hukumnya diatas yang ghalib pada ketika itu. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. 276. Jikalau dicampurkan buah anggur kering dengan bau-bauan yang berbagai-bagai kemudian maka direndam ia didalam air kemudian maka disaring dan jadilah baunya seperti bau khamar maka ditilik jika ada bau-bauan itu terkurang daripada buah anggur jadi mutanajjislah bau-bauan itu kerana perahan anggur itu menjadi khamar kerana bau-bauan yang mencampurinya itu tidak menegahnya daripada menjadi khamar sebab sedikitnya. Maka apabila khamar itu menjadi cuka tidaklah ia suci. 277. Jika ada bau-bauan itu lebih banyak daripada buah anggur atau bersamaan keduanya maka tidaklah mutanajjis bau-bauan itu kerana perahan anggur itu tidak menjadi khamar sebab banyak bau-bauan yang mencampurinya dan tidaklah kebilangan bagi bau khamar itu pada ketika itu. 278. Masaalah ini diambil daripada kata mereka: jikalau dibubuh cuka pada perahan anggur basah dan adalah cuka itu terkurang timbangannya atau tukarannya daripada perahan anggur itu nescaya mutanajjislah cuka itu dengan khamar yang terjadi daripada perahan anggur itu, kerana sedikit cuka yang mencampurinya tidak menegahnya daripada menjadi khamar. Maka cuka itu tidaklah suci. Bersalahan jika cuka itu lebih banyak daripada air buah anggur itu atau bersamaan keduanya maka tidaklah jadi najis cuka itu kerana bahawa perahan anggur itu pada zahirnya tidak menjadi khamar. Inilah hasil kalam syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah. 279. Bermula, memadai pada kenal bahawa khamar itu menjadi cuka dengan nilang permulaan mabuknya69 dan banyak masamnya, dan tidak disyaratkan sampainya kepada kesudahan masam. 280. Harus menaruh khamar yang dihormati iaitu yang dikasadkan pada memerah anggur untuk dijadikan cuka perahannya. Adapun khamar yang tidak dihormati iaitu yang dikasadkan pada memerah anggur supaya diperbuat khamar airnya maka iaitu haram menaruhnya dan wajib menumpahkannya dengan segeranya. 281. Syahadan. diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa cuka yang jadi daripada lahang enau70 atau barang sebagainya adalah suci diatas itlak, iaitu 67 68
69 70
. ﻤﻥ ﺍﺴﺘﻌﺠل ﺸﻴﺄ ﻗﺒل ﺃﻭﺍﻨﻪ ﻋﻭﻗﺏ ﺒﺤﺭﻤﺎﻨﻪ . maknanya : cuka + perahan anggur = khamar. . pada asal “ ”ﻧﺸﻮﺓiaitu permulaan mabuk. . pada asal “ ”ﻻﻫﻊ ﺍﻧﻮdengan nga. wallahu a’lam.
samaada ia jadi cuka dengan sendirinya atau dengan dibubuh suatu ‘ain yang suci kedalamnya, dari kerana lahang enau itu tidak jadi khamar dengan dipermalamkan semalam atau dua malam atau lebih. Bersalahan perahan anggur dan barang yang seumpamanya, kerana lahang yang telah dipermalamkan semalam itu tidak memabukkan dengan sudah tercuba diminum beberapa kali hingga, kalau diminum dengan kadar yang banyak sekalipun sekira-kira jika diminum khamar dengan kadar yang kurang daripada itu nescaya memabukkan. 282. Sungguhya telah terdahulu perkataan bahawa ‘illat najis khamar dan ‘illat haramnya adalah keadaannya memabukkan maka apabila tidak diperolehi yang tersebut itu pada lahang enau yang telah dipermalamkan tidaklah najis ia dan tidak haram. Demikian lagi cuka yang jadi daripadanya, hanya adalah ia suci harus meminumnya dan jika dibubuh suatu ‘ain yang lain kedalamnya maka ianya tidak memudharatkan. 283. Yang kedua daripada ‘ain najis yang jadi suci adalah kulit-kulit bangkai yang selain anjing dan babi dan yang jadi daripada keduanya, iaitu jadi suci zahirnya dan batinnya dengan disamak atau tersamak sendirinya, seperti ia jatuh dengan sendirinya kepada alat tempat menyamak atau dijatuhkan oleh angin, kerana sabda nabi sawm “ﻬﺭ ﻁ ﻁ ﹶ ﺏ ﹶﻓ ﹶﻘ ﹾ ﺎﻹﻫ ِ ﺩﺒﹺ ﹶﻎ ﺍ ” ِﺇﺫﹶﺍartinya apabila disamak kulit bangkai maka sanya jadi sucilah ia. Riwayat Muslim. Demikian lagi kata nabi sawm “ﻪ ﺎﻏﹸﺩﺒ ﻴﻡﹴ ﺭ ﹸﻜلﱢ َﺃﺩ ﻭ ﻬ ” ﻁﹸartinya : menyucikan tiap-tiap kulit bangkai itu oleh menyamaknya. Riwayat Daruqutni. 284. Kata Zarkasyi didalam Khadim : bermula, yang dikehendaki dengan batin itu apa yang batin didalam kulit dan yang dikehendaki dengan zahir itu apa yang nyata kelihatan pada kedua pihak kulit, iaitu pada tempat bulu dan pihak yang bertemu dengan daging. Maka apabila suci zahirnya dan batinnya dengan disamak sahlah sembahyang padanya dan harus menjualnya dan memakainya pada suatu yang basah. Tetapi haram memakannya sekalipun ia daripada haiwan yang dimakan, kerana sudah berpindah ia daripada hakikat makanan kepada hakikat pakaian. 285. Tidak suci bulu kulit itu dengan disamak kerana alat penyamak itu tidak memberi bekas padanya, tetapi dimaafkan yang sedikit daripadanya pada ‘uruf. 286. Bermula, hakikat menyamak itu adalah menanggali sekelian yang menjadikan kulit busuk seperti daging dan darah dan sekelian lendir-lendirnya, dan membasuhnya dengan barang suatu yang tajam rasanya pada lidah seperti tawas dan manjakani dan kulit kayu salam dan barang sebagainya, sekalipun ianya najis seperti tahi merpati dan tahi71 segala binatang hingga hilanglah sekelian yang tersebut itu daripada kulit, sekira-kira jika ia direndam72 kedalam air nescaya tidak kembali kepadanya busuknya. 287. Maka pada ketika itu jadi sucilah ainnya tetapi adalah ia mutanajjis seperti ain kain yang kena najis jua, kerana bertemu dengan alat penyamak yang najis atau yang kena najis dengan kulit itu sebelum suci ainnya. Maka wajib membasuhnya dengan air yang suci lagi menyucikan. 288. Tidak memadai menyamak itu dengan barang yang tidak menanggali yang tersebut itu seperti dilepakan diatasnya tanah atau garam atau dicampurkan kepadanya, sekalipun ia kering dan tidak busuk baunya, kerana sekelian lendirnya tidak hilang kerana jika ia direndam didalam air nescaya kembalilah kepadanya busuknya. Tidak disyaratkan air pada alat penyamak itu diatas kaul yang paling sahih.
71 72
. ﺯﺒل. . selepas tersamaknya atau disamak.
289. Tersebut didalam Tuhfah bahawa berpindah darah kijang jadi kasrturi sama seperti berubah khamar kepada cuka dengan sendirinya. Maka dengan ini adalah ‘ain yang suci itu tiga perkara. 290. Adapun ulat bangkai maka tidaklah ia daripada ‘ain bangkai hanya adalah ia jadi daripada ‘ufunah73 bangkai jua, maka tidaklah ia termasuk pada bilangan yang tersebut itu. Bersalahan meraka yang memasukkanya kepadanya. 291. Fasal pada menyatakan proses menghilangkan najis. Ketahui oleh mu bahawa najis itu diatas tiga bahagi. Pertama : najasah mughallazah iaitu anjing dan babi dan yang jadi daripada keduanya dan sekelian fadhlah keduanya iaitu air liurnya dan peluhnya dan maninya dan air susunya dan tahinya dan kumuhnya dan darahnya dan barang sebagainya daripada apa yang telah terdahulu kenyataannya. Keduanya : najasah mukhaffafah iaitu kumuh kanak-kanak lelaki yang belum memakan makanan selain daripada susu dan belum lalu umurnya daripada dua tahun. Ketiganya : najasah mutawassitah iaitu sekelian najis yang lain daripada dua bahagian yang tersebut itu. 292. Setiap satu daripada tiga bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya : najasah ‘ainiyah iaitu najis yang didapati ‘ainnya dengan pancaindera dan sifatnya iaitu rasanya atau warnanya atau baunya. Kedunya : najasah hukmiah iaitu najis yang tidak didapati dengan pancaindera ‘ainya dan tidak sifatnya seperti kumuh yang kering yang tidak didapati warnanya dan tidak baunya dan rasanya. Maka jadilah perhimpunan segala bahagian najis itu enam bahagian. 293. Bermula, barang yang bernajis dengan najis mughallazah tidak jadi suci melainkan dengan dibasuh tujuh kali satu daripadanya bercampur dengan tanah yang suci menyucikan, samaada najis mughallazah itu ‘ainiyah atau hukmiah, sekalipun pada tempat yang digigit anjing daripada anggota perburuan dan selainnya, kerana sabda nabi sawm “ ﺕ ﺍﻤﺭ ﻊ ﺒ ﺴ ﻪ ﹶﻠ ﹾﻐﺴﻥ ﻴ ﺏ َﺃ ﻪ ﺍ ﹾﻟﻜﹶﻠ ﻴ ﻓ ﹶﻟ ﹶﻎﻡ ِﺇﺫﹶﺍ ﻭ ﹸﻜﺩﺀ َﺃﺤ ﺭ ِﺇﻨﹶﺎ ﻭ ﻬ ﻁﹸ ﺏ ﺍ ﹺ ﺒﹺﺎﻟ ﱡﺘﺭﻫﻥ ﻻ ﻭ ﹶ ”ُﺃ, artinya: penyucian bejana seorang daripada kamu apabila anjing menjilat padanya bahawa dia membasuhnya tujuh kali, yang pertama daripadanya dengan tanah. Riwayat Muslim. Pada riwayat Abu Daud “ ﻌ ﹸﺔ ﺎ ﹺﺒﺍﻟﺴ ﺏ ﺍ ﹺ ”ﺒﹺﺎﻟ ﱡﺘﺭartinya: yang ketujuhnya dengan tanah. Maka ianya berlawanan dengan riwayat Muslim yang tersebut itu maka gugurlah kedua riwayat itu pada pihak menentukan tempat tanah itu, lalu dipadakanlah ujud tanah itu dengan salah satu daripada basuhan yang tujuh samaada ia yang pertama atau yang ketujuh atau selain daripadanya seperti apa yang tersebut pada riwayat Daruqutni “ ﻫﻥ ﺍﺤﺩ ﺍ ﺀ ﺎﻁﺤ ﺒ ﹾ ”ﺒﹺﺎ ﹾﻟartinya : satu daripadanya dengan tanah. 294. Maka dikiaskan dengan anjing itu akan babi dan dikiaskan dengan air liurnya yang terhasil daripada jilatannya akan apa yang selainnya seperti kumuhnya dan peluhnya dan barang sebagainya. 295. Memadailah bilangan tujuh kali itu sekalipun berbilang yang menjilat atau berbilang jilatannya. 296. Bermula, kadar yang wajib daripada tanah itu adalah apa yang mengeruhkan air dan sampai ia dengan wasitahnya kepada sekelian suku-suku tempat yang dibasuh, samaada dicampurkan air dengan tanah dahulu daripada menumpahkannya keatas yang dibasuh yang mana ia yang terutama supaya keluar daripada khilaf atau dicampurkan keduanya selepas menumpahkan salah satu daripada keduanya keatas tempat yang dibasuh. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 297. Maka diketahui daripada yang tersebut itu bahawa air yang sangat keruh dengan tanah, samaada ia pada tanahnya74 atau yang selainnya, memadai 73
. reput- busuk - jamur.
sebagai pembasuh najis mughallazah maka tidaklah berkehendak ia kepada tanah yang lain pula. 298. Tidak memadai selain daripada tanah seperti usynan75 dan sabun, dan tidak memadai tanah yang kena najis dan yang musta’mal dan tidak memadai tanah yang bercampur dengan benda cair yang selain air, tetapi memada lumpur yang basah kerana bahawa ia sejumlah daripada tanah. 299. Bermula, basuh yang menghilangkan ‘ain najis jika banyak bilangannya sekalipun dibilangkan sekali jua. Maka jika tidak hilang ‘ain najis itu melainkan dengan enam kali basuh umpamanya maka ianya dibilangkan sekali basuh jua. Maka hendaklah ditambahi pula enam kali yang mana salah satu daripadanya dengan tanah. 300. Jikalau terpercik suatu daripada basuhan yang pertama daripada basuhanbasuhan najis yang mughallazah sebelum membubuh tanah padanya nescaya wajiblah membasuh barang yang kena percik itu enam kali salah satu daripadanya dengan tanah. Dan jikalau terpercik suatu daripada basuhan yang ketujuh maka tidaklah wajib membasuhnya. 301. Apabila diselamkan barang yang kena najis itu kedalam air yang banyak lagi tenang memadailah menggerakkannya tujuh kali. Maka dibilangkan perginya sekali dan kembalinya sekali. Demikianlah hingga tujuh kali. Jika tidak digerakkannya dalamnya maka ia dibilang sekali jua. 302. Jika air yang banyak itu mengalir dan lalu diatas yang kena najis itu tujuh jaryah76 maka iaitu dibilangkan tujuh kali basuh, sekalipun dia tidak menggerakkannya. Hendaklah ditanahkan air itu pada dua masaalah ini jika ianya jernih. Jika air itu keruh dengan tanah maka iaitu memadai, tidaklah berkehendak kepada tanah pula. 303. Kalau seorang makan atau minum najis mughallazah kemudian maka dia berak atau kumuh nescaya tidaklah wajib atasnya membasuh duburnya atau kubulnya tujuh kali, hanya wajib atasnya membasuhnya seperti membasuh najis yang lain, dan memadainya istinja dengan batu. Melainkan jika ia keluar dalam keadaan tidak berubah maka wajiblah dia membasuhnya tujuh kali serta dengan tanah. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah maka tidak wajib dia membasuhnya tujuh kali sekalipun ia keluar dalam keadaan tidak erubah. 304. Jikalau anjing menjilat kedalam bejana yang berisi air yang banyak dan tidak kurang air itu sebab jilatannya daripada dua kolah nescaya tidaklah ia menajiskan air itu dan tidak menajiskan bejananya kerana bahawa banyak air itu menegah bejananya daripada terkena najis. Bersalahan jika ia menjilat dalam bejana yang ada didalamnya air yang sedikit kemudian maka ditambahi air itu dengan air lain maka sampailah ia dua kolah, sucilah air itu dan tidak suci bejananya, melainkan dengan basuh tujuh kali beserta dengan tanah. 305. Jikalau tanah terkena najis mughallazhah memada membasuhnya tujujh kali dengan air jua tidak perlu kepada mentanahkannya kerana tidak ada makna pada mentanahkan tanah. Tetapi jika terpercik suatu daripada tanah yang dibasuh itu sebelum genap tujuh kali maka terkena kain umpamanya nescaya disyaratkan pada membasuh kain itu bahawa ia ditanahkan. 306. Bermula, barang yang kena najis dengan najis mukhaffafah maka tidak disyaratkan membasuhnya hanya memada dengan memercikkan air diatasnya 74 75 76
. pada asal “samaada ia dari tanah”. . Garam abu. . perlarian air - arus.
dengan sekira-kira lebih banyak air daripadanya sekalipun ia tidak mengalir samaada najis itu ‘ainiyah atau hukmiah. 307. Sungguhnya telah terdahulu perkataan bahawa najasah mukhaffafah itu adalah kumuh kanak-kanak lelaki yang belum memakan makanan yang selain susu dan belum lalu umurnya daripada dua tahun. Adapun kumuh kanak-kanak perempuan dan khunsa dan kumuh kanak-kanak lelaki yang sudah memakan makanan yang selain susu atau yang telah lalu umurnya daripada dua tahun maka ianya najis mutawasitah, wajiblah membasuhnya. Maka tidak memada mempercikkan air keatasnya. Lagi akan datang kenyataanya. 308. Bermula, asal pada yang demikian itu adalah perbuatan nabi sawm dan sabdanya. Adapun perbuatannya maka iaitu diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ummu Qais bahawa adalah dia membawa seorang anak lelakinya yang kecil yang belum makan selain daripada susu kepada rasulullah, maka rasulullah mendudukkannya pada asuhannya77 yang mulia, maka anak itu berkumuh diatasnya, maka rasulullah meminta air lalu dipersembahkan air kepadanya lalu rasulullah memercikkan air itu keatas kumuhnya. 309. Adapun sabdanya maka iaitu yang diriwayatkan oleh Turmizi “ ل ِ ﻭ ﺒ ﻥ ﻤ ُﺴل ﻴ ﹾﻐ ﻼﻡﹺ ل ﺍ ﹾﻟ ﹸﻐ ﹶ ِ ﻭ ﺒ ﻥ ﻤ ﺵ ﺭ ﱡ ﻴ ﻭ ﺔ ﻴ ﺎ ﹺﺭ ”ﺍ ﹾﻟﺠartinya : dibasuh daripada kumuh kanak-kanak perempuan dan dipercikkan dengan air daripada kumuh kanak-kanak lelaki. 310. Adapun perbezaan diantara kumuh kanak-kanak lelaki dan kumuh kanakkanak perempuan dan khunsa maka bahawa jinak dengan menanggung kanakkanak lelaki adalah lebih maka diringankanlah pada kumuhnya, dan lagi kumuh kanak-kanak lelaki kurang lekatnya pada tempat yang dikenainya daripada kumuh kanak-kanak perempuan dan khunsa. 311. Syahadan. Adalah zahir hadith yang tersebut itu dan zahir itlak fuqaha’ bahawa memada memercikkan air keatas kumuh kanak-kanak lelaki sekalipun tidak hilang rasanya dan warnanya dan baunya. Inilah yang paling menasabah dengan rukhsah syara’. Yang diktikmadkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Tuhfah dan Nihayah bahawa tidak dapat tidak pada memercikkan air keatas kumuhnya daripada menghilangkan sekelian sifatnya sama seperti hukum menyucikan najis mughallazah dan najis mutawassitah jua. 312. Bermula, barang yang kena najis dengan najis mutawassitah hendaklah ditilik ; jika najis itu hukmiah seperti tidak terdapat padanya warnanya dan tidak baunya dan tidak rasanya maka wajib membasuhnya dan tidak memadai mempercikkan air keatasnya tetapi memada pada membasuhnya mencucurkan air keatasnya dengan sekali jua kerana tidak ada ain dan sifat untuk dihilangkan, samaada dengan perbuatan orang atau tidak, seperti terjirus ia dengan air hujan. 313. Jikalau dijirus pisau yang hangat dengan air najis atau dicelupkan ia kedalamnya atau direndam biji-bijian didalam kumuh atau dimasak daging dengan kumuh kemudian kering sekelian itu dan tidak ada padanya sifat najis, maka memadalah membasuhnya mencucurkan air keatas zahirnya dengan sekali jua dan sucilah dengan jirusan itu batinnya. Maka tidak perlu kepada menghangatkan pisau itu pula dan menjiruskan air yang suci menyucikan keatasnya pada ketika hangatnya, dan tidak perlu kepada merendam bijian itu dengan air yang suci menyucikan dan tidak perlu kepada memasak daging itu pula dengan air yang suci menyucikan dan tidak perlu memerahnya. 314. Bersalahan dengan bata yang direndam didalam air najis, maka disyaratkan pada membasuhnya bahawa direndam ia didalam air sekira-kira
77
. ribaan.
dizankan sampainya kepada sekelian apa yang sampai air yang pertama itu kepadanya. 315. Demikian lagi jika diuli bata dengan najis yang cair kemudian maka dibakar. Maka tidak suci batinnya dengan basuh melainkan apabila ditumbuk lumat-lumat hingga ia menjadi tanah atau direndam ia didalam air hingga sampailah air itu kepada sekelian batinnya. Maka ianya bersalahan dengan sekelian yang tersebut dahulu itu. Tetapi dimaafkan umpama periuk yang telah diuli tanahnya dengan air najis jika tidak diperolehi air yang suci. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 316. Jika najis mutawassiah itu berbentuk ‘ain maka wajib kemudian daripada hilang ‘ainnya menghilangkan rasanya dan baunya dan warnanya seperti hukum menghilangkan najis mughallazah atau najis mukhaffafah yang berbentuk ain jua. Tetapi jika kekal warnanya atau baunya kerana sukar menghilangkannya seperti warna darah atau bau khamar dengan sekira-kira tidak hilang ia dengan mubalaghah pada menghilangkannya dengan dikikis dengan kayu atau dengan kuku umpamanya maka iaitu tidak mengapa hanya suci jua tempatnya yang dibasuh, sekalipun ia daripada najis mughallazah dengan muafakat syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah. Bersalahan kata syeikh Zurkasy didalam Khadim. 317. Jika kekal warnanya dan baunya pada satu tempat maka tidaklah suci tempat itu sekalipun sukar menghilangkannya kerana kuat dilalah keduanya diatas kekal ‘ain najis itu. Demikian lagi tidak suci tempat itu kalau kekal rasanya, sekalipun sukar menghilangkannya kerana kekal rasanya itu menunjukkan kekal ainnya. 318. Kata syeikh Ardabili didalam Anwar : jikalau tidak hilang rasa najis melainkan dengan dipotong tempat yang kena najis itu maka dimaafkan daripadanya. Maka dirupakan masaalah ini pada keadaan apabila berdarah gusi seorang atau kena najis mulutnya dengan najis yang lain. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : harus merasa najis pada tempat yang dibasuh apabila ghalib atas zannya hilang rasanya kerana hajat. 319. Apabila dizankan suci tempat yang dibasuh tidak wajib mencium bau najis hanya sunat jua. Maka diketahui daripada yang demikian itu jikalau tidak ada bagi seorang pencium atau penglihat tidaklah wajib atasnya mencari orang lain pada menciumkan bau najis atau melihat ‘ainnya dan warnanya kerana dipadakan dengan ghalib zannya akan hilang ‘ainnya dan sifatnya. 320. Jikalau tidak hilang sifat najis melainkan dengan usynan atau sabun atau dikikis dengan kayu atau dengan kuku wajiblah dia menghilangkannya dengan yang demikian itu. Jika hilang sifat najis dengan selain demikian itu maka sunat dia baginya menghilangkannya dengan demikian itu. Tetapi tidak wajib atasnya menghilangkannya dengan umpama sabun melainkan apabila ia diperolehi dengan harga seumpama pada hal adalah ia lebih daripada keperluan yang diambilkira pada tayammum. 321. Disyaratkan pada menyucikan tempat yang kena najis dengan air yang sedikit bahawa hendaklah air itu didatangkan keatas tempat itu, seperti dicucurkan ia keatasnya, dari kerana jika di’akaskan seperti didatangkan tempat yang kena najis itu kedalam air yang sedikit nescaya jadi najislah air itu dengan semata-mata bertemu denganya. 322. Bermula, perbezaan diantaranya dan diantara ‘akasnya bahawa air yang mendatang keatas tempat yang kena najis itu lebih kuat daripada air yang didatangkan tempat yang kena najis kepadanya. 323. Tidak disyaratkan memerah tempat yang dibasuh pada yang dapat diperah, tetapi yang demikian itu sunat jua supaya keluar daripada khilaf mereka yang
mewajibkannya. Tidak ada beaza pada air yang mendatang atas tempat yang kena najis itu bahawa adalah ia datang dari atas atau ia datang dari bawah. Maka jika mulut seorang terkena najis memadailah mengambil air dengan tangannya sekalipun tidak ditinggikan tangannya diatas mulutnya. 324. Wajib atasnya membasuh sekelian apa yang pada had zahir mulutnya dengan mubalaghah pada berkumur-kumur maka tidak harus dia menelan suatu daripada air liurnya selama belum suci ia daripadanya. 325. Jikalau terkena najis batin bejana dengan najis yang cair janganlah ditumpahkan air kedalamnya tatkala membasuhnya melainkan selepas daripada dihilangkan ain najis itu. Maka apabila hilanglah ainnya barulah ditumpahkan air kedalamnya serta diedarkan air itu pada sekelian pihak batinnya. Maka sucilah bejana itu. 326. Bermula, air pembasuh yang sedikit yang sudah terpakai pada membasuh tempat yang kena najis yang bercerai daripada tempat itu adalah suci dengan tiga syarat. Pertamanya : bahawa tidak berubah rasanya atau baunya atau warnanya. Syarat yang kedua : bahawa timbangannya tidak lebih daripada timbangan mulanya, selepas daripada dikira apa yang diserap oleh tempat yang dibasuh dan yang keluar daripadanya daripada daki-daki yang suci. Syarat ketika: bahawa tempat yang dibasuh itu menjadi suci, seperti tidak tinggal padanya rasa najis dan tidak tinggal warnanya atau baunya yang mudah dihilangkan. 327. Adapun jika berubah salah satu daripada sifat-sifatnya yang tersebut itu atau bertambah timbangannya atau tidak suci tempat yang dibasuh itu maka air itu tidak suci kerana bahawa air yang tinggal pada tempat itu adalah sebahagian daripada air yang tercerai daripadanya, maka lazim daripada suci tempat itu bahawa suci air yang bercerai daripadanya tetapi tidak menyucikan kerana ia telah dipakai pada menghilangkan najis. Dan lazim daripada najis tempat itu bahawa najis air yang terecerai daripadanya. Inilah sekeliannya jika ada air pembasuh itu sedikit. 328. Adapun jika ianya banyak maka ianya suci jika tidak berubah, sekalipun tidak suci tempat yang dibasuhnya. 329. Syahadan. Cenderong sekumpulan fuqaha’ mutakhir kepada memaafkan air pembasuh yang bertambah timbangannya. Kata mereka itu : kerana bahawa tatkala tidak bertambah timbangannya adalah najis itu berada pada air dan tempat atau pada salah satu daripada keduanya, tetapi syara’ telah menggugurkan kebilangannya78 maka tidaklah berbeza hal air itu diantara bertambah timbangannya dan diantara tidak bertambah. Demikian itu ditolak oleh jumhur fuqaha’ dengan bahawa apabila tidak diperoleh pertambahan timbangan pada air pembasuh itu adalah air itu mengerasi najis dan menghilangkannya hingga adalah najis itu seolah-olah tidak ujud, dan tidak seperti demikian itu serta ada diperoleh pertambahan timbangannya. 330. Adapun air yang sudah terpakai pada basuhan yang sunat seperti basuhan yang kedua dan yang ketiga maka iaitu suci menyucikan jua. 331. Air yang sudah terpakai pada membasuh najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit maka ianya tidak suci. Maka sayugia siapa yang hendak membasuh umpama kain yang kena najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit bahawa janganlah dicucurkan air yang sedikit keatasnya didalam bejana, melainkan selepas daripada menghilangkan ‘ain najis itu darinya, kerana jika diletakkan kain yang kena najis itu didalam bejana dan dicucurkan air yang sedikit keatasnya sebelum dihilangkan ainnya nescaya jadi najislah air itu dengannya kemudian daripada tetapnya didalam bejana itu. Maka tidaklah suci kain itu 78
. iaitu syara’ telah tidak mengira keujudannya.
melainkan apabila ia dikeluarkan dari bejana itu dan dicucurkan air yang lain keatasnya. Adalah kebanyakkan orang lalai daripada seumpama masaalah ini. 332. Bermula, barang yang dicelup dengan umpama nila yang kena najis atau nila yang najis menjadi suci dengan dibasuh dengan syarat jika keluar nilanya dengan dibasuh sekalipun kekal warnanya. Seperti demikian itulah hukum barang yang diinai dengan inai yang kena najis atau inai yang najis. 333. Jikalau ditumpahkan air diatas bumi yang kena najis dengan kumuh atau khamar dan jika ada padanya ainnya, sekira-kira air meliputinya maka bumi itu suci jika tidak ada padanya ain kumuh atau ain khamar itu. Jika ada padanya ainnya maka ia tidak suci melainkan dengan menumpahkan air keatasnya pula selepas menghilangkan ‘ainya. 334. Jikalau tercampur sekelian suku-suku bata dengan najis yang beku seperti tahi tidaklah ia suci dengan dibasuh, sekalipun ia dibakar kemudiannya. Bersalahan jika ia bercampur dengan najis yang cair seperti kumuh maka suci zahirnya dengan dibasuh. Demikian lagi suci batinnya dengan direndam didalam air, sekalipun ia sudah dibakar, jika sampai air itu kepada batinnya atau ia ditumbuk lumat sekira-kira ia menjadi tanah. 335. Jika raksa terkena najis maka ianya suci dengan dibasuh jika tidak putusputus suku-sukunya selepas daripada kena najis dan sebelum daripada membasuhnya. Jika ia terputus-putus pada ketika itu maka tidaklah ia suci dengan dibasuh. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. 336. Tersebut didalam Tuhfah dinakalkan daripada fatwa setengah fuqaha’ bahawa kalau mushaf terkena najis dengan najis yang tidak dimaafkan wajib membasuhnya sekalipun ia membawa kepada binasanya dan adalah mushaf itu milik anak yakim. Tertentulah mentakdirkan yang demikian itu pada keadaan apabila tersentuh ajis itu dengan suatu daripada Quran. Bersalahan apabila kena najis umpama kulitnya atau halamannya maka tidaklah wajib yang demikian itu. 337. Syahadan. Apabila suci tempat yang dibasuh daripada najis maka sunat menigai basuhannya seperti dibasuh pula dua kali lagi. Inilah pada membasuh najis yang mutawasitah dan mukhaffafah. Adapun najis mughallazah maka tidak sunat meningai basuh tujuh kali kerana pekerjaan yang sudah dibesarkan oleh syara’ dengan mubalaghah tidak ditambah pula diatasnya pada membesarkannya. Inilah yang tersebut didalam Nihayah. Bersalahan yang tersebut didalam Tuhfah, maka bahawa sunat menigai basuhan najis mughallazah sama seperti najis mutawassitah dan yang mukhaffafah jua. 338. Tidak disyaratkan niat pada menghilangkan najis. 339. Wajib menghilangkan najis dengan segera jika seorang itu derhaka dengan sebab najis itu. Jika dia tidak derhaka dengannya maka tidak wajib segera, hanya adalah ianya sunat jua. Melainkan tatkala hendak sembahyang dan barang sebagainya. Adapun orang yang derhaka dengan sebab janabah maka tidaklah wajib atasnya bersegera mandi daripada janabah itu. 340. Adapun benda-benda yang cair selain air seperti minyak atau susu atau cuka atau barang sebagainya apabila terkena najis maka sukarlah menyucikannya. Bersalahan benda yang beku kerana adalah nabi sawm pernah ditanya oleh sahabatnya tentang tikus yang mati didalam minyak sapi maka sabdanya “ﺎﻭﻫ ﻴ ﹸﻘ ﺔ ﹶﻓَﺄ ﹺﺭ ﻴ ﺍﻲ ﹺﺭﻭﻭﻓ – ﺎﻭﻫ ﺒ ﺭ ﻼ ﹶﺘ ﹾﻘ ﺎ ﹶﻓ ﹶﺎ ِﺌﻌﻥ ﻤ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻭِﺇ ﺎﻭﹶﻟﻬ ﺤ ﺎﻭﻤ ﺎﻭﻫ ﺍ ﹶﻓَﺄ ﹾﻟ ﹸﻘﻤﺩ ﺎﻥ ﺠ ﻥ ﻜﹶﺎ ” ِﺇartinya: jika minyak sapi itu beku maka buangkan bangkai tikus itu dan apa yang disekelilingnya dan jika ianya cair maka janganlah kamu hampirinya. Pada satu riwayat : maka hendaklah kamu tumpahkannya. Maka nyatalah daripada sabda nabi sawm ini bahawa apabila sebarang benda cair terkena najis tidaklah dapat menyucikannya, dari kerana jika dapat menyucikannya pada syara’ nescaya
tidaklah nabi sawm suruh menumpahkannya kerana pada menumpahkannya itu membuang harta yang mana ia ditegah daripadanya. 341. Fasal. Pada menyatakan hukum kadha hajat dan istinja’. Bermula, sunat bagi orang yang hendak kadha hajat besar atau kecil mendulukan kaki kiri tatkala masuk kepada tempat kadha hajat dan mendulukan kaki kanan tatkala keluar daripadanya, sekalipun seorang itu kadha hajat dipadang atau barang sebagainya daripada tempat yang tidak disediakan untuk kadha hajat. 342. Demikian lagi sunat bagi orang yang tidak mahu kadha hajat mendulukan kaki kiri tatkala masuk pada segala tempat yang hina seperti tandas dan seperti pekan dan tempat orang mengambil cukai dan barang sebagainya daripada tiaptiap tempat maksiat. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah: setengah daripada tempat maksiat itu tempat kemasan bertempa 79. Dan mendulukan kanan tatkala keluar daripadanya. Maka yang demikian itu bersalahan dengan hukum masuk kedalam masjid dan tiap-tiap tempat yang mulia, maka sunat mendulukan kaki kanan tattkala masuk kepadanya dan mendulukan kaki kiri tatkala keluar daripadanya. 343. Jikalau seorang keluar dari tempat yang hina kepada tempat hina yang berhampiran dengannya maka sunat baginya mendulukan kaki kiri seperti masuknya. Demikian lagi kalau seorang keluar dari satu masjid kepada satu masjid yang berhubung dengannya maka sunat baginya mendulukan kaki kanan seperti masuknya pada permulaan. Tetapi jika seorang masuk kedalam ka’bah maka sunat baginya mendulukan kaki kanan kerana menilik kepada kemuliaan ka’bah, demikian lagi sunat baginya mendulukan kaki kanan tatkala keluar daripadanya kerana menilik kepada kemuliaan Masjid Haram. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. 344. Demikaian lagi sunat orang yang kadha hajat bahawa dia tidak membawa kepada tempat kadha hajat akan mushaf dan barang yang tersurat diatasnya nama Allah atau nama nabi atau nama malaikat, kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa adalah nabi sawm apabila masuk kepada tempat kadha hajat menanggalkan cincin yang tersurat diatasnya “Muhammad Rasulullah”. 345. Adapun hukum membawa mushaf atau barang sebagainya daripada barang yang tersebut itu kepada tempat kadha hajat maka iaitu makruh jua tidak haram, melainkan jika dia takutkan ia terkena najis. Inilah yang dinakalkan lagi yang muktamad yang tersebut didalam Raudhah danTuhfah dan Nihayah. Bersalahan bahasan syeikh Azrai’e katanya : haram memasukkan mushaf kepada tempat kadha hajat dengan tidak dharurat kerana membesarkan dan memuliakan mushaf. Maka yang demikian itu menyalahi yang dinakalkan. 346. Jika seorang membawa kepada tempat kadha hajat akan apa yang tersurat diatasnya nama Allah taala dengan lupa maka sunat baginya meghaibkannya tatkala dia ingatkannya seperti dimasukkannya kedalam mulutnya atau kedalam tapak tangannya80 atau dipisahkannya81 daripada badannya. 347. Jikalau ada pada tangan kirinya cincin yang tersurat diatasnya nama Allah atau barang sebagainya wajib diatasnya menanggalkannya pada ketika istinja kerana haram menyentuhkannya kepada najis. 348. Demikian lagi sunat bagi orang yang kadha hajat bahawa dia berkuat diatas kakinya yang kiri pada duduknya pada hal dia mendirikan kakinya yang kanan, seperti bahawa diletakkannya sekelian anak jari kakinya yang kanan pada tempat 79
. iaitu tempat tukang emas bekerja menempa.
80
. iaitu genggam.
81
. Pada asal “ – ”ﺩﻴﻴﻬﻜﻨﻥ ﺍﻜﻨﺩﻱ ﺩﺭﻓﺩ ﺒﺩﻨﻥdengan ditenyehkan, dilekapkan pada badannya. Wallahu a’lam.
kadha hajat dan diangkatkannya yang tinggal daripadanya82 kerana memuliakan kaki kanan, dan lagi pula supaya memudahkan barang yang keluar daripada duburnya atau kubulnya. Jikalau dia kadha hajat serta berdiri maka hendaklah direnggangkan kedua kakinya dan berkuat ditas keduanya. 349. Demikian lagi sunat bagi orang yang kadha hajat bahawa jangan dia mengadap kiblat dan jangan dia membelakanginya apabila dia mengkadha hajat pada tempat yang tidak disediakan untuk kadha hajat lagi pula diantaranya dan diantara kiblat ada dinding yang kebilangan iaitu yang tingginya dua pertiga hasta atau lebih dan jauh dinding itu daripadanya tiga hasta atau kurang dengan hasta manusia, sekalipun dinding itu tidak lebar, kerana jika dia mengadap kiblat atau membelakanginya dalam keadaan yang demikian itu maka ianya khilaful aula. Kata setengah : makruh. 350. Haram diatasnya mengadap kiblat dan membelakanginya pada tempat yang tidak disediakan untuk kadaha hajat jika tidak ada dinding diantaranya dan diantara kiblat, atau ada dinding tetapi tidak kebilangan kerana kurang tingginya daripada dua pertiga hasta atau jauh daripadanya lebihdari tiga hasta, kerana tersebut didalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim bahawa adalah nabi sawm menegah daripada mengadap kiblat dan membelakanginya tatkala kadha hajat besar dan kecil. 351. Adapun kadha hajat pada tempat yang disediakan untuk kadha hajat maka tidaklah haram mengadap kiblat dan membelakanginya, dan tidak makruh dan tidak khilaful aula. Tidak makruh mengadap dan membelakanginya ketika istinja dan jimak dan kentut dan buang darah. Walaubagaimanapun makruh mengadap Baitulmuqaddas dan membelakanginya ketika kadha hajat. 352. Demikian lagi makruh mengadap buan dan bintang tatkala kadha hajat pada malam dan tidak makruh membelakanginya. 353. Sunat bagi orang yang kadha hajat dipadang atau barang sebagainya bahawa dia menjauhi orang ramai kepada tempat yang sunyi sekira-kira tidak kedengaran oleh mereka itu bunyi barang yang keluar daripadanya dan tidak keciuman oleh mereka bau yang keluar daripadanya. 354. Demikian lagi sunat baginya menutup dirinya daripada penglihatan mata manusia. Hasillah tutupan disini dengan suatu yang lebar, tingginya dua pertiga hasta atau lebih jika dia kadha hajat duduk. Jika dia berdiri hendaklah ada tingginya hingga berbetulan pusatnya dan jauh diantaranya dan diantara tutupan itu tiga hasta atau kurang, sekalipun dengan mengeluarkan kaki bajunya. Tetapi tempat sunat menutup dirinya itu jika tidak ada hadhir orang yang melihat auratnya daripada mereka yang tidak halal meniliknya. Adapun jika ada hadhir mereka itu maka menutup dirinya daripada penglihatan mereka itu wajib bukan sunat kerana haram membukakan aurat dihadapan mereka itu. 355. Demikian lagi sunat bagi orang yang kadha hajat bahawa jangan dia berkata-kata tatkala kadha hajat iaitu ketika keluar suatu daripada kubulnya atau duburnya, sekalipun berkata-kata dengan selain zikir atau menjawab salam orang, kerana ditegah daripada berkata-kata ketika kadha hajat besar kerana berkata-kata ketika itu makruh, melainkan kerana dharurat seperti mengkhabarkan dan memberi amaran kepada83 orang yang buta. Maka jika dia bersin ketika itu maka hendaklah dia mengucap alhamdulillah dengan hartinya jua, jangan dia menggerakkan lidahnya seperti halnya didalam jimak. 356. Adapun berkata-kata tidak pada ketika keluar suatu daripada kubulnya atau duburnya maka tidak makruh melainkan dengan zikir atau Quran, maka ianya 82
83
. iaitu direnggankan dari tempat kadha hajat itu baki kakinya iaitu tapak kakinya. . Pada asal “mengingatkan”.
makruh. Kata setengah ulamak : haram berkata-kata dengan Quran. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Mughni dan Nihayah. 357. Demikian lagi sunat baginya bahawa jangan dia kadha hajat pada air tenang miliknya atau yang mubah yang tidak disabilkan dan tidak diwakafkan, samaada ia banyak atau sedikit, kerana hadith yang sahih bahawa nabi sawm menegah daripada kadha hajat pada air yang tenang. Mka jika dia kadha hajat pada air tenang maka iaitu makruh jua. Itupun jika tidak ada air itu luas sekira-kira tidak benci nafsu manusia meminumnya. Adapun jika ianya luas seperti demikian itu maka tidak makruh kadha hajat padanya dan tidak khilaful aula. Adapun jika air yang tenang itu disabilkan atau diwakafkan atau milik orang lain maka haramlah kadha hajat padanya. 358. Demikian lagi haram kadha hajat pada air yang tenang yang sedikit yang dia berdiri didalamnya kerana haram diatasnya menajiskan badannya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. Kata syeikh Ibnu Qasim : begitu juga haram kadha hajat pada air tenang yang banyak yang dia berdiri didalamnya jika ghalib pada zannya bahawa air itu berubah dengan najis yang keluar daripadanya, kerana ‘illat yang tersebut itu. 359. Adapun air yang mengalir jika ianya sedikit maka makruh kadha hajat padanya kerana kuatnya. Makruh kadha hajat pada air pada malam hari diatas itlak, iaitu samaada air itu tenang atau mengalir dan samaada ia banyak atau sedikit, sama seperti makruh mandi padanya pada malam hari, kerana apa yang telah diriwayatkan bahawa air pada malam adalah tempat bagi jin. 360. Demikian lagi sunat baginya bahawa jangan dia kadha hajat pada lubang tanah yang tidak dibuat untuk tempat kadha hajat padanya. Maka ianya makruh kerana sah tegahan daripadanya kerana bahawa ia tempat kediaman jin, dan lagi pula terkadang ada didalamnya haiwan yang dhaif maka kesakitanlah ia dengannya atau ada didalamnya haiwan yang kuat maka ia menyakitinya. Jika ghalib diatas zannya bahawa ada didalam lubang itu haiwan yang dihormati yang kesakitan ia dengannya atau binasa haramlah kadha hajat padanya. 361. Demikian lagi sunat baginya bahawa dia tidak kadha hajat kecil mengadap mata angin pada ketika ia bertiup, hanya hendaklah dia membelakanginya pada kadha hajat kecil dan mengadapnya pada kadha hajat besar jika ada najis yang keluar itu cair, supaya tidak mengenainya percikkan najis. Maka jika disalahinya akan yang demikian itu maka iaitu makruh jua. Tetapi tidak makruh membelakangi mata angin pada kadha hajat besar jika ada najis yang keluar itu tidak cair. Inilah yang tersebut didalam Nihayah. 362. Tersebut didalam Tuhah dan Mughni : makruh kadha hajat mengadap arah mata angin pada masa yang ghalib ia bertiup, sekalipun tidak pada ketika ia bertiup, kerana terkadang ia bertiup pada ketika kadha hajat kecil maka mengenainya suatu daripada percikan najis itu. 363. Demikian lagi sunat baginya bahawa jangan dia kadha hajat pada tempat perhimpunan manusia berbual dan pada tempat perhimpunan mereka bernaung pada musim panas dan pada tempat perhimpunan mereka berjemur pada musim dingin kerana bahawa makruh kadha hajat pada tempat yang tersebut itu melainkan jika ianya tempat mereka itu berbuat maksiat. Maka tidaklah makruh kadha hajat padanya. 364. Demikian lagi sunat baginya bahawa jangan dia kadha hajat pada jalan manusia kerana bahawa kadha hajat pada jalan itu makruh. Kata setengah ulamak : haram kadha hajat besar pada jalan kerana sah tegahan nabi sawm daripada kadha hajat besar pada jalan sebab ia mendatangkan sumpah orang keatasnya pada ghalibnya.
365. Demikian lagi sunat baginya bahawa jangan dia kadha hajat dibawah pohon kayu yang berbuah yang dimakan buahnya atau dicium atau barang sebagainya supaya tidak kena najis buahnya maka jadi bencilah nafsu daripada memakannya atau memakainya, samaada kadha hajat pada ketika ia berbuah atau tidak, dan samaada kadha hajat besar atau kecil, maka ianya makruh jua. Tetapi karahah pada kadha hajat kecil lebih ringan dari karahah pada kadha hajat besar. Kata setengah ulamak : karahah kadha hajat besar lebih ringan daripada karahah pada kadha hajat kecil. Dihimpunkan oleh syeikh Ibnu Hajar dua kaul ini didalam Tuhfah dengan katanya : karahah pada berak lebih ringan pada pihak ianya dapat dilihat lalu ia dijauhi atau disucikan daripadanya, dan karahah pada kencing lebih ringan pada pihak berhadap manusia pada ghalibnya diatas memakan apa yang disucikan daripadanya, bersalahan dengan berak. 366. Demikian lagi sunat bagi orang yang kadha hajat bahawa jangan dia berkumuh pada tempat keras supaya tidak kena percikkan najis, dan jangan beristinja dengan air pada tempat kadha hajat yang tidak disediakan untuk kadha hajat atau pada tempat yang disediakan untuknya tetapi naik dari dalam tempat itu angin yang berhembus, hanya hendaklah dia berpindah daripada tempat kadha hajat itu supaya tidak mengenainya percikkan najis, kerana jika dia beristinja dengan air dengan tidak berpindah daripada tempat itu maka makruh jua kerana takut daripada kena percikkan najis. Diambil daripada ‘illat yang tersebut itu bahawa tidak makruh istinja dengan air pada tempat kadha hajat yang tidak disediakan untuk kadha hajat jika terpelihara daripada terkena percikkan najis, sepertimana tidak makruh istinja dengan batu pada tempat itu. 367. Sunat bagi yang istinja dengan batu bahawa jangan dia berpindah dari tempat kadha hajatnya. Terkadang wajib atasnya demikian itu jika dia takut dengan sebab berpindah melampaui najis daripada sahfah duburnya kepada tempat yang lain sedang tidak ada padanya air yang mencukupi untuk menghilangkan najis itu dan hadath pada hal waktu pun sudah masuk, kerana tidak memada batu untuk istinjak daripada najis itu. 368. Demikian lagi sunat bagi orang yang kadha hajat bahawa dia istibra’ daripada kumuh dan begitu juga daripada tahi kemudian daripada putusnya jika dia takutkan kembali keluar suatu daripadanya. Istibra’ adalah menghabishabiskan keluar najis dengan berdehem atau dengan berjalan berulang-ulang atau dengan mengurut-ngurut zakarnya dengan perlahan-lahan supaya tidak melemahkannya, dan dengan perempuan menghantarkan kaki kirinya kepada ariarinya, dan dengan menyapu lelaki dan perempuan akan tempat perhimpunan sekelian urat dengan tangannya atau barang sebagainya daripada apa yang telah diadatkan pada mengeluarkan yang tinggal daripada najis supaya tidak keluar suatu daripadanya kemudiannya. 369. Janganlah dia mubalaghah pada mengerjakan perintah yang tersebut itu kerana mubalaghah pada yang demikian itu mendatangkan waswas dan mudharat. Makruh bagi yang tidak salisil baul menyumpal84 zakarnya. Makruh berdiri sebelum istinja bagi yang hendak istibara’ sambil duduk. 370. Sunat tatkala dia sampai kepada tempat kadha hajat atau kepada pintunya membaca “ﺙ ﺎ ِﺌﺨﺒ ﺍ ﹾﻟ ﹶ ﻭﺙﺨﺒ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﹶ ﻤ ﻙ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﻲ َﺃ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ﷲ ﺍﻟﻠﱠ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒsekalipun dia masuk kerana tujuan yang lain daripada kadha hajat. Kalau dia lupa membacanya hingga dia masuk kedalamnya maka hendaklah dibaca yang demikian itu dengan hatinya jua. 371. Sunat tatkala berpaling daripada tempat kadha hajat membaca “ ﺩ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟ.ﺍ ﹶﻨﻙﻏ ﹾﻔﺭ ﹸ ﻲ ﻨ ﺎﻓﹶﺎﻭﻋ ﻷﺫﹶﻯ َﻲﺍ ﻋ ﱢﻨ ﺏﻯ َﺃ ﹾﺫﻫﻪ ﺍﱠﻟﺫ ”ِﻟﱠﻠ. 84
. Sumpal – sumpel iaitu menyumbat.
372. Demikian lagi sunat baginya memakai dua selipar dan menutup kepala. 373. Dan lagi sunat baginya bahawa jangan dia memandang kelangit, dan jangan dia memandang farajnya, dan jangan dia memandang kepada cemar yang keluar daripadanya dan jangan dia bermain-main dengan tangannya dan jangan dia berpaling kekanan dan kekiri, dan jangan dia bersuka-suka kerana sekelian yang demikian itu tidak layak dengan halnya, dan jangan dia melamakan duduknya kerana bahawa yang demikian itu mendatangkan penyakit buasir dan jangan dia mengangkatkan kainnya dengan sekali angkat dengan sehabishabisnya hanya hendaklah diangkatkannya sedikit-sedikit jua hingga hampirlah duduknya kepada tempat kadha hajat itu maka habislah diangkatnya pada ketika itu kerana memelihara diatas menutup aurat barang sedapatnya tetapi jika dia takutkan kainnya terkena najis maka hendaklah dibukanya sekadar hajatnya. Harus dia membukanya dengan sekali buka pada tempat sunyi. 374. Demikian lagi sunat baginya tatkala dia hendak berdiri bahawa dia turunkan kainnya dengan sedikit sebelum daripada dia berdiri. 375. Syahadan. Haram kadha hajat didalam masjid sekalipun didalam bejana kerana masjid itu tidak patut sebagai tempat kadha hajat. Bersalahan berbuang darah didalam masjid pada bejana kerana najis darah itu lebih ringan daripada tahi dan kumuh. Maka dari kerana inilah dimaafkan daripada yang sedikit daripada darah dan yang banyaknya dengan syarat-syaratnya. 376. Haram kadha haja diatas kubur yang dihormati dan diatas makanan sekalipun makanan jin seperti tulang, dan diatas barang yang tersurat diatsnya Quran atau nama yang diperbesarkan seperti nama Allah atau nama nabi atau nama malaikat. 377. Haram kadha hajat pada tempat nusuk yang picik seperti jamrah dan tempat sai’e dan Safa dan Marwah. Bersalahan tempat nusuk yang luas seperti Arafah dan Muzdalifah dan Mina. Maka tidak haram kadha hajat padanya. 378. Haram kadha hajat pada tempat yang hampir dengan kubur nabi dan pada antara segala kubur yang digali kerana bercampur tanahnya dengan suku-suku mayat. 379. Makruh kadha hajat pada tempat yang hampir dengan kubur yang dihormati, dan sangat makruh kadha hajat pada tempat yang hampir dengan kubur wali atau ‘alim atau syahid. Makruh kadha hajat berdiri melainkan kerana uzur. 380. Fasal pada menyatakan istinja’. Ketahui oleh mu arti istinja’ pada istilah syara’ adalah menghilangkan ain najis dan kesannya daripada kubul atau dubur dengan air atau menghilangkan ‘ainnya daripada keduanya dengan batu dan barang yang pada makna batu. 381. Bermula, istinja’ daripada tiap-tiap najis yang basah yang keluar daripada dubur atau kubul adalah wajib kerana beberapa hadhith yang menyuruh dengannya serta janji siksa atas yang meninggalkannya. Tetapi tidak wajib ia diatas segera, adalah ianya wajib tatkala berkehendak kepada umpama sembahyang atau tatkala picik waktu atau takut daripada tersebar najis daripada tempatnya. 382. Harus pada hak orang yang salim85 mentakhirkan istinja’ daripada wudhuk, tidak daripada tayammum. Maka tidak harus baginya mentakhirkan istinja’ daripadanya. Adapun orang yang tidak salim iaitu yang sentiasa hadath maka tidak harus baginya mentakhirkan istinja’ daripada wudhuk.
85
. yang sejahtera tubuh.
383. Keluar dengan kata najis yang basah oleh najis yang kering seperti tahi berketul86 yang tidak ada sertanya basahan dan barang yang suci yang kering seperti batu dan kayu dan ulat yang keluar pada hal tidak basahan ada besertanya, maka tidak wajib istinja’ daripadanya, tetapi sunat istinja’ daripada yang demikian itu supaya keluar daripada khilaf orang yang mewajibkannya. Demikian agi tidak wajib istinja’ daripada mani kerana bahawa mani itu suci sedang istinja adalah ibarat daripada menghilangkan najis atau meringankannya. 384. Syahadan. Tidak memadai istinja itu melainkan dengan air atau batu atau barang yang seumpamanya daripada tiap-tiap benda yang jamid lagi suci lagi kesat yang dapat menanggali najis lagi tidak dihormati pada syara’ seperti kulit yang sudah disamak dan rumput dan tembikar kerana sungguhnya nabi sawm adalah dia istinja’ dengan batu dan menyuruh sahabatnya beristinja’ dengannya. 385. Maka dikiaskan dengan batu itu barang yang lainnya daripada barang yang pada makna batu maka tidak memadai istinja’ dengan satu benda yang dihormati. Maka benda yang dihiormati itu berberapa bagai setengah daripadanya apa yang tersurat diatasnya suatu daripada ilmu seperti kitab hadith atau fekah atau tafsir atau kitab ilmu alat bagi yang tersebut itu. Adapun kitab yang tidak dihormati seperti kitab falsafah dan Taurat dan Injil yang telah diketahui keadaannya sudah berubah daripada asalnya lagi tidak ada didalamnya isim mu’azzam maka haruslah istinja’ dengannya. Deperti demikian itulah segala kitab hikayat yang dusta-dusta, maka harus istinja’ dengannya jika tidak ada didalamnya isim mu’azzam. 386. Sebahagian daripada bagai-bagai yang dihormati adalah makanan87, samaada ianya makanan manusia atau makanan jin seperti tulang sekalipun sudah terbakar kerana bahawasanya nabi sawm menegah daripada istinja’ dengan tulang, maka sabdanya yang mulia bahawa tulang itu makanan saudarasaudara kamu, maksudnya sekelian jin yang Islam. Maka makanan manusia lebih utama ditegah istinja dengannya samaada makanan itu tertentu manusia memakannya atau lebih banyak manusia memakannya daripada binatang atau sama pada memakannya manusia dan binatang. Adapun jika makanan itu lebih banyak binatang memakannya daripada manusia atau tertentu binatang pada memakannya maka tidaklah haram istinja’ dengannya. Yang mafhum daripada ibarat Tuhfah apabila bersamaan pada memakan makanan itu manusia dan binatang memadalah istija’ dengannya lagi tidak haram. 387. Tidak memada istinja’ dengan kulit yang belum disamak kerana bahawa jika ianya daripada bangkai maka iaitu najis dan jika daripada kulit binatang yang halal lagi disembelih maka iaitu makanan. 388. Setengah daripada yang dihormati adalah haiwan seperti tikus dan sukusukunya yang berhubung dengannya dan suku-suku manusia yang bercerai daripadanya sekalipun kafir harbi atau murtad. Adapun suku-suku yang bercerai daripada haiwan selain manusia maka tidaklah haram istinja’ dengannya sekirakira dihukumkan sucinya seperti bulu haiwan yang dimakan. Inilah yang tersebut didalam Nihayah. Adapun yang mafhum daripada ibarat Tuhfah bahawa sukusuku kafi harbi dan murtad itu tidak dihormati, maka tidaklah haram istinja’ dengannya. 389. Haram istinja’ dengan kulit yang dimakan daripada kulit buah-buahan seperti kulit semangka. Adapun kulit yang tidak dimakan seperti sabut dan 86 87
. pada asal – ﻛﺘﻴﻼkeras berketul. . Pada asal “yang daripada air”.
tempurung kelapa dan kulit delima maka tidaklah haram istinja dengannya, tetapi makruh istinja dengannya jika ada didalam kulit itu isinya. 390. Haram istinja’ dengan kulit kitab ilmu yang berhubung ia dengannya. Demikian lagi haram istinja dengan kulit mushaf sekalipun ia bercerai. 391. Sunat menghimpunkan diantara batu dan air sebagi istinja’ pada kubul dan dubur seperti didulukannya istinja’ dengan batu kemudian maka istinja dengan air supaya terpelihara tangannya daripada menyentuh najis dan supaya ia menghilangkan ain najis dan kesannya. Terhasil sunat menghimpunkan itu sekalipun dengan batu yang kena najis dan dengan yang kurang daripada tiga kali sapu. 392. Jika disimpankan istinja’ dengan salah satu daripada keduanya maka istinja dengan arr itu terafdhal kerana ia menghilangkan ‘ain najis dan kesannya. Bersalahan dengan batu maka ia tidak menghilangkan melainkan ‘ainnya jua. Terkadang tertentu istinja’ dengan air pada beberapa rupa masaalah yang lagi aka datang kenyataanya. 393. Ketahui oleh mu bahawa yang wajib atas perempuan pada istinja’ adalah membasuh apa yang zahir daripada farajnya tatkala dia duduk diatas dua kakinya88. Adapun batin farajnya maka tidak zahir ia tatkala duduknya dan sukar menyampaikan air kepadanya, maka tidak wajib dia membasuhnya pada janabah dan pada najis. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Bersalahan syeihk Asnawi. 394. Bermula, pada memada menyampaikan istinja dengan seumpama batu itu ada sepuluh syarat. Pertama : bahawa adalah najis itu keluar daripada kubul dan dubur, maka tidak memadai istinja’ dengan batu pada najis yang keluar daripada lubang yang terbuka dibawah ma’iddah atau diatasnya atau pada sulbi, hanya wajib istinja’ dengan air jua. 395. Syarat yang kedua : bahawa adalah yang keluar itu daripada kubul yang wadhih, maka tidak memada istinja’ dengan batu pada najis yang keluar daripada salah satu daripada dua kubul khunsa kerana diihtimalkan lebihnya, tetapi jika tidak ada pada alat khunsa musykil itu dua alat lelaki dan perempuan hanya ada baginya lubang yang tidak menyerupai keduanya maka memadailah padanya istinja’ dengan batu kerana tidak diihtimalkan lebihnya. 396. Syarat ketiga : bahawa adalah najis yang keluar itu belum kering. Maka jika sudah kering sekeliannya atau sebahagiannya tidaklah memada istinja’ dengan batu, hanya tertentulah istinja’ dengan air jua. 397. Syarat keempat : bahawa tidak berpindah najis yang keluar itu daripada tempatnya yang ia menetap padanya tatkala keluarnya. Maka tidak memadai istinja’ dengan batu pada yang berpindah. Maka dari kerana inilah tidak memadai istinja’ dengan batu pada kumuh orang yang berkulup apabila diketahui sampai kumuhnya kepada antara kulitnya yang menutup hasyafahnya. 398. Demikian lagi tidak memada istinja’ dengan batu pada kumuh perempuan yang janda atau dara jika diketahui sampai kumuhnya kepada tempat masuk zakar dengan yakin. Maka diketahui daripada yang tersebut itu bahawa darah haid dan nifas perempuan jika tidak terserak daripada tempatnya harus baginya istinja’ dengan batu kemudian daripada putusnya sekalipun dia janda, apabila dia hendak tayammum kerana ketiadaan air, dan tidak dia mengulangi sembahyangnya. 399. Syarat kelima : tidak mendatang pada tempat yang kena najis itu suatu yang lain, daripada najis atau benda suci kering atau basah jamid atau cair, sekalipun ianya air. Maka jika mendatang pada tempat itu sesuatu daripada yang 88
. cangkung.
demikian itu tidaklah memada istinja’ dengan batu, tetapi tidak mengapa jika mendatang peluh, melainkan jika ia mengalir hingga lampau safhah dubur atau hasyafah zakar. 400. Syarat keenam: bahawa najis yang keluar itu tidak melampaui safhah dubur atau hasyafah zakar. Maka jika ia melampauinya tidaklah memada istinja’ dengan batu. 401. Syarat ketujuh : bahawa batu istinja’ itu suci. Maka tidak memada batu yang kena najis. 402. Syarat kelapan : bahawa batu itu kering, maka tidak memada batu yang basah. 403. Syarat kesembilan: bahawa istija’ itu dengan tiga kali sapu dengan tiga batu atau dengan tiga persegi daripada seketul batu kerana yang dimaksudkan pada istinja’ itu berbilang sapu serta hilang ain najis, bukan berbilang batu. Maka tidak memada ia dengan kurang daripada tiga kali sapu, sekalipun hilang ‘ain najis dengannya. Tetapi jika tidak hilang ain najis dengan tiga kali sapu maka wajiblah dia menambah sapuan hingga hilang ‘ain najis itu sekalipun tidak hilang kesannya, kerana tidak ada yang menghilangkannya melainkan air atau pecahan tembikar yang umat seperti tepung. 404. Syarat kesepuluh: tiap-tiap satu sapuan daripada tiga kali sapuan itu melengkapi sekelian tempat yang disapu. Maka tidak memada tauzi’ iaitu mensuku-sukukan tiap-tiap sapuan pada suku-suku tempat yang disapu, seperti bahawa disapunya dengan sekali sapu pada setengah tempat yang disapu, dan disapunya pula dengan sapuan yang kedua pada setengah tempat yang tinggal, dan disapunya pula dengan sapuan yang ketiga pada tempat yang tinggal, maka iaitu tidak memadai. 405. Maka diketahui daripada mensyaratka tiga kali sapu pada istinja’ dengan batu itu bahawa tidak disunatkan padanya menigai sapuannya bersalahan dengan istinja’ dengan air dan membasuh sekelian najis. Maka sunat padanya menigai basuh kemudian daripada hilang ain najis dengan sekali atau dua kali basuh. 406. Sunat menyapu itu dengan kasal sekalipun terhasil hilang ain najis dengan genap kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi sawm adalah dia menyuruh sapu dengan kasal. Maka jika hilang ain najis dengan empat kali sapu maka sunat menambah sapuan yang kelima dan jika hilang ‘ainnya dengan enam kali sapu maka sunat menambah sapuan yang ketujuh. Demikianlah dikiaskan pada bilangan yang kemudiannya. 407. Bermula, sunat pada kaifiat sapu itu bahawa dia memulakan sapuan yang pertama pada pihak hadapan safhah yang kanan maka lalu diedarkannya hingga sampai tempat permulaan sapunya, kemudian maka dia mulakan sapuan yang kedua pada pihak hadapan safhah yang kiri lalu diedarkankannya sampai kepada tempat permulaan sapunya, kemudian maka dikenakanya pada sapuan yang ketiga akan kedua safhah serta masyrabahnya. 408. Sunat tatkala memulakan sapuan bahawa dia mengenakan batu itu pada tempat yang suci kemudian maka disapukannya pada tempat yang kena najis serta diedarkannya sedikit-sedikit. 409. Sunat istinja’ dengan tangan kiri dan makruh dengan tangan kanan. Kata setengah ulamak : haram ia kerana sah tegahan daripada istinja dengannya samaada istinja dengan batu atau dengan air. 410. Masaalah: kalau dijadikan Allah pada tangan kiri seorang serupa nama Allah atau barang sebagainya daripada isim mu’azzam, adakah dia istinja dengan tangan kanan atau dengan tangan kiri? Kata syeikh Ramli didalam fatawa : jika
tidak terpeliharaa isim mu’azzam itu daripada kena najis tatkala istinja’ hendaklah dia memilih diantara istinja’ dengan tangan kanan atau dengan tangan kiri. 411. Sunat pada istinja’ dengan air menekankan jari tengah pada dubur dan jangan dimasukkan pada batin dubur dari kerana yang demikian itu mendatangkan waswas. Tetapi sunat pada perempuan yang dara memasukkan jarinya pada lubang yang pada farajnya untuk dia menyucikannya. 412. Sunat bagi orang yang istinja dengan air mendulukan istinja pada kubulnya kemudian maka pada duburnya, dari kerana jika didulukan istinja’ pada duburnya terkadang terpercik kepadanya najis tatkala membasuh kubulnya. Sunat bagi yang istinja dengan batu mendulukan istinja’ pada duburnya kerana bahawa duburnya lebih cepat keringnya daripada kubulnya, dan apabila ia kering sebab ditakhirkan tidaklah memadainya batu, hanya wajiblah diistinjakan ia dengan air. 413. Bermula, kaifiat istinja’ dengan batu pada zakar adalah bahawa dia menyapukan zakarnya dengan tangan kirinya diatas tiga tempat daripada seketul batu. Maka jika dia ulang menyapukannya diatas satu tempat daripadanya wajiblah pada ketika itu istinja’ dengan air kerana ketika itu tidak memada batu padanya. 414. Sunat mendulukan istija’ diatas wudhuk pada hak orang yang salim iaitu yang sejahtera daripada umpama salisilbaul dan istihadhah. Adapun orang yang tidak salim maka wajib atasnya mendulukan istinja daripada wudhuk. 415. Sunat juga kemudian daripada istinja mengosokkan tangannya kebumi atau barang sebagainya kemudian maka dia membasuhnya. Sunat memercikkan air pada farajnya dan didalam kainnya atau seluarnya untuk menolak waswas. 416. Sunat selepas istinja membaca “ﺵ ﺤ ﹺ ﺍﻥ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﻭ ﻤ ﻲ ﺠ ﺭ ﹺ ﻥ ﹶﻓ ﺼ ﺤ ﻭ ﻕ ﻥ ﺍﻟ ﱢﻨﻔﹶﺎ ﻤ ﻲ ﺭ ﹶﻗ ﹾﻠ ﹺﺒ ﻬ ﻁ ﹶﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠ. 417. Syahadan. Memadailah pada istinja dengan air oleh ghalib zan hilang najis, dan tidak disunatkan mencium tangannya selepasnya. Maka jika dia mencium tangannya maka dia dapati padanya ada bau najis nescaya dihukumkan dengan najis tangannya jua, tidak tempat yang distinja’kan, maka tidaklah wajib dia mengulangi istija’nya. Melainkan jika dia mencium jari tangannya yang telah digosokkan kepada tempat itu, maka ia menunjukkan bernajis tempat itu pula. Maka wajiblah atasnya mengulangi istinjanya. Tetapi tempat yang demikian itu pada bau yang tidak sukar dihilangkan. Inilah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 418. Jikalau mengalir peluh orang yang istinja’ dengan batu pada duburnya atau kubulnya maka ditilik jika lampau peluh itu daripada safhah duburnya atau hasyafah zakarnya nescaya wajiblah dia membasuhnya dengan air akan peluh yang melampau itu jua. Jika ia tidak lampau daripadanya maka tidaklah wajib dia membasuhnya. * 419. Fasal pada menyatakan bersugi. Bermula, bersugi itu sunat pada tiap-tiap hal. Sunat muakkad bersugi tatkala berwudhuk dan tayammum dan tatkala hendak sembahyang pada tiap-tiap takbir ihram sekalipun sembahyang sunat, dan tatkala hendak sujud tilawah dan sujud syukur, sekalipun dia sembahyang pada ketika ketiadaan air dan tanah dan tidak berubah bau mulutnya atau adalah dia telah bersugi tatkala berwudhuk dan hampirlah masa antaranya dan antara sembahyang, sunat jua bersugi tatkala hendak takbir ihram kerana nabi sawm bersabda “ﻙ ﺍﺴﻭ ﻴﺭﹺ ﻌ ﹲﺔ ﺒﹺ ﹶﻐ ﺭ ﹾﻜ ﻥ ﻴ ﻌ ﺒ ﺴ ﻥ ﻤ ﺭ ﻴ ﺨ ﻙ ﹶ ﺍﺴﻭ ﻥ ﹺﺒ ﻌﺘﹶﺎ ﹺ ﺭ ﹾﻜ ” artinya : dua rakaat sembahyang dengan bersugi lebih baik pahalanya daripada tujuh puluh sembahyang tanpa siwak. 420. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻲﻭﻓ ﻼﺓ ﹶﺩ ﹸﻜلﱢ ﺼ ﻋ ﹾﻨ ﻭ ﻙ ﺍﺴﻭ ﻡ ﺒﹺﺎﻟ ﻬ ﺭ ﹸﺘ ﻤ ﻷ َ َﻲ ﺘ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ُﺃ ﺸﻕﱠ ﻥ َﺃ ﹸ ﻻ َﺃ ﻭ ﹶ ﹶﻟ ﺀ ﻭ ﻀ ﻭ ﺩ ﹸﻜلﱢ ﻋ ﹾﻨ ﺔ ﻴ ﺍ ” ﹺﺭﻭartinya: kalaulah aku tidak menyusahka umat ku nescaya aku farhukan atas tiap-tiap mereka dengan bersugi pada disisi tiap-tiap sembahyang, dan pada satu riwayat “disisi tiap-tiap wudhuk” riwayat bukhari dan Muslim. Tetapi
jika dia takutkan kena najis mulutnya dengan berdarah gusi apabila dia bersugi maka tidaklah sunat baginya bersugi untuk sembahyang. 421. Jika dia lupa bersugi disisi takbir ihram kemudian ingatkannya didalam sembahyang sunatlah baginya bersugi didalam sembahyang dengan perbuatan yang sedikit. Demikianlah yang telah disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli. 422. Demikian lagi sunat muakkad bersugi tatkala hendak membaca Quran dan hadith dan zikir dan tiap-tiap ilmu syara’ seperti fekah dan usul, sekalipun dengan bahasa yang lain daripada bahasa arab. Adalah bersugi untuk membaca umpama Quran itu sebelum membaca a’uzibillah. 423. Dan lagi sunat bersugi tatkala kuning warna gigi, iaitu tatkala berubah warnanya sekalipun tidak berubah bau mulutnya, dan tatkala masuk kedalam ka’bah dan kedalam masjid dan tatkala masuk kedalam rumah dan jika ianya bagi orang lain sekalipun dan tatkala jaga daripada tidur dan tatkala hendak tidur. 424. Demikian lagi sunat muakkad bersugi tatkala berubah bau mulut dan pada tiap-tiap tawaf dan membaca khutbah dan kemudian daripada makan yang keji baunya dan kemudian daripada sembahyang witir dan pada waktu sahur dan tatkala hampir nak mati supaya memudahkan keluar roh. 425. Sunat menyungkil gigi sebelum bersugi dan selepas makan kerana menghilangkan bekas makanan. 426. Syahadan. Adalah bagi bersugi itu beberapa faedah dan fadhilat yang lebih daripada tujuh puluh. Sebahagian daripada faedahnya bahawa ia menyucikan mulut dan meredhakan Tuhan dan memutihkan gigi dan meneguhkan gusi dan meluruskan tulang belakang dan melambatkan tua dan menggandakan pahala dan menambahkan cerdik dan membaikkan perangai dan memudahkan keluar roh tatkala sakratulmaut dan mengingatkan syahadah ketika hampir mati. 427. Hasil fadhilat bersugi itu dengan tiap-tiap yang kesat sekalipun dengan usynan atau kain kerana maksud bersugi itu mensucikan dan menghilangkan perubahan mulut dan gigi maka itu terhasil dengan tiap-tiap yang kesat. Tetapi makruh bersugi dengan mibrad89 dan kayu ribhan yang menyakiti. 428. Haram bersugi dengan yang mempunyai bisa, dan serta demikian itu hasillah dengannya asal sunat kerana bahawa haramnya atau makruhnya kerana pekerjaan yang mendatang jua, maka ianya tidak menafikan asal sunat. Melainkan jarinya yang berhubung dengannya, maka tidaklah terhasil dengannya asal sunat bersugi, sekalipun ia kesat kerana ia tidak dinamakan sugi kerana ia satu juzuk daripada dirinya. 429. Adapun jari orang lain atau jarinya yang sudah tercerai daripadanya maka iaitu memadai jika ianya kesat, sekalipun wajib menanamnya dengan segera. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Fathul Jawwad dan syarah Mukhtasar Bafadhal dan Mughni. Bersalahan syeikh Ramli didalam Nihayah sekira-kira dia i’timadkan bahawa jari yang bercerai daripadanya atau daripada orang lain tidak memada sebagai sugi sekalipun ia kesat lagi suci. 430. Bermula, kayu terutama sebagai sugi daripada barang yang selainnya, dan kayu yang mempunyai bau harum terutama daripada yang tidak berbau. Yang terutama daripada jenis kayu yang mempunyai bau harum itu adalah kayu arak kerana mengikut nabi sawm, dan lagi kerana kayu arak itu mempunyai dua perkara : pertamanya bau harum, keduanya : ada padanya seperti serabut90 yang
89 90
. Mibrad – kikir besi atau kayu. Ribhan – wallahu a’lam . pada asal “”ﺩﻭﻙ. Wallahu a’lam. Maknanyatekstur kayu yang boleh pecah halus menjadi seperti sikat atau
berus.
menjadi seperti sikat, maka ianya sangat menghilangkan barang yang diantara gigi-gigi daripada daki dan cemar 431. Mengiringi kayu arak itu pelepah khurma kerana bahawa ia adalah akhir sugi yang nabi sawm bersugi dengannya, dan yang mengiringinya pada fadhilat kayu zaitun kerana sabda nabi sawm “ ﺏ ﻫ ﻭ ﹸﺘ ﹾﺫ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﻡ ﻴ ﻁ ﺘﹸ ﹶﻜﺔﺎﺭﻤﺒ ﺓﺭﺸﺠ ﻥ ﹶ ﻤ ﻥ ﻭ ﻴ ﹸﺘ ﺯ ﻙ ﺍﻟ ﺍﺴﻭ ﻡ ﺍﻟ ﻌ ﻨ ﻲ ﻠﺒ ﺀ ﹶﻗ ﺎﻷ ﹾﻨ ﹺﺒﻴ َﻙﺍ ﺍﺴﻭ ﻭ ﻲ ﻜ ﺍﺴﻭ ﻭ ﻫ ﻭ ﺤ ﹾﻔ ﹺﺭ ”ﺒﹺﺎ ﹾﻟartinya: sebaik-baik sugi itu kayu zaitun yang ianya daripada kayu yang diberkati. Ia membaikkan bau mulut dan menghilangkan penyakit gigi . Ia adalah sugi aku dan sugi para nabi-nabi sebelum ku. 432. Kayu kering yang direndam pada air terutama daripada kayu basah, dan kayu yang basah terutama daripada kayu kering yang tidak direndam pada air. 433. Sunat bersugi itu denga tangan kanan, sekalipun ianya mulia menghilangkan bau yang keji, kerana bahawa tangannya itu tidak bertemu dengannya dan lagi pula mulut adalah ia mulia maka menasabah dengannya tangan yang kanan. 434. Sunat bersugi itu pada lintang gigi diluar dan didalamnya kerana warid hadith pada yang demikian itu. 435. Sunat mula bersugi pada pihak geraham kanan diatas dan dibawah dan diluar dan didalam. Maka dilalukannya hingga pertengahan. Sayugia bahawa dia niatkan sunat pada bersugi itu sama seperti dia niatkan pada jimak menghasilkan anak dan cucu supaya beroleh pahala sunat . 436. Hendaklah kaifiat memegang sugi itu bahawa dia jadikan kelingkingnya dan ibu tangannya dibawah sugi dan menjadikan jarinya yang tiga diatasnya. 437. Hendaklah ditelannya air liur pada permulaan bersugi kerana bahawa yang demikian itu jadi ubat bagi penyakit juzam dan barash dan bagi tiap-tiap penyakit selain mati. Menelan air liur kemudian daripada permulaan bersugi mendatangkan waswas. Demikianlah kata imam Qazwini didalam sebahagian daripada karangannya. 438. Hendaklah jangan dihisapnya suginya kerana yang demikian itu terkadang mendatangkan kabur mata. Hendaklah diletakkan sugi itu diatas telinga kiri kerana warid hadith pada demikian itu dan kerana mengikut perbuatan sahabatsahabat nabi sawm. Jika diletakkannya pada bumi maka hendaklah ditegakkannya dan jangan direbahkannya dan bahawa hendaklah dibasuhnya dahulu daripada meletakkannya. 439. Demikian lagi hendaklah dibasuhnya apabila dia hendak bersiwak yang kedua jika ada padanya bauan cemar. Tidak makruh memasukkan siwak kedalam air wudhuk melainkan jika ada padanya cemar. Dan lagi hendaklah ada sugi itu jangan lebih panjangnya daripada sejengkal. Dan bahawa jangan dia bersugi pula dengan hujungnya yang kedua kerana cemar yang ada padanya tetap pada hujung itu. 440. Tidak makruh bersugi dengan sugi orang lain apabila dia mengizinkannya, hanya adalah yang demikian itu khilaful aula melainkan kerana kasad mengambil barakah seperti apa yang telah dikerjakan oleh Siti Aisyah r.a pada sugi nabi sawm. Adapun bersugi dengan sugi orang lain dengan tidak ada izinnya dan tidak diketahui redhanya maka iaitu haram. 441. Makruh bagi orang yang puasa bersugi selepas gelincir matahari kerana bahawa busuk bau mulut orang yang puasa itu lebih harum disisi Allah taala daripada bau kasturi, dan keharumannya itu menunnjuk diatas tuntutan meninggalkannya. 442. Bermula, dalil yang menunjuk atas tegahan bersugi selepas gelincir matahari adalah hadith yang telah diriwayatkan oleh satu jamaah daripada muhaddithin sabda nabi sawm “ ﺏ ﻴ ﻁ ﻡ َﺃ ﹾ ﻫ ﹺﻬ ﺍﻑ َﺃ ﹾﻓﻭ ﻭ ﹸ ﺨﹸﻠ ﻭ ﹸ ﻥ ﻭ ﺴ ﻤ ﻴ ﻡ ﻬ ﺔ َﺃ ﱠﻨ ﻤ ﻷ ُ ﻩ ﺍ ﺫ ﻫ ﺕ ﺎﺼﻴ ﻭ ﺼ ﺨ ﻥ ﹸ ﻤ ﻥ ِﺇ ﻙ ﺴ ﻤ ﺢ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹺ ﻥ ﹺﺭ ﻤ ﷲ ِ ﺩ ﺍ ﻋ ﹾﻨ ” artinya : bahawa sebahagian daripada segala khususiah umat
ini bahawa mereka itu masuk dalam keadaan puasa pada waktu petang sedang mulut bau mereka itu lebih harum disisi Allah taala daripada bau kasturi. Dan waktu petang itu ( )ﻤﺴﺎﺀkemudian daripada gelincir matahari berkekalan hingga tengah malam dan daripada tengah malam hingga gelincir matahari dinamakan pagi ()ﺼﺒﺢ. 443. Adapun hikmah pada yang demikian itu bahawa perubahan bau mulut selepas gelincir matahari adalah semata-mata disebabkan puasa jua bukan makanan, kerana kosong ma’iddah daripada makanan pada ketika itu. Bersalahan perubahan baunya sebelum gelincir mathari. Tetapi jika berubah bau mulut sebelum gelincir matahari dengan semata-mata disebabkan puasa kerana dia tidak makan pada malam makanan yang boleh berubah bau mulut dengannya nescaya makruh dia bersugi sebelum gelincir matahari. 444. Jikalau berubah bau mulutnya dengan sebab dia tidur atau dengan sebab makanan yang dimakannya dengan lupa selepas gelincir matahari nescaya tidak makruhlah dia bersugi, kerana perubahan bau mulutnya dengan yang tersebut itu tidak menghilangkankan perubahannya dengan sebab puasa, cuma ia mencegahnya sahaja Kata setengah ulamak : sunat baginya bersugi kerana menghilangkan yang demikian itu. 445. Jika kita ditanya orang: bahawa berubah bau mulut orang yang puasa itu suatu fahilat disisi Allah taala seperti darah orang yang mati syahid, maka ianya satu fadhilat baginya disisi Allah taala, maka betapa kiranya tidak haram diatas yang puasa menghilangkannya seperti mana haram menghilangkan darah orang yang syahid. Jawab: bahawa manghilangkan darah orang yang syahid daripada tubuhnya adalah meluputkan fadhilat orang lain maka ianya haram dan menghilangkan bau mulut orang yang puasa dengan bersugi itu meluputkan fadhilat dirinya maka ianya tidak haram hanya makruh jua. Maka dari kerana inilah haram diatas seorang menyugikan orang lain yang puasa selepas daripada gelincir matahari. 446. Soal: adakah makruh menghilangkan bau mulut selepas gelincir matahari dengan barang yang selain sugi seperti jarinya yang berhubung lagi kesat, kerana bersugi pada ketika itu tidak makruh kerana dirinya hanya makruh kerana menghilangkan bau mulut yang mana ianya satu fadhilat baginya disisi Allah taala, maka adalah tempat tilik pada karahahnya itu pada menghilangkannya jua, samaada ia dengan sugi atau selainnya, atau tidak makruh menghilangkannya dengan selain sugi kerana kata mereka itu “makruh bagi orang yang puasa bersugi” maka mereka mengkaitkan menghilangkannya dengan bersugi jua, maka tidak makruh menghilangkannya dengan selainnya, dari kerana jika makruh pula menghilangkannya dengan yang lain nescaya mereka katakan: makruh bagi orang yang puasa menghilangkan bau mulutnya dengan sugi atau dengan selainnya?. 447. Jawab: tiap-tiap daripada yang dua perkara itu muhtamal tetapi yang lebih hampir kepada pendapatan adalah ihtimal yang pertama dan yang lebih hampir kepada kata mereka itu adalah ihtimal yang kedua. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 448. Syahadan. Sunat memakai minyak berwaktu-waktu dan memakai celak mata dengan kasal tiga kali pada mata kanan dan tiga kali pada mata kiri. 449. Sunat mengandam misai hingga nyata kelihatan merah bibir maka janganlah ditambahi atas yang demikian itu. Telah memilih setengah ulamak yang mutakhir bahawa mencukur misai itu sunat pula kerana warid hadith pada yang demikian itu. 450. Sunat mengerat kuku maka yang terafdhal pada kaifiat mengerat kuku itu bahawa dimulakan ia daripada telunjuk tangannya yang kiri daripada kelingking,
kemudian jari manis kemudian jari tengah kemudian telunjuk kemudian ibu tangan. Inilah kaifiat yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar. 451. Adapun kaifiat yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli dan selainnya maka iaitu dimulakan ia dari kelingking tangan kanan kemudian jari tengah kemudian ibu tangan kemudian jari manis kemudian telunjuk diatas tertib huruf “”ﺨﻭﺍﺒﺱ91 kemudian maka dimulakan ia pada tangan kiri daripada ibu tangan kemudian jari tengah kemudian kelingking kemudian telunjuk kemudian jari manis, diatas tertib huruf “”ﺍﻭﺨﺴﺏ. 452. Adapun pada kaki maka dimulakan daripada kelingking kaki kanan dan disudahi pada kelingking kaki kiri. 453. Sunat membantun bulu ketiak jika kuasa, dan jika tidak maka mencukurnya terafdhal. Sunat menghilangkan bulu ari-ari, maka yang terutama bagi lelaki mencukurnya dan yang terutama bagi perempuan membantunnya Dan bahawa hendaklah jangan dilambatkan sekelian yang tersebut itu daripada waktu hajat kepadanya maka iaitu makruh, dan lebih sangat makruhnya jika dikemudiankannya hingga lepas empat puluh hari. 454. Sunat membasuh perlipatan-perlipatan anak-anak jari dan menghilangkan daki daripada lipatan telinga dan lubangnya dan daripada hidung dan menghilangkan daki daripada sekelian badannya. 455. Sunat menyisir janggut dan sunat mencelup uban dengan warna merah atau kuning. Haram mencelupnya dengan warna hitam supaya kelihatan oleh orang akan mudanya melainkan kerana tujuan menakuti kafir-kafir didalam perang, maka harus mencelupnya dengan warna hitam. Pada satu kaul harus bagi perempuan yang bersuami mencelup rambutnya yang beruban dengan warna hitam kerana menyukakan suaminya. 456. Sunat bagi perempuan yang bersuami memakai inai pada kedua tangannya dan kedua kakinya jika suaminya redha yang demikian itu. Jika dia tidak redha maka iaitu haram jua. Haram atas lelaki memakai inai melainkan kerana dharurat. Sunat sekelian yang tersebut itu dimulakan dengan kanan. Adapun perempuan yang tidak bersuami maka tidak sunat baginya memakai inai, bahkan haram diatasnya mencelup rambutnya dengan warna hitam. 457. Demikian lagi haram diatas perempuan yang bersuami memerahkan pipinya dan mencelakkannya dengan suatu ubat supaya muda. Demikian lagi haram pada yang demikian itu diatas perempuan yang bersuami atau sahaya perempuan jika tidak dengan izin suaminya atau tuannya. 458. Haram diatas perempuan yang tidak bersuami menyambungkan rambutnya92 dengan bulu yang najis atau yang suci atau dengan rambut manusia sekalipun. 459. Demikian lagi haram diatas perempuan yang bersuami dan diatas sahaya perempuan menyambung rambutnya dengan bulu atau rambut yang suci jika tidak dengan izin suaminya dan tuannya, tetapi jika ada yang demikian itu dengan izin suaminya atau tuannya maka iaitu harus baginya. 460. Adapun hukum mengasah gigi dan mencabutnya93 dan menjarangkannya maka iaitu seperti hukum menyambung rambut dengan bulu atau dengan rambut yang suci, maka iaitu haram diatas lelaki dan diatas perempuan yang tidak bersuami.
91
92
. “ﺭﺨ ﹾﻨﺼ ” kelingking “ﺭ ” ﹺﺒ ﹾﻨﺼjari hantu “ﺴﻁﹶﻰ ﻭ ” jari tengah “ﺎﻡﺒﻬ ﺍ” ibu jari “ﺔﺒﺤ ﺴ ” jari telunjuk. . memakai cemara.
93
. Haram mencabut gigi tidak kerana dharurat, separti cabut untuk pasang sumbi emas. Pada asal “”ﻤﻨﺠﺎﻤﻴﺩﻯ. Wallahu a’lam.
461. Demikian lagi haram yang demikian itu diatas perempuan bersuami dan diatas sahaya perempuan jika tidak dengan izin suaminya atau tuannya. Tidak mengapa mengatur bulu kening dan meratakan rambut pelipis. 462. Makruh qaz’, iaitu mencukur sebahagian rambut kepala dan meninggalkan sebahagiannya kerana ditegah daripadanya. Tetapi tidak mengapa mencukur sekelian rambut kepala bagi barang siapa yang tidak termudah diatasnya memeliharanya, dan tidak mengapa meninggalkan mencukurnya bagi barang siapa yang termudah diatasnya memeliharanya. Tetapi jikalau dia takutkan kesukaran dan kepayahan kerana tidak mencukurnya sunatlah dia mencukurnya. 463. Makruh mencabut uban kerana bahawa uban itu satu cahaya, tetapi kata imam Nawawi didalam Majmuk : jika dikatakan haram membantun uban nescaya tidaklah jauh. Telah dinaskan diatas haramnya dialam kitab al Umm. 464. Demikian lagi makruh mencabut janggut dan mencukurnya supaya kelihatan muda. Demikian lagi haram memutihkan janggut dengan belerang supaya kelihatan seperti orang tua. Demikian lagi makruh menambahi janggut atau mengurangkannya dan mencukur sebahagian rambut tali tudung tatkala mencukur rambut kepala. 465. Demikian lagi makruh mencabut kumis dan meninggalkan mengandamnya pada halnya kusut masai kerana menunjukkan kurang hirau seorang pada menghiasi dirinya. Demikian lagi haram menilik kepada putih dan hitamnya kerana ujub dan megah dan tidak mengapa meninggalkan daripada mengandam kedua singut iaitu dua hujung kumis. 466. Makruh berjalan memakai kasut atau muza dengan sebelah kaki kerana ditegah daripadanya sebab mencederakan jalannya. Kata setengah ulamak: kerana meninggalkan daripada menyamakan keduanya kakinya. Demikian lagi makruh memakai kasut dalam keadaan berdiri kerana ditegah daripadanya sebab ditakuti terjatuh kerananya. 467. Demikian lagi makruh mengulurkan ekor serban melebihi belikat94 dan hujung kain sarung dan kaki baju pada hal ia melampaui buku lali jika tidak serta megah. Jika ada yang demikian itu serta megah maka iaitu haram. 468. Sunat mengulurkan ekor serban hingga antara dua belikat, dan demikian lagi sunat mengeluarkan kaki baju atau punca kain hingga pertengahan betis yang ianya diantara buku lali dan lutut dan tangan baju hingga pergelangan.
ﺿ ْﻮ ِء ُ ب ا ْﻟ ُﻮ ُ ﺑَﺎ xx BAB WUDHUK 469. Ini bab pada menyatakan wudhuk ( ﺀﻀﻭ ﻭ ), dengan dhommah wau jika dikehendaki perbuatan, iaitu menggunakan air pada sekelian anggota yang akan datang kenyataannya, beserta niat. Jika difathahkan waunya ( ﺀﻀﻭ ﻭ ) maka iaitu nama bagi air wudhuk. 470. Difardhukan ia serta sembahyang lima waktu di Makkah pada malam mi’raj dua puluh tujuh rejab95 sebelum hijrah nabi sawm setahun. 471. Bermula, wudhuk itu tidak tertentu dengan nabi syari’at nabi kita sawm tetapi adalah sebahagian daripada syariat-syaraiat nabi yang terdahulu seperti yang telah ditunjukkan oleh beberapa hadith yang sahih dan yang tertentu dengan sekelian umat nabi sawm adalah kaifiatnya yang tertentu atau ghurrah dan tahjil. 94 95
. “melebihi belikat” tidak ada pada asal. . yang tujuh likur daripada bulan rejab.
472. Adapun yang mewajibkan wudhuk itu dua perkara. Pertamanya hadath, keduanya berkehendak kepada umpama sembahyang. Tertentu perdirian hadath itu pada sekelian anggota wudhuk yang empat yang lagi akan datang kenyataannya. 473. Soal : apabila perdirian hadath tertentu pada anggota wudhuk yang empat itu nescaya anggota-anggota yang lain daripada yang empat itu suci daripada hadath, maka bagaimana diharamkan menyentuhkannya dengan mushaf tatkala tidak ada wudhuk sepertimana diharamkan menyentuhkan anggota yang empat itu dengannya ketika itu? Jawab: bahawa diharamkan menyentuhkannya dengan mushaf kerana tidak ujud suci yang sempurna yang mengharuskan menyentuhkannya, iaitu wudhuk. Adapun suci anggota yang lain daripada tempat perdirian hadath itu maka ianya kurang, tidak mengharuskan sentuh mushaf. 474. Syahadan. Wudhuk itu mempunyai beberapa rukun dan beberapa syarat dan bebarapa sunat dan beberapa makruh dan beberapa perkara yang membatalkannya. 475. Fasal pada menyatakan rukun wudhuk. Ianya adalah yan dikehendaki dengan fardhu wudhuk atau yang wajib bagi wudhuk. Bermula, rukun wudhuk itu enam perkara. Empat perkara daripadanya sabit dengan nas Quran iaitu yang tersebut pada firman Allah taala “ ﻡ ﹸﻜﻴﻴﺩ َﺃﻡ ﻭ ﻫ ﹸﻜ ﻭ ﺠ ﻭ ﺴﻠﹸﻭﺍ ﻏ ﻓﹶﺎ ﹾﻼﺓ ﺼﹶ ﻡ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﻤ ﹸﺘ ﻤﻨﹸﻭﺍ ِﺇﺫﹶﺍ ﹸﻗ ﻥ ﺁ ﻴ ﺫ ﺎ ﺍﱠﻟﻴﻬ ﺎ َﺃﻴ ﻥ ﻴ ﹺ ﺒ ﻌ ﻡ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻜ ﺠﹶﻠ ﹸﻜ ﺭ ﻭَﺃ ﻡ ﺴ ﹸﻜ ﻭ ﺀ ﺭ ﻭﺍ ﹺﺒﺴﺤ ﻤ ﺍﻕ ﻭ ﻓ ﺍﻤﺭ ”ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟartinya: wahai orang-orang yang beriman apabila kamu bangun kepada sembahyang96 maka basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu hingga kepada dua siku, dan sapulah sebahagian kepala kamu, dan basuhlah kedua kaki kamu serta dua buku lali. 476. Dua perkara daripadanya sabit dengan hadith nabi sawm, maka rukun yang pertama daripadanya adalah niat kerana sabda nabi sawm “ﺕ ﺎل ﺒﹺﺎﻟ ﱢﻨﻴ ُ ﺎﻋﻤ ﻷ َ ﺎ ﺍ ” ِﺇ ﱠﻨﻤiaitu tidak sah segala amalan pada syara’ melainkan dengan niat. Riwayat Bukhari dan Muslim. 477. Syahadan. Niat itu mempunyai hakikat dan hukum dan tempat dan zaman dan kaifiat dan syarat dan maksud. Inilah tujuh perkara bagi niat yang telah dihimpunkan oleh sebahagian ulamak dengan katanya ﻥ ﺴ ﺤ ﺩ ﻭ ﺼ ﻤ ﹾﻘ ﻭ ﻁ ﺭ ﹲ ﺸ ﻴ ﹲﺔ ﹶ ﻔ ﻴ ﻥ * ﹶﻜ ﻤ ﺯ ﻭ ل ﺤﱞ ﻤ ﻡ ﺤ ﹾﻜ ﻴ ﹶﻘ ﹲﺔ ﻘﺤ 478. Sayugia diketahui tiap-tiap satu daripadanya. Maka hakikat niat itu pada bahasa : kasad97, artinya sengaja, dan hakikatnya pada syara’ : menyehajakan sesuatu serta dengan melakukannya98. Maka jika ia tidak beserta dengannya seperti terkemudian memperbuatnya dari dari menyehajakannya maka tidak dinamakan ia sebagai niat, hanya ia dinamakan azam jua, artinya cita-cita hati. 479. Hukum niat itu wajib. Maksudnya niat itu wajib pada tiap-tiap amalan syara’, tidak sah ia melainkan dengannya seperti yang telah diketahui daripada hadith yang telah tersebut itu. 480. Tempat niat itu didalam hati, walau begitu sunat menyebutkan lafaznya dengan lidah. 481. Zaman niat iaitu masanya adalah permulaan ibadat yang lain daripada puasa fardhu. 482. Kaifiat niat itu berlain-lainan sebab berlain-lainan ibadat. 483. Syarat niat itu adalah Islam orang yang berniat, maka tidak sah niat kafir, dan adalah dia mumayyiz maka tidak sah niat orang yang tidak mumayyiz, dan adalah dia mengetahui kaifiat apa yang diniatkan maka tidak sah niat orang yang 96
. iaitu hendak mengerjakan sembahyang. . iaitu tuju – sengaja. Bermaksud – bertujuan – sengajakan. 98 . “ﻪ ﻠﻌ ﻔ ﺭﻨﹰﺎ ﹺﺒ ﻤ ﹾﻘ ﹶﺘ ﹺ ﺀ ﻲ ﺸ ﺩ ﺍﻟ ﱠ ﺼ ” ﹶﻗ. Iaitu menyehajakan dengan hati dan membuatnya dengan anggota. Maka niat itu perbuatan hati dan buat itu kerja anggota. 97
tidak tahukan yang demikian itu, dan adalah dia tidak mengerjakan apa yang menafikan niatnya seperti riddah dan ta’lik, maka tidak sah niat orang yang mengerjakan yang demikian itu. 484. Maksud niat itu adalah membezakan ibadat daripada adat, seperti duduk terkadang ianya kerana ibadat seperti iktikaf dan terkadang kerana adat seperti untuk istirehat. Maka tidak ada yang membezakan antara keduanya melainkan niat, atau membezakan antara segala martabat ibadat, seperti sembahyang terkdang ianya fardhu dan terkadang ianya sunat maka tidak ada yang membezakan antara keduanya melainkan niat jua. 485. Adapun niat yang wajib pada wudhuk maka iaitu seperti dia niatkan mengangkatkan hadath didalam hatinya. Sunat dia melafazkan dengan lidahnya “ ﺙ ﺩ ﺤ ﻊ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﹾﻓ ﺕ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨ, artinya : sengaja aku mengangkatkan hadath. 486. Murad daripada mengangkatkan hadath itu adalah mengangkatkan hukum hadath jua seperti haram umpama sembahyang, jika dikehendaki dengan hadath itu sebab- sebabnya, atau mengangkatkan apa yang menegah umpama sembahyang jika dikehendaki dengannya apa yang berdiri pada anggota-anggota wudhuk yang menegah umpama sembahyang. 487. Maka memada bagi seorang niat yang tersebut itu, samaada diniatkannya mengangkatkan sekelian hadath yang ada padanya atau mengangkatkan sebahagiannya, sekalipun diniatkannya akan yang lain, seperti ada padanya hadath tidur dan hadath kumuh maka diniatkannya mengangkatkan hadath tidur jua tidak hadath kumuh, atau diniatkannya mengangkatkan hadath umuh jua tidak hadath tidur, maka ianya memadai dari kerana hadath itu tidak menerima sukusuku, apabila terangkat sebahagiannya nescaya terangkatlah sekeliannya. 488. Demikian lagi jika diniatkannya mengangkatkan hadath yang lain daripada hadathnya seperti dia telah tidur dan tidak ia berkumuh maka diniatkannya pada wudhuknya mengangkatkan hadath kumuh, maka ianya memadai jua tetapi dengan syarat jika tidak disengajanya pada menukarkan niat yang tersebut itu, hanya adalah ia tersalah pada yang demikian itu. Adapun jika dia sengaja pada menukarkan niat itu maka tidak sah niatnya kerana dia bersenda-senda jua adanya. 489. Demikian lagi memada pada niatnya “ ﻼﺓ ﺼﹶ ﹶﺓ ﻟِﻠﺎﺭﻁﻬ ﺕ ﺍﻟ ﱠ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku bersuci kerana sembahyang, atau “ ﺙ ﺩ ﺤ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻋﹺ ﹶﺓﺎﺭﻁﻬ ﺕ ﺍﻟ ﱠ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku bersuci daripada hadath, atau “ ﹶﺔﺍﺠﹺﺒ ﹶﺓ ﺍ ﹾﻟﻭﺎﺭﻁﻬ ﺕ ﺍﻟ ﱠ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku bersuci yang wajib. Tetapi tidak memada “ ﹶﺓﺎﺭﻁﻬ ﺕ ﺍﻟ ﱠﻭﻴ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku bersuci, kerana bersuci itu samaada daripada najis atau daripada hadath. 490. Demikian lagi memada pada niat wudhuk “ﺀ ﻭ ﻀ ﻭ ﺀ ﺍ ﹾﻟ ﺍﺕ َﺃﺩ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku menunaikan wudhuk atau “ﺀ ﻭ ﻀ ﻭ ﺭﺽﹺ ﺍ ﹾﻟ ﺀ ﹶﻓ ﺍﺕ َﺃﺩ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku menunaikan fardhu wudhuk atau “ﺏ ﺠ ﺍ ﹺﺀ ﺍ ﹾﻟﻭ ﻭ ﻀ ﻭ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku berwudhuk yang wajib, atau “ﺓ ﺭ ﺎﻁﻬ ﺭﺽﹺ ﺍﻟ ﱠ ﺀ ﹶﻓ ﺍﺕ َﺃﺩ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku menunaikan fardhu bersuci, atau “ ﺀ ﻭ ﻀ ﻭ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya: sahaja kaku berwudhuk, maka ianya memada kerana tidak wajib pada wudhuk niat fardhu dan tunai, dan lagi kerana wudhuk itu tidak adalah ia melainkan ibadat maka tidak disebutkan ia diatas yang lain daripada ibadat. Bersalahan mandi maka ia diitlakkan diatas mandi daripada najis dan daripada jenabah dan daripada yang lain, maka tidak memada pada niat mandi janabah atau haid “ ل َﺴ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻐ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku mandi. 491. Demikian lagi memada pada wudhuk itu niat istibahah iaitu mengharuskan99 umpama sembahyang kerana yang demikian itu mengandungi 99
. “ ﻼﺓ ﺼﹶ ﺤﻭﹺ ﺍﻟ ﺔ ﹶﻨ ﺤ ﺎﺘﺒ ﺴ ﹸﺔ ﺍﻨﻴ ”
niat mengangkatkan hadath. Maka niat istibahah yang khusus itu seperti bahawa diniatkannya dengan hatinya dan dilafazkannya dengan lidahnya “ ﺤ ﹶﺔ ﺎﺘﺒ ﺴ ﺕﺍ ﻴ ﹸ ﻭ ﹶﻨ ﻼﺓ ﺼ ﹶ ”ﺍﻟartinya : sahaja aku mengharuskan sembahyang, atau “ ﻑ ﺍﻁﻭ ﺤ ﹶﺔ ﺍﻟ ﱠ ﺎﺘﺒ ﺴ ﺕﺍ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨ artinya : sahaja aku mengharuskan tawaf, atau “ﻑ ﺤ ﺼ ﻤ ﺱ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﺤ ﹶﺔ ﺎﺘﺒ ﺴ ﺕﺍ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku mengharuskan sentuh mushaf atau “ ﻭ ﺸ ﹾﻜ ﹴﺭ َﺃ ﹶﺓ ﹸﺠﺩ ﻭ ﺴ َﺃﺓﻼﻭ ﹶﺓ ﺘ ﺩ ﺠ ﺴ ﹶﺔﺎﺤﺘﺒ ﺴ ﺕﺍ ﻴ ﹸ ﻭ ﹶﻨ ﺔ ﻌ ﻤ ﺠ ﹶﺔﻁﺒ ﺨ ﹾ ” ﹸartinya : sahaja aku mengharuskan sujud tilawah atau sujud syukur atau khutbah jumaat. 492. Niat istibahah yang umum itu seperti bahawa diniatkanya dengan hatinya dan dilafazkannya dengan lidahnya “ ﺀ ﻭ ﻀ ﻭ ﺭﹴ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟﻤ ﹾﻔ ﹶﺘﻘ ﺤ ﹶﺔ ﺎﺘﺒ ﺴ ﺕﺍ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku mengharuskan apa yang perlu kepada wudhuk kerana yang perlu kepada wudhuk itu umum melengkapi sembahyang dan tawaf dan sentuh mushaf dan sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah kerana sekelian yang tersebut itu perlu kepada wudhuk. Memadai baginya niat istibahah yang umum itu sekalipun tidak terlintas didalam hatinya suatu daripada segala yang khas yang tersebut itu. 493. Shayadan. Berselisih pendapat syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli pada orang yang membaharui wudhuknya; adakah memada pada wudhuknya itu niat mengangkat hadath dan niat mengharuskan umpama sembahyang atau tidak? 494. Maka yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah kerana mengikut fatwa walidnya bahawa tidak memada niat yang demikian itu kerana hadathnya telah terangkat denan wudhuknya yang terdahulu maka tidak memada pada wudhuknya yang baharu niat mengangkatkan hadath, dan lagi sembahyang telah harus baginya dengan wudhuk yang terdahulu maka tidak memada pada wudhuknya yang baharu niat mengharuskan sembahyang, tetapi memada padanya niat wudhuk atau menunaikan wudhuk. 495. Yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah bahawa memada pada orang yang membaharui wudhuknya niat mengangkatkan hadath dan niat mengharuskan sembahyang kerana ditanggungkan ia diatas rupa mengangkatkan hadath dan rupa mengharuskan sembahyang tidak diatas hakikatnya, sama seperti memada niat fardhu pada mengulang sembahyang fardhu serta bahawa fardhunya telah gugur dengan sembahyang yang pertama jua dan sembahyangnya yang kedua jatuh sebagai sunat jua. Dan tidak disyarakan pada memada niat yang tersebut itu kehendak kepada rupa mengangkatkan hadath atau rupa mengharuskan sembahyang, tetapi yang disyaratkan bahawa tidak dikehendaki hakikatnya. Maka memada ia dengan itlak100 jua. 496. Bermula, tempat memada sekelian niat yang tersebut itu adalah pada orang yang salim jua iaitu orang yang sejahtera daripada penyakit istihadhah atau salisil baul101 atau barang sebagainya. Adapun orang yang tidak salim iaitu yang sentiasa berhadath sebab penyakit yang tersebut itu maka memadai pada wudhuknya niat istibahah dan yang lain daripada niat yang tersebut itu melainkan niat mengangkatkan hadath dan niat bersuci daripada hadath, maka ia tidak memadainya kerana bahawa hadathnya sentiasa, tidak terangkat. Inilah pendapat yang sahih yang muktamad. 497. Sunat bagi orang yang sentiasa berhadath menghimpunkan niat istibahah102 dan niat mengangkatkan hadath supaya dia keluar daripada khilaf orang yang mewajibkannya. 498. Bermula, hukum orang yang sentiasa berhadath pada apa yang harus dikerjakan daripada sembahyang seperti hukum orang yang tayammum jua 100
. iaitu dengan tidak mengkaitkannya. . kencing tak tos. 102 . mengharuskan.
101
dengan tidak berlainan. Maka jika diniatkannya pada wudhuknya mengharuskan fardhu sembahyang atau tawaf nescaya haruslah dikerjakannya dengan wudhuk itu. 499. Bermula, apa yang diniatkan mengharuskannya pada wudhuk orang yang sentiasa hadath atau pada tayammum orang yang tayammum itu tiga martabat. Martabat pertama: fardhu ain. Martabat yang kedua : sembahyang dengan itlak atau sembahyang sunat atau sembahyang jenazah. Martabat yang ketiga : sentuh mushaf atau baca Quran atau sujud tilawah atau sujud syukur atau berhenti didalam masjid atau mentamkinkan suami pada hak perempuan yang haid. 500. Maka apabila diniatkan pada wudhuknya atau tayammumnya mengharuskan martabat yang pertama nescaya haruslah dikerjakan dengan wudhuk atau tayammumnya itu serta dengan martabat yang pertama itu akan sekalian martabat yang kedua dan yang ketiga. 501. Jika diniatkan mengharuskan suatu daripada martabat yang kedua haruslah dikerjakan sertanya akan sekelian yang pada martabat yang ketiga, dan tidak harus dikerjakan dengannya akan martabat yang pertama. 502. Jika diniatkan mengharuskan suatu daripada yang pada martabat yang ketiga haruslah dikerjakan sertanya akan apa yang tinggal pada martabat itu dan tidak harus dikerjakannya apa yang pada martabat yang pertama dan yang pada martabat kedua. 503. Masaalah : kalau seorang syak berlaku hadath selepas wudhuk maka dia berwudhuk kerana ihtiat kemudian maka ternyata dia berhadath tidaklah memadainya wudhuk itu kerana syaknya pada niat dengan tidak dharurat. Bersalahan jika tidak ternyata hadathnya maka memadainya wudhuknya itu kerana dharurat. Adalah bandingnya seperti keadaan jikalau seorang mengkadha sembahyang yang luput pada hal dia syak pada keadaannya sembahyang itu wajib atasnya, kemudian maka ternyata bahawa sembahyang itu wajib atasnya nescaya tidak memadainya sembahyang itu. 504. Tetapi kalau dia syak pada wudhukya kemudian daripada hadathnya maka dia berwudhuk didalam syaknya memadainya wudhuknya itu, sekalipun dia syak pada niat kerana yang asal padanya adalah kekal hadathnya, dan sungguhnya telah diperbuatnya yang wajib diatasnya. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. 505. Syahadan. Kalau seorang berniat menyejukkan badan pada wudhuknya atau menghilangkan daki serta niat wudhuk yang dikira daripada niat-niat yang tersebut itu, seperti bahawa dihadhirkannya niat wudhuk yang dikira serta niat menyejukan badan atau menghilangkan daki nescaya ia memadainya, dari kerana sejuk badan dan hilang daki itu terhasil dengan wudhuknya sekalipun tidak diniatkannya. Jika dia niatkan pada wudhuknya semata-mata kerana menyejukkan badan atau menghilangkan dakinya pada pertengahan wudhuknya maka disyaratkan bahawa hendaklah dia ingatkan niat wudhuknya pada ketika itu, dari kerana jika dia tidak ingatkannya pada ketika itu nescaya tidaklah sah apa yang dibasuhnya kemudian daripada niat yang tersebut itu kerana diperoleh perkara yang memalingkan yang menafikan niat wudhuk, maka hendaklah dia ulang membasuhnya serta niat wudhuk. 506. Para ulamak berselisih pada orang yang menyengutukan antara ibadat dan selainnya; adakah diberi pahala dia ditasnya atau tidak. Kata Ibnu Abdussalam : tidak diberi pahala dia diatasnya diatas itlak, iaitu samaada lebih banyak pendorong akhirat atau tidak. Kata imam Ghazali : diberi pahala dia diatasnya jika lebih banyak pendorong akhirat, jika tidak maka tidak diberi pahala dia diatasnya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah. Hasil
yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan selainnya bahawa orang yang mengkasad ibadat itu diberi pahala diatasnya sekadar kasadnya, sekalipun disekutukannya ibadat itu dengan pekerjaan yang lain daripada ria’, samaada lebih banyak kasad ibadat daripada yang lain atau bersamaan. 507. Syahadan: jikalau seorang berwudhuk pada tepi sungai umpamanya dan telah dibasuhnya sekelian anggota wudhuknya melainkan kedua kakinya jua maka tiba-tiba dia terjatuh kedalam sungai lalu basahlah kedua kakinya tidaklah terangkat hadathnya yang pada dua kakinya itu melainkan apabila dia ingatkan niat pada ketika itu, kerana terbasuh kakinya itu tidak dengan perbuatannya. Bersalahan jika dia membasuhnya, terangkatlah hadathnya sekalipun dia tidak ingatkan niat pada ketika itu. 508. Demikian lagi jika seorang berdiri didalam air maka dia berwudhuk dan dibasuhnya sekelian anggota wudhuknya melainkan dua kakinya yang berada didalam air itu, maka dia keluar dari air itu serta lalinya, tidak dia kasadkan membasuh kakinya ketika dia berjalan itu, nescaya tidak terangkatlah hadath kedua kakinya itu. Bersalahan jika dia kasadkan membasuh kakinya ketika dia berjalan itu maka terangkatlah hadath kedua kakinya itu sekalipun dia tidak ingatkan niat. 509. Walaubagaimanapun niat simbur103 tidak memutuskan hukum niat yang terdahulu, sekalipun ia sudah terputus, kerana bahawa niat simbur itu diperlukan kerana maslahat memelihara air wudhuk umpama daripada musta’mal. 510. Diatas kaul yang muktamad tidak sah wudhuk seorang jika dia berniat pada wudhuknya mengharuskan apa yang disunatkan wudhuk padanya seperti membaca Quran atau hadith atau ilmu syarak atau ilmu alat baginya, dan seperti masuk kedalam masjid dan ziarah kubur dan menanggung kitab ilmu syara’ dan mendengar hadith dan fekah dan ketika marah dan menanggung mayat dan barang sebagainya daripada tiap-tiap yang disunatkan wudhuk padanya. Maka tidaklah sah wudhuk dengan niat mengharuskan suatu daripada sekelian yang tersebut itu, seperti dikatanya pada lafaz niatnya “ﻥ ﺁ ﹺﺓ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭ ﺀ ﺍﻗﺭ ﺤ ﹶﺔ ﺎﺘﺒ ﺴ ﺕﺍ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku mengharuskan membaca Quran, dari kerana sekelian yang tersebut itu diharuskan serta hadath, maka kasad yang tersebut itu tidaklah mengandungi kasad menangkatkan hadath. Tetapi jika diniatkan yang tersebut itu serta niat yang kebilangan seperti dikatanya “ﻥ ﺁ ﹺﺓ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭ ﺀ ﺍﻘﺭ ﺀ ِﻟ ﻭ ﻀ ﻭ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya: sahaja aku mengangkat hadath kerana membaca Quran nescaya sahlah wudhuknya. 511. Demikian lagi tidak sah wudhuk dengan tidak ada khilaf jika diniatkannya mengharuskan barang yang tidak disunatkan wudhuk padanya seperti mengunjungi ibu bapa dan mengunjungi orang yang balik daripada pergi pergian dan mengiringi jenazah dan keluar untuk pergi pergian dan akad nikah dan puasa dan memakai pakaian dan masuk kedalam pekan. 512. Jikalau diniatkannya dengan wudhuknya sembahyang pada tempat najis yang tidak dimaafkan nescaya tidaklah sah wudhuknya kerana dia bermain-main jua. 513. Jikalau dia niatkan pada wudhuknya mengharuskan membaca Quran maka jika tidak memada maka mengharuskan sembahyang, nescaya tidaklah memada yang demikian. Bersalahan dengan barang yang jikalau diniatkannya dengan harta yang dikeluarkannya sebagai zakat hartanya yang ghaib jika ianya selamat dan jika tidak maka sebagai zakat hartanya yang hadhir didalam negeri maka iaitu memada jua. 103
. ﺴﻴﻤﺒﻭﺭ- ceduk air dengan tangan. Maksudnya disini pada bekas air yang kecil ketika menceduk untuk basuh tangan. Maksudnya disini niat niat ceduk air dengan tapak tangan untuk basuh muka kali kedua atau ketiga supaya tidak dikira sentuan air itu sebagai basuhan tangan lalu luput sunat basuhan kedua dan ketiga pad muka.
514. Bermula, perbezaan yang demikian itu bahawa wudhuk itu ibadat badan dan zakat itu ibadat harta maka ibadat badan itu lebih sempit kerana ia tidak menerima gantian bersalahan ibadat harta. Inilah yang diiktikmadkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam syarah ‘Ubab dan Nihayah. 515. Jikalau terselam setangah anggota orang yang telah berniat wudhuk atau mandi dengan sebab gugur kedalam air atau dibasuh anggotanya oleh orang lain padahal adalah niatnya pada kedua masaalah itu telah putus, tidak dia ingatkan niat pada ketika itu, nescaya tidaklah memadainya yang demikian itu kerana ketiadaan perbuatannya serta niat. 516. Jikalau dijatuhkan dia oleh orang lain kedalam sungai dengan digagahinya maka dia berniat mengangkatkan hadath didalam air itu nescaya sahlah wudhuknya. 517. Syahadan. Wajib muqaranahkan niat, artinya menyertakannya dengan permulaan membasuh muka, samada permulaan basuh itu pada pihak yang teratas daripada muka atau yang terbawah atau pihak kanan atau kiri, supaya kebilangan sekelian basuhannya, tidak perlu mengulangi sebahagiannya, dari kerana jika tidak disertakan niat dengan permulaan basuhannya seperti disertakannya niat itu dengan pertengahan basuhannya umpamanya nescaya memadailah niatnya, tetapi basuhan yang terdahulu daripada niat itu sia-sia jua, tidak kebilangan, maka wajib mengulanginya. 518. Tidak memada menyertakan niat dengan sunat yang sebelum wudhuk104 seperti membasuh dua tapak tangan dan barang sebagainya. Tetapi tempatnya jika niat itu putus sebelum membasuh muka. Adapun jika ia kekal hingga membasuh mukanya maka ianya adalah yang terafdhal supaya diberi pahala dia diatas segala sunat wudhuk yang dahulu daripadanya, kerana segala sunat wudhuk yang sebelumnya jika sunyi daripada niat tidaklah diberi pahala atasnya. 519. Jika dia berniat wudhuk beserta dengan kumur-kumur dan terbasuh sertanya satu juzuk daripada muka seperti merah bibir, nescaya memadainya niat itu. Sekalipun ia luput kemudiannya. Tetapi jika diniatkannya membasuh muka tatkala terbasuh juzuk itu nescaya kebilanganlah basuhan juzuk itu105, maka tidak perlu kepada mengulanginya dan tidak kebilanganlah kumur-kumur itu daripada sunat wudhuk kerana ia tidak terdahulu diatas basuhan muka. 520. Jika tatkala itu tidak diniatkannya basuh muka hanya diniatkannya kumurkumur jua maka tidaklah kebilangan basuhan juzuk itu daripada fardhu106 kerana diperoleh sharif107, maka wajib mengulang basuh juzuk itu108, dan kebilanganlah kumur-kumur itu sebagai sunat wudhuk kerana ia jatuh sebelum daripada basuhan muka.109 521. Tersebut didalam Tuhfah bahawa jikalau gugur fardhu membasuh muka dari seorang sebab ada penyakit pada sekelian mukanya dan tidak ada satir110 padanya nescaya wajiblah dia menyertakan niat wudhuk dengan permulaan basuh tangan, dan jikalau gugur pula darinya fardhu membasuh tangan kerana ada penyakit, seperti demikian itu, nescaya wajiblah atasnya menyertakan niat 104
. maka basuh dua tapak tangan, kumur-kumur dan hisap air kehidung bukan diri wudhuk tetapi adalah sunat yang sebelum wudhuk. 105 . sebagai basuhan muka. 106 . iaitu fardhu basuh muka. 107 . perkara yang memalingkannya. 108 . ketika basuh muka. 109 . kata Ibrahim baijuri didalam hasyiah Bajuri: yang terbaik bahwa dia niatkan mula-mula sunat sahaja seperti bahawa dia katanya “ ”ﻨﻭﻴﺕ ﺴﻨﻥ ﺍﻟﻭﻀﻭﺀartinya: aku kasadkan sunat-sunat wudhuk, kemudian dia berniat disisi basuh muka akan niat yang muktabar. Intaha. Iaitu yang mudah 110 . suatu yang menutupi muka seperti pembalut dan plaster.
dengan menyapu kepala, dan jikalau gugur pula darinya fardhu menyapu kepala nescaya wajiblah atasnya menyertakan niat dengan permulaan basuh kaki. Tidak dipadakan niat wudhuk itu dengan niat tayammum kerana berlain-lainan hukumnya111. 522. Harus bagi orang yang berwudhuk mencerai-ceraikan niat mengangkatkan hadath atau niat bersuci dari hadath atas segala anggota wudhuknya, seperti tatkala membasuh mukanya dia berniat mengangkatkan hadath dari mukanya jua tidak selainnya, dan tatkala membasuh tangannya dia berniat mengangkatkan hadath dari tangannya jua tidak dari selainnya. Demikianlah hingga kesudahan wudhuknya. Maka pada tiap-tiap satu daripada dua masaalah ini perlu kepada membaharui niat tatkala membasuh tiap-tiap anggota, dari kerana jika tidak diperbaharuinya niatnya tatkala itu nescaya tidaklah memadainya wudhuknya itu. 523. Jikalau seorang berniat pada pertengahan wudhuknya memutuskan wudhuknya nescaya putuslah niatnya, maka hendaklah dikembalikan niatnya tatkala membasuh anggotanya yang tinggal lagi. 524. Jikalau batal wudhuknya ditengah dia berwudhuk dengan hadath atau selainnya* nescaya diberi pahala dia diatas apa yang telah lalu daripada perbuatan wudhuknya jika ada batalnya itu bukan dengan pilihannya. Jika ada batalnya itu dengan pilihannya maka tidaklah diberi pahala dia diatasnya. Seperti demikian itulah sembahyang dan puasa yang batal pada pertengahannya. 525. Rukun yang kedua daripada segala rukun wudhuk itu : membasuh, muka dengan ijmak kerana firman Allah taala “ ﻡ ﻫ ﹸﻜ ﻭ ﺠ ﻭ ﺴﻠﹸﻭﺍ ﻏ ﻓﹶﺎ ﹾﻼﺓ ﺼ ﹶ ﻡ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﻤ ﹸﺘ ﻤﻨﹸﻭﺍ ِﺇﺫﹶﺍ ﹸﻗ ﻥ ﺁ ﻴ ﺫ ﺎ ﺍﱠﻟﻴﻬ ﺎ َﺃﻴ ” artinya: wahai orang yang beriman apabila kamu berdiri kepada sembahyang maka basuhlah muka kamu. 526. Bermula, yang dikehendaki daripada membasuh muka itu adalah terbasuh jua. Maka memadailah terbasuh mukanya dengan perbuatan dirinya atau dengan perbuatan orang lain, sekalipun dengan tidak ada izinnya atau dengan sebab dia gugur kedalam sungai lalu terbasuhlah mukanya. Itu pun dengan syarat jika dia ingatkan niat pada kedua masaalah ini. Seperti demikian itulah anggota yang lain daripada muka. 527. Adapun anggotanya yang terbasuh dengan perbuatan dirinya seperti dihujankan tangannya kepada air hujan dengan kasad membasuhnya atau dijalankannya kakinya didalam air dengan kasad membasuhnya maka tidaklah disyaratkan baginya ingat kepada niat pada ketika itu, bahkan terangkatlah hadathnya dengan semata-mata kasad membasuhnya. 528. Bermula, yang dinamakan basuh disini dan pada sekelain apa yang wajib dibasuh adalah mengalirkan air pada anggota. 529. Adapun menyentuhkan air pada anggota dengan tidak mengalir maka ianya tidak memada dengan muafakat sekelian ulamak kerana ia tidak dinamakan basuh. Bersalahan menyelamkan angota kedalam air maka ianya dinamakan basuh. 530. Jikalau dijadikan dua muka bagi seorang nescaya wajiblah diatasnya membausuh kedua-duanya, sekalipun salah satu daripada keduanya itu lebih. Itupun jika ada keduanya itu berhadap kepada pihak hadapan. Adapun jika salah satu daripada keduanya mengadap kebelakang maka tidak wajib atasnya melainkan membasuh muka yang mengadap kehadapan sahaja. Bersalahan jika dijadikan dua kepala bagi seorang, maka tidak wajib menyapu kedua-duanya, hanya memadai menyapu salah satu daripada keduanya. Inilah hasil yang tersebut didalam Nihayah.
111
. pada tempat ini ada katanya “dan harus hukumnya”. Barangkali silap cetak. Walahu a’lam.
531. Adapun had muka yang wajib dibasuh maka pada bujurnya adalah barang yang diantara tempat tumbuh rambut kepala pada ghalibnya dan bahagian bawah kesudahan dagu dan kesudahan dua rahang, dan pada lintangnya adalah barang yang diantara dua telinga. 532. Maka diketahui pada had yang demikian itu bahawa kesudahan dagu dan kesudahan rahang itu adalah daripada muka jua. Demikian lagi pelipis dan tempat ghamam iaitu tempat rambut yang tumbuh pada dahi maka ianya daripada muka jua kerana tumbuh rambut pada dahi itu menyalahi ghalib pada adat. 533. Wajib membasuh sekelian kulit muka yang zahir hingga tempat terpotong hidung kerana ia jadi zahir sebab terpotongnya. Bersalahan batin hidung dan batin mata maka tidak wajib membasuhnya, sekalipun ia jadi zahir sebab terpotong hidung dan bibir dan kelopak mata. Tidak sunat membasuh batin mata. Kata setengah: makruh memabsuhnya kerana memudharatkan. 534. Wajib membasuh pohon kedua mata dengan tidak ada khilaf, hinggakan jika ada diatasnya daki seperti tahi mata yang menegah sampai air kepadanya nescaya wajiblah atasnya menghilangkannya dan membasuh barang yang dibawahnya. 535. Wajib membasuh bulu yang tumbuh pada muka yang tidak keluar daripada had muka seperti bulu mata dan bulu kening dan bulu pipi dan kumis dan misai dan bulu pelipisan, pada sekelian zahirnya dan batinya sekalipun tebal. Kerana tebal yang demikian itu nadir jua, maka dihubungkan ia dengan yang ghalib. 536. Demikian lagi wajib membasuh janggut dan tali tudung perempuan dan kunsa, zahirnya dan batinnya sekalipun tebal, kerana adanya dan tebalnya pada perempuan dan khunsa itu nadir. Sunat bagi perempuan yang berjanggut mencabut atau mencukur janggutnya kerana janggut pada perempuan jadi kecelaan. 537. Adapun janggut lelaki dan tali tudungnya maka baginya tafsil. Jika ada ia jarang iaitu yang kelihatan kulit tempat tumbuhnya pada selang-selangnya didalam majlis bercakap maka wajiblah membasuhnya pada zahirnya dan batinnya. Jika ia tebal maka wajib membasuh zahirnya jua tidak batinnya. Jika sebahagian janggut dan tali tudung itu tebal dan sebahagiannya jarang maka ditilik, jika ada ia terbeza maka tiap-tiap daripada keduanya masing-masing dengan hukummnya, jika tidak ia berbeza maka wajiblah membasuh sekeliannya kerana mengambil ihtiat jua. 538. Adapun sekelian bulu muka yang keluar daripada had muka maka iaitu seperti hukum janggut jua. Maka jika ada ia tebal wajib membasuh zahirnya tidak batinnya, dan jika ada ia jarang maka wajib membasuh zahirnya dan batinnya. 539. Demikian lagi wajib membasuh daging yang tumbuh pada muka sekalipun ia panjang hingga keluar daripada had muka. Bermula, murad daripada bulu yang keluar daripada muka disini adalah yang keluar daripada hadnya dengan dihela kepada pihak turunnya. Maka iaitu dikiaskan atas rambut yang keluar daripada had kepala yang lagi akan datang kenyataannya. Muhtamal pula bahawa murad daripada yang keluar daripada had muka itu yang keluar daripada lingkaran bentuk112 muka sebab panjangnya diatas menyalahi yang ghalib. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 540. Sunat tatkala membasuh muka mula daripada pihak muka yang diatas, dan lagi sunat membasuhnya dengan dua belah tangan kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Maka jika dimulainya membasuh mukanya daripada pihak yang
112
. – ﺒﻨﺘﺭbantar. Wallahu a’lam.
lainnya atau dibasuhnya dengan sebelah tangan jua maka iaitu memadai, tetapi adalah ia menyalahi sunnah. 541. Rukun ketiga daripada rukun-rukun wudhuk : basuh kedua tangan serta kedua siku, dengan ijmak kerana firman Allah taala “ﻕ ﻓ ﺍﻤﺭ ﻡ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻜﻴﻴﺩ َﺃ ” ﻭiaitu dan basuhlah tangan-tangan kamu serta siku-siku. Wajib membasuh sekelian apa yang ada pada kedua tangan yang tempat fardhu seperti bulu sekalipun ia tebal lagi panjang seperti kuku dan daging tumbuh pada tempat fardhu dan sekalipun keduanya itu panjang, sama seperti batin lubang dan pecah yang ada pada tangan jika tidak tertutup keduanya dengan kulit kerana ia jadi zahir pada ketika itu. 542. Jika tangannya tercucuk duri umpamanya wajib membasuh tempat duri yang tidak masuk kedalam batin daging, dan wajib menghilangkannya kerana ia menegah sampai air kepada tempatnya, kerana jika tidak dibasuhnya nescaya tidaklah sah wudhuknya dan sembahyangnya. Tetapi jika duri itu masuk kedalam batin daging dan tertutup dengan kulitnya maka tidak wajib membasuhnya dan sahlah wudhuk dan sembahyangnya, sekalipun duri itu bernajis dengan darah. Demikian lagi wajib membasuh sekelian yang tersebut itu pada anggota yang lain daripada tangan. 543. Demikian lagi wajib membasuh tangan yang tumbuh pada tempat fardhu seperti ia tumbuh pada siku atau dibawah siku113, sekalipun ia lebih panjang daripada tangan yang asli. Tetapi jika tangan itu tumbuh diluar tempat fardhu seperti ia tumbuh diatas siku114 maka ditilik ; jika keduanya serupa hingga tidak diketahui mana yang asli dan mana yang lebih nescaya wajiblah membasuh keduanya daripada jari hingga sampai kesiku, dan jika tidak serupa seperti bahawa diketahui yang lebih daripada yang asli maka wajib membasuh sekelian yang asli dan tidak wajib membasuh yang lebih melainkan kadar yang berbetulan dengan tempat fardhu daripada yang asli jua, iaitu yang berbetulan dengan siku tangan yang asli hingga kepada yang berbetulan dengan hujung jari tangan yang asli. Tidak wajib membasuh yang diluar daripada tempat fardhu iaitu yang berbetulan dengan yang diatas siku tangan yang asli dan yang lampau daripada hujung jari tangan yang asli jika ada yang lebih itu lebih panjang daripada yang asli. Inilah hasil yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 544. Masaalah : jika terkoyak kulit tangan seorang mula daripada ruas tangan yang dibawah sikunya hingga sampai kepada ruas tangan yang diatas sikunya115 dan bergantunglah kulit itu dengan ruas yang diatas sikunya, nescaya tidak wajib membasuh suatu daripada kulit yang tergantung itu kerana ia bergantung pada anggota yang diluar tempat fardhu. Adalah bandingnya seperti tumbuh daging atau bulu pada ruas tangan yang diatas siku, maka tidaklah wajib basuh suatu daripadanya, sekalipun ia panjang hingga terhulur kepada tempat fardhu. Tetapi jika terkoyak kulit tangan mula dari ruas yang diatas siku hingga sampai kepada ruas yang dibawah siku dan bergantunglah kulit itu pada ruas yang dibawah siku nescaya wajiblah membasuh sekelian kulit itu kerana ia berantung pada tempat fardhu. Inilah hukumnya jika tidak berhubung sekelian kulit itu dengan ruas tangan yang dibawah siku. 545. Adapun jika ia bercantum dengannya hingga bersedaging dengannya maka tidak wajib melainkan membasuh zahirnya jua kerana dharurat. Tetapi jika dikoyakkan ia darinya selepas membasuhnya wajiblah membasuh tempatnya kerana hilang dharurat itu. Maka ianya bersalahan dengan hukum mencukur 113
. iaitu dari siku hingga jari. . iaitu dari siku ke kepala bahu – lengan atas. 115 . iaitu koyak dari lengan bawah hingga lengan bawah. 114
janggut yang tebal selepas daripada membasuh zahirnya, maka tidak wajib selepas mencukurnya membasuh dagu tempat janggut itu kerana wajib basuh zahir janggut yang tebal itu bukan kerana dharurat, kerana terboleh membasuhnya. 546. Jikalau terkoyak kulit daripada ruas tangan yang dibawah siku dan berhubung hujungnya dengan ruas yang diatas siku serta bercerai barang yang diantara kedua hujung kulit itu daripada tangannya nescaya wajiblah atasnya membasuh yang berbetulan dengan tempat fardhu daripadanya, pada zahirnya dan batinnya. Tidak wajib membasuh yang diatasnya kerana bahawa ia berhubung dengan anggota yang diluar tempat fardhu, sekalipun ia pada asalnya daripada kulit tempat fardhu. 547. Kalau terpotong sebahagian ruas tangan yang dibawah siku nescaya wajiblah membasuh apa yang tinggal daripadanya beserta siku, kerana sabda nabi sawm “ﻡ ﻌ ﹸﺘ ﻁ ﺴ ﹶﺘ ﹶ ﺎ ﺍﻪ ﻤ ﻤ ﹾﻨ ﻤﺭﹴ ﹶﻓ ْﺄﺘﹸﻭﺍ ﻡ ﺒﹺَﺄ ﺭ ﹸﺘ ﹸﻜ ﻤ ” ِﺇﺫﹶﺍ َﺃartinya : apabila aku suruh kamu dengan mengerjakan suatu pekerjaan maka kerjakanlah ia sekuasa kamu, dan lagi kaedah “ﻭ ﹺﺭ ﺴ ﻌ ﻤ ﻁ ﺒﹺﺎ ﹾﻟ ﺴ ﹸﻘ ﹸ ﻴ ﻻ ﺭ ﹶ ﻭ ﺴ ﻴ ﻤ ﻥ ﹶﺍ ﹾﻟ ﻷ َ ِ ” artinya : kerana yang mudah tidak gugur dengan sebab yang payah. 548. Kalau terpotong tangannya pada siku seperti bahawa diceraikan tulang lengan bawah116 daripada tulang lengan atas117 pada sendinya118 hingga tinggallah dua tulang yang dikepala tulang lengan atas nescaya wajiblah membasuh kepala tulang yang tersebut itu. Jikalau terpotong tangannya pada ruas yang diatas siku nescaya sunatlah membasuh apa yang tinggal daripadanya kerana memelihara diatas tahjil yang lagi akan datang. 549. Faedah: ketahuilah bahawa hakikat tangan pada bahasa adalah daripada jari hingga sampai kepada bahu, maka masuk didalamnya pergelangan dan siku dan lengan bawah dan lengan atas. Soal: apabila adalah hakikat tangan pada bahasa seperti demikian itu nescaya adalah firman Allah taala yang menyuruh basuh tangan itu melengkapi suruh basuh sekeliannya, maka betapa kiranya tidak wajib membasuhnya hingga bahu hanya wajib membasuhnya hingga sampai kepada siku jua? 550. Jawab: bahawasa firman Allah taala “ﻕ ﻓ ﺍﻤﺭ ” ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟartinya : hingga siku adalah ghayah bagi “ ﺭﻜﹸﻭﺍ ” ﹸﺍ ﹾﺘyang ditakdirkan pada kalamNya kerana adalah takdirnya “ ﻕ ﻓ ﺍﻤﺭ ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟﻤ ﹾﻨﻬ ﺭﻜﹸﻭﺍ ﺍ ﹾﺘﻡ ﻭ ﻴ ﹸﻜ ﺩ ﻴ ﺴﻠﹸﻭﺍ ًﺃ ﻏ ”ﻓﹶﺎ ﹾiaitu : basuhlah tangan kamu dan tinggalkan basuh daripadanya hingga ke siku, maka jadilah siku itu tidak masuk pada jumlah yang ditinggalkan basuh daripada, hanya ia masuk pada jumlah yang dibasuh, dengan dalil perbuatan nabi sawm dan ijmak. 551. Rukun yang keempat daripada segala rukun wudhuk: sapu sedikit daripada kulit kepala, sekalipun sedikit atau sapu rambut yang didalam had kepala, sekalipun sehelai atau setengahnya dengan apa yang dinamakan sapu, samaada disapunya dengan tangannya atau dengan selainnya. 552. Harus membasuhnya ganti daripada sapu dengan tidak makruh. Demikian lagi harus meletakkan tangan yang basah diatas kepala dengan tidak disapukan kepadanya, sekalipun dengan berlapik apabila sampai basahan kepada kepala, kerana maksud sapu itu menyampaikan basah kepada kepala. 553. Adapun murad daripada rambut yang didalam had kepala itu maka iaitu rambut yang tidak keluar daripada hadnya dengan dihelakan kepada pihak turunnya, tidak kepada yang lainnya. Maka tidak memada sapu rambut yang tidak didalam had kepala iaitu yang keluar daripadanya dengan dihelakan kepada 116
. asalnya: hastanya. . asalnya: ruas yang diatas. 118 . asalnya : tempat ceraiannya. 117
pihak turunnya. Umpama rambut ubun-ubun, adalah turunnya kepada pihak muka maka jika ia panjang sekira-kira kalau keluar hujungnya daripada had kepala dengan dihela kepada pihak muka nescaya memadalah sapu pohonnya atau tengahnya yang didalam had kepala jua, dan tidak memada sapu hujungnya yang keluar daripadanya, sekalipun ia tidak keluar daripada had kepala sebab dihela kepada pihak yang lain daripada pihak muka. 554. Adapun dalil yang menyebutkan memada sapu sebahagian kepala maka iaitu firman Allah taala “ﻡ ﺴ ﹸﻜ ﻭ ﺀ ﺭ ﻭﺍ ﹺﺒﺴﺤ ﻤ ﺍ ” ﻭdengan menjadikan ba’ itu dengan makna sebahagian. Artinya: sapu oleh mu sebahagian daripada kepala kamu, maka sebahagian itu melengkapi sedikit dan banyak, dan lagi perbuatan nabi sawm menunjukkan memada sapu sebahagian kepala kerana sungguhnya nabi sawm adalah dia menyimpan119 diatas sapu ubun-ubunnya tatkala menyapu kepala. Maka perbatan nabi sawm pada yang demikian itu menunjukkan bahawa tidak wajib sapu sekelian kepala seperti mazhab Maliki, dan tidak wajib sapu satu perempat kepala seperti mazhab Hanafi kerana ubun-ubun itu kurang daripada satu perempat kepala. 555. Bermula, dua telinga bukanlah daripada kepala, maka tidaklah memada menyapunya. Bersalahan putih yang berbetulan dengan yang terkeatas daripada yang mengelilingi belakang telinga, maka ianya daripada kepala jua. Maka memada menyapunya. Demikian lagi memada sapu tulang kepala apabila ianya zahir sebab luka umpamanya. 556. Syahadan. Kalau seorang mencukur rambut kepalanya kemudian daripada menyapunya tidaklah wajib atasnya mengulangi sapu. 557. Rukun yang kelima daripada rukun-rukun wudhuk : membasuh kedua kaki serta dua buku lali120. Maka kalau seorang itu tidak mempunyai buku lali hendaklah diktibarkan kadar buku lali yang sederhana daripada yang ghalib daripada manusia, Bersalahan jika ia mempunyai buku lali pada selain tempatnya yang biasa, seperti adalah buku lalinya itu hampir dengan lutut, maka buku lali itu kebilangan jua, wajib membasuhnya. Adalah bandingannya seperti hasyafah yang menyalahi tempatnya yang biasa. Inilah apa yang dikehendaki oleh itlak fuqaha’. Kata sebahagian mereka: tidak kebilangan buku lali yang tersebut itu, hanya hendaklah dibilangkan kadar buku lali kebanyakan orang. 558. Kalau terpotong sebahagian kaki yang dibawah buku lali wajiblah membasuh apa yang tinggal daripadanya. Kalau terpotong diatas buku lali maka tidaklah wajib membasuh yang tinggal hanya sunat jua seperti perintah pada tangan yang terpotong. 559. Syahadan. Wajib membasuh sekelian yang ada pada tempat fardhu daripada buku lali seperti bulu dan daging yang tumbuh dan tempat duri yang tidak masuk kedalam batin daging dan lubang yang ada pada kaki dan celahcelah kulit yang pecah. Wajib menghilangkan apa yang didalam keduanya daripada umpama lilin atau ubat atau barang sebagainya daripada apa yang menegah sampai air kepada kulit, sama seperti perintah membasuh tangan jua. 560. Syadhadan. Tertentu wajib basuh dua kaki itu pada orang yang tidak memakai dua muza jua. Adapun yang memakai dua muza maka tidak tertentu atasnya kewajipan membasuh kedua kaki itu, yang wajib diatasnya hanyalah salah satu daripada basuh dua kaki atau sapu atas dua muza seperti yang lagi akan datang kenyataannya. 561. Rukun yang keenam daripada rukun-rukun wudhuk itu : tertib, iaitu mengaturkan rukun-rukun yang empat itu seperti aturan yang tersebut didalam 119 120
. menghadkan. . asalnya : mata kaki.
ayat Quran yang telah terdahulu sebutnya. Maka wajib mendulukan basuh muka serta niat kemudian maka basuh dua tangan kemudian maka sapu sebahagian kepala kemudian maka basuh dua kaki. Maka jika disalahinya tertib yang tersebut itu nescaya tidakah sah wudhuknya. 562. Adapun dalil yang menyebutkan wajib tertib pada wudhuk maka iaitu perbuatan nabi sawm yang menjelaskan wudhuk yang disuruh dengannya, kerana bahawa nabi sawm tidak berwudhuk didalam tiap-tiap keadaan dan tiaptiap masa melainkan dengan tertib. Maka sekira-kira tidak wajib tertib nescaya dia meninggalkan pada sesetengah masa akan tertib wudhuknya. Dan lagi sabda nabisawm “ﷲ ُ َﺃ ﺍﺩﺎ ﺒﻭﺍ ﹺﺒﻤﺩﺀ ﺒ ﺍ ” iaitu mulakanlah dengan apa yang telah Allah mulakan dengannya, iaitu dengan permulaannya yang ada pada ayat “ﻡ ﻫ ﹸﻜ ﻭ ﺠ ﻭ ﺴﻠﹸﻭﺍ ﻏ ” ﻓﹶﺎ ﹾ hingga akhinya. Maka tidaklah syak pada bahawa yang telah Allah mulakan dengannya pada ayat Quran itu adalah suruhan membasuh muka kemudian maka tangan, hingga akhirnya. 563. Jika kita ditanya orang: betapa kiranya sah hadith nabi yang tersebut itu sebagai dalil pada tertib wudhuk pada hal sabda nabi itu tempatnya pada sai’e jua, tatkala sebahagian sahabat bertanyakan rasulullah sawm tentang permulaan sai’e daripada Safa kah atau daripada Marwah. Maka disahut oleh rasululah sawm dengan sabdanya “ﷲ ُ َﺃ ﺍﺩﺎ ﺒﻭﺍ ﹺﺒﻤﺩﺀ ﺒ ﺍ ” itu, maknanya: hendaklah kamu mulakan dengan apa yang Allah mulakan dengannya, dia kehendaki firman Nya “ ﺼﻔﹶﺎ ﻥ ﺍﻟ ِﺇ ﷲ ِ ﺎ ِﺌ ﹺﺭ ﺍﺸﻌ ﻥ ﹶ ﻤ ﹶﺓﺭﻭ ﺍﻟﻤ”ﻭ. 564. Jawab: jawab: hadih yang tersebut itu sah sebagai dalil pada tertib wudhuk kerana lafaznya umum maka ianya melengkapi apa yang dimulai oleh Allah taala pada ayat wudhuk sekalipun sebab hadith itu khusus kerana telah sabit pada kaedah mereka itu bahawa perkiraan adalah pada umum lafaz jua bukan pada khusus sebab. 565. Dan lagi pula menceraikan antara basuh tangan dan basuh kaki yang mana keduanya sejenis dengan menyapu sebahagian kepala yang bukan sejenis dengan keduanya tidak dapat tidak ada baginya faedah. Maka faedahnya tidak adalah ia melainkan wajib tertib jua bukannya sunat, dengan karenah suruhan nabi sawm didalam hadith yang tersebut itu. 566. Maka kalau empat orang membasuh sekelian anggota wudhuk yang empat itu bagi seorang dalam keadaan serentak, sekalipun tidak ada izinya nescaya terangkatlah hadathnya yang pada muka jua jika dia berniat sertanya, dan tidak terangkat hadathnya yang pada anggotanya yang lain kerana ketiadaan tertib. 567. Tidak gugur tertib itu sebab lupa atau digagahi seperti sekelian rukun-rukun yang lain dan segala syaratnya jua. 568. Jika seorang yang berhadath kecil menyelam didalam air yang sedikit dan dia berniat kemudian daripada tenggelam mukanya dengan niat wudhuk yang kebilangan atau dengan niat mengangkatkan hadath janabah umpamanya jika ianya dengan tersalah, tidak dengan disengajakannya, nescaya sahlah wudhuknya dan terangkatlah hadath pada sekelian anggotanya, sekalipun dia tidak berhenti didalam air itu sekadar masa tertib yang hakiki, kerana tertib yang jenis takdir terhasil didalam masa yang sangat singkat. Inilah yang dinakalkan lagi yang muktamad, tetapi jika dia berniat sebelum tenggelam mukanya maka tidaklah terangkat hadathnya melainkan hadath yang pada mukanya jua, kerana air itu jadi musta’mal dengan nisbah anggotanya yang lain daripada muka. Inilah jika dia menyelam kedalam air yang sedikit. Adapun jika dia menyelam didalam air yang banyak maka terangkatlah hadathnya pada sekelian anggotanya, sekalipun dia berniat sebelum tenggelam mukanya sekalipun. 569. Syahadan. Kalau seorang berjunub membasuh sekelian badannya serta dengan niat melainkan anggota wudhuknya jua yang tidak dibasuhnya, kemudian
dia berhadath121 nescaya tidaklah wajib atasnya tertib pada membasuh anggotaanggota wudhuknya. Maka barang mana anggota yang didulukannya daripada anggota-anggota yang empat itu memadailah ia baginya, kerana berhimpun padanya dua hadath dan masuk hadath kecil pada hadath besar. Maka adalah hadath kecil itu seolah-olah tidak ujud. Maka dari kerana inilah tidak wajib berniat mengangkatkan hadath kecil pada ketika itu, hanya sunat jua, supaya keluar dari khilaf orang yang mengatakan tidak masuk hadath kecil pada hadath besar. 570. Kalau seorang berjunub membasuh sekelian badannya melainkan dua kakinya jua yang tidak dibasuhnya, kemudian dia berhadath, hendaklah dibasuhnya kedua kakinya daripada hadath besar, kemudian dibasuhnya yang tinggal daripada anggota wudhuknya daripada hadath kecil dengan tertib. Tetapi memadainya membasuh dua kakinya daripada hadath besar pada pertengahan membasuh sekelian anggota wudhuknya yang tinggal122 atau selepas daripadanya. 571. Maka yang ujud pada rupa masaalah yang pertama dan rupa masaalah yang kedua itu adalah dengan wudhuk yang sunyi daripada membasuh dua kaki pada hal adalah keduanya itu terdedah123 dan tidak ada padanya suatu penyakit, kerana tidak wajib pada kedua rupa masaalah itu membasuh kedua kaki, tetapi tidak sunyi ia daripada tertib kerana wajib tertib pada anggota yang tinggal.* Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. 572. Maka pada rupa masaalah pertama dan kedua itu diperbuatkan teka teki maka dikatakan : seorang mengambil wudhuk dan tidak wajib atasnya membasuh kedua kakinya pada hal adalah keduanya terbuka dan tidak ada pada keduanya suatu penyakit. 573. Jikalau seorang syak pada membasuh suatu anggota wudhuk sebelum selesai daripadanya hendaklah dibasuhnya dan apa yang kemudiannya. Jikalau dia syak padanya selepas selesai daripada wudhuknya tidaklah memudharatkannya. 574. Fasal pada menyatakan syarat-syarat wudhuk. Bermula hakikat syarat itu : perkara yang lazim daripada tiadanya tiada yang disyaratkan, dan tidak lazim daripada adanya ada yang dan tidak ada yang disyaratkan dengan menilik kepada dirinya 124. 575. Adapun yang dikehendaki daripada syarat wudhuk disini maka ianya adalah perkara yang bukan rukun-rukunnya daripada tiap-tiap perkara yang terhenti sah wudhuk diatasnya, iaitu sekira-kira bila ianya tidak didapati nescaya tidaklah sah wudhuk. 576. Syarat wudhuk sama seperti syarat mandi adalah sebelas syarat. Pertama: hendaklah ia dengan air mutlak. Tidak sah wudhuk dengan selain daripada air atau dengan air yang tidak mutlak. 577. Kedua: yakin atau zan akan keadaannya mutlak. Maka tidak sah wudhuk seorang dengan air yang tidak diyakinkan atau dizankan keadaannya mutlak, sekalipun ternyata kemudiannya bahawa air itu mutlak. 578. Ketiga: hendaklah yang berwudhuk itu Islam. Maka tidak sah wudhuk kafir kerana wudhuk itu sebahagian daripada ibadat yang perlu kepada niat, sedang kafir itu bukannya ahli bagi niat. Melainkan pada mandi perempuan kafir kitabi yang berniat pada mandinya supaya dia halal bagi suaminya yang Islam. 121
. iaitu berlaku padanya perkara yang menyebabkan hadath kecil seperti kentut. . iaitu yang selain kedua kakinya. 123 . iaitu tidak ada balutan – satir. 124 . iaitu dengan menilik kepada diri syarat itu. “ ﻤﺎ ﻴﻠﺯﻡ ﻤﻥ ﻋﺩﻤﻪ ﺍﻟﻌﺩﻡ ﻭﻻ ﻴﻠﺯﻡ ﻭﺠﻭﺩﻩ ﻭﺠﻭﺩ ﻭﻻ ﻋﺩﻡ ﺒﺎﻟﻨﻅﺭ ”ﻟﺫﺍﺘﻪlihat al bajuri 137 j. 1 untuk lebih penjelasan. 122
579. Keempat: hendaklah dia mumayyiz, iaitu membezakan antara yang baik dan yang buruk. Tandanya bahawa adalah dia makan dan minum dengan sendirinya dan bersuci dengan sendirinya. Maka tidak sah wudhuk kanak-kanak yang tidak mumayyiz. Demikian lagi segala ibadat selain wudhuk, melainkan wudhuk kanak-kanak kerana tawaf seperti yang lagi akan datang kenyataannya. 580. Kelima: ketiadaan sharif125. Ia adalah yang diibaratkan dengan mengekalkan niat pada hukum, seperti bahawa dia tidak membawa perkara yang merosakkan niat seperti riddah dan yang memutuskannya. Maka tidak sah wudhuk orang yang kedatangan riddah didalam wudhuknya atau yang memutuskannya niat wudhuknya. 581. Keenam: suci dari haid dan nifas. Maka tidak sah wudhuk perempuan yang berhaid dan bernifas. Tetapi akan datang bahawa mandi-mandi yang disunatkan pada haji tidak disyaratkan pada sahnya suci daripada haid dan nifas. 582. Ketujuh : tidak ada pada anggotanya apa yang mengubah air dengan ubah yang memudharatkan seperti bedak. Maka tidak sah wudhuk orang yang ada pada anggotanya yang demikian itu. 583. Kelapan: tidak dia menta’likkan niatnya. Maka tidak sah wudhuk orang yang menta’likan niatnya seperti dikatanya “ﺎﻟﹶﻰﷲ ﹶﺘﻌ ُ ﺀ ﺍ ﻥ ﺸﹶﺎ ﺀ ِﺇ ﻭ ﻀ ﻭ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨ, melainkan jika dia kasadkan dengan kata “ ﺎﻟﹶﻰﷲ ﹶﺘﻌ ُ ﺀ ﺍ ﻥ ﺸﹶﺎ ” ِﺇitu mengambil berkat jua. 584. Kesembilan: tidak ada pada anggotanya apa yang menegah sampai air kepadanya seperti lilin atau getah atau kapur atau minyak yang beku atau daki yang dibawah kuku atau barang sebagainya. Bersalahan peluh yang beku diatas badannya kerana ia seperti satu juzuk daripadanya. Maka dari kerana inilah batal wudhuk sebab menyentuhnya. 585. Kesepuluh: tahu kaifiatnya, seperti dia tidak iktikadkan fardhu yang tertentu daripada perbuatan wudhuk sebagai sunat. Maka tidak sah wudhuk orang yang mengiktikadkan sekelian perbuatan wudhuk itu sunat atau sebahagian fardhunya yang tertentu sebagai sunat. Adapun jika dia iktikadkan segala perbuatan wudhuk itu fardhu atau dia iktikadkan bahawa sebahagian perbuatannya fardhu dan sebahagiannya sunat dengan tidak membezakan antara keduanya atau dia membezakannya tetapi dia tidak iktikadkan yang fardhu sebagai sunat, hanya dia iktikadkan yang fardhu itu fadhu jua, maka sahlah wudhuknya pada tiga masaalah ini. 586. Kesebelas: mengalirkan air pada anggotanya yang dibasuh sekira-kira diperoleh hakikat basuh. Maka tidak sah wudhuk orang yang tidak mengalirkan air pada anggotanya yang dibasuh, seperti bahawa dia menyapukannya pada anggotanya itu. 587. Inilah sebelas perkara syarat bagi wudhuk orang yang salim. Adapun orang yang sentiasa berhadath seperti salisil baul dan yang mustahadhah maka ditambahkan pula atas yang demikian itu tujuh syarat. 588. Pertama: masuk waktu sembahyang. Kedua: zan masuknya. Ketiga: mendulukan istinja atas wudhuk. Keempat: mandulukan tahaffuz126 yang diperlukan diatas wudhuk. Kelima: mualat, iaitu berturut-turut antara istinja dan tahaffuz itu. Keenam: mualat antara keduanya dan antara wudhuk. Ketujuh: mualat antara perbuatan wudhuk dan sembahyang. Inilah tujuh syarat yang dihimpunkan dengan sebelas syarat itu, jadilah jumlahnya lapan belas syarat. 589. Fasal pada menyatakan segala sunat wudhuk. Bermula, makna sunat dan tatawwu’ dan mustahab dan mandhub dan nafl dan hasan dan marghub fih pada
125 126
. perkara yang memalingkan, iaitu memalingkan dari niat wudhuk. . langkah jaga-jaga seperti basuh dan sumbat dan memakai cawat.
syara’ adalah satu jua, iaitu barang yang diberi pahala atas memperbuatnya dan tidak disiksa diatas meninggalkannya. 590. Syahadan. Adalah sunat wudhuk itu amat banyak, maka sebahagian daripadanya bersugi seperti apa yang telah terdahulu kenyataannya. Maka hendaklah dia niatkan sunat wudhuk dengan bersugi itu. Inilah kaul yang mengatakan bahawa tempat bersugi itu sebelum mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ. Tetapi yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Bafadhal bahawa tempat bersugi itu kemudian daripada membasuh dua tangan dan sebelum kumur-kumur. Maka ketika itu tidaklah ia perlu kepada niat kerana dipadakan dengan niat tatkala mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ. 591. Daripada sunat-sunat wudhuk mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ, sekalipun berwudhuk dengan air yang dirampas, seperti yang telah disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam syarah ‘Ubab dan Nihayah. Sekurang-kurangnya “ ﺴ ﹺﻡ ﹺﺒ ﷲ ِ ”ﺍdan yang sempurnanya “ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﹺ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ, kerana mengikut perbuatan nabi sawm, dan lagi sabda nabi sawm “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ﻀﺌُﻭﺍ ﹺﺒ ﹺﺒ ﻭ ” ﹶﺘartinya : berwudhuklah kamu dengan nama Allah. Sunat mengucap “ﷲ ِ ﻭﺫﹸ ﺒﹺﺎ ﻋ ” َﺃsebelumnya, dan sunat kemudian daripada mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒitu mengucapkan “ ﻯﻪ ﺍﱠﻟﺫ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﹶﺍ ﹾﻟ.ﻪ ﺘ ﻤ ﻌ ﻨ ﻭ ﻼﻡﹺ ﺴﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻻ ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﹶﺍ ﹾﻟ ﺍﻭﺭ ﻬ ﻁ ﺀ ﹶ ﺎل ﺍ ﹾﻟﻤ َ ﻌ”ﺠ. Imam Ghazali menambah selepasnya “ ﻥ ﻴ ﹺ ﻁ ﺎﺸﻴ ﺕ ﺍﻟ ﱠ ﺍﻤﺯ ﻫ ﻥ ﻤ ﻙ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﺏ َﺃ ﺭ ﻥ ﻭ ﺭ ﻀ ﺤ ﻴ ﻥ ﺏ َﺃ ﺭ ﻙ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﻭَﺃ ”. 592. Pada mazhab imam Ahmad mengucapkan “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒitu wajib kerana sabda nabi sawm “ﷲ َ ﺍﺴﻡ ﻴ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ﺀ ِﻟ ﻭ ﻀ ﻭ ﻻ ” ﹶartinya : tidak ada wudhuk bagi orang yang tidak mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒmaka ditanggungkan hadith ini diatas menafikan sah, iaitu tidak sah wudhuk bagi orang yang tidak mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ. Maka ia ditolak oleh orang sahabat-sahabat imam Syafi’e dengan bahawa hadith ini dhaif tidak sah sebagai dalil, dan jikalau ditakdirkan ia sahih tidak dhaif maka ianya ditakwilkan dengan menanggungkannya diatas menafikan sempurna, iaitu tidak sempurna wudhuk orang yang tidak mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ, tetapi sah. 593. Jika ditinggalkan mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒitu pada permulaan wudhuk dengan lupa atau sengaja maka hendaklah dibawanya sebelum selesai wudhuknya supaya diperoleh sunat. Maka hendaklah diucapnya tatkala itu “ ﻭﻟِﻪ ﻲ َﺃ ﻓ ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ﹺﺒ ﻩ ﺨ ﹺﺭ ﺁ”ﻭ. Jika sudah selesai dari wudhuknya maka tidak sunat baginya mengucapkan “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒkemudiannya. 594. Demikian lagi makan dan minum apabila ditinggalkannya mengucap “ ﺴ ﹺﻡ ﹺﺒ ﷲ ِ ”ﺍpada permulaan dan pada pertengahan. Maka tidak sunat baginya mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒkemudian daripadanya kerana yang dimaksudkan daripada mengucapkannya adalah mengambil berkat jua bukan kerana membuatkan Syaitan muntah. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah dan Fathul Jawawad dan Imdad dan Syarah Bafadhal. 595. Yang tersebut didalam Mughni dan Nihayah bahawa apabila seorang tidak mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒpada permulaan makan dan minum dan tidak pada pertengahannya maka sunat baginya mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒkemudian daripadanya supaya dimuntahkan oleh syaitan makanan yang dimakannya. Maka ianya bersalahan dengan wudhuk. Adapun jimak apabila seorang itu tidak mengucap “ ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒsebelum daripadanya maka tidak sunat baginya mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒpada pertengahannya kerana makruh berkata-kata tatkala jimak. 596. Syahadan. Adalah mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒpada wudhuk itu sunat ain dan pada makan sunat kifayah. Begitu juga pada jimak. 597. Sebahagian daripada sunat wudhuk itu membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan selepas mengucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ. Maka sunat disertakannya niat wudhuk dengan “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒserta permulaan membasuh dua
tapak tangan. Maka murad daripada mendulukan “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒdiatas membasuh dua tapak tangan adalah mendulukannya diatas selesai daripada membasuhnya. 598. Daripada sunat wudhuk itu menyebut dengan lidah akan lafaz niat supaya ia menolong hati pada menghadhirkan niat. Tempatnya sebelum mengucap “ ﺴ ﹺﻡ ﹺﺒ ﷲ ِ ”ﺍyang beserta dengan niat, seperti dikatanya “ ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﹺ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ﺙ ﹺﺒ ﺩ ﺤ ﻊ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﹾﻓ ﺕ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨ, maka iaitu seperti mendulukan lafaz niat takbir diatas takbir ihram. Atau mengiringi “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒseperti dikatanya “ ﺙ ﺩ ﺤ ﻊ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﹾﻓ ﺕ ﻴ ﹸ ﻭ ﻴ ﹺﻡ ﹶﻨ ﺤ ﺭ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﹺ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒsupaya melengkapi berkat “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒakan lafaz niat itu. Atau tatkala hendak membasuh muka jika ditakhirkanya niat itu kepada membasuh muka. Tetapi menyertakannya dengan ucap “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒdan mengekalkannya hingga membasuh muka itu terafdhal supaya diberi pahala dia diatas segala sunat wudhuk yang terdahulu daripadanya. Inilah hasil sekelian yang yang tersebut didalam Tuhfah dan syarah Bafadhal. 599. Syahadan. Sunat membasuh dua tapak tangan itu dengan serentak jua kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Maka tidak sunat mendulukan basuh yang kanan atas yang kiri. Tidak ada beza pada sunnah basuh tangan itu diantara bahawa ianya selepas bangun tidur atau tidak, dan samaada dia hendaki memasukkan kedua tangan kedalam bejana atau tidak, dan samaada dia syakkan sucinya atau yakinkannya. 600. Tetapi jika dia syak pada suci kedua tangannya nescaya makruhlah baginya menyelamkan keduanya kedalam air yang sedikit atau kepada benda cair yang banyak sebelum membasuhnya tiga kali, samaada dia lepas bangun tidur atau tidak, kerana nabi sawm telah menegah orang yang bangun dari tidurnya dari menyelamkan tangannya kedalam bejana air hingga dibasuhnya tiga kali, dan dia meng’illatkan yang demikian itu dengan bahawa dia tidak tahu dimana tangannya bermalam. Maka katanya ini menunjukkan bahawa yang menuntut basuh itu adalah syaknya pada najis tangannya dengan sebab tidur kerana adalah mereka itu beristinja dengan batu. Dihubungkan dengan syak sebab tidur akan syak dengan sebab yang lain. 601. Tidak hilang karahah itu melainkan dengan membasuhnya tiga kali, sekalipun diyakinkan sucinya dengan sekali basuh, kerana bahawa syari’ apabila menghinggakan hukum dengan satu hingga nescaya tidaklah keluar mukallaf daripada janjinya melainkan dengan menyempurnakan hingganya. Inilah hukum orang yang syak bernajis tangannya. 602. Adapun orang yang yakinkan najisnya maka haramlah dia menyelamkannya kedalam air yang sedikit atau benda cair yang banyak, sekalipun kita katakan makruh menajiskan air yang sedikit, kerana barang yang lazim darinya daripada melumurkannya dengan najis maka ianya haram. 603. Adapun jika dia yakinkan suci tangannya atau adalah air itu banyak maka tidak makruh menyelamkannya kedalam bejana air. Itupun jika ada yakinnya itu bersandar kepada basuh tiga kali sebelumnya. Adapun jika yakinnya itu bersandar kepada basuh sekali atau dua kali daripada najis yang diyakinkan atau yang disyakkan maka makruh menyelamkannya sebelum daripada menggenapkan basuh yang sebelum itu kepada tiga kali. 604. Bermula, basuh yang tiga maka ia adalah yang disunatkan pada awal wudhuk, tetapi tatkala syak sunat mendulukan membasuhnya tiga kali diatas menyelamkannya. 605. Jikalau seorang syakan bernajis tanganya dengan najis mughallazah maka tidaklah hilang karahah itu melainkan dengan membasuhnya tujuh kali salah satu daripadanya dengan tanah demikianlah yang terebut didalam Nihayah. 606. Daripada sunat wudhuk itu adalah kumur-kumur kemudian daripada membasuh dua tapak tangan, dan memasukkan air kehidung kemudian daripada
kumur-kumur, kerana mengikut perbuatan nabis sawm. Terhasil sekurang-kurang sunat kumur-kumur dan memasukkan air kehidung itu dengan menyampaikan air kepada mulut dan hidung, sekalipun dengan tidak memutarkan air itu didalam mulutnya dan tidak diluahkannya dan tidak dia menyedutnya dengan hidungnya dan tidak menghembuskannya dengannya. 607. Yang terakmal pada kumur-kumur itu bahawa hendaklah dia memutarkan air itu didalam mulutnya kemudian meluahkannya, dan yang terakmal pada memasukkan air kehidung itu bahawa hendaklah dia menyedut air dengan hidungnya kemudian maka dia menghembuskannya dengannya. Bermula, menghimpunkan kumur-kumur dan memasukan air kehidung itu terafdhal daripada menceraikan keduanya. Maka kaifiat pada menghimpunkan itu tiga kaifiat. 608. Pertama: bahawa dia himpunkan keduanya dengan tiga ceduk127, seperti bahawa dia berkumur-kumur dengan tiap satu ceduk daripada yang tiga ceduk kemudian maka dia menghisap air kehidungnya dengan yang tinggal daripadanya. 609. Kaifiat yang kedua: bahawa dihimpunkan keduanya dengan satu ceduk seperti bahawa dia berkumur-kumur dengan satu ceduk tiga kali berturut-turut, kemudian maka dihisapnya yang tinggal daripadanya kehidungnya tiga kali berturut-turut. 610. Kaifiat yang ketiga bahawa dihimpunkan keduanya dengan satu ceduk seperti bahawa dia berkumur-kumur dengan satu ceduk kemudian menghisap yang tinggal kehidungnya, kemudian dia berkumur-kumur pula dengan yang tinggal kemudian menghisapnya kehidungnya, kemudian maka dia berkumurkumur pula dengan yang tinggal kemudian menghisapnya kehidungnya. 611. Inilah tiga kaifiat pada menghimpunkan keduanya. Maka kaifiat yang pertama daripadanya adalah yang terafdhal. Terhasillah asal sunnah dengan menceraikan kumur-kumur dan memasukkan air kehidung. 612. Maka kaifiat menceraikan itu tiga kaifiat. Pertama : bahawa dia berkumurkumur tiga kali dengan satu ceduk kemudian maka dihisapnya air kehidungnya tiga kali dengan satu ceduk. Kaifiat kedua : bahawa dia berkumur-kumur tiga kali dengan tiga ceduk kemudian maka dihisapnya air kehidungnya tiga kali dengan tiga ceduk. Kaifiat ketiga : bahawa dia berkumur-kumur sekali dengan satu ceduk kemudian maka dihisapnya air kehidungnya sekali dengan satu ceduk, kemudian maka berkumur-kumur pula sekali dengan satu ceduk kemudian maka dihisapnya air kehidungnya sekali dengan satu ceduk, kemudian maka dia berkumur-kumur pula sekali dengan satu ceduk kemudian maka dihisapnya air kehidungnya sekali dengan satu ceduk. Inilah tiga kaifiat pada menceraikan keduanya. Maka kaifiat yang pertama daripadanya itulah yang terafdhal daripada dua kaifiat yang kemudiannya. 613. Bermula, yang terafdhal pada kumur-kumur dan memasukkan air kehidung itu adalah dengan mubalaghah jika dia tidak puasa, seperti bahawa dia menyampaikan air kepada kesudahan lagnit-langit dan kepada dua pihak gigi-gigi dan gusi, luar dan dalam. Sunat melalukan telunjuk tangan kiri diatasnya dan meludahkan air kumur-kumur. Dan seperti bahawa dia menaikan air dengan nafasnya kepada khaisyumnya128 serta memasukkan kelingking tangan kirinya dan menghilangkan barang yang didalamnya daripada cemar-cemar. Adapun jika dia puasa maka makruh baginya mubalaghah pada keduanya kerana takut
127 128
. Asalnya : ﺠﺎﻟﻕ, dengan cha – c. Wallahu a’lam. . setinggi-tinggi batang hidung.
terlancar air kepada kerongkongnya atau kepada otaknya maka jadi batallah puasa dia dengannya. 614. Bermula, tertib antara membasuh dua tapak tangan dan kumur-kumur dan memasukan air kehidung itu mustahak jua bukan mustahab129. Maka barang yang didulukan daripada tempatnya sia-sia jua, tidak kebilangan. Maka jika seorang berkumur-kumur beserta memasukkan air kehidung, atau dia mendulukan memasukkan air kehidung atas berkumur-kumur, atau dia dia simpan diatas memasukkan air kehidung jua, nescaya tidaklah kebilangan yang demikian itu. 615. Jika dia mendulukan kumur-kumur dan memasukkan air kehidung atas basuh dua tapak tangan nescaya kebilanganlah basuh dua tapak tangan itu dan tidak kebilanganlah kumur-kumur dan memasukkan air kehidung itu, hanya siasia jua keduanya. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah dan syarah Bafadhal. Maka ianya besalahan dengan yang tersebut didalam Nihayah. 616. Bermula, faedah pada mendulukan kumur-kumur dan memasukkan air kehidung diatas wudhuk itu supaya dikenal dengan keduanya akan sifat- sifat air iaitu rasanya dan baunya dan warnanya, adakah ia berubah atau tidak. Didulukan kumur-kumur diatas memasukkan air kehidung kerana mulut lebih mulia daripada hidung dan manfaatnya lebih banyak daripada manfaat hidung dari kerana ia tempat Quran dan zikir-zikir. 617. Daripada sunat wudhuk itu menigai basuhan anggota, sekalipun orang yang salisil baul, dan menigai sapu kepala, tetapi tidak sunat menigai sapu serban dan jabirah dan dua muza. Yang demikian itu khilaful aula. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah dan syarah Bafadhal. Adapun yang tersebut didalam Nihayah maka sunat menigai sapu jabirah dan serban dan sunat menigai sapu dua muza. 618. Demikian lagi sunat menigai menyelati janggut dan menigai gosok dan sugi dan menigai zikir-zikir seperti mengucap bismillah dan doa kerana mengikut perbuatan nabi pada kebanyakkan daripada yang demikian itu. 619. Bermula, kaifiat menigai gosok itu dua kaifiat. Pertama bahawa adalah tiga kali gosok itu kemudian daripada tiga kali basuh. Keduanya: adalah tiap-tiap satu gosok daripada tiga gosok kemudian daripada tiap-tiap satu basuh yang tiga . Maka kaifiat yang pertama itu terutama. Demikianlah dikiaskan pada kaifiat menyelati umpama janggut. 620. Hasil sunat menigai basuh dengan menggerakkan anggota tiga kali didalam air. 621. Masaalah: adakah sunat menigai niat wudhuk atau tidak? Maka yang tersebut didalam Hasyiah Syubramalisi bahawa menigai niat itu sunat. Maka adalah niat yang kedua dan yang ketiga itu menta’kidkan niat yang pertama jua, tidak membatalkannya. Bersalahan dengan mengulangi niat sembahyang. Tersebut didalam Syarah ‘Ubab pada sunat menigai niat itu dua ihtimal. 622. Syahadan. Tidak terhasil sunat menigai melainkan kemudian daripada sempurna kadar yang wajib pada yang pertama. Maka jika tidak terhasil kadar yang wajib itu melainkan dengan tiga kali basuh umpamanya nescaya tidaklah terhasil menigai dengan basuh yang kedua dan yang ketiga daripadanya, kerana kadar yang wajib tidak sempurna dengan basuhan yang pertama hanya sempurna dengan yang ketiga, maka tidaklah dibilangkan tiga basuhan itu melainkan sekali basuh jua. Maka perlu kepada menghasilkan sunat menigai itu kepada menambahkan dua kali basuh lagi selepasnya.
129
. mesti bukannya sunat.
623. Tidak terhasil sunat menigai bagi orang yang berwudhuk tiga kali berturutturut dalam keadaan dibasuhnya anggotanya sekali-sekali didalam ketiga kali wudhuknya itu, kerana yang demikian itu tidak manqul dari nabi sawm, dan lagi kerana berjauhan antara tiga basuhan yang didalam tiga wudhuk itu. Bersalahan menigai pada berkumur-kumur dan memasukkan air kehidung pada setengah kaifiat menghimpunkan keduanya. 624. Masaalah : terkadang wajib meninggalkan menigai seperti segala sunat wudhuk yang lain kerana picik waktu, dengan sekira-kira jika dia menigai nescaya tidaklah didapatinya sembahyang yang semurna didalam waktu, atau kerana takutkan dahaga haiwan yang muhtaram pada hal adalah air itu sadikit sekira-kira jika dia menigai nescaya tidaklah tinggal untuk diminum haiwan itu, atau kerana dia perlu kepada air yang sedikit untuk menyempurnakan wudhuk dengan sekirakira jika dia menigai tidak cukup air bagi menyempurnakan wudhuknya. Dan terkadang sunat meninggalkan menigai kerana memperdapati sembahyang jamaah yang tidak diharapnya mendapat jamaah yang lain. 625. Bermula, orang yang syak hendaklah dia mengambil yang yakin. Maka jika yang disyakkannya itu wajib maka mengambil dengan yakin itu wajib, seperti syak pada meratakan basuhan anggota, rata kah terbasuh anggota atau tidak? Maka pada ketika itu wajib atasnya menjadikannya belum rata kerana ia adalah yang yakin dan wajib diatasnya meratakannya. Jika yang disyakkannya sunat maka mengambil yang yakin itu sunat jua, seperti dia syak pada bilangan basuh atau sapu atau selainnya, tiga kali kah atau dua kali? Maka hendaklah dijadikannya dua kali jua kerana ia adalah yang yakin. Dan sunat baginya menambah yang ketiga. 626. Daripada sunat-sunat wudhuk itu menyapu sekelian kepala kerana mengikut perbuatan nabi sawm dan supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. Yang jatuh sebagai fardhu daripada sapuan itu adalah sekadar yang memadai jua. Yang lebih daripada itu jatuh sebagai sunat. 627. Bermula, yang terakmal pada kaifiat menyapu itu bahawa dia letakkan kedua telunjuknya diatas permulaan kepalanya yang pada pihak hadapan serta dipertemukannya hujung telunjuknya yang kanan dengan yang kiri dan dia letakkan kedua ibu jarinya atas kedua pelipisnya lalu dia memperlalukan kedua telunjuknya itu hingga sampai kepada tengkoknya. Kemudian maka dia kembalikannya kepada tempat permulaannya jika ada baginya rambut yang terbalik dengan yang pertama itu. Demikianlah dikerjakan tiga kali. Tidak dikira mengembalikannya itu sapuan yang kedua. 628. Jika tidak ada baginya rambut atau ada rambut baginya tetapi tidak terbalik kerana pendeknya maka janganlah dikembalikan kedua telunjuknya kepada tempat permulaannya kerana ketiadaan faedah. Maka jika dikembalikannya jua kepada tempat permulaannya nescaya tidaklah dibilangkan ia sebagai sapuan yang kedua kerana air itu menjadi musta’mal. Inilah hukumnya jika tidak ada diatas kepalanya serban atau kopiah atau barang sebagainya. 629. Adapun jika ada diatas kepalanya serban dan sukar menanggalkannya atau tidak sukar hanya dia tidak mahu menanggalinya maka hendaklah disapunya tiga kali satu juzuk daripada kepalanya sekadar yang memadai daripada fardhu. Yang terutama hendaklah juzuk yang disapunya itu ubun-ubun supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya, kemudian dia sempurnakan sapuannya itu diatas serbannya atau barang sebagainya, kerana nabi sawm adalah dia menyapu ubun-ubunnya yang mulia kemudian maka dia sempurnakan
sapuan diatas serbannya. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak memada jika disimpankan130 diatas menyapu serban jua. 630. Dan lagi diketahui daripada ibarat mereka itu “menyempurnakan sapuan diatas serban” bahawa menyapu serban itu terkemudian daripada menyapu kepala dan bahawa yang disapu daripada serban itu adalah yang lain daripada apa yang berbetulan dengan yang disapu daripada kepala. Maka yang demikian itu menghasilkan asal sunat. 631. Kata syeikh Tablawi: bahawa yang terakmal hendaklah disapunya sekelian serbannya. 632. Daripada sunat-sunat wudhuk itu menyapu dua telinga zahirnya dan batinnya. Yang terafdhal hendaklah menyapunya itu dengan air yang baru iaitu dengan yang lain daripada basahan dari sapuan kepala yang pertama. 633. Dan lagi sunat menyapu kedua lubang telinganya. Yang terafdhal hendaklah menyapunya itu dengan air yang baru, iaitu dengan air yang lain daripada air yang ada pada kepala dan yang ada pada dua telinganya. Tetapi jika dia menyapunya dengan air itu nescaya hasillah sunat, sama seperti hasil asal sunat jika disapunya kedua lubang atau kedua telinga dengan air sapuan kepala yang kedua dan yang ketiga. 634. Bermula, yang sunat pada kaifiat menyapu dua telinga serta menyapu dua lubangnya bahawa disapunya dengan hujung dua telunjuknya akan dua lubang telinganya dan disapunya dengan perut ruas kedua telunjuknya akan batin kedua daun telinganya serta segala perlipatannya dan disapukan perut ruas dua ibu jari tangannya atas zahir kedua daun telingannya. Demikianlah dikerjakan tiga kali. Kemudian maka dipertemukan kedua tapak tangannya yang basah dengan kedua telinganya tiga kali. 635. Sunat membasuh kedua telinganya tiga kali tatkala membasuh mukanya. Dan lagi sunat menyapu keduanya tiga kali tatkala menyapu kepala. Maka jadilah jumlah basuh dan sapu pada dua telinga itu dua belas kali. Demikianlah yang tersebut didalam Hasyiah Barmawi. 636. Daripada sunat-sunat wudhuk itu menyelati jangut yang tebal atau tali tudung yang tebal pada lelaki. Demikian lagi tiap-tiap bulu muka yang wajib dibasuh zahirnya tidak batinnya. Yang terafdhal pada menyelati itu adalah dengan sekelian jari tangan kanan dengan didatangkan dari bawah janggut umpamanya. Sunat menyelati itu tiga kali dengan tiga kali ceduk131 air kerana mengikut perbuatan nabi sawm. 637. Tidak ada beza pada sunat menyelati itu diantara bahawa adalah dia berihram atau tidak. Tetapi jika dia berihram maka hendaklah dia menyelati dengan perlahan-lahan supaya terpelihara daripada tercabut janggutnya. Inilah hasil yang tersbut didalam Mughni dan Tuhfah kerana mengikut imam Zarkasyi didalam al Khadim. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah kerana mengikut Ibnu Muqri bahawa orang yang berihram tidak sunat menyelati janggutnya. 638. Daripada sunat-sunat wudhuk itu adalah menyelati jari-jari tangan dan jarijari kaki. Yang terutama pada menyelati jari-jari tangan itu adalah dengan tasybik iaitu dengan memasukkan sekelian jari sebelah tangannya diantara sekelian jari tangannya yang satu lagi supaya terhasil maksudnya dengan segera dan mudah. Adapun tasybik yang makruh maka ianya tertentu dengan orang yang ada didalam masjid kerana menanti sembahyang.
130 131
. Dihadkan. . – ﺠﺎﻟﻕdengan cha.
639. Yang terutama pada menyelati jari-jari kaki itu adalah dengan kelingking tangan kiri dengan dia memasukkannya dari pihak bawah diantara jari-jari kakinya dimulainya dari pihak kelingking kaki kanan hingga sampai ke kelingking kaki kiri, kerana yang demikian itu mudah serta memelihara sunat mendulukan kanan atas kiri, kerana nabi sawm adalah dia menyuruh dengan menyelati sekelian jari tangan dan kaki, dan lagi adalah nabi sawm mengosok dengan kelingkingnya akan sekelian jari kakinya. 640. Tetapi tempat sunat menyelati jari-jari itu jika sampai air kepadanya dengan tidak diselati. Adapun jika tidak sampai air kepadanya melainkan dengan diselatinya seperti jarinya itu rapat-raat maka menyelatinya adalah wajib bukannya sunat. Tetapi jika jarinya itu bersedaging haramlah diatasnya memisahkannya132 kerana menyiksa dan menyakiti anggota dengan tidak dharurat. 641. Daripada sunat-sunat wudhuk itu adalah mendulukan tangan kanan atas tangan kiri dan mendulukan kaki kanan atas kaki kiri, sekalipun jika dia memakai dua muza. Adapun selain tangan dan kaki seperti dua tapak tangan dan dua pipi dan dua telinga maka dia membasuh keduanya dengan serentak. Ini sekeliannya pada orang yang ada baginya dua tangan. 642. Adapun orang yang terpotong sebelah tangan atau yang dijadikan dengan sebelah tangan maka sunat baginya mendulukan kanan atas kiri pada sekelian anggota wudhuknya jika dia mengambil wudhuk dengan sendirinya, hinggakan membasuh mukanya. Maka sunat baginya membasuh mukanya yang pada pihak kanan kemudian maka membasuhnya yang pada pihak kiri, kerana nabi sawm adalah dia kasih mendulukan kanan atas kiri pada toharahnya dan memakai selipar dan menyisir rambut dan pada memakai celak dan memakai kain dan mengerat kuku dan mengandam misai dan mencabut bulu ketiak dan mencukur rambut dan barang sebagainya. 643. Daripada sunat-sunat wudhuk itu melanjutkan ghurrah dan tahjil. Bermula, murad daripada melanjutkan ghurrah itu adalah membasuh tempat yang lebih dari kadar yang wajib pada muka, daripada sekelian pihak keliling muka. Inilah sekurang-kurang melanjutkan ghurrah. Kesudahan melanjutkannya adalah membasuh serta muka akan kedua papan leher dan sekelian permulaan kepala yang pada keliling mukanya. 644. Murad daripada melanjutkan tahjil itu adalah membasuh tempat yang lebih dari kadar yang wajib pada kedua tangan dan kedua kaki, daripada sekelian pihak, seperti dibasuhnya serta kedua lengannya akan sebahagian lengan atasnya dan dibasuhnya serta kedua kakinya akan sebahagian betisnya. Inilah sekurang-kurang melanjutkan tahjil. Adapun kesudahan melanjutkannya maka iaitu menghabisi basuh sekelian lengan atas kedua tangannya dan menghabisi basuh sekelian betis kedua kakinya. 645. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa ghurrah itu nama bagi basuhan yang wajib pada muka dan tahjil itu nama bagi basuhan yang wajib pada kedua tangan dan kedua kaki. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. Adapun yang tersebut didalam Syarah ‘Ubab maka ghurrah itu nama bagi basuhan yang lebih diatas yang wajib pada muka dan tahjil itu nama bagi basuhan yang lebih diatas yang wajib pada dua tangan dan dua kaki. Yang tersebut didalam Nihayah bahawa ghurrah itu dan tahjil itu meliputi tempat basuh yang wajib dan yang sunat. 646. Sunat melanjutkan tahjil sekalipun terpotong tempat fardhu daripada dua tangan dan dua kaki, kerana nabi sawm menyuruh melanjutkan ghurrah dan tahjil 132
. ﺭﻤﻔﻴﺕ ﺤﺭﺍﻤﻠﻪ ﺃﺘﺴﻥ ﻤﺭﺘﺩﻱ.
itu dengan sabdanya “ ﻥ ﻡ َﺃ ﻤ ﹾﻨ ﹸﻜ ﻉ ﺴ ﹶﺘﻁﹶﺎ ﻥﹺ ﺍﺀ ﹶﻓﻤ ﻭ ﻀ ﻭ ﻥ ﺁﺜﹶﺎ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻥ ﻴ ﻠﺠ ﺤ ﻤ ﺍﻏﺭ ﺔ ﹸ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻥ ﻭ ﻋ ﺩ ﻴ ﻲ ﺘ ﻤ ﻥ ُﺃ ِﺇ ل ْ ﻌ ﻴ ﹾﻔ ﻪ ﹶﻓ ﹾﻠ ﻴﹶﻠ ﺠ ﺤﹺ ﻭ ﹶﺘ ﻪ ﹶﺘﻏﺭ ل ﹸ َ ﻴ ﻴﻁ ” artinya: sungguhnya umat ku diseru pada hari kiamat dengan nama “ﻥ ﻴ ﻠﺠ ﺤ ﻤ ﺍﻏﺭ ” ﹸartinya : orang-orang yang putih muka lagi putih tanan dan kaki kerana cahaya bekas wudhuk. Maka barang siapa daripada kamu kuasa melanjutkan ghurrah dan tahjilnya maka hendaklah dia perbuatnya. Riwayat Muslim. 647. Daripada sunat-sunat wudhuk itu adalah mualat, artinya : berturutan antara perbuatan-perbuatan wudhuk orang yang salim, seperti bahawa dia membasuh atau menyapu anggota yang kedua sebelum kering anggota yang telah dibasuhnya sebelum itu serta sederhana suhu dan133 dan masa dan tabiat badan. Ditakdirkan anggota yang disapu dengan anggota yang dibasuh pada dhobit mualat itu. Terkadang wajib mualat iaitu pada wudhuk orang yang salisil baul seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 648. Maka diketahui daripada sunat mualat pada wudhuk orang yang salim itu bahawa menceraikan perbuatan-perbuatan wudhuk itu tidak memudharatkan pada sahnya, sekalipun lanjut masa perceraiannya. Tetapi jika lanjut masanya itu dengan tidak ada uzur maka ianya khilaful aula, bukannya makruh, dan jika lanjut masanya itu dengan uzur seperti lupa atau kehabisan air atau lari dari suatu yang ditakutinya atau barang sebagainya maka ianya mubah, kerana bahawa nabi sawm, adalah dia mengambil wudhuk dipekan maka dibasuhnya mukanya dan dua tanganya dan disapunya sebahagian kepalanya yang mulia, kemudian dia dipanggil oleh sebahagian sahabatnya untuk menyembahyangkan jenazah didalam masjid, maka berjalanlah rasulullah sawm lalu masuk kedalam masjid kemudian maka disapunya atas dua muzanya dan dia menyembahyangkan jenazah itu. Adalah diantara sapu kepalanya dan sapu dua muzanya itu lanjut masanya. Dan lagi adalah Ibnu Umar menceraikan antara perbuatan-perbuatan wudhuk maka tidak seorang jua pun daripada sahabat-sahabat yang ingkarkannya. 649. Syahadan. Jika putus mualat diantara perbuatan-perbuatan wudhuknya dengan dia sengaja memutuskannya atau dengan lupa kemudian daripada lanjut masanya maka dia membasuh anggotanya yang tinggaal itu dengan perbuatan dirinya nescaya tidaklah disyaratkan bahawa dia ingatkan niat tatkala membasuhnya. Bersalahan jika ia dibasuh bukan dengan perbuatan dirinya seperti dibasuh oleh orang lain, maka iaitu tidak memada sekalipun dengan izinnya, melainkan jika dia ingatkan niat pada ketika itu seperti yang telah terdahulu bicara diatasnya. 650. Sebahagian daripada sunat-sunat wudhuk itu adalah meninggalkan minta tolong pada mencucurkan air diatas anggotanya dengan tidak ada uzur kerana bahawa minta tolong pada yang demikian itu adalah bersenang-senang yang tidak layak dengan keadaan orang yang berbuat ibadat kepada Allah taala. Maka hukum minta tolong pada yang demikian itu menyalahi sunnah. Adapun minta tolong pada menghadhirkan air yang mubah maka iaitu mubah. 651. Minta tolong pada membasuh anggota adalah makruh seperti yang lagi akan datang bicara diatasnya. Ini pun jika tidak dengan uzur. Adapun jika yang demikian itu dengan uzur seperti lemahnya dari membasuh anggotanya dengan sendiri sebab sakit umpamanya maka minta tolong pada yang demikian itu adalah wajib, sekalipun dengan upah yang seumpama jika diperolehnya134. Iaitu kadar yang lebih daripada apa yang diiktibarkan pada fitrah.
133 134
. pada asal “dan tempat”. Maksud daripada tempat adalah suhu persekitaran atau cuaca. . iaitu pengupah sekadar lebih daripada apa yang diiktibarkan daripada fitrah.
652. Bermula, perkiraan pada minta tolong itu berjalan diatas yang ghalib jua. Maka kalau seorang menolong pada membasuh anggotanya serta dia kuasa atas membasuhnya dengan sendirinya pada hal dia diam tidak ditolaknya orang itu serta dapat dia menolaknya nescaya adalah yang demikian itu seperti minta tolong jua pada pihak makruhnya. 653. Daripada sunat-sunat wudhuk adalah meninggalkan meretak-retakkan air wudhuk pada anggota kerana yang demikian itu seperti kelakuan lari dan menjauhkan diri dari ibadat. Maka ianya menyalahi sunnah, seperti yang telah disahkan oleh imam Nawawi didalam Tahkik. Kata setengah ulamak : ianya mubah, yang mana ia yang disebutkan oleh imam Nawawi didalam Raudhah dan Majmuk. 654. Daripada sunat-sunat wudhuk itu adalah tidak mengelap air wudhuk pada anggotanya dengan tidak kerana hajat, kerana yang demikian itu menghilangkan kesan ibadat. Maka ianya menyalahi sunnah kerana nabi sawm adalah dia mandi janabah maka dibawa oleh seorang sahabatnya sehelai tuala untuk dia menyapu air yang ada pada anggotanya maka dia menolaknya, tidak dia mengelapnya dengan tuala itu. 655. Tersebut didalam Syarah Muslim bahawa menyapu air wudhuk dari anggotanya dengan tidak kerana hajat itu mubah jua. Kata setengah ulamak : makruh. Adapun hadith yang warid pada menyatakan bahawa nabi sawm mempunyai tuala yang dia mengelap mukanya dengannya dari air wudhuk maka ianya ditanggungkan diatas bahawa adalah dia mengelapnya kerana hajat. 656. Maka apabila seorang itu mempunyai hajat kepada mengelap dan minta tolong pada mencucurkan air maka terutama bahawa berdiri yang memegang pengelap itu pada pihak kanannya dan berdiri yang menolong mencucurkan air itu pada pihak kirinya kerana yang demikian itu termudah kerana Ummu ‘Iyasy pernah mencucurkan air wudhuk nabi sawm dalam keadaan dia berdiri dan nabi sawm duduk. 657. Daripada sunat wudhuk itu mengisarkan cincin, jika sampai air kebawahnya dengan tidak dikisarkan. Adapun jika tidak sampai air kebawahnya melainkan dengan mengisarkannya maka ianya wajib jua bukannya sunat. 658. Daripada sunat-sunat wudhuk itu adalah mula membasuh muka pada pihak yang teratas daripadanya kerana mengikut perbuatan nabi sawm, dan lagi kerana ia lebih mulia. 659. Daripada sunat-sunat wudhuk itu mula membasuh tangan dan kaki dari jari, samaada dia mencucurkan air dengan sendirinya atau orang lain yang mencucurkannya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah Bafadhal seperti yang tersebut didalam Majmuk dan selainnya. 660. Adapun yang tersebut didalam Raudhah maka sunat mula membasuh tangan dan kaki dari jari jika dia mencucurkan air dengan sendirinya, dan jika yang mencucurkan air itu orang lain maka sunat dimulakan basuh tangan dari siku dan basuh kaki dari buku lali. 661. Daripada sunat wudhuk itu menggosok anggota beserta dengan memabsuhnya atau mengiringinya, supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. Sunat mencucurkan air keatas dua kaki dengan tangan kanan dan menggosoknya dengan tangan kiri. Demikian lagi sunat bersungguh-sungguh membasuh tumit, istimewa pula pada musim dingin. Demikian lagi sunat menyapu pohon kedua mata dan ekor keduanya dengan dua telunjuk. Inilah jika tidak ada padanya umpama daki yang menegah sampai air kepadanya. Jika ada padanya yang demikian itu maka wajiblah dia menyapunya.
662. Demikian lagi sunat mengadap kiblat pada permulaan wudhuk hingga kesudahannya kerana bahawa pihak kiblat itu lebih mulia daripada pihak-pihak yang lain. 663. Demikian lagi sunat menghantarkan bejana air pada pihak kanannya jika luas mulutnya sekira-kira dapat digayung air daripadanya, dan jika ada mulut bejana itu sempit sekira-kira dicucurkan air daripadanya maka sunat meletakkannya dikirinya. 664. Demikian lagi sunat jangan dikurangkan air wudhuk daripada satu cupak kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Maka memada wudhuk dengan air yang kurang daripada satu cupak apabila rata sekelian anggotanya, kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi sawm adalah dia berwudhuk dengan dua pertiga cupak. Ini adalah pada orang yang badannya seperti badan nabi sawm pada sederhananya135. Jika dia tidak seperti itu maka hendaklah ditambah atau dikurangkan daripadanya dengan nisbah. 665. Demikian lagi sunat bahawa jangan dia berkata-kata dari mula wudhuknya hingga sudahnya melainkan kerana, maslahat seperti menyuruh dengan berbuat yang makruf dan menegah daripada berbuat yang mungkar dan mengajar orang yang jahil. Terkadang wajib berkata-kata seperti mengingatkan orang buta yang hampir jatuh kedalam telaga atau barang sebagainya. 666. Demikian lagi sunat bahawa jangan dia menamparkan air kemukanya tatkala membasuh muka. Adapun hadith yang warid pada demikian itu maka ditanggungkan ia diatas menyatakan hukum harus jua, sekalipun Ibnu Hibban daripada hadith itu mengambil hukum sunat menamparkan air kemuka. 667. Demikian lagi sunat bahawa jangan dia menyapu lehernya. Kata imam Nawawi bahawa yang demikian itu daripada perbuatan bid’ah. 668. Demikian lagi sunat apabila selesai daripada wudhuknya bahawa dia berdiri dalam keadaan mengadap kiblat serta menadahkan kedua tangannya dan mengangkatkan kedua matanya kelangit lagi membaca “ ﻻ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺩ ﺃَﻥ ﱠ ﻬ ﺸ َﺃ ﹾ ﻙ ﺩ ﻤ ﺤ ﻭ ﹺﺒ ﷲ ُ ﺍﺎ ﹶﻨﻙﺒﺤ ﺴ .ﻴﻥ ﻬﺭﹺ ﻁ ﻤ ﹶﺘ ﹶ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻲ ﻨ ﻌ ﹾﻠ ﺠ ﺍﻥ ﻭ ﻴ ﺍ ﹺﺒﻥ ﺍﻟ ﱠﺘﻭ ﻤ ﻲ ﻨ ﻌ ﹾﻠ ﺠ ﺍﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ.ﻪ ﻭﻟﹸ ﺴ ﺭ ﻭ ﻩ ﺩ ﺒ ﻋ ﺍﻤﺩ ﺤ ﻤ ﻥ ﺩ َﺃ ﺸﻬ َﺃ ﹾﻪ ﻭ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﹶ ﻭ ﻭَﺃﺘﹸ ﺭﻙ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐﻔ ﺕ َﺃ ﻻ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ِﺇ ﹼﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺩ ﺃَﻥ ﱠ ﻬ ﺸ ”َﺃ ﹾ. ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ل ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﷲ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﻭ . ﻴﻙ ﺏ ﺇِﹶﻟ 669. Syahadan. Adalah fadhilat zikir ini amat besar dan padanya beberapa hadith yang sahih maka sunat muakkad memeliharanya. Tersebut didalam hadith Muslim sabda nabi sawm : barang siapa berwudhuk kemudian membaca “ ﺩ ﺃَﻥ ﻬ ﺸ َﺃ ﹾ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ” ﱠhingga sampai “ ﻪ ﻭﻟﹸ ﺴ ﺭ ﻭ ﻩ ﺩ ﺒ ﻋ ” nescaya dibukakan baginya lapan pintu syurga maka akan masuklah dia kedalamnya daripada barang mana pintu yang di kehendaki. Turmizi menambah diatas riwayat Muslim “ ﻲ ﻨ ﻌ ﹾﻠ ﺠ ﺍﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠhingga “ ﻴﻥ ﻬﺭﹺ ﻁ ﻤ ﹶﺘ ﹶ ”ﺍ ﹾﻟ. 670. Demikian lagi tersebut didalam hadith riwayat hakim sabda nabi sawm : barang siapa berwudhuk kemudian dibacanya “ﻙ ﺩ ﻤ ﺤ ﻭ ﹺﺒ ﷲ ُ ﺍﺎ ﹶﻨﻙﺒﺤ ﺴ ” hingga akhirnya nescaya disuratkan baginya pahala yang amat besar didalam satu kitab lalu dicapkan136 diatasnya dengan satu cap maka tidak dipecahkan ia hingga hari kiamat, iaitu tidak dibatalkan hingga dia melihat pahalanya yang amat besar itu pada hari kiamat kelak. Sunat membaca zikir yang tersebut itu tiga kali seperti yang telah dahulu bicara diatasnya. 671. Adapun doa-doa yang masyhur pada tia-tiap basuhan anggota maka tidak ada asal baginya didalam kitab-kitab hadith seperti yang telah disebutkan oleh imam Nawawi didalam Minhaj, sekalipun imam Rafi’e didalam Muharrar membilang doa itu daripada sunat wudhuk. Tetapi jika dibacanya maka tidak mengapa, hanya mubah jua tidak sunat, sekalipun ianya warid didalam beberapa 135
. pada asal : dan pada ﻟﻤﺘﺘﻥ, dengan huruf nya bertitik tiga diatas. . pateri.
136
tariq yang dhaif, kerana tariq itu gugur tidak kebilangan kerana ia tidak sunyi daripada dusta atau ditohmahkan dengan dusta, dan syarat mengamalkan hadith yang dhaif pada fadhilat-fadhilat amalan adalah bahawa janganlah ia terlalu sangat dhaifnya. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. 672. Adapun yang tersebut didalam Mughni dan Nihayah maka bahawa syeikh 137 Ramli telah memfatwakan sunat membaca doa yang tersebut itu tatkala membasuh anggota wudhuk dan dia mengiktimadnya kerana bahawa doa itu diriwayatkan daripada nabi sawm dengan beberapa jalan didalam tarikh Ibnu Hibban dan selainya, dan sekalipun ia dhaif, kerana hadith dhaif itu diamalkan pada fadhilat- fadhilat amalan. Maka sayugia dibaca doa-doa yang masyhur itu pada tiap-tiap basuhan angota wudhuk. 673. Maka dibaca tatkala memabsuh dua tapak tangan “ ﻙ ﻴ ﺼ ﺎﻤﻌ ﻥ ﻤ ﻱ ﺩ ﻴ ﻅ ﺤ ﹶﻔ ﹾ ﺍﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺎ ” ﹸﻜﱢﻠﻬartinya: ya Allah pelihara kiranya dua tangan ku daripada maksiat- maksiat terhadap mu sekeliannya, dan dibaca tatkala kumur-kumur “ ﻙ ﺫ ﹾﻜ ﹺﺭ ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﻋ ﱢﻨ َﺃﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻙ ﺸ ﹾﻜ ﹺﺭ ﻭ ﹸ ” artinya : ya Allah aku tolonglah kiranya diatas menyebut Mu dan mensyukuri Mu, dan dibaca tatkala memasukkan air kehidung “ ﺔ ﺠ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍ ﹾﻟﺍﺌِﺤﻲ ﺭ ﻨ ﺤ َﺃ ﹺﺭﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ” artinya : ya Allah berilah aku mencium wangian syurga, dan dibaca tatkala membasuh muka “ ﻩ ﻭ ﺠ ﻭ ﺩ ﺴﻭ ﹶﺘﻩ ﻭ ﻭ ﺠ ﻭ ﺽ ﻴ ﺒ ﻡ ﹶﺘ ﻭ ﻴ ﻲ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ﺽ ﻴ ﺒ ﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠartinya: ya Allah putikanlah muka ku pada hari yang putih didalamnya segala muka manusia dan yang hitam didalamnya segala muka sebahagian mereka itu, dan dibaca tatkala membasuh tangan kanan “ ﺍﻴﺭ ﺴ ﻴ ﺎﺎﺒﺤﺴ ﻲ ﻨ ﺒ ﺴ ﺎﻭﺤ ﻲ ﻨ ﻴ ﻤ ﻴ ﺒ ﻲ ﻜﺘﹶﺎ ﹺﺒ ﻲ ﻨ ﻁ ﻋ ﺍﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠartinya: ya Allah berikanlah suratan amalan amal ku pada kanan ku dan hisablah aku dengan hisab yang ringan, dan dibaca tatkala membasuh tangan kiri “ ﻲ ﻨ ﻁ ﻌ ﻻ ﹸﺘ ﻜﺘﹶﺎ ﹺﺒ ﻲ ﹶﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻱ ﻬ ﹺﺭ ﻅ ﺀ ﹶ ﺍﻭﺭ ﻥ ﻤ ﻻ ﹶﻲ ﻭ ﺎِﻟﺸﻤ ” ﹺﺒartinya: hai Tuhan ku janganlah kiranya Engkau berikan aku kitab suratan amal ku pada pihak kiri ku dan jangan daripada pihak belakang ku, dan dibaca tatkala menyapu kepala “ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻱ ﺸﺭﹺ ﹶﻭﺒ ﻱ ﻌ ﹺﺭ ﺸ ﻡ ﹶ ﺭ ﺤ ﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠartinya: ya Allah haramkan rambut ku dan kulit ku diatas api neraka, dan dibaca tatkala menyapu dua telinga “ﻪ ﹶﻨﺤﺴ َﺃﻭﻥ ﻌ ﹾﺘﺒل ﹶﻓﻴ َ ﻭ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﻭﻥ ﻌ ﺴ ﹶﺘﻤ ﻥ ﻴ ﻴ ﺫ ﻥ ﺍﻟﱠﻠ ﻤ ﻲ ﻨ ﻌ ﹾﻠ ﺠ ﺍﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠartinya: ya Allah jadikanlah kiranya aku ini sebahagian daripada orang-orang yang sengaja mendengar kata-kata maka mereka mengikut yang terbaik daripadanya, dan dibaca tatkala membasuh dua kaki “ﻡ ﺍﻷ ﹾﻗﺩ َ ﻪ ﺍ ﻴ ﻓ ل ﻡ ﹶﺘ ﹺﺯ ﱡ ﻭ ﻴ ﻁ ﺍﺼﺭ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﻤﺕ ﹶﻗﺩ ﺒ ﹾ ﹶﺜﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠartinya: ha ya Allah tetapkanlah kiranya kedua tapak kaki ku diatas titian pada hari yang gelincir didalamnya segala tapak kaki manusia. 674. Fasal pada menyatakan makruh-makruh wudhuk. Bermula, makruh pada wuhuk berlebihan mencucurkan air pada anggota, sekalipun dia berwudhuk ditepi sungai. Tetapi tempat makruh itu pada air yang tidak diwakafkan. Adapun air yang diwakafkan untuk wudhuk maka haramlah berlebihan mencucurkannya. 675. Demikian lagi makruh meninggalkan menyelati janggut yang tebal sekalipun dia berihram. Kata setengah ulamak : makruh orang yang berihram menyelati janggutnya yang tebal. 676. Demikian lagi makruh melebihkan basuh anggota daripada tiga kali atau mengurangkan darinya kerana nabi sawm pernah berwudhuk dengan membasuh anggotanya tiga kali-tiga kali, kemudian maka sabdanya “ ﻫﺫﹶﺍ ﻋﻠﹶﻰ ﺩ ﺍﻥ ﺯ ﻤ ﺀ ﹶﻓ ﻭ ﻀ ﻭ ﻫ ﹶﻜﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟ ﺀ ﺎﺩ َﺃﺴ ﹶﻓ ﹶﻘﻭ ﹶﻨ ﹶﻘﺹ ”َﺃatinya : seperti inilah wudhuk, maka barangsiapa melebihkan diatas ini atau mengurangkan darinya maka sungguhnya dia berbuat jahat dan buat aniaya, iaitu tersalah dia daripada jalan sunnah. 677. Demikian lagi makruh minta tolong pada membasuh anggota wudhuknya dengan tidak ada uzur. Adapun minta tolong pada mencucurkan air dengan tidak
137
. syeikh Ramli kabir. Wallahu a’lam
ada uzur maka ianya tidak makruh hanya adalah ia menyalahi sunnah seperti yang telah terdahulu bicaranya. 678. Demikian lagi makruh meninggalkan mendulukan kanan daripada kiri. 679. Bermula, hasil kalam syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Bafadhal bahawa tiap-tiap perkara yang berselisih ulamak pada wajibnya makruh meninggalkannya, seperti yang telah dinyatakan oleh Imam Haramain pada sunat mandi jumaat, dan bahawa tiap-tiap sunat yang muakkad makruh meninggalkannya. 680. Fasal pada menyatakan menyapu diatas dua muza. Bermula, harus menyapu diatas dua muza ganti daripada membasuh dua kaki pada wudhuk kerana sabit yang demikian itu didalam beberapa hadith yang masyhur. Kata setengah ulamak adalah hadithnya itu mutawatir hinggakan barang siapa yang menyangkal keharusannya jadilah dia kafir. 681. Maka diketahui daripada kata harus menyapu muza itu bahawa membasuh kaki terafdhal daripada menyapu muza. Akan tetapi terkadang sunat menyapu dua muza pada barang siapa yang ada pada harinya rasa benci menyapu muza kerana dipilihnya membasuh kaki yang terafdhal daripada menyapu muza atau dia syak pada harusnya atau dia daripada mereka yang menjadi ikutan orang ramai. Seperti demikian itulah sekelian rukhsah yang selainnya. 682. Demikian lagi sunat menyapu diatas dua muza pada orang yang takutkan luput jamaah apabila dia membasuh kedua kakinya. 683. Demikian lagi sunat menyapu diatas dua muza pada orang yang digagahi oleh hadath pada hal dia sudah berwudhuk dan ada padanya sedikit air sekira-kira jika dia memakai muza diatas wudhuknya itu dan menyapu diatas keduanya pada wudhuknya yang kemudian daripada hadath yang menggagahinya itu nescaya memadalah air itu baginya, dan jika dia membasuh kedua kakinya nescaya ia tidak memadainya, maka pada ketika itu sunat dia memakai muza dan menyapunya selepas daripada hadath itu. 684. Terkadang wajib menyapu dua muza kerana takutkan luput wukuf di Arafah atau melontar jamrah atau tawaf wida’ atau sembahyang jumaat atau melepaskan tawanan daripada tangan kafir, iaitu apabila dia membasuh kedua kakinya pada wudhuknya tidak sempat dia mengerjakan yang tersebut itu dan jika dia menyapu muzanya sempat dia mengerjakannya, maka pada ketika itu wajib dia menyapu dua muzanya. 685. Demikian lagi apabila orang yang memakai muza berhadath dan ada sertanya air yang sedikit sekira-kira jika dia membasuh kedua kakinya pada wudhuknya nescaya air itu tidak cukupinya dan jika dia menyapu kedua muzanya nescaya air itu mencukupinya, maka pada ketika itu wajib dia menyapu dua muzanya. 686. Terkadang haram menyapu dua muza seperti orang yang ihram yang memakainya dengan kehendaknya lagi disengajakannya. 687. Bermula, keluar dengan kata “menyapu dua muza” oleh menyapu sebelah muza maka ianya tidak harus melainkan ada padanya satu kaki sahaja, dan keluar dengan kata “pada wudhuk” oleh mandi fardhu atau sunat dan membasuh najis yang ada pada kaki, maka tidak memada pada yang demikian itu menyapu dua muza, bahkan tak dapat tidak daripada membasuhnya. 688. Adapun syarat harus menyapu muza itu maka sembilan syarat. Pertama : hendaklah dia memakai dua muza itu selepas sempurna toharahnya daripada hadath besar dan hadath kecil, seperti bahawa tidak tinggal daripada badannya satu juzuk pun dengan tidak ada toharah, samaada toharahnya itu wudhuk atau mandi atau tayammum. Maka jika dia memakainya dia sebelum sempurna toharahnya seperti dia membasuh sebelah kakinya lalu memasukkannya kedalam muzanya kemudian membasuh kakinya yang kedua lalu memasukkanya kedalam muzanya nescaya tidak harus dia menyapu kedua muza itu melainkan jika dikeluarkan kakinya yang terdahulu dibasuhnya itu dari muzanya kemudian dimasukkannya pula. Maka haruslah dia menyapu kerana dia memakainya kemudian daripada sempurna toharahnya.
689. Syarat kedua : hendaklah kedua muza itu menutup tempat fardhu, iaitu tapak kaki138 serta kedua buku lali daripada sekelian pihak melainkan pihak atasnya, maka tidak disyaratkan menutupnya. Maka ianya ‘akas menutup aurat. Maka tidak memadai muza yang tidak menutup tempat fardhu sebab carik atau berlubang sekalipun sedikit. Demikian lagi jika nyata kelihatan suatu daripada tempat fardhu pada jahitan muza itu, maka iaitu tidak memadai. 690. Hanyalah dimaafkan terus air pada jahitan muza itu kerana sukar memelihara daripadanya. Tetapi memadai muza daripada kaca yang hening sekalipun ia tidak menutup tempat fardhu daripada penglihatan mata kerana yang dimaksudkan disini adalah menutup tempat fardhu daripada terus air kepadanya, bukan menutupnya dari penglihatan mata. Maka ianya bersalahan dengan hukum menutup aurat. 691. Jikalau muza itu berlapis dan carik lapisannya yang diluar atau yang didalam maka iaitu tidak mengapa jika lapisan yang tidak carik itu kuat. Jika carik kedua lapisannya, yang diluar dan yang didalam, maka ditilik, jika berbetulan kedua carik itu maka ianya tidak memada dan jika tidak berbetulan keduanya maka ianya tidak mengapa. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 692. Syarat yang ketiga : hendaklah kedua muza itu suci sekalipun ia tidak halal. Maka memadai muza rampasan atau curian atau yang diperbuat daripada emas atau perak jika sekelian itu suci. Maka tidak memadai muza yang najis ainnya seperti yang diperbuat dari kulit bangkai atau yang terkena najis dengan najis yang tidak dimaafkan diatas itlak139 atau yang terkena najis dengan najis yang dimaafkan tetapi disapunya pada tempat najis itu kerana tidak sah sembahyang dengannya. Akan tetapi jika disapunya tempat yang selain tempat najis itu maka iaitu memada dan sah sembahyang dengannya. 693. Syarat keempat : hendaklah kedua muza itu kuat sekira-kira dapat berturut-turut berjalan diatasnya dengan tidak memakai kasut kerana berulang-ulang pada menghasilkan hajat- hajat yang diperlukan pada ghalibnya didalam tempoh yang dia hendak menyapunya iaitu sehari semalam bagi yang bermukim dan yang seumpamanya dan tiga hari tiga malam bagi musafir pada safar yang harus qasar. Maka tidak dapat tidak daripada bahawa muza itu kuat seperti demikian itu sekalipun orang yang memakainya lumpuh tidak kuasa berjalan. 694. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa orang yang memakai muza itu jika dia musafir diiktibarkan kuat muza itu sekira-kira dapat dibawa berjalan berulangulang kerana hajat safar didalam tempoh tiga hari tiga malam dan jika dia bermukim maka diiktibarkan kuat muza itu sekira-kira dapat dibawa berulang-ulang berjalan kerana hajat orang bermukim yang biasa didalam negerinya didalam tempoh sehari semalam. Tidak diiktibarkan bagi orang yang mukim itu hajat musafir. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 695. Adapun yang dirajihkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa jika yang memakai muza itu orang yang bermukim maka diiktibarkan kuat muza itu sekira-kira dapat dibawa berjalan berulang-ulang kerana hajat biasa bagi musafir didalam safarnya selama sehari semalam. Maka tidak memadai muza yang tidak kuat sebab buruk atau nipis sekira-kira dibawa berjalan berturut-turut nescaya cariklah ia atau ada ia sangat sempit atau sangat luas sekalipun ianya kuat kerana yang demikian itu tidak dapat dibawa berjalan berulang-ulang. 696. Syarat yang kelima : hendaklah kedua muza itu menegahkan dari terus air kepada kaki selain tempat jahitannya jika ditumpahkan air keatas keduanya. Maka tidak memadai muza yang ditenun daripada benang atau bulu atau barang sebagainya kerana yang demikian itu tidak menegah terus air kepada kaki sekalipun ianya kuat. Akan tetapi jika muza yang ditenun itu menegah sampai air kepada kaki sebab tebalnya dan rapat benangnya maka ianya memadai.
138
. tapak kaki menamai perkataan “ ”ﻗﺪﻡiaitu dari buku lali hingga kebawah, bukan maknanya tapak kaki yang
difaham pada bahasa melayu iaitu bahagian kaki yang melekap ketanah ketika berdiri. 139 . tanpa kait, iaitu tanpa kait sedikit atau banyak.
697. Syahadan. Apabila seorang memakai dua muza pada setiap kakinya seperti dipakainya satu muza kemudian maka disarungkannya pula muza yang kedua diluarnya dan adalah kedua muza itu kuat sekira-kira patut disapu maka ditilik, jika dia memasukkan tangannya diantara dua muza itu maka disapunya muza yang didalam maka iaitu memadainya sapuannya itu, dan jika disapunya muza yang diluar sahaja dan sampai air kepada muza yang didalam melalui tempat jahitannya maka ditilik, jika dia hanya kasad menyapu muza yang diluar sahaja maka ianya tidak memadai kerana diperoleh sharif iaitu kasad menyapu muza yang tidak sah disapu sahaja, dan jika dia kasadkan dengannya menyapu muza yang dididalam sahaja atau dia kasad menyapu keduanya atau tidak dia kasad menyapu suatu jua pun maka pada tiga rupa masaalah ini memadainya sapuannya. Inilah pada dua muza yang patut disapu. 698. Adapun jika muza yang didalam itu tidak patut disapu maka adalah hukumnya seperti lapisan muza yang diluar jua. Maka kedua muza itu seperti hukum satu muza makah hendaklah disapunya muza yang diluar itu. 699. Adapun jika muza yang diluar itu tidak patut disapu maka ianya tidak kebilangan. Maka hendaklah disapunya muza yang didalam jua dengan memasukkan tangannya diantara dua muza itu. Akan tetapi jika dia sapu yang diluar sahaja dan sampai air kepada muza yang didalam maka padanya empat rupa masaalah. Pada satu rupa masaalah tidak memadainya sapuannya iaitu apabila dia hanya kasad menyapu muza yang diluar sahaja. Dan pada tiga rupa masaalah lagi memadainya sapuannya, iaitu apabila dia kasadkan muza yang didalam sahaja atau dia kasad menyapu kedua-duanya atau tidak dia kasad menyapu suatu jua pun. 700. Jika muza yang diluar dan yang didalam itu tidak patut disapu maka tidak memadai sapu suatu daripada keduanya, dan jika kedua muza itu patut disapu kemudian mendatang carik pada muza yang didalam pada hal adalah yang memakainya itu masih lagi didalam toharah basuh atau toharah sapu, haruslah dia menyapu muza yang diluar kerana muza yang diluar itu menjadi asal dan yang didalam itu seperti lapisannya jua. Atau dia sudah berhadath maka tidak harus dia menyapunya kerana dia seperti memakai muza didalam hadath. 701. Tidak memadai sapu muza diatas jabirah kerana ia adalah pakaian diatas apa yang disapu. Maka ianya seperti menyapu kepala diatas serban. Memadai sapu muza yang dibelah tapak kakinya140 jika diikatkan dia dengan tali kancing sekira-kira tidak nyata suatu daripada tempat fardhu sapu. 702. Syarat keenam : hendaklah sapuan dua muza itu didalam tempohnya iaitu masa yang diharuskan menyapu didalamnya iaitu tiga hari tiga malam bagi yang musafir dan sehari semalam bagi yang bermukim, samaada mendahului siang hari yang pertama itu oleh malamnya seperti dia berhadath pada waktu maghrib atau ia tidak mendahuluinya seperti dia berhadath pada waktu fajar. Jikalau dia berhadath pada pertengahan malam atau pertengahan siang hendaklah dibilang kadar yang telah lalu daripadanya pada malam yang keempat atau siang yang keempat pada tempoh orang yang musafir atau dibilang kadar yang telah lalu daripadanya pada malam yang kedua atau siang yang kedua pada tempoh orang yang bermukim. 703. Bermula, yang dikehendaki dengan musafir itu orang yang pergi-pergian pada perjalanan yang lanjut lagi harus qasar didalamnya, dan yang dikehendaki dengan yang mukim itu itu orang yang berada pada satu tempat yang tidak harus qasar didalamnya samaada dia tetap pada tempat kediamannya atau dia didalam pergi-perigan yang singkat atau didalam pergi-pergian yang lanjut tetapi tidak harus qasar didalamnya. 704. Bermula, permulaan tempoh yang tersebut itu dikira daripada kesudahan hadathnya yang selepas memakai dua muza, bukan daripada permulaan hadathnya, samaada hadathnya itu hadath kumuh atau hadath tidur atau hadath bersentuhan lelaki dengan perempuan atau hadath menjabat kubul. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. Maka jikalau seorang itu berkumuh atau tidur selepas memakai muza dan lanjutlah masa keluar kumuhnya atau masa tidurnya mula dari terbit fajar hingga masuk matahari umpamanya nescaya dikirakan permulaan tempoh itu dari masuk matahari, kerana ia adalah masa kesudahan hadath kumuh dan hadath tidur itu. 140
. iaitu yang mempunyai tali pengancing, bukan yang semata disarungkan.
705. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah maka jika hadathnya itu hadath tidur dan menyentuh perempuan dan menjabat kubul maka dikirakan permulaan tempoh itu daripada permulaan hadath jua bukan daripada kesudahannya. Maka pada misal yang tersebut itu adalah permulaan tempohnya dari terbit fajar jua bukan dari masuk matahari. Dan jika hadathnya selain yang tersebut itu maka dibilang mula tempoh itu daripada kesudahan hadath. 706. Dan jikalau jikalau seorang berhadath selepas memakai muza maka dia mengambil wudhuk dan membasuh dua kakinya didalam muza itu kemudian dia berhadath pula nescaya adalah tempoh sapu itu dikira daripada hadathnya yang pertama jua, kerana ia adalah hadathnya yang terjadi selepas memakai muza, dan waktu sapu masuk dengannya 707. Syahadan. Jika seorang menyapu dua muza atau satu daripadanya selepas dia berhadath tatkala dia mukim didalam hadhir kemudian dia bermusafir, atau dia menyapu tatkala dia didalam safar kemudian dia bermukim didalam hadhir, nescaya dia menyempurnakan pada dua rupa masaalah ini akan tempoh hadhir jua iaitu sehari semalam, tidak tempoh safar. Maka tidak harus dia menyapu selepas berlalu sehari semalam. Akan tetapi jika dia jadi mukim didalam hadhir pada rupa masaalah yang kedua itu selepas lalu masa yang lebih daripada sehari semalam seperti dia memasuki negerinya selepas dua hari dua malam nescaya memadainya sapuannya pada masa lalu yang lebih dari sehari semalam itu. Maka janganlah dia menyapu pula selepas dia memasuki negerinya. 708. Jikalau dia berhadath selepas memakai muza didalam hadhir selepas lalu waktu sembahyang kemudian dia keluar bermusafir nescaya dia menyempurnakan tempoh safar jua, bukan tempoh hadhir. 709. Sunat bagi yang memakai muza sebelum berhadath membaharui wudhuknya dengan dia menyapu dua muzanya. 710. Bermula, orang yang salisilbaul apabila berhadath dengan hadath yang selain hadathnya yang sentiasa itu dan orang yang tayammum kerana selain ketiadaan air seperti yang tayammum kerana sakit atau sangat dingin maka kedua mereka tidak menyapu melainkan kerana mengharuskan apa yang halal dia kerjakan jika ditakdirkan kekal toharahnya yang dia memakai dua muza diatasnya. Maka jika hadathnya itu sebelum mengerjakan fardhu haruslah dia menyapu untuk mengerjakan satu fardhu dan beberapa sunat dan jika hadathnya itu selepas mengerjakan fardhu maka harus dia menyapu untuk mengerjakan sunat jua kerana sapuannya itu diperiringkan diatas toharah yang memberi faedah yang demikian itu jua tidak selainnya. 711. Maka jika dia hendak mengerjakan fardhu yang kedua wajiblah dia menanggalkan kedua muzanya dan mengerjakan toharah yang sempurna kerana dia berhadath dengan nisbah kepada fardhu yang kedua, maka adalah dia seolah-olah memakai muzanya diatas hadath pada hakikatnya, kerana toharahnya itu tidak mengangkatkan hadath. 712. Jikalau sembuh orang yang salisil baul dan orang yang bertayammum kerana sakit wajib keduanya mula memakai muza dan membasuh kedua kaki. 713. Bermula, rupa masaalah menyapu pada tayammum yang semata-mata kerana selain luput air bahawa dia memberati dirinya diatas menanggung masyaqqah dan kesakitan membasuh anggota sekalipun yang demikian itu haram diatasnya kerana takdir masaalah bahawa membasuh anggota itu memudharatkannya.* 714. Adapun perempuan mutahyyirah maka dia tidak menyapunya melainkan kerana mengerjakan sunat jua kerana wajib dia mandi untuk setiap kali mengerjakan fardhu. Maka yang mutahayyirah itu dengan nisbah mengerjakan selain fardhu adalah sebahagian daripada orang yang salisil baul jua. 715. Adapun orang yang tayammum kerana ketiadaan air maka tidak harus dia menyapu apabila dia mendapat air, kerana batal toharahnya sebab melihat air, sekalipun sedikit. 716. Syarat yang ketujuh : bahawa yang disapu itu adalah zahir muza yang diatas belakang tapak kakinya yang berbetulan dengan tempat fardhu. Maka tidak memada menyapu zahirnya yang diatas yang tidak berbetulan dengan tempat fardhu. Tidak memada menyapu batinnya yang diatas sekalipun berbetulan dengan tempat fardhu, dan tidak memada menyapu zahir muza yang dibawah tapak kakinya dan zahirnya yang
berbetulan dengan tumitnya dan zahirnya yang berbetulan dengan lambung tapak kakinya dan hujung jarinya.* 717. Memadai pada sapu itu apa yang dinamakan sapu, sekalipun dengan kayu atau dengan meletakkan tangannya yang basah diatasnya dengan tidak diperlalukannya, iaitu sama seperti perintah menyapu kepala jua. Maka dari kerana inilah memada sapu sebahagian dari sehelai bulu yang ada ditas muza kerana mengikutnya, sepertimana memada sapu sebahagian dari sehelai rambut yang ada pada had kepala. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah maka bahawa tidak memadai sapu bulu yang ada diatas muza, bersalahan dengan sapu kepala. 718. Sunat menyapu zahir muza yang diatas belakang tapak kaki dan yang dibawahnya dan yang pada lambungnya dan yang pada tumitnya hal keadaan dia menggoresnya dengan anak jari. Maka perintahnya seperti bahawa dia meletakkan sekelian jari tangan kirinya dibawah tumitnya dan sekelian jari tangan kanannya diatas belakang jari kakinya pada hal dia menjarangkan sekelian jarinya, kemudian dia menggoreskan sekelian jari tangannya yang kanan hingga sampai kepada betis muzanya dan digoreskannya sekelian jari tangannya yang kiri hingga sampai kepada hujung jari kakinya. Demikianlah yang dilakukan pada kedua muza dengan sekali gores sahaja. 719. Tidak sunat meratakan sapuan pada sekelian muza, bahkan ianya khilafulaula. Makruh mengulang-ulang sapu sekalipun ia memadainya. Harus membasuhnya ganti daripada sapu tetapi adalah ianya makruh kerana yang demikian itu membawa kepada mencacatkan muza dan merosakkannya. Diambil daripada ‘illat itu bahawa tidak makruh membasuh muza ganti daripada sapu jika ada ia diperbuat daripada kayu atau barang sebagainya. 720. Syarat yang kelapan: hendaklah diyakinkan atau dizankan kekal tempoh sapu yang tersebut itu. Maka tidak harus menyapu muza bagi orang yang syak pada kekal tempohnya seperti dia lupa permulaan tempohnya maka dia syak adakah sekarang ini didalam tempohnya atau sudah ianya sudah berlalu, atau dia syak tatkala sempurna sehari semalam adakah tempohnya ini tempoh hadhir atau tempoh safar, maka pada dua rupa masaalah ini janganlah dia menyapu kedua muzanya pada wudhuknya, bahkan wajib dia membasuh kaki, kerana menyapu muza itu rukhsah dengan beberapa syarat yang sebahagian daripadanya kekal tempohnya dengan yakin atau zan. Maka jika dia syak padanya kembalilah dia kepada asal iaitu basuh kaki. 721. Akan tetapi syak pada yang demikian itu hanyalah menegah sapu selama syak itu masih ada, ianya tidak menuntut dihukumkan berlalu tempohnya, hingga jikalau dia menyapu muza pada hari yang kedua dalam keadaan dia syak pada bahawa adakah tempohnya itu tempoh hadhir atau tempoh safar dan dia sembahyang dengan sapu muza yang didalam keadaan syak itu, kemudian hilang syaknya pada hari yang ketiga dan dia yakin bahawa tempohnya itu tempoh safar nescaya wajiblah dia mengambalikan semua sembahyangnya yang dikerjakannya didalam hari yang kedua kerana dia mengerjakannya dia didalam syak, dan harus dia sembahyang dengan sapu kedua muzanya didalam hari yang ketiga kerana dia tahukan kekal tempohnya. 722. Kemudian, jika dia kekal diatas sapuan hari yang pertama dan tidak berhadath didalam hari yang kedua nescaya harus dia sembahyang didalam hari yang ketiga dengan sapuan hari yang pertama itu. Jika dia berhadath didalam hari yang kedua tetapi dia menyapu didalamnya didalam keadaan dia syak nescaya wajiblah dia mengulangi sapuannya tatkala hilang syaknya. Harus dia mengulangi sekelian sembahyang hari yang kedua dengan sapuan yang jatuh didalam hari yang ketiga. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Nihayah. 723. Syarat yang kesembilan : tidak kedatangan hadath besar didalam tempoh sapuannya. Maka jikalau orang yang memakai muza berjunub atau berhaid atau bernifas ditengah tempoh sapu tidak harus dia menyapu, bahkan apabila dia hendak menyapu wajib dia membaharui memakai muza, seperti dia menanggalkan muzanya daripada kakinya dan dia mandi hadath besar kemudian dia memakai muzanya semula, kerana jika dia tidak menanggalkannya lalu dia membasuh kakinya didalam muza itu tatkala dia mandi tidaklah harus dia menyapunya didalam tempoh sapu yang tinggal lagi, kerana
janabah memutuskan tempoh sapuan, maka apabila putuslah tempoh sapuan dengannya wajib dia membaharui memakai muza seperti yang tersebut itu, kerana nabi sawm menyuruh orang yang berjunub menanggalkan muza. Maka dikiaskan diatas orang yang berjunub itu setiap orang yang wajib mandi kerana najis pada badannya, maka memada dia memasuh kakinya didalam muza kerana najis itu tidak memutuskan tempohnya, bersalahan dengan umpama janabah. 724. Syahadan. Barang siapa menanggalkan dua muzanya atau salah satu daripadanya atau telah habis tempohnya atau dia syak pada kekal tempohnya atau zahir sebahagian tempat fardhu sebab carik muza atau selainnya atau terurai tali kancing muza yang berbelah sekalipun tidak zahir tempat fardhu atau sangat panjang betis muzanya diatas menyalahi adat maka dia keluarkan tapak kakinya pada suatu tempat daripada betis muzanya itu sekira-kira jika betis muza itu sederhana seperti yang biasa nescaya zahirlah suatu daripada tapak kakinya nescaya batallah sapuannya pada sekelian tujuh perkara ini sepertimana yang telah diketahui pada syarat-syarat sapu yang telah disebutkan itu. Maka wajib dia memulakan tempoh yang lain jika dia hendak menyapu. 725. Akan tetapi barang siapa yang ada padanya salah satu daripada yang tujuh perkara ini pada hal dia didalam toharah sapu wajiblah dia membasuh kedua tapak kakinya jua maka hanyalah, kerana batal toharah keduanya dengan sebab yang demikian itu kerana yang asal adalah menyapu kedua kaki dan menyapu diatas dua muza itu ganti daripadanya, maka apabila dia kuasa diatas yang asal hilanglah hukum gantian, maka tertentulah memakai yang asal. Adalah bandingannya seperti orang yang tayammum yang mendapat air. 726. Keluar dengan kata toharah sapu itu oleh toharah basuh seperti bahawa dia berwudhuk dan memakai dua muza kemudian menanggalkannya sebelum hadath atau dia berhadath selepas memakainya tetapi ia berwudhuk dan dibasuhnya dua tapak kakinya didalam muza maka tidaklah lazim dia suatu jua pun.
ث ِ ﺤ َﺪ َ ب ا ْﻟ ِ ﺳﺒَﺎ ْ ب َأ ُ ﺑَﺎ xx BAB SEBAB-SEBAB HADATH 727. Ini bab pada menyatakan sebab-sebab hadath, iaitu yang membatalkan wudhuk. Ketahui oleh mu bahawa adalah ibarat ulamak pada tempat ini berlain ﺩ ﺤ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﺎﺴﺒ ﺏ َﺃ ﺎ ” ﺒartinya: ini lainan, maka sebahagian mereka itu adalah ibadatnya “ﺙ bab pada menyatakan segala sebab-sebab hadath, dan sebahagian mereka adalah ibaratnya “ﺀ ﻭ ﻀ ﻭ ﺽ ﺍ ﹾﻟ ﻗ ﹺ ﺍﺏ ﹶﻨﻭ ﺎ ” ﺒartinya: ini bab bab perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, dan sebahagian merka itu adalah ibaratnya “ ﺕ ﺎﺠﺒ ﻭ ﹺ ﻤ ﺏ ﺎﺒ ﺀ ﻭ ﻀ ﻭ ”ﺍ ﹾﻟartinya : ini bab pada menyatakan segala yang mewajibkan wudhuk. 728. Maka tiga ibarat ini sama sahnya pada pihak makna yang dikehendaki dan berlazim-laziman ujud sebahagiannya dengan ujud sebahagian yang lain. Tetapi ibarat yang pertama itu lebih baik dan ia adalah yang dipilih oleh imam Rafi’e dan imam Nawawi didalam Muharrar dan Minhaj kerana ia sejahtera daripada i’tiradh. Bersalahan zahir ibarat yang kedua dan yang ketiga maka tidak selamat keduanya daripada i’tiradh, sekalipun ia menerima takwilan yang menolak i’tiradh itu kerana ibarat yang tidak berkehendak kepada takwilan sebab nyatanya lebih baik daripada ibarat yang perlu kepada takwil. 729. Adapun wajah i’tiradh pada zahir ibarat yang kedua maka kerana bahawa zahir ibarat itu menghendaki bahawa wudhuk yang lalu itu batal daripada asalnya dengan salah satu daripada empat perkara maka lazim daripadanya bahawa batal pula sekelian sembahyang yang telah dikerjakan dengan wudhuk itu, maka ianya menyalahi makna yang dikehendaki kerana bahawa wudhuk tidak batal
daripada asalnya. Yang dikehendaki daripada batal wudhuk dengannya hanyalah terhabis wudhuk itu dengannya pada hal adalah wudhuk pada masa yang lalu sebelum datang hadath itu adalah sah lagi sempurna. Maka sayugia ditakwilkan dengan yang demikian itu akan tiap-tiap ibarat yang datang dengan lafaz “batal wudhuk” dan barang sebagainya. 730. Adapun wajah i’tiradh pada ibarat yang ketiga kerana bahawa zahir ibarat itu menghendaki bahawa yang mewajibkan wudhuk itu adalah perkara yang tersebut itu sendiriannya tidak beserta dengan selainnya, maka ia menyalahi makna yang dikehendaki. Adapun makna yang dikehendaki maka bahawa yang mewajibkan wudhuk itu adalah perkara yang tersebut itu beserta dengan hendak kepada umpama sembahyang. Maka yang mewajibkan wudhuk itu tersusun daripada dua perkara itu. Demikian lagi yang mewajibkan mandi seperti yang lagi akan datang bicara diatasnya didalam babnya. 731. Berlain-lainan pendapat ulamak pada meletakkan bab sebab-sebab hadath ini didalam kitab maka sebahagian mereka itu mendulukannya daripada bab wudhuk, dan illatnya kerana bahawa manusia adalah dia diperanakkan dengan berhadath jua tidak bertoharah, hanya toharah itu datang kemudian, maka menasabah bahawa didulukan bab hadath daripada bab wudhuk. 732. Sebahagian mereka itu mendulukan bab wudhuk daripada bab sebabsebab wudhuk maka illatnya kerana bahawa manusia tatkala adalah ia diperanakkan dengan berhadath maka perlulah dia mula-mula kepada mengenal wudhuk yang menghilangkan hadath kemudian maka perlu pula kepada mengenal hadath yang membatalkannya, maka menasabahlah mendulukan bab wudhuk daripada bab sebab-sebab hadath. 733. Ketahui oleh mu pula bahawa “sebab” pada istilah adalah apa yang lazim daripada ujudnya ujud musabbab dan lazim daripada tidak adanya tidak ada musabbab bagi zatnya141, artinya dengan menilik kepada zatnya sebab itu. Dan bahawa hadath pada istilah syara’ diitlakkan keatas tiga makna. Maka maknanya yang pertama : satu pekerjaan yang diiktibarkan ujudnya oleh syara’ yang berdiri pada sekelian anggota lagi yang menegah sah umpama sembahyang sekira-kira tidak ada murakhhis142. Maka makna ini telah terdahulu bicara diatasnya pada bicara air mutlak. 734. Maknanya yang kedua : sebab-sebab yang terhabis dengannya toharah143 mandi dan wudhuk dan tayammum. Maka dengan makna inilah dikatakan : hadath kumuh dan hadath tidur dan hadath bersentuh dan hadath menjabat kubul. Maka dikatakan pada tiap-tiap satu daripada sebab hadath yang empat itu perkara itu sebagai hadath. 735. Maknanya yang ketiga : tegahan yang mengiringi yang demikian itu144, iaitu mengiringi pekerjaan yang diiktibarkan ujudnya oleh syara’ pada anggota atau mengiringi satu sebab daripada sebab-sebab yang terhabis toharah dengannya. Artinya apabila ada pada seorang satu pekerjaan yang tersebut itu atau ada padanya satu sebab daripada sebab-sebab yang empat perkara itu nescaya mengiringinya tegahan sembahyang dan sentuh mushaf dan barang sebagainya. Maka tegahan sembahyang dan seumpamanya yang terhasil daripada yang tersebut itulah dikatakan sebagai hadath. 736. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah: bahawa yang dikehendaki dengan hadath didalam bab ini adalah makna yang kedua, iaitu dengan menjadikan idhofat pada “sebab hadath” itu sebagai idhofat bayaniah. 141
. ﻤﺎ ﻴﻠﺯﻡ ﻤﻥ ﻭﺠﻭﺩﻩ ﺍﻟﻭﺠﻭﺩ ﻭﻴﻠﺯﻡ ﻤﻥ ﻋﺩﻤﻪ ﺍﻟﻌﺩﻡ ﻟﺫﺍﺘﻪ . ﺃﻤﺭ ﺍﻋﺘﺒﺎﺭﻱ ﻴﻘﻭﻡ ﺒﺎﻷﻋﻀﺎﺀ ﻴﻤﻨﻊ ﺼﺤﺔ ﻨﺤﻭ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺤﻴﺙ ﻻ ﻤﺭﺨﺹ 143 . ﺍﻷﺴﺒﺎﺏ ﺍﻟﺘﻲ ﻴﻨﺘﻬﻲ ﺒﻬﺎ ﺍﻟﻁﻬﺭ 144 . ﺍﻟﻤﻨﻊ ﺍﻟﻤﺘﺭﺘﺏ ﻋﻠﻰ ﺫﻟﻙ 142
737. Bermula, apabila disebutkan hadath dengan tidak ada kait maka yang dikehendaki dengannya adalah hadath kecil jua. Telah terdahulu bicara bahawa tempat hadath kecil itu pada anggota wudhuk dan tempat hadath besar pada sekelian tubuh. 738. Adapun hadath-hadath yang membatalkan wudhuk itu, iaitu yang terhabis dengannya wudhuk itu maka ianya empat perkara. Pertamanya : keluar sesuatu daripada kubul atau dubur orang yang ada baginya wudhuk yang hidup lagi wadhih, samaada suatu yang keluar itu ain atau angin, sekalipun keluar angin itu dari zakar atau faraj perempuan, dan samaada yang keluar itu beradat seperti tahi dan kumuh dan mazi dan wadi, atau ianya nadir seperti batu atau kayu atau ulat atau cacing, sekalipun ulat atau cacing itu mengeluarkan kepalanya daripada dubur atau kubul kemudian ia memasukkannya pula. Dan seperti darah yang keluar daripada dubur atau daripada buasir yang ada didalam dubur, tidak yang diluarnya. Dan seperti diri buasir145 apabila ia tetap didalam dubur maka ia keluar daripada dubur, sesudah ia terkeluar daripadanya kemudian maka bertambah keluarnya. 739. Adapun orang mati maka tidak batal wudhuknya dengan keluar suatu daripada kubulnya atau duburnya dan khunsa yang musykil tidak batal wudhuknya melainkan apabila keluar suatu daripada kedua-dua zakar dan farajnya. 740. Bermula, jikalau dijadikan bagi lelaki dua zakar atau dijadikan bagi perempuan dua faraj batallah wudhuknya dengan keluar sesuatu daripada mereka dari salah satu daripada keduanya, melainkan jika salah satu daripada keduanya itu lebih dengan yakin atau dengan ihtimal146, maka tidak batal wudhuknya dengan keluar sesuatu daripada yang lebih itu melainkan jika ada yang asli itu tersumbat147. Maka ianya seperti hukum lubang terbuka yang dibawah pusat jua. Demikianlah yang mafhum daripada ibarat Tuhfah. 741. Bermula, dalil pada batal wudhuk dengan keluar tahi dan kumuh dan mazi dan angin maka iaitu nas Quran dan hadith. Adapun dalil batal wudhuk dengan keluar salah satu yang lain daripada itu maka iaitu kisai, iaitu dikiaskan dengan tahi dan kumuh dan mazi dan angin itu apa yang selainnya daripada tiap-tiap yang keluar daripada kubulnya atau duburnya, maka sekelian itu membatalkan wudhuk, melainkan mani dirinya yang semata-mata yang keluar daripadanya pada mula-mula, maka tidaklah batal wudhuknya dengannya kerana bahawa ia telah mewajibkan mandi yang mana ia lebih besar daripada wudhuk dengan khusus keadaannya mani maka ia tidak mewajibkan wudhuk yang kurang daripada mandi dengan umum keadaannya suatu yang keluar daripada kubul. 742. Adalah bandingannya seperti zina muhshan maka ianya mewajibkan rejam yang lebih besar daripada sebatan dengan khusus keadaannya muhshan, maka ia tidak mewajibkan sebatan yang lebih rendah daripada rejam dengan umum keadaannya zina148, kerana kaedah yang telah masyhur “bahawa apa yang mewajibkan yang lebih besar daripada dua pekerjaan tidak mewajibkan yang lebih rendah daripada keduanya”149. 743. Haid dan nifas itu mewajibkan wudhuk serta mewajibkan mandi hanyalah kerana bahawa haid dan nifas itu menegah sah wudhuk, maka keduanya tidak boleh berhimpun bersama dengan wudhuk, bersalahan dengan keluar mani, 145
. pada asal : basur. . terboleh – kemungkinan. 147 . pada asal : bertumpat – ﺒﺭﺘﻤﻔﺕ. Wallahu a’lam. 148 . pada asal : yang lebih besar daripada dara dengan khusus keadaannya muhshan, maka tidak mewajib ia akan dara yang terkurang daripada rejam dengan umum keadaannya zina. Wallahu a’lam. 149 . ﻤﺎ ﺃﻭﺠﺏ ﺃﻋﻅﻡ ﺍﻷﻤﺭﻴﻥ ﻻ ﻴﻭﺠﺏ ﺩﻭﻨﻬﻤﺎ 146
maka sahlah wudhuk besertanya pada rupa masaalah orang yang salisil mani, maka berhimpunlah ia bersama dengannya. 744. Adapun kalau keluar darinya mani orang lain atau keluar mani mani dirinya yang bercampur dengan mani orang atau keluar mani dirinya yang dia masukkan kedalam kubulnya selepas daripada ia sudah keluar sebelumnya maka batallah wudhuknya dengan keluarnya pada tiga rupa masalaah itu kerana ia tidak mewajibkan mandi maka ia mewajibkan wudhuk. 745. Kalau keluar mani perempuan kepada tempat yang wajib dibasuh tatkala mandi janabah batallah wudhuknya dengannya, sekalipun ia tidak keluar kepada zahir faraj. Jikalau keluar basahan faraj perempuan kepada zahirnya maka ditilik jika ia keluar dari batinnya dengan yakin maka tidaklah batal wudhuknya. 746. Jika seorang perempuan beranak pada hal adalah anaknya yang keluar itu kering batallah wudhuknya dengannya. Seperti demikian itu keluar mudhghah kerana bahawa anak atau mudhghah itu terjadi dari mani dirinya dan mani orang lain. Telah terdahulu bicara bahawa keluar mani orang lain itu membatalkan wudhuk. 747. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Bafadhal. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah maka tidak batal wudhuk perempuan dengan beranak apabila anaknya yang keluar itu kering, hanya wajib atasnya mandi jua, sekalipun anaknya itu terjadi daripada mandi dirinya dan mani lelaki, kerana ia sudah berpindah kepada haiwan, maka tidak lazim bahawa diberikan dia sekelian hukumnya. 748. Bermula, sebahagian daripada faedah tidak batal wudhuk dengan keluar mani itu dua perkara. Pertamanya : supaya sah sembahyang orang yang mandi dengan tidak mengambil wudhuk, dengan tidak ada khilaf. Keduanya : supaya dia niatkan pada wudhuknya yang sebelum mandinya itu akan sunat mandi kerana jika kita katakan batal wudhuknya nescaya dia niatkan pada wudhuknya itu mengangkatkan hadath. 749. Kata setengah mereka : sebahagian daripada faedahnya pula bahawa jika seorang yang keluar mani bertayammum ganti daripada mandi kerana ketiadaan air nescaya haruslah baginya menyampaikan beberapa fardhu dengan satu tayammum itu selama dia belum berhadath dan belum mendapat air kerana bahawa dia sembahyang dengan wudhuknya jua bukan dengan tayammumnya. Adapun tayammumnya itu maka ia hanyalah daripada janabahnya jua. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para fuqaha’ dengan bahawa ianya silap, dengan sepakat syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli dan selainnya, kerana bahawa janabah itu menegah sah fardhu yang kedua dengan tidak ada tayammum antara dua fardhu itu, kerana tayamum itu tidak mengharuskan bagi orang yang berjunub dan yang berhadath kecil melainkan satu fardhu jua, tidak ia mengharuskan yang lebih daripadanya. 750. Syahadan. Jikalau keluar tahi atau kumuh atau barang suatu yang selainnya dari lubang yang terbuka dibawah pusat maka ditilik ; jika ada kubulnya dan duburnya tertutup sekira-kira tidak keluar darinya sesuatu jua pun nescaya batallah wudhuk dia dengannya kerana tidak dapat tidak bagi manusia daripada tempat keluar yang keluar hadathnya darinya, maka didirikan lubang yang terbuka itu pada tempat keluar yang asli pada pihak batal wudhuk dengan keluar suatu darinya, tidak pada hukum-hukum lain bagi yang asli itu. Jika kubulnya dan duburnya tidak tertutup maka tidak batal wudhuknya kerana tidak ada dharurat kepada bahawa keluar sesuatu darinya serta terbuka tempat keluar yang asli itu. 751. Demikian lagi tidak batal wudhuk dengan keluar sesuatu dari lubang yang terbuka diatas pusat atau pada pusat atau pada yang berbetulan dengannya, sekalipun kubul dan duburnya tertutup kerana bahawa yang keluar dari atas
pusat itu serupa dengan keluar muntah. Inilah sekeliannya jika ada tersumbat150 kubulnya dan duburnya itu mendatang bukannya asal kejadian. 752. Adapun jika ada tersumbatnya itu asal kejadiannya seperti adalah kubulnya dan duburnya itu tersumbat dari asal kejadiannya didalam perut ibunya nescaya batallah wudhuknya dengan keluar suatu dari barang mana tempat terbuka pada badannya, sekalipun ia keluar dari mulutnya. 753. Jika Allah taala menjadikan seorang dengan keadaan tertutup salah satu daripada kubulnya dan duburnya batallah wudhuknya dengan keluar suatu yang menasabah dengan yang tertutup itu atau yang menasabah dengan keduanya, tidak yang selainnya. Tetapi tidak sabit pada yang terbuka itu daripada segala hukum kubul dan duburnya yang tersumbat itu melainkan hukum batal wudhuk dengan keluar suatu daripadanya. Adapun hukum-hukum yang selainnya maka ianya sabit pada kubul dan duburnya yang tertutup itu, tidak berpindah darinya kepada yang terbuka pada badannya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 754. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah maka bahawa lubang yang terbuka pada badannya selain daripada mulut dan barang sebagainya adalah seperti yang asli pada sekelian hukumnya, hinggakan batal wudhuk dengan menjabatnya dan wajib dia menutupnya dan tidak wajib atasnya mendedahkannya151 didalam sujud sembahyangnya hanya hendaklah ia sujud diatasnya, sama seperti hukum pembalut luka yang melengkapi dahi jua. Adalah kubul dan duburnya yang tertutup itu seperti anggota yang lebih pada khunsa musykil jua, tidak wajib wudhuk sebab menyentuhnya dan tidak wajib mandi dan had sebab memasukkan hasyafah zakarnya kedalam faraj orang lain atau sebab dimasukkan kedalam farajnya hasyafah zakar orang lain. 755. Adapun jika yang terbuka itu mulut atau barang sebagainya, daripada tiaptiap yang terbuka pada asalnya seperti telinga dan hidung maka tidaklah batal wudhuknya dengan keluar suatu daripadanya. 756. Hasilnya adalah syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli sepakat pada bahawa lubang yang terbuka pada masaalah tertutup yang mendatang tidak sabit padanya daripada hukum-hukum yang asli melainkan hukum batal wudhuk dengan sebab keluar suatu daripadanya, dan hukum-hukum yang selainnya sabit pada yang asli yang tertutup itu, tidak berpindah darinya kepada lubang yang terbuka itu. 757. Adapun pada masaalah sumbat yang semulajadi maka khilaf syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli pada bahawa yang terbuka itu adakah sabit padanya sekelian hukum bagi yang asli yang tertutup itu hingga yang tertutup itu menjadi seperti anggota yang lebih pada khunsa musykil, atau tidak sabit padanya sekelian hukum-hukum yang asli itu melainkan hukum batal wudhuk dengan keluar suatu darinya dan segala hukum selainnya tetap ia pada yang asli yang tertutup itu? Maka yang diiktikadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah adalah yang pertama dan yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah adalah yang kedua. 758. Demikian lagi khilaf syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli pada bahawa lubang yang terbuka pada masaalah tertutup yang semulajadi; adakah melengkapi yang terbuka pada asal seperti mulut dan hidung dan telinga atau tidak melengkapinya? Maka yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah adalah yang pertama dan yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah adalah yang kedua. 150 151
. pada asal : – ﺘﻤﻔﺕtumpat. Ibarat arab “”ﺍﻨﺴﺩﺍﺩ. Begitu juga yang didepan. Wallahu a’lam. . iaitu dari penutupnya, kerana wajib menutupinya. Pada asal: membukanya.
759. Maka diatas iktimad syeikh Ibnu Ramli tidak batal wudhuk dengan keluar suatu dari mulut dan hidung dan telinga, dan diatas iktimad syeikh Ibnu Hajar batal wudhuk dengan keluar suatu daripadanya. 760. Kata Ibnu Qasim: adakah batal wudhuk dengan keluar air liur dan nafas dari mulut kerana bahawa keluar angin itu membatalkan wudhuk? Batal wudhuk dengan yang demikian itu adalah sehabis-habis musykil jua. Intaha. 761. Yang kedua daripada sebab-sebab hadath : hilang akal sebab tidur atau selainnya seperti gila atau pitam atau mabuk atau sakit, kerana sabda nabi sawm “ﻀ ْﺄ ﹶﺘﻭﻡ ﹶﻓ ﹾﻠﻴ ﻥ ﻨﹶﺎ ﻤ ﻪ ﹶﻓ ﺴ ﺀ ﺍﻟ ﻥ ﹺﻭﻜﹶﺎ ﻴﻨﹶﺎ ﹺ ﻌ ” ﺍ ﹾﻟ, artiya : dua mata itu memelihara dubur daripada keluar suatu darinya, maka barang siapa tidur maka hendaklah dia berwudhuk. Dua mata itu kinayah dari jaga iaitu bahawa jaga dua mata itu memelihara daripada keluar suatu dari duburnya. Seorang yang tidur itu terkadang keluar suatu daripada duburnya pada hal tidak diperasankannya sebab hilang akalnya. Apabila sabitlah batal wudhuk sebab tidur maka dihubungkan dengannya gila dan pitam dan mabuk, dari kerana hilang akal sebab gila dan pitam dan mabuk lebih teruk daripada hilangnya sebab tidur. 762. Bermula, kenyataan yang demikian itu : kerana bahawa tidur dan sekelian apa yang dihubungkan dengannya adalah tempat sangka152 bagi keluar suatu daripada dubur sesaorang pada hal tidak diperasankannya kerana hilang akalnya, maka didirikan sangkaan keluar suatu daripadanya pada ketika itu pada tempat yakin keluarnya, hingga dijadikan hilang akal dirinya dengan salah satu daripada yang tersebut itu sebagai sebab hadath yang membatalkan wudhuk, sekalipun tidak keluar seuatu pada ketika itu, kerana mengamalkan kaedah yang telah masyhur “bahawa apa yang dipertambatkan dengan tempat sangka itu tidak ada beza diatara adanya dan tiadanya”153. 763. Maka bandingan yang demikian itu seperti masyaqqah didalam safar. Adalah safar itu tempat sangka bagi adanya masyaqqah pada ghalibnya, maka didirikan sangkaan ada masyaqqah154 didalam safar pada tempat yakin adanya, hingga apabila diperoleh safar nescaya diharuskan didalamnya berbuka puasa fardhu ramadhan pada siang hari dan qasar sembahyang dan barang sebagainya, sekalipun tidak ada masyaqqah. Maka seperti demikian itulah tidur dan apa yang dihubungkan dengannya. 764. Melainkan tidur orang yang duduk yang tetap maq’adnya pada tempat kedudukkannya, maka tidaklah batal wudhuk dengannya, samaada tempat kedudukkanya itu bumi atau belakang tunggangan atau lainnya, sekalipun dia tidur dengan bersandar kepada suatu sekira-kira jika dihilangkan tempat sandaran itu nescaya rebahlah dia, kerana diamankan daripada keluar suatu daripadanya, maka tidaklah ia tempat sangka bagi keluar suatu daripadanya pada ketika itu. Tidak ada perkiraan bagi ihtimal keluar angin daripada kubulnya pada ketika itu kerana yang demikian itu nadir jua. 765. Adapun tidur orang yang tidak menetapkan maq’adnya pada tempat kedudukkannya atau dia menetapkannya tetapi adalah dia kurus sekira-kira ada renggang diantara maq’adnya dan tempat kedudukkannya itu sebab kurusnya atau dia tidak kurus tetapi terangkat maq’adnya dari tempat kedudukkannya dahulu daripada jaganya dengan yakin, dan tidur orang yang bertelentang, maka batallah wudhuknya dengannya.
152
. iaitu sangkaan yang kuat, begitulah maknanya pada masaalah ini. Asalnya “ ﻥ ﻅ ” ﹶ, syak - sangkaan yang setengah-setengah, waham – sangkaan yang lemah – rasa-rasa. 153 . ﻪ ﻤ ﺩ ﻋ ﻭ ﻩ ﺩ ﻭ ﺠ ﻭ ﻥ ﻴ ﺒ ﻕ ﺭ ﹶ ﻻ ﹶﻓ ﹶﻅ ﱠﻨﺔ ﹶﻁ ﺒﹺﺎ ﹾﻟﻤ ﻴ ﹶ ﺎ ﻨﻥ ﻤ ِﺇ. 154 . susah payah.
766. Keluar dengan kata “tidur dan mabuk” itu oleh mengantuk dan permulaan mabuk maka tidaklah batal wudhuk dengannya kerana tidak hilang akal dengannya. 767. Bermula, perbezaan diantara tidur dan mengantuk bahawa orang yang mengantuk itu mendengar kata-kata orang yang berkata disisinya sekalipun dia tidak faham kata-kata itu. Adapun orang yang tidur maka tidaklah dia mendengarnya. Jikalau seorang syak adakah dia tidur atau mengantuk atau adakah dia tidur dengan menetapkan maq’adnya pada tempat kedudukkannya atau tidak atau adakah terangkat maq’adnya daripada tempat kedudukkannya dahulu daripada jaganya atau terangkat kemudiannya nescaya tidakah batal wudhuknya denganya. Inilah sekeliannya pada wudhuk kita. 768. Adapun wudhuk nabi kita Muhammad sawm dan wudhuk sekelian nabinabi alaihim solah wassalam maka tidaklah ia batal dengan tidur kerana yang tidur pada mereka itu hanyalah mata mereka jua. Adapun hati mereka maka adalah ia sentiasa jaga tidak tidur, maka dia mendapat tahu apa yang keluar daripadanya. 769. Yang ketiga daripada sebab-sebab hadath : bertemu kulit lelaki yang wadhih155 dengan kulit perempuan yang wadhih yang bukan mahram dengan tidak berlapik diantara keduanya, sekalipun keduanya itu kanak-kanak. Tetapi dengan syarat jika keduanya besar sekira-kira sampai kepada had yang dingini oleh orang yang empunya tabiat yang sejahtera, samaada lelaki itu “fahl” atau “’anin” atau “majbub” atau “khasi” atau “mamsuh”156, dan samaada perempuan itu masih muda atau sudah tua, sekalipun tuanya telah sampai kepada had yang mana dia tidak diinginkan pada ghalibnya, kerana kata mereka itu “tidak ada daripada yang gugur melainkan ada baginya yang memungut”157, dan samaada bertemu dua kulit itu dengan sengaja atau dengan lalai atau dengan digagahi, dan samaada ianya dengan syahwat atau dengan tidak ada syahwat, dan samaada ia dengan tangan atau dengan anggota lain, dan samaada anggota itu sejahtera atau berpenyakit seperti lasa158 dan samaada anggota itu asli atau lebih, maka batallah wudhuk yang menyentuh dan yang disentuh, melainkan jika ada yang disentuh itu mayat maka tidaklah batal wudhuknya. 770. Adapun dalil pada yang demikian itu maka firman Allah taala “ﺀ ﺎﻡ ﺍﻟ ﱢﻨﺴ ﺴﺘﹸ ﻤ ﻭ ﹶﻻ ” َﺃ artinya : atau kamu sentuh perempuan. Adalah asal sentuh itu dengan tapak tangan jua maka dikiaskan dengannya sentuh dengan anggota yang lain daripada tapak tangan. 771. Bermula, ‘illat batal wudhuk dengannya kerana bahawa ia tempat sangka bagi lazat yang menggerakkan syahwat yang tidak layak dengan hal orang yang bertoharah. 772. Bermula, yang dikehendaki dengan kulit itu adalah apa yang selain daripada rambut dan bulu dan gigi dan kuku. Maka masuk daging gigi dan gusi dan lidah dan batin mata dan tulang yang zahir sebab luka. Maka batallah wudhuk dengan menyentuh yang demikian itu. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah maka bahawa tidak batal wudhuk dengan menyentuh batin mata kerana ia bukan tempat sangka bagi lazat menyentuhnya, bersalahan dengan lidah, dan tidak batal wudhuk dengan menyentuh tulang yang zahir sebab luka umpamanya kerana ia seperti gigi. 155
. jelas jantina. Lawan musykil. . fahl – jantan sejati, ‘anin – mati pucuk, majbub – yang dibuangkan zakar, khasi – yang dibuangkan telur, mamsuh – yang dibuang kedua zakar dan telur. 157 . ﻤﺎ ﻤﻥ ﺴﺎﻗﻁﺔ ﺇﻻ ﻭﻟﻬﺎ ﻻﻗﻁﺔ. 158 . lasa atau lumpuh. Begitulah pada tempat ini pada kitab-kitab yanglain. Pada asalnya : ﻜﻴﻔﺎ. 156
773. Syahadan. Diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa tidak batal wudhuk lelaki yang bersentuh dengan lelaki dan tidak batal wudhuk perempuan yang bersentuh dengan perempuan dan tidak batal wudhuk khunsa yang bersentuh dengan khunsa dan sebaliknya dan tidak batal wudhuk lelaki yang bersentuh dengan perempuan mahramnya dan sebaliknnya, sekalipun dengan syahwat, atau dengan perempuan yang bukan mahram tetapi dengan berlapik sekalipun lapik itu nipis. 774. Bermula, murad daripada mahram itu adalah perempuan yang haram dinikahi sebab nasab dan sebab susuan dan sebab mushaharah. Adapun yang haram dinikahi dengan yang lain itu daripada tiga sebab ini seperti isteri nabi dan ibu perempuan yang disetubuhi dengan syubhah dan anaknya dan kafir majusi dan wathani dan murtad maka sekelian itu bukan159 mahram sekalipun haram menikahinya, walaubagaimanapun dinamakan mereka160 mahram, maka batallah wudhuk sebab tersentuh dengan mereka itu. 775. Jikalau mahram seorang lelaki bercampur dengan beberapa perempuan yang halal yang tidak mahshur161 tidaklah batal wudhuknya dengan menyentuh seorang daripada mereka itu, kerana diihtimalkan bahawa yang disentuhnya itu bukan162 mahramnya, melainkan jika disentuhnya daripada mereka itu kadar yang lebih daripada bilangan mahramnya, seperti adalah bilangan mahramnya yang bercampur itu sepuluh orang umpamanya maka disentuhnya sebelas orang daripada mereka itu, batallah wudhuknya dengan dia kerana diyakinkan bahawa sebahagian daripada orang yang disentuhnya itu bukan mahramnya. 776. Kata syeikh Darami : jikalau seorang syak pada seorang perempuan adakah dia mahram baginya atau tidak, maka dia tersentuh dengannya tidaklah batal wudhuknya kerana mengamalkan asal kekal toharah. 777. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah: diambil daripada yang demikian itu, jikalau seorang lelaki bernikah dengan seorang perempuan pada hal dia syak adakah diantaranya dan diantara perempuan itu ada susuan yang mengaharamkan atau tidak ada, atau (jikalau) bercampur mahramnya dengan beberapa perempuan yang halal dan dia nikahi seorang daripada mereka itu dengan syaratnya, dan dia menyentuhnya nescaya tidaklah batal wudhuk keduanya dengan sebab sentuhan itu serta sah nikah itu. 778. Adalah bandingannya seperti seorang lelaki bernikah dengan seorang perempuan yang majhul nasabnya kemudian maka bapa lelaki itu mengakui perempuan itu anaknya seperti dia kata kepadanya : isteri mu itu anak ku, dan sabitlah dengan katanya itu oleh nasab perempuan itu daripadanya, tetapi si suami itu tidak membenarkannya seperti katanya : isteri ku itu bukan anak bapa ku, maka dihukumkanlah dengan kekal nikahnya serta sabit bahawa perempuan itu saudaranya, maka tidak batal wudhuk kedua mereka dengan bersentuhan. 779. Demikian lagi tidak batal wudhuk lelaki yang besar dengan menyentuh kanak-kanak perempuan yang belum sampai kepada had yang diingini oleh lelaki yang mempunyai tabiat yang sejahtera dan sebaliknya, dan tidak batal wudhuk perempuan yang besar dengan menyentuh kanak-kanak lelaki yang belum sampai kepada had yang diingini oleh perempuan yang mempunyai tabiat yang sejahtera dan sebaliknya, dan tidak batal wudhuk dengan menyentuh amrudi163, sekalipun dia sangat elok rupanya lagi sentuhan itu dengan syahwat. 159
. pada asal : sekelian itu tidak dinamai mahram. . pada asal: tetapi dinamakan dia mahram. 161 . terhingga. 162 . pada asal : yang disentuh itu mahramnya. 163 . budak lelaki remaja, yang belum tumbuh janggut dan misai. 160
780. Tidak batal wudhuk dengan menyentuh gigi dan rambut dan kuku tetapi sunat bagi yang menyentuh yang demikan itu mengambil wudhuk supaya keluar daripada khilaf ulamak. 781. Tidak batal wudhuk dengan menyentuh anggota perempuan yang sudah tercerai darpadanya seperti tangannya dan kakinya atau yang selainnya, sekalipun anggota yang tercerai itu sampai setengah, kerana tidak ada lazat sentuhan pada sekelian yang tersebut itu. Maka jikalau seorang perempuan dibelah dua atau dipenggal dua dengan bersamaan tidaklah batal wudhuk dengan menyentuh tiap-tiap dua sukunya itu dengan sepakat syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli, samaada yang setengah itu suku yang ada padanya faraj atau tidak. 782. Adapun jika ada suku itu tidak bersamaan maka batallah wudhuk dengan menyentuh suku yang lebih daripada setengah. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. Maka zahirnya, sekalipun lebihnya daripada setengah itu sedikit. 783. Bermula, hasil yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa tidak batal wudhuk dengan menyentuh suku yang terbanyak daripada setengah melainkan jika sekira-kira diitlakkan diatasnya nama perempuan, jika tidak seperti demikian itu maka tidaklah batal wudhuk dengan menyentuhnya. 784. Masaalah : apabila seorang yakin bahawa dirinya bertoharah kemudian maka seorang adil mengkhabarkan bahawa dia disentuh oleh seorang perempuan atau keluar angin daripadanya didalam tidurnya pada hal dia menetapkan maq’adnya164 pada tempat kedudukkannya wajiblah dia mengambil khabarnya, maka batallah wudhuknya dengannya. 785. Soal: jika seorang bertanya : bahawa khabar orang adil itu memberi faedah sangkaan (zan) jua, sedangkan asal pada orang yang bertoharah itu adalah kekal toharahnya yang dia yakinkan, maka ianya tidak hilang dengan sangkaan yang terhasil dengan khabar seorang adil, maka betapa kiranya diwajibkan dia mengamalkan khabarnya. 786. Jawab: bahawa yang demikian itu tempatnya adalah pada sangkaan yang tidak didirikan pada tempat yakin oleh syara’ seperti sangkaan yang terhasil daripada khabar orang adil pada bilangan rakaat sembahyang dan bilangan lingkaran tawaf, maka tidak wajib mengambil khabar orang adil padanya. Adapun sangkaan yang didirikan oleh syara’ pada tempat yakin seperti sangkaan yang terhasil daripada khabar seorang adil tentang hadath atau bernajis air atau kain umpamanya maka wajib mengambil khabarnya. 787. Bermula, perbezaan diantara dua masaalah ini : bahawasanya ujud bilangan rakaat sembahyang dan bilangan lingkaran tawaf itu tidak lazim daripadanya oleh kebilangannya kerana terkadang ada diperolehi empat rakaat sembahyang dan tujuh lingkaran tawaf tetapi tidak ada yang kebilangan daripadanya melainkan satu jua dengan sebab meninggalkan rukun atau dengan sebab diperolehi sharif165 umpamanya, maka tidaklah memberi faedah khabar orang yang adil dengannya pada maksudnya, maka dilaghakan ia sekalipun ia sampai kepada bilangan tawatir166. Bersalahan dengan khabar orang adil pada kedatangan hadath atau bernajis air atau umpamanya, maka ianya memberi faedah pada maksudnya kerana tidak diperoleh ihtimal yang menggugurkannya maka wajib menerimanya, istimewa pula hadath itu terkadang terhasil tanpa perbuatan dirinya.
164
. bahagian punggung yang berdempek dengan tempat duduk. . perkara yang memalingkan. 166 . bilangan yang tidak mungkin mereka berbohong. 165
788. Masaalah : jika seorang yakinkan dirinya berhadath kemudian maka seorang adil mengkhabarkan bahawa dia telah berwudhuk selepas daripada hadathnya, tidaklah harus dia mengamalkan khabarnya. Bersalahan ‘akas167 masaalah ini, iaitu yang telah tersebut kenyataannya, kerana mengamalkan ihtiat168 pada dua masaalah ini. 789. Soal: jika seorang bertanya : khabar seorang adil pada mengatakan suci umpama kain daripada najis itu diterima diatas tafsil yang telah lalu kenyataannya, maka apa jua perbezaan antaranya dan antara khabarnya pada mengatakan suci seorang daripada hadath sekira-kira tidak diterima khabarnya pada yang demikian itu? 790. Jawab: bahawa masaalah suci daripada najis itu lebih luas169 daripada masaalah suci dari hadath, dengan dalil sah menyucikan badan atau kain daripada najis dengan tidak ada niat dan sah ia dengan semata-mata perbuatan orang lain. Bersalahan dengan menyucikan badan daripada hadath, maka tidak sah ia dengan tidak ada niat dan tidak sah ia dengan semata-mata perbuatan orang lain. Inilah hasil yang tersebut didalam Tuhfah dan syarah ‘Ubab dan didalam Hasyiah Ibnu Qasim. 791. Yang keempat daripada sebab-sebab hadath : menjabat satu juzuk daripada faraj manusia yang wadhih dengan satu juzuk daripada tapak tangan atau perut anak jari, samaada faraj itu kubul atau dubur, daripada lelaki atau perempuan, daripada dirinya atau selainnya, sekalipun daripada mayat atau kanak-kanak yang kecil atau disentuhnya dengan lupa atau dengan digagahi orang, dengan tangan yang lasa170 atau yang lebih, dan samaada yang menjabat itu wadhih atau khunsa, kerana sabda nabi sawm “ﻀ ْﺄ ﹶﺘﻭﻪ ﹶﻓ ﹾﻠﻴ ﺠ ﺭ ﺱ ﹶﻓ ﻤ ﻥ ﻤ ” artinya: barangsiapa menjabat farajnya maka hendaklah dia berwudhuk, riwayat Turmizi. Dan lagi sabda nabi sawm “ﻀ ْﺄ ﹶﺘﻭﺏ ﹶﻓ ﹾﻠﻴ ﺎﺤﺠ ﻻ ﹶﺭ ﻭ ﺴ ﹾﺘ ﺎﻬﻤ ﻴ ﹶﻨ ﺒ ﻴﺱ ﹶﻟ ﻭﺭﺠﹺﻪ ﻩ ِﺇﻟﹶﻰ ﹶﻓ ﺩ ﻴ ﻡ ﹺﺒ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﻰ َﺃ” ِﺇﺫﹶﺍ َﺃ ﹾﻓﻀ artinya: apabila seorang dari kamu menjabat farajnya dengan tapak tangannya dan tidak ada diantara keduanya lapik maka hendaklah dia berwudhuk. Riwayat Ibnu Hibban. 792. Bermula, faraj pada bahasa meliputi faraj perempuan dan zakar lelaki dan dubur keduanya. 793. Adapun batal wudhuk dengan menjabat faraj dirinya maka ianya sabit dengan nas hadith yang tersebut itu. Adapun batal wudhuk dengan menjabat faraj orang lain maka iaitu dengan kias, dari kerana apabila batal wudhuk dengan menjabat faraj dirinya maka dengan menjabat faraj orang lain terutama batalnya, kerana menjabat faraj orang lain itu lebih keji daripada menjabat faraj dirinya kerana menghilangkan kehormatan orang lain. Maka dari kerana inilah tidak batal wudhuk orang yang dijabat farajnya. ﹶﺘﻭﺍ ﹶﻓ ﹾﻠﻴﺱ ﹶﺫ ﹶﻜﺭ ﻤ ﻥ ﻤ ” artinya: barangsiapa yang 794. Pada setengah riwayat “ﻀ ْﺄ menjabat zakar maka hendaklah dia berwudhuk. Maka “zakar” itu umum meliputi zakar dirinya dan zakar orang lain, maka diatas riwayat ini batal wudhuk dengan menjabat zakar orang lain itu adalah dengan nas bukan dengan kias. 795. Syahadan: tidak ada beza pada zakar atau faraj atau dubur antara bahawa ianya berhubung atau tercerai sebab terpotong umpamanya. Maka batallah wudhuk dengan menjabatnya sekalipun yang tercerai itu sebahagiannya, kerana masih lagi kekal nama zakar diatasnya. Melainkan kulit hasyafah yang dipotong
167
. sebalik – lawan. . cermat. 169 . iaitu lebih longgar. 170 . lumpuh-hilang deria sentuhan. 168
tatkala menyunatkannya, maka tidaklah batal wudhuk dengan menyentuhnya kerana ia tidak dinamakan zakar. 796. Maka diambil daripada yang demikian itu bahawa jika dipotong zakar maka ditumbuk lumat nescaya tidaklah batal wudhuk dengan menyentuhnya kerana pada ketika itu ia telah keluar daripada keadaannya bernama zakar. Adapun dubur dan faraj perempuan yang terpotong maka tidak batal wudhuk dengan menjabatnya melainkan jika masih tinggal padanya nama faraj atau dubur. 797. Jikalau seorang mempunyai dua zakar atau dua faraj nescaya batal wudhuk dengan menjabat satu daripada keduanya jika keduanya itu asli atau serupa dengan yang asli atau salah satu daripada keduanya lebih tetapi ia berbetulan dengan yang asli171. Seperti demikian itulah jika seorang mempunyai dua tapak tangan yang asli atau serupa dengan yang asli atau salah satu daripada keduanya lebih tetapi berbetulan dengan yang asli, maka batallah wudhuk sebab menjabat faraj dengannya. 798. Adapun zakar maka yang membatalkan wudhuk daripadanya adalah sekeliannya hingga kulit yang menutup hasyafah selagi ia berhubung dengannya. Adapun faraj perempuan maka yang membatalkan wudhuk daripadanya adalah tempat pertemuan dua bibirnya yang mengelilingi lubangnya dan daging tempat khatan, sekalipun ada ia panjang sekira-kira muncul hujungnya keluar daripada faraj. Tidak membatalkan wudhuk daripada faraj apa yang selain daripada demikian itu. 799. Adapun murad daripada halaqah dubur yang membatalkan wudhuk maka iaitu tempat pertemuan keliling lubang dubur. Maka tidak batal wudhuk dengan menjabat batin papan punggung172 dan pelir dan ari-ari dan bulu yang tumbuh diatas zakar atau faraj dan barang yang diantara dubur dan kubul. 800. Adapun yang membatalkan wudhuk daripada tapak tangan dan perut jarijari maka iaitu apa yang bertemu daripada batin dua tapak tangan dan perut jarijari tatkala keduanya dipertemukan serta ditekankan sedikit dan173 perut dua ibu tangannya, sekalipun ia tidak bertemu tatkala dipertemukan. Demikianlah yang mafhum daripada ibarat Syarah Raudh. Adapun yang lain daripada itu seperti sekelian hujung jari dan selang-selangnya dan tepinya dan tepi tapak tangan maka ianya tidak membatalkan wudhuk. 801. Syahadan. Keluar dengan kata “faraj manusia” itu faraj binatang dan burung. Maka tidak batal wudhuk dengan menjabatnya kerana ia tidak dihormati lagi tidak diingini. Maka dari kerana inilah tidak haram memandangnya dan tidak ada had atas yang menyetubuhinya. 802. Keluar dengan kata “manusia yang wadhih” oleh khunsa musykil. Maka tidaklah batal wudhuknya dengan dia menjabat salah satu daripada dua alatnya, zakarnya atau farajnya, kerana diihtimalkan yang dijabatnya itu lebih. Tetapi jika khunsa musykil menjabat dua alat khunsa musykil yang lain nescaya batallah wudhuknya kerana bahawa dia telah menjabat zakat atau faraj dengan yakin. 803. Demikian lagi batal wudhuk khunsa musykil jika dia menjabat zakar dirinya dan faraj khunsa musykil yang lain atau menjabat faraj dirinya dan zakar khunsa musykil yang lain atau menjabat zakar dan dan faraj dua khunsa musykil yang lain kerana jika ditakdirkan khunsa yang menjabat dan yang dijabat itu lelaki atau perempuan nescaya batallah wudhuknya dengan menjabat zakar atau faraj. Dan jika ditakdirkan salah seorang daripadanya lelaki dan yang seorang lagi
171
. iaitu pada kedudukannya. . iaitu yang berdempek ketika berdiri. Pada asal “batin safhah dubur”. 173 . pada asal “”ﺩﺍﻭﻥ. Walahu a’lam. 172
perempuan nescaya batallah wudhuknya dengan bersentuh kulit lelaki dan perempuan. Itu pun dengan syarat jika tidak ada diantara keduanya sifat mahram. 804. Jika khunsa musykil menjabat zakar dirinya dan dia sembahyang subuh umpamanya kemudian dia menjabat pula farajnya dan dia sembahyang zohor umpamanya nescaya wajib diatasnya mengulangi sembahyang zohornya kerana batal wudhuknya dengan dia menjabat alatnya yang kedua. Itu pun dengan syarat jika dia tidak berwudhuk diantara dua jabat itu. 805. Jika seorang lelaki menjabat zakar khunsa musykil atau seorang perempuan menjabat farajnya nescaya batallah wudhuk yang menjabat kerana jika khunsa itu sama jantina dengan yang menjabat seperti bahawa adalah keduanya lelaki atau adalah keduanya perempuan nescaya batallah wudhuknya dengan menjabat zakar atau faraj. Dan jika khunsa itu tidak sama jantina dengan yang menjabat nescaya batallah wudhuknya dengan bersentuhan kulit lelaki dan perempuan. Itupun dengan syarat jika tidak ada antara keduanya sifat mahram. 806. Bersahalan jika seorang lelaki menjabat faraj khunsa atau seorang perempuan menjabat zakarnya, maka tidaklah batal wudhuk yang menjabatnya kerana diihtimalkan alat yang dijabatnya itu lebih. 807. Jikalau salah seorang daripada dua khunsa musykil menjabat zakar taulannya dan yang seorang lagi menjabat pula faraj taulannya nescaya batallah salah seorang daripada keduanya dengan tidak tertentu kerana bahawa jika ada keduanya itu lelaki maka batallah wudhuk yang menjabat zakar, dan jika keduanya perempuan maka batallah wudhuk yang menjabat faraj, dan jika salah seorang daripada mereka lelaki dan yang seorang lagi perempuan maka batallah wudhuk keduanya dengan bersentuhan kulit lelaki dan perempuan. Tetapi tatkala yang demikian itu tidak tertentu maka tidak tertentulah hadath pada keduanya. Harus bagi setiap daripada keduanya mengerjakan sembahyang dengan wudhuk itu. 808. Bermula, faedah batal wudhuk salah seorang daripada keduanya dengan tidak tertentu adalah bahawa seorang perempuan apabila mengikut salah seorang daripada keduanya pada satu sembahyang nescaya tidaklah harus baginya mengikut pula dengan yang seorang lagi. Inilah hasil yang tersebut didalam RaudhutTalib dan syarahnya Asna Matalib. 809. Fasal pada menyatakan apa yang haram sebab hadath kecil. Bermula, haram sebab hadath itu sembahyang dengan bagai-bagainya sekalipun sembahyang jenazah, kerana sabda nabi sawm “ﻀَﺄ ﹶﺘﻭﺤﺘﱠﻰ ﻴ ﺙ ﹶﺤﺩ ﻡ ِﺇﺫﹶﺍ َﺃ ﹸﻜﺩﻼ ﹶﺓ َﺃﺤ ﹶﷲ ﺼ ُ لﺍ ُ ﺒ ﻴ ﹾﻘ ﻻ ” ﹶ artinya : tidak diterima Alllah sembahyang seorang daripada kamu apabila berhadath hingga dia berwudhuk. Tetapi tempat haram sembahyang sebab berhadath itu pada orang yang selain daripada yang luput dua yang menyucikan iaitu air dan tanah dan orang yang sentiasa berhadath. Adapun keduanya maka lagi akan datang hukumnya. 810. Demikian lagi haram sebab hadath itu tawaf samaada ia fardhu atau sunat, kerana bahawa ia pada menempati sembahyang kerana tersebut didalam hadith sahih riwayat Hakim bahawa sabda nabi sawm “ ﺤ ﱠل ﺩ َﺃ ﺎﻟﹶﻰ ﹶﻗﷲ ﹶﺘﻌ َ ﻥﺍ ﻻ َﺃ ِﺇ ﱠﻼﺓ ﺼﹶ ﺍﻟ ﹾﻨﺯﹺﹶﻟﺔﻑ ﺒﹺﻤ ﺍ ﹸﻁﻭ ﺍﻟ ﱠ ﻴﺭﹴ ﺨ ﻻ ﺒﹺ ﹶ ﻕ ِﺇ ﱠ ﻁ ﹾ ﻴ ﹾﻨ ﻼ ﻕ ﹶﻓ ﹶ ﻁﹶ ﻥ ﹶﻨ ﹶ ﻤ ﻕ ﹶﻓ ﻁﹶ ﻪ ﺍﻟ ﱡﻨ ﹾ ﻴ ﻓ ” artinya : tawaf itu seperti sembahyang tetapi Allah taala telah menghalalkan didalamnya kata-kata maka barang siapa yang hendak berkata-kata didalam tawafnya maka janganlah dia berkata-kata melainkan dengan kebajikan jua. 811. Demikian lagi haram sebab hadath itu sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah jumaat kerana bahawa sekelian itu seperti sembahyang jua. 812. Demikian lagi haram sebab hadath itu menanggung mushaf dan menyentuh helaiannya dan sekalipun putihnya yang tidak tersurat, kerana firman Allah taala “ﻥ ﻭ ﺭ ﻁﻬ ﻤ ﹶ ﻻ ﺍ ﹾﻟ ﻪ ِﺇ ﱠ ﺴ ﻤ ﻴ ﻻ ” ﹶartinya : janganlah menyentuh mushaf melainkan
segala mereka yang suci daripada hadath, dan lagi sabda nabi sawm “ ﻥ ﺁﺱ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭ ﻤ ﻴ ﻻ ﹶ ﺭ ﻫ ﻻ ﻁﹶﺎ ”ِﺇ ﱠartinya : janganlah menyentuh Quran melainkan orang yang suci daripada hadath. Maka dikiaskan keatas menyentuh itu akan menanggungnya. Maka apabila haram menyentuhnya serta hadath maka terutama haram menanggungnya kerana menanggung itu lebih keji daripada menyentuh. 813. Keluar dengan kata mushaf oleh selain mushaf seperti Taurat dan Injil dan apa yang dinasakhkan bacaannya daripada Quran, maka tidak haram menyentuhnya dan menanggungnya. 814. Demikian lagi haram menyentuh jilidnya yang berhubung dengannya kerana bahawa ia seperti satu juzuk daripadanya. Diambil daripada yang demikian itu bahawa kalau dijilid mushaf bersama dengan kitab yang lain nescaya haramlah menyentuh jilid yang menghimpunkan keduanya daripada sekelian pihaknya, kerana ujud kitab yang lain bersamanya tidak menegah daripada membangsakannya kepada mushaf itu. Kalau diterima bahawa jilid itu dibangsakan kepada keduanya maka mempermenangkan mushaf itu tertentu jua. Bandingannya adalah apa yang akan datang pada tafsir dan Quran yang sama banyak. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang tersebut dialam Mughni dan Nihayah maka haram menyentuh jilid yang menutup mushaf saja tidak yang menutupi yang selainnya. Inilah hukum pada menyentuhnya. 815. Adapun hukum menanggungnya maka yang tersebut didalam Mughni dan Nihayah ianya seperti hukum menanggung mushaf serta mata benda jua. Maka berjalanlah tafsil yang lagi akan datang. 816. Adapun jilid mushaf yang telah tercerai daripadanya maka padanya tafsil; jika tidak putus nisbahnya kepada mushaf maka iaitu haram menyentuhnya sama seperti yang berhubung dengannya, dan jika sudah putus nisbahnya kepada mushaf seperti adalah ia sudah dijadikan jilid kitab lain maka iaitu tidak haram menyentuhnya dengan tidak ada khilaf. Inilah yang diiktikadkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah kerana mengikut syeikh Islam didalam syarah Raudh. Adapun syeikh Ibnu Hajar maka dia tidak menyatakan didalam Tuhfah akan tafsil ini hanya dia menghadkan bicara diatas haram menyentuh jilid mushaf yang berhubung jua. Maka mafhumnya halal menyentuh yang bercerai daripadanya dengan tafsil itu -wallahu a’lam- yang mana ia adalah kehendak kata-kata tuan kitab al Bayan dan yang dinyatakan oleh Asnawi. 817. Syahadan. Terkadang wajib atas orang berhadath yang lemah daripada toharah menanggung mushaf atau berbantalkannya dengan syarat jika dia takutkan umpama kebakaran atau kafir atau terkena najis pada hal tidak diperolehnya orang yang kepercayaan tempat ditaruhkan mushaf itu padanya. Dan terkadang harus dia menanggungnya dengan syarat jika dia takutkan hilang jua, dan tidak harus baginya berbantalkannya pada ketika itu. Demikian lagi tidak harus berbantalkan kitab ilmu yang dihormati melainkan jika dia takutkan hilangnya dari kerana pencuri. 818. Demikian lagi haram menanggung bekas dan peti yang ada didalam keduanya mushaf lagi adalah keduanya itu disediakan sebagai tempat mushaf jua, kerana keduanya ketika itu menyerupai jilidnya. Bersalahan jika tidak ada musahaf didalam keduanya atau keduanya tidak disediakan untuk mushaf, maka halallah menyentuhnya dan menanggungnya diatas tafsil menanggung mushaf serta mata benda. 819. Demikian lagi haram menyentuh kursi atau rehal yang ada mushaf diatasnya lagi disediakan untuk mushaf. Inilah mafhum kalam syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun hasil kalam syeikh Ibnu Qasim didalam Hasyiah Tuhfah
dan Hasyiah Syarah Minhaj maka tidak haram menyentuh kursi yang ada mushaf diatasnya kerana bahawa ia bercerai daripadanya. Maka dia mengikut pada yang demikian itu akan gurunya iaitu syeikh Tablawi dan syeikh Abdul Hamid, dan demikian lagi syeikh Muhammad Ramli. 820. Demikian lagi haram menanggung dan menyentuh benda yang tersurat Quran padanya dengan dikasadkan dirasah174 seperti papan dan barang sebagainya, sekalipun setengah ayat Quran kerana ia sama seperti mushaf. Tetapi kata syeikh Ibnu Qasim : tempatnya jika ada seumpama papan itu dibilang sebagai papan Quran pada ‘uruf. Adapun jika ia tidak seperti demikian itu seperti adalah papan itu besar seperti pintu yang besar atau tersurat Quran pada tiang atau dinging maka tidak haram menyentuh tempat yang tidak ada Quran padanya, dan halal menanggungnya diatas tafsil menanggung mushaf serta mata benda. 821. Adapun benda yang tersurat Quran diatasnya tidak dengan kasad dirasah hanya kerana kasad tabarruk dan azimat tatkala menyuratnya maka iaitu tidak haram menanggung dan menyentuhnya. Tetapi tempat diiktibarkan kasad bacaan atau kasad tabarruk itu adalah pada yang tidak dinamakan mushaf pada ‘uruf. Maknanya apa yang tersurat Quran padanya yang tidak dinamakan mushaf pada uruf jika dikasadkan bacaan tatkala menyuratnya haramlah menanggung dan menyentuhnya, dan jika dikasadkan tabarruk dan azimat tatkala menyuratnya tidaklah haram menanggung dan menyentuhnya. Jika tidak dikasadkan suatu jua pun dengannya hendaklah ditilik kepada karenah. 822. Adapun apa yang dinamakan mushaf pada ‘uruf maka haram menanggung dan menyentuhnya sekalipun dikasadkan tabarruk dan azimat tatkala menyuratnya, kerana tidak kebilangan kasad tabarruk pada ketika itu. Inilah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa jika disurat Quran daripada awalnya hingga akhirnya dengan kasad tabarruk dan azimat haramlah menyentuhnya dan menanggungnya. 823. Jikalau seorang syak pada apa yang tersurat Quran diatasnya adakah dikasadkan dirasah atau tabarruk tatkala menyuratnya halal dia menyentuh dan menanggungnya kerana menilik kepada asal ketiadaan haram dan ketiadaan ujud mani’175. Tidak ditilik pada maaalah ini kepada karenah, bersalahan pada masaalah yang telah terdahulu iaitu pada Quran yang tidak dikasadkan dirasah dan tabarruk oleh orang yang menyuratnya. Maka pada masaalah itu perlu kepada menilik karenah seperti yang telah terdahulu bicara diatasnya. Muhtamal pula haram menyentuhnya pada masaalah ini kerana mengamalkan ihtiat. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah dan syarah Irsyad. 824. Bermula, harus serta karahah menanggung mushaf serta mata benda, sekalipun mata benda itu satu sahaja lagi ianya kecil, dengan syarat jika dia hanya kasadkan menangung mata benda itu sahaja atau tidak dia kasadkan menanggung apa-apa. Adapun jika dia kasadkan menanggung mushaf sahaja atau dia kasadkan menanggung kedua-duanya maka iaitu haram. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Islam didalam syarah Minhaj dan syeikh Ibnu hajar didalam Fathul Jawwad. 825. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah maka tidak halal daripada empat rupa masaalah itu melainkan pada satu rupa masaalah daripadanya iaitu apabila dia kasadkan menanggung mata benda sahaja, dan haram ia pada yang tiga rupa masaalah yang tinggal lagi, iaitu
174 175
. ﺩﺭﺍﺴﺔ- belajar. . penghalang.
apabila dikasadnya menanggung mushaf jua atau dikasadnya menanggung kedua-duanya atau tidak dia kasadkan menanggung suatu daripada keduanya. 826. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah maka tidak haram daripada empat rupa masaalah itu melainkan pada satu masaalah jua, iaitu apabila dia kasadkan menanggung mushaf sahaja, dan halal ia pada tiga rupa masaalah yang tinggal lagi. 827. Bermula, halal menanggung orang yang menanggung mushaf diatas 176 itlak , kerana yang demikian itu tidak dibilangkan menanggung mushaf. Maka tidaklah berlaku padanya tafsil yang tersebut pada menanggung mushaf serta mata benda. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib didalam Mughni dan syeikh Ramli didalam Nihayah dan syeikh Ibnu Qasim didalam Hasyiah Tuhfah 828. Adapun yang diiktimadkan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah ‘Ubab maka bahawa menanggungkan orang yang menanggung mushaf itu seperti menanggung mushaf serta mata benda pada segala tafsil yang telah tersebut itu. 829. Bermula, menyentuh mushaf serta mata benda itu seperti hukum menanggung mushaf sertanya. Maka apabila seorang meletakkan tangannya keatas mushaf serta mata benda maka kena sebahagian tangannya pada mushaf itu dan setengahnya pada mata benda itu maka berlakulah diatasnya segala taafsil yang tersebut itu. Inilah muktamad syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 830. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib dan syeikh Ibnu Qasim dan syeikh Barmawi dan selainnya maka bahawa syarat halal menanggung mushaf serta mata benda dengan tafsilnya adalah bahawa tidak tersentuh tangan yang menanggungnya kepada mushaf. Maka kalau tersentuh tangannya padanya haramlah menanggungnya sertanya dengan tidak ada tafsil. 831. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa hukum menyentuh mushaf serta mata benda tidak seperti hukum menanggung mushaf sertanya pada segala tafsil yang tersebut itu. Bersalahan yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu hajar didalam Tuhfah. 832. Demikian lagi halal serta karahah menyentuh dan menanggung Quran yang beserta dengan tafsirnya jika ada huruf tafsir itu lebih banyak daripada huruf Quran, samaada terbeza Quran itu daripada tafsirnya atau tidak. Adapun jika huruf Quran itu lebih banyak daripada huruf tafsirnya atau bersamaan maka haram menyentuh dan menanggungnya. 833. Bermula, yang dikira pada banyak dan sedikit adalah huruf yang dirasamkan177 jua bukan huruf yang dilafazkan, dan yang dikira pada rasam Quran itu adalah rasam khat mushaf Imam jua kerana rasam yang keluar daripada khat mushaf Imam itu tertentu mengikutnya, sekalipun ia menyalahi kaedah rasam. Dan yang dikira pada rasam tafsirnya adalah rasam yang diatas kaedah ilmu khat jua. 834. Jikalau seorang syak pada keadaan tafsir itu adakah lebih banyak hurufnya daripada huruf Quran atau bersamaan halal dia menyentuh dan menanggungnya kerana ketiadaan yakin ujud mani’, iaitu bersamaan keduanya. Dari kerana inilah halal benda yang sedemikian itu pada tampalan perak dan kain sutera kembar benang yang disyakkan bersamaan. 835. Berjalan sebahagian fuqaha’ pada kain sutera kembar benang yang disyakkan bersamaannya diatas haramnya. Maka diatas kias yang demikan itu haramlah pula menyentuh dan menanggung Quran yang disyakkan pada keadaan tafsirnya itu bersamaan dengannya. 176 177
. iaitu tanpa kait, maknanya dalam semua keadaan. . iaitu yang ditulis - disuratkan. Daripada arabnya ﻡ ﺴ ﺭ .
836. Adapun yang dibilangkan pada banyak tafsir dan tidaknya pada menyentuhnya maka iaitu tempat yang disentuh jua, bukan jumlah perhimpunan Quran dan tafsirnya. Maknanya jika ada tempat yang disentuh itu lebih banyak tafsir daripada Quran halallah menyentuhnya. Dan jika tidak terbanyak ia daripadanya haram menyentuhnya, sekalipun perhimpunan tafsir itu lebih banyak daripada perhimpunan Quran. 837. Yang dikira pada banyak tafsir dan tidaknya pada menanggungnya adalah perhimpunan Quran dan perhimpunan tafsirnya jua. Maknanya jika perhimpunan tafsir itu lebih banyak daripada perhimpunan Quran halallah menanggungnya, jika tidak seperti demikian itu haramlah menanggungnya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah kerana mengikut walidnya. 838. Kata syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni: bermula, zahir kalam sahabatsahabat Syafi’e : sekira-kira adalah perhimpunan tafsir itu lebih banyak daripada perhimpunan Quran halallah menyentuhnya diatas itlak, iaitu samaada didalam satu lembar daripada tafsir itu lebih banyak Quran daripada tafsirnya atau bersamaan atau kurang, hingga kalau ada didalam satu lembar itu terbanyak Quran daripada tafsirnya halallah menyentuhnya, sekalipun yang disentuh itu ayat Quran yang terbeza daripada tafsirnya, kerana bahawa ia tidak dinamakan mushaf. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Irsyad. 839. Dan halal membalikkan helaian mushaf dengan kayu jika ia tidak bercerai daripada perhubungannya kerana ia tidak dinamakan menanggungnya. Bersalahan jika helaian itu bercerai diatas kayu itu maka ianya haram dengan ittifak. 840. Demikian lagi halal menyentuh dan menanggung dinar atau dirham yang tersurat Quran diatasnya. Demikian lagi kitab-kitab fekah yang tersurat didalamnya beberapa ayat Quran, dan kain dan dinding dan makanan yang tersurat ayat Quran diatasnya kerana tidak dikasadkan Quran untuk pelajaran178 pada mensabitkannya pada yang tersebut itu maka tidak berlaku diatasnya segala hukum Quran. Dari kerana inilah harus meruntuhkan dinding dan memakan makanan yang tersurat ayat Quran diatas keduanya. 841. Harus menghapuskan dengan air apa yang tersurat diatas sesuatu benda, daripada Quran, dan harus meminum air itu, tetapi tidak harus menelan kertas yang tersurat Quran diatasnya atau suatu daripada nama Allah kerana lazim daripadanya menajiskannya dengan apa yang didalam perut. Bersalahan dengan memakan makanan yang tersurat Quran diatasnya kerana rupa suratannya hilang sebelum ia sampai kedalam perut. 842. Haram menyurat Quran atau sesuatu daripada nama Allah taala dengan najis. Haram diatas orang yang ada baginya toharah menyentuh mushaf dengan anggotanya yang kena najis yang tidak dimaafkan daripadanya jika disentuhkannya tempat yang kena najis itu. Bersalahan jika disentuhkannya tempat yang tidak kena najis atau tempat yang kena najis yang dimaafkan. Maka tidaklah haram. Seperti Quran pada yang demikian tu adalah isim mu’azzam179. 843. Demikian lagi haram memijak atau melangkah suatu yang tersurat Quran atau isim mu’azzam diatasnya. Demikian lagi haram meletakkan umpama dinar atau dirham pada kertas yang tersurat diatasnya “ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ﻤ ﹺﻥ ﺍﻟ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒ. Demikian lagi haram menjadikan apa yang tersurat Quran diatasnya sebagai penanda bagi kurras180 kitab atau penanda bagi apa yang tersurat Quran diatasnya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang diiktimadkan 178 179 180
. dirasah.
. nama yang agong iaitu nama Allah taala. . beberapa helai kertas yang dijahit kemudian disusun menjadi kitab.
oleh syeikh Ramli didalam Nihayah kerana mengikut fatwa walidnya bahawa tidak haram menjadikan kertas yang tersurat umpama “ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒsebagai penanda bagi kurras atau barang sebagainya. 844. Makruh membakar kayu yang tersurat Quran diatasnya melainkan jika dia kasadkan memeliharanya, maka tidaklah makruh membakarnya seperti perbuatan saidina Uthman r.a, adalah dia membakar beberapa mushaf kerana kasad memeliharanya. Tetapi membasuhnya terutama daripada membakarnya. 845. Haram mencarik-carikkan kertas yang tersurat Quran diatasnya dengan tidak kerana hajat memeliharanya. Jika ia jatuh kebumi haram meninggalkan daripada mengangkatnya dari bumi itu. Haram mengunjurkan kaki kepada mushaf kerana kelakuan itu menunjukkan seorang itu menghinanya. Harus bagi orang yang berhadath menyurat Quran jika tidak disentuhnya. 846. Syahadan. Tidak wajib atas wali atau mu’allim menegah kanak-kanak yang mumayyiz lagi berhadath atau berjunub daripada mengangkat atau menyentuh mushaf kerana hajat belajar dan menderas181 dan membawa kepada tempat pengajian dan membawa kepada guru yang mengajarnya supaya dia mengajarinya kerana bahawa memberatinya diatas mengekali suci daripada hadath besar adalah kepayahan atasnya. Tetapi sunat dia menegahnya daripada yang demikian itu. Demikianlah yang disebutkan oleh syeikh Islam didalam syarah Raudh. Maka jika mengangkat atau menyentuhnya itu bukan kerana hajat yang tersebut hanya adalah ia kerana tujuan yang lain atau tidak kerana satu tujuan maka wajib menegah dia daripadanya. Demikian lagi wajib menegah dia darinya jika dia belum mumayyiz supaya terpelihara mushaf daripada dicarikkannya. 847. Masaalah. Barang siapa yakin bahawa dia sudah bersuci daripada hadath kemudian dia syak atau zan pada kedatangan hadath hendaklah dia mengamalkan yang dia yakinkan iaitu suci daripada hadath. Demikian lagi barang siapa yakin sudah berhadath kemudian maka dia syak atau zan pada bersuci daripadanya hendaklah dia mengambil yang dia yakinkan iaitu berhadath. Dari kerana yakin itu tidak dihilangkan dengan syak atau zan, kerana sabda nabi sawm “ ﺩ ﻴ ﹺﺠ ﻭ ﻭﺘﹰﺎ َﺃ ﺼ ﻊ ﻤ ﺴ ﻴ ﺤﺘﱠﻰ ﺩ ﺠ ﺴﹺ ﻤ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﺠﻥ ﺭ ﺨ ﻴ ﹾ ﻼ ﻻ ﹶﻓ ﹶ ﻭ ﹶ ﺀ َﺃ ﻲ ﺸ ﻪ ﹶ ﻤ ﹾﻨ ﺝﺨﺭ َﺃ ﹶﻴﻪ ﹶﻠل ﻋ َ ﺸ ﹶﻜ ﻴﺌًﺎ ﹶﻓَﺄ ﹾ ﺸ ﻪ ﹶ ﻨ ﻁ ﺒ ﹾ ﻲ ﻓ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﺩ َﺃ ﺠ ﻭ ِﺇﺫﹶﺍ ﺎﻴﺤ ” ﹺﺭartinya : apabila seorang daripada kamu mendapati sesuatu didalam perutnya maka dia kesamaran diatasnya adakah keluar daripadanya suatu atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid hingga dia dengar bunyi atau dia mendapati angin. Meriwayatkannya Muslim. 848. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa syak dan zan disini dan pada kebanyakan bab ilmu fekah adalah sama pada hukum. Maka tidak diamalkan dengan zan umpama wudhuk selepas daripada yakinkan hadath. 849. Bermula, terangkat yakin umpama wudhuk dengan umpama tidur dan terangkat yakin hadath dengan air yang dizankan sucinya tidak menafikan182 kaedah yang tersebut itu kerana bahawa keduanya itu sebahagian daripada masaalah-msasaalah yang dijadikan zan padanya seperti yakin. 850. Masaalah. Kalau seorang yakinkan suci dan hadath dan tidak dia ketahui yang terdahulu daripada keduanya, tetapi dia tahukan halnya yang sebelum daripada keduanya, maka hendaklah dia mengambil lawan apa yang sebelum daripada keduanya.183 851. Bermula, contoh yang demikian itu bahawa seorang yakin sudah mengambil wudhuk dan sudah berhadath selepas terbit matahari umpamanya 181
. dirasah - tadarrus, iaitu baca untuk melancarkan. . iaitu kedua-dua masaalah itu tidak menafikan . . . 183 . masaalah ini disebutkan juga dengan ringkas didalam Kifayah al Akhyar. 182
dan tidak dia tahu yang terdahulu daripada keduanya, adakah terdahulu hadath daripada wudhuk atau terdahulu wudhuk daripada hadath. Maka hendaklah disuruh dia mengingatkan halnya sebelum daripada keduanya. Maka jika dia sebelum daripada keduanya itu berhadath nescaya adalah dia sekarang ini didalam wudhuk kerana dia yakinkan wudhuk dan syak pada terkemudian hadath daripadanya. Maka yang asalnya adalah ketiadaan terkemudian hadath daripadanya. 852. Jika dia sebelum daripada keduanya didalam wudhuk pada hal adalah dia telah beradat membaharui wudhuk nescaya adalah dia sekarang ini didalam hadath, kerana dia yakin bahawa hadathnya itu menghilangkan salah satu daripada dua wudhuknya serta dia syak pada terkemudian wudhuknya yang kedua daripada hadath itu. Maka asalnya adalah ketiadaan terkemudian ia daripadanya, dan keadaannya beradat membaharui wudhuk itu menjadi karenah yang menguatkan asal itu. 853. Jika dia tidak beradat membaharui wudhuk nescaya adalah dia sekarang ini didalam wudhuk jua, kerana yang zahir adalah bahawa terkemudian wudhuknya yang kedua daripada hadathnya. 854. Jikalau dia tahu sebelum daripada keduanya ada wudhuk dan hadath dan tidak dia tahu yang terdahulu daripada keduanya hendaklah ditilik apa yang dahulu daripada keduanya hingga demikianlah184. Kemudian maka dia mengambil lawan daripada yang kasal dan yang seumpama pada yang genap selepas daripada mengambil kira keadaannya beradat membaharui wudhuk dan tidaknya. 855. Jika tidak diketahuinya apa yang dahulu daripada keduanya nescaya lazimlah dia mengambil wudhuk dengan tiap-tiap hal jika dia beradat membaharui wudhuk. Jika dia tidak beradat membaharui wudhuk nescaya adalah dia didalam wudhuk dengan tiap-tiap hal.
ﺴ ِﻞ ْ ب ا ْﻟ ُﻐ ُ ﺑَﺎ xx BAB MANDI 856. Ini bab pada menyatakan mandi (ُﺴﻞ ْ )اﻟ َﻐ. Bermula, makna mandi pada 185 bahasa : mengalirkan air keatas sesuatu . Maknanya pada syara’ : mengalirkan air keatas seluruh tubuh dengan niat186, pada selain mandi mayat. 857. Bermula, yang lebih fasih lagi masyhur pada lafaz “ ”ﻏﺴﻞitu adalah dengan baris diatas ghain dan baris didepannya, dan ia adalah yang berjalan diatas lidah kebanyakkan fuqaha’. Dikatakan pula “ ﻏﺴْﻞ ِ ” dengan baris dibawahnya adalah bagi barang yang digunakan pada mandi seperti bidara dan sebagainya. 858. Syahadan. Tidak wajib mandi dengan segera, sekalipun seorang itu derhaka dengan sebabnya, seperti orang yang junub dengan persetubuhan zina, maka tidak wajib atasnya segera mandi kerana putus derhakanya dengan putus persetubuhan itu sebelum daripada mandi. Bersalahan orang yang melumur badannya dengan najis yang derhaka dia dengan sebabnya, maka wajib atasnya segera menghilangkannya kerana derhakanya itu kekal tidak putus melainkan dengan menghilangkannya. Walaubegitu terkadang wajib atas orang yang
184
. iaitu begitulah seterusnya. . .ﺴﻴﻼﻥ ﺍﻟﻤﺎﺀ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺸﺊ 186 . .ﺴﻴﻼﻥ ﺍﻟﻤﺎﺀ ﻋﻠﻰ ﺠﻤﻴﻊ ﺍﻟﺒﺩﻥ ﺒﺎﻟﻨﻴﺔ 185
berjunub segera mandi jika dia takut luput waktu sembahyang atau dia berada didalam masjid yang didalamnya air ada walhal dia tidak dapat keluar darinya. 859. Syahadan. Mandi itu ada beberapa perkara yang mewajibkannya dan beberapa rukun dan sunat dan makruh dan perkara yang berkaitan dengannya. 860. Fasal pada menyatakan segala yang mewajibkan mandi dan perkara yang berkaitan dengannya. Bermula, yang mewajibkan mandi itu lima perkara. Pertamanya: mati, bagi orang Islam yang selain syahid. Maka wajib memandikan mayat yang Islam yang tidak syahid. Adapun mayat kafir maka tidak wajib memandikannya, dan mayat orang Islam yang syahid haram memandikannya seperti yang lagi akan datang kenyataannya didalam bab jenazah. Adapun anak yang gugur dari perut ibunya jika sampai empat bulan dan tidak zahir padanya tanda hayat maka wajib memandikannya kerana terbenar diatas anak itu takrif mati, iaitu ketiadaan hidup daripada apa yang kelakuannya hidup187. 861. Keduanya : haid, dan ketiganya: nifas, dengan ijmak. Tetapi haid dan nifas itu tidak mewajibkan mandi melainkan beserta putus keduanya dan hendak mengerjakan umpama sembahyang sebab masuk waktunya. Maka yang mewajibkan disini adalah rangkuman itu. demikianlagi pada wiladah dan janabah188 yang lagi akan datang. 862. Keempatnya: wiladah. Maka wajib mandi sebab keluar anak, sekalipun tidak basah, dari kerana mandi itu wajib dengan sebab keluar mani yang dijadikan anak daripadanya, maka dengan keluar anak terlebih utama dari kerana ia mani yang beku. Seperti anak adalah ‘alaqah dan mudhghah. Maka wajib mandi sebab keluar keduanya, jika bidan mengatakan bahawa ia adalah asal kejadian kanak-kanak, kerana ia mani yang beku. Tidak wajib mandi sebab keluar sebahagian tubuh kanak-kanak seperti keluar tangannya dan kakinya kerana yang demikian itu tidak dinamakan wiladah. 863. Bermula wiladah itu tidak mewajibkan mandi melainkan serta hendak mengerjakan umpama sembahyang sebab masuk waktunya. Maka bila seorang perempuan beranak lalu masuk waktu sembahyang dan tidak keluar darah nifasnya wajiblah atasnya mandi wiladah untuk mengerjakan sembahyang. Bersalahan jika tidak masuk waktu sembahyang atau keluar darah nifas mengiringi wiladahnya maka tidaklah wajib atasnya mandi. 864. Kelimanya : janabah, dengan ijmak, kerana firman Allah taala “ ﺟ ُﻨﺒًﺎ ُ ن ُآ ْﻨ ُﺘ ْﻢ ْ َوِإ ”ﻓَﺎﻃﱠﻬﱠﺮُواartinya: dan jika kamu berjunub maka bersucilah kamu daripada janabah itu. Bermula, makna janabah itu pada bahasa : jauh, dan maknanya pada syarak : suatu pekerjaan maknawi yang berdiri pada sekelian badan yang menegah sah umpama sembahyang sekira-kira tidak ada yang mengharuskan. 865. Maka janabah itu terhasil bagi orang yang hidup yang berbuat atau yang diperbuat dengan sebab masuk hasyafah189 zakar orang yang wadhih190 yang berhubung atau yang bercerai, atau masuk kadar hasyafah daripada orang yang terpotong hasyafahnya atau yang dijadikan dengan tidak berhasyafah, kedalam faraj perempuan yang wadhih kubul atau dubur atau faraj mayat atau faraj binatang, sekalipun ikan lagi tidak diingini lagi tidak inzal191 lagi tidak intisyar192 zakar lagi tidak ada kasad dan tidak ada pilihan lagi dengan berlapik yang tebal. Kerana sabda nabi sawm “ل ْ ن َﻟ ْﻢ ُﻳ ْﻨ ِﺰ ْ ﻞ َوِإ ُﺴ ْ ﺐ ا ْﻟ ُﻐ َ ﺟ َ ن َﻓ َﻘ ْﺪ َو ِ ﺨﺘَﺎﻧَﺎ ِ ” ِإذَا ا ْﻟ َﺘﻘَﻰ ا ْﻟartinya: apabila 187
. .ﻋﺩﻡ ﺍﻟﺤﻴﺎﺓ ﻋﻤﺎ ﻤﻥ ﺸﺄﻨﻪ ﺍﻟﺤﻴﺎﺓ . iaitu kelahiran anak dan junub. 189 . iaitu kepala zakar. 190 . jelas jantinanya, iaitu bukannya dari khunsa musykil. 191 . iaitu keluar mani. 192 . iaitu tegang. 188
bertemu dua khatan maka sungguhnya wajiblah mandi, sekalipun tidak inzal. Meriwayatkannya Muslim. Maka yang dikehendaki daripada bertemu dua khatan itu adalah berbetulan193 keduanya bukan bersentuh, kerana khatan perempuan itu diatas tempat masuk zakar, maka tidak berbetulan dua khatan melainkan dengan menghaibkan sekelian hasyafah kedalam faraj, tidak setengahnya. 866. Maka tidak hasil janabah dengan memasukkan sebahagian hasyafah, sekalipun serta yang terbanyak daripada zakar, seperti dibelah dua zakarnya maka dimasukkanya sekelian yang sebelah, tetapi jika dimasukkannya pula sebelah yang tinggal selepas daripada memasukkan yang pertama itu sekalipun pada faraj yang lain terhasillah janabah baginya. Demikian lagi tidak terhasil janabah dengan memasukkan kadar hasyafah serta ujud hasyafahnya, seperti dilipatnya zakarnya maka dimasukkannya setengah sekadar hasyafahnya. 867. Bermula, yang dikehendaki dengan kadar hasyafah pada orang yang terpotong hasyafahnya adalah kadar hasyafah dirinya jua sekalipun panjang hasyafahnya lebih daripada adat. Yang dikehendaki dengannya pada orang yang dijadikan dengan tidak ada hasyafah adalah kadar hasyafah yang sederhana bagi kebanyakkan seumpama zakar itu. 868. Demikian lagi pada zakar binatang, maka dikirakan kadar yang nisbahnya kepada zakarnya seperti nisbah hasyafah yang sederhana bagi zakar manusia yang sederhana kepada zakarnya. Tidak dikira memakai ukuran pada zakar binatang, kerana jika dikira memakai ukurannya nescaya lazim atasnya ketiadaan wajib mandi dengan masuk sekelian zakar binatang yang tidak menyamai zakar manusia yang sederhana, yang mana ianya amat jauh. 869. Syahadan. Keluar dengan kata “yang hidup” orang yang mati. Maka tidak hasil bagi mayat janabah dan tidak diulangi mandinya apabila dimasukkan hasyafah kedalam kubulnya atau duburnya atau dimasukkan zakarnya kedalam faraj orang lain, kerana gugur taklifnya sebab mati, maka ia seperti binatang jua. Wajib memandikan mayat sebab matinya hanyalah kerana mensucikan dan memuliakannya. 870. Tidak wajib had sebab menyetubuhi mayat perempuan dan tidak majib mahar sepertimana tidak wajib diat sebab memotong tangannya, tetapi binasa ibadat dengannya dan wajib dengannya kifarat puasa dan haji. Sepertimana ditambatkan wajib mandi dengan memasukkan hasyafah ditambatkan pula dengannya wajib had dan wajib mahar dan iddah dan terhasil tahallul194 dan haram rabibah195 dan yang lain daripada itu daripada segala hukum yang tinggal. 871. Keluar dengan kata “yang wadhih” itu oleh khunsa musykil maka tidak wajib atasnya mandi dengan sebab memasukkan hasyafahnya kedalam kubul atau dubur seorang atau sebab dimasukkan hasyafah orang lain pada kubulnya kerana diihtimalkan lebihnya, melainkan apabila keduanya berhimpun seperti bahawa seorang lelaki memasukkan hasyafahnya kedalam farajnya dan dia memasukkan hasyafahnya kedalam faraj seorang perempuan atau kedalam dubur seorang lelaki. Maka terhasil janabah khunsa musykil itu dengan yakin kerana dia menjimak orang lagi dijimak orang. 872. Bermula, zakar yang lebih jika batal wudhuk dengan sebab menyentuhnya196 wajiblah mandi sebab memasukkan hasyafahnya, jika tidak seperti demikian itu maka tidak wajib mandi. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 193
. setentang. . iaitu menghalalkan suami mengahwini bekas isterinya yang ditalak tiga. 195 . anak perempuan isterinya, iaitu anak tirinya yang perempuan. 196 . iaitu jika boleh dibezakan dan sama kuat berfungsi dengan yang asal. Dua yang asal sama hukumnya. 194
873. Masaalah : kalau seorang lelaki masuk dengan sekelian tubuhnya kedalam faraj perempuan adakah wajib atasnya mandi kerana terbenar atasnya bahawa dia memasukkan zakarnya kedalam faraj, atau tidak wajib atasnya mandi kerana tidak ada memasukkan zakarnya sendirinya, hanya masuk zakarnya itu kerana mengikut tubuhnya jua. Kata syeikh Ali Syubramalisi : bahawa pada yang demikian itu ada tilikan, tetapi yang zahir adalah yang pertama jua, iaitu wajib atasnya mandi kerana ‘illatnya yang tersebut itu. 874. Masaalah. Kalau seorang memasukkan zakarnya kedalam zakar seorang lain, adakah wajib mandi atas keduanya? kata Syihab ar Ramli : wajib atas keduanya mandi kerana terbenar atas perbuatan itu bahawa masuk zakar pada faraj, maka ia mewajibkan mandi atas keduanya. 875. Hasil pula janabah bagi lelaki dan perempuan dengan keluar mani dirinya permulaan kali, samaada keluarnya itu didalam jaga sebab pandang atau fikir atau lainnya atau didalam tidur sebab mimpi, dan samaada ia keluar dari jalan keluarnya yang biasa iaitu kubul sekalipun dari dari dua kubu khunsa musykil atau keluar dari jalan keluar yang lainnya seperti dubur atau lubang yang terbuka dibawah sulbi lelaki197 atau dibawah taraif perempuan tetapi dengan syarat tertutup jalannya yang biasa dan lagi adalah mani itu mustahkam198 seperti keluarnya dengan tidak kerana sakit. 876. Adapun jika tertutup jalannya yang biasa atau mani yang keluar itu tidak mustahkam seperti ia keluar kerana sakit maka tidaklah terhasil janabah baginya. Tetapi jika ada jalan keluar mani itu dari asal kejadiannya seperti dijadikan dia dengan tertutup kubulnya nescaya terhasillah janabah baginya dengan sebab keluar maninya daripada yang terbuka itu sekalipun mani itu tidak mustahkam seperti ia keluar kerana sakit. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 877. Syahadan. Keluar dengan kata “mani dirinya” itu oleh mani orang lain, seperti mani yang keluar dari kubul kanak-kanak perempuan atau kubul perempuan yang digagahi atau yang tidur199 kemudian daripada mandinya, maka tidaklah terhasil janabah baginya dengan sebab keluar mani itu kerana bukan maninya. Maka tidak wajib atasnya mengulang mandi. 878. Keluar dengan kata “permulaan kali” oleh yang keluar kali kedua seperti seorang perempuan memasukkan maninya yang telah keluar kedalam farajnya kemudian maka ia keluar pula, tidaklah terhasil janabah baginya dengan keluarnya yang kedua itu, sekalipun ia adalah mani dirinya. 879. Bermula, kalau keluar mani lelaki dari kubul perempuan selepas dia mandi, maka ditilik : jika jika perempuan itu sampai kepada syahwatnya dengan jimak itu seperti adalah dia baligh lagi dengan pilihan hatinya lagi didalam jaganya nescaya hasillah baginya janabah, sekalipun tidak diyakinkan keluar maninya didalam jimak itu kerana ghalib diatas sangkaan bercampur maninya dengan mani lelaki yang keluar itu maka dijadikan sangka disini pada tempat yakin. 880. Bermula, barangsiapa berasa nak inzal maninya maka dipegangnya zakarnya dan ia tidak keluar tidaklah wajib mandi atasnya. 881. Dikehendaki dengan keluar mani pada lelaki dan perempuan yang dara adalah sampai keluarnya kepada zahir hasyafah dan zahir faraj, dan pada perempuan yang janda sampai keluarnya kepada tempat yang wajib membasuhnya pada mandi junub.
197
. Sulbi iaitu tulang belakang. Taraif iaitu sekelian tulang dada . ia pada bahasa : dikira kukuh. Wallahu a’lam. 199 . iaitu ketiga mereka itu disetubuhi. 198
882. Bermula, dalil wajib mandi sebab keluar mani itu sabda nabi sawm tatkala datang kepadanya Ummu Sulaim maka berdatang sembah dia kepada rasulullah dengan katanya: wahai rasulullah bahawa Allah taala tidak malu daripada yang sebenar, adakah wajib atas perempuan mandi apabila dia mimpi? Maka sabdanya : “ت ا ْﻟﻤَﺎ ِء ِ ” َﻧ َﻌ ْﻢ ِإذَا َرَأ, artinya : bahkan apabila dia melihat mani. Iaitu wajib atasnya mandi apabila inzal maninya dengan mimpi itu. 883. Syahadan. Dikenal mani lelaki dan mani perempuan dengan salah satu daripada tiga perkara. Pertamanya: dengan terpancar keluarnya, sekalipun tidak dirasakan lazat dan tidak ada bau baginya kerana firman Allah taala “ ﻦ ﻣَﺎ ٍء ْ ﻖ ِﻣ َ ﺧِﻠ ُ ﻖ ٍ ”دَا ِﻓ, artinya dijadikan dia dari mani yang terpancar keluarnya. Keduanya : dengan rasa lazat tatkala keluarnya, sekalipun tidak terpancar kerana sedikitnya. Lazim daripada merasa lazat itu oleh lemah zakarnya dan pecah syahwatnya selepasnya pada ghalibnya. Ketiganya: dengan bau tatkala basahnya seperti tepung gandum yang diuli atau seperti bau mayang khurma dan tatkala keringnya seperti bau putih telur, sekalipun tidak terpancar dan tidak dirasai lazat tatkala keluarnya, seperti keluar daripadanya mani yang tertinggal kemudian daripada mandinya. 884. Maka jika diperoleh pada yang keluar daripada seorang lelaki atau perempuan salah satu daripada yang tiga ini wajiblah mandi diatasnya kerana ternyata keadaannya mani, sekalipun ia seperti warna darah atau tidak putih atau tidak likat pada hak lelaki dan tidak kuning dan cair pada hak perempuan. Jika tidak diperoleh padanya satu daripada tiga perkara ini tidaklah wajib atasnya mandi kerana ternyata keadaannya bukan mani, sekalipun ianya putih lagi likat pada hak lelaki atau kuning lagi cair pada hak perempuan, dari kerana keadaan mani lelaki putih lagi likat dan mani perempuan kuning lagi cair pada ghalibnya jua. Terkadang ia menyalahi demikian itu. 885. Masaalah: kalau seorang syak pada suatu yang keluar : dakah ia mani atau wadi, seperti orang yang jaga dari tidurnya maka dia mendapati air yang keluar darinya bewarna putih lagi likat haruslah dia memilih antara keadaannya mani atau wadi. Maka lazim atasnya sekelian hukum apa yang dipilihnya. Maka jika dipilihnya keadaan yang keluar itu mani jadilah dia berjunub dan berjalanlah diatasnya sekelian hukum orang yang junub. Maka haram diatasnya berhenti didalam masjid dan membaca Quran dan barang sebagainya daripada apa yang haram diatas orang yang berjunub, dan wajib atasnya mandi. Jika dia memilih keadaan yang keluar itu wadi wajiblah atasnya mengambil wudhuk dan membasuh kubulnya dan membasuh apa yang terkena wadi itu daripada kainnya atau badannya. 886. Syahadan. Kalau dia telah memilih satu daripada keduanya haruslah dia rujuk dari apa yang telah dipilihnya itu kepada memilih yang lain. Maka hendaklah diamalkannya kehendak pilihannya yang kedua, yang telah lalu dan yang akan datang. Inilah yang lebih cermat. Muhtamal pula bahawa tidak dia amalkan kehendak pilihannya yang kedua melainkan pada yang lagi akan datang jua. Inilah hasil yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 887. Adapun yang disebutkan syeikh Ramli didalam Nihayah pada keadaan kalau dia memilih keadaan yangkeluar itu mani maka iaitu tidak haram atasnya dahulu daripada mandi apa yang haram atas orang yang junub kerana syak pada terhasil janabah dengan sebabnya. 888. Kata syeikh Ibnu Qasim: kias yang tersebut itu kalau dia memilih keadaan yang keluar itu wadi, tidak ia menajiskan apa yang telah terkena dengannya. Maka tidak wajib membasuhnya kerana syak pada keadaannya menajiskan. Muhtamal pula berbeza ia dengan yang tersebut itu. Intaha.
889. Masaalah : kalau seorang melihat mani pada kainnya yang tidak ada orang lain memakainya atau dia melihatnya pada hamparannya yang tidak tidur orang lain diatasnya wajiblah dia mandi kerana terhasil janabah dengannya, dan wajib pula dia mengulang tiap-tiap sembahyang yang diyakinkan keadaannya kemudian daripada keluar mani itu, samaada mani yang dilihatnya itu pada batin kainnya atau pada zahirnya. Inilah yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Bafadhal. 890. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : tempat yang demikian itu jika dilihatnya mani itu pada batin kainnya jua. Adapun jika dilihatnya pada zahirnya maka tidaklah wajib atasnya mandi kerana diihtimalkan keadaan mani itu daripada orang lain. Intaha. 891. Demikian lagi wajib mandi dan mengulangi sembahyang jika dia melihat mani pada hamparannya yang dia tidur padanya serta orang lain jika tidak terboleh keadaan mani itu keluar dari orang lain itu, seperti keadaannya kanakkanak yang kurang umurnya daripada sembilan tahun atau adalah dia mamsuh200. Adapun jika orang yang tidur sertanya itu terboleh keadaan mani itu keluar darinya seperti adalah ia berumur sembilan tahun atau lebih dan dia tidak mamsuh maka tidaklah wajib mandi dan mengulangi sembahyang atasnya kedua mereka, sekalipun seorang dari mereka berjunub dengan yakin. Jika kedua mereka tidak mandi maka tidak harus mereka ikut mengikut pada sembahyang kerana diihtimalkan bahawa yang diikut itulah yang junub. 892. Syahadan. Diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa yang mewajibkan mandi itu tersimpan pada lima perkara itu jua tidak lebih daripadanya. Adapun jikalau kena najis seluruh tubuh maka tidaklah ia mewajibkan mandi hanya adalah ia mewajibkan menghilangkan najis itu jua, sekalipun dengan menyiatkan kulitnya. 893. Masaalah. Jika kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan berjimak wajib atas wali keduanya menyuruh keduanya mandi. 894. Bermula, haram atas orang yang junub dengan sebab janabah apa yang haram dengan sebab hadath kecil. Sungguhnya telah lalu bicara diatasnya, dan haram pula diatas orang yang junub yang Islam lagi baligh berhenti didalam masjid atau serambinya atau hawanya atau dindingnya atau anjungnya. Terhasil lama berhenti yang diharamkan itu dengan kadar sekurang-kurang tama’ninah. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 895. Demikian lagi haram atasnya berjalan berulang alik didalam masjid atau satu daripada yang tersebut itu, seperti dia masuk kedalam masjid kerana hajat mengambil suatu didalamnya kemudian maka dia keluar pada pintu tempat dia masuk, kerana ianya serupa dengan berhenti. Bersalahan kalau dia masuk kedalam masjid pada hal dia hendak keluar dari pintu yang lain kemudian mendatang kepadanya kasad kembali kepada pintu tempat masuknya, haruslah baginya kembali kepadanya. Jikalau seorang masuk kedalam masjid diatas kasad bahawa ia manakala sampai kepada pintu yang lain kembalilah dia kepada pintu tempat dia masuk tidaklah harus baginya yang demikian itu kerana ia menyerupai berulang-ulang. 896. Tetapi tidak haram lalu didalam masjid seperti dia masuk kedalamnya pada suatu pintu dan keluar dari pintu yang lain, sekalipun dia berjalan dengan perlahan-lahan diatas adatnya, kerana tidak diberati berjalan dengan cepat. Tetapi hukum lalu didalam masjid dengan tidak ada satu tujuan itu khilaf aula, bukan makruh. Inilah hukum pada orang yang junub.
200
. yang dibuangkan zakar dan pelirnya.
897. Adapun perempuan yang berhaid atau nifas maka jika dia tidak takut menitik darahnya didalam masjid maka makruhlah baginya lalu didalamnya, dan jika dia takutkannya haramlah atasnya lalu dengan berjalan jua. 898. Bermula, lalu dengan berenang disungai yang didalam masjid seperti lalu dengan berjalan jua. 899. Bermula, dalil atas yang demikian itu firman Allah taala “ﻞ ٍ ﺳ ِﺒ ْﻴ َ ﻻ ﻋَﺎ ِﺑﺮِي ﺟ ُﻨﺒًﺎ ِإ ﱠ ُ ﻻ َ ” َو artinya: dan tidak yang berjunub melainkan orang yang melintas jalan, dan sabda nabi sawm “ﺐ ٍ ﺠ ُﻨ ُ ﻻ ِﻟ َ ﺾ َو ٍ ﺠ ُﺪ ِﻟﺤَﺎ ِﺋ ِﺴ ْ ﺣﻞﱠ ا ْﻟ َﻤ ِ ﻻ ُأ َ ”, artinya : tidak aku halalkan masjid bagi yang berhaid dan tidak bagi yang berjunub. 900. Jikalau seorang yang junub lalu didalam masjid dengan niat berhenti didalamnya tidaklah haram dia lalu, kerana yang haram itu hanyalah kerana kasad yang maksiat jua, bukan kerana lalu. Kalau seorang berjunub mengenderai binatang maka dia lalu didalam masjid tidaklah dia dikira berhenti kerana perjalanan binatang yang menanggungnya itu dibangsakan kepadanya sama seperti berkenderaan pada tawaf. 901. Adapun jika orang yang junub itu kafir maka tidaklah haram diatasnya berhenti didalam masjid dengan syarat diizinkan oleh orang Islam yang mukallaf atau diperoleh barang yang berdiri pada tempat izinnya* dan menyeru hajatnya kepada masuknya kedalam masjid itu, kerana bahawasanya ia tidak mengiktikadkan haramnya. Jika tidak seperti demikian itu maka tidak harus baginya masuk kedalam masjid, sekalipun dia tidak berjunub. 902. Adapun perempuan yang kafir jika dia berhaid atau bernifas dan tidak dia bimbang menitik darahnya maka tidak ditegah dia dari masuk dan berhenti didalam masjid dengan syarat jika ada baginya hajat syari’e pada masuknya itu. Jika tidak ada baginya hajat syari’e maka ditegahlah dia daripadanya. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah. Adapun yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah maka bahawasanya ditegah perempuan kafir yang berhaid dan yang bernifas itu daripada berhenti didalam masjid dengan tidak ada tafsil yang tersebut itu kerana besar hadath keduanya. 903. Adapun kanak-kanak yang junub maka harus baginya berhenti didalam masjid, tidak membaca Quran. 904. Bermula, tempat haram berhenti dan berulang alik didalam masjid itu jika tidak ada baginya uzur dan lagi selain daripada nabi kita sawm. Adapun jika ada baginya uzur seperti mimpi didalam masjid dan sukar atasnya keluar daripadanya sebab terkunci pintu masjid atau takut binasa hartanya atau barang sebagainya kerana keluarnya maka haruslah baginya berhenti kerana dharutrat, dan wajib atasnya tayammum. Tetapi haram tayammum dengan tanah masjid iaitu yang masuk didalam yang diwakafkan. Adapun nabi kita mMuhammad sawm maka tidak haram atasnya berhenti didalam masjid pada keadaan dia berjunub, maka ia adalah sebahagian daripada khususiahnya. 905. Masaalah : kalau orang yang junub tidak mendapat air melainkan didalam masjid dan ada besertanya bejana201 atau pada tempat air itu hendaklah dia tayammum kemudian maka masuk kedalam masjid untuk mengambil air dengan bejana itu kemudian maka dia mandi diluar masjid. Jika dia tidak mempunyai bejana haruslah dia mandi didalam masjid, dan dimaafkan baginya berhenti pada masa mandinya kerana dharurat. Tetapi jika ada didalam masjid itu air didalam kolah haruslah bagi yang junub itu masuk kedalamnya supaya dia mandi didalam kolah itu dalam keadaan dia lalu dengan tidak berhenti. 906. Masaalah: kalau seorang lelaki lalu didalam masjid bersama isterinya dalam keadaan dia menjimaknya sambil berjalan haramlah atasnya yang 201
. teks asal “ada sertanya bejana akan tempat air”.
demikian itu, sekalipun diharuskan bagi orang yang junub lalu didalam masjid. Jikalau lelaki dan isterinya itu berhenti didalam masjid kerana uzur haramlah dia menjimaknya, sekalipun diharuskan bagi yang berjunub berhenti didalam masjid kerana uzur. Keluar dengan kata masjid oleh madrasah dan ribat dan musalla hari raya maka tidaklah haram atas yang junub berhenti dan berulang alik padanya. 907. Haram pula atas orang yang junub yang Islam membaca Quran, sekalipun dia kanak-kanak jika dilafazkannya dengan lidahnya sekira-kira didengar oleh dirinya sendiri dengan pendengar yang sederhana, jika tidak ada hingar disana, sekalipun satu huruf, dengan kasad membaca Quran semata-mata atau beserta selainnya, kerana sabda nabi sawm “ن ِ ﻦ ا ْﻟ ُﻘﺮْﺁ َ ﺷ ْﻴﺌًﺎ ِﻣ َ ﺾ ُ ﻻ ا ْﻟﺤَﺎ ِﺋ َ ﺐ َو ُ ﺠ ُﻨ ُ ﻻ َﻳ ْﻘ َﺮُأ ا ْﻟ َ ” artinya: janganlah membaca sesuatu daripada Quran oleh orang yang junub dan perempuan yang haid. Tetapi wajib atas orang yang junub yang ketiadaan air dan tanah membaca fatihah didalam sembahyang kerana terhenti sah sembahyangnya diatas membaca fatihah. Maka dari kerana inilah tidak harus baginya membaca surah yang lain daripada fatihah. 908. Adapun jika dibacanya Quran itu dengan hatinya jua atau dengan lidahnya tetapi tidak didengari oleh dirinya seperti demikian itu202 maka tidaklah haram dan tidak makruh. Tetapi jika orang yang junub itu kelu maka haram atasnya membaca Quran dengan isyarat dan menggerakkan dua bibirnya. 909. Syahadan. Halal bagi orang yang junub membaca segala zikir Quran dengan tidak mengkasadkan Quran seperti dibacanya tatkala hendak makan “ ﺴ ِﻢ ْ ِﺑ ﷲ ِ ”اdan tatkala selesai daripadanya atau tatkala bersin “ ﺤ ْﻤ ُﺪ ِﻟﱠﻠ ِﻪ َ ” ا ْﻟdan tatkala hendak mengenderai kenderaan “ ﺨ َﺮ َﻟﻨَﺎ َهﺬَا ﺳﱠ َ ن اﱠﻟﺬِى َ ﺳ ْﺒﺤَﺎ ُ ” dan tatkala kedatangan musibah “ ن َ ﺟ ُﻌ ْﻮ ِ ” ِإﻧﱠﺎ ِﻟﱠﻠ ِﻪ َوِإﻧﱠﺎ ِإَﻟ ْﻴ ِﻪ رَاdan seperti zikir Quran segala pengajaran dan hukumnya dan kisahnya apabila dibaca dengan tidak kasad Quran, kerana ia tidak mencederakan ta’zim, darikerana Quran hanyalah ianya Quran dengan kasad jua. 910. Adapun jika tidak dikasadnya sebagai Quran seperti dikasadnya sebagai zikir atau pengajaran atau hukumnya atau kisahnya dengan sendirinya atau tidak dia kasadkan sesuatu tidaklah haram ia diatasnya. Tidak ada beza pada yang demikian itu diantara apa yang tidak diperoleh nazamnya melainkan didalam Quran seperti ayat Kursi dan surah Ikhlas dan diantara apa yang diperoleh nazamnya didalam Quran dan selainnya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib dan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Tuhfah dan Nihayah. 911. Adapun jika yang berjunub itu kafir maka tidak ditegah dia dari membaca Quran kerana dia tidak mengiktikadkan haramnya. Tetapi jika dia berhaid atau bernifas maka ditegah dia darinya kerana besar hadathnya. 912. Bermula, tidak harus mengajarkan Quran kepada kafir yang mu’anid203 dan ditegah dia dari mempelajarinya. Adapun kafir yang tidak mu’anid maka ditilik, jika diharapkan Islamnya maka haruslah mengajarnya dan jika tidak diharapkan Islamnya tidak harus mengajarnya. 913. Ditegah kafir dari menyentuh Quran hanyalah kerana haram menyentuhnya itu lebih kuat dengan dalil haram menanggungnya serta hadath dan haram menyentuhnya dengan najis. Bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membacanya serta hadath dan harus membaca dengan mulut yang kena najis. 914. Kalau seorang yang junub bertayammum kerana mengharuskan bacaan Quran atau berhenti didalam masjid kemudian maka dia berhadath haruslah 202 203
. iaitu dengan pendengaran sederhana dan tidak ada hingar disana. . degil – melawan sebenar iaitu tahukan kebenaran tetapi tidak mengakuinya.
baginya berhenti didalam masjid dan membaca Quran kerana kekal tayammumnya dengan nisbah kepada keduanya. Demikianlah tersebut didalam Tuhfah. Syahadan. 915. Keluar dengan kata Quran itu oleh Taurat dan Injil dan Hadith Qudsi dan apa yang dinasakhkan bacaannya. Maka tidak haram atas orang yang berjunub membacanya. 916. Fasal pada menyatakan rukun mandi, dan dikatakan pula fardhu mandi dan wajib mandi. Bermula rukun mandi yang lain daripada mandi mayat itu dua perkara. 917. Pertamanya : niat, seperti diniatkannya dengan hatinya salah satu daripada yang lagi akan datang. Sunat melafazkannya dengan lidahnya seperti dikatanya “ ﺠﻨَﺎ َﺑ ِﺔ َ ﺖ َر ْﻓ َﻊ ا ْﻟ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mengangkatkan janabah, jika dia berjunub, atau “ﺾ ِ ﺤ ْﻴ َ ﺖ َر ْﻓ َﻊ ا ْﻟ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mengangkatkan haid , jika dia berhaid, atau “ س ِ ﺖ َر ْﻓ َﻊ اﻟ ﱢﻨﻔَﺎ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya: sahaja aku mengangkatkan nifas, jika dia bernifas. Iaitu mengangkatkan hukum janabah atau hukum haid atau hukum nifas, seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 918. Atau dia meniatkan pengharusan yang umum yang mengandungi tiap-tiap suatu yang perlu kepada mandi seperti sembahyang dan tawaf dan membaca Quran dan berhenti didalam masjid dan mentamkinkan halil204 dan barang sebagainya, seperti dikatanya “ﻞ ِﺴ ْ ﻲ ٍء ُﻣ ْﻔ َﺘ ِﻘ ٍﺮ ِإﻟَﻰ ا ْﻟ َﻐ ْ ﺷ َ ﺣ َﺔ َ ﺳ ِﺘﺒَﺎ ْﺖا ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳ, artinya : sahaja aku mengharuskan apa yang berkehendak kepada mandi. 919. Atau dia niatkan pengharusan yang khas, daripada apa yang perlu kepada mandi, seperti katanya “ﻼ ِة َﺼ ﺣ َﺔ اﻟ ﱠ َ ﺳ ِﺘﺒَﺎ ْﺖا ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya: sahaja aku205 mengharuskan sembahyang, atau diniatkan dengan katanya “ﻞ ِﺴ ْ ض ا ْﻟ َﻐ ِ ﺖ َأدَا َء َﻓ ْﺮ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku menunaikan fardhu mandi, atau “ﻞ ِﺴ ْ ﺖ َأدَا َء ا ْﻟ َﻐ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku menunaikan mandi, atau “ﻞ ِﺴ ْ ض ا ْﻟ َﻐ َ ﺖ َﻓ ْﺮ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mengerjakan fardhu mandi, atau “ ﻞ ِﺴ ْ ﺐ ا ْﻟ َﻐ َ ﺟ ِ ﺖ وَا ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku wajib mandi, atau “ ﻞ َﺴ ْ ﺖ ا ْﻟ َﻐ ُ َﻧ َﻮ ْﻳ ض َ ”ا ْﻟ َﻤ ْﻔ ُﺮ ْوartinya : sahaja aku mandi fardhu, atau “ﺐ َ ﺟ ِ ﻞ ا ْﻟﻮَا َﺴ ْ ﺖ ا ْﻟ َﻐ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mandi wajib, atau “ ﻼ ِة َﺼ ﻞ ﻟِﻠ ﱠ َﺴ ْ ﺖ ا ْﻟ َﻐ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mandi kerana sembahyang atau “ﻼ ِة َﺼ ﻄﻬَﺎرﺿ َﺔ ﻟِﻠ ﱠ ﺖ اﻟ ﱠ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku bersuci untuk sembahyang, atau “ ﺟ َﺒ َﺔ ِ ﻄﻬَﺎ َر َة ا ْﻟﻮَا ﺖ اﻟ ﱠ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku bersuci yang wajib, atau “ ث ِ ﺤ َﺪ َ ﺖ َر ْﻓ َﻊ ا ْﻟ ُ “ َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mengangkatkan hadath sekalipun dengan itlak206 kerana mengangkat yang mutlak itu melazimkan mengangkat yang muqayyad kerana mengangkatkan mahiah207 melazimkan tiap-tiap satu daripada segala suku-sukunya, atau “ث ِ ﺤ َﺪ َ ﻦ ا ْﻟ ِﻋ َ ﻄﻬَﺎ َر َة ﺖ اﻟ ﱠ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku bersuci dari hadath, atau “ﻷ ْآ َﺒ ِﺮ َثا ِ ﺤ َﺪ َ ﺖ َر ْﻓ َﻊ ا ْﻟ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mengangkatkan hadath besar, atau “ن ِ ﺠ ِﻤ ْﻴ ِﻊ ا ْﻟ َﺒ َﺪ َ ﻦ ا ْﻟ ِﻋ َ ث ِ ﺤ َﺪ َ ﺖ َر ْﻓ َﻊ ا ْﻟ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mengangkatkan hadath daripada sekelian badan. Maka salah satu daripada niat-niat yang tersebut itu memadai, sekalipun dengan bahasa yang lain daripada bahasa arab. Tetapi yang muqayyad seperti dua yang terkemudian itu terafdhal daripada yang mutlak. Inilah sekeliannya pada orang yang salim208. 920. Adapun orang yang sentiasa berhadath seperti yang salisil baul209 dan yang mustahadhah maka tidak memada pada mandinya niat mengangkatkan hadath atau bersuci daripada hadath, hanya hendaklah dia berniat 204
. menyerahkan tubuh kepada orang yang halal baginya iaitu suami dan penghulu. . Faedah: makna “sahaja aku” adalah “aku sengajakan” iaitu “aku maksudkan” atau “aku bermaksud”, terjemahan daripada ‘niat” iaitu kasad – maksud. 206 . mutlak – tidak dikaitkan, muqayyad yang dikaitkan. 207 . hakikat. 208 . sejahtera, normal. 209 . bertali-talian kencing, kencing tak tos. 205
mengharuskan sembahyang, artinya mengharuskan sembahyang atau barang sebagainya daripada tiap-tiap apa yang berkehendak kepada mandi. 921. Bermula, tidak memada “ﻞ َﺴ ْ ﺖ ا ْﻟ ُﻐ ُ ” َﻧ َﻮ ْﻳartinya : sahaja aku mandi, dan “ ﺖ ُ َﻧ َﻮ ْﻳ ﻄﻬَﺎ َر َة ”اﻟ ﱠartinya : sahaja aku bersuci, kerana mandi atau bersuci itu terkadang adalah ianya adat. Bersalahan dengan wudhuk seperti yang terdahulu bicara diatasya pada tempatnya. 922. Syahadan. Jikalau ada atas seorang perempuan janabah dan haid umpamanya maka diniatkannya pada mandinya mengangkatkan janabah saja atau mengangkatkan haid saja memadailah niatnya itu. Maka terangkatlah sekelian hadath yang ada padanya kerana masuk haid pada janabah pada rupa masaalah yang pertama dan masuk janabah pada haid pada rupa masaalah yang kedua. 923. Jika ada padanya haid saja tidak janabah maka diniatkannya pada mandinya mengangkatkan janabah haid yang tidak ada padanya, atau padanya janabah jimak tidak janabah mimpi maka diniatkannya mengangkatkan janabah mimpi yang tidak ada padanya, atau padanya janabah mimpi tidak janabah jimak maka diniatkanya mengangkatkan janabah jimak yang tidak ada padanya, maka ditilik pada sekelian empat masaalah ini; jika yang demikian itu dengan tidak disengajakannya hanya kerana tersalah jua maka ia memadainya maka terangkatlah hadath yang ada padanya, dan jika ia dengan disengajakannya maka ia tidak memadainya. 924. Tetapi jika ada pada perempuan itu haid saja tidak nifas atau nifas saja tidak haid maka diniatkannya pada mandinya mengangkatkan yang tidak padanya itu maka ia memadainya, sekalipun dengan disengajakannya kerana nifas adalah sebahagian daripada nama-nama haid dan pula nifas adalah darah haid yang berhimpun maka disebutkanlah nifas itu atas haid. 925. Jikalau seorang yang berjunub berniat pada mandinya mengangkatkan hadath kecil dengan disengajanya tidaklah sah niatnya itu. Tetapi jika yang demikian itu dengan tak disengajakannya hanya kerana tersalah jua sahlah ia, tetapi tidak terangkat janabah daripada anggotanya yang lain daripada anggota wudhuknya dari kerana niat itu tidak mencapainya, dan tidak pula terangkat janabah dari kepalanya dari kerana yang wajib pada kepala itu adalah basuh sedang yang diniatkan padanya hanya sapu jua kerana ia adalah yang wajib pada wudhuk dan basuh yang mengantikan sapu itu tidak berdiri pada tempat basuh. Terangkatlah janabah daripada sekelian anggota wudhuk yang lain daripada kepala dan terangkatlah hadath kecil daripada sekelian anggota wudhuknya. 926. Bermula, wajib menyertakan niat mandi dengan mula-mula yang dibasuh daripada badan, samaada ianya kepala atau kaki atau selainnya, kerana tidak ada tertib pada mandi, supaya dikira sekelian basuhannya tidak perlu kepada mengulangi sebahagiannya, dari kerana jika tidak dipesertakan niat dengan mulamula yang dibasuh seperti dia berniat kemudian daripada membasuh satu juzuk daripada badannya nescaya tidaklah dikira basuhan yang terdahulu daripada niat itu, maka wajib ulang membasuhnya seperti apa yang telah terdahulu yang sebandingnya pada wudhuk. 927. Yang kedua daripada rukun-rukun mandi itu : menyampaikan air dan mengalirkannya kepada sekelian bulu badan dan kulit tempat tumbuh rambut dan tempat tumbuh bulu, sekalipun rambut dan bulu itu tebal, melainkan bulu yang tumbuh pada biji mata dan yang tumbuh didalam lubang hidung, maka tidaklah wajib membasuhnya. 928. Wajib menguraikan pintalan rambut yang dipintal jika tidak sampai air kepada batinnya melainkan dengan diuraikan. Melainkan rambut yang tersimpul
dengan sendiri, maka tidak wajib membasuh batinnya hanya wajib membasuh zahirnya jua. 929. Wajib menyampaikan air kepada apa yang zahir daripada lubang telinga dan apa yang zahir daripada lubang hidung dan apa yang zahir daripada tempat potongan hidung yang terpotong, dan apa yang zahir daripada faraj perempuan dara atau janda tatkala dia duduk kadha hajat dan apa yang zahir daripada segala pecah-pecah kulit badan dan kepada apa yang dibawah kulup zakar seorang yang berkulup dan kepada sekelian tempat perlipatan kulit badan, dari kerana hadath besar melengkapi sekelian yang tersebut itu, maka wajib menyampaikan air dan meratakannya kepada sekeliannya, hinggakan jikalau tidak sampai air kepada satu juzuk daripada yang tersebut itu tidaklah terangkat hadatnya daripada juzuk itu. 930. Syahadan. Tidak wajib pada mandi itu berkumur-kumur dan memasukkan air kehidung, sekalipun terbuka batin mulut dan batin hidung dengan sebab terpotong yang menutupi keduanya. Demikian lagi tidak wajib membasuh biji mata sekalipun jadi terbuka ia sebab terpotong sekelian kelopak mata. 931. Fasal pada menyatakan sunat-sunat mandi. Bermula, sunat mandi itu amat banyak. Sebahagian daripadanya mengadap kiblat dan mengucap “ﷲ ِ ﺴ ِﻢ ا ْ ” ِﺑ dengan disertakan ia dengan niat. Sebahagian daripadanya pula berkumur-kumur dan memasukkan air kehidung seperti perintah pada wudhuk. Tetapi sunat bagi barang siapa yang mandi dengan umpama kendi bahawa dia menyertakan niat mandinya dengan membasuh tempat yang disahajakan210 kemudian daripada selesai istinjaknya kerana terkadang lupa dia menyampaikan air kepada tempat itu maka tidaklah sah mandinya atau dia tidak lupa maka dia perlu kepada menyentuhnya dengan tangan tatkala membasuhnya maka batal wudhuknya jika disentuhnya dengan tidak berlapik. 932. Sebahagian daripadanya menghilangkan cemar-cemar yang suci seperti mani dan hingus atau yang najis seperti mazi dan wadi atau barang sebagainya jika ada ia pada badannya, sekalipun memada dengan sekali basuh daripada hadath dan najis sekalipun. 933. Sebahagian daripadanya mengambil wudhuk dengan sempurna selepas hilang sekelian cemar yang tersebut itu. Terhasil sunat mandi dengan mendulukan sekelian wudhuk daripada mandi atau mendulukan sebahagiannya dan mentakhirkan sebahagiannya daripadanya dan menjadikan sekeliannya dipertengahan mandi. Tetapi mandulukan sekeliannya daripada mandi itu lebih afdhal. Kemudian maka jika sunyi janabahnya daripada hadath kecil maka hendaklah diniatkannya wudhuk itu sebagai sunat mandi dan jika tidak sunyi ia daripadanya maka diniatkannya mengangkatkan hadath kecil atau barang sebagainya daripada segala niat yang memada pada wudhuk, supaya dia keluar daripada khilaf orang yang mewajibkannya yang mengatakan tidak masuk hadath kecil pada hadath besar, samaada didulukan mandi diatas wudhuk atau dikemudiankan ia daripadanya. 934. Sunat mengekalkan niat wudhuk itu hingga selesai mandinya. Maka jika dia berhadath dahulu daripada mandinya sunat baginya mengulangi wudhuknya itu. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang diiktikadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah maka bahawa tidak sunat baginya mengulangi wudhuknya. Kata syeikh Ibnu Hajar : bermula niat itu dengan kedua-dua bahagiannya adalah sunat jua, kerana memada niat mandi daripada niatnya sepertimana memada niat wudhuk daripada khusus niat berkumur-kumur.
210
. maksudnya kubul atau dubur. Walahu a’lam.
935. Syahadan. Kalau seorang meninggalkan wudhuk atau kumur-kumur atau memasukkan air kehidung maka iaitu makruh jua, dan sunar memperdapatkannya. 936. Maka kemudian daripada wudhuk itu sunat bersungguh-sungguh menyampaikan air kepada sekelian perlipatan badannya seperti perlipatan perutnya dan dua telinganya dan pohon kedua matanya dan ekor kedua matanya dan bawah mata yang mengadap hidungnya211 kerana yang demikian itu lebih menghampirkan kepada percaya sampai air kepadanya dan lebih menjauhkan daripada berlebihan mencucurkan air. 937. Kemudian maka sunat menyelati pohon rambut kepala dan bulu mukanya dan bulu sekelian badannya dengan tangannya yang basah, seperti dimasukkan sekelian jarinya yang sepuluh kedalam air kemudian dimasukkan pada pohon rambutnya dan sekelian bulu muka dan badannya. 938. Kemudian maka sunat menjirus air keatas kepalanya, kemudian maka keatas sebelah kanan tubuhnya yang pihak depan kemudian maka yang pihak belakang, kemudian keatas sebelah kirinya yang pihak depan kemudian maka yang pihak belakang kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Maka perintah yang demikian itu bersalahan dengan perintah mandi mayat sekira-kira tidak berpindah pada mandi mayat kepada pihak belakang melainkan selepas selesai daripada yang pihak hadapan kedua belahnya, kerana mudah mengerjakan perintah yang terdahulu itu bagi mandi orang yang hidup, bersalahan bagi mandi mayat, kerana lazim daripadanya berulang-ulang membalikkan mayat sebelum masuk pada membasuh sesuatu daripada yang sebelah kirinya. 939. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : kalau diperbuat pada mandi orang yang hidup apa yang ada pada perintah mandi mayat nescaya hasillah baginya asal sunat dengan nisbah yang pada pihak hadapan sebelah kanan, tidak bagi yang pihak belakang daripadanya, kerana ia terkemudian daripada yang pihak hadapan sebelah kiri, maka ianya makruh jua. 940. Bermula, tertib yang tersebut itu sekeliannya adalah yang dikehendaki oleh orang yang berkata sunat tertib pada mandi. 941. Sunat pula menggosok apa yang sampai tangannya kepadanya daripada tubuhya, supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya seperti imam Malik dan Muzni. 942. Sunat pula menigai menyelat-nyelati dan membasuh dan menggosok seperti diselat-selatinya sekelian rambut kepalanya tiga kali kemudian maka dibasuhnya tiga kali dan digosoknya tiga kali, kemudian maka diselat-selatinya sekelian bulu mukanya tiga kali kemudian dibasuhnya tiga kali dan digosoknya tiga kali, kemudian maka diselatinya sekelian bulu yang tinggal pada tubuhnya tiga kali kemudian maka dibasuhnya tiga kali dan digosoknya tiga kali. Demikianlah tertib yang disebutkan didalam Tuhfah. 943. Sunat menigai pada membasuh yang tinggal daripada badannya. Bermula kaifiat menigai basuh yang tinggal daripada badannya itu dua kaifiat. Pertamanya: bahawa dibasuhnya sebelah kanannya yang pihak hadapan sekali kemudian maka yang pihak belakang sekali, kemudian maka dibasuhnya sebelah kirinya yang pihak hadapan sekali kemudian maka yang pihak belakang sekali, kemudian maka diulanginya seperti demikian itu kali kedua dan ketiga. 944. Kaifiatnya yang kedua bahawa dibasuhnya sebelah kanannya yang pihak hadapan tiga kali kemudian maka yang pihak belakang tiga kali, kemudian maka dibasuhya sebelah kirinya yang hadapan tiga kali kemudian maka yang pihak belakang tiga kali. 211
. asalnya dan dibawah yang berhadap daripada hidungnya.
945. Jikalau seorang mandi menyelam didalam air yang mengalir maka memadai pada menigai itu lalu diatasnya tiga jaryah212 air. Jika air itu tenang maka hasil menigai itu dengan mengangkatkan kepalanya dan memindahkan kedua kakinya didalamair itu tiga kali atau dengan dia berpindah didalam air itu dari tempatnya kepada tempat yang lain tiga kali. 946. Demikian lagi sunat mengekalkan niat pada hukum daripada mula mandi hingga kesudahannya. 947. Sunat bahawa jangan kurang air mandi itu daripada satu gantang dan air wudhuk daripada satu cupak pada tubuh orang yang sederhana kerana nabi sawm adalah dia mandi dengan satu gantang air dan mengambil wudhuk dengan satu cupak daripadanya. Adapun orang yang tidak sederhana tubuhnya maka hendaklah dikuranginya atau ditambahinya daripada yang demikian itu dengan yang patut dengan keadaan tubuhnya. 948. Sunat mualat pada mandi seperti pada wudhuk. 949. Sunat bagi perempuan yang haid dan nifas selepas mandinya bahawa dia mengiringkan bekas darahnya dengan kasturi, seperti dibubuhnya kasturi itu pada kapas dan dimasukkannya kedalam farajnya pada tempat yang wajib membasuhnya, kerana disuruh yang demikian itu oleh nabi kita Muhammad sawm. Maka dari kerana ini adalah sunatnya muakkad. Maka makruh meninggalkannya kerana bahawa ia membaikkan tempat itu dan mengharumkannya dan mencepatkan bunting sekira-kira dia terboleh bunting. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. Jika tidak diperolehnya kasturi maka sunat dengan tanah lumpur, dan jika tidak diperolehnya maka memada menghilangkan karahah itu dengan air. 950. Tetapi tempat yang demikian itu jika perempuan itu tidak didalam ‘iddah wafat dan tidak didalam ihram. Jika dia didalam iddah wafat atau didalam ihram maka haram atas keduanya memakai kasturi dan bau-bauan lain. Tetapi sunat bagi mereka membubuhkan sedikit daripada pucuk 213 pada farajnya, sekalipun ia daripada jenis berbau, maka ianya dimaafkan kerana sedikitnya dan kerana hajat membaikkan tempat itu dan mengharumkannya. 951. Sunat bahawa jangan dia mandi atau berwudhuk pada air yang tenang yang tidak luas supaya terpelihara air daripada cemar-cemar. 952. Sunat bagi orang yang junub dengan keluar mani bahawa jangan dia mandi melainkan selepas berkumuh kerana jika didulukan mandi daripadanya dan keluar serta kumuhnya apa yang tertinggal daripada maninya maka batallah mandinya. 953. Kata sebahagian huffaz214: sunat bagi orang yang mandi ditengah padang yang tidak ada baginya dinding bahawa dia menggores pada bumi dengan goresan yang berkeliling seperti bulatan, kemudian mengucap bismillah dan mandi didalamnya. Sunat bahawa jangan dia mandi pada waktu setengah siang dan pada waktu ‘atmah215. Sunat bahawa jangan dia masuk kedalam air melainkan dengan kain yang menutup autratnya dan jika dia hendak menanggali kainnya maka kemudian daripada tertutup auratnya dengan air. Intaha. 954. Sunat bagi orang yang junub dan yang haid dan yang nifas bahawa jangan dia menghilangkan suatu daripada rambutnya atau kukunya atau darahnya atau kulitnya sebelum mandi, kerana bahawa sekelian juzuk-juzuknya dikembalikan
212
. iaitu tiga larian atau laluan air. . – ﻓﻭﺠﻕ ﺃﺘﻭ ﺃﻨﻡpucuk atau xxx. 214 . iaitu orang sangat banyak menghafal hadith. Dikatakan: empat ratus ribu hadith. 215 . awal malam. 213
kepadanya diakhirat kelak dengan bersifat janabah. Dikatakan bahawa tiap-tiap sehelai daripada rambutnya menuntut dia dengan sebab janabahnya. 955. Sunat bagi orang yang hendak kepada jimak atau makan atau minum atau tidur bahawa dia membasuh farajnya dan berwudhuk atau bertayammum jika tidak diperolehnya air. Demikian lagi sunat yang demikian itu bagi perempuan yang putus haid atau nifas yang hendak makan atau minum atau tidur. Terhasil asal sunat dengan membasuh farajnya jua. 956. Dihubungkan dengan empat perkara itu hendak kepada zikir, maka sunat bagi yang junub yang hendak berzikir membasuh farajnya dan mengambil wudhuk atau tayammum, kerana nabi sawm adalah dia diberi salam keatasnya oleh sahabatnya pada hal dia berjunub maka dia tayammum kerana menjawab salam itu. 957. Bermula, yang dimaksudkan dengan wudhuk tatkala hendak makan atau minum atau tidur adalah meringankan hadath jua, maka batal wudhuk itu dengan hadath. Yang dimaksudkan dengan wudhuk tatkala hendak jimak adalah menambahkan cergas untuk kembali kepada jimak, maka tidak batal wudhuk itu dengan hadath. Maka masaalah ini diperbuat teka teki dengannya, lalu dikatakan : bagi kami wudhuk yang syari’e yang tidak batal dengan hadath. 958. Bermula, wudhuk itu seperti hukum wudhuk yang diperbaharui maka tidak dapat tidak padanya daripada niat yang dikira. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan hasyiah Sayyid Umar. 959. Sunat pada mandi itu meninggalkan minta tolong dan meninggalkan mengelap air pada anggota, sama seperti pada wudhuk. Sunat kemudian daripada mandi membaca zikir dan doa yang disunatkan selepas wudhuk. 960. Tidak sunat memperbaharui mandi kerana tidak warid daripada nabi sawm dan lagi kerana masyaqqah. Demikian lagi tidak sunat memperbaharui tayammum, bersalahan dengan wudhuk, maka sunat memperbaharuinya sekalipun wudhuk orang yang memakai muza dan wudhuk yang disempurnakan dengan tayammum kerana luka umpamanya. 961. Tetapi tempat membaharuinya apabila disembahyangkan dengan wudhuk yang pertama apa-apa sembahyang sekalipun serakaat, tidak sujud tilawah atau sujud syukur kerana ia bukannya sembahyang, dan tidak tawaf sekalipun ia dihubungkan dengan sembahyang. Jika seorang membaharui wudhuk sebelum sembahyang dengannya sahlah wudhuknya itu, tetapi makruh dengan karahah tanzih216, sama seperti hukum basuhan yang keempat. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib syarbini didalam Mughni bahawa tidak sah wudhuknya kerana bahawasanya ia tidak dituntut. 962. Syahadan. Harus mandi bertelanjang pada tempat yang sunyi daripada orang atau dihadapan orang yang harus memandang auratnya seperti isterinya dan gundiknya. Tetapi menutup aurat pada tempat sebegitu terafdhal daripada bertelanjang. Inilah yang tersebut didalam Mughni Khatib Syarbini. 963. Kata sekumpulan fuqaha’ : tidak harus mengambil wudhuk bertelanjang. Maka kata syeikh Ibnu Hajar : itu tempatnya jika tidak ada baginya hajat kepada bertelanjang. Adapun jika ada baginya hajat kepadanya seperti takutkan percikan air dari kena kainnya maka haruslah dia mengambil wudhuk bertelanjang, sama seperti mandi, kerana harus bertelanjang didalam tempat yang sunyi dari manusia kerana sekurang-kurang tujuan. 964. Bermula, telah berfatwa sebahagian fuqaha’ dengan haram jimak bagi orang yang kena najis zakarnya. Maka kata syeikh Ibnu hajar : tempat haram itu 216
. Karahah tanzih: buat tak berdosa. Karahah tahrim: buat berdosa seperti sembahyang tika matahari rembang.
pada selain orang yang sentiasa keluar kumuh atau mazi atau wadi, dan selain orang yang tahu daripada adatnya bahawa air melemahkan zakarnya daripada jimak yang dia berkehendak kepadanya. Adapun orang yang tersebut itu maka tidak haram jimak atasnya serta bernajis zakarnya, dari kerana para fuqaha’ telah menyebutkan halal menyetubuhi perempuan mustahadhah serta mengalir darahnya. 965. Fasal pada menyatakan perkara yang makruh pada mandi dan apa yang disebutkan besertanya. Bermula, makruh berlebihan pada mencucurkan air pada mandi sama seperti pada wudhuk. Makruh mandi pada air yang tenang, demikian lagi wudhuk sekalipun air itu banyak, kerana sah tegahan nabi sawm dari mandi didalamnya. Maka dikiaskan wudhuk dengan mandi itu kerana ditakuti daripada tiap-tiap keduanya itu berlaku pencemaran. Melainkan jika ada air itu sangat luas sekira-kira tidak terhasil pencemaran daripada keduanya. Maka tidaklah makruh yang demikian itu. 966. Makruh melebihkan basuh daripada tiga kali. Makruh meninggalkan kumurkumur dan memasukkan air kehidung, kerana khilaf ulamak pada wajib keduanya, sama seperti pada wudhuk. 967. Makruh bagi orang yang junub makan adan minum dan tidur dan jimak sebelum membasuh farajnya dan berwudhuk, kerana yang demikian itu disuruh oleh nabi sawm pada berkehendak kepada jimak, dan kerana mengikut perbuatan nabi sawm pada berkehendak kepada makan dan tidur. Dikiaskan minum atas makan. 968. Demikian lagi makruh bagi perempuan yang putus haid atau nifas makan dan minum dan tidur sebelum membasuh faraj dan berwudhuk. 969. Syahadan. Barang siapa mandi dengan niat mandi fardhu serta mandi sunat seperti mandi janabah atau haid atau nifas serta mandi jumaat atau hari raya atau barang sebagainya daripada mandi sunat terhasillah baginya keduadua mandi itu dengan satu niat yang tersebut itu. Tetapi yang terakmal hendaklah ditunggalkan tiap-tiap fardhu dan sunat itu masing-masing dengan mandinya. 970. Hanyalah tidak sah fardhu zohor dengan sunatnya dengan satu niat dan tidak sah khutbah jumaat dengan khutbah hari raya217 dengan satu niat kerana bahawa toharah itu diperbuat diatas tadakhul artinya bermasuk-masukkan, bersalahan sembahyang dan khutbah. 971. Jika seorang mandi dengan niat fardhu saja atau dengan niat sunat saja terhasillah baginya apa yang diniatkannya. Tidak termasuk yang sunat pada yang fardhu kerana bahawasanya ia dimaksudkan bagi dirinya, bersalahan dengan tahiyyat masjid. 972. Tidak sah mandi wajib dengan niat mandi sunat. Demikian lagi tidak sah ‘akasnya218 iaitu mandi sunat dengan niat mandi wajib jika dengan sengaja. Tetapi jika yang demikian itu tersalah seperti dia mandi pada hari jumaat maka diniatkannya mengangkatkan janabah dengan tersalah terhasillah baginya sunat mandinya. 973. Jika seorang mandi mandi kerana salah satu daripada dua yang wajib seperti haid dan janabah atau kerana salah satu daripada dua sunat seperti mandi hari raya dan jumaat nescaya terhasillah baginya mandi yang kedua yang tidak diniatkannya, iaitu gugur tuntutannya. Inilah jika dua wajib itu kedua-duanya daripada hadath seperti contoh yang tersebut itu.
217 218
. Ibarat asalnya: dan tidak sah khutbah hariraya.. . ‘akasnya - sebaliknya –lawannya.
974. Adapun jika salah satu daripada keduanya daripada hadath dan yang keduanya daripada selainnya219 maka tidaklah terhasil dengan niat salah satu daripada keduanya oleh apa yang tidak diniatkannya. Inilah hasil yang tersebut didalam Tuhfah dan Hasyiah Ibnu Qasim. 975. Jika seorang berhadath kemudian maka berjunub atau dia berjunub kemudian maka berhadath nescaya memadainya mandi dengan niat mengangkatkan janabah saja. Maka terangkatlah pula daripadanya hadath kecil, sekalipun dia tidak meniatkan wudhuk sertanya dan tidak ditertibkannya anggota wudhuknya, kerana termasuk hadath kecil didalam hadath besar.
ب اﻟ ﱠﺘ َﻴ ﱡﻤ ِﻢ ُ ﺑَﺎ xx BAB TAYAMMUM 976. Ini bab pada menyatakan tayammum. Bermula, makna tayammum itu pada bahasa : kasad artinya menyehajakan220, dan pada istilah syara’ : menyampaikan tanah kepada muka dan dua tangan dengan beberapa syarat yang tertentu221 yang lagi akan datang kenyataannya. 977. Adalah tayamum itu difardhukan Allah taala pada tahun keempat atau keenam daripada tahun hijrah nabi sawm, dan ianya sebahagian daripada perkara-prakara yang tertentu dengan umat nabi kita Muhammad sawm. Ianya adalah satu rukhsah222 diatas itlak. Kata setengah fuqaha’ : ‘azimah diatas itlak. Kata sebahagian mereka itu : padanya tafsil ; jika seorang bertayammum kerana ketiadaan air maka ianya ‘azimah atau kerana uzur maka ianya rukhsah. 978. Sebahagian daripada faedah khilaf adalah keadaan jikalau seorang bertayammum didalam safar maksiat kerana ketiadaan air maka jika kita katakan ianya rukhsah wajiblah diatasnya kadha dan jika kita katakan ianya ‘azimah tidak wajib kadha diatasnya. 979. Telah ijmak sekelian ulamak diatas bahawa tayammum itu tertentu pada muka dan dua tangan jua, sekalipun tayamum itu daripada hadath besar. 980. Bemula, asal pada tayammum itu adalah Kitab dan Sunnah dan ijmak. Adapun Kitab maka iaitu firman allah taala “ ﻥ ـﻡ ﻤ ـ ﹾﻨ ﹶﻜﺩ ﻤ ﺤ ﺀ َﺃ ﺎﻭ ﺠ ﹶﻔﺭﹴ َﺃﻋﻠﹶﻰ ﺴ ﻭ ﻰ َﺃﺭﻀ ﻤ ﻡ ﻥ ﹸﻜ ﹾﻨ ﹸﺘ ﻭِﺇ ﻪ ﻤﻨﹾـ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﺩ ـَﺃﻴﻡ ﻭ ﻫ ﹸﻜ ﻭ ﺠ ﻭ ﻭﺍ ﹺﺒﺴﺤ ﻤ ﺎ ﻓﹶﺎﻴﺒ ﻁ ﺍ ﹶﻴﺩ ﻌ ﺼ ﻭﺍﻤﻤ ﺀ ﹶﻓ ﹶﺘﻴ ﺎﻭﺍ ﻤﺠﺩ ﻡ ﹶﺘ ﹺ ﺀ ﹶﻓﹶﻠ ﺎﻡ ﺍﻟ ﱢﻨﺴ ﺴﺘﹸ ﻤ ﻻ ﻭ ﹶ ﻁ َﺃ ”ﺍ ﹾﻟﻐﹶﺎ ِﺌartinya : maka jika kamu sakit atau kamu pergi pergian pada hal kamu berjunub atau berhadath atau seorang dari kamu mengkadha hajat atau menyentuh perempuan lalu kamu tidak dapati air maka hendaklah kamu kasadkan223 tanah yang suci menyucikan maka sapulah muka kamu dan dua tangan kamu hingga dua siku kamu daripadanya. ﻌﹶﻠ ﹾ ﺠ 981. Adapun sunnah maka iaitu sabda nabi sawm “ ـﺎ ﹶﺘﻬﺭﺒ ﹸﺘﺍ ﻭـ ﹺﺠﺩﻤﺴ ﺎ ﹸﻜﱡﻠﻬﺭﺽ ﺕ ﹶﻟﻨﹶﺎ ﺍ َﻷ ﺍﻭﺭ ـﻁﻬ ” ﹶartinya dijadikan bagi kita bumi ini semuanya masjid dan tanahnya suci menyucikan. Riwayat Muslim. 982. Syahadan. Hendaklah tayammum orang yang berhadat kecil atau besar dan orang yang disuruh memandikan mayat atau orang yang berwudhuk sunat kerana lemah daripada memakai air. Bermula, sebab-sebab lemah itu tiga perkara. 219 220
. asal “ daripada tiada”. Sila lihat teks asal. Maksudnya wallahu a’lam.
. maksud – menuju.
221
. إﻳﺼﺎل اﻟﺘﺮاب إﻟﻰ اﻟﻮﺟﻪ واﻟﻴﺪﻳﻦ ﺑﺸﺮوط ﻣﺨﺼﻮﺻﺔ. . Rukhsah – kelonggaran. ‘Azimah – kepayahan. 223 . Iaitu tuju kepada tanah iaitu mendapatkannya, lalu kamu sapu . . .
222
983. Sebab yang pertama : ketiadaan air. Maka jika dia yakinkan tidak ada air dia tayammum dengan tidak mencari air kerana tidak ada faedah pada mencarinya, samada dia musafir atau hadhir didalam negeri. Dan jika dia tidak yakinkan ketiadaannya seperti bahawa dia wahamkan adanya atau dia zankan adanya atau dia syak padanya nescaya wajiblah diatasnya mencarinya bagi tiaptiap tayammum didalam waktu, dengan sendirinya atau dengan memberi izin kepada orang kepercayaan pada mencarinya, sekalipun hamba atau perempuan. Tidak memada mencari itu sebelum daripada masuk waktu. Tetapi jika dia memberi izin pada mencarinya sebelum masuk waktu dan orang yang diizinkan mencari didalam waktu maka iaitu memadai. 984. Maka hendaklah dia mencari pada sebarang tempat yang dia wahamkan ada air padanya, daripada tempatnya dan matabendanya dan segala taulannya yang dibangsakan mereka itu kepadanya. Maka hendaklah dicarinya pada mereka itu hingga habis sekelian mereka itu atau hingga tinggal daripada waktu kadar yang meluluskan sembahyang. Memadai berseru-seru pada mereka itu dengan katanya : barang siapa yang ada air bersamanya yang hendak dijualnya aku hendak membelinya, atau hendak disedekahkannya aku terimanya. 985. Maka jika tidak diperolehinya air pada tempat air hendaklah dia memandang pada sekelilingnya kekanan dan kekiri dan kehadapan dan kebelakang dengan tidak berjalan. Itupun jika dia berada pada tempat yang rata daripada bumi. Jika dia berada pada tempat yang tidak rata daripadanya seperti ada disana tanah tinggi224 hendaklah dinaikkinya dan dia memandang sekelilingnya. Maka jika dilihatnya bumi yang hijau daripada tumbuh-tumbuhan atau disana ada burung berhimpun hendaklah didatanginya. 986. Adalah kadar jauh seorang itu mencari dari tempat taulannya hingga sampai kepada had ghauth225, iaitu sekira-kira kalau dia berseru minta tolong pada sebarang kesukarannya didalam ketika hingar bangar percakapan mereka itu pada urusan mereka nescaya didengar oleh mereka itu akan suaranya dan dapat menolongnya. Inilah had jauh yang diwajibkan dia mencari air. 987. Itu pun dengan syarat jika dia tidak takutkan binasa diri dan anggota dan kemaluan dan harta yang wajib dibelanjakan untuk menghasilkan air toharahnya dan ikhtisas dan tidak dia takutkan keluar waktu dan tertinggal daripada taulannya. Maka jika dia takutkan suatu daripada yang demikian itu tidak wajib atasnya pergi mencari kepada had yang tersebut itu. Maka jika tidak diperolehnya air dengan pencarian yang tersebut itu hendaklah dia tayammum kerana hasil lemah sebab ketiadaan air. 988. Maka kalau dia tahu dengan pengetahuan yang yakin bahawa ada air pada tempat yang sampai orang yang musafir kepadanya kerana hajatnya seperti mengambil kayu api atau rumput wajib atasnya mendatanginya kerana bahawa jikalau dia datang kepada tempat itu kerana pekerjaan dunia maka pekerjaan agama lebih utama. Dinamakan had yang demikian itu had dekat. Maka ianya lebih daripada had ghauth. 989. Tetapi syarat wajib mendatangi air pada tempat itu jika dia tidak takutkan keluar waktu dan kebinasaan diri atau anggota atau kemaluan atau harta yang lebih daripada kadar yang wajib dibelanjakan pada menghasilkan air toharahnya dan tidak dia takut ketinggalan daripada taulannya. Maka jika dia takutkan suatu daripada yang demikian itu hendaklah dia tayammum kerana masyaqqah.
224 225
. pada asal “seperti gunung”. . jerit minta tolong.
990. Tidak disyaratkan disini aman diatas ikhtisas226 kerana tidak kebilangan bagi ikhtisas serta ada air yang diyakinkan lagi kuasa diatas menghasilkannya kerana yang sedikit daripada harta lebih baik daripada ikhtisas sekalipun ianya banyak. Demikian lagi tidak disyaratkan aman diatas harta yang wajib dibelanjakan untuk menghasilkan air kerana bahawa ia akan hilang jua samaada dia pergi mendatangi air itu atau tidak. 991. Jika ada air itu pada satu tempat yang lebih daripada had dekat yang dinamakan ia had jauh maka tidak wajib diatasnya mendatanginya kerana jauhnya hanya hendaklah dia tayammum. 992. Maka kalau seorang yakin beroleh air pada akhir waktu sembahyang sekira-kira tinggal daripada waktunya kadar yang meluaskan sekelian sembahyang dan toharahnya maka mentakhirkannya supaya dia sembahyang dengan wudhuk adalah terafdhal daripada menyegerakan tayammum, kerana fadhilat sembahyang dengan wudhuk sekalipun pada akhir waktu lebih besar daripada fadhilat sembahyang dengan tayammum pada awal waktu, samaada dia yakin ada air itu pada tempat yang ada ia diam padanya atau pada selainnya daripada tempatnya. Inilah yang dirajihkan didalam Mughni dan Tuhfah dan Nihayah. Bersalahan dengan yang didalam Syarah Minhaj kerana mengikut mengikut Mawardi. 993. Jika dia tidak yakin beroleh air pada akhir waktu seperti dia zankan adanya atau zan atau yakinkan tiadanya atau dia syak padanya pada akhir waktu maka menyegerakan tayammum terafdhal kerana fadhilatnya diyakinkan. Maka tidak diluputkan ia dengan yang dizankannya. 994. Jikalau seorang berhadath besar atau kecil mendapat air yang tidak memada untuk wudhuk atau mandi wajiblah dia memakainya pada sebahagian daripada anggotanya kemudian maka dia tayammum daripada yang tinggal daripada anggotanya. Tidak sah tayammumnya sebelum daripada memakai air itu. Tetapi tertib pada yang berhadath kecil itu wajib dan pada yang junub itu sunat jua. Maka hendaklah didulukan oleh yang berjunub akan anggota wudhuknya kemudian maka kepalanya kemudian maka sebelah kanan badannya kemudian maka sebelah kirinya. 995. Syahadan. Wajib kemudian daripada masuk waktu membeli air untuk wudhuk atau mandi dan membeli tanah untuk tayammum, sekalipun pada tempat yang wajib dia mengkadha sembahyang. Demikian lagi membeli umpama timba atau mengupah pada menghasilkan air atau timba dengan harga seumpama atau upah seumpama, iaitu kadar yang digemari pada masa itu dan tempat itu. 996. Melainkan jika dia perlukan harga atau upah itu untuk membayar hutangnya atau untuk perbelanjaan safarnya yang mubah pada perginya dan pulangnya atau untuk belanja haiwan yang dihormati iaitu haiwan yang haram membunuhnya samada ia manusia seperti isterinya atau sahayanya atau taulannya atau selainnya sekalipun ia daripada isi kafilah yang besar yang tidak dibangsakan kepadanya, atau ianya binatang seperti anjing yang diambil manfaat dengannya untuk berburu atau lainnya dan anjing yang tidak bermanfaat dan tidak memudharatkan, maka hendaklah ditasarurfkan harga atau upah itu kepada belanja yang tersebut itu dan dia bertayamum. 997. Adapun haiwan yang tidak dihormati seperti kafir harbi dan murtad dan yang meninggalkan sembahyang dengan syaratnya dan penzina muhsan dan anjing yan memudharatkan seperti yang menggigit manusia maka ada mereka itu seperti tidak adanya jua. 226
. iaitu benda najis yang dimiliki pada rupa hakikatnya tidak, kerana najis tidak dimiliki tetapi dikira khususiah bagi sesaorang, seperti tahi binatang, kulit najis yang belum disamak dan anjing..
998. Jikalau dia diberi atau dihutangi oleh orang akan air atau dipinjamkan timba atau tali timba wajiblah dia menerimanya didalam waktu tidak sebelumnya. Demikian lagi wajib menerima pemberian atau berhutang air atau meminjam timba atau talinya jika demikian itu tertentu sebagai jalan menghasilkan air, lagi pula yang empunya air atau timba tidak perlu kepadanya, lagi dia harapkan akan diperkenankan oleh yang empunyanya227, pada hal adalah waktu picik daripada menghasilkan air dengan cara yang lain daripada demikian itu, kerana ghalib musamahah228 pada sekelian yang tersebut itu lagi tidak besar bangkitannya padanya. 999. Adapun jika dia diberi atau dihutangi harga air atau harga timba atau talinya maka tidak wajib dia menerimanya kerana besar bangkitan padanya. 1000. Jikalau seorang lupakan air atau pembeli air atau umpama timba yang ada didalam rangkanya229 atau dia tidak lupakannya tetapi dia kehilangan230 yang tersebut itu didalam rangkanya maka dia tidak tidak mendapatinya selepas daripada dia mencarinya dan memeriksanya, lalu dia tayammum dan sembahyang, kemudian maka dia ingatkannya atau dia mendapatinya ada didalam rangkanya nescaya wajiblah dia mengulangi sembahyangnya kerana ada air besertanya pada hakikat atau pada hukum, dan lagi adalah ia dibangsakan kepada taksirnya sebab dia meninggalkannya hingga dia lupakannya atau kehilangannya. Maka dari kerana inilah jikalau seorang lupa telaga air yang hampir dengannya lalu dia sembahyang dengan tayammum kemudian maka dia ingatkannya wajib atasnya mengulangi sembahyangnya. 1001. Keluar dengan kata lupa yang tersebut itu oleh keadaan jikalau seorang memasukkan air kedalam rangkanya pada hal tidak dia tahukannya maka dia sembahyang dengan tayammum tidaklah wajib atasnya kadha. Demikian lagi tidak wajib kadha atas orang yang sembahyang dengan tayamum serta ada air yang diwarisinya daripada kerabatnya tetapi dia tidak mengetahuinya. 1002. Keluar dengan kata hilang yang tersebut itu didalam rangkanya oleh keadaan yang jikalau dia kehilangan rangkanya yang ada didalamnya yang tersebut itu diantara rangka-rangka orang lain, lalu dia sembahyang dengan tayammum, kemudian maka dia mendapati rangkanya itu, tidaklah wajib atasnya mengulangi sembahyangnya dengan syarat jika dia bersungguh-sungguh mencarinya, kerana tidak ada air besertanya pada ketika dia tayammum. 1003. Sebab kedua daripada sebab-sebab lemah itu : bahawa dia berkehendak kepada air kerana dahaga dirinya atau dahaga haiwan yang dihormati, sekalipun pada masa yang lagi datang, kerana bahawa roh tidak ada ganti baginya, maka dikerjakan ihtiat padanya kerana memelihara segala pekerjaan yang lagi akan datang. Tetapi jika tuan punya air itu berkehendak kepadanya untuk dirinya atau keluarganya pada masa yang lagi akan datang dan ada disana orang yang berkehendak kepadanya pada masa sekarang wajiblah dia memberikannya kepada orang itu kerana tahkik hajatnya kepada air itu. 1004. Harus bagi orang yang dahaga yang mempunyai air bahawa dia memberikan airnya kepada orang lain yang dahaga, bahkan sunat baginya yang demikian itu jika dia sabar diatas dahaganya. Tidak harus bagi orang yang berkehendak kepada air untuk toharah memberikan airnya kepada orang ain
227
. timba dan tali timba, iaitu pada masaalah meminjam.
228
. tak kesah – bermudah-mudah – tolak ansur. . pada asal “ ”رﻏﻜﺎdengan nga, arabnya “ ”رﺣﻞiaitu pelana yang disesuaikan untuk membawa bungkusan barangan. Packsaddle – sadlepack. Wallahu a’lam. 230 . pada asal “” اداﻟﻪ اى واون رﻏﻜﺎن. Wallahu a’lam. 229
untuk toharah sekalipun hadathnya itu lebih besar kerana bahawa yang pertama itu hak bagi dirinya dan yang kedua itu hak bagi Allah taala. 1005. Syahadan. Tidak diberati seorang menghimpunkan air musta’mal pada wudhuk atau mandi untuk minum haiwan yang dihormati selain daripada binatang kerana yang musta’mal itu dibilang keji pada ‘uruf. Tetapi wajib atasnya yang demikian itu untuk minuman binatang yang dahaga jika ia memadainya. Wajib atasnya memberi minum binatang yang dahaga dengan air najis. Dihubungkan dengan air musta’mal itu tiap-tiap air yang berubah dengan suatu yang dikira keji pada uruf. Bersalahan yang berubah dengan air mawar. 1006. Tidak harus seorang meminum air najis selama ada sertanya air yang suci, tetapi hendaklah ia meminum air yang suci yang ada besertanya dan dia tayamum. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1007. Sebab yang ketiga daripada sebab lemah : takut kerana memakai air akan kedatangan sakit atau bertambah sakit atau lambat sembuh atau hilang manfaat anggota, seperti kurang penglihat atau pendengar, atau takut daripada memakainya terjadi cela yang keji pada anggota yang zahir kerana firman Allah taala “ ﻰﺭﻀ ﻤ ﻡ ﻥ ﹸﻜ ﹾﻨ ﹸﺘ ﻭِﺇ ” hingga akhir ayat. 1008. Bermula, anggota yang zahir itu adalah apa yang nyata pada ketika khidmat231 pada ghalibnya seperti muka dan dua tangan. Kata setengah ulamak : ia adalah apa yang tidak dibilangkan membukanya sebagai membinasakan maruah. Dapat dikembalikan kaul ini kepada kaul yang pertama. 1009. Keluar dengan kata “cela yang keji” oleh cela yang sedikit seperti hitam bekas cacar, dan keluar dengan kata anggota yang zahir oleh anggota yang batin, maka takutkan yang demikian itu tidak mengharuskan tayammum. Bermula, yang dipegangi pada takutkan yang tersebut itu adalah kata seorang yang adil pada riwayat. 1010. Bermula, sangat dingin yang ditakuti kerananya akan salah satu daripada yang tersebut itu pada hal seorang itu lemah daripada menghangatkan air atau daripada selimut badannya yang mengurangkan dingin adalah seperti takutkan umpama sakit jua pada mengharuskan tayammum. 1011. Syahadan. Apabila tertegah memakai air pada satu anggota kerana penyakit atau luka wajiblah diatas seorang tayammum sebagai ganti daripada membasuh anggota yang sakit itu supaya tidak sunyi anggotanya itu daripada toharah. Dan tatkala tayamum hendaklah dia menyapukan tanah diatas tempat yang sakit dengan perlahan-lahan barang sedapatnya jika ianya pada anggota tayammum, dan wajib pula diatasnya membasuh anggota yang sahih, samaaada diatas anggota yang sakit itu ada satir232 seperti jabirah yang ditakuti terjadi mudharat kerana menanggalkannya atau tidak ada diatasnya satir kerana sabda nabi sawm “ﻡ ﻌ ﹸﺘ ﻁ ـ ﹶﺘ ﹶـﺎ ﺍﺴﻪ ﻤ ﻤ ﹾﻨ ﻤﺭﹴ ﹶﻓ ْﺄﺘﹸﻭﺍ ﻡ ﺒﹺَﺄ ﺭ ﹸﺘ ﹸﻜ ﻤ ” ِﺇﺫﹶﺍ َﺃartinya : apabila aku suruh kamu dengan mengerjakan satu pekerjaan maka datangkan ia daripadanya sekuasa kamu. 1012. Dan hendaklah dia perlahan-lahan pada membasuh anggota yang sahih yang berhampiran dengan anggota yang sakit dengan meletakkan perca yang basah pada hampirnya dan ditekankan perca itu diatasnya supaya terbasuh dengan air yang menitik darinya apa yang disekeliling anggota yang sakit itu supaya tidak mengalir air itu kepadanya. 1013. Jika diatas tempat yang sakit itu ada satir yang menanggalkannya memudharatkan maka wajib pula serta yang demikian itu menyapukan air pada sekelian satir itu ganti daripada membasuh apa yang dibawah tepi satir itu daripada anggota yang sahih jika satir itu menutup suatu daripada anggota yang 231 232
. melakukan kerja harian. . Satir iaitu suatu yang melapik. Jabirah iaitu belat iaitu kayu yang diikatkan pada anggota yang patah.
sahih pada keliling yang sakit sekadar instimsak233 seperti apa yang berlaku pada ghalibnya. 1014. Adapun jika satir itu menutup kadar yang sakit jua atau menutup yang lebih daripadanya daripada anggota yang sahih tetapi telah dibasuh sekeliannya tidaklah wajib menyapu satir pada dua masaalah ini. 1015. Adapun jika satir itu tidak mudharat menanggalkannya maka wajib dia menanggalkannya untuk dia membasuh apa yang dibawah satir itu daripada anggota yang sahih. 1016. Tidak wajib tertib bagi yang berhadath besar diantara tayammum dan membasuh anggota yang sahih dan menyapu sekelian satir jika ada. Maka harus baginya mendulukan tayammum daripada membasuh anggota yang sahih dan harus baginya mengkemudiankannya. Tetapi yang terutama adalah mendulukan tayammum supaya bekas-bekas tanahnya dihilangkan oleh air. 1017. Adapun orang yang berhadath kecil maka wajib diatasnya tayammum waktu masuk membasuh yang sakit kerana memelihara tertib wudhuk. Maka tidak berpindah ia daripada anggota yang sakit hingga dia sempurnakan basuhan yang sahih daripadanya dan tayammum kerana yang sakit dan menyapu diatas satir jika ada. Maka jika ada yang sakit itu pada muka wajib mendulukan tayammum dan membasuh yang sahih daripada muka diatas membasuh suatu daripada dua tangannya, dan jika ada yang sakit itu pada tangan wajib mendulukan tayammum dan membasuh yang sahih daripadanya diatas menyapu kepala dan mengkemudiankannya daripada membasuh muka, dan jika ada yang sakit itu pada sekelian kepala maka wajib mendulukan tayammum kerananya diatas membasuh kaki dan mengkemudiankannya daripada membasuh tangan. 1018. Walaubagaimanapun tidak ada tertib diantara tayammum pada muka dan diantara membasuh yang sahih daripadanya dan menyapu diatas satir jika ada. Demikian lagi pada tangan dan pada kaki. Maka harus mendulukan tayammum pada tiap-tiap satu daripada anggota yang tiga itu diatas membasuh anggota yang sahih daripadanya dan harus mengkemudiankan tayammum daripadanya dan harus menjadikan tayammum diantara membasuh yang sahih dan diantara menyapu atas satir jika ada, kerana anggota yang satu tidak ada tertib padanya. Tetapi mendulukan tayammum terutama. 1019. Berbilang tayamum sebab berbilang anggota yang sakit maka apabila tertegah memakai air pada dua anggota maka wajib dua tayammum atau pada tiga anggota maka wajib tiga tayammum atau pada empat anggota maka wajib empat tayammum jika sakit itu melengkapi sekelian kepala. Jika ia tidak melengkapinya maka wajib tiga tayammum kerana kepala itu memadai menyapu yang sahih daripadanya. 1020. Jika sakit itu melengkapi anggota yang empat itu maka wajib satu tayammum jua ganti daripada wudhuk kerana gugur tertib. Jika sakit itu melengkapi tiga anggota selain kepala wajib dua tayammum. Satu tayammum daripada muka dan dua tangan kerana gugur wajib membasuh keduanya yang menghendaki gugur tertib keduanya. Wajib menyapu sebahagian kepala kemudian daripada tayammum itu. Satu tayammum lagi daripada dua kaki. 1021. Bermula, dua tangan itu dibilangkan satu anggota jua. Demikian lagi dua kaki. Sunat menjadikan dua tangan seperti dua anggota, demikian lagi dua kaki. 1022. Syahadan, barang siapa bertayammum untuk mengerjakan fardhu yang lain, pada hal dia belum berhadath tidak wajib dia mengulangi basuh dan tidak mengulang sapu kerana kekal toharahnya, dengan dalil harus dikerjakan dengannya sembahyang sunat. Wajib dia mengulang tayammum hanyalah 233
. iaitu berpegang atau melekat untuk menetapkan kedudukannya.
kerana bahawa ia toharah yang dhaif tidak dikerjakan dengannya melainkan satu fardhu jua seperti yang lagi akan datang keyataannya. Adapun jika dia sudah berhadath wajib atasnya mengulang sekelian apa yang telah tersebut itu. Maka hendaklah di mengulang basuh yang sahih daripada segala anggota wudhuk, dan tayammumlah dia daripada anggota yang sakit pada waktu membasuhnya dan disapunya dengan air atas sekelian satir jika ada. 1023. Jika yang sakit itu pada selain daripada anggota wudhuk hendaklah bertayammum orang yang berhadath besar daripada hadath besarnya dan berwudhuk daripada hadathnya. 1024. Fasal, bermula syarat-syarat tayammum itu sepuluh perkara. Pertamanya : hendaklah ia dengan tanah kerana firman Allah taala “ﺍﻴﺩ ﻌ ــــﻭﺍ ﺼﻤﻤ ﻴ ” ﹶﻓ ﹶﺘ. Telah ditafsirkan “ ﺍﻴﺩ ﻌ ـ ” ﺼoleh Ibnu Abbas dan selainya dengan “ﺍﺏ ” ﺘﹸـﺭartinya : tanah. Maka sah tayammum dengan sebarang warna tanah samaada ia putih atau merah atau hitam atau barang sebagainya hinggakan tanah yang dibuat ubat seperti tanah Armenia dan tanah yang dipindahkan oleh anai-anai sekalipun ia bercampur dengan air liurnya, sama seperti tanah yang diuli dengan benda cair yang suci apabila kering dan sekalipun berubah dengannya warnanya dan rasanya dan baunya, dan tanah yang terbakar sekalipun ia menjadi hitam selama tidak ia jadi abu. Maka sekelian itu memadai untuk tayammum dengan syarat jika ada baginya debu. 1025. Maka dari kerana inilah sah tayammum dengan pasir yang kasar yang mempunyai debu tidak dengan pasir yang halus yang lekat pada anggota kerana ia disebabkan lekatnya pada angota menegah sampai debu kepada anggota maka iaitu tidak memadai. Maka diketahui daripada yang demikian itu tidak memada tayammum dengan yang lain daripada tanah seperti kapur dan artal dan asahan tembikar atau bata atau kaca dan abu tanah yang dibakar, dan tidak memada tayammum dengan tanah yang tidak mempunyai debu seperti tanah yang masih basah, dan tidak memada tayammum dengan pasir yang tidak mempunyai debu seperti pasir yang sudah berbasuh. 1026. Syarat yang kedua : bahawa adalah tanah untuk tayammum itu suci kerana firman Allah taala “ ـﺎﻴﺒ ﻁ ﺍ ﹶﻴﺩ ﻌ ــﻭﺍ ﺼﻤﻤ ﻴ ” ﹶﻓ ﹶﺘtelah ditafsirkanoleh Ibnu Abbas dan selain akan “ ـﺎﻴﺒ ﻁ ” ﹶitu dengan “ ﺍﻫﺭ ” ﻁﹶـﺎartinya yang suci, iaitu maka kasad oleh kamu akan tanah yang suci. Maka tidak memada ia dengan tanah yang kena najis seperti tanah perkuburan yang sentiasa digali untuk menanam mayat yang lain seperti sesetengah perkuburan negeri Makkah dan Mesir, kerana bercampur tanahnya dengan umpama tanah dan danur sekelian mayat yang dikuburkan didalamnya. 1027. Syarat yang ketiga : bahawa tanah tanah untuk tayammum itu bukan musta’mal, iaitu sudah terpakai pada tayammum, iaitu yang tinggal pada angggta tayammum atau yang gugur daripadanya selepas daripada ia tersentuh denganya, sekalipun dia telah berpaling daripadanya. Maka jika dia ambil tanah itu daripada udara kemudian daripada ia bercerai daripada anggotanya yang ia tersentuh dengannya nescaya tidaklah memadainya. 1028. Tanah yang musta’mal pada menyucikan najis barang yang kena najis mughallazah adalah seperti yang musta’al pada tayammum, kerana yang dikehendaki dengan “yang suci” pada tafsir “ﺎﻴﺒ ﻁ ” ﹶitu adalah “ﺍﻭﺭ ـﻁﻬ ” ﹶartinya : yang suci lagi menyucikan, dan tanah yang musta’mal itu tidak menyucikan sekalipun ianya suci. Maka tidak sah tayammum dengan tanah yang musta’mal seperti tidak sah wudhuk dengan air yang musta’mal, malahan tanah musta’mal itu terutama dengan tidak sah daripada air musta’mal kerana tanah musta’mal itu lebih dhaif daripada air musta’mal.
1029. Soal : jika ditanya orang : bahawa tanah tayammu itu tidak mengangkatkan hadath maka ia tidak jadi musta’mal iaitu dengan isti’mal yang menjadikannya dhaif, bersalahan air yang terpakai pada umpama wudhuk. Jawab : bahawa sebab yang menghasilkan isti’mal itu bukanlah khusus mengangkatkan hadath jua, hanya sebabnya itu hilang tegahan daripada umpama sembahyang dengan dalil bahawa air wudhuk orang yang sentiasa berhadath adalah musta’mal dengan isti’mal yang menjadikannya dhaif serta bahawa ia tidak mengangkatkan hadath, maka samalah tanah dengan air. 1030. Syahadan, diketahui daripada ta’rif tanah musta’mal dengan yang tersebut itu bahawa sah tayammum seorang atau ramai orang beberapa kali daripada tanah yang sedikit, dan jikalau seorang mengangkatkan tangannya pada pertengahan menyapu anggota kemudian maka diletakkannya pula lalu disapukannya sahlah tayammumnya diatas kaul yang paling sahih. 1031. Keluar dengan kata “yang gugur daripada anggota kemudian daripada ia tersentuh dengannya” oleh tanah yang gugur daripada anggota dengan tidak tersentuh pada anggota, maka iaitu tidak musta’mal. 1032. Syarat yang keempat : bahawa tanah untuk tayammum itu tidak bercampur dengan tepung atau kapur atau barang sebagainya daripada barang yang lekat pada anggota dan jika ia sedikit sekalipun, kerana bahawa ia kerana halusnya menegah sampai tanah kepada anggota. 1033. Syarat yang kelima: bahawa dikasadkan tanah kerana firman Allah taala “ ــﺎﻴﺒ ﻁ ﺍ ﹶﻴﺩ ﻌ ــــﻭﺍ ﺼﻤﻤ ﻴ ” ﹶﻓ ﹶﺘartinya : kasad oleh mu akan tanah yang suci dengan memindahkannya dengan anggota atau kepada anggota. Maka jikalau diterbangkan debu oleh angin kepada mukanya atau tangannya lalu digosokgosokkannya diatas anggotanya serta dia berniat nescaya tidaklah memada ia baginya kerana ketiadaan kasad sebab ketiadaan pemindahan tanah234 yang mentahkikkan kasad, sekalipun dia kasadkan tayammum dengan berdirinya mengadap mata angin itu kerana bahawa ia pada hakikat tidak mengkasad tanah, hanya tanah itu datang kepada tatkala dia mengkasad anging itu. 1034. Dari kerana ini kalau angin menerbangkan debu tanah kepada mukanya dan tangannya lalu dia ambil tanah yang dimukanya dengannya serta dengan niat lalu disapukannya kepada mukanya dan dia ambil tanah yang pada tangannya dan disapukannya kepada tangannya, atau ia menerbangkannya kepada tangannya lalu dia mengambilnya dengan tapak tangannya dengan niat yang beserta mengangkatkan tapak tangannya lalu dia sapukannya kepada mukanya, atau dia mengambilnya diudara dengan tangannya serta berniat lalu disapukannya kepada anggotnya, atau dia mengambil debu tanah dibumi dengan mukanya dan tangannya seperti bahawa digosok-gosokkannya sekelian mukanya kebumi serta dengan niat kemudian digosok-gosokkannya kedua tangannya kebumi atau dia mengambil debu tanah yang tebal pada udara dengan mukanya seperti bahawa dia menggerak-gerakkan mukanya pada udara, nescaya memadailah baginya sekelian yang tersebut itu kerana diperolehi nakal yang mentahkikkan kasad yang beserta dengan niat. 1035. Syahadan. Jika seorang ditayamumkan oleh orang lain dengan izinya seperti bahawa orang yang diizinkan memindahkan tanah kepada anggotanya dan menyapukan tanah itu padanya, dan yang memberi izin itu berniat dengan niat yang kebilangan beserta dengan pemindahan tanah pada hal kekal niatnya itu hingga disapukan mukanya nescaya sahlah tayammumnya sekalipun dengan tidak ada uzur, kerana didirikan perbuatan orang yang diberi izin itu pada tempat perbuatan dirinya. 234
. nakal.
1036. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : disyaratkan keadaan orang yang diberi izin itu mumayyiz. Kata syeikh Ramli : didalam Nihayah : sekalipun yang diberi izin itu kanak-kanak atau kafir atau perempuan berhaid atau bernifas. 1037. Jikalau berhadath orang yang memberi izin itu atau yang diberi izin selepas mengambil tanah dan sebelum menyapukannya kemukanya adakah batal nakalnya atau tidak? Bersalah-salahan pada yang demikian itu syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli. Maka yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah bahawa batal pemindahan tanah orang yang diberi izin itu apabila orang yang memberi izin berhadath kerana bahawa dialah yang menyertakan niat bagi ibadat itu235. Adapun orang yang diberi izin maka dia hanyalah pengganti daripadanya pada semata-mata mengambil tanah dan menyapu anggota jua tidak pada niat yang mendirikan ibadat dan yang menghasilkannya. 1038. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah maka tidak batal nakal yang diberi izin itu dengan hadath salah satu daripada kedua mereka. Adapun yang memberi izin maka kerana dia tidak memindahkan tanah dan adapun yang diberi izin maka kerana bukan dia yang bertayammum. Begitu juga tidak batal nakalnya kalau keduanya berhadath ketika itu. 1039. Kata syeikh Khatib syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah : sunat bagi orang yang kuasa diatas tayammum dengan sendiri bahawa jangan dia mengizinkan orang lain pada mentayammumkannya supaya dia keluar dari khilaf, bahkan makruh baginya yang demikian itu seperti yang telah dinyatakan oleh syeikh Damiri. 1040. Syarat yang keenam: bahawa dia menyapu mukanya dan dua tangannya dengan dua kali tepuk, iaitu dua kali memindahkan tanah, sekali tepuk disapukannya kemukanya dan sekali tepuk disapukannya kepada dua tangannya, sekalipun terboleh tayammum dengan sekali tepuk dengan umpama perca yang lebar, kerana sabda nabi sawm “ﻴﻥﹺ ﺭ ﹶﻓ ﹶﻘ ـﻴ ﹺﻥ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟﻤ ﺩ ﻴ ﺒ ﹲﺔ ِﻟ ﹾﻠ ﺭ ﻀ ﻭ ﻪ ﺠ ﻭ ﺒ ﹲﺔ ِﻟ ﹾﻠ ﺭ ﻀ ﻥ ﺒﺘﹶﺎ ﹺ ﺭ ﻀ ﻡ ﻴﻤ ” ﺍﻟﺘﱠartinya : tayammum itu dua kali tepuk sekali tepuk untuk muka dan sekali tepuk untuk dua tangan kepada dua siku. Riwayat Hakim. Tetapi yang dikehendaki dengan dua kali tepuk itu adalah dua kali memindahkan tanah samaada memindahkan itu dengan menepukkan tangan diatas tanah atau dengan meletakkan tanah keatas tangan. Maka lafaz hadith dan ibarat fuqaha’ dengan dua kali tepuk itu berlaku diatas yang ghalib jua. 1041. Tidak wajib mentertibkan dua kali memindahkan itu maka jika dia tepukkan dua tangannya diatas tanah dengan serentak lalu dia sapukan sebelah tangannya yang kanan umpamanya kepada muka kemudian dia sapukan tangan kirinya kepada tangan kanannya kemudian maka ditepukkanya pula akan tangan kanannya diatas tanah lalu disapukannya kepada tangannya yang kiri nescaya haruslah demikian itu. 1042. Syarat yang ketujuh: bahawa dia menghilangkan daripada tubuhnya najis yang tidak dimaafkan daripadanya sebelum daripada tayammum jika ia pada tubuhnya kerana jika dia tayammum sebelum daripada menghilangkannya tidaklah memadai baginya tayammumnya diatas kaul yang muktamad, samaada najis itu pada tempat istinja’ atau pada selainnya kerana tayammum itu untuk mengharuskan jua dan tidak diperolehi mengharuskan serta ujud mani’236. Maka yang demikian itu menyerupai tayammum sebelum masuk waktu maka ianya tidak memadai.
235 236
. pada asal “kerana ialah yang menyertai bagi niat dan bagi ibadat”. Wallahu a’lam. . penegah – penghalang daripada sah ibadat.
1043. Bersalahan jika seorang itu tayammum dengan bertelanjang pada hal ada padanya penutup aurat, maka ianya memadai kerana bahawa menutup aurat itu lebih ringan daripada menghilangkan najis. Dari kerana inilah tidak wajib kadha diatas orang yang sembahyang bertelanjang, bersalahan dengan orang yang ada najis pada badannya. 1044. Syarat yang kelapan : bahawa dia ijtihad pada menentukan kiblat sebelum tayammum dari kerana jika dia tayammum sebelum daripada ijtihad pada kiblat tidaklah sah tayammumnya. Hanya sanya harus tayammum dahulu daripada menutup aurat kerana bahawa menutup aurat itu lebih ringan daripada ijtihad, dan hanya sanya sah toharah perempuan mustahadhah dahulu daripada ijtidhad pada kiblat serta bahawa toharahnya itu kerana mengharuskan jua kerana bahawa ia lebih kuat kerana ia mengangkatkan hadath pada asalnya. Bersalahan tanah. 1045. Syarat yang kesembilan : bahawa jatuh tayammum kerana sembahyang selepas daripada masuk waktunya dari kerana jika dia tayammum sebelum masuk waktu tidaklah sah tayammumnya itu kerana tayammum itu toharah dharurat dan tidak ada dharurat sebelum daripada masuk waktu. 1046. Jatuh tayammum kerana sembahyang sunat mutlak pada barang waktu yang dikehendakinya yang lain daripada waktu karahah, dan tayammum kerana sembahyang mayat selepas daripada ia dimandikan, dan tayammum kerana sembahyang minta hujan selepas daripada berhimpun orang ramai pada tempat sembahyang, dan tayammum kerana sembahyang yang luput selepas daripada dia ingatkannya. 1047. Syarat kesepuluh : bahawa dia tayammum untuk tiap-tiap satu fardhu ain kerana bahawa tayammum itu toharah dharurat, maka ditentukan ia dengan kadar dharurat. Tetapi harus bagi isteri atau gundik mentamkinkan suaminya atau tuannya beberapa kali dan menghimpunkannya bersama fardhu dengan satu tayammum. 1048. Harus bagi seorang mengerjakan beberapa sembahyag jenazah sekalipun banyak bersama dengan satu fardhu ain kerana ia menyerupai sembahyang sunat pada pihak harus meninggalkannya sebab berbilang mukallaf yang mengetahuinya. Adapun keadaannya jadi fardhu ain sebab tertunggal seorang mukallaf maka ianya mendatang. 1049. Fasal pada menyatakan rukun-rukun tayammum. Bermula, rukun tayammum itu lima perkara. Rukun yang pertama: memindahkan tanah kepada muka dan dua tangan. Sunguhnya telah terdahulu perkataan diatas memindahkan tanah pada syarat yang kelima daripada segala syarat tayammum. 1050. Rukun yang kedua : niat istibahah artinya niat mengharuskan apa yang perlu kepada tayammum seperti sembahyang dan tawaf dan menyentuh mushaf dan mentamkinkan suami atau tuan atau sahaya pada hak perempuan yang putus haidnya dan barang sebagainya. Wajib menyertakan niat itu denga permulaan memindahkan tanah kerana bahawa ia permulaan rukun dan wajib mengekalkan niat itu hingga menyapu suatu daripada mukanya. 1051. Maka jika dia berhadath serta memindahkan atau kemudian daripadanya dan sebelum menyapu muka atau putus niat diantara keduanya batallah pemindahannya. Maka wajib atasnya ulang memindahkan kerana bahawa memindahkan tanah sekalipun ianya rukun tetapi ia tidak dimaksudkan bagi dirinya hanya adalah ia wasilah bagi yang dimaksudkan iaitu menyapu muka. Maka disyaratkan mengekalkan niat itu hingga ia sampai kepada menyapu muka. Inilah yang disebutkan syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah Bafadhal. 1052. Maka diketahui daripada ‘illat yang tersebut itu bahawa yang dikehendaki dengan putus niat diantara keduanya adalah bahawa kekal putusnya hingga
sampai kepada menyapu muka hinggakan sunyi sapuan muka daripada niat. Maka yang demikian itu tidak ada khilaf diantara mereka itu pada batal pemindahanya. 1053. Demikian lagi tidak ada khilaf pada sah pemindahannya jika dia tidak berniat pada mula memindahkan tetapi tatkala hampir tangannya kepada mukanya maka dia menyertakan niat dengan menyampaikan tangannya kepada mukanya. Yang demikian itu tidak menafikan perkataan sahabat-sahabat syafi’e “wajib menyertakan niat dengan permulaan memindahkan” kerana bahawa yang dikehendaki dengan kata mereka itu adalah pemindahan yang kebilangan. Adapun pemindahan yang tersebut itu maka tidak diambil kira kerana bahawa pemindahan yang diambil kira sekarang ini adalah pemindahan tanah daripada dua tangannya kepada muka. 1054. Adapun jika dia berniat pada ketika mula memindahkan dan ketika menyapu mukanya dan putus niat diantara keduanya maka pada rupa masaalah ini ada khilaf diantara syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Khatib dan syeikh Ramli. Maka yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: tidak memada yang demikian itu, dan yang diktimadkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah memadainya yang demikian itu. 1055. Syahadan. Jika dia niatkannya pada tayammumnya mengharuskan fardhu maka harus baginya serta fardhu itu mengerjakan nafl, sekalipun dia tidak berniat mengharuskannya kerana fardhu itu asal lagi yang diikuti maka ianya lebih tinggi daripada nafl, dan nafl itu pengikut maka ianya lebih rendah daripada fardhu. Maka niat mengharuskan yang tertinggi itu mengharuskan yang terendah237. 1056. Bermula, sembahyang jenazah itu pada hukum nafl. 1057. Yang dikehendaki dengan fardhu itu adalah fardhu ain, samaada ia fardhu sembahyang atau fardhu tawaf. Demikian lagi nafl samaada ia nafl sembahyang atau nafl tawaf. Maka jika dia niatkan dengan tayammumnya mengharuskan fardhu tawaf harus dia kerjakan dengannya fardhu sembahyang atau dia niatkan dengannya nafl tawaf harus dia kerjakan nafl sembahyang, seperti ‘akasnya pada dua masaalah ini. 1058. Tidak disyaratkan niat satu fardhu. Maka jika dia niatkan pada tayammumnya itu mengharuskan dua farhu atau lebih sah tayammumnya, tetapi tidak harus dia kerjakan dengannya melainkan satu fardhu daripada dua fardhu yang diniatkannya itu atau daripada selain keduanya. Tetapi jika dia niatkan pada tayamumnya itu mengharuskan sembahyagn zohor lima rakaat atau mengharuskan sembahyang bertelanjang serta ada kain untuk menutup auratnya tidaklah sah tayammumnya. 1059. Demikian lagi tidak disyaratkan menta’yinkan fardhu. Maka jika dia niatkan pada tayammumnya mengharuskan fardhu dengan itlak harus dia mengerjakan dengannya sebarang fardhu yang dia kehendaki. Jika dia ta’yinkan satu fardhu seperti dia ta’yinkan pada tayammumnya mengharuskan fardhu nazar sembahyang atau tawaf atau fardhu kadha haruslah dia kerjakan dengannya fardhu yang lain daripada yang dia ta’yinkannya. 1060. Dan jika dia niatkan pada tayammumnya mengharuskan nafl atau sembahyang diatas itlak atau sembahyang jenazah haruslah dia kerjakan dengannya akan selain fardhu ain daripada sekelian nafl dan fardhu kifayah dan yang lain daripada keduanya seperti menyentuh mushaf, kerana bahawa yang demikian itu ada kalanya bersamaan dengan apa yang dia niatkan pada harus meninggalkannya atau terkurang daripadanya. Adapun fardhu ain maka tidak harus dikerjakan denganya pada tiga masaalah ini. 237
. pada asal “”اآﻦ ﻳﻎ ﺗﺮآﻮرغ ﺗﻴﺎد ﻣﻤﻜﻦ.
1061. Adapun masaalah yang pertama maka dari kerana bahawa fardhu itu tidak harus dijadikan pengikut bagi nafl. Adapun masaalah yang kedua maka kerana bahawa yang lebih cermat adalah ditinggalkan mutlak sembahyang itu diatas nafl. Adapun masaalah yang ketiga maka kerana bahawa sembahyang jenazah itu seperti yang telah lalu kenyataannya238. 1062. Jika dia niatkan pada tayammumnya mengharuskan apa yang lain daripada sembahyang dan tawaf sepertisujud tilawah atau sujud syukur atau menyentuh mushaf atau membaca Quran atau berhenti didalam masjid atau mengharuskan setubuh tidaklah harus dia kerjakan dengan tayammumnya itu akan sembahyang, dan harus dia kerjakan dengannya sekelian apa yang lain daripada sembahyang. 1063. Maka nyatalah daripada yang tersebut itu bahawa yang diniatkan pada tayammum itu tiga martabat sama seperti pada wudhuk orang yang sentiasa hadathnya yang telah lalu kenyataannya pada wudhuk. Maka martabat yang pertama : fardhu ain, dan martabat yang kedua : nafl dan sembahyang diatas itlak dan sembahyang jenazah, dan martabat yang ketiga : apa yang selain daripada sembahyang dan tawaf daripada sekelian yang tersebut itu. 1064. Maka apabila dia berniat pada tayammumnya mengharuskan martabat yang pertama harusah dia mengerjakan perkara yang dia niatkan dan sekelian perkara yang pada martabat yang kedua dan martabat yang ketiga, dan apabila dia niatkan mengharuskan suatu daripada perkara yang didalam martabat yang kedua haruslah dikerjakannya perkara yang dia niatkan dan yang lain daripadanya daripada sekelian perkara yang pada martabat yang kedua dan yang ketiga. Tidak harus dikerjakan dengannya martabat yang pertama. Apabila dia niat mengharuskan suatu daripada perkara yang pada martabat yang ketiga haruslah dia kerjakan denganya perkara yang dia niatkan dan sekelian yang tinggal didalam martabat itu. Tidak harus dikerjakan dengannya martabat yang pertama dan sekelian perkara yang pada martabat yang kedua. 1065. Bersalah salahan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli pada khutbah jumaat, adakah ia seperti hukum fardhu kifayah maka ianya daripada martabat yang kedua atau ianya seperti hukum fardhu ain maka ianya daripada martabat yang pertama. Maka yang diiktikmadkan oleh Ibnu Hajar adalah yang pertama dan yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli adalah yang kedua. 1066. Syahadan. Diketahui daripada mewajibkan niat istibahah bahawa tidak memada pada tayammum itu niat mengangkatkan hadath atau bersuci dari hadath kerana bahawa ia tidak mengangkatkan hadath, dan tidak memada niat fardhu tayammum atau fardhu toharah kerana bahawa ia toharah dharurat tidak dimaksudkan dirinya, maka tidak patut bahawa dijadikan ia suatu yang dimaksudkan, bersalahan dengan wudhuk. Maka dari kerana iniah tidak disunatkan membaharui tayammum, bersalahan dengan wudhuk. 1067. Rukun yang ketiga : menyapu sekelian muka dengan tanah, artinya menyampaikan tanah kepada sekelian muka sekalipun dengan perca kain. Daripada muka itu adalah zahir sekelian janggut yang terjulur dan yang berhadap daripada hidung yang diatas bibir239. Sayugia ingat dan jaga diatas yang demikian itu kerana kebanyakkan orang lalai daripadanya. 1068. Rukun yang keempat: menyapu sekelian dua tangan serta dua siku, kerana ayat yang telah tersebut itu serta hadith Hakim yang telah lalu. Tidak wajib lagi tidak sunat menyampaikan tanah kepada batin bulu muka dan tangan, sekalipun ianya jarang kerana masyaqqah, bersalahan dengan wudhuk. Memadai ghalib
238 239
. iaitu ianya pada hukum sunat. . iaitu sekeliling lubang hidung.
zan sampai tanah kepada sekelian angota tayammum. Maka tidak disyaratkan yakin. 1069. Rukun yang kelima : tertib, seperti bahawa didahulukan sapu muka diatas sapu dua tangan, sekalipun pada tayammum kerana hadath besar. 1070. Fasal pada menyatakan sunat tayammum. Bermula, disunatkan bagi tayammum sekelian apa yang disunatkan pada wudhuk daripada apa yang tergambar berlakunya pada tayammum. Maka sebahagian daripada sunat tayammum itu mengucap “ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ﻤ ﹺﻥ ﺍﻟـ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟـ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒpada permulaannya dan sekalipun bagi umpama orang junub. 1071. Sebahagian daripadanya membaca tatkala menyapu muka dan dua tangan seperti doa tatkala membasuh muka dan dua tangan pada wudhuk diatas kaul yang mengatakan sunatnya. 1072. Sebahagian daripadanya mengadap kiblat seperti pada wudhuk. dan sebahagian daripadanya bersugi. Tempat bersugi pada tayamum itu diantara ِ ـ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒﺴdan permulaan menepukkan tangan atas tanah mengucap “ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ﻤ ﹺﻥ ﺍﻟـ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟـ seperti mana bahawa tempat bersugi pada wudhuk diantara membasuh kedua tapak tangan dan berkumur-kumur. 1073. Sebahagian daripadanya melanjutkan ghurrah iaitu menyapu yang lebih daripada kadar wajib daripada keliling mukanya, dan sebahagian daripadanya melanjutkan tahjil iaitu menyapu yang lebih daripada kadar yang wajib pada dua tangannya seperti disapunya ruas tangan yang diatas sikunya sama seperti wudhuk. Sebahagian daripadanya mendulukan sapu tangan kanan diatas tangan kiri. 1074. Bermula, kaifiat menyapu tangan kanan adalah bahawa dia meletakkan sekelian perut jari-jari tangan kiri selain ibu jari diatas sekelian belakang jari-jari tangan kanan yang selain ibu jari, sekira-kira bersamaan hujung jari tangan kanan dengan telunjuk tangan kiri dan bersaman hujung jari tangan kiri dengan telunjuk tangan kanan. Maka dilalukannya diatas belakang tapak tangannya yang kanan, maka apabila ia sampai kepada tulang pergelangannya maka dirapatkan sekelian hujung jarinya ditas tepi hastanya serta dilalukannya hingga sampai kepada sikunya, maka diedarkannya perut tapak tangannya kepada perut hastanya, maka dilalukannya diatasnya pada hal ibu jarinya diangkatkan, maka apabila sampai kepada tulang pergelangannya maka dilalukannya perut ibu jari kirinya diatas belakang ibu jari tangan kanannya. 1075. Kemudian maka dia menyapu tangan kirinya seperti kaifiat menyapu tangan kanannya itu. Kemudian maka dia sapukan perut tapak tangan kanannya serta perut jarinya kepada perut tapak tangannya yang kiri serta sekelian perut jarinya, dan dia menyelati antara jari-jari kedua tangannya. Maka kaifiat ini bersalah-salahan fuqaha’ pada sunatnya dan tidaknya. Maka tersebut didalam Raudhah dan Majmuk bahawa kaifiat itu sunat jua. 1076. Hanyasanya tidak wajib menyapukan salah satu daripada dua tapak tangannya kepada yang satu lagi kerana bahawa fardhu keduanya telah tertunai dengan menepukkan keduanya kepada tanah. Hanya sanya harus menyapu dua hasta dengan tanah yang pada dua tapak tangannya dari kerana ia belum bercerai, dan lagi kerana hajat kerana tidak dapat menyapu hasta dengan tapak tangan hasta itu jua. Maka adalah ia seperti berpindah air daripada sebahagian anggota kepada sebahagiannya yang berhampiran. 1077. Sebahagian daripadanya mendulukan sapu yang terkeatas daripada mukanya diatas yang terkebawah daripadanya seperti wudhuk. 1078. Sebahagian daripadanya mengurangkan debu daripada dua tapak tangannya jika ianya tebal dengan meniupnya atau barang sebagainya, hingga tinggal daripadanya kadar hajat, kerana mengikut perbuatan nabi sawm, supaya
tidak jadi keji rupanya kerana kebanyakkan debu pada mukanya. Dari kerana inilah tidak disunatkan mengulang sapu. Sunat bahawa dia menyapu debu daripada anggotanya hingga dia selesai daripada sembahyang. 1079. Sebahagian daripadanya mualat, artinya berturut-turut menyapu sekelian anggota tayammum dengan mentakdirkan tanah itu seperti air wudhuk. Demikian lagi mualat diantara tayammum dan diantara sembahyang. Inilah pada tayammum orang yang salim. Adapun tayammum orang yang sentiasa berhadath maka mualat padanya wajib seperti mana wudhuk. 1080. Sebahagian daripadanya menjarangkan jari-jari kedua tangannya tatkala menepukkannya ketanah kerana bahawa yang demikian itu lebih menggerakkan debu tanah itu. Maka jadi mudahlah meratakan sekelian muka dengan satu tangan sekali tepuk. Demikian lagi dua tangan.* 1081. Sebahagian daripadanya menanggalkan cincin pada tepuk yang pertama supaya adalah menyapu muka itu dengan sekelian jari tangannya. Adapun pada tepuk yang kedua maka wajib menanggalkan cincinnya supaya sampai debu kepada tempatnya. Tidak memada mengisar-ngisarkan cincin, bersalahan dengan wudhuk kerana bahawa tanah tidak sampai kepada apa yang dibawah cincin dengan mengisarkannya, bersalahan air. Akan tetapi wajib menanggalkan cincin itu hanyalah tatkala hendak menyapu jua, tidak tatkala memindahkan tanah. 1082. Sebahagian daripadanya melalukan tangan diatas anggota seperti menggosok pada wudhuk. Sebahagian daripadanya bahawa tidak berulang-ulang sapu kerana bahawa yang dituntut padanya adalah mengurangkan debu. Sebahagian daripadanya mengucap dua kalimah syahadah selepas daripadanya seperti wudhuk. 1083. Fasal pada menyatakan perkara yang membatalkan tayammum. Bermula, batal tayammum dengan apa yang membatakan wudhuk. Telah lalu kenyataanya pada tempatnya. Demikian lagi batal tayammum dengan riddah - nauzubilahi minha. Batal tayammum kerana sakit dengan sembuh daripadanya diluar sembahyang. Adapun jika dia sembuh didalam sembahyang maka iaitu seperti hukum mendapat air didalam sembahyang. Maka berlaku padanya tafsil yang lagi akan datang. 1084. Demikian lagi batal tayammum kerana ketiadaan air dengan melihat air sebelum masuk pada sembahyang sekalipun picik waktunya, kerana hadith Abu Zar sabda nabi sawm “ﻙ ﺩ ﺠ ﹾﻠ ﻪ ﺤ ﺴ ﻤ ﺀ ﻓﹶﺎ ﺎﺕ ﺍ ﹾﻟﻤ ﺩ ﹶ ﺠﺞ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﻭ ﺠﹴ ﺤ ﺭ ﺸ ﻋﹾ ﺀ ﺎ ﺍ ﹾﻟﻤﻡ ﹶﺘﺠﹺﺩ ﻭ ﹶﻟ ﻭﹶﻟ ﻙ ﻴ ﻓ ﺏ ﻜﹶﺎ ﺍ ” ﺍﻟ ﱡﺘﺭartinya : tanah itu memada bagi kamu sekalipun kamu tidak mendapat air sepuluh tahun. Maka apabila kamu mendapat air maka sentuhkan ia kepada kulit mu. Riwayat Hakim dan Turmizi. Dan lagi bahawa ia belum masuk kepada maksud maka adalah ia seperti jikalau dia melihat air didalam melakukan tayammumnya. 1085. Seperti melihat air adalah memperolehi harganya serta dapat membelinya. Maka batallah tayamumnya dengannya. Demikian lagi batal tayammum kerana ketiadaan air dengan mewahamkan ada air sekalipun hilang waham itu dengan segera kerana wajib mencarinya. Bersalahan dengan mewahamkan kain penutup aurat maka tidak wajib menutupnya kerana bahawa ghalib tidak mendapatnya dengan dicari kerana dikikirkan240 ia. 1086. Hasil waham itu dengan melihat sarab241 iaitu wap panas yang dilihat tatkala tengah hari yang bergerak-gerak seperti air, atau melihat awan242 yang hitam lagi meliputi berhampirannya atau melihat kafilah yang baru tiba atau 240
. kedekut. . alai-alai –fatamorgana. 242 . pada asal “pengarap”. 241
barang sebagainya daripada apa yang rasakan243 ada air bersamanya. Maka jika dia mendengar seorang berkata: ada pada aku air bagi orang yang ghaib, batallah tayammumnya kerana dia tahu ada air sebelum daripada mani’, atau dia kata : ada pada ku air bagi orang yang hadhir, wajib atasnya menuntutnya daripada orang itu, dan jika dia berkata : si anu mempunyai air, dan tidak diketahui oleh yang mendengar akan ghaibnya dan tidak diketahuinya hadhirnya wajib dia menanyakan daripadanya dan batal tayammumnya pada dua rupa masaalah ini. Jika didengarnya seorang berkata : ada pada ku air tawar atau air musta’mal atau air yang kena najis, batal tayamumnya. 1087. Bermula ujud air sebelum sempurna takbir ihram seperti ujudnya sebelum daripada masuk pada takbir jua. 1088. Ujud air atau wahamkan ujudnya membatalkan tayammum hanyalah jika ia tidak beserta dengan mani’ yang menegah daripada penggunaan air seperti dahaga dan binatang buas kerana ada air ketika itu seperti tidak adanya jua. Inilah perintah mendapat air diluar sembahyang seperti yang telah lalu kenyataannya. 1089. Adapun jika dia mendapat air didalam sembahyang dan tidak ada mani’ yang menegah daripada mengunakannya maka jika tayammum itu tidak menggugurkan kadhanya seperti bahawa dia tayammum pada tempat yang ghalib padanya ada air batallah tayammumnya. Maka janganlah disempurnakan sembahyangnya itu kerana tidak ada faedah pada menyempurnakannya kerana wajib mengkadhanya. Tidak kebilangan waham ujud air disini, bersalahan diluar sembahyang. 1090. Maka jika tayammum itu menggugurkan kadha sembahyang seperti bahawa dia tayammum pada tempat yang ghalib padanya ketiadaan air tidaklah batal tayammumnya, maka harus dia menyempurnakan sembahyangnya kerana bahawa ia telah masuk pada mengerjakan maksud. Adalah bandingannya seperti mendapat orang yang membayar kifarat akan sahaya selepas dia masuk pada mengerjakan puasa. 1091. Tidak ada beza pada yang demikian itu diantara sembahyang fardhu seperti zohor dan sembahyang jenazah dan sembahyang nafl seperti sembahyang hariraya dan witir. Harus pula baginya memutuskannya supaya dia berwudhuk dan sembahyang dengannya akan gantinya. Maka ianya terafdhal daripada menyempurnakannya. Adalah bandingannya seperti orang yang membayar kifarat memperoleh hamba pada pertengahan puasanya, supaya dia keluar dari khilaf orang yang mengharamkan menyempurnakannya. Melainkan jika picik waktu sembahyang fardhu maka haramlah memutuskannya seperti yang dijazamkan didalam Tahkik. 1092. Jika ditayammumkan mayat kerana ketiadaan air dan disembahyangkan sekalipun dengan wudhuk kemudian diperoleh air sekalipun kemudian daripada sembahyang wajiblah memandikannya dan menyembahyangkannya jika dia hadhir didalam negeri mayat itu244 kerana bahawa yang demikian itu kesudahan pekerjaannya maka hendaklah dikerjakan ihtiat baginya. 1093. Bermula, kiasnya bahawa barang siapa telah menyembahyangkan satu mayat dengan tayammum kemudian melihat air sebelum daripada ia ditanam wajib atasnya mengulangi sembahyangnya jika dia hadhir pada negerinya. Adapun orang yang musafir maka tidak lazim atasnya suatu daripada yang demikian itu samaada dia mendapat air didalam sembahyang atau terkemudian daripadanya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 243
. waham, iaitu rasa hati yang lemah
244
. iaitu jika dia berada pada tempat mayat itu.
1094. Jikalau dia melihat air didalam sembahyang yang gugur kadhanya dengan tayammumnya batallah tayammumnya itu dengan salamnya, sekalipun diketahuinya binasa air itu sebelum salamnya kerana tayammumnya itu jadi lemah dengan sebab melihat air. Adalah kehendaknya batal sembahyang yang ia didalamnya, tetapi kita salahi akan kehendak itu kerana menghormati sembahyang. Hendaklah dia memberi salam yang kedua kerana ia satu jumlah daripada sembahyang seperti bahasan imam Nawawi kerana mengikut bahasan Ruyani. 1095. Jikalau seorang perempuan berhaid yang tayammum kerana ketiadaan air melihat air sedang suaminya menjimaknya haramlah dia mentamkinkan suaminya, dan wajib atas suaminya menghela zakarnya kerana batal toharahnya. Tetapi jika suaminya sahaja yang melihat air tidak dia tidak wajib si suami itu mengeluarkan zakarnya kerana kekal toharahnya. 1096. Jikalau seorang yang tayammum untuk membaca Quran melihat air ditengah dia membaca Quran batallah tayammumnya kerana melihatnya, samaada dia niatkan membaca kadar yang maklum atau tidak, kerana tidak bertambat sebahagian bacaan Quran dengan sebahagian yang lain, kerana harus menceraikannya. Jikalau dia melihat air pada pertengahan tawafnya batallah tayammumnya kerana sebahagian tawaf itu tidak bertambat dengan sebahagian yang lain kerana harus menceraikannya. 1097. Jikalau seorang musafir melihat air ditengah sembahyangnya pada dia hal sembahyang qasar kemudian maka dia berniat mukim, atau seorang musafir yang sembahyang qasar berniat mentamamkan sembahyangnya tatkala ia melihat air batallah sembahyangnya kerana dimenangkan hukum mukim pada rupa masaalah yang pertama dan kerana mendatang perkara yang tidak mengharuskan qasar pada rupa masaalah yang pertama dan yang kedua dari kerana mentamamkan sembahyang qasar itu seperti memulakan sembahyang lain jua. 1098. Bermula, orang yang sembahyang sunat yang tidak meniatkan bilangan rakaat apabila dia nampak air sebelum dua rakaat, janganlah dia melampaui dua rakaat, hanya hendaklah dia memberi salam daripada dua rakaat jua kerana ia adalah yang lebih disunatkan lagi yang maklum pada sembahyang-sembahyang sunat. Maka hendaklah disempurnakannya rakaat yang dia nampak air didalamnya. 1099. Adapun jika dia meniatkan bilangan rakaat sebelum daripada nampak air sekalipun dia menambahnya diatas apa yang dia niatkan ketika takbir ihram maka hendaklah dia sempurkanan apa yang dia niatkan itu, samaada yang diniatkannya itu satu rakaat atau dua rakaat atau lebih kerana mengamalkan niatnya. Janganlah dia melebihkan diatasnya kerana melebihkan itu seperti memulakan sembahyang yang lain. 1100. Syahadan. Telah terdahulu perkataan bahawa tidak disembahyangkan dengan satu tayammum melainkan satu fardhu jua, dan harus dikerjakan dengannya serta satu fardhu akan beberapa sunat yang dikehendakinya dan beberapa sembahyang jenazah. 1101. Maka kalau seorang lupa satu sembahyang daripada sembahyang yang lima waktu dan tidak diketahuinya akan ‘ainnya wajib atasnya menyembahyangkan kelima-limanya kerana tidak diyakinkan lepas zimmahnya melainkan dengan mengerjakan sekeliannya. Memadainya bagi sekelian sembahyang itu satu tayammum kerana bahawa yang fardhu itu satu jua, hanya wajib mengerjakan yang selainnya supaya ia menjadi jalan kepada yakin lepas zimmahnya jua.
1102. Jikalau seorang lupa dua sembahyang daripada sekelian sembahyang yang lima waktu dan dia tahu keadaan keduanya itu bersalah-salahan seperti zohor dan asar daripada sehari atau dua hari, tetapi tidak diketahuinya akan ain keduanya adakah keduanya zohor dan asar atau maghrib dan isyak atau selainnya, hendaklah dia kerjakan tiap-tiap satu sembahyang daripada yang lima itu dengan satu tayammum. Maka dia sembahyangkan lima sembahyang itu dengan lima kali tayammum. Inilah jalan Ibnu al Fadh . 1103. Harus pula dia mengerjakannya dengan dua tayammum sebilang sembahyang yang dia lupakan. Maka dia sembahyang dengan tayammum pertama empat sembahyang seperti zohor dan asar dan maghrib dan isyak dengan berturut-turut dan dia sembahyang dengan tayammum yang kedua empat sembahyang yang tidak ada daripadanya sembahyang yang dia mula dengannya pada tayammum yang pertama seperti subuh dan asar dan maghrib dan isyak. Maka lepaslah dia dengan yakin kerana dia telah sembahyangkan yang lain daripada zohor dan subuh dengan dua tayammum. Maka jika dua sembahyang yang dia lupakan itu pada sembahyang yang lain daripada zohor dan subuh nescaya terbayarlah tiap-tiap daripada keduanya dengan satu tayammum. Inilah jalan Ibnu al Hadad yang masyhur dan ia adalah yang dibilangkan oleh mereka itu sebagai jalan yang baik. 1104. Adapun jika dia tidak meninggalkan245 sembahyang yang dia mula dengannya246 maka tidaklah dia lepas dengan yakin kerana ihtimal bahawa dua sembahyang yang dia lupakan itu adalah isyak dan satu sembahyang yang selain subuh. Maka dengan tayammum yang pertama sahlah satu sembahyang yang selain isyak, maka tinggallah sembahyang isyak diatasnya. Dan dengan tayammum yang kedua tidak dia sembahyangkan isyak. 1105. Adapun jika dua sembahyang yang dia lupakan itu muafakat dan tidak dia tahukan ain keduanya, tidaklah muafakat keduanya itu melainkan daripada dua hari, maka hendaklah dia sembayangkan sembahyang yang lima itu dua kali dengan dua tayammum kerana bahawa yang fardhu didalam tiap-tiap sekali tayammum itu satu jua, maka gugurlah ia dengan tayammum itu dan barang yang lain daripada itu maka adalah sebagai jalan bagi melepaskan zimmah247 dengan yakin jua. 1106. Syahadan. Barang siapa tidak mendapat air dan tanah seperti dia ditahan pada satu tempat yang tidak ada padanya suatu daripada keduanya atau ada padanya tanah basah tetapi tidak ada baginya pengupah untuk mengeringkannya wajiblah dia sembahyang fardhu yang tunai sekalipun ianya jumaat. Tetapi tidak dikira dia daripada empat puluh kerana kurangnya. Wajib diatasnya sembahyang itu hanyalah kerana menghormati waktu seperti orang yang lemah daripada kain penutup aurat dan mengadap kiblat dan daripada menghilangkan najis. 1107. Ianya adalah sembahyang yang sahih, melanggar sumpah dengan mengerjakannya orang yang bersumpah tidak mengerjakan sembahyang dan haram keluar darinya dan terbatal ia dengan hadath dan seumpamanya seperti melihat air atau tanah, sekalipun pada tempat yang tidak gugur kadha sembahyang. Harus mengerjakannya pada awal waktu seperti yang tersebut didalam Tuhfah. 1108. Wajib diatasnya mengulangi sembahyangnya jika dia mendapat air atau tanah, tetapi tidak wajib atasnya mengulang sembahyang dengan mendapat tanah untuk tayammum melainkan pada tempat yang gugur dengannya kadha 245
. pada tayammum kedua . . .
246 247
. pada tayammum yang pertama maka . . . . tanggungan diri.
sembahyang. Jika yang disembahyangkannya itu fardhu jumaat wajib dia mengulangnya dengan zohor. 1109. Seperti orang yang ketiadaan air dan tanah adalah orang yang ada pada badannya najis yang ditakuti daripada menghilangkannya terjadi sakit yang mengharuskan tayammum, dan orang yang ditahan diatas najis. 1110. Keluar dengan sembahyang fardhu yang tunai oleh sembahyang sunat dan fardhu kadha dan selainnya. Maka tidak harus baginya mengerjakan sembahyang sunat dan sembahyang fardhu kadha dan menyentuh mushaf dan demikian lagi membaca Quran yang selain fatihah didalam sembahyang, sama seperti tidak harus baginya membaca Quran diluar sembahyang, dan berhenti didalam masjid jika dia berjunub. 1111. Bermula, wajib kadha diatas orang yang sembahyang dengan tayammum kerana dingin, sekalipun didalam safar kerana nadir ketiadaan apa yang boleh dia hangatkan air dengannya atau apa yang dia selimutkan dengannya akan anggotanya. Demikian lagi wajib kadha atas orang yang tayammum kerana ketiadaan air pada tempat yang ghalib padanya ada air seperti didalam negeri, sekalipun dia musafir kerana nadir padanya ketiadaan air. Bersalahan yang tayammum kerana ketiadaan air pada tempat yang ghalib padanya ketiadaannya atau bersamaan padanya adanya dan tidak adanya. Maka tidak wajib atasnya kadha sekalipun dia bermukim disana. 1112. Bermula, tempat yang dikira padanya ghalib ada air atau ghalib tidak adanya adalah tempat tayammum jua bukan tempat sembahyang. Maka kalau seorang tayammum kerana ketiadaan air pada tempat yang ghalib padanya ada air dan dia sembahyang pada tempat yang lain yang ghalib padanya ketiadaan air wajib dia mengkadha sembahyangnya kerana mengambil kira tayammum. Bersalahan dengan ‘akasnya. Masaalah ini difaham daripada ibarat Tuhfah. Bersalahan yang tersebut didalam Mughni dan Nihayah. 1113. Demikian lagi wajib kadha atas orang yang tayammum kerana ketiadaan air atau kerana sakit didalam safar yang maksiat seperti hamba yang lari dari tuannya dan isteri yang derhaka kepada suaminya, kerana gugur kadha dengan tayammum itu adalah rukhsah maka tidak dipertambatkan ia dengan safar yang maksiat 1114. Tidak wajib kadha atas orang yang tayammum pada selain safar maksiat kerana sakit atau luka yang menenegah daripada menggunakan air pada sekelian anggotanya atau pada satu anggotanya, jika tidak banyak darah lukanya dan tidak ada diatasnya satir yang diletakkan diatas wudhuk yang sempurna dan bukan ia pada anggota tayammum. 1115. Adapun jika pada lukanya itu ada darah yang banyak yang tidak dimaafkan seperti ianya terhasil dengan perbuatan dirinya dengan sengaja atau ia melampaui tempatnya atau diletakkan satir itu diatas hadath atau diatas wudhuk tapi berada pada anggota tayammum maka pada ketiga rupa masaalah ini wajib atasnya kadha sekalipun tidak wajib menanggalkan satir itu kerana dia menanggung najis yang tidak dimaafkan pada rupa masaalah yang pertama dan kerana luput syarat meletakkan satir diatas wudhuk pada rupa masaalah yang kedua dan kerana kurang ganti dan yang diganti pada rupa masaalah yang ketiga. 1116. Wajib menanggalkan satir jika dia tidak takutkan mudharat yang mengharuskan tayammum samaada ia diletakkan diatas wudhuk atau diatas hadath. Jika dia takutkannya maka tidak wajib atasnya menanggalkannya. Tetapi tempat wajib menanggalkan satir dan tempat tafsil yang telah tersebut itu adalah satir yang menutup daripada anggota yang sahih sekadar istimsak.
1117. Adapun satir yang tidak menutupnya hanya ia menutup kadar yang sakit jua maka tidak wajib diatasnya menanggalkannya. Tidak wajib kadha diatasnya samaada ia diletakkan diatas wudhuk atau diatas hadath kerana bahawa ada satir itu seperti tiadanya. 1118. Bermula, membezakan satir diantara keadaannya pada anggota tayammum dan keadaannya pada anggota yang lain daripadanya adalah yang disebutkan oleh imam Nawawi didalam Raudhah dan ia adalah apa yang berjalan diatasnya syeikh Islam didalam Minhaj. Kata syeikh Khatib Syarbini : ia adalah yang paling ada wajah, dan kata syeikh Ramli : ia adalah yang muktamad. Kalam syeikh Ibnu Hajar didalam Imdad dan syarah Mukhtasar Bafadhal menghendaki mentarjihkannya. Adapun kalam imam Nawawi didalam Majmuk maka ia menghendaki mendhaifkannya dan bahawa tidak ada beza diantara satir pada anggota tayammum atau anggota yang lainnya. Zahir ibarat Tuhfah mengiktimadkan kalam Majmuk itu.
س ِ ﺿ ِﺔ وَاﻟ ﱢﻨﻔَﺎ َ ﺳ ِﺘﺤَﺎ ْ ﺾ وَا ِﻻ ِ ﺤ ْﻴ َ ب ا ْﻟ ُ ﺑَﺎ xx BAB HAID DAN ISTIHADHAH DAN NIFAS 1119. Ini bab pada menyatakan haid. 1120. Fasal pada menyatakan haid. Bermula arti haid pada bahasa: mengalir ( )اﻟﺴﻴﻼنdan arti haid pada syara’: darah tabi’e yang keluar daripada penghujung rahim perempuan pada ketika sihat tubuhnya didalam waktu-waktu yang tertentu. 248
1121. Bermula, asal pada haid itu firman Allah “ ﻋ َﺘ ِﺰﻟُﻮا ْ ﻞ ُه َﻮ َأذًا ﻓَﺎ ْ ﺾ ُﻗ ِ ﺤ ْﻴ ِ ﻦ ا ْﻟ َﻤ ِﻋ ِ ﻚ َ ﺴ َﺌُﻠ ْﻮ َﻧ ْ َو َﻳ .ﻻ َﺗ ْﻌ َﺘ ُﺪ ْوهَﺎ َ ﷲ َو ُ ﺚ َأ َﻣ َﺮ ُآ ُﻢ ا ُ ﺣ ْﻴ َ ﻦ ْ ن ﻓَﺂُﺗ ْﻮ ُهﻦﱠ ِﻣ َ ﻄ ﱠﻬ ْﺮ َ ن َﻓِﺈذَا َﺗ َ ﻄ َﻬ ْﺮ ْ ﺣﺘﱠﻰ َﻳ َ ﻻ َﺗ ْﻘ َﺮ ُﺑ ْﻮ ُهﻦﱠ َ ﺾ َو ِ ﺤ ْﻴ ِ ” اﻟ ﱢﻨﺴَﺎ َء ﻓِﻰ ا ْﻟ َﻤ, artinya : dan mereka bertanya kepada kamu wahai Muhammad tentang haid…Katakanlah; ianya adalah darah yang cemar…Maka hendaklah kamu mengasingkan perempuan-perempuan (tinggalkan jimak) pada ketika haid. Jangan kamu hampiri mereka itu dengan jimak hingga mereka suci daripadanya. Maka apabila mereka telah suci maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang Allah taala perintahkan menjauhinya pada ketika haid itu, iaitu faraj. Jangan kamu melampauinya kepada yang lainnya. 1122. Dan sabda nabi s.a.w.m “ت ﺁ َد َم ِ ﻋﻠَﻰ َﺑﻨَﺎ َ ﷲ ُ ﻲ ٌء َآ َﺘ َﺒ ُﻪ ا ْ ﺷ َ ” َهﺬَا, artinya : inilah suatu yang telah disuratkan oleh Allah atas anak-anak perempuan Adam, iaitu haid. Riwayat Bukhari dan Muslim. 1123. Sekurang-kurang tahun haid itu sempurna sembilan tahun Qamariah dengan takrib249, tidak dengan tahdid. Maka jikalau seorang perempuan melihat darah sebelum daripada sembilan tahun; kadar yang tiada memuatkan sekali haid dan sekali suci iaitu lima belas hari atau kurang maka darah yang dilihatnya itu haid jua. Bersalahan jikalau kurangnya daripada sembilan tahun itu kadar yang memuatkan sekali haid dan sekali suci iaitu lima belas hari atau lebih. Maka darah yang dilihatnya itu darah rosak, bukan darah haid. 1124. Sekurang-kurang masa haid adalah kadar sehari semalam dalam keadaan ia berhubung iaitu dua puluh empat jam. Yang dikehendaki dengan berhubung ini adalah bahawa umpama kapas jikalau dimasukkan ia kedalam faraj nescaya
248 249
. دم ﺟﺒﻠﺔ ﻳﺨﺮج ﻣﻦ أﻗﺼﻰ رﺣﻢ اﻟﻤﺮأة ﻓﻰ ﺣﺎل اﻟﺼﺤﺔ ﻓﻰ أوﻗﺎت ﻣﺨﺼﻮﺻﺔ . taqrib - dekat-dekat, maka dimaafkan kurang sedikit. Tahdid – tepat.
berlumur ia dengan darah. Sekalipun tiada keluar darah itu kepada tempat yang wajib membasuhnya ketika istinja. 1125. Dikaitkan darah yang kadar sehari semalam itu dengan keadaannya berhubung hanyalah kerana tujuan menyatakan sekurang-kurang haid. Tidak boleh tergambar sekurang-kurangnya melainkan dengan berhubung. Ini kerana, jika darah itu tidak berhubung, iaitu terputus-putus keluarnya maka tidak sunyi ada kalanya perhimpunan darah yang bercerai itu sampai sehari semalam, atau tidak. Maka jika sampai, lazimlah lebih darah itu dari sekurang-kurangnya kerana niqa’ pada selang-selang darah-darah itu adalah juga haid, seperti darah itu sendiri. Jika tiada sampai perhimpunannya sehari semalam maka ianya bukan haid. 1126. Sebanyak-banyak masa haid itu lima belas hari lima belas malam sekalipun tidak berhubung. Yang ghalib masa haid itu enam hari atau tujuh hari. Semua itu sabit ia dengan periksa (istiqra’) imam kita Syafie’. 1127. Sekurang-kurang masa suci diantara dua haid itu lima belas hari lima belas malam kerana didalam sebulan pada ghalibnya tidak sunyi daripada sekali haid dan sekali suci, jadi apabila sebanyak-banyak haid itu lima belas hari lazim bahawa sekurang-kurang suci lima belas hari juga. 1128. Keluar dengan ‘antara dua haid’ oleh suci antara haid dan nifas. Maka harus bahawa ia kurang daripada lima belas hari, samaada terdahulu haid daripada nifas atau terkemudian ia daripadanya. 1129. Rupa masaalah terdahulu haid daripada nifas : seorang perempuan yang bunting melihat darahnya kadar sehari semalam atau lebih kemudian dia beranak, selepas daripada putus darahnya satu jam, umpamanya. Maka darah yang dilihatnya sebelum daripada beranak itu adalah darah haid dan yang keluar selepas daripada beranak itu adalah darah nifas. Masa suci antara keduanya pada contoh ini satu jam. 1130. Rupa masaalah terkemudian haid daripada nifas: seperti putus darah nifas selepas daripada enam puluh hari, selepas daripada satu jam umpamanya keluar darah kadar sehari semalam atau lebih. Maka darah yang keluar itu darah haid. Masa suci antara keduanya pada contoh ini satu jam. 1131. Adapun jika putus darah nifas didalam enam puluh hari kemudian keluar darah kadar sehari semalam atau lebih, sebelum daripada sempurna enam puluh hari itu maka darah yang keluar itu darah nifas jua bukan darah haid. Melainkan jika ia keluar selepas daripada lima belas hari, maka darah itu adalah darah haid. 1132. Tiada had bagi sebanyak-banyak suci kerana terkadang seorang perempuan tiada berhaid didalam seumur hidupnya melainkan sekali sahaja, dan terkadang dia tiada berhaid sekali-kali didalam seumur hidupnya. 1133. Yang ghalib daripada masa suci adalah masa yang tinggal daripada sebulan selepas daripada ghalib haid itu. Telah terdahulu bahawa ghalib haid itu enam hari atau tujuh hari maka ghalib suci itu dua puluh empat atau dua puluh tiga hari. Ini sekiranya bulan itu genap tiga puluh hari. Sekiranya ia kurang sehari semalam maka ghalib suci itu dua puluh dua atau dua puluh tiga. 1134. Jika umpamanya berlaku adat seorang perempuan atau lebih dengan menyalahi had darah yang paling kurang atau had yang paling banyak yang telah tersebut itu tidak diikuti adat itu kerana menyalahi periksa imam kita Syafie’ dan sekelian ulamak yang mana periksa mereka itu terlebih sempurna. Meninggalkan darahnya itu diatas darah rosak adalah terutama daripada menyalahi keberkekalan adat yang sabit dengan pemeriksaan mereka itu. 1135. Haram dengan sebab haid dan nifas oleh apa yang haram dengan sebab janabah, daripada sembahyang, tawaf, sujud tilawah, sujud syukur, khutbah
jumaat, menyentuh mashaf, berhenti didalam masjid dan membaca Quran dengan kasad Quran. Haram pula lebih daripada yang tersebut itu lima perkara. 1136. Pertamanya: lalu didalam masjid, jika dia takut menitik darahnya, kerana memelihara masjid daripada kena najis. Jika dia tidak takut, maka tidaklah haram, hanya makruh sahaja. Sama seperti orang yang berhaid adalah tiap-tiap orang yang ada pada badannya atau kasut yang ditanggungnya najis yang basah. Maka haram atasnya lalu didalam masjid. Tetapi jika dia tidak takut akan demikian itu maka tidak haram dan tidak makruh. Inilah perbezaan diantaranya dan perempuan perempuan yang berhaid. 1137. Keduanya: mandi atau tayammum kerana mengangkatkan hadath atau kerana ibadat. Maka ianya haram melainkan segala mandi sunat pada haji, maka ianya sunat. 1138. Ketiganya: puasa, maka ianya haram lagi tiada sah, dengan ijmak…kerana sabda nabi s.a.w.m “ ﺼ ْﻢ ُ ﺼﻞﱢ َوَﻟ ْﻢ َﺗ َ ﺖ ا ْﻟ َﻤ ْﺮَأ ُة َﻟ ْﻢ ُﺗ ِ ﺿ َ ﺲ ِإذَا ﺣَﺎ َ “ َأَﻟ ْﻴ, artinya: bukankah apabila seorang perempuan berhaid tiada dia sembahyang dan tiada puasa, artinya haram keduanya atas dia. Riwayat Bukhari dan Muslim. Walaubagaimanapun wajib dia mengkadha puasa, bersalahan sembahyang. Maka tiada wajib dia mengkadhanya kerana hadith Muslim daripada A’isyah r.a, katanya “ ُآﻨﱠﺎ ُﻧ ْﺆ َﻣ ُﺮ ِﺑ َﻘﻀَﺎ ِء ﻼ ِة َﺼ ﻻ ُﻧ ْﺆ َﻣ ُﺮ ِﺑ َﻘﻀَﺎ ِء اﻟ ﱠ َ ﺼ ْﻮ ِم َو ”اﻟ ﱠ, artinya : adalah kami diperintah mengkadha puasa dan tidak diperintah mengkadha sembahyang. Lagi pula kerana sembahyang itu banyak maka masyaqqah mengkadhanya, bersalahan puasa. 1139. Apabila tiada wajib dia mengkadha sembahyang maka adakah sunat dia mengkadhanya atau makruh atau haram? Bersalah-salahan ulamak pada yang demikian itu atas dua kaul. Kata satu jamaah daripada ulamak mutaqaddimiin seperti Ibnu Shabbagh dan Ruyani dan Ibnu U’jail: makruh dia mengkadhanya. mengi’timad pendapat ini Syeikhul Islam dan syeikh Ramli. Kata Baidhawi: haram atas dia mengkadhanya. Ibnu Sholah dan imam Nawawi mengakui pendapat ini dan syeikh Jalalul Mahalli jazam dengannya dan syeikh Ibnu Hajar merajihkannya. 1140. Apabila hukum mengkadhanya itu makruh atau haram adakah sah sembahyangnya atau tiada sah? Maka yang dirajihkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ibnu Hajar didalam Mughni dan Tukhfah adalah bahawa tidak sah sembahyangnya, dan yang dirajihkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah adalah sah sembahyangnya. 1141. Keempatnya : menyentuh apa yang diantara pusat dan lututnya dengan tiada berlapik sekalipun tanpa syahwat, samaada sentuh itu dengan tangan atau dengan kaki atau dengan zakar atau dengan lain daripadanya, dan samaada sentuh dengan zakar itu dengan tiada setubuh serta tiada berlapik atau dengan setubuh sekalipun dengan berlapik. Maka sekelian itu haram dengan sebab haid dan nifas. Kata sebahagian ulamak: tiada haram menyentuh apa yang diantara pusat dan lututnya dengan selain setubuh. 1142. Setubuh pada faraj perempuan didalam masa masih keluar darahnya itu dosa besar jika dia tahukan haramnya, lagi dengan sengaja, lagi dengan ikhtiarnya. Barang siapa yang menghalalkannya jadilah dia kafir. Adapun mengiktikadkan halal setubuh kemudian daripada putus darah dan sebelum mandi atau pada akhir darah dan dhaifnya seperti ia bewarna kuning atau keruh maka tidaklah dia kufur dengannya, seperti yang tersebut didalam al Anwar dan lainnya kerana khilaf ulamak pada yang demikian itu 1143. Kelimanya : talak, dengan syarat-syaratnya yang akan datang pada babnya, maka ianya haram, kerana terhasil masyaqqah bagi perempuan yang ditalakkan dengan sebab lanjut masa i’ddahnya, kerana masa haid dan nifas itu tiada dikirakan daripada i’ddah.
1144. Apabila putus darah haid dan nifas halal baginya mandi kerana mengangkatkan hadath atau tayammum. Tidak halal sebelum daripada mandi atau tayammum itu segala perkara yang diharamkan melainkan dua perkara. Pertama: puasa kerana telah hilang sebab haramnya, iaitu khusus haid, bkanlah sebab haramnya itu umum keadaan haid itu hadath dengan dalil tiada haram puasa atas yang berjunub kerana jika sebab haram puasa umum keadaan haid itu hadath nescaya haramlah puasa atas yang berjunub. Keduanya: talak kerana hilang i’llat haramnya, iaitu melanjutkan i’ddah. Adapun selain puasa dan talak maka ianya tidak halal melainkan selepas mandi atau tayammum. 1145. Arti istihadhah pada syarak: darah penyakit yang keluar daripada hujung urat dibawah rahim perempuan diluar masa sebanyak-banyak haid dan diluar masa sebanyak-banyak nifas, samaada ia keluar mengiringi darah haid atau tidak. Kata sebahagian ulamak : istihadhah itu tertentu pada darah yang berhubung dengan darah haid, selain daripada itu darah fasad bukan istihadhah. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah Bafadhal : khilaf itu kembali kepada lafaz jua. 1146. Istihadhah adalah hadath yang berpanjangan, bandingannya seperti kumuh atau wadi atau mazi yang sentiasa keluar. Maka ia tidak menegah sembahyang dan puasa dan setubuh dan barang sebagainya. Maka tidak diharamkan diatas mustahadhah250 dan orang yang sentiasa keluar kumuh atau wadi atau mazi apa yang diharamkan atas perempuan yang berhaid dan bernifas. 1147. Wajib atas mustahadhah membasuh farajnya. Kemudian jika tiada tertahan darahnya daripada keluar melainkan dengan sumbat251 maka wajib dia menyumbat farajnya dengan umpama kapas jika tidak kesakitan dia dengan sumbat itu disebab terkurung darahnya dan jika dia tidak berpuasa. Jika tidak, memadainya oleh sumbat sebab banyak darah serta tiada tertahan darah dan tiada kurang melainkan dengan cawat maka wajib pula dia bercawat dengan kaifiat cawat yang masyhur jika tiada kesakitan dia dengan bercawat. 1148. Adapun jika dia kesakitan dengan keduanya maka tiada wajib keduanya. Jika dia berpuasa wajib dia menanggalkan sumbat pada siang hari. Jikalau keluar darah kemudian daripada sumbat dan bercawat dengan tiada ada kecuaian pada menyumbat dan mengikat cawat itumaka ianya tidak mengapa. 1149. Wajib atasnya selepas bercawat itu mengambil wuduk atau bertayammum. Wajib keadaan membasuh faraj, menyumbatnya, bercawat dan mengambil wuduk atau bertayammum bagi tiap-tiap fardhu didalam waktunya, sekalipun jika tiada beralih cawat itu dari tempatnya dan tiada nyata darah pada sekelian pihaknya. Tidak memadai mengerjakan segala yang tersebut itu sebelum daripada masuk waktu, sama seperti hukum tayammum. 1150. Wajib dia mengerjakan empat perkara ini dengan tertib seperti yang tersebut itu dengan tiada berlambatan, seperti disumbatnya farajnya mengiringi istinja’, bercawat mengiringi menyumbat dan mengambil wuduk atau bertayammum mengiringi bercawat dengan tiada berlambatan. Maka tiada harus dia melambatkan tiap-tiap yang terkemudian daripada perkara yang mendahuluinya. 1151. Tatkala dia selesai mengambil wuduk atau tayammum wajib dia segera mengerjakan sembahyang kerana mengurangkan hadath barang sedapatnya, tetapi tiada mengapa terlambat sedikit kerana maslahat sembahyang seperti menutup aurat, ijtihad pada kiblat, menanti jamaah, menjawab orang yang azan 250 251
. perempuan yang istihadhah. . pada asal “ ”ﲰﻔﻞsumpel atau sumpal.
dan iqomah dan barang sebagainya daripada kesempurnaan yang dituntut kerana sembahyang. Maka jika dia terlambat dengan selain maslahat sembahyang seperti makan umpamanya batallah wuduknya. Maka wajib dia mengulangi sekelian yang tersebut itu sepertimana apa yang telah terdahulu keterangannya. 1152. Jika putus darah istihadhah selepas berwuduk atau ketika berwuduk wajib dia membasuh farajnya dan berwuduk atau bertayammum kerana ihtimal sembuhnya daripada istihadhah itu kerana asal adalah tidak kembali keluar darah itu. Wajib pula dia mengulang sembahyang yang telah dikerjakannya dengan toharahnya yang terdahulu itu kerana nyata batalnya. Melainkan jika keluar semula darahnya pada masa yang hampir sekira-kira tiada sempat dia mengerjakan toharah yang lain dan sembahyang didalam masa putus darah itu, samaada teradat kembali darahnya atau tidak, atau dizankannya hampir kembalinya dengan adat atau dengan khabar orang yang kepercayaan sebelum dapat mengerjakan toharah dan sembahyang. Maka tidak wajib dia berwuduk pula kerana kekal wuduknya dengan halnya dan sembahyanglah dia dengannya. Melainkan jika lanjut masa itu atas menyalahi adatnya sekira-kira ia meluluskan toharah dan sembahyang. Maka batal wuduknya dan sembahyang yang telah dikerjakan dengan wuduk itu. 1153. Adapun orang yang sentiasa keluar kumuh atau wadi atau mazi maka dia itu seperti mustahadhah juga pada segala perintah yang tersebut itu. Tiada harus bagi umpama orang yang sentiasa keluar kumuh itu menggantung umpama buluh pada zakarnya supaya menitik kumuhnya kedalamnya kerana dia menanggung najis pada selain tempatnya dengan tidak ada dharurat. Maka tiada sah sembahyang sertanya. 1154. Masaalah. Jika tiada tertahan kumuh orang yang sentiasa keluar kumuh daripada keluar melainkan dengan duduk maka wajib dia sembahyang duduk. 1155. Orang yang sentiasa keluar mani wajib dia mandi bagi tiap-tiap fardhu. Orang yang luka yang sentiasa mengalir darahnya atau nanahnya adalah seperti hukum mustahadhah jua pada hukum wajib membasuh darah dan wajib membalut bagi tiap-tiap fardu, tidak pada hukum yang lain. 1156. Apabila seorang perempuan yang berumur sembilan tahun atau lebih melihat darahnya keluar kadar sehari semalam atau lebih dan tidak ia melampaui lima belas hari dan tidak ada tinggal atasnya oleh baki daripada suci yang lalu maka darah yang dilihatnya dan selang-selangnya yang tiada keluar darah itu adalah haid sekeliannya, samaada perempuan itu baharu haid atau sudah beradat haid, samaada ia muafakat dengan adatnya atau bersalahan dan samaada darah itu diatas satu sifat seperti hitam sekeliannya atau merah sekeliannya atau kuning sekeliannya, atau ianya diatas beberapa sifat. 1157. Maka jika dia melihat darah hitam lima hari kemudian keluar darah merah nescaya dihukumkan darah hitam dan merah itu haid sekeliannya dengan syarat jika putus darahnya tatkala genap lima belas hari atau dahulu daripadanya. Maka jika tiada putus darahnya bahkan ianya berkekalan maka haidnya itu darah hitam yang lima hari itu sahaja, dan yang merah itu darah istihadhah. Lagi akan datang kenyataannya. 1158. Adapun jika tinggal pada perempuan itu baki daripada suci yang terdahulu seperti dilihatnya tiga hari darah kemudian dilihatnya dua belas hari niqa’, tiada keluar darah, kemudian dilihatnya tiga hari darah kemudian putus ia, maka darah tiga hari yang pertama itulah haid dan darah tiga hari yang kemudian itu darah rosak. Ianya serta dua belas hari niqa’ yang dahulunya itu hukum suci. Jika tidak putus yang demikian itu malahan berkekalan, maka ditilik, jika dia itu seorang
yang baharu berhaid maka adalah haidnya kadar sehari semalam jua, dan jika dia sudah beradat haid maka hendaklah dia mengamalkan adatnya, pada kadar haidnya dan waktunya. Lagi akan datang kenyataannya. 1159. Apabila seorang perempuan yang sudah beradat haid melihat darahnya lima hari pada permulaan bulan sepertimana adatnya kemudian putus empat belas hari kemudian kembali keluar darah itu hingga berkekalan. Maka sehari semalam daripada permulaan darah yang kembali keluar itu hukum suci seperti empat belas hari yang sebelumnya, dan lima hari yang kemudiannya itu dihukumkan haid. Kemudian, sentiasalah berkekalan daurnya252 itu dua puluh hari. 1160. Apabila seorang perempuan melihat darahnya keluar pada masa terboleh kedatangan haid wajib dia meninggalkan sembahyang dan puasa dan barang sebagainya, daripada apa yang haram dengan sebab haid. Kemudian, jika putus darah itu sebelum genap sehari semalam nyatalah darah itu bukan haid. Maka wajib dia mengkadha sembahyang dan puasanya yang dia tinggalkan dalam masa itu. Jika putus darah itu selepas daripada sehari semalam nyatalah darah itu haid jua. 1161. Demikian lagi dengan semata-mata putus darah haid yang alamatnya jika dimasukkan kapas kedalam farajnya kemudian dikeluarkan nescaya adalah ia putih dengan bersihnya wajiblah dia mandi untuk mengerjakan ibadat seperti sembahyang dan puasa dan barang sebagainya. Kemudian jika ia kembali keluar sebelum genap lima belas hari wajib pula dia meninggalkan sembahyang, puasa dan barang sebagainya. Jika putus darah itu wajib pula atasnya mengerjakan ibadat yang tersebut itu. Demikianlah, hingga lalu lima belas hari. Maka pada ketika itu dikembalikan perempuan itu kepada adatnya jika dia sudah beradat haid, atau dihukumkan haidnya sehari semalam jika dia baharu kedatangan haid. 1162. Jika darahnya itu tidak melintasi lima belas hari nyatalah bahawa sanya setiap darah dan selang-selangnya yang tiada keluar darah itu adalah haid jua. Jadi pada bulan yang kedua dan yang ketiga dan yang kemudiannya hendaklah diperamalkan hukum haid dan suci seperti pada bulan yang pertama jua. 1163. Apabila darah seorang perempuan melampaui sebanyak-banyak haid dan dinamakan dia mustahadhah maka ada kalanya dia itu baharu berhaid atau sudah beradat haid. Setiap daripada keduanya adakalanya dapat membezakan sifat darah atau tiada dapat membezakannya. Yang sudah beradat haid itu adakalanya ingatkan kadar haidnya, darah dan waktunya, atau lupakan keduanya atau salah satu daripada keduanya. Inilah tujuh bahagian perempuan mustahadhah. 1164. Maka jika dia baharu kedatangan haid lagi dapat membezakan sifat darahnya seperti dilihatnya darah kuat seperti hitam dan lemah seperti merah maka darah yang lemah itu istihadhah sekalipun lanjut masanya dan darah yang kuat itu haid dengan syarat : jika tidak kurang ia daripada sekurang-kurang haid tiada lampau ia akan sebanyak-banyaknya tiada kurang yang lemah itu daripada sekurang-kurang suci berturutturut, seperti ianya lima belas hari dengan keadaannya berhubung, untuk dijadikan ia suci antara dua haid, samaada terdahulu darah yang kuat itu diatas yang lemah atau terkemudian atau jatuh ia pada pertengahan. 1165. Maka jika tidak diperoleh satu daripada syarat yang tersebut itu seperti kurang darah yang kuat itu daripada sekurang-kurang haid atau melampaui sebanyak-banyaknya atau kurang darah yang lemah daripada sekurang-kurang 252
. putaran – kitaran haidnya.
suci atau ianya tiada berturut-turut seperti dilihatnya darah sehari hitam dan sehari merah dan kekal seperti demikian itu, maka perempuan itu ketiadaan syarat tamyiz, artinya pembezaan. Lagi akan datang hukumnya. Bersalahan dengan keadaan jikalau dilihatnya darah hitam sehari semalam kemudian dilihatnya darah merah berkekalan hingga beberapa tahun yang banyak maka yang lemah itu sekeliannya suci kerana sebanyak-banyak suci tidak ada had baginya. 1166. Syarat yang ketiga itu1 tempatnya jika berkekalan darah. Adapun jika ianya putus seperti dilihatnya sepuluh hari darah hitam dan sepuluh hari darah merah, dan putus maka hendaklah dia mengamalkan tamyiznya. Maka haidnya adalah sepuluh hari darah hitam sahaja, sekalipun jika yang lemah itu kurang daripada lima belas hari. 1167. Demikian lagi, jikalau dia melihat lima hari darah hitam lima hari darah kuning kemudian enam hari darah merah, atau dia melihat tujuh hari darah hitam kemudian tujuh hari darah merah kemudian tiga hari darah hitam, hendaklah dia mengamalkan tamyiznya. Maka haidnya darah hitam yang pertama diatas kaul yang muktamad yang disahkan oleh imam Nawawi didalam at-Tahkik dan berjalan diatasnya kebanyakkan fuqaha mutaakhirin. tetapi tempatnya jika putus darah itu. Adapun jika darah itu kekal maka perempuan itu ketiadaan syarat tamyiz. 1168. Dikenal kuat darah dengan warna dan dengan kasar dan dengan bau busuk. Maka warna yang lebih kuat itu hitam kemudian merah kemudian merah bercampur kuning kemudian kuning bercampur putih. Yang kasar lebih kuat daripada yang halus dan yang berbau busuk terlebih kuat daripada yang tiada berbau. Yang bersifat dengan dua sifat seperti hitam lagi kasar atau berbau busuk lebih kuat daripada yang bersifat dengan satu sifat seperti hitam dengan tiada kasar dan tiada bau busuk. Yang bersifat dengan tiga sifat, seperti hitam dan kasar dan bau busuk lebih kuat daripada yang bersifat dengan dua sifat, seperti hitam serta kasar atau serta bau busuk. 1169. Jika bertimbangan dua darah itu pada sifat seperti darah hitam serta kasar dan darah hitam serta bau busuk dan seperti darah merah serta kasar atau serta bau dan darah hitam dengan tiada kasar dan tiada bau, maka yang terdahulu adalah yang kuat dan ia adalah darah haid. 1170. Masaalah. Jika berhimpun darah yang kuat seperti yang hitam dan yang lemah seperti yang merah dan yang terlebih lemah seperti yang kuning maka yang hitam serta yang merah itu haid dengan tiga syarat. Pertama: hendaklah yang hitam itu terdahulu. Kedua: hendaklah yang merah dengan yang hitam itu berhubung. Ketiga: tiada lebih perhimpunan yang hitam dan yang merah itu daripada lima belas hari. 1171. Seperti seorang perempuan melihat darah lima hari hitam dan lima hari merah kemudian berkekalan kuning maka yang hitam dan yang merah itu haid dan yang kuning itu istihadhah, hukum suci jua, kerana diperoleh syarat-syarat yang tersebut itu. 1172. Jika perhimpunan yang hitam dan yang merah itu lebih daripada lima belas hari seperti dilihatnya darah sepuluh hari hitam dan enam hari merah, kemudian maka berkekalan kuning, atau terdahulu yang merah atas yang hitam, seperti dilihatnya darah lima hari merah kemudian lima hari hitam kemudian maka berkekalan kuning, atau tiada berhubung yang merah itu dengan yang hitam, seperti dilihatnya darah lima hari hitam kemudian lima hari kuning kemudian 1
. tiada kurang yang lemah itu daripada sekurang-kurang suci berturut-turut.
maka berkekalan merah, maka darah hitam dalam tiga masaalah itulah haid, yang merah dan yang kuning itu istihadhah. 1173. Sekiranya perempuan yang baharu berhaid itu tidak dapat membezakan sifat darah seperti dilihatnya darah itu diatas satu warna jua, atau diatas beberapa warna tetapi tidak ada satu syarat daripada syarat-syarat yang telah tersebut itu, maka haidnya jika diketahuinya waktu permulaan datang darahnya adalah sehari semalam jua, dan sucinya adalah yang kemudian daripadanya hingga akhir bulan, kerana gugur sembahyang daripadanya didalam masa sehari semalam itu diyakinkan dan gugurnya didalam masa yang selain daripada itu tiada diyakinkan. Maka tiada ditinggalkan yang yakin melainkan dengan yang yakin seumpamanya atau dengan tanda yang nyata seperti pembezaan sifat darah atau adat. 1174. Walau bagaimanapun pada daur yang pertama, hendaklah dia sabar, jangan mandi hingga lampau darahnya lima belas hari. Kemudian pada ketika itu wajib dia mandi dan mengkadha ibadatnya yang ditinggalkan didalam masa yang lebih daripada sehari semalam itu. Pada daur yang kedua wajib dia mandi apabila lalu sehari semalam. Adapun jika tiada diketahuinya waktu permulaan datang darah maka perempuan itu “Mutahayyirah”. Lagi akan datang hukumnya. 1175. Apabila disebutkan “perempuan yang membezakan” ( )ﻣﻤﻴﺰةdengan itlak maka yang dikehendaki adalah perempuan yang menghimpunkan syarat-syarat yang terdahulu disebutkan itu. 1176. Masaalah. Apabila seorang perempuan yang baharu berhaid melihat darah merah lima belas hari kemudian darah hitam lima belas hari hendaklah dia meninggalkan sembahyang dan puasa didalam masa tiga puluh hari. Adapun didalam lima belas hari yang pertama maka kerana bahawa sanya diharapharapkan putus darahnya dan didalam lima belas hari yang kedua maka kerana darah hitam yang dilihatnya menunjukkan bahawa darah merah yang terdahulu itu darah istihadhah bukan darah haid Kemudian, jikalau darah hitam itu lebih daripada lima belas hari maka dia adalah seorang yang ketiadaan syarat tamyiz. Jadi adalah haidnya sehari semalam pada permulaan darah merah, dan jadilah permulaan daurnya hari ketiga puluh satu. 1177. Maka hendaklah dikadhanya sembahyang dan puasa didalam masa yang lebih daripada kadar haidnya itu iaitu lima belas hari pada masaalah yang pertama dan sehari semalam pada masaalah yang kedua. Tidak diperolehi perempuan yang disuruh meninggalkan sembahyang dan puasa didalam masa tiga puluh satu hari selain daripada perempuan ini. 1178. Adapun mustahadhah yang sudah beradat haid maka diperoleh yang disuruh meninggalkan sembahyang dan puasa didalam masa empat puluh lima hari, seperti adalah adat haidnya lima belas hari pada permulaan tiap-tiap bulan kemudian dia melihat pada permulaan bulan darah merah lima belas hari kemudian berkekalan darah hitam, maka disuruh dia meninggalkan sembahyang dan puasa didalam lima belas hari yang pertama kerana berpegang atas adatnya, dan didalam lima belas hari yang kedua kerana kuat darahnya itu lagi diharapkan tetap tamyiznya253dan didalam lima belas hari yang ketiga, kerana berkekalan darah hitam menyatakan bahawa tempat mengembalikan haidnya adalah adat jua bukannya tamyiz kerana ketiadaan syaratnya254. Maka haidnya lima belas hari pada permulaan bulan. Jadi, hendaklah dikadhanya sembahyang dan puasa didalam lima belas hari yang kemudian daripada masa adatnya dan waktunya. 253
. yang menunjukkan bahawa ianya darah haid dan yang sebelumnya istihadahah.
254
. maka lima belas hari yang ketiga itu adalah haidnya pada daur yang lain yang dihukumkan dengan adat.
Tidak adalah dia seorang yang membezakan sifat darahnya…maka dikembalikan dia kepada adat haidnya. 1179. Jika seorang perempuan itu telah beradat haid dan ingat akan kadar haidnya dan waktunya serta tidak dapat membezakan sifat darahnya maka dikembalikan dia kepada adat haid dan sucinya pada kadarnya dan waktunya. 1180. Sabitlah adatnya jika tiada berlain-lainan dengan sekali jua. Maka jika dia berhaid didalam sebulan lima hari pada permulaan bulan kemudian dia istihadhah pada bulan yang kedua nescaya dihukumkan haidnya itu dengan lima hari pada permulaan bulan yang kedua sepertimana dihukumkan dia dengannya jikalau berulang-ulang adatnya. 1181. Jika adatnya yang berkekalan itu lima hari pada tiap-tiap bulan kemudian berpindah kepada enam hari kemudian dia istihadhah pada bulan berikutnya nescaya dikembalikan haidnya kepada adatnya yang sebelum bulan istihadhah itu iaitu enam hari. Inilah hukum pada adat yang muafakat. 1182. Adapun jika adatnya berlainan-lainan maka sekiranya adatnya itu teratur tiada sabit adat itu melainkan dengan dua kali. Seperti bahawa dia berhaid didalam satu bulan tiga hari pada bulan kedua lima hari pada bulan ketiga tujuh hari pada bulan keempat tiga hari pada bulan kelima lima hari pada bulan keenam tujuh hari dan pada bulan ketujuh dia istihadhah, nescaya dikembalikanlah haidnya pada bulan yang ketujuh itu kepada tiga hari dan pada bulan kelapan kepada lima hari dan pada bulan kesembilan kepada tujuh hari. Hingga seperti demikian itulah. 1183. Maka jika tiada berulang-ulang dua adat haidnya seperti dia istihadhah pada bulan yang keempat nescaya dikembalikanlah haidnya kepada tujuh hari iaitu adat haidnya yang sebelum bulan istihadhah itu jika dia mengetahuinya. Jika dia lupa aturan adatnya yang bersalahan itu atau tidak teratur adatnya atau tiada berulang-ulang daurnya serta dia lupa akhir gilirnya pada dua masaalah yang kemudian ini nescaya wajiblah dia mengerjakan ihtiat. 1184. Maka dijadikan haidnya tiga hari didalam tiap-tiap bulan, selepas daripada tiga hari itu adalah dia pada haram setubuh dan apa yang sebagainya seperti hukum perempuan yang berhaid dan pada wajib ibadat seperti hukum perempuan yang suci, hingga kesudahan tujuh hari. Tetapi hendaklah dia mandi pada kesudahan lima hari dan kesudahan tujuh hari itu. Kemudian daripada tujuh hari itu adalah dia seperti hukum orang yang suci hingga keakhir bulan. 1185. Jika dia telah beradat haid dan ingatkan kadar haidnya dan waktunya dan dapat dia membezakan sifat darah dengan syarat- syaratnya yang telah tersebut dahulu itu maka dihukumkan haidnya dengan tamyiz, bukan dengan adat, pada tempat yang adatnya menyalahi tamyiz serta tiada menyelangi antara adat dan tamyiz itu sekurang-kurang suci. 1186. Seperti adat haidnya lima hari pada permulaan tiap-tiap bulan kemudian dia istihadhah. Maka dilihatnya darah merah lima hari pada permulaan bulan kemudian darah hitam lima hari kemudian berkekalan darah merah nescaya haidnya adalah darah hitam jua kerana tamyiz itu lebih kuat daripada adat kerana tamyiz itu alamat yang hadhir dan adat itu alamat yang sudah lalu. Lagi pula tamyiz itu alamat yang ada pada darah dan adat itu alamat pada yang empunya darah. 1187. Adapun jika menyelangi diantara adat dan tamyiz itu sekurang-kurang suci seperti adat haidnya lima hari pada permulaan bulan kemudian dia istihadhah pada bulan yang selepasnya. Maka dilihatnya darah merah dua puluh hari kemudian darah hitam lima hari nescaya darah merah lima hari pada permulaan bulan itulah darah haid dan darah hitam yang lima hari itu adalah haid yang lain, dan darah merah lima belas hari antara keduanya adalah darah istihadhah.
1188. Ketahui oleh mu, bahawa perempuan yang telah beradat haid apabila darahnya melampaui adatnya ditegah dia padanya apa yang ditegah dengan sebab haid kerana diihtimalkan putus darahnya atas lima belas hari. Kemudian apabila putus darahnya atas lima belas hari atau kurang maka sekelian darah itu haid jua. Jika darahnya itu melampaui lima belas hari wajiblah dia mengkadha ibadat masa yang selain daripada adatnya itu, dan pada daur yang kedua dan yang ketiga apabila darahnya melampaui hari-hari adatnya wajiblah dia mandi dan sembahyang kerana telah nyata keadaannya itu istihadah. 1189. Jika seorang perempuan itu telah beradat haid dan lupa akan kadar haidnya dan waktunya maka dia adalah perempuan yang tercengang-cengang tentang keadaan haid dirinya255. Maka wajib dia mengerjakan ihtiat kerana tiaptiap masa yang lalu atasnya diihtimalkan bagi haid dan suci dan putus darahnya. Maka adalah dia pada hukum perempuan yang berhaid pada pihak haram setubuh, menyentuh barang yang diantara pusat dan lutut dengan tiada berlapik, menyentuh mashaf dan membaca Quran diluar sembahyang, kerana diihtimalkan haid, dan pada hukum perempuan yang suci pada pihak tiada haram talak dan pada wajib mengerjakan ibadat yang berkehendak kepada niat seperti sembahyang dan tawaf dan puasa. Maka wajib dia mengerjakan yang demikian itu kerana diihtimalkan sucinya. 1190. Wajib dia mandi bagi tiap-tiap fardhu didalam waktunya kerana diihtimalkan putus darahnya pada ketika itu jika dia tiada tahu waktu putus darahnya. Jika dia mengetahuinya, seperti ketika masuk matahari umpamanya nescaya tidak wajib dia mandi pada tiap-tiap malam atau siang melainkan pada ketika masuk matahari jua. Disembahyangkannya dengan mandinya itu akan maghrib, dan mengambil wudhuk dia bagi fardhu-fardhu yang selain maghrib kerana diihtimalkan putus darahnya pada waktu maghrib jua, tiada selainnya. 1191. Wajib dia puasa ramadhan kerana diihtimalkan sucinya didalam sebulan. Kemudian, hendaklah dia puasa pula sebulan genap. Maka apabila telah dipuasakannya dua bulan tinggallah atasnya puasa dua hari jika tidak beradat putus darahnya pada waktumalam seperti beradat putusnya pada waktu siang atau dia syak pada yang demikian itu, kerana diihtimalkan dia berhaid pada lima belas hari dan permulaan datang darahnya pada siang hari dan putusnya pada siang hari yang keenam belas, maka binasalah puasanya enam belas hari pada bulan yang pertama dan enam belas hari pada bulan yang kedua dan sah puasanya empat belas hari pada bulan yang pertama dan empat belas hari pada bulan yang kedua. Maka jumlah puasanya yang sah dua puluh lapan hari. Maka tinggal diatasnya puasa dua hari. Adapun jika beradat putus darahnya itu pada malam tiadalah tinggal atasnya daripada puasanya suatu apapun. 1192. Maka apabila tinggal diatasnya puasa dua hari hendaklah dia puasa untuk keduanya enam hari daripada lapan belas hari, tiga hari pada permulaannya dan tiga hari pada kesudahannya, maka terhasillah dua hari, kerana jika haid datang pada hari yang pertama nescaya putuslah ia pada hari keenam belas, maka sahlah puasanya dua hari yang akhir, dan jika haid itu datang pada hari yang kedua sahlah puasanya dua hari iaitu yang pertama dan yang akhir iaitu yang kelapan belas, dan jika darahnya itu datang pada hari yang ketiga sahlah puasanya dua hari yang pertama, dan jika ia datang pada hari yang keenam belas sahlah puasanya dua hari iaitu hari yang kedua dan yang ketiga, dan jika ia datang pada hari yang ketujuh belas sahlah puasanya pada hari yang keenam belas dan hari yang ketiga, dan jika ia datang pada hari yang kelapan belas sahlah puasanya pada hari yang keenam belas dan yang ketujuh belas. 255
. Mutahayyirah.
1193. Jika yang dikadhanya itu puasa sehari maka hendaklah dipuasakannya tiga hari daripada tujuh belas hari iaitu yang pertama dan yang ketiga dan yang ketujuh belas, kerana jika datang haid pada hari yang pertama sahlah puasanya pada hari yang ketujuh belas, jika datang ia pada hari yang kedua sahlah puasanya pada hari yang pertama, jika kesudahan haidnya itu pada hari yang pertama sahlah puasanya hari yang ketiga, dan jika kesudahannya itu pada hari yang ketiga sahlah puasanya pada hari yang ketujuh belas. 1194. Jika perempuan yang beradat haid itu ingat kadar haidnya tidak waktunya atau ingat waktunya tidak kadar haidnya maka dinamakan dia mutahayyirah nasabiah. Maka masa yang dia yakinkan sucinya baginya hukum suci dan masa yang dia yakinkan haidnya baginya hukum haid, dan pada masa yang diihtimalkan padanya haid dan suci adalah dia seperti perempuan yang lupa kadar haid dan waktunya pada pihak wajib atasnya mengerjakan ihtiat didalam masa itu. 1195. Maka wajib dia mengerjakan ibadat yang berkehendak kepada niat seperti sembahyang, puasa dan barang sebagainya kerana diihtimalkan sucinya. Haram setubuh, menyentuh mashaf dan barang sebagainya kerana diihtimalkan haidnya. Wajib dia mandi bagi tiap-tiap fardhu jika diihtimalkan putus darahnya. 1196. Rupa masaalah mutahayyirah yang lupa akan kadar haidnya dan ingat akan waktunya, seperti bahawa dia berkata : adalah haid aku mula datangnya pada permulaan bulan dan tiada aku ingat akan kadarnya, maka sehari semalam pada permulaan istihadhah itu haid dengan yakin dan setengah yang kedua pada bulan itu suci dengan yakin dan apa yang antara keduanya diihtimalkan bagi haid dan suci serta tiada diihtimalkan putus darah. 1197. Jika dia berkata : aku tahu putus darah haid ku pada akhir tiap-tiap bulan dan tiada aku ingat akan kadarnya, maka lima belas hari yang pertama suci dengan yakin dan sehari semalam pada akhir bulan itu haid dengan yakin dan apa yang diantara keduanya diihtimalkan bagi haid dan suci serta tiada diihtimalkan bagi putus darah. 1198. Jika dia berkata : aku tahu bahawa aku pada akhir tiap-tiap bulan dan permulaan bulan yang kemudiannya adalah didalam haid dan tidak aku ingat kadar haid itu, maka selahzah pada permulaan tiap-tiap bulan dan selahzah pada akhir bulan yang dahulunya haid dengan yakin, dan selahzah daripada akhir yang kelima belas dan selahzah daripada permulaan yang keenam belas suci dengan yakin, dan apa yang diantara lahzah daripada permulaan bulan dan lahzah daripada akhir yang kelima belas diihtimalkan bagi haid dan suci dan putus darah, dan yang kemudian daripada lahzah yang pada permulaan yang keenam belas hingga kepada lahzah yang akhir bulan diihtimalkan bagi haid dan suci dan tiada diihtimalkan bagi putus darah. 1199. Rupa masaalah mustahadhah yang lupa waktu haid dan ingat kadarnya seperti bahawa dia berkata : adalah adat haid aku enam hari didalam sepuluh hari yang pertama daripada tiap-tiap bulan tetapi tidak aku ingat waktu permulaannya. Adakah permulaannya hari yang pertama atau yang kedua atau yang ketiga atau yang keempat, maka hari yang kelima dan yang keenam itu haid dengan yakin dan dua puluh hari yang kemudiannya itu suci dengan yakin dan empat hari yang pertama diihtimalkan bagi haid dan suci serta tiada diihtimalkan bagi putus darah. Hari yang ketujuh dan yang kelapan dan yang kesembilan dan yang kesepuluh itu diihtimalkan ia bagi haid dan suci dan putus darah. 1200. Jika dia berkata : adalah haid aku lima hari didalam sepuluh hari yang pertama daripada tiap-tiap bulan, tiada aku tahu permulaannya, tetapi aku suci pada hari yang pertama, maka hari yang keenam haid dengan yakin dan hari yang pertama suci dengan yakin dan dua puluh hari yang kemudian suci dengan
yakin. Hari yang kedua hingga akhir hari yang kelima diihtimalkan bagi haid dan suci serta tiada diihtimalkan bagi putus darah, dan hari yang ketujuh hingga akhir hari yang kesepuluh diihtimalkan bagi haid dan suci dan putus darah. 1201. Jika dia berkata : adalah haid aku sepuluh hari didalam sebulan dan tiada aku ingat waktunya. Maka tidak ada baginya yang diyakinkan daripada haid dan suci, hanya sepuluh yang pertama diihtimalkan bagi haid dan suci serta tidak diihtimalkan bagi putus darah. Selepas daripada sepuluh yang pertama hingga akhir bulan diihtimalkan ia bagi ketiga-tiganya. 1202. Fasal. Pada menyatakan niqa’ dan fatrah. Fatrah adalah satu keadaan yang terselang mengalir darah didalamnya dan tinggal didalam faraj bekas darah sekira-kira jika dimasukkan kapas kedalamnya nescaya kelihatan pada kapas itu warna darah. Niqa’ adalah satu hal yang terselang keluar darah didalamnya serta tiada tinggal bekas darah didalam faraj sekira-kira jika dimasukkan kapas kedalamnya nescaya keluar ia bersih tiada kelihatan padanya warna darah. 1203. Niqa’ yang pada selang-selang darah itu dihukumkam haid dengan tiga syarat. Pertama : tiada lampau ia akan lima belas hari. Keduanya: tiada kurang perhimpunan darah itu daripada sehari semalam. Ketiga: niqa’ itu lebih daripada fatrah yang teradat antara darah dan haid kerana fatrah itu haid dengan tiada khilaf sekelian ulamak. 1204. Darah yang keluar diantara darah anak-anak yang kembar adalah darah haid jika diperolehi syarat-syaratnya. Demikian lagi darah yang keluar selepas keluar anggota yang bercerai daripada anak yang didalam perut, iaitu darah haid apabila diperoleh syarat-syaratnya, bukan darah nifas…kerana keluarnya sebelum kosong peranakkan daripada anak. Demikian lagi darah yang dilihat oleh perempuan yang bunting, maka ianya darah haid apabila diperoleh syaratnya seperti yang terdahulu kenyataannya. 1205. Arti nifas pada syarak : darah yang keluar kemudian daripada kosong peranakkan daripada anak atau a’laqah atau mudghah. Sekurang-kurang nifas itu satu lahzah dan sebanyak-banyaknya enam puluh hari dan yang ghalibnya empat puluh hari dengan periksa imam kita Syafie radhiallahu anhu. 1206. Haram dengan sebab nifas perkara yang haram dengan sebab haid kerana nifas itu adalah darah haid yang terhimpun sebelum ditiupkan roh anak. Selepas ditiupkan roh padanya adalah darah itu jadi makanan anak itu. Walaubagaimanapun perbezaan nifas dan haid adalah bahawa haid bertakluk dengannya ‘iddah dan istibra’ sedangkan keduanya itu tiada bertakluk dengan nifas kerana hasil ‘iddah dan istibra sebelum nifas dengan semata-mata beranak. Lagi pula perbezaannya adalah bahawa sekurang-kurang nifas itu tidak menggugurkan kewajipan sembahyang kerana masanya singkat tiada meluluskan sembahyang, bersalahan sekurang-kurang haid. 1207. Permulaan masa nifas itu adalah mengiringi beranak. Ini jika keluar darah nifas itu mengiringi keluar anak. Adapun jika ia tiada mengiringinya maka permulaan masa nifas itu adalah daripada keluar darah. Diatas kaul ini maka masa niqa’ yang diantara keluar anak dan keluar darah itu bukan ia daripada masa nifas. Maka lazim diatas seorang perempuan didalam masa itu segala hukum perempuan yang suci. Maka wajib dia mandi wiladah dan sembahyang didalam masa niqa’ itu. Akan tetapi masa niqa’ itu dikirakan ia daripada enam puluh hari, sepertimana yang dikatakan oleh Bulqini. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1208. Masaalah. Jika seorang perempuan tiada melihat darah nifasnya sama sekali, adakah harus suaminya menyetubuhinya sebelum daripada mandi atau
tayammum? Kata Syihab ar-Ramli : harus dia menyetubuhinya. Bandingannya seperti menyetubuhi perempuan yang ada atasnya janabah. 1209. Jika dia tiada melihat akan darah melainkan selepas lalu lima belas hari atau lebih maka tidak ada baginya nifas sekali-kali dan darah yang dilihatnya selepas masa yang itu adalah darah haid bukan darah nifas. 1210. Lampau darah nifas enam puluh hari adalah seperti lampau darah haid lima belas hari. Maka berlakulah disini bahagian-bahagian mustahadhah dengan segala hukum-hukumnya. Maka ditilik, adakah dia baharu nifas atau dia telah beradat nifas dan adakah dia membezakan sifat darah atau tidak membezakannya dan yang telah beradat nifas itu adakah dia ingat adatnya atau lupa akannya. Maka dikembalikan perempuan yang baharu bernifas yang membezakan sifat darah kepada tamyiz jika darah yang kuat tiada lebih diatas enam puluh hari. Berlaku disini apa yang tinggal daripada syarat-syarat tamyiz. 1211. Dikembalikan perempuan yang baharu bernifas lagi tiada membezakan sifat darah kepada sekurang-kurang nifasiaitu satu lahzah. Dikembalikan yang telah beradat nifas yang tiada membezakan sifat darah kepada adatnya jika dia ingatkannya. Sabitlah adatnya itu jika tiada bersalah-salahan dengan sekali jua dan jika ianya bersalahan maka padanya tafsil yang telah terdahulu pada haid. Manakala mutahayyirah iaitu mustahadhah yang lupa adat nifasnya wajib atasnya mengerjakan ihtiat. 1212. Syeikh Abu Sahal as Sa’luki telah menyebutkan hikmah dan sebab sebanyak-banyak nifas itu enam puluh hari tidak lebih darinya, katanya : adalah mani didalam rahim perempuan berhenti empat puluh hari kemudian ia berubah menjadi darah empat puluh hari kemudian berubah menjadi daging empat puluh hari kemudian ditiupkan kedalamnya roh, maka lama masa tetapnya didalam rahim hingga sampai ditiupkan roh itu empat bulan. Adalah darah haid pada masa itu terhimpun, maka apabila sudah ditiupkan roh ianya tidak terhimpun lagi kerana tiap-tiap darah yang keluar dimakan oleh anak yang didalam rahim. Maka jumlah masa yang terhimpun darah haid didalam empat bulan itu adalah enam puluh hari kerana ditanggungkan bahawa sanya seorang perempuan itu berhaid dengan sebanyak-banyak haid iaitu lima belas hari. Maka inilah sebab keadaan sebanyak-banyak nifas itu enam puluh hari. 1213. Faedah. Bermula. Sebahagian daripada hukum bab ini bahawa sanya wajib atas seorang perempuan belajar hukum-hukum haid dan istihadhah dan nifas apa yang dia perlukan kepadanya. Kemudian jika dia mempunyai suami yang a’lim maka wajib atas suaminya mengajarinya. Jika suaminya tidak ‘alim maka harus dia keluar belajar kepada orang ‘alim. Wajib suaminya melepaskan dia, haram dia menegahnya melainkan jika si suami itu belajar supaya selepasnya dia mengajar isterinya. Maka pada ketika itu janganlah dia keluar.
ﻼ ِة َﺼ ب اﻟ ﱠ ُ ِآﺘَﺎ KITAB SOLAT 1214. Ini kitab pada menyatakan solat, artinya sembahyang. Bermula makna solat itu pada bahasa adalah doa, dan maknanya pada syara’ : kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Demikianlah sembahyang yang dihantarkan oleh syari’. Maka tidak dii’tiradh yang demikian itu dengan sembahyang orang yang bisu. Keluar dengan “kata-kata perbuatan-perbuatan yang tertentu” oleh sujud tilawah dan sujud syukur maka tidaklah keduanya dinamakan sembahyang. 1215. Bermula, yang difardhukan daripada sembahyang didalam tiap-tiap sehari semalam hanya lima sembahang jua seperti yang maklum daripada ugama dengan mudah. Maka barang siapa ingkarkan wajibnya jadilah dia kafir. Adapun sembahyang jumaat maka iaitu sejumlah daripada yang lima sembahyang itu ada hari jumaat. 1216. Bermula, perhimpunan lima sembahyang itu tertentu dengan nabi kita Muhammad sawm. Maka tidak berhimpun ia bagi segala nabi yang lain kerana warid pada hadith bahawa subuh sembahyang nabi Allah Adam dan zohor sembahyang nabi Allah Daud dan asar sembahyang nabi Allah Sulaiman dan maghrib sembahyang nabi Allah Ya’kob dan isyak sembahyang nabi Allah Yunus. Maka dihimpunkan Allah taala sekelian lima sembahyang itu bagi nabi kita Muhammad sawm dan bagi umatnya kerana membesarkannya. 1217. Bermula, asal pada wajib sembahyang sebelum ijmak adalah beberapa ayat Quran seperti firman Allah taala “ﻼ ﹶﺓ ﺼﹶ ﻭﺍ ﺍﻟﻴﻤ َﺃﻗ ” ﻭartinya : dan dirikanlah sembahyang, dan beberapa hadith seperti sabda nabi sawm “ ﻴﹶﻠ ﹶﺔ ﻰ ﹶﻟﻤﺘ ﻋﻠﹶﻰ ُﺃ ﷲ ُ ﺍﺽﹶﻓﺭ ﻴﹶﻠﺔ ﹶﻟﻭ ﹴﻡ ﻭ ﻴ ﻓﻰ ﹸﻜلﱢ ﺎﻤﺴ ﺨ ﺎ ﹶﻌﹶﻠﻬ ﺠ ﺤﺘﱠﻰ ﻑ ﻴ ﹶ ﻔ ﺨ ﻪ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹾ ﺴَﺄﹸﻟ َﺃﻪ ﻭ ﻌ ﺠ ﺍ ﹺل ُﺃﺭ ْ ﺯ ﻡ َﺃ ﻼﺓﹰ ﹶﻓﹶﻠ ﹶ ﺼﻴﻥ ﻤﺴ ﺨ ﺀ ﹶ ﺍﺴﺭ ﻹ ِ ”ﺍartinya : telah Allah taala fardhukan keatas umatku pada malam isra’ lima puluh sembahyang maka sentiasalah aku merujuk kepada Allah subhanahu wa taala memohon agar Dia meringankannya hingga Dia menjadikannya lima sembahyang didalam tiaptiap sehari semalam. Riwayat Bukhari dan Muslim. Dan lagi sabda nabi sawm kepada Mu’az tatkala dia memerintahnya kenegeri Yaman “ ﻡ ﻴ ﹺﻬ ﻋﹶﻠ ﺽﷲ ﹶﻓﺭ َ ﻥﺍ ﻡ َﺃ ﻫ ﺭ ﺨ ﹺﺒ َﺃ ﹾ ﻴﹶﻠﺔ ﹶﻟﻭ ﹴﻡ ﻭ ﻴ ﻰ ﹸﻜلﱢﺕ ﻓ ﺍﺼﹶﻠﻭ ﻤﺱ ﺨ ” ﹶartinya : khabarkan mereka itu bahawa Allah taala telah memfardhukan keatas mereka lima sembahyang didalam setiap sehari semalam. Riwayat Bukhari dan Muslim. 1218. Masaalah : diketahui daripada hadith itu bahawa adalah sembahyang lima waktu itu difardhukan pada malam mi’raj maka kerana apa tidak dimulai oleh nabi sawm dengan sembahyang subuh siang malam itu? Dijawab yang demikian itu dengan dua jawab. Pertamanya: bahawa sembahyang yang lima itu sekalipun difardhukan pada malam tetapi wajib mengerjakannya dimulakan pada zohor seperti yang tersebut didalam Majmuk. 1219. Keduanya : bahawa wajib mengerjakannya terhenti diatas tahukan kaifiatnya maka tidak dimulai oleh nabi sawm dengan sembahyang subuh siang malam itu kerana dia belum tahukan kaifiatnya. Adalah Jibril mengajarinya kaifiat
sembahyang yang lima itu kepada nabi sawm disisi pintu ka’bah. Maka disembahyangkan oleh Jibril akan sembahyang yang lima itu didalam sekelian waktunya dua kali didalam dua hari pada hal dia memulakan dengan sembahyang zohor sebagai isyarat kepadanya bahawa agamanya akan zahir diatas sekelian agama seperti zahirnya sembahyang zohor diatas sekelian sembahyang yang tinggal lagi. 1220. Masaalah. Sebelum difardhukan Allah taala akan sembahyang yang lima itu sembahyang apa yang wajib atas nabi sawm dan umatnya pada waktu itu? Jawab : bahawa yang wajib diatasnya dan umatnya pada waktu itu adalah “qiamullail” artinya sembahyang malam iaitu sembahyang tahajjud, kerana firman Allah taala “ﹶﻠﺔﹰ ﹶﻟﻙﻪ ﻨﹶﺎﻓ ﺩ ﹺﺒ ﺠ ل ﹶﻓ ﹶﺘﻬ ِ ﻴ ﻥ ﺍﻟﱠﻠ ﻤ ﻭ ” artinya : dan dariapada malam itu maka hendaklah kamu sembahyang tahajjud padanya sebagai fardhu yang lebih bagi mu. 1221. Dan lagi firmanNya “ﻴﻪ ﹶﻠﺩ ﻋ ﻭ ﹺﺯ ﻴﻼﹰ َﺃ ﻪ ﹶﻗﻠ ﻤ ﹾﻨ ﺹ ﻪ َﺃ ﹺﻭ ﺍ ﹾﻨ ﹸﻘ ﺼ ﹶﻔ ﻨ ﻴﻼﹰ ﻻ ﹶﻗﻠ ل ِﺇ ﱠ ِ ﻴ ل ﹸﻗ ﹺﻡ ﺍﻟﱠﻠ ْ ﻤ ﺯ ﻤ ﺎ ﺍ ﹾﻟﻴﻬ ﺎَﺃ” ﻴ artinya: wahai orang yang berselimut bangunlah pada waktu malam (untuk sembahyang) melainkan sedikit daripadanya, iaitu setengahnya atau kurangkan sedikit dari setengahnya itu atau lebihkan diatasnya. . .Kemudian maka dinasakhkan wajib sembahyang tahajjud itu pada hak umatnya dengan sembahyang lima waktu. Begitu juga pada hak nabi kita seperti yang tersebut pada nakalan syeikh Abu Hamid daripada nas. 1222. Bermula, wajib sembahyang lima waktu itu diluasi mula dari awal waktunya hingga tinggal daripadanya kadar yang meluluskan sembahyang. Tidak harus mentakhirkannya dari awal waktunya melainkan jika dikasad dan dicitakan memperbuatnya pada pertengahan waktunya. Seperti demikian itulah tiap-tiap perkara yang wajib yang diluaskan. 1223. Maka apabila seorang mentakhirkan sembahyang dari awal waktunya dengan kasad dan cita diatas memperbuatnya pada pertengahan waktunya dan tidak dia zankan dirinya akan mati didalam waktu itu lalu dia mati sebelum memperbuatnya tidaklah dia derhaka kerana dia tidak taksir kerana waktunya masih ada baginya hingga dia tidak mengeluarkan sembahyang itu darinya. Jika tidak seperti demikian itu derhakalah dia.
ﻼ ِﺓ ﺼﹶ ﺕ ﺍﻟ ِ ﻭﻗﹶﺎ ﺏ َﺃ ﺎﺒ BAB WAKTU-WAKTU SOLAT 1224. Ini bab pada menyatakan waktu-waktu sembahyang. Tatkala sembahyang zohor itu mula sembahyang yang zahir dan sanya telah Allah taala mulakan dengannya pada firmanNya “ﺱ ﻤ ﹺ ﺸ ﻙ ﺍﻟ ﱠ ﻭ ﺩﹸﻟ ﻼ ﹶﺓ ِﻟ ﺼﹶ ﻡﹺ ﺍﻟَﺃﻗ ” ﻭartinya : dirikanlah sembahyang (zohor) kerana gelincir matahari, dan adalah ia mula-mula sembahyang yang diajarkan oleh Jibril kepada nabi sawm memula imam-imam kita yang bermazhab syafi’e dan selainnya dengan menyatakan waktu bagi zohor maka kata mereka itu : 1225. Bermula, awal waktu zohor itu daripada zawal artinya gelincir matahari daripada garis setengah siang yang ianya adalah pertengahan langit kepada pihak maghrib pada yang zahir bagi kita, tidak pada diri pekerjaan. Dinamakan sampai matahari kepada pertengahan langit itu dengan ‘hal istiwa’ artinya ketika rembang matahari. 1226. Diketahui zawal matahari itu dengan beberapa perkara, setengah daripadanya dengan bertambah bayang satu benda diatas bayangnya pada ketika rembang matahari jika ada baginya bayang ketika rembang atau dengan
mendatang bayang bagi satu benda jika tidak ada baginya bayang pada ketika rembang. 1227. Akhir waktu zohor itu apabila jadilah bayang satu benda seumpamanya selain bayang istiwa iaitu selain bayang yang ujud pada tiap-tiap negeri yang jauhnya dari khatulistiwa lebih daripada kadar mil a’zam256 iaitu dua puluh tiga darjah dan tiga puluh lima minit seperti negeri Mesir dan Syam dan Rom. 1228. Terkadang hilang bayang rembang itu sekali didalam setahun pada tiaptiap negeri yang jauhnya dari khatulistiwa bersamaan dengan kadar mil a’zam iaitu tatkala masuk matahari pada awal “saratan” jika ada negeri itu pada pihak utara seperti Madinah Musyarrafah atau tatkala masuk matahari pada awal “juddi” jika ada negeri itu pada pihak selatan. 1229. Terkadang hilang bayang rembang itu dua kali didalam setahun pada tiaptiap negeri yang jauhnya dari katulistiwa kurang dari mil a’zam seperti Makkah Musyarrafah, sekali pada ketika bertambah mil dan sekali pada ketika ia berkurang. Demikian lagi hilang bayang rembang itu dua kali didalam setahun pada tiap-tiap negeri yang berada pada khatulistiwa tatkala masuk matahari pada awal “hamal” dan sekali tatkala masuk pada awal “mizan”. 1230. Bermula, pada menyatakan segala waktu yang lima itu firman Allah taala “ ﻪ ﺤ ﺴﺒ ل ﹶﻓ ِ ﻴ ﻥ ﺍﻟﱠﻠ ﻤ ﻭ ﺏ ﻭ ﹺ ﺭ ل ﺍ ﹾﻟ ﹸﻐ َ ﺒ ﹶﻗﺠ ﹺﺭ ﻭ ﻉ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﻭ ﹺ ﻁﹸﻠ ل ﹸ َ ﺒ ﻙ ﹶﻗ ﺒ ﺭ ﺩ ﻤ ﺤ ﺢ ﹺﺒ ﺒ ﺴ ﻭ ” artinya: dirikan oleh mu akan sembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya dan pada sebahagian malam. Maka dirikanlah sembahyang. Maka yang dikehendaki dengan firmanNya “sebelum terbit matahari” itu adalah waktu sembahyang subuh dan dikehendaki dengan firmanNya “dan sebelum tengelam matahari” itu adalah waktu sembahyang zohor dan asar dan dikehendaki dengan firmanNya “dan pada sebahagian malam” itu adalah waktu sembahyang isyak dan maghrib. 1231. Dan sabda nabis sawm “ ﺱ ﻤ ﺕ ﺍﻟﺸﱠ ﺍﹶﻟﻥ ﺯ ﻴ ﺤ ﺭ ﻬ ﻅ ﻲ ﺍﻟ ﱡ ﺼﻠﱠﻰ ﹺﺒ ﹶﻓ.ﺕ ﻴ ﺒ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﻋ ﹾﻨ ﻴﻥﹺ ﺭ ﹶﺘ ل ﻤ ُ ﻴ ﺍ ِﺌﺠﺭ ﻰ ﹺﻤﻨ َﺃ ﹾﻗ ﹶل ﻭ َﺨ ﹶﻯ ﺩ ﻡ َﺃ ﺎ ِﺌ ﺍﻟﺼﻁﺭ ﻥ َﺃ ﹾﻓ ﹶ ﻴ ﺤ ﺏ ﻤ ﹾﻐ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟﻪ ﻭ ﻤ ﹾﺜﹶﻠ ﺊ ﻪ ﻅﱡﻠ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻴ ﺤ ﺀ ﻌﺸﹶﺎ ﺍ ﹾﻟﻩ ﻭ ﺕ ِﺇ ﹾﻓﻁﹶﺎ ﹺﺭ ُ ﻪ ﺃَﻯ ﺍﻟﺸﱠ ﻅﻠﱡ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻴ ﺤ ﺭ ﺼ ﻌ ﺍ ﹾﻟﻭ ﺎ ﹶﻓﹶﻠﻤ.ﺎ ِﺌ ﹺﻡﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟﺼ ﺏ ﺍﺸﺭ ﺍﻟ ﱠﻡ ﻭ ﺎﻁﻌ ﻡ ﺍﻟ ﱠ ﺭ ﺤ ﻥ ﻴ ﺤ ﺭ ﺠ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﻕ ﻭ ﺏ ﺍﻟﺸﱠ ﹶﻔ ﹸ ﻥ ﻏﹶﺎ ﻴ ﺤ ﺀ ﻌﺸﹶﺎ ﺍ ﹾﻟﻡ ﻭ ﺎ ِﺌ ﺍﻟﺼﻁﺭ ﻥ َﺃ ﹾﻓ ﹶ ﻴ ﺤ ﺏ ﻤ ﹾﻐ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟﻪ ﻭ ﻴ ﻤ ﹾﺜﹶﻠ ﺀ ﻌﺸﹶﺎ ﺍ ﹾﻟﻡ ﻭ ﺎ ِﺌ ﺍﻟﺼﻁﺭ ﻥ َﺃ ﹾﻓ ﹶ ﻴ ﺤ ﺏ ﻤ ﹾﻐ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟﻪ ﻭ ﻴ ﻤ ﹾﺜﹶﻠ ﻪٍ ﻅﱡﻠ ﻥ ﻥ ﹶﻜﺎ ﻴ ﺤ ﺭ ﺼ ﻌ ﺍ ﹾﻟﻪ ﻭ ﻤ ﹾﺜﹶﻠ ﻪ ﻅﻠﱡ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻴ ﺤ ﺭ ﻬ ﻅ ﻲ ﺍﻟ ﱡ ﺼﻠﱠﻰ ﹺﺒ ﺩ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻐ ﻜﹶﺎ ﺭ ﹶﻓَﺄ ﺠ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔل ﻭ ِ ﻴ ﺙ ﺍﱠﻟ .ﻥ ﻴ ﹺ ﻭ ﹾﻗ ﹶﺘ ﻴﻥﹺ ﺍ ﹾﻟ ﹶﺫﻥ ﻫ ﻴ ﺒ ﺕ ﻭ ﹾﻗ ﹸ ﺍ ﹾﻟ ﻭﻙﺒﻠ ﻥ ﹶﻗ ﻤ ﺀ ﺎﻷ ﹾﻨ ﹺﺒﻴ َﺕﺍ ﻭ ﹾﻗ ﹸ ﻫﺫﹶﺍ :ل َ ﻭﻗﹶﺎ .ﺴ ﹶﻔﺭ ”ِﺇﻟﹶﻰ ﹸﺜﹸﻠ, artinya : telah sembahyang Jibril dengan ku hal keadaan dia menjadi menjadi imam sisi baitullah dua kali. Maka dia sembahyang zohor dengan aku ketika gelincir matahari, dan asar ketika bayang satu benda seumpamanya, dan maghrib ketika masuk waktu berbuka bagi orang yang puasa, dan isyak ketika hilang syafak merah ditepi langit, dan fajar ketika haram makan dan minum diatas orang yang puasa. Maka tatkala esok harinya dia sembahyang zohor pula dengan ku ketika bayang satu benda seumpamanya, dan asar ketika jadilah bayang satu benda dua kali umpamanya, dan maghrib ketika masuk waktu berbuka bagi orang yang puasa, dan isyak hingga satu pertiga malam, dan fajar ketika kabur-kabur siang. Kata Jibril kepada ku : inilah waktu segala nabi yang terdahulu daripada mu. Waktu itu adalah apa yang diantara dua waktu ini. Meriwayatkan hadith ini Abu Daud dan selainnya dan mengesahkannya Hakim dan selainnya. 1232. Bermula, sabdanya “dia sembahyang zohor dengan ku ketika bayang satu benda seumpamanya” artinya “pada ketika itu selesailah dia dari sembahyang zohor”, sama seperti “pada ketika itu dia masuk pada sembahyang asar” pada hari yang pertama. Mengatakannya imam Syafi’e r.a hal keadaan dia menafikan dengannya akan pertindihan zohor dan asar didalam satu masa waktu. Menunjuk diatas yang demikian itu hadith Muslim “ﺭ ﺼ ﻌ ﻀﺭﹺ ﺍ ﹾﻟ ﺤ ﻡ ﹶﺘ ﺎ ﹶﻟﺱ ﻤ ﻤ ﺕ ﺍﻟﺸﱠ ﺍﹶﻟﻬ ﹺﺭ ِﺇﺫﹶﺍ ﺯ ﻅ ﺕ ﺍﻟ ﱠ ﻭ ﹾﻗ ﹸ ” artinya : waktu zohor itu apabila gelincir matahari selama belum hadhir waktu asar. 256
. iaitu mil yang paling panjang – jauh.
1233. Syahadan. Adalah bagi zohor itu enam waktu. Pertama waktu fadhilat iaitu awal waktunya. Kedua waktu jawaz iaitu hingga tinggal kadar yang meluluskan sembahyang. Ketiga waktu haram iaitu akhirnya kadar yang tidak meluluskan sembahyang. Dinamakan ia waktu haram kerana haram mentakhirkan sembahyang kepadanya, bukan menjatuhkannya didalamnya. Keempat waktu dharurat iaitu hilang mani’ sembahyang257 pada hal waktunya tinggal kadar takbir ihram. Kelima waktu uzur iaitu waktu asar bagi musafir yang mengerjakan jamak takhir. Keenam waktu ikhtiar, iaitu waktu jawaz. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah seperti yang didalam Majmuk dengan dia menakal dari ramai ulamak. 1234. Bersalahan apa yang dikatakan oleh kadhi bahawa waktu fadhilat pada zohor adalah awalnya hingga jadilah bayang satu benda seumpama satu perempatnya dan waktu ikhtiar padanya hingga jadilah bayangnya seumpama setengahnya dan waktu jawaz hingga akhirnya. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Ubab yang muktamad adalah apa yang didalam Majmuk. 1235. Bermula, waktu asar itu mengiringi akhir waktu zohor. Kekal waktunya hingga masuk jirim matahari, kerana hadith Jibril yang telah lalu itu serta hadith Bukhari dan Muslim “ﺭ ﺼ ﻌ ﺍ ﹾﻟﻙﺩﺭ ﺩ َﺃ ﹶﻓ ﹶﻘﺭﺏ ﻥ ﹶﺘ ﹾﻐ ل َﺃ َ ﺒ ﺼ ﹺﺭ ﹶﻗ ﻌ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻌ ﹰﺔ ﺭ ﹾﻜ ﻙﺩﺭ ﻥ َﺃ ﻤ ﻭ ”artinya: siapa yang mendapat satu rakaat daripada asar sebelum tnggelam matahari maka dia mendapat sembahyang asar. Dan lagi hadith Muslim “ﺱ ﻤ ﺭﺏﹺ ﺍﻟﺸﱠ ﻡ ﹶﺘ ﹾﻐ ﺎ ﹶﻟﺼ ﹺﺭ ﻤ ﻌ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﹾﻗ ﹸ ” artinya: waktu asar selama belum lagi masuk matahari. 1236. Bermula, waktu ikhtiar pada asar mula dari awalnya hingga jadilah bayang satu benda dua kali seumpamanya kemudian daripada bayang rembang jika ada, kerana hadith Jibril yang telah terdahulu itu. Kata Jibril didalam hadith itu dengan nisbah kepada waktu asar “waktu itu adalah apa yang diantara dua ini” adalah ditangungkan diatas waktu ikhtiar. 1237. Syahadan. Bagi waktu asar itu tujuh waktu. Pertama waktu fadhilat, iaitu awalnya. Kedua waktu ikhtiar, iaitu waktu yang tersebut itu. Ketiga waktu jawaz dengan tidak karahah iaitu hingga kuning matahari. Keempat waktu jawaz serta karahah iaitu kemudian daripada kuning matahari hingga kadar yang meluluskan sembahyang. Kelima waktu haram iaitu kadar yang tidak meluluskan sembahyang. Keenam waktu uzur, iaitu waktu zohor bagi musafir yang mengerjakan jamak takdim. Ketujuh waktu dharurat, ianya telah terdahulu kenyataanya pada waktu zohor. 1238. Bermula, awal waktu maghrib itu mengiringi tengelam sekelian jirim matahari. Dikenal masuknya dilaut dan seumpamanya dengan musyahadah, sekalipun tinggal cahayanya. Dikenal masuknya didalam negeri dan dipadang yang ada padanya bukit dengan hilang benderang cahayanya pada puncak bukit dan pada bumbung rumah. 1239. Kekal waktunya hingga hilang syafak yang merah ditepi langit kerana hadith Muslim “ﻕ ﺏ ﺍﻟﺸﱠ ﹶﻔ ﹸ ﻐ ﹺ ﻴ ﻡ ﺎ ﹶﻟﺏ ﻤ ﻤ ﹾﻐ ﹺﺭ ﹺ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﹾﻗ ﹸ ” artinya : waktu maghrib itu selama belum lagi hilang syafak yang merah. Keluar dengan syafak yang merah oleh yang kuning dan yang putih. 1240. Jika tidak hilang syafak merah pada satu negeri atau tidak ada pada negeri itu syafak merah nescaya dikirakan selepas masuk matahari negeri itu lalu masa yang hilang padanya syafak merah negeri yang terhampir dengannya. Akan tetapi tempat mengira yang demikian itu jika tidak membawa kepada terbit fajar. Adapun jika ia membawa kepadanya seperti bahawa diantara masuk matahari dan hilang syafak merah pada negeri yang ada padanya syafak adalah kadar masa malam negeri yang tidak ada syafak itu atau yang tidak hilang syafaknya, 257
. daripada mani’-mani’ yang akan datang keterangannya. Mani’ : perkara yang menghalang wajib
sembahyang seperti haid.
maka pada rupa masaalah ini tidak dapat diambil kira hilang syafak itu kerana pada ketika itu tidak ujud waktu isyaknya. 1241. Hanya hendaklah diketahui nisbah masa waktu maghrib dinegeri yang ada padanya syafak itu kepada masa malamnya. Maka jika masa waktu maghrib negeri itu satu perenam malamnya nescaya kita jadikan satu perenam malam negeri yang tidak ada syafak atau yang tidak hilangnya syafaknya itu sebagai waktu maghribnya, dan yang tinggal daripadanya sebagai waktu isyaknya, sekalipun ia sangat singkat. 1242. Bagi maghrib itu enam waktu. Pertama waktu fadhilat iaitu awalnya. Kedua waktu ikhtiar iaitu diri waktu fadhilat itu, tidak selainnya. Ketiga waktu jawaz serta karahah iaitu selepas daripada waktu fadhilat hingga kadar yang meluluskan sembahyang. Tersebut didalam Tuhfah : makruh mentakhirkan sembahyang maghrib dari waktu fadhilat diatas kaul qadim dan jadid, maka tidak tergambar diatas dua kaul ini bahawa maghrib mempunyai waktu jawaz dengan tidak karahan. Intaha. Maka mafhum ibarat Tuhfah itu menunjukkan diatas bahawa permulaan waktu jawaz disini adalah selepas waktu fadhilat. Keempat waktu haram. Kelima waktu dharurat. Keenam waktu uzur iaitu waktu isyak bagi musafir yang mengerjakan jamak takhir. 1243. Bermula, awal waktu isyak itu adalah hilang syafak merah. Sunat mentakhirkannya hingga hilang syafak yang kuning dan yang putih supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. Kekal waktunya hingga terbit fajar shadiq, kerana hadith Jibril yang telah lalu itu, dan lagi hadith Muslim “ ﺎﻭِﺇ ﱠﻨﻤ ﻁ ﻴ ﹲ ﻭ ﹺﻡ ﹶﺘ ﹾﻔ ﹺﺭ ﻰ ﺍﻟ ﱠﻨ ﻓﻴﺱ ﹶﻟ ﻯﺨﺭ ﻷﹾ ُ ﺍﻼﺓ ﺼ ﹶ ﺕ ﺍﻟ ﻭ ﹾﻗ ﹸ ﺀ ﻲ ﺠ ﻴ ﹺ ﺤﺘﱠﻰ ﻼ ﹶﺓ ﺼ ﹶ ﺼلﱢ ﺍﻟ ﻴ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﻁ ﻴ ﹸ ”ﺍﻟ ﱠﺘ ﹾﻔ ﹺﺭartinya : tidak ada pada tidur itu kecuaian, hanyalah kecuaian itu diatas orang yang tidak mengerjakan sembahyang hingga datang waktu sembahyang yang lain. 1244. Adalah zahir hadith Muslim ini menghendaki lanjut sekelian waktu sembahyang hingga masuk waktu sembahyang lain daripada sebahyang yang lima waktu itu, melainkan sembahyang subuh dengan ijmak. Maka tidak lanjut waktunya hingga masuk waktu sembahyang yang lain, bahkan putus waktunya dengan terbit matahari. Maka nyatalah daripada yang demikian itu bahawa tidak ada senggang diantara waktu zohor dan waktu ‘asar dan diantara waktu asar dan waktu maghrib dan diantara waktu maghrib dan waktu isyak dan diantara waktu isyak dan waktu subuh, melainkan diantara waktu subuh dan waktu zohor. 1245. Bermula, waktu ikhtiar pada isyak mula dari awalnya hingga satu pertiga malam kerana hadith Jibril yang telah lalu itu. Bermula, kata Jibril didalam hadith itu “waktu itu adalah apa yang diantara dua ini” dengan nisbah kepada waktu isyak ditanggungkan diatas waktu ikhtiar. 1246. Adalah bagi isyak itu tujuh waktu. Pertama waktu fadhilat iaitu awalnya. Kedua waktu ikhtiar, iaitu yang tersebut itu. Ketiga waktu jawaz dengan tidak karahah, iaitu hingga fajar kazib. Keempat waktu jawaz serta karahah iaitu mula dari fajar kazib hingga kadar yang meluluskan sembahyang. Kelima waktu haram. Keenam waktu dharurat. Ketujuh waktu uzur, iaitu waktu maghrib bagi musafir yang mengerjakan jamak takdim. 1247. Jika tidak didapati waktu isyak pada satu negeri seperti bahawa terbit fajar sebaik tenggelam matahari nescaya wajiblah diatas negeri itu mengkadhanya. 1248. Bermula, awal waktu subuh itu dari terbit fajar shadiq, iaitu garis yang putih yang melintang pada tepi langit sebelah timur kesan dari benderang cahaya matahari tatkala ia hampir kepada tepi langit. Keluar dengan fajar shadiq oleh fajar kazib, iaitu garisan yang putih lagi panjang yang tegak membujur langit. Kadar satu perempatnya yang terkeatas lebih terang dan lebih luas daripada yang terkebawah seperti kelakuan ekor harimau. Inilah pada permulaan terbitnya. Adapun pada ketika ia hampir kepada fajar shadiq maka yang terkebawahnya
lebih luas daripada yang terkeatasnya, kemudian kelam pula dan terbit selepasnya fajar shadiq itu. 1249. Kekal waktu subuh itu hingga terbit matahari kerana hadith Muslim “ ﺕ ﻭ ﹾﻗ ﹸ ﺱ ﻤ ﹺ ﺸ ﻁﹸﻠﻊﹺ ﺍﻟ ﱠ ﻡ ﹶﺘ ﹾ ﺎ ﹶﻟﺠ ﹺﺭ ﻤ ﻉ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﻭ ﹺ ﻁﹸﻠ ﻥ ﹸ ﻤ ﺢ ﺒ ﹺ ﺼ ﺍﻟﻼﺓ ﹶ ”ﺼartinya : waktu sembahyang subuh itu mula dari terbit fajar selama belum lagi terbit matahari dan lagi hadith Bukhari dan Muslim “ﺢ ﺒ ﺍﻟﺼﻙﺩﺭ ﺩ َﺃ ﺱ ﹶﻓ ﹶﻘ ﻤ ﺍﻟﺸﱠﻁﹸﻠﻊ ﻥ ﹶﺘ ﹾ ل َﺃ َ ﺒ ﺢ ﹶﻗ ﺒ ﹺ ﺼ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﻌ ﹲﺔ ﺭ ﹾﻜ ﻙﺩﺭ ﻥ َﺃ ﻤ ” artinya : barang siapa mendapat satu rakaat daripada subuh sebelum terbit matahari maka sungguhnya dia mendapat subuh itu. 1250. Terhasil keluar waktu subuh dengan terbit sebahagian matahari, bersalahan dengan tenggelamnya pada keluar waktu asar maka tidak terhasil ia dengan tenggelam sebahagiannya, kerana dihubungkan yang tidak zahir dengan apa yang zahir pada dua masaalah ini*. Dan lagi kerana bahawa subuh itu masuk waktunya dengan terbit sebahagian fajar maka menasabah bahawa ia keluar dengan terbit sebahagian matahari. Bermula, kata Jibril didalam hadith itu “waktu itu adalah apa yang diantara dua waktu ini” dengan nisbah kepada subuh adalah ditanggungkan keatas waktu ikhtiar. 1251. Bagi subuh itu enam waktu. Pertama waktu fadhilat, iaitu awalnya. Kedua waktu ikhtiar, iaitu waktu yang tersebut itu. Ketiga waktu jawaz dengan tidak karahah, iaitu hingga merah tepi langit. Keempat waktu jawaz serta karahah, iaitu mula daripada merah tepi langit hingga kadar yang meluluskan sembahyang. Kelima waktu haram. Keenam waktu dharurat. 1252. Syahadan diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa waktu fadhilat dan waktu jawaz dan waktu haram dan waktu dharurat berlaku pada sekelian waktu yang lima itu, dan waktu uzur berlaku pada sekelian waktu sembahyang yang harus jamak iaitu yang selain subuh, dan bahawa waktu ikhtiar pada asar dan isyak dan subuh bertindih awalnya dengan waktu fadhilat, dan waktu ikhtiar pada maghrib bertindih sekeliannya dengan waktu fadhilat, dan waktu ikhtiar pada zohor adalah waktu jawaz, maka yang zahir permulaannya bertindih dengan waktu fadhilat. Tetapi yang jelas pada ibarat matan Bafadhal dan syarahnya bagi syeikh Ibnu Hajar bahawa waktu ikhtiar pada zohor adalah selepas waktu fadhilat, dan bahawa waktu karahah berlaku ia pada sekelian waktu yang selain zohor 1253. Tersebut didalam Tuhfah bahawa yang dikehendaki dengan waktu fadhilat adalah waktu yang lebih pahala daripada pihak waktu, dan murad daripada waktu ikhtiar adalah waktu yang ada padanya pahala dari pihak waktu yang terkurang dari pahala waktu fadhilat, dan murad daripada waktu jawaz adalah waktu yang tidak ada pahala padanya dari pihak waktu, dan murad daripada waktu karahah adalah waktu yang ada padanya cercaan dari pihak waktu, dan murad daripada waktu haram adalah apa yang ada padanya dosa dari pihak waktu. 1254. Masaalah : diketahui daripada keadaan waktu ikhtiar itu terkurang pahalanya daripada pahala waktu fadhilat pada pihak waktu dan daripada keadaan waktu jawaz tidak ada pahala baginya bahawa tidak bertindih waktu ikhtiar dengan waktu fadhilat dan tidak bertindih waktu jawaz dengan waktu ikhtiar, bahkan ianya berlain-lainan. Maka ianya menyalahi apa yang tersebut dahulu daripada bertindih awal waktu ikhtiar dengan waktu fadhilat pada asar dan isyak dan subuh dan bertindih sekeliannya dengannya pada maghrib dan bertindih waktu jawaz dengan waktu ikhtiar pada zohor. 1255. Dijawab yang demikian itu dengan bahawa bagi waktu ikhtiar itu dua itlak258. Pertama diitlakkan ia keatas waktu yang bertindih dengan waktu fadhilat iaitu waktu ikhtiar pada maghrib dan awalnya pada asar dan isyak dan subuh. 258
. itlak -menuturkan, iaitu dituturkan ia keatas dua makna.
Keduanya diitlakkan ia diatas waktu yang melaini waktu fadhilat iaitu yang kemudian daripada waktu fadhilat pada asar dan isyak dan subuh, maka keadaan waktu ikhtiar itu terkurang pahalanya daripada pahala waktu fadhilat ditanggungkan diatas waktu ikhtiar dengan itlak yang kedua, iaitu yang kemudian daripada waktu fadhilat pada asar dan isyak dan subuh. Adapun waktu ikhtiar dengan itlak yang pertama maka tidak kurang pahalanya daripada waktu fadhilat dari kerana ia adalah diri waktu fadhilat itu. Ianya adalah waktu ikhtiar pada maghrib dan awal waktu pada asar dan isyak dan subuh. 1256. Adapun keadaan waktu jawaz tidak ada pahala baginya daripada pihak waktu maka ditanggungkan diatas waktu jawaz yang tidak bertindih dengan waktu ikhtiar. Adapun yang bertindih dengannya seperti yang pada waktu zohor maka ada baginya pahala kerana ia adalah diri waktu ikhtiar itu. Wallahu a’lam. 1257. Dua faedah. Yang pertamanya : kata setengah ulamak : hikmah pada keadaan segala sembahyang fardhu itu tujuh belas rakaat adalah bahawa masa jaga manusia didalam sehari semalam itu tujuh belas jam pada ghalibnya, dua belas jam pada siang dan kadar tiga jam selepas masuk matahari dan dua jam sebelum sedikit daripada fajar. Maka dijadikan bagi tiap-tiap satu rakaat itu satu jam supaya ia menampung apa yang jatuh didalamnya daripada segala kecuaian. 1258. Faedah yang kedua, menentukan lima sembahyang itu dengan waktuwaktu yang lima itu adalah pekerjaan ta’abbudi259 disisi kebanyakkan ulamak. Selain mereka itu menyatakan bahawa ia mempunyai beberapa hikmah. Yang terbaik daripadanya adalah supaya seorang itu ingat kejadian dirinya, kerana keadaannya diperanakkan seolah-olah terbit matahari, dan membesarnya seolaholah naik matahari, dan tuanya seolah-olah hampir tenggelam matahari, dan matinya seolah-olah tenggelam matahari, dan fana jisimnya seolah-olah hilang kesan matahari iaitu syafak merahnya. Maka pada ketika itu diwajibkan sembahyang isyak supaya dia ingatkan yang demikian itu. Sama seperti sempurna kejadiannya didalam perut ibunya dan bersangkar260 didalamnya dan hampir keluar darinya seolah-olah terbit fajar yang ianya muqaddimah bagi terbit matahari yang diserupakan dengan keadaannya diperanakkan, maka diwajibkan sembahyang subuh supaya dia ingatkan demikian itu. 1259. Hikmah pada keadaan sembahyang subuh itu dua rakaat tidak lebih adalah kerana masih tinggal lesu tubuh daripada bekas tidur maka diringankan ia. 1260. Hikmah pada sembahyang zohor dan asar itu empat rakaat kerana sempurna cergas tubuh pada ketika itu dengan sebab mengerjakan sebab-sebab razeki. Hikmah pada menentukan keduanya tidak lebih dari empat rakaat kerana disusun kejadian manusia itu daripada unsur-unsur yang empat dan ada padanya tabiat-tabiat yang empat itu, maka dijadikan bagi tiap-tiap satu unsur dan satu tabiat itu didalam keadaan cergas satu rakaat supaya ia memperbaikkinya dan membetulkannya didalam keadaan yang sederhana. 1261. Hikmah pada menentukan maghrib dengan tiga rakaat adalah kerana bahawa ia witir siang sepertimana yang tersebut didalam satu hadith, maka kembali atasnya keberkatan keadaannya witir “ﺭ ﺍ ﹾﻟ ﹺﻭ ﹾﺘﺤﺏ ﻴ ﺭ ﷲ ﹺﻭ ﹾﺘ َ ﻥﺍ ” ِﺇartinya : bahawa Allah taala itu witir Dia mengasihi yang witir. 1262. Dihubungkan isyak dengan zohor dan asar supaya tertampung kurang malam daripada siang kerana pada malam ada dua fardhu dan siang ada tiga fardhu kerana pada siang keadaan gerakan tubuh lebih kuat. 1263. Syahadan. Sah pada hadith Muslim bahawa permulaan hari daripada harihari Dajjal lanjutnya seperti setahun dan harinya yang kedua seperti sebulan dan 259 260
. iaitu pekerjaan yang jenis ibadat, iaitu semata-mata junjung perintah, tidak diketahui hikmahnya.
. ﺩﺍﻟﻡ ﻓﺭﺓ ﺩﺍﻥ ﺒﺭﺴﻐﻜﺭ ﻫﺎﻥ ﺍﻜﻥ ﻜﻠﻭﺍﺭ ﺍﻴﺕ ﺴﻔﺭﺘﻰ ﺘﺭﺒﺕ ﻓﺠﺭ. Wallau a’lam.
harinya yang ketiga seperti satu jumaat. Maka pekerjaan sembahyang didalam hari yang pertama dan yang kedua dan yang ketiga itu adalah dengan ditakdirkan seperti bahawa dikira-kira kadar masa segala waktu sembahyang lima itu dengan ijtihad maka disembahyangkan ia. 1264. Seperti demikian itulah puasa dan sekelian ibadat yang bergantung dengan masa dan selain ibadat seperti waktu sampai tempohan. Berlaku yang demikian itu pada keadaan jikalau terhenti matahari pada hal hari itu hari sabtu pada satu kaum dengan beberapa masa yang lanjut. 1265. Tanbih. Telah disebutkan oleh ulamak bahawa sekelian waktu-waktu sembahyang itu bersalah-salahan sebab bersalah-salahan kedudukan matahari dengan nisbah bola bumi. Maka tidak ada daripada satu darjah daripada darjahdarjah falak yang ada matahari padanya melainkan matahari itu terbit dengan nisbah kepada satu negeri dan masuk ia dengan nisbah kepada negeri yang lain dan rembang ia dengan nisbah kepada negeri yang lain dan didalam waktu asar dengan nisbah kepada negeri yang lain dan didalam waktu isyak dengan nisbah kepada negeri yang lain dan didalam waktu subuh dengan nisbah kepada negeri yang lain. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1266. Makruh menamakan maghrib dengan isyak dan menamakan isyak dengan ‘atamah kerana tegahan yang sahih daripapa keduanya pada hadith Bukhari dan Muslim. 1267. Makruh tidur sebelum sembahyang isyak dan selepas masuk waktunya, sekalipun waktu maghrib bagi musafir yang nengerjakan jamak takdim, kerana bahawa nabi sawm membencinya. Riwayat Bukhari dan Muslim. Dan lagi kerana tidur itu membawa kepada mentakhirkan isyak daripada awal waktunya dan terkadang berkekalan tidurnya hingga luput waktu. Berlakulah yang demikian itu pada sekelian waktu sembahyang. 1268. Bermula, tempat harus tidur itu adalah jika dia dikerasi oleh tidur dengan sekira-kira jadilah dia tidak ada tamyiz untuk sembahyang dan tidak dapat dia menolaknya, atau kuat zannya bahawa dia akan terjaga daripada tidurnya pada hal masih tinggal daripada waktu kadar yang meluluskan sembahyang dan toharahnya. Jika tidak seperti demikian itu haramlah tidur itu. 1269. Demikian lagi makruh berbual kemudian daripada sembahyang isyak kerana bahawa nabi sawm membencinya. Riwayat Bukhari dan Muslim. Dan lagi dengan sebab berbual itu lewatlah tidurnya maka ditakuti luput sembahyang tahajjudnya jika ada baginya sembahyang tahajjud atau luput sembahyang subuh dari waktunya atau daripada awalnya. 1270. Yang dikehendaki adalah perbualan yang mubah pada selain waktu ini. Adapun perbualan yang makruh pada selainnya maka ianya disini lebih sangat makruhnya, melainkan bagi orang yang menanti jamaah untuk dia mengulang sembahyangnya serta mereka itu dan bagi musafir, maka tidak makruh bagi keduanya berbual pada ketika itu, dan melainkan perbualan kerana suatu uzur atau berbual pada kebajikkan seperti muzakarah ilmu syara’ dan alatnya dan membaca Quran atau hadith atau zikir dan muzakarah tenang kisah-kisah segala mereka yang soleh-soleh dan menjinakkan tetamu atau menjinakkan isteri pada mula-mula berhimpun dengannya atau membaikkan hatinya dengan kata-kata yang lemah lembut dan barang sebagainya. Maka tidak makruh sekelian yang tersebut itu kerana bahawa ia adalah kebajikkan atau uzur yang tunai maka tidak ditinggalkan ia kerana kebinasaan yang diwahamkan. 1271. Bermula, sunat menyegerakan sembahyang pada awal waktunya sekalipun isyak apabila diyakinkan masuknya, kerana yang demikian itu sejumlah daripada memelihara sembahyang yang disuruh oleh Allah taala dengan firmannya “ ﻓﻅﹸﻭﺍ ﺎﺤ ﺕ ﺍﺼﹶﻠﻭ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ” artinya: peliharalah kamu akan sembahyang-sembahyang. Dan lagi
kerana hadith Ibnu Mas’ud r.a katanya : telah aku tanyakan nabi sawm : apa amal yang terafdhal, maka sabdanya “ﺕ ﻭ ﹾﻗ ِﻭل ﻷ َ ِ ﻼ ﹸﺓ ﹶ ” ﺍﻟﺼartinya: sembahyang pada awal waktunya. Meriwayatkannya Daruqutni dan selainnya. Dan lagi sah pada satu hadith bahawa nabi sawm sembahyang isyak ketika bulan tenggelam261 pada malam tiga hari bulan, dan bahawa Ummul Mukminin pulang dari sembahyang subuh bersama rasulullan sawm, tidak mengenal mereka itu seorang jua pun, iaitu disebabkan mereka itu sembahyang pada awal waktu subuh dan pulang pada hal masih ada tinggal sedikit daripada kelam. 1272. Terhasil menyegerakan sembahyang itu dengan mengerjakan segala sebab-sebabnya pada awal waktunya seperti toharah dan menutup aurat dan azan dan qamat. Tidak diberati segera yang menyalahi adat, hanya hendaklah setiap orang itu bersegera dengan perbuatan dirinya yang sederhana. 1273. Dimaafkan baginya serta demikian itu lewat sedikit sebab mengerjakan pekerjaan yang ringan seperti bercakap dengan kata-kata yang singkat dan makan beberapa suapan yang menyempurnakan khusyuknya dan keluar dari tempat yang makruh sembahyang didalamnya dan mendulukan sunat ratib. 1274. Akan tetapi jika dia mendulukan semua sebab-sebab itu sebelum masuk waktu sembahyang dan mentakhirkannya dari awal waktunya dengan kadar lama masa semua yang demikian itu terhasillah baginya sunat menyegerakan seperti yang tersebut didalam Zakhair. 1275. Dikecualikan daripada sunat menyegerakan sembahyang beberapa masaalah yang akan datang. Sebahagian daripadanya menghtakhirkan sembahyang zohor kerana menghasilkan maslahat dingin dengan syaratnya yang akan datang kenyataanya. 1276. Bermula, dhobitnya bahawa setiap perkara yang terlebih maslahat dibuat dan jika ditakhirkan necaya ia luput hendaklah didulukan diatas sembahyang, dan tiap-tiap kesempurnaan seperti jamaah serta mentakhirkan sembahyang dan jika disegerakan ia nescaya sunyilah sembahyang darinya adalah mentakhirkannya terafdhal bagi orang yang hendak menyimpan diatas satu sembahyang. 1277. Sunat bagi imam bersungguh-sungguh memelihara awal waktu, tetapi selepas daripada lalu kadar berhimpun orang ramai dan kadar mereka itu memperbuat sebab- sebabnya pada adat. Maka jika tidak datang mereka itu selepas lalu kadar yang tersebut itu maka hendaklah imam sembahyang dengan mereka yang hadhir sekalipun mereka itu sedikit kerana semahyang dengan jamaah yang sedikit pada awal waktu terafdhal daripada sembahyang dengan jamaah yang ramai pada akhirnya. Pada ketika itu jaganlah dia menanti seorang pun sekalipun orang yang mulia. Jika dia menanti maka ianya makruh. 1278. Dari kerana inilah tatkala nabi sawm sibuk dengan sesuatu hal daripada waktu adatnya para sahabat mendirikan sembahyang tanpa menantinya. Maka berdiri jadi imam sekali saidina Abu Bakar dan sekali Abdul Rahman bin Auf serta bahawa nabi sawm tidak lama lewatnya, bahkan dia mendapat sembahyang kedua mereka dan mengikut mereka dan membetulkan perbuatan mereka dan tidak dia ingkarkannya. 1279. Sunat mentakhirkan sembahyang zohor dari awal waktunya pada ketika sangat hangat pada negeri yang hangat hingga bahawa ada bayang-bayang bagi umpama pagar sebagai kenaungan supaya berjalan padanya orang yang menuntut jamaah, kerana hadith Bukhari dan Muslim “ ﻰﻭﻓ ﻼﺓ ﺼﹶ ﻭﺍ ﺒﹺﺎﻟﺒ ﹺﺭﺩ ﻓﹶﺎﺤﺭ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﺸ ﹶﺘ ِﺇﺫﹶﺍ ﺍ ﹾ ﻪ ﻨ ﺎﻴﺠ ﻫ ﻡ ﺃﻯ ﻬ ﱠﻨ ﺠ ﻴﺢﹺ ﻥ ﹶﻓ ﻤ ﺭ ﺤ ﺩ ﹶﺓ ﺍ ﹾﻟ ﻥ ﺸ ﻬ ﹺﺭ ﹶﻓِﺈ ﻅ ﺎﻟ ﱠﺒﺨﹶﺎﺭﹺﻯ ﺒ ﺔ ِﻟ ﹾﻠ ﻴ ﺍ ” ﹺﺭﻭartinya : apabila sangat hangat maka sejukkanlah dengan sembahyang. Pada satu riwayat bagi Bukari maka 261
. pada asal “”ﲰﻮﺭﻑ. Wallahu a’lam.
sejukkanlah sembahyang zohor, iaitu takhirkanlah sembahyang zohor kepad waktu sejuk kerana bahawa sangat hangat itu daripada gerak neraka jahannam. 1280. Ghayah mentakhirkan itu adalah setengah waktunya, maka janganlah dilampaui dengannya akan setengah waktunya. 1281. Tempat sunat mentakhirkannya adalah bagi orang yang sembahyang berjamaah pada satu tempat yang mereka datang kepadanya dengan masyaqqah yang kuat pada jalan mereka, sekira-kira ia menghilangkan khusyuk. Maka tidak sunat mentakhirkan zohor pada waktu hangat pada negeri negeri sejuk atau sederhana dan tidak sunat ia bagi orang yang sembahyang dirumahnya sendirian atau berjamaah dan tidak sunat bagi yang sembahyang berjamaah pada satu tempat yang mereka datang kepadanya dengan tidak masyaqqah atau telah hadhir mereka ditempat itu dan tidak ada orang lain yang datang kepada mereka atau ada orang lain yang datang kepada mereka dengan tidak masyaqqah pada datangnya seperti tempatnya hampir dengan tempat sembahyang itu atau jauh tetapi ada pada jalannya kenaungan yang boleh dia berjalan padanya. Akan tetapi umpama imam yang bermukim pada tempat berjamaah sunat dia mentakhirkannya kerana mengikut mereka itu. 1282. Yang terafdhal bagi imam itu adalah mengerjakan zohor pada awal waktu kemudian diulanginya pula bersama mereka kerana mengikut mereka itu pada sunat mentakhirkannya. Maka yang demikian itu diliputi kata fuqaha’ “disunatkan bagi orang yang mengharapkan berjamaah pada pertengahan waktu mengerjakan sembahyang pada awal waktunya kemudian diulanginya pula bersama mereka itu”. 1283. Keluar dengan zohor oleh selainnya sekalipun jumaat. Maka tidak sunat mentakhirkannya untuk menghasilkan sejuk, kerana orang ramai disuruh berpagipagi kemasjid untuk sembahyang jumaat, maka tidak kesakitan mereka itu dengan hangat. 1284. Akan tetapi sunat mentakhirkannya bagi orang yang telanjang* yang yakin akan mendapat penutup auratnya pada akhir waktu kerana sembahyang dengan bertutup aurat pada akhir waktu terafdhal daripada sembahyang dengan telanjang pada awal waktu. 1285. Demikian lagi sunat mentakhirkan sembahyang bagi orang yang yakin atau zan dapat berjamaah pada akhir waktu sekira-kira tinggal daripadanya kadar yang meluluskan sembahyang kerana sembahyang berjamaah pada akhir waktu terafdhal daripada sembahyang sendirian pada awalnya. 1286. Demikian lagi sunat mentakhirkan sembayang kerana mendung dan seumpamanya daripada apa yang menegah daripada diketahui masuk waktu hingga diyakinkan masuknya dengan melihat matahari umpamanya dengan khabar orang yang dipercayai atau hingga ditakuti luput sembahyang itu. 1287. Barang siapa yang jatuh satu rakaat sembahyangnya didalam waktu jadilah sekelian sembahyangnya itu tunai, dan jika tidak seperti demikian itu maka jatuhlah sekeliannya kadha, samaaada ditakhirkannya kerana uzur atau tidak, kerana hadith Bukhari dan Muslim “ﺍ ﹰﺓﻤ َﺅﺩ ﻯ ﻼ ﹶﺓ َﺃ ﺼﹶ ﺍﻟﻙﺩﺭ ﺩ َﺃ ﹶﻓ ﹶﻘﻼﺓ ﺼﹶ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﻌ ﹰﺔ ﺭ ﹾﻜ ﻙﺩﺭ ﻥ َﺃ ﻤ ” artinya : barang siapa mendapat serakaat sembahyangnya didalam waktu maka sungguhnya dia mendapat sembahyang dalam keadaan tunai. Adalah mafhumnya barang siapa tidak mendapat satu rakat didalam waktu maka dia tidak mendapat sembahyang yang tunai, bahkan jadilah sembahyangnya itu kadha. 1288. Pahala kadha kurang daripada pahala tunai istimewa pula jika dia derhaka dengan mentakhirkannya. Haram sengaja mentakhirkan sembahyang hingga jatuh sebahagiannya diluar waktu sekalipun ianya salam yang pertama lagi pula
jatuh sembahyang itu tunai. Akan tetapi jika dia masuk mengerjakan sembahyang pada hal tinggal daripada waktu kadar yang meluluskan sebayhang itu maka dia melanjutkannya dengan membaca bacaan umpamanya hingga keluar waktunya haruslah baginya yang demikian itu sekalipun tidak jatuh satu rakaat daripada sembahyangnya didalam waktu kerana dia menghabiskan waktunya dengan ibadat. 1289. Maka diketahui daripada dua masaaah ini bahawa kadha tidak melazimkan derhaka dan dosa dan tunai tidak melazimkan ketiadaan derhaka dan ketiadaan dosa, kerana terkadang ada pada tunai itu derhaka dan dosa seperti pada masaalah pertama dan terkadang tidak ada pada kadha itu derhaka dan dosa seperti pada masaalah yang kedua. 1290. Fasal pada menyatakan ijtihad pada waktu sembahyang. Bermula, barang siapa jahilkan waktu kerana awan atau ditahan didalam rumah yang gelap atau barang sebagainya wajiblah dia mengamalkan khabar orang yang dipercayai yang mengkhabarkan dia dari pengetahuannya tentang masuknya waktu sembahyang dengan musyahadah262 sekalipun orang itu seorang yang adil riwayat, atau dia mengamalkan azan orang yang dipercayai yang tahukan waktuwaktu sembahyang jika ada azannya itu pada ketika cerah langit bukan pada ketika awan, kerana azan orang yang dipercayai seperti demikian itu adalah pada martabat khabarnya dari musyahadah. Maka tidak harus baginya ijtihad serta ujud kedua-duanya atau salah satu daripada keduanya kerana ujudnya itu seperti ujud nas. 1291. Jika dia tidak perolehi kedua-duanya maka harus dia berijtihad dan harus dia mengamalkan azan ramai orang yang ghalib pada zannya betul azan mereka itu didalam waktu atau mengamalkan azan seorang yang amanah yang tahukan waktu-waktu sembahyang jika azannya itu pada ketika mendung263 sekalipun kerana dia tidak azan pada adatnya melainkan didalam waktu jua. 1292. Jika dia tidak perolehi yang tersebut itu wajib atasnya ijtihad dengan wirid seperti membaca Quran atau menderas atau dengan kepandaian seperti menjahit atau menyurat atau dengan barang sebagainya daripada tiap-tiap perkara yang dizankan masuk waktu denganya seperti kokok ayam, yang telah diuji betulnya didalam waktu, sama pada sekelian yang demikian itu yang melihat atau yang buta. 1293. Harus ijtihad bagi orang yang dapat menghasilkan yakin masuknya waktu sembahyang dengan khabar atau dengan keluar dari rumah yang kelam untuk melihat matahari kerana bahawa pada keluar kepada melihat matahari itu ada masyaqqah, pada jumlah264. 1294. Harus bagi ahli bintang dan ahli hisab mengamalkan hisabnya, tetapi tidak harus bagi orang lain bertaklid kepada keduanya. 1295. Apabila seorang yang amanah mengkhabarkan masuknya waktu dengan ijtihadnya tidak harus bagi seorang yang melihat yang kuasa ijtihad bertaklid kepadanya. Adapun orang yang buta dan orang yang melihat yang lemah daripadanya maka harus baginya memilih diantara taklid kepadanya dan diantara ijtihad kerana menilik kepada lemahnya, pada jumlah. 1296. Diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa haram sembahyang lagi tidak sah beserta syak pada masuk waktu kerana meninggalkan wajib dan
262 263 264
. musyahadah – nampak dengan mata. iaitu dia menyaksikan kedudukan matahari. . pada asal “ ”ﻏﺒﺎﺭiaitu debu. secara borongnya, pada dasarnya, secara kasarnya,.
ketiadaan satu syarat daripada syarat-syarat sembahyang yang lagi akan datang kenyataannya. 1297. Bermula, apabila seorang berijtihad pada waktu dan sembahyang kemudian dia tahu didalam waktu itu atau sebelumnya atau kemudiannya bahawa sembahyangnya itu jatuh sebelum waktunya wajib dia mengulang sembahyangnya kerana tidak sah sembahyang dengan ijtihad yang tidak kebilangan kerana nyata salahnya. Adapun jika dia tahukan jatuh sembahyangnya itu didalam waktu atau selepasnya atau tidak nyata halnya maka tidak wajib dia mengulanginya. Tetapi jika dia sembahyang tanpa ijtihad wajib dia mengulangi sembahyangnya sekalipun ternyata jatuh sembahyagnnya itu didalam waktu, dan derhakalah dia kerana taksirnya sebab eninggalkan ijtihad yang wajib diatasnya. 1298. Bermula, wajib diatas orang yang berijtihad mentakhirkan sembahyang hingga ghalib diatas zannya bahawa waktunya telah masuk, dan mentakhirkannnya hingga ditakuti luput sembahyang itu, maka ianya terafdhal. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. 1299. Syahadan. Sunat menyegerakan kadha sembahyang yang luput dengan sebab uzur seperti tidur dan lupa yang tidak terjadi daripada taksir atau seperti jahilkan wajib dan diuzurkan dia pada jahilnya sebab jauhnya dari orang Islam atau digagahi diatas meninggalkannya atau diatas mengerjakan yang menafikan sah sembahyangnya, kerana menyegerakan kelepasan zimmahnya dan kerana hadith Bukhari dan Muslim “ﺎﺭﻫ ﺎ ِﺇﺫﹶﺍ ﹶﺫ ﹶﻜﺼﱢﻠﻬ ﻴ ﺎ ﹶﻓ ﹾﻠﻴﻬ ﺴ ﻭ ﹶﻨ َﺃﻼﺓ ﹶﻥ ﺼ ﻋ ﻡ ﻥ ﻨﹶﺎ ﻤ ” artinya : siapa yang tidur lalu meninggalkan sembahyang atau lupakannya maka hendaklah dia mengkadhanya apabila dia ingatkannya. 1300. Adapun jika tidur dan lupa itu terjadi selepas masuk waktu pada hal tidak ghalib diatas zannya akan terjaga didalam waktu maka wajiblah dia segerakan kadhanya kerana luputnya pada ketika itu dengan tidak ada uzur. 1301. Demikian lagi tertib pada mengkadha sekelian sembahyang luput, seperti dikadhanya subuh sebelum zohor kemudian dikadhanya zohor sebelum asar, demikianlah hingga akhirnya. Samaada luput sekelian sembahyang itu tanpa uzur atau luput sebahagiannya dengan uzur dan sebahagiannya tanpa uzur, supaya dia keluar dari khilaf orang yang mewajibkan tertib. Inilah muktamad syeik hRamli didalam Nihayah. 1302. Adapun muktamad syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah bahawa sunat tertib itu jika luput sekelian sembahyang itu dengan uzur atau luput sekeliannya tanpa uzur. Adapun jika luput sebahagianya dengan uzur dan sebahagianya tanpa uzur maka wajib diatasnya mendulukan kadha sembahyang yang luput tanpa uzur diatas yang luput dengan uzur sekalipun ketiadaan tertibnya, kerana tertib itu sunat jua dan menyegerakan kadha yang luput dengan tidak ada uzur itu wajib. Dari kerana ini wajiblah mendulukannya diatas sembahyang hadhir jika luas waktunya. 1303. Demikian lagi sunat mendulukan sembahyang kadha diatas sembahyang hadhir yang dia tidak takutkan luputnya seperti dia boleh mendapat satu rakaat daripadanya didalam waktunya, sekalipun dia takutkan luput berjamaah pada sembahyang hadhir itu, supaya keluar dari khilaf mereka yang mewajibkannya dan kerana tersebut didalam hadith khandak bahawa nabi sawm pada hari khandak itu mengkadha sembahyang asar selepas masuk matahari, kemudian dia sembahyang maghrib. 1304. Adapun jika dia takutkan luput sembahyang hadhir seperti tidak terboleh dia mendapat satu rakaat daripadanya didalam waktunya maka wajib diatasnya mendulukannya diatas sembahyang kadha kerana bahawa waktu itu tertentu baginya dan supaya ia tidak menjadi kadha pula. Ditanggungkan haram
mengeluarkan sebahagian sembahyang daripada waktunya diatas selain rupa masaalah ini. Inilah muktamad syeikh Islam dan syekh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli didalam Minhaj dan Mughni dan Niayah. 1305. Adapun muktamad syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syara Bafadhal maka jika dia takutkan luput sembahyang hadhir seperti keluar sutu juzuknya dari waktunya sekalipun sedikit wajib diatasnya mendulukan sembahyang hadhir daripada kadha kerana haram mengeluarkan sebahagian sembahyang dari waktunya. 1306. Jika dia masuk mengerjakan sembahyang hadhir kemudian dia ingatkan sembahyang yang luput wajib dia menyempurnakannya samaada picik waktunya ata luas, dan jika dia masuk mengerjakan kadha sembahyang luput pada hal dia zankan luas waktu sembahyang hadhir itu kemudian maka nyata picik waktunya daripada mendapatnya dalam keadaan tunai wajiblah dia memutuskannya dan mengerjakan sembahyang hadhir itu. 1307. Bermula, barang siapa ada diatasnya sembahyang yang luput tanpa uzur wajib dia segera mengkadhanya. Wajib dia mentasarrufkan sekelian masanya untuk mengkadhanya. Maka tidak harus dia mengerjakan pekerjaan yang lain seperti sembahyang sunat atau tawaf atau barang sebagainya dan fardhu kifayah seperti sembahyang jenazah. Maka haram diatasnya mengerjakan sekelian yang tersebut itu selama masih ada lagi kadha itu diatasnya, melainkan apa yang tidak dapat tidak baginya seperti tidur dan kadha hajat dan menghasilkan nafkah dan belanja yang wajib diatasnya dan memperbuat perkara wajib yang lain yang picik waktunya yang dia takutkan luputnya. 1308. Barang siapa yang ada diatasnya beberapa sembahyang yang luput yang tidak dia tahukan bilangannya, kata syeikh Qaffal : hendaklah dia kadha apa yang dia yakin telah ditinggalkannya, dan kata syeikh Husain : hendaklah dikadhanya apa yang lebih diatas apa yang dia yakin telah ditinggalkannya. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : ia adalah yang paling sahih. 1309. Jika seorang terjaga dari tidurnya pada hal tidak tinggal daripada waktu sembahyang fardhu melainkan kadar yang meluluskan wudhuk atau setengahnya jua maka hukumnya seperti hukum orang yang luput sembahyang dengan uzur darinya. Maka tidak wajib dia segera pada mengkadhanya. 1310. Jikalau seorang syak kemudian daripada keluar waktu sembahyang fardhu adakah telah diperbuatnya sembahyang itu atau tidak, wajib dia mengkadhanya. Adalah bandingannya seperti dia syak pada niat sekalipun kemudian daripada keluar waktunya. Bersalahan dengan keadaan jika dia syak kemudian daripada keluar waktunya adakah sembahyang itu wajib diatasnya atau tidak, maka tidak wajib atasnya suatu pun. 1311. Barang siapa yang luput darinya sembahyang isyak adakah harus baginya sembahyang witir sebelum mengkadhanya, maka pada yang demikian itu dua wajah yang paling sahih daripada keduanya tidak harus demikian itu baginya. 1312. Syahadan. Sunat menjagakan orang yang tidur kerana sembahyang, istimewa pula pada ketika picik waktunya. Maka jika dia derhaka dengan tidurnya wajib atas sesiapa yang tahukan halnya menjagakan dia. 1313. Demikian lagi sunat menjagakan orang yang tidur dihadapan mereka yang sembahyang atau yang tidur didalam saf awal atau yang tidur didalam mihrab masjid atau diatas tempat tinggi seperti sutuh rumah yang tidak ada pada kelilingnya suatu yang boleh menegah dia dari jatuh atau yang tidur kemudian daripada terbit fajar dan sebelum terbit matahari kerana bahawa bumi menyaringkan suaranya kepada Allah taala kerana tidur orang alim pada ketika itu atau yaag tidur kemudian daripada asar atau yang tidur seorang dirinya didalam bilik rumahnya yang sunyi kerana yang demikian itu makruh atau
perempuan yang tidur telentang atau lelaki yang menyarap kerana kelakuan tidur seperti demikian itu dibenci Allah taala. 1314. Demikian lagi sunat pula menjagakan orang lain untuk sembahyang tahajjud dan makan sahur, dan yang tidur yang ada pada tangannya bau daging265 pada dan yang tidur di Arafah waktu wukuf kerana ia adalah waktu mencari pahala dan merendahkan diri. 1315. Fasal pada menyatakan waktu-waktu yang ditegah sembahyag didalamnya dengan tegah tahrim. Bermula, haram sembahyang lagi tidak sah pada lima waktu yang dinamakan waktu karahah tahrim. 1316. Pertamanya waktu terbit matahari hingga naiknya kadar segalah. Maka haram diatas seorang sembahyang ketika itu samaada dia telah memperbuat sembahyang subuh atau tidak. 1317. Kedua waktu rembang matahari hingga gelincirnya. Adalah waktu rembang itu sangat picik tidak meluluskan daripada sembahyang melainkan takbir ihram jua. Maka jika seorang takbir ihram pada ketika itu haramlah ia diatasnya lagi tidak sah sembahyangnya. Melainkan rembang pada hari jumaat maka tidak haram sembayang pada ketika itu, sekalipun dia tidak menghadhiri jumaat itu. 1318. Ketiganya : waktu kuning matahari hingga tenggelamnya. Haramlah diatas seorang sembahyang pada ketika itu samada dia telah memperbuat sembahyang asar atau tidak. 1319. Keempat : selepas sembahyang subuh tunai hingga terbit matahari. Maka haram sembahyang pada ketika itu diatas yang telah memperbuat subuh jua, tidak selainnya. Maka tidak haram ia sebelum memperbuatnya. 1320. Kelima : kemudian daripada sembahyang asar tunai hingga kuning matahari. Maka haram sembahyang ada ketika itu diatas yang telah sembahyag asar jua tidak orang lain. Maka tidak haram ia sebelum memperbuatnya. 1321. Inilah lima perkara daripada waktu karahah tahrim. Maka diketahui daripada yang tersebut itu bahawa karahah tahrim itu berkaian dengan masa pada tiga waktu yang pertama dan berkaitan dengan perbuatan pada dua yang terkemudian. Maka dua waktu yang kemudian ini luas bagi orang yang memperbuat sembahyang subuh dan asar pada awal waktunya dan picik bagi orang yang memperbuat keduanya pada akhir waktunya. 1322. Adapun sembahyang yang diharamkan didalam waktu-waktu yang lima maka ia adalah sembahyang yang tidak mempunyai sebab iaitu sembahyang sunat mutlak dan sembahyang tasbih, atau yang mempunyai sebab yang terkemudian daripadanya seperti sembahyang sunat ihram yang diperbuat pada tempat yang lain daripada tanah haram Makkah dan sembahyang istikharah. 1323. Adapun sembahyang yang mempunyai sebab yang terdahulu daripadanya atau yang beserta dengannya seperti sembahyang kadha fardhu atau sunat dan sembahyang jenazah dan sembahyang minta hujan dan sembahyang gerhana dan sembahyang nazar dan sembahyang hari raya dan sembahyang dhuha dan sembahyang sunat tawaf dan sunat wudhuk dan sembahyang tahiyyat masjid dan sujud syukur dan sujud tilawah maka tidak haram ia didalam waktu-waktu yang lima itu, kerana tersebut didalam hadith Bukhari dan Muslim bahawa nabi sawm luput darinya sembahyang sunat ba’diah zohor maka dikadhanya selepas sembahyang asar, dan telah ijmak sekelian ulamak diatas harus sembahyang jenazah kemudian daripada sembahyang subuh dan ‘asar, maka dikiaskan dengannya sembahyang yang lain daripadanya. Ditanggungkan tegahan pada apa yang telah disebutkan itu diatas sembahyang yang tidak mempunyai sebab atau mempunyai sebab yang terkemudian daripadanya. Tetapi jika sengaja 265
. ﻏﻤﺮ. Wallau a’lam.
mentakhirkan sembahyang kadha kepada waktu-waktu itu supaya dikadhanya didalamnya atau sengaja masuk kedalam masjid dalam waktu itu dengan kasad tahiyyat masjid jua maka iaitu haram lagi tidak sah sembahyangnya. 1324. Adapun tanah haram Makkah samaada masjidilharam atau selainnya maka tidak haram padanya memperbuat sekelian yang tersebut itu didalam waktuwaktu itu kerana sabda nabi sawm “ ﻴ ﹶﺔ ﺼﻠﱠﻰ ّﺃ ﺕ ﻴ ﺒ ﻬﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟ ﻑ ﹺﺒ ﺍ ﻁﹶﺎ ﹶﺤﺩ ﻭﺍ َﺃﻤ ﹶﻨﻌ ﻻ ﹶﺘ ﻑ ﹶ ﻤﻨﹶﺎ ﺩ ﺒ ﻋ ﻰﺒﻨ ﺎﻴ ﺎ ﹴﺭﻭ ﹶﻨﻬ ﻴلٍ َﺃ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ﺀ ﺔ ﺸﹶﺎ ﻋ ﺎ”ﺴ, artinya : wahai sekelian anak cucu Abdul Manaf jangan kamu tegah seorang yang tawaf dibaitullah ini dan yang sembahyang pada sebarang ketika yang dikehendakinya daripada malam atau siang. Meriwayatkannya Turmizi dan selainnya. 1325. Bermula, yang dikehendaki dengan terkemudian atau terdahulu atau bersamaan dengan sebab itu adalah dengan nisbah kepada sembahyang jua. Inilah muktamad syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah kerana mengikut apa yang tersebut didalam Majmuk, bukan dengan nisbah waktu karahah seperti yang tersebut didalam Raudhah. Maka sembahyang jenazah sebabnya menyucikan mayat dan sembahyang kadha sebabnya ingatkan sembahyang yang lupa dan sembahyang minta hujan sebabnya kemarau dan sembahyang gerhana sebabnya gerhana dan sembahyang nazar sebabnya nazar dan sembahyang tawaf sebabnya tawaf dan sembahyang tahiyyat masjid sebabnya masuk masjid dan sembahyang sunat wudhuk sebabnya wudhuk. Maka sekelian sebab sembahyang yang tersebut itu terdahulu diatas kaul pertama yang muktamad, dan diatas kaul yang kedua jika ia terdahulu daripada waktu karahah maka ia adalah sebab yang terdahulu dan jika tidak maka ianya sebab yang bersamaan. 1326. Bermula, sembahyang mu’adah kerana tayammum atau kerana sembahyang sendirian tidak adalah sebabnya melainkan beserta jua, kerana mustahil ujud sebabnya sebelum daripada waktu. Seperti demikian itu sembahyang hari raya dan sembahyang dhuha kerana diperbuat diatas masuk waktu keduanya dengan terbit matahari. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1327. Demikian lagi haram lagi tidak sah sembahyang diatas orang yang telah hadhir didalam masjid tatkala khatib sudah duduk diatas mimbar sekalipun sembahyang itu mempunyai sebab atau ianya kadha yang luput dengan tidak uzur dan sebelum khatib membaca khutbah. 1328. Haram pula diatasnya melanjutkan sembahyang yang dia telah masuk mengerjakannya sebelum khatib naik keatas mimbar, kemudian dia naik keatasnya pada hal dia masih didalam sembahyangnya, bahkan wajib diatasnya pada ketika itu menyimpankan sembahyangnya diatas dua rakaat jua. Inilah hukum orang yang telah hadhir didalam masjid. 1329. Adapun orang yang baru masuk masjid pada ketika itu maka sanat dia sembahyang tahiyyatul masjid dua rakaat kerana disuruhkan dengannya pada satu hadith sahih, tetapi wajib dia menyingkatkannya diatas kadar yang tak dapat tidak daripadanya. Jikalau dia belum sembahyang sunat jumaat maka hendaklah diniatkannya sunat jumaat beserta dengan tahiyyat masjid itu dan janganlah dikerjakan selepasnya kerana haram diatasnya pada ketika itu melebihkan diatas dua rakat pada tiap-tiap hal. Inilah jika dia tidak takutkan luput takbir ihram berserta dengan imam. 1330. Adapun jika dia takutkankannya seperti dia masuk kedalam masjid pada akhir khutbah dan ghalib diatas zannya bahawa jika dia sembahyang tahiyyat masjid nescaya luputlah darinya takbir ihram bersama imam maka janganlah dia sembahyang tahiyyat masjid kerana bahawa tahiyyat masjid pada ketika itu makruh, bahkan hendaklah dia berdiri hingga didirikan sembahyang jumaat, dan
janganlah dia duduk pada ketika itu kerana makruh duduk sebelum tahiyyat masjid. Jikalau disembahyangkan tahiyyat masjid pada ketika qamat maka ianya lebih makruh lagi. 1331. Fasal pada menyatakan orang yang wajib sembahyang diatasnya dan perkara yang disebutkan besertanya. Bermula tidak wajib sembahyang melainkan diatas tiap-tiap orang Islam yang baligh lagi berakal, lelaki atau perempuan atau khunsa, lagi suci dari haid dan nifas. Maka tidak wajib ia diatas kafir asli pada pihak tuntutan dengannya didunia kerana tidak sah sembahyang daripadanya kerana bahawa kafir zimmi tidak dituntut ia dengan suatu jua pun didalam dunia ini dan kafir selain zimmi dituntut dengan masuk Islam atau membayar jizyah. Akan tetapi wajib diatas kafir asli itu pada pihak siksaan diakhirat diatas meninggalkan sembahyang didunia, dan demikian lagi meninggalkan zakat dan puasa dan selainnya daripada cabangan-cabangan syariah, kerana ia dapat memperbuatnya dengan masuk Islam. 1332. Dan tidak wajib ia diatas kanak-kanak dan yang gila dan yang pitam dan yang mabuk kerana ketiadaan taklif pada mereka itu, dan tidak wajib ia diatas perempuan yang berhaid dan yang bernifas kerana tidak sah sembahyang dari keduanya dan lagi kerana bahawa mereka itu diberati diatas meninggalkannya. 1333. Maka apabila kafir asli memeluk Islam tidak wajib diatasnya dan tidak sunat baginya mengkadha sembahyang yang luput ketika kufurnya, bahkan haram dia mengkadhanya lagi tidak sah kerana menggemarkan dia pada Islam, dan lagi kerana firman Allah taala “ﻑ ﹶﻠ ﹶﺩ ﺴ ﺎ ﹶﻗﻡ ﻤ ﻬ ﺭ ﹶﻟ ﻴ ﹾﻐ ﹶﻔ ﻭﺍ ﹾﻨ ﹶﺘﻬﻥ ﻴ ﻭﺍ ِﺇﻥ ﹶﻜ ﹶﻔﺭ ﻴ ﺫ ل ِﻟﱠﻠ ْ ” ﹸﻗartinya : katakan kepada orang-orang yang kufur: jika mereka memeluk Islam diampunkan bagi mereka itu apa yang telah terdahulu daripada dosa mereka, dan lagi kerana bahawa jika dituntut daripadanya mengkadha segala ibadat yang didalam masa kufurnya nescaya adalah ia jadi sebab bagi cuainya dari Islam kerana banyak masyaqqah padanya, istimewa pula apabila telah lalu kebanyakkan umurnya didalam kufur. Apabila seorang kafir memeluk Islam diberi dia pahala apa yang telah dibuatnya didalam kufurnya daripada segala amalan kebajikan yang tidak perlu kepada niat seperti memerdekakan sahaya dan bersedekah dan barang sebagainya. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah dengan dinakalkan daripada Majmuk. 1334. Adapun kafir yang tidak asli iaitu yang murtad apabila dia Islam maka wajib dia mengkadha sembahyang yang luput darinya didalam masa murtadnya, hinggakan masa gila didalam murtadnya. Wajib dia mengkadha sembahyang didalam masa itu kerana dibesarkan pekerjaan sembahyang diatasnya. Bersalahan masa haid dan nifas yang didalam riddah, maka tidak wajib diatas perempuan murtad yang berhaid atau bernifas mengkadha sembahyang didalam masa haid atau nifasnya itu. 1335. Bermula, beza diantara yang demikian itu bahawa perempuan yang berhaid dan yang bernifas itu diberati diatas meninggalkan sembahyang didalam masa haid dan nifasnya maka mengkadhanya adalah membayar apa yang dia disuruh meninggalkannya, sedang orang gila tidak diberati meninggalkan sembahyang didalam masa gilanya maka tidak dikatakan bahawa dia membayar apa yang disuruh dia meninggalkannya. 1336. Dan tidak wajib diatas kanak-kanak lelaki atau perempuan apabila dia baligh mengkadha sembahyang yang luput darinya didalam masa kanakkanaknya kerana ketiadaan taklif baginya, tetapi sunat dia mengkadhanya. 1337. Syahadan. Apabila genaplah umur kanak-kanak itu tujuh tahun dan adalah dia pada ketika itu mumayyiz iaitu yang makan dan minum dan istinja dengan sendirinya wajiblah diatas walinya iaitu bapanya atau datuknya atau pemegang wasiat bapanya atau pemegang wasiat datuknya atau petugas dari pihak kadhi
mengajarinya apa yang tak dapat tidak diketahui daripada perkara-perkara agama Islam yang dharuri266 lagi yang sama padanya orang yang awam dan yang khawas yang jadi kafir barang siapa yang menyangkalinya. Seperti bapa adalah orang yang memungut budak dan tuan sahaya dan orang yang memegang simpanan dan peminjam dan imam dan sekelian orang Islam pada kanak-kanak yang tidak mempunyai wali. 1338. Maka sebahagian daripada yang demikian itu adalah mengenali Allah dan mengenali rasul-rasulNya dan mengambil sekelian yang diwajibkan dan menjauhi sekelian yang diharamkan. 1339. Maka wajib diatas mereka itu mengajarnya tentang yang demikian itu dan mengajar bahawa nabi kita Muhammad sawm diperanakkan di Makkah, nama bapanya Abdullah bin Abdul Muttalib dan nama ibunya Aminah, dia daripada arab berbangsa Quraisy, elok rupa parasnya dan baik perangainya dan putih warna kuitnya, Allah menjadikannya sebagai nabi dan rasukNya di Makkah, maka dia adalah nabi dan pesuruh Allah kepada sekelian makhluk, dan wafat di Madinah dan dikuburkan di Madinah yang bercahaya dengan cahayanya sawm. 1340. Wajib pula diatas mereka ketika itu menyuruhnya mengerjakan sembahyang tunai dan kadha dan puasa dan selainnya daripada segala amalan syariah yang zahir, sekalipun sunat seperti bersugi. Wajib diatas mereka itu menegahnya dari berbuat segala yang diharamkan seperti zina dan liwat dan mencuri dan minum arak dan mengumpat dan mengadu-ngadu dan mencaci dan berdusta dan barang sebagainya. 1341. Apabila genap umur anak-kanak yang mumayyiz itu sepuluh tahun wajib diatas mereka itu memukulnya diatas meninggalkan sembahyang tunai atau kadha atau puasa atau meninggalkan satu syarat daripada sekelian syaratnya atau meninggalkan selainnya daripada itu daripada amalan-amalan syariah yang zahir, atau diatas memperbuat suatu daripada yang diharamkan kerana sabda nabis sawm “ ﻰﻡ ﻓ ﻬ ﻴ ﹶﻨ ﺒ ﹸﻗﻭﺍﻭ ﹶﻓﺭ ﺸﺭ ﹶﺀ ﻋ ﺒﻨﹶﺎ ﻡ َﺃ ﻫ ﻭ ﺎﻴﻬ ﻋﹶﻠ ﻡ ﻫ ﻭ ﺒ ﻀ ﹺﺭ ﺍﺒ ﹴﻊ ﻭ ﺴ ﺀ ﺒﻨﹶﺎ ﻡ َﺃ ﻫ ﻭ ﻼﺓ ﺼﹶ ﻡ ﺒﹺﺎﻟ ﺩ ﹸﻜ ﻻ ﻭ ﹶ ﻭﺍ َﺃﻤﺭ ﺠ ﹺﻊ ﺎ ﹺﻤﻀ ”ﺍ ﹾﻟartinya : suruh anak-anak kamu mengerjakan sembahyang pad hal mereka itu berumur tujuh tahun dan pukul mereka diatas meninggalkannya pada hal mereka itu berumur sepuluh tahun dan ceraikan diantara mereka pada tempat tidur mereka. Dikiaskan dengan sembahyang akan puasa dan selainnya. 1342. Kata Azrai’e : sahaya yang kecil yang mumayyiz apabila tidak diketahui Islamnya tidak disuruh dia mengerjakan sembahyang kerana diihtimalkan keadaannya kafir dan tidak ditegah dia darinya kerana tidak diyakinkan kufurnya. Intaha. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : ia adalah yang sahih. Kata syeikh Ibnu hajar didalam Tuhfah : yang paling ada wajah adalah sunat menyuruh dia sembahyang supaya dia jinak dengannya selepas balighnya, dan ihtimal kufurnya itu hanyalah menegah wajibnya jua tidak sunatnya. 1343. Bermula, tidak gugur wajib menyuruh dan memukul dari wali kanak-kanak itu melainkan apabila dia baligh dalam keadaan cerdik. 1344. Bermula, upah mengajarinya akan yang tersebut itu Quran dan adab-adab dikeluarkan daripada hartanya, jika dia mempunyai harta. Jika dia tidak mempunyai harta maka diatas bapanya sekalipun terkeatas, kemudian diatas ibunya sekalipun terkeatas. 1345. Bermula, makna wajib upah itu pada hartanya sama seperti zakatnya dan nafkah sara hidupnya dan gantian barang yang dia binasakan adalah upah itu tetap didalam zimmahnya dan wajib walinya mengeluarkannya (dari hartanya itu). Maka jika upah itu kekal hingga dia baligh sekalipun hartanya binasa wajiblah dia mengeluarkannya. 266
. yang mudah diketahui – yang asas.
1346. Bermula, telah disebutkan oleh syeikh Sam’ani pada isteri yang kecil yang mempunyai ibu dan bapa bahawa wajib suruh dan pukul itu diatas ibu bapanya jua, kemudian jika keduanya tidak ada maka diatas suaminya. Intaha. Maka dari kata-kata syeikh Sam’ani ini bahawa wajib diatas suami menyuruh isterinya yang kecil mengerjakan sembahyang dan wajib dia memalunya diatas meninggalkannya jika dia tidak mempunya ibu bapa. Adapun jika isterinya itu baligh atau ada baginya ibu bapa maka tidak wajib atasnya yang demikian itu. 1347. Yang tersebut didalam Fatawa Ibnu Barazi bahawa wajib atas suami menyuruh isterinya mengerjakan sembahyang dan wajib dia memukulnya diatas meninggalkannya. Intaha. Maka zahirnya wajib diatas suaminya yang demikian itu samada isterinya itu baligh atau belum baligh. Zahir ibarat syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah mengiktikmadkan apa yang didalam Fatawa Ibnu Barazi itu kerana yang demikian itu sejumlah daripada menyuruh dengan berbuat makruf dan menegah daripada berbuat mungkar. Bersalahan syeikh Ramli didalam Nihayah. 1348. Tidak ada kadha diatas orang gila atau mabuk apabila dia sembuh darinya jika ianya tidak dengan ta’addi267 dan tidak didalam masa riddah dan tidak ia didalam masa mabuk atau pitam yang terjadi dengan ta’addi. Adapun jika ada gilanya atau pitamnya atau mabuknya itu dengan ta’addi wajiblah kadha diatasnya. 1349. Demikian lagi jika ianya didalam masa riddah seperti bahawa seorang murtad kemudian dia gila atau pitam atau mabuk dengan tidak ta’addi, wajib diatasnya mengkadha sembahyang yang didalam masa gila atau masa pitam atau masa mabuk itu. 1350. Demikian lagi jika ianya didalam masa pitam atau masa mabuk dengan ta’addi seperti bahawa dia pitam atau mabuk dengan ta’addi kemudian gila atau pitam atau mabuk dengan tidak ta’addi , wajibah dia mengkadha sembahyang yang didalam masa gila atau masa pitam atau masa mabuk itu, tidak masanya yang terhasil kemudian daripadanya. 1351. Maka ianya bersalahan dengan masa gila orang yang murtad kerana bahawa orang yang gila didalam murtadnya murtad didalam gilanya pada hukum, dan orang yang gila didalam mabuknya tidak dia mabuk sepanjang gilanya kerana bahawa mabuknya itu ada baginya kesudahan yang berhenti dan hilang ia padanya, bersalahan dengan riddah tidak ada baginya kesudahan yang ia berhenti padanya melainkan dengan Islam maka tidak diperolehi Islam pada ketika itu. 1352. Bermula zahir kalam fuqaha’ seperti yang tersebut itu bahawa pitam itu menerima kedatangan pitam yang lain begitu juga mabuk, bersalahan gila, dan bahawa dapat dibezakan yang pertama selepas daripada datang yang kedua diatasnya kerana pitam itu sejenis penyakit dan para tabib yang mahir mempunyai pengetahuan pada membezakan sebahagian daripada jenis-jenisnya daripada sebahagian yang lain. Bersalahan gila. 1353. Sunat kadha bagi orang yang gila dan yang pitam dan yang mabuk. 1354. Tidak ada kadha diatas perempuan yang berhaid atau bernifas apabila dia suci dari keduanya sekalipun dia didalam riddah. Haram dia mengkadhanya. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. Yang tersebut didalam Majmuk makruh dia mengkadhanya. 1355. Syahadan. Nyatalah dari sekelian yang tersebut itu bahawa segala mani’ yang menegah wajib sembahyang itu tujuh perkara. Pertamanya kanak-kanak,
267
. melampaui batasan, iaitu sengaja melakukan sebabnya yang haram.
iaitu keadaan seorang itu belum baligh, keduanya kufur asli, ketiganya gila, keempatnya pitam, kelimanya mabuk, keenamnya haid, ketujuhnya nifas. 1356. Telah terdahulu didalam bab menyatakan waktu-waktu sembahyang bahawa waktu dharurat itu adalah waktu yang hilang mani’ yang menegah wajib sembahyang. Maka inilah perkataan yang menyatakan waktu dharurat dan hukumnya. 1357. Bermula, jikalau hilang segala mani’ yang tersebut itu dari seorang seperti bahawa baligh seorang kanak-kanak atau Islam seorang kafir asli atau siuman seorang yang gila atau yang pitam atau yang mabuk atau suci perempuan berhaid atau bernifas pada hal masih tinggal daripada akhir waktu oleh kadar masa takbir ihram atau lebih dan selamat dia dari kedatangan mani’ itu kadar masa toharah dan sembahyang nescaya wajiblah dia mengkadha sembahyang itu, kerana dia mendapat satu juzuk daripada waktunya. Adalah bandingannya sepertimana wajib atas musafir yang sembahyang qasar mentamamkan sebahyangnya sebab mengikut orang yang sembahyang tamam pada satu juzuk daripada sembahyangnya. 1358. Adapun jika tidak tinggal daripada akhir waktu itu kadar masa takbir ihram atau tidak selamat dia daripada kedatangan mani’ kadar masa yang tersebut itu tidaklah wajib dia mengkadha sembahyang itu. 1359. Wajib pula diatasnya serta yang demikian itu mengkadha sembahyang yang sebelumnya jika ia boleh dijamakkan dengannya lagi pula dia selamat dari kedatangan mani’ kadar masa sembahyang itu dan toharahnya. Adapun jika sembahyang itu tidak dapat dijamakkan dengannya atau tidak selamat dia daripada kedatangan mani’ kadar masa yang tersebut itu tidaklah wajib diatasnya mengkadha sembahyang itu hanya wajib atasnya mengkadha sembahyang yang punya waktu itu jua. 1360. Maka nyatalah dari yang demikian itu bahawa wajib diatasnya kadha zohor beserta kadha asar dengan mendapat kadar masa takbir pada akhir waktu asar, dan wajib atasnya kadha maghrib beserta kadha isyak denga mendapat kadar masa takbir ihram pada akhir isyak jika dia selamat dari kedatangan mani’ kadar yang meluluskan dua sembahyang itu dengan toharahnya, kerana waktu asar itu waktu bagi zohor dan waktu isyak itu waktu bagi maghrib pada ketika uzur maka pada ketika dharurat lebih utama. 1361. Tidak wajib isyak beserta subuh dan tidak wajib subuh beserta zohor dan tidak wajib asar beserta maghrib kerana setiap daripada sembahyang isyak dan subuh dan asar itu tidak dapat dijamakkan beserta sembahyang yang selepasnya. 1362. Tersebut didalam Tuhfah : jikalau seorang kanak-kanak baligh maka dia gila sebelum berlalu kadar yang meluluskan masa toharah dan sembahyang, tidaklah wajib diatasnya sembahyang itu sekalipun hilang gilanya dengan segera, diatas kehendak itlak mereka itu. Tetapi jika hilang mani’ dan dia mendapat pada akhir waktu asar kadar satu rakaat kemudian maka datang pula mani’ selepas dia mendapat daripada waktu maghrib kadar yang meluluskan maghrib wajiblah diatasnya maghrib jua kerana mendulukannya sebab keadaannya tuan waktu dan waktu masa yang lebih tidak memadai bagi asar, maka tidaklah wajib ia. Inilah jika dia tidak masuk mengerjakan asar sebelum masuk matahari. Adapun jika dia sembahyang asar sebelumnya tertentulah asar itu diatasnya kerana dia tidak dapat mengerjakan maghrib itu. 1363. Jika hilang mani’ itu dan dia dapati daripada waktu asar kadar dua rakaat dan daripada waktu maghrib kadar dua rakaat umpamanya wajiblah diatasnya asar sahaja, sama seperti keadaan jikalau dia mendapat daripada waktu asar kadar dua rakaat dan daripada waktu maghrib empat rakaat bagi yang bermukim
atau kadar dua rakaat bagi musafir maka tertentulah diatasnya asar sahaja kerana bahawa ia adalah yang diikut, tidak zohor, kerana ia yang mengikut. 1364. Jika hilang mani’ itu dan dia dapati daripada akhir waktu isyak kadar takbir ihram kemudian maka dia sunyi dari mani’ kadar masa sembilan rakaat bagi mukim atau tujuh rakaat bagi musafir wajib diatasnya tiga sembahyang iaitu subuh dan isyak dan maghrib, atau dia sunyi daripadanya kadar tujuh rakaat atau enam rakaat wajiblah diatas yang mukim subuh dan isyak sahaja, atau dia sunyi daripadanya kadar lima rakaat atau kurang tidak wajib atasnya melainkan subuh sahaja kerana bahawa masa yang lebih daripada kadar subuh itu sekalipun meluluskan maghrib yang mengikut isyak tetapi tidak dapat mewajibkannya dengan tidak ada yang diikutnya. 1365. Jika hilang mani’ itu dan dia mendapat daripada akhir waktu isyak kadar tiga rakaat maka datang pula mani’ tidak wajib diatasnya isyak itu kerana dia tidak mendapat daripada masanya kadar yang meluluskannya dan tidak wajib pula maghrib diatasnya sekalipun dia mendapat daripada masa isyak itu kadar yang meluluskanya kerana bahawa ia adalah pengikut isyak yang tidak wajib diatasnya, maka tidak wajib pula ia diatasnya kerana tidak dapat diwajibkan yang mengikut dengan tidak wajib yang diikut. 1366. Jika baligh kanak-kanak dengan tahun didalam sembahyangnya wajib dia menyempurnakannya dan memada ia baginya kerana bahawa dia disuruh dengannya dan dipukul diatas meninggalkannya dan dia telah menunaikannya dengan syaratnya maka tidak memberi bekas oleh perubahan keadaannya dengan sempurna didalam sembahyangnya adalah bandingannya seperti sahaya yang merdeka didalam sembahyang zohor pada hari jumaat sebelum luput jumaat. 1367. Bermula, keadaan permulaan sembahyang itu sunat tidak menegah jatuh yang tinggal daripadanya sebagai wajib. Bandingannya seperti haji sunat dan seperti puasa sunat yang pada pertengahannya dinazarkan menyempurnakannya. Akan tetapi sunat dia mengulang sembahyang disini dan pada yang lagi akan datang supaya dia keluar dari khilaf. 1368. Jikalau dia baligh kemudian daripada sembahyang didalam waktu dengan tahun atau selainnya tidak wajib dia mengulangnya sekalipun ianya jumaat kerana bahawa dia telah menunaikan tugasannya didalam waktu seperti yang telah disuruh maka tidak lazim dia mengulangnya bandingannya seperti sembahyang sahaya perempuan dengan terbuka kepalanya maka dia merdeka kemudian daripada sembahyangnya. 1369. Bermula tempat ini dan apa yang dahulu itu adalah jika kita katakan bahawa niat fardhu itu tidak melazimi kanak-kanak atau telah dia niatkannya. Adapun apabila kita kata bahawa niat fardhu itu melaziminya dan tidak dia niatkannya maka wajib diatasnya mengulang sembahyangnya inilah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : samaada pada tidak wajib ulang sembahyang itu diniatkan fardhu atau tidak, kerana diperbuat diatas barang yang lagi akan datang daripada bahawa yang paling rajih adalah tidak wajib meniatkan fardhu pada hak kanak-kanak. 1370. Akan tetapi jika khunsa sembahyang zohor pada hari jumaat kemudian ternyata keadaannya lelaki dan dapat dia sembahyang jumaat wajiblah dia sembahyang jumaat itu. 1371. Bermula, jikalau kanak-kanak mengerjakan haji kemudian dia baligh wajib dia mengulang hajinya. Maka ia bersalahan dengan sembahyang. Adapun perbezaan diantara keduanya maka bahawa kanak-kanak disuruh mengerjakan sembahyang dan dipukul diatas meninggalkannya seperti yang telah lalu kenyataannya, bersalahan haji maka tidak disuruh dia mengerjakannya dan tidak
dipukul dia diatas meninggalkannya. Dan lagi pula kerana haji tatkala adalah wajibnya itu sekali didalam seumur kita disyaratkanlah jatuhnya didalam keadaan seorang itu sempurna iaitu keadaannya baligh. 1372. Apabila datang mani’ keatas seorang didalam waktu seperti bahawa dia gila atau pitam atau berhaid atau bernifas selepas masuk waktu wajib dia mengkadha sembahyang yang empunya waktu itu dengan syarat jika dia mendapati waktu yang sebelum kedatangan mani’ itu meluluskan kadar sembahyang dengan seringan-ringan mungkin, kerana dia telah mendapat daripada waktu kadar yang dapat dia memperbuat sembahyang didalamnya, maka tidak gugur ia dengan sebab datang mani’ kemudiannya. Adalah bandingannya seperti keadaan jikalau binasa harta nishab selepas sempurna tahunnya dan selepas dapat mengeluarkan zakatnya maka bahawa zakat itu tidak gugur sebab binasa harta itu. 1373. Tidak disyaratkan memperoleh masa yang meluluskan kadar toharah melainkan toharah yang tidak sah didulukan daripada waktu seperti tayammum dan wudhuk orang yang sentiasa hadath. Maka tak dapat tidak daripada mensyaratkan masa yang meluluskannya. 1374. Adapun jika dia mendapati yang dahulu daripada datang mani’ itu tidak meluluskan kadar sembahyang maka tidaklah wajib dia mengkadha sembahyang itu. 1375. Wajib pula dia mengkadha sembahyang yang sebelumnya dengan syarat jika ia boleh dijamakkan dengannya lagi didapatinya pula daripada waktu itu kadar yang meluluskannya. Adapun jika ia tidak patut dijamakkan dengannya atau tidak didapatinya daripada waktu itu kadar yang meluluskannya tidaklah wajib dia mengkadhanya hanya wajib dia mengkadha sembahyang yang empunya waktu sahaja. 1376. Tida wajib atasnya sembahyang yang selepasnya sekalipun ia boleh dijamakkan dengannya lagi diperoleh daripada masa itu kadar yang meluluskannya hanyalah kerana waktu sembahyang yang pertama tidak sesuai bagi sembahyang yang kedua melainkan apabila disembahyankan keduanya secara jamak, sedang waktu sembahyang yang kedua sesuai bagi sembahyang yang pertama diatas itlak. 1377. Contoh: jika umpama seorang perempuan gila didalam waktu zohor sekeliannya dan siuman dia pada akhirnya maka selepas masuk waktu asar datanglah haidnya maka ditilik ; jika ada datangnya itu selepas lalu waktu itu kadar yang meluluskan sembahyang asar sahaja iaitu kadar empat rakaat jika dia bermukim atau kadar dua rakaat jika dia musafir nescaya tidak wajib diatasnya melainkan sembahyang asar jua. 1378. Jika datang itu selepas lalu daripada masa itu kadar yang meluluskan sembahyang zohor dan asar iaitu kadar lapan rakaat jika dia bermukim atau kadar empat rakaat jika dia musafir nescaya wajib diatasnya mengkadha dua sembahyang itu. 1379. Jika toharahnya umpama tayammum daripapa apa yang tidak sah didulukan daripada waktu maka disyaratkan pula kadar yang meluluskannya daripada waktu itu. 1380. Syahadan. Diketahui daripada bahasan yang telah terdahulu pada masaalah hilang mani’ dan daripada contoh yang tersebut itu bahawa tempat wajib sembahyang yang sebelumnya disini dengan syarat yang tersebut itu adalah jika ada diatasnya mani’ didalam waktunya. Adapun jika tidak ada diatasnya mani’ didalam waktu itu dan telah diperbuatnya sembahyang itu didalam waktunya tidaklah wajib dia mengkadhanya kerana dia telah memperbuatnya dalam masa dia sunyi daripada mani’ itu. Jika umpamanya dia
tidak memperbuatnya kerana uzur atau selainnya wajib dia mengkadhanya diatas itlak, samaada ia patut dijamakkan sertanya atau tidak dan samaada dia mendapat daripada masa itu kadar yang meluluskannya atau tidak. 1381. Fasal pada menyatakan azan dan iqamah, artinya bang dan qamat. Bermula, arti azan pada bahasa : pemberitahuan suatu semata-mata samaada ia waktu sembahyang atau lainnya, seperti firman Allah taala (ﻪ ﻭِﻟ ﺴ ﺭ ﻭ ﷲ ِ ﻥﺍ ﻤ ﻥ ﻭَﺃﺫﹶﺍ ) artinya pemberitahuan daripada Allah taala dan Pesuruhnya, dan artinya pada syara’ : artinya zikir yang tertentu yang diketahui waktu sembahyang fardhu dengannya. Dan arti iqamah pada bahasa : mendirikan, dan artinya pada syara’ : zikir yang tertentu yang lagi akan datang kenyataannya. Dinamakan zikir itu dengan iqomah kerana bahawasanya ia membangunkan kepada sembahyang. 1382. Bermula, asal pada azan dan qamat sebelum daripada ijmak adalah firman Allah taala (ﷲ ِ ﺫ ﹾﻜ ﹺﺭ ﺍ ﺍ ِﺇﻟﹶﻰﻌﻭ ﺴ ﺔ ﻓﹶﺎ ﻌ ﻤ ﺠ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻼﺓ ﺼﹶ ﻱ ﻟِﻠ ﺩ ) ِﺇﺫﹶﺍ ﻨﹸﻭartinya : apabila diseru kamu untuk sembahyang pada hari jumaat maka pergilah kepada zikrullah iaitu sembahyang, dan sabda nabi sawm (ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﻡ َﺃ ﻥ ﹶﻟ ﹸﻜ ﻴ َﺅ ﱢﺫ ﻼ ﹸﺓ ﻓﹶﺎ ﹾﻟ ﹶﺕ ﺍﻟﺼ ﺭ ﻀ ﺤ ) ِﺇﺫﹶﺍartinya: apabila hadhir waktu sembahyang maka hendaklah azan untuk kamu oleh seorang daripada kamu. Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim. 1383. Tersebut didalam Abu Daud dengan isnad yang sahih daripada Abdullah bin Zaid bin Abdu Rabbih bahawasanya dia berkata tatakala nabi sawm menyuruh diperbuatkan naqus untuk dipalu untuk menghimpunkan orang ramai kepada sembahyang, tiba-tiba aku tidur maka berkeliling dengan aku pada hal aku didalam tidur itu seorang yang menanggung naqus pada tangannya maka kata ku: hai hamba Allah engkau jualkah naqus itu? Maka katanya : apa engkau nak buat dengannya maka kataku : aku seru orang ramai dengannya kepada sembahyang. Maka katanya : biar aku tunjuki engkau apa yang lebih baik daripada naqus ini. Maka kataku: tunjukkanlah ia kepada aku. Maka katanya : engkau kata Allahu akbar Allahu akbar, hingga akhir kalimah azan. Kemudian undurlah orang itu daripada kudungan268 tidak jauh kemudian maka dia berkata pula kepada ku : dan engkau kata apabila engkau dirikan sembahyang “Allahu akbar Allahu akbar” hingga akhir kalimah iqamah. Maka tatkala masuk pagi hari aku datanglah aku kepada nabi sawm, aku khabarkan dia dengan apa yang aku lihat didalam mimpi ku. Maka sabda nabi sawm ( ﻼلٍ ﹶﻓَﺄ ﹾﻟﻕ ﻊ ﺒﹺ ﹶ ﻤ ﻡ ﹸﻗ.ﷲ ُ ﺀ ﺍ ﻥ ﺸﹶﺎ ﻕ ِﺇ ﺤﱟ ﺎﺭ ْﺅﻴ ﺎِﺇ ﱠﻨﻬ ﻭﺘﹰﺎ ﺼ ﻙ ﻤ ﹾﻨ ﻯﻪ َﺃ ﹾﻨﺩ ﹶﻓِﺈﻨﱠ،ﻴﺕﹶ ﺭَﺃ ﺎ ﻤﻴﻪ ﹶﻠ )ﻋartinya : bahawasanya ia mimpi yang sebenar, insyaAllah taala. Bangunlah kamu bersama Bilal maka sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat didalam mimpi kamu itu kerana bahawasanya dia lebih lanjut suaranya daripada kamu. Maka bersegeralah aku menyampaikan kepadanya maka azanlah Bilal dengannya. Maka oleh Umar bin al Khattab mendengar yang demikian itu pada hal dia didalam rumahnya, maka dia keluar dari rumahnya sambil menghila selindangnya mendapatkan rasulullah sawm, sembahnya: wahai rasulullah demi Tuhan yang menyuruhkan tuan hamba dengan sebenarnya wahai rasulullah telah hamba lihat didalam mimpi hamba seumpama apa yang telah dilihat oleh Abdullah bin Zaid itu. Maka sabda rasulullah sawm (ﺩ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﱠﻠﻪ ) ﹶﻓﻠartinya : maka bagi Allah taala jua segala puji pujian atas ni’mat ini dan lainnya. 1384. Soal: jika ditanya orang bahawasa sunat azan dan iqamah itu satu hukum daripada hukum-hukum syara’ maka ianya tidak sabit melainkan dengan wahyu tidak dengan mimpi, maka betapa kiranya disandarkan sunat azan dan qamat dengan penlihat dan mimpi Abdullah bin Zaid dan mimpi saidina Umar itu? jawab: bahawasanya tidak disandarkan azan dan qamat itu kepada mimpi hanya sanya telah muafakat dengannya oleh turun wahyu atas nabi sawm dengan besarta 268
. ﻜﻭﺩﻭﻏﻥ.
atau terdahulu wahyu diatasnya, kerana riwayat Abu Daud dan selainnya bahawasanya nabi sawm bersabda kepada saidina Umar yang mengkhabarkan kepadanya akan penglihatannya didalam mimpinya, demikianlah sabdanya ( ﹶﻘﻙﺒﺴ ﻲ ﺤ ﻭ )ﺍ ﹾﻟartinya: telah mendhului kamu oleh wahyu. Maka hukum itu sabit dengan wahyu bukan dengan mimpi. 1385. Sungguhnya al Barazi telah meriwayatkan bahawasanya nabi sawm diperlihatkan azan kepadanya oleh Allah taala dan dia mendengarnya dengan musyahadah pada malam Mi’raj diatas tujuh petala langit. Kemudian maka Jibril mendulukan dia menjadi imam sembahyang, maka segala isi langit mengikutnya, dan ada beserta mereka itu nabi Adam dan Nuh alaihim solah wassalam. Maka Allah taala telah menyempurnakan baginya kemuliaannya diatas segala isi langit dan bumi. 1386. Keluar dengan kata kita “yang diketahui dengannya waktu sembahyang” oleh azan yang disunatkan kerana selain daripada sembahyang. Maka ianya diatas beberapa bagai. Sebahagian daripadanya bahawa disunatkan azan bagi orang yang didalam percintaan, bahawa dia menyuruh seorang azan pada telinganya kerana bahawasanya azan itu menghilangkan percintaan seperti yang tersebut didalam hadhith marfu’ seperti yang telah diriwayatkan oleh Dailami daripada saidina Ali . Diriwayatkan pula hadith “barang siapa jahat perangainya daripada manusia dan binatang maka sungguhnya hendaklah diazankan pada telinganya. Disunatkan pula azan pada telinga orang yang kemasukkan syaitan dan pada telinga orang yang sangat marah. Disunat ia pula tatkala kebakaran dan tatkala berkecamuk peperangan, dan azan dan qamat dibelakang orang yang musafir. Disunatkan pula azan apabila sangat keras kejahatan sekelian jin kerana bahawasanya azan itu menolak kejahatan mereka, kerana syaitan apabila ia mendengar azan berpalinglah dia melarikan diri. 1387. Bermula, keadaan azan dan qamat itu dituntut pada syara’ sabit dengan ijmak sekelian ulamak. Hanyasanya khilaf pada bahawasa adakah keduanya itu sunat atau fardhu kifayah, maka yang paling sahih daripada keduanya bahawa ia sunat kifayah pada hak jamaah maka hasil sunat dengan perbuatan sebahagian mereka itu, dan sunat ain pada hak munfarid, bandingannya seperti mula beri salam. 1388. Jikalau seorang azan pada satu pihak daripada negeri269 yang besar hasillah270 sunat bagi segala orang yang didalam pihak itu tidak bagi yang selainnya. Bermula, dhobit pada yang demikian itu adalah bahawa azan dan qamat itu boleh didengar oleh segala mereka yang didalam negeri itu jika mereka menyehajakan, tetapi tidak dapat tidak pada menghasilkan sunat271 dengan nisbah sekelian mereka yang didalam negeri itu daripada nyata syiarnya. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawasanya tidak menafikannya oleh barang yang lagi akan datang daripada bahawa azan untuk berjamaah memada didengar oleh seorang daripada mereka itu, kerana bahawa ia dengan menilik kepada menunaikan asal sunat azan dan yang ini dengan menilik kepada menunaikan sunat azan dari sekelian mereka yang didalam negeri itu. 1389. Bermula azan dan qamat itu hanya sanya disunatkan bagi sembahyang fardhu yang lima waktu jua tidak bagi sembahyang fardhu nazar dan tidak bagi sembahyang jenazah dan tidak bagi sekelian sembahyang sunat sekalipun dituntut mengerjakannya dengan berjamaah. Maka tidak disunatkan keduanya 269
. iaitu pekan atau bandar yang mempunyai qadhi dan hakim. . artinya gugur tuntutan sunat atas segala orang yang didalam pihak itu. Iaitu tidak sunat bagi orang lain pada pihak itu azan. 271 . menghasilkan pahala sunat bagi setiap mereka. 270
bagi yang tiga itu, hanya makruh keduanya baginya kerana ketiadaan warid azan dan qamat padanya daripada nabi sawm dan daripada segala sahabat. 1390. Adapun qamat maka disunatkan ia bagi tiap-tiap sembahyang fardhu diatas itlak, samaada ia tunai atau qadha dan samaada ia dijamakkan atau tidak dan samaada ia pada lelaki atau perempuan atau khunsa dan samaada qamat perempuan atau khunsa itu bagi seorang dirinya atau bagi segala yang seumpamanya, tidak bagi segala lelaki. 1391. Adapun azan maka disunatkan ia pada lelaki jua, sekalipun dia kanakkanak atau munfarid atau mendengar azan orang yang lain. Maka tidak disunatkan azan pada perempuan diatas itlak, samaada ia bagi dirinya sendiri atau bagi yang lainnya dan samada ia pada tempat yang sunyi daripada lelaki yang ajnabi atau tidak dan samaada ia dengan perlahan atau dengan nyaring. Tetapi jika perempuan azan dengan perlahan bagi dirinya sendiri atau bagi jamaah perempuan nescaya haruslah ia dengan tidak makruh, dan jadilah azannya itu zikrullah, dan jika dia azan nyaring maka ianya makruh baginya jika tidak ada hadhir lelaki ajnabi dan haram atasnya jika ada hadhir lelaki yang ajnabi kerana ditakuti fitnah daripadanya dengan mendengar suaranya, seperti menilik mukanya. 1392. Hanyasanya harus bagi perempuan mernyanyi serta ada lelaki yang ajnabi mendengarnya kerana makruh bagi lelaki sengaja mendengarnya jika tidak ada takutkan fitnah sekalipun. Adapun azan maka disunatkan sengaja mendengarnya. Maka jikalau kita haruskan azan bagi perempuan nescaya yang demikian itu membawa kepada menyuruh lelaki ajnabi dengan sengaja mendengar suaranya yang ditakuti daripadanya fitnah, maka iaitu tertegah. Dan lagi pula menilik pada orang yang azan ketika dia azan itu sunat maka jikalau kita haruskan azan baginya nescaya membawa kepada menyuruh lelaki dengan menilik kepadanya maka iaitu tertegah pula. 1393. Hanya sanya harus bagi perempuan menyaringkan suaranya dengan talbiah kerana tiap-tiap seorang masyghul dengan talbiah dirinya dan lagi tidak disunatkan sengaja mendengar talbiah dan tidak sunat menilik pada yang mengucap talbiah, bersalahan dengan azan. Khunsa seperti perempuan pada sekelian yang tersebut itu. 1394. Jika ada diatas seorang beberapa sembahyang luput maka dia hendak mengkadhanya dengan berturut-turut maka disunatkan azan pada sembahyang yang pertama sahaja, tidak bagi tiap-tiap sembahyang yang kemudiannya, hanya sunat baginya qamat. Jika dia hendak mengkadhanya bercerai-cerai maka jika lanjut fasal272 antara setiap satu daripadanya pada ‘uruf disunatkan ia bagi tiaptiap sembahyang itu. 1395. Jika dia menjamakkan zohor serta asar atau maghrib serta isyak dengan jamak takhir sunat azan baginya bagi sembahyang yang pertama jua, tidak bagi yang kemudiannya, samaada ia yang empunya waktu atau bukan. Seperti demikian itu jika dia menjamak keduanya dengan jamak taqdim, melainkan jika masuk waktu yang kedua dahulu daripada mengerjakan yang pertama, maka sunat pula baginya azan pada sembahyang yang kedua kerana hilang tab’iyah baginya. 1396. Jika seorang sembahyang sembahyang kadha dan sembahyang tunai dengan berturut-turut sunat baginya azan bagi sembahyang yang pertama jua, samaada dia dahulukan kadha atas tunai atau dia kemudiankannya darinya. Melainkan jika dia dahulukan sembahyang kadha, maka kemudian daripada273 272 273
. iaitu ceraian. . pada asal “bang” iaitu azan. Zahirnya tanpanya.
dia sembahyang kadha itu masuk waktu sembahyang tunai maka disunatkan baginya azan pula bagi sembahyang tunai itu. Adapun jika tidak berturut-turut antara sembahyang kadha dan sembahyang tunai maka disunatkan baginya azan bagi tiap-tiap daripada keduanya. 1397. Sunat dia menyaringkan suaranya dengan azan barang sedapatnya dan jikalau ia munfarid sekalipun, jika ada ia pada tempat yang lain daripada umpama masjid yang telah didirikan sembahyang padanya dengan berjamaah dan mereka itu telah pergi daripadanya, kerana tersebut didalam hadith Bukhari sabda nabi sawm kepada Abu Sai’ed al Khudri ( ﻙ ﺘ ﻴ ﺩ ﺎﻭ ﺒ َﺃﻙﻏ ﹶﻨﻤ ﻲ ﹶﺕ ﻓ ﹶﺔ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﹸﻜ ﹾﻨ ﹶﻴﺎﺩﺍ ﹾﻟﺒ ﻭ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻐ ﹶﻨﻡﺤﺏ ﻙ ﹸﺘ ﺍﻲ َﺃﺭ ِﺇ ﱢﻨ ﻡ ﻭ ﻴ ﻪ ﹶﻟﺸﻬﹺﺩ ﻻ ﹶ ﺀ ِﺇ ﱠ ﻲ ﺸ ﻻ ﹶ ﹶﺱ ﻭ ﻻ ِﺇ ﹾﻨ ﹶﻥ ﻭ ﺠ ﻤ َﺅ ﱢﺫﻥﹺ ﹺ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﹶ ﺼ ﻯﻤﺩ ﻊ ﻤ ﺴ ﻴ ﻻ ﻪ ﹶ ﺀ ﹶﻓِﺈﻨﱠ ﺍ ﺒﹺﺎﻟ ﱢﻨﺩﻭ ﹶﺘﻙ ﻊ ﺼ ﺭ ﹶﻓ ﻓﹶﺎﻼﺓ ﺼﹶ ﺕ ﻟِﻠ ﹾﻨ ﹶﹶﻓَﺄﺫ ﺔ ﻤ ﺎﻘﻴ )ﺍ ﹾﻟartinya : sungguhnya aku tengok kamu ini suka kepada kambing dan badiah274 maka apabila kamu berada pada kambing mu atau pada badiah mu maka kamu azan kerana sembahyang maka nyaringkan suara kamu dengan azan itu kerana bahawasanya tidak mendengar suara orang yang azan oleh jin dan tidak manusia dan tidak suatu melainkan ia naik saksi baginya pada hari kiamat kelak. Walaubagaimanapun memada pada azan orang yang munfarid bahawa dia memperdengarkan dirinya jua, bersalahan azan kerana memberi tahu masuk waktu seperti yang lagi akan datang pada syarat azan dan qamat. 1398. Adapun jika azan itu pada umpama masjid yang telah didirikan sembahyang didalamnya dengan berjamaah dan beredar mereka itu darinya maka tidak sunat menyaringkan suara dengannya, hanya sunat azan didalamnya dengan perlahan-lahan supaya tidak disangkakan oleh mereka yang mendengarnya telah masuk waktu sembahyang lain, atau supaya tidak jadi syak mereka itu pada masuk waktu sembahyang yang pertama, istimewa pula pada hari ghaim275, maka hadhir pula mereka itu ketempat itu kali kedua. Maka jadi masyaqqahlah yang demikian itu atas mereka itu sebagai masyaqqah yang bersangatan. 1399. Sunat bahawa dikatakan “ﻌ ﹰﺔ ﻤ ﺎﻼ ﹶﺓ ﺠ ﺼ ﹶ ” ﺍﻟpada tiap-tiap sembahyang sunat yang dituntut mengerjakannya berjamaah dan disembahyangkan dengan berjamaah seperti sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang tarawih dan sembahyang witir, tidak sembahyang jenazah dan sembahyang yang dinazarkan, kerana sabit yang demikian itu didalam hadith Bukhari dan Muslim pada sembahyang gerhana matahari, dan dikiaskan dengannya sembahyang yang lain daripadanya daripada apa yang telah tersebut itu. 1400. Memadai pula bahawa dikata padanya “ ﻼ ﹶﺓ ﺼ ﹶ ﻼ ﹶﺓ ﺍﻟ ﺼ ﹶ ” ﺍﻟatau “ﻼﺓ ﺼﹶ ﻭﺍ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟﻫﹸﻠﻤ ” atau “ﷲ ُ ﻡ ﺍ ﻤ ﹸﻜ ﺤ ﺭ ﻼ ﹶﺓ ﺼﹶ ” ﺍﻟ, tetapi yang pertama itu terafdhal daripada tiga yang kemudiannya. 1401. Bermula, mengatakan yang demikian itu ketika hampir mendirikan sembahyang supaya ia menjadi ganti qamat. Sayugia mengatakannya pada awal waktunya supaya ia menjadi ganti azan. 1402. Adapun sembahyang sunat yang tidak dituntut mengerjakannya dengan berjamaah dan yang tidak tidak dikerjakan dengan berjamaah276 dan sembahyang jenazah dan sembahyang yang dinazarkan maka tidak disunatkan padanya yang demikian itu kerana ketiadaan warid, dan lagi pula kerana segala mereka yang hendak mengiringi jenazah telah hadhir maka tidak ada hajat kepada memberi tahu mereka itu. 274
. padang pasir – luar kawasan penempatan. . mendung, iaitu matahari terlindung awan. 276 . iaitu yang dituntut berjamaah tetapi dikerjakan tidak dengan berjamaah. 275
1403. Bermula, segala kalimah azan itu dua kali dua kali melainkan takbir pada awalnya, maka iaitu empat kali dan kalimah tauhid pada akhirnya maka iaitu sekali. Maka jumlah segala kalimah azan itu sembilan belas kalimah dengan tarji’ dan lima belas kalimah dengan tidak ada tarji’. Iaitu “ ﻻ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺩ ﺃَﻥ ﱠ ﻬ ﺸ َﺃ ﹾ- ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍ ﷲ ُ ﺍ- ﻼﺡﹺ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹶ ﻲ ﺤ ﻼﺡﹺ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹶ ﻲ ﺤ - ﻼﺓ ﺼﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﺤ ﻼﺓ ﺼﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﺤ -ﷲ ِ لﺍ ُ ﻭ ﺴ ﺍ ﺭﻤﺩ ﺤ ﻤ ﻥ ﺩ َﺃ ﻬ ﺸ َﺃ ﹾ- ﷲ َ ﺍ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﱠ- ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ”َﺃ ﹾﻜ. 1404. Kalimah qamat itu sekali-sekali melainkan takbir pada awalnya dan akhirnya dan lafaz “ ﻼ ﹸﺓ ﹶﺕ ﺍﻟﺼ ﻤ ﺩ ﻗﹶﺎ ﻼ ﹸﺓ ﹶﻗ ﹶﺕ ﺍﻟﺼ ﻤ ﺩ ﻗﹶﺎ ” ﹶﻗmaka iaitu dua kali-dua kali. Maka jumlah segala kalimah qamat itu sebelas kalimah iaitu “ ﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺩ ﺃَﻥ ﱠ ﻬ ﺸ َﺃ ﹾ- ﺭ ﷲ َﺃ ﹾﻜﺒ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍ - ﻼ ﹸﺓ ﹶﺕ ﺍﻟﺼ ﻤ ﺩ ﻗﹶﺎ ﻼ ﹸﺓ ﹶﻗ ﹶﺕ ﺍﻟﺼ ﻤ ﺩ ﻗﹶﺎ ﹶﻗ- ﻼﺡﹺ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹶ ﻲ ﺤ - ﻼﺓ ﺼﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﺤ -ﷲ ِ لﺍ ُ ﻭ ﺴ ﺍ ﺭﻤﺩ ﺤ ﻤ ﻥ ﺩ َﺃ ﻬ ﺸ َﺃ ﹾ- ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﱠ- ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍ. 1405. Syahadan, adalah azan dan qamat itu mempunyai beberapa syarat dan beberapa sunat dan makruh. Bermula syarat azan dan qamat adalah masuk waktu kerana bahawasanya ia adalah kerana memberi tahu dengannya, maka tidak sah lagi tidak harus azan dahulu daripada waktu dengan ijmak melainkan azan subuh, maka harus ia kemudian daripada setengah malam kerana hadith yang sahih yang lagi akan datang. Adapun hikmahnya bahawasanya segala manusia tatkala fajar adalah sebahagian mereka itu berjunub dan sebahagian mereka itu tidur maka sunat azan dahulu daripada fajar supaya mereka terjaga dan bersedia memperdapatkan fadhilat awal waktu. 1406. Adapun qamat maka tidak didahulukan ia diatas waktunya pada tiap-tiap keadaan. Waktu qamat pada hak orang yang sembahyang sendirian adalah ketika hendak masuk sembahyang, dan waktunya pada hak orang yang sembahyang berjamaah adalah izin imam, sekalipun dengan isyarat. Maka jika didulukan qamat diatas azannya maka padanya khilaf ulamak. Kata sebahagian mereka itu : tidak kebilangan qamat itu. Tetapi yang paling sahih didalam Tahqiq bahawasanya ia kebilangan. 1407. Sunat dua orang yang ada didalam masjid dan tiap-tiap tempat berjamaah bahawa seorang azan dahulu daripada fajar mula daripada setengah malam, dan yang terafdhal keadaannya pada waktu sahur, dan seorang lagi azan kemudian daripada fajar, kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawasanya nabi sawm bersabda “ﻭ ﹴﻡ ﻤ ﹾﻜ ﹸﺘ ﻥ ُﺃﻡ ﺒ ﻥ ﺍ ﻴ َﺅﺫﱢ ﺤﺘﱠﻰ ﻭﺍﺭﺒ ﺸ ﺍ ﹾﻴلٍ ﹶﻓ ﹸﻜﻠﹸﻭﺍ ﻭ ﻥ ﺒﹺﹶﻠ ﻴ َﺅﺫﱢ ﻼﻻﹰ ﻥ ﺒﹺ ﹶ ” ِﺇ, artinya : bahawa Bilal azan pada malam maka makanlah dan minumlah kamu hingga Ibnu Ummi Maktum azan. 1408. Bermula, hikmah yang demikian itu adalah membezakan azan yang sebelum fajar daripada azan yang selepasnya. Tidak sunat melebihkan atas dua orang melainkan kerana hajat. Maka jika tidak diperoleh orang yang azan melainkan seorang jua hendaklah dia azan dua kali sekali sebelum fajar dan sekali selepasnya. Jika dia menyimpannya277 diatas sekali jua maka yang terutama adalah kemudian daripada fajar jua. 1409. Disyaratkan pula bagi azan dan qamat itu : tertib pada sekelian kalimahnya seperti lafaznya yang telah tersebut itu. Maka jika dia meninggalkannya dan jikalau dengan lupa sekalipun tidaklah sah azannya dan qamatnya. 1410. Disyaratkan pula bagi keduanya : mualat, artinya berturut-turut antara segala kalimahnya. Maka jika dia meninggalkannya sekalipun dengan lupa tidaklah sah keduanya. Tetapi tidak memberi mudharat sedikit kata-kata dan diam dan tidur dan pitam dan gila kerana tidak mencederakan pemberitahuan. 1411. Disyaratkan pula keadaan azan dan qamat itu daripada satu orang. Maka tidak sah keduanya daripada dua orang atau lebih seperti bahawa seorang yang azan atau yang qamat membawa sebahagian daripada kalimah azan atau qamat 277
. iaitu menghadkannya.
dan disudahi oleh orang yang lain dengan sebahagian yang tinggal daripadanya. Maka ianya tidak memada kerana bahawasanya ia mendatangkan iltibas278, sekalipun serupa keduanya pada suara. 1412. Disyaratkan pula keadaan keduanya itu dengan bahasa arab. Maka tidak sah keduanya dengan bahasa yang lain daripada bahasa arab jika ada disana orang yang tahu bahasa arab dan lagi adalah keduanya itu kerana sembahyang berjamaah. Adapun jika tidak ada disana orang yang tahukan bahasa arab atau adalah keduanya untuk sembahyang seorang diri maka sahlah keduanya dengan yang demikian itu. Sunat muakkad bagi seorang belajar azan dan qamat dengan bahasa arab. 1413. Disyaratkan bagi keduanya : memperdengarkan sebahagian daripada jamaah, sekalipun seorang jika keduanya untuk sembahyang berjamaah kerana bahawasanya berjamaah itu terhasil ia dengan dua orang. Maka tidak memada memperlahankannya dengan sekira-kira tidak mendengarnya oleh seorang daripada mereka itu, sekalipun sebahagiannya yang selain daripada tarji’, kerana tidak terhasil memberi tahu. 1414. Disyaratkan pula bagi keduanya : memperlahankan dengan memperdengarkan dirinya sendiri jika ada keduanya bagi orang yang sembahyang seorang diri kerana yang maksud daripada keduanya ada ketika itu adalah zikir. Sunat bahawa dia menyaringkan suaranya dengan qamat kurang daripada menyaringkannya dengan azan. 1415. Disyaratkan pula bagi keduanya : ketiadaan perkara yang memalingkan. Maka jika dia kasadkan dengan melafazkan azan atau qamat mengajari orang lain tidak dibilang yang dilafazkan itu kerana ada perkara yang memalingkan yang menafikan kasad memberi tahu masuk waktu. 1416. Tidak disyaratkan niat pada keduanya diatas yang paling sahih. Tetapi sayugia bahawa niat itu sunat pada keduanya. 1417. Bermula, disyaratkan pada orang yang azan dan qamat itu bahawa adalah dia seorang Islam lagi mumayyiz. Maka tidak sah azan dan qamat daripada orang yang kafir dan yang gila dan kanak-kanak yang tidak mumayyiz sama seperti yang mabuk, kerana bahawasanya ia adalah ibadat dan orang yang kafir dan yang tidak mumayyiz itu bukan daripada ahli ibadat. 1418. Dihukumkan dengan Islam seorang kafir yang mengatakan kalimah syahadah pada azannya. Maka hendaklah diulangi pula azannya kerana jatuh permulaannya didalam kufur. Melainkan kafir ‘Aisawi, maka tidak dihukumkan dia dengan Islam kerana dia iktikadkan bahawa Nabi sawm adalah pesuruh Allah taala kepada Arab sahaja tidak kepada selainnya. 1419. Dan disyaratkan pula bagi orang yang azan bahawa adalah dia lelaki dan sekalipun kanak-kanak, seperti yang telah tedahulu bahasan atasnya. Maka tidak sah azan perempuan dan khunsa bagi jamaah lelaki dan jamaah khunsa, sepertimana tidak sah keduanya jadi imam bagi mereka itu. Adapun azan perempuan dan khunsa bagi jamaah perempuan maka iaitu harus seperti yang telah terdahulu bahasan atasnya. 1420. Jika umpama sultan melantik seorang dengan sentiasa mengerjakan azan didalam masjid atau barang sebagainya maka disyaratkan bagi sah yang demikian itu bahawasa adalah yang orang yang dilantik itu baligh lagi akil lagi amanah lagi tahu waktu sembahyang kerana bahawasa yang demikian itu adalah wilayah279 maka disyaratkan keadaan dia ahli baginya.
278 279
. iaitu kesamaran. . iaitu kuasa – autoriti.
1421. Sunat menyebutkan kalimah-kalimah qamat itu dengan cepat dan dengan tidak menyaringkan suara, dan menyebutkan kalimah-kalimah azan dengan tartil, kerana disuruh demikian itu didalam hadith Hakim, dan lagi bahawa azan itu adalah untuk segala mereka yang ghaib maka yang layak dengannya adalah tartil dan bahawa qamat itu bagi segala mereka yang hadhir maka yang layak dengannya adalah cepat dan perlahan. 1422. Sunat pada azan menghimpunkan antara tiap-tiap dua takbir dengan satu nafas serta disakinkan280 ra’ takbir yang pertama dengan saktah281 yang sedikit kerana mengikut apa yang warid. Maka jika ianya tidak disakinkan maka yang terutama bahawa dibariskan ia dengan baris depan. Kata sebahagian: dengan baris atas dengan memindahkan baris alif “ ”ﺃﷲkepada ra’ “”ﺃﻜﺒﺭ. Bersalahan dengan yang tinggal daripada lafaz-lafaznya, maka sunat dibawa tiap-tiap satu kalimah daripadanya dengan senafas. 1423. Sunat pada qamat menghimpunkan tiap-tiap dua kalimah daripadanya dengan satu suara, melainkan satu kalimah yang akhir, maka hendaklah ditunggalkan ia dengan satu suara. Demikianlah rumusan yang tersebut didalam Tuhfah. 1424. Sunat pula pada azan itu tarji’ kerana sabit ia didalam hadith Muslim. Ia adalah menyebutkan dua kalimah syahadah dua kali dengan perlahan, sekira-kira dia mendengarkan orang yang hampir dengannya sebelum daripada dia menyebutkan keduanya dengan nyaring. 1425. Dinamakan yang demikian itu sebagai tarji’ kerana bahawasanya dia kembali kepada menyaringkan suara selepas daripada tidak menyaringkannya282, atau kembali kepada menyebutkan dua kalimah syahadah selepas daripada menyebutkannya. Maka diketahui daripada ‘illat yang tersebut itu bahawa sah menamakan tiap-tiap satu daripada yang pertama dan yang kedua dengan nama tarji’. 1426. Maka dari kerana inilah kitab-kitab Imam Nawawi tidak sependapat, maka yang tersebut didalam Majmuk dan selainnya bahawasanya tarji’ itu nama bagi yang pertama dan yang tersebut didalam Syarah Muslim bahawa ia nama bagi yang kedua. Kehendak kalam Raudhah dan asalnya bahawa ia adalah nama bagi yang kedua. Tetapi yang paling masyhur adalah yang tersebut didalam kebanyakkan daripada kitab-kitab Imam Nawawi bahawa ia nama bagi yang pertama. 1427. Sunat tathwib pada dua azan subuh yang tunai dan pada azan subuh yang kadha, iaitu mengucap “ﻭ ﹺﻡ ﻥ ﺍﻟ ﱠﻨ ﻤ ﺭ ﻴ ﺨ ﻼ ﹸﺓ ﹶ ﹶ ” ﺍﻟﺼdua kali selepas mengucap dua “ ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺤ ”. Ditentukan tathwib itu pada azan subuh kerana apa yang mendatang kepada orang yang tidur daripada segan sebab tidur. Makruh tathwib pada yang lain daripada subuh seperti makruh mengucap “ل ِ ﻤ ﻌ ﻴﺭﹺ ﺍ ﹾﻟ ﺨ ﻋﻠﹶﻰ ﹶ ﻲ ﺤ ” pada azan subuh dan selainnya. 1428. Sunat berdiri pada azan dan qamat kerana tersebut didalam hadith Bukhari dan Muslim bahawa nabi sawm bersabda kepada Bilal “ ﺩ ﻡ ﹶﻓﻨﹶﺎ ل ﹸﻗ ُﻼ ﺎ ﹺﺒ ﹶ ” ﻴartinya : hai Bilal bangunlah kamu maka hendaklah kamu seru. Makruh azan dan qamat sambil duduk atau berkenderaan kerana meninggalkan berdiri yang disuruh, melainkan azan musafir yang menunggang tunggangannya maka tidak makruh baginya azan diatas tunggangannya kerana hajat kepadanya. 1429. Tidak makruh azan bagi musafir yang membelakangi kiblat, dan tidak makruh baginya berjalan didalam azannya kerana berhajat dia kepadanya. 280
. dimatikan. . berhenti – diam. 282 . pada asal :ﻤﻨﻴﻐﻜﻴﻜﻥ ﺃﻱ ﺍﻜﻨﺩ ﺩﻱ. 281
Memada baginya oleh azannya dan qamatnya sambil berjalan, sekalipun jauh dia daripada tempat permulaannya sekira-kira tidak mendengar akhirnya orang yang mendengar awalnya, dan lagi kerana bahawasanya ia lebih dalam pada memberi tahu. 1430. Sunat keadaan azan itu pada tempat tinggi seperti menara atau sutuh kerana ittiba’283 dan kerana bahawasanya ia lebih mendalam pada memberi tahu. Maka jika masjid tidak mempunyai menara dan sutuh maka azan pada pintunya atau barang sebagainya. Tidak disunatkan tempat tinggi pada qamat melainkan jika diperlukan kerana kebesaran masjid. 1431. Sunat meletakkan dua hujung telunjuk pada dua lubang telinganya kerana sungguhnya Bilal membuat demikian itu dihadapan Nabi sawm. Jika ada sakit pada salah satu daripada dua tangannya maka hendaklah dibuat yang demikian itu dengan sebelah tangannya yang tidak sakit, dan jika ada sakit pada salah satu daripada dua telunjuknya maka digantikan dengan hujung jari yang lain. Tetapi tempat sunat yang demikian itu adalah pada azan jua tidak pada qamat kerana ketiadaan ‘illat padanya, iaitu keadaannya lebih menghimpunkan suara yang dituntut menyaringkannya lebih daripada qamat. Dan lagi diambil dalil dengannya oleh orang yang tuli dan yang jauh diatas keadaannya adalah azan. Maka adalah ia lebih pada memberi tahu. 1432. Bermula, kehendak dua ‘illat itu bahawa tidak disunatkan yang demikian itu pada orang yang azan untuk dirinya sendiri284 kerana ketiadaan ‘illat yang tersebut itu. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 1433. Sunat bagi keduanya mengadap kiblat kerana ia adalah yang paling mulia daripada sekelian arah. 1434. Sunat berpaling pada azan dan qamat dengan lehernya sekali kekanan tatkala mengucap “ ﻼﺓ ﺼﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﺤ ”, dua kali pada azan dan sekali pada qamat, dan sekali kekiri tatkala mengucap “ ﻼﺡﹺ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹶ ﻲ ﺤ ” seperti demikian itu285, tanpa memalingkan dadanya dari kiblat dan tidak mengubah kedua kakinya daripada tempatnya, kerana bahawasanya Bilal adalah dia membuat demikian itu dihadapan Nabi sawm pada azan seperti yang tersebut didalam hadith Bukhari dan Muslim. Dikiaskan qamat dengannya. 1435. Tertentu sunat berpaling itu dengan dua “ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺤ ” tidak dengan selainnya kerana bahawa yang lain daripada dua “ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺤ ” itu adalah zikrullah dan dua “ ﻲ ﺤ 286 ﻋﻠﹶﻰ ” itu khitab kepada manusia sama seperti salam sembahyang. Hanyasanya makruh bagi khatib berpaling didalam khutbah serta keadaannya khitab kepada manusia jua kerana bahawa ia mengajar orang-orang yang hadhir maka adabnya adalah tidak dia berpaling dari mereka itu. 1436. Khilaf ulamak pada tathwib; adakah sunat berpaling padanya atau tidak. Kata Ibnu ‘Ujail: tidak sunat, dan kata yang lain: sunat kerana ia pada makna doa sama seperti dua “ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺤ ”. 1437. Sunat keadaan orang yang azan dan qamat itu adil kerana bahawasanya ia adalah amanah diatas waktu, supaya diterima khabarnya dengan masuk waktu sembahyang. Sunat pula keadaan orang yang azan itu merdeka lagi tahu akan segala waktu. 1438. Dan sunat keadaannya dengan kerana Allah kerana hadith Turmizi dan selainnya “ﻥ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻤ ﺀ ﹰﺓ ﺍﺒﺭ ﻪ ﷲ ﹶﻟ ُ ﺍﺎ ﹶﻜ ﹶﺘﺏﺴﺒ ﺤ ﹶﺘ ﻤ ﻥ ﻴﺴﻨ ﻊ ﺒ ﺴ ﻥ َﺃ ﱠﺫﻥ ﻤ ” artinya : barangsiapa azan tujuh tahun pada halnya dengan kerana Allah taala disuratkan Allah taala baginya 283
. ikut apa yang dilakukan oleh nabi atau yang diakui oleh nabi. . pada asal “dengan tidak menyaringkan suaranya”. Yang lebih baik tidak perlu. 285 . iaitu dua kali pada azan dan sekali pada qamat. 286 . tuju cakap. 284
kelepasan daripada api neraka, dan pada satu riwayat “ ﺎﻨﹰﺎﻴﻤ ﺕ ِﺇ ﺍﺼﹶﻠﻭ ﻤﺱ ﺨ ﹶﻥ َﺃ ﱠﺫﻥ ﻤ ﻥ ﹶﺫ ﹾﻨﺒﹺﻪ ﻤ ﺩﻡ ﺎ ﹶﺘ ﹶﻘﻪ ﻤ ﺭ ﹶﻟ ﻔ ﻏ ﺎ ﹸﺎﺒﺘﺴ ﺤ ﺍ ”ﻭartinya barangsiapa azan pada lima sembahyang kerana iman dan mencari pahala (kerana Allah) diampunkan Allah baginya barang yang terdahulu daripada dosanya. 1439. Sunat keadaan orang yang azan itu nyaring suaranya kerana Nabi sawm menyuruh Abdullah bin Zaid mengajarkan Bilal kalimah azan supaya Bilal azan kerana dia lebih nyaring suaranya daripada yang lain. Dan lagi kerana suara yang nyaring itu lebih lebih pada memberi tahu. 1440. Sunat pua bagi orang yang azan itu baik suaranya kerana Nabi sawm menyuruh kadar dua puluh orang lelaki maka azan sekelian mereka itu, maka mengkagumkan dia suara Abu Mahzurah maka diajarinya kalimah azan, dan lagi kerana bahawa azan dengan suara yang baik itu lebih membawa orang ramai kepada memperkenankannya dengan hadhir. 1441. Sunat bagi orang yang mendengar orang yang azan dan yang qamat menyahut seperti lafaz yang dikata oleh keduanya, sekalipun dia junub atau haid. Makruh baginya meninggalkan menyahutnya kerana sabda nabi sawm “ ﻡ ﻌ ﹸﺘ ﻤ ﺴ ِﺇﺫﹶﺍ ﻲ ﻋﹶﻠ ﺼﻠﱡﻭﺍ ل ﹸﺜﻡ ُ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﺎل ﻤ َ ﹾﺜﻭﻟﹸﻭﺍ ﻤ ﹶﻓ ﹸﻘﻤ َﺅ ﱢﺫﻥ ”ﺍﻟartinya apabila kamu dengar orang yang azan maka kata oleh mu seumpama apa yang dikatanya, kemudian ucaplah selawat keatas ku. Riwayat Muslim. Dikiaskan dengan orang yang azan akan orang yang qamat. 1442. Melainkan pada “ﻼﺓ ﺼﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﺤ ” dan “ ﻼﺡﹺ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹶ ﻲ ﺤ ” maka disahutnya dengan “ﷲ ِ ﻻ ﺒﹺﺎ ﻭ ﹶﺓ ِﺇ ﱠ ﻻ ﹸﻗ ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ” ﹶempat kali pada bang dan dua kali pada qamat, kerana hadith ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ل ﹶ َ ﻗﹶﺎﻼﺓ ﺼﹶ ﹶﻠﻰ ﺍﻟﻲ ﻋ Muslim “ ﻭ ﹶﺓ ﻻ ﹸﻗ ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ل ﹶ َ ﻼﺡﹺ ﻗﹶﺎ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹶ ﻲ ﺤ ل َ ﻭِﺇﺫﹶﺍ ﻗﹶﺎ ﷲ ِ ﻻ ﺒﹺﺎ ﻭ ﹶﺓ ِﺇ ﱠ ﻻ ﹸﻗ ﺤ ل َ ﻭِﺇﺫﹶﺍ ﻗﹶﺎ ﷲ ِ ﻻ ﺒﹺﺎ ”ِﺇ ﱠartinya : apabila orang yang azan mengatakan “ﻼﺓ ﺼ ﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﺤ ” orang yang mendengar menyahut dengan “ﷲ ِ ﻻ ﺒﹺﺎ ﻭ ﹶﺓ ِﺇ ﱠ ﻻ ﹸﻗ ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ” ﹶ, dan apabila dia mengatakan “ ﻼﺡﹺ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹶ ﻲ ﺤ ” menyahutlah yang mendengar dengan “ﷲ ِ ﻻ ﺒﹺﺎ ﻭ ﹶﺓ ِﺇ ﱠ ﻻ ﹸﻗ ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ” ﹶartinya : tidak ada daya daripada maksiatkan Allah melainkan denganNya dan tidak kuasa atas mentaatiNya melainkan dengan pertolongannya. Dikiaskan dengan azan itu akan qamat. 1443. Dan melainkan pada lafaz tathwib maka disahutnya dengan “ ﺕ ﺭ ﹶ ﺭﹺﺒﺕ ﻭ ﹾﻗ ﹶﺩ” ﺼ dua kali, artinya telah benarlah kamu dan jadilah kamu mempunyai kebajikkan yang banyak, kerana warid yang demikian itu pada hadith. Demikianlah kata Ibnu Rif’ah. 1444. Dan melainkan pada lafaz “ﻼ ﹸﺓ ﹶﺕ ﺍﻟﺼ ﻤ ﺩ ﻗﹶﺎ ” ﹶﻗmaka disahutnya dengan “ ﷲ ُ ﺎ ﺍﻤﻬ َﺃﻗﹶﺎ ﺎﻠﻬﻫ ﻲ َﺃﺎِﻟﺤﻥ ﺼ ﻤ ﻲ ﹶﻠﻨﻌﺠﺎ ﻭﻤﻬ ﺍﻭَﺃﺩ ” artinya Allah taala mendirikan kiranya sembahyang itu dan mengekalkannya dan menjadikan kiranya akan aku daripada ahli-ahli sembahyang lagi yang soleh, kerana warid yang demikian itu pada hadith. 1445. Bermula, yang terafddhal hendaklah menyahut itu mengiringi tiap-tiap kalimah yang disahutnya dengan tidak berlambatan, tetapi jika dia diam hingga selesai sekelian lafaz yang disahutnya dengan tidak berlambatan maka iaitu memada pada asal sunat menyahut. 1446. Sunat pada orang yang azan pada malam yang hujan atau sangat ribut atau yang sangat kelam bahawa dia mengatakan kemudian daripada dua “ ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺤ ﻼﺓ ﺼ ﹶ ﻡ “ ”ﺍﻟ ﺎِﻟ ﹸﻜﻲ ﹺﺭﺤﺼﻠﱡﻭﺍ ﻓ ﻻ ” َﺃ ﹶatau “ ﻡ ﺘ ﹸﻜ ﻭ ﻴ ﺒ ﻲﺼﻠﱡﻭﺍ ﻓ ﻻ ” َﺃ ﹶartinya ketahuilah sembahyanglah kamu pada tempat kamu, atau didalam rumah kamu. Maka sunat bagi yang mendengar menyahut dengan “ﷲ ِ ﻻ ﺒﹺﺎ ﻭ ﹶﺓ ِﺇ ﱠ ﻻ ﹸﻗ ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ” ﹶ. Demikian lagi sunat menyahut dengan “ﻌﺔﹰ ﻤ ﺎﻼ ﹶﺓ ﺠ ﺼﹶ ”ﺍﻟdengan yang demikian itu. Demikianlah kata Ibnu Qasim dan Ziadi. 1447. Sunat menghentikan bacaan Quran atau zikir atau doa atau barang sebagainya kerana menyahut azan. Makruh menyahut azan atau qamat bagi orang yang didalam sembahyang atau didalam jimak atau didalam kadha hajat,
hanya sunat bagi mereka itu menyahut apabila selesai daripada sembahyang atau jimak atau kadha hajatnya. 1448. Apabila azan ramai orang dengan tertib sunat menyahut azan sekelian mereka itu sekalipun kemudian daripada sembahyang. Tetapi menyahut yang pertama lebih muakkad melainkan pada dua azan subuh dan dua azan jumaat maka iaitu bersamaan keduanya. Jikalau seorang mendengar sebahagian lafaz azan tidak sebahagiannya maka sunat baginya menyahut pada yang tidak didengarnya sama seperti yang didengarnya. Sunat menyahut tarji’, sekalipun dia tidak mendengarnya. 1449. Sunat bagi tiap-tiap orang yang azan dan qamat dan yang mendengar keduanya mengucap selawat dan salam atas nabi sawm kemudian daripada selesai azan atau qamat . Kemudian maka sunat dia membaca doa ini “ ﺏ ﺭ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻪ ﺩ ﹶﺘ ﻋﻱ ﻭ ﺫ ﺍ ﺍﱠﻟﻭﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﺎﻤﻘﹶﺎﻤ ﻪ ﻌ ﹾﺜ ﺒ ﺍﻴﹶﻠ ﹶﺔ ﻭ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﻀﻴﹶﻠ ﹶﺔ ﻭ ﺴﺍ ﺍ ﹾﻟﻭﻤﺩ ﺤ ﻤ ﺩﻨﹶﺎ ﻴ ﺴ ﺕ ﺔ ﺁ ﻤ ﺓ ﺍ ﹾﻟﻘﹶﺎ ِﺌ ﻼ ﺼﹶ ﺍﻟﺔ ﻭ ﻤ ﺓ ﺍﻟﺘﱠﺎ ﻭ ﻋ ﺩ ﻩ ﺍﻟ ﺫ ﻫ ” artinya: wahai Tuhan ku yang empunya azan dan qamat ini yang sejahtera lagi sempurna dan yang empunya sembahyang yang akan didirikan sekarang ini, anugerah oleh Mu kiranya akan nabi Muhammad sawm pangkat yang tertinggi didalam syurga287 dan kelebihan dan bangkitkanlah dia kiranya pada makam kepujian iaitu makam syufaat yang amat besar yang telah Engkau janjikan, kerana sabda nabi sawm “ﺔ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻲ ﺘ ﻋ ﺸﻔﹶﺎ ﻪ ﹶ ﺕ ﹶﻟ ﺤﱠﻠ ﹾ ﺀ ﺍﻊ ﺍﻟ ﱢﻨﺩ ﻤ ﺴ ﻴ ﻥ ﻴ ﺤ ل ﹶﺫﻟِﻙ َ ﻥ ﻗﹶﺎ ﻤ ” artinya: barang siapa membaca doa ini tatkala mendengar azan nescaya wajiblah baginya syafaat ku pada hari kiamat. Riwayat Bukhari. 1450. Sunat berdoa antara azan dan qamat dengan suatu, kerana bahasawanya doa pada ketika itu diperkenankan tidak ditolak. Doa yang lebih muakkad pada ketika itu adalah memohonkan ‘afiat didalam dunia dan didalam akhirat, kerana sabda nabi sawm “ ﹶﺔﻴﺎﻓﷲ ﺍ ﹾﻟﻌ َ ﺴَﺄﻟﹸﻭﺍ ﺍ لﺍ َ ﻗﹶﺎ.ﷲ ِ ﻭلُ ﺍ ﺴ ﺭ ﺎل ﻴ ُ ﻭ ﺎﺫﹶﺍ ﹶﻨ ﹸﻘ ﻗﹶﺎﻟﹸﻭﺍ ﹶﻓﻤ.ﺔ ﻤ ﺍﻹِ ﹶﻗﺎﻥ ﻭ ﻷﺫﹶﺍ ﹺ َﻥﺍ ﻴ ﺒ ﺭﺩ ﻴ ﻻ ﺀ ﹶ ﺎﺩﻋ ﺍﻟ ﺓ ﺭ ﺨ ﺍﻵﺎ ﻭﺩ ﹾﻨﻴ ﻲ ﺍﻟ ”ﻓartinya : bermula doa itu tidak ditolak diantara azan dan qamat. Maka sembah segala sahabat : maka apa doa yang hamba baca pada ketika itu wahai rasulullah. Maka sabdanya : pohonkan oleh mu kepada Allah ‘afiat didalam dunia dan akhirat. Riwayat Turmizi. 1451. Makruh bagi orang yang azan dan yang lainnya keluar daripada tempat berjamaah kemudian daripada azan dan dahulu daripada sembahyang melainkan kerana uzur. Sunat kemudian daripada azan mentakhirkan sembahyang kadar berhimpun manusia untuk berjamaah, melainkan pada maghrib kerana picik288 waktunya. Maka dari kerana itulah kata sebahagian ulamak makruh mentakhirkan sembahyang maghrib dari awal waktunya diatas itlak289 seperti yang telah terdahulu diperkatakan atasnya. 1452. Makruh azan dan qamat dari orang yang fasik dan kanak-kanak dan yang buta kerana tidak sentosa azan mereka itu daripada silap. Tetapi jika ada beserta yang buta itu orang yang melihat yang memberi tahu dia dengan masuk waktu sembahyang maka tidak makruh azan baginya. 1453. Makruh “tamthit” dan “taghanni”290 pada azan dan qamat itu, artinya melanjutkan suara dan melagu-lagukannya jika tidak berubah maknanya dengannya. Jika ia mengubah maknanya maka haram. Makruh azan dengan salah yang tidak berubah makna dengannya, dan jika ia mengubahnya atau mewahamkanya suatu yang ditakuti dan ditegah maka iaitu haram seperti membaca hamzah “ ”ﺃﷲatau hamzah “ﺭ ﺒ ” َﺃ ﹾﻜatau hamzah “ﺩ ﻬ ﺸ ” َﺃ ﹾdengan mad maka jadilah ia istifham, dan seperti membaca ba’ “ﺭ ﺒ ” َﺃ ﹾﻜdengan mad maka jadilah ia 287
. iaitu al wasilah. . iaitu sempit. 289 . tanpa kait. 290 . ﺘﻤﻁﻴﻁdan ﺘﻐﻨﻲ. 288
jamak daripada “ﺭ ” َﺃ ﹶﻜﺒdengan baris diatas huruf sebelumnya, iaitu gendang yang baginya satu muka, maka ia membawa kepada kufur jika tahu maknanya lagi dengan disengajakan. Dan seperti wakaf pada “ﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ” ﹶdan mula pada “ﷲ َ ﻻﺍ ” ِﺇ ﱠ maka iaitu terkadang membawa kepada kufur. Dan seperti menambahi mad pada alif “ ”ﺍﷲdan alif “ﺼﻼﹶ ”ﺍﻟdan alif “ ”ﺍﻟﻔﻼﺡkerana bahawasanya menambah huruf mad dan liin diatas kadar yang berkata-kata orang arab dengannya adalah salah dan silap. Dan seperti menukarkan hamzah “ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ” َﺃdengan ha’nya, dan meninggalkan ha’ daripada “ﺼﻼﹶ ”ﺍﻟmaka jadilah rupa kalimahnya “ﻼ ﺼ ﹶ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻲ ﺤ ” yang maknanya : mari engkau kepada neraka, maka iaitu salah yang keji. 1454. Makruh bercakap didalam azan dan qamat melainkan kerana maslahat seperti menyahut salam dan menyahut dengan “ﷲ ُ ﻙﺍ ﻤ ﺤ ﺭ ﻴ ” bagi orang yang bersin yang mengucap “ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ” ﺍﻟ, maka tidak makruh yang demikian itu hanya adalah ia menyalahi sunat jua. Terkadang wajib berkata-kata jika pada meninggalkannya ada kemudharatan baginya atau bagi orang lain. Sunat baginya apabila dia bersin mengucap “ ”ﺍﻟﺤﻤﺩ ﷲdengan sirr. 1455. Makruh azan dan qamat daripada orang yang junub dan yang berhadath kecil kerana hadith “ﻬ ﹴﺭ ﻁ ﻋﻠﹶﻰ ﹸ ﻻ ﷲ ِﺇ ﱠ َ ﺍﻥ َﺃ ﹾﺫ ﹸﻜﺭ ﺕ َﺃ ﻫ ﹸ ﺭ ” ﹶﻜartinya : benci aku bahawa aku menyebut Allah taala melainkan diatas suci, dan lagi hadith “ﺊ ُ ﻭﻀ ﻤ ﹶﺘ ﻻ ﻥ ِﺇ ﱠ ﻴ َﺅﺫﱢ ﻻ ” ﹶ artinya : janganlah azan seorang pun melainkan yang ada baginya wudhuk. Maka dikiaskan dengan azan itu akan qamat. Melainkan jika dia berhadath ditengah azan maka hendaklah dia sempurnakan azannya jangan diputuskannya supaya tidak disangka orang bahawa dia bermain-main. Maka jika disalahinya akan yang demikian itu seperti bahawa diputuskannya untuk bersuci hendaklah disambungnya azannya itu jika tidak lanjut caraiannya. Jika lanjut ia maka hendaklah dia memulakannya. 1456. Bermula, karahah pada azan bagi orang yang junub lebih keras daripada karahah bagi yang berhadath kecil, dan karahah pada qamat orang yang berjunub atau berhadath lebih besar daripada karahah pada azan, kerana hampirnya kepada sembahyang. 1457. Syahadan, adalah azan serta qamat itu lebih besar pahalanya daripada menjadi imam sembahyang kerana firman Allah taala “ ﷲ ِ ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﺩﻋ ﻥ ﻤ ﻤ ﻭﻻﹰ ﻥ ﹶﻗ ﺴ ﺤ ﻥ َﺃ ﻤ ﻭ ” artinya : tidak ada yang lebih baik kata-kata daripada mereka yang menyeru kepada Allah taala. Kata saidatina Aisyah: iaitu orang yang azan. Dan lagi sabda nabi sawm “ﺔ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻪ ﹶﻟﺸﻬﹺﺩ ﻻ ﹶ ﺀ ِﺇ ﱠ ﻲ ﺸ ﻻ ﹶ ﹶﺱ ﻭ ﻻ ِﺇ ﹾﻨ ﹶﻥ ﻭ ﺠ ﻥ ﹺ ﻤ َﺅﺫﱢ ﹺ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﹶ ﻯ ﺼﻤﺩ ﻊ ﻤ ﺴ ﻴ ﻻ ” ﹶartinya : tidak mendengar kesudahan suara orang yang azan oleh jin dan tidak manusia dan tidak sesuatu melainkan bersaksi dia baginya pada hari kiamat. Dan lagi kerana bahawasanya nabi sawm mendoakan orang yang azan dengan “maghfirah”291 dan bagi orang yang jadi imam sembahyang dengan “irsyad”292, maka maghfirah lebih tinggi daripada irsyad. Dan lagi kerana bahawasanya azan kerana memberi tahu orang ramai dengan masuk waktu lebih manfaatnya daripada jadi imam. Kata Ibu Hibban: bahawasanya orang yang azan adalah baginya pahala seumpama pahala segala mereka yang sembahyang dengan sebab mendengar azannya kerana dia menunjukkan dengan azannya akan orang ramai diatas sembahyang yang mana ianya satu kebajikan. Maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya. Diambil oleh Ibnu Hibban akan yang demikian itu daripada sabda nabi sawm “ﻪ ﻠﻋ ﺠﺭﹺ ﻓﹶﺎ ل َﺃ ُ ﻤ ﹾﺜ ﻪ ﻴﺭﹴ ﹶﻓﹶﻠ ﺨ ﻋﻠﹶﻰ ﹶ ل ﺩ ﱠ ﻥ ﻤ ” artinya : barangsiapa yang menunjuk atas satu kebajikan maka baginya pahala seumpama orang yang memberbuatnya. 291 292
. iaitu keampunan. . iaitu petunjuk – bimbingan.
1458. Hanya sanya nabi sawm tidak mengekali azan dan tidak segala khalifahnya kemudiannya kerana bahawasanya memelihara waktu-waktu sembahyang itu perlu kepada lapang daripada pekerjaan yang lain, sedang nabi sawm dan segala khalifah kemudiannya adalah mereka itu masyghul293 dengan urusan umat. Dari kerana ini kata Ibnu Umar radhiallahu anhu “ﺕ ﻼ ﹶﻓ ﹶﺔ ﹶﻟ َﺄ ﹶﺫ ﹾﻨ ﹸ ﹶﻻ ﺍﻟﺨ ﻭ ﹶ ” ﹶﻟartinya : jikalau tidak ada pekerjaan khilafah ini pada aku nescaya azanlah aku sentiasa.
ﻼ ِة َﺼ ط اﻟ ﱠ ِ ﺷ ُﺮ ْو ُ ب ُ ﺑَﺎ xx BAB SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG 1459. Ini bab pada menyatakan syarat sah sembahyang. Bermula, syarat sah sembahyang itu lapan perkara. Pertama Islam, maka tidak sah sembahyang kafir. Kedua mumayyiz, maka tidak sah sembayang orang yang tidak mumayyiz. 1460. Ketiga kenal masuk waktu dengan yakin atau dengan zan serta masuk waktu itu pada batin, maka tidak sah sembahyang orang yang tidak zan masuk waktu sekalipun jatuh sembahyangnya didalam waktu atau dia zankannya tetapi tidak jatuh sembahyangnya didalam waktu. 1461. Keempat mengetahui keadaan sembahyang itu fardhu dan membezakan fardhu-fardhu didalamya daripada sunat-sunatnya. Maka tidak sah sembahyang orang yang jahilkannya tetapi jika dia iktikadkan oleh orang awam sekelian perbuatan sembahyang itu fardhu atau sebahagianya fardhu dan sebahagiannya sunat dan tidak dibezakannya yang fardhu dari yang sunat dan tidak diiktikadkanya fardhu yang tertentu sebagai sunat sahlah sembahyangnya. Bersalahan jika dia seorang alim294 maka tidaklah sah sembahyangnya. Inilah yang dinakal oleh imam Ghazali dan yang disahkan oleh imam Nawawi didalam Majmuk dan yang dirajihkan oleh syeikh Islam didalam syarah Minhaj. Adapun yang dizahirkan oleh Asnawi didalam Muhimmah dan yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah maka bahawa sah sembahyangnya samaada dia awam atau alim. 1462. Syarat kelima suci daripada hadath besar dan hadath kecil. Maka tidak sah sembahyang orang yang berhadath melainkan pada orang yang ketiadaan air dan tanah. Maka jika datang hadath pada orang yang sembahyang yang lain daripada orang yang salisil hadath sekalipun dia ketiadaan air dan tanah atau digagahi diatas berhadath batallah sembahyangnya kerana batal toharahnya dan kerana bahawa sembahyang orang yang ketiadaan air dan tanah itu dihukumkan sahnya kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi sawm bersabda “ ﻪ ﻼ ﹶﺘ ﹶﺩ ﺼ ﻌ ﻴ ﻭ ﹾﻟ ﻀ ْﺄ ﹶﺘﻭ ﹾﻟﻴﻑ ﻭ ﺭﹺ ﹾ ﹾﻨﺼ ﹶﻓ ﹾﻠﻴﻪﻼﺘ ﹶﻰ ﺼﻡ ﻓ ﺩ ﹸﻜ ﺤ َﺄ َﺃ ”ِﺇﺫﹶﺍ ﹶﻓﺴartinya : apabila kentut seorang dari kamu didalam sembahyangnya maka hendaklah dia berpaling keluar dan mengambil wudhuk dan diulanginya sembahyangnya. 1463. Sunat bagi orang yang kedatangan hadath didalam sembahyang bahawa dia memicit hidungnya dengan tangan kerana menutup atas dirinya supaya tepelihara orang ramai dari mengumpatnya maka terpelihara mereka itu daripada dosa mengumpat. Dikiaskan diatas hadath selainnya daripada tiap-tiap yang menafikan sah sembahyang yang datang didalam sembahyang seperti habis masa menyapu muza dan seperti kena najis kain atau badan dengan najis yang tidak dimaafkan. Maka batallah sembahyangnya dengannya. 293 294
. sibuk.
. iaitu orang yang terpelajar pada bab sembahyang. Bukan orang yang berlaut ilmu pengetahuannya.
1464. Akan tetapi jika datang yang demikian itu tanpa taksirnya seperti angin mendedahkan auratnya maka dia menutupnya pada ketika itu juga dengan segera atau jatuh diatas kainnya najis yang basah maka segera ditangalinya kain itu atau jatuh keatasnya najis yang kering maka segera dikibarkannya tidaklah batal sembahyangnya. 1465. Masaalah jika seorang lupa dirinya berhadath lalu dia sembahyang diberi pahala dia diatas kasadnya tidak diatas perbuatannya kerana tidak sah sembahyangnya melainkan perbuatannya yang tidak terhenti diatas toharah seperti zikir dan bacaan maka diberi pahala dia diatasnya melainkan bacaan daripada orang yang berjunub. 1466. Syarat keenam suci dari najis yang tidak dimaafkan pada kainnya dan pada tiap-tiap apa yang ditanggungnya dan yang berhubung dengan yang ditanggungnya pada badannya. Sejumlah daripadanya adalah apa yang ada didalam mulutnya dan yang didalam hidungnya dan matanya dan pada tempat sembahyangnya. Maka tidak sah sembahyang orang yang beserta dengan najis pada salah satu daripada yang tiga itu sekalipun dia jahilkannya. 1467. Demikian lagi tidak sah sembahyang orang yang kedatangan najis didalam sembahyangnya melainkan jika dapat dia menolaknya dari dirinya seperti yang telah lalu kenyataannya kerana firman Allah taala “ ﺭ ﻬ ﻁ ﻙ ﹶﻓ ﹶ ﺒ ﺎﺜﻴ ﻭ ” artinya : dan akan kain kamu maka sucikanlahlah wahai Muhammad. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻡ ﺩ ﻙ ﺍﻟ ﻋ ﹾﻨ ﻲ ﻠﺴ ﻏ ”ﻓﹶﺎ ﹾartinya : basuhlah dari diri kamu akan darah itu. Dan lagi sabda nabi sawm “ﻪ ﻤ ﹾﻨ ﺒ ﹺﺭ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻋﺫﹶﺍ ﹺ ﻤ ﹶﺔ ﺎﻥ ﻋ ل ﹶﻓِﺈ ِ ﻭ ﺒ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻋﹺ ﻭﺍﺯﻫ ” ﹶﺘ ﹶﻨartinya : bersucilah daripada kumuh kerana bahawa kebanyakkan azab kubur itu disebabkan tidak bersuci darinya. Hadith sahih. 1468. Sungguhnya telah sabitlah perintah menjauhi najis yang mana ianya tidak wajib diluar sembahyang maka tertentulah wajibnya didalam sembahyang jua, dan menyuruh berbuat sesuatu adalah tegahan dari lawannya dan tegahan pada ibadat menghendaki batalnya. Akan tetapi haram berlumur dengan najis diluar sembahyang pada badan dan kain tanpa hajat. 1469. Kalau terkena najis suatu daripada badannya atau kainnya atau tempat sembahyangnya dan tidak dia tahukan tempatnya wajiblah dia membasuh sekeliannya supaya sah sembahyangnya sertanya dan tidak harus dia berijtihad pada yang demikian itu sekalipun najis itu pada salah satu daripada dua tangan bajunya kerana sebahagian syarat-syarat ijtihad itu berbilang tempat maka tempat yang satu bukanlah tempat bagi ijtihad. Akan tetapi jika diceraikan dua tangan bajunya itu sahlah ijtihad pada keduanya seperti apa yang telah terdahulu kenyataannya pada tempatnya. 1470. Jika kena najis sehelai kain umpamanya maka dibasuh setengahnya kemudian maka dibasuh pula setengahnya yang tinggal lagi sucilah sekeliannya jika dibasuh bersama yang tinggal itu akan yang mujawir295 bagi yang tinggal itu pada tempat yang sudah dibasuh dahulu. Jika tidak dibasuh ia bersamanya sucilah sekelian yang lain daripada yang mujawir itu. Adapun yang mujawir itu maka ia najis kerana bertemu dengan najis dalam keadaan basah. Tidak najis juzuk yang basah yang mujawir bagi mujawir yang najis itu kerana bahawa najis mujawir itu tidak lalu ia kepada apa yang kemudiannya. Bandingannya seperti minyak sapi yang beku tidak najis ia sebab gugur najis kedalamnya melainkan apa yang bertemu dengan najis itu jua, tidak yang mujawir dengannya. 1471. Syahadan. tidak sah sembahyang orang yang bertemu suatu daripada badannya atau kainnya seperti serbannya atau barang sebagainya dengan najis pada satu bahagian daripada sembahyangnya, sekalipun ia tidak bergerak 295
. berjiran, iaitu garis yang bersempadan dengannya.
dengan geraknya. Demikian lagi tidak sah sembahyang orang yang memegang tali atau barang sebagainya atau mengikatkannya pada tangannya pada hal ia berhubung dengan najis, sekalipun tiada bergerak ia dengan geraknya. Inilah yang tersebut didalam matan Mukhtasar Bafadhal dan yang disahkan oleh imam Nawawi didalam Minhaj dan mengikutnya syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Bersalahan syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal maka dia mensyaratkan batal pada yang demikian itu jika ia bergerak dengan geraknya. Inilah hukum jika ada umpamanya tali itu berhubung dengan najis. 1472. Adapun jika ia terikat dengan benda suci yang berhubung dengan najis maka iaitu tidak mengapa melainkan jika benda suci dan najis yang berhubung dengannya itu bergerak dengan geraknya, seperti tali yang terikat pada kalong anjing atau yang terikat pada perahu kecil atau keldai yang ada najis diatasnya. Akan tetapi tidak mengapa jika diletakkan tali itu dibawah tapak kakinya sekalipun ia bergerak dengan geraknya. 1473. Demikian lagi tidak mengapa jika tali itu tidak terikat dengan benda suci yang berhubung dengan najis itu hanya ia semata-mata bersentuh dan bertemu kerana dia tidak menanggung najis dan tidak yang berhubung dengannya. Demikian lagi tidak mengapa jika najis itu berhampiran dengan tempat sembahyang atau berbetulan dengan satu daripada badannya atau selainnya dengan tidak tersentuh didalam rukuk atau sujud atau lainnya, sekalipun ia bergerak dengan geraknya. Akan tetapi makruh sembahyang berbetulan dengan najis jika ia hampir dengannya pada salah satu daripada pihaknya. 1474. Syahadan. Wajib menghilangkan tatto pada badan iaitu iaitu cucukkan jarum pada kulit badan hinga keluar darah kemudian dimasukkan kedalamnya nila atau barang sebagainya supaya warna kuit menjadi biru atau hijau, kerana ia mengandungi najis iaitu darah yang bercampur dengan umpama nila itu. Maka tidak sah sembahyang sertanya. Jika dia enggan dari menghilangkannya hakim menggagahinya. Tetapi tempat wajib menghilangkannya adalah jika dia tidak takutkan mudharat yang mengharuskan tayammum, dan jika dia takutkan yang demikian itu maka tidak wajib menghilangkannya dan dimaafkan ia daripadanya, maka sahlah sembahyang besertanya. 1475. Tidak dibezakan pada wajib menghilangkan tatto ini diantara yang dibuat dalam keadaan dia digagahi atau pada ketika dia masih kecil dan diantara yang diperbuat dalam keadaan dia mulakallaf lagi dengan pilihan hatinya. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal. Bersalahan syeihk Khatib Syarbini dan syeikh Ramli. 1476. Kalau seorang menyambung tulangnya kerana hajat dengan tulang yang najis yang tidak sesuai selainnya sebagai penghubung dimaafkanlah ia daripadanya. Maka sah sembahyang besertanya, dan jika menyambungkannya itu bukan kerana hajat atau didapati tulang yang suci yang sesuai sebagai penyambung wajiblah dia menanggalkannya jika dia tidak takutkan mudharat yang mengharuskan tayammum lagi pula dia belum mati. Maka jika dia enggan daripada menanggalinya hakim menggagahinya. Adapun jika dia takutkan mudharat yang tersebut itu atau dia mati sebelum menanggalkannya tidaklah wajib dia menanggalkannya. 1477. Dimaafkan daripada tempat istinja dengan batu atau barang sebagainya pada hal dirinya. Maka sahlah sembahyangnya besertanya sekalipun dia berpeluh, dengan syarat jika peluh itu tidak melampaui safhah dubur atau hasyafah zakar. Adapun pada hal orang lain maka tidak dimaafkan darinya. Maka dari kerana ini jikalau seorang sembahyang menanggung orang yang istinja dengan batu atau orang yang menanggung orang yang istinja dengan batu
nescaya batallah sembahyangnya kerana tidak ada hajat kepada menanggungnya didalam sembahyang. 1478. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah daripadanya, iaitu daripada illat yang tersebut itu, diambil bahawa telur tuma* yang termasuk kedalam selangselang jahitan kain atau baju dimaafkan daripadanya sekalipun ditakdirkan hidupnya kemudian daripada matinya, kerana umum bala dengannya. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : diambil daripada bahasan yang telah lalu pada hukum memegang tali yang berhubung dengan najis bahawa jika seorang sembahyag memegang badan atau kain orang yang istinja dengan batu atau orang yang istinja dengan batu memegang badan atau kain orang yang sembahyang nescaya yang demikian itu memudharatkan, iaitu batal sembahyangnya. Ia adalah yang zahir. 1479. Demikian lagi orang sembahyang yang menanggung burung yang ada najis pada duburnya atau haiwan yang disembelih atau bangkai yang suci yang ada didalam perutnya najis atau tembolok296 yang ada didalamnya najis sekalipun yang dimaafkan lagi ditutup tembolok itu dengan timah umpamanya, atau menanggung air yang sedikit atau benda cair yang ada didalamnya bangkai yang tidak ada baginya darah mengalir sekalipun kita katakan bahawa bangkai itu tidak menajiskannya nescaya batallah sembahyangnya pada sekelian enam masaalah itu kerana tidak ada hajat kepada menanggungnya didalam sembahyang. 1480. Syahadan. Dimaafkan daripada lumpur jalan raya yang diyakinkan kena najis dan sukar memelihara daripadanya pada ghalibnya sekalipun ia bercampur dengan najis mughallazah. Berlain-lainan yang dimaafkan itu pada masanya dan tempatnya daripada kain dan badan. Maka dimaafkan pada musim hujan apa yang tidak dimaafkan pada musim kemarau dan dimaafkan pada kaki kain dan kaki baju apa yang tidak dimaafkan pada tangan dan pada tangan baju. Keluar dengan kata lumpur oleh ain najis maka tidak dimaafkan daripadanya, dan keluar dengan kata yang diyakinkan kena najis oleh lumpur yang tidak diyakinkan kena najis, maka ia dihukumkan suci sekalipun dizankan ia terkena najis, kerana mengamalkan asalnya. 1481. Dimaafkan tahi burung didalam masjid sekalipun banyak kerana masyaqqah memelihara daripadanya dengan syarat jika ianya kering lagi tidak disengajakan menyentuhnya. Tetapi tidak dimaafkan yang demikian itu pada badan dan pada kain diatas itlak pada kaul yang muktamad. 1482. Adapun jerawat dan darah bisul dan darah kutu babi dan darah luka dan nanah dan danur dan darah yang bercampur dengan nanah dan darah kutu dan darah tuma dan darah nyamuk dan darah pijat dan darah tempat bekam atau pentik dan tahi lalat dan kumuhnya dan kumuh kelawar dan tahinya dan kumuh orang yang salisil baul dan darah istihadhah dan air luka dan air melepuh yang berubah baunya maka sekelian yang tersebut itu dimaafkan sekalipun banyak lagi meleleh bersama peluh dan sampai kepada kain, kerana umum bala dengannya tetapi tempat maaf pada sekelian najis yang tersebut itu jika tidak terhasil ia dengan perbuatannya. 1483. Adapun jika ia terhasil dengan perbuatannya seperti sengaja dia memerah bisul atau jerawat atau barang sebagainya atau sengaja dia membunuh kutu babi atau nyamuk atau tuma atau barang sebagainya pada kainnya atau badannya maka tidak dimaafkan daripadanya melainkan jika ianya sedikit. 1484. Begitu juga jika dihamparkannya kain yang kena najis dengan salah satu daripada segala yang tersebut itu dan dia sembahyang diatasnya atau dia menanggung kain itu dengan tidak kerana dharurat atau hajat lalu dia 296
. ﻗﺎﺭﻭﺭﺓ.
sembahyang besertanya maka iaitu tidak dimaafkan daripadanya melainkan jika ianya sedikit. Tetapi jika dipakainya kain itu kerana tujuan yang sahih seperti bercantik-cantik lalu dia sembahyang sertanya maka iaitu dimaafkan sekalipun ianya banyak seperti yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Muhtasar Bafadhal. 1485. Dan lagi tempat kemaafan pada sekalian najis yang tersebut itu jika ia tidak bercampur dengan suatu yang lain yang tidak diperlukan menyentuhnya. Adapun jika ia bercampur dengan yang tersebut itu maka tidak dimaafkan suatu pun daripadanya sekalipun sedikit. Inilah yang difaham daripada ibarat syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah Mukhtasar Bafadhal kerana mengikut kebanyakkan fuqaha’. Adapun hasil yang tersebut didaam Tuhfah bahawa tidak dimaafkan yang demikian itu jika ianya banyak dan dimaafkan jika ia sedikit kerana tersebut didalam Majmuk bahawa dimaafkan sedikit darah yang bercampur dengan air liur. Tersebut kenyataan yang demikian itu didalam hadith Aisyah r.a. 1486. Adapun jika ia bercamur dengan suatu yang perlu meyentuhnya seperti air wudhuk danair mandi danair minum dan air basuh kepala ariada air mansi kerana menyejukkan badan atau membersihkannya atau barangsebagainya daripada tiaptiap yagikehendaki kepadanya aka iaitu tidakmengapa. 1487. Dan lagi tempat kemaafan pada sekelian najis yang tersebut itu adalah dengan nisbah bagi umpama sembahyang jua tidak bagi umpama air yang sedikit. Maka jika jatuh suatu yang kena najis dengan salah satu daripada segala najis yang tersebut itu kedalam air yang sedikit atau cairan nescaya jadi najislah air atau cairan itu dengannya. 1488. Tersebut didalam Raudhah : jika keluar darah dengan terpancar dari luka orang yang sembahyang dan darah itu tidak kena pada kulit badannya tidak batal sembahyangnya. Intaha. Mafhumnya apabila darah itu kena kulitnya batallah sembahyangnya jika ia banyak. Kata imam Rafi’e dan imam Nawawi : jikalau seorang berbuang darah dengan berpentik maka keluar darahnya didalam sembahyangnya dan tidak mengenai kulitnya atau mengenainya sedikit pada hal ia diluar tempat pentik itu tidaklah batal sembahyangnya. 1489. Syahadan. Dimaafkan daripada sedkikit darah ajnabi iaitu selain darah dirinya yang berhubung dengannya dan selain darah anjing dan babi. Maka termasuk pada darah ajnabi itu darah dirinya yang telah bercerai ia dari badannya kemudian kena pula pada badannya samaada ia darah jerawat atau darah bisul atau darah luka atau barang sebagainya daripada segala darah yang tersebut itu. 1490. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa darah-darah yang tersebut itu selagi ia masih berhubung pada badannya tidak dinamakan ia darah ajnabi dan apabila sudah bercerai daripadanya kemudian kena pula pada badannya maka barulah dibilangkan ia darah ajnabi, sekalipun ia daripada darah dirinya. Seperti darah yang pada demikian itu nanah dan danur dan air luka dan air melepuh yang berubah baunya, jika ianya ajnabi maka dimaafkan daripada yang sedikit daripadanya, dan jika ia bukan ajnabi maka dimaafkan daripadanya sekalipun banyak dengan segala syarat yang telah tersebut dahulu itu. 1491. Adapun darah anjing dan babi maka tidak dimaafkan daripadanya sekalipun sedikit. 1492. Dikenal banyak dan sedikit itu dengan adat yang ghalib. Maka hendaklah orang yang sembahyang berijtihad pada mengenal yang demikian itu jika ada ia ahli bagi ijtihad, jika tidak maka hendaklah dia mengikut kata orang yang ‘arif yang mujtahid. Maka apa yang diijtihadkan bahawa ia daripada apa yang ghalib terkena najis dengannya serta sukar memelihara daripadanya maka ianya dibilangkan sedikit dan jika tidak seperti demikian itu maka ianya banyak.
1493. Dan jika dia syak pada satu daripada najis adakah ianya banyak atau sedikit maka baginya hukum sedikit. Jikalau bercerai najis pada beberapa tempat sekira-kira jika dihimpunkan ia nescaya banyak adalah baginya hukum sedikit pada kata Imam dan hukum banyak pada kata Mutawalli dan imam Ghazali dan selain kedua mereka, yang mana ia yang dirajihkan oleh setengah mereka itu. 1494. Tidak dimaafkan bangkai kutu babi dan bangkai nyamuk dan bangkai tuma dan bangkai semut dan barang sebagainya yang lekat pada badan atau kain tatkala sembahyang. Maka jika dia membunuh kutu babi atau nyamuk didalam sembahyang atau barang sebagainya batallah sembahyangnya jika lekat bangkai itu pada tubuhnya atau kainnya. Jika tidak maka tidaklah batal ia. Tetapi jika bangkai itu didalam jahitan kain dan tidak dapat dia mengeluarkannya maka sayugia dimaafkan dia daripadanya. Demikianlah yang tersebut didalam syarah Mukhtasar Bafadhal. 1495. Syahadan. Jika seorang sembahyang beserta najis yang tidak diamafkan pada badannya atau kainnya atau tempatnya pada hal dia tidak mengetahuinya atau dia mengetahuinya tetapi lupa, kemudian daripada dia sembahyang maka dia ingat wajiblah dia mengulang sembahyagnya. Kalau dia mati sebelum daripada ingatkannya maka yang diharapkan daripada kurnia Allah taala bahawa dia tidak disiksa kerana diangkatkan daripada umat nabi Muhammad sawm perbuatan tak-sengaja dan lupa. Akan tetapi apabila diihtmalkan mendatang najis itu kemudian daripada sembahyangnya maka tidaklah wajib dia mengulang sembahyangnya melainkan jika diyakinkan ujud najis itu sebelum sembahyangnya dan dia syak pad hilangnya sebelum sembahyangnya. 1496. Jika seorang melihat najis yang tidak dimaafkan pada kain orang yang hendak sembahyang wajib dia memberitahunya. Demikian lagi wajib diatas seorang mengajari orang yang dilihatnya mencederakan yang wajib pada ibadat pada mazhab imam yang dia taklid kepadanya. Maka ianya wajib kifayah jika ada disana orang lain yang boleh mengajarinya, jika tidak maka ianya wajib ain. 1497. Syarat ketujuh daripada syarat-syarat sah sembahyang : menutup aurat pada orang yang kuasa diatasnya. Maka tidak sah sembahyang dengan tidak menutup aurat serta kuasa diatasnya, sekalipun dia berada pada tempat yang sunyi dari manusia lagi didalam kelam. 1498. Bermula, syarat satu benda sebagai penutup aurat itu bahawa ia adalah jirim yang menegah daripada dilihat warna kulit. Tidak memada sebagai penutup aurat itu bahawa ianya kaca dan kain yang jarang dan air yang jernih kerana ia tidak menegah daripada dilihat warna kulit. Tidak memadai celupan merah atau kuning umpamanya sekalipun ia menutup warna kulit kerana tidak ada jirim padanya bahkan semata-mata kesan jua sama seperti kesan inai. Tidak memada khemah yang sempit dan kelambu kerana yang demikian itu tidak dibilangkan sebagai penutup aurat pada ‘uruf. 1499. Memada sebagai penutup aurat itu lumpur dan air yang keruh atau yang jernih yang banyak diatas suatu yang hijau yang menegah dari dilihat warna kulit sekalipun ada kain sertanya. Tetapi jika tidak diperolehnya kain dan barang sebagainya maka wajib diatasnya menutup auratnya dengan lumpur atau air yang keruh dan barang sebagainya. 1500. Tergambar sembahyang didalam air pada orang yang kuasa rukuk dan sujud didalam air dengan tidak ada masyaqqah yang kuat dan pada orang yang rukuk dan sujud dengan isyarat jika dia tidak kuasa rukuk dan sujud didalam air dan pada orang yang sembahyang mayat. 1501. Masaalah. Jika seorang kuasa sembahyang berdiri didalam air dan sujud bertelanjang diatas tebing dengan tidak ada masyaqqah yang kuat wajib diatasnya yang demikian itu. Jika ianya dengan masyaqqah yang kuat tidak wajib
ia diatasnya, bahkan harus dia memperbuatnya, tanpa kadha, dan harus pula dia sembahyang dengan tamam diatas tebing dengan bertelanjang, tanpa kadha. Harus pula dia berdiri sembahyang didalam air itu dan sujud dengan isyarat. Diambil yang demikian itu daripada ibarat syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal dan daripada ibarat Hasyiah Ibnu Qasim. 1502. Masaalah. Jikalau dua orang lelaki atau dua orang perempuan menutup auratnya dengan sehelai kain yang meliputi keduanya memadailah kain itu sebagai penutup aurat kedua mereka dan sah sembahyang mereka sekalipun haram bersentuhan aurat mereka. 1503. Syahadan. Disyaratkan pula pada menutup aurat itu dari pihak atas dan sekelian pihak kelilingnya. Maka tidak wajib menutupnya dari bawah. Maka jika seorang sembahyang pada tempat yang tinggi lalu kelihatan auratnya kepada orang yang dibawah maka ianya tidak mengapa. Bersalahan apabila kelihatan auratnya dari atas seperti pada leher baju atau pada kelilingnya seperti pada dua tangan baju maka ianya tidak memadai. 1504. Maka kalau seorang memakai baju kurung yang luas lehernya atau tangannya sekira-kira kelihatan auratnya dari leher atau tangan bajunya itu pada ketika rukuknya atau selainya wajiblah dia mengkancing leher bajunya dengan kancingnya atau menyematkanya dengan penyemat atau menutupnya dengan tangannya atau janggutnya atau mengikat pinggangnya. Maka jika tidak diperbuatnya akan yang demikian itu sahlah ihramnya. Kemudian tatkala rukuk jika dia menutupnya sahlah sembahyangnya, jika tidak maka batallah sembahyangnya pada ketika itu. 1505. Adapun aurat lelaki merdeka atau sahaya yang baligh dan yang tidak baligh dan aurat sahaya perempuan sekalipun muba’adhah atau mukatabah atau mustauladah adalah apa yang diantara pusat dan lutut kerana sabda nabi sawm “ ﻪ ﺘ ﺒ ﺭ ﹾﻜ ﻭ ﻪ ﺘ ﺭ ﺴ ﻥ ﻴ ﺒ ﺎﻥ ﻤ ﻤ ﹺ ﻤ ْﺅ ﺭ ﹸﺓ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻋ ” artinya : aurat orang mukmin itu apa yang diantara pusatnya dan lututnya, dan lagi sabda nabi sawm “ ﺭ ﹲﺓ ﻭ ﻋ ﺨ ﹶﺫ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﹾ ﹶﻓِﺈ ﹶﺫﻙﻁ ﹶﻓﺨ ﻏﱢ ” ﹶartinya : tutup peha kamu kerana peha itu aurat. Maka dikiaskan dengan lelaki akan sahaya perempuan kerana bahawa kepala setiap daripada keduanya itu bukan aurat. Adapun diri pusat dan lutut maka ia bukan aurat, tetapi wajib menutup satu daripada keduanya supaya diyakinkan menutup aurat dengannya. 1506. Aurat perempuan merdeka yang baligh dan yang tidak baligh didalam sembahyang dan dihadapan lelaki yang bukan mahramnya sekalipun diluar sembahyang adalah sekelian badannya melainkan muka dan dua tapak tangan zahir dan batin hingga pergelangan tangan kerana firman Allah taala “ ﻥ ﻴ ﺩ ﺒ ﻴ ﻻ ﹶﻭ ﺎﻤ ﹾﻨﻬ ﺭﻅﻬ ﺎ ﹶﻻ ﻤ ﻥ ِﺇ ﱠ ﻬ ﻴ ﹶﻨ ﹶﺘ ”ﺯﹺartinya: janganlah sekelian perempuan itu membukakan aurat mereka melainkan apa yang zahir daripadanya, iaitu muka dan dua tapak tangan. Muka dan tapak tangan itu bukannya aurat hanyalah kerana hajat manusia membawa kepada membukakan keduanya. 1507. Adapun haram menilik keduanya dan menilik apa yang selain daripada yang diantara pusat dan lutut pada sahaya perempuan maka ianya bukan kerana aurat hanya kerana menilik kepadanya itu tempat zan bagi mendatangkan fitnah jua. Demikianlah disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal. 1508. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa wajib menutup keduanya diluar sembahyang dihadapan lelaki yang bukan mahramnya adalah kerana memelihara daripada fitnah jua bukan kerana keadaannya aurat. 1509. Adapun aurat khunsa musykil maka ianya seperti aurat perempuan pada sekelian yang tersebut itu yang merdeka seperti perempuan yang merdeka dan yang sahaya seperti perempuan yang sahaya. Maka jika khunsa menutup auratnya seperti lelaki tidaklah sah sembahyangnya.
1510. Adapun perempuan merdeka maka yang wajib dia menutupinya dihadapan lelaki mahramnya dan dihadapan sesama perempuan dan dihadapan hamba lelakinya yang kepercayaan dan dihadapan lelaki yang mamsuh yang tidak tinggal padanya sedikit pun syahwatnya maka adalah apa yang diantara pusat dan lutut. Maka harus diantara mereka itu saling melihat selain apa yang diantara pusat dan lutut dengan syarat jika tidak ditakuti fitnah dan tidak dengan syahwat. 1511. Memada menutup sebahagian auratnya dengan tangannya dengan tidak bersentuh yang membatalkan wudhuk kerana terhasil maksud dengannya. Memada menutupinya dengan tangan orang lain sekalipun ianya haram. Jika seorang tidak dapat penutup aurat meliankan apa yang memenutup sebahagian auratnya jua wajiblah dia menutupnya dengannya. Maka jika dia mendapat apa yang mencukupi sebagi penutup kubul dan dubur tidak selainnya tertentulah ia bagi menutup keduanya, atau dia mendapat apa yang cukup sebagai penutup salah satu daripada keduanya wajiblah dia menutup kubulnya jua kerana dia mengadap dengan kubulnya kepada kiblat maka menutupinya lebih dicita kerana memuliakan kiblat dan lagi pula kerana dubur pada ghalibnya tertutup dengan dua ilyah297. 1512. Syahadan. Wajib atas seorang menghasilkan kain penutup aurat dengan beli atau sewa atau barang sebagainya, sebanding apa yang telah lalu pada menghasilkan air wudhuk. Tetapi hendaklah diutamakan menghasilkannya daripada menghasilkan air kerana kekal manfaatnya dan lagi kerana tidak ada baginya ganti bersalahan air. Maka jika tidak didapatinya melainkan kain yang kena najis dan tidak dapat dia menyucikannya hendaklah dia sembahyang bertelanjang, dan jika dapat dia menyucikan kain itu janganlah dia sembahyang bertelanjang bahkan wajib dia menyucikannya sekalipun keluar waktu. 1513. Jika tidak didapatinya melainkan kain sutera jua wajib dia menutup auratnya dengannya dan tidak harus dia sembahyang bertelanjang serta ada kain sutera. Jika seorang terpenjara diatas najis hendaklah dia menghamparkan kain penutup auratnya diatas najis itu dan sembahyang bertelanjang serta dikerjakannya segala rukun dengan sempurnanya dan tidak wajib dia mengkadha sembahyangnya. 1514. Syarat kelapan daripada syarat sah sembahyang : mengadap ain kiblat, iaitu ain ka’bah, pada orang yang kuasa diatasnya, dengan yakin pada yang dekat dan dengan zan pada yang jauh darinya. Maka tidak memada mengadap pihak ka’bah kerana firman Allah taaa “ﺍ ﹺﻡﺤﺭ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﺠ ﺴﹺ ﻤ ﺍ ﹾﻟﻁﺭ ﺸ ﹾ ﻙ ﹶ ﻬ ﺠ ﻭ ل ﻭ ﱢ ” ﹶﻓartinya : hadapkan muka mu kepada ‘ain ka’bah. Maka mengadap kiblat tidak wajib diluar sembahyang maka tertentulah wajibnya itu didalam sembahyang jua. 1515. Dan lagi nabi sawm pernah berada didalam masjid haram mengadap ‘ain ka’bah maka sabdanya “ﺒﹶﻠ ﹸﺔ ﻘ ﻩ ﺍ ﹾﻟ ﺫ ﻫ ” artinya : inilah kiblat, dalam keadaan dia mengisyarat kepada ain ka’bah, artinya: ‘ain ka’bah inilah kiblat tidak selainnya, daripada pihaknya. Maka had pada sabda nabi “inilah kiblat” itu menolak daripada ditanggungkan “ﻁﺭ ﺸ ﹾ ” ﹶpada ayat itu diatas makna pihak. Dan lagi sabda nabi sawm “ﻰ ﺼﱢﻠ ﻰ ُﺃﻭﻨ ﻤ ﻴ ﹸﺘ ﺭَﺃ ﺎﺼﱡﻠﻭﺍ ﹶﻜﻤ ” artinya : sembahyanglah kamu seperti apa yang kamu lihat aku sembahyang. Maka tidak sah sembahyang dengan tidak mengadap kiblat dengan ijmak. 1516. Kata syeikh Zarkasyi didalam Khadim bukanlah yang dikehendaki dengan ‘ain itu dinding ka’bah tetapi ia adalah perkerjaan yang artinya berbentuk istilah, iaitu seluruh baitullah itu dan ruangnya yang keatas hingga kelangit dan kebawah hingga bumi yang ketujuh. 297
. papan pungung, iaitu dua belah punggung yang berdempek.
1517. Disyaratkan berbetulan dengan ain ka’bah pada ‘uruf, bukan pada hakikat. Disyaratkan pada orang yang hampir dengan ka’bah bahawa berbetulan sekelian badannya dengan ka’bah. Maka jika keluar sebahagian badannya atau sebahagian saf yang panjang yang terbentang berhampiran ka’bah daripada berbetulan dengannya tidaklah sah sembahyangnya. Disyaratkan pula berbetulan dengan dada pada berdiri dan duduk dan dengan kebanyakkan badan pada rukuk dan sujud. 1518. Bermula, yang dikehendaki dengan dada itu adalah sekelian lintang badan iaitu daripada satu tepi bahu kepada tepi bahu yang sebelah lagi. Maka jika dia mengadap tepi ka’bah maka keluar suatu daripada lintang badannya daripada berbetulan dengannya tidak sah sembahyangnya. Adapun orang yang tidak kuasa mengadap kiblat seperti orang sakit yang tidak mendapat orang yang mengadapkan dia kepadanya dan orang yang terikat pada kayu dan yang karam dan yang disula maka hendaklah dia sembahyang diatas mengikutkan halnya, dan sah sembahyangnya kerana tidak disyaratkan mengadap kiblat pada haknya. Tetapi wajib dia mengulang sembahyangnya itu kerana nadir uzurnya. 1519. Jika berlawanan diatas seorang dua yang wajib, mengadap kiblat dan berdiri pada sembahyang fardhu, wajib diatasnya mengadap kiblat serta sembahyang duduk kerana wajib mengapadap kiblat lebih muakkad daripada wajib berdiri kerana tidak gugur wajib mengadap pada sembahyang sunat melainkan kerana uzur. Bersalahan wajib berdiri maka ia gugur pada semahyang sunat dengan tidak ada uzur. 1520. Syahadan. Adalah mengadap iblat itu wajib pada sekelian jenis sembahyang melainkan pada sembahyang orang yang sangat takut dan apa yang dihubungkan dengannya yang lagi akan datang kenyataannya didalam babnya. Maka mengadap kiblat itu bukanlah syarat pada sembahyang itu, samaada ia fardhu atau sunat, kerana dharurat. 1521. Dan melainkan pada sembahyang sunat didalam safar yang mubah bagi orang yang menuju tempat tertentu sekalipun safarnya itu tidak lanjut. Maka tidak disyaratkan padanya mengadap kiblat. Maka harus bagi musafir dengan safar yang mubah mengerjakan sembahyang sunat mengadap arah yang ditujunya pada safarnya sekalipun sembahyang sunat hari raya dan gerhana, samaada ia berkenderaan atau berjalan kaki kerana nabi sawm adalah dia sembahyang sunat diatas kenderaannya didalam safar pada hal dia mengadap pihak yang ditujunya. Dikiaskan dengan yang berkenderaan itu yang berjalan kaki. 1522. Adapun orang yang maksiat dengan safarnya dan orang yang tidak karuan tempat tujuannya pada safarnya dan orang yang mukim maka tidak harus dia mengerjakan sunat seperti demikan itu. 1523. Disyaratkan serta yang demikian itu meninggalkan perbuatan yang banyak seperti memecutkan kenderaannya dan berlari-lari dan menggerak-gerakkan kaki dengan tidak ada hajat. 1524. Disyaratkan pula meninggalkan sengaja memijak najis yang basah dan yang kering sekalipun jika najis itu rata pada jalan. Maka jika dijijaknya dengan lupanya nescaya memudharatkan najis yang basah yang tidak dimaafkan tidak najis yang kering. Tidak diberati orang yang sembahyang berjalan kaki itu memelihara kakinya dari menjijak najis kerana bahawa yang demikian itu mencederakan khusyuknya dan kekal jalannya. 1525. Jika mulut binatang yang ditunggangnya terkena najis pada hal dia sembahyang diatasnya janganlah dia pegang talinya dari kerana jika dia sengaja memegangnya batallah sembahyangnya kerana dengan sebab memegangnya dia menanggung benda yang berhubung dengan najis atau kena* benda yang berhubung dengan najis. Bersalahan jika dia letakan tangannya diatas tali
tunggangan itu dengan tidak menanggungnya maka tidaklah batal sembahyangnya. 1526. Jika dia sampai kepada tempat perhentian yang putus dengannya perjalanannya atau sampai kepada tempat kediamannnya atau dia berniat akan diam pada satu tempat yang sesuai sebagai tempat diam pada hal dia berhenti pada tempat itu hendaklah dia turun dari kenderaannya dan menyempurnakan sembahyang dengan rukun-rukunnya dalam keadaan mengadap kiblat, selama dia tidak dapat menyempurnakannya diatas kenderaannya. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah, bersalahan didalam syarah Ubab. 1527. Syahdan. Jika mudah bagi orang yang berkenderaan mengadap kiblat pada sekelian sembahyangnya dan menyempurnakan sekelian rukunnya atau sebahagiannya seperti dia diatas sekeduk atau didalam kapal wajib diatasnya yang selain jurumudi mengadap kiblat pada sekelian sembahyangnya dan menyempurnakan rukunnya. Jika tidak mudah yang demikian itu maka tidak wajib diatasnya melainkan tatkala takbir ihram jua. Itupun jika termudah seperti adalah binatang yang tungganginya berhenti dan dapat dia berpaling diatas binatang itu atau dapat dia memalingkan binatang itu dengan mudah. 1528. Adapun jika tidak mudah baginya mengadap kiblat didalam takbir ihram seperti adalah binatang itu sangat liar dan sukar dikawal atau ada ia berpindahpindah298 dan tidak dapat dia berpaling diatasnya dan tidak dapat memalingkannya kepada kiblat maka tidaklah wajib atasnya mengadap kiblat didalam takbir ihram kerana masyaqqah. 1529. Adapun jika ada yang mengenderai kenderaan laut itu juru mudi iaitu kelasi yang mengemudikan kapal tidaklah wajib diatasnya menyempurnakan segala rukun sembahyang sekalipun termudah dan tidak wajib atasnya mengadap kiblat pada sekelian sembahyangnya melainkan tatkala takbir ihram jua jika termudah kerana memberati yang demikian itu memutuskan kerjanya. 1530. Syahadan. Haram diatas yang mengerjakan sembahyang sunat didalam safar berpaling dari arah jalan tempat tujuannya kepada arah yang lain kerana jalan yang ditujunya itulah ganti daripada kiblat. Maka jika dia berpaling daripadanya kepada arah yang lain dengan sengaja lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya. Melainkan jika dia berpaling kepada kiblat maka tidaklah batal kerana ia adalah kiblatnya yang asal. Adapun jika dia berpaling kepada arah yang lain daripada kiblat dengan lupa atau dengan jahilkan haramnya atau digagahi oleh binatangnya maka tidakkah batal sembahyangnya jika dia kembali kepadanya dengan segera. Jika dia dipalingkan orang daripadanya dengan paksa batallah sembahyangnya diatas itlak kerana nadir yang demikian itu. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1531. Memada orang yang sembahyang diatas kenderaan itu mengisyaratkan rukuknya dan sujudnya dengan menundukkan kepala tetapi tunduknya untuk sujud lebih dari tunduknya untuk rukuk supaya terbeza diantara keduanya. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak wajib pada sujudnya meletakkan dahinya diatas leher binatang kenderaannya atau diatas pelananya atau barang sebagainya. 1532. Bermula, orang yang sembahyang berjalan kaki hendaklah dia menyempurnakan rukuk dan sujud dan mengadap kiblat didalam rukuk dan sujud dan didalam takbir ihram dan didalam duduk diantara dua sujud kerana mudah yang demikian itu diatasnya, bersalahan orang yang berkenderaan. Harus dia berjalan pada apa yang selain demikian itu kerana lanjut masanya atau mudah berjalan padanya. 298
. pada asal “2 ”ﺑﺮﻛﻨﺪﻩ. Wallau a’lam.
1533. Bermula, tidak harus bagi seorang sembahyang fardhu diatas binatang tungangannya melainkan dengan tiga syarat. Pertama : hendaklah kenderaannya itu berhenti. Kedua bahwa dia mengadap kiblat didalam sekelian sembayangnya. Ketiga : dia sempurnakan sekelian rukun sembahyangnya. 1534. Adapun jika binatang kenderaannya itu berjalan atau dia tidak mengadap kiblat didalam sekelian sembahyangnya atau dia tidak menyempurnakan rukunrukun sembahyangnya maka tidak harus baginya sembahyang fardhu diatas kenderaannya. Tetapi jika dia takut tertinggal daripada taulannya atau barang sebagainya disebabkan turun hendaklah dia sembahyang diatas kenderaannya pada hal dia berjalan kepada jalan tempat tujuannya dan dia mengisyaratkan rukuk dan sujud dengan tunduk. Kemudian maka dia mengulang sembahyangnya kerana nabi sawm tidak pernah mengerjakan sembahyang fardhu diatas kenderaannya dan lagi kerana bahawa perjalanan binatang itu dibangsakan kepadanya dengan dalil harus tawaf diatasnya maka dia tidak tetap pada dirinya. 1535. Bersalahan dengan benau yang belayar kerana bahawa ia serupa dengan rumah kerana ia didiami didalam sebulan atau setahun atau lebih, dan bersalahan pula dengan katil yang ditanggung oleh beberapa orang kerana bahawa perjalan katil itu dibangsakan kepada orang yang menanggungnya tidak kepada orang yang sembahyang diatasnya. Dan lagi pula perbezaannya kerana bahawa binatang kenderaan itu tidak dapat memelihara satu arah dan tidak tetap diatasnya, bersalahan lelaki yang menanggung katil itu. 1536. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa jika orang yang memegang tali kenderaannya dapat mengadapkannya kekiblat lalu dipimpinnya haruslah dia sembahyang fardhu diatasnya jika dia sempurnakan rukun-rukunnya kerana perjalanan binatang kenderaannya pada ketika itu tidak dibangsakan kepadanya, hanya dibangsakan kepada orang yang memimpinnya. 1537. Bermula, barang siapa sembahyang didalam ka’bah atau diatas sutuhnya maka iaitu harus, bahkan sunat sembahyang didalam ka’bah. Maka jika dia sembahyang didalam ka’bah hendaklah dia mengadap kepada dindingnya atau kepada pintunya yang tertutup, jangan dia mengadap kepada pintunya yang terbuka melainkan jika bendul pintu itu tinggi sekira-kira dua pertiga hasta atau lebih. 1538. Jika dia sembahyang diatasnya hendaklah dia mengadap kepada suatu benda yang tinggi seperti demikian itu, samaada ianya satu juzuk daripada ka’bah seperti dinding yang disekeliling sutuh ka’bah pada masa ini atau apa yang dihubungkan dengannya seperti tongkat yang dipakukan atau yang dibina diatasnya atau kayu yang tumbuh diatasnya atau tanah yang berlonggok padanya, maka sahlah sembahyangnya kerana dia mengadap kepada satu juzuk ka’bah, sekalipun dia jauh daripadanya lebih daripada tiga hasta atau keluar sebahagian badannya pada ruang udara benda itu. Bersalahan dengan rumput yang tumbuh diatasnya atau tongkat yang tidak dipakukan dan tidak dibina seperti ia ditajak diatasnya kerana bahawa keduanya itu tidak dibilangkan daripada juzuk ka’bah. Adapun jika pada sutuh ka’bah itu tidak ada suatu daripada yang tersebut itu maka tidaklah harus sembahyang diatasnya. 1539. Barang siapa dapat mengetahui ka’bah dan tidak ada diantaranya dan diantara ka’bah suatu yang melindungi seperti dia berada didalam masjidiharam atau berada diatas bukit Abu Qubais dan diatas sutuh rumah, tidak harus dia mengamalkan selain pengetahuannya. Maka tidak harus dia mengambil khabar orang kepercayaan yang mengkhabarkan dia dari pengetahuannya dan tidak harus dia ijtihad dan tidak harus taklid iaitu mengambil kata orang lain yang terjadi daripada ijtihad kerana mudah dia mengetahui ka’bah dengan dia
melihatnya atau menyentuhnya. Bandingan yang demikian itu adalah seperti hukum mujtahid yang mendapat nas. 1540. Maka diketahui daripada yang demikian itu barang siapa berada didalam masjidharam pada hal dia buta atau didalam kelam tidak boleh dia berpegang melainkan dengan menyentuh ka’bah yang terhasil yakin dengannya atau dikhabarkan oleh sekumpulan orang yang sampai kepada bilangan tawatir atau karenah yang putus seperti bahawa adalah dia telah tahu satu tempat didalam masjid itu barang siapa menyandarkan belakangnya kepada tempat itu nescaya adalalah dia mengadap ka’bah, atau mengkhabarkan dia dengan yang demikian itu sekumpulan yang sampai kepada bilangan tawatir. 1541. Adapun jika dia tidak dapat mengetahui ka’bah atau dapat dia mengetahuinya tetapi ada disana suatu yang melindungi seperti gunung atau rumah wajiblah dia mengambil kata orang yang kepercayaan yang mengkhabarkan dia dari pengetahuannya tidak dari ijtihadnya, sekalipun dia sahaya dan perempuan seperti katanya : telah aku lihat ka’bah pada pihak ini. Tidak diberati dia melihat ka’bah dengan naik keatas gunung atau rumah atau masuk kedalam masjid, kerana masyaqqah yang demikian itu diatasnya. Melainkan jika suatu yang melindungi itu baharu dia buat tanpa ada hajat atau baharu dibuat oleh orang lain dengan ta’addi dan dapat dia menghilangkannya, maka diberati dia melihat ka’bah . 1542. Tidak harus dia ijtihad serta ada khabar orang yang kepercayaan kerana khabarnya itu lebih kuat daripada ijtihad. Maka tidak boleh dia berpaling kepada ijtihad serta dia mampu mendapatkan yang lebih kuat daripadanya. 1543. Seperti khabar orang yang kepercayaan itu adalah melihat mihrab yang muktamad, iaitu mihrab orang Islam didalam negeri yang besar atau yang kecil yang ramai orang sembahyang didalamnya didalam masa yang panjang lagi selamat ia dari celaan orang yang tahukan dalil kiblat. 1544. Seperti khabarnya juga adalah kata orang yang kepercayaan : telah aku lihat satu jamaah yang ramai daripada orang Islam sembahyang mereka itu kepada arah ini. Tetapi harus pada mihrab yang tersebut itu ijtihad kekanan atau kekiri kerana mungkin silap pada keduanya, tidak ijtihad pada arah kerana tidak mungkin salah padanya. 1545. Kata Subki : tempat harus taklid pada mihrab orang Islam itu apabila tidak zahir pada mihrab itu kesilapan dengan ijtihad padanya. Adapun jika zahir kesilapan padanya maka tidak harus dia taklid kepadanya. 1546. Inilah sekeliannya pada yang lain daripada mihrab nabi sawm. Adapun mihrab nabi iaitu sabit bahawa nabi sawm sembahyang kepadanya maka tertegahlah ijtihad padanya dan jikalau kekanan atau kekiri sekalipun kerana bahawa nabi sawm ditetapkan dia diatas kesilapannya. 1547. Adapun pada orang yang tidak kepercayaan seperti orang yang fasik dan kanak-kanak maka tidak diterima khabarnya. Adapun jika tidak ada padanya orang yang kepecayaan yang mengkhabarkan dari pengetahuannya dan tidak ada yang dihubungkan dengannya dan dapat dia berijtihad kerana dia tahukan dalil-dalil kiblat wajiblah dia berijtihad dan haram diatasnya taklid kerana bahawa seorang mujtahid tidak harus taklid kepada mujtahid yang lain. 1548. Bermula dalil-dalil yang menunjukk kepada kibat itu amat banyak, tersebut kenyataanya didalam beberapa kitab. Maka para fuqaha’ daripada imam-imam kita yang bermazhab syafi’e tidak melanjutkan bahasan diatas dalil kiblat kerana mereka memadakan dengan yang disebutkan didalam kitab-kitab itu. Maka yang ujud pada kata imam-imam kita yang bermazhab syafi’e bahawa dalil yang paling kuat dilalahnya diatas kiblat adalah bintang kutub.
1549. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : yang paling dhaif daripada dalildalil kiblat itu adalah angin dan yang paling kuatnya adalah bintang kutub utara yang mana ini adalah masyhur. Berlain-lainan dilalah bintang kutub itu diatas kiblat sebab berlain-lainan negeri maka pada negeri mesir hendaklah dijadikan bintang kutub itu berbetulan dengan belakang telinga kiri orang yang sembahyang, dan pada negeri Irak berbetulan dengan belakang telinga kanannya, dan pada negeri Yaman berbetulan dengan hadapannya yang pada pihak lambungnya yang kiri dan pada negeri Syam berbetulan dengan belakangnya. Intaha. 1550. Syahadan. Adalah bintang kutub utara itu tidak kelihatan pada negeri yang berada pada khatulistiwa dan pada negeri yang berada pada pihak selatan seperti negeri Banjar dan negeri Jawa, maka didalam negeri itu tidak dapat berdalil diatas kiblat dengannya kerana ia tidak kelihatan melainkan dengan perantaraan “baitul ibrah” iaitu pedoman299 dan barang sebagainya kerana hujung jarum pada pedoman yang mengadap kepada pihak utara itu berbetulan dengan bintang kutub. 1551. Bintang kutub itu kelihatan pada tiap-tiap negeri yang berada pada pihak utara iaitu seperti negeri Makkah dan Madinah dan negeri Aceh dan kebanyakkan negeri Melayu. Ketingiannya bintang ini dari kaki langit adalah kadar jauh negeri itu dari khatulistiwa. Maka tinggi bintang kutub dinegeri Makkah dua puluh satu darjah kerana jauh Makkah dari Khatulistiwa seperti demikian itu, dan tingginya dari negeri Madinah dua puluh empat darjah300 kerana jauh Madinah dari khatulistiwa seperti demikian itu. 1552. Maka jika ada jauh satu negeri pada khatulistiwa sembilan puluh darjah nescaya adalah tinggi bintang itu sembilan puluh darjah iaitu berbetulan dengan atas kepala isi negeri itu. Maka didalam negeri itu tidaklah dapat berdalil dengan bintang kutub kerana tidak ada baginya dilalah diatas kiblat. 1553. Bermula, keadaan bintang kutub itu paling kuat daripada dalil-dalil kiblat yang lain seperti yang telah dinyatakan oleh imam-imam mazhab syafi’e kita itu maka yang dikehendaki oleh mereka dengannya adalah dalil yang zahir lagi yang dicapai oleh pancaindera. Oleh kerana tetapnya lagi tidak berubah adalah ia lebih kuat dilalahnya diatas kiblat dari segala dalil-dalil kiblat yang lain yang zahir lagi dicapai pancaindera. 1554. Adapun dalil kiblat yang tidak zahir dan tidak mahsus seperti garis bujur dan garis lintang301 negeri yang telah ditakdirkan oleh ulamak ahli hai’ah maka ianya lebih kuat dilalahnya diatas kiblat daripada bintang kutub pada hak orang yang mengetahuinya, kerana bahawa ia lebih mendhobit dan lebih hampir kepada betul seperti apa yang dikatakan oleh saidina Umar dan selainnya, dan lagi pula dilalah garis bujur dan garis lintang diatas kiblat itu umum pada sekelian negeri dan sekelian tempat, bersalahan dengan bintang kutub. 1555. Kata syeikh Khatab yang mana dia seorang daripada ulamak ahli hai’ah bahawa dalil kiblat itu enam perkara. Pertama bujur, iaitu kadar jauh negeri atau tempat daripada pulau Khalidat di Maghribi302. Kedua : lintang iaitu kadar jauhnya dari khatulistiwa serta bulatan ilmu ukur atau yang lainnya daripada persegi ilmu ukur303. Ketiga : bintang kutub dan kawakib. Keempat : matahari. Kelima : angin. 299 300 301 302 303
. iaitu kompas. . pada asal “”ﺩﻭﺍ ﻓﻮﻟﻮﻩ ﺍﻣﻔﺖ ﺩﺭﺟﻪ ﳎﺒﻮﺭﻩ. . longitude dan latitude. . ahli geografi Islam menetapkan 0 darjah padanya. Orang Barat mengubahnya kepada Greenwich. . ﺔﺳﻴ ﺪ ﻨﻫ ﺷﻜﹶﺎﻝ ﺔ – ﺍﺳﻴ ﺪ ﻨﻫ ﺓﺋﺮﺍﺩ
Maka yang paling lemah dilalahnya diatas kiblat adalah angin dan yang paling kuat dilalah diatasnya adalah garis bujur dan mengiringinya garis lintang kemudian maka bintang kutub. Intaha. 1556. Kata syeikh Qalyubi didalam risalahnya yang bernama al Hidayah min Dhalalah, pada mengenal waktu dan kiblat dengan tidak ada alat: ketahui oleh mu bahawa ka’bah al-musyarrafah itu terletak pada pertengahan bumi yang didiami, dan bumi yang didiami itu berada pada sekelilingnya pada arah-arah yang empat. Dan bahawa setiap satu arah daripada empat arah itu menjadi sempit apabila semangkin hampir kepada ka’bah dan luas ia apabila semangkin jauh daripadanya. Maka diatas ini tiap-tiap orang yang berada pada pertengahan arah dengan kadar yang membetuli jirim ka’bah tidaklah perlu tatkala mengadapnya kepada serong kekanan atau kekiri, dan siapa berada pada tempat yang lain daripada pertengahan arah perlu dia kepada serong kepada pertengahan itu serong sedikit jika dia hampir kepadanya dan serong banyak jika dia jauh daripadanya. 1557. Bermula dalil yang muktamad iaitu yang dipegangi pada sekelian tersebut itu adalah garis bujur negeri dan garis lintangnya. Maka sayugia bagi sesiapa yang hendak pergi kepada satu negeri kepada satu negeri bahawa dia mengetahui bujur dan lintang negeri itu dan mengetahui bujur dan lintang Makkah - adapun bujur Makkah maka enam puluh, yang sebetulnya tujuh puluh tujuh darjah dan lintangnya dua puluh satu darjah- kerana perlu dia kepada yang demikian itu untuk mengenal kiblat pada negeri itu. 1558. Maka tiap-tiap negeri yang bujurnya tersedikit daripada bujur Makkah maka negeri itu pada pihak barat Makkah. Maka kiblat isi negeri itu adalah pada pihak timur. Kemudian daripada itu, jika negeri itu dan Makkah bersamaan pada garis lintang tidak perlu isi negeri itu kepada serong tatkala mengadap kiblat, jika tidak bersamaan keduanya pada garis lintang hendaklah mereka serong kepada pihak kirinya jika lintang negeri itu tersedikit daripada lintang Makkah dan serong kepada pihak kanan jika lintang negeri itu terbanyak dari lintang Makkah 1559. Tiap-tiap negeri yang terbanyak bujurnya daripada bujur Makkah maka negeri itu pada pihak timur Makkah maka kiblat isi negeri itu pada pihak barat. Kemudian, jika bersamaan kedua negeri itu pada lintang tidak perlu isi negeri itu kepada serong. Jika tidak bersamaan keduanya pada lintang hendaklah isi negeri itu serong kepada pihak kirinya jika lintangnya terbanyak dari lintang Makkah dan serong kekanannya jika lintangnya tersedikit dari lintang Makkah. 1560. Tiap-tiap negeri yang teranyak lintangnya dari lintang Makkah maka negeri itu pada pihak utara Makkah, kiblat isi negeri itu kepada pihak selatan. Kemudian, jika kedua negeri itu bersamaan pada bujur tidak perlu isi negeri itu kepada serong. Dan jika keduanya tidak bersamaan pada bujur hendaklah isi negeri itu serong kepada pihak kirinya jika bujur negeri itu tersedikit daripada bujur Makkah dan serong kepada pihak kanan jika bujurnya terbanyak dari bujur Makkah. 1561. Tiap-tiap negeri yang tersedikit lintangnya dari lintang Makkah maka negeri itu pada pihak selatan Makkah dan kiblat isi negeri itu kepada pihak utara. Kemudian jika keduanya bersamaan pada ujur tidak perlu isi negeri itu kepada serong, jika tidak bersamaan keduanya pada bujur hendaklah mereka serong kepada pihak kirinya jika bujur negeri itu terbanyak daripada bujur Makkah, dan serong mereka kepada pihak kanannya jika bujur negeri itu tersedikit daripada bujur Makkah. Intaha. 1562. Syahadan. Wajib diatas orang yang sembahyang dengan ijtihad membaharui ijtihadnya untuk tiap-tiap sembahyang fardhu jika dia tidak ingatkan dalil ijtihadnya yang pertama, sekalipun dia tidak bercerai dari tempatnya yang
pertama itu. Adapun jika dia ingatkan dalil yang pertama itu maka tidak wajib diatasnya yang demikian itu. 1563. Jika picik waktu daripada ijtihad dengan sekira-kira jika dia ijtihad nescaya keluar waktu sebelum selesai ijtihadnya, atau kehairanan dia pada ijtihadnya seperti bahawa tidak nyata baginya ketentuan kiblat kerana kelam atau kerana berlawanan dalil-dalil kiblat atau selain daripada yang demikain itu, wajiblah dia sembahyang kerana menghormati waktu pada hal dia mengadap sebarang arah yang dikehendakinya kerana dharurat, dan wajib dia mengulang sembahyang itu apabila zahir kiblat baginya didalam waktu atau selepasnya. Tidak harus dia taklid pada ketika itu kerana dia mampu berijtihad, dan kehairanan itu perkara mendatang yang cepat hilangnya. 1564. Jika dia lemah dari ijtihad dan tidak dapat belajar dalil kiblat seperti bahawa dia buta matanya atau buta hatinya wajiblah dia taklid kepada orang yang kepercayaan yang tahukan dalil kiblat sekalipun sahaya atau perempuan. Tidak dia mengulang sembahyangnya dengan taklid itu. Tetapi jika dia sembahyang dengan tidak taklid wajib dia mengulang sekalipun berbetulan hadapnya itu kepada kiblat. 1565. Maka jika seorang buta mendapat dua orang mujtahid yang berlainan ijtihad sunat dia bertaklid kepada yang lebih alim dan yang kepercayaan daripada keduanya. kata setengah : wajib ia. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1566. Barang siapa dapat belajar dalil kiblat wajiblah dia mempelajarinya, seperti belajar wudhuk dan seumpamanya. Maka mempelajarinya itu fardhu ain diatas orang yang hendak bermusafir yang sedikit didalamnya orang yang tahukan dalil kiblat dan fardhu kifayah diatas orang yang didalam negeri atau yang hendak bermusafir yang ramai didalamya orang yang tahukan dalil kiblat. Maka barang siapa fardhu ain diatasnya belajar dalil kiblat derhakalah dia sebab meninggalkan belajar, dan haram dia bertaklid. 1567. Jika picik waktu dari mempelajarinya dia sembahyang kepada barang mana pihak yang hendak mengadapnya dan wajib dia mengulang sembahyangnya. 1568. Barang siapa fardhu kifayah diatasnya belajar dalil kiblat tidak derhaka dia sebab meninggalkannya dan harus dia bertaklid dan tidak dia mengulang sembahyang dengan taklid itu. 1569. Barang siapa sembahyang dengan ijtihad dirinya atau ijtihad orang yang dia taklid kepadanya kemudian maka dia atau orang yang dia taklid kepadanya yakin akan salah yang tertentu pada pihak atau pada kanan atau kiri wajib dia mengulang sembahyangnya, samaada yakinnya akan salah itu dengan melihat ka’bah atau dengan melihat mihrab yang muktamad atau dengan dikhabarkan oleh orang kepercayaan yang melihat mihrab yang muktamad. Maka jika dia yakinkan salah itu didalam sembahyangnya wajib dia memulai sembahyangnya kerana nyata binasa sembahyang yang pertama itu. 1570. Jika dia tidak yakinkan salah hanya dia zankannya seperti bahawa berubah ijtihadnya didalam sembahyang kepada ijtihad yang lebih kuat daripada yang pertama, seperti bahawa zahir baginya yang betul itu pada pihak yang lain wajib dia mengamalkan ijtihadnya yang kedua kerana bahawa ia adalah yang betul pada zannya. Maka wajib dia berpaling kepada pihak yang betul itu dengan zahir salah pada zannya. Seperti demikian itulah jika berubah pula ijtihadnya didalam sembahyangnya kemudian daripada ijtihadnya yang kedua, hinggakan jika dia sembayang empat rakaat kepada empat pihak dengan empat ijtihad sahlah sembahyangnya dan tidak dia ulanginya. 1571. Adapun jika zahir yang betul itu tidak beserta dengan zahir salahnya seperti bahawa zahir baginya salah ijtihadnya kemudain maka zahir pula baginya yang
betul pada pihak yang lain nescaya batallah sembahyangnya kerana lalu satu juzuk sembahyangnya kepada selain kiblat yang kebilangan. 1572. Adapun jika jtihadnya yang kedua lebih dhaif dari yang pertama maka ianya tidak kebilangan, adanya seperti tidak ada jua. Demikian lagi yang bersamaan diatas kaul yang muktamad. Bersalahan yang didalam Majmuk dan selainnya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1573. Jikalau berubah ijtihadnya kemudain daripada sembahyang subuh umpamanya hendaklah dia amalkan ijtihadnya yang kedua pada sembahyang zohor. Seperti demikian itulah jika berubah pula ijtihadnya kemudian daripada sembahyang zohor, hingga jika dia sembahyang lima waktu kepada lima pihak dengan lima ijtihadnya sahlah sekelian sembahyangnya. Tidak diulanginya sekelian sembahyang yang dikerjakannya dengan sekelian ijtihadnya yang dahulu itu kerana bahawa ijtihad tidak batal dengan ijtihad dan yang salah itu tidak tertentu.
ﻼ ِة َﺼ ت اﻟ ﱠ ِ ﺻﻔَﺎ ِ ب ُ ﺑَﺎ XX BAB SIFAT-SIFAT SOLAT 1574. Ini bab pada menyatakan sifat sembahyang artinya kaifiatnya. Bermula, kaifiat sembahyang itu mengandungi fardhu dansunat. Maka yang fardhu itu jika ia masuk didalam hakikat sembahyang dinamakan rukun dan jika diluar hakikat sembahyang maka dinamakan syarat, yang sunat itu jika ditampung ia dengan sujud sahwi dinamakan ia ba’d dan jika tidak ditampung ia dengan sujud sahwi maka dinamakan ia haia’. Maka nyatalah daripada yang demikian itu bahawa perbuatan sembahyang itu empat perkara. 1575. Pertama: rukun. Kedua : syarat. ketika : ba’d. Keempat: haiah. Diserupakan sembahyang itu seperti manusia maka rukun seperti kepala dan syarat seperti hayatnya dan ba’d seperti kaki dan tangannya dan hai’ah seperti rambutnya. 1576. Bermula, rukun sembahyang yang telah disebutkan oleh imam Nawawi didalam Minhaj tiga belas perkara dengan menjadikan tama’ninah pada empat tempatnya sebagai sifat yang mengikut rukun, bukannya rukun. 1577. Rukun yang pertama : niat, artinya kasad memperbuat sembahyang dengan hati. Maka tidak memada mengatakan dengan lidah serta lalai hati. Tidak memberi mudharat mengatakan dengan lidah apa yang menyalahi hati, seperti diniatkan didalam hati memperbuat sembahyang zohor maka terlancar lidahnya kepada menyebutkan yang lain seperti asar. 1578. Ketahui oleh mu bahawa sembahyang itu tiga perkara. Pertama sembahyang fardhu kedua sembahyang sunat yang berwaktu atau yang bersebab, ketiga sembahyang sunat mutlak iaitu yang tidak berwaktu dan tidak bersebab. Adapun sembahyang fardhu sekalipun ia nazar atau fardhu kifayah maka wajib didalam takbirnya tiga perkara. Pertama kasad melakukan sembahyang artinya menyehajakan memperbuat sembahyang supaya terbeza perbuatan sembahyang dengan perbuatan-perbuatan yang lain. Maka tidak memadai menghadhirkan sembahyang didalam hati serta lalai hati dari kasad memperbuatnya. 1579. Bermula, yang dikehendaki dari sembahyang yang diniatkan memperbuatnya adalah apa yang selain niat kerana maklum bahawa sembahyang itu ibarat daripada perhimpunan rukun-rukun yang tiga belas dan bahawa niat memperbuat sembahyang itu satu daripada tiga belas rukun itu
maka lazim bahawa murad daripada sembahyang yang diniatkan memperbuatnya adalah apa yang selain niat iaitu perhimpunan segala rukunnya yang dua belas kerana niat tidak diniatkan. 1580. Kedua : meniatkan keadaan fardhu seperti dikasadnya dengan hatinya memperbuat sembahyang fardhu supaya terbeza ia dari sembahyang sunat. Demikian lagi wajib meniatkan fardhu pada sembahyang mu’adah dan pada sembahyang kanak-kanak pada kaul yang muktamad kerana menyatakan hakikat asalnya, sekalipun jatuh keduanya itu sunat. Dan lagi kerana sembahyang itu wajib ujudnya pada kedua sembahyang itu dengan tidak ada khilaf. 1581. Ketiga : ta’yin artinya menentukan waktu seperti subuh umpamanya seperti dia kasadkan dengan hatinya memperbuat sembahyang fardhu subuh supaya ia terbeza dari selainnya seperti zohor. Maka tidak memada ta’yin itu meniatkan sembahyang waktu, seperti dia kasadkan memperbuat sembahyang fardhu ini. Jika sembahyang itu fardhu jumaat maka wajib pula didalam takbirnya serta yang tiga perkara itu berniat mengikut imam jika dia makum atau berniat menjadi imam jika dia imam. Jika sembahyang itu qasar maka wajib pula didalamnya serta yang demikian itu berniat qasar. 1582. Adapun sembahyang sunat yang berwaktu seperti rawatib yang sebelum fardhu dan yang selepasnya dan sunat witir dan sunat dhuha dan sunat dua hari raya dan sembahyang sunat yang bersebab seperti sembahyang gerhana bulan dan gerhana matahari dan sunat istisqa’ maka wajib didalam takbirnya dua puerkara. Pertama kasad memperbuat sembahyang, keduanya ta’yin artinya menentukan waktu pada sunat yang berwaktu atau menentukan sebabnya pada sunat yang bersebab, tidak wajib pada sembahyang sunat ini menyebutkan sunat pada kaul yang sahih kerana bahawa sunat itu lazim baginya. 1583. Terhasil ta’yin itu adakalanya dengan apa yang masyhur seperti tarawih dan dhuha dan witir dan adakalanya dengan idhofat seperti “ﻁ ﹺﺭ ﻔ ﹾ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﻋ ﺼﻠﱢﻰ ” ُﺃ artinya aku perbuat sembahyang raya puasa, atau “ﻰﻀﺤ ﻷ َ ﺩ ﺍ ﻴ ﻋ ﻰ ﺼﱢﻠ ” ُﺃartinya aku perbuat sembahyang raya korban. Tidak memadai “ﺩ ﻴ ﻌ ﻼ ﹶﺓ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻰ ﺼ ﺼﱢﻠ ” ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang raya, kerana tidak terhasil ta’yin sebab ketiadaan idhofat. 1584. Dan seperti “ﺭﹺﻑ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﻤ ﻭ ﹶ ﺴ ﺨ ﻰ ﹸ ﺼﱢﻠ ” ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang gerhana bulan, atau “ﺱ ﻤ ﹺ ﺸ ﻑ ﺍﻟ ﱠ ﻭ ﹶ ﺴ ﺨ ﻰ ﹸ ﺼﱢﻠ ” ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang gerhana matahari. Tidak memadai “ ﻭﻓﹰﺎ ﺴ ﺨ ﻰ ﹸ ﺼﱢﻠ ” ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang gerhana kerana ketiadan ta’yin. 1585. Dan seperti “ﻴ ﹶﺔ ﺒﻠ ﻬ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻅ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍﻟ ﱠ ﺼﻠﱢﻰ ” ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang zohor qabliah, atau “ﻴ ﹶﺔ ﻌﺩ ﻬ ﹺﺭ ﺍﻟﺒ ﻅ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍﻟ ﱠ ﻰ ﺼﱢﻠ ” ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang sunat zohor ba’diah. Tidak memadai “ﻬﺭﹺ ﻅ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍﻟ ﱠ ﻰ ﺼﱢﻠ ”ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang sunat zohor, kerana ketiadaan ta’yin dengan qabliah atau ba’diah, samaada ditakhirkan sunat yang sebelum fardhu kepada selepasnya atau didulukan ia daripadanya. Inilah muktamad syeikh Ibnu hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal muafakat dengan syeikh Khatib syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah. Bersalahan syeikh Asnawi katanya: tidak ada wajah bagi mensyaratkan qabliah apabila didulukan mengerjakan sunat yang dahulu daripada fardhu. 1586. Seperti sunat zohor adalah sunat jumaat dan sunat isyak dan sunat maghrib. Maka tak dapat tidak daripada menta’yinkannya dengan qabliah atau ba’diah. Bersalahan sunat asar dan sunat subuh mama tidak perlu kepada meniatkannya kerana tidak ada bagi keduanya sunat yang terkemudian daripadanya.
1587. Adapun sembahyang sunat mutlak maka wajib didalam takbirnya satu jua iaitu kasad memperbuat sembahyang. Maka tidak wajib padanya meniatkan sunat dan tidak wajib menta’yinkan kerana ia tidak berwaktu dan tidak bersebab. 1588. Dikecualikan daripada yang tersebut itu tiap-tiap sembahyang sunat yang termasuk pada selainnya dan dipadakan ia dengannya seperti sembahyang tahiyyat masjid dan sunat wudhuk dan sunat ihram dan sunat tawaf dan istikharah. Maka dihubungkan ia dengan sembahyang sunat mutlak. Maka tidak wajib didalam takbirnya melainkan kasad memperbuat sembahyang jua, tidak ta’yin sekalipun ia bersebab. Akan tetapi dengan nisbah kepada menggugurkan tuntutan jua. Adapun dengan nisbah menghasilkan pahala maka tak dapat tidak padanya daripada menta’yinkan. Inilah muktamad syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal, bersalahan syeikh Ramli didalam Nihayah. 1589. Hasil kata syeikh Taifi didalam Hasyiah bahawa tidak terhasil pahala dengan semata-mata ta’yin, bahkan tak dapat tidak sertanya daripada menjunjung perintah syari’. 1590. Disunatkan pada sembahyang sunat itu meniatkan sunat supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkanya. 1591. Tidak wajib diatas yang sembahyang tunai meniatkan tunai, begitu juga tidak wajib diatas orang yang sembahyang kadha meniatkan kadha, tetapi yang demikian itu sunat jua pada sembahyang fardhu atau sunat sekalipun ada diatasnya sembahyang kadha yang menyamai sembahyang tunai itu atau sembahyang kadha yang dikerjakanya. Inilah muktamad syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah, bersalahan imam Azrai’e. 1592. Demikian lagi tidak wajib mengidofatkan sembahyangnya kepada Allah taala iaitu menghadhirkan dengan hati bahawa sembahyangnya itu kerana Allah taala jua, tetapi yang demikian itu sunat jua supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya kerana mentahkikkan makna ikhlas. Sunat niat mengadap kiblat dan niat bilangan rakaat. 1593. Sunat melafazkan dengan lidah sekelian yang diniatkan yang tersebut itu sebelum daripada takbir supaya lidah itu menolong hati, seperti dikatanya sebelum takbir “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﺀ ِﻟﱠﻠ ﺍﺒﹶﻠ ﹶﺔ َﺃﺩ ل ﺍ ﹾﻟﻘ َ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻘﺒﹺ ﻤ ﺕ ﺎﺭ ﹶﻜﻌ ﻊﺭﺒ ﻬ ﹺﺭ َﺃ ﻅ ﺍﻟ ﱠﺭﺽ ﻰ ﹶﻓ ﺼﻠﱢ ” ُﺃartinya : aku perbuat sembahyang fardhu zohor empat takat mengadap kiblat tunai kerana Allah taala. Seperti demikian litulah dikiaskan pada selain zohor. 1594. Syahadan. Sah sembahyang tunai dengan niat kadha dan sembahyang kadha dengan niat tunai jika ada baginya uzur dengan mendung atau barang sebagainya atau tidak ada baginya uzur tetapi dikasadnya akan makna tunai dan kadha pada bahasa kerana bahawa makna keduanya itu pada bahasa satu jua. Adapun jika dia kasadkan makna istilah syara’ atau tidak dia kasadkan suatu jua pun maka tidaklah sah sembahyangnya kerana dia bersenda-senda. 1595. Imam Barazi telah mengambil daripada dua masaalah sah sembahyang kadha dengan niat tunai akan jawabnya daripada masaalah yang ditanyakan orang kepadanya, sayugia kita ketahui masaalah itu kerana bahawa ia sangat baik. Iaitu ditanya imam itu tentang seorang lelaki yang terpenjara pada tempat yang kelam dua puluh tahun lamanya, adalah dia sembahyang subuh didalam masa itu dengan ijtihadnya serta dia zan dengan ijtihadnya akan masuk waktunya, kemudian maka ternyata keadaan sekelian sembahyang itu jatuh dahulu daripada waktu, maka berapa sembahyang yang wajib dia kadha? Maka jawab imam itu dengan bahawa tidak wajib diatasnya melainkan mengkadha satu sembahyang yang akhir jua kerana bahawa sembahyang pada tiap-tiap hari itu jatuh ia sebagai kadha subuh yang sebelumnya kerana sah sembahyang kadha
dengan niat tunai dan tidak disyaratkan pada sembahyang kadha itu meniatkan kadha seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 1596. Soal: jika ditanya orang bahawa telah sabit nas diatas bahawa barang siapa sembahyang zohor dengan ijtihadnya bahawa waktunya telah masuk kemudian ternyata keadaan sembahyang itu jatuh sebelum waktunya, tidaklah jatuh sembahyangnya itu sebagai kadha daripada sembahyang luput yang ada diatasnya, maka apa perbezaan diantara masaalah ini dan masaalah yang dahulu itu? 1597. Jawab: perbezaannya bahawa masaalah ini tempatnya adalah pada orang yang mengerjakan sembahyang dengan kasad bahawa yang dikerjakannya itu adalah sembahyang yang telah masuk waktunya, sedang masaalah yang dahulu itu tempatnya pada orang yang mengerjakan sembahyang dengan bahawa sembahyang yang dikerjakannya itu adalah sembahyang yang wajib diatasnya dengan tidak mengkadha sembahyang yang telah masuk waktunya.* Mengikut akan Imam Barazi pada fatwanya yang tersebut itu syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli. 1598. Rukun yang kedua : takbir ihram iaitu melafazkan Allahu Akbar kerana sabda nabi sawm “ﻡ ﻴ ﻠﺴ ﺎ ﺍﻟ ﱠﺘﻴﹸﻠﻬ ﻠﺤ ﻭ ﹶﺘ ﺭ ﻴ ﺎ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹾﻜ ﹺﺒﻤﻬ ﻴ ﺤ ﹺﺭ ” ﹶﺘartinya: tahrim sembahyang itu takbir dan tahlilnya salam. Dan lagi sabda nabis sawm “ ﺭ ﺒ ﹶﻓ ﹶﻜﻼﺓ ﺼﹶ ﺕ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﻤ ﹶ ” ِﺇﺫﹶﺍ ﹸﻗartinya : apabila kamu berdiri kepada sembahyang maka hendaklah kamu takbir. Dinamakan Allahu Akbar itu sebagai takbir ihram kerana bahwa ia mengharamkan apa yang halal sebelumnya daripada perkaa yang membatalkan sembahyang. 1599. Bermula, hikmah memulakan sembahyang dengan Allahu Akbar adalah supaya orang yang sembahyang menghadhirkan maknanya yang menunjuk keatas kebesaran Tuhan yang bersedia dia untuk berkhidmat kepadaNya supaya sempurna bagiNya gerun dan khusyu’. 1600. Syahadan. Wajib menyertakan niat dengan takbir ihram. Maka bagi menyertakannya dengan takbir itu empat kaul. Kaul pertama : wajib menyertakan niat itu dengan sekelian takbir ihram dari awalnya berkekalan hingga akhirnya, seperti bahawa dihadhirkannya didalam hatinya akan zat sembahyang dan apa yang wajib dihadhirkan diatas tafsil yang telah disebutkan seperti keadaan sembahyang itu fardhu zohor umpamanya dan seperti keadaan imam atau akmum pada sembahyang jumaat dan qasar pada yang sembahyag qasar. Kemudian apabila maklumlah yang tersebut itu didalam hatinya maka dia kasadkan memperbuat yang maklum itu dan dijadikan kasadnya itu beserta dengan permulaan takbir iaitu huruf alif pada “Allah” berkekalan hinngga akhir takbir iaitu huruf ra “akbar”. Kaul yang kedua : wajib yang demikian itu dengan mendulukan sedikit diatas permulaan takbir. Kaul yang ketiga memadai menyertakannya dengan permulaan takbir. Kaul yang kempat : wajib mengagihkan niat artinya mensukusukukannya bagi segala suku-suku takbir seperti bahawa dikasadnya memperbuat sembahyang tatkala menyebut lafaz Allah, dan yang tinggal lagi dihadhirkannya tatkala menyebut lafaz Akbar. Inilah empat kaul bagi muqaranah niat dengan takbir.* 1601. Maka kaul pertama itulah yang diiktimadkan oleh imam Nawawi didalam Minhaj dan mengikutnya syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli dan selainnya didalam Tuhfah dan Nihayah dan selainnya. 1602. Tetapi didalam Majmuk Imam Nawawi memilih apa yang telah dipilih oleh imam Haramain dan imam Ghazali bahawa memada pada niat itu muqaranah ‘urfiah pada orang awam iaitu dengan sekira-kira dibilangkan dia pada ‘uruf
bahawa dia menghadhirkan sembahyang. Maka mengiktimad pilihannya ini oleh Subki, katanya : ia adalah yang betul. Barangsiapa tidak mengatakannya jatuhlah dia pada waswas yang dicela. 1603. Kata Ibu Rif’ah : ia adalah yang hak, dan kata setengah mereka itu : ia adalah kata kebanyakkan ulamak, dan kata Zarkasyi : ia adalah yang hasan, kata Azrai’e: ia adalah yang sahih, dan kata Imam Haramain : memilih kaul yang pertama itu jauh boleh digambarkan atau mustahil. Intaha. 1604. Bersalah-salahan mereka itu pada menggambarkan muqaranah urfiah, kata syeikh Syihabuddin Barlisi : murad dengannya bahawa dipadakan menghadhirkan niat yang tersebut itu pada satu juzuk daripada takbir ihram, pada permualan atau pertengahan atau akhirnya. Muafakat dengannya diatas gambaran ini yang amat alim syeikh Muhammad Sai’ed al Makki, katanya : ihtiat mimam itu tidak keluar ia dari kaul-kaul yang terdahulu itu kerana bahawa murad dengannya manakala beserta niat itu dengan takbir dengan sebarang kaul daripada kaul-kaul yang empat itu memadailah ia baginya dia. 1605. Kata setengah mereka itu murad dengannya adalah ketiadaan lalai daripada mengingati niat pada ketika takbir serta melakukan dengan sungguhsungguh hati pada yang demikian itu. Muafakat dengannya diatas gambaran ini syeikh Qalyubi. Katanya : inilah yang dinakalkan daripada salafussoleh. 1606. Kata setengah mereka : murad dengannya adalah bahawa dipadakan dengan menghadhirkan niat dahulu sedikit daripada takbir dan jika dia lalai daripadanya didalam takbir sekalipun. Muafakat dengannya diatas taswir ini imam-imam yang tiga iaitu imam Abu Hanifah dan imam Malik dan imam Ahmad bin Hambal r.a. 1607. Kata syeikh Taifi: kata Majmuk memadai muqaranah ‘urfiah pada orang awam itu memberi tahukan bahawa muqaranah ‘urfiah itu digambarkan dengan menghadhirkan niat dahulu sedikit daripada takbir tatkala menyebutkan lafaz niat kerana itulah yang ditunjukkan oleh perbuatan orang, dengan musyahaadah. 1608. Syahadan. Wajib pada takbir itu lafaz “ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ” ﺍdiatas orang yang kuasa menyebutnya kerana mengikut perbuatan nabis sawm serta sabdanya “ ﺎﺼﻠﱡﻭﺍ ﹶﻜﻤ ﺼﻠﱢﻰ ﻰ ﹸﺍﻭﻨ ﻤ ﻴ ﹸﺘ ﺭَﺃ ” artinya : sembahyanglah kamu sepertimana kamu lihat aku sembahyang. Maka tidak memadai pada takbir itu “ﺭ ﻴ ﷲ ﹶﻜ ﹺﺒ ُ ”ﺍdan “ﺒﺭ ﻥ َﺃ ﹾﻜ ﻤ ﺤ ”ﺍﻟﺭdan “ﺠلﱡ ﷲ َﺃ ُ ”ﺍdan “ﻅﻡ ﻋﹶ ﷲ َﺃ ُ ”ﺍ. Tidak mengapa tambahan yang sedikit sekira-kira tidak menegah nama takbir seperti “ ﻲﺀ ﺸ ﻥ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻤ ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ” ﺍdan “ﺒﺭ ﻷ ﹾﻜ َﷲﺍ ُ ”ﺍ, akan tetapi adalah yang demikian itu khilaful aula kerana khilaf ulamak pada sahnya. Dan seperti “ ﺭ ﺒ ﻷ ﹾﻜ َلﺍ ُ ﻴ ﻠﺠ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ُ ”ﺍatau “ﺒﺭ ل َﺃ ﹾﻜ ﺠﱠ ﻭ ﺯ ﻋ ﷲ ُ ”ﺍmaka iaitu memadai kerana sedikit tambahan padanya. 1609. Akan tetapi tidak memada “ﺒﺭ ﻭ َﺃ ﹾﻜ ﻫ ﷲ ُ ”ﺍdan “ﺭ ﺒ ﻥ َﺃ ﹾﻜ ﻤ ﺤ ﺭ ﺎﷲ ﻴ ُ ”ﺍdan jika sedikit tambahannya sekalipun kerana illat yang terebut didalam Tuhfah. Demikian lagi tidak memada “ِﺭ ﺍﷲ ﺒ ”َﺃ ﹾﻜdan “ﺒﺭ ﻭ َﺃ ﹾﻜ ﻫ ﻻ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﷲ ﹶ ُ ”ﺍseperti yang tersebut didalam Tuhfah kerana yang demikian itu tidak dinamakan atakbir. 1610. Memudharatkan diam yang sedikit diantara dua kalimah takbir dengan sekadar bernafas dan memudharatkan menambah wau yang mati atau yang berbaris diantara dua kalimah takbir itu, sama seperti menambah wau berbaris sebelum daripada keduanya. Seperti demikian itu tiap-tiap yang mengubah makna seperti mentasydidkan ba’ dan memanjangkan hamzah isim jalalah dan menambah alif kemudian daripada ba’. Akan tetapi jika dia sengajakan yang demikianitu lagi tahukan maknanya jadilah dia kafir. Perlindungan dengan Allah dari demikian itu. 1611. Masaalah: jika seorang takbir beberapa kali dan berniat didalam tiap-tiap takbir itu permulaan sembahyang, dan dia tidak berniat keluar sembahyang
diantara tiap-tiap dua takbir itu, dia masuk pada sembahyang dengan tiap-tiap yang kasal dan keluar daripadanya dengan tiap-tiap yang genap, kerana bahawa dia tatkala masuk dengan takbir yang pertama keluarlah dia dengan takbir yang kedua kerana niat memulakan sembahyang itu mengandungi memutuskan yang pertama. 1612. Adapun jika dia tidak berniat memulakan sembahyang pada tiap-tiap takbir itu dan tidak menyelangi diantara dua akbir itu oleh suatu yang membatalkan seperti mengulangi lafaz niat maka takbir-takbir yang selain takbir yang pertama itu menjadi zikir, tidak ia memudharatkan. Jika dia berniat memulakan sembahyang pada tiap-tiap takbir itu dan dia berniat diantara tiap-tiap dua takbir itu keluar daripada sembahyang masuklah dia pada sembahyang dengan tiaptiap takbir yang kasal dan yang genap. Inilah sekeliannya serta disengajakannya. Adapun serta lupa maka tidak batal. Telah menyedarkan yang demikian itu Ibnu Rif’ah. 1613. Jikalau imam takbir dua kali tidak wajib makmum berniat mufarakah kerana ditanggungkan dia diatas lupa atau diatas dia tidak niatkan permulaan sembahyang pada takbir yang kedua atau dia berniat keluar sembahyang diantara dua takbir itu. 1614. Wajib diatas yang menyebut lafaz takbir itu bahawa dia memperdengarkan dirinya seperti segala rukun qauli yang lain jika pendengarannya sihat dan tidak ada hingar dan barang sebagainya. 1615. Barang siapa tidak dapat menyebut lafaz takbir dengan bahasa arab dan tidak dapat dia belajar didalam waktu wajib dia menterjemahkannya dengan sebarang bahasa yang dikehendakinya, tidak harus dia berpaling kepada zikir yang lain. Wajib dia mempelajarinya jika kuasa dia diatasnya, sekalipun dengan pergi pergian yang jauh. 1616. Kemudian dari balajar itu tidak lazim dia mengkadha sembahyang yang telah dikerjakannya dengan terjemahan, melainkan jika dia mentakhirkan belajar itu serta dapat dia belajar lalu picik waktunya, maka tak dapat tidak daripada sembahyang dengan terjemahan pada ketika itu kerana menghormati waktu dan lazim dia mengkadhanya kerana taksirnya 1617. Wajib diatas orang yang bisu tatkala takbir ihram bahawa dia menggerakgerakkan lidahnya dan dua bibirnya dengan takbir sekadar terboleh dia. Seperti demikian itulah hukum sekelian zikir yang wajib seperti tasyahhud dan selainnya. Jika dia lemah dari yang demikian itu hendaklah dia menyebutkan dengan hatinya. 1618. Sunat mensukunkan “ ”ﺃﻜﺒﺭdan sunat pula bahawa jangan disambungkan hamzah “ ”ﺃﷲitu dengan kalimah yang sebelumnya seperti kalimah “ ”ﺇﻤﺎﻤﺎatau “ ”ﻤﺄﻤﻭﻤﺎatau “ﻪ ﺘﻌﺎﻟﻰ ” ِﻟﱠﻠ304kerana yang demikian itu khilaful aula. Kata syeikh Ibnu Abdussalam : ianya makruh. 1619. Sunat bagi imam menyaringkan suara dengan takbir ihram dan selainnya daripada takbir-takbir intiqal supaya sekelian makmum atau sebahagian mereka itu mendengar maka mereka tahukan sembahyang imam itu. Bersalahan selain imam. Maka tidak sunat baginya yang demikian itu, bahkan ianya makruh. 1620. Sunat pula bagi muballigh menyaringkan suara dengan takbir jika dia hendak kepadanya. Akan tetapi jika imam atau muballigh menyaringkan takbir hendaklah dia kasadkan zikir beserta dengan memperdengarkan. Adapun jika dia kasad memperdengarkan sahaja atau tidak mengkasadkan suatu jua pun batallah sembahyangnya. 304
. iaitu disambungkan dengan lafaz niat.
1621. Sayugia bagi yang hendak sembahyang tatkala ihram bahawa dia menilik kepada tempat sujud, serta menundukkan kepalanya sedikit selepas takbir ihram. Sunat baginya tatkala takbir ihram mengangkatkan kedua tapak tangannya serentak dengan permulaan takbir hingga berbetulan dengan dua bahunya, seperti berbetulan hujung jari keduanya tangannya dengan dua telinganya yang teratas dan dua ibu tangannya dengan dua cuping telinganya dan dua tapak tangannya dengan dua bahunya. 1622. Sunat membukakan dua tangan dan mengunjurkan jari-jarinya dan menjarangkannya dengan sederhana pada hal perut dua tapak tangannya dan perut jari-jarinya mengadap kepada kiblat. 1623. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal : jangan dicondongkan sekelian hujung jarinya kepada pihak kiblat. Tersebut didalam Mughni dan Nihayah: hendaklah dia mengadapkan perut dua tapak tangannya kepada kiblat pada hal dia menjarangkan sekelian hujung jarinya kepada pihak kiblat. Maka ianya bersalahan dengan yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah Mukhtasar Bafadhal. Sunat pula dia menyertakan kesudahan mengangkat tangan itu dengan kesudahan takbir seperti yang dirajihkan oleh imam Nawawi didalam Tanqih dan Tahkik dan Majmuk. 1624. Apabila dia selesai dari takbir ihram sunat meletakkan dua tangannya dibawah dada dandiatas pusatnya dengan menggenggamkan tapak tangan kanan dan segala jarinya pada pergelangan tangan kiri, yang mana ianya tertutama dari melepaskan keduanya. Maka nyatalah daripada yang demikian itu bahawa meletakkan dua tangan dibawah dada selepas selesai takbir ihram itu tidak serentak dengan kesudahan takbir. Inilah yang tersebut didalam matan Mukhtasar Bafadhal, bersalahan yang tersebut didalam Ubab dan syarahnya. 1625. Bermula, hikmah meletakkan dua tangan dibawah dada adalah supaya keduanya berada diatas anggota yang paling mulia iaitu hati yang mana ia tempat niat dan ikhlas dan khusyuk. Adat yagn berjalan bahawa baharangsiapa sangat memelihara sesuatu diletakkannya tangannya diatasnya. 1626. Sunat bagi yang sembahyang menilik kepada tempat sujud didalam sekelian sembahyangnya, sekalipun dia sembahyang disisi ka’bah, kerana yang demikian itu lebih hampir kepada khusyuk, dan sunat bagi orang yang buta dan orang yang sembahyang didalam kelam bahawa kelakuannya seperti kelakuan orang yang menilik kepada tempat sujud, melainkan tatkala dia mengucap “ ﻻ ﺇﻟﻪ ”ﺇﻻ ﺍﷲdidalam tasyahhudnya, maka sunat baginya menilik kepada telunjuknya pada ketika itu. 1627. Rukun yang ketiga : qiam artinya berdiri pada sembahyang fardhu, sekalipun fardhu nazar atau fardhu kifayah atau diatas rupa fardhu sepertisembahyang mu’adah dan sembahyang kanak-kanak, bagi orang yang kuasa berdiri dengan sendirinya atau dengan selainnya. Adapun sembahyang sunat dan tidak kuasa berdiri maka lagi akan datang hukumnya. 1628. Mereka itu mentakhirkan qiam daripada niat dan takbir ihram serta bahawa qiam itu terdahulu daripada keduanya hanyalah kerana bahawa niat dan takbir ihram itu rukun pada sekelian sembahyang fardhu atau sunat, bersalahan qiam, maka ia adalah rukun pada sembahyang fardhu jua tidak pada sembahyang sunat. Dan lagi pula kerana bahawa qiam itu sebelum daripada keduanya pada sembahyag fardhu menjadi syarat sembahyang dan keadaannya jadi rukun hanyalah ketika beserta dengan keduanya dan kemudian daripada keduanya. 1629. Sunat pada berdiri itu merenggangkan dua kaki kadar sejengkal. Demikian lagi pada sujud. 1630. Adapun syarat qiam itu maka iaitu meluruskan tulang belakang, kerana nama berdiri itu tidak diperolehi melainkan serta meluruskannya. Maka jikalau dia
berdiri pada hal tidak tegak seperti dia condong kehadapan atau kebelakang atau kekanan atau kekirinya dengan sekira-kira tidak dinamakan dia berdiri pada ‘uruf tidaklah sah perdiriannya itu. 1631. Tidak memudharatkan pada berdiri itu bersandar kepada satu benda sekalipun jika dihilangkan benda sandarannya itu nescaya dia gugur. Tetapi dengan syarat jika sandarannya itu sekira-kira tidak dapat dia mengangkatkan dua kakinya. 1632. Disyaratkan pula pada qiam itu berkuat diatas dua kakinya atau diatas salah satu daripada keduanya. Maka jika dia berdiri pada hal berantung dengan tali pada udara dengan sekira-kira tidak dia berkuat diatas suatu daripada kedua kakinya tidaklah sah sembahyangnya sekalipun tersentuh dua kakinya kebumi, kerana ketiadaan berkuat itu. 1633. Jika dia lemah dari bangkit kepada berdiri melainkan dengan bantuan orang wajib dia bangkit dengan minta bantuan sekalipun dengan upah seumpama. Tetapi dengan upah yang lebih dari apa yang diambil kira pada fitrah. 1634. Jikalau dia tidak kuasa berdiri melainkan bongkok seperti orang yang rukuk kerana tuanya atau selainnya wajiblah dia berdiri bongkok sekadar kuasanya. Apabila dia rukuk wajib menambah tunduk untuk rukuknya jika dia kuasa menambah yang demikian itu, kerana membezakan diantara qiamnya dan rukuknya yang mana keduanya wajib diatasnya. 1635. Jika dia tidak kuasa menambahkan tunduk wajiblah diatasnya apabila selesai daripada kadar qiamnya mengkasadkan apa yang selepasnya bagi rukuknya serta dengan tama’ninah, kemudian maka dia kasadkan apa yang selepas daripada kadar rukuknya itu bagi i’tidalnya serta tama’ninah, kerana sukar dia menghasilkan rupa rukun melainkan dengan kasad. Adapun kata fuqaha’ tidak wajib mengkasad rukun dengan khususnya, maka iaitu ditentukan ia dengan selain daripada keadaan ini dan yang seumpamanya. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 1636. Jikalau seorang tidak boleh rukuk atau sujud kerana ada penyakit pada belakangnya yang menegahnya dari tunduk dan dapat dia berdiri wajiblah dia berdiri, dan dia perbuat rukuk dan sujud dengan tunduk dengan sulbinya barang sedapatnya. Maka jika dia tidak kuasa maka dengan lehernya dan kepalanya, maka jika dia tidak kuasa maka hendaklah diisyatkan keduanya dengan matanya. 1637. Jikalau dia boleh rukuk, tidak sujud, hendaklah dia tunduk dua kali, sekali untuk rukuk dan sekali untuk sujudnya. Jika dia kuasa melebihkan tunduk daripada had sempurna rukuk wajiblah dia melebihkan tunduk bagi sujud kerana membezakan rukuk dan sujud. 1638. Jika dia tidak kuasa berdiri kerana masyaqqah yang kuat sekira-kira tidak tertanggung dia pada adatnya sekalipun ia tidak mengharuskan tayammum, seperti bertambah sakitnya jika dia berdiri atau takut orang yang didalam perahu atau kapal akan karamnya atau pusing kepalanya jika dia berdiri, atau barang sebagainya, sembahyanglah dia secara duduk dengan cara duduk yang dikehendakinya, dan tidak kurang pahalanya kerana uzurnya. Tetapi duduknya cara iftirasy terafdhal daripada duduk cara tawarruk dan bersila. 1639. Makruh duduk iq’a’ ( )ﺍﻗﻌﺎﺀpada salah satu daripada duduk-duduk didalam sembahyang, iaitu duduk dengan meletakkan dua pangkal peha pada tempat sembahyang dan mendirikan dua lutut kerana ditegah duduk iq’a’ didalam sembahyang seperti apa yang tersebut didaam hadith riwayat Hakim kerana ia menyerupai duduk anjing dan kera. 1640. Tetapi ada satu bentuk duduk iq’a’ disunatkan pada duduk diantara dua sujud, iaitu bahawa dia menghamparkan sekelian belakang jari dua kakinya pada tempat sembahyang dan meletakkan dua pangkal pehanya diatas dua tumitnya
dan meletakkan dua lututnya pada tempat sembahyang. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : telah dinaskan oleh imam Syafi’e didalam Buwaiti dan Imla’* diatas sunat yang demikian itu pada duduk diantara dua sujud. Artinya sekalipun duduk iftirasy itu terafdhal daripadanya. 1641. Dihubungkan dengan duduk diantara dua sujud itu tiap-tiap duduk yang pendek seperti duduk istirehat. Intaha. 1642. Kemudian maka tunduklah orang yang sembahyang duduk itu untuk rukuknya. Bermula, sekurang-kurang rukuknya adalah bahawa dia tunduk hingga berbetulan dahinya dengan hadapan dua lututnya. Yang terakmalnya adalah bahawa dia tunduk hingga berbetulan dahinya dengan tempat sujudnya. Bermula, kaifiat rukuk orang yang sembahyang sunat dengan duduk adalah sama seperti demikian itu pada yang sekurang-kurangnya dan yang akmalnya. 1643. Jika dia tidak kuasa sembahyang duduk sembahyanglah dia berbaring diatas lambungnya pada hal dia mengadap kiblat dengan mukanya, dengan hadapan badannya. Sunat keadaan baringnya itu diatas lambungnya yang kanan. Makruh berbaring diatas lambung kirinya jika dapat dia berbaring diatas lambung kanannya. Maka jika dia tidak kuasa sembahyang berbaring diatas lambungnya maka sembahyanglah dia bertelentang. Yang terafdhal adalah dua tapak kakinya mengadap kiblat. Wajib diatasnya mengadap kiblat dengan mukanya, maka hendaklah diletakkan umpama bantal dibawah kepalanya supaya dia mengadap dengan mukanya kepada kiblat. Inilah jika dia diluar ka’bah. 1644. Adapun jika dia didalam ka’bah maka tidak perlu kepada meninggikan kepalanya, bahkan harus dia sembahyang bertelentang atau menyarap kerana bahawa apa saja dia hadapkan mengadaplah dia kepada juzuk ka’bah itu. Tetapi jika umpamanya ka’bah itu tidak berbumbung tertegahlah sembahyang telentang melainkan dengan meninggikan kepalanya. 1645. Kemudian maka dia mengisyaratkan dengan kepalanya untuk rukuknya dan sujudnya jika dia lemah dari keduanya. Wajib bahawa isyaratnya kepada sujud lebih daripada isyaratnya untuk rukuk kerana membezakan diantara keduanya. 1646. Maka jika dia lemah dari mengisyaratkan dengan kepala dia mengisyarat dengan kejip matanya. Maka jika dia lemah jua daripada yang demikian itu kata syeikh Ibnu Hajar : seperti dia digagahi orang diatas meninggalkan yang tersebut itu didalam waktu hendaklah dia memperlalukan perbuatan sembahyang didalam hatinya, seperti bahawa dia rupakan dirinya berdiri dan rukuk dan i’tidal dan sujud, hingga akhirnya. Jika dia lemah dari menyebutkan bacaan dengan lidahnya hendaklah dia perlalukan yang demikian itu dengan hatinya. 1647. Maka memperlalukan yang demikian itu wajib pada yang wajib dan sunat pada yang sunat. Tidak ada kadha diatasnya kerana uzurnya itu adalah sakit dan jenis sakit, bukannya nadir, dan tidak kurang pahalanya kerana uzurnya. 1648. Adapun jika dia digagahi orang diatas mengerjakan perbuatan yang menafikan sembahyang maka tidaklah lazim atasnya suatu daripada yang tersebut itu selama dia masih lagi digagahi. Lazim diatas orang yang disula mengisyaratkan hanyalah kerana ia tidak ditegah daripada sembahyang sedang orang yang digagahi itu ditegah dari sembahyang serta bertambah dengan mengerjakan perbuatan yang menafikan sembahyang. Lazim dia mengkadha kerana nadir uzurnya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1649. Syahadan. Manakala dia kuasa diatas satu martabat daripada segala martabat yang terdahulu itu dipertengahan sembahyangnya wajiblah dia memperbuatnya. Maka jika dia kuasa duduk ditengah sembahyang berbaringnya wajib dia duduk dan menyempurnakan baki sembahyangnya itu, dan jika dia kuasa berdiri ditengah sembahyangnya berduduk wajib dia berdiri lalu dia
sempurnakan baki sembahyangnya dengan berdiri. Akan tetapi tidak memadainya bacaan fatihahnya ketika bangkit dari baring kepada duduk atau dari duduk kepada berdiri. 1650. Demikian lagi jika dia lemah dari berdiri ditengah sembahyang berdirinya dan dia kuasa duduk wajib dia duduk dan menyempurnakan baki sembahyangnya dengan berduduk dan jika dia lemah dari duduk didalam tengah sembahyangnya berduduk dan dia kuasa baring wajib dia berbaring dan menyempurnakan baki sembahyangnya berbaring. Memadainya disini bacaaan fatihah ketika turunnya dari berdiri kepada duduk atau ketika turunnya dari duduk kepada baring. 1651. Harus bagi orang yang kuasa berdiri mengerjakan sembahyag sunat berduduk dan berbaring sekalipun sembahyang dua raya dan dua gerhana dan sembahyang istisqa’. Adalah pahala sembahyang duduk itu setengah pahala sembahyang berdiri dan pahala sembahyang berbaring diatas lambung itu setengah pahala sembahyang berduduk kerana sabda nabi saw, “ ﻬﻭ ﺎ ﹶﻓﺼﻠﱠﻰ ﻗﹶﺎ ِﺌﻤ ﻥ ﻤ ﺩ ﻋ ﺠﺭﹺ ﺍ ﹾﻟﻘﹶﺎ ﻑ َﺃ ﺼ ﹸ ﻨ ﻪ ﹶﻓﹶﻠ-ﺎﺠﻌ ﻁﹺ ﻀﹶ ﻤ ﻯ ﺎ –ﹶﺍﺼﻠﱠﻰ ﻨﹶﺎ ِﺌﻤ ﻥ ﻤ ﻭ ﺠﺭﹺ ﺍ ﹾﻟﻘﹶﺎ ِﺌ ﹺﻡ ﻑ َﺃ ﺼ ﹸ ﻨ ﻪ ﺍ ﹶﻓﹶﻠﻋﺩ ﺼﻠﱠﻰ ﻗﹶﺎ ﻥ ﻤ ﻭ ل ُﻀ ”َﺃ ﹾﻓartinya: siapa yang sembahyang berdiri maka ianya terafdhal dan siapa sembahyang berduduk maka baginya setangah pahala orang yang sembahyang berdiri dan siapa sembahyang berbaring diatas lambungnya maka baginya setengah pahala orang yang sembahyang duduk. Riwayat Bukhari. 1652. Bermula, tempat yang demikian itu pada orang yang kuasa dan pada selain nabi sawm. Adapun orang yang tidak kuasa berdiri maka tidak kurang pahala sembahyangnya berduduk dari pahala sembahyangnya berdiri dan orang yang tidak kuasa berduduk tidak kurang pahala sembahyang berbaring diatas lambungnya dari pahala sembahyangnya berduduk. 1653. Adapun nabi kita Muhamamd sawm maka sebahagian daripada kususiahnya bahawa pahala sembahyang sunatnya sambil duduk dan baring sama dengan pahala sembahyangnya berdiri, tidak kurang ia darinya, kerana bahawa dia diamankan dari malas. 1654. Wajib diatas orang yang sembahyang berbaring itu duduk untuk mangerjakan rukuk dan sujud, dan janganlah dia mengisyarat bagi keduanya kerana ketiadaan warid. Adapun sembahyang sunat bertelentang maka iaitu tidak sah sekalipun dapat dia berbaring diatas lambungnya dan sekalipun dia sempurnakan rukuknya dan sujudnya kerana ketiadaan warid daripada nabi sawm. 1655. Bermula, hasil kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah bahawa harus bagi orang yang sembahyang sunat itu membaca fatihah ketika turunnya dari berdiri sekalipun dia sampai kepada rukuk, tetapi sayugia bahawa tidak dibilangkan rukuknya melainkan dengan menambah tunduk bagi rukuk kemudian daripada selesai fatihahnya supaya tidak lazim bertindih dua rukun; qiam dan rukuk. Muhtamal pula bahawa tidak disyaratkan yang demikian itu hanya dipadakan dengan menambahi tama’ninah dengan kasad rukuk. 1656. Kata syeikh Ibnu Qasim didalam Hasyiahnya: sekelian kalam syeikh Ibnu Hajar itu tempatnya adalah apabila dia menghendaki rukuk daripada berdiri. Adapun jika dia hendakkan turun dari berdiri kepada duduk kemudian dia rukuk daripada duduknya maka ianya harus kerana tidak ada yang menegahnya daripada membaca fatihah ketika turunnya sekalipun dia menyempurnakannya selepas duduknya. Intaha.* 1657. Kata syeikh Ibnu Qasim : telah berfawa syeikh kami Syihab Ramli dengan mengharuskan takbir ihram sembahyang sunat ketika bangkit kepada berdiri dan dengan menegah membaca fatihah pada sembahyang sunat ketika bangkit kepada berdiri. Kata syeikh Ibnu Qasil : pada fatwa syeikh yang kedua ada
renungan kerana tidak disyaratkan berdiri pada sembahyang sunat, bersalahan sembahyang fardhu. 1658. Rukun yang keempat : membaca fatihah pada tiap-tiap rakaat didalam qiamnya atau gantinya hinggakan qiam yang kedua pada sembahyang gerhana, samaada pada sembahyang senyap atau sembahyang nyaring dan samada membaca fatihah itu dengan hafal atau dengan talkin atau dengan memandang mushaf kerana sabda nabi sawm “ﺔ ﻌ ﺭ ﹾﻜ ﻰ ﹸﻜلﱢ ﻓ ﻯ ﺏ – ﹶﺍ ﻜﺘﹶﺎ ﹺ ﺔ ﺍ ﹾﻟ ﺤ ﺘ ﺭ ْﺃ ﹺﺒﻔﹶﺎ ﻴ ﹾﻘ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ﻼ ﹶﺓ ِﻟ ﹶﻻ ﺼ ” ﹶ artinya : tidak sah sembahyang bagi barang siapa yang tidak membaca fatihah – iaitu pada tiap-tiap rakaat. Riwayat Bukhari dan Muslim melainkan rakaat orang yang masbuk maka tidak wajib diatasnya membaca fatihah kerana fatihahnya ditanggung oleh imamnya. 1659. Terkadang tergambar gugur fatihah pada sekelian rakaat seperti bahawa seorang itu masbuk pada rakaat dan tertinggal dari imam sebab sesak atau lupa atau lambat gerak tubuhnya maka tidak dia berdiri pada tiap-tiap rakaat selain yang pertama melainkan imamnya sedang rukuk maka gugur wajib fatihah pada sekelian rakaatnya itu kerana ditanggung oleh imamnya. 1660. Masaalah terkadang wajib membaca fatihah didalam satu rakaat dua kali dengan yang pertama seperti keadaan yang apabila dia bernazar membaca fatihah pada tiap-tiap kali dia bersin maka apabila dia bersin didalam sembahyangnya didalam qiam nescaya wajiblah atasnya membaca fatihah pula atau bersin didalam rukuk atau sujud hendaklah dibacanya fatihah kemudian daripada selesai sembahyangnya kerana selain daripada qiam bukannya tempat bagi fatihah. 1661. Masaalah: jikalau makmum sembahyang pada rakaat pertama bersama imam kemudian tatkala imamnya berdiri pada rakaat kedua dia berniat mufarakah dari imamnya dan mengikut akan orang yang lain yang rukuk kerana kasad menggugurkan fatihah nescaya haruslah baginya yang demikian itu, dan gugur darinya fatihah kerana ditanggung oleh imamnya yang kedua itu. Demikianlah hasil yang tersebut didalam hasyiah Ibnu Qasim kerana mengikut syeikhnya Syihab Ramli. 1662. Bermula, “ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﹺ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒitu satu ayat daripada fatihah pada amal kerana bahawa nabi sawm membilangnya satu ayat daripadanya seperti yang tersebut didalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim dan disahkan oleh keduanya. Dan bahawa nabi sawm bersabda “bismillahirrahmanirrahim itu satu ayat daripada ayat-ayat fatihah”. 1663. Bermula, yang paling sahih bahawa ia adalah awal tiap-tiap surah selain Bara’ah, seperti yang ditunjukkan oleh hadith Muslim dan selainnya. Maka nyata daripada yang demikian itu bahawa bismillah itu ayat Quran, iaitu pada zan tidak dengan jazam kerana ketiadaan tawatir. Memadai padanya zan sabitnya istimewa pula jika ada zan itu hampir kepada martabat yakin kerana sepakat semua sahabat nabi sawm diatas mensabitkan bismillah didalam mushaf dengan tulisan serta ijtihad mereka itu pada mensabitkan mushaf daripada apa yang bukan daripada Quran hingga daripada noktahnya dan barisnya. 1664. Bermula, mensabitkan nama-nama surah dan ‘usyur dan barang sebagainya didalam mushaf maka ia adalah setengah daripada bid’ah Hajjaj. Akan tetapi dijadikan dia dengan tulisan yang lain daripada tulisan mushaf. 1665. Wajib memelihara huruf-hurufnya seperti bahawa jangan ditukarkan satu huruf daripadanya dengan huruf yang lain. Maka jika ditukarkan ia dengannya seperti ditukarkanya “ ”ﺤﺎﺀdengan “ ”ﻫﺎﺀatau zal pada “ ”ﺍﻟﺫﻴﻥdengan zai atau dal pada “ﻥ ﻴ ﺩ ﻭ ﹺﻡ ﺍﻟ ﻴ ” dengan zal atau dhad dengan zha’ nescaya tidak sah bacaannya pada kalimah itu jika dia kuasa menyebut hurufnya atau lemah darinya tetapi
cuai, seperti dapat dia belajar lalu dia tidak belajar. Adapun jika dia tidak kuasa menyebutnya dan tidak dia cuai memadailah bacaanya pada kalimah itu. 1666. Jika dibacanya qaf berbelah bagi diantara qaf dan kaf seperti bacaan setengah arab sahlah bacaannya serta karahah. Inilah muktamad syeikh Ramli didalam Nihayah kerana mengikut syeikh Islam dan Ruyani dan Ibnu Rif’ah. Adapun yang diktimadkan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal maka ianya tidak sah melainkan jika sukar diatasnya belajar sebelum waktu. 1667. Jika dibacanya sin yang berbelah bagi diantara sin dan shad batallah ia jika dia kuasa, jika dia tidak kuasa maka tidaklah batal. Berjalanlah yang demikan itu pada semua bagai gantian sekalipun tidak mengubah makna seperti “ ﻥ ﻭ ﻤ ﺎﹶﻟ” ﺍﻟﻌ demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1668. Wajib diatas orang yang memabca fatihah dan selainnya memelihara daripada salah yang mencederakan maknanya seperti membaca “ ﺕ ﻤ ﹶ ﻌ ” َﺃ ﹾﻨdengan dhommah atau kasrah atau “ﻙ ﺎ ” ِﺇﻴdengan kasrah, dan seperti membaca qiraat yang syaz yang mengubah makna seperti membaca “ﺀ ﺎﻌﹶﻠﻤ ﻩ ﺍ ﹾﻟ ﺩ ﺎﻋﺒ ﻥ ﻤ ﷲ َ ﺨﺸﹶﻰ ﺍ ﻴ ﹾ ﺎ” ِﺇ ﱠﻨﻤ dengan rafa’ yang pertama dan nashab yang kedua, atau menambah satu huruf atau mengurangkannya. Maka jika diperbuatnya akan satu daripada yang demikian itu batallah bacaannya jika tidak disengajakannya. Jika disengajakannya lagi tauhukan haramnya batallah sembahyangnya 1669. Jika seorang membaca dengan sangat tartil hingga dia menjadikan satu kalimah itu dua kalimah kerana kasad menyatakan huruf seperti bahawa dia berhenti diantara sin dan ta’ pada “ﻴﻥ ﺴ ﹶﺘﻌ ” ﹶﻨtidaklah harus yang demikian itu dan tidkak memadai kerana yang wajib diatas orang yang membaca dalah mengeluarkan huruf dari makhrajnya kemudian berpindah kepada huruf yang selepasnya dengan berhubung tidak dengan berhenti diantara dua huruf. Demikanlah hasil kalam syeikh Ibnu Hajar yang tersebut didalam Mukhtasar Bafadhal. 1670. Wajib diatas yang membaca fatihah dan selainnya membaca dengan bacaan yang sepakat segala qari atas wajibnya, daripada mad dan idgham dan selainnya seperti yang tersebut didalam Fathul Jawwad. 1671. Haram membaca dengan qirat syazzah diatas itlak. Iaitu selain qiraat yang tujuh. Demikian lagi haram mentalfikkan dua qiraat daripada qiraat yang tujuh itu dengan syarat jika yang dibacanya pada bacaan yang kedua bertambat dengan bacaan pertama, seperti membaca “ ”ﺁﺩﻡdan “”ﻜﻠﻤﺎﺕ305 dengan nashab keduanya atau dengan rafa’ keduanya. 1672. Tersebut didalam Majmuk bahawa sunat bagi orang yang membaca dengan satu qiraat daripada tujuh qiraat itu bahawa dia menyempurnakan bacaannya dengan qiraat itu. Jika dia tidak mentamamkannya denganya seperti bahawa dibawanya pula dengan qiraat yang lain maka iaitu harus dengan syarat jika yang dibacanya dengan qiraat yang kedua itu tidak bertambat dengan bacaan yang pertama. Adapun jika ia bertambat dengannya maka iaitu haram. Kemudian maka jika ia mengubah makna maka batallah bacaannya, dan jika tidak maka tidak batal. Inilah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 1673. Wajib diatas yang membaca fatihah memelihara segala tasydidnya yang empat belas itu kerana bahawa ia adalah hai’ah bagi hurufnya yang bertasydid maka ujudnya itu melengkapi segala hai’ah-hai’ahnya. Maka jika ditakhfifkan huruf yang bertasydid seperti “ ﻥ ﻤ ﹺ ﺤ ﺭ ” ﺍﻟdengan tidak beridgham tidaklah sah bacaannya dan terkadang jadi kafir yang mentakhfifkan “ﻙ ﺎ ” ِﺇﻴjika dia tahukan 305
. iait ayat “”ﻓﺎﻟﻘﻰ ﺁﺩﻡ ﻣﻦ ﺭﺑﻪ ﻛﻠﻤﺎﺕ.
maknanya lagi disengajakanya kerana makna “ﻙ ﺎ ” ِﺇﻴdengan tidak bertasydid itu adalah “ ﺱ ﻤ ﹺ ﺸ ﺀ ﺍﻟ ﱠ ﻭ ﻀ ” artinya cahaya matahari. Maka adalah dia seolah-oleh membaca “ﺩ ﺒ ﻌ ﺱ ﹶﻨ ﻤ ﹺ ﺸ ﺀ ﺍﻟ ﱠ ﻭ ﻀ ” artinya : akan cahaya matahari kami sembah. Jika ditasydidkan huruf yang tidak bertasydid derhakalah dia dan tidak batal bacaannya. 1674. Wajib dia memelihara tertibnya seperti bahawa dia membacanya diatas aturannya yang makruf kerana bahawa ia tempat balaghah dan i’jaz. Maka jikalau dia tinggalkan tertib itu seperti dia mula membacanya dengan setengahnya yang kedua tidaklah dikira ia. Adapun setengahnya yang pertama maka ditilik jika dia mentakhirkannya dengan lupa dan tidak lanjut perceraiannya maka ianya dikira. Maka hendaklah dia menyambungnya dengan membaca setengahnya yang kedua. Adapun jika dia mentakhirkannya dengan sengaja atau lanjut perceraiannya maka tidak dikira ia seperti setengahnya yang kedua itu. Maka hendaklah dia mula pula membaca dari awalnya hingga akhirnya. 1675. Wajib diatasnya memelihara mualatnya seperti dia baca kalimahkalimahnya dengan berturut-turut seperti bahawa dia tidak menceraikan diantara kalimah-kalimahnya dengan lebih daripada diam bernafas atau diam kerana mengah. Akan tetapi jika dia menceraikan diantaranya dengan lebih dari yang demikian itu kerana lupa atau kerana mengingatkan satu ayat daripadanya maka iaitu tidak mengapa, maka tidak putus mualat dengannya. Demikian lagi tidak mengapa jika dia ulang membaca satu ayat daripadanya pada tempatnya sekalipun tanpa uzur, atau dia kembali membaca yang telah dibacanya kemudian dia menyempurnakannya hingga akhirnya 1676. Jikalau seorang syak pada pertengahan fatihah telah dibacanya “”ﺒﺴﻡ ﺍﷲ atau belum lalu dia menyempurnakan fatihah itu serta syak, kemudian dia ingat bahawa dia telah membacanya nescaya wajib dia mula membaca fatihah dari awal hingga akhirnya kerana dia cuai dengan apa yang dibacanya serta syak maka jadilah yang dibacanya serta syak itu seolah-olah kalam yang selain fatihah. Inilah hasil yang dirajihkan Ibnu Hajar didalam Tuhfah kerana mengikut Ibnu Syuraij. 1677. Jika menyelangi diantara kalimah-kalimah fatihah itu zikir yang lain yang tidak bersangkutan dengan sembahyang seperti mengucap “alhamdulillah” tatkala bersin dan mengucap “subhanallah” kerana memberi izin orang yang hendak masuk atau mengingatkan bacaan orang yang selain imamnya dengan kasad bacaan nescaya putuslah mualat fatihahnya dengan zikir itu, sekalipun ia sedikit. Maka hendaklah dia mulakan fatihahnya. Melainkan jika dia lupa atau jahilkan hukumnya, maka tidak putus ia dengannya sekalipun ianya lanjut. 1678. Jika menyelangi antaranya zikir yang berkaitan dengan sembahyang seperti mengucap amin bagi bacaan imamnya atau mengingatkan imamnya yang lupa apabila dia terdiam dengan kasad bacaan sekalipun serta kasad ﺭ mengingatkan, dan seperti memohonkan rahmat dengan membaca “ ﻡ ﺤ ﺭ ﺍﺭ ﻭ ﻔ ﺏ ﺍ ﹾﻏ ﻥ ﻴ ﻤ ﺤ ﺍﺭ ﺍﻟﺭ ﻴ ﺨ ﺕ ﹶ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ”ﻭtatkala imamnya membaca ayat rahmat seperti “ ﺭ ﻭ ﻏ ﹸﻔ ﷲ ﹶ ُ ﺍﻡ ﻭ ﷲ ﹶﻟ ﹸﻜ ُ ﺭ ﺍ ﻔ ﻴ ﹾﻐ ﻥ َﺃ ﻡ ﻴ ﺤ ﺭ ” atau berlindung daripada azab dengan membaca “ﺏ ﻌﺫﹶﺍ ﹺ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻙ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﻲ َﺃ ﺏ ِﺇ ﱢﻨ ﺭ ” tatkala imamnya membaca ayat azab seperti “ﻴﻥ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟﻜﹶﺎ ﹶﻓﺭﹺ ﺏ ﻌﺫﹶﺍ ﹺ ﹸﺔ ﺍ ﹾﻟﻤﺕ ﹶﻜﻠ ﺤ ﱠﻘ ﹾ ﻥ ﹶﻟﻜ ”ﻭdan membaca “ﻥ ﻴ ﺩ ﻫ ﻥ ﺍﻟﺸﱠﺎ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﹶﺫﻟِﻙ ﻭِﺇﻨﱠﺎ ﺒﻠﹶﻰ ” tatkala imamnya membaca “ﻥ ﻴ ﻤ ﻜ ﺎﺤ ﹶﻜﻡﹺ ﺍ ﹾﻟﺤ ﷲ ﺒﹺَﺄ ُ ﺍﻴﺱ ”َﺃﹶﻟ dan membaca “ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻌ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ “ tatkala imamnya membaca “ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻌ ﻙ ﺍ ﹾﻟ ﺒ ﺭ ﻡﺢ ﺒﹺﺎﺴ ﺒ ﺴ ” ﹶﻓdan membaca “ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺍ َﻷ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” tatkala imamnya membaca “ﻋﻠﹶﻰ ﻷ َﻙﺍ ﺒ ﺭ ﻡ ﺴ ﺢﺍ ﺒ ﹺ ﺴ ”. 1679. Maka sekelian zikir yang tersebut itu tidak memutuskan mualat fatihah kerana ia disunatkan didalam sembahyang. Bersalahan zikir kerana mengingatkan imamnya yang lupa sebelum dia diam selama dia masih mengulangi bacaannya, maka ianya memutuskan mualat kerana tidak disunatkan
ia pada ketika itu. Akan tetapi sunat dia memulakan bacaan fatihah supaya dia keluar daripada khlilaf orang yang mewajibkannya. 1680. Demikian lagi tidak putus mualat dengan sujud tilawah bersama imamnya kerana yang demikian itu disuruh. 1681. Memutuskan mualat oleh diam yang lanjut iaitu apa yang lebih daripada diam bernafas jika tidak dengan uzur sekalipun tidak diniatkannya memutuskan bacaan. Bersalahan jika diamnya itu kerana uzur seperti lupa atau jahil atau kerana mengah atau kerana mengingatkan satu ayat daripada fatihah yang dia lupakannya seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 1682. Demikian lagi memutuskan mualat diam yang sedikit iaitu kadar dia bernafas dan istirehat jika dia kasadkan dengannya memutuskan bacaan kerana memberi bekas perbuatan yang beserta niat. Adalah bandingannya seperti orang yang memegang harta taruhan dengan niat khianat memindahkannya. Maka bahawa dia mendhoman sekalipun dia tidak mendhoman dengan salah satu daripada keduanya. 1683. Masaalah: jika seorang syak sebelum rukuk adakah dia telah membaca fatihah atau tidak, atau dia syak sebelum salam adakah dia telah membacanya tahiyyat atau tidak, wajib dia mengulang baca keduanya. Demikian lagi wajib dia mengulang baca fatihah dan tahiyyat jika dia syak tengah membaca keduanya pada sebahagian daripada keduanya. Akan tetapi jika dia syak selepas selesai keduanya pada meninggalkan sebahagian dari keduanya maka ianya tidak memudharatkan. 1684. Syahadan. Barang siapa tidak tahu membaca sekelian fatihah seperti bahawa dia lemah darinya didalam waktu kerana picik waktunya atau kerana dungunya306 atau ketiadaan orang yang mengajarinya atau ketiadaan mushaf, wajiblah dia membaca tujuh ayat yang lain sebilang ayat fatihah, sekalipun ia bercerai-cerai dengan syarat jangan kurang hurufnya dari khuruf fatihah. 1685. Kata syeikh Islam didalam Syarah Minhaj : bilangan huruf fatihah dengan bislmillahhirrahmanirahim adalah lima puluh enam huruf dengan mensabitkan alif pada “ ﺎﻟِﻙ” ﻤ. Bermula, yang dikehendaki dengan yang demikian itu bahawa perhimpunan huruf gantian fatihah jangan kurang dari huruf-huruf fatihah, bukan yang dikehendaki dengannya bahawa huruf-huruf setiap ayat gantian fatihah itu sebilangan huruf-huruf setiap ayat fatihah. Sunat menambah ayat kelapan supaya dia menjadi ganti surah. 1686. Tidak harus menterjemahkan fatihah dengan bahasa ‘ajam kerana luput dengannya i’jaz kerana firman Allah taala “ﺎﺭ ﹺﺒﻴ ﻋ ﺁﻨﹰﺎﻩ ﹸﻗﺭ ﺯ ﹾﻟﻨﹶﺎ ” ِﺇﻨﱠﺎ َﺃ ﹾﻨartinya : sungguhnya Kami telah turunkan Quran dengan bahasa Arab. Maka bahasa ‘ajam tidak seperti demikian itu. Dan lagi kerana ta’abbud307 dengan lafaz Quran, maka tidak memadai ia dengan terjemahnya. 1687. Bersalahan dengan takbir ihram dan khutbah jumaat dan mengatakan dua kalimah syahadah dan barang sebagainya daripada yang bukan Quran. Maka wajib diatas orang yang lemah darinya dengan bahasa arab bahawa dia menterjemahkannya dengan sebarang bahasa yang dikehendakinya. 1688. Jika dia lemah dari tujuh ayat wajib dia membaca tujuh bagai zikir atau tujuh bagai doa dengan syarat jangan kurang hurufnya dari huruf fatihah. Memadai tujuh bagai doa yang berkaitan kata-katanya dengan akhirat, dan jika dia hafal tujuh bagai zikir yang lain sekalipun. Dan jika dia tidak tahukan doa melainkan yang berkaitan dengan dunia jua maka ia memadai baginya. Inilah 306 307
. ﺑﻼﺩﻩ. . beribadat.
yang muktamad didalam Tuhfah dan Mughni dan Nihayah. Kata syeikh Islam : tidak disyaratkan pada zikir dan doa itu bahawa dia mengkasadkan keduanya sebagai gantian tetapi yang disyaratkan bahawa dia tidak kasadkan keduanya sebagai selain gantian. 1689. Apabila dia kuasa diatas sebahagian fatihah hendaklah dia ulang membacanya hingga sampai kepada kadar fatihah. Inilah jika dia tidak kuasa diatas gantian yang sebahagian lagi. Maka jika dia kuasa diatasnya hendaklah dia membaca sebahagian fatihah itu dan menghimpunkan gantian kepadanya yang sempurnakan kadar fatihah dengannya serta memeliharakan tertibnya. 1690. Jika dia lemah dari demikian itu sekeliannya hinggakan daripada terjemah zikir dan doa wajib dia berdiri sekadar masa membaca fatihah yang sederhana pada zannya kerana bahawa membaca fatihah dan berdiri sekadar fatihah itu wajib keduanya. Maka apabila sukar diatasnya fatihah dan gantiannya tinggallah yang wajib diatasnya berdiri kadar fatihah. Sunat melebihkan berdiri sekadar membaca surah. Sunat diatas yang tidak kuasa membaca qunut subuh berdiri selepas daripada i’tidal sekadar qunut. Wajib diatas yang tidak kuasa membaca tahiyyat akhir duduk sekadar masa membacanya. Sunat bagi yang tidak kuasa membaca tahiyyat awal duduk sekadar masa membacanya. 1691. Apabila selesai daripada takbir ihram maka sunat membaca doa iftitah dengan perlahan. Sungguhnya telah warid didalam hadith bahawa doa iftitah itu banyak lagi masyhur. Yang terafdhal daripadanya “ ﺕ ﺍﻤﻭ ﺴ ﺍﻟﻁﺭ ﻯ ﹶﻓ ﹶ ﺫ ﻲ ِﻟﱠﻠ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ﺕ ﻬ ﹸ ﻭﺠ ﻪ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﹶﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤﺏ ﺍ ﹾﻟﻌ ﺭ ﻪ ﻲ ِﻟﱠﻠ ﺘ ﺎﻤﻤ ﻭ ﻱ ﺎﺤﻴ ﻤ ﻭ ﻰ ﻜ ﺴ ﻭ ﹸﻨ ﻲ ﻼﺘ ﹶﻥ ﺼ ﻥ ِﺇ ﻴ ﻜ ﺸ ﹺﺭ ﻤ ﹾ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﺎ َﺃﻨﹶﺎﻭﻤ ﺎﻠﻤﺴ ﻤ ﻴﻔﹰﺎ ﻨ ﺤ ﺭﺽ ﻷ َ ﺍﻭ ﻥ ﻴ ﻤ ﻠﺴ ﻤ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻭَﺃﻨﹶﺎ ﺕ ﺭ ﹸ ﻤ ُﺃﺒﹺ ﹶﺫﻟِﻙ”ﻭ. Maka sunat doa iftitah itu pada sembahyang fardhu dan sunat melainkan sembahyang jenazah. Maka tidak disunatkan doa itu didalamnya sekalipun pada sembahyang diatas yang ghaib atau diatas kubur sekalipun. 1692. Akan Tetapi tempat sunat membaca doa iftitah itu jika ghalib diatas zannya bahawa dia serta membaca doa iftitah itu akan mendapat fatihah sebelum rukuk imamnya. Adapun jika pada zannya apabila dibacanya doa iftitah itu akan luputlah darinya sekelian fatihah atau sebahagiannya, atau dia dapati imamnya didalam selain qiam seperti didalam rukuk atau i’tidal atau sujud atau duduk pada hal imamnya belum memberi salam, atau picik waktu dengan sekira-kira jika dibacanya doa iftitah itu nescaya keluarlah sebahagian sembahyangnya dari waktunya, maka tidaklah sunat baginya doa iftitah itu. 1693. Luput iftitah itu dengan membaca “ﻴ ﹺﻡ ﺠ ﺭ ﹺ ﻥ ﺍﻟ ﻴﻁﹶﺎ ﹺ ﺸ ﻥ ﺍﻟ ﱠ ﻤ ﷲ ِ ﻭﺫﹸ ﺒﹺﺎ ﻋ ” َﺃkerana luput tempatnya. Maka tidak diunatkan dia kembali kepadanya. Demikian lagi luput doa iftitah dengan duduk makmum masbuk serta imamnya keranaluput tempatnya. Tetapi jika masbuk mendapat imamnya didalam tasyahhud akhir lalu imamnya itu memberi salam tatkala dia masih lagi berdiri atau dia mendapat imamnya didalam tasyahhud awal lalu imamnya itu berdiri tatkala dia masih lagi berdiri atau imamnya itu keluar dari sembahyang sebab hadath umpamanya sebelum dia muafakat dengannya nescaya sunat baginya membaca doa iftitah pada tiga rupa masaalah itu, kerana tidak luput tempatnya. 1694. Tidak luput doa iftitah dengan mengucap amin bersama imamnya dan sunat kemudian daripada doa iftitah itu membaca “ﻴ ﹺﻡ ﺠ ﺭ ﹺ ﻥ ﺍﻟ ﻴﻁﹶﺎ ﹺ ﺸ ﻥ ﺍﻟ ﱠ ﻤ ﷲ ِ ﻭﺫﹸ ﺒﹺﺎ ﻋ ” َﺃkerana firman Allah taala “ﻴ ﹺﻡ ﺠ ﺭ ﹺ ﻥ ﺍﻟ ﻴﻁﹶﺎ ﹺ ﺸ ﻥ ﺍﻟ ﱠ ﻤ ﷲ ِ ﻌ ﹾﺫ ﺒﹺﺎ ﺴ ﹶﺘ ﻥ ﻓﹶﺎ ﺁﺕ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭ ْﺃ ﹶ ” ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﹶﻗﺭartinya : maka apabila kamu hendak membaca Quran maka mintalah lindungan dengan Allah dari Syaitan yang direjam. 1695. Sunat membaca ‘auzu billah itu tiap-tiap rakaat kerana warid ia kerana membaca fatihah, dan fatihah itu dibaca pada tiap-tiap rakaat. Akan tetapi membacanya pada rakaat yang pertama lebih muakkad sunatnya daripada rakaat yang kemudiannya kerana muafakat ulamak diatas sunatnya padanya. Sunat membacanya dengan perlahan sekalipun pada sembahyang nyaring.
1696. Maaalah : jika seorang hendak membaca zikir ganti tujuh ayat yang lemah dia darinya adakah sunat dia membaca a’uzubillah atau tidak? Jawab: bahawa yang dirajihkan oleh syeikh Asnawi didalam Muhimmah : tidak disunatkan dia membacanya. Ia adalah yang dizahirkan oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni, katanya : kerana membaca a’uzubillah itu kerana membaca Quran dan zikir yang dibacanya itu bukan Quran. Adapun yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah maka iaitu sunat dia membacanya kerana zikir itu ganti Quran maka ia seperti hukum Quran. 1697. Luput membaca a’uzu billah itu dengan membaca fatihah sekalipun dengan lupa. 1698. Sunat bagi yang membaca fatihah didalam sembahyang atau diluarnya mengucapkan amin mengiringi akhir fatihah. Sunat mengucapkannya dengan takhfif mim serta mad hamzah yang mana ia yang lebih fasih lagi masyhur, dan harus qasar. Makna amin itu dengan takhfif dan mad atau qasar adalah “ﺏ ﺠ ﺴ ﹶﺘ ﹺ ”ﺍ artinya : perkenankanlah. 1699. Maka jika dibacanya dengan tasydid mim serta mad atau qasar hamzah dan dia kehendaki bahawa maknanya adalah “ﺍﺼﺩ ﺏ ﻗﹶﺎ ﻴ ﺨ ﻥ ﹸﺘ ﻥ َﺃ ﻤ ﻡ ﺭ ﺕ َﺃ ﹾﻜ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ﻭﻴﻙ ﻥ ﺇِﹶﻟ ﻴ ﺩ ﺼ ” ﻗﹶﺎ artinya : kami menuju kepada mu dan Engkau maha mulia daripada bahawa engkau sia-siakan orang yang menuju, tidaklah batal sembahyangnya kerana ia mengandungi makna doa. Jika tidak seperti demikian itu maka batallah sembahyangnya. 1700. Demikian lagi sunat mengucap amin kemudian daripada akhir gantian fatihah jika ia mengandungi makna doa. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. 1701. Sunat bagi makmum dan selainnya menyaringkan amin pada sembahyag nyaring dan memperlahankannya pada sembahyang senyap. Jika ditambahnya “ ﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤﺏ ﺍﻟﻌ ﺭ ”atau barang sebagainya kemudian daripada lafaz amin itu nescaya adalah ia elok. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. 1702. Tidak luput amin dengan membaca “ﺭﻟِﻰ ﻔ ﻏ ﺏﺍﹾ ﺭ ” selepas akhir fatihah, tetapi yang demikian itu sunat jua kerana warid dengannya hadith yang hasan. Luput amin itu dengan diam yang lanjut dan dengan membaca surah atau dengan rukuk. 1703. Sunat diam sedikit diantara akhir fatihah dan diantara amin supaya terbeza ia dari Quran. Demikian lagi sunat diam sedikit diantara amin dan surah. 1704. Sunat bagi makmum pada sembahyang nyaring bahawa serentak aminnya dengan amin imamnya, jangan terdahulu dan jangan terkemudian supaya muafakat aminnya dengan amin segala malaikat kerana sabda nabi sawm “ ل َ ِﺇﺫﹶﺍ ﻗﹶﺎ ﻥ ﹶﺫ ﹾﻨﺒﹺﻪ ﻤ ﺩﻡ ﺎ ﹶﺘ ﹶﻘﻪ ﻤ ﺭ ﹶﻟ ﻔ ﻏ ﹸﻼﺌِ ﹶﻜﺔ ﻤ ﹶ ل ﺍ ﹾﻟ َ ﻭ ﻪ ﹶﻗ ﻭﻟﹸ ﻕ ﹶﻗ ﺍ ﹶﻓ ﹶﻥ ﻭ ﻤ ﻪ ﻥ ﹶﻓِﺈﻨﱠ ﻴ ﻤ ﻭﻟﹸﻭﺍ ﺁ ﻥ ﹶﻓ ﹸﻘ ﻴ ﺎﱢﻟﻻ ﺍﻟﻀ ﹶﻡ ﻭ ﻴ ﹺﻬ ﻋﹶﻠ ﺏ ﻭ ﹺ ﻀ ﻤ ﹾﻐ ﻴﺭﹺ ﺍ ﹾﻟ ﻏ ﻡ ﹶ ﺎﻹﻤ ِ ”ﺍ artinya: apabila imam membaca “ ﻡ ﻴ ﹺﻬ ﻋﹶﻠ ﺏ ﻭ ﹺ ﻀ ﻤ ﹾﻐ ﻴﺭﹺ ﺍ ﹾﻟ ﻏ ” ﹶmaka kata oleh mu : amin kerana barang siapa muafakat katanya dengan kata para malaikat pada satu masa nescaya diampunkan Allah taala akan apa yang terdahulu daripada dosanya. Dan lagi kerana bahawa yang diaminkan oleh makmum itu hanyalah bacaan imamnya jua yang sungguhnya ia telah pun selesai, bukan amin imamnya. Darierna inilah tidak sunat bagi makmum mengaminkan bacaan imamnya melainkan jika dia endengarnya. 1705. Tidak ada bagi kita didalam sembahyang apa yang disunatkan bersamaan dengan imam padanya selain daripada ini. Jika tidak bersamaan amin makmum dengan amin imamnya hendaklah dia mengucap amin mengiringi amin imamnya. Jika imam mentakhirkan aminnya daripada masa yang disunatkan hendaklah makmum mengucap aminnya dahulu daripada imamnya dan jangan dia menanti amin imamnya itu.
1706. Sunat bagi imam pada sembahyang nyaring melanjutkan diam diantara amin dan surah sekira-kira selesai makmum dari fatihahnya supaya lapang makmum untuk mendengar bacaan surahnya. Hendaklah dia membaca dengan perlahan didalam diamnya itu akan zikir atau Quran yang mana ianya terutama. Akan tetapi jika dia membaca Quran hendaklah dia pelihara keadaan yang dibacanya dengan nyaring serta yang dibacanya dengan perlahan itu diatas tertib mushaf iaitu keadaan yang dibacanya dengan nyaring itu mengiringi yang dibacanya dengan perlahan, kerana yang demikian itu sunat. 1707. Sunat diam yang sedikit diantara surah dan rukuk dan diantara takbir ihram dan doa iftitah dan diantara doa iftitah dan a’uzubillah dan diantara a’uzubillah dan fatihah. Maka sekelian diam itu sedikit jua melainkan diam imam kerana menantikan selesai fatihah makmum. Tidak ada didalam sembahyang diam yang disunatkan selain daripada yang demikian itu. 1708. Sunat bagi tiap-tiap yang sembahyang selain makmum iaitu imam dan yang sembahyang sendirian selepas mengucap amin membaca surah yang selain fatihah didalam dua rakaat sembahyang subuh dan jumaat dan hari raya dan gerhana dan minta hujan dan didalam dua rakaat yang pertama daripada sembahyang maghrib dan isyak dan zohor dan asar. 1709. Maka nyatalah daripada yang demikian itu bahawa sunat membaca surah didalam sembahyang itu diatas itlak samaada ia fardhu atau sunat dan samaada ia sembahyang nyaring atau senyap, melainkan sembahyang orang yang luput dua yang menyucikan apabila ada diatasnya hadath besar, maka tidak sunat baginya membaca surah didalam sembahyangnya bahkan ia haram diatasnya, dan melainkan sembahyang jenazah maka tidak sunat baginya membaca surah bahkan ianya makruh. 1710. Adapun surah fatihah apabila dibacanya dua kali maka tidak terhasil dengan yang kedua oleh sunat membaca surah kerana suatu yang satu tidak tertunai dengannya fardhu dan sunat yang dimaksudkan kedua-duanya, melainkan apabila dia tidak hafal selainnya, maka terhasillah dengannya sunat membaca surah itu. Demikianlah yang tersebut didalam Mughni dan Nihayah. 1711. Adapun makmum jika dia muafik lagi mendengar bacaan imamnya maka tidak disunatkan dia membaca surah hanya hendaklah dia sengaja mendengar bacaan imamnya kerana firman Allah taala “ﻪ ﻭﺍ ﹶﻟﻤﻌ ﺴ ﹶﺘ ﻥ ﻓﹶﺎ ﺁﺉ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭ َ ﻭِﺇﺫﹶﺍ ﹸﻗﺭﹺ ” artinya : dan apabila dibacakan Quran maka hendaklah kamu tuntut mendengarnya. Maka jika dia tidak mendengar bacaan imamnya kerana tuli telinganya atau jauh darinya atau dia mendengar suara imamnya tetapi tidak memahaminya308 atau imam memperlahankan bacaannya sekalipun pada sembahyang nyaring nescaya sunat bagi makmum itu membaca surah kerana tidak ada faedah dia diam. 1712. Adapun makmum masbuk yang tidak mendapat dua rakaat yang pertama daripada sembahyang imamnya maka sunat dia membaca surah didalam rakaat yang didapatinya serta imamnya. Itupun jika dia dapat membacanya didalam dua rakaat itu. Jika tidak maka hendaklah dia kadha membacanya didalam rakaat yang tinggal daripada sembahyangnya selepas salam imamnya. 1713. Adapun orang yang sembahyang sunat jika dia menyimpannya diatas satu tasyahhud maka sunat baginya membaca surah didalam tiap-tiap rakaat. Jika dibawanya lebih daripada satu tasyahhud maka sunat baginya membaca surah pada rakaat yang dahulu daripada tasyahhud awal. 1714. Ketahui oleh mu bahawa hasil asal sunat dengan membaca suatu daripada Quran sekalipun kurang dari satu ayat. Akan tetapi surah yang sempurna terafdhal daripadanya, hinggakan surah yang singkat terafdhal daripada 308
. iaitu dengar tapi tak jelas lalu dia tidak memahaminya.
sebahagian surah yang panjang, sekalipun yang sebahagian itu lebih panjang. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal : tempat yang demikian itu apabila dia tak hendak menyimpankan diatas sebahagian surah. Adapun jika dia hendakkan yang demikian itu seperti membaca satu ayat daripada surah al Baqarah dan satu ayat daripada surah Ali ‘Imran pada sembahyang sunat subuh dan membaca Quran sekeliannya didalam sembahyang tarawih maka adalah setengah surah itu terafdhal. 1715. Sunat melanjutkan bacaan rakaat yang pertama diatas bacaan rakaat yang kedua kerana mengikut nabi sawm, melainkan jika warid nas dengan melanjutkan rakaat yang kedua. Maka sayugia hendaklah diikut nas itu, seperti keadaan yang pada masaalah ziham artinya sesak, bahawa sunat bagi imam melanjutkan rakaat yang kedua supaya orang yang menanti dapat menghubunginya pada sujud309, dan seperti membaca surah “Sabbihis” dan “Hal ataka” pada umpama sembahyang jumaat, dan seperti orang yang lupakan surah Sajdah pada rakaat yang pertama daripada sembahyang subuh jumaat, maka hendaklah dibacanya didalam rakaat yang kedua bersama “hal ataka”. 1716. Syahadan. Sunat bagi imam dan orang yang sembahyang sendirian selain perempuan dan khunsa bahawa dia membaca dengan nyaring pada dua rakaat sembahyang subuh dan dua rakaat yang pertama sembahyang maghrib dan isyak dan dua rakaat sembahyang jumaat hinggakan rakaat makmum yang masbuk yang dibawanya kemudian daripada salam imamnya, dan dua rakaat sembahyang dua hari raya dan dua rakaat sembahyang gerhana bulan dan sembahyang minta hujan dan sembahyang tarawih dan sembahyang witi ramadhan dan sembahyang tawaf pada malam atau pada waktu subuh. Maka sekelian sembahyang yang tersebut itu dinamakan sembahyang nyaring (jahriah). 1717. Adapun sembahyang yang selain daripada yang tersebut itu disunatkan padanya membaca dengan perlahan. Maka dinamakan ia sembahyang perlahan (sirriyyah). Iaitu seperti sembahyang zohor dan ‘asar dan sembahyang gerhana matahari dan sembahyang tawaf pada siang hari dan sembahyang sunat maghrib dan isyak dan sunat subuh dan sembahyang witir yang lain daripada witir ramadhan dan sekelian sembahyang sunat yang lain daripada itu, melainkan sembahyang sunat mutlak pada malam. Maka sunat padanya membaca dengan pertengahan diantara nyaring dan perlahan jika dia tidak takutkan riak atau menganggu orang yang tidur atau yang sembahyang atau yang tawaf atau barang sebagainya. Maka jika dia takutkan yang demikian itu sunat baginya membaca dengan perlahan, makruh baginya membaca dengan nyaring pada ketika itu. 1718. Adapun had nyaring maka bahawa dia memperdengarkan bacaannya kepada orang yang disisinya, dan had perlahan itu bahawa tidak mendengar bacaannya melainkan dirinya jua. 1719. Had sederhana yang diantara nyaring dan perlahan itu khilaf ulamak padanya, kata setengah mereka : had pertengahan itu bahawa dia membaca sekira-kira lebih daripada mendengarkan dirinya hingga kepada had yang tidak didengari oleh orang yang disisinya, seperti yang telah diisyaratkan oleh firman Allah taala “ﻼ ﻴ ﹰ ﺴ ﹺﺒ ﻥ ﹶﺫﻟِﻙ ﻴ ﺒ ﺒ ﹶﺘﻎﹺ ﺍﺎ ﻭﺕ ﹺﺒﻬ ﻓ ﹾ ﻻ ﹸﺘﺨﹶﺎ ﹶ ﻭﻙﻼﺘ ﹶﺭ ﺒﹺﺼ ﻬ ﺠ ﻻ ﹶﺘ ﹶ ” ﻭartinya : dan janganlah kamu nyaringkan sembahyang mu dan jangan kamu perlahankannya dan tuntutlah jalan yang diantara demikian itu. 1720. Kata setengah mereka itu : had pertengahan itu bahawa dia membaca sekali dengan nyaring dan sekali dengan pertengahan seperti apa yang datang 309
. pada asal “supaya dapat menghubunginya orang yang menanti akan sujud”. Wallahu a’lam.
dari perbuatan nabi sawm. Maka zahir ibarat syeikh IbnuHajar didalam Tuhfah dan didalam syarah Mukhtasar Bafadhal merajihkan kaul yang kedua ini. Kata tuan kitab Mughni : yang pertama itulah lebih aula. 1721. Adapun perempuan dan khunsa jika hadhir padanya lelaki ajnabi maka sunat bagi keduanya membaca dengan perlahan kerana takutkan fitnah, dan jika tidak ada padanya lelaki ajnabi maka sunat bagi keduanya menyaringkan bacaan, tetapi sayugia hendaklah kurang nyaringnya dari nyaring lelaki. 1722. Bermula, sembahyang kadha, maka yang kebilangan pada nyaring dan perlahannya hanyalah dengan waktu kadha jua, bukan waktu tunainya. 1723. Syahadan. Sunat sembahyang subuh membaca tiwal mufassal artinya surah mufassal310 yang panjang. Demikian lagi sembahyang zohor. Tetapi sunat pada yang dibacanya pada sembahyang zohor lebih singkat dari yang dibacanya pada sembahyang subuh, seperti dia membaca pada zohor surah mufassal panjang yang hampir dengan surah mufassal panjang pada subuh. 1724. Dan sunat sembahyang asar dan isyak membaca awshatul mufassal artinya surah mufassal yang pertengahan, dan sembahyang maghrib membaca qusharul mufassal artinya surah mufassal yang singkat. 1725. Tetapi tidak disunatkan membaca surah mufassal panjang dan mufassal pertengahan itu melainkan bagi orang yang sembahyang sendirian dan bagi imam jika makmum yang mengikutnya dapat dihingga311, artinya tidak ada yang sembahyang dibelakangnya orang yang selain mereka itu, dan adalah tempat sembahyang itu masjid yang tidak didatangi orang asing312 dan tidak datang sembahyang didalamnya orang yang selain mereka itu dan lagi adalah sekelian mereka itu redha dengan apa yang dipanjangkan oleh imam dan lagi tidak bersangkut dengan diri mereka itu hak bagi orang lain seperti bahawa mereka itu bukan hamba orang dan bukan perempuan yang bersuami dan tidak ada mereka itu mengambil upah dengan diri mereka. 1726. Maka jika tidak diperoleh satu syarat daripada syarat-syarat yang tersebut itu sunat bagi imam menyimpan pada sekelian sembahyang diatas surah mufassal yang singkat. Makruh baginya membaca surah mufassal panjang dan mufassal pertengahan. 1727. Seperti itulah dikatakan pada sekelian zikir didalam sembahyang, tidak sunat imam melanjutkannya melebihi sekurang-kurang sempurna melainkan dengan syarat-syarat yang tersebut itu. Jika tidak seperti demikian itu maka ianya makruh. 1728. Bermula, awal surah mufassal itu adalah surah surah Hujurat seperti yang disahkan oleh Imam Nawawi didalam Daqaiq dan selainnya. kata syeikh Ibnu Ma’an: bermula surah mufassal yang panjang dari surah al Hujurat hingga kepada surah ‘Amma dan surah mufassal yang pertengahan itu dari surah ‘Amma hingga kepada Waddhuha, dan surah mufassal yang singkat itu dari surah Waddhuha hingga akhir Quran. Seperti inilah yang tersebut didalam Tuhfah dan tersebut didalam syarah Muhtasar Bafadhal. 1729. Bermula, yang manqul seperti apa yang dikatakan oleh Ibnu Rif’ah dan selainnya bahawa mufassal yang panjang itu seperti surah Qaf dan surah Mursalat dan yang pertengahannya sepert surah Jumaat dan yang singkatnya seperti surah Ikhlas. Seperti inilah yang tersebut didalam Nihayah, tetapi dengan menambahi surah al ‘Asr diatas surah Ikhlas. 310
. yang tecerai-cerai.
311
. makmum yang mahshur.
312
. seperti masjid itu tidak pada jalan raya.
1730. Yang tersebut didalam Mughni bahawa mufassal yang panjang itu seperti sufarah Hujurat dan Iqtarabat dan ar Rahman dan yang pertengahannya seperti surah Wassyamsu wa dhuhaha dan Wallaili iza yakhsya, dan yang singkatnya seperti surah al ‘Asr dan surah Ikhlas. 1731. Sunat pada rakaat pertama daripada sembahyang subuh membaca surah Alif Lam Tanzil hingga akhirnya, dan pada rakaat keduanya membaca surah Hal ata hingga akhirnya. Sunat sentiasa membawa kedua surah itu pada tiap-tiap subuh jumaat yang luas waktunya, sekalipun sekelian makmum tidak redha dengannya kerana demikian itu sabit dari perbuatan nabi sawm serta sentiasa mengekalinya. 1732. Maka jika tertinggal Alif lam tanzil pada rakaat pertama hendaklah dibacanya Alif lam tanzil itu didalam rakaat yang kedua313 supaya tidak sunyi sembahyangnya dari kedua-duanya. Seperti demikian itulah dikiaskan pada tiaptiap sembahyang yang disunatkan pada dua rakaatnya dua surah yang tertentu, hinggakan jika dia masuk membaca surah yang lain sunat dia memutuskannya dan membaca yang ditentukan itu. 1733. Adapun jika picik waktu subuh dari dua surah ini hendaklah dibacanya dua surah yang singkat, maka ia terafdhal daripada setengah Alif lam tanzil dan setangah Hal ata. Inilah muktamad syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal. Bersalahan syeikh Ramli dan syeikh Khatib Syarbini didalam Nihayah dan Mughni dinakalkan dari syeikh Fariqi. 1734. Masaalah: jika dibaca oleh imam akan Alif lam tanzil didalam sembahyang jumaat dan dia sujud bagi tilawah tidaklah batal sembahyangnya sekalipun tidak dia membacanya melainkan dengan kasad sujud tilawah. Demikianlah kata syeikh Ibnu Qasim dengan dinakalkan dari syeikh Ramli. 1735. Tempat sunat mebaca alif lam tanzil dan Hal ataka pada subuh jumaat itu adalah pada orang yang mukim jua. Adapun musafir sekalipun sigkat safarnya maka sunat baginya pada subuh jumaat dan subuh selainnya membaca surah al Kafirun pada rakaat pertama dan surah ikhlas pada rakaat kedua kerana warid hadith pada yang demikian itu sekalipun dhaif. Warid pula didalam hadith yang lain bahawa nabi sawm membaca didalam subuh safarnya surah al Falaq pada rakaat pertama dan surah an Nas pada rakaat kedua. 1736. Maka nyatalah daripada yang demikian itu bahawa orang yang musafir diberi pilih pada subuhnya diantara membaca surah al Kafirun dan surah Ikhlas dan diantara membaca surah al Falaq dan surah an Nas, tetapi surah al Falaq dan surah an Nas terutama kerana kuat sanad hadithnya dan lagi pula kerana orang yang musafir diringankan pada sekelian bacaannya. 1737. Sunat pada isyak malam jumaat membaca pada rakaat pertama surah Jumaat dan pada rakaat yang kedua surah al Munafikun, dan sunat pada maghrib malam jumaat membaca surah al Kafirun dan pada rakaat kedua surah al Ikhlas. Demikian lagi sunat membaca surah yang tersebut itu pada sembahyang sunat subuh dan maghrib dan tawaf dan ihram dan istikharah. 1738. Syahadan. Sunat memohon rahmat dengan membaca umpama “ ﺭ ﻔ ﻏ ﺏﺍﹾ ﺭ ﻥ ﻴ ﻤ ﺤ ﺍﺭ ﺍﻟﺭ ﻴ ﺨ ﺕ ﹶ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻡ ﻭ ﺤ ﺭ ﺍ ”ﻭtatkala membaca ayat rahmat seperti “ ﻥ ﻤ ﺏ ﻴ ﻲ ﹶﻗ ﹺﺭ ﺒ ﺭ ﹶﺔﺤﻤ ﻥ ﺭ ِﺇ ﻥ ﻴ ﻨ ﺴ ﺤ ﻤ ”ﺍ ﹾﻟdan sunat pula memohon perlindungan dari azab dengan membaca umpama “ﻙ ﻋﺫﹶﺍ ﹺﺒ ﻥ ﻤ ﻰﻋ ﹾﺫﻨ ﺏ َﺃ ﺭ ” tatkala membaca ayat azab seperti “ ﺏ ﻌﺫﹶﺍ ﹺ ﹸﺔ ﺍ ﹾﻟﻤﺕ ﹶﻜﻠ ﺤ ﱠﻘ ﹾ ﻥ ﻴ ﻓ ﹺﺭ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟﻜﹶﺎ ” dan demikian lagi membaca tasbih dengan umpama “ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻌ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” ﻌ ﻙ ﺍ ﹾﻟ ﺒ ﺭ ﺴ ﹺﻡ ﺢ ﹺﺒﺎ tatkala membaca ayat tasbih seperti “ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﺒ ﺴ ” ﹶﻓdan sunat tatkala
313
. iaitu bersama hal ata.
membaca akhir surah at Tin dan akhir surah Kiamat membaca “ ﻥ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﹶﺫﻟِﻙ ﻭَﺃﻨﹶﺎ ﺒﻠﹶﻰ ﻥ ﻴ ﺩ ﻫ ”ﺍﻟﺸﱠﺎdan sunat tatkala membaca akhir surah wal mursalat “ِﻤﻨﱠﺎ ﺒﹺﺎﷲ ”َﺃ. 1739. Maka membaca sekelian demikian itu imam dan yang sembahyang sendirian bagi bacaan dirinya dan makmum bagi bacaan imamnya atau bagi bacaan dirinya pada tempat yang disunatkan bagi makmum membaca surah. Demikian lagi sunat membaca demikian itu bagi orang yang tidak sembahyang bagi tiap-tiap bacaan yang didengarnya. Sunat menyaringkan sekelian yang tersebut itu pada sembahyang nyaring. 1740. Sunat bagi tiap-tiap orang yang sembahyang mengucap takbir intiqal iaitu takbir kerana berpindah dari satu rukun kepada rukun yang lain. Maka hendaklah dia takbir tatkala berpindah kepada rukuk dan sujud dan tatkala berpindah dari sujud kepada duduk atau berdiri atau daripada tasyahud awal kepada berdiri. Sunat memulakan takbir intiqal itu pada permulaan tunduknya kepada rukuk atau sujud atau permulaan bangkitnya dari tasyahhud awal, dan sunat melanjutkan takbir intiqal itu pada lafaz jalalah hingga sampai kepada rukun yang kemudiannya sekalipun dia duduk istirehat, supaya tidak sunyi satu juzuk daripada sembahyangnya dari zikir. Melainkan pada i’tidal maka hendaklah dibacanya “ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ ﻥ ﻤ ﷲ ِﻟ ُ ﻊ ﺍ ﻤ ﺴ ” artinya : menerima kiranya Allah taala akan puji orang yang memuji, samaada dia imam atau yang sembahyang sendirian atau makmum atau mubaligh atau selainnya. 1741. Rukun kelima : rukuk, telah terdahulu perintah rukuk sembahyang duduk. Adapun sekurang-kurang rukuk sembahyang berdiri maka bahawa dia tunduk dengan tidak membongkok314 sekira-kira sampai kedua tapak tangan orang yang sederhana tanganya kepada dua lututnya apabila dia hendak meletakkan keduanya. Adapun jika sekira-kira sampai keduanya kepada dua lutut dengan membongkok serta tunduk maka iaitu tidak memadai kerana ia tidak dinamakan rukuk. Adapun tangan yang tidak sederhana seperti ia sangat panjang atau sangat pendek maka tidak kebilangan sampainya kepada lutut pada had sekurang-kurang rukuk. 1742. Bermula, syarat rukuk itu dua perkara. Pertamanya : tama’ninah iaitu berhenti didalam rukuk sekira-kira tetap anggotanya sebelum bangkit kepada i’tidal. Maka tidak memadai sebagai tama’ninah itu menambah tunduk daripada kadar yang memada sebagai rukuk. 1743. Syarat yang kedua : bahawa tidak dia menyehajakan selain rukuk pada tunduknya. Maka jika dia tunduk kerana sujud tilawah atau membunuh umpama ular maka tatkala dia sampai kepada had rukuk dijadikannya sebagai rukuk nescaya tidak memada ia sebagai rukuk, bahkan wajib dia berdiri lalu rukuk. Seperti demikian itulah disyaratkan pada iktidal dan sujud dan duduk diantara dua sujud seperti yang lagi akan datang pada tempatnya. 1744. Bermula, rukuk yang terakmal serta apa yang telah lalu itu adalah meratakan belakang dan leher hingga lurus seperti sekepingpapan dan mendirikan kedua betis dan kedua peha dan memegang kedua lutut dengan dua tapak tangan serta merenggangkan dua lutut itu dan menjarangkan segala jarijari kedua tangannya dengan sederhana serta mengadapkannya kepada pihak kiblat dan mengucap takbir dan mengangkatkan kedua tangan seperti pada takbir ihram. 1745. Seperti bahawa dia mula mengangkatkan tangan pada ketika ia masih lagi berdiri seperti permulaan takbir maka apabila berbetulan dua tangannya dengan kedua bahunya tunduklah dia untuk rukuk pada hal dia melanjutkan takbir itu hingga dia tetap pada rukuk, supaya tidak sunyi satu suku daripada 314
. ﺍﳔﻨﺎﺱ.
sembahyangnya daripada zikir seperti yang terdahulu kenyataannya. Tetapi janganlah melanjutkannya lampau dari tujuh alif seperti yang tersebut didalam Tuhfah. 1746. Sebahagian daripada kesempurnaan pada rukuk bahawa dia membaca padanya “ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ ﻭ ﹺﺒ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻌ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” tiga kali, dan yang lebih sempurnanya sebelas kali, mengiringinya sembilan kali dan mengiringinya tujuh kali dan mengiringinya lima kali dan mengiringinya tiga kali yang mana ia sekurang-kurang sempurnanya. Tetapi jika dibacanya tasbih hanya sekali jua hasillah baginya asal sunat sekalipun dengan umpama “ﷲ ِ ﻥﺍ ﺎﺒﺤ ﺴ ”. 1747. Yang terafdhal bagi orang yang sembahyang sendirian dan bagi imam kaum yang mahshur yang redha dengan panjang bahawa ditambahinya diatas tasbih yang ketiga itu “ ﻲ ﻤ ﻅ ﻋ ﹾ ﻭ ﻲ ﺨ ﻤ ﱢ ﻭ ﻱ ﺼ ﹺﺭ ﺒ ﻭ ﻲ ﻌ ﻤ ﺴ ﹶﻟﻙﺸﻊ ﺨﹶ ﺕ ﹶ ﻤ ﹸ ﺴﹶﻠ َﺃﺕ ﹶﻟﻙ ﻤ ﹾﻨ ﹸ ﻙ ﺁ ﻭ ﹺﺒ ﺕ ﻌ ﹸ ﺭ ﹶﻜ ﹶﻟﻙﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤﺏ ﺍ ﹾﻟﻌ ﺭ ﻪ ﻲ ِﻟﱠﻠ ﻤﻪ ﹶﻗﺩ ﺕ ﹺﺒ ﺴ ﹶﺘ ﹶﻘﱠﻠ ﹾ ﺎ ﺍﻭﻤ ﻱ ﺸﺭﹺ ﹶﺒﻱ ﻭ ﻌ ﹺﺭ ﺸ ﻭ ﹶ ﻲ ﺼ ﹺﺒ ﻋ ﻭ ” kerana warid yang demikian itu sekeliannya didalam hadith. 1748. Tersebut didalam Majmuk : membaca tasbih tiga kali serta “ﺕ ﻌ ﹸ ﺭ ﹶﻜ ﹶﻟﻙﻬﻡ ”ﺍﻟﻠﱠ hingga akhirnya terafdhal dari melebihkan tasbih atas tiga kali serta meninggalkan “ﻌﺕﹸ ﺭ ﹶﻜ ﹶﻟﻙﻬﻡ ”ﺍﻟﻠﱠitu hingga akhirnya. 1749. Adapun imam kaum yang tidak mahshur atau315 yang tidak redha dengan panjang maka janganlah dia menambah diatas tiga tasbih kerana meringankan makmum. Maka jika dia menambah diatas yang demikian itu maka ianya makruh. 1750. Disunatkan pula didalam rukuk seperti sujud membaca “ ﻙ ﺩ ﻤ ﺤ ﻭ ﹺﺒ ﺒﻨﹶﺎ ﺭ ﺎ ﹶﻨﻙﺒﺤ ﺴ ﻲ ﺭِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ”ﺍﻟﻠﱠ. Makruh membaca suatu ayat daripada Quran didaam rukuk dan rukun yang selain qiam kerana ditegah daripadanya seperti yang tersebut didalam Tuhfah. Kata syeikh Zarkasyi : tempat makruh itu apabila dia kasadkan dengannya membaca Quran adapun jika dia kasadkan dengannya membaca doa maka tidak makruh. 1751. Soal apa sebab diwajibkan zikrullah didalam qiam dan duduk yang akhir dan tidakdiwajibkan suatu daripada zikir didalam rukuk dan sujud? Jawab: diwajibkan zikir didalam qiam dan duduk yang akhir hanyalah supaya keduanya terbeza daripada qiam dan duduk yang menjadi adat kebiasaan, bersalahan dengan rukuk dan sujud kerana keduanya tidak mempunyai rupa yang diadatkan yang perlu dibezakan ia daripadanya. 1752. Dihubungkan dengan rukuk dan sujud akan i’tidal dan duduk diantara dua sujud maka tidak diwajibkah zikir pada keduanya kerana keadaan keduanya dikeluarkan daripada menjadi adat kebiasaan oleh yang sebelumnya dan yang kemudiannya, dan lagi kerana bahawa i’tidal dan duduk diantara dua sujud itu wasilah kepada selainnya, bukan maksud. 1753. Rukun yang keenam : i’tidal, sekalipun pada sembahyang sunat. Iaitu bangkit dari rukuk kepada berdiri betul pada sembahyang berdiri atau dari rukuk kepada duduk betul pada sembahyang duduk. 1754. Disyaratkan pada i’tidal itu tiga perkara. Pertama tama’ninah, iaitu berhenti didalam i’tidal itu sekira-kira tetap anggotanya. Keduanya jangan memaksudkan suatu yang selain I’idal pada bangkit berdiri itu. Maka jika dia berdiri kerana terkejut dari sesuatu maka tidaklah memadai perdiriannya itu sebagai i’tidal. Akan tetapi jika dia rukuk dan syak didalam rukuk pada fatihah lalu dia berdiri untuk membaca fatihah lalu dia ingatkan bahawa fatihahnya telah dibaca nescaya memadailah perdiriannya itu sebagai i’tidal. 315
. pada asal “yang tidak redha dengan panjang” tanpa atau.
Ketiga jangan melanjutkannya lebih dari kadar zikir yang disunatkan iaitu kadar fatihah kerana bahawa ia rukun pendek maka jika dilanjutkan dengan sengaja lagi tahukan haramnya nescaya batallah sembahyangnya. 1755. Disunatkan pada i’tidal itu mengangkat dua tangannya beserta permulaan mengangkatkan kepalanya hingga berbetulan dengan kedua bahunya serta membaca “ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ ﻥ ﻤ ﷲ ِﻟ ُ ﻊ ﺍ ﻤ ﺴ ”, dan sunat bagi imam dan muballigh menyaringkannya kerana bahawa ia zikir intiqal. 1756. Maka apabila dia telah berdiri betul dia melepaskan dua tangannya lalu membaca “ﺩ ﻌ ﺒ ﻲﺀ ﺸ ﻥ ﹶ ﻤ ﺕ ْﺌ ﹶﺎ ﺸﺀ ﻤ ل ْ ﻤ ﻭ ﺭﺽﹺ ﻷ َ ﺀ ﺍ ل ْ ﻤ ﻭ ﺕ ﺍﻤﻭ ﺴ ﺀ ﺍﻟ ل ْ ﻤ ﺩ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﺒﻨﹶﺎ ﹶﻟﻙ ﺭ ”. Sunat membaca yang demikian itu bagi imam ditas itlak dan makmum dan yang sembahyang sendirian. Bersalahan yang tersebut didalam Majmuk : bahawa tidak disunatkan bagi imam melainkan “ﺩ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﺒﻨﹶﺎ ﹶﻟﻙ ﺭ ”. 1757. Sunat bagi yang sembahyang sendirian dan imam yang redha makmumnya dengan panjang menambah yang demikian itu dengan membaca “ ﺩ ﺠ ﻤ ﺍ ﹾﻟﺀ ﻭ ل ﺍﻟ ﱠﺜﻨﹶﺎ َ ﻫ َﺃ ﻋﹶ ﺎ َﺃﻊ ِﻟﻤ ﻨ ﺎﻻ ﻤ ﺩ ﹶ ﺒ ﻋ ﻭ ﹸﻜﱡﻠﻨﹶﺎ ﹶﻟﻙ ﺩ ﺒ ﻌ ل ﺍ ﹾﻟ ﺩ ﺠ ﻙ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﹾﻨ ﺩ ﺠ ﻊ ﺫﹶﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹾﻨ ﹶﻔ ﻻ ﹶﺕ ﻭ ﻌ ﹶ ﹶﻨﺎ ﻤﻲ ِﻟﻤ ﻁ ﻌ ﻤ ﻻ ﹶﺕ ﻭ ﻴ ﹶ ﻁ َ ﺎ ﻗﹶﺎﻕ ﻤ ﺤﱡ ”َﺃ. 1758. Sunat kemudian daripada zikir i’tidal iaitu hingga “ ﺩ ﻌ ﺒ ﻲﺀ ﺸ ﻥ ﹶ ﻤ ” membaca qunut didalam i’tidal rakaat kedua pada sembahyang subuh. Hasil sunat qunut dengan membaca satu ayat daripada Quran yang ada didalamnya doa atau yang menyerupai doa seperti akhir surah Baqarah jika dikasadkan sebagai qunut, tidak Qruan kerana makruh membaca Quran pada selain qiam. 1759. Hasil qunut itu dengan doa yang semata-mata dan jika ada doa itu tidak ma’thur sekalipun jika dia berkaitan dengan pekerjaan akhirat jua, atau beserta pekerjaan dunia. Tetapi qunut yang afdhal itu adalah yang warid dari nabi saw, iaitu “ ﺎﺭ ﻤ ﺸ ﻲ ﹶ ﻨ ﻗ ﻭ ﺕ ﻴ ﹶ ﻁ ﻋﹶ ﺎ َﺃﻴﻤ ﻲ ﹶﻓ ﻨ ﺎ ﹺﺭ ﹾﻜﻭﺒ ﺕ ﻴ ﹶ ﱠﻟﻥ ﹶﺘﻭ ﻤ ﻴ ﻓ ﻲ ﱠﻟﻨ ﹶﺘﻭﺕ ﻭ ﻴ ﹶ ﺎ ﹶﻓﻥ ﻋ ﻤ ﻴ ﻓ ﻲ ﻨ ﻓ ﺎﻭﻋ ﺕ ﻴ ﹶ ﺩﻥ ﻫ ﻤ ﻴ ﻓ ﻲ ﻨ ﺩ ﻫ ﺍﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﹶﺕ ﻭ ﻴ ﹶ ﺍﹶﻟﻥ ﻭ ﻤ ل ﺩ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﺕ ﹶﻓﹶﻠﻙ ﻴ ﹶ ﺎﹶﻟﻭ ﹶﺘﻌ ﺒﻨﹶﺎ ﺭ ﺕ ﹾﻜ ﹶﺎﺭﺕ ﹶﺘﺒ ﻴ ﹶ ﺎﺩﻥ ﻋ ﻤ ﺯ ﻌ ﻴ ﻻ ﺫ ﱡ ﻴ ﻻ ﻪ ﹶ ﻭِﺇ ﱠﻨ ﻴﻙ ﹶﻠﻰ ﻋﻴ ﹾﻘﻀ ﻻ ﹶﻲ ﻭ ﻀ ﹶﺘ ﹾﻘﺕ ﹶﻓﺈِ ﱠﻨﻙ ﻴ ﹶ ﹶﻗﻀ ﻴﻙ ﺏ ﺇِﹶﻟ ﻭ ﻭَﺃﺘﹸ ﺭﻙ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐﻔ ﺕ َﺃ ﻴ ﹶ ﺎ ﹶﻗﻀﻋﻠﹶﻰ ﻤ ”. Inilah lafaz qunut yang warid dari nabi sawm pada riwayat Baihaqi. 1760. Sunat bagi imam membawa qunut dengan lafaz jamak seperti dibacanya “ ﺕ ﻴ ﹶ ﺎ ﹶﻓﻥ ﻋ ﻤ ﻴ ﻓ ﻓ ﹶﻨ ﹾﺎ ﺎﻭﻋ ﺕ ﻴ ﹶ ﺩﻥ ﻫ ﻤ ﻴ ﻓ ﺩﻨﹶﺎ ﻫ ﺍﻬﻡ ”ﺍﻟﻠﱠhingga akhirnya, kerana sah hadith pada menegah imam dari mengkhususkan dirinya dengan doa seperti dibacanya dengan lafaz ifrad, maka ianya makruh. 1761. Seperti qunut adalah tiap-tiap zikir dan doa yang lain didalam sembahyang. Maka disunatkan bagi imam membawa dengan lafaz jamak melainkan doa yang warid dari nabi sawm bahawa dia membawanya dengan lafaz ifrad dalam keadaan dia imam. Maka hendaklah dibawanya dengan lafaz ifrad kerana mengikut yang warid itu, iaitu “ﻲ ﻨ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍﻲ ﻭ ﺭِﻟ ﻔ ﻏ ﺏﺍﹾ ﺭ ” hingga akhirnya didalam duduk ﻤ ﹸ ﺎ ﹶﻗﺩﻲ ﻤ ﺭِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ diantara dua sujud dan seperti “ ﻲ ﻨ ﺴ ﹾﻠ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ﻲ ﺍﻟﻠﱠ ﻨ ﹶﻨ ﱢﻘﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠdan seperti “ ﺕ ﺕ ﺭ ﹸ ﺎ َﺃﺨﱠﻭﻤ ” hingga akhirnya selepas tasyahhud akhir. 1762. Adapun tegahan nabi daripada imam mengkhususkan dirinya dengan doa maka tempatnya adalah pada doa yang tidak ma’thur dari nabi sawm. Inilah hasil yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah katanya : sekira-kira dibawa oleh imam doa yang tidak ma’thur makruh dia membawa dengan lafaz ifrad, dan inilah tempat menanggungkan tegahan tersebut itu. Sekira-kira dibawanya doa yang ma’thur daripada nabi sawm hendaklah diikutnya lafaz yang ma’thur itu. 1763. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: hasilnya sunat bagi yang sembahyang seorang diri dan bagi imam yang redha makmumnya dengan panjang membaca kemudian daripada qunut yang warid itu qunut saidina Umar iaitu “ ﻻ ﹶ ﻭﺭﻙ ﺸ ﹸﻜ ﹶﻨ ﹾﻪ ﻭ ﺭ ﹸﻜﻠﱠ ﻴ ﺨ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻴﻙ ﹶﻠﻲ ﻋ ﻨ ﻭ ﹸﻨ ﹾﺜ ﻙ ﻴ ﹶﻠل ﻋ ُ ﱠﻜ ﹶﻨ ﹶﺘﻭﻙ ﻭ ﻥ ﹺﺒ ﻤ ﻭ ﹸﻨ ْﺅ ﻙ ﻴ ﺩ ﻬ ﺴ ﹶﺘ ﻭ ﹶﻨ ﺭﻙ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐﻔ ﹶﻨ ﻭﻴ ﹸﻨﻙ ﺴ ﹶﺘﻌ ﻲ ﹶﻨ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺨﺸﹶﻰ ﻭ ﹶﻨ ﹾ ﹶﺘﻙﺤﻤ ﻭ ﺭ ﺠ ﹶﻨﻴﻙ َﺇﹶﻟﺩ ﻭ ﺠ ﺴ ﻭ ﹶﻨ ﻲ ﺼﱢﻠ ﹸﻨﹶﻟﻙﺩ ﻭ ﺒ ﻌ ﻙ ﹶﻨ ﺎ ِﺇﻴﻬﻡ ﻙ ﺍﻟﻠﱠ ﺭ ﻴ ﹶﻔﺠ ﻥ ﻤ ﻙ ﺭ ﻭ ﹶﻨ ﹾﺘ ﻊ ﺨﹶﻠ ﹶﻨ ﹾ ﻭﺭﻙ ﹸﻨ ﹶﻜ ﱢﻔ ﺭ ﺩ ﹶﻨ ﺤ ﹶﻔ ﹶﻨﻲ ﻭ ﺴﻌ -
ﻕ ﺤﹲ ﻤ ﹾﻠ ﺎ ﹾﻟ ﹸﻜﻔﱠﺎ ﹺﺭﺩ ﺒ ﺠ ﻙ ﺍ ﹾﻟ ﹺ ﺒ ﻋﺫﹶﺍ ﻥ ﻙ ِﺇ ﺒ ﻋﺫﹶﺍ ”. Telah meriwayatkannya Baihaqi dengan seumpama yang demikian itu daripada perbuatan saidaina Umar r.a. 1764. Maka apabila dihimpunkan dua qunut ini maka sunat mendulukan yang pertama kerana ia sabit dari nabi sawm dan jika kekehendaki membawa salah satu daripada keduanya maka hendaklah dibawanya qunut yang pertama kerana ‘illat yang tersebut itu. 1765. Sunat selepas qunut itu mengucap selawat dan salam diatas nabi dan keluarganya dan sahabatnya seperti diucapnya “ ﻪ ﺤ ﹺﺒ ﺼ ﻭ ﻪ ﻋﻠﹶﻰ ﺁِﻟ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ل ﺼﱢ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻡ ﺴﱢﻠ ﻭ ﻙ ﺎ ﹺﺭﻭﺒ ” . 1766. Sunat pada sekelian qunut dan selawat dan salam selepasnya mengangkatkan kedua tangan seperti doa-doa yang lain kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Meriwayatkannya Hakim. Bersalahan dengan doa iftitah dan doa selepas tasyahhud maka tidak disunatkan pada keduanya mengangkatkan kedua tangan kerana bahawa tangan mempunyai wazifah didalam doa iftitah dan doa tasyahhud itu. 1767. Sunat bagi tiap-tiap orang yang membaca doa menadahkan dua tapak tangannya kelangit jika dia berdoa menghasilkan suatu dan menadah dua belakang tangannya kelangit jika dia berdoa menolakkan sautu. Tidak sunat kemudian dari qunut menyapu dua tapak tangan kepada muka dan selainnya kerana ketiadaan warid. 1768. Sunat imam menyaringkan bacaan qunut samaada pada sembahyang tunai atau kadha kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Bersalahan doa-doa didalam sembahyang yang lain, maka tidak sunat imam menyaringkannya kerana ketiadaan warid. Kata Mawardi : hendaklah nyaring imam dengan qunut itu terkurang daripada nyaringnya dengan bacaan fatihah. Adapun orang yang sembahyang sendirian dan begitu juga makmum pada tempat yang sunat dia membaca qunut maka hendaklah mereka membaca qunut dengan perlahan. 1769. Apabila imam menyaringkan qunut maka disunatkan bagi makmum mengucap amin dengan nyaring bagi tiap-tiap doa yang dibaca oleh imam. 1770. Sebahagian daripada doa adalah selawat atas nabi sawm, maka disunatkan bagi makmum mengaminkannya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Kata setengah ulamak apabila : imam membaca selawat atas nabi sawm maka tidak sunat makmum mengaminkannya hanya hendaklah dia menyertai imamnya pada membaca selawat itu. 1771. Apabila imam membaca thana’ iaitu daripada “ ﻲ ﻀ ﹶﺘ ﹾﻘ ” ﹶﻓﺈِ ﱠﻨﻙhingga akirnya maka sunat makmu membacanya dengan perlahan atau diam sambil mendengar bacaan imamnya itu, atau dia membaca “ ﺩ ﻬ ﺸ ” َﺃ ﹾ. Maka yang pertama daripada yang tiga ini terutama kerana mengikut perbuatan nabi saw. 1772. Adakah batal sembahyang apabila makmum membaca “ ﺕ ﺭ ﹶ ﺭﹺﺒﺕ ﻭ ﹾﻗ ﹶﺩ ” ﺼpada ketika itu? Kata syeikh Ibnu Hajar : batal sembahyang dengannya, dan kata syeikh Ramli : tidak batal sembahyang dengannya. Mengikut syeikh Ramli pada yang demikian itu imam Ghazali. Dalil kedunya tersebut pada tempatnya. 1773. Maka jika makmum tidak mendengar qunut imamnya kerana imamnya membacanya dengan perlahan atau kerana dia jauh darinya atau kerana tuli telinganya atau dia mendengar suara yang tidak dia fahami maka hendaklah dia membaca qunut dengan perlahan seperti sekelian zikirdan doa yang tidak dia dengari. 1774. Syahadan. Sunat pula membaca qunut yang tersebut itu pada i’tidal rakaat yang akhir daripada tiap-tiap sembahyang fardhu selain fardhu subuh, tetapi kerana nazilah artinya kerana kedatangan suatu bala, samaada ia melengkapi sekelian orang Islam atau tertentu pada sebahagian orang Islam jika kembali mudharatnya kepada sekelian orang Islam seperti wabak dan taun dan kemarau
dan belalang atau tikus dan hujan yang memudharatkan rumah atau perhumaan, dan seperti takutkan seteru dan seperti tertawan orang alim atau orang berani oleh kafir, kerana tersebut didalam beberapa hadith yang sahih bahawa nabi sawm membaca qunut sebuan didalam sembahyang lima waktu kerana menolakkan kejahatan seterunya dari sekelian orang Islam. Dikiaskan diatas takutkan seteru itu apa yang selainnya. 1775. Sunat pula membaca qunut nazilah itu dengan nyaring sekalipun pada sembahyang perlahan. Adapun qunut sembahyang fardhu yang lain daripada subuh dengan tidak kerana nazilah maka ianya tidak sunat dan makruh kerana ketiadaan warid. Bersalahan dengan fardhu subuh dengan tidak kerana nazilah maka sunat qunut padanya diatas itlak kerana nazilah atau tidak, kerana mulia sembahyang subuh itu daripada sembahyang yang lain serta tertentu ia dengan harus azan sebelum waktu dan dengan tathwib dan dengan keadaannya lebih singkat daripada sembahyang yang lain maka adalah ia lebih patut dengan ditambahkan qunut. 1776. Adapun selain sembahyang fardhu yang lima waktu maka seperti sembahyang jenazah, dimakruhkan padanya qunut diatas itlak, iaitu samaada ia kerana nazilah atau tidak, kerana diperbuat sembahyang jenazah itu diatas meringankan, dan sembahyang fardhu yang dinazarkan dan sembahyang yang disunatkan berjamaah padanya dan selain daripada keduanya tidak disunatkan membaca qunut padanya. 1777. Maka jika dibaca qunut pada sekelian itu maka padanya tafsil ; jika qunut itu kerana nazilah maka ianya tidak makruh dan jika tidak kerana nazilah maka ianya makruh. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 1778. Rukun yang ketujuh : sujud dua kali pada tiap-tiap rakaat kerana ayat Quran dan hadith dan ijmak sekelian imam-imam. Bermula, hikmah mengulang sujud dua kali adalah kerana ia lebih mendalam pada tawadhuk dan lagi pula kerana syari’ tatkala menyuruh dengan membaca doa didalam sujud dan mengkhabarkan bahawa doa didalam sujud itu diperkenankan maka sayugia disujudkan kedua kali kerana syukur diatas perkenan Allah taala akan apa yang dituntut. 1779. Sekurang-kurang sujud itu bahawa dia meletakkan satu juzuk daripada kulit dahinya pada tempat sujud, iaitu dengan tidak ada lapik diatas dahinya, dan menetapkan dahinya pada tempat sujud, dan selain daripada itu daripada syaratsyarat sujud yang lagi akan datang kenyataannya, kerana sabda nabi sawm “ َﺇﺫﹶﺍ ﺍﺭ ﹶﻨ ﹾﻘﺭ ﻘ ﻻ ﹶﺘ ﹾﻨ ﹶﺭﺽﹺ ﻭ ﻷ َﻥﺍ ﻤ ﹶﺘﻙﺒﻬ ﻥ ﺠ ﻤ ﱢﻜ ﺕ ﹶﻓ ﺩ ﹶ ﺠ ”ﺴartinya : apabila engkau sujud maka tetapkanlah dahimu pada bumi tempat sujud dan jangan engkau sujud seperti kelakuan ayam mematuk. Dan lagi hadith “ ﻲ ﻴﻪ ﺸﻜﹶﻭﺍ ﺇِﹶﻟ ﻡ ﹶ ﻬ َﺃ ﱠﻨ ﻓ ﺀ ﺎﻤﻀ ﺭ ﺭ ﺍﻟ ﺤ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﱠﻠﻰ ﺍ ﻡ ﻫ ﺍﺸ ﹾﻜﻭ ل ﹶ ْ ﻴ ﹺﺯ ﻡ ﻡ ﹶﻓﹶﻠ ﺘ ﹺﻬ ﻬ ﺒ ﺠ ” artinya : bahawa sahabat rasulullah sawm mengadu kepada rasulullah sawm akan hangat pasir pada dahi mereka tatkala sujud maka rasulullah sawm tidak menghilangkan apa yang mereka adukan itu. Maka jika kiranya tidak wajib membukakan dahi tatkala sujud nescaya rasulullah sawm menyuruh sahabatnya melapikkan dahi mereka itu supaya terpelihara daripada hangat pasir yang ada pada dahi mereka. 1780. Bermula, hikmah yang demikian itu adalah bahawa kasad daripada sujud itu meletakkan kulit anggota yang paling mulia iaitu dahi kepada tempat pijak kaki-kaki iaitu bumi tempat sujud itu supaya sempurna khudu’ dan tawadhu’ yang menghasilkan kehampiran diri kepada Allah taala seperti yang tersebut didalam hadith “ﺩ ﻭ ﺠ ﺴ ﻲ ﺍﻟﻥ ﻓ ﻪ ِﺇﺫﹶﺍ ﻜﹶﺎ ﺒ ﺭ ﻥ ﻤ ﺩ ﺒ ﻌ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴﻜﹸ ﺎﺏ ﻤ ﺭ ” َﺃ ﹾﻗartinya : sehampir-hampir keadaan hamba dengan Tuhannya adalah apabila dia berada didalam sujud. 1781. Maka diketahui daripada suruhan sujud diatas dahi itu jika dia sujud diatas pelipis atau hidungnya atau sebahagian serbannya nescaya tidak memadai,
tetapi jika dia sujud diatas rambut yang tumbuh pada dahinya atau sebahagiannya nescaya memadalah ia baginya sekalipun rambut itu panjang. 1782. Syahadan. Syarat sujud itu sembilan perkara. Syarat yang pertama : tama’ninah padanya. Maka tidak memada sujud dengan tidak ada tama’ninah. Syarat yang kedua: meletakkan satu juzuk daripada dua lututnya. Syarat yang ketiga : meletakkan satu juzuk daripada perut dua tapak tangannya. Syarat yang keempat : meletakkan satu juzuk daripada perut jari dua kakinya. 1783. Maka tidak madai sujud dengan tidak meletakkan sekelian yang tersebut itu kerana tersebut didalam hadith Bukhari dan Muslim sabda nabi sawm “ ﻥ ﺕ َﺃ ﺭ ﹸ ﻤ ُﺃ ﻴﻥﹺ ﻤﻑ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﺩ ﺍﻁﺭ ﻭَﺃ ﹾ ﻴﻥﹺ ﹶﺘﺭ ﹾﻜﺒ ﺍﻟﻥ ﻭ ﻴ ﹺ ﺩ ﻴ ﺍ ﹾﻟﺔ ﻭ ﻬ ﺒ ﺠ ﺀ ﺍﻟ ﺎﻋﻀ ﺔ َﺃ ﻌ ﺒ ﺴ ﻋﻠﹶﻰ ﺠﺩ ﺴ ”َﺃartinya : disuruh aku sujud diatas tujuh anggota iaitu dahi dan perut dua tapak tangan dan dua lutut dan perut jari dua kaki. 1784. Syarat yang kelima : memberatkan kepala pada tempat sujud. Maka jika dia sujud diatas umpama kapas wajib menekankan dahi diatasnya hingga berbekas dan nyata bekasnya pada tapak tangan jika ditakbirkan ada tapak tangan dibawah kapas itu. Adapun memberatkan anggota yang enam yang tinggal lagi itu maka iaitu tidak wajib. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Islam didalam syarah Minhaj. 1785. Syarat keenam : jangan dia tunduk kerana selain sujud. Maka jika dia jatuh tersungkur dari i’tidal diatas mukanya pada tempat sujud bukan dengan pilihannya tidaklah memada yang demikian itu sebagai sujud. Maka wajib diatasnya kembali kepada i’tidal serta tama’ninah kemudian dia sujud. 1786. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : keluar dengan jatuh daripada i’tidal oleh keadaan jika dia jatuh tersungkur dari tunduknya kepada sujud, seperti bahawa dia tunduk untuk sujud lalu jatuh tersungkur diatas mukanya pada tempat sujud, maka tidak mengapa kerana bahawa yang demikian itu tidak memalingkan dari tujuan untuk sujud. Tetapi jika dia jatuh tersungkur diatas dahinya pada tempat sujud dengan kasad berkuat diatasnya316 atau dia jatuh diatas lambungnya lalu dia berbalik317 dengan kasad membetulkan tubuhnya sahaja dan tidak dikasadnya memalingkannya untuk sujud318 nescaya tidaklah memadainya yang demikian itu sebagai sujud pada dua masaalah ini kerana ada yang memalingkannya dari sujud. Maka hendaklah dia mengulangi sujud, tetapi selepas dia mengangkatkan kepalanya pada masaalah yang pertama dan selepas dia duduk pada masaalah yang kedua. Janganlah dia berdiri, jika dia berdiri batallah sembahyangnya jika dengan sengaja lagi tahukan haramnya. Adapun jika dia berbalik dengan niat sujud atau dengan tidak berniat suatu atau dengan niat sujud serta niat membetulkan tubuh maka memadailah sujudnya itu baginya. Intaha. 1787. Syarat yang ketujuh: meninggikan punggung dari kepala, kerana kalau tertinggi kepalanya dari punggungnya atau sama rata keduanya nescaya tidaklah memada sujudnya kerana tidak diperolehi nama sujud. Bandingannya seperti jikalau dia tersungkur diatas mukanya dan dihunjurkannya kedua kakinya. Akan tetapi jika dia sembahyang didalam kapal yang belayar pada dalam keadaan mereng dan tidak dapat dia meninggikan punggungnya dari kepalanya kerana merengnya hendaklah dia sembahyang diatas halnya yang demikian itu dan sah sembahyangnya, tetapi wajib dia mengulang sembahyang kerana yang demikian itu uzur yang nadir. 316
. iaitu menahan gerak jatuh tubuhnya dengan dahinya.
317
. membalikkan tubuhnya - mengubah posisi tubuhnya dari terbaring diatas lambungnya kepada posisi sujud.
318
. “dan jika dikasadnya akan dia batallah sembahyagnnya” ini pada teks asal. Barangkali kesilapan cetak.
1788. Barang siapa ada padanya penyakit yang tidak dapat sertanya meninggikan punggungnya dari kepalanya hendaklah dia sujud dengan sedapatnya. Hasil yang tersebut didalam Raudh dan Tuhfah bahawa jika seorang lemah dari sujud dan dapat dia sujud diatas bantal atau barang sebagainya wajib dia sujud diatas bantal itu jika hasil tertingi punggung dari kepalanya, jika tidak maka tidak wajib. Intaha, Kata syeikh Ramli : hanya sunat jua demikian itu tidak wajib kerana tidak terhasil maksud sujud pada ketika itu. 1789. Syarat yang kelapan : jangan dia sujud diatas suatu yang ditanggungnya yang bergrak dengan geraknya tatkala dia berdiri dan duduk, seperti hujung serbannya atau lengan bajunya kerana bahawa dia seperti juzuknya. Maka jika dia sujud diatas yang demikian itu dengan sengaja lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya. Jika tidak maka tidak batal. Tetapi wajib atasna mengulang sujudnya. 1790. Adapun jika yang ditanggungnya itu tidak bergerak dengan geraknya seperti punca kainnya yang panjang maka tidak batal sembahyangnya kerana ia seperti hukum bercerai daripadanya. Keluar dengan kata yang ditanggungnya umpama sujudnya didatas katil yang bergrak dengan geraknya maka iaitu tidak mengapa. 1791. Harus baginya sujud diatas kayu yang pada tangannya atau kipas atau sapu tangan atau barang sebagainya. 1792. Bersalah-salahan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli pada benda yang bergerak dengan geraknya adakah dikehendaki yang bergerak dengan sungguh tidak dengan takdir, yang mana ia yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah, atau dikehendaki yang bergerak dengan takdir yang mana ia yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah. 1793. Maka diatas yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar itu kalau seorang sembahyang duduk dan sujud diatas suatu yang ditanggungnya yang tidakbergerak ia dengan geraknya tetapi jika dia sembahyang berdiri nescaya ia bergerak dengan geraknya memadailah sujudnya dan sah sembahyangnya. Diatas yang diiktimadkan oleh syeihk Ramli tidak memadai ia sebagai sujudnya kerana dia sujud diatas benda yang ditanggungnya yang bergerak dengan geraknya diatas jalan takdir. 1794. Masaalah: jika seorang sujud diatas suatu yang tajam dan takutkan luka dahinya maka diangkatnya dahinya lalu sujud pula yang kedua diatas tempat yang lain, maka ditilik jika diperoleh sekelian syarat sujudnya yang pertama seperti memberatkan kepala dan meninggikan punggung dan selainnya batal sembahyangnya kerana dia menambah sujud, jika tidak maka tidak batal kerana ia perbuatan yang sedikit. Maka jalan melepaskannya dari batal pada masaalah pertama bahawa jangan dia angkat kepalanya hanya hendaklah dikisutkannya dahinya kepada tempat lain yang tidak tajam. Demikianlah hasil kalam Qadhi. 1795. Syarat kesembilan : bahawa jangan ada lapik diatas sekelian dahinya seperti belat kerana jika ada lapik diatas sekelian dahinya itu tidaklah memada sujudnya melainkan jika belat itu kerana luka umpamanya dan masyaqqah menanggalkannya dengan masyaqqah yang amat sangat, sahlah sujudnya dan sembahyangnya dengan tidak ada kadha jika tidak ada dibawahnya najis yang tidak dimaafkan, sekalipun masyaqqah meninggalkannya itu tidak mengharuskan tayammum. Inilah yang diiktimadkan syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Irsyad dan syarah ‘Ubab. Beralahan apa yang ada didalam Tuhfah, maka disyaratkan bahawa masyaqqah itu mengharuskan tayammum. 1796. Jika dia sujud diatas suatu seperti daun kayu maka lekat ia pada sekelian dahinya maka ditilik : jika lekatnya itu sebelum sempurna sekelian syarat sujud tidakah memadainya sujudnya itu dan jika ada lekatnya itu kemudian daripada
sempurna sekelian syaratnya memadailahnya sujudnya yang pertama dan wajib dia menghilangkan lekat itu dari dahinya sebelum sujudnya yang kedua supaya sah sujud yang kedua itu, kerana jika tidak dihilangkannya dari dahinya tidaklah sah sujudnya kerana ada lapik diatas dahinya. Sungguh telah terdahulu dikatakan : jika ada lapik itu rambut yang tumbuh pada dahinya maka tidak mengapa sekalipun panjang. 1797. Bermula, sujud yang paling sempurna adalah yang dikerjakan padanya perkara-perkara yang disunatkan dan dipelihara ia dari perkara-perkara yang makruh. Bermula, disunatkan tatkala tunduk kepada sujud mengucap takbir dengan tidak mengangkatkan dua tangan. 1798. Sunat tertib pada meletakkan dua lutut dan dua tapak tangan dan dahi, seperti bahawa didulukan letak dua lutut kemudian dua tangan kemudian dahi. Maka jika disalahinya tertib itu maka iaitu makruh seperti yang dinakalkan daripada nas Umm. 1799. Sunat keadaan dua tapak tangannya itu berbetulan dengan kedua bahu pada hal terbuka keduanya lagi dihunjurkan sekelian jarinya lagi dirapatkan lagi dihadapkan hujungnya kepada kiblat. 1800. Tidak wajib meletakkan hidung hanya sunat jua kerana kuat khilafnya. Maka diketahui daripadanya bahawa makruh tidak meletakkannya. Sunat meletakkan hidung itu serentak dengan meletakkan dahi. Sunat keadaan hidung itu terdedah. 1801. Sunat merenggangkan diantara dua lutut kadar sejengkal pada hal keduanya tertutup kerana makruh mendedahkan keduanya seperti yang tersebut didalam Tuhfah. Demikian lagi sunat merenggangkan dua tapak kakinya kadar sejengkal pada hal dikeluarkan keduanya dari kaki bajunya lagi terdedah keduanya jika tidak ada muza pada keduanya, dan lagi dihadapkannya sekelian hujung jari keduanya kepada kiblat. 1802. Kerana mengikut perbuatan nabi sawm pada sekelian sunat yang tersebut itu. Riwayat Bukhari dan Muslim pada mengucap takbir dan riwayat Bukhari sendirinya pada tidak mengangkatkan tangan dan pada mengunjurkan sekelian jarinya dan merapatkannya dan riwayat Baihaqi pada mengadapkan hujung jari kepada kiblat dan riwayat Abu Daud dan selainnya pada sekelian yang tinggal selain yang tersebut itu. 1803. Sunat bagi lelaki merenggangkan perutnya dari dua pehanya pada sujud dan merenggangkan dua sikunya dari dua lambungnya pada sujud dan rukuk kerana mengikut perbuatan nabi sawm pada tiga perkara sunat ini. Meriwayatkannya pada yang pertama Abu Daud dan pada yang kedua Bukari dan Muslim dan pada yang ketiga Turmizi. Dikiaskan dengan yang pertama merenggangkan perut dari dua peha pada rukuk. 1804. Sunat bagi perempuan dan khunsa merapatkan perutnya dengan dua pehanya pada sujudnya dan merapatkan dua sikutnya dengan dua lambungnya pada sujudnya dan rukuknya kerana bahawa yang demikian itu lebih menutup baginya dan lebih cermat. Seperti perempuan dan khunsa adalah lelaki yang sembahyang telanjang, maka sunat pula baginya merapatkan yang tersebut itu sekalipun dia sembahyang didalam khalwat diatas apa yang telah dibahaskan oleh Azrai’e. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. Tersebut didalam Majmuk dinakalkan dari nas imam Syafi’e didalam Umm bahawa perempuan hendaklah merapatkan dua sikunya dengan dua lambungnya didalam sekelian sembahyang. 1805. Disunatkan bagi yang sembahyang mengucap didalam sujudnya “ ﻲ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ ﻭ ﹺﺒ ﻋﻠﹶﻰ ﻷ َ ”ﺍtiga kali samaada dia imam atau makmum atau yang sembahyang sendirian kerana mengikut perbuatan nabi sawm, riwayat Muslim dan Abu Daud.
1806. Sunat bagi yang sembahyang sendirian dan bagi imam kaum yang mahshur yang redha mereka itu dengan panjang bahawa dia menambah diatas tasbih yang tiga kali itu “ ﻕ ﺸﱠ ﻭ ﹶ ﻩ ﺭ ﻭ ﺼ ﻭ ﻪ ﺨﹶﻠ ﹶﻘ ﻱ ﹶ ﺫ ﻲ ِﻟﱠﻠ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ﺩ ﺠ ﺴ ﺕ ﻤ ﹸ ﺴﹶﻠ َﺃﹶﻟﻙﺕ ﻭ ﻤ ﹾﻨ ﹸ ﻙ ﺁ ﻭ ﹺﺒ ﺕ ﺩ ﹸ ﺠ ﺴ ﹶﻟﻙﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻥ ﻴ ﻘ ﻥ ﺍ ﹾﻟﺨﹶﺎِﻟ ﺴ ﺤ ﷲ َﺃ ُ ﻙﺍ ﺭ ﺎﻩ ﹶﺘﺒ ﺭ ﺼ ﺒ ﻭ ﻪ ﻌ ﻤ ﺴ ” kerana mengikut perbuatan nabi sawm, riwayat Muslim. Imam Nawawi menambah didalam Raudhah lafaz “ ﻪ ﺘ ﻭ ﻭ ﹸﻗ ﻪ ﻭِﻟ ﺤ ” ﹺﺒsebelum “ ﻙ ﺭ ﺎ” ﹶﺘﺒ. 1807. Sunat pula bagi keduanya menambah diatas yang demikian itu bacaan doa didalam sujud kerana hadith Muslim “ﺎﺀﺩﻋ ﻭﺍ ﺍﻟﺭﺩ ﹶﻓَﺄ ﹾﻜﺜ ﺠ ﺎ ﹺﻭ ﺴ ﻫ ﻭ ﻪ ﺒ ﺭ ﻥ ﻤ ﺩ ﺒ ﻌ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴﻜﹸ ﺎﺏ ﻤ ﺭ ”ﹶﺍ ﹾﻗ artinya : bermula sehampir-hampir keadaan hamba dengan Tuhannya terhasil dalam keadaan dia sujud maka perbanyakkanlah membaca doa - artinya didalam sujud kamu. 1808. Rukun yang kelapan : duduk diantara dua sujud, sekalipun pada sembahyang sunat. Bermula, yang disyaratkan pada duduk diantara dua sujud itu tiga perkara. Pertama tama’ninah didalamnya. Keduanya : jangan dia maksudkan selain duduk diantara dua sujud pada bangkitnya. Maka jika dia duduk dari sujudnya kerana terkejut dari sesuatu atau kerana terkena duri dahinya pada tempat sujudnya nescaya tidaklah memada yang demikian itu sebagai duduk diantara dua sujudnya, hanya hendaklah dia mengulanginya. Syarat yang ketiga : jangan dilanjutkannya kerana ia tidak dimaksudkan bagi dirinya, hanya dituntut kerana menceraikan apa yang sebelumnya dari yang kemudiannya. Maka ia adalah rukun yang pendek seperti i’tidal. Maka jika dilanjutkan ia lebih dari zikir yang dituntut didalamnya iaitu kadar sekurangkurang tasyahhud batallah sembahyangnya jika disengajakannya lagi tahukan haramnya. 1809. Sunat mengucap takbir dengan tidak mengangkatkan dua tangan tatkala bangkit dari sujud sambil mengangkatkan kepala, dan melanjutkan takbir itu hingga sampai kepada duduk diantara dua sujud. 1810. Sunat bahawa adalah duduknya itu iftirasy hal keadaan dia meletakkan dua tapak tangannya diatas dua pehanya berhampiran dengan dua lututnya sekirakira berbetulan hujung sekelian jari kedua tangannya dengan dua lututnya lagi mengunjurkan sekelian jari itu lagi merapatkannya lagi menghadapkan hujungnya kepada kiblat lagi mengucap akan “ﻲ ﻨ ﻓ ﺎﻭﻋ ﻲ ﻨ ﺩ ﻫ ﺍﻲ ﻭ ﻨ ﻌ ﺭ ﹶﻓ ﺍﻲ ﻭ ﻨ ﺭ ﺒ ﺠ ﺍﻲ ﻭ ﻨ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍﻲ ﻭ ﺭ ِﻟ ﻔ ﻏ ﺏﺍﹾ ﺭ ” kerana mengikut perbuatan nabi sawm pada sekelian sunat yang tersebut itu. Meriwayatkannya pada setengah yang tersebut itu Bukhari dan Muslim dan pada setengahnya Turmizi dan pada setengahnya Abu Daud dan pada setengahnya Ibnu Majah. Menambah imam Ghazali didalam Ihya’ akan lafaz “ﻲ ﻋ ﱢﻨ ﻑ ﻋ ﹸ ﺍ” ﻭ. 1811. Disunatkan duduk yang ringan yang dinamakan duduk istirehat kemudian daripada sujud yang kedua yang dia berdiri darinya kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Riwayat Bukhari. Disunatkan baginya bertongkat diatas dua tapak tangannya kebumi untuk berdiri daripada sujud dan duduk kerana bahawa ia lebih menolongnya dan kerana mengikut perbuatan nabi sawm pada yang kedua, riwayat Bukhari. 1812. Rukun kesembilan : tasyahhud akhir. 1813. Rukun kesepuluh : selawat atas nabi sawm selepas tasyahhud akhir. 1814. Rukun kesebelas: duduk bagi tasyahhud akhir dan bagi selawat selepasnya dan bagi salam yang pertama. 1815. Bermula, yang dikehendaki dengan tasyahhud akhir itu adalah yang diiringi salam samaada ada baginya tasyahhud awal seperti pada sembahyang fardhu zohor dan asar dan maghrib dan isyak atau tidak ada baginya tasyahhud awal seperti pada sembahyang subuh dan jumaat dan qasar.
1816. Adapun tasyahhud awal dan selawat diatas nabi sawm kemudiannya dan duduk bagi keduanya maka iaitu sunat jua, sama seperti selawat atas keluarga nabi yang mengiringi selawat atas nabi selepas tasyahhud akhir. 1817. Adapun dalil yang menunjuk diatas wajib tasyahhud akhir itu maka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi dan Daruqutni dengan sanad-sanad yang sahih daripada Ibnu Mas’ud katanya : adalah kami sebelum difardhukan tasyahhud atas kami membaca “ ﻡ ﻼ ﹶل ﺍﻟﺴ َ ﻴ ﻴﻜﹶﺎ ِﺌ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﻭ ل َ ﻴ ﺒ ﹺﺭ ﺠ ﻋﻠﹶﻰ ﹺ ﻡ ﻼ ﹶﻩ ﺍﻟﺴ ﺩ ﺎﻋﺒ ل َ ﺒ ﷲ ﹶﻗ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﻡ ﻼ ﹶﺍﻟﺴ ﻥ ﻼﹴ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻓ ﹼ ” maka sabda nabi sawm kepada kami “ ﻡ ﻼ ﹶﻭ ﺍﻟﺴ ﻫ ﷲ َ ﻥﺍ ﷲ ﹶﻓِﺈ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﻡ ﻼ ﹶﻭﻟﹸﻭﺍ ﺍﻟﺴ ﻻ ﹶﺘ ﹸﻘ ﹶ ﻩ ﺨ ﹺﺭ َﺇﻟﹶﻰ ﺁ-ﻪ ﺕ ِﻟﱠﻠ ﺎ ﹸﺤﻴ ﻭﻟﹸﻭﺍ ﺍﻟ ﱠﺘ ﻥ ﹸﻗ ﹶﻟﻜ ”ﻭatinya: jangan kamu katakan “ ﷲ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﻡ ﻼ ﹶ ” ﺍﻟﺴkerana bahawa Allah taala adalah Salam dan tetapi kata oleh mu “ ﻪ ﺕ ِﻟﱠﻠ ﺎ ﹸﺤﻴ ” ﺍﻟ ﱠﺘhingga akhirnya. 1818. Adapun dalil yang menunjuk atas wajib selawat atas nabi sawm maka iaitu firman Allah taala “ ﻴﻪ ﹶﻠﺼﻠﱡﻭﺍ ﻋ ” artinya : ucapkan selawat atas nabi Muhammad. Maka perintah Allah taala diatas mengucapkan selawat itu menunjukkan wajibnya, dan telah muafakat sekelian ulamak diatas bahawa tidak wajib mengucap selawat diatas nabi sawm diluar sembahyang maka tertentulah wajibnya itu didalam sembahyang jua. 1819. Tatkala tempat yang menasabah bagi selawat didalam sembahyang itu adalah tasyahud pada akhir sembahyang maka wajiblah keadaan selawat itu kemudian daripada tasyahud akhir itu. Apabila sabitlah wajib tasyahhud dan selawat itu didalam sembahyang dan adalah tempat keduanya itu duduk maka wajiblah pula duduk bagi keduanya kerana mengikut keduanya seperti wajib duduk salam yang pertama kerana mengikutnya, hingga dibilangkan duduk bagi rukun tiga perkara ini sebagai satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang seperti yang difaham dari ibarat syeikh Islam didalam Minhajnya. 1820. Adapun dalil yang menunjukkan diatas keadaan tasyahhud awal dan duduknya itu sunat bukannya rukun maka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa pernah nabi sawm sembahyang fardhu zohor maka tatkala genaplah dua rakaat dia bediri pada hal dia meninggalkan tasyahhud awal, iaitu dengan lupanya, dan tidak dia duduk untuk membaca tasyahhud maka apabila dia selesai daripada akhir takbir dalam keadaan duduk maka dia sujud sahwi dua kali sujud sebelum daripada salam, kemudian dia memberi salam. Maka keadaan nabi sawm tidak mempedapatkan tasyahhud awalnya yang tertinggal itu cuma dia menjabarnya dengan sujud sahwi adalah dalil yang menunjukkan diatas bahawa tasyahhud awal dan duduknya itu sunat bukannya rukun kerana jika ianya rukun nescaya tidaklah ia dijabar dengan sujud sahwi, bahkan diperdapatkan ia dengan membawanya. 1821. Bermula, betapa pun kelakuan duduk didalam tasyahhud itu maka ianya harus, tetapi sunat pada tasyahhud awal dan tasyahhud akhir yang diiringi oleh sujud sahwi duduk iftirasy sama seperti duduk diantara dua sujud dan duduk istirahat dan duduk orang yang masbuk, iaitu duduk diatas mata kaki kiri dan menegakkan tapak kaki kanan dan meletakkan sekelian perut jari yang kanan pada tempat sembahyang pada hal sekelian hujungnya mengadap kiblat. Dan dan sunat ada tasyahhud akhir yang tidak diiringi sujud sahwi duduk tawarruk, iaitu seperti duduk istiftirasy jua tetapi dengan mengeluarkan kakinya yang kiri dibawah kakinya yang kanan dan melekatkan dua hujung pipi punggungnya kepada tempat sembahyang kerana mengikut perbuatan nabi sawm yang diriwayatkan oleh Bukhari dan selainnya. 1822. Bermula, hikmah pada mensunatkan duduk iftirasy pada sekelian yang tersebut itu, tidak tawarruk adalah supaya mudah gerak tubuh kepada berdiri atau sujud dan lagi hikmah pada mensunatkan iftirasy pada tasyahhud awal dan tawarruk pada tasyahhud akhir adalah supaya orang yang sembahya itu ingat
dengannya pada rakaat yang mana ia didalamnya dan supaya masbuk tahukan tasyahhud yang mana ia didalamnya daripada tasyahhud imamnya. 1823. Dan lagi sunat pada duduk tasyahhud itu meletakkan dua tapak tangannya diatas tepi hujung dua lututnya seperti bahawa dia meletakkan tangannya yang kiri diatas tepi hujung lututnya yang kiri sekira-kira bersamaan hujung jarinya dengan hujung lututnya pada hal dihunjurkannya akan sekelian jarinya yang kiri itu dan dirapatkannya supaya sekeliannya mengadap kiblat, dan dia letakkan tapak tangan kanannya diatas tepi hujung lututnya yang kanan hal keadaan dia mengenggamkan sekelian jarinya melainkan telunjuk maka dihunjurkannya dan sunat mengangkatkan telunjuk itu tatkala menyebutkan hamzah pada “”ﺇﻻ ﺍﷲ serta mencondongkannya sedikit supaya ia tidak keluar dari berbetulan kiblat, kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Dikasadnya dengan yang demikian itu bahawa yang dia sembah adalah asa. Maka dia menghimpunkan pada tauhidnya diantara iktikadnya dan kata-katanya dan perbuatannya. 1824. Hikmah pada menentukan telunjuk dengan yang demikian itu adalah kerana ia ada hubungan dengan urat hati, maka adalah mengangkatkannya itu sebab bagi menghadhirkan hati. Makruh mengangkat telunjuk kiri sekalipun dia tidak mempunyai telunjuk kanan kerana merapatkan sekelian jari tangan kiri itu sunat dan mengangkatkan telunjuk itu meluputkannya. Hendaklah dikekalkan telunjuk itu terangkat hingga dia berdiri atau memberi salam. Janganlah digerakgerakkannya, maka jika digerak-gerakkannnya maka iaitu makruh jua dan tidak batal sembahyangnya dengannya. 1825. Bermula, yang terafdhal adalah merapatkan ibu jari tangannya pada lambung telunjuknya seperti bahawa dia meletakkannya dibawah telunjuknya atau diatas tepi tangannya kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Maka jika dihunjurkan ibu jarinya beserta telunjuknya atau dirapatkannya diatas telunjuknya atau ditemukan hujung telunjuknya dengan hujung ibu jarinya atau diletakkan hujung telunjuknya pada antara dua ruas ibu jarinya terhasillah baginya asal sunat, tetapi yang terafdhal adalah apa yang telah disebutkan itu. 1826. Bermula, tasyahhud yang paling sempurna itu masyhur, iaitu yang datang dengannya beberapa khadith yang sahih. Yang dipilih oleh imam Syafi’e daripadanya hadith Ibnu Abbas katanya : adalah rasulullah sawm mengajar kami tasyahhud maka adalah dia membaca tasyahhud yang paling sempurna iaitu “ ﷲ ِ ﺩ ﺍ ﺎﻋﺒ ﻋﻠﹶﻰ ﻭ ﻴﻨﹶﺎ ﻋﹶﻠ ﻡ ﻼ ِ ﻤ ﹸﺔ ﺍ ﺤ ﺭ ﻭ ﻲ ﺎ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒﻴﻬ َﺃﻴﻙ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﹶﻪ ﺍﻟﺴ ﺕ ِﻟﱠﻠ ﺎ ﹸﻴﺒ ﻁ ﺕ ﺍﻟ ﱠ ﺍ ﹸﺼﹶﻠﻭ ﺭﻜﹶﺎﺕﹸ ﺍﻟ ﺎﻤﺒ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﺎ ﹸﺤﻴ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹶﻪ ﺍﻟﺴ ﺭﻜﹶﺎﺘﹸ ﺒ ﻭ ﷲ ﻪ ﻭﹸﻟ ﺴ ﺭ ﻭ ﻩ ﺩ ﺒ ﻋ ﺍﺩﺤﻤ ﻤ ﻥ ﺩ َﺃ ﺸﻬ َﺃ ﹾﷲ ﻭ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺩ ﺃَﻥ ﱠ ﻬ ﺸ ﻥ َﺃ ﹾ ﻴ ﺤ ﺎِﻟ ”ﺍﻟﺼ. Meriwayatkan hadith ini Muslim. 1827. Bermula, sekurang-kurang tasyahhud itu apa yang telah diriwayatkan oleh imam Syafi’e dan Turmizi iaitu “ ﻴﻨﹶﺎ ﻋﹶﻠ ﻡ ﻼ ﺴﹶ ﻪ ﺭﻜﹶﺎﺘﹸ ﺒ ﻭ ﷲ ِ ﻤ ﹸﺔ ﺍ ﺤ ﺭ ﻭ ﻲ ﺎ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒﻴﻬ َﺃﻴﻙ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﺴ ﹶ ﻪ ﺕ ِﻟﱠﻠ ﺎ ﹸﺤﻴ ﺍﻟ ﱠﺘ ﷲ ِ ﻭلُ ﺍ ﺴ ﺭ ﺍﻤﺩ ﺤ ﻤ ﻥ ﺩ َﺃ ﺸﻬ َﺃ ﹾﷲ ﻭ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺩ ﺃَﻥ ﱠ ﻬ ﺸ ﻥ َﺃ ﹾ ﻴ ﺤ ﺎِﻟﷲ ﺍﻟﺼ ِ ﺩ ﺍ ﺎﻋﺒ ﻋﻠﹶﻰ ﻭ ” atau “ﻭﹸﻟﻪ ﺴ ﺭ ﻭ ﻩ ﺩ ﺒ ﻋ ﺍﻤﺩ ﺤ ﻤ ﻥ ﻭَﺃ ”. 1828. Maka diketahui daripada memadakan dengan sekurang-kurang tasyahhud itu bahawa tidak wajib membawa lafaz yag tiga itu iaitu “ - ﺍﻟﺼﻠﻭﺍﺕ- ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﺍﻜﺎﺕ ”ﺍﻟﻁﻴﺒﺎﺕdan tidak wajib memakrifahkan lafaz “ ”ﺴﻼﻡdengan alif lam, hanya yang demikian itu terafdhal jua, dan bahawa tidak harus mengantikan satu lafaz daripada lafaz-lafaz tasyahud yang sekurang-kurang itu dengan lafaz yang lain sekalipun ia bersamaan pada maknanya, seperti menggantikan lafaz “”ﻤﺤﻤﺩ dengan “ ”ﺃﺤﻤﺩdan selainnya. Tidak wajib membawa kalimah “ ”ﺃﺸﻬﺩpada kalimah yang kedua, tetapi membawa wau ‘ataf pada “ ”ﻭﺃﻥ ﻤﺤﻤﺩﺍ ﺭﺴﻭل ﺍﷲitu wajib. Ibarat syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal : disyaratkan pula menyebut wau ‘ataf diantara dua kalimah syahadah 1829. Wajib memelihara tasydid daripada segala tasydid pada tasyahhud seperti fatihah. Maka tidak harus meninggalkan satu daripadanya melainkan tasydid ya’ pada “ ”ﺍﻟﻨﺒﻲmaka tidak wajib dengan tentunya kerana harus “ ”ﺍﻟﻨﺒﻲdengan
hamzah pada satu lughah. Maka tidak harus meninggalkan kedua-duanya kerana padanya menggugurkan satu huruf daripada huruf tasyahhud. Maka ianya bersalahan dengan menggugurkan tanwin dari “ ”ﺴﻼﻡmaka iaitu semata-mata salah yang tidak mengubah makna. 1830. Difaham daripada wajib memelihara tasydid bahawa jika dizahirkan nun yang diidghamkan pada lam pada “ﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻥ ﹶ ” َﺃmaka ianya membatalkan kerana lazim daripadanya menggugurkan satu tasydid darinya sama seperti menzahirkan lam pada “ﻥﺤﻤ ﺭ ” ﺍﻟ. Maka sangkaan orang yang menyangka bahawa menzahirkan yang demikian itu tidak membatalkan kerana ia salah yang tidak mengubah makna adalah ditolak kerana tempat yang tidak membatalkan itu sekira-kira menzahirkan itu tidak menggugurkan satu huruf, sedang tasydid itu menempati satu huruf seperti yang telah dinyatakan oleh fuqaha’. Akan tetapi orang yang jahilkan demikian itu diuzurkan kerana masaalah ini sulit diatasnya. Inilah hasil kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 1831. Walaubagaimanapun syeikh Ibnu Qasim mengkritik kata syeikh yang tersebut itu didalam hasyiahnya, maka kehendak kalamnya dan hasilnya bahawa menzahirkan nun pada “ﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻥ ﹶ ” َﺃitu tidak membatalkan kerana menzahirkannya tidak menguggurkan satu huruf, bandingannya seperti menzahirkan tanwin pada “ﷲ ِ ﻭلُ ﺍ ﺴ ﺭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ” maka ianya salah yang tidak mengubah makna. 1832. Bermula, sekurang-kurang selawat atas nabi sawm dan atas keluarganya adalah “ﻪ ﺁِﻟﺩ ﻭ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ل ﺼﱢ ﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠdan barang sebagainya seperti “ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﺼﻠﱠﻰ ﺍﷲ ﻪ ﺁِﻟ ”ﻭatau “ﺁِﻟﻪﻪ ﻭ ﻭِﻟ ﺴ ﺭ ﻋﻠﹶﻰ ﺼﻠﱠﻰ ﺍﷲ ” atau “ ﻪ ﺁِﻟﻲ ﻭ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒ ﺼﻠﱠﻰ ﺍﷲ ” . Tidak memadai “ ﻋﻠﹶﻰ ﺩﺤﻤ ”َﺃatau “ﺸﺭﹺ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟﺤ ” atau “ﻴﻪ ﹶﻠ ” ﻋganti “ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ”. 1833. Bermula, selawat yang paling sempurna itu “ ﺎﺩ ﹶﻜﻤ ﻤ ﺤ ﻤ ل ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ل ﺼﱢ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻡ ﻴ ﻫ ﺍﺒﺭ ل ِﺇ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ﻭ ﻡ ﻴ ﻫ ﺍﺒﺭ ﻋﻠﹶﻰ ِﺇ ﺕ ﹾﻜ ﹶﺎﺭﺎ ﺒﺩ ﹶﻜﻤ ﻤ ﺤ ﻤ ل ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﻙ ﺎ ﹺﺭﻭﺒ ﻡ ﻴ ﻫ ﺍﺒﺭ ل ِﺇ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ﻭ ﻡ ﻴ ﻫ ﺍﺒﺭ ﻋﻠﹶﻰ ِﺇ ﺕ ﻴ ﹶ ﱠﻠﺼ ﺩ ﻴ ﺠ ﻤ ﹺ ﺩ ﻴ ﻤ ﺤ ﻙ ِﺇ ﱠﻨﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤ”ﻓﹶﻲ ﺍ ﹾﻟﻌ. Tersbut pada setangah jalan-jalan hadith tambahan diatas yang demikian itu dan kurang daripadanya. 1834. Bermula, “ﻡ ﻴ ﻫ ﺍﺒﺭ ل ِﺇ ُ ( ”ﺁkeluarga Ibrahim) adalah nabi Allah Ismail dan nabi Allah Ishaq dan anak keduanya dan ditentukan nabi Ibrahim dengan disebutkan kerana bahawa rahmat dan berkat tidak berhimpun keduanya bagi nabi yang selainnya kerana firman Allah taala “ﺕ ﻴ ﺒ ل ﺍ ﹾﻟ َ ﻫ ﻡ َﺃ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﻪ ﺭﻜﹶﺎ ﹶﺘ ﺒ ﻭ ﷲ ِ ﻥﺍ ﻤ ﻤ ﹰﺔ ﺤ ﺭ ”. “ ﺩﻤﻴ ﺤ ” pada makna “ ﻭﺩﺤﻤ ﻤ ” artinya : yang dipuji dan “ ﺩﺠﻴ ﻤ ﹺ ” pada makna “ ﺎﺠﹺﺩ ” ﻤiaitu yang sempurna kemuliaannya dan kemurahannya. 1835. Selawat yang paling sempurna itu disunatkan pada tasyahhud akhir sekalipun bagi imam dan tidak disunatkan ia pada tasyahhud awal kerana ia diperbuat diatas meringankan. 1836. Demikian lagi disunatkan doa selepas tasyahhud akhir iaitu selepas selawat yang selepas tasyahhud akhir sekalipun pada hak imam kerana disuruhkan dengannya didalam beberapa hadith yang sahih. Akan tetapi makruh meninggalkannya kerana khilaf ulamak pada mewajibkan sebahagiannya. 1837. Tidak ada beza pada doa yang sunat itu diantara bahawa ia berkaitan dengan pekerjaan ugama atau pekerjaan dunia. Kata Mawardi : doa itu disunatkan pada pekerjaan agama dan mubah pada pekerjaan dunia. Kata syeikh Ziadi : sekalipun seumpama “ ﹶﻨﺔﹰﺴﻴ ﹰﺔ ﺤ ﺎ ﹺﺭﻲ ﺠ ﻨ ﺯ ﹾﻗ ﺭ ﺍﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠ. Katas syeikh Ibnu Hajar : doa yang diaramkan membatalkan sembahyang. 1838. Adapun tasyahhud awal maka tidak disunatkan doa kemudiannya kerana ‘illat yang tersebut itu. Kata syeihk Ibnu Hajar : melainkan jika makmum selesai daripada tasyahhudnya sebelum selesai imamnya maka hendaklah dia membaca pada ketika itu.
1839. Dihubungkan dengan tasyahhud awal itu tiap-tiap tasyahhud yang tidak dikira bagi makmum kerana dia masuk pada tasyahhud awal kerana bahawa murad daripada tasyahhud awal itu adalah selain tasyahhud akhir. 1840. Bermula, doa yang manqul daripada nabi sawm terafdhal daripada yang selainnya kerana nabi sawm lebih tahukan doa yang lebih sesuai dengan tiap-tiap tempat dari selainnya. Sunat daripada doa yang manqul itu “ ﺎﻭﻤ ﺕ ﻤ ﹸ ﺎ ﹶﻗﺩﻲ ﻤ ﺭ ِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺕ ﻻ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺭ ﹶ ﻤ َﺅﺨﱢ ﺕ ﺍ ﹾﻟ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻡ ﻭ ﻤ ﹶﻘﺩ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻲ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ﻤ ﱢﻨ ﻪ ﻡ ﹺﺒ ﻋﹶﻠ ﺕ َﺃ ﺎ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻭﻤ ﺕ ﺭ ﹾﻓ ﹸ ﺴ ﺎ َﺃﻭﻤ ﺕ ﻋﹶﻠ ﹾﻨ ﹸ ﺎ َﺃﻭﻤ ﺕ ﺭ ﹸ ﺭ ﺴ ﺎ َﺃﻭﻤ ﺕ ﺭ ﹸ ”َﺃﺨﱠ, meriwayatkannya Muslim. 1841. Sebahagian daripada doa yang manqul dari nabi sawm “ ﻥ ﻤ ﻙ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﻲ َﺃ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ل ِ ﺎﺩﺠ ﺢ ﺍﻟ ﻴ ﹺ ﺴ ﻤ ﺍ ﹾﻟ ﹾﺘ ﹶﻨﺔﻥ ﻓ ﻤ ﻭ ﺕ ﻤ ﻭ ﺏ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻋﺫﹶﺍ ﹺ ﻥ ﻤ ﻭ ﺒ ﹺﺭ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻋﺫﹶﺍ ﹺ ” meriwayatkannya ﺎﻤﻤ ﺍ ﹾﻟﺎ ﻭﺤﻴ ﻤ ﺔ ﺍ ﹾﻟ ﹾﺘ ﹶﻨﻥ ﻓ Bukhari dan Muslim. Setengah ulamak mewajibkan doa ini, maka dari kerana ini adalah ia terafdhal daripada yang lainnya. 1842. Sebahagian daripada doa yang manqul dari nabi sawm “ ﻲ ﺴ ﺕ ﹶﻨ ﹾﻔ ﻤ ﹸ ﻅﹶﻠ ﻲ ﹶ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ﺭ ﺍﻟ ﻭ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻐ ﹸﻔ ﻙ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ﻲ ِﺇ ﱠﻨ ﻨ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍﻙ ﻭ ﺩ ﻋ ﹾﻨ ﻥ ﻤ ﺭ ﹰﺓ ﻔ ﻤ ﹾﻐ ﻲ ﺭِﻟ ﻔ ﻏ ﺕ ﻓﹶﺎ ﹾ ﻻ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ﺏ ِﺇ ﱠ ﻭ ﺭ ﺍﻟ ﱡﺫ ﹸﻨ ﻔ ﻴ ﹾﻐ ﻻ ﹶﺍ ﻭﻴﺭ ﺜ ﺎ ﹶﻜﻅ ﹾﻠﻤ ”ﹸ meriwayatkannya Bukhari. Setengah daripada yang manqul “ ﻲ ﺕ ﹶﻗ ﹾﻠ ﹺﺒ ﺒ ﹾ ﺏ ﹶﺜ ﻭ ﹺ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﹸﻠ ﻤ ﹶﻘﱢﻠ ﺎﻴ ﻙ ﺘ ﻋ ﻋﻠﹶﻰ ﻁﹶﺎ ﻭ ﻙ ﻨ ﻴ ﺩ ﻋﻠﹶﻰ ”. 1843. Disunatkan bagi imam bahawa dia tidak melebihkan doanya diatas kadar tasyahhud dan selawat. Bahkan yang terafdhal bahawa doanya itu tersedikit daripada keduanya kerana doa itu mengikut keduanya. Maka jika dia menambah diatas kadar keduanya maka ianya makruh jika makmumnya tidak redha dengan memanjangkan. Adapun makmum maka dia mengikut imamnya. Adapun yang sembahyang sendirian maka hendaklah dia melanjutkan doanya dengan apa yang dikehendakinya selama dia tidak takut jatuh dengannya kepada lupa. Seperti demikian itulah imam yang redha makmumnya dengan memanjangkan. 1844. Syahadan. Tersebut didalam Tuhfah bahawa sunat membaca doa dengan lafaz umum bagi dirinya dan bagi orang lain kerana sabda nabi sawm “ ﺀ ﺎﺩﻋ ﻥ ﻤ ﺎﻤ ﻤ ﹰﺔ ﺎﺭ ﹰﺓ ﻋ ﻔ ﻤ ﹾﻐ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﺔ ﻤ ﻷ ُ ِ ﺭ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ﺩ ﺍﻟﻠﱠ ﺒ ﻌ ﻭلِ ﺍ ﹾﻟ ﻥ ﹶﻗ ﻤ ﷲ ِ ﺏ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﺤ ”َﺃartinya : tidak ada daripada doa yang lebih kasih kepada Allah taala dari kata seorang hamba : hai Tuhanku ampunilah umat Muhammad dengan keampunan yang meratai. Dan pada satu riwayat bahawa nabi sawm mendengar seorang lelaki berkata pada doanya “ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ َﻲ ﺭ ِﻟ ﻔ ﻏ ”ﺍ ﹾartinya : hai Tuhan ku ampunilah aku, maka sabdanya “ ﺕ ﻤ ﹶ ﻤﻭ ﻋ ﻙ ﹶﻟ ﺤ ﻴ ﻭ ﺏ ﹶﻟﻙ ﻴ ﺠ ﺴ ﹸﺘ ﹺ ”َﻻartinya : kasihannya engkau kalaulah engkau bawa doa mu dengan lafaz umum, seperti kamu katakan “ﻥ ﻴ ﻤ ﻠﺴ ﻤ ﻭِﻟ ﹾﻠ ﻲ ﺭ ِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠatau “ﻤﺩ ﺤ ﻤ ﺔ ﻤ ﻷ ُ ِ ﺭ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ”ﺍﻟﻠﱠ, nescaya diperkenankan kamu. 1845. Pada satu riwayat bahawa nabi sawm memalu bahu orang yang berkata ﻙ ﹶﻓِﺈ ﺎ ِﺌﺩﻋ ﻲ ﻓ ﻡ ﻤ ﻋ pada doanya “ﻲ ﻨ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍﻲ ﻭ ﺭ ِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠkemudian dia bersabda “ ﺀ ﺎﺩﻋ ﻥ ﺍﻟ ﻴ ﺒ ﻥ ﺭﺽﹺ ﻷ َ ﺍﺀ ﻭ ﺎﺴﻤ ﻥ ﺍﻟ ﻴ ﺒ ﺎﺎ ﹺﻡ ﹶﻜﻤﺍ ﹾﻟﻌﺹ ﻭ ”ﺍ ﹾﻟﺨﹶﺎ ﹺartinya : umumkan doa kamu kerana bahawa diantara doa yang khusus dan doa yang umum itu seperti diantara bumi dan langit. Intaha. 1846. Syahadan. Nyatalah daripada zahir hadith itu bahawa sunat mengumumkan doa diatas itlak, samaada doa didalam sembahyang atau diluar sembahyang dan samaada ia dari pihak imam atau makmum atau munfarid dan saamaada doa itu ma’thur iaitu dinakalkan atau tidak. 1847. Akan tetapi telah terdahulu bicara pada doa qunut dan selainnya bahawa sunat bagi imam membawa doanya didalam sembahyang dengan lafaz jamak kerana sah hadith yang menegah imam dari mengkhususkan dirinya dengan doa seperti dibacanya doa dengan lafaz ifrad, maka ianya makruh, melainkan doa yang warid daripada nabi sawm bahawa dia membawanya dengan lafaz ifrad dalam keadaan dia menjadi imam. Maka hendaklah dibawa oleh imam dengan lafaz ifrad kerana mengikut lafaz yang warid itu seperti “ﻰ ﻨ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍﻰ ﻭ ﺭِﻟ ﻐ ﻏ ﺏﺍﹾ ﺭ ” hingga akhirnya dan seperti “ ﺕ ﺭ ﹸ ﺎ َﺃﺨﱠﻭﻤ ﺕ ﻤ ﹸ ﺎ ﹶﻗﺩﻰ ﻤ ﺭِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠhingga akhirnya.
1848. Adapun tegahan nabi akan imam dari menentukan dirinya dengan doa maka tempatnya pada doa yang tidak ma’thur dari nabi sawm, maka apabila dibawa oleh imam akan doa yang tidak ma’thur makruh dia membawanya dengan lafaz ifrad. Apabila dibawanya doa yang ma’thur maka hendaklah diikutnya lafaz yang ma’thur itu. 1849. Bermula, siapa yang lemah dari membaca tasyahhud dan selawat yang wajib atau yang sunat dengan bahasa arab atau lemah dari doa dan zikir yang ma’thur seperti tasbih didalam rukuk dan sujud dan takbir intiqal hendaklah dibahasakannya dengan sebarang bahasa yang diketahuinya. Maka ianya wajib pada yang wajib dan sunat pada yang sunat. 1850. Adapun yang lemah dari zikir dan doa yang tidak ma’thur maka tidak harus dia membahasakannya dengan bahasa lain. Maka jika dibahasakannya dengan bahasa lain batallah sembahyangnya. Demikian lagi orang yang kuasa diatas doa dan zikir yang ma’thur tidak harus dia membahasakannya, maka jika dibahasakannya batallah sembahyangnya kerana wajib belajar diatas orang yang kuasa sekalipun dengan pergi pergian seperti apa yang telah terdahulu bandingannya, takbir ihram. 1851. Rukun kedua yang belas: salam yang pertama kerana sabda nabi sawm “ ﻡ ﻴ ﻠﺴ ﺎ ﺍﻟ ﱠﺘﻴﹸﻠﻬ ﻠﺤ ﻭ ﹶﺘ ﺭ ﻴ ﺎ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹾﻜ ﹺﺒﻤﻬ ﻴ ﺤ ﹺﺭ ” ﹶﺘartinya : tahrim sembahyang itu takbir dan tahlilnya salam. Meriwayatkannya Muslim. Wajib menjatuhkan lafaz salam hingga mim “ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ” didalam duduk atau gantinya pada hal dadanya mengadap kiblat. 1852. Bermula, makna pada menyudahkan sembahyang dengan salam adalah bahawa orang yang sembahyang itu ketika didalam sembahyangnya sibuk dari segala manusia kemudian pada akhir sembahyangnya dia mengadap kepada mereka itu dengan memberi salam. Bandingannya seperti orang yang ghaib yang baru hadhir. 1853. Bermula, sekurang-kurang salam itu “ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﻡ ﻼ ﹶ ” ﺍﻟﺴkerana bahawa ia adalah yang sabit dari nabi sawm atau “ ﻡ ﻼ ﹶﻡ ﺍﻟﺴ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ” kerana sama maknanya dengan yang dahulu itu tetapi yang kedua ini makruh. Tidak memadai “ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﻡ ﻼ ﺴﹶ ” kerana ketiadaan warid dari nabi sawm, bersalaan dengan “ ﻡ ﻼ ﺴﹶ ” pada tasyahhud. Demikian lagi tidak memadai “ﻴﻙ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﹶ ” ﺍﻟﺴdan “ﻴ ﹸﻜﻡ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﹶ ” ﺍﻟﺴdan “ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﻰﻼﻤ ﺴ ﹶ ” . Mka jika disengajakannya yang demikian itu lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya. Disyaratkan mualat diantara “ ﻡ ﻼ ﹶ ” ﺍﻟﺴdan “ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ” dan bahawa jangan ditambahi atau dikurangi lafaz yang mengubah makna. Bandingannya apa yang telah lalu daripada takbir ihram. 1854. Bermula salam yang wajib itu sekali jua, sekalipun dengan tidak berpaling kerana telah sabitlah bahawa nabi sawm pernah dia salam sekali dengan tidak berpaling. 1855. Bermula, salam yang paling sempurna itu “ﷲ ِ ﻤ ﹸﺔ ﺍ ﺤ ﺭ ﻭ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﻡ ﻼ ﹶ ” ﺍﻟﺴdua kali, sekali kekanan dan sekali kekiri hal keadaan dia berpaling pada kedua-dua kalinya hingga dilihat pipinya yang kanan pada kali yang pertama tidak kedua pipinya dan dilihat pipiya yang kiri pada kali yang kedua tidak kedua pipinya, kerana warid hadith yang sahih dengan yang demikian itu. 1856. Dan lagi dia niatkan dengan sekali yang kanan memberi salam diatas sekelian yang dikanannya daripada malaikat dan manusia dan jin yang beriman dan dengan sekali yang kiri memberi salam keatas sekelian yang dikirinya daripada mereka itu, dan dia niatkan memberi salam keatas yang dihadapannya dan yang dibelakangnya dengan salah satu daripada dua salamnya itu, tetapi dengan salam yang pertama lebih utama. 1857. Makmum berniat menjawab salam orang yang memberi salam keatasnya daripada imam atau makmum. Maka orang yang dikanan orang yang memberi
salam meniatkan jawab dengan salamnya yang kedua dan orang yang dikiri orang yang memberi salam meniatkan jawab dengan salamnya yang pertama, dan orang yang dibelakang orang yang memberi salam dan yang dihadapannya meniatkan jawab dengan salah satu daripada dua salamnya, tetapi dengan salam yang pertama itu terutama. 1858. Soal : betapa kiranya orang yang dikiri imam meniatkan jawab salam imam dengan salamnya yang pertama pada hal imamnya belum lagi memberi salam keatasnya. Jawab : bahawa yang demikian itu diperbuat diatas bahawa sunat bagi makmum tidak memberi salam melainkan kemudian daripada selesai imamnya dari dua salamnya. 1859. Soal: betapa kiranya salam sembahyang itu perlu kepada niat yang telah tersebut itu pada hal khitab319 pada “ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ” itu memadai pada menghalakan salam kepada segala makmum yang mengikutnya maka ianya jelas, dan yang jelas tidak berkehendak kepada niat, maka dari kerana ini tidak perlu orang yang memberi salam diluar sembahyang kepada niat. 1860. Jawab bahawa orang yang memberi salam diluar sembahyang itu tidak pada salamnya perkara yang memalingkannya dari tempatnya maka tidak perlu ia kepada niat. Adapun salam didalam sembahyang maka keadaannya wajib untuk keluar dari sembahyang adalah perkara yang memalingkan dari menuju salamnya kepada makmum dengan nisbah bagi sunat. Maka perlulah ia kepada niat kerana perkara yang memalingkan ini, sekalipun ianya jelas kerana tatkala ada yang memalingkan disyaratkan padanya kasad. Dihubungkan salam yang kedua dengan salam yang pertama pada yang demikian itu kerana tertentunya untuk sembahyang adalah juga perkara yang memalingkannya dari yang demikian itu. 1861. Jikalau yang dikanannya atau dikirinya orang yang tidak sembahyang tidak lazim dia menjawab salamnya kerana salamnya itu untuk tahallul bukan ta’min yang menjadi maksud salam yang wajib dijawab, dan lagi kerana bahawa orang yang sembahyang bukannya ahli bagi khitab. Dari kerana itu jika diberi salam keatasnya tidak lazim dia menjawab salam itu, tetapi sunat ia baginya. Maka kias yang demikian itu bahawa disunatkan jawab disini pula. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 1862. Sunat memulakan salam pada tiap-tiap dua kalinya dalam keadaan mukanya mengadap kiblat dan menyudahinya serentak dengan kesudahan berpaling. Disunatkan bagi makmum bahawa dia tidak memberi salam melainkan kemudian daripada dua salam imam seperti apa yang tersebut didalam Tahkik. 1863. Syahadan. Terkadang haram salam yang kedua dan apabila ada sertanya kesan perkara yang membatalkan sembahyang yang terdahulu diatasnya seperti hadath dan syak pada tempoh menyapu muza dan niat mukim dan dapat orang yang telanjang akan kain penutup aurat dan keluar waktu jumaat kerana salam yang kedua itu sekalipun bukan satu juzuk daripada sembahyang tetapi adalah ia sejumlah daripada yang mengikutnya. 1864. Sunat berniat keluar dari sembahyang dengan salam yang pertama supaya dia keluar dari khilaf pada wajibnya. 1865. Rukun ketiga belas : tertib diantara rukun-rukun yang telah tersebut itu. Tertib adalah beriring-iringan rukun-rukun seperti yang telah disebutkan pada membilangnya. Sungguhnya telah diketahui daripada yang telah tersebut dulu bahawa tertib adalah pada sebahagian rukun jua tidak pada sekeliannya kerana bahawa niat wajib menyertakannya dengan takbir ihram maka tidak ada tertib diantara keduanya dan lagi niat dan takbir ihram dan membaca fatihah wajib 319
. menujukan cakap
keadaan ketiga-tiga ini didalam qiam atau gantinya maka tidak ada tertib diantaranya dan tasyahhud wajib keadaannya didalam duduk begitu juga salam yang pertama maka tidak ada tertib diantara keduanya. Maka nyatalah daripada yang demikian itu bahawa tertib itu wajib pada selain yang tersebut itu. 1866. Bermula : membilang tertib itu rukun adalah daripada bab taghlib320 jika rukun itu pada makna juzuk dan diatas jalan hakikat jika ianya pada maka fardhu. Maka dari kerana ini telah disahkan didalam Tanqih bahawa tertib itu syarat bukan rukun. 1867. Adapun tertib diantara sunat-sunat didalam sembahyang maka iaitu syarat pada menjadikannya kebilangan seperti iftitah kemudian maka ta’awwuz dan tasyahhud awal kemudian maka selawat dan keadaan surah kemudian daripada fatihah dan keadaan doa akhir sembahyang kemudian daripada tasyahhud dan selawat, kerana jika dibawanya segala sunat yang tersebut itu diatas menyalahi tertibnya nescaya tidaklah kebilangan. 1868. Tersebut didalam Raudhah dan asalnya bahawa mualat didalam sembahyang itu rukun. Tersebut didalam Tanqih bahawa ianya syarat, yang mana ia yang masyhur. 1869. Maka mualat itu adalah tidak lama melanjutkan rukun yang pendek dan tidak lanjut ceraian apabila dia memberi salam dengan lupa pada bukan tempatnya dan tidak lanjut ceraian atau tidak lalu satu rukun apabila dia syak pada niat, kerana jika tidak seperti demikian itu necaya wajiblah dia memulakan sembahyangnya. 1870. Ketahui oleh mu bahawa rukun sembahyang itu terbahagi diatas tiga bahagi. Pertama rukun qalbi iaitu yang berkaitan dengan hati, iaitu niat. Kedua : rukun qauli iaitu yang berkaitan pada perkataan, iaitu takbir ihram dan membaca fatihah dan tasyahhud akhir dan selawat atas nabi sawm selepasnya dan salam yang pertama. Ketiga rukun fi’li : iaitu yang berkaitan dengan perbuatan , iaitu qiam dan rukuk dan i’tidal dan dua sujud dan duduk diantara dua sujud dan duduk tasyahhud akhirs. 1871. Syahadan. Jika seorang sengaja meninggalkan tertib dengan mendulukan rukun fi’li daripada tempatnya atau mendulukan rukun qauli yang ianya adalah salam daripada tempatnya, seperti dia rukuk sebelum membaca fatihah atau sujud sebelum rukuk atau memberi salam sebelum rukuk nescaya batallah sembahyangnya kerana bermain-main. Bersalahan mendulukan rukun qauli yang selain salam seperti mengucap selawat diatas nabi sawm sebelum tasyahhud atau membaca tasyahhud sebelum sujud maka tidak batal sembahyangnya, tetapi hendaklah diulangnya akan yang didulukannya itu pada tempatnya. 1872. Jika dia meninggalkan tertib dengan lupa maka ditinggalkannya setengah daripada rukun, maka apa yang diperbuatnya kemudian daripada rukun yang ditinggalkannya itu adalah sia-sia jua kerana jatuhnya pada selain tempatnya. Maka jika dia ingatkan rukun yang ditinggalkannya itu sebelum dia membuat rukun yang seumpamanya seperti orang yang meninggalkan rukuk teringat sebelum daripada mengerjakan rukuk pada rakaat yang kemudiannya hendaklah dia terus rukuk kerana memelihara tertib. 1873. Bermula, syak adalah seperti hukum ingat. Maka jika seorang syak didalam rukuknya adakah telah dibacanya fatihah atau tidak atau dia syak didalam sujudnya adakah dia telah rukuk atau tidak atau telah i’tidal atau tidak wajiblah dia berdiri dengan segera. Tidak memadainya pada rupa masaalah yang kedua
320
. iaitu mempermenangkan, iaitu mengirakan ia rukun sekalipun ia bukan rukun. Pada asal “ﻐﻠﱡﺐ ﺗ ”.
bahawa dia bangkit terus kepada rukuk321. Seperti demikian itulah hukum ingat. Bermula, kehendak kalam fuqaha’ daripada menyimpan diatas memperbuat apa yang ditinggalkan tempatnya adalah pada yang selain rupa masaalah ini. 1874. Jika dia syak didalam berdiri adakah telah dibacanya fatihah atau tidak wajib dia membaca fatihah dengan segera kerana dia belum berpindah dari tempatnya. Jika dia tidak ingatkannya hingga diperbuatnya akan umpama rukun yang ditinggalkannya pada rakaat yang kemudiannya memadai baginya rukun yang diperbuatnya itu sebagai rakaatnya jika ianya akhir rakaat seperti sujud yang kedua, dan jika ia dipertengahan rakaat seperti fatihah atau rukuk dikira ia sebagai ganti bagi yang ditinggalkannya, maka hendaklah disempurnakanya akan yang tinggal daripada sembahyangnya. 1875. Bermula, tempat memada baginya apa yang diperbuatnya itu sebagai ganti rukun yang ditinggalkannya adalah jika ianya sebahagian sembahyang. Adapun jika ia bukan sebahagian daripada sembahyang seperti sujud tilawah maka ia tidak memadainya. Bersalahan duduk dengan niat istirehat, maka ia memadai sebagai ganti duduk diantara dua sujud yang ditinggalkannya beserta dengan sujud yang kedua, kerana ia sebahagian daripada sembahyang seperti yang lagi akan datang kenyataannya. 1876. Dan lagi tempat yang demikian itu jika dikenalnya akan ‘ain rukun yang ditinggalkanya dan dikenalnya tempatnya. Jika tidak seperti demikian itu maka hendaklah dia mengambil yang yakin dan dibawanya akan yang tinggal, bahkan manakala dia mengharuskan bahawa yang ditinggalkannya itu niat atau takbir ihram batallah sembahyangnya.Tidak disyaratkan disini lanjut peceraian dan tidak lalu sebahagian rukun kerana bahawa ujud disini keyakinan pada meninggalkan satu rukun yang bercampur dengan pengharusan yang tersebut itu, maka ianya lebih kuat daripada semata-mata syak pada yang demikian itu. 1877. Pada sekelian rupa masaalah yang tersebut itu selain yang membatalkan hendaklah dia sujud sahwi pada akhir sembahyangnya, bahkan jika yang ditinggalkanya adalah salam hendaklah dibawanya, sekalipun selepas lanjut perceraian, dan tidak ada sujud sahwi kerana luput tempatnya dengan salam yang dibawanya. 1878. Maka jikalau seorang yakin pada akhir sembahyangnya bahawa dia telah meninggalkan satu sujud daripada rakaat yang akhir wajib dia membawa sujud itu dan diulanginya tasyahhud kerana jatuh tasyahhudnya itu sebelum tempatnya kemudian maka dia sujud sahwi pada akhir sembahyangnya. 1879. Jikalau dia yakin meninggalkan satu sujud pada selain rakaat yang akhir wajib dia membawa satu rakaat lagi kerana menyempurnakan rakaat yang kurang dengan satu sujud daripada rakaat yang kemudiannya. Seperti demikian itulah jikalau dia syak adakah ia daripada rakaat yang akhir atau daripada rakaat yang selain akhir maka hendaklah dijadikannya sujud yang tertinggal itu pada rakaat yang selain akhir supaya lazim dia membawa serakat lagi kerana ia adalah yang lebih cermat. 1880. Jikalau seorang yakin atau syak didalam qiam rakaat yang kedua bahawa dia telah meninggalkan satu sujud pada rakaat yang pertama maka ditilik jika dia telah duduk selepas sujud yang diperbuatnya didalam rakaat yang pertama itu hendaklah dia sujud dengan segera dari qiamnya dan memadalah baginya duduknya itu sebagai fardhu duduk diantara dua sujud sekalipun diniatkannya sebagai duduk istirehat yang mana ianya sunat. Jika dia tidak duduk kemudian daripada sujudnya maka hendaklah dia duduk dari qiamnya dengan tama’ninah
321
. artinya dia kena berdiri tegak kemudian rukuk. Pada asal “berdiri pada hal rukuk”.
kemudian dia sujud sekali, kerana duduk diantara dua sujud itu rukun yang tidak harus ditinggalkan. 1881. Jika seorang yakin atau syak didalam rakaat akhir daripada sembahyang yang empat rakaat bahawa dia telah meninggalkan dua sujud atau tiga sujudnya yang dia tidak tahukan tempatnya wajib dia membawa dua rakaat lagi, kerana yang cermat pada masaalah yang pertama adalah mentakdirkan dia meninggalkan satu sujud daripada rakaat yang pertama dan satu sujud daripada rakaat yang ketiga, maka jadi sempurna rakaat yang pertama dengan rakat yang kedua dan rakaat yang ketiga dengan rakaat yang keempat dan sia-sia baki daripada keduanya, dan yang cermat pada masaah yang kedua adalah mentakdirkan dia meninggalkan satu sujud pada rakaat yang pertama dan satu sujud daripada rakaat yang lain. 1882. atau meninggalkan empat sujud yang dia tidak tahukan tempatnya, wajib dia membawa satu sujud dan dua rakaat selepasnya kerana diihtimalkan bahawa dia meninggalkan dua sujud daripada rakaat pertama dan satu sujud daripada rakaat yang kedua dan satu sujud daripada rakaat yang keempat. Maka hasil baginya dua rakaat kurang satu sujud kerana rakaat pertama sempurna dengan dua sujud daripada rakaat kedua dan rakaat ketiga dan keempat kurang satu sujud maka dia sempurnakannya, kemudian maka dibawanya dua rakaat lagi. 1883. atau diihtimalkan bahawa dia meninggalkan satu sujud daripada rakaat yang pertama dan satu sujud daripada rakaat yang keempat dan dua sujud daripada rakaat yang ketiga maka, sempurnalah rakaat yang pertama dengan rakaat yang kedua dan tinggal diatasnya satu sujud daripada rakaat yang keempat maka dia sempurnakannya kemudian dibawanya dua rakaat lagi. 1884. Atau meninggalkan lima sujud atau enam sujud yang dia tidak tahukan tempatnya, wajib diatasnya membawa tiga rakaat lagi kerana diihtimalkan pada meninggalkan lima sujud itu bahawa dia meninggalkan dua sujud daripada rakaat yang pertama dan dua sujud daripada rakaat yang kedua dan satu sujud daripada rakaat yang ketiga. Maka sempurna rakaat yang pertama dengan dua sujud daripada rakaat yang ketiga dan keempat. Dan diihtimalkan pada meninggalkan enam sujud bahawa dia meninggalkan dua sujud daripada setiap rakaat daripada tiga rakaat. 1885. Atau meninggalkan tujuh sujud yang dia tidak tahukan tempatnya, maka wajib dia membawa satu sujud kemudian maka tiga rakaat, kerana bahawa yang terhasil baginya adalah satu rakaat kurang satu sujud. 1886. Atau meninggalkan lapan sujud maka wajib diatasnya dua sujud dan tiga rakaat. Dirupakan yang demikian itu dengan meninggalkan tama’ninah atau dengan sujud diatas umpama serban. 1887. Jikalau seorang teringat meninggalkan satu rukun selepas salam maka ditilik : jika rukun itu niat atau takbir ihram maka batallah sembahyangnya. Seperti demikian itu jika dia syak pada keduanya. Dan jika ia selain keduanya maka hendaklah dia menyambung sembahyangnya itu, jika hampir perceraian diantara salamnya dan ingatnya dan tidak dia bersentuh dengan najis yang tidak dimaafkan. Akan tetapi tidak memudharatkan membelakangkan kiblat jika singkat masanya pada ‘uruf. Tidak memudharatkan berkata-kata jika sedikit pada ‘uruf. Jika lanjut perceraian diantara keduanya wajiblah dia memulakan sembahyangnya sekalipun dia tidak melakukan perbuatan yang lain. 1888. Fasal pada menyatakan sebahagian daripada sunat-sunat sembahyang. Bermula, sunat mengekalkan tilik kepada tempat sujud didalam sekelian sembahyang, sekalipun dia disisi ka’bah atau didalamnya. Jika dia buta atau didalam kelam hendaklah kelakuannya seperti kelakuan orang yang menilik
kepada tempat sujudnya kerana yang demikian itu lebih hampir kepada khusyu’, dan tempat sujudnya itu lebih mulia. 1889. Melainkan tatkala mengangkatkan telunjuk tatkala mengatakan “ ”ﺇﻻ ﺍﷲpada tasyahhud, maka sunat dia menilik kepada telunjuk selama telunjuknya diangkatkan hingga salam, dan melainkan pada orang yang sembahyang khauf pada hal musuhnya berada pada pihak hadapannya maka sunat baginya menilik kepada pihak seterunya supaya terpelihara dia dari dikejutkan oleh seterunya, dan melainkan pada orang yang sembahyan diatas hamparan yang bertulis dengan rupa haiwan dan selainnya yang melengkapi tulisan itu pada tempat sujudnya maka sunat dia tidak menilik kepadanya. 1890. Sebahagian ulamak mengecualikan pula keadaan jikalau seorang sembahyang pada pihak belakang nabi maka tiliknya kepada belaang nabi terutama daripada tiliknya kepada tempat sujudnya, dan keadaan yang jikalau seorang sembahyang jenazah di belakang orang lain maka hendaklah dia menilik kepada jenazah itu. Akan tetapi yang demikian itu didhaifkan oleh syeikh Ibnu Hajar, katanya : seolah-olah yang demikian itu diambil dari kata Mawardi yang megatakan bahawa jikalau seorang sembahyang disisi ka’bah hendaklah dia menilik kepadanya, dan telah engkau ketahui dhaif kata Mawardi itu. Maka hendaklah orang yang sembahyang jenazah itu menilik kepada tempat sujudnya jika ditakdirkan dia sujud. Intaha. 1891. Tidak makruh memejamkan kedua mata didalam sembahyang jika tidak ditakuti akan kedatangan mudharat sebab memejamkannya kerana tidak sah hadith pada menegah yang demikian itu, istimewa pula memejamkan itu menegah daripada mencabang-cabangkan fikiran322, maka adalah ia menjadi sebab bagi hadhir hati dan ujud khusyuknya yang mana ianya rahsia sembahyang dan rohnya. Dari kerana ini telah berfatwa Ibnu Abdussalam dengan bahawa memejamkan kedua mata itu terutama bagi orang yang tidak memejamkannya mengganggu kusyu’nya dan hadhir hatinya beserta Tuhannya. 1892. Adapun jika dia takutkan kedatangan mudharat sebab memejamkannya maka ianya makruh dan terkadang haram memejamkannya jika dia zankan kedatangan mudharat yang tidak tertanggung diatasnya. 1893. Terkadang wajib memejamkan kedua mata didalam sembahyang apabila lazim memperbuat yang haram kerana meninggalkannya seperti menilik yang diharamkan meniliknya yang tidak ada jalan kepada memelihara daripadanya melainkan dengan memejamkan keduanya. 1894. Bermula, kaul yang mengatakan tidak makruh memejamkan dua mata didalam sembahyang itu adalah yang dipilih oleh imam Nawawi didalam Minhaj dan berjalan diatasnya syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli dan selainnya. 1895. Soal : maka jika dikata orang: imam Nawawi menyebutkan didalam Majmuknya : makruh meninggalkan satu sunat daripada sunat-sunat sembahyang, intaha, maka lazim daripadanya makruh memejamkan kedua mata didalam sembahyang kerana pada memejamkan kedua mata itu meninggalkan sunat mengekalkan tilik kepada tempat sujud, maka diantara dua kalamnya itu bernafian. 1896. Jawab : tidak bernafian diantara keduanya kerana dapat dihimpunkan diantara keduanya dengan menanggungkan karahah pada kalam Majmuk itu diatas makna khilaful aula. Maknanya meninggalkan satu sunat daripada sunatsunat sembahyang seperti meninggalkan sunat mengekalkan tilik kepada tempat sujud itu khilaful aula, bukan makruh. Atau dengan meninggalkan sunat pada kalam Majmuk itu diatas sunat yang muakkad sekira-kira berlaku khilaf pada 322
. pada asal “menceraikan zihin”.
wajibnya. Ia itulah tempat makruh meninggalkannya. Adapun sunat yang tidak muakkad seperti sunat mengekalkan tilik kepada tempat sujud maka tidak makruh meninggalkannya dengan memejamkan kedua mata. 1897. Demikian lagi disunatkan didalam sekelian sembahyang itu khusyuk dengan hatinya dan dengan sekelian anggotanya. Adapun khusyuk dengan hati maka iaitu menghadhirkan hati pada apa yang dia kerjakan seperti bahawa tidak dihadhirkannya didalam hatinya apa yang selain daripada yang dia didalamnya, sekalipun yang lain itu berkaitan dengan akhirat. 1898. Adapun khusyuk dengan anggota maka iaitu mendiamkan dan menetapkan segala anggotanya seperti bahawa tidak digerakkannya dan tidak bermain-main dengan salah satu daripadanya, kerana Allah taala telah memuji mereka yang khusyuk didalam sembahyangnya dengan firmannya “ ﻲ ﻓ ﻡ ﻫ ﻥ ﻴ ﺫ ﻥ ﺍﱠﻟ ﻭ ﻤ ﹸﻨ ﻤ ْﺅ ﺍ ﹾﻟﺩ ﹶﺍ ﹾﻓﹶﻠﺢ ﹶﻗ ﻥ ﻭ ﻌ ﺸ ﻡ ﺨﹶﺎ ﻬﹺﻼﺘ ﹶ ”ﺼartinya : telah beroleh kejayaanlah segala mukmin yang mereka itu khusyuk didalam sembahyangnya, dan kerana bahawa sembahyang dengan tidak khusyuk tidak ada pahala baginya. Dan lagi kerana bahawa ada bagi kita satu wajah yang mengatakan bahawa khusyuk itu satu daripada syarat-syarat sah sembahyang323. Telah memilih wajah ini satu jamaah fuqaha’. 1899. Maka makruh istirsal324 serta berkata-kata didalam hati didalam sembahyagn. Makruh pula ‘abath iaitu mempermain-mainkan salah satu anggotanya sama seperti memperbaiki selindangnya atau serbannya dengan tidak dharurat menghasilkan sunat atau menolakkan mudharat. Kata setengah : haram yang demikian itu. 1900. Bermula, sebahagian daripada perkara yang menghasilkan khusyuk itu bahawa orang yang sembahyang itu menghadhirkan bahawa dirinya pada hadhrat Tuhannya yang amat besar kebesaranNya dan kerajaanNya lagi yang amat tahukan segala rahsia yang tersembunyi dalam keadaan dia bermunajat kepadaNya, dan bahawa Dia terkadang tajalli diatasnya dengan kekerasanNya kerana dia tidak mendirikan hak rububiahNya, lalu menolak sembahyangnya diatasnya. 1901. Sunat pula mengamati bacaan iaitu menghadhirkan makna yang dibacanya daripada fatihah dan surah, tetapi dengan ringkas jua tidak dengan tafsil kerana firman Allah taala “ﻪ ﺘ ﺎﻭﺍ ﺁﻴﺭﺒﻴﺩ ” ِﻟartinya : supaya mereka mengamat-amati ayatayatNya, dan lagi firmanNya “ﺁﻥ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭﻭﻥ ﺭ ﺒ ﹶﺘﺩﻼ ﻴ ”َﺃ ﹶﻓ ﹶartinya : maka tidakkah mereka mengamat-amati Quran, kerana dengannya sempurnalah maksud khusyuk dan adab. 1902. Demikian lagi sunat mentartilkan325 bacaannya kerana firman Allah taala “ﻴﻼﹰ ﺭﺘ ﻥ ﹶﺘ ﺁل ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭ ِ ﺭ ﱢﺘ ﻭ ” artinya : dan tartilkan Quran dengan sempurna tartil. 1903. Demikian lagi sunat mengamat-amati zikir dan doa kerana dikiaskan diatas bacaan Quran supaya terhasil pahala keduanya, kerana berselisih ulamak pada orang yang membaca zikir dan doa serta jahilkan maknanya : adakah diberi pahala atau tidak? Maka yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah kerana mengikut imam Asnawi : tidak diberi pahala dia. Ianya bersalahan dengan Quran, maka diberi pahala orang yang membacanya dan jika dia tidak tahukan maknanya sekalipun. Yang dirajihkan oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni : diberi pahala orang yang membaca zikir dan doa didalam sembahyang sekalipun dia tidak tahukan maknanya. Wallahu a’lam.
323
. pada asal “ tetapi didalam setengahnya jua”. Wallahu a’lam.
324
. iaitu membiarkan hati meleret-leret pada suatu perkara.
325
. iaitu baca dengan perlahan-pahan (tidak laju) – berunjur-unjuran.
1904. Faedah : tersebut didalam Mughni : telah meriwayat Ibnu Hibban didalam sahihnya daripada hadith Abdullah bin Umar akan hadith marfu’ : bahawa hamba itu apabila berdiri sembahyang didatangkan sekelian dosanya lalu diletakkan ia diatas kepalanya atau tubuhnya. Maka tiap-tiap kali dia rukuk atau sujud berguguranlah ia darinya hingga tidak tinggal padanya suatu jua pun. Insya Allah taala. Intaha. 1905. Sunat pula masuk kepada sembahyang itu dengan rajin kerana Allah taala mencela mereka yang masuk pada sembahyang dengan segan dan malas dengan firmannya “ﺎﻟﹶﻰﻭﺍ ﹸﻜﺴ ﻗﹶﺎﻤﻼﺓ ﺼﹶ ﻭﺍ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟﻭِﺇﺫﹶﺍ ﻗﹶﺎﻤ ” artinya : dan apabila mereka bangun untuk sembahyang mereka bangun dalam keadaan malas. 1906. Sunat masuk kepada sembahyang itu dengan selesai hati dari segala pekerjaan yang menyibukkannya kerana ia lebih menolong diatas khusyuk. Tersebut didalam hadith bahawa sabda nabi sawm “ﺎﻤ ﹾﻨﻬ ل َ ﹶﻘﺎ ﻋﻻ ﻤ ِﺇ ﱠﻪﻼﺘ ﹶﻥ ﺼ ﻤ ﺀ ﺭ ﻤ ِﻟ ﹾﻠﻴﺱ ” ﹶﻟ artinya : tidak ada bagi seorang itu dari sembahyangnya melainkan apa yang dia berakal didalamnya, iaitu apa yang hadhir hatinya didalamnya. Dengan hadith ini kuatlah pendapat orang yang berkata bahawa kata hati yang jenis ikhtiar atau istirsal serta kata-kata harti yang idtirar326 itu membatalkan pahala sembahyang. 1907. Pendapat Qadhi : makruh memikirkan pekerjaan dunia atau masaalah fekah didalam sembahyang. Demikian itu tidak menafikan bahawa saidina Umat r.a pernah memikirkan urusan mempersiapkan tenteranya didalam sembahyang kerana bahawa yang demikian itu mazhab baginya atau urusan itu sangat perlu kepada demikian itu. Tetapi Ibnu Rif’ah memilih bahawa memikirkan segala pekerjaan akhirat didalam sembahyang itu tidak mengapa. Maka ianya bersalahan dengan yang tersbebut dahulu itu melainkan jika dikehendaki oleh Ibnu Rif’ah dengan katanya “tidak mengapa” itu tidak haram, hanya makruh jua. Maka tidak bersalahan ia dengannya. 1908. Sunat didalam qiam atau gantinya menggenggamkan tangan kanan pada pergelangan tangan kiri dalam keadaan dia meletakkannya dibawah dada dan diatas pusat kerana mengikut perbuatan nabi sawm yang sabit daripada perhimpunan riwayat Bukhari dan Muslim dan selain mereka. 1909. Bermula, hikmah pada meletakkan kedua tangan seperti demikian itu dibawah dada dan diatas usat supaya orang yang sembahyang itu menunjukkan dia memelihara hati daripada segala lintasan hati327, dan telah berlaku adat bahawa siapa bermaksud memelihara suatu dia meletakkan tangannya diatasnya maka disuruh orang yang sembahyang dengan meletakkan tangannya seperti demikian itu diatas tempat yang membetuli hatinya supaya dengan sebabnya dia ingat pada memelihara hatinya daripada yang tersebut itu. 1910. Bermula, tujuan mengenggam tangan itu supaya ia diam daripada dimainmainkan. Maka jika dia melepaskan keduanya dengan tidak memain-mainkannya maka tidak mengapa. Telah dinaskan yang demikian itu oleh imam Syafi’e r.a didalam Umm. 1911. Sunat membaca zikir dan doa kemudian daripada sembahyang fardhu lima waktu kerana warid dengannya beberapa hadih. Maka sunat bagi makmum dan munfarid membaca zikir dan doa itu dengan perlahan. Demikian lagi imam, melainkan imam yang hendak mengajar makmumnya yang hadhir maka sunat dia membacanya dengan nyaring hingga makmumnya tahukannya, kemudian sunat dia membaca dengan perlahan. Inilah yang dijazamkan oleh syeikh Islam
326
. suntuk iaitu tidak dapat dikawal.
327
. khatir – khawatir.
didalam Syarah Minhaj dan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah syarah Bafadhal dan Fathul Jawwad. 1912. Kata Azrai’e sunat bagi jamaah bahawa mereka menyaringkan suara membaca zikir setiasa. Kata syeikh Ibnu Qasim : sunat zikir dan doa itu sebelum mengerjakan sembahyang sunat rawatib atau selain daripada rawatib. Kata Asnawi didalam Muhimmat: Rafi’e telah menentukan sunat membanyakkan zikir dan doa itu dengan makmum dan munfarid. Adapun imam maka sunat dia membawa zikir dan doa dengan singkat. Maka apabila semua makmum keluar hendaklah imam itu melanjutkan zikir dan doa. Intaha. 1913. Kata syeikh Ibnu Hajar : yang terafdhal bagi imam apabila sudah memberi salam bahawa dia berdiri pulang kepada tempatnya jika tidak ada perempuan atau khunsa dibelakangnya, maka dibawanya zikir dan doa itu pada tempat yang dia pulang kepadanya, melainkan pada sembahyang subuh. Maka sayugia kemudian daripada fardhu subuh bahawa dia duduk membawa zikir dan doa dan wirid hingga terbit matahari. Seperti demikian itulah sembahyang maghrinb dan ‘asar, krana warid hadith pada keduanya. Demikianlah tersebut didalam syarah ‘Ubab. Adapun jika ada dibelakang imam itu perempuan atau khunsa maka hendaklah dia berhenti hingga keluar sekelian mereka itu. 1914. Sunat bagi imam apabila tidak mahu keluar selepas salamnya bahawa dia duduk dalam keadaan menganankan makmum dan mengirikan mihrab, sekalipun sembahyang itu didalam mihrab masjid nabawi. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal kerana bahawa itlak fuqaha’ menghendaki yang demikian itu. Menguatkannya bahawa segala khalifah rasulullah sawm yang rashidin dan yang kemudian daripada mereka itu sembahyang pada mihrab masjid nabi sawm maka tidak diperolehi seorang jua pun yang menyalahi apa yang telah makruf itu. Dan lagi pula kerana berpegang diatas bahawa junjung perintah itu terutama dari menjalani adab. 1915. Bermula, yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli bahawa imam hendaklah menganankan mihrab Nabawi mengirikan makmum supaya dia terpelihara dari membelakangkan nabi sawm kerana berpegang diatas bahawa menjalani adab terutama dari menjunjung perintah. 1916. Syahadan. sayugia hasil asal sunat dengan membawa zikir dan doa apa yang dikehendakinya tetapi zikir dan doa yang manqul daripada nabi sawm itu terafdhal dari yang tidak manqul kerana yang manqul sangat diharapkan akan qabul kerana berkat rasulullah sawm. 1917. Setengah daripada zikir yang manqul itu adalah “ﷲ َ ﺭ ﺍ ﻔ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐ ” َﺃtiga kali kemudian “ﺍ ﹺﻡﻹ ﹾﻜﺭ ِ ﺍﻼلِ ﻭ ﹶﺎ ﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟﺠﺕ ﻴ ﻴ ﹶ ﺎﹶﻟﻭ ﹶﺘﻌ ﺒﻨﹶﺎ ﺭ ﺕ ﹾﻜ ﹶﺎﺭﻡ ﹶﺘﺒ ﻼ ﹶﻙ ﺍﻟﺴ ﻤ ﹾﻨ ﻭ ﻡ ﻼ ﹶﺕ ﺍﻟﺴ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠdan “ ﷲ ِ ﻥﺍ ﺎﺒﺤ ﺴ ” tiga puluh tiga kali dan “ ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ” ﺍ ﹾﻟtiga puluh tiga kali dan “ﺒﺭ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ”ﺍtiga puluh tiga ﻭ ﷲ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶ kali, lalu digenapkan seratus kali dengan “ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭﹶﻟ ﻙ ﻤ ﹾﻠ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻪ ﹶﻟ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﺭ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻲﺀ ﺸ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻭ ﻫ ﻭ ” kerana sabda nabi sawm “ ﺩ ﻤ ﺤ ﻭ ﻥ ﻴ ﺜ ِﺌْ ﻼ ﻭ ﹶﺜ ﹶ ﻼﺜﹰﺎ ﹶﺜ ﹶﻼﺓ ﹶﺭ ﹸﻜلﱢ ﺼ ﺒ ﺩ ﷲ ُ ﺢﺍ ﺒ ﺴ ﻥ ﻤ ﻥ ﻭِﺇ ﻩ ﺎﺨﻁﹶﺎﻴ ﺕ ﹶ ﺭ ﹾ ﻔ ﻏ ﺭ ﹸ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻭﻟِﻪ ﻩ ِﺇﻟﹶﻰ ﹶﻗ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶﺎ َﺌﺔﻡ ﺍ ﹾﻟﻤ ﺎل ﹶﺘﻤ َ ﻗﹶﺎ ﹸﺜﻡﻴﻥ ﻼﺜ ﹶﺜ ﹶﻼﺜﹰﺎ ﻭ ﷲ ﹶﺜ ﹶ َ ﺍﺒﺭ ﹶﻜ ﻭﻴﻥ ﻼﺜ ﹶﺜ ﹶﻼﺜﹰﺎ ﻭ ﷲ ﹶﺜ ﹶ َ ﺍ ﺤ ﹺﺭ ﺒ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﺒ ﺯ ل َ ﹾﺜﺕ ﻤ ”ﻜﹶﺎ ﹶﻨ ﹾartinya: barng siapa mengucap “ ﷲ ِ ﻥﺍ ﺎﺒﺤ ﺴ ” kemudian daripada tiap-tiap sembahyang lima waktu tiga puluh tiga kali dan “ ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ” ﺍ ﹾﻟtiga puluh tiga kali dan “ﺒﺭ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ”ﺍtiga puluh tiga kali kemudian digenapkannya seratus dengan “ ﻻ ﹶ ﻪ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠ ”ﺇِﹶﻟﻪhingga “ﺭ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻲﺀ ﺸ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻭ ﻫ ﻭ ” nescaya diampuni Allah taala segala dosanya sekalipun seperti buih dilaut. Meriwayatkan sekelian yang tersebut itu Muslim. 1918. Sebahagian daripada yang manqul adalah membaca “ ﻻ ﹶﺕ ﻭ ﻴ ﹶ ﻁ ﻋﹶ ﺎ َﺃﻊ ِﻟﻤ ﻨ ﺎﻻ ﻤ ﹶﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺩ ﺠ ﻙ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﹾﻨ ﺩ ﺠ ﻊ ﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹾﻨ ﹶﻔ ﻻ ﹶﺕ ﻭ ﻌ ﹶ ﹶﻨﺎ ﻤﻲ ِﻟﻤ ﻁ ﻌ ﻤ ” meriwayatkaya Bukhari dan Muslim. Sebahagian daripada yang manqul membaca “ ﻙ ﺘ ﺩ ﺎﻋﺒ ﻥ ﺴﹺ ﺤ ﻭ ﻙ ﺸ ﹾﻜ ﹺﺭ ﻭ ﹸ ﻙ ﺫ ﹾﻜ ﹺﺭ ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﻋ ﱢﻨ َﺃﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ
” dan membaca “ﺩ ﺤ ﷲ َﺃ ُ ﻭ ﺍ ﻫ ل ْ ” ﹸﻗdan “ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﹶﻠﻕ ﺭ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ل َﺃ ْ ” ﹸﻗdan “ ﺱ ﺏ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺ ﺭ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ل َﺃ ْ ” ﹸﻗdan ayat Kursi dan Fatihah hingga akhirnya sekali-sekali. 1919. Sebahagian daripada yang manqul membaca “ ﻰ ﻴ ﺤ ﻴ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭﹶﻟ ﻙ ﻤ ﹾﻠ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﷲ ﹶﻟ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶ ﺭ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻲﺀ ﺸ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻭ ﻫ ﻭ ﺕ ﻴ ﹸ ﻤ ﻴ ﻭ ” sepuluh kali selepas sembahyang subuh dan maghrib, dan asar dan membaca “ ﺏ ﺭ ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﻥ ﻭ ﻴ ﻠﺴ ﺭ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﻡ ﻼ ﹶﺴﻥ ﻭ ﻭ ﺼ ﹸﻔ ﻴ ﺎﻋﻤ ﺓ ﺯ ﻌ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﻙ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤﷲ“ ”ﺍ ﹾﻟﻌ ُ ﺍﺸﻬﹺﺩ ” ﹶdan ayat “ﻙ ﻤ ﹾﻠ ﻙ ﺍ ﹾﻟ ﺎِﻟ ﻤﻬﻡ ل ﺍﻟﻠﱠ ِ ” ﹸﻗhingga “ﺏ ﺎ ﹴﺤﺴ ﻴﺭﹺ ” ﺒﹺ ﹶﻐ. 1920. Sebahagian daripada doa yang manqul dari nabi sawm “ ﺕ ﺎﺠﺒ ﻭ ﹺ ﻤ ﺴَﺄﹸﻟﻙ ﻲ َﺃ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻭﺫﹸ ﻋ ﻲ َﺃ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ﻥ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﺍﻟﻠﱠ ﻤ ﺎ ﹶﺓﺍﻟ ﱠﻨﺠﺔ ﻭ ﺠ ﱠﻨ ﺯ ﺒﹺﺎ ﹾﻟ ﻭ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﺭ ﻭ ﻥ ﹸﻜلﱢ ﹺﺒ ﻤ ﹶﺔﻴﻤ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻐﻨﻥ ﹸﻜلﱢ ِﺇ ﹾﺜ ﹴﻡ ﻭ ﻤ ﹶﺔﻼﻤ ﺴ ﹶ ﺍﻟﻙ ﻭ ﺘ ﺭ ﻔ ﻤ ﹾﻐ ﺍ ِﺌ ﹺﻡﻋﺯ ﻭ ﻙ ﺘ ﻤ ﺤ ﺭ ﻙ ﺭ ﺩ ﻭ ﻼﺀ ﹶﺩ ﺍ ﹾﻟﺒ ﻬ ﺠ ﻥ ﻤ ﻙ ﺒ ﹺ ﺠ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻭ ِلﺍ ﹾﻟ ﹶﻜﺴﻡ ﻭ ﻬ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﻲ َﺃ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ل ﺍﻟﻠﱠ ِ ﺎﺭﺠ ﻬﺭﹺ ﺍﻟ ﹶﻗﻥ ﻭ ﻴ ﹺ ﺩ ﺍﻟﺔﻏﹶﻠﺒ ﻥ ﹶ ﻤ ﻭ ِﺸل ﺍﻟ ﹶﻔ ﹶﻥ ﻭ ﻤ ﻙ ﹺﺒ ﺀ ﺍﻋﺩ ﻷ َ ﺍﺎ ﹶﺘﺔﺸﻤ ﻭ ﹶ ﺀ ﺎﺀ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﻀ ﻭ ﺴ ﻭ ﺀ ﺸﻘﹶﺎ ”ﺍﻟ ﱠ. 1921. Inilah sekelian yang disebutkan syeikh Ibnu hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal. Ada beberapa lagi zikir dan doa yang manqul selain yang disebutkan ini yang tersebut didalam Raudh dan selainnya, tertepi tertibnya berlain-lainan. 1922. Sunat mengangkatkan dua tangan berbetulan dengan kedua bahu pada tiap-tiap doa, kemudian maka disapukan keduanya kepada mukanya kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Sunat pada permulaan tiap-tiap doa itu memuji Allah taala sepert dikatanya “al hamdulillah”. Yang terafdhal memilih lafaz puji yang menghimpunkan iaitu seperti “ ﺎﺩ ﹶﻜﻤ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﺒﻨﹶﺎ ﹶﻟﻙ ﺭ ﺎﻩ ﻴ ﺩ ﻴ ﻤ ﹺﺯ ﺊ ُ ﻓ ﻴﻜﹶﺎ ﻭ ﻪ ﻤ ﻌ ﻨ ﻲ ﻓ ﺍﻴﻭ ﺍﻤﺩ ﺤ ﺩ ﹶﻟﱠﻠﻪ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟ ﻙ ﻨ ﺴ ﹾﻠﻁﹶﺎ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻋ ﻭ ﻙ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ِﻼل ﹶﻲ ﻟِﺠ ﻐ ﺒ ﻴ ﹾﻨ ” . Sunat mengucap selawat dan salam atas nabi sawm pada permulaan doa dan kemudian daripada mengucap al hamdulillah dan pada pertengahannya dan pada kesudahannya kerana mengikut perbuatan nabi sawm. 1923. Sunat bagi makmum berhenti pada tempat sembahyang hingga keluar imamnya dari tempat sembahyang itu jika dia hendak keluar selepas zikir dan doa kerana makruh bagi makmum keluar dahulu daripada imamnya jika tidak ada uzur. Sunat keluar dari tempat sembahang kepada pihak hajatnya sebarang pihak ada ia. Jika dia tidak mempunyai hajat maka keluar kepada pihak kanan kerana ia adalah pihak yang terafdhal. 1924. Sunat menceraikan diantara sembahyang sunat qabliah dan ba’diah dan sembahyang fardhu dengan bercakap atau dengan berpindah dari tempatnya kepada tempat yang lain tetapi menceraikan dengan berpindah itu terafdhal kerana membanyakkan tempat sembahyang yang akan bersaksi baginya pada hari Kiamat. Sunat menceraikan diantara sembahyang fardhu subuh dan sunatnya dengan berbaring pada lambung kanan, maka pada lambung kiri, kerana mengikut perbuatan nabi sawm. 1925. Bermula, berpindah kerumahnya untuk mengerjakan sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjamaah terafdhal dari mengerjakannya didalam masjid. Kata syeikh Ibnu Hajar : sekalipun bagi orang yang didalam ka’bah dan didalam masjid haram kerana hadith Bukhari dan Muslim “ ل ﻓ ﺱ ﺎ ﺍﻟﻨﱠﺎﻴﻬ ﺼﻠﱡﻭﺍ َﺃ َ ﻥ َﺃ ﹾﻓﻀ ﻡ ﹶﻓِﺈ ﺘﻜﹸ ﻭ ﻴ ﺒ ﻲ ﺒ ﹶﺔ ﻭ ﻤ ﹾﻜ ﹸﺘ ﻻ ﺍ ﹾﻟ ﻪ ﺇ ﱠ ﺘ ﻴ ﺒ ﻲ ﻓ ﺀ ﺭ ﻤ ﺍ ﹾﻟﻼﺓ ﹶ ”ﺼartinya : sembahyanglah kamu wahai manusia didalam rumah kamu kerana yang terafdhal sembahyang seorang itu adalah didalam rumahnya jua. Melainkan sembahyang fardhu lima waktu. Dan lagi bahawa pada sembahyang didalam rumahnya itu jauh dari riak dan kembali berkat sembahyang itu keatas rumah dan isinya seperti yang tersebut didalam satu hadith. 1926. Dikecualikan daripada yang demikian itu sembahyang sunat qabliah jumaat dan sembahyang dua rakaat tawaf dan sembahyang dua rakaat ihram pada miqat yang ada padanya masjid dan sembahyang dhuha dan sembahyang orang yang hendak pergi-pergian dan sembahyang orang yang balik dari pergi-pergian dan sembahyang orang yang berhenti didalam masjid kerana iktikaf dan kerana
belajar ilmu dan sembahyang orang yang diam didalam masjid. Maka sekelian sembahyang sunat yang tersebut itu dituntut mengerjakannya didalam masjid. 1927. Fasal pada menyatakan sebahagian daripada perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Bermula, yang membatalkan sembahyang itu amat banyak, diketahui sebahagiannya dengan ijmal pada syarat-syarat sah sembahyang yang terdahulu disebutkan didalam fasalnya. Maka segala yang membatalkan sembahyang yang disebutkan disini enam belas perkara. 1928. Pertama berkata-kata maka batal sembahyang dengan mengatakan dua huruf daripada perkataan manusia, sekalipun keduanya itu tidak memahamkan satu makna atau ada daripada ayat yang dinasakhkan bacaannya atau kerana maslahat sembahyang seperti makmum kata kepada imamnya “bangun”, atau mengatakan satu huruf yang memberi faham seperti “ ”ﻕdaripada “ﺔ ” ﹺﻭﻗﹶﺎﻴatau “”ﻉﹺ daripada “ ﺔﺎﻴﻭﻋ ” atau “ ل ِ “ daripada “ ﺔﻻﻴ ﻭ ﹶ ” atau “ ﻁ “ daripada “ ﺊ َ ﻁ“ ﻭatau mengatakan satu huruf yang bermad dan jika ia tidak memberi faham sekalipun kerana mad itu alif atau wau atau ya’, maka huruf yang bermad itu pada hakikatnya dua huruf. Maka batallah sembahyang dengan mengatakannya. 1929. Adapun berdehem didalam sembahyang dan tertawa dan menanigs dan mengaduh dan menghembus dengan mulut atau dengan hidung dan batuk dan bersin, maka ditilik jika nyata dengan yang tersebut itu dua huruf atau satu huruf yang memahamkan batallah sembahyang dengannya, jika tidak nyata maka tidaklah batal ia. 1930. Jikalau seorang yang sembahyang digagahi diatas umpama berkata-kata sekalipun dua huruf batallah sembahyangnya kerana yang demikian itu nadir. Maka ianya seperti hukum digagahi diatas meninggalkan satu rukun atau satu syarat. 1931. Akan tetapi tidak batal sembahyang dengan mengatakan perkataan yang sedikit seperti dua kalimah dan tiga kalimah jika terlancar lidahnya kepadanya atau dia lupa sembahyangnya atau dia jahilkan haram berkata-kata didalam sembahyang kerana baru masuk Islam atau hidup pada dusun yang jauh dari ulamak atau terhasil perkataan yang sedikit itu sebab ghalabah328 tertawa atau barang sebagainya daripada yang telah terdahulu kerana tidak dengan taksirnya. Bersalahan mengatakan perkataan yang banyak pada ‘uruf maka batal dengannya sembahyang pada tiga rupa masaalah yang tersebut itu kerana perkataan yang banyak itu memutuskan nazam sembahyang. 1932. Dikedualikan daripada yang demikian itu menjawab panggilan rasulullah sawm didalam sembahyang. Maka tidak batal sembahyang orang yang menjawab panggilan rasulullah sawm didalam sembahyang pada masa hidupnya dengan kata-kata atau dengan perbuatan sekalipun ia banyak kerana wajib menjawab seruannya. Maka dikirakan yang demikian itu daripada khususiah rasulullah sawm. Maka tidak dihubungkan dengannya nabi Isa alaihissalam apabila dia turun dari langit. Inilah hasil yang dirajihkan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Bersalahan Zarkasyi maka dia menghubungkan nabi Isa a.s dengan nabi kita pada yang demikain itu. 1933. Batal sembahyang dengan menjawab panggilan ibu atau bapa didalam sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, lagi tidak wajib menjawab panggilannya didalam sembahyang fardhu diatas itlak. Adapun didalam sembahyang sunat maka ditilik jika sangat kesakitan hati ibu atau bapa sebab tidak dijawab panggilannya maka wajib menjawab panggilannya didalamnya. Jika tidak seperti demikian itu maka tidak wajib menjawabnya didalamnya.
328
. termenang iaitu tak tertahan olehnya.
1934. Dikecualikan pula daripada yang demikian itu berlafaz dengan dampingan diri dengan bahasa arab yang terhenti diatas dilafazkan, jika ia tidak beserta ta’lik dan khitab iaitu seperti nazar dan sedekah dan memerdekakan hamba dan wasiat. Maka tidak batal sembahyang orang yang melafazkan “ﻼﻥﹴ ﺒﹺَﺄ ﹾﻟﻑ ﺕ ﻟِ ﹸﻔ ﹶ ﺭ ﹸ ” ﹶﻨ ﹶﺫ artinya aku nazarkan bagi si pulan itu dengan seribu, atau “ ﻼﻨﹰﺎ ﺕ ﹸﻓ ﹶ ﻋ ﹶﺘ ﹾﻘ ﹸ “ artinya: aku merdekakan si pulan, atau “ﻼﻥﹴ ﹺﺒ ﹶﻜﺫﹶﺍ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻓ ﹶ ﺕ ﹾﻗ ﹸﺼﺩ “ ﹶﺘartinya: aku sedekah keatas si pulan akan sekian dari harta ku, atau “ﻼﻥﹴ ﻰ ﻟِ ﹸﻔ ﹶ ﺎِﻟﺙ ﻤ ﺕ ﹺﺒ ﹸﺜﹸﻠ ﻴ ﹸ ﻭﺼ ” artinya : aku wasiatkan satu pertiga harta ku bagi si pulan, kerana yang demikian itu adalah munajat kepada Allah taala, maka ianya seperti zikir. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. 1935. Demikian tidak batal sembahyang dengan umpama berdehem yang nyata dengannya dua huruf atau satu huruf yang difahami jika ia kerana ghalabah diatasnya, lagi pula ianya sedikit pada ‘uruf. Inilah muktamad syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Bersalahan Zarkasyi dan Asnawi dan Azra’ie, kata mereka itu : bagi kami yang bertul adalah bahawa batuk dan bersin kerana ghalabah itu tidak membatalkan sembahyang sekalipun ianya banyak kerana tidak dapat memelihara daripadanya. 1936. Demikian lagi tidak batal sembahyang dengan berdehem yang nyata dengannya yang tersebut itu kerana kesukaran membaca bacaan yang wajib seperti fatihah dan barang sebagainya daripada rukun-rukun qauli dengan tidak berdehem, sekalipun ianya banyak. Inilah hasil yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam syarah ‘Ubab, kerana berdehem kerana kesukaran membaca rukun qauli itu terhenti sah sembahyang diatasnya maka dimaafkanlah ia padanya. Bersalahan berdehem kerana ghalabah, tidak terhenti diatasnya sah sembahyang maka tidak dimaafkan ia melainkan jika ianya sedikit pada uruf. Seperti demikian itu lah yang difaham dari ibarat syeikh Islam didalam Minhaj. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dikiaskan berdehem kerana kesukaran membaca rukun qauli itu diatas berdehem kerana ghalabah pada pihak tidak dimaafkan melainkan jika ianya sedikit pada ‘uruf. 1937. Tidak dimaafkan berdehem kerana kesukaran membaca bacaan sunat atau kerana kesukaran menyaringkan bacaannya. 1938. Bermula, bebalkan keadaan berdehem itu membatalkan sembahyang menjadi uzur pada hak orang yang awam. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : diambil daripadanya bahawa tiap-tiap apa yang diuzurkan orang awam dengan bebal mereka itu akannya kerana tersulitnya diatas kebanyakkan mereka itu nescaya tidaklah disiksa mereka itu dengannya. Menguatkannya penjelasan fuqaha’ bahawa yang wajib ‘ain diatas mukallaf hanyalah mempelajari perkaraperkara yang zahir jua tidak selainnya. 1939. Masaalah. Jikalau imam berdehem maka nyata daripadanya dua huruf tidaklah wajib makmum mufaraqah kerana diihtimalkan uzurnya, tetapi jika karenah halnya menunjukkan ketiadaan uzurnya wajiblah dia mufarakah. 1940. Masaalah. jika imam salah pada fatihah dengan salah yang mengubah makna tidaklah wajib makmum mufarakah pada ketika itu dan tidak tatkala rukuknya tetapi harus dia menantinya kerana diihtimalkan lupanya dan adalah bandingannya seperti jikalau imamnya berdiri pada rakaat yang kelima atau sujud sebelum rukuknya. 1941. Demikian lagi tidak batal sembahyang dengan membaca zikir dan doa yang tidak diharamkan jika tidak ada pada zikir dan doa itu khitab kepada makhluk yang selain nabi sawm dan tidak ada padanya ta’lik. Adapun jika ada pada keduanya itu khitab bagi makhluk yang selain nabi sawm daripada manusia dan jin dan malaikat dan selain mereka itu sekalipun yang tidak berakal seperti katanya kepada orang yang bersin “ﷲ ُ ﻙﺍ ﻤ ﺤ ﺭ ﻴ ” dan kepada bulan “ُﻙ ﺍﷲ ﺒ ﺭ ﻭ ﻲ ﺒ ﺭ ” atau ada pada keduanya ta’lik seperti “ﻕ ﻋ ﹾﺘ ﹲ ﻲ ﹶﻠﻲ ﹶﻓﻌ ﻀ ﻴ ﻤ ﹺﺭ ﷲ ُ ﻲﺍ ﻨ ﺸﻔﹶﺎ ﻥ ﹶ ” ِﺇdan “ ﻲ ﺭِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ
ﺕ ْﺌ ﹶﻥ ﺸ ”ِﺇmaka batallah sembahyang dengan yang demikian itu. Sama seperti keadaan jikalau dia mengatakan suatu dripada yang demikian itu dengan selain bahawa arab pada hal dia tahukan bahasa arab. Tidak membatalkan sembahyang khitab kepada Allah dan khitab kepada rasulullah sawm sekalipun pada selain tasyahhud. 1942. Sunat menjawab salam orang didalam sembahyang dengan isyarat sekalipun pada orang yang tidak bisu, dan sunat bagi orang yang bersin didalam sembahyag mengucap “alhamdulillah” dan diperdengarkannya akan dirinya. 1943. Masaalah. Jikalau imam membaca “ ﻴﻥ ﺴ ﹶﺘﻌ ﻙ ﹶﻨ ﺎﻭِﺇﻴ ﺩ ﺒ ﻌ ﻙ ﹶﻨ ﺎ ” ِﺇﻴmaka makmum pula membacanya atau “ِﻌﻨﱠﺎ ﺒﹺﺎﷲ ﺴ ﹶﺘ ”ﺍatau “ﷲ ِ ﻥ ﺒﹺﺎ ﻴ ﻌ ﺴ ﹶﺘ ” ﹶﻨnescaya batallah sembahyangnya jika dia tidak kasadkannya sebagai tilawah atau doa. Demikianlah yang tersebut dialam Tahkik. 1944. Demikian lagi tidak batal sembahyang dengan mengatakan nazam Quran dengan kasad memberi faham serta membaca Quran, seperti dikatanya kepada orang yang minta izin pada mengambil sesuatu “ﺏ ﻜﺘﹶﺎ ﺫ ﺍ ﹾﻟ ﺨ ﻰ ﹸﺤﻴ ﻴ ﺎ ” ﻴartinya : wahai Yahya ambillah kitab itu, dan seperti dikatanya kepada orang yang minta izin pada masuk kerumahnya “ﻼﻡﹴ ﹶﺎ ﺒﹺﺴﻭﻫ ﺨﹸﻠ ﺩ ﹸ ” ُﺃ, maka iaitu seperti keadaan jikalau dikasadkan dengannya membaca Quran sahaja. Adapun jika dia kasad sematamata memberi faham atau tidak dia kasadkan dengannya suatu jua pun maka batallah sembahyangnya kerana bahawa Quran itu menyerupai perkataan manusia dan ianya bukanlah Quran melainkan dengan kasad. 1945. Keluar dengan kata nazam Quran oleh keadaan jikalau diubahkan nazamnya seperti “ﻡ ﻼ ﺴﹶ ﻡ ﻴ ﻫ ﺍﺒﺭ ﺎ ِﺇ” ﻴ329* maka batal sembahyangnya diatas itlak. Akan tetapi jika dia tidak hubungkannya dengan setengahnya maka dibacanya dengan kasad membaca Quran tidaklah batal sembahyangnya. 1946. Jikalau imam atau muballigh menyaringkan suaranya dengan membaca takbir intiqal dan dia kasadkannya sebagai zikir jua atau dia kasadkannya sebagai zikir serta memberitahu sekelian makmum maka tidaklah batal sembahyagnnya. Adapun jika dia kasadkannya sebagai semata-mata memberi tahu jua atau tidak dia kasadkan dengannya suatu juapun maka batallah sembahyangnya. 1947. Demikian lagi tidak batal sembahyagnnya sebab diam yang lanjut sekelipun dengan sengaja lagi tidak dengan suatu tujuan kerana ia tidak merosakkan gaya sembahyang. 1948. Disunatkan bagi lelaki yang hendak menjagakan imamnya yang lupa atau memberi izin bagi orang yang hendak masuk kerumahnya atau mengingatkan umpama orang buta dari jatuh kepada suatu yang ditakuti kerosakkannya bahawa dia mengucap tasbih artinya mengucap “subhanallah” serta dikasadkannya sebagai zikir jua atau sebagai zikir serta menjagakan atau memberi izin atau mengingatkan. Jika tidak seperti demikian itu batallah sembahyangnya. 1949. Sunat bagi perempuan dan khunsa yang hendak kepada yang demikian itu bahawa dia ber-tashfik artinya menepukkan tapak tangannya yang kanan atau belakangnya diatas belakang tapak tangannya yang kiri. Maka dua rupa tasfik ini terutama daripada ‘akas keduanya, iaitu menepukkan tapak tangan kirinya atau belakangnya keatas belakang tapak tangan kanannya, atau menepukkan belakang tapak tangan kanannya atau tapak tangan kirinya atau ‘akasnya iaitu menepukkan belakang tapak tangan kirinya atau tapak tangan kanannya. Maka dua rupa tasfik yang kemudian ini terkurang daripada empat rupa yang dahulu itu. 329
. pada asal “ ﻡ ﻜﻥ ﻼ ﺴﹶ ﻡ ﻴ ﻫ ﺍﺒﺭ ” ﻴﺎ ِﺇ. wallau a’lam
1950. Inilah enam surah daripada rupa-rupa tashfik yang disunatkan maka yang terutama daripada sekelian rupa itu adalah rupa yang pertama, iaitu menepukkan tapak tangan kanannya diatas belakang tapak tangan kirinya. Adapun menepukkan tapak tangan kanan keatas tapak tangan kiri maka iaitu tidak disunatkan haanya ianya makruh. 1951. Bermula, syarat tashfik pada sekelian rupa yang tersebut itu bahawa hendaklah ianya sedikti seperti sekali atau dua kali, dan tidak berturut-turut. Adapun jika ianya banyak seperti tiga kali dengan berturut-turut maka batallah sembahyangnya dengannya. Dan lagi syaratnya bahawa tidak dia kasadkanbermain-main dengannya. Adapun jika dia kasadkan bermain-main dengannya maka batallah sembahyang dengannya sekalipun ia sedikit, selama tidak dia jahilkan batal sembahyang dengannya, kerana kata fuqaha’ bahawa tempat tidak batal sembahyang dengan perbuatan yang sekikit selama tidak dia kasadkan bermain dengannya. Intaha. 1952. Maka tatkala adalah tashfik itu sedikit dan tidak dikasadkan bermain-main dengannya hanya dikasadkan memberi tahu jua tidaklah batal sembahyang dengannya, sekalipun tashfiknya itu dengan mamalukan tapak tangan diatas tapak tangan. Inilah sekeliannya diambil dari Tuhfah dan syarah Mukhtasar Bafadhal. 1953. Jikalau lelaki menepuk tanganya dan perempuan atau khunsa mengucapkan subhanallah nescaya haruslah yang demikian itu serta menyalahi sunat. Kata syeikh Islam: murad yang demikian itu adalah membezakan diantara lelaki dan perempuan pada yang tersebut itu, bukan menyatakan hukum menjagakan yang mana jika tidak dilakukan seperti demikian itu maka ianya tidak sah, kerana bahawa mengingatkan umpama orang buta daripada jatuh kedalam suatu yang ditakuti kebinasaannya itu adalah wajib, bukan sunat, hinggakan jika umpamanya tidak terhasil mengingatkannya melainkan dengan perkataan yang membatalkan atau perbuatan yang membatalkan nescaya wajiblah melakukannya dan batallah sembahyang dengannya. 1954. Adapun hukum menjagakan imam yang lupa maka iaitu sunat dan memberi izin bagi orang yang hendak masuk maka iaitu mubah. 1955. Kedua : sengaja menambah satu rukun daripada rukun-rukun fi’li seperti rukuk atau sujud. Maka jika seorang menambah rukuk atau sujud batallah sembahyangnya jika disengajakannya dan lagi bukan kerana mutaba’ah artinya mengikut imam, sekalipun tidak beserta tama’ninah, kerana ia bermain-main jua. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : sebahagian daripada menambah rukuk itu bahawa seorang yang sembahyang duduk tunduk hingga berbetulan dahinya dengan hadapan dua lututnya sekalipun kerana menghasilkan duduk tawarruk atau duduk iftirasy kerana perkara yang membatalkan sembahyang tidak dimaafkan kerana menghasilkan sunat. 1956. Yang demikian itu tidak menafikan barang yang lagi akan datang pada tunduk kerana membunuh umpama ular kerana bahawa yang demikian itu disebabkan takutkan mudharatnya jadilah ia menempati dharurat, dan lagi akan datang dimaafkan perbuatan yang banyak kerana dharurat maka tunduk kerana membhunuh ular itu terutama dimaafkan daripadanya. 1957. Keluar dengan kata menambah rukun fi’li oleh menambah rukun qauli yang selain takbir ihram dan salam seperti mengulangi fatihah. Maka tidak batal sembahyang dengannya kerana ia tidak mengubah nazam sembahyang. Keluar dengan kata “sengaja” oleh keadaan jikalau dia menambahnya dengan lupa. Maka tidaklah batal sembahyangnya dengannya kerana nabi sawm adalah dia sembahyang zohor lima rakaat dengan lupa dan dia sujud sahwi pada akhir
sembahyangnya dan tidak dia ulangi sembahyangnya. Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim. 1958. Keluar dengan kata “bukan kerana mutabaa’ah” oleh keadaan jikalau dia menambahnya kerana mutaba’ah imam, maka tidak batal sembahyangnya dengan menambahnya, bahkan wajib diatasnya mutaba’ah itu hinggakan batal sembahyangnya dengan terkemudian daripada imamnya dengan dua rukun sepertimana kehendak itlak fuqaha’ pada keadaan yang apabila dia mengikut imam pada umpama i’tidal. Tetapi jika dia mendahului imamnya dengan satu rukun seperti bahawa dia berdiri dari sujudnya yang kedua pada hal imamnya masih lagi didalam duduk diantara dua sujud hendaklah dia duduk kerana mutaba’ah dan jangan dia sujud kerana luput mutaba’ah pada sujud yang telah selesai imamnya daripadanya. Disunatkan mutaba’ah pada keadaan yang apabila dia rukuk sebelum imamnya.* 1959. Tidak membatalkan sembahyang oleh sengaja duduk yang sedikit selepas tunduk dari i’tidal dan sebelum sujud, dan duduk yang sedikit selepas sujud tilawah, dan yang sedikit bagi masbuk yang bukanlah tempat duduknya selepas salam imamnya. Adapun sengaja duduk sebelum rukuk maka ianya membatalkan sembahyang dengan semata-mata melampaui had qiam pada sembahyang fardhu. 1960. Demikian lagi tidak membatalkan sembahyang sengaja tunduk dari qiam sembahyang fardhu kerana membunuh umpama ular, sekalipun bersangatan pada tunduknya hingga sampai kepada had rukuk atau lebih dari had rukuk yang paling sempurna. 1961. Masaalah. Jika seorang sujud diatas suatu yang kesat atau diatas tangannya lalu dia berpindah darinya kepada tempat yang lain selepas dia mengangkatkan kepalanya dengan ikhtiarnya batallah sembahyangnya samaada dia memberatkan kepalanya pada tempat sujud itu atau tidak, kerana diperolehi rupa sujud pada sekelian itu. Maka ianya bermain-main jua. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dengan mengambil faham dari kata fuqaha’ : batal sembahyang dengan sengaja menambah rukun fi’li seperti rukuk atau sujud sekalipun dengan tidak tama’ninah. Bersalahan barang yang dirajihkannya didalam syarah ‘Ubab. 1962. Keluar dengan kata “dengan ikhtiarnya” oleh keadaan yang jikalau dia sujud kepada suatu tempat maka terkena duri dahinya maka terangkat dahinya dengan tidak ikthtiarnya tidaklah batal sembahyangnya, tetapi wajib diatasnya kembali kepada sujud kerana tidak memada sujud yang pertama sebab ada perkara yang memalingkannya. 1963. Masaalah. Jikalau seorang tunduk kerana sujud tilawah maka harus dia meninggalkannya dan kembali kepada qiam. 1964. Ketiga : sengaja melanjutkan rukun yang pendek, iaitu i’tidal dan duduk diantara dua sujud. 1965. Keempat : melakukan satu perbuatan yang keji seperti melompat sekali dan memalu sekali palu yang keras. Maka batallah sembahyang dengannya sekalipun ianya dengan lupa. 1966. Kelima : melakukan perbuatan yang bukan jenis perbuatan sembahyang jika ianya banyak pada ‘uruf lagi berturut-turut pada selain sembahyang khauf dan sembahyang sunat didalam safar, seperti berjalan tiga langkah berturut-turut dan memamah tiga kali berturut-turut dan menggaru tiga kali berturut-turut serta dengan gerak tangan pada orang yang tidak ada pada tubuhnya penyakit gatal, sekalipun perbuatan yang banyak itu dengan tiga anggota seperti menggerakkan dua tangan dan kepala dengan serentak. Maka batal sembahyang dengannya, sekalipun dengan lupa kerana ia memutuskan nazam sembahyang.
1967. Adapun orang yang ada penyakit gatal sekira-kira tidak kuasa dia sabar dengan tidak bergaru maka tidaklah batal sembahyangnya dengan bergaru tiga kali berturut-turut atau lebih kerana dharurat. 1968. Bermula, pergi tangan pada tempat yang digaru dan kembalinya dengan berturut-turut dibilang sekali jua. Begitu juga mengangkatkannya kemudian meletakkannya pada tempat yang digaru. Adapun yang dibilangkan selangkah itu maka ia adalah dengan memindahkan sebelah kaki, memindahkan kakinya yang sebelah lagi dibilangkan langkah yang kedua, samaada diletakkannya berbetulan dengan sebalah kakinya yang pertama itu atau diletakkannya dihadapannya atau dibelakangnya. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syeikh Khatib Syarbini. 1969. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam syarah ‘Ubab dan syarah Mukhtasar Bafadhal bahawa jika dipindahkan kaki yang kedua dan diletakkan berbetulan dengan kaki yang dipindahkan sebelumnya maka ianya dikira selangkah bersama dengan kakinya yang terdahulu itu, dan jika ia diletakkan dihadapannya atau belakangnya maka langkah itu dikira langkah yang kedua. 1970. Adapun mengerjakan perbuatan yang sedikit pada ‘uruf dengan tidak ada kasad bermain-main dan tidak ia keji, seperti melangkah dua langkah dan memamah dua kali dan bergaru dua kali dan memalu dua kali palu yang tidak keji dan menanggalkan muza dan memakai kain dengan perbuatan yang ringan dan membuka kitab dan memahamkan apa yang didalamnya, tetapi yang demikian itu makruh, atau mengerjakan perbuatan yang banyak tetapi tidak berturut-turut, maka tidak batal sembahyang dengannya kerana bahawa nabi sawm adalah dia mendokong Umamah didalam sembahyangnya maka apabila dia sujud dia meletakkannya dan apabila dia berdiri dia mendokongnya pula. Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim. 1971. Jikalau dikasadnya memperbuat tiga perbuatan yang berturut-turut maka dia memperbuat satu daripadanya batallah sembahyangnya. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : kias yang demikian itu bahawa batal sembahyang dengan mengatakan satu huruf diatas kasad mengatakan dua huruf. 1972. Jikalau dia syak pada perbuatan adakah ianya sedikit atau banyak maka seperti sedikit jua. 1973. Adapun perbuatan yang banyak jika ianya ringan maka dihubungkan ia dengan perbuatan yang sedikit seperti beberapa gerak yang ringan yang berturutturut seperti menggerakkan sekelian jari serta tetap tapak tangannya tatkala bergaru atau tatkala membilang umpama tasbih pada sajdah, dan seperti menggerakkan kelopak mata atau bibir atau lidah atau zakar atau telinga, tetapi jika dikeluarkannya lidah dari mulutnya tiga kali berturut-turut batallah sembahyang dengannya seperti yang telah difatwakan oleh Bulqini. 1974. Terkadang disunatkan perbuatan yang sedikit seperti membunuh umpama ular. Sebahagian daripada perbuatan yang sedikit itu adalah membunuh umpama tuma. Tetapi hendaklah jangan dia menanggung bangkainya dan jangan dia menyentuhnya. Dimaafkan jika mengenainya sedikit darahnya. 1975. Haram membuang bangkai tuma atau barang sebagainya kedalam masjid dan membunuhnya pada bumi masjid sekalipun sedikit darahnya. Adapun membuang tuma yang hidup kedalam masjid dan menanamnya didalamnya maka zahir fatwa imam Nawawi adalah halal yang demikian itu, sementara zahir kalam Jawahir adalah haramnya. Maka yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah adalah yang pertama, bersalahan syeikh Ramli didalam Nihayah. 1976. Keenam : makan dan minum sekalipun sedikit, melainkan jika dia makan sedikit dengan lupakan dirinya didalam sembahyang atau bebalkan haram makan
dan minum didalam sembahyang dan diuzurkan bebalnya akan yang demikian itu kerana dia baru masuk Islam atau hidup jauh dari ulamak. Maka tidaklah batal sembahyangnya kerana uzurnya. Bersalahan makan dan minum yang banyak, maka batallah sembahyang dengannya sekalipun dengan lupanya atau dengan bebalnya. Hanya sanya makan banyak tidak membatalkan puasa kerana tidak ada bagi puasa itu kelakuan yang mengingatkan dirinya didalam puasa, maka tidak ada taksir daripadanya. Bersalahan dengan sembahyang. 1977. Apabila tetaplah bahawa makan yang sedikit itu membatalkan sembahyang dengan sengaja tidak dengan lupa maka tidak ada beza diantara bahawa ada sertanya perbuatan yang sedikit atau tidak ada sertanya yang demikian itu. Maka jika ada didalam mulutnya gula batu umpamanya maka ia hancur lalu ditelannya dengan sengaja lagi tahukan haramnya nescaya batallah sembahyangnya. 1978. Ketujuh : lalu satu rukun qauli seperti fatihah atau fi’li seperti i’tidal beserta dia syak pada niat takbir ihram seperti bahawa dia berbelah bagi adakah dia berniat didalam takbir ihram atau adakah dibawanya niat yang sempurna atau adakah dibawanya sebahagian daripada syarat-syaratnya, atau lanjut masa syak pada yang tersebut itu. Maka manakala lanjut masa syak pada yang tersebut itu atau lalu satu rukun sebelum hilang syaknya seperti bahawa syaknya menyertai satu rukun dari mulanya hingga sudahnya nescaya batallah sembahyangnya dengannya, kerana nadir seumpama yang demikian itu pada masaalah yang pertama dan kerana dia taksir dengan sebab meninggalkan daripada mengingati pada masaalah yang kedua sekalipun dia jahil. 1979. Tetapi jika hilang syaknya itu sebelum daripada lanjut masa dan sebelum daripada membawa rukun yang lain maka tidaklah batal sembahyangnya dengannya kerana banyak mendatang seumpama yang demikian itu. 1980. Keluar dengan syak oleh keadaan yang jikalau dia zankan bahawa dia didalam sembahyang yang lain. Maka tidaklah batal sembahyangnya sekalipun dia menyempurnakannya beserta zan itu, samada dia didalam sembahyang fardhu dan zan bahawa dia didalam sembahyang sunat atau dia didalam sembahyang sunat zan bahawa dia didalam sembahyang fardhu. 1981. Kelapan: kekal dia didalam satu rukun serta syak pada memperbuat rukun yang sebelumnya. Seperti dia syak didalam sujudnya pada meninggalkan i’tidal dan dengan sengaja dia meneruskan sujudnya itu dalam keadaan syak itu. Maka batallah sembahyangnya dengannya kerana yang wajib diatasnya pada ketika itu adalah kembali kepada mengerjakan apa yang disyakkannya itu dengan segera. 1982. Kesembilan : menukarkan sembahyang fardhu kepada sembahyang sunat seperti seorang masuk mengerjakan sembahyang fardhu zohor umpamanya kemudian dia jadikan sembahyang itu sembahyang sunat zohor qabliah umpamanya, maka batallah sembahyangnya dengannya, melainkan kerana uzur seperti dia hendak memperdapatkan jamaah, maka tidak batallah ia. 1983. Kesepuluh : niat memutuskan sembahyang atau berbelah bagi pada memutuskannya atau pada meninggalkannya. Maka batallah sembahyang dengannya kerana yang demikian itu menafikan jazam pada niat. Tidak disiksa seorang dengan termenang waswas yang mengerasinya sekalipun pada iman, kerana ada yang ada pada waswas itu daripada keberatan. 1984. Kesebelas : ta’lik memutuskan sembahyang dengan sesuatu sekalipun mustahil pada adat. Maka batallah sembahyang dengannya kerana ia menafikan jazam pada niat. Jikalau seorang berniat melakukan perkara yang membatalkan sembahyang tidaklah batal sembahyangnya melainkan apabila dia masuk mengerjakan yang diniatkannya itu, kerana tidak memperbuat perkara yang membatalkan itu tidak menafikan jazam pada niat, bersalahan niat memutuskan sembahyang dan ta’lik memutuskannya dengan sesuatu. Maka nyatalah
daripada yang demikian itu bahawa yang menafikan jazam pada niat itu membari bekas pada membatalkan sembahyang pada ketika itu jua dan yang menafikan sembahyang itu tidak memberi kesan pada membatalkan sembahyang melainkan pada tatkala adanya jua. 1985. Soal: jika kita ditanya orang bahawa wudhuk dan puasa dan iktikaf dan haji tidak batal dengan niat memutuskannya atau ta’lik memutuskannya dengan sesuatu maka apa perbezaan diantaranya dan diantara sembahyang? Jawab: bahawa sembahyang itu lebih picik babnya dari empat yang tersebut itu. Diambil sekelian itu dari ibarat syeikh Ibnu hajar didalam syarah Mukhtasar Bafadhal dan didalam Tuhfah. 1986. Kedua belas : kedatangan hadath didalam sembahyang. Maka batal sembahyang dengannya samaada hadath itu dengan sengaja atau tidak. Maka barang siapa sembahyang serta hadath dengan lupakannya tidaklah sah sembahyangnya, tetapi diberi pahala dia dengan kasadnya. Jikalau dia berhadath diantara dua salam tidaklah batal sembahyangnya. 1987. Ketiga belas : keguguran najis yang tidak dimaafkan pada badannya atau pada kainnya. Maka batallah sembahyang dengannya melainkan jika segera dikibarkannya kainnya yang kena najis yang kering atau segera dicarikkan kainnya yang kena najis yang basah dengan tidak tersentuh dengan tangannya maka tidaklah batal sembahyangnya. 1988. Keempat belas: terdedah aurat didalam sembahyang. Maka batallah sembahyang dengannya melainkan jika didedahkan auratnya oleh umpama angin. Maka segera ditutupnya pada ketika itu jua, maka tidaklah batal sembahyangnya dengannya. 1989. Kelima belas : memalingkan dada atau sebahagiannya dari kiblat didalam sembahyang fardhu yang selain sembahyang syiddah khauf atau didalam sembahyang sunat yang lain daripada sunat didalam safar. Maka batallah sembahyang dengannya. 1990. Keenam belas : riddah didaalam sembahyang. Ia adalah memutuskan Islam dengan mengiktikadkan iktikad yang mengkufurkan iaitu yang menjadikan kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah taala tidak asa atau tidak qadim atau barang sebagainya. 1991. Fasal pada menyatakan sitrah yang disunatkan orang sembahyang mengadapnya. Bermula, disunatkan bagi orang yang sembahyang mengadap dinding atua tiang atau barangsebagainya. Maka jika tidak diperolehnya salah satu daripada yang tersebut itu maka mengadapnya kepada tongkat yang ditegakkan atau matabenda atau barang sebagainya, dan jika tidak diperolehnya yang demikian itu maka hendaklah dia mengadap kepada musalla yang dihamprakan, artinya tempat sembahyang seperti sejadah dan tikar dan barang sebagainya. Jika tidak diperolehnya yang demikian itu maka hendaklah dia mengadap goresan yang diperbuatnya dihadapannya dengan gores bujur dari kaki kanan atau kiri kepada pihak kiblat kadar tiga hasta. Hsail sunat dengan goresan melintang tetapi goresa membujur itu terutama daripadanya. 1992. Iniah empat martabat sitrah yang sunatkan oang sembahyang mengadapnya diatas tertib yang tersebut itu. Maka jika mudah dia menghasilkan umpama jidar atau tiang maka jangnlah dia mengadap tongkat atau barang sebagainya, dan jika mudah diatasnya menghasilkan tongkat atau barang sebagainya maka janganlah dia mengadap musalla yang dihamparkan dan jika mudah dia menghasilkan musalla maka janganlah dia mengadap kepada goresan yang digoresnya kerana tidak hasil sunat melainkan memelihara tertib yang tersebut itu. Maka manakala disalahinya tertib itu seperti dikerjakannya tertib
yang kemudian serta mudah baginya menghasilkan martabat yang dahulu daridanya nescaya tidaklah kebilangan sitrah itu, adanya seperti tidak adanya jua. 1993. Tidak disyaratkan keadaan sitrah itu lebar dan disunatkan keadaan sitrah itu pada pihak kanan sekira-kira berbetulan dengan kening atau ada pihak kiri sekira-kira bebetulan dengan kening kiri seperti yang tersebut didaam syerah Muhazzab. Janganlah dijadikan sitrah itu berbetulan dengan tengah mukanya kerana ditegah daripadanya, iaitu dengan tegah karahah. Sungguhpun makruh sitrah yang sedemikian itu tetapi adalah ia kebilangan dan dihormati pada pihak haram lalu dan sunat menolak orang yang lalu. Hasil sunat bagi yang mengadapnya kerana tegah karahah itu tidak berhadap kepada diri sitrah hanya kepada pekerjaan lain diluar dirinya seperti yang mafhum daripada ibarat Tuhfah. 1994. Disyaratkan pula keadaan sitrah itu hampir dengannya seperti bahawa adalah diantara dua tumitnya dan diantara dinding atau tongkat atau hujung musalla atau hujung gores yang pada pihak kiblat itu tiga hasta atau kurang sedikit, jangan lebih daripadanya dengan hasta manusia yang sederhana, kerana bahawa tiga hasta itulah kadar yang dapat sujud didalamnya. Maka dari kerana inilah disunatkan jauh diantara dua saf itu tiga hasta jangan lebih darinya. 1995. Bersalah-salahan ulamak adakah dibilangkan kadar yang tiga hasta itu daripada tumit disisi musalla atau dari dua hujung jari kakinya, maka yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar adalah yang pertama dan yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli adalah yang kedua. Disyaratkan pula bahawa tinggi umpama jidar atau tongkat itu dua pertiga hasta atau lebih, jangan kurang daripadanya. 1996. Maka jika jauh diantara keduanya lebih daripada tiga hasta atau tingginya kurang daripada dua pertiga hasta nescaya tidak kebilanganlah sitrah itu, adanya seperti tidak adanya jua. 1997. Syahadan. Apabila seorang yang sembahyang mengadap kepada sitrah yang terebut itu serta memelihara tertibnya dan segala syaratnya dan tidak cuai dia pada pada tempat sembahyangnya nescaya hasillah baginya sunat mengadap sitrah itu. Sunat pada ketika itu baginya dan selainnya yang tidak sembahyang menolak orang yang lalu diantaranya dan diantara sitrah itu, dan haram pada ketika itu lalu diantaranya dan diantara sitrah yang dihadapannya sekalipun tidak diperolehi jalan yang lain. 1998. Soal. Jika ditanya orang : apabila haram lalu dihadapan orang sembahyang yang mengadap sitrah yang kebilangan nescaya adalah menolak orang yang lalu dihadapannya itu wajib bukan sunat kerana lalu dihadapannya itu satu yang mungkar dan tiap-tiap yang mungkar wajib diatas mukalaf yang kuasa menghilangkannya dan orang yang sembahang itu kuasa diatas menolaknya, maka betapa kiranya disunatkan menolaknya tidak wajib? 1999. Jawab. Bahawa yang dinakakan dan yang muktamad adalah tidak wajib menolaknya, diatas menyalahi kias, kerana menghormati orang yang sembahyang kerana hantaran sembahyang dan maksudnya adalah sempurna khusyuk dan tadabbur dan ketiadaan bermain-main barang sedapatnya, dan menolak orang yang lalu itu sangat menafikan yang demikian itu. Inilah sebab yang memalingkan dari wajib kepada sunat. Dengannya diperbuat teka teki maka dikatakan : pada kita ada satu mungkar yang tidak wajib menghilangkannya. 2000. Apabila orang yang sembahyang tidak mengadap kepada satu daripada sitrah atau mengadap kepadanya tetap tidak memelihara tertibnya atau memeliharanya tetapi tidak diperoleh syarat-syaratnya atau diperoleh syaratsyaratnya tetapi dia taksir pada tempat sembahyangnya itu seperti dia sembahyang ditengah jalan raya atau jalan yang picik atau pintu masjid atau pada tempat tawaf atau barang sebagainya seperti tempat yang ghalib lalu manusia padanya tatkala dia sembahang atau dia sembahyang didalam satu saf
pada hal ada lapang pada saf yang dihadapannya, maka tidaklah terhasil sunat baginya dan tidak haram lalu dihadapannya sekalipun pada tempat sujudnya, akan tetapi ianya khilaful aula. Tidak sunat menolak orang yang lalu dihadapannya, bahkan haram yang demikian itu kerana taksirnya. 2001. Adapun dalil yang menunjuk diatas sunat mengadap sitrah yang tersebut itu serta menentukan tertibnya maka iaitu mengikut perbuatan nabi sawm pada mengadap tiang dan tongkat serta hadith yang diriwayatkan oleh Hakim “ ﻭﺍﺭﺴ ﹶﺘﺘ ﺍ ﻬ ﹴﻡ ﺴ ﻭ ﹺﺒ ﻭﹶﻟ ﻡ ﹸﻜﻼﺘ ﹶﻲ ﺼ ﻓ ” artinya : berdindinglah kamu didalam sembahyang kamu dan sekalipun dengan anak panah, dan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud “ ﺇِ ﹶﺫﺍ ﺎﻩ ﻤ ﻀﺭ ﻴ ﻻ ﹶﺎ ﹸﺜﻡﺨﻁ ﺨﻁﱠ ﹶ ﻴ ﹸ ﺎ ﹶﻓ ﹾﻠﻋﺼ ﻪ ﻌ ﻤ ﻥ ﻴ ﹸﻜ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﺎ ﹶﻓِﺈﻋﺼ ﺏ ﺼ ﻴ ﹾﻨ ﺩ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺠ ﻴ ﹺ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻴﺌًﺎ ﹶﻓِﺈ ﺸ ﻪ ﹶ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ﻡ ﺎل َﺃﻤ ْ ﻌ ﺠ ﻴ ﻡ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﺼﻠﱠﻰ َﺃ ﻪﻼﺘ ﹶل ﺼ ِ ﺎﻲ ﹶﻜﻤ ﻓ ﻯ ﻪ – َﺃ ﻤ ﺎﺭ َﺃﻤ ﻤ ” artinya : apabila seorang daripada kamu hendak sembahyang maka hendaklah dia menjadikan sesuatu dihadapannya maka jika tidak didapatinya maka hendaklah dia menegakkan tongkat maka jika tidak ada sertanya tongkat hendaklah dia menggores pada hadapannya satu goresan kemudian tidak memudharatkannya apa yang lalu dihadapannya – iaitu pada sempurna sembahyangnya, kerana pada mazhab kita tidak batal sembahyang dengan sebab lalu sesuatu dihadapannya, kerana beberapa hadith yang menyatakan demikian itu. Dikiaskan dengan goresan itu akan musalla yang lebih utama daripadanya kerana ia lebih jelas daripada goresan pada menyatakan maksud. 2002. Adapun dalil yang menunjuk diatas sunat menolak orang yang lalu apabila diperolehi syaart-syarat sitrah itu maka iaitu hadith yang sahih “ ﻡ ِﺇﻟﹶﻰ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﺼﻠﱠﻰ َﺃ ِﺇﺫﹶﺍ ﻥ ﻴﻁﹶﺎ ﺸ ﻭ ﹶ ﻫ ﺎﻪ ﹶﻓِﺈ ﱠﻨﻤ ﺘ ﹾﻠ ﻴﻘﹶﺎ ﻰ ﹶﻓ ﹾﻠﻥ َﺃﺒ ﹶﻓِﺈ،ْ ﻪﺩ ﹶﻓﻌ ﻴ ﻪ ﹶﻓ ﹾﻠ ﻴ ﺩ ﻴ ﻥ ﻴ ﺒ ﺯ ﺠﺘﹶﺎ ﻴ ﻥ ﺩ َﺃ ﺤ ﺩ َﺃ ﺍﺱ ﹶﻓَﺄﺭ ﻥ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺ ﻤ ﻩ ﺭ ﺴﺘﹸ ﻴ ﻲﺀ ﺸ ” ﹶartinya : apabila seorang dari kamu sembahyang mengadap sesuat yang mendindinginya dari manusia maka seorang lain hendak lalu dihadapannya maka hendaklah dia menolaknya, maka jika dia enggan hendaklah dia tambah menolaknya kerana hanya sanya orang itu syaitan, artinya ada besertanya syaitan atau dia itu syaitan manusia iaitu orang itu manusia yang pekerjaannya syaitan. Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim. 2003. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : sabda nabi sawm “maka jika dia enggan” memahamkan bahawa lazim orang yang menolak itu mengerjakan yang termudah kemudian yang termudah diatas beransur-ansur seperti menolak orang yang menerkam, dan jangan menolaknya dengan perbuatan yang banyak lagi berturut-turut kerana jika dia menolaknya seperti semikian itu nescaya batallah sembahyangnya. Diatas yang demikian itu ditanggungkan kata fuqaha’ : tidak halal dia berjalan kepadanya untuk menolaknya. 2004. Adapun dalil yang menunjuk diatas haram lalu diantaranya dan diantara sitrah itu maka iaitu sabda nabi sawm ” ﻥ ﻹ ﹾﺜ ﹺﻡ ﹶﻟﻜﹶﺎ ِﻥﺍ ﻤ ﻴﻪ ﹶﻠﺎﺫﹶﺍ ﻋﺼﻠﱢﻰ ﻤ ﻤ ﻱ ﺍ ﹾﻟ ﺩ ﹺ ﻴ ﻥ ﻴ ﺒ ﺭ ﺎﻌﹶﻠﻡﹺ ﺍ ﹾﻟﻤ ﻭ ﻴ ﹶﻟ ﻪ ﻴ ﺩ ﻴ ﻥ ﻴ ﺒ ﻤﺭ ﻴ ﻥ ﻥ َﺃ ﻤ ﺍﻴﺭ ﺨ ﻴﻔﹰﺎ ﹶ ﺨ ﹺﺭ ﹶﻴﻥ ﻌﺭﺒ ﻑ َﺃ ﹶﻘﻥ ﻴ ”َﺃartinya : jikalau orang yang lalu hadapan orang yang sembahyang tahukan apa yang kena diatasnya daripada dosa nescaya adalah lebih baik baginya berdiri empat puluh tahun dari lalu dihadapannya. Meriwayatkanay Bhari dan Muslim dan bazzar. 2005. Syahadan. Bersalah-salahan ulamak pada tiap-tia saf sembahyang, adakah ia jadi sitrah bagi orang yang dibelakangnya? Maka yang diiktimadkan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syarah ‘Ubab bahawa setiap saf itu sitrah bagi orang yang dibelakangnya jika ia hampir lagi dikasadkan sebagai sitrah. Yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli bahawa satu saf bukanlah sitrah bagi saf yang lain seperti apa yang zahir dari kalam fuqaha’. 2006. Masaalah. Jikalau seorang sembahyang mengadap kepada sitrah yang kebilangan maka dihilangkan ia ditengah sembahyangnya nescaya haramlah diatas orang yang tahu lalu dihadapannya. Demikian lagi jika seorang
sembahyang dengan tidak mengadap sitrah kemudian diletakkan sitrah yang kebilangan dihadapannya ditengah sembahyangnya haramlah lalu diantaranya dan diantara sitrah itu kerana menilik kepada cuai yang lalu itu. Inilah yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan yang di haramkan didalam syarah ‘Ubab. 2007. Masaalah. Jikalau seorang sembahyang dibelakang saf pertama nescaya ada baginya sitrah dan jika dia sembahyang pada saf pertama nescaya tidak ada baginya sitrah maka yang mana didulukan saf pertama atau saf belakang? Kata syeikh Ibnu Hajar: setiap daripada keduanya muhtamal, akan tetapi zahir kalam fuqaha’ didulukan saf pertama. 2008. Fasal pada menyatakan apa yang makruh didalam sembahyang. Bermula, makruh berpaling muka kekanan atau kekiri didalam sembahyang kerana bahawa ia sambaran syaitan seperti yang tersebut didalam hadith yang sahih melainkan kerana hajat. Maka tidaklah makruh, seperti mana tidak makruh meleret mata kekanan atau kekiri dengan tidak berpaling muka kerana nabi sawm pernah melakukan keduanya seperti yang tersebut didalam hadith sahih. 2009. Adapun berpaling dengan dada maka ia membatalkan sembahyang. Maka ianya seperti berpaling dengan kuka yang dikasadkan dengannya bermain-main seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 2010. Makruh meletakkan tangan pada mulut kerana ditegah darinya dan lagi kerana bahawa ia menafikan gaya khusyuk, melainkan kerana hajat seperti menguap, maka sunat meletakkan tangan pada mulut kerana menolakkan syaitan kerana syaitan apabila melihat tangan diatas mulut tidaklah dia hampir kepadanya. 2011. Hasil sunat dengan meletakkan tangan diatas mulut samada dengan tangan kiri atau tangan kanan dan samaada zahir tapak tangan atau batinnya kerana sabda nabi sawm “330ل ُﺨ ﺩ ﹸ ﻴ ﻥ ﻴﻁﹶﺎ ﺸ ﻥ ﺍﻟ ﱠ ﻪ ﹶﻓِﺈ ﻴ ﻓ ﻋﻠﹶﻰ ﻩ ﺩ ﻴ ﻙ ﹺﺒ ﺴ ﻤ ﻴ ﹶﻓ ﹾﻠﻪﻼﺘ ﹶﻲ ﺼ ﻓ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﺏ َﺃ ﺀ ” ِﺇﺫﹶﺍ ﹶﺘﺜﹶﺎ artinya : apabila seorang dari kamu menguap didalam sembahyangnya hendaklah dia pegang mulutnya dengan tangannnya kerana bahawa syaitan memasukinya. 2012. Makruh menguap, maka apabila seorang yang sembahyang hendak menguap sunat dia menahaninya sekuasanya, kerana sabda nabi sawm “ ﺏ ﺀ ِﺇﺫﹶﺍ ﹶﺘﺜﹶﺎ ﻪ ﻤ ﹾﻨ ﻥ ﻴﻁﹶﺎ ﺸ ﻙ ﺍﻟ ﱠ ﺤ ﻀ ﺎﺎﻫل ﻫ َ ﻡ ِﺇﺫﹶﺍ ﻗﹶﺎ ﹸﻜﺩﻥ َﺃﺤ ﻉ ﹶﻓِﺈ ﺴ ﹶﺘﻁﹶﺎ ﺎ ﺍﻩ ﻤ ﺭﺩ ﻴ ﹶﻓ ﹾﻠﻼﺓ ﺼ ﹶ ﻭ ﻓﹶﻲ ﺍﻟ ﻫ ﻭ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ”َﺃartinya : apabila seorang dari kamu hendak menguap pada hal dia didalam sembahyang hendaklah dia menolaknya dan menahannya sekuasanya, kerana apabila seorang dari kamu mengatakan haa tatkala menguap tertawalah syaitan kerananya. Kata syeikh Ramli : tidak tertentu makruh menguap itu didalam sembahyang, bahkan diluar sembahyang seperti didalam sembahyang jua. 2013. Makruh berdiri diatas sebelah kaki seperti bahawa diangkatnya kakinya yang sebelah. Demikian lagi makruh meletakkan sebelah kaki terkedepan diatas yang sebelah lagi dan merapatkan yang sebelah dengan yang sebelah kerana yang demikian itu takalluf331 yang menganggu khusyuk, melainkan kerana uzur. Tidak mengapa meringankan sebelah kaki diatas yang sebelah lagi kerana melegakan sebab lama berdiri. 2014. Makruh menyimpul rambut atau kain sarong atau hujung serban dan menyinsing lengan baju atau kaki baju dan membalikkan rambut atau hujungnya
330 331
. ﻣﻊ ﺍﻟﺘﺸﺎﺅﺏ. . menyusahkan – membebankan – memberatkan diri sendiri.
kebawah serban332. Maka diketahui daripada kata imam Ghazali dan syeikh Ramli bahawa perempuan yang berambut panjang333 disuruhkan dengan menguraikan rambutnya dan menjulurkannya, tetapi jika ada rambutnya itu bersimpul maka tidaklah disuruhkan dia menguraikan simpulannya kerana masyaqqah.* 2015. Syahadan. Adalah makruh menyimpul dan sembahyang yang tersebut itu didalam sembahyang dan sebelum daripada sembahyang, sekalipun sembahyang itu sembahyang jenazah atau selepas bekerja.* 2016. Makruh berludah didalam sembahyang dan diluar sembahyang kehadapan, sekalipun yang berludah diluar sembahyang itu tidak mengadap kiblat. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh IbnuHajar didalam Tuhfah. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah tidak makruh bagi orang yang diluar sembahyang berludah kehadapan melainkan jika dia mengadap kiblat kerana memuliakan kiblat, demikian lagi makruh berludah kekanan kerana ditegah dari yang demikian itu oleh nabi sawm dengan sabdanya “ ﻲﻡ ﻓ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﻥ َﺃ ِﺇﺫﹶﺍ ﻜﹶﺎ ﻪﻤﺕ ﹶﻗﺩ ﺤ ﹶ ﻭ ﹶﺘ ﻱ َﺃ ﻩ – َﺃ ﺎ ﹺﺭﻴﺴ ﻋﻠﹶﻰ ﻥ ﹶﻟﻜﻪ ﻭ ﻨ ﻴ ﻤ ﻴ ﻥ ﻋ ﻻ ﹶﻪ ﻭ ﻴ ﺩ ﻴ ﻥ ﻴ ﺒ ﺯ ﹶﻗﻥ ﺒ ﻴ ﻼ ل ﹶﻓ ﹶ ﺠﱠ ﻭ ﺯ ﻋ ﻪ ﺭﺒ ﻲ ﺠ ﻴﻨﹶﺎ ﹺ ﻪ ﹶﻓِﺈﻨﱠﻼﺓ ﺼ ﹶ ”ﺍﻟ artinya : apabila seorang dari kamu didalam sembahyang maka sungguhnya dia bermunajat kepada Tuhannya azza wa jalla maka janganlah dia berludah kehadapannya dan kekanannya akan tetapi hendaklah dia berludah kekirinya, iaitu sekalipun dibawah kakinya*. Riwayat Bukhari dan Muslim. 2017. Hanyalah makruh berludah kepada pihak kanak kerana memuliakan malaikat yang dikanan. Tidak dipeliharakan malaikat yang dikiri kerana sembahyang itu adalah ibu bagi ibadat-ibadat badan maka apabila seorang masuk mengerjakannya undurlah dia darinya kepada tempat yang tidak sampai kepadanya suatu daripada ludahan itu hingga dia selesai daripada sembahyang. Maka berludah kekiri pada ketika itu hanyalah jatuh kepada Qarin jua, iaitu syaitan. 2018. Kata syeikh Damiri : sayugia dikecualikan dari makruh berludah kekanan orang yang berada didalam masjid nabi pada hal dia mengadap kiblat maka berludah kekanan terutama baginya kerana bahawa nabi sawm berada pada pihak kirinya. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Syarah ‘Ubab dan Nihayah. Seperti demikian itu barang siapa yang ada pada kirinya jamaah manusia dan tidak ada pada kanannya seorang pun daripada mereka itu, sunat baginya berludah kekanan. Bermula tempat sekelian yang tersebut itu adalah orang yang berludah diluar masjid. 2019. Adapun jika dia didalam masjid maka hendaklah dia berludah pada punca kainnya pada pihak kirinya, maka digosokkanya dengan sebahagiannya, dan jangan dia berludah kepada suatu suku daripada suku-suku masjid kerana ianya haram seperti yang telah dinyatakan oleh Nawawi didalam Majmuk dan Tahkik, kerana sabda nabi sawm “ﺎﺩ ﹾﻓ ﹸﻨﻬ ﺎﺭ ﹸﺘﻬ ﻭ ﹶﻜﻔﱠﺎ ﻴ َﺌ ﹲﺔ ﺨﻁ ﺩ ﹶ ﺠ ﺴﹺ ﻤ ﻲ ﺍ ﹾﻟﻕ ﻓ ﺎ ﹸﺒﺼ ” ﺍﻟartinya : berludah pada masjid itu satu dosa dan kifaratnya menanamnya. Artinya bahawa menanamnya memutuskan haramnya mula dari ketika itu, bukan mengangkatkannya. Demikianlah yang disebutkan syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Mukhasar Bafadhal. 2020. Wajib ingkar diatas orang yang berludah pada masjid dan diatas orang yang menggosokkan ludahnya dengan tapak seliparnya yang kena najis atau yang kena cemar jika ditakuti menajiskan atau mencemarkannya. Hasillah matlamatnya pada ingkar itu sekalipun dengan menamnya kedalam tanah masjid 332
. pada asal “makruh menyimpul rambut atau kain atau kunci serban dan meyinsing tangan baju atau kaki baju
dan membalikkan rambut atau kunci kebawah serban. Wallauhu a’lam. 333 . berkawang rambutnya. Wallahu a’lam
atau pasirnya. Bersalahan masjid yang tidak bertanah maka tidak terhasil ia dengan menggosokkan ludah itu pada pintu masjid kerana menggosokkanya padanya tidak dinamakan menanamnya, hanya ia menambah pada mencemarkannya jua. 2021. Sunat menghilangkannya dari masjid. Hanyasanya tidak wajib menghilangkannya daripada masjid serta keadaan berludah pada masjid itu haram kerana khilaf ulamak pada mengharamkannya. 2022. Bermula, tempat haram berludah didalam masjid itu jika kekal jirim ludah, tidak jika hilang jirimnya sebab bercampur dengan air kumur-kumur umpamanya. Dan lagi tempatnya jika sampai ludah itu kepada satu juzuk daripada juzuk-juzuk masjid, tidak jika ia sampai kepada ruang udara masjid pada satu bejana atau diatas sampah yang ada didalam masjid, sekalipun tidak kerana hajat. 2023. Bermula, sangkaan setengah ulamak bahawa haram berludah pada ruang udara masjid sekalipun tidak mengenai satu juzuk daripada juzuk-juzuk masjid dan haram berbuang darah pada bejana didalam masjid, dengan tidak kerana hajat keduanya didalamnya, maka iaitu tertolak tidak dapat dipegangi. Kata syeik Ramli tidak haram berludah diatas tikar masjid jika tidak ditakuti sampai suatu daripadanya kepada masjid. Iaitu tidak haram pada pihak berludah didalam masjid. Adapun pada pihak mencemarkan tikar masjid maka iaitu haram. 2024. Syahadan. Barang siapa melihat najis didalam masjid maka wajib diatasnya mengeluarkannya dari masjid dengan segera iaitu dengan wajib ‘ain jika tidak ada yang tahukannya selain dia, sekalipun ada orang yang disediakan oleh imam untuk memeriksa najis dan menghilangkannya didalam masjid itu dengan upah yang maklum. 2025. Demikian lagi makruh menyapu debu dari dahi atau dari muka dan meratakan batu pada temat sujud kerana sekelian itu menafikan kusyuk dan tawadhu’. Demikian lagi makruh meletakkan tangan diatas pinggang samaada ia tangan kanan atau kiri atau keduanya, dan samaada yang meletakkan itu lelaki atau perempuan atau khunsa kerana ditegah daripadanya. Dan lagi kerana bahawa yang demikian itu perbuatan segala kafir atau perbuatan segala orang yang takabbur dan kesenangan kafir didalam Neraka. Dan lagi kerana bahawa Iblis alaihi la’natullah tatkala diturunkan dari syurga adalah dia meletakkan tangannya diatas pinggangnya. 2026. Demikian lagi makruh merendahkan kepala daripada belakang tatkala rukuk atau meninggikannya daripadanya sekalipun tidak dengan mubalaghah kerana yang demikian itu menyalahi perbuatan nabi sawm. 2027. Demikian lagi makruh mengerjakan sembahyang serta sangat menahani kadha hajat besar atau kecil ataa menahani kentut. Terkadang haram yang demikian itu jika ia memudharatkannya. Sunat melapangkan diri daripada yang demikian itu, dan terkadang wajib ia sekalipun luput sembahyang jamaah. Bermula, tempat makruh mengerjakan sembahyang serta menahani yang tersebut itu jika luas waktu. Adapun jika picik waktu wajiblah dia mengerjakannya serta yang demikian itu jika tidak sangat memudharatkannya kerana menghormati waktu. 2028. Demikian lagi makruh mengerjakan sembahyang serta inginkan makanan atau minuman yang sudah hadhir atau yang hampir hadhir, sekira-kira jika dia sembahyang dulu daripada makan atau minum nescaya cederalah khusyu’nya kerana nabi sawm ada menyuruh mendulukan makan diatas sembahyang. Hendaklah dia makan sekadar sempurna khusyu’nya dengannya. Maka jika tidak sempurna khusyu’nya melainkan dengan makan kenyang maka hendaklah dia makan kenyang. Bermula, tempat mendulukan makan dari sembahyang itu adalah jika luas waktu. Adapun jika picik waktu maka wajib diatasnya
sembahyang dengan segera jika tidak sangat mudharat, kerana menghormati waktu. 2029. Demikian lagi makruh meninggalkan surah pada dua rakaat yang pertama, kerana khilaf ulamak pada wajibnya. Adapun membaca surah pada rakaat yang ketiga dan keempat pada sembahyang zohor dan asar dan isyak dan pada rakaat ketiga pada sembahyang maghrib maka ia bukannya menyalahi yang terutama dan menyalahi sunat sunat, hanyalah ia tidak sunat, kerana berbeza diantara menyalahi sunat dan tidak sunat. Inilah yang diiktimadkan oleh Ibnu Hajar didalam Syarah Mukhatasar Bafadhal, iaitu tidak sunat membaca surah pada tempat yang tersebut it. 2030. Melainkan pada orang yang mengikut imam pada rakaatnya yang ketiga, maka sunat dia membaca surah pada rakaat yang ketiga dan keempat sembahyang imamnya kerana kedua rakaat itu menjadi dua rakaat pertama sembahyangnya kerana apa yang didapati oleh makmum maka ia adalah awal sembahyangnya. Kemudian, jika dia tidak dapat membaca surah didalam dua rakaat yang tersebut itu maka hendaklah dibacanya surah didalam dua rakaat yang kemudian supaya tidak sunyi sembahyangnya dari bacaan surah. Jika dia mengikut imam pada rakaatnya yang kedua maka hendaklah dibacanya surah pada rakaat yang kedua dan yang ketiga sembahyang imamnya. 2031. Demikian lagi makruh bersandar didalam sembahyang kepada suatu sekira-kira jika gugur tempat kesandarannya itu nescaya gugurlah dia kerana bersalah-salahan ulamak pada sah sembahyang bersandar yang seperti demikian itu. Maka kaul yang muktamad sahlah sembahyangnya serta makruh. Tetapi tempat yang demikian itu selagi dinamakan dia berdiri seperti bahawa tidak dapat dia mengangkatkan kedua kakinya. Adapun jika sandarannya itu tidak dinamakan besandar seperti dapat dia mengangkatkan kedua kakinya maka batallah sembahyangnya. 2032. Demikian lagi makruh melanjutkan duduk istirehat lebih daripada duduk diantara dua sujud. Adapun melanjutkannya lebih dari masa yang sempurna kadar tasyahhud yang wajib maka ianya membatalkan sembahyang seperti apa yang telah lalu, bahawa melanjutkan duduk istirehat membatalkan sembahyang, sama seperti melanjutkan duduk diantara dua sujud. 2033. Makruh melanjutkan tasyahhud awal dan membaca doa didalamnya kerana dituntut meringankannya. Makruh meninggalkan doa didalam tasyahhud akhir kerana khilaf ulamak pada wajib sebahagiannya. Makruh menyertai imam pada segala perbuatan sembayang dan demikian lagi segala qaulinya, kerana khilaf ulamak pada sah sembahyangnya. 2034. Bermula, karahah ini dari sudut berjamaah adalah bahawa ia tidak diperolehi melainkan serta berjamaah. Maka ia meluputkan fadhilat jamaah, seperti tiap-tiap makruh yang dikerjakan dari sudut berjamaah seperti berdiri seorang diri diluar saf dan seperti meninggalkan lapang didalam saf yang didepan serta mudah mendatanginya dan menutupinya dan seperti tertinggi tempat makmum dari imam atau terendah daripadanya dengan tidak kerana hajat sekalipun didalam masjid, dan seperti mengikut orang yang menyalahi mazhabnya dan mengikut orang yang fasik dan yang bid’ah dan seperti mengikut orang yang sembahyang fardhu dengan yang sembahyang sunat dan yang sembahyang zohor dengan yang sembahyang asar dan ‘akas keduanya. 2035. Demikian lagi makruh menyaringkan bacaan pada tempat perlahan dan memperlahankan bacaan pada tempat nyaring, dan makruh bagi makmum membaca nyaring dibelakang imam kerana menyalahi itiba’334. 334
. pekerjaan nabi yang dikuti.
2036. Haram atas tiap-tiap seorang membaca nyaring diluar sembahyang atau didalam sembahyang jika amat mencelarukan orang yang sembahyang atau yang membaca Quran atau yang mutalaah kitab atau yang tidur atau barang sebagainya. Adapun jika tidak sangat mencelarukan maka tidaklah haram. Diatas yang demikian itulah ditanggungkan kalam Majmuk dan selainya yang mengatakan tidak haram. 2037. Demikian lagi makruh sembahyang didalam hammam. Ia adalah tempat mandian berkubah dan berdinding sekelilingnya dengan batu dan ada baginya pintu dan tidak ada baginya jendela supaya tidak masuk angin kedalamnya. Maka apabila seorang masuk kedalamnya keluarlah peluhnya seperti bertimung335. Didalamnya ada kain-kain basahan dan air panas yang mandi ramai orang dengannya dengan membayar upah kepada orang yang menggosoknya336. Adalah hammam itu banyak ujudnya didalam negeri-negeri yang besar seperti Istambul dan Syam dan Mesir, dan tidak ada di Makkah dan Madinah melainkan sedikit jua. 2038. Makruh sembahyang didalamnya kerana ia tempat syaitan-syaitan sebab ia tempat terdedah aurat. Dari kerana ini tidak makruh sembahyang diatas sutuh hammam dan didalam hammam yang baru diperbuat kerana tidak diperolehi ‘illat yang tersebut itu. Sayugia bahawa dihubungkan dengan hammam itu tiap-tiap tempat pemandian yang bertutup pada kelilingnya sekira-kira adalah ia tempat terdedah aurat sekalipun ia tidak beratap. 2039. Makruh sembahyang pada mazbalah artinya tempat membuang zabal337 dan pada majzarah artinya tempat sembelih binatang kerana sah tegahan daripadanya, dan lagi kerana apa yang ada pada keduanya daripada berbetulan dengan najis. Maka jika ia tersentuh dengan sebahagian badannya atau kainnya nescaya batallah sembahyangnya. 2040. Makruh sembahyang pada jalan raya didalam pekan atau dipadang pada ketika banyak lalu manusia padanya kerana bimbang hati dan putus khusyuk sebab lalu orang ramai padanya. Demikian lagi makruh sembahyang pada tempat tawaf dan barang sebagainya daripada tempat yang ramai orang padanya sekalipun ianya bukan jalan. Adapun jalan raya ditengah padang pada ketika sunyi dari orang maka tidak makruh sembahyang padanya. 2041. Makruh sembahyang pada wadi yang pernah rasulullah sawm dan segala sahabatnya tidur padanya meninggalkan sembahyang subuh kerana bahawa nabi sawm pergi dari wadi itu dan tidak dia sembahyang didalamnya, sabdanya bahawa pada wadi itu ada syaitan. 2042. Makruh sembahyang pada tiap-tiap wadi serta tahukan kedatangan aliran air bah didalam sembahyangnya kerana takutkan mudharat dan hilang khusyuk. 2043. Makruh sembahyang didalam kanisah, iaitu tempat ibadat kaum Yahudi dan didalam bi’ah iaitu tempat ibadat kaum Nasrani dan barang sebagainya seperti rumah berhala dan tempat-tempat maksiat seperti pasar kerana bahawa ia tempat syaitan-syaitan. 2044. Demikian lagi makruh sembahyang didalam empat ‘atan338 unta sekalipun ianya suci. Ia adalah tempat yang dihimpunkan unta padanya selepas diberi minum supaya minum pula yang lainnya. Maka apabila berhimpun sekeliannya pada tempat itu dihalaulah ia ketempat gembalaan kerana ditegah oleh rasulullah 335 336 337 338
. pada asal “ ”ﺑﺮﺗﻴﻤﻮﻍdengan nga. . pada asal “ ”ﻣﻐﻬﺮﻛﻮdengan nga. . najis haiwan. . ﻋﻄﻦ.
sawm sembahyang pada tempat itu dengan sabdanya “ ﻱ ﺽ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻐ ﹶﻨﻡﹺ –َﺃ ﺍ ﹺﺒ ﹺﻤﺭ ﻲ ﻓ ﺼﻠﱡﻭﺍ ﻥ ﻴﻁﹶﺎ ﹺ ﺸ ﻥ ﺍﻟ ﱠ ﻤ ﺕ ﻠ ﹶﻘ ﹾﺨ ﺎ ﹸل ﹶﻓِﺈ ﱠﻨﻬ ِ ﻹ ﹺﺒ ِﻥﺍ ﻋﻁﹶﺎ ﹺ ﻲ َﺃ ﻓ ﺼﻠﱡﻭﺍ ﻻ ﹸﺘ ﹶ ﻭ-ﺎﺩﻫ ﻗ ﺍﻤﺭ ” , artinya : sembahyanglah kamu pada tempat tidur kambing dan jangan kamu sembahyang pada ‘atan unta kerana bahawa ia dijadikan daripada syaitan. 2045. Dengannya diketahui perbezaan diantara kambing dan unta, bahawa unta dijadikan daripada syaitan, tersebut didalam hadhith bahawa diatas goh setiap unta ada dua syaitan, dan sembahyang itu dimakruhkan pada tempat syaitan dan bahawa kambing ada padanya keberkatan kerana tersebut didalam hadith Abu Daud dan Baihaqi bahawa kambing itu daripada binatang-binatang syurga, dan lagi pula perbezaan diantara keduanya bahawa unta itu daripada kelakuanya didalam ‘atannya adalah ianya sangat liar, maka ia mencelarukan khusyu’ orang yang sembahyang, tidak seperti demikian itu kambing. 2046. Walaubagaimanapun tidak tertentu makruh sembahyang itu dengan ‘atannya, bahkan tempat tidurnya dan tempat berkumpulnya339 pada malam dan siang itu seperti ‘atannya jua. Tetapi karahah pada ‘atan lebih dari karahah pada tempat tidurnya. Akan tetapi tidak makruh sembahyang didalam ‘atannya yang suci tatkala tidak ada unta didalamnya. 2047. Bermula, lembu dan kerbau sama seperti kambing sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Munzir. Maka ia adalah yang muktamad. Manakala pada tempat haiwan itu ada najis maka tidak ada beza diantara unta dan selainnya pada pihak makruh sembahyang didalamnya, tetapi karahah pada unta ketika itu kerana dua ‘illat dan karahah pada selainnya kerana satu ‘illat jua. 2048. Demikian lagi makruh sembahyang pada perkuburan yang suci iaitu yang tidak digali340 atau yang digali tetapi dihamparkan hamparan yang suci diatasnya, kerana sabda nabi sawm “ﺩ ﺠ ﺎ ﹺﻤﺴ ﺭ ﻭ ﺒ ﺨﺫﹸﻭﺍ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘ ﻻ ﹶﺘ ﱠﺘ ” ﹶartinya : jangan kamu jadikan kuburan itu sebagai masjid. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﺼﻠﱡﻭﺍ ﻻ ﹸﺘ ﹶﻭ ﹺﺭ ﻭ ﺒ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘ ﻭﺍﻠﺴﺠ ﻻ ﹶﺘ ﹶ ﺎﻴﻬ ”ِﺇﹶﻟartinya : jangan kamu duduk diatas kubur dan jangan kamu sembahyang mengadap kepadanya. 2049. Bermula, ‘illat karahah itu berbetulan341 dengan najis samaada najis itu dibawahnya atau dihadapannya atau dikanannya atau dikirinya. Telah dinaskan oleh imam Syafi’e didalam Umm. Dari kerana itulah tidak ada beza karahah itu diantara kubur yang digali serta dengan berlapik dan yang tidak bergali, dan tidak diantara kubur yang lama dan yang baru seperti ditanam pada tempat itu satu mayat jua, hingga apabila ditanam satu mayat didalam masjid adalah hukumnya seperti yang demikian itu jua. Hilanglah karahah itu apabila tidak diperolehi berbetulan dengannya seperti bahawa najis itu jauh darinya pada ‘uruf. 2050. Dikecualikan daripada yang demikian itu kuburan nabi-nabi sawm apabila tidak ditanam pada tempat itu selain mereka itu. Maka tidaklah makruh sembahyang padanya kerana Allah taala mengharamkan bumi memakan tubuh mereka itu, dan lagi kerana mereka itu hidup didalam kubur mereka dan sembahyang didalamnya. Dihubungkan dengan kubur nabi-nabi itu akan kubur para syuhada’, iaitu mereka yang mati syahid sebab perang dengan kafir kerana meninggikan kalimah Allah taala, kerana mereka itu hidup didalam kubur mereka. 2051. Bermula tempat makruh sembahyang ada segala tempat-tempat yang tersebut itu selama tidak ditakuti keluar waktu. Adapun jika ditakuti keluar waktu apabila dia tidak sembahyang pada tempat itu maka tidaklah makruh dia sembahyang pada tempat-tempat yang tersebut itu. 339 340 341
. pada asal “”ﺑﻮﻟﻮﻛﻒ. Wallahu a’lam. . iaitu dibongkar. Ibarat arabnya “”ﻧﺒﺶ. . iaitu setentang.
2052. Soal. Jika ditanya orang : kenapa tegahan sembahyang pada tempattempat yang tersebut itu tidak menghendaki binasa sembahyang sepertimana tegahan sembahyang pada waktu yang ditegah sembahyang padanya menghendaki binasa sembahyang, maka apa beza diantara keduanya? 2053. Jawab. Kerana pergantungan sembahyang dengan waktu lebih kuat dari pergantungannya dengan tempat, kerana bahawa syari’ telah menjadikan bagi sembahyang beberapa waktu yang tertentu, tidak sah ia pada waktu yang selainnya, maka adalah cedera pada waktu-waktu itu lebih keras, bersalahan dengan tempat. Maka sahlah sembahyang pada sekelian tempat sekalipun yang dirampas, kerana bahawa tegahan sembahyang pada tempat tempat yang tersebut itu mengadap kepada pekerjaan yang diluar diri sembahyang yang boleh tertanggal daripadanya, sama seperti sembahyang dengan kain sutera. Maka tegah itu tidak menghendaki sembahyang. 2054. Adapun tempat kubur yang najis maka tidak sah sembahyang padanya dengan tidak berlapik. 2055. Demikian lagi makruh sembahyang diatas ka’bah kerana ia sangat jauh dari adab pada menghormati dan memuliakan ka’bah yang mulia itu. 2056. Demikian lagi makruh bagi yang sembahyang menilik kelangit kerana sabda nabi sawm “ * ﻡ ﻫ ﺭ ﺎﺒﺼ ﻥ َﺃ ﺨ ﹶﺘ ﹶﻔ ﻭ ﹶﻟ ﹸﺘ ﹾ ﻥ َﺃ ﻴ ﹶﻨ ﹶﺘﻬﹺ ﻡ ﹶﻟ ﻬﹺﻼﺘ ﹶﻲ ﺼ ﻓ ﺀ ﺎﺴﻤ ﻡ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﻫ ﺭ ﺎﺒﺼ ﻥ َﺃ ﻭ ﻌ ﺭ ﹶﻓ ﻴ ﻡ ﺍل َﺃ ﹾﻗﻭ َ ﺎﺎ ﺒ” ﻤ artinya : apa halnya beberapa kaum, mereka mengangkatkan penglihatan mata mereka kelangit didalam sembahyang mereka. Hendaklah mereka itu berhenti darinya atau dihilangkan penglihatan mata mereka itu, iaitu jika mereka tidak berhenti daripadanya. Riwayat Bukhari. 2057. Tersebut didalam hadith yang sahih bahawa adalah nabi sawm mengangkatkan penglihatan matanya kelangit, maka tatkala turun awal surah Mukminin maka dia menundukkan kepalanya yang mulia didalam sembahyangnya. 2058. Demikian lagi makruh sembahyang pada tempat yang bertulis atau diatasnya atau mengadap kepadanya atau dengan kain yang bertulis dengan rupa haiwan atau selainnya yang melalaikan hati dari sembahyang, kerana nabis sawm adalah dia sembahyang dengan kain yang bertulis maka tatkala dia selesai daripada sembahyang dia bersabda, demikianlah sabdanya “ ﻭﺍﻫﺒ ِﺇ ﹾﺫ.ﻩ ﺫ ﻫ ﻡ ﻼ ﻋﹶ ﻲ َﺃ ﻨ ﻬ ﹾﺘ َﺃ ﹾﻟ ﻪﻴﺘ ﺎ ﹶﻨﻲ ﺒﹺﺎ ﹾﻨ ﹺﺒﺠ ﻨ ﻭ ﻭ ْﺃ ﹸﺘ ﻬ ﹴﻡ ﺠ ﻲ ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ َﺃ ﹺﺒ ” ﹺﺒﻬartinya : telah melalaikan aku tulisan-tulisan kain ini, bawalah ia pergi kepada Abu Jahm dan bawa oleh kamu kepada aku kain yang bernama inbijaniah-nya. Riwayat Bukhari dan Muslim. 2059. Demikian lagi makruh sembahyang mengadap muka manusia kerana ia melalaikan hati dan khusyu’. Demikian lagi makruh sembahyang tatkala sangat hendak tidur kerana hilang khusyu ketika itu. Tetapi tempatnya jika masih luas waktu dan ghalib zannya akan terjaga dari tidurnya dan didapatinya sembahyag dengan sempurna didalam waktunya. Maka haruslah tidur pada ketika itu. Jika picik waktu dan tidak ghalib diatas zannya akan terjaga dari tidurnya didalam waktu atau tidak didapatnya sembahyang didalam waktunya dengan sempurna maka tidaklah makruh sembahyang pada ketika itu, bahkan wajib dia sembahyang dan haram tidur pada ketika itu. Wallahu a’lam 2060. Fasal pada menyatakan sujud sahwi. Bermula, sunat menyatakan sujud sahwi pada sembahyang fardhu dan sembahyang sunat dengan salah satu daripada empat sebab. 2061. Pertamanya : meninggalkan salah satu daripada sunat-sunat ab’ad, samaada ditinggalkan ia dengan lupa atau dengan sengaja. Iaitu seperti meninggalkan tahiyyat awal atau suatu kalimah daripadanya. Maka yang dikehendaki dengan tahiyyat awal itu adalah lafaz yang wajib dibaca pada tahiyyat akhir. Atau meninggalkan qunut subuh atau qunut witir pada setengah
yang kedua daripada bulan ramadhan atau satu kalimah daripadanya, atau meninggalkan duduk tahiyyat342 awal atau meninggalkan berdiri qunut atau meninggalkan selawat atas nabi sawm kemudian daripada tahiyyat awal atau meninggalkan duduknya atau meninggalkan selawat atas nabi kemudian daripada qunut atau meninggalkan berdirinya atau meninggalkan selawat atas keluarga nabi kemudian daripada tahiyyat akhir atau meninggalkan duduknya atau meninggalkan selawat atas keluarga nabi kemudian daripada qunut atau meninggalkan berdirinya, kerana tersebut didalam hadith riwayat Bukhari : bahawa nabi sawm adalah dia berdiri daripada dua rakaat daripada sembahyang zohor, iaitu meninggalkan tahiyyat awal, dan tidak dia duduk, iaitu kerana memperdapatkannya, kemudian maka dia sujud sahwi pada akhir sembahyangnya dan dahulu daripada salam dua kali sujud. Dikiaskan dengan tahiyyat awal barang yang lainnya daripada sunat ab’ad yang tersebut itu. 2062. Keduanya mengerjakan perbuatan yang tidak membatalkan sembahyang dengan lupa tetapi membatalkan sembahyang dengan sengaja, seperti berkatakata yang sedikit atau makan yang sedikit, atau menambah rukun fi’li seperti rukuk dan sujud dan seperti memanjangkan rukun yang pendek seperti i’tidal dan duduk diantara dua sujud dan seperti menambah rakaat. Maka sunatlah baginya sujud sahwi pada akhir sembahyangnya kerana lupanya akan salah satu daripada yang tersebut itu, kerana tersebut didalam hadith Bukhari dan Muslim bahawasanya nabi kita Muhammad sawm sembahyang zohor lima rakaat dengan lupanya kemudian maka dia sujud sahwi pada akhir sembahyangnya. 2063. Dikiaskan dengan menambah rakaat dengan lupa yang tersebut didalam hadith itu akan apa yang selainnya daripada sekelian yang tersebut itu. 2064. Adapun mengerjakan perbuatan yang membatalkan sembahyang dengan lupa seperti berkata-kata yang banyak atau perbuatan yang banyak maka tidaklah dikerjakan sujud sahwi dari kerana ia berada diluar sembahyang. 2065. Demikian lagi tidak sunat sujud sahwi kerana mengerjakan perbuatan yang tidak membatalkan sembahyang dengan lupa dan tidak dengan sengaja seperti berpaling muka kekanan atau kekiri dan seperti melangkah selangkah atau dua langkah. 2066. Ketiganya : membaca rukun qauli yang lain daripada takbir ihram dan salam atau membaca sunatnya pada yang lain daripada tempatnya dengan sengaja atau dengan lupa, seperti membaca fatihan atau surah didalam rukuk atau i’tidal dan seperti membaca qunut didalam rukuk dan seperti membaca tahiyyat pada duduk antara dua sujud dan seperti membaca selawat didalam rukuk, maka disunatkan sujud sahwi sebab memindahkan salah satu daripada segala yang tersebut itu kerana meninggalkan pelihara yang disuruh dengannya. 2067. Adapun membaca surah dahulu daripada fatihah atau membaca selawat dahulu daripada tahiyyat maka tidak disunatkan sujud sahwi kerananya, kerana berdiri itu tempat bagi surah dan duduk itu tempat bagi selawat. Maka tidak dinamakan memindahkan daripada tempatnya. 2068. Adapun memindahkan takbir ihram dan salam dengan sengaja maka iaitu membatalkan sembahyang jua. 2069. Masaalah : jika dibacanya tasbih yang didalam rukuk atau yang didalam sujud pada tempat yang lain adakah disunatkan sujud sahwi atau tidak? Bersalah-salahan ulamak. Kata Asnawi disunatkan baginya sujud sahwi, dan mengikutnya syeikh Islam didalam syarah Minhaj. 342
. Penjelasan : tahiyyat satu sunat dan berdiri pada tahiyyat satu sunat yang tersendiri. Faedahnya jelas bila
seorang tidak tahu membaca tahiyyat, maka sunat dia berdiri kadar bacaan tahiyyat. Begitu juga pada qunut dan selawat.
2070. Keempatnya : syak pada meninggalkan satu sunat ab’ad daripada sunatsunat ab’ad yang tersebut itu, seperti dia syak pada meninggalkan qunut atau tahiyyat awal atau barang sebagainya. Maka hendaklah dia sujud sahwi. Tetapi jika dia syak pada mengerjakan perbuatan yang ditegah yang dijabar dengan sujud sahwi seperti berkata-kata yang sedikit dengan lupa maka tidaklah dia sujud sahwi, kerana asalnya adalah tidak mengerjakannya. 2071. Jika seorang meninggalkan satu ab’ad atau mengerjakan apa yang menghendaki sujud sahwi kemudian maka dia syak pada akhir sembahyangnya sudahkah dia sujud sahwi atau belum hendaklah dia sujud sekali lagi, kerana asalnya adalah tidak ada sujud343. 2072. Demikian lagi jika dia syak pada meninggalkan rukuk atau sujuk atau satu rakaat maka hendaklah diperbuatnya kemudian maka dia sujud sahwi, sekalipun hilang syaknya sebelum salam. Maka jika didalam sembahyang yang empat rakaat : tiga rakaatkah yang sudah atau empat rakaat, maka wajib atasnya mengambil yang yakin dengan menjadikan sembahyang itu tiga rakaat dan menambah satu rakaat lagi, kerana bahawasanya asalnya ketiadaan memperbuatnya. Kemudian maka dia sujud sahwi, sekalipun hilang syaknya kemudian daripada salam, seperti bahawa dia ingat bahawa ianya adalah rakaat yang keempat. 2073. Demikianlah hukum tiap-tiap rakaat yang disembahyangkan dengan syak dan diihtimalkan lebihnya, hendaklah dia sujud sahwi kerana syaknya pada lebih rakaat itu, sekalipun syak itu hilang sebelum salam. Melainkan jika syaknya itu hilang sebelum daripada membawa rakaat yang diihtimalkan344 lebihnya, maka tidaklah dia sujud sahwi kerana rakaat yang diperbuatnya itu wajib diatas tiap-tiap keadaan, maka tidak memberi bekas oleh syak didalamnya. 2074. Mithalnya adalah umpama seorang yang sembahyang empat rakaat syak didalam rakaat yang ketiga: adakah rakaat ini yang ketiga atau yang keempat, lalu dia ingat didalam rakaat ketiga itu juga, iaitu sebelum dia berdiri bagi rakaat keempat, bahawa rakaat itu adalah rakaat ketiga jua, tidaklah dia sujud sahwi, dari kerana apa yang dibawanya beserta syak itu adalah wajib diatas tiap-tiap andaian. Bersalahan jika dia ingat kemudian daripada berdiri pada rakaat yang keempat bahawa rakaat yang ketiga adalah rakaat yang sebelum daripada rakaat ini, hendaklah dia sujud sahwi kerana syaknya ketika dia berdiri kepada rakaat yang keempat itu pada lebihnya yang diihtimalkan.345 Tetapi jika dia ingat bahawa rakaat itu rakaat kelima wajib atasnya duduk dengan segera lalu dia membaca tahiyyat jika belum dibacanya, kemudian maka dia sujud sahwi. 2075. Masaalah: apabila seorang syak pada bilangan rakaat sembahyangnya adakah sudah genap atau kurang wajib diatasnya mengambil yang yakin dengan menjadikan sembahyangnya itu kurang serakaat serta menambah serakaat lagi, kerana tidak harus baginya pada ketika itu memakai zannya346 akan genapnya atau kurangnya. Tidak harus dia menurut kata orang lain atau perbuatan orang lain pada genapnya atau kurangnya atau lebihnya, sekalipun orang itu ramai, melainkan jika ada ramaiknya sampai kepada bilangan tawatir, sekira-kira hasil pengetahuan yang dharuri347 akan genapnya atau kurangnya dengan kata orang
343
. iaitu belum sujud.
344
. boleh ditanggung, berkemungkinan betul.
345 346 347
. ﻣﻚ ﺳﺮﺍﺱ ﺍﻯ ﳑﺒﻮﺃ ﺭﻛﻌﺔ ﻳﻎ ﻟﺒﻪ ﺩﻏﻦ ﺗﻘﺪﻳﺮ. . zan iaitu berat rasa hati. . yang didapati dengan mudah.
atau perbuatan orang itu. Maka pada ketika itu hendaklah diturutnya kata atau perbuatan mereka itu. 2076. Kerana tersebut didalam hadith riwayat Muslim sabda nabi sawm “ ﻙ ﺸ ِﺇﺫﹶﺍ ﹶ ﻡ ﺴﱢﻠ ﻴ ﻥ ل َﺃ َ ﺒ ﻴﻥﹺ ﹶﻗ ﹶﺘﺠﺩ ﺩ ﺴ ﺠ ﺴ ﻴ ﻥ ﹸﺜﻡ ﻴ ﹶﻘ ﺴ ﹶﺘ ﺎ ﺍﻋﻠﹶﻰ ﻤ ﻥ ﺒ ﹺ ﻴ ﻭ ﹾﻟ ﻙ ﺸ ﺭﺡﹺ ﺍﻟ ﱠ ﻁ ﹾﺎ ﹶﻓ ﹾﻠﻴﺒﻌ ﺭ ﻡ َﺃ ﻼﺜﹰﺎ َﺃ ﺼﻠﱠﻰ ﹶﺜ ﹶ ﺩ ﹺﺭ َﺃ ﻴ ﻡ ﹶﻓﹶﻠﻪﻼﺘ ﹶﻲ ﺼ ﻓ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ َﺃ ﻊﹺﺭﺒ ﻷ َ ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻬﻤ ﻴ ﹶﻨ ﺒ ﺱ ﻭ ﹺ ﺠﹸﻠ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻩ ﻤ ﹶﻨﺘﹶﺎ ﻀ ﺎ ﹶﺘﻭﻤ ﻥ ﺩﺘﹶﺎ ﹺ ﺠ ﺴ ﺎ ﺍﻟﺩ ﹾﺘﻬ ﺭ ﻱ ﻪ َﺃ ﻼ ﹶﺘ ﹶﻪ ﺼ ﹶﻟﻌﻥ ﺸ ﹶﻔ ﺎ ﹶﻤﺴ ﺨ ﺼﻠﱠﻰ ﹶ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ” ﹶﻓِﺈ, artinya : apabila seorang dari kamu syak didalam sembahyangnya lalu dia tidak tahu adakah dia sudah sembahyang tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah dibuangnya syak itu dan dia menyambung diatas apa yang dia yakinkan, kemudian dia sujud dua sujud sebelum dia memberi salam, maka jika dia telah sembahyang lima rakaat nescaya ia menggenapkan sembahyangnya baginya. Iaitu dua sujud itu dan apa yang terkandung padanya mengembalikannya kepada empat rakaat. Dari kerana sujud sahwi itu menampal apa yang cedera didalam sembahyang sebablebih atau kurang. 2077. Masaalah: jika imam atau munfarid348 lupa tahiyyat awal dirinya sendirinya atau serta duduknya kemudian dia ingat selepas berdiri tegak maka janganlah dia kembali duduk untuk tahiyyat itu kerana dia sudah masuk mengerjakan rukun maka tidak harus meninggalkan rukun kerana mengerjakan sunat. Maka jika dia kembali kepada duduk tahiyyat itu dengan sengaja lagi tahukan haramnya nescaya batallah sembahyangnya. Tetapi jika dia kembali dengan lupa atau dengan jahilkan haram kembali itu maka tidaklah batal sembahyangnya hanya wajib atasnya berdiri apabila dia iangat atau tahukan haramnya dan sujud sahwi sebelum salamnya. Inilah perintah imam atau munfarid. 2078. Adapun makmum maka jika imamnya berdiri meninggalkan tahiyyat awal wajib atasnya mengikut imamnya itu pada berdiri kerana jika dia tertinggal dari mengikut imamnya kerana membaca tahiyyat dengan sengaja lagi tahukan haramnya nescaya batallah sembahyangnya. 2079. Jika makmum itu mengikut imamnya berdiri meninggalkan tahiyyat awal kemudian imamnya kembali duduk tahiyyat maka janganlah dia mengikutnya pada duduk itu kerana duduk imamnya itu tidak sunyi ada kalanya dengan sengaja maka iaitu batal sembahyangnya atau dengan lupa maka tidak harus mengikutnya. Maka pada ketika itu hendaklah makmum itu berniat mufarakah atau menanti didalam qiamnya, tetapi berniat mufaraqah terlebih baik daripada menanti. Jika makmum itu mengikut imamnya pada duduk dengan sengaja lagi tahukan haramnya maka batallah sembahyangnya. 2080. Masaalah: jika makmum berdiri meninggalkan tahiyyat awal sedangkan imamnya duduk membaca tahiyyat awal, maka ditilik jika dia berdiri kerana lupa nescaya tidak kebilanganlah perdiriannya itu, maka wajiblah diatasnya kembali duduk mengikut imamnya, kerana jika dia tidak kembali dengan sengajanya lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya. Jika berdirinya itu dengan disengajakannya nescaya sunat baginya kembali mengikut imamnya. 2081. Jika imam atau munfarid teringat bahawa dia meninggalkan tahiyyat awal sebelum dia berdiri tegak sunat baginya kembali kepada duduk membaca tahiyyat, dari kerana ia belum lagi masuk mengerjakan rukun, dan dia sujud sahwi jika ada mula kembalinya itu lebih hampir kepada berdiri, dari kerana sengaja membuat yang demikian itu membatalkan sembahyang. Bersalahan jika mula kembalinya itu lebih hampir kepada duduk atau bersamaan hampirnya kepada berdiri dan duduk maka tidaklah dia sjud sahwi kerana sengaja membuat yang demikian itu tidak membatalkan sembahyang. 2082. Kalau imam atau munfarid meninggalkan tahiyyat awal dengan sengaja kemudian jika dia kembali duduk dengan sengaja lagi tahukan haramnya batallah 348
. iaitu orang yang sembahyang sendirian.
sembahyangnya jika mula kembalinya itu lebih hampir kepada berdiri. Jika ianya lebih hampir kepada duduk atau sama hampirnya kepada duduk dan berdiri maka tidaklah batal sembahyangnya. 2083. Masaalah : jika seorang tersalah membawa tahiyyat awal, seperti dibawanya pada rakaat yang lain daripada tempatnya, maka wajiblah segera dia berdiri kemudian maka hendaklah dia sujud sebelum salamnya. Jika dia sengajakan tahiyyat yang salah itu dan menyempurnakannya serta tahukan haramnya maka batallah sembahyangnya. 2084. Demikian lagi jikalau imam atau munfarid lupa qunut maka dia ingatkannya selepas meletakkan dahinya kepada tempat sujud, janganlah dia kembali berdiri membaca qunut itu kerana dia sudah masuk pada mengerjakan fardhu. Maka jika dia kembali berdiri dengan sengaja lagi tahukan haramnya, batallah sembahyangnya. Jika dia kembali kepadanya dengan lupa atau jahilkan haramnya maka tidaklah batal sembahyangnya, tetapi wajib dia tunduk kepada sujud bila dia ingat atau tahukan haramnya. Jika dia ingatkan qunut sebelum meletakkan dahinya kepada tempat sujud sunat dia kembali berdiri untuk membaca qunut dan sujud sahwi sebelum salamnya jika tunduknya itu lebih hampir kepada had rukuk. Jika tunduknya itu lebih hampir kepada berdiri atau sama hampirnya kepada keduanya maka tidaklah sunat sujud sahwi. Inilah perintah imam dan munfarid. 2085. Adapun makmum jika imamnya meninggalkan qunut maka hendaklah dia mengikutnya pada meninggalkannya. Kata syeikh Ibnu Hajar: tetapi harus bagi makmum disini ketinggalan daripada imamnya kerana membaca qunut sekira-kira jangan terkemudian darinya dengan dua rukun fi’li. 2086. Syahadan. Jika imam yang meninggalkan qunut kembali berdiri sesudah dia meletakkan dahinya kepada tempat sujudnya janganlah makmum itu mengikutnya pada kembalinya itu, hanya hendaklah dia berniat mufarakah atau menanti didalam sujudnya, tetapi meniatkan mufarakah itu lebih baik dari kerana kembali imam itu jika ia dengan disengajakan lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya, dan jika ia dengan lupa atau dengan jahilkan haramnya maka tidak harus si makmum itu mengikutnya. 2087. Jika makmum meninggalkan qunut lalu dia sujud sedangkan imamnya masih didalam membaca qunut maka ditilik jika dia meninggalkannya dengan lupa tidak kebilanganlah sujud yang dibuatnya itu lagi wajib atasnya kembali berdiri mengikut imamnya, kerana jika dia tidak kembali berdiri pada hal dia tahukan haramnya lagi disengajakannya nescaya batallah sembahyangnya. Jika makmum meninggalkan qunut dengan sengaja sunatlah dia kembali berdiri mengikut imamnya. 2088. Masaalah: tidak batal sembahyang jika dia syak selepas salamnya pada meninggalkan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang, melainkan jika dia syak pada niat dan takbir ihram, maka batallah sembahyangnya dan wajib atasnya mengulangi sembahyangnya. 2089. Demikian lagi jika dia syak adakah dia berniat fardhu atau berniat sunat atau adakah dia sembahyang atau tidak, maka batallah sembahyangnya. Demikian lagi kalau dia syak kemudian daripada salamnya pada niat qudwah349 pada selain sembahyang jumaat. Maka tidaklah batal sembahyang dengannya. 2090. Hanyalah tidak memberi mudharat oleh syak selepas selesai puasa pada niatnya kerana masyaqqah kembali puasa kepadanya, dan lagi kerana bahawa dimaafkan pada niat puasa apa yang tidak dimaafkan pada niat sembahyang.
349
. ikut – ikutan.
2091. Syahadan. Hendaklah makmum sujud sahwi kerana lupa imamnya yang suci daripada hadath, sekalipun lupanya itu sebelum daripada dia mengikutnya, dan sekalipun imamnya meninggalkannya atau berhadath sebelum daripada dia menyenyempurnakan sembahyangnya, dari kerana lupa imam yang suci daripada hadath menghubungi makmum. Bersalahan jika imamnya itu berhadath maka tidaklah ia menghubunginya. 2092. Maka bila imam yang suci daripada hadath sujud sahwi wajiblah atas makmumnya mengikut sujud itu samaada makmum itu muafik atau masbuk, sekalipun makmum itu jahilkan lupa imamnya itu, kerana jika makmum tertinggal daripada mengikut sujud dengan sengaja lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya, melainkan jika makmum tahu bahawa imamnya itu salah pada membawa sujud sahwi itu350. Maka janganlah dia mengikutnya pada sujud yang salah itu. Tetapi lupa imamnya pada mengerkajakan sujud sahwi yang salah itu menghubungi makmum, maka hendaklah dia sujud sahwi kemudian daripada salam imamnya. 2093. Masaalah: jika makmum mengikut imamnya pada sujud sahwi maka diketahui oleh makmum itu didalam sujudnya bahawa imamnya itu tersalah pada sujudnya nescaya wajiblah makmum itu kembali kepada duduk. Kemudian jika dikehendakinya mufaraqah daripada imamnya itu hendaklah dia berniat mufaraqah dan sujud sahwi, dan jika dia hendak menanti salam imamnya maka hendaklah dia menantinya dan sujud sahwi kemudiannya. 2094. Syahadan. Jika makmum lupa didalam mengikut imamnya yang suci daripada hadath janganlah dia sujud sahwi kerana lupa dirinya, kerana lupanya itu ditanggung oleh imamnya pada ketika dia mengikutnya. Adapun imamnya yang berhadath maka dia tidak menanggung lupa makmumnya. Adapun lupa makmum yang sebelum daripada mengikut imamnya maka tidak ditanggung oleh imamnya. 2095. Kalau makmum menyangka imamnya sudah memberi salam maka dia memberi salam, kemudian ternyata imamnya itu belum lagi memberi salam, maka hendaklah makmum itu memberi salam pula serta imamnya dan tidak dia sujud sahwi kerana lupanya ditanggung oleh imamnya. 2096. Demikian lagi jika makmum lupa rukuk atau barang sebagainya, maka hendaklah dia menambah serakaat lagi selepas salam imamnya dan janganlah dia sujud sahwi, samaada dia ingat sebelum daripada salam imamnya atau selepasnya, kerana lupanya itu ditanggung oleh imamnya. Tetapi jika makmum yang masbuq memberi salam dengan lupa selepas salam imamnya maka hendaklah dia sujud sahwi, kerana lupanya itu selepas daripada sudah putus ikutannya akan imamnya. 2097. Demikian lagi jika makmum ingat didalam tahiyyat akhir bahawa dia telah meninggalkan satu rukun yang lain daripada niat dan takbir ihram, maka hendaklah dia berdiri membawa serakaat lagi. Tetapi tidak harus dia berdiri membawa yang serakaat itu melainkan selepas imamnya selesai, kerana jika dia berdiri sebelum salam imamnya dengan sengaja lagi tahukan haramnya nescaya batallah sembahyangnya, dan jika dia berdiri dengan lupa atau dengan jahilkan haramnya tidaklah batal sembahyangnya tetapi sia-sia perbuatan yang dibuatnya dan wajib dia kembali duduk, sekalipun imamnya itu sudah memberi salam. Kemudian daripada salam imamnya maka hendaklah dia berdiri membawa yang serakaat lagi itu. Janganlah dia sujud sahwi kerana lupanya itu ditanggung oleh imamnya.
350
. iaitu dia sujud sahwi tanpa ada sebab yang menuntutnya.
2098. Tetapi jika dia syak pada meninggalkan satu rukun yang lain daripada niat dan takbir ihram maka hendaklah dia membawa serakaat kemudian daripada salam imamnya dan sujud sahwi kerana apa yang dibuatnya beserta dengan syak itu diihtimalkan lebihnya. 2099. Apabila imam sujud sahwi maka wajib atas makmum mengikut imamnya itu pada sujud sahwi itu. Maka jika makmum itu masbuk wajiblah dia mengikut imamnya pada sujud sahwi jika dia sujud sahwi. Sunat bagi yang masbuk itu sujud sahwi pada akhir sembahyangnya kerana akhir sembahyangnya itulah tempat sujud sahwinya. Adapun sujudnya yang dahulu itu maka bukan tempat sujudnya hanya dibawanya kerana mengikut jua. 2100. Syahadan. Sujud sahwi itu sekalipun banyak lupa adalah dengan dua sujud sahaja, sama seperti sujud sembahyang. Maka tidak dapat tidak daripada niat sujud sahwi didalam hati. Tempat sujud itu kemudian daripada tahiyyat akhir dan dahulu daripada salam351. 2101. Luput sujud sahwi dengan sengaja memberi salam seperti bahawa dia ingatkan sujud sahwinya lagi tahu bahawa tempatnya sebelum salam maka disengajakannya memberi salam. 2102. Demikian lagi luput sujud sahwi dengan sebab memberi salam dengan lupa, jika dia ingatkannya selepas daripada masa yang lanjut pada adatnya. Maka jika dia ingatkannya selepas daripada masa yang singkat maka sunat dia kembali membawa sujud sahwi tanpa takbir ihram352, dengan syarat jika tidak datang keatasnya apa yang menafikan sembahyang. 2103. Maka jika datang keatasnya selepas salamnya apa yang menafikan sembahyang seperti keluar waktu jumaat selepas salam orang yang sembahyang jumaat atau niat mukim orang yang sembahyang qasar selepas salamnya atau habis safarnya dengan sampai perahunya selepas salamnya atau nampak air oleh orang yang tayammum selepas salamnya atau habis masa menyapu muza selepas salamnya, janganlah dia sujud pada sekelian rupa masaalah yang tersebut itu, kerana apabila dia meletakkan dahinya kepada tempat sujud maka jadilah dia masuk semula kedalam sembahyang, maka wajib dia mengulang salam selepas daripada sujudnya. Jika datang suatu yang membatalkan sembahyang selepas daripada sujudnya dan sebelum salamnya maka batallah sembahyangnya. 2104. Jadilah sembahyang jumaat sebagai sembahyang zohor bila keluar waktunya selepas sujud sahwi itu. Kata Bughawi: sujud pada rupa masaalah ini haram diatas orang yang tahukan hal ini kerana dia meluputkan jumaat dengan sujud serta dia dapat menghasilkannya dengan meninggalkan sujud itu. 2105. Fasal pada menyatakan sujud tilawah. Sujud tilawah itu sunat bagi orang yang membaca ayat sajdah dan bagi orang yang mendengarnya, samaada dia mendengarnya dengan kasad atau tidak. Lebih muakkad sunat sujud bagi orang yang mendengar daripada sunat sujud orang yang membacanya, tetapi muakkadnya bagi yang mendengar dengan tidak ada kasad tidak sama seperti muakadnya bagi orang yang mendengar dengan kasad. 2106. Apabila orang yang mendengar sujud bersama dengan orang yang membaca maka tidak bertambat dia dengannya dan tidak perlu dia berniat mengikutnya. Tetapi jika orang yang mendengar berniat mengikut orang yang membaca pada sujudnya nescaya ianya harus. Demikianlah yang tersbut didalam Nihayah dan Mughni. 351
. Sunat dibaca padanya tasbih sujud. Dikatakan “ﻭ ﻬ ﺴ ﻴ ﻻ ﹶﻡ ﻭ ﻴﻨﹶﺎ ﻻ ﻥ ﹶ ﻤ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” yang mana ianya sesuai dengan keadaan. 352 . hanya takbir untuk turun sujud sahaja.
2107. Tidak sunat sujud tilawah bagi orang yang tuli sekalipun dia tahu sujud orang yang membacanya. Tidak harus sujud tilawah melainkan pada tempatnya iaitu mengiringi ketika akhir ayat sajdah, seperti yang lagi akan datang kenyataannya. 2108. Ayat sajdah itu empat belas ayat selain ayat sajdah yang pada surah “”ﺹ maka ianya adalah sujud syukur jua, kerana tersebut didalam hadith riwayat Nasai’e sabda nabi sawm “ﺍﺸ ﹾﻜﺭ ﺎ ﹸﺩﻫ ﺠ ﺴ ﻭ ﹶﻨ ﺔﹰﻭﺒ ﺩ ﹶﺘ ﻭ ﺍﺎ ﺩﺩﻫ ﺠ ﺴ ”, artinya : telah memperbuat nabi Allah Daud akan sujud didalam surah “ ”ﺹitu kerana taubat daripada kesalahannya dan kita memperbuatnya kerana syukur, iaitu kerana syukur diatas diterima Allah taubatnya. Sayugia orang yang mengerjakan sujud surah “ ”ﺹitu bahawa dia berniat sujud kerana syukur diatas diterima Allah taala akan taubat nabi Allah Daud. Lagi akan datang bahawa sujud syukur itu hanya disunatkan diluar sembahyang jua dan tidak harus dikerjakan didalamnya. 2109. Tempat sujud tilawah itu ma’ruf, maka akhir ayat sajdah didalam surah al A’raf adalah “ ﻥ ﻭ ﺩ ﺠ ﺴ ﻴ ﻪ ﻭﹶﻟ ” dan akhir ayatnya didalam surah ar Ra’d adalah “ ﺎلﻭﺍﻵﺼ ” dan akhir ayatnya didalam surah an Nahl adalah “ ﻥ ﻭ ﺭ ﻤ ﻴ ْﺅ ” dan akhir ayatnya didalam surah al Isra’ adalah “ ﺎﻭﻋ ﺸ ﺨﹸ ” ﹸdan akhir ayatnya didalam surah Maryam adalah “ﺎﺒ ﹶﻜﻴ ” dan akhir ayat sajdah yang pertama didalam surah al Haj adalah “ ﺀ ﻴﺸﹶﺎ ﺎ ” ﻤdan akhir ayatnya yang kedua didalamnya adalah “ ﻥ ﻭ ﺤ ﻠﻡ ﹸﺘ ﹾﻔ ﻌﱠﻠ ﹸﻜ ” ﹶﻟ dan akhir ayatnya didalam surah al Furqan iaitu “ ﺍﻭﺭ ” ﹸﻨ ﹸﻔdan akhir ayatnya didalam surah an Naml adalah “ ﻡﻅﻴ ﻌ ” ﺍﻟdan akhir ayatnya didalam surah as Sajdah adalah “ﻭﻥ ﺭ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻜ ﹺﺒ ﻴ ﻻ ” ﹶdan akhir ayatnya didalam surah Fussilat adalah “ ﻥ ﻭ ﻤ ﺴَﺄ ﻴ ” dan akhir ayatnya didalam surah an Najm adalah akhir surah iaitu “ ﻭﺍﺒﺩ ﻋ ﺍﻪ ﻭ ﻭﺍ ِﻟﱠﻠﺠﺩ ﺴ ” ﻓﹶﺎdan akhir ayatnya didalam surah al Insyiqaq adalah “ ﻥ ﻭ ﺩ ﺠ ﺴ ﻴ ” dan akhir ayatnya didalam surah al Iqra’ adalah “ ﺏ ﺍ ﹾﻗ ﹶﺘ ﹺﺭ” ﻭ. 2110. Demikian lagi tidak harus sujud tilawah melainkan pada bacaan yang masyru’ iaitu bacaan yang kebilangan lagi tidak haram dan tidak makruh353, sekalipun bacaan itu sunat. Dari kerana inilah sunat sujud bagi bacaan kafir yang halal bacaannya seperti Yahudi yang diharapkan Islamnya dan bacaan kanakkanak yang mumayyiz dan orang yang berhadath kecil dan orang yang sembahyang yang membaca ayat sajdah didalam qiamnya dan bacaan malaikat dan jin, melainkan bacaan orang yang tidur dan yang junub dan yang mabuk dan yang lupa dan bacaan umpama burung dan bacaan orang yang didalam tandas dan barang sebagainya, maka tidak sunat sujud tilawah kerana mendengar bacaan mereka itu. 2111. Bermula, dalil pada demikian itu adalah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar “ ﹶﺓﻭﺭ ﺴ ُﺃ ﺍﻟ ﹾﻘﺭﻥ ﹶﻓﻴ ﺁﺭُﺃ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﺭ ﻴ ﹾﻘ ﻥ ﻡ ﻜﹶﺎ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﻪ َﺃﻨﱠ ﻪ ﺘ ﻬ ﺒ ﺠ ﻥ ﻤﻜﹶﺎ ﹺ ﺎ ِﻟﻀﻌ ﻭ ﻤ ﻀﻨﹶﺎ ﻌ ﺒ ﺩ ﺠ ﻴ ﹺ ﺎﺤﺘﱠﻰ ﻤ ﻪ ﻌ ﻤ ﺩ ﺠ ﺴ ﻭ ﹶﻨ ﺩ ﺠ ﺴ ﻴ ﺩ ﹰﺓ ﹶﻓ ﺠ ﺴ ﺎﻴﻬ ﻓ ”, artinya : bahawa nabi sawm adalah dia membaca satu surah daripada Quran yang ada didalamnya ayat sajdah maka dia sujud dan kami sujud bersamanya hingga sebahagian kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya. Pada satu riwayat bagi Muslim “ ﻲ ﻓ ﻪﻼﺘ ﹶﻴﺭﹺ ﺼ ﻏ ” ﹶ, artinya : pada selain sembahyangnya. 2112. Sunat sujud tilawah bagi imam atau munfarid kerana bacaan dirinya dan tidak harus bagi mereka sujud kerana bacaan orang lain, samaada yang lain itu sembahyang atau tidak sembahyang, dari kerana jika dia sujud kerana bacaan orang lain nescaya batallah sembahyangnya jika disengajanya lagi tahukan haramnya, melainkan makmum, maka hendaklah dia sujud jika imamnya sujud
353
. yang disyara’kan iaitu yang dibenarkan oleh syara’.
sekalipun dia tidak mendengar bacaan imamnya, dari kerana jika dia ketinggalan daripada mengikut sujud imamnya batallah sembahyangnya. 2113. Demikian lagi tidak harus bagi makmum sujud kerana bacaan dirinya atau kerana bacaan selain imamnya atau kerana bacaan imamnya jika imamnya itu tidak sujud, kerana jika dia sujud kerana yang demikian itu batallah sembahyangnya jika disengajakannya lagi tahukan haramnya. 2114. Berulang sujud tilawah itu sebab berulang bacaan ayat sajdah, sekalipun didalam satu majlis atau didalam satu rakaat. 2115. Syahadan. Jika dibaca ayat sajdah didalam waktu karahah atau sebelum waktunya supaya dia sujud sahwi didalamnya haramlah atasnya sujud ketika itu. Jika dia berada didalam sembahyang batallah sembahyangnya dengan sujud itu, seperti yang telah difatwakan oleh Ibnu Abdussalam. 2116. Demikian lagi jika dibaca ayat sajdah didalam sembahyang dengan kasad sujud tilawah sahaja tidak selainnya, haramlah atasnya sujud, dari kerana jika dia sujud dengan sengaja lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya. Inilah yang difatwakan oleh syeikh Abdussalam. Kata tuan kitab Mughni : ia adalah yang muktamad. Tempat khilaf ini adalah pada selain daripada sembahyang subuh jumaat. Adapun membaca sajdah “ ل ُ ﻴ ” ﺍﻟﻡ ﹶﺘ ﹾﻨ ﹺﺯdidalam sembahyang subuh jumaat dengan kasad sujud tilawah maka sujud itu tidak membatalkan sembahyang seperti apa yang telah dikatakan oleh Bulqini dan telah difatwakan oleh syeikh ku, kerana membaca sajdah “ ل ُ ﻴ ” ﺍﻟﻡ ﹶﺘ ﹾﻨ ﹺﺯdidalam sembahyang subuh jumaat itu disunatkan. Intaha. 2117. Tetapi jika dibacanya ayat sajdah didalamsembahyangnya dengan kasad sujud tilawah serta selainnya seperti dia kasadkan sujud tilawah beserta menghasilkan sunat sembahyang umpamanya, tidaklah batal sembahyangnya. 2118. Jika seorang sembahyang membaca ayat sajdah sebagai ganti daripada fatihah kerana lemahnya daripada membaca fatihah maka tidak sunat baginya sujud tilawah, kerana ganti fatihah itu berdiri padanya hukum fatihah, maka sepertimana fatihah itu tidak ada padanya sujud tilawah maka gantinya seperti demikian itu jua. Inilah yang tersebut didalam Nihayah dengan ia mengikut Imam. Bersalahan apa yang didalam Tuhfah. 2119. Kalau orang yang sembahyang jenazah membaca ayat sajdah tidak sunat baginya sujud tilawah mengiringi salamnya kerana bacaannya itu tidak masyru’. Kalau seorang yang masuk masjid mendengar seorang membaca ayat sajdah sunat baginya sujud tilawah kemudian sembahyang tahiyyat masjid, kerana duduknya itu singkat dan lagi kerana uzur, maka ia tidak meluputkan tahiyyat masjid. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Mughni. 2120. Sujud tilawah itu sunat didalam sembahyang dan diluar sembahyang. Maka rukun-rukun sujud tilawah diluar sembahyang itu empat rukun. Pertamanya : takbir ihram. Keduanya : niat sujud tilawah beserta dengan takbir. Sunat menyebutkan lafaz niat dan sunat mengangkat kedua tangan tatkala takbir seperti kelakuan takbir ihram sembahyang. Ketiganya : sujud, sekali sujud seperti kelakuan sujud sembahyang pada wajibnya dan sunatnya. Sunat takbir sekali tatkala tunduk kepada sujud dengan tidak mengangkat tangan. Yang keempatnya: salam selepas sujud seperti salam sembahyang pada wajibnya dan sunatnya. Tidak wajib duduk salam kemudian daripada sujudnya, hanya sunat jua, kerana jika dia memberi salam serta berbaring nescaya harus. 2121. Disyaratkan pada sujud tiwalah itu segala syarat sembahyang, kerana sujud tilawah iti dihubungkan dengan sembahyang. Disyaratkan pula padanya bahawa dia membaca atau mendengar sekelian ayatnya, kerana jika dia sujud dahulu daripada sempurna ayatnya sekalipun dengan satu huruf tidaklah sah sujudnya kearana belum masuk waktunya.
2122. Dan disyaratkan pula jangan lanjut masa antara akhir ayatnya dan sujudnya. 2123. Barang siapa hendak sujud tilawah didalam sembahyang hendaklah dia takbir tatkala tunduk kepada sujud dan takbir tatkala bangkit daripadanya, tetapi janganlah dia mengangkat kedua tangannya dan janganlah dia duduk istirehat kemudian daripada sujud itu. Tidak wajib niat sujud tilawah didalam sembahyang, bersalahan dengan yang diluar sembahyang. 2124. Sunat membaca didalam sujud tilawah yang didalam sembahyang atau yang diluar sembahyang “ ﷲ ُ ﻙﺍ ﺭ ﺎﻪ ﹶﻓ ﹶﺘﺒ ﺘ ﻭ ﻭ ﹸﻗ ﻪ ﻭِﻟ ﺤ ﻩ ﹺﺒ ﺭ ﺼ ﺒ ﻭ ﻪ ﻌ ﻤ ﺴ ﻕ ﺸﱠ ﻭ ﹶ ﻩ ﺭ ﻭ ﺼ ﻭ ﻪ ﺨﹶﻠ ﹶﻘ ﻯ ﹶﻲ ِﻟﱠﻠﺫ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ﺩ ﺠ ﺴ ﻥ ﻴ ﻘ ﻥ ﺍ ﹾﻟﺨﹶﺎِﻟ ﺴ ﺤ ”َﺃ, kerana warid yang demikian itu didalam hadith riwayat Turmizi, melainkan lafaz “ ﻩ ﺭ ﻭ ﺼ ﻭ ” maka iaitu pada riwayat Baihaqi dan melainkan lafaz “ ﷲ ُ ﻙﺍ ﺭ ﺎ ” ﹶﻓ ﹶﺘﺒhingga akhirnya maka iaitu riwayat Hakim. 2125. Dan lagi sunat pula dibaca didalam sujud tilawah “ ﺎﻌ ﹾﻠﻬ ﺠ ﺍﺍ ﻭﺠﺭ ﻙ َﺃ ﺩ ﻋ ﹾﻨ ﻲ ﺏ ِﻟ ﺍ ﹾﻜ ﹸﺘﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺩ ﻭ ﺍﻙ ﺩ ﺩ ﺒ ﻋ ﻥ ﻤ ﺎﺎ ﹶﻗ ﹺﺒ ﹾﻠ ﹶﺘﻬﻲ ﹶﻜﻤ ﻤ ﱢﻨ ﺎﺒ ﹾﻠﻬ ﺍ ﹾﻗﺍ ﻭﺯﺭ ﺎ ﹺﻭﻲ ﹺﺒﻬ ﻋ ﱢﻨ ﻊ ﻀ ﻭ ﺍﺨﺭ ﻙ ﹶﺫ ﹾ ﺩ ﻋ ﹾﻨ ﻲ ”ِﻟkerana warid doa ini didalam hadith riwayat Turmizi dan selainnya dengan isnad354 yang hasan dan tersebut didalam Majmuk riwayat daripada imam Syafi’e bahawa sunat dibaca didalam sujud tilawah “ ﻻ ﻭ ﹰ ﻌ ﻤ ﹾﻔ ﺒﻨﹶﺎ ﹶﻟ ﺭ ﺩ ﻋ ﻭ ﻥ ﺒﻨﹶﺎ ﻜﹶﺎ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ”. 2126. Fasal pada menyatakan sujud syukur. Sujud syukur itu sunat diluar sembahyang jua, tidak harus dikerjakan didalamnya, kerana jika seorang yang didalam sembahyang mengerjakan sujud syukur denga n sengaja lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya. 2127. Sujud syukur hanyalah sunat tatkala kedatangan ni’mat yang zahir yang tidak dijangkakan, sekalipun ia diharap-harapkan sebelumnya, samaada ni’mat itu baginya atau bagi anaknya cucunya atau bagi sekelian orang Islam, seperti beroleh anak atau saudara atau beroleh kemegahan dan kemuliaan atau harta yang halal sekalipun dia mempunyai harta seumpamanya, dan seperti ketibaan orang yang ghaib daripada pergi pergian dan seperti menang diatas umpama seperti seteru dan kedatangan hujan ketika musim kemarau355 dan seperti sembuh orang yang sakit. 2128. Bermula, sunat sujud syukur kerana kedatangan ni’mat itu adalah ittiba’ iaitu mengikut pekerjaan nabi sawm. Telah meriwayatkannya Abu Daud dan selainnya. Keluar dengan kata kedatangan ni’mat itu oleh ni’mat yang sentiasa berkekalan seperti ‘afiat dan Islam, maka tidak disunatkan sujud syukur, kerana yang demikian itu membawa kepada menghabisi umur. 2129. Atau tatkala tertolak daripada niqmat iaitu bahaya yang zahir356 yang tidak dijangkakan samaada tertolaknya itu dari dirinya atau dari anak cucunya atau dari sekelian orang-orang Islam seperti luput dari karam atau kebakaran atau keruntuhan rumah atau barang sebagainya. Bermula, dalil sunat sujud syukur kerana tertolak daripada niqmah itu adalah ittiba’ iaitu mengikut pekerjaan nabi sawm, telah meriwayatkannya Ibnu Hibban. 2130. Bermula, mengkaitkan ni’mat dan niqmat dengan keadaan keduanya ni’mat dan niqmat yang zahir adalah apa yang dinakalkan daripada imam Syafi’e dan sahabat-sahabatnya, supaya ia mengeluarkan ni’mat dan niqmat yang batin seperti ma’rifah dan masawi357, maka tidak sunat sujud syukur kerana kedatangan makrifah dan terhindar daripada masawi. Inilah kehendak yang 354 355 356 357
. sandaran, iaitu pertalian perawinya. . ﻻﻓﺎﺭﺍﻥ. . iaitu lawan ni’mat. . kesalahan hati.
tersebut didalam syarah Minhaj. Bersalahan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah, katanya : sunat sujud syukur kerana kedatangan makrifah dan tertutup daripada masawi kerana bahwasanya yang demikian itu adalah sejumlah daripada ni’mat. 2131. Demikian lagi sunat sujud syukur tatkala melihat orang yang kena bala dengan penyakit pada akal atau pada badan jika selamat dirinya daripada penyakit itu, kerana syukurkan ni’mat Allah taala dengan melepaskan dirinya dari penyakit itu. Tetapi hendaklah jangan dinyatakan sujud itu dihadapan orang yang kena penyakit itu supaya tidak sakit hatinya. Melainkan jika dia adalah orang yang maksiat, seperti orang yang dipotong tangannya sebab mencuri, yang tidak diketahui taubatnya dari maksiatnya itu. Maka hendaklah dinyatakan sujud syukur itu kepadanya. 2132. Sunat bagi barang siapa melihat orang yang kena bala dengan penyakit membaca “ﻴﻼﹰ ﹶﺘ ﹾﻔﻀﻪﺨ ﹾﻠﻘ ﻥ ﹶ ﻤ ﻴﺭﹴ ﻋﻠﹶﻰ ﹶﻜﺜ ﻲ ﻀﹶﻠﻨ ﹶﻓﻲ ﻭ ﻼﻨ ﺒ ﹶﺘ ﹶ ﺎ ﺍﻭﻤ ﻲ ﻨ ﺎﻓﹶﺎﻱ ﻋﻪ ﺍﱠﻟﺫ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ” ﹶﺍ ﹾﻟkerana tersebut didalam hadith riwayat Turmizi sabda nabi sawm “ ﺎ ﻤﻼﺀ ﹶ ﺍ ﹾﻟﺒﻥ ﹶﺫﻟِﻙ ﻤ ﻲ ﻓ ﻭ ﻋ ل ﹶﺫﻟِﻙ َ ﻥ ﻗﹶﺎ ﻤ ﺵ ﺎ ﹶ”ﻋ, artinya : barangsiapa membaca demikian itu tatkala melihat orang yang kena bala nescaya dilepaskan dia oleh Allah taala daripada bala itu selama hidupnya. 2133. Demikian lagi sunat sujud syukur tatkala melihat orang fasik yang menyatakan kefasikannya jika selamat dirinya daripada kefasikannya itu samaada orang fasik itu kafir atau mukmin, kerana bahawasanya musibah agama lebih sangat daripada musibah dunia. Dari kerana ini nabi sawm berdoa demikianlah doanya “ﻨﻨﹶﺎ ﻴ ﺩ ﻲ ﻓ ﺒ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﻴ ﺼ ﻤ ل ْ ﻌ ﺠ ﻻ ﹶﺘ ﹶﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠartinya : hai Tuhan ku jangan kiranya Engkau jadikan musibah kami pada ugama kami. Sunat hendaklah dinyatakan sujud itu kepadanya supaya dia insafkan dirinya dan supaya dia taubat dari maksiatnya. Itupun jika tidak ditakuti kebinasaan dirinya pada menyatakan sujud itu. Jika ditakuti yang demikian itu janganlah dinyatakan sujud itu kepadanya. 2134. Bermula, ibarat dengan fasik itu terutama dari ibarat dengan ‘ashi i.e yang mengerjakan maksiat, kerana maksiat itu melengkapi dosa kecil yang tidak dikekali serta bahawa tidak sunat sujud kerana melihat orang yang mengerjakannya. 2135. Dan lagi sunat sujud syukur bagi orang yang membaca ayat sajdah pada surah “”ﺹ. Maka ianya tertentu diluar sembahyang jua. Hendaklah diniatkannya dengan sujudnya itu kerana syukur atas diterima Allah taala taubat nabi Allah Daud. 2136. Syahadan. Adalah sujud syukur itu seperti sujud tilawah yang dikerjakan diluar sembahyang jua pada kaifiat dan pada sekelian wajibnya dan sunatnya. Harus mengerjakan sujud tilawah dan sujud syukur diatas kenderaan dengan isyarat . Demikian lagi harus sujud tilawah dengan isyarat didalam sembahyang sunat diatas kenderaan. 2137. Luput sujud syukur itu dengan sebab lanjut masa pada adatnya diantara sujud dan sebabnya seperti perintah sujud tilawah jua. 2138. Tidak dikerjakan sujud syukur itu didalam tawaf kerana bahawa tawaf itu menyerupai sembahyang dan dihubungkan ia dengannya sedangkan sujud syukur diharamkan didalam sembahyang, maka tidak dituntut sujud syukur didalam tawaf yang menyerupai sembahyang itu. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah. Bersalahan yang tersebut matan ‘Ubab dan Nihayah. 2139. Syahadan. Haram membawa sujud dengan selain sebab yang tersebut ini, sekalipun dikerjakan sujud itu selepas sembahyang atau kerana kebaktian kepada Allah taala. 2140. Demikian lagi haram sujud kepada ulamak atau guru atau raja atau lainnya. Maka sebahagian daripada perkara itu menjadikan kufur, tetapi jika dia sujud
dihadapan mereka itu dengan kasad menghampirkan dirinya kepada Allah taala maka iaitu tidak menjadi kufur, hanya haram jua. 2141. Fasal pada menyatakan sembahyang sunat. Bermula, ibadat badan yang terafdhal kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah adalah sembahyang. Maka fardhu sembahyang itu terafdhal daripada segala fardhu dan sunat sembahyang itu terafdhal daripada segala sunat. Maka yang mengiringi sembahyang itu adalah puasa kemudian haji kemudian zakat. Demikianlah diatas kata sebahagian ulamak. Kata sebahagian mereka: ibadat badan yang terafdhal itu adalah zakat, dan kata sebahagian mereka : puasa, dan kata sebahagian mereka : haji. 2142. Walaubagaimanapun sibuk dengan menuntut ilmu itu terafdhal kerana yang fardhu ain daripada ilmu itu terafdhal daripada segala fardhu ain yang lain hinggakan sembahyang, dan yang fardhu kifayah daripada ilmu itu terafdhal daripada segala fardhu kifayah yang lain. 2143. Maka yang afdhal daripada sembahyang-sembahyang sunat itu adalah sembahyang hari raya korban kemudian hari raya fitrah kemudian sembahyang gerhana matahari kemudian gerhana bulan kemudian sembahyang minta hujan kemudian sembahyang witir*. 2144. Adalah sembahyang witir itu sebahagian daripada jumlah segala sunat rawatib maka ianya terafdhal daripada sunat-sunat358 yang lain kerana kuat khilafnya dan lagi sabda nabi sawm “ﺭ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﹺﻭ ﹾﺘ ﻫ ﻭ ﻌ ﹺﻡ ﻤ ﹺﺭ ﺍﻟ ﱠﻨ ﺤ ﻥ ﻤ ﻡ ﺭ ﹶﻟ ﹸﻜ ﻴ ﺨ ﻲ ﹶ ﻫ ﻼﺓ ﹶﻡ ﺒﹺﺼ ﺩ ﹸﻜ ﻤ ﷲ َﺃ َ ﻥﺍ ” ِﺇ artinya : sungguhnya Allah taala telah menagnugerahkan kamu dengan satu sembahyang yang ianya lebih baik bagi kamu daripada bersedekah dengan beberapa unta yang baik. Ianya adalah sembahyang witir. Riwayat Turmizi dan Hakim. 2145. Bermula, bermula sekurang-kurang sembahyang witir itu satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat, dan barang yang diantara satu rakaat dan sebelas rakaat itulah adalah yang pertengahan. Tidak dikerjakan ia melainkan dengan kasal359, tiga rakaat atau lima rakaat atau tujuh rakaat atau sembilan rakaat. 2146. Maka jika seorang menyimpan witir diatas empat rakaat atau lapan rakaat umpamanya tidaklah jatuh ia sebagai sunat witirnya hanya ianya jatuh sebagai sunat yang lain. Maka tidak diberi pahala dia diatas keadaannya witir tetapi diatas keadaannya sunat yang lain. Inilah yang dinaskan oleh syeikh Islam didalam Syarah Raudh dan syeikh Ibnu Hajar didalam Fathul Jawwad. Bersalahan dengan yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah katanya: diberi pahala dia diatas keadaannya witir, sama seperti orang yang membawa sebahagian daripada witir kerana witir itu diitlakkan diatas perhimpunan yang sebelas rakaat. 2147. Kata imam Nawawi didalam Majmuk : sekurang-kurang akmal360 witir itu tiga rakaat dan yang terakmal daripadanya lima rakaat kemudian tujuh rakaat kemudian sembilan rakaat. Maka jika seorang melebihkan daripada sebelas rakaat itu tidaklah sah witirnya kerana sabda nabi sawm “ ل ْ ﻌ ﻴ ﹾﻔ ﻤﺱﹴ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺨ ﺭ ﺒﹺ ﹶ ﺘ ﻭ ﻴ ﻥ ﺏ َﺃ ﺤ ﻥ َﺃ ﻤ ل ْ ﻌ ﻴ ﹾﻔ ﺓ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺩ ﺤ ﺍﺭ ﹺﺒﻭ ﺘ ﻭﻥ ﻴ ﺏ َﺃ ﺤ ﻥ َﺃ ﻤ ﻭ ل ْ ﻌ ﻴ ﹾﻔ ﹶﻓ ﹾﻠﻼﺙ ﺭ ﺒﹺ ﹶﺜ ﹶ ﺘ ﻭ ﻴ ﻥ ﺏ َﺃ ﺤ ﻥ َﺃ ﻤ ﻭ ” , artinya : siapa yang suka membuat witir dengan lima rakaat maka hendaklah dia buat dan barang siapa yang suka membuat witir dengan tiga maka hendaklah dia buat dan barang siapa yang hendak membuat witir dengan satu rakaat maka hendaklah dia buat. Riwayat Abu Daud. 358
. iaitu sunat-sunat rawatib yang lain. Wallahu a’lam. . ganjil. 360 . lebih sempurna. 359
2148. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻡ ﺎ ﹶﻟﻴﻬ ﹶﻠﺩ ﻋ ﺍﻭ ﺯ ﹶﺓ ﹶﻓﹶﻠﺸﺭ ﹶﻯ ﻋﺤﺩ ﻭ ِﺇ ﺴ ﹴﻊ َﺃ ﺘ ﻭ ﺒ ﹴﻊ َﺃ ﺴ ﻭ ﻤﺱﹴ َﺃ ﺨ ﺭ ﺒﹺ ﹶ ﺘ ﻭ َﺃ ﻩ ﺭ ﺢ ﹺﻭ ﹾﺘ ﺼ ﻴ ”, artinya : witirlah kamu dengan lima atau tujuh atau sembilan atau sebelas, maka kalau seorang menambah diatasnya tidak sah witirnya. Riwayat Daruqutni. 2149. Adalah waktu sembahyang witir itu diantara sembahyang isyak dan terbit fajar shadiq. Kalau seorang mengerjakan sembahyang witir kemudian ternyata batal sembahyang isyaknya jadilah ia sunat mutlak. 2150. Mengerjakan witir kemudian daripada sembahyang malam dan mentakhirkannya hingga akhir malam adalah terafdhal jika biasanya dia terjaga pada akhir malam kerana sabda nabi sawm “ﺍل ﹺﻭ ﹾﺘﺭ ِ ﻴ ﻡ ﺒﹺﺎﻟﱠﻠ ﺘ ﹸﻜ ﺍﺼﹶﻠﻭ ﺭ ﺨ ﻌﻠﹸﻭﺍ ﺁ ﺠ ﺍ ”, artinya : jadikan witir sebagai yang akhir daripada sembahyang-sembahyang malam kamu. Riwayat Bukhari dan Muslim. 2151. Jika dia tidak biasa terjaga pada akhir malam hendaklah dibuatnya witir pada awal malam kerana sabda nabi sawm “ ﻥ ﻤ ﻭ ﻪ ﻭﹶﻟ ﺭ َﺃ ﺘ ﻭ ﻴ ل ﹶﻓ ﹾﻠ ِ ﻴ ﺭ ﺍﻟﱠﻠ ﺨ ﻡ ﺁ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﻻ ﻥ ﹶ ﻑ َﺃ ﻥ ﺨﹶﺎ ﹶ ﻤ ل ِ ﻴ ﺭ ﺍﻟﱠﻠ ﺨ ﺭ ﺁ ﺘ ﻭ ﻴ ﻩ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺭ ﺨ ﻡ ﺁ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﻥ َﺃﻊﻁﻤ ” ﹶ, artinya : barang siapa yang takut tidak bangun pada akhir malam maka hendaklah dibuatnya witir pada awal malam, dan barang siapa yang tamak bahawa dia akan terjaga pada akhir malam maka hendaklah dibuatnya witir pada akhir malam. Riwayat Muslim. 2152. Harus bagi orang yang melebihkan witir diatas satu rakaat menyambungnya dengan satu tahiyyat pada rakaat yang akhir dan harus pula baginya menyambungnya dengan dua tahiyyat pada dua rakaat yang akhir, kerana sabit setiap satu daripada keduanya daripada perbuatan nabi sawm pada riwayat Muslim. Tetapi menyambungnya dengan satu tahiyyat terafdhal daripada menyambungnya dengan dua tahiyyat kerana terpelihara ia daripada menyerupai sembahyang maghrib jika disimpan361 ia diatas tiga rakaat. 2153. Tidak harus menyambungnya dengan lebih banyak daripada dua tahiyyat, dan tidak harus memperbuat yang pertama daripada dua tahiyyat itu sebelum dua rakaat yang akhir, kerana bahawasanya yang demikian itu menyalahi yang manqul362 daripada perbuatan nabi sawm. 2154. Bermula, menceraikan tiap-tiap dua rakaat dengan salam, seperti dia berniat memperbuat dua rakaat daripada witir, afdhal daripada menyambungnya jika sama pada bilangan rakaat, kerana bahawasanya hadith-hadithnya lebih banyak daripada hadith sambung seperti yang tersebut didalam Majmuk. Sebahagian daripada hadith yang disepakatkan diatasnya adalah bahawa nabi sawm sembahyang diantara selesai sembahyang isyak hingga fajar sebelas rakaat, dia memberi salam pada tiap-tiap dua rakaat dan dibawanya kemudiannya dengan witir satu rakaat. Dan lagi kerana bertambah ia diatasnya dengan salam dan selainnya. 2155. Bermula, orang yang menegah daripada menceraikan dan mewajibkan sambung seperti imam Abu Hanifah adalah menyalahi sunnah yang sahih maka tidak dipelihara khilafnya. Dari kerana ini sebahagian sahabat kita menghukumkan makruh sambung, dan kebanyakkan daripada mereka itu seperti al Qaffal dan Qadhi Husain berkata : sungguhnya sambung itu membatalkan sembahyang kerana tegahan yang sahih daripada menyerupakan sembahyang witir dengan sembahyang maghrib. 2156. Sunat tidak diulang sembahyang witir, sekalipun jika ditakhirkan sembahyang tahajjud daripadanya, kerana sabda nabi sawm “ﻴﹶﻠﺔ ﻲ ﹶﻟﻥ ﻓ ﺍ ﹺﻻ ﹺﻭ ﹾﺘﺭ ” ﹶ, artinya : tidak ada witir didalam satu malam. Riwayat Abu Daud dan Turmizi, dan kata Turmizi : ianya hadith hasan. 361 362
. dihadkan ia. . yang dinakalkan daripada perbuatan nabi sawm.
2157. Apabila dikerjakan witir dengan tiga rakaat maka sunat dibaca kemudian daripada fatihah pada rakaat yang pertama surah “ ﻋﻠﹶﻰ ﻷ َ ” ﺍdan pada rakaat yang kedua surah “ﻥ ﻭ ﺭ ﻓ ” ﺍﻟﻜﹶﺎdan pada rakaat yang ketiga “ﷲ ُ ﻭ ﺍ ﻫ ل ْ ” ﹸﻗdan “ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﹶﻠﻕ ﺭ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ل َﺃ ْ ” ﹸﻗ dan “ﺱ ﺏ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺ ﺭ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ل َﺃ ْ ” ﹸﻗkerana sabit yang demikian itu dari perbuatan nabi sawm. 2158. Sunat berjamaah pada witir ramadhan, sekalipun tidak dibuat sembahyang tarawih atau dibuat dengan tidak berjamaah. 2159. Kemudian daripada witir maka yang terafdhal adalah sembahyang sunat rawatib yang muakkad. Ianya sepuluh rakaat: dua rakaat dahulu daripada subuh dan dua rakaat dahulu daripada zohor atau jumaat dan dua rakaat kemudian daripada keduanya dan dua rakaat kemudian daripada maghrib dan dua rakaat kemudian daripada isyak. Tetapi yang terafdhal didalam sepuluh rakaat itu adalah dua rakaat dahulu daripada subuh jua. Adapun lapan rakaat yang mengiringinya maka iaitu bersamaan martabatnya. 2160. Kemudian yang terafdhal selepas daripada rawatib yang sepuluh rakaat itu adalah sembahyang tarawih, iaitu dua puluh rakaat pada tiap-tiap malam daripada bulan ramadhan. Tidak harus mengerjakan sembahyang tarawih lebih daripada dua puluh rakaat, iaitu lima tarawih, kerana tiap-tiap empat rakaat itu satu tarawih. Melainkan ahli Madinah maka harus bagi mereka mengerjakan tarawih tiga puluh enam rakaat dengan menambah enam belas rakaat atas dua puluh rakaat, tetapi menyimpankan diatas dua puluh rakaat terutama bagi mereka itu daripada membawa tiga puluh enam rakaat. 2161. Kata syeikh Ziadi : wajah mendulukan sunat rawatib atas tarawih sekalipun berjamaah itu sunat pada tarawih kerana bahawasanya nabi sawm sentiasa mengekali rawatib tidak tarawih. Diambil dari ta’lil363 ini bahawasanya bicara ini pada rawatib yang muakkad. Adapun rawatib yang tidak muakkad maka tersebut didalam matan Irsyad bahawasanya ia ditakhirkan daripada tarawih dan daripada dua rakaat tawaf dan ihram. Yang muktamad bahawasanya rawatib diatas itlak364 adalah terafdhal daripada tarawih kerana rawatib itu tabi’365 bagi fardhu, maka ia mulia sebab mulia matbu’nya. Intaha kata-kata Ziadi. 2162. Tidak harus dikerjakan sembahyang tarawih itu melainkan dua rakaat satu salam kerana jika dikerjakan ia dengan empat rakaat satu salam maka tidaklah sah tarawih itu. 2163. Adalah waktu sembahyang tarawih itu antara sembahyang isyak dan terbit fajar. Kemudian yang terafdhal selepas daripada sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat dhuha. Sekurang-kurangnya dua rakaat, dan sekurangkurang sempurna empat rakaat dan yang lebih sempurna daripadanya enam rakaat dan sebanyak-banyaknya dua belas rakaat, kerana sabda nabi sawm “ ﻥ ِﺇ ﱠﻨ ﹶﺔﻲ ﺍ ﹾﻟﺠﻴﺘﹰﺎ ﻓ ﺒ ﷲ ﹶﻟﻙ ُ ﺒﻨﹶﻰ ﺍ ﹶﺓﺸﺭ ﹶﻲ ﻋ ﺎ ﺍ ﹾﺜ ﹶﻨ ﹶﺘﻴ ﹶﺘﻬ ﺼﱠﻠ ﻥ ﻭِﺇ ﺏ ﻭ ﹺﻡ ﹶﺫ ﹾﻨ ﻴ ﺍ ﹾﻟﻲ ﹶﺫﻟِﻙ ﻓﻴﻙ ﹶﻠﺏ ﻋ ﻴ ﹾﻜ ﹶﺘ ﻡ ﺍ ﹶﻟﺸﺭ ﻋﹾ ﻰﻀﺤ ﺕ ﺍﻟ ﻴ ﹶ ﱠﻠ”ﺼ, artinya: jika kamu sembahyang dhuha sepuluh rakaat nescaya tidak disuratkan diatas kamu satu dosa pun pada hari itu, dan jika kamu sembahyangkannya dua belas rakaat nescaya Allah membina untuk kamu satu rumah didalam syurga. Riwayat Baihaqi*. 2164. Tidak dianggap jauh keadaan yang lapan rakaat terafdhal daripada yang dua belas rakaat serta bahawa ia lebih banyak darinya kerana amal yang sedikit melebihi amal yang banyak pada beberapa rupa masaalah seperti sembahyang dua rakaat qasar bagi musafir bila safarnya sampai tiga marhalah terafdhal baginya daripada sembahyang empat rakaat tamam, dan seperti satu rakaat sembahyang witir terafdhal daripada dua rakaat sembahyang sunat fajar dan 363
. alasan. . rawatib semata-mata tanpa kait muakkad atau tidak. 365 . tabi’ pengikut – matbu’ yang diikut. 364
daripada dua rakaat sembahyang tahajjud, dan meringankan dua rakaat fajar terafdhal daripada melanjutkan keduanya dengan bacaan yang tidak ada warid, dan dua rakaat sembahyang hari raya terafdhal daripada dua rakaat sembahyang gerhana dengan kaifiatnya yang sempurna, dan menyambungkan kumur-kumur dan istinsyak terafdhal daripada menceraikan keduanya. 2165. Kata syeikh Ziadi : yang muktamad sebanyak-banyak sembahyang dhuha dan yang terafdhalnya adalah lapan rakaat seperti yang tersebut didalam syarah Muhazzab nakal daripada kebanyakkan fuqaha’. Maka jika ditambah atas lapan rakaat pada hal disengajakan lagi diketahui haramnya tidak sah sembahyang itu, jika tidak nescaya jatuh sembahyang itu sebagai sunat mutlak. Intaha. 2166. Sunat hendaklah dikerjakan dia dua rakaat satu salam kerana nabi sawm biasanya sembahyang dhuha lapan rakaat, memberi salam daripada tiap-tiap dua rakaat. Riwayat Abu Daud. 2167. Sunat hendaklah dibaca pada rakaat pertama kemudian daripada fatihah surah “ﺱﺸﻤ ” ﺍﻟ ﱠdan pada rakaat kedua surah “ﻰﻀﺤ ” ﺍﻟ. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : sunat dibaca didalam dua rakaat dhuha itu surah “ﻥﺭﻭ ﻓ ” ﺍﻟﻜﹶﺎdan surah “ﺨﻼﹶﺹ ﻹﹾ ِ ” ﺍ, maka dua surah itu afdhal daripada surah “ﺱﺸﻤ ” ﺍﻟ ﱠdan surah “ﻰﻀﺤ ” ﺍﻟ 366 sekalipun keduanya itu ada didalam , kerana surah “ﺨﻼﹶﺹ ﻹﹾ ِ ” ﺍitu menyamai satu pertiga Quran dan surah “ﻥﺭﻭ ﻓ ” ﺍﻟﻜﹶﺎmenyamai satu perempat Quran dengan tidak berganda367. 2168. Waktunya kemudian daripada naik matahari segalah368 berkekalan hingga rembang matahari. Inilah yang telah dijazamkan oleh imam Rafi’e. Yang disebut oleh imam Nawawi didalam Majmuk dan Tahkik bahawasanya akhir waktunya hingga gelincir matahari. Kata syeikh Islam ia adalah yang dikehendaki dengan rembang matahari, iaitu pada kalam imam Rafi’e dan selainnya. Tetapi mentakhirkannya hingga tengah naik terafdhal. 2169. Bersalah-salahan ulamak pada sembahyang isyraq ; adakah ia sembahyang dhuha atau selainnya. Kata syeikh Ibnu Muqri didalam Matan ‘Ubab : dua rakaat sunat isyraq itu lain daripada sembahyang dhuha. Seperti demikian itu kata imam Ghazali dan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Demikianlah ibarat Tuhfah : sebahagian daripada sembahyang yang tidak disunatkan berjamaah itu dua rakaat mengiringi isyraq selepas keluar waktu karahah369. Ianya lain daripada sembahyang dhuha. Intaha. Yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah dan syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah ‘Ubab bahawa sembahyang sunat isyraq itulah sembahyang dhuha dan ia adalah sembahyang awwabin sepertimana yang tersebut didalam Mustadrak, riwayat daripada Ibnu Abbas r.anhuma. 2170. Kemudian maka dua rakaat tawaf, kerana khilaf pada wajibnya, kemudian maka dua rakaat tahiyyat masjid kerana tahkik sebabnya, kemudian maka dua rakaat ihram haji atau umrah kerana diihtimalkan bahawa tidak berlaku sebabnya, kemudian maka dua rakaat sunat wudhuk, kemudian maka sunat zawal, kemudian maka sunat mutlak. Inilah tertib fadhilat sembahyang sunat yang tersebut didalam Tuhfah. 2171. Syahadan. Hasil sunat tahiyyat masjid dengan mengerjakan sembahyang fardhu atau sembahyang sunat dua rakaat atau lebih kerana sabda nabi sawm “ ﻴﻥﹺ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﻲ ﺭ ﺼﱢﻠ ﻴ ﺤﺘﱠﻰ ﺱ ﻠﺠ ﻴ ﻼ ﺩ ﹶﻓ ﹶ ﺠ ﺴﹺ ﻤ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ل َﺃ َﺨ ﹶ”ِﺇﺫﹶﺍ ﺩ, artinya : apabila seorang dari kamu 366
. iaitu kedua perkataan itu ada disebutkan didalam dua surah itu . tanpa berganda bacaannya, iaitu dibaca banyak kali. 368 . iaitu galah pendek kadar lembing pendek sepertimana ibarat teks arab. 369 . isyraq - terbit sinaran matahari. Keluar waktu karahah iaitu selepas terbit semua buatan matahari dari kaki langit. 367
masuk masjid maka janganlah duduk hingga dia sembahyang dua rakaat, sekalipun dia tidak niatkan tahiyyat masjid beserta sembahyang itu. Iaitu pada pihak gugur tuntutan pada mengerjakan tahiyyat masjid serta hilang makruh meninggalkannya. 2172. Adapun pada pihak menghasilkan pahala tahiyyat masjid maka tidak dapat tidak daripada meniatkan tahiyyat masjid serta sembahyang yang tersebut itu. Tidak mengapa niat tahiyyat masjid serta yang demikian itu kerana tahiyyat masjid itu sunat yang tidak dimaksudkan dirinya370. Bersalahan meniatkan sunat yang maksud dirinya serta yang seumpamanya atau serta fardhu maka iaitu tidak sah. 2173. Dengan yang demikian itu diketahui bahawa tahiyyat masjid tidak terhasil dengan satu rakaat sembahyang dan sembahyang jenazah dan sujud tilawah dan sujud syukur. 2174. Berulang-ulang tahiyyat masjid sebab berulang-ulang masuk kedalam masjid, dan gugur sunat tahiyyat masjid dengan sengaja duduk sekalipun duduk kerana mengambil wudhuk. 2175. Demikian lagi gugur sunat tahiyyat masjid dengan lama duduk sebab lupa atau jahil, tetapi tidak gugur sunatnya jika dia duduk dengan lupa atau jahil serta tidak lama masanya. Demikian lagi tidak gugur sunatnya dengan berdiri, sekalipun lama masanya. 2176. Masaalah, seorang yang dahaga jika masuk kedalam masjid tidaklah luput daripadanya tahiyyat masjid dengan duduk minum air, kerana uzur iaitu kerana memelihara daripada makruh minum air berdiri dan makruh sembahyang serta dahaga. 2177. Demikian lagi tidak gugur sunatnya dengan sembahyang duduk kemudian daripada takbir ihram berdiri. 2178. Syahadan. Makruh meninggalkan tahiyyat masjid dengan tidak uzur. Maka apabila seorang masuk kedalam masjid maka didapatinya sembahyang fardhu hampir didirikan sekira-kira jika dikerjakannya sembahyang tahiyyat masjid nescaya luputlah atasnya fadhilat takbir ihram beserta imam, janganlah dikerjakannya tahiyyat masjid hanya hendaklah dia berdiri menanti sembahyang fardhu itu, kerana jika dikerjakannya tahiyyat masjid itu atau dia duduk pada ketika itu nescaya makruh yang demikian itu. Jika tidak luput fadhilat takbir ihram beserta imam dengan mengerjakannya maka tidaklah ia makruh ketika itu, hanya sunat jua. 2179. Demikian lagi makruh sembahyang tahiyyat masjid bagi khatib yang masuk kedalam masjid pada hal sudah masuk waktu khutbah. Makruh masuk kedalam masjid dengan tidak ada wudhuk untuk duduk didalamnya. 2180. Sunat bagi orang yang masuk kemasjid dengan tidak ada wudhuk atau baginya wudhuk tetapi tidak dapat mengerjakan sembahyang tahiyyat masjid kerana suatu pekerjaan bahawa dia membaca empat kali “ ﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶﻪ ﻭ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﷲ ﻭ ِ ﻥﺍ ﺎﺒﺤ ﺴ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻌ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﻠﻌ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ِ ﻻ ﺒﹺﺎ ﻭ ﹶﺓ ِﺇ ﱠ ﻻ ﹸﻗ ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ﹶﺭ ﻭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍﷲ ﻭ ُ ﻻﺍ ”ِﺇ ﱠ. Tersebut didalam Ihya’ ‘Ulumiddin bahawa yang demikian itu menyamai sembahyang dua rakaat kerana sungguhnya inilah “ﺕ ﺎ ﹸﺎِﻟﺤﺕ ﺍﻟﺼ ﺎ ﹸﻗﻴ ﺎ” ﺍ ﹾﻟﺒ371 dan ia adalah sembahyang sekelian haiwan dan perkataan sekelian jamadat372. 2181. Demikian lagi sunat pula rawatib yang tidak muakkad iaitu yang dinamakan rawatib tambahan. Ianya dua belas rakaat dua rakaat dahulu daripada maghrib dan dua rakaat dahulu zohor atau jumaat dan dua rakaat kemudian daripadanya 370
. kerana yang dimaksudkan daripadanya adalah supaya tidak sunyi daripada sembahyang sebelum duduk. . amalan yang kekal lagi baik. 372 . makhluk yang tidak mempunyai roh. 371
dan empat rakaat dahulu daripada asar dan dua rakaat dahulu daripada maghrib dan dua rakaat dahulu daripada isyak. 2182. Maka sekelian rawatib yang tidak muakkad itu terkemudian fadhilatnya daripada tarawih dan dua rakaat tawaf dan ihram, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Muqri didalam Matan Irsyad. Bersalahan yang diiktimadkan oleh syeikh Ziadi, katanya: sekelian rawatib diatas itlak, iaitu samaada ia muakkad atau tidak muakkad, adalah terafdhal dari tarawih. 2183. Demikian lagi sunat sembahyang dua rakaat tatkala keluar daripada tempatnya373 kerana pergi-pergian atau tidak. Sunat mengerjakannya didadalam rumah dan dibaca pada rakaat pertama kemudian daripada fatihah surah “ﻥﺭﻭ ﻓ ” ﺍﻟﻜﹶﺎdan pada rakaat kedua surah “ﺨﻼﹶﺹ ﻹﹾ ِ ” ﺍ. 2184. Demikian lagi sunat sembahyang dua rakaat tatkala balik dari pergipergian. Sunat mengerjakannya didalam masjid sebelum masuk kepada tempatnya. 2185. Demikian lagi sunat sembahyang dua rakaat kemudian daripada azan dan dua rakaat kemudian daripada naik matahari segalah dan dua rakaat bagi mempelai lelaki dan perempuan tatkala keduanya berhimpun374. 2186. Demikian lagi sunat sembahyang empat rakaat kemudian daripada gelincir matahari yang dinamakan ia sunat zawal. Telah terdahulu bahawa zawal itu pada fadhilat dibawah sunat wudhuk dan diatas sunat mutlak. 2187. Dan dua rakaat tatkala keluar daripada hammam, dan dua rakaat tatkala masuk kepada suatu bumi yang tidak seorang juapun menyembah Allah taala didalamnya seperti negeri kafir, dan dua rakaat apabila lalu pada bumi yang belum pernah dilaluinya, dan dua rakaat pada yang pergi pergian tatkala berhenti pada tiap-tiap perhentian, dan dua rakaat tatkala taubat daripada dosa dan jikalau dosa kecil sekalipun. 2188. Demikian lagi sunat sembahyang istikharah dua rakaat. Inilah lafaz niatnya “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﻴﻥﹺ ِﻟﱠﻠ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﺓ ﺭ ﺭ ﺘﺨﹶﺎ ﺴ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍﻻ ﻲ ﺼﱢﻠ ” ُﺃartinya : aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah taala. Maka dibaca pada rakaat yang pertama kemudian daripada fatihah surah “ ”ﺍﻟﻜﺎﻓﺭﻭﻥdan pada rakaat kedua surah “”ﺍﻹﺨﻼﺹ. Artinya istikharah itu minta Allah taala pilihkan kebajikkan pada suatu yang hendak dibuat, maka jika suatu yang hendak dibuat itu ketaatan seperti pergi haji maka hendaklah dia istikharah pada menentukan waktunya tidak pada mengerjakan haji itu. 2189. Hasillah sembahyang istikharah itu dengan barang mana sembahyang yang lain, sama seperti hukum sembahyang tahiyyat masjid jua. Jika sukar diatasnya istikharah dengan sembahyang maka hendaklah dia istikharah dengan doa. 2190. Syahadan. Apabila dia memberi salam maka hendaklah dibacanya doa istikharah ini “ ﺭ ﺩ ﻻ َﺃ ﹾﻗ ﹶﺭ ﻭ ﺩ ﹶﺘ ﹾﻘ ﹶﻓﺈِ ﱠﻨﻙ،ﻴﻡﹺ ﻅ ﻌ ﺍ ﹾﻟﻙﻀﻠ ﻥ ﹶﻓ ﻤ ﺴَﺄﹸﻟﻙ َﺃﻙ ﻭ ﺘ ﺭ ﺩ ﺒ ﹸﻘ ﺭﻙ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻘﺩ َﺃﻙ ﻭ ﻤ ﻌ ﹾﻠ ﹺﺒﺭﻙ ﻴ ﺴ ﹶﺘﺨ ِﺇﻨﱢﻲ َﺃﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻲ ﺸ ﺎﻤﻌ ﻭ ﻲ ﻨ ﻴ ﺩ ﻲﺭ ﻟِﻲ ﻓ ﻴ ﺨ ﹶﻤﺭ ﻷ َ ﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﻥ ﻡ َﺃ ﻌﹶﻠ ﺕ ﹶﺘ ﻥ ﹸﻜ ﹾﻨ ﹶ ِﺇﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ.ﺏ ﻭ ﹺ ﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻐ ﻋﻼﱠ ﺕ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻡ ﻭ ﻌﹶﻠ ﹶﺘ ”ﻭatau dikatanya “ ﻲ ﻓ ﻲ ﺭ ِﻟ ﺸ ﹶﻤﺭ ﻷ َ ﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﻥ ﻡ َﺃ ﻌﹶﻠ ﺕ ﹶﺘ ﻥ ﹸﻜ ﹾﻨ ﹶ ﻭِﺇ ،ﻴﻪ ﻓ ﻲ ﻙ ِﻟ ﺎ ﹺﺭﻭﺒ ﻲ ﻩ ِﻟ ﺭ ﺴ ﻴ ﻭ ﻲ ﻩ ِﻟ ﺭ ﺩ ﻪ ﻓﹶﺎ ﹾﻗ ﻠﺠ ﺁ ﹺﻱ ﻭ ﻤ ﹺﺭ ل َﺃ ِﺠ ﺎ ﹺﻭﻋ ﻱ ﻤ ﹺﺭ ﺔ َﺃ ﺒ ﻗ ﺎﻭﻋ ﻱ ﻤ ﹺﺭ ﺔ َﺃ ﺒ ﻗ ﺎﻭﻋ ﻲ ﺸ ﺎﻤﻌ ﻭ ﻲ ﻨ ﻴ ﺩ ” atau dikatanya “ ﺭ ﻟِﻲ ﺩ ﺍ ﹾﻗﻪ ﻭ ﻋ ﹾﻨ ﻲ ﻨ ﺼ ﹺﺭ ﹾﻓ ﺍﻲ ﻭ ﻋ ﱢﻨ ﻪ ﺼ ﹺﺭ ﹾﻓ ﻪ ﻓﹶﺎ ﻠﺠ ﺁ ﹺﻱ ﻭ ﻤ ﹺﺭ ل َﺃ ِﺠ ﺎ ﹺﻭﻋ ﻪ ﻲ ﹺﺒ ﻨ ﻀ ﺭ ﺍ .ﻡ ﻥ ﹶﺜ ﺙ ﻜﹶﺎ ﻴ ﹸ ﺤ ﺭ ﻴ ﺨ ”ﺍ ﹾﻟ ﹶriwayat Bukhari. Maka hendaklah disebutnya hajatnya tatkala menyebut “ ﻤﺭ ﻷ َ ﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﻥ ” َﺃ. 2191. Demikian lagi sunat sembahyang hajat dua rakaat. Inilah lafaz niatnya “ ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﻴﻥﹺ ِﻟﱠﻠ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﺔ ﺭ ﺠ ﺎﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍ ﹾﻟﺤ ﻲ ﺼﱢﻠ ”ُﺃ. Tersebut didalam kitab Ihya’ Ulumiddin karangan imam Ghazali bahawa sembahyang hajat itu dua belas rakaat maka apabila dia 373 374
. iaitu kawasan tempat tinggalnya seperti kampungnya. . iaitu pertama kali ditemukan selepas nikah.
sudah memberi salam hendaklah dia membaca “ ﺎﻩ ﻴ ﺩ ﻴ ﻤ ﹺﺯ ﺊ ُ ﻓ ﻴﻜﹶﺎ ﻭ ﻪ ﻤ ﻌ ﻨ ﻲ ﻓ ﺍﻴﻭ ﺍﻤﺩ ﺤ ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠﺤﻤ ﹶﺍ ﹾﻟ ﻙ ﻨ ﺴ ﹾﻠﻁﹶﺎ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻋ ﻭ ﻙ ﺠ ﹺﻬ ﻭ ِﻼل ﹶﻲ ﻟِﺠ ﻐ ﺒ ﻴ ﹾﻨ ﺎﺩ ﹶﻜﻤ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﺒﻨﹶﺎ ﹶﻟﻙ ﺭ ”. Kemudian maka dia membaca selawat atas nabi sawm, maka dipohonkanya hajatnya kepada Allah subhanahu wa taala. 2192. Demikian lagi sunat sembahyang awwabin. Dinamakan ia solat ghaflah, iaitu dua belas rakaat. Tersebut didalam matan ‘Ubab : solat awwabin itu dua puluh rakaat. Telah diriwayatkan ia enam rakaat dan empat rakaat dan dua rakaat, maka ia adalah yang sekurang-kurangnya. Waktunya antara maghrib dan isyak. Ini lafaz niatnya “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﻥ ِﻟﱠﻠ ﻴ ﺍ ﹺﺒﻷﻭ َ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍ ﻴﻥﹺ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﻲ ﺭ ﺼﱢﻠ ” ُﺃ. 2193. Demikian lagi sunat sembahyang tasbih iaitu empat rakaat dengan satu salam yang mana ianya yang terutama jika dikerjakan ia pada malam. Inilah lafaz niatnya yang empat rakaat satu salam itu “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﺕ ِﻟﱠﻠ ﺎﺭ ﹶﻜﻌ ﻊﺭﺒ ﺢ َﺃ ﻴ ﹺ ﺴ ﹺﺒ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍﻟ ﱠﺘ ﻲ ﺼﱢﻠ ” ُﺃ, artinya : aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah taala. Ini lafaz niatnya yang dua rakaat “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﺢ ِﻟﱠﻠ ﻴ ﹺ ﺴ ﹺﺒ ﺍﻟ ﱠﺘﻼﺓ ﹶﻥ ﺼ ﻤ ﻴﻥﹺ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﻲ ﺭ ﺼﱢﻠ ” ُﺃ, artinya : aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah taala. 2194. Maka dibaca tasbihnya pada tiap-tiap rakaat selepas fatihah dan surah, ﻌ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﻠﻌ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ِ ﻻ ﹺﺒﺎ ﻭ ﹶﺓ ِﺇ ﱠ ﻻ ﹸﻗ ﹶل ﻭ َ ﻭ ﻻ ﺤ ﹶﺭ ﻭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍﷲ ﻭ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶﻪ ﻭ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﷲ ﻭ ِ ﻥﺍ ﺎﺒﺤ ﺴ ” lima belas iaitu “ﻴ ﹺﻡ ﻅ kali, dan dibaca pula sepuluh kali sepuluh kali pada setiap rukuk dan i’tidal dan sujud pertama dan sujud kedua dan duduk antara dua sujud dan duduk kemudian daripada sujud yang kedua, iaitu daripada duduk istirehat atau duduk tasyahhud. Hendaklah dia takbir pada permulaan duduk istirehat atau duduk tasyahhud, tidak tatkala berdiri daripadanya. Inilah satu kaifiat. 2195. Kaifiat yang kedua : bahawa dibacanya tasbih yang lima belas kali itu sebelum membaca fatihah dan dibaca tasbih sepuluh kali yang pada duduk yang akhir itu selepas membaca fatihah. 2196. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah ‘Ubab : maka yang lebih kasih bahawa hendaklah diamalkan solat tasbih yang dengan kaifiat yang pertama dan sekali-sekali dengan kaifiat yang kedua, dan bahawa hendaklah diperbuatnya selepas zawal dan sebelum sembahyang zohor*, dan bahawa hendaklah keadaan surah kemudian daripada fatihah sekali daripada “ِﺼل ﻤ ﹶﻔ ل ﺍ ﹾﻟ ِ ﺍﻁﻭ ”375 yang mana yang terafdhalnya empat surah “musabbihat” iaitu surah al Hadid dan surah al Haysr dan surah as Shaf dan surah al Jumu’ah dan surah at Taghabun, kerana menasabah antara surah-surah itu dan antara sembahyang tasbih pada nama, dan sekali daripada “ِﺼل ﻤ ﹶﻔ ﺎ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟ” ﹸﻗﺼ376 seperti surah az Zilzal dan surah al ‘Adiat dan surah al Hakim dan surah al Ikhlas, dan bahawa hendaklah keadaan doanya selepas tasyahhud dan sebelum salam “ ﻥ ﻴ ﹺ ﻘ ﻴ ﻫلِ ﺍ ﹾﻟ ل َﺃ َ ﺎﻋﻤ ﻭَﺃ ﻱ ﺩ ﹺ ﻬ ﻫلِ ﺍ ﹾﻟ ﻕ َﺃ ﻴ ﹶ ﻓ ﻭ ﺍﻟ ﱠﺘﺴ َﺄﹸﻟﻙ ِﺇﻨﱢﻲ َﺃﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻌ ﹾﻠ ﹺﻡ ﻫلِ ﺍ ﹾﻟ ﻥ َﺃ ﺭﻓﹶﺎ ﻋ ﻭ ﻉ ﺭ ﹺ ﻭ ﻫلِ ﺍ ﹾﻟ َﺃﺒﺩ ﹶﺘﻌﺔ ﻭ ﺒ ﻏ ﺭ ﹾ ﻫلِ ﺍﻟ َﺃﻁﹶﻠﺏ ﹶ ﻭﺔﺸﻴ ﺨﹾ ﻫلِ ﺍ ﹾﻟ ﹶ ﺩ َﺃ ﺠ ﻭ ﺒ ﹺﺭ ﺼ ﻫلِ ﺍﻟ ﻡ َﺃ ﺯ ﻋ ﻭ ﺔ ﺒ ﻭ ﻫلِ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹶﺔ َﺃﺤﻤﻨﹶﺎﺼ ﻭ ﺤﺘﱠﻰ ﻭ ﻙ ﺎﻪ ﹺﺭﻀ ﻕ ﹺﺒ ﱡﺴ ﹶﺘﺤ ﻼ ﻴ ﻤ ﹰ ﻋ ﻙ ﺘ ﻋ ل ﹺﺒﻁﹶﺎ َ ﻋﻤ ﺤﺘﱠﻰ َﺃ ﻙ ﻴ ﺼ ﺎﻤﻌ ﻥ ﻋ ﻲ ﻨ ﺯ ﺠ ﺤ ﻤﺨﹶﺎ ﹶﻓﺔﹰ ﹶﺘ ﺴَﺄﹸﻟﻙ ِﺇﻨﱢﻲ َﺃﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ.ﺤﺘﱠﻰ َﺃﺨﹶﺎ ﹶﻓﻙ .ﻙ ﻥ ﹺﺒ ﻅ ﻥ ﹶ ﺴ ﺤ ﺎﻭ ﹺﺭ ﹸﻜﱢﻠﻬ ﻤ ﻷ ُ ﻲ ﺍ ﻓﻴﻙ ﹶﻠل ﻋ ﺎِﻟﺤﺒ ﹶﺔﻴﺤ ﺍﻟ ﱠﻨﺼ ﹶﻟﻙﺨﱢﻠﺹ ﺤﺘﱠﻰ ُﺃ ﹶ ﻭ ﻙ ﻤ ﹾﻨ ﻭﻓﹰﺎ ﺨ ﺔ ﹶ ﺒ ﻭ ﻲ ﺍﻟ ﱠﺘﻙ ﻓ ﺤ ﺼ ُﺃﻨﹶﺎ َ ﱠﻜﺤﺘﱠﻰ َﺃ ﹶﺘﻭ ﻭ ﻙ ﻭ ﹺﺭ ﻕ ﺍﻟ ﱡﻨ ﺎ ﺨﹶﺎﻟِ ﹶ ﻴﺎ ﹶﻨﻙﺒﺤ ﺴ ”. Kemudian dia memberi salam dan berdoa dengan hajatnya. 2197. Pada tiap-tiap apa yang disebutkan itu warid sunnah dengannya, sebahagiannya dhaif yang diamalkan pada fadhilat-fadhilat amal. Maka ia adalah sebahagian daripada segala pekerjaan yang muhim377 pada agama. 2198. Kata Bughawi: kalau dia meninggalkan tasbih rukuk tidak harus dia kembali kepadanya dan tidak harus membuatnya didalam i’tidal, bahkan hendaklah dibawanya didalam sujud. 2199. Masaalah: adakah dia boleh memilih pada tasbih pada duduk tasyahhud diantara membawanya sebelum tasyahhud atau selepasnya sepertimana dia 375
. surah-surah panjang yang bercerai-cerai. . surah-surah pendek yang bercerai-cerai. 377 . iaitu pekerjaan yang diberi perhatian pada ugama. 376
memilih pada tasbih pada qiam diantara membawanya sebelum fatihah dan selepasnya, atau tidak boleh dia membawanya melainkan sebelum tasyahhud jua seperti yang dinyatakan oleh kata-kata mereka itu, dan dibezakan diantara tasbih qiam dan tasbih duduk tasyahhud dengan bahawa tasbih qiam apabila dibawa sebelum membaca fatihah dapat dia membawa gantinya dengan memindahkan tasbih yang didalam duduk yang akhir sama seperti kaifiat yag kedua. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: tiap-tiap daripada dua itu muhtamal378 tetapi ihtimal yang lebih dekat adalah yang pertama jua, iaitu boleh dia pilih pada tasbih pada duduk tasyahhud antara membawanya sebelum tasyahhud atau selepasnya. Intaha. 2200. Maka jadilah jumlah tasbih didalam satu rakaat itu tujuh puluh lima tasbih, dan jumlahnya didalam empat rakaat tiga ratus tasbih. Demikianlah yang diajarkan oleh nabi sawm kepada mamaknya379 Abbas r.a, serta sabdanya : sungguhnya pahala sembahyang itu amat besar wahai mamak ku. Jikalau ada dosa mu umpama buih dilaut atau seperti pasir380 dibumi sekalipun diampunkan Allah taala jua akan kamu. 2201. Kata Tajussubki dan selainnya: tidak ada orang yang mendengar kelebihan sembahyang tasbih dan dia meninggalkannya melainkan orang yang meringanringankan ugama jua, kerana tersebut didalam hadith “barang siapa kuasa maka hendaklah dibawanya pada tiap-tiap hari sekali, dan jika dia tidak kuasa maka pada tiap-tiap satu jumaat sekali, dan jika dia tidak kuasa maka pada tiap-tiap sebulan sekali, dan jika dia tidak kuasa maka pada tiap-tiap tahun sekali, maka jika dia tidak kuasa maka seumur hidupya sekali”. Riwayat Abu Daud dan Baihaqi dan Turmizi. 2202. Syahadan. Sebahagian daripada bid’ah yang keji adalah sembahyang raghaib dua belas rakaat diantara maghrib dan isyak pada malam jumaat pertama daripada bulan rejab, dan sembahyang nisfu sya’ban seratus rakaat. Adalah hadith yang menyatakan kedua sembahyang itu batil. Sungguhnya imam Nawawi dan selainnya sangat ingkarkan keduanya. 2203. Bermula, barang siapa meninggalkan sembahyang sunat yang berwaktu sekalipun yang tidak dikerjakan dengan berjamaah sunatlah dia mengkadha sembahyang itu, sekalipun sudah lama masanya. Tidak sunat mengkadha sembahyang sunat mutlak yang tidak diadatkannya melainkan jika dia mengerjakannya kemudian maka dia membatalkannya pada pertengahan sembahyangnnya, hendaklah dikadhanya. 2204. Demikian lagi tidak sunat mengkadha sembahyang yang mempunyai sebab seperti tahiyyat masjid dan sembahyang dua gerhana dan sembahyang minta hujan atau barang sebagainya. 2205. Bermula, tidak ada had bagi bilangan sembahyang sunat mutlak, iaitu sunat yang tidak tertentu dengan waktu dan tidak dengan suatu sebab, kerana hadith yang sahih sabda nabi sawm “ل ّ ﻗ ﻭ َﺃ ﺭ َﺃ ﺜ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻜ ﻉ ﻓﹶﺎ ﻭ ﹴ ﻀ ﻭ ﻤ ﺭ ﻴ ﺨ ﻼ ﹸﺓ ﹶ ﹶ” ﺍﹶﻟﺼ, artinya : sembahyang itu sebaik-baik yang dihantarkan maka perbanyakkan ia atau sedikitkan. 2206. Maka harus seorang mengerjakannya dengan rakaat yang dikehendakinya, sekalipun dengan tidak meniatkan bilangan rakaatnya. Harus dia menyimpannya diatas satu rakaat dengan satu tasyahhud tanpa karahah. Harus pula dia menyimpan beberapa rakaat yang banyak itu dengan dua tasyahhud pada dua rakaat yang akhir. Maka hendaklah dia membaca surah pada tiap-tiap rakaat
378
. muhtamal – ditanggungkan betul – boleh diterima, ihtimal - tanggungan. . bapa saudara sebelah emak. 380 . pada asal “”ﻜﺭﺴﻙ. 379
yang sebelum daripada tasyahhud awal. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 2207. Maka jika seorang takbir ihram pada sembahyang sunat mutlak dengan niat lebih daripada serakaat maka harus dia membawa tahiyyat pada tiap-tiap dua rakaat atau tiap-tiap tiga rakaat atau tiap-tiap tiga rakaat atau tiap-tiap empat rakaat. Tidak harus dia membawa tahiyyat pada tiap-tiap satu rakaat kerana bahawasanya ia tidak ma’hud381 sekali-kali. 2208. Bermula, zahir kata-kata mereka itu tertegah membawa tahiyyat pada tiaptiap satu rakaat, sekalipun tidak dilanjutkan duduk istirehat, yang mana ianya musykil kerana bahawasanya seorang apabila membawa tahiyyat pada tiap-tiap satu rakaat daripada sembahyang fardhu yang empat rakaat umpamanya dan tidak melanjutkan duduk istirehatnya nescaya tidaklah ia memudharatkan, iaitu tidak batal sembahyangnya, yang mana ianya zahir. Maka hendaklah ditanggungkan keadaan382 disini diatas keadaan apabila tidak dilanjutkannya duduk istirehat dengan tahiyyat kerana apa yang talah lalu bahawa melanjutkan duduk istirehat itu membatalkan sembahyang, atau hendaklah dibezakan diantara sembahyang fardhu dan sembahyang sunat dengan bahawa kaifiat sembahyang fardhu telah tetap maka tidak ditilik kepada mendatangkan perbuatan yang tidak ma’hud didalamnya, bersalahan dengan sembahyang sunat mutlak. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 2209. Harus dia menambah rakaat atau mengurangkannya daripada bilangan yang diniatkan dengan syarat hendaklah dia mengubah niatnya sebelum menambah atau menguranginya. Maka jika ditambahnya rakaat atau dikuranginya daripada bilangan yang diniatkan sebelum daripada mengubah niatnya batallah sembahyangnya jika disengajakannya lagi tahukan haramnya. Maka jika dia niatkan sembahyang dua rakaat kemudian dia berdiri kepada rakaat yang ketiga dengan lupanya maka dia teringat didalam berdiri wajib atasnya duduk kemudian berdiri jika dia hendak menambahinya kemudian maka sujud sahwi pada akhir sembahyangnya. Jika tidak mahu menambahnya hendaklah dia duduk maka membaca tahiyyat dan sujud sahwi. 2210. Bermula, yang terafdhal pada sembahyang sunat mutlak itu bahawa hendaklah dia memberi salam pada tiap-tiap dua rakaat samaa ada dikerjakan pada malam atau pada siang kerana tersebut didalam hadith yang disepakatkan sabda nabi sawm “ﻤ ﹾﺜﻨﹶﻰ ﻤ ﹾﺜﻨﹶﻰ ل ِ ﻴ ﻼ ﹸﺓ ﺍﻟﱠﻠ ﺼﹶ ”, artinya sembahyang sunat mutlak pada malam itu dua rakaat dua rakaat satu salam. 2211. Bermula, melanjutkan berdiri pada sembahyang-sembayang sunat mutlak itu terafdhal daripada membawa banyak bilangan rakaat, dan sembayang sunat mutlak pada malam terafdhal daripada sembahyang sunat mutlak pada siang kerana tersebut didalam hadith sabda nabi sawm “ل ِ ﻴ ﻼ ﹸﺓ ﺍﻟﱠﻠ ﺼﹶ ﺔﻴﻀ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔﺭﹺ ﻌ ﺒ ﻼ ﹸﺓ ﹶل ﺍﻟﺼ ُﻀ ” َﺃ ﹾﻓ artinya : sembahyang yang terafdhal kemudian daripada sembahyang fardhu adalah sembahyang sunat malam. Ditanggungkan oleh ulamak hadith ini diatas sembahyang sunat mutlak. Dan lagi sabda nabi sawm “ﺔ ﺒ ﺎﻋ ﹸﺔ ِﺇﺠ ﺎ ﺴﻴﹶﻠﺔ ﻲ ﹸﻜلﱢ ﹶﻟ ﻓ ﻥ ” ِﺇ artinya : sungguhnya pada tiap-tiap malam ada padanya saat ijabah383. 2212. Sembahyang sunat pada setengah malam yang pertama terafdhal daripada setengahnya yang kedua. Inilah jika dibahagi makam itu dua bahagi384. Jika dibahagikan ia tiga bahagian maka sepertiga yang pertengahan terafdhal 381
. tidak diketahui sama sekali.
382
. hukum tahiyyat pada setiap satu rakaat pada sunat mutlak.
383
. satu masa yang diperkenankan doa padanya.
384
. yang maklum setengahnya yang kedua sepertimana didalam Mughni dan selainnya.
daripada sepertiga yang pertama dan yang ketiga kerana ghaflah didalamnya lebih banyak, dan berbuat ibadat didalamnya lebih berat. 2213. Yang afdhal daripada yang demikian itu adalah satu perenam yang keempat dan kelima, kerana bahawasanya nabi sawm ditanya sahabat : apa sembahyang yang terafdhal selepas daripada sembahyang fardhu? Maka sabdanya : sembahyang tengah malam385. Dan lagi sabdanya “ ﷲ ِ ﻼ ﹸﺓ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹶﺏ ﺍﻟﺼ ﺤ َﺃ ﻪ ﺴ ﺩ ﺴ ﻡ ﻴﻨﹶﺎ ﻭ ﻪ ﻡ ﹸﺜﹸﻠ ﹶﺜ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﻭ ل ِ ﻴ ﻑ ﺍﻟﱠﻠ ﺼ ﹶ ﻡ ﻨ ﻴﻨﹶﺎ ﻥ ﺩ ﻜﹶﺎ ﻭ ﺍﻼ ﹸﺓ ﺩ ﺼﹶ ” artinya yang lebih kasih sembahyang kepada allah taala adalah sembahyang nabi Daud adalah dia tidur setanah malam dan berdiri sembahyang satu pertiganya dan tidur pada satu perenamnya. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﺙ ﺒﻘﹶﻰ ﹸﺜﹸﻠ ﹸ ﻴ ﻥ ﻴ ﺤ ﺎﺩ ﹾﻨﻴ ﺀ ﺍﻟ ﺎﺴﻤ ﺎﻟﹶﻰ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﹶﺘﻌﻙ ﻭ ﺭ ﺎﻩ – ﹶﺘﺒ ﺭ ﻤ ﻱ َﺃ ﺒﻨﹶﺎ – َﺃ ﺭ ُﺯل ﻴ ﹾﻨ ﻪ ﹶﻟﺭﻏﻔ ﻲ ﹶﻓَﺄ ﹾ ﻨ ﺭ ﻔ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐ ﻴ ﻥ ﻤ ﻭ ﻪ ﻴﻋﻁ ﻲ ﹶﻓُﺄ ﻨ ﺴ َﺄﹸﻟ ﻴ ﻥ ﻤ ﻭ ﻪ ﹶﻟﻴﺏ ﺴ ﹶﺘﺠﹺ ﻲ ﹶﻓَﺄ ﻨ ﻭ ﻋ ﺩ ﻴ ﻥ ﻤ ل ْ ﻫ ل ُ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﻴﺭﹺ ﹶﻓ ﺨ ﻷﹶ َلﺍ ِ ﻴ ”ﺍﻟﱠﻠartinya: turun Tuhan kita – artinya perintahNya – kepada langit dunia pada ketika masih tinggal satu pertiga malam yang akhir maka firmanNya adakah ada orang yang berdoa kepada Ku maka Aku perkenankan dia dan adakah ada orang yang meminta dari Ku maka Aku berikan dia dan adakah ada orang yang meminta ampun dari Ku maka Aku ampuni dia. Telah meriwayatkan hadith pertama oleh Muslim dan hadith yang kemudiannya Bukhari dan Muslim. 2214. Sunat sembahyang tahajjud iaitu sembahyang sunat pada malam selepas daripada tidur. Sunat bagi orang yang mengerjakan tahajjud itu tidur pada waktu qailulah iaitu tengah hari untuk membantunya terjaga untuk mengerjakan tahajjud, kerana sabda nabi sawm “ﺎ ﹺﻡﻘﻴ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﺔ ﻭﹶﻟ ﻴﹸﻠ ﻴﻨﹸﻭﺍ ﺒﹺﺎ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻌ ﺴ ﹶﺘ ﺍ ” artinya : hendaklah kamu buat bantuan dengan tidur pada waktu qailulah diatas bangun sembahyang malam. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah. 2215. Sunat mengekali sembahyang sunat mutlak kerana dengannya disempurnakan apa yang kurang daripada sembahyang fardhu. Tersebut didalam matan ‘Ubab mula-mula apa yang dihisab hamba dengannya adalah sembahyang. Jika baik sembahyangnya beroleh kemenanganlah dia, jika tidak maka sia-sia dan kerugianlah dia. Jika kurang fardhunya disempurnakanlah ia dengan sunatnya. Seperti demikian itulah yang tinggal daripada segala amalnya. Dan lagi tersebut didalam Matan ‘Ubab apabila seorang hamba sakit atau bermusafir nescaya disuratkan Allah taala pahala amal yang telah dikerjakannya didalam sihat badannya atau didalam bermukimnya didalam negerinya. 2216. Syahadan. Makruh berjaga tiap-tiap malam sentiasa kerana ditegah yang demikian itu sebab memudharatkan tubuh. Adalah Abdullah bin Umar bin al ‘Ash sentiasa berjaga pada tia-tiap malam kerana ibadat dan sentiasa puasa pada tiap-tiap hari maka dikhabarkan yang demikian itu kepada raulullah sawm maka sabdanya kepada Abdullah “ ﻡ ﺼ ،ْﻌل ﻼ ﹶﺘ ﹾﻔ ﹶﻓ ﹶ: ل َ ﻗﹶﺎ. ﺒﻠﹶﻰ : ل َ ﻴلَ؟ ﹸﻓﻘﹶﺎ ﻡ ﺍﻟﱠﻠ ﻭ ﻭ ﹶﺘﻘﹸ ﺭ ﺎﻡ ﺍﻟ ﱠﻨﻬ ﻭ ﺼ ﹶﺘﺭ َﺃ ﱠﻨﻙ ﺒ ﺨ ﻡ ُﺃ ﹾ َﺃﹶﻟ ﻥ ﻴﺨﹶﺎ ﹺ ﺸ ﻩ ﺍﻟ ﱠ ﺍﺭﻭ .ﻩ ﺨ ﹺﺭ ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﺁﺤﻘ ﻴﻙ ﹶﻠﻙ ﻋ ﺩ ﺴ ﺠ ﻥ ِﻟ ﹶﻓِﺈ.ﻡ ﻭ ﹶﻨ ﻡ ﻭ ﹸﻗ ﺭ ﻁ ﺍ ﹾﻓ”ﻭ, artinya : bukankah aku dikhabarkan bahawasa kamu sentiasa puasa pada tiap-tiap hari dan sentiasa bangun berjaga pada tiap-tiap malam? Maka sembah Abdullah: bahkan benarlah yang demikian itu wahai rasulullah. Maka sabdanya: jangan kamu buat, puasalah kamu sehari dan berbuka sehari dan bangunlah kamu untuk sembahyang dan tidurlah kamu, kerana sungguhnya tubuh kamu mempunyai hak diatas kamu, hingga akhir hadith, meriwayatkanya Bukhari dan Muslim. 2217. Adapun berjaga yang tidak memberi mudharat maka iaitu tidak makruh kerana sungguhnya nabi sawm, apabila masuk sepuluh hari yang akhir daripada bulan ramadhan dia berjaga kerana ibadat pada sekelian malamnya. Maka dari kerana inilah tidak makruh berjaga pada sepuluh malam yang akhir daripada ramadhan dan pada malam hari raya. Kedua yang demikian itu sunat. 385
. “ﻞ ﻴ ﹺﻑ ﺍﻟﻠﱠ ﻮ ﺟ ﻼﺓﹸ ﺻﹶ ”.
2218. Makruh menentukan malam jumaat dengan membawa sembahyang kerana sabda nabi sawm “ﺎﻟِﻲﻥ ﺍﻟﱠﻠﻴ ﻴ ﹺ ﺒ ﻥ ﻤ ﺎ ﹴﻡﻘﻴ ﺔ ﹺﺒ ﻌ ﻤ ﺠ ﻴﹶﻠ ﹶﺔ ﺍ ﹾﻟ ﻭﺍ ﹶﻟﺨﺼ ﻻ ﹶﺘ ﹸ ” ﹶartinya : jangan kamu khususkan malam jumaat dengan mendirikan sembahyang diantara segala malam yang lain. 2219. Adapun menentukan malam jumaat dengan mengucap selawat atas nabi dan tilawah Quran maka tidak makruh hanya adalah ia sunat jua. 2220. Makruh meninggalkan sembahyang tahajjud yang telah diadatkannya dengan tidak ada dharurat kerana sabda nabi sawm kepada ‘Abdullah bin Umar bin al ‘Ash : “ﻪ ﹶﻜ ﹶﺘﺭل ﹸﺜﻡ َ ﻴ ﻡ ﺍﻟﱠﻠ ﻭ ﻴﻘﹸ ﻥ ﻼﻥﹴ ﻜﹶﺎ ل ﹸﻓ ﹶ َ ﹾﺜﻥ ﻤ ﻻ ﹶﺘ ﹸﻜ ﷲ ﹶ ِ ﺩ ﺍ ﺒ ﻋ ﺎ” ﻴ, artinya: wahai Abdullah jangan kamu jadi seperti si pulan itu, dulu dia selalu berdiri sembahyang tahajjud kemudian dia meninggalkannya. Riwayat Bukhari dan Muslim. 2221. Sunat bahawa tidak disunyikan malam daripada tahajjud sekalipun dengan dua rakaat. Sunat muakkad membanyakan doa dan istighfar pada sepanjang masa malam, dan pada setengah yang akhir lebih muakkad, dan pada waktu sahur lebih afdhal, kerana tersebut didalam hadith riwayat Muslim sabda nabi sawm “ .ﻩ ﺎﻩ ِﺇﻴ ﻋﻁﹶﺎ ﻻ َﺃ ﺓ ِﺇ ﱠ ﺭ ﺨ ﺍﻵﺎ ﻭﺩ ﹾﻨﻴ ﻤﺭﹺ ﺍﻟ ﻥ َﺃ ﻤ ﺍﻴﺭ ﺨ ﺎﻟﹶﻰ ﹶﷲ ﹶﺘﻌ َ لﺍ ُ ﺴَﺄ ﻡ ﹶﻓﻴ ﻠﺴ ﻤ ل ٌﺠ ﺭ ﺎﻓ ﹸﻘﻬ ﺍﻴﻭ ﻻ ِﺇ ﻋ ﹲﺔ ﹶ ﺎل ﺴ ِ ﻴ ﻲ ﺍﻟﱠﻠﻥ ﻓ ﻴﹶﻠﺔ ﹸﻜلﱠ ﹶﻟ ﹶﺫﻟِﻙﻭ, sungguhnya pada waktu malam ada satu saat tidak jua didapati oleh sorang Islam akan saat itu maka dia memohon dari Allah taala kebajikan dunia dan akhirat melainkan Dia menganugerahkannya. Maka adalah saat itu berada pada sepanjang malam. 2222. Mengerjakan tahajjud pada setengah malam yang kedua lebih muakkad, dan terafdhal bahawa ia dikerjakan pada waktu sahur. Sunat bagi orang yang bangun kerana tajhajjud bahawa dia mengejutkan orang yang kuat berkehendak kepada tahajjud jika dia tidak takutkan mudharat. 2223. Sunat apabila dia terjaga daripada tidurnya menyapu mukanya supaya hilang bekas tidurnya dan sunat memandang kelangit dan membaca ayat pada akhir surah Ali ‘Imran iaitu “ﺭﺽﹺ ﻷ َ ﺍﺕ ﻭ ﺍﻤﻭ ﺴ ﺍﻟﺨ ﹾﻠﻕ ﻲ ﹶ ﻓ ﻥ ” ِﺇhingga sampai kepada kesudahan surah. 386
ﻋ ِﺔ َ ﺠﻤَﺎ َ ﻼ ُة ا ْﻟ َﺻ َ xx SOLAT JAMAAH 2224. Fasal pada menyatakan sembahyang berjamaah. Bermula, berjamaah pada sembahyang fardhu yang lima waktu lagi yang tunai adalah fardhu kifayah, 386
. Tersebut didalam Wisyah al Afrah: Tersebut didalam Hasyiah Syinin bagi syeikh Ahmad Maihi katanya:
Faedah. disebut didalam “ﺲ ﻟ ﹺﺎﻤﺠ ﻫﺔﹸ ﺍﹾﻟ ﺰ ” ﻧdaripada kitab “ﻟﻊﻤﻄﹶـﺎ ﺍﹾﻟ ﻭـﺎﺭﺨﺘ ” ﺍﳌﹸdaripada nabi s.a.w.m sabdanya: tidak datang keatas mayat yang lebih bersangatan daripada malam yang pertama, maka hendaklah kamu kasihani mayat-mayat kamu dengan bersedekah. Maka mereka yang tidak dapat hendaklah sembahyang dua rakaat, dibaca pada tiap-tiap keduanya akan Fatihah Kitab dan ayat Quqursi dan “ ﺮ ﻜﹶـﺎﹸﺛ ﺍﻟﺘـﺎﻛﹸﻢ ” ﺍﹾﻟﻬsekali-sekali, dan “qulhu” (al Ikhlas) sebelas kali. Dan dia berkata kemudian daripada salam; wahai Tuhanku sungguhnya aku sembahyangkan sembahyang ini dan engkau tahu akan apa yang aku kehendaki, wahan Tuhanku bangkitkan pahalanya kepada kuburnya si pulan bin si pulan. Maka ketika itu Allah menyuruh kepada kuburnya seribu malaikat, serta tiap-tiap malaikat itu ada nur dan hadiah, berjinak-jinak mereka itu dengannya didalam kuburnya hingga sampai kepada hari ditiupkan sangkakala, dan Allah kurniakan kepada orang yang mengerjakan sembahyang ini segala kebajikan sebilang-bilang barang yang naik atasnya matahari dan diangkat Allah baginya empat puluh ribu darjat dan empat puluh ribu kali haji dan umrah dan dibina oleh Allah baginya seribu madinah didalam syurga dan dikurniakan dia pahala seribu syahid dan dipersalinkan dia seribu pakaian. ( Nuzhah).
kerana sabda nabi sawm “ - ﻼ ﹸﺓ ﹶﺔ ﺍﻟﺼ ﻴ ﺍﻲ ﹺﺭﻭ ﻓ ﻭ - ﺔ ﻋ ﺎﺠﻤ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹺﻬ ﻓ ﻡ ﻻ ﹸﺘﻘﹶﺎ ﺩ ﹴﻭ ﹶ ﺒ ﻭ َﺃﺔﺭﻴ ﻲ ﹶﻗ ﻓ ﻼ ﹶﺜﺔ ﻥ ﹶﺜ ﹶ ﻤ ﺎﻤ ﻏﹶﻠﺏ ﻱ ﹶ ﻥ – َﺃ ﻴﻁﹶﺎ ﺸ ﻡ ﺍﻟ ﱠ ﻴﻬﹺ ﹶﻠ ﹶﺫ ﻋﺤﻭ ﺴ ﹶﺘ ﻻﺍ ”ِﺇ ﱠartinya: tidak jua daripada tiga orang didalam satu dusun atau huan maka tidak didirikan pada mereka itu jamaah –pada sat riwayat sembahyang- melainkan syaitan mengerasi mereka, iaitu mengalahkan mereka. Riwayat Ibnu Hibban dan selainnya. Kata mereka itu : hadith ini sahih. 2225. Kata setengah ulamak: berjamaah itu sunat muakkad kerana sabda nabi sawm “ﺠ ﹰﺔ ﺭ ﺩ ﻥ ﻴ ﺸ ﹺﺭ ﻋﹾ ﻭ ﺒ ﹴﻊ ﺴ ﻼ ﹸﺓ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﱢﺫ ﹺﺒ ﺼﹶ ﻥ ﻤ ل ُﻀ ﺔ َﺃ ﹾﻓ ﻋ ﺎﺠﻤ ﻼ ﹸﺓ ﺍ ﹾﻟ ﺼ ﹶ ” artinya: sembahyang berjamaah itu lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan dua puluh darjat. Riwayat Bukhari dan Muslim. Kerana fadhilat pada hadith itu menghendaki keadaannya sunat jua, tidak fardhu. Dijawab daripadanya dengan bahawa fadhilat pada hadith itu ditanggungkan diatas orang yang mengerjakan sembahyang seorang diri sedang orang lain mendirikan sembahyang berjamaah atau kerana uzur seperti sakit. 2226. Kata setengah mereka itu : berjamaah itu fardhu ain, dan dia berdalil diatas yang demikian itu dengan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu sabda nabi sawm “ ﻡ ﻬ ﻌ ﻤ ل ٍ ﺎﻕ ﹺﺒ ﹺﺭﺠ ﹶﻁﻠ َﺃ ﹾﻨ ﹶﺱ ﹸﺜﻡ ﺒﹺﺎﻟﻨﱠﺎ ﹺﱢﻠﻰﻴﺼ ﻼ ﹶﻓ ﺠﹰ ﺭ ﺭ ﻤ ﺁ ﹸﺜﻡ، ﹶﻓ ﹸﺘﻘﹶﺎﻡﻼﺓ ﺼﹶ ﺭ ﺒﹺﺎﻟ ﻤ ﻥ ﺁ ﺕ َﺃ ﻤ ﹸ ﻤ ﻫ ﺩ ﹶﻟ ﹶﻘﻭ ﻡ ﺒﹺﺎﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻬ ﻭ ﹶﺘ ﻴ ﺒ ﻡ ﻴ ﹺﻬ ﻋﹶﻠ ﻕ ﺤﺭﹺ ﹶ ﻼ ﹶﺓ ﹶﻓُﺄ ﺼ ﹶ ﻥ ﺍﻟ ﻭ ﺩ ﻬ ﺸ ﻴ ﹾ ﻻ ﻭﻡﹴ ﹶ ﻁﺏﹴ ِﺇﻟﹶﻰ ﹶﻗ ﹶﻥ ﺤ ﻤ ﻡ ﺯ ﺤ ”,artinya : sungguhnya aku mencita untuk menyuruh didirikan sembahyang lalu diqamatkan ia, kemudian aku suruh seorang lelaki lalu dia sembahyang dengan orang ramai, kemudian aku berjalan bersama beberapa lelaki yang beserta mereka itu beberapa berkas daripada kayu api kepada kaum yang tidak menghadhiri sembahyang jamaah maka aku bakar rumah-rumah mereka dengan api. Maka hadith ini menunjukkan bahawa berjamaah itu fardhu ain. Maka dijawab daripadanya oleh jumhur ulamak dengan bahawa hadith ini datang pada kaum munafik yang ketinggalan daripada berjamaah dan mereka itu tidak mengerjakan sembahyang. 2227. Maka nyatalah daripada sekelian yang tersebut itu bahawa berjamaah itu adalah fardhu kifayah bukan fardhu ain dan bukan sunat muakkad. Iaitu fardhu kifayah bagi lelaki yang akil baligh yang merdeka lagi bermukim lagi mereka itu tidak bertelanjang dan tidak ada pada mereka itu satu uzur daripada uzur-uzur yang lagi akan datang. Maka jika didirikan jamaah oleh setengah mereka itu nescaya gugur dosa dari setengah yang lain. Itu pun dengan syarat jika nyata dengannya syi’ar iaitu tanda-tanda Islam yang besar sekira-kira jika masuk musafir kedalam negeri387 tempat berjamaah itu nescaya diketahuinya bahawa negeri itu negeri Islam. 2228. Maka jika tempat berjamaah itu dusun388 yang kecil yang ada didalamnya umpama tiga puluh lelaki maka memadalah didirikan jamaah pada satu tempat. Dan jika ianya dusun yang besar atau negeri maka tidak memadalah didirikan jamaah pada satu tempat hanya hendaklah jamaah itu berbilang-bilang tempat sekira-kira hasil dengannya nyata tanda Islam yang lebih besar. 2229. Jikalau mereka itu sepakat mendirikan jamaah didalam rumah mereka itu dan tidak nyata syi’er dengannya tidaklah gugur fardhu dengannya. 2230. Syahadan. Yang dikehendaki dengan tanda Islam yang terbesar itu adalah sembahyang dan nyatanya adalah dikerjakan ia dengan berjamaah. Maka jika tidak tidak nyata tanda yang terebut itu tidaklah gugur fardhu kifayah dari mereka itu dan tidak gugur dosa dari mereka yang tidak mendirikannya. Maka jika sekelian atau sebahagian mereka itu enggan daripada mendirikan jamaah hendaklah diperangi mereka itu oleh sultan atau naibnya seperti hukum sekelian fardhu kifayah yang lain. 387 388
. bandar – pekan - penempatan besar yang biasanya mempunyai qadhi dan hakim. . kampung iaitu penempatan yang tidak ada qadhi dan hakim.
2231. Maka diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa berjamaah pada sembahyang sunat tidak fardhu hanya sunat jua pada sesetengah sembahyang sunat. 2232. Demikian lagi tidak fardhu jamaah pada sembahyang fardhu nazar dan fardhu kadha dan tidak fardhu jamaah bagi perempuan dan khunsa dan kanakkanak dan sahaya dan musafir dan yang ada padanya uzur daripada uzur-uzur yang lagi akan datang, tetapi sunat berjamaah pada hak mereka itu. 2233. Demikian lagi tidak fardhu berjamaah bagi lelaki yang bertelanjang, tetapi sunat bagi mereka itu berjamaah jika mereka berjamaah dalam keadaan buta atau pada tempat yang kelam. Jika tidak seperti demikian itu maka berjamah bagi mereka itu harus jua, tidak sunat. 2234. Adapun berjamah pada sembahyang jumaat maka ianya bukan fardhu kifayah hanya adalah ia fardhu ain jua. 2235. Bermula, berjamaah didalam masjid bagi selain perempuan dan khunsa, sekalipun sedikit jamaahnya terafdhal daripada berjamaah diluar masjid sekalipun ramai jamaahnya. Inilah muktamad Khatib Syarbini dan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Tuhfah dan Nihayah, kerana sabda nabi sawm “ل ُﻀ ﺩ َﺃ ﹾﻓ ﺠ ﺴﹺ ﻤ ﻰ ﺍ ﹾﻟ ﻓﻱ ﹶﻓﻬﹺﻰ ﺔ – َﺃ ﺒ ﻭ ﻤ ﹾﻜ ﹸﺘ ﻻ ﺍ ﹾﻟ ﻪ ِﺇ ﱠ ﺘ ﻴ ﺒ ﻲﺀ ﻓ ﺭ ﻤ ﺍ ﹾﻟﻼﺓ ﹶل ﺼ ُﻀ ” َﺃ ﹾﻓartinya : yang terafdhal sembahyang seorang itu adalah didalam rumahnya, melainkan sembahyang fardhu yang lima waktu, iaitu maka sembahyang didalam masjid terafdhal. Riwayat Bukhari dan Muslim. 2236. Adapun perempuan dan khunsa maka berjamaah dirumahnya terafdhal daripada berjamaah didalam masjid kerana sabda nabi sawm “ ﺩ ﺠ ﺎ ﹺﻤﺴ ﻡ ﺍﻟ ﺀ ﹸﻜ ﺎﻨﺴ ﻭﺍﻤ ﹶﻨﻌ ﻻ ﹶﺘ ﹶ ﻬﻥ ﺭ ﹶﻟ ﻴ ﺨ ﹶﻬﻥ ﻭ ﹸﺘ ﻴ ﺒ ﻭ ” artinya: jangan kamu tegah kaum perempuan kamu daripada sembahyang didalam masjid, dan sembahyang didalam rumah mereka itu lebih baik bagi mereka. Riwayat Abu Daud dan Hakim. 2237. Berjamaah pada sembahyang jumaat paling afdhal kemudian maka berjamaah pada sembahyang subuh jumaat kemudian maka pada subuh yang selainnya kemudian maka pada sembahyang isyak kemudian maka pada sembahyang asar kemudian maka pada sembahyang zohor kemudian maka pada sembahyang maghrib. 2238. Hanya sanya dilebihkan jamaah pada sembahyang subuh dan isyak daripada jamaah pada sembahang asar sekalipun ia sembahyang wusta389 kerana bahawa masyaqqah pada subuh dan isyak itu lebih besar, dan dilebihkan berjamaah pada sembahyang zohor daripada berjamaah pada sembahyang maghrib kerana bahawa sembahyang zohor itu tertentu ia diantara sekelian sembahyang dengan ibrad390 dan badalnya iaitu sembahyang jumaat. 2239. Bermula, berjamaah didalam masjid atau selainnya yang ramai orang berhimpun didalamnya terafdhal daripada berjamaah didalam masjid yang sedikit orang berhimpun didalamnya kerana sabda nabi sawm “ ﻥ ﻤ ﺯﻜﹶﻰ ل َﺃ ِﺠ ﺭ ﻊ ﺍﻟ ﻤ ل ِﺠ ﺭ ﻼ ﹸﺓ ﺍﻟ ﺼﹶ ِﺏ ِﺇﻟﹶىﺎﷲ ﺤ َﺃﻬﻭ ﺭ ﹶﻓ ﻥ َﺃ ﹾﻜ ﹶﺜ ﺎ ﻜﹶﺎﻭﻤ ل ِﺠ ﺭ ﻊ ﺍﻟ ﻤ ﻪﻼﺘ ﹶﻥ ﺼ ﻤ ﺯﻜﹶﻰ ﻴﻥﹺ َﺃ ﺠﹶﻠ ﺭ ﻊ ﺍﻟ ﻤ ﻪ ﻼ ﹸﺘ ﹶﺼﻩ ﻭ ﺩ ﺤ ﻭ ﻪﻼﺘ ﹶ ”ﺼartinya : sembahyang seorang lelaki bersama seorang lelaki lebih suci daripada sembahyangnya sendirian dan sembahyangnya bersama dua orang lelaki lebih suci daripada sembahyangnya bersama seorang lelaki dan sembahyang yang jamaahnya lebih banyak maka ia adalah yang lebih kasih kepada Allah taala. Riwayat Ibnu Hibban dan selainnya. Kata mereka itu hadith ini sahih. 2240. Melainkan jika ada imamnya itu ahli bid’ah yang tidak dikafirkan seperti adalah dia sebahagian kaum Jabariah atau Qadariah atau Ujudiah* atau Rafidhiah atau ada imamnya itu fasik atau khunsa atau menjadi kosong masjid 389 390
. yang tengah-tengah. . ibrad : menunggu sejuk kepanasan tengahari. Badalnya : penggantinya.
yang hampir sebab dia meninggalkan masjid itu kerana dia imamnya. Maka berjamaah pada masjid yang sedikit orang berhimpun didalamnya teradfdhal pada ketika itu. 2241. Bermula, berrjamaah pada masjid yang tiga itu sekalipun sedikit jamaahnya terafdhal daripada berjamaah pada selainnya, hingga kata syeikh Ramli dan Mutawali sembahyang seorang diri didalam masjid yang tiga itu terafdhal daripada berjamaah pada tempat selainnya. Mengikut kata Mutawalli itu syeikh Ramli dan menyalahinya syeikh Ibnu Hajar. 2242. Imam Ghazali berfatwa dengan bahawa seorang itu apabila sembahyang sendirian terhasil baginya khyusu’ dan apabila sembahyang berjamaah tidak dia khuysu’ maka sembayangnya sendirian terafdhal baginya daripada sembahyangnya berjamaah. Mengikut fatwa Imam Ghazali ini Ibnu Abdussalam. 2243. Kata Zarkasyi: bermula pendapat yang Mukhtar tetapi yang betul adalah menyalahi apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali dan Ibnu Abdussalam. Mengikut Zarkasyi oleh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah. 2244. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: kalau berlawanan khusyu’ dan jamaah maka jamaah terutama didulukan seperti apa yang telah muafakat sekelian mereka itu, hinggakan mereka itu katakan bahawa fardhu kifayah terafdhal daripada sunat. Dan lagi pula khilaf pada keadaan berjamaah itu fardhu ain dan pada keadaannya syarat sah sembahyang lebih kuat daripada khilaf pada keadaan khusyu’ itu syarat sah sembahyang. Bermula, fatwa Ibnu Abdussalam dengan bahawa khusyu’ itu terutama didulukan diatas itlak hanyalah datang diatas kaul yang mengatakan bahawa berjamaah itu sunat . Begitu juga fatwa Imam Ghazali dengan bahawa apabila sembahyang berjamaah menegah khusyu’ pada kebanyakkan daripada sembahyangnya maka sembahyang sendirian terutama daripada berjamaah, hingga akhir perkataan syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 2245. Bermula, makmum mendapat fadhilat pahala berjamaah pada selain sembahyang jumaat selagi imam belum beri salam, sekalipun dia tidak duduk beserta imamnya seperti bahawa imamnya memberi salam selepas daripada takbirnya kerana dia mendapat satu rukun bersama imamnya. 2246. Adapun sempurna fadhilat berjamaah maka tidak diperolehi melainkan dengan mendapat takbir ihram imam dan dia takbir mengiringi takbir ihram imamnya itu. Maka jika dia tidak mendapati takbir ihram imam atau dia mendapatinya tetapi dia takbir kemudiannya dengan berlambatan maka tidaklah diperolehi kelebihan pahala berjamaah yang sempurna. 2247. Adapun pada sembahyang jumaat maka tidak diperolehi oleh makmum akan asal pahala bejamaah padanya melainkan dengan mendapat satu rakaat. 2248. Sunat bagi imam menyingkatkan bacaan dan perbuatan sembahyan serta dibawanya sekelian sunat ab’ad dan sunat haiah, iaitu jangan dia melanjutkannya, hanya hendaklah dia membawanya dengan sederhana sekirakira tidak dia menyimpannya diatas yang sekurang-kurangnya dan tidak dia membawa yang paling sempurnanya yang disunatkan bagi orang yang sembahyang sendirian kerana sabda nabi sawm “ ﻡ ﻴ ﹺﻬ ﻓ ﻥ ﻑ ﹶﻓِﺈ ﺨ ﱢﻔ ﹾ ﻴ ﹶ ﺱ ﹶﻓ ﹾﻠ ﻡ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﺩﻜﹸ ﺤ ﻡ َﺃ ِﺇﺫﹶﺍ َﺃ ﺎﻭﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟﺤ ﺽ ﺀ ﺎ ﺸﹶﺎل ﻤ ْﻁ ﻴ ﹶﻓ ﹾﻠﻪﻡ ﻟِ ﹶﻨ ﹾﻔﺴ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﺼﻠﱠﻰ َﺃ ﻭِﺇﺫﹶﺍ .ﺔ ﺠ ﻴ ﻤ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟﻑ ﻭ ﻴ ﹸ ﻌ ﻀ ﺍﻟﺭ ﻭ ﻤﻴ ﻤ ﺍ ﹾﻟﺭ ﻭ ﻴ ﻐ ”ﺍﻟﺼ, artinya: apabila seorang dari kamu mengimamkan orang ramai maka hendaklah dia meringankan kerana pada mereka itu ada budak kecil dan orang tua dan yang lemah dan yang sakit dan yang mempunyai hajat. Apabila seorang dari kamu sembahyang sendirian maka panjangkan sekehendaknya. Riwayat Bukhari dan Muslim. 2249. Makruh bagi imam melanjutkan sembahyang melainkan jika redha sekelian makmumnya dengan lanjut, dan adalah redha mereka itu dengan lafaz dan
adalah bilangan sekelian makmum itu terhingga dan tempat berjamaah itu pada masjid yang tidak berada pada jalan raya tidak datang kepadanya orang lain daripada mereka itu dan tidak ada pada mereka itu orang yang mengamil upah diatas berbuat suatu perbuatan yang tunai. Maka pada ketika itu tidak makruh bagi imam melanjutkan, hanya sunat jua. 2250. Makruh bagi imam menangguhkan sembahyang untuk membanyakkan jamaah atau kerana menanti orang yang mempunyai manshab seperti qadhi atau mufti atau barang sebagainya kerana yang demikian itu menyakiti makmum yang hadhir. Maka apabila hadhir besertanya sebahagian kaum sunatlah dia segera mendirikannya dengan mereka itu, sekalipun diharapnya akan datang yang lain daripada mereka itu. Jika terboleh391 didirikan sembahyang dengan kaum yang hadhir haramlah bagi imam menanti orang yang tidak hadhir. Demikianlah yang tersebut didalam Ubab. 2251. Tetapi jika dia mendengar didalam rukuknya atau didalam tahiyyat akhirnya bunyi orang yang masuk pada tempat sembahyangnya kerana hendak mengikutnya nescaya sunatlah bagi imam itu menantinya didalam rukuknya atau didalam tahiyyat ahirnya supaya orang itu mendapat satu rakaat atau mendapat jamaah. Itupun dengan dua syarat : pertama: jangan terlalu lama menanti, keduanya : jangan dibezakan diantara mereka yang masuk, hanya hendaklah disamakannya diantara sekelian mereka itu pada menantinya kerana Allah taala. Tidak sunat menanti didalam rukun yang lain daripada rukuk dan tahiyyat akhir kerana ketiadaan faedah, hanya yang demikian itu makruh jua. 2252. Adapun orang yang sembahyang sendirian yang mendengar orang yang masuk kepada tempat sembahyang kerana hendak mengikutnya maka sunat dia menantinya didalam rukuk atau didalam tahiyyat akhirnya, sekalipun lama masanya, kerana tidak ada disana orang lain yang kesulitan dengan lanjut masa menanti. 2253. Demikian lagi hukum imam yang redha makmumnya dengan melanjutkan sembahyang dengan segala syaratnya yang telah tersebut itu, sunat baginya menanti didalam rukuknya atau tahiyyat akhirnya, sekalipun lama masa menanti itu, tetapi dengan syarat hendaklah disamakannya diantara mereka yang dinanti kerana Allah taala. 2254. Demikian lagi sunat bagi imam menanti didalam sujudnya yang kedua akan makmum muafik yang terkemudian daripadanya kerana menyempurnakan bacaan fatihah, kerana luput rakaatnya dengan berdiri imam meninggalkannya sebelum daripada dia rukuk. 2255. Tidak sunat bagi imam sembahyang gerhana menanti didalam rukuk yang kedua kerana tidak didapatkan satu rakaat dengannya . 2256. Syahadan. Barang siapa sudah sembahyang fardhu yang tunai yang selain sembahyang nazar dan sembahyang khauf dan sembahyang jenazah maka dia dapati didalam waktunya akan orang yang menyembahyangkannya dengan berjamaah atau seorang diri sunat baginya mengulangi sembahyangnya dengan berjamaah bersamanya, tetapi hanya sekali jua tidak lebih, sekalipun pada sembahyang subuh dan asar atau ada imam sembahyang yang pertama itu terafdhal. Tetapi jika imam sembahyang yang kedua itu makruh diikuti tidaklah sunat baginya mengulangi sembahyangnya bersamanya. Demikianlah yang tersebut didalam ‘Ubab. Maka yang menggugurkan fardhunya dan tuntutannya adalah sembahyang yang pertama jua. Adapun yang kedua maka ianya jadi sunat jua. Tetapi wajib niat fardhu didalam takbirnya dan wajib berdiri didalam sembahyangnya dan haram memutuskannya. 391
. katanya pada asal “jika didirikan sembahyang. . .”.
2257. Adapun sembahyang fardhu nazar dan sembahyang khauf dan sembahyang jenazah maka tidak sunat mengulanginya. Jika diulang sembahyang fardhu nazar dan sembahyang khauf nescaya tidak sah keduanya seperti mana sembahyang fardhu yang diulanginya kemudian daripada waktunya atau diulanginya lebih daripad sekali atau diulanginya dengan tidak berjamaah, maka iaitu tidak sah. Tetapi jika diulangi sembahyang jenazah sahlah ia dan jatuhlah ia sebagai sunat. 2258. Kata Asnawi : sembahyang sunat yang disunatkan berjamaah padanya seperti sembahyang gerhana adalah seperti sembahyang fardhu jua. Maka sunat mengulanginya. Kata Ziadi : diistithnakan daripada sembahyang sunat itu akan witir ramadhan, maka tidak sunat mengulanginya sekalipun disunatkan berjamah padanya kerana hadith Abu Daud dan selainnya “ﻴﹶﻠﺔ ﻲ ﹶﻟﻥ ﻓ ﺍ ﹺﻻ ﹺﻭ ﹾﺘﺭ ” ﹶyang telah terdahulu disebutkan. Diketahui daripada contoh oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dengan katanya "ﻥ ﺎ ﹴﻤﻀ ﺭ ﺭ ﹺﻭ ﹾﺘﻴﻪ ﹶﻠﺹ ﻋ ﺎ ﹶﻨ ﹶﻜﻤﻭﻑ ﺴ ” ﹶﻜ ﹸﻜbahawa sunat mengulangi witir ramadhan. 2259. Fasal pada menyatakan uzur-uzur yang mengharuskan meninggalkan jamaah. Bermula, uzur-uzur yang mengharuskan ditinggalkan jamaah itu amat banyak. Sebahagian daripadanya : hujan dan embun yang membasahi kain pada siang atau malam, jika kesulitan dia dengannya, dan jika dia tidak kesulitan dengan hujan itu kerana ia tidak lebat atau ianya lebat tetapi ada baginya kenaungan dijalan dan tidak dia takutkan ketitikkan air yang mutanajjis atau yang dibilang cemar dari atap yang menjulur keluar diatas jalan maka demikian itu tidaklah jadi uzur. 2260. Sebahagian daripadanya : angin yang sangat keras atau angin yang sangat sejuk pada malam, tidak pada siang hari, kerana besar masyaqqah pada malam tidak pada siang. Kata Asnawi : waktu subuh dihubungkan dengan malam pada yang demikian itu. 2261. Sebahagian daripadanya : sangat panas dan sangat sejuk pada malam atau siang kerana masyaqqah pergerakkan dengan sebab keduanya392. 2262. Sebahagian daripadanya : sangat berlumpur jalan pada malam atau siang kerana ditakutkan terkena lumpur atau tergelincir kakinya. 2263. Dan sebahagian daripadanya : sangat lapar dahaga kerana keduanya menghilangkan khusyu’. Maka hendaklah didulukan makan atau minum diatas sembahyang, maka dia makan beberapa suapan sekadar terpecah dengannya had lapar jua kerana sabda nabi sawm “ﺀ ﻌﺸﹶﺎ ﻭﺍ ﺒﹺﺎ ﹾﻟﺩﺀ ﺒ ﻼ ﹸﺓ ﻓﹶﺎ ﹶﺕ ﺍﻟﺼ ﻤ ﻴ ﻗ ﻭُﺃ ﺀ ﻌﺸﹶﺎ ﺭ ﺍ ﹾﻟ ﻀ ﺤ ” ِﺇﺫﹶﺍ artinya : apabila hadhir makanan dan diqamatkan sembahyang maka mulakanlah dengan makan. Riwayat Bukhari dan Muslim. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻼ ﹶﺓ ﹶﻻ ﺼ ﹶ ﺎ ﹺﻡﻁﻌ ﺓ ﺍﻟ ﱠ ﺭ ﻀ ﺤ ” ﹺﺒartinya tidak sempurna sembahyang serta hadhir makanan. Meriwayatkannya Muslim. 2264. Sungguhnya telah disebutkan oleh ulamak dengan bahawa makruh sembahyang didalam tiap-tiap keadaan yang jadi buruk perangai393 padanya, dan sangat lapar dan dahaga itu memburukkan perangai, dan tiap-tiap perkara yang menghendaki karahah sembahyang maka ianya jadi uzur yang mengharuskan meninggalkan jamaah. 2265. Dari kerana ini sebahagian mereka itu mengira sebagai sebahagian daripada uzur-uzur yang mengharuskan seorang meninggalkan jamaah akan tiap-tiap sifat yang394 dimakruhkan sertanya menghasil keputusan diantara 392
. pada asal “kerana masyaqqah harakah keduanya”. . tabiat. 394 . pada asal “yang demikian itu”. 393
manusia yang berhukum395, seperti sangat marah. Hasil sekelian itu bahawa manakala tidak dituntut sembahyang serta adanya maka berjamaah terutama.* 2266. Sebahagian daripadanya adalah sakit yang masyaqqah sertanya keluar berjamaah, sama seperti masyaqqah hujan. 2267. Sebahagian daripadanya menahani hadath seperti bahawa sangat hendak kadha hajat besar atau kecil atau kentut kerana makruh sembahyang pada ketika itu. Maka hendaklah dilapangkan dirinya daripada salah satu daripada yang tiga itu sebelum daripada sembahyang. Tetapi tempatnya jika luas waktunya dengan sekira-kira jika didulukan yang demikian itu diatas sembahyang nescaya di mendapat sembahyang yang sempurna didalam waktunya. Jika tidak seperti demikian itu haramlah mendulukannya diatas sembahyang, hanya wajib dia mendulukan sembahyang. Itupun jika dia tidak takut daripada menahani hadath itu akan mudaharat diatas dirinya. Maka jika dia takutkan yang demikian itu wajib dia mendulukan yang demikian itu diatas sembahyang kerana menolakkan mudharat, sekalipun keluar waktunya. Sebahagian daripadanya sangat hendak tidur. 2268. Sebahagian daripadanya takutkan orang yang menganiayai diri atau harta atau ikhtisas, samaada sekelian itu baginya atau bagi orang lain. Adapun takutkan orang yang mempunyai hak yang wajib dia membayarnya dengan segera maka ianya bukan uzur, hanya wajib dia hadhir jamaah dan membayar hak orang itu. 2269. Sebahagian daripadanya takut orang yang berhutang yang papa akan ditangkap atau dipenjarakan oleh tuan hutangnya serta sukar dia mendirikan saksi diatas mensabitkan kepapaannya. Adapun orang yang tidak papa yang mempunyai harta untuk membayar hutangnya atau dia papa tetapi mampu mensabitkan kepapaannya dengan saksi atau dengan sumpah maka takutnya akan demikian itu bukanlah uzur, hanya wajib dia hadhir berjamaah. 2270. Sebahagian daripadanya takutkan ‘uqubah yang menerima kemaafan seperti qisas dan had tuduhan396 dan ta’zir bagi Allah taala atau bagi anak adam, dan dia harapkan tuan hak itu memaafkannya apabila dia menghaibkan dirinya didalam beberapa hari, iaitu didalam masa yang hilang kemarahan tuan hak bagi qisas atau had itu. 2271. Adapun jika dia tidak harapkan kemaafannya maka takutnya akan yang demikian itu bukanlah uzurnya, hanya wajib atasnya hadhir berjamaah dan haram atasnya menghaibkan dirinya daripada tuan hak. 2272. Demikian lagi jika dia harapkan maaf tetapi adalah ‘uqubah itu tidak menerima maaf seperti had mencuri dan had minum arak dan had zina apabila sampai sekeliannya itu kepada imam. Maka takutnya akan yang demikian itu tidak menjadi uzur pada meninggalkan jamaah, hanya wajib dia hadhir berjamaah dan haram dia meghaibkan dirinya daripada tuan hak. 2273. Sungguhnya diharuskan orang yang ada qisas diatas dirinya meghaibkan dirinya daripada tuan hak yang baligh serta bahawa ia mengandungi tegahan hak yang wajib dia menyerahkannya kepada tuan hak itu dengan segera kerana bahawa memaafkan daripada qisas itu disunatkan bagi tuan hak dan meghaibkan dirinya itu jadi wasilah kepada maaf yang disunatkan. Demikianlah hasil yang tersebut didalam Tuhfah. 2274. Adapun jika orang yang berhak itu kanak-kanak maka tidak harus baginya meghaibkan diri daripadanya kerana memaafkan itu tidak adalah ia melainkan
395 396
. meminta hukuman pada pertelingkahan mereka. . iaitu menuduh zina. Pada asal “”ﺘﻭﻜﺱ. Wallahu a’lam.
selepas balighnya maka yang demikian itu membawa kepada meninggalkan jamaah jumaat dalam beberapa tahun yang banyak. 2275. Sebahagian daripadanya takut tertinggal daripada taulannya yang bertolak sebelum mendirikan jamaah pada safar yang harus dan jikalau dia ketinggalan daripadanya kerana mendirikan jamaah nescaya liarlah hatinya. Maka hendaklah dia tinggalkan jamaah dan bertolak bersama taulannya. 2276. Sebahagian daripadanya ketiadaan pakaian yang layak dengannya sekalipun ada baginya kain penutup aurat kerana dia tidak biasa memakainya. Tetapi jika kain penutup aurat itu layak dengannya kerana dia biasa memakainya maka tidak diuzurkan dia meninggalkan jamaah. 2277. Sebahagian daripadanya berbau mulut dengan bau yang keji sebab makan bawang mentah atau barang sebagainya dan sukar menghilangkannya. Adapun jika mudah menghilangkannya maka ia bukanlah uzur pada meninggalkan jamaah. Maka wajib atasnya hadhir jamaah dan jumaat dan sunat baginya berusaha pada menghilangkan bau mulutnya. 2278. Dihubungkan dengan orang yang berbau mulut dengan sebab yang demikian itu orang yang ada pada tubuhnya atau kainnya bau yang keji dan yang ada pada tubuhnya busuk nafas dan busuk ketiak yang degil dan yang ada pada tubuhnya kudis yang busuk dan yang kena penyakit kusta dan sopak dan yang mengubati lukanya dengan umpama bawang putih, kerana kesulitan dengan bau yang demikian itu lebih teruk daripada kesulitan dengan bau mulut orang yang memakan umpama bawang. 2279. Dari kerana inilah Qadhi ‘Iyad menakalkan daripada para ulamak ditegah orang yang kena penyakit kusta dan sopak dan barang sebagainya daripada memasuki masjid dan sembahyang jumaat dan bercampur dengan segala orang ramai. Dinafkahkan mereka itu daripada baitulmal kemudian daripada orang kaya dari kalangan orang Islam. 2280. Sebahagian daripadanya menyediakan bekal safar yang harus bersama taulannya yang bertolak sebelum berjamaah. 2281. Sebahagian daripadanya hadhir bersama orang yang sakit yang tidak ada orang yang memeliharanya397 kerana memeliharanya lebih dicita daripada berjamaah, atau ada baginya orang yang memeliharanya tetapi adalah orang sakit itu jinak hati dengannya kerana bahawa menjinakkannya lebih dicinta daripada berjamaah, sekalipun dia bukan daripada keluarganya. 2282. Sebahagian daripadanya hadhir pada umpama keluarganya yang hampir mati sekalipun ada baginya orang yang memelihara, kerana masyaqqah baginya bercerai darinya lalu jadi cederalah khusyu’nya, maka diuzurkan baginya meninggalkan jamaah. Seumpama keluarganya adalah isterinya dan mentuanya dan menantunya dan sahayanya dan taulannya dan gurunya dan orang yang memerdekakannya dan pemerdekaannya. 2283. Adapun jika yang sakit itu mempunyai orang yang memelihara dan dia bukan umpama keluarganya dan tidak jinak dia dengannya maka hadhir padanya itu bukanlah satu uzur pada meninggalkan jamaah. Demikian lagi jika yang sakit itu umpama keluarganya dan dia tidak hampir mati dan tidak jinak tidak dengannya maka hadhir pada keduanya itu bukanlah uzur pad meninggalkan jamaah. 2284. Sebahagian daripadanya gempa dan samum iaitu angin yang sangat hangat pada malam dan siang. 2285. Sebahagian daripadanya mencari satu benda yang hilang atau sahaya yang lari atau yang dirampas orang yang dia harapkan mendapatnya. 397
. dengan melayani keperluannya - mengasuhnya.
2286. Sebahagian daripadanya berat tubuhnya sebab terlalu gemuk. Sebahagian daripadanya sangat percintaan hatinya sekira-kira ia menegah khusyu’. Sebahagian daripadanya sibuk mentajhizkan398 mayat dan mengkapankannya dan menanamnya. 2287. Sebahagian daripadanya : ada orang yang menyakitinya pada jalan atau pada masjid, sekalipun dengan umpama maki, selama tidak dapat dia menolaknya tanpa masyaqqah. 2288. Sebahagian daripadanya : dihantarkan isterinya pada malam dia bersatu dengannya, pada maghrib dan isyak. 2289. Sebahagian daripadanya keadaan imam melanjutkan sembahyang lebih daripada yang disuruh atau keadaannya meninggalkan sunat yang dimaksudkan, kerana apabila diuzurkan dengan keduanya pada keluar daripada sembahyang berjamaah maka pada meninggalkan jamaah pada permulaan adalah lebih utama diuzurkan. Atau keadaannya sangat cepat membaca fatihah dan selainnya dan makmum itu lambat, atau keadaan imamnya daripada mereka yang makruh diikuti. 2290. Sebahagian daripadanya keadaannya lupa atau digagahi orang diatas mengekalkannya. 2291. Sebahagian daripadanya keadaannya buta jika dia tidak mendapat orang yang memimpinnya dengan upah seumpama yang lebih daripada barang yang diambil kira pada fitrah. 2292. Sebahagian daripadanya keadaannya remaja lelaki399 yang sangat elok rupa paras yang takut daripada terkena fitnah orang ramai dengannya. 2293. Sebahagian daripadanya bahawa ada pada jalannya atau didalam masjid suatu yang mungkar yang dia lemah daripada menghilangkannya kerana sangat terganggu dia melihatnya. 2294. Sebahagian daripadanya bahawa dia zankan beroleh keuntungan daripada perniagaan jikalau dia meninggalkan jamaah untuk menghasilkannya pada hal dia sangat berhajat kepadanya sebab papa atau untuk membayar hutang. 2295. Sebahagian daripadanya keadaannya jauh daripada tempat berjamaah sekira-kira pergi kepadanya meluputkan perkara yang lebih dicita-citakan seperti mengajarkan ilmu yang dihormati atau mengarangnya. Demikianlah yang tersebut didalam syarah Ubab dan sebahagian daripadanya didalam Nihayah. 2296. Syahadan. Segala perkara yang dibilangkan sebagai uzur pada meninggalkan jamaah maka ianya menjadi uzur pada meninggalkan jumaat. Maka sekelian uzur yang tersebut itu menggugurkan dosa darinya diatas pendapat orang yang mengatakan berjamaah itu fardhu dan menggugurkan karahah diatas kaul orang yang mengatakan berjamaah itu sunat muakkad. 2297. Berselisih ulamak pada orang yang sembahyang seorang diri keana satu uzur daripada segala uzur yang tersebut itu, adakah terhasil baginya fadhilat jamaah atau tidak? Kata imam Nawawi didalam Majmuk : tidak terhasil baginya fadhilat jamaah. Kata Ruyani dan Mawardi dan Imam Ghazali : terhasil baginya fadhilat jamaah jika dia kasadkan jamaah kalau tidak ada uzur. 2298. Kata subki : terhasil baginya fadhilat jamaah jika dia melaziminya kerana hadith yang diriwyayatkan oleh Bukhari, sabda nabi sawm “ ﺏ ﺘ ﹸﻜﺎ ﹶﻓﺭﻭ ﺴ ﺩ َﺃ ﺒ ﻌ ﺽ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﹺﺭ ِﺇﺫﹶﺍ ﺎﻴﻤ ﻘ ﻤ ﻭ ﺎ َﺃﻴﺤ ﺤ ﺼ ﻪ ﻤﹸﻠ ﻌ ﻴ ﻥ ﺎ ﻜﹶﺎل ﻤ ِ ﻤ ﻌ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻪ ”ﹶﻟartinya : apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir nescaya disuratkan baginya daripada pahala apa yang sentiasa dia amalkan pada ketika sihat badannya dan ada ketika mukimnya didalam negeri.
398 399
. mempersiapkan mayat. . amrud – remaja yang belum tumbuh bulu dimuka..
2299. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : bermula yang paling ada wajah daripada keduanya adalah terhasil fadhilat jamaah bagiorang yang menghimpunkan dua pekerjaan itu: melazimi jamaah dan mengkasadnya jika tidak ada uzur. 2300. Kemudian maka tempat sekelian uzur itu menggugurkan karahah adalah pada orang yang tidak dapat mendirikan jamaah dirumahnya. Jika dia dapat mendirikannya tidaklah gugur tuntutan jamaah daripadanya kerana makruh baginya sembahyang seorang diri, sekalipun terhasil syi’ar dengan selainnya. 2301. Fasal pada menyatakan sifat-sifat imam sembahyang dan perkara yang berkaitan dengannya. Bermula, tidak sah mengikut imam yang pada pengetahuan makmum batal sembahyangnya dengan hadath atau barang sebagainya. Demikian lagi tidak sah mengikut imam yang pada iktikad makmum batal sembahyangnya sebab bersalah-salahan ijtihad pada kiblat atau pada dua bejana air atau dua kain yang suci dan yang najis. 2302. Demikian lagi tidak sah syafi’e mengikut hanafi yang diketahuinya bahawa dia meninggalkan satu rukun seperti “bismillah”, melainkan jika ada hanafi itu sultan, maka harus bagi syafi’e mengikutnya kerana takutkan fitnah, dan tidak ada kadha diatasnya. 2303. Demikian lagi jika diketahui oleh syafi’e bahawa hanafi itu meninggalkan tama’ninah atau satu syarat seperti menyentuh isterinya dan tidak dia mengambil wudhuk kemudiannya tidaklah sah bagi syafi’e itu mengikutnya kerana diiktikadkannya bahawa sembahyang imamnya itu tidak sah. Tetapi jika tidak diketahuinya bahawa dia meninggalkan satu rukun atau satu syarat seperti dia zan atau syak pada yang demikian itu sahlah dia mengikutnya. 2304. Tidak sah ikutan seorang yang wajib mengkadha sembahyangnya seperti orang yang sembahyang dengan tayammum kerana ketiadaan air pada tempat yang ghalibnya ada air disana dan orang yang sembahyang beserta hadath dengan digagahi dan orang yang sembahyang kerana menghormati waktu sebab ketiadaan air dan tanah dan orang yang sembahyang dengan tayammum sebab dingin. 2305. Demikian lagi tidak sah seorang mengikut seorang makmum selagi dia didalam mengikut imamnya. Adapun jika sudah putus ikutannya dari imamnya itu seperti bahawa berdiri sekelian orang-orang yang masbuk selepas salam imamnya lalu sebahagian mereka mengikut sebahagian yang lain, atau seorang lain mengikut sebahagian daripada mereka itu, nescaya sahlah ikutannya itu, tetapi yang demikian itu makruh. 2306. Demikian lagi tidak sah mengikut mengikut orang yang disyakkan pada keadaannya imam atau makmum. 2307. Tidak sah bagi orang yang qari mengikut orang yang ummi pada bacaan fatihah. Ia adalah orang yang tidak dapat membaca fatihah, satu huruf atau satu tasydid daripadanya, sekalipun dia tidak dapat belajar, melainkan jika yang mengikut itu ummi jua seumpamanya pada huruf yang dia lemah daripada menyebutnya, seperti orang yang tidak dapat menyebut ra’ mengikut orang yang tidak dapat menyebut ra’ jua seumpamanya, maka sahlah ikutannya akan dia. 2308. Adapun jika bersalahan dua orang ummi itu pada huruf yang dia lemah daripadanya seperti orang yang tidak dapat menyebut ra’ mengikut ummi yang tidak dapat menyebut dal umpamanya maka tidaklah sah ikutannya akan dia. 2309. Demikian lagi tidak sah ikutan lelaki akan perempuan atau khunsa, dan tidak sah ikutan khunsa akan perempuan atau sesama khunsa. 2310. Sah ikutan lelaki sesama lelaki dan ikutan perempuan sesama perempuan dan ikutan perempuan akan lelaki dan ikutan perempuan akan khunsa dan ikutan
khunsa akan lelaki. Inilah sembialan rupa masaalah, empat daripadanya tidak sah. Demikian lagi tidak sah mengikut kafir. 2311. Maka jika dia mengikut seorang yang dia sangkakan lelaki yang sah diikuti tiba-tiba ternyata kemudian daripada sembahyang keadaan imamnya itu perempuan atau kafir atau makmum atau ummi, tidaklah sah sembahyangnya dan wajib dia mengulanginya. Tetapi jika nyata keadaan imamnya berhadath atau berjunub atau terkena najis yang tersembunyi pada batin kainnya atau badannya sahlah ikutannya akan dia. Adapun jika najis itu pada zahir kainnya maka wajib dia mengulangi sembahyangnya. 2312. Masaalah : jika imamnya berdiri pada rakaat yang lebih dan pada zan makmum itu bahawa rakaat imamnya itu genap jua bukan lebih, lalu dia berdiri sertanya hal keadaan dia jahilkan lebihnya, kemudian daripada sembahyangnya ternyata padanya bahawa rakaat imamnya itu lebih, tidaklah wajib atasnya mengulangi sembahyangnya. 2313. Tetapi jika makmum itu tahukan hadath imamnya atau kena najis kainnya atau badannya atau berdirinya pada rakaat yang lebih kemudian dia lupa sekelian yang demikian itu lalu dia mengikutnya kemudian selepas sembahyangnya dia ingatkan yang demikian itu wajiblah dia mengulangi sembahyangnya. 2314. Fasal. Pada menyatakan syarat sah ikutan makmum akan imam kemudian daripada diperoleh sifat yang disyaratkan pada imam. Bermula, syarat sah ikut makmum akan imam itu tujuh perkara. Pertama jangan terdahulu tumit makmum kepada pihak kiblat daripada tumit imam jika sembahyang berdiri dan jangan terdahulu punggung makmum daripada punggung imam jika sembahyang berduduk dan jangan terdahulu lambung makmum daripada lambung imam jika sembahang berbaring. Tetapi jika bersamaan tumit makmum dengan tumit imam sahlah sembahyang makmum itu, tetapi makruh dan tidak diperolehinya fadhilat berjamaah. Disunatkan bagi makmum lelaki berdiri kebelakang sedikit daripada imamnya kerana menyatakan martabat imam. 2315. Syahadan. Sunat bagi seorang makmum yang lelaki sekalipun kanak-kanak bahawa dia berdiri pada pihak kanan imamnya serta terundur sedikit dari kerana jika makmum lelaki yang seorang berdiri dibelakang imam atau dikirinya nescaya adalah ianya makruh lagi meluputkan fadhilat berjamaah. 2316. Maka jika datang pula seorang makmum lelaki yang lain maka sunat dia berdiri pada pihak kiri imam itu serta terundur sedikit daripada imam itu. Jika makmum yang dikiri itu sudah takbir ihram hendaklah imam itu maju kedepan atau kedua makmum itu undur kebelakang pada ketika berdiri, maka ia adalah yang terafdhal. Adapun jika makmum yang dikanan undur sebelum makmum yang dikiri takbir ihram atau keduanya tidak undur atau undur pada ketika selain berdiri maka iaitu makruh dan luputlah dengannya fadhilat berjamaah. 2317. Jika hadhir dua orang lelaki maka hendaklah keduanya berdiri dibelakang imam, dan jika hadhir seorang lelaki dan seorang perempuan maka hendaklah lelaki itu berdiri dikanan imam dan perempuan itu berdiri dibelakang lelaki, dan jika hadhir dua orang lelaki dan seorang perempuan atau khunsa maka hendaklah kedua lelaki itu berdiri dibelakang imam dan perempuan atau khunsa itu berdiri dibelakang dua lelaki itu, dan jika hadhir seorang lelaki dan seoang khunsa dan seoarng perempuan maka hendaklah lelaki itu berdiri dikanan imam dan khunsa itu berdiri dibelakang imam dan perempuan itu berdiri dibelakang khunsa. 2318. Syahadan. Sunat apabila berbilang saf makmum bahawa berdiri dibelakang imam itu sekelian lelaki yang baligh, kemudian jika sudah penuh berisi saf lelaki itu maka berdiri bersaf dibelakang mereka itu sekelian kanak-kanak. Tetapi jika terdahulu kanak-kanak kepada saf pertama maka tidaklah diundurkan mereka itu
kepada saf yang dibelakang dari kerana kanak-kanak itu sejenis dengan lelaki yang baligh. Bersalahan jika terdahulu khunsa atau perempuan pada saf pertama, maka diundurkan dia kepada saf yang dibelakang. 2319. Jika tidak penuh saf lelaki yang baligh itu maka dipenuhkan ia dengan kanak-kanak. Kemudian maka bersaf dibelakang kanak-kanak itu sekelian khunsa kemudian berdiri dibelakang khunsa itu sekelian pempuan. Maka apabila disalahi tertib yang tersebut itu maka ianya makruh. Demikian lagi tiap-tiap sunat yang berkaitan dengan tempat perdirian jamaah, makruh menyalahinya lagi meluputkan fadhilat jamaah. 2320. Syahadan. Sunat bahawa imam perempuan sesama perempuan berdiri pada pertengahan* saf makmumnya. Demikian lagi berdiri imam segala mereka yang bertelanjang pada pertengahan saf mereka itu, dan hendaklah saf mereka itu satu saf jua supaya tidak menilik sebahagian mereka akan aurat sebahagian yang lain. Itu pun jika mereka tidak buta dan tidak berada pada empat yang kelam. Adapun jika sekelian mereka itu buta atau berada didalam kelam maka sunat bagi imam itu berdiri terkehadapan sekelian makmum. 2321. Makruh bagi makmum berdiri seorang diri diluar saf jika dia mendapati ada ruang didalam saf, tetapi jika dia tidak mendapati ada ruang didalam saf itu maka hendaklah dia takbir ihram diluar saf kemudian maka sunat baginya menghelakan seorang makmum yang didalam saf itu supaya kedua mereka bersaf dibelakang saf itu. Sunat bagi orang yang ditarik itu menuruti orang yang menariknya supaya dia memperolehi fadhilat tolong menolong diatas berbuat kebajikan dan taqwa kepada Allah taala. Haram menarik itu sebelum dia takbir ihram kerana dia mengeluarkannya daripada bersaf kepada tidak bersaf dan menurunkan dia daripada saf depan yang lebih kepada saf belakang yang kurang. 2322. Syarat yang kedua bagi mengesahkan ikutan makmum: hendaklah makmum itu tahu akan segala perpindahan imamnya dengan dia nampak imamnya atau sebahagian makmumnya atau dia dengar suara imamnya atau suara muballighnya yang amanah. 2323. Syarat yang ketiga : hendaklah berhimpun imam dengan makmum pada satu tempat. Maka bagi perhimpunan imam dan makmum itu ada empat keadaan. Maka keadaan yang pertama bahawa keduanya berada didalam masjid, dan keadaan yang kedua bahawa keduanya berada pada selain masjid seperti padang atau binaan, dan keadaan yang ketiga dan yang keempat bahawa salah seorang daripada keduanya didalam masjid dan yang seorang lagi diluar masjid. 2324. Maka jika imam dan makmum itu berada didalam satu masjid sahlah ikutan makmum sekalipun jauh jarak diantara keduanya lagi mendinding antara keduanya beberapa binaan seperti binaan telaga dan sutuh masjid atau menaranya, tetapi dengan syarat jika ada bagi binaan itu pintu yang terus kemasjid atau kepada sutuhnya sekalipun pintu itu berkunci400 sekira-kira terboleh makmum lalu kepada imamnya. Adapun jika binaan yang diantara imam dan makmum itu tidak terus pintunya seperti ia dipaku atau sutuh diantara keduanya itu tidak mempunyai tangga tempat naik maka tidak sah ikutan makmum itu. 2325. Jika mengantarai imam dan makmum yang berada didalam masjid itu oleh sungai atau jalan raya yang lebih dulu ujud daripada masjid maka tidaklah ia seperti masjid yang satu hanya adalah ia seperti masjid dan selain masjid yang lagi akan datang kenyataannya didalam keadaan yang ketiga dan keempat.
400
. atau berselak atau berperepuh. Pada asal “”ﺒﺭﺴﻨﺩﻭﻙ.
2326. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa jika binaan yang diantara imam dan makmum itu mempunyai tingkap maka ianya memudharatkan, iaitu tidak sah ikutan makmum itu. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Islam didalam Fathul Jawwad dan Syarah ‘Ubab dan syeikh Ramli didalam Nihayah, bersalahan Asnawi, katanya : bahawa tingkap yang diantara imam dan makmum pada dinding masjid itu tidak memudharatkan iaitu sah ikutan makmum yang berdiri dibelakang tingkap pada dinding masjid akan imam yang didalam masjid401, kerana Asnawi tidak mensyaratkan pada binaan yang didalam masjid itu bahawa ada baginya pintu yang terus. 2327. Tetapi kalam Asnawi itu ditolak oleh sekumpulan fuqaha’ dengan bahawa syarat binaan yang didalam masjid itu bahawa ada baginya pintu yang terus. Maka ghayah dinding masjid itu bahawa adalah ia seperti binaan yang didalam masjid, maka yang betul adalah bahawa tak dapat tidak daripada pintu402 yang dapat dijalani daripadanya kepada imam dengan tidak berpaling membelakangi kiblat*. Demikianlah yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 2328. Bermula, masjid-masjid yang berhubung yang terbuka pintu sebahagiannya kepada sebahagiannya adalah seperti hukum satu masjid jua, sekalipun setiap satu masjid daripadanya masing-masing dengan imam dan muazzin dan jamaahnya sendiri. Maka sahlah ikutan makmum yang berdiri didalam satu masjid daripadanya akan imam yang didalam masjid yang kedua atau yang ketiga umpamanya, sekalipun jauh jarak diantara keduanya, kerana sekelian masjid itu pada hukum satu masjid jua. Melainkan jika mengantarai keduanya oleh sungai atau jalan raya yang terdahulu ujudnya daripada ujud sekelian masjid-masjid itu, maka tidaklah ia pada hukum satu masjid hanya adalah ia seperti satu masjid dan yang bukan masjid. Lagi akan datang hukumnya pada keadaan yang ketiga dan yang kempat. 2329. Adapun rahbah403 masjid maka ia seperti hukum masjid jua. Maka dibilangkan masjid serta rahbahnya seperti satu masjid jua. Maka sahlah ikutan makmum yang berdiri didalam ruhbah akan imam yang didalam masjid atau ‘akasnya, sekalipun jauh jarak diantara keduanya lagi pula mendindingi diantara keduanya beberapa binaan yang terus pintunya. Tetapi jika diantara rahbah dan masjid itu ada sungai atau jalan raya yang terdahulu ujudnya daripada ujud rahbah dan masjid itu maka rahbah dan masjid itu tidaklah seperti hukum masjid yang satu, hanya adalah ia seperti masjid dan selain masjid. Maka ia akan datang hukumnya pada keadaan yang ketiga dan keempat. 2330. Rahbah itu adalah tempat yang diluar masjid yang dipagari kelilingnya, samaada diketahui keadaan ruhbah itu diwakafkan atau tidak, kerana mengamalkan tanda yang zahir.* 2331. Adapun harim masjid maka ia tidak seperti hukum masjid. Maka harim itu adalah tempat yang disediakan untuk membuang sampah masjid atau tempat mencurahkan airnya atau barang sebagainya. Kata Zarkasyi : wajib atas orang yang membuatnya membezakan rahbah daripada harim dengan suatu tanda supaya diberikan hukum masjid bagi rahbah itu404.* 2332. Adapun tembok405 masjid maka ianya seperti hukum masjid. Demikian lagi menara masjid yang terus pintunya kepada masjid atau kepada rahbah masjid, tidak kepada harim. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 401
. iaitu makmum diluar masjid dibelakang tingkapnya dan imam didalam masjid. Wallahu a’lam. . pada asal “”ﺃﺘﻭ ﺨﻭﻓﺔ. Wallahu a’lam. 403 . kata Marbawi: rahbah “ – ”ﺭﺤﺒﺔhalaman, lapang. 404 . iaitu pada masaalah ikutan makmum akan imamnya. 405 . jidar : tembok – dinding. 402
2333. Maka jika imam dan makmum berada pada selain masjid seperti keduanya itu pada lapangan atau binaan, maka jika keduanya berada pada lapangan artinya tempat lapang yang luas seperti padang atau rumah yang luas maka disyaratkan hampir jarak antara keduanya seperti bahawa tidak lebih jarak diantara keduanya daripada tiga ratus hasta. Demikian lagi diantara tiap-tiap dua saf atau dua orang yang berdiri dibelakang imam atau dikanannya atau dikirinya, tidak lebih daripada tiga ratus hasta dengan hasta manusia. Tetapi tidak mengapa jika lebih tiga hasta umpamanya. 2334. Dan jika imam itu pada binaan seperti rumah atau madrasah atau ribat dan makmum pada binaan yang lain atau salah seorang daripada keduanya pada binaan dan yang seorang pada lapangan disyaratkan pula serta hampir jarak diantara keduanya bahawa tidak ada diantara keduanya pendinding yang menegah lalu kepada imam seperti tingkap406 dan yang mencegah nampak imam seperti pintu yang tertutup supaya dia melihat imamnya atau sebahagian makmum yang mengikutnya dan supaya dapat dia lalu berjalan mendapatkan imamnya dengan berjalan yang beradat dengan tidak membelakangi kiblat. Tidak mengapa pada lalunya itu menganankan kiblat atau mengirikannya. Atau bahawa seorang daripada makmum berdiri berbetulan dengan pintu yang terus pada pendinding itu yang dia nampak imam atau sebahagian makmum yang didalam binaan imam, dari kerana jika ada pendinding tersebut diantara imam dan makmum atau tidak berdiri seorang makmum berbetulan dengan pintunya nescaya tidaklah sah ikutan makmum itu akan imamnya. 2335. Maka apabila sahlah ikutan seorang yang berdiri berbetulan pintu itu nescaya sahlah ikutan sekelian mereka yang dibelakangnya atau yang dikanannya atau yang dikirinya, sekalipun mendinding diantara mereka itu dan diantara imamnya beberapa jidar sekalipun kerana dipadakan dengan rabitah407 itu . Adalah orang yang berdiri sembahyang berbetulan pintu itu maka dia seperti imam dengan nisbah mereka yang dibelakangnya atau yang dikanannya atau yang dikirinya. Maka tidak harus mereka itu mendahuluinya pada takbir ihram dan pada perdiriannya, demikian lagi pada perbuatan, sepertimana tidak harus mereka mendahului imam. 2336. Diambil faham daripada menjadikan seorang yang berdiri itu seperti imam bahawa disyaratkan keadaannya daripada orang yang sah diikuti oleh mereka itu. Maka jika sekelian mereka itu lelaki dan yang berdiri berbetulan pintu itu perempuan nescaya tidak memadai yang demikian itu. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah yang ianya menyalahi syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 2337. Disyaratkan pula pada orang yang berdiri itu bahawa dia kelihatan oleh mereka yang dibelakangnya atau yang dikanannya atau yang dikirinya, dan lagi terboleh mereka itu lalu berjalan kepadanya dengan tidak membelakangi kiblat, kerana jika mereka itu tidak melihatnya disebabkan suatu yang mendinding umpamanya atau tidak dapat mereka itu lalu kepadanya melainkan dengan membelakangi kibat maka tidaklah sah ikutan mereka itu akan imam mereka kerana rabitah itu pada ketika itu tidak kebilangan dan seperti tidak ujud jua. 2338. Syahadan. Jikalau hilang rabitah itu ditengah sembahyang maka iaitu tidak mengapa. Maka hendaklah mereka menyempurnakan sembahyang jika mereka tahukan sekelian perpindahan imamnya kerana dimaafkan pada berkekalan apa yang tidak dimaafkan pada permulaan. Seperti demikian itulah hukumnya jika angin menutup pintu ditengah-tengah sembahyang. 406 407
. iaitu dinding dan ada tingkap padanya. . pertalian – pertambatan.
2339. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Imdad dan syarah ‘Ubab : jika hilang rabitah itu dengan perbuatan makmum atau dengan suruhannya batallah sembahyangnya. Seperti demikian itulah hukum menutup pintu. 2340. Jikalau seorang membuat pendinding diantara imam dan makmum ditengah-tengah sembahyangnya maka ianya tidak memudharatkan seperti apa yang telah dirajihkan oleh Ibnu ‘Imad dan Azrai’e kerana diambil daripada umum kaedah yang tersebut itu. Tetapi tempatnya jika dia tidak membuat pendinding itu dengan suruhan makmum. Demikianlah yang tersebut didalam Mughni dan Nihayah. 2341. Jika salah seorang daripada imam dan makmum didalam masjid dan seorang lagi diluar masjid maka hukumnya seperti keadaan kedua mereka didalam dua binaan, atau salah seorang daripada keduanya didalam binaan dan seorang lagi dilapangan. Maka disyaratkan bahawa hampir jarak diantara keduanya dan bahawa tidak ada diantara keduanya pendinding yang menegah lalu kepada imam atau yang menegah nampak imam, atau bahawa berdiri seorang daripada makmum berbetulan dengan pintu yang terus pada pendinding itu. Adalah bagi yang didalam masjid dan imam atau makmum yang diluar masjid itu seperti dua saf, maka dibilangkan jarak diantara keduanya daripada tepi masjid yang mengiringi imam atau makmum yang diluar masjid, bukan daripada akhir saf dan bukan daripada tempat perdirian imam. Demikianlah disebutkan syeikh Islam didalam Fathul Wahhab, syarah Minhaj. 2342. Bermula, gunung408 yang dapat dinaikki keatasnya maka ianya pada jumlah lapangan jua. Maka sahlah ikutan orang yang berdiri diatas gunung itu akan imam yang dibawahnya jika dia melihat imamnya dan hampir jarak diantara keduanya dan dapat lalu makmum itu kepada imamnya dengan tidak membelakangi kiblat. Diatasnya telah dinaskan oleh imam Syafi’e diatas sah ikutan orang yang sembahyang diatas bukit Abu Qubais akan imam yang didalam masjidilharam. 2343. Ada bagi imam Syafi’e satu nas lain diatas ketiadaan sah ikutan orang diatas Jabal Qubais akan imam yang didalam masjidil haram. Maka ianya ditanggungkan diatas bahawa tidak terboleh makmum itu lalu kepada imam itu melainkan dengan membelakangi kiblat atau diatas bahawa jauh jarak diantara keduanya atau diatas bahawa mendindingi keduanya beberapa binaan disana yang mengegah dia melihat imamnya. Demikianlah yang disebutkan oleh syeikh Islam didalam Asna Matalib syarah Raudhut Talib. Berjalan diatasnya syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah. 2344. Jika imam dan makmum itu didalam dua benau dilaut409 maka ditilik jika keduanya terbuka seperti bahawa tidak ada diatas keduanya itu bumbung maka hukumnya seperti keadaan imam dan makmum pada padang jua, maka sahlah ikutannya akan imamnya dengan syarat jika hampir jarak diantara keduanya, sekalipun tidak bertambat kedua mereka. 2345. Jika dua benau itu tidak terbuka seperti ada bumbung diatas keduanya atau diatas salah satu daripada keduanya adalah dua benau itu seperti hukum dua binaan. Maka disyaratkan serta hampir jarak diantara keduanya bahawa tidak ada diantara keduanya pendinding yang menegah lalu kepada imam atau yang menegah nampak imam atau bahawa berdiri seorang berbetulan dengan pintu jika ada pintu diantara keduanya. 2346. Jika berdiri salah seorang daripada keduanya diatas dan seirang lagi dibawah maka tidak disyaratkan berbetulan sebahagian badan keduanya, diatas 408 409
. tanah tinggi. . pada asal “ ”ﺒﻨﺎﻭiaitu kenderaan laut, tongkang, kapal. Wallauhu a’lam.
jalan yang diiktimadkan oleh imam Nawawi didalam Minhaj dan berjalan diatasnya syeikh Islam dan syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli dan selain mereka itu. Hanya yang disyaratkan janganlah jauh diantara keduanya lebih daripada tiga ratus hasta jika keduanya tidak berada didalam satu masjid, dan lagi terboleh dia mendapatkan imamnya dengan tidak membelakangi kiblat seperti yang telah tersebut itu. 2347. Makruh bahawa berdiri salah seorang daripada imam dan makmum pada tempat yang tinggi dan yang seorang lagi pada tempat yang rendah melainkan kerana hajat. 2348. Syarat yang keempat bagi mengesahkan ikutan makmum akan imam bahawa makmum berniat mengikut imamnya atau berniat jamaah dengan imam atau berniat menjadi makmum. Maka jika dia mengikutnya pada perbuatan seperti rukuk atau salam dengan tidak berniat jamaah atau dia syak pada niatnya batallah sembahyangnya, dengan syarat jika lama dia menanti pada perbuatan itu. Jika tidak seperti demikian itu maka tidaklah batal sembayangnya. 2349. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak wajib pada sembahyang lima waktu berniat jamaah didalam takbir ihram hanya adalah terafdhal terafdhal kerana menghasilkan fadhilat berjamaah dari permulaan sembahang, kerana jika dia takbir dengan tidak berniat jamaah didalam takbir nescaya sahlah sembahyangnya tetapi adalah dia jatuh sembahyang seorang diri jua. Maka jika dia hendak berjamaah maka tak dapat tidak daripada niat jamaah kemudian daripada takbirnya dari kerana jika dia mengikut perbuatan imam dengan tidak ada niat seperti rukuk sertanya kemudian daripada lama masa dia menanti nescaya batallah sembahyangnya. 2350. Adapun sembahyang jumaat maka niat berjamaah didalam takbirnya adalah wajib dari kerana ia syarat bagi mengesahkan sembahyang jumaat. 2351. Syarat kelima : hendaklah muafakat peraturan sembahyang imam dan makmum. Maka jika bersalah-salahan peraturan keduanya seperti sembahyang fardhu lima waktu dengan sembahyang gerhana atau sembahyang jenazah nescaya tidaklah sah ikutannya kerana sukar mengikutnya. Sah sembahyang kadha dibelakang sembahyang tunai dan ‘akasnya, dan sah sembahyang fardhu dibelakang sembahyang sunat dan ‘akasnya kerana muafakat peraturan sekelian sembahyang yang tersbut itu. 2352. Syahadan. Apabila sembahyang imam lebih panjang daripada sembahyang makmum maka makmum itu memilihlah tatkala selesai tahiyyatnya diantara niat mufarakah dan beri salam dan diantara menanti salam imamnya yang mana ianya terafdhal. Itupun dengan syarat jika makmum itu membaca tahiyyat yang dibaca oleh imamnya. Misalnya umpama seorang sembahyang subuh dibelakang orang yang sembahyang zohor, maka harus bagi makmum yang sembahyang subuh itu menanti imamnya kemudiannya daripada selesai tahiyyatnya jika imamnya itu duduk membaca tahiyyat awal, dan harus baginya berniat mufarakah dan memberi salam. 2353. Adapun jika makmum itu membaca tahiyyat yang tidak dibaca oleh imamnya maka tidak harus dia menanti hanya wajib ia beniat mufarakah. Misalnya umpama seorang sembahyang maghrib dibelakang imam yang sembahyang isyak, tidak harus dia menanti imamnya pada akhir rakaat yang ketiga, hanya wajib dia berniat mufarakah. Demikian lagi jika seorang sembahyang subuh dibelakang imam yang sembahyang zohor jika imam itu tidak duduk tahiyyat awal atau dia duduk tetapi tidak dibacanya tahiyyat awal itu, tidak harus bagi makmum itu menanti, hanya wajib dia berniat mufarakah. 2354. Syarat yang keenam : hendaklah makmum muafakat dengan imamnya pada sunat yang dikerjakan atauditinggalkan oleh imamnya yang sangat keji
menyalahinya. Maka jika imam sujud tilawah wajib atas makmum mengikutnya pada sujud itu, dan jika dia meninggalkannya wajib atasnya meninggalkannya, darikerana jika makmum itu menyalahi imamnya seperti imam meninggalkan sujud tilawah dan makmum mengerjakannya atau imam mengerjakannya dan makmum meninggalkannya atau imam meninggalkan tahiyyat awal dan makmum mengerjakannya, batallah sembahyang makmum itu jika dia tahukan haramnya lagi disengajakannya. 2355. Tetapi jika imamnya duduk membaca tahiyyat awal dan makmum berdiri dengan sengaja tidaklah batal sembahyang makmum itu, tetapi sunat baginya kembali duduk, dan jika makmum itu berdiri dengan lupa wajiblah atasnya kembali. Jika dia tidak kembali batallah sembahyang. 2356. Syarat ketujuh : hendaklah makmum mengikut imamnya pada takbir ihram dan selainnya*, iaitu bahawa takbir ihram makmum kemudian daripada takbir ihram imamnya dengan yakin. Maka jika beserta takbir ihram makmum dengan sekelian takbir ihram imamnya atau dengan sebahagiannya, atau dia syak didalam takbir atau selepasnya adakah takbirnya beserta dengan takbir ihram imamnya atau tidak dan lanjut masa syaknya, atau dia iktikadkan terkemudian takbir ihramnya kemudian ternyata terdahulunya, nescaya tidaklah sah sembahyangnya kerana apa yang tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi sawm bersabda “ ﻭﺍﺒﺭ ﹶﻓ ﹶﻜﺒﺭ ” ِﺇﺫﹶﺍ ﹶﻜartinya : apabila imam sudah takbir maka hendaklah kamu takbir. Maka nyatalah daripada hadith ini bahawa nabi kita menyuruh mengikut orang yang sembahyang jua, dan seorang itu tidak masuk didalam sembahyang melainkan apabila sempurna takbirnya. Adapun orang yang takbir terdahulu daripada takbir imamnya atau beserta dengannya adalah dia mengikut orang yang tidak sembahyang jua, maka ianya tidak sah. 2357. Demikian lagi batal sembahyang makmum jika dia sengaja mendahului imamnya dengan dua rukun perbuatan sekalipun rukun pendek, umpama makmum rukuk sebelum imamnya, maka apabila imam hendak rukuk makmum itu bangkit, maka apabila imam hendak bangkit daripada rukuk makmum itu sujud, maka batallah sembahyang makmum itu apabila dia sujud. 2358. Demikian lagi batal sembahyang makmum jika dia terkemudian daripada imamnya dengan dua rukun perbuatan dengan tidak ada uzur seperti dia terkemudian daripada imamnya kerana waswas sekalipun rukun pendek, seperti bahawa rukuk dan i’tidal dan tunduk imamnya untuk sujud pada hal makmum masih berdiri, atau imam sujud pada sujud yang kedua dan berdiri lalu membaca fatihah lalu tunduk untuk rukuk pada hal makmum masih lagi didalam duduk diantara dua sujud, maka batallah sembahyangnya pada sekelian yang tersebut itu. 2359. Jika makmum beserta dengan imam pada perbuatan yang selain daripada takbir ihram sekalipun pada salam tidak mengapa, tetapi makruh beserta pada perbuatan sembahyang yang tersebut itu lagi meluputkan fadhilat jamaah. 2360. Adapun terdahulu makmumatas imamnya atau terkemudian daripadanya dengansatu rukun perbuatn maka tidaklahbatal sembahyangnya teapiharam terdahulu makmum daripada imamnya dengan satu rukun perbuatan yag semurna seperti bahawa makmum rukuk danbangkit darinya pada hal imamnya masihlagi berdiri. 2361. Masaalah: jika seorang terkemudian daripada imamnya sebab uzur seperti lambat membaca bacaan yang wajib bukan dengan waswas hanya kerana cermat jua dan seperti makmum muafik yang sibuk membaca “ ﺕ ﻬ ﹸ ﻭﺠ ” dan “ ﻭﺫﹸ ﻋ ” َﺃ daripada membaca fatihah hingga imamnya rukuk atau hampir rukuk, atau imam sudah rukuk maka makmum syak pada ketika dia masih lagi berdiri pada bacaan fatihahnya adakah sudah dibacanya atau belum atau dia ingat pada
meninggalkan fatihah atau imamnya terlalu cepat membaca fatihah hinggakan imamnya itu dia rukuk sebelum dia selesai daripada fatihahnya sekalipun dia seorang yang cermat, maka sekelian itu adalah uzur yang tidak mengapa terkemudian makmum daripada imamnya dengan sebab mengerjakan perbuatan sembahyang diatas tertib sembahyang dirinya selama mana belum berlalu tiga rukun yang panjang yang dimaksudkan bagi dirinya. Maka tidak dibilang daripadanya akan rukun pendek seperti i’tidal dan duduk diantara dua sujud. 2362. Maka apabila makmum itu selesai daripada fatihahnya pada hal imamnya masih lagi didalam sujudnya yang kedua hendaklah makmum itu rukuk dan diperbuatnya perbuatan sembahyang diatas tertib sembahyang dirinya kerana belum berlalu diatasnya tiga rukun yang panjang. 2363. Bersalahan jika makmum terkemudian daripada imamnya lebih daripada tiga rukun panjang seperti bahawa imamnya berdiri bagi rakaat kedua atau duduk bagi tahiyyat pada hal makmum itu belum selesai daripada membaca fatihah maka hendaklah dia berniat mufarakah dan menyelesaikan sembahyangnya diatas tertib sembahyang dirinya jika dia hendak, atau dia muafakati imamnya pada apa yang dia buat seperti makmum itu meninggalkan bacaan dirinya dan mengikut imamnya pada berdiri atua duduk, dan hendaklah dibawanya satu rakaat lagi selepas daripada salam imamnya. 2364. Maka perintah yang tersebut itu sekeliannya adalah pada makmum yang muafik jua, iaitu makmum yang mendapat serta imamnya masa yang meluluskan kadar bacaan fatihah yang sederhana cepatnya. 2365. Adapun makmum yang masbuk, iaitu makmum yang tidak mendapat masa yang meluluskan kadar bacaan fatihah beserta imamnya, apabila imamnya rukuk pada hal dia masih lagi membaca fatihah maka410 jika dia sebelum membaca fatihah itu sibuk dengan membaca bacaan sunat seperti “ ”ﻭﺠﻬﺕatau “ ”ﺃﻋﻭﺫatau dia diam kerana lupa atau kerana mendengar bacaan imamnya umpamanya maka wajib dia membaca fatihah sekadar banyak huruf yang dibacanya atau sekadar lama masa diamnya, tidak harus dia rukuk, dari kerana jika dia rukuk pada hal dia sengaja lagi tahukan haramnya batallah sembahyangnya, dan jika dia rukuk dengan lupa atau jahilkan haramnya tidaklah kebilangan apa yang diperbuatnya. 2366. Apabila dia selesai daripada membaca kadar yang wajib dia baca maka ditilik jika dia dapat bersama imamnya didalam rukuk serta tama’ninah maka dia memperolehi rakaat itu, dan jika dia tidak dapat bersamanya didalam rukuk seperti dia mendapatnya didalam i’tidal atau didalam tunduknya kepada sujud. janganlah dia rukuk dengan sengaja lagi tahukan haramnya maka batallah sembahyangnya. Apabila luput daripadanya rakaat itu wajib dia membawa satu rakaat lagi kemudian daripada salam imamnya. 2367. Dan jika dia belum selesai daripada membaca kadar yang wajib diatasnya pada hal imamnya hendak tunduk kepada sujud maka berhadaplah kepadanya dua perkara, iaitu411: ketika imamnya tunduk kepada sujud batallah sembahyangnya kerana dia terkemudian daripada imamnya dengan dua rukun tanpa uzur, dan : jika dia tinggal menyempurnakan bacaan kadar yang wajib dengan sengaja itu batallah sembahyangnya. Maka tidak ada yang melepaskan daripada terbatal sembahyangnya melainkan niat mufarakah.* 2368. Jika makmum masbuk itu tidak sibuk dengan membaca bacaan yang sunat hanya dia sibuk dengan membaca fatihah saja lalu imamnya rukuk pada ketika dia masih lagi membaca fatihah maka hendaklah dia memutuskan bacaan 410 411
. maka padanya tafsil. . pada asal “iaitu wajib pada ketika . . . ”, barangkali salah cetak. Wallahu a’lam
fatihahnya itu lalu rukuk serta imamnya, nescaya dia mendapat rakaat itu dan apa yang tinggal daripada fatihahnya ditanggung oleh imamnya. 2369. Maka jika dia tidak rukuk beserta imamnya nescaya luputlah daripadanya rakaat itu lagi batal sembahyangnya jika dia lambat kerana menyudahkan fatihahnya hingga imamnya tunduk kepada sujud, kerana dia terkemudian daripada imamnya dengan dua rukun dengan tidak ada uzur. 2370. Fasal pada menyatakan masbuk yang mendapat rakaat beserta imamnya. Bermula, barang siapa mendapat imam yang suci daripada hadath dan najis didalam rukuknya yang kebilangan serta dia tama’ninah dengan yakin sebelum imamnya bangkit daripada sekurang-kurang rukuk maka dia dapatlah rakaat itu. 2371. Adapun jika dia mendapat didalam rukuknya akan imam yang berhadath atau yang kena najis, atau dia mendapatnya didalam rukuk yang tidak kebilangan sebab lebihnya, atau dia tidak tama’ninah didalamnya beserta imamnya atau dia tama’ninah didalamnya tetapi selepas daripada imamnya bangkit daripada sekurang-kurang rukuk, atau dia syak adakah dia tama’ninah beserta imamnya sebelum dia bangkit daripada sekurang-kurang rukuk atau kemudian daripadanya, maka tidaklah dia mendapat rakaat pada sekelian yang tersebut itu. Demikian lagi jika dia mendapat imamnya didalam rukuk yang kedua daripada sembahyang gerhana, tidaklah didapatinya rakaat itu. 2372. Fasal pada menyatakan sifat-sifat imam yang disunatkan. Bermula, yang lebih patut dijadikan imam sembahyang itu adalah orang yang memerintah isi negeri atau dusun pada tempat perintahannya. Maka dialah yang lebih berhak dijadikan imam. Maka hendaklah dia terkehadapan menjadi imam atau mendulukan orang lain, sekalipun sembahyang itu didirikan didalam milik orang lain. Tetapi tempat yang demikian itu jika tidak ada disana imam ratib iaitu yang ditentukan oleh sultan yang besar untuk menjadi imam pada satu masjid. Maka jika ada disana imam ratib yang sedemikian itu maka dialah yang terutama menjadi imam daripada pemerintah negeri dan daripada qadhi negeri itu. 2373. Kemudian maka yang terutama menjadi imam adalah tuan punya manfaat tempat yang didiaminya samaada tempat itu miliknya atau dipinjamnya atau disewanya atau diwakafkan keatasnya atau diwasiatkan orang baginya, maka dialah yang lebih patut terkedepan menjadi imam atau mendulukan orang lain. Walaubagaimanapun orang yang meminjamkan tempat lebih berhak jadi imam daripada si peminjam dan tuan sahaya lebih berhak jadi imam daripada sahayanya yang mendiami tempat itu kerana yang empunya tempat itu adalah tuannya jua. Melainkan jika sahaya itu mukatab yang memiliki tempat itu maka sahayanya yang mukatab itulah yang lebih patut jadi imam sembahyang pada tempat itu daripada tuannya. 2374. Bemula, imam ratib terutama jadi imam daripada orang lain, sekalipun orang lain itu bersifat dengan sifat yang lagi akan datang keyataanya, melainkan sultan yang melantik imam ratib itu. Maka dialah yang terutama menjadi imam daripada imam ratib itu. 2375. Syahadan. Jika pada satu negeri ada imam ratib yang dilantik oleh sultan dan padanya juga ada orang besar yang memerintah negeri itu dibawah sultan maka imam ratib itu terutama jadi imam daripada pemerintah itu. 2376. Kemudian412 jika tidak ada disana orang yang lebih utama menjadi imam dengan menilik kepada tempat seperti adalah mereka itu mendirikan sembahyang dipadang atau didalam masjid yang tidak ada baginya imam ratib maka yang paling fakeh dengan hukum-hukum sembahyang lebih utama jadi imam daripada yang selainnya. 412
. pada asal “kemudian ratib jika . . .”.
2377. Jika sama dua orang pada sifat fakeh maka didulukan yang lebih qiraatnya413 daripada yang lain, dan jika sama pula keduanya pada sifat qiraat maka didulukan yang lebih wara’, dan jika sama pula keduanya pada sifat warak maka didulukan yang lebih dulu pindahnya kepada nabi atau kepada negeri Islam daripada yang lainnya, dan jika sama pula keduanya pada yang demikian itu didulukan yang terbangsa kepada nabi atau kepada wali atuu ulamak atau orang soleh maka didulukan yang bangsa Hashim kemudian maka bangsa Muttalib kemudian maka yang tinggal daripada Quraisy kemudian maka yang tinggal daripada arab, dan didulukan anak orang yang soleh atau anak orang alim daripada selainnya. Jika bersaman pula pada bangsa maka didulukan orang yang masyhur namanya dengan kebajikan, dan jika bersaman pula pada yang demikian itu maka yang lebih bersih kainnya, dan jika sama pula yang demikian itu maka yang lebih bersih badannya. Jika sama pua pada yang demikian itu maka yang lebih banyak kepandaiannya, dan jika sama pula pada yang demikian itu maka yang lebih baik rupanya, dan jika sama pula mereka itu pada segala sifat yang demikian itu maka hendaklah dibuang undi diantara mereka itu. 2378. Bermula, orang yang adil itu sekalipun dia sahaya orang terutama menjadi imam daripada yang fasik sekalipun yang fasik itu merdeka dan lebih fakehnya atau lebih qiraatnya. Demikian lagi yang baligh sekalipun dia sahaya terutama jadi imam daripada kanak-kanak sekalipun kanak-kanak itu merdeka atau lebih pengetahuannya atau lebih qiraatnya. Orang yang merdeka lebih utama jadi imam daripada sahaya. Bersamaanlah sahaya yang fakeh dan orang merdeka yang tidak fakeh. Orang yang mukim terutama menjadi imam daripada yang musafir. Anak yang halal terutama jadi imam daripada anak zina dan daripada orang yang tidak ketahuan titihannya sekalipun dia lebih fakehnya atau lebih qiraatnya. Orang buta sama seperti orang yang melihat jua sekira-kira sama keduanya pada sifat-sifat yang telah tersebut itu. 2379. Fasal pada menyatakan sebahagian daripada sunat yang berkaitan dengan jamaah. Bermula, sunat bagi orang yang hendak berjamaah selain orang yang qamat bahawa jangan dia berdiri melainkan kemudian daripada selesai qamat itu pun jika dia kuasa berdiri dengan segera sekira-kira didapatinya fadhilat takbir ihram serta imam. Jika dia tidak kuasa berdiri dengan segera seperti demikian itu maka hendaklah dia berdiri dahahulu daripada selesai qamat. 2380. Barang siapa masuk masjid pada ketika qamat atau hampir didirikan sembahyang sekira-kira jika dia sembahyang sunat tahiyyat masjid nescaya luputlah daripadanya takbir ihram bersama imam sunatlah dia berdiri menanti, jangan dia duduk dan jangan dia sembahyang tahiyyat masjid. 2381. Sunat muakkad bagi imam menyuruhkan orang yang sembahyang meluruskan saf iaitu membujurkan baris perdirian sekira-kira jangan terkedepan seorang dan terkebelakang yang lainya dan mengisi lapang-lapang yang ada didalam tiap-tiap saf sekira-kira jangan didirikan saf kedua jika belum penuh saf pertama kerana apabila disalahi yang demikian itu nescaya makruh jua kerana tersebut didalam hadith barang siapa menghubungkan saf nescaya Allah taala menghubunginya dan barangsiapa yang memutuskan saf nescaya Allah taala memutuskan dia. 2382. Maka yang terafdhal daripada segala saf itu adalah saf yang pertama iaitu yang mengiringi imam kemudian maka saf yang kedua kemudian maka saf yang ketiga hingga akhirnya.
413
. iaitu yang lebih banyak membaca Quran, bukan sah atau tidak sah bacaannya kerana ianya wajib untuk sah sembahyang.
2383. Syahadan. Makruh berimamkan orang fasik dan orang yang mengikutnya sekalipun tidak ada orang selain, jika dia tidak takutkan fitnah sebab meninggalkan dia. Demikian lagi makruh berimamkan orang yang berkulup dan orang yang mengikutnya, samaada yang berkulup itu belum baligh atau sudah baligh kerana barangkali dia tidak rata414 membasuh apa yang dibawah kulupnya yang wajib dibasuhnya. 2384. Demikian lagi makruh berimamkan orang yang bid’ah dan orang yang mengikutnya415 yang tidak jadi kafir sebab bid’ahnya sekalipun tidak diperolehi orang lain. Kata syeikh Azrai’e : haram diatas orang ‘alim yang masyhur mengikutnya kerana bahawa ia jadi sebab bagi disebutkan orang awam dengan bid’ahnya. 2385. Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah taala tidak mengetahui segala barang yang berbentuk juzuk dan barang yang ma’dum dan orang yang ingkarkan kebangkitan dari kubur dan perhimpunan di Mahsyar, demikian lagi kaum mujassimah dan yang mengiktikadkan bahawa Allah taala berpihak, maka tidak sah mengikutnya seperti sekelian kafir yang lain. 2386. Demikian lagi makruh berimamkan orang yang ta’ta’ iaitu yang membaca huruf ta’ berulang-ulang dan orang yang fa’ fa’ iaitu yang membaca fa’ berulangulang dan orang yang wa’ wa’ iaitu yang membaca wau berulang-ulang. Demikian lagi yang berulang-ulang membaca huruf yang lain daripada huruf yang tersebut itu. 2387. Makruh berimamkan orang yang salah bacaannya yang tidak mengubah makna. 2388. Demikian lagi makruh berimamkan orang yang waswas dan orang yang dikeji oleh kebanyakan makmum. 2389. Syahadan. Makruh mendirikan jamaah didalam masjid yang ada padanya imam ratib lagi pula masjid itu tidak berada pada jalanraya lagi pula imam ratib itu tidak memberi izin pada berjamaah. Adapun jika masjid itu tidak mempunyai imam ratib atau ada baginya imam ratib tetapi dia memberi izin pada berjamaah atau masjid itu berada pada jalan raya maka tidaklah makruh berjamaah padanya. 2390. Demikian lagi tidak makruh berjamaah didalam masjid yang tidak berada pada jalan raya dengan tidak ada izin imam ratib jika imam ratib itu ghaib pada awal waktu dan ditakuti luput fadhilat awal waktu dan tidak ditakuti ujud fitnah dan kesakitan imam ratib itu sebab terdahulu orang selainnya menjadi imam. Maka pada ketika itu sunatlah mendirikan jamaah didalam masjid itu. Yang terutama hendaklah menjadi imam itu orang yang paling dikasihi oleh imam ratib itu. Maka jika ditakuti ujud fitnah atau kesakitan imam ratib itu dengannya hendaklah tiaptiap mereka itu masing-masing sembahyang seorang diri, dan sunat bagi mereka itu mengulang sembahyang bersama imam ratib itu. 2391. Maka jika picik waktu sekira-kira tidak tinggal daripadanya melainkan kadar yang meluluskan sembahyang sahaja hendaklah mereka itu sembahyang dengan berjamaah didalam masjid itu, sekalipun mereka takutkan fitnah. 2392. Sunat bagi imam menyaringkan suara dengan membaca takbir dan membaca “ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ ﻥ ﻤ ﷲ ِﻟ ُ ﻊ ﺍ ﻤ ﺴ ” dan salam. 2393. Demikian lagi sunat bagi makmum yang masbuk muafakat dengan imamnya pada membaca zikir dan segala baca-bacaan yang wajib dan yang sunat. Maka hendaklah masbuk itu bertakbir bersama imamnya pada apa yang 414 415
. ﻫﻴﻨﻕ.
. pada asal “makruh berimamkan dan mengikut* orang yang bid’ah”.
dia ikut imamnya padanya. Maka jika dia mendapat imamnya pada i’tidal hendaklah dia takbir untuk tunduk kepada sujud dan untuk apa yang kemudian daripadanya daripada perpindahan-perpindahan imamnya. Atau dia mendapatinya didalam sujud maka janganlah dia takbir untuk tunduk kepada sujud itu kerana dia tidak mengikut imamnya pada tunduk itu. Inilah hukumnya pada mengikut zikir dan bacaan-bacaan. 2394. Adapun pada perbuatannya maka wajib atas makmum yang masbuk muafakat dengan imamnya pada apa yang dia dapat bersama dengan imamnya daripada perbuatan-perbuatan, sekalipun ianya tidak kebilangan. Maka apabila masbuk itu berdiri kemudian daripada salam imamnya maka ditilik ; jika duduknya itu pada tempat tahiyyat awalnya daripada sembahyang empat rakaat atau yang tiga rakaat sunatlah dia membaca takbir ketika berdiri itu, dan tidak wajib atasnya berdiri dengan segera. Jika duduknya itu bukan pada tempat tahiyyat awalnya wajiblah dia berdiri dengan segera dan tidak sunat dia takbir ketika berdirinya itu. 2395. Bermula, apa yang didapatinya oleh masbuk bersama dengan imamnya maka ia adalah permulaan sembahyangnya dan apa yang dibawanya kemudian daripapa salam imamnya adalah ia akhir sembahyangnya.
ﺎ ِﻓ ﹺﺭﻤﺴ ﻼ ِﺓ ﺍ ﹾﻟ ﺼﹶ ﺏ ﺎﺒ BAB SEMBAHYANG MUSAFIR 2396. Ini bab ada menyatakan kelakuan sembahyang orang yang musafir iaitu orang yang pergi-pergian. Bermula, harus bagi orang yang bermusafir yang lanjut lagi mubah mengqasar sembahyang fardhu zohor dan ‘asar dan ‘syak kepada dua rakaat. Tidak diqasar sembahyang subuh dan maghrib dan sembahyang nazar dan sembahyang sunat. 2397. Bermula, harus qasar pada sembahyang kadha yang luput didalam safar yang harus qasar, jika dikadhanya didalam safar itu atau didalam safar yang lain, tetapi tidak harus qasar sembahyang yang luput didalam negeri416 dengan yakin atau dengan syak adakah luputnya didalam negeri atau didalam safar. 2398. Bermula, safar yang lanjut yang mengharuskan qasar itu adalah perjalanan dua hari atau dua malam atau sehari semalam yang seimbang keduanya, serta turun naik beradat daripada kenderaan dan berhenti kerana makan dan
416
. iaitu bandar. Yang dikehendaki maknanya yang umum iaitu tempat kediaman.
sembahyang dan barang sebagainya, iaitu perjalanan dua marhalah417, iaitu dua perhentian dengan perjalanan tanggungan yang berat. 2399. Jika dibilang perjalanan dua marhalah itu dengan barid maka iaitu empat barid, dan jika dibilang dengan farsakh maka iaitu enam belas farsakh dan jika dibilang dengan mil maka iaitu empat puluh lapan mil. Maka perjalanan satu barid itu adalah empat farsakh dan satu farsakh itu tiga mil dan satu mil itu enam ribu hasta dan satu hasta itu dua puluh empat jari melintang, dan satu jari itu enam biji syai’er melintang dengan syai’er yang sederhana, dan sebiji syai’er itu enam helai rambut kuda dalam keadaan melintang. 2400. Bermula, perjalanan dilaut sama seperti didarat jua hukumnya pada yang tersebut itu. 2401. Adapun sembahyang tamam maka ia terafdhal daripada sembahyang qasar melainkan jika jauh perjalanan itu sampai kepada tiga marhalah atau lebih. Maka tatkala itu terafdhal qasar daripada tamam. Demikian lagi terafdhal qasar daripada tamam bagi barang siapa yang hatinya tidak suka sembahyang qasar, tetapi bukan kerana benci pada sunnah nabi kerana yang demikian itu kufur, hanya kerana memilih yang asal iaitu tamam. 2402. Fasal pada menyatakan permulaan safar. Bermula, permulaan safar yang harus qasar pada negeri yang berkota adalah keluar daripada kotanya atau sebahagian daripada kota pada negeri yang berkota sebahagiannya, pada pihak yang dihadapan berjalan, sekalipun kota itu runtuh atau ia berbilang-bilang atau ada diluar kota itu tempat kediaman orang atau ada didalamnya itu beberapa perhumaan dan tempat kharab418 yang tidak didiami orang, dari kerana kawasan yang diluar kota negeri tidak dikira daripada negeri itu, sekalipun ia didiami orang, dan kawasan yang didalam kota maka ianya dikira daripada negeri jua, sekalipun ia adalah perhumaan dan tempat yang tidak didiami orang. 2403. Syahadan, apabila seorang yang musafir keluar dari kota haruslah dia qasar, sekalipun dia masih bersandar kepada kota itu. 2404. Adapun parit yang mengelilingi negeri maka ianya seperti hukum kota jua. Itupun jika seumpamanya parit atau kota itu tertentu pada satu negeri atau dusun jua. Jika ada didalamnya dua buah negeri atau dua buah dusun umpamanya maka tidak disyaratkan melaluinya hanya adalah kedua-dua negeri atau dusun itu masing-masing dengan hukumnya. 2405. Pada bandar yang tidak berkota maka permulaannya seperti keluar daripada kesudahan tempat kediaman orang, sekalipun menyelanginya tempat yang tidak ada kediaman orang atau menyelanginya sungai yang besar atau medan yang luas. Tidak disyaratkan melalui tempat yang tidak didiami yang diluar tempat yang didiami orang, dan tidak disyaratkan melalui segala perhumaan dan kebun-kebun yang berhubung dengan negeri, sekalipun ia berpagar atau ada didalamnya rumah yang didiami orang bermasa-masa pada sebahagian daripada segala musim-musim dalam setahun. 2406. Bermula, dua dusun419 yang berhubung itu maka iaitu seperti hukum satu dusun jua. Jika dua dusun itu bercerai maka masing-masing dengan hukumnya. 2407. Permulaan safar pada negeri yang ditepi laut yang tidak berkota adalah keluarnya daripada negeri itu serta naik keperahu lagi belayar atau naik kepada sampannya yang pergi keperahunya.
417
. tidak sepakat ulamak kita pada tafsiran dua marhalah. Kata setengah 60 batu iaitu 100 km, dan yang lain : 58 batu iaitu 96 km, dan selainnya. 418 . puing – runtuhan bangunan yang tidak diduduki lagi. 419 . iaitu kampung, bukan bandar.
2408. Syahadan, putuslah safar itu apabila dia sampai ketempat yang disyararatkan dia melaluinya pada permulaan safarnya, sekalipun dia tidak masuk kedalamnya, seperti sampai kepada kota negeri yang berkota atau kepada kesudahan tempat kediaman orang pada negeri yang tidak berkota, sekalipun dia tidak berniat mukim. 2409. Demikian lagi putus safar jika dia berniat kembali kepada tempat kediamannya jika dia memerintah pekerjaan dirinya seperti dia bukan hamba orang dan bukan isteri orang dan bukan askar yang diperintah oleh panglima perangnya, lagi pula dia berhenti ketika meniatkan kembali itu. Maka tidak harus dia qasar didalam masa dia berhenti dan perjalanannya kembali itu. Adapun jika dia hamba orang atau isteri orang maka tidaklah putus safarnya dengan niat kembali. 2410. Demikian lagi putus safarnya dengan sampai kepada satu tempat yang dia telah niat berhenti padanya empat hari dengan malamnya selain daripada hari masuk dan keluar, atau niat berhenti padanya kerana suatu hajat yang diketahuinya bahawa tidak diperolehi hajat itu melainkan dengan empat hari empat malam. Jika dia berharap diperoleh hajatnya itu pada tiap-tiap waktu maka harus baginya mengqasar sembahyang hingga lapan belas hari selain daripada hari masuk dan keluar. Seperti demikian itulah orang yang berhenti ditengah laut kerana keteduhan angin maka dia harapkan turun angin pada tiap-tiap waktu, maka haruslah baginya qasar hingga lapan belas hari. 2411. Fasal pada menyatakan syarat-syarat harus qasar. Bermula, bagi qasar itu beberapa syarat. Sebahagian daripadanya : hendaklah dia mengetahui tempat tujuannya yang tertentu. Maka tidak harus qasar bagi orang yang haim420 iaitu orang yang berjalan tidak tahu tempat yang ditujunya, sekalipun lanjut safarnya kerana perjalanannya itu maksiat jua. Demikian lagi tidak harus qasar bagi orang yang mencari piutangnya atau hambanya yang lari yang tidak diketahuinya tempatnya, sekalipun lanjut safarnya. Demikian lagi tidak harus qasar bagi isteri dan hamba yang tidak tahu tempat yang dituju oleh suaminya dan tuannya berjalan melainkan apabila sudah sampai perjalanannya itu dua marhalah atau lebih.421 2412. Sebahagian daripada syarat qasar : hendaklah dia tahu harus qasar. Maka jika seorang mengqasar sembahyang pada hal dia jahilkan harusnya nescaya tidaklah sah qasarnya. 2413. Sebahagian daripada syarat-syarat qasar itu : janganlah dia mengikut pada satu juzuk daripada sembahyangnya akan orang yang sembahyang tamam, sekalipun yang sembahyang tamam itu musafir. 422 2414. Sebahagian daripada syarat qasar itu : jangan dia mengikut orang yang disyakkan safarnya kerana tidak dia jazam berniat qasar pada ketika itu.423
420
. ﻫﺎﺌﻡ. . katanya didalam Kifayah al Akhyar : cabangan: kalau seorang meniatkan jarak qasar kemudian meniatkan selepas keluarnya bahawa jika dia menemui si pulan dia kembali jika tidak dia teruskan, maka yang paling sahih bahawa dia diberi rukhsah selama dia tidak menemuinya. Maka apabila dia menemuinya keluarlah dia dari safarnya dan jadilah dia bermukim. Kalau dia niatkan jarak qasar kemudian selepas keluarnya dia niatkan apabila sampai kenegeri sekian yang terletak ditengah jalannya dia akan bermukim empat hari maka lebih, maka jika dari tempat keluarnya hingga tempat tujuannya yang kedua ada jarak qasar dirukhsakhkan dia, dan jika kurang dirukhsakhkan dia juga diatas yang paling sahih. Wallahu a’lam. 422 . katanya didalam Kifayah al Akhyar: kalau dia sembahyang zohor dibelakang orang yang sembahyang subuh, musafir atau mukim, tidak harus dia qasar diatas yang paling sahih kerana ia sembahyang yang tidak boleh diqasarkan. Kalau dia sembahyang zohor dibelakang orang yang sembahyang jumaat maka mazhab tidak harus dia qasar dan lazim dia sempurnakan, samaada imam jumaat itu musafir atau mukim. Kalau dia niat zohor dengan qasar dibelakang orang yang sembahyang asar dengan qasar harus ia. Wallahu a’lam. 421
2415. Sebahagian daripada syarat qasar itu : niat qasar didalam takbir ihram seperti bahawa dia menyertakan niat qasar dengan takbir ihram dengan yakin dan dikekalkan jazamnya dengan niat qasar itu hingga salamnya, seperti bahawa tidak dibawanya perkara yang merosakkan niat qasar itu.424 2416. Sebahagian daripada syarat qasar itu : hendaklah kekal safarnya daripada permulaan sembahyang hingga kesudahannya. Maka jika sampai perahunya kepada tempat dia bermukim atau dia niat bermukim atau syak adakah dia berniat mukim atau tidak atau adakah negeri yang sampai perahunya itu negerinya atau bukan pada hal dia masih didalam sembahyang, yang empat masaalah ini wajiblah atasnya sembahyang tamam. 2417. Fasal pada menyatakan sembahyang jamak didalam safar dan didalam negeri ketiga hujan. Bermula, harus menjamakkan antara sembahyang zohor dan sembahyang asar dan antara sembahyang maghrib dan sembahyang isyak dengan jamak taqdim atau jamak takhir. 2418. Maka jamak taqdim itu adalah mengerjakan sembahyang asar didalam waktu zohor dan sembahyang isyak didalam waktu maghrib, dan jamak takhir itu adalah mengerjakan sembahyang zohor didalam waktu asar dan sembahyang maghrib didalam waktu isyak. 2419. Bermula, meninggalkan jamak seperti dikerjakan sembahyang masingmasing didalam waktunya terafdhal daripada jamak. Melainkan pada orang yang hatinya tidak sukakan jamak sembahyang atau yang syak harus jamak sembahyang atau jika dia tinggalkan jamak dia sembahyang seorang diri dan jika dia jamak dia sembahyang berjamaah, maka terafdhal baginya mengerjakan jamak. 2420. Syahadan. Syarat jamak taqdim itu empat perkara. Pertama : mendulukan sembahyang yang empunya waktu, kerana sembahyang yang kedua itu mengikut yang pertama, maka tidak didahulukan yang mengikut atas yang diikut.425 Maka jika didulukan sembahyang yang empunya waktu atas yang bukan empunya waktu kemudian ternyata batal sembahyang yang empunya waktu itu batallah sembahyang yang kedua itu. Syarat yang kedua : niat jamak didalam sembahyang yang empunya waktu, sekalipun niat itu beserta salamnya, memadalah ia. Maka rupa niat jamak itu seperti dia berniat akan mengerjakan sembahyang asar didalam waktu zohor atau mengerjakan sembahyang isyak didalam waktu maghrib.426
423
. katanya didalam Kifayah al Akhyar: cabangan, seorang musafir mengikut orang yang dia tahu atau rasakannya seorang mukim lazim dia menyempurnakan. Begitu juga kalau dia syak adakah dia musafir atau mukim, lazim dia menyempurnakan. Jika dia mengikut orang yang dia tahu atau rasakannya musafir atau dia tahu atau rasakan bahawa dia mengqasar harus dia mengqasar dibelakangnya. Begitu juga kalau dia tidak tahu bahawa dia meniatkan qasar, maka tidak lazim di menyempurnakan dengan belahbagi ini kerana yang zahir daripada keadaan musafir adalah bahawa dia mengqasar sembahyang. Begitu juga kalau datang kepadanya belahbagi ini ditengah sembahyangnya, tidak lazim dia menyempurnakan. Wallahu a’lam. 424 . katanya didalam Kifayah al akhyar: Ketahuilah bahawa syarat qasar itu adalah bahawa dia meniatkannya kerana asalnya adalah menyempurnakan maka apabila dia tidak meniatkan qasar terjadilah ihramnya diatas asal itu. Disyaratkan niat qasar itu pada waktu ihram sembahyang sama seperti niatnya. Tidak disyaratkan kekal menyebutnya (didalam hati) kerana masyaqqah. Na’am, disyaratkan menjauhi apa yang menyalahi jazam dengan niat itu, maka kalau dia niatkan qasar kemudian dia niatkan sempurna, begitu juga kalau dia berbelahbagi diantara qasar atau sempurna, dia menyempurnakan. Kalau dia syak adakah dia telah niat qasar atau tidak lazim dia menyempurnakan, sekalipun dia ingat pada ketika itu juga bahawa dia telah niatkan qasar kerana dia dengan sebab berbelahbagi lazim menyempurnakan. 425 . kalau dia mulakan dengan yang kedua tidak sah ia, dan dia mengulanginya selepas yang pertama. 426 . seperti dia kata didalam hatinya : aku akan / hendak buat asar didalam waktu zohor, atau : isyak didalam waktu maghrib, atau : aku jamakkan asar dengan zohor, atau : isyak dengan maghrib.
Syarat yang ketiga: mualat, artinya berturut-turut antara dua sembahyang itu. Tetapi jika sedikit selangnya pada ‘uruf tidak mengapa.427 Syarat keempat : hendaklah kekal safarnya daripada mula sembahyangnya yang pertama hingga sempurna takbir ihram sembahyangnya yang kedua, dari kerana ini jika dia bermukim diantara dua sembahyang itu batallah jamaknya. 2421. Adapun jamak takhir maka disyaratkan padanya dua perkara. Pertama: niat jamak sebelum keluar waktu yang pertama428. Maka syarat ini faedahnya supaya jadilah sembahyang yang pertama itu sembahyang tunai, bukan kadha, dan supaya harus dia mentakhirkan sembahyang yang pertama, tidak jadi derhaka.429 Itupun jika dia berniat jamak didalam waktu yang pertama sekira-kira tinggal daripada waktu itu kadar yang meluluskan sekelian sembahyangnya. Adapun jika dia berniat jamak pada akhir waktu yang pertama sekadar meluluskan satu rakaat sahaja maka derhakalah dia, sekalipun sembahyang itu tunai. Jika dia tidak berniat jamak didalam waktu yang pertama atau berniat pada akhir waktunya sekira-kira tidak meluluskan satu rakaat maka jadi derhakalah dia lagi jatuh sembahyangnya sebagai sembahyang kadha. Syarat yang kedua : kekal safarnya hingga sembahyang yang kedua, kerana jika dia bermukim sebelum sempurna sembahyang yang kedua nescaya jadilah sembahyang yang pertama itu sembahyang kadha. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak disyaratkan pada jamak takhir itu niat jamak didalam sembahyang yang pertama dan tidak disyaratkan mendulukan sembahyang yang empunya waktu dan tidak disyaratkan mualat. Sekelian itu sunat jua. 2422. Syahadan. Harus mengerjakan sembahyang jamak taqdim didalam negeri kerana hujan, sekalipun tidak lebat, dengan syarat jika mereka itu sembahyang berjamaah pada tempat yang jauh dari kediaman mereka lagi terhasil gangguan tiap-tiap mereka dengan sebab hujan pada jalannya. 2423. Demikian lagi disyaratkan ada hujan pada ketika takbir ihram sembahyang yang pertama dan salamnya dan pada takbir ihram sembahyang yang kedua, sekalipun teduh hujan itu pada ketika yang lain daripada itu. 2424. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak harus jamak taqdim didalam negeri kerana hujan jika mereka itu sembahyang dirumah sekalipun berjamaah, atau mereka itu sembahyang berjamaah pada tempat yang hampir sekira-kira tidak terganggu mereka itu dijalan, atau pada tempat yang jauh tetapi ada bagi mereka itu kenaungan430 dijalan atau sembahyang mereka itu masing-masing seorang diri.431 -
427
. Jika panjang selang diantara keduanya tertegah himpun yang kedua kepada yang pertama, dan tertentu mentakhirkannya kepada waktunya, samaada panjang itu dengan uzur atau tidak. 428 . seperti dikatanya didalam hatinya : aku akan buat zohor dalam waktu asar, atau : maghrib didalam waktu isyak, atau : aku jamakkan zohor kepada asar, atau : maghrib kepada isyak. 429 . iaitu meniatkan keadaan takhir itu kerana jamak untuk membezakannya dari takhir yang salah. 430 . ada teduhan. 431 . katanya didalam Kifayah al Akhyar : Cabangan, yang diketahui daripada mazhab adalah tidak harus jamak dengan sakit dan tidak dengan selut dan tidak dengan khauf. Imam Haramain mendakwa ijmak diatas tertegahnya dengan sebab sakit. Begitu juga mendakwa ijmak ummah diatas demikian itu oleh Turmizi. Dakwaan ijmak dari mereka itu tertegah kerana sekumpulan daripada sahabat-sahabat kita dan selain mereka berjalan kepada harus jamak dengan sakit yang dari kalangan mereka itu Qadhi Husain dan Mutawalli dan Ruyani dan Khatabi dan Imam Ahmad. Ibnu telah melakukannya Abbas r.a dia menyebutkan bahawa rasulullah sawm pernah melakukannya. Kata Ibnu Syaqiq : maka tidak tenang hati aku kerana katanya itu, lalu aku datang kepada Abu Hurairah r.a, lalu aku tanyainya tentang demikian itu maka dia membenarkan kata-katanya. Kisah Ibnu Abbas dan pertanyaan Ibnu Syaqiq ini sabit didalam Sahih Muslim. Kata Nawawi : pendapat dengan harus
ﺠ ْﻤ َﻌ ِﺔ ُ ﻼ ِة ا ْﻟ َﺻ َ ب ُ ﺑَﺎ xx SOLAT JUMAAT 2425. Ini bab pada menyatakan sembahyang jumaat. Bermula, sembahyang jumaat itu fardhu ain diatas setiap lelaki yang merdeka lagi akil lagi baligh lagi bermukim pada tempat yang kedengaran padanya suara orang yang azan dengan syaratnya yang lagi akan datang, sekalipun dia tidak bermastautin pada tempat itu, lagitidak ada padanya satu uzur daripada uzur-uzur yang mengharuskan ditinggalkan jamaah yang telah lalu bicaranya. 2426. Maka diketahui bahawa tidak wajib sembahyang jumaat diatas perempuan dan hamba dan orang gila dan kanak-kanak dan musafir dan yang ada padanya uzur. Akan tetapi wajib dia diatas orang yang sakit dan barang sebagainya apabila dia hadhir didalam masjid tempat jumaat pada waktu mendirikkannya atau dia hadhir tatkala masuk waktu jumaat dan tidak ada masyaqqah diatasya menanti jumaat. Adapun jika masyaqqah diatasnya menanti atau tidak masyaqqah tetapi dia hadhir sebelum masuk waktunya maka haruslah dia kembali. 2427. Demikian lagi harus kembali bagi mereka yang tidak wajib jumaat yang hadhir pada tempat jumaat seperti kanak-kanak dan hamba. 2428. Wajib jumaat diatas orang yang sangat tua dan yang lumpuh jika dia beroleh kenderaan lagi tidak masyaqqah diatasnya mengenderainya. Demikian lagi wajib jumaat diatas orang yang buta jika diperolehinya orang yang memimpinnya. 2429. Bermula, isi dusun432 jika ada pada mereka itu empat puluh lelaki yang merdeka lagi akil baligh bermastautin didalamnya serta dengan syaratnya yang lagi akan datang wajib atas mereka itu mendirikan jumaat pada tempat mereka. Haram mereka meninggalkan daripada mendirikan jumaat dengan pergi berjumaat pada negeri433 yang lain, sekalipun mereka mendengar azan jumaat pada negeri itu. 2430. Jika isi dusun itu tidak genap empat puluh seperti yang tersebut itu tetapi sampai kepada mereka suara orang yang yaring dipinggir negeri jumaat pada ketika teduh angin dan sunyi daripada hingar bangar nescaya wajiblah diatas mereka itu pergi berjumaat kenegeri tempat jumaat itu. Jika isi dusun itu tidak genap empat puluh dan tidak sampai kepada mereka itu suara orang yang dipinggir negeri jumaat maka tidaklah wajib jumaat diatas mereka, hanya kena diatas meraka itu zohor sahaja. 2431. Syahadan. Haram diatas barang siapa yang wajib jumaat diatasnya pergipergian kemudian daripada fajar, sekalipun pergi-pergian itu kerana ktetaatan, melainkan jika didapatinya jumaat pada jalannya atau pada tempat tujuannya atau dia takutkan kemudharatkan sebab ketinggalan daripada taulannya atau pergi-pergian itu kerana menghasilkan wukuf di Arafah atau kerana
jamak dengan sebab sakit adalah zahir lagi dipilih. Kata Asnawi: apa yang dipilih oleh Nawawi dinaskan oleh Syafi’e didalam Mukhtasar Muzni. Intaha Kifayah al Akhyar dengan diringkaskan 432 . Isi dusun iaitu penduduknya. Perhatian : Negeri – balad – pekan adalah penempaan yang mempunyai kadhi danhakim dan tempat perniagan yang khas. Dikehendaki juga makna yang umum iaitu tempat bagi sesuatu umpama jumaat. Dusun – kariah – kampung – desa adalah penempatan yang tidak ada ciri-ciri negeri itu. 433 . iaitu sama sahaja negeri atau dusun.
menyelamatkan434 hartanya atau mencari tawanan yang kafir yang melarikan diri. Makruh pergi-pergian pada malam jumaat. 2432. Syahadan. Sunat berjamaah pada sembahyang zohor orang yang tidak wajib atasnya jumaat kerana uzur. Maka jika ada uzur mereka itu tersembunyi sunat bagi mereka menyembunyikan jamaahnya supaya tidak dituduh mereka itu dengan bencikan sembahyang jumaat raja. Adapun jika uzur mereka itu nyata seperti keadaan mereka itu perempuan atau barang sebagainya maka sunat bagi mereka itu menyatakan jamaah pada sembahyang zohor. 2433. Sunat bagi orang yang harap akan hilang uzurnya didalam waktu jumaat seperti sahaya yang harap akan dimerdekakan oleh tuannya dan orang sakit yang harap akan sembuh bahawa dia mentakhirkan sembayang zohornya hingga putus harapnya daripada mendapat jumaat seperti bahawa bangkit imam jumaat daripada rukuknya pada rakaat yang kedua. Sunat menyegerakan zohor bagi orang uzur yang tidak dapat hilang uzurnya seperti keadaannya perempuan dan lupuh yang tidak kuasa berkenderaan. 2434. Bermula, barang siapa yang sah zohornya, daripada mereka yang tidak wajib jumaat diatasnya, sahlah jumaatnya. Maka hendaklah dia pilih diantara mengerjakan sembahyang jumaat dan sembahyang zohor, tetapi mengerjakan jumaat terafdhal baginya. Namun jika dia masuk mengerjakan sembahyang jumaat wajib dia menyempurnakan jumaat itu, dan tidak harus dia menyempurnakannya sebagai zohor selepas salam imamnya kerana sah jumaat itu daripada fardhunya. 2435. Barang siapa yang wajib jumaat diatasnya tidaklah sah zohornya sebelum salam imam daripada jumaat, sekalipun selepas bangkit imam itu daripada rukuk rakaat yang kedua, kerana sudah mengadap fardhu jumaat diatasnya, kerana kaul yang muktamad bahawa fardhu jumaat adalah asal bukannya ganti daripada zohor. Dan selepas salam imam daripada jumaat itu wajiblah dia mengerjakan zohor dengan segera, sekalipun zohornya itu tunai, kerana dia derhaka dengan sebab meluputkan jumaat. Maka ianya seperti derhaka dengan sebab keluar waktu. 2436. Jika isi satu negeri meninggalkan jumaat dan mengerjakan zohor nescaya tidaklah sah zohor mereka itu melainkan apabila picik waktu daripada meluluskan sekurang-kurang yang wajib bagi dua khutbah dan dua rakaat. 2437. Fasal pada menyatakan syarat-syarat jumaat. Bermula, syarat-syarat sah jumaat itu lima perkara. Pertama : waktu, iaitu tidak dikerjakan dua rakaat jumaat serta dua khutbahnya melainkan didalam waktu zohor, maka tidak sah mengkadha sembahyang jumaat. Maka jika picik waktu daripada meluluskan dua khutbah jumaat dan dua rakaat wajib dikerjakan zohor jua. 2438. Jika keluar waktu tatkala mereka itu didalam sembahyang jumaat wajiblah disempurkan jumaat sebagai zohor. Tidak disyaratkan membaharui niat dengan niat sembahyang zohor. Jikalau makmum masbuk berdiri selepas salam imam jumaat untuk menggenapkan rakaatnya kemudian maka terhabis keluar waktunya sebelum dia salam wajiblah dia menyempurnakan sembahyang sebagai zohor. Jikalau imam jumaat melanjutkan rakaat pertama hingga diyakinkan bahawa tidak tinggal daripada waktunya kadar yang meluluskan rakaat yang kedua berdosalah dia dan jadilah jumaat itu zohor ketika itu jua sekalipun belum keluar waktunya. 2439. Syarat kedua : bahawa didirikan jumaat itu pada tempat yang dikira sebagai negeri atau dusun sekira-kira tidak harus qasar didalamnya bagi orang yang hendak safar samaada tempat itu masjid atau selainnya, sekalipun pada tanah lapang yang tercerai daripada rumah didalam negeri atau dusun itu. Maka tidak 434
. pada asal “menanti hartanya”. Wallahu a’lam.Begitu jugi menyelamatkan muslim yang diancam kuffar.
sah jumaat diluar daripada negeri atau dusun, pada tempat yang harus qasar bagi orang yang hendak safar. Maka tidak sah bagi isi negeri yang berkota mendirikan jumaat dipenghujung tempat yang didiami orang. 2440. Demikian lagi tidak wajib jumaat lagi tidak sah bagi mereka yang mendiami umpama kemah seperti pondok dipadang, sekalipun mereka tidak berpindah pada musim dingin melainkan jika sampai kepada mereka itu suara nyaring bagi orang yang dipinggir negeri jumaat, maka wajiblah diatas mereka berjumaat dinegeri tempat jumaat itu. 2441. Syarat ketiga : bahawa adalah jumaat itu tidak didahului dan tidak disertai oleh jumaat yang lain didalam negeri atau dusun yang sama, kerana tidak harus berbilang jumaat pada satu negeri atau dusun melainkan kerana sukar berhimpun mereka itu pada satu tempat. Maka pada ketika itu harus berbilang jumat dengan sekira-kira perlu. Maka jika ada umpamanya perlu berbilang kepada dua tempat maka tidak harus melebihinya kepada tiga tempat. Apabila harus berbilang jumaat sekadar hajat maka tidak mengapa terdahulu diatas satu jumaat atau beserta dengannya oleh satu jumaat yang lain. 2442. Adapun jika berbilang jumaat didaam satu negeri atau dusun yang tidak harus berbilang jumaat padanya maka barangmana jumaat yang terdahulu maka itulah yang sah, dan jumaat yang terkemudian itu tidak sah. Jika beserta keduanya jumaat itu maka tidaklah sah kedua-duanya. 2443. Bermula, diiktibarkan terdahulu atau beserta itu dengan ra’ “akbar” pada takbir ihram imam. Jika diketahui takbir salah satu daripada dua imam itu dan tidak diketahui ketentuan yang terdahulu atau diketahui ketentuan yang terdahulu tetapi kemudiannya dilupakan maka yang wajib diatas mereka itu adalah mengerjakan sembahyang zohor jua, kerana kesamaran jumaat yang sah dengan jumat yang tidak sah. 2444. Jika diketahui beserta takbir kedua imam itu atau tidak diketahui terdahulu dan tidak diketahui beserta keduanya nescaya wajibah diatas mereka itu mengulang jumaat kerana tidak terhasil jumaat yang memadai, tetapi syaratnya jika masih ada waktu yang luas. Maka selama masih lagi ada waktu yang luas tidaklah sah sembahyang zohor, melainkan jika jatuh putus pengharapan daripada mendapat jumaat. 2445. Syahadan. Sunat bagi sesiapa yang sembahyang jumaat pada negeri yang berbilang jumaat sekadar hajat dan tidak diketahui terdahulu jumaatnya daripada jumaat yang lain bahawa dia mengerjakan sembahyang zohor kemudian daripada jumaatnya supaya dia keluar daripada khilaf ulamak yang menegah berbilang jumaat semata-mata sekalipun sekadar hajat. 2446. Masaalah. Jika berbilang jumaat pada satu negeri lebih daripada kadar hajat seperti berbilang jumaat pada negeri itu sepuluh tempat umpamanya dan adalah kadar hajatnya berbilang kepada lima tempat sahaja, maka jumaat yang sah didalam negeri itu adalah lima tempat yang terdahulu, samaada jatuhnya itu beserta atau tidak, maka tidak wajib atas mereka yang sembahyang padanya kembali mengerjakan zohor pada hari itu, hanya sunat jua supaya dia keluar daripada khilaf orang yang menegah berbilang jumaat semata-mata. Adapun jumaat pada lima tempat yang terkemudian jatuhnya maka tidak sah. Maka wajib diatas orang yang sembahyang padanya kembali mengerjakan zohor pada hari itu. 2447. Demikian lagi wajib kembali mengerjakan zohor pada hari itu bagi orang yang syak adakah dia dari kalangan mereka yang terdahulu jumaatnya pada lima tempat itu atau daripada mereka yang terkemudian jumaatnya. 2448. Syarat keempat : bahawa dikerjakan sembahyang jumaat itu dengan berjamaah. Maka tidak sah jumaat dengan tidak berjamaah seperti dikerjakan
oleh tiap-tiap mereka itu masing-masing dengan sendirian dengan tidak berikutikutan, sekalipun mereka itu genap empat puluh orang. Akan tetapi tidak disyaratkan berjamaah melainkan pada rakaat pertama sahaja, tidak pada rakaat kedua. Maka harus dikerjakan rakaat kedua masing-masing dengan sendirian. Bersalalah dengan bilangan empat puluh, maka disyaratkan kekalnya dari permulaannya hingga salam sekelian mereka, hinggakan kalau seorang daripada empat puluh orang itu berhadath sebelum salamnya sekalipun selepas salam yang lain batallah jumaat sekelian mereka itu. 2449. Syahadan. Disyaratkan bilangan jamaah yang mengerjakan jumaat itu empat puluh orang bersama dengan imam. Maka tidak sah jumaat dengan jamaah yang kurang daripada empat puluh. Dan disyaratkan pula keadaan mereka itu lelaki. Maka tidak jadi jumaat dengan perempuan sekeliannya atau sebahagiannya. 2450. Dan disyaratkan pula keadaan mereka itu akil lagi baligh lagi merdeka, maka tidak jadi jumaat dengan orang gila atau kanak-kanak atau sahaya pada sekelian yang empat puluh orang itu atau sebahagiannya. Dan disyaratkan pula keadaan sembahyang mereka itu terkaya dari kadha, maka tidak jadi jumaat dengan mereka yang tidak terkaya sembahyangnya dari kadha seperti yang sembahyang dengan tayamum pada tempat yang ghalibnya ada air. 2451. Disyaratkan pula bahawa tidak ada yang ummi pada empat puluh orang itu. Maka jika ada seorang ummi pada mereka itu tidaklah terjadi jumaat dengan mereka, samaada ummi itu taksir pada belajar atau tidak taksir, kerana ummi yang taksir tidak sah sembahyangnya maka tidak masuk dia pada bilangan empat puluh itu, adapun ummi yang tidak taksir maka kerana jemaah yang disyaratkan bagi sah jumaat ini menjadikan sesama mereka itu bertambat seperti pertambatan diantara sembahyang imam dan makmum. Maka jadilah pertambatan itu seperti mengikut orang yang qari akan yang ummi maka iaitu tidak sah. 2452. Masaalah : kalau ada didalam satu negeri atau dusun empat puluh orang ummi sekeliannya wajiblah jumaat diatas mereka, dan terjadi jumaat itu jika sama pangkat ummi mereka itu kerana sah ikutan sebahagian mereka akan sebahagian yang lain. Jika bersalahan pangkat ummi mereka itu seperti sebahagian mereka pandai permulaan fatihah tidak akhirnya dan sebahagian lagi pandai akhir fatihah tidak awalnya tidaklah jadi jumaat dengan mereka itu kerana tidak sah ikutan sebahagian mereka itu akan sebahagiannya. 2453. Demikian lagi tidak terjadi jumaat jika sebahagian daripada yang empat puluh itu ummi dan sebahagiannya tidak ummi seperti yang telah tersebut kenyatanya. 2454. Disyaratkan pula keadaan mereka itu pemastautin pada negeri atau dusun tempat jumaat. Arti pemastautin disini adalah orang yang tetap pada tempat kediamannya tidak pergi daripadanya435 pada musim dingin dan tidak pada musim panas melainkan kerana hajat berniaga atau barang sebagainya. Maka tidak jadi jumaat dengan orang-orang yang musafir sekelian mereka itu atau sebahagiannya dan tidak terjadi jumaat dengan orang yang bermukim pada tempat jumaat diatas mencita kembali kepada tempat kediamannya kemudian hari, sekalipun selepas daripada berapa puluh tahun. Demikian lagi tidak terjadi jumaat dengan yang bermastauitin pada tempat yang lain daripada tempat jumaat sekalipun wajib dia menghadhiri negeri jumaat. 2455. Masaalah : kalau bercantum dua dusun dan didalam setiap satu daripada keduanya ada kurang daripada empat puluh orang tetapi jika sekelian mereka itu 435
. tidak berpindah darinya. Bersalahan nomad.
berhimpun nescaya genaplah mereka itu empat puluh orang, tidak terjadi jumaat dengan mereka itu, sekalipun kedengaran azan dari salah satu daripada dua tempat itu pada tempat yang kedua kerana sekelian yang empat puluh itu tidak bermastautin pada tempat jumaat. 2456. Masaalah : jika seorang mempunyai dua rumah kediaman, satu rumah didalam satu negeri dan satu lagi didalam negeri yang lain, terjadilah jumaat dengannya pada negeri yang lebih banyak didiaminya, tidak pada negeri yang kurang didiaminya. Jika sama dua negeri itu pada banyak diamnya maka terjadilah jumaat dengannya pada negeri yang isteri dan hartanya berada padanya, tidak pada negeri yang tidak ada isteri dan hartanya didalamnya. Jika ada pada kedua negeri itu isteri dan hartanya maka terjadilah jumaat dengannya pada negeri yang lebih banyak isteri dan hartanya didalamnya. Jika pada satu negeri ada isterinya dan pada satu negeri lagi ada hartanya terjadilah jumaat dengannya pada negeri yang ada isterinya didalamnya. Jika bersamaan sekelian yang demikian itu terjadilah jumaat dengannya pada tiap-tiap daripada kedua negeri itu. 2457. Masaalah: barang siapa bermastautin didalam kota bagi satu negeri tidak terjadi dengannya jumaat diluar kota, dan barang siapa bermastautin diluar kota tidaklah terjadi jumaat dengannya didalam kota kerana kota menjadikan orang yang didalamnya dan yang diluarnya seperti hukum berada pada dua negeri yang bercerai. 2458. Masaalah : barang siapa yang wajib jumaat diatasnya maka luput jumaat darinya dinegerinya tetapi dapat dia menghasilkan jumaat yang lain dinegerinya kerana harus berbilang jumaat padanya, atau ada satu negeri lain yang kedengaran azan jumaat daripadanya nescaya wajiblah dia menghasilkan jumaat dinegerinya atau dinegeri yang lain itu, dan tidak harus dia mengerjakan zohor selama dia kuasa menghasilkan jumaat. 2459. Syahadan. Bilangan jamaah yang empat puluh itu disyaratkan kekalnya dari mula sembahyang, hinggakan jika jadi kurang mereka itu daripada empat puluh didalam sembahyang dengan sebab keluar sebahagian mereka pada rakaat yang pertama atau yang kedua nescaya batallah jumaat sekelian mereka itu. Maka hendaklah disempurnakan oleh mereka yang tinggal akan jumaatnya sebagai zohor, melainkan jika takbir ihram dengan segera orang yang menggenapkan bilangan itu yang mendengar rukun-rukun dua khutbah atau takbir ihram orang yang menggenapkan bilangan itu sebelum daripada kurang mereka itu sekalipun mereka itu tidak mendengar khutbah. Maka tidaklah batal jumaat mereka itu pada dua masaalah ini. 2460. Masaalah : jika takbir ihram tiga puluh sembilan lelaki yang masbuk selepas daripada bangkit imam jumaat daripada rukuk rakaat yang pertama, kemudian keluar empat puluh yang takbir ihram bersama imam atau jadi kurang mereka itu daripada empat puluh maka jumaat mereka itu sah jua, sekalipun jika tidak didapat oleh yang tiga puluh sembilan itu akan rakaat yang pertama sekalipun. 2461. Tidak mengapa terlambat takbir ihram segala makmum daripada takbir ihram imam dengan syarat mereka itu dapat membaca fatihah sebelum imam rukuk, jika tidak seperti demikian itu maka tidaklah sah jumaat dengan mereka itu kerana bilangan empat puluh itu disyaratkan pada permulaan sembahyang sepertimana disyaratkan kekalnya hingga kesudahannya. 2462. Syahadan. Wajib sekelian empat puluh itu mendengar segala rukun dua khutbah. Maka kalau jadi kurang mereka itu daripada empat puluh didalam khutbah sebab pergi keluar atau barang sebagainya nescaya tidaklah kebilangan rukun khutbah yang dibaca oleh khatib pada ketika itu kerana sekelian mereka itu
tidak mendengarnya. Maka jika mereka itu kembali dengan segera sebelum lanjut masa perceraiannya haruslah khatib menyambung khutbah itu diatas apa yang telah dibacanya serta mengulang rukun khutbah yang telah dibacanya sebelum mereka itu kembali. Jika mereka itu kembali selepas daripada lanjut masa perceraiannya atau datang orang lain menggenapkan bilangannya wajiblah khatib memulakan khutbahnya. 2463. Kalau jadi kurang mereka itu daripada empat puluh diantara khutbah dan sembahyang kemudian kembali empat puluh sebelum lalu masa perceraian yang lanjut haruslah diperbuat sembahyang jumaat itu diatas khutbah yang telah lalu itu. Jika mereka kembali selepas lanjut masa perceraian atau datang orang lain yang menggenapkan bilangan itu nescaya wajiblah atas khatib memulakan khutbah bagi mereka itu kerana ketiadaan mualat dan ketiadaan mendengar sekelian mereka itu akan khutbah. 2464. Bermula, harus keadaan imam jumaat itu sahaya atau musafir atau kanakkanak atau orang yang berhadath kecil atau besar yang tidak diketahui hadathnya melainkan kemudian daripada sembahyang atau orang yang sembahyang empat rakaat seperti ‘asar dengan syarat jika imam itu lebih daripada empat puluh. Maka jika dia tidak lebih daripada empat puluh tidaklah sah jumaat mereka itu kerana ketiadaan bilangan yang disyaratkan. Demikian lagi tidak sah jumaat jika ternyata keadaan imam itu kafir atau perempuan sekalipun dia lebih daripada empat puluh. 2465. Jikalau ternyata selepas selesai sembahyang oleh hadath empat puluh makmum atau sebahagian mereka itu sahlah jumaat itu bagi imam dan makmum yang suci daripada hadath kerana mengikut imam itu. Dimaafkan pada hak imam ketiadaan bilangan yang disyaratkan sepertimana dimaafkan pada sah jumaat imam yang terlambat takbir ihram makmum-makmumnya daripada takbir ihramnya. 2466. Jikalau ternyata ada pada sebahagian makmum yang empat puluh itu sahaya atau perempuan tidaklah sah jumaat mereka itu kerana mudah dketahui keadaan sahaya dan perempuan, bersalahan keadaan hadath orang yang berhadath. 2467. Syarat kelima : hendaklah sembahyang itu selepas dua khutbah. Maka jika didulukan sembahyang daripada dua khutbah tidaklah sah jumaat. 2468. Bermula rukun-rukun dua khutbah itu lima perkara. Pertamanya: memuji Allah taala, tertentu ia dengan lafaz “ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ” ﺍﻟatau “ﷲ َ ﺩ ﺍ ﻤ ﺤ ” َﺃatau “ﷲ َ ﺩ ﺍ ﻤ ﺤ ” ﹶﻨatau “ ﷲ ُ ﺍ ﺩ ﻤ ﺤ ”َﺃatau “ﺩ ﻤ ﺤ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ُ ” ﺍatau “ِﺩ ﺍﷲ ﻤ ﺎ”َﺃﻨﹶﺎ ﺤ. Maka tidak memada puji dengan lafaz “ ﺩ ﻤ ﺤ ﺍﻟ ﻥ ﻤ ﹺ ﺤ ﺭ ”ﻟِﻠatau “ﻪ ﺭ ِﻟﱠﻠ ” ﺍﻟﺸﱡ ﹾﻜatau barang sebagainya. 2469. Rukun kedua : membaca selawat atas nabi kita Muhammad sawm. Tertentu ia dengan lafaz “ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ل ﺼﱢ ﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠatau “ﺼﻠﱢﻰ ” ُﺃatau “ﺩﺤﻤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﺼﻠﱢﻰ ” ﹸﻨatau “ ﻲ ”ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒatau “ﻤﺩ ﺤ ”َﺃatau “ﺏﺎﻗ ” ﺍ ﹾﻟﻌatau “ ﺭﺎﺸ ” ﺍﻟﻌatau “ﻰﺎﻫ ” ﺍ ﹾﻟﻤatau “ﺭﺸﻴ ﺒ ” ﺍﻟatau “ﺭﻤ ﹾﻨﺫ ” ﺍﻟ ganti daripada lafaz “ﺩﺤﻤ ﻤ ”. Maka tidak memadai “ﺩﺤﻤ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﷲ ُ ﻡ ﺍ ﺴﱠﻠ ” dan “ ﷲ ُ ﻡ ﺍ ﺤ ﺭ ﺍﻤﺩ ﺤ ﻤ ” dan “ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ” 2470. Rukun yang ketiga : wasiat dengan takwa kepada Allah sekalipun tidak dengan lafaz wasiat. Maka memada dengan lafaz “ﷲ َ ﻭ ﺍﻴﻌ ﻁ ” َﺃdan “ﷲ َ ﺍ ﱠﺘﻘﹸﻭ ﺍ ”. Tidak memada wasiat itu dengan semata-mata menakuti daripada perhiasan dunia kerana yang demikian itu maklum hinggakan pada segala kafir sekalipun. Bahkan tidak dapat tidak wasiat itu daripada menyuruh dengan berbuat taat atau menegah daripada berbuat maksiat. 2471. Maka rukun yang tiga ini adalah ia didalam khutbah yang pertama dan khutbah yang kedua.
2472. Rukun yang keempat : membaca satu ayat yang memberi faham. Maka tidak memada membaca sebahagian ayat sekalipun panjang, membaca satu ayat yang tidak memberi faham seperti “ﺭ ﻅ ﹶﻨ ﹶ” ﹸﺜﻡ. Memadalah membaca ayat itu didalam salah satu daripada dua khutbah, yang pertama atau yang kedua. Tetapi sunat keadaan membaca ayat itu pada kesudahan khutbah yang pertama. Sunat membaca surah Qaf pada kesudahan khutbah yang pertama pada tiap-tiap jumaat kerana mengikut nabi kita sawm, tetapi hasil jua pahala sunat dengan membaca sebahagian surah Qaf. 2473. Rukun yang kelima : doa yang berkaitan dengan pekerjaan akhirat untuk segala mukmin lelaki dan mukmin perempuan didalam khutbah yang kedua. Memadai menentukan doa segala mereka yang ghaib. Tidak mengapa membaca doa untuk sultan dengan tentunya, jika tidak berlebih-lebihan pada menyatakan sifat-sifatnya. 2474. Kata syeikh Ibnu Abdussalam : tidak harus memuji sultan dengan sifat yang dusta melainkan kerana dharurat, dan sunat membaca doa bagi sultan yang Islam dan tentera mereka dengan kebaikkan dan menang diatas seteru dan berlaku adil. 2475. Syahadan. Disyaratkan pada tiap-tiap dua khutbah itu sembilan perkara. Pertamanya : hendaklah keduanya dibaca berdiri bagi khatib yang kuasa berdiri kerana mengikut nabi Muhamad sawm. Maka jika dia tidak kuasa berdiri hendaklah dia membaca sambil duduk dan jika tidak kuasa duduk maka hendaklah dia membaca berbaring. Harus mengikutnya sekalipun tidak diketahui uzurnya kerana pada zahirnya dia orang yang uzur. Maka jika diketahui keadaan khatib itu tidak436 kuasa berdiri437 tidak mengapa, tetapi terutama bagi khatib yang lemah itu menggantikan orang lain. 2476. Syarat yang kedua : hendaklah keadaan dua khutbah itu dengan bahasa arab iaitu dengan bahasa arab sekelian rukunnya. Maka jika tidak ada disana orang yang tahukan bahasa arab dan tidak dapat khatib belajar sebelum picik waktunya hendaklah dibacanya khutbah dengan bahasa dirinya, sekalipun tidak mengetahuinya segala kaum itu. Jika terboleh mempelajarinya (sebelum picik waktu) wajiblah belajar diatas setiap orang daripada mereka itu. Maka jika berlalu masa terboleh seorang daripada mereka itu belajar dan dia tidak belajar derhakalah mereka itu sekeliannya, dan tidak harus jumaat bagi mereka itu tetapi hendaklah mereka sembahyang zohor. 2477. Bermula, faedah khutbah dengan bahasa arab pada kaum yang tidak tahukan bahasa arab adalah memada bahawa dia tahukan bahawa himpunan lafaz khutbah itu jadi pengajaran, sekalipun dia tidak tahukan ketentuan makna tiap-tiap lafaz yang jadi pengajaran itu, kerana yang disyaratkan adalah mendengarnya bukan faham maknanya. 2478. Syarat ketiga : hendaklah dua khutbah itu kemudian daripada gelincir matahari. 2479. Syarat keempat : hendaklah duduk khatib diantara dua khutbah serta tama’ninah padanya seperti duduk diantara dua sujud. Inilah hukum bagi yang membaca khutbah berdiri lagi kuasa duduk. Jika dia tidak kuasa duduk hendaklah dia ceraikan keduanya dengan diam jua. Seperti itulah orang yang membaca khutbah sambil duduk kerana lemah, hendaklah dia ceraikan keduanya dengan diam jua. Sunat duduk diantara dua khutbah itu sekadar membaca “ﺩ ﺤ ﷲ َﺃ ُ ﻭ ﺍ ﻫ ل ْ ” ﹸﻗ hingga akhirnya. 436
. Pada asal “jika diketahui khatib itu kuasa berdiri” tanpa “tidak”. Wallahu a’lam.
437
. lalu dia berkhutbah sambil duduk, tidak mengapa.
2480. Syarat kelima: hendaklah diperdengarkan segala rukun dua hutbah itu kepada tiga puluh sembilan lelaki yang sempurna yang terjadi jumaat dengan mereka itu seperti bahawa khatib menyaringkan suaranya dengan rukun-rukun keduanya hingga didengari oleh tiga puluh sembilan lelaki yang kamil selain dirinya, sekalipun mereka itu tidak faham maknanya. 2481. Adapun khatib itu sendiri maka tidak disyaratkan dia mendengarnya. Maka jika dia seorang yang tuli maka tidak disyaratkan memperdengarkan dirinya, sekalipun dia daripada bilangan empat puluh. Tidak disyaratkan bagi khatib itu mengetahui makna segala rukun khutbah. 2482. Syahadan. Disyaratkan bahawa yang tiga puluh sembilan itu mendengarnya dengan sungguh bukan dengan takdir438. Maka tidak wajib jumaat diatas empat puluh orang yang sebahagian mereka itu tuli dan tidak sah jumaat serta ada hingar bangar yang menegah daripada mendengar dua khutbah. Inilah kaul yang dipegangi oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 2483. Adapun kaul yang dipegangi oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa disyaratkan mereka itu mendengar dengan takdir jua tidak dengan sungguh. Maka diatas kaul ini wajiblah jumaat diatas empat puluh orang yang sebahagian mereka itu tuli dan sah jumaat serta ada hingar bangar, jika sekira-kira tidak ada pada mereka itu tuli dan hingar bangar nescaya mereka mendengarnya. 2484. Syarat yang keenam : hendaklah berturut-turut (mualat) diantara kalimahkalimah setiap daripada dua khutbah itu dan diantara dua khutbah itu dan sembahyang. 2485. Syarat yang ketujuh : hendaklah khatib itu suci daripada hadath besar dan hadath kecil. 2486. Syarat yang kelapan: hendaklah khatib suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada ‘ain dan badan dan tempat. Jika dia berhadath didalam khutbah hendaklah dia bersuci dan memulakan khutbah. Tidak harus menyambung diatas khutbah yang telah lalu, sekalipun hampir masa perceraiannya. Jika dia berhadath diantara dua khutbah dan sembahyang kemudian maka dia bersuci dengan segera sebelum lanjut masa perceraiannya maka tidak mengapa. 2487. Syarat yang kesembilan : hendaklah khatib menutup aurat didalam kedua khutbah itu seperti menutup aurat didalam sembahyang jua. Adapun mereka yang mendengar khutbah maka tidak disyaratkan mereka itu suci daripada hadath dan najis dan tidak disyarakan menutup aurat. 2488. Syahadan. Diketahui daripada sekelian yang demikian itu tidak disyaratkan tertib pada segala rukun rukun khutbah tidak pada antara tiga rukun yang pertama dan tidak pada antaa dua rukun ya gkemudian dan tidaga rukun yangpertama. Demikian lag tidak disyaratkan niat pada hutbah dantidak disyaratkan menyebutkan fardhunya. 2489. Fasal pada menyatakan sebahagian daripada sunat-sunat khutbah dan sembahyang jumaat. Bermula, disunatkan khutbah diatas mimbar dan sunat keadaan mimbar itu dikanan mihrab. Jika tidak kedapatan mimbar itu maka diatas suatu yang tinggi supaya sampai suara khatib kepada sekelian orang ramai. Jika tidak diperolehi suatu yang tinggi maka hendaklah khatib bersandar kepada sesuatu daripada kayu atau selainnya. 2490. Sunat bagi khatib tatkala masuk kemasjid memberi salam kepada mereka yang ada disisi pintu masjid, kemudian apabila dia sampai ke mimbar maka sunat memberi salam kepada mereka yang ada disisi mimbar itu. Dan apabila dia naik keatas mimbar dan sampai kepada tingkat yang tinggi setingkat dibawah tempat
438
. fi’li – sungguh, quwwah - takdir.
duduknya sunatlah dia mengadap kepada orang ramai dan memberi salam pula keatas mereka itu. 2491. Kemudian sunat dia duduk pada tempat duduknya tatkala muazzin melaungkan azan supaya dia bersenang diri daripada lelah naik keatas mimbar itu. Sunat hendaklah dilaungkan azan itu dihadapan khatib dan hendaklah azan itu oleh seorang sahaja. 2492. Maka apabila azan itu selesai hendaklah khatib itu berdiri mengadap kepada orang ramai dan membelakangkan kiblat serta membaca khutbah dengan suara yang nyaring lebih daripada kadar yang wajib. Sunat bahawa jangan dia berpaling kekanan dan kekiri dan kebelakang kerana yang demikian itu ubid’ah. 2493. Makruh bagi khatib menumbuk anak tangga mimbar pada ketika naiknya dengan kakinya atau tongkatnya atau pedangnya. Makruh membaca doa tatkala khatib sampai kepada anak tangga tempat dia berhenti. Demikian lagi makruh berhenti pada tiap-tiap anak tangga mimbar dan melajukan khutbah kedua dan memperlahankan suara padanya dan melebihkan puji-pujian bagi raja-raja tatkala membaca doa bagi mereka itu. 2494. Sebahagian daripada bid’ah yang mungkar adalah menyurat kertas yang mereka namakan hafaiz pada akhir jumaat daripada bulan ramadhan pada ketika khutbah dibaca, terkadang ianya haram. Dan menyurat sesuatu yang tidak diketahui maknanya kerana terkadang ia menunjuk keatas kufur. 2495. Janganlah dia memain-mainkan tangannya tetapi hendaklah dia khusyu’ seperti kelakuan didalam sembahyang jua. * 2496. Sunat fasih pada lafaz khutbah itu lagi difahami maknanya bagi orang ramai. Hendaklah khutbah itu sederhana panjangnya jangan telalu panjang dan jangan terlalu pendek. 2497. Sunat bagi khatib memegang pedang atau busur atau tongkat dengan tangannya yang kiri dan diletakkan tangannya yang kanan pada tepi mimbar jika tidak ada najis padanya. Jika tidak diperolehnya suatu daripada yang tersebut itu maka hendaklah dia letakkan tangannya yang kanan diatas tangannya yang kiri dibawah dadanya atau dia melepaskan keduanya sama seperti perintah didalam sembahyang. 2498. Apabila selesai dua khutbah itu maka hendaklah dia segera turun daripada mimbar supaya sampai ke mihrab beserta dengan selesai qamat supaya terpelihara mualat diantara khutbah dan sembahyang. 2499. Bermula, sunat membaca didalam rakaat pertama kemudian daripada fatihah surah Jum’ah atau Sabihismarabbika dan didalam rakaat kedua surah Munafikun atau Hal ataka. Akan tetapi membaca suarah al Jum’ah dan surah al Munafikun itu terutama daripada membaca sabbihisma rabika dan Hal ataka. 2500. Jika ditinggalkannya surah Jum’ah atau sabbihismarabbika pada rakaat pertama dengan lupa atau dengan sengaja dan dibacanya ganti keduanya akan surah Munafikun atau Hal ataka maka hendaklah dibacanya pada rakaat yang kedua surah Jum’ah atau sabbihismarabbika. Janganlah diulanginya lagi surah Munafikun atau Hal ataka yang telah dibacanya pada rakaat yang pertama itu. 2501. Jika tidak dibacanya pada rakaat pertama salah satu daripada surah Jum’ah atau sabbihismarabbika dan tidak surah Munafikun dan Hal ataka maka hendaklah dia himpunkan membaca kedua surah itu pada rakaat yang kedua. Iaitu dibacanya surah Jum’ah dan surah Munafikun atau surah sabbihismarabbika dan Hal ataka didalam rakaat kedua supaya tidak sunyi sembahyangnya daripada kedua surah ini 2502. Faedah. Adalah tersebut didalam hadith “ ﻲ ﻨ ﻴ ﹾﺜ ﻥ ل َﺃ َ ﺒ ﺔ ﹶﻗ ﻌ ﻤ ﺠ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻪﻼﻤ ﹶﺏ ﺴ ﻘ ﻋ َﺃﻥ ﹶﻗﺭ ﻤ ﺠﺭﹺ ﻷ َﻥﺍ ﻤ ﻋﻁﹶﻰ ﻭَﺃﺨﺭ ﺎ ﹶﺘَﺄ ﱠﻭﻤ ﻥ ﹶﺫ ﹾﻨﺒﹺﻪ ﻤ ﺩﻡ ﺎ ﹶﺘ ﹶﻘﻪ ﻤ ﺭ ﹶﻟ ﻔ ﻏ ﺎ ﹸﺒﻌ ﺴ ﺎﺒﻌ ﺴ ﻴﻥﹺ ﻭ ﹶﺫ ﹶﺘ ﻤﻌ ﺍ ﹾﻟ ﻭﻼﺹ ﺨﹶ ﺍﻹِ ﹾ ﹶﺔ ﻭﺤ ﺍ ﹾﻟﻔﹶﺎﺘ ﹶﺘ ﹶﻜﱠﻠﻡﻥ ﻴ ل َﺃ َ ﺒ ﹶﻗﻪ ﻭ ﺠﹶﻠ ﹴﺭ ﻩ ﹶﻟﺩﻭﻪ ﻭ ﻫﹶﻠ َﺃﻩ ﻭ ﺎﺩ ﹾﻨﻴ ﻭ ﻪ ﻴ ﹶﻨ ﺩ ﻪ ﻅ ﹶﻟ ﹶﻔﺤﻪ ﻭ ﻭِﻟ ﺴ ﺭ ﻭ ﷲ ِ ﻥ ﺒﹺﺎ ﻤ ﻥ ﺁ ﻤ ﺩ ﺩ ﻌ ” ﹺﺒartinya : barang siapa membaca
surah Fatihah dan “ ”ﻗل ﻫﻭ ﺍﷲ ﺃﺤﺩdan “ ”ﻗل ﺃﻋﻭﺫ ﺒﺭﺏ ﺍﻟﻔﻠﻕdan “ ”ﻗل ﺃﻋﻭﺫ ﺒﺭﺏ ﺍﻟﻨﺎﺱtiap-tiap surah itu tujuh kali selepas salam sembahyang jumaat sebelum dia mengubahkan kakinya daripada tempat kedudukkannya dan sebelum dia bercakap nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu dan yang lagi akan datang dan dianugerahkan baginya pahala sebilang-bilang orang yang beriman dengan Allah taala dan rasulnya dan dipelihara baginya agamanya dan dunianya dan isi rumahnya dan anak-anaknya. 2503. Fasal pada menyatakan sunat-sunat jumaat. Bermula, sunat mandi bagi orang yang hendak menghadhiri jumaat sekalipun tidak wajib ia diatasnya, kerana mandi jumaat itu kerana sembahyang bukan kerana harinya. Bersalahan dengan hari raya, maka sunat mandi pada hari raya sekalipun dia tidak mahu sembahyang. Bermula, masuklah waktu mandi jumaat itu daripada fajar, dan sunat mentakhirkannya hingga ketika hendak pergi jumaat. 2504. Sunat bagi orang yang selain imam pergi ke masjid daripada terbit fajar supaya dia beroleh pahala yang amat besar, kerana tersebut didalam hadith yang sahih sabda nabi sawm “barang siapa mandi pada hari jumaat maka dia pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seperti dia bersedekah dengan seekor unta, dan barang siapa pergi pada saat yang kedua maka adalah dia seperti bersedekah dengan seekor biri-biri yang bertanduk, dan barang siapa yang pergi pada saat yang ketiga maka adalah dia seperti bersedekah dengan seekor ayam, dan barang siapa pergi pada saat yang kelima maka adalah dia seperti bersedekah dengan sebiji telur. 2505. Pada satu riwayat yang sahih pada saat yang keempat : seperti bersedekah dengan seekor ayam dan pada saat yang kelima seperti bersedekah dengan seekor burung ciak dan pada saat keenam seperti bersedekah dengan sebiji telur. Dan pada satu riwayat yang sahih pada saat yang keempat : seperti bersedekah dengan seekor itik dan pada saat yang kelima seperti bersedekah dengan seekor ayam dan pada saat yang keenam seperti bersedekah dengan sebiji telur. 2506. Adapun imam maka tidak disunatkan dia berpagi-pagi kemasjid, hanya sunat dia pergi kemasjid pada waktu membaca khutbah. 2507. Sunat menghiasi diri dengan memakai sebaik-baik pakaian, yang putih terutama, dan memakai bau-bauan bagi yang tidak puasa, bau-bauan yang terafdhal itu kasturi, dan menghiasi diri dengan serban dan cadar439 bagi imam dan selainnya. Akan tetapi imam lebih kuat disuruh pada yang demikian itu daripada selainnya. 2508. Sunat membersihkan tubuh dengan mengerat kuku dan mencukur bulu ariari dan mencabut bulu ketiak dan mengandam misai dan bersugi dan menghilangkan segala daki dan bau-bau yang keji. 2509. Sunat pergi ke masjid berjalan kaki bagi yang kuasa berjalan, dan sunat berjalan itu dengan perlahan, dan sunat bahawa adalah jalan perginya lebih jauh daripada jalan baliknya. Bermula, tempat sunat yang tersebut itu jika tidak picik waktu. Maka jika picik waktunya wajib meninggalkannya jika tidak didapati jumaat melainkan dengan meninggalkannya. 2510. Makruh berlari ke masjid jika masih luas waktunya. Sunat sibuk membaca Quran atau zikir atau selawat atas nabi sawm pada jalan dan didalam masjid sebelum dibacakan khutbah. Sunat diam jangan berkata-kata pada yang mendengar khutbah dan jika tidak didengarnya khutbah itu maka sunat dia sibuk membaca Quran atau zikir atau selawat atas nabi sawm.
439
. iaitu rida’. Pada asal “ ”ﺟﺪﺍﺭdengan cha. Wallahu a’lam.
2511. Makruh bercakap tatkala khatib membaca khutbah pada mazhab imam kita Syafi’e. Adapun mazhab imam yang tiga itu haramlah bercakap pada ketika itu. Tidak makruh bercakap sebelum daripada khutbah dan selepasnya dan diantara dua khutbah. 2512. Tidak makruh bercakap dengan menyuruh berbuat makruf dan menegah daripada berbuat yang mungkar atau menyedarkan daripada suatu bahaya, dan terkadang wajib yang demikian itu. 2513. Makruh ihtiba’ bagi yang hadhir didalam masjid ketika khatib membaca khutbah. Ia adalah duduk dengan menegakkan kedua lututnya serta diikatkan keduanya dengan belakangnya dengan kain atau barang sebagainya, kerana duduk seperti demikian itu mengundang tidur. 2514. Makruh bagi orang yang masuk masjid memberi salam atas orang yang hadhir didalam masjid ketika khatib membaca khutbah. Akan tetapi wajib atas yang diberi salam itu menyahut salamnya. Sunat bagi orang yang hadhir didalam masjid menyahut orang yang bersin yang mengucap “al hamdulillah” dengan “yarhamkallah”. 2515. Haram diatas orang yang hadhir didalam masjid mengerjakan sembahyang selepas khatib sudah duduk diatas mimbar, sekalipun dia tidak mendengar khutbah. 2516. Sunat banyak membaca surah Kahfi pada siang jumaat dan malamnya kerana tersebu didalam satu hadith fadhilat embacanya pada hari jumaat danmalamnya, sabda nabi sawm “barang siapa membaca surah Kahfi pada siang hari jumaat dan malamnya nescaya diterangi dia dengan cahaya, apa yang diantaranya dan diantara Baitul ‘Atiq. Membacanya pada siang hari lebih muakkad dan yang terutama kemudian daripada sembahyang subuh. 2517. Sunat membanyakkan doa pada siang hari jumaat supaya diharap bertemu dengan saat ijabah440, iaitu satu masa yang amat singkat. Adalah tempat saat ijabah itu pada hari jumaat. Akan tetapi paling diharapkan tempatnya mula daripada duduk khatib diatas mimbar hingga selesai sembahyang jumaat. Setengah riwayat hadith menyuruh cari saat ijabah itu pada saat yang akhir selepas sembahyang ‘asar hari jumaat. Maka ditanggungkan ia diatas bahawa saat ijabah itu berpindah-pindah tempatnya seperti Lailatul Qadr. Adalah kaul para sahabat pada khilaf menentukan saat ijabah itu empat puluh lima kaul. 2518. Demikian lagi hendaklah membanyakan doa pada malam jumaat sama seperti siangnya kerana bahawa imam kita Syafi’e telah sampai kepadanya satu hadith yang menyatakan bahawa doa diperkenankan pada malam jumaat. Maka disunatkan berdoa pada malam jumaat sama seperti siangnya. 2519. Makruh tahrim melangkah bahu orang yang duduk bersaf, kerana yang demikian itu menyakitinya melainkan khatib yang jadi imam, jika dia tidak boleh sampai ke mimbar atau mihrab melainkan dengan melangkah bahu orang ramai. Maka tidak makruh dia melangkahnya. Tetapi jika dia mendapati jalan lapang yang boleh dia sampai ke mimbar atau mihrab dengan tidak melangkahnya nescaya makruhlah dia melangkahnya. 2520. Demikian lagi tidak makruh seorang melangkah hingga dua saf yang dihadapannya jika ada lapang pada saf yang dihadapan dua saf itu kerana taksir mereka itu pada mengisinya. Akan tetapi sunat dia tidak melangkah jika diperolehinya tempat yang lain. Jika dia melangkah lebih daripada dua saf pada hal dia rasakan tempat yang lapang itu akan diisi oleh mereka yang dihadapannya apabila diqamatkan sembahyang, maka ianya makruh.
440
. masa yang mustajab, iaitu cepat diperkenankan doa.
2521. Demikian lagi tidak makruh melangkah bagi orang yang dibesarkan dan dimuliakan kerana dia itu wali atau orang soleh, kerana bahawa orang ramai mengambil berkat dengannya dan mereka itu suka dilangkahinya. Demikianlah kata satu jamaah fuqaha’. 2522. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : tempat yang demikian itu apabila dia melangkah kaum yang mengenalinya, kerana orang yang mengambil berkat dan yang suka dilangkahnya hanyalah orang yang mengenalinya, samaada tempatnya yang dia pergi kepadanya khusus dengan dirinya atau tidak. 2523. Haram membangkitkan orang yang duduk didalam masjid untuk dia duduk pada tempatnya, tetapi hendaklah dia katakan kepada orang yang didalam saf “ﻭﺍﺴﺤ ” ﹶﺘ ﹶﻔatau “ﻭﺍﺴﻌ ﻭ ” ﹶﺘartinya : luaskan tempat. Akan tetapi jika orang yang duduk itu bangkit dengan sukarela dan dia mendudukkan orang lain pada tempatnya maka tidaklah makruh diatas orang lain itu duduk itu, sebaliknya makruh yang demikian itu bagi orang yang bangkit jika dia berpindah dari saf itu undur kepada saf belakang. 2524. Syahadan. Haram diatas orang yang wajib jumaat diatasnya sibuk dengan berniaga atau kerja atau selainnya selepas masuk muazzin pada azan yang kedua dihadapan khatib. 2525. Fasal. Pada menyatakan apa yang didapat jumaat dengannya dan orang yang harus dijadikan pengganti imam. Bermula, barang siapa mendapat rukuk rakaat yang kedua beserta imam jumaat yang suci daripada hadath lagi kekal dia beserta imamnya itu hingga salamnya maka dia mendapatlah sembahyang jumaat itu. Maka hendaklah dia berdiri membawa satu rakaat lagi selepas salam imamnya itu dan dibacanya fatihah dan surah dengan nyaring. 2526. Masaalah : kalau syak orang yang mendapat rakaat yang kedua sebelum salam imamnya, adakah dia sujud beserta imam atau tidak, hendaklah dia sujud dan menyempurnakan jumaat itu sebagai zohor kerana dia tidak mendapat satu rakaat bersama imamnya. 2527. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa kalau dia membawa rakaatnya yang kedua dan dia yakin didalam tahiyyatnya bahawa dia telah meninggalkan satu sujud pada rakaat yang kedua itu maka hendaklah dia sujud kemudian maka dibacanya pula tahiyyatnya dan sujud sahwi dan terhasillah jumaatnya. Dan jika dia yakin didalam tahiyyatnya bahawa dia telah meninggalkan satu sujud didalam rakaat yang pertama atau dia syak pada yang demikian itu, luputlah jumaat itu darinya dan terhasillah baginya satu rakaat zohor. 2528. Masaalah: jika makmum masbuk mendapat imam selepas daripada rukuk rakaat yang kedua wajiblah dia berniat sembahyang jumaat didalam takbirnya, tetapi wajib dia menyempurnakan sembahyangnya itu sebagai zohor kerana dia tidak mendapat satu rakaat bersama imamnya. 2529. Adapun hikmah wajib berniat jumaat maka kerana tidak putus harapan daripada mendapat jumaat melainkan dengan salam441 imam kerana terkadang imam itu teringat bahawa dia telah meninggalkan satu rukun maka dibawanya satu rakaat lagi sedang masbuk itu tahukan yang demikian itu lalu dia mengikutnya maka dia dapatlah jumaat beserta imamnya itu. 2530. Bermula, apabila imam jumaat berhadath atau batal sembahyangnya dengan selain hadath seperti hidung berdarah atau barang sebagainya wajiblah imam atau makmum menjadikan seorang sebagai penggantinya, jika batal sembahyang imam itu pada rakaat yang pertama. Jika ia batal pada rakaat yang kedua maka sunat baginya melantik penggantinya supaya mereka itu 441
. pada asal “ ”ﺳﻜﻞdengan ga. Wallahu a’lam.
menyempurnakan jumaat dengan berjamaah. Tidak wajib melantik pengganti pada rupa masaalah yang kedua ini kerana mereka itu telah mendapat satu rakaat bersama imam, dan apabila mereka itu melantik pengganti pada rakaat yang kedua maka harus mereka mengikut penganti itu dan harus mereka itu sembahyang sendirian. 2531. Disyaratkan pada pengganti imam jumaat hendaklah dia mengikut imam itu sebelum dia berhadath, sekalipun dia tidak mendengar khutbah dan tidak mendapat rakaat yang pertama. Kemudian, pengganti yang menggantikan imam pada rakaat yang pertama menyempurnakan jumaat, bukan zohor. Demikian lagi pengganti yang menggantikan imam pada rakaat yang kedua jika dia mengikut imam itu pada rakat yang pertama apabila imam itu berhadath pada rakaat yang kedua lalu dia mengantikannya. Bersalahan jika dia tidak mengikutnya pada rakaat pertama hanya dia mengikutnya pada rakaat yang kedua, maka tidaklah dia menyempurnakan jumaat bahkan zohor sahaja, kerana dia tidak mendapat satu rakaat bersama imam itu. 2532. Akan tetapi jika ada orang yang masbuk dibelakangnya maka masbuk itu mendapat rakaat yang kedua, dia menyempurnakan jumaat dari kerana dia telah sembahyang satu rakaat dibelakang pengganti yang memeliharakan peraturan sembahyang jumaat itu. 2533. Adapun orang yang tidak mengikut imam maka tidak harus dijadikan pengganti pada jumaat kerana yang demikian itu seperti mengadakan jumaat selepas daripada ujud satu jumaat, maka ianya tertegah. Adapun yang lain daripada jumaat maka harus orang yang tidak mengikut dijadikan pengganti. Inilah sekeliannya perintah penggantian imam didalam sembahyang jumaat. 2534. Adapun melantik pengganti sebelum sembahyang jumaat442 maka disyaratkan hendaklah pengganti itu mendengar khutbah, sekalipun dia lebih daripada empat puluh kerana yang tidak mendengar khutbah tidak masuk beserta kandungan yang lain melainkan kemudian daripada mengikut sembahyang. 2535. Syahadan. Pengganti itu jika dia masbuk wajib atasnya memelihara peraturan sembahyang imam yang dia gantikan. Maka apabila dia telah mengerjakan satu rakaat wajiblah dia duduk kadar yang meluluskan sekurangkurang tahiyyat dan selawat. Sunat dia membaca tahiyyat. Hendaklah dia memberi isyarat kepada makmum supaya mereka mufarakah atau menanti salamnya supaya mereka memberi salam bersamanya, yang mana ia yang terafdhal. Kemudian maka dia berdiri menyempurnakan sembahyangnya.
ف ِ ﺨ ْﻮ َ ﻼ ِة ا ْﻟ َﺻ َ ب ُ ﺑَﺎ xx SOLAT KHAUF 2536. Ini bab pada menyatakan sembahyang khauf, iaitu sembahyang tatkala ketakutan. Bermula, sembahyang takut itu enam belas bagai. Maka dipilih oleh imam Syafi’e r.a empat bagai daripadanya. Maka yang disebutkan disini satu bagai sahaja. 2537. Iaitu apabila bertemu saf perang sekalipun pada peperangan dengan bughah, dan tidak dapat seorang itu meninggalkan urusan perang, atau sangat takut mereka itu akan ditangkap oleh musuh apabila berpaling443 atau sembahyang dengan mengikut aturannya, atau lari seorang dengan lari yang 442 443
. iaitu masaalah khatib orang lain dan imam orang lain. . iaitu meninggalkan urusan perang pergi kesatu tempat untuk sembahyang. Pada asal “”ﻻﺭﻱ.
harus daripada penjara yang tidak dengan sebenar atau daripada musuh yang lebih daripada sekali ganda seperti lari seorang Islam daripada tiga orang musuh yang kafir, atau lari seorang daripada binatang buas dan air banjir444 yang tidak diperolehnya jalan yang terpelihara dia daripadanya, atau lari seorang yang berhutang yang papa yang tidak diperbenarkan oleh tuan hutangnya akan dakwaan papanya dan tidak ada saksi bagi kepapaannya kerana takutkan dipenjara, atau lari seorang daripada orang yang hendak membunuhnya atau hendak mengambil hartanya atau isterinya atau gundiknya, atau lari seorang daripada orang yang mengambil qisas dengan sebenar yang dia harapkan dengan larinya itu akan dimaafkan daripada qisas itu, wajib diatasnya sembahyang barang sedapatnya pada ketika picik waktu atau luasnya. 2538. Dimaafkan pada ketika itu membelakangi kiblat kerana dharurat, pada permulaan sembahyang atau pertengahannya, bagi orang yang bertunggangan atau berjalan kaki. Dimaafkan pula pada ketika itu membelakangi imam dan mendahuluinya kerana dharurat. Dimaafkan pula perbuatan yang banyak seperti memanah dan memalu dan menikam berturut-turut dan berlari kerana dharurat. Dimaafkan pula menungang tunggangan atau turun daripadanya didalam sembahyang. Dimaafkan ruku’dan sujud dengan isyarat apabila dia lemah daripada membawanya dengan sempurna. Wajib bahawa terbeza isyarat ruku’daripada isyarat sujud. 2539. Tidak dimaafkan memegang senjata yang kena najis yang tidak dimaafkan apabila dia perlu kepada memegangnya, bahkan wajib diatasnya mengkadha sembahyangnya. Tidak dimaafkan bersorak dan berkata-kata didalam sembahyangnya, maka jika dia bersorak dan berkata-kata didalam sembahyangnya batallah sembahyangnya.
ﻥ ﻴ ﹺ ﺩ ﻴ ﻼ ِﺓ ﺍ ﹾﻟ ِﻌ ﺼﹶ ﺏ ﺎﺒ SOLAT DUA RAYA 2540. Ini bab pada menyatakan sembahyang dua hari raya. Bermula, hari raya pertama yang disembahyangkan oleh nabi kita Muhammad sawm adalah hari raya fitrah pada tahun yang kedua hijrah, dan tidak beliau meninggalkannya hingga beliau wafat. Maka sembahyang dua hari raya itu sunat muakkad diatas tiap-tiap yang akil baligh hinggakan pada yang mengerjakan haji diMina. Tetapi tidak sunat padanya mengerjakannya dengan berjamaah, hanya sunat bagi masing-masing sembahyang seorang diri sahaja kerana setiap mereka itu sibuk dengan mengerjakan pekerjaan haji. 2541. Masuk waktu sembahyang hari raya itu dengan terbit matahari, tetapi sunat mentakhirkannya hingga naik matahari kira-kira segalah, dan kekal waktunya hingga gelincirnya. 2542. Sunat mengerjakan sembahyang hari raya didalam masjid dan makruh mengerjakannya dipadang melainkan jika picik masjid kerana kebanyakkan orang ramai maka sunat mengerjakannya dipadang dan makruh ketika itu mengerjakannya didalam masjid. 2543. Sunat berjaga pada malam kedua hariraya itu dengan melakukan bentukbentuk ibadat daripada sembahyang dan membaca Quran dan zikrullah, kerana tersebut didalam hadith “ﺏ ﻭ ﻭﺕﹸ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻘﹸﻠ ﻤ ﻡ ﹶﺘ ﻭ ﻴ ﻪ ﺒ ﷲ ﹶﻗ ﹾﻠ ُ ﺎ ﺍﺤﻴ ﻥ َﺃ ﻴ ﹺ ﺩ ﻴ ﻌ ﻴﹶﻠ ﹶﺘﻲﹺ ﺍ ﹾﻟ ﺎ ﹶﻟﺤﻴ ﻥ َﺃ ﻤ ”, artinya : barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya nescaya Allah taala 444
. pada asal “”ﺍﻳﺮ ﺳﺒﺄ.
hidupkan hatinya pada hari yang mati segala hati-hati. Terhasil sunat menghidupkan dua malam itu dengan bahawa berjaga lebih banyak daripada tidur. 2544. Sunat mandi pada kedua hari raya itu. Masuk waktunya ula daripada tengah malam, dan yang terafdhal adalah kemudian daripada fajar. Sunat memakai bau-bauan dan menghiasi diri seperti yang telah tersebut pada bab jumaat. Sunat mandi hari raya itu bagi setiap orang, yang duduk dirumah dan yang pergi kemasjid untuk sembahyang hari raya, yang kecil dan yang besar. 2545. Sunat bagi segala perempuan yang tua pergi sembahyang hari raya dan berjamaah dengan mereka memakai pakaian yang buruk yang suci, dan makruh baginya memakai bau-bauan dan menghiasi dirinya. Makruh bagi segala perempuan yang mempunyai kemuliaan pergi sembahyang hari raya, sekalipun mereka itu tua. Demikian lagi makruh segala perempuan yang muda pergi sembahyang hari raya, sekalipun mereka itu hina, hanya hendaklah mereka itu sembahyang dirumahnya sahaja. 2546. Sunat bagi perempuan yang tidak keluar sembahyang menghiasi dirinya kerana menyatakan kegembiraan. Tidak harus bagi isteri dan gundik pergi sembahyang raya melainkan dengan izin suaminya dan tuannya. 2547. Sunat bagi segala mereka yang pergi sembahyang itu hendaklah dia pergi pada pagi-pagi hari melainkan imam, maka sunat dia pergi pada ketika sembahyang. Sunat berjalan tatkala pergi itu jika dia kuasa berjalan. Sunat dia kembali pada jalan yang lain yang lebih singkat daripada jalan perginya. 2548. Sunat bagi imam segera pergi kepada sembahyang hari raya korban supaya luas waktu korban selepas sembahyang, dan sunat baginya mentakhirkan sedikit perginya pada sembahyang hari raya fitrah supaya luas waktu mengeluarkan zakat fitrah sebelum sembahyang. 2549. Sunat makan dan minum pada hari raya fitrah sebelum sembahyang dan sunat pada hari raya korban bahawa jangan dia makan dan minum melainkan selepas sembahyang, dan sunat bahawa dia makan hati korban atau tamar dengan kasal. Sunat membaca “ ﹶﺔﻌﺎﻤﻼ ﹶﺓ ﺍ ﹾﻟﺠ ﺼﹶ ” ﺍﻟganti qamat. 2550. Bermula, sembahyang hari raya itu dua rakat jua. Segala rukun dan syaratnya dan segala sunatnya sama seperti sembahyang yang lain, akan tetapi ada perbezaan dengan beberapa perkara. 2551. Sebahagian daripadanya: sunat takbir pada sembahyang hari raya pada rakaat pertama selepas takbir ihram sebelum membaca fatihah tujuh kali dengan yakin, selain takbir ihram dan takbir rukuk, serta mengangkatkan kedua tangan pada tiap-tiap takbir berbetulan dengan kedua bahu sama seperti kelakuan takbir ihram. 2552. Adalah waktu takbir yang tujuh kali itu diantara membaca “wajjahtu” dan “a’uzu”, akan tetapi jika dibaca takbir itu selepas membaca “a’uzu” hasil jua sunatnya. Bersalahan jika dia memulakan fatihah dengan sengaja atau lupa atau bebal akan tempatnya atau imam memulakan bacaan fatihah sebelum takbir atau sebelum sempurna tujuh kali, maka luputlah takbir itu dan janganlah dibawanya lagi. 2553. Jika dia takbir selepas fatihah sunatlah dia mengulangi bacaan fatihah itu, akan tetapi jika dibawanya takbir kemudian daripada ruku’seperti dia bangkit daripada rukuknya untuk takbir nescaya batallah sembahyangnya jika dia tahukan haramnya lagi mensengajakannya. Dan pada rakaat yang kedua takbir lima kali selain takbir qiam, sama seperti takbir pada rakaat yang pertama jua. 2554. Sunat membaca “ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍﷲ ﻭ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶﻪ ﻭ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﷲ ﻭ ِ ﻥﺍ ﺎﺒﺤ ﺴ ” diantara tiap-tiap dua takbir daripada takbir yang tujuh ataa yang lima itu. Sunat membacanya dengan
perlahan dan meletakkan tangan kanannya diatas tangan kirinya dibawah dada diantara tiap-tiap dua takbir itu. 2555. Sunat bagi makmum muafakat dengan imamnya, jika imamnya takbir tiga kali atau enam kali janganlah dia melebihinya, dan jangan dia kurangi darinya, dan jika imam meninggalkan sekelian takbir itu maka janganlah makmum membawanya, dan janganlah orang yang masbuk bertakbir melainkan apa yang dia dapat bersama imam. 2556. Sunat membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan surah Iqtarabatissa’ah pada rakaat yang kedua, atau dibacanya surah Sabbihismrabbika pada rakaat yang pertama dan surah al Ghasyiah pada rakaat yang kedua. 2557. Maka kemudian daripada sembayang hari raya itu sunatlah membaca dua kutbah sama seperti khutbah jumaat jua pada sekelian rukun-rukunnya dan sunat-sunatnya. Akan tetapi tidak wajib syarat-syaratnya disini, hanya sunat jua. 2558. Sunat khatib memberi salam keatas orang yang disisi mimbar lalau naik keatasnya dan mengadap kepada orang ramai kemudian maka memberi salam pula keatas mereka itu, kemudian sunat dia duduk dahulu daripada dua khutbah itu sekadar muazzin azan, sama seperti perintah pada sembahyang jumaat. 2559. Sunat dia membaca didalam dua khutbah itu apa yang layak, iaitu hendaklah dia menyebutkan pada khutbah hari raya fitrah akan hukum zakat fitrah dan menyebutkan pada khutbah hari raya korban akan hukum korban. 2560. Sunat takbir pada permulaan khutbah yang pertama sembilan kali dan pada permulaan khutbah yang kedua tujuh kali berturut-turut. Maka segala takbir yang sembilan dan yang tujuh itu menjadi mukaddimah khutbah jua bukan daripada dua khutbah. 2561. Fasal pada menyatakan sunat-sunat yang dikerjakan pada hari raya. Bermula, sunat bagi lelaki dan perempuan yang tidak mengerjakan haji bertakbir dengan menyaringkan suara jika dia lelaki dan dengan merendahkannya jika dia perempuan. Dimulakan takbir itu ketika masuk matahari pada kedua malam hari raya, dijalan-jalan dan masjid-masjid dan pekan-pekan, tatkala bertunggangan dan berjalan kaki, dalam keadaan berdiri dan duduk dan lain daripada yang demikian itu. Lebih muakkad sunatnya pada ketika berhimpun dan bersempitsempit orang ramai dan tatkala berubah keadaan-keadaan445. 2562. Hendaklah takbir itu berturut-turut tiga kali “ ﷲ ٌ ﺍﷲ ﻭ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺭ ﹶ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍﷲ َﺃ ﹾﻜﺒ ٌ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭِﻟﱠﻠ ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ”َﺃ ﹾﻜdan lagi pula sunat ditambahi dengan “ ﺍﻴﺭ ﺜ ﻪ ﹶﻜ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﺍ ﻭﻴﺭ ﺭ ﹶﻜ ﹺﺒ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍﺍ ﻩ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻥ ﹶ ﻭ ﺭ ﻓ ﺍ ﹾﻟﻜﹶﺎﻭ ﹶﻜﺭﹺﻩ ﹶﻟﻥ ﻭ ﻴ ﻪ ﺍﻟﺩ ﻥ ﹶﻟ ﻴ ﺼ ﻠﺨ ﻤ ﹾ ﻩ ﺎﻻ ِﺇﻴ ﺩ ِﺇ ﱠ ﺒ ﻌ ﻻ ﹶﻨ ﹶﷲ ﻭ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻴﻼﹰ ﹶ َﺃﺼﺭ ﹰﺓ ﻭ ﺒ ﹾﻜ ﷲ ِ ﻥﺍ ﺎﺒﺤ ﺴ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﹺﻭِﻟﱠﻠ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍﷲ ﻭ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﺏ ﺍﺤﺯ ﻷ َ ﻡ ﺍ ﺯ ﻫ ﻭ ﻩ ﺩ ﺒ ﻋ ﺭ ﹶﻨﺼﻩ ﻭ ﺩ ﻋ ﻭ ﻕ ﹶﺩ”ﺼ. 2563. Dikerjakan takbir itu berkekalan hingga masuk imam mengerjakan sembahyang hari raya. Jika seorang itu sembahyang sendirian maka putuslah takbir itu hingga takbir ihram dirinya. 2564. Syahadan. Dalil yang mensabitkan takbir pada malam hari raya fitrah adalah nas Quran iaitu firman Allah taala “ﻡ ﺩﺍ ﹸﻜ ﻫ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﻤ ﷲ َ ﻭ ﺍﺒﺭ ﻭِﻟ ﹸﺘ ﹶﻜ ﺩ ﹶﺓ ﻤﻠﹸﻭﺍ ﺍ ﹾﻟﻌ ﻭِﻟ ﹸﺘ ﹾﻜ ” artinya: hendaklah kamu sempurnakan bilangan puasa dan hendaklah kamu takbir i.e membesarkan Allah taala kerana hidayahNya bagi kamu. Dalil yang mensabitkan takbir pada hari raya korban itu adalah kias, iaitu dikiaskan hari raya korban diatas hari raya fitrah. 2565. Sunat takbir bagi orang yang mengerjakan amalan haji mula daripada zohor hari raya korban hingga subuh kesudahan hari tasyrik iaitu hari yang ketiga
445
. ini keterangan takbir mursal i.e yang bebas tidak dikaitkan.
belas446. Sunat takbir bagi yang tidak mengerjakan amalan haji mula dari subuh hari Arafah iaitu hari yang kesembilan hingga ‘asar kesudahan hari tasyrik. 2566. Bermula, takbir orang yang mengerjakan haji dan yang tidak mengerjakan haji didalam waktu yang tersebut itu adalah mengiringi tiap-tiap sembahyang fardhu dan sunat, tunai atau kadha, atau sembahyang jenazah atau sembahyag nazar. Jika dia lupa takbir selepas sembahyang maka hendaklah dia takbir tatkala ingat dan sekalipun lanjut masanya. 2567. Demikian lagi sunat takbir tatkala melihat unta atau sapi atau kambing didalam sepuluh hari yang pertama daripada bulan haji. 2568. Syahadan. Kalau orang ramai naik saksi dengan melihat bulan syawal pada malam ketiga puluh ramadhan dan adalah waktu naik saksi itu sebelum gelincir matahari pada siangnya dan dapat berhimpun orang ramai lagi dapat mengerjakan sembahyang raya dua rakaat atau satu rakaat daripadanya maka hendaklah mereka berbuka puasa dan sembahyang raya tunai. 2569. Jika mereka itu naik saksi selepas gelincir matahari pada hal tidak dapat mereka mengerjakan yang tersebut itu, atau mereka naik saksi kemudian daripada gelincir matahari dan disahkan oleh kadhi saksian mereka itu dengan memeriksa adilnya sebelum masuk matahari, hendaklah mereka berbuka puasa kerana diterima saksi mereka itu, tetapi luput sembahyang hari raya kerana sudah keluar waktunya. Maka hendaklah dikadha pada barang mana masa yang dikehendaki. 2570. Jika mereka itu naik saksi selepas masuk matahari atau sebelumnya dan disahkan oleh kadhi saksiannya dengan memeriksa adilnya selepas masuk matahari tidaklah diterima saksian mereka itu kerana tidak berfaedah pada sembahyang. Hendaklah dikerjakan sembahyang hari raya esok harinya tunai.
ﻦ ِ ﺴ ْﻮ َﻓ ْﻴ ُ ﻼ ُة ا ْﻟ ُﻜ َﺻ َ ب ُ ﺑَﺎ xx SOLAT GERHANA 2571. Ini bab pada menyatakan sembahyang gerhana bulan dan matahari. Bermula lughah yang masyhur lagi yang paling fasih adalah menamakan gerhana matahari dengan kusyuf dan gerhana bulan dengan khusyuf kerana makna kusyuf itu berubah dan mana khusyuf itu hilang. 2572. Ulamak falak447 telah menyatakan bahawa gerhana matahari itu tidak ada hakikat baginya kerana cahaya berasal daripada dirinya jua, tidak berubah-ubah dan tidak hilang. Berubah cahayanya adalah pada penglihatan sebab didinding oleh jirim bulan yang berada pada langit dunia diantara kita dan matahari yang berada pada langit keempat. Maka dengan sebab itu berubahlah cahayanya pada penglihatan kita. Adapun pada dirinya maka cahayanya tidak berubah. Bandingannya seperti pelita yang didinding oleh satu jirim diantaranya dan diantara kita, tidak berubah cahayanya pada dirinya hanya berbuah pada penglihatan kita sebab terdindig. 2573. Bersalahan bulan maka, ada hakikat bagi gerhananya kerana jirim bulan seperti kaca cermin tidak ada cahaya pada dirinya haya ia mengambil cahaya daripada bendarang cahaya matahari jua apabila ia berhadapan dengannya dan tidak ada suatu yang melintangi antaranya. Maka apabila mendinding diantara
446 447
. iaitu yang dinamakan takbir muqayyad i.e yang dikaitkan. . ulamak haiah “”ﻫﻴﺌﺔ.
bulan dan matahari oleh bayang jirim bumi maka hilanglah cahaya bulan itu daripada dirinya. 2574. Syahadan. Dalil yang mensabitkan sembahyang gerhana sebelum ijmak adalah firman Allah taala “ ﻥ ﻬ ﺨﹶﻠ ﹶﻘ ﻱ ﹶ ﺫ ﻪ ﺍﱠﻟ ﻭﺍ ِﻟﱠﻠﺠﺩ ﺴ ﺍﺭﹺ ﻭﻻ ﻟِ ﹾﻠ ﹶﻘﻤ ﹶﺱ ﻭ ﻤ ﹺ ﺸ ﻭﺍ ﻟِﻠ ﱠﺠﺩ ﺴ ﻻ ﹶﺘ ” ﹶartinya jangan kamu sujud kerana matahari dan bulan dan hendaklah kamu sujud kerana Allah taala yang menjadikan keduanya. Dan sabda nabi sawm : bahawa matahari dan bulan itu dua tanda daripada tanda-tanda yang menunjukkan keasaan dan kekuasaan Allah taala, tidak gerhana keduanya kerana kematian sesaorang atau kerana hidupnya. Maka apabil kamu lihat yang demikian itu maka hendaklah kamu sembahyang hingga hilang gerhananya. Riwayat Muslim. 2575. Bermula, sembahyang dua gerhana itu sunat muakkad, maka tiap-tiap mereka yang disunatkan sembahyang raya disunatkan sembahyang dua gerhana dan makruh meninggalkannya. Sunat mandi bagi yang hendak menyembahyangkannya. Sunat mengerjakannya didalam masjid jika picik masjid sekalipun. Sunat mengerjakannya dengan berjamaah, dan ganti qamat “ ﻼ ﹶﺓ ﺼ ﹶ ﺍﻟ ﻌ ﹶﺔ ﻤ ﺎ”ﺍ ﹾﻟﺠ. 2576. Dan wajib didalam akbirnya itu kasad artinya menyehajakan perbuatan sembahyang dan wajib pula ta’yin artinya menentukan keadaan sembahyang itu kerana gerhana matahari atau gerhana bulan. 2577. Inilah lafaz niat sembahyang gerhana matahari “ ﻴﻥﹺ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﺱ ﺭ ﻤ ﹺ ﺸ ﻑ ﺍﻟ ﱠ ﻭ ﺴ ﺴﻨﱠ ﹶﺔ ﹸﻜ ﺼﻠﱢﻰ ُﺃ ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ”ِﻟﱠﻠartinya aku sembahyangkan sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah taala, dan lafaz niat sembahyang gerhana bulan “ ﻪ ﻴﻥﹺ ِﻟﱠﻠ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﺭﹺ ﺭﻑ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﻤ ﻭ ﺴ ﺨ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﹸ ﺼﻠﱢﻰ ُﺃ ﺎﻟﹶﻰ ” ﹶﺘﻌartinya : sahaja aku sembahyangkan sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah taala. 2578. Syahadan. Sembahyang gerhana itu ada tiga kaifiat. Bermula, kaifiat yang pertama iaitu yang sekurang-kurangnya bahawa dia sembahyang dua rakaat seperti sunat zohor dengan tidak menambah ruku’dan qiam. 2579. Kaifiat yang kedua bahawa dia sembahyang dua rakaat tetapi dengan menambah qiam dan ruku’didalam setiap dua rakaat itu, seperti bahawa dibacanya fatihah dan surah yang pendek didalam qiam rakaat pertama kemudian maka dia ruku’kemudian maka i’tidal lalu dibacanya pula fatihah dan surah yang pendek kemudian maka dia ruku’kemudian maka i’tidal kemudian maka sujud dua kali seperti sembahyang yang lain jua. Inilah satu rakaat yang pertama. Kemudian maka dia berdiri pula satu rakaat yang kedua seperti demikian itu. Maka jadilah pada tiaptiap satu rakaat itu dua qiam dan dua rukuk. 2580. Apa bila dia kasadkan dua ruku’ maka tidak harus menambah ruku’ lebih daripada dua ruku’ kerana lanjut gerhana dan tidak harus mengurangkannya daripada dua kerana lepas daripada gerhana. Sunat membaca “ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ ﻥ ﻤ ﷲ ِﻟ ُ ﻊ ﺍ ﻤ ﺴ ” pada tiap-tiap i’tidal. 2581. Kaifiat yang ketiga iaitu yang paling sempurna bahawa dia sembahyang dua rakaat seperti pada kaifiat yang kedua, akan tetapi sunat membaca surah Baqarah didalam qiam yang pertama selepas membaca “wajjahtu” dan “a’uzu” dan fatihah. Jika dia tidak hafal surah Baqarah maka dibacanya ayat lain kadar surah Baqarah. Dan pada qiam yang kedua dibacanya kemudian daripada “a’uzu” dan fatihah surah Ali Imran atau sekira-kira dua ratus ayat daripada Baqarah dan pada qiam yang ketiga dibacanya kemudian daripada a’uzu dan fatihah akan surah Nisa’ atau kira-kira seratus lima puluh ayat daripada Baqarah dan pada qiam yang keempat dibacanya kemudian daripada a’uzu dan fatihah surah Maidah atau kira-kira seratus ayat daripadanya. 2582. Sunat membaca dengan nyaring pada gerhana bulan dan dengan perlahan pada gerhana matahari. Sunat membaca “ﺩﻩ ﻤ ﺤ ﻭ ﹺﺒ ﻴ ﹺﻡ ﻅ ﻌ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” didalam ruku’yang
pertama dan “ﻩ ﺩ ﻤ ﺤ ﻭ ﹺﺒ ﻋﻠﹶﻰ ﻷ َﻲﺍ ﺒ ﺭ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” didalam sujud yang pertama kira-kira seratus ayat daripada Baqarah, dan dibaca yang demikian itu itu didalam ruku’dan sujud yang kedua kira-kira lapan puluh ayat daripadanya, dan dibaca yang demikian itu didalam ruku’dan sujud yang ketiga kira-kira tujuh puluh ayat daripadanya, dan dibacanya yang demikian itu didalam ruku’dan sujud yang keempat kira-kira lima puluh ayat daripadanya. 2583. Sunat selepas sembahyang gerhana membaca dua khutbah yang sama seperti khutbah jumaat pada segala rukun-rukunnya dan sunat-sunatnya, tidak pada syarat-syaratnya. 2584. Adapun syaratnya-syaratnya maka iaitu sunat jua disini, seperti syarat khutbah hari raya. Sunat dibaca oleh khatib didalam dua khutbah itu kata-kata yang menyedarkan orang ramai daripada lalai dan terpedaya dengan pekerjaan dunia dan menyuruh mereka itu dengan berbanyak-banyak taubat dan istighfar daripada segala dosa dan memerdekakan sahaya dan memberi sedekah. 2585. Masaalah: barang siapa mendapat imam didalam ruku’yang pertama daripada rakaat pertama atau dapat ruku’yang pertama daripada rakaat kedua maka dia mendapat rakaat itu. Jika dia mendapat imam didalam ruku’kedua atau didalam qiam kedua daripada rakaat yang pertama atau kedua maka tidaklah dia mendapat rakaat itu. 2586. Syahadan. Luputlah sembahyang gerhana bulan dan matahari sebab lepas kedua gerhana itu dengan yakin. Akan tetapi tidak luput khutbahnya kerana khutbah nabi kita sawm tidak jatuh melainkan kemudian selepas gerhana. Demikian lagi luput sembahyang gerhana matahari sebab ia terbenam dalam keadaan gerhana, dan demikian lagi luput gerhana bulan dengan sebab terbit matahari tidak dengan sebab terbit fajar dan tidak dengan terbenamnya448 dalam keadaan gerhana, sekalipun dia terbenam selepas fajar. 2587. Bermula, jika berhimpun sembahyang gerhana dengan sembahyang jumaat atau fardhu yang lain maka wajib mendulukan sembahyang jumaat atau fardhu yang lain jika ditakuti akan luput waktunya. Maka pada jumaat hendaklah dibaca khutbah jumaat kemudian maka sembahyang jumaat kemudian sembahyang gerhana matahari kemudian maka dibaca khubah gerhana. 2588. Jika tidak ditakuti akan luput sembahyang fardhu sebab masih luas waktunya maka hendaklah didulukan sembahyang gerhana dan hendaklah disingkatkan sembahyang gerhana itu dengan membaca surah yang pendek selepas fatihah seperti surah Ikhlas. Maka setelah selesai sembahyang gerhana itu hendaklah dibaca khutbah untuk jumaat serta disebutkan didalam khutbah itu kata-kata yang berkaitan dengan gerhana supaya tidak perlu lagi kepada membaca khutbah untuk gerhana selepas daripada sembahyang jumaat. 2589. Wajib diniatkan khutbah itu untuk jumaat sahaja, dari kerana jika khutbah itu diniatkan untuk gerhana dan jumaat batallah ia, dan jika diniatkan khutbah itu untuk gerhana sahaja atau tidak diniatkan suatu pun sahlah khutbah itu untuk gerhana dan tidak sah untuk jumaat. Maka wajib memulakan khutbah jumaat, kemudian maka sembahyang jumaat. 2590. Jika berhimpun sembahyang hari raya dengan gerhana maka hendaklah didulukan sembahyang hari raya kerana ia terafdhal daripada sembahyang gerhana. Harus menyengutukan khutbah keduanya seperti diniatkan dua khutbah untuk hari raya dan untuk gerhana. 2591. Jika berhimpun gerhana bulan dengan witir maka hendaklah didulukan gerhana sekalipun ditakuti luput waktu witir, kerana sembahyang gerhana terafdhal daripada witir dan lagi sembahyang witir dapat dikadha. 448
. pada asal “”ﲰﻮﺭﻑ ﺑﻮﻟﻦ. Wallahu a’lam.
2592. Jikalau berhimpuan sembahyang hari raya dengan jenazah atau gerhana dengan jenazah maka hendaklah didulukan jenazah kerana ditakuti berubah mayat. Maka apabila selesai mereka daripada menyembahyangkan jenazah hendaklah mereka berbahagi, sebahagiannya pergi mengkuburkan mayat dan sebahagiannya tinggal untuk mengerjakan sembahyang hari raya atau gerhana. 2593. Jika berhimpun sembahyang jenazah dengan sembahyang fardhu yang masih luas waktunya, sekalipun jumaat maka hendaklah didulukan sembahyang jenazah jika ada hadhir walinya, dan jika tidak hadhir walinya maka hendaklah sebahagian daripada jamaah menanti walinya untuk mengerjakan sembahyang jenazah dan sebahagian lagi mengerjakan sembahyang fardhu jumaat atau selainnya. 2594. Harus mentakhirkan sembahyang jenazah daripada fardhu yang luas waktunya jika tidak ditakuti akan berubah mayat atau supaya ramai orang yang menyembahyangkannya. Jika ditakuti berubah mayat haramlah mentakhirkannya dan wajib mendulukankannya diatas sembahyang fardhu sekalipun ditakuti luput sembahyang fardhu itu. 2595. Syahadan. Sunat bagi setiap orang tatkala gempa atau petir atau ribut yang kuat sembahyang dua rakaat sendirian didalam rumah masing-masing, tidak sunat berjamaah. Sunat tatkala itu berdoa dengan khusyuk dan rendah diri kepada Allah taala.Sunat keluar kepadang tatkala gempa sabil berdoa serta merendahkan diri kepada Allah taala.
ﺴﻘﹶﺎ ِﺀ ﺴ ِﺘ ﺏ ﺍﻻ ﺎﺒ BAB ISTISQA’ 2596. Ini bab pada menyatakan sembahyang minta hujan. Bermula, sunat muakkad bagi setiap orang yang bermukim dan yang musafir memohon hujan dari Allah taala kerana hajat kepada air sekalipun kerana hajat penduduk negeri Islam yang lain, jika mereka itu tidak fasik dan tidak bid’ah dan sesat iktikad. 2597. Maka minta hujan itu diatas tiga bahagian. Bahagian yang pertama dengan setiap orang berdoa kepada Allah taala masing-masing bersendirian atau dengan berjamaah pada bila-bila masa yang dikehendakinya. 2598. Bahagian yang kedua adalah ia dengan berdoa selepas daripada tiap-tiap sembahyang sekalipun sembahyang sunat, dan didalam khutbah jumaat dan barang sebagainya kerana doa kemudian daripada sembahang lebih hampir kepada diterima. 2599. Bahagian yang ketiga iaitu yang teradfdhal bahawa hendaklah sultan atau naibnya menyuruh orang ramai dengan berbuat amal kebajikkan seperti bersedekah dan memerdekakan sahaya dan taubat dari segala dosa dan mengembalikan hak mereka yang dianiaya. Sunat bahawa dia atau naibnya menyuruh mereka itu berpuasa empat hari, iaitu tiga hari berturut-turut sebelum pergi kepadang dan sehari tatkala pergi kepadang. 2600. Maka dengan perintah sultan atau naibnya jadilah puasa itu fardhu. Maka wajib atas yang kuasa daripada mereka berpuasa empat hari, dan wajib berniat pada malamnya. Demikian lagi wajib atas mereka itu mengerjakan setiap yang disuruh oleh sultan seperti bersedekah dan memerdekakan sahaya dan barang sebagainya.
2601. Maka pada hari keempat hendaklah mereka keluar kepadang dalam keadaan berpuasa serta memakai pakaian yang buruk lagi lagi berjahit449, jangan memakai bau-bauan dan perhiasan dan jangan memakai pakaian baru sekalipun berjahit. Hanya hendaklah mereka itu membersihkan diri dengan bersugi dan mandi dan menghilangkan bau yang keji. 2602. Hendaklah mereka pergi kepadang pada satu jalan dan kembali darinya pada jalan yang lain. Sunat keadaan mereka itu merendahkan diri dan khusyu’450 kepada Allah tatkala bercakap dan berjalan dan duduk serta hadhir hati mereka dan penuh dengan takutkan Allah taala. 2603. Sunat bahawa mereka keluar kepadang bersama orang-orang tua daripada lelaki dan perempuan dan kanak-kanak sekalipun yang tidak mumayyiz dan binatang-binatang maka diletakkan ia pada sebelah tempat. Makruh membawa keluar kafir-kafir zimmi, akan tetapi jika mereka datang sendiri maka janganlah dilarang, tetapi hendaklah disebelahkan tempatnya jangan diberi bercampur dengan orang Islam. 2604. Kemudian sunat mereka sembahyang dua rakaat seperti sembahyang hari raya pada takbir-takbir, pada rakaat pertama tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali dengan yakin, serta mengangkatkan kedua tangan ketika takbir itu, dan pada berhenti diantara tiap-tiap dua takbir serta membaca apa yang dibaca diantara setiap dua takbir raya. 2605. Dibaca pada rakaat yang pertama selepas fatihah surah Qaf atau surah Sabbihis dan pada rakaat yang kedua surah Iqtarabat atau surah Ghasyiah dengan nyaring. Tidak ada baginya waktu yang tertentu hanya dikerjakan ia pada setiap ketika malam dan siang tetapi waktu yang terafdhal mengerjakannya adalah seperti waktu sembahyang hari raya jua. 2606. Hendaklah dibaca dua khutbah seperti khutbah jumaat pada rukunrukunnya dan sunat-sunatnya, tidak pada syarat-syaratnya. Tetapi jika dibaca satu khutbah sahaja maka ianya memada sama seperti pada khutbah gerhana. Harus keadaan khutbah itu sebelum sembahyang tetapi yang terafdhal bahawa dalah khutbah itu kemudian daripada sembayang. 2607. Sunat membaca “ﻪ ﻴ ﺏ ِﺇﹶﻟ ﻭ ﻭَﺃﺘﹸ ﻡ ﻭ ﻴ ﻲ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﺤ ﻭ ﺍ ﹾﻟ ﻫ ﻻ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻱ ﹶ ﺫ ﻡ ﺍﱠﻟ ﻴ ﻅ ﻌ ﷲ ﺍ ﹾﻟ َ ﺭ ﺍ ﻔ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐ ” َﺃpada permulan khutbah pertama sembilan kali dan permulaan khutbah kedua tujuh kali sebagai ganti takbir. Sunat membanyakan istighfar didalam khutbah dan disudahi khutbahnya dengan istighfar. Sunat pada setengah khutbah pada sama tengahnya membaca “ ﻥ ﻴ ﻨ ﺒ ﻭ ل ٍ ﺍﻤﻭ ﻡ ﹺﺒَﺄ ﺩ ﹸﻜ ﺩ ﻤ ﻴ ﻭ ﺍﺍﺭﺩﺭ ﻤ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﺀ ﺎﺴﻤ ل ﺍﻟ ِﺴ ﺭ ﻴ ﺍﻏﻔﱠﺎﺭ ﻥ ﹶ ﻪ ﻜﹶﺎ ﻡ ِﺇﻨﱠ ﺒ ﹸﻜ ﺭ ﻭﺍﻔﺭ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐ ﺍ ﺍﺎﺭﻡ َﺃ ﹾﻨﻬ ل ﹶﻟ ﹸﻜ ُ ﻌ ﺠ ﻴ ﻭ ﺕ ﺠﻨﱠﺎ ﻡ ل ﹶﻟ ﹸﻜ ُﺠ ﻴ ﻭ ”. 2608. Sunat bagi khatib berdoa didalam khutbah pertama dengan nyaring. Doadoa yang dibaca oleh nabi kita Muhammad sawm itu amat banyak, sebahagian daripadanya doa bala-bala iaitu “ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻴ ﹺﻡ ﹶ ﻅ ﻌ ﺵ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﹺ ﻌ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇﹶﻟﻪ ﻡ ﹶ ﻴ ﻜ ﺤ ﷲ ﺍ ﹾﻟ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶ ﻴﻡﹺ ﺵ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻜﺭﹺ ﺭ ﹺ ﻌ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﻭ ﺭﺽﹺ ﻷ َﺏﺍ ﺭ ﻭ ﺕ ﺍﻤﻭ ﺴ ﺏ ﺍﻟ ﺭ ”, dan sebahagian daripadanya “ ﺎﺩ ﹾﻨﻴ ﻲ ﺍﻟﺘﻨﹶﺎ ﻓ ﺒﻨﹶﺎ ﺁ ﺭ ﺏ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻋﺫﹶﺍ ﻗﻨﹶﺎ ﻭ ﹶﻨ ﹶﺔﺴﺓ ﺤ ﺭ ﺨ ﻲ ﺍﻵﻭﻓ ﹶﻨ ﹶﺔﺴ ”ﺤdan sebahagian daripadanya “ ﻏ ْﻴﺜًﺎ ُﻣ ِﻐ ْﻴﺜًﺎ َ ﺳ ِﻘﻨَﺎ ْ اﻟﻠﱠ ُﻬﻢﱠ ا ﻼ ِد َ اﻟﻠﱠ ُﻬﻢﱠ ِإﻧﱠﺎ ﺑِﺎ ْﻟ ِﻌﺒَﺎ ِد وَا ْﻟ ِﺒ.ﻦ َ ﻄ ْﻴ ِ ﻦ ا ْﻟﻘَﺎ ِﻧ َ ﺠ َﻌ ْﻠﻨَﺎ ِﻣ ْ ﻻ َﺗ َ ﺚ َو َ ﺳ ِﻘﻨَﺎ ا ْﻟ َﻐ ْﻴ ْ اﻟﻠﱠ ُﻬﻢﱠ ا.ﻃ ْﺒﻘًﺎ دَا ِﺋﻤًﺎ ِ ﺎﺳﺤ َ ﻼ ً ﺠﱢﻠ َ ﻏ ْﺪﻗًﺎ ُﻣ َ َه ِﻨ ْﻴﺌًﺎ َﻣ ِﺮ ْﻳﻌًﺎ ﻦ ْ ﺳ ِﻘﻨَﺎ ِﻣ ْ ع وَا َ ﻀ ْﺮ ع َوَأ ِد ْر َﻟﻨَﺎ اﻟ ﱢ َ ﺖ َﻟﻨَﺎ اﻟ ﱠﺰ ْر ْ اﻟﱠﻠ ُﻬﻢﱠ ا ْﻧ ِﺒ.ﻚ َ ﻻ ِإَﻟ ْﻴ ﺸ ُﻜ ْﻮ ِإ ﱠ ْ ﻻ َﻧ َ ﻚ ﻣَﺎ ِ ﻀ ْﻨ ﺠ ْﻬ ِﺪ وَاﻟ ﱠ ُ ﻷوَا ِء وَا ْﻟ َﻦا َ ﻖ ِﻣ ِ ﺨ ْﻠ َ وَا ْﻟ َﺒﻬَﺎ ِﺋ ِﻢ وَا ْﻟ ﻻ َ ﻼ ِء ﻣَﺎ َ ﻦ ا ْﻟ َﺒ َ ﻋﻨﱠﺎ ِﻣ َ ﻒ ْ ﺸ ِ ع وَا ْﻟ َﻌﺮَى وَا ْآ َ ﺠ ْﻮ ُ ﺠ ْﻬ َﺪ وَا ْﻟ ُ ﻋﻨﱠﺎ ا ْﻟ َ اﻟﻠﱠ ُﻬﻢﱠ ا ْر َﻓ ْﻊ.ﻷرْض َتا ِ ﻦ َﺑ َﺮآَﺎ ْ ﺖ َﻟﻨَﺎ ِﻣ ْ ﺴﻤَﺎ ِء وَا ْﻧ ِﺒ ت اﻟ ﱠ ِ َﺑ َﺮآَﺎ ﻋَﻠ ْﻴﻨَﺎ ِﻣ ْﺪرَارًا َ ﺴﻤَﺎ َء ﻞ اﻟ ﱠ ِﺳ ِ َﻓَﺄ ْر.ﻏﻔﱠﺎرًا َ ﺖ َ ﻚ ُآ ْﻨ َ ك ِإ ﱠﻧ َ ﺴ َﺘ ْﻐ ِﻔ ُﺮ ْ اﻟﻠﱠ ُﻬﻢﱠ ِإﻧﱠﺎ َﻧ.ك َ ﻏ ْﻴ ُﺮ َ ﺸ ُﻔ ُﻪ ِ ” َﻳ ْﻜ. 2609. Maka tatkala khatib membaca satu pertiga khutbah yang kedua sunat pada ketika itu dia mengadap kiblat untuk berdoa dan hendaklah dia bersungguhsungguh berdoa pada ketika itu dengan perlahan dan dengan nyaring. Demikian 449
. berjahit kerana koyak.
450
. menumpukan fikiran.
lagi orang ramai, hendaklah mereka bersungguh-sungguh membaca doa ketika itu. 2610. Apabila khatib berdoa dengan perlahan maka endaklah meraka berdoa dengan perlahan dan apabila khatib berdoa dengan nyaring maka hendaklah sekelian mereka mengucap amin dengan nyaring. 2611. Mereka menadahkan belakang tangannya kelangit apabila berdoa kerana menolak bala sekalipun pada masa yang akan datang sesuai dengan kelakuan orang yang menolak sesuatu, dan menadahkan tapak tangan kelangit apabila berdoa menghasilkan sesuatu supaya sesuai yang demikian itu dengan kelakuan orang yang mengambil sesuatu. 2612. Sayugia hendaklah daripada doa mereka itu “ ﻙ ﺘ ﺒ ﺎﺩ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﹺﺒِﺈﺠ ﻋ ﻭ ﻭ ﻙ ﺎ ِﺌﺩﻋ ﺭ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﹺﺒ ﻤ ﻙ َﺃ ِﺇ ﱠﻨﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻲ ﻓ ﺔ ﻌ ﺴ ﻭ ﻴﻨﹶﺎ ﺴ ﹾﻘ ﻲ ﻓ ﻙ ﺘ ﺒ ﺎﻭِﺇﺠ ﺭ ﹾﻓﻨﹶﺎ ﺎ ﺍ ﹾﻗ ﹶﺘﺘﻨﹶﺎ ﻤ ﺭ ﻔ ﻤ ﹾﻐ ﻴﻨﹶﺎ ﹺﺒ ﻋﹶﻠ ﻥ ﻤ ﹸﻨ ﻓﹶﺎﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ.ﺩ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﻋ ﻭ ﺎﺒﻨﹶﺎ ﹶﻜﻤ ﺠ ﺭ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﹶﻓَﺄ ﹺ ﻤ ﺎ َﺃﻙ ﹶﻜﻤ ﻭﻨﹶﺎ ﻋ ﺩ ﺩ ﻭ ﹶﻗ ﻗﻨﹶﺎ ﺍﺭﺯ ”َﺃ 2613. Sunat bagi khatib tatkala mengadap kiblat itu memalingkan selindangnya iaitu dia menjadikan yang kanannya kirinya dan yang kirinya kanannya. Demikian lagi sunat baginya menyonsangkannya jika ia empat persegi, iaitu menjadikan yang atasnya kebawah dan yang bawahnya keatas. Jika selindangnya itu tiga persegi atau bulat atau sangat panjang maka tidak sunat, hanya memalingkannya jua. 2614. Diperoleh memalingkan selindang serta menyonsangkannya dengan menjadikan punca yang dibawah yang pada lambung kanan itu keatas bahu kiri dan menjadikan punca yang dibawah yang pada lambung kiri keatas bahu kanan. Demikian lagi sunat bagi mereka yang selain khatib memalingkan selindang mereka dan menyonsangkannya hingga kembali kerumahnya tatkala menanggalkan segala pakaian. 2615. Kemudian daripada selesai khatib daripada membaca doa pada ketika mengadap kiblat itu hendaklah dia mengadap pula kepada orang ramai lalu menyempurnakan khutbahnya dengan kata-kata yang menyuruh orang ramai berbuat taat, dan mengucap selawat atas nabi sawm dan berdoa bagi segala mukmin lelaki dan perempuan, dan membaca satu ayat daripada Quran. Dia sudahi khutbahnya dengan membaca “ﻡ ﻭﹶﻟ ﹸﻜ ﻲ ﷲ ِﻟ َ ﺭ ﺍ ﻔ ﺴﺘﹶﻐ ” َﺃ. 2616. Sunat bagi setiap mereka yang hadhir meminta syafaat dengan suara perlahan dengan amalannya yang tulus ikhlas kepada Allah taala, dan dengan memohon dengan orang yang mempunyai amal soleh451 istimewa pula dengan kaum kerabat nabi sawm. 2617. Syahadan, sunat dikerjakan sembahyang istisqa’ dengan bagai-bagainya dengan berulang-ulang, dua kali atau tiga kali hingga turun hujan. Jika turun hujan sebelum sembahyang hendaklah mereka berhimpun kerana mensyukuri Allah taala dan berdoa agar bertambah anugerah Allah taala, dan mereka sembahyang dan dibaca khutbah kemudiannya kerana syukur kepada Allah taala. 2618. Fasal pada menyatakan sunat yang termasuk pada jumlah yang tersebut itu. Bermula, sunat bagi tiap-tiap seorang keluar pada tiap-tiap permulaan turun hujan pada awal tahun atau pertengahannya, dan hendaklah didedahkannya badannya selain auratnya supaya kena air hujan itu kerana mengikut perbuatan nabi sawm yang tersebut didalam hadith riwayat Muslim: adalah nabi sawm apabila hujan turun membukakan tubuhnya yang mulia supaya kena air hujan. 2619. Demikian lagi sunatmandi atau berwudhuk pada air mengalir iaitu air yang mengalir diatas bumi daripada perhimpunan air hujan yang datang daripada 451
. juga seperti orang yang mengimarahkan masjid dan kanak-kanak dan haiwan ternakan.
jurang bukit-bukit tetapi yang terafdhal hendaklah dihimpunkan diantara mandi dan wudhuk. Tidak disyaratkan niat pada keduanya itu. 2620. Sunat membaca tasbih tatkala guruh dan kilat tiga kali. Inilah tasbihnya “ ﻪﻴ ﹶﻔﺘ ﻥ ﺨ ﻤ ﻼﺌِ ﹶﻜ ﹸﺔ ﹶﺍ ﹾﻟﻤﻩ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﺩ ﹺﺒ ﻋ ﺢ ﺍﻟﺭ ﺴﺒ ﻴ ﻥ ﻤ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” supaya terpelihara daripada bahaya keduanya. Hendaklah ditambahi kemudian daripada tasbih itu “ ﺭ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻲﺀ ﺸ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻭ ﻫ ”. Kata Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma: barang siapa mendengar bunyi guruh maka dibacanya ““ﺭ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻲﺀ ﺸ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻭ ﻫ ﻭﻪﻴ ﹶﻔﺘ ﻥ ﺨ ﻤ ﻼﺌِ ﹶﻜ ﹸﺔ ﹶﺍ ﹾﻟﻤﻩ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﺩ ﹺﺒ ﻋ ﺢ ﺍﻟﺭ ﺴﺒ ﻴ ﻥ ﻤ ﻥ ﺎﺒﺤ ﺴ ” kemudian jika dia kena petir juga maka diatas ku diatnya. 2621. Kata ulamak Ahli Sunnah bahawa guruh itu suara malaikat dan kilat itu sayapnya, dia menghalau dengannya akan awan yang mengandungi air hujan. Kata falasafah guruh itu bunyi yang terhasil daripada berdempek jirim awan sesama jirim awan seperti bunyi yang terhasil daripada berdempek jirim besi dengan jirim batu yang dihentakkan452, dan kilat itu cahaya yang terhasil daripada berdempek kedua jirim awan seperti percikkan api453 yang terhasil daripada berdempek kedua jirim besi dan batu itu. Akan tetapi perkataan ini tidak dapat dipegangi kerana menyalahi hadith. 2622. Sunat bahawa jangan dia mengikut dengan matanya akan kilat dan guruh dan hujan kerana ulamak yang dahulu kala yang soleh-soleh bencikan yang demikian itu, hanya hendaklah dibaca oleh mereka ketika itu “ ﻻ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶ ﺱ ﻭ ﺩ ﺡ ﹸﻗ ﻭ ﺒ ﺴ ﻪ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ” ﹶ, maka hendaklah kita mengikut jejak mereka itu pada yang demikian itu. 2623. Sunat tatkala turun hujan membaca “ﺎﻓﻌ ﺎ ﻨﹶﺎﻴﺒ ﺴ ﻭ ﻴﺌًﺎ ﻨ ﻫ ﺎﻴﺒ ﺼ ﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠdua kali atau tiga kali. Dan hendaklah dia membanyakkan doa dan syukur ketika turun hujan. Sunat membaca kemudian daripada hujan “ﻪ ﺘ ﻤ ﺤ ﺭ ﻭ ﷲ ِ ﻀلِ ﺍ ﹶﻔﺭﻨﹶﺎ ﺒ ﻁ ﻤ ” artinya : dihujani kami dengan kurniaan Allah taala dan rahmatNya, dan makruh “ ﹶﻜﺫﹶﺍﻭﺀ ﺭﻨﹶﺎ ﺒﹺ ﹶﻨ ﻁ ﻤ ” artinya : dihujani kami dengan bintang sekian, seperti bintang ketika umpamanya. Tetapi tempat makruh itu jika tidak diiktikadkan bintang itu memberi bekas sendirinya atau dengan bersekutu pada menurunkan hujan. Jika dia iktikadkan begitu maka ia menjadikan kufur. 2624. Makruh menyumpah angin, hanya sunat tatkala bertiup angin membaca doa ini “ﺎﺭﻫ ﺸ ﻥ ﹶ ﻤ ﻙ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﻭَﺃ ﺎﺭﻫ ﻴ ﺨ ﹶﺴَﺄﹸﻟﻙ ِﺇﻨﱢﻰ َﺃﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠ. Sunat tatkala kesulitan sebab terlalu banyak hujan dan binasa gandum membaca doa ini didalam khutbah dan didalam ﹶﻤ ﹰﺔ ﻭ ﺤ ﺭ ﺎﺴ ﹾﻘﻴ ﻬﻡ ﺠ ﹺﺭ ﺍﻟﻠﱠ ﺸ ﺕ ﺍﻟ ﱠ ﻤﻨﹶﺎ ﹺﺒ ﻭ ﺔﻴﻭﺩ ﻷ َﻥﺍ ﻭ ﹺ ﻁ ﺒ ﹸ ﻭ ﺏ ﺍ ﹺﻅﺭ ﺍﻟ ﱢﻋﻠﹶﻰ ﺍﻵﻜﹶﺎ ﹺﻡ ﻭ ﻻ ﹶﻴﻨﹶﺎ ﻭ ﺍﹶﻟﺤﻭ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ qunut “ ﻻ ﻬﻡ ﻴﻨﹶﺎ ﺍﻟﻠﱠ ﻋﹶﻠ ﻕﻏﺭ ﻻ ﹶ ﹶﺩ ﹴﻡ ﻭ ﻫ ﻻ ﹶ ﻭﻼﺀ ﹶﻻ ﺒ ﹶﻕ ﻭ ﺤﱟ ﻤ ﻻ ﹶﺏ ﻭ ﻋﺫﹶﺍ ﹴ ﺎﺴ ﹾﻘﻴ ”. 2625. Fasal, pada menyatakan hukum orang yang meninggalkan sembahyang. Bermula, sesiapa yang berakal lagi baligh meninggalkan satu sembahyang daripada sembahyang lima waktu pada dalam keadaan dia menafikan wajibnya atau wajib satu rukunnya atau satu syaratnya nescaya jadilah dia murtad. Itu pun dengan syarat jika dia tahukan wajibnya atau dia jahilkannya tetapi tidak diuzurkan sebab lama masanya bercampur dengan ulamak Islam. Maka wajib diatas sultan atau naibnya menyuruh dia taubat. 2626. Jika dia enggan taubat wajib sultan membunuhnya dengan memotong lehernya dengan pedang dan seumpamanya kerana murtad. Seperti demikian itulah hukum orang yang ingkarkan kewajipan puasa ramadhan dan zakat dan haji dan selainnya, daripada tiap-tiap perkara yang muafakat sekelian ulamak diatas wajibnya.
452 453
. ﻳﻎ ﺩﺗﺘﻘﻜﻦ. . ﺟﱪﺓdengan cha.
2627. Adapun jika dia tidak tahukan wajibnya sebab baru masuk Islam atau sebab hidup pada negeri yang jauh dari ulamak Islam maka tidaklah dia jadi murtad sebab ingkarnya itu. 2628. Jika dia meninggalkannya dengan segan454 akan satu sembahyang daripada sembahyang lima waktu atau meninggalkan satu rukun atau satu syarat padanya atau meninggalkan sembahyang jumaat sekalipun dia sembahyang zohor tidaklah dia jadi kafir murtad jika dia iktikadkan wajib sekelian yang tersebut itu. Akan tetapi wajib diatas sultan atau naibnya membunuhnya sebagai bunuh had jika sekalipun dia meninggalkan sembahyang satu waktu dengan syarat jika dia mengeluarkannya daripada waktu dharuratnya iaitu waktu jamaknya. 2629. Maka tidak dibunuh dia sebab meninggalkan sembahyang zohor hingga terbenam matahari dan dibunuh dia sebab meninggalkan sembahyang subuh dengan terbit matahari dan dibunuh dia sebabmeninggalkan sembahyang asar dengan tenggelam matahari dan dibunuh dia sebab meninggalkan sembahyang jumaat apabila picik waktunya daripada meluluskan sekurang-kurang yang memada daripada khutbah dan sembahyang. 2630. Hendaklah sultan atau naibnya menyuruh dia mengerjakan sembahyang apabila sudah picik waktunya serta menjanjikan dia dengan dibunuh kalau dia mengeluarkannya daripada waktunya, seperti dikatakan kepadanya : jika kamu tinggalkan sembahyang itu nescaya aku bunuh kamu. 2631. Maka apabila dia meninggalkan juga sembahyang itu sunat sultan menyuruh dia taubat. Jika dia tidak mahu taubat maka wajib membunuhnya dengan memenggal batang lehernya dengan pedang atau selainnya. Tidak harus membunuhnya dengan kelakuan yang lain daripada penggal batang leher. 2632. Dimandikan dan disembahyangkan dan ditanam dia pada kuburan orang Islam, dan jangan dilenyapkan kuburnya. 2633. Soal : menyuruh taubat orang yang murtad itu wajib dan meyuruh taubat orang yang meninggalkan sembahyang itu sunat sahaja, apa jua perbezaan diantara keduanya? Jawab: bahawa orang yang murtad itu kafir dan kufurnya itu mengekalkan dia didalam neraka maka wajib melepaskan dia daripada kekal didalam neraka dengan taubat. Bersalahan dengan orang yang meninggalkan sembahyang maka dia Islam yang derhaka dan derhakanya itu tidak mengekalkan dia didalam neraka hanya dibalas dia dengan siksa yang selayaknya, maka sunat melepaskan dia daripada siksa itu dengan taubat. 2634. Barang siapa yang membunuh orang yang meninggalkan sembahyang didalam masa taubat atau sebelum daripada dia taubat maka berdosalah orang itu tetapi tidak ada qisas dan diat diatasnya. 2635. Kalau dia kata tatkala hendak dibunuh : aku sudah sembahyang dirumah ku atau dia sebutkan satu uzur sekalipun uzur yang dusta tidaklah harus membunuhnya. Akan tetapi wajib menyuruh dia mengerjakan sembahyang itu jika dia menyebutkan uzur yang dusta. 2636. Apabila dia kata : aku telah meninggalkan sembahyang itu dengan tidak ada uzur maka hendaklah dibunuh dia, samaada dia katakan : aku tidak mau sembahyang atau dia diam kerana nyata khianatnya dengan sengaja mengeluarkan sembahyang daripada waktunya. 2637. Syahadan. Barang siapa meninggalkan sembahyang dengan uzur seperti tidur tidak wajib dia segera mengkadhanya, tetapi sunat dia menyegerakannya. Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan tidak ada uzur maka wajib dia segera mengkadhanya. Tetapi tidak dibunuh seorang sebab
454
. malas.
meninggalkan kadha sembahyang yang luput dengan uzur, samaaada dia katakan : aku akan mengkadhanya, atau tidak. 2638. Demikian lagi sembahyang yang luput dengan tidak ada uzur jika dia kata: aku akan mengkadhanya, maka tidak dibunuh dia kerana dia taubat daripadanya dengan kata yang demikian itu. Bersalahan jika dia tidak mengatakan yang demikian itu.
ﺠﻨَﺎ َز ِة ِ ب ا ْﻟ ُ ﺑَﺎ xx BAB JENAZAH 2639. Inilah bab pada menyatakan hukum-hukum jenazah. Bermula, jenazah itu nama bagi mayat yang berada pada tanggungan455. Kata sebahagian ulamak : nama bagi tanggungan yang ada mayat padanya. Jika tidak ada mayat didalamnya tidak dinamakan jenazah, hanya dinamakan sarir, artinya katil456. 2640. Bermula, sunat bagi tiap-tiap yang ‘akil baligh menyebut-nyebut kematian dengan lidahnya dan dengan hatinya, dan sunat baginya banyak menyebutnya sebelum daripada datangnya, kerana yang demikian itu lebih membawa kepada mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah taala dan menjauhi segala laranganNya dan mengurangkan yang banyak daripada angan-angan dan keinginan kepada harta dunia dan perhiasannya dan menambahkan yang sedikit daripada amal ibadat kepada Allah taala. Sunat dia bersedia dengan sentiasa membaharui taubat, jika dia tidak tahu ada diatasnya hak Allah taala dan hak manusia, jika dia tahu adanya maka wajib diatasnya taubat dengan membayar segala hak yang tersebut itu. 2641. Bermula, orang yang sakit lebih utama mengerjakan yang tersebut itu. 2642. Sunat menziarahi orang sakit yang Islam, sekalipun sakit mata dan yang bermusuh dengannya dan yang tidak dikenalinya dan yang tidak457 sekampung dengannya. Begitu juga yang kafir yang sekampung dengannya atau kerabatnya atau khadamnya atau diharapkan Islamnya. Jika tidak seperti demikian itu maka tidaklah sunat menziarahinya, hanya harus jua dengan tidak makruh. 2643. Makruh ziarah orang yang terganggu orang sakit dengan sebab datangnya. Tidak sunat menziarahi ahli bid’ah yang mungkar dan orang yang fasik dan orang yang zalim dengan mengambil cukai sesama Islam atau selainnya, melainkan jika dia kerabatnya atau sekampungnya atau diharapkan taubatnya sebab diziarahi, maka sunat menziarahinya. 2644. Sunat bahawa ziarah sakit itu berselang hari, jangan setiap hari, melainkan jika dia adalah kerabatnya atau sahabatnya yang jinak hati dengannya, atau orang sakit itu mengambil berkat dengannya, atau dukacita dengan tidak melihatnya pada tiap-tiap hari, maka sunat dia menziarahinya setiap hari. Hendaklah jangan dia duduk lama ketika menziarahinya, dan makruh melamakan duduknya melainkan jika dia tahu orang sakit itu gemar lama duduknya, maka tidaklah makruh. 2645. Sunat mendoakan orang sakit dengan ‘afiat jika dia harapkan hidupnya. Hendaklah doanya itu (ﻙ ﻴ ﻔ ﺸ ﻴ ﹾ ﻥ ﻴ ﹺﻡ َﺃ ﻅ ﻌ ﺵ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﹺ ﻌ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﻴﻡ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻜﺭﹺ َ لﺍ ُ ﺴَﺄ ) َﺃ458 tujuh kali. Sunat membaiki hati orang yang sakit dari keluh kesah kesakitan seperti bahawa 455
. pengusung. . ﻜﺎﻨل 457 . ibarat asal tidak ada “tidak”, zahirnya adanya. 456
458
. aku meminta Allah yang pemurah Tuhan arasy yang agong agar meng’afiatkan kamu,
disebutkan kepadanya daripada hadith-hadith nabi dan khabar-khabar sahabat apa yang menetapkan hatinya. 2646. Jika tidak diharapkan hidupnya maka hendaklah dia menyuruhnya dengan taubat dari segala dosa dan wasiat dengan membaikkan iktikadnya terhadap Allah taala dan mengingatkan dia pada yang demikian itu dengan menyebutkan hal-hal orang yang soleh yang didalam keadaan sedemikian itu, dan dia menambahkan pengajaran dan nasihat kepadanya dan meminta doa untuknya dan berpesan kepada isi rumah orang yang sakit itu dan khadamnya dengan mengasihaninya dan jangan diberi sakit hatinya, dan menyuruh mereka itu dengan menanggung susah melayaninya459 dan sabar diatasnya. 2647. Dan sunat menyuruh yang sakit itu menghiasi dirinya dengan memakai bau-bauan seperti pada hari Jumaat dan membaca Quran dan menyebutkan zikrullah dan menyebutkan cerita-cerita mereka yang soleh dan hal-hal keadaan mereka tatkala mati, kerana sunat bagi orang sakit sekelian yang demikian itu. 2648. Demikian lagi sunat bagi yang sakit berpesan kepada isi rumahnya dengan sabar atas kematiannya dan meninggalkan ratapan460 dan barang sebagainya dan membaikkan perangai dan menjauhi berbantah-bantah pada urusan-urusan dunia. 2649. Demikian lagi sunat bagi orang yang sakit meminta maaf dan meminta redha dari orang-orang yang dia bergantung hak dengan mereka daripada khadamnya dan selainnya. Dan sunat bahawa hendaklah dia membaikkan zannya terhadap Allah taala seperti dia zan dan harap bahawa Alah taala mengampuninya dan menganugerahkan rahmat kepadanya. Maka hendaklah dia melebihkan harapan kepada keampunan Allah taala dan rahmatNya diatas takutkan murkaNya dan siksaNya. Inilah perintah pada orang yang sakit. 2650. Adapun orang yang sihat badan maka yang terutama baginya adalah sama harapnya dan takutnya selama tidak ghalib atasnya penyakit putus asa daripada rahmat Allah atau sentosa daripada murka Allah dan siksanya. Jika ghalib atasnya putus asa daripadaNya maka terutama baginya melebihkan harap daripada takut, dan jika ghalib atasnya sentosa daripada murka Allah dan siksanya maka terutama baginya melebihkan takut daripada harap. 2651. Sunat bagi orang sakit bersabar diatas kesakitan dan meninggalkan keluh kesah dan masam muka kerana penyakitnya itu, dan makruh baginya mengadukan hal penyakitnya kepada orang lain, sekalipun beserta redha kepada qadha Allah taala. Jika tidak ada demikian itu maka iaitu haram dan terkadang membawa kepada kufur. Tetapi jika ditanya oleh tabib atau sahabatnya tentang hal penyakitnya lalu dia khabarkan tentang hal penyakitnya dengan sebenar, tidak diatas rupa keluh kesah, maka iaitu tidak mengapa. Yang terutama bagi yang sakit itu bahawa jangan dia mengeluh461 jangan mengatakan “aduh”, hanya hendaklah dikatanya “la ilaha illallah” atau “subhanallah” atau barang sebagainya. 2652. Makruh bagi seorang mencita-cita mati sebab kedatangan mudharat pada dirinya lagi tidak takutkan fitnah pada ugamanya. Jika tidak tertahan dirinya daripada mencita mati maka hendaklah dibacanya ( ﺍ ﻟِﻲﻴﺭ ﺨ ﺎ ﹸﺓ ﹶﺤﻴ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻲ ِﺇ ﻨﺤﻴ َﺃﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻲ ﺍ ِﻟﻴﺭ ﺨ ﺕ ﹶ ﺎ ﹸﻤﻤ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﺎ ﻜﹶﺎﻲ ﻤ ﹾﺘﻨَﺃﻤ )ﻭi.e ya Allah hidupkanlah aku selama mana hidup itu lebih baik bagi ku dan matikanlah aku selama mana mati itu lebih baik bagi ku. Adapun mencita mati dengan tidak sebab kedatangan mudharat pada dirinya atau kerana takutkan fitnah pada ugamanya maka tidaklah makruh, hanya sunat yang demikian itu pada orang yang takutkan fitnah pada ugamanya. 459
. ﻤﺭﻜﻭ, dengan huruf ga. . ﻤﻴﺎﺭﻕ, dengan nya. 461 . 2 ﺒﺭﺩﺍﻥ 460
2653. Sunat orang yang sakit itu berubat.462 Akan tetapi makruh memaksa dia diatas berubat atau atas makan dan minum. 2654. Syahadan. Apabila hadhir tanda-tanda kematian pada seorang maka sunat ditalkinkan dia dengan kalimah syahadah “َﻻ ﺍﷲ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ” ﹶsekalipun kanak-kanak mumayyiz. tidak sunat menambah “ﷲ ِ ﻭلُ ﺍ ﺴ ﺭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ” kerana tidak datang hadith daripada nabi, dan lagi yang ditalkinkan itu adalah orang Islam*, dan jangan dilebihkan talkin diatasnya, dan jangan dikatakan kepadanya : kata oleh mu “ ﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶ ﷲ َ ﻻﺍ ”ِﺇ ﱠsupaya tidak diganggu dia dengan demikian itu, hanya disebutkan dihadapannya kalimah “َﻻ ﺍﷲ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ” ﹶsekali jua, atau dikatanya ”ingat Allah itu memberi berkat” supaya dia ingat kepadaNya dan supaya disebutnya kalimah itu. 2655. Janganlah diulangi talkin diatasnya hingga dia bercakap. Apabila dia bercakap dengan kata-kata yang lain daripada kalimah syahadah maka hendaklah diulang talkin itu sekali sahaja supaya jadilah kesudahan perkataannya didalam dunia ini kalimah “َﻻ ﺍﷲ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ” ﹶkerana tersebut didalam satu hadith yang sahih (ﺏ ﺎ ﹴﺤﺴ ﻴﺭﹺ ﻱ ﺒﹺ ﹶﻐ َﺃ- ﱠﻨ ﹶﺔل ﺍ ﹾﻟﺠ َﺨ ﹶﷲ ﺩ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺎ ﹶﺩ ﹾﻨﻴ ﻲ ﺍﻟ ﻓﻪﻼﻤ ﺭ ﹶﻜ ﹶ ﺨ ﻥﺁ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻤ ) , artinya barang siapa yang adalah kesudahan katanya didalam dunia ini “َﻻ ﺍﷲ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ”ﹶ nescaya dia masuk syurga, iaitu dengan tidak ada hisab. 2656. Bermula, yang terafdhal bahawa yang mentalkinkan itu adalah selain warithnya dan seterunya dan orang yang dengkikannya, jika ada hadhir orang yang selain mereka itu. Jika tidak hadhir selain mereka itu maka yang mentalkinkan dia adalah orang yang lebih kasih sayang dari kalangan warithnya. 2657. Maka apabila sudah ditalkinkan maka sunat direbahkan dia diatas lambungnya yang kanan serta dihadapkan mukanya kekiblat seperti kelakuan meletakkan dia didalam liang lahad. Jika sukar yang demikian itu maka diatas lambungnya yang kiri dan jika sukar pula maka ditelentangkan dia dan dihadapkan mukanya dan kedua tapak kakinya kekiblat dan ditinggikan kepalanya sedikit dengan bantal dan barang sebagainya supaya berhadap mukanya kekiblat. 2658. Sunat dibacakan dia surah Yasiin kerana tersebut didalam hadith yang sahih sabda nabi sawm : “bacakan surah Yasiin kepada segala mereka yang hampir mati dari kalangan kamu”. Tersebut pada sebahagian riwayat hadith yang lain sabda nabi sawm : “tidak ada seorang pun daripada orang yang sakit yang dibacakan surah Yasiin melainkan lepaslah dia daripada dahaga ketika matinya dan pada ketika dimasukkan kedalam kubur”. 2659. Sunat menitikkan air pada mulut orang yang hampir mati jika tidak ada tanda yang menujuk atas sangat dahaganya. Jika ada tanda yang demikian itu maka iaitu wajib, kerana dahaga pada ketika nazak terlalu keras. 2660. Syahadan. Apabila dia mati sunat dipejamkan kedua matanya dan diikat kedua rahangnya beserta kepalanya dengan pengikat yang lebar kerana memelihara mulutnya daripada dimasuki binatang yang melata dan daripada keji pada pemandangan orang, dan dilembutkan segala perlipatannya maka digenggamkan jarinya kepada tapak tangannya dan dilitak-litakkan463 tangannya kebahunya dan dilitak-litakkan betisnya kepehanya dan dilitak-litakkan pehanya keperutnya, kemudian maka diletakan diatas perut464 kedua tangannya dan dihunjurkan kedua kakinya supaya mudah memandikan dan mengkapankan dia. 2661. Hendaklah melembutkan itu selepas keluar rohnya kerana ada pada badannya pada ketika itu masih hangat daripada bekas roh. Maka apabila segera dilembutkan pada ketika itu nescaya jadi lembutlah perlipatan anggotanya. Jika 462
. ﺒﺭﺘﺘﻤﺏ . 2 ﻟﻴﺘﻕ 464 . – ﺩﺒﻭﺠﺭﻜﻥdibujurkan. Wallahu a’lam. 463
lambat sukarlah melembutkannya tetapi jika dapat melembutkannya dengan diurut dengan minyak umpamanya maka tidak mengapa. 2662. Dan sunat ditanggalkan segala pakaian yang dipakainya tatkala mati dan ditutup sekelian badannya dengan kain yang ringan, maka disusupkan satu puncanya dibawah kepala dan satu punca lagi dibawah kakinya. 2663. Dan ditindih perutnya dengan suatu yang berat daripada besi seperti pedang atau cermin. Jika tidak ada diperoleh yang demikian itu maka tanah yang basah. Jika tidak maka barang yang mudah. Sekurang-kurang berat penindih itu kira-kira dua puluh mithqal465, supaya tidak kembung perutnya. Jangan ditindih dengan mushaf dan kitab ilmu syarak. 2664. Kemudian dihantarkan mayat itu diatas katil dan seumpamanya dengan tidak ada hamparan dibawahnya serta dihadapkan kekiblat seperti perintah menghadapkan dia tatkala hampir mati. 2665. Sunat bahawa hendaklah yang mengerjakan segala perintah yang tersebut itu keluarganya yang lebih kasih sayang hatinya daripada mereka itu, lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan, tetapi suami lebih utama mengerjakan pada isterinya daripada selainnya. Demikian lagi isteri terutama mengerjakan pada suaminya daripada selainnya. Hendaklah dimintakan doa baginya tatkala mengerjakan segala perintah yang tersebut itu. 2666. Hendaklah segera membayar hutangnya jika ada dan meluluskan segala wasiatnya pada ketika itu jika mudah. Jika tidak, maka hendaklah walinya meminta halal kepada yang menghutangi dia atau dia pindahkan hutang mayat itu keatas dirinya supaya lepas zimmahnya daripada bebanan hutang kerana tersebut didalam hadith bahawa seorang mukmin terpenjara daripada tempatnya yang mulia dengan sebab hutangnya sehingga dibayarkan. 2667. Sunat memberi tahukan orang ramai tentang kematian sesaorang tetapi jangan kerana bermegah dan riak, hanya supaya banyak orang yang menyembahyangkan dia sahaja. 2668. Fasal pada menyatakan perintah memandikan mayat dan barang yang berkaitan dengannya. Bermula, memandikan mayat, sekalipun dia mati lemas dan menyembahyangkannya sekalipun dia membunuh dirinya adalah fardhu kifayah, jika dia muslim yang bukan syahid. Demikian lagi fardhu kifayah mengkapankannya dan menanamnya dan mengusungnya466, sekalipun dia kafir. Maka yang diberati atas mengerjakan sekelian itu adalah tiap-tiap manusia yang tahukan kematiannya atau tidak tahu tetapi adalah dia taksir pada mengetahuinya sebab hampirnya, samaada dia daripada keluarganya atau orang selain keluarga467. Maka jika ia dikerjakan oleh seorang daripada orang ramai dan jika dia kanak-kanak mumayyiz sekalipun gugurlah dosa daripada sekelian orang yang lain. Jika tidak ada seorang pun yang mengerjakannya nescaya berdosalah sekelian mereka itu. 2669. Syahadan. Sekurang-kurang memandikan mayat itu adalah meratakan air pada sekelian badannya. Tidak wajib niat atas orang yang memandikannya kerana yang dimaksudkan pada memandikan mayat itu adalah membersihkan tubuhnya dengan perbuatan manusia, maka ianya tidak bekehendak kepada niat. Sebab inilah memadai dimandikan mayat oleh kafir dan tidak memadai dimandikan oleh malaikat atau jin dan tidak memadai bersih tubuhnya dengan sebab lemas, kerana sekelian itu tidak dengan perbuatan manusia. Maka tidak gugur fardhu daripada manusia melainkan dengan perbuatan mereka itu. 465 466 467
. menyamai 96 gram.
. bawa kekuburan. . ibarat asal “”ﺍﻭﺭﻍ ﻫﺎﻟﺕ.
2670. Sunat bahawa jangan dimandikan dia melainkan kemudian daripada menghilangkan najis yang pada badannya jika ada, tetapi jika dicucurkan air keatasnya dengan sekali cucur maka hilang najis itu dengan tidak berubah air itu nescaya memadailah yang demikian itu sebagai mandian mayat dan penyucian najis. Sama seperti memadai yang demikian itu pada orang yang hidup sebagi mandi janabah dan cucian najis. 2671. Bermula, yang terlebih sempurna pada memandikan mayat itu adalah mengerjakan sunat-sunatnya dan apa yang terafdhal padanya. 2672. Syahadan, sunat bahawa dimandikan dia didalam baju kurung supaya tidak terdedah badannya dan sunat bahawa adalah baju itu buruk atau jarang supaya ia tidak menegah sampai air kepada badannya. Maka jika luas tangan bajunya maka hendaklah orang yang memandikannya memasukkan tangannya kedalam tangan bajunya itu serta menggosok. Jika tidak luas maka hendaklah diretas jahitannya pada rusuknya. Jika sukar memandikan didalam baju atau tidak diperoleh baju maka dimandikan didalam kain. Dan lagi wajib menutup auratnya iaitu antara pusatnya dan lututnya. 2673. Sunat dimandikan dia pada tempat yang sunyi seperti didalam bilik atau disebalik dinding sekira-kira tidak masuk ketempat itu selain daripada yang memandikan dia dan yang menolongnya kerana terkadang ada pada badannya barang yang dia sembunyikan pada ketika hidupnya dan benci orang mengetahuinya. Tetapi harus bagi walinya masuk pada tempat itu, sekalipun dia tidak memandikannya dan menolongnya, kerana Fadhl bin Abbas dan saidina Ali adalah keduanya memandikan rasulullah sawm dan Usamah mencedukkan468 air dan Abbas bapa saudara rasulullah keluar masuk pada tempat itu. Sunat menutup muka mayat dengan kain mula-mula meletakkannya kepada tempat memandikannya. 2674. Harus bagi keluarga mayat mengucup muka mayat, dan jika dia orang soleh maka sunat bagi tiap-tiap seorang mengucup mukanya atau barang sebagainya kerana mengambil berkat dengannya. 2675. Sunat bahawa yang memandikan dan penolongnya orang yang amanah, maka jika dilihat pada mayat itu suatu tanda kebajikkan seperti harum baunya atau bersih mukanya atau barang sebagainya maka sunat dia menceritakannya supaya ia membawa kepada banyak orang yang menyembahyangkannya dan meminta doa baginya, melainkan jika mayat itu seorang fasik yang menyatakan kefasikannya atau ahli bid’ah, maka tidaklah sunat menceritakannya, hanya wajib menyembunyikannya supaya tidak terpedaya segala orang lainnya dengannya. Dan jika diihatnya pada ayat itu suatu tanda kejahatan seperti busuk baunya atau hitam mukanya atau berubah rupanya maka haramlah menceritakannya kerana demikian itu mengumpat si mayat yang tidak dapat minta halal daripadanya, melainkan jika mayat itu seorang fasik atau bid’ah yang menyatakan kefasikannya atau bid’ahnya, maka tidaklah haram menceritakannya, hanya hendaklah diceritakannya supaya segala manusia menjauhi jalannya dan iktikadnya. 2676. Yang terafdhal bahawa dimandikan dia dibawah atap dan barang sebagainya, dan diatas tempat tinggi seperti papan atau katil supaya tidak mengenainya percikkan air dan dihadapkan mukanya kekiblat serta ditinggikan tempat yang pada pihak kepalanya supaya segera turun air, dan dimandikan dia dengan air dingin kerana air dingin itu mengecutkan badan dan air hangat itu mengendurkannya. Tetapi jika perlu kepada air panas kerana sangat dingin atau
468
. pada asal : ﻤﻨﺠﻠﻭﻍ, dengan nga.
kerana menghilangkan daki maka iaitu tidak mengapa. Air masin terutama daripada air tawar. 2677. Wajib atas yang memandikan dan penolongnya memelihara matanya daripada menilik kepada barang yang dantara pusat mayat dan lututnya dan satu juzuk daripada keduanya, kerana menilik yang demikian itu haram dengan tidak kerana hajat, melainkan jika ada ia suami atau isteri, maka tidak haram menilik barang yang antara pusatnya dan lututnya, jika tidak dengan syahwat. Adapun menilik antara pusat dan lutut kerana hajat seperti mengetahui tempat yang terbasuh atau tempat yang tidak terbasuh maka tidak haram. 2678. Sunat bagi yang memandikan dan yang menolongnya memelihara matanya daripada menilik kepada barang yang lain daripada yang diantara pusat dan lutut mayat kerana menilik kepada yang demikian itu dengan tidak ada syahwat adalah menyalahi yang utama469. Bermula, hukum menyentuh seperti hukum menilik jua pada yang tersebut itu. 2679. Sunat mengurut perut mayat dengan tangan kiri supaya keluar najis dari perutnya. Maka perintahnya bahawa didudukkan mayat dengan perlahan-lahan serta dicondongkan dia sedikit kepada pihak belakangnya dan disandarkan belakangnya kepada lutut kanan orang yang memandikannya dan disanggakan belikat mayat dengan tapak tangannya yang kanan dan tengkoknya dengan ibu jari tangannya supaya jangan bergerak-gerak kepalanya, kemudian maka diuruturut perut mayat itu dengan tangan kirinya berulang-ulang serta kuat sedikit jangan kuat sangat kerana menghormati mayat itu wajib. 2680. Hendaklah ditunu setanggi pada ketika itu dan diperbanyakkan mencucurkan air supaya samar bau yang keji. Sunat menunu setanggi disisi mayat daripada permulaan matinya hingga selesai mandinya. 2681. Kemudian maka direbahkan mayat itu menelentang dan dibasuh dengan tangan kiri akan dua kemaluannya iaitu kubulnya dan duburnya dan segala najis yang ada pada kelilingnya, seperti istinja orang yang hidup. Wajib membalut tangan dengan perca supaya jangan tersentuh tangannya pada aurat mayat, kerana haram menyentuh barang yang antara pusat dan lututnya dengan tidak berlapik. Kemudian maka dibuang perca itu dan dibasuh tangannya yang kena najis, maka dibalutnya pula dengan perca yang lain untuk membasuh najis yang ada pada badannya, maka membalut tangannya dengan perca untuk membasuh najis yang pada selain antara pusat dan lutut itu sunat jua. 2682. Kemudian maka dibuangkan pula perca itu dan dibalutnya telunjuk kirinya dengan perca yang lain yang dibasahkan dengan air maka disugikan mayat itu dengannya segala gigi-giginya, seperti perintah bersugi orang yang hidup jua. Jangan dibukakan gigi-giginya supaya tidak termasuk air kedalam perutnya. Kemudian disucikan dua lubang hidungnya dengan kelingking kirinya yang basah supaya keluar barang yang didalam hidungnya daripada cemar-cemar. 2683. Setelah itu maka diwudhukkan dia dengan wudhuk yang sempurna seperti wudhuk orang yang hidup, tiga kali, serta dengan dikumur-kumuri mulutnya dan dimasukkan air kehidungnya. Dicondongkan kepala mayat tatkala dikumurkumurkan dan dimasukkan air kehidungnya supaya tidak masuk air kedalam perutnya. 2684. Disucikan dengan kayu yang lembut akan daki yang dibawah kukunya dan yang diperlipatan telinganya. Setelah itu maka dibasuh kepalanya serta mukanya. Kemudian maka dibasuh janggutnya dengan air daun bidara atau barang sebagainya. Jangan didahulukan membasuh janggut daripada kepala supaya jangan turun air dari kepalanya kejanggutnya maka perlu pula kembali 469
. khilaful aula.
membasuh janggut itu. Disisir rambut kepalanya dan janggutnya dengan sisir yang jarang dengan perlahan-lahan supaya sedikit yang tercabut rambut dan janggutnya, maka yang tercabut itu hendaklah dimasukkan kedalam kapannya untuk ditanam ia besertanya kerana memuliakannya. 2685. Setelah itu maka dibasuh sebelah badannya yang kanan, mula-mula bahagian depan, daripada lehernya yang disisi mukanya hingga sampai kepada tapak kakinya. Kemudian maka dibasuh sebelah badannya yang kiri yang bahagian depan seperti membasuh sebelah badannya yang kanan jua. Kemudian maka dibaringkan dia pada lambungnya yang kiri dan dibasuh sebelah badannya yang kanan pada pihak belakangnya mula-mula dari lehernya yang disisi tengkoknya hingga sampai kepada tapak kakinya. Kemudian maka dierengkan pula dia pada lambungnya yang kanan dan dibasuh sebelah badannya yang kiri yang pada pihak belakangnya seperti membasuh sebelah badannya yang kanan jua. Jangan diulang basuh kepalanya dan mukanya kerana sudah hasil maksud dengan membasuh keduanya pada mula-mula tadi, hanya dimulai basuh daripada lehernya yang disisi mukanya dan yang disisi tengkoknya jua. Haram meniarapkan mayat ketika memandikannya kerana menghormatinya. 2686. Sunat pada segala perintah membasuh yang tersebut itu bahawa ditolong ia dengan air daun bidara dan barang sebagainya, seperti bahawa dimandikan dia dengan air bidara kemudian maka dimandikan pula dengan air yang menghilangkan air bidara itu, kemudian maka dimandikan pula dengan air yang khalis470, daripada kepalanya hingga kakinya seperti perintah yang tersebut itu. Ini tiga kali mandi dibilangkan sekali mandi jua kerana mandi yang dengan air bidara dan dengan air yang menghilangkannya tidak dikira kerana berubah air dengan daun bidara itu, maka ianya tidak menggugurkan wajib. Mandi yang dikira hanyalah dengan air yang khalis jua, maka ia adalah yang menggugurkan wajib mandi. Sunat kemudiannya mandi yang kedua dan yang ketiga seperti mandi orang yang hidup jua. Maka jika tidak hasil suci dengan tiga kali mandi hendaklah ditambahi hingga suci. Maka jika terhasil ia dengan genap seperti empat kali atau enam kali maka hendaklah digasali, lima kali atau tujuh kali umpamanya, dan jika terhasil suci dengan tiga kali mandi maka janganlah ditambah diatasnya. 2687. Syahadan. Diketahui daripada yang tersebut itu bahawa terhasillah tiga kali mandi daripada sembilan kali mandi. Maka pada menghasilkan demikian itu ada dua kaifiat. Kaifiatnya yang pertama bahawa dimandikan dia dengan air bidara kemudian dengan air yang menghilangkannya, kemudian dimandikan dia dengan air yang khalis iaitu yang tidak bercampur air bidara dan tidak dengan pembasuh air bidara itu. Inilah tiga kali mandi terhasil daripadanya sekali mandi jua. Yang kebilangan adalah mandi dengan air yang khalis dan ialah yang mengugurkan wajibnya. Kemudian maka dimandikan pula dia dengan air bidara kemudian maka dengan air yang menghilangkannya, kemudian maka dimandikan dia dengan air khalis, kemudian dimandikan pula dengan air bidara, kemudian maka dengan yang menghilangkannya, kemudian maka dengan air khalis. Inilah enam kali mandi yang terhasil daripadanya dua kali mandi. Yang kebilangan adalah mandi dengan air khalis itu. Tetapi keduanya tidak menggugurkan wajib hanya menghasilkan sunat menigai juga. 2688. Kaifiat yang kedua, bahawa dimandikan dia dengan air bidara kemudian dengan air yang menghilangkannya, kemudian dimandikan pula dengan air bidara, kemudian dengan air yang menghilangkannya, kemudian dimandikan pula dengan air bidara kemudian dengan air yang menghilangkannya. Enam kali ini tidak kebilangan. Kemudian dimandikan dia dengan air khalis tiga kali berturut470
. yang murni, tidak bercampur apa-apa.
rutut. Maka yang tiga kali inilah yang kebilangan. Yang pertama daripadanya mengugurkan wajibnya dan yang kedua dan yang ketiga menghasilkan sunat menigai. Maka kaifiat yang kedua inilah yang terutama. 2689. Sunat membubuh sedikit kapur barus pada air khalis pada mandi yang pertama dan yang kedua dan yang ketiga, tetapi mandi yang ketiga terlebih muakkad. Makruh meninggalkan kapur barus kerana ia menguatkan badan dan menolakkan segala binatang yang melata. Melainkan jika mayat itu berihram haji atau umrah, maka janganlah dibubuh padanya kapur barus. 2690. Sayugianya bahawa jangan dimandikan dia dengan air zam-zam kerana bersalah-salahan ulamak pada mengatakan najis mayat. Dan lagi sayugia hendaklah dijauhkan bejana air ketika itu supaya tidak kena percikkan air mandinya. Setelah selesai daripada memandikannya maka hendaklah dilembutkan pula segala perlipatan anggotanya, kemudian maka disapu dengan kain akan bekas air mandi pada badannya supaya tidak basah kapannya. 2691. Sunat membaca kemudian daripada wudhuk dan memandikannya “ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻥ ﻴ ﺍ ﹺﺒﻥ ﺍﻟ ﱠﺘﻭ ﻤ ﻪ ﻌ ﹾﻠ ﺠ ”ﺍatau dibacanya “ﻥ ﻴ ﺍ ﹺﺒﻥ ﺍﻟ ﱠﺘﻭ ﻤ ﻩ ﺎﻭِﺇﻴ ﻲﻌ ﹾﻠﻨ ﺠ ﺍﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠhingga akhirnya. 2692. Makruh mengerat kuku mayat dan mencukur atau menggunting471 atau mencabut rambutnya atau bulu tubuhnya, sekalipun ia daripada apa yang biasa dihilangkan pada ketika hidupnya, kerana segala suku anggota mayat itu dihormati, tidak dicarikkan kehormatannya dengan yang demikian itu. Maka dari kerana inilah tidak harus menyunatkan mayat yang kulup. Tetapi jika ada pada rambutnya itu umbama getah yang menegah sampai air kepohon rambutnya maka wajib menghilangkannya. 2693. Kalau keluar najis selepas daripada dia dimandikan dan sebelum daripada dikapankan maka tidak wajib mengulang mandinya, hanya wajib menghilangkan najis jua, sekalipun keluar najis daripada farajnya, kerana gugur fardhu mandi dengan mandi yang dahulu jua. 2694. Syahadan. Yang terutama memandikan mayat lelaki adalah sama lelaki jua. Maka didulukan lelaki daripada perempuan, sekalipun perempuan itu isteri si mayat. Lelaki yang terutama memandikannya adalah sesiapa yang terutama menjadi imam pada menyembahyangkannya, lagi akan datang kenyataannya, tetapi yang fakeh disini terutama daripada yang tua. Maka yang terutama kemudian daripada lelaki keluarganya adalah lelaki yang bukan keluarga472 kemudian isterinya atau bekas isterinya sekalipun dia sudah bernikah dengan lelaki lain. Kemudian maka segala perempuan yang tidak harus nikah dengannya. 2695. Yang terutama memandikan mayat perempuan itu adalah sama-sama perempuan jua. Tetapi yang terutama memandikannya adalah yang mahramnya iaitu yang haram nikah dengannya jika ditakdirkan dia lelaki. Didulukan saudara perempuan bapa si mayat daripada saudara perempuan ibunya. Jika tidak diperoleh keluarga perempuan yang mahram maka yang tidak mahram, maka didulukan yang lebih hampir daripada yang jauh, kemudian maka perempuan yang memerdekakannya, kemudian segala perempuan yang mahram sebab susuan kemudian segala perempuan yang mahram sebab mentua atau menantu atau emak tiri atau anak tiri, kemudian maka segala perempuan yang halal nikah. Tidak makruh perempuan yang berhaid atau nifas memandikan mayat. 2696. Jika tidak diperoleh segala perempuan yang tersebut itu maka memandikannya suaminya, sekalipun dia sudah bernikah dengan saudara perempuan si mayat itu atau bernikah dengan empat orang perempuan yang selain daripadanya. Sunat suami membalut tangannya dengan kain supaya 471 472
. pada asal : ﻤﻐﻜﺘﻴﻎ . Asalnya : ﻫﺎﻟﺕ.
terpelihara daripada menyentuh badan mayat tatkala memandikannya. Jika tidak ada suami maka memandikannya keluarga lelakinya yang mahram, seperti tertib yang lagi akan datang pada menyembahyangkannya. 2697. Bermula, syarat orang yang didulukan pada memandikan mayat itu enam perkara. Pertama hendaklah dia merdeka. Kedua: hendaklah dia Islam. Ketiga: dia bukan pembunuh mayat itu sekalipun dengan sebenar. Keempat : dia tidak berseteru dengannya. Kelima: dia bukannya kanak-kanak. Keenam : dia bukannya seorang fasik. 2698. Bermula, yang memandikan amah473 adalah tuannya jua, sekalipun amah itu mukatabah dan gundiknya yang sudah beranak dengannya, dengan syarat amah itu tidak bersuami dan masih didalam iddah atau didalam istibra’, dan tidak disyarikatkan iaitu yang bersekutu pada memilikinya antara mayat dan antara selainnya, dan dia bukannya muba’ad iaitu setengah tubuhnya merdeka dan setengahnya hamba. Maka jika amah itu seperti demikian itu nescaya tertegahlah tuannya memandikannya. Tidak harus amah memandikan tuannya yang lelaki kerana berpindah pemilikan atas dirinya kepada warith tuannya itu. 2699. Harus bagi tiap-tiap lelaki dan perempuan memandikan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang masih kecil sekira-kira belum sampai kepada had yang diingini. Demikian lagi harus tiap-tiap lelaki dan perempuan memandikan khunsa yang tidak mempunyai mahram, kerana ketiadaan yang lain lagi dhaif syahwat memandikan sebab matinya. 2700. Jika sukar memandikan mayat kerana ketiadaan air atau kerana reput mayat itu sekira-kira jika dimandikan dia nescaya hancur wajiblah ditayammumkan dia. Demikian lagi wajib ditayammumkan mayat perempuan yang tidak hadhir melainkan lelaki yang halal nikah sahaja, dan mayat lelaki yang tidak hadhir melainkan perempuan yang halal nikah sahaja, kerana haram menilik pada ketika itu kepada suatu daripada badan mayat. 2701. Bermula, sekurang-kurang kapan yang wajib yang ianya hak Allah taala adalah sehelai kain yang menutupi aurat. Maka aurat lelaki adalah barang yang antara pusat dan lututnya dan aurat perempuan sekalipun amah atau khunsa adalah sekelian tubuhnya selain daripada muka dan dua tapak tangannya zahir dan batin hingga pergelangan tangan. 2702. Hendaklah ada kapan itu tebal. Maka tidak memada yang jarang yang kelihatan warna kulit serta ada kain yang lain. Wajib bahawa kapan itu daripada apa yang harus dia memakainya pada ketika hidupnya. Maka harus mengkapankan perempuan dan kanak-kanak dan orang gila dengan sutera dan yang dicelup kesumba474 serta makruh. Bersalahan yang akil baligh dan yang khunsa, maka tidak dikapankan dia dengan kain sutera dan yang dicelup kesumba. 2703. Tidak memada dilumurkan mayat dengan lumpur jika ada yang lain, sekalipun rumput. Tidak harus mengkapankan dengan kain yang kena najis yang tidak dimaafkan serta ada kain yang suci yang lain daripada sutera. Adapun kain sutera yang suci dan seumpamanya maka didulukan kain yang kena najis diatasnya. Jika tidak diperoleh kain maka wajib dikapankan dia dengan umpama kulit seperti tikar. Jika tidak diperoleh maka dikapankan dia dengan rumput. Jika tidak diperoleh maka dilumurkan dia dengan lumpur. 2704. Adapun sekurang-kurang kapan yang wajib yang ianya hak bagi mayat maka iaitu sehelai yang menutup sekelian badannya melainkan kepala lelaki yang ihram dan muka perempuan yang ihram maka, wajib membukakannya. 473 474
. amah iaitu sahaya atau hamba perempuan. . pada asal “”ﺩﻜﺴﻤﺒﺎ, iaitu kumkuma.
Maka barang siapa mati meninggalkan harta maka warithnya mengkapankannya dengan sehelai kain yang menutup auratnya saja tidak sekelian badannya, dan dia tidak berwasiat dengan meninggalkan kapan yang lebih daripada yang menutup auratnya, nescaya lepaslah sekelian ummat daripada bebanan dosanya kerana sudah terbayar hak Allah taala, tetapi tinggal beban dosa atas warithnya yang meninggalkan hak mayat itu iaitu kapan yang menutup sekelian badannya. 2705. Adapun, jika dikapankan dia oleh warisnya dengan sehelai kain yang menutup sekelian badannya atau dengan kain yang menutup auratnya tetapi mayat itu telah berwasiat dengan meninggalkan kapan yang lebih daripada yang menutup auratnya, maka tidaklah berdosa warithnya. Maka dari kerana itulah harus seorang waris menegah kapan yang lebih daripada kadar yang menutup auratnya, seperti mayat berwasiat dengan kapan yang menutup auratnya sahaja. Tidak harus dia berwasiat dengan meninggalkan kapan yang menutup auratnya kerana yang demikian itu hak Allah taala. 2706. Jika ada hutang diatas mayat itu dan ada harta peninggalannya sekadar membayar hutangnya atau kurang, maka harus bagi tuan hutangnya menegah daripada mengkapankannya dengan lebih daripada selapis, sekalipun warithnya hendak mengkapankan dia lebih daripada selapis, dari kerana mayat lebih perlu kepada melepaskan hutangnya daripada perlu berkapan dengan yang lebih daripada selapis, kerana manfaat mengkapankan dia dengan selapis kembali kepada dirinya. Dari kerana inilah tidak harus bagi warithnya menegah daripada mengkapankannya dengan tiga lapis, kerana manfaat mengkapankan dengan tiga lapis dan kurang itu kembali kepada warith bukan kepada mayat, dan harus bagi warith menegah daripada mengkapankannya dengan lebih daripada tiga lapis, dan jikalau pada kapan perempuan sekalipun. 2707. Masaalah: Jika bersalah-salahan segala warith, sebahagian mereka hendak mengkapankan dengan tiga lapis dan sebahagiannya hendak mengkapankan dengan selapis dan sebahagiannya hendak mengkapankan dengan lima lapis umpamanya, atau sepakat mereka itu diatas selapis*, atau sebahagian daripada para warith itu kanak-kanak atau orang gila, maka hendaklah dikapankan dengan tiga lapis jua pada tiga masaalah ini. Harus bagi mereka itu melebihkan daripada tiga lapis melainkan jika ada sebahagian daripada para warith itu kanak-kanak atau orang gila, maka tidak harus bagi mereka itu melebihkannya. 2708. Masaalah: Jika bersalah-salahan segala warith dan tuan hutang mayat yang hutang itu menghabisi harta peninggalannya, kata tuan hutang itu : kapankan mayat ini dengan yang menutupi auratnya sahaja, dan kata segala waris : kapan dengan yang menutupi sekelian badannya, maka hendaklah dikapankan dia dengan yang menutupi sekelian badannya. 2709. Masaalah: jika seorang warith berkata: kapankan dia daripada harta ku, dan kata yang lain: kapankan dia daripada harta peninggalannya, maka hendaklah dikapankan dia daripada harta peninggalannya supaya terpelihara daripada mengungkitnya, melainkan jika ada diatas mayat itu hutang yang menghabisi hartanya atau adalah hartanya itu keji atau adalah hartanya sedikit serta banyak anak cucunya kanak-kanak. Maka hendaklah dikapankan dia dengan harta warith itu. 2710. Masaalah: jika seorang warithnya berkata: kapankan dia daripada harta wakaf atau daripada harta baitul mal, dan kata yang lainnya: kapankan dia daripada harta ku, hendaklah dikapankan dia daripada harta warith itu kerana menolakkan aib. Bersalahan jika seorang warith berkata : tanamkan dia pada tanah milik ku, dan kata yang lain: tanamkan dia pada tanah wakaf, maka hendaklah ditanam dia pada tanah wakaf kerana tidak ada aib disini.
2711. Syahadan. Sunat bagi lelaki tiga lapis kapan yang tiap-tiap lapis itu menutupi sekelian badannya, dari kerana nabi sawm adalah dikapankan dengan tiga lapis yang tidak ada dalamnya baju dan serban. Demikian lagi perempuan, dan jika dikapankan dia dengan tiga lapis maka yang terafdhal bahawa adalah ketigatiga lapisnya itu menutup sekelian badannya. 2712. Harus lagi tidak makruh mengkapankan lelaki dengan empat atau lima lapis kapan jika redha sekelian warithnya yang akil baligh. Jika dikapankan lelaki dengan lima lapis maka iaitu dengan menambahkan baju dan serban, tetapi yang demikian itu bersalahan dengan sunnah. 2713. Sunat bagi perempuan dan khunsa lima lapis kapan iaitu sarung475 yang menutup antara pusat dan lututnya, kemudian maka baju kurung yang menutupi badannya, kemudian maka telekung yang menutup kepalanya, kemudian maka dua lapis kain lepas476 yang menutupi sekelian badannya. Hukum kanak-kanak pada perintah kapannya adalah seperti hukum yang baligh jua. 2714. Bermula kapan yang putih itu afdhal daripada yang lainnya, dan yang sudah dibasuh itu afdhal daripada yang baru, dan kain benang itu afdhal daripada selainnya, kerana kapan nabi sawm adalah ia daripada benang jua, lagi adalah ia putih, maka yang demikian itu sunat. Makruh kapan yang mahal harganya jika tidak ada diatas mayat hutang yang menghabisi peninggalannya dan warithnya tidak mahjur477 dan tidak ghaib. Adapun jika ada atas mayat itu hutang yang mengahabisi peninggalannya atau warisnya mahjur atau ghaib maka haramlah mengkapankan dia dengan yang mahal harganya daripada harta peninggalannya. 2715. Sunat mengukup478 kapannya tiga kali, dan sunat bahawa adalah pengukup itu gaharu, selain daripada kapan mayat yang ihram. Kemudian maka dihamparkan selapis kapan yang terbaik lagi yang terlebar maka ditaburkan diatasnya hanut iaitu satu bagai daripada bau-bauan mayat yang bercampur dengan cendana dan kapur barus. Kemudian maka dihamparkan pula kapan yang kedua atas lapis yang pertama, kemudian maka ditaburkan hanut atasnya. Jika dikapankan mayat dengan lima lapis maka hendaklah ditaburkan hanut itu keatas tiap-tiap satu daripada lima lapis itu supaya tidak segera buruk mayat itu. 2716. Setelah itu maka dihantarkan mayat itu dengan perlahan-lahan keatas lapis yang ketiga dalam keadaan dia telentang. Maka dihantarkan kedua tangannya atas dadanya atau dihunjurkan keduanya pada lambungnya dan dilekapkan kapas yang sudah dibusarkan lagi yang dicampurkan dengan hanut dan kapur barus pada segala lubang-lubang anggota mayat, iaitu dua matanya dan dua telinganya dan hidungnya dan mulutnya dan duburnya. Tetapi makruh memasukkan kapas kedalam duburnya melainkan kerana illat yang ditakuti akan keluar sesuatu dengan sebabnya. 2717. Demikian lagi dilekapkan kapas pada mata luka yang tembus kepada rongganya jika ada, dan pada sekelian anggota sujudnya iaitu dahinya dan hidungnya dan dua lututnya dan dua tapak tangannya dan perut jari dua kakinya, kerana memuliakan segala tempat sujudnya. Diikat kedua pohon pehanya dengan kain kemudian daripada melekapkan kapas pada halaqah duburnya, maka dibalut kapas dengan kain yang dibelah dua kedua hujungnya maka dicawatkan dia seperti kelakuan cawat pada perempuan istihadhah. Hendaklah diteguhkan ikatannya supaya ia menegah daripada keluar sesuatu. 475
. pada asal : ﻨﺎﻓﺔ. . iaitu yang membaluti tubuh. Iaitu kain bedong. Pada asal : ﻓﻤﺎﺒﺱ. 477 . orang yang disekat pengurusan hartanya. 476
478
. iaitu mengasapkannya.
2718. Kemudian maka dilipat sebelah lapisan kiri kapan yang bertemu dengan mayat kepada pihak kanannya dan sebelah lapisan kanannya itu kekiri. Demikianlah dikerjakan pada lapis yang kedua dan yang ketiga. Dan dihimpunkan479 (dipunjut) kedua hujung kapannya yang pada pihak kepala dan kakinya maka diikat kapan-kapannya supaya jangan terbuka ketika menanggungnya hingga sampai kedalam kubur, maka diuraikan ikatannya dari kerana makruh bahawa ada sertanya didalam ubur itu suatu yang terikat dan tersimpul. 2719. Syahadan. Tempat belanja kapan dan lainnya adalah harta peninggalan mayat yang tidak bergantung pada dirinya apa-apa hak yang lazim, melainkan jika mayat itu seorang isteri yang tidak derhaka kepada suaminya lagi bukannya kanak-kanak, atau adalah dia khadam bagi isteri, maka belanja kapannya dan barang sebagainya wajib atas suaminya yang kaya, sekalipun isterinya itu kaya atau berada didalam iddah talak raji’e. Seperti hukum isteri adalah perempuan yang sudah tertalak dengan talak bain jika dia bunting. 2720. Jika mayat tidak mempunyai harta peninggalan dan tidak mempunyai suami yang kaya maka belanja kapannya dan barang sebagainya wajib atas sesiapa yang wajib menafkahkan dia pada ketika hidupnya, daripada kerabatnya atau tuannya, samaada mayat itu bapanya atau neneknya atau anak cucunya yang kecil atau besar, dan samaada mayat itu amahnya yang menjadi gundik yang beranak dengan tuannya atau hambanya yang mukatab atau lainnya. Jika mayat itu tidak mempunyai orang yang wajib memberi nafkah kepadanya maka belanja kapannya dan barang sebagainya wajib diatas baitulmal. Jika tidak diperolehi baitulmal atau ada tetapi sukar mengambilnya kerana zalim raja yang memerintahnya maka belanja kapannya dan barang sebagainya wajib atas mereka yang kaya daripada segala orang Islam. 2721. Maka diketahui daripada yang tersebut itu bahawa wajib atas bapa mengkapankan mayat anak yang besar, dan atas tuan hamba mengkapankan hambanya yang mukatab sekalipun tidak wajib nafkah mayat itu atas keduanya pada ketika hidupnya, kerana anaknya yang besar menjadi lemah sebab matinya dan hamba yang mukatab batal kitabahnya sebab matinya. Demikian lagi tidak wajib atas anak mengkapankan isteri bapanya sekalipun wajib nafkahnya atas anak itu tatkala hidupnya. 2722. Syahadan, barang siapa wajib atasnya mengkapankan orang lain maka tidak wajib diatasnya melainkan selapis kapan yang menutup sekelian badannya jua. Haram melebihkan atas selapis kapan jika ada kapan itu daripada harta baitulmal atau daripada harta yang diwakafkan sebagai kapan. 2723. Masaalah, tidak sayugia seorang menyediakan kapan dirinya melainkan jika kapan itu nyata halalnya atau sedikit syubhahnya atau adalah ia bekas tubuh orang yang soleh, maka ia adalah yang terbaik. Maka jika si mayat telah berkata kepada warithnya pada ketika hidupnya : hendaklah kamu kapankan aku dengan kain yang aku sediakan sebagi kapan ku, adakah wajib mengkapankan dia dengan kain itu atau tidak? Bersalah-salahan ulamak pada yang demikan itu maka yang dimuktamadkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan selainnya : wajib mengkapankan dia dengan kain yang ditentukannya itu, adalah sebanding masaalah jikalau dia berkata: hendaklah kamu bayarkan hutang ku daripada harta ku ini, maka iaitu wajib membayarnya dengan harta yang ditentukan itu. 2724. Jika terbongkar kubur maka kelihatanlah mayat dengan tidak ada kapan kerana kapannya dicuri orang atau sudah buruk nescaya wajib pula mengkapankan dia, samaada ia dikapankan dengan harta peninggalannya atau 479
. iaitu dipunjut.
dengan harta mereka yang wajib memberi nafkah kepadanya pada ketika hidupnya atau dengan harta baitulmal, dan samada harta peninggalannya belum dibahagi-bahagikan atau sudah dibahagi-bahagikan kepada segala warithnya. Inilah yang muktamad. Kata Mawardi : jika sudah dibahagi-bahagikan harta peninggalannya kemudian maka dicuri kapannya tidak wajib atas warith mengkapankannya, hanya sunat jua. 2725. Ketahui oleh mu bahawasanya menanggung jenazah adalah daripada pekerjaan lelaki jua, dan tidak ada kehinaan pada menanggungnya hanya ada padanya kemuliaan dan kebajikan jua. Haram menanggungnya dengan laku yang menghinakan seperti menanggungnya didalam karung atau didalam kelai480 dan dengan kelakuan yang dibimbangkan gugur mayat itu kerananya. 2726. Bermula menanggung jenazah dengan pengusung yang tiga persegi terafdhal daripada menanggungnya dengan pengusung yang empat persegi. Maka pengusung yang tiga persegi itu inilah rupanya . Maka hujung dua kayu pengusung pada pihak yang sempit itu didulukan pada berjalan, dan hujung dua kayu pada pihak yang luas itu dikemudiankan. Maka hendaklah menanggungnya tiga orang lelaki, seorang menanggung dua kayu yang dihadapan, maka dia masukkan kepalanya antara dua kayu itu serta diletakkan keduanya diatas kedua bahunya, dan yang dua orang lagi menanggung dua kayu yang belakang. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: janganlah menanggung dua kayu yang dibelakang itu oleh seorang lelaki, dari kerana jika dia masuk diantara dua kayu itu tatkala menanggungnya nescaya dia tidaklah nampak jalan dan jika diangkatnya pengusung itu keatas kepalanya supaya nampak jalan mescaya keluarlah dia daripada menanggung diantara dua kayu dan lagi yang demikian itu membawa kepada tertonggeng481 kepala mayat. Kata sayyid Umar dengan mengambil kata syeikh Ibnu Hajar : sunat pada mengusung mayat bahawa adalah kepalanya itu didulukan kepada pihak jalan samaada pihak jalan itu berbetulan dengan kiblat atau tidak. 2727. Jika lemah orang yang menanggung hadapan jenazah maka hendaklah ditambahkan dua orang lelaki, seorang menanggung kayu yang kanan dan seorang menanggung yang kirinya. Maka jadilah jumlah yang menanggungnya dengan tiga orang yang dahulu itu lima orang. Maka jika lemah jua mereka itu maka tujuh orang atau sembilan orang, sekira-kira hajat. Sunat hendaklah mereka itu kasal482. 2728. Tanggungan yang empat persegi inilah rupanya . Maka hendaklah yang menanggungnya empat orang, tiap-tiap seorang satu segi. Jika lemah mereka itu dari menanggungnya maka enam orang atau lapan orang atau lebih dengan genap, sekira-kira hajat. Makruh menanggung jenazah seorang diri atau dua orang melainkan jika ada mayat itu kanak-kanak. 2729. Bermula, menggunakan kedua-dua cara tanggungan, seperti terkadang ditanggung jenazah dengan tiga persegi dan terkadang dengan empat persegi afdhal daripada menanggungnya dengan salah satu daripada keduanya. 2730. Sunat pada pengusung perempuan dan khunsa berbertutup diatasnya seperti kurungan supaya terlindung sekelian badan mayatnya. Haram menutup jenazah dengan kain sutera atau benang emas sekalipun jenazah perempuan. 2731. Sunat bagi orang yang kuasa mengiringi jenazah itu dengan berjalan, dan makruh bagi yang tidak ada uzur mengiringi jenazah berkenderaan tatkala perginya dan tidak makruh tatkala kembalinya. Sunat berjalan itu dihadapan 480
. “”ﻜﻼﻱ. Dikatakan pada tafsirnya : didalam kelakuan yang ditakuti mayat itu akan patah. Wallahu a’lam . ﺘﺭﺴﻭﻏﻜﻴﻎ, dengan dua nga. 482 . kasal atau gasal iaitu ganjil. 481
jenazah, dan sunat berjalan itu hampir dengan jenazah sekira-kira jika dia berpaling kelihatanlah jenazah itu. Sunat membawa jenazah dengan segera antara berjalan dan berlari, jika tidak memudharatkan mayat itu. 2732. Sunat muakkad mengiringi jenazah bagi lelaki jua dan makruh ia bagi perempuan, dan terkadang haram jika beserta dengan meratap483 dan bercampur dengan lelaki yang halal nikah dan barang sebagainya. 2733. Makruh hingar bangar disisi jenazah tatkala berjalan, sekalipun dengan zikrullah dan bacaan Quran484 dan barang sebagainya. Hanya sunat diam ketika itu kerana bimbang dengan sebab memikirkan mati dan fana’ dunia ini. Janganlah dilakukan perbuatan orang awam yang jahil yang menyaringkan suara dengan berkata-kata dan zikir pada ketika mengiringi jenazah. 2734. Makruh mengiringi jenazah dengan api sekalipun api pedupaan atau lainnya melainkan pada malam yang kelam maka tidak makruh membawa api pelita atau lilin atau barang sebagainya, istimewa pula tatkala memasukkan dia kedalam kubur, maka iaitu sangat berkehendak kepada suluhan supaya dapat mengerjakan segala perkara yang disuruh pada menanamnya. 2735. Fasal pada menyatakan rukun sembahyang mayat dan apa yang berkaitan dengannya. Bermula, segala rukun sembahyang mayat itu tujuh perkara. Pertama : niat, seperti sembahyang yang lain. Maka wajib menyertakan niat dengan takbir yang pertama, dan wajib meniatkan fardhu, sekalipun tidak disebutkan fardhu kifayah memadalah ia. Wajib atas makmum niat mengikut imam dan tidak wajib menentukan mayat yang hadhir atau yang ghaib dengan namanya atau barang sebagainya. Maka jika ditentukan mayat, seperti dia niatkan : aku sembahyang atas si Zaid atau atas orang tua atau lelaki, dan tidak dia isyaratkan dengan dengan katanya : si Zaid ini, atau : lelaki ini, atau: orang tua ini, kemudian nyata tersalah, seperti diketahui keadaan mayat yang disembahyangkannya itu adalah Umar atau kanak-kanak atau perempuan, nescaya tidaklah sah sembahyangnya, melainkan jika ditambahi isyarat bagi yang tersebut itu. 2736. Tidak wajib mengenalinya hanya memadai membezakannya dengan sekurang-kurang beza seperti diniatkannya: aku sembahyang atas mayat ini, atau : aku sembahyang atas mayat yang disembahyangkan oleh imam. 2737. Sunat menyebutkan lafaz niat dengan lidah dan menyebutkan bilangan takbir dan menyebutkan Allah taala seperti dikatakan “ ﺕ ﺍﻴﺭ ﹶﺘ ﹾﻜ ﹺﺒﻊﺭﺒ ﺕ َﺃ ﻴ ﻤ ﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟ ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺼﱢﻠ ُﺃ ﻌﹶﺎﻟﹶﻰ ﻪ ﹶﺘ ﺎ ِﻟﱠﻠﺭﻀ ” ﹶﻓ, artinya: sahaja aku sembahyang atas mayat ini empat takbir fardhu kerana Allah taala, atau dikatanya “ﻡ ﺎﻹﻤ ِ ﺍﻴﻪ ﹶﻠﺼﻠﱠﻰ ﻋ ﻥ ﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﻲ ﺼﱢﻠ ” ُﺃ, artinya: aku sembahyang atas mayat yang disembahyangkan oleh imam empat takbir fardhu kerana Allah taala. Jika hadhir banyak mayat maka hendaklah diniatkan : aku sembahyang atas mereka itu, dan tidak wajib tahu bilangan mereka itu. 2738. Rukun kedua: qiam artinya berdiri, bagi yang kuasa berdiri, seperti sembahyang fardhu lima waktu. 2739. Rukun ketiga: takbir empat kali dengan takbir ihram. Maka jika seorang takbir lebih daripada empat kali dengan sengaja tidaklah batal sembahyangnya, tetapi jika imam takbir lebih daripada empat kali tidak sunat makmum mengikutnya pada yang lebih itu, hanya hendaklah dia memberi salam dahulu daripada imamnya atau menanti imamnya untuk dia memberi salam serta imamnya itu, yang mana ianya yang terafdhal. 2740. Rukun yang keempat: membaca fatihah kemudian daripada takbir pertama atau kemudian daripada takbir kedua atau ketiga atau keempat. Maka nyatalah 483 484
. ﻤﻴﺎﻭﻕ, dengan huruf nya . . pada asal “ ﺍﻥ2 ” ﺩﺍﻥ ﺒﺠﺄﻥ ﻗﺭﺁﻥ ﺩﺍﻥ ﺒﺎﻭ. Dikatakan makruh membawa bau-bauan.
daripada demikian itu bahawa harus mensunyikan takbir pertama daripada fatihah dan harus menghimpunkan fatihah serta selawat atas nabi pada takbir kedua atau serta doa bagi mayat pada takbir ketiga. Tidak ada tertib antara fatihah dan selawat atau antara fatihah dan doa bagi mayat itu. Sunat membaca “ﻭﺫﹸ ﻋ ” َﺃdahulu daripada fatihah dan sunat meninggalkan membaca “ ﺕ ﻬ ﹸ ﻭﺠ ” dan surah, dan meninggalkan nyaring pada bacaan sekalipun pada malam. 2741. Rukun kelima : membaca selawat atas nabi sawm kemudian daripada takbir yang kedua. Maka tidak memadai selawat itu kemudian daripada takbir yang lain daripada yang kedua. Sekurang-kurang selawat itu “ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﹶﻠﻰل ﻋ ﺼﱢ ﻬﻡ ” ﺍﹶﻟﻠﱠ dan yang sempurnanya seperti didalam tahiyyat. Sunat selawat atas keluarga nabi dan sunat membaca doa bagi mukmin lelaki dan perempuan. Demikian bunyinya “ﺕ ﻤﻨﹶﺎ ﻤ ْﺅ ﺍ ﹾﻟﻥ ﻭ ﻴ ﻨ ﻤ ﻤ ْﺅ ﺭ ِﻟ ﹾﻠ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ” ﺍﹶﻟﻠﱠ. Sunat membaca “ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ” ﹶﺍ ﹾﻟdahulu daripada membaca selawat atas nabi sawm. 2742. Rukun keenam: membaca doa bagi mayat dengan menentukannya kemudian daripada takbir ketiga. Maka tidak memadai membaca doa itu kemudian daripada takbir yang lain daripada yang ketiga, iaitu seperti “ﻪ ﺭ ﹶﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ” ﺍﹶﻟﻠﱠ atau “ﻪ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍﻬﻡ ” ﺍﹶﻟﻠﱠatau barang sebagainya. Sunat dibaca kemudian daripada takbir yang ketiga itu “ ﻪ ﻴ ﹶﺘ ﻴ ﺤ ﻭ ﻭﻏﹶﺎ ِﺌ ﹺﺒﻨﹶﺎ ﺩﻨﹶﺎ ﻫ ﻭﺸﹶﺎ ﺘﻨﹶﺎ ﻴ ﻤ ﻭ ﻴﻨﹶﺎ ﺤ ﺭ ِﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ ﻥ َﺃ ﻤ ﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ.ﻭُﺃ ﹾﻨﺜﹶﺎﻨﹶﺎ ﻭ ﹶﺫ ﹶﻜ ﹺﺭﻨﹶﺎ ﻴ ﹺﺭﻨﹶﺎ ﻭ ﹶﻜ ﹺﺒ ﻴ ﹺﺭﻨﹶﺎ ﻐ ﺼ ﻩ ﺩ ﻌ ﺒ ﻀﱡﻠﻨﹶﺎ ﻻ ﹸﺘ ﹶﻩ ﻭ ﺭ ﺠ ﻤﻨﹶﺎ َﺃ ﺤ ﹺﺭ ﻻ ﹶﺘ ﹶﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ.ﻥ ﺎ ﹺﻴﻤ ﻹ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﱢﻓﻪﻤﻨﱠﺎ ﹶﻓ ﹶﺘﻭ ﻪ ﻴ ﹶﺘ ﱠﻓﻥ ﹶﺘﻭ ﻤ ﻭ ﻼﻡﹺ ﺴﹶ ِﻋﻠﹶﻰ ﺍﻹ ﻪﺤﻴ ﻤﻨﱠﺎ ﹶﻓَﺄ ”. 2743. Sunat dibaca serta doa ini pada kanak-kanak yang ada baginya ibu dan bapa yang Islam: “ ،ﺎﻬﻤ ﻴ ﹶﻨ ﺍﺯﹺﻤﻭ ﻪ ل ﹺﺒ ْ ﻭ ﹼﺜ ﱢﻘ ،ﺎﻴﻌ ﺸﻔ ﹶﺍ ﻭﺎﺭﺘﺒ ﻋ ﺍﻅﺔﹰ ﻭ ﹶﻋﺍ ﻭﺨﺭ ﻭ ﹸﺫ ﹾ ﺴﹶﻠﻔﹰﺎ ﻭ ﻴﻪ ﻭﻷﺒ َ ِ ﺭﻁﹰﺎ ﻪ ﹶﻓ ﻌ ﹾﻠ ﺠ ﺍﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ ﻩ ﺭ ﺠ ﺎ َﺃﻬﻤ ﻤ ﺤ ﹺﺭ ﻻ ﹶﺘ ﹶﻩ ﻭ ﺩ ﻌ ﺒ ﺎﻬﻤ ﺘ ﹾﻨ ﻻ ﹶﺘ ﹾﻔ ﹶ ﻭ،ﺎﻭ ﹺﺒ ﹺﻬﻤ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻗﹸﻠ ﺭ ﺒ ﺼ ﻍ ﺍﻟ ﺍ ﹾﻓ ﹺﺭ ﹺ”ﻭ. 2744. Kemudian sunat dibaca pada yang baligh “ ﺡ ﻭ ﹺ ﺭ ﻥ ﻤ ﺝﺨﺭ ﻙ ﹶ ﻴ ﺩ ﺒ ﻋ ﻥ ﺒ ﺍﻙ ﻭ ﺩ ﺒ ﻋ ﻫﺫﹶﺍ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻙ ﺩ ﺒ ﻋ ﺍﻤﺩ ﺤ ﻤ ﻥ ﻭَﺃ ﺕ ﻻ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺩ ﺃَﻥ ﱠ ﻬ ﺸ ﻴ ﹾ ﻥ ﻜﹶﺎ،ﻴﻪ ﻗ ﻻ ﻭ ﹶ ﻫ ﺎﻭﻤ ﺒ ﹺﺭ ﺔ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻤ ﻅ ﹾﻠ ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﹸﻴﻬ ﻓ ﻩ ُﺎﺅﺤﺒ ﻭَﺃ ﻪ ﺒ ﻭ ﺒ ﺤ ﻤ ﻭ ﺎﺘﻬ ﻌ ﺴ ﻭ ﺎﺩ ﹾﻨﻴ ﺍﻟ .ﻪ ﻋﺫﹶﺍ ﹺﺒ ﻥ ﻋ ﻲ ﻨ ﻏ ﺕ ﹶ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻙ ﻭ ﺘ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍ ِﺇﻟﹶﻰﻴﺭ ﻘ ﹶﻓﺢﺼﺒ َﺃ ﻭ،ل ﹺﺒﻪ ٍ ﻭ ﺯ ﻤ ﹾﻨ ﺭ ﻴ ﺨ ﺕ ﹶ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻙ ﻭ ل ﹺﺒ َ ﻪ ﹶﻨﺯ ِﺇﻨﱠﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ.ﻪ ﻡ ﹺﺒ ﻋﹶﻠ ﺕ َﺃ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻙ ﻭ ﻭﹸﻟ ﺴ ﺭ ﻭ ﻙ ﺘ ﻤ ﺤ ﺭ ﹺﺒﹶﻟ ﱢﻘﻪ ﻭ،ﻋ ﹾﻨﻪ ﺯ ﻭ ﺎﻴﺌًﺎ ﹶﻓ ﹶﺘﺠ ﺴ ﻤ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻭِﺇ ﻪ ﻨ ﺎﺤﺴ ﻲ ِﺇﺩ ﻓ ﺴﻨﹰﺎ ﹶﻓ ﹺﺯ ﺤ ﻤ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ِﺇ،ﺀ ﹶﻟﻪ ﺎﺸ ﹶﻔﻌ ﹸﻴﻙ ﻥ ﺇِﹶﻟ ﻴ ﻏ ﹺﺒ ﺍﻙ ﺭ ﺠ ْﺌﻨﹶﺎ ﺩ ﹺ ﻭ ﹶﻗ ﺤﺘﱠﻰ ﻙ ﻋﺫﹶﺍ ﹺﺒ ﻥ ﻤ ﻤﻥ ﻷ َﻙﺍ ﺘ ﻤ ﺤ ﺭ ﹺﺒﹶﻟ ﱢﻘﻪﻪ ﻭ ﻴ ﺒ ﺠ ﹾﻨ ﻥ ﻋ ﺭﺽ ﻷ َﻑﺍ ﺎﻭﺠ ﺒﺭﹺﻩ ﻲ ﹶﻗﻪ ﻓ ﺢ ﹶﻟ ﺴ ﺍ ﹾﻓ ﻭ،ﺫﹶﺍ ﹺﺒﻪﻋﺒ ﹺﺭ ﻭ ﹾﺘ ﹶﻨ ﹶﺔ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﻪ ﻓ ﻗ ﻭ ﻙ ﺎﹺﺭﻀ ﻥ ﻴ ﻤ ﺤ ﺍ ﺍﻟﺭﻡﺭﺤ ﺎ َﺃ ﻴ،ﺘﻙ ﺠ ﱠﻨ ﻪ ِﺇﻟﹶﻰ ﻌﺜﹸ ﺒ ” ﹶﺘ. Inilah jika mayat itu lelaki. 2745. Adapun jika mayat itu perempuan maka dibaca “ ﺕ ﹾﺠﺨﺭ ﻙ ﹶ ﻴ ﺩ ﺒ ﻋ ﺕ ﻭ ﹺﺒ ﹾﻨ ﹸ ﹸﺘﻙﻫﺫﹶﺍ َﺃﻤ ﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ ﺎﺘﻬ ﻌ ﺴ ﻭ ﺎﺩ ﹾﻨﻴ ﺡ ﺍﻟ ﻭ ﹺ ﺭ ﻥ ﻤ ” hingga akhirnya, serta dita’nithkan segala dhomirnya atau dibaca dengan tazkir seperti yang telah tersebut dahulu itu tetapi dikehendaki bahawa yang didoakan yang menjadi tempat kembali segala dhomir itu adalah mayat, dari kerana ‘mayat’ itu patut bagi lelaki dan perempuan. 2746. Sunat menambahi “ ﻪ ﺴ ﹾﻠ ﻏ ﺍ ﹾﻪ ﻭ ﺨﹶﻠ ﺩ ﹶ ﻊ ﻤ ﺴ ﻭ ﻭ ﻪ ﺯﹶﻟ ﻡ ﻨﹸ ﻭَﺃ ﹾﻜ ﹺﺭ ﻪ ﻋ ﹾﻨ ﻑ ﻋ ﹸ ﺍﻪ ﻭ ﻓ ﺎﻭﻋ ﻪ ﻤ ﺤ ﺭ ﺍﻪ ﻭ ﺭ ﹶﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﹼ ﻪﻫﻠ ﻥ َﺃ ﻤ ﻫﻼﹰ َﺃﻩ ﻭ ﺍ ﹺﺭﻥ ﺩ ﻤ ﺍﻴﺭ ﺨ ﺍ ﹶﺍﺭﻪ ﺩ ﺩ ﹾﻟ ﺒ ﻭَﺃ ﺩ ﹶﻨﺱﹺ ﻥ ﺍﻟ ﻤ ﺽ ﻴ ﺒ ﻷ َﺏﺍ ﻭ ﻴ ﹶﻨﻘﱠﻰ ﺍﻟﺜﱠ ﺎﺎ ﹶﻜﻤﺨﻁﹶﺎﻴ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﹶ ﻤ ﹶﻨ ﱢﻘﻪﺩ ﻭ ﺭ ﺒ ﺍ ﹾﻟﺞ ﻭ ﺍﻟ ﹼﺜ ﹾﻠ ﹺﺀ ﻭ ﺎﺒﹺﺎ ﹾﻟﻤ ﺏ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻋﺫﹶﺍ ﹺ ﻥ ﻤ ﻭ ﻪ ﺘ ﻨ ﻓ ﹾﺘ ﻭ ﺒ ﹺﺭ ﺏ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻋﺫﹶﺍ ﹺ ﻥ ﻤ ﻩ ﹾﺫَﺃﻋ ﱠﻨ ﹶﺔ ﻭﻪ ﺍ ﹾﻟﺠ ﺨ ﹾﻠ ﺩ ﻭَﺃ ﻪ ﺠ ﻭ ﹺ ﺯ ﻥ ﻤ ﺍﻴﺭ ﺨ ﺎ ﹶﻭﺠ ﺯ ﻭ ”. Setelah itu maka fardhu takbir yang keempat, kemudian maka sunat membaca “ ﻻ ﹶﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ ﹶﻩ ﻭ ﺭ ﺠ ﻤﻨﹶﺎ َﺃ ﺤ ﹺﺭ ﻻ ﹶﺘ ﻪ ﻭﹶﻟ ﺭ ﹶﻟﻨﹶﺎ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻩ ﻭ ﺩ ﻌ ﺒ ﺘﻨﱠﺎ ” ﹶﺘ ﹾﻔ. Setelah itu maka memberi salam. 2747. Rukun yang ketujuh : salam seperti sembahyang lima waktu. Wajib keadaan salam itu kemudian daripada takbir yang keempat. 2748. Sunat melanjutkan doa kemudian daripada takbir yang keempat itu seperti doa selepas daripada takbir yang ketiga itu atau lebih lanjut daripadanya. Sunat mengangkat kedua tangan pada tiap-tiap empat takbir itu dan menghantarkannya antara tiap-tiap dua takbir kebawah dadanya. Sunat memperlahankan segala bacaannya. Sunat membaca “ِﻭﺫﹸ ﺒﹺﺎﷲ ﻋ ”َﺃdahulu daripada fatihah, dan tidak sunat membaca “ ﺕ ﻬ ﹸ ﻭﺠ ”. 2749. Syahadan, jikalau makmum terkemudian daripada imamnya dengan satu takbir hingga masuk imamnya pada takbir yang lain batallah sembahyangnya jika tidak dengan uzur, dari kerana mengikut imam pada sembahyang mayat itu tidak jelas melainkan pada takbir-takbir jua. Maka jika dia terkemudian dengan uzur
seperti lupa tidaklah batal sembahyangnya. Jika terdahulu makmum atas imamnya dengan satu takbir tidak batal sembahyangnya. 2750. Adapun makmum yang masbuk maka hendaklah dia membaca fatihah kemudian daripada takbir ihramnya dan sekalipun imamnya didalam takbir yang lain. Maka jika imamnya takbir sebelum daripada dia selesai membaca fatihahnya maka hendaklah dia mengikut imamnya pada takbir dan gugurlah fatihah daripadanya, tetapi hendaklah dibawanya kemudian daripada salam imamnya akan yang tinggal daripada takbirnya dan membaca bacaannya. Sunat bahawa jangan diangkatkan jenazah hingga selesai makmum masbuk daripada sembahyangnya, tetapi tidak mengapa mengangkatnya sebelum daripada selesai sembahyangnya. 2751. Sunat bahawa imam atau munfarid berdiri berbetulan kepala mayat jika mayat itu lelaki dan berbetulan pinggangnya jika ada mayat itu perempuan dan khunsa. Adapun makmum maka berdiri dengan barang yang mudah baginya. Sunat menyembahyangkannya didalam masjid dan sunat menjadikan makmum tiga saf atau lebih kerana tersebut didalam hadith Muslim tidak ada daripada orang Islam yang mati maka disembahyang dia dengan tiga saf melainkan diampunkan dia oleh Allah. 2752. Bermula syarat sembahyang mayat itu seperti segala syarat sembahyang yang lain juga. Tidak disyaratkan berjamaah. Gugur fardhu sembahyangnya dengan dikerjakan oleh seorang lelaki, sekalipun dia kanak-kanak mumayyiz serta ada disana lelaki yang baligh. Tidak gugur ia dengan dikerjakan oleh seorang perempuan dan khunsa485 jika ada disana lelaki yang baligh atau kanakkanak lelaki yang mahu menyembahyangkannya. Adapun jika ada disana kanakkanak yang mumayyiz tetapi enggan menyembahyangkannya maka gugur fardhunya dengan dikerjakan oleh perempuan. 2753. Dan lagi disyaratkan pula hendaklah ada sembahyang mayat itu kemudian daripada dia dimandikan atau ditayammumkan. Maka jika sukar mandi dan tayammum tidaklah disembahyangkan dia. Demikian lagi disyaratkan pula pada menyembahyangkan mayat yang hadhir bahawa jangan dia membelakanginya sekalipun pada kubur, dan jangan jauh antara mayat dan orang yang menyembahyangkannya itu lebih daripada tiga ratus hasta melainkan jika keduaduanya berada didalam masjid. Tidak disyaratkan sembahyang itu kemudian daripada mengkapankan dia, tetapi makruh sebelum daripadanya. 2754. Wajib mendulukan sembahyang mayat atas menanamnya. Maka jika dia ditanam dahulu daripada disembahyangkan berdosalah sekelian mereka yang tahukannya, tetapi gugur fardhunya dengan disembahyangkan dia diatas kuburnya. Sah sembahyang mayat diatas kuburnya, yang lain daripada nabi. 2755. Sah sembahyang atas mayat yang ghaib daripada tempat sembahyang dan jikalau kurang daripada masafah qasar sekalipun. Tidak disyaratkan keadaan mayat itu pada pihak kiblat, bahkan harus bagi orang yang menyembahyangkan mayat itu membelakanginya. 2756. Walaubagaimanapun tidak sah menyembahyangkan mayat yang sudah dikuburkan dan mayat yang ghaib daripada tempat sembahyang itu melainkan oleh orang yang adalah dia dari kalangan mereka yang farhdhu diatasnya menyembahyangkan mayat itu pada waktu matinya seperti adalah dia akil baligh lagi Islam lagi suci daripada haid dan nifas pada waktu mayat itu mati. Adapun orang yang kafir atau berhaid pada waktu matinya sekalipun Islam atau suci kemudian daripada matinya, tertegahlah dia menyembahyangkannya.
485
. pada asal : “”ﺒﻨﺠﺭ.
2757. Demikian lagi orang gila yang sembuh daripada gilanya atau kanak-kanak yang baligh kemudian daripada mati mayat itu dan dahulu daripada memandikannya. Maka iaitu tertegah dia menyembahyangkannya. Adapun nabi kita dan segala nabi yang lain maka tidak disembahyang mereka itu diatas kubur mereka kerana ditegah yang demikian itu. 2758. Masaalah: jikalau imam berniat menyembahyangkan mayat yang ghaib dan makmum berniat menyembahyangkan mayat yang hadhir atau ‘akasnya maka iaitu harus jua. 2759. Syahadan. Yang terutama menjadi imam sembahyang mayat adalah sekelian ‘asabahnya kerana mereka itu lebih hampir dan lebih syafaqah486, maka adalah doa mereka itu lebih hampir kepada diperkenankan. Didahulukan daripada mereka itu yang paling hampir seperti bapa kemudian maka datuk hingga terkeatas, kemudian maka anak lelaki, kemudian maka cucu lelaki hingga terkebawah, kemudian maka saudara lelaki seibu sebapa kemudian maka saudara lelaki sebapa, kemudian anak saudara lelaki seibu sebapa kemudian anak saudara lelaki sebapa, kemudian mamak487 seibu sebapa kemudian mamak yang sebapa, kemudian anak mamak yang seibu sebapa kemudian anak mamak yang sebapa, kemudian maka zawil arham. Maka didulukan daripada mereka itu akan yang hampir iaitu bapa ibu kemudian cucu lelaki daripada anak perempuan kemudian saudara seibu sekalipun dia adalah warith, kemudian saudara lelaki ibu kemudian saudara bapa yang seibu. 2760. Tidak ada hak jadi imam bagi sultan yang jadi imam. Demikian lagi tidak ada hak bagi suami atau tuan hamba jika diperoleh seorang daripada keluarga mayat. Jika tidak diperoleh keluarganya maka didulukan dia daripada orang yang yang halal nikah. Tidak ada hak bagi perempuan jika ada lelaki. Jika tidak ada lelaki maka didulukan seorang perempuan dengan tertib lelaki yang telah tersebut itu. Tidak ada hak bagi yang membunuh dan seteru dan kanak-kanak. 2761. Jika bersamaan dua orang pada pangkat seperti dua anak lelaki atau dua saudara lelaki atau dua anak lelaki bagi mamak maka didahulukan yang tertua pada Islam lagi adil daripada yang lebih fakeh. Bersalahan dengan imam sembahyang lima waktu kerana maksud pada sembahyang mayat itu adalah doa, dan doa orang yang tua pada Islam lebih hampir kepada perkenan. Didahulukan yang merdeka yang jauh atas hamba yang hampir, sekalipun dia lebih fakeh dan lebih tua pada Islam. Didulukan hamba yang baligh atas kanak-kanak yang merdeka, dan didahulukan hamba yang mana dia kerabat atas yang merdeka yang mana dia orang yang halal. Maka jika bersamaan mereka itu pada sekelian yang telah tersebut itu dan pada selainnya seperti bersih kainnya dan badannya dan berbantah-bantah mereka itu pada hendaki menjadi imam hendaklah didahulukan seorang dengan undi. 2762. Jika mayat berwasiat pada menyembahyangkannya bagi selain daripada mereka yang didulukan itu nescaya batallah wasiatnya, sekalipun dia seorang yang soleh kerana sembahyang itu hak bagi kerabatnya. 2763. Syahadan. Haram memandikan syahid sekalipun dia berjunub atau perempuan berhaid. Haram menyembahyangkan dia kerana menanggalkan bekas syahidnya. Maka syahid yang tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan itu adalah barang siapa mati atau hidup yang tidak ada padanya hidup yang tetap didalam peperangan dengan kafir dengan sebab perang samada dengan dibunuh oleh kafir atau dilukai olehnya atau dibunuh oleh orang Islam yang membantu kafir atau kena senjata sesama Islam dengan 486 487
. kasih mesra. . iaitu bapa saudara sebelah bapa.
tersalah atau kena senjata sendiri atau disepak oleh tunggangannya atau gugur tunggangannya menghempapnya atau gugur dia kedalam sumur atau tidak diketahui sebab matinya adakah sebab perang atau tidak, maka iaitu syahid jua, sekalipun tidak ada pada tubuhnya bekas darah. Pada zahirnya adalah matinya sebab perang jua. 2764. Adapun yang mati kemudian daripada berhenti perang dengan luka didalam perang pada hal ada padanya itu hidup yang tetap maka iaitu bukan syahid, sekalipun diyakini matinya itu dengan sebab perang. Demikian lagi yang mati dalam perang tidak dengan sebab perang seperti mati sakit atau terkejut, atau mati sebab perang bughah atau mati dibunuh orang Islam atau dibunuh kafir dengan tidak ada perang, maka sekeliannya itu bukan syahid. Tetapi yang mati didalam perang bughah sebab dibunuh oleh kafir yang membantu bughah itu maka iaitu syahid jua. 2765. Wajib menghilangkan najis yang lain daripada darah syahid, sekalipun najis itu terhasil dengan sebab syahid. Demikian lagi wajib menghilangkan darah yang terhasil dengan sebab yang bukan syahid, sekalipun menghilangkan demikian itu membawa kepada menghilangkan darah bekas syahid, kerana ia bukan daripada kesan ibadat. 2766. Sunat bahawa ditanggalkan daripadanya senjata perangnya dan barang sebagainya dan sunat bahawa dikapankan dia dengan segala kain pakaian yang berlumur dengan darah. Jika tidak cukup kainnya itu sebagai kapannya maka hendaklah ditambahkan kain yang lain. Inilah sekeliannya hukum syahid dunia akhirat iaitu orang yang berperang kerana meninggikan kalimah Allah taala, dan hukum syahid dunia iaitu orang yang berperang kerana menghasilkan kemegahan dan harta. 2767. Adapun hukum syahid akhirat, iaitu orang yang mati lemas dan yang mati sakit perut dan yang mati kena taun dan yang mati ketakutan dan yang mati kena petir dan yang mati gharib488 dan yang mati beranak dan yang mati kerana asyik489 dan yang mati dibunuh dengan aniaya dengan tidak ada perang maka iaitu seperti hukum yang selainnya jua. Wajib memandikan dan menyembahyangkan dia. 2768. Bermula kanak-kanak yang gugur dari perut ibunya jika diketahui hidupnya dengan suara atau dengan tangis atau nyata tanda hidupnya seperti bergerakgerak tubuhnya kemudian daripada keluarnya maka iaitu seperti hukum orang tua jua, wajib memandikannya dan menyembahyangkannya dan menanamnya. Jika tidak diketahui hidupnya dan tidak nyata tanda hidupnya maka ditilik; jika sudah nyata bereka manusia490 maka wajib memandikannya dan mengkapankannya dan menanamnya, sekalipun tidak sampai empat bulan. Jika tidak nyata reka manusia maka tidak wajib yang demikian itu, hanya sunat membalutnya dengan kain dan menanamnya, sekalipun dia telah sampai empat bulan. Inilah hukum memandikan dan mengkapankan dan menanam anak guguran yang tidak nyata tanda hidupnya. 2769. Adapun menyembahyangkannya maka tidak wajib, hanya haram menyembahyangkannya sama ada nyata baginya reka manusia atau tidak, sekalipun yang bereka itu telah sampai dibuntingkan enam bulan atau lebih. Inilah yang dimuktamadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang dimuktamadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa anak yang gugur dari perut ibunya apabila sampai dibuntingkan enam bulan atau lebih wajiblah 488
. mati dalam keadaan dagang iaitu diperantauan. . iaitu memendam cinta kepada sesaorang. 490 . mempunyai rekaan iaitu bentuk kejadian manusia. 489
menyembahyangkannya, samaada nyata tanda hidupnya kemudian daripada keluar atau tidak nyata. 2770. Syahadan. Apabila sudah disembahyangkan mayat kemudian maka hadhir orang yang belum menyembahyangkannya sunatlah baginya menyembahyangkannya, dan jikalau diatas kubur sekalipun. Jatuhlah sembahyangnya itu sebagai fardhu, maka hendaklah diniatkannya fardhu dan diberi pahala dia pahala fardhu. Tidak sunat bagi orang yang sudah menyembahyangkannya ulang menyembahyangkannya. 2771. Haram menyembahyangkan mayat kafir dan orang yang disyakkan Islamnya. Tidak wajib atas orang Islam memandikannya tetapi wajib mereka mengkapankan dan menanam kafir zimmi dan yang dijanjikan491 dan yang diamankan. Adalah belanja kapan dan menanam itu daripada hartanya dan jika tidak ada baginya harta maka daripada harta orang yang mengkapankannya dan jika tidak ada maka daripada harta baitulmal dan jika tidak ada maka daripada harta orang kaya daripada orang Islam. Adapun kafir harbi dan murtad dan zindiq maka tidak wajib mengkapankan dan menanamkan mereka itu hanya harus melepaskan anjing keatas bangkai mereka itu. 2772. Jikalau bercampur mayat Islam dengan kafir atau mayat yang tidak syahid dengan yang syahid dan tidak dapat dibezakan mereka itu wajiblah memandikan dan mengkapankan dan menyembahyangkan tiap-tiap mereka itu, kerana tidak diyakini mengerjakan yang wajib melainkan dengan yang demikian itu. Maka menyembahyangkan mereka itu diatas dua kaifiat. Maka kaifiat yang pertama iaitu yang terafdhal bahawa disembahyangkan sekelian mereka itu dan hendaklah dibaca pada doanya “ﻡ ﻬ ﻤ ﹾﻨ ﻥ ﻴ ﻤ ﻠﺴ ﻤ ﺭ ِﻟ ﹾﻠ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ” ﺍﹶﻟﻠﱠartinya: hai Tuhan ku ampunilah yang Islam daripada mereka itu. Kaifiat yang kedua bahawa disembahyangkan seorang kemudian maka seorang dengan niat menyembahyangkan atasnya jika dia Islam atau tidak ia syahid dan hendaklah dibaca pada doanya “ ﺎﻠﻤﺴ ﻤ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻪ ِﺇ ﺭ ﹶﻟ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻬﻡ ” ﺍﹶﻟﻠﱠartinya : hai Tuhan ku ampunilah dia jika dia Islam. 2773. Jika didapati satu juzuk daripada anggota orang Islam yang diketahui matinya wajib menyembahyangkannya kemudian daripada memandikan dengan niat menyembahyangkan sekelian perhimpunan tubuhnya. Wajib membungkusnya dengan kain dan menanamnya sekalipun satu juzuk itu adalah kukunya dan rambutnya. Jika didapati mayat yang empunya juzuk itu tidaklah wajib mengulangi sembahyang atasnya jika diketahui bahawa mayat itu sudah dimandikan sebelum daripada menyembahyangkannya. Jika tidak diketahui yang demikian itu wajiblah mengulangi sembahyang atasnya. 2774. Fasal. Pada menyatakan hukum menanam mayat. Bermula wajib menanam mayat itu kemudian daripada memandikannya. Sekurang-kurang kubur yang wajib adalah lubang yang menegahkan daripada keluar bau dan daripada dibongkar binatang buas. Maka tidak memada lubang kubur yang tidak menegah keduanya atau salah satu daripada keduanya, seperti pesaki 492 yang menjadi adat di Mesir dan lainnya, iaitu petak yang dibuat didalam tanah seperti gua biasanya dimasukkan segala mayat lelaki dan perempuan kedalamnya bertindihtindih, maka ianya tidak memada kerana tidak menegah daripada keluar bau, sekalipun menegah binatang buas, dan lagi membawa kepada mencampurkan mayat lelaki dan perempuan dan memasukkan mayat sebelum hancur mayat yang terdahulu, maka ianya haram.
491 492
. mu’ahad – musta’man, iaitu yang ada perjanjian damai. . ﻓﺴﺎﻗﻲ.
2775. Demikian lagi tidak memada kubur pada tempat yang adatnya dibongkar oleh binatang buas dan jika ia menegah keluar bau sekalipun. Maka wajib pada tempat itu dibuatkan diatas kubur itu barang yang menegahkan sampai binatang buas kepadanya. Jika yang demikian itu juga tidak menahan binatang buas maka wajib sertanya memasukkan mayat kedalam peti493 keranda. Demikian lagi tidak memada meletakkan mayat diatas bumi dengan ditambunkan dengan tanah atau batu atau barang sebagainya, sekalipun ia menegah keluar bau dan binatang buas, kerana demikian itu tidak dinamakan tanam. 2776. Bermula, sunat lagi yang paling sempurna bahawa adalah kubur itu luas dan panjang lagi dalam, dan adalah dalamnya setimbang berdiri dan setengah hasta dengan perdirian dan hasta yang pertengahan. Bermula, kubur yang berliang lahad iaitu yang dikorek dibahagian bawah sisi kubur yang pada pihak kiblat seluas mayat adalah terafdhal daripada yang berliang seluas mayat pada tengahnya, jika ada tanah kubur itu keras. Jika ada tanah kubur itu peroi494 maka yang berliang pada tengahnya terafdhal daripada liang lahad kerana takut roboh tanah kubur itu. Sunat bahawa adalah liang lahad atau liang tengah kubur itu luas. Sunat bahawa ditinggikan papan atau batu tudung liang itu sekira-kira tidak tersentuh dengan mayat. Makruh lagi bid’ah menanam mayat didalam keranda melainkan kerana uzur seperti pada tanah yang berair atau pada tanah peroi atau adalah mayat itu perempuan yang tidak hadhir mahramnya atau takutkan binatang buas seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 2777. Sunat bahawa diletakkan kepala jenazah pada kaki kubur. Sunat bahawa dikeluarkan mayat itu daripada pengusung pada pihak kepalanya lagi dimasukkan kedalam kubur dengan mendulukan kepalanya. 2778. Sunat hendaklah orang yang memasukkan mayat kedalam kubur itu lelaki jua, sekalipun mayat itu perempuan. Maka yang terutama memasukkannya kedalam kubur adalah yang terutama pada menyembahyangkannya, tetapi yang telebih fakeh didahulukan disini atas yang lebih tua lagi lebih hampir, dan lagi jika mayat itu perempuan maka suaminya lebih utama pada memasukkan dia daripada selainnya, sekalipun dia tidak berhak pada menyembahyangkannya jika tidak hampir masa jimak dengannya pada ketika hidupnya. Kemudian maka didulukan mahramnya iaitu yang haram nikah dengannya, kemudian maka hambanya yang lelaki, kemudian maka yang mamsuh iaitu yang dipotong zakarnya dan pelirnya, kemudian maka yang majbub iaitu yang dipotong zakarnya sahaja, kemudian maka yang khasi iaitu yang dipotong pelirnya sahaja, kemudian maka ‘asabahnya yang harus nikah dengannya, kemudian maka keluarganya yang tidak mewarisinya, kemudian maka orang yang halal nikah yang soleh. Sunat keadaan orang yang memasukkan itu kasal, seorang atau tiga dengan sekira-kira hajat. 2779. Sunat menutup kubur dengan kain ketika menanam mayat, samaada mayat itu lelaki atau perempuan atau khunsa tetapi lebih muakkad sunat itu jika mayat itu perempuan atau khunsa. Sunat bagi yang memasukkannya membaca “ ﷲ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ﹺﺒ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﷲ ِ لﺍ ِ ﻭ ﺴ ﺭ ﺔ ﻤﱠﻠ ﻋﻠﹶﻰ ﻭ ”. 2780. Sunat meletakkan dia didalam kubur diatas lambungnya yang kanan, dan makruh pada lambungnya yang kiri. Wajib mengadapkan dia kekiblat. Sunat dilekapkan mukanya dan dua kakinya kepada dinding495 liang lahad serta dibongkokkan dia sedikit supaya dia tidak tertiarap, dan disandarkan belakangnya dengan batu yang suci atau tanah batu supaya terpelihara dia daripada telentang, 493
. ﺘﺒﻼ. . ﺭﻭﻓﻲ. 495 . pada asal : jidar. 494
dan diletakkan dibawah kepalanya batu atau tanah serta dipertemukan dengan pipinya yang kanan kemudian daripada menanggalkan kapan daripada pipinya supaya adalah dia dengan kelakuan orang yang merendahkan diri, dan jangan dibubuh didalam liang itu hamparan dan bantal kerana demikian itu makruh, dan diungkaikan496 segala ikatan kapannya. 2781. Setelah itu maka wajib ditutupkan liang lahad dengan bata yang tidak dibakar atau papan atau barang sebagainya supaya terpelihara mayat daripada ketindihan tanah. Kemudian maka sunat bagi tiap-tiap orang yang hadhir disisi kubur meraup tanah tiga raup lalu mencampakkannya kedalam kubur pada pihak kepala mayat serta dibacanya pada raup yang pertama “ﻡ ﺨﹶﻠ ﹾﻘﻨﹶﺎ ﹸﻜ ﺎ ﹶﻤ ﹾﻨﻬ ” dan dibacanya pada yang kedua “ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﻴ ﻌ ﺎ ﹸﻨﻴﻬ ﻓ ﻭ ” dan pada yang ketiga “ﻯﺨﺭ ﺭ ﹰﺓ ُﺃ ﹾ ﻡ ﺘﹶﺎ ﺠ ﹸﻜ ﺨ ﹺﺭ ﺎ ﹸﻨ ﹾﻤ ﹾﻨﻬ ﻭ ”. Kemudian maka dikambus kubur itu dengan tanah yang terbongkar. Terutama mengambus itu dengan cangkul497 atau barang sebagainya supaya segera selesai . Jangan ditambahkan tanah lain jika cukup tanah yang terbongkar itu. 2782. Sunat meninggikan kubur kira-kira sejengkal supaya diketahui kubur itu dan diziarahi dan dihormati, melainkan jika ditanam mayat itu pada negeri kafir atau ahli bid’ah atau pada tempat yang dicuri kapan atau seteru, maka tidak sunat meninggikan kuburnya hanya hendaklah ia disamarkan supaya tidak diketahui oleh mereka itu. Jika ditinggikan kubur maka menjadikan tanahnya datar seperti papan terutama daripada menjadikan dia lereng seperti bumbung498 kerana kubur nabi sawm dan Abu Bakar dan Umar adalah tingginya sekian lagi datar diatasnya. 2783. Sunat menjiruskan air yang dingin lagi suci diatas kubur jika tidak hujan pada ketika itu supaya terpelihara debu tanah daripada terbang ditiup angin dan untuk mengambil sempena dengan dingin tempat mayat itu. Haram menjirus dengan air najis. Makruh melepa kubur dengan bau-bauan dan menjirusnya dengan air mawar. 2784. Sunat kemudian daripada menanamnya bahawa sekelian mereka itu berhenti disisi kubur sesaat499 untuk mereka memohonkan ketetapan dan keampunan baginya dari Allah subhanahu wa taala. Sunat membaca talkin kemudian daripada selesai menanamnya jika dia akil baligh atau dia gila kemudian daripada akil baligh, dan jika mayat itu syahid sekalipun. Jika mayat itu kanak-kanak atau gila sebelum balighnya maka tidak sunat talkin. 2785. Sunat menghamparkan batu kerikil diatas kubur, dan lagi sunat meletakan selasih dan ranting khurma yang masih hijau, dari kerana sekelian itu mengucapkan tasbih, maka diringankan siksaan mayat dengan berkat tasbihnya, dan lagi sunat meletakkan batu besar sebagai nisan atau kayu pada pihak kepala mayat. Kata qil: sunat meletakkan nisan pada pihak kakinya. 2786. Syahadan. Makruh menanam dua mayat didalam satu liang kubur dengan tidak ada dinding antara keduanya, jika kedua mayat itu lelaki atau kedua mayat itu perempuan, atau seorang lelaki dan seorang perempuan tetapi yang lelaki itu suami dan yang perempuan itu isterinya atau salah seorang daripada keduanya tuan dan yang seorang lagi sahayanya, atau adalah dia mahram yang seorang lagi. Jika lelaki dan perempuan itu tidak seperti demikian itu maka haramlah menanam keduanya didalam satu liang kubur melainkan kerana dharurat pada sekelian yang tersebut itu, seperti banyak orang yang mati kerana banjir500 496
. pada asal : dipacul. . pada asalnya : ﺩﻏﻥ ﻤﺴﺤﺎﻩ ﻴﻌﻨﻲ ﻓﻐﻜﻭﺭ. 498 . ﺒﻭﺒﻭﻏﻥ, dengan nga. 499 . kata haji Chik : satu jam. 500 . pada asal : ﺴﺎﻟﺕ. 497
umpamanya atau tidak diperoleh tempat melainkan kadar satu kubur sahaja atau tidak diperoleh kain melainkan kadar satu kapan sahaja, maka tidak makruh dan tidak haram menanam dua orang atau lebih didalam satu liang kubur. 2787. Maka hendaklah didulukan pada pihak kiblat mayat orang yang terafdhal menjadi imam sembahyang jika kedua-duanya itu lelaki atau perempuan, dan didulukan lelaki yang baligh pada pihak kiblat kemudian maka kanak-kanak lelaki kemudian maka khunsa kemudian maka perempuan, tetapi didulukan pada pihak kiblat bapa atas anak lelaki sekalipun anak itu terafdhal sebagai imam daripadanya kerana menghormati bapanya, dan didulukan ibu atas anak perempuan sekalipun anak itu terafdhal sebagai imam daripadanya kerana menghormati ibunya. Inilah yang satu jenis. Jika bersalah-salahan jenis maka didulukan anak lelaki atas ibunya kerana fadhilat lelaki. 2788. Harus menanam mayat pada malam dengan tidak makruh. Demikian lagi harus menanam mayat pada waktu karahah sembahyang jika tidak dikasadkan menjatuhkannya didalam waktu karahah itu. Tetapi yang sunat hendaklah ditanam mayat pada siang hari dan pada selain daripada waktu karahah. Tetapi jika takut berubah mayat kerana mentakhirkan kepada waktu yang sunat itu nescaya haramlah mentakhirkan tanam kepada waktu itu, dan jika ditanam pada waktu yang sunat nescaya bertambah segera dan gopoh lebih daripada segera yang dituntut maka sunatlah meninggalkan menanam pada waktu itu. Inilah perintah menanam mayat didarat. 2789. Jika mayat itu didalam bahtera yang jauh daripada daratan atau hampir tetapi ada suatu yang menegah kepadanya maka apabila selesai daripada memandikan dan mengkapankan dan menyembahyangkan hendaklah diletakkan diantara dua papan serta diikat lalu dijatuhkan kelaut supaya dibawa oleh ombak kepinggir kalau-kalau didapat oleh orang Islam maka dia menanamnya. Harus ditenggelamkan kelaut dengan menggantungkan suatu yang berat supaya segera sampai kebawah. 2790. Makruh duduk diatas kubur dan menjijaknya dan bertelekan diatasnya dan bersandar kepadanya dengan tidak ada suatu hajat. Maka jika ada yang demikian itu kerana hajat seperti tidak sampai dia kepadanya melainkan dengan menjijaknya atau tidak dapat menggali501 tanah kubur yang baru melainkan dengan menjijaknya maka tidak makruh. 2791. Demikian lagi makruh memutihkan kubur dengan kapur dan memperbuat502 suatu yang seperti kubah atau rumah diatas kubur melainkan jika takutkan binatang buas atau takut akan diruntuhkan oleh air atau barang sebagainya. 2792. Demikian lagi makruh menyurat nama mayat atau nama selainnya diatas papan kubur atau pada nisan atau barang sebagainya tetapi jika ada hajat kepada menyurat nama mayat supaya dia dikenali dan diziarahinya maka sunat menyurat namanya sekadar hajat, istimewa pula nabi-nabi dan wali-wali dan orang yang soleh yang sudah lama masanya maka tidak dikenali dia melainkan dengan yang demikian itu. 2793. Demikian lagi haram memperbuat suatu yang seperti kubah atau rumah atau pagar diatas kubur bumi yang diwakafkan sebagai perkuburan bagi segala orang Islam. Maka wajib melarangnya dan meruntuhkan barang yang sudah dibuat daripadanya. 2794. Haram membawa mayat dahulu daripada ditanam dari negeri tempat matinya kepada tempat lain dan sekalipun diwasiatkan kerana menghilangkan kehormatan mayat itu. Demikian lagi haram membawa mayat dari tempat matinya 501
. ﻤﻨﺎﺒﻕ- menabak.
502
. pada asalnya : suatu kubah rumah.
kepada tempat yang jauh jika ada kuburan orang Islam hampir dengan tempat matinya melainkan jika tempat itu hampir dengan Makkah atau Madinah atau Baitulmuqaddas, maka tidak haram memindahkan mayat kepadanya dan tidak makruh, hanya sunat jua, kerana lebihnya. Tetapi tempatnya jika tidak ditakuti berubah mayat itu, dan adalah yang demikian itu kemudian daripada memandikan dan mengkapankan dan menyembahyangkannya. Jika tidak seperti demikian itu maka haramlah memindahkannya. Demikian lagi harus memindahkannya kerana dharurat seperti sukar menyembunyikan kuburnya di tempat matinya dari kafir atau ahli bid’ah dan takut daripada dibongkar oleh mereka itu atau diperhinakannya. Demikian lagi jika ada tanah kuburan tenggelam didalam air maka harus membawa mayat kepada tempat yang timbul dan jika jauh daripadanya sekalipun. 2795. Bermula, haramlah membongkar mayat selepas menanamnya dan sebelum hancurnya selama mana membongkarnya itu kerana hendak memindahkannya, sekalipun ke Makkah, atau kerana mengkapankannya dan menyembahyangkannya, melainkan kerana dharurat seperti ditanam dia dengan tidak disucikan dengan mandi atau tayamum, maka wajib dibongkar untuk menyucikannya. 2796. Demikian lagi jika dia ditanam pada bumi rampasan atau dengan kapan rampasan atau curian maka wajib dibongkar, dan sekalipun dia telah berubah dan dibayar oleh warithnya akan harga bumi dan kapan itu, untuk ditanam dia pada bumi yang lain dan dengan kapan yang lain. Tetapi jika dimaafkan oleh yang empunya milik atau tidak ada disana bumi dan kain yang lain maka tidaklah wajib membongkarnya. 2797. Demikian lagi jika dia ditanam pada bumi masjid, wajib membongkarnya untuk dipindahkan dia kepada tempat yang lain. Dan demikian lagi jika jatuh harta kedalam kubur itu dan jika ia daripada harta peninggalannya lagi sedikit seperti cincin, dan jika mayat itu telah berubah sekalipun, wajib membongkarnya, samaada dengan tuntutan yang empunya milik atau tidak. Melainkan jika dimaafkan oleh yang empunya milik. 2798. Demikian lagi jika mayat itu menelan503 harta orang lain dan yang empunya hartanya itu menuntut supaya dia dibongkar dan dibelah perutnya, wajiblah membongkarnya dan membelah perutnya dan memulangkan harta itu kepada yang empunyanya, sekalipun warithnya membayar seumpamanya atau harganya. Adapun jika dia menelan harta dirinya maka tidak dibongkar dia melainkan kemudian daripada hancurnya. Demikian lagi jika ditanam dia dengan tidak mengadap kiblat, wajib membongkar kuburnya untuk mengadapkan dia kekiblat. 2799. Demikian lagi wajib membongkar kubur untuk mengeluarkan anak yang didalam perut mayat jika diharapkan hidupnya, maka wajib membelah perut mayat untuk mengeluarkannya. Jika tidak diharapkan hidupnya maka hendaklah dilambatkan menanamnya hingga mati anak yang didalam perut. Haram menindih perut mayat dengan suatu yang berat supaya anak yang didalam perutnya mati. 2800. Demikian lagi jika dita’likkan talak atau nazar atau merdeka dengan sifat mayat maka hendaklah dibongkar kuburnya untuk diketahui adakah ada sifat itu atau tidak ada. Demikian lagi dibongkar kuburnya supaya orang yang tidak tahukan nama dan titihan mayat itu menyaksikan rupanya apabila besar perbantahan504 atau supaya dihubungkan dia oleh qaif505 dengan salah seorang 503
. ﻤﻤﻔﺭﻟﻥ. . ibarat asal: supaya naik saksi atas rupanya orang yang tidak mengetahui namanya dan bangsanya apabila besar perbantahan. 504
daripada dua orang yang berbantah itu, atau supaya dikenal pasti keadaan mayat itu lelaki atau perempuan tatkala berbantah segala warith pada mayat itu, atau supaya dikenal umpama kaifiat anggota mayat tatkala berbantah para warith dengan orang yang memotong tangannya umpamanya. 2801. Demikian lagi jika ditanam dia pada tempat yang sentiasa berair atau pada tempat yang didatangi oleh air bah kerana takutkan roboh tanah, sama seperti keadaannya ditepi sungai atau barang sebagainya. Maka hendaklah dibongkar kuburnya untuk dipindahkan kepada tempat lain. Tetapi sekelian itu jika belum berubah mayat itu. 2802. Bermula, menanam mayat bersama dengan kubur orang-orang Islam itu terafdhal daripada tunggal seorang dirinya, supaya kena doa orang yang lalu dan yang ziarah. Makruh bermalam seorang diri pada tempat kubur kerana apa yang ada padanya daripada liar hati, tetapi jika tidak terhasil liar hati dengan yakin dan bermalam itu membawa kepada sentiasa ingatkan mati dan luluh hasad dengki lagi membawa kepada berpaling daripada yang lain daripada Allah taala maka iaitu tidak makruh, hanya sunat jua. 2803. Sunat menghimpunkan sekelian keluarga dan seumpama mereka itu seperti isteri dan segala hamba dan pemerdahekaan dan sahabat dan mahram sebab susuan dan mentua dan menantu dan emak tiri dan anak tiri pada satu tempat supaya menyenangkan roh mereka itu lagi memudahkan orang yang ziarah, dan sunat bahawa didulukan bapa atas anak kepada pihak kiblat seperti tertib mereka itu yang tersebut pada menghimpunkan dua mayat didalam satu liang kubur. 2804. Sunat bagi segala lelaki ziarah kubur orang Islam yang dikasadkan dengannya mengingatkan mati dan mengasihi segala isi kubur kerana sunat bagi yang ziarah itu membaca Quran barang yang mudah dan membaca doa untuknya. Dan lagi sunat bagi yang ziarah itu mengambil wudhuk. 2805. Makruh bagi perempuan dan khunsa menziarahi kubur kerana takutkan fitnah dan tangis dengan menyaringkan suara, tetapi sunat bagi mereka ziarah kubur nabi kita sawm dan kubur segala nabi dan wali dan ulamak. Disyaratkan bahawa mereka tidak menghiasi diri dan tidak memakai pakaian perhiasan dan bau-bauan, dan hendaklah mereka itu pergi didalam usungan atau barang sebagainya yang menutup sekelian badannya daripada dilihat oleh lelaki yang halal nikah. 2806. Sunat bagi yang ziarah itu memberi salam atas segala isi kubur serta mengadap kepada pihak mukanya (yang diziarahi) serta dibacanya akan salam yang diajarkan oleh nabi sawm. Demikianlah bunyinya “ ﻭِﺇﻨﱠﺎ ﻥ ﻴ ﻨ ﻤ ﻤ ْﺅ ﻭﻡﹴ ﺭ ﹶﻗ ﺍﻡ ﺩ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﻡ ﻼ ﹶﺍﹶﻟﺴ ﻭﻥ ﹸﻘﻻﺤ ﻡ ﹶ ﷲ ﹺﺒ ﹸﻜ ُ ﺀ ﺍ ﻥ ﺸﹶﺎ ”ِﺇatau “ .ﻭﻥ ﹸﻘﻻﺤ ﻴ ﻨ ﻤ ﻤ ْﺅ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﺎ ﹺﺭﺩﻴ ﻫلِ ﺍﻟ ﻋﻠﹶﻰ َﺃ ﻡ ﹶ ﷲ ﹺﺒ ﹸﻜ ُ ﺀ ﺍ ﻥ ﺸﹶﺎ ﻭِﺇﻨﱠﺎ ِﺇ ﺕ ﻤﻨﹶﺎ ﻤ ْﺅ ﺍ ﹾﻟﻥ ﻭ ﻡ ﻼ ﹶﺍﹶﻟﺴ ﹶﺔﻴﺎﻓﻡ ﺍ ﹾﻟﻌ ﻭﹶﻟ ﹸﻜ ﷲ ﹶﻟﻨﹶﺎ َ لﺍ ُ ﺴَﺄ ”َﺃ, riwayat Muslim. Pada satu riwayat yang dhaif “ ﻤﻨﹶﺎ ﺤ ﹺﺭ ﻻ ﹶﺘ ﹶﻬﻡ ﺍﹶﻟﻠﱠ ﻡ ﻫ ﺩ ﻌ ﺒ ﺘﻨﱠﺎ ﻻ ﹶﺘ ﹾﻔ ﹶﻡ ﻭ ﻫ ﺭ ﺠ ”َﺃ. Sunat bahawa yang menziarah itu hampir kepada kubur seperti hampirnya ketika ziarah pada masa hidupnya, kerana menghormatinya. 2807. Sunat membaca barang sedapatnya daripada Quran kemudian maka dibacanya akan doa bagi isi kubur itu serta menghadap kiblat, dari kerana doa kemudian daripada membaca Quran itu lebih harap diperkenankan dan lebih diharapkan turun rahmat dan berkat bagi mayat itu. 2808. Sunat bagi isi kampung orang yang kematian dan segala keluarganya jikalau jauh sekalipun membawa makanan kepadanya kadar yang cukup baginya pada siangnya dan malamnya atau selama ada mereka itu sibuk506, dan 505 506
. qaif iaitu orang yang pakar melihat mirip rupa. . masghul.
hendaklah disuruh-suruh507 mereka itu dengan makan supaya mereka tidak lemah dengan tidak makan. 2809. Makruh lagi bid’ah bagi orang yang kematian memperbuat makanan yang dia jemput orang ramai memakannya dahulu daripada menanamnya dan kemudian daripadanya, seperti yang telah teradat. Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang dijemput memperkenankan jemputannya. Haram menyediakan makanan kepada orang yang menangis dengan meratap 508 kerana yang demikian itu menolong atas berbuat maksiat. 2810. Demikian lagi makruh lagi bid’ah menyembelih diatas kubur, dan tidak sah wasiat dengannya. Kata setengah ulamak : yang demikian itu pekerjaan kafir pada masa jahiliyah jua. Demikian lagi makruh lagi bidah yang buruk menyembah atau mengucup atau mencium suatu daripada kubur atau mengucup dan mencium anak tangga tempat ziarah bagi kubur-kubur wali dan ulamak. 2811. Bermula, sunat takziah kepada tiap-tiap orang yang dukacita diatas kematian keluarga atau suami atau isteri atau mentua atau menantu atau sahabat atau barang sebagainya. Arti takziah itu menyuruh orang yang kematian bersabar diatas kematian dan menyebutkan janji pahala diatas sabar dan menakutinya daripada dosa sebab keluh kesah ketiadaan sabar, dan berdoa bagi mayat yang Islam dengan keampunan dan bagi orang yang kematian dengan tampungan509 diatas musibah itu, iaitu dengan balasan diatas penderitaannya. 2812. Bermula, takziah kemudian daripada menanam mayat itu lebih terutama daripada takziah dahulu daripada menanamnya kerana bimbang mereka yang kematian itu dengan memandikan dan menyembahyangkan mayat, melainkan jika mereka itu sangat dukacita dan tidak sabar maka takziah dahulu daripada memananamnya itu terafdhal. 2813. Adalah berlanjutan waktu takziah itu tiga hari yang dibilangkan permulaannya daripada matinya. Inilah jika hadhir orang yang mentakziah dan yang ditakziahkan. Jika ghaib salah seorang daripada keduanya maka permulaannya daripada datangnya atau daripada sampai khabar matinya. 2814. Makruh takziah kemudian daripada tiga hari kerana maksud daripada takziah itu menenangkan hati orang yang kematian daripada dukacita dan keluh kesah, dan yang ghalib tenanglah hatinya daripada yang demikian itu didalam masa tiga hari itu, maka janganlah dibaharui pula dukacitanya. 2815. Syahadan. Hendaklah dikatanya pada takziah orang Islam yang kematian keluarganya yang Islam “ﻙ ﺘ ﻴ ﻤ ِﻟﻏ ﹶﻔﺭ ﹶﻙ ﻭ ﺍﻋﺯ ﻥﺤﺴ َﺃ ﻭﻙﺠﺭ ﷲ َﺃ ُ ﺍﻅﻡ ﻋﹶ ” َﺃartinya : Allah membesarkan kiranya balasan mu dengan bertambah-tambah pahala dan pangkat dan membaikkan sabar mu dan mengampunkan mayat mu, dan dikatakan pada takziah orang Islam yang kematian keluarganya yang kafir umpama “ ﻙ ﺭ ﺒ ﺼ ﻭ ﻙﺠﺭ ﷲ َﺃ ُ ﺍﻅﻡ ﻋﹶ ”َﺃartinya : Allah membesarkan kiranya balasan mu dan menjadikan kamu sabar, dan dikatakan pada takziah kafir yang kematian keluarganya yang Islam “ﻙ ﺍﻋﺯ ﻥﺤﺴ َﺃﻙ ﻭ ﺘ ﻴ ﻤ ﷲ ِﻟ ُ ﺍﻏ ﹶﻔﺭ ” ﹶartinya : Allah ampuni kiranya bagi mayat mu dan membaikkan sabar mu. Sunat bagi orang yang kematian itu menjawab takziah dengan katanya “ ﺍﻴﺭ ﺨ ﷲ ﹶ ُ ﻙﺍ ﺍﺠﺯ ”. 2816. Syahadan. Harus menangisi mayat dahulu daripada kematiannya dan kemudiannya. Haram meratap510 dan menyaringkan suara dengan meratap itu dengan menyebut kepujiannya seperti katanya “hai gunung ku payung ku” dan
507
. ﺩﺴﻨﺘﻴﺴﺎﻜﻥ. . ﻤﻴﺎﻭﻕ. 509 . jabar. Iaitu diberikan kebaikkan yang lain sebagai ganti musibah itu. 510 . ﻤﻴﺎﻭﻕ. 508
barang sebagainya. Demikian lagi haram gelisah hati511 dengan memukul-mukul dada dan menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan kain dan mencabutkan rambut atau memutuskan rambut dan mengubahkan pakaian dan kelakuan dan meninggalkan pakaian yang biasa dipakainya.
ب اﻟ ﱠﺰآَﺎ ِة ُ ِآﺘَﺎ xx KITAB ZAKAT 2817. Ini kitab pada menyatakan hukum zakat, bermula, zakat pada bahasa : menyucikan, dan pada istilah : membaikkan dan bertambah, iaitu bertambah kebajikkan dan keberkatan dan kepujian. Arti zakat pada istilah syara’ : nama bagi apa yang dikeluarkan daripada harta atau badan diatas wajib yang tertentu yang lagi akan datang kenyataannya. Maka dinamakan harta yang dikeluarkan itu sebagai zakat kerana ia menyucikan harta itu dan membaikkannya dan menambah kebajikkan atau keberkatan padanya. 2818. Ia adalah satu rukun daripada rukun-rukun Islam yang lima. Maka barang siapa mengingkarinya kefarduannya atau kadar yang disepakatkan oleh para ulamak maka jadi kafirlah dia. Diperangi orang yang enggan mengeluarkan zakat dan diambil ia darinya dengan kekerasan sekalipun tidak dengan perang. 2819. Bermula, dalil yang mensabitkan kefardhuannya sebelum ijmak adalah beberapa ayat Quran seperti firman Allah taala “. . . ﺯﻜﹶﺎ ﹶﺓ ﺁﺘﹸﻭ ﺍﻟ ” ﻭartinya: hendaklah kamu berikan zakat, dan lagi sabda nabi sawm “. . . ﻤﺱﹴ ﺨ ﻋﻠﹶﻰ ﹶ ﻡ ﻼ ﺴﹶ ﻻ ﻲﺍ ﻨ ﺒ ” artinya : dibina Islam diatas lima rukun . . . hingga akhir hadith ini. Difardhukan zakat itu pada tahun yang kedua hijrah selepas daripada zakat fitrah. 2820. Tidak wajib zakat melainkan diatas orang yang merdeka lagi Islam sekalipun dia kanak-kanak dan orang gila. Wajib diatas walinya mengeluarkannya. Akan tetapi tidak wajib zakat harta kanak-kanak yang masih didalam perut ibunya. Maka tidak wajib zakat pada harta yang diwakafkan baginya kerana tidak dipercayai akan ujudnya istimewa pula pula hidupnya. Adapun sahaya maka tidak wajib diatasnya zakat kerana tidak dia tidak mempunyai milik, dan tidak wajib zakat diatas sahaya yang mukatab kerana lemah miliknya. 2821. Demikian lagi kafir, tidak wajib dia mengeluarkan zakat hartanya sekalipun selepas dia memeluk Islamnya. Tetapi jika ia mati diatas kufurnya dituntut dia dengan zakat didalam akhirat dan disiksa dia kerana meninggalkannya, sama seperti meninggalkan segala perkara yang wajib yang selain zakat. 2822. Ketahui oleh mu bahawa zakat itu dua bahagi. Pertama zakat badan iaitu zakat fitrah. Keduanya zakat harta. Maka zakat harta itu adakalanya bergantung pada ‘ainnya iaitu diri harta itu. Maka iaitu lima perkara, pertama zakat haiwan, kedua zakat tumbuhan, ketiga zakat naqd iaitu emas perak, keempat zakat rikaz iaitu emas perak kafir pada masa jahiliyah yang tertanam pada bumi yang mati atau yang dihidupkan, kelima zakat ma’din iaitu emas atau perak yang diperolehi dengan mendulang pada tempat pendulangan. Dan adakalanya bergantung pada nilainya, iaitu nilai harta, iaitu zakat perniagaan. Akan datang kenyataan tiap-tiap satu daripadanya.
511
. ﺠﺯﻉ
ﻥ ﺍ ﹺﻴﻭ ﺤ ﺯﻜﹶﺎ ِﺓ ﺍ ﹾﻟ ﺏ ﺎﺒ BAB ZAKAT HAIWAN 2823. Ini bab pada menyatakan zakat haiwan. Bermula, syarat-syarat wajib zakat haiwan itu empat perkara. Syarat yang pertama : hendaklah haiwan itu na’am iaitu unta dan sapi dan kerbau dan kambing dan biri-biri. Maka tidak wajib zakat pada segala jenis haiwan yang selain daripada yang tersebut itu seperti kuda dan sahaya dan kijang dan manjangan dan barang sebagainya. Syarat yang kedua : hendaklah na’am itu sampai nishabnya. 2824. Fasal, pada menyatakan nishab zakat unta. Maka mula nishab unta itu lima ekor, maka zakatnya seekor kambing, dan pada sepuluh ekor unta dua ekor kambing dan pada lima belas ekor unta tiga ekor kambing dan pada dua puluh ekor unta empat ekor kambing. Kambing zakat itu adalah yang berumur dua tahun masuk tiga tahun atau biri-biri yang berumur setahun masuk dua tahun, samaada jantan atau betina. 2825. Maka pada : dua puluh lima ekor unta zakatnya sekor binti makhad iaitu unta betina yang berumur setahun, pada tiga puluh enam ekor unta seekor binti labun iaitu anak betina yang berumur dua tahun, pada empat puluh enam ekor unta seekor hiqqah iaitu anak unta betina yang berumur tiga tahun, pada enam puluh satu seekor jaz’ah iaitu unta betina yang berumur empat tahun, pada tujuh puluh enam dua ekor binti labun, pada sembilan puluh satu dua ekor hiqqah, dan pada seratus dua puluh satu tiga ekor binti labun. 2826. Dengan bertambah sembilan kemudiannya bertambah sepuluh berubahlah yang wajib, maka pada tiap-tiap empat puluh ekor unta seekor binti labun dan pada tiap-tiap lima puluh ekor unta seekor hiqqah. Maka pada seratus tiga puluh zakatnya dua binti labun dan seekor hiqqah, pada seratus empat puluh zakatnya dua ekor hiqqah dan seekor binti labun, pada seratus lima puluh zakatnya tiga ekor hiqqah, pada seratus enam puluh zakatnya empat puluh ekor binti labun, pada seratus tujuh puluh zakatnya tiga ekor binti labun dan seekor hiqqah, pada seratus lapan puluh zakatnya dua ekor binti labun dan dua ekor hiqqah, pada seratus sembilan puluh zakatnya tiga ekor hiqqah dan seekor binti labun, pada dua ratus unta zakatnya empat ekor hiqqah atau lima ekor binti labun. Demikianlah dikiaskan atasnya apa yang lebih daripada itu. 2827. Fasal pada menyakaan nishab zakat sapi dan kerbau. Bermula, mula nishab zakat sapi dan kerbau itu tiga puluh ekor, maka zakatnya seekor tabi’ iaitu sapi atau kerbau jantan yang berumur setahun atau seekor tabi’ah iaitu sapi atau kerbau betina yang berumur setahun. Maka memada dikeluarkan zakatnya yang jantan atau betina, akan tetapi yang betina terafdhal dari yang jantan. Pada empat puluh ekor zakatnya seekor musinnah iaitu sapi atau kerbau jantan yang berumur dua tahun, pada enam puluh ekor zakatnya dua ekor tabi’, pada tujuh puluh ekor zakatnya seekor musinnah dan seekor tabi’,
pada lapan puluh ekor zakatnya dua ekor musinnah, pada sembilan puluh ekor zakatnya tiga ekor tabi’, pada seratus ekor zakatnya dua ekor musinnah dan seekor tabi’ah, pada seratus dua puluh ekor zakatnya empat ekor tabi’ah atau tiga ekor musinnah. 2828. Fasal pada menyatakan nishab kambing dan biri-biri. Bermula, nishab kambing dan biri-biri empat puluh ekor, maka zakatnya seekor kambing atau biribiri, pada seratus dua puluh satu ekor zakatnya dua ekor kambing atau biribiri, pada dua ratus satu ekor zakatnya tiga ekor kambing atau biri-biri, pada empat ratus ekor zakatnya empat ekor kambing atau biri-biri. Kemudian maka pada tiap-tiap seratus ekor seekor kambing atau biribiri. 2829. Bermula, yang dikeluarkan sebagai zakat itu adalah thaniyyah iaitu kambing betina yang berumur dua tahun atau jaz’ah iaitu biri-biri bertina berumur setahun. 2830. Bermula, apa yang diantara nishab itu dimaafkan, tidak bergantung wajib zakat dengannya iaitu dinamakan waqs. Maka sebanyak-banyak waqs pada unta dua puluh sembilan iaitu yang diantara sembilan puluh satu dan seratus dua puluh satu, dan sebanyak-banyak waqs pada sapi atau kerbau sembilan belas iaitu yang diantara empat puluh dan enam puluh, dan sebanyak-banyak waqs pada kambing seratus sembilan puluh lapan iaitu yang diantara dua ratus satu dan empat ratus. 2831. Syahadan. Jika tidak diperolehi binti makhad atau ada diperolehi tetapi ianya beraib maka dikeluarkan ibni labun iaitu unta jantan yang berumur dua tahun, atau dikeluarkan hiqq iaitu unta jantan yang berumur tiga tahun. Tidak diberati tuan punya unta menghasilkan binti makhad sekalipun tidak ada padanya ibni labun atau hiqq, bahkan hendaklah dihasilkannya apa yang dikehendakinya daripada yang tiga itu. Dan lagi tidak diberati tuan punya unta mengeluarkan binti makhad yang baik lagi terpilih jika ada sekelian untanya itu kurus, tetapi tidak memadai mengeluarkan ibni labun dan hiqq jika ada binti makhad yang terbaik. 2832. Jikalau muafakat serta dua fardhu pada unta atau sapi didalam satu nishab seperti dua ratus ekor unta atau seratus dua puluh ekor sapi maka dua fardhu bagi unta itu adalah empat ekor hiqqah dan lima ekor binti labun, dan dua farhu bagi sapi itu adalah tiga ekor musinnah dan empat ekor tabi’ nescaya wajib dia mengeluarkan salah satu daripada dua fardhu yang lebih bermanfaat bagi orangorang yang berhak jika keduanya fardhu itu ujud pada hartanya. 2833. Maka tidak memada mengeluarkan salah satu daripada dua fardhu yang kurang bermanfaat kepada orang-orang yang berhak, dengan syarat jika julas512 yang mengeluarkan seperti dia menyembunyikan yang lebih bermanfaat kepada orang-orang yang berhak atau cuai orang yang mengambil seperti dia mengambilnya dengan tidak ijtihad pada yang lebih manfaat serta dia tahukannya. 2834. Jika tidak julas yang mengeluarkan dan tidak taksir yang mengambil maka memadalah yang kurang manfaatnya, tetapi wajib diatas pengeluar zakat itu menambah pada kurangnya dengan duit negeri atau dengan satu perempat daripada yang terlebih manfaat. Umpamanya jika nilai empat ekor hiqqah itu empat ratus dan nilai lima ekor binti labun itu empat ratus lima puluh dan dia mengeluarkan empat ekor hiqqah yang kurang bermanfaat kepada orang yang berhak nescaya wajib diatas pengeluar menambahkan lima puluh atau lima -
512
. culas - curang – tak jujur.
persembilan daripada seekor binti labun, tidak dengan setengah hiqqah kerana kadar kurangnya itu lima puluh dan niai setiap satu daripada binti labun yang lima itu adalah sembilan puluh makan jadilah lima persembilan seekor binti labun itu berbetulan dengan lima puluh, kadar kurangnya. 2835. Jika diperolehi satu daripada dua fardhu pada hartanya nescaya diambillah yang ada itu sekalipun kurang manfaatnya bagi orang-orang yang berhak. Jika tidak diperolehi kedua-duanya atau diperolehi ia tetapi tidak memada sebab beraib haruslah dia menghasilkan apa yang dikehendakinya daripada dua fardhu itu dengan dibelinya atau selainnya sekalipun kurang manfaatnya. 2836. Barang siapa wajib mengeluarkan binti makhad dan tidak diperolehi ia pada hartanya haruslah dia mengeluarkan binti labun serta mengambil jabran513 iaitu dua ekor kambing atau dua puluh dirham, dan barang siapa wajib atasnya mengeluarkan binti labun harus dia mengeluarkan binti makhad serta memberikan jabran iaitu dua ekor kambing atau dua puluh dirham, dan harus dia mengeluarkan hiqqah serta mengambil jabran dua ekor kambing atau dua puluh dirham. 2837. Maka pilihan pada mengeluarkan pangkat yang atas atau yang bawah itu bagi tuan unta dan pilihan diantara dua ekor kambing dan dua puluh dirham bagi yang memberikannya, samaada tuan punya unta atau ‘amil. 2838. Syahadan. Jika sekelian unta itu beraib sebab sakit atau selainnya maka tidak harus dia memilih mengeluarkan pangkat yang atas serta mengambil jabran, kerana bahawa yang wajib diatasnya beraib, tetapi harus dia memilih mengeluarkan pangkat yang bawah serta memberi jabran. 2839. Barang siapa wajib diatasnya binti labun maka tidak diperolehnya pada untanya nescaya harus dia mengeluarkan jaz’ah dan mengambil dua jabran dengan syarat tidak ada padanya hiqqah. Jika wajib diatasnya hiqqah maka tidak diperolehinya pada untanya harus die mengeluarkan binti makhad serta memberikan dua jabran dengan syarat jika tidak ada pada untanya binti labun. 2840. Tidak memadai pada satu jabran seekor dan sepuluh dirham tetapi memada bagi dua jabran dua ekor kambing dan dua puluh dirham. 2841. Memada mengeluarkan sapi sebagai zakat kerbau dan mengeluarkan kerbau sebagai zakat sapi. Memadai mengeluarkan biribiri sebagai zakat kambing dan mengeluarkan kambing sebagai zakat biri-biri, dengan syarat memeliharakan nilainya seperti bahawa sama kambing dengan biri-biri itu pada kadar nilainya, kerana satu jenisnya, samaada satu pula pada bagainya seperti nishab itu sekeliannya sapi atau sekeliannya kerbau atau sekeliannya kambing atau sekeliannya biri-biri, atau berlain-lainan bagainya seperti sebahagian nishab itu sapi dan sebahagian lagi kerbau atau sebahagiannya dan sebahagian lagi biribiri. 2842. Maka jika ada padanya tiga puluh kambing dan sepuluh biribiri maka harus dikeluarkan zakatnya seekor kambing atau seekor biribiri dengan nilai tiga perempat kambing dan satu perempat biribiri, dan jika ada baginya sepuluh kambing dan dan tiga puluh biri-biri maka harus dia keluarkan zakatnya seekor kambing atau seekor biri-biri dengan niai tiga perempat biri-biri dan satu perempat kambing. 2843. Maka jika umpamanya nilai setiap ekor daripada kambing itu dua puluh dirham dan nilai setiap biri-biri itu empat puluh dirham dikeluarkan pada contoh yang pertama kambing atau biri-biri yang berharga dua puluh lima dirham, dan dikeluarkan pada contoh yang sebaliknya kambing atau biri-biri yang berharga tiga puluh lima dirham. 513
. tampungan.
2844. Jika dia mempunyai tiga puluh ekor sapi dan sepuluh ekor kerbau maka harus dikeluarkan sebagai zakatnya seekor musinnah daripada sapi atau seekor musinnah daripada kerbau dengan nilai tiga perempat musinnah sapi dan satu perempat musinnah kerbau. Demikianlah dikiaskan pada ‘akasnya. 2845. Bermula, tidak harus mengambil yang berpenyakit dan yang beraib dengan aib atau sakit yang mengurangkan harganya melainkan jika semua na’amnya itu beraib dan berpenyakit. 2846. Tidak harus mengambil yang jantan melainkan pada apa yang ditentukan seperti ibni labun dan hiqq pada kambing514 dan unta515, dan tabi’ pada sapi dan kerbau, atau pada keadaan semua na’amya jantan, maka diambil pada tiga puluh enam unta yang jantan sekeliannya ibni labun yang lebih nilainya daripada ibni labun yang diambil pada dua puluh lima unta tatkala ketiadaan binti makhad supaya tidak samaan diantara dua nishab itu. 2847. Dikenal lebihan nilai itu dengan nisbah. Maka jika nilai ibnu labun yang diambil pada dua puluh lima ekor unta itu lima puluh dirham nescaya adalah nilai ibni labun yang diambil pada tiga puluh enam ekor unta itu tujuh puluh dua dirham, dengan nisbah lebih tiga puluh enam diatas dua puluh lima, iaitu dua perlima dan satu perlima daripada yang satu perlima. 2848. Diambil pada dua puluh lima ekor unta seekor unta yang beraib dengan aib yang sederhana.516 2849. Tidak diambil yang kecil melainkan jika sekelian na’amnya itu kecil. Maka diambil pada tiga puluh enam ekor anak unta seekor anaknya yang lebih banyak nilainya daripada anaknya yang diambil pada dua puluh lima ekor. Diatas ini dikiaskan selainnya. 2850. Tidak diambil yang terpilih iaitu yang digemukkan untuk dimakan dan yang bunting dan yang baru beranak melainkan dengan redha tuan punya. 2851. Syarat yang ketiga daripada syarat-syarat wajib zakat na’am adalah lalu setahun517 didalam miliknya, melainkan pada anak yang diperanakkan oleh ibunya yang sampai nishab pada sama tengah tahun, maka mengikutlah anak itu akan ibunya pada tahunnya. Jika sampai satu nishab dengan anaknya itu seperti lahir seekor kambing daripada seratus dua puluh ekor sebelum genap setahun sekalipun selahzah -lahzah itu masa yang sekejap- atau lahir seekor daripada tiga puluh sembilan ekor sapi atau kerbau, atau lahir seekor unta daripada tiga puluh lima ekor unta, maka wajib pada contoh yang tersebut itu tatkala genap tahun ibunya oleh dua ekor kambing pada contoh yang pertama dan seekor musinnah pada contoh yang kedua dan seekor binti labun pada contoh yang ketiga. 2852. Jika lahir daripada empat puluh ekor kambing sebelum genap tahunnya dua puluh ekor kemudian mati dua puluh ibu itu, atau lahir empat puluh ekor kemudian mati ibu yang empat puluh itu, nescaya sekelian anak pada dua masaalah ini mengikut ibunya pada tahunnya, maka wajiblah zakat sekeliannya seekor kambing pada dua masaalah ini tatkala genap tahun ibunya. Akan tetapi jika ibunya beranak pada contoh-contoh yang tersebut itu selepas genap tahunnya518 maka anaknya itu tidak mengikut ibunya pada tahunnya.
514
. kerana pada kambing dan biri-biri wajib mengeluarkan yang jantan atau yang betina.
515
. iaitu ketika ketiadaan binti makhad.
516
. ibarat asal “Diambil pada dua puluh lima unta yang beraib dengan aib yang sederhana”. Wallahu a’lam
517
. setahun itu diibaratkan dengan haul.
518
. dan sebelum dikeluarkan zakatnya.
2853. Syadahan. Na’am yang baru dimiliki oleh seorang dengan beli atau selainnya tidak seperti hukum anak na’amnya. Maka ia tidak mengikut na’amnya yang sedia ada pada tahunnya, sekalipun dihimpunkan ia kepadanya pada nishab. Contohnya jika seorang memiliki tiga puluh lembu atau kerbau enam bulan, kemudian dia membeli sepuluh ekor sapi atau kerbau nescaya wajib diatasnya tatkala genap tahun yang pertama seekor tabi’, zakat yang tiga puluh ekor itu, dan bagi tiap-tiap tahun yang kemudiannya tiga perempat musinnah. Wajib tatkala genap tahun yang sepuluh ekor itu satu perempat musinnah. 2854. Masaalah. Jika pemilik mendakwa anak na’amnya itu diperanakkan selepas genap tahun ibunya atau baharu dimilikinya dengan beli atau selainnya dan pengumpul mengatakan bahawa ia diperanakkan oleh ibunya sebelum genap tahunnya nescaya dibenarkan pemilik itu. Jika pengumpul itu mentohmahkan pemilik itu pada yang demikian itu maka sunat dia menyuruh pemilik itu bersumpah. 2855. Jika tidak sampai dengan anak itu satu nishab seperti lahir daripada seratus ekor kambing dua puluh ekor anak maka anak itu tidak memberi bekas. Adapun jika ibunya itu kurang daripada nishab tetapi sampai dengan ia dengan anaknya satu nishab seperti dua puluh kambing beranakkan dua puluh ekor maka dimulakan tahunnya daripada ketika sampai nishab itu. 2856. Jikalau hilang miliknya dari nishab atau dari sebahagiannya pada pertengahan tahun kemudian kembali ujud nishab dengan dia membeli yang hilang itu atau selainnya, sekalipun dengan seumpamanya seperti unta dengan unta, maka dimulakan tahunnya daripada ketika kembali milik itu, sekalipun dia kasadkan dengannya mengelakkan dari kena zakat. Maka melakukan yang demikian itu makruh jika dia kasadkan dengannya mengelakkan zakat sematamata. Adapun jika dia melakukan yang demikian itu kerana hajat serta kasad mengelakkan zakat atau tidak dengan kasad sesuatu maka ianya tidak makruh. 2857. Syarat yang keempat daripada syarat-syarat wajib zakat na’am itu : hendaklah na’am itu makan rumput yang tidak dimiliki orang sekira-kira setahun lamanya dengan digembalakan519 oleh pemiliknya atau wakilnya atau walinya atau hakim, seperti dia mengiringnya520 pada siang hari kepada tempat rumput dan mengiringnya pada malam hari kepada tempat tidurnya. 2858. Maka tidak wajib zakat pada na’am yang makan rumput dengan tidak digembalakan seperti ia keluar kepadang tempat rumput dengan tidak diiring dan kembali kepada tempat tidurnya dengan tidak diiring atau digembalakan oleh orang yang selain tuan punyanya seperti yang merampas atau yang mencuri atau yang membeli dengan belian yang tidak sah. 2859. Demikian lagi tidak wajib ia pada na’am yang diberi umpan setahun atau didalam masa yang tidak hidup ia dengan tidak diberi umpan atau hidup ia didalamnya tetapi dengan mudharat yang jelas atau tidak dengan mudharat yang jelas tetapi dia kasadkan dengan memberi umpan itu memutuskan gembalaan kepada tempat rumput. akan tetapi jika diberinya umpan didalam masa yang sedikit seperti dua hari umpamanya sekira-kira jika tidak diberinya umpan didalam masa itu nescaya ia hidup jua dengan tidak mudharat yang jelas maka iaitu tidak mengapa hanya wajib jua zakatnya. 2860. Masaalah. Jika digembala na’am itu oleh tuan punya dengan rumput yang dimiliki orang seperti bahawa rumput itu tumbuh pada bumi milik orang atau pada bumi yang diwakafkan keatas seorang adakah hukum na’am itu seperti yang digembala pada rumput yang tidak dimiliki atau seperti yang diberi umpan? 519 520
. pada asal “”ﺩﻫﺮﺍﻛﻮ. . pada asal “dikiring” digiring – diiring.
Bersalah-salahan ulamak pada masaalah ini diatas dua wajah. Maka yang difatwakan oleh Qaffal lagi yang dijazamkan oleh Ibnu Muqri ianya seperti yang digembalakan pada rumput yang tidak dimiliki orang jua kerana harga rumput pada ghalibnya sedikit, sementara yang dirajihkan oleh Subki bahawa ia seperti yang digembala pada rumput yang tidak dimiliki orang jika tidak ada bagi rumput itu harga atau ada harganya tetapi sedikit, dan jika ada baginya harga yang tinggi maka ia seperti hukum yang diberi umpan jua. Maka tidak ada padanya zakat. 2861. Demikian lagi tidak wajib zakat pada na’am yang dia warisi dari umpama bapanya tetapi dia tidak mengetahuinya melainkan selepas daripada lalu setahun. 2862. Demikian lagi tidak wajib zakat pada unta atau sapi atau kerbau yang diguna untuk tenggala atau tunggangan atau diguna untuk bersawah atau barang sebagainya dengan syarat jika lalu masa menggunakannya itu sekadar yang jikalau ia diberi umpan didalam masa itu nescaya tidak wajib zakat, bersalahan jika diam menggunakannya pada pekerjaan tersebut itu didalam masa yang sedikit seperti sehari ataa dua hari maka ia tidak menegah wajib zakatnya. 2863. Syahadan. Diambil zakat na’am itu tatkala ia berhimpun pada tempat minum air dan jika ia tidak datang kepada tempat air maka diambil ia dihalaman rumah tuan punya na’am itu. Dibenarkan kata yang mengeluarkannya pada bilangannya jika dia dipercayai, jika dia tidak dipercayai maka hendaklah dibilang na’am itu. 2864. Bermula, yang paling mudah pada membilangnya adalah pada tempat yang picik, dilalukan pada tempat itu seekor kemudian seekor pada tangan tuan punyanya.* Dia mengambil pelepah tamar yang diisyaratkan oleh keduanya dengan pelepah tamar itu kepada setiap satu yang lalu itu atau diletakkannya keatas belakang tiap-tiap satu daripada yang lalu pada tempat itu supaya tidak tersalah pada membilangnya. Maka jika bersalahan tuan punya dan pengumpul zakat pada bilangannya selepas membilangnya dan adalah yang wajib dikeluarkan bersalah-salahan dengan kedua bilangan itu hendaklah diulang membilangnya. 2865. Fasal pada menyatakan zakat khaltah artinya yang bercampur. Ketahui oleh mu bahawa khlitah itu dua bahagian. Pertama khaltah syuyu’ kedua khaltah jiwar maka setiap daripada kedua khaltah ini berlaku pada na’am dan pada pohon tamar dan anggur dan perhumaan dan pada naqd dan pada mata benda perniagaan. 2866. Maka rupa khaltah syuyu’521 itu seperti bahawa bersekutu dua orang ahli zakat atau lebih pada memiliki harta yang sampai nishab atau yang kurang dari nishab tetapi salah seorang daripada keduanya memiliki nishab522, sama ada yang dimiliki itu na’am atau harta wajib zakat yang selainnya, maka hendaklah dua orang yang bersekutu padanya mengeluarkan zakat sebagai zakat seorang. 2867. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa pada memiliki kurang daripada nishab tidak memberi bekas pada mewajibkan zakat, melainkan apabila seorang daripada keduanya memiliki nishab, seperti dua orang bersekutu pada memiliki dua puluh ekor kambing dengan bersamaan dan bersendirian salah seorang daripada kedua mereka dengan memiliki tiga puluh ekor kambing maka wajiblah diatas yang memiliki tiga puluh itu mengeluarkan empat perlima kambing dan wajib diatas yang seorang lagi satu perlima kambing.
521
. syuyu’ ( )ﺷﻴﻮﻉartinya melengkapi atau meliputi, bermakna hak setiap ahli syarikat tidak terbeza pada luaran
hanya diketahui dengan peratusan seperti empat puluh - enam puluh peratus. 522 . daripada harta yang lain yang tidak disyarikatkan.
2868. Adapun jika seorang daripada kedua mereka tidak memliki nishab maka tidaklah wajib zakat sekalipun perhimpunan dua harta itu sampai satu nishab, seperti bersekutu dua orang pada miliki dua ekor kambing dengan bersamaan dan ada bagi setiap kedua mereka sembilan belas ekor kambing dengan tidak bersekutu. 2869. Maka khaltah syuyu’ itu terkadang berfaedah meringankan dua orang yang bersekutu seperti mereka bersekutu pada lapan puluh kambing diatas bersamaan dan terkadang berfaedah memberatkan seperti mereka bersekutu pada empat puluh ekor kambing, dan terkadang berfaedah meringankan salah seorang daripada keduanya dan memberatkan seorang lagi seperti bersekutu dua orang pada memiliki enam puluh kambing bagi salah seorang daripada mereka dua pertiganya dan bagi seorang lagi satu pertiganya, maka ia memberatkan diatas yang memiliki satu pertiga dan meringankan diatas yang memiliki dua pertiga, dan terkadang tidak berfaedah meringankan dan memberatkan seperti dua orang bersekutu diatas memiliki dua ratus kambing dengan bersamaan. 2870. Bermula, khaltah jiwar berfaedah dengan salah satu daripada empat bahagian faedah itu sama seperti khaltah syuyu’. Maka rupa khaltah jiwar itu seperti dua orang ahli zakat mencampurkan unta sama unta atau sapi sama sapi atau kambing sama kambing hingga sampai perhimpunan keduanya satu nishab atau kurang daripada satu nishab tetapi ada bagi salah seorang daripada mereka satu nishab523. Maka diketahui daripada sekelian yang tersebut itu bahawa disyaratkan pada khaltah syuyu’ dan khaltah jiwar keadaan dua harta itu sejenis seperti kambing dengan kambing, tidak kambing dengan sapi. 2871. Disyaratkan pula keadaan perhimpunan dua harta itu satu nishab atau lebih atau kurang dari satu nishab tetapi ada bagi salah seorang dari kedua mereka satu nishab atau lebih. Maka jikalau setiap daripada mereka itu memiliki dua puluh ekor kambing kemudian mereka mencampurkan sembilan belas ekor dengan sembilan belas ekor dan mereka menunggalkan yang dua ekor itu tidak dicampurkan, maka tidak sabitlah khaltah* dan tidaklah zakat, kerana tidak sampai perhimpunan keduanya satu nishab dan salah seorang daripada kedua mereka itu tidak memiliki nishab. 2872. Disyaratkan pula khaltah itu kekal setahun pada harta yang disyaratkan tahun. Maka jika setiap daripapa dua orang memiliki empat puluh ekor kambing pada permulaan bulan muharram dan mencampurkan keduanya pada permulaan safar maka tidaklah sabit khaltah pada tahun yang pertama, tetapi apabila datang muharram yang kedua wajiblah diatas setiap mereka itu masing-masing mengeluarkan seekor kambing. Sabitlah khaltah pada tahun yang kedua dan yang kemudiannya, maka wajib diatas kedua mereka bersekutu mengeluarkan kambing pada tahun yang kedua dan yang kemudiannya. 2873. Disyaratkan pula pada harta yang tidak disyaratkan tahun seperti buahbuahan dan biji-bijian bahawa kekal khaltah itu hingga nyata baik buah tamar atau anggur dan hingga keras biji gandum atau barang sebagainya. 2874. Syahadan. Tidak wajib zakat khaltah jiwar pada na’am melainkan apabila satu tempat minumnya, jangan berlainan, dan satu tempat dihimpunkan ia untuk pergi kepadanya kemudian diiring kepadang rumput, dan satu tempat gembalaannya dipadang rumput, dan satu jalan tempat lalu diantara keduanya, dan satu tempat kediamannya pada malam, dan satu tempat perah susunya, dan satu pengembalanya, dan satu bapak jantan bagi kedua pihak. Tidak disyaratkan niat pada mencampurkan kedua harta itu. 523
. daripada harta lain yang tidak bercampur itu.
2875. Jikalau bercerai na’am kedua mereka pada masa yang lanjut batallah khaltah itu. Jika ia bercerai pada masa yang singkat dan mereka tidak mengetahuinya maka tidak mengapa. Jika kedua mereka mengetahuinya dan membiarkannya atau memaksudkan yang demikian itu atau diketahui oleh salah seorang daripada keduanya batallah khaltah itu. 2876. Jika kedua mereka membatalkan khaltah itu sebelum genap tahunnya seperti bahawa kedua mereka sendiri-sendiri pada memeliharakan hartanya nescaya wajiblah zakat atas orang yang sampai hartanya satu nishab dan tidak wajib zakat ditas yang tidak sampai hartanya satu nishab. 2877. Syahadan. harus bagi sai’e524 mengambil zakat dari harta salah seorang daripada dua orang yang mencampurkan harta, maka apabila dia mengambil sekor kambing daripada salah seorang daripada mereka dia merujuklah keatas taulannya dengan bahagiannya yang khusus daripada nilai kambing itu bukan daripada diri kambing itu. Maka jika mereka mencampurkan seratus kambing dengan seratus kambing maka diambil oleh sai’e dua ekor kambing dari salah seorang daripada mereka merujuklah dia keatas taulannya dengan setengah nilai dua ekor kambing itu, bukan dengan nilai setengah keduanya dan bukan dengan seekor kambing dan bukan dengan dua setengah daripada dua ekor kambing itu. Jika sai’e mengambil daripada setiap mereka seekor kambing maka tidaklah merujuk salah seorang daripada keduanya atas taulannya sekalipun tak sama kedua kambing itu. 2878. Jika Zaid memiliki tiga puluh kambing dan Umar memiliki sepuluh maka sai’e mengambil sekor kambing dari Umar merujuklah Umar keatas Zaid dengan tiga perempat nilainya, dan jika dia mengambilnya dari Zaid merujuklah Zaid keatas Umar dengan satu peremat nilainya. Jika Zaid memiliki seratus dan Umar lima puluh maka sai’e mengambil dua ekor kambing dari Umar merujuklah Umar keatas Zaid dengan dua pertiga nilai kedua kambing itu dan jika dia mengambil dua ekor kambing dari Zaid merujuklah Zaid keatas Umar dengan satu pertiga nilai kedua kambing itu. Jika dia mengambil daripada setiap keduanya seekor kambing merujuklah Zaid atas Umar dengan satu pertiga nilai kambingnya dan merujuklah Umar atas Zaid dengan dua pertiga nilai kambingnya. 2879. Demikian lagi tidak wajib zakat khaltah jiwar pada buah tamar dan anggur dan pada gandum dan padi umpamanya melainkan apabila satu yang memelihara pokok tamar dan anggur dan perhumaan, dan satu tempat mengeringkan buah tamar dan anggur dan satu tempat mengeringkan padi atau gandum dan satu tempat menyimpannya dan satu yang menguliti525 dan satu timbangan dan yang menimbang dan satu gantang dan yang menyukat526 dan satu yang menjangka527 dan yang mengetam. 2880. Bermula, rupa khaltah jiwar pada pokok tamar dan anggur dan perhumaan adalah bahawa setiap daripada dua orang memiliki pokok tamar dan anggur didalam satu kebun atau setiap kedua mereka mempunyai pokok padi atau gandum didalam satu perhumaan. 2881. Rupa khaltah jiwar pada naqd dan mata benda perniagaan adalah bahawa setiap dua orang mempunyai uncang528 yang didalamnya emas atau perak, dan kedua kadut itu didalam satu peti, sekalipun salah satu daripada uncang itu 524 525 526 527 528
. pegawai zakat – petugas zakat. . – ﺩﻳﺎﺳﺔmengirik – memisahkan kulit dari isi. . menakar. . ﻣﻬﺎﺭﻛﻮ. wallahu a’lam. . pada asal “kaduh” : pundi-pundi.
terdapat kiriman orang menyimpan taruh pada tuan punya peti itu.*Tidak disyaratkan keadaan emas dan perak itu didalam satu uncang. 2882. Maka jika didalam satu peti ada empat uncang bagi Zaid dan Umar dan Bakar dan Khalid dan didalam setiap uncang itu ada lima mithqal atau lima puluh dirham perak dan sekelian uncang itu berada didalam peti selama setahun nescaya wajib diatas setiap empat orang itu satu perlapan mithqal emas atau satu dan satu perempat dirham perak. 2883. Atau ada bagi setiap daripada kedua mereka mata benda perniagaan didalam satu kedai529 atau didalam satu tempat jualan530 maka wajiblah zakat khaltah yang tersebut jika kekal khaltahnya pada tempat itu selama setahun.
ت ِ ب َزآَﺎ ِة اﻟ ﱠﻨﺒَﺎ ُ ﺑَﺎ ZAKAT TUMBUH 2884. Ini bab pada menyatakan zakat tumbuh-tumbuhan. Bermula, tidak wajib zakat pada segala jenis buah tumbuh-tumbuhan melainkan pada apa yang mengenyangkan dan menguatkan tubuh pada ketika ikhtiar, iaitu ketika tidak dharurat. 2885. Maka yang mengenyangkan itu ada kalanya daripada buah-buahan iaitu khurma dan anggur dan ada kalanya daripada biji-bijian iaitu gandum dan syai’er531, iaitu seperti gandum tetapi lebih panjang dan lebih kecil sedikit daripada gandum dan beras dan jagung dan keladi dan kudi dan butir dan kamak,532 dan semua jenis bagai kacang yang putih atau hijau atau merah atau hitam, dan zurrah iaitu besarnya dan putihnya seperti kacang putih tetapi bukan jenis kacang, dan dukhun iaitu seperti kacang hijau tetapi bukan jenis kacang, dan ‘adas iaitu satu bagai daripada kacang besarnya seperti kamak tetapi kuning tua warnanya.* 2886. Tidak wajib zakat pada yang tidak mengenyangkan seperti delima dan zaitun dan kumkuma dan biji minyak banggat dan lobak dan533 dan semangka dan timun534 dan sekelian buah-buahan selain yang tersebut itu. 2887. Bermula, tidak wajib zakat pada segala jenis yang mengenyangkan yang tersebut itu melainkan apabila sampai nishab yang tidak berkulit seperti beras atau yang dimakan serta kulitnya seperti tamar dan buah anggur dan gandum dan kacang kepada lima ausuq. 2888. Lima ausuq itu tiga ratus gantang kerana satu ausuq itu enam puluh gantang. Satu gantang itu empat cupak535 dan satu cupak itu satu dan satu pertiga kati dengan kati Baghdad. Satu kati Baghdad itu beratnya seratus dua puluh lapan dirham empat pertujuh dirham. Maka jadilah lima ausuq itu beratnya seribu enam ratus kati. Tetapi yang kebilangan pada yang demikian itu adalah dengan sukatan jua dengan gantang yang tersebut itu, tidak dengan timbangan. 529 530 531 532 533 534 535
. ﺟﻮﺭﻍ, dengan cha dan nga. . ﻛﺮﻭﻳﻖ. . jelai. . pada asal “ ﻛﻼﺩﻯdan ﻛﻮﺩﻯdan ﺑﻮﺗﺮdan ”ﻛﻮﻣﻖ. Wallau a’lam. . ﺑﻌﻜﺖ, dengan nga dan gha. . ﻛﺮﺍﻯ. . ﻓﺮﺍﻓﺎﺗﻦ.
2889. Adapun mengira-ngira dengan timbangan kati maka hanyalah kerana menuntut jelas atau apabila muafakat timbangan dengan sukatan. Maka jika bersalah-salahan keduanya seperti bahawa sampai ia kepada lima ausuq dengan timbangan dan tidak sampai dengan sukatan tidaklah wajiblah zakatnya, dan jika sampai lima ausuq dengan sukat dan tidak sampai dengan timbang nescaya wajiblah zakatnya. 2890. Syahadan. Tamar dan anggur itu dua bagai satu daripadanya boleh kering dengan baik sebab dijemur dan satu lagi tidak boleh kering. Maka yang boleh kering dikirakan sampai kepada lima ausuq pada ketika keringnya, maka hendaklah disukat ia pada ketika keringnya. Dan apa yang tidak boleh kering dibilangkan sampainya lima ausuq pada ketika basahnya. Maka hendaklah disukat ia pada ketika basahnya dan dikeluarkan zakat pada ketika itu juga. Dihimpunkan apa yang tidak boleh kering kepada apa yang boleh kering pada menggenapkan nishab kerana sama jenisnya. 2891. Adapun biji-bijian maka dikirakan sampainya lima ausuq pada ketika bersihnya daripada tangkainya dan jerami536 dan kulitnya yang tidak dimakan ia besertanya, kerana ia tidak ditaruh didalam kulitnya dan tidak dimakan dengannya. 2892. Bermula, apa yang ditaruh didalam kulitnya dan tidak dimakan ia bersamanya seperti padi dan ‘adas iaitu satu bagai daripada gandum maka nishabnya sepuluh ausuq iaitu enam ratus gantang pada ghalibnya kerana padi enam ratus gantang itu menghasilkan beras pada ghalibnya tiga ratus gantang yang mana ia adalah yang kebilangan sebagai nishabnya. Adapun kulitnya maka tidak masuk ia pada bilangan nishab. 2893. Terkadang beras daripada padi yang enam ratus antang itu kurang dari tiga ratus gantang, maka tidakah wajib zakatnya. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak wajib membuang kulit padi pada mengeluarkan zakatnya, bahkan memada mengeluarkannya dengan kulitnya jua. Tetapi jika dijadikan beras adalah nishabnya lima ausuq iaitu tiga ratus gantang maka hendaklah dikeluarkannya beras jua. 2894. Masaalah. Jika seorang berhuma padi maka dia mendapat pada perhumaannya itu kurang dari enam ratus gantang seperti lima ratus setengah537, maka hendaklah diperiksanya : jika padinya itu sangat baik sekira-kira jika dijadikan beras nescaya jadilah ia tiga ratus gantang wajib dia mengeluarkan zakatnya dan jika berasnya tidak jadi tiga ratus gantang maka tidak wajib ia seperti yang tersebut didalam Fathul Wahhab dan Tuhfah dan Nihayah dan selainnya. 2895. Syahadan. Janganlah dihimpunkan satu jenis dengan jenis yang lain pada menggenapkan nishab, seperti gandum dengan syai’er dan tamar dengan anggur kerana berlainan jenisnya. 2896. Akan tetapi wajib digenapkan nishab satu bagai dengan satu bagai yang lain seperti tamar yang bernama muqalla dengan tamar yang bernama burni dan anggur yang bernama bazaqi dengan anggur yang bernama nakhli dan padi lekatan dengan padi yang lain dan kacang hijau dengan kacang putih kerana satu jenisnya. Maka dikeluarkan zakat tiap-tiap bagai itu masing-masing dengan bahagiannya. Jika sukar mengeluarkan seperti demikian itu sebab banyak bagainya dan sedikit yang terhasil pada tiap-tiap bagai itu maka hendaklah dikeluarkan bagai yang sederhana baiknya, jangan bagai yang tinggi dan jangan yang rendah kerana memelihara kedua belah pihak. 536 537
. pada asal. ﻛﻜﻊdengan dua ga. . pada asal “tengah enam ratus”.
2897. Maka jika dia membuat yang sukar itu seperti dikeluarkannya daripada tiaptiap bagai itu dengan bahagiannya atau dikeluarkannya yang lebih baik maka iaitu harus jua bahkan ia adalah yang terafdhal. 2898. Jangan dihimpunkan buah-buahan dan biji-bijian hasilan satu tahun dengan hasilan tahun yang datang pada menggenapkan nishab, sekalipun keluar buah tahun yang kedua sebelum daripada tuaian buah tahun yang pertama. Akan tetapi dihimpunkan pada menggenapi nishab sebahagian hasilan didalam satu tahun dengan sebahagiannya yang lain, sekalipun bersalah salahan waktu mendapat buahnya, tetapi dengan syarat jika dituai keduanya itu didalam setahun iaitu diantara ketam yang pertama dan ketam yang kedua itu kurang daripada dua belas bulan. 2899. Fasal pada menyatakan kadar yang wajib dikeluarkan pada sekelian yang tersebut itu dan apa yang berkaitan dengannya. Bermula, pokok buah-buahan dan biji-bijian yang wajib zakat yang jadi dengan air hujan atau dengan air sungai atau telaga atau mata air sekalipun dengan perbelanjaan maka zakatnya satu persepuluh iaitu satu bahagian daripada sepuluh bahagian. 2900. Zakat pokok yang hidup dengan dijirus dengan air telaga atau air sungai, ditimba atau diangkut diatas haiwan atau diputar dengan kincir, atau dengan air yang dia beli atau yang diberi kepadanya atau yang dia rampas maka zakatnya setengah daripada satu persepuluh. Bermula, perbezaan diantara yang ini dan yang sebelumnya adalah belanja pada masaalah ini banyak dan belanja pada masaalah yang sebelumnya sedikit. 2901. Apa yang jadi dengan dua bagai jirusan yang tersebut ini dengan bersamaan seperti jadi sebahagiannya dengan air hujan dan sebahagiannya dengan air usaha atau tidak diketahui halnya maka zakatnya tiga perempat dari satu persepuluh. 2902. Jika ia hidup dengan dua bagai jirusan itu dengan tidak bersamaan dan diketahui kadar lebih-kurangnya maka hendaklah dikeluarkannya zakatnya dengan sekira-kira bahagiannya dengan iktibarkan hidupnya dan pertumbuhnya, bukan dengan yang lebih banyak daripada dua tempoh itu dan bukan dengan bilangan jirusannya, kerana hidupnya dan pertumbuhnya itulah yang dimaksudkan. Beberapa kali jirus lebih bermanfaat daripada banyaknya satu jirusan. 2903. Maka jika lama masa perhumaan dari ditanam hingga dituai adalah lapan bulan dan ia perlu didalam empat bulan yang pertama daripadanya yang mana ianya musim hujan kepada sekali jirus maka terjirus ia dengan air hujan, jika ia perlu didalam empat bulan yang kedua yang mana ianya musim panas kepada dua jirusan maka dijirus ia dengan usaha wajiblah zakatnya tiga perempat daripada satu persepuluh. Demikian lagi jika kita tidak ketahui kadar manfaat tiaptiap daripada keduanya dengan iktibar masa. 2904. Atau ia perlu didalam enam bulan yang pertama yang mana ianya musim hujan kepada dua kali jirus maka terjirus ia dengan air hujan, dan perlu ia didalam dua bulan yang kedua yang mana ia musim panas kepada tiga kali jirus dengan air usaha, mka wajiblah zaatnya tiga perempat darisatu persepuluh dan satu perempat daripadap setangah satupersepuluh. 2905. Jika bersalah-salahan tuan punya perhumaan dan orang yang mengambil zakat zakat, kata tuan punya perhumaan bahawa ia dijirus dengan air usaha dan kata yang mengambil zakat : terjirus dengan air hujan, dibenarkanlah kata tuan punya perhumaan itu. 2906. Masaalah. Jika seorang mempunyai dua perhumaan yang satu terjirus dengan air hujan dan yang satu dijirus denga air usaha dan tidak sampai setiap daripada keduanya satu nishab wajiblah dihimpunkan keduanya untuk
mengenapkan nishab sekalipun bersalahan kadar wajibnya kerana kadar wajib yang pertama satu persepuluh dan kadar wajib yang kedua setengah satu persepuluh. 2907. Masaalah. Jika diketahui salah satu daripada keduanya lebih banyak daripada yang satu lagi tetapi tidak diketahui ‘ainnya maka yang wajib itu kurang dari satu persepuluh dan lebih daripada setengah satu persepuluh maka diambillah yang yakin. 2908. Syahadan. Tidak wajib zakat pada tamar dan anggur melainkan tatkala nyata masaknya dan manisnya dan warnanya. Demikian lagi tidak wajib zakat pada biji-bijian melainkan tatkala keras bijinya. Tidak disyaratkan rupa masaknya dan sempurna keras bijinya dan tidak disyaratkan masak sekeliannya. 2909. Bermula, yang dikehendak dengan wajib zakat yang tersebut itu adalah diperolehi sebab wajibnya, bukan yang wajib mengeluarkannya pada ketika itu. 2910. Sunat diatas yang tuan punya buah membuat jangkaan dengan ijtihad akan sekelian buah tamar dan anggur apabila nyata masaknya. Bermula, kaifiat jangkaan itu bahawa juru jangka mengeliling tiap-tiap pokok tamar atau anggur dan dia menganggarkan buahnya atau buah tiap-tiap bagai daripadanya pada ketika basahnya kemudian pada ketika keringnya supaya berpindah hak orang yang berhak zakat dari ‘ain buah itu kepada zimmah tuan punyanya. 2911. Disyaratkan bahawa juru jangka itu tahukan kaifiat membuat anggaran lagi dia lelaki yang akil baligh lagi merdeka lagi adil. 2912. Disyaratkan pada pemindahan hak kepada zimmah bahawa dinyatakan oleh juru jangka dengan jaminan mengganti oleh tuan punya akan hak orang yang berhak, seperti dikatanya : aku jadikan engkau menjamin habuan538 orangorang yang berhak dari buah tamar dan anggur yang basah sekira-kira keringnya. 2913. Disyaratkan pula qabul daripada tuan punya seperti katanya : aku terima yang demikian itu. Selepas itu maka harus dia kerjakannya pada sekelian buah tamar dan anggur itu apa yang dikehendakinya atau menjualnya atau barang sebagainya. 2914. Tidak sunat menjangka pada selain tamar dan anggur seperti padi dan gandum kerana sukar sebab tertutup bijinya dengan kulitnya. 2915. Jikalau pemilik mendakwa lenyap buah yang telah dijangka itu dengan tidak menyatakan sebabnya atau dia menyatakan sebab yang tersembunyi seperti kecurian atau sebab yang zahir seperti kebakaran atau rampasan yang diketahui orang tetapi tidak umum dibenarkan dia dengan sumpahnya kerana ia jadi orang yang dipercayai lagi sukar mendirikan saksi, atau diketahui ia serta umumnya tetapi adalah sai’e mentohmahkannya dibenarkan pemilik itu dengan sumpahnya. Jika dia tidak mentohmahnya maka dibenarkan dia tanpa sumpah. Jika dia menyatakan sebab yang zahir itu tetapi orang tidak mengetahuinya nescaya dituntut dia mengadakan saksi yang mensabitkan sebab yang zahir itu kerana mudah mengadakannya. Kemudian dibenarkan dia dengan sumpahnya pada dakwaannya lenyap buah yang telah dijangka dengan sebab yang zahir itu. 2916. Jika pemilik mendakwa aniaya juru jangka pada kadar yang dia jangkakan atau salah jangkaannya dengan kadar yang jauh salahnya pada adat seperti satu pertiga atau satu perempat tidak dibenarkan dakwaannya melainkan dengan saksi. Adalah bandingannya seperti dia mendakwa hakim aniaya pada hukumnya atau saksi dusta pada saksiannya, maka iaitu tidak diterima dakwaannya melainkan dengan saksi. Akan tetapi hendaklah dikurangi daripada jangkaannya kadar yang ihtimal salahnya seperti satu persepuluh atau setengah satu persepuluh. 538
. aku jadikan engkau menyesilih bahagian . . .
2917. Jikalau pemilik tidak mendakwa salahnya hanya mengatakan : aku tidak dapati buah tamar dan anggur melainkan sekelian inilah banyaknya, nescaya dibenarkanlah katanya kerana dia tidak mendustakan seorang pun kerana diihtimalkan lenyapnya. 2918. Jikalau pemililik mendakwa salah juru jangka dengan kadar yang diihtimalkan salahnya seperti satu ausuq didalam seratus ausuq selepas lenyap buah tamar dan anggur yang sidah dijangka dibenarkan dia dengan sumpahnya jika sai’e mentohmahnya. Jika tidak maka dibenarkan dia tanpa sumpah. 2919. Jika tidak lenyap buah tamar dan anggur yang dijangka itu hendaklah diulang menyukatnya dan diamalkan berapa pun hasil sukatannya. 2920. Syahadan. Apabila sudah dikeluarkan zakat buah-buahan dan biji-bijian dan masih lagi tinggal satu nishab atau lebih tidak wajib zakatnya pada tahun yang kemudian kerana zakat tumbuh-tumbuhan tidak berulang, bersalahan dengan zakat haiwan dan zakat emas dan perak. Maka ianya wajib berulangulang pada tiap-tiap tahun selama ada lagi nishabnya. 2921. Bermula, perbezaan yang demikian itu bahawa Allah taala menta’likkan wajib zakat buah-buahan dan biji-bijian dengan tuaiannya dan tuaian itu tidak berulang-ulang maka tidak berulang-ulanglah zakatnya, dan lagi zakat tidak berulang-ulang melainkan pada harta yang bertambah iaitu haiwan dan emas dan perak. Adapun buah-bahan dan biji-bijian maka iaitu putus pertambahannya hanya semakin kurang jua. 2922. Tidak ada waqs pada zakat tumbuh-tumbuhan sama seperti zakat emas dan perak jua kerana dapat menjuzuk-juzukkannya dengan tidak mudharat, bersalahan zakat haiwan, maka tidak dapat menjuzukkannya melainkan dengan mudharat.
ﺯﻜﹶﺎ ﹸﺓ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹾﻘ ِﺩ BAB ZAKAT NAQD539 2923. Ini bab pada menyatakan zakat emas dan perak sekalipun tidak dilebur540. Bermula, nishab emas itu dua puluh mithqal dan nishab perak itu dua ratus dirham dengan timbangan Makkah kerana sabda nabi sawm gantang zakat itu gantang Madinah dan timbangannya timbangan Makkah. Maka wajib zakat dua puluh mithqal emas dan dua ratus dirham perak itu selepas sempurna tahunnya sebanyak 1\4 dari 1\10541. Maka 1\4 dari dua puluh mithqal itu dua mithqal dan 1\4 dari dua mithqal itu setengah mithqal542, inilah zakatnya. Dan I\10 dari 200 dirham itu 20 dirham dan 1\4 dari dua puluh itu lima dirham543, inilah zakatnya. 2924. Bermula, satu mithqal Makkah itu tidak berubah sejak masa jahiliyah hingga masa Islam, iaitu berat 72 biji syai’er yang sederhana kulitnya dan dibuang kedua hujungnya yang halus lagi panjang. Adapun dirham Makkah pada masa Islam maka ianya berubah dari dirham jahiliyah. Maka yang dikehendaki dengan dirham zakat harta adalah dirham yang pada masa Islam jua. Maka satu dirham itu beratnya 50 dan 2\5 biji syai’er. 539 540 541
. iaitu duit – matawang – cash, iaitu emas dan perak. . ﺩﻓﺪﻭﺭ. . iaitu 1\40 bersamaan 2.5%.
542
. maka jumlahnya dua mithqal setengah.
543
. maka jumlahnya 25 dirham.
2925. Syahadan. Makanala ditambah diatas yang satu dirham 3\7 dirham jadilah ia satu mithqal, dan manakala dikurangkan dari satu mithqal itu 3\10 mithqal jadilah ia satu dirham. Maka tiap-tiap 10 dirham itu 7 mithqal dan tiap-tiap 10 mithqal itu 14 2\7 dirham. Maka 20 mithqal itu 28 4\7 dirham dan 200 dirham itu 140 mithqal. 2926. Jika ditimbang dua puluh mithqal itu dengan bungkal yang berat enam suku setali maka jadilah jumlahnya kira-kira544 dua tahil emas*, dan jika ditimbang yang dua ratus itu dengan rial bulat jadilah jumlahnya kira-kira dua puluh empat rial. 2927. Jika lebih emas atau perak dari satu nishab nescaya wajiblah zakatnya seperti hitungannya sekalipun sedikit lebihnya kerana tidak ada waqs pada zakat emas dan perak seperti yang telah tersebut kenyataannya. 2928. Tidak digenapkan nishab emas dengan perak dan ‘akasnya kerana berlainan jenisnya. Akan tetapi digenapkan nishab emas atau perak yang baik dengan emas yang buruk kerana satu jenisnya. Maka hendaklah dikeluarkan zakat setiap keduanya dengan agihannya jika mudah, jika sukar maka dikeluarkan zakatnya dengan yang sederhana. 2929. Tetapi jika emas atau perak yang senishab itu baik sekeliannya tidaklah memadai dikeluarkan yang buruk, bahkan hendaklah dikeluarkannya yang baik seumpamanya atau yang lebih baik daripadanya, yang mana ianya terafdhal. 2930. Maka jika wajib dia mengeluarkan setengah dinar umpamanya hendaklah diberikannya satu dinar kepada orang-orang yang berhak, setengahnya sebagai zakat dan setengah lagi menjadi amanah bagi tuan punya harta itu. Kemudian jika orang-orang yang berhak hendak mereka menjualnya kepada orang lain dan membahagi-bahagikan harganya, setengah harga bagi mereka itu dan setengah lagi bagi tuan punya harta, atau orang-orang yang berhak membeli setengahnya dari tuan punya harta atau tuan punya harta itu membeli setengahnya milik orang-orang yang berhak itu, akan tetapi makruh bagi yang membayar zakat membeli zakatnya daripada orang yang berhak. Demikian lagi makruh orang yang bersedekah sunat membeli sedekahnya daripada orang yang disedekahkannya. 2931. Syahadan. Apabila bercampur emas dengan tembaga atau perak dengan tembaga tidaklah wajib zakatnya melainkan apabila sampai emas atau perak itu satu nishab. Maka hendaklah dikeluarkan emas dan perak yang tidak bercampur atau yang bercampur yang sampai emasnya atau peraknya satu kadar zakat, dan jadilah tembaganya itu sedekah sunat. 2932. Jika diperbuat bejana dari emas yang bercampur perak dan tidak diketahui yang lebih banyak daripada keduanya, adakah emas yang lebih atau perak, hendaklah dizakatkan setiap emas dan perak itu dengan mentakdirkan ianya adalah yang lebih banyak dari yang satu lagi. Maka jika berat bejana itu seribu dirham, daripada salah satu daripada keduanya enam ratus dan daripada yang satu lagi empat ratus, hendaklah dizakatkan enam ratus emas dan enam ratus perak. Tidak harus mentakdirkan sekeliannya emas daripada dua jenis emas dan perak itu kerana emas tidak memadai sebagai zakat perak sama seperti ‘akasnya. 2933. Atau dibezakan emas dan perak dengan api seperti dilebur sedikit daripada bejana itu, atau dibezakan dengan air seperti diletakkan emas murni yang berat seribu dirham didalam air maka ditandakan tinggi air didalam bejana itu kemudian dikeluarkan emas itu daripadanya dan diletakkan pula didalam air itu perak yang murni yang berat seribu dirham maka ditandai pula tinggi air didalam bejana itu, dan adalah tanda perak itu lebih tinggi daripada tanda emas kerana jirim perak 544
. taqrib.
yang diletakkan itu lebih besar daripada jirim emas itu, kemudian dikeluarkan pula perak itu dan diletakkan bejana yang bercampur itu didalam air itu maka ditandai tinggi air itu. Adalah tanda yang bercampur itu diantara dua tanda yang tersebut itu. Maka jika tanda yang bercampur itu hampir kepada tanda perak adalah perak lebih daripada emas dan jika tanda yang bercampur itu hampir kepada tanda emas adalah emas lebih banyak daripada perak, dan jika bersamaan hampirnya kepada dua tanda itu maka bersamaanlah emas dan perak itu. 2934. Diketahui kadar banyak itu dengan nisbah, maka jika diantaranya dan diantara tanda emas itu dua biji syai’er dan diantaranya dan diantara tanda perak itu sebiji syai’er nescaya adalah dua pertiga bejana itu emas dan satu pertiganya perak. Jika diantaranya dan diantara tanda emas itu sebiji syai’er dan diantaranya dandiantara tanda perak itu dua biji syai’er nescaya adaah dua pertiga bejana itu emas dan satu pertiganya perak. Jika tanda yang bercampur itu bersamaan nisbah jauhnya kepada dua tanda itu nescaya adalah setengah bejana itu emas dan setengah lagi perak. 2935. Maka apabila diketahui dengan cara yang tersebut itu kadar emas dan perak daripada bejana yang bercampur itu maka hendaklah dikeluarkan zakat keduanya masing-masing dengan perhitungannya. 2936. Makruh bagi sultan memperbuat dinar atau dirham atau barang sebagainya bercampur dengan tembaga atau selainnya, sekalipun ianya laku, tetapi sah jual beli dengannya. Demikian lagi makruh bagi selain sultan membuat dinar atau dirham atau barang sebagainya, samaada buatannya itu bercampur atau tidak. Tetapi jika buatannya itu bercampur dan adalah campurannya itu lebih banyak daripada campuran buatan sultan maka ianya haram jua. 2937. Syahadan. Tidak wajib zakat pakaian emas yang tidak haram lagi tidak makruh memakainya seperti gelang dan keroncongan pakaian perempuan, dengan syarat jika diketahui oleh si pemilik lagi tidak diniatkannya sebagai simpanan. Adapun jika dia tidak mengetahuinya seperti dia mewarisinya dari kerabatnya dan tidak dia tahukan adanya melainkan selepas genap setahun maka wajib zakatnya. Demikian lagi jika dia niatkannya sebagai simpanan, maka wajiblah zakatnya. 2938. Demikian lagi wajib zakat yang haram dan yang makruh daripada emas dan perak, samaada ia pakaian atau bejana seperti yang telah tersebut kenyataannya pada fasal hukum pakaian dan bejana. 2939. Bermula, syarat zakat emas dan perak selain zakat rikaz dan ma’din hendaklah dimiliki genap setahun, tetapi jikalau dimilikinya nishab didalam enam bulan kemudian dia menghutangkannya kepada seorang tidaklah putus tahunnya. 2940. Syahadan. Tidak wajib zakat pada selain emas dan perak seperti mutiara dan intan dan zamrud dan fairuz dan kasturi dan ambar dan selainnya.
ﺭ ِﺓ ﺎﺍﻟ ﱢﺘﺠﺭﻜﹶﺎ ﹺﺯ ﻭ ﺍﻟﻥ ﻭ ﻌ ِﺩ ﹺ ﻤ ﺯﻜﹶﺎ ِﺓ ﺍ ﹾﻟ ﺏ ﺎﺒ ZAKAT MA’DIN DAN RIKAZ DAN PERNIAGAAN 2941. Ini bab pada menyatakan zakat ma’din dan rikaz dan perniagaan. Fasal pada menyatakan zakat ma’din545. Bermula, barang siapa yang daripada ahli zakat mendulang emas atau perak pada ma’din artinya pada bumi yang 545
. hasil galian dan perlombongan, juga dituturkan keatas tempat menghasilkannya iaitu lombong.
dimilikinya atau pada bumi yang mati, maka diperolehnya emas atau perak sampai satu nishab nescaya wajib dia mengeluarkan zakatnya 1\4 daripada 1\10 pada ketika itu juga. Maka disyaratkan pada wajib zakat ma’din itu nishab dan tidak disyaratkan pemilikan genap setahun. 2942. Tidak wajib dia mengeluarkan zakatnya bagi tahun-tahun yang telah lalu sekalipun diperolehnya didalam bumi yang dimilikinya, kerana tidak diyakinkan keadaan emas atau perak itu jadi miliknya pada ketika dia memiliki bumi itu kerana diihtimalkan keadaannya baru dijadikan oleh Allah taala pada tempat itu. 2943. Dihimpunkan sebahagian perolehannya dengan sebahagian yang lain pada menggenapkan nishab jika satu lubang tempat mendulang dan berhubung usahanya atau berselang kerana uzur seperti sakit atau membaikki perkakas mendulang sekalipun lanjut masa selangannya. Jika tidak bersatu lubang tempat mendulang dan tidak berhubung usahanya seperti demikian itu maka tidaklah dihimpunkan perolehannya yang dahulu dengan perolehannya yang kemudian pada menggenapkan nishab. 2944. Dihimpunkan perolehannya yang kemudian kepada perolehannya yang terdahulu pada menggenapkan nishab, sepertimana dihimpunkan ia kepada miliknya yang selain perolehan mendulang seperti pusaka dan pemberian orang. Maka jika genap nishab dengannya dizakatkanlah perolehannya yang kedua. 2945. Misalnya, jika diperolehnya dengan mendulang yang pertama sembilan belas mithqal dan diperolehnya dengan mendulang yang kedua satu mithqal maka tidak wajib zakat pada sembilan belas mithqal itu, dan wajib zakat pada satu mithqal itu sepertimana wajibnya pada yang satu mithqal itu jikal ada pada miliknya sembilan belas mithqal yang bukan perolehan mendulang. Adalah permulaan tahun dua puluh mithqal itu dari waktu genap nishabnya. 2946. Waktu wajib mengeluarkan zakat emas atau perak dulangan itu adalah ketika bersihnya daripada tanah dan pasirnya. Belanja membersihkannya kena diatas pemilik, maka digagahi dia diatas membersihkannya. Tidak memada mengeluarkan zakatnya sebelum bersihnya. Jika ia diterima oleh sai’e sebelum bersihnya dia mendhamannya. Maka wajib dia memulangkannya jika belum lenyap ‘ainnya atau memulangkan gantiannya jika sudah lenyap ainnya. Jika bersalah-salahan sai’e dan pemilik pada kadar timbangannya sebelum lenyap ‘ainnya atau selepasnya dibenarkan sai’e itu dengan sumpahnya. 2947. Masaalah. Jika seorang Islam mendulang dinegeri kafir harbi nescaya adalah perolehannya itu menjadi harta ghanimah yang dikhumuskan. 2948. Fasal pada menyatakan zakat rikaz. Bermula, wajib pada zakat rikaz daripada emas dan perak apabila sampai nishabnya 1\5 daripadanya. Maka diberikan 1\5 itu kepada mereka yang diberikan zakat. Maka 1\5 dua puluh mithqal emas itu empat mithqal dan 1\5 dua ratus dirham perak itu empat puluh dirham. Itulah zakatnya. 2949. Tidak disyaratkan pada zakat rikaz pemilikan setahun, bahkan wajib dikeluarkan zakatnya selepas mendapatnya. 2950. Adapun rikaz daripada emas dan perak itu maka ianya adalah harta petaruhan kafir jahiliyah546, iaitu zaman sebelum nabi kita jadi nabi atau kemudiannya tetapi tidak sampai kepada mereka itu seruan nabi kita kepada agama Islam. 2951. Tidak disyaratkan mengetahui keadaannya daripada petaruhan mereka itu, hanya dipadakan dengan tanda jua seperti tersurat padanya nama raja kafir atau nama berhala pada masa itu atau barang sebagainya.
546
. Takrifan teks arab “ ”ﺩﻓﲔ ﺍﳉﺎﻫﻠﻴﺔyang maknanya harta jahiliyah yang tertanam.
2952. Maka jika didapati petaruhan kafir itu pada bumi yang mati atau pada bumi miliknya yang dia menghidupkannya atau pada kubur kafir-kafir jahiliyah atau pada bekas kota dan tempat kediaman mereka itu nescaya orang yang mendapatnya memilikinya, dan wajib dia mengeluarkan zakatnya satu perlima pada ketika itu jua, samaada dia mendapatnya dengan menggalinya547 atau dengan dizahirkan oleh air atau dengan roboh tanah atau dengan barang sebagainya. 2953. Jika seorang menemui harta petaruhan itu pada bumi masjid atau pada jalan besar atau menemui petaruhan orang Islam dengan tandanya seperti tersurat diatasnya ayat Quran atau nama raja Islam dan diketahui tuan punyanya pada tiga masaalah ini maka petaruhan itu bagi tuan punyanya, wajib dia memberikan kepadanya. Jika dia tidak ketahui tuan punyanya pada tiga masalah ini maka petaruhan yang ditemuinya itu adalah luqatah yang tersebut kenyataanya pada babnya. Maka wajib dia menta’rifkannya selama setahun seperti kaifiat menta’rifkan luqatah yang ditemui diatas bumi. Maka apabila genap setahun menta’rifkannya dengan lafaz haruslah dia memakainya dan jika tidak dia dapati tuan punyanya. 2954. Demikian lagi jika tidak diketahui hal petaruhan itu adakah ia daripada petaruhan kafir jahiliyah atau petaruhan orang Islam kerana ketiadaan tanda yang membezakannya seperti petaruhan emas uri548 umpamanya atau ada ia pakaian atau bejana yang dipakai seumpamanya oleh kafir jahiliyah dan orang Islam, maka ianya luqatah jua. 2955. Jika didapatinya petaruhan itu didalam bumi milik seorang maka petaruhan itu milik tuan punya bumi itu jika dia mengaku memiliknya. Maka hendaklah dia mengambilnya tanpa sumpah. Jika dia tidak mengaku memiliknya maka petaruhan itu milik orang yang memilik bumi itu sebelum dia. Itu pun jika dia mengaku memilikinya, jika tidak maka petaruhan itu milik orang yang memilikinya sebelum dia. Demikianlah hingga sampai kepada yang menghidupkan bumi itu, maka petaruhan itu bagi yang menghidupkannya, sekalipun dia tidak mengaku memilikinya kerana bumi mati apabila dihidupkan oleh sesaorang nescaya dia memiliknya serta apa yang didalamnya daripada petaruhan dan apabila dia menjual bumi itu tidaklah masuk terjual pertaruhan itu. 2956. Masaalah. Jika didapati petaruhan didalam milik Zaid umpamanya kemudian maka datang dua orang lain yang berbantah pada mengakui milik hendaklah ditilik jika petaruhan itu diakui oleh Zaid maka petaruhan itu milik Zaid. Jika tidak maka ianya milik sesiapa yang dibenarkan oleh Zaid daripada dua orang yang berbantah itu. 2957. Jika berbantah pada mengakui satu petaruhan dua orang : yang menjual bumi dan yang membelinya atau yang menyewakan bumi itu dan yang menyewanya atau yang meminjamkan bumi itu dan yang meminjamnya, dan setiap daripada keduanya berkata petaruhan itu milikku dan akulah yang menanamnya549 nescaya dibenarkanlah yang mempunyai tangan550 diatas bumi itu dengan sumpahnya pada tiga masaalah ini, jika terboleh menanam seumpama yang demikian itu didalam masa tangannya, sekalipun diatas nadir. Jika tidak terboleh yang demikian itu maka tidaklah dibenarkan dia.*
547 548 549 550
. menabaknya. . ﺍﻣﺲ ﺍﻭﺭﻯ . ﳑﺎﺗﻨﺪﻱ. . ﳑﻔﻴﺎﻳﻴﺪﻯ, dengan nya selepas fa’.
2958. Jikalau jatuh perbantahan itu kemudian daripada kembali milik bumi itu kepada yang menjualnya atau yang menyewakannya atau yang meminjamkannya maka jika berkata setiap daripada tiga orang ini : aku menanamnya selepas daripada kembali milik kepada ku, nescaya dibenarkanlah dia dengan sumpahnya jika terboleh yang demikian itu. Jika setiap daripada mereka itu berkata: aku tanamkan551 petaruhan itu sebelum keluar milik dari tangan ku nescaya dibenarkanlah orang yang menyewa dan yang meminjam.* 2959. Fasal pada menyatakan hukum zakat perniagaan. Bermula, zakat harta perniagaan itu 1\4 dari 1\10 nilainya. Adapun keadaan wajibnya itu 1\4 dari 1\10 seperti zakat naqd maka kerana ia dinilai dengannya, adapun keadaannya daripada nilainya maka kerana zakat harta perniagaan itu bergantung dengan nilainya tidak dengan ‘ainnya maka tidak harus mengeluarkannya daripada ‘ain harta perniagaan. 2960. Bermula, syarat wajib zakat pernIagaan itu enam perkara . Pertamanya hendaklah yang diperniagakan itu matabenda yang tidak wajib zakat pada ‘ainnya seperi kuda dan sahaya dan lada dan kain dan barang sebagainya. Maka tidak memada yang diperniagakan itu naqd kerana wajib zakat pada ‘ainnya. 2961. Syarat yang kedua hendaklah mata benda itu diniatkan untuk perniagaan. 2962. Syarat ketiga : hendaklah disertakan niat yang tersebut itu dengan permulaan akad memiliki matabenda perniagaan itu seperti disertakan niat itu dengan akad membeli matabenda itu. 2963. Syarat keempat hendaklah dimiliki matabenda itu dengan akad mu’awadhah iaitu berurap-urapan seperti jual beli dan memberi dengan menuntut balasan dan mengambil upah dan seperti mahar nikah dan penebus talak. Adapun matabenda yang tidak dimiliki dengan akad mu’awadhah seperti pusaka dan pemberian tanpa balasan dan binatang perbuaruan dan perolehan dengan berhutang maka tidaklah wajib zakat pada sekelian yang tersebut itu sekalipun dengan disertakan niat perniagaan. 2964. Syarat kelima janganlah dijual matabenda perniagaan pada tengah tahun dengan naqd yang dinilaikan ia dengannya pada hal ia kurang dari nishab. Maka manakala matabenda itu dijadikan naqd pada tengah tahun pada hal ia kurang daripada nishab seperti dia membeli matabenda itu dengan emas yang sampai nishabnya iaitu dua puluh mithqal atau kurang daripadanya kemudian dia menjualnya pada tengah tahun dengan harga sembilan belas mithqal maka putuslah tahun perniagaan itu kerana nyata kurang nishabnya sebab dijadikan naqd. 2965. Adapun jika ia dijual dengan naqd yang tidak dinilai ia dengannya seperti dia menjualnya pada mithqal yang tersebut itu dengan harga seratus lima puluh dirham perak atau dua ratus dirham perak atau dijual ia dengan naqd yang dinilai ia dengannya pada hal sampai ia senishab atau lebih maka tidaklah putus tahunnya. 2966. Demikian lagi tidak putus tahunnya jika dijual matabenda itu dengan matabenda juga kerana bersamaan keduanya pada ketiadaan nilai. Bertukartukaran matabenda itu tidak memutuskan tahun perniagaan. 2967. Syarat keenam janganlah dikasadkan menaruh harta perniagaan itu pada pertengahan tahun. Maka manakala dikasadkan menaruh harta perniagaan pada tengah tahun putuslah tahun perniagaan itu. Maka perlu pula kepada membaharui kasad yang beserta dengan tasarruf. 2968. Maka yang wajib pada zakat matabenda perniagaan itu 1\4 dari 1\10 nilainya, bukan 1\4 dari 1\10 matabenda perniagaan. Iaitu 1\4 dari 1\10 nilainya 551
. ﳑﺎﺗﻖ
pada akhir tahun, kerana akhir tahun itulah waktu wajibnya. Maka jika dia lambatkan mengeluarkannya selepas terboleh mengeluarkannya maka jika kuranglah nilainya sebab lambat dia mendhaman apa yang kurang kerana cuainya. 2969. Syahadan. Hendaklah dinilai harta perniagaan itu untuk diambil 1\4 dari 1\10 nilainya dengan jenis naqd yang dibeli ia dengannya, sekalipun sudah dibatalkan oleh sultan atau bukan naqd yang ghalib didalam negeri. Maka jika tidak sampai ia dengannya kepada satu nishab tidaklah wajib zakat, sekalipun ia sampai satu nishab dengan jenis naqd yang tidak dibeli ia dengannya. 2970. Atau dinilai ia dengan naqd yang ghalib didalam negeri seperti dinar atau dirham, jika dia miliki matabenda perniagaan itu dengan benda taruhan atau dengan tebus talak atau nikah atau dengan naqd tetapi dia lupakannya. 2971. Tidak disyaratkan keadaan harta perniagaan itu sampai satu nishab melainkan pada akhir tahun. Maka manakala sampai nishabnya pada akhir tahun wajiblah zakatnya, dan jika tidak sampai tidaklah wajib zakatnya, samaada dibelinya dengan nishab atau dengan kurang daripadanya, dan samaada dijualnya selepas dinilai dengan satu nishab atau dengan kurang daripadanya, kerana penghujng tahun itu adalah waktu wajib zakatnya. 2972. Jika seorang memiliki harta perniagaan dengan naqd dan dengan selain naqd hendaklah dinilaikan dengan naqd itu apa yang berbetulan dengannya sahaja dan yang berbetulan dengan selain naqd itu dinilai dengan naqd yang ghalib didalam negeri itu. Jika ghalib dua naqd didalam negeri itu dan sampai nishab dengan salah satu daripada keduanya maka hendaklah dinilai ia denga naqd yang sampai nishab ia dengannya. Jika sampai nishab dengan kedua naqd itu maka hendaklah pemilik itu memilih diantara keduanya. 2973. Jikalau sempurna tahun harta perniagaan sedangkan nilainya kurang dari nishab dan tidak ada bersamanya apa yang boleh menggenapkannya nescaya dimulakanlah tahunnya. Maka jika ada bersamanya harta yang menggenapkan nishab itu maka jika dia memilikinya dari permulaan tahun harta perniagaan itu hendaklah dia zakatkan keduanya pada akhir tahunnya. Misalnya seperti jikalau ada padanya seratus dirham maka dia beli dengan lima puluh daripadanya akan matabenda perniagaan dan kekallah didalam miliknya yang lima puluh dirham lagi, dan sampai nilai harta perniagaan itu pada akhir tahunnya seratus lima puluh dirham, hendaklah dihimpunkannya yang seratus lima puluh itu kepada lima puluh yang ada bersamanya pada mengenapkan nishab, dan wajib dia mengeluarkan zakat sekeliannya. 2974. Jika dia tidak miliki apa yang mengggenapkan nishab itu dari permulaan haul harta perniagaan hanya dia memilikinya pada pertengahan haulnya, seperti jika dia mempunyai seratus dirham maka dia belidengan sekeliannya matabenda perniagaan, selepas enam bulan umpamanya maka dia memiliki lima puluh dirham, dan sampai nilai matabenda itu pada penghujung haulnya seratus lima puluh dirham, wajiblah dia mengeluarkan zakat sekeliannya apabila genap haul yang lima puluh itu, bukan pada ketika genap haul harta perniagaan itu kerana yang lima puluh itu tidak dihimpunkan kepada yang seratus lima puluh itu melainkan pada menggenapkan nishab jua, tidak pada haulnya. 2975. Masaalah. apabila seorang memiliki harta perniagaan dengan naqd yang sampai nishab atau kurang daripada nishab tetapi ada pada miliknya apa yang menggenapkan nishab itu, seperti dia membelinya dengan ‘ain dua puluh mithqal atau dengan ‘ain sepuluh mithqal tetapi ada pada miliknya sepuluh mithqal yang lain nescaya dibilangkan haulnya daripada memiliki naqd tidak daripada membeli matabenda itu.
2976. Maka jika seorang memiliki dua puluh lima rial pada awal bulan muharram umpamanya kemudian dia membeli dengan rial itu akan dagangan pada bulan zulhijjah atau sebarang bulan yang mendahuluinya nescaya wajiblah dia mengeluarkan zakat dagangan itu pada awal bulan muharram yang berikut jika sampai nilainya satu nishab. 2977. Adapun jika dibelinya dengan naqd pada zimmahnya kemudian dia membayar harganya dengan naqd yang sampai nishab maka putuslah haul naqd itu dan dimulakanlah haul zakat perniagaan mula daripada waktu belian dagangan itu. 2978. Jika dia membelinya dengan naqd yang kurang daripada nishab dan tidak ada pada miliknya apa yang menggenapkan nishab itu, atau dia membelinya dengan matabenda taruhan sekalipun dengan na’am yang digembalakan, adalah permulaan haulnya mula daripada waktu membelinya. 2979. Dihimpunkan laba yang hasil pada pertengahan tahun kepada modalnya pada haulnya552 jika tidak dijual dagangan itu dengan naqd yang dinilai ia dengannya pada pertegahan tahun. Maka jika dia membeli dagangan dengan dua ratus dirham kemudian jadilah nilainya sebelum genap setahun tiga ratus dirham dan tidak dia menjualnya atau dia menjualnya dengan naqd yang tidak dinilai ia dengannya nescaya wajiblah dia mengeluarkan zakat laba yang seratus itu bersama dengan modal yang dua ratus itu apabila genap tahunnya, iaitu tujuh dirham setengah. 2980. Adapun jika dia menjual dagangan itu pada pertengahan tahun dengan naqd yang dinilaikan ia dengannya maka janganlah dihimpunkan laba itu kepada haul modal tetapi hendaklah dizakatkan modal dan labanya masing-masing dengan haulnya. Seperti dia membeli dagangan dengan dua ratus dirham dan menjualnya selepas enam bulan dengan tiga ratus dirham dan ditaruhnya yang tiga ratus dirham itu hingga akhir tahun atau dibelikannya pula dagangan yang sampai niainya pada akhir tahun tiga ratus dirham hendaklah dia keluarkan zakat yang dua ratus itu pada akhir tahunnya kemudian apabila lalu enam bulan maka dikeluarkannya pula zakat laba yang seratus itu. 2981. Syahadan. ApabiLa harta perniagaan itu sahaya wajiblah zakat fitrahnya bersama dengan zakat perniagaan kerana berlain-lainan sebab wajibnya, maka tidak bermasuk-masukan keduanya. Bandingannya seperti wajib nilai dan kifarat pada sahaya yang dibunuh. 2982. Jikalau harta perniagaan itu apa yang wajib zakat pada ‘ainnya seperti na’am yang digembalakan atau buah anggur dan tamar dan genap nisahb salah satu daripada kedua zakat itu, seperti empat puluh kambing yang tidak sampai nilainya satu nishab perniagaan pada akhir tahunnya atau tiga puluh sembilan kambing yang sampai nilainya satu nishab perniagaan pada akhir tahunnya, nescaya wajiblah zakat yang sampai nishabnya. Jikalau genap nishab kedua zakat itu wajiblah zakat ‘ain. 2983. Didulukan zakat ‘ain diatas zakat perniagaan kerana ia lebih kuat kerana ianya wajib dengan nas dan ijmak. Dari kerana inilah barang siapa yang ingkarkannya jadilah dia kafir. Adapun zakat perniagaan maka ia wajib dengan ijtihad jua, lagi pula bersalah salahan ulamak pada wajibnya. Maka dari kerana inilah tidak jadi kafir orang yang ingkarkan wajibnya. 2984. Maka jikalau terdahulu haul zakat perniagaan atas haul zakat ‘ain, seperti dia membeli dengan harta perniagaan selepas enam bulan akan empat puluh kambing yang digembalakan atau empat puluh kambing yang diberi umpan untuk perniagaan kemudian dia mengembalakannya, selepas enam bulan 552
. iaitu pada tahunnya.
wajiblah zakat perniagaan tatkala genap haulnya, kemudian dimulakan haul zakat ‘ain selama-lamanya iaitu wajib zakat ‘ain pada tahun-tahun yang kemudiannya. 2985. Bermula, harta sedaging553 itu wajib diatas pemilik bukan diatas pekerja sekalipun zahir laba padanya kerana pemilik memiliknya dan pekerja tidak memiliki labanya melainkan dengan berbahagi-bahagi. Maka jika pemilik itu mengeluarkan zakatnya daripada harta yang lain maka iaitu zahir. Jika dia mengeluarkannya daripada harta sedaging itu maka ianya dikirakan daripada laba jua bukan daripada modal seperti segala belanja yang wajib pada harta perniagaan itu seperti upah juru jual dan upah tukang sukat dan barang sebagainya.
ﺭ ِﺓ ﻁ ﺯﻜﹶﺎ ِﺓ ﺍ ﹾﻟ ِﻔ ﹾ ﺏ ﺎﺒ BAB ZAKAT FITRAH 2986. Ini bab pada menyatakan zakat fitrah. Bermula, dalil yang menyatakan wajib zakat fitrah sebelum ijmak adalah beberapa hadith yang sahih lagi masyhur seperti hadith Ibnu Umar dan hadith Abu Sai’ed. Bermula, yang masyhur bahawa zakat fitrah difardhukan sama seperti puasa ramadhan pada tahun yang kedua hijrah. Kata Waqi’ bin al Jarrah zakat fitrah itu bagi bulan ramadhan sama seperti sujud sahwi bagi sembahyang. Adalah zakat fitrah itu menyempurnakan apa yang kurang daripada puasa sama seperti sujud sahwi menyempurnakan apa yang kurang daripada sembahyang. 2987. Bermula, wajib zakat fitrah itu dengan beberapa syarat. sebahagian daripadanya : mendapat akhir juzuk ramadhan dan awal juzuk syawal. Maka wajib dikeluarkan fitrah daripada orang yang mati atau yang ditalakkan atau yang dimerdekakan atau yang dijual atau yang jadi kaya daripada kerabatnya selepas masuk matahari malam hari raya kerana dia mendapat sebab wajibnya iaitu akhir juzuk ramadhan dan awal juzuk syawal. 2988. Tidak wajib fitrah dari anak yang baru lahir dan isteri yang baru dinikahi dan sahaya yang baru dibeli dan kafir yang baru Islam dan fakir yang baru kaya selepas masuk matahari malam hari raya kerana mereka itu tidak dapat satu juzuk daripada ramadhan. Tersebut didalam Tuhfah : jikalau seorang syak pada yang demikian itu adakah ia mendatang sebelum masuk matahari atau selepasnya maka tidaklah wajib fitrahnya kerana syak. 2989. Jikalau seorang mengeluarkan fitrah sahaya sebelum masuk matahari kemudian dia mati atau dia menjual sahayanya itu sebelum masuk matahari wajiblah diatas warithnya atau yang membeli sahaya itu mengeluarkan fitrahnya. 2990. Sebahagian daripada syarat wajib fitrah itu : bahawa adalah yang mengeluarkan fitrah itu Islam. Maka tidak wajib fitrah diatas kafir asli daripada dirinya melainkan daripada sahayanya dan kerabatnya yang Islam yang wajib dia menafkahkan mereka. Maka wajib dia mengeluarkan fitrahnya dan wajib dia berniat. Adapun kafir murtad maka jika dia kembali kepada Islam wajib diatasnya fitrah dirinya, jika tidak maka tidak wajib. 2991. Sebahagian daripada syarat wajib fitrah itu : bahawa adalah yang mengeluarkan fitrah itu merdeka sekeliannya atau sebahagiannya. Maka tidak wajib mengeluarkan fitrah diatas sahaya sekalipun mukatab kerana milik sahaya mukatab itu dhaif dan tidak wajib fitrahnya diatas tuannya kerana sahaya mukatab serta tuannya seperti orang ajnabi. 553
. qiradh – berbahagi laba.
2992. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak wajib diatas sahaya fitrah isterinya sekalipun wajib diatasnya nafkah isterinya dari usahanya. Bahkan jika isterinya itu sahaya juga maka wajib fitrahnya diatas tuannya, dan jika isterinya itu merdeka wajib fitrahnya diatas dirinya, seperti mana yang tersebut didalam Raudhah. Yang tersebut didalam Majmuk : tidak wajib fitrah diatas dirinya, hanya sunat jua seperti yang lagi akan datang pada masaalah suami yang papa. 2993. Sebahagian daripada syarat wajib fitrah itu : bahawa orang yang mengeluarkannya orang kaya seperti bahawa fitrah yang dikeluarkannya itu lebih dari belanja makanan dirinya dan makanan orang yang wajib dia nafkahkan pada malam hari raya dan siangnya, lebih daripada pakaian dirinya atau pakaian mereka yang wajib dia berikan pakaian yang layak dengan dirinya dan dengan mereka itu pada kedudukkan dan maruah, iaitu seperti baju dan seluar dan serban dan kasut dan apa yang dia perlu kepadanya daripada tambahan554 kerana dingin dan perhiasan dan selain demikian itu, sama seperti yang ditinggalkan bagi orang yang muflis, dan lebih daripada rumah tempat kediamannya atau kediaman mereka yang wajib dia nafkahkan, dan lebih dari khadamnya atau yang dia perlukan kepadanya, tetapi jika kediamannya dan khadamnya itu sangat baik yang dapat dia menggantikan keduanya dengan yang layak dengannya supaya dia keluarkan lebihan daripada keduanya sebagai fitrah nescaya wajiblah dia mengerjakan yang demikian itu, sekalipun kediamannya dan khadamnya itu disenanginya dan menjadi kebiasaannya. 2994. Disyaratkan pula keadaan fitrah yang dikeluarkan itu lebih daripada pembayar hutang sekalipun hutang itu bertangguh. Maka jika tidak lebih daripada pembayar hutang tidaklah wajib fitrah diatasnya. 2995. Sepertimana wajib diatas seorang itu mengeluarkan fitrah dirinya wajib pula dia mengeluarkan fitrah isterinya yang Islam yang wajib dia nafkahkannya pada waktu masuk matahari malam hari raya, samaada isterinya itu merdeka atau sahaya sekalipun dia sudah ditalakkan dengan talak raji’e atau dengan talak bain tetapi hamil. Adapun jika isterinya itu kafir atau Islam tetapi tidak wajib diatas suami itu menafkahkannya pada waktu wajib fitrah sebab dia tidak menurut perintah suaminya maka tidak555 wajib diatas suaminya fitrahnya. 2996. Syahadan. Jikalau isterinya dari kalangan perempuan yang biasanya mempunyai khadam wajiblah dia memberikan khadam perempuan, samaada khadam itu merdeka atau sahaya, dengan upah atau tidak. Kemudian jika perempuan yang dijadikan khadam itu sahaya isterinya wajiblah atasnya fitrahnya kerana wajib dia menafkahkannya, dan jika perempuan yang dijadikan khadam itu merdeka dengan upah atau sahaya orang lain dengan sewa tidaklah wajib diatas suami itu fitrahnya, hanya wajib diatas khadam yang merdeka itu fitrah dirinya dan wajib diatas tuan sahaya itu fitrahnya. 2997. Jika perempuan yang dijadikan khadam itu perempuan merdeka yang tidak diupah hanya dengan diberikan nafkah jua maka bersalah-salahan ulamak, kata imam Nawawi didalam Majmuk : tidak wajib diatas suami itu fitrahnya dan kata imam Rafi’e pada bab nafkah : wajib diatas suami itu fitrahnya sama seperti nafkahnya kerana dia seperti hukum isteri. Maka yang kedua inilah yang dipegangi oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli. 2998. Tidak wajib diatas anak fitrah isteri bapanya dan gundiknya sekalipun yang sudah beranak dan sekalipun wajib diatasnya nafkah keduanya. 554 555
. ﺑﺮﲤﺒﻪ . pada asal “maka padalah wajib diatas . . .”.
2999. Jikalau suami papa seperti bahawa dia sahaya atau merdeka tetapi tidak ada padanya apa yang lebih daripada apa yang telah lalu itu nescaya tidaklah lazim diatas isterinya yang merdeka fitrah dirinya sendiri sekalipun dia perempuan kaya, tetapi sunat dia memberikan fitrah dirinya sendiri supaya keluar dari khilaf ulamak yang mewajibkannya. 3000. Wajib fitrah sahaya perempuan yang bersuami diatas tuannya apabila papa suaminya yang merdeka atau suaminya sahaya. Tetapi jika suaminya yang merdeka itu kaya dan tuannya menyerahkan dia kepada suaminya pada malam dan siang wajiblah fitrahnya diatas suaminya, tidak diatas tuannya. 3001. Demikian lagi wajib diatas bapa fitrah anak dan cucunya yang papa lagi Islam, sekalipun terkebawah. Demikian lagi wajib atas anak fitrah ibu dan bapa yang papa sekalipun terkeatas. Tetapi tidak wajib atas anak fitrah ibu dan bapa yang kaya dan tidak wajib diatas bapa fitrah anak dan cucunya yang kaya atau yang kuasa berusaha kerana tidak wajib nafkah pada ketika itu. 3002. Demikian lagi wajib fitrah sahaya diatas tuannya samaada sahaya itu ditadbir iaitu dita’likkan merdekanya dengan mati tuannya atau dita’likkan merdekanya dengan satu sifat atau sahaya itu gundiknya yang beranak dengannya atau sahaya yang digadaikan556 atau yang diwasiatkan manfaatnya bagi saorang atau sahaya yang melukai seorang sahaya yang lain atau yang lari dari tuannya sekalipun putus khabarnya atau yang dirampas orang, maka wajiblah fitrah sekelian mereka itu diatas tuannya pada ketika itu, sepertimana wajib nafkah mereka itu diatasnya. 3003. Tidak wajib fitrah sahaya yang wajib nafkahnya itu diatas baitul mal atau diatas sekelian orang Islam dan sahaya baitulmal dan yang dimiliki oleh masjid dan yang diwakafkan keatas masjid dan keatas selainnya sekalipun wajib nafkah mereka itu. 3004. Bermula, fitrah yang wajib diatas setiap orang itu adalah segantang yang seperti gantang Madinah pada masa nabi sawm. Telah terdahulu kenyataan pada zakat tumbuh-tumbuhan bahawa yang segantang itu empat cupak dan yang secupak itu 1 1\3 kati dengan kati Baghddad. Maka jadilah yang segantang itu 5 1\3 kati, yang mana ia seberat 685 5\7 dirham, kerana satu kati Baghdad itu seberat 128 4\7 dirham. 3005. Akan tetapi yang disyaratkan dan yang dikira adalah dengan sukat jua bukan dengan timbang. Hanyalah ditakdirkan ia dengan timbang dengan kati dan dirham kerana hendak menjelaskan jua. Tetapi pada jenis yang tidak disukat seperti aqit557 dan jubn hendaklah dikira yang segantang itu dengan timbang jua. 3006. Bermula, jenis yang segantang fitrah itu adalah qut558 yang wajib zakatnya 1\10 atau 1\2 dari 1\10 yang bebas dari aib. Begitu juga aqit iaitu susu yang dikeringkan bersama dengan kepala dadihnya dan jubn iaitu susu yang dibekukan bersama dengan kepala dadihnya. 3007. Maka tidak memadai yang beraib seperti yang bercampur dengan selainnya atau yang berbubuk atau yang usang yang telah berubah rasanya dan warnanya atau baunya dan yang basah yang tidak boleh menjadi baik dengan dijemur559. Demikian lagi tidak memadai aqit dan jubn yang beraib. 3008. Wajib keadaan fitrah itu dengan jenis qut yang ghalib pada tempat orang yang difitrahkan. Maka tidak memada ia dengan qutnya yang tidak ghalib, dan 556 557 558 559
. yang disandarkan. . ﺃﻗﻂ- ﺟﱭiaitu dua jenis keju. . makanan asasi, iaitu makanan yang mengenyangkan. . pada asal “dengan dicampur”. Wallahu a’lam
tidak memada ia dengan qut tempat orang yang mengeluarkannya, sekalipun ianya ghalib. Maka dari kerana inilah wajib memberikan fitrah kepada fakir-fakir tempat orang yang yang difitrahkan, tidak kepada fakir-fakir tempat orang yang mengeluarkannya. 3009. Maka jikalau sahaya atau isteri umpamanya berada pada satu negeri dan tuannya atau suaminya pada negeri yang lain nescaya wajiblah fitrah itu dengan qut yang ghalib pada negeri sahaya atau isteri itu, dan diberikan kepada fakirfakir didalam negeri sahaya atau isteri itu. Tidak memada keadaannya dengan qut didalam negeri tuannya atau suaminya, dan tidak memada diberikan ia kepada fakir-fakir didalam negeri tuannya atau suaminya. 3010. Maka jika ada pada satu tempat beberapa qut yang tidak ada yang ghalib padanya orang yang mengeluarkan fitrah memilih diantaranya. Tetapi yang terafdhal adalah yang terbaik pangkatnya pada pihak mengenyangkan. 3011. Memadai mengeluarkan qut yang terbaik sebagai ganti daripada qut yang lebih rendah yang wajib diatasnya, dan tidak memadai ‘akasnya. 3012. Bermula, yang dikehendaki dengan yang terbaik itu yang lebih mengenyangkan bukan yang lebih harganya. Bermula, gandum lebih baik martabatnya dari sekelian qut yang memada dengan tidak ada khilaf. Kemudian maka tamar kemudian mengiringinya syei’er dan zurrah - dukhun sama martabat denga syai’er- kemudian maka anggur maka beras maka humush maka almash maka ‘adas maka ful maka aqit maka laban maka jubn. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah Ibnu Hajar. Yang tersebut didalam Nihayah syeikh Ramli bahawa beras lebih baik dari tamar kerana beras lebih mengenyangkan dari tamar. 3013. Harus seorang mengeluarkan fitrah dirinya dengan qut yang wajib dia keluarkan dan fitrah kerabatnya dengan qut yang lebih baik daripadanya, dan harus ’akasnya. 3014. Tidak memadai fitrah seorang dengan setangah gantang daripada satu jenis qut dan setengah lagi daripada jenis yang lain. Jikalau diperolehnya setengah gantang qut maka wajiblah dia mengeluarkannya. 3015. Jika diperolehnya kadar qut yang tidak cukup sebagai fitrah semua keluarganya wajiblah dia mendulukan fitrah dirinya kemudian fitrah isterinya kemudian fitrah anaknya yang kecil kemudian fitrah bapanya kemudian fitrah ibunya sekalipun terkeatas kemudian fitrah anaknya yang besar yang lemah dari berusaha kemudian segala sahayanya, maka didulukan daripada sahayasahayanya itu fitrah gundiknya yang beranak dengannya kemudian sahayanya yang mudabbar iaitu yang dita’likkan merdekanya dengan matinya, kemudian fitrah sahayanya yang dita’likkan merdekanya dengan satu sifat. 3016. Harus bagi bapa atau datuk mengeluarkannya dari harta dirinya akan fitrah atau zakat harta anaknya atau cucunya yang kecil atau yang gila atau yang safih yang kaya, dan harus dia merujuk560 keatasnya kemudiannya jika dia niat akan rujuk, sama sepertimana harus seorang mengeluarkan daripada hartanya akan fitrah atau zakat harta orang lain denga izinnya. Bersalahan anaknya atau cucunya yang besar, maka tidak harus bapa atau datuknya mengeluarkan daripadanya melainkan dengan izinnya. 3017. Jika bersekutu dua orang pada memiliki seorang sahaya dengan bersamaan nescaya kena diatas yang kaya fitrahnya setengah gantang daripada qut tempat sahaya itu dan tidak wajib diatas yang papa suatu juapun. Jika keduanya kaya wajib diatas setiap mereka mengeluarkan setengah gantang daripada qut tempat sahaya itu.
560
. meminta apa yang telah dia keluarkan.
3018. Harus seorang menyegerakan zakat fitrah tatkala masuk bulan ramadhan sekalipun pada malam yang pertama kerana diperoleh sebab yang kedua iaitu awal juzuk syawal. Tidak harus mendulukan zakat fitrah diatas dua sebabnya seperti zakat harta jua. Lagi akan datang syarat memada zakat yang disegerakan. Melainkan wali yang mengeluarkan fitrah orang yang diwalikannya maka tidak harus dia mendulukannya dari sebab yang kedua itu. 3019. Sunat mengeluarkan fitrah pada siang hari. Mengeluarkannya selepas fajar hari raya dan sebelum sembahyang hari raya adalah terutama. Inilah jika dikerjakan sembahyang hari raya itu pada awal siang. Jika dikerjakannya pada akhir siang maka sunat menyegerakan fitrah pada awal siang kerana melapangkan orang-orang yang berhak. 3020. Bermula, menanti umpama kerabat dan orang yang sekampung itu terafdhal pada zakat. Demikian lagi pada fitrah jika menanti itu masih lagi didalam hari raya jua. Haram mentakhirkan fitrah kemudian daripada hari raya dengan tidak ada uzur, seperti belum hadhir hartanya atau belum hadhir orang-orang yang berhak yang menerimanya, kerana luput makna yang dimaksudkan iaitu mengkayakan orang yang berhak yang menerimanya daripada meminta-minta didalam hari bersuka-sukaan. Wajib dia mengkadha fitrah dengan segera jika ditakhirkannya dengan tidak ada uzur. 3021. Fasal pada menyatakan niat zakat dan menyegerakannya. Bermula, wajib niat zakat dengan hati dan tidak disyaratkan melafazkannya dengan lidah. Maka tidak memadai melafazkan niat dengan lidah serta sunyi hati dari niat seperti hukum takbir ihram sembahyang jua. 3022. Maka hendaklah diniatkan oleh yang memberi zakat “ﺎﻟِﻰﺯﻜﹶﺎ ﹸﺓ ﻤ ﻩ ﺫ ﻫ ” artinya : inilah zakat harta ku, sekalipun tidak diniatkan fardhunya memadailah ia kerana zakat tidak adalah ia melainkan fardhu jua. Bersalahan sembahyang dan sedekah. Tetapi yang terafdhal hendaklah disebutkannya fardhu sertanya. Atau diniatkannya “ ﺎﻟِﻰﺽ ﻤ ﺭ ﻫﺫﹶﺍ ﹶﻓ ” artinya : inilah fardhu sedekah harta ku. Atau diniatkannya “ﺔ ﻀ ﻭ ﺭ ﻤ ﹾﻔ ﺎﻟِﻰ ﺍﻟ ﹶﻗ ﹸﺔ ﻤﺩﻩ ﺼ ﺫ ﻫ ” artinya : inilah sedekah harta ku yang difardhukan, atau diniatkannya “ ﹶﻗﺔﺼﺩ ﺽ ﺍﻟ ﺭ ﻫﺫﹶﺍ ﹶﻓ ” artinya : inilah fardhu sedekah atau diniatkannya “ ﻀ ﹸﺔ ﻭ ﺭ ﻤ ﹾﻔ ﺩ ﹶﻗ ﹸﺔ ﺍ ﹾﻟ ﻩ ﺍﻟﺼ ﺫ ﻫ ” artinya inilah sedekah yang difardhukan. 3023. Tidak memadai niat “ﺎﻟِﻰ ﹶﻗ ﹸﺔ ﻤﺩﻩ ﺼ ﺫ ﻫ ” artinya : inilah sedekah harta ku. Begitu juga tidak memadai “ل ِ ﺎﺽ ﺍ ﹾﻟﻤ ﺭ ﻫﺫﹶﺍ ﹶﻓ ” artinya inilah fardhu harta kerana sedekah itu terkadang ianya sunat dan fardhu, dan fardhu harta itu terkadang ianya kifarat dan nazar. 3024. Harus mendulukan niat zakat daripada memberikannya kepada orangorang yang berhak dengan syarat jika dia berniat tatkala mengasingkan561 zakat itu daripada segala hartanya atau dia berniat tatkala menyerahkan zakat kepada imam atau kemudian daripada menyerahkan kepada imam atau wakil dan sebelum daripada dia membahagi-bahagikannya kepada segala yang berhak. Yang terafdhal hendaklah imam atau wakil itu berniat pula tatkala membahagibahagikannya. Memadai niat selepas mengasingkan zakat dan sebelum membahagi-bahagikannya. 3025. Harus bagi tuan harta menyerahkan niat kepada wakilnya jika wakilnya itu ahli bagi niat seperti dia seorang Islam lagi mukallaf. Adapun kanak-kanak dan kafir maka tidak harus keduanya jadi wakil pada niat zakat, tetapi harus kedua mereka menjadi wakil pada menghantarkan zakat kepada orang yang diberikan zakat jika ditentukan orang itu seperti dikatakan kepadanya : hantarkan zakat ini
561
. melainkan.
kepada si anu. Wajib diatas wali berniat pada zakat kanak-kanak dan orang yang safih. Jika dia tidak berniat dia mendhamannya kerana cuainya. 3026. Jika pemilik menyerahkan harta zakat kepada imam dengan tidak berniat nescaya tidaklah memadai niat imam. Manakala pemilik enggan dari memberikan zakat hendaklah imam atau naibnya mengambil zakat daripadanya dengan kekerasan. Wajib dia berniat tatkala membahagi-bahagikannya jika pemilik itu tidak berniat tatkala diambil harta zakat itu darinya. 3027. Harus tuan punya harta menyegerakan zakat sebelum genap haulnya, seperti dia memiliki nishab naqd atau na’am maka disegerakannya zakatnya sebelum genap haulnya , atau dia membeli matabenda perniagaan sekalipun dengan harga yang kurang daripada nishab seperti dibelinya matabenda untuk perniagaan yang tidak sampai harganya dua ratus dirham maka disegerakannya zakat dua ratus dirham iaitu lima dirham dan tatkala genap tahunnya sampai harganya dua ratus dirham, atau dia membeli matabenda yang berharga dua ratus dirham maka disegerakannya zakat empat ratus dirham iaitu sepuluh dirham dan tatkala genap tahunnya sampai harganya empat ratus dirham, memadalah baginya zakat yang disegerakannya pada sekelian yang tersebut itu. 3028. Tidak harus menyegerakan zakat melainkan didalam setahun jua maka tidak sah menyegerakannya lebih dari setahun. Adalah bandingannya seperti menyegerakan zakat naqd atau na’am sebelum genap nishab seperti bahawa dia memiliki seratus dirham maka disegerakannya zakat dua ratus dirham iaitu lima dirham maka iaitu tidak sah. Maka zakat yang disegerakan bagi dua tahun itu tidak memadai melainkan bagi tahun yang pertama jua. 3029. Demikian lagi tidak sah menyegerakan zakat tumbuh-tumbuhan seperti tamar dan anggur dan gandum dan padi dan barang sebagainya sebelum waktu wajibnya iaitu nyata baik buahnya dan keras bijinya tetapi harus menyegerakannya selepas daripada waktu wajibnya dan sebelum mengeringkan dan membersihkannya. 3030. Bermula, syarat memadai zakat yang disegerakan itu tiga perkara. Pertama : hendaklah kekal pemilik itu sebagi ahli bagi wajib zakat hingga akhir tahun pada zakat harta dan hingga masuk bulan syawal pada zakat fitrah. Keduanya: hendaklah penerima zakat itu berhak kepada zakat pada akhir tahun dan pada ketika masuk bulan syawal. Ketiga : hendaklah harta yang disegerakan zakatnya selain harta perniagaan kekal hingga akhir tahun. 3031. Maka jika pemilik atau penerimanya mati sebelum daripada yang demikian itu atau penerima itu murtad atau ghaib dari negeri zakat kenegeri yang lain atau jadi kaya dengan harta yang selain daripada harta yang disegerakan itu seperti dia kaya dengan zakat yang lain sekalipun yang disegerakan -tidak mengapa kayanya dengan zakat yang disegerakan itu atau jadi kurang harta dari nishab atau hilang ia dari miliknya pada hal ia bukan harta perniagaan- maka yang disegerakan itu tidak memadai sebagai zakat kerana keluar pemilik daripada mereka yang wajib zakat diatasnya dan keluar penerima daripada orang yang berhak zakat pada waktu wajibnya. 3032. Tetapi tidak mengapa jika datang mani’ pada penerima zakat itu kemudian hilang sebelum sempurna haul atau tidak diketahui hal penerima itu pada akhir tahun adakah dia berhak atau tidak, adakah dia hidup atau mati, iaitu tidak mengapa. Jikalau mati penerima dalam keadaan papa sebelum akhir haul wajib pula pemilik memberikan zakat kepada orang yang berhak yang lain kerana nyata yang dahulu itu tidak memadai. 3033. Syahadan. Apabila yang disegerakan itu tidak menjadi zakat hendaklah diambil harta itu dari penerimanya dengan syara jika diketahui oleh penerima bahawa zakat itu didulukan daripada haulnya seperti dikatakan oleh pemilik
tatkala memberikannya: ini zakat harta ku yang disegerakan dari haulnya. Jika harta itu sudah lenyap wajib diatas penerima memberi gantinya kepada pemilik itu. Jika penerima itu tidak tahukan yang demikian itu janganlah dia mengambil apa-apa harta darinya, dan jadilah harta itu sedekah sunat. 3034. Jika bersalah-salahan pemilik dan penerima, kata pemilik : zakat ku itu disegerakan dari haulnya dan engkau tahukan halnya, dan kata penerima : tidak aku tahukan yang demikian itu, dibenarkanlah penerima itu dengan sumpahnya. 3035. Masaalah. Jika kambing zakat yang disegerakan beranak didalam tangan penerima tidak wajib dia mengembalikan anaknya. Begitu juga susunya dan bulunya. Jika jadi kurus kambing itu didalam tangan penerima tidaklah wajib dia membayar susut nilainya kepada pemilik. 3036. Syahadan. Apabila genaplah haul harta zakat itu wajiblah zakatnya sekalipun belum dapat dia mengeluarkannya. Maka permulaan haul yang kedua dikirakan daripada genap tahun yang pertama jua bukan daripada ketika mengeluarkannya. 3037. Maka wajib pada akhir haulnya mengeluarkan zakatnya dengan segera jika dapat mengeluarkan pada ketika itu seperti bahawa hadhir hartanya dan orang yang berhak dan pemilik harta itu tidak didalam urusan penting agama atau dunia. Maka jika dia lambat mengeluarkan selepas daripada dapat dia mengeluarkannya nescaya dia mendhaman kadar zakat itu, iaitu wajib dia mengeluarkan kadar zakat itu sekalipun lenyap harta zakatnya. 3038. Harus menanti keluarganya sekalipun jauh dan menanti orang yang sekampung dengannya dan orang yang lebih berhajat kepada zakat, tetapi jika lenyap hartanya pada masa itu wajib diatasnya dhaman. Syarat harus menanti itu jika tidak ada disana orang yang kesakitan dengan lapar atau bertelanjang. Jika ada orang yang kesakitan seperti demikian itu haramlah mentakhirkannya kerana menolakkan kesakitan itu wajib, tidak harus meninggalkannya untuk menghasilkan fadhilat zakat kepada keluarganya dan orang yang sekampung dengannya. 3039. Jikalau lenyap harta zakat sebelum daripada dapat mengeluarkannya tidak ada dhaman diatasnya, samaada lenyap itu selepas genap haulnya atau sebelumnya. Jika ia dilenyapkan oleh pemiliknya selepas genap haulnya dan sebelum dapat mengeluarkannya tidak gugur kewajipan zakat itu. Jika lenyap sebahagian harta zakat selepas genap haulnya dan sebelum dapat mengeluarkannya wajiblah dia mengeluarkan bahagian yang tinggal selepas menggugurkan waqs. 3040. Maka jika lenyap seekor daripada lima ekor unta wajib dia mengeluarkan empat perlima kambing, jika lenyap lima ekor dari sebilan ekor unta wajib dia mengeluarkan empat perlima kambing dan jika lenyap empat ekor daripadanya wajib dia mengeluarkan seekor kambing. 3041. Syahadan. Bergantung zakat dengan harta sebagai pergantungan syarikat. Maka orang yang berhak bersekutu dengan pemilik dengan kadar yang wajib jika yang wajib itu sejenis dengan harta zakatnya, seperti seekor kambing daripada empat puluh kambing. Jika tidak seperti demikian itu seperti seekor kambing daripada lima ekor unta maka dia bersekutu pada nilainya. 3042. Maka apabila pemilik itu menjual sekelian atau sebahagian harta zakatnya atau mengadaikannya selepas genap haulnya sah jualan dan gadaian itu melainkan pada kadar zakatnya. Maka tidak sah jualan atau gadaian padanya kerana dia menjual hak orang yang berhak atau menggadaikannya. Tetaplah kadar zakat pada harta itu bagi orang yang berhak. Pembeli atau pemegang gadai boleh memilih diantara meneruskan belian dan gadaian itu dan diantara memfasakhkannya jika dia jahilkannya, sekalipun pemilik itu mengeluarkan
zakatnya dari hartanya yang lain. Jika dia meneruskan belian atau gadaian itu wajiblah dia membayar sebahagian harganya.* 3043. Bermula, tertegah menjual atau mengadaikan itu berlaku pada zakat na’am dan naqd dan tumbuh-tumbuhan, tidak pada zakat perniagaan. Maka tidaklah tertegah menjual harta perniagaan dan menggadaikannya kerana empat ta’luk zakat perniagaan itu adalah harganya jua, bukan diri harta. 3044. Syahadan. Wajib atas pemilik mengeluarkan zakat harta yang dihutangi orang ketika genap haulnya sekalipun dia belum menerimanya, dengan syarat jika hutang itu tunai562 dan mudah mendapatkannya seperti orang yang berhutang itu hadhir dan mempunyai harta sebagai pembayar lagi mengakui hutangnya lagi ia tidak ditempohkan, atau dia tidak mengakui hutangnya itu tetapi ada saksi diatas atau tidak ada saksi diatasnya tetapi ia diketahui oleh kadhi. 3045. Adapun jika tidak mudah mendapatkannya, seperti orang yang berhutang itu ghaib atau hadhir tetapi papa atau tidak papa tetapi ianya ditempohkan atau tidak ditempohkan tetapi dia tidak mengakuinya dan tidak ada saksi diatasnya dan tidak diketahi oleh kadhi, maka tidaklah wajib dia mengeluarkan zakatnya melainkan apabila dia menerima bayaran hutang itu. Maka pada ketika itu hendaklah dia keluarkan zakat tahun-tahun yang telah lalu jika tidak kurang nishab dengan sebab zakat yang wajib dikeluarkannya. Maka jika harta yang dihutangi itu satu nishab jua tidak lebih dan tidak ada pada hartanya harta yang sejenis dengannya yang mencukupkan kadar wajib maka tidak wajib diatasnya mengeluarkan zakatnya melainkan pada tahun yang pertama jua. 3046. Adapun jika hutang itu bertangguh dan belum sampai tempoh dan orang yang berhutang itu hadhir serta dia mempunyai harta sebagai bayaran maka iaitu seperti hukum harta yang dirampas dan yang dicuri dan yang digadaikan563, maka tidak wajib pemiliknya mengeluarkan zakatnya melainkan apabila ia kembali kepada tangannya. Maka pada ketika itu hendaklah dia keluarkan zakat tahun- tahun yang telah lalu seperti hukum yang tersebut pada harta yang dihutangi. 3047. Demikian lagi wajib zakat pada harta yang ghaib apabila genap haulnya, tetapi tidak wajib mengeluarkannya dengan segera melainkan jika dia mudah pergi kepada tempat harta itu. 3048. Maka jika harta yang ghaib itu berjalan tidak wajib pemiliknya mengeluarkan zakatnya melainkan apabila ia sampai kepadanya atau kepada wakilnya. Dan jika ia menetap pada suatu negeri umpamanya wajib diatasnya mengeluarkan zakatnya pada negeri tempat harta itu jika ada disana orang yang berhak zakat. Maka jika negeri harta itu jauh daripada pemiliknya sekira-kira haram memindahkan zakat darinya maka tak dapat tidak daripada sampai pemilik itu atau gantinya kepada negeri harta itu maka dia mengeluarkanya disana. Jika negeri itu hampir kepada tempat pemilik itu atau negeri harta itu jauh tetapi tidak ada padanya orang yang berhak dan adalah negeri pemilik itu lebih dekat daripada negeri-negeri yang lain kepada negeri tempat harta itu atau imam mengizinkan pada memindahkan zakat maka pada ketika itu haruslah pemilik itu mengeluarkan zakatnya pada tempatnya jika ada disana orang yang berhak. 3049. Adapun jika tidak mudah pergi kepada tempat harta yang ghaib itu kerana takutkan bahaya dijalan, daripada seteru atau barang sebagainya, atau kerana putus khabar harta itu atau syak pada selamatnya maka ianya seperti harta yang dirampas jua, tidak wajib pemiliknya menzakatkannya melainkan apabila harta itu 562 563
. sampai tempoh bayarannya. . ﺩﺍﻥ ﻳﻎ ﺩﻭﻭﻥ ﺳﺴﺖ.
kembali kepadanya maka ketika itu hendaklah dia keluarkan zakat tahun-tahun yang telah lalu seperti yang tersebut kenyataannya. 3050. Fasal pada menyatakan pembahagian zakat keatas mereka yang berhak kepadanya. Bermula, orang-orang yang berhak zakat itu lapan bagai. Pertama fakir, kedua miskin, ketiga ‘amil, keempat mu’allaf, kelima sahaya mukatab, keenam orang yang berhutang, ketujuh orang yang berperang sabil, kelapan ibnu sabil. 3051. Bermula dalil diatas yang demikian itu sebelum ijmak adalah firman Allah taala “ﺎﻴﻬ ﻋﹶﻠ ﻥ ﻴ ﻠﻤ ﺎﺍ ﹾﻟﻌﻥ ﻭ ﻴ ﹺ ﻜ ﺎﻤﺴ ﺍ ﹾﻟﺀ ﻭ ﺍﺩﻗﹶﺎ ﹸﺓ ِﻟ ﹾﻠ ﹸﻔ ﹶﻘﺭ ﺼ ﺎ ﺍﻟ ” ِﺇ ﱠﻨﻤhingga akhir ayat itu. 3052. Adapun fakir yang berhak zakat maka iaitu orang yang tidak mempunyai suami dan tidak bapa dan datuk atau anak dan cucu yang memberinya nafkah yang mencukupi, dan tidak mempunyai harta dan usaha yang halal yang layak dengannya yang memada pada hajatnya, daripada makanan dan pakaian dan tempat kediaman dan sekelian apa yang tidak dapat tidak daripadanya bagi dirinya dan bagi mereka yang wajib nafkah mereka diatasnya didalam masa yang tinggal daripada umur ghalib. Seperti orang yang perlu kepada belanja setiap hari sebanyak sepuluh dirham maka tidak diperolehinya melainkan dua dirham atau tiga dirham sekalipun dia orang yang sihat tubuh badan yang meminta-minta kepada orang ramai. 3053. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : orang yang boleh berusaha itu bukannya fakir sekalipun dia tidak berusaha, dan orang yang mempunyai harta dan ada diatasnya hutang sekadar hartanya atau kurang daripada hartanya sekira-kita ia tidak mengeluarkannya dari kepapaan itupun bukannya fakir, sekalipun hutangnya itu tunai. Maka tidak diberikan dia zakat daripada bahagian fakir hingga dibayarkannya hartanya pada hutangnya itu. 3054. Syahadan. Jika seorang mempunyai rumah tempat kediaman yang dia perlukan kepadanya lagi layak dengannya maka dia dikira fakir jua. Demikian lagi jika ada baginya beberapa kain sebagai pakaian sekalipun sebagai perhiasan dirinya. Demikian lagi jika ada baginya sahaya yang dia perlukan sebagai khadam sekalipun sahaya itu ramai sekadar hajat hilang maruah sebab melakukan sendiri sebarang pekerjaan atau terhasil diatasnya masyaqqah yang tidak tertanggung pada adatnya dengan tidak ada khadam. 3055. Demikian lagi jika ada bagi orang alim yang mengajar atau mufti kitab ilmu syara’ dan kitab alat baginya yang dia perlu kepadanya, sekalipun berbilang kitab pada satu bagai ilmu atau berbilang naskhah pada satu kitab, maka iaitu fakir jua. Demikian lagi orang yang kuasa diatas usaha yang haram atau yang tidak layak dengan maruahnya dan yang ada baginya harta tetapi ghaib pada jarak perjalanan dua marhalah atau lebih atau ada baginya harta yang dihutangi orang dengan bertangguh, maka dia itu fakir jua, diberi dia zakat daripada bahagian fakir hingga sampai hartanya kepadanya atau tertunai hutangnya tetapi dengan syarat jika tidak diperolehnya orang yang setuju menghutanginya. 3056. Jikalau seorang meninggalkan usaha yang diketahuinya sebab sibuk dengan menghafal Quran atau membaca ilmu fekah atau ilmu tafsir atau ilmu hadith atau batin atau alat baginya dan pada adatnya dia dapat menghasilkannya kerana meninggalkannya maka dia itu fakir jua, maka hendaklah diberikan dia zakat daripada bahagian fakir supaya dia lapang untuk menghasilkan yang dituntutnya kerana umum manfaatnya bagi dirinya dan bagi orang lain, dan lagi ianya fardhu kifayah. Bersalahan jika dia sibuk mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang dan selainnya dan melazimi khalwat maka tidak diberi dia zakat daripada bahagian fakir kerana manfaatnya khusus dengan dirinya jua.
3057. Tidak disyaratkan pada sifat fakir itu lemah dari usaha sebab sakit dan barang sebagainya dan tidak disyaratkan padanya terpelihara daripada memintaminta. 3058. Adapun orang miskin yang berhak zakat maka iaitu orang yang mempunyai harta atau usaha yang halal lagi layak dengannya tetapi tidak mencukupi perbelanjaan dirinya dan perbelanjaan mereka yang wajib diatasnya nafkah mereka pada masa yang masih tinggal daripada umur ghalib. Umpamanya seperti orang yang perlu belanja sepuluh dirham maka tidak ada padanya melainkan tujuh dirham atua lapan dirham yang tidak memadai belanja yang layak dengan keadaannya, daripada makanan dan pakaian dan rumah tempat kediaman dan barang sebagainya daripada apa yang tidak dapat tidak seperti yang telah terdahulu kenyataannya pada ta’rif fakir sekalipun dia ada menyimpan harta lebih dari nishab, maka iaitu miskin jua. 3059. Dari kerana inilah berkata imam Ghazali didalam Ihya’ terkadang seorang itu memiliki seribu pada hal dia fakir dan terkadang tidak dia memiliki sesuatu melainkan kapak dan tali pada hal dia kaya. 3060. Tidak menegah kemiskinan seorang ada rumah tempat kediamannya dan apa yang bersamanya daripada apa yang telah tersebut kenyataannya pada fakir. 3061. Bermula, orang yang diberikan kecukupan dengan nafkah dari bapa atau datuk atau nafkah dari anak cucu atau nafkah dari suami maka dia bukan fakir dan bukan miskin kerana dia kaya dengan nafkah itu. Maka tidak harus dia mengambil zakat daripada bahagian fakir dan miskin, tetapi harus orang yang memberi nafkah dan selainnya memberikan zakat kepadanya daripada bahagianbahagian muallaf jika dia muallaf atau daripada bahagian orang yang berhutang jika dia berhutang atau daripada bahagian ibnu sabil jika dia ibu sabil atau barang sebagainya. 3062. Maka diketahui daripada yang demikian itu harus bagi bapa atau datuk memberikan zakatnya kepada anak cucunya yang dia berikan kecukupan dengan syarat jika bukan dengan sifat fakir atau miskin seperti dengan sifat keadaannya baharu masuk Islam atau berhutang atau Ibnu sabil atau barang sebagainya. Demikian lagi harus bagi anak atau cucu memberikan zakatnya kepada bapanya atau datuknya yang dia berikan kecukupan dengan syarat yang tersebut itu. Demikian lagi harus bagi suami memberikan zakat kepada isterinya dengan syarat yang tersebut itu, 3063. Tetapi jika yang diberi nafkah itu muallaf maka janganlah diberikan dia zakat daripada bahagian muallaf melainkan sekadar yang tidak menjadikan dia kaya supaya tidak gugur nafkahnya yang wajib baginya. 3064. Jika tidak memada bagi isteri nafkah suaminya disebabkan suaminya itu papa atau disebabkan isteri itu banyak makan lebih dari adat orang yang seumpamanya maka harus isteri itu mengambil zakat sekadar menggenapkan kecukupan nafkah suaminya jua. Jika suami ghaib dari negeri isteri dan tidak ada baginya harta yang hadhir dan lemah isteri itu dari berhutang untuk nafkahnya nescaya haruslah dia mengambil zakat. 3065. Sunat isteri memberikan zakat kepada suaminya sekalipun suaminya menafkahkannya pula kepadanya. 3066. Syahadan. Diberi zakat fakir dan miskin yang tidak tahu usaha dengan kepandaian dan perniagaan sekira-kira mencukupi perbelanjaannya didalam umur ghalibnya yang masih tinggal. Kadar umur ghalib itu enam puluh tahun. Maka jika umur fakir atau miskin itu empat puluh tahun umpamanya adalah yang tinggal daripada umur ghalibnya dua puluh tahun, maka diberikan dia zakat sekira-kira cukup belanjanya didalam masa dua puluh tahun. Maka diatas yang demikianlah dikiaskan orang yang umurnya kurang daripada empat puluh atau
lebih daripadanya maka jika sampai umurnya kadar umur ghalib atau lebih. Maka jika sampai umurnya kadar umru gahlib ata lebih aka diberikan dia zakat kadar yang mencukupi belanjanya didalam setahun jua. 3067. Yang dikehendaki dengan memberi mereka itu bukanlah memberikan duit yang memadainya didalam tempoh masa itu, bahkan yang dikehendaki dengannya adalah memberikan modal membeli faedah dirinya didalam tempoh itu. Maka hendaklah dia belikan dengan harta zakat itu dengan izin imam akan umpama kebun yang memadainya sewaannya atau harga buah-buahan didalamnya sebagai belanjanya didalam masa yang tinggal daripada umur ghalibnya supaya dia tidak berhajat kepada zakat dengannya dan supaya dia memilikinya dan diwarisi ia daripadanya, kerana maslahat yang kembali kepadanya dan kepada orang-orang yang berhak zakat yang lain. Inilah pada fakir dan miskin yang tidak pandai berusaha dengan berniaga dan kemahiran pertukangan. 3068. Adapun yang pandai berusaha dengan kemahiran pertukangan maka diberikan dia daripada harta zakat akan modal membeli alat pertukangan sekalipun ianya banyak. Maka hendaklah dia membeli dengannya dengan izin imam akan alat yang tersebut itu. Jika dia pandai pertukangan lebih daripada satu dan adalah setiap satu daripadanya memadai nescaya diberikan dia modal membeli alat yang terendah. Jika memada sebahagian daripada kemahirankemahiran pertukangannya maka diberikan dia modal membeli alat kemahiran yang memadai. Jika tidak memada setiap satu daripada kemahirannya maka diberikan dia modal membeli alat untuk satu daripadanya dan ditambah baginya dengan membelikan umpama kebun yang faedahnya mencukupkan kekurangan kecukupan hasil kepandaiannya. 3069. Adapun orang yang pandai berusaha dengan berniaga maka hendaklah diberikan modal daripada harta zakat sekira-kira memadai labanya sebagai belanjanya didalam masa yang tinggal daripada umur ghalib564. 3070. Jika ada dia mempunyai kebun yang tidak memadai faedahnya sebagai kecukupannya didalam tempoh masa itu hendaklah ditambahkan daripada harta zakat modal membeli apa yang mencukupkannya 3071. Jika dia mempunyai modal sembilan puluh tetapi tidak memadainya melainkan laba dari modal seratus hendaklah diberikan dia sepuluh daripada zakat. 3072. Bermula, ‘amil zakat itu sembilan bagai. Pertama : sai’e, iaitu orang yang disuruh sultan atau naibnya pada mengambil zakat. Maka menyuruhnya adalah wajib. Disyaratkan pada sa’ie itu bahawa dia adalah seorang fakeh dengan tugas yang diserahkan kepadanya, daripada zakat- zakat lagi Islam lagi akil lagi merdeka lagi adil lagi mendengar lagi melihat. Keduanya : katib, iaitu orang yang menyurat harta zakat yang diterima daripada tuan punya harta dan apa yang kena diatas mereka. Ketiga : qasim, iaitu juru bahagi zakat. Keempat : hasyir, iaitu orang yang menghimpunkan orang-orang yang mempunyai harta zakat. Kelima : ‘arif, iaitu orang yang mengenal bagai-bagai orang yang berhak menerima zakat. Keenam : hasib, iaitu orang yang mengira harta zakat. Ketujuh: hafiz iaitu orang yang memeliharakan harta zakat. Kelapan : jundi, iaitu askar yang mengawal harta zakat. 564
. dengan menambil kira ‘adil negerinya.
Kesembilan: jabi, iaitu orang yang menggagahi orang pada mengeluarkan zakat. Harus ditambah bilangan yang tersebut dengan sekira-kira hajat. 3073. Tidak termasuk didalam jumlah ‘amil itu sultan dan wali dan qadhi. Tetapi belanja wali dan qadhi itu diberikan oleh sultan dari khumusil khumus harta baitulmal yang disediakan untuk maslahat, bukan daripada harta zakat. Akan tetapi harus bagi qadhi mengambil zakat dengan sifat fakir atau berhutang jika dia tidak diberi belanja dari baitulmal. 3074. Syahadan. Diberi para ‘amil daripada harta zakat itu sekadar upah yang seumpama bagi kerjanya jua tidak lebih, dari kerana jika mereka itu diupah dengan lebih dari upah seumpamanya nescaya batallah akad upah itu dan bahagiannya yang lebih itu dikembalikan kepada orang yang berhak. 3075. Bermula, muallaf yang berhak zakat adalah orang yang dijinakkan hati mereka itu kerana baharu masuk Islam atau kerana selainnya. Maka muallaf itu lima bahagi. Pertama : mereka yang lemah niatnya pada Islam maka diberikan mereka itu zakat supaya kuat Islam mereka. Kedua : orang yang kuat Islamnya tetapi dia sangat mulia pada kaumnya. Maka diharapkan dengan memberinya zakat akan Islam semua kaumnya. Maka diberikan dia zakat supaya kaumnya masuk Islam. Ketiga : orang Islam yang menjaga pinggir negeri kerana memeliharakan orang Islam dari kejahatan kafir-kafir dan bughah yang hampir dengan pinggir negeri itu. Maka diberikan mereka itu zakat supaya jinak hatinya pada pekerjaan itu dan supaya terpelihara orang Islam daripada kejahatan mereka. Keempat : orang yang memerangi atau menakutkan orang-orang yang menegah zakat hingga mereka itu membawakan zakat kepada sultan. Kelima : mereka yang mengambil zakat daripada kaum yang sukar menyuruh sai’e kepada mereka sekalipun mereka tidak enggan dari membayar zakat. Maka diberikan mereka itu zakat supaya jinak hati mereka pada pekerjaan itu. -
3076. Bermula, syarat memberi zakat kepada muallaf itu adalah jika kita perlu kepadanya. Tidak disyaratkan keadaan muallaf itu lelaki. 3077. Adapun sahaya mukatab, iaitu sahaya yang dijanjikan oleh tuannya dengan katanya : kamu berikan aku sekian daripada harta sebagai harga mu didalam tiga tahun -umpamanya- maka apabila kamu kerjakan seperti demikian itu maka kamu merdeka. 3078. Bermula, syarat memberi zakat kepada sahaya mukatab yang sah kitabahnya adalah jika dia lemah dari bayaran yang dijanjikan tuannya sebab tidak ada padanya apa yang boleh menjadi bayarannya, sekalipun dia kuasa berusaha. Maka diberikan dia zakat sekalipun tidak dengan izin tuannya secukup bayaran hutang yang dijanjikan tuannya yang lemah dia dari membayarnya, sekalipun sebelum sampai masa janji itu supaya segera terhasil kemerdekaannya. 3079. Jika sahaya mukatab itu merdeka sebab membayar apa yang dijanjikan tuannya dengan harta yang diperolehinya dengan berhutang maka dia termasuk pada orang-orang yang berhutang jua. Maka diberikan dia zakat daripada bahagian orang-orang yang berhutang, bukan daripada bahagian sahaya yang mukatab. 3080. Syahadan. Jika diberikan harta zakat kepada sahaya mukatab kemudian tidak terhasil merdekanya sebab dia melemahkan dirinya atau dimerdekakan oleh
tuannya kerana Allah maka hendaklah diambil harta zakat itu daripadanya. Akan tetapi jika dia melenyapkannya sebelum merdekanya dengan harta yang lain maka tidaklah dia membayar gantinya dari kerana harta zakat itu ketika dia melenyapkannya adalah didalam miliknya jua. 3081. Adapun orang yang berhutang yang berhak kepada zakat maka empat bahagian. Pertama orang yang berhutang kerana menghilangkan fitnah diantara dua orang atau dua kabilah yang berbantah-bantah sebab seorang yang dibunuh atau sebab harta yang dilenyapkan. Maka hendaklah diberikan kepadanya zakat sekadar membayar hutangnya, sekalipun dia kaya dengan duit atau selainnya kerana berhutang sebab menghilangkan fitnah sedemikian itu umum manfaatnya. 3082. Adapun jika dia menghilangkan fitnah itu dengan tidak berhutang seperti dia menghilangkannya dengan hartanya atau dengan berhutang tetapi dia menghilangkannya dengan hartanya maka tidak diberi dia zakat daripada bahagian orang yang berhutang. 3083. Kedua : orang yang berhutang kerana menjamu tetamu atau kerana membina masjid atau membaikkinya atau kerana membaikki jambatan air dan melepaskan tawanan Islam dari kafir dan sebarang maslahat yang umum manfaatnya maka diberikan dia zakat sekadar bayaran hutangnya, sekalipun dia kaya dengan selain duit. 3084. Ketiga orang yang berhutang kerana tujuan dirinya pada urusan taat atau mubah atau maksiat tetapi dia membelanjakannya pada yang mubah atau dia berhutang kerana kasad pekerjaan yang mubah tetapi dibelanjakannya pada pekerjaan maksiat. Itu pun jika diketahui kasadnya akan yang mubah pada mulamula, tetapi tidak dibenarkan kasadnya pada yang demikian itu melainkan dengan karenah atau dia berhutang kerana pekerjaan maksiat dan dibelanjakannya pada maksiat tetapi telah dia taubat daripadanya dan ghalib zan kita akan taubatnya, maka hendaklah diberikan dia zakat tersebut itu sekadar hutangnya jua. Itupun jika sudah tunai565 hutangnya dan pada sekelian hal yang lemah dia dari membayarnya. 3085. Kemudian maka jika tidak ada sertanya suatu daripada harta hendaklah diberikan dia zakat sekadar membayar hutangnya, dan jika ada sertanya harta tetapi jika dibayarkan hutangnya nescaya dia menjadi miskin maka hendaklah ditinggalkan sebahagian daripada hartanya sekira-kira memadai kecukupannya dan sebahagian lagi dibayarkan hutang itu dan apa yang kurang daripada bayaran hutang ditambahi dengan harta zakat. 3086. Keempat : orang yang 566menjamin iaitu yang mengatakan akan membayar hutang orang lain. Maka diberikan dia zakat dengan penjamin dan yang yang dijamin itu papa dan adalah hutang itu tunai atau penjamin itu kaya tetapi dia menjamin dengan tidak ada izin yang berhutang. 3087. Syahadan. Orang yang berhutang yang telah membayar hutangnya dengan harta yang diperolehnya dengan berhutang tidaklah keluar daripada orang yang berhak. Bersalahan orang yang berhutang yang mati pada hal belum terbayar hutangnya. Maka dia terkeluar daripada orang yang berhak, sekalipun dia tidak meninggalkan harta untuk bayaran hutang. 3088. Masaalah. Apabila seorang memberikan zakatnya kepada piutangnya serta katanya : aku berikan zakat ku ini kepada engkau dengan syarat engkau bayarkan denganya hutang mu pada aku, maka yang demikian itu tidak memadai sebagai zakat dan tidak sah beyaran hutang dengannya. Teapi jika diniatkan oleh 565 566
. sampai tempoh membayarnya. . pada asal “ ”ﻣﻌﺎﻛﻮﻭﻯdengan nga i.e mengakui, iaitu menyanggup membayar hutang orang lain iaitu
menjamin hutang.
keduanya akan yang demikian itu dengan tidak ada syarat maka iaitu memadai ia sebagai zakat dan bayaran hutang. 3089. Demikian lagi jika piutang berkata kepada tuan hutangnya : kamu berikan aku zakat supaya aku bayarkan dengannya hutang ku pada mu, lalu tuan hutang itu memberikan zakatnya kepadanya, maka ianya memada sebagai zakat tetapi tidak wajib diatas piutang itu membayar hutangnya dengan zakat itu. 3090. Demikian lagi jika tuan hutang berkata kepada piutang : bayarlah hutang mu kepada aku kemudian aku berikannya pula kepada mu sebagai zakat harta ku, lalu dia membayar hutangnya maka ianya memadai sebagai bayaran hutangnya dan lepaslah dia dari hutang itu, tetapi tidak wajib diatas tuan hutang itu memberikannya sebagai zakatnya. 3091. Masaalah. Jikalau tuan hutang berkata kepada piutangnya : aku jadikan hutang mu pada aku itu sebagai zakat harta ku, maka ianya tidak memadai hingga dia menerima hutang itu kemudian diberikannya sebagai zakat kepada piutangnya itu jika dikehendakinya. 3092. Adapun yang berperang sabilillah yang berhak zakat maka dia adalah segala lelaki yang tidak ada bahagian daripada harta fai’, hanya dia berperang kerana Allah apabila rajin, jika tidak maka sibuklah dia dengan apa yang dikehendakinya daripada kepandaiannya dan perusahaannya. Maka diberikan zakat kepada setiap mereka itu, sekalipun dia kaya sekira-kira memadailah ia sebagai nafkah dirinya dan isi rumahnya dan pakaian mereka itu pada masa perginya dan pulangnya dan masa diamnya dipinggir negeri yang hampir kepada pihak kuffar dan barang sebagainya hingga dimenangi peperangan itu sekalipun lanjut masa diamnya disana. 3093. Demikian lagi diberikan dia daripada zakat akan modal membeli kuda jika dia berperang dengan kuda dan diberi pula tunggangan didalam safarnya jika dia tidak kuasa berjalan atau jauh perjalanannya dan pemikul bekalannya dan mata bendanya jika dia tidak kuasa memikul keduanya. 3094. Adapun orang yang berperang sabilillah yang mengambil bahagian mereka itu dari harta fai’ maka tidak diberikan mereka itu daripada harta zakat maka jika sangat hajat kita kepada mereka itu dan tidak ada harta fai’ wajiblah segala orang kaya menolongnya dengan harta mereka itu tidak dengan zakat. 3095. Adapun ibnu sabil yang berhak kepada zakat itu maka dia lelaki atau perempuan yang hendak bermusafir dari negeri zakat atau yang bermusafir melintasi negeri zakat maka diberikan mereka itu zakat dengan syarat jika safarnya itu tidak maksiat dan lagi mereka itu perlu kepada belanja seperti bahawa tidak ada sertanya harta yang memadai sebagai belanja didalam safarnya perginya dan pulangnya atau ada baginya harta tetapi ghaib sekalipun kurang dari dua marhalah serta ada diperolehnya orang yang menghutanginya. 3096. Diberi pula tuggangannya jika dia lemah dari berjalan atau jauh perjalanannya dan diberi pula dia penanggung bekalannya dan mata bendanya jika dia lemah dari menanggung keduanya. Adapun jika safarnya itu maksiat atau ada baginya harta yang memadai sekelian yang tersebut itu maka tidaklah diberikan dia zakat. 3097. Bermula, syarat mereka yang mengambil zakat daripada lapan bagai itu hendaklah mereka itu sempurna merdeka, maka tidak harus memberikan zakat kepada sahaya yang selain mukatab sekalipun dia muba’ad. 3098. Dan lagi syaratnya hendaklah dia Islam maka tidak harus memberikan zakat kepada kafir. Dan disyaratkan pula bahawa dia bukan daripada anak cucu Hasyim dan Muttalib, dan bukan anak cucu pemerdekaan567 mereka itu kerana 567
. hamba yang dimerdekakan oleh mereka.
sabda nabi sawm bahawa sedekah itu tidak halal bagi Muhammad dan tidak halal bagi keluarga Muhammad . 3099. Bermula, setiap yang wajib seperti nazar dan kifarat dan dam haji dan umrah itu seperti zakat jua, maka sekelian itu haram bagi nabi kita sawm dan mereka itu, tetapi halal nabi menerima hadiah. 3100. Disyaratkan pula bahawa janganlah dia itu orang yang dinafkahkan oleh oang yang memberi zakat. Maka tidak harus seorang memberikan zakatnya kepada orang yang dinafkahkannya daripada habuan fakir dan miskin seperti yang telah tersebut tafsilnya. 3101. Disyaratkan pula pada yang mengambil zakat itu bahawa jangan dia dihijir diatas sebab safih atau kanak-kanak atau gila. Maka tidak diberikan zakat pada tangan mereka itu, sekalipun wali mereka itu tidak ghaib, bahkan hendaklah diterima zakat itu oleh wali mereka itu. 3102. Syahadan. Haram memberikan zakat kepada orang yang fasik jika diketahui zakat itu dibelanjakannya pada pekerjaan maksiat sekalipun ia memadai sebagai zakat. 3103. Fasal pada menyatakan perkara yang menghendaki diberikan zakat kepada orang yang berhak. Bermula, orang yang menuntut zakat atau tidak menuntutnya tetapi dikehendaki oleh seorang memberinya zakat maka ditilik jika pemberi zakat itu tahu atau zankan bahawa dia seorang yang berhak kepada zakat maka hendaklah dia memberi zakat kepadanya, dan jika tidak seperti demikian itu maka janganlah dia berikannya kepadanya. 3104. Barang siapa tidak diketahui halnya adakah dia berhak zakat atau tidak maka ditilik jika dia berkata: aku baru masuk Islam dan Islam aku masih lemah nescaya dibenarkan dia tanpa sumpah dan saksi kerana sukar mendirikan saksi diatasnya. 3105. Demikian lagi jika dia berkata : aku fakir atau miskin, maka dibenarkan dia pula katanya tanpa sumpah dan tanpa saksi, melainkan jika dia berkata : ada bagi ku keluarga iaitu mereka yang wajib diatasnya nafkah mereka itu, atau dia berkata : harta ku sudah lenyap, pada hal diketahui dia mempunyai harta, maka tidak dibenarkan katanya melainkan dengan saksi. Maka diberati dia mengemukakan saksi. 3106. Jika seorang berkata : aku ‘amil zakat , atau : aku sahaya mukatab, atau : aku berhutang, atau : aku muallaf yang mulia diatas kaum ku yang kafir, atau : aku muallaf yang memelihara orang Islam daripada kejahatan kuffar atau bughah atau yang memerangi atau menakutkan orang yang menegah zakat, maka tidak dibenarkan kata mereka itu melainkan dengan saksi. 3107. Jika dia berkata : aku orang yang berperang sabil atau : aku ibnu sabil nescaya dibenarkanlah katanya tanpa sumpah tetapi jika diberikan keduanya zakat maka dia tidak keluar untuk perang atau safar hingga lalu tiga hari bukan kerana menuntut taulan dan bekal hendaklah diambil balik zakat itu daripada keduanya jika ada lagi ainnya, dan jika sudah lenyap maka diambil gantinya. 3108. Demikian lagi jika keluar orang yang hendak perang sabil dan tidak dia berperang kemudian dia kembali hendaklah diambil pula zakat itu daripadanya. Jika dia kembali dari perang dan ada banyak baki harta zakat itu lebih daripada hajatnya dan tidak jimat568 dia pada membelanjakannya maka hendaklah diambil zakat yang tinggal itu daripadanya. Tetapi jika ada yang tinggal itu sedikit atau banyak tetapi dia sangat jimat pada membelanjakannya lebih dari adat, jika sekira-kira dibelanjakannya dengan sederhana yang layak dengan halnya
568
. kumit - hemat – cermat.
nescaya cukup-cukup atau lebih sedikit tidaklah diambil yang tinggal itu daripadanya. 3109. Adapun ibnu sabil jika dia keluar kemudian dia kembali dari safarnya maka hendaklah diambil zakat yang tinggal daripadanya semata-mata iaitu samaada banyak yang tinggal atau sedikit dan samaada sangat jimat dia pada belanjanya atau tidak. 3110. Syahadan. Yang dikehendaki dengan saksi disini adalah khabar dua orang adil atau seorang lelaki yang adil dan dua orang perempuan jika dengan lafaz “aku menyaksikan” dan tidak ada dakwaan dihadapan kadhi sekalipun. Memadai ganti daripada saksi tersebut itu keadaannya masyhur diantara orang ramai atau keadaannya dibenarkan oleh tuan hutang pada orang yang berhutang atau dibenarkan oleh tuannya pada sahaya mukatab. Maka sekelian yang demikian itu memadai sebagai saksi yang tersebut itu pada mensabitkan keadaan mereka itu berhak zakat maka diberikan mereka itu zakat. 3111. Bermula, barang siapa ada padanya dua sifat berhak zakat seperti dia fakir lagi berhutang hendakkah dia mengambil zakat dengan salah satu daripada dua sifat itu dan tidak harus dia mengambil dengan kedua-duanya. Yang memilih diantara keduanya adalah orang yang mengambil zakat jua bukan yang memberikan zakat. Akan tetapi jika dia mengambil dengan sifat orang yang berhutang atau dengan sifat fakir kemudian maka dibayarkannya hutangnya maka jadilah dia fakir semula harus pula dia mengambil zakat dengan niat fakir. Inilah sekeliannya pada zakat yang tidak berbilang-bilang seperti ianya satu jenis. 3112. Adapun pada zakat yang berbilang seperti ianya dua jenis seperti zakat naqd dan zakat na’am maka harus bagi sesiapa yang ada padanya dua sifat berhak zakat megnambil zakat dengan kedua sifat itu. 3113. Fasal pada menyatakan pembahagian zakat diantara bagai-bagai yang berhak zakat dan menyatakan hukum memindahkan zakat dan apa yang mengikut keduanya. Bermula, wajib meratakan pemberian zakat kepada sekelian bagai yang lapan itu samada zakat fitrah atau harta. Itupun jika dapat memberikan sekelian mereka itu, seperti yang membahagilan zakat itu imam dan bagai-bagai yang lapan itu ujud didalam negeri. 3114. Jika tidak dapat memberikan sekelian mereka itu seperti yang membahagikan zakat itu pemilik harta kerana tidak ada amil disana atau ada yang membahagikan itu imam tetapi tidak ada disana amil seperti pemilik membawa zakatnya kepada imam atau ada disana amil tetapi dijadikan oleh imam upahnya daripada baitulmal atau sebahagian mereka itu tidak ujud didalam negeri maka wajib pada ketika itu meratakan zakat kepada sekelian yang ujud didalam negeri kerana yang tidak ada tidak ada bahagian baginya. 3115. Kata Ibnu Shalah : bagai-bagai orang yang berhak zakat yang ujud sekarang ini empat bagai jua, pertama fakir, kedua miskin, ketiga orang berhutang, keempat ibnu sabil. 3116. Jika tidak ujud seorang pun daripada sekelian orang yang berhak itu hendaklah dipeliharakan zakat itu hingga ada sekelian mereka itu atau sebahagian mereka. 3117. Apabila imam atau amil membahagi-bahagikan zakat wajiblah dia memberikan zakat kepada setiap orang yang didalam satu bagai daripada bagaibagai yang ujud. Demikian lagi jika pemilik sendiri membahagikannya, wajib dia meratakan zakat bagi setiap orang yang didalam satu bagai daripada bagai-bagai itu, dengan syarat jika tersimpan569 bilangan sekelian mereka itu didalam negeri dan cukup harta zakat untuk menyempurnakan sekelian hajat mereka itu. Jika 569
. mahshur – terhad – tidak terlalu ramai.
tidak tersimpan bilangan mereka itu didalam negeri atau tersimpan mereka itu tetapi tidak cukup harta zakat untuk menyempurnakan hajat mereka itu maka tidaklah wajib yang demikian itu, hanya wajib diatasnya memberi tiga orang atau lebih daripada setiap satu bagai. 3118. Wajib menyamakan zakat diantara bagai-bagai yang selain amil, samaada yang membahagikan zakat itu pemilik atau ‘amil, sekalipun tidak bersamaan hajat mereka itu. Adapun amil maka tidak dberi mereka itu daripada zakat melainkan sekadar upah jua maka jika lebih jumlah570 zakat itu umpamanya daripada kadar upah hendaklah diberikan lebihnya itu kepada bagai-bagai yang selainya, dan jika kurang jumlah itu daripada kadar upahnya maka hendaklah ditambah dengan harta zakat atau harta baitulmal. 3119. Jika kurang bahagian satu bagai daripada kecukupan mereka itu dan lebih bahagian satu bagai yang lain daripada kecukupannya hendaklah diberikan yang lebih itu kepada yang kurang. 3120. Tidak wajib menyamakan zakat diantara setiap orang yang didalam satu bagai jika yang membahagikan zakat itu pemilik, tetapi sunat dia menyamakan zakat diantara mereka jika bersamaan hajat mereka itu. 3121. Adapun jika yang membahagikan zakat itu imam atau naibnya maka wajib dia menyamakan diantara mereka itu jika bersamaan hajat mereka kerana mudah diatas imam menyamakannya. Jika tidak bersamaan maka tidaklah wajib dia menyamakan hanya hendaklah dia memeliharakan hajat mereka itu. Maka dia melebihkan habuan orang yang lebih hajat daripada habuan orang yang kurang hajatnya. Maka pemastautin pada tempat zakat terutama daripada selainnya. 3122. Syahadan. Telah terdahulu perkataan bahawa wajib memberikan zakat kepada semua bagai yang ada didalam negeri zakat sekalipun zakat fitrah. Maka wajib membahagi-bahagikan fitrah seorang yang segantang itu kepada sekelian mereka. Maka tidak harus menghadkannya pada seorang atau tiga orang, maka ianya tidak sah dan tidak memadai sebagai zakat kerana menyalahi imam Syafi’e yang mempunyai mazhab ini. Akan tetapi jika dikerjakan yang demikian itu dengan taklid kepada mazhab ulamak yang mengharuskannya sekalipun selepas melakukannya maka ianya memadai sebagai zakat. 3123. Tersebut didalam Tuhfah bahawa sekumpulan ulamak telah memilih harus memberi zakat kepada tiga orang fakir atau miskin umpamanya, dan sekumpulan yang lain memilih harus memberikan zakat kepada seorang. Telah melanjutkan sebahagian mereka itu akan bahasan pada menyokong pendapat itu hinggakan Ruyani menakal daripada imam yang tiga dan selain mereka itu bahawa harus memberikan zakat harta kepada tiga orang daripada orang yang berhak serta katanya : ia adalah kaul yang dipilih kerana sukar mengamalkan mazhab kita Syafi’e, dan sekiranya imam Syafi’e hidup nescaya dia memfatwakan kepada kita dengan yang demikian itu. Intaha. 3124. Tersebut didalam Mughni bahawa satu jamaah daripada sahabat Syafi’e yang daripada mereka itu imam Istakhri telah memilih harus diberikan zakat kepada tiga orang daripada orang yang berhak. Imam Subki telah memilihnya. Imam Rafi’e menghikayatkan satu wajah daripada pilihan571 tuan punya kitab Tanbih bahawa harus memberikan zakat kepada seorang yang berhak. Kata tuan kitab al Bahr : inilah yang aku fatwakan. Kata Azrai’e : diatas inilah yang berlaku amalan didalam beberapa masa dan beberapa negeri yang besar-besar dan ianya adalah kaul yang mukhtar. Akan tetapi yang lebih cermat hendaklah diberikan ia kepada tiga orang daripada orang-orang yang berhak. 570
. iaitu yang diperuntukkan bagi ‘amil. Pada asal “harga”.
571
. pada asal “pemilih”.
3125. Kata Azrai’e : kaul yang mengatakan wajib meratakan zakat kepada sekelian bagai-bagai yang ujud itu sangat jauh, sekalipun ianya zahir mazhab Syafi’e kerana orang ramai yang memberi fitrah tidak diwajibkan mereka itu mencampurkan fitrah mereka572, dan fitrah yang segantang pada adatnya tidak dapat dibahagi-bahagikan kepada tiga orang daripada setiap satu bagai yang berhak zakat. Demikianlah yang tersebut didalam Mughni.* 3126. Syahadan. Tidak harus pemilik memindahkan zakat harta atau zakat fitrah dari negeri zakat yang ada didalamnya orang yang berhak kepada negeri lain yang ada didalamnya orang yang berhak supaya diberikannya zakat itu kepada mereka itu, kerana tersebut didalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim : diambil zakat itu daripada orang-orang kaya mereka itu dan diberikan ia kepada fakir-fakir mereka, dan lagi kerana berlanjutan tamak orang-orang yang berhak pada setiap tempat kepada zakat tempat itu, dan memindahkan zakat daripada tempatnya membawa kepada meliarkan dan memutuskan harapan hati mereka. 3127. Maka dari kerana inilah tidak haram memindahkan kifarat dan wasiat dan wakaf bagi fakir atau miskin apabila tidak ditentukan oleh orang yang mewakafkan diatas boleh memindahkan kepada tempat lain. 3128. Akan tetapi tempat tertegah memindahkan zakat kepada negeri lain itu jika ia tidak hampir. Adapun jika negeri lain itu hampir dengan negeri zakat seperti bahawa ia dibangsakan kepada negeri zakat pada uruf sekira-kira dibilangkan keduanya itu negeri yang satu maka harus memindahkan zakat kepadanya sekalipun ia diluar kota negeri zakat dan diluar tempat yang didiami orang. Inilah yang dimuktamadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 3129. Yang dimuktamadkan oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni bahawa tertegah memindahkan zakat kepada negeri yang lain sekalipun kurang dari jarak qasar sekalipun, sekalipun dipindahkan kepada dusun yang hampir dengan negeri zakat itu. Kata syeikh Abu Syakil : bahawa tempat tertegah memindahkan zakat itu pada yang selain daripada satu negeri dan dusunnya. Adapun pada satu negeri dan dusunnya maka tidak tertegah memindahkan zakat. 3130. Kata syeikh Abu Hamid : tidak harus bagi orang yang didalam negeri yang berkota memberikan zakatnya kepada orang yang diluar kota kerana yang demikian itu memindahkan zakat. Akan tetapi Zarkasyi menakal dari syeikh Abu Hamid yang tersebut itu dan daripada Ibnu Shabbagh bahawa kedua mereka itu menghubungkan satu negeri yang kurang daripada dua marhalah dengan segala mereka yang hadhir didalam satu negeri jua, iaitu mereka yang pada satu negeri yang kurang daripada dua marhalah seperti hukum yang didalam satu negeri jua pada pihak harus memindahkan zakat kepada mereka itu. Walaubagaimanapun sekelian kaul ini didhaifkan oeh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 3131. Syahadan. Telah terdahulu perkataan bahawa yang ditegah memindahkan zakt itu adalah pemilik yang diam didalam satu negeri atau didalam satu dusun yang tidak berpindah daripadanya. Adapun imam iaitu sultan maka harus dia memindahkan zakat semata-mata, dari kerana sekelian zakat orang yang didalam tangannya seperti hukum satu zakat jua. Demikian lagi harus bagi sai’e memindahkan zakat, tetapi wajib dia memindahkannya untuk imam jika dia tidak disuruhkan imam membahagi-bahagikan zakat itu. Demikian lagi kadhi, harus dia memindahkan jika imam tidak melantik orang selainnya pada menguruskan zakat. 3132. Harus bagi imam atau sai’e atau kadhi memberi izin kepada pemilik pada memindahkan zakat tetapi tidak harus bagi pemilik memindahkan zakat dengan 572
. pada asal “kerana orang banyak memberi fitrah tidak wajib akan mereka itu mencampurkkan fitrah mereka
itu”.
izin melainkan pada tempat kekuasaan orang yang menizinkannya jua, tidak harus pada tempat yang diluar wilayahnya. 3133. Terkadang dipindahkan zakat tanpa izin seperti seorang mempunyai dua puluh kambing pada satu negeri atau dusun dan dua puluh kambing pada negeri atau dusun yang lain. Maka harus serta karahah dia mengeluarkan seekor kambing pada salah satu daripada dua tempat itu. Dan seperti genap setahun harta zakat pada hal harta itu berada didalam hutang atau dusun yang tidak ada orang yang berhak didalamnya maka hendaklah dipindahkan oleh pemiliknya kepada orang berhak tempat yang terhampir kepada tempat harta itu. 3134. Harus bagi mereka yang tinggal dikhemah yang berpindah-pindah yang tidak tetap pada satu tempat memberikan zakatnya kepada orang berhak yang bersamanya sekalipun dia sebahagian daripada bagai orang yang berhak, sama seperti harus orang yang didalam kapal yang berlayar ditengah laut memberikan zakatnya kepada orang yang berhak yang ada besertanya. Maka jika tidak diperolehnya orang berhak pada tempat mereka itu hendaklah dipindahkan zakat itu kepada orang berhak tempat yang terhampir kepadanya. Jika sukar sampai kepada yang terhampir itu maka hendaklah dinantikan kemudahan jika diharapkan sampainya kepada tempat itu pada masa yang hampir, jika tidak diharapkan maka hendaklah dipindahkan zakat itu kepada orang berhak tempat yang terhampir kepada tempat yang sukar sampai kepadanya itu. Jika bersamaan dua negeri itu pada hampir kepada tempat harta itu maka iaitu seperti hukum satu negeri jua maka diberikan zakat kepada segala yang berhak pada kedua negeri itu seperti dia memberikannya kepada orang yang berhak pada satu negeri jua. 3135. Syahadan. Jika tidak ujud semua bagai orang yang berhak didalam negeri zakat atau lebih zakat itu daripadanya daripada kecukupan mereka itu nescaya wajiblah memindahkan sekelian zakat atau lebihan itu kepada orang berhak pada negeri berhampiran dengannya yang seumpama dengan orang berhak negeri zakat itu. Jika dipindahkan ia kepada orang berhak negeri yang jauh daripadanya serta ada orang berhak negeri yang terhampir kepadanya maka iaitu haram lagi tidak memadai ia sebagai zakat. 3136. Jika tidak diperolehi sebahagian mereka itu didalam negeri zakat, atau lebih sesuatu daripadanya seperti diperolehi sekelian mereka itu didalam negeri zakat dan lebih sesuatu daripada kecukupan sebahagian mereka atau diperoleh sebahagian mereka itu dan lebih sesuatu daripada kecukupan sebahagian mereka itu, hendaklah dikembalikan habuan sebahagian yang tidak ujud itu atau yang lebih daripada kecukupan sebahagian mereka itu keatas bagai-bagai mereka yang tinggal lagi, itu pun jika kurang habuan mereka itu daripada kecukupan mereka itu. Tidak harus dipindahkan ia kepada selain mereka itu. Jika tidak kekurangan habuan mereka itu maka hendaklah dipindahkan ia kepada bagai yang berhak yang seumpama pada negeri atau dusun yang terhampir dengannya. 3137. Bermula, sunat bagi imam atau sa’ie memaklumkan bulan mengambil zakat pada harta zakat yang disyaratkan lalu setahun supaya mereka yang mempunyai harta bersedia mengeluarkan zakat dan bersedia orang-orang yang berhak untuk menerimanya. Bulan muharram terutama daripada selainnya kerana ia permulaan tahun pada syara’. 3138. Adapun zakat yang tidak disyaratkan lalu setahun seperti biji-bijian dan buah-buahan maka tidak disyaratkan yang demikian itu. Tetapi telah terdahulu perkataan bahawa barangsiapa mempunyai harta yang genap tahunnya dan ada hadhir orang-orang yang brhak dan tidak ada padanya uzur wajib dia segera
mengeluarkan zakatnya dan tidak harus dia melambatkannya kerana menanti bulan muharram atau selainnya. 3139. Sunat menaruh tanda pada na’am sedekah dan na’am fai’. Demikian lagi pada kuda dan keldai dan baghal dan gajah fai’ maka sunat menaruh tanda pada sekelian itu dengan diselar dengan besi panas supaya terbeza sebahagiannya daripada sebahagiannya dan supaya dikembalikan oleh barang siapa yang menemuinya dan supaya tidak dimiliki kemudiannya oleh oarng yang bersedekah dengan beli atau selainnya kerana makruh orang yang bersedekah memiliki sedekahnya dari orang yang dia berikan sedekah dengan selain pusaka. 3140. Adalah tempat menaruh tanda itu pada anggota yang nyata yang tidak banyak bulu padanya supaya diketahui tanda itu. 3141. Yang terutama tanda kambing dan biri-biri pada telinganya dan tanda sapi dan kerbau dan unta dan kuda dan keldai dan baghal dan gajah pada pehanya. Yang terutama bahawa tanda kambing dan biri-biri lebih kecil dan tanda sapi, dan tanda kerbau lebih besar daripada tanda kambing, dan tanda unta lebih besar dari tanda sapi dan tanda kuda lebih besar daripada tanda keldai dan lebih kecil daripada tanda sapi dan baghal, dan tanda gajah lebih besar daripada tanda unta. 3142. Yang terutama hendaklah pada tanda na’am zakat itu disuratkan sedekah atau zakat. Demikian lagi hendaklah disuratkan nama Allah, maka ianya terutama lagi memberi berkat, kerana maksud daripada menyuratkan nama Allah itu adalah membezakannya serta mengambil berkat, bukan zikir. Maka tidak ditilik kepada berlumur ia dengan najis kemudiannya. Disuratkan “jizyah” atau “sighar” pada na’am jizyah dan dan pada na’am fai’ disuratkan “fai’”. Tetapi memadai menyuratkan “kaf” pada zakat. 3143. Haram menaruh tanda itu pada mukanya kerana ditegah daripadanya. Tersebut didalam hadith Muslim bahawa kena la’nat Allah orang yang memperbuatnya. Haram mengembiri segala haiwan melainan haiwan yang dimakan pada ketika masih kecil. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan selainnya. 3144. Fasal pada menyatakan sedekah sunat. Bermula, sunat muakkad memberikan sedekah kerana pahalanya tersebut didalam beberapa hadith yang sahih lagi masyhur. Terkadang memberi sedekah itu haram jika diketahuinya atau dizankannya bahawa orang yang menerima sedekah itu membelanjakannya pada pekerjaan maksiat, dan terkadang memberi sedekah itu wajib jika dia mendapati orang yang papa yang sangat kelaparan dan dia mempunyai makanan yang lebih daripada makanan dirinya. Maka wajib dia memberikan yang lebih itu kepadanya dengan menuntut harga kemudiannnya atau dengan kerana Allah. 3145. Halal memberi sedekah kepada orang kaya. Yang dikehendaki dengan kaya disini adalah orang yang haram mengambil zakat. Makruh bagi orang kaya mengambil sedekah sunat dan berkehendak mengambilnya, sekalipun tidak memadainya hartanya atau usahanya yang halal lagi yang layak dengannya melainkan untuk belanja sehari semalam jua, jika dia tidak menunjukkan dirinya seperti kelakuan orang papa atau dia tidak meminta-minta. Jika dia menyatakan dirinya seperti kelakuan orang yang papa atau dia meminta-minta maka haram dia menerima sedekah itu. 3146. Tetapi tidak haram diatas orang yang tahukan kaya orang yang memintaminta atau yang menyatakan kepapaan diriya memberi sedekah kepadanya. Dia memiliki sedekah itu sekalipun haram dia menerimanya. Demikianlah kata Syihab Ramli. 3147. Haram diatas orang kaya meminta-minta melainkan pada benda yang kebiasaanya dikira mudah dengannya didalam negeri itu seperti meminta pena
dan sugi dan barang sebagainya. Demikian lagi haram meminta diatas orang yang kuasa berusaha melainkan jika dia sibuk dari berusaha dengan menuntut ilmu pada sekelian waktu. 3148. Bermula, barang siapa memberi sedekah kepada seorang kerana dia menyangkakan orang itu fakir atau soleh atau bertitihan mulia serta ada karenah yang menunjukkan bahawa dia tidak memberi kepadanya melainkan dengan sifat yang disangkannya atau dinyatakan oleh orang yang memberi kepadanya akan yang demikian itu573 pada hal ada yang diberi itu pada batinnya bersalahan dengan sangkaannya nescaya haramlah diatas yang diberi itu mengambil pemberiannya. 3149. Demikian lagi haram menerima sedekah diatas orang yang bersifat dengan buruk pada batinnya sekira-kira jika diketahui oleh orang yang memberi akan sifatnya yang pada batin itu nescaya dia tidak akan memberinya. Inilah sekeliannya hukum sedekah, dan seperti demikian itulah hukum hadiah dan hibah dan wasiat dan wakaf dan nazar. 3150. Tersebut didalam syarah Muslim dan selainnya : manakala seorang itu menghinakan atau memiskinkan dirinya pada meminta-minta atau dia mengganggu orang yang dipintanya nescaya haramlah yang demikian itu dengam muafakat sekelian ulamak. Kata Ibnu Solah: sekalipun jika yang memberi itu hendak memberi*. Kata Ibnu Qasim: melainkan jika dia sangat kelaparan. 3151. Kata Imam Ghazali didalam Ihya’: manakala orang yang diharuskan meminta mengambil pemberian seorang pada hal dia tahu bahawa orang itu memberi kerana malu daripadanya atau daripada segala orang yang hadhir padanya sekira-kira jika dia tidak malu kepadanya nescaya tidaklah dia memberi maka haramlah dia mengambilnya dengan muafakat sekelian ulamak dan wajib dia memulangkannya. 3152. Kata Ibnu Hajar didalam Tuhfah: apabila haram diatas seorang mengambil pemberian nescaya tidaklah dia memilikinya kerana yang empunya harta tidak redha memberikannya kepada dia. Halal memberi sedekah kepada kafir sekalipun dia kafir harbi. 3153. Syahadan. Memberikan sedekah sunat dengan tersembunyi terafdhal daripada memberikannya dengan nyata kerana mereka yang menyembunyikan sedekahnya sekira-kira tidak tahu tangan kirinya akan apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dibilangkan oleh nabi sawm sebagai satu daripada tujuh orang yang bernaung dibawah arasy pada hari yang tidak diperolehi kenaungan selain daripada naungannya. 3154. Akan tetapi jika orang yang memberi sedekah itu ikutan orang maka dia menyatakan sedekahnya supaya orang ramai mengikutnya, bukan kerana riak dan sum’ah, maka menyatakannya terafdhal baginya daripada menyembunyikannya dengan syarat jika tidak beroleh kesakitan orang yang menerimanya. Inilah hukum sedekah sunat. 3155. Adapun zakat maka menyatakannya terafdhal daripada menyembunyikannya dengan sepakat para ulamak samaada yang mengagihkan zakat itu imam atau pemilik melainkan pada harta-harta yang batin maka yang terafdhal bagi pemilik adalah menyembunyikannya. 3156. Bermula, yang terafdhal adalah memberi sedekah keatas keluarganya dari kerana ia terutama daripada orang ajnabi, dan terafdhal bahawa didulukan keluarga yang lebih hampir kemudian maka yang lebih hampir daripada mahrammahram kemudian suami atau isterinya kemudian maka keluarga yang jauh 573
. iaitu dia tidak akan memberi kepadanya melainkan dengan . . .
kemudian maka mahram- mahram sebab susuan kemudian mahram-mahram sebab mentua dan menantu atau mak tiri atau anak tiri kemudian maka pemerdhekaan daripada kedua pihak kemudian maka daripada yang satu pihak. 3157. Bermula, memberi sedekah kepada orang ajnabi yang sekampung terafdhal daripada keluarga jika keluarga itu diluar negeri, pada tempat yang tidak harus dipindahkan zakat kepadanya. Jika keluarga itu didalam negeri atau diluar negeri tetapi pada tempat yang tidak haram memindahkan zakat kepadanya maka memberi sedekah kepada keluarga itu terafdhal daripada ajnabi yang sekampung dengannya, sekalipun lebih jauh kampung keluarga itu. Terafdhal memberi sedekah kepada seteru daripada keluarganya atau ajnabi dan yang lebih kuat perseteruan dengannya terutama supaya mereka berbaik-baik dan supaya supaya patah kekerasan nafsunya. 3158. Bermula, memberi sedekah kepada segala mereka yang mempunyai kebajikan dan yang berhajat tertutama daripada yang selainnya hinggakan dari keluarga dan orang yang sekampung dengannya sekalipun. 3159. Terafdhal memberi sedekah didalam masa yang mempunyai kelebihan seperti hari jumaat dan didalam bulan ramadhan istimewa pula pada sepuluh hari yang akhir daripadanya dan pada sepuluh hari yang awal daripada bulan zulhijjah dan pada kedua hari raya. 3160. Demikian lagi terafdhal memberi sedekah pada tempat yang mulia seperti Makkah dan Madinah istimewa pula didalam Masjidil Haram. Maka iaitu amat besar pahalanya seperti seratus ribu kebajikkan pada tempat selain Masjidil Haram. 3161. Demikian lagi terafdhal membanyakkan sedekah tatkala kedatangan pekerjaan yang besar seperti perang sabilillah dan gerhana dan sakit dan tatkala mengerjakan pekerjaan haji dan pada masa pergi pergian dan tatkala minta hujan. Bukanlah yang dikehendaki bahawa siapa hendak bersedekah sunat mentakhirkan sedekahnya untuk menghasilkan satu fadhilat daripada yang tersebut itu, hanya yang dikehendaki apabila diperoleh satu fadhilat daripada fadhilat-fadhilat itu sunat muakkad dia membanyakkan sedekah tatkala itu kerana besar pahalanya lagi lebih diharapkan kepada menyampaikan segala hajat dan menghilangkan dukacita dan kesusahan hati. Maka dari kerana itulah disunatkan bersedekah selepas jatuh pada pekerjaan maksiat. 3162. Demikian lagi sunat bahawa yang disedekahkan itu benda yang dikasihinya supaya diperolehnya kebajikkan kerana firman Allah taala “ ﺭ ﻥ ﹶﺘﻨﹶﺎﻟﹸﻭﺍ ﺍ ﹾﻟ ﹺﺒ ﹶﻟ ﻥ ﻭ ﺒ ﺤ ﺎ ﹸﺘﻤﻤ ﻔﻘﹸﻭﺍ ﺤﺘﱠﻰ ﹸﺘ ﹾﻨ ” artinya : tidak kamu peroleh kebajikan hingga kamu bersedekah daripada apa yang kamu kasihi. 3163. Makruh mensedekahkan harta yang syubhah. Jangan dia enggan dan malu daripada memberikan sedekah yang sedikit. Sunat dia mensedekahkan kain pakaiannya apabila dia memakai kain baru gantinya. Hendaklah memberi sedekah itu dengan suka hatinya serta dengan manis muka kerana yang demikian itu membanyakkan pahala dan menyukakan hati orang yang menerima. Hendaklah dia mengucap “bismillah”. Hendaklah diberikan sedekah itu pada tangan fakir dan jangan dia tamakkan doa fakir yang menerimanya. Jika fakir itu berdoa kepadanya maka sunat dia mendoakan fakir itu supaya tidak kurang pahala sedekahnya. 3164. Tidak harus seorang mensedekahkan hartanya yang sangat dia perlukan sebagai nafkah keluarganya didalam siangnya dan malamnya kerana tersebut didalam hadith bahawa sabda nabi sawm, “ﺕ ﹸﻴ ﹶﻘﻭ ﻥ ﻤ ﻊ ﻴ ﻀ ﻴ ﻥ ﺎ ِﺇﺀ ِﺇ ﹾﺜﻤ ﺭ ﻤ ” ﹶﻜﻔﹶﻰ ﺒﹺﺎ ﹾﻟartinya: memadailah bagi seorang itu dosa jika dia mensia-siakan dan melaparkan keluarganya yang wajib dia memberinya makanan.
3165. Demikian lagi tidak harus dia mensedekahkan harta yang dia perlukan untuk nafkah dirinya pada malam dan siangnya jika dia tidak sabar diatas kepicikan. Maka dari kerana inilah berkata fuqaha’ : haram diatas orang yang dahaga memberikan air kepada orang lain yang dahaga. Tetapi jika dia sabar haruslah yang demikian itu. Maka dari kerana inilah berkata mereka itu : harus bagi orang yang sangat kelaparan memberikan makanan kepada orang Islam yang sangat kelaparan. Inilah hukum sedekah. 3166. Adapun jamuan maka tidak disyaratkan padanya lebih nafkah keluarga seperti yang telah dikerjakan oleh sebahagian sahabat ansar. 3167. Demikian lagi tidak harus dia mensedekahkan harta yang sangat dia perlukan untuk membayar hutangnya sekalipun hutang itu bertangguh, samaada hutangnya itu hak Allah taala atau hak anak adam, jika dia tidak zankan akan beroleh pembayar hutang daripada selainnya. 3168. Adapun jika dia zankan akan memperolehinya dari pihak yang zahir maka tidak mengapa dia mensedekahkannya sekalipun sudah tunai hutang yang bertangguh itu, melainkan jika wajib dia membayar hutangnya dengan segera sebab dituntut oleh tuan hutangnya atau kerana maksiat dia dengan sebab hutangnya dan tidak diketahui redha tuan hutangnya pada lambat bayar, haramlah dia memberi sedekah sebelum daripada membayar hutangnya sematamata kerana membayar hutang itu wajib dengan segera maka tidak harus mentakhirkannya kerana menghasilkan sedekah sunat. Adalah bandingannya seperti haram sembahyang sunat diatas orang yang ada diatasnya kadha sembahyang yang wajib dikerjakan dengan segera. 3169. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: serta haram bersedekah dengan yang tersebut itu orang yang mengambilnya memilikinya. Bersalahan kebanyakkan ulamak, kata mereka itu : sekira-kira haram bersedekah dengan sesuatu tidak memilikinya orang yang mengambilnya. 3170. Demikian lagi sunat mensedekahkan segala apa yang lebih daripada hajat dirinya dan hajat keluarganya pada siangnya dan malamnya jika tidak masyaqqah mereka itu bersabar diatas kepicikan. Jika masyaqqah mereka itu bersabar nescaya makruh dia mensedekahkan sekelian apa yang lebih dari hajat mereka itu. Adapun mensedekahkan sebahagian apa yang lebih dari hajat dirinya maka iaitu sunat semata-mata dengan tidak ada khilaf. 3171. Syahadan. Harus menerima sedekah dari orang yang ada pada hartanya halal dan haram. Tetapi yang demikian itu makruh. Berlebih kurang makruhnya sebab banyak syubhah dan sedikitnya. Tidak haram yang demikian itu melainkan jika diyakinkan bahawa yang diambilnya itu harta haram seperti harta rampasan umpamanya. Maka haramlah dia mengambilnya. Akan tetapi harus dia mengambilnya dengan kasad mengembalikan kepada tuan punya harta itu sekalipun tidak dinyatakannya dengan lafaz. Melainkan jika dia itu mufti atau kadhi atau orang yang jadi saksi, maka wajib diatasnya menyatakannya dengan lafaz seperti dikatanya : aku ambil harta ini untuk aku kembalikan kepada tuan punyanya, supaya tidak jadi jahat sangkaan orang ramai pada benarnya dan dan agamanya maka mereka itu menolak fatwanya dan hukumnya dan saksiannya. 3172. Telah terdahulu perkataan bahawa makruh bagi seorang mengambil sedekahnya atau zakatnya atau kifaratnya dari orang yang menerimanya dengan beli atau sebagainya kerana tersebut didalam satu hadith bahawa orang yang kembali mengambil sedekahnya seperti anjing yang kembali memakan muntahnya. Akan tetapi jika dia memiliki sedekahnya itu dari selain orang yang menerimanya atau dia memilikinya dengan pusaka maka tidaklah makruh mengambilnya.
3173. Masaalah. Jikalau seorang mengirimkan harta sedekah umpamanya kepada seorang fakir maka tidaklah keluar harta itu dari miliknya hingga ia diterima oleh fakir itu. Jika si pembawa tidak bertemu dengan fakir itu atau si fakir itu tidak menerimanya maka sunat dia mensedekahkannya kepada orang lain, janganlah dia mengambil balik harta itu. 3174. Syahadan. Tersebut didalam Mughni bahawa bagi orang yang gemarkan kebajikkan bahawa jangan dia mensunyikan satu hari daripada hari-harinya dari memberi sedekah sekalipun sedikit kerana tersebut didalam hadith Bukhari sabda nabi sawm “ ﻁ ﻋ ﺍﻬﻡ ﺭ ﺍﻟﻠﱠ ﺨ ل ﺍﻵ ﹶ ُ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﻭ ﺨﹶﻠﻔﹰﺎ ﻔﻘﹰﺎ ﹶ ﻤ ﹾﻨ ﻁ ﻋ ﺍﻬﻡ ﺎ ﺍﻟﻠﱠﻫﻤ ﺩ ﺤ ل َﺃ ُ ﻭ ﻴ ﹸﻘ ﻥ ﻤﹶﻠﻜﹶﺎ ﹺ ﻭ ﻻ ﻪ ِﺇ ﱠ ﻴ ﻓ ﺩ ﺎﻌﺒ ﺢ ﺍ ﹾﻟ ﺼ ﹺﺒ ﻭ ﹴﻡ ﺘﹸ ﻴ ﻥ ﻤ ﺎﻤ ﺴﻜﹰﺎ ﹶﺘﹶﻠﻔﹶﺎ ﻤ ﻤ ” artinya : tidak ada satu hari yang berpagi-pagi segala amba Allah taala didalamnya melainkan ada dua malaikat, kata seorang daripada keduanya : hai Tuhan ku anugerahkanlah orang yang mensedekahkan hartanya gantian harta yang disedekahkannya, dan berkata pula yang seorang lagi : hai Tuhan ku lenyapkanlah harta orang yang enggan bersedekah. 3175. Bermula, haram diatas orang yang bersedekah mengungkit-ngungkit apa yang dia sedekahkan kerana yang demikian itu membatalkan pahala sedekah seperti firman Allah taala “ﻷﺫﹶﻯ َ ﺍﻥ ﻭ ﻤ ﻡ ﺒﹺﺎ ﹾﻟ ﺘ ﹸﻜ ﺩﻗﹶﺎ ﺼ ﻁﻠﹸﻭﺍ ﺒ ﻻ ﹸﺘ ” ﹶartinya : janganlah kamu membatalkan pahala sedekah kamu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti orang yang kamu sedekahkan kepadanya.
ﺼ ْﻮ ِم ب اﻟ ﱠ ُ ِآﺘَﺎ xx KITAB PUASA 3176. Ini kitab pada menyatakan shaum artinya puasa. Bermula arti shaum pada bahasa : menahan diri daripada sesuatu dan diam dari bercakap. Arti shaum pada syara’ : menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa diatas pihak yang tertentu yang lagi akan datang kenyataannya dengan syarat-syaratnya574. 3177. Dalil yang mensabitkan kefardhuannya sebelum ijmak adalah firman Allah taala “ﻡ ﺎﺼﻴ ﻡ ﺍﻟ ﻴﻜﹸ ﻋﹶﻠ ﺏ ﺘ ” ﹸﻜartinya : difardhukan puasa diatas kamu oleh Allah taala, dan sabda nabi sawm “. . .ﻤﺱﹴ ﺨ ﻋﻠﹶﻰ ﹶ ﻡ ﻼ ﺴﹶ ﻹ ِﻲﺍ ﻨ ﺒ ” artinya : dibina Islam itu diatas lima rukun . . . hingga akhir hadith ini. 3178. Adalah ia difardhukan pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah, dan kefarduannya itu diketahui dengan masyhur bahawa ia sebahagian daripada perintah ugama Islam. Maka barang siapa yang ingkarkan kewajipannya jadilah dia kafir. Wajib menyuruh dia bertaubat darinya. Maka jika dia enggan dari taubat wajib atasnya imam membunuhnya. Melainkan jika dia baru memeluk Islam atau hidup jauh dari ulamak. Maka tidaklah dia kafir sebab ingkarkan wajibnya. 3179. Barang siapa meninggalkan puasa kerana segan bukan ingkarkan wajibnya seperti dikatanya : puasa ramadhan itu wajib atas ku tetapi aku tidak puasa kerana segan, dan tidak dengan tidak ada uzur sakit atau safar maka hendaklah dipenjarakan dia didalam penjara dan tidak diberi makan dan minum pada siang 574
. ﺇﻤﺴﺎﻙ ﻋﻥ ﺍﻟﻤﻔﻁﺭ ﻋﻠﻰ ﻭﺠﻪ ﻤﺨﺼﻭﺹ.
hari supaya terhasil padanya rupa puasa dengan demikian itu. Demikianlah yang dibuat hingga dia mengerjakan puasa. Pada ketika itu dikeluarkanlah dia dari penjara. 3180. Kata setengah ulamak : fardhu puasa pada bulan ramadhan tidak tertentu pada ugama nabi sawm kerana tidak ada daripada satu umat pun daripada umatumat yang terdahulu melainkan difardhukan puasa keatas mereka pada bulan ramadhan, seperti mana firman Allah taala “ﻡ ﻠ ﹸﻜﺒ ﻥ ﹶﻗ ﻤ ﻥ ﻴ ﺫ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﱠﻟ ﺏ ﺘ ﺎ ﹸﻜ ” ﹶﻜﻤartinya : sepertimana difardhukan ia diatas orang-orang yang sebelum kamu. 3181. Kata setengah ulamak: fardhu puasa itu tidak tertentu pada ugama nabi Muhammad sawm, yang tertentu pada ugama nabi kita hanyalah keadaan waktunya pada bulan ramadhan. Adapun tasybih575 pada ayat Quran itu pada diri puasa jua, tidak pada waktunya. 3182. Kata syeikh Ibnu Abdussalam : bulan ramadhan itu terafdhal daripada segala bulan hinggakan daripada sepuluh hari pertama pada bulan zulhijjah, kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahwa ramadhan itu penghulu segala bulan. 3183. Harus puasa ramadhan kurang sehari daripada tiga puluh hari kerana bulan ramadhan itu terkadang genap tiga puluh dan terkadang kurang daripadanya, dan pahalanya sama jua, melainkan kaum syiah maka mereka tidak mengharuskan kurang sehari, pada hal nabi sawm berpuasa pada tiap-tiap ramadhan kurang daripadap tiga puluh hari melainkan sebulan jua yang genap puasanya tiga puluh hari. 3184. Bermula, wajib puasa sebulan ramadhan itu dengan genap sya’ban tiga puluh hari sekalipun langit mendung576 atau dengan dilihat bulan hilal oleh seorang lelaki yang adil selepas masuk matahari pada alam yang ketiga puluh sya’ban. 3185. Tidak memada nampak bulan dengan perantaraan teropong umpamanya kerana sabda nabi sawm “ﻪ ﺘ ﻴ ﺭ ْﺅ ﻭﺍ ِﻟﺭَﺃ ﹾﻓﻁﻪ ﻭ ﺘ ﻴ ﺭ ْﺅ ﻭﺍ ِﻟﻭﻤ ﺼ ” iaitu : puasalah kamu dengan melihat hilal dan berbukalah kamu dengan melihat hilal. Maka jika tidak kelihatan hilal itu -sebab ragunya umpamanya- maka sempurnakanlah bilangan bulan sya’ban tiga puluh. 3186. Demikian lagi wajib puasa ramadhan dengan khabar yang mutawatir pada kelihatan hilal kerana khabar yang mutawatir berfaedah sebagai pengetahuan yang dharuri. 3187. Demikian lagi wajib puasa ramadhan dengan zankan masuk bulan ramadhan yang terhasil zannya dengan ijtihadnya tatkala kesamaran ramadan dengan bulan yang lain pada hak orang yang baru memeluk Islam atau orang yang tertawan, atau terhasil zannya itu dengan tanda yang sangat nyata pada menunjukkan masuk bulan ramadhan sekira-kira tidak tersalah ia pada adatnya seperti melihat pelita yang terpasang diatas menara atau mendengar bunyi meriam atau barang sebagainya daripapa apa yang menjadi adat sebagai tanda awal bulan ramadhan. 3188. Tidak wajib puasa ramadhan dengan kata munjim577 iaitu orang yang berpegang diatas bintang pada mengetahui awal bulan. Demikian lagi tidak wajib puasa ramadhan dengan kata hasib iaitu orang yang berpegang diatas manzilahmanzilah578 bulan dan diatas perjalanannya pada manzilah itu.
575
. iaitu penyerupaan dengan kataNya “sepertimana . . .”. . pada asal “”ﻏﺒﺎﺭ. wallahu a’lam. 577 . ahli bintang – ahli falak. 578 . orbit. Wallahu a’lam. 576
3189. Tidak harus seorang bertaklid dengan kata munjim dan hasib itu pada puasa ramadhan, akan tetapi harus bagi kedua mereka itu mengamalkan hisabnya pada puasa dan raya. Namun para ulamak bersalah-salahan pada puasa kedua mereka : adakah puasa mereka itu memada daripada puasa ramadhan atau tidak? Maka yang dipegangi oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : tidak memada puasanya itu sebagai fardhu ramadhan dan yang dipegangi oleh syeikh Ramli didalam Nihayah : memada ia baginya daripada fardhu ramadhan. 3190. Tidaklah kebilangan kata orang yang berkata : nabi Muhammad sawm telah mengkhabari aku didalam mimpi ku bahawa esok hari bulan ramadhan. Maka tidak harus bagi setiap orang mengamalkannya pada puasa dan pada selainnya. akan Tetapi tidak kerana syak pada melihatnya hanya kerana ketiadaan dapat dipegangi ingatan579 orang yang tidur. 3191. Syahadan. Tidak dapat tidak bahawa orang melihat hilal itu bersaksi dihadapan kadhi dengan lafaz “aku bersaksi bahawa aku nampak hilal ramadhan”. Tidak memada pada saksiannya jika dia kata : esok bulan ramadhan, dan tidak disyaratkan pada saksiannya itu terdahulu dakwaan dihadapan kadhi. Tidak diberati saksi itu menyebutkan sifat hilal dan tempatnya. 3192. Disyaratkan pada nampak hilal bahawa seorang itu adil syahadah. Maka tidak memada jika orang yang nampak hilal itu sahaya dan perempuan. Demikian lagi lelaki yang fasik dan kanak-kanak, tetapi wajib atas mereka itu yang selain kanak-kanak berpuasa sendiri. Demikian lagi wajib pula puasa atas orang yang percayakan kata orang yang fasik yang nampak hilal itu. 3193. Tidak disyaratkan pada saksi itu adil pada batinnya, iaitu orang yang perlu kepada orang lain yang membenarkan dia580, bahkan memada padanya adil pada zahirnya seperti dia seorang yang tertutup daripada perkara-perkara yang menegah adil581. 3194. Apabila orang yang melihat hilal itu bersaksi dihadapan kadhi tak dapat tidak daripada kata kadhi : sungguhnya telah sabitlah hilal ramadhan disisi aku dengan saksiannya, atau : aku hukumkan dengan saksiannya pada sabit hilal ramadhan. Demikianlah yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 3195. Bermula, dalil yang mensabitkan memada seorang saksi pada kelihatan hilal ramadhan itu dalah hadith Ibnu Umar r.a katanya “ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﻲ ﺕ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒ ﺭ ﹸ ﺒ ﺨ َﺃ ﹾ ﻪ ﻤ ﺎﺼﻴ ﺱ ﹺﺒ ﺍﻟﻨﱠﺎﺭَﺃﻤﻡ ﻭ ﺎل ﹶﻓﺼ َﻼ ﺕ ﺍ ﹾﻟﻬﹺ ﹶ ﻴ ﹸ ﺭَﺃ ﻲ ”َﺃ ﱢﻨartinya : aku khabarkan nabi sawm bahawa aku telah melihat hilal ramadhan maka nabi berpuasa dan menyuruh orang ramai berpuasa. 3196. Bermula, hikmah pada sabit hilal ramadhan dengan seorang saksi tidak bulan selainnya adalah kerana mengupayakan puasa dan memeliharanya. Maka dari kerana inilah tidak dipadakan seorang saksi melainkan dengan nisbah bagi puasa dan yang mengikutnya seperti tarawih dan iktikaf dan umrah yang dita’likkan keduanya dengan masuk bulan ramadhan. 3197. Bersalahan selain puasa dan yang mengikutnya, maka tidaklah wajib ditunaikan hutang yang bertangguh dengan seorang saksi pada melihat bulan ramadhan dan tidak jatuh dengannya talak perempuan dan tidak merdeka hamba yang ta’likkan keduanya dengan masuk bulan ramadhan. Akan tetapi sabit yang demikian itu pada hak orang yang melihatnya. Maka dari kerana inilah wajib dia puasa sekalipun dia fasik.
579
. pada asal “pengingat”. . orang yang disaksikan sifat adilnya oleh seorang lain disisi qadhi. 581 . tidak diketahui umum ada mengerjakannya. 580
3198. Apabila kita puasa dengan saksi seorang adil tiga puluh hari genap maka wajiblah kita berbuka puasa sekalipun tanpa melihat hilal dan tanpa ada ada awan582 dilangit. 3199. Apabila nampak hilal pada satu negeri maka wajib puasa diatas isi negeri yang hampir dengannya, iaitu negeri yang muafakat matla’583 mereka dengan matla’ isi negeri yang melihat hilal itu. Tidak wajib puasa atas isi negeri yang jauh, iaitu negeri yang berlainan matla’ mereka dengan matla’ negeri yang melihat bulan itu, sebab berlainan matla’ itu dan berlainan jarak dari khatulistiwa584. Melainkan jika dihukumkan sabit hilal oleh kadhi mukhalif, iaitu yang yang berlainan mazhab seperti kadhi bermazhab hanafi. Maka tatkala itu wajib atas kita yang bermazhab syafi’e mengamalkan hukumnya dengan wajib puasa. 3200. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dengan dia menakal dari tuan Kitab al Anwar: bermula, yang dikehendaki dengan berlainan matla’ itu adalah bahawa berjauhan dua tempat itu sekira-kira kalau dilihat hilal pada satu daripada keduanya nescaya tidak dilihat ia pada tempat yang satu lagi pada ghalibnya. Kata syeikh Taj Tibrizi : tidak terboleh berlainan matla’ itu pada jarak yang kurang daripada dua puluh empat farsakh. 3201. Bermula, syak pada berlainan matla’ itu seperti yakin jua kerana asalnya tidak wajib puasa. Tetapi tempatnya jika tidak ternyata kemudiannya muafakat kedua matla’ itu. Jika ternyata muafakatnya maka wajiblah kadha diatas mereka. 3202. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah dengan dia menakal daripada Subki dan pengikutnya seperti Asnawi dan selainnya : apabila berlainan matla’ diantara dua negeri lazimlah daripada kelihatan hilal pada negeri yang pada pihak timur bahawa kelihatan bulan itu pada negeri yang pada pihak barat, tidak sebaliknya, iaitu jika sama keduanya pada pihak selatan atau utara dan sama jauh keduanya dari khatulistiwa, kerana terdahulu malam pada negeri yang pada pihak timur daripada malam pada negeri yang pada pihak barat. Demikian lagi terdahulu terbit matahari dan gelincirnya pada negeri yang pada pihak timur daripada negeri yang pada pihak barat. 3203. Dari kerana inilah kalau mati dua orang yang saling berwaris-warisan, seorang pada pihak timur dan seorang pada pihak barat, dan adalah waktu mati kedua mereka itu pada gelincir matahari negerinya, nescaya yang mati pada pihak barat mewarisi akan yang mati pada pihak timur, tidak ‘akasnya, kerana terkemudian mati yang pada pihak barat daripada yang pada pihak timur. 3204. Kata syeikh Abdullah bin Umar Ba Makhramah : apabila selisih masuk matahari diantara dua buah negeri lapan darjah atau kurang, daripada darjahdarjah malam dan siang, maka kedua negeri itu muafakat pada matla’. Jika selisihnya itu lebih daripada lapan darjah maka kedua negeri itu berlainan mat’ala’. Dibilangkan lapan darjah itu hanyalah kerana ia adalah sekurang-kurang masa yang dhobitkan dengannya terhenti hilal ditepi langit selepas daripada masuk matahari585. 3205. Bermula, wajah didhobitkan muafakat matla’ dengan yang demikian itu kerana bahawa apabila ditakdirkan hilal kelihatan pada satu negeri tatkala tenggelam matahari maka lazimlah ia kelihatan pada negeri-negeri yang berada diantaranya dan diantara negeri yang kebarat lapan darjah atau kurang, dan bahawa isi kedua negeri itu sama-sama melihat hilal didalam satu ketika586. 582
. pada asal “ ”ﺭﻜﻭﺍﻥdengan ga – ﺍﻟﻐﻴﻡ. . iaitu tempat terbit. 584 . pada asal ‘dan bersalahan jauh negeri dari khatulistiwa”. 585 . iaitu tiga puluh dua minit. 586 . pada asal “apabila ditakdirkan melihat bulan pada negeri belah barat tatkala masuk matahari maka lazimlah dilihat pula ia pada negeri yang antara negeri belah barat lapan darjah atau kurang . . . “ 583
3206. Misalnya apabila selisih diantara dua tenggelam matahari pada dua negeri adalah enam darjah maka negeri belah timur lebih dulu masuk matahari daripada negeri belah barat dengan kadar enam darjah jua. Maka apabila hilal berada pada had yang dapat dilihat dikaki langit negeri belah timur dan tidak ada disana umpama awan587 yang mendindingnya nescaya ia dapat dilihat oleh isi negeri belah timur itu sebelum isi negeri belah barat dengan kadar enam darjah, iaitu umpama dua perlima jam588. Selepas lalu enam darjah lamanya dapatlah pula ia dilihat oleh isi negeri belah barat. Pada ketika itu mulalah tenggelam matahari negeri belah barat itu. Maka bersekutulah isi kedua negeri itu pada melihat hilal itu didalam satu ketika yang kadar lamanya dua darjah selepas tenggelam matahari negeri belah barat itu. Maka dua darjah itu adalah kesempurnaan lapan darjah. 3207. Adapun selepas daripada dua darjah itu iaitu enam darjah baki terhentinya bulan dikaki langit negeri belah barat itu maka pada masa itu hilal itu kelihatan oleh isi negeri belah barat itu tidak isi negeri belah timur itu, kerana bulan sudah ghaib dari kaki langit mereka, sama seperti bahawa isi negeri belah timur itu tertentu dengan melihat hilal didalam enam darjah pertama yang berlalu selepas masuk mataharinya dan sebelum masuk matahari negeri belah barat itu. Hingga disinilah akhir kata syeikh Abdullah bin Umar Ba Makhramah. 3208. Maka diatas kata ini nyatalah bahawa tidak lazim daripada dilihat hilal pada negeri belah timur bahawa dilihat pula ia dinegeri belah barat. Yang mana ia menyalahi kata-kata Subki yang telah tersebut itu. 3209. Syahadan. Kalau seorang bermusafir dari isi negeri yang melihat hilal kepada negeri yang tidak kelihatan hilal didalamnya lagi pula bersalahan keduanya pada matla’ wajiblah dia muafakat dengan mereka itu pada puasa pada akhir bulan mereka itu, sekalipun sudah genap puasanya tiga puluh hari, kerana disebabkan dia berpindah kepada mereka itu jadilah dia sebahagian daripada mereka itu. Inilah hukumnya jika dia sampai kepada negeri mereka itu sebelum hari raya. Adapun jika dia sampai kenegeri mereka itu pada hari raya maka hendaklah dia imsak pada yang tinggal daripada harinya. 3210. Bagitulah ‘akasnya iaitu kalau seorang pergi dari isi negeri yang tidak kelihatan hilal padanya kepada negeri yang kelihatan hilal padanya lagi pula keduanya bersalahan pada matla’ wajiblah dia muafakat dengan mereka itu pada berbuka puasa, sekalipun puasanya kurang dua hari daripada tiga puluh hari, kerana dengan sebab berpindah kepada mereka itu jadilah dia sebahagian daripada mereka itu. Hendaklah dikadhanya sehari jika dia telah puasa dua puluh lapan hari, dari kerana satu bulan tidak adalah ia dua puluh lapan hari. Jika dia puasa dua puluh sembilan hari maka tidak ada kadha diatasnya kerana yang satu bulan itu terkadang dua puluh sembilan hari. 3211. Tidak memada nampak bulan pada siang hari, samaada puasa atau raya, sekalipun sebelum gelincir matahari. Maka jika kelihatan bulan ramadhan pada hari yang ketiga puluh sya’ban tidaklah wajib diatas kita imsak, dan jika kelihatan bulan syawal pada hari ketiga puluh ramadhan janganlah kita berbuka. 3212. Fasal pada menyatakan rukun-rukun puasa dan syarat-syaratnya dan apa yang berkaitan dengannya. Rukun puasa itu tiga perkara. Pertama niat. Wajib niat itu hanyalah dengan hati jua. Sunat melafazkannya dengan lidah dan wajib berniat puasa tiap-tiap hari samaada puasa itu fardhu atau sunat kerana puasa didalam setiap hari itu satu ibadat yang masing-masing perlu kepada niat. Maka jika seorang berniat pada malam yang pertama bulan ramadhan bahawa dia akan 587 588
. pada asal “ ”ﺭﺍﻜﻭﻥdengan ga. . bersamaan dua puluh empat minit.
puasa sebulan ramadhan itu tidaklah memadainya niat yang sedemikian itu melainkan bagi puasa hari pertama sahaja. 3213. Tetapi sayugia hendaklah dia berniat seperti demikian itu pada malam yang pertama daripada bulan ramasdan supaya terhasil pahala puasa ramadhan jika dia lupa niat pada sebahagian daripada malam-malamnya yang kemudian daripada itu pada mazhab orang yang memadakan niat yang sedemikian itu. 3214. Wajib pada puasa fardhu berniat pada malam, iaitu apa yang diantara masuk matahari dan terbit fajar, samaada ia fardhu ramadhan atau nazar atau kifarat dan samaada ia tunai atau kadha, sekalipun pada puasa kanak-kanak yang mumayyiz kerana sabda nabi sawm “ﻪ ﻡ ﹶﻟ ﺎﺼﻴ ﻼ ﻴ ﹶﺔ ﹶﻓ ﹶ ﺕ ﺍﻟ ﱢﻨ ﻴ ﺒ ﻴ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ” artinya : barang siapa yang tidak memalamkan niat puasanya sebelum daripada fajar maka tidak ada puasa baginya. 3215. Tidak batal niat sebab jimak atau makan atau sengaja muntah atau barang sebagainya selepas daripada dia berniat pada malam. Sah niat bagi perempuan yang berhaid atau bernifas jika putus haidnya atau nifasnya selepas daripada dia berniat pada malam dengan syarat jika genap masa sebanyak-banyak haid atau nifasnya atau genap kadar adatnya. Maka tidak wajib dia membaharui niat pada yang tersebut itu. 3216. Maka diketahui daripada wajib berniat pada malam itu bahawa tidak memada niat jika beserta dengan fajar atau beserta dia syak pada niatnya adakah ia jatuh sebelum fajar atau kemudiannya. Tetapi jika dia berniat kemudian maka dia syak adakah sudah terbit fajar tatkala dia berniat atau belum terbit maka iaitu tidak mengapa kerana yang asal itu adalah malam jua. 3217. Demikian lagi jika dia syak pada siang hari adakah dia berniat pada malam atau tidak kemudian maka dia ingat sudah berniat, sekalipun waktu ingat itu selepas daripada lalu masa siang hari lebih banyak daripada yang masih tinggal seperti dia ingat sebelum daripada masuk matahari , maka iaitu tidak mengapa. Bersalahan jika lalu masa tersebut itu dan dia tidak ingatkannya maka tidaklah sah niatnya. 3218. Tidak wajib berniat pada malam pada puasa sunat hanya yang demikian itu lebih sempurna jua. Maka memadailah pada puasa sunat itu niat pada siang hari mula dari gelincir matahari kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi sawm masuk rumah Siti Aisyah pada satu hari, maka sabdanya kepada Aisyah “ﺀ ﻏﺫﹶﺍ ﻥ ﹶ ﻤ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﻋ ﹾﻨ ل ْ ﻫ ” artinya : adakah ada disisi kamu makanan pagi? Maka sembah Siti Aisyah : tidak ada, maka sabda nabi sawm bahawa aku puasa. 3219. Tak dapat tidak daripada berhimpun syarat-syarat puasa seperti bahawa dia menahan dirinya daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mula daripada fajar, kerana dihukumkan diatasnya dengan bahawa dia puasa mula dari awal siang hari hinggakan diberi pahala dia diatas sekelian hari puasanya kerana puasa itu tidak boleh disetengah-setengahkan. Jika tidak berhimpan syarat-syaratnya maka tidak ujud puasanya. 3220. Jikalau seorang masuk pagi hari dan tidak dia berniat puasa tatkala itu kemudian dia berkumur-kumur dengan tidak mubalaghah lalu termasuk air kedalam perutnya kemudian dia berniat puasa sunat sahlah puasanya. Seperti inilah tiap-tiap yang tidak batal puasa dengannya. 3221. Wajib pula pada puasa fardhu itu menta’yinkan apa yang diniatkan samada yang diniatkan itu puasa ramadhan atau nazar atau kifarat, seperti diniatkannya sahaja aku puasa esok hari kerana ramadhan atau kerana nazar atau kerana kifarat sekalipun dia tidak menta’yinkan sebabnya. Akan tetapi jika seorang yakin bahawa ada diatasnya sehari puasa fardhu dan dia syak ketentuannya adakah ia
fardhu kadha atau nazar atau kifarat memada dia niatkan puasa wajib, sekalipun ia beserta589 kerana dharurat. 3222. Demikian lagi wajib ta’yin pada puasa sunat yang berwaktu seperti isnin dan khamis dan Arafah dan asyura’ da hari-hari putih dan puasa enam hari daripada bulan syawal. Demikian lagi pada puasa sunat yang mempunyai sebab seperti puasa minta hujan yang tidak disuruh oleh imam. 3223. Ta’yin itu menjadi syarat sah puasa sunat hanyalah jika puasa sunat itu dimaksudkan bagi dirinya dengan tertentu. Adapun jika puasa sunat itu tidak dimaksudkan bagi dirinya dengan tertentu hanya yang dimaksudkan ujud sebarang puasa maka ta’yin padanya tidak menjadi syarat sah, hanya ia jadi syarat sempurna dan menghasilkan pahala diatasnya.* 3224. Tidak wajib ta’rrud, iaitu meniatkan fardhu puasa yang fardhu kerana bahawa puasa ramadhan daripada orang yang baligh tidak jatuh melainkan fardhu. Bersalahan sembahyang, maka wajib padanya meniatkan fardhu, dari kerana sembahyang zohor umpamanya daripada orang yang baligh terkadang jatuh sebagai sunat seperti sembahyang mu’adah. 3225. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa sekurang-kurang niat puasa ramadhan itu bahawa dihadhirkannya didalam hatinya “ ﻥ ﻋ ﻏﺩ ﻡ ﹶ ﻭ ﺼ ﺕ ﻴ ﹸ ﻭ ﹶﻨ ﻥ ﺎﻤﻀ ﺭ ” artinya : sahaja aku puasa esok hari daripada ramadhan. Bermula yang lebih sempurna “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ِﻟﱠﻠﺴ ﹶﻨﺔ ﻩ ﺍﻟ ﺫ ﻫ ﻥ ﺎﻤﻀ ﺭ ﺭﺽ ﺀ ﹶﻓ ﺍ َﺃﺩﻏﺩ ﻡ ﹶ ﻭ ﺼ ﺕ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah taala. 3226. Bermula, wajah niat yang lebih sempurna seperti yang demikian itu adalah supaya ia sah dengan tidak ada khilaf sekelian ulamak dan supaya terbeza ia daripada saingannya seperti puasa kadha dan puasa sunat dan fardhu nazar atau kifarat dan ramadhan tahun yang lain. 3227. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak wajib meniatkan tunai dan menyandarkan kepada Allah taala seperti tidak wajib meniatkan fardhu. Demikian lagi tidak wajib menta’yinkan tahun kerana meniatkan puasa esok hari itu memadai daripadanya. 3228. Adapun meniatkan esok maka iaitu wajib tak dapat tidak daripadanya tetapi memadai pada setengah tempat meniatkan yang umum yang terkandung esok didalamnya, iaitu seperti seorang berniat pada malam yang pertama daripada bulan ramadhan, demikianlah niatnya “ﻪ ﻥ ﹸﻜﱢﻠ ﺎﻤﻀ ﺭ ﻬﺭﹺ ﺸ ﻡ ﹶ ﻭ ﺼ ﺕ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku puasa sebulan ramadhan sekeliannya. Maka sahlah puasanya bagi hari yang pertama dengan tidak dia niatkan esok hari kerana sebulan ramadhan itu mengandungi hari esok. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah dan Mughni, serta berlain-lainan ibarat sedang maksudnya satu jua. 3229. Adapun kata syeikh Islam didalam Fathul Wahhab “tidak wajib meniatkan esok hari” maka iaitu ditakwilkan dengan yang tersebut itu, sama seperti ibarat Nihayah iaitu “tidak wajib meniatkan esok hari dengan khusus esok hari kerana memadai meniatkan yang umum yang mengandungi esok hari tetapi salah satu daripada keduanya itu wajib”. 3230. Soal : jika seorang makan sahur kerana puasa atau supaya kuat dia puasa atau minum air supaya dia tidak dahaga pada siangnya atau enggan daripada makan atau minum atau jimak kerana takutkan kedatangan terbit fajar, adakah memadai yang demikian itu sebagai niatnya atau tidak? Jawab : memada demikian itu sebagai niatnya jika tergerak didalam hatinya puasa dengan segala sifat-sifatnya yang disyaratkan pada niat seperti tergerak hatinya pada ketika itu 589
. pada asal “”ﺠﻙ ﺍﺩﺍ ﺃﻯ ﺴﺭﺓ ﺴﻜﺎﻟﻴﻔﻭﻥ, ianya tidak difahami. Wallahu a’lam
puasa ramadhan kerana perbuatan yang begitu ghalibnya melazimkan kasad akan sifat-sifat itu pada ghalibnya. 3231. Masaalah : jikalau seorang berniat pada malam yang ketiga puluh sya’ban : aku puasa esok hari daripada ramadhan jika esok daripada ramadhan, kemudian ternyata keadaannya daripada ramadhan, tidak sah puasanya kerana ketiadaan jazam pada niat. Melainkan jika dia zankan esok adalah daripada ramadhan sebab mendengar orang yang dipercayai daripada sahaya atau perempuan atau orang fasik atau budak yang hampir baligh590 atau kanak-kanak yang mumayyiz atau dengan sebab melihat pelita yang digantung diatas menara, maka sahlah puasanya kerana jazam dengan niat, hinggakan jika ternyata pada malam itu bahawa esok hari adalah daripada ramadhan tidaklah dia perlu membaharui niatnya. 3232. Jikalau dia meniatkan puasa esok hari pada malam yang ketiga puluh ramadhan jika ianya daripada ramadhan sahlah puasanya daripada ramadhan itu jika esok hari itu daripada ramadhan kerana yang asal adalah kekal keadaannya daripada ramadhan. 3233. Masaalah : kalau kesamaran atas seorang bulan ramadhan dengan bulan yang lain sebab ditawan oleh kafir atau terpenjara hendaklah dia puasa sebulan dengan ijtihad seperti ijtihad menentukan kiblat dan waktu sembahyang. Maka jika dia puasa sebulan dengan tidak berijtihad tidaklah sah puasanya, sekalipun diketahuinya kemudian bahawa yang dipuasakannya itu adalah bulan ramadhan. 3234. Maka jika dia puasa sebulan dengan ijtihad kemudian maka ternyata bahawa puasanya itu jatuh didalam bulan ramadhan maka jadilah puasanya itu tunai sekalipun dia niatkannya kadha. Dan jika jatuh puasanya itu selepas bulan ramadhan jadilah puasanya itu kadha. Jika bulan yang dipuasakannya itu kurang sehari sedangkan bulan ramadhan tahun itu genap tiga puluh hari wajiblah dia mengkadha sehari. 3235. Jika jatuh puasanya itu sebelum bulan ramadhan maka ditilik jika dia mendapati bulan ramadhan, seperti diketahui halnya yang tersebut itu didalam bulan sya’ban wajiblah dia puasa pula pada bulan ramadhan yang didapatnya itu, dan jika dia tidak mendapat bulan ramadhan seperti dia tahukan halnya yang tesebut itu didalam bulan syawal umpamanya wajiblah dia mengkadhanya kerana ternyata bahawa puasa yang dikerjakannya itu belum masuk waktunya, maka ianya tidak memadai, sama seperti perintah sembahang jua. Jika tidak ternyata suatu hal daripada yang tersebut itu maka tidaklah wajib dia mengkadha kerana yang zahir sah ijtihadnya. 3236. Demikian lagi jika dia ijtihad kemudian maka dia kebingungan tidak terhasil baginya zan akan ketentuan bulan ramadhan, tidaklah wajib atasnya sesuatu kerana dia tidak yakinkan masuk waktu puasa. 3237. Jika kesamaran diatas seorang malam dan siang sebab terpenjara pada tempat yang gelap wajiblah dia puasa dengan ijtihad pada menentukan siang daripada malam. Tidak ada kadha diatasnya jika tidak ternyata halnya selepas itu. 3238. Rukun kedua : menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa. Maka sebahagian daripada yang membatalkan puasa itu adalah jimak, iaitu dengan memasukkan sekelian hasyafah zakar atau kadar hasyafah pada zakar yang terpotong kedalam faraj sekalipun dubur manusia atau selainnya, maka batallah puasa dengan yang demikian itu sekalipun tidak inzal, dengan syarat jika dia tahukan haramnya dan mensengajakannya lagi pula dengan pilihan hatinya lagi pula dia seorang yang wadhih iaitu bukan khunsa musykil. 590
. murahiq.
3239. Adapun jika dia jahilkan haramnya sebab baru masuk Islam atau hidup pada tempat yang jauh dari ulamak atau dia jimak dengan lupa atau digagahi orang tidaklah batal puasanya dengannya. 3240. Demikian lagi tidak batal puasanya jika dia seorang khunsa musykil samaada dia memasukkan zakarnya kedalam kubul khunsa yang sama sepertinya atau duburnya atau kedalam kubul perempuan atau kedalam dubur lelaki, melainkan jika wajib diatasnya mandi seperti bahawa diyakinkan keadaannya yang menyetubuhi dan591 yang disetubuhi, maka batallah puasanya. Demikian lagi batal puasa khunsa jika dia disetubuhi oleh lelaki pada duburnya. Adapun jika dia disetubuhi pada kubulnya maka tidaklah batal puasanya dengan setubuh itu tetapi batal puasanya pada pihak memasukkan ain pada rongganya. 3241. Sebahagian daripada yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan mani dengan selain jimak seperti dikeluarkannya dengan tangannya atau dengan tangan isterinya atau gundiknya, maka batallah puasa orang yang wadhih dengannya. 3242. Demikian lagi batal puasa khunsa jika keluar mani itu daripada dua farajnya dengan syarat jika dia tahukan haramnya lagi dengan sengaja dan dengan pilihan hatinya. Bersalahan jika dia jahilkan haramnya dengan jahil yang diuzurkan, seperti dia baru masuk Islam atau hidup jauh dari ulamak atau dia mengeluarkannya dengan lupa atau digagahi orang, maka tidaklah batal puasanya dengannya. 3243. Demikian lagi batal puasa dengan inzal sebab bersentuhan atau bercium atau berpeluk dengan perempuan dengan tidak berlapik. Akan tetapi tidak batal puasa sebab keluar mazi. Bersalahan mazhab imam Malik. 3244. Demikian lagi tidak batal puasa dengan inzal sebab bersentuhan dengan lelaki yang remaja tetapi sayugia dia mengkadha puasanya kerana yang demikian itu supaya dia keluar dari khilaf . 3245. Masaalah : jika seorang menggaru zakarnya kerana sangat gatal atau barang sebagainya lalu dia inzal tidaklah batal puasanya. Kata syeikh Mazjad : demikian lagi tidak batal puasanya dengan inzal sebab tergaru zakarnya dengan pelana kuda tatkala dia mengenderainya. 3246. Masaalah : jika gatal zakar seorang dan diketahuinya apabila dia menggarunya nescaya dia inzal maka digarunya lalu dia inzal maka ditilik : jika dia tidak dapat menahani dirinya dari menggarunya tidaklah batal puasanya, dan jika dapat yang demikian itu maka batallah puasanya. 3247. Demikian lagi tidak batal puasa sebab mimpi. 3248. Dan demikian lagi tidak batal puasanya dengan inzal sebab menyentuh faraj binatang atau inzal dengan pikir dan menilik dan menyentuh perempuan dengan berlapik sekalipun nipis lapik itu dan sekalipun berulang-ulang yang tiga itu dengan syahwat, kerana ketiadaan mubasyarah592, sama seperti mimpi. Akan tetapi haram mengulang-ngulanginya sekalipun jika inzal. Demikianlah kata Asnawi. Kata Zarkasyi : tidak haram mengulang-ngulanginya melainkan jika dia inzal. 3249. Demikian lagi haram mencium perempuan atau menyentuhnya pada mulutnya atau selainnya jika dia tidak kuasa menahan dirinya daripada jimak atau inzal kerana yang demikian itu membawa kepada membinasakan ibadat. Jika dia kuasa menahan dirinya daripada yang demikian itu maka tidaklah haram diatasnya mencium dan menyentuhnya. Tetapi yang terutama dengannya adalah meninggalkannya. 591 592
. pada asal “atau yang disetubuhi” . bersentuhan kulit.
3250. Demikian lagi tidak batal puasa dengan inzal sebab menyentuh barang yang tidak membatalkan wudhuk seperti menyentuh anggota perempuan yang putus tercerai. Demikian lagi jika dia mencium atau memeluk perempuan serta dia menjauhkan dirinya darinya sebelum fajar kemudian dia inzal mengiringi fajar tidaklah batal puasa dia dengannya. Jika dia mencium perempuan pada siang hari tatkala berpuasa kemudian maka dia bercerai darinya satu jam kemudian dia inzal maka ditilik jika syahwatnya bekekalan dan zakarnya masih tegang hingga inzal maka batallah puasanya. Jika tidak seperti demikian itu maka tidaklah batal puasanya. 3251. Sebahagian daripada perkara yang membatalkan puasa sengaja muntah jika dia tahukan haramnya lagi dengan pilihannya sekalipun dia yakin tidak kembali suatu daripada muntahnya kedalam perutnya. Maka batallah puasa dia dengannya. Adapun jika dia muntah dengan lupa atau dengan digagahi atau jahilkan haramnya dengan uzur sebab baru masuk Islam atau hidup jauh dari ulamak maka tidaklah batal puasanya. 3252. Demikian lagi tidakbatal puasanya jika ghalabah muntah diatasnya iaitu mengerasinya muntah sekira-kira ia tidak tertahan kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa sabda nabi sawm “ ﹾﻘﺽﹺﺴ ﹶﺘﻘﹶﻰ ﹶﻓ ﹾﻠﻴ ﻥﺍ ﻤ ﹺ ﻭ ﺀ ﺎ ﹶﻗﻀﻴﻪ ﹶﻠ ﻋﻴﺱ ﺀ ﹶﻓﹶﻠ ﻲ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻋﻥ ﹶﺫﺭ ﻤ ” artinya : barang siapa yang ghalabah muntah diatasnya maka tidaklah wajib dia mengkadha dan barang siapa sengaja muntah maka hendaklah dia mengkadha puasanya. 3253. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: termasuk pada sengaja muntah adalah orang yang menghela benang dari dalam perutnya yang ditelannya pada malam maka batallah puasa dia dengannya. Bersalahan orang yang pada siang hari mengeluarkan kapas yang dia masukkan pada malam hari kedalam batin zakarnya atau farajnya, maka tidaklah batal puasa dia dengannya. 3254. Demikian lagi tidak batal puasa diatas kaul yang muktamad jika dia mengeluarkan kahak dari otaknya atau dari perutnya lalu diludahkannya. Demikian lagi tidak batal puasanya dengan tidak ada khilaf jika keluar kahak dari otak atau perutnya dengan sendiri atau ia keluar dengan sebab batuk atau selainnya lalu diludahkannya pada dua masaalah ini. Akan tetapi jika dia menelannya serta kuasa dia meludahkanya selepas ia sampai kepada had zahir mulut iaitu makhraj ha’ yang tidak bertitik maka hendaklah diludahkannya supaya tidak termasuk suatu daridapanya kedalam perutnya kerana jika tidak diludahkannya serta kuasa diatas meludahkannya maka sampai suatu daripadanya kedalam perutnya batallah puasa dia dengannya kerana taksirnya. Bersalahan jika ia tidak sampai kepada had zahir mulut sekalipun dia kuasa meludahkannya, atau ia sampai kepada had zahir tetapi dia lemah dari meludahkannya. Maka tidaklah batal puasa dia dengannya. 3255. Sebahagian daripada yang membatalkan puasa adalah memasukkan satu ‘ain kedalam yang dinamakan rongga dengan syarat jika ia sampai kepada rongga itu melalui lubang yang terbuka sekalipun ‘ain yang dimasukan itu kecil seperti biji sawi atau tidak dimakan pada adatnya seperti batu yang seni. Maka batallah puasa dia dengannya jika dia tahukan haramnya lagi dengan sengajanya dan pilihannya, samaada pada rongga itu ada kekuatan menghancurkan makanan dan ubat seperti batin perut dan pekumbahan dan batin otak atau tidak ada baginya kekuatan menghancurkan makanan dan ubat seperti batin telinga dan batin lubang zakar atau faraj dan lubang puting susu. 3256. Maka batallah puasa dengan makan dan minum dan memasukkan sa’ut kedalam otak dan memasukkan huqnah kedalam pekumbahan atau memasukkan ubat atau selainnya kepada batin luka jaifah iaitu luka yang tembus kedalam rongga atua kepada batin luka ma’mumah iaitu luka yang sampai
kepada kerongkong otak sekalipun yang dimasukkan itu tidak sampai kedalam otak. 3257. Demikian lagi batal puasa jika dititikkan air atau minyak atau barang sebagainya pada batin lubang telinga dan lubang susu dan lubang zakar sekalipun ia tidak melampaui hasyafah and putting susu itu. 3258. Demikian lagi batal puasa jika dimasukkannya hujung jari pada dubur atau faraj hingga ia melampaui had yang wajib dibasuh tatkala istinja’. 3259. Maka keluar dengan “yang dinamakan rongga” oleh apa yang tidak dinamakan rongga iaitu seperti bahagian dalam sumsum dan didalam daging peha. Maka jika seorang mengubati lukanya yang pada betisnya atau pada pehanya maka sampai ubat itu kedalam sumsum betisnya atau kedalam daging pehanya maka tidaklah batal puasa dia dengannya. Demikian lagi jika dia mencucukkan jarum besi umpamanya kedalam daging pehanya tidaklah batal puasanya kerana tidak ada disana rongga. 3260. Jikalau seorang menikam dirinya dengan pisau umpamanya atau ditikam oleh orang lain denga izinnya maka sampai pisau itu kedalam rongganya atau dia memasukkan kayu atau barangsebagainya kedalam lubang zakarnya atau telinganya maka sampai ia kepada batinnya batallah puasanya dengannya. 3261. Keluar dengan “dari lubang yang tebuka” oleh apa yang sampai kepada rongga dari lubang yang tidak terbuka, maka tidak batal puasanya dengan berminyak sekalipun minyak itu meresap pada liang-liang pangkal bulu roma dan rambut dan dirasakan minyak itu sampai kepada rongganya, kerana tidak dimasukkan ia kedalam rongganya dari lubang yang terbuka. 3262. Demikian lagi tidak batal puasa dengan bercelak sekalipun dia mendapati ada warna celak pada ludahnya dan merasa rasa celak itu pada kerongkongnya, dari kerana tidak ada lubang yang terbuka pada matanya hinga kekerongkongnya, maka ianya seperti minyak yang meresap pada liang-liang pada pangkal rambut jua. 3263. Demikian lagi tidak batal puasa dengan sebab mandi sekalipun meresap air mandi itu kepada batinnya melalui liang-liang pangkal roma dan rambut, kerana tidak sampai ia kepada rongganya dari lubang yang terbuka. 3264. Tidak makruh bagi orang yang puasa mandi dan berminyak dan bercelak, hanya yang demikian itu khilaful aula, artinya menyalahi utama. Maka yang tertutama bagi orang yang puasa bahawa jangan dia mandi dan berminyak dan bercelak kerana pada mazhab imam Malik batal puasa dengan bercelak. Lagi akan datang bicara bahawa jika termasuk air kedalam rongganya dari lubang yang terbuka seperti telinganya tatkala mandi menyelam kerana menyejukkan badan batallah puasa dia dengannya. 3265. Tidak batal puasa dengan berbuang darah dengan berpentik atau berbekam. Akan tetapi yang terutama janganlah dia berbuang darah kerana yang demikian itu melemahkan badan. 3266. Jika keluar dubur yang berpenyakit buasir maka tidak batal puasanya dengan dia memasukkannya atau termasuk ia dengan sendirinya kerana sangat hajatnya kepada memasukkannya. Wajib membasuh duburnya daripada cemar dan lendir yang ada padanya jika tidak memudharatkan dia. 3267. Demikian lagi tidak batal puasa jika termasuk lalat atau nyamuk kedalam batin mulutnya. Maka janganlah dikeluarkannya dan jika dikeluarkannya batallah puasanya kerana yang demikian itu jumlah daripada menyehajakan muntah. Adalah ramai orang yang termasuk lalat kedalam perutnya tatkala dia puasa bersungguh-sungguh mengeluarkannya maka ianya salah. Akan tetapi jika dia takutkan mudharat seperti yang mengharuskan tayammum maka haruslah dia mengeluarkannya dan wajib dia mengkadha puasa itu.
3268. Demikian lagi tidak batal puasa termasuk debu593 jalan yang suci dan debu tepung tatkala diserakkan samaada ia sedikit atau banyak kerana sukar memelihara daripadanya. Akan tetapi jika dia sengaja membuka mulutnya hingga debu itu masuk kedalam mulutnya maka batallah puasanya jika debu itu banyak dan jika ia sedikit pada ‘uruf maka tidaklah batal puasanya. 3269. Kata tuan kitab al Anwar : kalau seorang membuka mulutnya didalam air lalu masuk air kedalam perutnya batallah puasanya kerana tidak sukar memelihara darinya. Kalau diletakkan suatu dialam mulutnya dengan sengaja kerana satu tujuan kemudian dia menelannya dengan lupanya tidaklah batal puasanya. Meneguhkan katanya kata Darami : kalau ada air didalam mulut atau hidung seorang kemudian dia bersin lalu turun air itu kedalam perutnya atau ternaik masuk kepada otaknya tidaklah batal puasanya. 3270. Demikian lagi tidak batal puasa dengan sebab merasa makanan dengan lidah sekalipun sampai rasa makanan itu kepada kerongkongnya. Dari kerana rasa makanan itu adalah kesan jua, bukan ‘ain. Demikian lagi tidak batal puasa sebab mencium bunga-bungaan atau asap setanggi atau barang sebagainya, sekalipun sampai bau-bauan dan asap itu kedalam otaknya atau kedalam perutnya, kerana bau asap itu adalah kesan jua bukan ‘ain pada urufnya. 3271. Kata syeikh Syubramalisi : diambil daripada yang demikian itu bahawa tidak batal puasa dengan menghisap asap tembakau kerana asap tembakau itu kesan jua bukan ‘ain pada ‘uruf, sama seperti asap setanggi jua. Adalah syeikh Ziadi mula-mula berfatwa dengan yang demikian itu kemudian sebahagian muridnya membawakan buluh pengudutan594 tembakau maka dipecahkannya didahadapan syeikh itu dan diperlihatkan kepadanya akan ‘ain yang beku didalam buluh itu daripada asap tembakau. Katanya bagi syeikh itu : ini adalah ‘ain bukan kesan. Maka rujuklah syeikh itu daripada fatwanya yang telah lalu, lalu dia berkata : manakala tembakau itu adalah ‘ain batallah puasa dengan mengisapnya. 3272. Kata syeikh Taifi : maka tembakau itu apabila disampaikan asapnya kepada rongga batallah puasa dengannya. dengannya syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ziadi dan syeikh Barmawi dan mereka yang mengikutnya. Apabila dihisap asap tembakau dan sampai ia kepada rongga batallah puasa dengannya. Katanya : dibezakan diantara asap tembakau dan asap setanggi bahawa asap tembakau itu dikasadkan dirinya dan baunya sedang asap setanggi dikasadkan baunya tidak dirinya, dan lagi asap tembakau itu disampaikan kedalam rongga dengan perbuatan diatas kelakuan suatu yang diminum, maka sampainya kedalam rongga lebih banyak daripada apa yang sampai daripada asap setanggi, dan adalah asap tembakau yang berhimpun dengan kelakuan yang tersebut itu dikira sebagai air pada ‘uruf seperti yang didengar daripada ahli ‘uruf. Hingga inilah hasil perkataan syeikh Taifi. Seperti demikian itulah taqrir syeikh Ahmad Nakhli dan syeikh Ali Sufi didalam pengajiannya. 3273. Syahadan. Telah terdahulu perkataan bahawa batal puasa dengan sengaja memasukkan ‘ain kedalam rongga lagi tahukan haramnya lagi dengan pilihan, maka jika seorang makan atau minum dengan lupa bahawa dirinya puasa atau jahilkan haramnya atau digagahi orang diatasnya maka tidaklah batal puasanya, sekalipun yang dimakannya atau yang diminumnya itu banyak, kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa sabda nabi sawm “ ﺸﺭﹺﺏ ﻭ ﹶ ل َﺃ َ ﻡ ﹶﻓَﺄ ﹶﻜ ﺎ ِﺌﻭ ﺼ ﻫ ﻭ ﻲﻥ ﹶﻨﺴ ﻤ ﹶﺓﻻ ﹶﻜﻔﱠﺎﺭ ﹶ ﻭﻴﻪ ﹶﻠﺀ ﻋ ﺎﻻ ﹶﻗﻀ ﹶﻩ ﻭ ﺴﻘﹶﺎ ﻭ ﷲ ُ ﻪ ﺍ ﻤﻁﻌ ﺎ َﺃ ﹾﻪ ﹶﻓِﺈ ﱠﻨﻤ ﻤ ﻭ ﺼ ﺘﻡ ﻴ ” ﹶﻓ ﹾﻠartinya : barang siapa lupa tatkala puasa maka dia makan atau minum hendaklah dia sempurnakan puasanya maka
593 594
. pada asal “”ﻟﺒﻭ. . “ ”ﻓﻌﻭﺩﻭﺘﻥdengan nga, iaitu alat menghisap tembakau.
hanyalah Allah taala memberi dia makan dan minum, dan tidak ada kadha diatasnya dan tidak kifarat. 3274. Ianya bersalahan dengan hukum orang yang sembahyang, maka batal sembahyangnya kerana makan banyak dengan lupa. Dibezakan diantara orang yang puasa dan yang sembahyang bahawa yang sembahyang mempunyai kelakuan yang mengingatkan bahawa dirinya didalam sembahyang maka dibangsakanlah dirinya kepada cuai sebab makan banyak dengan lupa lalu batallah sembahyang dia dengannya. Bersalahan orang yang puasa maka dia tidak mempunyai kelakuan yang mengingatkan bahawa dirinya didalam puasa lalu tidak dibangsakan dirinya kepada cuai dengan sebab makan banyak dengan lupa lalu tidaklah batal puasa dia dengannya . 3275. Seperti makan dan minum itu itu tiap-tiap apa yang membatalkan puasa apabila dikerjakan dengan lupa, tidak batal puasa dengannya melainkan riddah. Maka batal puasa dengannya sekalipun segera dia masuk Islam semula. 3276. Tidak batal puasa dengan menelan air liurnya yang khalis lagi suci yang berada didalam mulutnya, sekalipun dia menghimpunkannya hingga banyak lalu menelannya. Maka keluar dengan kata air liurnya menelan air liur orang lain, batallah puasa dia dengannya. 3277. Dan keluar dengan kata “air liur yang khalis” menelan air liurnya yang bercampur dengan suatu yang suci seperti dia memintal benang yang bernila dengan mulutnya lalu tercampur air liurnya dengan nila benang itu lalu ditelannya, maka batallah puasa dia dengannya kerana dengan sebab bercampur jadilah ia seperti air liur orang lain. 3278. Dan keluar dengan kata “air liur yang suci” menelan air liur yang kena bernajis dengan darah atau selainnya sekalipun tidak kelihatan warna darah itu sebab telah diludahkannya beberapa kali. Maka batallah puasanya kerana air liur itu dengan sebab terkena najis jadilah ia seperti satu ‘ain yang asing. 3279. Dan keluar dengan kata “air liur yang didalam mulutnya” menelan air liur yang telah keluar daripada mulutnya sekalipun pada zahir bibirnya atau seperti dia membasahkan benang atau sugi dengan air liurnya atau dengan air kemudian maka dimasukkannya benang atau sugi itu kedalam mulutnya serta ada diaatsnya basahan yang tercerai daripadanya lalu ditelannya, maka batallah puasa dia dengannya, kerana air liur itu sebab tercerai dari tempatnya didalam mulut jadilah ia seperti satu ‘ain yang asing. Akan tetapi jika dia mengeluarkan lidahnya yang ada diatasnya air liurnya kemudian maka dia memasukkan pula lidahnya itu lalu ditelannya air liur yang diatasnya maka tidaklah batal puasanya kerana lidah itu walau betapa dibalik-balikkan dan dijulur-julurkan dikira ia didalam mulut jua. Maka tidak dinamakan air liur yang diatasnya bercerai dari tempatnya. 3280. Kalau seorang kena bala dengan sentiasa berdarah gusinya atau ghalibnya, sekira-kira sukar memelihara darinya maka iaitu dimaafkan dan memada meludahkannya ganti membasuhnya, dan tidak diberati dia membasuh pada tiap-tiap ketika dan dimaafkan bekas darah yang bercampur dengan air liurnya. 3281. Masaalah : jikalau seorang menelan setengah benang pada waktu alam hingga sampai ia kedalam perutnya dan setangahnya lagi pada zahir mulutnya lalu terbitlah fajar dengan hal yang demikian itu dalam keadaan dia berpuasa maka jika ditelannya benang yang pada had zahir itu atau dihunusnya setengah yang pada had batin batallah puasa dia dengannya, dan jika dibiarkan benang yang pada had zahir itu tidaklah sah sembahyang dia dengannya, maka jalan yang menghasilkan sah sembahyang dan puasanya hendaklah dihunuskan benang itu oleh orang lain pada ketika dia leka dari kerana jika ia dihunus orang
pada ketika dia tidak leka dan dapat menolak orang yang menghunus itu lalu dia tidak menolaknya batallah puasa dia dengannya. 3282. Jika tidak ada orang yang menghunusnya seperti demikian itu wajib dia memelihara sembahyangnya kerana hukum sembahyang itu lebih besar daripada hukum puasa, maka dari kerana inilah dibunuh orang yang meninggalkan sembahyang dan tidak dibunuh orang yang meninggalkan puasa. Dan lagi sembahyang itu tidak harus ditinggalkan sebab uzur dan harus meninggalkan puasa sebab uzur. Maka apabila wajib diatasnya memelihara sembahyangnya wajib dia menghunusnya atau menelannya kemudian maka dia mengkadha puasanya. Sayugia dia menelannya dan jangan menghunusnya supaya tidak kena najis mulutnya. Akan tetapi tempat yang tersebut itu sekeliannya apabila tidak terboleh dia memotong benang yang pada had zahir darapada mulutnya. Adapun jika terboleh yang demikian itu maka wajib diatasnya memotong benang yang pada had zahir mulut dan menelan yang pada had batinnya. 3283. Syahadan. Yang dikehendaki dengan had batin itu adalah makhraj hamzah dan ha’ ( )ﻫﺎﺀdan dengan had zahir itu adalah makhraj kha’ dan ha’. Kemudian, bahagian dalam mulut hingga kesudahah makhraj kha’ dan bahagian dalam hidung hingga kesudahan khaisyum baginya hukum zahir pada pihak membatalkan puasa dengan mengeluarkan muntah kepadanya dan menelan kahak daripadanya, dan pada pihak tidak membatalkan puasa dengan masuk suatu ‘ain kedalamnya dan pada pihak wajib membasuhnya apabila ia kena najis, dan baginya hukum batin pada pihak tidak batal puasa dengan menelan air liur daripadanya, dan pada pihak tidak wajib membasuhnya tatkala mandi janabah. 3284. Soal: apa sebab wajib membasuh mulut daripada najis dan tidak wajib membasuhnya dari janabah? Jawab: kerana najis itu lebih keji daripada janabah dan lagi ia lebih nadir, maka dipicikkan pada najis apa yang tidak dipicikkan pada janabah. 3285. Jikalau termasuk air madhmadhah atau istinsyak kepada had batin maka ditilik : jika madhmadhah atau istinsyak itu dengan tidak mubalaghah maka tidak batal puasa dengannya dan jika ianya dengan mubalaghah lagi dia ingatkan puasa lagi tahukan mubalaghah itu tidak disuruh bagi orang yang puasa batallah puasa dia dengannya kerana orang yang puasa itu ditegah daripada mubalaghah tatkala madhmadhah dan istinsyak. Akan tetapi jika kena najis mulutnya atau lubang hidungnya maka dia membasuhnya dengan mubalaghah lalu termasuk air kedalam rongganya maka tidak batal puasanya kerana mubalaghah pada membasuh najis adalah wajib. 3286. Demikian lagi jika termasuk air kedalam rongga orang yang mandi kerana menyejukkan badan atau kerana membersihkan diri, atau termasuk air pada kali yang keempat daripada madhmadhah atau istinsyak maka batallah puasa dia dengannya. 3287. Demikian lagi jika termasuk air kedalam rongga orang yang mandi menyelam dari mulutnya atau hidungnya, maka batallah puasa dia dengannya kerana makruh menyelam bagi orang yang puasa sama seperti mubalaghah pada madhmadhah dan istinsyak jua. Tetapi jika dia tahu daripada adatnya bahawa apabila dia menyelam termasuklah air kedalam rongganya haramlah dia menyelam. 3288. Adapun jika termasuk air kedalam rongga orang yang mandi wajib seperti mandi haid atau nifas atau janabah atau mandi sunat maka tidaklah batal puasa dia dengannya. Itupun jika dia tidak menyelam tatkala mandi. Jika dia menyelam lalu termasuk air kedalam rongganya tatkala itu batallah puasa dia dengannya. 3289. Kalau tertinggal makanan diantara celah-celah giginya maka mengalir air liurnya dengannya lalu ditelannya dengan tidak ada kasad tidaklah batal
puasanya jika dia lemah daripada membezakan dan meludahkannya pada siang hari. Adapun jika dia menelannya degan kasad atau dia kuasa membezakannya dan meludahkannya maka tidak dibezakannya dan tidak diludahkannya hingga ia sampai kepada rongganya batallah puasa dia dengannya kerana taksirnya. 3290. Soal: adakah wajib atas seorang menyungkil gigi pada waktu malam apabila dia tahu tertinggal makanan diantara gigi-giginya dan akan mengalir air liurnya dengan makanan itu pada siang hari dan tidak dapat dia membezakannya dan meludahkanya, atau tidak wajib diatasnya yang demikian itu. Jawab : diatas kaul yang muktamad bahawa tidak wajib dia menyungkil giginya pada waktu malam, akan tetapi sunat muakkad menyungkil gigi pada malam dan menghilangkan bekas makanan daripada celah gigi-giginya atau barang sebagainya supaya dia keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya, kerana kata setengah ulamak wajib diatasnya menyungkil giginya pada waktu malam. 3291. Syahadan. Haram berbuka puasa bagi orang yang syak tenggelam matahari dengan ijtihad dengan wirid atau dengan suatu kepandaian atau dengan kukuk ayam yang telah teruji atau barang sebagainya atau dengan mendengar azan seorang yang adil lagi ‘arif atau dengan khabar seorang adil bahawa matahari telah tenggelam dengan dia melihatnya maka haruslah dia berbuka puasa, kerana tersebut didalam satu hadith yang sahih bahawa adalah nabi sawm tatkala puasa menyuruh seorang lelaki naik keatas tempat tinggi daripada bumi supaya dia dapat melihat matahari tenggelam maka apabila dikatanya matahari sudah tenggelam berbukalah nabi sawm dan segala sahabatnya. Tetapi yang cermat janganlah dia berbuka puasa melainkan kemudian daripada dia yakinkan tenggelam matahari. 3292. Tidak haram makan sahur bagi orang yang zan atau syakkan kekal malam kerana yang asal itu adalah malam jua. 3293. Masaalah. Jika seorang makan sahur atau berbuka puasa dengan ijtihadnya bahawa masa itu adalah malam kemudian ternyata salahnya seperti bahawa jatuh makannya itu pada siang nyatalah batal puasanya pada dua masaalah ini kerana tidak kebilangan bagi zan yang nyata salahnya. Akan tetapi jika tidak nyata suatu pada halnya maka sahlah puasanya pada kedua masaalah ini. Inilah perintah jika dia makan sahur atau berbuka dengan ijtihad. 3294. Adapun jika dia makan sahur dan berbuka puasa tanpa ijtihad dan tidak nyata halnya pada dua masaalah ini sahlah puasanya pada masaalah sahur kerana yang asal padanya malam jua dan tidak595 sah puasanya pada masaalah berbuka kerana yang asal padanya adalah siang jua. Akan tetapi jika nyata salahnya pada kedua masaalah ini wajiblah dia kadha dan jika nyata betulnya pada kedua masaah ini maka tidak ada kadha diatasnya. 3295. Soal: jika ditanya orang telah terdahulu bahasan pada syarat sembahyang : barang siapa sembahyang tanpa ijtihad pada menentukan kiblat tidak sah sembahyangnya sekalipun ternyata betulnya, maka apa jua perbezaan diantara keduanya. Jawab : bahawa dia disana syak pada ujud syarat sah sembahyang dan yang asal adalah tidak ujud syarat itu maka tidaklah sah sembahyangnya, sedang dia disini syak pada ujud yang membinasakan puasa dan yang asal tidak ujud yang membinasakannya maka sahlah puasanya. 3296. Masaalah : jika terbit fajar shadiq tatkala dia sedang makan maka hendaklah dibuangkannya apa yang ada didalam mulutnya daripada makanan, sebelum masuk suatu daripadanya kedalam rongganya atau kemudian selepas ia termasuk dengan tidak ada pilihannya, kerana jika dikulumnya akan makanan itu maka termasuk suatu daripadanya kedalam rongganya batallah puasanya kerana 595
. pada asal “dan sah puasanya pada masaalah berbuka . . . ”.
cuai dia sebab mengulumnya. Adalah bandingan yang demikian itu seperti dia mengulum makanan pada siang hari dengan sengaja lalu termasuk suatu daripadanya kedalam rongganya maka batallah puasa dia denganya sebab cuai dia dengannya. Bersalahan jika dia menelan makanan itu dengan lupa maka tidaklah batal puasanya dengannya kerana lupanya itu menghilangkan cuainya. 3297. Masaalah. Jika terbit fajar shadhiq tatkala dia jimak wajib dia mengleluarkan zakarnya dengan segera maka tidaklah batal puasa dia dengannya dia mengeluarkannya sekalipun dia inzal, kerana mengeluarkan zakarnya itu adalah meninggalkan jimak jika dia kasad meninggalkan jimak dengannya, jika dia tidak bermaksud meninggalkan jimak dengannya tidak sah puasanya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah . 3298. Jika dikekalinya jimak itu seperti dia tidak mengeluarkan zakarnya dengan segera pada ketika terbit fajar itu tidaklah sah puasanya dan wajib diatasnya kifarat, kerana tatkala mengekali jimak itu menegah sah puasa adalah dia seolaholah membatalkan puasanya dengan jimak yang mana ia mewajbkan kifarat. Inilah perintah pada orang yang tahukan terbit fajar pada ketika permulaan terbitnya. 3299. Adapun jika berlalu masa selepas terbit fajar itu kemudian baru dia tahukan terbitnya maka ketika itu diteruskannya jua jimaknya tidaklah wajib kifarat diatasya kerana puasanya batal dengan jimak yang terdahulu, pada ketika dia jahilkan terbit fajar itu, bukan dengan jimak yang dia teruskan selepas dia tahukan terbit fajar itu. 3300. Rukunnya yang keenam : orang yang puasa. Bermula syarat orang yang puasa itu tiga perkara. Pertamanya : hendaklah dia Islam dari mula siang hari puasanya hingga akhirnya. Maka tidaklah sah puasa orang yang kafir dengan sebarang jenis kafir dan batal puasa orang yang murtad didalam siang hari puasanya dengan ijmak. 3301. Syaratnya yang kedua : hendaklah dia berakal mula dari fajar hingga tenggelam matahari. Maka tidak sah puasa orang yang gila dari fajar hingga maghrib. Jika mendatang gila pada siang hari puasanya sekalipun sekejap batallah puasa dia dengannya, sekalipun gilanya itu terjadi daripada meminum minuman yang menggilakan pada malamnya. Akan tetapi tidak batal puasa sebab pitam atau mabuk yang tidak disengajakannya jika dia sembuh walau sekejap pada siang hari. 3302. Jika pitam atau mabuk itu dari fajar hingga maghrib tidaklah sah puasanya kerana pitam dan mabuk itu mengluarkan sesaorang daripada keaadaannya sebagai ahli bagi khitab596. Bersalahan dengan tidur maka tidak batal puasa orang yang tidur mula dari fajar hingga maghrib kerana kekal keadaaannya sebagai ahli bagi khitab, dan lagi orang yang tidur itu jika dijagakan nescaya jagalah dia, bersalahan orang yang pitam dan yang mabuk, dan lagi wajib mengkadha sembahyang yang luput sebab tidur dan tidak wajib kadha sembahyang yang luput sebab pitam atau mabuk pada keseluruhannya. 3303. Syarat ketiga: hedaklah dia suci dari haid dan nifas mula dari fajar hingga maghrib. Maka tidaklah sah puasa orang yang berhaid dan yang bernifas lagi haram. Jika mendatang haid atau nifas pada siang hari puasanya nescaya batallah puasanya. 3304. Bermula, syarat sah puasa pada pihak masa hendaklah ia jatuh pada hari yang menerima puasa, iaitu selain daripada dua hari raya dan selain daripada tiga hari tasyrik dan hari syak. Maka haram lagi tidak sah puasa pada dua hari
596
. orang yang patut ditujukan perintah seperti puasa.
raya sekalipun puasa itu fardhu, kerana ditegah oleh nabi sawm puasa pada dua hari raya didalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim. 3305. Demikian lagi haram lagi tidak sah puasa pada tiga hari tasyrik selepas hari raya korban, sekalipun puasa itu puasa tamattu’ ganti daripada dam, kerana ditegah puasa pada hari itu didalam hadith riwayat Abu Daud. 3306. Demikian lagi haram lagi tidak sah puasa pada hari syak dengan tidak ada sebab kerana kata Umar bin Yasir “ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﺴ ﹺﻡ ﺎ ﺍ ﹾﻟﻘﹶﺎﻰ َﺃﺒﻋﺼ ﺩ ﻙ ﹶﻓ ﹶﻘ ﺸ ﻡ ﺍﻟ ﱠ ﻭ ﻴ ﻡ ﺎﻥ ﺼ ﻤ ” artinya : barang siapa berpuasa pada hari syak maka sungguhnya dia derhakakan Abu Qasim (gelaran nabi) sawm. Meriwayatkannya Turmizi dan selainnya. Kata mereka itu : ianya sahih. 3307. Adapun jika puasa itu dengan sebab seperti kadha dan nazar dan wirid maka sahlah puasanya lagi tidak haram melainkan jika dia sengaja menjatuhkan puasa itu padanya, maka ianya haram lagi tidak sah, sama seperti sembahyang didalam waktu karahah, kerana nabi sawm bersabda “ ﻭ ﻭ ﹴﻡ َﺃ ﻴ ﻭ ﹺﻡ ﺼ ﻥ ﹺﺒ ﺎﻤﻀ ﺭ ﻭﺍﺩﻤ ﻻ ﹸﺘ ﹶﻘ ﹶ ﻪ ﻤ ﺼ ﻴ ﺎ ﹶﻓ ﹾﻠﻭﻤ ﺼ ﻡ ﻭ ﺼ ﻴ ﻥ ل ﻜﹶﺎ ٌﺠ ﺭ ﻻ ﻥ ِﺇ ﱠ ﻴ ﹺ ﻤ ﻭ ﻴ ” artinya: jangan kamu mendulukan ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari melainkan lelaki yang berterusan mempuasakan satu puasa (iaitu puasa wirid) maka hendaklah dipuasakannya. Riwayat Bukhari dan Muslim. Iaitu seperti dia beradat puasa sepanjang tahun atau puasa sehari dan buka sehari. Dikiaskan dengan puasa wirid itu selainnya seperti kadha dan nazar atau kifarat. 3308. Bermula, hari syak itu diharamkan puasa didalamnya dengan dua sebab. Pertama keadaannya hari syak, dan keduanya keadaannya satu hari didalam setengah yang kedua bulan sya’ban. Maka hari syak itu adalah hari ketiga puluh sya’ban apabila orang ramai berkhabar-khabar dengan melihat hilal ramadhan sedang tidak ada seorang pun yang naik saksi pada melihatnya atau naik saksi mereka yang tidak diterima saksiannya seperti keadaan mereka itu kanak-kanak atau sahaya atau orang fasik atau perempuan. 3309. Adapun jika orang ramai tidak berkhabar-khabar pada melihat hilal dan tidak naik saksi dengannya seorang pun maka ia bukanlah hari syak bahkan adalah daripada bulan sya’ban, sekalipun terdapat awan melitupi tepi langit. Maka tidaklah haram puasa padanya dari pihak hari syak, tetapi haram puasa pada siangnya597 pada pihak keadaannya sebahagian daripada setengah yang kedua bulan sya’ban. 3310. Demikian lagi haram puasa pada setengah yang kedua daripada bulan sya’ban, iaitu mula dari hari keenam belas hingga akhir bulan sya’ban kerana sabda nabi sawm “ﻭﺍﻭﻤ ﺼ ﻼ ﹶﺘ ﻥ ﹶﻓ ﹶ ﺎﻌﺒ ﺸ ﻑ ﹶ ﹶ ” ِﺇﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻨ ﹶﺘﺼartinya : apabila masuk setengah bulan sya’ban maka janganlah kamu puasa. Melainkan puasa wirid seperti dia beradat puasa sentiasa atau berselang-selang hari atau puasa isnin dan khamis atau puasa kadha atau nazar atau kifarat atau dihubungkannya puasa pada setengah yang kedua dengan setengah yang pertama seperti dipuasakannya hari kelima belas dan hari keenam belas. Maka haruslah dia puasa pada hari setengah yang kedua bulan sya’ban itu kerana sekelian yang tersebut itu. 3311. Jika dia puasa ada hari yang kelima belas dan yang keenam belas kemudian tak puasa pada hari yang ketujuh belas nescaya haramlah atasnya puasa pada hari yang kelapan belas dengan tidak ada satu sebab yang telah tersebut itu kerana hilang hubungan yang mengharuskan puasa pada hari itu. 3312. Fasal pada menyatakan syarat-syarat wajib puasa ramadhan. Bermula, syarat wajib puasa itu empat perkara. Pertamanya akal, maka tidak wajib puasa atas orang yang hilang akal sebab gila atau pitam atau mabuk yang tidak derhaka dia dengan sebabnya. 597
. pada asal “malamnya”. Walahu a’lam.
3313. Keduanya: baligh, maka tidak wajib puasa atas kanak-kanak. 3314. Ketiganya: Islam, sekalipun Islam pada masa yang telah lalu. Maka wajib diatas yang murtad mengkadha puasanya apabila dia kembali kepada Islam kerana dia Islam pada masa yang telah lalu. Tidak wajib puasa atas kafir asli, dan apabila dia masuk Islam tidak wajib atasnya mengkadha puasa yang ditinggalkannya pada masa kufurnya. 3315. Bermula, yang dikehendaki dengan tidak wajib atas kafir puasa dan barang sebagainya seperti sembahyang dan zakat adalah tidak dituntut dia dan tidak disuruh dia dengannya didalam dunia ini. Akan tetapi dituntut dia dan disiksa dia diakhirat sebab meninggalkannya. 3316. Syarat keempatnya : kuasa diatas puasa pada hissi dan pada syara’. Maka tidak wajib puasa diatas orang yang tidak kuasa sebab sakit atau sangat tua dan tidak wajib ia diatas yang berhaid dan bernifas kerana keduanya dikira tidak kuasa puasa pada syara’. 3317. Soal: apabila tidak wajib puasa lagi haram ia diatasnya keduanya maka betapa jua kiranya diwajibkan diatas keduanya mengkadha puasa yang ditinggalkannya didalam masa haid dan nifas. Jawab : bahawa wajib kadha diatas keduanya itu adalah dengan rupa yang baru jua598. Maka hendaklah kedua mereka meniatkan puasa kadha, bukannya tunai, kerana ia dikerjakan diluar waktu yang telah ditentukan baginya oleh syara’. 3318. Syahadan. Wajib atas wali menyuruh kanak-kanak mengerjakan puasa tatkala genap umurnya tujuh tahun apabila dia mumayyiz lagi kuasa berpuasa dan wajib atasnya memalunya diatas meninggalkan puasa tatkala genap umurnya sepuluh tahun jika dia kuasa berpuasa seperti perintah sembahyang jua. 3319. Fasal pada apa yang mengharuskan buka puasa. Bermula, harus buka puasa ramadhan dan tiap-tiap puasa yang wajib kerana sakit yang memudharatkan puasa besertanya dengan mudharat yang mengharuskan tayammum, sekalipun tejadi sakitnya itu daripada sengaja meminum minuman yang menjadikan sakit pada malamnya. Bahkan tetapi wajib atasnya buka puasa kerana mudharat yang tersebut itu dan haram atasnya puasa sekalipun dia tidak takutkan binasa dirinya. Inilah yang difaham didalam Tuhfah. Yang tersebut didalam Nihayah dan Mughni bahwa wajib atasnya berbuka apabila dia takutkan binasa dirinya sebab meninggalkan makan seperti yang telah dinyataan oleh imam Ghazali dan yang dijazamkan oleh Azrai’e. 3320. Bermula, orang yang sangat lapar dan dahaga itu seperti hukum orang yang sakit, iaitu jika hasil mudharat sebab lapar atau dahaganya itu dengan mudharat yang mengharuskan tayammum boleh dia berbuka puasa, dan jika tidak seperti demikian itu maka tidak harus dia berbuka. 3321. Tidak harus berbuka kerana sakit yang sedikit seperti pening kepala dan sakit telinga dan sakit gigi melainkan jika dia takut bertambah sakit itu sebab puasa. Maka diketahui daripada ibarat Nihayah dan Mughni bahawa seorang yang sakit itu terkadang harus dia berbuka jika ada sakitnya itu mengharuskan tayammum dan tidak dia takutkan binasa dirinya, dan terkadang wajib ia berbuka jika dia takutkan serta demikian itu binasa dirinya. 3322. Apabila wajib atas orang yang sakit berbuka puasa maka dia puasa juga sahlah puasanya, akan tetapi dia berdosa sebab meninggalkan yang wajib. 3323. Kemudian, jika sakitnya sentiasa berkekalan pada malam dan siang atau sakitnya itu datang sebelum fajar maka tidaklah wajib atasnya berniat pada malam. Jika putus sakitnya atau ringan sebelum daripada fajar sekira-kira tidak 598
. iaitu tugasan yang baru.
diharuskan sertanya meninggalkan puasa wajiblah dia berniat sebelum fajar itu. Kemudian jika kembali pula sakitnya seperti demam harus pula dia berbuka. 3324. Demikian lagi harus bagi orang yang memotong umpama padi atau membuat rumah berbuka puasa jika dia takutkan kebinasaan bumi perhumaannya atau rumah yang dikerjakannya disebabkan puasa, dan sukar dia bekerja pada watu malam atau tidak sukar tetapi pekerjaannya cedera sekira-kira membawa kepada binasa atau kurang dengan kurang yang banyak, samaada dia bekerja untuk dirinya atau untuk orang lain dengan mengambil upah atau dengan kerana Allah. 3325. Jika sangat berkehendak seorang kepada makanan asas dirinya atau makanan asas keluarganya dan tidak dapat dia berusaha menghasilkannya melainkan dengan berbuka haruslah dia buka kerana berusaha menghasilkan yang demikian itu, tetapi diatas kadar dharurat jua. Inilah yang difaham dari ibarat Tuhfah. 3326. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : telah berfatwa Azrai’e dengan bahawa wajib diatas mereka yang memotong umpama padi berniat puasa ramadhan pada tiap-tiap malam kemudian jika masyaqqah atasnya bekerja siang harinya dengan masysyaqqah yang kuat harus baginya buka puasa. 3327. Demikian lagi harus buka puasa bagi orang yang musafir dengan safar yang mengharuskan qasar iaitu yang lanjut lagi mubah kerana firman Allah taala “ ﺨﺭ ﺎ ﹴﻡ ُﺃ ﹶﻥ َﺃﻴ ﻤ ﺩ ﹲﺓ ﻌ ﹶﻔﺭﹴ ﹶﻓﻋﻠﹶﻰ ﺴ ﻭ ﺎ َﺃﻴﻀ ﻤ ﹺﺭ ﻡ ﻤ ﹾﻨ ﹸﻜ ﻥ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻤ ﻭ ” artinya: barang siapa dari kalangan kamu sakit atau didalam safar maka hendaklah dia puasa pada hari-hari yang lain, iaitu kadha. Maka difaham dari ayat ini harus berbuka puasa kerana sakit dan kerana pergi pergian samaada puasa itu fardhu ramadhan atau fardhu nazar atau kifarat atau kadha. 3328. Adapun yang tidak harus qasar padanya seperti safar yang dekat atau safar maksiat maka tidak harus buka puasa padanya. Tidak harus buka puasa bagi musafir yang mengkasad pada safarnya itu semata-mata hendak mengharuskan buka puasa sekalipun safarnya itu jauh lagi mubah. Adalah bandingannya seperti tidak diharuskan qasar bagi orang yang melalui jalan yang terjauh daripada dua jalan kerana semata-mata hendaki qasar jua. 3329. Syahadan. Jikalau seorang yang puasa bermusafir dari negeri tempat kediamannya pada hari puasanya tidaklah harus dia berbuka didalam safarnya pada hari itu, kerana tatkala adalah sebahagian puasanya itu jatuh didalam negerinya dimenangkanlah diatasnya hukum didalam negeri jua. Lagi pula adalah safarnya itu dengan pilihannya, bersalahan jika mendatang sakit keatas orang yang puasa pada hari puasanya haruslah dia berbuka dengan tidak karahah kerana didapati sebab yang mengharuskan buka tanpa pilihannya. 3330. Disyaratkan pada halal buka dengan uzur itu niat tarakkhus599 dengan muafakat Tuhfah dan Mughni. Maka keluar dengan kata “didalam safar pada hari itu” oleh hari yang kemudian daripada hari itu, maka harus baginya berbuka tanpa karahah selama dia masih lagi berada didalam safarnya. 3331. Bermula, puasa didalam safar terafdhal dari buka puasa supaya diperoleh fadhilat waktu, melainkan jika ditakuti mudharat sebab puasa itu pada samasa yang hadhir atau pada masa yang akan datang. Maka berbuka terafdhal daripada puasa. Terkadang wajib buka puasa jika ditakuti mudharat yang mengharuskan tayammum seperti yang telah terdahulu sebandingnya. 3332. Jikalau bermukim musafir atau sembuh orang yang sakit didalam puasanya haramlah dia berbuka kerana ketiadaan sebab yang mengharuskan buka puasa. Apabila keduanya berbuka wajiblah mereka kadha. 599
. mengambil rukhsah, iaitu mengambil kelonggaran.
3333. Demikian lagi wajib kadha diatas yang berhaid dan nifas dan diatas yang berbuka puasa dengan tidak ada uzur dan yang tidak berniat pada malam dengan sengaja atau dengan lupa . 3334. Wajib mengkadha puasa yang luput dengan pitam dan riddah kerana bahawa pitam dan itu satu bagai daripada sakit. Bersalahan dengan sembahyagn maka tidak wajib mengkadha yang luput daripadanya sebab pitam kerana masyaqqah berulang-ulang padanya. Apabila kafir asli memeluk Islam maka tidak wajib atasnya mengkadha puasa yang luput didalam masa kufurnya dengan ijmak untuk menggemarkan dia pada Islam. 3335. Demikian lagi apabila baligh kanak-kanak dan sembuh orang yang gila, maka tidak wajib diatasnya mengkadha puasanya yang luput didalam masa kanak-kanak dan masa gilanya, melainkan jika dia gila didalam murtadnya atau didalam mabuknya, maka wajiblah dia mengkadha puasanya yang luput didalam murtadnya dan mabuknya seperti yang telah lalu sebandingnya didalam Kitab Solat. 3336. Jika baligh kanak-kanak pada siang hari dalam keadaan dia berpuasa wajiblah dia menyempurnakan puasa itu dan tidak ada kadha diatasnya. 3337. Jika baligh kanak-kanak pada siang hari dalam keadaan dia tidak puasa atau sembuh orang gila atau memeluk Islam seorang kafir pada siang hari tidak wajib atas mereka itu kadha kerana tidak dapat masa yang meluluskan puasa tunai diatasnya dan tidak wajib mereka itu imsak pada yang tinggal daripada hari itu. Akan tetapi sunat imsak bagi mereka itu dan bagi perempuan yang suci haidnya pada siang hari, supaya keluar daripada khilaf orang yang mewajibkannya. Demikian lagi sunat imsak bagi orang yang sakit dan yang musafir yang hilang safarnya dan sakitnya selepas berbuka kerana menghormati waktu. 3338. Wajib imsak pada bulan ramadhan diatas orang yang berbuka puasa tanpa uzur dan yang lupa niat pada malam dan yang zankan malam kemudian ternyata siangnya dan yang berbuka pada hari syak kemudian ternyata keadaan hari itu daripada ramadhan kerana menghormati waktu. Maka diketahui daripada mengkaitkan wajib imsak dengan bulan ramadhan bahawa tidak ada imsak pada selain ramadhan seperti puasa nazar dan kadha. 3339. Bermula, orang yang imsak didalam bulan ramadhan itu tidaklah ia didalam puasa syarak sekalipun dia diberi pahala sebab imsak itu. Maka jika dia mengerjakan didalam imsaknya apa yang ditegah tidaklah melaziminya suatu jua pun selain dosa. Syahadan. 3340. Sunat bagi orang yang berbuka puasa dengan uzur menyegerakan kadha serta berturut-turut supaya segera lepas zimmahnya daripada tanggungan itu. Wajib menyegerakan kadha serta berturut-turut diatas orang yang berbuka puasa tanpa ada uzur supaya segera dia keluar dari maksiat. 3341. Fasal pada menyatakan sunat yang dikerjakan didalam puasa. Bermula, sunat bersahur kerana sabda nabi sawm “ ﹶﻜ ﹲﺔﺭﻭ ﹺﺭ ﺒ ﺤ ﺴ ﻲ ﺍﻟﻥ ﻓ ﻭﺍ ﹶﻓِﺈﺤﺭ ﺴ ” ﹶﺘartinya : bersahurlah kamu kerana bahawa pada bersahur itu ada keberkatan. Riwayat Bukhari dan Muslim. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﺎ ﹺﺭﺎ ﹺﻡ ﺍﻟ ﱠﻨﻬﺼﻴ ﻋﻠﹶﻰ ﻭ ﹺﺭ ﺤ ﺴ ﺎ ﹺﻡ ﺍﻟﻁﻌ ﻴﻨﹸﻭﺍ ﹺﺒ ﹶ ﻌ ﺴ ﹶﺘ ﺍ ل ِ ﻴ ﺎ ﹺﻡ ﺍﻟﱠﻠﻗﻴ ﻋﻠﹶﻰ ﺎ ﹺﺭ ﺍﻟ ﱠﻨﻬﻭﹶﻟﺔ ﻴﹸﻠ ﺒﹺ ﹶﻘ ”ﻭartinya : buatlah bantuan dengan makanan sahur diatas puasa pada siang hari dan dengan tidur waktu qailulah pada waktu siang diatas berjaga pada waktu malam untuk sembahyang. 3342. Terhasil sunat sahur itu dengan makan, banyak atau sedikit, dan dengan minum sekalipun seteguk kerana sabda nabi sawm “ﺀ ﺎﺔ ﻤ ﻋ ﺭ ﺠ ﻭ ﹺﺒ ﻭﹶﻟ ﻭﺍﺤﺭ ﺴ ” ﹶﺘartinya : bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air. Riwayat Ibnu Hibban. Yang terafdhal pada makan sahur itu adalah dengan khurma kerana sabda nabi sawm
“ ﺭ ﻤ ﻥ ﺍﻟﺘﱠ ﻤ ﹺ ﻤ ْﺅ ﺭ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﺤ ﻡ ﺍﻟﺴ ﻌ ﻨ ” artinya : sebaik-baik sahur seorang mukmin itu adalah tamar. 3343. Sunat mentakhirkan sahur kerana sabda nabi sawm “ ﺠﻠﹸﻭﺍ ﻋ ﺎﻴﺭﹴ ﻤ ﺨ ﺱ ﺒﹺ ﹶ ل ﺍﻟﻨﱠﺎ ُ ﺍﻴﺯ ﻻ ﹶ ﺭ ﻭ ﺤ ﺴ ﻭﺍ ﺍﻟﺨﺭ ﻭَﺃ ﱠ ﺭ ﻁ ﻔ ﹾ ”ﺍ ﹾﻟartinya : adalah manusia sentiasa dengan kebajikkan selama mana mereka itu menyegerakan buka puasa dan mentakhirkan sahur. Riwayat Imam Ahmad. Dan lagi tersebut didalam satu riwayat hadith yang sahih bahawa sahabat berkata “ ﺎﻬﻤ ﻴ ﹶﻨ ﺒ ﺎ ﻤﺩﺭ ﻥ ﹶﻗ ﻭﻜﹶﺎ ﻼﺓ ﺼ ﹶ ﻤﻨﹶﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﹸﻗﻡ ﹸﺜﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﷲ ِ لﺍ ِ ﻭ ﺴ ﺭ ﻊ ﻤ ﺭﻨﹶﺎ ﺤ ﺴ ﹶﺘ ﻴ ﹰﺔ ﺁﻴﻥ ﻤﺴ ﺨ ” ﹶartinya : kami telah bersahur bersama rasulullah sawm kemudian maka kami bangkit kepada sembahyang subuh, dan adalah kadar diantara sahur dan sembahyang itu lima puluh ayat. Hadith ini mendhobitkan kadar yang terhasil sunat mentakhirkan sahur dengannya. 3344. Bermula hikmah sunat mentakhirkan sahur itu adalah menghasilkan kuat melaksanakan ibadat puasa dan menyalahi kaum Yahudi dan Nasrani. Tetapi tempat sunat mentakhirkan sahur itu selama ia tidak jatuh pada syak terbit fajar, jika dia syak pada yang demikian itu maka tidak sunatlah dia mentakhirkan sahur, bahkan terutamalah dia meninggalkannya kerana sabda nabi sawm “ ﻙ ِﺇﻟﹶﻰ ﺒ ﻴ ﻴ ﹺﺭ ﺎﻉ ﻤ ﺩ ﻙ ﺒ ﻴ ﻴ ﹺﺭ ﻻ ﺎ ﹶ ”ﻤartinya : tinggalkan apa yang menjadikan kamu syak kepada apa yang tidak menjadikan kamu syak. 3345. Sunat menyegerakan buka puasa apabila diyakinkan tenggelam matahari. Sunat mendulukannya dari sembahyang maghrib kerana ada tersebut didalam satu hadith yang sahih bahawa nabi sawm apabila berpuasa tidak dia sembahyang maghrib hingga dibawakan kepadanya rutob dan air lalu dia berbuka dengannya. Dan lagi sabda nabi sawm “ﺭ ﻁ ﻔ ﹾ ﺠﻠﹸﻭﺍ ﺍ ﹾﻟ ﻋ ﺎﻴﺭﹴ ﻤ ﺨ ﻲ ﺒﹺ ﹶ ﺘ ﻤ ل ُﺃ ُ ﺍﻻ ﹶﺘﺯ ” ﹶ artinya : sentiasalah umat ku dengan kebajikan selama mana mereka itu menyegerakan buka puasa. Adapun jika tidak diyakinkan tenggelam matahari seperti dizankan tenggelamnya dengan ijtihad maka tidaklah sunat menyegerakan buka puasa, bahkan haram menyegerakannya serta disyakkan tenggelamnya. 3346. Makruh bagi orang yang yakin tenggelam matahari mentakhirkan buka puasa jika dia iktikadkan ada fadhilat padanya. Jika dia tidak beriktikad seperti demikian itu maka tidak mengapa. 3347. Sunat berbuka puasa dengan rutob iaitu khurma mengkal yang masih basah sekalipun dia berada dinegeri Makkah. Inilah kaul yang muktamad. Kata setengah ulamak : jika dia di Makkah maka sunat dia berbuka dengan air zamzam, maka kaul ini dhaif kerana menyalahi sunnah dan nas. Jika dia tidak memperolehi rutob maka sunat dia berbuka dengan tamar iaitu khurma masak yang kering. Sunat keadaan rutob atau tamar itu tiga biji. Jika dia tidak memperolehi rutob dan tamar maka sunat dia berbuka dengan air jua, tidak selainnya. 3348. Bermula, hikmah sunat berbuka puasa dengan rutob atau tamar adalah kerana bahawa ia tidak bersentuh dengan api, dan lagi pula kerana ia menghilangkan dhaif penglihatan mata yang terhasil dari puasa kerana ia mengeluarkan sekelian sisa-sisa yang cemar600 yang ada didalam ma’iddah jika ada, dan jika ia tidak ada maka supaya ia menjadi zat makanan bagi organ-organ didalam badannya yang penting601. 3349. Adapun kata para tabib bahawa tamar itu mendhaifkan penglihatan mata maka tempatnya apabila banyak memakannya serta sentiasa dikekalinya. Satu benda itu terkadang bermanfaat sedikitnya dan memudharatkan banyaknya. 600 601
. fudhalat – benda-benda yang tak diperlukan – waste. . pada asal “supaya akan jadi ghada’ segala anggotanya yang kepala didalam badan”.
3350. Faedah. Ketahui oleh mu bahawa sekelian ulamak sepakat diatas bahawa masuk permulaan puasa itu dengan fajar shadiq dan putuslah penghujungnya dengan sempurna tenggelam matahari, iaitu apabila masuk sekelian jirim matahari pada penglihatan kita maka terbukalah puasa itu dengan sendirinya sekalipun seorang itu tidak makan atau minum sesuatu, dari kerana puasa itu pada siang jua tidak pada malam. 3351. Soal : apabila terbuka puasa dengan sendiri dengan tenggelam matahari tidak dengan makan dan minum maka apa jua makna kata fuqaha’ “sunat menyegerakan buka apabila diyakinkan masuk matahari”? Jawab : arti sunat menyegerakan buka puasa adalah sunat menyegerakan apa yang membukakan puasa apabila dikerjakan ia pada siang hari, iaitu seperti makan dan minum. 3352. Kata sahabat- sahabat Syafi’e : wajib imsak pada suatu juzuk daripada malam selepas masuk matahari supaya diyakinkan dengannya sempurna siangnya. Akan tetapi pada ketika imsak itu tidak dikirakan seorang itu didalam puasa syar’ie. 3353. Syahadan Haram diatas sekelian umat Islam puasa wishal, iaitu menghubungkan diantara dua puasa, seperti dia berpuasa dua hari berturut-turut dan tidak dia minum pada waktu malam yang diantara dua hari itu, kerana ditegahkan daripadanya dengan sebab mudharat. Itu pun dengan syarat jika dia sengajakannya lagi tahukan haramnya lagi dengan tidak ada uzur. Adapun nabi kita maka tidak haram diatasnya puasa wishal ini kerana ada baginya daripada kekuatan apa yang tidak ada bagi sekelian umat. 3354. Sunat kemudian daripada berbuka puasa membaca “ ﻙ ﻗ ﺯ ﻋﻠﹶﻰ ﹺﺭ ﻭ ﻤﺕﹸ ﺼ ﹶﻟﻙﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺕ ﺭ ﹸ ﻁ ”َﺃ ﹾﻓ ﹶartinya : ahai tuhan ku kerana Mu jua aku berpuasa dan diatas razeki Mu jua aku berbuka. Dan lagi sunat membaca “ ﺀ ﻥ ﺸﹶﺎ ﺭ ِﺇ ﺠ ﺕ َﺃ ﹶ ﹶﺜﺒﻭﻕﹸ ﻭ ﺭ ﻌ ﺍ ﹾﻟﺒ ﹶﺘﱠﻠﺕ ﺍﻤُﺄ ﻭ ﺍﻟﻅﱠﺏ ﹶﺫﻫﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺎﻟﹶﻰﷲ ﹶﺘﻌ ُ ”ﺍartinya : wahai Tuhan k u telah hilanglah dahaga ku dan telah basahlah sekelian urat ku dan telah sabitlah pahala, insya Allah taala. 3355. Sunat memberi makanan atau minuman kepada orang yang puasa supaya dia berbuka dengannya sekalipun dengan sebiji tamar atau seteguk air atau selain keduanya, tetapi yang lebih sempurna pada memberi makanan itu hendaklah ianya mengenyangkan mereka itu, kerana sabda nabi sawm “ ﻁﺭ ﻥ ﹶﻓ ﱠ ﻤ ﺀ ﻲ ﺸ ﺎ ِﺌ ﹺﻡ ﹶﺠﺭﹺ ﺍﻟﺼ ﻥ َﺃ ﻤ ﺹ ﻴ ﹾﻨ ﹶﻘ ﻻ ﹶ ﻭﺠﺭﹺﻩ ل َﺃ ُ ﻤ ﹾﺜ ﻪ ﺎ ﹶﻓﹶﻠﺎ ِﺌﻤ ”ﺼartinya : siapa yang menyediakan makanan buka puasa bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang puasa itu dan tidak kurang daripada pahalanya suatu jua pun. Sunat bahawa dia makan bersama mereka itu kerana yang demikaian itu lebih layak dengan sifat tawadhu’ dan lebih menyampaikan kepada menjaga hati mereka602. 3356. Sunat mandi junub atau haid atau nifas sebelum fajar supaya dia mengerjakan ibadat puasa diatas suci, maka dari kerana inilah sunat menyegerakan mandi kerana mimpi pada siang hari, dan supaya dia keluar dari khilaf Abu Hurairah yang mengatakan wajib mandi pada waktu malam, dan lagi katanya : tidak sah puasanya jika dia tidak mandi, dan supaya tidak termasuk air kedalam rongga umpama telinganya atau duburnya. 3357. Maka dari kerana inilah sunat membasuh kubul dan dubur dan telinga dan hidung sebelum fajar dengan niat mengangkatkan hadath jika dia tidak mandi dengan sempurna sebelum fajar. Namun telah terdahulu bicara bahawa jika termasuk air kedalam rongga orang yang mandi wajib tidaklah batal puasanya melainkan jika termasuknya itu dengan sebab mandi menyelam atau kerana madhmadhah atau istinsyak dengan mubalaghah serta tidak ada najis pada mulutnya atau hidungnya. Maka pada yang tiga masaalah ini batallah puasanya. 602
. pada asal “ ”ﺘﺭﻟﺒﻪ ﻤﻴﻤﻔﻴﻜﻥ ﻤﻨﺠﺒﺭ ﻫﺎﺘﻲi.e terlebih menyampaikan menjabar hati. wallahu a’lam.
3358. Maka diketahui daripada sekelian itu bahawa sahlah puasa orang yang junub kerana jimak pada waktu malam dan mandi pada siangnya hari serta di sempurnakan puasanya pada siang itu. Maka dikiaskan orang yang berhaid dan nifas atas orang yang berjunub itu. 3359. Adapun sabda nabi sawm “ﻪ ﻡ ﹶﻟ ﻭ ﺼ ﻼ ﺎ ﹶﻓ ﹶﺠ ﹸﻨﺒ ﺢﺼﺒ ﻥ َﺃ ﻤ ” artinya : barang siapa masuk waktu dalam keadaan dia berjunub maka tidak ada puasa baginya maka iaitu dinasakhkan atau ditakwilkan dengan masuk waktu pagi dalam keadaan berjimak ketika fajar serta dia mengekalkan jimaknya itu, atau ditakwilkan dengan menafikan sempurna puasanya iaitu barang siapa masuk waktu pagi dengan janabah maka tidak sempurnalah puasanya tetapi sah. 3360. Sunat muakkad pada pihak puasa memelihara lidah dari berkata dusta dan mengumpat sekalipun dusta dan mengumpat yang harus. Adapun dusta dan umpatan yang wajib seperti dusta kerana melepaskan orang yang teraniaya dan seperti menyebutkan aib orang yang meminang atau barang sebagainya maka tidak sunat bagi yang puasa meninggalkannya, bahkan wajib dia mengerjakannya seperti orang yang tidak puasa jua, kerana sabda nabi sawm “ ﺭ ﻭ ﺯ ل ﺍﻟ َ ﻭ ﻉ ﹶﻗ ﺩ ﻴ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ﻪ ﺒ ﺍﺸﺭ ﻭ ﹶ ﻪ ﻤ ﺎﻁﻌ ﻉ ﹶ ﺩ ﻴ ﻥ ﻲ َﺃ ﻓ ﺠ ﹲﺔ ﺎﻪ ﺤ ِﻟﱠﻠﻴﺱ ﻪ ﹶﻓﹶﻠ ل ﹺﺒ َ ﻤﺍ ﹾﻟﻌ ”ﻭartinya : barang siapa yang tidak meninggalkan kata dusta dan meninggalkan amalan dengannya maka tidak ada bagi Allah taala satu hajat pada bahawa dia meninggalkan makanannya dan minumannya603. Riwayat Bukhari. 3361. Demikian lagi hendaklah dia memelihara lidahnya dari menyumpah orang sekalipun dengan sebenar dan memelihara sekelian anggota-anggotanya daripada tiap-tiap pekerjaan yang haram. Jika dia disumpah oleh orang lain maka hendaklah dia ingat didalam hatinya bahawa dia berpuasa supaya dia bersabar, dan dikatanya dengan lidahnya “aku puasa” dua atau tiga kali dengan niat nasihat kepada orang yang menyumpahnya supaya berhenti lawannya itu dari menyumpahnya, tidak dengan riak dan sum’ah. 3362. Yang terutama hendaklah dia menghimpunkan diantara mengatakannya dengan hatinya dan dengan lidahnya. Maka jika dia menyimpannya604 pada salah satu daripada keduanya maka yang terutama adalah dengan lidahnya kerana tersebut didalam satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim sabda nabi sawm “ ﻡ ﻭ ﺍﻟﺼ ﻡ ﺎ ِﺌﻲ ﺼ ل ِﺇ ﱢﻨ ْ ﻴ ﹸﻘ ﻪ ﹶﻓ ﹾﻠ ﻤ ﻭ ﺸﹶﺎ ﹶﺘ ﻪ َﺃ ﺭٌﺃ ﻗﹶﺎ ﹶﺘﹶﻠ ﻤ ل ﹶﻓﺈِﻥﹺ ﺍ ْ ﻬ ﺠ ﻴ ﻻ ﹶﺙ ﻭ ﺭ ﹸﻓ ﹾ ﻴ ﻼ ﺎ ﹶﻓ ﹶﺎ ِﺌﻤﻡ ﺼ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﻥ َﺃ ﺠ ﱠﻨ ﹲﺔ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﻜﹶﺎ ” artinya : puasa itu perisai dari api neraka maka apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah dia membuat fasik. Maka apabila ada seorang mengganasinya atau menyumpahnya maka hendaklah dikatanya “aku puasa”. 3363. Bermula, mengumpat dan bercakap dusta itu dan menyumpah dan barang sebagainya itu membatalkan pahala puasa. 3364. Faedah. Tersebut didalam Mughni bahawa ditanya orang akan Ibnu Saifi : berapa perkara aib pada anak adam yang engkau dapati? Maka jawabnya : bahawa aibnya lebih banyak daripada boleh dihingga dan yang aku hafal daripadanya lapan ribu aib. Yang menutupi sekelian aib itu adalah memelihara lidah. Intaha. 3365. Dan lagi sunat baginya meninggalkan segala keinginan yang mubah, samaaada keinginan itu daripada jenis yang didengar seperti mendengar nyanyian atau yang dilihat atau yang dicium atau yang dijabat seperti menilik bauauan atau menciumnya atau menjabatnya. Maka sekelian itu makruh kerana apa yang ada padanya daripada lazat dan syahwat yang tidak patut dengan hikmah puasa. Maka sayugia ditinggalkan ia supaya tertunai ibadat diatas wajah yang sempurna pada zahir dan batin. 603 604
. iaitu Allah taala tidak memandang amalannya yang meninggalkan makan dan minum itu, iaitu puasanya. . iaitu menghadkan.
3366. Sunat meninggalkan berbuang darah dengan berbekam atau berpentik supaya keluar dari khilaf orang yang membatalkan puasa dengannya, dan lagi berbuang darah itu melemahkan badan maka ianya makruh. Kata setengah ulamak : khilaful aula. 3367. Dan lagi sunat meninggalkan memamah getah laban605 atau lainnya kerana yang demikian itu menghimpunkan air liur, maka jika ditelannya batal puasa diatas satu kaul dan jika diludahkannya ia menambahkan dahaganya. Maka dari kerana inilah dimakruhkan yang demikian itu. Tetapi tempatnya jika tidak bercerai suatu ain daripada getah yang dimamah itu atau bercerai ia daripadanya tetapi tidak ditelannya air liurnya yang bercampur dengan ‘ain itu. Jika tidak seperti demikian itu haramlah memamahnya lagi batal puasa dia dengannya. 3368. Dan lagi sunat tidak merasa makanan dan selainya kerana yang demikian itu makruh kerana ditakuti sampai ia kepada kerongkongnya atau takut akan terus dia memasukkannya sebab ghalib syahwatnya. Akan tetapi jika dia perlu kepada memamah makanan kanak-kanak tidaklah makruh yang demikian itu. 3369. Dan lagi sunat meninggalkan kucup dan cium isteri atau gundiknya pada mulutnya atau selainnya dan meninggalkan peluk dan sentuhnya jika dia tidak takutkan inzal. Haram yang demikian itu jika dia takutkan inzal atau jimak sekalipun tidak inzal kerana yang demikian itu menyehajakan perkara yang membatalkan puasa. 3370. Makruh bagi orang yang puasa bersugi selepas gelincir matahari hingga tenggelamnya sekalipun puasa sunat, dan sekalipun berubah bau mulutnya sebab tidur atau sebab makan makanan yang keji baunya dengan lupa. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan Fathul Jawwad dan selainnya. Yang diiktikmadkan oleh syeikh Ramli dan Khatib Syarbini didalam Nihayah dan Mughni bahawa jika berubah bau mulut sebab tidur atau sebab makan suatu yang keji baunya dengan lupa selepas gelincir matahari maka tidaklah makruh bersugi itu. 3371. Adapun sebab makruh bersugi kerana berubah mulut orang yangpuasa itu suatu fahdhilat baginya makamakruhlah baginya menghilangkannya dengan bersugi kerana sabada nabi sawm “ﻙ ﺴ ﻤ ﺢ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹺ ﻥ ﹺﺭ ﻤ ﷲ ِ ﺩ ﺍ ﻋ ﹾﻨ ﺏ ﻴ ﻁ ﺔ َﺃ ﹾ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﺎ ِﺌ ﹺﻡﻑ ﹶﻓﻡﹺ ﺍﻟﺼ ﻭ ﹸ ﺨﹸﻠ ” ﹶﻟ ﹸ artinya: bau mulut orang yang puasa itu pada hari kiamat lebih harum disisi Allah taala dari bau kasturi. 3372. Bermula, makna harumnya disisi Allah taala adalah pujian dan keredhaan allah taala diatasnya. maka pujian dankeredhaan allah taala diatasnya tidak tertentu keadaannya pada hari kiamat. Adapun sebutan hari kiamat didalam hadith yan tersebut itu maka ia bukannya menjadikait haya disebutkan ia kerana ia tempat balasan segala mala jua. 3373. Adapun sebab ditentukan karahah bersugi itu dengan masa yang selepas gelincir matahari tidak dengan yang sebelum daripadanya kerana berubah bau mulut selepas gelincir matahari terjadi pada ghalibnya disebabkan puasa dan perubahannya sebelum gelincir matahari terjadi disebabkan makanan jua. Hilanglah karahah bersugi itu dengan tenggelam matahari. 3374. Soal: tersebut didalam satu hadith bahawa darah orang yang mati syahid itu seperti bau kasturi disisi Allah taala dan menghilangkannya haram, sebaliknya bau mulut orang yang puasa itu lebih harum dari kasturi disisi Allah taala dan tidak haram dia menghilangkannya dengan bersugi hanya makruh jua, maka apa jua perbezaan diantara keduanya? Jawab : bahawa menghilangkan darah orang yang mati syahid itu adalah meluputkan fadhilat dari orang lain maka ianya haram, sementara menghilangkan bau mulut orang yang puasa itu meluputkan 605
. pada asal “”ﻟﺒﻥ.
fadhilat dari dirinya sendiri, maka ianya tidak haram hanya makruh jua. Maka dari kerana ini haram diatas seorang menghilangkan bau mulut orang yang puasa dengan sugi selepas gelincir matahari tanpa izinnya kerana yang demikian itu meluputkan fadhilat dari orang lain. 3375. Syahadan. Sunat pada bulan ramadhan melebihkan nafkah dan belanja diatas segala isi rumahnya dan berbuat kebajikan kepada segala keluarganya dan jiran sekampungnya dan membanyakkan sedekah dan menambahkan murah hati, kerana tersebut didalam satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim bahawa nabi sawm adalah orang yang paling pemurah daripada segala manusia dengan kebajikan dan adalah murah hatinya bertambah-tambah pada bulan ramadhan ketika bertemu dengan Jibril. 3376. Dan lagi sunat membanyakkan tilawah Quran dan tadarus iaitu membaca Quran berganti-ganti kerana tersebut didalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim bahawa adalah nabi sawm, bertadarus Quran bersama dengan Jibril pada tiaptiap ramadhan. 3377. Dan lagi sunat membanyakkan iktikaf didalam masjid, kerana mengikut perbuatan nabi sawm dan lagi supaya lebih terpelihara diri dari mengerjakan apa yang tidak patut, istimewa pula didalam sepuluh ramadhan yang akhir. Maka terutama membanyakkan iktikaf dan sedekah dan tilawah didalamnya kerana nabi sawm adalah dia bersungguh pada yang demikian itu didalam sepuluh yang akhir lebih daripada kesungguhannya didalam masa yang lain. 3378. Dan lagi kerana diharapkan berbetulan ibadat dengan lailatul qadr kerana lailatul qadr itu tertentu didalam malam sepuluh ramadhan yang akhir, tidak berpindah ia darinya kepada selainnya, akan tetapi tidak tertentu ia pada satu malam daripada yang sepuluh malam itu, hanya adalah ia berpindah dari satu malam kepada malam yang lain. Yang lebih diharapkan daripadanya adalah malam yang kasal iaitu yang kedua puluh satu atau kedua puluh tiga atau kedua puluh lima atau kedua puluh tujuh atau kedua puluh sembilan. Inilah yang muktamad yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. 3379. Maka kerana tertentu lailatul qadr itu didalam sepuluh malam yang akhir bulan ramadhan jika suami berkata kepada isterinya : kamu tertalak pada malam lailatul qadr nescaya jatuhlah talaknya pada malam yang akhir daripada bulan ramadhan, jika dia katakan yang demikian itu pada awal malam yang kedua puluh satu atau sebelumnya. Jika dia katakan yang demikian itu pada siang hari yang kedua puluh satu maka tidak tertalak dia melainkan pada malam yang kedua puluh satu daripada tahun yang akan datang, melainkan jika dilihatnya lailatul qadr itu pada malam yang kedua puluh tiga ramadhan tahun ta’lik itu, maka dianggungkan jatuh talaknya pada malam itu. 3380. Sunat menghidupkan malam lailatul qadr dan siangnya dengan melakukan ibadat serta ikhlas dan yakin dan bersungguh pada berbuat amal kerana firman Allah taala “ﻬﺭﹴ ﺸ ﹶﻥ َﺃ ﹾﻟﻑ ﻤ ﺭ ﻴ ﺨ ﺩ ﹺﺭ ﹶ ﻴﹶﻠ ﹸﺔ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ” ﹶﻟartinya : berbuat amal pada lailatul qadr itu lebih pahalanya daripada berbuat amal didalam seribu bulan yang tidak ada padanya lailatul qadr, lagi sabda nabi sawm “ ﻥ ﻤ ﺩﻡ ﺎ ﹶﺘ ﹶﻘﻪ ﻤ ﺭ ﹶﻟ ﻔ ﻏ ﻤ ﺎ ﹸﺎﺒﺘﺴ ﺤ ﺍﺎﻨﹰﺎ ﻭﻴﻤ ﺩ ﹺﺭ ِﺇ ﻴﹶﻠ ﹶﺔ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘ ﻡ ﹶﻟ ﻥ ﻗﹶﺎ ” ﹶﺫ ﹾﻨﺒﹺﻪartinya : barang siapa mengerjakan amal pada malam qadr kerana percayakan kebenaran dan ketaatan lagi kerana menuntut keredhaan Allah taala dan pahalanya tidak kerana riak dan seumpamanya nescaya diampunkan Allah taala baginya apa yang telah terdahulu daripada dosanya. 3381. Sunat pada malam qadr itu banyak membaca “ ﻑ ﻋ ﹸ ﻭ ﻓﹶﺎ ﻌ ﹾﻔ ﺍ ﹾﻟﺤﺏ ﻡ ﹸﺘ ﻴ ﻭ ﹶﻜ ﹺﺭ ﻋ ﹸﻔ ﻙ ِﺇ ﱠﻨﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻋﻨﱠﺎ ” artinya: hai Tuhan ku Engkau jua yang mengampuni dosa lagi Engkau jua yang kasih mengampunkan dosa maka ampunkanlah dosa ku, kerana nabi sawm adalah dia menyuruh Siti Aisyah membaca doa ini pada ketika itu.
3382. Apabila seorang melihat lailatul qadr sunat baginya merahsiakannya. Sebahagian daripada tanda-tanda lailatul qadr itu adalah tidak hangat dan tidak sejuk pada malam itu dan terbit matahari pada esok harinya dalam keadaan putih warnanya tidak banyak cahayanya kerana kebanyakkan malaikat turun dari langit dan naik kepadanya maka jadi terdindinglah cahaya matahari dan benderangnya dengan sayap malaikat dan dengan jisimnya yang halus. Tidak diperolehi sempurna lailatul qadr itu melainkan orang yang mengetahuinya. 3383. Fasal pada menyatakan fidyah puasa yang wajib iaitu suatu cupak daripada jenis makanan asasi yang memadai sebagai fitrah. Bermula wajib fidyah itu dengan tiga jalan. Pertama : orang yang mati dan ada diatasnya kadha puasa yang wajib daripada ramadhan atau nazar atau kifarat dan dapat dia mengkadhanya pada ketika hidupnya lalu tidak dikadhanya atau tidak dapat dia mengkadhanya pada ketika hidupnya tetapi puasanya itu luput dengan tidak ada uzur. Maka dikeluarkan fidyahnya dari harta peninggalannya bagi tiap-tiap sehari satu cupak. Maka berbilanglah cupak fidyah itu sebilangan banyak hari puasa yang luput kerana nabi sawm menyuruh agar dikeluarkan makanan sebagai fidyah bagi orang miskin seperti yang tersebut didalam hadith riwayat Turmizi. 3384. Atau dipuasakan daripadanya oleh keluarganya sekalipun dia tidak berwasiat kepadanya agar mempuasakannya dan sekalipun keluarganya itu bukan ‘asabah dan bukan warisnya606. Atau dipuasakan daripadanya oleh orang yang asing dengan wasiatnya atau dengan izin keluarganya dengan upah atau dengan tidak ada upah kerana sabda nabi sawm didalam satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim “ﻪ ﻴ ﻭِﻟ ﻪ ﻋ ﹾﻨ ﻡ ﺎﻡ ﺼ ﺎﺼﻴ ﻴﻪ ﹶﻠﻋﺕ ﻭ ﺎ ﹶﻥ ﻤ ﻤ ” artinya : barang siapa yang mati dan diatasnya ada puasa yang wajib hendaklah walinya berpuasa daripadanya, iaitu keluarganya. 3385. Dan lagi sabda nabi sawm kepada seorang perempuan yang berdatang sembah kepadanya : bahawa ibu hamba telah mati dan ada diatasnya puasa nazar, bolehkah hamba puasakan daripadanya? Maka sabdanya “ﻙ ﻤ ﻥ ُﺃ ﻋ ﻲ ﻤ ﻭ ﺼ ” artinya : puasalah kamu dari ibu kamu. Riwayat Muslim. 3386. Maka jika ada diatas seorang puasa wajib tiga puluh hari maka dipuasakan oleh tiga puluh orang keluarganya atau orang yang bukan keluarganya dengan wasiatnya atau dengan izin keluarganya didalam sehari maka ianya memadai. Adalah bandingannya seperti ada diatas seorang haji Islam dan haji nazar dan haji kadha maka diupahkan tiga orang untuk mengerjakan tiga haji itu masingmasing satu haji maka dikerjakanlah oleh mereka itu didalam satu tahun maka ianya memadai. 3387. Diketahui daripada yang tersebut itu jika mayat mempunyai harta peninggalan wajiblah dikerjakan satu daripada dua perkara itu iaitu mengeluarkan fidyah daripada peninggalannya atau puasa daripadanya. Akan tetapi mengeluarkan fidyah itu terafdhal daripada puasa daripadanya. Jika dia tidak mempunyai peninggalan maka tidak wajib mengerjakan salah satu daripada keduanya hanya sunat jua.* 3388. Tidak harus lagi tidak memada orang yang bukan keluarga mengeluarkan fidyah daripadanya dan berpuasa daripadanya melainkan dengan wasiatnya atau dengan izin keluarganya. Demikian lagi tidak sah bagi seorang berpuasa daripada orang yang masih hidup sekalipun dia tidak kuasa berpuasa sebab sangat tua atau sakit. 3389. Disyaratkan bagi keluarga yang berpuasa daripadanya dan mengizinkan orang lain keadaannya akil baligh. Bandingannya seperti disyaratkan bagi orang yang mengerjakan haji untuk orang lain keadaannya akil baligh. Tidak 606
.pada asal “dan tiada keluarganya itu asabahnya dan tiada ada mewarisi dia sekalipun”.
disyaratkan keadaannya merdeka dan cerdik, dari kerana sahaya dan yang safih607 fardhu diatas keduanya puasa. 3390. Jika keluarganya yang akil baligh itu enggan daripada puasa dan memberi izin atau tidak ada bagi mayat itu keluarga atau keluarganya kanak-kanak atau gila adakah boleh hakim memberi izin pada menggantikannya atau tidak? Bersalah-salahan pada yang demikian itu syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli dan selainnya. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah tidak boleh hakim memberi izin, tetapi jika mayat itu mempunyai harta peninggalan wajiblah dia mengeluarkan fidyah daripadanya sahaja, dan jika dia tidak mempunyai peninggalan maka tidak wajib suatu jua pun. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah boleh hakim mengizinkan orang yang bukan keluarga pada berpuasa daripadanya. 3391. Jika bersalah-salahan waris, kata setengah mereka itu : kita keluarkan fidyah daripadanya dan kata setengah lagi : kita puasa daripadanya, nescaya diperkenankan kata yang hendak mengeluarkan fidyah, kerana memada fidyah sebagai ganti puasa adalah dengan ijmak sekelian ulamak, bersalahan puasa. 3392. Jikalau ramai waris mayat dan tidak seorang pun daripada keluarganya yang berpuasa daripadanya hendaklah dibahagi-bahagikan keatas wariswarisnya sekelian cupak-cupak itu diatas kadar habuan mereka itu pada pusaka kemudian siapa yang kena sebahagian daripada cupak-cupak itu haruslah dia mengeluarkan fidyah dan harus dia puasa daripadanya. Hendaklah dijabarkan pecahannya jika ada, akan tetapi jika puasa yang wajib itu sehari tidak harus dikerjakan setengahnya dengan fidyah dan setengahnya dengan puasa. 3393. Syahadan. Jika seorang mati dan ada diatasnya kadha sembahyang fardhu atau iktikaf fardhu tidaklah dikerjakan sembahyang daripadanya dan tidak iktikafnya dan tidak dikeluarkan fidyah daripadanya, iaitu tidak memada yang demikian itu kerana ketiadaan warid daripada nabi dan sahabatnya. Inilah kaul yang muktamad diatas mazhab imam Syafi’e. 3394. Akan tetapi pada iktikaf ada satu kaul daripada Syafi’e bahawa diiktikafkan daripadanya, sama seperti puasa. 3395. Demikian lagi pada sembahyang ada satu kaul* Syafi’e bahawa disembahyangkan daripadanya, samaada dia berwasiat atau tidak. Menghikayatkan kaul ini al ‘Ubadi daripada imam Syafi’e dan selainnya menghikayatkannya daripada Ishak dan ‘Atha’* kerana ada hadith padanya tetapi dhaif. Ibnu Burhan menakal daripada kaul qadim bahawa wajib diatas wali mayat mengerjakan sembahyang daripadanya jika dia ada meninggalkan peninggalan sama seperti puasa. 3396. Demikian lagi ada pada sembahyang satu wajah* yang dipegangi ramai daripada sahabat-sahabat syafi’e bahawa dikeluarkan fidyah daripadanya, bagi tiap-tiap satu sembahyang satu cupak. Telah memilih kaul yang pertama daripada dua kaul* yang dhaif ini sekumpulan daripada fuqaha’ yang muhakkik lagi mutakhir. Imam Subki telah mengamalkannya pada sebahagian keluarganya yang mati. 3397. Bagai yang kedua : wajib fidyah dengan tidak ada kadha diatas barang siapa yang tidak puasa ramadhan atau nazar atau kadha atau kifarat kerana uzur yang tidak diharapkan hilangnya, seperti dia tidak kuasa puasa sebab sangat tua atau sakit yang tidak diharapkan sembuhnya, maka wajib dia keluarkan fidyah bagi tiap-tiap sehari satu cupak kerana firman Allah taala “ ﻡ ﺎﻁﻌ ﻴ ﹲﺔ ﹶ ﺩ ﻓ ﻪ ﻭ ﹶﻨ ﻴ ﹸﻘ ﻁ ﻴ ﻥ ﻴ ﺫ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟﱠﻠ ﻭ ﻥ ﻴ ﹴ ﻜ ﺴ ﻤ ” artinya : wajib atas orang-orang yang tidak kuasa berpuasa memberi fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin. Akan tetapi jika dia memberati dirinya 607
. orang yang tak cerdik seperti yang membelanjakan hartanya pada tempat yang haram.
diatas puasa dan dia puasa dengan susah payah sahlah puasanya dan tidak ada fidyah diatasnya. 3398. Jika dia tidak kuasa memberi fidyah sebab papa maka gugurlah kewajipan fidyah daripadanya, sama seperti fitrah. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah kerana mengikut kata imam Nawawi didalam Majmuk. Yang dirajihkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah dan Khatib Syarbini didalam Mughni bahawa tidak gugur wajib fidyah itu sebab papanya hanya adalah ia tertangung pada zimmahnya jua. 3399. Jika kemudiannya orang tua dan orang sakit itu kuasa berpuasa tidak ada kadha diatas mereka dengan muafakat syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli dan Khatib Syarbini kerana fidyah itu wajib atas mereka dari mula, maka memadailah fidyah itu daripadanya. Bersalahan orang yang lumpuh yang kuasa pergi haji kemudian dihajikan daripadanya seperti yang lagi akan datang keyataannya pada kitab haji. 3400. Jalan yang kedua daripada tiga jalan wajib fidyah : luput fadhilat waktu, maka pada ada dua bagai. Pertama perempuan yang bunting dan yang menyusukan kanak-kanak yang tidak dia mutahayyirah apabila kedua mereka berbuka kerana takutkan bahaya atas kanak-kanak, daripada gugur atau kurang air susu, maka kemudharatanlah dia dengan mudharat yang mengharuskan tayammum, sekalipun kedua mereka itu sakit atau musafir atau yang menyusukan itu menyusukan anak orang lain dengan mengambil upah atau dengan kerana Allah taala. Maka wajib diatas keduanya fidyah serta kadha kerana ayat yang tersebut itu. 3401. Adapun jika yang menyusukan itu mutahayyirah maka tidak wajib atasnya fidyah kerana syak. Itu pun jika dia berbuka enam belas hari atau kurang. Maka jika dia berbuka lebih daripadanya wajiblah atasnya fidyah daripadanya. 3402. Bermula, berbuka bagi perempuan bunting dan yang menyusukan itu harus, bahkan wajib jika mereka takutkan binasa kanak-kanak. Akan tetapi tempatnya adalah pada perempuan yang menyusukan dengan mengambil upah atau dengan kerana Allah jika tidak diperoleh perempuan lain yang boleh menyusukan. 3403. Tidak berbilang fidyah sebab berbilang kanak-kanak yang disusukan. Bersalahan dengan ‘aqiqah. 3404. Jika perempuan bunting dan yang menyusukan itu sakit atau musafir maka mereka berbuka dengan niat tarakkhus kerana sakit atau safar, bukan kerana takutkan mudharat kanak-kanak, atau dengan niat tarakkhus kerana keduanya iaitu kerana sakit atau safar dan kerana takutkan mudharat kanak-kanak, atau tidak dia kasadkan satu daripada keduanya, maka tidaklah wajib fidyah diatas keduanya. Bersalahan jika mereka berbuka dengan niat tarakkhus kerana takutkan mudharat kanak-kanak sahaja tidak kerana sakit atau safar, maka wajiblah fidyah diatas keduanya seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 3405. Maka keluar dengan kata “takutkan mudharat kanak-kanak” oleh keaadan jikalau yang bunting dan yang menyusukan itu berbuka kerana takutkan mudharat diri mereka sekalipun serta mudharat kanak-kanak maka tidaklah wajib fidyah diatas mereka. Maka ianya seperti sakit yang diharapkan sembuhnya. 3406. Bagai yang kedua : wajib fidyah serta kadha bagi sesiapa yang berbuka kerana melepaskan anak adam yang terpelihara darah atau haiwan yang dihormati yang hampir dengan binasa dirinya atau anggotanya atau manfaat anggotanya sebab lemas atau suatu yang menerkam atau selainnya yang tidak dapat dia melepaskannya melainkan dengan berbuka dan dia bukan perempuan mutahayyirah dan bukan orang yang sakit atau musafir, samaada anak adam yang dilepaskannya itu merdeka atau sahaya dan samaada sahaya itu miliknya
atau milik orang lain. Begitu juga haiwan yang dihormati yang selain anak adam itu saamada ia miliknya atau milik orang lain. Maka keluar dengan kata “haiwan” melepaskan harta yang tidak bernyawa maka tidak wajib fidyah diatasnya jika harta itu miliknya. 3407. Adapun jika yang melepaskan itu perempuan mutahayyirah atau seorang yang sakit atau musafir maka berlaku pada mereka ini disini segala tafsil yang telah tersebut pada perempuan yang menyusukan anak dan yang bunting. 3408. Jalan yang ketiga : mentakhirkan kadha. Maka wajib fidyah bagi tiap-tiap satu hari satu cupak diatas sesiapa yang mentakhirkan kadha ramadhan hingga masuk ramadhan yang lain dengan tidak ada uzur, seperti terboleh dia mengkadhanya didalam tahun itu sebab sunyi daripada sakit dan safar sekira-kira ada masa meluluskannya, kerana satu hadith yang dhaif yang dikuatkan oleh fatwa enam orang sahabat rasulullah sawm, dan lagi kerana dia derhaka dengan haram sengaja mentakhirkannya pada ketika itu. 3409. Adapun jika dia mentakhirkannya dengan uzur seperti dia berterusan sakit atau musafir atau bunting atau menyusukan anak dari ramadhan itu hingga masuk ramadhan yang lain atau dia mentakhirkannya kerana jahilkan haramnya atau kerana lupa atau digagahi orang maka tidaklah wajib atasya fidyah sebab takhir itu selama masih kekal uzurnya, sekalipun bekekalan ia beberapa tahun kerana mentakhirkan puasa itu harus pada yang tunai dengan sebab uzur maka mentakhirkannya pada yang kadha dengan sebab uzur lebih utama harusnya. 3410. Berbilanglah cupak takhir itu dengan berbilang tahun. Umpamanya jika dia mentakhirkan kadha puasa sehari hingga empat tahun maka wajib atasnya empat cupak, dan jika dia mentakhirkan kadha puasa tiga puluh hari hingga empat tahun608 wajib diatasnya seratus dua puluh cupak. Inilah hukumnya jika dia masih hidup. 3411. Jika dia mati lalu jika tidak dipuasakan oleh kerabatnya daripadanya hendaklah dikeluarkan daripada peninggalannya bagi tiap-tiap hari dua cupak, satu cupak kerana puasa yang luput dan satu cupak kerana takhir. Maka jika dia takhirkan kadha sehari hingga empat tahun umpamanya hendaklah dikeluarkan daripada peninggalannya lima cupak, dan jika dia takhirkan kadha puasa tiga puluh hari hingga empat tahun maka hendaklah dikeluarkan dari peninggalannya seratus lima puluh cupak. Demikianlah dikiaskan diatas yang selain daripada itu. 3412. Syahadan. Tempat diberikan fidyah- fidyah itu adalah orang-orang fakir dan miskin jua, tidak selainnya daripada orang-orang yang berhak zakat, kerana firman Allah taala “ﻥ ﻴ ﹴ ﻜ ﺴ ﻤ ﻡ ﺎﻁﻌ ” ﹶ. Maka masuk pada miskin itu fakir kerana keadaannya lebih buruk dari miskin, maka adalah fakir itu terutama diberikan daripada miskin. 3413. Harus memberikan semua cupak itu kepada seorang fakir atau miskin dan tidak harus diberikan satu cupak kepada dua orang kerana satu cupak itu adalah satu fidyah yang sempurna dan sungguhnya Allah taala mewajibkan satu fidyah yang sempurna diberikan kepada seorang, maka tidak harus memberikan yang kurang daripada satu fidyah kepadanya. Sebaliknya harus memberikan dua fidyah kepada seorang seperti harus memberikan dua zakat kepada seorang. 3414. Hanyalah wajib memberikan segantang fitrah kepada dua puluh dua orang iaitu tiga orang daripada tiap-tiap kelompok yang tujuh itu dan seorang ‘amil kerana bahawa ia zakat yang tersendiri dan dengan nas wajib memberikannya kepada sekelian mereka itu, satu perkara lagi bergantung tamak sekelian orang yang berhak dengannya lebih kuat.
608
. pada asal “hinga akhir tahun” maka iaitu tidak jelas. Wallahu a’lam
3415. Fasal pada menyatakan kifarat jimak didalam puasa ramadhan. Bermula, wajib kifarat dan ta’zir serta kadha atas barang siapa yagn membatalkan sehari puasa ramadhannya dengan jimak yang berdoasa dia dengannya pada pihak puasa sekalipun jimak itu pada dubur lelaki atau perempuan atau pada faraj atau dubur binatang atau dengan berlapik. Sama seperti membatalkan puasa adalah menegah sahnya seperti mengekali jimak tatkala kedatangan fajar, maka wajib kifarat diatasnya. 3416. Akan tetapi tidak wajib kifarat melainkan diatas lelaki yang menjimak, tidak diatas perempuan yang dijimak dan tidak diatas lelaki yang dijimak, sekalipun batal puasa kedua mereka itu, sama seperti seorang memasukkan zakarnya kedalam dubur atau faraj orang yang tidur kemudian dikekalkan oleh keduanya hingga selepas fajar, kerana oleh nabi tidak suruh memberi kifarat didalam hadith yang lagi akan datang melainkan lelaki yang menjimak jua. 3417. Tidak wajib kifarat diatas yang tidak batal puasanya dengan jimak seperti dia jimak pada hal dia lupa akan dirinya didalam puasa atau jahilkan haramnya sebab baru masuk Islam atau hidupjauh dari ulamak atau digagahi diatas jimak. Demikian lagi tidak wajib kifarat diatas orang yang membatalkan puasa orang lain dengan jimak seperti orang sakit atau musafir membatalkan puasa isterinya atau gundiknya dengan jimak. 3418. Demikian lagi tidak wajib kifarat diatas orang yang membatalkan dengan jimak akan puasa yang selain ramadhan kadha atau nazar atau kifarat kerana nas datang pada ramadhan tidak pada selainnya kerana tertentu ramadhan itu dengan beberapa fadhilat yang tidak diperoleh pada selainnya. 3419. Demikian lagi tidak wajib kifarat diatas orang yang membatalkan puasanya dengan selain jimak seperti sengaja mengeluarkan mani atau makan atau minum, sekalipun dia jimak kemudiannya kerana datang nas pada jimak tidak pada selainnya. Demikian lagi tidak wajib kifarat diatas orang yang membatalkan puasanya dengan jimak yang dia tidak berdosa dengannya pada pihak puasa seperti jimak orang yang sakit atau yang musafir akan isterinya atau gundiknya dengan niat tarakkhus. 3420. Demikian lagi tidak wajib kifarat diatas orang yang membatalkan puasanya dengan jimak yang dia berdosa dengannya, akan tetapi dosa itu bukan pada pihak puasanya, seperti orang yang sakit atau yang musafir menjimak isterinya atau gundiknya tanpa niat tarakkhus atau dia berzina didalam sakitnya atau safarnya. Maka tidak wajib kifarat diatasnya pada kedua masaalah ini kerana dosanya tidak semata-mata kerana puasa bahkan kerana puasa serta ketiadaan niat tarakkhus pada masalah pertama dan kerana zina pada masaalah yang kedua, dan lagi kerana berbuka diharuskan bagi orang yang sakit dan musafir maka jadilah yang demikian itu syubhah pada menolakkan kifarat. 3421. Demikian lagi tidak wajib kifarat diatas orang yang zan atau syakkan malam iaitu kekalnya atau masuknya, lalu dia jimak, kemudian maka ternyata bahawa jatuh jimaknya itu pada siang hari kerana bahawa kifarat itu gugur dengan syubhah, sekalipun tidak harus dia buka puasa serta syak pada masuk malam. 3422. Dan demikian lagi orang yang makan dengan lupa maka disangkanya bahawa puasa itu batal sebab makannya itu lalu dia jimak kerana mengiktikadkan bahawa dirinya tidak puasa, maka tidak wajib kifarat diatasnya sekalipun batal puasanya dengan jimaknya, tidak makannya. 3423. Masaalah: kalau seorang melihat hilal ramadhan sendirinya maka tidak diterima oleh kadhi saksiannya wajiblah dia puasa. Maka jika dibatalkannya puasanya itu dengan jimak wajiblah kifarat. 3424. Syahadan. Kifarat jimak pada sekelian yang terssebu itu seperti kifarat zihar jua iaitu memerdekakan seorang sahaya yagng mukmin yang sejahtera
dari aib yang mencederakan kerja dan usaha dengan cedera yang nyata kerana maksud dari memerdekakan itu adalah menyempurnakan halnya supaya lapang dia bagi mengerjaan pekerjaan-pekerjaan orang merdeka daripada pekerjaan ibadat dan lainnya dan yang demikian itu tidak terhasil melainkan dengan kuasa diatas bekerja menghasilkan kifayahnya. 3425. Maka tidak memadai yang sangat tua dan yang gila dan yang sakit yang tiada harapan sembuhnya dan yang terpotong kelingkingnya dan jari manisnya atau terpotong ibu jari tangannya atau telunjuknya atau jari tengahnya atau satu ruas daripadap ibu jarinya atau dua ruas daripada jari tengah atau dua ruas daripada telunjuknya. Jari yang kepet seperti yang terpotong jua. Memadai yang terpotong sekelian jari kedua kakinya dan yangteotong kelingkingnya sahaja atau jarimanis sahaja daripada sebelah angannya dan yang terpotong sekelian ruas ruas jarinya yang atas selain ibu jari. 3426. Memadai pincang yang boleh berturut-turut berjalan dan yang buta sebelah matanya jika tidak lemah penglihat matanya yang sejahtera dengan lemah yang memudharatkan amal dengan mudharat yang nyata. Memadai yang tuli dan yang tidak berpencium. Madai yang terpotong kedua telinganya dan hidungnya dan yang bengkok pergelangan tangannya dan yang berpenyakit kusta dan yang mamsuh dan yang tidak berlidah dan yang tidak tahukan sebarang kepandaian. 3427. Maka jika dia kuasa memerdekakan sahaya pada waktu membayar kifarat seperti tidak diperolehnya sahaya yang memada sebagai kifarat atau diperolehnya akan dia tetapi perlu kepadanya sebagai khadam yang layak dengannya atau perlu kepada harganya untuk kecukupan dirinya dan kecukupan isi rumahnya dan makananya dan pakaiannya dan tempat kediamannya didalam setahun maka wajiblah diatasnya puasa dua bulan berturut-turut dengan bulan hilal. 3428. Maka jika terpecah bulan yang pertama hendaklah digenapkan tiga puluh hari bulan yang ketiga. Maka jika batal puasa itu sehari daripada dua bulan itu, sekalipun dengan uzur seperti sakit dan safar dan menyusukan anak dan lupa niat wajiblah dia memulakan puasa dua bulan yang lain dengan berturut-turut. 3429. Akan tetapi tidak putus turutan itu dengan berbuka sebab haid dan nifas atau gila atau pitam yang bekekalan sehari kerana segala perkara itu menafikan puasa dan lagi pula datangnya tidak dengan pilihannya. Maka jika dia tidak kuasa mengerjakan puasa dua buan berturut-turut kerana sangat tua atau sakit yang berkekalan dua bulan atau takutkan bertambah sakitnya atau kerana sangat kuat syahwatnya kepada jimak maka wajiblah dia memberi makan enam puluh miskin atau fakir daripada ahli zakat, tiap seorang daripada mereka itu satu cupak daripada makanan yang memadai sebagai fitrah. 3430. Harus dia memberikan jumlah enam puluh cupak itu kepada mereka itu seperti dia katakan kepada sekelian mereka itu ambil oleh kamu akan enam puluh cupak, serta dia niatkannya sebagai kifarat. 3431. Tidak harus memberikan setengah cupak kepada seorang. Maka jika dia berikan enam puluh cupak itu kepada seratus dua puluh orang miskin dengan bersamaan maka tidaklah kebilangan daripadanya melainkan tiga puluh cupak jua. Maka hendaklah dia menggenapkannya dengan tiga puluh cupak yang lain dan memberikannya kepada enam puluh orang daripada mereka itu. Haruslah dia ambil baki tiga puluh cupak lagi daripada baki enam puluh orang lagi609 jika dia katakan pada ketika memberikannya kepada mereka itu bahawa inilah kifarat ku. Jika tidak dikatanya seperti demikian itu maka tidak harus dia mengambilnya. Harus dia memberikan dua cupak bagi seorang miskin daripada dua kifarat. 609
. iaitu tiga puluh cupak yang tidak kebilangan pada enam puluh orang lagi baki daripada seratus dua puluh orang itu.
3432. Harus dia memberikan satu cupak kepada seorang miskin kemudian membelinya darinya kemudian memberikannya pula kepada seorang miskin yang lain dan membelinya darinya kemudian memberikannya pula kepada seorang miskin yang lain dan membelinya darinya kemudian maka memberikannya pula kepada serang miskin yang lain dan membelinya darinya kemudian memberikannya pula kepada seorang miskin yang lain, demikianlah hingga genap enam puluh orang miskin. Akan tetapi yang demikian itu makruh kerana dia menyerupai orang yang mengambil balik sedekahnya. 3433. Tidak harus bagi seorang fakir memberikan kifaratnya kepada isi rumahnya yang wajib atasnya nafkah mereka itu. Maka ianya seperti hukum zakat jua. 3434. Syahadan. Diketahui daripada yang tersebut itu bahawa perkara-perkara kifarat jimak yang tiga perkara itu wajib dengan tertib. Maka tidak harus dia bepindah dari memerdekakan hamba kepada puasa melainkan apabila dia lemah dari memerdekakannya, dan tidak harus dia berpindah dari puasa kepada memberi makan melainkan apabila dia lemah dari puasa. Jjika dia lemah dari sekelian perkara yang tiga itu tetaplah kifarat itu dengan sekelian tiga perkara didalam zimmahnya hal keadaannya bertertib. Jika kemudiannya dia kuasa diatas satu perkara daripadanya wajiblah dia mengerjakannya. 3435. Dalil yang menyabitkan yang demikian itu hadith Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya “ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﻲ ل ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒ ٌﺠ ﺭ ﺀ ﺎﺠ .ﻻ ﹶ:ل َ ﺒﺔﹰ؟ ﻗﹶﺎ ﺭ ﹶﻗ ﻕ ﺘ ﹸ ﻌ ﺎ ﹸﺘﺩ ﻤ ﺠ ل ﹶﺘ ﹺ ْ ﻫ :ل َ ﻗﹶﺎ.ﻥ ﺎﻤﻀ ﺭ ﻲ ﻓ ﻲ َﺃﺘﻤﺭ ﺕ ﺍ ﻁ ْﺌ ﹸ ﻭ ﹶ :ل َ ؟ ﹶﻓﻘﹶﺎﻫﹶﻠ ﹶﻜﻙ ﺎ ﺃﻭﻤ : ل َ ﹶﻓﻘﹶﺎ.ﺕ ﻫﹶﻠ ﹾﻜ ﹸ ﻭَﺃ ﺕ ﻫﹶﻠ ﹾﻜ ﹸ :ل َ ﹶﻓﻘﹶﺎ َ ﻴﻥﹺ؟ ﻗﹶﺎ ﻌ ﻤ ﹶﺘﺘﹶﺎ ﹺﺒ ﻴﻥﹺ ﻬﺭ ﺸ ﹶﻭﻡ ﺼ ﻥ ﹶﺘ َ ﹶﻓﺘﹶﺎ ﹶﻓ َﺄﺘﹶﻰﹶﻠﺱ ﺠ ﹸﺜﻡ.ﻻ ﹶ:ل َ ﻴﻨﹰﺎ؟ ﻗﹶﺎ ﻜ ﺴ ﻤ ﻥ ﻴ ﺴ ﱢﺘ ﻡ ﻌ ﻁ ﺎ ﺘﹸ ﹾﺩ ﻤ ﺠ ل ﹶﺘ ﹺ ْ ﻬ ﹶﻓ.ﻻ ﹶ:ل ﻊ َﺃ ﻴ ﻁ ﺴ ﹶﺘ ل ﹶﺘ ْ ﻬ ﹶﻓ:ل ﺎﷲ ﻤ ِ ﺍﻭلُ ﺍﷲِ؟ ﹶﻓﻭ ﺴ ﺭ ﺎﻤﻨﱠﺎ ﻴ ﻋﻠﹶﻰ َﺃ ﹾﻓ ﹶﻘﺭﹺ :ل َ ﹶﻓﻘﹶﺎ.ﻬﺫﹶﺍ ﻕ ﹺﺒ ﺩ ﹾ ﺼ ﹶﺘ:ل َ ﹶﻓﻘﹶﺎ،ﺭ ﻤ ﻪ ﹶﺘ ﻴ ﻓ ﻕ ﺭ ﻌ ﻡ ﹺﺒ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﻲ ل ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒ ٌﺠ ﺭ ﺩ ﹾ ﺒ ﺤﺘﱠﻰ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﺕ َﺃ ﻴ ﺒ ل ُ ﻫ ﺎ َﺃﻴﻬ ﺒ ﹶﺘ ﻻ ﻥ ﹶ ﻴ ﺒ ” ﻫﹶﻠﻙ ﻪ َﺃ ﻤ ﻌ ﻁ ﺏ ﹶﻓَﺄ ﹾ ﻫ ل ِﺇ ﹾﺫ َ ﻗﹶﺎ ﹸﺜﻡ.ﻪ ﺒ ﺎﺕ َﺃ ﹾﻨﻴ ﻙﺤ ﹶﻓﻀ.ﻤﻨﱠﺎ ﻴﻪ ﺇِﹶﻟﺝﺤﻭ artinya: datang seorang lelaki kepada nabi sawm maka sembahnya: binasalah hamba. Maka sabda nabi sawm : apa yang membinasakan engkau? Maka sembahnya: hamba menjimak isteri hamba pada siang ramadhan. Maka sabda nabi sawm : dapatkah egnkau memerdekakan seorang hamba. Maka sembahnya: tidak. Maka sabdanya : kuasakah mampukah engkau puasa dua bulan berturut-turut? Maka sembahnya: tidak. Maka sabdanya: dapatkah engkau memberi makan enam puluh orang miskin? Maka sembahnya: tidak. Kemudian nabi sawm duduk lalu datang seorang lelaki kepada nabi sawm dengan satu karung yang didalamnya tamar, maka sabda nabi : kamu sedekahkanlah tamar ini. Maka sembahnya : diatas yang paling fakir dari kalangan kita wahai rasulullah? Maka demi Allah tidak ada diantara dua bukit Madinah ini ahli rumah yang lebih berhajat kepadanya dari keluarga kami. Maka nabis sawm ketawa hingga nampak gigi manisnya, kemduian sabdanya: pergilah maka beri makanlah keluarga kamu dengannya. 3436. Soal: jika ditanya orang : telah terdahulu perkataan bahawa tidak harus seorang yang fakir memberikan kifaratnya kepada isi rumahnya yang wajib nafkah mereka itu diatasnya, maka betapa sabda nabi sawm “ﻫﹶﻠﻙ ﻪ َﺃ ﻤ ﻌ ﻁ ” ﹶﻓَﺄ ﹾartinya : beri makan keluarga kamu dengannya? Jawab : ditanggungkan bahawa nabi sawm mensedekahkan atau memberikan tamar itu kepadanya supaya ia menjadi kifaratnya yang dia kena berikan kepada enam puluh miskin, maka tatkala dia khabarkan nabi sawm tentang kepapaan dirinya pada hal dia serta keluarganya paling berhajat kepada tamar itu daripada orang-orang papa yang ada di Madinah maka nabi sawm mengizinkan dia pada memberikan makanan itu kepada isi rumahnya supaya menjadi pengajaran bahawa kifarat itu tidak wajib diatas seorang melainkan dengan apa yang lebih daripada kecukupan dirinya dan kecukupan isi rumahnya. Atau ditanggungkan bahawa nabi sawm mengerjakan sunat dengan membayar kifarat dari orang lain dengan izinnya, dan lagi harus dia
memberikan kifarat itu kepada isi rumah orang yang dia bayarkan kifaratnya. Maka harus orang itu serta isi rumahnya memakannya. 3437. Syahadan. Gugurlah kifarat disini dengan mendatang gila atau mati dipertengahan hari yang dia jimak didalamnya. Akan tetapi tidak gugur kifarat itu sebab kedatangan sakit atau safar atau pitam atau riddah selepas daripada jimak pada hari itu. Demikian lagi tidak gugur kifarat itu sebab papa seperti yang telah terdahulu kenyataannya. 3438. Berbilanglah kifarat itu sebab berbilang jimak yang membatalkan puasa. Maka jika dia jimak tiga kali didalam tiga hari wajiblah atasnya tiga kifarat samaada dibayarnya kifarat yang pertama sebelum jimak hari yang kedua atau tidak, kerana puasa tiap-tiap hari itu adalah satu ibadat yang tersendiri maka tidaklah bermasuk-masukkan kifaratnya dengan kifarat hari yang lain. Akan tetapi jika dia jimak didalam sehari dua kali atau lebih maka tidak wajib kifarat itu melainkan sekali jua dengan jimak yang pertama yang membatalkan puasa. 3439. Fasal pada menyatakan puasa sunat. Bermula, puasa sunat adalah sekelian puasa yang tidak difardhukan oleh Allah taala. Sunat mengerjakannya kerana puasa itu, yang sunatnya dan yang fadhunya mempunyai beberapa fadhilat dan ganjaran yang tidak dapat menghingganya melainkan Allah taala. Dari kerana inilah Allah taala menyandarkan amalan puasa ini kepadaNya, tidak sekelian amalan yang lain, sepertimana firmanNya didalam satu hadith qudsi “ ﹸﻜلﱡ ﻪ ﻱ ﹺﺒ ﺠ ﹺﺯ ﻭَﺃﻨﹶﺎ َﺃ ﻲ ﻪ ِﻟ ﻡ ﹶﻓِﺈﻨﱠ ﻭ ﺼ ﻻ ﺍﻟ ﻪ ِﺇ ﱠ ﻡ ﹶﻟ ﺩ ﻥ ﺁ ﺒ ﹺ ل ﺍ ِ ﻤ ﻋ ” artinya : setiap amalan anak adam itu baginya melainkan puasa maka sungguhnya ia bagi Ku dan aku membalasnya. 3440. Para ulamak bersalah-salahan pada menyatakan makna hadith ini diatas beberapa kaul yang lebih dari enam puluh kaul. Kata sebahagian mereka: yang terbaik diantara kaul-kaul itu bahawa sekelian amal kebajikan adalah gandaan pahalanya dengan sepuluh kali seumpamanya hingga tujuh ratus kali gandaanya melainkan puasa. Adalah gandaan pahalanya lebih dari yang demikian itu, tidak mengetahuinya melainkan Allah taala. Dan lagi pula puasa itu serta keadaannya sebahagian daripada asas-asas Islam yang terbesar tidak mengetahuinya dengan tidak dikhabarkan melainkan Allah taala jua bersalahan dengan amalan yang lain. 3441. Kata setengah ulamak: segala amalan anak adam yang zalim diambil dan diberikan kepada yang dizaliminya pada hari kiamat kelak melainkan puasa. Maka tidak diambil ia dari orang yang zalim. Tetapi kaul ini ditolak oleh hadith Muslim yang menyatakan bahawa puasa diambil bersama dengan amalanamalan yang lainnya, diberikan kepada orang yang dizalimi. 3442. Kata setengah ulamak : yang diambil daripada orang yang zalim itu adalah amalan yang asal jua. Adapun gandaannya maka tidak diambil kerana ia sematamata kurniaan Allah taala jua. 3443. Kata syeikh Ibnu Hajar : pendapat ini kuat jika sah yang demikian itu dari nabi sawm, jika tidak maka wajiblah kita mengambil dengan umum hadith itu, iaitu diambil segala kebajikan orang yang zalim dan diberikan kepada orang yang dizalimi hingga apabila tidak ada suatu jua pun yang tinggal daripada kebajikan si zalim itu maka diletakkan diatasnya sekelian kejahatan orng yang dizaliminya. Apabila diletakkan keatas si zalim itu akan kejahatan orang yang dizaliminya maka terutama bahawa diambil segala kebajikannya yang asal dan gandaannya kerana gandaannya itu sebahagian daripada kebajikannya jua. Dan lagi sematamata kurniaan Allah taala itu Tidak tertentu dengan gandaan kebajikan kerana sekelian kebajikan samaada ianya asal atau gandaannya tidak diperoleh melainkan dengan semata-mata kurniaan Allah taala seperti yang diiktikadkan oleh Ahli Sunnah wal jamaah.
3444. Sebahagian daripada hadith yang menyatakan fadhilat puasa itu adalah sabda nabi sawm “ﻴﻔﹰﺎ ﺨ ﹺﺭ ﻥ ﹶ ﻴ ﻌ ﺒ ﺴ ﻥ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻋﹺ ﻪ ﻬ ﺠ ﻭ ﷲ ُ ﺩ ﺍ ﻋ ﺎﷲ ﺒ ِ لﺍ ِ ﻴ ﺴ ﹺﺒ ﻲ ﻓ ﺎﻭﻤ ﻴ ﻡ ﺎﻥ ﺼ ﻤ ” artinya : barang siapa puasa sehari pada jalan Allah taala nescaya dijauhkan dia oleh Allah taala daripada api neraka tujuh puluh tahun. Riwayat Bukhari dan Muslim. 3445. Bermula, puasa sunat itu tiga bahagian. Bahagian pertama : berulangulang sebab berulang-ulang tahun iaitu puasa sembilan hari pada bulan haji. Akan tetapi yang paling muakkad daripadanya adalah hari yang kesembilan iaitu hari Arafah. Maka sunat puasa hari Arafah itu bagi orang yang tidak mengerjakan haji dan tidak dia musafir dan sakit kerana hadith riwayat Muslim “ ﹶﻓ ﹶﺔﺭﻭ ﹺﻡ ﻋ ﻴ ﻡ ﺎﺼﻴ ﻩ ﺩ ﻌ ﺒ ﻰﺴ ﹶﻨ ﹶﺔ ﺍﱠﻟﺘ ﺍﻟﻪ ﻭ ﺒﹶﻠ ﻰ ﹶﻗﺴ ﹶﻨ ﹶﺔ ﺍﱠﻟﺘ ﺍﻟﻴ ﹶﻜ ﱢﻔﺭ ﻥ ﷲ َﺃ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﺏ ﺴ ﺤ ﹸﺘ ”ُﺃartinya : puasa pada hari Arafah yang diikhlaskan kepada Allah mengkifaratkan dosa setahun yang terdahulu dan setahun yang terkemudian. 3446. Maka dikehendaki dengan tahun yang terdahulu itu adalah tahun yang mengandungi hari Arafah yang dipuasakannya dan akhir tahun itu iaitu akhir bulan haji yang dia puasa didalamnya dan awal tahun yang selepasnya iaitu awal muharram yang mengiringi bulan haji itu, dan dengan dosa yang dikifaratkan adalah dosa yang diampunkan iaitu sekelian dosa kecil jua yang selain hak anak adam. Jika tidak dia tidak mempunyai dosa kecil maka Allah taala tinggikan pangkatnya atau memeliharanya daripada mengerjakan dosa atau daripada membanyakkannya. Akan tetapi puasa dan selainnya daripada amalan kebajikan tidak mengkifaratkan dosa kecil melainkan dengan syarat apabila dijauhi dosa besar, seperti mana yang tersebut didalam beberapa hadith. 3447. Adapun orang yang mengerjakan haji maka tidak sunat dia puasa Arafah, bahkan sunat dia tak berpuasa pada hari itu, sekalipun puasa itu tidak melemahkan dia daripada doa, kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Adalah nabi sawm wukuf di Arafah pada hal dia tak berpuasa. Dan lagi supaya dia kuat diatas membanyakkan doa dan zikir pada hari itu. 3448. Maka puasa pada hari itu khilaful aula, dan kata setengah ulamak : makruh, tetapi jika dia tidak musafir. Adapun orang yang musafir dan yang sakit maka sunat bagi keduanya tak puasa pada hari itu. Kata syeikh Khatib Syarbini : semata-mata, dan kata syeikh Ibnu Hajar : jika puasa itu tidak melelahkannya, sekalipun tidak kemudharatan dia dengannya. 3449. Demikian lagi sunat muakkad puasa pada hari yang kelapan daripadanya iaitu hari tarwiyah kerana mengambil langkah cermat bagi hari Arafah. Akan tetapi puasa pada hari yang kelapan dan yang sebelumnya itu sunat bagi yang mengerjakan haji dan selainnya. 3450. Demikian lagi puasa pada hari asyura iaitu yang kesepuluh daripada bulan muharram dan puasa tasu’a iaitu yang kesembilan daripadanya kerana hadith riwayat Muslim “ﻪ ﺒﹶﻠ ﻰ ﹶﻗﺴ ﹶﻨ ﹶﺔ ﺍﱠﻟﺘ ﺍﻟﻴ ﹶﻜ ﱢﻔﺭ ﻥ ﷲ َﺃ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﺏ ﺴ ﺤ ﹸﺘ ﺀ ﹸﺍ ﺍﻭﺭ ﺸ ﺎ ﹸﻡ ﻋ ﺎﺼﻴ ” artinya : puasa ssyura’ yang diikhlaskan kepada Allah taala mengkifaratkan dosa setahun yang terdahulu. Dan lagi tersebut didalam hadith Muslim bahawa sabda nabi sawm “ ﻥ ﹶﻟ ِﺌ ﻪ ﺒﹶﻠ ﺕ ﹶﻗ ﺎ ﹶﻊ ﹶﻓﻤ ﺴ ﺍﻟﺘﱠﺎﻤﻥ ﻭ ﺼ ﻷ َ َل ٍ ﺕ ِﺇﻟﹶﻰ ﻗﹶﺎ ﹺﺒ ﻴ ﹸ ﻘ ﺒ ” artinya : jika aku hidup pada tahun depan nescaya aku puasakan hari kesembilan. Maka nabi sawm wafat sebelum mendapat hari itu. 3451. Bermula, hikmah puasa tasu’a ( )ﺘﺎﺴﻭﻋﺎﺀserta ‘asyura itu adalah menghasilkan cermat bagi puasa ‘asyura kerana berkemungkinan tersalah pada permulaan bulan. Dan lagi hikmahnya adalah kerana menyalahi kaun Yahudi kerana mereka itu puasa pada hari kesepuluh. 3452. Faedah. Tersebut didalam Mughni bahawa hikmah pada keadaan puasa ‘arafah itu mengkifaratkan dosa dua tahun dan puasa ‘asyura itu mengkifaratkan dosa setahun kerana hari arafah itu adalah hari nabi Muhammad sawm, artinya puasa arafah itu tertentu dengan umat Muhammad sawm sementara hari ‘asyura
itu hari nabi Musa maka dipuasakan oleh kaumnya iaitu Yahudi, dan nabi kita sawm lebih daripada segala nabi alaihim solah wassalam maka puasa pada harinya mengkifaratkan dosa dua tahun. 3453. Demikian lagi sunat puasa pada hari yang kesebelas daripada bulan muharram kerana hadith riwayat imam Ahmad pada yang demikian itu dan lagi kerana mengambil ihtiat bagi puasa ‘asyura kerana tersalah pada bulan itu terkadang dengan terdahulu dan terkadang dengan terkemudian. 3454. Demikian lagi puasa enam hari pada bulan syawal bagi barang siapa mempuasakan ramadhan, kerana sabda nabi sawm “ ﻥ ﻤ ﺕ ﺴ ﱟ ﻪ ﹺﺒ ﻌ َﺃ ﹾﺘﺒﻥ ﹸﺜﻡ ﺎﻤﻀ ﺭ ﻡ ﺎﻥ ﺼ ﻤ ﻫ ﹺﺭ ﺩ ﺎ ﹺﻡ ﺍﻟﺼﻴ ﻥ ﹶﻜ ل ﻜﹶﺎ ٍ ﺍﺸﻭ ” ﹶartinya: barang siapa yang puasa ramadhan kemudian memperikutkannya dengan enam hari pada syawal nescaya adalah a seperti puas setahun. Riwayat Muslim kerana bahawa satu amalan kebajikan itu digandakan dengan sepuluh seumpamanya maka jadilah puasa sebulan ramadhan itu seperti sepuluh bulan dan puasa enam hari pada bulan syawal itu seperti puasa dua bulan, dan perhimpunannya seperti puasa setahun. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tidak diperoleh seperti puasa setahun melainkan bagi orang yang mempuasakan ramadhan genap tiga puluh hari. Adapun orang yang tidak puasa pada bulan ramadhan maka tidaklah hasil baginya fadhilat yang tersebut itu. 3455. Sunat baginya puasa enam hari daripada bulan syawal sekalipun dia tidak puasa pada bulan ramadhan. Akan tetapi jika luput ramadhan darinya dengan tidak ada uzur janganlah dia puasakan sunat syawal hingga dia mengkadha ramadhan itu, kerana wajib atasnya menyegerakan kadha pada ketika itu. Jika dikerjakanya jua kadha sebulan ramadhan didalam bulan syawal sunat baginya mengkadha enam hari syawal didalam bulan zul qaedah. 3456. Soal: jika seorang puasa kadha atau nazar atau selainnya didalam bulan syawal adakah hasil baginya pahala puasa sunat syawal atau tidak? Jawab : kata syeikh Ramli didalam Nihayah : hasil baginya pahala sunat syawal jika dia tidak kasad mengerjakannya selepas umpama kadha itu, dan jika dia kasad mengerjakannya selepasnya maka tidaklah hasil baginya pahalanya kerana kasad yang demikian itu menjadi perkara yang memalingkan daripada menghasilkannya. Maka pada ketika itu hendaklah dikerjakannya puasa syawal selepas umpama kadha itu jika masih ada lagi bulan syawal, dan jika tidak maka sunat mengkadhanya pada bulan zul kaedah. 3457. Soal: jika seorang puasa sebulan ramadhan kemudian maka diiringkannya dengan puasa sunat enam hari yang bukan enam hari sunat syawal nescaya adalah ia seperti puasa setahun jua kerana tiap-tiap satu kebajikan digandakan dengan sepuluh seumpamanya maka apa kususiah puasa enam hari sunat syawal serta bulan ramadhan yang tersebut didalam hadith itu? 3458. Jawab: bahawa puasa enam hari sunat syawal serta sebulan ramadhan adalah ia seperti puasa fardhu setahun dengan tidak berganda, dan puasa enam hari sunat yang selain daripada syawal serta sebulan ramadhan adalah ia seperti puasa setahun dengan tidak berganda yang sama* seperti puasa sunat tiga hari didalam tiap-tiap bulan daripada dua belas bulan, maka ianya seperti puasa sunat setahun. 3459. Terhasil syawal dengan dikerjakan berturut-turut dan bercerai dan dengan berhubung dengan hari raya atau tidak berhubung. Akan tetapi mengerjakannya berturut-turut lagi berhubung dengan hari raya adalah terafdhal kerana menyegerakan ibadat. 3460. Bahagian yang kedua : apa yang berulang-ulang sebab berulang-ulang bulan iaitu puasa tiga hari putih iaitu hari yang ketiga belas dan yang keempat
belas dan yang kelima belas daripada tiap-tiap bulan kerana nabi sawm menyuruh Abu Zar dengan mempuasakannya. 3461. Bermula, hikmah keadaan puasa itu tiga hari kerana tiap-tiap satu kebajikan digandakan dengan sepuluh seumpamanya maka adalah puasa tiga hari itu seperti puasa sebulan. Maka dari kerana inilah sunat puasa tiga hari pada tiap-tiap bulan sekalipun selain hari putih. Akan tetapi puasa pada hari yang ketiga belas bulan zul hijjah itu haram lagi tidak sah, dari kerana ia daripada hari tasyrik, maka hendaklah dipuasakanya hari yang keenam belas ganti hari yang ketiga belas. Lebih cermat hendaklah dipuasakannya hari yang kedua belas serta tiga hari kemudiannya kerana khilaf ulamak pada permulaan hari-hari putih itu. Kata setengahnya: hari yang kedua belas, dan kata setengah yang lain : hari yang ketiga belas. 3462. Demikian lagi sunat puasa tiga hari hitam iaitu hari yang kedua puluh lapan dan yang kedua puluh sembilan dan yang ketiga puluh pada tiap-tiap bulan. Jika bulan itu kurang sehari maka hendaklah dipuasakannya sehari pada bulan yang mengiringinya ganti yang ketiga puluh. Sunat pula puasa pada hari yang kedua puluh tujuh serta tiga hari kemudiannya kerana khilaf ulamak pada permulaan hari hitam itu. Kata setangah ulamak : hari yang kedua puluh tujuh, dan kata setengah yang lain: hari yang kedua puluh lapan. 3463. Bahagian yang ketiga : apa yang berulang-ulang sebab berulang-ulang minggu iaitu tujuh hari. Ia adalah puasa isnin dan khamis kerana nabi sawm adalah dia bersungguh-sungguh pada mempuasakan keduanya serta sabdanya “ ﻡ ﺎ ِﺌﻭَﺃﻨﹶﺎ ﺼ ﻲ ﻠﻤ ﻋ ﺽ ﺭ ﻌ ﻴ ﻥ َﺃﺤﺏ ل ﹶﻓُﺄ ُ ﺎﻋﻤ ﻷ َ ﺎ ﺍﻴ ﹺﻬﻤ ﻓ ﺽ ﺭ ﻌ ﻴ ﺎﻬﻤ ”ِﺇ ﱠﻨartinya : bahawa isnin dan khamis itu dua hari yang dibawa naik oleh para malaikat akan amalan kepada hadhrat Allah maka aku kasih bahawa dinaikkan amalan ku kepada hadhrat Allah tatkala aku berpuasa. 3464. Ketahui oleh mu bahawa bulan yang terafdhal bagi puasa selepas bulan ramadhan adalah bulan-bulan haram iaitu empat bulan: zu kaedah dan zul hijjah dan muharram dan rejab, dan yang terafdhal daripadanya adalah muharram kemudian rejab kemudian zul kaedah. 3465. Demikian lagi sunat puasa didalam bulan sya’ban, maka ianya terafdhal bagi puasa selepas bulan-bulan haram kerana nabi sawm membanyakkan puasa didalam sya’ban. 3466. Soal: apa sebab nabi membanyakan puasa didalam bulan sya’ban serta keadaan bulan muharram itu terafdhal daripada sya’ban? Jawab: kerana mendatang kepadanya didalam bulan muharram beberapa uzur yang menegah dia dari membanyakkan puasa didalamnya atau tanggungkan bahawa nabi sawm tak tahukan kelebihan bulan muharram itu melainkan pada akhir hayatnya. 3467. Syahadan. Makruh menunggalkan hari jumaat dengan puasa melainkan jika dia puasa sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, kerana sabda nabi sawm “ﻩ ﺩ ﻌ ﺒ ﺎﻭﻤ ﻴ ﻭ ﻪ ﺒﹶﻠ ﺎ ﹶﻗﻭﻤ ﻴ ﻡ ﻭ ﺼ ﻴ ﻥ ﻻ َﺃ ﺔ ِﺇ ﱠ ﻌ ﻤ ﺠ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﻡ َﺃ ﺼ ﻴ ﻻ ” ﹶartinya : anganlah seorang dari kamu puasa pada hari jumaat melainkan bahawa dia puasa sehari sebelumnya dan sehari selepasnya. Dan lagi kerana hari jumaat itu adalah hari raya seperti yang tersebut pada setengah riwayat hadith, dan lagi supaya dengan berbuka pada hari itu kuat dia mengerjakan banyak pekerjaan ibadat yang mempunyai kelebihan pada hari itu. 3468. Demikian lagi makruh menunggalkan hari sabtu dan hari ahad dengan puasa kerana ditegah puasa pada hari sabtu, dan dikiaskan atasnya hari ahad kerana hari sabtu itu dibesarkan dan dimuliakan oleh kaumYahudi dan hari ahad dibesarkan dan dimuliakan oleh kaum Nasrani. Maka mereka itu beradat menahan diri dari sebarang pekerjaan dan usaha padanya, maka syari’ hendakkan dengan yang demikian itu bahawa disalahi adat mereka itu. Akan
tetapi jika dihimpunkan puasa sabtu dengan puasa jumaat atau puasa ahad atau dihimpunkan puasa ahad dengan puasa sabtu atau puasa isnin maka tidaklah makruh. Tidak makruh menunggalkan hari sabtu dan ahad itu dengan puasa nazar atau kadha atau kifarat. 3469. Sunat puasa dahri iaitu puasa yang sentiasa pada tiap-tiap hari selain hari raya dan hari tasyrik bagi barang siapa yang tidak takutkan mudharat dirinya atau luput suatu hak yang wajib atau yang sunat, kerana sabda nabi sawm “ ﻡ ﺎﻥ ﺼ ﻤ ﻫ ﹶﻜﺫﹶﺍ ﻡ ﻬ ﱠﻨ ﺠ ﻴﻪ ﹶﻠﺕ ﻋ ﻴ ﹶﻘ ﹾ ﻀ ﺭ ﻫ ﺩ ”ﺍﻟartinya barang siapa puasa dahri nescaya dipicikkan neraka jahanam diatasnya seperti ini, lalu dia menyimpulkan jarinya yang mulia itu dengan simpulan sembilan puluh. Riwayat Bahaqi. Artinya dipicikkan neraka jahannam daripadanya maka tidak dapat dia masuk kedalamnya atau tidak dia peroleh tempat didalamnya. 3470. Adapun orang yang takutkan mudharat atau luput suatu hak makruhlah baginya puasa dahri kerana sabda nabi sawm “ﺩﻷﺒ َ ﻡ ﺍ ﺎﻥ ﺼ ﻤ ﻡ ﺎﻻ ﺼ ” ﹶartinya: tidak ada puasa orang yang puasa selama-lama. Riwayat Bukhari dan Muslim. Maka hadith ini ditanggungkan diatas orang yang takutkan mudharat atau akan luput suatu hak. Inilah kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : bahawa hadith ini ditanggungkan keatas orang yang puasa didalam dua hari raya dan sekelian hari-hari tasyrik atau sebahagiannya, iaitu kerana puasa pada sekelian hari itu haram lagi tidak sah. 3471. Bermula, puasa berselang hari seperti puasa sehari dan berbuka sehari terafdhal daripada puasa dahri keana sabda nabi sawm “ ﻥ ﺩ ﻜﹶﺎ ﻭ ﺍﻡ ﺩ ﺎﺼﻴ ﺎ ﹺﻡﺼﻴ ل ﺍﻟ ُﻀ َﺃ ﹾﻓ ﺎﻭﻤ ﻴ ﺭ ﻁ ﻴ ﹾﻔ ﻭ ﺎﻭﻤ ﻴ ﻡ ﻭ ﺼ ﻴ ” artinya: puasa yang terafdhal itu adalah puasa Daud, adalah dia puasa sehari dan berbuka sehari. 3472. Masaalah : jika seorang mengerjakan puasa Daud maka berbetulan hari dia tak puasa tu dengan hari yang disunatkan puasa padanya seperti hari isnin dan kamis dan hari putih, adakah yang terafdhal baginya tak-puasa kerana memelihara peraturan puasa Daud itu atau terafdhal baginya puasa kerana memelihara sunat puasa pada hari itu? Jawab: zahir perkataan fuqaha’ adalah terafdal baginya tak-puasa, akan tetapi bahasan setengah mereka itu adalah terafdhal baginya mempuasakannya. 3473. Syahadan. Barang siapa masuk mengerjakan puasa sunat atau sembahyang sunat atau amalan sunat yang lain, selain haji sunat atau umrah sunat, maka harus dia memutuskannya iaitu membatalkannya selama tidak dia bernazar untuk menyempurnakannya kerana sabda nabi sawm “ ﺭ ﻴ ﻤ ﻉ َﺃ ﻭ ﻁ ﻤ ﹶﺘ ﹶ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﺎ ِﺌﺍﻟﺼ ﻁﺭ ﺀ َﺃ ﹾﻓ ﹶ ﻥ ﺸﹶﺎ ﻭِﺇ ﻡ ﺎﺀ ﺼ ﻥ ﺸﹶﺎ ِﺇﻪ ” ﹶﻨ ﹾﻔﺴartinya : orang yang puasa sunat itu memerintah dirinya, jika dia hendak dia menyempurnakan puasanya dan jika dia hendak dia berbuka. 3474. Dikiaskan dengan puasa itu akan sembahyang dan selainnya seperti iktikaf dan tawaf dan wudhuk dan membaca surah kahfi pada alam jumaat atau siangnya dan membaca tasbih selepas sembahyang lima waktu. 3475. Tegahan daripada membatalkan amal pada firmannya “ ﻡ ﺎﹶﻟ ﹸﻜﻋﻤ ﻁﻠﹸﻭﺍ َﺃ ﺒ ﻻ ﹸﺘ ﹶ” ﻭ artinya: jangan kamu batalkan amalan kamu, maka ianya ditanggungkan diatas amalan fardhu. 3476. Akan tetapi jika dia memutuskan umpama puasa sunatnya tanpa uzur maka ianya makruh, dan jika dia memutuskannya dengan uzur seperti masyaqqah diatas orang yang dijamu kerana keadaan yang menjamunya itu berpuasa atau masyaqqah diatas yang menjamu kerana keadaan yang dijamunya itu puasa maka tidaklah makruh memutuskannya, bahkan yang demikian itu sunat dan diberi pahala dia diatas apa yang telah lalu daripada puasanya
3477. Tidak wajib dia kadha apa yang diputuskannya, tetapi sunat jua yang demikian itu supaya keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. 3478. Barang siapa masuk mengerjakan kadha puasa fardhu haramlah dia memutuskannya samaada kadha itu wajib disegerakannya atau tidak. 3479. Syahadan. Haram diatas isteri atau gundik mengerjakan puasa sunat yang selain ‘arafah dan ‘asyura tanpa izin suaminya atau tuannya yang hadhir atau dengan tidak diketahui redhanya. Bersalahan jika suaminya atau tuannya ghaib dari negerinya maka tidaklah haram diatas mereka puasa sunat. 3480. Adapun sahaya perempuan yang tidak halal bagi tuannya seperti saudaranya dan sahaya lelaki maka haram bagi keduanya puasa sunat tanpa izin tuannya dengan syarat jika terhasil pada mereka mudaharat disebabkan puasa dengan mudharat yang mengurangkan khidmat. Jika tidak seperti demikian itu maka tidaklah haram puasa itu atas mereka.
ﻑ ِ ﻋ ِﺘﻜﹶﺎ ﺏ ﺍ ِﻻ ِﻜﺘﹶﺎ xx KITAB IKTIKAF 3481. Ini kitab pada menyatakan iktikaf. Bermula, makna iktikaf itu pada bahasa : berhenti dan menahan diri dan melazimi sesuatu sekalipun kejahatan. Maknanya pada syara’ : berhenti didalam masjid dengan kasad qurbah daripada orang Islam yang mumayyiz lagi akil lagi suci dari janabah dan haid dan nifas lagi tidak mabuk lagi menahani dirinya daripada keinginan faraj serta ingat dan tahukan haramnya. 3482. Bermula, iktikaf itu sunat muakkad, tetapi bila dinazarkan jadilah ia fardhu. Ianya adalah sebahagian daripada syariat nabi-nabi yang terdahulu. Dalil yang menyebutnya adalah Quran dan hadith dan ijmak sekelian imam-imam. Adapun Quran maka iaitu firman Allah taala “ﺩ ﺠ ﺎ ﹺﻤﺴ ﻲ ﺍ ﹾﻟﻥ ﻓ ﻭ ﻜ ﹸﻔ ﺎﻡ ﻋ ﻭَﺃ ﹾﻨ ﹸﺘ ﻫﻥ ﻭ ﺭ ﺸ ﺎﻻ ﹸﺘﺒ ﹶ ” ﻭartinya :
janganlah kamu menjimak isteri kamu dalam keadaan kamu iktikaf didalam masjid. 3483. Adapun hadith maka bahawa nabi sawm beriktikaf pada sepuluh hari yang pertama daripada bulan ramadhan kemudian maka sepuluh yang pertengahan kemudian maka sepuluh yang akhir, dan sentiasalah dia mengekalinya hingga wafat. Kemudian maka iktikaf sekelian isterinya selepas wafatnya. Dan lagi adalah nabi sawm beriktikaf pada sepuluh hari daripada bulan ramadhan, dan pada satu riwayat pada sepuluh yang pertama daripadanya. 3484. Tidak tertentu iktikaf itu pada satu-satu masa, bahkan ianya sunat pada tiap-tiap waktu didalam bulan ramadhan dan selainnya. Akan tetapi iktikaf didalam sepuluh yang akhir daripada bulan ramadhan terafdhal daripada selainnya kerana nabi sawm sentiasa mengekali iktikaf didalam masa itu hingga sampai kepada wafatnya. 3485. Kata ulamak : hikmah yang demikian itu adalah kerana menuntut lailatul qadr yang tertentu keadaannya didalam sepuluh yang akhir bulan ramadhan tidak berpindah ia daripadanya kepada yang selainnya tetapi tidak tertentu ia pada satu daripada malam-malam yang sepuluh itu hanya adalah ia berpindah-pindah daripada satu malam kepada malam yang lain. Yang paling diharapkan daripadanya adalah malam yang kasal. 3486. Adalah imam Syafi’e r.a cenderong kepada bahawa lailatul qadr itu malam yang kedua puluh satu atau yang kedua puluh tiga kerana bahawa nabi sawm diperlihatkan oleh Allah taala akan lailatul qadr pada malam yang kasal didalam sepuluh yang akhir. 3487. Adalah fadhilat lailatul qadr itu tersebut didalam Quran dan hadith. Telah terdahulu kenyataannya dan tanda-tandanya dan doa yang sunat dibaca pada malam itu didalam akhir fasal sunat-sunat yang dikerjakan didalam puasa. 3488. Syahadan, adalah rukun iktikaf itu empat perkara pertama orang yang beriktikaf, kedua tempat iktikaf, ketiga berhenti, keempat niat. Maka setiap satu daripada rukun yang empat itu perlu kepada syarat. 3489. Adapun syarat orang yang beriktikaf itu empat perkara. Pertama : hendaklah dia Islam, maka tidak sah iktikaf daripada kafir kerana sebahagian daripada rukun iktikaf itu niat dan kafir bukan daripada ahli niat. Keduanya endaklah dia berakal, maka tidak sah iktikaf daripada orang yang gila dan yang pitam dan yang mabuk, tetapi sah iktikaf daripada orang yang mumayyiz dan sahaya dan perempuan, tetapi makruh iktikaf perempuan yang muda yang elok rupa parasnya. Ketiga : hendaklah dia suci daripada haid dan nifas. Keempat hendaklah dia suci daripada janabah. Maka tidaklah sah iktikaf daripada yang berhaid dan yang bernifas dan yang berjunub kerana haram sekelian mereka itu berhenti didalam masjid. 3490. Adapun tempat iktikaf maka disyaratkan bahawa adalah ia masjid kerana nabi sawm dan sekelian isterinya dan sahabatnya tidak beriktikaf melainkan didalam masjid atau pada anjungnya atau diatas atapnya, samaada masjid itu jamik atau bukan jamik. Akan tetapi iktikaf didalam masjid jamik terutama daripada masjid yang bukan jamik kerana banyak jamaah didalamnya pada ghalibnya dan lagi supaya tidak perlu keluar daripadanya untuk sembahyang jumat, supaya keluar daripada khilaf orang yang mewajibkan iktikaf didalam masjid jamik. 3491. Disyaratkan pada masjid tempat iktikaf itu bahawa buminya tidak dimiliki orang sesaorang610. Adapun jika buminya dimiliki oleh orang maka tidaklah sah 610
. Pada asal “tidak ada buminya itu muhtaqarah”. “ ”ﳏﺘﻜﺮﺓpada bahasa: dimonopoli – simpan barang untuk
harga yang mahal. ini masaalah pada masjid yang lantainya adalah buminya, tidak berturap.
iktikaf didalamnya melainkan jika diperbuat panggung611 diatas bumi itu atau dibina diatas bumi itu binaan atau batu kemudian maka diwakafkan ia sebagai masjid, maka sahlah iktikaf didalamnya. 3492. Adapun berhenti didalam masjid maka disyaratkan bahawa adalah ia lebih daripada kadar tama’ninah didalam sembahyang samaada anggotanya terhenti atau berulang alik dan samaada dia puasa atau tak puasa. Maka tidak memada berhenti sekadar tama’ninah sembahyang atau kurang daripadanya. Demikian lagi tidak memada lalu didalam masjid diatas kaul yang muktamad kerana yang demikian itu tidak dinamakan iktikaf. Kata setengah : sah iktikaf dengan lalu didalam masjid. 3493. Sunat bagi seorang pada tiap-tiap kali masuk kedalam masjid berniat iktikaf didalamnya supaya dia memperoleh fadhilatnya. Demikian lagi sunat berniat iktikaf bagi orang yang lalu didalam masjid dengan syarat jika dia taklid kepada kaul orang yang mengesahkan iktikaf dengan lalu. Jika dia tidak taklid maka iaitu haram. 3494. Jika seorang menazarkan iktikaf yang mutlak memadailah dia berhenti selahzah didalam masjid, tetapi sunat sehari. 3495. Adapun niat iktikaf maka disyaratkan keadaannya beserta dengan berhenti, dan jika iktikaf itu fardhu dengan sebab nazar maka wajib meniatkan fardhunya supaya terbeza ia daripada iktikaf sunat. Tidak disyaratkan menta’yinkan sebab fardhunya, iaitu nazar itu. 3496. Apabila seorang berniat iktikaf dengan itlak seperti bahawa dia tidak menentukan masanya maka memadalah niat iktikafnya yang sedemikian itu, sekalipun lama masanya terhenti didalam masjid. 3497. Tetapi jika dia keluar dari masjid dengan tidak berniat untuk kembali ketika keluarnya kemudian maka dia kembali pula wajiblah dia membaharui niatnya, dari kerana iktikafnya yang telah lalu itu satu ibadat maka putuslah ia sebab keluar darinya, sekalipun dia keluar kerana kadha hajat. Bersalahan jika dia berniat untuk kembali tatkala keluar maka tidaklah wajib atasnya membaharui niatnya kerana tidak putus iktikafnya yang telah lalu itu, sekalipun lama masa keluarnya. 3498. Jika dia menentukan iktikafnya dengan masa yang mutlak612 seperti sehari atau sebulan maka dia keluar dari masjid kerana selain kadha hajat dan tidak dia berniat kembali ketika keluar itu wajiblah dia membaharui niat apabila kembali kedalam masjid. Tetapi jika dia keluar kerana kadha hajat atau ambil angin613 maka tidaklah putus iktikafnya, kerana kadha hajat itu tak dapat tidak daripadanya maka iaitu seperti terkecuali tatkala berniat, samaada iktikaf itu sunat atau wajib dengan sebab nazar, seperti dia nazarkan iktikafnya beberapa hari yang tidak tertentu dan tidak dia syaratkannya berturut-turut. 3499. Adapun jika iktikafnya itu berturut-turut dan dia keluar darinya dengan tidak berniat kembali maka wajib diatasnya membaharui niat apabila kembali kedalam masjid itu jika keluarnya kerana pekerjaan yang memutuskan turutannya, tetapi jika keluarnya itu kerana pekerjaan yang tidak memutuskan turutannya seperti kadha hajat dan makan dan selain keduanya seperti yang lagi akan datang kenyataannya maka tidaklah wajib dia membaharui niat. 3500. Jika dia menentukan pada nazarnya satu masjid maka tidak tertentu masjid yang dia tentukan itu untuk iktikafnya, bahkan baginya iktikaf didalam masjid yang lain. Melainkan jika dia tentukan pada nazarnya masjid Haram maka tertentulah 611 612 613
. “ ”ﻓﻐﻜﻮﻍdengan dua nga dan ga. Wallahu a’lam . bukan seperti menazarkan iktikaf sehari, esok hari atau rabu depan. . ada asal “berangin”.
ia untuk iktikafnya, tidak harus dia iktikaf didalam masjid yang lain kerana terbanyak kelebihannya dan terbanyak gandaan amalan didalamnya, kerana satu sembahyang didalam masjid haram itu seperti seratus ribu ribu ribu sembahyang pada tempat selainnya daripada masjid Madinah dan masjid Aqsa. 3501. Demikian lagi jika dia tentukan pada nazarnya akan masjid Aqsa maka tertentulah ia untuk iktikafnya. Maka tidak memadai sebagai gantinya masjid yang lain melainkan masjid Haram dan masjid Madinah kerana bahawa keduanya terafdhal daripada masjid Aqsa. 3502. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa masjid Haram berdiri pada tempat masjid Madinah dan masjid Aqsa kerana ia terafdhal daripada keduanya, tidak ‘akasnya, dan masjid Madinah berdiri pada tempat masjid Aqsa kerana bahawa ia terafdhal daripadanya tidak ‘akasnya, kerana satu sembahyang didalam masjid Aqsa seperti seribu sembahyang pada tempat yang selain masjid yang tiga itu, dan satu sembahyang didalam masjid Madinah seperti seribu sembahyang didalam masjid Aqsa dan satu sembahyang didalam masjid Haram seperti seratus ribu sembahyang pada tempat yang lain daripada masjid Madinah. Maka lazimlah daripada yang demikian itu bahawa satu sembahyang didalam masjid Haram seperti seratus ribu ribu ribu sembahyang pada tempat yang selain masjid Madinah dan masjid Aqsa. Demikianlah disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar. 3503. Haram iktikaf diatas isteri dan sahaya dengan tidak ada izin suaminya dan tuannya, tetapi jika tidak luput dengan iktikaf itu apa-apa manfaat seperti keduanya hadhir didalam masjid dengan izin suaminya dan tuannya lalu mereka berniat iktikaf haruslah bagi mereka iktikaf itu. 3504. Fasal. Pada menyatakan perkara-perkara yang membatalkan iktikaf dan memutuskan turutannya (mualatnya). Bermula, batal iktikaf dengan jimak daripada seorang yang wadhih dengan dia sengajakannya serta tahukan haramnya lagi dengan pilihannya. Demikian lagi batal iktikaf dengan menyentuh perempuan dengan keinginan lagi tidak berlapik jika dia inzal. Demikian lagi batal iktikaf dengan sengaja mengeluarkan mani, sekalipun dia lakukan yang demikian itu diluar masjid, kerana ia menafikan iktikaf. Haram seumpama jimak itu pada iktikaf yang sunat jika dikerjakan didalam masjid, tidak diluarnya. 3505. Demikian lagi batal batal iktikaf sebab gila atau pitam jika keduanya datang dengan sebab yang maksiat dia dengannya kerana bahawa keduanya pada ketika itu seperti orang yang mabuk jua. Adapun jika gila dan pitam itu tidak datang dengan sebab yang derhaka dia dengannya maka keduanya tidak memutuskan iktikafnya, dengan syarat jika tidak dikeluarkan dia dari dalam masjid atau dikeluarkan dia darinya pada hal tidak dapat dijaga dia didalam masjid atau dapat dijaga dia didalamnya tetapi dengan masyaqqah. Bersalahan jika dikeluarkan dia dari dalamnya pada hal dapat dijaga dia didalamnya dengan tidak ada masyaqqah. Demikianlah kehendak kalam Raudhah dan selainnya, kerana tidak ada uzur pada mengeluarkannya. 3506. Demikian lagi batal iktikaf sebab haid dan nifas dan mimpi dan janabah yang tidak membatalkan puasa seperti inzal dengan tidak mubasyarah614 dan jimak dengan lupa atau tidak tahukan haramnya atau dengan digagahi orang jika dia tidak mandi dengan segera kerana wajib menyegerakan mandi untuk memeliharakan turutannya daripada putus. 3507. Wajib dia keluar dari masjid jika sukar mandi didalam masjid. Jika dapat dia mandi didalam masjid itu maka harus baginya mandi didalamnya. Harus baginya keluar tatkala itu kerana bahawa ia lebih memelihara maruahnya dan kehormatan 614
. bersentuhan kulit.
masjid. Apabila dia kembali pula kedalam masjid hendaklah dia membaharui niat iktikafnya jika iktikafnya itu tidak berturut-turut, dan jika iktikafnya itu berturut-turut maka tidaklah perlu kepada membaharui niat. 3508. Demikian lagi batal iktikaf sebab riddah dan mabuk dengan segaja, sekalipun tidak keluar yang murtad dan yang mabuk itu dari dalam masjid kerana luput keahlian ibadat. 3509. Syahadan. Apabila seorang menazarkan iktikaf pada satu tempoh masa yang beturut-turut (mualat) wajiblah dia beriktikaf didalam masa itu dengan berturutan, tidak harus dia mendulukannya diatas masa itu dan mengkemudiankannya daripadanya. 3510. Tetapi tidak wajib diatasnya turutan iktikafnya melainkan jika dia lafazkan turutannya itu dengan lidahnya bersama dengan iltizam615 seperti dikatanya “ ﻪ ِﻟﱠﻠ ﺎﻤ ﹶﺘﺘﹶﺎ ﹺﺒﻌ ﺍﻬﺭ ﺸ ﻑ ﹶ ﹶﻋ ﹶﺘﻜ ﻥ َﺃ ﻲ َﺃ ﻋﹶﻠ ” artinya : kerana Allah wajib diatas aku iktikaf sebulan berturut-turut, samaada masa itu ditentukan seperti sebulan ramadhan atau tidak ditentukan seperti sebulan. Bersalahan jika dia niatkannya didalam hatinya, maka tidaklah wajib atasnya turutannya. Putuslah turutan itu sebab mabuk dan kufur dan sengaja jimak dan selain daripada keduanya. 3511. Demikian lagi putus turutan iktikaf itu sebab keluar daripada masjid dengan sengaja kerana urusan yang lain daripada kadha hajat. Adapun jika dia keluar kerana kadha hajat dan barang sebagainya daripada pekerjaan yang tak dapat tidak seperti makan, sekalipun terboleh dia makan didalam masjid kerana terkadang malu dan masyaqqah atasnya makan didalam masjid, maka jika dia keluar dari masjid kerumahnya maka ditilik : jika keji jauh rumahnya itu dari masjid pada uruf dan ada pada jalannya tempat yang lebih hampir yang layak dengannya sekalipun tempat itu bagi taulannya atau ada baginya dua rumah salah satu daripadanya keji jauhnya dan satu lagi lebih lebih dekat dengan masjid, maka tertentulah tempat yang hampir itu untuk kadha hajat atau makan pada dua masaalah ini, kerana jika dia kadha hajat atau makan pada tempat yang lebih jauh nescaya putuslah turutan iktkafnya. 3512. Tidak mengapa berhenti dijalan kerana satu urusan sekadar lama sembahyang mayat yang sederhana dengan syarat jika tidak dia berpaling daripada jalannya atau tidak lambat berjalan atau tidak jimak dijalan, sekalipun sambil berjalan, kerana jika tidak diperoleh syarat yang tersebut itu nescaya putuslah turutannya. 3513. Demikian lagi tidak putus turutan iktikaf jika dia keluar dari masjid untuk minum air dan berwudhuk yang wajib, jika sukar menghasilkannya didalam masjid. Bersalahan jika dia mendapati air didalam masjid atau mudah menghadhirkannya didalamnya, janganlah dia keluar kerana jika dia keluar pada ketika itu putuslah turutan iktikafnya. 3514. Demikian lagi tidak putus turutan iktikaf sebab keluar dari masjid kerana sakit jika masyaqqah atasnya menetap didalam masjid kerana perlu kepada hamparan dan berulang-ulang tabib atau takut akan tercemar masjid kerana najis dan kekotoran yang keluar darinya. Akan tetapi jika dia keluar dari masjid kerana demam yang sedikit atau pening kepala maka putuslah turutan iktikaf itu dengan sebabnya. 3515. Demikian lagi tidak putus turutan iktikaf jika datang gila atau pitam kepadanya, jika kekal dia menetap didalam masjid atau dikeluarkan dia darinya kerana tidak dapat menjaganya didalam masjid atau kerana masyaqqah menjaganya didalam masjid kerana hajat seperti apa dinyatakan tadi.
615
. iaitu komitmen, iaitu kata-kata yang bermakna mewajibkan sesuatu diatas diri sendiri.
3516. Demikian lagi tidak putus turutan iktikaf jika dia digagahi keluar dengan tidak sebenar atau dia keluar kerana takutkan orang zalim atau takutkan tuan hutangnya serta papanya daripada membayar hutang lagi tidak ada saksi yang menyabitkan kepapaannya atau dia keluar kerana takutkan binatang buas atau takutkan terbunuh, kerana uzurnya pada keluar dari masjid itu. Adalah yang demikian itu seperti dia ditanggung keluar masjid oleh orang lain dengan dia tidak menyuruhnya. 3517. Bersalahan jika dia digagahi keluar dengan sebenar seperti isteri dan sahaya yang beriktikaf dengan tidak ada izin suaminya dan tuannya, dan seperti orang yang dikeluarkan oleh hakim kerana membayar hak yang telah sampai tempohnya, dan orang yang keluar dari masjid kerana takutkan tuan hutangnya serta kayanya lagi pula sampai tempohnya atau papa serta dia mempunyai saksi yang boleh mensabitkan kepapaannya, maka putuslah turutan iktikafnya dengan keluar kerana perkara yang tersebut itu, kerana taksirnya616. 3518. Tidak putus turutan iktikaf dengan keluar dari masjid kerana haid jika masih ada lagi masa iktikafnya sebab lanjut masa iktikaf itu sekira-kira tidak sunyi ia daripada haid pada ghalibnya seperti ianya lebih daripada lima belas hari maka hendaklah dia menyambung iktikafnya yang tinggal didalam masa haid itu apabila dia suci darinya. Akan tetapi pada masaalah ini ada bahasan yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam syarah Irsyad. 3519. Demikian lagi tidak putus turutan iktikaf sebab keluar muazzin yang ratib dari masjid kepada menara masjid yang ada diluar masjid jika ianya dekat dengan masjid, sebab kebiasaannya naik keatas menara itu untuk azan dan jadi kebiasaan orang ramai mendengar suaranya. 3520. Demikian lagi tidak putus turutan iktikaf sebab keluar dari masjid supaya dirikan had diatasnya yang sabit dengan selain ikrarnya. Demikian lagi tidak putus turutan iktikaf sebab keluar dari masjid untuk menunaikan saksian yang tertentu dia menanggungnya dan menunaikannya.
ﺞ وَا ْﻟ ُﻌ ْﻤ َﺮ ِة ﺤﱢ َ ب ا ْﻟ ُ ِآﺘَﺎ xx KITAB HAJI DAN UMRAH 3521. Ini kitab pada menyatakan haji dan umrah. Bermula, arti haji pada bahasa adalah kasad artinya mengkasad sesuatu, dan pada istilah syara’ : mengkasad ka’batullah untuk berbuat perbuatan ibadat yang lagi akan datang kenyataannya617.
616 617
. kecuaiannya. . ﻗﺼﺪ ﺍﻟﻜﻌﺒﺔ ﻟﻠﻨﺴﻚ ﺍﻵﺗﻰ.
3522. Bermula, haji dan umrah itu fardhu lagi maklum daripada pekerjaan ugama Islam dengan dharuri maka barang siapa ingkarkan fardhunya jadilah dia kafir melainkan jika dia baru masuk Islam atau hidup jauh dari ulamak. 3523. Adalah haji itu daripada syariat yang dahulu kerana tersebut pada setengah riwayat bahawa nabi Allah Adam a.s naik haji empat puluh tahun dari negeri Hindi ke Baitullah dengan berjalan dan bahawa Jibril a.s berkata kepada nabi Allah Adam bahawa segala malaikat tlah tawaf sebelum daripada tuan hamba di Baitullah ini tujuh ribu tahun. Kata Ibnu Ishaq : tidak disuruh Allah akan seorang nabi kemudian daripada nabi Allah Ibrahim melainkan dia naik haji. Kata setengah : tidak ada seorang nabi daripada segala nabi melainkan dia naik haji. 3524. Pada wajib haji diatas segala umat yang dahulu itu ada dua wajah. Maka yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah bahwa fardhu haji itu tidak tertentu dengan umat nabi kita Muhammad sawm, tetapi ia difardhukan pula diatas segala umat yang dahulu. 3525. Bersalah-salahan ulamak pada masa yang difardhukan haji oleh Allah didalamnya. Kata setengah : adalah haji itu difardhukan sebelum hijrah dan kata setengah : difardhukan didalam tahun pertama hijrah dan kata setengah difardhukan ia didalam tahun yang kedua hijrah. Demikianlah berlaku khilaf hingga pada tahun yang kesepuluh hijrah. Tetapi yang sah bahawa haji itu difardhukan Allah taala pada tahun keenam hijrah. Tetapi tidak nabi pergi kemudian daripada hijrah melainkan pada tahun kesepuluhnya. 3526. Pada tahun kelapan nabi menyuruh ‘Atab bin Asid pergi haji dengan orang ramai pada hal dijadikan ‘Atab itu amir Makkah, pada tahun kesembilan nabi menyuruh saidina Abu Bakar pergi haji dengan orang ramai dan tinggal di Madinah beberapa orang sahabat yang kaya bersama nabi sawm dengan tidak ada suatu uzur daripada perang dan seteru. Ia adalah Uthman dan Abdul Rahman bin Auf dan selainnya. Maka pada tahun kesepuluh naik hajilah nabi sawm bersama segala sahabatnya. Maka tidak dia naik haji selepas difardhukan Allah melainkan sekali jua, iaitulah yang bernama haji Wada’. Adalah nabi sawm naik haji sebelum hijrah beberapa kali yang tidak terbilang banyaknya iaitu sebelum daripada kenabian dan kemudiannya. 3527. Dalil yang menyebutkan haji dan umrah itu sebelum daripada ijmak adalah beberapa ayat Quran dan beberapa hadith. Maka sebahagian daripada firman Allah taala “ﻼ ﻴ ﹰ ﺴ ﹺﺒ ﻴﻪ ﻉ ﺇِﹶﻟ ﺴ ﹶﺘﻁﹶﺎ ﻥﺍ ﻤ ﹺ ﺕ ﻴ ﺒ ﺞ ﺍ ﹾﻟ ﺤ ﺱ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺ ﻪ ﻭِﻟﱠﻠ ” artinya : wajib naik haji ke Baitullah diatas segala manusia yang kuasa berjalan kepadanya, dan firmannya “ﺭ ﹶﺓ ِﻟﱠﻠﻪ ﻤ ﻌ ﺍ ﹾﻟﺞ ﻭ ﺤ ﻭﺍ ﺍ ﹾﻟﻤَﺃﺘ ”ﻭartinya: dan kerjakanlah haji dan umrah kerana Allah taala dengan sempurna. Sebahagian daripada hadith sabda nabi sawm “ ﻋﻠﹶﻰ ﻡ ﻼ ﺴﹶ ﻹ ِﻲﺍ ﻨ ﺒ ﺍﻟﺦ. . . ﻤﺱﹴ ﺨ ” ﹶartinya : dibina Islam itu diatas lima rukun . . . hingga akhir hadith ini. Dan lagi sabda nabi sawm pada menjawab pertanyaan siti Aisyah r.a “ ﺀ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﱢﻨﺴ ل ْ ﻫ ﺓ ﺭ ﻤ ﻌ ﺍ ﹾﻟﺞ ﻭ ﺤ ﻰ ﺍ ﹾﻟل ﻓ َ ﻗﺘﹶﺎ ﻻ ﺩ ﹶ ﺎﺠﻬ ﻡ ﹺ ﻌ ل ﹶﻨ َ ﺩ ﻗﹶﺎ ﺎﺠﻬ ” ﹺartinya: adakah wajib diatas perempuan itu jihad ya rasulullah, maka sabdanya : bahkan -iaitu wajib diatas segala perempuanjihad yang tidak ada berbunuhan didalamya iaitu haji dan umrah. 3528. Syahadan. Haji dan umrah itu adakalanya fardhu ain iaitu diatas barang siapa yang belum mengerjakan haji dengan segala syaratnya dan adakalanya fardhu kifayah kerana menghidupkan ka’batullah tiap-tiap tahun iaitu diatas segala mereka yang telah mengerjakan haji dan adakalanya tatauuwu’ iaitu sunat bagi sekelian sahaya dan kanak-kanak. Akan tetapi tidak wajib haji dan umrah itu dengan wajib ain pada asal syara’ didalam seumur hidup melainkan sekali jua. Terkadang wajib keduanya lebih dari sekali dengan wajib ‘ain tetapi bukan dengan asal syara’ hanya kerana sebab yang mendatang seperti nazar dan kadha.
3529. Bermula, wajib haji dan umrah itu diatas tarakhi jua, iaitu berlambatan tidak wajib mengerjakan keduanya dengan segera. Maka harus bagi orang yang wajib diatasnya haji dan umrah mentakhirkan keduanya selepas tahun imkan iaitu tahun yang terboleh dia mengerjakan keduanya didalamnya, dengan dalil bahawa haji difardhukan Allah taala pada tahun keenam dan tidak naji haji nabi sawm melainkan pada tahun kesepuluh sedang sertanya ada beberapa sahabat yang kaya yang tidak uzur pada mereka itu dan dapat mereka mengerjakannya didalam tahun kelapan atau kesembilan. Dikiaskan umrah dengan haji. 3530. Tetapi tempat harus mentakhirkan keduanya adalah dengan syarat dia bermaksud akan mengerjakan keduanya pada tahun yang akan datang, dan tidak jadi picik waktu keduanya itu disebabkan nazar618 atau takutkan lumpuh atau lenyap hartanya, dan lagi hendaklah selamat dirinya dari kematian sebelum mengerjakan keduanya kerana manakala dia mentakhirkan keduanya lalu dia mati selepas tahun imkan sebelum mengerjakan keduanya maksiatlah kematiannya itu dan nyatalah fasiknya disebabkan matinya, mula dari akhir tahun imkan hingga saat matinya. Maka jika dia menjadi saksi atau menghukumkan sesuatu pada tempoh itu ditolaklah saksinya dan dibatalkan hukumannya sebab fasiknya. 3531. Ketahui oleh mu bahawa haji dan umrah itu lima martabat. Bagi setiap satu dari lima martabat itu ada beberapa syarat. Pertama martabat sah semata-mata, iaitu sah haji dan umrah semata-mata dengan tidak dikaitkan dengan mubasyar619. Maka syaratnya satu jua iaitu hendaklah dia Islam, maka sah wali atau orang yang diizinkannya mengihramkan orang yang gila dan kanak-kanak yang tidak mumayyiz. 3532. Keduanya martabat sah mubasyarah, iaitu sah mengerjakan haji dan umrah dengan sendirinya. Syaratnya tiga perkara pertama hendaklah dia Islam, kedua hendaklah dia mumayyiz, ketiga hendaklah dengan izin wali. Maka tidak sah haji dan umrah kanak-kanak yang tidak mumayyiz dengan sendirinya. Demikian lagi tidak sah haji dan umrah kanak-kanak yang mumayyiz dengan tidak ada izin walinya. 3533. Ketiga martabat jatuh haji dan umrah itu daripada haji Islam dan Umrah Islam. Maka syarat-syaratnya tiga perkara. Pertama hendaklah dia Islam, kedua hendaklah dia mukallaf, ketiga hendaklah dia merdeka. 3534. Kelima martabat wajib haji dan umrah. Syahadan. Adalah syarat wajib haji dan umrah itu empat perkara. Syarat pertama hendaklah yang mengerjakannya itu Islam, maka tidak wajib keduanya diatas kafir asli, tetapi wajib keduanya diatas yang murtad jika dia kuasa ketika murtadnya kemudian dia kembali Islam, sekalipun dia jadi papa kemudian daripada Islamnya. Maka jika ditakhirkannya akan keduanya hingga dia mati dihajikan daripadanya dari peninggalannya. Tetapi jika dia mati didalam murtadnya tidaklah dihajikan daripadanya. Syarat yang kedua hendaklah dia mukallaf iaitu akil baligh maka tidak wajib keduanya diatas yang gila dan kanak-kanak. Syarat yang ketiga hendaklah dia merdeka maka tidak wajib keduanya diatas sahaya. Syarat yang keempat hendaklah dia mempunyai kemampuan atau kuasa diatas mengerjakan haji dan umrah maka tidak wajib keduanya diatas yang tidak kuasa. 3535. Syahadan. Adalah kemampuan itu dua bagai. Bagai yang pertama kemampuan mengerjakan sendiri. Disyaratkan bagi mampu mengerjakan sendiri itu sembilan syarat. 618
. seperti dia nazarkan haji pada tahun tertentu maka sempitlah ia iaitu wajib dikerjakan pada tahun itu.
619
. melakukan sendiri.
3536. Pertama : hendaklah diperolehinya bekal yang mencukupi serta dengan bejananya hinggakan sufrah620 dan khafarah621 dan belanja pergi-baliknya yang patut dengannya daripada pakaian dan makanan dan barang sebagainya, iaitu belanja pergi-baliknya didalam sekurang-kurang masa yang dapat dia pergi dan balik didalamnya serta masa berhenti yang biasa di Makkah, dengan perjalanan yang biasa dari negerinya. 3537. Akan tetapi jika tempat kediamannya hampir dengan Makkah seperti ianya kurang dari dua marhalah dan dia menghasilkan dengan usahanya didalam sehari dari mula hari safarnya akan kecukupannya beberapa hari tidaklah disyaratkan baginya memperolehi bekal dan belanja yang tersebut itu hanya wajib diatasnya pergi serta berusaha didalam perjalanan perginya. 3538. Syarat yang kedua : bahawa diperolehnya kenderaan pergi-baliknya lebih daripada sekelian yang tersebut itu bagi sesiapa yang ada diantaranya dan diantara Makkah jarak dua marhalah. Dikehendaki dengan kenderaan disini adalah tiap-tiap binatang yang biasa ditunggang pada perjalanan sebegitu, sekalipun baghal dan keldai. 3539. Maka jika lelaki tidak kuasa duduk diatas kenderaan kerana kuat masyaqqah yang mengharuskan tayammum maka disyaratkan bahawa diperolehnya mahmal622 dengan dibelinya atau disewanya. Jika dia tidak kuasa duduk diatas mahmal maka disyaratkan bahawa diperolehnya miharah623 dan jika dia tidak kuasa duduk didalam maharah maka disyaratkan diperolehnya mihaffah624 maka hendaklah dia duduk didalam tanduan yang ditanggung oleh beberapa orang lelaki sekalipun dan jika jauh perjalanannya. 3540. Adapun perempuan dan khunsa maka disyaratkan bagi keduanya kuasa diatas menghasilkan mahmal sekalipun mereka biasa dengan selainnya seperti perempuan-perempuan arab. 3541. Disyaratkan bagi yang mengenderai mahmal atau barang sebagainya bahawa diperolehnya sekutu yang duduk pada mahmal yang disebelah mahmalnya yang sesuai sekedudukkan dengannya seperti bahawa dia tidak fasik dan bukan seteru kuatnya dan tidak ada padanya sopak dan kusta, dan apabila dia turun kerana kadha hajat hendaklah sekutunya itu duduk diantara dua mahmal supaya jadi seimbang dua mahmal itu. Jika tidak diperolehnya sekutu yang sedemikian itu maka tidaklah wajib diatasnya pergi haji sekalipun diperolehya belanja menghasilkan belah mahmal.Tetapi jika mudah dia bertimbang dengan harta bendanya dan bekalnya yang dia perlukan kepadanya sekira-kira tidak dia takutkan senget mahmalnya dan diperolehnya orang yang memegang mahmalnya yang senget itu tatkala dia turun kerana kadha hajat tidaklah disyaratkan menghasilkan sekutunya. Jika tidak seperti demikian itu maka tidak dapat tidak daripada ada sekutunya pada sebelah mahmalnya. 3542. Barang siapa ada diantaranya dan Makkah kurang daripada dua marhalah tidaklah disyaratkan baginya beroleh kenderaan jika dia kuasa berjalan dengan tidak masyaqqah. Jika dia lemah dari berjalan sekira-kira menghubunginya masyaqqah yang mengharuskan tayammum maka disyaratkan baginya memperoleh mahmal. 620 621
. – ﺳﻔﺮﺓkata Marbawi: makanan musafir , kain sufrah. . Didalam Fathul Mui’en “ ”ﻭﺃﺟﺮﺓ ﺧﻔﲑi.e dan upah khafir, iaitu orang yang diupah membantu dan menjaga
keselamatannya didalam perjalanan. 622 . sekeduk – tempat duduk seperti pelantar yang dipasang diatas belakang unta. 623 624
. – ﳏﺎﺭﺓwallhahu a’lam. . kenaikkan perempuan yang diusung oleh dua ekor kuda atau dua orang. Marbawi.
3543. Disyaratkan keadaan belanja dan kenderaan dan apa yang berkaitan dengan keduanya itu lebih dari bayaran hutangnya bagi Allah taala seperti nazar dan kifarat atau bagi anak Adam, sekalipun jika hutangnya itu bertangguh atau ditangguhkan oleh tuan hutangnya hingga dia balik dari haji. Jika ada baginya harta pada zimmah orang lain dan dapat dia menghasilkannya pada ketika itu maka ianya seperti harta yang ujud padanya. Jika tidak seperti demikian itu maka ia seperti tidak ujud jua. 3544. Disyaratkan keadaan belanja dan kenderaan itu lebih daripada nafkah mereka yang wajib diatasnya nafkah mereka, daripada pakaian dan makanan dan membaikkan nafsu bapa625 dan upah tabib dan harga ubat mereka itu, kerana hajat kerabat dan sahayanya yang berkehendak kepada keduanya dan kerana hajat yang selain keduanya. Apabila tertentu memberikan nafkah kepada mereka* maka disyaratkan lebih daripada sekelian yang tersebut itu mula dari perginya hingga baliknya kepada tempat kediamannya. Jika tidak ditinggalkan oleh orang yang naik haji akan nafkah dan belanja mereka yang tersebut itu tidaklah harus dia pergi haji dan wajib Qadhi menegahnya daripada naik haji hingga dia meninggalkan bagi mereka itu nafkah dan belanja pada masa pergi dan baliknya. Tetapi harus bagi qadhi menyuruh dia pilih pada isterinya diantara mentalakkannya dan meninggalkan nafkahnya pada tangan orang yang kepercayaan supaya dia menafkahkannya isterinya didalam masa pergi dan baliknya. 3545. Disyaratkan pula hendaklah nafkah dan belanja yang tersebut itu lebih dari sewa rumah tempat kediamannya dan dari seorang sahaya yang patut dengannya lagi yang dia perlukannya sebagai khadam kerana tarafnya atau lemah dirinya. Maka jika rumah dan sahayanya sangat baik tidak patut keduanya dengannya wajiblah dia menggantikan keduanya dengan yang patut dengannya jika mencukupi lebihan duit diatas keduanya sebagai belanja hajinya. Seperti demikian itulah kainnya yang baik yang tidak patut ia dengannya. 3546. Masaalah. Tidak wajib diatas orang ‘alim dan penuntut ilmu menjual kitabnya kerana hajatnya kepadanya melainkan jika dia mempunyai dua naskhah dari setiap satu kitab dan hasil maksudnya dengan satu naskhah jua, maka wajiblah dia menjual naskhah yang kedua. Demikian lagi tidak wajib diatas askar menjual senjatanya dan tidak wajib diatas pandai dan tukang dan barang sebagainya menjual alat-alat perkakasannya. 3547. Kata Syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : yang paling ada wajah pada orang yang tidak sabar diatas meninggalkan jimak adalah tidak disyaratkan bagi wajib haji itu kuasanya membawa gundik atau isteri bersamanya. Maka tetaplah wajib haji itu pada zimmahnya. Kata syeikh didalam Hasyiah Idhah : melainkan jika dia zan sebab meninggalkan jimak akan terhasil mudharat yang mengharuskan tayammum dengan sudah tercuba atau dengan khabar dua orang yang adil lagi yang ‘arif maka disyarakan bagi wajib hajinya itu kuasanya diatas gundik atau isteri yang dibawanya pergi bersamanya kerana bahawa gundik atau isteri pada haknya ketika itu adalah seperti kenderaan pada perjalanan yang jauh. Intaha. 3548. Maka diketahui daripada yang demikian itu tidak wajib menjual gundik untuk menghasilkan belanja haji jika dia berkehendak kepadanya kerana takutkan zina atau takutkan mudharat yang mengharuskan tayammum sebab meninggalkan jimak maka tidaklah diberati dia menjual gundik sekalipun picik masa pergi haji, bahkan tidak fadhu diatasnya pergi haji itu. 3549. Syarat yang ketiga : hendaklah aman jalan, artinya sentosa jalan tidak ada ketakutan padanya daripada bahaya diatas dirinya dan kemaluan dan harta 625
. ﺇﻋﻔﺎﻑ ﺍﻷﺏ.
dengan aman yang patut dengan safarnya, sekalipun aman itu dengan zan. Maka barang siapa takutkan kemudaharatan dirinya atau kemaluannya atau hartanya sekalipun sedikit atau takutkan binatang buas atau seteru, Islam atau kafir, atau pencuri dan tidak ada baginya jalan yang lain nescaya tidak wajib diatasnya pergi haji, kerana mudharat diatasnya, samaada takut itu umum atau khas. Tidak disyaratkan aman harta perniagaan yang ada bersamanya jika terhasil amannya dengan ditinggalkan dinegerinya, dan tidak disyaratkan aman diatas harta orang lain melainkan jika wajib dia menjaganya dan bermusafir bersamanya. 3550. Tetapi jika seteru itu kafir sunatlah dia pergi haji serta memerangi seteru itu jika diperolehnya kelengkapan pada memerangi mereka itu. Adapun jika ada baginya jalan yang lain maka wajiblah dia pergi haji pada jalan itu sekalipun ianya lebih jauh jika diperolehnya belanja melaluinya. Jika tidak ada baginya jalan melainkan jalan laut jua wajiblah dia pergi haji pada jalan laut jika ghalib selamat pada jalan itu. Inilah hukumnya pada lelaki. Demikian lagi perempuan jika diperolehnya tempat melindungkan dirinya dari lelaki. 3551. Jika ghalib binasa pada jalan laut kerana khususiah laut itu kerana besar ombaknya pada sesetengah masanya atau bersamaan selamat dan binasa maka haramlah pergi haji pada jalan itu. Jika dia pergi juga kerana tujuan yang lain maka ditilik jika pelayaran yang dihadapannya lebih banyak daripada yang sudah dilayarinya maka haruslah dia berpatah balik kenegerinya, dan jika pelayaran yang dihadapannya lebih sedikit atau bersamaan dengan yang sudah dilayarinya maka tidak harus dia berpatah balik, hanya wajiblah dia belayar, jika diperolehnya jalan yang lain daripada laut tatkala kembalinya selepas mengerjakan haji. Inilah hukumnya jika ada sekelian pelayaran didalam laut itu bersamaan pada takutnya. 3552. Adapun jika ianya bersalah-salahan seperti setengahnya lebih ditakuti dan setengahnya kurang dan setengahnya aman, maka ditilik jika pelayaran yang dihadapannya itu sedikit tetapi lebih ditakuti dan bahaya daripada yang sudah dilayarinya atau yang dihadapannya itulah tempat yang ditakuti tidaklah wajib dia terus belayar. Jika yang dihadapannya itu lebih banyak tetapi ianya aman dan telah dilayarinya tempat yang ditakuti dan yang bahaya wajiblah dia terus belayar. 3553. Soal. Jika ditanya orang : betapa kiranya diwajibkan dia terus belayar untuk haji dan diharamkan dia patah balik daripadanya pada hal fardhu haji itu diatas tarakhi? Jawab : bahawa rupa masaalah ini adalah pada pada orang yang takutkan lumpuh atau yang berihram dengan haji pada hal waktu hajinya itu picik atau yang bernazar mengerjakan haji pada tahun itu atau bahawa yang dikehendaki dengan wajib itu tetap wajibnya pada zimmahnya. 3554. Syarat keempat : hendaklah diperolehnya bekal dan air pada tempattempat perjalanannya yang biasa didapatkan keduanya sebagai padanya dengan harga seumpama iaitu kadar yang patut dengannya pada tempat itu dan pada masa itu. Maka jika tidak diperolehnya yang demikian itu sekalipun pada satu perhentian yang biasa didapati keduanya untuk bekalan padanya maka tidaklah wajib dia pergi haji. 3555. Demikian lagi hendaklah diperolehnya umpan binatangnya pada setiap perhentian kerana belanja pada menanggungnya besar kerana banyaknya, bersalahan bekal dan air. 3556. Tidak wajib naik haji diatas perempuan sekalipun tua yang tidak diingini ataupun penduduk Makkah melainkan jika keluar sertanya suaminya sekalipun fasik, atau lelaki mahramnya iaitu yang haram nikah dengannya daripada keluarganya atau yang sesusuan dengannya atau mertuanya atau bapa tirinya atau anak tirinya, kerana sabda nabi sawm “ ﻭ ﻭ ﹸﺫ ﺎ َﺃﺠﻬ ﹶ ﻭ ﺯ ﺎﻌﻬ ﻤ ﻭ ﻻ ﺍ ِﺇ ﱠﻴﺩ ﺒ ﹺﺭ ﺭَﺃ ﹸﺓ ﻤ ﻓ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟ ﺎﻻ ﹸﺘﺴ ﺭ ﹴﻡ ﺤ ﻤ ” artinya : janganlah pergi-pergian seorang perempuan pada perjalanan yang
jauhnya empat farsakh626 melainkan jika ada bersamanya suaminya atau lelaki yang haram nikah dengannnya. 3557. Seperti suami dan mahram adalah sahaya lelaki yang kepercayaan jika perempuan itu kepercayaan juga sepertinya, kerana tidak harus bagi keduanya berlihat-lihatan dan sekhalwat melainkan pada ketika itu. Memadai yang murahiq627 dan yang buta jika ada baginya wijahah628 dan cerdik sekira-kira ujud aman sertanya atas diri perempuan itu. 3558. Disyaratkan pada lelaki yang pergi serta perempuan itu bahawa hendaklah dia hampir dengannya sekira-kira dia mencegah daripadanya tilikan mata mereka yang derhaka, sekalipun dia jauh darinya sedikit pada sesetengah ketika. 3559. Demikian lagi wajib haji diatas perempuan jika ada sertanya tiga perempuan yang kepercayaan atau lebih, seperti bahawa adalah mereka itu baligh lagi adil sekalipun mereka itu sahaya, bahkan memadai keadaan mereka itu murahiq jika mereka itu cerdik sekira-kira hasil aman diatas dirinya bersama mereka itu. Demikian lagi memada keadaan mereka itu fasik dengan selain zina atau qiadah629 dengan syarat jika mereka itu mahram baginya. 3560. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa tak dapat tidak pada wajib haji diatas seorang perempuan itu daripada ada tiga orang perempuan atau lebih bersamanya. Maka tidak memada ada bersamanya dua orang perempuan kerana terkadang datang hajat kepada salah seorang daripada mereka itu didalam safar maka perlu kepada pergi dua orang dan tinggal dua orang lagi. Jika dipadakan ada bersama dua orang nescaya adalah yang pergi itu seorang jua maka ditakutilah bahaya diatas dirinya. 3561. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Yang dirajihkan oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni dan syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa dipadakan ada bersamanya dua orang perempuan. Inilah perintah sekeliannya pada pihak fardhu haji diatas perempuan. 3562. Adapun pada pihak harus maka harus baginya pergi haji serta seorang perempuan yang kepercayaan. Demikian lagi harus baginya pergi haji seorang dirinya jika dia yakinkan aman diatas dirinya. Inilah sekeliannya pada haji fardhu dan jikalau nazar atau kadha sekalipun. 3563. Adapun haji sunat maka tidak harus bagi perempuan pergi untuk mengerjakannya serta ada beberapa perempuan sekalipun ramai, hinggakan tidak harus diatas perempuan Makkah mengerjakan sunat umrah dari Tani’em bersama dengan beberapa perempuan. Tetapi jika mati mahramnya yang lelaki pada hal dia didalam mengerjakan haji sunat atau umrah haruslah dia menyempurnakan hajinya atau umrahnya itu. 3564. Disyaratkan pada khunsa musykil bahawa keluar bersamanya mahramnya yang lelaki atau perempuan. Memadai ada bersamanya beberapa perempuan ajnabi kerana harus bagi seorang lelaki sekhlawat dengan beberapa perempuan yang kepercayaan yang bukan mahram baginya. Disyaratkan pada amrudi630 yang elok parasnya bahawa keluar sertanya tuannya atau mahramnya yang hasil aman dengannya diatas dirinya. 3565. Syarat kelima : hendaklah dia boleh tetap diatas kenderaan tanpa masyaqqah yang kuat. Maka barang siapa tidak tetap diatas kenderaan sama 626
. empat farsakh sama dengan satu barid.
627
. yang hampir baligh.
628
. Kata Marbawi: wijahah – masyhur dan megah. Iaitu yang menjadi perhatian orang lain.
629
. orang yang mengaturkan perzinaan.
630
. remaja lelaki yang belum tumbuh bulu-bulu muka.
sekali atau tetap dia diatasnya tetapi dengan masyaqqah yang mengharuskan tayammum tidaklah wajib diatasnya pergi haji dengan sendirinya tetapi hendaklah dia mengadakan penggantinya dengan syarat-syaratnya yang lagi akan datang. 3566. Syarat keenam: hendaklah diperolehnya apa yang telah lalu daripada bekal dan selainya pada waktu yang keluar orang ramai dari negerinya. 3567. Syarat ketujuh : hendaklah didapatinya masa yang sempat dia berjalan untuk mengerjakan haji, seperti bahawa tinggal daripada masa pada waktu dia memperoleh bekal dan selainnya kadar yang dapat dia berjalan didalamnya kepada mengerjakan haji dengan perjalanan yang maklum. Maka jika dia dapat mengerjakan haji tetapi tidak dengan perjalanan yang maklum seperti dijalaninya perjalanan dua hari dengan sehari atau setengah hari maka tidaklah wajib atasnya pergi haji, dan jika dia mati tidaklah wajib dikadhakan hajinya dari peninggalannya. 3568. Syarat yang kelapan : hendaklah diperolehnya beberapa taulan sekira-kira tidak aman dirinya melainkan bersama mereka itu, yang keluar dia bersama mereka itu pada waktu yang beradat. Maka jika terdahulu keluar mereka itu dari waktu yang beradat dengan sekira-kira bertambah beberapa hari atau terkemudian keluar mereka itu darinya dengan sekira-kira tidak sempat dia mengerjakan haji bersama mereka itu melainkan dengan perjalanan yang cepat seperti dijalani oleh mereka itu akan perjalanan dua hari dengan sehari maka tidaklah wajib diatasnya pergi haji kerana besar belanjanya pada masaalah yang pertama dan kerana hasil mudharat diatasnya pada masaalah yang kedua. Wajib dia pergi sendirian pada jalan yang aman yang tidak dibimbangkan orang yang pergi seorang diri padanya, sekalipun terhasil baginya liar hati. 3569. Syarat kesembilan: hendaklah diperolehnya apa yang telah lalu itu daripada bekal dan selainnya dengan harta yang ada padanya, maka tidak wajib dia menerima harta pemberian orang kerana besar bangkitan padanya. Demikian lagi tidak wajib diatasnya membeli bekal dan kenderaan dengan harta yang diperolehnya secara berhutang yang bertangguh, sekalipun lama masa tangguhan itu hingga dia sampai kepada hartanya. 3570. Tidak kebilangan jika ada baginya harta yang dihutangi orang dengan bertangguh atau tunai631 tetapi yang berhutang itu papa atau mungkir iaitu tidak mengaku dia berhutang dan tidak ada saksi baginya dan tidak dapat dia mengambil harta orang itu632. Bersalahan hutang yang tunai diatas orang yang kaya lagi mengaku atau tidak mengaku tetapi ada saksi atau dapat dia mengambil hartanya dan diperoleh syarat mengambil harta dengan sendiri. Maka wajiblah diatasnya pergi haji. 3571. Bermula, harta yang ujud selepas kafilah bertolak maka iaitu seperti tidak ada jua. 3572. Syahadan. Tidak wajib haji dan umrah diatas orang buta melainkan apabila diperolehnya orang yang memimpinnya lagi kuasa dia diatas memberinya upah jika dia menuntut upah dan tidak lebih upah yang dituntutnya diatas upah seumpama. 3573. Demikian lagi disyaratkan kuasa perempuan diatas upah suaminya jika ia menuntut upah. 3574. Bagai yang kedua : kemampuan menghasilkan haji dan umrah dengan orang lain. Iaitu orang yang mati dan ada diatasnya haji fardhu dan ada baginya harta peninggalan maka wajib menghajikannya daripada harta peningalannya dengan segera, tetapi jika tidak ada baginya harta peninggalan maka tidaklah 631
. sampai tempoh.
632
. mengambil harta orang yang berhutang kepadanya tanpa izinnya dan izin kadhi.
wajib menghajikannya, akan tetap sunat bagi warith dan bagi orang yang ajnabi menghajikannya sekalipun tanpa ada izin warithnya. 3575. Begitu juga orang tidak kuasa naik haji dengan sendirinya dan putus pengharapannya daripada kuasa diatasnya kerana sangat tua atau sakit yang tidak ada harapan sembuhnya, dinamakan dia ma’dhub633. Wajiblah dia mewakilkan seorang sebagai gantinya mengerjakan haji jika dia kuasa diatas mengupah wakil yang menghajikannya dengan upah seumpama lagi lebih daripada apa yang telah lalu itu melainkan belanja dirinya dan belanja keluarganya. Maka tidak disyaratkan keadaan upah itu lebih darinya jika dapat dia menghasilkan belanja mereka itu634. Bersalahan perintah orang yang naik haji dengan sendirinya635. 3576. Demikian lagi wajib ma’dhub itu mewakilkan jika dia mendapat orang yang sanggup menghajikannya kerana Allah, lagi dia itu amanah lagi tidak ada diatasnya haji fardhu dan adalah orang itu orang yang sah haji Islam darinya dan tidak ma’dhub. Maka wajiblah orang itu menerima wakil yang tersebut itu pada mengizinkan dia menghajikan tuan wakilnya (iaitu ma’dhub) dengan kerana Allah, sekalipun dia itu perempuan ajnabi. 3577. Tetapi jika wakil yang menghajikannya dengan kerana Allah itu adalah asalnya iaitu bapanya atau datuknya atau fara’nya iaitu anaknya atau cucunya atau perempuan dengan berjalan tidaklah wajib ma’dhub itu menjadikannya sebagai wakil, kerana naik haji dengan berjalan itu sangat masyaqqah, melainkan jika ada diantaranya dan diantara Makkah kurang daripada dua marhalah lagi dia kuasa berjalan, dan lagi kerana harus bagi wali perempuan itu menegahnya daripada berjalan maka tidaklah kebilangan taatnya636. 3578. Demikian lagi tidak wajib dia mewakilkan orang yang tidak mendapat belanja yang memadainya didalam hari-hari haji sekalipun dia berkenderaan lagi boleh berusaha pada menghasilkan belanjanya, kerana usaha itu terkadang putus. Demikian lagi tidak wajib dia mewakilkan asalnya atau fara’nya yang berpegang diatas usaha atau diatas meminta sekalipun dia berkenderaan. 3579. Demikian lagi tidak wajib dia mewakilkan lelaki ajnabi yang berpegang diatas usaha atau meminta kerana usaha terkadang putus dan yang meminta terkadang tidak diberi orang melainkan apabila dia boleh berusaha didalam sehari memadai sebagai belanjanya beberapa hari. Maka wajib dia mewakilkannya pada menghajikannya. 3580. Jika dia dapati tanda taat artinya tanda setuju jadi wakil pada keluarganya atau orang ajnabi wajiblah dia menanyainya untuk jadi wakil. Akan tetapi jika dia diberikan harta sebagai upah wakil yang menghajikannya tidaklah wajib dia menerimanya kerana besar bangkitannya, melainkan jika diupahkan seorang menghajikannya oleh wakilnya yang mana dia itu bapanya atau anaknya, wajiblah dia menerimanya. 3581. Bermula, tempat harus atau wajib bagi ma’dhub berwakil pada menghajikannya adalah jika jarak diantaranya dan diantara Makkah dua marhalah. Adapun jika diantaranya dan diantara Makkah kurang daripada dua marhalah maka wajib dia mengerjakan haji dengan sendirinya kerana tidak sukar dia duduk didalam mahmal atau mahfah atau katil yang ditanggung oleh 633
. tidak upaya dari apa-apa sedut, buka maknanya lumpuh tubuh badan.
634
. kerana dia boleh menghasilkannya sepanjang tempoh wakilnya mengerjakan haji untuknya.
635
. pada asal “Maka tidak disyaratkan keadaan upah dan dapat dia menghasilkan belanja mereka itu.
Bersalahan perintah orang yang naik haji dengan sendirinya.”. 636 . iaitu sanggupannya.
beberapa lelaki. Tidak ditilik kepada masyaqqahnya kerana hampir perjalanannya. Tetapi jika ditakdirkan sukar yang demikian itu diatasnya maka sahlah dia berwakil mengantikan orang lain pada menghajikannya sekalipun dia berada di Makkah.
ﺖ ِ ب ا ْﻟ َﻤﻮَا ِﻗ ْﻴ ُ ﺑَﺎ BAB MIQAT 3582. Ini bab pada menyatakan miqat-miqat haji dan umrah iaitu waktu ihram haji dan umrah dan tempatnya. 3583. Syahadan. Adalah bagi ihram haji dan umrah itu dua miqat. Pertama miqat zamani kedua miqat makani. Adapun miqat zamani pada ihram dengan umrah maka iaitu tiap-tiap waktu kerana sekelian tahun adalah waktu bagi ihram dengan umrah, tetapi tertagah ihram dengan umrah diatas yang mengerjakan haji selama ada lagi diatasnya suatu daripada amal-amalnya seperti melontar kerana kekal hukum ihram adalah seperti kekal diri ihram. Dari kerana inilah tidak tergambar dua haji didalam setahun. 3584. Sunat mengerjakan umrah sekalipun didalam sehari, kerana umrah itu terafdhal dari tawaf diatas kaul yang muktamad, jika bersamaan lama masa umrah dan tawaf. 3585. Adapun miqat zamani bagi ihram dengan haji maka iaitu bulan syawal dan zulqa’dah dan sepuluh hari daripada bulan zul hijjah. Maka lanjutlah waktunya mula dari syawal hingga sah Hari Nahar. Maka sahlah ihram dengan haji sekalipun picik masanya, seperti ihram haji orang Mesir dinegeri Mesir umpamanya dahulu sedikit daripada fajar Hari Nahar. 3586. Maka jika seorang berihram dengan haji pada selain waktunya yang tersebut itu seperti pada bulan ramadhan maka sahlah ihramnya itu sebagai umrah, sekalipun dia tahukan yang demikian itu lagi disengajakannya. Memadailah umrah itu baginya daripada umrah fardhu Islam, kerana ihram itu suatu yang lazim maka apabila satu waktu itu tidak menerima apa yang diihramkan, daripada haji, berpalinglah ia kepada apa yang ia terima, daripada umrah. Inilah hukum miqat zamani. 3587. Adapun miqat makani bagi ihram dengan haji pada orang yang ada dinegeri Makkah samaada dia orang Makkah atau orang negeri lain maka hendaklah dia ihram dengan haji didalam Makkah, tidak memadainya ihram diluar Makkah sekalipun ia berbetulan dengannya637, samaada dia qarin atau mutamatti’ atau mufrid638. Maka jika dia bercerai dari Makkah ketempat yang tidak harus qasar didalamnya kalau umpamanya dia musafir dari Makkah dan ihram diluarnya dan tidak dia kembali keMakkah sebelum wukuf di Arafah nescaya berdosalah dia lagi wajib diatasnya dam. 3588. Demikian lagi jika dia kembali kedalamnya sebelum daripada wukuf pada hal telah dia sampai dia tatkala keluarnya kepada jarak qasar. Berdosalah dia lagi wajib diatasnya dam. 3589. Dikecualikan daripada yang demikian itu orang Makkah yang mengambil upah pada menghajikan orang negeri lain, maka wajib diatasnya keluar kepada miqat orang yang dihajikannya supaya dia ihram pada miqat itu. 637
. berbetulan dengan pihak tempat tinggalnya didalam tanah haram. Wallahu a’lam
638
. qarin - yang mengerjakan haji qiran, mutamatti’- yang mengerjakan haji tamattu’, mufrid - yang
mengerjakan haji ifrad.
3590. Terafdhal bagi barang siapa yang ihram di Makkah bahawa dia sembahyang dua rakaat sunat ihram didalam masjid haram kemudian maka pergi kepada pintu rumahnya supaya dia ihram padanya kemudian maka pergi kedalam masjidil haram kerana tawaf wida’ jika di kehendakinya kerana bahawa tawaf wida’ pada ketika itu sunat jua. 3591. Adapun miqat makani bagi ihram dengan umrah pada orang yang dinegeri Makkah maka iaitu tanah halal. Memadalah tanah halal yang terhampir kepada Makkah pada sebarang pihak yang dikehendakinya. Maka barang siapa yang berada di Makkah hendaklah dia keuar ketanah halal untuk ihram dengan umrah. Maka jika dia ihram dengan umrah di Makkah sahlah ihramnya tetapi hendaklah dia keluar ketanah halal kemudiannya supaya dia lepas dari dosa dan kerana jika tidak keluar ketanah halal nescaya berdosalah dia lagi wajib diatasnya dam. 3592. Bermula, tempat yang terafdhal bagi ihram dengan umrah itu adalah yang bernama Ja’ranah. Adalah diantaranya dan diantara Makkah dua belas mil. Kata setengah lapan belas mil, kerana nabi sawm berihram dengan umrah padanya. Telah menghikayat Azrari’e daripada Jundi pada fadhilat Makkah bahawa adalah tiga ratus nabi daripada nabi-nabi telah berihram dengan umrah di Ja’ranah. 3593. Kemudian mengiringinya pada fadhilat Tani’em. Adalah diantaranya dan Makkah tiga mil kerana nabi sawm menyuruh Siti Aisyah r.a breihram dengan umrah disana. Dinamai ia sekarang ini denga masjid Aisyah. 3594. Kemudian yang mengiringi Tani’em pada fadhilat adalah Hudaibiah. Diantaranya dan diantara Makkah dua belas mil. Kata setengah : lapan belas mil kerana bahawa nabi sawm sembahyang ia disana dan berhasrat masuk ke Makkah daripadanya kerana menyempurnakan umrahnya. 3595. Adapun orang yang tidak berada di Makkah, samaada dia orang Makkah atau selainnya hendaklah dia ihram dengan haji atau umrah daripada miqat yang ditentukan oleh nabi sawm pada jalan yang dilaluinya. Maka miqat orang yang datang dari Tihamah Yaman adalah Yalamlam atau bandar Jeddah, dan miqat yang datang dari pihak Najd Yaman dan Hijaz adalah Qarn, dan miqat orang yang datang dari pihak negeri Iraq dan Khurasan adalah Zatu Irqin. Maka tiaptiap daripada tiga miqat itu jauhnya dari Makkah dua marhalah. 3596. Miqat orang yang datang dari pihak negeri Mesir dan maghrib dan yang datang dari pihak negeri Syam yang tidak melalui jalan Tabuk adalah Juhfah iaitu satu dusun yang telah rosak639, jauhnya terkemudian sedikit daripada Rabigh*, jauhnya dari Makkah hampir enam Marhalah. 3597. Miqat orang yang datang dari Madinah adalah Zul Hulaifah iaitu tempat yang dinamakan pada masa ini Abyar Ali. Adalah jauhnya dari Madinah tiga mil. Aa dalah miqat yang paling jauh dari Makkah daripada miqat-miqat yang lain. 3598. Barang siapa melalui jalan yang tidak ada miqat maka jika ia berbetulan dengan satu miqat pada pihak kanannya atau kirinya hendaklah dia ihram pada tempat yang berbetulan dengan miqat itu, iaitu berbetulan pada kanannya atau kirinya. Maka tidaklah kebilangan berbetulan pada pihak hadapannya atau pada pihak belakangnya. Jika kesamaran miqat diatasnya atau tempat yang berbetulan dengan miqat hendaklah dia ijtihad pada menghasilkannya. 3599. Sunat dia mengerjakan ihtiat, jika dia berbetulan dengan dua miqat dan salah satu daripada keduanya lebih hampir dengannya maka yang lebih hampir itulah miqatnya. Jika keduanya bersamaan pada hampir dengannya maka miqatnya adalah yang terjauh dari Makkah, sekalipun dia bebetulan dengan miqat yang lebih dekat dengan Makkah terdahulu daripada berbetulan dengan miqat yang lebih jauh dari Makkah. 639
. runtuh dan ditinggalkan.
3600. Jika bersamaan hampir kedua miqat itu kepada Makkah dan kepada dirinya hendaklah dia ihram pada tempat yang berbetulan dengan kedua miqat itu, jika dia tidak berbetulan dengan salah satu daripada keduanya sebelum berbetulan dengan miqat yang kedua. Jika dia berbetulan seperti demikian itu maka hendaklah dia ihram pada tempat yang mula-mula dia berbetulan dengan miqat itu, tidak harus dia berniat ketika sampai berbetulan dengan miqat yang kedua, seperti tidak harus orang yang lalu diatas jalan Zul Hulaifah mentakhirkan ihramnya kepada Juhfah. 3601. Barang siapa yang tempat kediamannya diantara Makkah dan miqat maka miqatnya tempat kediamannya. Maka jika tidak ada miqat pada jalannya dan tidak berbetulan ia dengan satu miqat maka hendaklah dia ihram pada tempat yang dua marhalah jauhnya dari Makkah. 3602. Barang siapa yang melalui miqatnya dalam keadaan tidak berkehendak kepada haji atau umrah kemudian maka dia menghendakinya maka miqatnya adalah tempat ketika dia menghendakinya. 3603. Barang siapa sampai kepada miqatnya dalam keadaan hendak mengerjakan haji atau umrah wajib dia berihram pada miqat itu, kerana jika dia melintasinya kemudian dia berihram dan tidak dia berniat kembali kepada miqatnya itu atau kepada seumpama jauh jarak miqatnya640* wajib dam diatasnya kerana dia derhaka sebab melintasi miqat itu, dengan ijmak. Wajib dia kembali kemiqat itu dengan ihramnya jika dia telah berihram atau supaya dia berihram pada miqat itu jika dia belum berihram kerana memperdapati bagi orang yang derhaka dengan sebab meninggalkannya. Melainkan kerana uzur. 3604. Hanyalah wajib diatasnya dam jika dia ihram selepas melalui miqat pada tahun itu dan tidak dia kembali kepada miqat itu dan tidak dia kembali kepada seumpama jarak* miqat itu sebelum mengerjakan nusuk, sekalipun dia tidak kembali kepadanya kerana uzur. Maka jika dia kembali kemudian daripada mengerjakan pekerjaan nusuk sekalipun tawaf qudum tidaklah gugur dam itu daripadanya kerana dia mengerjakan nusuk dengan ihram yang kurang. 3605. Bermula, ihram pada miqat terafdhal daripada ihram pada negerinya kerana nabi sawm adalah dia ihram dengan haji dan umrah Hudaibiah pada Zul Hulaifah, tidak di Madinah. 3606. Fasal pada menyatakan rukun haji dan umrah. Bermula, rukun haji itu enam perkara. Pertama : ihram, iaitu berniat masuk mengerjakan nusuk. Kedua : wukuf, iaitu berhenti di Arafah. Ketiga : tawaf dibaitullah. Keempat sai’e diantara safa dan marwah. Kelima : cukur rambut atau bergunting. Keenam : tertib pada kebanyakkan rukun-rukunnya kerana tak dapat tidak daripada mendulukan ihram dari sekelian rukun-rukun yang lain dan mendulukan wukuf diatas apa yang kemudiannya dan mendulukan tawaf diatas sai’e. Harus mendulukan cukur diatas keduanya dan mentakhirkannya daripada keduanya. 3607. Bermula, rukun umrah itu lima perkara. Pertama : ihram. Kedua tawaf. Ketiga : sai’e. Keempat : cukur. Kelima : tertib pada sekelian rukun. 3608. Fasal pada menyatakan ihram. Ketahui oleh mu bahawa ihram pada syara’ diitlakkan keatas dua makna. Yang pertama : niat masuk mengerjakan haji atau umrah atau keduanya. Makna yang kedua : masuk mengerjakan haji atau umrah atau keduanya dengan niat. Maka makna yang pertama ini adalah yang dikehendaki oleh fuqaha’ dengan kata mereka itu : ihram itu satu rukun, dan makna yang keduanya adalah yang dikehendaki dengan kata mereka itu : sah ihram dengan niat. Maka makna yang kedua inilah yang mengehendaki masuk pada ihram dan mengharamkan segala bagai yang lagi akan datang, dan ia 640
. atau kepada seumpama perjalanan miqat jauhnya. Wallahu a’lam.
adalah yang dibatalkan oleh jimak dan riddah. Maka ia adalah yang dikehendaki pada fasal ini. 3609. Bermula, ihram itu dua bagai. Pertama ihram mu’ayyan artinya yang ditentukan seperti diniatkan ihram itu dengan haji atau umrah atau keduanya. Keduanya ihram mutlak artinya tidak dikaitkan ihram itu dengan haji atau dengan umrah atau dengan keduanya, seperti dia niatkan semata-mata ihram jua. 3610. Tetapi ihram yang mu’ayyan itu terfdhal supaya dikenalnya pekerjaan yang dia masuk mengerjakannya dan lagi supaya hampir ia kepada ikhlas kerana sabda nabi sawm “ ﻥ ﺩ َﺃ ﺍﻥ َﺃﺭ ﻤ ﻭ ل ْ ﻌ ﻴ ﹾﻔ ﺞ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺤ ﻴ ﹺﻬلﱠ ﹺﺒ ﻥ ﺩ َﺃ ﺍﻥ َﺃﺭ ﻤ ﻭ ل ْ ﻌ ﻴ ﹾﻔ ﺓ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺭ ﻤ ﻋ ﻭ ﺞ َﺃ ﺤ ﻴ ﹺﻬلﱠ ﹺﺒ ﻥ ﻡ َﺃ ﻤ ﹾﻨ ﹸﻜ ﺩ ﺍﻥ َﺃﺭ ﻤ ل ْ ﻌ ﻴ ﹾﻔ ﺓ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺭ ﻤ ﻌ ﻴ ﹺﻬلﱠ ﹺﺒ ” artinya: barang siapa yang daripada kamu hendak berihram dengan haji dan umrah maka buatlah dan barang siapa hendak berihram dengan haji maka buatlah dan barang siapa hendak berihram dengan umrah maka buatlah. Riwayat Muslim dari Aisyah r.a. 3611. Jika seorang berihram dengan ihram yang mutlak didalam bulan haji hendaklah dia memalingkan ihramnya dengan niat kepada apa yang dikehendakinya daripada haji datau umrah atau keduanya sebelum mengerjakan amalan haji atau umrah. Maka tidak memada mengerjakan amal sebelum meniatkan yang demikian itu. Tetapi jika dia ihram dengan ihram mutlak didalam bulan yang lain daripada bulan-bulan haji jadilah ihramnya itu untuk umrah sahaja. Maka hendaklah di kerjakan amalannya, dan tidak harus dia memalingkan ihramnya itu kepada haji melainkan didalam bulannya. 3612. Sunat melafazkan niat apa yang dikehendakinya daripada haji atau umrah atau keduanya untuk meneguhkan apa yang didalam hatinya seperti pada sekelian ibadat yang lain. Maka jika dia hendak mengerjakan haji sahaja demikianlah lafaznya “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﻪ ِﻟﱠﻠ ﺕ ﹺﺒ ﻤ ﹸ ﺭ ﺤ ﻭَﺃ ﺞ ﺤ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah taala, dan jika dia hendak mengerjakan umrah sahaja demikianlah lafaz niatnya “ ﻪ ﺎ ِﻟﱠﻠﺕ ﹺﺒﻬ ﻤ ﹸ ﺭ ﺤ ﻭَﺃ ﺭ ﹶﺓ ﻤ ﻌ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹸ ﻭ ﹶﻨ ﺎﻟﹶﻰ ” ﹶﺘﻌartinya : sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah taala, dan jika dia hendak menyertakan haji dan umrah demikianlah lafaz niatnya “ﺎﻟﹶﻰﻪ ﹶﺘﻌ ﺎ ِﻟﱠﻠﺕ ﹺﺒ ﹺﻬﻤ ﻤ ﹸ ﺭ ﺤ ﻭَﺃ ﺭ ﹶﺓ ﻤ ﻌ ﺍ ﹾﻟﺞ ﻭ ﺤ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹸ ﻭ ” ﹶﻨartinya : sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan berihram dengan keduanya kerana Allah taala. 3613. Sunat mengucapkan talbiah selepas melafazkan niat yang tersebut itu. Demikianlah bunyinya “ ﹶﻟﻙﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﻙ ﹶ ﻤ ﹾﻠ ﺍ ﹾﻟ ﻭﻤ ﹶﺔ ﹶﻟﻙ ﻌ ﺍﻟ ﱢﻨﺩ ﻭ ﻤ ﺤ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ِﺇﻴﻙ ﺒ ﹶﻟ ﹶﻟﻙﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﹶﻴﻙ ﺒ ﹶﻟﻴﻙ ﺒ ﹶﻟﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠﻴﻙ ﺒ ﹶﻟ artinya : aku junjung titah Mu diatas mentaati Mu wahai Tuhan ku selepas daripada mentaati Mu dan mengikut suruhan Mu agar mengerjakan haji diatas lisan kekasih Mu nabi Ibrahim dan Muhamamd sawm. Aku jungjunglah titah Mu diatas mentaati Mu selepas daripada mentaati Mu. Sungguhnya segala pujian dan ni’mat bagi Mu jua dan sungguhnya kerajaan bagi Mu jua, tidak ada yang bersekutu dengan Mu. dan sunat membanyakkan talbiah ini selama dia masih lagi didalam ihram hinggakan bagi umpama perempuan yang haid. 3614. Lebih muakkad membaca talbiah itu tatkala berubah hal, iaitu seperti naik bukit dan turun darinya dan tatkala berhimpun dengan orang ramai dan tatkala bercerai daripada mereka itu dan pada ketika malam dan siang dan mengenderai kenderaan dan turun darinya dan tatkala selesai sembahyang. Akan tetapi makruh membaca talbiah pada tempat-tempat najis. 3615. Sunat bagi lelaki menyaringkan suara dengan mengucap talbiah hinggakan didalam masjid, sekira-kira tidak melelahkan dia, kerana nabi sawm menyuruh dinyaringkan suara dengan talbiah. Melainkan talbiah yang kemudian daripada niat ihram. Maka sunat memperlahankannya sekira-kira kedengaran oleh dirinya. Sunat pada talbiah itu menyebutkan apa yang dia ihram dengannya daripada haji dan umrah.
3616. Demikian lagi perempuan dan khunsa, maka sunat keduanya memperlahankan suara dengan mengucap talbiah sekira-kira kedengaran oleh telinga dirinya. Akan tetapi jika dia menyaringkan suaranya maka iaitu makruh jua tidak haram. Hanyalah diharamkan perempuan azan dengan nyaring kerana setiap orang sunat sengaja mendengar suara orang yang azan, dan adalah ia menjadi sebab yang menjatuhkan orang ramai kepada fitnah. Bersalahan menyaringkan suara dengan talbiah kerana setiap orang sibuk dengan talbiah dirinya daripada mendengar talbiah orang lain. 3617. Sunat mengulangi sekelian lafaz talbiah tiga kali. Kemudian apabila dia selesai dari talbiah maka sunat dia mengucap selawat dan salam diatas nabi sawm dengan suara yang lebih perlahan dari suara mengucap talbiah supaya berbeza diantara selawat dan talbiah. Yang terafdhal hendaklah selawat itu seperti selawat yang pada tasyahhud. Kemudian maka hendaklah dia memohon kepada Allah taala akan keredhaanNya dan syurga, dan berlindung dari api neraka dengan katanya “ﻥ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻤ ﻙ ﻭﺫﹸ ﹺﺒ ﻋ ﻭَﺃ ﱠﻨ ﹶﺔﺍ ﹾﻟﺠﻙ ﻭ ﺎ ﹺﺭﻀﺴَﺄﹸﻟﻙ ﻲ َﺃ ِﺇ ﱢﻨﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠartinya : wahai Tuhan ku sungguhnya aku memohon dari Mu keredhaan Mu dan syurga dan berlindung dengan Mu dari api neraka. 3618. Setelah itu maka sunat dia berdoa denga apa yang dikehendakinya daripada kebajikan dunia dan akhirat. 3619. Sunat bahawa jangan dia bercakap didalam talbiah, tetapi terkadang sunat becakap seperti menjawab salam, dan terkadang wajib seperti mengingatkan orang yang hampir jatuh kepada kebinasaan. Makruh memberi salam kepada orang yang mengucap talbiah. 3620. Apabil seorang yang berihram melihat sebarang perkara yang mengkagumkannya atau suatu yang dibencinya maka sunat dia membaca “ ﻥ ِﺇﻴﻙ ﺒ ﹶﻟ ﺓ ﺭ ﺨ ﺵ ﺍﻵ ﻴ ﹸ ﻋ ﺵ ﻴ ﹶ ﻌ ”ﺍ ﹾﻟartinya : aku jungjunglah titah Mu mendirikan taat selepas mendirikan taat. Sungguhnya hidup yang dituntut lagi yang kekal adalah hidup akhirat. Maka tidaklah aku dukacita diatas luput apa yang aku gemari dan tidaklah aku kemudharatan kerana terhasil apa yang aku benci, kerana bawa nabis sawm membaca yang demikian itu ketika sukacita tatkala melihat perhimpunan jamaah daripada sekelian umat Islam yang wukuf di Arafah dan dibacanya yang demikian itu ketika dukacita tatkala melihat kesulitan pada sekelian orang Islam ketika menggali khandak. Demikian lagi sunat bagi yang tidak ihram membanyakkan yang tersebut itu, tetapi dengan tidak ada lafaz “labbaika”. 3621. Fasal pada menyatakan sunat yang berkaitan dengan haji. Bermula, sunat mandi kerana ihram bagi tiap-tiap seorang pada tiap-tiap hal hinggakan bagi perempuan yang haid dan nifas, kerana maksudnya adalah menyucikan badan. Tetapi sunat bagi keduanya berniat mandi sunat. Terutama bagi keduanya mentakhirkan ihram hingga suci dari haid dan nifas jika dapat. Sunat pada mengihramkan kanak-kanak yang tidak mumayyiz bahawa dimandikan dia oleh walinya. 3622. Barang siapa lemah dari memperoleh air sunat dia bertayammum. Berlakulah yang demikian itu pada sekelian mandi yang lagi akan datang. Sunat mandi tatkala hendak masuk Makkah sekalipun dia tidak berihram. Tetapi barang siapa keluar dari Makkah dan berihram dengan umrah pada tempat halal yang hampir dengan Makkah sekira-kira tidak berubah bau badannya pada ghalibnya didalam perjalananya seperti Tani’em dan dia telah mandi disana kerana ihram tidaklah disunatkan baginya mandi kerana masuk Makkah kerana hasil suci badannya dengan mandi yang dahulu itu. Seperti demikian itulah orang yang berihram dengan haji pada tempat itu selepas mandi, maka tidak sunat baginya mandi kerana masuk Makkah.
3623. Dan lagi sunat mandi kerana masuk Tanah Haram dan kerana masuk kedalam ka’bah dan kerana masuk Madinah dan kerana wukuf di Arafah. Maka terafdhal mandi kerana wukuf itu selepas gelincir matahari tetapi hasil sunatnya dengan mandi kemudian daripada fajar. Demikian lagi sunat mandi kerana wukuf di Muzdalifah kemudian daripada fajar dan masuk waktu mandi daripada tengah malam. 3624. Demikian lagi sunat mandi kerana melontar sekelian jamrah pada setiap hari daripada hari-hari tasyrik kerana datang beberapa athar pada yang demikian itu. Dan lagi kerana ia tempat perhimpunan segala manusia maka dia menyerupai mandi jumaat dan seumpamanya. Yang terafdhal bahawa mandi kerana melontar itu selepas gelincir matahari. ‘ 3625. Tidak sunat mandi kerana melontar jamrah ‘aqabah pada hari raya. Demikian lagi tidak sunat mandi kerana bermalam di Muzdalifah dan kerana tawaf qudum atau tawaf ifadhah atau kerana bercukur, kerana dipadakan dengan mandi yang sebelumnya. 3626. Syahadan. Sunat selepas mandi memakai bau-bauan pada badan kerana ihram samaada dia lelaki atau perempuan kerana terjauh perempuan disini dari lelaki, bersalahan perempuan yang sembahyang dengan jamaah lelaki. Tetapi tidak harus memakai bau-bauan bagi perempuan yang beriddah dengan iddah wafat. 3627. Yang terafdhal daripada bau-bauan itu adalah kasturi. Yang terutama keadaan kasturi itu dicampur dengan air mawar supaya hilang jirimnya. Tidak sunat memakai bau-bauan pada kain, bahkan makruh yang demikian itu. Tidak haram jika kekal ain bau-bauan selepas ihramnya. Harus dia mengekalinya sekalipun kainnya. Tetapi jika diambilnya akan baunya yang pada kainnya atau badannya kemudian maka dikembalikannya pula kepadanya tatkala dia masih didalam ihram atau ditanggalinya akan kainnya yang dibubuh bau-bauan kemudian maka dipakainya pula nescaya lazimlah pula akan fidyah. 3628. Demikian lagi jika disentuhnya bau-bauan itu dengan tangannya dengan sengaja. Maka wajiblah ditasnya fidyah. Tetapi jikalau bauan itu berpindah sebab peluh maka iaitu tidak mengapa kerana uzur. 3629. Sunat bagi lelaki sebelum ihram memakai kain dan selindang kerana mengikut nabi sawm, dan hendaklah kedua-duanya putih lagi baru kerana sabda nabi sawm “ﺽ ﺎ ﹺﺒﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﺎ ﹺﺒﻜﹸﺜﻴ ﻥ ﻤ ﻭﺍﺒﺴ ﺍ ﹾﻟ ” artinya : pakai oleh mu akan yang putih daripada pakaian kamu. Jika tidak diperolehnya yang baru hendaklah dipakainya yang sudah terbasuh. Sunat membasuh kain yang baru jika ghalib ihtimal najis pada sebahagiannya. 3630. Demikian lagi memakai dua selipar kerana sabda nabi sawm “ ﻓﻰ ﻡ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﺭﻡﹺ َﺃ ﻴﺤ ﹶﻟ ﻥ ﻴ ﹺ ﻌﹶﻠ ﻭ ﹶﻨ ﺀ ﺍﻭ ﹺﺭﺩ ﺍ ﹴﺭ ”ِﺇﺯartinya : hendaklah ihram seorang daripada kamu didalam kain dan selindang dan dua selipar. 3631. Makruh bagi yang ihram memakai kain yang bercelup melainkan yang bercelup dengan kumkuma dan kesumba, maka iaitu haram bagi lelaki. Makruh memakai kain yang kena najis didalam ihram. 3632. Wajib diatas lelaki meninggalkan pakaian-pakaian yang berjahit lagi meliputi*. Adapun perempuan dan khunsa maka tidak wajib diatas mereka meninggalkan pakaian berjahit dan yang meliputi, tetapi wajib diatas mereka mendedahkan muka dan kedua tangan hingga pergelangan. 3633. Sunat bagi lelaki sebelum mandi mengandam misai dan mecabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari dan mengerat kuku, melainkan pada sepuluh hari pertama bulan zul hijjah bagi barang siapa yang hendak berkorban. 3634. Sunat kemudian daripada memperbuat yang demikian itu sembahyang dua rakaat dengan niat sunat ihram. Demikianlah lafaz niatnya “ﺍ ﹺﻡﺤﺭ ﻻ ﺴ ﱠﻨ ﹶﺔ ﺍ ﻴﻥﹺ ﹶﺘ ﹾﻜﻌﻰ ﺭ ﺼﱢﻠ ” ٌﺃ
artinya: aku sembahyangkan dua rakaat sunat ihram kerana Allah taala. Janganlah dikerjakannya dua rakaat sunat ihram itu didalam waktu karahah kerana haram mengerjakannya didalam waktu itu melainkan didalam Haram Makkah. 3635. Memadailah sebagai ganti dua rakaat ihram itu oleh sembahyang fardhu dan sembahyang sunat yang lain. Akan tetapi jika dia niatkan dua rakaat ihram beserta yang demikian itu hasillah pahala kedua-duanya, jika dia tidak641 berniat seperti demikian itu gugurlah daripadanya tuntutan sembahyang sunat ihram itu dan tidak terhasil baginya pahala. Seperti yang telah terdahulu bandingannya pada tahiyyat masjid. 3636. Setelah dia selesai dari sembahyang dua rakaat maka hendaklah dia ihram dalam keadaan mengadap kiblat. Yang terafdhal bahawa dia ihram ketika mula berjalan. Jika dia berkenderaan maka hendaklah dia ihram tatkala tetap kenderaannya berdiri pada jalan Makkah, dan jika dia berjalan maka hendaklah dia ihram tatkala dia berhadap pada jalan Makkah kerana mengikut perbuatan nabi sawm pada yang pertama dan dikiaskan diatasnya pada yang kedua. 3637. Sunat bagi yang haji memasuki Makkah sebelum wukuf di Arafah kerana mengikut perbuatan nabi sawm dan kerana menghasilkan beberapa fadhilat yang luput jika dia memasuki Makkah selepas wukuf di Arafah. 3638. Sunat bahawa dia masuk Makkah daripada pihak jalan yang diatas Makkah iaitu yang dinamakan sekarang ini dengan Hajun sekalipun dia tidak pada jalannya kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Sunat dia memasuki Makkah ketika siang hari. Yang terafdhal hendaklah dia masuk pada awal siang selepas sembahyang subuh kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Sunat dia masuk dengan berjalan kaki tidak memakai selipar dengan syarat jika tidak masyaqqah diatasnya dan tidak takut dari terkena najis kakinya lagi tidak lemah dia dari mengerjakan qazifah amal, kerana berjalan dengan tidak berselipar itu tanda merendah diri dan adab. Kerana inilah sunat baginya berjalan dengan tidak berselipar dari permulaan ihram dengan syarat yang tersebut itu. Yang terafdhal bagi perempuan adalah masuk ke Makkah didalam kenderaannya. 3639. Sayugia bagi setiap orang masuk ke Tanah Haram dengan rasa takut kepada Allah taala serta merendahkan diri dan khusyuk barang sedapatnya dan sentiasalah dia seperti demikian itu hingga dia masuk dari Babussalam, dan apabila dilihatnya ka’bah atau sampai orang yang buta atau yang didalam kelam kepada tempat yang kelihatan ka’bah daripadanya jika tiada yang menegah hendaklah dia berhenti kerana berdoa dengan doa yang warid dari nabi sawm, serta mengangkatkan kedua tangannya dan menghadhirkan hati barang sedapatnya dengan khudhu’ dan merendah diri dan takut dan membesarkan Allhah taala. 3640. Inilah doa yangdibacanya “ ﻪ ﺭ ﹶﻓ ﺸ ﻥ ﹶ ﻤ ﺩ ﻭ ﹺﺯ ،ﺒﺔﹰ ﺎﻤﻬ ﻭ ﺎﻴﻤ ﻭ ﹶﺘ ﹾﻜ ﹺﺭ ﺎﻴﻤ ﻅ ﻌ ﻭ ﹶﺘ ﻴﻔﹰﺎ ﺸ ﹺﺭ ﺕ ﹶﺘ ﹾ ﻴ ﺒ ﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟ ﺩ ﹺﺯﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻼﻡﹺ ﺴﹶ ﺒﻨﹶﺎ ﺒﹺﺎﻟ ﺭ ﻴﻨﹶﺎ ﺤ ﻡ ﹶﻓ ﻼ ﹶﻙ ﺍﻟﺴ ﻌ ﻭ ﹶﺘ ﺎﻴﻤ ﻭ ﹶﺘ ﹾﻜ ﹺﺭ ﻴﻔﹰﺎ ﺸ ﹺﺭ ﻩ ﹶﺘ ﹾ ﺭﻋ ﹶﺘﻤ ﻪ َﺃﻭﹺ ﺍ ﺤﺠ ﻥ ﻤ ﻤ ﻪ ﻤ ﻅ ﻋﱠ ﻭ ” ﻤ ﹾﻨ ﻭ ﻡ ﻼ ﹶﺕ ﺍﻟﺴ َﺃ ﹾﻨ ﹶﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ.ﺍﻭ ﹺﺒﺭ ﺎﻴﻤ ﻅ artinya: hai Tuhan ku tambahilah kiranya akan rumah ini ketinggian dan kebesaran dan kelebihan dan kemasyhuran dan tambahilah kiranya akan orang yang memuliakannya dan membesarkannya daripada mereka yang mengerjakan haji dan umrah pada rumah ini akan ketinggain dan kelebihan dan kebesaran dan kebajikan. Wahai tuhan ku Engkau jua Yang Sejahtera dari tiap-tiap apa yang tidak layak dengan kebesaran dan kesempurnaan dan ketuhanan Mu, atau Engkau jua yang mensejahterakan sekelian hamba Mu dari sekelian bahaya dan dari Mu jua sejahtera daripada tiap-tiap kebencian dan kekurangan maka
641
. pada asal tidak ada “tidak”. Zahirnya ada. Wallahu a’lam.
anugerahilah kami tahiyyat wahai tuhanku dengan sejahtera daripada sekelian bahaya. 3641. Berdoalah dia kemudian itu dengan barang yang dikehendakinya daripada segala pekerjaan yang dicita-cita, dan pekerjaan yang paling dicita-cita adalah minta ampun kepada Allah taala. Kemudian maka dia masuk kedalam masjid haram dari pintu Bani Syaibah. 3642. Sunat baginya tawaf qudum sebelum mengubah pakaiannya dan menyewa tempat kediamannya, dari kerana tawaf qudum itu tahiyyat bagi Allah. Maka dari kerana inilah sunat bahawa jangan dikerjakannya pada mula-mula masuk kedalam masjid pekerjaan yang selain tawaf qudum melainkan kerana uzur seperti dilihatnya sembahyang berjamaah didirikan atau hampir didirikan atau picik waktu sembahyang sekalipun sembahyang sunat atau ditegah dia oleh orang dari tawaf atau sangat sesak manusia pada tempat tawaf dan dia takutkan kesakitan diatas dirinya kerananya, maka hendaklah dia mendulukan sembahyang diatas tawaf pada tiga rupa masaalah yang pertama dan hendaklah dia sembahyang tahiyyat masjid pada dua rupa yang kemudian. 3643. Hanyalah sunat tawaf qudum itu bagi barang siapa yang masuk Makkah dengan tidak ada ihram atau berihram dengan haji ifrad atau qiran dan masuk dia ke Makkah sebelum wukuf di Arafah kerana tidak ada diatasnya tawaf fardhu tatkala masuknya itu. Bersalahan jika dia ihram dengan umrah maka tidak disunatkan padanya tawaf qudum kerana diwajibkan dia mengerjakan tawaf umrahnya. Maka apabila dikerjakannya tawaf umrahnya termasuklah tawaf qudum didalamnya. 3644. Demikian lagi tidak disunatkan tawaf qudum bagi orang yang mengerjakan haji ifrad atau qiran jika dia masuk ke Makkah kemudian daripada wukuf di Arafah dan kemudian daripada lalu setengah malam kerana diwajibkan diatasnya mengerjakan tawaf hajinya maka apabila dikerjakannya tawaf hajinya termasuklah didalamnya tawaf qudum itu juga. 3645. Tidak luput tawaf qudum dengan duduk didalam masjid sekalipun ia tahiyyat baitullah. 3646. Sunat bagi perempuan yang mulia dan yang elok mentakhirkan tawaf qudum kepada malam jika dia tidak takutkan kedatangan haid. 3647. Sunat bagi barang siapa yang hendak masuk ketanah haram atau Makkah bahawa dia ihram dengan nusuk. 3648. Fasa pada menyatakan wajib-wajib tawaf dan sunat-sunatnya. Bermula, yang wajib pada tawaf itu lapan perkara, pertama : menutup aurat, kedua : suci dari hadath besar dan kecil, ketiga : suci dari najis pada kainnya dan badannya dan pada tempat tawaf kerana tawaf itu sama seperti sembahyang pada yang demikian itu. Maka jika dia berhadath atau kena najis badannya atau kainnya atau tempat tawafnya dengan najis yang tidak dimaafkan atau terbuka auratnya serta kuasa dia menutupnya didalam tawafnya, hendaklah dia bersuci daripada hadath atau najis dan menutupi auratnya lalu dia sambung tawafnya, sekalipun dengan disengajakannya lagi lanjut masa perceraiannya, kerana tidak disyaratkan mualat pada tawaf, sama seperti wudhuk. Tetapi sunat dia memulakan tawaf sebab kedatangan yang tersebut itu. 3649. Bermula, banyak najis pada tempat tawaf itu sebahagian daripada umum bala dengannya maka dimaafkan daripada apa yang sukar dielakkan pada musim haji dan selainnya dengan syarat jika tidak dengan disengajakan berjalan diatasnya dan tidak ada basah pada salah satu daripada najis atau kakinya. 3650. Jika dia lemah dari menutupi auratnya hendaklah dia tawaf dengan terbuka auratnya dan tidak wajib dia mengulangi tawafnya.
3651. Bermula, orang yang tayammum dan yang kena najis yang lemah dari memperolehi air harus bagi keduanya tawaf rukun supaya terhasil bagi mereka tahallul dengannya, kemudian apabila dia kembali keMakkah wajiblah mereka mengulangi tawafnya. 3652. Keempat hendaklah tawaf itu mengirikan baitullah seperti dia menjadikan baitullah pada pihak kirinya serta dia berjalan kepada pihak hadapannya. Maka jika dia jadikan Baitullah pada pihak kanannya dan dia berjalan kepada pihak hadapannya atau berjalan undur642 kepada pihak belakangnya atau dijadikannya baitullah pada pihak hadapannya atau pada pihak belakangnya dan dia berjalan pada pihak lambungnya atau dijadikannya baitullah itu pada pihak kirinya tetapi dia berjalan undur kepihak belakangnya tidaklah sah tawafnya pada lima rupa ini, kerana kelakuan itu menyalahi apa yang datang syara’ dengannya. 3653. Apabila dijadikannya baitullah pada pihak kirinya dan dia berjalan kepada pihak muka kepada pihak hajar maka tidaklah berbeza diantara bahawa dia berjalan berdiri diatas kakinya seperti yang biasa atau berdiri diatas kepalanya dan kakinya diatas atau berjalan dengan merangkak atau mengesut atau meniarap atau menelentang, sekalipun dia kuasa berjalan berdiri. Maka sahlah tawafnya pada enam rupa ini. 3654. Ketahui oleh mu bahawa memada tawaf dengan berjalan diatas kepala dan kaki diatas itu tersebut diaalam Tuhfah dan Nihayah. Bersalahan syeikh Khatib didalam Mughni, katanya : tidak memadai yang demikian itu, dan bahawa tawaf dengan berjalan diatas kepala kepada pihak pintu ka’bah serta mengirikan baitullah itu tidak terupa melainkan dengan, jalan berundur. Wallahu a’lam. 3655. Masaalah. Apabila dia mengadap baitullah kerana membaca doa atau barang sebagainya maka janganlah dia lalu berjalan melainkan selepas kembali mengirikan baitullah seperti sebelumnya, kerana jika dia lalu berjalan sebelumnya sekalipun pada satu juzuk daripada baitullah tidaklah kebilangan juzuk itu sebagai tawafnya. 3656. Kelimanya : hendaklah dia mulakan tawaf pada hajar aswad kerana mengikut nabi sawm. Maka jika dia mulakannya pada tempat yang selain hajar aswad maka tidaklah kebilangan ia sebagai tawafnya, sekalipun dengan lupa, hingga apabila dia sampai kepada hajar aswad hendaklah dia mulakan tawafnya disana. 3657. Keenamnya : hendaklah berbetulan hajar aswad atau setengahnya ketika berniat dengan sekelian lambung kirinya, sekira-kira tidak terdahulu satu juzuknya daripada lambungnya kirinya diatas satu juzuk hajar aswad. Maka jika tidak berbetulan hajar aswad atau setengahnya dengan sekelian lambung kirinya seperti bahawa dia melampaui hajar aswad dengan sebahagian lambung kirinya kepada pihak pintu ka’bah atau terdahulu niat diatas berbetulan itu atau terkemudian daripadanya, tidaklah sah tawafnya. 3658. Wajib menyertakan niat pada tawaf yang wajib berniat dengan berbetulan yang tersebut itu. Yang terafdhal pada berbetulan itu bahawa hendaklah dia berdiri pada pihak rukun643 Yamani mengadap baitullah sekira-kira jadilah bahunya yang kanan pada tepi hajar aswad kemudian maka dia berniat tawaf lalu berjalan kepada pihak kanannya dalam keadaan mengadap hajar hingga apabila dilintasinya hajar itu maka dikirikannya baitullah sekira-kira berbetulan lambung kirinya dengan suatu daripada hajar. Jika dikirikannya baitullah pada permulaan tawaf dan ditinggalkannya berhadap kepada hajar nescaya haruslah yang demikian itu tetapi luput darinya fadhilat itu. Tidak harus mengadap kepada 642
. pada asal “surut”.
643
. penjuru.
ka’batullah didalam tawaf melainkan pada tempat ini. Maka ianya sunat pada permulaan tawaf yang pertama jua, dan tertegah pada selainnya. 3659. Sayugia bahawa jangan dia melakukannya melainkan apabila sunyi tempat tawaf dari orang ramai supaya dia tidak memudharakan orang lain. 3660. Bermula, yang dikehendaki dengan lambung kiri itu adalah bahagian atas yang berbetulan dengan dada, iaitu bahu kiri, bukan yang bahagian bawah. Maka jika tidak berbetulan bahunya dengan hajar tetapi berbetulan lambungnya yang dibawah bahunya dengannya tidaklah memadai. 3661. Ketujuhnya : hendaklah tawafnya itu tujuh lingkar dengan yakin, sekalipun didalam waktu karahah dan dengan berkenderaan tanpa uzur. Maka jikalau dia meninggalkan tujuh lingkar itu atau mengurangkannya tidaklah memadainya tawafnya. Jika dia syak pada bilangan tawafnya adakah genap tujuh atau kurang daripadanya wajiblah dia mengambil yang yakin, maka dijadikannya tawafnya itu kurang lalu menambah selingkar lagi, sama seperti perintah pada sembahyang. Tetapi boleh dia menerima kata orang yang dipercayai yang mengkhabarkan dia dengan kurang tawafnya. Adapun orang yang mengkhabarkan dia dengan genap maka tidak harus dia menerimanya, sekalipun yang mengkhabarkan itu ramai. 3662. Kelapannya : hendaklah tawaf itu didalam masjid dan didalam ka’bah dan diluar Syazarwan dan hajar kerana firman Allah taala “ﻕ ﻴ ﺘ ﻌ ﺕ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﺒ ﻭﻓﹸﻭﺍ ﺒﹺﺎ ﹾﻟ ﻁ ﻴ ﱠ ﻭ ﹾﻟ ”, artinya hendaklah mereka itu tawaf disisi baitullah yang usang, iaitu diluarnya. Adalah tawaf itu diluar baitullah hanya sekira-kira tidak ada satu juzuk daripada badannya didalamnya. Jika tidak seperti demikian itu nescaya adalah ia didalam baitullah jua bukan diluarnya. 3663. Adapun Syazarwan maka ia adalah sebahagian dinding baitullah yang terkeluar yang ditinggalkan oeh Ibnu Zubair daripada lintang asas dinding baitullah yang berhubung dengan tempat tawaf kerana maslahat binaan jua. Adalah kadar yang terkeluar itu dua pertiga hasta, kemudian maka dibataskan644 dia dengan batu rukham supaya terpelihara orang awam daripada tawaf diatasnya. Adalah syazarwan itu pada arah Yaman dan pihak maghrib. Kata syeikh Ibnu Hajar : demikian lagi pada arah pintu. 3664. Bermula, kata setengah ulamak “Syazarwan tidak pada rukun yamani kerana ia dibina diatas tapak nabi Allah Ibrahim”. Ianya ditolak, kerana dinding baitullah dibina diatas tapak Ibrahim pada pihak yang terkebawah didalam bumi lapisan yang pertama 645 tidak menafikan keadaannya kurang pada pihak yang terkeatas kerana maslahat binaan. Inilah yang dikehendaki dengan syazarwan pada sekelian pihak. Maka ianya melengkapi sekelian pihak hingga pada hajar aswad dan pada rukun yamani seperti apa yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 3665. Adapun hijir maka ia adalah apa yang diantara dua rukun syami yang dikelilingi dengan dinding yang rendah. Diantara kedua hujung dinding dan dua rukun syami itu terbuka, dan adalah bumi hijir yang daripada baitullah sekadar enam hasta atau tujuh hasta sahaja. 3666. Maka jika seorang berjalan didalam tawafnya diatas syazarwan atau disentuhnya dengan tangannya akan dinding ka’bah atau termasuk suatu daripada badannya atau pakaiannya kedalam udara syazarwan sekalipun tidak disentuhnya dinding ka’bah atau diletakkannya suatu daripada tangannya keatas dinding hijir seperti yang diperbuat oleh kebanyakkan orang awam, atau dia masuk dari tempat yang terbuka diantara satu hujung dinding dan rukun syami 644
. ditinggikan seperti batas – dibonggolkan.
645
. pada asal “pada pihak yang terkebawah yang pertama didalam bumi tidak menafikan keadaan kurangnya . .
”. Barangkali maksudnya bahawa tapaknya yang dibawah bumi lebih besar dari binaannya yang diatas bumi.
dan keluar dari tempat yang terbuka yang kedua nescaya tidaklah sah tawafnya pada sekelian yang tersebut itu kerana nabi sawm dan sekelian khalifahnya yang selepasnya tidak tawaf melainkan diluar baitullah dan diluar hijir jua. Maka wajiblah mengikut mereka pada yang demikian itu sekalipun dinding hijir itu bukan daripada baitullah, kerana yang ghalib pada urusan ini adalah ta’abbud. 3667. Maka sayugia orang yang mengucup hajar aswad didalam tawafnya hendaklah menetapkan kedua kakinya, maka jangan dia berjalan selepas mengucup melainkan selepas dia berdiri betul kerana sebahagian badannya ketika mengucup itu berada didalam ruang udara baitullah. Maka jika dia berjalan sebelum berdiri betul nescaya tidaklah kebilangan perjalanannya itu sebagai tawafnya. Seperti demikian itulah dikatakan pada orang yang istilam rukun yamani. 3668. Syahadan. Adalah sunat tawaf itu amat banyak. Sebahagian daripadanya hendaklah orang yang tawaf itu berjalan sekalipun dia perempuan kerana mengikut nabi sawm. Maka tawaf dengan berkenderaan dengan tidak ada uzur khilaful aula dan tawaf dengan mengisut makruh. Demikian lagi sunat tawaf dengan tidak memakai kasut atau selipar. Dan lagi sunat menyingkatkan langkah kerana banyak pahala baginya. 3669. Demikian lagi sunat istilam hajar aswad iaitu menjabatnya dengan tapak tangan pada permulaan tawafnya dan mengucupnya dengan mulut dengan tidak berbunyi dan meletakkan dahi diatasnya. Sunat menigai tiap-tiap satu daripada yang tiga ini. Yang terafdhal hendaklah dia istilam tiga kali berturut-turut kemudian maka mengucup tiga kali berturut-turut kemudian maka meletakkan dahinya tiga kali berturut-turut. 3670. Tidak disunatkan yang tiga ini bagi perempuan dan khunsa melainkan pada ketika syunyi tempat tawaf daripada lelaki. 3671. Maka jika dia lemah dari mengucup dan meletakkan dahi atau lemah daripada meletakkan dahi sahaja hendaklah dia istilam dengan tangannya jua pada rupa yang pertama atau istilam dengan mengucup pada rupa yang kedua. Jika dia lemah dari istilam dengan tangannya hendaklah dia istilam dengan umpama kayu yang ada pada tangannya kemudian maka dikucupnya tangannya atau umpama kayu itu. Jika dia lemah dari istilam dengan tangannya dan selainnya hendaklah dia mengisyaratkan kepada hajar aswad dengan tangannya. Jika dia lemah daripadanya maka dengan tangan kirinya. Jika dia lemah daripadanya maka dengan apa yang didalam tangan kanannya daripada umpama kayu. Jika dia lemah daripadanya maka dengan barang yang ada pada tangan kirinya. Kemudian dikucupnya barang yang dia isyaratkan kepadanya kerana mengikut nabi sawm pada yang demikian itu. Makruh mengisyaratkan dengan mulut pada setiap daripada mengucup kerana keji rupanya. 3672. Sunat melakukan tiga perkara ini serta menigakannya pada setiap pusingan daripada tujuh pusingan, dan pada pusingan yang ganjil lebih muakkad, dan yang paling muakkad daripadanya adalah pada pusingan yang pertama dan yang ketujuh. 3673. Sunat istilam rukun yamani dan tidak sunat mengucupnya dan hendaklah istilam itu dengan tangan kanannya, dan jika dia lemah darinya maka dengan tangan kirinya dan jika dia lemah darinya maka dengan apa yang ada pada tangan kanannya, jika dia lemah darinya maka dengan apa yang pada tangan kirinya. Kemudian maka hendaklah dikucupnya apa yang dia istilamkan dengannya, daripada tangannya atau umpama kayu yang pada tangannya. 3674. Maka jika dia lemah dari istilam dengan tangannya dan dengan apa yang didalam tangannya maka hendaklah dia isyaratkan kepada rukun yamani itu dengan tangan kanannya. Jika dilemah darinya maka dengan tangannya yang kiri
dan jika dia lemah darinya maka dengan apa yang didalam tangan kanannya dan jika dia lemah darinya maka dengan apa yang ada pada tangan kirinya. Kemudian maka dikucupnya apa yang dia isyaratkan dengannya. Tidak sunat istlam dengan mengucup dua rukun yang mengiringi hajar kerana tidak warid ia daripada perbuatan nabi sawm. Tetapi hukum istilam dan kucup selain hajar aswad da rukun yamani itu mubah jua. 3675. Sunat membaca zikir dan doa yang warid dari nabi sawm dan dari sahabatnya. Sunat daripada yang warid itu membaca dengan perlahan pada permulaan tawaf “ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻴﻙ ﺔ ﹶﻨﺒﹺ ﺴ ﱠﻨ ﺎ ِﻟﺎﻋﺍ ﱢﺘﺒﻙ ﻭ ﺩ ﻬ ﻌ ﺒ ﺀ ﻭﻓﹶﺎ ﻭ ﻙ ﻜﺘﹶﺎ ﹺﺒ ﻴﻘﹰﺎ ﹺﺒ ﺩ ﺼ ﻭ ﹶﺘ ﻙ ﺎﻨﹰﺎ ﹺﺒﻴﻤ ِﺇﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ.ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍﷲ ﻭ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ﹺﺒ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ” artinya : dengan nama Mu jua aku tawaf dan Allah taala jua yang maha besar. Ya Tuhan ku ! aku tawaf kerana percayakan Mu dan membenarkan kitab Mu dan menyempurnakan janji Mu dan mengikut nabi Mu Muhammad sawm. 3676. Sunat membaca tatkala berbetulan dengan pintu ka’bah “ ﻙ ﻴ ﹸﺘ ﺒ ﺕ ﻴ ﹶ ﺒ ﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟ ﻥ ِﺇﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻥ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻤ ﻙ ﺎ ِﺌ ﹸﺫ ﹺﺒﻡ ﺍ ﹾﻟﻌ ﻤﻘﹶﺎ ﻫﺫﹶﺍ ﻭ ﻤ ﹸﻨﻙ ﻥ َﺃ ﻤ ﻷ َ ﻙ ﻭﺍ ﻤ ﺭ ﺤ ﻡ ﺭ ﺤ ﺍ ﹾﻟ ”ﻭartinya: wahai Tuhan ku sungguhnya rumah ini rumah Mu jua dan haram ini haram Mu jua dan aman ini aman Mu jua, inilah tempat mereka yang berlindung dengan Mu dari api neraka. 3677. Diantara dua rukun yamani sunat membacaa “ ﺓ ﺭ ﺨ ﻰ ﺍﻵﻭﻓ ﹶﻨﺔﹰﺴﺎ ﺤﺩ ﹾﻨﻴ ﻰ ﺍﻟﺘﻨﹶﺎ ﻓ ﺒﻨﹶﺎ ﺁ ﺭ ﻴﺭﹴ ﺨ ﹶﺔ ﻟِﻰ ﺒ ﺒ ﻲ ﹸﻜلﱠ ﻏﹶﺎ ِﺌ ﻋﹶﻠ ﻑ ﺨﹸﻠ ﹾ ﺍ ﹾﻪ ﻭ ﻴ ﻓ ﻲ ﻙ ِﻟ ﺎ ﹺﺭﻭﺒ ﻲ ﹾﻗ ﹶﺘﻨﺯﺎ ﺭﻰ ﹺﺒﻤ ﻨ ﻌ ﺍ ﹾﻗ ﹶﻨﻬﻡ ﺏ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﺍﻟﻠﱠ ﻋﺫﹶﺍ ﻗﻨﹶﺎ ﻭ ﹶﻨﺔﹰﺴ ”ﺤartinya : wahai Tuhan ku anugerahkanlah kami kebajikan didunia ini dan kebajikan diakhirat, peliharalah kami daripada siksaan api neraka. Wahai Tuhan ku padakan aku pada razeki yang telah engkau anugerahkan aku dan berkatilah aku padanya dan gantikan bagi ku setiap milik ku yang lenyap dengan kebajikan. 3678. Sunat dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya daripada tiap-tiap doa yang harus, samaada doanya itu berkaitan dengan dunia atau dengan akhirat. Tetapi yang terafdhal hendaklah dia simpankan doanya diatas apa yang berkaitan denga akhirat. Membaca doa yang warid dari nabi sawm atau dari sahabat didalam tawaf terafdhal daripada membaca Quran, dan membaca Quran terafdhal dari membaca doa yang tidak warid kerana membaca Quran itu zikrullah yang terafdhal. 3679. Tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi sawm bersabda “ ﻪ ﺸ ﹶﻐﹶﻠ ﻥ ﹶ ﻤ ﻥ ﻴ ﻠﺎ ِﺌﺕ ﺍﻟﺴ ﻴ ﹸ ﻁ ﻋﹶ ﺎ َﺃل ﻤ ُﻀ ﻪ َﺃ ﹾﻓ ﻴ ﻁ ﻋ ﻲ ُﺃ ﺴ َﺌﹶﻠﺘ ﻥ ﻤ ﻋ ﻱ ﺫ ﹾﻜ ﹺﺭ ” artinya : siapa yang menyibukkan dia oleh zikir kepada ku daripada meminta dari Ku nescaya aku berikan dia yang lebih baik daripada apa yang telah aku berikan kepada mereka yang meminta. 3680. Sunat bagi lelaki berlari anak didalam tiga pusingan yang pertama, arti lari anak itu melajukan berjalan dengan tidak melompat berlari. Hendaklah dia berjalan dengan perlahan seperti kebiasaannya didalam empat pusingan yang kemudian, kerana mengikut nabi sawm pada sekelian yang demikian itu. 3681. Bermula, sebab lari anak itu adalah kata kafir-kafir musyrik tatkala nabi sawm dengan para sahabatnya masuk ke Makkah untuk mengerjakan umrah pada tahun ketujuh hijrah setahun sebelum pembukaan Makkah, demikianlah kata mereka itu kepada sahabat “telah melemahkan mereka oleh demam Madinah”, artinya tidak tinggal bagi mereka kemampuan diatas memerangi kita. Maka nabi sawm menyuruh para sahabatnya dengan berlari anak supaya dilihat oleh orang musyrik akan kekal kemampuan dan kekuasaan mereka. 3682. Adalah sebab lari anak yang sedemikian itu telah hilang sekarang ini tetapi sunat mengerjakannya sekarang, supaya orang yang tawaf itu ingat mula asalnya orang Islam dhaif di Makkah kemudian ingatkan ni’mat zahirnya Islam dan kuasanya, dan ingatkan penyucian negeri Makkah selepasnya dari sekelian kafir musyrik selama-lamanya.
3683. Tidak sunat lari anak melainkan didalam tawaf yang diiringi oleh sai’e yang dituntut pada haji atau umrah, sekalipun dia orang Makkah. Maka jika dia melakukan lari anak didalam tawaf qudum dan dia sai’e kemudiannya nescaya tidaklah dikerjakan lagi lari anak didalam tawaf rukun kerana bahawa sai’e selepasnya pada ketika itu tidak dituntut. Tidak ada lari anak didalam tawaf wida’ kerja tidak dituntut sai’e kemudiannya. 3684. Makruh meninggalkan lari anak, dan jika ia ditinggalkan pada tiga pusingan yang pertama janganlah dikadha didalam empat pusingan selepasnya kerana pada empat pusingan itu disunatkan berjalan dengan perlahan-lahan. Maka janganlah diubahkan ia. Adalah bandingannya seperti membaca dengan nyaring, apabila tertinggal didalam dua rakaat yang pertama tidaklah dikadha didalam dua rakaat yang selepasnya. Demikian lagi jika ditinggalkan lari anak didalam tawaf qudum yang dia sai’e selepasnya janganlah dikadha didalam tawaf rukun. 3685. Demikian lagi sunat lelaki idhtiba’ didalam tawaf yang dia sai’e kemudiannya. Sunat pula idhtiba’ itu didalam sekelian sai’e diantara Safa dan Marwah kerana mengikut nabi sawm pada tawaf dan dikiaskan sai’e dengannya. Makruh meninggalkan idhtiba’. 3686. Arti idhtiba’ itu menjadikan tengah selindang dibawah ketiak kanannya dan membukakan bahu kanannya dan menjadikan dua punca selindangnya diatas bahunya yang kiri. Tdak sunat idhtiba’ didalam tawaf yang tidak disunatkan lari anak didalamnya dan didalam sembahyang dua rakaat tawaf, tetapi makruh idhtiba’ didalam sembahyang, maka hendaklah dia menghilangkan idhtba’ itu tatkala hendak sembahyang dan mengembalikannya pula tatkala hendak sai’e. 3687. Tidak sunat idhtiba’ bagi perempuan, sama seperti tidak sunat lari anak baginya. 3688. Sunat bagi lelaki yang tawaf hampir dengan baitullah kerana mengambil berkat dengannya dan kerana bahawa ianya maksud dan lagi supaya mudah istilam dan mengucup hajar aswad, sekira-kira dia tidak menyakiti orang lain dan tidak kesakitan kerana sesak atau barang sebagainya. Jika terhasil yang demikian itu maka jauh dari baitullah terutama, melainkan pada permulaan tawaf dan kesudahannya maka sunat baginya hampir dengan baitullah untuk istilam sekalipun sesak. Maka hendaklah dia memelihara dirinya dari menyakiti dan kesakitan didalam sesak itu. 3689. Sunat bagi perempuan dan khunsa jauh dari baitullah jika ada lelaki tawaf pada ketika itu, sekira-kira dia tidak bercampur dengan lelaki. 3690. Jika sukar dari lari anak serta hampir dengan baitullah kerana sesak umpamanya dan tidak diharapnya akan memperoleh ruang dengan hampir hendaklah dia jauh dari baitullah supaya dia dapat mengerjakan lari anak, kerana lari anak itu bergantung dengan diri ibadat dan dekat dengan baitullah itu bergantung dengan tempat ibadat, sedang kaedahnya bahawa yang bergantung dengan diri ibadat terutama dari yang bergantung dengan tempatnya. Akan tetapi yang demikian itu jika dia tidak takutkan bersentuh dengan perempuan. Jika dia takutkan yang demikian itu hendaklah dia hampir dengan baitullah dengan tidak berlari anak. Sunat baginya ketika itu mengerak-gerakkan* badannya tatkala berjalan dan yang berkenderaan menggerak-gerakkan kenderaannya. 3691. Sunat berturut-turut diantara pusingan-pusingan tawaf yang tujuh supaya dia keluar dari khilaf mereka yang mewajibkannya. Maka makruh menceraikan pusingan-pusingan tawaf itu tanpa uzur. Bersalahan menceraikannya dengan uzur maka iaitu tidak makruh. Setengah daripada uzur itu mendirikan jamaah dan kedatangan suatu hajat yang tak dapat tidak seperti kadha hajat.
3692. Makruh memutuskan tawaf fardhu sama seperti sai’e kerana jenazah atau sunat ratibah. 3693. Sunat berniat pada tawaf nusuk yang dikandung oleh nusuk dan wajib berniat pada tawaf yang tidak dikandung oleh nusuk dan tawaf wida’. 3694. Sunat sembahyang dua rakaat selepas selesai tawaf kerana mengikut nabi sawm. Hasillah sunat dua rakaat itu dengan apa yang telah lalu kenyataannya pada sunat ihram. Sunat dibaca pada rakaat yang pertama selepas fatihah “ ﺎل ﻴ ْ ﹸﻗ ﻥ ﻭ ﺭ ﻓ ﺎ ﺍ ﹾﻟﻜﹶﺎﻴﻬ ”َﺃdan pada rakaat kedua surah Ikhlas. 3695. Tempat yang terafdhal bagi mengerjakan sembahyang dua rakaat tawaf itu adalah dibelakang makam Ibrahim kemudian tempat yang mengiringinya pada fadhilat adalah didalam ka’bah kemudian dibawah pancur646 kemudian didalam hijir yang selain bawah pancur kemudian pada hatim kemudian pada muka ka’bah kemudian diantara dua rukun yamani kemudian sebarang tempat didalam masjid haram yang selain yang tersebut itu kemudian dirumah Siti Khadijah kemudian sebarang tempat di Makkah yang selain yang tersebut itu kemudian sebarang tempat di Tanah Haram yang selain tempat yang tersebut itu kemudian sebarang tempat yang dikehendakinya selain yang tersebut itu. Tidak luput dua rakaat tawaf itu baginya melainkan sebab matinya. 3696. Apabila dikerjakan dua rakaat tawaf itu diantara masuk matahari dan terbitnya hendaklah dinyaringkan baca bacaannya. 3697. Jika dikerjakannya beberapa kali tawaf berturut-turut kemudian dikerjakannya sekelian sembahyang tiap-tiap tawaf itu dengan berturut-turut atau dikerjakannya beberapa tawaf itu dengan dua rakaat sahaja maka iaitu harus, tetapi yang terafdhal hendaklah dikerjakannya dua rakaat sembahyang itu kemudian daripada tiap-tiap tawaf. Maka yang dikirakan sekali-tawaf itu adalah yang tujuh pusingan. 3698. Sebahagian daripada sunat-sunatnya hendaklah orang yang tawaf itu tenang dan bersopan dan hadhir hati dan melazimi adab dan meninggalkan bercakap melainkan dengan kebajikan seperti mengajar orang yang jahil dan sujud tilawah, tidak sujud syukur, kerana tawaf itu seperti sembahyang dan sujud syukur itu haram diperbuat didalam sembahyang maka tidaklah dituntut ia pada yang menyerupai sembahyang. 3699. Sebahagian daripada sunat-sunatnya adalah mengangkat kedua tangannya tatkala membaca doa didalam tawaf. Jika dia tidak membaca doa hendaklah diletakkan kedua tangannya dibawah dadanya dengan kaifiatnya. 3700. Makruh makan dan minum didalam tawaf dan meletakkan tangan pada mulutnya dengan tidak ada hajat. Makruh mentasybikkan647 jari-jari dan mengkernyapkannya648. 3701. Makruh tawaf serta menahan diri dari kadha hajat dan serta sangat inginkan makan. Berkata-kata didalam tawaf itu khilaful aula melainkan dengan perkataan yang kebajikan. 3702. Syahadan. Jika orang yang tidak ihram menanggung orang yang ihram yang belum mengerjakan tawaf dirinya lalu dia tawaf dengannya, nescaya dikirakan tawafnya itu bagi orang yang ditanggung sahaja, jika telah masuk waktu tawafnya lagi diperolehi syarat-syarat tawaf yang telah tersebut itu lagi pula orang yang menanggung itu meniatkan tawaf itu bagi orang yang ditanggung
646
. mizab – pancur air.
647
. memacakkan jari-jari sebelah tangan kepada yang sebelah lagi.
648
. “ ”ﻣﻐﻜﺮﻳﻔﻜﻦdengan nga dan nya - membunyikan sendi-sendinya.
sahaja atau tidak diniatkannya suatu jua pun dan tidak dipalingkan oleh yang ditanggung akan tawafnya itu dari dirinya. 3703. Demikian lagi jika seorang yang ihram yang sudah tawaf bagi dirinya atau yang belum masuk waktu tawafnya menanggung orang yang ihram yang belum tawaf bagi dirinya, dibilangkan tawafnya itu bagi yang ditanggungnya jua. Jika yang menanggung itu belum tawaf bagi dirinya dan telah masuk waktu tawafnya maka ditilik : jika dia kasadkan tawafnya bagi yang ditanggungnya maka jatuhlah tawafnya itu bagi yang ditanggungnya jua. Jika dia kasadkannya bagi dirinya atau bagi kedua mereka maka jatuhlah tawafnya bagi yang menanggung jua. 3704. Fasal pada menyatakan wajib-wajib sai’e dan sunat-sunatnya. Bermula, segala wajib sai’e itu empat perkara pertama : mula pada kali yang pertama dari Safa hingga sampai ke Marwah. 3705. Keduanya : mula pada kali yang kedua di Marwah hingga sampai ke Safa, dan pada kali yang ketiga dari Safa ke Marwah dan pada kali yang keempat dari Marwah ke Safa dan pada kali yang kelima dari Safa ke Marwah dan pada kali yang keenam dari Marwah ke Safa dan pada kali yang ketujuh dari Safa ke Marwah. Maka nyatalah dari yang demikian itu bahawa dimulakan dari Safa pada tiap-tiap yang ganjil dan dimulakan dari Marwah pada tiap-tiap yang genap. Maka jika dikerjakan sai’e dengan menyalahi yang demikian itu tidaklah dikira. 3706. Ketiganya : hendaklah sai’e itu tujuh kali dengan yakin. Maka jika dia syak pada bilangannya maka hukumnya seperti yang telah tersebut pada tawaf. Dikirakan perginya sekali dan kembalinya sekali. Demikianlah hingga tujuh kali. 3707. Yang keempat : hendaklah sai’e itu selepas tawaf rukun atau tawaf qudum kerana ia adalah yang warid daripada nabi sawm. Maka tidak harus sai’e selepas daripada tawaf yang lain. Apabila dia hendak sai’e selepas tawaf qudum tidaklah wajib mualat diantara tawaf dan sai’e itu, bahkan harus dia mentakhirkan sai’e yang selepas tawaf qudum itu sekalipun lanjut masa perceraian diantara keduanya. 3708. Makruh baginya mengulangi sai’e kemudian daripada tawaf ifadhah. Itu pun jika tidak menyelangi diantara tawaf qudum dan sai’e itu wukuf di Arafah. Adapun jika menyelangi wukuf di Arafah diantara keduanya itu maka wajiblah dia mentakhirkan sai’e kepada selepas tawaf ifadhah. Jika ditakhirkannya sai’e itu hingga lepas tawaf wida’ wajib dia mengulangi tawaf wida’, kerana tempat tawaf wida’ itu selepas selesai pekerjaan haji. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa ianya* tidak boleh digambarkan kerana sai’e itu jatuh selepas daripada tawaf wida’ yang sahih. 3709. Syahadan. Wajib diatas orang yang sai’e menjalani sekelian perjalanan diantara Safa dan Marwah, seperti bahawa dia pertemukan tumitnya kepada tempat yang dia bertolak darinya dan mempertemukan jari kakinya kepada tempat yang dia tuju kepadanya. Begitulah dikerjakan pada setiap kali daripada tujuh kali itu. Jika dia berkenderaan maka hendaklah dia pelihara kaki kenderaannya seperti perintah yang tersebut itu. Setengah daripada anak tangga Safa itu baharu diperbuat, maka hendaklah dinaikkinya supaya dijalaninya sekelian perjalanan diatara keduanya. 3710. Syahadan. Sunat-sunat sai’e itu amat banyak. Sebahagian daripadanya apabila dia selesai daripada tawaf dan sembahyangnya hendaklah dia istilam hajar aswad kemudian maka dia keluar dari pintu Safa untuk mengerjakan sai’e. Demikian lagi sunat bagi lelaki naik keatas Safa dan Marwah sekira-kira seperdirian tingginya kerana mengikut nabi sawm. 3711. Sunat membaca zikir dan doa pada Safa dan Marwah. Demikianlah zikir yang dibacanya “ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﻤ ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍ ُ ﺩ ﺍ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﻭِﻟﱠﻠ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﷲ ﻭﺍ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺭ ﹶ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ﻭ ﻫ ﻭ ﺭ ﻴ ﺨ ﻩ ﺍ ﹾﻟ ﹶ ﺩ ﻴ ﺕ ﹺﺒ ﻴ ﹸ ﻤ ﻴ ﻭ ﻰ ﻴ ﺤ ﻴ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭﹶﻟ ﻙ ﻤ ﹾﻠ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻪ ﹶﻟ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻻﻨﹶﺎ ﹶ ﻭ ﹶ ﺎ َﺃﻋﻠﹶﻰ ﻤ ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟﺍﻨﹶﺎ ﻭﻫﺩ
ﻩ ﺎﻻ ِﺇﻴ ﺩ ِﺇ ﱠ ﺒ ﻌ ﻻ ﹶﻨ ﹶﷲ ﻭ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﺏ ﺍﺤﺯ ﻷ َ ﻡ ﺍ ﺯ ﻫ ﻭ ﻩ ﺩ ﺒ ﻋ ﺭ ﹶﻨﺼﻩ ﻭ ﺩ ﻋ ﻭ ﺯﻩ َﺃ ﹾﻨﺠ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺭ ﹶ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻲﺀ ﺸ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻥ ﻭ ﺭ ﻓ ﺍ ﹾﻟﻜﹶﺎﻭ ﹶﻜﺭﹺﻩ ﻭﹶﻟ ﻥ ﻴ ﻪ ﺍﻟﺩ ﻥ ﹶﻟ ﻴ ﺼ ﻠﺨ ﻤ ﹾ ” artinya : Allah maha besar, tidak ada yang disembah dengan sebenar melainkan Allah, Allah maha besar, baginya segala puji-pujian, Allah maha besar diatas apa yang Dia tunjukki kami, segala puji bagi Allah diatas apa yang dia anugerahkan kami, tidak ada yang disembah dengan sebenar melainkan Allah sendirian sahaja, tidak ada yang menyengutuinya, bagiNya jua kerajaan dan dan baginya jua puji-pujian Dia jua yang menghidupkan dan yang mematikan, kebajikan itu pada tanganNya, Dia jua diatas tiap-tiap suatu amat berkuasa, tidak ada yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah sendirian sahaja, Dia menyempurnakan janjinya dan menolong hambanya dan memecahkan pakatan tentera kafir hal keadaan dia sendirian sahaja, tidak ada yang disembah dengan sebenar melainkan Allah, tidak kami sembah melainkan Dia jua dalam keadaan kami mentuluskan ugama bagiNya sekalipun kafir-kafir membenci. 3712. Setelah itu maka dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya daripada kebajikan dunia dan akhirat. Hendaklah diulanginya segala zikir dan doa itu tiga kali selepas setiap kali daripada tujuh kali itu. 3713. Sunat sai’e berjalan kaki dengan tidak berkasut649 jika terpelihara kakinya dari kena najis lagi termudah diatasnya. Sunat sai’e dengan berwudhuk dan menutup aurat dan lagi sunat menanti waktu yang sunyi tempat sai’e dari sesak. Itu pun jika tidak luput mualat diantaranya dan diantara tawaf. 3714. Tidak makruh sai’e dengan berkenderaan seperti yang tersebut didalam Majmuk dari kerana nabi sawm pernah sai’e dengan berkenderaan. Sunat mualat diantara tiap-tiap kali daripada tujuh kali itu. Demikian lagi sunat mualat diantaranya dan diantara tawafnya. 3715. Demikian lagi sunat berjalan dengan perlahan seperti kebiasaannya pada permulaan tiap-tiap kali sai’e dan pada kesudahannya. Sunat bagi lelaki berlari pada pertengahannya dengan lari yang keras lebih daripada lari anak pada tawaf sekuasanya, sekira-kira dia tidak kesakitan dan tidak menyakiti orang lain lagi pula dia kasadkan sunat berlari, jangan dikasadnya bermain-manin dan berlumba-lumba dengan taulannya kerana yang demikian itu mengeluarkan daripada keadaannya sai’e. Jika dia berkenderaan hendaklah dipecutkannya650 kenderaannya. 3716. Tempat berlari itu dikenal tandanya, iaitu sebelum mil hijau yang berhubung dengan penjuru masjid haram kadar enam hasta hingga sampai kepada pertengahan diantara dua mil hijau yang berhubung salah satu daripadanya dengan dinding masjid haram dan yang kedua berhubung dengan rumah Abbas r.a, ianya sekarang ini adalah ribat yang dibangsakan kepadanya. Apa yang selain demikian itu maka iaitu tempat berjalan perlahan. 3717. Sunat bahawa dia membaca didalam sai’e sekalipun dia perempuan dan khunsa “ﻡ ﺭ ﻷ ﹾﻜ َ ﺯ ﺍ ﻋ ﻷ َﺕﺍ ﻙ َﺃ ﹾﻨ ﹶ ﻡ ِﺇ ﱠﻨ ﻌﹶﻠ ﺎ ﹶﺘﻋﻤ ﺯ ﻭ ﺎﻭ ﹶﺘﺠ ﻡ ﺤ ﺭ ﺍﺭ ﻭ ﻔ ﻏ ﺏﺍﹾ ﺭ ” artinya :hai Tuhan ku ampuni dan kasihanilah aku dan maafkan aku dari sebarang dosa yang engkau tahu sungguhnya Engkau Tuhan yang amat kuasa lagi amat mulia. 3718. Makruh bagi orang yang sai’e berhenti dipertengahan sai’e kerana berkhabar atau selainnya. 3719. Fasal pada menyatakan wukuf, artinya berhenti di Arafah, dan apa yang disebutkan besertanya. Bermula, yang wajib pada wukuf itu adalah bahawa dia hadhir pada satu suku daripada bumi Arafah selepas gelincir matahari pada hari 649
. berkaus.
650
. digerakkannya.
Arafah iaitu hari kesembilan daripada bulan zulhijjah sekalipun sekejap. Berlanjutanlah waktu itu mula daripada gelincir matahari hingga fajar raya haji, kerana sabda nabi sawm “ﺞ ٍ ﺤ ﺍ ﹾﻟﻙﺩﺭ ﺩ َﺃ ﺭ ﹶﻓ ﹶﻘ ﺠ ﻊ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ ﻠﻁ ﻴ ﱠ ﻥ ل َﺃ َ ﺒ ﹶﻓ ﹶﺔ ﹶﻗﺭ ﻋﻙﺩﺭ ﻥ َﺃ ﻤ ” artinya: siapa yang mendapat Arafah sebelum terbit fajar maka sungguhnya dia telah mendapat haji. 3720. Bumi Arafah sekeliannya adalah tempat wukuf, dan ianya sedia dimaklumi. Bermula, Namirah dan ‘Arnah bukannya daripada Arafah. Adapun masjid Ibrahim alaihi solah wassalam maka akhirnya sebahagian daripada ‘Arnah dan awalnya sebahagian daripada Arafah. 3721. Memadalah hadhir orang yang ihram pada bumi Arafah didalam waktu yang tersebut itu sekalipun dia lalu kerana mencari umpama sahaya yang lari atau dia tidur sehariannya dengan syarat jika dia berakal. Maka tidak memadai wukuf orang yang pitam dan yang gila dan yang mabuk, dan jatuhlah haji sekelian mereka itu sebagai sunat jua, bukan fardhu. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah dan Mughni. Yang tersebut didalam Nihayah : jatuh haji orang gila dan mabuk itu sebagai sunat. Adapun haji orang yang pitam maka tidak jatuh hajinya itu sebagai fardhu dan tidak sebagai sunat. 3722. Syahadan. Adalah sunat wukuf itu amat banyak, sebahagian daripadanya menghimpunkan diantara malam dan siang, seperti bahawa dia tidak pergi dari Arafah ke Muzdalifah melainkan selepas masuk matahari. Maka tidaklah wajib dam diatas barang siapa yang pergi dari Arafah sebelum masuk matahari sekalipun dia kembali ke Arafah kemudiannya kerana tersebut didalam hadith yang sahih sabda nabi sawm “ ﻪ ﺤﺠ ﻡ ﺩ ﹶﺘ ﺍ ﹶﻓ ﹶﻘﺎﺭﻭ ﹶﻨﻬ ﻴﻼﹰ َﺃ ﺠ ﹺﺭ ﹶﻟ ل ﺍ ﹾﻟ ﹶﻔ َ ﺒ ﹶﻓ ﹶﺔ ﹶﻗﺭﻥ َﺃﺘﹶﻰ ﻋ ﻤ ” artinya : siapa yang datang ke Arafah sebelum fajar malam atau siang maka sungguhnya sempurnalah hajinya. Maka jika wajib dam diatasnya nescaya adalah hajinya kurang, tidak sempurna. Tetapi sunat baginya dam supaya keluar dia dari khilaf ulamak yang mewajibkannya. Ia adalah dam tertib dan takdir. 3723. Sebahagian daripada sunat wukuf itu mengucap tahlil iaitu “ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ” ﹶ. Tahlil yang terafdhal adalah “ ﻲﺀ ﺸ ﻋﻠﹶﻰ ﹸﻜلﱢ ﹶ ﻭ ﻫ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭﹶﻟ ﻙ ﻤ ﹾﻠ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻪ ﹶﻟ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶ ﺭ ﻴ ﺩ ” ﹶﻗ. Maka sayugia hendaklah diperbanyakkan membaca yang demikian itu kerana sabda nabi sawm “ ﺍﻟﺦ. . .ﻪ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﻰ ﹶﺒﻠ ﻥ ﹶﻗ ﻤ ﻥ ﻭ ﻴ ﺍﻟ ﱠﻨ ﹺﺒﻪ َﺃﻨﹶﺎ ﻭ ﺎ ﹸﻗ ﹾﻠ ﹸﺘﺭ ﻤ ﻴ ﺨ ” ﹶ artinya: sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelum ku katakan adalah “ ﻻ ﹶ . . .ﻪ ﹶﻟﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﻩ ﹶ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ َ ﻻﺍ ِﺇ ﱠ ”ﺇِﹶﻟﻪhingga akhirnya. Riwayat Turmizi. 3724. Sebahagian daripada sunat wukuf itu mengucap takbir dan talbiah dan tasbih dan tilawah Quran. Surah Hasyr terutama dari surah lain. Sunat mengucap selawat keatas nabi sawm. Selawat yang didalam tasyahhud terutama dari selainnya. Sunat bahawa diperbanyakkan membaca sekelian yang demikian itu dan selainnya daripada segala zikir dan doa dari mula wukuf hingga kembalinya dari wukuf kerana sabda nabi sawm “ ﹶﻓﺔﺭﻡ ﺍ ﹾﻟﻌ ﻭ ﻴ ﺀ ﺎﺩﻋ ﺀ ﺎﺩﻋ ل ﺍﻟ ُﻀ ” َﺃ ﹾﻓartinya: sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Riwayat Turmizi. 3725. Sunat membanyakkan tangis sambil membaca sekelian yang tersebut itu dengan tadharru’ dan khudu’ dan khusyu’, menghinakan diri dan melapangkan hati kerana disanalah tempat menumpahkan air mata dan pengampunan segala dosa. Betapa kiranya tidak seperti demikian itu pada hal ia adalah tempat perhimpunan segala makhluk didalam dunia ini, padanya ada ramai wali-wali dan orang-orang khawas yang tidak dapat dihingga melainkan oleh Allah taala. 3726. Hendaklah tiap-tiap doa itu tiga kali dalam keadaan ia dimulakan dengan tahmid dan tamjid dan tasbih dan selawat atas nabi sawm dan disudahi dengan yang demikian itu serta mengucap amin dan mengangkatkan kedua tangannya tetapi jangan diangkatkan keduanya melampau kepala. Makruh baginya sangat
menyaringkan suara dan makruh berlebih-lebih651 dengan menghasilan sajak652 pada doa. 3727. Demikian lagi sunat bagi yang wukuf itu mengadap kiblat ketika berdoa dan selainnya. Demikian lagi sunat bagi yang wukuf bersuci dari hadath besar dan hadath kecil dan dari najis. Sunat menutup aurat supaya dia diatas keadaan yang paling sempurna. 3728. Sunat berpanas kerana tidak warid daripada nabis sawm bahawa dia wukuf di Arafah dengan bernaung melainkan kerana uzur seperti terhasil baginya mudharat atau jadi kurang doanya atau kurang kesungguhannya pada zikir-zikir disebabkan panas. Maka pada ketika itu hendaklah dia bernaung. 3729. Demikian lagi sunat baginya wukuf pada tempat wukuf nabi sawm, iaitu disisi batu yang besar yang terhampar dikaki bukit Jabal Rahmah yang ada pada pertengahan bumi Arafah. Maka yang demikian itu sunat bagi lelaki jua. Adapun perempuan dan khunsa maka yang terutama bagi keduanya wukuf pada pinggir bumi Arafah. Akan tetapi jika masyaqah diatas keduanya wukuf disana sebab tercerai dari ahlinya atau selainnya tidaklah sunat yang demikian itu. 3730. Sunat menjamakkan sembahyang zohor dan asar dengan jamak taqdim pada masjid Ibrahim alaihissalam pada awal waktu wukuf kerana mengikut nabi sawm. Adalah yang demikian itu kemudian daripada imam membaca dua khutbah. Tetapi tempat harus jamak yang tersebut itu bagi orang yang musafir jua tidak orang yang mukim kerana harus jamak itu sebab safar jua bukan sebab nusuk. 3731. Sunat mentakhirkan maghrib kepada waktu isyak bagi musafir supaya dia sembahyangkan keduanya di Muzdalifah. Tempat sunat yang demikian itu jika dia sampai ke Muzdalifah sebelum lalu waktu ikhtiar bagi isyak. Jika tidak seperti demikian itu maka sunat dia menyembahyangkan tiap-tiap sembahyang masingmasing didalam waktunya. Adapun orang yang tidak musafir maka tidak harus baginya takhir kerana ‘illat yang tersebut itu. 3732. Fasal pada menyatakan cukur atau gunting rambut kepala. Sungguhnya telah terdahulu bahawa cukur itu satu rukun daripada rukun-rukun haji dan umrah. Maka tidak hasil tahallul melainkan dengannya. Melainkan pada orang yang tidak ada rambut pada kepalanya. 3733. Bermula, sekurang-kurang cukur itu menghilangkan tiga helai rambut daripada rambut kepala dengan dicabut atau dibakar653 atau digunting atau dicukur atau selainnya daripada jalan-jalan menghilangkannya, samaada dihilangkan ia dengan sekali atau beberapa kali. Maka tidak memadai cukur itu dengan kurang daripada tiga helai rambut dan tidak memada tiga helai rambut yang selain rambut kepala dan tidak memada tiga helai yang sebahagiannya rambut kepala dan sebahagiannya rambut selainnya, dan tidak memada menghilangkan sehelai rambut diatas tiga kali. 3734. Sunat bagi orang yang tidak ada rambut pada sekelian kepalanya atau pada sebahagiannya melalukan pisau cukur diatas kepalanya supaya dia menyerupai mereka yang bercukur. Dan lagi sunat dia mengandam sedikit daripada misai dan janggutnya. Akan tetapi yang baru tumbuh kemudian daripada masuk waktu bercukur tidak disuruh menghilangkannya kerana yang wajib dicukur adalah rambut yang meliputi ihram diatasnya.
651
. takalluf.
652
. saj’ah.
653
. ditunu.
3735. Sunat mentakhirkan cukur kepala selepas melontar jamrah ‘aqabah pada hari raya dan mendulukannya diatas tawaf ifadhah. Sunat mula bercukur itu pada pihak sebelah kepala yang kanan. Sunat bagi yang dicukur itu mengadap kiblat. Sunat mengucap takbir selepas selesai bercukur. 3736. Bermula, mencukur sekelian rambut kepala terafdhal bagi lelaki jua. Adapun perempuan dan khunsa maka yang terafdhal bagi keduanya adalah bergunting jua kerana sabda nabi sawm “ﺭ ﻴ ﺼ ﻥ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹾﻘ ﻴﻬﹺ ﹶﻠﺎ ﻋﻕ ِﺇ ﱠﻨﻤ ﺤ ﹾﻠ ﹲ ﺀ ﺎﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﱢﻨﺴ ﻴﺱ ” ﹶﻟartinya : tidak wajib diatas perempuan itu bercukur, hanya wajib diatas mereka itu bergunting jua. Makruh bagi perempuan bercukur, bahkan haram yang demikian itu diatas isteri atau gundik dengan tidak ada izin suaminya atau tuannya jika kurang dengannya istimta’nya atau jadi kurang harga sahaya itu. 3737. Fasal pada menyatakan wajib-wajib haji. Bermula, wajib-wajib haji itu enam perkara. Pertama : bermalam di Muzdalifah pada setengah yang kedua daripada malam hari Raya Haji. Hasillah wajib bermalam itu dengan sekejap jua didalam masa itu dan, sekalipun dia lalu di Muzdalifah dengan tidak berhenti, sama seperti hukum wukuf di Arafah. Kata setengah ulamak : bermalam di Muzdalifah itu satu rukun daripada rukun-rukun haji, maka diatas kaul yang dhaif ini tidaklah sah haji jika tidak bermalam di Muzdalifah itu. Tidak wajib bermalam di Muzdalifah diatas barang siapa yang ada baginya keuzuran yang menegahnya dari bermalam seperti dia takutkan binasa apa yang dihormati pada syara’ atau dia sibuk daripadanya dengan memperdapatkan wukuf di Arafah atau dengan tawaf ifadhah. Yang kedua : melontar jamrah ‘aqabah tujuh kali. Ketiganya : melontar jamrah yang tiga pada hari-hari tasyrik, setiap satu jamrah tujuh kali lontar. Keempatnya : bermalam di Mina pada tiga malam hari tasyrik, jika dia hendak kembali ke Makkah pada hari yang ketiga daripada hari-hari tasyrik itu atau pada dua malam hari tasyrik jika dia hendak kembali ke Makkah pada hari yang kedua daripadanya. Tidak wajib bermalam di Mina dan melontar sekelian jamrah diatas barang siapa yang ada baginya keuzuran yang menegah dia daripadanya seperti dia takutkan binasa apa yang dihormati pada syara’. Kelima : ihram pada miqat diatas barang siapa yang melaluinya atau yang keluar untuk mengerjakan nusuk daripada miqat. Keenamnya : tawaf wida’ diatas orang yang hendak keluar dari Makkah kepada jarak qasar atau kepada tempat kediamannya sekalipun hampir. Demikian lagi wajib tawaf wida’ diatas tiap-tiap orang haji yang hendak kembali dari Mina kepada negeri tempat kediamannya sekalipun dia sudah tawaf wida’ sebelum kembalinya ke Mina dari Makkah. 3738. Wajib dam diatas barang siapa yang meninggalkan tawaf wida’, tetapi lepas dam itu daripadanya jika dia kembali ke Makkah untuk mengerjakan tawaf wida’ sebelum dia sampai ketempat kediamannya atau sebelum sampai kepada jarak qasar. 3739. Harus bagi prempuan yang berhaid dan yang bernifas kembali kenegerinya tanpa tawaf wida’ dan tidak wajib dia kembali apabila suci dari haid atau nifas kemudian daripada lalu tempat yang tidak harus qasar didalamnya. Adapun jika dia suci darinya tatkala masih lagi didalam tempat yang tidak harus qasar didalamnya wajiblah dia kembali untuk tawaf wida’. 3740. Apabila seorang itu selesai daripada tawaf wida’ dan daripada dua rakaat sunat tawaf dan daripada doa yang disunatkan pada multazam dan mendatangi telaga zamzam dan meminum airnya maka janganlah dia berhenti. Maka jika dia berhenti selepas yang tersebut itu tanpa hajat atau kerana hajat yang tidak
bekaitan dengan safar seperti ziarah dan ibadat dan membayar hutang nescaya wajiblah dia mengulangi tawaf wida’ itu. 3741. Adapun jika dia berhenti selepas yang tersebut itu kerana hajat yang berkaitan dengan safar seperti membeli bekal dan bekasnya dan mengikat bekal dan mahmal atau barangsebagainya atau didirikan sembahyang jamaah maka dia sembahyang bersama mereka itu maka tidak wajib dia mengulangi tawaf itu. 3742. Sunat bagi yang sudah tawaf wida’ selepas selesai apa yang disunatkan kemudiannya bahwa dia berjalan kepada pihak hadapannya serta membelakangi ka’batullah dan jangan dia berpaling muka kepada ka’batullah tatkala berjalan dan jangan berjalan dengan undur kepihak belakangnya. Inilah yang tersebut didalam syarah Bafadhal. Yang disunatkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa disunatkan baginya membanyakkan berpaling kepada baitullah hingga tidak kelihatan baitulah itu, seperti kelakuan orang yang sangat dukacita bercerai dari baitullah itu. 3743. Sunat dibaca tatkala dari keluar Makkah “ﺒﺭ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ”ﺍtiga kali dan “ ﻩ ﺩ ﺤ ﻭ ﷲ ُ ﻻﺍ ِﺇ ﱠﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﹶ ﻡ ﻴ ﻅ ﻌ ﷲ ﺍ ﹾﻟ ً ﻕﺍ ﺩ ﹶ ﺼ،ﻭﻥ ﺩ ﻤ ﺎﺒﻨﹶﺎ ﺤ ﺭ ﻥ ِﻟ ﻭ ﺩ ﺠ ﺎ ﹺﻥ ﺴ ﻭ ﺩ ﺎ ﹺﺒﻥ ﻋ ﻭ ﺒ ﻴ ﺁ.ﺭ ﻴ ﺩ ﹶﻗﻲﺀ ﺸ ﹸﻜلﱢ ﹶﻋﹶﻠﻰﻫﻭ ﻭ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭﹶﻟ ﻙ ﻤ ﹾﻠ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻟ، ﹶﻟﻪﻴﻙ ﺸﺭﹺ ﻻ ﹶ ﹶ ﻩ ﺩ ﺤ ﻭ ﺏ ﺍﺤﺯ ﻷ َ ﻡ ﺍ ﺯ ﻫ ﻭ ﻩ ﺩ ﺒ ﻋ ﺭ ﹶﻨﺼﻩ ﻭ ﺩ ﻋ ﻭ ”. 3744. Fasal pada menyatakan sebahagian daripada sunat-sunat bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar dan syarat-syaratnya. 3745. Bermula, selepas sembahyang subuh hari raya sunat berhenti pada satu suku Muzdalifah dalam keadaan mengadap kiblat. Yang terafdhal daripada tempat berhenti itu pada Masy’aril Haram iaitu binaan yang ujud sekarang ini di Muzdalifah. Maka hendaklah dia membanyakkan zikrullah dan doa dan selainnya daripada amalan kebajikan seperti memberi sedekah dan memerdekakan hamba, dan hendaklah banyak membaca “ﺏ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻋﺫﹶﺍ ﻗﻨﹶﺎ ﻭ ﹶﻨﺔﹰﺴﺓ ﺤ ﺭ ﺨ ﻰ ﺍﻵﻭﻓ ﹶﻨﺔﹰﺴﺎ ﺤﺩ ﹾﻨﻴ ﻰ ﺍﻟﺘﻨﹶﺎ ﻓ ﺒﻨﹶﺎ ﺁ ﺭ ” dan hendaklah dibacanya doa ini “ ﺭ ﻔ ﻏ ﺍ ﹾﻴ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﻭ ﺩ ﻫ ﺎﻙ ﹶﻜﻤ ﺫ ﹾﻜ ﹺﺭ ﻭ ﹾﻗ ﹸﻔﻨﹶﺎ ِﻟ ﻩ ﹶﻓ ﺎﻴ ﹶﺘﻨﹶﺎ ِﺇﻴ ﺭ ﻭَﺃ ﻪ ﻴ ﻓ ﻭ ﹶﻗ ﹾﻔ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﺎ َﺃ ﹶﻜﻤﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﺍ ﹺﻡﺤﺭ ﻌ ﹺﺭ ﺍ ﹾﻟ ﺸ ﻤ ﹾ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﻋ ﹾﻨ ﷲ َ ﻭﺍ ﺍﺕ ﻓﹶﺎ ﹾﺫ ﹸﻜﺭ ﺭﻓﹶﺎ ﻋ ﻥ ﻤ ﻡ ﻀ ﹸﺘ ﻕ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ َﺃ ﹶﻓ ﺤﱡ ﺍ ﹾﻟﻭﹸﻟﻙ ﹶﻗ ﻭﻭﻟِﻙ ﺩ ﹶﺘﻨﹶﺎ ﺒﹺ ﹶﻘ ﻋ ﻭ ﺎﻤ ﹶﻨﺎ ﹶﻜﻤ ﺤ ﺭ ﺍ”ﹶﻟﻨﹶﺎ ﻭ hingga “ﻡ ﻴ ﺤ ﺭ ﺭ ﻭ ﻏ ﹸﻔ ﷲ ﹶ َ ﻥﺍ ﷲ ِﺇ َ ﻭﺍ ﺍﻔﺭ ﺴ ﹶﺘ ﹾﻐ ﺍ” ﻭ. ُ “ ”ﺍtidak kali “ ﷲ ُ ﺍﷲ ﻭ ُ ﻻﺍ ﻪ ِﺇ ﱠ ﻻ ِﺇﹶﻟ ﹶ 3746. Setengah daripada zikir yang dibacanya “ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭِﻟﱠﻠ ﺭ ﺒ ”َﺃ ﹾﻜhingga kabur-kabur siang. Kemudian maka ia berjalan ke Mina dengan perlahan sambil mengucap zikrullah dan talbiah. Barang siapa mendapat jalan yang lapang maka hendaklah dia segera berjalan. Apabila dia sampai kepada wadi Muhassyar iaitu diantara Muzdalifah dan Mina maka sunat dia bertambah cepat berjalan hingga dia lalui lintangnya iaitu sekira-kira sepelontar batu. Maka dia berjalan pula dengan perlahan. 3747. Bermula, hikmah disuruhkan cepat berjalan pada tempat itu adalah kerana bahawa ia tempat turun azab Allah. Kata setengah ulamak : tentera-tentera gajah dibinasakan Allah taala pada tempat itu. Kata setengah ulamak : seorang lelaki berburu perburuan pada tempat itu maka diturunkan Allah taala api dari langit menghanguskannya. Maka disuruh berlari pada tempat itu supaya mengambil sempena dengan selamat dari bahaya yang sampai kepada mereka pada tempat itu. Kata setengah ulamak : adalah wadi Muhassyar itu tempat Nasara wukuf maka disuruh kita berlari laju menyalahi perbuatan mereka itu. 3748. Sunat mengambil tujuh ketul batu di Muzdalifah pada malam itu sebagai pelontar jamrah ‘aqabah di Mina. Hendaklah dia mengambil lebih dari tujuh supaya ia tidak kurang apabila gugur suatu daripadanya. Hendaklah dia mengambil batu pelontar sekelian jamrah pada hari tasyrik pada pihak Muhassar atau pada Mina. 3749. Makruh mengambil batu yang sudah dilontarkan kerana diriwayatkan bahawa batu yang diterima Allah taala diangkatkan dan yang tidak diterima ditinggalkan pada tempat jatuhnya. Jika tidak seperti demikian itu nescaya
tertumpatlah diantara dua bukit itu kerana kebanyakkan batu pelontar didalam beberapa masa yang telah lalu hingga sampai sekarang ini, sedang yang disaksikan dengan mata tidak tertumpat diantara keduanya. Tetapi jika dilontarkanya dengah batu yang sudah dilontarkan nescaya memadailah ia sebagai lontarannya. 3750. Demikian lagi makruh mengambil batu pelontar daripada tanah halal dan dari tempat najis dan dari masjid jika tidak diwakafkan batunya. Jika batu didalam masjid itu diwakafkan maka haram mengambilnya. 3751. Sunat memutuskan talbiah tatkala melontar jamrah ‘Aqabah kerana dia masuk mengerjakan sebab tahallul. Yang berkenderaan hendaklah melontar diatas kenderaannya sebelum dia turun darinya kerana melontar itu tahiyyat Mina, maka janganlah dia memulai dengan selain melontar. Sunat takbir ganti talbiah pada tiap-tiap lontaran batu batu, maka dikatanya “ ﻻ ﺇِﹶﻟﻪ ﺭ ﹶ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺍ ﺩ ﻤ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭِﻟﱠﻠ ﷲ ُ ﻻﺍ ”ِﺇ ﱠ. 3752. Masuk waktu bercukur dan melontar jamrah ’Aqabah dan tawaf ifadhah pada setengah malam haiu raya bagi barang siapa yang wukuf diArafah sebelumnya. Sunat mentakhirkan sekelian yang tersebut itu hingga selepas terbit matahari. Apa yang dia mulakan dengannya daripada yang tersebut itu hendaklah dia putuskan talbiah sertanya. Kekallah waktu melontar tiga jamrah itu hingga akhir hari tasyrik. 3753. Kekal waktu bercukur dan tawaf yang diiringi oleh sai’e sahaja jika dia tidak sai’e selepas tawaf qudum hingga selama-lama. Maka tidak ada akhir bagi waktu keduanya, maka tidaklah luput waktu keduanya selama dia masih hidup. Tetapi makruh mentakhirkan keduanya daripada hari raya. Mentakhirkan keduanya daripada hari-hari tasyrik lebih kuat makruhnya, dan mentakhirkan keduanya daripada keluarnya dari Makkah lebih lagi kuat makruhnya daripada yang tersebut itu. 3754. Tetapi barang siapa luput wukuf di ‘Arafah darinya tidak harus dia bersabar diatas ihramnya hingga masuk tahun yang kedua kerana bahawa ihram didalam satu tahun tidak patut ia bagi tahun yang kedua. Maka seolah-olah waktunya luput. Bersalahan ia disini maka waktu bercukur dan tawaf itu kekal kerana dapat dia mengerjakan keduanya pada sebarang waktu yang dikehendakinya. 3755. Sunat menyegerakan tawaf ifadhah pada hari raya. Selepas melontar jamrah ‘aqabah dan selepas bercukur masuklah dia ke Makkah kerana mengerjakan tawaf ifadhah, dan dia sai’e selepas tawaf itu jika dia tidak sai’e selepas tawaf qudum. Setelah itu maka dia kembali pula ke Mina untuk sembahyang zohor disana. 3756. Wajib dia bermalam di Mina pada segala malam hari-hari tasyrik dan wajib dia melontar jamrah yang tiga pada tiap-tiap hari daripada hari-hari tasyrik itu. Masuk waktu melontar itu selepas gelincir matahari. Maka dilontarnya akan tiaptiap satu jamrah itu tujuh kali dengan tujuh ketul batu. 3757. Syahadan. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: wajib melontar jamrah ‘Aqabah dari batin wadi dan tidak harus melontarnya diatas bukit yang dibelakang jamrah itu. Kebanyakan orang awam memperbuatnya, maka kembalilah mereka itu dengan tidak melontar. Intaha. 3758. Kata syeikh Ibnu Qasim didalam Hasyiah : hendaklah jatuh lontaran itu pada batin wadi sekalipun yang melontar berdiri pada selainnya. Intaha. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : sunat dia melontar jamrah ‘Aqabah dari batin wadi. Maka diketahui daripada ibarat syeikh Ramli dan ibarat syeikh Ibnu Qasim bahawa tidak disyaratkan keadaan yang melontar itu berdiri pada batin wadi hanya manakala jatuh lontarannya pada jamrah pada batin wadi memadailah ia,
sekalipun yang melontar itu berdiri diatas bukit yang dibelakang jamrah atau pada selainnya. 3759. Maka ianya muafakat dengan kata Qastalani didalam syarah Bukhari. Demikian katanya : sungguhnya telah sepakat mereka itu diatas bahawa dari sebarang tempat seorang itu melontar jamrah haruslah ia, samaada yang melontar itu mengadapnya atau menganankannya atau mengirikannya atau berdiri diatasnya iaitu pada bukit atau dibawahnya pada batin wadi atau dari pertengahannya. Khilaf pada yang demikian itu hanya pada yang terafdhal jua. Intaha. 3760. Sunat bagi yang melontar ‘Aqabah pada hari raya itu mengadap jamrah dan menganankan Mina dan mengirikan Makkah. Adapun melontar pada hari tasyrik maka sunat mengadap kiblat pada ketiga-tiga lontaran itu. 3761. Disyaratkan melontar tujuh batu kepada sekelian jamrah itu, satu demi satu hingga tujuh kali, bukannya berbilang batu, hinggakan jika dilontarkannya tujuh biji batu dengan sekali lontar tidaklah dikira melainkan sekali jua. Jika dia melontar dua biji batu serentak maka dikira sekali jua sekalipun gugur dua biji batu itu pada jamrah dengan beraturan, dan jika dia lontarkan dua biji batu dengan beraturan maka dikira dua kali sekalipun gugur dua biji batu itu pada jamrah dengan serentak kerana menilik kepada berbilang lontaran jua. 3762. Disyaratkan aturan jamrah-jamrah yang tiga itu pada melontarnya didalam hari-hari tasyrik, seperti dia mula dengan melontar jamrah yang pertama iaitu yang mengiringi masjid Khaif kemudian melontar jamrah yang pertengahan kemudian jamrah yang ketiga iaitu jamrah ‘aqabah. Tidak dikira lontaran jamrah yang kedua sebelum sempurna lontaran jamrah yang pertama dan tidak dikira lontaran jamrah yang ketiga sebelum sempurna lontaran jamrah yang pertama dan yang kedua. Jika dia songsangkan aturan yang tersebut itu seperti dia mula dengan jamrah yang ketiga kemudian yang kedua kemudian yang pertama nescaya dikira lontaran jamrah yang pertama jua. 3763. Disyaratkan pula pada lontaran tiap-tiap jamrah itu tujuh kali dengan yakin. Maka jika dia syak pada bilangan lontarannya adakah tujuh kali atau enam kali umpamanya maka hendaklah diambilnya yang yakin, iaitu dijadikannya kurang lalu dia menggenapkannya. 3764. Masaalah. Jika tertinggal sebiji batu daripada batu-batu pelontar jamrah yang tiga itu maka dia syak pada tempatnya adakah ianya pada jamrah yang pertama atau yang kedua atau yang ketiga hendaklah dia jadikan tempatnya pada jamrah yang pertama, maka dia lontarkan batu itu pada jamrah yang pertama itu kemudian dia ulang melontar pada jamrah yang kedua dan yang ketiga, kerana mualat pada melontar diantara jamrah yang tiga itu tidak disyaratkan, akan tetapi mualat itu sunat jua. 3765. Disyaratkan pada melontar itu bahawa jangan dia memalingkan niat lontar jamrah kepada niat lontar selainnya maka ianya seperti hukum tawaf jua. 3766. Disyaratkan pula bahawa jangan jatuh batu yang dilontarkan itu kepada jamrah dengan yakin. Tidak disyaratkan tetap batu didalam jamrah. Maka had jamrah yang dilontar itu adalah tiga hasta dari segala pihak tanda yang terdiri iaitu pada jamrah yang pertama dan yang kedua. Adapun jamrah ‘Aqabah maka tidak ada baginya melainkan satu pihak jua iaitu pada batin wadi. 3767. Disyaratkan pula qasad melontar jamrah. Maka jika dia kasadkan melontar selainnya seperti melontar kepada udara atau kepada tanda yang terdiri dipertengahan jamrah itu atau kepada dinding yang pada jamrah ‘Aqabah seperti yang telah dikerjakan oleh kebanyakkan orang yang jahil maka yang demikian itu tidak memadai. Inilah yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah Bafadhal. Maka zahirnya tidak memada yang semikian itu, sekalipun dia
kasadkan dengan lontar kepada tanda itu akan lontar yang wajib diatasnya dan jatuh pelontar itu pada jamrah, kerana ketiadaan kasad lontar jamrah, kerana disyaratkan pada melontarnya bahawa jangan dia memalingkan niat lontar jamrah kepada niat melontar selainnya sama seperti hukum tawaf jua. 3768. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : kehendak kata-kata fuqaha’ bahawa kalau seorang melontar tanda yang terdiri pada jamrah atau dinding yang pada jamrah ‘Aqabah seperti yang diperbuat oleh kebanyakkan manusia maka kena pelontar itu kepada tanda itu kemudian maka gugur pada jamrah nescaya tidak memadainya lontarannya itu. Kata Muhibbu Tabari : ia adalah yang paling zahir disisi aku, dan muhtamal bahawa memadainya lontarannya itu kerana hasil jatuh batu pelontar itu pada jamrah dengan perbuatannya serta dia kasadkan dengannya lontaran yang wajib diatasnya, dan yang kedua daripada dua ihtimal itu lebih hampir seperti yang dikatakan oleh Zarkasyi : ia adalah yang muktamad. . . hingga akhir yang tersebut didalam Nihayah. Kata syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni : tetapi yang lebih hampir kepada kata-kata mereka itu adalah yang pertama jua. 3769. Disyaratkan pula serta kasad yang demikian itu bahawa jatuh batu pelontar pada jamrah dengan perbuatan dirinya tidak dengan perbuatan selainnya dengan yakin. Maka jika dia kasad melontar lalu kena pada suatu yang lain kemudian jatuh pada jamrah maka ditilik : jika jatuhnya pada jamrah itu tidak dengan gerak benda yang dikenainya dengan yakin seperti batu pelontar itu kena pada tanda yang terdiri itu lalu ia jatuh pada jamrah atau jatuh pada bumi yang bukan jamrah lalu ia tergelincir kepada jamrah maka ianya memadai kerana diperolehi kasad melontar jamrah dengan perbuatan dirinya dengan yakin. Begitu juga memada jika jatuh batu pelontar itu pada jamrah dengan ditiup angin kerana sukar memelihara daripadanya. 3770. Adapun jika batu itu jatuh pada jamrah dengan gerak benda yang dikenainya sekalipun geraknya itu dengan ihtimal seperti batu itu kena pada leher unta atau mahmal kemudian maka ia jatuh kepada jamrah maka ianya tidak memadai. 3771. Disyaratkan pula bahawa hendaklah yang dilontarkan utu batu dan sekalipun besi dan batu emas dan batu perak dan fairuz dan yaqut dan antan dan ‘aqiq dan balur dan zabarjad dan zamrud sekalipun yang dijadikan permata incin dan dilontarkan ia besertanya, memadailah yang demikan itu sekalipun batu utu curian atau rampasan kerana haramnya itu dari pihak yang lain, maka ianya seperti sembahyang pada tempat rampasan. 3772. Walau begitu haram melontarkan yaqut dan barang sebagainya daripada manikam yang tinggi harganya jika lontaran itu memecahkannya dan mengurangkan harganya kerana haram membuangkan harta seperti yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. 3773. Tidak memada melontar dengan barang yang selain batu seperti emas dan perak dan besi dan tembaga dan timah dan gangsa dan kuningan654 dan mutiara dan batu karang dan ihtmid dan artal dan lumpur dan bata yang sudah dibakar dan tembikar dan garam dan kapur. Tetapi memadai batu kapur yang belum dibakar, bersalahan yang sudah dibakar maka ianya tidak memadai kerana tidak dinamakan batu pada ketika itu hanya dinamakan ia kapur. 3774. Disyaratkan melontar itu dengan apa yang dinamakan lontar. Maka tidak memadai yang tidak dinamakan lontar seperti meletakkannya batu pada jamrah. Dibezakan diantaranya dan diantara meletakkan tangan diatas kepala ganti sapu pada wudhuk serta bahawa ia tidak dinamakan sapu dengan bahawa yang 654
. ﻛﻮﻧﻴﻐﻦdengan nga.
dimaksudkan pada sapu kepala itu sampai basah kepada kepala maka ianya terhasil dengan meletakkan yang basah sementara yang dimaksudkan pada melontar disini adalalah memerangi syaitan dengan isyarat dengan melontarkan benda yang diperangi musuh dengannya, sepertimana yang ditunjukkan oleh nabi sawm dengan sabdanya tatkala ditanya oleh sahabat tentang melontar sekelian jamrah maka sabdanya “ﻭﻥ ﻤ ﺭ ﻥ ﹶﺘ ﻴﻁﹶﺎ ﹺ ﺸ ﻪ ﺍﻟ ﱠ ﺠ ﻭ ﻭ ﻭﻥ ﻌ ﻡ ﹶﺘ ﹼﺘﺒ ﻴ ﹸﻜ ﻤﱠﻠ ﹸﺔ َﺃ ﹺﺒ ﹺﻭﻭﻥ ﺭ ﺒ ﻡ ﹸﺘ ﹶﻜ ﺒ ﹸﻜ ﺭ ﷲ ُ ”ﺍ artinya : akan Allah Tuhan kamu kamu perbesarkan dan akan ugama bapa kamu kamu ikuti dan akan muka Syaitan kamu lontar. 3775. Disyaratkan pula melontar dengan tangan maka tidak memada denga selainnya seperti busur atau dengan kaki atau dengan mulut serta dia kuasa melontar dengan tangan. Tetapi jika dia lemah dari melontar dengan tangan dan kuasa melontar denga busur pada tangannya dan dengan mulut dan dengan kaki maka wajiblah dia melontar dengan busur itu. Jika dia kuasa diatas melontar dengan mulut dan kaki jua adakah harus pilih salah satu daripada keduanya atau tertentu dia melontar dengan mulut kerana ia lebih hampir kepada tangan dan kepada membesarkan ibadat, atau tertentu dia melontar dengan kaki kerana melontar dengan kaki dimaklumi didalam perang dan lagi kerana melontar dengan kaki itu lebih menghinakan syaitan kerana maksud daripada melontar itu menghinakannya? Tiap-tiap satu daripada tiga perkara ini muhtamal. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : ihtimal yang ketiga itu yang lebih hampir. Tetapi dia didalam Syarah ‘Ubab cenderong kepada ihtimal yang pertama. 3776. Syahadan. Adalah segala sunat melontar itu sangat banyak. Sebahagian daripadanya hendaklah melontar itu dengan tangan kanan lagi hendaklah dengan batu yang suci dan hendaklah besar batu yang dilontarkan itu kadar sebiji kacang parang iaitu kecil sedikit daripada seruas jari pada panjangnya dan lintangnya. 3777. Makruh melontar batu yang lebih besar dan lebih kecil daripadanya. Makruh mengambil batu daripada tanah halal dan didalam masjid jika batu itu bukan juzuk masjid dan jika ia juzuknya maka haram. Demikian lagi makruh mengambil batu daripada tempat najis sekalipun dia membasuhnya, sama seperti makruh makan pada bejana bekas kumuh selepas membasuhnya. 3778. Sunat membasuh batu pelontar sekalipun ia suci. Dan lagi sunat bagi lelaki mengangkatkan tangannya tatkala melontar hingga kelihatan ketiaknya dan sunat mengadap kiblat pada tiap-tiap kali melontar didalam hari tasyrik. Sunat tatkala melontar jamrah yang pertama dan yang kedua itu dari pihak tempat yang lebih tinggi. 3779. Dan lagi sunat baginya berhenti disisi jamrah yang pertama dan yang kedua jauhnya dari jamrah itu sekira-kira tidak sampai kepadanya batu pelontar dan lama berhentinya sekadar membaca surah Baqarah, maka hendaklah dia membaca doa dan zikir pada ketika itu. Itupun jika sempurna khusyu’nya, jika tidak maka memadai sekurang-kurang masa berhenti. Tidak sunat berhenti pada jamrah aqabah kerana mengambil sempena dengan diterima Alalh taala akan amalnya. 3780. Sunat berjalan tatkala melontar didalam dua hari yang pertama dan berkenderaan pada hari yang ketiga lalu dia pergi dari Mina kemudian berhenti pada tempat yang bernama Mukhassasb dan sembahyang zohor disana dan asar dan maghrib dan isyak dan tidur disana, kemudian pergi ke Makkah untuk tawaf wida’ kerana mengikut perbuatan nabi sawm. Tetapi tempatnya jika dia kembali kepada tempat kediamannya selepas selesai hajinya. 3781. Syahadan. Barang siapa tidak kuasa melontar kerana sakit atau terpenjara wajiblah dia mewakilkan seorang sebagai gantinya pada melontar sekalipun dengan upah seumpama, apabila dia memperolehinya lebih daripada apa yang
diambil kira pada fitrah. Memadailah yang demikian itu jika dia putus asa daripada kuasa melontar dengan sendirinya didalam waktu. 3782. Disyaratkan bahawa hendaklah yang jadi pengganti itu telah melontar daripada dirinya, dan jika dia belum melontar daripada dirinya nescaya jatuhlah lontarannya daripada dirinya jua bukan daripada orang yang digantikannya. Disyaratkan dia meminta ganti itu didalam waktu melontar. Maka tidak sah minta ganti sebelum masuk waktu. 3783. Barang siapa meninggalkan lontaran jamrah ‘Aqabah atau jamrah bagi satu hari daripada hari-hari tasyrik maka harus baginya melakukan yang ditinggalkan itu didalam yang tinggal daripada hari-hari tasyrik. Maka jadilah lontarannya tunai jua, bukan kadha, dari kerana hari raya dan sekelian hari tasyrik itu waktu tunai bagi melontar. Tidak kena dam diatasnya. Jika tidak dikerjakannya yang tinggal itu didalam hari-tasyrik nescaya wajiblah dam diatasnya. 3784. Wajib ditasnya tertib diantara mengerjakan lontaran yang tertinggal dan mengerjakan lontaran hari yang hadhir itu. Jika disalahinya tertib itu nescaya yang dikerjakannya itu sah daripada lontaran yang tertinggal jua. Maka jikalau dia lontarkan kepada tiap-tiap jamrah itu empat belas biji batu, tujuh batu sebagai ganti lontarannya yang kelmarin dan tujuh batu sebagai bahagian hari yang hadhir maka tidak memadai lontarannya daripada hari yang hadhir dan memadai lontarannya daripada hari yang kelmarin. 3785. Barang siapa yang hendak pergi dari Mina pada hari yang kedua daripada hari-hari tasyrik maka haruslah baginya yang demikian itu lagi tidak ada dam diatasnya kerana firman Allah taala “ﻴﻪ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ِﺇ ﹾﺜ ﻥ ﹶﻓ ﹶ ﻴ ﹺ ﻤ ﻭ ﻴ ﻰل ﻓ َﺠ ﻥ ﹶﺘﻌ ﻤ ” ﹶﻓartinya: barang siapa yang segera pergi dari Mina pada hari yang kedua daripada hari-hari tasyrik maka tidak ada dosa diatasnya. Tetapi tidak harus yang demikian itu melainkan dengan syarat bahawa dia telah bermalam dua malam yang pertama dari kerana jika dia tidak bermalam seperti demikian itu nescaya tidaklah gugur daripadanya bermalam pada malam yang ketiga dan tidak gugur melontar pada siangnya jika tidak ada uzur padanya. Berlaku yang demikian itu pada melontar pula. 3786. Disyaratkan pula hendaklah perginya dari Mina itu selepas gelincir matahari dan selepas melontar dan sebelum maghrib. Jika tidak seperti yang demikian itu nescaya tidaklah gugur bermalam pada malam yang ketiga dan tidak gugur melontar pada siangnya. Jika masuk matahari selepas daripada bertolak dan sebelum bercerai dari Mina maka harus dia meneruskan perginya dari Mina. Demikian lagi harus baginya pergi dari Mina jika masuk matahari pada hal dia ketika itu masih lagi sibuk didalam pekerjaan untuk pergi seperti mengikat mahmal pada untanya. Demikianlah yang tersebut pada asal Raudhah, tetapi yang disahkan oleh imam Rafi’e didalam syarah Saghir dan yang disahkan oleh imam Nawawi didalam Manasik bahawa tertegah diatasnya pergi. 3787. Fasal pada menyatakan tahallul. Arti tahallul itu mengungkaikan ihram dan menghasilkan halal. Bermula, bagi haji itu dua tahalul kerana lanjut masanya dan kerana banyak perbuatannya, bandingannya seperti haid, tatkala haid itu lanjut masanya dijadikan baginya dua tahllul, yang pertama putus darah, dan yang kedua mandi. Bersalahan dengan umrah maka tidak ada baginya tahallul melainkan satu jua iaitu selesai daripada mengerjakan sekelian rukunnya kerana tidak lanjut masanya sama seperti janabah. 3788. Maka tahallul yang pertama terhasil dengan megerjakan lontaran dan cukur atau melontar dan tawaf atau cukur dan tawaf, nescaya hasillah tahallul yang pertama. Apabila dikerjakan pula yang ketiga daripadanya hasillah tahallul yang kedua. Jadi halallah sebab mengerjakan tahallul yang pertama itu sekelian yang diharamkan diatas orang yang ihram yang lagi akan datang kenyataannya
melainkan tiga perkara iaitu setubuh dan akad nikah dan sentuh perempuan dengan tidak berlapik lagi dengan syahwat. Jadi halal pula tiga perkara itu dengan mengerjakan tahallul yang kedua. 3789. Jika ditakhirkan lontaran pada hari raya itu daripada sekelian hari tasyrik dan melazimi dia gantiannya, iaitu dam atau puasa, nescaya tidak hasil baginya tahallul melainkan dengan mengerjakan gantian itu kerana gantian melontar itu berdiri pada tempat melontar. 3790. Sunat memakai bau-bauan diantara dua tahallul itu. Sunat bahawa jangan dia setubuh selepas tahallul yang kedua melainkan selepas daripada melontar hari tasyrik. 3791. Fasal pada menyatakan wajah-wajah mengerjakan haji. Bermula, mengerjakan haji dan umrah itu adalah diatas tiga wajah. Pertamanya ifrad, iaitu seperti bahawa seorang berihram dengan haji dari miqat atau kurang daripadanya selepas selesai pekerjaan haji dia ihram pula dengan umrah didalam tahunnya, sekalipun dia berihram didalam Makkah dan dikerjakannya segala pekerjaan umrah. 3792. Keduanya qiran, iaitu seperti seorang berihram dengan haji dan umrah serentak pada miqat atau selainnya dan dikerjakannya segala pekerjaan haji maka hasillah keduanya kerana termasuk umrah itu dadalam haji dan sama miqat keduanya pada orang Makkah hinggakan memadainya ihram dengan keduanya didalam Makkah dan tidak wajib dia keluar kepada tampat halal untuk ihram, kerana yang dighalibkan pada qiran itu adalah pekerjaan haji jua bukan umrah kerana tersebut didalam hadith yang sahih sabda nabi sawm “ ﺓ ﺭ ﻤ ﻌ ﺍ ﹾﻟﺞ ﻭ ﺤ ﺒﹺﺎ ﹾﻟﻡﺤﺭ ﻥ َﺃ ﻤ ﺎﻴﻌ ﻤ ﺠ ﺎﻬﻤ ﻋ ﹾﻨ ﺩ ﺤ ﺍﻲ ﻭ ﻌ ﺴ ﻭ ﺩ ﺤ ﺍﻑ ﻭ ﺍ ﹲﻁﻭ ﻩ ﹶ ﺍﺠﺯ ”َﺃartinya: barang siapa yang berihram untuk haji dan umrah memadainya satu tawaf dan satu sai’e untuk keduanya, hinggakan halallah dia daripada kedua-duanya sekali. Inilah yang asal pada rupa qiran. 3793. Jika seorang ihram dengan umrah didalam bulan-hulan haji atau sebelumnya kemudian dia ihram pula dengan haji didalam bulannya sebelum dia masuk mengerakan tawaf nescaya jadilah ia qarin denga ijmak. Bersalahan apabila dia sudah tawaf sekalipun selangkah, maka tidaklah sah dia memasukkan haji diatas umrah kerana dia telah mengambil sebab tahallul. Tidak harus dia mengerjakan ‘akasnya iaitu memasukkan umrah keatas haji kerana dia tidak mengambil apa-apa faedah dengannya, daripada amalan yang lain. 3794. Yang ketiganya tamattu’, iaitu seperti seorang berihram dengan umrah daripada miqat negerinya atau selainnya dan diselesaikannya pekerjaan umrah itu kemudian dia ihram dengan haji di Makkah didalam bulan haji. 3795. Maka yang terafdhal didalam tiga perkara ini adalah ifrad kerana mereka yang meriwayatkannya dari nabi sawm lebih banyak daripada mereka yang meriwayatkan tamattu’ dan qiran darinya, lagi pula kerana bahawa nabi sawm memilih untuk mengerjakan ifrad pada mula-mula kemudian masukkan umrah keatasnya kerana hajat menyatakan harusnya pada perhimpunan yang amat besar. Maka tertentulah harus memasukkan umrah atas haji itu bagi nabi jua tidak bagi selainnya. Dan pula lagi kerana ijmak sekelian ulamak diatasnya bahawa tidak ada makruh pada ifrad dan tidak ditampung ia dengan dam. Bersalahan dengan tamattu’ dan qiran. Tampungan dengan dam itu menunjukkan kurangnya. 3796. Akan tetapi tempat ifrad itu terafdhal jika dikerjakannya umrah itu didalam tahun haji itu. Adapun jika dikerjakannya didalam tahun yang kemudiannya maka tamattu’ dan qiran terafdhal daripadanya kerana makruh mentakhirkan umrah kemudian daripada tahun haji. Mengringi ifrad pada fadhilat adalah qiran.
3797. Syahadan. Wajib dam diatas orang yang mengerjakan haji tamattu’ dengan ijmak kerana dia untung pada miqat655, dari kerana jikalau dia ihram dengan haji pada mula-mula daripada miqat negerinya nescaya dia perlu kemudiannya kepada keluar ketanah halal untuk ihram disana dengan umrah, dan dengan sebab mengerjakan tamattu’ tidaklah dia perlu kepada keluar hanya hendaklah dia ihram dengan haji di Makkah jua. 3798. Disyaratkan bagi wajib dam diatas yang mengerjakan tamattu’ itu empat syarat. Pertama bahawa ia bukan daripada mereka yang didalam tanah haram dan tidak ada diantara tempat kediamannya dan diantara tanah haram kurang daripada dua marhalah kerana firman Allah taala “ ﺩ ﺠ ﺴﹺ ﻤ ﻀﺭﹺﻯ ﺍ ﹾﻟ ﺎﻪ ﺤ ﻫﻠﹸ ﻥ َﺃ ﻴ ﹸﻜ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ِﻟﹶﺫﻟِﻙ ﺍ ﹺﻡﺤﺭ ”ﺍ ﹾﻟartinya : yang demikian itu, iaitu dam atau puasa gantinya, adalah diatas mereka yang tidak ada tempat kediamannya itu di Tanah Haram. Orang yang diantara kediamannya dan diantara tanah haram kurang dari dua marhalah dikatakan hampir dengan tanah haram, maka dia hadhir padanya kerana tiap-tiap yang hampir dengan suatu dikatakan hadhir padanya. 3799. Yang dikehendaki dengan masjidil haram pada ayat itu adalah tanah haram jua. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : kerana yang lebih ghalib didalam Quran adalah dipakaikan lafaz masjidil haram pada tanah haram jua. Tersebut didalam Nihayah : tiap-tiap tempat yang disebutkan Allah taala didalamnya masjidil haram maka ia adalah tanah haram jua, melainkan masjidil haram yang didalam firmanNya “ﺍ ﹺﻡﺤﺭ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﺠ ﺴﹺ ﻤ ﺍ ﹾﻟﻁﺭ ﺸ ﹾ ﻙ ﹶ ﻬ ﺠ ﻭ ل ﻭ ﱢ ” ﹶﻓmaka yang dikehendaki dengannya adalah diri ka’bah. 3800. Syarat yang kedua: bahawa jatuh umrahnya iaitu niat ihramnya dengan umrah dan yang kemudiannya daripada segala pekerjaan umrah itu didalam bulan-bulan haji daripada miqat negerinya dan selesailah dia daripada umrah itu, kemudian dia ihram dengan haji di Makah, sekalipun dia mengambil upah haji dan umrah bagi orang lain. Maka jika jatuh umrahnya sebelum bulan haji kemudian dia sempurnakannya sekalipun didalam bulan-bulan haji kemudian dia ihram dengan haji nescaya tidaklah wajib dam diatasnya. 3801. Syarat yang ketiga :hendaklah jatuh hajinya dan umrahnya itu didalam setahun jua. Maka jika dia umrah didalam satu tahun kemudian dia haji pada tahun yang lain tidaklah wajib dam diatasnya. 3802. Syarat keempat : bahawa dia tidak kembali kepada miqat ihramnya dengan umrah untuk ihram dengan haji atau kepada miqat yang lain sekalipun lebih hampir dengan Makkah dari miqat umrahnya atau seumpama perjalanan miqat umrahnya. Maka apabila dia kembali kepada miqat itu selepas ihramnya atau dia kembali kepadanya sebelum ihramnya dan dia ihram dengan haji padanya tidaklah wajib dam diatasnya kerana yang menghendaki wajib dam itu adalah keadaannya untung pada miqat dan ianya telah hilanglah dengan sebab kembalinya kepada miqat itu. 3803. Wajib dam diatas yang mengerjakan haji qiran dengan dua syarat. Yang pertama: dia bukan dari ahli tanah haram, iaitu mereka yang bermastautin pada tanah haram atau pada tempat yang diantaranya dan diantara tanah haram kurang dari dua marhalah kerana dam qiran itu wajib dengan kias diatas dam tamattu’ maka ia adalah cabangan dam tamattu’, maka apabila tidak wajib dam tamattu’ diatas ahli tanah haram maka cabangannya terutama pada tidak wajib. 3804. Syarat kedua: bahawa dia tidak kembali kepada miqat selepas dia masuk ke Makkah. Maka jika dia kembali kepada miqat itu sebelum wukuf di Arafah dan sebelum mengerjakan pekerjaan haji yang lain gugurlah dam itu daripadanya. 655
. berlaba akan miqat.
3805. Fasal pada menyatakan dam tertib dan takdir. Bermula dam tamattu’ dan qiran dan dam meninggalkan ihram daripada miqat dan meninggalkan melontar dan dam meninggalkan bermalam di Muzdalifah atau di Mina dan dam meninggalkan tawaf wida’ adalah seekor kambing yang memada sebagai korban pada sifatnya dan umurnya. Memada sebagai ganti seekor kambing ini satu pertujuh unta atau lembu. 3806. Wajib dam tamattu’ dengan dua sebab. Pertama: dengan selesai umrah. Kedua: dengan ihram haji. Harus mendulukan sembelihan kambing dam itu diatas ihram dengan haji tidak diatas selesai daripada umrah, kerana tiap-tiap apa yang wajib dengan dua sebab harus mendulukannya diatas salah satu daripadanya tidak diatas kedua-duanya. Yang terafdhal adalah menyembelih kambing dam itu pada hari raya. 3807. Syahadan. Jika dia lemah dari dam itu seperti tidak diperolehnya dam pada tempatnya atau diperolehnya tetapi mahal harganya lebih daripada harga biasa atau hartanya tidak hadhir bersamanya atau ianya hadhir tetapi dia perlu kepadanya sebagai belanja safarnya maka wajiblah dia puasa sepuluh hari, tiga hari dikerjakannya didalam haji. Masuk waktu mengerjakannya sebaik ihramnya dengan haji, hingga kepada hari raya. Maka tidak harus mendulukan puasa itu diatasnya dan tidak harus mentakhirkannya darinya. 3808. Sunat baginya ihram dengan haji sebelum hari keenam daripada bulan zulhijjah supaya sempurna puasanya sebelum hari Arafah kerana sunat bagi yang mengerjakan haji berbuka pada hari Arafah. Tidak wajib diatasnya mendulukan ihram dengan haji sekadar masa yang dapat dia mengerjakan puasa tiga hari didalamnya sebelum daripada hari raya. Tetapi jika dia ihram sebelum hari Arafah wajiblah dia mengerjakan puasa itu sebelum hari raya dan jatuhlah puasanya itu tunai. Jika tidak seperti demikian itu wajiblah dia puasa kemudian daripada hari-hari tasyrik, dan jadilah puasanya itu kadha yang tidak ada dosa padanya. Inilah sekeliannya jika dam itu dam tamattu’ atau qiran atau meninggalkan ihram dari miqat. 3809. Adapun jika dam itu selain daripada tiga perkara yang tersebut itu maka hendaklah dia puasakan tiga hari itu mengiringi hari tasyrik. Sunat mengerjakan puasa tiga hari itu berturut-turut apabila dia ihram sebelum hari raya pada masa yang dapat meluluskan lebih dari tiga hari. Jika tidak seperti demikian itu maka wajib mengerjakannya dengan berturut-turut kerana haram mentakhirkannya dari hari raya. 3810. Apabila dikerjakannya puasa tiga hari itu maka wajiblah dikerjakannya puasa tujuh hari pabila dia sampai kenegeri tempat kediamannya atau kepada sebarang tempat yang dia hendak menjadikannya tempat kediamannya, sekalipun jikalau Makkah, jika dia tidak mempunyai tempat kediaman atau dia mempunyainya tetapi dia berpaling darinya, kerana firman Allah taala “ ﺩ ﺠ ﻴ ﹺ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ﹶﻓ ﻤﹶﻠ ﹲﺔ ﹲﺓ ﻜﹶﺎﺸﺭ ﹶﻙ ﻋ ﺘ ﹾﻠ ﻡ ﻌ ﹸﺘ ﺠ ﺭ ﺔ ِﺇﺫﹶﺍ ﻌ ﺒ ﺴ ﻭ ﺞ ﺤ ﻲ ﺍ ﹾﻟﺎ ﹴﻡ ﻓ َﺃﻴﻼ ﹶﺜﺔ ﻡ ﹶﺜ ﹶ ﺎﺼﻴ ” ﹶﻓartinya: barang siapa yang tidak memperoleh dam maka hendaklah dia puasa tiga hari didalam haji dan tujuh hari dipuasakannya apabila dia sampai kenegeri tempat kediamannya, maka jadilah yang demikian itu sepuluh hari genap. Dan sabda nabi sawm kepada para sahabatnya yang mengerjakan haji “ ﺞ ﺤ ﻲ ﺍ ﹾﻟﺎ ﹴﻡ ﻓﻼ ﹶﺜ ﹶﺔ َﺃﻴ ﻡ ﹶﺜ ﹶ ﺼ ﻴ ﺩ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺠ ﻴ ﹺ ﻡ ﻥ ﹶﻟ ﻤ ﻭ ﺩ ﻬ ﻴ ﻱ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺩ ﻫ ﻪ ﻥ ﹶﻟ ﻥ ﻜﹶﺎ ﻤ ﻪﻫﻠ ﻊ ِﺇﻟﹶﻰ َﺃ ﺠ ﺭ ﻌ ﹰﺔ ِﺇﺫﹶﺍ ﺒ ﺴ ﻭ ” artinya :barang siapa ada baginya dam maka hendaklah disembelihnya barang siapa tidak memperolehi dam maka hendaklah dia puasa tiga hari didalam haji dan tujuh hari apabila dia kembali kepada ahlinya. Riwayat Bukhari dan Muslim. 3811. Sunat mengerjakannya dengan berturut-turut supaya dia keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. Tidak harus mengerjakan puasa yang tujuh hari itu ditengah jalannya. Manakala tidak dipuasakannya yang tiga hari itu didalam haji
atau mengiringi hari-hari tasyrik dengan uzur atau tanpa uzur wajiblah dia puasa tiga hari kadha seperti yang telah lalu dan tujuh hari tunai. Wajib dia menceraikan diantara puasa tiga hari dan tujuh hari itu dengan empat hari, iaitu hari raya dan tiga hari tasyrik, pada dam tamattu’ dan qiran dan meninggalkan ihram pada miqat dan, dengan sehari pada dam selainnya daripada yang telah tersebut itu, dan denga masa yang dapat dia pergi didalamnya kepada negeri tempat kediamannya diatas adat yang ghalib seperti apa yang pada tunai jua. Maka jika dipuasakannya yang sepuluh hari itu berturut-turut dengan tidak diceraikannya seperti demikian itu hasillah puasa tiga hari jua. 3812. Fasal pada menyatakan perkara-perkara yang diharamkan didalam ihram. Bermula, yang haram dengan sebab ihram itu enam bagai. Pertama haram diatas lelaki menutup kepalanya atau sebahagiannya dengan apa yang dikirakan penutup pada ‘uruf seperti membalutnya dengan kain sekalipun nipis lagi jarang hingga kelihatan warna kulit dan menampal dengan kayu atau lumpur atau inai yang tebal. 3813. Adapun yang tidak dikira menutup pada uruf seperti mengikatnya dengan benang dan bernaung dibawah mahmal sekalipun tersentuh kepalanya dengannya dan meletakkan tapak tangannya atau tapak tangan orang lain dan meletakkan umpama bakul diatas kepalanya sekalipun terjulur ia diatas kepalanya dengan sekira-kira jadilah ia seperti kopiah jika tidak dia kasadkan menutup dengannya dan seperti berbantalkan serban atau bantal dan seperti menyelam kedalam air sekalipun keruh, maka sekelian yang tersebut itu tidak haram kerana tidak dikirakan sebagai menutup pada uruf. 3814. Wajib membukakan sedikit daripada yang berhampiran dengan had kepalanya supaya diyakinkan terhasil buka yang wajib. Tidak haram menutup kepala kerana hajat memeliharakan dari panas atau dingin atau kerana mengubat luka yang ada pada kepala maka dibalutnya dengan perca, tetapi wajib diatasnya fidyah. 3815. Demikian lagi haram diatas lelaki memakai pakaian yang meliputi sekelian badannya atau satu anggota daripadanya atau barang sebagainya seperti sarung janggut dan sarung tangan sekalipun yang meliputi itu kaca yang jernih lagi lut cahaya dan samaada ia berjahit atau bertenun atau berajut atau barang sebagainya, seperti baju kurung dan kain sarung dan baju belah dada dan baju kurung656 dan baju badan dan baju rantai dan serban dan kopiah dan seluar dan muza dan barang sebagainya, dengan syarat jika dipakainya seperti adatnya sekalipun tidak dimasukkan tangannya kedalam tangan baju dan tidak lama memakainya, haram jua. 3816. Bersalahan jika dia memakainya tidak seperti adat memakainya seperti dihamparkannya baju belah dada diatas dirinya tatkala dia berbaring sekira-kira jika dia berdiri nescaya tidak tersangkut ia pada badannya dan seperti diselindangkannya atau diselimutkannya atau ditapahkannya657 akan baju kurung atau seluar atau diselimutkannya baju kurung sekalipun dibalutkannya658 diatas dirinya beberapa lapis atau dibelitkannya659 pada lehernya atau diikatkan mushaf atau pedang pada dirinya atau dia memakai ikat pinggang seperti tali pinggang atau pending atau kain atau tali atau barang sebagainya, atau dia memakai cincin atau dia menyimpulkan dua punca kain yang berhelai yang dipakainya atau dia 656 657
. ﻗﺒﺎﺀ. . ditapah - dibelah. Wallahu a’lam.
658
. dilipatkannya.
659
. dipersembatkannya.
ikatkan kedua punca kain itu dengan punca selindangnya, maka sekelian itu tidak haram lagi tidak kena fidyah. 3817. Bersalahan menyimpul kedua punca selindangnya atau mengikatnya dengan benang atau selainnya atau menyematkannya dengan penyemat jarum atau selainnya atau menjadikan pada kedua punca selindang itu kancing seperti kancing baju maka dikenakan ia kepada talinya sekalipun kancing itu jarang, maka sekelian itu haram lagi kena fidyah. 3818. Tetapi jika dia tidak perolehi pada miliknya kain yang harus dipakainya iaitu yang tidak berjahit dan tidak dia perolehinya dari orang lain atau dia perolehinya dari orang lain tetapi dia tidak kuasa diatas menghasilkannya daripada orang itu dengan pinjam atau sewa atau beli seperti adalah sewanya atau harganya lebih mahal daripada adatnya pada ketika itu harus baginya menutup auratnya dengan kain yang meliputi dengan tidak ada fidyah. Tetapi jika dia diberi orang kain yang tidak meliputi nescaya tidak wajib dia menerimanya kerana besar bangkitannya. 3819. Demikian lagi harus memakai kain yang meliputi lebih dari kadar menutup aurat kerana hajat mengelakkan hangat atau dingin, tetapi wajib diatasnya fidyah. Maka diketahui daripada yang demikian itu jika tidak diperolehnya pakaian melainkan seluar jua nescaya haruslah dia memakainya. Akan tetapi tempat harus itu jika tidak dapat dia menapahnya660 diatas halnya kerana tidak tertutup aurat dengannya atau jadi kurang harganya sebab dirintis untuk dijadikan kain atau tidak jadi kurang harganya tetapi tidak dia perolehi penutup auratnya selama masa dia merintisnya. Jika tidak seperti demikian itu nescaya wajiblah dia menapahnya diatas halnya atau merintisnya dengan syaratnya. 3820. Jika dia kuasa diatas menjual seluar itu dan membeli kain helai dengan harganya wajiblah dia mengerjakan demikian itu dengan syarat jika tidak kelihatan auratnya dihadapan orang yang haram meniliknya tatkala menjualnya. Jika tidak seperti demikian itu maka tidaklah wajib dia menjualnya. 3821. Harus dia memakai dua selipar dan kaus dengan syarat jika tidak tertutup sekelian anak jari kakinya. Harus dia memakai muza kerana ketiadaan selipar dengan syarat jika dipotongnya apa yang dibawah kedua buku lalinya, sekalipun jadi kurang harganya dengan dipotong, kerana disuruh memotongnya seperti demikian itu. Harus dia memakai muza yang terpotong seperti demikian itu dan jika tertutup tumitnya dan belakang tapak kakinya dan sekelian jari kakinya. Tetapi jika dia perolehi dua selipar wajib dia menanggalinya dengan segera kerana jika tidak ditanggalinya dengan segera lazimlah diatasya dam. Adapun muza yang terpotong apa yang menutup tumitnya dan sekelian jari kakinya maka harus dia memakainya serta ada dua selipar kerana ia seperti dua selipar jua. Tidak mengapa tertutup belakang kakinya kerana hajat melekatkannya pada kakinya. 3822. Demikian lagi haram diatas perempuan sekalipun sahaya menutup mukanya dengan apa yang telah lalu hukumnya pada menutup kepala lelaki. Bermula, hikmah menyuruh perempuan membukakan muka kerana perempuan pada adatnya menutup mukanya maka disuruh dia menyalahi adatnya dengan membukakan mukanya tatkala ihram supaya terhasil ingat hati kerana perubahan adatnya. Adalah bandingannya hikmah menyuruh lelaki pada membukakan kepalanya dan mengubah pakaiannya. 3823. Wajib diatas perempuan menutup kepalanya dan menutup sedikit daripada had mukanya sekadar yang tidak sempurna menutup kepala melainkan dengannya, samaada perempuan itu merdeka atau sahaya. Inilah yang dirajihkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang dirajihkan syeikh Khatib 660
. menapah – membelah.
Syarbini didalam Mughni dan syeikh Ramli didalam Nihayah maka tertentu wajib yang demikian itu dengan perempuan yang merdeka. Tidak wajib diatas perempuan membukakan sedikit had kepalanya sebab memelihara membuka muka yang wajib diatasnya kerana memelihara menutup kepala itu lebih cermat daripada memelihara membukakan muka. 3824. Harus bagi perempuan menjulurkan umpama kain dari kepalanya kemukanya dengan direnggangkan ia dari mukanya dengan kayu atau selainnya supaya tidak tersentuh ia dengan mukanya sekalipun tidak kerana hajat kerana yang demikian itu tidak dikira sebagai menutup muka yang diharamkan diatasnya. Akan tetapi jika gugur suatu yang dijulurkannya itu kemukanya lalu ia tersentuh mukanya tanpa ikhtiarnya lalu diangkatkannya dari mukanya dengan segera tidak ada dosa diatasnya dan tidak wajib fidyah. Jika dia sengaja menggugurkannya kemukanya atau sengajakan membiarkannya berdosalah dia lagi wajib fidyah diatasnya. 3825. Sunat baginya membukakan dua tapak tangannya. Harus bagi perempuan memakai kain yang meliputi melainkan memakai sarung tangan pada kedua tangannya atau salah satu daripada keduanya, maka ianya haram diatasnya sepertimana haram memakainya diatas lelaki lagi, wajib fidyah diatasnya. 3826. Bermula, sarung tangan itu adalah sarung jari-jari dan tapak tangan yang dibuat dari kain yang diisikan kapas dan dikancing diatas pergelangan tangannya untuk mengelakkan dingin seperti yang telah menjadi adat memakainya oleh penduduk negeri yang sangat dingin. Tetapi yang dikehendaki dengan sarung tangan disini adalah sebarang jenis sarung tangan samaada ia diisi dengan kapas atau tidak. 3827. Harus bagi perempuan menutup tangannya dengan apa yang selain sarung tangan seperti menutupnya dengan tangan baju atau dengan perca kain yang dibelitkan keatasnya sekalipun tidak kerana hajat, hinggakan jikalau lelaki membalutkan perca kain diatas tangannya atau kakinya tidaklah dia berdosa melainan jika disampulkannya atau diikatkannya atau dijahitnya. 3828. Tidak harus khunsa menutup mukanya serta kepalanya didalam satu ihram. Jika ditutupnya seperti demikian itu wajiblah diatasnya fidyah kerana diyakinkan sebab tahrim dan fidyah. Diambil daripada ‘illat yang tersebut itu jika khunsa menutup mukanya dan memakai yang meliputi didalam satu ihram maka wajib diatasnya fidyah kerana diyakinkan sebab yang mewajibkan fidyah, dan tidak harus pula dia menutup mukanya serta membukakan kepalanya tetapi tidak wajib diatasnya fidyah kerana syak. 3829. Jika khunsa menutup kepalanya kemudian nyata keadaannya lelaki atau menutup mukanya kemudian nyata keadaannya perempuan maka adakah lazim diatasnya fidyah kerana mengamalkan apa yang pada diri pekerjaan atau tidak lazim diatasnya fidyah kerana syarat haram dan fidyah itu tahukan haram suatu perkara itu diatasnya pada ketika melakukannya yang mana ianya tidak diperolehi? Setiap daripada demikian itu muhtamal. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : yang lebih hampir adalah ihtimal yang kedua. 3830. Yang kedua daripada perkara yang diharamkan sebab ihram : memakai bau-bauan. Maka ianya haram diatas lelaki dan perempuan sekalipun dia tidak berpencium, samaada dia memakainya pada zahir badannya atau pada batinnya seperti dimakannya atau diminumnya atau dihisapnya kedalam hidungnya atau dimasukkannya kedalam lubang zakarnya atau duburnya atau dipakaikannya pada pakaiannya seperti disapukannya pada kainnya atau seliparnya atau disampulkan umpama kasturi atau ambar pada punca kainnya atau dimasukkannya kedalam kocek bajunya, kerana nabi sawm menegah orang yang
ihram daripada memakai bau-bauan pada kainnya. Dikiaskan dengannya akan badannya. 3831. Bermula, yang dikehendaki dengan bau-bauan disini adalah apa yang dikasadkan bau daripadanya pada ghalibnya seperti kasturi dan ambar dan kapur barus dan za’faran dan gaharu dan cendana dan jebat dan air mawar dan bunga mawar dan ros dan narjas661 dan selasih dan nardin dan kadi dan faghiah dan binafsaj dan yasamin dan lainufar dan asi dan minyak limau utruj dan sekelian bunga-bungaan yang dikasadkan baunya* dan minyak bungaan, iaitu dimasukkan kedalamnya bunga-bungaan yang tersebut itu maka jadi harumlah minyak itu dengannya. Akan tetapi jika diukup biji yang berminyak minyak atau badam dengan yang tersebut itu kemudian maka diperah662 ia supaya keluar minyaknya maka tidaklah haram memakai minyak itu lagi tidak ada fidyah diatasnya. 3832. Adapun apa yang tidak dikasadkan baunya hanya dikasadkan dengannya sebagai ubat atau makanan maka tidaklah haram memakainya dan memakannya dan jika ada baginya bau harum sekalipun, iaitu seperti epal dan safarjal663 dan syih dan qaishum dan utrunj dan qaranful dan sunbul dan musthaqa dan ‘ushfur dan hina dan sekelian biji-bijian dan bunga-bungan dan ragi yang harum baunya kerana yang dikasad darinya adalah ubat atau membaikkan makanan jua. Jika hilang rasanya dan warnanya dan baunya sebab dicampur dengan makanan umpamanya, tidaklah haram memakainya dan memakannya. 3833. Demikian lagi tida haram menanggung gaharu dan memakannya kerana adat memakai gaharu itu adalah bahawa ia ditunu dan diukupkan asapnya pada badan atau kain. Demikian lagi tidak haram diatasnya jika sampai kepadanya bau asap gaharu atau setanggi tatkala duduk disisi orang yang berukup dengannya. 3834. Demikian lagi tidak haram mencium bau bunga mawar atau selainnya dengan tidak dilekatkannya pada hidungnya dan tidak haram mencium bau air mawar dengan tidak dikenakannya pada badannya atau kainnya. Tidak haram menanggung umpama kasturi didalam kain yang berikat atau didalam tempatnya yang tidak terbuka mulutnya. 3835. Yang ketiga daripada segala yang diharamkan diatas lelaki dan selainnya sebab ihram adalah memakai minyak pada rambut kepala sekeliannya atau sebahagiannya sekalipun sehelai atau janggut sekalipun pada perempuan atau misai atau kumis atau bulu kening dan barang sebagainya daripada bulatan muka yang dikasadkan dengannya menumbuhkan dan perhiasan sekalipun pada rambut dan janggut yang dicukur, dengan sebarang minyak, sekalipun tidak dibubuh bau-bauan didalamnya seperti minyak lenga dan minyak zaitun dan lemak dan minyak lilin yang hancur dan minyak sapi dan minyak zabad. Tetapi tidak haram susu sekalipun ia hasil dari minyak. 3836. Bermula, hikmah mengharamkan memakai bau-bauan dan memakai minyak itu kerana bahawa pada yang demikian itu kesedapan dan perhiasan yang tidak layak dengan hal orang yang ihram yang kusut gemusut berdebu-debu 661
. ﻧﺮﺟﺲ- bunga bebawang. ﻧﺮﺩﻳﻦ- sejenis herba yang kuat baunya. ﻓﺎﻏﻴﺔ- bunga inai. ﺑﻨﻔﺴﺞ- violet - bunga
kembang pagi berwarna ungu. ﻳﺎﺳﻴﻤﲔ- jasmin – melur – melati. ﻮﻓﺮﻴﻨ ﻟ- pokok teratai. ﺃﺗﺮﺝ- citron – jenis limau 662 663
. pada asal “”ﺩﺩﺍﻓﺖ ﺃﻯ. . ﺳﻔﺮﺟﻞ- quince – sejenis pokok yang buahnya keras bewarna kekuningan. ﺷﻴﺢ- wormword, sejenis
tumbuhan yang pahit rasanya. ﻗﻴﺼﻮﻡ- lavender, sejenis bunga yang sangat harum. ﺃﺗﺮﻧﺞ- citron. ﻞ ﻧ ﹸﻔ ﹾﺮ ﹶﻗ- pokok bunga Turki. – ﺳﻨﺒﻞspikenard, pokok kayu wangi yang tinggi. ﻣﺼﻄﻜﻰ- sejenis pokok yang bergetah. ﺼﻔﹸﺮ ﻋ safflower. ﺣﻨﺎ- inai.
yang disuruhkan dengannya didalam hadith kerana sabda nabi sawm “ ﺙ ﻌ ﹸ ﺸ ﻡ َﺃ ﹾ ﺤ ﹺﺭ ﻤ ﺍ ﹾﻟ ﺭ ﺒ ﻏ ”َﺃ ﹾartinya: orang yang berihram itu kusut gemusut lagi berdebu-debu. 3837. Tidak haram memakai minyak kepala yang botak664 dan yang sulah dan pada dagu amrudi dan pada rambut yang tumbuh pada dahi dan pada bulu pipi dan pada sekelian bulu badan yang selain yang tersebut itu. 3838. Bermula, haram meminyakkan rambut kepala dan umpama janggut itu tidak tertentu dengan orang yang ihram kerana haram juga diatas orang yang halal meminyakkan rambut kepala orang yang ihram seperti hukum mencukurnya. Harus bagi yang berihram memakai minyak jika tidak terkena janggutnya atau misainya atau kumisnya. 3839. Tidak makruh dia membasuh kepala dan badannya dengan khitmi665 dan umpama bidara kerana ia untuk menghilangkan daki. Bersalahan meminyakkannya maka ia kerana menumbuhkan rambut menyerupai bau-bauan. Tetapi yang terutama hendaklah dia tidak membasuhnya. Apabila dia membasuhnya maka hendaklah dengan perlahan-lahan supaya tidak tercabut suatu daripada rambutnya. 3840. Makruh dia bercelak dengan umpama ithmid666 yang tidak ada bau padanya jika tidak dengan uzur umpama sakit mata kerana bahawa ia perhiasan. Bersalahan bercelak dengan tautia667, tidak makruh ia kerana tidak ada perhiasan padanya. 3841. Demikian lagi harus bagi yang berihram berbuang darah dengan berbekam atau berpentik jika tidak terpotong rambutnya dengannya. Harus dia membuang kotoran dari kepalanya atau janggutnya dan menyisir rambutnya dengan perlahan-lahan supaya tidak tercabut tatkala dia menyisirnya. Jika tercabut rambutnya tatkala menyisir dan dia syak adakah tercabut rambut itu dengan sisir atau dengan sendirinya tidaklah wajib dam diatasnya. 3842. Makruh dia menggaru rambutnya dengan kukunya, tidak dengan hujung jarinya, dan makruh dia menggaru badannya yang tidak ada rambut padanya sekalipun dengan kuku. Demikianlah yang difaham dari ibarat Nihayah. 3843. Yang keempat daripada perkara-perkara yang diharamkan diatas lelaki dan selainnya : menghilangkannya rambut dari kepala atau selainnya dengan cukur atau gunting atau cabut atau tunu atau barang sebagainya atau menghilangkan suatu daripada kuku tangannya atau kakinya atau kuku orang ihram yang lain dengan kerat atau barang sebagainya sekalipun sebahagian daripada satu kuku kerana firman Allah taala “ﻡ ﺴ ﹸﻜ ﻭ ﺀ ﺭ ﻠﻘﹸﻭﺍﺤ ﻻ ﹶﺘ ﹶ ” ﻭartinya : dan jangan kamu cukur suatu daripada rambut kamu. Dikiaskan dengan rambut kepala akan sekelian badan dan kuku kerana pada setiap daripada menghilangkan rambut dan kuku itu ada kesenangan yang tidak layak dengan hal orang yang ihram “ﺭ ﺒ ﻏ ﺙ َﺃ ﹾ ﻌ ﹸ ﺸ ” َﺃ ﹾartinya: kusut masai lagi berdebu. 3844. Akan tetapi harus mencabut rambut yang tumbuh didalam matanya jika dia kesakitan dengannya sekalipun seringan-ringan sakit, dan memotong apa yang panjang daripada bulu kedua keningnya sekira-kira ia menutup penglihatan kedua matanya, maka ianya harus seperti menolak orang yang menerkam, sepertimana yang tersebut didalam Tuhfah. 3845. Harus pula dia mengerat kuku yang pecah yang hendak tanggal jika dia kesakitan dengannya sekalipun dengan seringan-ringan sakit dan tidak ada pedih 664
. lengar.
665
. Hibiscus. Pokok bunga raya atau bunganya.
666
. Ithmid - celak hitam. Tautia - celak putih.
667
. celak putih.
diatasnya, sama seperti keadaan jikalau dia memotong jarinya yang ada diatasnya rambut atau kuku, dan seperti dia menyiat kulit kepala yang ada diatasnya rambut kerana ia mengikutnya. 3846. Sebahagian daripada yang haram diatas orang yang ihram adalah mukaddimah jimak hinggakan menilik kepada perempuan, haram jua jika ia dengan sengaja lagi dengan syahwat. Haram diatas orang yang halal mentamkinkan yang ihram padanya, sekalipun diantara dua tahaullul lagi pula dia tidak inzal. Tetapi tidak wajib dam melainkan pada mukaddimah jimak yang dengan bersentuh-sentuhan kulit. 3847. Ketahui oleh mu bahawa wajib dam pada setiap satu daripada segala yang diharamkan yang tersebut itu, iaitu dam takhyir dan takdir. Maka jika dia memakai pakaian yang diharamkan atau memakai bauan atau memakai minyak pada kepalanya atau janggutnya atau menyentuh perempuan dengan mubasyarah lagi dengan syahwat sekalipun tidak inzal atau mengeluarkan maninya dengan tangannya atau tangan orang lain lalu dia inzal nescaya wajiblah diatasnya dam dengan syarat jika dikerjakannya yang tersebut itu dengan sengaja lagi tahukan haramnya lagi dengan ikhtiarnya. 3848. Adapun jika dikerjakannya dengan lupa akan ihramnya atau dengan digagahi orang atau jahilkan haramnya atau akan keadaan yang disentuh itu bauan yang basah maka tidaklah wajib dam diatasnya kerana uzurnya. Jika dia tahukan haramnya dan jahilkan wajib dam wajiblah ia diatasnya. Jika dia tahukan haram memakainya selepas dia memakainya wajiblah dia menanggalkannya dengan segera dari kerana jika dilambatkan menangglinya serta kuasa dia menanggalinya dengan segara berdosalah dia lagi pula wajib diatasnya dam. Telah terdahulu perkataan bahawa wajib dam diatas orang yang memakai pakaian yang meliputi atau menutup kepalanya kerana hajat meliharakan diri dari dingin atau panas. 3849. Bermula, tempat wajib dam bagi mukaddimah jimak itu jika dia tidak jimak kemudiannya. Adapun jika dia jimak maka masuklah dam mukaddimah itu pada badanah668. Telah terdahulu perkataan bahawa tidak wajib dam dengan menilik kepada perempuan dengan syahwat atau menciumnya dengan syahwat serta berlapik, sekalipun dia inzal pada kedua masaalah ini. 3850. Demikian lagi wajib dam jika dihilangkan tiga helai rambut atau lebih atau tiga kuku atau lebih atau sebahagian daripada setiap satu daripada tiga helai rambut atau kuku dengan berturut-turut, iaitu seperti dia menghilangkan ketigatiganya itu didalam satu masa dan satu tempat, sekalipun dia menghilangkannya dengan dia lupakan ihramnya atau haramnya atau dengan dia jahilkan haramnya, kerana kaedah : tiap-tiap yang haram sebab ihram maka jika ianya daripada bab taraffuh669 dan tamatu’ seperti memakai kain yang berjahit dan memakai bauan dan minyak dan mubasyarah dengan syahwat maka memberi bekas padanya oleh lupanya dan bebalnya akan haramnya, maka tidak wajib dam diatasnya jika dia memperbuatnya dengan lupa atau bebalkan haramnya. Dan jika ia dari bab itlaf670 seperti menghilangkan rambut atau kuku maka tidak memberi bekas padanya oleh lupa dan bebal hinggakan wajib diatasnya dam dengan dia mengerjakannya serta lupa atau bebal. Akan tetapi jika ada yang menghilangkan rambut atau kuku itu orang yang gila atau pitam atau kanak-kanak yang tidak mumayyiz maka tidaklah wajib dam diatas mereka. 668
. iaitu unta, jantan atau betina.
669
.taraffuh – bersenang-senang, tamaatu’ – bersedap-sedap.
670
. pembinasaan.
3851. Dibezakan diantara yang lupa dan yang bebal dan diantara yang gila dan yang pitam dan kanak-kanak yang tidak mumayyiz dengan bahawa yang lupa dan yang bebal itu mempunyai akal pada perbuatan yang diperbuatnya maka dibangsakanlah keduanya kepada taksir, bersalahan sekelian mereka itu. 3852. Jikalau dihilangkan rambut dengan memotong kulit kepala umpamanya atau dihilangka kuku dengan memotong anak jari nescaya tidaklah wajib dam diatasnya kerana yang dimaksudkan pada menghilangkan adalah kulit atau anak jari jua. Adapun rambut atau kuku maka ianya mengikut, bukan yang dimaksudkan. 3853. Harus bercukur kerana uzur seperti kesakitan kerana kutu atau luka tetapi wajib diatasnya dam. Berdosalah orang yang mencukur dengan tidak ada uzur, dan wajib dam diatas orang yang dicukur dengan syarat jika dia dapat menolaknya. Demikian lagi wajib dam diatasnya jika tertunu rambutnya sebab dia membiarkannya pada hal dapat dia mengelakkan rambutnya daripada tertunu, kerana bahawa rambut itu amanah pada tangannya maka lazimlah dia menolakkan segala apa yang membinasakannya. Jika dia tidak kuasa menolak orang yang mencukurnya nescaya wajiblah dam diatas yang mencukur itu dan harus bagi yang dicukur itu menuntut yang mencukur dengan membayar dam kerana nusuknya jadi sempurna dengan bayaran dam. 3854. Ketahui oleh mu, bahawa dam itlaf dan dam tamattu’ tidak bermasukmasukkan melainkan jika sama bagai keduanya seperti memakai bauan atau memakai pakaian yang berjahit dua kali atau lebih, dan mencukur rambut kepalanya dan janggutnya dan bulu sekelian badannya didalam satu masa dan satu tempat pada adatnya lagi pula tidak menyelangi diantara keduanya bayaran kifarah dan ianya bukan daripada apa yang dimuqabalahkan671 dengan yang seumpamanya atau barang sebagainya*, kerana yang demikian itu dikirakan pada ketika itu sebagai satu perkara jua. Maka tidaklah berbilang damnya kerana bermasuk-masukkan sebahagiannya sesamanya. 3855. Akan tetapi jika dia jimak maka fasidlah nusuknya kemudian dia jimak pula nescaya tidaklah bermasuk-masukkan dam keduanya kerana berlainan keduaduanya kerana yang wajib dengan jimak yang pertama itu adalah seekor badanah dan yang wajib dengan jimak yang kedua itu seekor kambing. 3856. Jika tidak sama bagainya seperti mencukur rambut dan mengerat kuku maka berbilanglah damnya semata-mata, selama tidak satu perbuatannya seperti dia memakai kain berjahit yang dibubuh bauan672 atau disentuhnya perempuan dengan tidak berlapik lagi dengan syahwat tatkala jimak maka pada ketika itu tidaklah berbilang damnya. 3857. Berbilang dam pula sebab berlainan tempat dua kali cukur atau tempat dua kali memakai kain atau tempat dua kali memakai bauan atau berlainan masa keduanya dan menyelangi kifarat diantara keduanya sekalipun diniatkan kifarat itu untuk apa yang telah lalu dan yang akan datang. Tidak bermasuk-masukkan diantara dua dam perburuan dan dua dam memotong pokok kayu. 3858. Bermula, dam yang wajib disini adalah apa yang memadai sebagai korban dan sifatnya dan umurnya. Maka memadai seekor kambing atau satu pertujuh unta atau lembu, atau memberi kepada enam orang miskin atau fakir tiga gantang makanan tiap-tiap seorang dari mereka itu setengah cupak, atau puasa tiga hari. Maka adalah dia diberi pilih diantara mengerjakan tiga perkara itu. 3859. Pada menghilangkan sehelai rambut atau satu kuku itu satu mud makanan. Inilah jika dipilihnya membayar dam. Adapun jika dipilihnya memberi makanan 671 672
. muqabalah – dibalaskan dengan . . . – dibetulikan dengan . . . – disetentangkan dengan . . .
. pada asal “atau dilipat ( )ﺩﻟﻴﻔﺎﺕakan kepalanya dengan bau-bauan”. wallahu a’lam.
maka wajib dia mengeluarkan satu gantang, atau dipilihnya puasa maka wajib dia puasa sehari diatas khilaf ulamak padanya. 3860. Pada menghilangkan dua helai rambut atau dua kuku memberi dua cupak atau dua gantang atau puasa dua hari. 3861. Yang kelima daripada apa yang diharamkan sebab ihram itu adalah jimak. Maka apabila seorang yang ihram jimak pada kubul atau dubur dan sekalipun kubul atau dubur binatang serta dengan lapik yang tebal, dengan disengajakannya lagi tahukan haramnya lagi dengan ikhtiarnya, sebelum tahallul awal pada haji dan sebelum selesai sekelian amalan nusuk pada umrah, nescaya fasidlah nusuknya sekalipun yang jimak itu sahaya atau kanak-kanak, kerana Allah taala menegah dari jimak didalam ihram dengan firmannya “ ﻕ ﻭ ﹶ ﺴ ﻻ ﹸﻓ ﹶﺙ ﻭ ﹶﻓ ﹶﻼ ﺭ ﹶﻓ ﹶ ﺞ ﺤ ﻰ ﺍ ﹾﻟل ﻓ َ ﺍﺠﺩ ﻻ ﹺ ﹶ ”ﻭartinya : janganlah kamu jimak dan janganlah kamu mengerjakan fasik dan janganlah kamu berbantah-bantah didalam haji. Asal pada tegah itu menghendaki fasad. Umrah itu seperti haji jua. Adapun jimak diantara dua tahallul maka tidaklah fasad nusuk dengannya sekalipun ianya haram, kerana dhaif ihramnya ada ketika itu. 3862. Demikian lagi jika dia jimak dengan lupa atua jahilkan haramnya atau digagahi diatasnya maka tidaklah fasad nusuknya dengannya. Maka dia seperti orang yang memakai kain yang berjahit atau bauan dengan lupa atau jahil jua, kerana jimak itu sebahagian daripada bagai-bagai tamattu’ maka berkesanlah padanya lupa dan jahilnya. 3863. Wajib diatas orang yang jimak yang fasid nusuknya denga jimaknya itu menyempurnakan nusuknya yang fasid itu dan wajib pula dia mengkadhanya dengan segera sekalipun nusuknya itu sunat. Jatuhlah nusuk kadha itu seperti nusuk yang fasid jua, iaitu jika nusuk yang fasid itu fardhu jatuhlah nusuk kadha itu fardhu seperti nusuk yang fasid itu jua dan jika yang fasid itu sunat jatuhlah nusuk kadha itu sunat jua. 3864. Wajib dia ihram dengan nusuk kadha pada tempat ihramnya dengan nusuk tunai yang fasid itu jika dulu dia ihram dengannya pada miqat. Jika tidak seperti demikian itu maka hendaklah dia ihram pada miqat. Dan lagi wajib diatasnya kifarat dan iaitu dam tertib dan ta’dil maka wajib diatasnya menyembelih seekor badanah iaitu unta yang memadai pada korban sekalipun nusuknya itu sunat. Maka jika dia lemah daripada unta maka wajib dia menyembelih seekor lembu yang memadai pada korban, maka jika dia lemah pula daripada lembu maka wajib dia menyembelih tujuh ekor kambing yang memadai pada korban, maka jika dia lemah pula dari kambing maka wajib dia memberi makanan dan harga seekor unta yang dia bersedekah dengannya keatas sekelian miskin tanah haram dan jika dia lemah pula daripada memberi makanan maka wajib dia puasa dengan sebilang cupak banyak makanan itu. Apa yang kurang daripada satu cupak maka hendaklah dia sempurnakan dengan puasa sehari genap kerana puasa tidak disetengahkan. 3865. Yang keenam daripada perkara-perkara yang diharamkan sebab ihram adalah memburu perburuan darat yang liar lagi halal dimakan atau perburuan yang terjadi daripada perburuan yang tersebut itu dan selainnya seperti anak keldai hutan yang liar dengan keldai kampung atau anak kambing dengan kijang atau manjangan atau anak dubu’ dengan harimau*, maka haramlah diatas yang ihram berburu perburuan yang tersebut itu samaada dengan membunuhnya atau menaangkapnya atau menjeratnya atau sebarang kelakuan daripada kelakuankelakuan yang menyakiti perburuan hinggakan jikalau dengan mengejutkannya haram jua kerana firman Allah taala “ﺎﺭﻤ ﺤ ﻡ ﻤ ﹸﺘ ﺩ ﺎﺭ ﻤ ﺒ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﺼ ﻡ ﻴ ﹸﻜ ﻋﹶﻠ ﻡ ﺭ ﺤ ” artinya : diharamkan diatas kamu perburuan darat selama ada kamu masih didalam ihram.
3866. Maka diketahui daripada yang tersebut itu tidak haram memburu binatang yang terjadi diantara binatang liar yang tidak dimakan dan binatang jinak yang dimakan seperti yang jadi diantara harimau akar dan kambing. Demikian lagi tidak haram memburu binatang yang terjadi diantara dua binatang yang tidak harus dimakan yang salah satu daripada keduanya binatang liar seperti binatang yang terjadi dianara keldai kampung dan harimau akar. Demikian lagi tidak haram memburu binatang yang jadi diantara dua binatang yang jinak salah satu daripada keduanya tidak harus dimakan seperti baghal dan seperti memburu binatang jinak sekalipun ia jadi liar. Demikian lagi tidak haram memburu binatang laut melainkan jika dia hidup didarat seperti burung yang menyelam didalamnya maka haramlah memburunya. 3867. Jika dia syak pada keadaan binatang itu dimakankah atau tidak atau binatang daratkah atau bukan atau binatang liarkah atau bukan maka tidaklah wajib fidyah diatasnya, tetapi sunat baginya fidyah. Haram pula dia mengambil suatu daripada juzuk-juzuk perburuan seperti telurnya dan susunya dan bulunya yang berhubung dengannya, dan dia mendahoman dengan harganya. Jika ia milik orang nescaya wajiblah diatasnya membayar harganya serta dengan fidyah itu. 3868. Masalah. Barang siapa ihram dan ada binatang buruan pada pemilikannya hilanglah pemilikannya dari buruan itu dan lazim dia melepaskanya sekalipun selepas tahallul. Barang siapa mengambil perburuan itu sebelum yang ihram itu melepaskannya dia memilikinya. Tidak wajib melepaskanya sebelum ihram. 3869. Haram perburuan dan mengambil suatu daripada perburuan yang tersebut itu didalam tanah haram sekalipun dia tidak ihram atau kafir, kerana membesarkan tatah haram, samaada yang tidak ihram itu melepaskan anjingnya atau anak panahnya dari tanah haram atau dari tanah halal keatas perburuan yang sekelian tubuhnya didalam tanah haram atau sebelah kakinya didalam tanah haram jika ia bepegang diatas kakinya yang didalam tanah haram itu, kerana dipermenangkan tanah haram itu. 3870. Masaalah. Jika perburuan lari dari tanah haram kepada tanah halal kemudian dia membunuhya pada tanah halal tidak wajib diatasnya dhoman. Demikan lagi jika ia lari dari tanah halal ke tanah haram kemudian ke tanah halal pula maka dia membunuhnya didalam tanah halal tidaklah wajib dhoman diatasnya. Jika seorang berdiri pada tanah haram kemudian dia keluarkan perburuan kepada tanah halal kerana menghalaunya kepada jeratnya umpamanya lalu terjeratlah perburuan itu dengan jeratnya tidak ada dhoman diatasnya. Tidak ada dhoman pada membunuh perburuan yang kepalanya termasuk kedalam tanah haram dan sekelian kakinya tetap diatas tanah halal melainkan jika sampai anak panah umpamanya kepada kepalanya yang pada tanah haram maka wajiblah dhoman diatasnya. 3871. Demikian lagi wajib dhoman diatasnya jika perburuan itu pada tanah halal dan lalu anak panah yang sampai kepadanya didalam tanah haram. Demikian lagi jika lalu anjing perburuannya didalam tanah haram dan tertentu tanah haram sebagai jalannya maka wajiblah dhoman diatasnya. 3872. Demikian lagi haram orang yang tidak ihram dan yang ihram mengerat atau mencabut tumbuh-tumbuhan tanah haram daripada pokok kayu atau rumput yang basah samaada ia milik orang atau tidak, sekalipun pokok kayu yang ditanam dan yang dipelihara oleh manusia kerana sabda nabi sawm pada hari mengalahkan penduduk Makkah “ﻩ ﻼ ﺭ ﻴ ﹶﻨﻔﱠ ﻻ ﹶﻩ ﻭ ﺭ ﺠ ﺸ ﺩ ﹶ ﻀ ﻌ ﻴ ﻻ ﷲ ﹶ ِ ﺔ ﺍ ﻤ ﺭ ﺤ ﺨﹶ ﺨ ﹶﺘﻠﹶﻰ ﹶ ﻴ ﹾ ﻻ ﹶﻩ ﻭ ﺩ ﻴ ﺼ ﻡ ﹺﺒ ﺍﺤﺭ ﹶﻠﺩﻫﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻟﺒ ﻥ ” ِﺇ artinya : sungguhnya negeri Makkah ini haram dengan diharamkan Allah taala, tidak harus mengerat pokok kayunya dan tidak harus memburu dan mengejutkan
perburuannya dan tidak harus mengerat rumputnya yang basah. Dikiaskan dengan negeri Makkah sekelian tanah haram. 3873. Keluar dengan kata yang basah oleh yang kering maka harus mengeratnya dan tidak ada dhoman padanya, akan tetapi tidak harus mencabutnya jika masih baik akarnya sekira-kira jika kena air nescaya ia tumbuh, kerana jika dia mencabutnya pada ketika itu berdosalah dia dan wajib dhoman diatasnya. Jikalau ditanam tumbuh-tumbuhan tanah haram pada tanah halal tidaklah berpindah pengharaman itu daripadanya atau ditanam tumbuhan tanah halal pada tanah haram tidaklah sabit baginya peharaman itu. 3874. Tidak ada dhoman pada memotong dahan kayu yang termasuk pada tanah haram sedang pohonnya pada tanah halal, tetapi wajib dhoman pada membunuh burung perburuan yang hinggap diatas dahan itu. Wajib dhoman pada memotong dahan kayu yang termasuk pada tanah halal sedang pohonnya pada tanah haram, tetapi tidak ada dhoman pada membunuh burung perburuan yang hinggap diatas dahan itu. Jika ditanam biji buah kayu tanah haram pada tanah halal nescaya sabitlah baginya hukum asalnya. 3875. Haram memotong kayu yang setengah pohonnya pada tanah haram dan setengahnya lagi pada tanah halal. Tetapi harus memotong dahan kayu jika tumbuh seumpamanya menggantikannya pada tempat potong itu didalam tahun memotongnya. Jika tidak seperti demikian itu haramlah memotongnya, melainkan dahan kayu sugi atau barang sebagainya. Maka tidak haram memotongnya kerana umum hajat mengambilnya. 3876. Demikian lagi harus mengambil daun kayu dengan tidak diragut yang memudharatkan kayunya. Demikian lagi harus mengambil buah kayu kerana harus mengerat dan mencabut izkhir untuk atap rumah atau dijual. Demikian lagi harus mengerat atau mencabut kayu duri sekalipun ia tidak tumbuh pada jalan raya, dan harus mengerat atau mencabut segala pohon kayu atau dahannya yang menyakiti orang yang lalu dijalan raya sepertimana harus membunuh perburuan yang menyakiti. 3877. Demikian lagi harus mengeratnya untuk makanan binatang atau untuk ubat jika sudah ujud sakitnya, tidak sebelum sakit. Inilah yang tersebut didalam Tuhfah, bersalahan yang tersebut didalam Nihayah. Demikian lagi harus mengeratnya untuk makanan manusia seperti gelang673 dan barang sebagainya kerana hajat. Tidak boleh dikerat ia untuk yang demikian itu melainkan sekadar hajat jua. Tidak harus mengeratnya untuk dijual kepada orang yang menjadikannya makanan binatang atau orang yang mengubati orang dengannya. Demikian lagi harus mengerat atau mencabut perhumaan gandum atau syei’er atau padi atau zurrah674 atau dukhun atau jagung atau barang sebagainya daripada gulai-gulaian daripada rambatan675, dan tidak ada dhoman diatasnya. 3878. Syahadan. Haram memindahkan suatu daripada tanah haram dan batunya atau bejana seperti kendi yang diperbuat dari tanahnya kepada tanah halal atau tanah haram yang lain sekalipun dengan niat mengembalikan kepadanya. Maka wajib dia mengembalikan kepadanya sekalipun bejana itu telah pecah. Tetapi jika tidak dikembalikannya tidak ada dhoman diatasnya. Dengan mengembalikannya hilanglah haramnya seperti hukum menanam ludah didalam masjid. Inilah hukumnya jika tidak diketahuinya bahawa tanah bejana itu diambil dari tanah halal seperti dia tahu atau zan atau syakkan keadaannya daripada tanah haram. 673 674 675
. ﻛﻴﻠﻎdengan ga dan nga. . – ﺫﺭﺓsejenis jagung. ﻦﺩﺧ - tumbuhan yang bijinya seakan gandum. . ﺭﻣﺒﺎﺗﻦ.
Jika diketahuinya demikan itu tidaklah haram memindahkannya. Kata kebanyakkan ulamak muktabar dari kalangan ulamak Makkah bahawa tanah yang dibuat bejana di Makkah pada zaman sekarang ini diambil dari tanah halal. 3879. Bermula, memindahkan suatu daripada tanah halal dan batunya kepada tanah haram kata setengah ulamak adalah makruh. Ia adalah yang tersebut didalam Raudhah dan Tuhfah. Kata setengah yang lain : khilaful aula, iaitu yang tersebut didalam Majmuk dan Nihayah. Dibezakan diantara kedua masaalah ini dengan bahawa memindahkan suatu yang pada tanah haram kepada tanah halal itu menghinakan yang mulia dan memindahkan suatu yang pada tanah halal kepada tanah haram itu memuliakan yang hina. Maka menghinakan yang mula itu lebih keji dari memuliakan yang hina. 3880. Demikian lagi haram mengambil bau-bauan ka’bah dan tirainya. Maka wajib mengembalikan apa yang diambil daripadanya. Maka jika seorang hendak mengambil berkat dengan bau-bauan ka’bah hendaklah dia membawa baubauan miliknya kemudian disapukannya pada ka’bah kemudian diambilnya semula. 3881. Adapun tirai ka’bah maka yang tersebut dialam Raudhah nakal dari Ibnu Sholah bahawa ia diatas bicara imam jjua. Maka dipalingkan ia pada sebahagian daripada tempat-tempat dipalingkan harta baitulmal dengan dijual atau diberikan kerana saidina Umar r.a pernah membahagi-bahagikan tirai ka’bah kepada para haji. Inilah hukumnya jika ada tirai itu daripada harta baitulmal. 3882. Adapun jika ianya diwakafkan maka tertentulah mentasarrufkannya pada maslahat-maslahat ka’bah. Jika yang mewakafkannya mensyaratkan suatu daripada jual atau beri atau barang sebagainya maka hendaklah diikutkan syaratnya. 3883. Yang berlaku pada masa ini bahawa orang yang mewakafkan tidak mensyaratkan suatu juapun hanya dia syarat bahawa ia digantikan pada tiap-tiap tahun serta dia tahukan bahawa Bani Syaibah mengambilnya pada tiap-tiap tahun. Maka dari kerana inilah kata ulamak bahawa harus bagi Bani Syaibah pada masa ini mengambil tirai Ka’bbah dan menjualnya dan mengambil harganya untuk dirinya. 3884. Sunat tiap-tiap seorang mengambil air zam-zam dan membawanya kenegerinya kerana mengambil berkat. 3885. Ketahui oleh mu bahawa dhoman membunuh perburuan atau mengerat atau mencabut tumbuh-tumbuhan tanah haram itu adalah dam takhyir dan ta’dil. Maka jika seorang membunuh perburuan yang ada baginya seumpama daripada binatang na’am iaitu unta dan lembu dan kambing wajib dia memberikan dam yang seumpamanya, iaitu yang seumpamanya pada rupa. Jika tidak ada bagi perburuan itu yang seumpama daripada na’am maka wajiblah dia memberi nilainya* pada tempat membunuh perburuan itu dan pada waktunya. 3886. Maka wajib pada membunuh burung kasawari seekor unta dan tidak memadai ganti unta itu lembu dan tidak tujuh ekor kambing atau lebih kerana dhoman perburuan dipeliharakan padanya kesamaan pada rupa, dan pada burung kasawari itu ada kesamaan rupa dengan unta tidak dengan lembu dan kambing. 3887. Wajib pada membunuh lembu liar atau keldai liar seekor lembu dan, dan pada membunuh burung merpati atau barang sebagainya seekor kambing atau biri-biri, dan pada membunuh kijang jantan atau betina seekor kambing jantan atau betina yang berumur setahun, dan pada membunuh arnab jantan atau betina seekor anak kambing jantan atau betina apabila sudah kuat berjalan selama belum genap umurnya setahun, dan pada membunuh yarbu’ dan wabar jantan atau betina seekor anak kambing jantan atau betina yang berumur empat
bulan dan telah bercerai dari ibunya, tetapi hendaklah ia kurang pada sifatnya dan umurnya daripada anak kambing dam membunuh arnab, dari kerana arnab lebih baik dari yarbu’ dan wabar dan pada membunuh dhab dan ummu husain seekor anak lembu. 3888. Bermula, perburuan yang tidak diperoleh nakal dari nabi sawm hendaklah menghukumkan seumpamanya oleh dua orang adil yang cerdik lagi fakeh pada bab kesamaan rupa kerana firman Allah taala “ﻡ ﻤ ﹾﻨ ﹸﻜ ل ٍ ﺩ ﻋ ﺍﻪ ﹶﺫﻭ ﻡ ﹺﺒ ﺤﻜﹸ ﻴ ” artinya: menghukumkannya dua orang yang adil dari kalangan kamu. 3889. Didhoman perburuan yang sahih dan yang kecil dan yang kurus dan sekelian lawannya dengan seumpamanya sekalipun yang buta mata kanan atau kiri. Memadai yang jantan dari yang betina dan ‘akasnya. Wajib dengan membunuh yang buting itu oleh yang seumpamanya, tetapi tidak disembelih ia hanya hendaklah ia dinilai. 3890. Telah terdahulu perkataan bahawa dam membunuh perburuan adalah dam takhyir dan ta’dil maka khiarlah dia pada haiwan yang seumpama dengannya, iaitu dia memilih diantara menyembelihnya ditanah haram dan mensedekahkan sekelian dagingnya keatas para miskin tanah haram, dan diantara mensedekahkan makanan yang memadai pada fitrah yang sama dengan nilainya didalam Makkah, dan diantara puasa pada sebarang tempat yang dikehendakinya dengan sebilang banyak cupak makanan itu, dan apa yang kurang dari satu cupak maka disempurnakannya dengan puasa sehari genap. 3891. Tidak memadai menyembelih haiwan yang seumpama itu pada tempat yang selain tanah haram sekalipun disedekahkan ia didalam tanah haram. Tidak memada mensedekahkannya sebelum disembelih dan tidak memada mensedekahkan dirham sebagai gantinya. 3892. Bermula, asal pada yang demikian itu firman Allah taala “ ﺍﻤﺩ ﻌ ﻤ ﹶﺘ ﻡ ﻤ ﹾﻨ ﹸﻜ ﻪ ﻥ ﹶﻗ ﹶﺘﹶﻠ ﻤ ﹶﻓ ﻌ ﹺﻡ ﻥ ﺍﻟ ﱠﻨ ﻤ ل َ ﺎ ﹶﻗ ﹶﺘل ﻤ ُ ﻤ ﹾﺜ ﺀ ﺍﺠﺯ *” ﹶﻓartinya : maka barang siapa membunuh akan perburuan maka wajib diatasnya seumpama yang dibunuhnya daripada binatang na’am. 3893. Adapun pada binatang buruan yang tidak ada yang seumpama baginya daripada binatang na’am seperti belalang dan burung yang selain merpati dan seumpamanya, samaada ia lebih besar dari merpati atau lebih kecil daripadanya maka yang membunuh itu memlilih diantara mensedekahkan makanan kadar harga perburuan itu keatas segala miskim tanah haram dan diantara puasa dengan sebilang banyak cupak makanan itu, dan apa yang kurang daripada satu cupak hendaklah disempurnakannya dengan sehari genap. 3894. Adapun orang yang mengira-ngirakan harga buruan disini dan pada apa yang telah lalu maka dua orang adil jua. Inilah hukum dhoman pada membunuh perburuan. 3895. Adapun dhoman tumbuh-tumbuhan tanah haram maka wajib pada mengerat atau mencabut pokok kayu yang besar pada ‘uruf seekor lembu yang berumur dua tahun. Memadai disini mengeluarkan seekor unta ganti daripada lembu itu kerana tidak wajib memeliharakan kesamaan rupa disini bersalahan pada dhoman perburuan. Wajib pada mengerat atau mencabut pokok kayu yang kecil pada uruf seekor kambing. Maka yang kecil pada ‘uruf adalah yang sekadar satu pertujuh pokok yang besar. Wajib pada mengerat atau mencabut pokok kayu yang sederhana seekor kambing yang lebih besar dari kambing yang wajib pada pokok kayu yang kecil. 3896. Telah terdahulu perkataan bahawa dam mengerat atau mencabut tumbuhtumbuhan tanah haram itu adalah dam takhyir dan ta’dil, maka khiarlah orang yang mengerat atau mencabut tumbuhan tanah haram diantara menyembelih lembu atau kambing dan mensedekahkan dagingnya, dan diantara mensedekahkan makanan yang memadai pada fitrah yang dibelinya dengan
harga yang demikian itu, dan diantara puasa dengan sebilang banyak cupak makanan itu dan yang terpecah daripadanya 3897. Wajib pada mengerat atau mencabut pokok kayu yang sangat kecil mensedekahkan makanan dengan kadar harganya atau puasa dengan sebilang banyak cupak makanan dan yang terpecah daripadanya. 3898. Fasal pada menyatakan segala yang berhak menegah haji atau umrah. Bermula, yang menegah haji atau umrah itu enam perkara. 3899. Pertama : bapa dan ibu. Maka harus bagi setiap daripada bapa dan ibu sekalipun terkeatas menegah anaknya sekalipun terkebawah yang tidak tinggal di Makkah daripada ihram dengan haji sunat atau umrah sunat atau daripada menyempurnakannya. Adapun yang diam di Makkah maka tidak harus kedua mereka menegah dia daripadanya kerana singkatnya. Seperti demikian itulah bahasan syeikh Azrai’e. Demikian lagi tidak harus bagi bapa dan ibu menegah anaknya daripada ihram dengan haji fardhu atau umrah dan daripada menyempurnakan keduanya kerana bahawa ianya fardhu ain. Sunat bagi anak meminta izin dari bapa dan ibunya pada mengerjakan nusuk. 3900. Yang keduanya : suami. Maka harus suami menegah isterinya daripada nusuk yang fardhu dan yang sunat kerana hak suami diatas isteri wajib dengan segera dan nusuk itu wajib diatas berlambatan. Bersalahan dengan sembahyang dan puasa fardhu, maka tidak harus suami menegah isterinya daripada keduanya kerana singkat masanya sedang nusuk itu lanjut masanya. Tetapi jika perjalanan isteri itu bersama dengan suaminya dengan izinnya dan dia ihram dengan sekirakira dia tidak meluputkan istimta’ dari suaminya sama sekali seperti bahawa suaminya telah ihram dan ihram isteri itu selesai dulu daripada selesai ihramnya atau kedua-duanya selesai serentak nescaya tidak harus suami menegahnya. 3901. Demikian lagi tidak harus suami menegah isterinya dari nazar yang tertentu sebelum nikah atau selepasnya tetapi dengan izinnya. Sunat suami naik haji dengan isterinya kerana disuruhkan dengannya didalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim. 3902. Demikian lagi sunat bagi isterinya bahawa dia tidak ihram dengan tidak ada izin suaminya. Akan tetapi tertegah diatas sahaya perempuan berihram melainkan dengan izin suaminya atau tuannya. Bermula, perbezaannya bahawa haji itu lazim bagi perempuan yang merdeka dan taat kepada suami pula wajib diatasnya maka berlawanlah dua yang wajib ini, lalu jadi haruslah bagi isteri itu ihram dan sunat baginya minta izin, bersalahan dengan sahaya, tidak wajib haji diatasnya, dari kerana inilah haram diatas isteri puasa sunat dengan tidak ada izin suaminya dan tidak haram dia puasa fardhu. Kiasnya bahawa haram diatas perempuan yang merdeka ihram disini dengan haji sunat dengan tidak ada izin suaminya. 3903. Yang ketiganya : tuan sahaya. Maka harus bagi tuan sahaya menegah sahayanya daripada nusuk fardhu atau sunat, samaada sahaya itu mukatab atau ummu walad atau muba’ad yang tidak ada diantaranya dan diantara tuannya giliran atau ada giliran diantara kedua mereka tetapi adalah giliran itu bagi tuannya kerana segala manfaat sahaya itu milik tuannya. 3904. Maka jika anak atau isteri atau sahaya berihram dengan tidak ada izin bapa atau ibu atau suami atau tuan nescaya mereka ini berhak menyuruh mereka itu bertahallul. Maka wajib diatas meraka itu tahallul ketika itu. Maka jika isteri dan sahaya itu enggan dari tahallul serta terboleh mereka tahallul maka harus bagi suami dan tuan sahaya itu menyetubuhinya dan sekelian istimta’ dengannya, dan dosanya diatas isteri dan sahaya itu, bukan diatas suami dan tuan sahaya. 3905. Tidak harus bagi anak dan isteri bertahallul dengan tidak disuruh, bersalahan sahaya maka harus dia bertahallul dengan tidak disuruh tuannya.
Dibezakan dantara keduanya bahawa maksiat sahaya itu lebih kuat daripada maksiat anak dan isteri kerana tuannya memiliki sekelian manfaatnya serta dia tidak ditujukan cakap dengan wajib nusuk, bersalahan anak dan isteri pada sekelian yang demikian itu. Hanyalah tidak lazim sahaya bertahallul dengan tidak disuruh tuannya sekalipun keluar daripada maksiat itu wajib kerana keadaannya didalam mengerjakan ibadat pada jumlah serta kemungkinan tuannya redha dengan kekalkannya pada menyempurnakan nusuk itu. 3906. Keempatnya : ihshar676 yang umum. Ia adalah seperti bahawa ditegah orang yang ihram dari menyempurnakan nusuk mereka pada sekelian jalanjalannya melainkan dengan perang atau dengan membelanjakan harta. Maka pada ketika itu harus mereka bertahallul, sekalipun luas waktunya atau ditegah mereka daripada kembali. 3907. Yang kelimanya : ihshar yang khas, iaitu seperti bahawa seorang dikurung dengan aniaya atau dengan sebab hutang pada hal dia papa. Maka haruslah dia tahallul ketika itu. 3908. Keenamnya : hutang. Maka harus bagi tuan hutang menegah orang yang berhutang daripada safar dengan tujuan meminta dan mendapatkan hutangnya, melainkan jika yang berhutang itu papa atau hutangnya itu bertangguh atau dia mengantikan orang yang tinggal pada membayar hutangnya dari hartanya yang hadhir. Tidak harus tuan hutang menyuruh orang yang berhutang bertahallul kerana tidak ada kemudharatan diatasnya dengan sebab ihramnya. 3909. Syahadan. Apabila mereka itu tahallul maka hendaklah mereka tahallul dengan menyembelih apa yang memadai sebagai korban, selepas menyembelih maka bercukur serta dia menyertakan niat tahallul dengan menyembelih dan bercukur itu. 3910. Barang siapa tidak kuasa menyembelih maka hendaklah dia memberi makanan kepada fakir miskin dengan harga kambing yang dia lemah dari menghasilkannya. Maka jika dia tidak kuasa pula daripada memberikan makanan itu hendaklah dia puasa sebilang banyak cupak makanan serta yang terpecah daripadanya. Akan tetapi pada ketika itu harus dia bertahallul dengan bercukur beserta niat. Tidak terhenti tahallulnya diatas puasa kerana terhasil masyaqqah diatasnya dengan kekal ihramnya sehingga selesai puasanya kerana lanjut masanya. Bersalahan menyembelih atau memberi makan, maka terhentilah tahallul itu diatasnya kerana singkat masanya. Inilah hukum orang yang merdeka yang kuasa diatas dam atau memberi makanan. Adapun sahaya maka dia tahallul dengan niat serta bercukur, maka setakat itu. 3911. Tertentulah menyembelih dan memberi makanan itu pada tempat sekatan, tanah haram atau tanah halal, maka hendaklah dia membahagi-bahagikan dagingnya atau makanan itu pada tempat itu. Maka jika tempat sekatan itu tanah halal memadai menyembelih atau memberi makan disana sekalipun terboleh dia menyembelih atau memberi makan pada tepi tanah haram. Tidak tertentu puasa itu pada satu-satu tempat 3912. Tidak ada kadha diatas mereka itu apabila bertahallul tanpa ada cuai daripada mereka itu, hanya adalah pekerjaan mereka itu seperti sebelum ihram jua. Maka jika dia sekat pada nusuk kadha atau nazar yang ditentukan didalam tahun sekatan itu nescaya kekallah nusuknya itu didalam zimmahnya seperti keadaannya pada permulaan. Demikian lagi haji Islam atau haji nazar apabila ianya telah tetap, seperti bahawa diperoleh padanya segala syarat kemampuan sebelum daripada tahun sekatan itu.
676
. ﺇﺣﺼﺎﺭ- sekat – tahan - halang.
3913. Jika dia disekat pada haji sunat atau haji Islam atau nazar yang tidak tertentu nescaya tidaklah lazim suatu apa pun diatasnya pada haji sunat itu dan tidak pada haji Islam dan nazar itu hingga diperolehnya kemampuan. 3914. Syahadan. Barang siapa mensyaratkan tahallul daripada ihramnya tatkala mula masuk pada ihram kerana habis bekalannya atau kerana sakit atau kerana sekatan jalan atau salah bilangan atau barang sebagainya nescaya harus baginya yang demikian itu. Maka haruslah dia tahallul dengannya, sama seperti harus seorang keluar daripada puasa yang dia nazarkan dengan syarat bahawa dia keluar daripadanya sebab kedatangan uzur. 3915. Kemudian jika dia syaratkan tahallul itu dengan menyembelih wajiblah dia menyembelih atau dia syaratkan dengan tidak menyembelih atau dia syaratkan dengan itlak tidak wajib dia menyembelih. Maka hendaklah dia tahallul dengan niat serta bercukur maka setakat itu sahaja. 3916. Jika dia berkata : jika aku sakit didalam ihram ku maka aku halal, kemudian maka dia sakit didalam ihramnya, jadilah dia halal dengan semata-mata sakit. Harus dia menukarkan hajinya kepada umrah sebab sakit atau barang sebagainya seperti : jika aku sakit didalam ihram ku dengan haji ini aku jadikanlah ia ihram dengan umrah. 3917. Tidak harus seorang itu bertahallul sebab sakit dan barang sebagainya dengan tidak dia mensyaratkannya kerana tahallul itu tidak berfaedah pada menghilangkan sakit atau seumpamanya. Bersalahan dengan tahallul sebab sekatan. Sebaliknya hendaklah dia sabar hingga hilang sakitnya atau seumpamanya kemudian jika dia ihram dengan umrah hendaklah dia sempurnakannya atau dia ihram dengan haji dan luputlah ia darinya hendaklah dia tahallul dengan amalan umrah. 3918. Barang siapa luput darinya wukuf di Arafah wajib diatasnya tahallul. Maka haram dia mengekalkan ihramnya hingga sampai kepada tahun depan kerana luput waktu haji itu. Maka jika dia kekalkan ihramnya hingga dikerjakannya haji dengan ihram itu pada tahun yang kedua maka tidaklah memadai hajinya. 3919. Hasillah tahallul itu dengan amalan umrah, iaitu dengan tawaf dan sai’e dan bercukur, dengan niat tahallul, dan sekalipun diniatkannnya sebagai umrah. Tidak memada ia baginya sebagai umrah Islam. Tidak wajib diatasnya melontar dan bermalam di Muzdalifah dan di Mina sekalipun masih tinggal waktu keduanya. Dengan apa yang telah dikerjakan daripada amalan umrah itu terhasillah baginya tahallul yang kedua. 3920. Adapun tahallul yang pertama maka terhasillah ia dengan salah satu daripada bercukur dan tawaf yang diiringi sai’e kerana gugur hukum melontar sebab luput wukuf. Maka jadilah dia seperti orang yang telah melontar. Wajib dia mengkadha hajinya dengan segera sekalipun hajinya itu sunat kerana tidak sunyi dia daripada cuai, dan lagi wajib diatasnya dam yang seperti dam tamattu’ sekalipun luput wukuf itu dengan uzur seperti tidur atau lupa. Wajib dia menyembelih kambing dam selepas ihram dengan haji kadha atau selepas masuk waktu ihram dengannya iaitu pada tahun yang lagi akan datang, sama seperti bahawa dam tamattu’ tidak wajib melainkan dengan haji. 3921. Ketahui oleh mu bahawa dam-dam itu empat bahagian. Pertama : dam tertib dan takdir, keduanya : dam takhyir dan ta’dil, ketiganya : dam takhyir dan takdir, keempatnya dam tertib dan ta’dil. Maka makna tertib itu bahawa tidak harus berpindah daripada asal kepada gantian melainkan kemudian daripada lemah dari asal. Makna takhyir itu sebaliknya, iaitu harus berpindah kepada gantian serta kuasa mengerjakan asal. Makna takdir itu bahawa syara’ telah menentukan kadar puasa yang dia berpindah kepadanya. Makna ta’dil itu
sebaliknya, iaitu bahawa syara’ tidak menentukan kadar puasa yang dia berpindah kepadanya. 3922. Maka yang pertama itu dam tamattu’ dan qiran dan luput dan meninggalkan ihram dari miqat dan meninggalkan melontar dan meninggalkan bermalam di Muzadalifah dan Mina dan meninggalkan tawaf wida’. Yang keduanya dam membunuh perburuan dan mengerat atau mencabut pokok kayu. Yang ketiga dam bercukur dan mengerat kuku dan memakai bauan dan meminyakkan rambut kepala dan memakai pakaian yang diharamkan dan mengerjakan mukaddimah jimak dan jimak yang tidak membinasakan haji. Yang keempatnya dam jimak yang membinasakan haji dan dam sekatan. 3923. Syahadan. Setiap dam yang wajib daripada dam-dam yang tersebut itu wajiblah menyembelihnya dan mengagihkan dagingnya atau mengagihkan makanan gantinya didalam tanah haram keatas fakir miskin, melainkan dam sekatan, maka disembelih ia dan diagihkan pada tempat sekatan itu. Dan lagi wajib menyembelih dam-dam itu didalam nusuk yang wajib ia didalamnya melainkan dam luput haji. 3924. Bermula, tempat yang teradfdhal menyembelih dam yang wajib pada haji itu adalah Mina sekalipun dia mengejakan tamattu’ dan pada umrah adalah Marwah. Tidak tertentu dam-dam yang tersebut itu dengan waktu. Maka haruslah menyembelihnya pada sebarang waktu yang dikehendakinya, akan tetapi sunat menyembelihnya didalam hari-hari menyembelih korban. 3925. Hendaklah diberikan dam atau gantiannya itu kepada tiga orang atau lebih daripada fakir miskin tanah haram. Fakir miskin yang bermastautin terutama dari yang selainnya, selama tidak ada hajat fakir miskin yang dagang itu lebih kuat. Tidak wajib meratakan mereka itu sekalipun bilangan mereka itu tersimpan.Harus memberikan setiap seorang daripada mereka itu satu cupak atau kurang, melainkan pada dam umpama bercukur, maka tertentulah bagi seorang daripada enam orang miskin itu setengah gantang. 3926. Jika mereka itu tidak hadhir didalam tanah haram hendaklah ditakhirkan dam itu hingga mereka ujud didalam ihram. Tidak harus pada ketika itu memindahkannya kepada tempat lain. Bersalahan dengan zakat, maka harus memindahkannya apabila tidak diperolehi orang yang berhak didalam negeri kerana tidak ada pada zakat itu keterangan yang jelas dengan menentukan negeri, bersalahan dengan dam. 3927. Jikalau dicuri atau dirampas apa yang telah disembelihnya didalam tanah haram sekalipun tanpa taksirnya dan sekalipun pencuri atau perampas itu dari kalangan fakir miskin tanah haram, samaada dia niat memberikan kepadanya atau tidak, maka hendaklah di menyembelih ganti yang hilang itu, yang mana ia terutama, atau dia membeli daging dengan harganya lalu disedekahkannya kepada fakir miskin. 3928. Syahadan. Sunat bagi setiap orang menziarahi kubur nabi sawm selepas selesai haji kerana sabda nabi sawm “ ﻲ ﺘ ﻋ ﺸﻔﹶﺎ ﻪ ﹶ ﺕ ﹶﻟ ﺒ ﹾ ﺠ ﻭ ﻱ ﺒ ﹺﺭ ﺭ ﹶﻗ ﺍﻥ ﺯ ﻤ ”, artinya: barang siapa ziarah kubur ku nescaya wajiblah baginya syafaat ku. Kata syeikh Ramli : adalah mafhumnya bahawa syafaat nabi itu harus bagi yang tidak menziarahi kuburnya sawm. 3929. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻥ ﷲ َﺃ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﺎﺤﻘ ﻥ ﻲ ﻜﹶﺎ ﺘ ﺭ ﺎﻻ ﹺﺯﻴ ﺠ ﹲﺔ ِﺇ ﱠ ﺎﻪ ﺤ ﻋ ﺯ ﻴ ﹾﻨ ﻡ ﺍ ﹶﻟﺍ ِﺌﺭﻲ ﺯ ﻨ ﺀ ﺎﻥ ﺠ ﻤ ﺔ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﺎﻴﻌ ﻔ ﺸ ﻪ ﹶ ﹶﻟﻭﻥ ”َﺃ ﹸﻜartinya : barang siapa datang kepada ku dalam keadaan dia menziarahi ku, tidak membuatkan dia keluar bermusafir melainkan ziarah akan daku nescaya menjadi satu hak diatas Allah taala bahawa aku menjadi orang yang memohonkan syafaat baginya pada Hari Kiamat kelak. 3930. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻩ ﺎﺩ ﹾﻨﻴ ﻤﺭ ﻭ ﹶﻜﻔﹶﻰ َﺃ ﻲ ﻨ ﺒﻠﱢ ﹸﻐ ﻴ ﻤﹶﻠﻜﹰﺎ ﻪ ﷲ ﹺﺒ ُ لﺍ َ ﱠﻜﻱ ﻭ ﺒ ﹺﺭ ﺩ ﹶﻗ ﻋ ﹾﻨ ﻲ ﻋﹶﻠ ﺼﻠﱠﻰ ﻥ ﻤ ﺔ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﺍﻴﺩ ﺸ ﹺﻬ ﻭ ﹶ ﺎ َﺃﻴﻌ ﻔ ﺸ ﻪ ﹶ ﺕ ﹶﻟ ﻭ ﹸﻜ ﹾﻨ ﹸ ﻪ ﺘ ﺭ ﺨ ﺁ ”ﻭartinya : barang siapa mengucap selawat keatas
ku disisi kubur ku nescaya Allah taala mewakilkan padanya seorang malaikat yang menyampaikannya kepada aku dan memeliharakan urusan dunianya dan akhiratnya dan adalah aku pemohon syafaat baginya - atau aku saksi baginyapada hari kiamat. Maka adalah ziarah itu sebahagian daripada dampingan yang sangat dicita-citakan sekalipun pada hak orang yang tidak mengerjakan nusuk. 3931. Bahkan ziarah itu pada hak orang yang mengerjakan nusuk lebih muakkad kerana sabda nabi sawm “ﻲ ﻨ ﺠﻔﹶﺎ ﺩ ﻲ ﹶﻓ ﹶﻘ ﻨ ﺭ ﺯ ﻴ ﻡ ﻭﹶﻟ ﺞ ﺤ ﻥ ﻤ ” artinya : barang siapa naik haji dan tidak menziarahi ku maka sungguhnya dia menyakiti ku. Maka hadith ini menunjukkan bahawa ziarah kubur nabi bagi orang yang mengerjakan haji lebih muakkad daripada yang tidak mengerjakan haji kerana keadaan mereka itu meninggalkan ziarah dalam keadaan mereka datang dari negeri yang jauh serta dekat perjalanan mereka itu dengan Madinah, maka ia terlalu sangat kejinya. Adapun orang yang mengerjakan umrah maka dia seperti yang mengerjakan haji jua. 3932. Khilaf ulamak pada yang terutama bagi orang yang hendak mengerjakan haji, adakah terutama dia mendulukan ziarah diatas haji atau mendulukan haji diatas ziarah. Maka kaul yang rajih pada yang demikian itu bahawa yang terutama bagi orang yang melalui Madinah al munawwarah dan orang yang ampai ke Makkah al musyarrafah dalam keadaan waktu haji pun masih lanjut dan segala syarat pun ada lengkap adalah mendulukan ziarah diatas haji. Jika tidak seperti demikian itu maka terutama baginya ziarah selepas selesai hajinya. 3933. Sunat ziarah Baitul Muqaddas dan ziarah kubur nabi Allah Ibrahim a.s. tetapi tidak berkaitan ziarah ini dengan pekerjaan haji. 3934. Sunat bagi orang yang hendak ke Madinah untuk ziarah membanyakkan mengucap selawat dan salam keatas nabi sawm dijalanannya istimewa pula apabila dia melihat pohon-pohon kayu Madinah. Maka hendaklah dia melebihkan selawat dan salam atas nabi sawm itu serta memohon kepada Allah taala agar Dia anugerahkan manfaat kepadanya dengan ziarahnya itu dan agar Dia menerima ziarahnya itu. 3935. Sunat baginya mandi sebelum memasuki Madinah dan memakai pakaian yang bersih dan suci. Maka apabil dia memasuki Madinah hendaklah dia pergi raudhah iaitu kawasan yang diantara kubur yang mulia dan mimbar dan dia sembahyang tahiyyat masjid berhampiran mimbar itu dan bersyukur kepada Allah taala selepas sembahyang diatas ni’mat yang amat besar ini. 3936. Kemudian hendaklah dia datang kepada kubur yang mulia lalu dia mengadap kapada kepala yang mulia sambil dia membelakangi kiblat. Hendaklah dia berdiri jauh daripadanya lebih dari kadar empat hasta dan hendaklah dia memandang kebawah kepada apa yang dia mengadapnya677 dalam keadaan dia menghormati dan membesarkan serta lapang hati daripada segala lintasanlintasan dan apa yang bersangkutan dengan dunia, dan dia memberi salam keatas nabi sawm kerana sabda nabi sawm “ ﺤﺘﱠﻰ ﻲ ﺤ ﻭ ﺭ ﻲ ﻋﹶﻠ ﷲ ُ ﺩ ﺍ ﺭ ﻻ ﻲ ِﺇ ﱠ ﻋﹶﻠ ﻡ ﺴﻠﱢ ﻴ ﺩﻥ َﺃﺤ ﻤ ﺎﻤ ﻼﻡ ﺴﹶ ﺍﻟﻴﻪ ﹶﻠ ﻋﺭﺩ ”َﺃartinya : tidak ada seorang jua pun yang memberi salam keatas ku melainkan dikembalikan Allah taala kepada ku akan roh ku hingga aku menjawab salamnya. 3937. Sekurang-kurang lafaz salam itu bahawa dikatanya “ﷲ ِ ﻭلُ ﺍ ﺴ ﺭ ﺎ ﻴﻴﻙ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﹶ” ﺍﻟﺴ. Jangan dia menyaringkan suaranya kerana mengamalkan adab dengan raslullah sawm seperti adab menziarahinya pada ketika hidupnya. 3938. Kemudian maka dia beredar kepihak kanannya kadar sehasta lalu memberi salam keatas saidina Abu Bakar r.a kerana bahawa kepala saidina Abu Bakar itu adalah ia berbetulan dengan bahu rasululah sawm. Kemudian maka dia 677
. pada asal “pada makam haibah dan ijlal”.
beredar pula kepada pihak kanan kadar sehasta lalu memberi salam keatas saidina Umar r.a kerana khabar yang telah diriwayatkan oleh Baihaqi daripada Ibnu Umar bahawa adalah dia apabila kembali daripada safarnya datang kepada kubur yang mulia lalu memberi salam keatas nabi sawm dan keatas Abu Bakar dan keatas bapanya Umar dengan katanya “ ﺒ ﹾﻜ ﹴﺭ ﺎﺎ َﺃﺒ ﻴﻴﻙ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﹶﷲ ﺍﻟﺴ ِ ﻭلُ ﺍ ﺴ ﺭ ﺎ ﻴﻴﻙ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﹶﺍﻟﺴ ﻩ ﺒﺘﹶﺎ ﺎ َﺃ ﻴﻴﻙ ﹶﻠﻡ ﻋ ﻼ ﹶ”ﺍﻟﺴ. 3939. Kemudian maka hendaklah dia kembali kepada tempat perdiriannya yang mula-mula dalam keadaan dia mengadap kepada muka rasulullah dan berwasilah678 dengannya pada hak dirinya dan memohonkan syafaat dengannya kepada Tuhannya. Kemudia maka dia mengadap kekiblat lalu berdoa bagi dirinya dan bagi mereka yang dikehendakinya daripada sekelian umat Islam. 3940. Sunat bahawa dia datang kepada sekelian tempat bersejarah di Madinah, iaitu kadar tiga puluh tempat yang diketahui oleh ahli Madinah. Sunat dia menziarahi Baqi’ dan Quba dan sunat bahawa dia pergi ke telaga Aris maka dia meminum daripada airnya dan berwudhuk dengannya. Demikian lagi yang tinggal daripada telaga-telaga yang tujuh679. 3941. Maka selama dia masih berada di Madinah sayugia dia sentiasa mengekali sembahyang pada masjid nabi sawm yang ujud pada zamannya kerana sembahyang didalamnya digandakan dengan seribu sembahyang. 3942. Janganlah dia tawaf akan kubur yang mulia itu dan jangan dia sembahyang didalam biliknya dengan kasad membesarkannya. Sangat makruh mendempekkan perut atau belakang dengan dinding kubur yang mulia itu dan makruh menyentuhnya dengan tangan dan mengucupnya, bahkan adabnya hendaklah dia jauh daripadanya seperti kelakuan ziarah pada hadhratnya ketika hidupnya. 3943. Sunat bahawa dia berpuasa di Madinah barang sedapatnya. 3944. Sunat bersedekah di Madinah kepada jiran rasullah sawm yang bermastautin dan yang dagang dengan sedapatnya. Apabila dia hendak bermusafir maka sunat dia berpetaruh akan680 masjid dengan dua rakaat sembahyang sunat dan datang kepada kubur yang mulia dan mengucap salam keatasnya seperti kaifiatnya yang telah tersebut itu dan dibacanya pada doanya “ ﻼ ﻬ ﹰ ﺴ ﻼ ﻴ ﹰ ﺴ ﹺﺒ ﻥ ﻴ ﹺ ﻤ ﺭ ﺤ ﺩ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻌ ﻲ ﺍﻟ ﺭِﻟ ﺴ ﻴ ﻭ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﹼﻰ ﺍ ﷲ ِ لﺍ ِ ﻭ ﺴ ﺭ ﺭ ﹺﻡ ﺤ ﻥ ﻤ ﺩ ﻬ ﻌ ﺭ ﺍ ﹾﻟ ﺨ ﻫﺫﹶﺍ ﺁ ل ْ ﻌ ﺠ ﻻ ﹶﺘ ﹶﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ ﻥ ﻴ ﻤ ﻨ ﻥ ﻏﹶﺎ ﻴ ﻤ ﺎِﻟﻠﻨﹶﺎ ﺴﻫ ﺩﻨﹶﺎ ِﺇﻟﹶﻰ َﺃ ﺭ ﻭ ﺓ ﺭ ﺨ ﺍﻵﺎ ﻭﺩ ﹾﻨﻴ ﻓﻲ ﺍﻟ ﹶﺔﻴﺎﻓﺍ ﹾﻟﻌﻭ ﻭ ﻌ ﹾﻔ ﻲ ﺍﻟ ﻨ ﺯ ﹾﻗ ﺭ ﺍ”ﻭ. Hendaklah dia berjalan kepada pihak hadapannya tatkala pergi dan jangan berjalan undur kepada pihak belakangnya.
ﺤ ﱠﻴ ِﺔ ِﺿ ْ ب ا ُﻷ ُ ﺑَﺎ XX BAB UDHIYYAH 3945. Ini satu bab pada menyatakan udhiyyah, artinya korban, iaitu barang yang disembelih daripada unta atau sapi atau kerbau atau kambing kerana menghampirkan diri kepada Allah taala pada masa yang lagi akan datang kenyataannya. 3946. Bermula, dalil yang menyebutkan korban sebelum ijmak firman Allah taala “ﺤﺭ ﺍ ﹾﻨﻙ ﻭ ﺒ ﺭ ل ِﻟ ﺼﱢ ” ﹶﻓ, artinya : sembahyanglah kamu wahai muhammad akan 678
. pada asal “mengambil wasilah dengannya”.
679
. yang masih ada disana.
680
. iaitu membuat wida’, sama seperti pada tawaf wida’ pada baitullah.
sembahyang hari Raya dan sembelihlah korban. Dan sabda nabi s.a.w.m “ ل َ ﻤﺎ ﻋﻤ ﻡ ﺩ ﻥ ﺍﻟ ﻭِﺇ ﺎﻓﻬ ﻼ ﻅﹶ ﻭَﺃ ﹾ ﺎﻨﻬ ﻭ ﺭ ﺔ ﹺﺒ ﹸﻘ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻲﺎ ﹶﻟ ﹶﺘ ْﺄﺘ ِﺇ ﱠﻨﻬ، ﺩ ﹺﻡ ﺍﻟﺍ ﹶﻗﺔﻥ ِﺇﺭ ﻤ ﺎﻟﹶﻰﷲ ﹶﺘﻌ ِ ﺏ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍ ﺤ ل َﺃ ٍ ﻤ ﻋ ﻥ ﻤ ﺤ ﹺﺭ ﻡ ﺍﻟ ﱠﻨ ﻭ ﻴ ﻡ ﺩ ﻥ ﺁ ﺒ ﺍ ﺎﻭﺍ ﹶﻨ ﹾﻔﺴﻴﺒ ﻁ ﺭﺽﹺ ﹶﻓ ﹶ ﻷ َ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﹶﻘﻊﻥ ﻴ ل َﺃ َ ﺒ ﻥ ﹶﻗ ﻤﻜﹶﺎ ﹴ ﷲ ﹺﺒ ِ ﻥﺍ ﻤ ﹶﻘﻊ” ﹶﻟﻴ, artinya: tiada beramal anak adam suatu amalan pada hari raya yang terlebih digemari Allah taala daripada menumpahkan darah, artinya menyembelih korban, dan sungguhnya korban itu akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan kuku-kuku kakinya, dan sungguhnya darahnya jatuh disisi Allah pada suatu tempat kemuliaan sebelum daripada bahawa ia jatuh kebumi. Maka hendaklah kamu membaikkan jiwa kamu dengan korban itu. Riwayat Turmizi dan Hakim. 3947. Dan lagi sabda nabi s.a.w.m “ﺍﻁﺼﺭ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟ ﻡ ﺎ ﹸﻜﻤﻁﹶﺎﻴ ﺎﻡ ﹶﻓِﺈ ﱠﻨﻬ ﺎ ﹸﻜﺎﻴﻀﺤ ﻭﺍﻅﻤ ﻋﱢ ” artinya perbesarkanlah korban-korban kamu maka sungguhnya ia adalah kenderaan kamu diatas Shirat pada hari Kiamat. 3948. Syahdan. Bahawa sanya korban itu sunat muakkad pada hak kita umat yang merdeka atau muba’ad lagi mukallaf lagi cerdik lagi kuasa diatas mengerjakannya. Walau bagaimanapun harus bagi bapa atau datuk melakukan korban bagi anak waliannya daripada harta dirinya seperti apa yang lagi akan datang kenyataannya. 3949. Kewajipan korban diatas nabi kita Muhammad s.a.w.m adalah khususiah baginya kerana sabda nabi s.a.w.m “ﺴ ﱠﻨ ﹲﺔ ﹶﻟ ﹸﻜﻡ ﻭ ﻫ ﻭ ﺤ ﹺﺭ ﺕ ﺒﹺﺎﻟ ﱠﻨ ﺭ ﹸ ﻤ ”ُﺃartinya : telah diperintahkan aku dengan berkorban dan ianya sunat bagi kamu. Riwayat Turmizi. Dan lagi sabda nabi s.a.w.m “ﻴ ﹸﻜﻡ ﻋﹶﻠ ﺏ ﺠ ﹴ ﺍ ﹺ ﹺﺒﻭﻴﺱ ﹶﻟﺭ ﻭ ﺤ ﻲ ﺍﻟﻨﱠ ﻋﹶﻠ ﺏ ﺘ ” ﹸﻜartinya: diwajibkan korban diatas aku dan ianya tidak wajib diatas kamu. Riwayat Daruqutni. 3950. Adalah korban itu sunat kifayah bagi seorang jika dia mempunyai berbilang ahli bait, jika tiada berbilang ahli baik maka sunat ain. Makruh meninggalkan korban kerana khilaf ulamak pada wajibnya. Maka kerana ini adalah korban itu terafdhal dari sedekah sunat. 3951. Bermula, hasil kata-kata yang tersebut didalam Tuhfah bahawa yang dikehendaki dengan ahli bait pada bab korban adalah tiga tanggungan. Maka ditanggungkan apa yang dikehendaki dengan ahli bait disini seperti ahli bait yang dikehendaki pada bab wakaf, iaitu segala kerabat sesaorang daripada lelaki dan perempuan, dan ianya adalah yang muafakat dengan kata-kata yang telah terdahulu bahawa ahli bait yang berbilang adalah korban itu sunat kifayah, jika tiada berbilang maka ianya sunat ain. 3952. Makna keadaan korban itu sunat kifayah sepertimana keadaannya adalah ianya disunatkan bagi setiap orang daripada ahli rumah, dan gugur tuntutannya dengan perbuatan seorang dari selain dia, bukan terhasil pahala bagi orang yang tidak mengerjakannya. Adalah bandingannya seperti sembahyang jenazah jua. Maka barang siapa berkorban dengan seekor kambing jatuhlah korbannya itu bagi dirinya dan terhasillah pahalanya bagi dirinya sahaja. Tetapi gugur tuntutan korban itu daripada ahli rumahnya dan tidak terhasil pahala bagi sekelian mereka itu, melainkan apabila dia niatkan berkongsi pahalanya dengan mereka itu.* 3953. Bermula, penjelasan fuqaha’ yang mengatakan sunat berkorban bagi setiap orang daripada ahli rumah itu menegah bahawa yang dikehendaki dengan ahli rumah itu681 adalah mereka itu yang mahjur, artinya yang ditegah tasarruf. 3954. Dan ditanggungkan pula bahawa yang dikehendaki dengan ahli rumah disini orang yang dihimpunkan oleh nafkah seorang yang memberi nafkah keatas mereka itu, sekalipun dengan kerana Allah. Maka tanggungan inilah yang disahkan oleh Syihab Ramli didalam Hasyiah Syarah Raudh. 681
. yang gugur tuntutan korban.
3955. Dan ditanggungkan pula bahawa yang dikehendaki dengan ahli rumah disini segala mereka yang diam didalam satu rumah sekalipun tiada kerabat diantara mereka itu. Maka diatas tanggungan inilah syeikh Ibnu Hajar menghadkan didalam Syarah Irsyad, dan berjalan syeikh Tablawi diatasnya. Kata syeikh Umar: sayugia bahawa ianya yang dipegangi, sekalipun kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah bahawa tanggugan ini jauh. 3956. Tidak wajib korban itu melainkan dengan nazar seperti seorang berkata “kerana Allah taala wajib diatas aku berkorban dengan kambing ini” umpamanya, atau dengan ta’yin seperti dikatanya “inilah korban”, atau dengan katanya “aku jadikan ia sebagai korban”. Maka dengan lafaz yang tersebut itu jadilah korban dengan umpama kambing suatu yang wajib, kerana hilang miliknya daripada kambing itu dengan nazar dan ta’yin itu. Maka wajib atasnya menyembelihnya dan tidak harus dia mentasarrufkannya dengan umpamna jual dan menggantikannya dengan yang lain, sekalipun dengan yang lebih baik darinya. 3957. Hanyalah tiada hilang milik seorang dari sahayanya yang dinazarkannya dengan katanya “wajib atas ku memerdekakannya” melainkan dengan memerdekakannya, sekalipun wajib atasnya memerdekakan dan haram menjualkannya sebelum daripada memerdekakannya sekeliannya, kerana bahawa milik pada korban yang dinazarkan itu berpindah darinya kepada orangorang miskin dan kekal mereka itu memilikinya selepas daripada ia disembelih. Bersalahan pemilikan pada hamba, tidak ia berpindah selepas daripada dimerdekakan kepada seorang jua pun. Hanya ianya hilang sama sekali. Apabila dia menyembelih korban yang wajib atau anaknya, wajiblah mensedekahkan sekelian suku-sukunya seperti barang yang lagi akan datang kenyataannya. 3958. Syahadan. Bahawasanya kambing atau barang sebagainya yang dibeli oleh sesaorang dengan kasad korban apabila dia ditanya orang tentang hal kambing itu maka dia menjawabnya dengan katanya: bahawa kambing ini kambing korban, nescaya jadilah kambing itu korban wajib dengan sebab ta’yin. Maka wajib atasnya menyembelihnya dan mensedekahkan sekelian sukusukunya, dan haram atasnya memakan sesuatu daripada dagingnya. Sayugia hendaklah kita tahu masaalah ini, kerana yang demikian itu telah jatuh pada kebanyakkan orang-orang awam yang berkata tatkala ditanya orang bahawa kambing ini kambing korban dalam keadaan mereka itu jahilkan hukum yang terhasil daripada kata-kata yang tersebut itu, dan mereka sangkakan bahawa kambing itu korban sunat jua. Maka mereka memakan sedikit daripada dagingnya dan terkadang mereka tidak menyembelihnya, hanya mereka mentasarrufkannya dengan jual atau ganti dengan yang lainnya. Maka yang demikian itu adalah kesilapan. 3959. Bermula. Tidak memada sebagai korban daripada segala binatang melainkan na’am jua, iaitu unta dan lembu dan kerbau dan kambing, kerana bahawa sanya berkorban dengan selain daripada na’am itu tidak manqul daripada nabi dan segala sahabat. Kemudian, maka tidak memada sebagai korban oleh lembu hutan dan keldai hutan. Tetapi memada sebagai korban lembu yang jadi diantara dua jenis atau dua bagai daripada na’am. Maka diiktibarkan umur yang tertinggi daripada umur ibu bapaknya seperti umur dua tahun pada yang jadi diantara biri-biri dan kambing. 3960. Memada seekor unta atau lembu atau kerbau dari tujuh orang, sama ada sekelian mereka itu hendakkan korban atau tidak, dan memada seekor biri-biri atau kambing dari seorang jua dengan sepakat diantara ulamak. Tidak memada ia dari dua orang atau lebih, hinggakan jika dua orang menyembelih dua ekor kambing yang mereka bersyarikat pada memiliki setiap ekor kambing itu nescaya
tidaklah memadai kerana bahawasanya tiap seorang daripada mereka tidak menyembelih seekor kambing. 3961. Adapun hadith “ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﺔ ﻤ ﻭُﺃ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻥ ﻋ ﻫﺫﹶﺍ ﻬﻡ ” ﺍﻟﻠﱠ, artinya: wahai Tuhan ku inilah korban dari Muhammad dan dari umat Muhammad, maka iaitu ditangungkan ia diatas menyukutukan pada pahala, maka iaitu harus. Dari kerana inilah kata mereka itu bahawa harus seorang menyengutukan orang lain pada pahala korbannya dan terhasil pahala bagi orang itu. 3962. Yang terafdhal daripada korban itu adalah unta kerana dagingnya lebih banyak daripada lembu dan kambing, kemudian maka lembu atau kerbau kerana dagingnya lebih banyak dari kambing, kemudian biri-biri kemudian maka kambing kerana biri-biri lebih baik dagingnya dari kambing, kemudian maka yang disyarikatkan daripada seekor unta, kemudian maka yang disyarikatkan daripada seekor lembu atau kerbau. Tujuh ekor biri-biri terafdhal daripada tujuk ekor kambing, dan tujuh ekor kambing terafdhal daripada seekor unta kerana bertambah dampingan diri kepada Allah taala sebab banyak darah yang ditumpahkan. 3963. Bermula warna korban yang terafdhal itu adalah putih kemudian maka kuning kemudian maka kelabu kemudian maka merah kemudian maka belang putih dengan hitam kemudian maka hitam. 3964. Yang jantan terafdhal dari yang betina, itupun selama tidak banyak ia menjantankan yang betina. Jika ia banyak menjantankan yang betina maka yang betina yang belum beranak terafdhal darinya. Yang gemuk terafdhal daripada yang kurus, maka seekor yang gemuk terafdhal daripada dua ekor yang kurus, sekalipun ada bagi keduanya warna yang afdhal atau adalah keduanya itu jantan, kerana korban dengan yang gemuk itu tanda mebesarkan korban. Maka telah terdahulu hadith nabi s.a.w.m pada menyuruh dengan membesarkan korban. 3965. Syahadan. Bahawa syarat korban itu jika ianya daripada unta hendaklah umurnya genap dua tahun, dan jika ianya daripada biri-biri maka hendaklah ada umurnya genap setahun tetapi jika ia sudah mengugurkan giginya sebelum daripada genap setahun maka ianya memada. 3966. Dan lagi disyaratkan bahawa hendaklah korban itu selamat daripada aib yang mengurangkan daging, maka tidak memada jika korban itu berkudil, sekalipun sedikit kudilnya lagi diharapkan hilangnya, kerana bahawasanya ia membinasakan daging dan mengurangkan nilai. 3967. Syahadan. Tersebut didalam Majmuk dengan dinakalkan daripada sahabatsahabat Syafi’e r.a bahawasanya tidak memada yang bunting sebagai korban. Kata syeikh Azrai’e: dan jazam dengannya syeikh Abu Hamid dan mereka yang mengikutnya. Intaha. Ianya adalah yang disahkan oleh syeikh Syarbini didalam Mughni. Yang dii’timadkan oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah adalah tidak memadai, kerana buntingnya itu dibilangkan aib yang menegah korban. Sungguhnya telah dinyatakan oleh ulamak bahawa bunting itu dikira aib pada barang jualan dan sedekah. 3968. Adapun yang disebutkan oleh Ibnu Rif’ah didalam Kifayah bahawa yang bunting itu memada sebagai korban, kurang dagingnya itu ditampung dengan datang anaknya didalam perut. Maka ianya ditolakkan oleh para ulamak dengan bahawa yang demikia itu menyalahi yang dinakalkan daripada sahabat-sahabat Imam Syafi’e r.a. Dan lagi katanya “kurang dagingnya ditampung dengan daging anaknya” ditolakkan oleh mereka itu dengan bahawa terkadang tidak terhasil tampungan dengan yang didalam perut kerana keadaannya ‘alaqah jua, maka ia adalah darah bukan daging, dan lagi pula bertambah daging itu tidak menampung aib kerana tidak memada sebagai korban oleh yang pincang lagi gemuk atau
yang kudil lagi gemuk, dari kerana gemuknya itu tidak menampung aib pincangnya atau kudilnya. 3969. Soal: jika orang bertanya: yang bunting pada zakat dikira oleh mereka itu sempurna tidak beraib, maka ia memadai sebagai zakat, dan yang bunting pada korban dikira aib maka tidak memadai sebagai korban, maka apa perbezaan diantara keduanya? Jawab: dibezakan ia dengan bahawasanya yang dimaksudkan pada zakat itu adalah anak jua, bukan baik daging, dan yang dimaksudkan pada korban itu adalah baik daging, bukan anak. Inilah hukum yang bunting. 3970. Adapun yang baru beranak maka ianya memadai sebagai korban pada kata syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah, dan tidak memada pada Khatib Syarbini didalam Mughni. 3971. Dan lagi disyaratkan bahawa janganlah keadaannya sangat tempang dengan sekira-kira mendahuluinya orang yang berjalan dan ia tertinggal pada tempatnya tatkala pergi kepada rumput yang baik, sekalipun mendatang pincangnya itu dibawah kakinya. Dan janganlah keadaannya sangat kurus, dengan sekira-kira hilang sumsumnya. Dan janganlah keadaannya gila, iaitu tidak tahu mencari tempat makan lalu jadi kurang makannya, kerana yang demikian itu mewarisi kurus. Dan janganlah keadaannya buta dua belah matanya atau sebelah matanya, sekalipun dengan sebab putik yang menutupi sekelian matanya atau kebanyakkannya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah iaitu yang hilang penglihatan sekalipun ada biji matanya. Tetapi tidak mengapa yang lemah penglihatannya sebab bilas atau putik682 yang sedikit atau selainnya. Tidak mengapa yang ketiadaan penglihat pada malam. 3972. Disyaratkan pula bahawa ia tidak sakit yang mendatangkan kurus dan tidak hilang suatu daripada telinganya, sekalipun sedikit, maka tidak memada yang terpotong sekelian telingannya atau satu juzuk daripadanya dan tidak memada yang dijadikan dengan tidak bertelinga kerana hilang suatu juzuk daripada yang dimakan. Tetapi jika terbelah telinganya atau bertindik maka tidak hilang suatu juzuk daripadanya maka ianya tidak mengapa. 3973. Dan disyaratkan pula bahawa tidak terpotong suatu juzuk daripada lidahnya atau satu juzuk daripada susunya atau alyahnya683 atau ekornya, jika sedikit sekalipun. Tetapi memada yang dijadikan pada perut ibunya dengan tidak bersusu atau tidak ber-alyah atau tidak berekor. 3974. Demikian lagi memada yang dikembiri684, kerana menghilangkan pelirnya itu tidak mengurangkan dagingnya, hanyalah ia menambahkannya, dan dua pelirnya itu tidak dimaksudkan memakannya pada adat, bahkan sebahagian ulamak mengharamkan memakannya. 3975. Demikian lagi memada yang tidak bertanduk, tetapi makruh. Tidak mengapa yang patah atau pecah tanduknya jika tidak mencacatkan dagingnya. 3976. Tidak memada yang tanggal sekelian giginya bersalahan yang tanggal setengah giginya, maka ia memada jika tidak mencederakan makannya dan tidak mengurangkan dagingnya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Mughni. 3977. Disyaratkan pula jangan hilang satu juzuk yang banyak daripada pehanya, bersalahan yang sedikit, maka iaitu tidak mengapa.
682
. ﻓﺘﻴﻙ–ﺒﻴﻠﺱ.
683
. ekor bagi kibas.
684
. dikembiri iaitu dikasi. Pelir iaitu telur zakar – testis.
3978. Disyaratkan niat pada korban kerana korban itu satu ibadat, dan tiap-tiap ibadat tidak sah melainkan dengan niat, melainkan pada korban yang dita’yinkan dengan nazar, maka tidak disyaratkan niat baginya. 3979. Disyaratkan bahawa hendaklah ada niat itu tatkala menyembelihnya. Harus mendulukan niat atas menyembelih, iaitu pada ketika pengakuan ta’yin, sekalipun tidak dihadhirkan niat itu pada ketika menyembelih, sama seperti harus mendulukan niat zakat atas membahagi-bahagikannya. Tidak memadai ta’yin itu daripada niat. 3980. Harus mewakilkan seorang menyembelih korban dan memadailah niat tuan wakil, maka tidak perlu wakil kepada berniat. Kata syeikh Islam: hinggakan kalau wakil tidak tahu keadaan yang disembelihnya itu adalah korban, tidak mengapa. Harus juga menyerahkan niat korban kepada wakil itu jika wakil itu Islam lagi mumayyiz, bersalahan jika dia kafir atau gila atau mabuk, maka ianya tidak harus kerana sekelian mereka itu bukan ahli bagi niat. 3981. Kata syeikh aku Muhammad bin Sulaiman: harus berwakil pada membeli na’am sebagai korban pada negeri lain dan pada menyembelihnya dan pada membahagi-bahagikan dagingnya kepada orang-orang miskin negeri itu. Intaha. Maka ianya zahir, samaada negeri Makkah atau selainnya. Tetapi jangan dipindahkan dagingnya dari negeri tempat berkorban kepada negeri yang lain. Maka ianya haram, lagi akan datang kenyataannya. Sayugia hendaklah berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masaalah ini. Wallahu a’lam. 3982. Tidak harus lagi tidak memada melakukan korban untuk orang yang hidup dengan tidak ada izinnya. Telah terdahulu perbincangan bahawa harus bagi bapa dan datuk melakukan korban bagi anak atau cucu dengan harta dirinya. Demikian lagi tidak harus lagi tidak memada melakukan korban untuk orang mati dengan tidak ada wasiat darinya, maka bersalahan dengan sedekah, dan bersalahan jikalau dengan wasiatnya, maka ianya harus. 3983. Masuk waktu sembelih korban itu kemudian daripada terbit matahari pada hari raya dan kemudian daripada lalu masa kadar dua rakaat sembahyang dan dua khutbah yang ringan sekeliannya. Yang terafdhal adalah mentakhirkannya hingga naik matahari segalah. Seepas daripada lalu kadar yang tersebut itu kekal waktunya hingga akhir hari-hari Tasyrik, iaitu tiga hari selepas daripada hari raya haji, kerana sabda nabi s.a.w.m “ﺢ ﺒ ﻕ ﹶﺫ ﻴ ﺸ ﹺﺭ ﺎ ﹺﻡ ﺍﻟ ﱠﺘ ﹾﻲ ﹸﻜلﱢ َﺃﻴ ﻓ ” artinya: setiap hari daripada hari–hari tasyrik itu adalah waktu sembelih korban. Maka adalah jumlah hari waktu sembelih korban itu empat hari, iaitu hari raya haji dan tiga hari Tasyrik. 3984. Kemudian, maka barang siapa menyembelih korban dahulu daripada hari raya atau pada hari raya tatapi dahulu daripada lalu kadar masa yang tersebut itu atau kemudian daripada hari-hari Tasyrik maka tidaklah sah korbannya, kerana sabda nabi s.a.w.m “ ﺏ ﺼﱢﻠ ﻥ ﹸﻨ ُ َﺃﻭ ﺎﺩ َﺃﺼ ﹶﻓ ﹶﻘل ﹶﺫﻟِﻙ َ ﻥ ﹶﻓﻌ ﻤ ﹶﻓ.ﺭ ﹶﻓ ﹶﻨ ﹾﻨﺤﺭﺠﹺﻊ ﹶﻨﻲ ﹸﺜﻡ ﻫﺫﹶﺍ َﺃ ﻤﻨﹶﺎ ﻭ ﻴ ﻲﻪ ﻓ ﺩُﺃ ﹺﺒ ﺒ ﺎ ﹶﻨل ﻤ ﻡ ﻠﺴ ﻤ ﻭ ﻱ ﺒﺨﹶﺎ ﹺﺭ ﻩ ﺍ ﹾﻟ ﺍﺭﻭ .ﻲﺀ ﺸ ﻲ ﹶﻙ ﻓ ﺴ ﻥ ﺍﻟ ﱡﻨ ﻤ ﻴﺱ ﹶﻟ ﻭﻪﻫﻠ ﻷ َ ِ ﻪ ﻤ ﻡ ﹶﻗﺩ ﺤ ﻭ ﹶﻟ ﻫ ﺎل ﹶﻓِﺈ ﱠﻨﻤ ُ ﺒ ﹶﻗﺢﻥ ﹶﺫﺒ ﻤ ﻭ .ﺴ ﱠﻨ ﹶﺘﻨﹶﺎ ”, artinya: perkara pertama yang kami mula dengannya pada hari kami ini adalah bahawa kami sembahyang hari raya kemudian maka kami kembali dari sembahyang raya maka kami sembelih korban. Maka barang siapa mengerjakan demikian itu maka sungguhnya dia memperoleh sunnah kami dan barang siapa yang yang menyembelih korban dahulu daripada hari raya maka ianya hanyalah daging yang dia mendulukannya bagi makanan ahlinya, bukanlah ia daripada nusuk pada suatu jua pun, artinya: tidak kebilangan ia sebagai korban. Meriwayatkannya Bukhari dan Muslim. 3985. Sunat bagi orang yang berkorban memakan685 dari korbannya yang sunat, tetapi yang terafdhal bahawa jangan dia makan darinya melainkan sedikit jua, 685
. Beberapa suapan.
kerana mengambil berkat dengannya. Yang terafdhal bahawa yang dimakan itu adalah hati dan disedekahkannya sekelian yang tinggal, kerana nabi s.a.w.m adalah dia makan daripada hati korbannya. Riwayat Baihaqi. 3986. Yang mengiringinya pada fadhilat bahawa dia makan satu pertiganya dan mensedekahkan dua pertiganya. Mengiringinya pada fadhilat bahawa dia memakan satu pertiganya dan mensedekahkan satu pertiganya dan menghadiahkan kepada orang kaya satu pertiganya. 3987. Maka pada semua tiga rupa masaalah ini diberi pahala dia diatas berkorban dengan sekeliannya dan diatas bersedekah dengan apa yang dia sedekahkan. Maka tidaklah hilang sebahagian pahala korbannya dengan sebab dia memakannya atau menghadiahkan sebahagiannya. 3988. Wajib atas orang yang berkorban pada korban sunat mensedekahkan suatu daripada dagingnya sekalipun sedikit. Haram atasnya memakan sekeliannya kerana firman Allah taala pada hadiah dan korban yang sunat “ ﹶﻓ ﹸﻜﻠﹸﻭﺍ ﺭ ﻌ ﹶﺘ ﻤ ﺍ ﹾﻟﻊ ﻭ ﻨ ﻭﺍ ﺍ ﹾﻟﻘﹶﺎﻤﻁﻌ َﺃ ﹾﺎ ﻭﻤ ﹾﻨﻬ “ artinya makan oleh mu daripadanya dan berimakan orang yang tidak meminta dan yang perlu kepada meminta. 3989. Wajib bahawa yang disedekahkan itu daging mentah lagi basah, maka dia memberikannya kepada fakir atau miskin yang Islam lagi merdeka, walaupun seorang, atau mukatab, jika yang memberi itu bukan tuannya. Maka tidaklah memada mensedekahkan apa yang tidak dinamakan daging seperti kulit dan hati dan limpa dan perut besar, dan lagi tidak memada mensedekahkan daging yang sudah masak. Memada mensedekahkan daging yang kering. 3990. Tidak memada jika dia menjadikannya makanan maka dia memanggil fakir atau miskin memakannya atau dia menghantarnya kepada mereka. Tidak harus memberikannya kepada kafir dan hamba yang selain mukatab dan muba’ad. Maka jika dia memakan sekelian daging korbannya atau menghadiahkan sekeliannya dia mendhoman kadar yang wajib dia sedekahkan. Maka hendaklah dia membeli dengan harganya itu akan daging yang dia sedekahkan sebagai ganti yang dia makan. 3991. Haram memberi milik daging korban kepada orang-orang kaya untuk mereka mentasarrufkannya dengan jual atau barang sebagainya. Tetapi harus menghantarkan daging korban kepada mereka itu diatas jalan hadiah jua, maka tidak boleh mereka metasarrufkannya melainkan dengan jual atau hibah, hanya hendaklah dia tasarrufkan dengan makan dan sedekah dan jamu orang kaya lain atau fakir yang Islam, kerana orang kaya yang menerima hadiah itu seperti hukum yang empunya korban jua.686 Walaubagaimanapun harus orang kaya memilik daging korban baitulmal yang diberikan oleh imam kepadanya. 3992. Harus bagi fakir mentasarrufkan daging korban dengan jual dan hadiah dan sedekah atau barang sebagainya, tetapi tidak harus memberikannya kepada kafir. Harus menyimpan daging korban sekalipun didalam masa mahal*. 3993. Haram atas yang empunya korban dan atas warisnya menjual suatu daripada korbannya yang sunat dan menyerahkannya* dengan selain jual kerana sabda nabi s.a.w.m “ ﻪ ﻴ ﹶﺔ ﹶﻟ ﻀﺤ ﻼ ُﺃ ﻪ ﹶﻓ ﹶ ﺘ ﻴ ﺤ ﻀ ﺩ ُﺃ ﺠ ﹾﻠ ﻉ ﹺ ﺎﻥ ﺒ ﻤ “ artinya: barang siapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya. Dan lagi haram atasnya memberikan kulitnya sebagai upah tukang sembelih687 kerana belanja upahnya itu wajib diatas yang empunya korban. 686
. Diatas ini tidak harus memberikan kulit kepada orang kaya sebagai hadiah jika diketahui dia akan
menjualnya kerana dia tidak memilikinya dengan hadiah, bahkan ambil manfaat dengannya dan meminjamkan kepada orang lain. 687 . Persetujuan antara tuan korban dan tukang sembelih dan lapah bahawa kulit haiwan korban diberikan kepada mereka zahirnya adalah salah.
3994. Yang empunya korban sunat mempunyai pilihan antara mensedekahkan kulitnya dan tanduknya dan diantara mengambil manfaat dengannya atau meminjamkannya kepada orang lain. Tetapi yang terafdhal hendaklah dia sedekahkannya.688 3995. Haram memindahkan daging korban dari negeri tempat korban kepada negeri yang lain seperti hukum memindahkan zakat dengan sepakat diantara syeik Khatib Syarbini dan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli dan selain mereka itu, kerana bahawa korban itu berwaktu seperti zakat dan tamak para fakir kepada daging korban berlanjutan seperti berlanjutan tamak mereka itu kepada zakat. Maka kerana inilah tidak harus memindahkan dagingnya dari negeri tempat korban kepada negeri yang lain. Bersalahan Imam Asnawi maka dia mengharuskan pemindahan daging korban dari negeri tempat korban, sama seperti harus memindahkan daging yang dinazarkan dan kifarat. 3996. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa jika seorang mewakilkan seorang pada melakukan korban dinegeri lain kerana menghasilkan mawaddah umpamanya hendaklah wakil itu mensedekahkan dagingnya kepada fakir miskin negeri itu dan janganlah dipindahkan suatu daripada dagingnya dari negeri itu kepada negeri tuan wakil itu, melainkan kadar yang sunat dia memakannya. Itupun jika korban itu sunat. Adapun jika korban itu wajib maka wajiblah wakil mensedekahkan sekeliannya kepada fakir didalam negeri tempat korban itu, dan haram atasnya memindahkan suatu darinya kenegeri yang lain. 3997. Syahadan. Wajib mensedekahkan sekelian korban yang wajib dengan sebab nazar atau ta’yin, dengan sekelian juzuk-juzuknya hingga kulitnya dan tanduknya sekalipun. Maka tidak harus bagi yang berkorban itu memakan suatu daripadanya. Apa yang dia makan wajib atasnya membayar nilainya. 3998. Bermula. Anak haiwan korban yang wajib adalah seperti ibunya jua. Maka wajiblah menyembelihnya dengan tidak ada khilaf. Demikian lagi wajib atasnya mensedekahkan sekeliannya, dan haram diatasnya memakan suatu daripadanya diatas kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang tersebut didalam Minhaj dan diikut oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni dan syeikh Ramli didalam Nihayah: harus baginya memakan sekelian anak korbannya yang wajib, istimewa pula anaknya yang mati didalam perut dengan sebab sembelihan ibunya, maka ianya terutama harus memakannya. 3999. Soal: jika ditanya orang: telah terdahulu bahawa yang bunting itu tidak memada sebagai korban kerana buntingnya adalah aib yang menegah korban. Jawab: bahawasanya perbincangan disini adalah pada korban yang ditentukan dengan nazar, sekalipun ia jika tidak jatuh sebagai korban, kerana tiap-tiap korban yang ditentukan dengan nazar seperti katanya: kerana Allah wajib diatas ku berkorban dengan kambing ini, wajiblah menyembelihnya didalam waktu korban, kemudian jika ia selamat dari aib yang menegah, jatuhlah ia sebagai korban, dan jika ianya beraib seperti bunting atau ia belum genap umurnya tidak ia jatuh sebagai korban. Walaubagaimanapun dihubungkan ia dengan korban pada hukum yang berjalan diatasnya. 4000. Harus dia meminum air susu korban yang wajib sekadar yang lebih daripada yang diminum anaknya 4001. Makruh bagi orang yang hendak berkorban menghilangkan suatu daripada rambutnya dan janggutnya dan kukunya dan sekelian bulu badannya daripada misai dan kumis dan bulu ketiak dan bulu ari-ari dan selainnya didalam sepuluh hari yang pertama daripada bulan Zul Hijjah hingga dia melakukan korbannya. 688
. Disisi Abu Hanifah bahawa harus menjualnya dan bersedekah dengan harganya dan bahawa dia mengambil
manfaat dengannya pada rumahnya.
Maka sunat dia tidak menghilangkan demikian itu kerana sabda nabi s.a.w.m “ ِﺇﺫﹶﺍ ﻡ ﻠﺴ ﻤ ﻩ ﺍﺭﻭ .ﻩ ﻅﻔﹶﺎ ﹺﺭ ﻭَﺃ ﹾ ﻌﺭﹺﻩ ﺸ ﻥ ﹶ ﻋ ﻙ ﺴ ﻤ ﻴ ﻲ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺤ ﻀ ﻴ ﻥ ﻡ َﺃ ﺩ ﹸﻜ ﺤ ﺩ َﺃ ﺍﻭَﺃﺭ ﺔ ﺠ ﺤ ﻱ ﺍ ﹾﻟل ﺫ َﻼ ﹶﻡ ﻫ ﻴ ﹸﺘ ﺭَﺃ “ artinya: apabila kamu lihat hilal Zul Hijjah dan seorang daripada kamu hendak berkorban maka hendaklah dia menahan dirinya daripada menghilangkan rambut- rambutnya dan kukunya. Meriwayatkannya Muslim. 4002. Bermula. Hikmah pada yang demikian itu adalah supaya lengkap keampunan dan kemerdekaan daripada api neraka pada sekelian juzuk-juzuk anggotanya. 4003. Syahadan. Sunat menggemukkan haiwan yang akan dikorbankan, dan lagi sunat jangan yang akan dikorbankan itu patah atau pecah tanduknya atau tidak bertanduk, dan lagi sunat bahawa ia tidak disembelih melainkan selepas sembahyang hari raya, tetapi jika disembelih sebelum sembahyang hari raya maka ditilik; jika telah lalu masa selepas terbit mathari kadar dua rakaat sembahyang dan dua khutbah yang ringan sekeliannya nescaya haruslah yang demikian itu, dan jika tidak lalu masa yang tersebut itu maka ianya tidak harus. 4004. Dan lagi sunat bagi lelaki menyembelih korbannya sendiri dan membahagibahagikan dagingnya dengan sendiri. Adapun perempuan dan khunsa dan lelaki yang lemah dari menyembelih sendiri kerana sakit atau selainnya maka sunat baginya berwakil pada menyembelih korbannya. 4005. Apabila lelaki atau perempuan berwakil pada menyembelih korbannya maka sunat baginya menghadhiri korbannya ketika ia disembelih, kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi s.a.w.m menyuruh Siti Aisyah menghadhiri korbannya, dia membaca “ ﻴﻥ ﺎﹶﻟﻤﺏ ﺍ ﹾﻟﻌ ﺭ ﻪ ﻲ ِﻟﱠﻠ ﺘ ﺎﻤﻤ ﻭ ﻱ ﺎﺤﻴ ﻤ ﻭ ﻲ ﻜ ﺴ ﻭ ﹸﻨ ﻲ ﻼﺘ ﹶﻥ ﺼ “ ِﺇ dan nabi s.a.w.m menjanjikan dia bahawa Allah mengampunkan dia dengan mula menitik darah korbannya akan tiap-tiap dosanya yang telah dia kerjakan. Sungguhnya yang demikian itu adalah bagi umum sekelian orang Islam. 4006. Yang terutama hendaklah yang jadi wakil pada menyembelih korban itu orang Islam lagi fakeh pada bab korban. Makruh mewakilkan kitabi dan kanakkanak dan orang buta. Tidak makruh mewakilkan perempuan yang haid dan nifas tetapi adalah ia menyalahi utama. 4007. Sunat bagi selain imam menyembelih korbannya dirumahnya supaya hadhir isi rumahnya. Adapun imam jika melakukan korban untuk sekelian orang Islam dari harta baitulmal hendaklah dia menyembelih berdekatan dengan tempat sembahyang hari Raya, selepas daripada sembahyang raya. Maka dia menyerahkannya kepada semua orang ramai. 4008. Dan lagi sunat bahawa di sembelih korban itu pada siang hari raya dan makruh menyembelih korban pada malam kerana terkadang tersalah sembelihannya maka jadilah ia tidak memadalah, dan lagi lagi para fakir tidak hadhir pada malam sepertimana mereka hadhir pada siang. 4009. Dan lagi sunat mengadapkan yang disembelih dan mengadap yang menyembelih kepada pihak kiblat. 4010. Dan lagi sunat tatkala menyembelih mengucapkan “bismillah”. Yang terafdhal “bismillahirrahmanirahim”. Sunat mengucap selawat dan salam atas nabi s.a.w.m, dan sunat mengucap takbir tiga kali kemudian daripada mengucap bismillah. Demikianlah bunyinya “ﻤﺩ ﺤ ﻪ ﺍ ﹾﻟ ﻭِﻟﱠﻠ ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﺭ ﺍ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ”ﺍdan lagi sunat membaca doa ini “ﻤ ﱢﻨﻲ ل ْ ﺒ ﹶﻓ ﹶﺘ ﹶﻘﻴﻙ ﺇِﹶﻟﻙ ﻭ ﻤ ﹾﻨ ﻫﺫﹶﺍ ﻬﻡ ”ﺍﻟﻠﱠartinya : wahai Tuhanku korban ini anugerah dari Mu dan kepada Mu aku hampirkan diri ku pada menyembelihnya maka terimalah kiranya daripada aku. 4011. Akan datang bahasan pada menyatakan sebahagian daripada sunat-sunat yang berkaitan dengan sembelih, insyaallah taala. 4012. Fasal pada menyatakan ‘aqiqah. Bermula, arti ‘aqiqah pada bahasa: rambut yang ada diatas kepala kanak-kanak ketika dia dilahirkan, dan arti ‘aqiqah
pada istilah syara’: barang yang disembelih daripada na’am tatkala mencukur rambut kepala kanak-kanak. 4013. Maka dalil yang menyebutkan ‘aqiqah itu sabda nabi s.a.w.m “ ﻥ ﻬ ﺭ ﹶﺘ ﻤ ﻡ ﻼ ﺍ ﹾﻟﻐﹸ ﹶ ﻱ ﺫ ﻤ ﺭ ﻩ ﺍﻟ ﱢﺘ ﺍﺭﻭ .ﻪﻴ ﹶﻘﺘ ﻘ ”ﺒﹺﻌartinya: kanak-kanak itu terdagai dengan ‘aqiqahnya. Meriwayatkannya Turmizi. Bermula maksud pada “tergadai dengan ‘aqiqahnya” itu adalah dia tidak membesar seperti membesar kanak-kanak seumpamanya hingga di’aqiqahkan darinya. Kata imam Ahmad: yang dimaksudkan daripada tergadai dengan ‘aqiqahnya bahawa apabila tidak di’aqiqahkan darinya tidaklah dia memohonkan syufaat bagi ibu bapanya pada Hari Kiamat. 4014. Bermula, hikmah mengerjakan ‘aqiqah itu adalah menzahirkan sukacita dan ni’mat dan memasyhurkan titihan. 4015. Syahadan. Adalah ‘aqiqah itu snat muakkad, bukan wajib dan bukan bid’ah. Kata imam Syafi’e r.a: sungguhnya telah melampaui batas dua orang, yangpertama hasan yang mengatakan bahawa ‘aqiqah itu wajib, dan yang keduanya laith yang mengatakan bahawa ‘aqiqah itu bid’ah. 4016. Bermula. Zahir kalam Minhaj dan kalam sahabat-sahabat syafi’e bahawa kalau seorang berniat korban serta ‘aqiqah dengan seekor kambing yang dia sembelih nescaya tidak terhasil suatu daripada keduanya. Inilah yang disebutkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah, katanya : kerana setiap daripada korban dan ‘aqiqah adalah sunat yang dimaksudkan, dan lagi kerana korban dan ‘aqiqah itu berlain-lainan pada beberapa masaalah seperti yang akan datang kenyataannya, maka tidak ada bermasuk-masukkan diantara keduanya. Bersalahan mandi jumaat serta mandi janabah apabila diniatkan terhasillah keduanya kerana toharah itu diperbuat diatas bermasuk-masukkan. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah: jika seorang berniat korban dan ‘aqiqah dengan seekor kambing yang dia sembelih terhasillah keduanya. 4017. Adapun orang yang disunatkan ‘aqiqah kanak-kanak padanya maka dia adalah sesiapa yang lazim atasnya dia nafkah kanak-kanak itu dengan mengandaikan papanya. Maka hendaklah dia membuat aqiqah kanak-kanak itu dari harta dirinya, jangan dengan harta kanak-kanak itu. Maka ianya tidak harus kerana jika dia membuat ‘aqiqah kanak-kanak itu dengan hartanya, dia mendhoman. Tetapi tidak sunat dia membuat aqiqahnya melainkan jika dia kaya yang seperti kaya pada zakat fitrah, maknanya seperti dia adalah daripada orang yang lazim memberi zakat fitrah, sebelum daripada lalu masa sebanyak-banyak nifas. Adapun jika dia papa berkekalan hingga lalu masa sebanyak-banyak nifas maka tidak sunat dia membuat ‘aqiqahnya. Tidak sunat ibu membuat ‘aqiqah anaknya melainkan apabila bapanya papa. 4018. Bermula. Anak zina wajib nafkahnya atas ibunya, maka sunat ibunya membuat ‘aqiqahnya. Inilah yang dipegangi oleh syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah, kerana bahawasanya tidak lazim daripada dia membuat ‘aqiqahnya itu menzahirkan zinanya yang membawa kepada nyata aib dan kemaluan. Hasil kata syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni bahawa tidak sunat bagi ibu membuat ‘aqiqah anaknya yang daripada zina sekalipun wajib nafkahnya atas ibunya kerana pada membuat ‘aqiqahnya itu menambahkan aib dan kemaluan. 4019. Jika papa ibu bapa kanak-kanak maka sunat bagi datuknya yang kaya membuat ‘aqiqahnya, kerana nabi s.a.w.m membuatkan ‘aqiqah Hasan dan Husin kerana nafkah keduanya diatas nabi s.a.w.m sebab papa ibu bapa keduanya. Jika kanak-kanak itu hamba dan bapanya merdeka tidaklah sunat bagi bapanya membuatkan ‘aqiqahnya kerana nafkahnya tidak wajib atas si bapa itu. Inilah yang dipegangi oleh syeikh Ramli didalam Nihayah. Yang dipegangi oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah bahawa sunat bagi bapa mengerjakan
‘aqiqahnya, sekalipun tidak wajib atasnya nafkahnya, kerana nafkah anak itu wajib diatas bapa pada asalnya. Adapun tidak wajib nafkahnya diatas bapa pada masaalah ini maka iaitu kerana perkara yang mendatang jua. 4020. Syahadan. Adalah waktu ‘aqiqah itu mula daripada keluar sekelian tubuh kanak-kanak berkekalan hingga sampai kepada balighnya. Maka apabila kanakkanak itu baligh gugurlah tuntutan daripada bapanya, maka pada ketika itu sunat baginya membuat ‘aqiqah dirinya kerana memperdapatkan apa yang telah luput. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: kerana anak pada ketika dia sudah baligh tersendiri dengan dirinya, maka tidak ternafi sunat ‘aqiqah pada hak dirinya sebab ternafinya pada hak bapanya atau seumpamanya. Intaha. Istimewa pula Imam Ahmad dan Bazzar dan Tabrani telah meriwayatkan satu hadith daripada beberapa jalan bahawa nabi s.a.w.m pernah membuat ‘aqiqah untuk dirinya kemudian daripada menjadi rasul. Maka memadalah mengambil dalil dengan riwayat imam yang tiga itu, sekalipun Imam Nawawi berkata didalam Majmuk : hadith ini batil.* 4021. Yang terafdhal hendaklah disembelih ‘aqiqah itu pada hari yang ketujuh daripada hari wiladah. Masuklah hari wiladah itu didalam bilangan, tetapi jika dia beranak pada malam maka tidaklah masuk malam itu pada bilangan, dan hendaklah dimulakan bilangan itu daripada hari yang mengiringinya. 4022. Maka jika si bapa atau yang seumpamanya papa didalam tujuh hari itu tidaklah disuruh dia membuat ‘aqiqah anaknya, sekalipun dia jadi kaya selepas lalu masa sebanyak-banyak nifas, enam puluh hari. Kata syeikh Syubramalisi: serta demikian itu kalau dia membuat juga ‘aqiqah anaknya, pada ketika itu gugurlah tuntutan daripada anaknya selepas daripadanya. Tetapi jika dia jadi kaya didalam masa sebanyak-banyak nifas disuruh dia membuat ‘aqiqah anaknya. 4023. Sunat membuat ‘aqiqah daripada kanak-kanak yang mati selepas mendapat masa yang sempat menyembelih pada ketika hidupnya, sekalipun dia mati sebelum daripada hari ketujuh. 4024. Jika dia tidak menyembelih ‘aqiqah pada hari yang ketujuh maka hendaklah dia menyembelih pada hari yang keempat belas, dan jika dia tidak menyembelihnya pada hari yang kempat belas maka hendaklah dia menyembelihnya pada hari yang kedua puluh satu. Demikianlah dia melakukannya selepas tiap-tiap tujuh hari selepasnya. Kata setengah ulamak: apabila berulang-ulang tujuh hari tiga kali maka luputlan waktu ikhtiar. 4025. Yang terafdhal hendaklah di’aqiqahkan daripada kanak-kanak lelaki dengan dua ekor kambing. Sunat keadaan keduanya itu bersamaan. Sunat di’aqiqahkan daripada kanak-kanak perempuan dengan seekor kambing kerana tersebut didalam satu hadith Siti Aisyah r.a katanya “ ﻥ ﻡ َﺃ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﷲ ِ ﻭلُ ﺍ ﺴ ﺭ ﺭﻨﹶﺎ ﻤ َﺃ ﻋﹺ ﻭ ﻴﻥﹺ َﺌ ﹶﺘﻤ ﹶﺘﻜﹶﺎﻓ ﻴﻥﹺ ﻼﻡﹺ ﹺﺒﺸﹶﺎ ﹶﺘ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﹸﻐ ﹶ ﻋﹺ ﻕ ﻱ ﺫ ﻤ ﺭ ﻩ ﺍﻟ ﱡﺘ ﺍﺭﻭ .ﺓ ﺔ ﹺﺒﺸﹶﺎ ﻴ ﺎ ﹺﺭﻥ ﺍ ﹾﻟﺠ ﻌ ﱠ ” ﹶﻨartinya: rasulullah s.a.w.m telah menyuruh kami membuat ‘aqiqah dari budak lelaki dengan dua ekor kambing yang sebaya, dan dari budak perempuan dengan seekor kambing. Meriwayatkannya Turmizi. 4026. Khunsa seperti perempuan diatas kata syeikh Ibnu Hajar dan seperti lelaki diatas kata syeikh Ramli. Memada seekor kambing atau satu saham daripada unta atau lembu sebagai ‘aqiqah kanak-kanak lelaki kerana bahawa nabi s.a.w.m adalah dia meng’aqiqahkan Hasan dan Husain setiap keduanya dengan seekor kambing. 4027. Yang terafdhal pada ‘aqiqah itu adalah dengan tujuh ekor kambing kemudian maka dengan seekor unta kemudian maka seekor lembu atau kerbau, kemudian maka dengan seekor biri-biri kemudian maka dengan seekor kambing kemudian maka dengan satu saham daripada seekor unta, kemudian maka
dengan satu saham daripada seekor lembu atau kerbau, seperti apa yang telah terdahulu yang sebandingnya pada korban, kerana ‘aqiqah itu sama seperti korban pada umurnya dan jenisnya dan selamatnya daripada apa yang menegah daripada memada, dan pada yang terafdhal daripadanya dan pada memakan dan mensedekahkannya kepada fakir dan miskin dan pada menghadiahkanya kepada orang kaya dan menaruh dagingnya dan kadar yang dimakan, dan pada tidak harus menjualnya dan pada wajibnya dengan sebab nazar atau ta’yin dan pada mensyaratkan niat dan waktu berniat, dan pada selain demikian itu. 4028. Walaubagaimanapun ‘aqiqah itu menyalahi hukum korban pada beberapa masaalah. Sebahagian daripadanya bahawa tidak wajib mensedekahkan dagingnya yang mentah, bersalahan dengan korban. Sebahagian daripadanya bahawa apa yang dihadiahkan daripadanya kepada orang kaya dia memiliknya dan boleh mentasarrufkannya dengan apa yang dia kehendaki dengan jual atau sebagainya, kerana ‘aqiqah itu bukannya jamuan yang umum, bersalahan dengan korban. Sebahagian daripadanya sunat mensedekahkan daging ‘aqiqah yang sudah masak kerana kata Siti Aisyah bahawa yang demikian itu sunat. Menghantarkannya kepada segala fakir dan miskin serta dengan kuahnya pada pihak sedekah terafdhal daripada memanggil mereka itu kepadanya. Tetapi yang terafdhal adalah memberikan kaki kanannya hingga kepohon pehanya kepada bidan dalam keadaan mentahnya. Inilah sekelian pada ‘aqiqah yang tidak wajib. 4029. Adapun ‘aqiqah yang wajib dengan nazar atau ta’yin maka wajib mensedekahkannya sekeliannya dalam keadaan mentah. Inilah hasil apa yang dipegangi oleh Ibnu Hajar didalam Tuhfah, dan ia yang disebutkan didalam Majmuk dan Asal Raudhah. Adapun yang dipegangi oleh syeikh Islam dan syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni dan syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa ‘aqiqah yang dinazarkan itu seperti yang tidak dinazarkan jua. Maknanya tidak wajib mensedekahkan sekelian dagingnya dalam keadaan mentah. Maka diatas pendapat ini tidak memberi faedah nazar itu suatu juapun selain daripada wajib menyembelihnya. 4030. Waktu sembelih ‘aqiqah yang terafdhal adalah kemudian daripada terbit matahari. Sunat tatkala menyembelih itu membaca “ .ﻴﻙ ﺇِﹶﻟﻙ ﻭ ﻤ ﹾﻨ ﻫﺫﹶﺍ ﻬﻡ ﺍﻟﻠﱠ.ﺭ ﺒ ﷲ َﺃ ﹾﻜ ُ ﷲ ﹶﺍ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ﹺﺒ ﻼﻥﹴ ﻴ ﹶﻘ ﹸﺔ ﹸﻓ ﹶ ﻘﻫﺫﹶﺍ ﻋ ﻬﻡ ”ﺍﻟﻠﱠartinya : dengan nama Allah, Allah yang maha besar. Ya Allah ini dari Mu jua dan kepada Mu jua aku menghampirkan diri dengan menyembelihnya. Ya Allah inilah ‘aqiqah si anu. 4031. Sunat dimasak daging ‘aqiqah itu dengan suatu yang manis kerana mengambil sempena dengan manis perangai kanak-kanak. Tetapi jika dimasak dengan yang masam nescaya tidaklah makruh kerana tidak sabit tegahan daripadanya. 4032. Dan lagi sunat bahawa orang yang membuat ‘aqiqah atau yang memakannya tidak memecahkan tulangnya, hanya hendaklah dia menceraikan sendi-sendinya barang sedapatnya, kerana mengambil sempena dengan selamat anggota kanak-kanak itu. Jika dia memecahkanya tidaklah makruh, tetapi khilaful aula. 4033. Sunat mencukur rambut kanak-kanak kemudian daripada sembelih ‘aqiqah dan sunat mensedekahkan emas dengan setimbang rambutnya. Jika tidak diperoleh emas maka dengan perak kerana tersebut didalam satu hadith yang sahih bahawa nabi s.a.w.m adalah dia menyuruh Siti Fatimah r.a menimbang rambut kepala Husain dan mensedekahkan perak setimbang rambutnya, kerana perak itulah yang mudah ketika itu, dan menyuruh memberikan kaki ‘aqiqah itu kepada bidan kanak-kanak itu. Dikiaskan dengan perak akan emas, kerana ianya terutama, dan dikiaskan dengan laki-laki akan perempuan.
4034. Sunat mencucupkan kanak-kanak dengan tamar kering. Jika tidak diperolehi maka dengan khurma basah, dan jika tidak diperolehi maka dengan apa yang manis. Maka ia dimamah dan digosokkan kepada langit-langit kanakkanak itu supaya sampai suatu daripada cucupan itu kedalam perutnya. Sayugia hendaklah ada orang yang mencucup itu daripada mereka yang ahli kebajikkan supaya terhasi berkat kepada kanak-kanak sebab campuran air liurnya dengan apa yang dicucupkan itu. 4035. Makruh membubuh darah ‘aqiqah pada kepala kanak-kanak, kerana demikian itu sebahagian daripada perbuatan jahiliyah. Tidak haram demikian itu kerana ada beberapa riwayat hadith yang dhaif dengan menuntut perbuatan itu. Maka dari kerana inilah kata setengah daripada para mujtahid bahawa yang demikian itu sunat jua. 4036. Makruh qaz’, iaitu mencukur sebahagian rambut kepala pada satu tempat atau beberapa tempat. Sunat bubuh kumkuma dan bau-bauan pada kepala kanak-kanak selepas sembelih ‘aqiqah. 4037. Sunat diazankan pada telinga kanak-kanak yang kanan dan diqamatkan pada telinganya yang kiri tatkala dia diperanakkan kerana tersebut didalam hadith bahawa nabi s.a.w.m azan pada telinga Sayyidina Hasan tatkala dia diperanakkan. 4038. Bermula, hikmah pada ketika itu adalah bahawa Syaitan mencabuli kanakkanak pada ketika itu maka sunat azan dan qamat pada ketika itu kerana sungguhya Syaitan melarikan diri tatkala mendengar azan dan qamat. Dan lagi tersebut didalam satu hadith riwayat Baihaqi: sungguhnya barang siapa yang Allah taala anugerahkan anak maka dia azankan pada telinga kanannya dan qamatkan pada telinga kirinya nescaya tidak mencabulnya Ummu Shibyan. Maka yang dikehendaki daripada Ummu Shibyan itu adalah jin betina yang mencabuli kanak-kanak. Kata setengah ulamak bahawa Ummu shibyan itu satu penyakit yang datang kepada kanak-kanak pada ketika dia masih kecil. 4039. Dan lagi sunat dibacakan pada telinga kanak-kanak yang kanan ( ﻙ ﺎ ﹺﺒﻴ ﹸﺫﻫ ﻋ ِﺇﻨﱢﻲ ُﺃ ﻴ ﹺﻡ ﺠ ﺭ ﹺ ﻥ ﺍﻟ ﻴﻁﹶﺎ ﹺ ﺸ ﻥ ﺍﻟ ﱠ ﻤ ﺎﻴ ﹶﺘﻬ ﺭ ﻭ ﹸﺫ ) maknanya: sungguhnya aku lindungkan dia dengan Engkau dan anak cucunya daripada syaitan yang direjam. 4040. Dan lagi sunat dibacakan surah Ikhlas pada telinga kanak-kanak supaya mula-mula yang diperdengarkan kepadanya tatkala dia baru sampai kedunia ini adalah kalimah tauhid. 4041. Sunat menamakan kanak-kanak pada hari yang ketujuh atau pada hari kelahirannya jika tidak mahu mengerjakan ‘aqiqah pada hari yang ketujuh, sekalipun dia mati dahulu daripada hari ketujuh. Tetapi sunat menamakan anak yang gugur daripada perut ibunya jika sudah ditiupkan roh padanya. Maka jika tidak diketahui keadaannya lelaki atau perempuan maka hendaklah dinamakan dia dengan nama yang patut bagi lelaki dan perempuan seperti Hindun dan Talhah. 4042. Sunat menamakan kanak-kanak dengan nama yang baik kerana sabda nabi s.a.w.m “ﺀ ﹸﻜﻡ ﺎﺴﻤ ﺴﻨﹸﻭﺍ َﺃ ﺤ ﻡ ﹶﻓ ﺎ ِﺌ ﹸﻜﺀ ﺁﺒ ﺎﺴﻤ ﻭَﺃ ﻡ ﺎ ِﺌ ﹸﻜﺴﻤ ﺔ ﹺﺒَﺄ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻥ ﻭ ﻋ ﺩ ﺴ ﹸﺘ ﻡ ”ِﺇ ﱠﻨ ﹸﻜ, artinya: sungguhya kamu akan dipanggil pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan dengan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu. 4043. Bermula, yang terafdhal daripada nama-nama itu adalah Abdullah dan Abdulrahman, dan yang terlebih benar nama itu adalah Harith dan Hammam. Tidak makruh menamakan dengan nama nabi seperti Adam dan Nuh dan Ibrahim dan Musa dan Isa dan Muhammad, kerana warid didalam satu hadith pada menamakan dengan nama Muhammad itu beberapa fadhilat.* 4044. Kata Ibnu Abbas r.a “ ﺝ ﺭ ﺨ ﻴ ﹾ ﻥ ﻤ ل ُ ﻭَﺃﻭ ﻥ ﺍﻟﻨﱠﺎ ﹺﺭ ﻤ ﺩ ﻴ ﺤ ﻭ ل ﺍﻟ ﱠﺘ َ ﻫ ﺎﻟﹶﻰ َﺃﷲ ﹶﺘﻌ ُ ﺍﺝﺨﺭ ﺔ َﺃ ﹾ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻥ ِﺇﺫﹶﺍ ﻜﹶﺎ ﻲ ﻡ ﹶﻨ ﹺﺒ ﺴ ﺍ ﻪ ﻤ ﺴ ﻕﺍ ﺍ ﹶﻓ ﹶﻥ ﻭ ﻤ ” artinya: apabila adalah Hari Kiamat Allah taala keluarkan ahli-
ahli tauhid daripada api neraka, maka pertama-tama yang dikeluarkan adalah orang yang namanya sama dengan nama nabi. Dan lagi pula kata Ibnu Abbas “ ِﺇﺫﹶﺍ ﻡ ﺴﱠﻠ ﻭ ﻪ ﻴ ﹶﻠﷲ ﻋ ُ ﺼﻠﱠﻰ ﺍ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﻴﻪ ﻤ ﹰﺔ ﻟِ ﹶﻨﺒﹺ ﺍ ﹶﻜﺭ،ﺠ ﱠﻨﺔﹶ ﺨلِ ﺍ ﹾﻟ ﺩ ﹸ ﺩ ﹶﻓ ﹾﻠﻴ ﻤ ﺤ ﻤ ﻪ ﻤ ﺴ ﻥﺍ ﻤ ﹺ ﻻ ﺩ َﺃ ﹶ ﻤﻨﹶﺎ ﺩ ﺔ ﻨﹶﺎ ﻤ ﺎﻘﻴ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﻭ ﻴ ﻥ ”ﻜﹶﺎartinya : apabila adalah hari Kiamat berseru seorang penyeru dengan katanya : ketahuilah barang siapa bernama Muhammad maka masuklah kedalam syurga kerana kemuliaan nabiNya sawm. 4045. Demikian lagi tidak makruh menamakan dia dengan nama malaikat, seperti Jibril. 4046. Makruh menamakan dia dengan nama yang keji seperti Harb dan Marwah dan Syihab dan Jimar dan Syaitan dan Qabih. Demikian lagi makruh menamakan dia dengan nama yang mengambil sempena jahat apabila dikatakan dia : tidak seperti Aflah dan Yasar dan Rabah dan Nafi’ dan Barkah dan Najih dan Selamat dan Mubarak. Sunat mengubah sekelian nama-nama yang tersebut itu. 4047. Terlebih sangat makruh manamakan dia dengan nama yang dusta seperti “ﺕ ﺍﻟﻨﱠﺎﺱ ﺴ ﱡ ” i.e keaiban manusia “ﺎﺀﻌﹶﻠﻤ ﺕ ﺍﻟ ﺴ ﱡ ” i.e keiban ulamak dan “ ﺕ ﺴ ﱡ ﺏ ﺭ ﹺ ﻌ ”ﺍﻟi.e keaiban arab dan “ﺀ ﺎﺕ ﺍ ﹾﻟ ﹶﻘﻀ ﺴ ﱡ ” i.e keaiban qadha, kerana yang demikian itu daripada sejahat-jahat dusta. Haram menamakan dia dengan nama “Malikulmuluk” i.e raja segala raja kerana tidak patut nama itu bagi selain Allah taala. 4048. Demikian lagi haram menamakan dia dengan nama Abdul Ka’bah, dan Abdul Nar dan Abdul Ali dan Abdul Hasan kerana mewahamkan menyengutukan Allah dengan selainnya. Bersalah-salahan ulamak pada menamakan dia Abdul Nabi. Kata kebanyakkan mereka: itu haram, dengan ‘illat yang tersebut itu. Ianya yang dipegangi oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Kata setengah ulamak lagi: ianya harus jika dikasadkan dengannya nisbah kepada nabi s.a.w.m. Ianya adalah yang dipegangi oleh syeikh Ramli didalam Nihayah. Demikian lagi haram menamakan dia dengan Syahansa dan Qadhil Qudhah i.e Qadhi segala qadhi dan Jarillah i.e jiran Allah dan Rafiqullah i.e rakan karib Allah dan barang sebagainya kerana mewahamkan yang mahdhur. Bersalahan ulamak pada menamakan dia dengan nama Qadhil Qudhah dan Hakimul Hakim. Kata Azrai’e nakal daripada para sahabat: haram demikian itu, dan kata Qadhi Abu Taib : harus. Hasil kata-kata Ibnu Hajar didalam Tuhfah : harus menamakan dengan yang demikian itu. 4049. Demikian lagi haram kata-kata sebahagian orang awam tatkala dia menanggung suatu yang berat “ ﷲ ِ ﻋﻠﹶﻰ ﺍ ﻤﹶﻠ ﹸﺔ ﺤ “ ﺍ ﹾﻟi.e bebanan diatas Allah. 689 4050. Tidak mengapa melaqabkan dengan laqab yang baik seperti Zainal Abidin dan Nuruddin, melainkan apa yang orang ramai telah luaskan padanya hingga mereka menamakan orang yang rendah martabat dengan Fulanuddin i.e orang ugama. 4051. Sunat bagi anak dan murid dan hamba bahawa dia tidak memanggil dengan nama akan ibu bapanya dan gurunya dan tuannya. 4052. Sunat dikuniahkan690 mereka yang mempunyai kelebihan, daripada ulamak dan orang-orang soleh lelaki dan perempuan, dengan kuniah yang baik, sekalipun mereka tidak mempunyai anak. 4053. Sunat ber-kuniah dengan nama yang sulung daripada anak- anaknya. 4054. Haram berkuniah dengan Abu Qasim semata-mata, artinya samaada yang berkuniah itu bernama Muhammad atau tidak, dan samaada ia pada masa nabi s.a.w.m atau tidak. Inilah pegangan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam 689
. Laqab - gelaran.
690
. Kuniah- panggilan yang dimulakan dengan bapa atau emak.
Tuhfah dan Nihayah. Tetapi haramnya itu diatas yang meletakkan kuniah itu jua, bukan atas yang menyeru dan menyebutnya. 4055. Janganlah dibenarkan orang fasik dan bid’ah dan kafir berkuniah melainkan kerana takutkan fitnah atau kerana memperkenalkan dia seperti Abu Lahab dan Abu Jahal. 4056. Sayugia seorang itu tidak meng-kuniahkan dirinya sendiri melainkan jika dia masyhur dengan kuniah atau tidak dikenal dengan selainnya. 4057. Haram melaqabkan seorang dengan apa yang dia membencinya seperti “yang buta” dan “yang juling” dan “yang capek”, sekalipun dia bersifat dengannya, melainkan kerana mengenalkan dia seperti bahawa dia tidak dikenal melainkan dengan laqab yang tersebut itu.
ﺢ ِ ﺼ ْﻴ ِﺪ وَاﻟ ﱠﺬﺑَﺎ ِﺋ ب اﻟ ﱠ ُ ِآﺘَﺎ xx BAB BURUAN DAN SEMBELIHAN 4058. Ini kitab pada menyatakan hukum binatang buruan dan yang disembelih. Bermula, lafaz “ﺩﺼﻴ ” itu adalah masdhar, maka maknanya berburu, yang dikehendaki dengannya isim maf’ul iaitu “ ﺩﺼﻴ ﻤ ” maknanya yang diburu, iaitu binatang buruan. “ﺎﺌِﺢ ” ﹶﺫﺒitu jamak “ ﺔﻴﺤ ” ﹶﺫ ﹺﺒpada makna “ ﺔﻭﺤ ﺒ ﻤ ﹾﺫ ”, artinya yang disembelih. Maka dimufradkan “ﺩﺼﻴ ” kerana lafaznya masdhar dan dijamakkan “ ﺎﺌِﺢ ” ﹶﺫﺒkerana menilik kepada banyak alat yang menghasilkan sembelihan, dari kerana menyembelih itu terhasil dengan pisau dan dengan anak panah dan dengan anjing buruan dan barang sebagainya. 4059. Bermula, dalil yang menyebutnya sebelum hadith dan ijmak adalah firman Allah taala “ﻡ ﻴ ﹸﺘ ﺎ ﹶﺫ ﱠﻜﻻ ﻤ ﻭﺍ ِﺇ ﱠﺼﻁﹶﺎﺩ ﻡ ﻓﹶﺎ ﺤﹶﻠ ﹾﻠ ﹸﺘ ” ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍartinya : apabila kamu telah bertahallul maka hendaklah kamu berburu, dan lagi firmanNya yang maha tinggi “ﻡ ﻴ ﹸﺘ ﺎ ﹶﺫ ﱠﻜﻻ ﻤ ” ِﺇ ﱠ artinya: tidak harus kamu makan binatang yang halal melainkan apa yang kamu sembelih. 4060. Syahadan. Adalah rukun sembelih itu empat perkara. Pertamanya : sembelih. Keduanya: yang menyembelih. Ketiganya : yang disembelih. Keempatnya : alat sembelih691. Maka tiap-tiap satu rukun yang empat ini mempunyai syarat. 4061. Maka syarat sembelih pada haiwan yang dikuasai menyembelihnya pada lehernya adalah memutuskan sekelian halkum iaitu tempat lalu nafas keluar masuk dan memutuskan sekelian mari iaitu tempat lalu makanan dan minuman, samaada memutuskan keduanya itu pada halq ( )ﺣﻠﻖiaitu lehernya yang teratas yang mana ianya sunat pada menyembelih haiwan yang pendek lehernya seperti kambing dan lembu dan kerbau atau pada lubbah ( )ﻟﺒﺔiaitu lehernya yang terbawah yang mana ianya sunat pada menyembelih haiwan yang panjang lehernya seperti unta dan itik supaya segera keluar rohnya. 4062. Disyaratkan pula pada sembelih itu bahawa ada hayat mustaqirrah692 pada permulaan sembelih jua. Demikianlah yang diiktimadkan oleh Khatib Syarbini dan syeikh Ibnu Hajar didalam Mughni dan Tuhfah. Maka apabila diperoleh hayat mustaqirrah pada permulaan memutuskan halkum dan mari halallah memakannya, sekalipun haiwan itu sampai kepada gerak mazbuh693 pada kesudahan memutuskan keduanya, dengan syarat jika yang demikian itu bukan dengan taksirnya694 seperti bahawa dia memutuskan keduanya dengan segera. Adapun jika yang demikian itu dengan taksirnya seperti dia memutuskan keduanya dengan berlambatan hingga sampai haiwan itu kepada gerak mazbuh 691
. ﺁﻟﺔ ﺍﻟﺫﺒﺢ- ﺫﺒﻴﺢ- ﺫﺒﺢ – ﺫﺒﻴﺢ
692
. nyawa yang tetap, iaitu yang boleh tahan sehari atau dua hari.
693
. gerak haiwan yang disembelih.
694
. taksir iaitu cuai.
sebelum sempurna putus sekelian halkum dan marinya maka iaitu tidak halal memakannya kerana taksirnya. 4063. Kalau runtuh umpama dinding keatas haiwan atau ia dilukai oleh binatang buas atau kucing atau memakan racun atau rumput yang membinasakan dengan segera maka ia disembelih pada hal ada padanya hayat mustaqirrah halallah memakannya, sekalipun diyakinkan matinya kemudian daripada satu jam. Demikianlah kata syeikh Islam didalam syarah Raudh. Kata syeikh Ramli didalam Nihayah : sekalipun diyakinkan matinya kemudian daripada sehari atau dua hari. Jika tidak ada padanya hayat mustaqirrah ketika itu maka tidaklah halal memakannya. Inilah sekeliannya pada haiwan yang tidak sakit. 4064. Adapun haiwan yang sakit maka tidak disyaratkan ada hayat mustaqirrah pada permulaan sembelihnya, sekalipun sebab sakitnya itu makan rumput yang memudharatkan. Maka memadailah menyembelihnya ketika sampainya kepada gerak mazbuh. 4065. Dikenal hayat mustaqirrah itu dengan gerak yang kuat selepas disembelih atau dengan terpancar-pancar darahnya. Kata syeikh Islam didalam syarah Raudh bahawa hayat mustaqirrah itu tatkala sembelih itu terkadang diyakinkan adanya dan terkadang dizankan adanya dengan beberapa alamat dan karenah. Maka sebahagian daripada alamatnya adalah gerak yang kuat selepas ia disembelih dan terpancar-pancar darahnya. 4066. Bermula, perkiraan pada adanya hayat mustaqirrah dan tidak adanya hanyalah pada ketika sebelum menyembelihnya. Maka jika seekor haiwan telah sampai kepada gerak mazbuh dengan sebab dilukai oleh binatang buas umpamanya dan terhasil padanya gerak yang kuat pada ketika itu kemudian ia disembelih dan tidak ada padanya gerak yang kuat dan tidak terpancar-pancar darahnya, tidaklah halal memakannya695. Bersalahan apabila ia telah sampai kepada gerak mazbuh yang tidak ada padanya gerak yang kuat, kemudian ia disembelih maka kuatlah geraknya pada ketika itu dan terpancar-pancarlah darahnya halallah memakannya696. Inilah hasil kata-kata syeikh Islam didalam Syarah Raudh dan Syubramalisi didalam Hasyiahnya diatas Nihayah. 4067. Disyaratkan pula pada sah sembelihan itu bahawa yang disembelih itu mati semata-mata dengan sembelihan jua, iaitu jangan beserta dengan selainnya. Maka jika seorang memutuskan halkum dan marinya serta697 seorang lain mengeluarkan isi perutnya tidaklah halal memakannya. Tetapi jika dikeluarkannya isi perutnya kemudian daripada menyembelihnya dan sebelum daripada keluar rohnya maka ianya tidak mengapa, hanya yang demikian itu makruh jua seperti makruh mematahkan lehernya pada ketika itu. Lagi akan datang kenyataannya. 4068. Jika seorang menyembelih pada belakang leher haiwan binatang yang dikuasai menyembelihnya pada hadapan lehernya derhakalah dia kerana menyiksa haiwan itu dan menyakitinya. Kemudian maka ditilik ; jika dia segerakan yang demikian itu seperti bahawa dia memutuskan halkum dan marinya dalam keadaan diperolehi hayat mustaqirrah pada permulaan memutuskan keduanya halallah memakannya. Jika tidak diperoleh hayat mustaqirrah pada ketika itu maka tidaklah halal memakannya kerana ia telah menjadi bangkai sebelum disenyembelih. Jika dia lambat pada yang demikian itu dengan sekira-kira nyata sampai haiwan itu kepada gerak mazbuh sebelum sempurna diputuskan sekelian halkum dan marinya tidaklah halal memakannya kerana taksirnya. 695
. kerana ia menunjukkan tidak ada hayat mustaqirrah pada mula sembelih..
696
. kerana ia menunjukkan ada hayat mustaqirrah pada mula sembelih.
697
. iaitu serentak – pada masa yang sama.
4069. Kalau seorang memutuskan halkum dan mari pada hadapan lehernya serta seorang yang lain memutuskan belakang lehernya hingga bertemulah dia pisau itu, maka ianya bangkai jua tidak halal memakannya, sama seperti hukum beserta memutuskan halkum dan mari dengan mengeluarkan isi perutnya. 4070. Demikian lagi jika dimasukkan pisau kedalam telinga musang umpamanya supaya diputuskan halkum dan marinya dari dalam kulitnya dengan tujuan memelihara kulitnya daripada terpotong maka ianya haram kerana menyiksa dan menyakitkannya. Kemudian jika diperolehi hayat mustaqirrah pada permulaan memutuskan halkum dan marinya itu maka ianya halal. Jika tidak seperti demikian itu maka ianya haram. 4071. Masaalah : tersebut didalam Tuhfah : jika seorang menyembelih dengan satu pisau yang tumpul lalu dia memutuskan dengannya sebahagian halkum dan mari, kemudian seorang yang lain menyempurnakannya dengan pisau yang lain sebelum daripada orang yang pertama itu mengangkatkan tangannya, maka halallah memakannya, samaada yang kedua itu mendapat hayat mustaqirrah tatkala dia menyempurnakan sembelihan itu atau tidak. Kata syeikh Ibnu Qasim: muhtamal698 halalnya, sama seperti demikian itu, jika orang yang kedua itu mengantikan orang yang pertama selepas daripada dia mengangkatkan tangannya, jika dia mengantikan serta dengan segera atau serta didapatinya hayat mustaqirrah. 4072. Jika binatang yang disembelih meronta kuat699 maka diangkat oleh yang menyembelih akan tangannya kemudian maka dikembalikannya pula dengan segera halallah memakannya. 4073. Demikian lagi jika terbalik mata pisau kemudian maka dikembalikannya dengan segera halallah memakannya. Inilah sekeliannya pada menyembelih binatang yang dikuasai menyembelihnya pada lehernya. 4074. Adapun binatang yang tidak dikuasai menyembelihnya pada leher dengan sebab liarnya seperti perburuan atau sebab jatuh kedalam palong atau sumur maka sembelihannya itu adalah dengan membunuhnya pada barang mana tempat daripada badannya, kerana tersebut didalam hadith yang sahih bahawa nabi sawm bersabda “َﺃﻙﺠﺯ ﻷ َ ﺎﺫﻫ ﺨ ﻲ ﹶﻓ ﹾ ﻓ ﺕ ﹾﻨ ﹶﻁﻌ ﻭ ﹶ ” ﹶﻟartinya : kalaulah kamu tikam pehanya nescaya ia memadai kamu. Maka ianya pada binatang yang jatuh kedalam umpama sumur atau yang liar. 4075. Disyaratkan pula pada menyembelih binatang yang maqdur700 dan yang tidak maqdur itu mengkasad ain yang disembelih atau jenisnya dengan perbuatan. Maka jikalau gugur pisau yang ada pada tangannya maka luka binatang buruan dengannya lalu ia mati, atau tertempuh leher kambing akan pisau yang ada pada tangannya maka putuslah dengannya sekelian halkumnya dan marinya tidaklah halal memakannya kerana ketiadaan kasad. Demikian lagi jika terlepas anjing atau burung pemburu dengan sendirinya maka ia membunuh perburuan tidaklah halal memakannya, sekalipun tuannya menyuruhnya701 serta bertambah laju lariannya mengikut buruan itu, kerana disyaratkan melepaskannya dengan kasad itu. 4076. Jika seorang melepaskan anak panah kepada perburuan maka ia mengenainya dengan pertolongan angin maka matilah ia dengannya halallah memakannya kerana sukar memeliharanya daripada angin. Tetapi jika ada 698
. iaitu boleh diterima halalnya.
699
. pada asal : jika bergagah binatang yang disembelih.
700
. maqdur iaitu yang dikuasai, iaitu sembelihannya.
701
. iaitu selepas ia terlepas dengan sendiri.
sampai anak panah itu kepada buruan dengan semata-mata tiupan angin jua tidak beserta dengan perbuatan dirinya maka iaitu haram tidak harus memakannya. 4077. Jika seorang melepaskan anak panah atau melepaskan anjing pemburu atau melontarkan lembing702 kerana mencuba kekuatan atau menuju kepada sasaran703 atau kepada binatang yang tidak dimakan atau tanpa satu tujuan maka ia kena pada buruan maka mati buruan itu dengannya tidaklah halal memakannya pada keempat rupa masaalah ini kerana tidak dikasadkan buruan itu pada suatu wajah jua pun. 4078. Kalau seorang memanah perburuan yang dia sangkakannya batu atau haiwan yang tidak dimakan maka ia kena pada perburuan itu jua halallah memakannya kerana diperoleh kasad pada ainnya. Tidak memudharatkan sangkaannya akan selainnya. Adalah bandingannya seperti jika dia memutuskan halkum kambing dan marinya pada hal dia sangkakan selainnya atau binatang yang tidak dimakan, maka halal memakannya. Kalau dia memanah umpama babi atau batu yang disangkakannya perburuan maka kena pada perburuan itu halallah memakannya kerana diperoleh kasad pada perburuan. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 4079. Bersalahan, bila dia memanah perburuan yang disangkakannya batu atau babi maka kena buruan yang lain maka ia mati dengan sebabnya tidaklah halal memakannya kerana tidak ada kasad pada perburuan. Demikian lagi jika dia kasad memanah yang bukan perburuan maka kena perburuan dan matilah ia dengannya tidaklah halal memakannya kerana ketiadaan kasad perburuan. 4080. Jikalau dia memanah sekawan kijang atau burung maka kena pada seekor daripadanya halallah memakannya kerana bahawa dia mengkasad memanah kawanan itu dan yang kena itu adalah sebahagian daripadanya. Jika dia memanah seekor daripada kawanan itu maka kena seekor yang lain didalam kawanan itu atau didalam kawanan yang lain halallah ia diatas kaul yang sahih kerana diperoleh kasadnya pada perburuan 4081. Jikalau dia melepaskan anjing keatas satu perburuan maka ia berpaling kepada perburuan yang lain, sekalipun pada selain arah yang dia melepaskannya, lalu ia membunuh perburuan itu halallah ia. Zahir kata-kata mereka itu : halal yang demikian itu sekalipun zahir perburuan itu bagi anjing itu selepas daripada dia melepaskannya. 4082. Tetapi satu jamaah daripada fuqaha’ menyalahinya pada keadaan apabila anjing itu membelakangkan perburuan yang ia dilepaskan keatasnya dan menuntut perburuan yang lain. Maka pada rupa masaalah ini apabila anjing itu membunuh perburuan yang dituntutnya itu tidaklah halal memakannya, kerana ia membantah orang yang berburu dengannya daripada tiap-tiap wajah. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. 4083. Dari kerana itu kalau ia berpaling kepada perburuan yang lain kerana hilang perburuan yang terdahulu yang demikian itu tidak memberi mudharatkan. Bandingannya seperti keadaan jikalau seorang melepaskan anjing keatas satu perburuan maka ia menangkapnya kemudian maka nyata pula baginya perburuan yang lain maka ia menangkapnya pula maka matilah ia dengannya halallah ia samaada ianya ujud tatkala dilepaskan anjing itu pada perburuan yang pertama atau tidak, kerana yang dikira adalah bahawa orang itu melepaskannya keatas perburuan dan sungguhnya ia telah diperolehi. 702 703
. pada asal : kujur – ﻛﻮﺟﻮﺭ. . pada asal : alamat, iaitu kiket.
4084. Jikalau ghaib dari seorang anjingnya dan perburuannya sebelum daripada anjing itu melukainya kemudian maka dia mendapatinya mati haramlah ia, sekalipun anjingnya itu berlumuran darah, kerana diihtimalkan matinya itu dengan sebab yang lain dan diihtimalkan pula darah itu dari luka yang lain. 4085. Jikalau anjing atau anak panah atau lembing704 melukakan perburuan dengan luka yang terboleh matinya dengan sebabnya tetapi ia tidak sampai kepada gerak mazbuh, dan ghaiblah perburuan itu daripadanya, kemudian maka dia mendapatinya mati haramlah ia pada kaul yang paling zahir daripada dua kaul, kerana diihtimalkan matinya dengan sebab yang lain. Telah menakal imam Rafi’e akan haram yang demikian itu daripada jumhur. 4086. Kata syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ramli didalam Mughni dan Nihayah : ia adalah mazhab yang muktamad seperti yang telah dikatakan oleh Bulqini dan tersebut didalam Sunan Baihaqi dan selainnya dengan beberapa jalan yang baik pada hadith ‘Adi bin Hatim, bahawa dia berkata : kata ku : ya rasulullah sungguhnya kami menemui perburuan dan sungguhnya seorang daripada kami memanah perburuan itu lalu ia ghaib daripadanya dua malam dan tiga malam, kemudian maka dia mendapatinya mati, maka sabdanya “ ﻡ ﻭﹶﻟ ﻙ ﻤ ﻬ ﺴ ﻪ َﺃ ﹶﺜﺭ ﻴ ﻓ ﺕ ﺩ ﹶ ﺠِﺇﺫﹶﺍ ﻭ ﻪ ﻪ ﹶﻓﻜﹸ ﹾﻠ ﻙ ﹶﻗ ﹶﺘﹶﻠ ﻤ ﻬ ﺴ ﻥ ﺕ َﺃ ﻤ ﹶ ﻠﻋﺒ ﹴﻊ ﻭ ﺴ ﺭ ﻪ َﺃ ﹶﺜ ﻴ ﻓ ﻥ ﻴ ﹸﻜ ”, artinya : apabila kamu dapati padanya kesan panah kamu dan tidak ada padanya kesan binatang buas dan kamu tahu (i.e zan) bahawa anak panah kamu telah membunuhnya maka makanlah ia. Maka hadith ini mengkaitkan apa yang tinggal daripada riwayat-riwayat hadith yang mutlak lagi menunjukkan atas haram perburuan pada tempat khilaf yang tersebut itu, iaitu keadaan apabila tidak diketahui iaitu tidak dizankan bahawa panahnya membunuhnya. 4087. Bermula, kaul yang kedua : halal perburuan itu. Memilih kaul ini Imam Ghazali. Kata imam Nawawi didalam Raudhah : bahawa dalilnya adalah yang paling sahih, dan katanya didalam Majmuk : bahawa ia adalah yang sahih atau yang betul, dan kaul itulah yang dipilihnya didalam Tashih dan syarah Muslim, katanya : telah sabit padanya beberapa hadith yang sahih dan tidak sabit pada mengharamkannya satu hadith pun. Imam Syafi’e telah enta’likkan halal perburuan yang tersebut itu diatas sah hadith. Telah mengi’tiradhnya Bulqini dengan bahawa jumhur adalah diatas berpegang dengan kaul yang pertama dengan hadith yang tersebut pada Sunan Baihaqi dan selainnya yang telah lalu kenyataannya. 4088. Tempat khilaf yang tersebut itu apabila luka perburuan itu tidak menyampaikannya kepada gerak mazbuh. Maka jika ia menyampaikannya kepada gerak mazbuh halallah ia dengan tidak ada khilaf. Dn tempat khilaf itu juga apabila tidak dia dapati pada perburuan itu luka yang lain daripada luka panahnya, maka jika dia dapati luka yang lain atau dia mendapatinya didalam air haramlah ia dengan tidak ada khilaf. 4089. Disyaratkan pada orang yang menyembelih dan berburu itu bahawa adalah dia Islam atau kafir yang halal dikahwini perempuan yang pada ugamanya, iaitu kafir ahli kitab daripada kaum Yaudi dan Nasrani. Maka halallah sembelihan mereka itu apabila diperoleh syarat- syarat mereka itu dan tafsil-tafsil mereka itu yang tersebut pada Kitab Nikah, kerana firman Allah taala “ ل ﺤﱞ ﺏ ﻜﺘﹶﺎ ﻭﺘﹸﻭ ﺍ ﹾﻟ ﻥ ُﺃ ﻴ ﺫ ﻡ ﺍﱠﻟ ﺎﻁﻌ ﻭ ﹶ ﻡ ”ﹶﻟ ﹸﻜartinya: dan sembelihan orang yang diberikan kitab kepada mereka itu halal bagi kamu memakannya, sekalipun mereka tidak mengiktikadkan halalnya seperti unta. 4090. Maka diketahui bahawa kafir kitabi yang tidak diketahui keadaannya daripada bangsa Israel dan disyakkan masuk yang pertama daripada datuk 704
. kujur – ﻛﻮﺟﺮ.
neneknya pada ugama itu sebelum daripada kebangkitan Isa atau nabi kita Muhammad alaihima solah wassalam tidaklah halal sembelihannya. Demikian lagi tidak halal sembelihan orang yang murtad dan Majusi dan Shabiy dan Samiriy yang mana keduanya menyalahi pada usul705 dan Wathani dan Nasarani arab. 4091. Kalau Majusi menggagahi orang Islam atau orang yang berihram akan orang yang halal diatas menyembelih, halallah sembelihannya. 4092. Demikian lagi halal sembelihan dan perburuan amah yang kitabi, sekalipun tidak halal mengahwininya, kerana sifat hamba tidak menegah halal sembelihannya. Bersalahan nikah, maka ia menegah harus nikah dengannya kerana memelihara anaknya706 daripada menjadi hamba. 4093. Haram binatang yang disembelih yang terbuang pada jalan sepotong dagingnya yang terletak didalam bejana, melainkan apabila pada tempat yang ramai didalamnya orang yang halal sembelihannya, dan melainkan jika berkhabar orang yang halal sembelihannya dengan katanya : bahawa akulah yang menyembelihnya, maka halallah ia. Maka keluar dengan kata “yang terbuang” itu oleh yang tidak terbuang, maka ianya halal semata-mata, dan keluar dengan kata “yang teletak didalam bejana” oleh barang yang tidak terletak didalamnya, maka ianya haram semata-mata. 4094. Jikalau bersyarikat kafir mafir majusi atau wathani atau murtad dengan seorang Islam atau kafir kitabi pada menyembelih atau berburu perburuan dengan alat yang membunuh seperti bahawa keduanya sama-sama ada melalukan pisau atas leher yang disembelih atau sama-sama membunuh perburuan dengan anak panah atau dengan seekor anjing haramlah sembelihan dan perburuan itu kerana bahawa kaedah apabila berhimpun yang mengharuskan dengan yang mengharamkan nescaya dimenangkan yang mengharamkan. Adapun berburu dengan alat yang tidak membunuh perburuan maka tidak memudharatkan bersekutu padanya. 4095. Jikalau kedua mereka melepaskan dua ekor anjing atau memanah dua anak panah atau seorang memanah anak panah dan seorang melepaskan anjing maka ditilik jika terdahulu sampai alat perburuan orang Islam dan matilah perburuan itu dengannya atau hidup dengan keadaan yang sampai kepada gerak mazbuh maka halallah memakan perburuan itu, sama seperti keadaan jikalau seorang Islam menyembelih kambing setelah selesai daripada menyembelihnya maka dipenggal ia oleh kafir majusi maka halal jua memakannya. Jika terdahulu sampai alat kafir majusi maka mati perburuan itu dengannya atau ia sampai kepada gerak mazbuh maka haram jua memakannya. 4096. Demikian lagi jikalau keduanya sama-sama pada melukainya dengan serentak maka ia mati dengan keduanya pada hal tidak ketahuan yang terdahulu membunuhnya atau ketahuan yang membunuhnya atau keduanya melukai dengan beraturan pada hal tidak mematikan salah satu daripada dua luka itu dengan segera dan perburuan itu mati dengan dua luka itu haramlah perburuan itu kerana memenangkan yang mengharamkan. 4097. Demikian lagi jikalau terdahulu anjing majusi maka ia menangkap seekor perburuan kemudian lalu datang anjing orang Islam kepada perburuan itu lalu dibunuhnya maka ianya haram tidaklah harus memakannya kerana perburuan itu dengan sebab dipegang oleh anjing majusi itu jadilah ia maqdur iaitu dikuasai menyempelihnya, tidak halal ia dengan dibunuh oleh anjing orang Islam itu. 705
. asas agama Yahudi.
706
. iaitu anak orang yang mengahwininya.
4098. Adapun perburuan yang diburu oleh orang Islam dan anjing majusi atau barang sebagainya maka ianya halal dengan tidak ada khilaf. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 4099. Jikalau umpama Majusi memanah anak panah kepada seekor perburuan kemudian maka dia masuk Islam dan jatuhlah panah itu atas perburuan itu maka ia mati dengannya haramlah perburuan itu kerana menilik kepada keadaan kufurnya. Jika seorang itu Islam ketika memanah dan ketika sampai anak panah kepada perburuan, dan dia murtad dianara dua ketika itu haramlah perburuan itu. 4100. Syahadan. Halal sembelihan kanak-kanak yang mumayyiz yang Islam atau yang kafir kitabi dengan tidak khilaf dan tidak karahah kerana sah kasadnya. Demikian lagi halal sembelihan kanak-kanak yang tidak mumayyiz dan sembelihan orang gila dan yang mabuk dan perburuan mereka itu dengan panah atau anjing diatas kaul yang paling zahir kerana mereka itu mempunyai kasad pada jumlah707. Bersalahan orang yang tidur maka tidak halal sembelihannya dan perburuannya. Demikian lagi halal sembelihan perempuan yang haid dan sembelihan khunsa dan orang bisu dan yang kulup. 4101. Walaubagaimanapun makruh sembelihan kanak-kanak yang tidak mumayyiz dan oarng gila dan orang mabuk kerana terkadang tersalah mereka itu sebab ketiadaan tamyiz. Demikian lagi makruh sembelihan orang buta kerana takut daripada tersalah sembelihannya. 4102. Haram perburuan orang buta dengan anak panah atau dengan anjing samaada ditunjukkan dia perburuan itu oleh orang yang melihat atau tidak seorang pun menunjukkan dia diatasnya, kerana ketiadaan sah kasadnya sebab dia tidak melihatnya. 4103. Halal bangkai ikan dan belalang dengan ijmak, samaada matinya itu terhasil dengan buruan orang Islam atau buruan kafir yang tidak halal perburuannya atau mati sendiri, kerana tersebut didalam khabar yang sahih riwayat Ibnu Umar “ﺩ ﺍﺠﺭ ﺍ ﹾﻟﺕ ﻭ ﻭ ﹸ ﺤ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﹶﺘﺘﹶﺎ ﹺ ﻤ ﺕ ﹶﻟﻨﹶﺎ ﺤﱠﻠ ﹾ ” ُﺃ, artinya : dihalalkan bagi kita dua bangkai iaitu ikan dan belalang. 4104. Dimaafkan memakan belalang dan ikan yang kecil serta dengan tahinya kerana sukar membezakannya daripadanya. Tersebut didalam Nihayah bahawa makruh menyembelih ikan melainkan jika ianya besar yang lanjut hidupnya, maka sunat menyembelihnya kerana merehatkannya. Kata Syubramalisi : terutama menyembelih ikan itu pada pihak ekornya jika ada ia diatas rupa ikan yang maklum. Adapun jika ia diatas rupa himar atau manusia maka sayugia menyembelihnya pada halkum atau pada lubbah, sama seperti menyembelih haiwan darat. 4105. Halal ikan yang ditelan oleh ikan yang besar melainkan jika ia telah berubah dan putus-putus sekira-kira adalah ia dikira menjadi tahi, maka ianya haram. 4106. Halal ulat yang jadi pada makanan apabila dimakan serta makanan itu, samaada ia hidup atau mati, iaitu seperti ulat cuka dan ulat buah-buahan dan bijian, kerana ghalibnya sukar membezakan dia daripadanya, dan lagi kerana bahawa ulat itu seperti satu juzuk daripada makanan itu. Adapun jika ulat itu telah bercerai dari makanan itu maka haram memakannya, sekalipun jika ia dimakan serta makanan itu. 4107. Demikian lagi jika dipindahkan ulat itu dari tempatnya kepada tempat yang lain daripada makanan itu atau ia telah bercerai darinya dengan sendirinya kemudian kembali pula kepadanya maka haramlah memakannya besertanya.
707
. iaitu pada dasarnya mereka mempunyai kasad walaupun pada sesetengah keadaan tidak.
4108. Tersebut didalam Nihayah bahawa tempat halal memakannya bersama dengan makanan itu jika ulat itu tidak mengubah makanan itu sebab banyaknya. Adapun jika ia mengubahnya maka ianya haram, sama seperti bangkai yang tidak ada baginya darah mengalir yang mengubah benda cair. 4109. Tersebut didalam Mughni dan Tuhfah bahawa tidak ada beza diantara makanan yang banyak ulatnya sekira-kira ia mengubahnya dan yang sedikit ulatnya708. Bersalahan dengan bangkai yang tidak ada baginya darah mengalir maka iaitu menajiskan benda yang cair jika ia mengubahnya sebab banyaknya. Dibezakan diantara keduanya dengan bahawa jatuh bangkai yang tidak ada baginya darah mengalir itu dapat dipelihara benda yang cair daripada banyaknya, bersalahan ulat yang jadi didalam makanan maka tidak dapat memeliharanya daripada banyaknya. 4110. Tersebut didalam Mughni jikalau jatuh semut kedalam madu dan ia tidak mengubahnya709 harus memakannya. Bersalahan jika ia jatuh pada daging maka tidaklah harus memakannya kerana mudah memelhara daging darinya. Jika jatuh seekor semut atau lalat kedalam periuk dan hancur segala suku-sukunya tidaklah haram memakan apa yang ada didalam periuk itu. Sama seperti seekor itu lebih dari seekor sekira-kira ia dikira sedikit pada uruf. 4111. Jikalau jatuh kedalam periuk satu juzuk daripada daging manusia sekalipun sedikit kata imam ghazali didalam Ihya’ : haram memakan apa yang ada didalam periuk itu kerana kehormatannya, dan kata imam Nawawi didalam Raudhah : bahawa yang mukhtar adalah tidak haram memakannya kerana ia telah hancur didalamnya. 4112. Makruh memotong sepenggal ikan atau belalang pada ketika hidupnya, tetapi jika dipotong ia ketika itu halallah memakannya kerana apa yang diceraikan daripada haiwan yang hidup sama seperti bangkainya pada sucinya dan najisnya. 4113. Halal menelan belalang dan ikan yang kecil pada ketika hidupnya, samaada ia dimamah atau tidak. Adapun ikan yang besar maka haramlah menelannya kerana mudah membuang najis yang didalam perutnya. 4114. Makruh menggoreng atau membakar ikan atau belalang pada ketika hidupnya. Kata setengah ulamak : haram yang demikian itu. Tetapi kaul yang paling sahih adalah harus yang demikian itu. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 4115. Disyaratkan pada yang disembelih itu bahawa adalah ia haiwan yang halal dimakan lagi ada padanya hayat mustaqirrah pada permulaan sembelih, seperti yang telah terdahulu kenyataannya. Maka jika ia tidak seperti demikian itu maka haramlah memakannya kerana ia pada ketika itu bangkai jua. 4116. Syahadan. Jikalau seorang yang melihat710 memanah atau melontar dengan suatu yang tajam sekalipun bukan besi akan perburuan yang liar atau akan binatang yang jinak seperti unta atau sapi atau kerbau atau kambing yang melarikan diri711 sekira-kira tidak dikuasai menyembelihnya pada lehernya, atau dia melepaskan keatasnya anjing atau barang sebagainya daripada alat perburuan lalu dia melukai suatu daripada badannya lalu ia mati pada ketika itu atau hidup dengan gerak mazbuh, halallah memakannya dengan ijmak pada perburuan yang liar itu kerana hadith yang sahih pada memanah unta yang jadi liar dan dikiaskan dengan yang demikian itu akan selainnya. Tetapi jika dia dapati 708
. iaitu boleh memakannya walaupun banyak ulatnya hingga ia mengubahnya.
709
. pada teks asal ada “dan masuk ia”.
710
. tidak buta.
711
. yang berlari-lari, iaitu yang melarikan diri dari dipegang.
ada padanya hayat mustaqirrah maka disyaratkan menyembelihnya, jika dia kuasa menyembelihnya pada lehernya. 4117. Bermula, perkiraan pada ketiadaan kuasa atas menyembelih itu hanyalah ketika kena, iaitu pada ketika sampai anak panah atau barang sebagainya kepada perburuan itu. Maka jika dia memanah binatang jinak yang melarikan diri lalu jadilah ia dikuasai menyembelihnya sebelum daripada sampai anak panah itu kepadanya tidaklah halal memakakannya melainkan jika anak panah itu kena tempat sembelih dan putus dengan sebabnya oleh marinya dan halkumnya. 4118. Dan jika dia memanah binatang yang dikuasai menyembelihnya kemudian maka jadilah ia melarikan diri dan liar ketika sampai anak panah itu kepadanya sekira-kira tidak kuasai menyembelihnya maka ia mati dengannya, halallah memakannya, sekalipun panah itu tidak kena pada tempat sembelih. Demikianlah yang tersebut didalam Mughni dan didalam Tuhfah. Adapun perburuan yang jinak maka ia seperti haiwan yang dikuasai menyembelihnya maka tidak halal ia melainkan dengan disembelih. 4119. Jika gugur binatang yang halal kedalam sumur atau palong atau barang sebagainya dan tidak dapat diputuskan halkum dan marinya maka ia seperti binatang yang lari dan liar jua hukumnya. Maka halal ia jika ia mati dengan dipanah atau dilontar dengan suatu yang tajam pada mana-mana tempat daripada badannya. Tetapi jika ia mati dengan anjing perburuan yang dilepaskan kedalamnya maka ianya haram. 4120. Syahadan. Manakala dapat menangkap perburuan atau binatang jinak yang jadi liar dengan kejar atau dengan minta tolong orang yang dihadadapannya pada mengepungnya atau dengan barang sebagainya maka hukumnya seperti binatang jinak jua. Maka tidak halal ia melainkan dengan menyembelihnya pada halkum atau lubbah. Kata syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli didalam Tuhfah dan Nihayah: sekalipun dapat menangkap itu dengan sukar. 4121. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa manjangan712 yang kena jaring umpamanya jika dapat menangkapnya dan memutuskan halkumnya dan marinya dengan minta tolong atau dengan melukainya dengan luka yang mengurangkan kukuatannya seperti menyelidanginya713 atau barang sebagainya, sekalipun ada kesukaran beserta itu nescaya adalah hukumnya seperti binatang yang jinak jua. Maka tidak halal ia melainkan dengan menyembelihnya pada halkum atau lubbah. Tetapi jika dia melukai manjangan yang kena jaring lehernya maka ia mati dengannya pada hal lehernya terjerut714 dengan jaring haramlah manjangan itu kerana diihtimalkan matinya dengan semata-mata terjerut dengan jaring atau dengan lukanya beserta terjerut, kerana bahawa kaedah mereka itu : apabila berhimpun yang mengharamkan dan yang menghalalkan nescaya dimenangkan yang mengharamkan. Adalah bandingannya seperti manjangan yang715 dilukainya kemudian maka dia temuinya mati didalam air dan seperti manjangan mati dilukai oleh orang Islam dan kafir Majusi umpamanya, maka ianya haram tidak harus memakannya. 4122. Jika dia melukai manjangan yang kena jaring pada punggungnya atau kakinya lalu ia mati dengan luka itu maka ditilik; jika tidak dapat dia menyembelih halkumnya dan marinya kerana tidak diperolehnya orang yang menolongnya
712 713 714 715
. ﻣﻨﺠﺎﻏﻦdengan nga. . ﻣﻴﻠﻴﺪﺍﻏﲔdengan nya dan nga. . ﺗﺮﻛﻮﺟﻮﺕ. . pada asal “ ”ﺗﺎﻳﻎdengan nga
pada menangkapnya dan tidak diperolehnya tiap-tiap yang716 mengurangkan kekuatannya seperti menyelidangi atau barang sebagainya maka halal memakannya kerana bahawa ia pada ketika itu adalah perburuan yang tidak dikuasai menyembelih halkumnya dan marinya maka ianya seperti perburuan yang jatuh kedalam umpama palong, maka memadailah pada sembelihnya itu membunuhnya dengan suatu yang tajam pada barang mana tempat daripada badannya. Jika dia dapat menyembelih halkumnya dan marinya dengan minta tolong atau barang sebagainya, sekalipun dengan sukar, tidaklah halal memakannya sebab matinya dengan luka yang tersebut itu. 4123. Jikalau seorang memanahkan anak panah atau melepaskan anjing atau burung rajawali atau barang sebagainya kepada perburuan atau binatang jinak yang jadi liar lalu ia luka dengannya dan mati dengan luka itu maka ditilik, jika tidak didapatinya padanya hayat mustaqirrah sebelum daripada matinya maka halallah memakannya. Demikian lagi jika didapati ada hayat mustaqirrah padanya sebelum daripada matinya tetapi sukar menyembelihnya dengan tidak ada taqsir daripadanya seperti dia menghunus pisau dari sarungnya atau sibuk mencari tempat sembelih pada lehernya atau sibuk dengan mengadapkannya kekiblat atau jatuh perburuan itu dengan terdahulu kepalanya maka dia perlu membalikkannya supaya dapat menyembelihnya lalu ia mati sebelum dapat menyembelihnya atau ia meronta717 dengan kuat atau melintangi antaranya dan antara perburuan itu oleh binatang buas dan ia mati sebelum daripada dikuasai menyembelihnya halallah perburuan itu kerana uzurnya. 4124. Demikian lagi jikalau dia syak adakah matinya sebelum dapat menyembelihnya atau selepas daat menyembelihnya aka ianya halal. 4125. Sunat memutuskan halkum dan mari apabila dia mendapatinya telah sampai kepada gerak mazbuh. Jika dia mendapatinya telah mati maka tidak sunat yang demikian itu dan halal memakannya. Adapun jika dia dapati ada padanya hayat mustaqirrah lalu ia mati kerana taksirnya seperti tidak ada pisau bersamanya atau dirampas orang pisaunya atau terlekat pisaunya didalam sarungnya dan sukar mengeluarkannya haramlah memakan perburuan itu kerana taksir. Tetapi bahas imam Bulqini : jika dirampas orang pisaunya selepas dia memanah atau selepas dia melepaskan anjing umpamanya atau terlekat pisaunya itu didalam sarungnya kerana perkara yang mendatang selepas daripada beradat mudah mengeluarkannya halallah memakan perburuan itu, kerana bahawa dia pada ketika itu tidak dibilangkan taksir. Bersalahan jika dirampas orang pisaunya sebelum daripada yang demikian itu atau lekat pisau itu didalam sarungnya dari mula lagi, bukan kerana suatu yang mendatang maka ia dikira taksir. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Mughni. Sementara syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah dan syeikh Ramli didalam Nihayah cenderong kepadanya. 4126. Jikalau seorang memanah perburuan maka jadilah ia penggal dua halallah keduanya. Jikalau terpenggal suatu anggota perburuan seperti kakinya dengan luka yang membunuh halallah anggotanya dan badannya, tetapi jika penggal anggota itu dengan luka yang tidak membunuhnya dan tidak melumpuhkannya kemudian dia menyembelihnya atau melukainya pula dengan luka lain yang membunuhnya haramlah anggota itu dan halal badannya. Tetapi jika ada luka yang tidak membunuh itu melumpuhkannya maka tertentulah menyembelihnya. Maka jika tidak dapat dia menyembelihnya dan ia mati dengan luka yang pertama 716 717
. pada asal “ ”ﻳﺎﺩﻳﻎdengan nga. . pada asal : bergagah.
halallah sekeliannya, iaitu anggota yang penggal dan badannya kerana luka yang pertama itu seperti hukum menyembelih pada perhimpunannya718. 4127. Disyaratkan pada alat sembelih bahawa ianya tajam yang melukakan, samaada ia daripada besi seperti pedang dan pisau dan lembing dan mata panah atau daripada gangsa atau tembaga atau emas atau perak atau batu atau kaca atau kayu atau buluh atau barang sebagainya, melainkan tulang dan gigi dan kuku, maka tidak halal memakan yang disembelih dengannya kerana sabda nabi sawm “ ﻡ ﻅ ﻌ ﹾ ﻥ ﹶﻓ ﺴ ﺎ ﺍﻟ َﺃﻤ.ﻥ ﹶﺫﻟِﻙ ﻋ ﻡ ﹸﺜ ﹸﻜﺤﺩ ﺴُﺄ ﻭ .ﺭ ﻅ ﹾﻔ ﺍﻟ ﱠﻥ ﻭ ﺴ ﺍﻟﻴﺱ ﹶﻟ، ﹶﻓ ﹸﻜﻠﹸﻭﺍﻴﻪ ﹶﻠﷲ ﻋ ِ ﻡ ﺍ ﺴ ﺭ ﺍ ﻜ ﻭ ﹸﺫ ﻡ ﺩ ﺍﻟﺭﺎ َﺃ ﹾﻨﻬﻤ ﺸ ﹶﺔ ﺒ ﹶ ﻯ ﺍ ﹾﻟﺤﻤﺩ ﺭ ﹶﻓ ﺎ ﺍﻟﻅﱠ ﹾﻔﻭَﺃﻤ ” , artinya : apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah taala diatasnya maka hendaklah kamu memakannya. Dan bukanlah ianya gigi dan kuku, maka tidak halal yang disembelih dengannya. Dan lagi akan aku khabarkan kamu daripada yang demikian itu. Adapun gigi maka iaitu tulang dan adapun kuku maka iaitu pisau sembelihan Habsyah. Maknanya adalah Habsyah itu kaum kuffar dan telah ditegah kita daripada menyerupai mereka itu. 4128. Adapun hikmah pada tegahan sembelih dengan tulang maka iaitu supaya ia tidak bernajis dengan darah dari kerana ia makanan jin. Maka dari kerana inilah ditegah kita dari beristinja dengannya. Diketahui daripada kata-kata yang telah lalu itu dan yang lagi akan datang bahawa kuku dan gigi yang ditegah daripadanya adalah yang diperbuat alat sembelih binatang jinak jua, bukan kuku dan gigi umpama anjing terlatih719 yang ia membunuh perburuan dengannya kerana bahawa perburuan yang dibunuh oleh anjing terlatih atau barang sebagainya dengan kukunya atau dengan ditaringnya maka ianya halal jua. 4129. Disyaratkan pula pada alat sembelih itu jangan ada ia berbisa kerana yang disembelih dengan yang bisa itu haram memakannya kerana diihtimalkan matinya dengan semata-mata bisanya jua bukan dengan tajamnya, atau diihtimalkan matinya dengan bisanya dan tajamnya lalu dimenangkan mati dengan bisanya kerana kaedah yang masyhur apabila berhimpun yang menghalalkan dan yang mengharamkan maka dipermenangkan yang mengharamkan. 4130. Jika seorang membunuh perburuan dengan peluru bedil atau cemeti atau dengan anak panah yang tidak bermata dan tidak tajam atau dengan jaring atau jerat atau dengan suatu yang dilontarkan kepadanya atau ditimpakan keatasnya, atau dia membunuhnya dengan anak panah dan peluru bedil atau membunuhnya dengan mata anak panah dan kena lintangnya720 tatkala lalunya dan memberi bekas lintangnya itu padanya dan matilah ia dengan keduanya, atau dia memanahnya maka ia jatuh kepada tempat yang tinggi seperti gunung atau bumbung rumah kemudian maka gugur kebumi lalu mati, haramlah memakan perburuan pada sekelian masaalah yang tersebut itu. 4131. Tetapi jika dia memanah burung pada udara atau diatas pohon kayu atau barang sebagainya maka lukalah ia dengannya dengan luka yang memberi bekas maka gugur kebumi lalu mati nescaya halallah memakannya jika tidak mengenainya cabang kayu tatkala ia gugur daripadanya. 4132. Syahadan haram menyumpit burung kecil dengan damak tanah atau damak batu atau barang sebagainya yang tidak tajam kerana yang demikian itu membunuh pada ghalibnya kerana matinya dengan yang demikian itu hukum bangkai. Tersebut didalam Tuhfah bahawa membunuh haiwan dengan sia-sia
718
. iaitu ada dasarnya seperti sembelih.
719
. anjing mu’allam.
720
. ﻟﻨﺘﻎdengan nga.
iaitu tidak kerana suatu tujuan721 adalah haram jua. Tetapi jika dia mahir menyumpit sekira-kira tidak kena melainkan pada sayapnya atau kakinya jua atau adalah yang disumppitnya itu burung besar yang tidak mati dengan damak itu maka iaitu halal memakannya jika disembelih pada hal ada padanya hayat mustaqirrah. 4133. Haram menembak perburuan dengan bedil kerana bahawa ia722 mematikannya dengan segera ghalibnya. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah: sekalipun perburuan itu besar, melainkan jika yang menembak itu sangat mahir pada menuju sayap burung atau kaki kijang umpamanya sekira-kira ia tidak mati dengannya hanya melumpuhkan jua, maka muhtamal pula halalnya. Seperti haram menembak perburuan dengan bedil haram pula memakan perburuan itu jika ia mati dengannya atau hidup dengan gerak mazhb. Tetapi jika dia mendapatinya hidup lalu menyembelihnya pada hal ada padanya hayat mustaqirrah nescaya halallah memakannya. 4134. Halal memakan perburuan yang mati dengan binatang yang melukakan dan dengan burung, iaitu anjing dan beruang dan harimau bintang dan rajawali dan helang, dengan syarat jika sekelian itu terlatih, iaitu yang dilatih menerima arahan kerana firman Allah taala “ﺡ ﺍ ﹺﺭ ﹺﺠﻭ ﻥ ﺍ ﹾﻟ ﻤ ﻡ ﻤ ﹸﺘ ﻋﱠﻠ ﺎﻭﻤ ” artinya : dan apa yang kamu ajarkan daripada binatang yang memburu perburuan. 4135. Bermula, yang terlatih itu adalah yang berhimpun padanya empat syarat. Pertamanya: hendaklah ia berlepas mengejar perburuan dengan arahan tuannya. Keduanya: hendaklah ia berhenti dengan dihentikan oleh tuannya, sekalipun selepas laju larinya mengejar perburuan, kerana firman Allah taala “ ﻴﻥ ﻤ ﹶﻜﱠﻠﺒﹺ ” iaitu mematuhi arahan tuannya apabila disuruh mengikut perburuan dan mematuhi tegahan tuannya apabila dia menegah darinya. Kata imam Syafi’e r.a : apabila kamu arahkan anjing itu (mengejar buruan) maka ia menurut arahan mu dan apabila kamu menegahnya (dari mengejarnya) maka ia patuh tegahan mu. Itulah arti “mukallab”. 4136. Ketiga: hendaklah dipegangnya buruan itu untuk tuannya, dan jika tuannya itu datang maka dilepaskannya buruan itu baginya dan tidak dimakannya suatu daripada dagingnya atau kulitnya atau selainnya selepas ia memegangnya, sebelum daripada ia membunuhnya atau selepasnya, kerana ditegah daripada makan perburuan yang dimakan oleh umpama anjing sedikit daripadanya. Tetapi tidak mengapa jika dijilatnya darah perburuan itu atau dimakannya bulunya. 4137. Keempatnya : hendaklah berulang-ulang sekelian yang tersebut itu sekirakira dizankan ia telah tetap menerima latihan pada adat mereka yang mempunyai pengetahuan yang demikian itu. Maka jika nyatalah keadaan binatang itu terlatih kemudian maka cedera satu daripada tiga syarat yang pertama itu seperti tidak berlepas ia dengan dilepaskan oleh tuannya atau tidak berhenti dengan dihentikan atau memakan suatu daripada daging perburuan atau isi perutnya atau kulitnya atau tulangya sebelum daripada membunuhnya atau selepasnya nescaya tidaklah halal perburuannya kerana sabda nabi sawm “ل ْ ﻼ ﹶﺘ ْﺄ ﹸﻜ ل ﹶﻓ ﹶ َ ﻥ َﺃ ﹶﻜ ” ﹶﻓِﺈ artinya : maka jika anjing itu memakan buruan itu maka janganlah kamu makannya. Riwayat Bukhari dan Muslim. Maka disyaratkan pula melatihnya pula kerana latihan yang pertama itu telah binasa. 4138. Adapun tempat gigitan anjing pada perburuannya maka bernajislah ia dengan najis mughallazah, maka ianya tidak dimaafkan. Maka hendaklah
721
. iaitu tujuanyang sah disisi syara’ seperti makan dan menolak bahayanya.
722
. pada asal : mengharuskan dan …
dibasuhnya tujuh kali dengan air dan sekali daripada yang tujuh itu bercampur dengan tanah. 4139. Jikalau binatang pemburu itu menindih perburuannya maka ia mati sebab beratnya halallah memakannya perburuan itu kerana sukar mengajarnya supaya tidak membunuh melainkan dengan melukai. Maka dipadakan bahawa ia membunuh perburuannya dengan menindihnya sekalipun ia tidak luka. 4140. Syahadan. Sunat-sunat menyembelih itu amat banyak telah terdahulu sebahagian daripadanya. Maka sunatkan pada sembelih itu memutuskan wadajain iaitu dua urat pada kedua pihak leher yang mengapit halkum. Kata qil: mengapit mari, dari kerana memutuskannya lebih memudahkan keluar roh. 4141. Demikian lagi sunat pada memutuskan halkum dan mari unta dan itik dan barang sebagainya daripada haiwan yang panjang lehernya pada lubbah, iaitu bahagian leher yang terbawah, supaya segera keluar rohnya, maka ianya dinamakan nahr, dan sunat pada memutuskan halkum dan mari pada kambing dan sapi dan kerbau dan barang sebagainya daripada haiwan yang pendeka lehernya pada halq, iaitu bahagian leher yang teratas, maka ianya dinamakan zabh. Harus sebaliknya dengan tidak makruh, tetapi adalah ia khilaful aula. Kata qil:makruh. 4142. Dan lagi sunat bahawa adalah unta yang disembelih itu berdiri, maka jika tidak termudah yang demikian itu maka hendaklah ia berlukup723. Sunat bahawa diikatkan tangannya yang kiri kepada lututnya dan dilepaskan kakinya dan tangannya yang lain. 4143. Dan lagi sunat pada menyembelih kambing dan sapi dan kerbau bahawa hendaklah ia direbahkan pada lambungnya yang kiri supaya mudah menyembelihnya, kerana sunat mencabut pisau dengan tangan kanan dan ditekankankan kepada yang disembelih itu dengan tangan kiri724, dan diikat segala kakinya dan tangannya supaya tidak kuat geraknya melainkan kakinya yang kanan jua yang dilepaskan supaya ia rehat dengan menggerakgerakkannya. 4144. Sunat bagi orang yang merebahkannya725 jika dia lemah dari merebahkannya pada lambung kirinya mengantikan orang lain dan jangan dia merebahkannya pada lambungnya yang kanan. 4145. Dan lagi sunat menajamkan pisau, tetapi jangan dihadapan yang disembelih maka yang demikian itu makruh. 4146. Dan lagi sunat jangan membawanya kepada tempat sembelih dengan cara yang menyakitkannya, dan hendaklah diberi ia minum air sebelum daripada menyembelihnya, dan hendaklah merebahkannya dengan perlahan, dan jangan disembelih dia dihadapan temannya kerana yang demikian itu makruh. 4147. Sunat mengadapkan leher yang disembelih kekiblat. Demikian lagi sunat bagi yang menyembelih itu mengadap kiblat dan ianya pada korban lebih muakkad sunatnya. 4148. Sunat membaca “Bismillah” tatkala menyembelih. Demikian lagi tatkala melontar dan memanah perburuan dan jikalau ikan dan belalang sekalipun, dan tatkala melepaskan anjing atau barang sebagainya. Yang terafdhal “ ﻥ ﻤ ﹺ ﺤ ﺭ ﷲ ﺍﻟ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ﹺﺒ ﻴ ﹺﻡ ﺤ ﺭ ”ﺍﻟ. Makruh sengaja meninggalkan ucap “Bismillah” tatkala menyembelih. 4149. Hanyalah tidak wajib mengucap “Bismillah” kerana bahawa Allah taala mengharuskan memakan sembelihan kafir ahli kitab dan mereka itu tidak 723
. iaitu berdiri diatas lututnya.
724
. pegang pisau dengan tangan kanan dan tekan dengan tangan kiri.
725
. pada asal “ ”ﻣﻐﻴﻮﺍdengan nga.
mengucap Bismillah pada ghalibnya dan kerana bahawa nabi sawm menyuruh makan sembelihan orang yang disyakkan adakah dia mengucap Bismillah tatkala menyembelihnya atau tidak. Adapun firman Allah taala “ ﷲ ُ ﻡ ﺍ ﺴ ﻴ ﹾﺫ ﹶﻜﺭﹺ ﺍ ﻡ ﺎ ﹶﻟﻤﻤ ل ُ ﻻ ﹶﺘ ْﺄ ﹸﻜ ﹶﻭ ﻴﻪ ﹶﻠ ”ﻋartinya : dan jangan kamu makan daripada apa yang disembelih yang tidak disebutkan nama Allah taala diatasnya tatkala menyembelihnya, maka murad daripada firmannya “yang tidak disebutkan nama Allah taala” itu adalah yang disebutkan nama berhala, dengan dalil firmannya “ﻕ ﺴﹲ ﻔ ﻪ ﹶﻟ ﻭِﺇ ﱠﻨ ”, artinya : dan bahawa ianya fasik, kerana bahawa telah tetap ijmak sekelian ulamak diatas bahawa orang yang makan sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah taala diatasnya tidak jadi fasik. 4150. Dan sunat mengucap selawat dan salam atas nabi, tetapi jika dibacanya “ ﺩ ﻤ ﺤ ﻤ ﺴ ﹺﻡ ﺍﷲ ﻭ ِ ﺴ ﹺﻡ ﺍ ” ﹺﺒyang demikian itu adalah haram, sekalipun halal memakan sembelihan yang disebutkan atasnya yang demikian itu, kerana dia menyengutukan Allah dengan Muhammad sawm. 4151. Apabila telah diputuskan halkumnya dan marinya maka sunat dilepaskan ia jangan dipegang supaya ia mengambil rehat dengan menghempaskan dirinya, dan jangan segera dipotong suatu daripadanya sebelum daripada keluar nyawanya, dan jangan digerakkan ia dan jangan dipindahkan ia dari tempat sembelihnya kepada tempat yang lain dan jangan koyak726 kulitnya dan jangan diceraikan kepalanya dan jangan dipatahkan lehernya, hingga keluar nyawanya kerana jika dikerjakan sekelian yang demikian itu sebelum daripada keluar nyawanya maka iaitu makruh. 4152. Bermula, barang siapa menyembelih kerana mendampingkan diri kepada Allah taala sebab menolakkan kejahatan jin daripadanya maka tidaklah haram yang disembelihnya itu. Tetapi jika dia kasadkan menyembelihnya kerana jin sahaja maka haram memakannya. Demikian lagi menyembelih kerana ka’bah atau kerana datang sultan maka iaitu haram memakannya. 4153. Jikalau disembelih binatang yang halal bukan untuk dimakan maka tidaklah haram yang disembelihnya itu, tetapi haram perbuatannya berdosalah dia sebab mengerjakan yang demikian itu. 4154. Fasal pada menyatakan perkara yang dimiliki perburuan dengannya dan apa yang mengikutnya. Bermula, seorang memilik perburuan dengan dia memegangnya dengan tangannya, samaada dia bermaksud memilikinya atau tidak, seperti dia menangkapnya kerana hendak melihatnya. Tetapi jika dia kasadkan menangkapnya untuk orang lain yang menyuruh dia menangkapnya maka ia menjadi milik orang yang menyuruhnya itu. 4155. Demikian lagi jika yang menangkap perburuan itu kanak-kanak yang tidak mumayyiz atau orang gila dengan disuruh oleh orang lain, maka ianya jadi milik orang yang menyuruhnya. Tetapi jika dia menangkapnya dengan tidak disuruh oleh sesiapa maka ianya jadi milik kanak-kanak atau orang gila itu. 4156. Demikian lagi seorang itu memilik perburuan sebab dia melukakannya dengan luka yang membunuh atau luka yang melumpuhkan seperti disulidanginya727 atau dipatahkannya sayap burung atau diguntingnya bulunya sekira-kira lemahlah ia dari terbang dan lari, atau dapat jua ia terbang dan lari tetapi mudah memperdapatkannya dan menangkapnya, atau sebab dilukakan oleh anjing atau barang sebagainya yang dia lepaskan keatas perburuan itu lalu
726 727
. iaitu lapah. Pada asal “”ﻛﻮﺑﻖ. . ﺩﺳﻮﻟﻴﺪﺍﻏﲔdengan nga dan nya.
ia memegangnya sekira-kira tidak lepas ia daripadanya, sekalipun anjing itu tidak728 terlatih lagi adalah ia rampasan. 4157. Jikalau seorang melepaskan anjing keatas perburuan maka datang seorang lain lalu menangkapnya dan menghentikannya dari memburu perburuan itu, maka berhentilah anjing itu darinya. Kemudian maka dia menjuruskan729 anjing itu kepada perburuan itu maka anjing itu berlarilah mengejar perburuan itu lalu digigitnya dan dipegangnya sekira-kira tidak lepas ia darinya maka, perburuan itu bagi orang yang kemudian itu. Bersalahan jika anjing itu tidak berhenti sebab diperhentikan hanya bertambah larinya dengan sebabnya, maka perburuan itu milik tuan punya anjing itu. 4158. Jika seorang melepaskan anjing keatas seekor perburuan serta tuan punya anjing itu mengekori perburuan itu dan larilah perburuan itu daripadanya lalu terjun kedalam sungai pada hal perburuan itu tidak luka-luka dengan sebabnya, kemudian maka datang seorang lain melukainya dan menangkapnya maka perburuan itu milik orang yang kemudian yang menangkapnya. 4159. Demikian lagi seorang itu memilik perburuan sebab masuk ia kedalam pekarang730 perburuan darat atau pekarang perburuan laut yang dipasangnya, seperti palong atau jerat atau jifah atau rangkap731 atau barang sebagainya bagi perburuan darat dan seperti belat atau tukang atau lenta atau ranggi732 atau barang sebagainya bagi perburuan laut, sekira-kira tidak kuasa perburuan itu melepaskan diri darinya, samaaada pekarang yang dipasangnya itu miliknya atau milik orang lain. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : sekalipun pekarang itu rampasan. 4160. Adapun jika perburuan itu kuasa lepas dari pekarang itu maka tidaklah ia jadi milik bagi yang memasangnya selama mana ia kuasa lepas darinya. Maka barang siapa mengambilnya pada ketika itu nescaya dia memilikinya. 4161. Demikian lagi seorang itu memilik perburuan sebab dikurungnya pada tempat yang sempit seperti kandang733 atau rumah kurungan atau barang sebagainya, sekira-kira tidak dapat ia lepas daripadanya dan dapat mengambilnya dengan tidak ada kesukaran. 4162. Jikalau seorang membuat satu tempat kurungan dan dikasadnya dengan tempat itu supaya bersarang burung didalamnya maka bersaranglah burung didalamnya dan bertelur nescaya jadi miliknyalah burung itu serta telurnya dan anaknya. Tetapi jika dia tidak kasadkan yang demikian itu tidaklah dia memiliki suatu daripada yang tiga itu, tetapi jadilah dia lebih berhak dengannya daripada orang lain. 4163. Syahadan. Disyaratkan pada memiliki perburuan dengan salah satu daripada perkara-perkara yang tersebut itu bahawa tidak ada pada perburuan itu bekas milik orang lain. Adapun jika ada padanya bekas milik seperti tersurat tanda pada tubuhnya atau berkalung lehernya atau berirung hidungnya atau beranting-anting telinganya atau hidungnya atau bergunting734 sayapnya atau
728
. pada asal tidak ada “tidak”. Yang zahirnya adanya.
729
. pada asal : diuruskannya.
730 731 732 733 734
. ﻓﻜﺎﺭﻍdengan nga. . ﺟﺮﺕ – ﺟﻴﻔﻪ- ﺭﻏﻜﻒ– ﻓﺎﻟﻮﻍ. . ﺭﻏﻜﻲ– ﺑﺎﻟﺖ – ﺗﻮﻛﻎ – ﻟﻨﺘﺎ. . pada asal “ ” ﻛﻨﺪﻍ ﻓﻴﻎdengan nga pada keduanya. . ﻛﻨﺘﻴﻎdengan nga.
berinai bulunya atau barang sebagainya maka ianya adalah luqatah735 jua. Maka tidak dia memilikinya melainkan kemudian daripada ta’rif736 dengan syarat yang lagi akan datang kenyataannya. 4164. Demikian lagi mutiara yang berlubang yang dia dapat didalam perut ikan. Adapun jika mutiara itu tidak berlubang maka ia miliknya. Kata Ibnu Rif’ah nakal dari Mawardi: dengan syarat jika dia dapat ikan itu pada laut yang bermutiara jua. Adapun jika dia mendapatnya pada laut yang tidak bermutiara maka mutiara itu luqatah jua. 4165. Apabila dihukumkan bahawa mutiara itu miliknya nescaya tidaklah ia berpindah daripadanya dengan sebab dijual ikan itu dengan keadaan dia jahilkan mutiara yang ada didalam perutnya. Adalah bandingannya seperti seorang menjual rumah beserta bumi yang dia usahakan737 yang ada didalamnya emas umpamanya yang dia jahilkannya maka adalah ia kekal didalam miliknya. Inilah yang diiktimadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah. Adapun yang diiktimadkan oleh syeikh Ramli didalam Nihayah bahawa jika dijualnya ikan itu nescaya adalah mutiara itu milik bagi yang membeli jua kerana ia mengikut ikan. 4166. Masaalah: jikalau mausuk ikan kedalam kolam yang berpintu umpamanya kemudian seorang menutupnya pintu itu sekira-kira tidak dapat ia keluar daripadanya, maka ditilik; jika kolam itu kecil sekira-kira dapat mengambil ikan itu dengan tangannya nescaya adalah ikan itu jadi miliknya, sekalipun kolam itu rampasan. Jika ianya besar sekira-kira tidak dapat mengambilnya dengan tangannya melainkan dengan kesukaran dan alat atau perlu kepada pekarang seperti lawit738 atau barang sebagainya maka tidaklah ia jadi miliknya tetapi jadilah dia terutama dengannya daripada orang lain. Maka haram atas orang yang lainnya mengambilnya dengan tidak ada izinnya, tetapi jika diambilnya jua nescaya dia memilikinya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. Maka diketahui daripada yang demikian itu hukum ikan yang didalam “tukang”739 dan yang didalam sungai yang dikelilingi dengan empang sekira-kira tidak dapat ia keluar daripadanya. 4167. Masaalah: jika seorang menyewa atau meminjam perahu maka masuk ikan kedalam perahu itu, adakah ikan itu jadi milik yang menyewa atau yang meminjam dari kerana dia memilik manfaat perahu itu, atau jadi milik tuanpunya perahu itu kerana manfaat masuk ikan kedalam perahu tidak dimaksudkan pad sewaan dan pinjaman perahu. Pada masaalah ini dua wajah, maka ditarjihkan oleh Khatib Syarbini didalam Mughni wajah yang pertama iaitu menjadi milik penyewa atau peminjam. Yang diiktikmadkan oleh syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah bahawa ia tidak menjadi miliknya, tetapi adalah dia terutama denganya daripada orang lain. Maka haram orang lain mengambilnya tanpa izinnya. 4168. Tetapi tempat yang demikian itu jika tidak dia kasadkan dengan perahu itu untuk mencari ikan dan tidak beradat perahu itu sebagai alat mencari ikan. Adapun jika dikasadnya dengan menyewa atau meminjam perahu itu sebagai alat mencari ikan atau beradat yang demikian itu maka ianya jadi milik orang yang menyewa atau meminjam dengan tidak ada khilaf. 4169. Jikalau jatuh perburuan kedalam lumpur bumi milik seorang dan jadilah ia sekira-kira dapat dikuasai sebab lumpur itu nescaya tidaklah ia jadi miliknya 735
. barang pungutan.
736
. pemberitahuan kepada umum.
737 738 739
. pada asal : ﻳﻎ ﺩﻫﻴﺪﻭﻓﲔdengan nga dan nya. . ﻻﻭﻳﺖ. . ﺗﻮﻛﻎdengan nga.
diatas kaul yang paling sahih. Tetapi adalah dia terutama dengannya maka haramlah diatas orang lain mengambilnya dengan tidak ada izinnya melainkan jika dia kasad menjadikan lumpur itu untuk mendapatkan perburuan maka jadilah perburuan itu miliknya. 4170. Syahadan. Manakala seorang memiliki perburuan dengan salah satu daripada perkara-perkara yang tersebut dahulu itu nescaya tidaklah hilang miliknya daripadanya dengan sebab ia lepas dengan sendirinya atau dilepaskan. Maka barang siapa mengambilnya wajib dia memulangkannya, sekalipun ia menjadi liar. Tetapi jika ia lepas dari dalam pekarang seperti putus tali jifah umpamanya atau keluar dari dalam palong nescaya jadilah ia mubah, maka barang siapa mengambilnya maka iaitu harus lagi dia memilikinya. 4171. Demikian lagi jika dia katakan ketika melepaskannya: telah aku haruskan perburuan ini bagi siapa yang menangkapnya maka iaitu harus bagi orang lain mengambilnya untuk dimakannya jua tidak untuk dimakan oleh orang lain atau untuk dijual atau barang sebagainya. Adalah bandingannya seperti jamuan yang dia tahukan izin tuan punya makanan pada menyuruh makan, maka harus baginya makan dan tidak harus baginya memberi makan kepada orang lain, melainkan jika dia tahukan redhanya. 4172. Haram atas seorang melepaskan perburuan yang sudah jadi miliknya kerana bahawa ia menyerupai sawaib740 jahiliyah dan lagi lazim daripadanya bercampur binatang yang dimiliki dengan yang mubah maka diburu ia oleh orang lain, samaada kasadnya tatkala melepaskannya mendampingkan dirinya kepada Allah taala atau tidak. Melainkan jika dikatanya tatkala melepaskan: aku haruskan ia atau aku haruskan ia bagi barang siapa yang mengambbilnya maka pada ketika itu tidaklah haram atasnya melepaskannya jika dia seorang yang mutlak tasarruf. 4173. Demikian lagi tidak haram melepaskan perburuan yang mempunyai anak jika ditakuti daripada mengurungnya binasa anaknya, bahkan wajib pada ketika itu melepaskan ibunya kerana nabi sawm menyuruh melepaskan kijang yaang mempunyai anak tatkala ditangkap oleh seorang badwi lalu kijang itu mengadu kepada rasulullah tentang hal anaknya yang masih lagi disusunya dibalik gunung. Maka ia minta tolong kepada rasulullah pada melepaskannya supaya dapat ia menyusukan anaknya maka disuruh oleh rasulullah melepaskannya. 4174. Telah terdahulu perkataan bahawa barang siapa ihram dan ada baginya perburuan yang dikurungnya hilanglah darinya pemilikannya dan wajib atasnya melepaskannya. 4175. Kata Zarkasyi: barang siapa ada sertanya burung atau selainnya dan tidak diperolehnya alat menyembelih dan tidak dia dapati orang yang mempunyai makanan wajiblah dia melepaskannya. 4176. Halal melepaskan perburuan yang beradat kembali kepada kurungan. Wajib melepaskan binatang yang ditegah daripada membunuhnya seperti hudhud dan layang-layang kerana bahawa tatkala ditegah daripada menangkapnya dan membunuhnya haramlah mengurungnya seperti hukum perburuan pada tanah haram. 4177. Haram mengurung suatu daripada haiwan-haiwan perosak yang lima diatas jalan menaruhnya. Halal mengurung haiwan yang diambil manfaat dengan suaranya atau warnanya seperti ketitiran dan merak. 4178. Syahadan. Hilanglah milik seorang yang cerdik daripada umpama sepotong roti atau dari bebarapa tangkai gandum atau padi sebab dia berpaling daripadanya iaitu dia membuangnya tidak mengkehendakinya. Maka pada ketika 740
. haiwan yang dilepaskan oleh ahli jahiliyah sebagai ibadat. Tidak boleh diganggu dan disembelih.
itu barang siapa yang mengambilnya maka ianya harus dan dia memiliknya dan luluslah tasarrufnya padanya kerana mengikut zahir keadaan sekelian ulamakulamak salaf. 4179. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah : diambil daripada yang demikian itu bahawa tidak ada beza pada yang demikian itu antara barang yang bergantung zakat dengannya dan yang tidak berantung kerana berlaku musamahah741 pada demikian itu sebab sedikitnya. 4180. Tetapi kata Zarkasyi : tempat harus yang demikian itu adalah pada barang yang tidak bergantung zakat dengannya. Adapun pada yang bergantung zakat dengannya maka ianya tidak harus kerana zakat bergantung pada keseluruhannya742, dan tua punya perhumaan disuruh menghimpunkan perhumaannya dan mengeluarkan bahagian orang-orang yang berhak darinya kerana tidak halal tasarruf sebelum daripada mengeluarkannya. Maka tidak harus dan tidak sah tuan punya berpaling daripadanya. Lagi pula tempat halal mengambil yang demikian itu jika tidak ada karenah pada tuan punyanya yang menunjukkan ketiadaan redhanya. Adapun jika ada karenah diatas yang demikian itu seperti dia memutikannya743 atau dia menyuruh wakil memutikannya maka tidaklah halal bagi orang lain mengambilnya. 4181. Demikian lagi tidak halal bagi orang lain mengambilnya jika tuan punyanya bukan orang yang cerdik seperti ada ia mahjur744 kerana tidak dia berpaling padanya. 4182. Haram orang lain mengambil buah-buahan yang gugur samaada pohonnya berpagar atau tidak. Tersebut didalam Majumuk : buah-buahan yang gugur di luar pagar haram orang lain mengambilnya jika tidak beradat diharuskan oleh tuan punyanya. Adapun jika beradat yang demikian itu maka halal bagi orang lain mengambilnya. 4183. Barang siapa mengambil kulit bangkai yang dibuang kemudian maka disamaknya nescaya dia memilikinya. 4184. Syahadan. Jikalau burung merpati seorang berpindah dari kurungannya kepadang dan bercampur dengan merpati yang mubah lagi yang boleh dihingga nescaya haramlah orang lain berburu pada tempat itu. Tetapi jika merpati yang mubah itu tak terhingga tidaklah haram orang lain berburu pada tempat itu. Adalah bandingannya seperti tertumpah air milik seorang kedalam sungai maka tidaklah haram bagi orang lain mengambil air dari sungai itu. 4185. Jika merpati itu bercampur dengan merpati yang mubah yang masuk kedalam kurungannya pada hal ia tidak menjadi miliknya disebabkan besar kurungan itu nescaya adalah dia terutama dengannya. 4186. Jika dia syak pada keadaan merpati yang menjadi kawan merpati miliknya,745 mubahkah ia atau milik orang lain, maka yang wara’ hendaklah jangan dia mengambilnya. 4187. Jika seekor merpati orang bercampur dengan merpati-merpatinya yang didalam kurungannya nescaya haruslah dia memakan daripada sekelian merpatinya itu dengan tidak ada ijtihad746 hingga tinggal seekor maka haram dia 741
. bermudah-mudah – tak kesah.
742
. pada asal: sekeliannya.
743 744 745 746
. ﳑﻮﺗﻴﻜﻨﻦdengan nya. . disekat kira bicaranya seperti kerana dungu, mebazir dan tak mumayyiz. . ﻣﻐﺎﻭﻝdengan nga. Maksudnya wallahu a’lam. . usaha bersungguh mengenal pastinya.
memakannya. Bandingannya seperti bercampur sebiji buah orang lain dengan beberapa biji buahnya maka harus baginya memakan daripada sekelian buah itu dengan tidak ijtihad hingga tinggal sebiji maka haramlah dia memakannya. 4188. Jika merpati seorang berpindah dari kurungannya kepada kurungan merpati orang lain nescaya wajib atas orang itu memulangkan kepada tuan empunyanya jika sudah ditangkapnya, dan jika belum ditangkapnya maka ia adalah amanah syar’ieyah wajib atasnya memberi tahu tuan punya merpati itu dengan segera dan menyerahkannya kepadanya747. 4189. Jika terhasil anak atau telur diantara keduanya maka ia adalah milik tuan punya ibunya jua. 4190. Maka jika bercampur merpati dua kurungan dan sukar membezakannya nescaya tidak sah bagi seorang daripada dua tuan punya merpati itu menjual atau memberikan semua atau seekor daripadanya kepada orang lain, tetapi harus bagi salah seorang daripada mereka menjual atau memberikan merpatinya kepada taulannya, sekalipun dia jahilkan ain merpati itu, kerana dharurat. Maka jika kedua mereka menjual semua merpati itu kepada orang lain dan adalah bilangan merpati itu maklum bagi kedua mereka seperti seratus dan dua ratus dan adalah nilainya bersamaan nescaya sahlah jualan itu dan dibahagikan harganya diatas bilangan milik kedua mereka. Dimaafkan jahilnya akan ain merpati itu kerana dharurat. Tetapi jika kedua mereka atau salah seorang daripada mereka jahilkan bilangannya atau tidak sama nilainya nescaya tidaklah sah jualannya kerana setiap daripada mereka jahilkan harga apa yang dia hakkan daripada harga merpati itu. Tetapi jika setiap mereka berkata kepada orang lain itu : aku jualkan merpati milik ku didalam sekelian merpati ini dengan sekian harganya nescaya sahlah jualannya kerana tidak ada jahil pada harganya. 4191. Masaalah : jikalau bercampur mithli748 yang haram dengan mithli yang halal seperti bercampur dirham yang haram dengan dirham yang halal atau minyak yang haram dengan minyak yang halal atau bijian yang haram dengan bijian yang halal bagi sesaorang nescaya haruslah baginya melainkan kadar yang haram, dengan niat membahagi-bahagikan dan mentasarruf pada yang tinggal.749 Hendaklah dia pulangkan yang selainnya itu kepada yang memilikinya jika ada. Jika tidak maka hendaklah diserahkannya kepada nazir baitulmal. Harus dia bersendirian membahagi-bahagikan yang demikian itu, sekalipun dia menyalahi apa yang ditetapkan pada rakan syarikat, kerana dharurat kerana takdir masaalah ini adalah pada orang yang jahilkan orang yang memilikinya. 4192. Tersebut didalam Majmuk: jalan pada yang demikian itu bahawa hendaklah dia tasarrufkan kadar yang haram itu kepada apa yang wajib ditasarrufkan ia padanya dan dia tasarrufkan yang tinggal pada apa yang dikehendakinya. 4193. Jika bercampur atau dicampurkan beberapa dirham atau dinar atau barang sebagainya bagi ramai orang maka jalan penyelesaian pada yang demikian itu hendaklah semua mereka membahagikan sesama mereka diatas kadar hak mereka, dan halal bagi setiap mereka itu mentasarrufkan bahagiannya. 4194. Bermula sangkaan orang awam bahawa bercampur yang halal dengan yang haram itu menjadikan haram yang halal maka sangkaan itu batil jua adanya. 4195. Syahadan. Kalau dua orang melukakan seekor perburuan dengan beraturan maka ditilik; jika luka yang kedua adalah yang membunuh dengan segera atau yang melumpuhkan, tidak luka yang pertama, maka perburuan itu 747
. membenarkan dia mengambilnya.
748
. barang yang boleh disukat timbang ukur.
749
. pada asal : dan ditasarrufkannyalah pada yang tinggal.
milik orang yang kedua kerana lukanya itulah yang memberi bekas pada perburuan itu. Dan tidak wajib suatu diatas orang yang pertama sebab dia melukai perburuan itu kerana perburuan itu pada ketika dia melukakanya adalah mubah. 4196. Jika luka pertama itu yang membunuh tidak luka yang kedua maka perburuan itu milik orang yang pertama kerana lukanya itulah yang memberi bekas pada perburuan itu. Wajib atas yang kedua membayar imbuh apa yang kurang daripada dagingnya dan kulitnya sebab dilukainya kerana dia melukakan milik orang lain 4197. Dan jika luka yang pertama itu melumpuhkan maka perburuan itu milik orang yang pertama itu kerana dialah yang melumpuhkan dan menghilangkan kekuatannya. Kemudian, jika luka yang kedua itu membunuh dengan segera maka ditilik; jika lukanya itu memutuskan sekelian halkumnya dan marinya maka perburuan itu maka halallah dimakan, dan wajib atas orang yang kedua membayar imbuh barang yang kurang sebab disembelih, iaitu barang yang diantara nilainya yang pada ketika ia lumpuh dan nilainya yang pada ketika ia tersembelih. Adalah bandingan demikan itu seperti dia menyembelih kambing orang dengan tidak ada izinnya. 4198. Jika luka yang membunuh dengan segera itu tidak memutuskan sekelian halkumnya dan marinya maka perburuan itu haram dimakan kerana ia dengan luka yang pertama jadilah ia dikuasai menyembelihnya dan menjadi tidak halal melainkan dengan menyembelihnya. Demikian lagi jika luka yang kedua itu tidak membunuh dengan segera dan matilah perburuan itu dengan dua luka itu maka ianya haram kerana berhimpun yang mengharuskan dan yang mengharamkan. Adalah bandingannya seperti bersyarikat orang Islam dan kafir majusi pada menyembelih. 4199. Dan wajib atas orang yang kedua itu mendhoman750 bagi yang pertama dengan sekelian nilainya pada ketika ia lumpuh. Maka jika ada nilainya pada ketika ia belum dilukai oleh yang pertama itu sepuluh dirham dan nilainya pada ketika ia lumpuh sebab dilukainya sembilan dirham nescaya wajiblah atas yang kedua itu membayar satu dirham bagi orang yang pertama. Inilah jika ada lukanya yang kedua itu membunuh dengan segera. 4200. Adapun jika lukanya yang kedua itu tidak membunuh dengan segera dan perburuan itu mati dengan dua luka pada hal tidak dapat orang yang pertama menyembelihnya maka tidak mendhoman yang kedua dengan sekelian nilainya yang pada ketika lumpuh, hanya hendaklah ditilik nilainya yang pada ketika ia tersembelih. Umpamanya lapan dirham dan nilainya pada ketika ia lumpuh sembilan. Wajib diataas yan gkedua membayar lapan dirham dan dan setengah kerana matinya itu terhasil dengan perbuatan kedua mereka maka, hendaklah dibahagikan satu dirham yang luput dengan sebab perbuatan kedua mereka itu diatas kedua mereka. 4201. Adapun jika orang yang pertama dapat menyembelihnya selepas daripada ia dilukai oleh orang yang kedua maka dia menyembelihnya nescaya wajiblah atas yang kedua membayar imbuhannya jika terhasil kekurangan dengan lukanya itu. Dan jika orang yang pertama itu dapat menyembelihnya lalu dia tidak menyembelihnya hingga ia mati nescaya wajib atas yang kedua mendhoman kadar yang dia meluputkan, tidak semua nilainya pada keadaan ia belum luka, iaitu sepuluh dirham, dan nilainya pada keadaan ia lumpuh. Maka pada contoh yang tersebut itu hendaklah dihimpunkan nilainya yang pada keadaan ia belum luka iaitu sepuluh dirham dan nilainya yang pada keadaan ia lumpuh sebab 750
. menjamin dengan membayar ganti rugi.
dilukai oleh yang pertama iaitu sembilan dirham. Maka perhimpunan dua nilai itu adalah sembilan belas dirham. Maka dibahagikan keatas keduanya apa yang diluputkan oleh kedua mereka, iaitu sepuluh dirham. Maka bahagian yang pertama jika ditakdirkan dia mendhoman adalah sepuluh juzuk daripada sembilan belas juzuk daripada sepuluh dirham itu, dan bahagian yang kedua adalah sembilan juzuk daripada sembilan belas juzuk daripada sepuluh dirham itu. Maka ia adalah yang wajib dibayar oleh orang yang kedua kepada orang yang pertama itu. Maka jumlah dirham yang kamil adalah empat dirham dan empat belas juzuk daripada sembilan belas dirham daripada satu dirham751. 4202. Jika dua orang melukai perburuan dengan serentak dan adalah kedua luka itu membunuh dengan segera atau melumpuhkan, atau adalah luka salah seorang daripada keduanya membunuh dan luka yang seorang lagi melumpuhkan dan diihtimalkan melumpuhkan itu dengan keduanya atau dengan salah seorang daripada keduanya, maka pada segala rupa masaalah ini adalah perburuan itu milik bagi kedua mereka, sekalipun tidak sama kadar dua luka itu atau adalah luka salah seorang daripada mereka itu memutuskan sekelian halkum dan mari. 4203. Sunat pada rupa masaalah yang terkemudian ini bahawa setiap daripada kedua mereka minta halal daripada taulannya. 4204. Jika ada luka salah seorang daripada kedua mereka itu membunuh dan luka yang seorang melumpuhkan sahaja nescaya adalah perburuan itu bagi yang empunya luka yang membunuh kerana tersendiri752 dia dengan sebab milik, dan tidak ada dhoman atas yang empunya luka yang melumpuhkan itu kerana dia melukai perburuan yang mubah. 4205. Jika dua orang melukai perburuan dengan beraturan pada hal adalah luka yang seorang itu membunuh dan yang seorang lagi melumpuhkan, dan tidak diketahui ‘ain yang terdahulu daripada keduanya, maka perburuan itu haramlah dimakan kerana dimenangkan yang mengharamkan jua. Bermula, beraturan dan serentak itu adalah dengan kena753 jua, bukan pemulaan memanah dan melontar. Wallahu a’lam.
751
. 1 bahagi 19 kali 14 = 4.7.
752
. tertunggal.
753
. kena pada haiwan itu.
ﻤ ِﺔ ﻁ ِﻌ ﺏ ﺍ َﻷ ﹾ ِﻜﺘﹶﺎ xx KITAB MAKANAN 4206. Ini kitab pada menyatakan apa yang halal dan apa yang haram dimakan daripada makanan-makanan. Bermula, mengenal yang halal dan yang haram daripada makanan itu adalah wajib. Maka ianya sebahagian daripada perkaraperkara yang paling muakkad daripada perkara-perkara yang penting pada agama kerana pada memakan atau meminum yang haram itu ada janjian siksa yang amat sangat yang telah diisyaratkan kepada sebahagiannya oleh sabda nabi sawm “ﻪ ﻭﻟﹶﻰ ﹺﺒ ﺭ َﺃ ﺍ ﹴﻡ ﻓﹶﺎﻟﻨﱠﺎﺤﺭ ﻥ ﻤ ﺕ ﹶﺤﻡﹴ ﹶﻨﺒ ﻱ ﹶﻟ ” َﺃartinya : barang mana daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka api neraka terutama dengannya. 4207. Bermula, dalil yang menyebutkan hukum halal dan haram itu firman Allah taala “ﺙ ﺎﺌِ ﹶﺨﺒ ﻡ ﺍ ﹾﻟ ﹶ ﻴ ﹺﻬ ﻋﹶﻠ ﻡ ﺤﺭ ﻴ ﻭ ﺕ ﺎﻴﺒ ﻁ ﻡ ﺍﻟ ﱠ ﻬ ل ﹶﻟ ﺤﱡ ﻴ ﻭ ” artinya : Allah taala menghalalkan bagi mereka itu akan makanan-makaan yang baik dan diingini nafsu dan mengharamkan keatas mereka itu makanan-makanan yang buruk yang dibenci nafsu. Dan lagi firman Allah taala yang maha tinggi “ ﻡ ﺤلﱠ ﹶﻟﻜﹸ ل ُﺃ ْ ﻡ ﹸﻗ ﻬ ﺤلﱠ ﹶﻟ ﺎ ﺫﹶﺍ ُﺃ ﻤﻭ ﹶﻨﻙ ﺴَﺄﹸﻟ ﻴﻭ ﺕ ﺎ ﹸﻴﺒ ﻁ ”ﺍﻟ ﱠartinya: mereka bertanya kamu wahai Muhammad : apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakan : dihalalkan bagi kamu makanan yang baik iaitu yang dibilangkan baik oleh nafsu yang sejahtera keinginannya. 4208. Syahadan. Halal sekelian haiwan laut iaitu haiwan yang tidak hidup melainkan didalam air laut atau selainnya atau hidup didarat tetapi tidak kekal hidupnya, samaada ia daripada jenis ikan yang masyhur atau selain daripadanya dan samaada dagingnya timbul atau tenggelam, sekalipun ia serupa dengan rupa haiwan darat yang haram, seperti rupa anjing dan babi dan barang sebagainya, maka iaitu halal memakannya dengan sebarang hal matinya melainkan jika ia mempunyai racun seperti buntal atau memudharatkan akal atau badan kerana firman Allah taala “ﻪ ﻤ ﺎﻁﻌ ﻭ ﹶ ﺤ ﹺﺭ ﺒ ﺩ ﺍ ﹾﻟ ﻴ ﺼ ﻡ ﺤلﱠ ﹶﻟ ﹸﻜ ” ُﺃartinya : dihalalkan bagi kamu perburuan laut dan makanannya. Dan lagi sabda nabi sawm “ ﻪ ﹶﺘ ﹸﺘﻤﻴ ل ﺤﱡ ﻩ ﺍﻟ ُﺎﺅﺭ ﻤ ﻭ ﻬ ﻭ ﺍﻟﻁﱡ ﻫ ” artinya : laut itu suci airnya lagi halal bangkainya. 4209. Diketahui daripada itu halal isi tiram dan karang dan indung mutiara kerana sekelian haiwan itu didalam air jua dan tidak tahan hidupnya didarat dan tidak mempunyai bisa, akan tetapi jika ada satu bagai daripadanya yang hidup didarat atau mempunyai bisa maka ianya haram. 4210. Haram sekelian haiwan yang hidup didalam air dan didarat seperti penyu dan bidawang dan biyuku dan kura-kura dan belangkas dan katak kerana ditegah membunuhnya, dan buaya dan nisnas iaitu sejenis haiwan seperti rupa manusia tetapi melompat diatas satu kakinya mempunyai satu mata keluar ia dari dalam air dan boleh berkata-kata dan membunuh manusia apabila bertemu dengannya didapati ia dipulau negeri Cina, dan ketam. Adapun rajungan maka ianya halal kerana ia tidak hidup melainkan didalam air lagi pula tidak mempunyai bisa. 4211. Haram ular kerana ia mempunyai bisa sekalipun hidupnya hanya didalam air. Adapun belut maka ianya halal kerana ia tidak hidup melainkan didalam air jua dan lagi ia tidak memudharatkan. Demikian lagi kelambuai dan gondang kerana ia kekal hidupnya didarat. Adapun liling dan siput maka jika kekal hidupnya didalam air maka ianya halal dan jika kekal hidupnya didarat maka ianya haram. 4212. Adapun danilas yang didapati di Mesir maka bersalah-salahan ulamak pada halalnya. Kata setengah ulamak halal ia kerana ia tidak hidup melainkan didalam air jua. Inilah kaul yang diiktimadkan oleh Ibnu ‘Adlan. Kata setengah ulamak bahawa danilas itu haram kerana ia berasal dari kejadian ketam.
4213. Syahadan. Danilas itu bukannya kelambuai, bersalahan dengan sangkaan sebahagian pelajar kerana danilas tidak hidup melainkan didalam air sepertimana yang isebutkan oleh syeikh Khatib Syarbini didalam Hayatul Hayawan dan Mughni. Adapun kelambuai maka ia lama hidup didarat dengan dengan musyahadah. 4214. Diihtimalkan bahawa danilas itu kima atau indung mutiara atau tiram atau karang atau seumpamanya kerana ia tidak hidup melainkan didalam air jua. Maka jika kima atau andung mutiara atau tiram atau karang itu adalah ‘ain danilas atau seumpama danilas maka berlakulah khilaf pada halalnya. Wallahu a’lam. 4215. Bermula, segala binatang yang didarat yang halal memakannya adalah unta dan sapi dan keldai liar, tidak keldai peliharaan. Demikian lagi halal dubu’ kerana hadith bahawa ia perburuan yang dimakan dan lagi kerana bahawa taringnya itu lemah tidak memangsa lagi berhaid ia. Halal dhab iaitu haiwan yang dikenali ditanah arab seperti kelakuan biawak tetapi pendek kakinya dan tangannya dan pendek ekornya, bagi yang jantan dua zakar dan bagi yang bertina dua faraj, tidak tanggal giginya hingga dia mati kerana bahawa nabi sawm pernah membiarkan para sahabatnya memakan dhab dihadapannya dan tidak dia menegah mereka darinya, kemudian ditanya dia tentang halalnya. Nabi sawm tidak memakannya hanyalah kerana dia tidak biasa memakannya dan tidak mencitanya. 4216. Demikian lagi halal arnab kerana bahawa nabi sawm memakannya. Riwayat Bukhari. Ia adalah haiwan yang pendek dua tangannya panjang dua kakinya. Demikian lagi halal tha’lab kerana bahawa ia setengah daripapa haiwan yang dibilangkan baik. Bermula dua hadith yang menyatakan haramnya maka iaitu sangat dhaif. Demikian lagi halal yarbu’ iaitu haiwan yang sangat panjang dua kakinya dan pendek dua tangannya warna tubuhnya seperti warna kijang, kerana ia sebahagian daripada haiwan-haiwan yang baik dagingnya dan lagi pula taringnya lemah. 4217. Demikian lagi halal landak. Tersebut didalam Hayatul Hayawan bahawa landak itu dua bagai, satu yang besar seperti anjing yang ada pada bumi Syam dan Iraq, keduanya yang kecil seperti tikus yang ada pada bumi negeri Mesir. Demikian lagi halal sinjab iaitu haiwan seperti yarbu’ lebih besar dari tikus dan bulunya halus lagi lembut kulitnya diperbuat baju yang dipakai oleh mereka yang mempunyai kekayaan dinegeri Istambul dan Syam dan Mesir, adalah banyak ujudnya dinegeri Sicili dan Turki. Demikian lagi halal qaqam iaitu haiwan yang serupa dengan sinjab dan kulitnya diperbuat baju. Demikian lagi halal fanak iaitu haiwan yang kulitnya diperbat baju kerana halusnya dan lembutnya. Demikian lagi halal sammur iaitu haiwan yang serupa dengan sinnur. 4218. Haram baghal dan keldai peliharaan dan setiap yang mempunyai taring yang kuat yang menguasai dengannya seperti macan yang besar dan macan dahan dan beruang dan gajah dan singa dan anjing dan babi dan kera dan badak dan kubung dan kucing peliharaan dan kucing liar dan memerang dan musang dan tenggalung dan tupai dan tenggiling dan katak dan kongkang dan cicak dan tokai dan mengkarung. 4219. Haram tiap-tiap haiwan yang disunatkan membunuhnya seperti ular dan kala dan gagak belang dan tikus dan tiap-tiap binatang yang memudharatkan seperti lipan. 4220. Haram “ ”ﻜﻠﻤﺎﺒﺭdan “ ”ﺍﻟﻤﻨﺩﺭdan cacing dan kesesuruk dan cengkerik dan semut dan lipas dan penyengat dan tebuan dan kumbang dan kerawai dan lebah
dan lalat dan berenga dan nyamuk dan rengit dan bari-bari dan ulat lebah iaitu ulat yang jadi lebah dan pacat dan kemangka.754 4221. Haram sekelian burung yang menyambar dan mencabut makanan dengan kuku seperti rajawali dan helang dan tembunu dan nuri dan kakaktua dan atat dan serindit dan tancur. 4222. Tersebut didalam Hayatul Hayawan bagi syeikh Damiri bahawa halal ghatas iaitu burung yang menyelam didalam air kerana mencari ikan sebagai makanannya, apabila dia mendapat ikan dibawanya timbul maka dimakannya, maka iaitu halal dan jika lama masa dia menyelam sekalipun, maka iaitu seperti nidang. Haram baghathah iaitu burung yang putih yang lambat terbangnya dan tiung. Demikian lagi haram merak dan keluang kalampung dan kelawar dan tuling dan butbut dan takut-takut dan burung hantu. 4223. Demikian lagi haram burung yang ditegah daripada membunuhnya seperti belatuk dan burung layang-layang. Halal burung kasawari dan tiap-tiap yang minum air dengan tidak bernafas dan yang bersuara dengung dengan berturutturut seperti merpati dan tekukur dan sekelian burung yang kecil seperti pipit dan belatuk dan jika berlain-lainan warnanya dan bagainya sekalipun. 4224. Halal ayam peliharaan dan ayam hutan dan itik dan angsa dan belibis. Demikian lagi halal gagak perhumaan iaitu yang hitam lagi kecil, dan haram tiaptiap haiwan yang jadi diantara yang dimakan dan yang tidak dimakan dengan yakin seperti yang jadi diantara macan dahan dan dubu’ dan yang jadi diantara anjing dan kambing dengan yakin. 4225. Keluar dengan kata yakin oleh keadaan jika kambing beranakkan anjing dan tidak diketahui yang menjantannya; anjingkah ia atau kambing jua, maka anjing anak kambing itu halal dimakan seperti kata imam Bughawi dan Qadhi kerana rupa kejadian haiwan itu terkadang menyalahi rupa asalnya. Akan tetapi yang warak hendaklah meninggalkannya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan didalam Nihayah. 4226. Masaalah. Jikalau Allah taala mengubah kejadian binatang halal seperti kambing kepada binatang haram seperti anjing atau ‘akasnya maka adakah dikira halnya yang dahulu iaitu hal yang sebelum ia diubahkan atau dikira halnya yang kemudian iaitu hal yang ia diubahkan kepadanya? Maka tiap-tiap daripada keduanya itu muhtamal, akan tetapi yang muktamad adalah ditilik ; jika digantikan oleh Allah taala akan zatnya dengan zat yang lain maka dikira halnya yang kedua dan jika tidak digantikan zatnya dengan zat yang lain hanya yang digantikan itu sifatnya jua maka dikira halnya yang pertama. 4227. Masaalah. Jikalau dibawa harta rampasan kepada seorang wali kemudian harta itu menjadi darah kerana karamahnya kemudian kembali semula kepada sifat asalnya atau kepada sifat yang lain adakah halal memakannya atau tidak? Bermula, yang muktamad tidak halal memakannya kerana ia dengan sebab kembalinya kepada keadaannya sebagai harta kembalilah milik si pemilik padanya. Tidak ada dhoman diatas wali itu sebab dia menukarkan harta itu kepada darah. 4228. Bermula, sekelian haiwan yang tidak ada padanya nas dari Quran dan hadith pada menghalalkan atau mengharamkannya dan tidak ada nas pada apa yang menunjuk keatas halalnya atau haramnya seperti suruhan membunuhnya atau tegahan daripada membunuhnya maka ditilik ; jika ia dibilangkan baik oleh kaum arab yang tinggal dipekan atau dikampung lagi yang mempunyai tabiat yang sempurna lagi mempunyai kekayaan pada masa murah makanan dan mau mereka itu memakannya maka haiwan itu halal dimakan, dan jika mereka tidak 754
. pada asal “ ”ﺩﺍﻥ ﻛﻨﺪﻭﻍ ﻻﻭﺳﻔﺎﺗﻎdengan dua nga. Wallahu a’lam.
membilangnya baik bahkan membilangnya buruk dan benci daripada memakannya maka haiwan itu haram dimakan, kerana bahawa Allah taala menambatkan halal itu dengan yang baik yang diingini oleh tabiat nafsu yang sejahtera dan menambatkan haram itu dengan yang buruk yang dibenci oleh tabiat nafsu itu, maka mustahil pada adat boleh muafakat sekelian manusia didalam alam ini pada membilangkannya baik atau jahat kerana bersalah-salahan tabiat sekelian manusia maka tertentulah bahawa yang dikehendaki pada membilangkannya baik atau jahat itu adalah sebahagian manusia jua, dan kaum arab itu lebih utama daripada yang lain kerana mereka itulah yang terafdhal lagi yang terlebih baik tabiat lagi yang lebih sempurna akal. Dari kerana inilah dijadikan pesuruhNya nabi kita Muhammad sawm daripada bangsa arab dan diturunkan Quran dengan bahasa arab dan pecakapan isi syurga dengan bahasa arab seperti yang tersebut didalam satu hadith. 4229. Jika bersalah-salahan mereka pada membilang baik atau buruknya maka hendaklah diikut yang ramai. Jika bersamaan mereka itu pada ramai maka hendaklah diikut yang bangsa Quraisy daripada mereka itu kerana bangsa Quraisy itu lebih sempurna akal. Maka hendaklah diamalkan apa yang mereka sebutkan daripada halalnya atau haramnya. Maka jika bersalah-salahan pula kaum Quraisy dan tidak diperoleh syeikh yang merajihkan atau sekelian mereka itu syak padanya atau berdiam diri tidak mereka membilang baik atau buruk atau tidak diperoleh kaum arab didalam negeri itu atau tidak ada bagi haiwan itu nama pada bahasa arab maka hendaklah diperhubungkan haiwan itu dengan haiwan halal yang serupa dengannya pada rupa atau tabiat atau rasa daging. Akan tetapi didulukan serupa pada tabiat kemudian maka serupa pada rasa daging kemudian maka serupa pada rupa. 4230. Jika bersamaan dua syibih atau tidak diperoleh baginya syibih maka halallah haiwan itu kerana firman Allah taala “ﺎﺭﻤ ﺤ ﻤ ﻲ ﻲ ِﺇﹶﻟ ﺤ ﻭ ﺎ ُﺃﻴﻤ ﻓ ﺩ ﺠ ﻻ َﺃ ﹺ ل ﹶ ْ ” ﹸﻗartinya : katakan wahai Muhammad tidak aku dapati pada apa yang Allah wahyukan kepada ku akan yang diharamkan, hingga akhir ayat. 4231. Adapun jika cedera satu syarat daripada syarat-syarat yang tersebut pada kaum arab itu maka mereka itu tidaklah kebilangan kerana tidak ujud kepercayaan pada mereka pada ketika itu. 4232. Makruh memakan daging atau telur jallal artinya haiwan yang memakan najis jika berubah rasanya atau warnanya atau baunya, samaada binatang itu na’am atau selainnya seperti burung dan ayam dan itik tetapi jika hilang perubahannya dengan sebab diberi makan dengan yang suci atau yang kena najis atau hilang perubahannya dengan tidak diberi makan hilanglah karahahnya. Tidak hadkan bagi lama masa memberi makan itu. 4233. Adapun menghadkan masa memberi makan dengan empat puluh hari pada unta dan tiga puluh hari pada sapi dan kerbau dan tujuh hari pada kambing maka iaitu berlaku diatas yang ghalib jua. Adapun hilang perubahannya dengan dibasuh atau dengan dimasak maka iaitu tidak menghilangkan karahannya. 4234. Demikian lagi makruh memakan anak kambing yang dipelihara dengan diberi minum susu anjing jika berubah dengannya oleh dagingnya. Tidak makruh memakan buah perhumaan dan tumbuh-tumbuhan yang dipelihara dan dijirus pohonnya dengan najis seperti kumuh kerana tidak nyata kesan najis padanya. Akan tetapi jika nyata bau najis padanya maka iaitu makruh jua. 4235. Jika kambing diberi makan dengan makanan yang haram didalam beberapa masa yang lama tidaklah jadi haram kambing itu seperti yang dikatakan oleh imam Ghazali dan Ibnu Abdussalam kerana bahawa kambing itu halal pada dirinya dan haram makanannya itu hanyalah pada pihak pemilikkan orang yang lain jua.
4236. Syahadan. Jika makanan atau minuman yang cair terkena najis seperti cukadan hurah755 dan mawar dan minyak sapi haramlah memakan dan meminumnya kerana sukar menyucikannya. Adapun yang beku maka hendaklah dibuang najis dan barang yang pada kelilingnya dan harus memakan barang yang tinggal daripadanya. 4237. Tidak haram memakan daripada benda suci melainkan tanah dan batu dan kaca dan barang sebagainya bagi sesiapa yang kemudharatan dengannya. Bersalahan orang yang tidak kemudharatan dengannya maka tidaklah haram memakan yang demikian itu diatasnya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dan Nihayah. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa napi yang diperbuat dari tanah tidak haram memakannnya diatas sesiapa yang tidak kemudharatan dengannya. 4238. Demikian lagi haram racun dan sekelian bisa sekalipun sedikit, melainkan pada orang yang tidak kemudharatan dengan racun dan bisa itu maka tidaklah haram dia memakannya. Demikian lagi haram memakan rumput dan laban yang disangkakan ada racun dan bisa padanya, dan laban yang disangkakan tidak boleh dimakan. 4239. Haram memakan barang yang memabukkan kerana memudharatkan akal. Demikian lagi haram memakan apa yang banyak daripada afiun dan kumkuma dan fal dan anbar dan kanji jika banyaknya itu sampai kepada had memabukkan. Adapun jika yang dimakannya itu sedikit jua sekira-kira tidak terhasil mabuk dengannya maka iaitu tidak haram, samaada sebagai ubat atau selainnya. 4240. Haram memakan tiap-tiap yang asalnya cemar bagi tabiat orang yang sejahtera iaitu seperti hingus dan mani dan kahak dan peluh. Adapun yang cemar kerana mendatang seperti air pembasuh tangan dan daging busuk maka tidak haram hanya makruh jua seperti belacan dan pema’adi dan wadi756 dan pekasam. Adapun air liur selama ia masih lagi pada tempatnya didalam mulut maka iaitu tidak cemar. Maka dari kerana ini adalah nabi sawm menghisap dengan mulutnya akan lidah Siti Aisyah r.a. 4241. Masaalah kalau jatuh bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir kedalam periuk daging yang dimasak pada hal adalah bangkai itu sedikit jua sekira-kira tidak hasil cemar apa yang didalam periuk itu dengannya atau jatuh kedalamnya sedikit daripada daging manusia nescaya tidaklah haram memakan sekelian yang didalam periuk itu, bersalahan imam Ghazali pada masaalah yang kedua. 4242. Jika jatuh kumuh kedalam air yang dua kolah atau lebih dan air itu tidak berubah nescaya harus memakai sekeliannya, seperti barang yang tersebut kenyataannya didalam bab bicara air. 4243. Bermula, harta yang terhasil dengan usaha tubuh badan yang berlumur dengan najis seperti upah buang darah dengan bekam dan menyapu sampah dan cemar dan upah menggali jamban adalah makruh memakannya bagi orang yang merdeka. Sunat dia memberikan harta itu sebagai makanan hamba dan binatangnya jua. Tidak haram ia kerana bahawa nabi sawm adalah dia memberi upah kepada orang yang membuang darahnya dengan bekam, kerana kiranya upahnya itu haram nescaya tidaklah diberikan oleh nabi sawm, kerana kaedah mereka itu sekira-kira haram mengambil satu harta haramlah memberikannya, seperti upah orang yang menyarik, melainkan kerana dharurat seperti memberikan harta kepada orang yang zalim atau qadhi kerana takut kepadanya, 755 756
. pada asal “”ﺳﻔﺮﰐ ﺟﻮﻛﺎ ﺩﺍﻥ ﻫﻮﺭﻩ. . ikan yang diproses seperti pekasam.
maka iaitu haram mengambil dan tidak haram memberi kerana dharurat takut kepadanya. 4244. Tidak makruh memakan harta upah berbuang darah dengan berpentik kerana kurang beserta dengan najis. Demikian lagi tidak makruh harta upah mencukur dan upah berkawal dan bertuntut dan upah mencelup dan bertempa emas atau perak dan upah perempuan yang menyisir kerana sekelian pekerjaan itu tidak beserta dengan najis. Demikianlah yang tersebut didalam Nihayah. Kata Hasan : perusahaan perempuan yang menyisir dan yang menyolek itu haram kerana bahawa tidak sunyi pekerjaan itu daripada haram dan mengubah sifat kejadian makhluk Allah taala. 4245. Sunat bagi manusia berusaha menghasilkan nafkah dan belanja dirinya dan isi rumahnya barang sedapatnya. Maka jika dia lemah daripadanya maka hendaklah dia menghasilkan nafkan dan belanja dirinya sahaja. 4246. Tidak haram berjual beli dengan orang yang hartanya terbanyak haram, dan tidak haram memakan daripada hartanya. 4247. Bermula, usaha yang terafdhal itu adalah perhumaan kerana manfaatnya lebih umum dan mengerjakannya lebih hampir kepada tawakkal dan lebih sejahtera daripada perdaya dan khianat. Yang mengiringi perhumaan itu adalah usaha dengan kepandaian diri seperti menjahit atau menyurat atau bertukang atau barang sebagainya, kerana pada yang demikian itu lebih banyak penat lelah pada menuntut yang halal. Yang mengiringiya adalah berniaga. 4248. Syahadan. Apabila disembelih binatang halal yang bunting halallah anaknya yang mati didalam perutnya jika matinya disebabkan sembelihan ibunya. Maka diketahui yang demikian itu dengan tanda seperti terhenti geraknya kemudan daripada disembelih ibunya dengan tidak lama. Adapun jika lama gerak anak itu didalam perutnya selepas disembelih ibunya kemudian maka diamlah maka iaitu tidak halal. 4249. Demikian lagi halal anak itu jika ia keluar dari perut ibunya mengiringi sembelihan ibunya jika ia mati atau hidup dengan gerak mazbuh. Adapun jika anak itu keluar dalam keadaan hidup dengan hayat mustaqirrah maka tidak halal ia melainkan dengan disembelih, samaada keluarnya itu sebelum disembelih ibunya atau kemudiannya. 4250. Jika keluar kepala anak itu sebelum disembelih ibunya kemudian disembelih ia sebelum keluar sekelian tubuhnya maka ditilik ; jika anak itu hidup pada ketika itu halallah ia dengan muafakat syeikh Khatib Syarbini dan syeikh Ibnu Hajar dan syeikh Ramli. Jika anak itu mati maka tidak halal ia pada syeikh Khatib Syarbini dan halal pada syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah kerana yang keluar sebahagian tubuhya seperti hukum yang belum keluar sekeliannya jua. 4251. Kata syeikh Bulqini : tempat halal anak itu jika tidak diperolehi pada matinya sebab yang lain daripada sembelihan ibunya. Adapun jika diperoleh pada matinya itu sebab yang lain daripadanya seperti dipalu perut ibunya maka berhentilah dengannya gerak anak yang ada didalam perutnya kemudian maka ibu itu disembelih maka didapati anaknya mati didalam perutnya maka iaitu tidak halal kerana diihtmalkan matinya dengan sebab palu itu. 4252. Syahadan. Orang yang maksum yang sangat berhajat kepada makanan atau minuman dan tidak dia perolehi yang halal serta dia takutkan binasa dirinya kerana lapar atau dia takutkan penyakit yang membawa kepada binasa dirinya atau barang sebagainya daripada tiap-tiap yang mengharuskan tayammum, atau ketinggalan daripada kafilah jika safarnya mubah, dan dia dapati makanan atau minuman yang haram yang tidak memabukkan seperti bangkai atau darah sekalipun daripada yang mughallazah nescaya wajiblah atasnya memakannya atau meminumnya kerana memelihara dirinya daripada binasa, kerana firman
Allah taala “ﻡ ﺴ ﹸﻜ ﻻ ﹶﺘ ﹾﻘ ﹸﺘﻠﹸﻭﺍ َﺃ ﹾﻨ ﹸﻔ ﹶ ” ﻭartinya : jangan kamu bunuh diri kamu. Adapun jika yang haram itu memabukkan maka tidak harus dia memakannya atau meminumnya kerana lapar atau dahaga. 4253. Demikian lagi wajib diatasnya makan atau minum yang haram sebab lapar atau dahaga tatkala ketiadaan yang halal jika dia takut lemah dari berjalan atau takut tertinggal daripada taulannya yang terhasil mudharat padanya sebab ketinggalan itu. Memadailah ghalib zannya pada terhasil mudharat itu. Jika bersamaan pada sangkaannya diantara selamat dan binasa dirinya dengan tidak makan atau minum yang haram nescaya halallah dia memakannya atau meminumnya. 4254. Tetapi barang siapa yang hampir mati seperti bahawa dia sampai kepada satu keadaan yang tidak hidup dia padanya sekalipun dia dia makan maka tidaklah harus dia makan atau minum yang haram kerana tidak ada faedahnya. 4255. Kalau seorang perempuan sangat berhajat kepada makanan dan seorang lelaki yang mempunyai makanan enggan memberikannya melainkan dengan dia berzina dengannya nescaya tidaklah harus perempuan itu berzina dengannya, kerana bahawa paksaan atas zina dengan bunuh umpamanya tidak mengharuskan zina. 4256. Adapun musafir pada safar maksiat maka tidak harus baginya memakan atau meminum yang haram hingga dia bertaubat darinya. 4257. Demikian lagi orang yang tidak maksum iaitu murtad dan kafir harbi maka tidak harus baginya makan atau minum yang haram melainkan jika kedua mereka masuk Islam. Demikian lagi orang yang meninggalkan sembahyang dan pemotong jalan, tidak diharuskan dia makan atau minum yang haram hingga mereka taubat. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah dengan dinakalkan dari Bulqini. Inilah hukumnya pada yang selain penzina muhsan. 4258. Adapun penzina muhsan maka diharuskan dia makan atau minum yang haram dengan tidak terhenti diatas taubat kerana taubatnya itu tidak menolak hukum bunuh yang mengadap keatasnya dan lagi tidak disuruhkan ia dengan membunuh dirinya. 4259. Jikalau seorang mendapat sedikit makanan halal wajiblah dia mendulukannya daripada yang haram. Jika dia zan akan mendapat makanan yang halal pada masa yang hampir sekira-kira dia tidak takutkan binasa dirinya sebelum sampai kepada makanan itu nescaya tidaklah harus dia memakan daripada yang haram melainkan sekadar terpelihara rohnya daripada binasa. Tidak harus dia memakannya hingga kenyang dengan tidak ada khlilaf. 4260. Jika dia tidak zan akan mendapat makanan yang halal pada masa yang hampir maka padanya dua kaul ; satu daripadanya harus dia memakan daripada yang haram hingga kenyang, dan kaul yang kedua iaitu yang muktamad tidak harus dia memakan daripada yang haram melainkan sekadar terpelihara rohnya daripada binasa, dan tidak harus dia makan pada ketika itu melainkan jika dia takutkan mudharat yang mengharuskan tayammum. Maka pada ketika itu harus baginya makan kenyang sekadar memecahkan kepedihan757 lapar jua. 4261. Kalau dia memakan yang haram dengan kenyang kemudian dia mendapati makanan yang halal nescaya wajiblah dia memuntahkan makanan yang telah dimakannya dengan sedapatnya jika tidak terhasil dengannya masyaqqah yang tidak tertanggung pada adatnya. 4262. Wajib atas musafir berbekal dengan yang haram jika tidak ada harapannya bertemu dengan yang halal didalam safarnya. Jika diharapnya yang demikian itu maka tidak wajib berbekal dengannya hanya harus jua, bahkan kata Qaffal : tidak 757
. pada asal “keluasan”.
ditegah seorang daripada memakan bangkai yang kering sekalipun tidak kerana dharurat. 4263. Demikian lagi harus ia bagi orang yang maksum yang sangat kelaparan bahkan wajib diatasnya memakan mayat manusia yang dihormati yang selain mayat nabi jika tidak diperolehnya yang lain daripada mayat manusia, sekalipun bangkai anjing dan babi. Adapun mayat nabi maka tidak harus orang yang sangat kelaparan memakannya dengan tidak ada khilaf. 4264. Demikian lagi tidak harus bagi kafir zimmi yang sangat kelaparan memakan mayat manusia yang Islam. Apabila harus memakan mayat manusia hendaklah dimakannya dengan mentahnya dan tidak harus dia memasaknya atau memanggangnya758 jika mayat itu dihormati diatas kata syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah, atau tidak ia dhormati sekalipun diatas kata syeikh Ramli didalam Nihayah. 4265. Demikian lagi wajib diatas orang yang maksum membunuh orang yang tidak maksum untuk dimakan, iaitu kafir murtad dan kafir harbi dan penzina muhsan dan orang yang memotong jalan dan yang meninggalkan sembahyang dengan syaratnya dan orang yang ada qisas diatasnya, sekalipun tidak dengan izin imam kerana dharurat. 4266. Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawa kalau mereka itu sangat lapar nescaya tidaklah wajib diatas seorang jua pun memberi mereka itu makan. 4267. Tidak harus bagi yang maksum membunuh kafir zimmi dan kafir musta’man kerana bahawa keduanya itu maksum jua, akan tetapi harus baginya membunuh kanak-kanak dan perempuan harbi untuk dimakan sebab dharurat. Demikian lagi harbi yang khunsa dan harbi yang gila dan sahaya mereka itu kerana sekelian mereka itu tidak maksum. Adapun haram membunuh mereka itu hanyalah kerana memelihara hak orang-orang yang berhak kepada ghanimah jua. 4268. Kalau seorang yang kebuluran mendapat makanan milik seorang yang ghaib dan tidak diperolehnya yang lain wajiblah dia memakannya sekadar yang terpelihara rohya daripada binasa atau sekadar kenyang yang memecahkan kepedihan laparnya, sekalipun dia seorang yang papa, kerana dharurat. Wajib diatasnya apabila kuasa membayar nilainya jika makanan itu diperharga atau membayar yang seumpamanya jika ianya seumpama, kerana memelihara hak tuan punya makanan itu. Jika tuan punya makanan yang ghaib itu kebuluran juga tidaklah harus dia memakannya jika ghaibnya itu hampir sekira-kira dapat dia menghilangkan dharuratnya dengan makanan itu sahaja tidak dengan makanan yang lain. 4269. Kalau seorang yang kebulur yang selain nabi mendapat makanan orang yang hadhir yang juga kebulur nescaya tidaklah wajib tuan punya makanan itu memberikan makanan itu kepadanya jika dia lebih daripadanya kerana tuan punya makanan itu lebih utama dengannya kerana sabda nabi sawm “ﻙﺩ ْﺃ ﺒﹺ ﹶﻨ ﹾﻔﺴ ﺒ ” ِﺇ artinya : hendaklah kamu mulakan dengan diri kamu. 4270. Akan tetapi sunat dia memberikan kepadanya jika yang kebulur itu Islam lagi maksum kerana yang demikian itu sebahagian daripada sifat terpuji yang Allah taala puji segala mereka yang bersifat dengannya didalam Quran, firmanNya “ﺎﺼﻀ ﹲﺔﺨﺼ ﻡ ﹶ ﻥ ﹺﺒ ﹺﻬ ﻭ ﻜﹶﺎ ﻭﹶﻟ ﻡ ﻬﹺﻋﻠﹶﻰ َﺃ ﹾﻨ ﹸﻔﺴ ﻥ ﻭ ﺭ ﺜ ﻴ ْﺅ ﻭ ” artinya : dan mereka itu memilih759 orang lain diatas diri mereka sekalipun mereka itu berhajat.
758
. mengobornya.
759
. iaitu menguamakan orang lain dari diri mereka sendiri.
4271. Adapun orang Islam yang tidak kebuluran dan kafir zimmi dan binatang dan orang Islam yang tidak maksum maka haram diatas yang kebuluran memberikan makanannya kepada mereka itu. Adapun jika makanan itu lebih dari hajatnya sekadar memelihara rohnya daripada binasa maka wajib diatasnya memberikan apa yang lebih itu kepadanya. 4272. Adapun jika orang yang kebuluran yang mendapat makanan itu seorang nabi maka wajiblah diatas tuan punya makanan itu memberikan makanannya kepada dia sekalipun nabi itu tidak meminta makanannya itu. 4273. Jika seorang yang kebulur mendapat makanan milik seorang yang hadhir yang tidak lapar sangat wajiblah tuan punya makanan itu memberikannya kepada yang kebuluran itu jika dia maksum, Islam atau kafir zimmi atau musta’man, sekadar yang terpelihara roh dia dengannya daripada binasa atau sekadar kenyang yang memecahkan kepedihan laparnya. Maka jika tuan makanan itu enggan haruslah dia mengerasinya diatas mengambilnya sekalipun dengan membunuhnya kerana bahawa tuan makanan yang enggan itu menjadi dipercumakan darahnya sebab enggannya dari memberikan makanannya kepadanya. Jika tuan makanan itu membunuh orang yang kebulur itu wajiblah qisas diatasnya. Akan tetapi jika dia mati kerana lapar sebab tuan makanan itu enggan memberikan makanannya tidak ada dhoman diatas yang enggan itu. 4274. Syahadan. Tidak wajib atas tuan makanan bagi orang yang kebuluran melainkan dengan bayaran yang tunai iaitu harga seumpama jika bayarannya itu hadhir. Jika ia tidak hadhir kerana ghaib hartanya maka dengan bayaran yang ditangguhkan hingga dia sampai kepada hartanya. Jika dia memberikan makanannya kepada yang kebuluran dengan tidak menyebutkan bayarannya nescaya tidak ada bayaran baginya kerana cuainya. 4275. Jika bersalah-salahan kedua mereka pada disebutkan bayaran seperti kata tuan makanan : tidak aku berikan makanan ku itu kepada engkau melainkan dengan menyebutkan bayaran, dan kata orang yang kebuluran : engkau birikannya kepada ku dengan tidak menyebutkan bayaran, nescaya dibenarkanlah tuan makanan itu dengan sumpahnya kerana jika kita tidak benarkan dia nescaya tidaklah gemar manusia pada memberi makan orang yang kebuluran, dan demikian itu membawa kepada mudharat. 4276. Jikalau seorang yang kebuluran mendapat makanan milik orang yang ghaib dan bangkai selain bangkai manusia yang dihormati atau seorang yang hihram yang kebuluran mendapat bangkai dan buruan yang hidup nescaya wajiblah dia memakan bangkai kerana tidak ada dhoman baginya. Adapun menyembelih buruan maka ianya haram. Maka jika disembelihnya jua nescaya jadilah ia bangkai lagi haram dia memakannya lagi wajib diatasnya dhoman. 4277. Jika dia mendapat bangkai dan daging perburuan sembelihan orang ihram nescaya haruslah dia khiar diantara keduanya atau dia mendapat perburuan yang hidup dan bangkai dan makanan orang lain maka dia diatas beberapa wajah, yang paling sahih daripadanya adalah wajib dia makan bangkai jua. 4278. Jika tidak didapati oleh orang yang kebulur yang ihram melainkan perburuan jua hendaklah dia menyembelihnya dan memakannya dan membayar fidyahnya, atau tidak didapati melainkan bangkai jua hendaklah dimakannya dengan tidak ada fidyah, atau didapatinya perburuan dan makanan orang yang lain hendaklah dimakannya perburuan itu kerana bahawa hak Allah taala dibina diatas musamahah760. Itupun jika tidak hadhir tuan makanan itu dan tidak dia berikannya kepadanya sekalipun dengan harga seumpama.
760
. kemaafan.
4279. Syahadan jika umumlah haram pada sekelian pihak bumi nescaya haruslah memakan daripada yang haram itu sekadar hajat kepadanya tidak lebih daripadanya. Akan tetapi tempatnya jika diharapkan akan dikenal tuan punya milik, dan jika tidak diharapkan yang demikian itu nescaya jadilah ia harta baitulmal, maka harus mengambil darinya sekadar apa yang dihakkannya. Demikianlah yang tersebut didalam Tuhfah. 4280. Harus bagi orang yang kebuluran menyiat761 satu juzuk daripada daging anggota dirinya untuk dimakan kerana memelihara dirinya dari binasa, dengan syarat jika tidak diperolehnya bangkai atau barang sebagainya yang boleh dimakannya. Dan lagi syaratnya jika dia tidak takutkan pada menyiatnya kebinasaan dirinya atau takutkan yang demikian itu terkurang daripada takutnya pada meninggalkannya. 4281. Adapun jika diperolehnya bangkai atau barang sebagainya atau takutnya pada menyiatkan itu bersamaan dengan takutnya pada meninggalkannya atau lebih daripadanya atau tidak ada takut melainkan pada menyiat jua nescaya haramlah dia menyiatnya. Haram dia menyiat satu juzuk daripada daging anggotanya untuk makanan orang lain, sekalipun dia kebuluran. Akan tetapi jika orang lain itu nabi nescaya wajiblah dia menyiatnya untuk makanannya. 4282. Haram diatas orang yang kebuluran menyiat satu juzuk daripada daging orang yang maksum untuk makanan dirinya. 4283. Bermula, maksum disini adalah sesiapa yang tidak harus dibunuh untuk dimakan. Adapun yang tidak maksum disini seperti harbi dan murtad dan muharib762 dan penzina muhsan dan orang yang meninggalkan sembahyang. Maka harus menyiat satu juzuk daripada daging tubuhnya untuk dimakan. Akan tetapi manakala kuasa diatas membunuhnya haramlah dimakan suatu daripadanya pada ketika hidupnya. 4284. Syahadan. Makruh memakan makanan yang halal lebih daripada kenyang kerana hasil mudharat kerananya. Kata syeikh Islam didalam syarah Raudh : tempat karahah itu pada makanan dirinya, adapun pada makanan orang yang menjamunya maka iaitu haram. 4285. Demikian lagi makruh mencela makanan yang tidak disukai suka kerana padanya menyakitkan hati, kerana tersebut didalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim bahawa nabi sawm tidak pernah mencela satu makanan yang dihadhirkan kepadanya hanya apabila dia inginkannya dia memakannya dan apabila dia tidak inginkannya maka tidak dimakannya dengan tidak dia mencelanya. Kata Zarkasyi: tempat karahah itu pada makanan yang dari orang lain. Adapun makanan dirinya sendiri maka tidaklah makruh mencelanya. 4286. Sunat makan disisi tepi pinggan dan makruh diatasnya dan ditengahnya. Sunat makan berkumpulan pada satu pinggan kerana Allah subhanahu wa taala menganugerahkan berkat pada makanan yang banyak tangan diatasnya tatkala memakannya kerana tersebut didalam hadith riwayat Abu Daud bahawa para sahabat berdatang sembah kepada rasulullah sawm maka sembah mereka itu : wahai rasulullah adalah kami makan tidak kenyang. Maka sabda rasulullah sawm: kamu makan sendiri-sendiri? Maka sembah mereka itu : bahkan. Maksudnya hamba makan berlain-lainan tempat - Maka sabda rasulullah sawm: berkumpulanlah kamu memakan makanan kamu dan sebutlah nama Allah taala nescaya Allah taala memberkati makanan kamu. 4287. Sunat mengucap “bismillah” pada permulaan makan dan jika dia lupa pada permulaan hendaklah dibaca pada tengahnya “bismillah awwalahu wa akhirahu”. 761 762
. ﻣﻴﺎﻳﺖdengan nya selepas mim. . penyerang iaitu seperti perempuan harbi yang menyertai perang. Wallahu a’lam.
Dan lagi sunat nyaring mengucap “bismillah” itu untuk mengingatkan orang lain. Sunat bercakap dengan cakap yang baik pada ketika makan. 4288. Dan lagi sunat tatkala selesai daripada makan mengucap “ ﺎﻴﺒ ﻁ ﺍ ﹶﻤﺩ ﺤ ﻪ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟ ﻪ ﻴ ﻓ ﺭﻜﹰﺎ ﺎﻤﺒ ” artinya : segala puji bagi Allah taala dengan puji yang banyak lagi yang baik yang diberkati padanya, atau mengucap “ ﻥ ﻤ ﻌﹶﻠﻨﹶﺎ ﺠ ﻭ ﻘﹶﺎﻨﹶﺎﺴﻤﻨﹶﺎ ﻭ ﻌ ﻁ ﻱ َﺃ ﹾ ﺫ ﻪ ﺍﱠﻟ ﺩ ِﻟﱠﻠ ﻤ ﺤ ﺍ ﹾﻟ ﻥ ﻴ ﻤ ﻠﺴ ﻤ ”ﺍ ﹾﻟartinya : segala puji bagi Allah taala yang menganugerahi kami makanan dan minuman dan yang menjadikan kami dari kalangan orang-orang Islam. 4289. Inilah akhir apa yang aku hendak kemukakan didalam kitab ini. Sungguh telah jatuh seleasi dari penulisannyadan pengumpulannya pada hari ahad yang dua puluh tujuh rabi’ulakhir daripada bulan-bulan tahun seribu seribu seratus sembilan puluh lima daripada tahun-tahun hijrah nabi diatas tuannya dari Tuhannya seafdhal-afdhal selawat dan sebersih-bersih penghormatan.
ﺴ ِﻠ ْﻴﻤًﺎ َآ ِﺜ ْﻴﺮًا ْ ﺳﱠﻠ َﻢ َﺗ َ ﺤ ِﺒ ِﻪ َو ْﺻ َ ﻋﻠَﻰ ﺁ ِﻟ ِﻪ َو َ ﺤ ﱠﻤ ٍﺪ َو َ ﺳ ﱢﻴ ِﺪﻧَﺎ ُﻣ َ ﻋﻠَﻰ َ ﷲ ُ ﺻﻠﱠﻰ ا َ َو ﻦ َ ب ا ْﻟﻌَﺎ َﻟ ِﻤ ْﻴ ﺤ ْﻤ ُﺪ ِﻟﱠﻠ ِﻪ َر ﱢ َ وَا ْﻟ
4290. Sempurna menyalin kitab yang berkat ini dengan taufik Allah pada hari sabtu 10 rabi’ tahni 1426. Nuruzzaman M.D