FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN IJAZAH SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING
SEMESTER 1 2014/2015
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA LANJUTAN
(SKPK 6123) TAJUK :
INDIVIDU YANG BERJAYA DALAM KERJAYA (TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA DONALD E. SUPER)
HAMMAD BIN MOHD SAIDI (P77601)
DISEMAK OLEH: EN. MOHD NORAHIM MOHAMED SANI
PENGENALAN
Setiap manusia pasti akan melalui proses-proses kehidupan yang bersistematik dan tersusun secara teratur dari peringkat bayi hingga ke tua. Proses-proses yang dimaksudkan b ermula dari peringkat manusia mempelajari pelbagai benda secara lansung mahupun tidak lansung untuk ia meneruskan kelansungan hidup ( survive). Jika ditanya kepada semua manusia apa tujuan mereka ke sekolah, ke universiti, belajar sehingga ke peringkat tertinggi dan sebagainya, mereka pasti akan memberi jawapan bahwa mereka inginkan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Hal ini kerana dengan pendidikan yang dialami melalui pelbagai peringkat sedikit sebanyak mempengaruhi diri seseorang tentang siapa mereka di masa akan datang. Sekiranya ditanya lagi bagaimana ingin dapatkan kehidupan yang baik mereka pasti akan memberi jawapan dengan mempunyai pekerjaan yang baik dan gaji yang baik. Oleh itu, boleh disimpulkan di sini semasa seseorang itu sudah berada di tahap kemuncak dalam kehidupannya iaitu pada tahap dewasa mereka pasti inginkan pekerjaan yang baik bagi menampung dirinya serta orang lain yang berada di bawah tanggungannya. Mempunyai sebuah pekerjaan adalah mudah, untuk selesa dengan pekerjaan juga tidak sukar. Namun begitu masih ramai lagi orang yang tidak berjaya untuk benar-benar berjaya dalam pekerjaan yang diceburi. Hal ini disebabkan mereka hanya mengambil jalan yang selamat sahaja asalkan cukup makan dan cukup untuk hidup. Berbeza dengan individu yang mampu mengecapi kejayaan dalam kerjayanya mereka adalah terdiri daripada individu yang berani dan sanggup mengambil risiko serta optimis dalam apa jua yang dilakukan. Justeru itu, penulisan ini dibuat bagi memberi inspirasi kepada semua agar mampu untuk mengecapi kejayaan dalam kerjaya. Penulisan ini memfokuskan kepada butiran-butiran penting tentang individu yang berjaya dalam kerjaya. Disamping itu, penulis juga mengaitkan kejayaan tersebut dengan merujuk kepada teori perkembangan kerjaya (Donald E. Super). Mari sama-sama diikuti siapa personaliti yang dipilih.
1. TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA DONALD E. SUPER
Teori perkembangan kerjaya Super telah diasaskan oleh Donald E. Super pada tahun 1957. Menurut Super, terdapat tiga unsur penting dalam pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada perkembangan kerjaya seseorang individu. Unsur – unsur tersebut adalah : a) Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses yang berlaku apabila individu melihat perbezaan dirinya dengan orang lain yang signifikan dalam hidupnya. b) Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenalpasti peranan individu yang signifikan dan sedar akan kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan. c) Perlaksanaan konsep kendiri iaitu keperlua latihan professional bagi satu-satu kerjaya yang dipiliha. Super yang menjadi pengasas kepada teori ini telah membahagikan perkembangan konsep kendiri kepada lima peringkat iaitu peringkat pertumbuhan sejak lahir hingga 14 tahun yang dicirikan dengan membentuk konsep kendiri. Peringkat penerokaan dari 15 hingga 24 tahu yang dicirikan dengan individu meneroka diri dan mula mengenali dunia pekerjaan. Peringkat pengukuhan dari 24 hingga 44 tahun yang dicirikan dengan individu cuba mendapatkan suatu konsep kendiri kerjaya yang lebih terjamin. Peringkat pengekalan dari 45 hingga 64 tahun yang dicirikan dengan individu telah kukuh kedudukan dan akan mengekalkan konsep kendirinya yang sedia ada. Peringkat penurunan dari 65 tahu ne katas yang dicirikan dengan individu kekurangan tenaga dan mula menukar konsep kendiri sesuai dengan kerja-kerja yang dilakukan ketika itu seperti bekerja sambilan.
2. PERSONALITI BIODATA NAMA
PERSONALITI
ISMAIL BIN MOHAMED NOR
TARIKH LAHIR
03 MEI 1971
TEMPAT LAHIR
ENDAU, JOHOR
ALAMAT PEKERJAAN ADIK-BERADIK KELUARGA
53, JALAN BAKTI 32, MUTIARA RINI, SKUDAI, JOHOR BAHRU PERUNDING PERANCANGAN BANDAR ANAK KE- 8 DARI 10 ORANG 1 ISTERI, 5 ANAK
Sebelum nukilan ini melangkah dengan lebih jauh lagi, permulaannya baik jika diterangkan serba sedikit mengenai sejarah dan keperibadian individu yang diberi nama Ismail Bin Mohamed Nor ini. Beliau telah dilahir pada 03 Mei 1971 (43 tahun) di Hospital Endau, Johor. Selain itu, beliau merupakan anak lelaki bongsu dalam 10 orang adik beradik. Disamping itu, beliau sekarang berkhidmat sebagai Perunding Perancang Bandar di daerah Johor Bahru, Johor. Pada tahun 1997 beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang guru bahasa Inggeris dan sehingga ke hari ini beliau telah dikurniakna dengan 5 orang cahaya mata iaitu 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Bapa beliau Mohamed Nor Bin Mohamed Seh merupakan seorang Pengawal Hutan. Manakala, ibu beliau Fatimah Bte Mahadi merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja beliau, beliau sering hidup berpindah randah terutamanya di dalam negeri Johor kerana tuntutan pekerjaan bapa beliau. Dalam ahli keluarga beliau, beliau merupakan seorang yang sangat rajin membantu ibu-bapa di rumah, beliau turut merupakan seorang anak yang taat dan pendiam. Berbeza dengan abang-abang beliau, beliau tidak banyak berbicara dan tidak nakal. Hal ini kerana bapa beliau ialah individu yang sangat tegas dan garang dalam mendidik anak-anak. Semasa zaman remaja, beliau sering menjaga dan memantau pergerakan adik-adik beliau di mana kedua-dua adiknya adalah wanita dan abang-abang serta kakak-kakaknya yang lain sudah merantau dengan pekerjaan masing-masing. Perkara ini telah menjadikan beliau seorang yang bertanggungjawab terutama kepada dalam keluarga. Hobi beliau adalah melukis dan beliau akan mengisi masa lapang dengan melukis.
3. LATARBELAKANG PENDIDIKAN
Bagi personaliti yang terpilih ini, pendidikan dan pe mbelajaran adalah sesuatu yang sangat penting dan berharga. Sehingga ke hari ini beliau sangat menitikberatkan mengenai pendidikan sama ada pendidikan dirinya sendiri mahupun pendidikan anak-anak beliau. Beliau akan memastikan diri beliau sentiasa ditambah dengan ilmu pengetahuan agar beliau dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan lancar. Beliau bermula sama seperti orang lain iaitu dengan bersekolah di sekolah kerajaan di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Beliau bijak merancang dengan memilih bidang yang bersesuaian dengan kebolehanan dan minatnya iaitu Diploma Perancangan Bandar. Sejak dari usia kanakkanak lagi beliau sangat gemar melukis dan hasil lukisannya sangat berkualiti dan baik.
LATARBELAKANG PENDIDIKAN
1995-1997
IJAZAH PERANCANGAN BANDAR, UTM, SKUDAI
1990-1993
DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR, UTM, SKUDAI
1984-1989
SMK SULTAN ABDUL JALIL KLUANG, JOHOR
1978-1983
SK LAKI-LAKI BANDAR TANGKAK, JOHOR
4. PENGALAMAN PEKERJAAN
Setelah beliau menamatkan pengajian dalam bidang diploma pada tahun 1993, beliau mula melangkahkan kaki masuk ke alam pekerjaan. Alasan utama beliau masuk ke alam pekerjaan adalah ingin mencari pengalaman dan merasakan pendapatan hasil dari titik peluh beliau sendiri. Disebabkan bidang yang beliau ceburi pada masa itu adalah sangat terhad akan orang yang berkemampuan dan memerlukan aplikasi kemahiran yang sebenar. Oleh itu, beliau bekerja selama dua tahun sebelum menyambung lagi pelajaran ke peringkat ijazah pertama bagi mencari peluang yang lebih baik dan cerah. Sehingga pada tahun 2001 beliau telah diiktiraf sebagai Jururancang Bandar Berdaftar ( Registered Town Planner ) daripada Pertubuhan Perancang Bandar Malaysia (MIP) dan Lembaga Perancangan Bandar Malaysia (LPBM). Akhirnya berkat dari doa ahli keluarga, ilmu dan pengalaman yang diperolehi beliau telah berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri di Johor Bahru.
PENGALAMAN PEKERJAAN
2002- kini
Mempunyai Sebuah Syarikat Jururancang Sendiri Menjadi Penysarah Jemputan di Fakulti Alam Bina, UTM, Skudai
2000-2001
Perancang Bandar Di MNF & Associates, Skudai Johor Bahru
Perancang Bandar di Jururancang Gemilang Sdn. Bhd, Damansara, 1997-1998
Selangor
Pembantu Jururancang Trafik (Traffic Planner) di MIG Group Sdn. Bhd, 1993-1995
Kg Pandan Kuala Lumpur
5. MENGENAI SYARIKAT
Pada Ogos 2001 dengan berbekalkan kemahiran, pengalaman dan dororangan dari orang di sekeliling, beliau telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu MIM CONSULTANTS. (Perunding Perancangan Bandar dan Pembangunan). Bermula dengan MIM CONSULTANTS di negeri Johor, sekarang ini beliau telah juga mempunyai sebuah lagi cawangan syarikatnya di Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang. PENERANGAN
SYARIKAT NAMA SYARIKAT
MIM CONSULTANTS. (PERUNDING PERANCANGAN BANDAR DAN PEMBANGUNAN)
ALAMAT
19A, JALAN JASA 25, MUTIARA RINI, SKUDAI, JOHOR BAHRU
TARIKH PENUBUHAN
OGOS 2001
SKOP SYARIKAT
Skop dan Bidang Kerja : 1. Melibatkan perancangan fizikal taman perumahan komersial, perindustrian dan sektor pelancongan 2. Menyediakan kajian potensi perancangan di peringkat tempatan dan nasional 3. Membuat kajian sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam mengenal pasti isu, masalah dan potensi di sesuatu penempatan kawasan sama ada bandar mahupun desa. 4. Membuat unjuran keperluan masa hadapan bagi kemudahan masyarakat, infra dan utiliti demi memberi keselesaan kepada masyarakat
6. TAHAP PERKEMBANGAN KERJAYA
Jelas dapat dilihat bahawa inidivu ini telah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan beliau sebelum berjaya mencapai di tahap beliau sekarang. Apa yang boleh diperhatikan daripada perkembangan kerjaya yang beliau kecapi adalah bermula dengan minat. Minat yang mendalam dalam seni melukis telah menjadikan beliau seorang perunding perancangan bandar yang berjaya, seorang ahli perniagaan yang turut memberi peluang pekerjaan kep ada orang lain dan memberi sumbangan terhadap pembangunan desa dan bandar yang memudahkan masyarakat. Justeru itu, kita akan membincangkan mengenai tahap perkembangan kerjaya beliau dengan menggunakan teori yang dikemukakan oleh Donald E. Super. Sengaja dipilih teori ini kerana teori ini adalah sangat popular bagi meninjau bagaimana tahap perkembangan kerjaya seseorang berserta proses-prosesnya. Teori ini berasaskan dari teori Ginzberg (1952). Namun begitu, Super merasakan terdapat kekurangan pada teori itu dan beliau membuat pertambahan padanya. Asalnya teori perkembangan kerjaya Ginzberg hanya ada tiga tahap sahaja iaitu Pertumbuhan, Penubuhan dan Kestabilan dan Super menambah lagi dua tahap lagi seperti selepas pertumbuhan adanya kestabilan dan adanya penurunan. Super beranggapan bahawa perkembangan kerjaya seiring dengan perkembangan diri individu tersebut. Selain itu, pada tahap-tahap itu Super menambahkan lagi kepada sub-sub kelas agar ianya kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Rajah 1.0 : Tahap Perkembangan Kerjaya Super
Oleh yang demikian, berpandukan dari teori Super ini, mari kita lihat bagaimana teori ini boleh diaplikasikan kepada individu yang istimewa ini. TAHAP PERKEMBANGAN
PENERANGAN
KERJAYA (ISMAIL) TAHAP PERTUMBUHAN
Dikenali dengan tahap fantasi
(0-14 TAHUN)
En. Ismail sudah mula belajar untuk melukis dan mewarna
Beliau sering memasuki pertandingan melukis dan berjaya memenangi berberapa siri pertandingan.
TAHAP PENEROKAAN/
Dikenali sebagai tahap Tentatif
EKSPLORASI
Tahap ini beliau sangat rajin membantu ibu-bapa
(15-24 TAHUN)
dan menjaga adik-adik
Masuk ke universiti bagi mengembangkan lagi minatnya dalam melukis.
Mula bekerja untuk mencari pengalaman dan berasa sangat selesa dalam bidang yang diceburi.
Mempunyai perancangan dalam bidang kerjaya beliau dan merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri.
TAHAP
PENUBUHAN/PENGUKUHAN (25-44 TAHUN)
Beiau telah mula menubuhkan sebuah syarikat dalam bidang perancangan bandar dan desa.
Selain itu, beliau telah membuka satu lagi cawangan di Kuantan, Pahang
Beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada orang-orang yang memerlukan.
Beliau
menjalinkan
hubungan
baik
dengan
pensyarah di Fakulti Alam Seni Bina sehingga ditawarkan menjadi pensyarah jemputan di fakulti tersebut.
Beliau merancang untuk membuka sebuah lagi syarikat yang berfokus kepada bidang seni bina dalaman (architercture) kerana terdapat anak saudaranya yang mempunyai kelulusan di bidang tersebut.
Beliau sedang melatih anak keduanya yang dilihat mempunyai minat dan anugerah yang sama seperti beliau.
TAHAP PEMELIHARAAN
(45-64 TAHUN)
Sekarang usia beliau baru 43 tahun dan beliau akan memastikan pada usia beliau mencecah 45 tahun beliau akan sentiasa terus menstabilkan kedudukan beliau hari ini.
Beliau akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang.
Beliau akan meluaskan lagi perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Beliau akan menjaga hubungan baik sama ada dengan Allah S.W.T, pekerja, serta hubungan perniagaan.
TAHAP MENURUN
(65 TAHUN)
Pada tahap ini beliau tidak terfikir untuk bersara, Cuma beliau hanya ingin berasa lebih santai.
Beliau akan menyerahkan perusahaannya yang selama ini kepada anak beliau sekiranya anaknya cenderung ke arah ini.
Beliau mahu membantu masyarakat terutama melayu yang beragama Islam.
Beliau berharapkan kesihatan yang baik bagi membolehkan beliau terus menyumbang dan mampu memberi sebanyak mungkin manfaat kepada individu yang lain.
Dari satu sudut lain pula, teori perkembangan kerjaya Super ini boleh diaplikasikan kepada En. Ismail dengan menggunakan tahap-tahap seperti berikut :TAHAP
PENERANGAN
PERKEMBANGAN KERJAYA (ISMAIL) TAHAP MINAT
(11-12 TAHUN)
Beliau sangat sukan kepada aktiviti melukis dan mereka semasa berada di sekolah dan di rumah.
Beliau sering terlibat dengan pertandingan-pertandingan melukis.
TAHAP
KEUPAYAAN
Beliau merasakan mampu bertanggungjawab dengan sering membantu ibu-bapanya di rumah.
(13-14 TAHUN)
Merupakan seorang murid yang sangat rajin di sekolah.
TAHAP TRANSISI
Beliau melanjutkan pelajaran kepringkat yang lebih tinggi.
(18-20 TAHUN)
Fokus beliau adalah untuk mengembangkan minatnya ke dalam bentuk kerjaya hakiki beliau.
TAHAN
PERCUBAAN (21-24 TAHUN)
Beliau mencuba dengan bekerja di bidang tersebut sebagai pengalaman berharga buat beliau.
Beliau menyambung lagi pelajaran ke peringkat ijazah untuk memberi nilai tambah dalam kerjayanya
TAHAP
KESTABILAN
Beliau menstabilkan lagi syarikat beliau dengan membuka sebuah lagi cawangan, membuka peluang pekerjaan.
Beliau turut menerima pelawaan rakan penysarah di UTM sebagai penysarah jemputan di Fakulti Alam Seni Bina.
7. KONSEP KENDIRI MENURUT SUPER
Proses pembentukan dan perlaksanaan konsep kendiri merupaka tatacara sintesis dan kompromi, iaitu konsep dan hasil interaksi antara warisan kecerdasan, penampilan fizikal, peluang untuk memerhati dan memainkan pelbagai peranan serta penilaian meng enai sejauh mana hasil tindakan yang dipersetujui oleh ketua dan rakan sejawat.
Waktu pembelajaran, sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar, seorang individu akan menjangkakan pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan konsep kendiri mereka. EncEncik Ismail seorang yang sangat meminati subjek pendidikan seni visual dan mengambil subjek lukisan kejuruteraan di sekolah. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di universiti dalam bidang perancangan bandar dan desa. Setiap individu akan cuba untuk mengekalkan atau mengembangkan konsep kendiri yang disukainya dan menjurus ke arah aktiviti yang akan membenarkan, dikekalkan atau dibaik imej kendiri yang ingin dimilikinya itu.
Setelah tamat pengajian beliau di universiti beliau terus mengembangkan minatnya sejak azali itu dengan bekerja sebagai perancang bandar dan desa sehingga ke hari ini beliau telah menjadi salah seorang perancang profesiona dan sudah mempunya syarikat dan cawangannya sendiri.
Desakan dalaman yang kuat akan menolak individu ke arah konsep kendiri yang ideal. Keadaan ini akan mempertemukan konsep kendiri ideal dengan konsep kendiri sebenar. Jika ini berlaku sudah tentu akan terjadi halangan seperti batasan minda, pengalaman, minat dan sebagainya ataupun aspek batasan diri daripada persekitaran luaran. Pada peringkat ini beliau berjaya tembusinya dengan baik kerana minat dan alaminya sangat selari dan tiada percanggahan konsep di situ.
Faktor ini kemudiaannya akan mengganggu proses pencapaian konsep kendiri ideal dan akan berakhir dengan individu itu berkompromi atau menerima sesuatu yang kurang sedikit daripada yang ideal.
8. KEMATANGAN KERJAYA MENURUT SUPER
Kematangan kerjaya adalah keselarian tingkah laku kerjaya individu dengan tingkah laku kerjaya dijangkakan bagi tahap sesuatu umur. Semakin hampir kesesuaian di antara tingkah laku yang dijangkakan semakin matanglah seseorang itu dari segi perkembangan kerjayanya. Tahap kematangan kerjaya individu boleh ditentukan dengan membuat satu perbandingan di antara tingkah laku kerjayanya dengan tingkah laku orang-orang lain yang beraada di dalam lingkungan umur yang sama. Selain daripada teori perkembangan kerjaya, Donald E. Super turut mengasaskan satu model iaitu Life Career Rainbow/ Pelangi Kehidupan Kerjaya. Model ini menerangkan tentang peranan yang dipikul oleh seseorang individu itu selain daripada kerjaya dan peranan -peranan ini berinteraksi dalam kehidupan seseorang tersebut.
Rajah 2.0 : Pelangi Kehidupan Kerjaya Sepanjang kehidupan En. Ismail, beliau telah mengalami pelbagai fasa dan banyak peranan yang dimainkan beliau. Sejak kecil lagi beliau telah mempunyai peranan-peranan yang berbeza sehingga ke hari ini beliau sudah pun bergelar sebagai seorang Jururancang bandar dan desa, ahli
perniagaan serta majikan. Oleh yang demikian, mari ditinjau tentang peranan yang pernah dibawa beliau dalam kehidupan.
PERANAN-PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH EN. ISMAIL
PERANAN
PENERANGAN
Anak
Membantu urusan kerja rumah dan belajar bersungguh-sungguh
Pelajar
Menyambung pelajaran di peringkat Ijazah walaupun sudah bekerja dengan gaji yang baik.
Riadah
Mengisi masa lapang dan melibatkan diri dengan aktiviti NGO dan komuniti.
Warganegara
Melaksanakan tanggungjawab secara amanah, berhemah dan beretika.
Pekerja
Memberi peluang menghadiri seminar, kursus kerjaya dan modal insan bagi pemantapan jati diri.
Menyediakan company trip bagi meluaskan pengalaman dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan perancangan banda r
Suami
1 isteri dan 5 orang anak
Bapa
Penyayang dan menjaga kualiti masa dengan anak-anak
Pesara
Tidak pernah berniat untuk bersara
TEMPAT PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH EN. ISMAIL MOHAMED NOR
TEMPAT
PERANAN
Rumah
Suami dan bapa
Masyarakat
Aktif dalam komuniti
Sekolah/kolej/universiti
Pelajar harapan
Tempat kerja
Majikan
9. Rasionalisasi Pemilihan Encik Ismail sebagai Rujukan Pemilihan Kerjaya
Encik Ismail bin Mohamad Nor merupakan salah seorang daripada bapa saudara penulis. Beliau merupakan adik kepada ibu penulis. Sengaja penulis memilih beliau untuk dijadikan rujukan dalam tahap perkembangan kerjaya individu kerana penulis telah benar-benar mengenali keperibadian yang terdapat pada Encik Ismail. Penulis telah membesar dengan bergaul bersama beliau sehing ga penulis amat tertarik dan mengagumi personaliti. Oleh itu, penulis telah membuat satu sesi temubual dengan beliau. Encik Ismail merupakan individu yang sangat rajin dan bekerja keras. Apabila beliau melakukan sesuatu pekerjaan beliau akan memastikan agar kerja itu dapat diselesaikan dengan sempurna. Semasa di zaman remaja dan muda beliau, encik Ismail sentiasa memanfaatkan masanya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Berbeza dengan rakan-rakannya yang sering menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Semasa beliau masih lagi menuntut di universiti beliau merupakan seorang pelajar harapan bagi fakulti alam bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Selain itu, apa yang perlu diperhatikan berkat daripada kegigihan, ketaatan dan menjaga hubungan baik sesama manusia dan Allah S.W.T beliau mampu untuk menubuhkan sebuah syarikatnya sendiri. Menyentuh soal hubungan baik sesama manusia, beliau sangat rapat dengan pensyarah- pensyarah di Fakulti Alam Bina Tersebut. Beliau mengatakan kepada penulis “bergaul dengan orang baik, kita akan jadi baik, bergaul dengan orang pandai, kita akan menjadi pandai”. Oleh yang demikian, di atas pegangan prinsip seperti itu beliau sentiasa baik dengan salah seorang
pensyarah di fakulti tersebut beliau sering menerima peluang dan panduan yang ditawarkan daripada pensyarah tersebut. Sehingga daripada pengaruh dan panduan yang beliau perolehi secara tidak lansung daripada pensyarah tersebut akhirnya beliau berjaya menjadi seorang ahli perniagaan hari ini. Apa yang paling penting, beliau mengatakan hubungan dengan Allah S.W.T adalah paling mustahak yang perlu dipelihara. Walaubagaima sibuk dengan urusan pekerjaan sekali pun beliau akan memastikan bahawa solatnya terpelihara. Beliau juga tidak kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan agama. KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, setiap individu yang dilahirkan di atas muka bumi mempunyai potensi yang sangat baik untuk berkembang terutamanya dalam kerjaya. Menjadi satu kewajipan bagi seseorang sekiranya ia melangkah kaki ke alam dewasa untuk ia menceburi dalam bidan g kerjaya. Cuma yang membezakannya adakah dengan kerjaya yang ia ceburi itu mampu untuk membuatkan mereka menjadi seseorang yang dikenali, disanjungi, dihormati ataupun sekadar biasa-biasa sahaja. Disamping itu, semua pihak dari peringkat diri sendiri sehingga ke peringkat kerajaan perlu memainkan peranan yang produktif bagi menghasilkan lebih ramai lagi individu-invididu yang mampu berjaya daam kerjaya di masa akan datang. Misalnya dengan meningkatkan tahap pendidikan mengenai kerjaya mahupun dengan sokongan kewan gan.
LAMPIRAN
ENCIK ISMAIL BIN MOHAMED NOR
LOGO SYARIKAT BELIAU
PEKERJA-PEKERJA BELIAU
RUANGAN PEJABAT BELIAU