Folio Kerjaya MRSM BESERI personal statementFull description
lalalalaFull description
kerjaya
Full description
Full description
Deskripsi lengkap
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Full description
faktor waktu tungguDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
maternitas
kebidanan
Faktor-faktor Kegemilangan Melaka
Full description
NAMA : NOR AMIZA BINTI RAZALI NO.MATRIK: D20071029740 TAJUK TESIS: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR PERDAGANGAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN. PENYELIA : PROF DR. RAMLEE BIN MUSTAPHA
Membuat pemilihan kerjaya di peringkat awalan adalah penting kerana apabila pelajar telah tamat tingkatan tiga, mereka akan diberikan pilihan untuk memilih bidang dan subjek yang diminati. Terdapat beberapa pilihan elektif yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum membuat keputusan memilih kumpulan elektif yang dikehendaki. Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang individu. ³Tidak mengetahui apa yang berlaku di hari esok adalah kuasa Tuhan, keupayaan merangka strategi untuk hari esok adalah kekuatan manusia´ Eddy (2007). Oleh itu jika tersalah pilih atau tersalah mengatur strategi dalam memilih pekerjaan boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja, menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup Ahmad Baharuddin (2007). Sharp dan Marra (1971) dalam Mansur (1986), menyatakan masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk membuat pemilihan kerjaya yang menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri Menurut Noor Aini (1996) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah dalam membuat pemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut:-
1. Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat. Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut tidak mempunyai minat dalam berbagai bidang, minat yang tidak jelas atau betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuai dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebut membuat pemilihan kerjayanya. 2. Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat Keputusan Individu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya, kebolehan ataupun bakat dan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat tidak setimpal dengan sifat peribadi. Ada pemlihan yang dibuat terlalu tinggi dan ada pula yang terlalu rendah berbanding dengan kemampuan dan keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diri seseorang itu. 3. Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang Pekerjaan Masalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan perkembangan pelajar, dimana pada peringkat ini pelajar tidak mendapat pendedahan dan penerangan yang mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.
Menurut Hairunnaja (2005) situasi berkaitan dengan masalah pemilihan kerjaya pelajar di masa kini iaitu masalah tentang pelajar yang kehilangan hak untuk memilih subjek yang diminati kerana pihak sekolah telah menetapkan subjek kepada pelajar untuk memudahkan urusan pihak sekolah. Masalah yang diusulkan ialah pelajar iaitu kemungkinan untuk menghadapi kegagalan sekiranya pelajar memilih bidang yang tidak diminati. Rahim Abdullah (1999) menegaskan bahawa seseorang hendaklah mengetahui apa yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian
bekerja keras untuk sampai kepadanya kerana peluang biasanya tidak selalunya datang berulang. Tambahnya lagi seseorang yang berjaya itu adalah orang yang tahu apa yang dibuatnya. Dalam tujuan literatur penyelidik akan membuat sorotan kepentingan pemilihan kerjaya pelajar perdagangan di sekolah menengah kebangsaan.penyelidikan ini merangkumikaedah, prosedur, tatacara dan program yang digunapakai untuk mendapatkan data ayng diperlukan bagi mencapai matlamat kajian serta untukmenjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Metodologi kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada para pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Kebangsaan di sekolah menengah kebangsaan tengku panglima raja. Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai factor utama pemilihan kerjaya pelajar melalui pendekatan kolaboratif di sekolah-sekolah yang telah dipilih, dari segi pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Abdul halim ramli dan ahmad che yaacob. Pemilihan kerjaya di kalangan bakal graduan: satu perbandingan gender di uitm cawangan johor. Syed nasir bin sayed mahadi (1998), factor-faktor pemilihan kerjaya pelajar . Tesis sarjana university utara Malaysia. Azhar Muhammad dan rakan-rakan (2006) penguasaan pelajar sekolah menengah aliran agama terhadap pengajian ilmu retorik arab. Pusat pengajian islam dan pembangunan soc ial. University teknologi Malaysia.