FOLIO KERJAYA MRSM
DOKTOR PERGIGIAN
NAMA: NOR AELESSYA SHAKIRA BINTI RUSLI KELAS: 5E NO.MAKTAB: 14558 MRSM: MRSM TUN GHAZALI SHAFIE
PENDAHULUAN Alhamdulillah, atas kurniaan kurnian dan hadrat dari-Nya, folio kerjaya ini berjaya saya siapkan dengan selengkap-lengkapnya. Banyak kelebihan yang telah saya dapati sepanjang melakukan folio kerjaya ini. Namun begitu, saya tidak mungkin mampu menyiapkan folio ini tanpa sokongan dari beberapa pihak. Oleh yang demikian, di sini saya ingin memberikan penghargaan ke atas pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak. Antaranya, ibu bapa saya, Fazilah Fazle dan Rusli Tahir atas dorongan dan sokongan yang diberikan oleh mereka sepanjang saya menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada guru Kaunseling, Puan Norhayati yang banyak membantu dalam menyediakan informasi-informasi yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam folio ini. Jasa yang telah beliau taburkan sentiasa terpahat dalam hati ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Dr. Leen, seorang doctor dalam bidang pergigian yang sudi ditemu-ramah bagi menyempurnakan folio ini selengkapnya.
ISI KANDUNGAN 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)
PENGENALAN KEPAKARAN DAN PENGETAHUAN SKOP DAN BIDANG TUGAS AMALAN PROFESSIONAL(UNDANG-UNDANG / PERATURAN) SEKTOR KERJAYA BIDANG YANG DIPILIH SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK MASA HADAPAN KERJAYA PANDANGAN SAYA TENTANG KERJAYA YANG DIPILIH LAMPIRAN
PENGENALAN
Kerjaya sebagai doktor gigi adalah satu kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dari segi mental dan juga fizikal. Di sini disenaraikan beberapa tugas yang wajib dilakukan oleh setiap para doktor gigi di Malaysia. Tugas yang pertama yang perlu dilakukan oleh doktor gigi ialah membuat pemeriksaan ke atas pesakit perlu mengetahui apa jenis kerosakkan gigi yang dihadapi oleh pesakit dan setelah selesai membuat pemeriksaan ke atas pesakit tersebut doktor gigi perlu memberikan rawatan sewajarnya keatas pesakit tersebut. Selain daripada itu tugas doktor gigi juga perlulah menentukan jenis penyiasatan untuk mengetahui punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Jika pesakit menunjukkan tanda – tanda yang agak serius doktor gigi perlulah membuat prosedur lanjutan dalam menyiasat penyakit pesakit seperti pemeriksaan radiografi, pemeriksaan darah dan sebagainya. Selepas mengetahui punca yang dihidapi oleh pesakit tersebut doktor gigi perlulah memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dengan penyakitnya dan jika penyakit pesakit tersebut menghidapi penyakit yang agak kronik maka doktor gigi perlulah menentukan di mana pesakit tersebut perlu menjalani rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan. Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakitnya dan memberi ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit. Ini bertujuan agar pesakit tidak mendapat ubat yang melebihi dos yang disyorkan. Jika pesakit tersebut memerlukan surat pengesahan doktor untuk membuat tuntutan kos rawatan kepada syarikat yang pesakit tersebut berkerja maka doktor perlulah membuat laporan tersebut. Selain daripada membuat pemeriksaan keatas pesakit, doktor gigi juga bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran. Di antara urusan pentadbiran ialah doktor gigi perlulah menghadiri menghadiri sesi audit untuk membincangkan kes-kes tertentu seperti kes-kes yang serius yang dihidapi oleh para pesakit, tentang rawatan dan membaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dan juga membincangkan perkembangan terbaru berkaitan dengan dunia pergigian. Doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pengubalan dan juga menbuat perancangan unit Selain itu juga, doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pemantauan perkhidmatan klinikal. Ini adalah selaras dengan dasar etika dalam perkhidmatan sosial. Dalam kesibukkan membuat pemeriksaan keatas para pesakit dan juga bahagian pentadbiran doktor gigi juga bertanggungjawab dalam menyelia dan juga membimbing staff klinikal dan juga kejururawatan agar perjalanan kedua-dua staff ini berjalan dengan lancar. Doktor gigi juga membantu di dalam mengurus kes-kes yang berkaitan dengan “medico-legal”.
KEPAKARAN DAN PENGETAHUAN
Doktor gigi adalah merupakan salah satu kerjaya yang mencabar dalam menangani permasalahan berkaitan dengan gigi.Oleh itu, dalam menghadapi cabaran yang telah diberikan itu, seorang doktor perlulah mempunyai kepakaran dan kemahiran yang baik dan sempurna begitu juga dengan doktor dalam bahagian pergigian. Terdapat dua aspek pengetahuan dan kemahiran yang perlu diketahui oleh seorang doktor dalam menghadapi situasi yang akan mereka hadapi iaitu aspek umum dan khusus.
Aspek Umum Di dalam bahagian aspek umum ini terdapat beberapa kemahiran yang perlu ada di dalam diri setiap orang doktor iaitu yang pertama kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini kerana aspek komunikasi adalah aspek yang terpenting sekali yang perlu ada oleh doktor gigi. Ini kerana dengan komunikasi yang baik akan menyebabkan pesakit tersebut rasa diambil berat oleh doktor dan ini akan memudahkan doktor gigi untuk mengetahui punca kesakitan yang dialami oleh pesakit. Terdapat beberapa kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu apabila pesakit masuk untuk berjumpa dengan doktor maka doktor perlulah menggunakan dengan nada yang lembut dan bersopan santun apabila memulakan perbualan seperti bertanya khabar dan seterusnya bertanya tentang kesakitan yang dialami oleh pesakit. Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah bertanya dan menjawab soalan kepada pesakit dengan jawapan yang ringkas dan mudah difahami. Ini kerana takut berlakunya punca salah faham diantara pesakit dengan doktor. Oleh yang demikian itu, para doktor perlulah menjawab apa yang dikemukakan oleh pesakit dengan penuh yakin dan tidak teragak-agak. Selain itu, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam masa yang singkat, cepat dan betul perlu ada dalam diri setiap doktor gigi. Ini kerana doktor gigi perlu berurusan dengan ramai lagi pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat rawatanya. Selain daripada kemahiran berkomunikasi dengan cekap dan berkesan. Setiap doktor gigi perlulah mengetahui dan juga memahami mengenai pekeliling-pekeliling yang berkaitan dan Perintah Am Bab A, B, C, D, E, F, dan G. Di dalam Perintah Am tersebut mengandungi larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh setiap doktor gigi. Setiap doktor gigi perlulah bersikap terbuka dengan apa jua situasi yang berlaku ini kerana sesetengah pesakit datang dengan emosi yang tidak stabil maka doktor gigi perlulah memahami persakit tersebut. Doktor gigi juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah pesakit dan bijak menguruskan stress. Selain daripada kemahiran di atas, kemahiran teknologi maklumat juga penting. Ini selari dengan teknologi perubatan yang berkembang dengan pesat ini. Kerjaya doktor gigi ini juga memerlukan seseorang itu berkerja di dalam satu kumpulan dan mampu memberi arahan kepada staff-staff bawahan. Aspek Khusus Di dalam aspek khusus pula, doktor gigi perlu mengetahui beberapa perkara iaitu yang pertama mengenai etika pergigian. Selain daripada itu, kerjaya doktor gigi memerlukan kemahiran menulis rekod pergigian dan juga kemahiran asas kes ‘mediccolegal’. Doktor gigi juga memerlukan kemahiran untuk menilai kes-kes yang perlu dirujuk kepada pakar, ini kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh pesakit mungkin dalam keadaan serius. Selain daripada itu juga doktor gigi juga tahu untuk mengendalikan kemahiran asas CPR. Ini adalah persedian untuk setiap doktor tahu menggunakan kemahiran ini jika berlaku perkara yang tidak diingini keatas pesakit. Kemahiran dalam menyebarkan maklumat dan pengetahuan kesihatan kepada pesakit dan orang awam juga penting untuk doktor gigi mengetahuinya
dan yang terakhir sekali setiap doktor gigi juga perlu tahu mengetahui kemahiran dalam pentadbiran klinikal.
SKOP DAN BIDANG TUGAS
a) Pakar Ortodonti yang banyak membantu memperbaiki rupa bentuk dan fungsi rahang dan gigi kita. b) Pakar Bedah Pergigian untuk merawat mereka yang mengalami penyakit teruk seperti kanser mulut dan seumpamanya. c) Pakar Kesihatan Pergigian Awam membantu mengawal penyakit pergigian yang berleluasa. d.) Pakar Pergigian Kanak-kanak(Pediatrik) yang banyak membantu memulihkan keadaan kesihatan pergigian kanak-kanak. e) Pakar Periodontologi membantu memulihkan mereka yang menghidap penyakit gusi dan periodontium. f) Pakar Patologi Mulut pula banyak bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan mengenal pasti jenis penyakit merbahaya dengan tepat. g) Pakar Pemeliharaan/Konservasi Gigi pula akan mengetahui semua jenis rawatan tampalan yang mutakhir yang boleh diberikan kepada pesakitnya. h) Pakar Prostetik pula akan diminta untuk merawat kes kehilangan gigi i) Pakar Pergigian Forensik yang banyak membantu mengenalpasti identiti mayat yang sudah rentung oleh kebakaran atau pun reput dan seumpamanya.
AMALAN PROFESSIONAL(UNDANG-UNDANG / PERATURAN)
KOD ETIKA KEDOKTORAN Persatuan Perubatan Dunia telah menjadikan Deklarasi Geneva pada tahun 1947 sebagai etika dalam bidang perubatan iaitu :
Doktor berikrar dengan sesungguhnya untuk mendidikasikan hidupnya untuk perkhidmatan kemanusiaan Doktor akan memberikan penghormatan kepada guru dan rasa terhutang budi kepada mereka. Doktor akan melaksanakan professionnya dengan ikhlas dan berintegrasi. Kesihatan pesakit adalah keutamaan. Doktor akan memelihara rahsia yang diamanahkan Doktor akan mengekalkan sedaya upaya dalam kekuasaan integriti dan tradisi professional perubatan Sahabat adalah saudara Doktor tidak akan membenarkan pertimbangan agama, kerakyatan, keturunan, parti politik atau kedudukan sosial mempengaruhi tanggungjawab terhadap pesakit. Doktor akan mengekalkan integriti kehidupan manusia sejak awal walaupun di bawah ancaman dan tidak akan menggunakan pengetahuan peribatan bertentangan dengan undang-undang kemanusian. Doktor melakukan janji ini dengan penuh ikhlas, bebas dan integriti.
Hasil Deklarasi Geneva pada tahun1947 tersebut akhirnya dijadikan sebagai asas kepada penggubalan kod etika perubatan dunia. Sebanyak enam kod etika perubatan yang diteripakai secara menyeluruh dalam bidang perubatan iaitu :
Seorang doktor mestilah mengekalkan standard (tahap pencapaian) yang tinggi dalam tingkah laku profesional Seseorang doktor mestilah melaksanakan profesionalnya tanpa dipengaruhi oleh motif untuk mencari untung Berikut ini dikira sebagai tindakan beretika: Sebarang iklan peribadi kecuali yang diluluskan oleh kod etika Perubatan kebangsaan bersubahat dengan sebarang bentuk perkhidmatan perubatan di mana doktor tidak mempunyai kebebasan profesionalnya. Menerima sebarang wang yang dikenakan kepada pesakit selain dari bayaran profesional perubatan yang sebenarnya walaupun dengan pengetahuan pesakit Sebarang tindakan atau nasihat yang boleh melemahkan rangsangan fizikal dan mental manusia hanya boleh dilakukan untuk kepentingan pesakit. Seorang doktor dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan penemuan baru atau teknik-teknik rawatan baru. Seorang doktor diberikan kebenaran atau kuasa terhadap bidang kepakaran sahaja.
Etika Tanggungjawab Doktor Kepada Pesakit:
Seorang doktor mestilah sentiasa mempunyai sikap untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Seorang doktor mestilah mendedikasikan sepenuh tumpuan dan segala sumber ilmu pengetahuannya kepada pesakitnya. Apabila penghuraian atau rawatan diluar batas keupayaannya, ia mesti cuba mendapatkan bantuan perkhidmatan doktor yang memiliki keupayaan yang diperlukan. Seorang doktor mestilah memelihara sepenuhnya kerahsiaan semua perkara yang ia tahu berkaitan pesakitnya kerana kepercayaan yang di berikan kepadanya. Seorang doktor mestilah memberikan perhatian kecemasan sebagai tanggungjawab kemanusiaan kecuali ia yakin orang lain mahu dan boleh melakukannya.
Etika Tanggungjawab Doktor Sesama Doktor:
Seorang doktor berkewajiban melayani rakan sejawatnya sepertimana ia mengharapkan layanan yang sama dari orang lain Seorang doktor tidak boleh mengambil pesakit dari rakan-rakannya. Seorang doktor mestilah mematuhi prinsip Deklarasi Geneva.
SEKTOR KERJAYA BIDANG YANG DIPILIH
Setelah membuat kajian dengan melayari internet dan menebual ahli professional, saya berpendapat bahawa saya lebih tertarik kepada sektor bidang Pediatrik atau lebih dikenali sebagai Pakar Pergigian Kanak-kanak.
Pergigian Pediatrik Pergigian Pediatrik adalah merupakan bidang kepakaran berkaitan dengan penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak bermula dari peringkat bayi sehingga peringkat remaja. Ini termasuklah kanak-kanak mempunyai masalah perubatan dan juga mereka yang mempunyai keperluan khas. Bidang ini juga berurusan dengan kes-kes berkaitan dengan gangguan pertumbuhan, penyakit pergigian serta kecederaan trauma akibat dari kemalangan. Pesakit yang mempunyai masalah perubatan adalah termasuk kanak-kanak yang mengalami kanser, masalah jantung, keabnormalan darah dan lain-lain penyakit kronik seperti kencing manis, asma dan penyakit hati, dan juga mereka yang menjalani pemindahan organ. Manakala, kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas adalah tergolong dari mereka yang kurang berupaya dari segi fizikal, masalah pembelajaran yang teruk dan juga masalah tingkah laku yang memerlukan teknik pengurusan khas untuk rawatan pergigian.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
SYARAT-SYARAT KELULUSAN SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Untuk menjadi seorang doktor pergigian, individu itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Petama daripada universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan. Mereka juga perlu mendapat pengiktirafan dana Majlis Pergigian Malaysia terlebih dahulu sebelum mempraktik sebagai doktor gigi yang sah. SYARAT YANG DIPERLUKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN Terdapat dua cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini universiti-universiti tempatan: Cara pertama: Pelajar perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran lain. Calon akan ditawarkan ke peringkat matrikulasi atau sains selama satu setengah tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan dipiih mengikuti program pergigian.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui program khas negara khususnya di United Kingdom akan memilih pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam matrikulasi/asasi sains dan universiti tempatan melanjutkan pengajian di bidang pergigian di negara tersebut di atas. Cara kedua: Pelajar akan ditawarkan terus ke peringkat sarjana pertama. Pelajar perlu lulus SPM (aliran sains) dengan kepujian dalam bahasa Melayu serta lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran pengajian am/kertas am, biologi dan kimia. Mereka yang memiliki Diploma Sains dan Diploma Mikrobiobogi dari UiTM juga boleh memohon. Oleh kerana jumlah pengambilan pelajar oleh universiti tempatan untuk mengikuti program ini adalah kecil, maka hanya mereka yang mempunyai kelayakan yang cemerlang sama ada di peringkat STPM atau matrikulasi/asasi sains atau diploma berpeluang untuk dipilih.Program pergigian yang dijalankan di universiti tempatan selama lima tahun.Sepanjang tempoh itu, pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus perubatan pergigian meliputi peringkat praklinikal dan klinikal. Selain dari yang di atas,biasanya memang kena masuk matriks dulu baru boleh masuk UM ke UKM ke USM ke etc.Selain dari matriks boleh juga ambil STPM.Lepas SPM sahaja tidak boleh pergi masuk terus universiti. Untuk mengambil course dentistry, perlu masuk matriks bahagian sains dulu. Untuk qualify, seperti dalam laman web bahagian matrikulasi, syarat minimum ialah: 1) 6C Bahasa Melayu 2) 6C Bahasa Inggeris 3) 4B Matematik 4) 6C Matematik Tambahan 5) 6C Kimia 6) 6C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: i. Fizik ii. Biologi
INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN BIDANG INI
Antara universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).Selain itu, juga boleh diikuti di universiti-universiti luar negara seperti di Republik Ireland, England, Australia, New Zealand, Kanada, Amerika Syarikat, Pakistan, Bangladesh, India dan Taiwan.
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENAWARKAN PROGRAM DOKTOR PERGIGIAN DI MALAYSIA i) Institut Pengajian Tinggi Awam:
Universiti Sains Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Universiti Malaysia Sabah Universiti Malaysia Sarawak Universiti Putra Malaysia Universiti Teknologi Mara
ii) Institut Pengajian Tinggi Swasta:
Fakulti Perubatan Universiti Sedaya Medicine, Nursing And Health Science University Monach Asian Institute of Medicine, Science and Technology Allianze College of Medical Science Cyberjaya University College of Medical Sciences
MASA HADAPAN KERJAYA Di antara bidang profesional yang penting tetapi masih kurang di negara ini ialah profesion pergigian. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga Disember 1995, terdapat 1750 doktor
pergigian di negara ini. Daripada jumlah itu, seramai 1002 berkhidmat di sektor swasta sementara 748 berkhidmat di sektor awam. Jumlah itu memberikan nisbah 1 doktor pergigian kepada kira-kira 12 000 penduduk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah doktor pergigian kepada penduduk ialah pada kadar 1:5000. Kementenian Kesihatan menetapkan sasaran 1 doktor pergigian kepada 7212 duduk pada tahun 2000. Untuk mencapai sasaran itu lebih ramai doktor pergigian perlu dilatih sama ada di dalam atau di luar negara. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan perkhidmatan pergigian yang selesa kepada rakyat di negara ini. Setiap orang inginkan gigi yang sihat, bersih dan kuat. Kita perlu menjaga 32 khazanah yang berharga itu dengan baik. Tanpa mempunyai gigi sudah tentu kita tidak makan atau mengunyah makanan dengan sempurna. Untuk mengekalkan kesihatan gigi, kita memerlukan pemeriksaan rawatan danipada doktor gigi. Sekurang-kurangnya dalam setahun untuk memeriksa dan menjaga gigi kita. Sejarah pengajian akademik di bidang pergigian di negara bermula apabila kumpulan pertama seramai 32 orang penuntut bagi sesi 1972/73 diterima masuk ke Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM). Program ini bertujuan melatih pelajar untuk menjadi doktor pergigian di negara ini seterusnya meramaikan bilangan mereka. Pelajar yang mengikuti program ini dididik supaya menganggap pesakit bukannya kes pergigian, bahkan sebagai orang yang layak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat dan memerlukan rawatan pergigian demi kesejahteraannya sendiri. Kemudahan rawatan pergigian boleh diberikan kepada semua yang memerlukan. Kursus-kursus yang akan diikuti termasuk anatomi, fisiobiokimia, anatomi dan histologi pergigian, farmakologi perubatan, patologi, surgeri am, bahan-bahan pergigian, prostetik dan teknik makmal, pembedahan maksilofasial dan mulut, patologi mulut, perubatan mulut dan radiologi, pemeliharaan, pedodontik, ortodontik, pergigian masyarakat, radiologi dan anestesiologi. Pengajian pada tahun pertama dan kedua dikhususkan kepada pengajian tentang struktur fungsi yang normal tidak normal terhadap badan manusia dengan pengkhususan kepada aspek yang berkaitan dengan amalan pergigian. Sementara pada tahun tiga dan empat pelajar dikehendaki menumpukan perhatian kepada rawatan pesakit, pengajian rawatan diagnosis dan pencegahan penyakit pergigian dan mulut. Pelajar juga akan dilatih di klinik-klinik mana mereka akan merawat pesakit-pesakit di bawah pengawasan rapi pensyarah. Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang cukup baik dan meluas dengan pendapatan yang lumayan dengan gaji permulaan sekitar RM1,600 serta insentif lain di sektor kesihatan kerajaan seperti hospital dan klinik. Sementara sektor swasta menawarkan gaji lebih kurang RM2,500. Mereka juga boleh menjalankan perkhidmatan pergigian dengan membuka klinik secara persendirian. Kerjaya sebagai doktor gigi tidak sahaja mencabut dan menampal gigi, sebaliknya lebih daripada itu. Doktor gigi bertugas merawat dan memeriksa semua jenis penyakit, kecederaan serta masalah berkaitan mulut dan rahang gigi. Doktor gigi juga boleh membantu membaiki keadaan gigi yang tidak lurus, merawat gusi yang berpenyakit, menjalankan pembedahan pada mulut dan rahang, selain membuat dan memasang gigi palsu.
PANDANGAN SAYA TENTANG KERJAYA YANG DIPILIH Pada pandangan saya, setiap kerjaya yang diceburi terdapat beberapa perkara yang menarik untuk kita memilih kerjaya tersebut. Tidak kurang juga dengan kerjaya sebagai Doktor Gigi. Terdapat beberapa perkara yang menarik berkaitan dengan kerjaya sebagai Doktor Gigi iaitu:
Dapat mengetahui setiap organ manusia dan juga fungsi-fungsi organ tersebut. Dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan yang drastik. Dapat berinterksi dengan orang ramai ataupun pesakit. Mudah untuk melanjutkan pelajaran bagi mendalami ilmu perubatan. Gaji dan elaun yang tinggi ditawarkan oleh hospital swasta dan juga hospital kerajaan. Dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.
Bidang perubatan adalah bidang yang sangat mencabar dan memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Terdapat beberapa cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap individu yang ingin memilih kerjaya sebagai doktor gigi. Cabaran yang pertama ialah cabaran meningkatkan pengetahuan diri, ini kerana bidang perubatan adalah tidak statik dan ia adalah bidang sains yang dinamik. Cabaran yang kedua ialah menguruskan pesakit dimana setiap hari pesakit didedahkan denagn pelbagai maklumat menerusi media dan internet dan pelbagai sumber lain dan ia perlu dinilai dan dipastikan kesahihanya. Cabaran utama seorang doktor ialah memulihkan pemahaman seseorang pesakit tentang konsep yang salah. Cabaran yang ketiga ialah sebagai pemimpin pasukan. Tidak dinafikan sebagai doktor seseorang itu perlu bertindak sebagai ketua dalam pasukan merawat. Selain daripada itu, cabaran yang keempat ialah risiko jangkitan kuman berbahaya. Ini kerana doktor adalah pekerjaan yang berbahaya yang berisiko tinggi mendapat HIV ataupun TB. Banyak kejadian yang berlaku adalah punca daripada kelalaian doktor itu sendiri. Cabaran yang terakhir sekali ialah cabaran waktu kerja yang tidak menentu. Ini adalah kerjaya seseorang doktor memerlukan seseorang itu bersedia dalam apa jua keadaan dalam merawat pesakit. Sehubungan dengan itu seseoarang itu perlu bersedia dari aspek fizikal dan mental apabila ingin menjadi doktor gigi mahupun doktor perubatan. Ini kerana kerjaya sebagai doktor gigi memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi.
LAMPIRAN Untuk melaksanakan tugasan sesi 2, saya telah menemubual seorang ahli professional berkaitan bidang ini. Beliau adalah Dr Leen atau nama penuhnya Dr Mazleen Abdul Rahman ialah seorang doktor gigi
yang telah mendapat ijazah doktor gigi (DDS) daripada Dalhousie University, Canada pada tahun 2002. Dr Leen mempunyai pengalaman bekerja sebagai doktor gigi di klinik-klinik kerajaan, hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. Dr Leen telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki yang comel. Dr Leen sekarang telah membuka kliniknya sendiri: Klinik Pergigian Dr. Leen di Reko Sentral, Jalan reko kajang. Anda boleh menghubungi Dr Leen dengan menghantar e-mail ke alamat
[email protected] KLINIK PERGIGIAN DR. LEEN No 27-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, off Jalan Reko, 43000 Kajang. 03-87394039 / 014-6345676 Waktu Rawatan: Isnin-Jumaat: 10 pagi -9.30 mlm (rehat: 1.30 – 2.30, 7.15-7.45) Sabtu: 10 pagi - 6 ptg (rehat: 1.30-2.30ptg) Ahad dan cuti am: tutup Rawatan yang disediakan: Tampalan, scaling (cuci gigi), cabutan, rawatan saraf, crown, bridge, denture, whitening, rawatan kanak-kanak, orthodontic treatment (braces) dan implant.
Tarikh dan masa temubual: 2 Jun 2015(5.00 ptg-5.30 ptg) Telah dihubungi pada: 29 Mei 2015 Soalan dan jawapan semasa sesi temubual diadakan: 1) Apakah cita-cita asal doktor? Sememangnya semenjak dari umur saya 7 tahun lagi saya sudah menanam cita-cita dan azam untuk menjadi seorang doktor gigi yang berjaya. 2)Apakah persediaan/kelulusan yang diperlukan untuk memasuki bidang pergigian? Biasanya tentang result SPM ni saya tak pasti berapa A tetapi kena pastikan yang anda boleh mendapat tempat di pusat matrikulasi sains. Jadi matapelajaran sains anda terutamanya Biologi mestilah mendapat keputusan yang baik. Semasa dalam matriks anda perlu pastikan keputusan sentiasa baik dan mendapat 3.5 ke atas. Di Malaysia anda boleh memohon utk kursus pergigian di UM, UKM, USM dan saya rasa di masa depan UITM akan menawarkan kursus ini. Utk ke luar negara pula, biasanya anda perlu pergi ke temuduga dan memohon utk membuat kursus ini di luar negara. Biasanya JPA akan menawarkan kursus ini ke Indonesia, Australia, New Zealand. Selepas jadi doktor gigi, anda boleh melanjutkan pelajaran utk menjadi pakar dalam bidang-bidang seperti Bedah mulut, Orthodontik, Pedodontik, Prosthodontik, Endodontik, Periodontik, Oral Medicine and Pathology dan juga forensik. Program ini ada ditawarkan di Malaysia dan juga luar negara. 3) Apakah yang doktor lakukan semasa bekerja setiap hari?
Biasanya, pada waktu pagi, saya dan rakan-rakan akan memeriksa pesakit di dalam wad bersama dengan pakar bedah mulut. Sekiranya saya menerima pesakit baru yang dimasukkan ke dalam wad pada hari sebelumnya, maka pada pagi itu saya dikehendaki memberitahu pakar bedah mulut tentang kes tersebut. Biasanya pakar akan banyak menanyakan soalan dan juga memeriksa pesakit untuk memastikan yang saya merawat pesakit dengan betul. Selepas itu, kami akan membuat tugasan masing-masing. Ada yang ditugaskan untuk duduk di klinik dan memeriksa pesakit baru dan ulangan, ada yang ditugaskan untuk pesakit di dalam wad dan ada yang ditugaskan untuk ‘oncall’. Dua kali seminggu saya akan bergilir dengan rakan yang lain untuk masuk ke dalam dewan bedah dan menolong pakar membuat pembedahan samada pembuangan gigi geraham bungsu ataupun kes kemalangan. Pelbagai kes kemalangan yang saya dah lihat. Kesemua kes kemalangan yang melibatkan bahagian muka akan dilihat oleh doktor gigi yang ‘oncall’. Saya masih ingat tentang kes pertama saya, melibatkan seorang pemuda yang boleh dikatakan semua bahagian mukanya hancur dan saya kena menjahit bahagian mukanya yang terkoyak dan juga meletakkan dawai pengikat untuk mengikat rahangnya yang patah. Nasib baik ada doktor gigi senior yang membantu saya . Pada awalnya, semua keskes akan dibantu oleh doktor gigi senior, tetapi setelah sebulan, saya kena buat sendiri. Jika tidak pasti tentang sesuatu perkara, biasanya saya akan merujuk kepada doktor pakar atau doktor senior. Doktor senior saya banyak membantu semasa saya di hospital. Doktor pakar saya juga sangat baik dan banyak mengajar saya tentang semua perkara yang berkaitan dengan rawatan di hospital. Sememangnya agak penat bekerja di hospital. Bayangkan, jika pada waktu malam, saya mendapat panggilan kecemasan dari bilik kecemasan dan merawat pesakit-pesakit, esok harinya saya kena bertugas seperti biasa . Saya masih ingat, saya pernah merawat beberapa orang pesakit dari pukul 12 sehinggalah pukul 5 pagi dan keesokkan harinya saya dengan mata yang sangat mengantuk dan penat terpaksa bertugas merawat pesakit luar di klinik yang biasanya agak ramai bilangannya. Kopi memang sudah jadi peneman hidup semasa bekerja di hospital. Bertugas di dewan bedah agak menyeronokkan kerana dapat melihat pakar bedah melakukan pembedahan secara dekat. Tugas saya hanyalah memegang penyedut darah dan juga memegang bahagianbahagian tertentu yang disuruh oleh pakar bedah. Saya pernah melihat pembedahan penyambungan semula rahang yang patah dengan skru dan juga besi kecil, pembedahan pembuangan kanser di lidah, leher, dan juga mulut, penyambungan semula tulang-tulang muka yang patah dengan skru dan juga besi kecil, pembedahan untuk mengecilkan rahang bawah dan juga pembedahan pembuangan gigi geraham bungsu. Saya pernah melakukan pembuangan gigi gerahan bungsu dengan pengawasan pakar bedah di bilik bedah. Di dalam bilik bedah, saya kena berdiri untuk jangka waktu yang panjang, kadang-kala dari pukul 8 pagi sampai la petang. Hanya berehat seketika untuk makan tengah hari. 4) Apakah kelebihan utama dan beban-beban berat dalam tugas yang dijalankan? Kelebihannya ialah anda dapat mempelajari ilmu perubatan yang dipelopori oleh orang Islam suatu ketika dahulu. Selain itu, anda juga dapat membantu dan merawat pesakit yang di dalam kesusahan dan kesakitan. Saya berasa amat gembira setelah menyembuhkan seseorang dengan keizinan Yang Maha Esa. Ia merupakan suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, beban yang dipikul mesti ada dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Bebannya ialah, seseorang doktor gigi itu harus mengimbangi masanya bersama keluarga terutamanya jika beliau adalah seorang wanita seperti saya. Hal ini demikian kerana, sebagai contohnya saya, masa yang saya ada sangat terhad kerana terpaksa merawat berpuluh-puluh pesakit setiap hari. Malahan saya juga terpaksa menerima ‘oncall’ sekiranya terdapat keskes kecemasan di hospital. 5) Adakah peluang cerah atau tidak untuk pekerjaan hari ini dan masa hadapan?
Sudah semestinya ada kerana negara kita ini merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Menjelang tahun 2020, seperti yang dirancang oleh pihak kerajaan, negara kita akan meningkat penduduknya perkapita. Oleh itu, bilangan doktor perubatan sangat diperlukan untuk merawat pesakitpesakit pada masa hadapan. 6) Berapakah pendapatan doktor gigi sebulan? Gaji dentist swasta bergantung pada berapa pesakit yang dia dapat bulan tu dan apa jenis rawatan yang dia buat. Kesimpulannya gaji dentist tak tetap..ianya boleh kurang dan ianya boleh banyak. Jadi kebanyakkan dentist dapat dalam RM6000 ke atas sebulan. Ada juga dentist yang dapat gaji tetap. Kebiasaanya dalam RM4500 kemudian dapat komisyen skit kalau ada buat kes-kes seperti crown, bridge dan sebagainya. Kena pandai cari tempat untuk bekerja baru boleh dapat gaji baik sikit. Jadi dentist ni memang bagus.Tetapi tak boleh fikir tentang duit sahaja. Kena fikirkan kebajikan pesakit dahulu. Kadang-kadang ada juga kes yang doktor gigi terlalu nak duit sehingga sanggup charge mahal-mahal walaupun buat rawatan sedikit dan ada juga yang buat rawatan yang tidak sepatutnya dan macam-macam lagi. Jadi tentang gaji ni memang berbeza-beza dari satu dentist ke dentist yang lain. 7) Apakah nasihat doktor untuk saya jika saya berminat dalam bidang yang sama? Bukan senang untuk mencari orang yang berminat dalam bidang ini. Jadi, anda kena kuatkan semangat dalam menempuh segala cabaran untuk menjadi doktor gigi. Biasalah, untuk menjadi doktor gigi ini kena membuat satu pengorbanan dari segi masa, tenaga dan kewangan. Jangan leka dengan segala hiburan yang melalaikan dan jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak bermoral. Selain itu, belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya menempatkan diri di universiti-universiti yang menawarkan bidang yang diceburi. Kalau boleh pastikan anda mendapat A+ dalam semua subjek sains teras terutamanya Biologi. Akhir sekali, jangan takut untuk melakukan sesuatu yang baik. Pedulikan kata-kata orang lain yang ingin menjatuhkan kita dan bangkit daripada kekalahan. Tidak kira betapa teruknya mereka mengutuk kita, dendam yang terbaik untuk kita balas ialah membuktikan kepada mereka semua itu bahawa mereka salah dalam menilai siapa sebenarnya diri kita ini.
Dr.Mazleen dipejabatnya semasa sesi temubual.
Dr.Mazleen sedang merawat pesakitnya.