KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI CAWANGAN TERENGGANU JABATAN PSIKOLOGI TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA MP25233 LAPORAN KERJA KURSUS KUMPULAN TAJUK : PERSONALITI PEKERJAAN & MINAT KERJAYA SIDEK AHLI KUMPULAN : MEXNUEL PINUS (TP04103009) JASNI UMIN (TP04103007) NURUL FATIHA BT KHAMZAH (TP04103027) NURUL MASTURAH BT MOHD SAFIE (TP04103028) RINA BT HASHIM (TP04103030)
PENSYARAH : PUAN NURUL AZWIN BT. SABARRUDDIN
ISI KANDUNGAN PERKARA
M/S
PENGHARGAAN
1
PENGENALAN
2
MASALAH PEMILIHAN KERJAYA
3-4
BIODATA SAMPEL
5
ALAT KAJIAN
5
TEORI YANG DIGUNAKAN
6-9
DAPATAN KAJIAN
10
KESIMPULAN
11-12
BIBLIOGRAFI
13
PENGHARGAAN
Salam 1Malaysia, Kami merafakkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nurul Azwin Bt
Sabarruddin, Pensyarah Psikologi bagi subjek Teori Perkembangan Kerjaya ( MP25233) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini dijalankan. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu
kami
secara
langsung
atau
tidak
langsung
sepanjang
proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal peneraju dunia Psikologi di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu psikologi di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang psikologi. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sekian, Terima Kasih.
1
PENGENALAN Tiada dua manusia yang dilahirkan serupa tetapi setiap satunya berbeza antara satu sama lain terutama dari segi pembawaan semulajadi (personaliti, minat, nilai, pencapaian, motivasi, sikap), seorang sesuai untuk sesuatu pekerjaan sementara yang seorang lagi sesuai untuk pekerjaan yang lain. Setiap individu adalah unik dan berbeza. Oleh sebab itu bukan semua orang boleh menjadi misalnya jurutera, doktor, arkitek, kaunselor, usahawan dan akauntan yang berjaya dan cemerlang. Ketidakselarasan antara personaliti, minat dan pekerjaan memberi kesan kepada kerjaya dan seterusnya kesejahteraan individu. Tekanan yang wujud akibat ketidakselarasan ini boleh dimanifestasikan melalui pengambilan cuti sakit yang berlebihan, ponteng kerja, kurang komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefan, 2004). Perkara ini juga boleh melangkau keluar alam pekerjaan dan memberi impak kepada kehidupan keluarga dan kesihatan mental pelbagai individu yang terbabit. Ini merupakan liabiliti yang mungkin ditanggung oleh masyarakat dan negara dalam jangka masa panjang akibat ketidakselarasan yang boleh ditangani. Menurut Holland (1998), keselarasan antara personaliti dan minat dengan kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Penentuan “individu yang betul untuk kerjaya yang betul” perlu diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon (Parson, 1908 dalam Sidek Mohd Noah, 2005). Sehubungan itu, keselarasan antara pekerjaan yang dipilih individu dengan personaliti, minat, nilai dan potensi sebenar pelajar amat penting dan perlu diambil kira dalam pemilihan pekerjaan. Oleh itu tugasan ini bertujuan mengkaji kecenderungan personaliti dan dikaitkan dengan signifikan pekerjaan. Subjek di ambil daripada kalangan ahli kumpulan dengan menggunakan Inventori Personaliti dan Minat Kerjaya Sidek.
2
MASALAH PEMILIHAN KERJAYA Kebanyakan graduan kurang mempunyai kemahiran-kemahiran asas akademik apabila tamat pengajian sehingga mereka sukar untuk memilih kerjaya. Namun begitu perkembangan pendidikan yang semakin pesat membolehkan mereka mengenal pasti personaliti yang ada untuk menceburi lapangan pekerjaan. Pendidikan kerjaya yang semakin berkembang di institusi masing-masing dapat membantu seseorang membuat perancangan antara pendidikan dan kerjaya. Melalui pendidikan ini pelajar-pelajar berpeluang untuk membuat persediaan, melakukan penerokaan, dan mengembangkan potensi diri. Mahasiswa/i begitu mengambil berat tentang kerjaya yang akan diceburi oleh mereka dan di peringkat inilah mereka membuat keputusan permulaan tentang kerjaya. Mereka mula memikirkan tentang kebolehan dan minat untuk disesuaikan dengan peranan kerja tertentu dan membuat perancangan yang lebih realistik. Dalam membuat keputusan tentang kerjaya tidak semua remaja sistematik dan rasional.
Ramai Mahasiswa/i yang masih tidak tetap dengan pendirian mereka
selepas tamat pengajian dan berkali-kali bertukar kerja tanpa mempunyai perancangan yang jelas berdasarkan maklumat yang mencukupi. Individu yang membuat pilihan adalah orang yang paling baik untuk membuat pertimbangan dalam memilih pekerjaan. Pekerjaan yang ingin diceburi juga bergantung kepada pencapaian akademik pelajar.
Taraf dan pencapaian
akademik individu juga lebih memungkinkannya memperoleh pelbagai maklumat kerjaya. Pencapaian akademik yang lebih baik sudah tentu dapat menjamin seseorang itu membuat pemilihan yang lebih banyak berbanding yang lain. Pencapaian akademik mahasiswa/i sangat berkait erat dengan pemilihan kerjaya pelajar. Manakala pencapaian akademik dipengaruhi oleh gaya pembelajaran yang diamalkan oleh mahasiswa/i.
3
Pencapaian akademik seseorang dianggap sebagai kunci atau faktor utama bagi menentukan rancangan kerjaya individu sepertimana yang dikehendaki oleh pendidikan tinggi. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, personaliti mahasiswa/i perlu diketahui supaya pemilihan kerjaya mereka sesuai dan mengurangkan masalah-masalah yang akan timbul. Hal ini pasti akan membuka minda mereka untuk merancang kerjaya yang bakal mereka tempuhi apabila tamat pengajian kelak.
4
BIODATA SAMPEL Nama Sampel
Nurul Fatiha Bt Khamzah
Jumlah Sampel
1
Kaedah Persampelan
Terdiri daripada salah seorang ahli kumpulan pengkaji
Taraf Pendidikan Sampel
Diploma Psikologi
Bangsa
Melayu
Pencapaian Akademik (CGPA )
3.56
ALAT KAJIAN -
Minat Kerjaya Sidek atau Self Direct Search (SDS).
Self Directed Search ( SDS ) yang diperkenalkan oleh Holland telah dialih bahasa oleh Dr. Sidek Mohd. Noah merangkumi 6 bidang minat iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial ( S ), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Melaluinya SDS ia boleh memahami bidang yang bersesuaian dengan seseorang individu. Misalnya, jika seseorang individu termasuk dalam kumpulan minat Realistik ( R ) maka kerjaya bidang Kejuruteraan adalah bersesuaian dengan individu tersebut , manakala minat kerjaya Convensional ( C ), kerjaya sebagai Akauntan atau Juru akaun. Melalui kajian yang dilakukan, minat kerjaya mempunyai hubungan dengan pencapaian dan kepuasan kerja.
5
TEORI YANG DIGUNAKAN Teori yang kami gunakan adalah Teori Pemilihan Kerjaya Holland ia merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Trettret
personaliti
biasanya
dikenal
pasti
melalui
kecenderungan
terhadap
matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002) Teori Holland telah mengkatagorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.
6
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:
i. Realistik atau agresifJenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal.
Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan
binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan. Contoh pekerjaan Realistik ialah: Jurutera Awam, Jurutera Keratapi, Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan dan Tukang Kayu ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.
ii. Investigatif atau intelektual Jenis personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari
sesuatu,
membuat
penyelidikan,
menganalisis,
menilai
dan
menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Individu jenis Investigatif juga mempunyai kemahiran saintifik dan metamatik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan Investigatif ialah: Doktor Perubatan, Doktor Gigi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kajibintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains dan Antropologis.
7
Iii. Artistik atau imaginative Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.
Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang
berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang.
Dalam kebanyakan hal, mereka
selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti. Contoh pekerjaan Artistik ialah: Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun, Penghias Rumah dan Arkitek.
iv. Sosial Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka adalah membuat kebajikan. Contoh pekerjaan Sosial ialah: Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya dan Kaunselor Peribadi.
v. Enterprising atau extrovert Jenis personaliti Enterprising adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi,
mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Mereka juga pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai
keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Contoh pekerjaan Enterprising ialah: Spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank dan Jurujual Insuran. 8
vi. Conventional atau praktikal Jenis personaliti Conventional adalah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengguna nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. Contoh pekerjaan Conventional ialah: Penyimpan Kira-Kira, Guru Perdagangan, Akauntan, Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai Harta, Jurujual Insuran dan Kerani Insuran.
Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed
Search
(SDS),
Vocational Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002).
9
HASIL DAPATAN KAJIAN Berdasarkan ujian Self Diect Search (SDS) yang dibuat, kami dapati Sampel mempunyai kecenderungan (S) iaitu Sosial. Di kehidupan kita sebagai anggota masyarakat istilah sosial sering dikaitkan dengan hal yang berhubungan dengan manusia dalam masyarakat, seperti kehidupan kaum miskin di kota, kehidupan kaum “berada”, kehidupan nelayan dan juga sering diertikan sebagai suatu sifat yang mengarah pada rasa empati terhadap kehidupan manusia sehingga memunculkan sifat tolong menolong, membantu dari yang kuat terhadap yang lemah, mengalah terhadap orang lain, sehingga sering dikatakan sebagai mempunyai jiwa sosial yang tinggi. Namun berdasarkan Kecenderungan (S) menurut teori Holland, mereka yang mempunyai jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan
orang
lain.
Matlamat
utama
mereka
adalah
membuat
kebajikan.
Kecenderungan sampel mendapat jenis personaliti (S) Sosial mungkin dipengaruhi oleh persekitaran beliau sekarang. Malah ia juga mungkin disebabkan faktor latar belakang pengajian sampel iaitu bidang psikologi. Menurut Holland individu yang mempunyai kecenderungan Sosial sesuai dengan pekerjaan seperti Ahli Psikologi, Guru, Pengetua Sekolah, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya dan Kaunselor Peribadi. Dalam perkhidmatan awam pula kerajaan telah menggariskan mereka yang mengikuti Pengajian dalam bidang sastera dan sains sosial layak memohon jawatan yang bermula dengan jawatan (S) contoh S27( DIPLOMA berkaitan menunjukkan
sains sosial) S41 (Ijazah
kerajaan
juga
mementingkan
perkerjaan. 10
berkaitan
keselarasan
sains sosial). Ini personaliti
dalam
KESIMPULAN Profesion merupakan satu aktiviti penting
dalam kehidupan seseorang. Profesion
juga mempengaruhi konsep kendiri seseorang, perasan nilai dalam diri dan identiti peribadi. Profesion merupakan sesuatu aktiviti yang menjadi impian setiap pelajar setelah menamatkan pengajian. Menurut Holland, hampir setiap individu mempunyai profesion idaman mereka yang tersendiri. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut seperti hendak jadi cikgu, doktor, polis, peguam, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang juga, yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran. Kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerja. Contohnya, orang yang bercitacita tinggi untuk menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri. Kebiasaannya profesion yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan, jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperolehi semasa sekolah. Apa yang menyedihkan masih terdapat lagi masalah pelajar yang tidak dapat menentukan minat mereka terhadap sesuatu profesion. Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti akan mempengaruhi gaya kehidupannya di mana dalam kehidupan harian, ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang pelajar akan menentukan cara penyelesaian masalah hidupnya. Masalah-masalah
ini
termasuklah
masalah
dengan
pemilihan
kursus
yang
bersesuaian dengan personaliti pelajar. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri personaliti sendiri adalah penting bagi setiap pelajar supaya dapat membantunya memahami diri sendiri. Hal ini berlaku kerana semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personaliti dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu profesion, maka semakin besar seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
11
Holland juga menyatakan bahawa keselarasan antara personaliti-persekitaran itu amat penting untuk mencapai tahap kepuasan, motivasi dan pencapaian akademik yang baik. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Holland telah memperkenalkan teori Tipologi Holland berpendapat bahawa pemilihan
kerjaya mestilah selaras dengan ciri-ciri
individu. Isu ketidakselarasan personaliti dan minat dengan bidang pengajian diikuti mungkin tidak dapat diselesaikan walaupun pelajar berjaya memperoleh ijazah. Ketidakselarasan ini akan membawa masalah dalam pekerjaan seperti prestasi yang kurang memuaskan, produktiviti yang rendah, dan berpotensi besar untuk bertukar kerjaya yang diceburi. Secara tidak langsung, ia akan mengakibatkan university atau institusi dipersalahkan kerana tidak dapat melatih graduan dengan baik. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa masalah yang sering berlaku kepada para pelajar dalam menentukan profesion mereka. Ini
kerana terdapat
pelajar-pelajar yang masih keliru untuk menentukan profesion mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan mereka tidak dapat memastikan ke manakah kecenderungan minat yang mereka ada, yang menyebabkan mereka keliru dan tiada hala tuju. Mereka sering kali berhadapan dengan konflik antara kehendak ibu bapa, kehendak mereka sendiri dan pengaruh rakan sebaya dalam memilih jurusan yang boleh menjejaskan pemilihan profesion.
12
BIBLIOGRAFI Mustafa bin Zakaria (2008). Profil Personaliti dan Faktor Pemilihan Profesion
Perguruan Di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM . Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Personaliti
http://hairilhazlan.com/2012/personaliti-kerjaya/
13