Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
PENYELEWENGAN AJARAN MILLAH ABRAHAM@IBRAHIM
MUQADDIMAH: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 3/2014 yang bersidang pada 20 Ogos 2014 memutuskan bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham@Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam. Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim mempunyai persamaan dengan
kumpulan
Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan menyeleweng pada 31 Mac 2011. Kumpulan ini berasal dari Bogor, Indonesia yang diketuai oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah didirikan oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering hadir ke Malaysia bagi tujuan penyebaran ajaran tersebut. Golongan Millah Abraham @ Ibrahim mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah dengan kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah akibat serangan puak Monggol ke atas Baghdad yang telah membuang kitab-kitab khazanah Islam ke dalam sungai. Maka, ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah Abraham akan naik semula dan akan dibawa oleh rasul baru (Ahmad Musadeq). Golongan ini mendakwa bahawa Millah Abraham @ Ibrahim adalah deen deen besar yang membawa ke jalan yang lurus lagi benar. Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W. untuk berkata bahawa jalan yang lurus adalah jalan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Ini bermakna Nabi Muhammad S.A.W. telah menegakkan satu sistem kehidupan iaitu sistem Millah Abraham. Setelah kejatuhan Islam pada 1324 Hijrah, mereka mendakwa bahawa golongan musyrik termasuk para ulama’ telah membawa ajaran Islam yang palsu dan hendaklah hendak lah bertaubat dengan memilih kembali deen Millah deen Millah Abraham @ Ibrahim.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
Ini berdasarkan dalil-dalil yang mereka ketengahkan seperti surah al-An’am al-An’am ayat 161 iaitu: 161 iaitu:
yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik".
AJARAN DAN AMALAN YANG BERCANGGAH DENGAN AKIDAH DAN SYARIAH ISLAM
Kumpulan ini telah membawa ajaran dan amalan yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) (ASWJ) dan syariat Islam antaranya seperti seperti berikut :
i. Membawa Ajaran Dan Kerajaan Baru Baru (Millah Abraham@Ibrahim) ii. Mendakwa Ada Rasul Rasul Selepas Nabi Muhammad Muhammad S.A.W. S.A.W. iii. Mensyirikkan Golongan yang Tidak Mengikuti Mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim iv. Menggabungkan Menggabungkan tiga (3) ajaran agama Iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. v. Menyalah Ertikan Maksud Kiamat. vi. Memahami al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri. vii. Meninggalkan Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat. Jumaat. viii. Taksub Dan Dan Memutuskan Memutuskan Hubungan Keluarga Dan Suami Isteri. ix. Perjanjian (Bai’ah) Oleh Anggota Millah Abraham.
i.
Membawa Ajaran Dan Kerajaan Baru
Golongan Millah Abraham Abraham @ Ibrahim mengatakan bahawa bahawa Kerajaan Islam Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al- A’raf A’raf ayat 34 34 yang bermaksud:
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan”.
Ini bermakna ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah tamat dan Islam yang dibawa selepas itu adalah palsu. Justeru, akan muncul umat dan rasul baru atas nama Kerajaan Millah Abraham @ Ibrahim pada tahun 2024 yang akan menegakkan deen. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah al- An’aam ayat 161.
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM: Semua nabi yang diutus membawa Agama Islam. Semua Nabi membawa aqidah yang satu iaitu mentauhidkan/mengesakan Allah. Hanya syariat antara para nabi berbeza antara satu sama yang lain, ini adalah kerana berbeza tempat dan masa.
Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad kekal hingga hari kiamat. Kejatuhan kerajaan Islam bukan bererti tamatnya ajaran Islam. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al- A’raf ayat 34:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan”.
Ayat di atas adalah merujuk kepada setiap umat mempunyai had umur yang berbeza antara satu sama lain. Seperti umur Nabi Adam yang dikatakan sehingga 930 tahun, Nabi Nuh 1000 tahun. Dan umur umat Nabi Muhammad kebanyakannya antara 60-70 tahun.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
Justeru, dakwaan akan muncul umat dan rasul baru atas nama Kerajaan Millah Abraham @ Ibrahim pada tahun 2024 yang akan menegakkan deen adalah palsu.
ii.
Mendakwa Ada Rasul Selepas Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka mendakwa bahawa ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu dan satu umat baru akan dipertanggungjawabkan untuk menegakkan deen dan ketika itu Allah akan menghantar rasul atau mesiah (bahasa ibrani) seperti sunnatullah yang terdahulu dan mengikut kaum mereka sendiri. Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yunus, ayat 47 yang bermaksud:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya) setelah datang Rasul masing- masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil, dan mereka tetap tidak dianiaya.”
Mereka menafsirkan bahawa Allah S.W.T. mengutuskan rasul dari kalangan kaum mereka sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memahami dan mengajar kaum untuk keluar daripada kesesatan. Maka, Rasul Millah Abraham@Ibrahim diutuskan dari kalangan bangsa Melayu nusantara untuk membaca, menyuci serta mengajar kaum Melayu nusantara ini mengenai agama yang benar. Rasul yang dimaksudkan oleh kumpulan ini ialah Ahmad Musadeq.
Kumpulan ini juga mendakwa bahawa di dalam al-Quran surah as- Shaff ayat 6 yang menyebut nama “Ahmad” mengikut tafsiran adalah Nabi Muhammad S.A.W., tetapi maksud sebenar ayat tersebut adalah seseorang yang bernama Ahmad.
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keteranganketerangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ial ah sihir yang jelas nyata!"
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
Selain itu, mereka menafsirkan ayat al-Quran surah al-Ahzab ayat 40 yang dimaksudkan Khataman Nabiyyin adalah kesempurnaan deen pada zaman Nabi Muhammad, bukan Nabi Muhammad S.A.W. nabi terakhir.
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-Nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:
Dakwaan mereka bahawa Allah akan menghantar rasul atau mesiah (bahasa ibrani) seperti sunnatullah yang terdahulu dan mengikut kaum mereka sendiri adalah satu fahaman yang jauh menyimpang. Firman Allah S.W.T. di dalam surah Yunus, ayat 47 :
“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya) setelah datang Rasul masing- masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil, dan mereka tetap tidak dianiaya.”
Maka, Dakwaan bahawa Rasul Millah Abraham@Ibrahim diutuskan dari kalangan bangsa Melayu nusantara untuk membaca, menyuci serta mengajar kaum Melayu nusantara ini mengenai agama yang benar dan Rasul yang dimaksudkan oleh kumpulan ini ialah Ahmad Musadeq adalah satu pembohongan kerana Nabi Muhammad adalah penutup segala Nabi.
Perkataan “Ahmad” di dalam al-Quran surah as- Shaff ayat 6 adalah Nabi Muhammad S.A.W., bukanlah seseorang yang bernama Ahmad seperti yang mereka dakwa dan terdapat banyak nama-nama lain bagi nabi Muhammad.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad (Muhammad). Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
Kalimah K h a t a m a n N a b i y y i n dalam surah al-Ahzab ayat 40 bermaksud Nabi Muhammad S.A.W. nabi terakhir, bukan bermaksud k e s e m p u r n a an d e e n seperti yang mereka dakwa. Sememangnya nabi Muhammad dan para nabi-nabi yang yang lain yang telah diutus sebelumnya telah menyampaikan ajaran Islam dengan sempurna.
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
iii.
Mensyirikkan Golongan yang tidak Mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim
Kumpulan ini telah mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim termasuk para ulama’ yang dahulu selepas kejatuhan Islam pada tahun 1324 Hijrah sehingga kini kerana Islam yang dibawa adalah palsu dan telah memecahbelahkan agama serta orang Islam itu sendiri. Justeru, taubat boleh
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
disempurnakan dengan memilih kembali deen Millah Abraham @ Ibrahim. Ini berdasarkan dalil di dalam surah an-Nahl, ayat 123 yang bermaksud:
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”
Mereka yang tidak mengikut diminta bertaubat dengan kembali kepada deen Millah Abraham berdasarkan dalil di dalam surah ali-Imran ayat 83 yang bermaksud:
“ Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan”.
Mereka juga mengatakan bahawa sesiapa yang menuduh Millah Abraham @ Ibrahim ini sebagai sesat, maka sebenarnya mereka yang menuduh itu telah memperbodohkan diri sendiri. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al- Baqaroh ayat 130 yang bermaksud:
” Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang salih (yang ter tinggi martabatnya).”
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:
Golongan yang membawa ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim ini sebenarnya telah terpesong kerana telah menterjemahkan Millah Abraham@ Ibrahim itu satu ajaran baru selepas kenabian Muhammad. Sebenarnya kalimah ”Millata Ibrahim” itu merujuk kepada agama Islam itu sendiri kerana semua para nabi membawa agama Islam. Para ulama’ adalah pewaris kepada nabi bagi meneruskan dakwah Islam.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
Surah an-Nahl, ayat 123:
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”
Semua nabi membawa aqidah yang satu iaitu mentauhidkan/ mengesakan Allah, hanya syariat berbeza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad sebahagian besar adalah kesinambungan syariat yang telah juga dibawa oleh nabi Ibrahim seperti dalam ibadah haji.
Kalimah Deenullah di dalam surah ali-Imran ayat 83 bermaksud Deenul Islam (Agama Islam), bukanlah deen Millah Abraham@Ibrahim seperti yang mereka dakwa:
“ Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari Deenullah (Agama Islam)? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan”.
Firman Allah S.W.T. di dalam surah al- Baqarah ayat 130:
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
” Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang salih (yang tertinggi martabatnya).”
Kalimah ” a gama
Nabi Ibrahim” adalah
bermaksud agama Islam yang dibawa oleh
nabi Ibrahim telah dibenci oleh kaumnya. Begitu jugalah agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad juga tetap ada pembencinya sepanjang zaman. Mereka yang ingin menegakkan Millah Abraham@Ibrahim dizaman ini juga termasuk golongan membenci agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad.
iv.
Menggabungkan tiga (3) ajaran agama Iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
Selain terjemahan al-Quran mereka juga menggunakan kitab Taurat dan Injil di dalam pengajian mereka kerana di dalam al-Quran telah membenarkan kitab Taurat dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan yang menerangi. Sepertimana yang disebut di dalam surah al-Maidah ayat 46 yang bermaksud:
”Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi -nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”
Mereka mendakwa ayat ini selaras dengan Injil Metius (perjanjian baru) 5/17. Selain itu mereka juga mendakwa bahawa Taurat, Injil dan Quran akan ditegakkan semula dalam kerajaan baru. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maidah ayat 68 yang bermaksud:
”Katakanlah: "Wahai Ahli K itab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.”
Oleh itu, selain al-Quran mereka mendakwa bahawa kedua-dua kitab tersebut tidak boleh ditolak untuk dijadikan panduan bagi menegakkan deen.
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM: Di dalam rukun Islam yang enam, beriman kepada Kitab iaitu kitab al-Quran juga kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi seperti Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Apabila al-Quran telah diturunkan, maka semua kitab-kitab tersebut telah terbatal.
Al-Quran telah membenarkan kitab Taurat dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan yang menerangi pada zamannya, tetapi apabila Allah telah menurunkan Al-quran, maka Al-quran menjadi panduan sehingga hari kiamat. Firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 46:
”Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
Dakwaan mereka bahawa Taurat, Injil dan Quran akan ditegakkan semula dalam kerajaan baru adalah merupakan kesesatan yang nyata.
Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maidah ayat 68:
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
Di dalam ayat ini, Allah menyeru kepada Ahli Kitab supaya menegakkan agama berpandukan kitab Taurat dan Injil. Di dalam kitab-kitab tersebut juga telah menerangkan dengan jelas akan kelahiran Nabi akhir zaman iaitu nabi Muhammad. Dan Allah juga telah memerintahkan mereka agar menerima al-Quran. Dan Allah juga telah menyatakan bahawa janganlah nabi berdukacita apabila ramai diantara umatnya yang akan mendustakan ajaran yang dibawanya.
v.
Menyalah Ertikan Maksud Kiamat
Merujuk kepada surah al-An’aam ayat 161, kumpulan ini mengatakan bahawa Kiamat adalah daripada perkataan Arab iaitu qiam iaitu berdiri atau mendirikan. Perkataan kiamat di dalam al-Quran merujuk kepada menegakkan deen iaitu setelah tamatnya umat ini akan ada rasul baru yang akan menegakkan deen dan sistem ini silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini. Mereka mendakwa tiada cerita mengenai kiamat di dalam al-Quran.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:
Mereka telah menyalahtafsirkan kalimah Kiamat bermakna Qiam iaitu berdiri atau mendirikan.
Dakwaan perkataan kiamat di dalam al-Quran merujuk kepada menegakkan deen iaitu setelah tamatnya umat ini akan ada rasul baru yang akan menegakkan deen dan sistem ini silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini adalah satu kesesatan yang nyata.
Sebenarnya banyak ayat-ayat dalam al-Quran menceritakan mengenai kiamat.
Firman Allah dalam surah al- An’aam ayat 161:-
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
vi.
Memahami al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri
Ayat-ayat al-Quran ditafsir mengikut logik dan bebas mentakwil mengikut fahaman mereka. Sebagai contoh, surah as- Shaff ayat 6 yang bermaksud:
”Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku -
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keteranganketerangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
mereka menafsirkan perkataan Ahmad yang di sebut di dalam ayat tersebut bukanlah merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W. tetapi adalah merujuk kepada seseorang yang bernama Ahmad.
Begitu juga di dalam penafsiran surah al-An’am ayat 161 sebagai dalil bahawa ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah ajaran yang lurus lagi benar yang dibawa oleh rasul baru mereka.
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM: Secara keseluruhannya kumpulan ini telah menafsirkan ayat al-Quran mengikut akal dan kehendak serta kepentingan kumpulan mereka semata-mata. Al-Quran dan asSunnah dengan jelas melarang pentafsiran al-Quran dibuat tanpa ilmu dan amaran keras ditujukan terhadap sesiapa yang melakukannya.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Isra’ 36:
”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”
Al-Quran hanya boleh ditafsirkan apabila seseorang itu telah memenuhi kriteriakriteria yang telah ditetapkan oleh para ulama’ antaranya mempunyai aqidah yang betul, tidak mentafsir mengikut hawa nafsu, mempunyai pengetahuan luas dalam
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
usul fiqh, usul tafsir, hadith dirayah dan riwayah, usuluddin dan mempunyai pengetahuan luas dalam Bahasa Arab dan cabang-cabangnya.
vii.
Meninggalkan Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat
Kumpulan ini tidak melaksanakan Solat Fardhu yang diwajibkan ke atas semua mukallaf. Mereka mengatakan solat itu ”sillah” iaitu hubungan dengan ajaran Millah tersebut dan makna lain iaitu bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah Abraham bukan maksud solat yang dilakukan sekarang oleh orang Islam kerana solat tonggang tonggek itu senang, tetapi solat menegakkan deen itu lebih mujahadah dari segi harta dan tenaga sepertimana yang disebut di dalam surah alHajj, ayat 78 yang bermaksud:
”Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar -benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.”
Selain itu, mereka mengatakan bahawa al-Quran itu telah lengkap dan fungsinya adalah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Tetapi Solat 5 waktu yang dilakukan sekarang tidak ada disebut di dalam al-Quran. Oleh itu, berdasarkan ayat di atas solat bermaksud bersungguh-sungguh menegakkan deen.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM: Antara kesesatan kumpulan ini ialah mereka tidak melaksanakan Solat Fardhu. Mereka telah memutarbelitkan kalimah solat itu dengan ”sillah” iaitu hubungan dengan ajaran Millah tersebut, dan bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah Abraham. Mereka mendakwa Solat itu ialah menegakkan deen dan lebih mujahadah dari segi harta dan tenaga sepertimana yang disebut di dalam surah alHajj, ayat 78:
”Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar -benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.”
Solat 5 waktu telah jelas disebut di dalam banyak ayat al-Quran, antaranya surah alBaqarah 43:-
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”.
viii.
Taksub Dan Memutuskan Hubungan Keluarga Dan Suami Isteri
Mereka mengatakan bahawa perempuan yang ingin menyertai Millah Abraham wajib si isteri menuntut cerai dari suaminya jika suami menolak menyertai Millah Abraham atau sebaliknya. Mereka merujuk kepada ayat al-Quran surah al- Mumtahanah ayat 11 yang bermaksud:
“Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri -isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.”
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:
Firman Allah di dalam surah Al-Mumtahanah ayat 11:-
”Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari mas kahwin isteriisteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya”.
Dengan bernaskan ayat diatas, ajaran Millah Abraham mewajibkan si isteri menuntut cerai dari suaminya jika suami menolak menyertai Millah Abraham atau sebaliknya. Ini adalah satu pegangan yang sangat menyeleweng.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
ix.
Perjanjian (Bai’ah) Oleh Anggota Millah Abraham
Kumpulan Milah Abraham juga mewajibkan anggotanya untuk membuat akur janji (bai’ah). Amaran kepada sesiapa yang melanggar janji dan ganjaran bagi mereka yang setia pada janji adalah tertegaknya deen bukannya mengharapkan pahala. Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Fath ayat 10 yang bermaksud:
”Sesungguhnya orang -orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
Mereka juga melarang untuk menunaikan solat di masjid kerana mereka menganggap masjid dan surau yang ada dibina oleh orang-orang musyrik yang tidak mengikut ajaran Millah Abraham@Ibrahim berdasarkan surah at-Taubah ayat 108.
”Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”
MENOLAK HUJJAH AJARAN MILLAH ABRAHAM:
Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Fath ayat 10:
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
”Sesungguhnya orang -orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
Maka bai’ah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW bagi pengukuhan seseorang yang berada dalam saf perjuangan atau ditugaskan jadi pemimpin atau memegang jawatan penting. Di zamannya berlaku beberapa kali bai’ah yang berbeza keadaan dan mereka yang terlibat. Di antaranya ada Bai’ah ‘Aqabah, Bai’ah Nisaa dan Bia’ah Riduan (Hudaibiyyah) dan diteruskan selepasnya pula di zaman para sahabat dan tabi’ein.
Maksud perjanjian dalam ayat tersebut ialah bai’ah perkataan bahasa arab "
yang berasal daripada
" (bermaksud menjual), kerana Allah membandingkan
perjuangan menegakkan agamanya seperti membeli janji yang dijual oleh Allah dengan pahala yang besar. Laksana sesuatu yang dijual oleh Allah dengan bayaran pahala yang besar kerana besar pengorbanannya, sehingga Allah mengukuhkan janjinya seperti perjanjian menjual dan berhutang yang wajib dibayar, dengan janji pada Hari Qiamat yang merupakan ujian beriman kepada Allah, perkara Ghaib dan urusan Akhirat. Firman Allah:
….
”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka”. (Surah At-Taubah, ayat 111)
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
Tujuannya, supaya dikorbankan bagi menegakkan Islam. Seterusnya Allah berfirman lagi:
"Barangsiapa yang menunaikan bai’ah (perjanjian jual belinya daripada Allah, maka bergembiralah dengan bai’ah yang kamu meteraikan itu. Itulah kemenangan yang sangat besar." (Surah At-Taubah, ayat 111)
Akur janji (bai’ah) yang diwajibkan oleh kumpulan Milah Abraham kepada anggotanya untuk taat setia dengan ajaran Millah Abraham adalah jelas terpesong dari ajaran Islam..
Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 107 & 108.
“Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang I slam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta ”.
Penyelewengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Jabatan Agama Islam Selangor
”Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”
Berdasarkan ayat ini, orang yang mendirikan masjid dhirâr adalah golongan orang munafik dari penduduk Madinah. Pada awalnya mereka semua shalat berjamaah di satu masjid (masjid Quba’). Mereka mendirikan masjid lain dengan tujuan menimbulkan kemudharatan pada orang-orang mukmin, serta memecah belahkan jama’ah
kaum
Mukminin. Mereka
ingin
mendapatkan
kesempatan
untuk
menyebarkan syubhat, menghasut, memfitnah dan memecah belah shaf kaum Mukminin. Adapun masjid-masjid yang didirikan oleh orang bukan Islam di zaman ini bukanlah tergolong masjid dhirar, kerana tujuan dibina masjid adalah untuk tujuan orang Islam beribadah dan melakukan aktiviti-aktiviti lain bertujuan untuk menyatupadukan umat Islam.
PENUTUP: Ajaran ini juga boleh mengancam keselamatan negara kerana telah merosakkan institusi keluarga dengan berlakunya perceraian dan boleh menggugat perpaduan umat Islam di negara ini. Terdapat juga unsur-unsur menghasut yang cuba memperlagakan atau mempertikaikan kewibawaan institusi ulama’ atau pihak berkuasa agama di negara ini apabila mereka mendakwa bahawa Islam yang dibawa oleh para ulama’ adalah palsu. Tuduhan ini akan membangkitkan kemarahan para ulama dan umat Islam secara umum.