kepentingan Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia.
Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia‟‟ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato‟ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu s atu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai m empunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. muafakat”.
Industri pelancongan merupakan merupakan salah satu satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada
masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. n egara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain s elain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana ke rana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu bers atu kita teguh, bercerai teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat dap at diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing masing- masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. n egara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain s elain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana ke rana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu bers atu kita teguh, bercerai teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat dap at diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing masing- masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
-Langkah2 Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, k etiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah‟ bulat air kerana pembetung pembetung bulat manusia kerana muafakat‟. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usahausaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia? Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum kau m di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah „bersatu teguh, bercerai roboh‟.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat
terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat d apat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan ker ajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.
Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan wawasan yang menempatkan tiga jenis jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh boleh kita nafikan bahwa sistem
pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.
Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilainilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktivitiaktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020. Related Posts :
- See more at: http://stpm-study.blogspot.com/2013/09/esei-11-usaha-usahauntuk-memupuk.html#_TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI
cabaran 1.
Berbeza Dalam Sistem Pendidikan
Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.
Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi
semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.
3.2
Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar -
bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di ladingladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan
tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”.
Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.
3.3
Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh
Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing -masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip
tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.
Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retakretak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.
FAKTOR YANG MENYUMBANGKAN KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM 1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama. 2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama. 3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagima kasih (0)
TUGASAN SEJARAH PT 3
Jadual kerja / senarai semak
Objektif kajian
Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
Menetapkan kaedah kajian
Membaca akhbar tempatan Merujuk buku teks atau rujukan Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan
Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia Menyediakan kerangka kasar penulisan
Kerangka awal Tajuk rencana Nama penulis Isi kandungan Pengenalan isu perpaduan secara umum Kepentingan perpaduan kaum Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum Cabaran mengekalkan perpaduan kaum Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia Membuat rumusan
1. TERHAD ARAHAN KEPADA GURU: 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik Penskoran. 3. Murid dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan. 4. Disertakan lampiran 1, 2, 3, 4 dan 5 untuk panduan guru. TUGASAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2. TERHAD TERHAD 2 TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH (21) TAHUN 2014 1.0 ARAHAN KEPADA GURU 1.1 Memastikan pelajar melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang ditetapkan. 1.2 Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.
1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang ditetapkan. 1.4 Memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya. 1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber dalam melaksanakan tugasan. 1.6 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika calon didapati melakukan plagiat calon boleh digagalkan atau diberikan gred F. 1.7 Dilarang menyediakan jawapan kepada murid. 1.8 Tiada tugasan ulangan dan peruntukan masa tambahan. 1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) dan Panduan Rubrik Penskoran (Lampiran 2) yang disediakan sebagai panduan untuk membimbing murid menghasilkan tugasan yang baik bagi mendapat skor cemerlang. 1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan. 1.11 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 1.12 Memperakukan tugasan murid dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 1.13 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon berpandukan rubrik penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Skor hendaklah dimasukkan ke dalam borang (Lampiran 5) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 1.14 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan. 3. TERHAD TERHAD 3 2.0 ARAHAN KEPADA CALON 2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014. 2.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014. 2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini. 2.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan. 2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang. 2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. 2.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu. 2.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian. 2.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta. 2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 2.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 2.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada manamana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya.
Jika calon didapati melakukan plagiat calon boleh digagalkan atau diberikan gred F. 2.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 2.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 2.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan. 4. TERHAD TERHAD 4 Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama. Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my 3.0 TUGASAN Baca petikan berikut dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 1. Tajuk rencana 2. Nama penulis 3. Isi kandungan: (a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum (b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum (c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum (e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia (f) Membuat rumusan (g) Menyenaraikan sumber rujukan TUGASAN TAMAT 5. TERHAD TERHAD 5 Lampiran 1 4.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN BIL SENARAI SEMAK TUGASAN AKTIVITI / TINDAKAN 1 Perancangan (10 markah) Jadual kerja / senarai semak Objektif kajian Menetapkan kaedah kajian Menetapkan tajuk Menyediakan kerangka kasar penulisan Menyatakan sumber Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan. 2 Proses awal (20 markah) Mengumpul maklumat melalui rujukan terhadap pelbagai sumber yang sesuai Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Maklumat sangat tepat dan lengkap serta sangat sesuai dengan tugasan. 3 Pengenalan (5 markah) Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan. 4 Kepentingan perpaduan kaum (15 markah) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. 5 Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (15 markah) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat
lengkap. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. 6 Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum (15 markah) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. 7 Langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum (10 markah) Menghuraikan langkah yang praktikal dan relevan untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. 8 Rumusan (5 markah) Rumusan merangkumi pengetahuan, iktibar dan harapan yang relevan. 9 Rujukan (5 markah) Sumber rujukan autentik, relevan dan pelbagai.
6. TERHAD TERHAD 6 Lampiran 2 PANDUAN RUBRIK PENSKORAN BIL KRITERIA RUBRIK Perancangan (10 markah) 08 – 10 06 – 07 04 – 05 01 – 03 1 Jadual kerja / senarai semak Objektif kajian Menetapkan kaedah kajian Menetapkan tajuk Menyediakan kerangka kasar penulisan Menyatakan sumber Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan kesungguhan. Menyediakan perancangan yang lengkap, tepat dan realistik. Menyediakan perancangan yang kurang lengkap. Perancangan secara umum / tidak lengkap. 2 Proses Awal (20 markah) Mengumpul maklumat berdasarkan pelbagai sumber rujukan 15 – 20 10 – 14 05 – 09 01 – 04 Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Mengumpul maklumat daripada sumber yang sesuai. Tiada sumber rujukan / sumber rujukan tidak sesuai. Maklumat sangat tepat dan lengkap serta sangat sesuai dengan tugasan. Maklumat tepat dan lengkap serta sesuai dengan tugasan. Maklumat sesuai dengan tugasan. Maklumat tidak lengkap.
7. TERHAD TERHAD 7 BIL KRITERIA RUBRIK Laporan Akhir (70 markah) 3 Pengenalan (5 markah) 04 – 05 03 02 01 Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan. Menulis pengenalan yang sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan kandungan hasil penulisan. Menulis pengenalan kurang sesuai dengan kandungan hasil penulisan. Menulis pengenalan yang tidak sesuai dengan kandungan hasil penulisan. 4 Kepentingan perpaduan kaum (15 markah) Fakta Huraian Contoh 11 – 15 08 – 10 04 – 07 01 – 03 Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap. Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum dengan tepat. Menerangkan kepentingan perpaduan kaum secara ringkas. Menyenaraikan kepentingan perpaduan kaum secara umum. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Mengemukakan contoh yang sesuai. Mengemukakan contoh yang kurang sesuai. Mengemukakan contoh yang tidak sesuai / tiada contoh. 5 Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (15 markah) Fakta Huraian Contoh 11 – 15 08 – 10 04 – 07 01 – 03 Menghuraikan faktor yang
menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap. Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum dengan tepat dan lengkap. Menerangkan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum secara ringkas. Menyenaraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum secara umum. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Mengemukakan contoh yang sesuai. Mengemukakan contoh yang kurang sesuai. Mengemukakan contoh yang tidak sesuai / tiada contoh. 8. TERHAD TERHAD 8 BIL KRITERIA RUBRIK Laporan Akhir (70 markah) 6 Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum (15 markah) 11 – 15 08 – 10 04 – 07 01 – 03 Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap. Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dengan tepat dan lengkap. Menerangkan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum secara ringkas. Menyenaraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum secara umum. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Mengemukakan contoh yang sesuai. Mengemukakan contoh yang kurang sesuai. Mengemukakan contoh yang tidak sesuai / tiada contoh. 7 Langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum (10 markah) 08 – 10 06 – 07 04 – 05 01 – 03 Menghuraikan langkah yang praktikal dan relevan untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap. Menerangkan langkah yang praktikal dan relevan untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum dengan lengkap. Menyatakan langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum secara ringkas. Menyenaraikan langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum secara umum. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Mengemukakan contoh yang sesuai. Mengemukakan contoh yang kurang sesuai. Mengemukakan contoh yang tidak sesuai / tiada contoh. 8 Rumusan (5 markah) Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri / bangsa / negara Harapan agar kedaulatan negara berkekalan 04 – 05 03 02 01 Rumusan merangkumi pengetahuan, iktibar dan harapan yang relevan. Rumusan merangkumi pengetahuan / iktibar dan harapan. Rumusan mengandungi pengetahuan / iktibar dan harapan. Rumusan secara umum.
9. TERHAD TERHAD 9 BIL KRITERIA RUBRIK Laporan Akhir (70 markah) 9 Rujukan (5 markah) 04 – 05 03 02 01 Sumber rujukan autentik, relevan dan pelbagai. Sumber rujukan autentik dan relevan tetapi kurang pelbagai. Sumber rujukan kurang releven dan tidak pelbagai. Sumber rujukan tidak relevan. 10.TERHAD TERHAD 10 Lampiran 3 CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN Buku Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti
Malaya Press. Jurnal Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979. Ishak bin Tadin,1960. “Dato‟ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960. Ensiklopedia Tajuk, jilid dan tahun. Akhbar Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Orang Sumber Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur. Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak,68100 Selangor. Melawat Tempat Kajian Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato‟ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah. Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak. 11.TERHAD TERHAD 11 VCD Tajuk program, terbitan. Radio Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. Televisyen Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. Majalah Nama majalah, tarikh, tahun. Sumber lain: Jenis sumber, alamat/punca sumber. Internet http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm 12.TERHAD TERHAD 12 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 2014 BORANG AKUAN PENGESAHAN PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya. RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH Murid Pentaksir (Guru) Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Luar Lampiran 4 13.TERHAD TERHAD 13 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 2014 BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU Nama Sekolah : ........................................................................................................ Nama Calon : ........................................................................................................ Tingkatan : ........................................................................................................ Tugasan : ........................................................................................................ BIL KRITERIA SKOR CATATAN 1 Perancangan (10 peratus) 2 Proses Awal (20 peratus) 3 Laporan Akhir (70 peratus) JUMLAH SKOR No. Kad Pengenalan Angka Giliran Lampiran 5
Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara NOTA 1. Definisi Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita. 2. Masyarakat Majmuk
Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satusatu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya. Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : o rang mendatang mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini. Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini
menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri. Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi semakin minima. 3.
Dasar Perpaduan
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Cara-cara mencapai perpaduan Politik Sosial Integrasi politik Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan Integrasi wilayah Integrasi ekonomi
Ekonomi
4.
Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda – pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular – yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. 5.
Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari : “ Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini. Asas-asas perpaduan sistem pendidikan
Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolahsekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanakkanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.
Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.
Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
PENDAHULUAN
Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta
mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dag angan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing. Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara
terutama dari China dan India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah yang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan. Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemu mencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, „Bapa Kemerdekaan‟ kita telah melaungkan kalimah keramat ”MERDEKA” dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai bangsa dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera ”Union Jack ” diturunkan dan berkibar megah ”Jalur Gemilang” kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang tersendiri. Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan dan memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia. DEFINISI:
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan” Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara‟. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja. HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI.
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah;
Agama dan kebudayaan : Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
Dasar Penjajah British : Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan : Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
Amalan ekonomi yang berlainan : Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik : Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
Pendudukan Jepun : Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.
KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAMMENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969
Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti
tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isuisu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagaiMajlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..
USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPATProgram Pemuafakatan Masyarakat –
Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat –
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat. Acara kebudayaan dan kesenian-
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali-
Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan. Aktiviti Riadah -
Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma‟al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat. KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAHSekolah Penyayang –
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) –
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah – sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat. Penyertaan Dalam Kokurikulum –
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan
mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah –
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran
kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan. Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah –
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak s eperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. PENUTUP:
Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara. Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia. Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat pro aktif oleh
semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA - Dr Rahmat Ghazali Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘p ecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.
Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam
konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.
Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masingmasing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.
Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberap a pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.
Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya
hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.
Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.
Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikirpemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.
Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.
Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.
Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan
perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolahsekolah monoetnik dan media massa monoetnik.
Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada k ira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri -ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut T un, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada- adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.
Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.
Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di manamana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.
Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur -mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.
Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan ‘mangkuk sayur -mayur’ Malaysia?
Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘pol is bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.
Pendahuluan - Malaysia merupakan sebuah negara yang 1.0 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal i ni, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Rakyat Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. 2.0 Cabaran hubungan etnik 2.1 Cabaran hubungan etnik dari aspek ekonomi Salah satu cabaran hubungan etnik dalam aspek ekonomi ialah pemisahan fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar ‘pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini merenggangkan perhubungan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik t erhadap golongan etnik yang lain.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayudan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungn etnik di Malaysia. 2.2 Cabaran hubungan etnik dari aspek ekonomi Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor per niagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pula m erupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lgi semangat perkauman.
2.3 Cabaran hubungan etnik dari aspek politik Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politok perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang bersatu padu. 2.4 Cabaran nilai antara etnik Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh i tu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat,
mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat. 2.5 Cabaran globalisasi Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan system politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar dan pemikiran Barat diterima secara ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia. 3.0 Peranan kerajaan dalam meningkatkan hubungan etnik 3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menanggani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,2006). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasardasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkan rakyat, usaha telah diambil untuk m embentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa Malaysia., beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar sosial Negara. Pendirian kerajaan telah menegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020.