INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK PROFIL PELAJAR
NAMA
: LAM PUI YEE
NO.I/C
: 920629-08-5470
TEMPAT LAHIR
: HOSPITAL IPOH PERAK
KUMPULAN/UNIT : UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2 AMBILAN
: JANUARI 2012
SEMESTER
: 6 PISMP RBT2
NAMA MENTOR
: PN.ZAITUN BINTI YAHIA@YAHAYA
PENGHARGAAN
Seinfiniti perhargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung terutama pensyarah mata pelajaran Pengurusan Makanan dan Teknologi (Puan Zaitun Yahia@Yahaya), yang telah banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau yang begitu jitu dan padu, mustahil saya dapat menghasil dan menyipakan tugasan ini. Selain daripada pensyarah pembimbing saya, tidak lupa juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya, RBT 2 yang berusaha bersamasama dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa semangat dan motivasi mereka, mustahil tugasan yang lengkap ini dapat dihasilkan. Banyak maklumat dan isiisi telah mereka kongsikan kepada saya. Maklumat-maklumat tersebut telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini . Di samping itu, saya juga amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya. Tanpa mereka, mustahillah saya dapat duduk di depan komputer riba ini, dan menulis perhargaan ini. Di sini, saya ingin merakamkan terima kasih kepada ibu bapa saya. Mereka telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya dan atas motivasi mereka, tugasan ini berjaya saya siapkan. Secara tuntasnya, saya mengucapkan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. Di sini, saya juga ingin sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing atas kesudian beliau mengorbankan masa emasnya untuk menyemak kerja kursus ini. Terima kasih, ibu bapa. Terima kasih, rakan sekalian. Sekian, terima kasih.
Pengenalan
Kursus pengurusan makanan dan teknologi masakan merupakan suatu kursus yang mengutamakan penghasilan iaitu reka cipta dalam kalangan pelajar-pelajar. Hal ini bermaksud, guru-guru pelatih perlu mencari alternatif dalam menghasilkan masakan reka cipta yang lebih baik, bermanfaat dan berfaedah melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Pengubahsuaian yang dilakukan ialah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti sesuatu masakan. Idea-idea ini juga boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah, bahan dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Selain itu, tugasan ini juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk mencetusan idea kita sendiri dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang sedia ada mahupun dari hasil pembelajaran yang telah dipelajari lepas. Bahkan, guru-guru pelatih juga berpeluang membuat rujukan-rujukan dalam buku untuk menghasilkan resepi yang telah direka cipta. Hal ini selari dengan matlamat mata pelajaran reka bentuk itu sendiri iaitu untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta dapat menghasilkan rekaan yang sesuai dengan perubahan dan perkembangan teknologi tempatan mahupun antarabangsa. Tugasan kursus pada kali ini memerlukan saya untuk mereka cipta resepi masakan dan hiasan hidangan iaitu melakukan perubahan terhadap menu atau resepi yang sedia ada. Masakan yang dihasilkan perlulah berdasarkan lapan langkah reka cipta dan merangkumi mana-mana tajuk misalnya minuman, dessert, kuih tempatan, bater, kek cara putar, biskut cara gaul ramas dan pastri rapuh. Oleh yang demikian, penghasilan inovasi terhadap sesuatu menu makanan memerlukan kemahiran, imaginasi, dan daya kreatif yang tinggi. Selain itu, keseimbangan terhadap pemilihan kuantiti bahan yang digunakan juga perlu dititikberatkan kerana hal ini akan mempengaruhi rasa dan kualiti sesuatu masakan yang telah direka cipta. Di samping itu, resepi yang akan dihasilkan perlulah mempunyai keseimbangan dari segi nutrient, warna, tekstur, rasa, bahan makanan dan kaedah memasak. Menu yang direka cipta ini mestilah sesuatu yang direka sendiri dalam keadaan menukarkan bahan yang sedia ada ke bahan yang lain. Perubahan dari aspek rasa, bahan, kaedah memasak mahupun tekstur rupanya perlu juga sesuatu yang mampu menarik minat orang lain untuk mencubanya. Produk ini perlulah mempunyai potensi untuk dipasarkan dan boleh mendapat pulangan modal yang menguntungkan. Selepas sesuatu resepi itu telah direkacipta, pendokumentasian perlu dilakukan iaitu merekod resepi tersebut sebagai rujukan dan bukti kepada resepi masakan yang direkacipta. Pendokumetasian ini menghuraikan pemilihan dan perancangan menu,
penghasilan menu dan juga penerangan tentang kegunaan dan kefungsian sesuatu masakan. Masakan yang dihasilkan perlu merangkumi nilai-nilai estetika, keunikan, keistimewaan, dan bersifat komersil supaya masakan tersebut mendapat sambutan baik dan boleh diajar, didedah, disambung secara turun-temurun dan diperkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.
1.0 Proses Mereka Cipta Resepi
Terdapat 8 langkah yang terlibat dalam proses reka cipta resepi untuk penghasilan inovasi sesuatu resepi. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
I. II. III. IV. V.
2.0
Kenal pasti masalah Pencetusan idea Perekaan resepi Pemilihan resepi Perancangan untuk
pengujian PENGENALPASTIAN MASALAH VI. VII.
Pengujian resepi Penambahbaikan resepi Menyatakan masalah yang hendakresepi VIII. Pendokumentasian
diselesaikan. Pada zaman globalisasi ini, semakin ramai orang
tidak kira dewasa dan muda minat pada masakan pencuci
mulut
iaitu
“dessert”.
Pencuci
mulut
bermaksud makanan ringan seperti manisan yang dimakan selepas selesai sesuatu jamuan atau hidangan. Pencuci mulut boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya ialah aiskrim, biskut, donut, kek, agar-agar, basbusah, cendol, pulut-pulut dan puding. Namun demikian, kajian menunjukkan pencuci mulut yang berbentuk kek dan puding menjadi sambutan hangat dalam majlis-majlis dan apa sahaja sambutan kerana rasa, tekstur dan warnanya. Oleh yang demikian, wujudnya masalah apabila tuan-tuan rumah tidak dapat membuat keputusan ke atas jenis pencuci mulut mana yang perlu dipilih sama ada puding ataupun kek. Kedua-duanya merupakan masakan yang sedap, bernutrien dan dapat menarik perhatian orang ramai. Sekiranya menyediakan kedua-duanya secara berasingan, kos akan menjadi tinggi dan kemungkinan besar akan berlaku masalah seperti tidak cukup kalau menempah salah satu itu
terlalu kurang ataupun masalah berlebihan apabila menyediakan kedua-dua pencuci mulut itu sekali. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah memilih sejenis masakan pencuci mulut yang mengabungkan kedua-dua golongan “desserts” iaitu puding dan kek sekali iaitu Kek Puding Pandan Lapis Kastard. Rasionalnya supaya orang ramai bukan sahaja dapat merasa puding pandan lapis kastard yang lembut dan enak malah dapat merasa lapisan sponge kek yang tidak begitu manis dan lembut teksturnya. Kek puding yang disejukkan ini akan menambat lagi hati orang ramai kerana kelainannya dari puding dan kek lain. Namun, wujudnya masalah ketiadaan daun pandan mahupun “pandan paste” di kawasan pedalaman Baling, Kedah.
Oleh yang demikian, saya telah melakukan pemerhatian dan bertanya kepada penduduk-penduduk kawasan Baling mengenai apa masakan yang biasa dan disukai mereka. Maklumat yang dikumpul telah dianalisis dan rata-rata menyukai pencuci mulut puding dan kek. Akhirnya, saya berjaya merumus dan membuat keputusan iaitu dengan menukarkan pandan paste tersebut kepada puding yang berperisa buah labu yang digabung sekali dengan kek kerana buah labu mudah didapati dan juga berkhasiat dalam kawasan pedalaman Baling, Kedah.
2.1 RESEPI ASAL Kek Puding Pandan Lapis Kastard Bahan A 250gm tepung sponge mix 4 biji telur Gred A 60gm susu cair 1 tsp pandan paste sedikit pewarna hijau Bahan B 60gm marjerin cair Prosedur Membuat 1. Pukul Bahan A pada kelajuan rendah selama 1 minit. Kemudian, pukul pada kelajuan tinggi selama 6 - 8 minit.
2. Masukkan Bahan B dan gaul sehingga sebati. Pastikan tiada marjerin yang mendap di dasar mangkuk dan betul-betul sebati dalam adunan. 3. Tuang dlm loyang 8 inci yang telah dilapik dengan baking paper dan digriskn dengan marjerin. Bahagian tepi loyang tidak perlu dilapik dan digriskn. Bakar pada suhu 160'C selama 35 – 40 minit. 4. Apabila kek telah masak, keluakan dari oven dan telangkupkan kek atas redai dengan loyang sekali. 5. Biar selama lebih kurang 10 minit. Selepas itu, terbalikkan semula. Biar kek sejuk sedikit baru keluarkan dari loyang. Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, sediakan lapisan kastadnya.
Bahan-bahan kastard 6 camca sudu tepung kastad 1½ camt serbuk agar-agar 750ml santan and susu cair - gabungkan kedua-duanya 130gm gula pasir 2 camca sudu mentega 1 camt pandan paste sedikit pewarna hijau Prosedur Membuat 1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak berketul-ketul. Kalau berketul-ketul, adunan tersebut perlu ditapis. 2. Masukkan bahan-bahan kastad dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Masak adunan dengan api perlahan hingga adunan masak sepenuhnya. Semasa memasak tu, adunan perlu dikacau selalu supaya tidak hangus di bawahnya. Bila puding telah mendidih dan muncul buih-buih kecil, maknanya puding telah dimasak. 3. Biar puding agak sejuk sebelum digunakan. Cara Melapis 1. Potongkan kek kepada 3 bahagian menggunakan pisau bergerigi. Sebelum potong, masukkn kek dalam peti sejuk selama 5 minit untuk memudahkan proses membelah. 2. Letakkan satu bahagian kek di atas cakeboard. Selepas itu, tuangkan puding kastad atas permukaan kek. 3. Tindihkan lapisan puding dengan lapisan kek yang kedua. Ulangi Langkah 2 hingga kek yg terakhir. Akhirnya, salut kek dengan baki kastad. 4. Taburkan coconut pada keseluruhan kek. Selepas itu, masukkan kek dalam peti sejuk dan biar puding keras sepenuhnya. Bila telah betul-betul sejuk dan puding telah keras, barulah kek boleh dipotong dengan senang dan kemas.
Taburkan coconut pada keseluruhan permukaan kek
Apabila kek telah sejuk, potongnya dengan menggunakan pisau bergerigi
2.2 Tema Makanan Saya telah memilih tema minum petang. Masakan yang telah saya sediakan adalah Kek Puding Berperisa Labu yang telah saya reka cipta daripada resepi asal iaitu Kek Puding Pandan Lapis Kastard. Masakan yang telah saya reka cipta ini, saya ubahsuai daripada menggunakan pandan paste pada asalnya diubahsuai menjadi buah labu. Malahan, saya telah menambah beberapa bahan lain yang dapat menyedapkan puding dan menjadikan puding lebih wangi iaitu serbuk agar-agar dan serbuk jelly yang perlu dibeli dari kedai-kedai kek. Selain daripada itu, resepi baru yang dihasilkan juga tidak dimasukkan kastard seperti dalam resepi asal kerana ketidaksesuaian rasa kastard pada resepi yang direka cipta oleh saya. Ramuan pandan paste yang telah diganti dengan labu berlaku kerana faktor kesukaran memperoleh bahan pandan paste serta faktor jarangnya orang akan cuba untuk menghasilkan puding yang berperisa labu. Labu digolongkan dalam kategori sayur-sayuran yang memiliki kandungan antioksidan yang tinggi dan nutrient vitamin yang baik untuk kesihatan. Masakan yang telah saya sediakan ini bertepatan dengan tema minum petang yang tidak memerlukan makanan yang terlalu berat kerana merupakan minum petang yang lebih kepada menjamu selera selepas makan makanan yang berat dan berkolari tinggi. Oleh yang demikian, pencuci mulut merupakan masakan yang diggalakkan keranaia bukan sahaja sedap malah dapat membekalkan nutrient dan merendahkan kolesterol dalam darah,
3.0 PENCETUSAN IDEA Saya mendapat idea untuk melakukan reka cipta ini adalah ketika melihat pelbagai jenis puding dan kek yang terdapat dalam majlis-majlis perkahwinan dan rumah-rumah. Selain daripada itu, saya juga mendapat idea apabila melihat puding-puding dan kek menarik yang terdapat dalam kedai-kedai bakery. Malahan, yang paling penting sekali, idea saya tercetus apabila saya berjumpa dengan seorang Mak Cik saya yang sangat berpengalaman dan berkemahiran dalam menghasilkan kek, roti, puding dan lain-lain lagi. Beliau telah menghasilkan 10 buah buku resepi di mana setiap resepi dalam buku tersebut dihasil dan direka cipta khas oleh beliau sendiri. Berdasarkan tinjauan saya terhadap majlis besar-besaran dan kedaikedai bakery serta kegemaran selera makan penduduk-penduduk Baling, saya telah mendapat idea dan gambaran tajuk masakan yang ingin dipilih oleh saya iaitu desserts yang menggabungkan sekali puding dan kek. Hal ini kerana dalam kedai-kedai bakery jarang dijual dessert yang menggabungkan kek dan puding sekali. Malahan reka cipta ini juga bertujuan untuk memenuhi kehendak penduduk-penduduk di Baling, Kedah. Oleh yang demikian, saya bertekad untuk menghasilkan kek selain daripada puding labu sahaja kerana pada masa akan datang, kemungkinan besar banyak lagi jenis puding yang boleh dihasilkan menggunakan sayursayuran atau buah-buahan. Puding-puding yang dihasilkan boleh disesuaikan dengan kek tersebut supaya wujudnya satu keseimbangan dalam resepi berdasarkan puding yang dipilih. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan Mak Cik saya dalam membincangkan hal ini. Beliau yang memberi cadangan kepada saya untuk menghasilkan puding perisa labu dan idea mengenai gabungan kek dan puding turut dibincangkan sekali. Oleh yang demikian, saya bersama-sama dengan Mak Cik saya telah mereka cipta resepi dessert yang bernama kek puding berperisa labu. Resepi ini telah dihasilnya dan dan hasilnya adalah sangat berjaya, kreatif dan lazat rasanya.
Sebelum ini, untuk menghasilkan tugasan ini, saya juga telah membuat rujukan ilmiah dengan membeli beberapa buku resepi untuk mendapat maklumat mengenai tekstur, rasa dan rupa bentuk asal kek. Apabila Mak Cik saya dan saya telah membuat eksperimen dengan menyesuaikan rasa kek dengan puding yang berperisa labu, saya sedar pencetusan idea yang terbaik adalah apabila eksperiman dibuat secara berterusan dan merujuk kepada mereka yang berpengalaman.
3.1 Labu dan asal-usulnya Labu atau nama panggilannya waluh merupakan bahan pangan yang kaya dengan vitamin A dan C, mineral, serta karbohidrat. Ada lima spesies labu yang umum dikenal, iaitu Cucurbita maxima Duchenes, Cucurbita ficifolia Bouche, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata Duchenes dan Cucurbita pipo L. Kelima-lima spesies cucurbita tersebut di Indonesia disebut sebagai labu kuning (waluh) karena mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Pakar Gizi dan kesihatan, buah labu memiliki manfaat yang sangat besar bagi kesihatan kerana dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit dan juga kecantikan. Terdapat beberapa unsur vitamin yang terkandung dalam sebiji buah labu, antaranya ialah dalam 100 gram labu kuning mengandung 34 kalori, lemak sebanyak 0.8, 45 miligram Kalsium, 0.8 Mineral, Serat, Vitamin C dan Vitamin A. Tambahan pula, buah labu ini juga mempunyai kandungan kimia seperti Saponin, Flavanoid dan Tanin. Berikut merupakan fungsi-fungsi kandungan kimia dalam bentuk jadual :
Kandungan Kimia dalam
Fungsi Kandungan Kimia
buah labu Saponin
Menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus Meningkatkan sistem kekebalan/ sistem imun tubuh. Meningkatkan vitalitas Mengurangi kadar gula dalam darah mengurangi penggumpalan darah
Flavanoid
Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pembuluh darah Mengurangi
kandungan
kolesterol
serta
mengurangi
penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner Mengandung anti-inflamasi (anti-radang)
Berfungsi sebagai antioksidan Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan Tanin
Sebagai pengikat protein dan sebagai pelindung protein dari degradasi mikroba rumen.
Secara keseluruhan, buah labu membantu dalam kesihatan dan kecatikan. Di dalamnya terkandung vitamin C yang berkhasiat sebagai antioksidan, vitamin E yang membantu meredakan iritasi kulit, dan zinc untuk membantu proses regenerasi sel. Bahkan, buah labu juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, mengubati Arterosklerosis iaitu penyakit penyempitan dan pengerasan pembuluh darah, mengubati penyakit Jantung Koroner (CHD) iaitu pemyempitan pembuluh darah kecil yang memasuk darah dan oksigen ke jantung, mengubati Diabetes mellitus/kencing manis dan menurunkan panas. Selain itu, buah labu juga membantu dalam melancarkan BAB iaitu melancarkan buang air besar, dalam erti kata lain menghindari daripada masalah sembelit/ konstipasi. Seterusnya, buah labu juga membantu dalam mencegah perkembangan sel kanker (cancer sel). Untuk kanak-kanak yang menderita cacingan, 10 gram biji labu segar disangrai lalu ditumbuk sampai halus, diseduh dengan air panas/hangat, kemudian dsaring dan diminum sekaligus sebelum tidur.
Gatah dari kulit labu yang segar dapat digunakan sebagai masker wajah (mengencangkan kulit wajah, jerawat, serta menghaluskan kulit). Oleskan getah labu di wajah, diamkan 20 menit, basuh dengan air hangat.
Bagi remaja putri atau ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan yang berlebihan, konsumsi buah labu rebus sebagai menu sarapan pagi atau menu makan malam. Terapkan selama 1 minggu, rasakan hasilnya.
Apakah Anda suka labu? Ternyata, selain dijadikan sayur atau kue, labu juga memiliki banyak manfaat lain. Pada zaman dahulu, suku Indian menggunakan biji labu sebagai obat sakit perut dan gangguan usus. Ekstrak minyak labu juga telah lama digunakan
oleh leluhur Cina untuk mengobati gatal kulit dan diminum untuk meringankan gangguan ginjal. Kini, dengan kian canggihnya teknologi di bidang kosmetologi, khasiat buah labu juga dimanfaatkan untuk perawatan kulit agar mendapatkan kulit wajah yang mulus, cerah, dan berkilau sehat
4.0 PEREKAAN RESEPI 4.1 RESEPI PERTAMA KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE (PENCUCI MULUT) Bahan-Bahan Kek Coklat
2 biji telur gred A 1 cawan gula halus 1 camca teh esen vanilla Secubit garam 1/2 cawan air panas 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan minyak jagung 1 cawan tepung gandum 3 camca besar serbuk koko* 1 camca teh soda bicarbonate* 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Bahan-Bahan Lapis Cheese
250 gram krim cheese 60 gram gula halus 1 biji telur gred A 1 camca besar air 1 camca besar tepung gandum
Prosedur Membuat 1. Panaskan kukusan. Sapukan tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. 2. Untuk kek coklat, putar telur dan gula sehingga kembang dan pekat. Kemudian, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
3. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan yang sederhana. 4. Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan matikan mixer. 5. Bahagikan kepada 2 bahagian secara sama banyak. Kemudian, ketepikan. 6. Untuk lapisan keju, putar krim cheese dan gula sehingga sebati dan licin. Kemudian, Masukkan telur dan putar sehingga kembang. 7. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil-bintil. Prosedur Membuat Kek Coklat Kukus Lapis Cheese : 1.Tuang satu bahagian kek coklat. Rata dan tutupkan permukaan tin dengan aluminium foil. 2.Kukus selama 20 minit di bawah api yang sederhana. 3.Kemudian, tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. 4.Masukkan baki bahagian kek coklat. Rata dan sambung kukus selama 45 minit. atau hingga masak (Gunakan lidi sate atau cake tester untuk menguji tahap kemasakan kek. Sekiranya keluarannya bersih, tanda kek telahpun masak). 6.Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. 7.Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
4.2 RESEPI KEDUA PUDING COKLAT SOS KASTARD (PENCUCI MULUT) Bahan-Bahan Puding Coklat :
10 g serbuk agar-agar (Cap Tiga Ros : plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 camb susu pekat
2 camb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas dan ditambah dengan coklat hersey syrup
1 camb tepung kastard + 2 camb air
1 camb mentega
1 camb esen vanilla
Prosedur membuat : 1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. 2. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. 3. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. 4. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair
2 camb tepung kastard
4 camb gula pasir
1 titik esen vanilla
Prosedur Membuat : 1. Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau sehingga tepung larut. 2. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. 3. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. 4. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.
4.3 RESEPI KETIGA KEK PUDING TRIFLE SEDAP (PENCUCI MULUT) Bahan-Bahan
1 tin susu cair 1 sudu besar gula 4 sudu besar tepung kastard 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan
kastard ½ biji kek gulung sederhana saiznya (guna wrna hijau perisa pandan) 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 1 peket agar-agar jeli kristal Nona 1 mangkuk air panas
Prosedur Membuat : 1. Panaskan susu cair dengan gula dengan api yang kecil. 2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, masak sehingga kastard betul-betul pekat. 3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, masukkan air buah-buahan tin. 4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis. 5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi. 6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama-sama semangkuk air panas. Kacau sehingga sebati. 7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Hidangkan apabila jelly telah menjadi keras.
4.4 RESEPI KEEMPAT KEK PUDING BERPERISA LABU (PENCUCI MULUT) Bahan-Bahan Sponge Kek
3 biji telur 180gm sponge mix 35gm air 40gm minyak jagung Mentega
Bahan-Bahan Pudding Labu
300gm santan/ concentrated coconut milik 130gm gula halus/ caster sugar 280gm labu (selepas labu dihiris kulitnya dan dikukus) 2 ½ camt serbuk agar-agar/ agar-agar powder 2 camt serbuk jelly/ instant jelly powder 440gm air
Prosedur Membuat Sponge Kek 1. Preheat ketuhar selama 10 minit. 2. Masukkan bahan-bahan sponge kek dalam mesin mixer selama 5 miniit kecuali minyak jagung dan mentega. Kemudian, putar adunan sehingga sebati. 3. Masukkan minyak jagung secara perlahan-lahan. Putar adunan dalam satu arah sahaja sehingga semua bahan telah rata dan sebati. 4. Sapukan mentega pada loyang yang dialas dengan kertas minyak. Loyang yang diguna adalah berukuran 11” x 9”. Tuangkan adunan ke dalam loyang. 5. Masukkan dalam ketuhar dan bakar selama 30 minit.
Prosedur Membuat Puding Labu 1. Kukuskan buah labu sehingga labu menjadi lembut. Buangkan air yang berlebihan. 2. Timbang labu yang telah dikukus supaya ia adalah 280gram.
3. Kisarkan labu dalam pengisar dan masukkan sedikit air (daripada 440 gram). 4. Tapiskan santan. Masukkan semua bahan-bahan puding labu termasuk air baki daripada 440gram dalam sauce pan. Kemudian, panaskan di bawah api yang perlahan. 5. Apabila campuran muncul buih kecil-kecil, tapis campuran labu tersebut dan masukkan dalam bekas yang berukuran 9” x 11”. 6. Letakkan sponge kek yang sudah dipotong lapisan atasnya dalam bekas. 7. Sejukkan puding labu dan kek dalam peti sejuk selama 30 minit. Selepas itu, kek puding labu siap untuk dihidangkan. 8.
4.5 Resepi Inovasi Kek Puding Berperisa Labu (Pencuci Mulut)
Bil
Pilihan Masakan
1.
(Kek Puding Berperisa Labu)
Ramuan Utama
Kaedah
Ramuan sponge kek -
3 biji telur 180gm sponge mix 35gm air 40gm minyak jagung Mentega
Membakar
Ramuan pudding labu
6.0 Pemilihan Resepi
-
300gm santan/
-
concentrated coconut milik 130gm gula halus/
-
caster sugar 280gm labu (selepas labu
-
dihiris kulitnya dan dikukus) 2 ½ camt serbuk agar-agar/
-
agar-agar powder 2 camt serbuk jelly/
-
instant jelly powder 440gm air
Mengukus
Saya telah memilih untuk menghasilkan Kek Puding Berperisa Labu (Pumpkin Puding Kek) kerana ianya memberikan kebaikan kepada mereka yang mencubanya. Antara objektif penghasilan kek puding ini ialah: Objektif: 1. Menggunakan bahan-bahan yang murah harganya dan mudah didapati di kedai-kedai bakery iaitu kek puding ini mudah dihasilkan tanpa menggunakan bahan-bahan yang sukar didapati. 2. Menggunakan jelly powder dan agar-agar powder sebagai ramuan sampingan yang dicampur dalam puding. 3. Menggunakan buah labu sebagai perisa puding yang jarang dihasilkan oleh orang lain. Matlamat 1. Mewujudkan pelbagai aneka pilihan dalam bidang “dessert”
kek
mentega. 2. Mewujudkan trend baru dalam pemilihan kek untuk hari – hari penting / istimewa. 3. Mewujudkan penggunaan bahan yang berkhasiat. Contohnya, serbuk kayu manis dan gula perang.
Terdapat dua langkah dalam mencipta resipi: i. Merujuk resipi asas Resipi asas yang saya ada perlu dijadikan penduan kerana daripada
resipi
ini,
saya
akan
membuat
inovasi
untuk
menambahkan lagi kelainan rasa pada kek tersebut. ii.
Memilih dan menentukan bahan mencipta resipi
Saya perlu memilih dan menentukan bahan untuk membuat inovasi terhadap kek tersebut. Contohnya, serbuk kayu manis dan gula perang
Prosedur penyediaan dan memasak Masa
Langkah-langkah
Catatan
9.00 – 9.10 am
Mise en place
Jerang air
9.10 – 9.20 am
Membersihkan dan mengeringkan alatan-alatan masakan
9.20 – 9.35 am
Sediakan peralatan menyedia dan memasak serta
Peralatan
bahan-bahan yang diperlukan.
menyedia
Bahan-bahan sponge kek dan puding.
9.35 – 9.50 am
Selepas menimbang bahan-bahan “sponge kek”, masukkan bahan tersebut dalam mesin “mixer”. Gaul sehingga sebati selama 5 minit dan kelajuan mesin perlu ditambah secara perlahan-lahan.
Masukkan minyak jagung secara perlahan-lahan ke dalam ramuan “sponge kek” yang telah sebati. Gaul dalam satu arah sahaja sehingga semuanya menjadi sebati.
Sapukan
mentega
pada
loyang
berukuran
9 x 11 inci yang berlapikkan kertas minyak. Kemudian, ramuan
masukkan tadi
dalamnya.
9.50 – 9.55 am
Preheat ketuhar selama 10 minit. Kemudian, Bakarkan ramuan “sponge kek” dalam ketuhar selama 30 minit dalam suhu 170oC.
ke
9.55 – 10.15 am
Kukuskan ketulan labu. Buang air yang berlebihan dan timbang labu tersebut supaya menjadi 280 gram.
Labu yang dikukus dikisar dalam pengisar dan dicampur dengan air daripada (440 gram)
Santan ditapis dengan menggunakan penapis.
Masukkan labu
yang dikisar, santan
yang
ditapis,
serbuk agar-agar, serbuk jelly, gula halus dan air yang tinggal dalam periuk. Kemudian, panaskan sambil menggaul campuran tersebut sehingga mendidih (ada buih terus boleh diangkat).
Tapiskan campuran tersebut dan masukkan dalam bekas yang berukuran 9 x 11 inci.
10.15 – 10.25 am Sponge kek yang siap dipotong lapisan atasnya. Masukkan sponge kek ke atas campuran tadi. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
10.25 – 10.35 am Kek puding berperisa labu yang telah siap sedia untuk dihidangkan.
SENARAI BELI-BELAH DAN PENGEKOSAN
Bil 1 2 3 4
Bahan – bahan Tepung gandum Serbuk keju Susu segar Telur
Kuantiti 125 g 20 gram 50 ml 1 biji
Harga (RM) RM 0.60 RM 1.00 RM 0.50 RM 0.40
5 6 7 8 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.
Isi Ketam Tuna ikan Mayonis Island Mayonis Keju kisar Mentega Bawang besar Bawang merah kecil Minyak masak Garam Lada Hitam Marjerin
10 gram 50 ml 15 gram 10 g 15 g 15 g ¼ ulas 1 ulas 2 camt besar 1 sudu teh 1 sudu teh 1 sudu kecil
JUMLAH BESAR
RM 1.80 RM 1.80 RM 0.40 RM 0.50 RM 0.40 RM 0.50 RM 0.10 RM 0.10 RM 0.20 RM 0.05 RM 0.05 RM 0.30
RM 6.90
SULIT PISMP Reka Bentuk Dan Teknologi II RBT 3113 SEMESTER 6
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 6
AMALI MASAKAN 3
NAMA
: NOR AZIE BINTI KOTENG
NO. K/ P
: 910523-13-6664
KUMPULAN/ KELAS
: 6 PISMP RBT 2
NAMA PENSYARAH
: PN. ZAITUN BT. YAHAYA @ YAHIA
SULIT PISMP Reka Bentuk Dan Teknologi II RBT 3111 SEMESTER 6 BORANG E SENARAI PERALATAN BIL
PERALATAN MENYEDIA & MEMASAK
1.
PERALATAN MENGHIDANG
-
Mangkuk bahan Mangkuk adunan Torak Dulang Alat penimbang Pisau
- Papan Landas -Ketuhar gelombang mikro - Ayak tepung - Petitin - Sarung tangan ketuhar
-
Pinggan bulat Kertas doily
-
https://ms-my.facebook.com/resepikekdanpuding http://bppkedungwaru.blogspot.com/2013/02/khasiatkandungan-dan-manfaat-buah-labu_14.html http://www.slideshare.net/cahyohadisaputro9/kitchenappliances-27778998
CONTOH DAN KEGUNAAN ALAT PENJIMAT MASA 1. PENGISAR Digunakan untuk mengisar dan menghancurkan makanan seperti buah-buahan, daging cincang, minuman, dan kacang. 2. PERIUK NASI ELEKTRIK Digunakan untuk memasak nasi secara merebus dan digunakan untuk masakan lain yang direbus seperti sup dan bubur 3 KETUHAR Digunakan untuk Membakar kek, pastri, biskut, memanggang daging,dan memasak menggunakan kaserol.
4. PENGADUN KOPI Digunakan untuk mendidih air, membuat air kopi,serta mengekalkan kepanasan sepanjang masa.
5. PENGADUN KEK Digunakan untuk memutar adunan kek, mengenjut telur dan krim, dan menguli doh yis.