Triangulasi, Pemerhatian, Temubual Dan Analisis DokumenFull description
Full description
dvsdvDeskripsi lengkap
FfffFull description
sumsum tulangFull description
yuhuuFull description
laporan sea urchin( ruchil)Full description
yuhuuFull description
Full description
laporan
Full description
ssDeskripsi lengkap
Full description
rangkumanDeskripsi lengkap
relayFull description
laporan percobaan kecepatan cahaya
laporanDeskripsi lengkap
TEMUBUAL
Guru : Adakah kamu mempunyai rakan yang terdiri daripada bangsa/kaum lain?
Puteri : Ada
Guru : Apakah bangsa/ kaum rakan kamu itu?
Puteri : India
Guru : Siapakah nama rakan India kamu itu?
Puteri : Ashvanya
Guru : Pernahkah kamu berinteraksi dengan Ashvanya?
Puteri : Pernah
Guru : Apakah bahasa yang kamu gunakan semasa berinteraksi dengan Ashvanya?
Puteri : Saya gunakan Bahasa Melayu.
Guru : Adakah kamu rasa Ashvanya benar-benar memahami bahasa yang kamu
gunakan?
Puteri : Kadang-kadang ada juga yang dia tidak faham tetapi saya akan terangkan
pada Ashvanya.
Guru : Berapa kerap kamu berinteraksi dengan Ashvanya dalam sehari?
Puteri : Dalam 4 hingga 5 kali.
Guru : Pernahkah kamu berkongsi tentang pantang larang/ kepercayaan kaum kamu
dengan Ashvanya?
Puteri : Pernah
Guru : Apakah antara pantang larang/ kepercayaan yang kamu kongsikan?
Puteri : Penyapu tak boleh kena pada orang kerana dipercayai boleh mendatangkan
nasib malang pada orang tersebut.
Guru : Adakah kamu rasa perlu berkongsi pantang larang tersebut dengan kaum lain?
Puteri : Perlu
Guru : Kenapa?
Puteri : Supaya Ashvanya tahu serba sedikit tentang kaum Melayu dan dia dapat
menghormati pantang larang kaum Melayu
Guru : Adakah kamu berbangga dengan adat resam kaum kamu sendiri?
Puteri : Ya
Guru : Seronok tak apabila dapat berkongsi dengan kaum lain?
Puteri : Seronok
LAPORAN TEMUBUAL
Saya telah menjalankan satu temubual bersama salah seorang murid saya yang berbangsa Melayu iaitu daripada tahun 6 Jaya. Hasil daripada temubual tersebut saya mendapati Puteri telah menggunakan bahasa ibundanya iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa interaksinya bersama rakan-rakan sebaya yang lain termasuklah dengan rakan yang berlainan kaum. Puteri telah berinteraksi dengan seorang murid berbangsa India iaitu Ashvanya dan didapati wujudnya masalah pemahaman penggunaan Bahasa Melayu oleh Ashvanya. Walaupun mereka kerap berinteraksi masih lagi wujud masalah pemahaman apabila Puteri terpaksa menerangkan atau mengulang kembali pertuturannya apabila Ashvanya tidak dapat memahami maksudnya.
Selain itu, Puteri juga turut berusaha untuk berkongsi pengetahuannya tentang pantang larang dan kepercayaan kaum Melayu dengan Ashvanya. Antara pantang larang yang dikongsinya adalah penyapu tidak boleh terkena pada orang kerana dipercayai akan membawa nasib malang pada orang tersebut. Puteri berasakan perlu untuk berkongsi pengetahuan pantang larang orang Melayu kerana dia mahu Ashvanya mengetahui serba sedikit tentang pantang larang orang Melayu dan dapat memupuk sikap hormat-menghormati sesama kaum. Puteri juga turut berasa seronok apabila dapat berkongsi pengetahuannya itu dengan rakan-rakan kaum yang lain.
Senaraikan lima usaha untuk mengatasi masalah pemahaman penggunaan bahasa ibunda murid berkenaan oleh murid-murid lain.
Hasil daripada temubual yang dijalankan bersama seorang murid saya yang berbangsa Melayu iaitu Puteri saya telah dapat mengumpulkan banyak maklumat berkenaan masalah pemahaman penggunaan bahasa Melayu oleh murid kaum India.
Oleh itu, saya telah dapat mengenalpasti lima usaha yang boleh dijalankan bagi mengatasi masalah pemahaman penggunaan bahasa Melayu oleh murid kaum lain. Antara usaha yang telah dikenalpasti adalah dengan menjalankan Bulan Bahasa Melayu dimana semua murid diwajibkan bertutur dalam Bahasa Melayu sepanjang waktu persekolahan kecuali waktu pengajaran bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya. Setiap murid akan diberi 100 markah simpanan dan setiap kali mereka bertutur selain daripada Bahasa Melayu, 2 markah akan ditolak. Murid yang paling banyak markah simpanannya akan menerima hadiah. Ini akan menggalakkan semua murid tidak mengira kaum bertutur dalam Bahasa Melayu.
Usaha yang kedua ialah dengan menganjurkan Projek Folio dimana murid dikehendaki menyediakan folio berkenaan peribahasa berserta maksudnya. Projek ini dapat meningkatkan pengayaan bahasa bagi murid-murid. Usaha yang seterusnya yang dapat dilakukan adalah dengan mewujudkan Sistem Rakan Bahasa. Setiap murid kaum Melayu akan diberikan pasangan terdiri daripada kaum yang lain. Murid Melayu akan diminta membimbing pasangan masing-masing dalam menyampaikan pidato dalam Bahasa Melayu. Tiga pasangan yang berjaya akan dikira sebagai pemenang.
Seterusnya, satu pertandingan nyanyian lagu-lagu rakyat boleh dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada semua murid tentang lagu-lagu rakyat yang mempunyai dialek yang pelbagai tetapi semakn dilupakan. Usaha yang terakhir yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan Pertandingan Permainan Tradisional. Disamping memberikan keseronokkan kepada murid, pertandingan ini juga mampu memberi pendedahan tentang istilah-istilah Bahasa Melayu yang digunakan dalam permainan tersebut.
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan maklumat tentang pantang larang/kepercayaan murid.
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan, banyak yang boleh diselitkan berkenaan pantang larang/kepercayaan kaum Melayu. Sebagai contoh, apabila saya mengajar topik Sumber Semulajadi di Malaysia. Sebelum mengenalkan sumber hutan, guru boleh bercerita tentang pantang larang kaum Melayu semasa berada di dalam hutan iaitu dilarang bercakap besar di dalam hutan kerana dibimbangi didatangi bencana. Teknik penceritaan ini dapat menarik perhatian murid sebelum guru mengenalkan Sumber Hutan.
Seterusnya, apabila guru menerangkan tentang sumber hutan seperti jenis-jenis pokok dan kegunaannya, guru juga boleh mnyelitkan pantang larang/kepercayaan iaitu dilarang memegang pokok merah kerana ditakuti badan menjadi gatal atau jangan mengambil batu atau benda ganjil kerana ditakuti berpenunggu/ berhantu. Tetapi yang sebenarnya kita dilarang berbuat begitu kerana tidak mahu kita mengubah atau merosakkan lanskap hutan yang semulajadi.
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) bagi separuh tahun 2012 untuk sekolah anda.
RIMUP adalah singkatan daripada Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan yang telahpun dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat sekolah pada tahun 1986. Objektif utama RIMUP adalah mewujudkan perpaduan dikalangan murid yang berbilang kaum, budaya, agama dan wilayah.
Oleh itu, pelbagai aktiviti dan program yang boleh dilaksanakan dalam RIMUP. Bagi separuh tahun 2012, saya telah menyediakan tiga program bermula pada bulan Januari hingga Jun, satu laman web Panitia Matematik diwujudkan bagi memberi peluang kepada murid berbilang kaum berinteraksi sesama mereka. Ini sejajar dengan peredaran zaman yang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ICT.
. Sekolah juga boleh menambah buku-buku dan maklumat berkenaan Matematik di Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan galakan tabiat membaca buku kepada murid dan warga sekolah.
Dalam bulan Jun pula, bagi meningkatkan lagi penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, pihak sekolah mengadakan program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Kenegaraan. Satu aktiviti 'Treasure Hunt' yang mengaitkan nilai patriotisme dan matematik telah dirancangkan. Disamping dapat menambahkan pengetahuan, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara murid yang berbilang kaum.