LAPORAN PRAKTIKUM SIFAT dan PENGETAHUAN BAHAN UJI STRUKTUR MIKRODeskripsi lengkap
LAPORAN PRAKTIKUM SIFAT dan PENGETAHUAN BAHAN UJI STRUKTUR MIKRO
laporan proteus MirabilisFull description
iklim mikro
Full description
Laporan TDL MikroFull description
ANTARMUKA MIKROKONTROLER DENGAN PENAMPIL LCDFull description
Praktikum Mikrokontroler
Deskripsi lengkap
Laporan TDL MikroDeskripsi lengkap
fytuyuDeskripsi lengkap
simulasi hdpFull description
Deskripsi lengkap
LAPORAN SIMULASI PENGAJARAN MIKRO Dalam melaksanakan tugasan PRKA 3012 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran, kami telah ditugaskan untuk melaksanakan pengajaran mikro. Saya telah memilih langkah pertama dalam menyiapkan tugasan pengajaran mikro ini. Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran mikro Reka Bentuk dan Teknologi – Penghasilan projek yang telah dilakukan, saya mendapati terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan tersebut. Mikro pembelajaran ini dibuat dalam masa tidak melebihi 20 minit yang mana saya telah memilih kelas Tahun 4 Alamanda sebagai kelas pengajaran dan pembelajaran saya dalam mata pelajaran yang hendak di ajar ialah Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4. Saya telah memilih langkah pengajaran iaitu langkah pertama bagi pengajaran mikro ini. Kelas ini mempunyai seramai 35 orang murid dan merupakan sebuah kelas yang diklasifikasikan sebagai kelas sederhana. Pada pendapat saya, objektif pengajaran saya belum dicapai. Hal ini disebabkan melalui aktiviti meletakkan nama peralatan yang dijalankan, masih ada murid yang tidak dapat meletakkan nama peralatan pada peralatan yang betul. Kebanyakan murid dapat meletakkannya dengan betul, namun terdapat juga murid yang hanya menikam sahaja nama peralatan tersebut. Kebanyakan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Mereka sangat aktif untuk menjawab atas setiap apa peralatan yang dipegang dan ditunjukkan kepada mereka. Dari segi bahan bantu mengajar, saya rasa ia kurang cukup kerana saya hanya menggunakan kad-kad yang mempunyai nama-nama peralatan tersebut sahaja. Saya tidak meletakkan gambar pada nama-nama peralatan tersebut, maka ianya telah menyukarkan muridmurid saya untuk mengenal pasti nama-nama peralatan yang betul berdasarkan peralatan yang sebenar yang terdapat di atas meja bengkel tersebut. Saya telah menganalisis kekuatan dan kelemahan saya sendiri melalui pandangan dan pendapat rakan-rakan sejawat, murid-murid dan diri saya sendiri.
1
Antara kelemahan saya adalah seperti berikut: Kelemahan
Cara mengatasi
Bahasa yang saya gunakan kurang sesuai
dengan persekitaran murid-murid.
Lebihkan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan murid
Penggunaan bahasa standard yang murid lebih faham
Saya kurang berfokus kepada semua murid
Saya perlu memberi perhatian kepada
tetapi kepada satu kumpulan sahaja. Terdapat
semua kumpulan dengan bergerak
murid yang terasa dengan ketidakprihatinan
dari
saya terhadap kumpulan mereka.
kumpulan agar dapat membantu murid
satu
kumpulan
kepada
satu
lebih fokus terhadap pengajaran yang dijalankan. Pengurusan masa yang lemah. Terlalu lama
mengambil masa dalam menjelaskan sesuatu
Saya harap boleh peka terhadap masa yang diperuntukkan.
perkara.
Memberi penjelasan yang ringkas dan jelas supaya murid tidak cepat berasa bosan kerana mengambil masa yang terlalu lama.
Antara kekuatan saya adalah seperti berikut: Kekuatan
Cara penambahbaikan
Penggunaan suara saya yang kuat dan jelas
ketika berada di bengkel.
Saya akan mengawal suara saya apabila bercakap dan mempunyai intonasi suara yang lebih menarik dan jelas
walaupun
ketika
berada
di
bengkel. Pengajaran yang aktif dan bukan bercakap
satu hala sahaja.
Melibatkan murid untuk menyatakan jawapan yang sebenar tentang aktiviti yang dijalankan.
Respons dan kerjasama yang baik yang ditunjukkan oleh murid-murid.
2
REFLEKSI RPH Kekuatan dalam Pengajaran Mikro Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini, cara pengajaran yang digunakan agak berkesan untuk murid-murid tahun 4. Hal ini kerana, murid-murid pada tahun ini masih baharu lagi dalam subjek RBT ini. Sesi pengajaran ini telah melibatkan aktiviti bagi murid-murid untuk meletakkan nama-nama peralatan pada peralatan dengan betul berdasarkan kefahaman mereka. Ada terdapat kumpulan murid yang dapat mengenal pasti nama peralatan dengan betul dan ada juga yang tidak tepat. Justeru, mereka akan dijelaskan semula oleh guru tentang nama peralatan-peralatan tersebut dengan betul. Aktiviti yang dirancang ini telah memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid tahun 4. Saya juga telah meminta murid-murid untuk menerangkan sedikit fungsi peralatan yang berada di hadapan mereka supaya dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka. Selain itu, kad-kad nama peralatan yang disediakan ini amat berguna kepada muridmurid. Melalui aktiviti ini dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh Orlich et al. dalam Noriati (2009). Dengan adanya kadkad nama peralatan ini, murid-murid akan lebih mudah untuk meletakkan nama-nama peralatan tersebut di mana-mana tempat sahaja bergantung pada mereka untuk mengubahnya ataupun tidak. Ingatan murid-murid adalah bergantung pada nama peralatan yang mereka ingat dengan peralatan sebenar yang terdapat di atas meja. Penggunaan kad-kad nama peralatan ini sangat membantu murid mengingat nama peralatan yang telah diajar. Sebagai kekuatan dalam langkah pertama yang dijalankan, penggunaan alatan tangan yang sebenar dapat memberi rangsangan kepada murid-murid dan juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk melihat bentuk alatan tangan tersebut secara lebih dekat. Ini secara tidak langsung dapat memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar secara lebih dekat lagi dengan objek atau alatan yang betul.
3
Kelemahan dalam Pengajaran Mikro Dalam langkah pertama ini, guru meminta murid-murid untuk membahagikan kumpulan mengikut kehendak mereka sendiri. Melalui tindakan ini telah menyebabkan murid-murid berebut untuk memilih rakan-rakannya untuk berada dalam satu kumpulan yang sama dengannya. Disiplin kurang terkawal. Arahan pada masa itu juga kurang jelas. Esah (2003) menyatakan bahawa guru hendaklah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka. Maka, sebagai guru saya seharusnya memikirkan terlebih dahulu kesan ataupun akibat daripada pelaksanaan dan perancangan sesuatu pengajaran yang dibuat.
Tindakan penambahbaikan Garvin dalam Mumtaz Begum Abdul Kadir (2009) ada menyatakan bahawa kualiti adalah penambahbaikan berterusan dalam semua aspek. Sebagai tindakan penambahbaikan, saya akan memikirkan satu susunan pengajaran yang tersusun dan teratur supaya disiplin murid-m urid ketika berada di bengkel dapat dikawal sebaiknya. Saya perlu untuk menyenaraikan nama-nama kumpulan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti. Perkara ini penting agar dapat mengawal disiplin murid-murid dengan baik. Hal ini dapat mengelakkan murid-murid daripada berebut sesama mereka di dalam bengkel untuk membentuk satu kumpulan yang sama Aktiviti yang berfokus dan menambah baik ingatan mereka juga perlu dilaksanakan untuk membantu murid belajar dengan lebih seronok dan berkesan.
Nama
:
Tandatangan :
4
RUJUKAN Esah Sulaiman. (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia
Mumtaz Begum, A. (2009). Integriti Peningkatan Kualiti Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.