www.teknoders.net Tarafından upload edilmiştir videolarımızı izlemek için tıklayınız
Manual de programación de microcontroladores de la familia PIC en el lenguaje de programación Basic
Jurnal Refleksi Pengajaran Mikro Tema
: Waktu Saya
Langkah
:2
Aktiviti
: Aktiviti menayangkan video dan memadankan waktu yang ditulis di papan putih dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan seharian berdasarkan kad gambar.
Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat: 2) memadankan kad bergambar dengan waktu yang ditulis di papan putih dengan tepat. Strategi pengajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Menggunakan kemahiran memperkukuh untuk
Meningkatkan kefahaman murid. Memberi keyakinan pada murid untuk memadankan kad bergambar pada waktu yang ditulis Memberi motivasi kepada murid.
Bbm
: Kad bergambar dan papan putih
Kelemahan saya
: 1) Saya menganggap murid saya sebagai kawan dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya iaitu memanggil murid dengan panggilan kau. 2) Gaya tubuh saya kurang sesuai semasa mengajar iaitu saya mencekak pinggang semasa sesi soal jawab. 3) Saya tidak dapat mengikuti RPH yang disediakan sepenuhnya disebabkan kekangan waktu pembelajaran. (video tidak dapat ditayangkan)
Langkah mengatasi: 1) Saya perlu membuat lebih banyak latihan dan pengalaman membuat simulasi pengajaran untuk mengelak perkara num 1) dan 2) diatas berulang kembali. 2) Ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran amat penting. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Kelemahan murid : 1) Murid kelihatan agak pasif sewaktu sesi pengajaran mikro. 2) Murid ada kalanya tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Kekuatan Pengajaran Mikro 1- Kelantangan dan kejelasan suara Suara saya yang lantang memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya.Hal ini memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan- gangguan lain. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam pengajaran mikro saya. Kejelasan ini memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberikan oleh saya sangat jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh saya. 2- Peneguhan dan pujian kepada murid Saya telah memberikan peneguhan dan pujian dalam beberapa cara yang positif seperti memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, menepuk bahu dan memuji murid kerana memberi jawapan yang baik. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif. Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’. Murid akan lebih bersemangat sekiranya mendapat pujian. Ini adalah kerana mereka akan merasakan diri mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan. Selain itu juga, komunikasi dua hala antara saya dan murid berjalan dengan lancar. Kami beramah mesra dengan senang hati.Ini menunjukkan kemesraan yang terjalin antara saya dan murid-murid. Aplikasi teori dalam pengajaran mikro Saya mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam pengajaran. Pengetahuan murid dibina berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Saya berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Contohnya, saya membimbing murid
saya memadankan kad bergambar dengan waktu yang ditulis dengan menyuruh mereka mengingati semula pembelajaran sebelum ini. Penambahbaikan pengajaran mikro 1.
Bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik.
Saya akan menggunakan kad bergambar 3D dan menggunakan tulisan yang bewarna sebagai BBM saya. Gambar dan tulisan yang menarik dan ceria ini akan dapat menarik perhatian murid, murid sungguh seronok dan memberi respon dengan menjawab soalan-soalan daripada saya. 2.
Memberi ganjaran kepada murid.
Saya akan memberikan ganjaran kepada semua murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan. Ganjaran tersebut berbentuk hadiah seperti air susu sebagai penghargaan kepada murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan rasa lebih dihargai oleh guru dan akan menambah minat murid untuk menyertai setiap aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Pemberian ganjaran akan membuatkan murid merasa lebih seronok dan bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti.
Penutup Secara keseluruhan nya, pengajaran mikro saya agak berjaya. Saya bukan sahaja dapat mengawal kelas itu, malah semasa saya menayangkan video pengajaran mikro saya, kebanyakan rakanrakan saya ketawa melihat telatah saya sebagai guru ini. Setelah menyenaraikan kelemahan dan kekuatan pengajaran saya, saya dapati perancangan yang sempurna dan masa yang sesuai akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, bersemangat dan menyeronokkan. Saya akan mengambil langkah penambahbaikan yang sewajarnya bagi memastikan proses pengajaran dan penbelajaran saya akan menjadi lebih menyeronokkan seterusnya mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.