LAPORAN PROJEK SUDUT MATEMATIK (PROJEK INDIVIDU) SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA, KUCHING
TARIKH: 21 JULAI 2014 HINGGA 8 OGOS 2014
TEMPAT: KORIDOR SK WIRA JAYA
NAMA GURU PELATIH: TUO TAI NGIE (PISMP MT2 AMBILAN JAN 2011)
NAMA GURU PEMBIMBING: PUAN SADIAH BT HJ TEKAT
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8 – 10 mukasurat) Nama Pelajar : Tuo Tai Ngie Program: PISMP MT2 Januari 2011 Nama Sekolah: SK Wira Jaya, Kota Samarahan Nama Projek / Aktiviti: Sudut Matematik Tempoh Pelaksanaan: 21 Julai hingga 8 Ogos 2014 Objektif : 1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik dengan perhiasan papan notis bagi mewujudkan sudut matematik 2. Membenarkan murid-murid untuk menerokai ilmu dan fakta-fakta asas matematik 3. Membantu murid-murid mengaplikasi ilmu matematik serta menjalankan algoritma matematikal dengan betul 4. Membekalkan informasi baharu berunsur matematik kepada murid-murid 5. Memperkenalkan cara atau algoritma matematikal yang beraneka kepada murid khususnya yang menghadapi masalah pembelajaran Strategi Pelaksanaan: 1. Sebelum
Perbincangan sesama pihak sekolah terutamanya guru mentor internship mengenai projek individu yang ingin dijalankan ini
Menyediakan bahan atau informasi untuk penghiasan papan notis bagi membina sudut matematik yang berkesan
Membuat
perancangan
mengenai
schedule dan
keperluan untuk penghiasan sudut matematik
bahan-bahan
Membuat anggaran kos mengenai projek sudut matematik
Semasa
Proses penghiasan mengikut perancangan schedule yang sudah ditetapkan
Selepas
Mengambil gambar sebagai bukti dan diselitkan sebagai lampiran
Menulis laporan sebagai bukti pelancaran proses individu saya
Tarikh 21 Julai 2014 –
Masa
Tempat
Catatan
9:50 pagi
Projek penghiasan Koridor Wira
diadakan pada masa P&P
Jaya
agar proses perhiasan
–
8 Ogos 2014
tidak diganggu oleh murid
10:10 pagi
Pelaksanaan: Sebelum saya merancang pelaksanaan bagi projek individu saya, saya telahpun berjumpa dengan mentor saya, Puan Sadiah Bt. Hj. Tekat mengenai kesesuaian projek saya. Pada permulaannya, saya ingin melaksanakan perhiasan sudut matematik di kelas 3 Bestari sahaja kerana itu merupakan kelas yang saya ajar. Akan tetapi, Puan Sadiah telah pun memberitahu saya bahawa
papan
notis
di
koridor
adalah
kekosongan
dengan
maklumat-maklumat matematik dan sekiranya perlu, perhiasan sudut matematik di koridor adalah lebih baik berbanding dengan perhiasan sudut matematik di kelas 3 Bestari. Oleh itu, dengan mempertimbangkan pendapat beliau, saya telah mendapati bahawa cadangan saya pada kali pertama adalah tidak adil bagi murid-murid lain di sekolah ini, justeru, saya telah
membuat keputusan untuk menghiaskan sudut matematik di koridor SK Wira Jaya dan saya mula langkah saya dengan menghantar kertas cadangan dan mendapatkan kelulusan daripada guru mentor dan guru besar bagi melaksanakan projek individu ini. Berikut merupakan gambar sebelum papan notis di koridor dihiaskan menjadi sudut matematik:
Rajah 1: Papan notis di koridor SK Wira Jaya Selepas membuat keputusan menghiaskan papan notis di koridor dengan tujuan menghasilkan sudut matematik yang menarik, saya mula merancang apakah bahan bacaan yang bersesuaian untuk diletakkan di atas papan notis serta bagaimana caranya saya hendak menyusun aturkan segala bahan hiasan saya. Oleh hal yang demikian, saya telah keluar dengan satu idea, iaitu memperkenalkan peta sifir untuk membantu murid-murid agar dapat menguasai sifir dengan jayanya khususnya sifir 1 hingga 11. Kaedah-kaedah alternatif seperti kekisi, pendaraban grid turut ditampal di atas papan notis sebagai maklumat bantuan dan tambahan kepada murid-murid SK Wira Jaya khususnya bagi mereka yang lebih lemah yang susah ingin menguasai algoritma bentuk lazim yang lebih abstrak. Seterusnya, saya merancang bagaimana ingin membahagikan papan notis agar kelihatan teratur dan menarik. Oleh sebab kami juga diamanahkan tugas oleh IPG untuk menyiarkan maklumat-maklumat dan kemahiran Pop Up kepada warga sekolah Wira Jaya agar mereka sedar tentang perkaitan matematik dengan bidang Pop Up, justeru, saya telah bercadang untuk menunjukkan contoh-contoh kad-kad Pop Up yang mengandungi pelbagai
kemahiran untuk ditampal di atas papan notis selain menarik minat murid belajar
matematik
maka
juga
untuk
sebagai
persiapan awal
untuk
menyediakan murid dengan pelbagai kemahiran agar dapat bertanding dengan sekolah lain sempena pertandingan Pop Up pada 27 September 2014 anjuran pihak IPG Kampus Batu Lintang. Setelah menentukan bahan Pop Up dan informasi matematik sebagai bahagian-bahagian yang perlu ditampal pada papan notis, saya teringat bahawa papan notis sepatutnya bertujuan untuk mengumumkan aktiviti matematik
yang
terbaru
untuk
disertai
oleh
murid-murid.
Dengan
mempertimbangkan kepentingan wujudnya sudut matematik, akhirnya, saya bercadang untuk membahagikan papan notis kepada 3 bahagian, iaitu bahagian pengumunan, bahagian informasi matematik, dan bahagian Pop Up. Berikut merupakan gambar menunjukkan idea saya membahagikan dan menghiaskan papan notis:
Bahagian Pengumunan
Bahagian Informasi matematik
Bahagian Pop Up Rajah 2: Idea Penghiasan Papan Notis Setelah mendapatkan idea mengenai bagaimana menghiaskan papan notis untuk dijadikan sudut matematik, saya menggunakan masa lapang saya khususnya pada waktu kelas berlangsung menghiaskan papan notis sedikit demi sedikit. Saya mula dengan melakarkan peta sifir dan mencari maklumat di Internet mengenai kaedah-kaedah alternatif serta menghiaskannya dengan pelbagai warna agar kelihatan menarik. Selepas maklumat telah dapat dicari dan dihiaskan, saya me”laminate”kan setiap helaian maklumat agarnya lebih
kukuh dan tahan lama serta tidak mudah koyak sekiranya murid-murid merujuk kepada maklumat-maklumat di atas.
Rajah 3: Hasil Informasi-informasi maklumat yang di”l a m i n a t e”kan Selain pencarian maklumat, saya juga membuat kad Pop Up yang melibatkan pelbagai kemahiran-kemahiran Pop Up seperti sudut, tampalan, dan sebagainya. Kad-kad ini dihasilkan untuk menarik minat untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang Pop Up selaras dengan keinginan pihak IPG kami agar murid dapat menghayati keindahan matematik dan bukan semata-matanya
tahu
tentang
ilmu
matematik
tetapi
tidak
tahu
mengaplikasikannya. Selain itu, Pop Up juga dapat membangkitkan kekreativiti murid-murid SK Wira Jaya. Bak kata pepatah, “Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Saya meneruskan inisiatif perhiasan saya sehari demi sehari dan akhirnya, saya telah mampu menghabiskan kerja penghasilan sudut matematik. Berikut merupakan gambar selepas papan notis saya ditransformasikan menjadi sudut matematik yang menarik:
Rajah 4: Sudut Matematik yang telah disiapkan
Sebagai kesannya, saya telah mendapati bahawa sudut matematik yang dibina telah dapat menarik minat para murid untuk mengunjunginya. Saya berharap agar sudut matematik ini dapat memberi manfaat kepada para murid SK Wira Jaya. Berikut merupakan gambar menunjukkan para murid yang datang mengunjungi dan tetarik dengan maklumat yang dibekalkan sebaik sahaja waktu rehat:
Rajah 5: Sudut Matematik yang menjadi tarikan murid Refleksi: 1. Kekuatan Projek / Aktiviti:
Suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik dibekalkan dan dipenuhi dengan ilmu-ilmu dan fakta-fakta matematik bagi mewujudkan dunia matematik yang berkesan untuk murid-murid memperkembangkan ilmu matematik mereka
Murid-murid dapat menerokai ilmu dan fakta-fakta asas matematik bagi menyelesaikan kemahiran penyelesaian masalah matematikal dalam kalangan murid-murid
Murid-murid akan dapat mengaplikasi ilmu matematik serta melakukan algoritma matematikal dengan betul setelah mengukuhkan konsep serta ilmu asas matematik mereka
Murid-murid dapat memperoleh informasi baharu matematik
Murid-murid dapat mengaitkan ilmu-ilmu matematik dengan bidang-bidang lain khususnya kesenian seperti Pop Up
Murid-murid dapat menghayati keindahan matematik serta mula menanam minat mereka dalam belajar matematik
Murid-murid dapat mempelajari cara-cara atau algoritma matematikal yang beraneka serta mendapati manakah cara atau algoritma yang paling bersesuaian dalam menyelesaikan masalah pembelajaran mereka dalam belajar matematik
2. Kelemahan Projek / Aktiviti:
Maklumat yang dibekalkan adalah terhad kerana satu papan notis sahaja diberikan
Kad-kad Pop Up yang dihasilkan hanya diperbuat daripada kertas A4 untuk mempamerkan kemahiran-kemahiran Pop Up. Masalahnya ialah ia kemungkinan tidak cukup tahan lama
Cadangan Penambahbaikan: -
Sekiranya masa mengizinkan, saya boleh menggunakan buluh untuk membina satu pondok kecil di tepi papan notis dan dibekalkan dengan meja berlaci dan perabot-perabot kecil lagi agar dapat membekalkan bahan bacaan matematik serta mempamerkan sebahagian bahan bantu belajar kepada murid-murid.
-
Kad-kad Pop Up boleh diperbuat daripada kertas berwarna yang lebih keras agar lebih tahan lama dan lebih menarik lagi.
Kesimpulan: Secara kesimpulannya, projek individu ini telah dapat siapkan dan kesannya amat memuaskan bagi saya sedangkan murid-murid selalu mengunjunginya. Saya amat berbesar hati sedangkan usaha yang saya curahkan sudah dapat menampak hasilnya, iaitu murid-murid sudi mengambil masa mengunjunginya dan diharapkan mereka akan dapat belajar sesuatu yang baru melalui penerokaan sendiri menerusi maklumat-maklumat di atas papan notis. Saya juga berharap agar murid-murid akan dapat mula memupuk minat dalam belajar matematik dan meningkatkan prestasi akademik dalam pembelajaran matematik. Secara ikhlasnya, saya berharap agar para murid akan dapat memanfaatkan penggunaan sudut matematik ini kepada tahap yang paling maksimum.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
______________________
______________________
(TUO TAI NGIE)
(PN. SADIAH BT. HJ. TEKAT)
Guru Pelatih,
Guru Mentor,
IPG Kampus Batu Lintang
SK Wira Jaya
Disahkan oleh,
______________________ (EN. MOHD. ISA BIN SUKI) Guru Besar, SK Wira Jaya
TARIKH: 7 OGOS 2014