Nama Kumpulan : Moral Nama ahli kumpulan kumpulan : Cik Krishna Kumary Kumary Juval Juval Angeline anak Stephen Linda Eun Hai Lun Hanson Ang Ping Ting Wak Suraina a/p Jimi
Tajuk Inovasi : Penggunaan “FLIPPING BOOK” dalam Pendidikan Moral
1. Abstrak
Pembelajaran
secara
“Flipping
book”
adalah
suatu
kaedah
pembelajaran
yang
mengoptimumkan penggunaan masa pembelajaran di dalam kelas kepada sesi perbincangan konsep serta persoalan yang diklasifikasikan sebagai soalan aras tinggi. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar tahun Enam Di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana terhadap pembelajaran Pendidikan Moral secara kaedah “Flipping Booking” Booking” selain mengenalpasti peranan media sosial, aplikasi teknologi dalam pendidikan serta kebolehupayaan dan tahap kefahaman pelajar-pelajar dalam menguasai selain beradaptasi terhadap persekitaran pembelajaran sedemikian. Secara umumnya pelajar didapati sangat berminat dengan cenderung terhadap pembelajaran secara kaedah “Flipp ingBook”. Book”. Melalui kajian ini dihar apkan apkan dapat memberi inspirasi dan inovasi kepada tenaga pengajar untuk mengaplikasi dan menggunapakai kaedah ini di dalam pengajaran seharian selain dapat menyediakan sekitaran pembelajaran yang bermanfaat buat generasi masa hadapan.
1
2. Latar Belakang
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015 apabila menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21. Justeru kertas kajian ini akan membincangkan tentang pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat tentang model pembelajaran secara ‘flipped classroom’ sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Selain daripada itu, kajian turut memfokuskan kepada persepsi 9 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya bagi menilai keberkesanan dan kebolehupayaan kaedah ini digunapakai di dalam matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah berkenaan.
Sejarah Flip-book Terdapat pebagai aplikasi yang dapat digunakan oleh guru-guru dalam melaksanakan konsep pembelajaran ini. Flipping book diciptakan oleh John Barnes Linnet iaitu seorang yang berbangsa Inggeris pada bulan September 1868. Flipbook yang pertama ini dinamakan Kineograph (gambar bergerak). Pada peringkat awalnya, Flipbook dibuat dengan gambar-gambar sederhana yang dikumpulkan menjdi sebuah buku. Dalam Flipbook, gambar-gambar yang terkandung di dalam setiap halaman adalah berlainan antara satu sama lain. Secara umumnya, apabila kita menggerakkan gambar-gambar tersebut dengan menggunakan jari, maka Flipbook akan menciptakan sebuah “optical illusion of motion”. Hal ini bermaksud bahawa gambar -gambar tersebut akan menciptakan pergerakan secara berterusan atau berkesinambungan. Oleh sebab pengaruh Flipbook pada awal abad ke-19, maka wujudnya industri perfileman buat kali pertama di dunia pada waktu tersebut. Menjelang tahun 1900, Flipbook menjadi kian popular. Misalnya, Cracker Jack Company telah menggunakan kaedah Flipbook yang menarik untuk mempromosikan produk syarikat tersebut di pasaran. Menjelang tahun 1960-an, Flipbook semakin memainkan peranan yang penting bagi beberapa orang innovative marketer yang terkemuka pada waktu itu seperti Disney, Gillete dan Mc Donalds. Flipbook telah digunakan sebagai media saran promosi, interaktif brosur dan iklan produk untuk mempromosikan produk mereka di pasaran. Para era kemajuan teknologi dan multimedia yang canggih ini, Flipbook sekali lagi mendapat perhatian daripada masyarakat dunia. Pada masa kini, sudah banyak perusahaan-perusahaan mahupun perseorangan yang menggunakan Flipbook sebagai promosi, pengiklankan produk, 2
cenderahati bahkan untuk menyimpan kenangan - kenangan istimewa bersama orang yang tercinta. Flipped-book classroom (Baker, 2000) atau inverted classroom (2000) merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2000. Kelebihan kaedah flipped-book classroom ialah kaedah ini mempunyai dua fasa yang memberi ruang kepada pelajar belajar secara kadar kendiri dan belajar membina pengetahuan melalui pengalaman atau melalui bimbingan guru dan rakan (Lowell,2013). Flumerfelt dan Green (2013) melaksanakan kaedah flipped-book classroom sebagai perubahan pedagogi yang perlu disuntik ke dalam kurikulum sekolah. Dapatan kajian Flumerfelt dan Green (2013) menunjukkan berlaku peningkatan peratusan dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sains Sosial setelah melaksanakan kaedah flipped-book classroom. Kajian seterusnya iaitu Pang dan Yap (2014) di Singapura memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran menggunakan kaedah flipped classroom dengan menerangkan terlebih dahulu prosedur pelaksanaan kaedah flipped-book classroom sebelum sesi pengajian bermula. Pang dan Yap (2014) mendapati kaedah flipped-book classroom mendapat sambutan positif dari pelajar dan hasil pembelajaran tercapai seperti yang diharapkan. Objektif inovasi akan dilakukan terhadap sembilan orang pelajar tahun 6 kelas Pendidikan Moral di SK Sri Kelana. Objektif inovasi ini : a. Meninjau tahap kefahaman pelajar tentang Flipping-book dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. b. Menilai keupayaan kaedah ini dalam matapelajaran Pendidikan Moral.
Manakala persoalan kajian pula; a. Adakah Flipping-book ini dapat mewujudkan suasana pebelajaran moden dalam mata pelajaran Pendidikan Moral ? Kesimpulannya,
kaedah
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
menggunakan
pendekatan flipping book merupakan salah satu cara yang baik dan berkesan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar khususnya Pendidikan Moral. Hal ini kerana, pembelajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan abad ke-21 ini banyak memberikan manfaat kepada pelajar dan juga guru-guru. Walaupun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi sama ada oleh pelajar atau guru, namun pelaksanaan ini seharusnya dilihat dari sudut yang positif iaitu untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, bagi meningkatkan minat dan kualiti pembelajaran pelajar, penggunaan flipping book seharusnya dilaksanakan dan ditekankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta pihak sekolah bagi merealisasikan hasrat untuk 3
meningkatkan mutu prestasi pendidikan di Malaysia yang seiring dengan mutu prestasi pendidikan di negara luar. Dewasa ini perkembangan teknologi informasi dan dunia hiburan semakin pesat, sehingga anak-anak kita lebih suka melihat sinetron, filem serta bermain game dan melayari internet berbanding mendengarkan pelajaran guru di kelas. Oleh sebab itu, guru zaman sekarang dituntut untuk menciptakan pembelajaran yang menarik sekaligus menghiburkan agar tidak tunduk kepada teknologi informasi dan dunia hiburan yang semakin canggih. Hal ini bersesuaian dengan kemajuan Teknologi Pendidikan (Educational Technology) dan Teknologi Pembelajaran (Instructional Technology) yang menuntut pelbagai media pembelajaran (instructional media) serta peralatan-peralatan yang semakin canggih (sophisticated) telah digunakan. (Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin & Razali Hassan, 2011). 3. Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan. Gambaran pengkaji sebelum menjalankan inovasi ini, pengkaji mendapati bahawa kelas Pendidikan Moral di sekolah SK Sri Kelana amat kurang dititikberatkan. Waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mengabungkan semua murid bukan muslim dalam satu masa yang sama mengikut tahun. Pengkaji mengkaji kelas Pendidikan Moral murid Tahun 6 ekoran mendapat kelas tahun 6 tersebut semasa pratikum fasa 3. Menurut ketua panitia Pendidikan Moral, Puan Monica Liwan, beliau menyatakan bahawa matapelajaran Pendidikan Moral diserahkan kepada guru yang kurang waktu mengajar bagi memcukupkan masa mengajar guru-guru tersebut. Kebanyakan guru-guru tersebut merupakan guru yang perlu mentadbir urusan sekolah. Kekangan masa serta urusan luar rasmi sekolah terlalu banyak menyebabkan guru-guru tersebut menggantikan urusan guru ganti sekiranya mereka perlu mengutamakan urusan sekolah. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tersebut akan menggunakan masa satu jam tanpa aktiviti yang betul. Keadaan ini semakin mengambil perhatian pengkaji apabila murid-murid memberi kenyataan bahawa sejak Tahun 1 sehingga Tahun 6 mereka jarang sekali belajar Pendidikan Moral dengan cara belajar yang betul. Daripada pemerhatian pengkaji juga, kelas Pendidikan Moral ini tidak mempunyai kelas khas atau ruang yang tetap untuk pelajar moral ini untuk menuntut ilmu. Setiap kali masa kelas Pendidikan Moral ini diadakan dimana-mana tempat atau ruang sekolah yang boleh digunakan untuk aktiviti santai. Berikutan masalah tempat belajar ini juga, pengkaji juga mendapati bahawa murid-murid moral ini akan berkeliaran di sekitar kawasan sekolah untuk mencari guru mata pelajaran dan ruangan yang sesuai. Hal ini makin parah apabila guru ganti mata pelajaran ini hendak masuk ke kelas namun tiada menemukan anak muridnya serta kelas yang sepatutnya diajar. 4
Semasa menjalani pratikum fasa 3 ini, pengkaji telah mengajar murid Moral Tahun 6. Semasa minggu pertama, pengkaji mendapati bahawa murid moral ini langsung tidak tahu nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka belajar. Malah, buku tulis serta buku aktiviti murid moral ini masih baru serta tidak pernah dibuat latihan-latihan yang ada. Setelah melihat senario ini, pengkaji merasakan amat penting untuk melakukan satu inovasi dalam mata pelajaran ini agar mata pelajaran ini dapat dijalankan seperti mata pelajaran lain. Keadaan mula berubah apabila pengkaji menggunakan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam salah satu pengajaran semasa menjalani praktikum fasa 3 minggu kedua. Dengan pembahagian kumpulan berdua dan bertiga, murid moral didedahkan dengan penggunaan komputer riba untuk membina peta minda menggunakan smart-art Powerpoint,serta membentangkan kepada rakan-rakan yang lain. Kaedah ini telah digunakan sebanyak dua kali dan memberi respon yang baik daripada murid moral. Pengkaji telah menetapkan salah satu makmal komputer dijadikan bilik kelas Moral dan penggunaan komputer riba setiap kali semasa kelas Pendidikan Moral. Murid moral semakin menunjukkan keterujaan setiap kali masa kelas Moral. Oleh itu, pengkaji dapat merasakan bahawa satu inovasi menggunakan TMK dapat membantu mengubah persepsi guru-guru bahawa Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang perlu diajar sebagaimana subjek lain diajar.
4. Masalah-masalah yang dihadapi. Pengkaji menghadapi beberapa masalah ketika menjalani pengajaran Pendidikan Moral antaranya ialah : a. Murid-murid Moral kurang berfikir dalam menyelesaikan soalan-soalan KBAT. b. Murid-murid Moral tidak mempunyai keberanian untuk menyuarakan pendapat atau jawapan. c. Murid-murid moral juga masih belum mahir dalam penggunaan perisian komputer. Murid – murid Moral tahun 6 ini pada mulanya nampak amat keberatan untuk belajar Pendidikan Moral kerana sudah terbiasa dengan waktu mata pelajaran ini adalah waktu bukan belajar bagi mereka. Lewat masuk ke kelas dan buat kerja sendiri seolah-olah sudah menjadi tabiat mereka setiap kali waktu Pendidikan Moral. Apabila diajukan soalan-soalan KBAT atau tindakan dalam sesuatu situasi, murid Moral ini menunjukkan ketidakyakinan serta tidak boleh memberi jawapan walaupun diransang dengan soalan-soalan yang mudah. Malah bilangan murid Moral sebanyak sembilan orang tersebut menjadi kaku apabila pengkaji mula bertanya soalan-soalan yang perlu menunjukkan elemen pemikiran, perasaan dan perlakuan. Oleh itu,
5
pengkaji mula ingin menggunakan pelbagai bahan serta sumber untuk menjadikan murid moral ini teruja serta aktif semasa mata pelajaran berlangsung. Walaupun dalam bilangan kumpulan yang kecil, pengkaji mendapati juga bahawa kerjasama serta komunikasi dalam kalangan murid-murid ini kurang baik. Hal ini berlaku apabila murid-murid ini duduk mengikut kelas asal mereka. Kelas asal mereka telah disusun mengikut kebolehan murid-murid. Dalam kelas Pendidikan Moral, golongan murid lemah masih dianggap lemah dan disisihkan daripada golong murid yang pandai. Oleh itu, golongan pelajar lemah ini menjadi makin kurang motivasi dalam memberi jawapan dalam menjawab soalan KBAT diajukan oleh guru. Hal ini pengkaji percaya bahawa kemungkinan besar murid ini takut diketawakan atau berasa rendah diri sekiranya jawapan mereka salah. Untuk menjalankan inovasi ini, pengkaji telah melihat perubahan kecil murid-murid ini apabila penggunaan bahan TMK dalam kelas Pendidikan Moral. Namun begitu, pengkaji masih menghadapi masalah semasa penggunaan bahan TMK seperti Powerpoint, kerana masih ada murid tidak mahir dalam mengendalikannya sehingga memakan masa, contohnya untuk menunjukkan langkah-langkah penyediaan rangka peta minda sahaja. Selain itu, semasa murid-murid membentangkan atau menunjukkan hasil kerja kepada rakan-rakan, hal yang sama juga berlaku dimana mengambil masa untuk bahagian teknikal bagi memancarkan menggunakan projektor. Oleh itu, pengkaji percaya dengan melakukan inovasi menggunakan perisian “Flipbook” akan dapat menyelesaikan masalah ini dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Malah,murid-murid juga akan merasakan satu keseronokan serta belajar dengan cara yang betul dan efektif. Pendidikan Moral penting dan merupakan mata pelajaran yang menerapkan unsur-unsur pemikiran KBAT dan aplikasi yang rasional.
6
5. Inovasi yang telah dijalankan Inovasi ini telah dimulakan setelah masalah diteliti oleh pengkaji secara mendalam. Pengkaji juga telah mengambil langkah untuk mendedahkan cara penggunaan komputer dan perisian asas seperti Powerpoint. Inovasi dipanggil “flipping book” ini merupakan satu penyimpanan dokumen seperti buku di alam maya. Proses inovasi dijalankan dalam kelas Pendidikan Moral seperti berikut : Langkah 1 Pelajar diberi tugasan untuk menyatakan jawapan dalam bentuk peta minda.
Langkah 2 Pelajar perlu menyimpan tugasan jawapan dalam format PDF.
Langkah 3 Pelajar diberi tugasan untuk menyatakan jawapan dalam bentuk peta minda.
Langkah 4 Pelajar menggunakan aplikasi “flip” PDF Profesional dan membentangkan hasil jawapan kepada rakan dengan memuatnaik ke Flipbuilder.com.
Langkah 5 Pelajar akan mengakses dan melihat hasil kerja rakan-rakan menggunakan perisian ini tanpa menggunakan projektor.
Rajah 1 Proses Inovasi dijalankan dalam Pendidikan Moral Selepas inovasi dijalankan, masalah seperti kurang memberi perhatian, lambat masuk kelas, kurang keyakinan serta pendedahan tentang TMK telah menunjukkan pola positif. Murid teruja untuk masuk ke kelas Pendidikan Moral serta menunjukkan minat dalam menunjukkan hasil dalam bentuk “flip book”. Murid juga dapat bekerjasama dalam kumpulan yang ditetapkan oleh pengkaji mengikut tahap pencapaian yang berbeza. Murid juga dapat memberi jawapan yang rasional. Hal ini dapat diperhatikan oleh pengkaji apabila murid
7
semasa mengakses hail kerja rakan di web tersebut, murid-murid dapat memberi pendapat serta mengulas hasil pembelajaran dengan aktif. Malah, masa dapat dijimatkan tanpa memerlukan pergerakan untuk murid melihat hasil kerja rakan-rakan yang lain. Bahan dan kos inovasi ini amat memudahkan kerana semua dapat diperolehi melalu sekolah. Perisian ini dapat dimuat turun dengan percuma.
BIL.
BAHAN/ALAT
PERBELANJAAN
1.
Komputer riba
Kemudahan sekolah
2.
Perisian PDF flip Profesional
Muat turun percuma
3.
Wi-fi
Kemudahan sekolah
6. Faedah-Faedah Daripada Inovasi Yang Telah Dilaksanakan
(a) Menjimatkan kos Aktiviti ini hanya menggunakan perisian sahaja dan boleh dilaksanakan ketika pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral. Perisian ‘Flipbook’ ini boleh didapatkan di internet secara percuma. Perisian ini juga boleh digunakan secara berulang-ulang mengikut kreativiti. Oleh itu, tidak melibatkan kos operasi yang besar seperti pembelanjaan untuk pelbagai jenis bahan dan sesuai dilaksanakan di dalam bilik darjah. (b) Mesra Pengguna Penggunaan ‘Flipbook’ ini juga amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Hal ini demikian kerana cara penggunaan perisian ‘Flipbook’ ini adalah senang. Guru dan pelajar hanya perlu mengimport fail yang berformat pdf, ppt atau doc ke dalam perisian ‘Flipbook’ untuk menghasilkan anima si Flipbook. Mereka juga boleh memasukkan gambar ke dalam perisian ‘Flipbook’ untuk menghasilkan ‘Flipbook’. Pengguna boleh memilih reka bentuk animasi ‘flipbook’ dari template yang disediakan, Hanya dengan mengklik templet yang menarik dan memilih ‘effect’ yang sesuai untuk menghasilkan ‘Flipbook’ yang menarik. Hal ini bukan sahaja memudahkan guru untuk menghasilkan bahan bantu belajar, tetapi juga membolehkan pelajar untuk menghasilkan ‘flipbook’ dengan bimbingan guru.
(c) Peningkatan dalam Tahap Kepuasan Pelanggan
8
Guru yang menggunakan perisian ‘flipbook’ dalam pengajaran dan pembelajaran lebih mudah untuk mengajar dan membimbing murid untuk menghasilkan ‘flipbook’ sendiri mengenai dengan nilai murine yang ditentukan. Sementara murid pula, lebih mudah memahami tentang pengaplikasian nilai murni dalam pendidikan moral dalam kehidupan seharian di samping mengetahui cara menghasilkan ‘flipbook’. Selain itu, tempoh masa yang singkat boleh digunakan oleh guru dalam usaha memahamkan murid cara penghasilan ‘flipbook’ dengan berkesan di samping memahami secara mendalam nilai murni. Hal ini demikian kerana mereka telah dilibatkan secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dan bukan hanya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara pasif, iaitu hanya guru yang bercakap di hadapan kelas.
(e) Faedah-Faedah Lain
Antara faedah lain penggunaan perisian ‘Flipbook’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral adalah ia mesra alam iaitu ia tidak menggunakan sebarang kertas dalam penyediaan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Di samping itu, ia juga menyediakan diri guru dan murid untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang kondusif, di mana wujudnya interaksi antara guru, murid dan bahan bantu belajar. Pembelajaran abad ke- 21 juga boleh diwujudkan secara tidak langsung melalui penggunaan perisian ini.
7. Penyebaran Flip Book pada asalnya adalah salah satu jenis animasi klasik yang menyerupai buku tebal, pada setiap halamannya di gambarkan proses tentang sesuatu yang nantinya proses tersebut terlihat bergerak atau beranimasi apabila diselak setiap halaman. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang semakin pesat membangun, flip book telah direka khas sebagai salah satu bahan media elektronik pengajaran yang interaktif. Penyebaran perisian flip book bukan lagi asing dalam dunia pendidikan sekarang malah penggunaannya juga kerap dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam mewujudkan kelainan di dalam kelas. Perisian flip book dalam dunia pendidikan dapat diterima baik oleh warga sekolah terutamanya guru-guru yang mengajar. Hal ini demikian kerana, perisian flip book jauh lebih mudah dilaksanakan dan boleh digunakan pada bila-bila masa untuk sesi pengajaran. Guruguru tidak perlu lagi menggunakan buku yang tebal dan berat di dalam kelas. Berbekalkan perisian tersebut, guru mampu mengimport fail yang berformat doc, pdf, pptx, gambar dan
9
sebagainya dalam flip book tersebut. Secara tidak langsung dapat mewujudkan kelas yang interaktif abad 21. Selain itu, perisian flip book juga mudah diakses oleh setiap individu. Murid boleh mengakses maklumat yang guru telah dimasukkan dalam flip book tersebut di luar waktu sekolah contohnya di rumah dengan mudah. Penggunaan perisian flip book tersebut dapat juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid dalam pembelajaran mereka dengan maklumat yang lengkap dan menjimatkan kos serta masa murid-murid disamping menarik minat mereka untuk belajar sesuatu yang baharu dalam pembelajaran sejajar dengan kehendak Wawasan 2020 yang ingin melahirkan modal insan yang celik teknologi maklumat (IT). 8. Potensi Komersial
Sebelum perlaksanaan inovasi, kami telah mengenalpasti terlebih dahulu potensi komersial daripada inovasi kami agar dapat diterima dengan meluas dalam kalangan guru dan juga pelajar. Perisian yang digunakan dalam inovasi ini adalah mudah didapati di kedai-kedai barangan elektronik. Kadang-kadang boleh dibeli secara atas talian. Bagi mereka yang ingin mencuba sahaja, ia boleh didapati atas talian secara percuma dengan memuat turunnya di laman web. Oleh sebab itu, para pembeli tidak perlulah risau untuk mendapatkan perisian ini di pasaran bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ‘flipbook’. Perisian juga boleh dimuat turun secara percuma di internet, pelajar dan guru boleh mengakses hasil kerja melalui atas talin yang disebarkan di flipbuilder.com.
9. Kesimpulan
Terdapat beberapa kelebihan atau kekuatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral menggunakan perisian ‘Flipbook’. Dengan menggunakan ‘Flipbook’, murid mampu menjana idea dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran Pendidikan Moral. Sebagai contoh, murid boleh menghasilkan satu cerita yang berunsurkan nilai murni dengan mempersembahkannya menggunakan ‘Flipbook’. Secara tidak langsung hasil daripada penghasilan cerita tersebut, murid dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dizahirkan dalam ‘flipbook’ ke dalam kehidupan seharian.
10
8. Rujukan :
Baker, W. (2000). The “Classroom Flip”: Using Web Course Management Tools Too Become The Guide By The Side. Flumerfelt, S., dan Green, G. (2013). Using Lean in the Flipped-book Classroom for At Risk Students, 16, 356 –366. Lockwood, K., Bay, C. S. U. M., dan Esselstein, R. (2013). The Inverted Classroom and the CS Curriculum, 113 –118. Lowell, J., Utah, B., Verleger, M. A., dan Beach, D. (2013). The Flipped-book Classroom : A Survey of the Research. Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Fadzillah Ab. Rahman, 2012. Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal), Volume 2, No. 1, 2012 Pang, N. K., dan Yap, K. T. (2014). The Flipped Classroom Experience. IEEE, 39 –43. Siti, Faizzatul Aqmal, Mohamad Mohsin & Razali Hassan, 2011. Pengajaran dan Pembelajaran: Berasaskan Streaming Video Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.
11