KONSEP
Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolahan murid, guru memerlukan maklumat yangt dikumpul melalui pelbagai cara pengujia atau kaedah lain. Apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya. Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas didefinisikan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Dalam konteks konsep pula, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
PENGETAHUAN KEMAHIRAN
OPERASI
PRODUK
PROSES
NILAI
DAPAT HASIL
PENTAKSIRAN PERTIMBANGAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN
BUKTI
PENGHAKIMA
MAKLUMAT
PRESTASI TOPIK
Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor, dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar. Pentaksiran bertujuan
untuk
mendapatkan
gambaran
tentang
prestasi
seseorang
dalam
pembelajaran selain mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran sekaligus memperbaiki cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran seseorang guru kepada murid. Pentaksiran ini juga dapat memudahkan seorang guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
PENTAKSIRAN
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Setelah masalah dapat dikenal pasti, murid akan ditempatkan di kelas pemulihan untuk mengikuti program yang dirancang oleh guru. Dalam melaksanakan program ini, guru harus bijak memilih strategi pemulihan yang sesuai dengan darjah keseriusan yang dialami oleh murid berkenaan. Selain itu, guru perlu menentukan alatan kajian yang sesuai bagi melaksnakan ujian-ujian pengenalpastian/saringan terhadap murid yang dikenal pasti dengan menggunakan prosedur tertentu seperti ujian pengamatan
dan ujian diagnostik melalui ujian-ujian binaan guru dan ujian-ujian lain yang difikirkan sesuai. Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) serta Kubiszyn dan Borich (1996), namun, pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan, dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pillihan keputusan berasaskan pada objektif pendidikan.
KEPENTINGAN
Dalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi. Pentaksiran ini amat penting dalam membuat penilaian terhadap murid-murid pemulihan. Antara kepentingannya adalah, untuk pengenalpastian masalah. Dengan membuat pentaksiran keatas pelajar, guru dapat mengesan sama ada pelajar dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira. Guru juga dapat mengesen punca kelemahan dan kekuatan pelajar. Dengan maklumat-maklumat sebegini, tugas guru lebih mudah untuk membuat perancangan dalam menyediakan rancangan pengajaran keatas murid tersebut. Selain itu, pentaksiran ini juga penting dalam mengenalpasti penempatan yang sesuai keatas murid. Contohnya, guru dapat mengetahui tahap pencapaian murid untuk penempatan kelas seperti ke kelas perdana, dan kelas khas pemulihan. Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat pendidikan yang khusus. Kepentingan pentaksiran seterusnya adalah dalam pemilihan strategi pemulihan. Cotohnya, seorang guru dapat menyediakan strategi P&P yang berkesan seperti menggunakan BBM yang menarik supaya murid lebih mudah menguasai kemahiran. Selain itu, guru dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Individu lebih awal iaitu sebelum pengajaran dijalankan dan boleh menetapkan objektif pengajaran. Dengan adanya persediaan seperti ini, guru dapat menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa. Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang untuk mengingat kembali kemahiran yang telah dipelajari.