contoh format konflik kepentingan untuk surveior karsFull description
SEJARAH KERTAS 3,
Karangan
human resourceFull description
1.7
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran yang sebenar apakah ciri-ciri bahan bantu mengajar yang boleh b oleh digunakan oleh guru untuk mengurangkan masalah peratusan pe ratusan penguasaan kemahiran membaca murid yang rendah. Hasil kajian ini juga akan memberikan gambaran dan panduan untuk guru menghadapi masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu di kalangan murid Tahun 1 di sekolah. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak sekolah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam meningkatkan kemahiran guru untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid.
i) Kepada guru dan pelajar
Menyedarkan para guru bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan motivasi dan minat untuk murid-murid pemulihan Tahun 1 menguasai kemahiran membaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan murid-murid Tahun 1.
ii) Kepada pihak sekolah
Menyedarkan pihak sekolah serta pentadbir tentang masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Pihak sekolah harus turut berasa bertanggungjawab di atas masalah yang dihadapi oleh guru untuk membina dan menyediakan bahan bantu mengajar. Beban untuk mengajar mereka harus ditanggung bersama oleh pihak sekolah dan bukan diserahkan bulat-bulat kepada guru Bahasa Melayu sahaja.
iii) Kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Agar Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengambil kira tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara intensif untuk guru-guru Bahasa Melayu bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan dalam menyedia, mengendalikan serta menggunakan bahan bantu mengajar dalam setiap aktiviti pembacaan dalam kelas.
iv) Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
Agar pihak kementerian khususnya Jabatan Pendidikan Khas memberi perhatian kepada keperluan untuk ditambah peruntukan kewangan bagi tujuan pembinaan dan penyediaan bahan bantu mengajar.
Hasil kajian ini juga boleh membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah merangka dan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru Bahasa Melayu seperti mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan yang bersesuaian dan membekalkan peralatan dan perkakasan untuk digunakan semasa mengajar bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. P eranan bahan bantu mengajar juga penting dalam meningkatkan
profesionalisme guru. Peralatan dan perkakasan yang digunakan semasa mengajar bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kini, komputer telah digunakan secara meluas di sekolah dan sentiasa diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga mewujudkan kemudahan yang perlu disediakan di sekolah seperti makmal komputer, makmal bahasa, dan bilik tayangan. Walaupun penggunaan bahan bantu mengajar yang berasaskan komputer menjadi pilihan utama di sekolah, namun penggunaan bahan bantu mengajar yang konvensional seperti gambar rajah dan carta masih boleh digunakan dengan
berkesan. Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar perlu dilakukan oleh seseorang guru bagi mengekalkan tahap minat pelajar yang tinggi (Yahya Othman, 2006).
Kajian ini juga diharapkan dapat menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada guru Bahasa Melayu untuk meneliti secara lebih mendalam dengan kaedah dan aspek yang sesuai untuk mengatasi masalah kemahiran membaca di kalangan murid Tahun 1.
Akhir sekali, hasil kajian ini dapat menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada para Sarjana lain yang berminat untuk terus mengkaji secara lebih mendalam berkaitan hubungan bahan bantu mengajar dan kemahiran membaca di kalangan murid dan memberi manfaat yang maksimum kepada murid.
1.8 SKOP KAJIAN
Kajian ini akan memfokuskan kepada sejauh manakah guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah kajian mampu menangani masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid Tahun 1. Kajian ini juga akan memfokuskan jenis, cara dan kaedah penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan boleh diaplikasikan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan murid bagi meningkatkan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid Tahun 1. Kajian ini akan dijalankan di beberapa buah sekolah luar bandar yang dipilih oleh penyelidik di dalam daerah Kubang Pasu, Kedah yang melibatkan seramai 50 orang responden
yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar subjek Bahasa Melayu murid Tahun 1.
1.9 BATASAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa batasan yang perlu diambil kira untuk menjadikan kajian yang lebih bermakna dalam bidang pendidikan. Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah terpilih yang melibatkan guru-guru Bahasa Melayu. Kajian ini hanya menumpukan aspek penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru yang dikaji oleh penyelidik. Guru-guru pula menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengambil kira aspek kehadiran murid. Selain itu juga, kajian akan dilakukan di sekolah luar bandar iaitu di daerah Kubang Pasu, Kedah yang merupakan daerah luar bandar di negeri kedah, oleh itu kajian ini tidak dapat menggambarkan status sebenar penggunaan bahan bantu mengajar dikalangan semua guru yang mengajar di luar bandar yang lain dalam meningkatkan penguasaan membaca murid.
KERANGKA KAJIAN
Model kajian berikut dirangka supaya dapat dijadikan sebagai asas dan panduan kajian. Fokus utama kajian adalah untuk mengenalpasti jenis bahan bantu mengajar dalam meningkatkan kemahiran membaca murid Tahun 1 di sekolah.
Berikut ialah kerangka kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini.
Pembolehubah bebas (‘I ndependent V ari ables ’)
Pembolehubah Bersandar (‘Dependent Var iabl es ’)
Peratus Penguasaan Kemahiran 1) Bahan Bantu Mengajar
Membaca Murid Tahun 1
Mengenalpasti (‘diagnosis’) pelbagai jenis bahan bantu mengajar
Penggunaan
bahan
bantu
mengajar
yang
menarik perhatian murid
2) Kemahiran guru
Mengenalpasti guru-guru yang menggunakan bahan
bantu
mengajar
yang
bahan
bantu
sesuai
dan
berkesan
Menghasilkan
berdasarkan keupayaan murid
mengajar
Kerangka kajian akan menggunakan 2 pembolehubah tidak bersandar iaitu mengenalpasti bahan bantu mengajar dan kemahiran guru, sementara pembolehubah bersandar pula ialah peratus penguasaan kemahiran membaca
murid Tahun 1. Setiap pembolehubah bebas mempunyai
kriteria khusus yang disenaraikan dalam kerangka kajian di atas.