KIT PEMBELAJARAN UNTUK KANAK-KANAK “JALAN NOMBOR” (Kit Untuk Pembelajaran Operasi Tambah & Kurang)
Lecture: ENCIK MUKHTAR BIN ZAKARIA Dibuat oleh: Singgih Try Prasetyo( NEP 110202)
KAEDAH MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA (PMEK 2101)
PENGENALAN KIT Kategori kanak-kanak yang dipilih untuk Kit ini ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah atau kesukaran dalam memahami konsep Matematik dan sukar mempelajari tentang kemahiran asas Matematik terutama operasi tambah dan kurang . Anak-anak perlu menguasai konsep matematik dan perlu pengajaran yang jelas dan begitu sistematis. Alat ini dibangun untuk mengajarkan anak agar memahami secara mendalam konsep tambah dan kurang dari hal yang paling dasar sampai yang lebih kompleks. Alat ini sangat berguna karena biasanya kanak-kanak mengalami masalah kekeliruan penghitungan atau mengira matematik menggunakan jari mereka. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981) bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Kit ini telah dibuat khas untuk membantu guru dalam mengajar dan menjadikan waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik lebih menarik dan tidak membosankan. Dengan Kit ini, kanak-kanak ini juga dapat bermain dan dapat membuat mereka lebih berminat dengan Matematik. Guru haruslah mengetahui dan mebuasai kit pembelajaran ini dengan baik agar dapat memberikan pengajaran yang benar. Semoga dengan Kit pembelajaran yang saya buat ini, masalah pembelajaran kanak-kanak dalam operasi tambah dan kurang dapat diatasi secara signifikan.
NAMA KIT
Nama Kit pembelajaran yang saya reka adalah “Jalan Nombor”. Nama ini saya ambil karena kit ini berupa box yang mengandung nombor berurut, seperti jalan, dan ada tokoh yang dimainkan untuk berjalan di atas nombor tersebut. Berikut gambar Kit pembelajaran yang saya buat :
Alat dan Bahan: 1. Pisau cutter, 2. Gunting, 3. Glue, 4. Kertas warna, 5. Ruller, 6. Kertas box tebal, 7. Gambar tokoh.
CARA PENGGUNAAN KIT PENGAJARAN
Kit pengajaran yang dibuat ini diberi nama “Jalan nombor”. Kit ini lebih tertumpu kepada kanak-kanak yang mengalami masalah dalam operasi tambah dan kurang. Alat ini ada tokoh yang mampu bergerak maju dan mundur. Untuk pertambahan, tokoh digerakan maju dan mundur untuk operasi pengurangan. Untuk mengimplementasikan dalam kelas, pada awal mula pengajaran guru bisa memberikan contoh kepada murid mengenai pertambahan dan pengurangan dengan menggunakan masalah yang sering terjadi dalam persekitaran. Setelah beberapa contoh, guru mulai menggunakan kit ini. Misalnya, murid bernama A ditunjuk untuk menjawab soalan” berapa 9 – 7=….?” Maka murid mulai berfikir. Untuk membantu murid tersebut, guru bisa member analogi dengan alat ini misalnya” kamu(murid A), berjalan 9meter, tapi mundur lagi 7meter. Sekarang tinggal berapa meter dari tempat semula?” disertai menunjukan pergerakan tokoh dalam Kit pembelajaran. Setelah dilakukan, maka murid dapat melihat bahwa 9 – 7= 2. Berbagai tingkat bisa di up grade dari alat ini. Di dalam box yang disediakan, guru bisa memasukkan angka yang lebih tinggi untuk perhitungan yang lebih besar. TUJUAN ALAT Kit merupakan alat bantu mengajar yang amat penting dalam mengajar kanak-kanak kurang upaya. Kanak-kanak ini menghadapi masalah dalam operasi tambah dan kurang. Dengan itu,kit ini amat berguna kerana kanak-kanak ini akan bermain sambil belajar. 1. kanak-kanak dapat melakukan operasi asas Matematik seperti operasi tambah dan kurang 2. untuk melatih kanak-kanak ini mengira sambil bermain
yang memberikan mereka
kebebasan untuk belajar operasi Matematik. 3. menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan juga sebagai daya penarik penting kepada seseorang murid . 4. Dengan kit ini guru akan dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal dan berkesan. 5. Dengan adanya kit ini kanak-kanak ini lebih seronok dan gembira untuk belajar.
KESIMPULAN
Keberhasilan dan keberkesanan pembelajaran di dalam kelas bergantung kepada rancangan pengajaran guru terhadap tahap perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran, penggunaan Kit, dan teknik dalam pembelajaran hendaklah menyeluruh meliputi aspek-aspek perkembangan, yaitu kognitif, afektif dan psikomotorik. Penggunaan bahan konkrit seperti Kit pembelajaran yang saya buat ini merupakan salah satu upaya supaya pelajar boleh memahami konsep metematik dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.