960727 – 14 – 5154
1 " Page
1.0 PENGENALAN
Pemasaran ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan, dan megekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Mengikut (American Marketing Association (2007), pemasaran ialah "satu proses perancangan dan pelaksanaan konsep, perletakan harga, promosi, serta pengagihan idea, barang, dan perkhodmatan yang dapat memuaskan keperluan individu dan objektif organisasi". Menurut (Philip Kotler dan Gary Armstrong (2012), pemasaran "merangkumi semua aktiviti yang bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan pengguna di samping mencapai objektif pemasaran organisasi".
Kajian ini lebih menekankan kepada campuran pemasaran. Campuran pemasaran merupakan satu set pemboleh ubah yang dikenali sebagai "4P" iaitu produk, pengedaran/pengagihan, penetapan harga, dan promosi. Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan boleh membantu pemasar untuk meningkatkan permintaan produk dan seterusnya menjadi keuntungan yang lumayan. Oleh itu pengkaji telah memilih sebuah syarikat multinasional untuk mengkaji tentang campuran pemasaran syarikat. Pengkaji telah memilih syarikat Nestle Berhad sebagai lokasi kajian.
Pengkaji dikehendaki untuk mengenal pasti campuran pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Nestle Bhd.. Nestle Bhd. merupakan sebuah syarikat pembuat makanan dan minuman berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactee Henri Nestle yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestle yang menghasilkan produk makanan bayi.
Pengkaji juga perlu mencadangkan campuran pemasaran yang sesuai untuk diaplikasikan di Syarikat Nestle Berhad bagi meningkatkan lagi mutu syarikat ini. Pengkaji akan mengenal pasti campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Nestle bagi meningkatkan lagi mutu '4p'.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini :
Mengenal pasti campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek produk melalui klasifikasi produk, atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan keputusan campuran produk.
Menjelaskan campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek promosi melalui pengiklanan, promosi Nestle dan publisiti.
Menghuraikan campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek pengedaran/pengagihan dan melalui saluran agihan.
3.0 LATAR BELAKANG ATAU LOKASI KAJIAN
3.1 Latar Belakang Syarikat
Nestle adalah sebuah perusahaan multinasional di Vevey, Swiss yang bergerak dalam bidang makanan dan minuman. Pengasas Nestle adalah Henri Nestle dan telah ditubuhkan pada tahun 1867. Perusahaan ini menghasilkan makanan dan minuman seperti makanan bayi, susu, kopi, coklat, aiskrim, dan lain-lain. Perusahaan ini masuk dalam bursa saham SWX Swiss Exchange. Pada tahun 1842, Henri Nestle membeli salah satu industri yang produktif pada masa tersebut. Ia juga menghasilkan dan menjual air mineral bergas dan lemonade.
Nestle Bhd. mulai tumbuh dan berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan terbesar di Malaysia, serta perusahaan makanan dan minuman yang telah dipercayai oleh orang ramai.
3.2 Latar Belakang Kajian
Campuran pemasaran meerujuk kepada empat pemboleh ubah yang dikenali sebagai '4p' iaitu produk, pengedaran/pengagihan, penetapan harga, dan promosi tetapi kajian ini tertumpu kepada 3p iaitu produk, pengedaran dan promosi
Produk ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk pembelian dan penggunaan yang dapat memenuhi keperluan atau kehendak pengguna (https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/produk/). Menurut (Fandy Tjiptono, 1997), produk merupakan "sesuatu yang dapat ditawarkan untuk diperhatikan, dicari, diminta, dibelikan atau digunakan untuk memenuhi permintaan pasaran". Produk yang dipasarkan termasuk produk fizikal, produk perkhidmatan (servis), idea, informasi, orang, organisasi, dan tempat. Produk Nestle merupakan produk yang sangat dikenali ramai dan pengguna kerap kali membeli produk ini. Hal ini kerana Nestle Bhd. mempunyai pelbagai jenis produk.
Pengedaran ialah satu proses memindahkan produk daripada pengeluar kepada pengguna (https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/pengedaran/). Strategi pengedaran mempunyai dua komponen yang utama, iaitu saluran agihan dan pengurusan logistik. Menurut (Philip Kotler), pengedaran merujuk kepada "komoditi atau perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna oleh proses pemindahan, untuk mengambil pemilikan barang-barang atau perkhidmatan itu, atau untuk membantu semua perniagaan dan individu untuk memindahkan pemilikan". Saluran agihan merupakan satu set pengantara pemasaran atau orang tengah yang berfungsi memindahkan produk secara fizikal daripada pengeluar kepada pengguna akhir atau pengguna, perniagaan. Pengantara pemasaran ini terdiri daripada pemborong, peruncit, broker, dan ejen.
Terdapat dua jenis reka bentuk saluran agihan yang utama, iaitu saluran agihan menegak dan saluran agihan mendatar. Saluran agihan menegak mengandungi satu atau lebih pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit, dan ejen untuk mengagihkan produk kepada pengguna. Saluran agihan mendatar merujuk kepada bilangan pengantara pemasaran yang digunakan oleh pengeluarpada setiap peringkat saluran untuk mengagihkan produk kepada pengguna.
Peruncitan ialah aktiviti menjual produk pengguna secara terus kepada pengguna untuk kegunaan persendirian. Nestle Bhd. menggunakan kaedah ini untuk memasarkan produk dengan menghantar produk-produk ini ke pasar raya.
Pemborongan merujuk kepada aktiviti membeli produk secara pukal daripada pengeluar atau pengilang dan menjual semula kepada peruncit dalam kuantiti yang kecil. Pemborong akan membeli produk-produk Nestle Bhd. terus dari kilang untuk dijual kepada peruncit.
Promosi merujuk kepada satu proses komunikasi untuk mendedahkan maklumat tentang sesuatu produk kepada pengguna (: https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/promosi/). Menurut (William J. Stanton (1993), promosi ialah "kegiatan memberikan informasi kepada konsumen dan mempengaruhi khalayak ramai". Menurut (Zimmerer (2002) pula, promosi adalah "segala macam bentuk komunikasi yang dirancang untuk menginformasikan pelanggan tentang produk atau jasa dan untuk mempengaruhi mereka agar membeli barang atau jasa tersebut dengan menggunakan publisiti, penjualan perorangan dan periklanan". Campuran promosi merupakan gabungan alat promosi yang terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan dan publisiti. Pengiklanan ialah satu bentuk komunikasi secara tidak langsung untuk mempromosikan produk kepada orang ramai melalui media massa seperti surat khabar, majalah, radio, televisten, dan Internet. Publisiti ialah bentuk komunikasi yang bercorak cerita atau berita tentang produk melalui media massa ecara percuma dan tidak berbayar serta ditujukan kepada pihak tertentu bagi tujuan meningkatkan permintaan produk. Promosi jualan ialah insentif yang diberikan kepada pengguna untuk mendorong mereka membeli produk. Nestle Bhd. menggunakan pelbagai cara seperti periklanan, promosi jualan dan perhubungan awam bagi mempromosikan jenama produk Nestle Bhd. kepada orang ramai.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian digunakan untuk memperoleh data dalam kajian adalah dengan menggunakan kaedah sekunder. Pengkaji telah mengumpulkan maklumat bagi mendapatkan kesahihan terhadap syarikat yang dikaji. Antara maklumat yang dapat diperolehi ialah daripada laman sesawang, akhbar, dan laporan tahunan.
4.1 Laman Sesawang
Kajian ini menggunakan laman sesawang sebagai salah satu data sekunder bagi memperoleh maklumat tambahan tentang latar belakang Syarikat Nestle Berhad dan campuran pemasaran syarikat serta jenis saluran agihan yang digunakan. Pengkaji telah mendapatkan maklumat dari laman web rasmi syarikat Nestle Berhad dan wikipidea untuk maklumat tambahan.
https://www.academia.edu/7718129/Perniagaan_Diurus_Secara_Tempatan_Nestl%C3%A9_Malaysia_Berhad_110925-W_Pengurus_Perniagaan_Minuman_Nestl%C3%A9_Pengarah_Eksekutif
http://www.nestle.com.my/
4.2 Akhbar
Kajian ini turut mendapatkan sumber daripada akhbar iaitu Metro dan Berita Harian. Maklumat yang diperoleh ialah mengenai promosi yang dijalankan oeh syarikat Nestle Berhad untuk menarik minat pelanggaan bagi membeli produk mereka.
4.3 Laporan tahunan
Kajian ini juga merupakan sumber daripada laporan tahunan Nestle Bhd. Sumber yang diperoleh ialah latar belakang syarikat Nestle dan penjenamaan Nestle.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan tentang aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Nestle Berhad yang berkaitan dengan campuran pemasaran yang digunakan oleh Nestle Berhad. Aktiviti yang dijalankan ialah barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Nestle Berhad.
5.1 Mengenal pasti klasifikasi produk dalam pasaran syarikat Nestle Berhad ke atas klasifikasi produk, atribut produk, penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan Nestle
5.1.1. Klasifikasi produk
5.1.1.1. Produk pengguna
Produk pengguna ialah produk yang dibeli oleh penguna untuk kegunaan perseorangan. Produk pengguna boleh dibahagikan kepada tiga iaitu produk mudah beli, produk beli belah dan produk istimewa. Produk-produk Nestle Berhad lebih sesuai dikelaskan pada produk mudah beli. Antara contoh produk pengguna Nestle Bhd. produk ternusu, minuman, bahan masakan, bijirin dan sebagainya.
5.1.2. Keputusan Produk Individu
Keputusan produk individu merupakan keputusan yang dibuat dalam usaha pembangunan dan pemasaran produk individu. Keputusan ini memberi tumpuan ke atas lima elemen yang penting.
5.1.2.1 Atribut produk
Atribut produk merupakan elemen penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan produk individu. Atribut produk boleh dilihat dari segi kualiti produk, ciri produk, dan reka bentuk produk.
Kualiti produk ialah keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan fungsinya dan berdaya saing dalam pasaran sasaran . Syarikat Nestle Bhd. sangat mementingkan kualiti produk bagi menjaga imej syarikat ini. Hal ini kerana terdapat banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk makanan dan minuman yang menjadi persaingan Syarikat Nestle Bhd. di pasaran dunia. Oleh itu setiap produk Nestle Bhd. mempunyai kualiti tersendiri berbeza dengan produk-produk lain. Nestle Bhd. juga akan memastikan produk mereka selamat digunakan oleh pengguna.
5.1.2.2 Penjenamaan
Jenama merupakan nama, istilah, simbol, tanda, atau reka bentuk yang membentuk identiti firma dan produk keluaran mereka. Jenama menggambarkan kualiti sesuatu produk dan boleh menambahkan nilai kepada produk tersebut.
Syarikat Nestle Bhd. sangat dikenali ramai dengan simbolnya yang berbentuk sarang burung. Menurut laman web rasmi Nestle Bhd., Henri Nestle telah menggunakan lambang keluarganya sebagai tanda perniagaan pada tahun 1867 dan perkataan 'Nestle' yang bermaksud "sarang kecil" dalam bahasa ibundanya hari ini difahamkan di serata dunia sebagai lambang kemesraan, keselamatan, khasiat, kekeluargaan, pemupukan nilai-nilai murni dan keprihatinan.
Selain simbol, Syarikat Nestle Bhd. juga mempunyai cogan kata tersendiri iaitu "Good Food, Good Life". Cogan kata ini mempunyai maksudnya tersendiri. Menurut laman web rasmi Nestle Bhd., Nestle Bhd. mempercayai bahawa makanan yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang baik, kerana kekurangan akses kepada makanan dari segi mutu serta kuantiti boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan serta isu-isu kompleks yang lain, manakala pemakanan yang tidak seimbang dan keterlaluan boleh membawa kepada obesiti. Nestle Bhd. berazam menjadi syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang terulung serta menjadi rujukan untuk prestasi kewangan. Nestle Bhd. juga ingin memastikan bahawa syarikat mereka dipercayai oleh semua pemegang berkepentingan.
5.1.2.3. Pembungkusan
Pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas atau bungkusan untuk produk. Pada umumnya, pembungkusan berfungsi untuk menyimpan produk dan melindungi produk daripada kerosakan sebelum diagihkan kepada pengguna. Pembungkusan yang mempunyai reka bentuk yang menarik boleh menarik perhatian pengguna terhadap produk, menghuraikan produk kepda pengguna, mempromosikan peoduk pengeluar, dan meningkatkan daya saing serta hasil jualan pengeluar.
Syarikat Nestle Berhad mempunyai cara pembungkusan yang berlainan bagi setiap produk Nestle. Sebagai contoh bagi produk makanan segera Maggi, terdapat dua jenis pembungkusannya. Jenis pertama ialah Maggi tersebut dibungkus dalam plastik kecil. Selain itu, mee segera Maggi juga dibungkus dalam cawan plastik iaitu Maggi Cup. Cara ini adalah bagi memudahkan pengguna untuk makan mee segera tersebut.
Selain itu, bagi produk minuman iaitu Milo, terdapat beberapa jenis bungkusan yang berbeza. Bagi Milo biasa, terdapat dua jenis pembungkusan. Jenis yang pertama ialah dibungkus dalam bentuk tin. Pembungkusan ini adalah bertujuan untuk memastikan produk bertahan dengan lebih lama.
5.1.2.4. Pelabelan
Label merupakan penerangan ringkas dalam bentuk nota atau grafik mudah yang dilekatkan pada bungkusan produk. Label membekalkan maklumat penting tentang sesuatu produk seperti jenama produk, nama, dan alamat pengeluar atau pengimport, tarikh pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk, serta cara penggunaan produk.
Bagi produk Nestle, terdapat pelbagai label yang telah disediakan. Antaranya ialah 'Petua Berguna'. Label ini memberi maklumat tentang bagaimana para pengguna boleh menikmati produk tersebut dengan lebih sedap. Selain itu, terdapat juga 'Maklumat Pemakanan'. Label ini memberi maklumat tentang jumlah nutrisi yang terkandung dalam produk-produk Nestle. Nestle juga melabelkan tarikh luput untuk makanan dan minuman Nestle. Nestle juga menyediakan label 'Tahukah Anda' dimana Nestle menyatakan tentang khasiat-khasiat dan kebaikan bagi setiap produk Nestle.
5.1.3. Keputusan Campuran Produk
Campuran produk ialah beberapa lini produk yang ditawarkan oleh pengeluar.
Kelebaran produk
Kedalaman Produk
Minuman
Produk Ternusu
Mee Segera
Bijirin
Sos
Milo
Cerelac
Maggi Kari
Cookies Crisp
Sos cili
Nescafe
Neslac
Maggi Ayam
Corn Flakes
Sos tomato
Nestea
Nan Grow
Maggi Mee Goreng
Fitnesse
Sos tiram
Ducth Lady
Nespray
Maggi Tomyam
Koko Krunch
Sos lada hitam
Yogurt
-
Maggi Asam Laksa
Milo
-
Kedalaman Produk
Merujuk kepada bilangan versi yang ditawarkan bagi setiap produk dalam lini produk. Sebagai contoh minuman. Nestle menawarkan pelbagai jenis minuman. Antaranya ialah Milo, Nescafe, Nestea, Ducth lady dan Yogurt. Bagi produk ternusu bayi, Nestle telah menyediakan Cerelac, Neslac, Nan Grow dan Nespray.
Kelebaran Produk
Merujuk kepada bilangan lini produk yang berlainan yang ditawarkan oleh pengeluar. Syarikat Nestle telah menyediakan pelbagai jenis produk. Antaranya adalah seperti minuman, mee segera, sos, bijirin, dan produk ternusu bayi.
Secara kesimpulannya, Nestle Bhd. telah menghasilkan pelbagai produk. Produk-produk yang dihasilkan oleh Nestle Bhd. merupakan produk yang digunakan oleh pengguna setiap hari.
5.2 Menjelaskan campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek
promosi melalui pengiklanan dan promosi Nestle Bhd.
Campuran Promosi
Campuran promosi merupakan gabungan alat promosi yang terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan dan publisiti.
5.2.1. Pengiklanan
Pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi secara tidak langsung untuk mempromosikan produk kepada orang ramai melalui media massa seperti surat khabar, majalah, radio, televisyen, dan Internet.
Nestle Bhd. telah menggunakan kaedah ini untuk mempromosikan produk Nestle. Sebagai contoh, Nestle menggunakan surat khabar bagi mempromosikan produknya kepada pengguna. Pengguna sering membeli surat khabar dan cara ini dapat mempromosikan Nestle dengan lebih cepat. Nestle juga menggunakan Internet bagi mempromosi produknya. Dengan cara ini, Nestle akan lebih dikenali oleh pengguna di peringkat global. Nestle bukan sahaja mempromosikan produknya, malah Nestle juga memberi maklumat tentang Nestle dan kebaikan-kebaikan produk-produk Nestle. Nestle juga kerap membuat peraduan untuk pengguna. Cara ini juga dapat menyebarkan produk Nestle dengan lebih cepat.
5.2.2. Promosi Jualan
Promosi jualan ialah insentif yang diberikan kepada pengguna untuk mendorong mereka membeli produk. Antara insentif yang biasa digunakan ialah harga promosi, potongan harga kupon, sample percuma, beli satu dapat percuma satu, dan peraduan.
Nestle menggunakan kaedah harga promosi. Menurut akhbar Sinar Harian, baru-baru ini, Nestle telah melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' selama sebulan. Pengguna dapat menikmati penjimatan 10 hingga 30 peratus. Promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' telah menawarkan penjimatan untuk lebih 11 juta pek promosi dari Nestle termasuklah beberapa jenama kegemaran Nestle yang popular seperti Maggi, Milo, dan Nescafe.
Nestle juga telah menggunakan kaedah peraduan untuk mempromosikan Nestle. Kaedah ini juga dapat menarik minat pengguna dengan lebih cepat. Nestle telah melakukan peraduan 'Meriahkan Raya Bersama Nestle' bersempena dengan musim hari raya ini. Nestle telah menyediakan hadiah-hadiah yang lumayan bagi pemenang-pemenang peraduan ini.
Secara kesimpulannya, Nestle Bhd. mempunyai pelbagai cara untuk mempromosikan produk-produk. Antaranya seperti prmosi jualan dan pengiklanan. Nestle Bhd. telah menghasilkan iklan-iklan yang menarik bagi menarik minat pelanggan. Nestle juga telah menawarkan pelbagai jenis promosi bagi menambahkan lagi jumlah pelanggan mereka.
5.3 Menghuraikan campuran pemasaran dalam syarikat Nestle Berhad dari aspek
pengagihan/pengedaran dan saluran agihan
5.3.1. Saluran agihan menegak
Saluran agihan menegak mengandungi satu atau lebih pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit, dan ejen untuk mengagihkan produk kepada pengguna.
Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat
PengeluarPengeluarPengeluarPengeluarPengeluarPengeluarPengeluarPengeluar Sifar Satu Dua Tiga
Pengeluar
Pengeluar
Pengeluar
Pengeluar
Pengeluar
Pengeluar
Pengeluar
Pengeluar
PemborongPemborongPemborongPemborong
Pemborong
Pemborong
Pemborong
Pemborong
EjenEjen
Ejen
Ejen
PeruncitPeruncitPeruncitPeruncitPeruncitPeruncit
Peruncit
Peruncit
Peruncit
Peruncit
Peruncit
Peruncit
PenggunaPenggunaPenggunaPenggunaPenggunaPenggunaPenggunaPengguna
Pengguna
Pengguna
Pengguna
Pengguna
Pengguna
Pengguna
Pengguna
Pengguna
Syarikat Nestle Bhd. menggunakan saluran peringkat satu dan saluran peringkat dua. Saluran peringkat dua merangkumi pengeluar, peruncit dan pengguna. Bagi saluran peringkat dua pula ialah pengeluar, pemborong, peruncit, dan pengguna. Syarikat Nestle Bhd. ialah pengeluar tersebut.
5.3.2. Peruncitan
Peruncitan ialah aktiviti menjual produk pengguna secara terus kepada pengguna untuk kegunaan persendirian. Terdapat dua jenis peruncit, iaitu peruncitan kedai dan peruncitan tanpa kedai. Peruncitan kedai menjalankan perniagaannya di premis yang tetap seperti kedai mudah beli, kedai istimewa, kedai berjabatan, pasar raya, superstore, dan pasar raya hiper.
Kedai mudah beli
Kedai mudah beli ialah kedai runcit yang bersaiz kecil yang menjual barangan keperluan harian pengguna. Kedai ini biasanya terletak berhampiran di kawasan perumahan. Antara kedai mudah beli ialah 7-eleven dan kedai-kedai runcit berhampiran kawasan perumahan.
Syarikat Nestle telah mengedarkan produk-produknya di kedai-kedai runcit bagi memudahkan penduduk-penduduk kawasan perumahan membeli produk-produk Nestle. Kedai-kedai mudah beli juga menawarkan harga produk yang murah.
Pasar Raya Hiper
Pasar raya hiper lebih besar daripada pasar raya biasa. Pasar raya hiper juga menawarkan lebih banyak produk berbanding dengan pasar raya biasa dan kedai runcit. Ramai pengguna lebih gemar membeli barang di pasar raya hiper disebabkan oleh pelbagai pilihan produk.
Syarikat Nestle telah menghantar produk-produk Nestle ke pasar raya besar seperti Giant, Tesco, Mydin, dan Carrefour. Nestle menghantar hampir semua jenis produk-produknya bagi memudahkan pengguna untuk mencari produk Nestle.
5.3.3. Pemborong
Pemborong merujuk kepada aktiviti membeli produk secara pukal daripada pengeluar atau pengilang dan menjual semula kepada peruncit dalam kuantiti kecil. Pemborong akan menjual semula produk-produk bagi tujuan mendapatkan keuntungan
Pasar raya besar akan membeli produk-produk Nestle secara pukal daripada syarikat Nestle untuk dipasarkan di pasar raya tersebut. Pemborongan ini akan memudahkan peniaga-peniaga yang ingin membeli barangan Nestle secara pukal. Sebagai contoh, peniaga kedai makan sentiasa membeli Milo, Nescafe, dan mee segera Maggi secara pukal untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
Kesimpulannya, Syarikat Nestle Bhd. telah mengedarkan produk-produk mereka di kedai-kedai dan pasaraya yang berdekatan di kawasan perumahan. Hal ini akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk-produk mereka.
6.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, campuran pemasaran iaitu '4p' sangat penting penting dalam memperkenalkan sesuatu syarikat itu kepada pengguna. Syarikat Nestle Bhd. telah menggunakan kaedah ini untuk memperkenalkan syarikat Nestle di pasaran dunia iaitu melalui campuran pemasaran produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi. Dalam kajian ini, pengkaji lebih menekankan kepada campuran pemasaran produk, pengedaran, dan promosi.
Syarikat Nestle telah menghasilkan pelbagai produk yang sering digunakan oleh pengguna. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan harian pengguna. Produk-produk Nestle Bhd. sangat mudah untuk didapati oleh pengguna. Pengguna boleh mendapatkan produk-produk Nestle Bhd. di kedai-kedai dan pasar raya yang berdekatan. Selain itu, kelebihan produk-produk Nestle berbanding produk-produk syarikat lain ialah Nestle sangat menjaga kualiti produk mereka dan mereka juga menyediakan maklumat-maklumat penting pada pembungkus makanan dan minuman untuk kemudahan pengguna. Selain itu, syarikat Nestle Bhd. mempunyai pelbagai jenis pembungkusan mengikut produk-produk tertentu.
Syarikat Nestle mempunyai dua saluran pengedaran utama iaitu saluran pengedaran peringkat satu dan saluran pengedaran peringkat dua. Saluran pengedaran ini bukan sahaja memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk-produk ini dikawasan berdekatan, malah kepada paengguna yang ingin membeli produk-produk ini secara borong khususnya kepada para peniaga. Syarikat Nestle telah mengedarkan produk-produk mereka di kedai-kedai runcit dan pasar raya besar.
Syarikat Nestle menggunakan campuran promosi untuk melariskan produk mereka di kalangan pengguna. Nestle Bhd. menghasilkan pelbagai jenis pengiklanan yang unik dan menarik untuk menarik minat pengguna unutk membeli produk mereka. Mereka memaparkan iklan mereka melalui televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Dengan cara ini Nestle Bhd. dapat meningkatkan jumlah pelanggan mereka dengan lebih cepat. Selain itu, Nestle Bhd, juga menggunakan kaedah promosi untuk meningkatkan jualan mereka. Antara contoh promosi yang sering digunakan oleh Nestle Bhd. ialah harga promosi, rebat, sampel percuma, beli satu dapat percuma satu dan peraduan. Oleh itu, Nestle Bhd. dapat meningkatkan jualan mereka dan menarik lebih ramai pelanggan.
Pengkaji mencadangkan Syarikat Nestle Bhd. berpotensi untuk kekal maju jika Nestle Bhd. boleh menambah jenis-jenis produk mereka dari aspek produk. Syarikat Nestle boleh mencipta produk bahan masakan segera bagi memudahkan pengguna untuk memasak.
Dari aspek promosi pula, pengkaji mencadangkan Syarikat Nestle perlu meningkatkan lagi aktiviti perhubungan awam mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan. Syarikat Nestle boleh meningkatkan aktiviti tajaan mereka terhadap mana-mana pihak yang memerlukan tajaan.
Pengkaji mencadangkan Syarikat Nestle menambahkan saluran pengedaran supaya para pengguna mudah untuk mendapatkan produk-produk mereka tanpa perlu pergi ke tempat yang jauh untuk mendapatkannya.
RUJUKAN
1. Laman sesawang
Blog definisi "Pengertian Produk Menurut Para Ahli", Ahad 10 Mei 2015, diakses daripada : http://blog-definisi.blogspot.my/2015/05/pengertian-produk-menurut-para-ahli.html
Dunia Pengetahuan Ensiklopedia "Pengedaran", 2015, diakses daripada : http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1126845_1&Pengagihan
Pengertian Ahli "Pengertian Promosi Menurut Para Ahli", diakses daripada : http://www.pengertianahli.com/2014/04/pengertian-promosi-menurut-para-ahli.html#_
Anjung Pengajian Perniagaan STPM "Produk", Selasa 11 Februari 2014, diakses daripada : https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/produk/
Anjung Pengajian Perniagaan STPM "Pengedaran", Selasa 11 Februari 2014, diakses daripada : https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/pengedaran/
Anjung Pengajian Perniagaan STPM "Promosi", Selasa 11 Februari 2014, diakses daripada : https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/promosi/
Offerstation "Nestle 'Promosi Lebih Nilai Lebih Hebat', March 2015, diakses daripada : http://www.offerstation.com/offers-promotions/149186/nestle-promosi-lebih-nilai-lagi-hebat.htm
Kumpulan Media Karangkraf "Nestle dan Kesatuan Olahraga Malaysia Lahirkan Atlet Muda", diakses daripada : http://www.karangkraf.com/teknologi-dan-pendidikan/nestle-dan-kesatuan-olahraga-malaysia-lahirkan-atlet-muda-1.196553
Nestle "Brands", diakses daripada : http://www.nestle.com.my/brands
Nestle "About Us" diakses daripada : http://www.nestle.com.my/aboutus
2. Akhbar
Utusan Malaysia "Nestle lancer promosi produk" edisi 28 februari 2015, halaman 16. Oleh : Hasnurul Mohamed
3. Laporan tahunan
Laporan Korporat 2010, "Meningkatkan Pencapaian", diterbitkan oleh : Nestle Malaysia Berhad
Laporan Tahunan 2006, "The World Of Nestle", diterbitkan oleh : Nestle Bhd.
Laporan Korporat 2012, "100 tahun Nestle di sisimu", diterbitkan oleh : Nestle Malaysia Bhd.
Laporan Tahunan 2014, "GOOD FOOD, GOOD LIFE", diterbitkan oleh : Nestle Malaysia Bhd.
LAMPIRAN