12
970204065250
KEMUDAHAN ASAS DI ASRAMA SEKOLAH MENENGAH MUADZAM SHAH, PAHANG
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kemudahan asas di asrama SMK Muadzam Shah, Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan dan mengkaji faktor-faktor pelajar asrama tinggal di asrama SMK Muadzam Shah. Seramai 30 orang responden telah terpilih untuk kajian ini. Bagi mengkaji persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan yang disediakan di asrama, soal selidik, temubual, pemerhatian dan rujukan telah digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif.. Hasil daripada dapatan kajian persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang paling dominan adalah bilik prep setuju dengan persepsi meja dan kerusi yang disediakan mencukupi. Selain itu, kajian ini juga dapat menyimpulkan faktor utama pelajar asrama untuk tinggal di asrama adalah faktor untuk belajar berdikari. Secara kesimpulannya, persepsi responden terhadap kemudahan yang disediakan di asrama amat penting dalam memastikan kemudahan yang disediakan menepati piawai yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Melalui kajian ini, diharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi sebarang kenyataan yang dinyatakan.
Kandungan
Perkara Muka surat
Abstrak 1
Kandungan 2
Penghargaan 3
Pengenalan 4-6
Objektif kajian 6
Lokasi kajian 7-8
Metodologi 8-11
Dapatan kajian dan perbincangan 12
Demografi responden 12-15
Persepsi penghuni asrama tentang prasarana 16-27
yang disediakan di Asrama Sekolah
Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.
Faktor-fakor tarikan pelajar tinggal di Asrama 28-30
Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.
Rumusan dan kesimpulan 31-32
Rujukan 32
Lampiran 33-36
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Muadzam Shah khasnya Puan Pengetua SMK Muadzam Shah Puan Hajah Zahrah binti A. Hamid dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Azmat bin Mohamed kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini .
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Roshaliza binti Yusoff selaku guru Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk kedua ibu bapa saya yang sangat saya kasihi, iaitu Encik Isamuddin bin Sabarudin dan Puan Hemidah binti Atan dan jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.
Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu Nursolehah binti Muhd Salim dan Nurul Qurratul 'Aine binti Suhaimi serta semua rakan lain atas kesudian membantu dan segala nasihat yang diberikan. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
1.0 PENGENALAN
Kemudahan merupakan sesuatu yang diwujudkan untuk melengkapkan keselesaan dan kesenangan seseorang pengguna. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan, mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum yang efektif. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2007) telah menyatakan "bersesuaian dengan program Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks, kerajaan menyediakan peruntukan melengkapkan sekolah dengan pelbagai peralatan untuk keselesaan". Biasanya sesebuah institusi pelajaran akan dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik kuliah, perpustakaan, kafeteria, asrama pelajar dan lain-lain lagi.
Kamus Dewan Edisi Empat telah menerangkan bahawa asrama merupakan sesuatu bangunan tempat tinggal bagi kumpulan tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dan lain-lain. Penginapan merangkumi bukan sahaja tempat tinggal tetapi meliputi keseluruhan tempat pembelajaran, penginapan dan sosialisasi. Pembangunan seseorang pelajar dipengaruhi oleh objektif institusi pengajian, saiz institusi pengajian, kurikulum pengajian dan penilaian yang dijalankan, susun atur asrama, fakulti dan pentadbiran institusi pengajian, dan budaya yang dibentuk atau diamalkan dalam kalangan para pelajar. Persekitaran untuk pembelajaran yang berkesan merupakan satu bentuk persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh itu, pihak institusi pengajian yang menyediakan kemudahan tempat kediaman ini harus mencapai kepuasan yang diingini oleh pelajar.
Bilik persediaan belajar merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek pelajar, ruang dan alat pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dihidu, dirasa, didengar, dan disentuh oleh pelajar. Oleh itu, kemudahan fizikal yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah di antara faktor persekitaran dalam bilik kuliah yang boleh menyebabkan masalah pembelajaran dan pengajaran. Sesebuah bilik persediaan belajar dalam keadaan kemudahan yang tidak lengkap akan menyebabkan pelajar merasa tidak selesa dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran. Oleh itu, faktor bilik persediaan belajar boleh mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan.
Kesenangan yang diberikan oleh kemudahan yang lengkap menyebabkan seseorang pengguna itu berasa puas hati. Kepuasan seseorang pengguna merupakan elemen yang amat penting untuk menjadikan seseorang itu melakukan usaha dengan lebih berkesan. Setelah suatu penggunaan berlaku, pengguna mungkin akan berasa puas hati atau tidak, dengan penggunaan yang telah dibuat. Dengan ini, sesebuah organisasi harus mengenalpasti faktor-faktor yang wujud supaya kepuasan pelajar dapat dipertingkatkan.
Asrama merupakan sebuah tempat tinggal yang menjadi pilihan para pelajar kursusnya bagi pelajar-pelajar universiti, sekolah mahupun pelatih-pelatih kerajaan seperti jururawat dan doktor pelatih. Bagi pelajar sekolah kursusnya pelajar di asrama SMK Muadzam Shah memilih untuk tinggal di asrama kerana bertujuan untuk memudahkan urusan harian mereka untuk menghadiri sesi persekolahan mereka. Hal ini kerana pelajar asrama di SMK Muadzam Shah hampir kesemuanya tinggal berjauhan dari kawasan sekolah.
Asrama SMK Muadzam Shah telah wujud sekitar tahun 80-an dimana pada ketika itu lokasi asrama bagi pelajar perempuan dan lelaki adalah berbeza dengan yang ada pada masa kini. Asrama bagi pelajar perempuan pada ketika itu terletak di asrama pelajar lelaki dan juga begitulah sebaliknya bagi asrama pelajar lelaki. Namun begitu, kedudukan asrama kedua-dua pihak lelaki dan perempuan telah ditukar kerana kedudukannya yang tidak strategik dan juga kerana berlakunya pertambahan pelajar bagi pelajar perempuan yang jumlahnya melebihi pelajar lelaki.
Asrama SMK Muadzam Shah juga penting dalam melatih pelajar-pelajar untuk belajar berdikari dan juga melatih pelajar asrama dalam menwujudkan suasana yang harmoni di asrama serta menwujudkan semangat kerjasama antara pelajar itu sendiri. Asrama ini juga berfungsi bagi memudahkan pelajar asrama untuk menghadiri sesi persekolahan mereka.
Kebanyakkan pelajar asrama yang tinggal di asrama SMK Muadzam Shah terdiri daripada pelbagai lapisan umur, berbeza jantina dan juga berbeza tempat tinggal. Pelajar di asrama SMK Muadzam Shah terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Bermula daripada umur 13 tahun hinggalah umur 19 tahun tinggal di asrama ini. Namun begitu, asrama ini juga dihuni oleh para warden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah itu juga.
Selain itu, pelajar asrama juga tinggal di tempat yang jauh dari kawasan sekolah itu sendiri. Pelajar tersebut tinggal di sekitar kawasan Muadzam Shah, Pahang. Sama ada dari pertempatan Ibam, Chini, Keratong dan juga ladang-ladang yang terdapat disekitarnya. Asrama ini juga berfungsi sebagai tempat tinggal sementara mereka selain daripada rumah mereka sendiri dan mereka juga berada di bawah penjagaan para warden yang mengantikan ibu bapa mereka untuk menjaga mereka di asrama tersebut.
Akhir sekali, asrama SMK Muadzam Shah telah banyak memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman yang kurang institusi pendidikan untuk kategori sekolah menengah untuk terus memperoleh ilmu bagi kejayaan pelajar itu sendiri.
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu:
Mengenal pasti persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama SMK Muadzam Shah.
Mengkaji faktor-faktor pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah.
2.0 LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di negeri Pahang. Pahang terletak di dalam Malaysia. Lokasi kawasan kajian ini merupakan negeri ketiga dalam Malaysia selepas Sabah dan Sarawak. Pahang merupakan negeri terbesar dalam Semenanjung Malaysia yang terletak di Lembangan sungai Pahang yang luas.
Peta 1: Pahang Darul Makmur
Sumber :http://maps.google.com
Rompin merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Pahang. Rompin adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor misalnya lokasi yang berdekatan ialah Endau Mersing.
Peta 2 : Daerah Rompin
Sumber : http://maps.google.com
SMK Muadzam Shah terletak di Bandar Muadzam Shah di Rompin, Tenggara Pahang, Malaysia. Muadzam Shah telah dibuka pada tahun 1979 oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Penduduknya rata-rata terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Asli. Asrama SMK Muadzam Shah telah lama didirikan di Bandar Muadzam Shah.
Peta 3 : Muadzam Shah
Sumber : http://maps.google.com
3.0 METODOLOGI
Pendahuluan
Menurut kamus dewan edisi keempat, metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya. Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Ahmad Mahdzan Ayob (1993:44) menetapkan metodologi sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains. Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan memastikan teknik- teknik kajian yang dipilih dapat menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua aspek. Secara umum, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi menghasilkan
dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian perpustakaan (library resarch) dan kajian lapangan (field research). Gabungan kedua-dua bentuk kajian ini amat sesuai dengan kaedah kajian masa kini yang mementingkan kedua-dua elemen tersebut.
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik. Maklumat juga boleh diperolehi daripada data sekunder penyelidikan yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain untuk kegunaan lain. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama dan mengkaji faktor-faktor pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah, Pahang.
Instrumen Kajian
Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temubual, boring soal selidik, kaedah rujukan.
Kaedah
Instrumen kajian
Kuantitatif
Borang soal selidik
Kualitatif
Borang temubual, rujukan
Cara mendapatkan responden
Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penghuni asrama dari asrama SMK Muadzam Shah, Pahang. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan dari penghuni asrama SMK Muadzam Shah akan diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada penghuni asrama yang tinggal di asrama SMK Muadzam Shah dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap penghuni asrama SMK Muadzam Shah mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk, 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah rujukan akan dilakukan oleh saya sendiri.
Cara mendapatkan maklumat/data daripada responden
Borang soal selidik yang sesuai telah saya buat untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden manakala Bahagian B adalah persepsi pelajar asrama terhadap asrama dan faktor mereka untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 = setuju, 5 = sangat setuju.
Jadual 3.1 : Skala likert 5 aras digunakan
Sangat tidak setuju
1
Tidak setuju
2
Kurang setuju
3
Setuju
4
Sangat setuju
5
Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Dalam pada itu, pengkaji akan menemu bual 30 orang yang tinggal di asrama SMK Muadzam Shah. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar asrama terhadap asrama yang mereka duduki dan mengenal pasti faktor-faktor mereka untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah. Di samping itu, pengkaji akan meminta pendapat responden tentang temubual.
Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah rujukan. Pengkaji telah merujuk surat khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan Edisi ke-4. Pengkaji telah mencari banyak perkataan dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.
Memproses dan mempersembahkan data
Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.2.
Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert
Kategori
Tidak setuju
Setuju
1
Sangat tidak setuju
2
Tidak setuju
3
Kurang setuju
4
Setuju
5
Sangat setuju
Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan jadual.
Rumusan
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang ketat dan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah dikenal pasti.
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama dan mengkaji faktor-faktor pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah, Pahang.
4.1 Demografi Responden
Jadual 4.1 menunujukkan pecahan responden daripada kalangan penghuni asrama di SMK Muadzam Shah, Pahang berdasarkan jantina, tingkatan dan kaum.
Jadual 1 : Latar Belakang Responden
Bil.
Aspek
Kategori
Kekerapan
Peratusan
1
Jantina
Lelaki
15
50%
Perempuan
15
50%
2
Tingkatan
Tingkatan 1
6
20%
Tingkatan 2
3
10%
Tingkatan 3
13
43.33%
Tingkatan 4
5
16.67%
Tingkatan 5
3
10%
3
Kaum
Melayu
28
93.33%
Cina
0
0%
India
0
0%
Lain-lain
2
6.67%
Sumber : Kajian Lapangan 2016
4.1.1: Demografi responden berdasarkan jantina.
Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Petunjuk :
Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan penghuni asrama, di SMK Muadzam Shah, Pahang. Daripada 30 orang yang telah disoal selidik, seramai 15 orang responden adalah berjantina lelaki bersamaan dengan 50%. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 15 orang responden yang juga sebanyak 50%.
4.1.2: Demografi responden berdasarkan tingkatan.
Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Tingkatan
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Petunjuk :
Rajah 2 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5. Di Asrama SMK Muadzam Shah, 30 orang penghuni asrama telah disoal selidik, seramai 6 orang responden tingkatan 1 bersamaan 20%, 3 orang responden daripada tingkatan 2 bersamaan 10%. Sementara itu tingkatan 3 seramai 13 orang bersamaan 43%, tingkatan 4 seramai 5 orang responden bersamaan 17% dan tingkatan 5 seramai 3 orang iaitu 10%.
4.1.3: Demografi responden berdasarkan kaum.
Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Kaum
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Petunjuk:
Rajah 3 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 28 orang iaitu kaum melayu bersamaan 93% manakala kaum india dan cina tidak terdapat di asrama SMK Muadzam Shah dan seramai 2 orang responden kaum kategori lain-lain bersamaan dengan 7%.
4.2 Persepsi penghuni asrama terhadap prasarana yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.
4.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 4.2.1 menunjukkan persepsi responden terhadap kemudahan bilik yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 2 : Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.
Bil.
Persepsi Pelajar Terhadap Kemudahan Bilik
Sangat Tidak Setuju (1)
Tidak Setuju
(2)
Kurang Setuju
(3)
Setuju
(4)
Sangat Setuju
(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Penghuni bilik yang ramai.
7
23.33
4
13.33
10
33.33
7
23.33
2
6.67
2
Ruang bilik yang kecil.
5
16.67
10
33.33
11
36.67
2
6.67
2
6.67
3
Fasaliti bilik yang lengkap.
1
3.33
1
3.33
11
36.67
6
20
11
36.67
Sumber: Kajian Lapangan 2016
Rajah 4.2: Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 5 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Berdasarkan Jadual 2, didapati paling ramai responden kurang setuju dengan penyataan prasarana bilik yang mempunyai ruang bilik yang kecil dan fasaliti bilik yang lengkap, iaitu seramai 11 orang responden bersamaan 36.67% memilih kurang setuju dan sangat setuju. Disebaliknya paling sedikit seramai 1 orang responden memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju bersamaan 3.33% untuk penyataan fasaliti bilik yang lengkap.
Seramai 2 orang responden memilih setuju dan sangat setuju untuk ruang bilik yang kecil bersamaan 6.67% dan 2 orang responden turut memilih sangat setuju bagi kategori penghuni bilik yang ramai. Walaubagaimanapun, seramai 4 orang memilih kurang setuju bersamaan 13.33% bagi kategori penghuni bilik yang ramai dan seramai 7 orang memilih sangat tidak setuju dan setuju bagi kategori penghuni bilik yang ramai iaitu 23.33%.
Manakala seramai 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih sangat tidak setuju bagi kategori ruang bilik yang kecil dan 6 orang responden memilih setuju bagi kategori fasaliti bilik yang lengkap bersamaan dengan 20%.
Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa hanya mempunyai 66.66% [14.43% (sangat tidak setuju) + 16.67% (tidak setuju) + 35.56% (kurang setuju)] tidak setuju dengan persepsi tersebut. Namun demikian, mempunyai seramai 33.34% [16.67% (setuju) + 16.67% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang prasarana bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.
4.2.2 Persepsi Penghuni Asrama Terhadap Prasarana Dewan Makan
Jadual 4.2.2 menunjukkan persepsi responden terhadap prasarana dewan makan yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 3 : Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Dewan Makan di Asrama SMK Muadzam Shah.
Bil.
Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Dewan Makan
Sangat Tidak Setuju (1)
Tidak Setuju
(2)
Kurang Setuju
(3)
Setuju
(4)
Sangat Setuju
(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Bilangan kerusi dan meja mencukupi.
2
6.67
2
6.67
4
13.33
10
33.33
12
40
2
Lantai dewan makan asrama yang bersih.
2
6.67
4
13.33
6
20
6
20.0
12
40
3
Peralatan makanan seperti cawan dan pinggan makan yang bersih.
0
0
5
16.67
11
36.67
4
13.33
10
33.33
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 6 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Dewan Makan
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 7 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Dewan Makan.
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Berdasarkan Jadual 3, didapati paling ramai responden sangat setuju dengan penyataan prasarana dewan makan yang mempunyai bilangan kerusi meja mencukupi dan lantai yang bersih, iaitu seramai 12 orang responden bersamaan 40%. Disebaliknya tiada responden memilih sangat tidak setuju dan untuk penyataan peralatan makanan seperti cawan dan pinggan makan yang bersih.
Seramai 2 orang responden memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju untuk kerusi meja mencukupi dan lantai dewan makan bersih sangat tidak setuju bersamaan 6.67% dan 4 orang responden turut memilih tidak setuju bagi kategori lantai dewan makan yang bersih, kurang setuju bagi bilangan kerusi meja mencukupi dan setuju bagi kategori cawan dan pinggan makan yang bersih bersamaan 13.33%. Bagi kategori lantai dewan makan yang bersih, seramai 6 orang memilih kurang setuju dan setuju iaitu 20%.
Manakala seramai 10 orang responden bersamaan 33.33% memilih setuju dan sangat setuju bagi kategori bilangan kerusi dan meja mencukupi dan peralatan makanan seperti cawan dan pinggan makan yang bersih.
Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa tidak setuju hanya mempunyai 40% [4.44% (sangat tidak setuju) + 12.22% (tidak setuju) + 23.33% (kurang setuju)] tidak setuju dengan persepsi tersebut. Namun demikian, setuju mempunyai seramai 60% [22.22% (setuju) + 37.78% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang prasarana dewan makan di Asrama SMK Muadzam Shah.
4.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Tandas di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 4.2.3 menunjukkan persepsi responden terhadap prasarana tandas yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 4: Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Tandas di Asrama SMK Muadzam Shah.
Bil.
Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Tandas
Sangat Tidak Setuju (1)
Tidak Setuju
(2)
Kurang Setuju
(3)
Setuju
(4)
Sangat Setuju
(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Gangguan bekalan air
9
30
9
30
6
20
3
10
3
10
2
Tandas yang bersih
2
6.67
4
1.33
9
30
3
10
12
40
3
Kemudahan tandas yang lengkap
1
3.33
5
16.67
7
23.33
5
16.67
12
40
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 7 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Tandas di Asrama
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 8 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Tandas di Asrama
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Berdasarkan Jadual 4, didapati paling ramai responden sangat setuju dengan penyataan prasarana tandas yang bersih dan berprasarana lengkap, iaitu seramai 12 orang responden bersamaan 40% memilih sangat setuju. Disebaliknya paling sedikit seramai 1 orang responden memilih sangat tidak setuju bersamaan 3.33% untuk penyataan kemudahan tandas yang lengkap.
Seramai 2 orang responden memilih sangat tidak setuju bersamaan 6.67% bagi kategori tandas yang bersih. Walaubagaimanapun, seramai 3 orang memilih setuju dan sangat setuju bersamaan 10% bagi kategori gangguan bekalan air dan tandas yang bersih dan seramai 4 orang memilih tidak setuju bagi kategori tandas yang bersih iaitu 13.33%.
Manakala seramai 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih tidak setuju dan setuju bagi kategori kemudahan tandas yang lengkap dan 6 orang responden memilih kurang setuju bagi kategori gangguan bekalan air bersamaan dengan 20%.
Seramai 7 orang responden menyatakan kurang setuju bersamaan 23.33% dengan penyataan kemudahan tandas yang lengkap dan 9 orang responden menyatakan sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi gangguan bekalan air dan kurang setuju bagi kategori tandas yang bersih iaitu 30%.
Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa tidak setuju hanya mempunyai 57.77% [13.33% (sangat tidak setuju) + 20% (tidak setuju) + 24.44% (kurang setuju)] tidak setuju dengan persepsi tersebut. Namun demikian, mempunyai seramai 42.22% [12.22% (setuju) + 30% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang prasarana tandas di Asrama SMK Muadzam Shah.
4.2.4 Persepsi Responden Terhadap Prasarana Bilik Persediaan Belajar (Bilik Prep) di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 4.2.4 menunjukkan persepsi responden terhadap prasarana bilik persedian belajar (bilik prep) yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 5 : Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik Persediaan Belajar (Bilik Prep) di Asrama SMK Muadzam Shah.
Bil.
Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik Persediaan Belajar (Bilik Prep)
Sangat Tidak Setuju (1)
Tidak Setuju
(2)
Kurang Setuju
(3)
Setuju
(4)
Sangat Setuju
(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Peralatan yang disediakan seperti meja dan kerusi mencukupi
1
3.33
1
3.33
2
6.67
14
46.67
12
40
2
Bilik prep sesuai digunakan untuk pelajar
3
10
0
0
4
13.33
10
33.33
13
43.33
3
Bilangan pengguna yang sesuai untuk pembelajaran.
3
10
1
3.33
6
20
14
46.67
6
20
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 9 : Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik Persediaan Belajar (Bilik Prep)
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 10 : Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik Prep
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Berdasarkan Jadual 5, didapati paling ramai responden setuju dengan penyataan meja dan kerusi yang mencukupi serta bilangan pengguna yang sesuai untuk pembelajaran, iaitu seramai 14 orang responden bersamaan 46.67%. Disebaliknya paling sedikit tiada responden memilih tidak setuju bagi penyataan bilik prep yang sesuai digunakan iaitu 0%.
Seramai 2 orang responden memilih setuju untuk meja dan kerusi yang mencukupi bersamaan 6.67% dan 3 orang responden turut memilih sangat tidak setuju bagi kedua-dua kategori iaitu bilik prep sesuai digunakan dan bilangan pengguna yang sesuai iaitu 10%. Walaubagaimanapun, seramai 4 orang memilih kurang setuju bersamaan 13.33% bagi kategori bilik prep sesuai digunakan dan seramai 6 orang memilih kurang setuju bagi kategori penghuni bilik yang ramai iaitu 23.33%.
Manakala seramai 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih sangat tidak setuju bagi kategori ruang bilik yang kecil dan 6 orang responden memilih setuju dan sangat setuju bagi kategori bilangan pengguna yang sesuai bersamaan dengan 20%.
Seramai 10 orang responden menyatakan setuju bersamaan 33.33% dengan penyataan bilik prep sesuai digunakan, 12 responden menyatakan sangat setuju bagi kenyataan meja dan kerusi yang mencukupi dan 13 orang responden memilih sangat setuju bagi penyataan bilik prep yang sesuai digunakan iaitu 43.33%.
Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa hanya mempunyai 23.33% [7.78% (sangat tidak setuju) + 2.22% (tidak setuju) + 13.33% (kurang setuju)] tidak setuju dengan persepsi tersebut. Namun demikian, mempunyai seramai 76.66% [42.22% (setuju) + 34.44% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang prasarana bilik persedian belajar (bilik prep) di Asrama SMK Muadzam Shah.
4.3 Faktor-faktor Tarikan Pelajar Tinggal Di Asrama SMK Muadzam Shah.
Jadual 6 menunjukkan faktor-faktor pelajar tinggal di asrama SMK Muadzam Shah, Pahang.
Jadual 6: Analisis Faktor-faktor Responden Tinggal di Asrama SMK Muadzam Shah.
Bil.
Faktor-faktor Pelajar Tinggal Di Asrama
Sangat Tidak Setuju (1)
Tidak Setuju
(2)
Kurang Setuju
(3)
Setuju
(4)
Sangat Setuju
(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Mencari keselesaan untuk belajar
1
3.33
1
3.33
5
16.67
11
36.67
12
40
2
Paksaan dari ibu bapa
10
33.33
9
30
3
10
4
13.33
4
13.33
3
Jarak rumah yang jauh
2
6.67
2
6.67
6
20
10
33.33
10
33.33
4
Belajar berdikari
1
3.33
0
0
2
6.67
14
46.67
13
43.33
5
Pengaruh dari rakan sebaya
7
23.33
5
16.67
6
20
8
26.67
4
13.33
Rajah 11 : Faktor-faktor Tinggal Di Asrama SMK Muadzam Shah
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Rajah 12 : Faktor-faktor Tinggal Di Asrama SMK Muadzam Shah
Sumber : Kajian Lapangan 2016
Berdasarkan Jadual 6, didapati paling ramai responden setuju dengan penyataan belajar berdikari, iaitu seramai 14 orang responden bersamaan 46.67%. Disebaliknya paling sedikit tiada responden memilih tidak setuju iaitu 0% bagi kategori belajar berdikari juga.
Seramai seorang responden memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk mencari keselesaan belajar serta belajar berdikari dan 2 orang responden turut memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi penyataan jarak rumah yang jauh dan 2 responden juga kurang setuju untuk faktor belajar berdikari iaitu 6.67%. Walaubagaimanapun, seramai 3 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 10% bagi penyataan paksaan dari ibu bapa dan seramai 4 orang memilih setuju dan sangat setuju bagi penyataan paksaan dari ibu bapa dan sangat setuju juga bagi penyataan pengaruh dari rakan bersamaan dengan 13.33% dan 5 responden tidak setuju bagi faktor pengaruh dari rakan iaitu 16.67%.
Manakala seramai 6 orang responden bersamaan 20% memilih kurang setuju bagi kategori jarak dari rumah jauh dan pengaruh rakan. 7 orang responden memilih faktor sangat tidak setuju bagi kategori pengaruh dari rakan iaitu 23.33%.
Seramai 8 orang responden menyatakan setuju bersamaan 26.67% dengan faktor pengaruh dari rakan sebaya, 9 responden menyatakan tidak setuju bagi penyataan paksaan dari ibu bapa bersamaan 30% dan 10 responden memilih sangat tidak setuju bagi faktor paksaan dari ibu bapa manakala setuju dan sangat setuju bagi faktor jarak rumah yang jauh bersamaan 33.33%. Selain itu, seramai 11 responden yang setuju dengan faktor mencari keselesaan untuk belajar dengan peratusan 36.67%.
Manakala seramai 12 responden yang sangat setuju dengan faktor mencari keselesaan untuk belajar bersamaan 40% dan 13 responden sangat setuju bahawa belajar berdikari merupakan salah satu faktor pelajar tinggal di asrama.
5.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, terdapat 2 objektif yang telah dikenal pasti dalam kajian ini. Kajian ini di Asrama SMK Muadzam Shah, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama SMK Muadzam Shah dan mengkaji faktor-faktor pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah.
Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang pelajar asrama di SMK Muadzam Shah telah dipilih sebagai responden.
5.1 Persepsi pelajar mengenai kemudahan asas yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.
Dapatan kajian juga mendapati terdapat 3 persepsi bagi setiap unit kemudahan yang disediakan bagi mengenal pasti persepsi mereka terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama SMK Muadzam Shah. Menurut soal selidik yang telah dijalankan, responden telah menjawab soal selidik mengikut kenyataan yang telah disenaraikan dan juga telah menyatakan persetujuan mereka dalam setiap penyataan tersebut.
Antara kemudahan asas yang disediakan adalah bilik, dewan makan, tandas dan juga bilik persediaan belajar (bilik prep) bagi memudahkan kegiatan seharian yang dilakukan oleh pelajar asrama.
5.2 Faktor-faktor pelajar tinggal di Asrama SMK Muadzam Shah
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 5 faktor yang menarik minat pelajar asrama untuk tinggal di asrama. Menurut soal selidik yang dijalankan, mereka setuju dengan faktor-faktor yang dikemukakan di dalam soalan.
Salah satu faktor tersebut adalah mencari keselesaan belajar, paksaan ibu bapa, jarak rumah yang jauh dari sekolah, belajar berdikari dan juga pengaruh rakan mereka. Hal ini kerana mereka mempunyai kepentingan yang tersendiri bag meneruskan kelangsungan hidup mereka.
5.3 Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati persepsi mereka terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama SMK Muadzam Shah berbeza bagi setiap unit pembahagian. Daripada kesemua unit-unit tersebut kemudahan asas yang mendapat perhatian mereka adalah kemudahan asas bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.
Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelbagai faktor yang menarik minat pelajar untuk tinggal di asrama antara faktornya adalah mencari keselesaan belajar, paksaan ibu bapa, jarak rumah yang jauh dari sekolah, belajar berdikari dan juga pengaruh rakan mereka. Daripada kelima-lima faktor tersebut, didapati faktor belajar berdikari merupakan faktor utama mereka untuk tinggal di asrama. Daripada kajian ini, diharapkan pihak berkenaan terutamanya pihak sekolah dapat mencari jalan dalam menangani persepsi para pelajar dalam menjamin kecemerlangan asrama dan juga sekolah.
RUJUKAN
http://maps.google.com, google maps.
Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat.
Asrama SMK Muadzam Shah
Berita Harian, 02 November 2007. Kuasai Bahasa Inggeris melalui Sains dan
Matematik.
http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/20111007_Noremy.pdf
LAMPIRAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH
ASRAMA PELAJAR LELAKI
ASRAMA PELAJAR PEREMPUAN
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (BILIK PREP)
TANDAS
DEWAN MAKAN ASRAMA
BILIK TIDUR
Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik
Tingkatan
[PERCENTAGE]
[PERCENTAGE]
[PERCENTAGE]
[PERCENTAGE]
[PERCENTAGE]
[PERCENTAGE]
[PERCENTAGE]