Topik 6
Pertumbuhan dan Perk Pe rkem emba ban n an
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda anda seharusnya dapat: 1. Menje Menjelas laskan kan peruba perubahan han dan perkem perkemban bangan gan fizika fizikall seseor seseorang ang bayi, bayi, kanak-kanak dan remaja. 2. Mengh Menghura uraika ikan n peruba perubahan han dan perkem perkemban banga gan n emosi emosi seseor seseorang ang bayi, bayi, kanak-kanak dan remaja. 3. Menyat Menyataka akan n peruba perubahan han dan perkem perkemban bangan gan sosial sosial seseor seseorang ang bayi, bayi, kanak-kanak dan remaja.
PENGENALAN
Kita semua pernah melalui peringkat bayi, kanak-kanak dan alam remaja yang serba indah sebelum memasuki alam dewasa yang serba mencabar. Mungkin zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Tiada makanan segera, internet, telefon mudah alih dan komputer pada masa dahulu. Berbanding dengan zaman sekarang yang serba lengkap.
AKTI AK TIVIT VITII 6. 6.1 1 Pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak (pra-sekolah dan sekolah rendah) banyak dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan dan perkembangan jasmani, emosi dan mental. Bincangkan pernyataan ini.
66
6.1 6.1.1
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN PEREMPUAN Kanak-Kanak
Peringkat awal seseorang kanak-kanak perempuan dan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa tahap, iaitu: (a)
T iaitu dari lahir hingga umur satu setengah tahun.
(b)
T (toddler ) ialah dari umur satu setengah tahun kepada umur empat tahun.
Dalam kedua-kedua tahap ini, keperluan jagaan dari segi kasih sayang, kesihatan, pemakanan dan sebagainya amatlah penting. Pada peringkat inilah sebahagian besar aspek fisiologi manusia mengalami pertumbuhan dan berkembang dengan pesat. pesat. Pada peringkat umur kanak-kanak bertatih, perkembangan dan pertumbuhan utama yang berlaku dari segi fizikal ialah: (a)
B Perubahan ketara dari segi fizikal yang dapat dilihat bagi seorang bayi ialah dari segi perubahan berat badan mereka dalam tahun pertama dilahirkan. Satu perkara yang harus diketahui oleh ibu bapa ialah bayi kehilangan lebih kurang 150 gram berat badan pada minggu pertama dilahirkan. Namun begitu, penurunan berat badan ini adalah semula jadi dan bukannya disebabkan oleh kekurangan zat makanan misalnya ibu bapa kurang memberi susu. Bayi hanya mula bertambah berat badannya pada hari kelima dan beratnya kembali semula kepada berat semasa dilahirkan pada hari kesepuluh. Berat badan bayi terus meningkat secara teratur pada hari kesepuluh (Baharudin Omar, 1997).
(b)
P Bayi yang menjangkau umur satu tahun akan mula mengalami pertumbuhan gigi sebanyak lebih kurang 6 batang. Pada tahap inilah, bayi akan mula aktif untuk mengigit apa sahaja yang dapat dipegangnya.
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
67
Menggigit umpama latihan untuk bayi itu memakan dan merasa sesuatu apabila besar kelak. Pada peringkat ini, kita sebagai ibu bapa hendaklah mengawasi anak supaya mereka tidak tertelan sesuatu yang boleh menyebabkan tercekik atau mengigit benda yang kotor. Kita boleh memberi mereka alat khas untuk digigit. Gigi hendaklah dibersihkan dengan kain atau berus gigi khas supaya susu yang diminum tidak merosakkan gigi bayi tersebut. (c)
P Perkembangan sistem otot, saraf dan tulang seseorang bayi berlaku selaras dengan perkembangan motor secara urutan iaitu bayi boleh angkat kepala, duduk sendiri, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Kadar perkembangan motor mungkin berbeza antara seseorang bayi dengan bayi lain tetapi urutannya adalah sama.
6.1.2
Peringkat Umur 5 – 12 Tahun
Peringkat umur seseorang kanak-kanak di antara 5 hingga 12 tahun ialah peringkat pra akil baligh. Peringkat ini juga boleh juga dibahagikan kepada: (a)
P
(b)
P
(4 hingga 6 tahun) (7 hingga 12 tahun)
Terdapat beberapa pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku pada peringkat umur ini. (a)
K Pertambahan ketinggian kanak-kanak perempuan dan lelaki hampir sama sehingga mereka mencapai umur 9 tahun. Setelah usia tersebut, pertambahan ketinggian kanak-kanak perempuan meningkat dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki sehingga usia mereka 12 tahun dan kemudiannya menurun dengan ketara sehingga umur mereka sekitar 15 tahun.
(b)
G Gigi kekal pertama yang tumbuh apabila kanakkanak berumur 6 tahun ialah gigi molar pertama. Ini diikuti oleh gigi insisor, pramolar dan gigi kanin. Dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun, seseorang kanak-kanak akan memiliki gabungan gigi susu dan gigi kanin. Pada masa ini penggantian gigi susu kepada gigi kekal sedang berlaku secara berperingkat. berperingkat.
68
6.1.3
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Awal Remaja
Peringkat awal remaja bermula dari usia 10 hingga 12 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh tempoh peralihan ini berbeza antara seseeorang individu dengan dengan individu lain ataupun di antara remaja lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja adalah tahap mencecah akil baligh. Dalam istilah fisiologi, akil baligh merujuk kepada seseorang remaja itu mempunyai kemampuan dari segi fizikal untuk melahirkan zuriat (reproduction). Remaja perempuan lebih cepat mencapai akil baligh berbanding dengan remaja lelaki. Purata umur akil baligh bagi remaja perempuan ialah 12 tahun manakala remaja lelaki ialah 14 tahun. Antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku kepada remaja perempuan ialah:
Payu dara mula membesar membesar dan menampakkan menampakkan bentuk. Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar dan mula menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Jerawat mula tumbuh di pipi atau muka. Mula didatangi haid. Suara mungkin mungkin berubah dari suara suara keanak-anakan keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
Bagi remaja lelaki pula, pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku ialah:
Suara menjadi garau. Misai dan janggut mula tumbuh. Bulu mula tumbuh pada bahagian kemaluan. Bahu dan dada menjadi lebih lebar. Mengalami mimpi basah (wet dream ) atau ihtilam. Istilah yang merujuk kepada seseorang kanakkanak mula memasuki alam remaja dengan mengalami mimpi yang ghairah sehingga mengeluarkan air mani. Zakar dan testis mula membesar
Perubahan fizikal bagi seseorang remaja lelaki dan perempuan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosiobudaya dan
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
69
persekitaran. Berlakunya penyakit-penyakit akibat kurang zat makanan pada peringkat bayi dan kanak-kanak boleh juga menyebabkan pertumbuhan terbantut pada peringkat remaja.
SEMAK KENDIRI 6.1 Senaraikan pertumbuhan pertumbuhan dan perkembangan perkembangan fizikal bagi remaja lelaki dan perempuan. perempuan. Pada pendapat pendapat anda, adakah adakah pertumbuhan pertumbuhan dan perkembangan fizikal remaja lelaki dan perempuan ini akan mempengaruhi aspek pengajaran pengajaran dan pembelajaran seseorang seseorang kanakkanak atau remaja di dalam kelas?
6.2
PERUBAHAN EMOSI
Emosi adalah salah satu komponen dalam kognitif manusia. Sebagaimana pentingnya domain pengetahuan dan psikomotor, begitu juga dengan emosi. Ia umpama pendorong kepada domain pengetahuan untuk melakukan sesuatu. Unsur-unsur utama perasaan yang dimanifestasikan dalam bentuk emosi ialah perasaan benci, suka, minat dan cinta. Elemen-elemen ini yang akan mempengaruhi mempengaruhi sikap mereka terhadap sesuatu perkara dan objek.
6.2.1
Kanak-Kanak
Pada peringkat bayi dan kanak-kanak bertatih, perkembangan emosi yang berlaku banyak melibatkan keperluan asas untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Pada peringkat umur 6 bulan hingga satu tahun, seseorang bayi sudah mampu menunjukkan reaksi kepada ibu atau bapanya dengan memberikan gerakbalas seperti menangis untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Biasanya seseorang bayi akan menunjukkan reaksi dalam bentuk tangisan atau rengekan yang berulangulang apabila inginkan sesuatu seperti susu, mainan kesukaan atau untuk dibelai oleh ibunya. Pada peringkat inilah peri pentingnya kehadiran si ibu atau bapa amat penting untuk memenuhi keperluan bayi. Tidur yang cukup amat penting kepada perkembangan emosi seseorang bayi. Jadual waktu tidur yang teratur dan jadual penyusuan amatlah penting dalam memenuhi keperluan tidur bayi. Bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup
70
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
kerana sering terjaga kerana terdengar bunyi bising atau lapar akan kelihatan resah dan tidak selesa.
6.2.2
Peringkat Umur 5 – 12 Tahun
Menurut teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Piaget, peringkat umur 2 hingga 7 tahun boleh digolongkan ke dalam tahap yang beliau sebutkan sebagai . Pada tahap ini, seseorang kanak-kanak itu memiliki perwakilan mental (mental (mental representation ) terhadap objek tetapi kurang dari segi gambarannya di dunia nyata atau realiti. Piaget menyebut ini sebagai tahap Preoperational kerana ia belum mampu melihat dunia nyata lagi (operational (operational ). ). Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi tetapi tiada logical reasoning . Misalnya, seseorang kanakkanak boleh memikirkan rupa bentuk seekor kuda. Tetapi tanpa logical reasoning dalam dalam pemikiran mereka, penyapu akan menjadi kuda yang mampu ditunggangi (Saccuzzo, 1987). Pada tahap ini juga, kanak-kanak memiliki pemikiran egocentric iaitu mereka tidak dapat melihat sesuatu daripada pandangan orang lain. Mereka juga memiliki pemikiran animistik iaitu menjangka semua objek adalah bernyawa. Misalnya takut tidur di katil kerana menyangka di bawah katil ada raksasa. Bagi Piaget, umur kanak-kanak di antara 7 hingga 12 tahun adalah berada pada tahap Concrete Operations . Ini adalah peringkat ketiga dalam perkembangan kognitif Piaget. Pemikiran seseorang kanak-kanak berkembang ke arah sesuatu yang lebih kukuh tetapi ia tertakluk kepada aktiviti mental yang memerlukan mereka menguasai schemata dan schemata dan imej. Dengan kebolehan untuk berfikir secara logik kanak-kanak di tahap concrete operations boleh menguasai khayalan-khayalan yang menakutkan (misalnya raksasa di bawah katil). Kanak-kanak juga akan lebih memahami pandangan orang lain pada peringkat ini.
6.2.3
Awal Remaja
Perkembangan emosi pada peringkat awal remaja boleh diterangkan berdasarkan Tahap Perkembangan Moral Kohlberg. Menurut Kohlberg, peringkat awal remaja berada pada tahap conventional morality (umur 8 tahun hingga 20 tahun). Tahap ini di mana seseorang itu mula mengambilkira kehendak dan pendapat orang lain. Tetapi mereka menilai sesuatu itu sama ada peristiwa seperti sesuatu
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
71
tingkahlaku adalah semata-mata berdasarkan kepada niat (intention (intention ) ia dilakukan dan bukannya melihat kepada akibat tingkahlaku itu berlaku. Sebagai contoh, mereka mematuhi peraturan bukan kerana takut akan hukuman yang digariskan tetapi kerana „ia adalah semata-mata peraturan.‰
: Tahap Perkembangan Moral Kohlberg (Saccuzzo, 1987)
6.3
PERUBAHAN SOSIAL
Pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi kepada kanak-kanak seterusnya ke peringkat remaja memerlukan mereka bergaul atau berhubung dengan orang lain selain daripada ibu bapa, penjaga atau adik-beradik. Proses sosialisasi ini akan dicorakkan oleh persekitaran budaya, sistem kepercayaan, kedudukan sosioekonomi sosioekonomi serta pendidikan awal seseorang itu.
6.3.1
Kanak-Kanak
Attachment atau perasaan ingin dibelai dan dilindungi adalah salah satu keperluan asas seseorang kanak-kanak itu dalam proses sosialisasi mereka dengan orang lain di sekeliling mereka seperti ibu bapa dan penjaga. Pada umur satu tahun, bayi sudah mula berinteraksi dengan orang di sekelilingnya melalui rengekan dan tangisan untuk mendapatkan perhatian. Perkataan asas seperti „ma ma ma‰ atau „pa pa pa‰ seolah-olah menjadi bahasa asas mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Freud dan Erikson, pergantungan seseorang bayi kepada orang lain adalah asas kepada pembangunan sosial mereka pada tahun-tahun berikut perkembangan mereka (Saccuzo,1987). Mereka juga berpendapat ia adalah asas kepada kemahiran bayi untuk lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.
72
6.3.2
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Peringkat Umur 5 – 12 Tahun
Menurut tahap perkembangan psikosial yang diutarakan oleh Erikson, kanakkanak di antara umur 5 hingga 12 tahun berada pada tahap develop a sense of industry . Kegagalan mereka untuk menenuhi tuntutan ini ialah perasaan rendah diri. Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu memiliki kemahiran asas kehidupan untuk membentuk self-competence atau industry menurut Erikson. Memiliki perasaan competent akan menjadi asas kepada keperluan untuk membentuk identiti kendiri pada peringkat remaja.
: Tahap Perkembangan Psikososial Erikson (Saccuzzo, 1987)
6.3.3
Awal Remaja
Zaman remaja adalah zaman yang amat menyeronokkan. Terdapat ahli psikologi yang menyatakan peringkat remaja sebagai storm and stress . Mungkin sebilangan besar daripada anda bersetuju dengan pendapat ini. Ia mungkin menyeronokkan sekiranya remaja tersebut mampu mengharungi segala cabaran dengan berbekalkan keazaman dan disiplin diri yang teguh. Tetapi tidak kurang juga ramai remaja yang terjerumus ke dalam kancah yang tidak sihat kerana tidak mampu mengharungi segala cabaran dan godaan. Mari kita lihat beberapa perubahan sosial yang agak ketara berlaku pada peringkat awal remaja: (a)
I Remaja lelaki atau perempuan ingin mencari dan membentuk i . Identiti kendiri adalah berkaitan dengan matlamat dan arah tuju kehidupan untuk menentukan dan menyesuaikan (fine ( fine tune ) ciri-ciri
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
73
identiti diri berbanding dengan orang lain di sekeliling hidupan mereka seperti adik beradik, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Remaja juga ingin mencari dan membentuk identiti kejantinaan ( gender identity ) iaitu bagaimana menjadi seorang remaja lelaki ataupun perempuan di dalam persekitaran sekolah atau masyarakat. Usaha untuk membentuk identiti kendiri secara tidak langsung akan menentukan corak personaliti mereka di dalam d alam keluarga, sekolah dan masyarakat. Erikson melalui tahap perkembangan psikososial (stages ( stages of psychosocial development ) mengemukakan persoalan di mana peringkat awal remaja ini pemikiran seseorang itu berligar-ligar berkaitan dengan „Who „Who am I? ‰. ‰. Kegagalan untuk memenuhi persoalan-persoalan persoalan-persoalan ini akan menyebabkan remaja tersebut mengalami kecelaruan identiti (identity (identity confusion ). ). Ini dimanifestasikan dalam bentuk perasaan tidak dihargai, tiada tujuan dan perasaan bersalah. Pada kaca mata masyarakat, kesan ini akhirnya dapat dilihat dari segi pertambahan kes remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, buli dan sebagainya. (b)
P Peringkat awal remaja adalah umpama menerokai perkara, pengetahuan dan amalan yang baru. Remaja ingin mencuba perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam usaha untuk membentuk identiti kendiri, remaja akan melakukan pelbagai perkara yang mungkin boleh mendatangkan kebaikan dan juga kemudaratan kepada dirinya. Ini ditambah pula dengan pengaruh rakan sebaya, ia umpama „api bertemu dengan minyak‰. Jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat dan mudah terikut-ikut atau termakan pujuk rayu rakan sebaya maka mereka akan mudah terlibat dengan tingkahlaku yang tidak sihat dan berisiko.
SEMAK KENDIRI 6.2 (a)
Apakah yang dimaksudkan dengan identiti kendiri‰?
(b)
Bagaimanakah pengaruh perkembangan remaja?
rakan
sebaya
mempengaruhi
74
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
AKTIVITI 6.2 Layari www.utusan.com.my/utusan/ www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0 archive.asp?y=2007&dt=0726&pub=Ut 726&pub=Ut usan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm. Baca keratan akhbar berkenaan pendapat pendapat seorang pembaca pembaca berhubung peranan guru dalam mendisiplinkan pelajar di sekolah (Utusan Malaysia, 26 Julai 2007). Apakah pendapat anda berkenaan komen penulis tersebut?
AKTIVITI 6.3 Apakah anda mempunyai ciri-ciri remaja yang sihat? Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat. Bersenam tiga kali seminggu secara tetap. Tidur dan rehat secukupnya. Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan. Tidak merokok. Tidak menggunakan dadah. Tidak meminum arak. Tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah. Tidak memandu laju atau berlumba haram. Mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga. : www.infosihat.gov.my
AKTIVITI 6.4 Anak kita adalah cermin kita. Cara tingkah laku mereka mencontohi tingkah laku kita. Apakah pandangan anda?
TOPIK 6
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
75
Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:
Sebagai ibu bapa mungkin mungkin ramai ramai daripada kita mempunyai mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak. Mungkin cara yang kita gunakan gunakan itu sama atau diubahsuai daripada daripada cara ibu bapa kita mendidik kita dahulu. Tetapi perkara utama yang harus kita ingat dalam aspek mendidik anak ialah perubahan semasa dalam bidang teknologi maklumat, sosiobudaya, ekonomi dan sebagainya menuntut kita mengurus perkembangan dan perubahan fizikal, emosi dan sosial seseorang kanakkanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Terdapat banyak teori berkaitan perkembangan dan perubahan fizikal, emosi emosi dan sosial manusia. Teori dan praktikal atau aplikasi adalah perkara yang saling saling berkaitan atau mungkin tidak berkaitan. Andaian yang yang terdapat terdapat dalam teori mungkin mungkin praktikal praktikal atau tidak praktikal apabila dilaksanakan. Kita perlu ingat bahawa bahawa teori memberi panduan panduan kepada kepada kita kita sebagai sebagai seorang pendidik atau ibu bapa dalam memahami dengan lebih jelas persoalan atau isu-isu perkembangan seseorang kanak-kanak hingga ke tahap dewasa.
Identiti kendiri Penerokaan Identity confusion Sosialisasi
Gender identity Kognitif Emosi Pemikiran Egocentric Pemikiran Animistik
Saccuzzo, D. P. (1987). Psychology: From research to applications . Boston: Allyn and Bacon. Boyd, D. & Bee, H. (2006). Lifespan development . Pearson Education , Inc. Baharudin Omar. (1997). Asas penjagaan kesihatan kanak-kanak . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.