Topik 9
Latihan dalam Pembelajaran Motor
HASIL HA SIL PEM PEMBEL BELAJA AJARAN RAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincan Membincangkan gkan cara pelaks pelaksanaa anaan n variabiliti variabiliti latihan latihan dalam dalam pembelajaran kemahiran; 2. Menghurai Menghuraikan kan jumlah jumlah dan dan distribusi distribusi latihan latihan melalui melalui strategi strategi lebihanlebihan belajar dan kaedah perlaksanaan perlaksanaan latihan; 3. Menjelask Menjelaskan an maksud maksud komplek kompleksiti siti dan pengelola pengelolaan an semasa semasa latihan latihan sesuatu kemahiran motor; 4. Menjelask Menjelaskan an dua dua peranan peranan latihan latihan mental mental dalam pembelaja pembelajaran ran bagi bagi menentukan prestasi kemahiran motor; dan 5. Menyataka Menyatakan n jenis-jeni jenis-jeniss lengkuk lengkuk presta prestasi si dan menafs menafsirkan irkannya nya berasaskan masa melawan percubaan.
PENGENALAN Dalam topik sebelum ini, penekanan diberikan dalam aspek bagaimana proses menyampaikan pembelajaran motor boleh diaplikasikan. Ia banyak mengutarakan isu-isu semasa supaya pembelajaran itu berkesan. Topik kali ini, umumnya cuba memperlihatkan bentuk-bentuk latihan kemahiran motor supaya ia membentuk perlakuan yang sepatutnya. Untuk lebih jelas ikuti pembacaan topik ini dengan tenang dan penuh tumpuan. Kualiti dan kuantiti latihan kemahiran motor telah sering dibincang dan dianalisis sejak lama lagi oleh profesional-profesional tingkah laku motor.
188
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perlakuan dalam sesuatu persekitaran latihan. Di antaranya adalah a)
Struktur se sesi la latihan;
b)
Cara bagaimana latihan dikelolakan; dan
c)
Kesa Kesan n kedu keduaa-du duaa fakt faktor or tad tadii ke ata atass indi individ vidu; u; atau atau
d)
Jum Jumlah lah da dan agi agih han lati latiha han n.
Tujuan utama seorang berlatih sesuatu kemahiran adalah untuk meningkatkan perlakuan yang lebih baik di masa akan datang. Oleh kerana terdapat keperluan perlakuan yang lebih baik pada masa akan datang, guru dan jurulatih perlu mereka dan membentuk satu keadaan latihan yang dapat menyediakan pelajarnya untuk melakukan sesuatu kemahiran ke tahap paling tinggi.
AKTIV AK TIVIT ITII 1. 1.1 1
9.1 VARIABILITI LATIHAN Kebanyakan teori pembelajaran kemahiran motor memberi tumpuan kepada manfaat yang diperolehi daripada variabiliti latihan. Variabiliti latihan adalah merujuk kepada kepelbagaian pergerakan dan ciriciri konteks pelajar itu mengalami semasa berlatih sesuatu kemahiran. Contohnya dalam Teori Skema Schmidt, jangkaan kejayaan kejayaan perlakuan yang akan datang pada kemahiran berkenaan adalah bergantung kepada jumlah variabiliti pelajar itu alami semasa latihan. Begitu juga dalam Model Peringkat Pembelajaran Gentile yang menekankan bahawa, semasa latihan seorang pelajar perlu mengalami mengalami berbagai ciri-ciri pengalaman pengalaman regulatori dan bukan regulatori. regulatori. Corak Dinamik pula mengatakan bahawa pembelajaran motor memerlukan pelajar mempelopori ruang perseptual motor dan menemui penyelesaian optima kepada masalah yang diwujudkan oleh kemahiran tersebut. Manfaat utama seorang pelajar akan perolehi daripada pengalaman-pengalaman pengalaman-pengalaman latihan yang membantu pergerakan dan variabiliti konteks konteks adalah, satu peningkatan kebolehan untuk melakukan kemahiran itu dalam situasi ujian yang akan datang. Ini bermakna pelajar itu telah memiliki satu peningkatan kebolehan untuk melakukan serta mengadaptasi kemahiran yang telah dilatihnya dalam situasi yang akan datang. Apabila kita melihat dari perspektif pemindahan pembelajaran, kehadiran variabiliti pergerakan dalam latihan boleh dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan kebarangkalian pemindahan positif berlaku dari latihan itu ke situasi ujian. Untuk memastikan bahawa variabiliti latihan akan memanfaatkan perlakuan akan datang, ia dibandingkan kesannya
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
189
ke atas retensi atau pemindahan perlakuan dalam situasi-situasi latihan yang melibatkan satu variasi kemahiran (contohnya, latihan konstant) dengan yang melibatkan beberapa variasi kemahiran (contohnya, variabel latihan) tersebut. Perbandingan jenis ini telah menjadi piawaian strategi kajian. yang mengatakan bahawa semakin besar jumlah variabel latihan akan mewujudkan satu pembelajaran yang lebih berkesan daripada jumlah variabel latihan yang sedikit. Langkah pertama bagaimana untuk menyediakan satu jumlah variabiliti latihan yang sesuai, adalah dengan mengakses kepada ciri-ciri situasi akan datang di mana pelajar itu akan melakukan kemahiran tersebut. Ciri-ciri konteks fizikal diperlukan dalam situasi perlakuan itu. Adalah perlu ingat bahawa apabila seseorang melakukan sesuatu kemahiran, mereka melakukannya dalam konteks mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti. mengatakan bahawa terdapat sebahagian ciri-ciri perlakuan adalah kritikal untuk menentukan ciri-ciri perlakuan sesuatu aksi yang dikenali beliau sebagai keadaan- regulatori; sementara ciri lain adalah keadaan bukan regulatori yang tidak ada pengaruhnya.
IDEA ANDA Dengan kupasan idea anda tersendiri, sejauh mana rumus berikut sentiasa benar? Keberkesanan pembelajaran motor variabiliti latihan Bincang dengan tutor atau rakan sekelas anda melalui forum atas talian.
Setelah mengetahui kepentingan variabiliti latihan dalam pembelajaran motor, kita harus mengambil kira bagaimana seorang guru atau jurulatih harus merancang pengalaman-pengalaman variable dalam sesuatu sesi latihan. Jadual 9.1 menunjukkan bagaimana contoh perancangan sesuatu sesi latihan dibuat. Contohnya latihan setiap servis dalam dua hari dan satu contoh lagi secara rawak selama 5 minit.
190
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Sesi 1 Latihan
30
Terkawal
min 5 min
5 min
5 min
5 min Latihan Rawak
5 min
2
3
4
Servis
Servis Bawah
Servis Atas
Servis
Bawah
Tangan
Kepala
Servis
Servis Atas
Bawah
5 Atas
6
Servis
Servis
Kepala
Lompat
Lompat
Servis Atas
Servis
Servis Atas
Servis Bawah
Kepala
Kepala
Lompat
Kepala
Tangan
Tangan
Servis Bawah
Servis
Servis Bawah
Servis Atas
Servis Atas
Tangan
Lompat
Servis Atas
Tangan
Kepala
Kepala
Servis
Kepala
Servis
Servis Bawah
Servis
Lompat
Servis Bawah
Servis Bawah
Lompat
Tangan
Tangan
Tangan
Tangan
Bawah
Servis
Tangan
Servis
Servis
Servis Atas
Servis
Servis
Lompat
Lompat
Kepala
Lompat
Lompat
Servis
5 min
Servis Bawah
Servis Atas
Servis Atas
Tangan
Kepala
Kepala
Servis Atas
Servis Bawah
Servis
Kepala
Servis
Lompat
Lompat
Servis Atas Servis Bawah
Kepala
Tangan
Servis
Servis Bawah
Servis Atas
Lompat
Tangan
Tangan
Kepala
Servis Bawah
Servis Bawah
Servis Bawah
Servis Bawah
Servis Bawah
Bawah
Tangan
Tangan
Tangan
Tangan
Tangan
Tangan
Servis Atas
Servis Atas
Servis Atas
Servis Atas
Servis Atas
Servis Atas
Kepala
Kepala
Kepala
Kepala
Kepala
5 min
Kepala
Servis
Servis
Servis
Servis
Servis
5 min
Servis
Lompat
Lompat
Lompat
Lompat
Lompat
Lompat
Servis Bawah
Servis Bawah
Serbis Bawah
Servis Bawah
Servis Bawah
Servis
Tangan
Tangan
Tangan
Tangan
Tangan
Bawah
Servis Atas
Servis Atas
Servis Atas
Servis Atas
Servis Atas
Tangan
Kepala
Kepala
Kepala
Kepala
Kepala
Servis Atas
Servis
Servis
Servis
Servis
Servis
Kepala
Lompat
Lompat
Lompat
Lompat
Lompat
Lompat
5 min
5 min
Latihan Bersiri
5 min
5 min
Servis Lompat
: Perancangan Latihan Tiga Struktur Latihan Berlainan
Kepelbagaian pergerakan dan pengalaman-pengalaman adalah ramuan penting untuk meningkatkan kebolehan seseorang melakukan kemahiran yang dilatih dengan jayanya. Di samping itu untuk menyesuaikannya kepada keadaan yang tidak pernah dialaminya. Kajian telah menunjukkan bahawa variabel latihan menggalakkan pengekalan dan pemindahan perlakuan yang baik jika dibandingkan dengan latihan konstant.
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
191
Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan ke laman berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/ chapter15/multiple_choice_quiz.html Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan Related Reading untuk memantapkan kefahaman anda.
AKTIVITI 9.1 (a) Jelaskan maksud variabiliti latihan. (b)
9.2
Bincangkan cara pelaksanaan variabiliti latihan dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
JUMLAH DAN DISTRIBUSI LATIHAN
Guru atau jurulatih perlu menetapkan jumlah latihan seseorang pelajar itu harus menjalani. Begitu juga dengan berapa jumlah masa yang diperlukan untuk pelbagai aktiviti dalam setiap sesi latihan. Dalam konteks jumlah latihan yang perlu dilalui untuk mempelajari sesuatu kemahiran, p Kajian terhadap pendapat ini telah menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa semakin banyak latihan semakin baik kesannya, walaupun pendekatan ini nampaknya logikal, bukti kajian menunjukkan bahawa ianya bukan merupakan satu pilihan yang terbaik. Setelah menentukan jumlah masa latihan seorang pelajar perlu melalui untuk mempelajari sesuatu kemahiran, seorang guru perlu juga menentukan berapakah masa yang perlu ditumpukan kepada pelbagai aktiviti-aktiviti dalam dan merentasi sesi-sesi latihan. Guru perlu: a)
Menentukan jumlah masa yang harus ditumpukan kepada setiap aktiviti dalam sesuatu sesi
b)
Jumlah masa rehat di antara aktiviti dalam sesuatu sesi
c)
Tempoh setiap sesi dan jumlah masa antara sesi-sesi
192
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Contohnya, jika anda seorang jurulatih bola tampar, anda perlu menentukan berapa jumlah masa anda perlu tumpukan dalam setiap waktu kelas untuk mengajar pelbagai kemahiran, latih tubi dan aktiviti-aktiviti lain yang anda cadangkan. Jika anda telah menentukan jumlah masa latihan, anda dapat memberi tumpuan kepada sesuatu aktiviti dalam sesuatu kemahiran, dan anda akan ketahui berapa waktu kelas anda perlukan untuk kemahiran tersebut. Anda juga akan mengetahui berapakan jumlah masa yang anda perlu gunakan dalam setiap waktu kelas untuk aktiviti itu.
9.2.1
Jumlah Latihan dan Lebihan-belajar
Pengkaji-pengkaji telah mengkaji hubungan antara jumlah latihan dengan pencapaian matlamat spesifik perlakuan dalam konteks lebihan-belajar . Lebihan-belajar, ditakrifkan sebagai sambungan latihan yang melampaui jumlah masa yang diperlukan untuk mencapai sesuatu kriteria perlakuan. Seorang guru atau jurulatih menggunakan strategi lebihan-belajar dengan: a)
Menentukan satu kriteria perlakuan
b)
Menetapkan jumlah masa latihan pelajar yang diperlu untuk mencapai kriteria tersebut
c)
Keperluan peratusan masa tambahan masa latihan sebagai latihan tambahan
Apabila kita melihat situasi ini dari perspektif teori, idea mengagihkan lebihanmasa latihan mempunyai kelebihannya sendiri. Bagi pihak yang melihatnya dari sudut pandangan program motor, akan berpendapat bahawa latihan tambahan akan membantu mengukuhkan program motor dan skema motor untuk kemahiran yang sedang dipelajari pelajar tersebut. Ini adalah supaya membolehkan pelajar itu dapat mengaksesnya kembali sebagai aksi lebih mudah apabila diperlukan kelak. Dari perspektif corak-corak dinamik pula, latihan tambahan merupakan satu cara atau pendekatan di mana seorang pelajar meningkatkan kestabiliti koordinasi dan ciri-ciri kawalan dalam perlakuan kemahiran tersebut. Pengkaji mendapati kehadiran fenomena pengembalian penyusutan (diminishing returns ) kesan daripada penambahan jumlah latihan dalam pembelajaran kemahiran dalam kelas-kelas pendidikan jasmani. Contohnya dalam kajian yang telah dijalankan oleh Goldberger dan Gerney (1990). Di dalam satu unit pengajaran dan pembelajaran, sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan telah berlatih beberapa kemahiran-kemahiran bola sepak. Matlamat
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
193
unit pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan perlakuan mereka dalam kemahiran-kemahiran ini. Dalam kajian itu, guru mengagihkan sekumpulan pelajar yang akan berlatih kemahiran mengikut format pusingan stesen yang ditetapkan oleh guru, di mana guru itu membahagikan kelas itu kepada lima kumpulan dan setiapnya ditugaskan ke setiap stesen yang mana mereka akan berlatih kemahiran berkenaan selama 5 minit. Di akhir setiap 5 minit, pelajar-pelajar akan bertukar ke stesen baru. Satu kumpulan pelajar lain pula akan berlatih mengikut format pusingan stesen yang ditetapkan oleh pelajar sendiri: mereka menerima kad-kad indeks yang menjelaskan apa mereka perlu lakukan di setiap stesen dan diberitahu menggunakan masa 25 minit mereka dengan efisyen untuk melatih setiap kemahiran. Kesemua pelajar akan berlatih dengan pendekatan ini dalam dua waktu dalam dua hari. Keputusan ujian kemahiran kedua-dua kumpulan pelajar menunjukkan perbezaan dalam bilangan percubaan latihan kemahiran tersebut bukannya dalam ujian perlakuan. Kumpulan yang mengikut format pusingan yang ditetapkan oleh guru sebenarnya telah melakukan purata latihan sebanyak 7 percubaan lebih daripada kumpulan format latihan yang ditetapkan oleh pelajar sendiri. Hasil kajian menunjukkan tidak ada perbezaan peningkatan perlakuan dalam kemahiran dalam ujian tersebut. Masa latihan tambahan yang dilakukan oleh kumpulan format pusingan guru tidak menunjukkan peningkatan tambahan dalam kemahirannya. Akan tetapi dengan batasan masa, kumpulan pusingan pelajar adalah cemerlang kerana keefisyenan penggunaan masa yang diberikan.
IDEA ANDA Apa yang dimaksudkan dengan fenomena pengembalian penyusutan (diminishing returns) ? Menurut Shea dan Khol, walaupun strategi lebihan-belajar biasanya memanfaatkan pembelajaran kemahiran, terdapat beberapa bukti kajian menunjukkan bahawa kemerosotan pembelajaran mungkin berlaku disebabkan oleh pembekalan terlalu banyak percubaan latihan. Travlos juga telah melaporkan bahawa penambahan jumlah latihan melampaui jumlah percubaan latihan tertentu akan mengakibatkan kemerosotan perlakuan. Kenapakah penambahan latihan berlebihan boleh mengakibatkan kemerosotan pengekalan dan perlakuan? Salah satu sebabnya mungkin, kemahiran yang dilatih terlalu mudah dan mengakibatkan kebosanan di kalangan pelajar selepas suatu jumlah latihan yang tertentu. Akibatnya pelajar telah hilang tumpuan kepada
194
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
tugasannya. Sebab yang lain mungkin pelajar telah berhenti menggunakan usaha kognitif yang diperlukan untuk meningkatkan tugasan perlakuan berkenaan. Menurut teori program motor dan corak dinamik, latihan kemahiran sama yang berterusan akan mengakibatkan kemerosotan pengingatan pergerakan dan pemindahan kepelbagaian pergerakan. Adalah lebih baik untuk pelajar terus berlatih sesuatu kemahiran walaupun pelajar itu telah dapat melakukannya dengan betul. Ini membolehkannya meningkatkan pengekalan prestasi perlakuan kemahiran tersebut.
IDEA ANDA Bagaimana menentukan indikator yang boleh mengukur strategi lebihan belajar supaya sentiasa menghasilkan pencapaian pembelajaran yang optimum?
9.2.2
Distribusi Latihan dan Kaedah Perlaksanaan
Distribusi latihan adalah merujuk kepada jarak atau langkauan latihan. Isu dalam distribusi latihan adalah sama ada penggunaan latihan berkelompok atau latihan bersebar lebih berkesan untuk pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
bermaksud satu jadual agihan waktu latihan di mana jumlah rehat antara sesi-sesi latihan adalah singkat. pula jumlah masa rehat antara sesi-sesi latihannya adalah panjang. Hasil kajian menunjukkan bahawa latihan bersebar adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan latihan berkelompok. Terdapat tiga kemungkinan ini berlaku. a)
Kelesuan mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran dalam latihan berkelompok
b)
Latihan berkelompok akan mengurangkan jumlah usaha kognitif
c)
Pengukuhan memori, di mana ia merupakan proses penyimpanan memori jangka panjang
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
195
Hipotesis pengukuhan memori menyatakan bahawa untuk menyimpan memori maklumat-maklumat yang relevan kita perlu mempelajari sesuatu kemahiran, di mana beberapa proses-proses neurobiokimia mesti berlaku. Proses-proses ini mengambil atau memerlukan satu jangka masa tanpa penambahan latihan kemahiran yang sama untuk mengubah satu jumlah perwakilan memori kurang stabil kepada memori yang lebih stabil. Penyebaran latihan merentasi beberapa hari meningkatkan peluang lebih untuk proses pengukuhan memori berlaku jika dibandingkan dengan latihan berkelompok. Distribusi latihan merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi secara terus kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Oleh yang demikian, keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah sangat bergantung kepada penjadualan waktu kerja yang bijak. Di dalam pembelajaran kemahiran motor, guru sentiasa berhadapan dengan masalah bagaimana hendak menggunakan masa yang diberikan supaya dapat digunakan dengan berkesan. Masa menentukan berapa lama sesuatu latihan itu perlu dijalankan, akan tetapi ia tidak semestinya dapat memastikan keberkesanan pembelajarannya. Untuk pembelajaran berlaku, berbagai faktor lain harus dipertimbangkan agar matlamat yang hendak dicapai di akhir pengajaran dan pembelajaran itu tercapai. Faktor seperti kesediaan dan minat pelajar dan juga situasi pembelajaran merupakan faktor yang harus difikirkan bersama. Menurut Thorndike, pembahagian atau distribusi latihan perlu mempertimbangkan sifat semula jadi manusia yang mempunyai sifat-sifat seperti mudah bosan, letih dan juga motivasi yang mudah menurun. Di sini guru harus bijak dalam menyesuaikan latihan dengan masa yang diperuntukkan agar ia mencapai tahap pembelajaran yang optimum.
IDEA ANDA Jika setelah sesi latihan keseluruhan mendapati terdapat keraguan, manakah tindakan yang patut diambil? i)
Menambahkan tempoh masa pada setiap kali latihan
ii)
Menambahkan bilangan latihan dengan tempoh masa latihan yang sama
Jika setelah sesi latihan keseluruhan mendapati terdapat keraguan, manakah tindakan yang patut diambil? i)
Menambahkan tempoh masa pada setiap kali latihan
196
ii)
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Menambahkan bilangan latihan dengan tempoh masa latihan yang sama
Ahli-ahli psikologi pada dasarnya bersetuju kepada dua jenis distribusi latihan iaitu latihan berkelompok dan latihan bersebar. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa distribusi latihan ini berkait rapat antara latihan dan juga masa rehat. Kedua-dua jenis ini mempunyai keistimewaan mereka tersendiri berdasarkan kepada penerangan awal tentang sifat individu yang menerima pengajaran tadi. Latihan berkelompok merupakan satu sesi latihan yang dijalankan berterusan tanpa mempertimbangkan masa rehat. Ini berbeza dengan latihan bersebar di mana ia merupakan satu sesi latihan yang diselang-selikan dengan masa rehat atau aktiviti-aktiviti lain. Kebanyakan kajian masa kini adalah tertumpu kepada bagaimana latihan berkelompok dan bersebar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Berbagai-bagai kombinasi latihan telah dicadangkan. Kajian-kajian ditumpukan kepada distribusi latihan: 1.
Tanpa masa rehat
2.
Masa rehat yang tetap selepas tiap percubaan
3.
Masa rehat yang ditambah secara beransur-ansur selepas tiap percubaan
4.
Masa rehat yang dikurangkan secara beransur-ansur selepas tiap percubaan
Dalam membincangkan latihan yang mana satu lebih baik, ini bergantung kepada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan. Kita tidak dapat lihat atau kaji latihan ini secara berasingan. Apabila latihan sesuatu kemahiran dijalankan, dua fenomena psikologi berinteraksi di mana satu pihak cuba membantutkan lakuan dan satu lagi cuba menggiatkan lakuan. Pada dasarnya latihan kemahiran di peringkat awal akan menggiatkan kemajuan kerana beberapa proses pembelajaran berlaku. Akan tetapi apabila latihan diteruskan, daya psikologi yang negatif iaitu penghalang tadi mula terbentuk. Penghalang yang tinggi boleh berlaku akibat latihan berkelompok sebab 1.
Kemahiran itu mudah atau serupa dengan yang sudah dialaminya
2.
Aktiviti pada anggapan pelajar terlalu sukar
Sedikit halangan akan berlaku jika tugas itu tidak begitu kompleks dan pelajar menganggapnya suatu cabaran. Walau pun kajian banyak menunjukkan bahawa pembelajaran kemahiran motor dan lakuan adalah lebih baik jika latihan disebarkan daripada berkelompok, tetapi penyeluruhan ini tidak semestinya benar. Sebagai contoh, jika seorang pelajar itu bermotivasi tinggi dan mempunyai
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
197
rintangan terhadap kebosanan atau penghalang yang biasanya wujud semasa sesuatu kemahiran yang mudah dilatih, latihan berkelompok mampu menggiatkan lebih banyak pembelajaran daripadanya. Malah, pembelajaran juga akan menjadi lebih cepat. Pada amnya, untuk mencapai latihan yang efisyen, bila latihan itu lama, rehat yang berikutnya harus sama atau lebih bergantung kepada tugasan tadi. Kadar kerja-rehat perlu diubah suaikan pada suatu hala iaitu masa rehat lebih daripada kerja apabila tugas latihan itu sama ada membebankan secara fizikal atau fisiologikal. Jika tugasan bersesuaian kepada pelajar dan tidak membebankan, maka nisbah kerja-rehat perlu diubah suaikan ke arah yang bertentangan. Perlu diingat juga bahawa masa rehat yang terlalu panjang bagi satu jadual latihan akan mendatangkan kesan negatif yang selaras dengan teori pembalikkan, terutamanya kepada aktiviti-aktiviti yang kompleks. Jangka masa latihan yang maksimum bagi sesuatu jadual latihan untuk mencapai tahap yang menguntungkan adalah tertakluk sebahagiannya kepada keperluan sesuatu kemahiran itu dan juga kebolehan dan motivasi tiap pelajar. Oleh sebab faktorfaktor yang melibatkan kemahiran itu sendiri dan juga faktor yang terdapat pada individu tadi, maka distribusi latihan perlu disesuaikan dan jika boleh gabungan kedua jenis adalah disyorkan. Distribusi latihan juga tertakluk kepada kaedah-kaedah pengajaran yang lain seperti cara sebahagian dan keseluruhan. Kaedah latihan yang mana satu harus disesuaikan jika kita menggunakan cara sebahagian atau keseluruhan? Para guru harus mengambil kira ciri-ciri yang terdapat pada kemahiran, masa yang diperuntukkan dan ciri-ciri keindividuan pelajar mereka agar pembelajaran secara distribusi mencapai tahap maksimum.
Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan ke laman berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgrawhill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter16/multiple_choice_q uiz.html Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan Related Reading untuk memantapkan kefahaman anda.
198
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
AKTIVITI 10.3 AKTIVITI 10.3 (a) AKTIVITI Huraikan 9.2 maksud lebihan-belajar dan bagaimana ia dihubung kaitkan dengan keputusan terhadap jumlah masa latihan yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kemahiran motor. (b) Jelaskan bagaimana melaksanakan pengetahuan latihan berkelompok dan bersebar dalam pelbagai situasi.
9.3
LATIHAN KESELURUHAN DAN SEBAHAGIAN
Adalah penting bagi seorang guru atau jurulatih untuk memastikan semasa mengajar sesuatu kemahiran motor sama ada adalah lebih baik pelajarnya melatih keseluruhannya atau sebahagiannya kemahiran tersebut. Contohnya, katakan anda ingin mengajar kemahiran lompat tinggi gaya flop , adakah anda akan menyuruh pelajar anda berlatih keseluruhan kemahiran gaya flop atau membahagi-bahagikan kemahiran gaya tersebut dan pelajar berlatih sebahagiansebahagian gaya tersebut? Menurut James Naylor dan George Briggs, ciri-ciri pengelolaan dan kompleksiti kemahiran sesuatu kemahiran boleh dijadikan asas penimbangan sama ada menggunakan latihan keseluruhan atau sebahagian.
ditakrifkan sebagai jumlah bahagian atau komponen dalam kemahiran tersebut dan juga keperluan tumpuan tugasan. Ini bermakna kemahiran kompleks akan mempunyai banyak komponen dan memerlukan lebih tumpuan, terutamanya untuk pelajar baru.
ditakrifkan sebagai perhubungan antara bahagian bahagian komponen sesuatu kemahiran. Satu kemahiran yang mempunyai tahap pengelolaan yang tinggi apabila bahagian-bahagian komponennya adalah saling bergantungan antara ruang dan masa. Ini bermakna bahagian-bahagian kemahiran yang tinggi pengelolaannya adalah seperti satu rantai acara yang mana ciri-ciri perlakuan ruang-masa manamana bahagian adalah bergantung kepada ciri perlakuan ruang-masa kepada bahagian yang dilakukan sebelumnya. Disebabkan ciri-ciri ini, adalah sukar untuk melakukan satu bahagian sahaja kemahiran yang pengelolaannya tinggi. Contohnya jaringan melompat ( jump shot ) dalam permainan bola keranjang merupakan satu kemahiran pengelolaan tinggi. Sebaliknya pula satu kemahiran
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
199
yang pengelolaannya rendah adalah apabila perhubungan ruang-masa antara bahagian-bahagian komponennya adalah tidak saling bergantung. Oleh itu, adalah sesuai latihan dijalankan secara bahagian-bahagian. Berdasarkan kepada pendapat Naylor dan Briggs, penilaian tahap kompleksitian dan pengelolaan sesuatu kemahiran dan menentukan perhubungannya dapat membantu seorang guru atau jurulatih menentukan sama ada untuk menggunakan latihan keseluruhan atau sebahagian. Jika kemahiran itu adalah rendah kompleksiti dan tinggi pengelolaannya, latihan keseluruhan adalah pilihan yang lebih baik. Ini bermakna bahawa pelajar akan belajar kemahiran mudah yang mempunyai bahagian-bahagian komponen yang kurang dengan lebih berkesan dengan kaedah latihan keseluruhan. Contohnya perlakuan membaling dart . Di sebaliknya, palajar mempelajari kemahiran-kemahiran yang mempunyai tahap tinggi kompleksiti dan rendah pengelolaan dengan lebih berkesan dengan kaedah latihan sebahagian. Contohnya, menghantar servis dalam tenis. Untuk menentukan kombinasi kompleksiti dan pengelolaan mana yang menggambarkan sesuatu kemahiran tertentu, adalah terlebih dahulu kita perlu menganalisis kemahiran tersebut. Analisis ini perlu ditumpukan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian komponen kemahiran itu dan sejauh mana ciri-ciri perlakuan ruang-masa berhubungan. Berikutnya adalah menentukan bahagian mana dari kontinum kemahiran itu menunjukkan kompleksiti dan pengelolaan kemahiran itu. Pada kebiasaannya kebanyakan kemahiran motor yang kita lakukan sebagai sebahagian daripada aktiviti kehidupan harian kita dan sukan adalah terletak hampir kepada penghujung kontinum kompleks. Ini bermakna untuk kebanyakan kemahiran, pengamal perlu menentukan tahap pengelolaan yang mencirikan kemahiran itu. Untuk kemahiran yang kita akan letakkan dalam kontinum pengelolaan di antara yang ekstrem tinggi dan rendah, satu analisis tugasan tambahan diperlukan. Untuk kemahiran-kemahiran jenis ini, adalah perlu kita menentukan bahagian-bahagian komponen mana adalah saling bergantungan dengan yang lain dan kumpulan mana yang bersama sebagai saling bergantungan. Hasil daripada analisis ini akan menentukan bahagian bahagian mana boleh dilatih secara sendirian. Iaitu, sebahagian daripada 'bahagian' seorang itu berlatih akan merangkumi lebih daripada satu bahagian bahagian komponen yang dihasilkan dari analisis tugasan awal. Keputusan untuk menggunakan strategi latihan sebahagian malangnya cuma menyelesaikan sebahagian daripada masalah sahaja. Ini adalah kerana, terdapat beberapa cara berlainan untuk melaksanakan pendekatan latihan sebahagian dalam sesuatu kemahiran. Semasa memilih satu strategi latihan sebahagian,
200
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
adalah penting untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip pembelajaran yang telah dibincang dalam tajuk terlebih dahulu. Strategi latihan sebahagian harus melibatkan pemindahan pembelajaran positif antara dan di kalangan bahagian-bahagian tugasan dan antara bahagian latihan dan keseluruhan tugasan. Wightman dan Lintern telah mengklasifikasikan tiga strategi tugasan sebahagian iaitu:
fractionization melibatkan latihan terlebih dahulu anggotaanggota tubuh badan untuk sesuatu kemahiran berkenaan yang melibatkan koordinasi asimetrik lengan dan kaki.
segmentation , melibatkan pengasingan kemahiran itu ke bahagian-bahagian dan berlatih bahagian-bahagian itu supaya selepas seseorang pelajar mempelajari satu bahagian, dia kemudiannya akan berlatih bahagian itu bersama dengan bahagian berikutnya.
simplification . Kaedah ini sebenarnya satu daripada variasi strategi latihan keseluruhan dan melibatkan pengurangan kesukaran keseluruhan kemahiran tersebut atau bahagian bahagian lain kemahiran itu.
Ada kalanya adalah tidak digalakkan untuk mengasingkan bahagian-bahagian sesuatu kemahiran untuk dilatih. Ini tidak bermakna seorang pelajar tidak boleh berlatih bahagian-bahagian keseluruhan kemahiran itu. Mungkin ini adalah untuk melatih keseluruhan kemahiran itu, tetapi fokuskan tumpuan kepada bahagian spesifik yang memerlukan perhatian. Pendekatan ini memberikan kelebihan kepada kedua latihan sebahagian di mana penumpuan ke atas bahagian spesifik kemahiran itu akan menggalakkan peningkatan bahagian-bahagian ini, dan kelebihan kepada latihan keseluruhan di mana penumpuan itu adalah pada bahagian-bahagian kemahiran yang berhubungan antara satu sama lain untuk menghasilkan satu perlakuan yang baik.
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
201
Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan ke laman berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgrawhill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter17/multiple_choice_q uiz.html Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan Related Reading untuk memantapkan kefahaman anda.
AKTIVITI 9.3 (a) Jelaskan maksud kompleksiti dan pengelolaan apabila dikaitkan dengan perhubungan antara bahagian-bahagian atau komponenkomponen satu kemahiran motor yang kompleks.
9.4
LATIHAN MENTAL
THINK Apakah faktorfaktor lain yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan perlakuan yang menepati skema?
Pergerakan dan perlakuan yang diingini bukan bergantung kepada proses latihan motor sahaja. Akan tetapi ia merangkumi aspek kognitif iaitu suatu gubahan fikiran mengenai perlakuan sesuatu kemahiran. Semua perlakuan melibatkan interaksi otak, saraf dan otot-otot iaitu aspek fisiologi dan psikologi. Latihan mental mempunyai kesan yang spesifik, di samping aspek motivasi dan relaksasi untuk meningkatkan perlakuan secara am. Perlakuan motor yang cekap adalah hasil daripada daya tahan, kekuatan, kelembutan, kemahiran sukan dan pengetahuan. Sekiranya fikiran seseorang itu terganggu, maka ini akan menjejaskan koordinasi antara aspek fisiologi dan psikologi dan seterusnya akan mempengaruhi perlakuannya. Oleh itu keperluan membentuk kemahiran mental
202
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
bersama kemahiran fizikal adalah penting untuk mencapai potensi yang optimum. Aspek psikologi adalah penting untuk meningkatkan perlakuan apabila tahap fisiologi telah dikembangkan kepada peringkat optimum. Terdapat tiga komponen psikologi yang terlibat dalam pembelajaran dan perlakuan motor iaitu: i)
Motivasi
ii)
Latihan mental
iii)
Keinginan atau arousal
Guru dan jurulatih perlu sedar bahawa aspek psikologi mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran atau perlakuan sesuatu kemahiran sukan. Pengajaran kemahiran motor dan strategi penting supaya pelaku membentuk lebih disiplin dan kawalan mental untuk mengawal anxiety dan melakukan perlakuan dengan penuh tumpuan tanpa ketegangan. Latihan mental adalah sesuatu imaginasi yang berlaku mengenai sesuatu perlakuan tanpa menggunakan pergerakan fizikal. Contohnya, seorang pelajar mambaling lembing hanya perlu membayangkan segala pergerakan perlakuannya dengan teliti dan ia dikatakan telah melakukan latihan mental. Ini bermaksud latihan mental merupakan imaginasi pelaku terhadap tugasan yang perlu dilakukannya. Mengikut Brown: Latihan mental merupakan satu gambaran dan imaginasi aktiviti dalam fikiran sebelum melakukan sesuatu aktiviti atau mengingati gambaran itu selepas aktiviti itu sudah dilakukan. Latihan mental dapat membantu pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Kajian telah menunjukkan bahawa kumpulan yang diberikan latihan mental mempelajari dan melakukan sesuatu kemahiran dengan tahap yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan terkawal. Pelaku dapat menggambarkan bagaimana untuk melakukan kemahiran itu dan membayangkannya sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Dengan itu, kemahiran dapat dilakukan dengan lebih lancar, cepat, menyeluruh dan berkemungkinan akan kekal dalam jangka masa yang lama. Kelesuan mental akan menyebabkan ketidakmampuan untuk menumpukan perhatian dan ini akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran kerana pelajar akan menghadapi kesulitan dan kelembapan untuk membuat penimbangan.
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
203
Pengajaran perlu dipendekkan kalau terlalu kompleks dan dipelbagaikan aktiviti supaya ia menyeronokkan. Kemahiran kompleks yang melibatkan koordinasi tangan dan mata dalam aktiviti membaling menunjukkan kemajuan pembelajaran melalui latihan mental. Latihan mental juga dapat mengurangkan kekerapan atau ulangan kesalahan dalam perlakuan. Latihan mental boleh digunakan pada individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza.
Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan ke laman berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgraw hill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter18/multiple_choice_quiz .html Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan Related Reading untuk memantapkan kefahaman anda.
AKTIVITI 9.4 (a) (b)
Jelaskan maksud latihan mental. Nyatakan dua peranan latihan mental dalam pembelajaran dan prestasi kemahiran motor.
9.5 LENGKUK PRESTASI Pembelajaran kemahiran motor biasanya diukur dengan pengukuran prestasi perlakuan. Pengukuran ini apabila direkodkan secara sistematik dapat membantu seorang pengamal mengubah tingkah laku seseorang individu. Prestasi ini boleh dirujuk sebagai lengkuk prestasi. Pengkaji tingkah laku motor biasanya menggunakan lengkuk prestasi semasa mencatatkan kesan berbagai strategi instruksional ke atas pembelajaran kemahiran-kemahiran motor. Disebabkan pembelajaran seperti dibincangkan sebelum ini adalah tidak dapat dilihat secara langsung, pengukuran prestasi dapat menunjukkan perubahan
204
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
tingkah laku melalui latihan dalam sesuatu tempoh masa. Dengan lengkuk prestasi, keputusan ini pada amnya akan menunjukkan peningkatan selepas satu tempoh masa, begitu juga dengan konsistensi perlakuan. Jika kejayaan servis dalam permainan bola tampar ditentukan dengan bilangan servis dilakukan yang melepasi jaring dan dalam gelanggang, peratusan kejayaan servis itu akan meningkat selepas satu tempoh masa. Konsistensi juga akan berlaku. Terdapat empat jenis lengkuk prestasi yang biasa dilihat dalam kajian tingkah laku motor. Rajah 9.2 menunjukkan jenis-jenis lengkuk prestasi ini.
LENGKUK KECEPATAN POSITIF
a s a m
percubaan
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
205
LENGKUK KECEPATAN POSITIF
a s a m
NEGATIF
NEGATIF
percubaan
LENGKUK BENTUK-S
a s a m
percubaan
: Menunjukkan jenis-jenis lengkuk prestasi.
Lengkuk linear mewakili peningkatan prestasi perlakuan berkadar terus dengan masa. Iaitu semakin bertambah percubaan semakin meningkat prestasi perlakuan. Dalam lengkuk kecepatan positif, sedikit peningkatan dicatatkan dari percubaan permulaan dan peningkatan prestasi cuma meningkat di percubaan-
206
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
percubaan akhir; iaitu kadar peningkatan pembelajaran berlaku berkadar dengan masa. Lengkuk kecepatan negatif menunjukkan peningkatan pesat dalam awal percubaan, dan prestasi perlakuan semakin stabil selepas itu. Iaitu kadar pembelajaran merosot berkadar dengan masa. Lengkuk bentuk-s merupakan kombinasi kecepatan positif dan negatif. Dalam kes-kes tertentu, peningkatan prestasi perlakuan ditunjukkan dengan pengurangan masa atau kesalahan. Contohnya, semasa pencatatan prestasi renang 200 meter gaya bebas, masa prestasi harus menurun dengan bilangan percubaan. Schmidt dan lain-lain (1991) telah mengkritik penggunaan lengkuk-lengkuk prestasi pembelajaran. Masalah akan timbul apabila skor-skor prestasi telah digunakan untuk menentukan pembelajaran kerana lengkuk prestasi telah secara umumnya dibentuk dalam tempoh masa yang singkat. Contohnya minit, jam atau hari dan melalui percubaan berulang dan tersekat. Dari segi percubaan pula, 25 percubaan boleh dilakukan dengan matlamat yang sama. Pembelajaran adalah bersamaan dengan retensi atau pemindahan, oleh itu ia mesti diuji jika pembelajaran adalah diukur. Tambah lagi, lengkuk prestasi yang dibentuk untuk kumpulan atau kelompok telah mengabaikan perbezaan individu. Dengan mengambil kira skor-skor individu yang lebih tinggi dalam beberapa percubaan dan dipuratakannya dengan skor-skor individu-individu yang lebih rendah, dengan itu skor-skor purata menunjukkan satu gambaran yang mungkin mengelirukan semasa menafsirkan lengkuk prestasi.
AKTIVITI 9.5 (a)
Nyatakan dan jelaskan secara ringkas jenis-jenis lengkuk prestasi.
Variasivariasi pergerakan dan pengalaman konteks adalah ciriciri penting untuk keadaankeadaan latihan yang meningkatkan kebolehan seseorang untuk melakukan kemahiran yang dilatih dengan jayanya serta penyesuaian dengan keadaankeadaan yang ia tidak pernah mengalaminya. Penggunaan strategi lebihanlatihan adalah lebih berkesan jika guru atau jurulatih mengetahui berapa banyak jumlah latihan seseorang pelajar perlu gunakan untuk mencapai satu tahap perlakuan yang tertentu.
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
207
Latihan lebihan belajar adalah berkesan untuk kemahiran yang seseorang pelajar akan berlatih dalam sesuatu tempoh masa sahaja dan tidak akan melakukannya selepas itu. Guru atau jurulatih tidak seharusnya beranggapan bahawa lebih banyak adalah lebih baik. Ini adalah kerana ia boleh berlakunya kesan negatif pada perlakuan. Apabila timbul keraguan berapa lama satusatunya sesi latihan harus dijalankan, pilihlah sesi yang lebih singkat. Jika pelajar perlu lebih masa latihan, maka tambah sahaja sesi latihan. Sesi latihan yang lebih kerap adalah lebih baik daripada sesi yang kurang. Penjimatan hari latihan boleh jadi satu penjimatan masa yang tidak benar. Ini adalah kerana latihan berkelompok yang terlalu rapat boleh menyebabkan kesan negatif atau kemerosotan perlakuan pada jangka masa panjang. Jadikan sesi latihan itu relatif pendek untuk kemahiran yang singkat perlakuannya dan yang memerlukan pergerakanpergerakan berulang. • Latihan variabel menggalakkan retensi yang terbaik dan ujian pemindahan perlakuan apabila dibandingkan dengan latihan konstan. • Variabiliti latihan merupakan variasi pergerakan dan ciriciri konteks seseorang alami semasa berlatih sesuatu kemahiran. • Lebihan belajar adalah latihan berterusan melampaui jumlah yang diperlukan. Latihan berkelompok adalah jadual latihan di mana jumlah rehat antara sesi latihan atau percubaan adalah singkat. Latihan bersebar adalah jadual latihan di mana jumlah rehat antara sesisei latihan atau pecubaan adalah panjang. Kompleksiti adalah jumlah bahagian bahagian atau komponenkomponen dan jumlah permintaan pemerosesan maklumat yang mencirikan sesuatu kemahiran; kemahiran yang lebih kompleks mempunyai lebih bahagian bahagian komponen dan melibatkan permintaan pemerosesan daripada kemahiran yang kurang kompleks. Pengelolaan apabila diaplikasikan ke atas satu kemahiran motor yang kompleks, perhubungan antara komponenkomponen kemahiran tersebut. Pemilihan untuk menggunakan strategi latihan keseluruhan atau sebahagian hendaklah berdasarkan kepada ciriciri kompleksiti dan pengelolaan sesuatu kemahiran itu. Gunakan strategi latihan keseluruhan sekiranya kemahiran itu mempunyai kompleksiti yang rendah dan pengelolaan yang tinggi. Gunakan strategi latihan sebahagian jika kemahiran itu mempunyai kompleksiti tinggi dan pengelolaan yang rendah. Bahagian bahagian kemahiran yang saling bergantung dalam konteks ciri perlakuan ruangmasa harus dilatih bersama sebagai satu unit semula jadi. Bahagian bahagian tidak saling bergantung dalam konteks ruangmasa boleh dilatih berasingan.
208
TOPIK 9
LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Latihan mental melibatkan latihan kognitif sesuatu kemahiran dengan ketidakhadiran pergerakan fizikal. Latihan mental boleh di dalam bentuk memikirkan tentang aspek kognitif atau prosedur sesuatu kemahiran motor, atau melihat atau merasa diri melakukan sesuatu kemahiran atau sebahagian daripada kemahiran. Bukti kajian menunjukkan bahawa latihan mental boleh menjadi satu strategi latihan yang berkesan untuk memudahkan pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Sebagai satu strategi latihan, latihan mental paling sesuai digunakan bersama latihan fizikal kemahiran berkenaan.
Kompleksiti Latihan berkelompok Latihan bersebar Latihan mental
Lebihan belajar (overlearning) Lengkuk prestasi Pengelolaan Variabiliti latihan
•
Kluka, D.A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. USA: Morton Publishing Company.
•
Magill, R.A. (2003). Motor learning and control: concepts and applications. (7th ed.). New York: McGrawhill Co.
Sage, G.H. (1984). Motor learning and control: a neuropsychological approach. Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers.
•
Schmidt, R.A. (1988). Motor control and learninga behavioural emphasis (2nd ed.). Champaign, Illinois: Human Kinetics Publishers, Inc.
•
Schmidt, R.A. (2004). Motor learning and performance. (3rd ed.). USA: Human Kinetics.