KAJIAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
1.0
PENDAHULUAN
Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat. Salah satu matlamat pendidikan ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama. Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Terdapat beberapa golongan pelajar yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik.
Antaranya ialah kanak-kanak keperluan keperluan khas.
Walau bagaimanapun, kekurangan dan ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak keperluan khas menyebabkan mereka berbeza daripada kanak-kanak yang sempurna sifatnya, sama ada dari segi kecerdasan mental mahupun keupayaan fizikal. Perbezaan dan kekurangan ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak khas ini berbeza berbanding yang digunakan kepada kanak-kanak yang sempurna sifatnya. Mereka sebenarnya sangat istimewa untuk difahami.
2.0
DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. Kanak-kanak normal akan menguasai sesuatu bahasa jika dia terdedah kepada
bahasa tersebut kerana dia akan mendengar dan meniru apa yang didengarinya. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mampu menguasai dan memperoleh bahasa mengikut kadar yang sama dari segi tempoh masa ataupun peringkat prestasi kemahirannya. Perbezaan kadar ini berlaku kerana ketidakseimbangan faktor-faktor pengaruh yang diperoleh oleh kanak-kanak iaitu keadaan fizikal, kecerdasan, perkembangan kognitif, daya diskriminasi (pengamatan), pengalaman, persekitaran, emosi, motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990). Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Pakar dalam bidang ini berpendapat kanak-kanak bermasalah bahasa ini memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan di fahami dengan mudah untuk berkomunikasi. Ada pendapat menyatakan komunikasi, bahasa dan pertuturan adalah dalam konteks yang sama tetapi pengkaji bahasa berpendapat terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga itu. Menurut Owen (1990), komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan berkongsi idea. Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat tersebut diterima dan saling memahami. Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa, aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui tanda isyarat, gerakan badan, eye contact dan contact dan ekspresi.
2.0
CIRI-CIRI MURID BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI.
2.1
Masalah komunikasi, pertuturan dan bahasa. Masalah dalam komunikasi adalah masalah yang biasanya menyebabkan kanak-
kanak itu dirujuk kepada pakar untuk disaring, dilakukan diagnosis ke atasnya dan diberi tindakan. Dalam domain komunikasi itu sendiri terdapat pelbagai kecacatan lain, malah masalah komunikasi ini mungkin adalah gejala seperti terencat akal ataupun autisme. Komunikasi normal biasanya bergantung pada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Manakala bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin timbul daripada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun kedua-duanya sekali. Mengikut Charles Van Riper (1905-1994), seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan, masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan
daripada
pendengaran,
pertuturan
atau
bahasa
normal
yang
mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya, atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya. Manakala masalah bahasa ditakrifkan mengikut
The
American Speec h and
Hearing Association (1993), merupakan masalah dalam kefahaman dan penggunaan sistem simbol bahasa (seperti lisan, penulisan dan lain-lain). Hal ini mungkin melibatkan bentuk bahasa, kandungan bahasa dan fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi. Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang
heterogeneous.
Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan
tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk. Walau bagaimanapun, masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik. Kesan masalah bahasa dan komunikasi adalah seperti berikut:
Kelemahan sewaktu berkomunikasi berkait rapat dengan kelemahan murid menggunakan bahasa lisan dengan jelas dan berkesan. Antara masalah komunikasi ialah gangguan percakapan. Gangguan cara bercakap adalah lencongan yang melibatkan gentian, tertinggal dan tambahan kepada bunyi-bunyi itu. Masalah cara bercakap adalah paling ketara dalam kesemua masalah komunikasi di dalam kelas. Gentian yang sering dan gemar dilakukan oleh murid-murid adalah seperti bunyi µr¶ diganti dengan µI¶ dan µz¶ dengan µj¶. Contohnya Razali disebut µLajali¶. Satu lagi adalah pertuturan yang belum matang seperti percakapan anak-anak contohnya pertuturan µtertinggal¶ huruf ataupun perkataan. Tambahan pula sekiranya mereka bertutur terlalu gopoh akan menjadikan percakapan itu lebih sukar untuk kita fahami. Cara percakapan mereka hanya difahami oleh kumpulan berkenaan yang tertentu sahaja. Oleh itu, hal ini juga sukar dimengerti kalau kita tidak pernah bercampur gaul dengan mereka yang berkenaan. 2.2
Masalah pertuturan. Bertutur ialah proses komunikasi yang amat berguna dan kesannya adalah pada
pembelajaran. Masalah komunikasi melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang upaya dan sebagainya secara tidak langsung, mengganggu kanak-kanak belajar dan menyekat percampurannya dengan kawan-kawan. Hal ini mendatangkan kesukaran dalam penyesuaian hubungan sosial. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga menghadapi kesukaran memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan pemikiran. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak ini memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanakkanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengalami gangguan pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti cerebral palsy , sumbing, masalah pendengaran dan
dyspraxia. Antara ciri-ciri bagi kecacatan ini ialah masalah artikulasi/fonologi, suara kasar, tiada bunyi yang keluar apabila bercakap, sengau dan gagap. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perasaan yang seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksinya dengan orang lain. Apabila ia merasa sukar untuk orang lain memahaminya, mereka berasa kecewa dan menunjukkan tingkah laku yang agresif. Kanak-kanak ini diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi adalah terhad.
2.3
Masalah bahasa. Hasil daripada kajian, kanak-kanak ini menghadapi masalah bahasa iaitu bahasa
reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif ialah kemampuan memahami dan mengingat apa yang diperkatakan oleh orang lain, manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu: i)
Perkembangan lambat.
Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Kebanyakan perkembangan lambat berkait dengan peluang yang terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbangkan kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah seperti pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur.
ii)
Kecacatan berbahasa.
Kanak-kanak ini dikenal pasti berdasarkan kemahiran yang dipelajari. Misalnya, ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan berbahasa dapat di kesan daripada perbualan. Mereka menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun member jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberikan. Selain itu, kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga sering kali menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat nama-nama benda dan sering terganggu percakapan hingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut. Hal yang demikian adalah seiring dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh ahli patologis bahawa kemahiran berbahasa berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu peringkat bahasa dalaman, penerima auditori (mendengar), pelahiran auditori (bertutur), penerimaan visual (membaca) dan pelahiran visual (menulis).Kanakkanak dalam kategori bermasalah bahasa dan komunikasi tidak dapat memahami penerangan seterusnya dapat menimbulkan masalah tingkah laku. Oleh itu, guru perlulah memahami keadaan kanak-kanak ini. Guru yang efektif ialah insan yang sedar terdapat kemahiran dan kelebihan yang tidak nampak secara luaran dalam diri kanakkanak ini. Justeru, beliau akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi demonstrasi bagi membantu kanak-kanak memahami dan berkomunikasi.
4.0
PUNCA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID YANG TERLIBAT.
4.1
Punca masalah bahasa / pertuturan Hasil dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai
ialah masalah pembelajaran secara spesifik ( specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Namun, pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama ( dual disabilities) ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal.
Memandang
kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya, kita boleh mengkategorikan punca adalah seperti berikut seperti berikut : a) Faktor Genetik / Sejarah keluarga Faktor genetik ini lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu dan risiko masalah ini lebih tinggi dalam kalangan lelaki. Hal demikian disebabkan terdapat perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21). b) Faktor neurologi Masalah ini terjadi apabila ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf, terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa. Selain itu juga kecederaan pada bahagian otak tertentu juga menyebabkan terjejasnya sistem neurologi. c) Faktor perinatal (semasa kelahiran) Sekiranya lebih komplikasi semasa kelahiran, kanak-kanak lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia).
d) Kehilangan pendengaran Masalah ini berlaku apabila kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun). Selain itu,
kehilangan jenis konduktif akibat
kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran(contoh: infeksi otitis media yang kronik). e) Kerencatan kognitif / mental Terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi ( cognition ), maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. f) Faktor persekitaran / sosial Kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. Faktor ini juga boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan
yang negatif
terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal, emosi dan kognitif. Ibu bapa mempunyai peranan yang penting kepada pembangunan pendidikan anak. Hal ini bermakna hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah selain membantu dalam hal persekolahan anak, mereka dapat membantu ke arah pendidikan yang lebih baik. Penglibatan ibu bapa amat diperlukan sebagai sokongan pada pencapaian akademik anak-anak mereka. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberi erti yang begitu besar pada pembentukan keyakinan dalam kalangan pelajar seterusnya berupaya membantu daripada segi pencapaian akademik pelajar berkenaan. Dalam kaedah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam penglibatan berbentuk sokongan ini, pihak sekolah perlulah memberi sokongan yang padu kepada ibu bapa. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah memberi kesan positif pada tingkah laku serta pencapaian akademik anak.
4.2
Punca-punca masalah komunikasi. Daripada kajian yang telah dijalankan, bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak
ini tidak konsisten kerana beberapa faktor yang mempengaruhi seperti kepelbagaian kaedah dan penilaian yang menghasilkan keputusan yang berbeza-beza serta keadaan tertekan kanak-kanak semasa situasi ujian dijalankan. Oleh sebab itu, bukan mudah untuk membuat sesuatu rumusan dalam masalah ini. Secara umumnya, kanak-kanak bermasalah bahasa ini diuji daripada aspek tingkah laku dan kesukaran di dalam penggunaan lima komponen bahasa iaitu aspek fonologi, morfologi, sintaksis,semantik dan pragmatik. 4.2.1 Fonologi Kajian mendapati bahawa 70 % daripada kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata-kata. Hal ini berdasarkan masalah yang mereka hadapi iaitu masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh masalah artikulasi, kognitif, masalah auditori atau sistem saraf mulut yang tidak normal. Dengan demikian, kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak cerebral palsy . Kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa juga menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan. Namun cara ini boleh menimbulkan masalah untuk membezakan bunyi yang hampir sama. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan juga sukar untuk dibezakan dan kebolehan untuk memahami bacaan bibir bergantung pada tahap penguasaan bahasa dan pengetahuan tentang konteks bahasa. Mereka juga mengalami masalah penerimaan input auditori dan visual yang menyebabkan timbul masalah kesukaran memahami dan mempelajari pertuturan. Masalah ini dialami oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai. Kadang-kadang mereka bercakap dengan nada yang terlalu tinggi dan tidak sesuai
dengan konteks ayat. Hal yang demikian kerana mereka tidak dapat membezakan ciriciri prosodi. Contohnya kanak-kanak Autisme. 4.2.2 Morfologi Berdasarkan kajian ini juga kanak-kanak bermasalah bahasa kebanyakannya tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan mereka. Mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Keadaan ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak tersebut amat kurang. Mereka juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah (Men Of Utterance-MLU). Kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul. Tafsiran makna ayat juga berdasarkan turutan perkataan kerana kebiasaan menggunakan peraturan ayat ringkas (subjek-aksi-objek). Kanak-kanak ini kurang menggunakan imbuhan akhiran dan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Contohnya, makanan akan jadi µmakan¶ sahaja dan minuman akan jadi µminum¶ sahaja. Di samping itu, mereka juga mengalami kelewatan di dalam memulakan kombinasi perkataan. Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa antara lain turut bermasalah untuk membuat ujaran terhadap ayat-ayat kompleks. Mereka juga menghadapi masalah untuk memberi penjelasan, menerangkan sesuatu atau menggulung ayat. Dari aspek penulisan pula, mereka tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan pertuturan. 4.2.3 Sintaksis Pada tahun persekolahan, kanak-kanak mula mempelajari tatabahasa. Mereka sering keliru dengan penggunaan bahasa kerana hanya memikirkan logik ayat sahaja. Kefahaman mereka menggunakan kefahaman tatabahasa lebih kepada ayat yang kompleks. Mereka sering terkeliru dengan ayat-ayat pasif. Sebagai contohnya, ³Adam diikuti oleh kanak-kanak´ tetapi kanak-kanak menggambarkan ³Adam mengikuti dan berada di belakang kanak-kanak´. Kanak-kanak masih tidak tahu membezakan tatabahasa yang digunakan dan menganggap ianya sama. Selain itu, mereka juga
masih tidak tahu membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna. Contoh, ³Kek ini manis´ dengan ³Perempuan itu manis dipandang´. Mengikut kajian yang dilakukan, walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa boleh memberi kefahaman kepada mereka yang bercakap dengannya, namun begitu mereka selalunya gagal dalam memberikan maklumat yang dikehendaki. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah bahasa akan mengalami kesukaran dalam pertuturan dan perbualan. Mereka jarang-jarang sekali ingin bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut. Mereka akan lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. Kanak-kanak masalah bahasa akan dapat menguasai kemahiran ini apabila mereka masuk ke alam dewasa, namun untuk menjawab atau memperkatakan tentang sesuatu tajuk yang lebih rumit, mereka lebih suka mendiamkan diri (Abbeduto 1991). 4.2.4 Semantik Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang dan masa. Mereka juga sukar memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna, menggunakan perkataan yang berhubung seperti sinonim, antonim, serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa. Mereka juga mengalami masalah untuk menggunakan perkataan yang telah dipelajari akibat kelemahan memahami makna perkataan secara umum. Kanak-kanak
bermasalah
bahasa
mengalami
masalah
kekurangan
perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Masalah ini akan semakin serius dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut, masalah kekurangan perbendaharaan kata juga turut mengundang masalah untuk mempelajari perkataan baru secara tidak formal. Mereka lebih mudah mempelajari konsep-konsep yang berkait seperti saiz dan ruang. Penggunaan
bahasa
juga
terlalu
berstruktur
dan
berbentuk
streotaip
menyebabkan kurangnya variasi bahasa. Di dalam situasi harian mereka terlalu bergantung pada konteks dan penggunaan perkataan yang telah diketahui sahaja
menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahami bahasa yang digunakan di dalam buku teks atau buku akademik. Masalah ini kebanyakannya dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. 4.2.5 Pragmatik Dalam perbualan yang normal, seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan mendengar dan kemudiannya baru menjawab mengikut giliran tanpa menyampuk di tengah-tengah perbualan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Perlakuan ini adalah dipercayai hasil daripada hubungan ibu bapa dan anak seperti dalam perlakuan si ibu menyuapkan makan kepada si anak. Namun begitu, masalah ini tidaklah begitu rumit berbanding dengan masalah lain kerana kanak-kanak biasa juga turut mengalami masalah ini dalam perbualan mereka (Martin & Miller, 1996). 6.0
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT. Walaupun ibu bapa sedar mereka perlu melibatkan diri dalam persekolahan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran, namun masih ramai yang tidak memenuhi tanggungjawab
itu.
Coots
(1998),menyatakan
penglibatan
ibu
bapa
dalam
persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas hanya bertugas secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan. Menurut beliau lagi menyatakan bahawa status kanak-kanak, kepercayaan dan sosioekonomi, sikap dan persepsi ibu bapa kepada sekolah adalah faktor utama menentukan penglibatan mereka di sekolah. Menyorot pada kajian lepas, Grossman, Osterman dan Schmelkin(1999) masih tidak dapat menentukan penglibatan ibu bapa di sekolah. Walau bagaimanapun, kajian mereka merumuskan sumber keluarga, kepercayaan dan status ekonomi, status anak, sikap dan persepsi ibu bapa terhadap sekolah adalah penyumbang utama bagi ibu bapa dalam melibatkan diri mereka di
sekolah seterusnya mereka mendapati ibu bapa mempunyai sikap positif dalam aktivitiaktiviti yang dilakukan di sekolah. Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya. Di rumah ibu bapa dapat mengawasi kerja rumah anak yang diberi oleh guru. Di sekolah ibu bapa membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan masalah pelajaran anak, menghadiri mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksa rekod anaknya yang disimpan di sekolah. Antara faktor penglibatan ibu bapa yang dikenal pasti ialah: a) Umur Umur mempengaruhi penglibatan ibu bapa baik di rumah ataupun di sekolah. Semakin tinggi umur seseorang ibu ataupun bapa, semakin banyak ibu ataupun bapa itu memikirkan pembelajaran anaknya dan semakin rapat hubungannya dengan kegiatan anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang tua sedar sumbangan, pengetahuan dan kemahiran mereka tidak lagi dihargai. Oleh itu, mereka lebih terlibat dalam hal keagamaan dan kebajikan diri sendiri dan komuniti. b) Bilangan anak Bilangan anak yang ramai menghalang ibu bapa memberi tumpuan sama rata kepada anak. Semakin ramai bilangan anak, semakin kurang penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini disebabkan mereka memikir pembahagian masa yang lebih dalam hal mencari sumber rezeki untuk anak-anak yang ramai. Dalam hal ini, bapa didapati lebih komited kepada kerja berbanding persekolahan anak. Walau bagaimanapun bapa yang mempunyai anak yang tidak ramai lebih bertanggungjawab dalam persekolahan anaknya. c) Pendapatan Menurut teori keperluan Maslow, keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat kediaman perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu itu dapat memenuhi keperluan-keperluan lain seperti melibatkan diri secara aktif di sekolah dan sebagainya. Penglibatan ibu bapa tidak bermakna sekiranya tidak mendapat sokongan terutama dari segi kewangan dan kebendaan. Banyak kajian yang
dijalankan mendapati faktor ekonomi keluarga memberi kesan pada peranan ibu bapa dalam persekolahan anak. Hal ini menunjukkan faktor ekonomi keluarga mempunyai pengaruh yang amat penting menentukan penglibatan ibu bapa di sekolah. d) Jenis pekerjaan Menurut Lareau (1986), status pekerjaan ibu bapa didapati mempunyai kaitan dengan tahap penglibatan mereka di sekolah. Ibu bapa yang terikat dengan masa kerja didapati lebih sukar menghadiri sebarang aktiviti persekolahan anak. e) Pendidikan bapa Pendidikan yang tinggi mendorong bapa menjawat jawatan yang lebih baik. Justeru, peruntukan masa untuk berbincang dengan
pihak sekolah berkaitan masalah
pelajaran anak adalah terbatas. Pengabaian tanggungjawab ini berlaku secara tidak disedari. f) Anak Masalah pembelajaran adalah gangguan minimum pada sistem saraf deria ataupun saraf otak yang mengganggu prestasi normal individu dalam pembelajaran, khususnya pada aspek penanggapan, pengkonsepsian, pembacaan, bahasa dan matematik. Bapa berperanan memberi rangsangan dan menyediakan persekitaran yang sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
7.0
PENILAIAN. Guru khas hendaklah mengukur kemampuan kanak-kanak yang didapati
bermasalah di dalam kelas. Pengukuran yang dijalankan berupaya mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh. Pengukuran dirancang dan dikendalikan oleh guru khas. Instrumen pengukuran dibina dan ditadbir oleh guru khas. Pembelajaran di kelas khas adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Hasil pengukuran digunakan sebagai tindakan susulan bagi memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran murid. Pengukuran lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid daripada satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat mengesan perkembangan murid dari satu masa ke semasa. Hal ini mampu memberi peluang kepada guru memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid secara serta merta supaya kelemahan itu tidak terhimpun. Guru khas perlu menggunakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti punca masalah dan kesukaran dalam pembelajaran. Hasil analisis membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Selain itu, guru juga perlu menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan sesuai dengan sesuatu mata pelajaran Pengukuran yang dijalankan dapat menjana maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh tentang murid. Melalui penilaian, hasrat menghasilkan individu yang berkembang secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang daripada aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi tercapai. Bagi menentukan pendidikan rendah mencapai hasrat yang dimaksudkan, penilaian yang dikendalikan oleh guru dalam bilik darjah adalah amat sesuai sebab meliputi penilaian ke atas semua aspek. Penekenan ke atas penilaian yang berasaskan sekolah dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, adalah penting konsep, menghayati
guru memahami
matlamat serta perlaksanaan pengukuran dalam darjah sebaik
mungkin dalam pelajaran dan pembelajaran.
8.0
ISU-ISU MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. Kajian ringkas yang saya lakukan adalah kajian terhadap Program Pendidikan
Khas. Untuk menjalankan kajian ini saya telah beberapa kali melawat kelas yang berkenaan. Berdasarkan pemerhatian, pengalaman, temu bual dengan pelajar, guru, Guru Besar, dan ibu bapa saya dapati bahawa terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. Namun, isu-isu ini perlulah di lihat sebagai cabaran buat kita semua kerana usaha membantu murid-murid ini tidak wajar terhenti dalam apa keadaan sekali pun. Sesukar mana laluannya, jejak ilmu perlu dituruti dan didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang agar mereka tidak akan ketinggalan seiring peredaran zaman. Isu-isu yang berbangkit ini perlulah dicari jalan penyelesaiannya dan dibincangkan secara terbuka dengan semua pihak tanpa meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak. Berikut merupakan antara isu-isu pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. i) Peraturan Pendidikan Khas 199 7 Menurut Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 hanya boleh diperkenalkan kepada individu yang dikategorikan sebagai ³boleh didik´. Hal ini adalah tidak selaras dengan Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tentang Hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU). Sedangkan dalam Perisytiharan PBB menegaskan tentang keperluan untuk membantu golongan kurang upaya untuk ³ mengembangkan kebolehan mereka dalam pelbagai aktiviti´ dan mempromosikan ³integrasi dalam kehidupan biasa sebaik yang boleh´. Berdasarkan keperluan dan
masalah yang dikemukakan tadi dapat kita lihat di
manakah letaknya keadilan dalam pendidikan terhadap individu OKU? Sedangkan setiap insan tidak kiralah ditakdirkan cacat bagaimanapun perlulah diberikan peluang dan ruang untuk mendapat pendidikan. Hal demikian bermaksud pendidikan kepada kanak-kanak khas bukanlah hanya terhad kepada individu yang ³boleh dididik´ sahaja. Sebagai contoh kes ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah berbahasa dan komunikasi namun pada masa yang sama kanak-kanak ini mempunyai kecacatan lain seperti celebral palsy, sumbing, masalah pendengaran dan dyspraxia mestilah perlu
juga diberi pendidikan. Isu ini adalah menjadi masalah kepada ibu bapa kerana mereka ingin menghantar anak mereka ke sekolah untuk didik tetapi impian ini ada kalanya terhalang. Oleh itu, istilah ³boleh didik´ perlu dimansuhkan daripada Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 kerana akta ini menafikan hak kanak-kanak kepada pendidikan. Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan pendidikan enam tahun di peringkat sekolah rendah. ii)
Terapi Pertuturan.
Kekurangan pakar terapi pertuturan juga merupakan satu masalah kepada kanakkanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Ibu bapa sering kali terpaksa mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak swasta. Hai ini merupakan beban kewangan yang besar. Bagi keluarga yang kurang mampu atau berpendapatan rendah, harapan untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian bagi anak bermasalah ini adalah amat tipis. Bagaimana pula nasib golongan ini yang tinggal di pedalaman yang jauh daripada kawasan bandar? Sudah tiba masanya isu ini perlulah diperjuangkan dan diberikan perhatian. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan untuk menyediakan khidmat ahli terapi pertuturan yang pakar dan berkemahiran dan Audiologis di sekolah. Khidmat ini perlulah dimulakan lebih awal terutama di peringkat pra sekolah kerana proses terapi pertuturan dan pendengaran adalah lebih berkesan. Contohnya, Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah bahasa dan komunikasi ini perlulah dimulakan sejak peringkat umur tujuh tahun. Guru yang terlibat dalam program ini perlu menerima latihan yang konsisten dan komprehensif daripada pakar program intervensi awal. Selain itu, semasa proses intervensi awal kanak-kanak yang terlibat perlulah diletakkan dalam kelompok kecil supaya guru dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Semakin cepat masalah dikenal pasti dan berusaha untuk sesi rawatan maka lebih berpeluang untuk baik seterusnya pulih daripada masalah ini.
iii)
Tenaga Pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pendidikan khas juga merupakan masalah yang ketara bagi sekolah khas kerajaan dan swasta. Sesetengah sekolah swasta terpaksa mengupah pakar dari luar negeri untuk menyampaikan ilmu dan latihan dalam bidang pendidikan khas kepada guru yang mengajar di sekolah atau pusat pendidikan mereka. Kekurangan ini bertambah rumit di sekolah kerajaan memandangkan guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas pula mempunyai kadar perpindahan yang agak tinggi. Kajian dapatan menunjukkan bahawa dua sebab umum yang dikenal pasti ialah beban kerja dalam pendidikan khas adalah berat di mana seorang guru terpaksa menjaga ramai pelajar. Manakala sebab yang kedua pula adalah terdapat guru terlatih ditukarkan ke sekolah yang tidak mempunyai program pendidikan khas. Oleh hal demikian Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menambahkan bilangan guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas untuk ditempatkan di sekolah khas. Selain itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia juga perlulah menghasilkan guru pendidikan khas terlatih yang cekap. Apabila menyoroti isu pengeluaran produk guru pendidikan khas yang terlatih ini kita perlulah mempertimbangkan unsur minat yang mendalam guru tersebut dalam bidang ini. Bak kata Usman Awang, berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. Bukan semua guru boleh menjadi guru pendidikan khas. Hanya insan yang mempunyai naluri semula jadi dan minat mendalam sahaja akan boleh meneroka dunia pendidikan khas yang mempunyai pelbagai persoalan dan seribu satu macam cabaran. Guru dalam bidang ini perlulah mempunyai kegigihan yang luar biasa, semangat yang tidak pernah luntur, jiwa yang kental, kesabaran yang tinggi, pengetahuan yang luas, bersifat penyayang dan sebagainya. Justeru, pemilihan yang tepat perlulah di buat untuk memilih guru terlatih dalam bidang pendidikan khas ini. Selain itu pihak NGO juga memerlukan pengiktirafan dan akreditasi daripada kerajaan terhadap usaha dan latihan pekerjaan yang mereka sertai sebagai galakan untuk mereka terus berkhidmat dalam bidang pendidikan khas ini.
iv)
Kesesuaian kurikulum dan keberkesanannya dalam mencapai objektif pengajaran.
Dengan kurikulum yang disediakan apakah mampu mencapai objektif program ini? Isu ini telah saya kemukakan kepada guru yang mengajar murid bermasalah bahasa dan komunikasi. Hasil daripada temu bual dan perbincangan itu, saya dapati bahawa kurikulum yang sedia ada tidak dapat digunakan oleh semua pelajar. Oleh itu, guru pendidikan khas perlulah seorang guru yang rajin, tekun, kreatif dan inovatif untuk melakukan pengubahsuaian berdasarkan kemampuan, keperluan dan keupayaan bagi meningkatkan pencapaian setiap murid yang menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Adaptasi bagi pendidikan hendaklah diberi berdasarkan perbezaan-perbezaan yang ada pada mereka dalam kerangka kandungan kurikulum, kemahiran dan persekitaran. Perbezaan keperluan ini perlulah diberikan status yang sesuai. Mereka yang terlibat dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi membuat peruntukan khas bagi memenuhi keperluan tersebut dan bukannya dikritik. Perjuangan mereka perlulah diberikan sokongan sepenuhnya oleh semua pihak. Kini, pendekatan integrasi dilaksanakan.
Pendekatan
ini
bermaksud
kanak-kanak
ketidakupayaan
belajar
bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka.
Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid berkeperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. Bagi murid-murid yang berhadapan dengan masalah bahasa mereka akan kurang menyumbang idea atau melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Mereka juga sukar organisasi idea-idea serta lambat untuk memahami sesuatu perkara yang kompleks. Di samping itu, kanak-kanak ini juga sukar diskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan, bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan, sukar mencari perkataan yang tepat serta sering kali gagal mengikuti arahan yang diberikan. Oleh hal yang demikian, mereka akan menzahirkan tingkah laku yang bermasalah seandainya kita tidak cuba memahami kehendak dan keperluan situasinya.
Oleh itu, corak perkembangan tipikal murid dan strategi pengajaran berasaskan pengetahuan dan perkembangan bolehlah diaplikasikan. Misalnya, untuk murid bermasalah bahasa dan komunikasi, aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa lisan perlulah diubahsuai. Penggunaan komunikasi secara menyeluruh dan penggabungjalinan pelbagai aspek seperti lisan, isyarat, gerak badan dan mimik muka perlulah diajar oleh guru. v)
Persekitaran.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa isu persekitaran juga memainkan peranan penting terhadap kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Persoalan yang timbul adalah seberapa jauh manakah persekitaran mampu mempengaruhi kanakkanak golongan ini? Persekitaran yang negetif pastinya akan lebih memudaratkan dan tidak dapat membantu perkembangan mereka. Hal ini disebabkan bahasa tidak dapat berkembang secara positif dan penggunaan kosa kata adalah terhad. Melalui hasil perbincangan dengan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi saya dapati bahawa aspek persekitaran sememangnya dapat mempengaruhi kanak-kanak ini. Oleh itu, ibu bapa perlulah mencipta persekitaran yang dapat membantu seperti tidak terlalu memaksa anak bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Sebaliknya ibu bapa perlulah membiarkan anak bercakap dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan. Selain itu, waktu makan bersama juga boleh dimanfaatkan untuk melatih kelancaran ketika anak bercakap. Dalam keadaan ini bunyi bising yang boleh mengganggu seperti televisyen dan radio dihindarkan. Ibu bapa juga tidak boleh mengkritik anak-anak sekiranya mereka bercakap tidak lancar mahupun gagap kerana ini boleh menjadikan anak-anak berasa tertekan dan tidak mahu membetulkan kesilapan mereka. Di samping itu, ibu bapa tidak boleh menyuruh anak-anak mengulangi kata-kata yang baru diucapkan. Seperti yang kita sedia maklum,kanak-kanak sering lupa apa yang diperkatakan dan sekiranya
kita sebagai orang dewasa memaksa mereka
mengingati semula akan menimbulkan perasaan rendah diri dalam diri sekali gus menyebabkan anak-anak tergagap ketika bercakap. Jangan memandangkan ke arah
lain dan jangan sesekali menunjukkan kekecewaan di hadapannya kerana boleh menjejaskan emosi anak-anak. Suasana persekitaran di rumah juga mampu membantu anak-anak berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, satu persekitaran yang menyenangkan perlulah dicipta kerana ia boleh mengubah perasaan anak-anak. Kajian mendapati seseorang akan lebih yakin bercakap dalam keadaan yang tenang dan selesa berbanding bercakap dalam keadaan yang bising dan tertekan. Pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi yang mempunyai ibu bapa prihatin dan memahami adalah sangat bertuah namun masih terdapat banyak lagi ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap masalah anak mereka. Ibu bapa golongan ini tidak berminat untuk mengambil tahu tahap perkembangan bahasa anak mereka serta menganggap anak mereka susah untuk berjaya dan lemah dalam pelajaran. Hal ini terbukti apabila mereka tidak memberi kerjasama berjumpa guru walaupun diminta datang berbincang tentang pelajaran anak mereka yang menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Mereka juga mungkin sibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka di bawah jagaan pembantu rumah atau penjaga. Justeru, mereka tidak mungkin dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi anak itu. Bagi ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah didapati mereka kurang peka terhadap langkah-langkah yang boleh membantu anak-anak mereka. Selain persekitaran keluarga yang baik, mereka juga memerlukan persekitaran sosial, masyarakat dan persekitaran sekolah yang membina. Persekitaran dan suasana bilik darjah yang kondusif dan sesuai dengan bilangan pelajar juga dapat membantu murid bermasalah bahasa belajar dengan selesa. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan
dengan
baik.
Persekitaran
yang
menyeronokkan
ini
sudah
pasti
menyenangkan dan memudah proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah
penting. Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Justeru, untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha pelbagai pihak perlulah gigih dan berterusan.
9.0
RUMUSAN Sebagai kesimpulannya, kanak-kanak mempelajari bahasa yang normal melalui
perkembangan pragmatik, semantik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Kesukaran dalam mempelajari bahasa adalah amat dirasai bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi. Pelbagai cara dan langkah-langkah boleh diambil bagi mengatasi masalah bahasa kanak-kanak. Intervensi yang sesuai serta peranan yang dimainkan oleh ibu bapa kan membolehkan kanak-kanak memperbaiki bahasa mereka seterusnya dapat menguasai bahasa dengan sempurna. Setiap kanak-kanak khas perlu diberi perhatian dan pelajaran yang sama dengan setanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Alklington(1991) mencadangkan perkembangan rangka kerja baru yang mengiktiraf potensi belajar semua kanak-kanak. Golongan profesional perlu ada cara baru untuk membantu pelajar dengan menggunakan kaedah lisan dan penulisan bahasa yang lebih menarik, bahasa yang bermakna dan menggunakan bahasa untuk komunikasi yang lebih realistik. Bahasa dan komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita. Setiap hari kita pasti akan bercakap atau bertutur untuk menyatakan keinginan kita, tidak kira sama ada menggunakan pertuturan , bahasa isyarat mahupun gerak tubuh. Kesemuanya digunakan oleh setiap individu mengikut keperluan masingmasing. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Kecacatan yang dialami oleh mereka tidak akan sama dengan seseorang kanak-kanak yang lain. Oleh yang demikian, kita mestilah mengenal pasti apakah masalah bahasa yang dialami, mengetahui langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil serta membuat pengukuran dan penilaian terhadap kanak-kanak tersebut.
Keperluan dan kepentingan memperoleh dan mempelajari bahasa dalam kalangan kanak-kanak keperluan khas adalah sama pentingnya dengan kanak-kanak normal. Golongan ini tidak boleh diabaikan hanya kerana kekurangan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, kelebihan dan kesempurnaan dari aspek lain hendaklah dipertingkatkan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mendapat pendidikan seperti kanak-kanak normal. Selain itu, ibu bapa, keluarga, guru, pihak kerajaan dan swasta serta masyarakat keseluruhannya haruslah memberikan kerjasama dan turut menyumbang untuk memastikan kanak-kanak istimewa dapat hidup dengan sempurna sama seperti insan normal yang sebaya dengan mereka.
BIBLIOGRAFI Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press: USA. Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers¶ Attitude to Change. PhD thesis. University of Exerter. Unprinted. Jabatan Pendidikan Khas. (1995).
P erancangan
Strategik :
P endidikan
K has 2020.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Sukatan P endidikan K has Bermasala h P embelajaran Sekola h Rendah & Menengah.
P elajaran
Jamila K.A Mohamed. (2006). P endidikan K has Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. K.A. Razhiyah. (2005). Menjadi Guru Professional Publishing Sdn. Bhd.
P endidikan
K has. Kuala Lumpur :
PTS
Mat Daud Yusof. (1990). Bagaimana kanak-kanak cacat menguasai bahasa. Jurnal Dewan Bahasa, 34 (3): 156-165. Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhD thesis. University of Warwick. Unprinted.
Zamri Mahamod. (2007). P sikolinguistik Dalam P engajaran Dan P emerole han Bahasa P ertama Dan Kedua. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.
http://www.pendidikankhas.com/forum/thread-13.html http://www.asiacommunityservice.org/NECIC/CD/Plenary%20Session%204/PS%204A %20-%20Haniz%20Ibrahim.pdf http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php?option=com_content&view=article&id=41:sem inar http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/1maksud-pendekatan-kiosk-dan-bila.html