Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 1
KANDUNGAN
Dedikasi
Biodata Penulis
Kelebihan Susu Ibu VS Susu Formula
Surat Bayi Untuk Ibu
3 Teknik Meredakan Tangisan Bayi Baru Lahir
4 Langkah Merangsang Pengeluaran Susu Ibu Selepas Bersalin
Cara Melakukan Pinch Test
6 Formula Menyelesaikan Masalah Puting Tenggelam
Kisah Inspirasi
Kesimpulan
Bibliografi
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 2
KANDUNGAN
Dedikasi
Biodata Penulis
Kelebihan Susu Ibu VS Susu Formula
Surat Bayi Untuk Ibu
3 Teknik Meredakan Tangisan Bayi Baru Lahir
4 Langkah Merangsang Pengeluaran Susu Ibu Selepas Bersalin
Cara Melakukan Pinch Test
6 Formula Menyelesaikan Masalah Puting Tenggelam
Kisah Inspirasi
Kesimpulan
Bibliografi
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 2
DEDIKASI
Khas buat suami tercinta Shuhaimi bin Abu Samah Terima kasih atas sokongan penuh kasih sayang Selama ini Buat anak-anakku yang disayangi Nuha Areefa dan anak-anak yang bakal menyusul kemudian Kehadiran kalian memberi inspirasi untuk ummi Memperjuangkan penyusuan ini Juga buat kedua ibu bapa yang sentiasa sayangkan saya dan mendoakan saya Sharifah Sukhaila binti Syed Abdul Aziz dan Samat bin Salleh Tidak lupa kepada keluarga mentua, yang sentiasa menyokong saya Abu Samah bin Abu Bakar dan Hamidah binti Ahmad Buat Arwah Tok Umi saya, Sharifah Tijah binti Syed Abdul Aziz Pengalamannya menyusukan tujuh orang anaknya sangat menginspirasikan saya Alfatihah disedekahkan kepada Tok Abah saya Syed Abdul Aziz bin Syed Hamzah Al-Yahya Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam Kalangan orang-orang yang beriman Al-Fatihah
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 3
BIODATA PENULIS
Saya merupakan seorang ibu kepada anak saya, Nuha Areefa binti Shuhaimi. Saya ialah seorang Kaunselor Laktasi dan juga Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor ). ).
Saya adalah seorang ibu yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya selama 2 tahun dan sangat berminat dalam bidang penyusuan susu ibu.
Tujuan saya menulis ebook ini ialah saya ingin membantu ibu-ibu lain untuk berjaya dalam penyusuan ibu terutama ibu yang mengalami masalah puting p uting payudara pa yudara ibu pendek atau rata dan mungkin tenggelam ke dalam, atau dalam bahasa lainnya, puting buta.
Cabaran penyusuan di awal kelahiran bukan sesuatu yang mudah jika tanpa ilmu dan sokongan untuk menyusu, terutama buat ibu yang mengalami masalah puting tenggelam ini, atau dalam bahasa penyusuannya, inverted nipple.
Saya juga seorang ibu yang pernah melalui cabaran ini diawal kelahiran anak pertama saya, dan setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran ketika menyusukan anak, akhirnya saya berjaya menyusukan anak pertama saya sehingga dua tahun penuh.
Ketika hari pertama bersalin, saya sama sekali tidak tahu yang saya mengalami masalah puting tenggelam. Apa yang saya tahu, anak saya tidak boleh melekap di dada saya untuk menyusu dan dia kelaparan. Selama dua hari anak saya diberi susu formula dan saya sangat sedih bercampur tertekan kerana tidak dapat menyusukan anak, sangat susah menyusu saya rasakan ketika itu.
Pulangnya saya di rumah, saya menjadi exclusive pumping mother , iaitu ibu yang mengepam sepanjang masa setiap dua jam sehari dan anak saya diberi susu ibu menggunakan botol.
Pernah saya hampir berputus asa, apabila keluarga dan orang sekeliling bertanya itu dan ini kerana mereka pelik mengapa saya tidak menyusukan anak saya secara terus. Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 4
Namun saya masih ingat, kata-kata yang membuatkan saya terus berhempas pulas untuk berjaya menyusu ialah, “ Penyusuan Ibu Adalah Jihad Untuk Kaum Wanita”. Kata-kata inilah yang menjadi semangat saya disamping hasrat saya ingin menyusukan anak sehingga dua tahun penuh.
Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang dan sangat membantu saya dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada anak kami.
Atas kejayaan inilah, saya rasa terpanggil untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah ini seperti saya supaya mereka mendapat ilmu dan teknik yang betul untuk menjayakan penyusuan terutama di hari awal kelahiran dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Saya juga mendapati, ramai di kalangan ibu yang mengalami masalah ini tidak tahu cara menyelesaikannya, malah ada ibu yang tidak tahu yang sebenarnya mereka mempunyai masalah puting buta!
Hal ini menyebabkan mereka menyangka mereka tiada susu, susu sudah kering ketika berpantang dan keturunan yang mempunyai susu sedikit ialah punca kenapa mereka gagal menyusu.
Saya pernah berjumpa seorang ibu, yang gagal menyusu anak pertama dan kedua. Apabila ditanya, spontan dia menjawab susunya kering selepas sebulan. Setelah saya bertanya dengan lebih lanjut, barulah saya tahu puncanya adalah kerana dia mempunyai masalah puting buta dan dia sama sekali tidak menyedari hal ini.
Pernah juga seorang ibu yang mempunyai tiga anak, berjumpa saya dan menceritakan kegagalan beliau menyusukan anak kerana masalah puting buta ini dan
walaupun beliau mempunyai
semangat dan keinginan yang kuat serta sentiasa berusaha untuk menyusu, namun beliau tidak tahu bagaimana teknik yang betul untuk menyelesaikan masalahnya.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 5
Saya juga dapati ibu-ibu yang mengalami masalah ini, kebanyakannya agak segan untuk bertanya dan kurang keyakinan diri kerana payudara mereka tidak seperti orang lain yang normal.
Ibu yang mengalami masalah ini memang agak sukar untuk melekapkan bayi di payudara untuk menyusu, dan ia satu cabaran besar serta apabila mereka tidak tahu teknik dan ilmu penyusuan, disamping tiada sokongan suami dan keluarga, menyebabkan ramai yang kecundang di hari awal penyusuan.
Atas sebab itulah, saya ingin berkongsi ilmu dan teknik yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah ibu yang putingnya tenggelam ini dan membina keyakinan diri ibu bahawa mereka boleh menyusu dan pasti berjaya jika mempunyai ilmu dan teknik penyusuan yang betul.
Begitulah kisah bagaimana ebook ini diterbitkan untuk berkongsi formula untuk menyelesaikan masalah puting tenggelam. Saya akan berkongsi teknik secara terperinci tentang apa yang anda perlu lakukan untuk anda berjaya menyusu walaupun mengalami masalah ini.
Saya berharap saya dapat membantu anda dalam perjalanan awal penyusuan anda serta berjaya menyusukan anak anda dengan susu ibu. Semoga ia menjadi titik awal kepada kejayaan penyusuan anda di masa akan datang.
SITI ‘AISYAH BINTI SAMAT Kaunselor Laktasi https://www.facebook.com/NuhaLittleShop (NuhaBaby) www.nuhababy.com
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 6
KELEBIHAN SUSU IBU VS SUSU FORMULA
Salam, kali ini saya benar-benar mahu kongsikan, apakah kelebihan susu ibu jika dibandingkan dengan susu formula? Teringat saya pada kata-kata Dr Harlina Haji Siraj (Pakar Perubatan), katanya “Susu ibu ini kalau dibandingkan dengan susu formula, bezanya macam langit dengan bumi.” Malah, di dalam AlQuran sendiri disebut tentang perlunya ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu, bermakna menyusukan anak dengan susu ibu adalah perkara serius! Apa hebatnya susu ibu ni ye? Soalan ini menyebabkan saya mencari apakah sebenarnya yang ada di dalam susu ibu ini dan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 7
Jom, mari kita lihat perbandingannya.
KELEBIHAN
MUDAH DIHADAM
TINGGI IQ & USUS SIHAT
SUSU IBU
SUSU FORMULA
Mengandungi lemak dan DHA yang dihasilkan mengikut keperluan bayi. Lemak susu ibu sangat mudah dihadamkan .
Lemak di dalam susu formula susah dihadamkan dan tidak mengandungi DHA
Mengandungi sel hidup dan bakteria baik (probiotik) untuk kesihatan usus, meningkatkan sistem immune bayi dan baik untuk perkembangan otak.
Mengandungi sel yang sudah mati dan sama sekali tidak mengandungi bakteria baik (probiotik)
Mengandungi protein yang senang dihadam, sebab itu bayi tiada sebarang ALAMI ALAHAN alahan
Mengandungi protein yang susah dicernakan menyebabka n usus bayi terbeban, kerana itu bayi nampak kerap tidur sahaja seolah lena kekenyangan.
PERLINDUNGA N DARI PENYAKIT
Mengandungi sel darah putih untuk perlindungan dari penyakit dan antibodi . Antibodi ibu akan disalurkan ke bayi membuatkan bayi mendapat perlindungan dari penyakit yang ibunya pernah alami.
Tidak mengandungi sel darah putih dan juga tiada antibodi untuk bayi melawan penyakit jika terkena.
VITAMIN DAN ZAT GALIAN
Mengandungi vitamin dan zat galian yang mudah dihadam dan diserap usu s bayi[
Zat galian dalam susu formula susah dihadam dan susah diserap kerana ia susu lembu yang dicampur sumber kimia yang diproses
BAYI TIDAK
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 8
MEMPUNYAI PELBAGAI RASA
Kaya dengan enzim yang bantu penghadaman dan hormon yang menyokong perkembangan bayi . Sebab itu susu ibu mempunyai pelbagai rasa dan berubah-ubah rasa mengikut pemakanan ibu. Hasilnya, bayi mudah biasakan diri dengan pemakanan bila berhenti menyusu.
Tidak mengandungi enzim dan hormon. Juga, rasanya yang sama sahaja, menyebabkan tunas rasa bayi kurang dirangsang. Hasilnya, bayi sukar dan kurang selera makan kerana dibiasakan dengan rasa susu formula tersebut.
Lengkap dengan segala khasiat dan nutrisi yang diperlukan bayi. Susu ibu berubah nutrisi mengikut keperluan badan dan umur bayi dan susu ibu juga berbeza untuk setiap bayi dari segi kandungannya.
Kepekatan susu ibu juga sentiasa berubah mengikut jumlah air yang diperlukan oleh badan bayi. Jika cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dan jika cuaca sejuk, susu ibu akan lebih pekat! Susu ibu sentiasa berubah kandungan rasa bergantung kepada apa yang ibu makan dan ini merangsang tunas rasa bayi itu dan bayi akan mudah menerima rasa makanan bila besar nanti.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 9
Tiada susu formula yang mampu meniru khasiat terbaik susu ibu, kajian juga mendapati anak yang minum susu ibu sepenuhnya cergas dan bijak fizikal, minda dan perkembangannya.
Banyak lagi kelebihan susu ibu sebenarnya, apa yang saya ingin katakan, sebab itu di dalam AlQuran juga Allah menyarankan ibu menyusukan anaknya sehingga dua tahun penuh.
Jadi amatlah penting kenapa kita perlu tahu kebaikan menyusukan anak dengan susu ibu, selain untuk kesihatan pada bayi, ia juga untuk memenuhi tuntutan ayat dari Surah Al-Baqarah di dalam Al-Quran !
Semoga kita berjaya menghidupkan kembali sunnah penyusuan susu ibu.
Untuk berjaya dalam penyusuan, anda juga perlu tahu bagaimana sikap bayi baru lahir dan perubahan payudara anda untuk menghasilkan susu.
Jadi, bagi memudahkan anda memahami sikap bayi baru lahir, saya akan kongsikan tiga artikel iaitu Surat Bayi Untuk Ibu, 3 Teknik Meredakan Tangisan Bayi Baru Lahir dan 4 Langkah Merangsang Pengeluaran Susu Ibu Selepas Bersalin.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 10
SURAT BAYI UNTUK IBU !
Buat ibu tersayang, Ibu, saya tahu ibu sememangnya yakin yang susu ibulah yang terbaik untuk saya, yang dibuat khas untuk saya.
Saya cuma nak ibu tahu, kalau kita terpisah selepas saya lahir, ketahuilah yang saya akan kurang sedikit berat berbanding rakan saya yang sentiasa bersama ibu mereka. Ibu jangan risau ye! Kerana yang saya perlu ketika itu hanyalah menyusu dengan kerap.
Saya tahu, beberapa hari saya lahir ini, ibu rasa risau bila ada yang kata saya lapar, tak cukup susu dan ibu pula tak mampu buat susu yang cukup untuk saya. Ibu, jangan risau ya! Kerana saya pada masa ini, sangat perlukan kolostrum ibu yang pekat, likat dan kaya protein juga antibodi yang mana boleh turunkan bacaan demam kuning saya.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 11
Ibu tahu tak? saya masih tengah cuba latih untuk gerakkan lidah saya, kita pun masih cuba untuk sama-sama selesa, jadi saya perlukan lebih dari 20 minit hanya untuk mendapat 1 sudu teh kolostrum (5-7 ml).
Tapi ibu jangan risau ye! Sebab saya memang selesa dipeluk di dada ibu,mendengar degup jantung ibu sangat menenangkan. Kalau ibu nak tahu, saiz perut saya pada masa ini sebesar guli je, kapasiti 5-7 ml je ibu, jadi memang muat-muat je dengan kuantiti kolostrum yang ibu penyakit dan jangkitan kuman.
hasilkan.
Ibu, saya gembira sangat, terlalu gembira bila saya dapat telan kolostrum dari ibu, sebab saya sudah dapat “imunisasi pertama” saya yang kaya antibodi dan dapat selamatkan saya dari segala Perut saya yang sebesar guli pula masih “keras” dindingnya dan belum lagi matang. Sebab itu saya akan muntahkan susu balik jika ada yang memberi saya susu melalui botol.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 12
Saya hanya ada dua cara untuk sampaikan mesej saya kepada ibu, iaitu menangis dan menghisap. Sebab pandangan saya masih kabur dan anggota lain masih belum kuat lagi. Menangis dan menyusu adalah segalanya buat saya ibu, jika saya lapar, tak selesa, takut, rimas. Hanya di dada ibu yang mampu menenangkan saya.
Saya tahu ibu mungkin keliru bila saya asyik menyusu dan menyusu, walaupun saya sudah kenyang. Saya tahu ibu boleh beza antara hisapan saya ketika lapar atau hisapan ketika mahukan keselesaan.
Sebenarnya ibu, banyak perkara yang saya rasa bila berada di dada ibu, ia bukan sekadar hilangkan lapar namun di situlah rumah saya untuk saya dapat ketenangan dengan menyentuh ibu dan mendengar degup jantung ibu.
Jika saya diberi susu botol, mustahil untuk saya rasakan nikmat ini, ibu. Saya mungkin boleh menghisap sahaja puting botol sehingga saya sedar perut saya akan makin sakit, kerana pada hari ke-10 kelahiran saya pun, saiz perut saya hanyalah sebesar bola pingpong!
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 13
Ibu, terus terang, saya memang tak boleh tahan keinginan untuk sentiasa menyusu sebab saya memang dilahirkan untuk menyusu saja (selain menan gis) dan dari dalam perut ibu lagi, aktiviti saya ialah menghisap!
Lepas beberapa minggu nanti, baru saya akan okey tapi sekarang, MENYUSU ialah aktiviti utama saya. Ibu nak tahu sesuatu yang "cool" tak? Bila saya kerap menyusu di hari awal ini, badan ibu akan aktifkan reseptor prolaktin!
Dua minggu pertama saya, semakin tinggi saya tingkatkan level prolaktin dalam badan ibu ( hisapan saya merangsang peningkatan prolaktin dalam badan ibu) semakin banyak reseptor prolaktin yang diaktifkan dalam kilang susu ibu, dan nanti barulah bekalan susu ibu untuk saya semakin tinggi! Selagi ibu terus pilih untuk terus menyusukan saya, selagi itu bekalan susu ibu akan semakin banyak!
Jadinya, lagi banyak reseptor prolaktin yang ada, lagi banyak tempat untuk hormon prolaktin dan lagi senanglah nanti ibu nak hasilkan susu yang cukup, yang saya perlukan.
Selain prolaktin, ada lagi hormon oksitosin, Hormon yang saya aktifkan bila saya men yusu di dada ibu. Ia hormon kasih sayang yang jadikan ibu rasa tenang dan bahagia ketika menyusukan saya. Teruskan menyusu, ibu! Tarik nafas dan bertenanglah! Bila oksitosin tinggi, barulah susu untuk saya akan keluar dengan lancar. Saya tahu ibu mungkin rasa janggal dan kekok dengan situasi ini tapi saya harap ia akan buatkan ibu rasa "TERBAIKLAH" untuk menyusukan saya sekarang. Semoga ibu terus kuat untuk menyusukan saya ya. Salam Sayang dari,
Anakmu yang sangat sayangkan ibu ! Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 14
3 TEKNIK MEREDAKAN TANGISAN BAYI BARU LAHIR
Bayi baru lahir hari pertama dan kedua cenderung menangis. Situasi apabila bayi menyusu dan mula tertidur, bila dilepaskan dan diletakkan di katil, dia menangis kembali dan mahu menyusu lagi. Persoalannya? Adakah bayi anda lapar? Biasanya ibu baru akan diyakinkan dengan puncanya, susu tiada lagi dan bayi lapar. Jadi susu formula diberi pada bayi. Betul ke? Jom kita fahami kenapa bayi cenderung menangis.
Habitat asal bayi selama 9 bulan ialah di alam rahim, dimana bayi tinggal dengan mendengar jantung ibu, alunan air ketuban yang mengelilingi, bunyi paru-paru.Sempit dan gelap. Ya itu rumah saya! Kata bayi. Tiba-tiba segalanya bertukar, dia terpaksa berpindah dari rumah itu ke rumah lain (dunia) yang luas, terang, bising, dipakaikan baju, sarung tangan, topi dan selimut. Dipangku oleh ramai orang dan dimandikan, makan melalui mulut dan berak melalui salur najis. Sebelum ini tak pernah pakai baju, tak pernah mandi pun. Saya makan dan buang air besar pun melalui uri, kata bayi.
Semua ini menimbulkan kurang senang bayi dan dia tak selesa.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 15
Hanya satu tempat yang dia selesa iaitu dada. Ia adalah tempat yang paling dekat dengan rumah asal bayi (rahim) dan paling dekat dengan denyutan jantung. Kesimpulan, menyusu bukan sahaja kerana bayi lapar. Tetapi kerana ia adalah habitat asal bayi untuk memberi ketenangan, keselesaan dan keselamatan. Fitrah bayi baru lahir memang begitu,bayi bukan menyusu saja. Dia mencari keselesaan. Bila dilepaskan dari menyusu, bayi adakalanya mula menangis dan mahu menyusu kembali. Apa yang anda perlu buat? 1# BIARKAN BAYI TIDUR LENA DI DADA ANDA SELEPAS MENYUSU
Anda perlu guna teknik yang betul untuk melepaskan bayi dari menyusu setelah dia tertidur. Teknik melepaskan bayi setelah bayi berhenti menyusu, kemudian biarkan bayi di dada sehinggalah bayi benar-benar tidur lena (deep sleep). Bayi tidak rasa diganggu bila digerakkan ketika "deep sleep". Kadang kala bayi anda menyusu dan tertidur, dia masih di fasa "mamai/baru nak lena" jadi dia terganggu bila digerakkan dan masih mahu menyusu. Biarkan saja dia menyusu, ia normal. Ia cara bayi anda menenangkan diri dan menyelesakan dirinya. Tempoh dari fasa "mamai" kepada "tidur lena" biasanya dalam setengah jam. 2# TANGGALKAN SARUNG TANGAN BAYI
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 16
Tanggalkan sarung tangan bayi. Tangan bayi umpama "rakan baik" bayi ketika itu. Menghisap jarinya ialah cara dia menenangkan diri dari ketidakselesaan. Ketika anda menyusu, biarkan jari bayi anda menyentuh anda, bayi perlukan sentuhan dan rasa kulit anda dan dia, untuk selesa malah supaya hormon oksitosin anda tinggi dan meningkatkan produktiviti susu anda sendiri! Bayangkan selama 9 bulan tangan bayi lepas bebas di alam rahim, aktiviti utama dia di rahim ialah menghisap jarinya sendiri. Tiba-tiba "kawan baik" nya dirampas, malah dihilangkan dengan memakaikan sarung tangan. Bayi sudah tiada cara/pilihan untuk menenangkan dirinya lagi! Biarkan bayi menghisap jari dan susu anda, bukan menggantikan dengan puting tiruan. Apapun, situasi bayi kerap menangis dan mahu menyusu sepanjang masa kadangkala berlaku apabila terlalu ramai orang di rumah anda, anda ke tempat baru seperti klinik, hospital, kereta, tempat membeli belah dan kampung halaman. Jangan panik dengan situasi ini, kadangkala bayi perlukan lebih masa untuk berada di dada anda, bukan untuk menyusu sahaja. Kerana pada bayi, ia tempat yang dekat den gan rumah asalnya. Para ibu semua, masih ingat lagi ketika hari pertama kita ke sekolah? Selama 7 tahun di rumah bersama ibu bapa, dan tiba-tiba kita ditinggalkan didalam kelas bersama guru dan ramai budak yang kita tidak kenal, tentu rasa takut dan risau, juga rindu pada mak ayah kita waktu minggu awal mula sekolah darjah 1 kan? Begitulah bayi kita, berubah dari rahim ke dunia juga dia mengalami perasaan takut yang sama kita rasai bila bertukar ke persekitaran dan tempat baru sama ada masuk darjah 1 atau hari pertama masuk ke sekolah asrama atau hari pertama posting/bekerja di tempat baru. 3# TEKNIK URUTAN BAYI
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 17
Antara kelebihan urutan bayi ialah bayi
Lebih lena tidurnya Kurang menangis dan kurang meragam Lebih tenang dan tidak mudah menangis Membantu perkembangan mental, sosial dan fizikal bayi
Hal ini diakui sendiri oleh BabyCentre Medical A dvisory Board di dalam blognya Baby Center iaitu “Massage may help your baby to sleep better, cry and fuss less, stay relax and develop mentally, socially and physically” Malah, ada satu kajian mengatakan urutan pada hari awal kelahiran bayi, boleh membantu sembuhkan demam kuning dengan lebih cepat! Ianya juga adalah masa istimewa iaitu bonding time ibu dengan bayi serta bapa dengan bayi, dan terapi stress buat ibu berpantang. Bila bayi gembira, dan lena tidur serta kurang meragam tentunya ibu juga bahagia ! Untuk tahu bila masa yang sesuai mengurut bayi, apa yang diperlukan sebelum mengurut dan 7 jenis urutan bayi dari muka sehingga ke kaki, anda boleh klik link dibawah http://www.nuhababy.com/rahsia-9-teknik-urutan-supaya-bayi-tidur-lena-sepanjang-malam/ Semoga penulisan ini, akan membantu anda menghadapi hari awal kelahiran bayi anda.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 18
4 LANGKAH MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU SELEPAS BERSALIN
Biasanya ibu selepas bersalin, sangat risau akan p enghasilan susu ibu. Terutama ibu yang baru melahirkan anak pertama. Persoalan seperti “Macam mana kalau susu tiada nanti atau susu sedikit sahaja?” Sering menghantui ibu dan bakal ibu. Masalah tiada susu sebenarnya hanyalah satu mitos semata-mata. Ini kerana, susu memang akan terhasil sebaik sahaja hari pertama bayi lahir ke dunia. Cuma, susu ibu tidak akan menjadi banyak dan cukup dengan sendirinya. Susu ibu perlu dirangsang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi. Disini saya ingin kongsikan dulu perubahan pada payudara ibu ketika minggu pertama bayi lahir. Supaya anda faham dulu apa yang berlaku sebenarnya pada payudara anda ye. PERUBAHAN PADA PAYUDARA
Susu pada hari pertama hanyalah sedikit sahaja, berwarna kuning, pekat dan likat seperti madu. Ianya dipanggil kolostrum. Normal seorang ibu hanya menghasilkan beberapa titis sahaja kolostrum dan ianya cukup untuk mengenyangkan bayi. Ini kerana perut bayi juga pada masa ini sangat kecil, hanya sebesar guli.
Kolostrum yang sedikit ini pula kaya dengan protein dan antibodi untuk bayi.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 19
Hari kedua, barulah anda akan lihat susu mula bertambah dan juga mengalami perubahan dari kolostrum kepada susu matang ( hari ke 2 hingga hari ke 7)
Tapi, dalam tempoh antara hari ke-2 hingga hari ke-7 ini, anda perlu rangsang penghasilan susu ibu supaya bertambah banyak sehinggalah anda boleh lihat susu anda mula menjadi putih (susu matang) pada minggu kedua dan seterusnya. Jadi, disini saya ingin kongsikan 4 langkah yang anda perlu lakukan supaya susu ibu bertambah banyak pengeluarannya! Okey mari kita lihat apa langkah-langkahnya? yang pertama ialah
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 20
#1 MENYUSU DENGAN KERAP
Anda perlu menyusu bayi dengan kerap sekurang-kurangnya 10-12 kali setiap hari! Ianya bagus untuk galakkan pengeluaran susu dan juga mengurangkan bengkak susu daripada berlaku. Bengkak susu dapat dielakkan jika anda kerap menyusu dengan memastikan lekapan penyusuan yang betul. Biarkan bayi menyusu habis payudara pertama dan melepaskannya sendiri, sebelum menawarkan payudara yang sebelah lagi. Jika bayi anda bermasalah untuk melekap kerana payudara membengkak, perah susu sehingga payudara menjadi lembut dan kemudian baru cuba menyusu semula. Pastikan ibu menggunakan posisi yang betul dan bayi melekap di payudara dengan betul ye. #2 MENYUSUKAN BAYI SEMASA BAYI MENUNJUKKAN TANDA LAPAR
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 21
Apa tanda bayi lapar? Saya yakin tentunya anda akan menjawab, tanda bayi lapar ialah bila bayi menangis, merengek dan mengamuk! Sebenarnya, BUKAN.. Bila bayi menangis, ianya bukan tanda awal bayi lapar tetapi tandanya bayi sudah lapar terlalu lama dan anda sudah terlewat menyusukannya! Bayi menangis, menunjukkan kita sudah terlewat menyusukannya. Sepatutnya, anda perlu menyusukan bayi ketika tanda awal bayi lapar! Apabila anda terlewat menyusukan bayi, bayi akan menangis dengan kuat! Kesannya, anda akan stress dan kelam kabut, tambah kalau susu pula sudah bengkak, lagilah menyebabkan lekapan penyusuan tidak betul dan cara menyusu juga salah. Ianya menyebabkan bayi tidak dapat cukup susu kerana ibu menyusu dengan cara yang tidak betul. Seeloknya, susukanlah bayi ketika bayi masih belum terlalu lapar supaya anda lebih tenang ketika menyusu! #3 KEJUTKAN BAYI UNTUK MENYUSU SETIAP HARI
Anda perlu kejutkan bayi anda supaya menyusu setiap 2 jam (pada waktu siang) dan setiap 4 jam (pada waktu malam) Cara kejutkan bayi yang betul ialah membuka bedung bayi dan letakkan bayi anda di dada. Boleh lihat imej di atas untuk tips mengejutkan bayi untuk menyusu.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 22
#4 MENYUSU DENGAN LEKAPAN YANG BETUL
Anda perlu pastikan bayi melekap dengan betul di payudara, dan bayi menghisap susu dengan betul. Tahukah anda, banyak kes yang berlaku bila ibu menyusu dengan lekapan yang salah, ia akan menyebabkan
Bayi akan menyusu dengan sangat lama Bayi tidak mendapat cukup susu Jika bayi kuning, kuningnya lambat turun hanya kerana lekapan penyusuan yang salah.
Jadi, pastikan anda menyusukan bayi dengan lekapan penyusuan dan posisi yang betul. Juga, pastikan bayi anda mendapat susu ibu yang secukupnya melalui tanda-tanda berikut.
Artikel penuh di link http://www.nuhababy.com/4-tanda-bayi-dapat-cukup-susu-ibu/ Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 23
CARA MELAKUKAN PINCH TEST
Setiap payudara wanita adalah berbeza. Jika anda ingin tahu sama ada anda mempunyai puting yang normal atau tidak, anda boleh lakukan pinch test.
Apa yang anda perlu lakukan ialah, tekan aroela kira-kira satu inci daripada puting. Puting normal akan timbul apabila dibuat ujian ini. Manakala, puting tenggelam pula tidak timbul malah lebih tenggelam ke belakang.
Selamat mencuba ya ibu-ibu semua! Jangan risau jika puting anda tenggelam, kerana anda tetap akan berjaya menyusukan dengan bantuan pakar dan teknik yang betul.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 24
6 FORMULA MENYELESAIKAN MASALAH PUTING TENGGELAM
Apabila anda telah memahami bagaimana sikap bayi baru lahir, perubahan pada payudara dan ujian untuk menentukan sama ada puting anda tenggelam atau normal, barulah kita pergi kepada 6 formula untuk menyelesaikan masalah inverted nipple supaya anda dapat terus menyusukan bayi dengan betul dan bayi mendapat susu yang secukupnya.
Tahukah anda apa itu inverted nipple? Inverted nipple bermaksud puting yang pendek atau rata dan kadangkala tenggelam, dalam bahasa lain, ia dipanggil putting buta.
Semua ibu di dunia mempunyai putting. Cuma sesetengah ibu putingnya ada tetapi tenggelam ke dalam. Keadaan ini menyebabkan ibu susah untuk menyusu.
Jadi, apa yang akan saya ajarkan kepada anda ialah, bagaimana teknik untuk mengeluarkan puting yang tenggelam itu, supaya anda boleh terus sukses dalam menyusu.
Idea 6 formula untuk menyelesaikan masalah inverted nipple datang daripada perkataan INVERT itu sendiri, iaitu
I – Ilmu Lekapan N – Nipple Shield/Nipple Supple V – Vacum E – Encourage R – Relax T – Teknik B reast Sandwich
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 25
ILMU LEKAPAN
Ibu perlu tahu, nipple ini umpama sauh atau penunjuk arah untuk bayi menyusu. Tanpa “sauh’ ini, bayi seolah akan hilang petunjuk arahnya untuk melekap di dada dan inilah yang menjadikan bayi sukar menghisap.
Sebelum saya huraikan secara terperinci, saya ingin senaraikan secara ringkas, apa yang ibu perlu pastikan sebelum mula menyusu, untuk mendapatkan lekapan yang betul dan sukses!
Sebelum menyusu, rangsang supaya bayi membuka mulut dengan luas. Caranya ialah biarkan mulut bayi menghisap dan menjilat payudara anda sebelum menyusu. Teknik ini dipanggil reflek hisapan.
Ibu perlu duduk selesa yang mungkin. Pastikan ada bantal untuk ibu bersandar atau memegang bayi ya!
Pastikan bayi juga selesa, kepala dan badan bayi mengiring dan dalam keadaan lurus serta mengadap dada ibu.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 26
Seterusnya setelah semuanya selesa, mari kita pergi kepada teknik untuk mulakan menyusu. Oh ya, bagaimana anda mahu tahu bila bayi anda mahu menyusu? Adakah anda menunggu bayi menangis, baru anda mengangkatnya untuk menyusu?
Oh tidak ibu, jangan! Anda perlu menyusukan bayi anda ketika dia menunjukkan tanda awal mahu menyusu (early cues) iaitu apabila bayi anda menguap dan mula mengiring ke kiri dan ke kanan.
Barulah anda boleh mempraktikkan teknik untuk mulakan menyusu yang saya akan ajarkan kepada anda ini ya!
Jangan tunggu sehingga bayi menangis, kerana bayi waktu itu sudah terlalu lapar, dan anda perlu menenangkan bayi dahulu, bayi menangis adalah tanda lewat (late cues) dan anda juga akan rasa sukar untuk fokus dan praktiskan teknik lekapan yang saya akan ajarkan ini juga.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 27
Posisi menyusu yang saya sarankan kepada ibu inverted nipple ialah dua posisi ini iaitu posisi football hold atau cross cradle. Ini kerana, posisi ini lebih mudah untuk ibu mengawal pergerakan bayi. Sebelah tangan digunakan untuk memangku bayi dan sebelah tangan lagi untuk memegang payudara.
FOOTBALL HOLD
CROSS CRADLE
Pegang payudara dengan bentuk C atau bentuk U. Tekan di kawasan aroela ya ibu, bukan di nipple. Sebelum mulakan lekapan untuk menyusu, pastikan bayi anda membuka mulut dengan luas. Bagaimana mahu pastikan bayi membuka mulut dengan luas? Rangsang dengan reflek hisapan yang saya terangkan di atas tadi.
Bentuk C
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Bentuk U
Page 28
Ibu boleh titiskan sedikit susu untuk membantu bayi fokus pada kawasan nipple dan aroela.
Jika dua posisi diatas masih sukar untuk ibu masukkan nipple dalam mulut bayi, ibu boleh cuba posisi ini. Letakkan bayi di atas tilam dan duduk dalam posisi merangkak.
Apabila anda di posisi merangkak, graviti akan menarik payudara dan nipple ke bawah dan bayi akan lebih mudah memasukkan nipple ke dalam mulutnya. Selepas berjaya, betulkan semula posisi anda kepada posisi yang lebih selesa.
Juga, dua posisi yang saya ajarkan tadi iaitu football hold dan cross cradle, ianya ialah posisi utama jika anda sukar untuk lekapan. Jika anda sudah pandai menyusu dan berjaya melekapkan bayi di nipple anda dengan sukses, anda boleh cuba posisi menyusu yang lain seperti berbaring dan lain-lain ya.
Anda boleh rujuk link ini untuk melihat secara jelas beberapa posisi ketika penyusuan.
http://www.nuhababy.com/4-posisi-ketika-menyusu-yang-ibu-perlu-tahu/
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 29
Inilah antara asas ilmu lekapan yang perlu ibu praktiskan ketika mula menyusu. Seterusnya, sebelum bayi memasukkan mulutnya ke nipple anda, anda perlu target bibir bawah bayi akan sampai dahulu dan menyentuh aroela kawasan bawah, jadi dengan ini bayi akan menghisap kawasan aroela dan juga nipple.
Barulah susu akan keluar dengan lancar kerana saluran susu berada di aroela. Jika bayi hanya menghisap nipple, susu akan susah untuk keluar!
Ada satu lagi teknik penting yang ibu inverted nipple boleh cuba, iaitu dapatkan lekapan asymmetri. Caranya tangan ibu memangku leher bayi (kepala bayi menegak menghadap payudara ibu) dan sebelah tangan lagi mengampu payudara.
Pastikan hidung bayi atau bibir atas bayi sama aras dengan nipple ibu. Mula rangsang supaya bayi buka mulut dengan luas dan bila mulut dah luas, cepat masukkan nipple ibu kedalam mulut.
Cuba ibu lihat gambar di bawah, target kawasan itu, dimana apabila bayi mula melekap, bibir bawah bayi bertemu di kawasan aroela bawah nipple. Apabila ini berlaku, bayi akan menghisap kawasan bawah aroela lebih banyak. Ini dipanggil lekapan asymmetri.
Senang sahaja lekapan yang betul ini, asalkan ibu dan bayi selesa, tiada rasa sakit pada nipple dan ibu boleh rasa bayi menghisap (seperti bunyi menelan) macam kita telan air liur kita sendiri.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 30
Bayi pula pipinya kelihatan kembung, bibir terjuih dan lidahnya sedikit terjulur kerana perlu menghisap otot payudara untuk keluarkan susu. Ini bermakna lekapan penyusuan anda betul.
Jika anda berasa sakit pada nipple, ini bermakna anda perlu praktiskan lekapan anda semula untuk mendapatkan lekapan yang betul. Jangan biarkan nipple anda sakit dan bayi hanya menghisap nipple, kerana susu bukan sahaja tidak keluar, tetapi nipple anda mungkin akan luka dan cedera.
Juga, anda boleh rujuk di sini http://www.nuhababy.com/4-teknik-lekapan-penyusuan/ untuk teknik lekapan penyusuan yang lebih mudah dan ringkas.
Tips terakhir, di sini saya kongsikan link video good latching technique oleh Dr Jack Newman.
http://www.youtube.com/watch?v=mK7-ftkOjJk
Ibu baru bersalin juga kerap menghadapi masalah bengkak susu. Apabila payudara bengkak, puting ibu yang flat akan semakin ke dalam dan ibu yang putingnya tenggelam semakin sukar untuk melekapkan bayi untuk menyusu.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 31
Jadi, ibu boleh lembutkan payudara dengan tuaman sejuk (ice pack) diikuti tuaman panas (tuala yang dibasahkan dengan air suam). Kemudian, ibu perlu memerah susu dahulu menggunakan tangan untuk melembutkan bahagian hitam di keliling puting (aroela).
Apabila aroela sudah tidak tegang dan lembut, barulah ibu boleh mula melekapkan bayi. Teknik memerah susu menggunakan tangan yang perlu dikuasai ibu ialah Teknik Marmet.
Juga nasihat saya, apabila anda ingin menghentikan sesi penyusuan, jangan ditarik nipple secara tiba-tiba, kerana ia akan menyebabkan bayi anda mengetap bibirnya dan nipple boleh luka.
Ibu boleh menghentikan penyusuan dengan cara memasukkan jari kelingking ke celah mulut bayi dan nipple akan dikeluarkan oleh bayi dengan sendiri.
Jangan segan untuk bertanya kepada orang yang berpengalaman atau Kaunselor Laktasi jika anda masih kurang faham untuk mempraktiskan teknik lekapan ini ya. Anda juga boleh bertanya kepada saya. Selamat mencuba!
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 32
NIPPLE SHIELD / NIPPLE SUPPLE
Nipple shield ialah sejenis plastik nipis yang perlu dilekap di payudara. Disini saya hanya menyarankan Medela Nipple Shield kerana keberkesanannya dan kualiti plastiknya yang lembut. Juga, anda perlu tahu dan pandai cara memakainya. Ini kerana, ramai ibu tersilap cara pakainya menyebabkan ianya tidak berkesan, dan mereka gagal menyusukan. Ianya ada cara pemakaian dan cara penggunaannya yang unik, saya kongsikan di bawah video tutorial pemakaian Nipple Shield. Selepas digunakan setiap kali menyusu, anda hanya perlu membilas dengan air suam sahaja. Lama-kelamaan, puting ibu akan timbul dan ibu tidak perlu lagi menggunakan alatan ini.
VIDEO TUTORIAL MEDELA NIPPLE SHIELD
https://www.youtube.com/watch?v=YzJdsrk3Vr0 Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 33
NIPPLE SUPPLE
Alat ini dicadangkan sendiri oleh Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Paediatrik dan juga Consultant Penyusuan Antarabangsa. Sepertimana mesej beliau kepada saya apabila kami berbincang tentang isu ini “Aisyah, cuba cari satu gambar lagi sebagai tambahan iaitu penggunaan nipple supple which I always use it to help inverted mother.” “ Nipple supple ni lebih lembut suctionnya berbanding picagari yang diubahsuai dan boleh digunakan even masa baby tak menyusu just untuk betulkan sikit inverted nipple, sebelum bayi menyusu.” Beliau sendiri akan menyarankan pesakit di kliniknya yang bermasalah inverted nipple menggunakan alat ini. Ianya sangat lembut dan lebih mudah digunakan. Malah, lama-kelamaan puting ibu akan timbul dan keluar hingga akhirnya ibu tidak perlu bergantung lagi kepada alatan ini.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 34
VACUM
Ibu boleh menggunakan pam atau picagari untuk “menarik” nipple keluar sebelum menyusu. Tindakan ini akan melonggarkan lekatan di sekeliling nipple.
Ada ibu yang memerlukan sekali pam dan ada juga ibu yang memerlukan beberapa kali pam untuk menimbulkan nipple, kerana ia bergantung pada seketat mana lekatan tisu pada puting. Gambar menunjukkan picagari yang telah diubah suai untuk mengeluarkan nipple.
Ibu boleh mengepam, namun untuk topik vakum ini, saya sarankan ibu keluarkan nipple dengan menggunakan picagari. Hal ini kerana ianya lebih mudah diaplikasikan dan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dengan bayi adalah lebih lama.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 35
Mengepam masih baik cuma ianya mengambil banyak masa, kurangkan sentuhan kulit ke kulit dan tambahan pula pada hari awal kelahiran, susu masih dalam bentuk kolostrum (pekat dan likat) jadi memang normal jika ibu melihat tiada susu yang keluar jika mengepam pada hari awal, kerana bayi sendiri hanya perlukan 1-2 sudu kolostrum dan itu sudah cukup membuatkan bayi kenyang.
Payudara juga menghasilkan kolostrum sekadar yang diperlukan bayi. Sebab itu ramai ibu tersalah anggap susu mereka tiada apabila mereka mengepam hanya keluar angin, sedangkan sebenarnya susu mereka ada dalam bentuk kolostrum dan itu sudah cukup untuk mengenyangkan bayi.
Jadi anda boleh gunakan picagari, dapatkan picagari yang saiz diameternya muat dengan nipple anda. Kemudian, anda boleh jadikan picagari itu sebagai alat untuk menarik nipple dengan memotong bahagian hujungnya, dan terbalikkan alat penyedut itu.
Jika anda masih belum jelas caranya, di sini saya ingin kongsikan video dari Amrita Desai, Lactation Specialist And Childbirth Educator tentang teknik yang betul untuk mengeluarkan nipple menggunakan picagari. Ibu boleh buka link ini ya.
http://www.youtube.com/watch?v=OcmbhLfAvLs&noredirect=1
Bagi ibu yang menggunakan pam, ibu masih boleh meneruskan mengeluarkan nipple dengan pam dan cuba melekapkan bayi untuk menyusu. Jika ibu masih tidak mampu melekap untuk menyusu juga, perah susu dan gunakan cawan, sudu atau picagari untuk memberi bayi minum.
Elakkan memberi bayi minum menggunakan botol susu dan puting kerana bayi berisiko mengalami masalah keliru puting. Walaupun anda tidak menyusu secara terus, pastikan setiap kali penyusuan, bayi diletakkan di payudara dan banyakkan sentuhan kulit ke kulit diantara ibu dan bayi.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 36
Sentiasa mencuba untuk lekapan yang betul, jangan sesekali putus asa. Hanya jika bayi anda terlalu lapar dan resah kerana gagal melekap untuk menyusu, ketika itulah baru anda boleh memberi susu yang di pam melalui picagari atau sudu, untuk menenangkan bayi supaya dia tidak terlalu lapar.
Ibu semua boleh pilih sama ada mahu gunakan pam atau picagari ya, terpulang. Ikut keselesaan ibu, yang penting pastikan cara dan tekniknya betul.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 37
ENCOURAGE
Orang paling penting disisi anda ialah SUAMI ANDA ! Penting bagi ibu untuk mendapatkan sokongan suami dan keluarga terdekat. Peranan suami sangat penting untuk kejayaan penyusuan ibu.
Kajian banyak membuktikan 98% ibu yang berjaya menyusu mempunyai sokongan padu dan penghargaan daripada suami mereka. Malah, bapa adalah orang ketiga penting yang boleh dirujuk ibu selepas jururawat dan pakar laktasi.
Sememangnya ibu berpantang mempunyai keluarga terdekat, namun peranan bapa sebagai “kaunselor laktasi” ibu tidak boleh dipandang rendah.
Suami ialah insan yang paling rapat dengan kita. Jika ibu berseorangan di malam hari kesakitan bengkak susu misalnya, suamilah orang yang paling rapat untuk ibu meminta bantuan mengambil ais dan air suam untuk tuaman.
Sebenarnya, janganlah kaum bapa merasakan apabila ibu menyusukan anak, mereka akan kurang masa dengan anak mereka hanya kerana tidak dapat memberi susu kepada bayi. Banyak lagi cara untuk bapa boleh lakukan kepada ibu dan bayi sebenarnya.
Antara peranan yang boleh dilakukan bapa sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang isteri, bapa boleh berbincang dan berkongsi impian untuk penyusuan bayi, sama-sama mencari
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 38
maklumat, hadir ke kelas menyusu bersama-sama, menimba ilmu, memberi semangat, inspirasi, keyakinan malah bersedia menjadi “pakar laktasi” sepanjang isteri menyusukan anak nanti.
Suami juga boleh membantu mengemas rumah mengangkat bayi untuk disusukan kepada isteri membuat bayi sendawa berbual dan berinteraksi dengan bayi ketika memandikan dan memakaikan lampin memastikan isteri makan makanan berkhasiat menjadi pendengar yang baik memberi pujian dan keyakinan kepada isteri memastikan segala keperluan menyusu lengkap seperti bantal dan selimut
Apa yang penting, buatkan ibu sentiasa gembira dan rasa dihargai. Bila ibu seronok dan gembira, barulah susu akan lebih banyak terhasil dan penyusuan akan lebih mudah.
Bagi ibu yang inverted nipple, lagilah perlukan sokongan kuat dari suami, kerana situasinya lebih mencabar. Ramai ibu yang inverted nipple gagal menyusu apabila mereka dilabel seperti “tiada susu” .“susu kering” “keturunan tiada susu”, “tak pandai jaga anak” atau “awak memang tidak boleh menyusu”.
Justeru, peranan suamilah yang amat penting di sisi ibu untuk ibu teruskan berusaha menyusu dengan yakin.
Jika anda sedang membaca ebook ini, mintalah suami anda membaca topik ENCOURAGE ini, tentang apa yang suami perlu tahu dan lakukan sepanjang penyusuan ibu, pendek kata senang sahaja peranan suami, buatlah apapun asalkan isteri anda seronok, bahagia dan rasa dihargai.
Ibu pula, kongsilah impian anda dengan suami, supaya suami tahu dan faham impian penyusuan anda untuk bayi anda. Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 39
Saya selalu kongsi tentang ilmu penyusuan susu ibu kepada suami.
Antaranya tentang salah konsep para ibu tentang susu sikit, tak cukup dan "keturunannya takda susu", dan bila kita kongsi sebab terjadi dan hal sebenarnya, suami saya kata, " kadang-kadang kita manusia ni macam "Tuhan", sebab suka hati menghukum diri kata takda susu la, susu sikit la. Sebab bila kita cakap macam tu, maksudnya kita seolah kata Allah tu tidak adil.
Sedangkan Allah Maha Adil. Setiap ibu pasti ada susu untuk anak dia. Kalau ada yang susu banyak, susu sikit. Tentulah tidak adil. Takkanlah kita nak kata Allah tak adil kan.
Sebenarnya diri sendiri yang tiada ilmu". Bila suami saya faham sedikit sebanyak tentang konsep supply dan demand , jadi bila production susu saya berkurang, stok makin habis.
Suami akan bagi saya masa rehat, happy, belikan milk booster saya dan saya pula banyakkan demand seperti power pumping dan lain-lain. Saya bagitahu ini sebab saya mahu ibu tahu, antara tips sukses penyusuan, ibu kena kongsi harapan dan niat ibu kepada suami, kerana suami penyokong kuat kita.
Juga terangkan sedikit konsep penghasilan susu ibu ni, supaya bila nanti susu kita berkurang, tidaklah dia beli susu tepung kan. Nanti kita stress sebab ingat suami beli susu tepung sebab tak sokong.
Padahal suami beli susu tepung sebab niat nak bantu, nak selesaikan masalah. Cuma dia tak tahu cara yang betul untuk selesaikan.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 40
RELAX
Ibu dan bayi perlu berada dalam keadaan tenang ketika penyusuan. Jika ibu mula tertekan, tangguhkan penyusuan sehingga keadaan kembali tenang.
Bila ibu sentiasa tertekan, secara tak langsung, hormon oksitosin akan berkurang dan ini akan mengganggu penghasilan susu ibu, anda boleh memahami peranan oksitosin ini di bahagian Surat Bayi Untuk Ibu.
Apabila bayi anda kelihatan resah dan menangis, jangan paksa bayi untuk melekap kerana jika bayi dipaksa, ia memberi isyarat kepada bayi yang penyusuan adalah meresahkan.
Pujuk dan tenangkan bayi menggunakan teknik sentuhan kulit ke kulit seperti yang saya kongsi di bahagian Malam Kedua Kelahiran Bayi. Apa pun ibu semua, antara tips penting sebelum ibu mula menyusu ialah, elakkan stress.
Jika ibu stress pada masa itu, belajar untuk mengawal dan menenangkan diri sebelum mula menyusu. Ibu boleh mendengar alunan ayat Al-Quran, alunan zikir dan muzik yang menenangkan, juga dapatkan bantuan suami untuk memberi kata-kata semangat dan memeluk ibu supaya ibu lebih gembira.
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 41
Ibu semua pernah tak, dengan kerja yang banyak dekat pejabat, balik rumah letih dan dekat rumah pun kerja rumah lagi, kemudian bagi ibu yang menyusukan anak sepenuhnya, balik rumah terus nak simpan stok susu perahan dan selalunya anak asyik nak melekap sahaja untuk menyusu.
Tidak sempat nak masak atau salin baju, pasti anak sudah mahu menyusu apabila kita balik ke rumah kan? Hal ini menyebabkan ramai orang yang melihat, menyusu ini leceh, susah, nanti susah nak buat kerja, susah nak tinggal anak dekat orang lain, anak asyik berkepit dengan ibu, seolah- olah penyusuan ibu ini adalah sesuatu yang memberi tekanan pada ibu.
Ia menjadi mangsa tuduhan. Persoalan, benarkan penyusuan ibu memberi tekanan pada ibu itu sendiri? Jom sama-sama kita kupas! Sebenarnya ibu semua, apabila kita menyusu, ia merangsang hormon oksitosin dan hormon prolaktin.
Apa pula oksitosin? Bila bayi mula menyusu, hormon oksitosin mula tinggi dan hormon ini tugasnya ialah
memberi rasa seronok dan ceria mengurangkan paras hormon stress iaitu adrenalin menenangkan ibu memberi perasaan kasih sayang, mengambil berat, ko munikasi yang positif memberi kenangan manis buat ibu
Manakala hormon prolaktin pula tugasnya ialah
ibu akan lebih peka kepada kehendak bayi memberi kesan relaks pada ibu.
Ibu semua, lihatlah. Bukankah kajian juga menunjukkan ibu yang berjaya menyusu lebih berdaya tahan menghadapi tekanan berbanding ibu yang tidak berjaya menyusu. Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 42
Mood ibu menyusu lebih stabil dan ceria. Ajaibkan?
Penyusuan yang sering difikirkan sebagai penyebab tekanan, sebenarnya UBAT DAN TERAPI KEPADA TEKANAN ITU SENDIRI. Maha Suci Allah, Dia Maha Tahu keperluan hambaNya!
Nenek moyang kita semenjak zaman purba, telah melalui pelbagai tekanan dalam kehidupan mereka, namun mereka masih berjaya menyusukan anak mereka.
Contohnya Tok Umi saya, berjaya menyusukan anaknya seramai 8 orang, walaupun zaman itu dengan tiada kelas menyusu, tiada pam double elektrik power bank yang canggih, tiada nursing bra, tiada juga nursing cloth namun dengan kuatnya mampu!
Tok umi selalu cerita seronoknya orang sekarang menyusu macam-macam kemudahan ada. Cerita Tok Umi menjadi semangat untuk saya terus kuat menyusukan Nuha walaupun saya bekerja.
Ibu semua, tekanan yang terlalu kuat mungkin membantutkan penyusuan, namun ia bukan sebab yang kuat untuk menghentikan penyusuan!
Kita perlu ada ilmu untuk tahu teknik dan kaedah menangani tekanan. Saya yakin ibu semua adalah ibu yang kuat dan pasti tabah untuk berhadapan dengan pelbagai tekanan dan cabaran penyusuan.
Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa berdoa. Doa bukan sekadar anda membaca dan menadah tangan. Tetapi setiap apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yg kita rasa dan apa yang kita buat, semuanya ialah doa kita pada Allah SWT.
Sebab itu kita perlu fikir yang positif seperti yakin Allah beri susu yang cukup pada anak kita. Rasakan di hati, saya pasti berjaya menyusu sepenuhnya, Allah pasti akan bantu saya untuk menyusu. Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 43
Doa dari segi tindakan pula seperti, saya mesti tekad berusaha dan mencari ilmu penyusuan dan dari segi percakapan, sentiasa menjaga percakapan dan ucapkanlah perkara yang baik-baik sahaja.
Sentiasa latih diri untuk mengucapkan syukur pada Allah SWT dengan mengatakan "Alhamdulillah syukur susu saya cukup dan saya boleh menyusu dengan gembira. Allah yang memberi rezeki, dan Dia yang bagi cukup".
Barulah kita akan sukses, kalau kita pun selalu bercakap negatif, sebenarnya itulah doa kita pada Allah SWT. Kita mula tidak yakin padaNya kerana Allah itu mengikut sangkaan hambaNya.
Positifkan diri anda, dan banyakkan syukur. Selamat mencuba ya ibu-ibu semua!
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 44
TEKNIK “BREAST SANDWISH”
Teknik ini ialah satu teknik yang boleh ibu gunakan untuk membantu lekapan, sekiranya bayi masih gagal melekap di payudara dengan betul. Disini saya kongsikan teknik “Breast Sandwich” yang anda boleh cuba.
a) Bentukkan payudara mengikut bentuk U atau C untuk memudahkan bayi melekap.
b) Pastikan bentuk payudara berpadanan dengan bukaan mulut bayi, seolah memakan sandwich.
c) Pastikan “sandwich” diletakkan dengan keadaan melintang (horizontal) dengan bukaan mulut, bermakna “roti” selari dengan mulut bayi. Bayi akan sukar menggigit jika ianya dalam keadaan menegak.
d) Jari ibu perlu selari dengan bibir bayi.
POSISI FOOTBALL HOLD
POSISI CROSS CRADLE
Ibu-ibu boleh cuba teknik ini , kerana setiap orang tentunya berbeza cara dan pengalaman dalam menghadapi masalah puting tenggelam ini. Sesetengah mungkin selesa dengan cara ini namun sesetengah yang lain mungkin selesa dengan cara yang lain. Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 45
KISAH INSPIRASI
Kali ini saya nak kongsi satu kisah inspirasi dari seorang ibu. Alkisah, ibu ini waktu bersalin anak pertama, gagal menyusu. Jadi memang anak pertama dia susu formula sepenuhnya. Waktu dia mengandungkan anak kedua 8 bulan, dia mesej saya mengadukan masalahnya. Alhamdulillah, selepas dia mendapatkan ebook saya dengan segala nasihat bagai. Sekarang dia sudah bersalin hari ke-7 dan syukur dia telah berjaya MENYUSUKAN ANAKNYA DENGAN SUSU IBU secara terus. Sangat gembira katanya. Jom hayati kisahnya di bawah. MESEJNYA SEBELUM BERSALIN KEPADA SAYA "Salam sis, camne nak dapatkan ebook penyusuan bayi inverted nipple tu eh..saya ada masalah itu, sekarang pregnant 8 bulan anak ke 2..anak pertama tak menyusu langsung sebab dia tolak bulat-bulat. Tiada ilmu langsung. Kalau boleh this time memang nak susu ibu sampai 2 tahun..stress sangat masa a nak 1st.berbulan-bulan nangis sebab setiap kali bagi memang d ia nangis kuat-kuat. Macam yang dalam pantang orang tanya, "Kenapa tak direct breastfeed?"
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 46
Sedih sangat time tu, habis kita letak kat mulut dia baby tak nk minum..stress sampai na k meroyan. Saya time tu tak kuat sebab baby lahir 35week..air pecah Premature baby Jadikan ingat sebab tu dia tak pandai minum..isk kesian sebab dia fm je sampai sekarang.. Sekarang anak saya dah 2 tahun 9 bulan. Now saya pregnant anak ke-2 : 33week" Ni la kisah sedihnya, dan atas sebab ini. Si ibu BERANI BANGKIT untuk mencari ilmu demi membuktikan dirinya juga mampu susukan anak! MESEJNYA SELEPAS BERSALIN ANAK KEDUA "Assalam sis Saya dah berjaya breastfeed anak saya, saya b ersalin 28nov 2015 aritu normal tapi vakum Saya bersalin hospital private, and the good thing is hosp memang tak bagi baby hisap botol masa baru je bersalin (saya masih lemah) Dia gunakan cawan Masa tu susu saya pon tak banyak tapi saya pam guna tgn. Pastu saya minum susu kambing, kurma, doa banyak supaya baby pandai lekap kat puting yang inverted ni. Alhamdulillah berkat tips-tips cara pelekapan yang betul, dapatla merasa bagi susu direct kat anak Sekarang baby dah pandai hisap kat dua-dua belah..syukur sangat, Alhamdulillah...baru rase berkat jadi seorang ibu sebab berjaya breastfeed anak." Terharu saya dapat mesej dari ibu ni. Saya sudah minta izinnya untuk kongsikan kisahnya di page saya. Katanya : "Sharelah sis, moga lebih ramai ibu yang ada masalah ni mampu susukan anak."
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 47
KESIMPULAN
Berakhirlah sudah perkongsian 6 formula saya untuk mengeluarkan puting anda yang tenggelam. Apa yang saya dapat simpulkan, puting yang tenggelam menyebabkan mulut bayi akan mudah ‘tergelincir “daripada payudara dan situasi inilah yang menjadikan ibu inverted nipple amat sukar mendapatkan lekapan yang betul.
Disini saya kongsikan formula yang saya cipta untuk ibu-ibu mendapat teknik lekapan yang betul dari perkataan LATCH.
L – Luas
: Pastikan bayi buka mulut dengan Luas dan Lekapan Assymmetri
A – Aroela
: Pastikan lekapan bayi memenuhi kawasan Aroela
T – Titisan Susu : Titiskan sedikit susu anda di putting dan bibir bayi Terjuih C - C dan U
: Bentukkan payudara dengan bentuk C dan bentuk U
H – Hold
: Pegang bayi dengan posisi “cross cradle” atau “football hold ”
InsyaAllah jika anda mengikut segala teknik yang saya ajarkan ini, anda akan rasa mudahnya menyusu dan mendapatkan lekapan yang betul.
Jangan lupa disamping berusaha, panjatkan doa yang berterusan kepada Allah SWT agar dimudahkan urusan kita untuk terus menyusukan anak sehingga dua tahun penuh.
Saya doakan semoga anak-anak kita akan bijak, pintar dan berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Ameen.
Ikhlas dari, SITI ‘AISYAH BINTI SAMAT https://www.facebook.com/NuhaLittleShop (NuhaBaby) http://www.nuhababy.com
Hakcipta Terpelihara@SitiAisyahSamat
Page 48