IMPLEMENTASI HAK PENYERTAAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK JAGAAN INSTITUSI
Pathmanathan A/L R. Nalasamy[1] and Siti Hajar Abu Bakar Ah (Ph.D)[2]
This paper examines the implementation of children's rights to
participation in one of Malaysian care and protection
institution; the Children Home. Findings from a study which was
conducted in May 2010 reveal that even though the children are
given opportunities to practice their rights to social
participation, yet, the types of social activities they are
involve with and their capacity of involvement are narrow in
scope. As most of us agree that participation is a fundamental
part of a more effective approach to children's development, the
findings suggest a module of good practice for children to
exercise their participation rights.
1. Pendahuluan
Konvensyen Hak Kanak-kanak merupakan satu dokumen antarabangsa mengenai
pemberian hak kehidupan, hak perkembangan, hak perlindungan dan hak
penyertaan kepada kanak-kanak. Implementasi keempat-empat hak ini
berperanan penting dalam memastikan kesejahteraan hidup kanak-kanak
terpelihara. Semua negara anggota yang meratifikasi Konvensyen ini
beriltizam untuk menerapkan semua hak tersebut dalam sistem kebajikan kanak-
kanak masing-masing.
Perbincangan dalam artikel ini hanya terfokus kepada hak penyertaan
kanak-kanak yang diusulkan oleh Konvensyen berkenaan. Konvensyen ini
memperuntukkan lima artikel khusus berkaitan hak penyertaan kanak-kanak.
Artikel-artikel tersebut adalah Artikel 12 (Pendapat Kanak-kanak), Artikel
13 (Kebebasan Bersuara), Artikel 14 (Kebebasan Beragama), Artikel 15
(Kebebasan Berpersatuan) dan Artikel 31 (Aktiviti Masa Lapang, Rekreasi dan
kebudayaan).
Usaha mengimplementasi hak penyertaan ke dalam aktiviti harian kanak-
kanak merupakan satu transformasi dalam sistem pentadbiran institusi
kebajikan kanak-kanak daripada sistem pentadbiran yang bersifat
paternalistik; yang dicirikan oleh otoriti pihak institusi dalam menentukan
segala hal yang berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak, kepada sistem
pentadbiran yang melibatkan kanak-kanak sebagai stakeholder berotoriti
yang sama-sama terlibat dalam membuat sebarang keputusan berkaitan dengan
kebajikan hidup mereka. Ini merupakan satu cabaran besar kepada institusi
kebajikan sosial awam di kebanyakan negara yang selama ini telah terbiasa
dengan corak pentadbiran yang melayan kumpulan sasar sebagai pengguna
perkhidmatan yang pasif, yang hanya perlu mengikut dan menerima apa sahaja
perkhidmatan yang ada.
Perbincangan dalam kertas kerja ini adalah mengenai amalan hak
penyertaan dalam kalangan kanak-kanak yang berada di dalam jagaan
institusi. Konsep penyertaan sosial (social participation) menjadi kerangka
utama perbincangan kertas kerja ini. Maka itu, penerangan terperinci
mengenai definisi, fungsi, matlamat dan manfaat penyertaan sosial kepada
perkembangan diri kanak-kanak dibuat di bahagian kedua kertas kerja ini.
Setelah itu, latarbelakang kajian "Implementasi Hak Kanak-kanak di Rumah
Kanak-kanak" dan dapatannya dipaparkan di bahagian ketiga kertas kerja ini.
Perbincangan ini diakhiri dengan usulan satu modul penyertaan yang
berpotensi untuk menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti
sosial.
2. Makna Penyertaan sosial
Menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti kehidupan masyarakat merupakan
sebahagian daripada keperluan hidup manusia. Individu yang tidak menyertai
sebarang aktiviti masyarakat dilihat sebagai tidak sihat. Atas dasar inilah
penyertaan individu dalam aktiviti kemasyarakatan telah dijadikan salah
satu indikator kualiti hidup dan komponen utama model kefungsian individu
(human functioning). Individu yang menyertai aktiviti sosial adalah
individu yang fungsional; iaitu yang menjalankan tugas dan peranan
sosialnya (Levasseur et al. 2010).
Levasseur dan rakan-rakannya (2010) mengkaji taksonomi definisi terma
penyertaan sosial dalam literatur-literatur akademik pelbagai bidang.
Mereka telah mengenal pasti tujuh dimensi dalam menjelaskan makna
penyertaan sosial. Dimensi-dimensi tersebut adalah siapa, bagaimana, apa,
di mana, bila, dengan siapa dan mengapa. Konsep penyertaan sosial boleh
dibincang dan diaplikasi dengan baik seandainya perbincangan dibuat dalam
konteks dimensi-dimensi tersebut.
2.1 Siapa (who)?
Dimensi ini mentakrif terma penyertaan sosial mengikut perspektif individu,
kumpulan sosial dan/atau masyarakat yang menyertai sesebuah program sosial.
Berdasarkan kepada dimensi ini, setiap bidang ilmu mentakrif makna
penyertaan sosial mengikut keperluan kumpulan sosial atau klien yang
menjadi subjek kajian mereka.
Bagi konteks bidang pemulihan sosial, kerja sosial, kebajikan sosial
dan pengadilan jenayah yang bekerja dengan pelbagai kategori kumpulan
sosial contohnya, "penyertaan sosial" seringkali digunakan bagi merujuk
kepada satu proses kehidupan sosial dan/atau tindakan sosial (Sidorenko
2002) di mana "…individu menyertai dan mengambil bahagian dalam pelbagai
aspek kehidupan masyarakat (merangkumi aspek politik/sivil, ekonomi,
sosial, budaya), serta berinteraksi dengan anggota masyarakat secara
positif" (International Index and Dictionary of Rehabilitation and Social
Integration 2009; Badley 2008; Dalemans et al. 2008; Maier & Klumb 2005;
Lindstrom, Hanson & Ostergen 2001).
2.2 Bagaimana (how)?
Terma "penyertaan sosial" sinonim dengan terma "penglibatan sosial" (social
engagement), "penghubung sosial" (social connectedness), "modal sosial"
(social capital), "sokongan sosial" (social support), "jaringan sosial"
(social network), "integrasi sosial" (social integration) dan "penglibatan
komuniti" (community involvement) (Levasseur et al. 2010). Terma-terma ini
digunakan oleh pelbagai bidang ilmu bagi menjelaskan fenomena sosial yang
sama; iaitu penglibatan individu dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Perbezaannya cuma terletak pada penggunaan terma bagi membayangkan bidang
ilmu yang dipelopori. Bidang pembangunan komuniti contohnya cenderung
menggunakan terma "penglibatan komuniti", bidang kerja sosial pula gemar
menggunakan terma "sokongan sosial" dan "jaringan sosial" manakala bidang
jenayah dan pemulihan pula gemar menggunakan terma "integrasi sosial".
2.3 Apa (what)?
Mengikut dimensi ini, penyertaan sosial lazimnya merujuk kepada serangkaian
dan/atau pelbagai jenis aktiviti dan interaksi sosial. Antara aktiviti yang
lazim dikaitkan dengan penyertaan sosial adalah aktiviti-aktiviti berkaitan
hobi/minat seperti membaca, mengembara dan menari, aktiviti-aktiviti
keagamaan atau spiritiual, aktiviti masa lapang /rekreasi sosial (Lovden,
Ghisletta, & Lindenberger 2005; Pohjolainen 1991; Wright 1990), aktiviti
sivil seperti meluahkan perasaan, menyatakan pandangan serta memberi idea
berkaitan hal-ehwal sivil dan politik yang memberi kesan kepada kehidupan
anggota komuniti (Cashmore 2002), sebarang aktiviti yang mempunyai elemen
sosial (Bath & Deeg 2005), pekerjaan berupah atau tidak berupah, aktiviti-
aktiviti produktif ekonomi yang samada bersifat berbayar atau sukarela (Hsu
2007), aktiviti-aktiviti kerja sukarela kemasyarakatan yang dianjurkan
oleh pertubuhan-pertubuhan sukarela (Hyyppa & Maki 2003), serta aktiviti-
aktiviti harian seperti kerja rumah tangga, menguruskan orang berusia yang
sakit/uzur, mengajar kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran membaca dan
mengira, serta aktiviti-aktiviti kebudayaan masyarakat (Fougeyrollas et al.
1998).
2.4 Di mana (where)?
Dimensi ruang fizikal dan sosial di mana penyertaan sosial berlangsung
berperanan penting dalam definisi konsep penyertaan sosial.Walaupun
penyertaan sosial boleh berlangsung dalam apa-apa ruang fizikal dan sosial,
kebanyakan terma yang sinonim dengan terma penyertaan sosial memberi
penekanan kepada persekitaran sosial komuniti dan persekitaran sosial
normal atau semulajadi di mana interaksi harian individu berlaku (Dijkers
et al. 2002).
Selain persekitaran komuniti, kebanyakan literatur (seperti Del Bono et
al. 2007; Lindstrom, Hanson, & Ostergen 2001; Smits et al. 1995) juga
menyebut mengenai perlangsungan aktiviti sosial dalam organisasi sosial
formal dan tidak formal sebagai ruang fizikal dan sosial penting definisi
konsep penyertaan sosial.Walaupun penyertaan sosial boleh berlaku secara
perseorangan dalam situasi di mana tidak terdapat atau kurang terdapat
organisasi sosial formal, penyertaan sosial lebih sempurna sekiranya
berlangsung dalam konteks organisasi sosial formal dan tidak formal (Smits
et al.1990).
Pendek kata, penyertaan sosial seharusnya berlangsung dalam
persekitaran fizikal dan sosial yang komprehensif kerana setiap ruang
sosial dan fizikal; daripada ruang sosial dan fizikal yang kecil seperti
keluarga kepada ruang fizikal yang lebih besar seperti komuniti dan
masyarakat, mempunyai input penting dalam perkembangan diri individu
(Lindstrom et al. 2001). Setiap ruang fizikal dan sosial tersebut juga
mempunyai jaringan kerja masing-masing, pola interaksi dan komunikasi
sosial tersendiri serta jalinan hubungan sosial yang tersendiri yang
diperlukan oleh individu untuk pengembangan dirinya (Del Bono et al. 2007).
2.5 Dengan siapa (with whom)?
Penyertaan sosial lazimnya melibatkan individu melakukan aktiviti dengan
anggota komuniti yang merangkumi keluarga, sekolah, rakan sebaya, kejiranan
setempat, organisasi-organisasi formal dan tidak formal. Penyertaan sosial
lazimnya melibatkan seluruh anggota komuniti kerana kebanyakan program
penyertaan sosial memberi penekanan kepada kolaborasi kerjasama dan sumber
pelbagai sektor sosial dalam masyarakat, dan kapasiti setiap sumber dan
sektor sosial tersebut dalam menyediakan sokongan emosi dan sokongan
fizikal kepada kumpulan sasar.
2.6 Bila (when)?
Proses dan frekuensi (kekerapan) penyertaan individu dalam aktiviti-
aktiviti sosial yang terdapat dalam kehidupan masyarakat perlu berlangsung
secara terus-menerus (constant), berlanjutan sepanjang masa dan secara
aktif (Hsu 2007; Thompson & Whearty 2004; Ellaway & Macintyre 2002).
Thompson dan Whearty (2004) contohnya mengatakan penyertaan sosial perlu
berterusan, berlaku sepanjang masa dan berlaku secara aktif kerana keadaan-
keadaan tersebut membolehkan individu-individu yang menyertai aktiviti
sosial berinteraksi secara mesra-membangun sehingga sokongan sosial yang
bersifat instrumental (instrumental social support) dan lekatan emosi
(emotional attachment) antara mereka wujud.
2.7 Mengapa (why)?
Penyertaan individu dalam aktiviti sosial mempunyai pelbagai manfaat ke
atas kesejahteraan hidup individu dan anggota masyarakat (Mars et al. 2008;
Del Bono et al. 2007; Lindstrom 2005).
Coombs (1969) telah memberikan satu pandangan sosiologikal dalam
menerangkan kepentingan dan manfaat penyertaan sosial dalam kesejahteraan
hidup masyarakat. Beliau mengatakan manfaat penyertaan individu dalam
aktiviti sosial mempunyai hubungan yang bersifat "kitaran" (cyclic
relationship); iaitu ia boleh berulang-ulang secara nalar samada memberi
manfaat negatif atau positif. Sekiranya positif, penyertaan sosial sekurang-
kurangnya meninggalkan tiga manfaat kepada diri individu dan masyarakat.
Pertama, penyertaan berterusan individu dalam pelbagai aktiviti sosial
cenderung untuk meningkatkan keupayaannya untuk menilai secara positif
individu lain yang sama-sama menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Ini
seterusnya membolehkan ia berkongsi sama jangkaan-jangkaan peranan (role
expectations) yang telah ditetapkan oleh komuniti yang dianggotainya.
Setelah menerima jangkaan peranan sosial, individu ini seterusnya cuba
patuh dan bertingkahlaku baik, mengikut tingkahlaku yang telah ditetapkan
oleh norma budaya komunitinya. Individu yang boleh melakukan kedua-dua
perkara ini lazimnya menerima layanan baik daripada anggota komunitinya.
Individu begini lazimnya besar-membangun menjadi anggota masyarakat yang
produktif dalam aspek ekonomi, sosial dan kehidupan sivil. Kedua, layanan
baik yang diterima daripada individu lain semasa menyertai aktiviti sosial
mendorong kepada penafsiran konsep kendiri (self-concepts) positif kepada
individu. Ini adalah konsisten dengan perspektif fungsionalis Charles
Horton Cooley (1864-1929) menerusi teori "Cerminan diri sendiri" (looking
glass self) nya yang menyatakan individu berperlakuan mengikut penilaiannya
terhadap persepsi orang lain terhadap dirinya. Anggota masyarakat lazimnya
mempunyai persepsi yang baik terhadap individu yang suka menyertai aktiviti
kemasyarakatan. Persepsi yang baik ini menyumbang kepada pembinaan konsep
kendiri yang positif kepada individu yang menyertai aktiviti sosial
tersebut. Nilai kendiri yang positif ini bukan sahaja mengukuhkan peribadi
sosial individu berkenaan, malah mengukuhkan juga perasaan kecintaannya
kepada komuniti yang berprasangka baik kepadanya. Ini seterusnya menanam
sikap menjaga kepentingan orang lain; bukannya hanya mementingkan diri
sendiri, dalam diri individu tersebut. Seterusnya, manfaat ketiga adalah
peningkatan konsep kendiri yang baik pada individu seterusnya mendorong ia
untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Individu
sebegini komited untuk menjaga, melindungi dan memajukan komunitinya. Ini
merupakan modal insan yang tidak ternilai dalam pembangunan komuniti.
Bagi konteks bidang kebajikan kanak-kanak, pendekatan yang melibatkan
penyertaan kanak-kanak dalam sebarang keputusan berkaitan hal-ehwal
kebajikan mereka melihat kanak-kanak sebagai seorang yang bertanggungjawab
kepada diri sendiri; bukannya seorang individu "naïf" yang perlu bergantung
sepenuhnya kepada orang lain, seperti ibu, bapa, ahli keluarga atau pekerja
sosial yang bekerja dengan kanak-kanak dalam menentukan kebajikan mereka.
Pendekatan yang memberi kanak-kanak peluang untuk membuat keputusan
mengenai keperluan mereka melayan kanak-kanak seperti seorang individu yang
sekurang-kurangnya tahu menguruskan hal kebajikan diri mereka sendiri.
Kanak-kanak sebegini lazimnya lebih komited dengan kesejahteraan hidup
mereka; berbanding dengan kanak-kanak yang menyerahkan bulat-bulat hidup
mereka kepada orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak mereka (Pais
1999).
Sebagai penutup kepada bahagian konsepsual ini, kami percaya bahawa
setiap individu dan/atau komuniti tertentu mempunyai makna tersendiri
terhadap terma penyertaan sosial.Ini kerana penyertaan individu dalam
aktiviti-aktiviti sosial yang ada di sekitarnya mempunyai kaitan rapat
dengan nilai sosio-budaya yang dipegangnya. Sosio-budaya menentukan jenis
aktiviti yang boleh disertai oleh individu bersama-sama anggota
komunitinya, di mana aktiviti-aktiviti sosial itu perlu berlangsung,
frekuensinya, bila individu perlu menyertainya, mengapa individu perlu
menyertainya serta cara bagaimana individu boleh menyertainya. Namun
begitu, sebagai konsensus bagi perbincangan artikel ini kami berharap
pembaca bersetuju dengan pandangan umum yang melihat penyertaan sosial
adalah satu proses sosial di mana individu melibatkan diri dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan berfaedah yang merangkumi semua aspek sosial,
ekonomi dan politik kehidupan yang berlangsung secara berterusan di dalam
ruang fizikal individu, keluarga, komuniti, masyarakat dan Negara.
3. Kajian Implementasi Hak Kanak-kanak 2010
3.1 Latarbelakang kajian
Kerajaan Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak pada tahun
1989. Setelah hampir 22 tahun meratifikasinya, hanya terdapat beberapa
laporan mengenai implementasi hak kanak-kanak di Malaysia. Kesemua laporan
yang ada dikeluarkan oleh organisasi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tidak
terdapat satu kajian pun mengenai implementasi Konvensyen Hak Kanak-kanak,
dari perspektif kanak-kanak sendiri.
Kejadian beberapa insiden sosial seperti buli, perlakuan antisosial,
salahguna dadah dan salahlaku seksual di dalam perkhidmatan institusi
jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak telah
menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam; khususnya para advokat
kanak-kanak mengenai keberkesanan implementasi konvensyen tersebut.Ini
kemudiannya membawa kepada usaha untuk menjalankan satu kajian mengenai
implementasi hak kanak-kanak, sepertimana yang disyorkan oleh Hak
Konvensyen Kanak-kanak pada tahun 2010. Dapatan yang dibincangkan dalam
kertas kerja ini, yang terfokus hanya kepada hak penyertaan kanak-kanak
merupakan sebahagian daripada kajian besar berkenaan.
3.2 Objektif kajian
Secara terperinci, kajian tahun 2010 ini dijalankan bertujuan untuk
mengenal pasti jenis-jenis hak kanak-kanak yang ada dan tidak ada
diimplementasi oleh institusi Rumah Kanak-kanak (RKK), kesukaran-kesukaran
yang dihadapi oleh RKK dalam mengimplementasi sepenuhnya hak-hak tersebut,
serta mengenal pasti tindakan susulan yang boleh diambil oleh pihak RKK
dalam memastikan semua hak kanak-kanak yang disyorkan oleh Konvensyen Hak
Kanak-kanak dapat diimplementasi dengan berkesan.
3.3 Metodologi
Sebuah kajian berbentuk survei yang menggunakan teknik lapor sendiri (self-
report) telah dilakukan bagi mengumpulkan maklumat primer kajian.
Rekabentuk kajian kuantitatif ini dipilih kerana kajian ini melibatkan
responden kajian yang besar dan bersifat homogen. Rekabentuk ini juga
membenarkan pengkaji mengumpulkan pandangan, pendapat, atitud dan
tingkahlaku individu terhadap isu-isu dan fenomena sosial yang berlaku
(Creswell 2008). Teknik lapor-sendiri pula dipilih kerana ia merupakan
teknik yang sesuai bagi mendapatkan maklumbalas "jujur" daripada responden
kajian (McLaughlin & Muncie 2001). Bagi konteks Kajian 2010 ini contohnya,
teknik ini membolehkan kanak-kanak yang menyertai kajian menyatakan secara
jujur samada mereka berpeluang atau tidak mengamalkan hak-hak mereka
sebagai seorang kanak-kanak disepanjang pengalaman mereka mendiami RKK.
Teknik temubual bersemuka telah digunakan sebagai teknik utama
pengumpulan data kajian. Satu senarai borang soal-selidik yang mengandungi
soalan-soalan berstruktur mengenai amalan implementasi hak kanak-kanak
digunakan dalam temubual tersebut. Selain daripada kanak-kanak yang
mendiami RKK, beberapa pemberi maklumat utama (key-informants) yang terdiri
daripada para pengetua dan kaunselor RKK juga ditemubual bagi mendapat
maklumat terperinci mengenai sesuatu amalan yang dirasakan perlu diselidiki
dengan lebih mendalam oleh pengkaji.
Perkhidmatan kebajikan kanak-kanak di Malaysia boleh dibahagikan
kepada perkhidmatan perlindungan, perkhidmatan pengangkatan/penjagaan
gantian, perkhidmatan pemulihan sosial, perkhidmatan sokongan, perkhidmatan
sepunya dan perkhidmatan yang berasas komuniti. Kajian ini hanya memfokus
kepada RKK yang merupakan perkhidmatan penjagaan dan perlindungan. Rumah
Kanak-kanak dipilih secara bertujuan (purposive) sebagai perwakilan kepada
perkhidmatan jagaan institusi yang lain. Rumah Kanak-kanak dipilih kerana
ia merupakan institusi perintis yang telah dikenal pasti oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk mengimplementasi Konvensyen Hak Kanak-kanak.
Semua 10 buah Rumah Kanak-kanak yang terdapat di Malaysia, yang
menawarkan perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak
perempuan dan lelaki berumur 13-18 tahun terlibat dalam kajian ini. Rekod
kemasukan kanak-kanak ke institusi berkenaan menunjukkan sehingga bulan
Disember 2009, terdapat seramai 537 orang kanak-kanak yang berada dalam
kategori umur tersebut (Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia 2010). Kami
bercadang untuk mengambil semua 537 orang penghuni RKK tersebut sebagai
responden kajian ini. Namun begitu, hanya 424 orang kanak-kanak sahaja
dapat menyertai kajian ini apabila kerja lapangan dilakukan pada bulan Mei
2010. Selebihnya, iaitu 113 orang tidak dapat menyertai kerana samada telah
pulang semula ke pangkuan keluarga masing-masing, menyambung perkhidmatan
pemulihan di institusi lain atau telah tamat menjalani penjagaan dan
perlindungan. Maka itu, bilangan sampel kajian ini adalah 424 responden.
Profil sosial ringkas mereka dipaparkan di dalam Jadual 1.
Jadual 1: Profil responden kajian
" "
" " " "
"Profil "Bilangan "Peratusan"
" "(Orang) "(%) "
"Jantina: " " "
"Lelaki "141 "33.3 "
"Perempuan "283 "66.7 "
"Jumlah "424 "100.0 "
"Struktur Umur: " " "
"13 tahun "71 "16.8 "
"14 tahun "75 "17.7 "
"15 tahun "90 "21.2 "
"16 tahun "96 "22.6 "
"17 tahun "88 "20.8 "
"18 tahun "4 "0.9 "
"Jumlah "424 "100.0 "
"Bangsa: " " "
"Melayu "339 "80.0 "
"Cina "19 "4.5 "
"India "39 "9.1 "
"Lain-lain "27 "6.4 "
"Jumlah "424 "100. "
" " " "
4. Dapatan Kajian
Berkaitan dengan hak penyertaan kanak-kanak, kerajaan Malaysia hanya
meratifikasi dua artikel sahaja; iaitu Artikel 12 dan 31. Maka itu, kajian
yang dijalankan pada tahun 2010 itu hanya mengukur implementasi dua
artikel ini sahaja.
Artikel 12 menyatakan setiap kanak-kanak berhak untuk menyatakan
pendapat mereka secara bebas. Pandangan mereka perlu diambil kira dalam
sebarang perkara yang menyentuh kebajikan hidup mereka. Artikel 31 pula
menyentuh tentang hak kanak-kanak untuk menikmati aktiviti masa lapang,
rekreasi dan kebudayaan. Setiap kanak-kanak berhak untuk mempunyai masa
rehat yang secukupnya, mempunyai masa lapangnya sendiri, mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti permainan, sukan, rekreasi kebudayaan dan kesenian
secara bebas mengikut peringkat umurnya.
Secara keseluruhannya, sepertimana yang dipaparkan di dalam Jadual 2,
kajian ini mendapati RKK telah mengimplementasi kedua-dua artikel
berkenaan. Dapatan terperincinya adalah seperti berikut:
4.1 Bentuk penyertaan
Kajian ini mendapati dua bentuk penyertaan telah ditunjukkan oleh kanak-
kanak di RKK; iaitu memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-ehwal
kebajikan mereka, serta penyertaan dalam proses membuat keputusan berkaitan
dengan pengurusan kes tingkahlaku mereka. Seramai 179 orang (42.27 peratus)
responden menyatakan mereka diberi peluang menyatakan pandangan dan
pendapat mereka. Namun, pandangan mereka hanya diminta di dalam hal-hal
yang berkaitan dengan aktiviti hujung minggu, jenis permainan yang dipilih
dan penentuan menu makanan. Mereka berpeluang untuk menyatakan pandangan
mereka semasa perhimpunan mingguan, perjumpaan bersama Pengetua dan
mesyuarat.
Jadual 2 : Implementasi Hak Penyertaan di RKK
"Bil "Soalan "Ya "Tidak "
" " "Bil "% "Bil"% "
"1 "Saya diberi peluang untuk menyatakan pandangan "179 "42.2 "245"57.8"
" "dan pendapat terhadap sesuatu perkara atau " " " " "
" "masalah yang berlaku " " " " "
"2 "Saya diberi peluang untuk melibatkan diri dalam "284 "67.0 "140"33.0"
" "aktiviti ko-kurikulum di sekolah " " " " "
"3 "Saya diberi peluang untuk melibatkan diri dalam "424 "100.0"- "- "
" "aktiviti ko-kurikulum di RKK " " " " "
"4 "Saya suka dengan aktiviti yang dijalankan "251 "59.2 "173"40.8"
"5 "Saya terlibat sebagai ahli Panel Rakan Sebaya "123 "29.0 "301"71.0"
" "(PRS) untuk membincangkan masalah dan kesalahan " " " " "
" "rakan-rakan yang lain " " " " "
"6 "Saya dibenarkan menubuhkan persatuan / kelab "99 "23.3 "325"76.7"
" "mengikut kemahuan dan kegemaran saya " " " " "
"7 "Saya terlibat dalam aktiviti bersama masyarakat "240 "56.6 "184"43.4"
" "di luar institusi " " " " "
"8 "Saya menyertai sebarang pertandingan di sekolah "245 "57.8 "179"42.2"
"9 "Saya diberi layanan yang sama dengan pelajar "223 "52.6 "201"47.4"
" "lain " " " " "
Biasanya, pengetua dan para pegawai RKK memberi pertimbangan untuk
mendengar pendapat kanak-kanak, sebelum sebarang keputusan diambil.
Pandangan kanak-kanak diambil kira sekiranya pandangan dan permohonan yang
dikemukakan adalah rasional dan berfaedah. Misalnya, pandangan kanak-kanak
di RKK yang berpendapat bahawa mereka memerlukan kebenaran keluar ke pusat
bandar untuk bermain permainan video atau internet pada setiap hujung
minggu telah diterima di beberapa RKK.
Walaubagaimana pun, masih ada RKK yang belum mengimplementasi
peraturan ini dengan sepenuhnya. Kebanyakan keputusan yang diambil oleh
pihak pentadbiran dilakukan tanpa berunding dengan kanak-kanak. Antara
keputusan yang selalunya dimonopoli oleh pegawai RKK adalah berkaitan
menentukan tempat lawatan, pemilihan kanak-kanak ke sesuatu majlis,
bilangan hari bercuti kepada kanak-kanak dan sebagainya. SUHAKAM (2005b)
menyatakan bahawa kanak-kanak hendaklah secara khusus diberi peluang untuk
didengari dan disertakan dalam sebarang prosiding kehakiman dan pentadbiran
yang melibatkan kanak-kanak; samada secara langsung atau melalui wakil,
atau badan yang sesuai selaras dengan semua tatacara perundangan.
Penglibatan kanak-kanak dalam Panel Rakan Sebaya (PRS) termaktub dalam
Peraturan 66, Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007.
Panel Rakan Sebaya adalah satu jawatankuasa yang mendengar dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di RKK. Panel ini
mempunyai dua fungsi utama iaitu bertindak sebagai pengantara dalam
sebarang pertikaian antara kanak-kanak dengan kakitangan atau dengan kanak-
kanak lain di RKK; dan bertindak sebagai rakan pembimbing dalam proses
intervensi pemulihan bagi kanak-kanak yang memerlukan intervensi. Biasanya
kanak-kanak yang mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan tanpa sebarang
masalah disiplin dipilih oleh pihak RKK untuk duduk bersama dalam mesyuarat
PRS. Hasil kajian ini menunjukkan seramai 123 orang (29.0 peratus) kanak-
kanak telah dilibatkan dalam mesyuarat PRS dan kes pelanggaran disiplin
kanak-kanak lain. Ini menunjukkan satu keadaan yang positif dalam memupuk
penyertaan aktif kanak-kanak di RKK.
4.2 Jenis-jenis aktiviti yang disertai dan kekerapan penyertaan
Dari segi penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum pula, seramai 284 orang
(67.0 peratus) responden menyatakan bahawa mereka terlibat dengan aktiviti
ko-kurikulum di sekolah seperti bersukan, persatuan pakaian seragam dan
ahli kelab. Aktiviti di sekolah biasanya menghendaki kanak-kanak ini untuk
hadir ke sekolah. Ada juga kanak-kanak yang dibawa keluar oleh pihak guru.
Biasanya kebenaran bertulis akan diperolehi daripada ibu bapa kanak-kanak
atau pengetua RKK bagi aktiviti bermalam di luar RKK seperti perkemahan,
karnival sukan dan sebagainya.
Selain aktiviti di sekolah, semua responden yang ditemui mengakui
yang mereka terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum di RKK. Antara aktiviti
yang ada di kebanyakan RKK adalah seperti kelab sukan, pancaragam, kawat
kaki, kelab kompang, kelab marhaban, kumpulan nasyid dan kelab tarian. Bagi
menggalakkan penglibatan lebih aktif, kanak-kanak ini diminta menjadi ahli
pelbagai jawatankuasa aktiviti sosial yang dianjurkan oleh RKK.
Dari segi masa penyertaan pula, seramai 190 responden (44.8 peratus)
memperuntukkan kurang dari 1 jam sehari, 177 orang (41.7 peratus)
memperuntukkan 1 hingga 2 jam manakala 13.3 peratus iaitu seramai 57 orang
memperuntukkan lebih daripada 2 jam sehari untuk aktiviti ko-kurikulum.
Apabila diminta pandangan samada mereka menyukai atau tidak aktiviti
yang dianjurkan oleh RKK, seramai 251 responden (59.2 peratus) menyukai
aktiviti berstruktur yang dirancang oleh pihak RKK untuk mereka. Selebihnya
mengharapkan perubahan dalam aktiviti yang diadakan kepada mereka. Antara
perubahan yang mereka harapkan adalah pihak RKK menambah aktiviti berbentuk
hiburan dan rekreasi seperti jamming, kebenaran untuk nyanyian karaoke
setiap minggu, menyertai pertandingan sukan di luar seperti futsal,
badminton, bola sepak, di samping aktiviti yang mereka sendiri cadangkan.
Kajian ini mendapati satu perkara yang masih ketinggalan di RKK adalah
kebenaran kepada kanak-kanak untuk merancang dan menganjurkan kelab,
persatuan atau aktiviti yang mereka mahukan dan mereka minati. Hasil kajian
menunjukkan seramai 326 orang (76.7 peratus) responden menyatakan mereka
tidak dibenarkan menubuhkan persatuan / kelab / aktiviti mengikut kemahuan
dan kegemaran mereka. Walaubagaimana pun, kebanyakan pegawai menyatakan
bahawa, aktiviti yang dirancang oleh kanak-kanak akan diberi kebenaran
sekiranya ia tidak melanggar peraturan dan tidak melibatkan kos yang
tinggi.
4.3 Persekitaran penyertaan
Selain berlangsung di dalam perkarangan RKK, pihak RKK juga menganjurkan
pelbagai aktiviti sosial dengan komuniti setempat bagi membolehkan kanak-
kanak berintegrasi dengan anggota komuniti. Antara aktiviti bersama
masyarakat yang sering dianjurkan oleh RKK adalah aktiviti gotong royong di
kawasan taman perumahan, taman permainan dan kawasan kubur. Kanak-kanak
juga diberi galakan sepenuhnya untuk menyertai aktiviti sukan, rekreasi dan
ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Memandangkan pihak
sekolah tidak menunjukkan sikap pilih kasih, stereotaip dan diskriminasi
kepada kanak-kanak ini, majoriti daripada mereka menyertai aktif aktiviti-
aktiviti gotong royong, keagamaan, sukan dan kebudayaan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah; mahupun komuniti setempat. Semasa cuti sekolah, banyak
aktiviti diadakan bersama masyarakat luar untuk mewujudkan hubungan positif
dengan masyarakat.
5. Modul penyertaan aktif kanak-kanak
5.1 Bentuk penglibatan/penyertaan
Penyertaan positif dan aktif dalam kalangan kanak-kanak yang berada di
bawah jagaan institusi boleh dicapai sekiranya mereka memahami dengan
jelas matlamat penyertaan mereka, dapat menyatakan pendapat mereka secara
bebas, terlibat dalam proses membuat keputusan yang bersifat autonomous dan
seterusnya memahami implikasi yang bakal dihadapi daripada keputusan yang
dibuatnya (Vis & Thomas 2009; Hart 1992). Bentuk penyertaan ini nampaknya
masih lagi dilaksanakan secara terhad dan berhati-hati oleh sistem
kebajikan kanak-kanak di negara kita. Bentuk penyertaan kanak-kanak lebih
tertumpu kepada penyertaan secara tidak langsung, menerusi beberapa
perwakilan mereka dalam sesebuah jawatankuasa yang kanak-kanak tidak
mempunyai otoriti penuh dalam membuat dan/atau mempengaruhi keputusan yang
diambil oleh pengetua RKK. Penyertaan kanak-kanak, di RKK contohnya, boleh
dipertingkatkan sekiranya kanak-kanak dilatih untuk melibatkan diri secara
langsung dalam sebarang prosedur pentadbiran institusi dan/atau prosiding
kehakiman serta polisi sosial yang melibatkan kebajikan hidup mereka.
Integrasi pandangan kanak-kanak dan keputusan atau pendapat yang
dikumpulkan daripada pengetua RKK, kaunselor RKK, ibu bapa atau penjaga
nya, Pelindung Kanak-kanak mahupun hakim Mahkamah Kanak-kanak mungkin boleh
menyumbang kepada keputusan yang lebih inklusif berkaitan dengan kebajikan
hidup kanak-kanak.
Pengalaman beberapa negara lain melibatkan kanak-kanak dalam proses
memberi pandangan dan membuat keputusan berkaitan hal-ehwal kebajikan hidup
mereka mungkin boleh dijadikan iktibar. Di negara Finland contohnya, Akta
Child Custody & Rights of Access Act 1983 nya menyatakan sesiapa yang
bertindak sebagai penjaga kepada kanak-kanak perlu berbincang dan mendapat
persetujuan kanak-kanak sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kanak-
kanak berkenaan (Freeman 2002; Hart 1992). Sebarang keputusan perlu
mengambil kira perasaan, pandangan dan keinginan kanak-kanak berkenaan.
Seksyen 6 (1) (b) Akta berkenaan menyatakan pandangan dan pendapat kanak-
kanak yang berumur >12 tahun perlu diberi pertimbangan semasa mengambil
sebarang keputusan penting mengenai kehidupan mereka. Ini kerana pada usia
12 tahun kanak-kanak dianggap telah matang. Seksyen 16 Akta yang sama juga
menekankan bahawa pihak kehakiman perlu memberi peluang kepada kanak-kanak
yang dibicarakan untuk menyatakan pendapat mereka.
Norway pula merupakan negara pertama yang menubuhkan Suruhanjaya khas
untuk Kanak-kanak bagi mendengar aduan tentang kanak-kanak secara
perundangan (Sara & Victoria 2006). Selepas Norway menyertai CRC,
Suruhanjaya ini bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak Norway
untuk mengukuhkan sistem perlindungan yang sah kepada kanak-kanak,
menyampaikan penerangan dan pelan tindakan pengajaran tentang CRC di
sekolah; dan juga melaksanakan beberapa program sosial untuk kanak-kanak
berisiko (Flekkey, 2002). Akta berkaitan Aduan Kanak-kanak (Act Relating to
the Ombudsman for Children) telah digabungkan dengan Arahan untuk Aduan
Kanak-kanak (Instructions for the Ombudsman for Children) pada tahun
1994.Peranan dan tanggungjawab badan ini adalah untuk mempromosi
kepentingan kanak-kanak kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta di samping
sentiasa memeriksa dan memantau perkembangan keadaan dan tempat kanak-kanak
membesar.Badan ini juga telah membantu meningkatkan kesedaran masyarakat
Norway tentang hak kanak-kanak. Parlimen Internet untuk kanak-kanak
diwujudkan untuk mewujudkan peluang kepada Majlis Perwakilan Pelajar dari
70 sekolah serata Norway menyampaikan cadangan kepada suruhanjaya;
khususnya dalam hal-ehwal masalah sosial yang melibatkan kanak-kanak.
Selain Norway, menjelang tahun 1997 Sweden dan Iceland telah
menubuhkan Suruhanjaya khas Kanak-kanak masing-masing. Banyak negara Eropah
telah menyusul selepas itu. Satu rangkaian perhubungan yang menghubungkan
semua Suruhanjaya Kanak-kanak di Eropah; bernama The European Network of
Ombudspersons for Children (ENOC) telah diwujudkan pada tahun
1997.Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat dan strategi di kalangan
ahli, menggalakkan suruhanjaya baru di setiap negara dan untuk bertindak
sebagai suara kolektif untuk hak kanak-kanak di Eropah.Menjelang tahun
2003, ENOC telah menerima Standards for Independent Children's Rights
Institutions; iaitu suatu penyeragaman kepada semua institusi hak-kanak-
kanak di Eropah (UNICEF Innocenti Research Centre, 2007).
Selain penyertaan langsung dalam prosedur dan prosiding kehakiman,
legislatif dan dasar sosial berkaitan kebajikan hidup mereka, kanak-kanak
juga perlu diberi peluang untuk mempunyai rasa otoriti terhadap program
sosial yang dibina khusus untuk mereka. Cadangan ini difikirkan wajar
diberi perhatian serius kerana dapatan kajian ini menunjukkan kanak-kanak
dalam Kajian 2010 ini kurang diberi peluang atau akses untuk merancang,
merekabentuk dan melaksana sendiri program sosial yang diminati mereka.
Kebanyakan mereka perlu mengikuti sahaja program berstruktur yang telah
dirancang dan diimplementasi oleh RKK. Senario di mana aktiviti masa
lapang, rekreasi dan kebudayaan kanak-kanak yang menetap di institusi
penjagaan gantian diatur secara terancang oleh agensi kebajikan kanak-kanak
adalah suatu kelaziman bukan sahaja di Malaysia; malah di kebanyakan negara
lain juga
Rasa otoriti terhadap sesebuah program sosial mampu menggalakkan
penyertaan aktif kanak-kanak kerana mereka merasakan program itu dibina
oleh mereka, untuk mereka. Dengan itu, mereka perlu menyertainya secara
aktif bagi memastikan matlamat program tercapai. Rasa otoriti ini pula
mampu ditanam dalam kalangan mereka sekiranya mereka diberi peluang
merancang dan menjalankan sendiri aktiviti sosial yang sesuai dengan
keperluan dan minat mereka. Menurut Bassell (2010), peluang untuk kanak-
kanak merancang aktiviti sosial mereka sendiri mampu meningkatkan nilai,
maruah dan martabat diri kanak-kanak, pemangkin kepada kewujudan sikap
bertanggungjwab dalam diri kanak-kanak dan menanam nilai kepentingn menjaga
hak orang lain dan hak diri sendiri di kalangan kanak-kanak.
Pendek kata, sebagai penutup kepada bahagian bentuk penyertaan ini,
kami ingin mencadangkan agar "tangga penyertaan kanak-kanak" (ladder of
participation) seperti yang dipaparkan dalam Rajah A yang dicadangkan oleh
Hart (1992) perlu dipertimbangkan aplikasinya dalam amalan hak penyertaan
yang lebih aktif untuk kanak-kanak yang berada di dalam jagaan institusi.
Bagi menggalakkan penyertaan aktif, pihak RKK dan agensi-agensi lain yang
terlibat dengan sistem kebajikan kanak-kanak negara perlu mula
mengimplementasi penyertaan sosial yang melibatkan bentuk penyertaan di
tangga 4 (kanak-kanak digalakkan menyertai program dan dimaklumkan secara
tepat objektif dan matlamat penyertaan mereka dalam program berkenaan),
tangga 5 ( kanak-kanak dirunding, diminta pandangan/idea, pandangan mereka
diambilkira dengan serius dan dimaklumkan), tangga 6 (kanak-kanak sama-sama
menyertai perancangan dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara),
tangga 7 (kanak-kanak merancang dan melaksana sendiri program sosial
khusus untuk mereka) dan tangga 8 (kanak-kanak berkongsi pandangan dan
keputusan dengan orang dewasa lain berkaitan program yang dirancang oleh
mereka).
5.2 Jenis aktiviti yang disertai oleh kanak-kanak
Levasseur dan rakan-rakannya (2010) telah menghasilkan satu taksonomi
aktiviti-aktiviti sosial, mengikut tahap-tahapnya, yang perlu ada dalam
penyertaan sosial. Taksonomi tersebut adalah seperti berikut:
1) Aktiviti tahap pertama; iaitu aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan keperluan asasi (basic needs activities)
dan/atau keperluan perlanjutan individu (survival
activities), serta aktiviti-aktiviti harian yang selalunya
dibuat oleh individu dalam kehidupan sehariannya (solitary
activities) yang boleh menghubungkannya dengan individu lain.
Aktiviti-aktiviti dalam kategori ini boleh jadi aktiviti yang
mudah seperti makan malam bersama kepada aktiviti yang lebih
rumit seperti menyediakan makan malam dan aktiviti-aktiviti
upacara keagamaan. Aktiviti-aktiviti solitary seperti
mendengar radio atau menonton televisyen membantu individu
membina maklumat mengenai apa yang berlaku dalam
Rajah A: Tangga penyertaan aktif kanak-kanak dalam aktiviti sosial
Sumber: Diambil daripada Hart, R. (1992). Children's participation from
tokenism to citizenship. Florence: UNICEF Innocenti Research Centre.
kehidupan masyarakatnya, dan juga membantunya dalam membina
komunikasi dengan individu lain yang berada dalam
persekitaran yang sama.
2) Aktiviti tahap kedua; iaitu aktiviti-aktiviti yang wujud
menerusi jaringan komputer (on-line internet) antara individu
dalam komuniti yang sama; walaupun mereka tidak pernah
bersemuka.
3) Aktiviti tahap ketiga; iaitu aktiviti-aktiviti di mana
individu berhubungan dan mempunyai hubungan sosial dengan
individu lain menerusi jaringan internet atau medium-medium
teknologi lain tanpa tujuan khusus. Contohnya adalah apabila
individu membeli belah menerusi internet, individu
berinteraksi dengan individu lain bagi mengetahui apa yang
ingin dibelinya atau adakah barangan yang ingin dibeli itu
sesuai dengan keperluannya.
4) Aktiviti tahap keempat; iaitu tahap di mana individu
berkolaborasi dan mencapai kata sepakat dengan individu lain
bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Contoh aktiviti tahap ini
boleh terlihat dalam aktiviti-aktiviti penganjuran aktiviti
berstruktur seperti Program Jagaan Orang Tua dan separa
struktur seperti pertandingan bola sepak, futsal dan lawatan.
5) Aktiviti tahap kelima; iaitu aktiviti-aktiviti di mana
individu menolong individu-individu lain dalam komuniti.
Contohnya adalah individu menjadi penjaga tidak formal
(caregivers) sukarela kepada individu uzur yang memerlukan
penjagaan dalam komuniti.
6) Aktiviti tahap keenam; iaitu aktiviti-aktiviti di mana
individu memberi sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat
yang dianggotainya. Aktiviti-aktiviti sivik ini merangkumi
penglibatan individu dalam pertubuhan dan organisasi politik
setempat dan/atau Negara.
Pendek kata, aktiviti-aktiviti penyertaan sosial merangkumi aktiviti
sosial, aktiviti produktif seperti pekerjaan dan aktiviti-aktiviti
sukarela, aktiviti komuniti, aktiviti rekreasi dan aktiviti instrumental.
Penglibatan dan/atau penyertaan individu dalam aktiviti-aktiviti tersebut
berlaku mengikut tahap-tahapnya (Rajah B). Tahap-tahap ini boleh dilihat
sebagai tahap penglibatan individu dengan individu lain. Tahap-tahap ini
membezakan penyertaan sosial individu kepada dua aspek. Pertama, kerapatan
penglibatan dan interaksi individu dengan individu lain yang terlihat pada
semua tahap aktiviti. Kedua, matlamat aktiviti yang disertai yang boleh
jadi berorientasi keperluan asasi (diperlihatkan oleh aktiviti tahap 1 dan
2), berorientasi sosial (diperlihatkan oleh aktiviti tahap 3), berorientasi
tugasan (diperlihatkan oleh aktiviti tahap 4), berorientasi menolong orang
lain (diperlihatkan oleh aktiviti tahap 5) atau matlamat yang berorientasi
masyarakat (diperlihatkan oleh aktiviti tahap 6).
Rajah B: Taksonomi aktiviti penyertaan sosial dan tahap-tahap
Sumber: Levasseur, M., Richard, L., Gauvin, L., & Raymond, E. (2010).
Inventory and analysis of definitions of social participation found in
the aging literature: Proposed taxonomy of social activities. Social
Science and Medicine. 71:2141-2149.
Berbeza daripada Levasseur dan rakan-rakannya (2010) yang membina
taksonomi jenis aktiviti sosial yang perlu disertai oleh individu secara
umum, Mars dan rakan-rakannya (2008) mencadangkan taksonomi jenis aktiviti
sosial yang lebih khusus untuk disertai oleh kanak-kanak. Mereka mendapati
aktiviti-aktiviti sosial yang mampu meninggalkan kesan positif terhadap
kesejahteraan hidup kanak-kanak seharusnya merangkumi empat jenis aktiviti
berikut:
1) Aktiviti-aktiviti sosial yang mampu membina hubungan sosial (social
contacts) dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
2) Aktiviti-aktiviti yang mampu menjana pekerjaan (work) dan sokongan
tak-formal (informal support),
3) Aktiviti kebudayaan,
4) Aktiviti-aktiviti politik yang bersifat sivil yang mampu menjana
pelbagai sumber yang boleh membangunkan komuniti/masyarakat
Pihak RKK nampaknya telah memasukkan hampir semua jenis dan tahap
penyertaan aktiviti yang dicadangkan oleh samada Levasseur et al. (2010)
dan Mars et al. (2008). Walaubagaimana pun, fragmentasi yang jelas terlihat
di dalam aspek jenis aktiviti dan tahap penyertaan kanak-kanak dalam
aktiviti yang mampu membina hubungan dan/atau kontaks sosial dengan
masyarakat setempat. Kebanyakan aktiviti sosial sedia ada lebih terfokus
kepada aktiviti berstruktur dalam RKK dan aktiviti ko-kurikulum berstruktur
yang dianjurkan oleh pihak sekolah, yang wajib disertai oleh kanak-kanak
yang bersekolah. Amat kurang sekali aktiviti sosial dan penyertaan sosial
yang melibatkan komuniti setempat.
Tumpuan aktiviti dan tahap penyertaan sosial yang lebih terfokus
kepada aktiviti dalam institusi menyebabkan matlamat membina hubungan
sosial yang produktif dan membina antara kanak-kanak yang tinggal dalam
jagaan institusi dengan anggota komuniti di luar institusi terganggu atau
tidak seimbang. Begitu juga, ia gagal membina jaringan kerja dan hubungan
antara kanak-kanak ini dengan agensi-agensi tak-formal lain yang terdapat
dalam komuniti. Sepertimana yang dicadangkan oleh kebanyakan pengkaji
bidang ini, penyertaan yang gagal membina hubungan sosial dan jaringan
sosial tidak akan membawa pulangan keuntungan sosial untuk individu yang
menyertainya. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak RKK.
5.3 Persekitaran sosial penyertaan
Organisasi United Nations Children's Fund (UNICEF) telah menggunakan Model
Ekologi Hak Kanak-kanak bagi menerangkan kepentingan persekitaran sosial
dalam perkembangan holistik kanak-kanak. Perspektif ini memberi keutamaan
kepada penyertaan dan kefungsian semua sektor sosial yang terdapat dalam
sebuah ekologi sosial dalam menyalurkan keperluan fizikal, spiritual,
kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak (International Institute for Child
Rights and Development 2005; Bronfenbrenner 1999/1979).
Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sosial yang berlangsung dalam
persekitaran sosial yang komprehensif yang disertai oleh pelbagai sektor
dan agensi sosial formal dan tak-formal meningkatkan perkembangan peribadi
yang bersifat positif kepada aset kendiri mereka. Setiap institusi, sektor
dan agensi ini juga mampu menawarkan pelbagai nilai, tanggungjawab,
peranan dan fungsi sosial yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang mereka
anggotai (Sinclair 2004). Ikatan sosial yang terbina dalam kalangan kanak-
kanak yang terlibat dan menyertai aktif aktiviti kemasyarakatan menyebabkan
mereka mempunyai perasaan dipunyai dan mempunyai serta tahu menghargai
kepentingan ahli komuniti atau orang lain (Hirschi 1969). Mereka ini
lazimnya patuh kepada nilai, norma dan peraturan sosial yang terdapat dalam
masyarakat.
Selain itu, penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti sosial yang
berlangsung dalam ekologi komuniti juga membekalkan mereka dengan ilmu dan
kemahiran sosial yang penting untuk kehidupan seharian mereka, pada hari
ini atau pada masa hadapan (Checkoway 2010). Brofenbrenner (1999) dalam
Model Ekologi Sosial nya mengatakan penyertaan dan kefungsian semua sektor
sosial seperti agensi kerajaan, sekolah, keluarga, komuniti, kejiranan
sekediaman dan pertubuhan-pertubuhan voluntari yang terdapat dalam sesebuah
ekologi sosial berperanan penting dalam menyalurkan keperluan fizikal,
spiritual, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Sektor sosial formal
seperti agensi kerajaan, sekolah dan sektor tidak formal seperti keluarga,
komuniti atau kejiranan sekediaman, pertubuhan-pertubuhan voluntari yang
terdapat dalam persekitaran sosial kanak-kanak berinteraksi secara timbal-
balas (reciprocal interactions) dengan kanak-kanak dalam proses menyalurkan
pelbagai pengetahuan, tanggungjawab, nilai dan norma sosial kepada kanak-
kanak. Penyaluran ilmu, nilai, pengetahuan, tanggungjawab dan pembentukan
hubungan yang bermakna antara kanak-kanak dengan individu-individu dan
sektor-sektor signifikan lain dalam hidupnya ini dirujuk oleh
Bronfenbrenner (1999/1979) sebagai "proses ruang" (proximal processes).
Dalam proses ini, kanak-kanak belajar untuk berinteraksi dan berhubung
dengan persekitarannya. Pola-pola hubungan atau ikatan sosial terbentuk
antara individu dengan kanak-kanak menerusi aktiviti-aktiviti sosial
seperti permainan, rekreasi, sosialisasi, penjaliran kemahiran atau
pengetahuan tertentu. Ini bermakna, bagi membolehkan kanak-kanak berkembang
maju, mereka mesti terlibat atau menyertai aktiviti sosial dalam komuniti
mereka. Aktiviti-aktiviti sosial yang kompleks ini hanya wujud dalam
persekitaran sosial yang komprehensif.
Seterusnya, bagi memastikan perkembangan itu berlaku secara berkesan,
aktiviti-aktiviti sosial berkenaan seharusnya berlangsung "secara
biasa/harian" (regular basis) bagi satu jangkamasa yang berpanjangan
(Bronfenbrenner 1999:6) dan disalurkan oleh pelbagai individu dalam ekologi
sosial di mana kanak-kanak itu membesar. Ini kerana aktiviti-aktiviti yang
dilakukan secara biasa/harian dan berlanjutan disepanjang hidup kanak-kanak
membolehkan kanak-kanak membina ilmu/kemahiran yang kompleks. Semua proses
ini perlu berlaku secara dinamik disepanjang kitaran hidup kanak-kanak bagi
memastikan semua keperluan hidup mereka dapat diisi secara komprehensif.
Proses ini juga tidak hanya terhad kepada interaksi interpersonal sahaja.
Justeru itu, semua sektor sosial yang terdapat dalam persekitaran sosial di
mana kanak-kanak membesar perlu bersifat sensitif, empati, mesra dan
menyokong proses proximal ini. Keadaan ini penting bagi membolehkan kanak-
kanak berinteraksi secara positif dan progresif dengan anggota
masyarakatnya.
Penglangsungan aktiviti sosial dalam persekitaran sosial yang
komprehensif ini perlu diberi perhatian oleh pihak RKK kerana dapatan
Kajian 2010 ini mendapati penyertaan kanak-kanak lebih terfokus kepada
persekitaran institusi RKK dan sekolah. Penyertaan kanak-kanak dalam
aktiviti sosial yang berlangsung dalam persekitaran komuniti kelihatan
begitu terhad sekali. Faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan atau
penyertaan kanak-kanak yang berada dalam jagaan institusi dengan aktiviti-
aktiviti sosial yang berlangsung dalam komuniti begitu terbatas juga perlu
dikaji dengan lebih mendalam. Tindakan ini penting bagi memastikan segala
bentuk halangan yang wujud di pihak institusi RKK, komuniti setempat dan
kanak-kanak sendiri yang berisiko tinggi menghalang penyertaan aktif kanak-
kanak dan anggota komuniti dalam aktiviti sosial khusus untuk perkembangan
positif kanak-kanak dapat diatasi.
6. Penutup
Penyertaan sosial membawa makna yang luas dan abstrak. Usaha
mengimplementasi hak penyertaan individu; khususnya kanak-kanak ke dalam
aktiviti harian mereka perlu dilakukan secermat mungkin dengan
mengambilkira setiap dimensi penyertaan sosial yang dibincangkan oleh
artikel ini. Penyertaan kanak-kanak yang hanya tertumpu kepada penglibatan
mereka dalam serangkaian aktiviti yang dianjurkan oleh RKK, penglibatan
mereka hanya dalam Panel Rakan Sebaya, serta penglibatan sekali-sekala
mereka dalam aktiviti sosial yang melibatkan masyarakat sekitar tidak boleh
dianggap atau tidak boleh diambilkira sebagai pelunasan hakiki hak
penyertaan kanak-kanak. Masih banyak lagi yang perlu diterokai oleh para
pelaksana yang berkerja dengan agensi kebajikan kanak-kanak dalam usaha
mereka membantu kanak-kanak yang berada dalam jagaan institusi menyertai
secara aktif dan produktif pelbagai program dan aktiviti sosial yang
samada berlangsung di dalam institusi mahupun ruang komuniti.
Senarai Rujukan
Badley, E.M. (2008). Enhancing the conceptual clarity of the activity and
participation components of the International Classification of
Functioning, Disability, and Health. Social Science & Medicine.
66(11):2335-2345.
Bath, P.A., & Deeg, D.J. (2005). Social engagement and health outcomes
among older people: introduction to a special section. European
Journal of aging. 2:24-30.
Bessell, S. (2010). Participation in decision-making in out-of-home care
in Australia: What do young people say? Children and Youth Services
Review. doi:10.1016/j.childyouth.2010.05.006
Bronfenbrenner, U. (1999). Environments in developmental perspective:
Theoretical and operational models. Friedman, S.L., & Wachs, T.D.
(eds.). Measuring environment across the life span. Emerging mwthods
and concepts. Washington, D.C: American Psychological Association
Press. Hal. 3-28.
______________. (1979). The ecology of human development. Experiments by
nature and design. Cambridge: Harvard University Press.
Cashmore, J. (2002). Facilitating the participation of children and young
people in care. Child Abuse and Neglect. 26(8): 837-847.
Checkoway. B. (2010). What is youth participation? Children and Youth
Services Review, 33, 340–345.
Coombs, R.H. (1969). Social participation, self–concept and interpersonal
valuation.Sociometry. 32(3):273-286.
Creswell, J.W. (2008). Educational research. Planning, conducting, and
evaluating quantitative and qualitative research, Pearson Prentice
Hall: Upper saddle River, New Jersey
Dalemans, R.J.P., De Witte, L.P., Wade, D.T., & Van den Heuvel, W.J.A.
(2008). A description of social participation in working-age persons
with aphasia: a review of the literature. Aphasiology. 22(10):1071-
1091.
Del Bono, E., Sala, E., Hancock, R., Gunnell, C., & Parisi, L. (2007).
Gender, older people and social exclusion.A gendered review and
secondary analysis of the data. Essex, UK: Institute for Social and
Economic Research.
Dijkers, M.P. (2008). Issues in the conceptualization and measurement of
participation. An overview. International Symposium on Measurement of
Participation in Rehabilitation Research. Toronto, Ontorio.
Dijkers, M. P., Yavuzer, G., Ergin, S., Weitsenkamp, D., & Whiteneck, G.
(2002). A tale of two countries: environmental impacts on social
participation aster spinal cord injury. Spinal Cord. 40(7):351-362.
Eekelaar, J. (1992). The importance of thinking that children have rights.
Dlm P. Alston, S. Parker, & J.Seymour (Eds.), Children, rights and the
law (pp.221-235). Oxford: Clarendon Press
Ellaway, A., & Macintrye, S. (2007). Is social participation associated
with cardiovascular disease risk factors? Social Science & Medicine.
64(7): 1384-1391.
Flekkey, M.G. (2002). The Ombudsman for Children Conception and
development. Dlm Franklin, B. (ed). The New Handbook of Children's
Rights Comparative policy and practice. London, Routledge
Fougeyrollas, P., Noreau, L., Bergeron, H., Cloutier, R., Dion, S.A., &
St.Michael, G. (1998). Social consequences of long term impairments
and disabilities: conceptual approach and assessment of handicap.
International Journal of Rehabilition Research. 21(2): 127-141.
Freeman, M. (2002). 'Children's Rights ten years after ratification', In
Franklin, B. (ed). The New Handbook of Children's Rights Comparative
policy and practice. London, Routledge.
Hart, R. (1992). Children's participation from tokenism to citizenship.
Florence: UNICEF Innocenti Research Centre.
Hirschi, T. (1969). Causes of delinquency. London: Unwin Lt.
Hsu, H.c. (2007). Does social participation by the elderly reduce mortality
and cognitive impairment?. Aging & Mental Health. 11(6): 699-707.
Hyppa, M., & Maki, J. (2003). Social participation and health in a
community rich in stock of social capital. Health Education Research.
18(6): 770-779.
International Institute for Child Rights and Development. (2005). The
Triple A: Child Rights and Community Development Process. Victoria:
University of Victoria
International Index and Dictionary of Rehabilitation and Social
Integration. (2009). Definition of the term: social participation.
Lariviere, N. (2008). Analysis of the concept of social participation:
definitions, illustration, dimension of activities and indicators.
Canadian Journal of Occupational Therapy. 75(2): 114-27.
Levasseur, M., Richard, L., Gauvin, L., & Raymond, E. (2010). Inventory and
analysis of definitions of social participation found in the aging
literature: Proposed taxonomy of social activities. Social Science and
Medicine. 71:2141-2149.
Lindstrom, M. (2005). Ethnic differences in social participation and social
capital in Malmo, Sweden: a population-based study. Social Science &
Medicine. 60(7): 1527-1546.
Lindstrom, M., Hanson, B.S., & Ostergren, P.O. (2001). Socioeconomic
differences in leisure9time physical activity: the role of social
participation and social capital in shaping health related behavior.
Social Science & Medicine. 52(3): 441-451.
Lovden, M., Ghisletta, P., & Lindenberger, U. (2005). Social participation
attenuates decline in perceptual speed in old and very old age.
Psychology and Aging. 20(3): 423-434.
Maier, H., & Klumb, P.L. (2005). Social participation and survival at older
ages: is the effect driven by activity content or context. European
Journal of Ageing. 2:31-39.
Mars, G.M., Kempen, G.I., Mesters, I., Proot, I.M., & Van Eijk, J.T.
(2008). Characteristics of social participation as defined by older
adults with a chronic physical illness. Disability and Rehabilitation.
30(17): 1298-1308.
McLauhglin, E., & Muncie, J. (2001). The sage Dictionary of
Criminology.London, Thousand Oaks, New Delhi: Sage.
Pais, M.S. (1999). A Human Rights Conceptual Framework for UNICEF.
Florence: UNICEF ICDC
Pohjolainen, P. (1991). Social participation and life-stayle: a
longitudinal and cohort study. Journal of Cross-Cultural Gerontology.
6(1):109-117.
Rappaport, J. (1981). In praise of paradox: A social policy of empowerment
over prevention. American Journal of Community Psychology. 9(1): 1-
25.
Sara. L.A & Victoria L. (2006). Legislative Measures for the Implementation
of The Convention On the Rights of the Child: International Lessons
Learned and Recommendations for the Government of Canada. A Companion
Paper to World Vision Canada's Second Submission to the Standing
Senate Committee on Human Rights
Sidorenko, A. (2002). Empowerment and participation in policy action on
ageing.Empowerment and poverty reduction: A sourcebook. New York:
PREM, World Bank.
Smits, CH.M., Van Rijsselt, R.J.T., Jonker, C., & Deeg, D.J.H. (1995).
Social participation and cognitive functioning in older adults.
International Journal of Geriatric Psychiatry. 10:325-331.
Sinclair, R. (2004). Participation in Practice: Making it Meaningful,
Effective and Sustainable. Children and Society. 18: 106 -118.
SUHAKAM. (2005). Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Ampang
Press Sdn. Bhd.
____________. (2006). Research on Knowledge and Practice of Human Rights in
secondary school. Kuala Lumpur: SUHAKAM.
Thompson, E., & Whearty, P. (2004). Older men's social participation: the
importance of masculinity ideology. Journal of Men's Studies. 13(1): 5-
24.
UNICEF Innocenti Research Centre (2007). Law Reform and Implementation of
the Convention on the Rights of the Child, Florence : The United
Nations Children's Fund (UNICEF)
Vis, S. A., & Thomas, N. (2009). Beyond talking—children's participation in
Norwegian care and protection cases. European Journal of Social Work.
12(2):55–168.
Wright., L.K. (1990). Mental health in older spouses: the dynamic interplay
of resources, depression, quality of the marital relationship, and
social participation. Issues in Mental Health Nursing. 11(1):49-70.
" " "
" "
Read phonetically
i) Listen
ii) Read phonetically
-----------------------
[1]Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia (
[email protected])
[2] Profesor Madya di Jabatan Pentadbiran Sosial dan Keadilan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur (
[email protected])