Gagak yang haus Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati guru-guru, barisan hakim dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan bercerita tentang sebuah kisah tauladan yang bertajuk “Gagak “ Gagak Yang Haus”. Pada zaman dahulu, ada seekor gagak yang haus terbang ke sana dan ke sini untuk mencari air. Namun, semua kolam, sungai dan tasik sudah kering disebabkan oleh kemarau. Tiba-tiba, gagak terjumpa sebuah tembikar yang berisi air. Malangnya, air di dalam tembikar itu hanya separuh. Gagak tidak minum kerana paruhnya pendek. Gagak pun berfikir sebentar. Tidak lama kemudian, gagak mendapat buah fikiran. Gagak pun segera mengutip dan mengumpul batu-batu yang ada berhampirannya. Kemudian, gagak pun mengisi batu-batu itu ke dalam tembikar. Lama-kelamaan, air di dalam tembikar itu pun semakin banyak. Akhirnya, gagak dapat minum air itu sepuas-puasnya. Kesimpulannya, pengajaran dari cerita ini ialah, jika kita rajin berusaha, pasti kita akan menemui kejayaan. Sampai di sini sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih.
Raja Rimba Dan Angkatan Tentera Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati guru-guru, barisan hakim dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan bercerita tentang sebuah kisah tauladan yang bertajuk “Raja Rimba Dan Angkatan Tentera”. Pada suatu hari, Raja Rimba mengadakan mesyuarat untuk memilih angkatan tenteranya. Semua haiwan perlu hadir ke mesyuarat itu. Raja rimba telah melantik Sang Gajah menjadi ketua angkatan tentera. Sang Gajah turut dibantu oleh Sang Musang dan Sang Monyet. Kemudian, tiba giliran Sang Arnab dan Sang Keldai juga ingin menjadi tentera. Tiba-tiba Sang Gajah berkata, “Sang Arnab dan Sang Keldai tidak layak menyertai angkatan tetera ini. Sanga Arnab sangat kecil manakala Sang Keldai pula penakut”. Sang Arnab dan Sang Keldai berasa sedih mendengar ejekan itu. Raja Rimba sangat marah apabila mendengar kata-kata Sang Gajah. Raja Rimba pun berkata, “Kamu tidak boleh bercakap begitu, kerana, arnab boleh berlari dengan pantas. Jadi arnab boleh menyampaikan pesanan dari satu tempat ke satu tempat dengan cepat. Suara Sang Keldai pula, sangat lantang dan boleh memanggil semua haiwan dihutan”. Kesimpulannya, pengajaran dari cerita ini ialah, kita jangan mudah memandang rendah terhadap orang lain, kerana setiap orang mempunyai kelebihan diri masing-masing. Sampai di sini sahaja cerita saya. Sekian terima kasih.
Sang Semut dan Sang Merpati Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati guru-guru, barisan hakim dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan bercerita tentang sebuah kisah tauladan yang bertajuk “Sang Semut dan Sang Merpati”. Ketika Sang Merpati terbang pulang ke sarang, tiba-tiba Sang Merpati ternampak Sang Semut dihanyutkan oleh arus sungai. Sang Merpati pun mencampakkan sehelai daun ke arah Sang Semut. Sang Semut segera berpaut pada daun itu. Maka, selamatlah Sang Semut. “Terima kasih Sang Merpati, saya akan membalas jasa kamu nanti,” kata Sang Semut. Beberapa minggu kemudian, Sang Semut ternampak seorang pemburu. Pemburu itu sedang menghalakan senapangnya ke arah Sang Merpati. Kemudian, Sang Semut pun menggigit paha pemburu itu. Senapang pemburu itu pun terlepas sasaran dan meletup. Sang Merpati yang terkejut mendengar bunyi tembakan itu pun terus terbang. Kesimpulannya, pengajaran dari cerita ini ialah, jika kita melakukan perbuatan yang baik, pasti suatu hari nanti kita juga akan mendapat balasan yang baik. Sampai di sini sahaja cerita saya. Sekian terima kasih.