Membudayakan Membudayakan i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Wong Kiong Woung SMK Petra Jaya, Kuching, Sarawak Suntingan Oleh Dr. Wee Eng Lee Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui punca guru-guru guru -guru tidak menggunakaan Pemetaan i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Kajian yang dilakukan dalam berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini melibatkan pemerhatian, temu bual, soal selidik dan analisis dokumen guru dan murid-murid sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Data-data daripada pemerhatian, temu bual, s oal selidik dan analisis dokumen dianalisis mengikut kaedah kuantitatif dan kualitatif mendapati guru-guru tidak menggunakaan Pemetaan i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains kerana mereka kurang memahami konsep dan cara pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pemetaan i-THINK berikutan tempoh kursus yang pendek. Mereka bukan sahaja tidak sempat menghayati dasar pelaksanaan program tersebut malah masih kabur dengan cara pelaksanaan program Pemeteaan i-THINK untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid untuk menghadapi peperiksaan yang mempunyai soalan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi. Program intervensi Membudayakan iTHINK yang dilaksana berdasarkan dapatan kajian tindakan ini memberikan impak positif apabila ujian pos menunjukan guru-guru mula menggunakan kaedah Pemeteaan i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran Sains kerana mereka telah memahami konsep dan teknik pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan kaedah Pemetaan iTHINK.
1. PENGENALAN
SMK Petra Jaya terletak di Jalan Semarak kira-kira 4 km dari Bandar Kuching merupakan sekolah bandar. Sekolah ini berjiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Kebangsaan Gita di Jalan Matang Kuching. Dengan kepesatan pembangunan, sekolah in telah menjadi sekolah dalam bandar yang dikelilingi bangunan kedai dan perumahan rakyat. Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya mula dibina pada 16 Jun 1980. Sekolah ini beroperasi beroperasi di bangunan sementara di SRK Encik Buyong pada bulan Januari 1981. Pada awal tahun 1982, 1982, SMK Petra Jaya berpindah ke bangunan baru di kawasan seluas 12.07 ekar. Pembukaan rasmi SMK Petra Jaya telah disempurnakan oleh Pemangku Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Marzuki Nor pada 17 Ogos 1982 1982 (Selasa) bersamaan 27 Syawal 1402 Hijrah. Pada 17 Ogos 2005, SMK. Petra Jaya meraikan Perayaan Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah Abdullah,Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri bertanggungjawab tentang Sumber Manusia dan Latihan dan Menteri Muda Pertanian yang 1
juga merupakan mantan Pengetua SMK Petra Jaya. SMK Petra Jaya mula beroperasi satu sesi iaitu sesi pagi pada tahun 2003. Pada tahun 2008, 2 buah kelas Tingkatan 6 Bawah diperkenalkan. Pada tahun 2014, bilangan pelajar seramai 1557 orang dan mempunyai 49 buah kelas. Warga staf guru seramai 105 orang dan dibantu oleh 20 orang warga staf sokongan. Sekolah ini telah ditadbir oleh Sembilan orang Pengetua sejak beroperasi mulai tahun1981. 1.1 Latar Belakang Kajian
Kaedah pengajaran berpusatkan guru yang diamalkan oleh guru selama ini perlu dikurangkan kerana kemahiran ini tidak lagi mencukupi dalam abad ke-21 ini. Peserta kursus NPQEL telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu projek ke arah mengupayakan guru dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih berkesan dalam suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif. Projek ini diberi nama Projek Membudayakan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Panitia Sains. Selain itu, penggunaan peta pemikiran iTHINK dalam PdP yang berkesan juga memantap dan memperkasa penguasaan ilmu pengetahuan murid dalam menghadapi cabaran dunia global. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program i-THINK pada tahun 2011 sebelum diperluaskan kepada semua sekolah pada tahun 2014. Projek membudayakan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Panitia Sains ini akan melibatkan 9 orang guru panitia Sains yang perlu menggunakan sekurang-kurangnya satu peta pemikiran i-THINK sewaktu pengajaran dan pembelajarannya di samping dapat menguasai penggunaannya. Melalui pendedahan dan latihan, ilmu dan kemahiran menggunakan peta pemikiran i-THINK guru diharapkan dapat membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi murid di samping membantu rakan guru lain untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka agar dapat meningkatkan pencapaian akademik sekolah pada masa akan datang. 1.2 Pernyataan Masalah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan 6 ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Satu daripada ciri tersebut ialah setiap murid perlu ada kemahiran berfikir. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menghasilkan modal insan yang berupaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu menghadapai cabaran abad ke-21 dapat dilihat melalui Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) dan Program i-THINK. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini telah diperluaskan kepada 1000 buah sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya dilaksanakan kepada semua sekolah pada tahun 2014. Percambahan idea melalui perbincangan antara murid dalam kumpulan dengan menggunakan peta pemikiran i-THINK sebenarnya bergerak ke arah membangunkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Selepas memberi penerangan awal, guru perlu menjadi pemudah cara. Aktiviti berkumpulan membolehkan murid berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan di samping berinteraksi dengan bahan iaitu menggunakan peta pemikiran iTHINK. Berdasarkan pemerhatian penyelidik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan juga hasil kerja pelajar daripada beberapa kelas yang diselia, aspek kemahiran 2
berfikir secara kreatif dan kritis serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) masih kurang ditekankan oleh guru. Selain itu, analisis item yang dilakukan oleh guru mata pelajaran mendapati kebanyakan pelajar lemah dalam bentuk soalan KBAT. Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 juga mencerminkan kebanyakan pelajar sekolah ini agak lemah dalam soalan KBAT. Justeru itu, kajian perlu dijalankan bagi tujuan mencari jawapan kepada mengapakah guru tidak menggunakan Peta Pemikiran i-THINK sebagai salah satu langkah untuk merangka intervensi untuk mengatasi masalah ini.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuik mengetahui punca-puca guru tidak menggunakaan Pemetaan i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains untuk merangka satu program intervensi untuk meningkatkan penggunaan Pemetaan i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Panitia Sains 1.3 Objektif
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti punca guru-guru tidak menggunakan Pemetaan iThink dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. 1.4 Soalan Kajian
Kajian ini akan dapat menjawab persoalan apakah faktor-faktor guru-guru tidak menggunakan Pemetaan i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains ? 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1
Pengenalan
Peta pemikiran merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peta pemikiran merupakan perkakas pengajaran dan pembelajaran yang memupuk dan menggalakkan pendidikan sepanjang hayat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita. Peta pemikiran membekalkan murid dengan kemahiran untuk menjadi pemikir yang Berjaya, membuat keputusan yang matang dan menyelesaikan masalah dengan bijak (Thinking Maps Inc. Pamphelt). Peta pemikiran dapat mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif. Program i-THINK ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid sekolah kea rah melahirkan murid berinovatif dan mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 2.2
Latar Belakang Pengasas i-THINK
Peta pemikiran telah diasaskan dan dikembangkan oleh David Hyerle dari Amerika Syarikat. Buku David Hyerle (1996) bertajuk Visual Tools for Constructing Knowledge (Association for Supervision and Curriculum Development) telah menjadi akar umbi i-THINK yang 3
memberikan fokus kepada penyelidikan komprehensif tentang cara guru menjadi fasilitator dalam melahirkan murid yang kreatif, berfikiran analitis, memahami konsep dan bersistem dalam pemikiran melalui alat pemikiran visual. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru dan murid amat penting dalam memartabatkan pendidikan di Malaysia. Dapatan melalui kajian keperluan semasa menunjukkan aspek tersebut perlu ditingkatkan dalam kalangan guru dan murid. Melalui usaha sama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Kementerian Malaysia (KPM), Kedtrel Education telah membantu dalam memulkan budaya i-THINK di Malaysia. Dalam program rintis yang telah diadakan selama tiga bulan pada tahun 2012, sebanyak 10 buah sekolah, iaitu enama buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di Bandar dan di luar Bandar telah terlibat. Semua guru dan murid kecuali murid tingkatan lima di 10 buah sekolah telqah terlibat dalam kajian rintis tersebut. Kestrel Education telah mengendalikan kursus program i-THINK di sekolah-sekolah tersebut. Dalam fasa kedua, sebanyak 1000 buah sekolah terlibat dalam latihan peta pemikiran daripada pasukan pelatih KPM. pada peringkat ini, Kestrel Education tidak terlibat dan kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh KPM. Ffasa ketiga yang bermula pada bulan April 2014 telah dibantu dengan program atas talian. Penggunaan program atas talian ini dicadangkan kerana inilah satu-satunya cara terbaik untuk melatih semua guru di sembilan ribu buah sekolah. Peta pemikiran i-THINK yang telah dicipta dan dikembangkan oleh David Hyerle bertujuan membantu guru dan murid mendalami proses pengajaraqn dan pembelajaran dengan lebih bermakna. i-THINK berdasarkan proses kerja otak manusia dan cara otak menstrukturkan maklumat. Kepentingan i-THINK telah dibuktikan melalui penyelidikan dan pemerhatian dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2.3 Kepentingan i-THINK Kepada Guru dan Murid
Guru boleh menggunakan peta pemikiran i-THINK untuk mengajar pelbagai subjek. Mereka boleh memilih set perkakas pemikiran i-THINK yang berbeza mengikut standard kandungan yang ingin diajar. Pengajaran akan menjadi lebih dinamik apabila peta pemikiran i-THINK digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir abstrak murid. Secara tidak langsung, minat murid terhadap subjek yang diajar turut meningkat. Murid dapat menyusun idea dan meningkatkan tahap pembelajaran. Peta pemikiran i-THINK membantu murid daripada aspek meningkatkan tahap pemikiran, iaitu daripada tahap pemikiran rendah ke tahap pemikiran tinggi. i-THINK membantu murid berfikir secara divergen dan konvergen dan dapat menstrukturkan pemikiran dengan cara yang sistematik. Peta pemikiran i-THINK juga dapat membantu murid memahami hubungan antara pelbagai aspek, konsep dan sebagainya dalam pelbagai situasi. Mereka akan belajar menfokuskan pemikiran terhadap maksud daripada hanya mementingkan fakta dan aspek teknikal lain seperti gaya bahasa dan tatabahasa. Murid akan lebih mudah memahami konflik, masalah, cabaran atau sebarang situasi yang perlu dianalisis. Pelbagai maklumat perlu difahami oleh murid dalam jangka masa yang singkat pada era ledakan maklumat masa kini. Dengan menggunakan i-THINK, pemindahan maklumat 4
yang linear kepada bukan linear, perkara yang kompleks aklan menjadi mudah dan senang difahami. Pelbagai perkakas i-THINK memberikan ruang kepada murid dan guru untuk memahami maklumat dalam cara yang mudah dan kreatif. maklumat dapat diringkaskan secara efektif dan mudah diguna pakai apabila diperlukan. Peta pemikiran i-THINK dapat membantu dalam pendidikan sepanjang hayat yang merupakan salah satu matlamat pendidikan di Malaysia. Peta pemikiran i-THINK yang didedahkan kepada murid sekolah boleh digunakan dalam situasi formal mahupun informal. Dalam aktiviti kokurikulum dan situasi informal lain, murid dan guru boleh menggunakan iTHINK untuk membuat perancangan atau melaksanakan sesuatu objek. Kemahiran menggunakan i-THINK akan menjadi asset kepada pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Peta pemikiran i-THINK menggabungjalinkan proses kognitif pembelajaran dengan penjelmaan visual dalam penyusunan grafik. Apabila dilaksanakan di seluruh sekolah, peta pemikiran i-THINK membekalkan cara konsisten untuk guru membentangkan informasi dan murid menghadapi pembelajaran serta mengekalkan pengetahuan tersebut. Peta pemikiran iTHINK membolehkan guru membentangkan kurikulum dengan lebih bermakna. Peta pemikiran ini terdiri daripada lapan corak visual berdasarkan proses pemikiran yang fundamental. Menurut Paivio (1990), 90 peratus maklumat yang sampai ke otak kita ialah dalam bentuk visual. Oleh itu, peta pemikiran i-THINK dapat merangsang pemikiran mengikut cara semula jadi dan menarik perhatian murid. Menurut Haystead dan Marzano (2009), pengetahuan yang disimpan dalam otak boleh dikategorikan kepada dua bentuk, iaitu dalam bentuk linguistik dan bukan linguistic. Kajian telah membuktikan bahawa lebih banyak kedua-dua cara digunakan, lebih tinggi tahap pemikiran dan penguasaan sesuatu pengetahuan seseorang individu. Menurut Marzano lagi, pengetahuan bukan linguistik wujud dalam pelbagai bentuk, perlu diidentifikasikan dengan maklumat penting. Hal ini bermakna murid perlu menerangkan pengetahuan bukan linguistik mereka. Selain itu, Marzano mengatakan pengetahuan bukan linguistik akan mengambil masa yang banyak dan muri perlu menyemak pengetahuan mereka apabila timbul keperluan. David Hyerle menyimpulkan i-THINK sebagai visual bahasa yang biasa untuk pemikiran. Peta pemikiran i-THINK terdiri daripada lapan set perkakas, iaitu Peta Bulatan (The Circle Map), Peta Buih (The Bubble Map), Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map), Peta Pokok (The Tree Map), Peta Dakap (The Brace Map), Peta Alir (The Flow Map), Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map) dan Peta Titi (The Bridge Map) Kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Kajian Sidek (2012) menunjukkan amalan guru melalui peta pemikiran telah mengubah tingkahlaku murid kepada lebih positif dan tekun. Kajian ke atas 290 murid sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh ini menyokong kajian kedua beliau ke atas Pelajar Semester 3 Pengajian Bahasa Melayu IPG Kampus Sultan Mizan yang mendakwa penggunaan peta pemikiran ini telah meningkatkan daya ingatan yang luar biasa berbanding cara pembelajaran yang lama. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkaqn idea-idea bernas dan baru. Kajian Sidek (2013) di tadika Yayasan Islam Terengganu membuktikan pengajaran guru-guru tadika berasaskan peta pemikiran kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun 5
menghasilkan perubahan tingkahlaku dipraktikkan dalam waktu yang singkat. 3.7
positif
yang
memberangsangkan
walaupun
Rumusan
Sebagai satu alternatif kepada pengukuhan pedagogi seorang guru, teknik mengajar menggunakan peta pemikiran ini diharapkan dapat mengubah perspektif dan amalan lama kera teknik ini mempromosi satu suasana mengajar yang menyeronokkan murid-murid, ringkas, informative dan menjimatkan masa dan bahan. Mengikut Hyerle & Yeager (2007) peta pemikiran memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Ini disebabkan penekanannya kepada aktiviti yang berpusatkan murid dan menggalakkan mereka bekerja secara kolaboratif selain daripada hubungan guru murid menjadi lebih rapat kerana guru cenderung berperanan sebagai fasilitator. 3.0 METODOLOGI 3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan kualita tif. Teknik pengumpulan data bagi keduakedua kaedah kajian itu akan dibincangkan secara terperinci dalam sub-topik seterusnya.
3.2 Kaedah Pengumpulan Data 3.2.1 Soal Selidik
Instrumentasi kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set borang soal selidik yang bertujuan melihat pengetahuan dan kemahiran penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran. Borang soal selidik telah diedarkan dan dijawab oleh guru panitia sains. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden yang mengandungi soalan mengenai jantina, kaum dan pengalaman mengajar. Bahagian B pula terdiri daripada 10 item yang berkaitan dengan pengetahuan dan penggunaan peta pemikiran i-THINK. Maklum setiap item dalam soal selidik akan diskor dengan menggunakan skala Likert 5 mata. Skala ini mempunyai nilai 1 hingga 5 di mana 1 bererti “sangat tidak setuju” dan 5 bererti “sangat setuju”. 3.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan oleh penyelididk selama 4 minggu. Pada masa pemerhatian dilaksanakan penyelidik membuat catatan untuk mengumpul data-data tentang amalan penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran sains di dalam bilik darjah. 3.2.3 Temu Bual
Temu bual merupakan salah astu kaedah pengumpulan data dalam kajian ini. Selain menemu bual guru-guru yang terlibat dalam pengajaran peta pemikiran i-Think penyelidik juga menenu bual murid-murid yang terlibat untuk mendapat maklumat lanjut tentang amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan peta pemikiran i-Think. 3.2 Analisis Dokumen
6
Analisis dokumen juga merupakan salah satu cara pengumpulan data dalam kajian ini. Dokumen yang dianalisis termasuklah Buku Rekod Pengajaran Guru yang bertujuan untuk medapatkan maklumat tentang bukti pdp menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Selain bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran seperti bahan bantu mengajar dan latihan pelajar juga dianalisis untuk mendapatkan data. 3.3 Responden Kajian
Guru-guru SMK Petra Jaya ialah populasi dalam kajian ini. Semua guru di bawah panitia sains sebanyak 9 orang dipilih untuk menjadi responden. Responden kajian ini adalah terdiri daripada semua 9 orang guru panitia sains. Kajian telah dilakukan terhadap kesemua responden dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menerusi borang soal selidik, termu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kesemua kaedah pengumpulan ini dimulakan pada 21 April 2015 dan berakhir pada 21 Mei 2015. Sebelum borang soal selidik diedarkan, kesemua responden telah dijemput untuk menghadiri taklimat bagi tujuan untuk menerangkan tujuan kajian dijalankan dan kepentingan penglibatan mereka dalam kajian ini. Para responden juga diberitahu bahawa proses pengumpulan data juga melibatkan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Semua responden bersetuju dengan proses pengumpulan data dan mereka memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini. 3.4 Kaedah Menganalisis Data
Data-data mentah berbentuk kualitatif bagi temu bual dikumpul dan dianalisis. Analisis data temu bual dimlakan dengan mentranskripsikan temu bual secara verbatim seperti yang ditutukan oleh guru dan murid yang ditemu bual. Data-data mentah daripada beberapa sesi temu bual yang telah ditranskripsikan dan dikategorikan selepas melalui proses reduksi berdasarkan tema-tema khusus yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan data pemerhatian, data-data mentah diproses dan dikategorikan berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan.Sementara itu, skor-skor yang terkumpul daripada soal selidik dan analisis dokumen pula direkodkan dan dianalisis berdasarkan statistik ringkas peratusan mengikut tema-tema seperti yang telah ditetapkan. Jadual 1 di bawah menunjukkan tempoh pelaksanaan kajian tindakan dan program intervensi untuk membudayakan i-THINK dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Sains di SMK Petrajaya.
Jadual 1: Carta Gantt Pelaksanaan Kajian Tindakan dan Intervensi Membudayakan iTHINK Guru - Guru Mata Pelajaran Sains
B il
Perkara / Aktiviti
April M 1
1
2
M 2
M 3
Mei M 4
M 1
M 2
M 3
Jun M 4
M 1
M 2
M 3
M4
Mesyuarat panitia kali pertama (pengenalpastia n masalah) Membina kertas cadangan 7
3
4
5
7
8 9
1
1 1
kajian tindakan Mentadbir soal selidik ujianPra Mentadbir soal selidik untuk guru Temu bual dengan guru dan murid Membuat analisis dokumen Mengalisis data Melaksanakan program intervensi Membudayaka n i-THINK Mentadbir soal selidik ujian pos Menganalisis data Menulis laporan kajian tindakan dan intervensi
4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pemerhatian
Kaedah pengumpulan data secara pemerhatian dilakukan pada sepanjang projek ini dilaksanakan. Selain catatan bersistematik pemerhatian, bukti-bukti aktiviti pelaksanaan dirakamkan dengan menggunakan kamera. Foto-foto yang relavan diproses dan dikategorikan bersama-sama data pemerhatian sebagai bahan sokongan utama pelaksanaan program Pemetaan i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di dalam bilik darjah. Sepanjang pemerhatian, penyelidik mendapati guru tidak banyak menekankan kaedah Pemetaan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains. Jadual 2 di bawah menunjukkan kekerapan responden menggunakan kaeadah te rsebut sepanjang sebulan proses pemerhatian dijalankan. Terdapat juga guru yang tidak pernah menggunakan kaeadah tersebut dalam tempoh sebulan.
Jadual 2: Analisis Kekerapan Penggunaan peta pemikiran dalam seminggu 8
Nama Guru
April Mingg Mingg u u 1 2
Guru A Guru B Guru C Guru D Guru E Guru F Guru G Guru H Guru I Jumlah
Minggu 3
Minggu 4
/
/
/ / /
/ /
//
2
3
/ 3
3
4.2 Temu Bual dengan Guru
Data-data temu bual dengan kesemua responden juga menunjukkan penggunaan kaedah Pemetaan i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran Sain juga tidak memberansangkan. Hanya 3 orang guru yang menggunakan kaedah tersebut lebih daripada 2 kali dalam seminggu manakala yang iaitu 3 responden menyatakan sekali dan selebihnya 3 responden menyatakan mereka tidak menggunakan kaedah tersebut. Jadual 3 di bawah menunjukkan secara terperinci jumlah responden yang menggunakan kaedah Pemetaan i-THINK dalam tempoh sebulan. Jadual 3: Analisis Kekerapan Penggunaan peta pemikiran dalam seminggu Kekerapan dalam seminggu Nama Guru
Tiada
1 kali
Lebih 6 kali
0
0
0
√ √
Guru E
√ √
Guru G
√ √
Guru I Jumlah
5 kali
√
Guru D
Guru H
4 kali
√
Guru B
Guru F
3 kali
√
Guru A
Guru C
2 kali
3
3
2
1
9
Analisis data temu bual dengan kesemua responden juga menunjukkan guru mengakui mereka tidak berminat untuk menggunakan kaedah Pemetaan i-THINK kerana mereka kurang faham tentang penggunaan Peta Pemikiran i -THINK. Jadual 4 di bawah menunjukkan pemahaman guru terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran Pemetaan i-THINK apabila mereka diajukan dengan soalan mengapakah mereka tidak menggunakan kaedah Pemetaan iTHINK dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam bilik darjah.
Jadual 4: Pemahaman Guru Terhadap Peta Pemikiran Minda Nama Guru
Tahap Pemahaman Tidak Tahu
Sanga t Tidak Faha m
Tidak Faha m
Tidak Pasti
Faha m sedikt
Faha m
Sanga t Faha m
Guru A
√
Guru B
√
Guru C
√
Guru D Guru E Guru F
√ √
Guru G Guru H
√ √
Guru I Jumlah
4.3 Soal Selidik Guru
Soal selidik diberikan kepada responden yang terdiri daripada 9 orang guru panitia sains dikumpulkan selepas kesemuanya dijawab. Analisis data-data yang dikumpul menunjukkan peratus yang kurang memahami kaedah pemetaan i-THINK adalah tinggi. Ini membuktikan banyak guru tidak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan keadah Pemetaan i-THINK kerana mereka tidak memahami idea konsep i-THINK dan cara pelaksanaannya. Perincian bagi dapatan daripada soalan selidik responden dapat diteliti menerusi jadual 5 yang ditunjukkan di bawah. Jadual 5: Analisis skor soal selidik guru Bil 1 2
Item Saya telah mengetahui tentang Program i-THINK. Saya pernah mengikuti latihan atau pendedahan Program i-THINK
STS
TS TP 3 5 (33%) (56%) 6 1 (67%) (11%)
S 1 (11%) 2 (22%)
SS
10
3 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) 4 5 6 7
8
9
10
Saya tahu tentang 8 peta pemikiran dalam peta pemikiran i-THINK Circle Map (Peta Bulatan) Bubble Map (Peta Buih) Double Bubble Map (Peta Buih Berganda) Flow Map (Peta Alir) Multi Flow Map (Peta Pelbagai Alir) Tree Map (Peta Pokok) Brace Map (Peta Dakap) Bridge Map (Peta Titi) Saya tahu fungsi setiap peta pemikiran i-THINK Saya aplikasikan peta pemikiran iTHINK dalam PdP Saya berasa selesa aplikasikan peta pemikiran i-THINK dalam PdP Saya dapati penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam PdP meningkatkan kefahaman murid Saya catat penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam Buku Rekod Mengajar Saya pastikan hasil kerja murid dengan peta pemikiran i-THINK dipamerkan Saya yakin penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam PdP dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid.
2 (22%) 1 (11%) 1 (11%) 1 (11%) 3 (33%) 1 (11%) 3 (33%) 3 (33%) 1 (11%) 1 (11%) 1 (11%)
3 (33%) 5 (56%) 5 (56%) 4 (44%) 3 (33%) 4 (44%) 3 (33%) 2 (22%) 2 (22%) 5 (56%) 4 (44%) 5 (56%)
3 (33%) 2 (22%) 2 (22%) 3 (33%) 2 (22%) 3 (33%) 2 (22%) 3 (33%) 4 (44%) 1 (11%) 4 (44%) 3 (33%)
1 (11%) 1 (11%) 1 (11%) 1 (11%) 1 (11%) 1 (11%) 1 (11%) 1 (11%) 2 (22%) 2 (22%)
1 (11%)
5 3 1 (56%) (33%) (11%) 5 2 2 (56%) (22%) (22%) 3 3 2 1 (33%) (33%) (22%) (11%)
Berdasarkan jadual 5 di atas, item „Saya berasa selesa aplikasikan peta pemikiran iTHINK dalam PdP‟, „Saya catat penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam Buku Rekod Mengajar‟ dan „Saya pastikan hasil kerja murid dengan peta pemikiran i-THINK dipamerkan‟ gabungan skor „tidak pasti‟, „tidak setuju‟ dan „sangat tidak setuju‟ menjadi paling tinggi iaitu 100% (9 orang). Manakala item yang terendah ialah‟Saya tahu fungsi setiap peta pemikiran i-THINK‟ dan „Saya aplikasikan peta pemikiran i-THINK dalam PdP‟ dengan mendapat 78% dari skor gabungan „tidak pasti‟, „tidak setuju‟ dan „sangat tidak setuju‟. Dapatan hasil daripada soal selidik berkenaan ialah mendorong penyelidik untuk melaksanakan Projek Membudayakan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran supaya guru dapat menguasai peta pemikiran dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan dalam Program i-THINK. 11
Selain itu, melalui analisis ini juga telah memberi satu idea kepada penyelidik untuk membantu pihak sekolah untuk memantapkan lagi pelaksanaan Program i-THINK oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di semua sekolah mulai tahun 2014. 4.4 Soal Selidik Murid
Untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan Program i-THINK, penyelidik telah mengedar borang soal selidik kepada 50 orang murid serta menjalankan sesi temu bual dengan 25 orang murid dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Hasil soal selidik serta temu bual berkenaan telah dianalisis dan dapatannya adalah seperti dalam jadual 6 berikut: Jadual 6: Analisis soal selidik murid Bil 1 2
3
Item Saya selalu menyiapkan nota latihan yang diberikan oleh guru. Semasa menulis nota latihan, saya akan bincang dalam kumpulan untuk dapatkan isi-isi penting Perbincangan untuk mendapatkan isi-isi penting menggunakan kaedah berikut: i. Menyenarai isi mengikut urutan nombor
STS
ii. Menggunakan peta minda iii. menggunakan peta pemikiran 4
5 6
Peta minda membantu saya berfikir tentang sesuatu tajuk atau pelajaran dengan mudah. Saya pernah dimaklumkan oleh guru di sekolah ini tentang program i-THINK Saya tahu tentang 8 peta pemikiran yang terdapat dalam i-THINK : i. Circle Map ( Peta Bulatan)
1 (2%)
TS 4 (8%) 2 (4%)
TP 24 (48%) 14 (28%)
S 17 (34%) 15 (30%)
SS 5 (10%) 19 (38%)
7 (14%) 3 (6%) 4 (8%)
11 (22%) 12 (24%) 10 (20%) 16 (32%)
23 (46%) 21 (42%) 28 (56%) 20 (40%)
9 (18%) 14 (28%) 8 (16%) 14 (28%)
2 (4%)
12 (24%)
9 (18%)
26 (52%)
1 (2%)
6 (12%) 3 (6%) 10 (20%) 12 (11%) 12 (24%) 3 (6%) 10
19 (38%) 15 (30%) 20 (40%) 18 (22%) 18 (36%) 18 (36%) 17
24 (48%) 32 (64%) 18 (36%) 18 (22%) 20 (40%) 29 (58%) 22
ii. Bubble Map (Peta Buih) iii. Double Bubble Map ( Peta Buih Berganda) iv. Flow Map (Peta Alir)
2 (4%) 2 (56%)
v. Multi Flow Map (Peta Pelbagai Alir) vi. Tree Map (Peta Pokok) vii. Brace Map (Peta Dakap)
1
12
(2%)
viii. Bridge Map (Peta Titi) 7 8
9
10
Saya seronok belajar dengan menggunakan peta pemikiran Peta pemikiran dalam i-THINK membantu saya mengingati pelajaran dengan mudah Peta Pemikiran dalam i-THINK membantu meningkatkan daya pemikiran saya. Saya dapat menggunakan peta pemikiran yang bersesuaian dalam mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran sains.
1 (2%)
2 (4%)
3 (6%)
(20%) (34%) (44%) 12 13 24 (24%) (26%) (48%) 8 22 20 (16%) (44%) (40%) 16 20 12 (32%) (40%) (24%) 22 (44%)
18 (36%)
10 (20%)
10 (20%)
21 (42%)
16 (32%)
Berdasarkan analisis yang dilakukan, sebanyak 56% (28 orang) murid tidak menyiapkan nota latihan yang diberikan oleh guru. Bagaimana pun, 68% (34 orang) murid akan bincang dalam kumpulan untuk dapatkan isi-isi penting. Lebih 60% murid cuba mendapatkan isi-isi penting menggunakan kaedah seperti menyenaraikan isi mengikut urutan nombor, menggunakan peta minda dan peta pemikiran. Setelah program i-THINK dilancarkan di sekolah awal April, masih terdapat 30% (15 orang) murid beranggapan mereka masih belum dimaklumkan oleh guru lagi. Ini mungkin disebabkan mereka tidak hadir atau tidak mengetahui peta pemikiran adalah i-THINK. Ini amat jelas ditunjukkan segelintir murid yang ditemu bual keliru dengan peta minda dengan i-THINK. Namun demikian, lebih 70% murid tahu tentang tentang 8 peta pemikiran yang terdapat dalam i-THINK kecuali peta Alir hanya 44% saja. Ini menunjukkan kebanyakan mereka pernah didedahkan atau menggunakan peta pemikiran ini dalam pembelajaran. 84% murid menyatakan seronok belajar dengan menggunakan peta pemikiran. Ini boleh digambarkan mereka juga faham akan kegunaan peta pemikiran ini dalam pembelajaran. Akhir sekali, lebih 74% murid berkeyakinan mereka dapat menggunakan i-THINK dengan betul. Ini memberi gambaran kepada penyelidik bahawa murid akan dapat menguasai penggunaan i-THINK dengan betul jika ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.5 Triangulasi Data
Triangulasi data-data daripada temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik responden guru mendapati mereka tidak memahami konsep Pemetaan i-THINK dan cara pelaksanaan I-THINK di dalam bilik darjah. Mereka tidak tahu tentang pelaksanaan Program i-THINK adalah punca yang paling dominan. Buktinya selain banyak pernyataan-pernyataan dalam data temu bual yang menyatakan mereka guru-guru mata pelajar an sains memang tidak banyak menggunakan kaedah ini dalam pdp dalam tempoh sebulan pemerhatian. Bukti-bukti dalam buku rekad pengajaran harian juga menunjukkan responden memang jarang menggunakan kaedah ini malah ada 2 responden yang tidak menggunakan langsung dalam tempoh berkenaan. Ini selaras dengan kenyataan mereka yang kebanyakannya mengakui bahawa mereka kurang faham menggunakan kaedah pdp berkenaan. Data-data analisis buku latihan mata pelajaran sains murid-murid juga membuktikan murid-murid tidak banyak menggunakan kaedah Pemetaan i-THINK. Apabila soalan mengapa mereka kurang menggunakan kaedah Pemetaan i-THINK dalam buku latihan dan nota jawapan yang kerap 13
diberikan oleh mereka ialah “cikgu tidak suruh” dan “cikgu jarang-jarang mengajar menggunakan Peta Minda”. Selain itu, data-data daripada soal selidik murid juga menujukkan banyak murid iaitu sebanyak 58% tidak dapat menyiapkan latihan berasaskan Pemetaan i-THINK kerana mereka tidak tahu untuk membuatnya. 4.5 Kesimpulan
Secara keseluruhnya dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru tidak melaksanakan program Pemetaan i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah mereka tidak memahami konsep Pemetaan i-THINK dan cara pelaksanaan I-THINK di dalam bilik darjah. Mereka tidak tahu tentang pelaksanaan Program i-THINK kerana mereka tidak pernah diberikan pendedahan seperti tidak pernah menghadiri kursus. Ada juga dalam kalangan mereka yang pernah menghadiri kursus tetapi masih kabur dan kurang jelas kemungkinan mendapat pendedahan yang kurang mantap berikutan jangka masa kursus yang singkat yang kebanyakannya dijalankan secara sehala berikutan kesuntukan masa. 5.0 PROGRAM INTERVENSI
Setelah memperoleh jawapan kepada soalan mengapakah guru kurang menggunakan Kaedah Pemetaan i-THINK dalam PdP mata pelajaran Sains, maka satu program intervensi telah dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaan kaedah Pemetaan i-THINK dalam PdP mata pelajaran Sains. Program intervensi Membudayakan i-THINK yang memberikan pendedahan tentang konsep dan penggunaan i-THINK yang dilaksanakan selama 4 minggu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains telah memberikan impak positif kepada responden yang perinciannya dapat dilihat menerusi jadual 7 di bawah.
Jadual 7: Analisis skor soal selidik selepas Program Intervensi (ujian Pos Bil 1 2
3 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Item Saya telah mengetahui tentang Program i-THINK. Saya pernah mengikuti latihan atau pendedahan Program iTHINK Saya tahu tentang 8 peta pemikiran dalam peta pemikiran iTHINK Circle Map ( Peta Bulatan)
Bubble Map (Peta Buih) Double Bubble Map ( Peta Buih Berganda) Flow Map (Peta Alir) Multi Flow Map (Peta Pelbagai Alir) Tree Map (Peta Pokok)
STS
TS
TP
S 7 (78%) 6 (67%)
SS 2 (22%) 3 (33%)
7 (78%) 7 (78%) 7 (78%) 7 (78%) 7 (78%) 8
2 (22%) 2 (22%) 2 (22%) 2 (22%) 2 (22%) 1 14
(vii) (viii) 4 5 6
7
8
9
10
(11%) 1 (11%)
2 (22%)
(89%) 8 (89%) 9 (100%) 9 (100%) 9 (100%) 7 (78%)
2 (22%)
6 (67%)
1 (11%)
2 (22%)
1 (11%)
6 (67%)
1 (11%)
1 (11%)
7 (78%)
2 (22%)
6 (67%)
Brace Map (Peta Dakap) Bridge Map (Peta Titi) Saya tahu fungsi setiap peta pemikiran i-THINK Saya aplikasikan peta pemikiran iTHINK dalam PdP Saya berasa selesa aplikasikan peta pemikiran i-THINK dalam PdP Saya dapati penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam PdP meningkatkan kefahaman murid Saya catat penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam Buku Rekod Mengajar Saya pastikan hasil kerja murid dengan peta pemikiran i-THINK dipamerkan Saya yakin penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam PdP dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid.
1 (11%)
Berdasarkan jadual 7, setiap guru mengikuti Projek Membudayakan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran, peratus skor bagi setiap item telah menunjukkan perubahan yang positif. Sebagai contoh item „Saya berasa selesa aplikasikan peta pemikiran i -THINK dalam PdP‟, „Saya catat penggunaan peta pemikiran i -THINK dalam Buku Rekod Mengajar‟ dan „Saya pastikan hasil kerja murid dengan peta pemikiran i -THINK dipamerkan‟ dengan gabungan skor „tidak pasti‟, „tidak setuju‟ dan „sangat tidak setuju‟ sebanyak 100% telah berubah kepada 67% dan 78% „setuju‟. Selain itu, bagi item 1 hingga 5, gabungan skor „setuju‟ dan „sangat setuju‟ adalah 100%. Ini menunjukkan perubahan yang sangat menggalakkan. Bagi item 7 dan 10 juga mendapat skor positif daripada 11% „setuju‟ dalam ujian pra hingga 78% „setuju‟ dan „sangat stuju‟ dalam ujian pos. Berdasarkan analisis di atas adalah jelas bahawa Projek Membudayakan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah berjaya memberi impak kepada guru panitia sains tentang Program i-THINK dan lapan peta pemikiran dalam i-THINK. Penggunaan peta pemikiran sebagai alat berfikir dalam aktiviti yang dilaksanakan telah menjadikan guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping membantu murid berfikir secara kritis dan inovatif. Di samping itu, projek yang dilaksanakan juga sedikit sebanyak memantapkan lagi pelaksanaan Program i-THINK oleh KPM di semua sekolah di Malaysia mulai tahun 2014.
Penggunaan dan merekod berdasarkan hasil analisis soal selidik seperti yang ditunjukkan pada Jadual 7 di atas, guru menggunakan i-THINK dalam pengajaran dan 15
pembelajaran meningkat dari sekali dalam tiga bulan awal tahun kepada tiga kali seminggu semasa projek dilaksanakan. Manakala, merekod penggunaan i-THINK dalam Buku Rekod Mengajar juga meningkat berbanding tiga bulan awal tahun hampir tiada langsung kepada dua kali seminggu semasa projek dilaksanakan. Pada minggu keempat bulan Mei tiada penggunaan i-THINK dan rekod dalam Buku Rekod Mengajar kerana minggu tersebut adalah peperiksaan pertengahan sekolah. Secara keseluruhannya, peningkatan lebih 100% penggunaan i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran dan merekod penggunaan iTHINK dalam Buku Rekod Mengajar menggambarkan bahawa semua guru mempunyai semangat ingin mempertingkatkan kaedah PdP demi kebaikan murid di samping memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan. 6.0 Rumusan
Program Membudayakan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah berjaya memantapkan lagi pelaksanaan Program i-THINK di SMK Petrajaya. Taklimat dan sesi perkongsian, pelaksanaan aktiviti dari semasa ke semasa dalam tempoh sebulan di sekolah telah meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepentingan tentang Program i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain itu, melalui cadangan penambahbaikan oleh pengetua, projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Setiap kelas telah menyediakan satu sudut i-THINK di dalam kelas. Selain itu, pameran hasil kerja murid dengan penggunaan i-THINK juga meningkatkan semangat murid untuk mendalami penggunaan i-THINK dalam pembelajaran mereka. Rujukan
Haystead, M.W. dan Marzano, R.J., (2009). Meta-analytic Synthesis of Studies Conduted at Marzano Research Laboratory on Instructional Strategies. Englewood, Co: Marzano Research Laboratory. Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for Learning: Thinking maps incorporated . North Carolina; Thinking Maps. Inc. Hyerle, D (1996). Visual Tools for Constructing Knowledge. ERIC Number: ED399257 Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012, Bukit Gambang Resort, Oktober 2012. Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran melalui Program i-Think . Kertas Kerja dibentangkan di IPGM International convention in teacher learning & development, Pearl International Hotel, Kuala Lumpur, 19-21 Nov 2012. Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2013). Aplikasi menggunakan ‘thinking map’ dalam program praktikum KPLD di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja dibentangkan di seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April 2013. Paivio, A., (1990). Mental Representations: A Dual Coding Approach. New York: Oxford University Press.
16