BAB 2
REKABENTUK INSTRUKSIONAL
2.1 Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran adalah satu aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada diri pelajar itu sendiri. Pembelajaran juga merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku daripada tidak tahu kepada tahu. Menurut Shahbuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2007), pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan perlakuan, pemikiran (termasuk proses dan hasil berfikir), persepsi dan efektif (termasuk perasaan, sikap dan nilai)
Pengajaran merupakan satu pemindahan ilmu daripada seseorng individu kepada individu yang lain. Menurut Snelbecker, (1974) pengajaran memeberi tumpuan bagaimana cara hendak mengajar. Pengajaran juga merupakan suatu proses yang merangkumi aktivitaktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. (Shahbuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2007)).
Guru
Pelajar
Rajah 1: Proses pemindahan ilmu daripada seseorang individu kepada individu lain.
Menurut kamus dewan edisi kedua pembelajaran merupakan perihal atau proses belajar. Pembelajaran juga merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada diri pelajar 1
itu sendiri. Ini bererti pembelajaran merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkahlaku daripada tidak tahu kepada tahu. Pembelajaran juga membawa maksud keinginan individu untuk terus belajar. Menurut Shahbuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2007) pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan pelakuan pemikiran (termasuk proses dan hasil berfikir), persepsi dan efektif (termasuk perasaan, sikap dan nilai). Perubahan tersebut adalah kekal dan dipengaruhi oleh sistem saraf pusat manusia itu sendiri.
Pembelajaran juga merupakan perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan yang berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahja dilahirkan.
Pembelajaran bukan sahaja penguasaan pengetahuan
kemahiran semata-mata tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman. (Ahamad Johari Sihes, 2007)
2.2 Rekabentuk Instruksional
2.2.1
Definisi Teknologi Mengikut Galbraith (1967) „technology is the systematic application of
scientificor other organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu „total system‟ pengajaran-pembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian.
Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali. Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:
Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses 2
ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yangberkesan dan teruji.
Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi. Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2.2 Definisi Teknologi Pengajaran
Rekabentuk (design) merupakan idea kreatif, peten, lojik rasional, urutan proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Manakala Instruksional merupakan suatu susunan perilaku atau peristiwa untuk menungkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Reka bentuk pengajaran atau Instruksional Design (ISD) merupakan satu tatacara yang teratur untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai pengajaran. (Dick & Raiser, 1989)
Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002). ‘Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning’ (Seels dan Richey, 1994, p.1)
3
Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.
i.
Domain Reka Bentuk
ii.
Domain Pengembangan
iii.
Domaian Penggunaan
iv.
Domain Pengurusan
v.
Domain Penilaian
Rajah 2 : Domain dalam Reka Bentuk Instruksional
2.2.3 Domain dalam Reka Bentuk Instruksional
Domain 1. Reka bentuk
Maksud •
proses untuk menentukan komponen sistem
instruksional,
ciri-ciri
dan 4
keperluan untuk pembelajaran. 2. Pengembangan atau Pembinaan
•
Domain
ini
melibatkan
menterjemahkan bentuk.untuk
spesifikasi menghasil
instruksional. terdiri
proses
Bahan
dari
reka bahan
instruksional
bahan
cetak,
bahan
pandang dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan multimedia. 3. Penggunaan
•
Penggunaan
adalah
tindakan
menggunakan kaedah dan model instruksional, bahan dan perkakasan media
dan
persekitaran
untuk
meningkatkan suasana pembelajaran 4. Pengurusan
•
melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan,
penyelarasan
dan
penyeliaan pusat sumber/teknologi pendidikan
untuk
membolehkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan
tersusun
dan
berkesan 5. Penilaian
•
Penilaian
adalah
menentukan
proses
untuk
kesesuaian
dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
atau
program
pendidikan
seperti
penilaian
pencapaian
pelajar,
penilaian
penggunaan
media,
penilaian
rekabentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projek media pendidikan. •
Dalam domain penilaian terdapat 5
empat kategori iaitu penilaian analisis masalah kriteria,
pengajaran, penilaian
penilaian
formatif
dan
penilaian sumatif.
Reka bentuk merupakan proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran bukan sekadar menentukan komponen sistem pengajaran. (Yusup Hashim, 1998, Teknologi Pengajaran, Fajar Bakti, Shah Alam)
Reka bentuk terbahagi kepada empat bidang utama: i.
Reka bentuk sistem pengajaran
ii.
Reka bentuk strategi
iii.
Reka bentuk mesej
iv.
Ciri-ciri pelajar
2.3 Perbandingan antara Reka Bentuk Instruksional dan Pedagogi
2.3.1
Pengenalan
Dalam pendidikan formal proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prisip pengajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid.
Selain itu, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seseorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Proses pengajaran mempunyai ciri – ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan – rumusan sebagaimana bidang sains. Proses 6
ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambahkan keyakinan seorang guru.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa kini semakin mencabar berbanding pada masa terdahulu. Hal ini berlaku kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pendidikan pada masa ini menjadi lebih mencabar berbanding sebelum era 90-an. Proses P&P menjadi semakin sukar kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan dan keberkesanannya.
Jika dilihat istilah pengajaran itu sendiri, ia memberi maksud aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar – pelajar dengan cara berkesan.
Pengajaran juga adalah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru secara bersistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil insiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Menurut
Mook
(2000),
pengajaran
diklasifikasikan
sebagai
aktiviti
memotivasikan pelajar supaya bersedia untuk belajar, menyampaikan isi pengajaran, mengurus pelajar supaya berdisiplin dan menggerakkan pelajar dengan aktiviti serta interaksi yang positif.
Manakala Atan (1986) menyifatkan pengajaran adalah proses penyampaian pengajaran yang menggunakan kaedah – keadah tertentu. Proses ini melibatkan guru – guru dan pelajar yang bertindak secara aktif baik dari segi mental dan 7
jasmani.Pengajarsan juga dikatakan satu tindakan yang bertujuan membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Oleh itu, pengajaran adalah bersangkut paut dengan pengesahan, perubahan, peninjuan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai – nilai serta pengertian.
Secara ringkasnya, pengajaran dapat ditafsirkan sebagai proses penyampaian kemahiran, ilmu dan pengetahuan, sikap dan nilai – nilai.
2.3.2
Reka bentuk Pengajaran Instruksional
Semua guru yang melaksanakan tugas dengan penuh komited perlu mengetahui apa yang hendak dilakukan dan bagaimana merancang sesuatu pengajaran dan melaksanakanya. Reka bentuk pengajaran adalah antara aspek yang penting dalam menghasilkan sebuah pengajaran yang berkesan. Reka bentuk pengajaran sering dikaitkan dengan pembinaan pengajaran. Kedua-dua aspek ini sebenarnya telah menjadi amalan harian guru-guru sekolah. Guru-guru membuat reka bentuk pengajaran dan pembinaan pengajaran sebagai persediaan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kepentingan reka bentuk pengajaran dan pembinaan pengajaran kepada guru amat ketara dapat menentukan hala tuju mereka dalam menjalankan tugas mendidik dan melahirkan modal insan yang berkualiti.
Reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu reka bentuk sistem instruksional, reka bentuk mesej, strategi instruksional dan ciri-ciri pelajar.
i) Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar.
ii) Reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format 8
media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar.
iii) Strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran.
iv) Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran.
Secara ringkasnya, reka bentuk pengajaran ini sebenarnya bermula daripada proses reka bentuk sehingga proses membina bahan pengajaran. Menurut Dick dan Reiser (1988), reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan secara sistematik dan terancang. Manakala Richey (1986) pula menegaskan bahawa reka bentuk pengajaran sebagai satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelengaraan bagi suatu keadaan yang memudahkan pembelajaran. Ringkasnya reka bentuk pengajaran merangkumi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dari proses mereka bentuk, membina, menilai hinggalah kepada mengurus pembelajaran.
Terdapat enam perkara asas yang merangkumi keseluruhan proses pengajaran iaitu menentukan keperluan murid, menentukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran, dan menilai keseluruhan sistem.
Terdapat beberapa peranan reka bentuk pengajaran antaranya ialah:
i) Meningkatkan profesion perguruan dimana guru-guru lebih bersedia dan dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam teknologi pengajaran.
ii) Kefahaman keperluan iaitu guru lebih memahami keperluan dalam proses 9
pengajaran
dan
pembelajaran
serta
mempunyai
kefahaman
dalam
menentukan pengajaran dengan lebih jelas dan efektif.
iii) Penyelesaian masalah dimana pengetahuan yang luas dalam kaedah pengajaran akan membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan terakhir ialah fokus pengajaran iaitu supaya guru apabila masuk kedalam kelas lebih fokus terhadap pengajaran mereka.
Reka bentuk pengajaran ini dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar. Dalam perancangan reka bentuk pengajaran pertimbangan terhadap teori pembelajaran dan pengajaran diberi penekanan. Dalam reka bentuk pengajaran, keadaan pembelajaran diambil untuk mendapatkan kesan yang bermakna dalam proses pengajaran. Keadaan pembelajaran baik secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar yang dirancang dengan teliti dapat membantu seseorang melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Antara model-model reka bentuk pengajaran ialah: i) Model ASSURE. ii) Model Dick and Carey. iii) Model ADDIE iv) Model Instructional design.
Kesimpulanya, reka bentuk pengajaran amat penting dalam pendidikan kerana pelaksanaan proses pengajaran sememangnya memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik sebelum di laksanakan bagi memastikan kebersanan dalam
proses
P&P
yang
dijalankan
dan
membuktikan
bahawa
tahap
profesionalisme dalam bidang perguruan ini dapat pengiktirafan semua pihak kerana setiap perkara yang dibuat berdasarkan proses yang sistematik. Penilaian juga merupakan aspek yang sentiasa diberi penekanan supaya reka bentuk pengajaran sentiasa dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hal ini juga memastikan reka bentuk pengajaran sentiasa seiring dengan perkembangan pendidikan rasmi. 10
2.3.3 Pedagogi Perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud pendidik atau tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas –tugas pengajaran secara berkesan. Pada masa kini pedagogi memberi makna sains atau seni pengajaran yang melibatkan prinsip –prinsip dan kaedah – kaedah mengajar serta proses pengajaran.
Menurut Cruickshank (1995), pedagogi bermaksud seni dan sains pengajaran yang meliputi prinsip, kaedah, teknik pengajaran dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan sesuatu pengajaran. Manakala mengikut Mok Soon Sang (2002), pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi pengajaran yang optimum. Pedagogi juga merangkumi perkara-perkara seperti berikut :
i)
prinsip – prinsip pengajaran
ii)
kaedah pengajaran
iii)
penilaian
iv)
pengurusan pelajar
v)
pengurusan bilik darjah
vi)
perancangan pengajaran
vii)
kurikulum
Pengetahuan pedagogi dapat membantu guru mengajar secara berkesan. Pengajaran dapat berjalan dengan baik dan pelajar pula mendapat manfaat daripada pengajaran itu. Antara faedah pedagogi ini adalah seperti berikut:
i)
Memahami konsep dan elemen dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan memahami maksud pengajaran dan pembelajaran serta elemennya, ia membolehkan guru dan pensyarah menyedari aspek yang perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. 11
ii) Prinsip pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi
memberikan
pengetahuan
tentang
prinsip
pengajaran
dan
pembelajaran. Antaranya ialah sesuatu pengajaran itu perlu dimulakan dengan perkara yang mudah dahulu kemudian barulah diikuti dengan pelajaran yang lebih sukar.
iii) Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Dengan
menggunakan
soalan
yang tediri
dari
pelbagai
kesukaran,
melakasanakan aktiviti perbincangan dan kuiz ia dapat menggerakkan pelajar memberi respons dalam pembelajaran.
iv) Bakat dan potensi pelajar dapat dikembangkan. Kebolehan pelajar menghujah sesuatu idea dapat dipupuk dan dikembangkan melalui pelbagai aktiviti dan pengukuhan serta ganjaran.
v)
Mengaplikasikan pelbagai keadah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan pelajar
Kombinasi pelbagai kaedah dan teknik pengajaran akan meghasilkan pengajaran yang berkesan. Kaedah ini memberi pendekatan kepada pelajar untuk berdikari, belajar sendiri, mencari maklumat yang relevan dan meyelesaikan masalah dengan bimbingan yang minimum. Terdapat 4 model pengajaran utama yang dibincangkan di bawah pedagogi iaitu model ekspositori, model pemprosessan maklumat, model inkuiri dan model projek.
2.3.4 Perbandingan reka bentuk instruksional dan pedagogi
Berdasarkan penerangan yang telah dijelaskan di atas, berikut adalah ringkasan perbandingan antara reka bentuk instruksional dan pedagogi.
12
Perkara Pengertian
Reka bentuk instruksional
Pedagogi
satu tatacara yang teratur atau kajian
secara
sistematik untuk menganalisis, prinsip-prinsip mereka
bentuk,
saintifik dan
atas
kaedah-
membina, kaedah mengajar, merangkumi
melaksana dan menilai bahan pengajaran yang optimum instruksional,
satu
unit
pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau
menambahbaik
pelajar
belajar dan guru mengajar Domain/bidang utama
i.
reka
bentuk
sistem
i) prinsip-prinsip pengajaran
instruksional
ii) kaedah pengajaran
ii.
reka bentuk mesej
iii) penilaian
iii.
strategi instruksional
iv) pengurusan pelajar
iv.
ciri-ciri pelajar
v) pengurusan bilik darjah vi) perancangan pengajaran vii) kurikulum
Model utama
model ASSURE, model Dick model
ekspositori,
model
and Carey, model ADDIE dan pemprosessan maklumat, model model Instructional design
2.4.
inkuiri dan model projek
Reka Bentuk Instruksioanl Tradisi Versus Reka bentuk Instruksional Sistematik
2.4.1
Sejarah Rekabentuk Instruksional
Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan oleh ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional dalam bidang pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga kini. 13
2.4.2
Definasi rekabentuk teknologi instruksional.
i) Dalam bidang pendidikan, rekabentuk
teknologi
instruksional
boleh
didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki (Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).
ii) Setiap teknologi instruksional akan dipengaruhi dengan pelbagai teori-teori pembelajaran, seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme:
a) Teori pembelajaran behaviorisme bermaksud perubahan tingkah laku yang telah dilatih berkali-kali supaya tingkah laku tersebut boleh berlaku secara refleksi. b) Teori pembelajaran kognitivisme pula menganggap pencapaian berlaku apabila penambahan ilmu pengetahuan dapat mengubah minda seseorang yang juga akan mengubah tingkah lakunya. c) Teori pembelajaran konstruktivisme pula ialah perubahan yang berlaku melalui pengalaman individu dan memfokuskan kemahiran menyelesaikan pelbagai masalah.
2.4.3
Contoh Penggunaan Teori Pembelajaran dalam Rekabentuk Instrusional.
Terdapat beberapa contoh penggunaan teori pembelajaran behaviorisme ini di dalam rekabentuk instruksional, seperti yang digunakan dalam latihan ketenteraan dan industri. Rekabentuk instruksional bagi latihan ketenteraan dan industri ini akan membahagikan tingkah laku kepada beberapa bahagian utama supaya setiap masalah dapat diatasi dengan tersusun dan berkesan. Contohnya:
14
i)
Gagne‟s dan Brigg‟s model telah membahagikan set latihan kepada lima bahagian utama iaitu: (1) tindakan (2) objektif (3) situasi, (4) alatan dan kekangan, (5) kebolehan untuk belajar.
ii)
Teori pembelajaran berasaskan konitif pula ialah program SHOLAR yang akan mengajar pelajar tentang geografi Amerika Selatan menggunakan kaedah Socratic dan progarm LOGO yang dapat membantu kanak-kanak mempelajari komputer.
iii)
Teori pembelajaran konstruktivisme ialah program komputer yang mempunyai hypermedia, dimana akan membolehkan penerokaan maklumat melalui pengalaman berlaku.
2.4.4 Perkembangan Rekabentuk Instruksional di Malaysia.
Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teoriteori pembelajaran, tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah guru-guru di Malaysia telah mengenali rekabentuk instruksional?
Terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk instruksional. Melalui rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar. Seterusnya guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang khusus, misalnya untuk topik tertentu. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan melalui proses implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Biasanya guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar. 15
Adakah sekadar merancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai kepada pelajar?
Terdapat guru yang mengajar menggunakan bahan media program “PowerPoint” masih tidak dapat menarik perhatian pelajar. Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara merancang dan mereka. Merancang bermaksud, mengatur terlebih dahulu, mempersiapkan atau merencanakan. Manakala mereka bermaksud menyusun atau memasang. Bahan pengajaran yang telah dirancang iaitu “Analyze” perlulah melalui proses mereka pula atau “Design” serta melalui pula proses yang lain seperti model ADDIE iaitu “Develop”, “Implement” dan “Evaluate”. Di Malaysia guru-guru secara keseluruhannya juga masih belum mengenali penggunaan rekabentuk instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran sahaja. Ertinya guru-guru berkemungkinan hanya mengajar berdasarkan “Analyze”, “Implement” dan “Evaluate” sahaja dan tertinggal dari aspek “Design” dan “Develop”. Faktor inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan semasa sesi pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. Jika guru memahami kelebihan rekabentuk instruksional, guru-guru akan menggunakan modelmodel yang ada di dalam rekabentuk instruksional dalam menghasilkan bahan pengajaran. Hasil pembelajaran menggunakan rekabentuk instruksional adalah lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional.
2.4.5
i)
Hasil Kajian Berkaitan
Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia telah dapat membuktikan terdapat perbezaan dari segi minat dan motivasi pelajar apabila menggunakan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE berbanding kaedah kuliah. Hasil 16
kajian mendapati, pelajar yang mempelajari Matematik dibantu dengan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE mendapat pilihan pelajar yang lebih tinggi berbanding mempelajari Matematik secara kaedah kuliah.
ii)
Menurut Merrill dan Wilson (2007) Teknologi instruksional akan menjadi lebih saintifik kerana melibatkan kajian, teori dan hipotesis. Melalui pendapat ini dapat dibuat andaian bahawa guru-guru pada masa depan bukan sahaja perlu menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi instruksional, malahan bahan tersebut perlu dibuat kajian saintifik supaya dapat dibuktikan keberkesanannya.
2.5
Kesimpulan
Penekanan yang serius terhadap teknologi instruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini perlu dilakukan. Jika perkara ini dipandang ringan kita akan ketinggalan jauh dari segi pendidikan berbanding negara-negara lain. Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi instruksional dapat menjadikan pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan menghasilkan pencapaian yang lebih baik. Malahan pada masa hadapan apabila teknologi 3D dan virtual semakin berkembang iaitu melibatkan deria penglihatan, bunyi, rasa, bau, dan sentuhan akan menyebabkan berlakunya revolusi dalam pendidikan. Pada era tersebut, sudah tentunya penggunaan buku teks menjadi tidak lagi releven dan pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia ke arah itu.
17
RUJUKAN
Abdul Latif, G. (2006). Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan. Tanjung Malim: UPSI.
Abdul Rahim, S. (1992). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Abdullah, S. dan Miskon S. (1998). Panduan Teknologi Pendidikan. Selangor: Penerbit Progressive Products Supply.
Hashim, Y.(1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Hashim,Y.(1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Rashid, R. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shahbuddin, H. dan Rohizani, Y. (2007). Pedagogi Strategik dan Teknik Mengajar yang Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Yusup, H. (2002). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.
18