Rekabentuk Bandar December 13, 2005 by atochsmart2 ³REKABENTUK BANDAR (URBAN DESIGN) BUKANNYA SAMA DENGAN ARKITEK BERSKALA BESAR ATAUPUN PERANCANGAN BANDAR DI PERINGKAT KECIL. IANYA MEMPUNYAI PROFESSIONALISME, µSKILL TERRITORY¶ SERTA METODOLOGI DAN SKALANYA TERSENDIRI.´ APAKAH YANG DIFAHAMI DENGAN µAGENDA¶ REKABENTUK BANDAR INI? 1.0 Pengenalan Rekabentuk Bandar (Urban Design) merupakan satu cabang ilmu yang kadangkala memberikan kekeliruan dan tanda tanya kepada semua. Istilah Rekabentuk Bandar ini membuatkan ramai penyelidik melakukan penelitian tentang siapakah yang sepatutnya terlibat secara langsung dalam bidang ini dan adakah ianya satu profesionalisme yang berkait rapat dengan perancangan bandar atau arkitek? Di manakah kedudukannya yang sebenar? Apakah bentuk, skala dan lingkungan Perekabentuk Bandar (Urban Designer) yang sepatutnya? Persoalan-persoalan ini menjadi tanda tanya yang memerlukan kupasan dan perbahasan yang terperinci mengenai maksud dan kedudukan spektrum dalam profesionalisme Rekabentuk Bandar. Penulisan ini tidak akan membuat tinjauan yang terperinci untuk mencari apakah sebenarnya Rekabentuk Bandar, adalah memadai den gan memberikan gambaran secara kasar untuk mengetahu i skop dan perbezaan Rekabentuk Bandar 2.0 Apa itu Rekabentuk Bandar? Di Malaysia, bidang Rekabentuk Bandar bukanlah sesuatu yang baru. Rekabentuk bandar sebagai k erjaya adalah sesuatu yang baru, namun sejarah membuktikan bahawa bidang ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk bandar. Istilah Rekabnetuk Bandar mula digunakan pad a tahun 1957 oleh Pertubuhan Arkitek Amerika. Nama-nama seperti Kevin Lynch dan Jane J acobs dalam tahun 1960 dan Christopher Alexander, Leon, Rob Krier, Robert Venturi dan seangkatan dengannya sekitar tahun 1970an dan 1980an. Dekad terkahir memperlihatkan Jenks dan Sir Richard Rogers dan ramai lagi. Sementara itu, di United Kingdom, Rekebentuk Bandar ini dilihat sebagai satu campuran atau k acukan profession (profssional hybrid) yang sangat berkait di antara perancangan bandar dan wilayah dan senibina. Satu definisi yang ringkas dikemukakan oleh Cambell dan Robert Cowan dam artikel µPlanning¶, Rekabentuk Ban dar boleh diertikan sebagai ³the art of shaping the interaction between, people and places, environment and urban form, and nature and built fabric, and influencing the processes which lead t o successful villages, towns and cities´. Ramai penyelidik lepas telah mengemukakan maksud dan definisi Rekabentuk Bandar. Namun begitu, begitu, tiada satu istilah yang khusus dan tunggal untuk men ggambarkan apa itu Rekabentuk Bandar. Secara umumn ya, definisi yang paling popular dikemukakan ialah ianya merupakan satu bidang yang berada di antara perancangan bandar dan arkitek. Tetapi, apa yang pasti ianya adalah sejajar namun tidak sama dari segi peranan dan strukturnya. Alan Rowley (1986) telah menyimpulkan dalam artikelnya seperti berikut: ³ Many urban designers reflect a deep seated anxiety when challenged to define urban design. They long for a short , clear definition but in reality this simply is not possible. No one or two sentence d efinition is really adequate. Nor is it likely to prove of lasting value. So it is pointlessto search for a single, succint, unified and lasting definitionis of the nature and concerns of urban design. It is much better to follow a number of signposts about for example, the substance, motives, methods and roles of urban design. Jadi, tidak hairanlah ada yang menganggap dan merendah-rendahkan maksud rekabentuk bandar sebagai µbig architecture¶. Walhal, ianya harus diterima sebagai satu peranan lain yan g perlu dimainkan oleh mereka yang terlibat dalam proses pembangunan. Kekurangan maksud yang terang dan jelas, mengakibatkan rekabentuk bandar gagal memandu untuk menerangkan parameternya secara unggu l (Pittas, 1996). Namun begitu, Barnett (1997) cuba menerangkan maksud rekabentuk bandar dengan mengemukakan beberapa kata kunci yang berkaitan dengannya. (Rujuk Rajah 2.1). Dalam konteks konteks ini, ianya memainkan peranan perantara di a ntara dua disiplin utama yang terlibat di dalam alam perbandaran, namun berbeza dari segi peringkat dan skalanya. Tambahan pula, arkitek menyentuh secara langsung bentuk fizikal binaan secara unit-unit partikel, sedangkan perancangan bandar lebih kepada pengurusan secara abstrak seperti pengkawasan (zoning), fungsi, jaringan jalan, sosio -ekonomi dan polisi. Manakala
rekabentuk bandar pula menjurus dan f okus kepada reruang bandar (urban spac es) yang dicipta melalui kesan perancangan dan diterjemahkan melalui ciri fizikal sebibina bangunan. Jadi, secara umumnya terdapat beberapa parameter atau kayu ukuran yang mantap. (Rujuk Rajah 2.2) 2.1 Bagaimana Profesional Rekabentuk Bandar Walaupun kemunculan bidang rekabentuk bandar adalah perantara bidang perancangan dan arkitek, namun rekabentuk bandar disokong oleh beberapa teori yang kukuh seperti berikut: 2.1.1 Pendirian Fungsi dan Tugas Teori di mana Rekabentuk Bandar memerlukan penjelasan da lam suasana persekitaran bandar, matlamat pembentukan dan kegunaan bandar. Fungsi persekitaran bandar sebagai kegunaan kolektif untuk menetap: penghuni, kerja, riadah dan sistem trafik yang menyokong mereka.Teori ini menganggap pen ghuni, kerja dan riadah sebagai elemen yang berasingan. Aktiviti tidak sepatutnya dicampur. Jadi, µzoning¶ merupakan elemen utama kepada fungsi bandar. 2.1.2 Pendirian Kemanusiaan Perancangan kemanusiaan dilihat untuk men yedari dan mempertingatkan keadaan sebelumnya di bawah lap isan struktur sosial. Perkara pertama yang dititikberatkan ialah pengalaman manusia di bandar dan kehidupan sosialnya, bandar yang baik paling elok difahami sebagai kawasan kolektif yang tidak berbeza dari desa. Teori ini lebih menggalakkan kegunaan bercampur persekitaran bandar, di mana fungsi jalan sebagai agen pergerakan kenderaan dianjurkan untuk pelbagai guna yang lain di samping menjadi tempat yang µlivable¶ untuk manusia. 2.1.3 Pendirian Sistem Pendekatan sistematik menekankan elemen skala besar da lam rekabentuk bandar dan melihat sebagai satu k eperluan keseluruhan untuk ruang bandar. Kunci utama rekabentuk bandar dalam dunia yang kompleks diuruskan oleh satu sistem, bukannya satu-satu bangunan. Penyelesaian sesetengah sistematik rekabentuk bandar adalah dengan mengintegrasikan dua sistem iaitu kediaman dan pengangkutan. Bagi mereka, bandar adalah sistem yang berpunca daripada pergerakan koridor dan kerangka struktur yang menyokong rumah dan kegunaan lainnya. 2.1.4 Pendirian Berperaturan Pendirian ini berpegang dan lebih melihat kepada keunggulan lepas. Ianya juga bergantung kepada perbincangan yang memberi karektor fakta yang lepas sebagai masa yang terbaik sepatutnya dikembalikan dan dikekalkan dengan kandungan jalan penyelesaian idea asal yang dibawa oleh mereka terdahulu, namun begitu ianya tidak diserasikan dengan ramuan baru dalam membentuk senibina dan reruan g bandar yang mengikut peredaran masa. 2.2 Konsep Rekabentuk Bandar Seperti yang ditekankan sebelum ini, konsep rekabentuk bandar adalah berbeza dengan arkitek berskala besar dan perancangan bandar di peringkat kecil. Namun begitu ianya terletak di antara kedua-dua bidang disiplin yang disebutkan tadi. (rujuk Rajah 1.2). Rajah 2.3: Rekabentuk Bandar sebagai perantara kedudukan perancangan dan senibina. Salah faham terhadap konsep ini membuatkan ramai yang kurang mengerti mengenai istilah rekabentuk bandar. Ini termasuklah orang ramai, profesional dan di peringkat pendidikan. Dalam memastikan rekabentuk bandar memenuhi keperluan disiplinnya yang tersendiri maka ianya perlu menyentuh dan memikirkan sebagai satu bidang yang mempunyai pelbagai dimensi aktiviti di samping memenuhi disiplinnya yang tersendiri di antara bidang yang berkaitan. 3.0 Kemahiran Rekebentuk Bandar: Seni atau Sa ins; Aktiviti atau Disiplin Sesetengah pendapat menyatakan rekabentuk bandar sebagai sains. Contohnya Wallace, 1982 menegaskan rekabentuk bandar sebagai µsuccessive approximations of future states (hypothesis), ³tested´, ³verified´ as to ³ feasibility´, ³validity´ or ³desirability´ of the outcomes in a sciences manner¶. Manakala Lynch, Brewer, Robertson, 1990
menyatakan ianya sebagai satu disiplin iaitu ³Crucial and central dicipline linking planning, design and development of our cities and countryside´ Pendapat yang lain pula menyatakan rekabentuk bandar sebagai aktiviti. ³«.. Located in a ³gray area between planning and architechture´ (L.Davies, 1985). Ini sejajar dengan pendapat J. Barnett, 1987 yang menyatakan ³«..Covers the middle ground between the professions of architechture an d planning ± the area that is left out, not well filled by either profession´. Daripada beberapa pendapat di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa kriteria yang berupaya menggambarkan maksud rekabentuk bandar seperti berikut: a) Tergolong di dalamnya mempertimbangkan kead aan persendirian dan awam dalam alam binaan; b) Termasuk di dalam konteks pinggir bandar, desa dan bandar; c) Mengendahkan saiz, skala atau kompleks sebagai menerangkan skop kerja rekabentuk ban dar; d) Jangan memahami rekabentuk bandar den gan sistem aturan (method) atau aplikasi proses; e) Tiada satu maksud yang jelas dalam mendefinisikan rekabentuk bandar dengan meletakkannya di spektrum profession yang kukuh dan berkedudukan. Kriteria yang dikemukakan adalah sejajar dengan pendapat Bartholomew, 1982 sebagai µUrban design is the art of designing large parts of the built environment at a general level prior the design of a particular bu ilding or other component in detail¶. Kenyataan di atas, parameter dan konsepnya menitikberatkan k eadaan dan skop rekabentuk bandar dalam memikul sebab tersurat dan tersirat yang seringkali dipersetujui sebagai bahawa rekabentuk bandar yang sukar untu dicapai seperti yang ditun jukkan melalui rajah 2.2 sebelum ini. Tahap kepelbagaian dan kompleksnya skop rekabentuk bandar ini memerlukan dan memaksa kepelbagaian dan kompleks µlanguage¶ dalam mengungkapkan rekabentuk bagi tujuan komunikasi idea yang perlu disudahi dengan panduan dan peraturan untuk pelaksanaan. Dalam konteks yang lain pula, seluruh kawasan metropolitan boleh dibentuk dan diluahkan dalam bentuk makro (macroform) sehingga berskala 1:50,000 atau polisi dan strategi boleh diterjemahkan dalam bentuk penulisan atau laluan pejalan kaki atau perabot bandar, papan tanda boleh diterjemahkan dengan begitu terperinci berskala 1:1. Jadi, d engan mengambilkira pertimbangan yang dikemukakan seperti di atas, alam lingkungan rekabentuk bandar adalah seperti di dalam Rajah 3.1 Semua aspek ini yang dikemukakan ini adalah bersifat µelusive¶ dalam menginterpert asikan keadaan dan konsep rekabentuk bandar secara langsung daripada idea rekabentuk yang jelas terhadap bentuk µinstitusi¶ agar bahasa rekabentuk bandar berupaya diterjemahkan di kalangan mereka yang terlibat (daripada pelajar ke professional ke masyarakat) dan untuk tujuan perundangan satu dokumen rasmi untuk diimplementasikan. 4.0 Skala Rekabentuk Bandar Definisi yang dibincangkan sebelum ini merujuk kepada merekabentu k bandar sebagai sebahagian komponen kawasan perbandaran. Isu dan pertimbangan yang perlu diambil kira dan dikenalpasti ialah dua konteks yang berbeza iaitu dari segi skala mikro dan skala makro di mana kedua -duanya mempunyai ruang lingkup yang berbeza. Merekabentuk bandar makro memberi fokus kepada isu-isu yang umum terhadap organisasi reruang dan fungsi, rekabentuk bandar mikro ditumpukan ke atas sen ibina, ruang awam, sebahagian elemen bandar dan mempertimbangkan dengan lebih terperinci rekabentuk dengan skala tersendiri. Sebagai rekabentuk bandar, ianya berurusan dengan pelbagai skala reruang bandar, ini kerana faktor persekitaran, peranan dan penglibatannya. Antara skala bidang yang terlibat adalah seperti berikut: a) Rekabentuk bandar sebagai visualisasi atau p engurusan reruang (spatial management); b) Rekabentuk bandar sebagai imej-imej menarik dan persekitaran bandar yang estetik; c) Rekabentuk bandar sebagai proses atau produk; d) Rekabentuk bandar sebagai pembahagian profession; e) Rekabentuk bandar sebagai akt iviti sektor awam dan swasta; f) Rekabentuk bandar sebagai rasional objektif dan tidak rasional subjektif; g) Rekabentuk bandar sebagai proses tekn ikal, proses sosial dan proses kreatif. 5.0 Kedudukan Rekabentuk Bandar Dalam Spektrum Profesionalisme yang Kukuh Secara ringkasnya, kedudukan rekabentuk bandar telahpun dibincangakan sebelum ini. Jika diimbas rajah 2.3 ianya terletak di antara perancangan dan senibina. Dalam konteks yang lebih luas, rekabentuk bandar ini adalah sebagai antara µmultidisciplinary¶ dan juga disebut sebagai µmultidimensional interdisciplinary interface¶. (r ujuk Rajah 5.1) Rajah 5.1: Rekabentuk bandar sebaga i µmultidimensional interdisciplinary interface¶ Untuk itu, beberapa kata kunci yang dapat dibuat mengenai kedudukan rekabentuk bandar seperti berikut: a) Skala ± besar, secara umumnya dikaitkan dengan arkitek; b) Menyentuh aspek fizikal dalam perancangan bandar; c) Bidang yang berasingan daripada arkitek dan perancangan bandar
Namun begitu, hujah ini dibidas oleh Robertson, 1984 dengan menegaskan kedudukannya seperti berikut: Satui disiplin yang berada dalam kemulut dan perantara perkaitan perancangan pembangunan dan rekabentuk ke atas bandar dan pinggir bandar; «. Sejajar i dan tepat seperti apa yang dilakukan arkitek, perancangan dan pembangunan i Pelanggan yang pelbagai ± institusi awam dan swasta Memberi fokus kepadai reruang, bentuk tiga dimensi 6.0 Rekebentuk Bandar sebagai Disiplin Bersepadu (Integrative Dicipline) Secara tradisinya Rekabentuk Bandar harus lebih rapat dan berkait dengan kedua -dua bidang iaitu arkitek dan perancangan bandar untuk mengisi intelektual dan jurang profesional di antaranya. Dalam memenuhi ke perluan senibina setempat dan pertimbangan fasad-fasad bangunan dalam mengekalkan penjanaan warisan, bidang senibina diperlukan. Manakala perancangan bandar melengkapkan dalam membentuk polisi dan penekanan perancangan guna tanah yang sangat berkait dengan nilai sosial serta sejajar dengan isu ekonomi. Lantas, Rekabentuk bandar perlu dipertingkatkan peranannya sebagai satu entiti yang berdiri dengan sendirinya. Namun begitu, rekabentuk b andar sebagai satu disiplin yang bersepadu di antara dua kerjaya yang disebutkan (rujuk Rajah sebelum ini. Ianya bertindak sebagai akta dan polisi yang bersepadu. Sangat bergantung kepada kefahaman mengenai isu persekitaran, pelbagai kemungkinan dan jangkaan dalam membangunkan kemungkinan masa depan. 7.0 Rekabentuk Bandar Sebagai Satu Proses yang berterusan Rekabentuk bandar merupakan seni usahasama (collaborative art) yang terbaik. Ia menekankan terhadap perubahan persekitaran dan idea perubahan persekitaran yang akan memberi keuntungan kepada umum sebagaimana dikehendaki. Segala disiplin rekabentuk dan profesional yang berkaitan dengannya adalah terlibat dalam Rekabentuk Bandar dari kacamata kepentingan masing-masing. Jika pembaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa, satu pengiktirafan perlu dibuat untuk menggabungkan minat dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, rekabentuk bandar adalah proses yang berjalan berterusan dalam membentuk imej dan identiti bandar, kawasan persekitarannya dan suasana masyarakat. Kualiti rekabentuk bandar adalah b ergantung kepada kualiti dalam merekabentuk objektif dan kualiti dalam merekabentuk prinsip dan garis panduan re kabentuk untuk digunakan dalam mencapainya. Kefahaman mengenai bagaimana bandar dan habitatnya berfungsi dapat membantu memperjelaskan penentuan objektif namun keputusan tentang apa yang sepatutnya terjadi selalunya bergantung kepada politiking. Rekabentuk bandar sering berhadapan dengan pergantungan masa hadapan. Masa depan adalah sesuatu yang tidak diketahui. Jadi, seharusnya ianya diteruskan dalam kerjaya yang betul pada prinsipnya. Persoalannya ialah adakah bidang rekabentuk bandar ini seragam yang melingkungi semua institusi dalam bahasa rekabentuk bandar (urban design language) untuk memungkinkan keperluan yang dkenalpasti. Khususnya, da lam mempertimbangkan rekabentuk bandar terlibat dalam jangkamasa yang lama, pelbagai karenah pengguna dan pembuat keputusan di dalam tempoh masa yang berbeza. 8.0 Penutup Berdasarkan hujah-hujah dan huraian-huraian yang dijelaskan sebelum ini, dapat dinyatakan bahawa skop rekabentuk bandar tidak menjadi persoalannya. Selama mana individu atau pasukan itu terlibat dalam rekabentuk bandar ianya perlu mengetahui akan peranan dan tanggungjawabnya yang sebenar. Perlu ditekankan di sini bahawa, rekabentuk bandar boleh jadi arkitek, perancangan bandar, arkitek lanskap, sains sosial, seni, geografi dan seumpamanya namun rekabentuk bandar adalah profession yang berasingan dan mempunyai µview¶ yang tersendiri. Ianya muncul kerana kemahiran yang berbeza dimiliki olehnya berban ding profesional lain. Berdasarkan hujah penyelidik lepas ad a yang menegaskan ianya satu aktiviti, disipilin, seni dan sains. Kesemua pendapat ini boleh diterima kerana rekabentuk bandar adalah boleh dikatakan gabungan profession dan tidak boleh condong serta berat ke atas profession tertentu. Jadi, disiplin rekabentuk bandar memang diperlukan, perlu d iiktiraf, profesion yang kukuh dan mantap, mempunyai peranan yang tersendiri (niche area) dan cabang ilmu pendidikan untuk dicungkil keunikannya. Nescaya bidang ini akan mendapat tempat suatu masa nanti kerana ia melengkapkan dan memperkemaskan aspek perancangan fizikal dan spatial 9.0 Rujukan Attoe, Wayne and Donn Logan, (1989), Urban Design and the Quantum Worldview, University of California Press, London. Gosling, D. and Maitland, B. (1984) Cocepts of Urban Design, Academy Editions, London. Lang, Jon, (1994), Urban Design, The American Experience, Van Nostrand Reinhold, New York.
Pittas, (1994), What is Urban Design, Thames & Hudson, London. Whitman, P and Gordon Holden, August (1994), Colloquim Pro -ceedings, Architechtural and Urban Design Theory for the 90s.