BAB 3 MAKLUMAT DAN ANALISIS KEWANGAN
1
2.1 Sistem Maklumat Kewangan
2.5 Kawalan Kewangan
MAKLUMAT & ANALISIS KEWANGAN
2.2 Penyata Kewangan
2.4 Nisbah Kewangan 2.3 Belanjawan Tunai
2
2.1 SISTEM MAKLUMAT KEWANGAN a)
PENGERTIAN ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK. Aset Semua harta yang dimiliki oleh perniagaan. Terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa. Aset Semasa aset yang mempunyai darjah kecairan yang tinggi dan boleh ditukar kepada tunai dalam jangka masa kurang daripada setahun. Contohnya tunai,. Aset semasa yang mempunyai tahap kecairan yang paling rendah ialah inventori dan Akaun Belum Terima. –
Aset Bukan Semasa aset perniagaan yang mempunyai jangkahayat lebih satu tahun. Contoh: Mesin, jentera. –
Aset-aset lain aset tidak ketara, tidak terlibat di dalam operasi firma contohnya muhibah, hak cipta, tanda dagangan dan paten. –
3
Liabiliti Semua obligasi yang ditanggung oleh perniagaan. Terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. Liabiliti Semasa- hutang jangka pendek yang ditanggung oleh perniagaan tidak melebihi tempoh satu tahun. Contoh : ABB, Terakru Liabiliti Jangka panjang- pinjaman jangka panjang yang mempunyai tempoh melebihi setahun. Contoh : Pinjaman Jangka Panjang dan Bon. (Bon ialah sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi, sama ada daripada sektor swasta mahupun awam untu mendapatkan sumber kewangan). 4
Ekuiti Pemilik Merujuk kepada pelaburan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan (pemegang saham). Amaun yang dilabur mungkin dalam bentuk wang, bangunan, dan kereta. Tiga item Ekuiti Pemilik: i) saham biasa ii) premium modal iii) pendapatan tertahan.
5
b) PENGERTIAN HASIL, BELANJA DAN KEUNTUNGAN
Hasil Hasil adalah perolehan dari perniagaan perniagaan yang menambahkan nilai aset melalui penjualan barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit. Terdapat dua kategori hasil iaitu i) Hasil jualan dan perkhidmatan - Cth: Hasil jualan buku. ii) Hasil-hasil lain Hasil selain daripada hasil jualan barang niaga dan perkhidmatan seperti faedah diterima, dividen diperolehi. –
6
Belanja
Aliran keluar sumber-sumber perniagaan perniagaan melalui pembelian barangniaga atau perkhidmatan secara tunai atau kredit. Contoh: Belanja sewa, elektrik.
7
Keuntungan - Perolehan perniagaan apabila hasil yang dijana daripada operasi perniagaan melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam usaha mendapatkan hasil. - Boleh menambahkan jumlah ekuiti pemilik. ( tunjukkan penyata pendapatan )
8
c) PERSAMAAN PERAKAUNAN Aset
= Liabiliti + Ekuiti ( Dana Pemegang Saham )
Persamaan perakaunan mengambil kira kedudukan aset-aset perniagaan dan sumber-sumber terhasilnya aset tersebut sama ada daripada pembiayaan sendiri iaitu dalam bentuk modal atau daripada pihak luar iaitu melalui tanggungan.
ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
9
Nilai Buku ( Dana Pemegang Saham atau Nilai Bersih )
- Nilai buku ialah ASET perbezaan di antara jumlah aset dengan LIABILITI = EKUITI PEMILIK jumlah liabiliti Ekuiti pemilik, selain disebut dana pemegang saham juga dikenali Sebagai aset bersih atau NILAI BUKU. –
10
Modal Kerja Modal kerja ialah dana yang berhubung kait dengan aset-aset semasa dan bagaimana syarikat menguruskan aset semasa ini untuk membayar balik semua tanggungan. Modal kerja firma iaitu dana yang digunakan untuk menjalankan operasi semasa . Untuk mendapatkan mendapatkan modal kerja, dengan menolak aset semasa dengan liabiliti semasa.
MODAL KERJA = MODAL KERJA BERSIH = ASET SEMASA LIABILITI SEMASA –
11
2.2 PENYATA KEWANGAN
Memberikan maklumat kewangan kewangan yang penting kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan keputusan.
&
membuat
Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh : a. Kreditor ( Institusi Kewangan ) b. Kerajaan menentukan cukai perniagaan & perancangan pembangunan ekonomi. c. Pemegang saham ( saham keutamaan dan saham biasa ) d. Pihak Pengurusan ( Organisasi ) –
Terdiri daripada Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan, Penyata Aliran Tunai dan Penyata Ekuiti Pemilik
12
Kunci Kira-Kira - Dikenali juga sebagai Lembaran Imbangan. - Memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. - Data yang ditunjukkan dalam KKK merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi. - Perkara asas dalam KKK ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. - Menyenarai semua milik syarikat iaitu aset as et syarikat. - Menyenarai semua obligasi iaitu liabilitinya. - Menyenarai semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik. - Kunci kira-kira disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
13
Penyata Pendapatan -
-
Penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan/keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi suatu tempoh tertentu. Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan seseorang pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. Item dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada menjual barang niaga, perkhidmatan perkhidmatan atau perkilangan. Penyata pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi komponen kos barang dijual (KBDJ) Pendapatan Bersih = Jumlah Hasil
–
Jumlah Perbelanjaan
14
Penyata Aliran Tunai -
Merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan.
-
Membantu pihak pengurusan membuat perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari peluang perniagaan. Juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur keupayaan firma membayar dividen, menyelesaikan hutang dan membayar faedah. Aliran tunai boleh dibahagikan kepada tiga aktiviti kewangan iaitu operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti pembiayaan.
-
15
Penyata Aliran Tunai Termasuk untung bersih campur item-item belanja bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan dalam beberapa akaun Modal kerja
•
1.Aliran tunai daripada aktiviti operasi
2.Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan
Menunjukkan aktiviti pelaburan untuk sekuriti jangka panjang, mesin, kilang dan aset tetap lain. •
Menunjukkan aliran tunai aktiviti Pembiayaan Pembiayaan modal syarikat iaitu Penjualan atau penamatan bon, Saham utama dan saham biasa
•
3. Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan.
16
Penyata Ekuiti Pemilik.
Ekuiti pemilik merupakan baki setelah aset ditolak dengan libiliti.
Ekuiti pemilik menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada.
Ekuiti pemillik syarikat terdiri daripada modal berbayar, premium saham, pendapatan tertahan dan rizab.
17
2.4 NISBAH KEWANGAN NISBAH KEWANGAN
c) KEPENTINGAN NISBAH KEWANGAN
a) JENISJENIS NISBAH KEWANGA N b) MENILAI PRESTASI KEWANGAN
18
2.4 NISBAH KEWANGAN Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan. Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.
19
a) JENIS NISBAH KEWANGAN NISBAH KECAIRAN
NISBAH PELABURAN
NISBAH KEBERUNTUNGAN
NISBAH AKTIVITI
NISBAH HUTANG
20
2.4 JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN
NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO) Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan. Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma diistihar bankrap. Kedudukan kecairan yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang. Kecairan yang terlalu rendah akan menjejaskan kepercayaan pembekal terhadap keupayaan firma membayar hutang firma mungkin sukar mendapat kemudahan kredit di masa hadapan. –
21
Nisbah Semasa NISBAH KECAIRAN Nisbah Segera (cepat)
22
a) Nisbah Semasa (current ratio) -
Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. Nisbah ini mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. mampu membayar balik hutang jangka pendek dengan mendapatkan nisbah semasa lebih daripada 1. Nisbah yang kurang dari satu menunjukkan firma firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.
23
Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti semasa
Data
–
rujuk kunci kira-kira syarikat STP Utama
Nisbah Semasa =
-
464 580= 1.52 kali 304 675
Nisbah semasa syarikat STP utama ialah 1.52 kali, setiap RM1.00 liabiliti semasa dapat ditampung dengan RM1.52 aset semasa, ini menunjukkan syarikat mempunyai lebihan aset semasa sebanyak RM0.52.
24
b) Nisbah Cepat /Segera (Quick Ratio)
- Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. - Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item bhn mentah, barang separuh siap dan barang siap, pembelian secara kredit oleh itu menunggu masa untuk mendpatkan tunai. - Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.
25
Nisbah Cepat = Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa –
Data- Rujuk Syarikat STP Utama
Nisbah Cepat
= =
-
-
464 580 255 660 304 675 0.69 kali –
Dari pengiraan, syarikat tidak mampu membayar pembiayaan jangka pendek.Setiap RM1.00 liabiliti liabiliti semasa syarikat tidak mampu dibayar dengan RM0.69. Nisbah yang lebih dari satu menunjukkan firma tidak perlu untuk bergantung kepada jualan inventori untuk menjelaskan tuntutan semasanya. 26
Nisbah Aktiviti
Tempoh Purata Kutipan
Pusing Ganti Inventori
Pusing Ganti Jumlah Aset 27
NISBAH AKTIVITI
Pusing ganti inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik sebab firma tidak menyimpan stok berlebihan.
a) Pusing Ganti Inventori =
KBDJ @ Jualan Inventori
28
Pusing Ganti Jumlah Aset
- Menunjukkan keupayaan keupayaan dan kecekapan penggunaan penggunaan aset firma untu menjana hasil jualan.
Pusing ganti Jumlah Aset = (Total (Total Assets Turnover)
Jualan Jumlah Aset
Pusing ganti jumlah aset = 1 600 000 2 346 255 = 0.68 kali Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.68. 29
Tempoh Purata Kutipan Nisbah ini mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima.
c) Tempoh Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Terima Jualan Kredit Sehari
Nisbah purata kutipan
= 160 920 1 600 000/365
= 36.71 hari
30
NISBAH HUTANG
Menganalisis tanggungan hutang firma dan kebolehan firma untuk menguruskan hutang tersebut. Pengurusan hutang melibatkan persoalan sama ada firma berupaya untuk membayar faedah dan mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.
31
Hutang Atas Ekuiti
Nisbah hutang atas ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap s etiap ringgit ekuiti.
Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik *Jumlah hutang
–
hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.
32
Hutang Atas Aset Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai oleh hutang atau pihak ketiga iaitu pemberi pinjaman. Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah Hutang x 100 % Jumlah aset
Jumlah hutang
–
hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.
33
Liputan Faedah / Liputan Bunga
Melihat kebolehan firma untuk membayar faedah daripada pinjaman yang diperolehi. Nisbah ini juga mengukur kekerapan pendapatan firma boleh menampung belanja faedah. Nisbah yang besar menunjukkan pendapatan operasi firma berupaya untuk membayar balik belanja faedah .
34
Nisbah Liputan Faedah = Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Belanja Faedah
Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapat P.Pendapatan an STP Utama Nisbah Liputan Faedah Faedah = 241 000 36 400 = 6.62 kali Nisbah liputan faedah sebanyak sebanyak 6.62 kali menerangkan menerangkan bahawa Syarikat mampu membayar faedah kepada hutang sebanyak 6.62 kali *Setiap RM1.00 hutang
35
NISBAH KEBERUNTUNGAN -
Nisbah nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan.
-
Terdapat dua jenis nisbah keberuntungan iaitu MARGIN KEBERUNTUNGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan jualan dan NISBAH-NISBAH PULANGAN yang mengukur pencapaian berbanding dengan saiz pelaburan.
–
36
Pendapatan Sesaham
Pulangan Atas Aset (Pelaburan )
NISBAH KEBERUNTUNGAN
Margin Untung Bersih
Pulangan Atas Ekuiti
37
Pendapatan sesaham / Untung Sesyer - Mengukur untung yang diperolehi oleh syarikat daripada setiap saham yang diterbitkan. - Penting untuk mengembangkan perniagaan dan beri prospek yang baik kepada pemegang saham untuk menerima dividen. - Menggambarkan setiap saham mampu memberikan pulangan yang tinggi.
38
Pendapatan Pendapatan Sesaham (EPS) = Untung Bersih Bil Saham Biasa Data- Rujuk Kunci Kira-Kira Syarikat STP Utama
Pendapatan Sesaham
=
143 220
= 0.14 kali
1 000 000 - Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur amat yakin terhadap potensi firma dan sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk membeli saham firma. - setiap satu unit saham yang diterbitkan mampu menjanakan keuntungan bersih sebanyak 0.14 sen.
39
Margin Untung Bersih Dikenali juga pulangan atas jualan Mengukur % untung bersih yang diperolehi bagi setiap s etiap RM jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma.
Margin Untung Bersih (Pulangan Atas Jualan) =
Untung Bersih Jualan
Data- Rujuk P.Pendapatan STP Utama Margin Untung Bersih =
143 220 x 100 % = 8.95 % 1 600 000 -Setiap RM1.00 jualan syarikat mampu menjana keuntungan sebanyak 8.95%. -Ini menunjukkan baki jualan yang telah ditolak dengan semua belanja syarikat.
40
Pulangan Atas Aset ( Pulangan Atas Pelaburan )
Mengukur kadar keuntungan daripada setiap RM yang ya ng dilaburkan ke atas aset. Menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.
41
Pulangan Atas Aset(ROA)/Pulangan Atas Pelaburan (ROI) = Untung Bersih Jumlah Aset
Data- Rujuk Kunci Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy STP Utama
Pulangan Atas Aset
= Pendapatan Bersih x 100 % Jumlah Aset = 143 220 x 100 % 2 346 255 = 6.10 %
- Pulangan atas aset 6.10 % menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset, RM0.61 sen untung bersih dapat dihasilkan.
42
Pulangan atas Ekuiti (ROE) Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik bagi setiap RM yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Membandingkan untung bersih syarikat dan jumlah ekuiti Lebih tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang dilaburkan mampu menjana keuntungan yang tinggi.
43
Pulangan Atas Ekuiti(ROE) = Untung Bersih Ekuiti
Data - Rujuk K.Kira-Kira dan P.Pendapatan Sy. STP Utama. Pulangan atas ekuiti = 143 220 x 100 % 1 711 580 = 8.37 % Pulangan atas ekuiti 8.37 % memberi gambaran kepada pemegang saham syarikat bahawa setiap ringgit yang mereka sumbangkan s umbangkan menghasilkan keuntungan sebanyak 8.37 sen
44
Nisbah Pelabura n Dividen Sesaham
Pendapatan Sesaham
Hasil Dividen
Harga Perolehan Nilai Aset Bersih
45
Pendapatan sesaham Pendapatan sesaham didapati dengan membahagikan pendapatan bersih dengan jumlah unit saham yang diterbitkan.
Pendapatan Sesaham = Pendapatan bersih Jumlah unit saham diterbitkan Pendapatan sesaham = 143 220 1 000 000 = RM0.14 Setiap satu unit saham yang dilaburkan mampu menyumbangkan keuntungan sebanyak RM0.14.
46
Nisbah Harga Perolehan (P/E) Pelabur dan pengurus menggunakan nisbah ini sebagai petunjuk prospek firma di masa depan. Jika nisbah tinggi, pelabur menjangkakan keuntungan syarikat akan bertambah di masa depan.
a) Nisbah Nisbah Har Harga ga Pe Perol roleha ehan n= Harga Har ga Saham Saham (Price Earning) Pendapatan sesaham
Nisbah P/E
=
Harga Saham Pendapatan sesaham = 2.65 0.14 = 18.9 kali Setiap RM1.00 pendapatan sesaham mampu mampu menyumbangkan kenaikan harga saham sebanyak RM0.18. 47
* Bagi setiap nilai buku sesaham mampu menghasilkan peningkatan harga saham ( lagi tinggi lagi baik )
Nilai Aset Bersih ( Nilai Buku Sesaham )
Di dalam mengira nilai pasaran, terlebih dahulu nilai buku sesaham
syarikat dikira. Nilai buku sesaham ialah lebihan sesaham sesaham syarikat setelah ianya menjual asetnya, membayar liabiliti kepada kreditor dan pemegang saham keutamaan. Nilai buku sesaham = Ekuiti saham biasa Jumlah Unit Saham Nilai Aset Bersih = Harga pasaran sesaham @ semasa Nilai buku sesaham 48
Dividen Sesaham Melalui dividen sesaham pemegang saham boleh mengetahui jumlah tunai sebenar yang didapati pada satu-satu tahun. Setiap RM1.00
Dividen Sesaham = Jumlah Dividen Bilangan Unit Saham
49
Hasil Dividen
Mengukur peratus keuntungan yang diagihkan dalam bentuk dividen tunai. Dinyatakan dalam bentuk peratus (% ) Semakin tinggi semakin baik kerana ia menunjukkan banyak pulangan yang diterima atas pelaburan yang ya ng dibuat.
Hasil Dividen =
Dividen Sesaham Harga Saham
50
b) Menilai Prestasi Kewangan
Perbandingan Tren
Analisis Analisis Nisbah
Perbandingan Industri 51
Perbandingan Tren
Dilakukan dengan menggunakan analisis arah aliran (tren analysis). Dikenali juga sebagai analisis siri masa (time-series analysis) Perbandingan nisbah tahun semasa firma dengan nisbah firma pada tahun sebelumnya. Analisis dapat menunjukkan arah aliran (trend) kewangan firma. Contoh : Tahun
1992
1993
1994
1995
Pul.Atas
- 2.8%
-1.4%
0.5%
1.5%
aset
Melihat kepada jadual, didapati trend pulangan ke atas aset firm Semakin baik dari setahun ke setahun. 52
Analisis Perbandingan Perbandingan Industri
Dilakukan melalui analisis perbandingan (comparative analysis) Dikenali juga sebagai analisis keratan rentas (cross sectional analysis) Membandingkan suatu nisbah firma dengan nisbah firma-firma yang lain dalam industri yang sama dan tahun yang sama.
53
Firma
Pulangan Atas Aset
T&T
2.27 %
A
1.03%
B
0.35%
C
0.96%
Purata Industri T&T + A+B+C/4
1.40%
Analisis industri Pulangan Atas Aset menunjukkan firma T & T mempunyai Pulangan aset yang tinggi daripada jumlah purata industri. Ini menunjukkan Firma ini cekap dalam pengurusan keseluruhan aset. 54
c) Kepentingan Nisbah Kewangan
Pengurusan
Pekerja
Pembekal
Kepentingan Nisbah Kewangan
Pelabur/Pembiaya
Pesaing 55
Kepentingan Nisbah Kewangan
Pengurusan Pihak pengurusan pengurusan menggunakan nisbah kewangan untuk membuat analisis kewangan supaya dapat membuat perancangan dan kawalan dengan berkesan.
Pihak pengurusan boleh menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti firma, kegiatan yang patut diceburi oleh firma dan jumlah dividen yang patut dibayar kepada pemegang saham. Menilai prestasi kakitangan syarikat dalam usaha untuk memberikan bonus dan lain-lain.
56
Pelabur
Pemilik firma iaitu pemegang saham sedia ada atau pihak yang berminat: melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa. Mengkaji keupayaan, kelemahan dan peluang dalam sesebuah firma sama ada untuk melabur atau melepaskan pegangan ke atas saham syarikat.
–
57
Pembiayaan Prestasi kewangan yang lepas.(kemandirian) Kemampuan membayar balik hutang. Nisbah penggunaan hutang sedia ada, samada masih ada ruang untuk mendapatkan pinjaman atau tidak. 58
Pembekal pembekal termasuklah kreditor yang memberi pinjaman atau bakal memberi pinjaman . Mengetahui sama ada firma mampu membayar semua hutang-hutangnya hu tang-hutangnya dan faedah pinjaman dalam tempoh yang sepatutnya. s epatutnya. Pengurusan modal kerja syarikat.
59
Pekerja Golongan ini berminat utk mengetahui kedudukan syarikat krn prestasi sykt biasanya menjadi asas kpd tuntutan kesatuan sekerja utk mendapatkan bonus, kenaikan gaji & sebagainya.
Pesaing Syarikat-syarikat pesaing menaruh minat terhadap nisbah/penyata kewangan kerana maklumat yang tersedia boleh dijadikan panduan bagi menyusun strategi seterusnya. Kerajaan 60
2.5 KAWALAN KEWANGAN
Pengertian dan Bentuk Audit
Belanjawan Tunai
Definisi Kawalan Kewangan
Kepentingan Kawalan kew
61
a) Definisi Kawalan Kewangan
Merupakan salah satu pendekatan yang berkesan bagi mengawal prestasi keseluruhan firma. Kawalan kewangan melibatkan aspek peraturan, perundangan selain teknik untuk mencegah berlakunya pengagihan dana yang tidak berpatutan. Kawalan boleh dijalankan dengan menggunakan penyata kewangan. Salah satu kaedah yang digunakan ialah analisis nisbah kewangan yang membolehkan kelemahan dan kekuatan firma dikenalpasti.
62
b) Kepentingan Kawalan Kewangan dan Perniagaan 1. Membuat Penilaian Terhadap kedudukan kewangan firma masa lepas dan masa kini. Dapat mengetahui prestasi firma meningkat atau merosot dan dapat membantu penganalisis meramal untuk masa depan.
63
2) Mengenalpasti Kekuatan Dan kelemahan Firma
Dengan mengenalpasti kekuatan firma dari segi kewangan, penggunaan sumber-sumber dapat dilakukan dengan efisien ke arah mencapai matlamat firma. Kelemahan firma pula dikenalpasti untuk merangka strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi firma sebagai garis panduan untuk masa depan
64
3) Merancang Dan Membuat Ramalan Tentang Arah Aliran Kewangan Firma
Penganalisis perlu merancang dan membuat ramalan tentang prospek masa depan firma. Matlamat dan objektif firma dijadikan panduan dalam membuat ramalan. Pihak pengurusan mesti menjalankan analisis dengan terperinci supaya fungsi perancangan dan kawalan menjadi lebih berkesan. Terdapat 4 cara kegunaan analisis nisbah kewangan: i) Perbandingan nisbah tahun semasa dan tahun sebelumnya. ii) Membuat analisis arah aliran iii) Perbandingan nisbah firma & firma lain melalui nisbah purata industri. iv) Membandingkan nisbah firma yg menjadi pemimpin industri (market leader ) & perbandingan nisbah lain. 65
c) Belanjawan Tunai
Merupakan satu alat kawalan. Satu penyata terperinci yang menunjukkan kedudukan tunai firma. Disediakan apabila merancang penggunaan dana. Bukan penyata pendapatan- hanya melibatkan penerimaan pembayaran. Lazimnya disediakan untuk tempoh enam bulan atau satu tahun. Tiga komponen penting dalam Belanjawan Tunai ialah Penerimaan Tunai, Pembayaran Tunai dan Baki Tunai.
dan
66
Peranan Belanjawan Tunai sebagai alat kawalan.
Belanjawan tunai selain sebagai alat perancangan, juga merupakan sebagai alat kawalan. Belanjawan tunai amat penting untuk mengawal keluar masuk wang bagi memastikan syarikat mempunyai tunai yang mencukupi bagi menyelesaikan tuntutan tunai dari pembekal, pekerja ( gaji dan upah ), kerajaan ( cukai ) dan pembekal. Belanjawan tunai boleh memastikan kewangan syarikat berjalan dengan lancar sepanjang tempoh perancangan. Contohnya pencapaian pencapaian sebenar sebenar dapat dibandingkan dibandingkan dengan apa yang dirancang. Sekiranya Sekiranya terdapat perbezaan jumlah jumlah baki tunai seperti yang dirancang, perubahan perlu dibuat supaya kembali kepada apa yang dirancang.
67
d) Pengertian Audit
Merupakan pemeriksaan rekod kewangan dan kajian secara kritis terhadap sistem kawalan dalaman organisasi oleh juruaudit. Bertujuan untuk memperoleh bukti audit yang akan dinilai dan dan digunakan oleh juruaudit sebagai asas untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan firma.
68
Tujuan Audit
Memeriksa rekod, rekod, dokumen dan penyata lain untuk membolehkan membolehkan juruaudit memberi pendapat pendapat tentang penyata kewangan. Memeriksa penyata kewangan supaya penyediaan dapat dibuat dengan baik dan gambaran sebenar tentang keputusan yang dibuat oleh syarikat. Dapat membentuk sistem perakaunan dan kawalan dengan sempurna Memastikan kesilapan dan freud tidak berlaku. Memastikan penilaian aset dibuat dengan betul seperti yang dicatat dalam penyata kewangan.
69
Audit Dalaman
Bentuk-bentuk Audit
Audit Luaran
70
Bentuk-bentuk Audit
1. Audit Dalaman Kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit dalaman yang terdiri daripada kakitangan firma. Juruaudit ini masih bertanggungjawab dan terikat dengan firma. 2. Audit Luaran Kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional yang bebas, yang diupah oleh firma secara kontrak.
71
Fungsi Audit
Audit berperanan memeriksa memeriksa akaun syarikat yang dikemukakan oleh para pengarah. Melaporkan akaun syarikat bagi menentukan akaun syarikat yang diaudit memberi gambaran sebenar dan saksama. Pengauditan dirancang supaya membolehkan para pengaudit memberi pandangan profesional mereka tentang perakaunan syarikat. Contohnya mendedahkan perlakuan pecah amanah, atau penipuan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
72
Perbezaan Audit Dalaman Dan Luaran
Tenaga kerja Audit dalaman dijalankan oleh akauntan yang bekerja dalam organisasi tersebut manakala audit luar dikendalikan oleh juruaudit profesional yang diupah organisasi secara kontrak. Pengurusan Juruaudit dalam dipengaruhi oleh pihak pengurusan dan tidak bebas membuat laporan manakala juruaudit luar bebas dari manamana pihak dan bebas dalam membuat laporan dan menyatakan pendapat tentang penyata kewangan organisasi.
Tujuan Audit dalaman merupakan satu kaedah penyemakan bertujuan untuk membantu pihak pengurusan syarikat manakala audit luar, penyemakan yang dijalankan untuk tujuan kepentingan pihak ke tiga seperti pemegang saham, peminjam & kerajaan. 73
Tempoh Masa Audit dalaman dilakukan secara berterusan manakala audit luaran dilakukan secara berkala.
74
Persamaan Audit Dalam dan Audit Luar
Tugas Kedua-dua pihak iaitu audit dalam dan luar diharapkan dapat mengesan penipuan dan kesilapan yang berlaku dalam sesebuah organisasi, walaupun fungsi utama mereka bukanlah untuk mengesan penipuan. Kemahiran Kedua-dua audit iaitu audit dalam dan luar memerlukan kemahiran dan kelayakan untuk melakukan proses penyemakan. Keperluan Urustadbir Kedua-dua pihak audit dalam dan audit luar diperlukan oleh syarikat bagi memastikan maklumat-maklumat kewangan sah dan boleh dipercayai. 75
Rumusan audit dan laporan. laporan.
Ketelusan, objektiviti kebebasan
Kerahsiaan
Kemahiran Kemampuan
Sistem Perakaunan dan Kawalan dalaman
Prinsip Audit Perlaksanaan kerja oleh pihak lain
Bukti Audit Perancangan
Dokumentasi
76