BAB 3 ANALISIS PENYATA KEWANGAN
17.4 NISBAH KEWANGAN Nisbah Kewangan
Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.
Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.
17.4 NISBAH KEWANGAN Nisbah Kewangan
Kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan.
Dilakukan dengan membandingkan maklumat kewangan bagi beberapa tempoh tertentu atau membandingkan dengan perniagaan lain.
17.4 NISBAH KEWANGAN 1
5
Nisbah Kecairan
A. Jenis-Jenis Nisbah Kewangan
2
Nisbah Pelaburan
4 3
Nisbah Keberuntungan
Nisbah Hutang /Laveraj
Nisbah Aktiviti/ Pengurusan Aset
Contoh
1. NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO) Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan.
Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma diisytihar muflis.
Kedudukan kecairan yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang.
Kecairan yang terlalu rendah akan menjejaskan kepercayaan pembekal terhadap keupayaan firma membayar hutang – firma mungkin sukar mendapat kemudahan kredit pada masa depan.
1. NISBAH KECAIRAN (LIQUIDITY RATIO) Nisbah Kecairan
Nisbah Semasa
Nisbah Segera (Cepat)
Contoh
NISBAH SEMASA (CURRENT RATIO)
Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek.
Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa.
Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek.
Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1.
Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.
Contoh
NISBAH SEMASA (CURRENT RATIO) Nisbah Semasa =
Aset Semasa Liabiliti Semasa
Nisbah ini membandingkan semua aset semasa dengan semua liabiliti semasa.
Nisbah Semasa = 78,000,000 = 1.95 40,000,000
Nisbah semasa ialah 1.95 Firma mempunyai RM1.95 untuk setiap ringgit liabiliti semasanya dan ianya menunjukkan bahawa firma boleh membayar kesemua liabiliti semasanya dengan hanya menjual(mencairkan) separuh dari aset semasanya.
Contoh
NISBAH CEPAT/SEGERA (QUICK RATIO/ACID TEST RATIO)
Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa.
Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai.
Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.
Contoh
NISBAH CEPAT/SEGERA (QUICK RATIO/ACID TEST RATIO) Nisbah Cepat =
Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa
Nisbah Semasa = RM78juta – RM 40 juta =0.95 RM 40 juta
Hanya 95% dari jumlah liabiliti semasa yang boleh dijelaskan oleh firma melalui penjualan aset semasanya, tidak termasuk inventori. Lebihan 5% liabiliti semasa lagi akan dijelaskan dengan penjualan inventori.
2. NISBAH AKTIVITI /PENGURUSAN ASET Nisbah Aktiviti
Tempoh Purata Kutipan Pusing Ganti Inventori
Pusing Ganti Jumlah Aset
Pusing Ganti Aset Tetap
Contoh
PUSING GANTI INVENTORI (INVENTORY TURNOVER)
Pusing Ganti Inventori =
Jualan Inventori
Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan.
Lebih tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan. Pusing Ganti Inventori =RM 20,000,000 RM 40,000,000 = 0.5
0.5 menunjukkan firma telah menukarkan 0.5kali inventorinya sebagai jualan.
Contoh
PUSING GANTI JUMLAH ASET (TOTAL ASSETS TURNOVER)
Pusing Ganti Jumlah Aset =
Jualan Jumlah Aset
Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan.
Pusing Ganti Jumlah Aset = RM20 juta = 0.2 RM100 juta
Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.20.
Contoh
PUSING GANTI ASET TETAP
Pusing Ganti Aset Tetap=
Jualan Aset Tetap
Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset tetap firma untuk menjana hasil jualan.
Pusing Ganti Aset Tetap = RM20 juta = 0.9 RM22 juta
Bagi setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam aset oleh syarikat dapat menjanakan jualan sebanyak RM0.90.
Contoh
TEMPOH PURATA KUTIPAN ( AVERAGE COLLECTION PERIOD)
Tempoh Purata Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Kredit Sehari
Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan.
Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima.
Nisbah Purata Kutipan =
RM 2 juta = 36.5 hari RM 20 juta/365
Contoh
3. NISBAH HUTANG (DEBT RATIO) Menganalisis
tanggungan hutang firma dan kebolehan firma untuk menguruskan hutang tersebut.
Pengurusan
hutang melibatkan persoalan sama ada firma berupaya untuk membayar faedah dan mengukur sama ada peratusan hutang yang ditanggung bersesuaian atau sebaliknya.
3. NISBAH HUTANG (DEBT RATIO) Nisbah Hutang
Hutang Atas Ekuiti
Hutang Atas Aset
Liputan Faedah / Liputan Bunga
Contoh
HUTANG ATAS ASET
Menunjukkan peratusan aset yang dibiayai oleh hutang atau pihak ketiga iaitu pemberi pinjaman. Nisbah Hutang Atas Aset = Jumlah Hutang x 100% Jumlah Aset
Jumlah Hutang : Hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.
Jumlah Aset : Aset Semasa dan Aset Tetap RM82 juta =
[email protected]% Nisbah Hutang atas aset = RM 100 Juta
Dari
pengiraan tersebut, diketahui bahawa 82% aset firma dibiayai oleh hutang dan hanya 18 % dibiayai oleh pemegang saham( ekuiti )
Contoh
HUTANG ATAS EKUITI Mengukur peratusan hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh kreditor berbanding dgn yang dikeluarkan oleh pemegang saham. Nisbah hutang atas ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.
Nisbah Hutang Atas Ekuiti =
Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik
Jumlah Hutang : Hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang.
Nisbah Hutang Atas Ekuiti = =
RM 82juta RM18juta 4.56
Nisbah
hutang kepada ekuiti berjumlah 4.56 menunjukkan bahawa , firma mempunyai 4.56 kali lebih banyak hutang berbanding ekuiti pemegang saham. Ianya menggambarkan firma lebih banyak bergantung kepada dana yang dibekalkan oleh kreditor daripada pemegang saham firma itu sendiri.
Contoh
LIPUTAN FAEDAH / LIPUTAN BUNGA/NISBAH PELINDUNGAN FAEDAH Melihat
kebolehan firma untuk membayar faedah daripada pinjaman yang diperolehi.
Nisbah
ini juga mengukur kekerapan pendapatan firma boleh menampung belanja faedah.
Nisbah
yang besar menunjukkan pendapatan operasi firma berupaya untuk membayar balik belanja faedah.
Contoh
LIPUTAN FAEDAH / LIPUTAN BUNGA
Liputan Faedah = Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) Belanja Faedah
Nisbah Liputan Faedah = RM6.4 juta = 2.37 RM2.7 juta
Nisbah Liputan Faedah sebanyak 2.37. Menerangkan bahawa syarikat firma memperolehi keuntungan dari operasinya sebanyak RM2.37 bagi setiap ringgit belanja yang ditanggungnya.
Contoh
4. NISBAH KEBERUNTUNGAN (PROFITABILITY RATIO) Nisbah-nisbah
di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Ianya mengukur pulangan firma berbanding dengan jualan , pelaburan aset dan pulangan ekuiti.
4. NISBAH KEBERUNTUNGAN Margin Untung Bersih
Pulangan Atas Aset (Pelaburan)
Pulangan Atas Ekuiti
MARGIN UNTUNG BERSIH / PULANGAN ATAS JUALAN (NET PROFIT MARGIN) Contoh
Dikenali
juga sebagai pulangan atas jualan.
Mengukur
peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap RM jualan.
Menunjukkan
lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma.
MARGIN UNTUNG BERSIH / PULANGAN ATAS JUALAN (NET PROFIT MARGIN) Contoh
Margin Untung Bersih = Untung Bersih x 100% (Pulangan Atas Jualan) Jualan
Margin Untung Bersih = 2.22 juta x 100% = 11.1 % 20 juta
Setiap RM1.00 jualan syarikat mempu menjana keuntungan sebanyak 11.1%.
Ini menunjukkan baki jualan yang telah ditolak dengan semua belanja syarikat.
PULANGAN ATAS ASET / PULANGAN ATAS PELABURAN (RETURN ON ASSETS – ROA / ROI) Contoh
Mengukur
kadar keuntungan daripada setiap RM yang dilaburkan ke atas aset.
Menunjukkan
kecekapan firma di dalam pelaburan aset.
Semakin
tinggi, semakin baik kerana menunjukkan kentungan.
PULANGAN ATAS ASET / PULANGAN ATAS PELABURAN (RETURN ON ASSETS – ROA / ROI) Contoh
Pulangan Atas Aset (ROA) = (Pulangan Atas Pelaburan ROI)
Untung Bersih x 100% Jumlah Aset
Pulangan Atas Aset = 2.2 juta x 100% = 2.2 % 100 juta
Pulangan atas aset 2.2% menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset, RM0.22 untung bersih dapat dihasilkan.
Contoh
PULANGAN ATAS EKUITI (RETURN ON EQUITY – ROE) Mengukur
pulangan yang diperolehi oleh pemilik bagi setiap RM yang dilaburkan ke dalam perniagaan.
Membandingkan
untung bersih syarikat dan
jumlah ekuiti. Lebih
tinggi nisbah ini menggambarkan jumlah ekuiti yang dilaburkan mampu menjana keuntungan yang tinggi.
Contoh
PULANGAN ATAS EKUITI (RETURN ON EQUITY – ROE)
Pulangan Atas Ekuiti (ROE) = Untung Bersih x 100% Ekuiti
Pulangan Atas Ekuiti = 2.2 x 100% = 12.3% 18juta
Pulangan atas ekuiti 12.3% memberi gambaran kepada pemegang saham syarikat bahawa setiap ringgit yang mereka sumbangkan menghasilkan keuntungan sebanyak RM 1.23
NISBAH NILAI PASARAN(MARKET RATIOS)
NISBAH NILAI PASARAN
1
Harga Perolehan
2
Nilai Aset Bersih
NISBAH HARGA PEROLEHAN (PRICEEARNING RATIO - P/E RATIO) Contoh
Pelabur dan pengurus menggunakan nisbah ini sebagai petunjuk prospek firma pada masa depan.
Jika nisbah tinggi, pelabur menjangkakan keuntungan syarikat akan berubah pada masa depan kerana keyakinan yang digambarkan oleh nisbah.
Kedudukan nisbah ini menunjukkan tahap keyakinan pelabur ke atas prestasi firma. Nisbah Harga Perolehan =
Harga Saham Pendapatan Sesaham (EPS)
Nisbah P/E = RM 40 = 40 kali RM 1.00
Nilai 40 menunjukkan pelabur berpendapat bahawa firma berpotensi mempunyai keuntungan yang lebih besar dimasa hadapan.
Contoh
NILAI ASET BERSIH / NILAI BUKU SESAHAM
Di dalam mengira nilai pasaran, terlebih dahulu nilai buku sesaham syarikat dikira.
Nilai buku sesaham ialah lebihan bagi saham syarikat setelah ianya menjual asetnya, membayar liabiliti kepada kreditor dan pemegang saham keutamaan. Nilai Buku Sesaham = Ekuiti Saham Biasa ( RM18 juta) Jumlah Unit Saham ( 2 Juta) = RM 9.00 Nilai Aset Bersih = Harga Pasaran Sesaham @ Semasa (RM 40) Nilai Buku Sesaham (RM 9.00) = 4.44
Nilai 4.44 menunjukkan bahawa harga pasaran sesaham firma 4.44 kali lebih dari nilai buku sesahamnya. Pelabur yakin dengan pendapatan firma di masa hadapan. Bagi setiap nilai buku sesaham mampu menghasilkan peningkatan harga saham (lebih tinggi adalah lebih baik).
NISBAH KEWANGAN B. Menilai Prestasi Kewangan
ANALISIS ARAH ALIRAN /TREND
ANALISIS KERATAN RENTAS
ANALISIS ARAH ALIRAN/TREND Contoh
Dilakukan dengan menggunakan analisis arah aliran (trend analysis).
Dikenali juga sebagai analisis siri masa (time-series analysis).
Perbandingan nisbah tahun semasa firma dengan nisbah firma pada tahun sebelumnya.
Analisis dapat menunjukkan arah aliran (trend) kewangan firma.
Contoh: TAHUN
2006
2007
2008
2009
2010
PULANGAN ATAS ASET
-2.8%
-1.4%
0.5%
1.5%
2.22%
Semakin baik dari tahun tahun ke tahun. Pengurus hendaklah memperbaiki keadaan berdasarkan polisis kewangan sedia ada atau mengekalkan polisi sedia ada.
ANALISIS PERBANDINGAN INDUSTRI/KERATAN RENTAS Contoh
Dilakukan melalui analisis perbandingan (comparative analysis).
Dikenali juga sebagai analisis keratan rentas (cross sectional analysis).
Membandingkan suatu nisbah firma dengan nisbah firma-firma yang lain dalam industri yang sama dan tahun yang sama. Firma
Pulangan Atas Aset
T&T
2.27%
A
1.03%
B
4.35%
C
0.96%
Purata Industri (T&T+A+B+C) / 4
2.15%
Analisis Industri Pulangan Atas Aset menunjukkan firma T&T mempunyai Pulangan Aset yang tinggi daripada jumlah purata industri. Ini menunjukkan firma ini cekap dalam pengurusan keseluruhan aset.
KEPENTINGAN NISBAH KEWANGAN 1
5
Pengurusan
C. Kepentingan Nisbah Kewangan
2
Pesaing
4 3
Pelabur / Pembiaya
Pembekal
Pekerja
Contoh
1. PENGURUSAN Pihak
pengurusan menggunakan nisbah kewangan untuk membuat analisis kewangan supaya dapat membuat perancangan dan kawalan dengan berkesan.
Pihak
pengurusan boleh menentukan bagaimana untuk membiayai aktiviti firma, kegiatan yang patut diceburi oleh firma dan jumlah dividen yang patut dibayar kepada pemegang saham.
Menilai
prestasi kakitangan syarikat dalam usaha untuk memberikan bonus dan lain-lain.
Contoh
2. PELABUR Pemilik
firma iaitu pemegang saham sedia ada atau pihak yang berminat melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa.
Mengkaji
keupayaan, kelemahan dan peluang dalam sesebuah firma - sama ada untuk melabur atau melepaskan pegangan ke atas saham syarikat.
Contoh
2. PEMBIAYA Melihat
prestasi kewangan yang lepas dalam aspek kemandirian bagi mengetahui kemampuan syarikat membayar balik hutang.
Nisbah
penggunaan hutang sedia ada, sama ada masih ada ruang untuk mendapatkan pinjaman atau tidak.
Contoh
3. PEMBEKAL Pembekal
termasuklah kreditor yang memberi pinjaman atau bakal memberi pinjaman.
Mengetahui
sama ada firma mampu membayar semua hutang-hutangnya dan faedah pinjaman dalam tempoh yang sepatutnya.
Pengurusan
modal kerja syarikat.
Contoh
4. PEKERJA Golongan
ini berminat untuk mengetahui kedudukan syarikat kerana prestasi syarikat biasanya menjadi asas kepada tuntutan kesatuan sekerja untuk mendapatkan bonus, kenaikan gaji dan sebagainya.