6.0 RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI 6.1 Perkhidmatan Perniagaan Syue Esz Services menghasilkan perkhidmatan berasaskan guaman. Jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat guaman. Jumlah pengeluaran perkhidmatan mengikut tempoh adalah seperti berikut : TEMPOH sebulan setahun
JUMLAH RM 225 000 RM 2 700 000
6.2 PROSES PERKHIDMATAN Pelanggan bertanya di kaunter perkhidmatan Menunggu di bilik penerangan Peguam mengadakan sesi penerangan Bayaran deposit Menyerahkan kes kepada peguam Peguam menyelesaikan kes Bayaran penuh dibuat
6.3 OPERASI PERKHIDMATAN Perniagaan Syue Esz Services ini merupakan sebuah perniagaan yang mempunyai banyak kemudahan atau jaringan. Ini memudahkan proses perkhidmatan dan sekali gus dapat menjimatkan masa para pelanggan. Para pelanggan boleh membuat temujanji awal melalui telefon atau faks. Pelanggan tidak perlu lagi meluangkan masa semata mata untuk membuat temujanji dengan Syue Esz Services. Syue Esz Services menawarkan khidmat kaunseling undang undang melalui laman web dan e-mail seiring dengan kemajuan masa kini.Dengan itu, penyampaian mudah disampaikan dengan urusan dapat berlaku dengan berkesan. Senarai Perabot dan Kelengkapan Kedai – Bahagian Operasi Item Bilangan Harga / Unit (RM) Komputer riba 4 6187 Komputer 8 2 137 Mesin fotostat 4 2475 LCD 4 6 901 Mesin pencetak 8 387 Penghawa dingin 6 1 900 Rak buku 25 364 Rak fail 20 450 Meja bilik rundingan 4 500 Meja pekerja 12 300 Meja kaunter 2 500 Sofa tetamu 2 set 3000 Alat tulis 100 14 JUMLAH
.3.3.
Nama Pembekal Perabot dan Kelengkapan Kedai : Item Komputer Riba Komputer Mesin fotostat Mesin pencetak LCD Penghawa dingin Alat tulis Rak buku Rak fail Meja bilik rundingan Meja pekerja Meja kaunter
Jumlah (RM) 24 748 17 096 9 900 27 604 3096 11 400 9100 9000 2000 3600 1000 6000 1400 125 944.00
Nama Pembekal Hamini Enterprise
Sumey Bakers
6.3.1 TEKNIK PENGELUARAN Teknik pengeluaran amat penting kerana operasi pengeluaran merupakan satu rangkaian aktiviti merancang, mengguna dan mengawal segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk yang mempunyai nilai tambah ataupun nilai komersil. Operasi pengeluaran juga merupakan nadi kepada proses keseluruhan sistem pengeluaran yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh itu, teknik pengeluaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan perkhidmatan dapat dihasilkan dengan kadar kos, masa, kualiti, dan kuantiti yang betul lagi tepat. Dalam penentuan pemilihan teknik pengeluaran, Syue Esz Services memilih teknik manual dan mesin. Penggunaan teknik manual ialah pekerja manakala mesin ialan komputer, mesin faks, mesin pencetak, LCD dan sebagainya. TEKNIK MANUAL Teknik ini memerlukan tenaga pekerja. Perniagaan Syue Esz Services telah mengkategorikan tenaga pekerja kepada pekerja pentadbiran dan pekerja pengoperasian. Pekerja pentadbira merupakan pekerja yang terlibat dengan pentadbiran syarikat. Contohnya Setiausaha, Kerani dan Ketua Kewangan. Tenaga pekerja pentadbiran ini tidak akan mengeluarkan khidmat dalam urusan perkhidmatan. Mereka ini hanya menguruskan prosedur dan hal ehwal dalaman syarikat. Manakala pekerja pengoperasian pula adalah yang memberi dan menjalankan perkhidmatan kepada para pelanggan. Tenaga pekerja inilah yang akan menguruskan dan menyelesaikan masalah pelanggan. MESIN Mesin digunakan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan dan proses pengeluaran ini bagi memastikan perkhidmatan dapat disalurkan dengan baik kepada pelanggan. Mesin digunakan bagi tujuan pencarian maklumat, menyimpan rekod, dan malkumat pelanggan, komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya. 6.3.2 MESIN DAN PERALATAN Mesin dan perlatan digunakan bagi melancarkan proses pengeluaran. Di samping itu, penggunaan mesin dan peralatan dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran. Berikut adalah senarai lengkap mesin dan peralatan yang digunakan oleh perniagaan Syue Esz Services dalam perusahaan ini : JENIS Komputer Mesin pencetak Mesin fotostat LCD Penghawa dingin Jumlah :
BIL 8 8 3 1 4
HARGA SEUNIT 2500 300 1000 12 000 900
JUMLAH 20 000 2 400 3 000 12 000 3 600 41 000
6.3.3 PEMBEKAL Perniagaan Syue Esz Services memperoleh mesin dan peralatan daripada Syarikat Toshiba Sdn Bhd. Syarikat tersebut membekalkan komputer, mesin pencetak, mesin fotostat, LCD da sebagainya kepada Syue Esz Services. Syue Esz Services memilih syarikat tersebut sebagai pembekal mesin dan peralatan yang utama kerana harga yang ditawarkan berpatutan serta berkualiti tinggi. Di samping tiu. Mesin dan peralatan yang tersebut boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. 6.3.4 LOKASI PENGELUARAN Bangunan pejabat Syue Esz Services disewa daripada Bangunan Yayasan Perak. Syue Esz Services menyewa bangunan ini kerana kedudukannya yang strategik disamping kadar sewa yang dikenakan adalah mampu untuk ditanggung. Selain itu, struktur bangunan yang moden dan baru sesuai untuk Syue Esz Services menjalankan perniagaan. Bangunan yang disewa ialah satu tingkat. Aras bawah bangunan berkeluasan 144m manakala 120 pada aras atas. Oleh itu, proses pengeluaraan amat sesuai dijalankan di aras atas serta bawah manakala urusan pejabat sesuai dijalankan di aras bawah. Selain itu, Syue Esz Services memilih bangunan tersebut kerana dilengkapi dengan pelbgai kemudahan yang serba baru. Oleh itu urusan pejabat serta operasi pengeluaran mudah dijalankan. Bangunan ini turut dilengkapi dengan talian telefon dan sistem pengaliran arus elektrik. Ini dapat memudahkan sistem penghubungan Syue Esz Services. Di samping itu, bangunan ini dilengkapi dengan penggera kebakaran. Oleh itu, sebarang kebakaran dapat dikesan dari awal. Selain itu, bangunan ini terletak berhampiran dengan pili bomba. Syue Esz Services telah menyusun atur bangunan ini dengan sistematik. Berikut adalah pelan pejabat perniagaan Syue Esz Services :