P 3117 / Unit 8 /
1
UNIT 8 : MILIKAN PERNIAGAAN: FAKTOR DAN TATACARA
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
:
OBJEKTIF KHUSUS :
Membolehkan pelajar membuat pemilihan milikan perniagaan yang sesuai dan mengetahui tatacara penubuhan perniagaan.
Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis milikan perniagaan Mengenalpasti jenis-jenis milikan perniagaan di Malaysia dan menjelaskan ciri-ciri setiap milikan perniagaan Membincang kelebihan dan kelemahan setiap jenis milikan perniagaan Menjelaskan tatacara memulakan perniagaan dari segi perundangan
Keusahawanan 1 /29
P 3117 / Unit 8 /
2
INPUT
8.1 Pengenalan
Setelah anda berjaya mengenalpasti dan memilih idea perniagaan yang sesuai dilaksanakan, anda perlu pula membuat satu lagi keputusan penting iaitu menentukan bagaimana perniagaan ini akan distruktur mengikut perundangan yang sedia ada di Malaysia. Anda mestilah berfikir dengan mendalam dan membuat perancangan rapi sebelum memilih jenis struktur dan milikan perniagaan yang terbaik untuk perniagaan yang bakal dijalankan. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut perlu diteliti;
•
Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
•
Apakah implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
•
Apakah keperluan tatacara perundangan?
•
Apakah pengaruh setiap jenis milikan?
•
Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
•
Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?
Keusahawanan 2 /29
P 3117 / Unit 8 /
3
Dalam memilih sesuatu milikan perniagaan, seorang usahawan atau bakal usahawan perlu ingat bahawa tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang “terbaik”. Apa yang dianggap “terbaik” bergantung kepada keperluan seseorang pemilik atau bakal pemilik perniagaan yang berkenaan. Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi menentukan bentuk yang terbaik untuk perniagaan anda. •
Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa hadapan?
•
Berapakah keperluan modal untuk memulakan permiagaan dan untuk masa hadapan?
•
Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses membuat keputusan perniagaan anda kehendaki? Adakah anda sanggup berkongsi idea dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu membangun dan menjayakan perniagaan?
•
Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting? Apakah sumber pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?
•
Sekiranya
perniagaan
gagal,
sejauh
manakah
anda
sanggup
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang ditinggalkan oleh perniagaan? •
Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan atau meninggal dunia?
Keusahawanan 3 /29
P 3117 / Unit 8 /
•
4
Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling besar daripada hasil kejayaan perniagaan? Sanggupkah anda mengambil semua risiko dan dengan itu mengaut semua keuntungan jika berjaya?
•
Bolehkan anda mematuhi peraturan dan prosidur birokrasi berkaitan dengan pemilikan perniagaan?
•
Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-keperluan dokumentasi?
Jawapan anda kepada persoalan-persoalan di atas perlu dirujuk kepada tiga jenis milikan perniagaan iaitu milikan tunggal, perkongsian
dan syarikat
sendirian berhad. Anda hendaklah mengambil kira faktor-faktor kelebihan dan kekurangan setiap jenis milikan perniagaan ini.
Keusahawanan 4 /29
P 3117 / Unit 8 /
5
Aktiviti 8a
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
8a -1 Pada pendapat anda, apakah jenis milikan perniagaan yang terbaik? ………………………………………………… 8a - 2 Senaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang semasa ia memilih jenis milikan perniagaannya. …………………………………………………………. …………… ……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………….
Keusahawanan 5 /29
P 3117 / Unit 8 /
6
MAKLUM BALAS 8a
8a. 1 8a.2
Tidak ada. a)
Perancangan perkembangan perniagaan
b) Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan dan untuk masa hadapan c)
Tahap kawalan dalam membuat keputusan yang diingini
d)
Kesanggupan berkongsi idea dan keuntungan
e)
Pertimbangan percukaian perniagaan
f)
Perlindungan sumber pendapatan perniagaan.
g)
Kesediaan menanggung semua hutang perniagaan sekiranya perniagaan gagal
h)
Kesinambungan hayat perniagaan.
i)
Siapa
akan
mendapat
manfaat
daripada
kejayaan
perniagaan. j)
Kesediaan mematuhi semua peraturan dan birokrasi yang berkaitan dengan pendaftaran dan pemilikan perniagaan
Keusahawanan 6 /29
P 3117 / Unit 8 /
7
INPUT
8.2
Jenis-jenis Milikan Perniagaan dan Ciri-cirinya.
8.2.1 Pengenalan Rahmah seorang agen insurans ingin berhenti kerja dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Persoalan yang timbul padanya ialah apakah jenis perniagaan yang wajar dia tubuhkan yang dapat menjanjikan pulangan yang lumayan. Tiada siapa pun, termasuk usahawan boleh memberitahu seseorang ( yang ingin menyertai bidang perniagaan ) jenis perniagaan apakah yang patut disertainya. Seorang bapa yang berjaya sebagai usahawan pun tidak boleh menyuruh anak-anaknya memilih bidang yang disertainya kecuali anak itu benar-benar berminat atau terpaksa. Beberapa persoalan perlu difikirkan oleh Rahmah sebelum dia memilih jenis perniagaan yang dia ingin tubuhkan. Dia mesti mengetahui jenis milikan perniagaan yang ada serta kelebihan dan kelemahan setiap jenis. Milikan perniagaan di Malaysia dapat dikategorikan kepada 4 jenis ( Rajah 8.1 ) iaitu:i. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ( Pindaan 1978 ) dan kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957. ii. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iii. perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948 iv. perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen Kerajaan Negeri.
Keusahawanan 7 /29
P 3117 / Unit 8 /
8
Bagi tujuan ini, hanya perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 1965 sahaja yang akan dibincangkan. Ini adalah kerana kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia adalah berbentuk sedemikian. 8.2.2
Jenis perniagaan Jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan ialah :-
Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.
Rajah 8.1 : Milikan Perniagaan di Malaysia
I
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)
Milikan tunggal
Dan Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957
Perkongsian Syarikat Sendirian Syarikat Berhad dengan Saham
II
Akta Syarikat 1965
III
Syarikat Awam Syarikat Asing
Syarikat Berhad dengan Jaminan
Syarikat Tidak Berhad
Akta Koperasi 1948
IV
Akta Parlimen atau Enakmen Kerajaan Negeri
Keusahawanan 8 /29
P 3117 / Unit 8 /
9
Milikan Tunggal Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentakrifkan perniagaan tunggal sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Berikut adalah ciri-ciri sebuah perniagaan tunggal :Bil. 1.
Ciri-ciri Milikan
Huraian Perniagaan tunggal dimiliki dan dikendalikan oleh seorang sahaja.
2.
Penubuhan
Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
3.
Pendaftaran
Perniagaan ini paling mudah didaftarkan.
4.
Modal
Ia memerlukan modal yang kecil.
5.
Agihan
Keuntungan
kerugian
dan Pemilik akan memiliki dan menanggung semua
keuntungan
dan
kerugian
yang
diperolehi dari perniagaannya. 6.
Hayat perniagaan
Hayat
perniagaan
Pembubaran
akan
ini
tidak
berlaku
jika
terjamin. berlaku
bencana ke atas pemilik.
Contoh milikan tunggal adalah seperti perniagaan tukang jahit, salon kecantikan, kedai runcit dan kedai dobi. Kelebihan Perniagaan Tunggal 1. Perniagaan bentuk ini mudah diuruskan kerana semua keputusan boleh
Keusahawanan 9 /29
P 3117 / Unit 8 /
10
dibuat dengan cepat oleh pemilik. Dia tidak perlu berunding dengan pihak lain. 2. Proses penubuhan dan pembubarannya adalah mudah. 3. Keuntungan perniagaan akan menjadi hak pemilik secara keseluruhannya. 4. Perniagaan ini tidak tertakluk kepada peraturan dan perundangan kerajaan. Sebagai contoh penyata kewangan perniagaan yang dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak perlu diaudit dan diterbitkan dalam akhbar.
Kekurangan Perniagaan Tunggal 1. Modal perniagaan adalah terhad iaitu setakat yang termampu oleh pemilik perniagaan. 2.
Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada modal yang telah dilaburkan dalam perniagaan. Harta peribadi boleh diguna untuk membayar balik tanggungan yang ada.
3.
Perkembangan perniagaan terhad kepada keupayaan pemilik.
4. Hayat perniagaan bergantung kepada usia dan kecekapan pemilik.
8.2.2.1 Perniagaan Perkongsian.
Keusahawanan 10 /29
P 3117 / Unit 8 /
Menurut
11
seksyen 3, Akta Perkongsian, mentakrifkan perkongsian sebagai
perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi mendapatkan keuntungan. Bil. 1.
Ciri-ciri Milikan
Huraian Perniagaan ini dimiliki oleh lebih daripada seorang dan tidak melebihi 20 orang. Walau bagaimanapun
bagi perniagaan
berbentuk
profesional seperti khidmat guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang. 2.
Penubuhan
Ianya mestilah didaftarkan menurut Akta Pendaftaran perniagaan perkara
Perniagaan
1956.
Penubuhan
ini mesti mematuhi perkara-
yang
tertakluk
di
bawah
Akta
Perkongsian 1961. Selain daripada itu, untuk mengelak
daripada
berlakunya
sebarang
kekeliruan atau perselisihan faham, antara rakan kongsi adalah baik jika diadakan Surat Ikatan Perkongsian atau Kontrak Perjanjian. 3.
Pendaftaran
Penubuhan perniagaan adalah mudah dan ringkas.
4.
Modal
Rakan bersama
kongsi dan
menjalankan berkongsi
perniagaan
modal.
Jumlah
Keusahawanan 11 /29
P 3117 / Unit 8 /
sumbangan
modal
oleh
rakan
12
kongsi
ditentukan berdasar pada perbincangan antara mereka.
5
Agihan
Keuntungan
Kerugian Perniagaan.
dan Berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961, semua
keuntungan
dan
kerugian
yang
diperolehi oleh mereka mesti dibahagikan secara sama rata diantara rakan kongsi. Selain daripada itu, nisbahnya boleh ditentukan melalui persetujuan antara rakan kongsi.
6
Hayat perniagaan
Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Ianya boleh dibubarkan jika salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, bersara, atas arahan mahkamah atau tamat sesuatu kontrak.
Kelebihan Perniagaan Perkongsian 1. Mudah ditubuhkan. 2. Lebih mudah mendapat pembiayaan kredit.
Keusahawanan 12 /29
P 3117 / Unit 8 /
13
3. Sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal. 4. Risiko perniagaan disebarkan. 5. Beban cukai pendapatan adalah rendah. 6. Pembahagian kerja dan pengkhususan diwujudkan. 7. Liabiliti terhad bagi pekongsi berhad. ( mengikut jumlah modal rakan kongsi) Kekurangan Perniagaan Perkongsian 1. Tindakan seseorang pekongsi boleh melibatkan semua pekongsi. 2. Modal masih terhad. 3. Kewujudan pekongsian tidak kekal. 4. Liabiliti adalah tidak terhad. 5. Mudah berlakunya perselisihan antara rakan kongsi. 6. Mudah berlaku salah guna kuasa. 8.2.2.3 Syarikat Berhad Syarikat Berhad yang dibincangkan di sini ialah Syarikat Berhad menurut saham. Ianya terdiri daripada dua jenis iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.
Syarikat Sendirian Berhad Bil.
Ciri-ciri
Huraian
1.
Milikan
Syarikat ini boleh dibentuk oleh 2 orang dan Keusahawanan 13 /29
P 3117 / Unit 8 /
14
maksimum seramai 50 orang sahaja. 2.
Penubuhan
Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat mesti menggunakan perkataan “Sdn.Bhd” atau “Sendirian Berhad” di penghujung namanya.
3.
Pendaftaran
Penubuhan perniagaan adalah lebih sukar jika dibandingkan Prosedur
dengan
penubuhan
perniagaan mestilah
lain.
mematuhi
perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Ia mempunyai nama asing
di
atas namanya sendiri. 4.
Modal
Modal yang terkumpul bagi Syarikat Sdn.Bhd adalah lebih besar jika dibandingkan dengan jenis
perniagaan
lain.
Modal
dikumpul
menerusi pernerbitan saham. Syarikat dilarang membuat pelawaan kepada orang ramai untuk mohon beli sebarang saham.
Bil.
Ciri-ciri
5
Agihan kerugian
Huraian keuntungan
dan Segala keuntungan syarikat adalah hak milik syarikat. Pemegang saham akan memperolehi agihan
keuntungan
syarikat
menerusi
pembayaran dividen
Keusahawanan 14 /29
P 3117 / Unit 8 /
6.
Hayat perniagaan
15
Jangkahayat perniagaan ini lebih terjamin. Ianya tidak bergantung kepada ahli-ahli di mana perniagaan akan tetap wujud walaupun berlaku perubahan ataupun kematian ahli.
Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad 1. Mudah mendapatkan sumber kewangan melalui pertukaran hakmilik saham atau dari institusi kewangan. 2. Semua pemegang saham dilindungi undang-undang. 3. Pemegang saham tidak dibebankan dengan pengurusan perniagaan. Tanggungan ahli-ahli syarikat adalah terhad kepada modal syarikat yang disumbangkan. 4. Jangkahayat perniagaan tidak bergantung kepada usia ahli-ahlinya. 5. Mempunyai potensi yang lebih luas untuk berkembang. 6. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya kerana ianya merupakan entiti yang berasingan.
Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad 1. Saham syarikat tidak boleh dijualbeli di pasaran saham. 2. Syarikat tertakluk kepada cukai perniagaan syarikat. 3. Penyata Kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah yang dilantik dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan. 4. Orang ramai boleh mengetahui hal ehwal kewangan syarikat. 5. Kos penubuhan yang tinggi.
Keusahawanan 15 /29
P 3117 / Unit 8 /
16
6. Syarikat ini perlu mematuhi semua peruntukan dalam Akta Syarikat 1965.
Syarikat Awam Berhad Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya ialah dari segi pemilikan perniagaan. Tidak ada hadnya bagi mereka yang ingin menjadi ahli atau pemegang saham bagi syarikat jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama “Berhad”. Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Perkara-perkara lain seperti penubuhan, pendaftaran syarikat, agihan keuntungan dan jangkahayat perniagaan adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.
Kelebihan Syarikat Awam Berhad. 1. Mudah mengumpul modal yang banyak menerusi penerbitan saham kepada orang ramai. 2. Kewujudan perniagaan adalah lebih kekal. 3. Saham-saham syarikat mudah dipindah milik. 4. Aktiviti perniagaan boleh dijalankan secara besar-besaran. (ekonomi bidangan)
Keusahawanan 16 /29
P 3117 / Unit 8 /
17
5. Liabiliti yang ditanggung oleh ahli adalah terhad.
Kekurangan Syarikat Awam Berhad 1. Penubuhan syarikat awam berhad adalah lebih rumit dan mahal. 2. Pengurusan perniagaannya adalah lebih rumit. Ini adalah kerana ianya dikawal ketat oleh undang-undang. 3. Milikan dan pengurusan adalah terpisah. 4. Hal ehwal syarikat terdedah kepadapengetahuan umum. 5. Menanggung cukai yang tinggi.
Aktiviti 8b Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Keusahawanan 17 /29
P 3117 / Unit 8 /
8b-1
18
Sesuaikan penyataan di bawah :-
Penyataan
Jenis Perniagaan
a. Tertakluk kepada Akta Syarikat
Perniagaan Tunggal
b. Modal terhad
Perkongsian
c. Ahli 2 hingga 20 orang Berhad.
Syarikat Sendirian
d. Dimiliki oleh orang persendirian.
Syarikat Awam
8b- 2 Nyatakan samada penyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S). a.
………….
Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi kewangan bilangan pekongsi tidak boleh melebihi 10 orang.
b.
………….
Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang
saham menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal yang dilaburkannya sahaja. c. ………….
Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan
membuat keputusan bersendirian. d. …………. Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad mempunyai liabiliti yang tidak terhad.
MAKLUM BALAS 8b
8b- 1
Pernyataan
Jenis Perniagaan
a. Tertakluk kepada Akta Syarikat
Perniagaan Tunggal
b. Saham tidak mudah dijualbeli.
Perkongsian
c. Ahli 2 hingga 20 orang
Syarikat Sendirian Berhad.
d. Dimiliki oleh orang persendirian.
Syarikat Awam Berhad.
Keusahawanan 18 /29
P 3117 / Unit 8 /
19
8b – 2 Nyatakan samada pernyataan di bawah adalah Benar (B) atau Salah (S). a.
…S……….
Bagi perkongsian bank, broker saham atau institusi kewangan, bilangan pekoingsi tidak boleh melebihi 10 orang.
b.
…B……….
Dalam Syarikat Sendirian Berhad, setiap pemegang saham menanggung liabiliti yang terhad setakat jumlah modal yang dilaburkannya sahaja.
c. ……B…….
Pemilik perniagaan tunggal perlu mengurus dan membuat keputusan bersendirian.
d. ……S…….
Setiap pemegang saham Syarikat Awam Berhad mempunyai liabiliti yang tidak terhad.
INPUT
8.3
Prosedur Pendaftaran Perniagaan
Terdapat prosedur-prosedur tertentu untuk mendaftar perniagaan-perniagaan di Malaysia.
Keusahawanan 19 /29
P 3117 / Unit 8 /
20
8.3.1 Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian Pertama: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1) Borang Carian Nama Perniagaan Borang ini dikemukakan sebagai permohonan meluluskan nama dan jenis perniagaan yang dikemukakan. Pemohon hendaklah memilih nama perniagaan yang sesuai Nama yang dipilih perlulah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dan memenuhi keperluan Pendaftar Perniagaan Larangan dikenakan ke atas penggunaan nama-nama yang menggunakan perkataan “Kebangsaan”, “ASEAN”, “DiRaja” dan sebagainya. Contoh nama perniagaan tunggal: Restoran Halimah, Perabot Zamani Enterprise atau Kedai Gambar Setia Contoh nama perniagaan Perkongsian: Tan dan Rakan-Rakan
Kedua: Pemohon mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A Untuk Mendaftarkan Perniagaan Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat-maklumat dan butir-butir peribadi Untuk perniagaan perkongsian, maklumat semua rakan kongsi perlu diisi.
Keusahawanan 20 /29
P 3117 / Unit 8 /
21
Ketiga: Untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D Kebiasaannya, sijil akuan pendaftaran dikeluarkan dalam masa tujuh hari selepas Borang A dihantar. Sijil ini perlu dipamer di alamat perniagaan. Kegagalan berbuat demikian membolehkan pemilik perniagaan didenda. Permohonan perlu dibuat untuk memperbaharui sijil ini setiap tahun dengan menggunakan Borang D. Perubahan maklumat dalam perniagaan – Borang B (P.NA 2) Bagi pemilik yang ingin mengubah sebarang maklumat dalam Borang A seperti nama, alamat dan jenis perniagaan, ia hendaklah mengisi Borang B (P.NA 2) dan memaklumkan dalam tempoh tujuh hari ianya berlaku. 8.3.2 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad Pertama:
Membuat
permohonan
untuk
mendapatkan
kebenaran
mengguna nama perniagaan yang dicadangkan – Borang 13A Permohonan perlu dibuat untuk mencadangkan nama syarikat dengan menggunakan Borang 13A dalam dua salinan kepada Pendaftar Syarikat. Nama yang dicadangkan mestilah seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan ‘Sendirian Berhad’. Kedua:
Menyediakan dokumen-dokumen penubuhan berikut sebaik sahaja nama syarikat diluluskan oleh Pendaftar Syarikat- dokumen ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kelulusan nama.
1.
Tataujud Syarikat - Dokumen yang memaklumkan berkenaan aktiviti syarikat serta kuasa dan batasannya.
Keusahawanan 21 /29
P 3117 / Unit 8 /
2.
22
Tataurusan Syarikat- Dokumen yang menggariskan polisi pengurusan dalaman serta hak dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
3.
Borang 6
- Perakuan Berkanun pematuhan segala peraturan
4.
Borang 24
- Borang pecahan saham yang diperuntukkan
5.
Borang 44
- Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan
6.
Borang 48A
- Perakuan Berkanun sebelum perlantikan menjadi seorang pengarah atau penaja.
7.
Borang 49
- Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat
8.
Borang 9
- Sijil Akaun Perbadanan
Pemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran- jumlah bayaran ini bergantung kepada Modal Saham yang dibenarkan
Aktiviti 8c
Keusahawanan 22 /29
P 3117 / Unit 8 /
23
Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. 8c-1
Jelaskan prosedur untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. …………………………………………………………….. ……………………………………………………………..
8c-2
Sila nyatakan keperluan borang berikut :-
i. Borang P.N.A 1:
………………………………… ………………………………… …………………………………
ii.Borang D
………………………………… ………………………………… …………………………………
iii.Borang 13A
………………………………… ………………………………… ………………………………
8c – 3 Bilakah Sijil Pendaftaran perniagaan milikan tunggal perlu diperbaharui? ………………………………………………………………….
Keusahawanan 23 /29
P 3117 / Unit 8 /
24
MAKLUM BALAS 8c
8c-1
Prosedur mendaftar perniagaan milikan tunggal:Langkah I :
Mengisi dan mengemukakan Borang ‘A’(P.NA 1) Borang Carian Nama Perniagaan.
Langkah II :
Mengisi dan mengemukakan Borang P.NA 1A Mendaftarkan Perniagaan .
Langkah III: Mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran -Borang D Langkah IV : Pendaftaran perubahan-perubahan maklumat dalam perniagaan – Borang B (P.NA 2) 8c-2
i. Borang P.N.A 1: Borang carian nama perniagaan. ii.Borang D
: Borang untuk mendapat Sijil Akuan Perdaftaran.
iii.Borang 13A
: Borang untuk mendapatkan kebenaran mengguna nama perniagaan yang dicadangkan.
8c.3 setahun sekali.
Keusahawanan 24 /29
P 3117 / Unit 8 /
25
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. SEMOGA BERJAYA. Soalan : En.Tajuddin bercadang untuk memulakan perusahaan memproses makanan untuk ternakan ayam. Ia telah menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai Eksekutif Pemasaran sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan bantuan rakan karibnya En. Hassan, seorang pegawai di Kementerian Pembangunan Usahawan, En.Tajuddin mendapati perusahaan yang ingin diceburi ini memerlukan modal permulaan sebanyak RM200 000. Jumlah ini lebih tinggi daripada wang simpanannya. Ia memerlukan sekurang-kurangnya RM120 000. En.Tajuddin yang arif tentang industri makanan ayam ini mempunyai perancangan untuk meluaskan pasaran makanan ke seluruh negara. Walau bagaimanapun, sekiranya perniagaan ini menghadapi kegagalan, En.Tajuddin tidak sanggup untuk menanggung keseluruhan hutang perniagaan ini.
Keusahawanan 25 /29
P 3117 / Unit 8 /
26
En.Tajuddin telah meminta nasihat rakan karibnya untuk mencadangkan jenis milikan perniagaan yang sesuai dipilih. Soalan: 1. Cadangkan jenis milikan perniagaan yang sesuai kepada En.Tajuddin. Beri alasan anda. 2. Apakah kelebihan dan kekurangan menubuhkan perniagaan jenis perkongsian untuk perniagaan En.Tajuddin. 3. Sekiranya En.Tajuddin membuat keputusan untuk menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad dalam perusahaan ini, jelaskan tatacara untuk pendaftaran syarikat ini.
Keusahawanan 26 /29
P 3117 / Unit 8 /
27
MAKLUM BALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu soalan penilaian kendiri?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda. 1.
En.Tajuddin boleh menubuhkan perniagaan berbentuk Syarikat Sendirian Berhad. Alasan:a. Membantu mengumpul modal perniagaan melalui pelaburan saham. Modal ini dapat ditambahkan dari masa ke semasa. b. Liabiliti perniagaan tidak perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemegang saham. c. Dapat menarik minat pekerja atau kakitangan yang berkemahiran kerana hayat perusahaan ini lebih terjamin.
2.
Kelebihan penubuhan perniagaan perkongsian:a. Asas sumber modal lebih banyak daripada milikan tunggal. b. Tugas dan tanggungjawab mengurus perniagaan dapat dikongsi dengan rakan kongsi. c. Dapat gabung kepakaran, idea dan kemahiran pekongsi. d. Lebih murah untuk didaftarkan. Kekurangan penubuhan perniagaan perkongsian:a.
Liabiliti perniagaan tidak terhad.
b.
Hayat perniagaan bergantung kepada semangat kerjasama di
antara pekongsi. c.
Boleh berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.
d.
Kurang keyakinan pekerja berkualiti dalam perusahaan ini.
Keusahawanan 27 /29
P 3117 / Unit 8 /
3.
28
Tatacara untuk mendaftar Syarikat Sdn.Bhd. :a.
Membuat permohonan bagi mendapat kebenaran mengguna nama yang dicadang dengan menggunakan Borang 13A.
b.
Menyedia dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat.
Tataujud Syarikat - 2 salinan
Tataurusan Syarikat - 2 salinan
Surat Akuan Berkanun mengenai pematuhan segala peraturan (Borang 6) – 2 salinan
Borang pecahan saham yang diperuntukkan ( Borang 24 ) – 2 salinan.
Pemberitahuan alamat pejabat yang didaftarkan (Borang 44)
Akaun Berkanun sebelum perlantikan menjadi Pengasas atau Pengarah (Borang 48A)
Penyata butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat (Borang 49)
Bayaran pendaftaran
Sijil Akaun Perbadanan (Borang 9)
Keusahawanan 28 /29
P 3117 / Unit 8 /
29
FAKTA PENTING :Tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang terbaik. Ianya bergantung kepada keperluan seorang pemilik atau bakal pemilik. Jenis milikan perniagaan di Malaysia tertakluk kepada Peruntukan Akta-Akta. Pendaftaran perniagaan perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.
TAHNIAH ! Anda telah tamat mempelajari Unit 8. Sekarang anda boleh pergi ke unit 9 pula
Keusahawanan 29 /29