Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
RANCANGAN PERNIAGAAN
MY NBZ HARDWARE SDN BHD ALAMAT : TELEFON : PEMILIK :
TANAH KOPERASI FELDA PALONG 14 , 15 DAN 16 JEMPOL BERHAD , 72120 BAHAU NEGERI SEMBILAN 019 – 3667649 NURAZURA BINTI ZAKARIA
DI BAWAH PROGRAM MENTOR MENTEE MBP ENGINEERING SDN BHD
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
ISI KANDUNGAN 1.
PENDAHULUAN DAN PENGENALAN PROJEK
2.
RINGKASAN EKSEKUTIF
3.
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 3.1
4.
5.
LATAR BELAKANG USAHAWAN 4.1
Butir – butir pengarah urusan
4.2
Rekod pekerjaan pengarah urusan
4.3
Pengalaman kerja pengarah urusan
4.4
Butir – butir pengarah
4.5
Rekod pekerjaan pengarah
4.6
Pengalaman kerja Pengarah
SENARAI ASET 5.1
6.
Senarai aset yang diperlukan
ASPEK PENGURUSAN 6.1
7.
Butir – butir Perniagaan
Carta Organisasi
ASPEK PEMASARAN 7.1
Lokasi Perniagaan
7.2
Kumpulan Sasaran
7.3
Saiz Pasaran
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
8.
7.4
Ramalan Jualan
7.5
Strategi Pemasaran
7.6
Analisa Pesaing
7.7
Kaedah Promosi Dan iklan
ASPEK KEWANGAN 8.1
Perincian Projek
8.2
Penyata Aliran Tunai
8.3
Penyata Untung Rugi
9.
KESIMPULAN
10.
LAMPIRAN 10.1
Surat Perjanjian Sewa Tapak
10.2
Lesen Perniagaan Dan Kad Pengenalan
10.3
Sijil – Sijil Pengarah Urusan
10.4
Pelan Lokasi Perniagaan
10.5
Gambar Tapak
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
PENDAHULUAN DAN PENGENALAN PROJEK
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
1.
PENGENALAN
Penyediaan rancangan perniagaan ini adalah untuk memperolehi bantuan kewangan sebanyak RM 500,000.00 daripada Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi memulakan perniagaan bahan binaan dan alatan logam (hardware ) yang bertapak di Bandar Seri Jempol , Negeri Sembilan . Usahawan memerlukan sejumlah bantuan kewangan dari pihak PUNB seperti yang di nyatakan di atas adalah bagi kos keseluruhan perniagaan . Kos yang terlibat adalah merupakan modal awal iaitu kerja-kerja membaik pulih dan menyempurnakan premis perniagaan , pembelian stok awal , overhead pekerja dan lain-lain. Usahawan berhasrat dan bercadang untuk bernaung di bawah syarikat MBP Engineering Sdn Bhd bagi menjalankan perniagaan pembekalan bahan binaan. Ini adalah kerana MBP Engineering mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini dan mempunyai rekod perniagaan yang baik . Syarikat ini akan beroperasi di Lot 7378 , Mukim Jempol Bandar Seri Jempol , dengan keluasan tanah 0.5932 hektar .Lokasi perniagaan adalah strategik kerana ia merupakan laluan utama para penduduk menjalani aktiviti harian mereka serta untuk para penduduk ke pekan dan bandar . Ia juga bersesuaian untuk di jadikan tempat penyimpanan kayu , batu , besi ,simen , pasir serta sebuah kedai berkonsep DIY . Lokasi juga amat strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran dan kawasan utama laluan penduduk .Kawasan ini juga merupakan kawasan yang membangun dan mempunyai kepadatan penduduk melebihi 50 ribu orang serta mempunyai majoriti 95 peratus penduduk melayu . Dengan faktor ini , sambutan yang di berikan adalah di jangka amat menggalakkan .
Muka Surat 1 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
RINGKASAN EKSEKUTIF
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
2.
RINGKASAN EKSEKUTIF Perniagaan ini di jalankan di bawah syarikat MY NBZ Hardware Sdn Bhd di mana mentee kepada MBP Engineering Sdn Bhd yang kini beroperasi di Sungai Buluh , Selangor . Pemilik syarikat juga merupakan perantis di bawah program anjuran Permodalan Usahawan Nasional Berhad . Usahawan merupakan graduan lulusan dalam bidang kewangan . Usahawan berpengalaman bekerja sebagai eksekutif kewangan di Standard Chartered Bank selama 3 tahun . Sebelum menjalani tempoh perantisan , usahawan sering bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai bahan binaan untuk mendapatkan pengalaman dan belajar mengenai selok belok dunia perniagaan di dalam bidang ini . Usahawan juga mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja dan menolak tawaran kenaikan gaji bagi melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini. Usahawan juga ingin berkecimpung di dalam perniagaan ini kerana sedar akan pembangunan dan kemajuan sektor pembinaan di negara ini khususnya di kawasan petempatan usahawan yang dalam perancangan untuk melaksanakan pembinaan rumah dan deretan kedai. Selain wujudnya pembangunan perumahan terancang ( kawasan FELDA ) , kawasan tersebut juga di huni oleh majoriti masyarakat bumiputera dan ratarata penduduk di situ mempunyai tanah sendiri untuk di bangunkan. Faktor tersebut menjerumus kepada peratusan yang amat tinggi terhadap alatan logam dan bahan binaan . Dalam menjalankan perniagaan ini , usahawan selaku pengarah urusan dan pemilik syarikat akan terlibat sepenuhnya di dalam operasi dan kendalian operasi syarikat seperti di dalam aspek pentadbiran, kewangan dan pemasaran . Syarikat juga akan melantik seorang pengurus bertujuan untuk membantu dan memastikan operasi perniagaan berjalan lancar .
Muka Surat 2 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
3.
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 3.1
BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN
Nama Perniagaan
: MY NBZ Hardware Sdn Bhd
Alamat Perniagaan
: Lot 7378 Mukim Jempol Bandar Seri Jempol , 72120 Bahau Negeri Sembilan
No Telefon
: 019 – 3667649
No Pendaftaran Perniagaan
: 942359 – W
Tarikh Daftar Perniagaan
: 27 April 2011
Jenis Perniagaan
: Sendirian Berhad
Muka surat 3 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
LATAR BELAKANG USAHAWAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
4.
LATAR BELAKANG USAHAWAN
4.1
BUTIR – BUTIR PENGARAH URUSAN Nama
: Nurazura Binti Zakaria
Nilai Saham
: 80 %
No Kad Pengenalan
: 850228-05-5560
Alamat Tetap
: No 143 Blok 6 FELDA Serting 2, 72120 Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan
Tarikh Lahir
: 28 Februari 1985
Umur
: 26 Tahun
Jantina
: Perempuan
Taraf Perkahwinan
: Bujang
Warganegara
: Malaysia
Agama
: Islam
Muka Surat 4 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
4.2
4.3
REKOD PEKERJAAN PENGARAH URUSAN Ogos 2008 – Oktober 2010
: Eksekutif Kewangan : Standard Chartered Bank Bukit Jalil
November 2010 – Februari 2011
: Eksekutif Kewangan : Standard Chartered Bank P. Jaya
Februari 2011 – Sekarang
: Perantis PUNB : MBP Engineering Sdn Bhd
PENGALAMAN KERJA PENGARAH URUSAN Standard Chartered Bank
Memproses data – data pemindahan wang yang di buat oleh pelanggan dari luar dan dalam negara .
Membuat pengesahan berkaitan dengan pemindahan wang yang di buat oleh pelanggan melalui sistem SVS .
Terlibat secara keseluruhan bagi memastikan pemindahan wang yang di lakukan pelanggan dapat di lakukan secepat yang mungkin dan tersusun .
Perantis siswazah PUNB ( MBP Engineering Sdn Bhd )
Mempelajari sistem inventori dan penghantaran barang .
Terlibat dalam proses jual beli di dalam syarikat .
Mempelajari secara menyeluruh terhadap barangan yang di jual ( bahan binaan )
Muka Surat 5 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
4.4
4.5
BUTIR – BUTIR PENGARAH Nama
: Zakaria Bin Wahid
Nilai Saham
: 20 %
No Kad Pengenalan
: 491225 – 05 – 5379
Alamat Tetap
: No 143 Blok 6 FELDA Serting 2 72120 Bahau Negeri Sembilan
Tarikh Lahir
: 25 Disember 1949
Umur
: 62 Tahun
Jantina
: Lelaki
Taraf Perkahwinan
: Berkahwin
Warganegara
: Malaysia
Agama
: Islam
REKOD PEKERJAAN PENGARAH April 1970 – April 1983
: Lans Koperal , Rejimen Askar Tanah Melayu
Jun 1983 – Ogos 1998
: Peneroka Felda : Membantu tukang membuat rumah
September 1998 – Sekarang
: Peniaga kantin sekolah : Mengambil tempahan memasak untuk pelbagai majlis dan kenduri
Muka Surat 6 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
SENARAI ASET
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
5
SENARAI ASET
5.1
SENARAI ASET YANG DIPERLUKAN ASET Forklif Lori ( Deposit ) Menaiktaraf gudang Alatan Pejabat Stok Awal Jumlah
UNIT 1 2 1
HARGA/UNIT (RM) 70,000.00 20,000.00 100,000.00
JUMLAH 70,000.00 40,000.00 100,000.00
15,000.00
15,000.00 230,000.00 455,000.00
Alatan Pejabat : Komputer , Mesin Fax , Meja , Kerusi , Telefon, Signboard , Aksesori meletak barang – barang bahan binaan di dalam kedai ( rak ) .
Muka Surat 7 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
ASPEK PENGURUSAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
6
ASPEK PENGURUSAN
6.1
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
PENGARAH URUSAN
PENGARAH OPERASI
KERANI / PENYELIA ( 2 ORANG )
PEMBANTU STOR ( 1 ORANG )
Muka Surat 8 / 14
PEMANDU LORI / FORKLIFT ( 2 ORANG )
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
Nama No Kad pengenalan Umur Jawatan Kelulusan Gaji Bulanan Tanggungjawab / Peranan
: Nurazura Binti Zakaria : 850228 – 05 – 5560 : 26 Tahun : Pengarah Urusan : Ijazah Sarjana Muda Kewangan , UNISEL : RM 2,500.00 : Mengurus dan memantau keseluruhan operasi syarikat
Nama No Kad Pengenalan Umur Jawatan Kelulusan Gaji Bulanan Tanggungjawab / Peranan
: Zakaria Bin Wahid : 491225 – 05 – 5379 : 62 Tahun : Pengarah Operasi : SPM : RM 2,000.00 : Mengurus operasi jual beli barang
Nama Jawatan Gaji Bulanan Tanggungjawab / Peranan
: Mohd Safuan Afendi Bin Abu Bakar : Penyelia Operasi : RM 1,000.00 : Membantu tugas-tugas pengarah operasi
Jawatan Bilangan Gaji Bulanan Tanggungjawab / Peranan
: Pembantu Stor : 1 Orang : RM 650.00 : Penyusunan inventori bahan binaan
Jawatan Bilangan Gaji Bulanan Tanggungjawab / Peranan
: Pemandu : 2 Orang : RM 850.00 / orang : Menghantar barang bahan binaan
Muka Surat 9 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
ASPEK PEMASARAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
7
ASPEK PEMASARAN
7.1
Lokasi Perniagaan Perniagaan akan beroperasi di Lot 7378 Mukim Jempol Bandar Seri Jempol 72120 Bahau Negeri Sembilan . Tanah lot dengan keluasan 0.5932 hektar ini terletak di persimpangan menuju ke pusat bandar dan merupakan laluan utama penduduk untuk ke pekan Serting dan Bahau . Lokasi perniagaan juga terletak di tengah – tengah pusat pentadbiran seperti pejabat daerah , pejabat FELDA , pejabat tanah , pejabat pos , hospital , klinik swasta dan kerajaan , ibu pejabat polis , pasaraya dan 6 buah sekolah . Kepadatan penduduk di FELDA Serting melebihi 50 ribu orang dan mempunyai majoriti 95 % penduduk berbangsa melayu.
7.2
Kumpulan Sasaran Sasaran pasaran kedai bahan binaan ini adalah untuk semua penduduk persekitaran kontraktor binaan , tukang-tukang traditional , agensi – agensi swasta dan kerajaan serta orang perseorangan dari luar daerah ( walk in) . Pelaksanaan kerajaan di bawah pengurusan FELDA untuk membeli tanah kebun peneroka – peneroka di FELDA juga akan menyumbang kepada jualan syarikat dimana penduduk akan menaiktaraf kediaman mereka apabila mendapat hasil jualan daripada tanah kebun mereka.
7.3
Saiz Pasaran Saiz pasaran meliputi perkampungan perkampungan melayu, taman – taman perumahan dan penempatan felda pelbagai peringkat . Jumlah penempatan dianggarkan melebihi 150 ribu orang dan ianya di jangka akan meningkat ekoran daripada penambahan rancangan penempatan feldajaya di Bandar Baru Serting .
7.4
Ramalan Jualan Berdasarkan kepada saiz dan syer pasaran yang di sasarkan , syarikat menganggarkan jualan tunai walk in customer bagi tahun pertama adalah sebanyak RM 900 ribu berdasarkan andaian di mana pada tahun tersebut kami mampu menarik 1500 orang pelanggan dengan perbelanjaan purata sebanyak RM 600 setiap seorang .
7.5
Strategi Pemasaran Untuk meningkatkan daya saing , syarikat akan memastikan kualiti barang – barang yang di jual mempunyai kualiti yang memuaskan dengan harga yang kompetatif . Syarikat juga merancang untuk menarik lebih ramai pelanggan walk in customer dengan memberi komisen kepada tukang kayu . Syarikat juga bercadang akan memberi pembelian yang bernilai RM 1000 ke atas dalam bentuk barang – barang yang bernilai 10 % daripada harga pembelian . Muka surat 10 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
7.6
Analisa Pesaing Pesaing
: Xian Jin Hardware
Kedudukan
: Stabil
Kekuatan
: 15 tahun beroperasi
: Mempunyai pelanggan tetap : Tiada pesaing Kelemahan
: Jauh dari perumahan Melayu
: Bukan bumiputera : Harga tidak kompetetif Pesaing
: Mahsan Hardware
Kedudukan
: Stabil
Kekuatan
: 10 tahun beroperasi
: Tiada pesaing Kelemahan
: Tiada banyak barang yang di jual
: Bukan bumiputera : Jauh dari perumahan melayu
Muka Surat 11/ 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
7.7
Promosi Dan Pengiklanan
Majlis Perasmian Syarikat akan menjemput kontraktor – kontraktor binaan , tukang – tukang serta penduduk kawasan setempat semasa majlis perasmian untuk memperkenalkan syarikat . Mereka ini merupakan prospek pelanggan untuk berjual beli dengan syarikat kelak .
Banner Dan Edaran Pamplet Banner serta papan tanda akan di letakkan di beberapa jalan utama dan kawasan strategic sekitar golongan sasaran . Pamplet pula akan di edarkan melalui sisipan di dalam akhbar .
Tawaran harga pembukaan Syarikat akan menawarkan harga yang menarik dan istimewa untuk menarik minat pelanggan serta membina kepercayaan pelanggan kepada syarikat dan produk yang di jual .
Mengadakan Promosi Jualan Akhir Tahun Syarikat bercadang untuk mengadakan tawaran yang menarik berkaitan harga barang dengan memberi diskaun kepada beberapa jenis barang untuk tempoh waktu yang di tetapkan . Ini akan menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai dan merebut peluang diskaun terhadap barang yang di jual
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD Muka Surat 12 / 14
ASPEK KEWANGAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
8.
ASPEK KEWANGAN
8.1
PERINCIAN PROJEK Syarikat ingin memohon pembiayaan daripada pihak PUNB untuk keperluan modal pusingan , pembelian asset serta pembelian stok barang binaan seperti batu pasir , simen , besi , barang – barang paip dan lain – lain . Modal pinjaman ini akan di gunakan untuk membeli stok bekalan barangan perniagaan daripada mentor ( MBP Engineering Sdn Bhd ) atau wakil pengedar setempat yang menawarkan harga yang berpatutan .
8.2
PENYATA ALIRAN TUNAI ( Sila rujuk lampiran )
8.3
PENYATA UNTUNG RUGI ( Sila rujuk lampiran )
Muka Surat 13 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
KESIMPULAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
9.
KESIMPULAN Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dan jangkaan kedudukan dan keuntungan syarikat , juga dengan kerjasama dan bimbingan dari syarikat mentor iaitu MBP Engineering Sdn Bhd , perniagaan ini di yakini boleh berdaya saing , maju dan berkembang dengan pesat . Dari segi lokasi perniagaan , syarikat berkeyakinan penuh pilihan tapak adalah strategic kerana terletak di tengah – tengah pusat pentadbiran dan laluan utama penduduk dalam melakukan aktiviti harian mereka seperti pergi ke tempat kerja , membeli belah di bandar berhampiran dan aktiviti – aktiviti lain . Selain itu juga faktor penduduk yang mempunyai majoriti 95 % bumiputera dan kawasan perumahan terancang yang padat dengan orang melayu juga sangat membantu dalam memajukan syarikat . Syarikat yakin dengan modal dari pihak PUNB , peluang untuk memulakan serta meningkatkan jualan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar . Harapan kami agar cadangan projek ini akan mendapat pertimbangan sepenuhnya dari pihak PUNB demi untuk meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera di nagara ini .
Muka Surat 14 / 14
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
LAMPIRAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
SURAT PERJANJIAN SEWA TAPAK
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
LESEN PERNIAGAAN DAN KAD PENGENALAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
SIJIL SIJIL PENGARAH URUSAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
PELAN LOKASI PERNIAGAAN
Rancangan Perniagaan : MY NBZ HARDWARE SDN BHD
GAMBAR TAPAK