RANCANGAN PERNIAGAAN
NAMA PERNIAGAAN : PC DOT COM
ALAMAT PERNIAGAAN : TINGKAT BAWAH, BANGUNAN PINTAR, JALAN MESRA, 95000 KOTA BHARU, KELANTAN.
NO. TEL : 084-5666775
NO. FAX : 084-4941448
ALAMAT EMEL :
[email protected]
TARIKH PENUBUHAN PERNIAGAAN ; JUN 2006
RUMUSAN EKSKUTIF
Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan sepert sepertii ini ini timbu timbull meng mengena enaii sesuat sesuatu u produk produk di pasa pasaran ran.. Berap Berapa a kalik kalikah ah telah telah anda anda kecewa setelah anda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca dan anda akan yakin bahawa PC Dot Com tidak akan mengecewakan anda. PC Dot Com pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan kepuasan anda.
PC Dot Com adalah sebuah syarikat milik persendirian yang menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. En Rosla Roslani ni,, pemili pemilik k syar syarika ikatt ini ini mempun mempunyai yai 2 tahu tahun n penga pengalam laman an dalam dalam pernia perniaga gaan an komputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai peng pengal alam aman an “han “hands ds on” on” yang yang lebi lebih h berg bergun una a sema semasa sa beli beliau au beke bekerja rja di sekt sektor or perkilangan.
Sasa Sasara ran n pasa pasara ran n PC Dot Dot Com Com adal adalah ah terd terdir irii dari daripa pada da 3 kump kumpul ulan an iait iaitu u penggun pengguna a akhir, akhir, sektor sektor kerajaa kerajaan n dan juga juga pengedar pengedar kecil-kec kecil-kecilan ilan.. Termasuk Termasuk dalam dalam pelanggan potensi PC Dot Com adalah mereka yang belum lagi memiliki komputer dan jug juga a mere mereka ka yang yang suda sudah h pun pun memi memili liki ki komp komput uter er teta tetapi pi tida tidak k puas puas hati hati deng dengan an perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat langganan mereka sekarang.
Komp Kompone onen n utama utama dalam dalam stra strateg tegii pernia perniaga gaan an PC Dot Dot Com Com adala adalah h dari dari segi segi perkhidm perkhidmatan, atan, PC Dot Com berusaha berusaha untuk untuk memberika memberikan n perkhidm perkhidmatan atan yang yang terbaik terbaik
kepada pelanggannya. Kaedah ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berlanggan dengan syarikat ini. PC Dot Com juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa perkhidmatan selepas jualan adalah juga sama penting.
LATAR BELAKANG SYARIKAT Nama Syarikat
: PC Dot Com (Syarikat Persendirian)
Alamat Berdaftar
: No. 143, Jalan Kenyalang, Taman Sri Mawar, 95000 Kota Bharu.
Tapak Perniagaan
: Tingkat Bawah, Bangunan Pintar, Jalan Mesra, 95000 Kota Bharu, Kelantan.
No. Telefon
: 084-494143
No.Fax
: 084-494144
Alamat Emel
:
[email protected]
Tarikh & No. Pendaftaran
: 6 April 2006 13579246 – T
Tarikh Beroperasi
: 6 Jun 2006
Modal Sumbangan
: RM 55,000.00
Jenis Perniagaan
: Pengedar dan pembekal komputer serta perisian komputer; perkhidmatan penyenggaraan dan percetakan.
Milikan Modal
: 100 % Bumiputera
Pemilik
: Roslani Bin Hassan
No. Kad Pengenalan
: 790505-13-5656
Bank
: Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB)
No. Akaun Syarikat
: 08-088-08-012345-8
Syarikat persendirian milik En Roslani ini mula beroperasi pada 6 Jun 2006. Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. En Roslani mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan ini apabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer di sekolahsekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaan komputer dan perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan yang memberangsangkan pada masa akan datang.
En Roslani yang memiliki Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor berjaya meyakinkan ahli keluarganya, terutama dua orang adiknya untuk turut melabur dan bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya tidak terhad kepada pelajar sahaja, malahan digunakan oleh setiausaha, guru, sehinggalah kepada suri rumah. Dengan perlantikan abang iparnya sebagai pengurus teknikal En Roslani berharap untuk menerokai pasaran agensi
kerajaan
dan
sektor
perkilangan
serta
meningkatkan
penyenggaraan.
Maklumat Pengurusan
:
Roslani Bin Hussin @ Ramli
Pengurus
Mohd Mustakim Bin Abd Aziz
Pengurus Kewangan
Muhd Adzhshuqeri Bin Abdul Aziz
Eksekutif Jualan
Nik Aidil Ikram B Nik Azam
Pekerja Am
Muhd Syazwan Zulhilmi B shari
Pengurus Teknikal
perkhidmatan
LATAR BELAKANG PROJEK a) Lokasi Projek
Pada masa ini, PC Dot Com beroperasi di tingkat bawah Bangunan Pintar. Kedudukan ini boleh dikatakan strategik kerana ianya merupakan laluan bagi pelajar dan kakitangan UNIMAS. Selain itu, penduduk di kawasan Taman Sri Mawar boleh mengunjungi premis ini kerana kawasan taman perumahan tersebut yang terletak tidak jauh dari kawasan premis perniagaan.
Butir-butir premis perniagaan, kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut :Nama Pemilik Bangunan Alamat
: Christie Enterprise Sdn. Bhd. : Lot 4, Tingkat Bawah, Bangunan Pintar, Jalan Mesra, 95000 Kota Bharu, Kelantan.
Kadar Sewaan (sebulan)
: RM3,000
Tempoh Sewaan
: 3 tahun
b)Kedudukan Fizikal
Keluasan premis adalah 1400 kaki persegi. Keluasan ini sudah mencukupi untuk menempatkan semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan kepada pekerja mahupun pelanggan. Susun atur peralatan adalah seperti lakaran pelan lantai berikut:-
r e t u p m o k n a h a d u m e K
Stor
Pejabat Pengurus
Bilik Air
Kawasan membaikpulih Kemudahan komputer
komputer
Kaunter perkhidmatan n n i pelanggan i s s
n a s a k a k r r e e t p u n p a r m e o k m a P k a R
e e m m s a Faks n b n a a m t a d i k g m a n d e i t h e m c k r n e e P m
n n r e a a t s r u a e p w m m a a o K p k
Rak pameran perkakasan komputer
Pintu masuk
c) Peralatan dan Bahan Mentah Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan dan dapat memenuhi keperluan kebanyakan pelanggan, PC Dot Com telah menyediakan peralatan-peralatan seperti computer yang berkapasiti tinggi, mesin pencetak laser berwarna, mesin pengimbas, mesin faks dan perisian grafik.Selain daripada itu, system sokongan, program perlindungan dari virus, cakera salinan, perisian tulisan dan ‘ clip art ’ turut disediakan.
Peralatan-peralatan tersebut adalah peralatan yang lazim digunakan oleh kebanyakan kedai computer seperti PC Dot Com. Sebagai perbandingan harga, sebut harga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi. Pemilihan pembekal tersebut adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Pembekal-pembekal bagi PC Dot Com ialah Universal Station, Ung Ming Equipment dan Media Centre. Tempoh sah bagi sebut harga ialah selama 1 tahun.
Syarikat Universal Station telah dipilih sebagai pembekal utama kerana menawarkan harga yang terendah. Syarat-syarat pembayaran bagi Syarikat Universal Station ialah 25% semasa pesanan dibuat dan bakinya selepas peralatan diterima atau berdasarkan surta jaminan bank.
Bahan-bahan mentah seperti toner, ink, drum, kertas ivory, art card, kotak plastic dan alat tulis laidigunakan dan ia boleh diperoleh melalui sumber tempatan dan luar negara.
PRODUK / PERKHIDMATAN
Kami memilih “perkhidmatan berkualiti” sebagai garis panduan kami dan melancarkan strategi untuk menawan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti selepas jualan berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan oleh pesaing.
Sebagai
pengusaha
PC
Dot Com,
perkhidmatan
selepas
jualan atau
perkhidmatan yang disediakan perlulah berterusan. Pengusaha boleh membantu dalam memberi khidmat nasihat tentang perlunya pengubahsuaian kepada tempahan mengikut rekaan grafik terbaru yang ada di pasaran. Dengan ini, hubungan baik antara pengusaha dan pelanggan dapat dibina.
Khidmat pelanggan yang diberi dengan berkesan mampu memberi keselesaan dan membina keyakinan pelanggan untuk terus setia mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan yang berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PC Dot Com akan memperkenalkan perniagaan tersebut kepada orang lain. Keadaan ini dipanggil promosi mulut ke mulut yang dapat mengurangkan kos promosi dan meningkatkan kadar keuntungan PC Dot Com.
Untuk
melaksanakan
strategi
perkhidmatan,
PC
Dot
Com
juga
memperkenalkan komputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat gergasi. Oleh kerana kawalan harga yang amat ketat, margin keuntungan amat sedikit. PC Dot Com pula tidak dibenarkan menyentuh atau menyenggara masalah yang berkaitan. Kalau perkara tersebut dilakukan, maka “warranty” akan batal secara
automatik. Komputer mestilah dihantar kepada pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja baikpulih terlalu lama. Kebanyakan pelanggan tidak sanggup berpisah lama dengan komputer mereka.
Oleh itu, PC Dot Com bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan sistem komputer klon, PC Dot Com bebas memilih perkakas yang hendak digunakan. “PC Dot Com System” akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya yang berpatutan. Strategi ini berjaya apabila PC Dot Com menerima banyak tempahan ekoran dari promosi “mulut ke mulut” yang dilakukan oleh pelanggan PC Dot Com.
Tindakan kerajaan memansuhkan duti import dan cukai jualan serta rebet cukai pendapatan memberi kesan yang positif kepada PC Dot Com. Segmen pasaran “isirumah” (household) diramalkan akan berkembang pesat. Seterusnya persaingan di kalangan
syarikat
yang
menawarkan
perkhidmatan
pengguna dan mencetus permintaan kepada produk IT.
INTERNET
memanfaatkan
RANCANGAN PEMASARAN a) Analisis pasaran
Industri teknologi Maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat dengan meningkatnya kepentingan teknologi maklumat (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan dan pendidikan serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan internet telah mengubah cara hidup manusia.
Kami di PC Dot Com berpendapat kualiti perkhidmatan yang akan menentukan kejayaan tapi bukannya saiz syarikat. Oleh itu, perkhidmatan berkualiti adalah istilah keramat bagi syarikat kami.
Komputer adalah barang yang sofistikated. Teknologi komputer dan semua produk yang bersangkut paut dengan komputer mengalami proses pembaharuan yang sangat pantas. Oleh kerana sesuatu produk itu boleh menjadi usang dalam masa yang singkat, maka para
pengguna akan menghadapi masalah mengikuti perkembangan
industri teknologi maklumat. PC Dot Com bersedia untuk menjadi pemangkin masyarakat dalam menghayati gelombang teknologi komputer. Keadaan ini akan dicapai dengan penawaran pakej komputer yang canggih dan disokong pula oleh perkhidmatan selepas jualan dan penyenggaraan yang efisien dan boleh dipercayai.
Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan dengan membekal komputer kepada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMASI). Perkembangan seterusnya ialah pembekalan komputer kepada Politeknik Kota Bharu dan beberapa buah sekolah di sekitar Kelantan. Jualan terus meningkat dan perkhidmatan yang
berkualiti menggamit lebih ramai pelajar dan kakitangan UNIMAS untuk berlanggan dengan PC Dot Com.
Syarikat ini sedang giat meneroka pasaran baru iaitu agensi kerajaan dan firma perkilangan di sekitar Kota Samarahan, Bau dan Lundu. Di samping itu perkhidmatan penyenggaraan juga akan diberi penekanan. Syarikat ini juga ingin menjadi pembekal kepada pengedar komputer secara serius. Penerokaan segmen ini memerlukan modal yang banyak. Para pengedar pula sudah pasti akan meminta kemudahan kredit 30 hari.
b) Aspek Pasaran
i) Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna .
Firma menjalankan perniagaan menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan
perkhidmatan
penyenggaraan
komputer.
PC
Dot
Com
juga
menawarkan perkhidmatan mesin mencetak dan mesin mengimbas. Ini dapat memudahkan pelanggan terutamanya pelajar mencetak atau mengimbas tugasan mereka.
Di samping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, firma juga ada menawarkan perkhidmatan mesin faks bagi memudahkan pelanggan agensi kerajaan terutamanya menfaks data-data atau dokumen-dokumen mereka dengan kadar yang segera. Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai pelajar dan kakitangan kerajaan untuk menggunakan khidmat yang disediakan oleh PC Dot Com. Ini kerana peranan komputer yang diperlukan bagi setiap manusia.
ii) Pasaran Am
Penggunaan komputer dan teknologi maklumat amatlah diperlukan terutamanya oleh pelajar-pelajar moden masa kini untuk proses pembelajaran mereka. Ini adalah kerana proses pembelajaran pada zaman ini banyak memerlukan penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu kebanyakan pelajar menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PC Dot Com bagi memudahkan proses pembelajaran mereka.
Perkembangan industri perkhidmatan pengkomputeran dan teknologi maklumat pada masa ini adalah amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan keperluan pelajar seperti yang tersebut diatas. Perkembangan Belanjawan 2006 yang memberikan kenaikan 15 % kepada kakitangan kerajaan dan bonus tahunan dengan kadar minima RM 1,000.00 juga dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan industri ini.
Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Jika kita lihat dimerata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka perniagaan menjual perkakasan dan perisian komputer akan membuka mata masyarakat bumiputera untuk cuba bersaing dalam industri ini.
iii)
Sasaran Pasaran Syarikat/firma
Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan Kota Samarahan, iaitu Taman Sri Mawar, UNIMAS, Politeknik Kuching, SMK ST. Joseph, SMK Tun Teja dan Wisma Persekutuan Kota Samarahan.
Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.
Lokasi firma berada di kawasan komersial yang berhampiran dengan UNIMAS, Politeknik Kuching, sekolah-sekolah, agensi-agensi kerajaan akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.
Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:i.
Pelajar universiti (20 hingga 29 tahun)
ii.
Syarikat Swasta (13 hingga 19 tahun)
iii.
Kakitangan kerajaan
c) Ramalan Jualan
Perkara
Prestasi Ramalan Jualan 2005 2006 2007
Keberuntungan (RM’000) Jualan Untung Sebelum Cukai Untung Selepas Cukai
81.9 219.8 219.8
527.7 14.7 14.1
1,160.5 28.7 26.5
Ketunaian (RM) Wang Tunai Masuk Wang Tunai Keluar Baki Tunai Tunai Terkumpul
714.5 488.2 170.0 154.7
611.3 445.8 165.5 165.5
454.4 386.3 68.1 233.6
Keselamatan (RM’000) Harta tetap Harta semasa Tanggunggan semasa Tanggunggan berjangka Modal & Ikuti
109.3 177.6 30.9 142.7 108.9
102.8 184.3 30.6 135.0 122.4
87.6 252.8 30.3 110.6 200.3
19 65
18 77
17 89
7
39
43
86
84
82
69
70
71
64.62
3.64
90.55
2
25
1
Pulangan Bersih:a) Atas Jualan (%) b) Atas Harta (%) c) Atas Pelaburan (%) Pulangan Kasar Atas Jualan Titik Pulangan Modal (%) Nisbah Kecairan Nisbah Leveraj
(%)
(%)
d) Strategi pemasaran
Pasaran bagi perniagaan PC Dot Com boleh dibahagikan kepada tiga segmen penting mengikut kumpulan pelanggan iaitu individu, swasta dan agensi kerajaan. Promosi tidak terhad kepada penyediaan risalah dan edaran dalam kedai sahaja. PC Dot Com juga menggunakan pelbagai saluran media pengiklanan sebagai contoh melalui media cetak dan media elektronik. Selain itu, PC Dot Com menyertai ekspo atau pameran yang berkaitan dengan perniagaan.
Hasil daripada promosi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot Com, terdapat beberapa pengedar besar yang telah melantik PC Dot Com sebagai pengedar sah mereka. Malahan, dalam pengiklanan produk mereka nama PC Dot Com juga sering dimasukkan. Keadaan ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada PC Dot Com kerana walaupun masih muda PC Dot Com sudah pun diberi kepercayaan untuk mengedar barangan jenama oleh pengedar yang besar.
Dasar produk disesuaikan dengan citarasa dan permintaan pengguna. Iltizam PC Dot Com adalah untuk memasang komputer peribadi yang berlabelkan logo “PC Dot Com” dan disokong dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, PC Dot Com juga menjual sistem komputer berjenama seperti ACER, HYUNDAI, SIEMENS, PACKARD BELL dan COMPACT.
ANALISIS PESAING
Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan. Di sekitar bangunan pusat jualan PC Dot Com sahaja terdapat 5 buah kedai komputer. Sejak akhir-akhir ini, persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitan yang dahulunya menjual barangan perabot dan peralatan dapur mula menjual peralatan komputer pada kadara harga yang sangat rendah.
Pesaing utama bagi PC Dot Com ialah Kedai Acer. Syarikat tersebut mempunyai kekuatan kerana syarikat tersebut merupakan syarikat franchaisor bagi jenama Acer. Walau bagaimanapun, perkhidmatan di syarikat tersebut tidak mesra pelanggan menyebabkan pelanggan kedai tersebut sering mengadu pengurus serta pekerja di kedai tersebut tidak memberi perkhidmatan selepas jualan yang baik.
Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu PC Dot Com menghadapi tekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan “cash and carry”, harga rendah dan perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan PC Dot Com berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing. Jualan kembali meningkat dan pendapatan dari aktiviti penyenggaraan terus meningkat.
RANCANGAN PENGURUSAN
a) Carta Organisasi
Pengurus
Pengurus Kewangan
Pengurus Teknikal
Pekerja Am
Eksekutif Jualan
Pada masa ini, firma diuruskan oleh En Roslani sendiri sebagai Pengurus. Beliau dibantu oleh tiga orang kakitangan dalam kumpulan pengurusan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri iaitu pengurusan kewangan, pengurusan teknikal dan eksekutif jualan. Selain itu, firma juga menggunakan khidmat seorang pekerja am.
b) Latar belakang Pengurus/ Pemegang Saham/ Pemilik
Roslani Bin Hussin @ Ramli
- Pengurus
Beliau berusia 28 tahun, berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat daripada Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2001, dan Ijazah Sarjana Pengurusan juga dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2003. pemilik berpengalaman bekerja selama 2 tahun dalam perniagaan komputer di Syarikat Dell sebagai Pengurus Bahagian Operasi dan Pengeluaran di Syarikat tersebut pada tahun 2004 hingga 2005.
Beliau amat meminati bidang perniagaan ini sehinggakan beliau telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan operasi.
c) Latar belakang Kakitangan Utama/ Mahir
Mohd Mustakim Bin Abd Aziz – Pengurus kewangan Beliau berusia 27 tahun, berkelulusan Diploma Perakaunan daripada Universiti Malaya, Selangor pada tahun 2002. Beliau berpengalaman bekerja selama 1 tahun di Syarikat Bina Sendiri sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan. Tugas utama beliau ialah menguruskan kerja-kerja perakaunan, kemasukan aliran wang tunai dalam syarikat, membuat belanjawan tahunan, kunci kira-kira dan penyata kewangan.
Muhd Adzhshuqeri Bin Abdul Aziz – Eksekutif Jualan Beliau berusia 25 tahun, berkelulusan Diploma Komunikasi Media daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2004. Beliau memppunyai pengalaman kerja sebagai eksekutif pemasaran di Syarikat Mega Lima selama 1 tahun. Tugas utama beliau ialah menjalankan tugas “ stock check ”, membuat “ prospecting ”, “sales presentation” dan aktiviti-aktiviti jualan yang lain kepada pelanggan.
Muhd Syazwan Zulhilmi B shari – Pengurus Teknikal Beliau berusia 33 tahun, berkelulusan Diploma Sains Komputer daripada University of Central Lancashire, UK pada tahun 1994, dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Sains Komputer daripada Middlesex University, UK pada tahun 1997 dan 2000. Beliau berpengalaman bekerja selama 5 tahun di Syarikat Dell Sdn. Bhd. sebagai Pengurus bahagian teknikal. Tugas
utama
beliau
ialah
menguruskan
kerja-kerja
di bahagian
teknikal,
menyenggara dan membaikpulih komputer.
d) Latar belakang Kakakitangan Separuh Mahir/ Kurang Mahir
Nik Aidil Ikram B Nik Azam – Pekerja Am Beliau berumur 21 tahun dan berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2006. Tugas beliau adalah bagi memastikan keadaan firma sentiasa bersih, kemas dan selesa kepada pelanggan.
RANCANGAN KEWANGAN
a) Kos Permulaan Projek
Kos permulaan minimum bagi memulakan perniagaan PC Dot Com dianggarkan melebihi RM 50,000.00. Memandangkan perniagaan PC Dot Com adalah perniagaan bersaiz besar, peralatan asas yang digunakan terdiri daripada 5 unit komputer, 2 mesin pencetak, mesin pengimbas, alat pemotong, dan perisian grafik. Selain itu, mesin ink-jet berskala besar turut disediakan. Dengan adanya mesin ini, pelanggan dapat membuat kain rentang atau poster.
PC Dot Com memperoleh sumber kewangan daripada kemudahan overdraft (OD) Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Selain itu, sumber kewangan juga adalah daripada simpanan sendiri, ahli keluarga, dan kredit dari pembekal.
b) Penyata Kewangan
Jadual 1 : Perangkaan Kewangan
Tahun
Jualan (RM)
Keuntungan Sebelum Cukai (RM)
Untung Bersih (RM)
2006 2007
81,922.10 527,766.90
2,198.96 14,767.74
2198.96 14,139.51
2008
1,160,525.60
28,725.54
26,567.84
Jadual 2 : Nisbah Kewangan
Tahun
2006 2007 2008
Nisbah Kecairan
Nisbah Leveraj
64.62% 3.64% 90.55%
2% 25% 1%
Pusing Ganti Aset 2.62 14.64 18.76
Pusing Ganti Inventori
Margin Keuntungan
Pulangan atas Pelaburan
2.74 16.67 61.62
3% 3% 2%
7% 39% 43%
Rajah 3 : Ramalan Jualan Tahunan 2006-2008 2,000,000.00 1,500,000.00 1,000,000.00 500,000.00 0.00 2006
2007
2008
Rajah 4 : Untung Selepas Cukai
30,000.00 25,000.00 20,000.00 15,000.00 10,000.00 5,000.00 0.00 2006
2007
2008
c) SumberKewangan 1.
Aset, Tanggungan & Ekuiti. i.
Jumlah Harta (Kos Projek)
PERKARA
SEDIA ADA (00/0/00) (DERAF) RM'000
a) b) c) d) e)
Ubahsuai Peralatan Deposit sewa Pra-Operasi Modal Kerja Bersih JUMLAH
ii.
%
JUMLAH BARU RM'000
%
RM'000
%
50,000 68,000 9,600 1,000 50,000
28 38 5 1 28
50,000 68,000 9,600 1,000 50,000
28 38 5 1 28
178,600
100
178,600
100
Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)
SEDIA ADA (00/0/00) (DERAF)
PERKARA
RM'000
%
Modal Sumbangan Untung/(Rugi) Terkumpul Overdraf Pinj BPIMB – Harta tetap – M. Kerja JUMLAH
JUMLAH
BARU RM'000
%
RM'000
%
43,600
24
43,600
24
118,000 17,000
66 10
118,000 17,000
66 10
178,600
100
178,600
100
Nota i : Perkiraan Modal Kerja :SEDIA ADA
BARU
JUMLAH
(RM’000)
(RM’000)
(RM’000)
PERKARA Siberhutang (bln) Stok Bahan Mentah (3 bln) Barangan Dalam Proses (bln) Barangan Siap (bln) Tunai operasi (3 bulan) * Lain-lain Jumlah Tolak : Sipiutang ( bln) KEPERLUAN MODAL KERJA BERSIH 100 101 102 103 104 105 106 107 108
9,000
9,000
41,000
41,000
50,000
50,000
0
0
50,000
50,000
109
* Pengiraan tunai untuk menampung operasi selama 3 bulan pertama seperti be Gaji Sewa Sewa hawa dingin Telefon Air/letrik Pemasaran & promosi Lain-lain
-
RM21,000 RM9,600 RM1,200 RM1,500 RM2,100 RM2,700 RM2,900
Nota ii : Kos Projek (Baru atau tambahan) Dan Sumber Pembiayaannya
Bil
HARGA / KOS
SUMBER PEMBIAYAAN
PERKARA BBMB
1 2 3 4 5
Peralatan Ubahsuai Deposit sewa Pra-operasi Modal kerja
Jumlah
68,000
68,000
50,000
50,000
Sumbanga n
9,600
9,600
1,000
1,000
50,000
17,000
33,000
178,000
135,000
43,600
RUMUSAN
Setiap perniagaan berhadapan dengan risiko. Risko yang dihadapi kadangkala begitu tinggi dan kadangkala begitu rendah. Begitu juga dengan perniagaan PC Dot Com. Namun, ia tidak mematahkan semangat pemilik PC Dot Com untuk memajukan lagi syarikat ini. Seterusnya mengembangkan lagi perniagaan ini di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana produk PC Dot Com yang berdaya mauj serta perkhidmatan berkualiti yang disediakan oleh PC Dot Com boleh membawa nama PC Dot Com ke tingkat yang lebih tinggi di mata masyarakat.
Selain itu, perniagaan PC Dot Com yang berdaya saing dan daya tahan juga akan membolehkan PC Dot Com menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa bagi memastikan perniagaan ini terus kekal di pasaran dan berkembang maju.
Kekuatan PC Dot Com dari segi pengurusan dan kakitangan yang berwibawa dan komited akan memberikan kelebihan kepada PC Dot Com berbanding syarikat lain. Sokongan kewangan yang mencukupi dan jaringan hubungan strategic PC Dot Com dengan syarikat-syarikat lain juga membolehkan perniagaan PC Dot Com terus gah di bidang perniagaan ini.
Perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan menjadi kunci utama bagi PC Dot Com untuk mengekalkan pelanggan yang ada seterusnya menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot Com.