Topik ik
9
Praktis dalam Pembelajaran Motor
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Memb Membin inca cang ngka kan n cara cara per perla laks ksan anaa aan n vari variab abil ilit itii prak prakti tiss dala dalam m pembelajaran kemahiran;
2.
Meng Menghur hurai aika kan n juml jumlah ah dan dan dis distr trib ibus usii prak prakti tiss mela melalu luii stra strate tegi gi lebihan-belajar dan kaedah perlaksanaan praktis;
3.
Meny Menyat atak akan an ma maks ksud ud komp komple leks ksit itii dan dan peng pengel elol olaa aan n sem semas asaa praktis sesuatu kemahiran motor;
4.
Meng Mengen enal al pas pasti ti dua dua per peran anan an pra prakt ktis is men menta tall dala dalam m pemb pembel elaj ajar aran an bagi menentukan prestasi kemahiran motor; dan
5.
Ment Mentaf afsi sirk rkan an jeni jeniss leng lengku kuk k pres presta tasi si ber beras asask askan an mas masaa lawa lawan n percubaan.
PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, penekanan diberikan dalam aspek bagaimana proses menyampaikan pembelajaran motor boleh diaplikasikan. Ia banyak mengutarakan isu semasa supaya pembelajaran itu berkesan. Topik kali ini umumnya cuba memperlihatkan bentuk praktis kemahiran motor supaya ia membentuk perlakuan yang sepatutnya. Untuk lebih jelas, ikuti pembacaan topik ini dengan tenang dan penuh tumpuan. Kualiti dan kuantiti praktis kemahiran motor telah sering dibincangkan dan dianalisis sejak lama lagi oleh profesional tingkah laku motor.
234
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perlakuan dalam sesuatu persekitaran praktis iaitu: (a) (a)
Stru Strukt ktur ur sesi sesi prak prakti tiss;
(b) (b)
Cara Ca ra bag bagai aima mana na pra prakt ktis is dik dikel elol olak akan an;; dan dan
(c)
Kesan Kesan kedua kedua-du -duaa fakto faktorr tadi tadi ke atas atas indi individ vidu u atau atau jumlah jumlah dan dan agiha agihan n praktis.
Tujuan utama seorang berlatih sesuatu kemahiran adalah untuk meningkatkan perlakuan yang lebih baik di masa akan datang. Oleh kerana terdapat keperluan perlakuan yang lebih baik pada masa akan datang, guru dan jurulatih perlu mereka dan membentuk satu keadaan praktis yang dapat menyediakan pelajarnya untuk melakukan sesuatu kemahiran ke tahap paling tinggi.
9.1
VARIABILITI PRAKTIS
Kebanyakan teori pembelajaran kemahiran motor memberi tumpuan kepada manfaat yang diperoleh daripada variabiliti praktis. Apakah maksud variabiliti praktis? adalah merujuk kepada kepelbagaian pergerakan dan ciriciri konteks pelajar itu mengalami semasa berlatih sesuatu kemahiran.
Mari kita lihat tiga teori variabiliti praktis dalam Jadual 9.1 berikut. Tiga Teori Variabiliti Praktis
Teori skema Schmidt
Jangkaan kejayaan perlakuan yang akan datang pada kemahiran berkenaan adalah bergantung kepada jumlah variabiliti yang pelajar itu alami semasa praktis
Model peringkat pembelajaran Gentile
Semasa praktis, pelajar perlu mengalami pelbagai ciri pengalaman regulatori dan bukan regulatori
Corak dinamik
Pembelajaran motor memerlukan pelajar mempelopori ruang perseptual motor dan menemui penyelesaian optimum kepada masalah yang diwujudkan oleh kemahiran tersebut
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
235
Manfaat utama seorang pelajar akan peroleh daripada pengalaman praktis yang membantu pergerakan dan variabiliti konteks adalah satu peningkatan kebolehan untuk melakukan kemahiran itu dalam situasi ujian yang akan datang. Ini bermakna, pelajar itu telah memiliki satu peningkatan kebolehan untuk melakukan serta mengadaptasi kemahiran yang telah dilatihnya dalam situasi yang akan datang. Apabila kita melihat dari perspektif pemindahan pembelajaran, kehadiran variabiliti pergerakan dalam praktis boleh dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan kebarangkalian pemindahan positif yang berlaku daripada praktis itu ke situasi ujian. Untuk memastikan bahawa variabiliti praktis akan memanfaatkan perlakuan akan datang, kesannya dibandingkan ke atas pengekalan atau pemindahan perlakuan dalam situasi praktis yang melibatkan satu variasi kemahiran (contohnya, praktis konstant) dengan yang melibatkan beberapa variasi kemahiran (contohnya, variabel praktis) tersebut. Perbandingan jenis ini telah menjadi piawaian strategi kajian. Apakah teori skema Schmidt? mengatakan bahawa semakin besar jumlah variabel praktis akan mewujudkan satu pembelajaran yang lebih berkesan daripada jumlah variabel praktis yang sedikit. Langkah pertama bagaimana untuk menyediakan satu jumlah variabiliti praktis yang sesuai adalah dengan mengakses ciri-ciri situasi akan datang di mana pelajar itu akan melakukan kemahiran tersebut. Ciri-ciri konteks fizikal diperlukan dalam situasi perlakuan itu. Perlu diingat bahawa apabila seseorang melakukan sesuatu kemahiran, mereka melakukannya dalam konteks mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti. Apakah pandangan Gentile? mengatakan bahawa terdapat sebahagian ciri perlakuan yang kritikal untuk menentukan ciri-ciri perlakuan sesuatu aksi yang dikenali beliau sebagai keadaan regulatori; sementara ciri lain adalah keadaan bukan regulatori yang tidak ada pengaruhnya. Setelah mengetahui kepentingan variabiliti praktis dalam pembelajaran motor, kita harus mengambil kira bagaimana guru atau jurulatih harus merancang pengalaman variabel dalam sesi praktis. Jadual 9.2 menunjukkan bagaimana contoh perancangan sesi praktis yang melibatkan gangguan kontekstual dibuat.
236
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Contohnya, praktis setiap servis dalam dua hari dan satu contoh lagi, secara rawak selama lima minit. Perancangan Praktis Tiga Struktur Praktis Berlainan t
S 1
Praktis terkawal
3
4
5
6
30
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis lompat
Servis lompat
5
Servis bawah tangan
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis lompat
Servis atas kepala
Servis bawah tangan
Servis atas kepala
Servis bawah tangan
Servis lompat
Servis atas kepala
Servis bawah tangan
Servis atas kepala
5
Servis bawah tangan
Servis lompat
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis lompat
Servis bawah tangan
5
Servis lompat
Servis lompat
Servis lompat
Servis atas kepala
Servis lompat
Servis lompat
5
Servis atas kepala
Servis bawah tangan
Servis atas kepala
Servis lompat
Servis bawah tangan
Servis atas kepala
5
Servis lompat
Servis atas kepala
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis atas kepala
Servis lompat
5
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
5
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
5
Servis lompat
Servis lompat
Servis lompat
Servis lompat
Servis lompat
Servis lompat
5
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
Servis bawah tangan
5
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
Servis atas kepala
5
Servis lompat
Servis lompat
Servis lompat
Servis
Servis lompat
Servis lompat
5
Praktis rawak
2
Praktis bersiri
lompat
Kepelbagaian pergerakan dan pengalaman adalah ramuan penting untuk meningkatkan kebolehan seseorang melakukan kemahiran yang dilatih dengan jayanya. Di samping itu untuk menyesuaikannya kepada keadaan yang tidak pernah dialaminya. Kajian telah menunjukkan bahawa variabel praktis
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
237
menggalakkan pengekalan dan pemindahan perlakuan yang baik jika dibandingkan dengan praktis konstant.
AKTIVITI 9.1 Dengan kupasan idea anda tersendiri, sejauh mana rumusan berikut sentiasa benar? Keberkesanan pembelajaran motor melalui variabiliti praktis. Bincang dengan tutor atau rakan sekelas anda melalui forum dalam talian.
9.1.1
Pendekatan Gangguan Kontekstual untuk Menyusun Pemboleh Ubah Praktis
Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah jadual yang ada pemboleh ubah ialah memohon fenomena pembelajaran yang dikenali sebagai gangguan kontekstual. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan konstekstual? ialah ialah istilah istilah yang merujuk kepada gangguan gangguan hasil hasil daripada melaksanakan pelbagai tugasan atau kemahiran dalam konteks praktis. Anda boleh berfikir istilah "gangguan" di sini sebagai merujuk kepada gangguan ingatan dan prestasi. Jumlah yang berbeza gangguan kontekstual boleh berlaku daripada organisasi jadual praktis. Praktis blok, rawak dan bersiri opsyen organisasi jadual yang diterangkan dalam Jadual 9.1 tadi boleh dilihat seperti yang terletak di sepanjang kontinum gangguan kontekstual (rujuk Rajah 9.1).
Jumlah gangguan kontekstual yang mungkin dalam situasi amalan digambarkan sebagai kontinum yang terdiri dari tinggi ke rendah Magill (2011)
238
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Gangguan kontekstual yang tinggi berlaku pada satu hujung, apabila jadual praktis melibatkan susunan praktis rawak di mana percubaan semua tugas dilakukan secara pelbagai variasi dalam setiap sesi praktis. Dalam jadual ini, variasi tugasan yang dipraktiskan pada setiap cubaan adalah secara rawak. Pada hujung yang bertentangan, jumlah gangguan kontekstual yang rendah hasil daripada jadual yang susunan praktis variasi praktis setiap tugas dalam blok sendiri atau unit, masa. Jadual lain, seperti jadual praktis bersiri yang diterangkan sebelum ini, terletak di sepanjang kontinum antara kedua-dua hujung. Bukti yang menjelaskan bahawa kesan gangguan kontekstual ke atas pembelajaran motor di tunjukkan oleh kajian yang dijalankan oleh Shea dan Morgan (1979). Dalam kajian ini, mereka talah memberi tugasan kepada peserta kajian untuk menggerakkan satu lengan melalui satu siri halangan kayu kecil secepat mungkin. Satu kumpulan diberi praktis dengan susunan jadual yang rendah gangguan kontekstual (praktis blok) dan satu kumpulan lagi tinggi gangguan kontekstual (praktis rawak). Keputusan kajian menunjukkan kumpulan praktis rawak menunjukkan prestasi yang rendah semasa sesi praktis tetapi menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa ujian pengekalan dan ujian pemindahan. Dapatan kajian yang menyokong dapatan kajian Shea dan Morgan (1979) ini juga dibuktikan oleh Brady (1998), dan Magill dan Hall (1990) yang membuktikan bahawa pembelajaran melalui situasi gangguan kontekstual yang tinggi memberi kesan yang baik terutama peserta kajian diuji dalam situasi yang berubah-ubah.
SEMAK KENDIRI 9.1 1.
Jela Jelask skan an ma maks ksud ud vari variab abil ilit itii prak prakti tis. s.
2.
Bincangkan cara pelaksanaan variabiliti pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
praktis
dalam
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
239
AKTIVITI 9.2 Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau pengayaan. http://highered.mcgrawhill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter15/multiple_choice _quiz.html Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu, terdapat pautan related reading untuk memantapkan kefahaman anda.
9.2 JUMLAH DAN DISTRIBUSI PRAKTIS Guru atau jurulatih perlu menetapkan jumlah praktis seseorang pelajar itu harus menjalani. Begitu juga dengan berapa jumlah masa yang diperlukan untuk pelbagai aktiviti dalam setiap sesi praktis. Dalam konteks jumlah praktis yang perlu dilalui untuk mempelajari sesuatu kemahiran, p Kajian terhadap pendapat ini telah menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa semakin banyak praktis, semakin baik kesannya. Walaupun pendekatan ini nampaknya logikal, bukti kajian menunjukkan bahawa ianya bukan merupakan satu pilihan yang terbaik. Setelah menentukan jumlah masa praktis seorang pelajar perlu melalui untuk mempelajari sesuatu kemahiran, guru perlu juga menentukan berapakah masa yang perlu ditumpukan kepada pelbagai aktiviti dalam dan merentasi sesi praktis. Guru perlu: (a)
Menentu Menentukan kan juml jumlah ah masa masa yang yang harus harus ditum ditumpuka pukan n kepada kepada seti setiap ap aktiv aktiviti iti dalam sesuatu sesi;
(b)
Jumlah Jumlah masa masa rehat rehat antara antara aktivi aktiviti ti dala dalam m sesua sesuatu tu sesi sesi;; dan dan
(c) (c)
Temp Tempoh oh set setia iap p sesi sesi dan dan jum jumla lah h masa masa ant antar araa sesi sesi..
Contohnya, jika anda seorang jurulatih bola tampar, anda perlu menentukan berapa jumlah masa anda perlu tumpukan dalam setiap waktu kelas untuk mengajar pelbagai kemahiran, latih tubi dan aktiviti lain yang anda cadangkan.
240
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Jika anda telah menentukan jumlah masa praktis, anda dapat memberi tumpuan kepada sesuatu aktiviti dalam sesuatu kemahiran dan anda akan ketahui berapa waktu kelas anda perlukan untuk kemahiran tersebut. Anda juga akan mengetahui berapakah jumlah masa yang anda perlu gunakan dalam setiap waktu kelas untuk aktiviti itu.
9.2.1
Jumlah Praktis dan Lebihan-belajar Lebihan-belaj ar
Pengkaji telah mengkaji hubungan antara jumlah praktis dengan pencapaian matlamat spesifik perlakuan dalam konteks lebihan-belajar. Apakah lebihan-belajar? ditakrifk ditakrifkan an sebagai sebagai sambungan sambungan praktis praktis yang melampa melampaui ui jumlah masa yang diperlukan untuk mencapai sesuatu kriteria perlakuan. Seorang guru atau jurulatih menggunakan strategi lebihan-belajar dengan: (a) (a)
Mene Menent ntuk ukan an satu satu krit kriter eria ia perl perlak akua uan; n;
(b)
Meneta Menetapka pkan n jumlah jumlah masa masa prak praktis tis pela pelajar jar yang yang diper diperlu lu untuk untuk menca mencapai pai kriteria tersebut; dan
(c)
Keperl Keperluan uan pera peratus tusan an masa masa tamb tambaha ahan n masa masa prakt praktis is seba sebagai gai prakti praktiss tambahan.
Apabila kita melihat situasi ini dari perspektif teori, idea mengagihkan lebihan masa praktis mempunyai kelebihannya sendiri. Bagi pihak yang melihatnya dari sudut pandangan program motor, akan berpendapat bahawa praktis tambahan akan membantu mengukuhkan program motor dan skema motor untuk kemahiran yang sedang dipelajari pelajar tersebut. Ini membolehkan pelajar itu mengaksesnya kembali sebagai aksi lebih mudah apabila diperlukan kelak. Dari perspektif corak dinamik pula, praktis tambahan merupakan satu cara atau pendekatan di mana pelajar meningkatkan stabiliti koordinasi dan ciri-ciri kawalan dalam perlakuan kemahiran tersebut. Pengkaji mendapati kehadiran fenomena pengembalian penyusutan (diminishing returns ) kesan daripada penambahan jumlah praktis dalam pembelajaran kemahiran dalam kelas pendidikan jasmani. Contohnya, dalam kajian yang telah dijalankan oleh Goldberger dan Gerney (1990). Dalam satu unit pengajaran dan pembelajaran, sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan telah berlatih beberapa kemahiran bola sepak. Matlamat unit pengajaran dan
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
241
pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan perlakuan mereka dalam kemahiran ini. Dalam kajian itu, guru mengagihkan sekumpulan pelajar yang akan berlatih kemahiran mengikut format pusingan stesen yang ditetapkan oleh guru, di mana guru itu membahagikan kelas itu kepada lima kumpulan dan setiapnya ditugaskan ke setiap stesen yang mana mereka akan berlatih kemahiran berkenaan selama lima minit. Pada akhir setiap lima minit, pelajar akan bertukar ke stesen baru. Satu kumpulan pelajar lain pula akan berlatih mengikut format pusingan stesen yang ditetapkan oleh pelajar sendiri; mereka menerima kad indeks yang menjelaskan apa mereka perlu lakukan di setiap stesen dan diberitahu menggunakan masa 25 minit mereka dengan efisien untuk melatih setiap kemahiran. Kesemua pelajar akan berlatih dengan pendekatan ini dalam dua waktu selama dua hari. Keputusan ujian kemahiran kedua-dua kumpulan pelajar menunjukkan perbezaan dalam bilangan percubaan praktis kemahiran tersebut bukannya dalam ujian perlakuan. Kumpulan yang mengikut format pusingan yang ditetapkan oleh guru sebenarnya telah melakukan purata praktis sebanyak tujuh percubaan lebih daripada kumpulan format praktis yang ditetapkan oleh pelajar sendiri. Hasil kajian menunjukkan tidak ada perbezaan peningkatan perlakuan dalam kemahiran pada ujian tersebut. Masa praktis tambahan yang dilakukan oleh kumpulan format pusingan guru tidak menunjukkan peningkatan tambahan dalam kemahirannya. Namun, dengan batasan masa, kumpulan pusingan pelajar adalah cemerlang kerana keefisienan penggunaan masa yang diberikan. Menurut Shea dan Khol (1991), walaupun strategi lebihan-belajar biasanya memanfaatkan pembelajaran kemahiran, terdapat beberapa bukti kajian menunjukkan bahawa kemerosotan pembelajaran mungkin berlaku disebabkan oleh pembekalan terlalu banyak percubaan praktis. Travlos juga telah melaporkan bahawa penambahan jumlah praktis melampaui jumlah percubaan praktis tertentu akan mengakibatkan kemerosotan perlakuan. Kenapakah penambahan praktis berlebihan boleh mengakibatkan kemerosotan pengekalan dan perlakuan? Salah satu sebabnya mungkin kemahiran yang dilatih terlalu mudah dan mengakibatkan kebosanan dalam kalangan pelajar selepas suatu jumlah praktis yang tertentu. Akibatnya pelajar telah hilang tumpuan kepada tugasannya. Sebab yang lain mungkin pelajar telah berhenti menggunakan usaha kognitif yang diperlukan untuk meningkatkan tugasan perlakuan berkenaan. Menurut teori program motor dan corak dinamik, praktis kemahiran sama yang berterusan akan mengakibatkan kemerosotan pengingatan pergerakan dan pemindahan kepelbagaian pergerakan. Lebih baik untuk pelajar terus berlatih sesuatu kemahiran walaupun pelajar itu telah dapat melakukannya dengan
242
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
betul. Ini membolehkannya meningkatkan pengekalan prestasi perlakuan kemahiran tersebut.
SEMA SE MAK K KE KEN NDI DIRI RI 9. 9.2 2 Apa yang dimaksudkan dengan fenomena pengembalian penyusutan (diminishing returns )? )?
AKTI AK TIVI VITI TI 9. 9.3 3 Bagaimana menentukan indikator yang boleh mengukur strategi lebihan-belajar supaya sentiasa menghasilkan pencapaian pembelajaran yang optimum? Bincangkan.
9.2.2
Distribusi Praktis dan Kaedah Perlaksanaan
Distribusi praktis adalah merujuk kepada jarak atau langkauan praktis. Isu dalam distribusi praktis adalah sama ada penggunaan praktis massa atau praktis agihan lebih berkesan untuk pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Apakah maksud praktis massa dan praktis agihan? bermaksud bermaksud satu jadual jadual agihan waktu waktu praktis di mana jumlah jumlah rehat antara sesi praktis adalah singkat. P pula jumlah masa rehat antara sesi praktis adalah panjang. Hasil kajian menunjukkan bahawa praktis agihan adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan praktis berkelompok. Ada tiga kemungkinan ini berlaku iaitu: (a)
Kelesu Kelesuan an mempen mempengar garuhi uhi pembe pembelaj lajara aran n sesuatu sesuatu kema kemahir hiran an dalam dalam prakti praktiss berkelompok;
(b)
Prakti Praktiss massa massa akan akan mengur mengurang angkan kan jumlah jumlah usaha usaha kogni kognitif tif;; dan dan
(c)
Penguk Pengukuhan uhan memori memori,, di mana mana ia ia merupa merupakan kan prose prosess penyim penyimpan panan an memor memorii jangka panjang.
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
243
Hipotesis pengukuhan memori menyatakan bahawa untuk menyimpan memori maklumat yang relevan, kita perlu mempelajari sesuatu kemahiran, di mana beberapa proses neurobiokimia mesti berlaku. Proses ini mengambil atau memerlukan satu jangka masa tanpa penambahan praktis kemahiran yang sama untuk mengubah satu jumlah perwakilan memori kurang stabil kepada memori yang lebih stabil. Penyebaran praktis merentasi beberapa hari meningkatkan peluang lebih untuk proses pengukuhan memori berlaku jika dibandingkan dengan praktis berkelompok. Distribusi praktis merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi secara terus kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Oleh itu, keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah sangat bergantung kepada penjadualan waktu kerja yang bijak. Dalam pembelajaran kemahiran motor, guru sentiasa berhadapan dengan masalah bagaimana hendak menggunakan masa yang diberikan supaya dapat digunakan dengan berkesan. Masa menentukan berapa lama sesuatu praktis itu perlu dijalankan tetapi ia tidak semestinya dapat memastikan keberkesanan pembelajarannya. Untuk pembelajaran berlaku, berbagai faktor lain harus dipertimbangkan agar matlamat yang hendak dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran itu tercapai. Faktor seperti kesediaan dan minat pelajar dan juga situasi pembelajaran merupakan faktor yang harus difikirkan bersama. Menurut Thorndike, pembahagian atau distribusi praktis perlu mempertimbangkan sifat semula jadi manusia yang mempunyai sifat seperti mudah bosan, letih dan juga motivasi yang mudah menurun. Di sini, guru harus bijak dalam menyesuaikan praktis dengan masa yang diperuntukkan agar ia mencapai tahap pembelajaran yang optimum. Ahli psikologi pada dasarnya bersetuju kepada dua jenis distribusi praktis iaitu: (a)
Praktis massa; dan
(b)
Praktis ag agihan.
Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa distribusi praktis ini berkait rapat antara praktis dan juga masa rehat. Kedua-dua jenis ini mempunyai keistimewaan mereka tersendiri berdasarkan kepada penerangan awal tentang sifat individu yang menerima pengajaran tadi. Praktis massa merupakan satu sesi praktis yang dijalankan berterusan tanpa mempertimbangkan masa rehat. Ini berbeza dengan praktis agihan di mana ia merupakan satu sesi praktis yang diselang-selikan dengan masa rehat atau aktiviti lain.
244
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Kebanyakan kajian masa kini adalah tertumpu kepada bagaimana massa dan agihan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pelbagai kombinasi praktis telah dicadangkan. Kajian ditumpukan kepada distribusi praktis yang berikut: (a)
Tanp Tanpaa masa reha rehatt;
(b)
Masa Masa reha rehatt yang yang tetap tetap selepa selepass seti setiap ap percub percubaan; aan;
(c)
Masa Masa rehat rehat yang dita ditamba mbah h secara secara bera beransu nsur-a r-ansu nsurr selepa selepass setiap setiap perc percuba ubaan; an; dan
(d)
Masa Masa rehat rehat yang yang dikura dikurangka ngkan n secara secara bera beransu nsur-a r-ansur nsur sele selepas pas seti setiap ap percubaan.
Dalam membincangkan praktis yang mana satu lebih baik, ini bergantung kepada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan. Kita tidak dapat lihat atau kaji praktis ini secara berasingan. Apabila praktis sesuatu kemahiran dijalankan, dua fenomena psikologi berinteraksi di mana satu pihak cuba membantutkan lakuan dan satu lagi cuba menggiatkan lakuan. Pada dasarnya, praktis kemahiran pada peringkat awal akan menggiatkan kemajuan kerana beberapa proses pembelajaran berlaku. Namun, apabila praktis diteruskan, daya psikologi yang negatif iaitu penghalang tadi mula terbentuk. Penghalang yang tinggi boleh berlaku akibat praktis berkelompok kerana: (a)
Kemahi Kemahiran ran itu itu mudah mudah atau atau seru serupa pa denga dengan n yang yang sudah sudah diala dialamin minya; ya; dan dan
(b)
Aktivi Aktiviti ti pada pada anggap anggapan an pelaja pelajarr terlal terlalu u sukar. sukar.
Sedikit halangan akan berlaku jika tugas itu tidak begitu kompleks dan pelajar menganggapnya suatu cabaran. Walaupun kajian banyak menunjukkan bahawa pembelajaran kemahiran motor dan lakuan adalah lebih baik jika praktis disebarkan daripada berkelompok tetapi penyeluruhan ini tidak semestinya benar. Sebagai contoh, jika seorang pelajar itu bermotivasi tinggi dan mempunyai rintangan terhadap kebosanan atau penghalang yang biasanya wujud semasa sesuatu kemahiran yang mudah dilatih, praktis berkelompok mampu menggiatkan lebih banyak pembelajaran daripadanya. Malah, pembelajaran juga akan menjadi lebih cepat.
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
245
Pada amnya, untuk mencapai praktis yang efisien, bila praktis itu lama, rehat yang berikutnya harus sama atau lebih bergantung kepada tugasan tadi. Kadar kerja-rehat perlu diubahsuaikan pada suatu hala iaitu masa rehat lebih daripada kerja apabila tugas praktis itu sama ada membebankan secara fizikal atau fisiologikal. Jika tugasan bersesuaian kepada pelajar dan tidak membebankan, maka nisbah kerja-rehat perlu diubah suaikan ke arah yang bertentangan. Perlu diingat juga bahawa masa rehat yang terlalu panjang bagi satu jadual praktis akan mendatangkan kesan negatif yang selaras dengan teori pembalikan, terutamanya kepada aktiviti yang kompleks. Jangka masa praktis yang maksimum bagi sesuatu jadual praktis untuk mencapai tahap yang menguntungkan adalah tertakluk sebahagiannya kepada keperluan sesuatu kemahiran itu dan juga kebolehan dan motivasi tiap pelajar. Oleh sebab faktor yang melibatkan kemahiran itu sendiri dan juga faktor yang terdapat pada individu tadi, maka distribusi praktis perlu disesuaikan dan jika boleh gabungan kedua jenis adalah disyorkan. Distribusi praktis juga tertakluk kepada kaedah pengajaran yang lain seperti cara sebahagian dan keseluruhan. Kaedah praktis yang mana satu harus disesuaikan jika kita menggunakan cara sebahagian atau keseluruhan? Para guru harus mengambil kira ciri-ciri yang terdapat pada kemahiran, masa yang diperuntukkan dan ciri-ciri keindividuan pelajar mereka agar pembelajaran secara distribusi mencapai tahap maksimum.
AKTI AK TIVI VITI TI 9. 9.4 4 Jika setelah sesi praktis keseluruhan mendapati terdapat keraguan, manakah tindakan yang patut diambil? (a)
Menamb Menambahk ahkan an temp tempoh oh masa masa pada pada setia setiap p kali kali prakti praktis; s; atau atau
(b) (b)
Menamb Menambahk ahkan an bila bilanga ngan n praktis praktis deng dengan an tempo tempoh h masa masa prakti praktiss yang yang sama.
246
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
AKTIVITI 9.5 1.
Sebe Sebelu lum m anda anda m men ener erus uska kan n pemb pembac acaa aan n ke subt subtop opik ik set seter erus usny nya, a, anda digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau pengayaan. http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_ view0/chapter16/multiple_choice_quiz.html Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan related reading untuk untuk memantapkan kefahaman anda.
2.
Hura Huraik ikan an maks ma ksud ud lebi lebiha hann-be bela laja jarr dan dan baga bagaim iman anaa ia dihubungkaitkan dengan keputusan terhadap jumlah masa praktis yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kemahiran motor.
3.
Jela Jelask skan an baga bagaim iman anaa melak mel aksa sana naka kan n pen penge geta tahu huan an berkelompok dan bersebar dalam pelbagai situasi.
9.3
prak prakti tiss
PRAKTIS KESELURUHAN DAN SEBAHAGIAN
Penting bagi guru atau jurulatih untuk memastikan semasa mengajar sesuatu kemahiran motor sama ada adalah lebih baik pelajarnya melatih keseluruhan atau sebahagian kemahiran tersebut. Contohnya, katakan anda ingin mengajar kemahiran lompat tinggi gaya flop , adakah anda akan menyuruh pelajar anda berlatih keseluruhan kemahiran gaya flop atau membahagi-bahagikan kemahiran gaya tersebut dan pelajar berlatih sebahagian gaya tersebut? Menurut Naylor dan Briggs, ciri-ciri pengelolaan dan kompleksiti kemahiran sesuatu kemahiran boleh dijadikan asas penimbangan sama ada menggunakan praktis keseluruhan atau sebahagian. Apakah maksud kompleksiti? ditakrifkan sebagai jumlah bahagian atau komponen dalam kemahiran tersebut dan juga keperluan tumpuan tugasan.
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
247
Ini bermakna kemahiran kompleks akan mempunyai banyak komponen dan memerlukan lebih tumpuan, terutamanya untuk pelajar baru. Apakah pula pengertian pengelolaan? ditakrifkan sebagai perhubungan antara bahagian komponen sesuatu kemahiran.
Satu kemahiran yang mempunyai tahap pengelolaan yang tinggi apabila bahagian komponennya adalah saling bergantungan antara ruang dan masa. Ini bermakna bahagian kemahiran yang tinggi pengelolaannya adalah seperti satu rantai acara di mana ciri-ciri perlakuan ruang-masa mana-mana bahagian adalah bergantung kepada ciri perlakuan ruang-masa kepada bahagian yang dilakukan sebelumnya. Disebabkan ciri ini, sukar untuk melakukan satu bahagian sahaja kemahiran yang pengelolaannya tinggi. Contohnya, jaringan melompat ( jump jump shot ) dalam permainan bola keranjang merupakan satu kemahiran pengelolaan tinggi. Sebaliknya satu kemahiran yang pengelolaannya rendah adalah apabila perhubungan ruang-masa antara bahagian komponennya tidak saling bergantung. Oleh itu, adalah sesuai praktis dijalankan secara bahagian-bahagian. bahagian-bahagian. Berdasarkan kepada pendapat Naylor dan Briggs, penilaian tahap kompleksiti dan pengelolaan sesuatu kemahiran dan menentukan perhubungannya dapat membantu guru atau jurulatih menentukan sama ada untuk menggunakan praktis keseluruhan atau sebahagian. Jika kemahiran itu adalah rendah kompleksiti dan tinggi pengelolaannya, praktis keseluruhan adalah pilihan yang lebih baik. Ini bermakna bahawa pelajar akan belajar kemahiran mudah yang mempunyai bahagia komponen yang kurang dengan lebih berkesan dengan kaedah praktis keseluruhan. Contohnya, perlakuan membaling damak (dart (dart ). ). Di sebaliknya, pelajar mempelajari kemahiran yang mempunyai tahap tinggi kompleksiti dan rendah pengelolaan dengan lebih berkesan menggunakan kaedah praktis sebahagian. Contohnya, kemahiran servis dalam tenis. Untuk menentukan kombinasi kompleksiti dan pengelolaan mana yang menggambarkan sesuatu kemahiran tertentu, adalah terlebih dahulu kita perlu menganalisis kemahiran tersebut. Analisis ini perlu ditumpukan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian komponen kemahiran itu dan sejauh mana ciri-ciri perlakuan ruang-masa berhubungan. Berikutnya adalah menentukan bahagian mana dari kontinum kemahiran itu menunjukkan kompleksiti dan pengelolaan kemahiran itu. Pada kebiasaannya, kebanyakan kemahiran motor yang kita lakukan sebagai sebahagian daripada aktiviti kehidupan harian kita dan sukan adalah terletak
248
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
hampir kepada penghujung kontinum kompleks. Ini bermakna untuk kebanyakan kemahiran, pengamal perlu menentukan tahap pengelolaan yang mencirikan kemahiran itu. Untuk kemahiran yang kita akan letakkan dalam kontinum pengelolaan antara yang ekstrem tinggi dan rendah, satu analisis tugasan tambahan diperlukan. Untuk kemahiran jenis ini, adalah perlu kita menentukan bahagian komponen mana adalah saling bergantungan dengan yang lain dan kumpulan mana yang bersama sebagai saling bergantungan. Hasil daripada analisis ini akan menentukan bahagian mana boleh dilatih secara sendirian iaitu sebahagian daripada „bahagian‰ seorang itu berlatih akan merangkumi lebih daripada satu bahagian komponen yang dihasilkan daripada analisis tugasan awal. Keputusan untuk menggunakan strategi praktis sebahagian malangnya cuma menyelesaikan sebahagian daripada masalah sahaja. Ini kerana terdapat beberapa cara berlainan untuk melaksanakan pendekatan praktis sebahagian dalam sesuatu kemahiran. Semasa memilih satu strategi praktis sebahagian, adalah penting untuk mengaplikasikan prinsip pembelajaran yang telah dibincangkan dalam topik terlebih dahulu. Strategi praktis sebahagian harus melibatkan pemindahan pembelajaran positif antara dan dalam kalangan bahagian tugasan dan antara bahagian praktis dan keseluruhan tugasan. Wightman dan Lintern telah mengklasifikasikan tiga strategi tugasan sebahagian sepertimana dipaparkan dalam Jadual 9.3 berikut: Tiga Strategi Tugasan Sebahagian
Pecahan Ia melibatkan praktis terlebih dahulu anggota tubuh badan untuk (fractionisation) sesuatu kemahiran berkenaan yang melibatkan koordinasi asimetrik lengan dan kaki Pensegmenan Ia melibatkan pengasingan kemahiran itu ke bahagian-bahagian dan (segmentation) berlatih bahagian-bahagian itu supaya selepas seseorang pelajar mempelajari satu bahagian, dia kemudiannya akan berlatih bahagian itu bersama dengan bahagian berikutnya Pemudahan (simplication)
Kaedah ini sebenarnya satu daripada variasi strategi praktis keseluruhan dan melibatkan pengurangan kesukaran keseluruhan kemahiran tersebut atau bahagian-bahagian lain kemahiran itu
Ada kalanya adalah tidak digalakkan untuk mengasingkan bahagian-bahagian sesuatu kemahiran untuk dilatih. Ini tidak bermakna seorang pelajar tidak boleh berlatih bahagian keseluruhan kemahiran itu. Mungkin ini adalah untuk melatih
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
249
keseluruhan kemahiran itu tetapi fokuskan tumpuan kepada bahagian spesifik yang memerlukan perhatian. Pendekatan ini memberikan kelebihan kepada kedua praktis sebahagian di mana penumpuan ke atas bahagian spesifik kemahiran itu akan menggalakkan peningkatan bahagian ini dan kelebihan kepada praktis keseluruhan di mana penumpuan itu adalah pada bahagian kemahiran yang berhubungan antara satu sama lain untuk menghasilkan satu perlakuan yang baik.
SEMAK KENDIRI 9.3 Jelaskan maksud kompleksiti dan pengelolaan apabila dikaitkan dengan perhubungan antara bahagian-bahagian atau komponen-komponen satu kemahiran motor yang kompleks.
AKTIVITI 9.6 Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau pengayaan. http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/ chapter17/multiple_choice_quiz.html Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu, terdapat pautan related reading untuk memantapkan kefaha kefahaman man anda. anda.
9.4
PRAKTIS MENTAL
Pergerakan dan perlakuan yang diingini bukan bergantung kepada proses praktis motor sahaja. Namun, ia merangkumi aspek kognitif iaitu suatu gubahan fikiran mengenai perlakuan sesuatu kemahiran. Semua perlakuan melibatkan interaksi otak, saraf dan otot iaitu aspek fisiologi dan psikologi. Praktis mental mempunyai kesan yang spesifik, di samping aspek motivasi dan relaksasi untuk meningkatkan perlakuan secara am.
250
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Perlakuan motor yang cekap adalah hasil daripada: (a)
Daya tahan;
(b)
Kekuatan;
(c)
Kelembutan;
(d) (d)
Kem Kemah ahiiran ran suka ukan; dan dan
(e)
Pengetahuan.
Sekiranya fikiran seseorang itu terganggu, maka ini akan menjejaskan koordinasi antara aspek fisiologi dan psikologi dan seterusnya akan mempengaruhi perlakuannya. Oleh itu, keperluan membentuk kemahiran mental bersama kemahiran fizikal adalah penting untuk mencapai potensi yang optimum. Aspek psikologi adalah penting untuk meningkatkan perlakuan apabila tahap fisiologi telah dikembangkan kepada peringkat optimum. Terdapat tiga komponen psikologi yang terlibat dalam pembelajaran dan perlakuan motor iaitu: (a)
Motivasi;
(b)
Praktis me mental; da dan
(c)
Keinginan (arousal).
Guru dan jurulatih perlu sedar bahawa aspek psikologi mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran atau perlakuan sesuatu kemahiran sukan. Pengajaran kemahiran motor dan strategi penting supaya pelaku membentuk lebih disiplin dan kawalan mental untuk mengawal kerisauan (anxiety ( anxiety ) dan melakukan perlakuan dengan penuh tumpuan tanpa ketegangan. Praktis mental adalah sesuatu imaginasi yang berlaku mengenai sesuatu perlakuan tanpa menggunakan pergerakan fizikal. Contohnya, seorang pelajar membaling lembing hanya perlu membayangkan segala pergerakan perlakuannya dengan teliti dan ia dikatakan telah melakukan praktis mental. Ini bermaksud praktis mental merupakan imaginasi pelaku terhadap tugasan yang perlu dilakukannya.
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
251
Mari kita lihat pandangan tentang maksud praktis mental seperti berikut merupakan satu gambaran dan imaginasi aktiviti dalam fikiran sebelum melakukan sesuatu aktiviti atau mengingati gambaran itu selepas aktiviti itu sudah dilakukan. Brown (1994) Praktis mental dapat membantu pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Kajian telah menunjukkan bahawa kumpulan yang diberikan praktis mental mempelajari dan melakukan sesuatu kemahiran dengan tahap yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan terkawal. Pelaku dapat menggambarkan bagaimana untuk melakukan kemahiran itu dan membayangkannya sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Dengan itu, kemahiran dapat dilakukan dengan lebih lancar, cepat, menyeluruh dan berkemungkinan akan kekal dalam jangka masa yang lama. Kelesuan mental akan menyebabkan ketidakmampuan untuk menumpukan perhatian dan ini akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran kerana pelajar akan menghadapi kesulitan dan kelembapan untuk membuat penimbangan. Pengajaran perlu dipendekkan kalau terlalu kompleks dan dipelbagaikan aktiviti supaya ia menyeronokkan. Kemahiran kompleks yang melibatkan koordinasi tangan dan mata dalam aktiviti membaling menunjukkan kemajuan pembelajaran melalui praktis mental. Praktis mental juga dapat mengurangkan kekerapan atau ulangan kesalahan dalam perlakuan. Praktis mental boleh digunakan pada individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza.
SEMAK KENDIRI 9.4 1.
Jel Jelaska askan n maksu aksud d prak prakti tiss ment mental al..
2.
Nyat Nyatak akan an dua dua per perana anan n prak prakti tiss ment mental al dal dalam am pem pembe bela laja jara ran n dan dan prestasi kemahiran motor.
252
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
AKTIVITI 9.7 Sebelum anda meneruskan pembacaan, anda digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau pengayaan. http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/ chapter18/multiple_choice_quiz.html Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu, terdapat pautan related reading untuk untuk memantapkan kefahaman anda.
Variasi pergerakan dan pengalaman konteks adalah ciri-ciri penting untuk keadaan praktis yang meningkatkan kebolehan seseorang untuk melakukan kemahiran yang dilatih dengan jayanya serta penyesuaian dengan keadaankeadaan yang ia tidak pernah mengalaminya. Penggunaan strategi lebihan-praktis adalah lebih berkesan jika guru atau jurulatih mengetahui berapa banyak jumlah praktis pelajar perlu gunakan untuk mencapai satu tahap perlakuan yang tertentu. Praktis lebihan-belajar adalah berkesan untuk kemahiran seseorang pelajar akan berlatih dalam sesuatu tempoh masa sahaja dan tidak akan melakukannya selepas itu. Guru atau jurulatih tidak seharusnya beranggapan bahawa lebih banyak adalah lebih baik. Ini kerana boleh berlakunya kesan negatif pada perlakuan. Apabila timbul keraguan berapa lama satu sesi praktis harus dijalankan, pilihlah sesi yang lebih singkat. Jika pelajar perlu lebih masa praktis, maka tambah sahaja sesi praktis. Sesi praktis yang lebih kerap adalah lebih baik daripada sesi yang kurang. kur ang. Penjimatan hari praktis boleh jadi satu penjimatan masa yang tidak benar. Ini kerana praktis berkelompok yang terlalu rapat boleh menyebabkan kesan negatif atau kemerosotan perlakuan pada jangka masa panjang.
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
253
Jadikan sesi praktis itu relatif pendek untuk kemahiran yang singkat perlakuannya dan yang memerlukan pergerakan-pergerakan berulang. Praktis variabel menggalakkan pengekalan yang terbaik dan ujian pemindahan perlakuan apabila dibandingkan dengan praktis konstan. Variabiliti praktis merupakan variasi pergerakan dan ciri-ciri konteks seseorang alami semasa berlatih sesuatu kemahiran. Lebihan-belajar diperlukan.
adalah
praktis
berterusan
melampaui
jumlah
yang
Praktis berkelompok adalah jadual praktis di mana jumlah rehat antara sesi praktis atau percubaan adalah singkat. Praktis bersebar adalah jadual praktis di mana jumlah rehat antara sesi praktis atau percubaan adalah panjang. Kompleksiti adalah jumlah bahagian atau komponen dan jumlah permintaan pemprosesan maklumat yang mencirikan sesuatu kemahiran; kemahiran yang lebih kompleks mempunyai lebih bahagian komponen dan melibatkan permintaan pemprosesan daripada kemahiran yang kurang kompleks. Pengelolaan apabila diaplikasikan ke atas satu kemahiran motor yang kompleks, perhubungan antara komponen-komponen kemahiran tersebut. Pemilihan untuk menggunakan strategi praktis keseluruhan atau sebahagian hendaklah berdasarkan kepada ciri-ciri kompleksiti dan pengelolaan sesuatu kemahiran itu. Gunakan strategi praktis keseluruhan sekiranya kemahiran itu mempunyai kompleksiti yang rendah dan pengelolaan yang tinggi. Gunakan strategi praktis sebahagian jika kemahiran itu mempunyai kompleksiti tinggi dan pengelolaan yang rendah. Bahagian kemahiran yang saling bergantung dalam konteks ciri perlakuan ruang-masa harus dilatih bersama sebagai satu unit semula jadi. Bahagian tidak saling bergantung dalam konteks ruang-masa boleh dilatih berasingan.
254
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
Praktis mental melibatkan praktis kognitif sesuatu kemahiran dengan ketidakhadiran pergerakan fizikal. Praktis mental boleh di dalam bentuk memikirkan tentang aspek kognitif atau prosedur sesuatu kemahiran motor, atau melihat atau merasa diri melakukan sesuatu kemahiran atau sebahagian daripada kemahiran. Bukti kajian menunjukkan bahawa praktis mental boleh menjadi satu strategi praktis yang berkesan untuk memudahkan pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Sebagai satu strategi praktis, praktis mental paling sesuai digunakan bersama praktis fizikal kemahiran berkenaan.
Kompleksiti
Lebihan-belajar (overlearning (overlearning )
Praktis berkelompok
Lengkuk prestasi
Praktis bersebar
Pengelolaan
Praktis mental
Variabiliti praktis
Brady, F. (1998). A theoretical and empirical review of the contextual interference effect and the learning of motor skills. Quest, 50 , 266-293. Briggs, G. E., & Naylor, J. C. (1962). The relative efficiency of several training methods as a function of transfer task complexity. Journal complexity. Journal of Experimental Psychology, 64 (5), (5), pp. 505-512. Brown, R. A. (1994). The golfing mind: The psychologial principles of good golf. New York, NY: Lyon and Burford. Coker, C. A. (2006). To break it down or not break it down: That is the question. Teaching Elementary Physical Education, 17 , 26-27. Goldberger, M., and Gerney, P. (1990). Effects of leraner use of practice time on skill acquisition of fifth grade children. Journal of Teaching in Physical Education, 10 , 84-95.
TOPIK 9
PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
255
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton. Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications (7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill. Magill, R. A., & Hall, K. G. (1990). A review of the contextual interference effect in motor skill acquisition. Human Movement Science, 9 , 241-289. Magill, R. A. (2011). Motor learning and control: Concepts and applications . (9th ed.). New York: McGraw-Hill. Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropsychological approach . Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown. Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics. Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics. Shea, J. B., & Morgan, R. L. (1979). Contextual of motor skill. skill . Journal of Experimental Psychology, 5, 179-187. 179-187. Shea, C. H., Kohl, R., & Indermill, C. (1990). Contextual interference contributions of practice. Acta Psychologica, 73 , 145-157. Shea, C. H., & Kohl, R. M. (1991). Composition of practice: Influence on the retention of motor skills. Research Quarterly for Exercise and Sport, 62 , 187195. Thorndike, E. L. (1929). Human learning . New York, New York: Johnson Reprint Corporation: MIT Press. Travlos, A. K. (2010). Specificity and variability of practice and contextual inference in acquisition and transfer of an underhand volleyball verve. Percept Motor Skills, 110 (1), (1), 298-312. Wightman, D. C., & Lintern, G. (1985). Part-task traning for tracking and manual control. Human Factors, 27 (3), (3), 267-283.