Topi
3
Pengukuran Prestasi Motor
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Mener Meneran angk gkan an empa empatt tek tekni nik k dal dalam am peng penguk ukura uran n pres presta tasi si mot motor or berasaskan pengukuran psikologi;
2.
Memb Membez ezak akan an diskriminasi;
3.
Mengh Menghura uraik ikan an emp empat at teknik teknik dalam dalam penguk pengukura uran n prose prosess tin tingka gkah h laku; laku; dan
4.
Meny Menyat atak akan an emp empat at tekn teknik ik pend pendek ekat atan an pen pengu guku kura ran n neur neurol olog ogi. i.
situ situas asii
masaa mas
rea reaks ksii
mudah mud ah,,
ber berpi pili liha han n
dan dan
PENGENALAN
Dalam Topik 1 yang lalu, anda diperkenalkan dengan konsep pembelajaran motor dan kawalan motor. Seterusnya, pada Topik 2 anda diperkenalkan pula dengan pengelasan kemahiran motor. Namun, pada kali ini anda akan diperkenalkan pula dengan cara bagaimana untuk mengukur prestasi motor. Isu bagaimana tingkah laku motor dapat diukur sering menimbulkan soalan bagaimana satu nilai angka dapat diberikan untuk sesetengah perlakuan yang berdasarkan kepada pergerakan kualitatif. Oleh itu, satu pendekatan pengukuran yang saintifik diperlukan untuk mengukur perlakuan sesuatu kemahiran motor. Pendekatan pengukuran yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (a)
Keobjektivitian pendekatan;
(b)
Kebolehpercayaan pendekatan pengukuran; dan
(c)
Kesahan pendekatan.
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
57
Apakah pembelajaran motor? merupakan satu set proses yang mengubah kebolehan tindak balas seseorang.
Oleh itu, bagaimanakah kita boleh mengukur kebolehan tersebut? Mengikut Schmidt (2005), dalam bidang perlakuan motor, pengukuran prestasinya boleh diukur dengan tiga pendekatan iaitu: (a)
Dengan Dengan meli melihat hat seja sejauh uh manak manakah ah sesua sesuatu tu perge pergerak rakan an berke berkenaa naan n telah telah mencapai matlamatnya. Contohnya, sama ada lakuan berkenaan menepati sasaran atau matlamatnya. Pendekatan ini mengukur hasil pergerakan (outcome of movement ) berkenaan;
(b)
Kita Kita boleh boleh menguk mengukur ur dari dari segi segi pros proses es perge pergerak rakan an seben sebenar ar yang yang tela telah h dilakukan oleh seseorang. Pendekatan ini menumpukan kepada penganalisisan pergerakan itu sendiri; dan
(c)
Memerl Memerluka ukan n pengan penganali alisis sisan an kajia kajian n siste sistem m saraf saraf pusat pusat termas termasuk uk otak otak sebelum, semasa dan selepas penghasilan sesuatu pergerakan. Pendekatan ini menumpukan kepada aktiviti neural yang terlibat dalam perancangan dan penghasilan pergerakan yang akan dibincangkan dalam topik yang berikut nanti.
3.1
KAEDAH PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Pengukuran hasil tindak balas merupakan satu pendekatan pengukuran prestasi perlakuan yang mengukur hasil perlakuan sesuatu kemahiran motor. Contohnya, pengukuran jumlah masa yang dicatatkan oleh seorang atlet dalam acara lari pecut 100 meter. Menurut Schmidt (2005), pengukuran hasil dapat menunjukkan ciri-ciri hasil pergerakan kita. Ia melibatkan pengukuran dari aspek seperti dalam Jadual 3.1 berikut. berikut.
58
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Pengukuran Prestasi Motor
Masa
Berapa lamakah diperlukan oleh seseorang untuk melakukan pergerakan berkenaan?
Jarak
Berapa jarak individu itu telah bergerak?
Kekerapan
Berapa kalikah bilangan cubaan yang berjaya?
Ketepatan
Berapakah jarak dari sasaran?
Konsistensi
Berapakah peratusan percubaan yang mengenai sasaran? Schmidt (2005)
Mengikut Magill (2003), pengukuran hasil tidak mengukur tingkah laku anggota badan atau tubuh badan yang terlibat dalam penghasilan perlakuan yang ditunjukkan. Ia juga tidak memberi sebarang maklumat tentang aktiviti pelbagai otot yang terlibat dalam setiap aksi. Menurut beliau, untuk mendapat maklumat ini, kita perlu menggunakan pendekatan pengukuran penghasilan perlakuan (performance production measures) yang yang akan dibincangkan kemudian (lihat Jadual 3.2). Dua Kategori Pengukuran Perlakuan Kemahiran Motor C Pengukuran hasil tindak balas
Masa untuk menyiapkan respons, contohnya, saat, minit, jam
Jumlah masa untuk untuk berlari satu batu atau menaip sepatah sepatah perkataan
Masa reaksi (RT), contohnya, saat, milisaat
Masa antara pistol permulaan dan permulaan pergerakan
Jumlah kesilapan kesilapan perlakuan dalam pergerakan kriterion, contohnya, AE, CE, VE
Beberapa sm dari sasaran dalam menghasilkan semula kedudukan kriterion anggota badan
Bilangan peratusan kesilapan
Bilangan lontaran bebas yang terlepas
Bilangan percubaan berjaya
Bilangan berapa kali beg kekacang memukul sasaran
Masa mula atau akhir sasaran
Nombor saat (stylus ) dalam hubungan dengan sasaran pada rotor
Masa mula atau akhir baki
Bilangan saat pegun di stork stance
TOPIK 3
Pengukuran penghasilan perlakuan
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
59
Jarak
Ketinggian lompatan menegak menegak
Percubaan sehingga berjaya
Bilangan percubaan yang diperlukan sehingga mendapat respons yang betul
Lokasi atau pemindahan
Jarak anggota badan yang dilalui semasa melakukan aksi
Halaju
Kelajuan anggota badan bergerak semasa melakukan aksi
Pecutan
Corak pecutan atau nyah pecutan semasa bergerak
Sudut sendi ( joint joint angle )
Impak setiap sudut sendi lengan semasa memukul bola
Tork sendi ( joint joint tork )
Net tork sendi bagi sendi lutut apabila berlepas untuk melompat menegak
Electromyography (EMG)
Masa di mana bisep mula memecut semasa pergerakan akhiran yang pesat
Electroencephalogram (EEG)
Korteks otak corak pengaktifan sambil menembak anak panah dalam memanah
Magill (2003)
3.1.1
Kronometri (Aturan Masa dan Jangka Masa): Masa Reaksi Mudah, Berpilihan, Diskriminasi dan Pecahan
Apakah maksud kronometri? merupakan pendekatan pengukuran masa yang tepat. Pendekatan kronometri mengikut Schmidt, lebih menumpukan kepada faktor masa reaksi di mana pengukuran utama dalam tingkah laku individu adalah pada masa pengantaraan kehadiran rangsangan dan permulaan tindak balas. Pengukuran yang biasa digunakan untuk menunjukkan berapa lama seseorang itu ambil untuk membuat persediaan dan memulakan sesuatu pergerakan ialah masa tindak balas (reaction (reaction time atau RT atau RT ). ).
60
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Apakah pula masa tindak balas? merupakan masa antara rangsangan yang menandakan perlunya aksi dan mulanya sesuatu aksi. Masa tindak balas tidak termasuk sebarang pergerakan berkaitan dengan aksi. Ia cuma merupakan masa sebelum sesuatu pergerakan. Contohnya, dalam acara larian pecut 100 meter, tempoh masa antara bunyi tembakan pistol dengan mulanya peserta lepas daripada blok permulaan adalah merupakan masa tindak balas. Oleh itu, jika tempoh masa yang diambil oleh seseorang peserta lari pecut itu adalah singkat, maka ia telah memulakan lariannya dengan baik. Mengikut Schmidt, masa tindak balas juga merupakan masa yang diambil oleh seseorang untuk membuat sesuatu keputusan dan permulaan sesuatu pergerakan. Tahukah anda apa maksud masa pra-motor? adalah tempoh masa dari isyarat rangsangan diberikan dan merupakan rakaman pertama perubahan aktiviti elektrikal dalam pergerakan otot utama agonis.
Contohnya, semasa melakukan fleksi bisep, otot bisep brachii bertindak sebagai otot agonis utama semasa fasa pergerakan fleksi. Sementara otot trisep brachii adalah berfungsi sebagai otot utama agonis semasa fasa ekstensi. Bagaimana pula dengan maksud masa motor? adalah bermula apabila rakaman perubahan pertama aktiviti elektrikal otot agonis utama bermula dan berakhir apabila pergerakan bermula. Mari kita lihat pendapat tentang masa tindak balas. Pengukuran pergerakan manusia yang paling popular adalah m . Kluka 1999
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
61
Masa tindak balas seseorang individu merupakan faktor penting dalam beberapa jenis sukan terutamanya dalam sukan berkemahiran terbuka seperti tinju dan lawan pedang. Oleh kerana masa tindak balas merupakan komponen asas kepada kebanyakan kemahiran, maka masa ini telah kerap digunakan sebagai penunjuk kepantasan pemprosesan maklumat. Rangsangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti, cahaya, bunyi pembaz (buzzer ) dan perkataan yang dapat merangsangkan deria sensori seperti penglihatan, pendengaran atau sentuhan. Bagaimanakah kita hendak mengukur masa reaksi dengan tepat? Mengikut Magill, untuk mengukur masa reaksi dengan tepat, sesuatu i perlu diberikan sebelum isyarat rangsangan. Isyarat amaran yang digunakan adalah untuk membolehkan pelaku membuat persediaan sebelum isyarat rangsangan. Isyarat rangsangan pula bertujuan membolehkan pelaku tahu bila perlu mula bertindak balas. Tindak balas boleh dilakukan dalam apa sekali pun bentuk aksi. Contohnya, pelaku mungkin cuma menekan butang dengan jarinya atau menggerakkan tangan, kaki atau keseluruhan tubuh badan. Masa tindak balas menunjukkan tempoh masa antara rangsangan dengan tindak balas. Masa tindak balas terdiri daripada tiga jenis sepertimana dipaparkan dalam Jadual 3.3 berikut. Tiga Jenis Masa Tindak Balas
Masa Reaksi Mudah (Simple Reaction Time SRT )
Masa Tindak Balas Pilihan (Choice (Choice Reaction Time CRT )
Masa reaksi di mana situasi yang melibatkan hanya satu isyarat atau rangsangan dan satu respons sahaja diperlukan. Contohnya, tindak balas terhadap bunyi pistol dalam acara 100 meter lari pecut merupakan contoh masa reaksi. Ini kearana ia cuma mempunyai satu kemungkinan reaksi kepada satu rangsangan sahaja Masa reaksi di mana situasi yang melibatkan lebih daripada satu isyarat atau rangsangan dan setiap isyarat atau rangsangan mempunyai respons yang spesifik. Dalam kemahiran memukul besbol atau sofbol, telah sedia maklum oleh jurulatih atau pemain apabila situasi tertentu wujud, maka tindak balas tertentu diperlukan. Jenis masa
62
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
reaksi ini adalah dirujuk sebagai masa reaksi p . Ini adalah disebabkan pemukul mempunyai lebih daripada satu isyarat untuk bertindak balas serta setiap isyarat mempunyai satu tindak balas tertentu Masa Reaksi Diskriminasi (Discrimination Reaction Time DRT )
Masa reaksi di mana situasi yang melibatkan lebih daripada satu isyarat atau rangsangan tetapi hanya satu respons, di mana hanya kepada satu isyarat atau rangsangan sahaja, isyarat atau rangsangan lain diabaikan. Dalam keadaan apabila terdapat beberapa kemungkinan rangsangan dan pelaku, cuma mempunyai satu pilihan tindak balas. Individu ini akan menunggu atau melengahkan tindak balas sehingga rangsangan yang sebenar wujud. Pengukuran jenis masa reaksi ini digunakan untuk menentukan masa yang diambil oleh seseorang untuk memproses maklumat.
Dalam kehidupan harian kita, situasi masa tindak balas ini juga memainkan peranan. Contohnya, seorang pelari pecut terlibat dengan situasi masa tindak balas mudah apabila ia memulakan larian setelah menerima isyarat isyarat permulaan. Situasi masa tindak balas berpilihan dalam kehidupan harian pula adalah seperti semasa kita memandu kereta dan tiba di lampu isyarat. Dalam situasi ini, terdapat tiga isyarat yang memerlukan tindak balas yang berlainan: (a)
Jika Jika lam lampu pu isyara isyaratt mera merah, h, maka maka kita kita perlu perlu berhent berhenti; i;
(b)
Jika Jika lampu lampu isyar isyarat at kuning kuning,, kita kita perlu perlu bers bersedi ediaa untuk untuk berhe berhenti nti;; dan dan
(c) (c)
Jika Jika lam lampu pu isya isyara ratt hija hijau u pula, pula, kit kitaa bole boleh h berg berger erak. ak.
Situasi masa tindak balas diskriminasi pula adalah sebagai contoh apabila kita berjalan-jalan di pasar raya dan mendapati sesuatu halangan objek di depan kita seperti orang ramai, tangga atau eskalator. Ia memerlukan kita bertindak balas seperti: (a) (a)
Meng Mengel elak ak dar darip ipad adaa terl terlan angg ggar ar deng dengan an oran orang g lain lain;;
(b) (b)
Mela Melang ngka kah h untu untuk k mena menaik ikii ana anak k tang tangga ga;; atau atau
(c) (c)
Mela Melang ngka kah h untu untuk k mena menaik ikii eska eskala lato tor. r.
Dalam situasi ini, terdapat pelbagai rangsangan dalam persekitaran pasar raya. Namun, cuma rangsangan yang tertentu sahaja memerlukan tindak balas anda seperti mengelak daripada terlanggar orang lain atau menaiki anak tangga.
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
63
AKTIVITI 3.1 Anda berminat untuk menguji masa reaksi? Dengan mengguna enjin pencari seperti Google dengan kata kunci reaction time test , anda akan memperoleh beberapa laman web yang membenarkan ujian ini secara percuma. Selamat mencuba. Walau bagaimanapun bolehkah anda tentukan jenis masa reaksi yang diaplikasikan?
3.1.2
Perhubungan Masa Reaksi dengan Masa Pergerakan dan Masa Tindak Balas
Apabila seseorang melakukan satu aksi sebagai tindak balas terhadap satu rangsangan yang diterimanya, maka dua pengukuran perlakuan tambahan perlu diambil kira iaitu: (a)
M Masa pergerakan bermula apabila masa reaksi tamat. Ia merupakan tempoh masa antara masa permulaan dan pengakhiran sesuatu aksi.
(b)
M Masa tindak balas (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1) pula merupakan jumlah tempoh masa yang melibatkan masa reaksi dan masa pergerakan.
Masa reaksi (RT) dan masa pergerakan (MT) Magill (2007)
64
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Masa reaksi dan masa pergerakan adalah pengukuran masa yang bersendirian. Ia bermaksud, masa reaksi tidak akan mempengaruhi masa pergerakan atau sebaliknya. Contohnya, seorang yang mempunyai masa reaksi yang terpantas tidak semestinya mempunyai masa pergerakan yang terpantas.
3.1.3
Kesilapan Perlakuan (Performance Error )
Kesilapan merupakan satu daripada proses pembelajaran. Daripada kesilapan demi kesilapan yang dilakukan, kita akan dapat mempertingkatkan sesuatu kemahiran, aksi dan perlakuan untuk mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. Apakah maksud pengukuran kesilapan? membolehkan kita menilai prestasi sesuatu perlakuan kemahiran. Kemahiran seperti memanah anak panah ke sasaran, berjalan atas lorong dan memandu kereta memerlukan kita melakukan aksi yang memerlukan ketepatan ruang dan masa. Untuk menilai hasil perlakuan kemahiran seperti ini, jumlah kesilapan perlakuan untuk mencapai matlamat aksinya adalah sangat penting untuk pengukuran prestasi perlakuan. Pengukuran kesilapan bukan sahaja menggambarkan ketepatan perlakuan tetapi juga memberi maklum balas tentang sebab berlakunya kesilapan perlakuan. Kesilapan perlakuan yang berlaku dalam tempoh masa reaksi telah banyak digunakan sebagai maklumat untuk individu yang berminat dalam pelbagai perspektif ketepatan perlakuan. Ketepatan perlakuan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (a)
Ketepatan Ru Ruang Apakah ketepatan ruang? adalah merujuk kepada berapa hampir pergerakan seseorang individu itu ke sasaran tertentu.
TOPIK 3
(b)
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
65
Ketepatan Ma Masa Apakah maksud KETEPATAN masa? pula adalah merujuk kepada berapa tepat seseorang individu bergerak dalam satu masa yang spesifik.
Melalui penggunaan kronometri, jumlah kesilapan yang dilakukan semasa percubaan pencapaian ketepatan masa boleh diukur. Lima skor yang biasa digunakan untuk menilai kesilapan perlakuan adalah seperti berikut: (a)
Kesilapan pan Mutl utlak (Absolute Error AE) Apakah pula maksud kesilapan mutlak? bermakna jumlah kesilapan algebra dalam sesuatu perlakuan, tidak dikira apa simbol sekali pun. Contohnya, +1 atau -1 = 1. Ia memberi maklumat umum tentang perlakuan yang berkaitan dengan matlamat atau sasaran.
(b)
Kesilapan Ko Konst nstan ((Constant Constant Error CE) Tahukah anda apakah kesilapan konstan? menunjukkan keselarasan arah dan begitu juga jumlah kesilapan. Ia juga memberikan maklumat tentang bias sesuatu tindak balas. Ia dikira sebagai purata kesilapan algebra.
(c)
Kesilapan pan Va Variabel (Variable Error VE) Apakah kegunaan kesilapan variabel? memberikan maklumat mengenai konsistensi perlakuan atau perlakuan yang sebaliknya.
66
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Kesilapan variabel merupakan sisihan piawai kesilapan algebra. Semakin besar sisihan piawai, semakin tinggi variabiliti dalam perlakuan; semakin kecil sisihan piawai, semakin konsisten perlakuan tersebut. (d) (d)
Kesi Kesila lapa pan n Kon Konst stan an Mutl Mutlak ak (Absolute Constant Error ACE) Mari lihat pengertiannya. merupakan nilai mutlak kesilapan konstan.
Ia menunjukkan tindak balas bias tanpa penyelarasan arah. Ia digunakan sebagai satu skor alternatif kesilapan perlakuan untuk mengimbangi tindak balas bias dalam kumpulan, di mana sebagai satu pengukuran yang lebih sah bagi kesilapan perlakuan. (e)
Kesilapan To Total (Total Error E) Apakah pula kesilapan total? mendedahkan bias dalam variabiliti dan tindak balas sama rata. Ia menunjukkan satu gambaran yang lebih menyeluruh jumlah variabiliti kesilapan perlakuan daripada pengukuran yang lain.
Kesilapan total
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
67
Sebagai contoh, dalam acara menembak (lihat Rajah 3.2), 60 das tembakan dilepaskan dalam masa 1 minit 45 saat bagi lelaki dan 40 das tembakan dalam masa 1 minit 15 saat untuk wanita. Ketepatan tembakan pada sasaran adalah penting. Skor sempurna adalah 600 bagi lelaki dan 400 bagi wanita. (a)
K : Ia dapat memberi maklum balas kepada jurulatih atau atlet tembakan yang tersasar dari pusat sasaran.
(b)
K : Ia akan memberi maklum balas sama ada tembakan adalah terkumpul atau terselerak secara rawak di luar sasaran.
(c)
S Skor ini akan memberi maklum balas tentang kekonsistenan perlakuan sama ada atlet tersebut melakukan kesilapan perlakuan yang sama.
(d)
S Ia merupakan satu pengukuran tersendiri apabila membandingkan skor pasukan penembak untuk mengimbangi bias tindak balas dalam kumpulan tersebut.
(e)
M : Ia akan memberi maklumat mengenai rakaman tembakan yang mengenai sasaran dan berapa konsisten perlakuan tersebut.
Daripada maklumat ini, strategi spesifik boleh dilakukan oleh jurulatih dan atlet untuk memperbaiki perlakuannya kelak.
3.1.4
Pengukuran Kesilapan
Sebagaimana yang dinyatakan sejak awal lagi, pengukuran kesilapan membolehkan kita menilai perlakuan kemahiran di mana ketepatan merupakan matlamat aksi. Kemahiran seperti melempar damak dan memandu kereta di jalan raya memerlukan kita melakukan aksi yang berhubungan dengan ketepatan ruang dan masa. Untuk menilai hasil perlakuan seperti ini, jumlah kesilapan dilakukan seseorang berhubungan dengan matlamatnya merupakan satu pengukuran perlakuan yang amat bermakna. Pengukuran kesilapan bukan hanya memberikan maklum balas tentang ketepatan perlakuan, malah terdapat pengukuran kesilapan yang memberikan maklum balas berkaitan dengan penyebab masalah perlakuan. Ia dapat dilihat sekiranya perlakuan itu dinilai lebih daripada satu percubaan. Dalam satu siri percubaan terutama sekali dalam kemahiran sukan dan pemulihan, jurulatih atau jurupulih dapat mengenal pasti sama ada kepincangan pergerakan yang diperhatikan itu adalah disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan konsistensi atau disebabkan oleh bias.
68
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Pengukuran penting ini dapat membantu kita untuk memilih kaedah intervensi yang sesuai untuk membantu seseorang itu mengatasi masalah ketepatan. Apakah yang dimaksudkan masalah konsistensi? menunjukkan kelemahan dalam penguasaan corak pergerakan asas yang diperlukan untuk melakukan kemahiran tersebut. Bagaimana dengan masalah bias? pula menunjukkan bahawa seseorang itu telah menguasai corak pergerakan tersebut tetapi menghadapi masalah menyesuaikannya kepada permintaan spesifik dalam situasi perlakuan tersebut.
(a)
P Apabila seorang terpaksa mengerakkan satu jumlah pergerakan anggota badannya dalam satu dimensi atau seorang pesakit cuba melakukan satu ekstensi lututnya, kesilapan yang mungkin berlaku adalah ketidaksampaian atau terlebih gerak daripada matlamatnya. Begitu juga seorang pelontar ( pitcher) pitcher) dalam dalam permainan sofbol melakukan percubaan untuk melontar bola pada satu kelajuan yang tertentu, kesilapan yang mungkin berlaku adalah sama ada terlalu perlahan atau terlalu laju dari matlamatnya. Mengukur jumlah kesilapan dalam situasi ini melibatkan tolakan nilai pencapaian perlakuannya, contohnya, 15sm atau 20 saat dari jumlah sasaran atau matlamatnya. Kita dapat mengira sekurang-kurangnya tiga pengukuran kesilapan untuk menilai ciri-ciri ketepatan umum sesuatu perlakuan dalam beberapa perlakuan berulang. Ia dapat mengenal pasti penyebab kepada masalah ketepatan. Untuk memperoleh satu petunjuk umum sejauh mana matlamat dicapai, kita perlu mengira kesilapan mutlak. Tahukah anda apakah kesilapan mutlak? merupa merupaka kan n percubaan dan matlamatnya.
perbe perbeza zaan an
mutl mutlak ak
anta antara ra
seti setiap ap
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
69
adalah seperti berikut: Dalam situasi percubaan pelbagai, jumlahkan perbezaannya dan dibahagikan dengan bilangan percubaan akan memberikan anda satu purata kesilapan mutlak untuk percubaan berkenaan. Kesilapan mutlak merupakan maklumat penting magnitud kesilapan seorang telah lakukan dalam satu percubaan atau dalam satu siri percubaannya. Skor ini dapat memberikan petunjuk ketepatan seseorang itu. Namun, jika kita hanya menggunakan faktor kesilapan mutlak, kemungkinan besar kita tidak memperoleh maklum balas lengkap penyebab kesilapan seseorang. Oleh itu, untuk memperoleh maklum balas yang lebih menyeluruh, kita perlu menggunakan tambahan dua pengukuran kesilapan iaitu: (i)
Kesilapan ko konstan; da dan
(ii) (ii)
Kesi Kesillapa apan vari variab abel el..
Mengapakah perlakuan seseorang tidak menepati sasaran? Salah satu sebab perlakuan seorang itu tidak menepati sasarannya adalah disebabkan kemungkinannya terlajak, atau ketidaksampaian sasaran atau matlamatnya dikenali sebagai b . Bagaimanakah kita hendak memperoleh maklum balas? Untuk mempero memperoleh leh maklum maklum balas ini, ini, kita perlu perlu mengira mengira kesilapan kesilapan konstan iaitu s yang menunjukkan ketepatan pada sasaran.
Pengiraan daripada beberapa siri percubaan, kesilapan konstan dapat memberi maklumat yang penting dengan satu indeks kemungkinan berlaku bias arah (directionally biased ) semasa melakukan kemahiran tersebut.
70
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Bagaimanakah pengiraan kesilapan konstan? k kesilapan mutlak.
adalah sama seperti dalam pengiraan
Penyebab kedua ketidaktepatan perlakuan adalah konsistensi perlakuan atau sebaliknya iaitu v . Ia dapat diukur dengan mengira kesilapan variabel. Untuk menentukan indeks konsistensi ini, kita perlu mengira sisihan piawai skor kesilapan konstan seseorang dalam satu siri percubaan. (b)
P Kemahiran yang memerlukan ketepatan arah menegak dan mendatar apabila kita dinilai kesilapannya, kita perlu melakukan pengubahsuaian kaedah pengukuran satu dimensi. Apakah kesilapan radial? Pengukuran Pengukuran umum umum ketepata ketepatan n untuk situasi situasi dua dimensi dimensi dikenali dikenali sebagai k yang menyerupai kesilapan mutlak dalam pengukuran bagi satu dimensi. Untuk pengiraan kesilapan radial bagi satu percubaan, kirakan garis sendeng segi tiga tepat yang dibentuk oleh paksi x dan paksi y seperti dalam Rajah 3.3 berikut.
Contoh pengukuran kesilapan radial untuk menilai ketepatan perlakuan
Contoh dalam Rajah 3.3 tadi menunjukkan satu situasi di mana seorang melempar damak ke pusat bulatan papan sasaran. Matlamat lemparan adalah mengenai pusat papan sasaran yang ditandakan +. Lemparan ke
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
71
papan sasaran ditandakan dengan O. Kesilapan radial adalah garis sendeng segi tiga tepat yang ditandakan dengan h. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut: Jarak paksi x = Jarak paksi y =
10sm 102 5sm 52 Jumlah Kesilapan Radial
= 100 = 25 = 125 = 125 = 11.2sm
Bias dan konsistensi perlakuan adalah lebih sukar dinilai dalam situasi dua-dimensi jika dibandingkan dengan situasi satu-dimensi. Ini adalah disebabkan simbol algebra „+‰ dan „„ mempunyai makna yang terlalu kecil bagi situasi dua-dimensi. Hancock, Butler dan Fischman dalam Magill (2003) telah mengemukakan satu deskripsi lengkap pengiraan pengukuran bias dan konsistensi perlakuan dalam situasi dua dimensi. Untuk satu pergerakan dua dimensi, seorang pengkaji boleh memperoleh satu penilaian kualitatif bias dan konsistensi perlakuan dengan melihat pada lokasi pengumpulan sebenar perlakuan. Jika pengumpulan lebih ke arah satu sudut sasaran, maka satu bias perlakuan adalah ketara, sementara jika tindak balas bertaburan secara menyeluruh menunjukkan tidak ada bias perlakuan berlaku. Seperti juga dalam situasi satu dimensi, penilaian ciri-ciri ini dapat membantu atlet, jurulatih atau jurupulih dalam merancang strategi untuk memperbaiki atau meningkatkan prestasi sesuatu perlakuan.
SEMAK KENDIRI 3.1 1.
Hura Huraik ikan an sec secar araa ringk ringkas as pen penguk gukur uran an has hasil il per perla laku kuan an ber berse sert rtaa dengan contohnya.
2.
Nyat Nyatak akan an per perbe beza zaan an sit situa uasi si mas masaa reak reaksi si mud mudah ah,, berp berpil iliha ihan n dan dan diskriminasi berserta dengan contoh.
72
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
AKTIVITI 3.2 Sebagai membuktikan kefahaman anda tentang kesilapan mutlak, cadangkan satu rumus untuk memperoleh nilai purata kesilapan mutlak.
3.2
PENGUKURAN PROSES TINGKAH LAKU
Apakah pengukuran proses tingkah laku? merupakan pengukuran kualiti aksi sesuatu kemahiran. Contohnya, kualiti proses pergerakan. Proses tingkah laku ini dapat diukur dengan menggunakan elektromiograf (EMG) yang mengukur jumlah aktiviti elektrikal elektrikal dalam otot atau dengan elektroence elektroencephalog phalograf raf (EEG) yang digunakan digunakan untuk mengukur jumlah aktiviti elektrikal di pelbagai bahagian otak.
3.2.1
Deskripsi Kinematik
Kinematik merupakan satu cabang mekanik dalam bidang fizik yang melakukan deskripsi pergerakan tulen dengan tidak mengambil kira daya dan jisim yang terlibat. Pengukuran kinematik biasanya juga dikaitkan dengan biomekanik. Ia merupakan pengukur perlakuan yang penting dalam kajian pembelajaran serta kawalan motor. Tahukah anda pengertian kinematik? bermaksud deskripsi pergerakan tanpa mengambil kira daya atau jisim yang terlibat. Schmidt (2003)
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
73
Tiga deskriptor yang biasa dirujuk adalah: (a) (a)
Peru Peruba baha han n kedud keduduk ukan an sesu sesuat atu u obje objek; k;
(b)
Kelajuann uanny ya; dan
(c) (c)
Peru Peruba baha han n kel kelajua ajuann nnya ya..
Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada ciri-ciri kinematik ini adalah: (a) (a)
Pemin eminda daha han n ata atau u lokas okasii (displacement ); );
(b)
Halaju (velocity ); ); dan
(c)
Kecepatan (acceleration ). ).
Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengukuran kinematik? adalah pengukuran penghasilan perlakuan yang berdasarkan kepada rakaman pergerakan bahagian anggota badan yang tertentu semasa melakukan sesuatu kemahiran. Empat kaedah pengukuran kinematik adalah (lihat Rajah 3.4):
Empat kaedah pengukuran kinematik
(a)
L Pengukuran kinematik yang pertama adalah rakaman lokasi atau pemindahan. Ia merupakan kaedah yang sering digunakan dalam diskripsi kinematik yang melakukan rakaman lokasi atau pemindahan sesuatu anggota badan atau sendi semasa dalam tempoh pergerakan tersebut. Ia berasaskan kepada kedudukan ruang atau lokasi sesuatu anggota badan.
74
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Pemindahan mengambarkan perubahan dalam lokasi ruang semasa seseorang melaksanakan sesuatu pergerakan. Perakam filem atau cinematography biasanya biasanya digunakan untuk merakamkan pergerakan (lihat Rajah 3.5). Rakaman ini kemudiannya akan dianalisis.
Rakaman pergerakan
Pemindahan boleh dianalisis dengan menggunakan satu sistem analisis pergerakan rangka (frame (frame ) demi rangka rakaman untuk mengenal pasti di mana pergerakan atau sendi yang ditandai berada dalam tempoh masa yang tertentu. Sistem ini kemudian akan menentukan lokasi sendi untuk contoh masa berikutnya. Rajah 3.6 menunjukkan contoh rakaman lokasi tumit, pergelangan kaki, lutut, punggung, pergelangan tangan, siku dan bahu semasa pergerakan lompatan dari kedudukan cangkung.
Rakaman cinematography
TOPIK 3
(b)
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
75
H Pengukuran kinematik yang kedua adalah merupakan rakaman halaju. Ia merupakan masa yang dihasilkan daripada pemindahan. Halaju sering dikaitkan dengan kepantasan yang merujuk kepada kadar perubahan dalam satu kedudukan objek dengan masa iaitu berapa kerap perubahan kedudukan ini berlaku dan dalam arah mana perubahan berlaku (cepat atau lebih perlahan daripada kadar lepas). Sistem analisis pergerakan memperoleh halaju daripada pemindahan dengan membahagikannya dengan masa iaitu membahagikan satu perubahan dalam kedudukan ruang (antara masa 1 dan 2) dengan perubahan masa (dari masa 1 dan 2). Halaju adalah ditunjukkan dalam bentuk graf sebagai lengkok kedudukan dan masa (Rajah 3.7) di mana lengkok halaju adalah berdasarkan kepada pergerakan yang sama seperti lengkok pemindahan. Tahukah anda bagaimana kita hendak mengira halaju? adalah berdasarkan kepada satu jumlah jarak bahagi satu jumlah masa.
Rakaman pemindahan dan halaju sendi pergelangan tangan semasa perlakuan membaling damak. Paksi x adalah peratusan jumlah masa pergerakan lengan. Paksi y menunjukkan pelepasan damak yang berlaku pada lebih kurang 51% daripada jumlah masa pergerakan lengan Magill (2003)
Contoh dalam Rajah 3.7 tadi menunjukkan halaju sebagai jumlah sudut bahagi saat. Apabila kecerunan lengkok meningkat, ia menunjukkan penambahan halaju. Sebaliknya halaju negatif ditunjukkan dengan kecerunan arah ke bawah. Halaju sifar ditunjukkan dengan tiada perubahan dalam kedudukan positif atau negatif lengkok tersebut.
76
(c)
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
K Pengukuran kinematik yang ketiga adalah merupakan rakaman kecepatan. Pengukuran ini menunjukkan perubahan dalam halaju semasa pergerakan. Kita memperoleh kecepatan daripada halaju dengan membahagikan perubahan dalam halaju dengan perubahan dalam masa. Kita boleh menggambarkan lengkok kecepatan sebagai satu fungsi masa seperti dalam Rajah 3.8 yang berasaskan kepada graf pemindahan dan halaju. Lengkok kecepatan menggambarkan peningkatan dan penurunan kelajuan pergerakan semasa subjek itu bergerak. Perubahan kecepatan yang cepat menggambarkan perubahan halaju yang cepat juga.
Rakaman kecepatan di pergelangan tangan semasa perlakuan membaling damak. Paksi x adalah peratusan jumlah masa pergerakan lengan. Paksi y menunjukkan pelepasan damak yang berlaku pada lebih kurang 51% daripada jumlah masa pergerakan lengan l engan Magill (2003)
(d)
P Dalam deskripsi pergerakan kinematik, pengukuran pemindahan, halaju dan kecepatan boleh berlaku sama ada dalam pergerakan linear atau angular (lihat Rajah 3.9). Perbezaan antara dua jenis pergerakan ini adalah penting dan perlu difahami. Ia juga merupakan perbezaan kritikal dalam penganalisisan pergerakan.
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
77
Contoh pergerakan linear dan angular
Apakah maksud pergerakan linear? adalah merupakan pergerakan dalam garisan linear atau lurus dan melibatkan seluruh tubuh badan atau objek bergerak sama jarak dalam jumlah masa yang sama. Apakah pula maksud pergerakan angular? pula merupakan satu pergerakan yang berputar pada satu paksi dan melibatkan segmen badan tertentu. Semasa putaran (rotate (rotate ), ), sendi merupakan paksi rotasi pergerakan segmen tubuh badan. Pergerakan angular juga sering dikenali sebagai pergerakan rotari. Contohnya, jika anda ingin menggambarkan kinematik berjalan, pergerakan linear adalah sesuai untuk menggambarkan satu pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain. Ini adalah kerana keseluruhan badan akan bergerak secara linear. Namun, sekiranya anda ingin menggambarkan ciriciri pergerakan kaki semasa berjalan, maka diskripsi pergerakan angular adalah lebih sesuai digunakan. Ini adalah kerana kaki berpusing pada sendi pergelangan kaki semasa berjalan. Pengukuran kinematik membantu kita untuk menggambarkan ciri-ciri kritikal komponen sesuatu kemahiran semasa pergerakan.
78
3.2.2
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Elektromiograf Elektromiograf (EMG)
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur aktiviti elektrikal? Pergerakan yang melibatkan aktiviti elektrikal dalam otot boleh diukur dengan e (EMG).
Pengukuran elektromiograf dilakukan dengan sama ada dengan: (a)
Meleka Melekatka tkan n elektr elektrod od di baha bahagia gian n otot iai iaitu tu di atas atas perm permuka ukaan an kulit kulit;; atau atau
(b)
Memasu Memasukka kkan n dawai dawai elektr elektrod od halu haluss ke dalam dalam otot otot terten tertentu. tu.
Elektrod ini akan mengesan aktiviti elektrikal otot dan akan dirakamkan dengan komputer atau perakam poligraf (lihat Rajah 3.10).
Elektrod
Rajah 3.11 menunjukkan satu contoh rakaman EMG aktiviti elektrikal dalam ipsilateral otot bisep femoris dan kontralateral bisep kaki dan otot anterior deltoid bahu untuk pergerakan yang memerlukan seseorang itu menggerakkan lengannya apabila isyarat diberikan dari butang masa reaksi ke satu posisi di depan bahunya.
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
79
Contoh rakaman EMG aktiviti otot
Rakaman EMG dapat memberi pelbagai maklum balas kepada pengkaji. Contohnya, dalam bidang pembelajaran dan kawalan motor, rakaman EMG dapat menunjukkan permulaan dan penamatan aktiviti sesuatu otot. Rakaman EMG yang melibatkan aktiviti beberapa otot dalam pergerakan yang sama membolehkan pengkaji melihat secara jelas proses koordinasi pergerakan dengan memerhatikan urutan corak pengaktifan otot yang terlibat. Contohnya, dalam Rajah 3.11 tadi, otot yang pertama diaktifkan setelah isyarat diberikan adalah bisep psilateral yang merupakan otot kaki pada sebelah badan yang sama dengan lengan yang bergerak; otot berikutnya merupakan deltoid depan yang menggerakkan lengan. Urutan pergerakan otot ini dapat menyedarkan kita bahawa selain daripada otot lengan, terdapat juga otot lain terlibat bersama untuk pergerakan lengan. Dalam kajian ini, kita dapat membuat kesimpulan daripada urutan aktiviti otot bahawa tubuh badan membuat persediaan untuk pergerakan lengan dengan mengaktifkan otot kaki yang bertanggungjawab untuk menstabilkan postur badan.
80
3.2.3
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Deskripsi Kinetik
Apakah deskripsi kinetik? mengambil kira peranan daya dalam kajian pergerakan. Ia menganggap daya sebagai satu penyebab pergerakan.
Bagaimana pula pengertian deskripsi kinematik? merujuk kepada deskriptor pergerakan dengan tidak mengambil kira penyebab pergerakan tersebut. Pergerakan manusia melibatkan sumber daya dalaman dan luaran. Contohnya, graviti dan rintangan udara merupakan daya luaran yang mempengaruhi perlakuan larian dan berjalan; rintangan air pula merupakan daya luaran yang mempengaruhi pergerakan renang. Otot pula merupakan daya dalaman yang menolak atau menarik sendi tubuh badan untuk menghasilkan pergerakan. Peranan daya dalam penghasilan sesuatu pergerakan dapat dilihat dengan hukum pergerakan Newton. Apakah Hukum Newton Pertama? mengatakan bahawa daya adalah diperlukan untuk memula, mengubah atau menghentikan sesuatu pergerakan (rujuk Rajah 3.12).
Hukum Newton Pertama
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
81
Tahukah anda apakah Hukum Newton Kedua? mengatakan bahawa daya akan mempengaruhi kadar perubahan dalam momentum sesuatu objek (rujuk Rajah 3.13).
Hukum Newton Kedua
Apakah pula Hukum Newton Ketiga? pula berkaitan dengan penglibatan daya dalam aksi dan reaksi yang berlaku dalam interaksi antara dua objek (rujuk Rajah 3.14).
Hukum Newton Ketiga
Ciri utama hubungan daya dalam pergerakan manusia adalah merupakan pergerakan manusia melibatkan rotasi segmen badan di sekeliling paksi sendinya.
82
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Apakah nama bagi kesan ke atas rotasi? Kesan daya ke atas rotasi ini dikenali sebagai t
atau d
.
Pengkaji dapat mengukur daya secara langsung dengan menggunakan alat seperti: (a)
Plet daya;
(b) (b)
Tra Transdu nsdukt ktor or day daya; dan dan
(c)
Tolok terikan (strain gauge ). ).
Plet daya digunakan untuk mengukur daya reaksi bumi yang terlibat dalam interaksi antara sesuatu objek. Contohnya individu dengan bumi. Transduktor daya dan tolok terikan pula digunakan untuk mengukur daya yang dihasilkan oleh otot. Hukum Newton Kedua dapat digunakan untuk mengukur daya secara langsung dengan mengambil kira perhubungan antara daya dengan kelajuan atau kecepatan dan jisim objek tersebut (F=ma).
3.2.4
Koordinasi
Pengukuran kinematik pergerakan adalah mahal dan memerlukan masa yang panjang serta melibatkan proses analisis filem secara gerak perlahan. Dengan berkembangnya teknologi komputer, sistem analisis pergerakan terhadap kemahiran kompleks telah dapat diukur. Satu isu pengukuran yang sering diperdebatkan adalah bagaimana cara terbaik untuk mengukur koordinasi kemahiran kompleks. Tahukah anda apakah koordinasi? melibatkan pergerakan segmen anggota badan dalam masa tertentu dan berasaskan corak ruang. Corak ini dapat diperhatikan dalam plot sudut (angle (angle plots ) pergerakan segmen badan tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam contoh di Rajah 3.15. Namun, kebanyakan laporan pengkaji adalah diskripsi kualitatif kinematik dan tidak melaporkan penilaian kuantitatif. Oleh itu, timbul persoalan sama ada corak kualitatif yang mewakili perhubungan segmen anggota badan adalah mencukupi untuk menggambarkan koordinasi.
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
83
Rajah plot sudut perhubungan lutut dengan punggung semasa berjalan
Mereka mencadangkan bahawa penilaian kuantitatif deskripsi koordinasi juga diperlukan. Salah satu pendekatan untuk mengkuantitatifkan plot sudut adalah dengan menggambarkan corak koordinasi dengan corak klasik bentuk jantung. Contohnya, perhubungan sendi lutut dan punggung semasa berjalan yang ditunjukkan dalam Rajah 3.15 tadi.
84
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
SEMAK KENDIRI 3.2 1.
Huraikan secara ringkas tiga diskripsi kinematik yang digunakan untuk mengukur pergerakan.
2.
Jelaskan secara ringkas bagaimana alat elektromiograf dapat digunakan untuk mengukur dan menganalisis sesuatu pergerakan.
3.
Jelaskan secara ringkas berserta satu contoh bagaimana maklumat daripada rajah plot sudut dapat menggambarkan ciri-ciri koordinasi pergerakan sesuatu segmen anggota badan.
AKTIVITI 3.3 Sebelum anda meneruskan pembacaan anda ke subtopik seterusnya, uji kefahaman anda. Cuba ke laman web berikut dan jawab soalan yang diberikan. http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/ chapter2/multiple_choice_quiz.html Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu, terdapat pautan ke online laboratory manual dan related reading untuk memantapkan memantapkan kefahaman anda.
3.3
PENGUKURAN NEUROLOGI
Apakah maksud pengukuran neurologi? merupa merupakan kan pendek pendekata atan n penguk pengukura uran n penges pengesana anan n tindak balas tubuh badan terhadap permintaan perlakuan. Contohnya, keputusan pengukuran neurologi pergerakan anak mata semasa pertandingan dapat menunjukkan tahap kegelisahan seseorang individu, perubahan kadar nadi, penambahan tahap laktasi atau penurunan suhu kulit. Kesemuanya perubahan ini berkaitan dengan pemerolehan tingkah laku motor.
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
85
Pengukuran neurologi ini adalah dikenali sebagai neurological correlates . Walaupun pengukuran boleh dikaitkan dengan penguasaan tingkah laku motor, ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu kaedah utama untuk pengukuran. (a)
E Dalam tahun tahun 1920an, 1920an, EEG (lihat (lihat Rajah 3.16) 3.16) telah dicipta dicipta untuk merakam merakam gelombang aktiviti elektrikal semasa aktiviti motor.
Pengukuran Pengukuran neurologi (EEG)
Dengan elektrod permukaan (surface (surface electrod ), ), gelombang otak dipantau untuk mengesan aktiviti normal atau abnormal otak. Teknologi lain mula mengembang untuk pengukuran otak pada tahun 1970an. (b)
T Pengimbas CAT (Rajah 3.17) telah digunakan untuk mengimbas otak yang dapat menghasilkan gambar otak serta strukturnya. Teknik ini dapat memberikan satu gambaran struktur otak tanpa pembedahan.
Pengimbas CAT
86
(c)
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
T ( Pada akhir tahun 1980an pula, pengimbas PET (lihat Rajah 3.18) telah dicipta untuk mengenal pasti kawasan paling aktif dalam otak semasa pelbagai aktiviti. Gula radioaktif akan disuntik ke dalam individu untuk mengesan corak penyerapannya dalam otak.
Pengimbas PET
(d)
P ( Pada masa kini, jenis pengukuran yang mempunyai kesahan yang paling tinggi adalah teknik MRI (lihat Rajah 3.19). MRI dapat memaparkan maklumat dalam bentuk kod berwarna (colour-coded (colour-coded ) dengan mengesan haba yang dihasilkan dalam keseluruhan otak individu semasa ia sebenarnya mula mengerakkan bahagian anggota badan tertentu.
Teknik MRI
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
87
Alat ini membolehkan pengkaji merakamkan aktiviti otak yang berlaku. Kedudukan, intensiti serta tempoh aktiviti otak boleh dikesan dalam masa sebenar. Ia amat berguna terutama sekali untuk: (i) (i)
Menj Menjaw awab ab soal soalan an ber berke kena naan an pen penyi yimp mpan anan an (retention (retention ); ); dan
(ii) (ii)
Mem Mempero perole leh h kemba embali li (retrieval ) atau permulaan sesuatu program motor.
Walaupun alat ini dapat menunjukkan maklumat yang paling menyeluruh mengenai aktiviti otak semasa melakukan sesuatu perlakuan. Namun, disebabkan kos peralatan ini, penggunaan alat ini untuk mengukur aktiviti otak adalah terhad.
3.3.1
Rakaman Permukaan (Surface Recording)
merupakan satu pendekatan pengukuran yang dilakukan di atas permukaan sekiranya pengukuran dalaman tidak boleh dijalankan. Alat yang digunakan adalah EMG yang menggunakan lekatan kepingan elektrod atau dawai elektrod yang dilekatkan atas permukaan kulit (lihat Rajah 3.20). Sistem EMG dapat merakam isyarat elektrikal yang mengaktifkan fiber otot. Setiap fiber otot mengandungi rangkaian rantai panjang myofibril yang dikenali sebagai yang mewujudkan daya aksi otot.
Elektrod EMG
88
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Apabila neuron mengaktifkan fiber otot di persimpangan mioneural, cas elektrikal akan dialirkan melalui setiap mikrofibril yang akan merangsang penguncupan sacromere (lihat Rajah 3.21). Ia akan mewujudkan satu medan magnetik yang boleh digunakan untuk mengesan aktiviti otot. Dengan mengawal jumlah konduksi, penyebaran isyarat yang melalui tisu membolehkan rakaman permukaan serta dalaman dibuat.
Struktur fiber otot
3.3.2
Rakaman Intrasel
Apa yang dimaksudkan dengan rakaman intrasel? merupakan pengukuran pengaliran elektrikal yang melalui membran sesuatu sel. Untuk melakukan sesuatu rakaman intrasel, mikroelektrod akan dicucuk ke dalam sel supaya potensi membran dapat diukur (lihat Rajah 3.22). Kebanyakan mikroelektrod yang digunakan untuk rakaman intrasel adalah mikropipet kaca.
Rakaman intrasel
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
89
Mikropipet akan dipenuhi dengan satu larutan yang mempunyai komposisi ionik yang sama dengan cecair intrasel sel berkenaan. Satu dawai perak bersalut klorida akan dimasukkan ke dalam pipet yang menyambungkan elektrod secara elektrikal ke amplifier dan litar pemprosesan isyarat. Voltan yang diukur daripada elektrod akan dibandingkan dengan voltan elektrod rujukan, biasanya dawai perak bersalut klorida yang bersentuhan dengan cecair luar sel di sekitar sel berkenaan. Rakaman intrasel dapat dijalankan dengan beberapa teknik seperti berikut: (a) (a)
Tekn Tekniik pen penye yeka katt volt voltaan ((voltage voltage clamp ); );
(b) (b)
Tekn Teknik ik peny penyek ekat at arus rus (current clamp ); );
(c) (c)
Tekn Tekniik peny penyek ekat at tomp tompok ok ( patch patch clamp ); ); dan
(d) (d)
Tekn Teknik ik Ele Elektro ktrod d Ta Tajam jam (sharp (sharp electrode ). ).
3.3.3
Melukakan Kero (Lesion) dan Penghapusan (Ablasi)
Tahukah anda maksud lesion dan ablasi? bermaksud menghapus, mencedera atau mengeluarkan satu bahagian otak. A pula bermaksud merosakkan atau penggangguan fungsi satu bahagian otak.
Teknik lesion dan ablasi sering digunakan oleh psikologi fisiologikal. Dalam kedua-dua teknik ini, kesan daripada lesion dan ablasi akan dinilai selepas rawatan diberikan. Dalam melakukan lesion, prosedur surgikal digunakan untuk mengeluarkan tisu dari satu tempat spesifik dalam otak. Untuk melakukan dan ablasi dalam otak, pengkaji akan menggerudi satu lubang di satu tempat yang sesuai di tengkorak dan memasukkan satu dawai elektrod ke dalam sasaran kajiannya (lihat Rajah 3.23). Satu arus elektrik akan dialirkan melalui dawai elektrod untuk merosakkan tisu tersebut.
90
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Dawai elektrod dalam otak
3.3.4
Pengimejan Otak
Pengimejan otak atau pengimejan neuro (neuroimaging (neuroimaging ) merangkumi kegunaan pelbagai teknik, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menggambarkan struktur atau fungsi otak. Pengimejan otak terdiri daripada dua kategori iaitu: (a)
P : Ia berkaitan dengan struktur otak dan diagnosis penyakit intrakranial seperti tumor dan kecederaan.
(b)
P : Ia digunakan untuk mendiagnosis penyakit metabolik dan lesion yang mikro dan juga kajian neurologikal.
Enam teknologi pengimejan otak yang ada pada masa kini dipaparkan dalam Jadual 3.4 berikut. Enam Teknologi Pengimejan Otak dan Akronimnya
CAT
Tomografi Berkomputer atau Tomografi Axial Berkomputer
MRI
Pengimejan Resonans Magnetik
FMRI
Pengimejan Resonans Magnetik Fungsional
PET
Tomografi Pancaran Positron
SPECT
Tomografi Pancaran Foton Tunggal Berkomputer (lihat Rajah 3.24)
DOT
Tomografi Optikal Terbias (lihat Rajah 3.25)
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
SPECT
91
DOT
Tahniah kerana anda membaca sehingga ke akhir topik ini. Topik ini mempunyai pelbagai terma- dan pelbagai teknik pengukuran prestasi motor. Sehubungan dengan itu, anda dicadangkan membina peta minda untuk memudahkan anda mengingat. Dicadangkan perisian MindManager, MindMapper dan perisian seumpamanya untuk membantu anda.
SEMAK KENDIRI 3.3 Nyatakan pendekatan pengukuran neurologi yang digunakan untuk pengukuran neurologi.
Pengukuran perlakuan motor adalah penting untuk menilai kelemahan atau kepincangan sesuatu perlakuan kemahiran motor. Ia juga penting untuk menilai kemajuan latihan atau pemulihan motor yang dijalankan. Terdapat dua kategori pengukuran perlakuan:
Pengukuran hasil perlakuan merupakan pengukuran hasil sesuatu pergerakan; dan Pengukuran penghasilan pergerakan pula mengukur ciri-ciri pergerakan yang menghasilkan hasil perlakuan sesuatu pergerakan.
Contoh pengukuran hasil perlakuan adalah:
Masa reaksi;
Masa pergerakan; dan
92
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
Tiga pengukuran kesilapan hasil perlakuan iaitu kesilapan mutlak, kesilapan konstan dan kesilapan variabel.
Contoh pengukuran penghasilan perlakuan adalah:
Pemindahan;
Halaju dan kecepatan; dan
Pengukuran kinetik iaitu tork sendi dan EMG.
Teknik seperti elektro encephalogram, tomografi berkomputer, tomografi pancaran positron dan pengimejan resonans magnetik telah digunakan untuk memperoleh maklumat mengenai proses neurologi tingkah laku motor.
Ablasi
Masa pra-motor
Elektromiograf
Masa reaksi berpilihan
Elektro encephalogram
Masa reaksi diskriminasi
Halaju
Masa reaksi mudah
Kebolehpercayaan
Masa tindak balas
Kecepatan
Myofibril
Kesahan
Pengimejan otak
Kesilapan konstan
Pengimejan neuro
Kesilapan mutlak
Pengimejan resonans magnetik
Kesilapan variabel
Pengukuran hasil perlakuan
Ketepatan masa
Pengukuran penghasilan perlakuan
Ketepatan ruang
Pemindahan
Kinematik
Persimpangan mioneural
Kinetik
Rakaman permukaan
Lesion
Rakaman intrasel
Masa motor
Sacromere
Masa pergerakan
Tomografi Axial Berkomputer
TOPIK 3
PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
93
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton. Magill, R. A. (2007). Motor learning and control: Concepts and applications (8th ed.). New York, NY: McGraw-Hill. Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neurophychological approach . Iowa, IA: Wm. C. Brown. Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics. Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics. Schmidt, R. A., & Wrisberg, C. (2008). Motor learning and performance: A situation-based learning approach (4th (4th ed.). US: Human Kinetics.