Hashim
Awang (1988), teori kesusasteraan sebagai pengkajian tentang prinsip-prinsip kesusasteraan, kategori-kategori, kriteria dan sebagainya. Merangkumi dua bahagian utama iaitu teori kritikan kesusasteraan dan dan teori sejarah kesusasteraan . Ia merupakan suatu sistem ilmiah yang membincangkan mengenai hukum-hukum umum suatu objek ilmu pengetahuan daripada sudut pandangan tertentu. Menghuraikan mengenai aspek gaya, struktur, plot, persoalan, watak, nilai dan lain-lain. Dapat dibahagikan kepada dua iaitu teori kesusasteraan klasik dan teori kesusasteraan moden. Teori kesusasteraan klasik muncul dari zaman Plato sehinggalah sekarang manakala teori moden muncul sekitar era perbaharuan iaitu sehingga akhir abad ke-20. ‘
’
‘
’
Teori
yang berasal dari Barat ini sudah meresapi karya sastera di Malaysia sekitar tahun 1950-an 195 0-an iaitu zaman pascamerdeka. Hashim Awang (1988), teori yang datang dari Barat ini mempunyai unsur berat sebelah yang ketara. Mana Sikana (2006), dominasi Barat dalam kesusasteraan Melayu tidak wajar kerana bertentangan dengan nilai-nilai murni dan jati diri dalam konsep sosiobudaya yang berbeza antara dua benua. Unsur Barat juga mengenepikan ciri keislaman dan kemelayuan dalam karya. Kesannya, muncul tokoh berwibawa seperti Shahnon Ahmad, Kassim Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Mohd Affandi Hassan dan lain-lain. Abdul Halim Ali (2001), perkembangan tersebut membawa kesan positif dalam cabang ilmu kesusasteraan Melayu.
a. Teori Marxisme
Muncul disebabkan oleh perbezaan kelas dalam sistem ekonomi, kekuasaan dan pengaruh politik. Teori ini meletakkan kesusasteraan dalam struktur yang tinggi dalam sistem sosial. Menggunakan model dalam mengkritik isi kandungan, tema dan persoalan dalam sesebuah karya sastera.
b. Teori Feminisme
Bertujuan memahami penglibatan wanita dalam lapangan sastera. Memperincikan mengenai kedudukan wanita sebagai pengkritik, penulis, dan fungsi watak dalam teks. Enam jenis kritikan iaitu Psikoanalitik, Lesbian, Ideologi, Genokritik, Ras, dan Sosialisme. dan Sosialisme. Sebagai contoh, kritikan Feminis Ras membincangkan mengenai pertentangan dua kaum iaitu kulit hitam dengan kulit putih. Pejuang teori ini ialah Mary Ellman, Elaine Showalter, Julia Kritive dan ramai lagi.
c. Teori Formalisme
Menyerupai teori struktural dan kritikan baharu. Pengkritik memfokuskan aspek tekstual teks khususnya aspek bahasa. Hal ini bagi memastikan teks sastera memiliki nilai estetika atau keindahan yang tinggi. Lebih sesuai digunakan dalam teks puisi berbanding prosa. Namun kini, penggunannya tidak lagi relevan kerana pelajar mudah bosan.
d. Teori Sejarah
Mana Sikana (2006: 382), karya sastera memiliki unsur sejarah yang tersendiri. Sebagai contoh, karya Sejarah Melayu dan Tuhfat dan Tuhfat al-Nafis. Kebiasaannya mengandungi unsur lagenda, mitos, dongeng dan fantasi. Hippolyte Taine (Philip Rahr, 1970) merumuskan teori sejarah juga mementingkan aspek masa, bangsa dan dan alam sekitar.
e. Teori Semiotik
Pelopor utama teori ini ialah Ferdinand de Saussure, Jurij Lotman, dan Michael Riffaterre. Lebih menumpukan soal kebahasaan dengan mencari dan memahami melalui lambang dan perlambangan dalam teks. Bahasa merupakan sistem yang ditandai oleh lambang yang mempunyai hubungan dengan psikologi sesebuah masyarakat. Wujud sejak zaman Plato.
f.
Teori Fenomenologi
Merupakan satu kritikan sastera yang bersifat batiniah. Diperkenalkan oleh ahli falsafah Jerman iaitu Edmund Husserl. Idea ini muncul ketika masyarakat Eropah berada dalam krisis ketamadunan dan kebendaan. Husserl percaya bahawa keyakinan diri terhadap kehidupan manusia dapat dicapai sekiranya manusia berpegang kepada teori ini yang mencadangkan pembersihan minda dilakukan. Memperihalkan mengenai suatu yang bebas, universal dan tidak terikat.
g. Teori Sosiologi
Kaedah kritikan yang menggunakan prinsip teori sosiologi yang bersumberkan bidang sains sosial. Melibatkan latar sosial masyarakat baik dari dalam karya atau luar karya yang menjadi teras kemanusiaan. Menceritakan mengenai cara seorang individu menjadi anggota komuniti yang prihatin dan bertanggungjawab demi kepentingan sejagat. Teori ini juga membicarakan mengenai instrinsik karya, biografi pengarang, nilai kehidupan dan sebagainya.
h. Teori Struktural
Berkembang luas dalam tahun 1960-an. Suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan Sausurre sebagai pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan. Percubaan untuk menerapkan ilmu linguistik kepada objek lain selain daripada bahasa itu sendiri. Teori yang wajib ada dalam karya sastera.
i.
Teori Rasionalisme
Satu penyelidikan yangmenyatakan bahawa akal merupakan sumber utama ilmu pengetahuan. Namun, menafikan konsep pancaindera sebagai suatu sumber pengetahuan dan rujukan misalnya berdasarkan wahyu dan mukjizat dianggap tidak logik. Konsep utama ialah kemampuan bagi menyingkap ilmu dan kebenaran berlandaskan konsep yang wujud secara semula jadi dalam diri manusia. Pencetus utama teori ini ialah Heraclitus. Blaise Pascal, Baruch Spinoza, G. W. Leibnitz, Christian Wolff, dan Rene Descartes merupakan antara idealis yang mengembangkan teori ini.
j.
Teori Empirisme Teori yang mengajarkan bahawa hanya pengalaman yang melewati pancaindera merupakan sumber pengetahuan yang benar. Bertentangan dengan teori rasionalisme. Immanuel Kant orang yang bertanggungjawab dalam mengamankan teori rasionalisme dan empirisme ini. Antara tokoh yang terkenal ialah Thomas Thomas Hobbes dan John Locke. Locke.
Mengaplikasikan sumber akal
Rasionalisme Melahirkan modal insan yang cemerlang cemerlang.
Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh pengkarya
Empirisme Menggunakan pancaindera yang dimiliki untuk menganalisis pengorbanan guru
Mampu berkomunikasi dengan semut yang dianggap tidak logik.
Rasionalisme Mengambil keputusan untuk menyeberangi sungai dengan menggunakan batang pinang.
Pak Pandir seorang yang lurus bendul dan kurang bijaksana.
Menggunakan pancaindera sebagai sunber ilmu pengetahuan.
Empirisme
Walaupun lurus bendul, Pak Pandir tetap berusaha mencari jalan pulang paling cepat.
Teori-teori yang berkembang menyebabkan berlakunya asimilasi antara teori terbabit.
Perkembangan ini bagi memastikan karya sastera terus berkembang subur dan sihat.
Petanda yang baik dalam bidang kesusasteraan.
Baruch Spinoza
G. W. Leibnitz
Blaise Pascal
ChristianWolff
Rene Descartes
Heraclitus
Immanuel Kant Thomas Hobbes
JohnLocke