FUNGSI SASTERA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
Pengenalan Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupannya. Mereka menggunakan sumber daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Lantaran itu sesebuah karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian. (Konsep 1) Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangnya.(Konsep 2) Dalam konteks ini, Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan fungsinya pada zaman moden agak menipis. Berdasarkan dua pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai hasil karya kreatif dan imaginatif berfungsi dan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu penghasilannya. Dalam hal ini beberapa sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka telah menggariskan pelbagai berhubung dengan fungsi sastera. Antaranya, pandangan daripada Ramli Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim Awang. (Sorotan Kajian) Berdasarkan pendapat tersebut dapat dirumuskan bahawa peranan dan fungsi sastera merangkumi aspek luaran dan dalaman yang dapat dikesan melalui genre sastera tradisional mahupun genre moden. (Batasan Kajian) Objektif Kajian Justeru penulisan esei ini akan mengenal pasti fungsi dan peranan sastera Melayu(objektif Kajian 1). Di samping itu, penulisan ini juga akan membincangkan fungsi dan peranan sastera dengan merujuk kepada sastera yang bermula daripada tradisi lisan hinggalah kepada tradisi tulisan atau era kemodenan. (Objektif Kajian 2). Dalam hubungan ini, perbincangan akan menjurus kepada beberapa fungsi sastera yang telah dikenal pasti iaitu sebagai medium protes atau kritik sosial , (sub topik 1) medium hiburan, (sub topik 2), sebagai medium mendidik masyarakat (sub topik 3), dan sebagai dokumentasi masyarakat (sub topik 4) akan dibincangkan. Beberapa karya daripada pelbagai genre akan digunakan sebagai bahan perbincangan merangkumi puisi dan prosa tradisional serta puisi dan prosa moden. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan (Kaedah KajianApa, Mengapa,Bagaimana) iaitu dengan merujuk kepada bahan-bahan tulisan seperti tesis, jurnal, kertas kerja serta tulisan-tulisan ilmiah di beberapa perpustakaan antaranya
Perpustakaan Negeri, Pusat Sumber Daerah dan XXXXXXXXX. Selain itu, maklumat dan sumber rujukan juga diperoleh melalui dalam talian. Bahan rujukan yang dipilih bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sahih yang ditulis oleh pakar atau pengkaji yang berkaitan dengan bidang kajian ini. Dalam hal ini, sumber rujukan yang berkaitan dengan aspek kajian akan dipilih dan digunakan sebagai sumber rujukan. Sumber rujukan yang dipilih ini digunakan untuk memantapkan konsep, mengukuhkan huraian mahupun memperoleh contoh-contoh yang berkaitan. Analisis dan Perbincangan Hubungan antara sastera sangat erat. Lantaran itu sesebuah karya itu dihasilkan untuk dimanfaatkan oleh manusia dan masyarakat yang berkaitan dengan kehidupan. Justeru penjelasan berhubungan dengan fungsi sastera secara langsungnya berkaitan dengan persoalan hidup dan kehidupan masyarakat yang akan dijelaskan secara rinci. i.
Fungsi Sastera sebagai Medium Protes dan Kritik Sosial Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam reality kehidupan manusia. Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan. Misalnya berhubung konsep perjuang terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk dua buah Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah Terakhir. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel menggunakan landasan yang sama iaitu menggunakan watak dapat di kesan walaupun terdapat perbezaan dari aspek cara perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya. Hal ini dikesan dalam contoh petikan di bawah : “…Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan yang melulu. Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang.” (Harga Sebuah Maruah) Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang berasaskan pertimbangan akal . Hal ini dapat dikesan melalui frasa “tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang.” Namun dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy memperlihatkan perbezaan konsep perjuangan. Hal ini dapat dikesan melalui petikan berikut;
“… Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu dipertahankan” Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan darah. Hal ini dapat dikesan melalui frasa “biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali”. Ulas dan kaitkan dengan kritik sosial ii. iii. iv.
Sastera Sebagai Medium Hiburan Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy Penutup Berdasarkan penelitian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa ………….(maklumat yang berkaitan dengan dapatan kajian - dikaitkan dengan objektif kajian, pandangan, cadangan dan ulasan keseluruhan.)
BIBLIOGRAFI Hashim Awang. 1997. Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana.1990. Sastera Melayu Moden: Perubahan dan Tamadun. Bandar Baru Bangi. Penerbitan Karyawan. Mohamad Mokhtar Hassan (xxxx). YYYYYYYYYYYYYYYYYY. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Haji Salleh.2000. VVVVVVVVVVVVVVVVVVVVV. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Radiah Yusoff dan Nor’Aini Ismail. ( 2000 ). “Weltanschauung Semantik Melayu Terhadap Sungai : Kajian Makna Tak Harafiah dalam Bahasa Kiasan dan Pantun” dalam Jurnal Dewan Bahasa, 44 ( 7 ): 738-748. http//www.sastera melayu dan kritik sastera.html/index (19 Disember 2012) Posted by ALFEUS ANIS at 02:45 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest No comments: Post a Comment