Sistem barter Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang
bentuk perantara pertukaran, pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak. Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.
Isi kandungan [sorokkan sorokkan]]
1 Kelemahan sistem barter o
1.1 Penemuan kehendak beregu
o
1.2 Masalah membahagi
o
1.3 Masalah simpanan nilai
o
1.4 Barang tidak tahan lama
[sunting sunting]]Kelemahan
sistem barter
Dalam ekonomi moden, kehendak manusia adalah pelbagai dan kegiatan manusia adalah luas termasuk di dalam dan di luar negara. Oleh itu, sistem barter mempunyai banyak kelemahan jika dipraktikkan dalam masyarakat moden. Antara kelemahan-kelemahannya ialah:
[sunting sunting]]Penemuan
kehendak beregu
Kedua-dua pihak A dan B harus mempunyai kehendak yang saling menggenapkan sebelum pertukaran boleh dilakukan. Pihak A harus dapat menawarkan barang X yang dikehendaki oleh B dan pada masa sama pihak A juga harus mempunyai keinginan kepada barang Y yang ditawarkan oleh B. Kadangkala proses pemadanan kehendak yang sesuai mengambil masa yang lama sebeluum proses pertukaran boleh dilakukan. Masalah penemuan kehendak bergu ini merupakan masalah paling utama dalam sistem pertukaran barter.
[sunting sunting]]Masalah
membahagi
Komoditi yang ditukarkan mungkin besar dan sukar dibahagikan kepada unit-unit kecil semasa membuat pertukaran dengan barang lain yang bernilai kecil. Contohnya, sekiranya satu pihak yang menginginkan sebahagian daging kerbau sahaja dan menawarkan seekor ayam sebagai pertukaran, sudah tentu pemilik kerbau tidak akan menyembelih seekor kerbau hanya untuk tujuan pertukaran dengan seekor ayam sahaja.
[sunting sunting]]Masalah
simpanan nilai
Oleh kerana sebahagian besar barangandalam masyarakat primitif itu merupakan hasil pertanian yang mudah rosak dan tidak tahan lama, maka pertukaran yang melibatkan barangan yang tidak tahan lama adalah tidak sesuai untuk ditukarkan, kecuali ia hendak digunakan dengan segera. Akan tetapi, pertukaran selalunya berasaskan barangan lebihan yang tidak akan digunakan dengan segera. Memang ternyatalah bahawa kebanyakan pihak tidak ingin melangsungkan pertukaran untuk memperoleh barangan lain yang tidak tahan lama dan tidak mempunyai ciri simpanan nilai.
[sunting sunting]]Barang
tidak tahan lama
Barang yang tidak tahan lama atau tidak mempunyai simpanan nilai yang cepat rosak seperti ikan dan sayur perlu ditukarkan dengan segera. Jika tidak, ia akan rosak dan ini akan merugikan pemilik kerana nilai barang tersebut akan berkurangan. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, harus diakui bahawa ekonomi yang menggunakan sistem barter atau pertukaran secara langsung itu merupakan satu sistem yang lebih baik daripada sistem sebelumnya, iaitu sistem mampu diri. Sistem barter membolehkan pengeluaran ditingkatkan se bab terdapat kemungkinan pertukaran. Kemungkinan pertukaran telah menggalakkan unit-unit ekonomi menghasilkan pengeluaran yang melebihi keperluannya sendiri. Pertukaran juga membolehkan unitunit ekonomi menikmati barangan yang sebelumnya tidak pernah dinikmati. Walaupun terdapat kemungkinan pertukaran, proses pertukaran itu tidak sempurna. Banyak pertukaran tidak dapat dijalankan kerana masalah-masalah tersebut dan juga masalah-masalah lain seperti tidak mempunyai sistem penilaian am dan wujudnya kos dalam ekonomi. Oleh itu, pertukaran di bawah sistem barter adalah terhad. Sebahagian masalah itu berpunca daripada kekangan bahawa barangan itu harus ditukarkan satu demi satu dan secara langsung.
Sejarah wang Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wang kertas Malaysia yang terdapat dalam pelbagai not dan warna. Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada
hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik. Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia sepertiwang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perakmengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.
Isi kandungan [sorokkan]
1 Kemunculan wang 2 Wang komoditi 3 Kemunculan duit syiling dan wang logam 4 Wang kertas o
4.1 Piawaian Emas (1880-1914)
o
4.2 Tempoh antara peperangan (1918-1939)
5 Wang fiat
6 Wang kredit
[sunting]Kemunculan
wang
Asal usul wang purba mungkin telah wujud sekurang-kurangnya 100,000 tahun dahulu. Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum masihi[perlu rujukan ]. Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum.
[sunting]Wang
komoditi
Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi. Peringkat penggunaan wang komoditi bermula apabila masyarakat merasakan terlalu banyak kelemahan dalam sistem barter. Mereka mencari satu alat lain untuk menggantikan kelemahan tersebut dengan memilih satu alat yang sukar untuk diperolehi serta mempunyai nilai di kalangan masyarakat. Pada mulanya mereka memilih alat-alat seperti barang perhiasan untuk dijadikan sebagai alat pertukaran. Antara barang-barang yang digunakan ialah: 1. Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.) 2. Kulit-kulit binatang 3. Pedang 4. Cerek (bahan tembaga) 5. Tombak 6. Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut) 7. Meriam kecil tembaga
[sunting]Kemunculan
duit syiling dan wang logam
Denarius, wang semasa zaman Rom purba, adalah syiling perak. Penemuan batu uji kecil membawa kepada penciptaan syiling berasaskan kepada bahan logam komoditi. Apa saja logam lembut boleh diuji ketulenannya di atas batu uji yang membolehkan seseorang mengira jumlah kandungan sesuatu logam dengan cepat dalam satu ketulan. Emas adalah logam lembut yang juga sukar didapati, padat dan senang disimpan. Kerana ini, penggunaan emas sebagai wang tersebar dengan cepat dari Asia Kecil, tempat di mana ia digunakan dengan meluas, ke seluruh dunia. Wang logam dicipta untuk menggantikan wang komoditi yang kurang sesuai peranannya sebagai wang. Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia.
[sunting]Wang
kertas
Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.
[sunting]Piawaian
Emas (1880-1914)
Sistem kewangan yang digunakan kira-kira pada tahun 1880 hingga tercetusnya Perang Dunia I dikenali sebagai Gold Standard atau piawaian emas. Ciri utamanya ialah ia merupakan sistem kadar pertukaran tetap yang nilai paritinya ditetapkan berdasarkan kepada nilai emas. Melalui sistem ini, emas diperlukan hanya sebagai aset rizab. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah tertentu.
[sunting]Tempoh
antara peperangan (1918-1939)
Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan kewangan menjadi amat besar dan hanya dapat dipenuhi dengan pengeluaran lebih banyak wang. Bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas. Pada 1933 hanya lima negara yang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali dan Switzerland) masih mengamalkan piawaian emas. Namun pada 1936 sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland.
[sunting]Wang
fiat
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima. Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihatPersidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat.
[sunting]Wang
kredit
Wang kredit muncul bersama dengan kemunculan wang fiat dan wang komoditi. Kebanyakan bentuk wang dalam sistem ekonomi barat adalah wang kredit yang berasal dari wang fiat. Penggunaan wang kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit tanpa perlu wang yang banyak. Dalam sistem ekonomi moden, bank akan meminjamkan wang melebihi dari rizab yang ia ada pada sesuatu masa. Dengan melakukan perkara ini, bank akan meningkatkan bekalan wang melebihi jumlah wang fiat yang ada. Walaupun bank tidak mempunyai wang fiat yang cukup jika sekiranya penyimpan mahu mengeluarkan semua wang mereka dalam akaun semasa (wang kredit), kebanyakan transaksi adalah dilakukan melalui cek atau secara elektronik.
Wang Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rencana ini telah dikenal pasti sebagai satu rencana kerjasama. Marilah bersama-sama menyunting supaya ia dapat mencapai piawai yang tinggi!
Wang kertas Malaysia yang terdapat dalam pelbagai not dan warna. Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi
undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.[1] Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang. Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya. Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dankekayaan secara menyeluruh.
Isi kandungan [sorokkan]
1 Etimologi 2 Sejarah wang
3 Fungsi wang o
3.1 Bahan pertukaran
o
3.2 Unit akaun
o
3.3 Penyimpan nilai
o
3.4 Kecairan pasaran
4 Jenis wang o
4.1 Wang komoditi
o
4.2 Wang fiat
o
4.3 Wang kredit
5 Ekonomi kewangan 6 Mata wang persendirian 7 Bekalan wang o
7.1 Penguncupan bekalan matawang kertas
8 Penanda Aras Matawang Dunia 9 Rujukan 10 Pautan luar
[sunting]Etimologi Dalam pelbagai bahasa, perkataan untuk wang adalah serupa atau seakan perkataan untuk emas atau perak. Perkataan bahasa Inggeris "money" mungkin berasal daripada istilah bahasa Latin moneta, yang bermaksud mint atau penghasilan siling ( pengkoinan ).[2] Lihat juga etimologi Indo-Eropah dan Semitik di rencana sejarah wang. Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah 'argent' yang bermaksud perak.[3] Dalam bahasa Ibrani pula, perkataan 'kesepph' mempunyai dua makna iaitu perak dan wang.[4] Matawang utama Sepanyol sewaktu zaman penjajah yang lalu adalah bernilai sekeping duit bernilai lapan reales (disebut "riyals") atau lebih dikenali sebagai "pieces of eight". Kemudian ia dipanggil "peso".
[sunting]Sejarah
wang
Wang tampang pelbagai saiz dan nilai. Rencana utama: Sejarah wang
Perkembangan wang bermula daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau kulit kerang kepada wang kertas, atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem perbankan kompleks antarabangsa. Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit syiling emas mempunyainilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai. Wang fiat adalah wang zaman moden yang direka oleh pihak berkuasa pus at (kerajaan) dan tidak mempunyai atau tidak mementingkan nilai intrinsik. Pengiktirafan meluas terhadap wang f iat berlaku kerana kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah sebagai tender di sisi undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Perkembangan wang fiat berlaku apabila kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland).
[sunting]Fungsi
wang
Sesuatu barang dianggap sebagai wang jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
[sunting]Bahan
pertukaran
Bahan pertukaran merupakan satu perantara yang digunakan dalam perdagangan bagi mengelakkan kesulitan satu sistem tukar barang murni.
Ia juga mudah di bawa atau diangkut; logam berharga mempunyai nisbah nilai kepada berat yang tinggi. Sebab itulah minyak, arang atau air tidak sesuai sebagai duit walaupun mudah dibawa. Wang kertas dibuktikan sesuai dengan hal ini.
Ia juga haruslah tahan lama. Wang sering tertinggal di dalam saku ketika mencuci. Wang 20 Peso Mexico dibuat daripada plastik untuk ketahanannya. Syiling emas juga dicampurkan tembagauntuk meningkatkan ketahanannya dan Isaac Newton turut memperkenalkan syiling yang dibuat berserta lurah ditepinya untuk mengelakkan dipotong atau dikikis dan dicairkan.
[sunting]Unit
akaun
Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang melibatkan hutang.
Ia haruslah boleh dibahagikan kepada unit kecil tanpa memusnahkan nilainya; logam berharga boleh ditempa daripada jongkong logam, atau d ileburkan menjadi jongkong semula. Ini menyebabkan kulit haiwan atau haiwan itu sendiri tidak sesuai dijadikan wang.
Ia haruslah bersamaan dengan yang lain: iaitu satu unit atau benda itu haruslah serupa dengan yang lain yang kerana itulah berlian, hasil seni dan harta tanah tidak sesuai sebagai wang.
Ia haruslah mempunyai berat atau saiz atau ukuran tertentu untuk memudahkan pengiraan.
[sunting]Penyimpan
nilai
Untuk menjadi sebagai satu penyimpan nilai, satu komoditi, dalam bentuk wang, atau modal kewangan mestilah boleh disimpan dengan selamat dan boleh didapat kembali - dan boleh dijangkakan sebagai berguna apabila ia didapatkan kembali.
Ia haruslah tahan lama, tahan lasak, tidak mudah musnah atau reput. Disebabkan itu, makanan, rempah-ratus, sutera halus dan ambal tidak sesuai dijadikan wang.
Ia haruslah mempunyai nilai yang stabil.
Ia haruslah sukar untuk dipalsukan dan yang tulen mudah dikenali.
[sunting]Kecairan
pasaran
Wang merupakan bentuk kecairan pasaran. Kecairan menentukan betapa mudahnya sesuatu benda didagangkan untuk benda yang lain. Wang memberikan kemudahan untuk memiliki benda lain tanpa perlu menggunakan sistem barter.
Ia haruslah mempunyai nilai kembangan yang rendah antara harga untuk jual beli yang dalam kata lain kos transaksi yang rendah.
Wang juga haruslah paling kurang penurunan kebergunaan marjinal, yang membawa maksud apabila anda menambah unit tersebut, setiap unit harganya sama seperti unit sebelumnya dan tidak berkurang dengan banyak.
Kerana itulah, emas dan perak sering dipilih dalam sejarah wang dalam kebanyakan masyarakat dan budaya. Platinum dan Palladium tidak dikenali dan ditulenkan hinggalah dua ratus tahun kebelakangan ini, maka tidak mepunyai sejarah yang panjang tetapi mungkin mengubah masa depan.
[sunting]Jenis
wang
Terdapat tiga jenis wang: wang komoditi, wang fiat dan wang kredit. Setiap jenis wang mempunyai kekuatan dan liabiliti ekonomi yang berbeza.
[sunting]Wang
komoditi
Wang komoditi ialah wang yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama [5]. Mata wang berasaskan komoditi sering dilihat lebih stabil, namun nilainya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ialah emas, perak dan logam berharga lain. Tiada wang yang sempurna walaupun emas adalah yang paling hampir. Emas bukanlah aset cairan memandangkan ia berkembang lebih kurang 4% untuk jual dan beli. Tambahan pula, emas kini adalah relatif kepada pasaran kecil dan harga emas boleh berubah sangat tinggi jika beberapa bilion dolar cuba untuk membeli emas. Walaupun emas itu sendiri tidak mereput, syiling emas mudah calar atau rosak ataupun dicairkan, dan ini akan mengurangkan nilainya dan mengurangkan juga kemampuan untuk keberkesanan atau penukaran syiling emas. Syiling emas sering dibuat dengan 10% tembaga untuk menambahkan ketahanannya seperti Kruggerrand, tetapi emas kini bukanlah selalunya 99.9% tulen mahupun .999 baik. Dari tahun 1980 hingga 2001, emas mempunyai nilai simpanan yang rendah dan tidak mempunyai nilai yang stabil apabila harga emas turun daripada $850 per auns kepada $255 per auns, dan ia juga diukur dalam dolar yang juga nilai rugi, maka pada ketinggian yang pada 1980 akan jadi lebih kurang $1600 per auns, tetapi nilai tepat adalah mustahil untuk diukur. Wang memanglah dijadikan ukuran dan timbangan yang jujur dan tulus tetapi tidak mudah mengukur nilai tukaran emas dengan dolar yang masing-masing berubah nilainya. Pada tahun-tahun 1500 dan 1600-an, emas dan perak dijumpai dalam kuantiti yang banyak di Dunia Baru dan dibawa pulang ke Eropah untuk ditukar menjadi syiling. Disebabkan lambakan ini,
nilai membeli syiling emas turun antara 60% hingga 80%, dalam kata lain harga barangan lain, kerana bekalan barang untuk dijual tidak dapat bersaing dengan peningkatan bekalan wang [6]. Tambahan lagi, nilai relatif perak terhadap emas turut jatuh [7]. Namun kelebihan emas dan perak ialah bekalannya tidak dapat ditambah sewenang-wenang oleh bank pusat. Satu lagi ciri wang komoditi ialah nilai dagangan komoditi tersebut boleh jadi lebih tinggi dari nilai perantara pertukaran. Apabila ini terjadi, orang akan meleburkan syiling untuk dijual semula seperti yang terjadi di Amerika Syarikat.
[sunting]Wang
fiat
Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adan ya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan[5]. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut. Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran. Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Ke gagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns. Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun kelebihannya terhadap wang komoditi ialah undang-undang yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak sekiranya sekurang kurangnya separuh wang itu dapat disusun semula [8]. Disebabkan wang kertas amat mudah rosak, sesetengah kerajan seperti Malaysia, New Zealand dan Singapura mula menggunakan wang plastik.
Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.
[sunting]Wang
kredit
Wang kredit merupakan tuntutan terhadap orang (sama ada dari segi fizikal atau undang-undang) yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan [5]. Perbezaan besar wang kredit berbanding wang komoditi dan fiat ada dua: ia tidak dapat dibayar dengan segera apabila dituntut dan terdapat sedikit unsur risiko nilai bayaran akan tidak sama dengan nilai yang dipersetujui semasa belian. Risiko ini perlu ditanggung kedua-dua pembeli dan penjual. Pembeli mungkin tidak dapat (atau tidak mahu) membayar. Sekiranya ini berleluasa, pembekal dan pemberi khidmat tidak dapat terus menghasilkan barangan atau menawarkan perkhidmatan. Ini akan mengurangkan bekalan dan meninggikan harga, dan mungkin mencetuskan stagflasi. Dalam kes ekstrem, ia boleh menyebabkankemelesetan ekonomi. Sebagai contoh, amalan ingkar terhadap wang kredit dianggap sebagai antara sebab utama Kemelesetan Besar pada 1930-an [9]. Risiko kedua ialah masa. Wang kredit merupakan janji untuk pembayaran akan datang . Jika kadar faedah tidak dapat mengimbangi kadar inflasi (atau deflasi) dan nilai masa wang, penjual akan menerima nilai wang yang kurang berbanding yang sepatutnya. Begitu juga sebaliknya.
[sunting]Ekonomi
kewangan
Wang merupakan topik utama yang dipelajari dalam bidang ekonomi dan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kewangan. Monetarisme adalah teori ekonomi yang kebanyakannya berkisar tentang penawaran dan keperluan untuk wang tunai. Kestabilan keperluan untuk wang tunai sebelum tahun 1980-an merupakan hasil kajian utama kerja Milton Friedman, Anna Schwartz, David Laidlerdan banyak lagi. Perubahan teknikal, institusi dan perundangan telah mengubah ciri-ciri keperluan wang tunai semasa tahun 1980-an. Perubahan teknikal, keinstitusian dan undang-undang telah mengubah keadaan permintaan wang semasa 1980-an dan sejak itu pengaruh monetarisme makin berkurang. Polisi kewangan merupakan proses kerajaan, bank pusat atau pihak berkuasa dalam kewangan menguruskan penawaran wang untuk mencapai matlamat tertentu. Biasa matlamat polisi kewangan ialah untuk memberi ruang bagi pembangunan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil. Sebagai contoh, adalah jelas dicatatkan di dalam Akta Simpanan Persekutuan A.S. bahawa Lembaga Gabenor dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan harus dapat
"mempromosi secara berkesan matlamat memaksimumkan buruh, menstabilkan harga dan mengawal selia kadar faedah jangka panjang." [10] Polisi kewangan yang gagal boleh menjejaskan ekonomi dan masyarakat yang bergantung kepadanya. Ini termasuklah hiperinflasi, stagflasi, kemelesetan, pengangguran berleluasa, kekurangan barangan import, ketidakupayaan mengeksport barangan, bahkan kegagalan sistem kewangan hingga terpaksa kembali sistem ekonomi barter yang sememangnya kurang efisien. Ini berlaku di Rusia contohnya, setelah kejatuhan Kesatuan Soviet. Kerajaan dan bank pusat telah mengambil kedua-dua pendekatan pengawalan dan pasaran bebas berkenaan polisi kewangan. Antara cara yang digunakan untuk mengawal penawaran wang termasuklah:
pembelian atau penjualan mata wang
peningkatan atau penurunan perbelanjaan kerajaan
peningkatan atau penurunan peminjaman kerajaan
penukaran kadar peminjaman atau pemberian pinjaman
pemanipulasian kadar pertukaran wang
cukai atau pelepasan cukai modal yang diimport atau dieksport
peningkatan atau penuruanan keperluan simpanan bank
pengawalan atau larangan mata wang persendirian
Terdapat banyak hujah sejarah tentang kombinasi fungsi wang, sesetengah pihak berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak pengasingan dan satu unit tunggal tidak mencukupi untuk mewakili kesemua fungsi tersebut. Modal kewangan adalah definisi yang lebih umum dan merangkumi semua instrumen cair, tidak mengira sama ada instrumen tersebut merupakan tender yang seragam.
[sunting]Mata
wang persendirian
Rencana utama: Mata wang persendirian
Dikebanyakan negara, pengisuan wang kertas persendirian adalah dikawal dengan ketat mengikut undang-undang negara masing-masing.
Wang kertas persendirian 1 dolar, yang dikeluarkan oleh "Syarikat Jambatan Delaware" di New Jersey 1836-1841. Di Amerika Syarikat, ketika Era Perbankan Bebas yang berlaku antara 1837 dan 1866, pelbagai negeri, munisipal, bank persendirian, syarikat keretapi serta syarikat pembinaan, kedai runcit, restoran, gereja dan para individu telah mencetak lebihkurang 8,000 jenis wang kertas menjelang tahun 1860. Sekiranya pengisu wang kertas jatuh muflis, tutup kedai atau meninggalkan pekan tersebut, maka matawangnya tidak akan bernilai lagi. Organisasi-organisasi tersebut diberi nama jolokan "wildcat banks" atau bank harimau liar kerana reputasi mereka yang tidak boleh dipercayai dan juga lokasi mereka ditempat terpencil yang mempunyai penduduk yang berperangai seperti "harimau liar" dan bukannya manusia. Namun demikian, menurut Lawrence H. White's dalam artikelnya The Freeman: Ideas on Liberty - October 1993 "rupanya sebahagian besar tentang perbankan "harimau liar" adalah mitos semata-mata. Walaupun kisah bank tersebut menghiburkan; dan akibatnya ia sering diulangi dalam buku-buku teks; para sejarah ekonomi moden mendapati hanya segelintir bank sahaja yang boleh didefinasikan sebagai bank harimau liar" . Akta Bank
Nasional 1863 telah menamatkan era "bank harimau liar". Di Australia, Akta Cukai Nota Bank 1910 telah menutup pengedaran matawang persendirian dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada amalan tersebut. Banyak negara lain telah melaksanakan polisi yang sama untuk membasmi saingan dari sektor swasta. Manakala di Scotland dan Ireland Utara bank-bank swasta telah diberi lesen oleh kerajaan untuk mencetak matawang kertas mereka sendiri. Matawang ini adalah dipanggil "currency notes" dan hanya boleh digunapakai sebagai matawang di kawasan dimana ia diisukan. Pada hari ini, wang elektonik persendirian adalah dalam pengedaran. Sebahagian daripadanya adalah disokong seperti matawang yang lalu iaitu dalam bentuk emas, seperti matawang emas digital. Transaksi matawang ini adalah berjumlah beberapa bilion Dolar Amerika dalam setahun.
Di samping emas, platinum dan perak, terdapat kemungkinan wang keluaran persendiran disokong oleh bahan lain seperti tenaga (diukur dalam joules) atau pengangkutan (diukur dalam kilogram*kilometer/jam) atau makanan [3] dan ianya boleh diterima oleh masyarakat awam, sekiranya ia disahkan oleh undang-undang. Adalah penting untuk memahami bahawa selagi wang adalah persetujuan untuk menggunakan sesuatu sebagai medium pertukaran, ia adalah bergantung kepada komuniti (atau pihak yang berkuasa atas komuniti tersebut) untuk menentukan sama ada wang disokong oleh sebarang bahan atau wujud di alam maya.
[sunting]Bekalan
wang
Rencana utama: Bekalan wang
U.S. Bekalan Wang AS dari 1959-2006 Bekalan wang adalah jumlah wang yang terdapat dalam ekonomi khusus tersedia bagi membeli barangan atau perkhidmatan. Bekalan ini dianggap sebagai empat kategori meningkat M0, M1, M2 and M3. Apabila emas digunakan sebagai wang, bekalan wang boleh meningkat melalui dua c ara. Pertama, bekalan wang boleh meningkat bersama dengan peningkatan emas baru dilombong pada 2% setiap tahun, tetapi ia juga mampu meningkat dengan lebih tinggi pada ketika tempoh serbuan emas dan jumpaan baru, sebagaimana apabila Columbus menjumpai dunia baru dan membawa emas kembali ke Sepanyol, atau apabila emas dijumpai di Californiapada tahun 1849. Peningkatan sebegini membantu penghutang, dan menyebabkan inflasi, kerana nilai emas menurun. Kedua, bekalan wang boleh meningkat apabila nilai emas meningkat, kerana ini menjadikan stok emas semasa semakin berharga. Peningkatan ini membantu penyimpan dan pemiutang dan dikenali sebagi deflasi, di mana barangan jualan semakin murah berbanding emas. Deflasi merupakan keadaan yang lebih biasa selama 100 tahun, apabila emas digunakan sebagai wang di AS dari 1792 hingga 1913.
Kegagalan matawang kertas yang paling ketara ialah sebagai penyimpan nilai yang stabil. Semua matawang kertas dilanda dengan inflasi, dan penurunan nilai dalam masa akan datang. Walaupun inflasi adalah baik bagi pemberi hutang, ia adalah khabar buruk bagi penyimpan. Para pelabur ingin mengekalkan atau menambahkan kekayaan mereka, dan mereka akan membeli matawang yang tetap kukuh dan bernilai. Pada 2006, perdagangan pasaran matawang adalah melebihi $1 trilion setiap hari. Selain itu pada tahun yang sama, semua emas didunia mempunyai nilai sebanyak $3.5 trilion.
[sunting]Penguncupan
bekalan matawang kertas
Mungkin cara yang paling mudah untuk menghapuskan matawang kertas adalah dengan membakar matawang tersebut ataupun mengeluarkannya dari edaran bank pusat. Tetapi perlu diingat wang yang sah diperlakukan ini hanya membentuk kurang 4% bekalan wang secara keseluruhannya. Sistem perbankan sekarang adalah berdasarkan pecahan simpanan, bermakna wang boleh dimusnahkan jika para penyimpan mengeluarkan wang dari bank. Apabila wang telah dikeluarkan, wang tersebut tidak boleh lagi digunakan untuk peminjaman dan hanya sebagai sebahagian pecahan sistem simpanan yang memberi pengaruh kepada pewujudan wang, juga memberi pengaruh kepada pemusnahan wang. Simpanan bank sebenarnya adalah suatu bentuk pinjaman — penyimpan meminjamkan wang mereka kepada bank pada kadar faedah yang rendah atau sekadar tukaran kepada faedah atas kemudahan atau keselamatan (menerima bahawa mereka akan kehilangan sedikit nilai atas inflasi). Bank boleh menggunakan pinjaman ini untuk menguruskan tanggungan (tanggungan deposit mereka dicipta melalui pinjaman). Perlu diingat bahawa sistem perbankan simpanan persekutuan "kebanyakannya" adalah sistem tertutup. Cek yang dikeluarkan oleh bank A dideposit ke dalam bank B dan cek yang dikeluarkan di bank B dideposit di bank C dan cek yang dikeluarkan di bank C dideposit di bank A. Pada hari yang baik, terlalu sedikit peminjaman perlu dibuat kerana bank mendapat nilai deposit baru sebanyak nilai yang tabungan yang dikeluarkan. Malahan jika bank kekurangan simpanan, bank boleh meminjam simpanan dari bank lain pada kadar "diskaun".
[sunting]Penanda
Aras Matawang Dunia
Berikut ialah senarai matawang utama yang digunakan di dalam perdagangan antarabangsa [11].
Australia - Dolar Australia (AUD)
Kanada - Dolar Kanada (CAD)
Kesatuan Kewangan Eropah (EUR-12) - Euro (EUR)
Hong Kong - Dolar Hong Kong (HKD)
Jepun - Yen Jepun (JPY)
Switzerland - Franc Swiss (CHF)
United Kingdom - Paun Sterling (GBP)
Amerika Syarikat- Dolar Amerika (USD)
Selain matawang tersebut di atas, emas dan perak juga didagangkan di seluruh dunia di dalam pasaran matawang: Emas (XAU) disebut dalam 1 auns menaik Perak (XAG) disebut dalam 1000 auns menaik
[sunting]Rujukan 1. ↑ http://www.amosweb.com/cgibin/awb_nav.pl?s=wpd&c=dsp&k=standard%20of%20def erred%20payment 2. ↑ Kamus Online Etimologi[1] 3. ↑ Wang - Asal dan Makna Perkataan[2] 4. ↑ http://www.financialsense.com/editorials/morgan/071202 .htm 5. ↑ 5.0 5.1 5.2 Mises, Ludwig von. The Theory of Money and Credit. Indianapolis, IN: Liberty Fund, Inc.. 1981, trans. H. E. Batson, 1981. [Online] available fromhttp://www.econlib.org/library/mises/msT1.html; accessed 9 May 2007; Internet. Chapter I, section 3, paragraph 25. 6. ↑ Galbraith, J.K., Money: Whence it came, where it went , Penguin, UK, 1975, p.20-21. 7. ↑ Weatherford, J., "Indian Givers: How the Indians of the Americas Transformed the World", Ballantine Books, US 1988, p16
8. ↑ Shredded and multilated. Bureau of engraving and printing. Last accessed 2007-05-09 9. ↑ Barry Eichengreen and Kris Mitchener. The Great Depression as a Credit Boom Gone Wrong. Last accessed 2007-05-08. 10. ↑ The Federal Reserve. 'Monetary Policy and the Economy". Board of Governors of the Federal Reserve System , (2005-07-05). Dicapai 2007-05-15. 11. ↑ benchmark World Currencies at Bloomberg [sunting]Pautan
luar
Philosophy of Money oleh Alla Sheptun
The Heraion Standard.
History of Money from Ancient Times to the Present Day oleh Glyn Davies
Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini , sila lihat [[{{{1}}}]].
Kategori:
Rencana gotong-royong
Wang
Kewangan
Kebaikan sistem wang berbanding dengan sistem barter(kaitan dengan Fungsi wang danKelemahan Sistem Barter)1. Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran. Dengan ini sistem wanglebih baik kerana urusniaga dijalankan tanpa melibatkan dua kehendak serentak danini menjimatkan masa. Manakala sistem barter pula memerlukan dua kehendak serentakdalam urusniaganya dan memerlukan masa yang lebih lama.2. Wang berfungsi sebagai alat ukuran nilai. Dengan ini, dalam sistem wang,barangan diukur berasaskan matawang yang digunakan. Manakala dalam sistem barter,amat sukar unutk menentukan nilai sesuatu barangan kerana tiadanya suatu ukurannilai yang tetap. 3. Wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. Dengan ini, sistem wang lebih baikkerana nilai wangnya lebih stabil dan boleh disimpan di institusi kewangan.Manakala sistem barter melibatkan komoditi yang cepat rosak dan tidak tahan lamaserta nilainya kurang stabil.4. Wang berfungsi sebagai alat bayaran tertunda. Dengan ini, sistem wang lebihbaik kerana wang membolehkan individu membeli pada masa sekarang dan membayar padamasa hadapan. Manakala dalam sistem barter, bayaran tertunda tidak bolehdijalankan kerana komoditinya tudak tahan lama dan nilainya tidak stabil.
http://www.scribd.com/doc/19612947/Fungsi-Wang-Dan-Kelemahan-Sistem-Barter http://www.docstoc.com/docs/8097238/Sukatan-Pelajaran-Ekonomi-STPM
-menghuraikan kelemahan sistem wang n sistem barter